Khamis, 7 April 2011

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


Anwar Ibrahim

Posted: 06 Apr 2011 07:46 PM PDT

Anwar Ibrahim


Program Dato’ Seri Anwar Membongkar Konspirasi Politik Semasa di Selangor

Posted: 06 Apr 2011 03:10 AM PDT

7 April 2011 (Khamis)

Program 1 – 7.00 – 11.30 malam

Lokasi : Dewan Seri Sekinchan, Sekinchan

Program 2 – 8.00 -12.00 malam

Lokasi : Dewan Masyarakat Kampong Seri Tiram Jaya.
Tanjong Karang

Penceramah:
1. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
2. YB Dato’ Johari Abdul
3. YB Yusmadi Yusof
4. YB Dato’ Teng Chan Kim
5. YB Abdullah Sani
6. YB Ng Swee Lim
7. YBhg Yahya Sahri
8. YBhg Mohd Fauzi
9. YBhg Ustaz Mohd Judi

: Kematian Seorang Lagi Saksi SPRM: Selangor Tekad Lindungi Kakitangan

Posted: 06 Apr 2011 03:09 AM PDT

KENYATAAN AKHBAR
6 APRIL 2011

Kerajaan negeri amat kesal dengan berita kematian seorang lagi saksi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang amat mencurigakan.

Amat mengejutkan bahawa tragedi ini boleh berulang lagi. Nampaknya SPRM tidak belajar langsung dari kes Teoh Beng Hock dan masih tidak bertanggungjawab atas keselamatan saksi dan tahanan mereka.

Takziah kepada keluarga Penolong Pengarah Kastam Pelabuhan Klang, Ahmad Sarbani Mohd, 56, dilaporkan dijumpai meninggal dunia dipercayai akibat jatuh bangunan SPRM di Jalan Cochrane, pagi ini.

Kini jelas kepada rakyat Malaysia bahawa tanpa ada keadilan yang sepatutnya dalam kes-kes seperti kematian Teoh Beng Hock, insiden-insiden tragis seperti ini akan terus berulang.

Tiadanya tindakan yang serius terhadap mereka yang bertanggungjawab atas kematian Teoh Beng Hock mengakibatkan pihak-pihak tertentu bertindak seakan-akan mereka kebal dari kuasa undang-undang.

Insiden ini juga menguatkan hasrat kerajaan negeri untuk melindungi setiap pegawai kerajaan negeri. Kami akan merayu sehingga peringkat Mahkamah Persekutuan perintah mahkamah tinggi yang membatalkan pekeliling kerajaan negeri yang menyatakan bahawa semua pegawai kerajaan negeri hanya boleh ditemuduga oleh SPRM pada waktu pejabat serta ditemani oleh peguam.

Arahan ini adalah amat wajar memandangkan dua kes kematian ini, dan kerajaan negeri akan memperjuangkan keselamatan pegawai kami tanpa berbelah bagi.

Kami harap kes ini adalah kes terakhir dan akan terus berusaha melindungi dan menjaga kepentingan semua rakyat Selangor dan Malaysia.

TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO' MENTERI BESAR SELANGOR

Baru Bian Pimpin Jentera Harapan Rakyat Sarawak

Posted: 06 Apr 2011 01:21 AM PDT

Dari KeadilanDaily

Sekiranya Pakatan Rakyat memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak dengan KEADILAN sebagai majoriti, maka Baru Bian akan dilantik sebagai Ketua Menteri yang baru, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau menjelaskan demikian pada program perasmian Bilik Gerakan Wanita dan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ba' kelalan di Kampung Lunbawang, malam tadi.

"Kenapa kita lantik dia? Sebab dia (Baru) pemimpin rakyat dan manusia yang taat kepada perintah Tuhan.

"Jika di Pulau Pinang, majoritinya orang Cina, maka yang menjadi Ketua Menterinya adalah orang Cina. Begitu juga di Selangor, yang mana penduduk majoritinya adalah orang Melayu," kata Anwar di hadapan kira-kira 2,300 hadirin.

Anwar berkata, Baru jika menggalas tanggungjawab itu nanti, beliau dikehendaki menyelesaikan masalah berkenaan isu Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR).

"Baru Bian apabila kelak diberikan tanggungjawab, maka beliau dikehendaki menyelesaikan perkara ini kerana dia yang paling faham degan masalah ini.

"Sebab itu, dalam keseluruhan 71 kawasan Dewan Undangan Negeri Sarawak, saya memilih untuk berada bersama pengundi di kawasan DUN Ba'kelalan," katanya.

Baru merupakan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri yang juga calon DUN Ba'kelalan. Beliau akan menentang lawannya dari Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), Willie Liau pada PRN 16 April ini.

Keputusan tersebut diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada sesi penamaan calon DUN itu pagi tadi.
Tambah Anwar, untuk menjadi pemimpin, mesti ada rasa kasih kepada rakyat kerana kita dipilih untuk memegang amanah.

"Cuba kita lihat ke dalam mata anak-anak kita. Apakah harapan kepada mereka? Adakah orang-orang kampung yang duduk jauh di tempat-tempat begini begitu bodoh sehingga tidak punya hati dan perasaan?

"Justeru itulah, maka sekarang kita wajib untuk memberikan sokongan padu kepada semua calon KEADILAN tanpa mengira kaum dan agama.

"Saya yakin mereka ini mampu menggalas tanggungjawab kepada rakyat sekiranya dipilih sebagai wakil," katanya

Anak Muda Kampung Nak Senang

Posted: 06 Apr 2011 11:22 AM PDT

Anak Muda Kampung Nak Senang


Pejabat SPRM tak boleh lebih satu tingkat elak ramai mati

Posted: 06 Apr 2011 12:20 AM PDT


Belum selesai kes kematian Teoh Beng Hock, seorang lagi telah meninggal dunia, juga mangsa berkaitan kes yang sedang disiasat SPRM. Nampaknya SPRM seluruh Malaysia mesti segera pindah pejabat yang tidak boleh melebihi satu tingkat. Mungkin sewa rumah teres setingkat untuk pejabat SPRM atau guna kabin pun jadilah. Berhantu ke pejabat-pejabat SPRM ni?


Updated: Rabu April 6, 2011 MYT 1:32:03 PM


Pegawai Kastam Ditemui Maut Dipercayai Terjatuh di Bangunan SPRM


KUALA LUMPUR: Seorang pegawai Kastam Diraja Malaysia yang sedang disiasat berkaitan dakwaan lari dari cukai bernilai berbilion ringgit yang dibebaskan dengan ikat jamin dua hari lalu, maut pada pagi Rabu selepas terjatuh dari tingkat tiga bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah di Jalan Cochrane di sini.


Dipercayai pegawai terbabit kembali ke pejabat SPRM tersebut untuk menemui pegawai penyiasat bagi kesnya. Pegawai penyiasat terbabit memintanya menunggu sebelum beredar untuk mengambil fail kes berkenaan. Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali yang mengesahkan kejadian itu berkata, pegawai penyiasat berkenaan meminta pegawai kastam berkenaan tunggu sebentar sementara dia mengambil fail kes. "Apabila dia kembali, beliau dapati pegawai kastam itu hilang," tambahnya. SPRM dijangka mengadakan sidang akhbar petang Rabu. http://mstar.com.my/berita/jenayah/cerita.asp?file=/2011/4/6/mstar_jenayah/20110406123838&sec=mstar_jenayah

ADUN Lenggeng perlu letak jawatan, EXCO ambil alih tugas

Posted: 05 Apr 2011 07:05 PM PDT


Takkanlah ADUN Lenggeng yang mahkamah dah jatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM20,000 atas kesalahan menerima rasuah Perdana Menteri boleh merestukan dia terus jadi wakil rakyat. Tak malu ke Umno bila ADUN Lenggeng ni buat tugas rasmi, lawatan ke DUN, orang kampung dan pengundi akan kata, itulah dia ADUN rasuah, tetapi Umno tak kisah, pengundi pun tak kisah. Rasuah, rasuahlah, itu kata mahkamah, kita tak kisah, yang lamo yo lah.


Patutlah satu demi satu bala turun Negeri Sembilan ni.


Kalau di Johol ADUN yang sakit boleh dipangku tugas oleh EXCO yang juga ADUN Seri Menanti, takkanlah ADUN yang rasuah tak boleh dipangku tugas oleh ADUN atau EXCO lain.


ADUN Lenggeng masih wakil rakyat, kata Najib



BALIK PULAU 2 April - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng Mustafa Salim masih lagi wakil rakyat bagi kawasan itu. Semalam, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM20,000 terhadap Mustafa atas kesalahan menerima rasuah daripada seorang kontraktor sebagai dorongan mendapatkan permit menjual pasir, tiga tahun lalu. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0402&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_22.htm


Rasuah : Bekas Exco Negeri Sembilan dipenjara 6 tahun


Mahkamah Persekutuan Selasa menjatuhi hukuman penjara berjumlah enam tahun terhadap bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Datuk Waad Mansor kerana tiga kesalahan rasuah. Pendakwaan mengemukakan rayuan kerana tidak berpuashati dengan hukuman denda berjumlah RM45,000 atau penjara 18 bulan yang dijatuhkan oleh Mahkamah Rayuan pada 27 Jun 2003 setelah mendapati Waad bersalah terhadap tiga pertuduhan rasuah. http://www.agendadaily.com/tips/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_41548270-ca9db1d0-9c87c100-7774a6c9


Dilantik membantu wakil rakyat


JOHOL – Walaupun pemimpin kawasan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johol kurang sihat, inisiatif pihak Kerajaan Negeri untuk terus membela rakyat tetap diteruskan dengan melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Menanti yang juga Exco Kerajaan Negeri, Datuk Abd Samad Ibrahim bagi membantu wakil rakyat di situ. http://n9kini.com/?p=27806

Syeikh Nuruddin Al Banjari 9 Apr Masjid Senawang

Posted: 05 Apr 2011 04:59 PM PDT


KULIAH PERDANA oleh Syeikh Nuruddin Al Banjari Al Makki


Tarikh : 9 April 2011 Sabtu, Tempat : Masjid Bandar Baru Senawang, Masa : Selepas Solat Maghrib. Muslimin dan muslimat dijemput hadir.


SELAMATKAN UMAT INI


Solat Hajat Perdana 7 dan 14 Apr 2011 REMBAU

Posted: 05 Apr 2011 04:57 PM PDT


MAJLIS SOLAT HAJAT PERDANA. Hari : Khamis, Masa : Solat Isya berjemaah, Tarikh : 7 dan 14 Apr 2011, Tempat : PASTI Al Amal, Taman Marida, Senawang (Parlimen Rembau) Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir


SELAMATKAN UMAT INI

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!

Posted: 06 Apr 2011 09:42 AM PDT

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!


PETANDA AWAL BARISAN NASIONAL SUKAR BENTUK KERAJAAN DISARAWAK

Posted: 06 Apr 2011 07:33 AM PDT

Gelanggang sudah dibuka. Tarikh mengundi bagi hampir Sejuta Pemileh diSarawak telah ditetapkan akan berlangsung pada 16 April ini. Walaupun ia telah diheret hingga keakhir tempoh Penggal, keghairahannya masih memuncak.


Pada sidang Penamaan Calun disebelah pagi tadi jelas menunjukkan rakyat Sarawak "means business". Seramai 213 Calun berdaftar merebut 71 Kerusi Dewan Undangan Negeri. Satu rekod tercipta dimana tidak ada satu kerusipun dimenangi oleh BN tanpa bertanding seperti lazimnya.

Daripada beberapa petunjuk awal saya meramalkan Barisan Nasional didalam keadaan yang amat sukar untuk membentuk Kerajaan Baru. Walaupun sudah menjalani 9 kali Pilihanraya Negeri sebelum ini yang masih dicanang adalah politik pembangunan. Ini menunjukkan mereka gagal dalam aspek tersebut. Keduanya adalah soal memileh calun. Semasa sidang akhbar mengumumkan calunpun BN masih belum 100 % bersedia. Calun bagi N. 70 Ba` kalalan masih misteri. Apa yang dapat dilihat bukannya BN kekurangan pemimpin berkaliber untuk diletak disitu. Persoalannya yang hebat-hebat tidak sanggup berdepan dengan calun Parti Keadilan Rakyat Baru Pian. Sebagai buktinya Senator Idris Jala pun mengumumkan yang beliau tidak bertanding disitu. Beliau membayangkan untuk kembali kedunia korperat.

Lebih menguatkan hujah, jika setiap parti pembangkang berjaya memenangi separuh dari jumlah kerusi yang ditandingi jumlah yang akan mereka perolehi sekurang-kurangnya 36 kerusi. Pecahannya adalah seperti berikut:

i. SNAP bertanding 27 kerusi dan dijangka boleh menang sekurang-kurangnya 13

ii. PKR yang bertanding satu lawan satu dengan BN di 22 kawasan dijangka boleh menang 10 kerusi

iii. DAP yang bertanding 13 kawasan dijangka tidak ada masaalah untuk memenangi sekurang-kurangnya 10 kerusi

iv. PAS yang bertanding dikawasan-kawasan cerah besar kemungkinan akan dapat menawan sekurang-kurangnya 3 kerusi

Satu faktor besar yang sangat jelas Barisan Nasional sukar membentuk kerajaan baru ialah faktor kepimpinan negeri mereka. Taib Mahmud dicabar sengit oleh dua calun yang masing-masing memiliki pengaruh dikawasan tersebut. Jika rakyat berpuashati dengan pimpinannya selama ini sudah tentu beliau boleh memenangi kerusi tersebut tanpa bertanding.

Akhirnya, jika ada mana-mana pihak yang percaya " Iklan Video Seks " sebagai extra mileage haraplah dilupakan saja. Kerana ianya segera akan luput seperti tamatnya tempoh "airtime" bagi handphone-handphone kita walaupun baki kreditnya masih banyak. Headline besok akan bertukar mengenai berita kematian ngeri pula.

Sumber: http://ahmadzawawi.wordpress.com/

Den tak kato...Aspan Alias yang kato!!

Posted: 06 Apr 2011 02:34 AM PDT

Orang yang mengendap orang dalam bilik tidur itu orang sakit (jiwa) — Aspan Alias

April 06, 2011 — Oleh kerana kita sedang menghadapi isu video seks hasil dari permainan politik gila sekarang ini ingin saya menulis tentang cerita yang berkaitan dengannya. Ini hanya cerita ringan sahaja untuk mengingatkan kita yang mengintai untuk merakamkan orang lain di dalam kelambu itu merupakan satu jenis penyakit. Apa nak di namakan penyakit itu pun saya tidak tahu.

Dalam isu yang di perdebatkan sekarang ini, walaupun ianya dijadikan isu politik olih satu pihak untuk menjatuhkan pihak yang lain tetapi mengintai dan mengendap itu sendiri adalah penyakit yang amat serius. Ramai penggemar kegiatan mengintai ini tidak sedar yang dia sebenarnya sedang sakit. Ianya bertentangan dengan agama dan adap serta tamadun manusia.

Dulu di kampong-kampong, mengintai pasangan orang sedang tidur ini merupakan satu aktibiti yang biasa. Yang hampir pasti menjadi mangsa ialah pasangan yang baru berkahwin. Mengintai dan mengendap ini adalah hobi tegar bagi setengah orang di desa-desa semasa dahulu. Maklumlah semasa itu tidak semua orang ada TV atau 'play-station' untuk bermain 'game' dan sebagainya. Bekalan letrik pun tidak ada semasa itu.

Mungkin inilah sahaja cara bagi anak-anak muda mencari hiburan. Tetapi yang pasti kegiatan mengendap ini adalah satu penyakit tegar bagi setengah orang semasa itu. Kegiatan itu masih berlaku di zaman ini tetapi tidaklah begitu meluas. Ianya hanya dilakukan oleh mereka yang mengidap penyakit mengendap manusia lain sedang berasmara. Orang yang terlibat dengan penyakit ini merupakan pesakit psikologi yang amat ganjil dan serius.

Saya hendak membawa satu cerita bagaimana seriusnya penyakit mengendap ini. Mungkin pakar jiwa sahaja boleh membantu untuk menyembuhkan penyakit ini.

Ada seorang yang baik budi pekertinya dan tidak bercakap banyak. Kita berikanlah namanya sebagai Amat. Amat tidak pernah menyakitkan hati orang lain. Pada keseluruhannya dia adalah orang baik dan disukai oleh masyarakat kampongnya. Tetapi orang ramai tidak tahu yang Amat ini mengidap penyakit ketagihan menghendap orang tidur yang tidak dapat dihentikannya. Amat sudah ketagihan mengintai dan dia dapat merasakan kelegaan pada dirinya apabila sudah berjaya mengintai pasangan lelaki dan perempuan sedang tidur.

Dia telah mengintai dan menghendap ini sejak dari mudanya dan tidak pernah diketahui masyarakat jirannya. Entah berapa pasangan yang di intainya dan dia sendiri tidak dapat mengiranya. Setelah umurnya hampir setengah abad barulah kegiatannya terbongkar setelah dia ditangkap oleh jirannya sedang mengendap. Lantas malulah anak-anak dan isterinya kerana anak isterinya sendiri tidak tahu yang dia ini mempunyai penyakit mengendap ini. Jiran-jirannya gempar kerana tidak menyangka yang Amat telah mengintai banyak pasangan di bilek tidur.

Isteri Amat sangat malu dan berfikir cara apa yang patut dilakukannya untuk mengelakkan suaminya dari terus mengintai. Akhirnya isteri kesayangannya telah membeli video lucah untuk ditayangkan di rumah untuk suaminya menonton agar suaminya itu tidak lagi keluar lagi mengintai orang lain. Bagi isterinya biarlah suaminya melepaskan melihat orang berasmara di dalam rumah sendiri dengan menonton video lucah yang dibelinya.

"Nah, tengok video ni bang. Tengok puas-puas. Jangan mengendap orang. Abang jangan bikin kami malu lagi!" bentak isterinya sambil memasukan video itu ke dalam 'video player'.

Apabila bermula sahaja adengan seks di dalam video itu Amat terus pergi mengendap dari belakang tiang rumahnya menyaksikan video yang ditayangkan oleh isterinya. Isterinya membentak, "eh!! Tengok video pun mengendap?" Amat menjawab, "bukankah itu adengan seks, terpaksalah abang hendap video tu!!"

Rupa-rupanya suaminya memang sudah mengalami penyakit mengendap. Kerana sudah selalu mengendap melihat tayangan video seks di rumah sendiri pun mengendap.

Jika dahulu mengendap di lakukan oleh orang-orang kecilan di kampong-kampong, sekarang kegiatan mengendap sudah menjadi permainan orang yang bernama dan bergelar. Diantaranya Dato pun ada, Tan Sri pun ada. Tujuan orang-orang bergelar dan bernama ini mengintai orang lain dalam keadaan 'compromising' dengan pasangannya mungkin banyak. Di antaranya untuk membalas dendam atau pun hendak menggunakan video intaiannya itu untuk mengambil hati suatu pihak bagi mendapatkan imbuhan. Mengintai dan mengendap sekarang sudah menjadi satu 'political and business motivated'.

Sekarang baru kita tahu yang gelaran yang di terima mereka tidak mampu mengubah perangai asal mereka. Orang tuo-tuo dulu ado cakap, kalau seorang Rajo itu jiko dio menyapu sampah di topi jalan pun dio totap Rajo, totapi jiko seseorang itu adalah sengkek dilotakan mahkoto kek kopalo pun, dio totap sengkek.

Itulah perbilangan orang tua-tua dahulu. Kata-kata itu bukan saya yang memandai-mandai nak kata.

Sumber: http://kopitiam-bang-nan.blogspot.com/

Sumber: http://aspanaliasnet.blogspot.com/

AKHBAR PORNO - ADA STAF AKHBAR MULA MENYESAL TERLIBAT?

Posted: 06 Apr 2011 02:11 AM PDT


Oleh: WFAUZDIN NS


ZUNAR seorang kartunis di dalam Twitter beliau menyebut terdapat staf yang bekerja di Utusan Meloya mengirim SMS kepadanya memberitahu betapa dia amat merasa sedih dan malu di atas tindakan akhbar tersebut yang menjadi ejen penyampai bahan lucah dan fitnah.

Staf Utusan Meloya berkenaan meminta agar Zunar menyampaikan permohonan maaf dari beliau kepada DS Anwar, Azizah dan keluarga di atas perbuatan jijik akhbar berkenaan. SMS tersebut berbunyi " Sy dgn rndah diri & sedih mohon maaf krn trlibat akhbar yg fitnah DSAI.Minta Zunar sampai msj ini kpd K Wan & N Izzah (http://twitter.com/#!/zunarkartunis)

Satu lagi SMS yang diterima oleh beliau dari rakannya yang bertugas di akhbar pencacai tersebut berbunyi ," Sejak 30 thn kerja dgn Utusan, hari ini merupakan paling memalukan bg aku. Utusan Jadi Utusan Porno"  (Twitter Zunar). Nampaknya seperti sudah tiada keberkatan buat mereka bekerja di akhbar yang selama ini terkenal dengan penyebar fitnah serta pemecah belah masyarakat serta umat Islam di negara ini.

Memang wajar dan tepat sekali tindakan sebuah sekolah Cina di Kuantan yang enggan menerima akhbar tersebut untuk dijadikan bahan bacaan murid-murid di sekolah berkenaan walaupun diberi percuma. Bayangkan jika sekarang ini murid-murid tersebut menatap akhbar berbahasa Melayu yang bersifat seperti majalah porno, lebih dahsyat lagi dengan berita fitnah yang menjijikkan. Betapa cerdiknya kaum Cina sekarang yang lebih tahu dan menilai mana satukah akhbar yang memberi faedah dan mana satukah akhbar yang boleh dijadikan alat untuk `beristinjak'.

Apa kah yang harus atau mungkin wajib buat semua staf terutamanya yang beragama Islam yang masih bertugas di akhbar pencacai itu lakukan? Mereka ada pilihan, samada ingin terus memakan gaji dengan majikan yang sebegini atau mencari peluang pekerjaan lain yang jelas bersih dan halal? Amat membimbangkan jika gaji mereka adalah hasil dari pekerjaan fitnah dan penyebaran bahan lucah.

Sebab itu, akhbar berkenaan tiada keberkatannya dan mendapat kerugian selalu walaupun akhbar tersebut berpuluh tahun wujud di negara ini. Inilah akhbar yang selalu ditatap oleh golongan tua di kampung-kampung terutamanya. Akhbar ini amat efisyen di dalam menyampaikan berita fitnah lagi menyesatkan golongan tersebut. Apakah tidak sedikit pun kita merasa bersalah berada di dalam kumpulan akhbar sedemikian?

Saya cadangkan agar carilah pekerjaan lain yang lebih memberikan ketenangan kepada kita agar rezeki yang diperolehi mendapat keberkatan Illahi. Berhentilah dari merosakkan minda dan akhlak bangsa kita. Cukuplah untuk bersekongkol dengan puak mereka yang tidak pernah takut kepada azab Allah.

Sumber: http://wfauzdin.blogspot.com/

Lepas satu...satu !!! Dulu TBH sekarang pegawai kastam pulak dahhh.....

Posted: 05 Apr 2011 11:50 PM PDT


Pegawai kastam mati jatuh bangunan SPRM

Seorang pegawai kastam yang membantu siasatan kes rasuah ditemui mati dipercayai jatuh dari tingkat tiga bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Cochrane di ibu negara pagi ini.


Mangsa tersebut difahamkan adalah seorang pegawai kanan Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia (JKDM) Selangor.

Pegawai kanan itu membantu siasatan membabitkan cukai tidak dibayar dan telah dibebaskan dengan ikat jamin dua hari lalu.

Laman Star Online melaporkan bahawa pegawai berkenaan difahamkan balik semula ke pejabat SPRM hari ini untuk menemui pegawai penyiasat.

Pegawai penyiasat telah memintanya menunggu di situ sementara pergi mengambil fail kes tersebut.

Bagaimanapun, apabila balik semula ke situ, dia mendapati pegawai Kastam tidak ada, kata pengarah penyiasatan SPRM Datuk Mustafar Ali.

Menurutnya, mayat pegawai kastam itu ditemui di tingkat bawah bangunan tersebut pada jam 10.15 pagi.

Sumber: http://www.malaysiakini.com/

Tiada ulasan:

Pengikut