Rabu, 6 April 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Salam Perjuangan

Posted: 06 Apr 2011 11:02 PM PDT

Salam Perjuangan


LYNAS@GEBENG - BANTAHAN PENDUDUK TIDAK DIENDAHKAN

Posted: 05 Apr 2011 11:33 PM PDT

PARLIMEN BUKIT GANTANG

Posted: 06 Apr 2011 09:44 PM PDT

PARLIMEN BUKIT GANTANG


Sarawak: Sekitar Penamaan Calon N.15 Muara Tuang,DS Nizar beri sokongan.

Posted: 05 Apr 2011 07:29 PM PDT






Penamaan calon di DUN N.15 Muara Tuang melibatkan calon dari PAS yang mewakili Pakatan Rakyat manakala PPB mewakili dari Barisan Nasional. Pertandingan melibatkan antara PAS dan PPB. Proses penamaan calon ditutup jam 10 pagi.

Pimpinan PAS yang hadir termasuklah Dato Seri Nizar Jamaluddin selaku ADUN Pasir Panjang yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang, Mahfuz Omar selaku Ahli Parlimen Pokok Sena dan ramai lagi. Kebanyakkan penyokong adalah dari negeri Perak.

Laporan akan menyusul dari semasa ke semasa dengan perkembangan terkini yang berlaku di Sarawak.

oleh: kijang59

CALON-CALON PAS SARAWAK BERBAI'AH DI HADAPAN PRESIDEN

Posted: 05 Apr 2011 07:43 AM PDT

Tuan Guru sedang memberi amanat kepada calon dan wakil calon

Pesuruhjaya PAS Sarawak Hj Adam Ahid bertanding di Sebuyau sedang berbai'ah &
menerima watikah


Puan Noraini Hamzah, calon Muara Tuang sedang berbai'iah dan menerima watikah
di hadapan Presiden

Calon Tanjung Datu


Abang Ady calon Saadong Jaya

Pagi tadi lima calon PAS berbai'ah taat setia kepada parti di hadapan YB Datuk Tuan Guru Presiden di Pejabat Perhubungan PAS Sarawak. Majlis tersebut turut disaksikan olehTimbalan Presiden, Naib Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha Agung, Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, wakil-wakil perhubungan negeri-negeri, wakil-wakil calon dan juga pencadang & penyokong calon itu sendiri.

Presiden memberi amanatnya kepada semua calon & wakil calon. Menurutnya bai'ah merupakan perjanjian taat setia kepada parti dan pucuk kepimpinannya selagi pimpinan parti tidak menyeleweng dari syariat Islam. Bai'ah juga sebagai satu jaminan dan amanah yang tidak boleh dikhianati, calon PAS hanya memikul amanah ini dan wajib memelihara amanah ini. Presiden mengingatkan sesiapa sahaja yang mengkhianati parti kelak pasti akan mendapat balasan dari Allah swt.

Pilihanraya kali ini julung-julung kali PAS bertanding sehingga lima kerusi, ini merupakan pentanda baik dan peluang PAS diperkenalkan kepada rakyat Sarawak melalui lima dun yang ditandingi. PAS bertanding Sadong Jaya, Sebuyai, Tanjung Datu, Beting Maru dan Muara Tuang.
Ketiga-tiga calon PAS telahpun diumumkan malam tadi di tempat masing-masing, manakala malam ini dua lagi calon akan diisytiharkan.sumber misbahul munir

Calon Sarawak:2 wanita 3 lelaki dipilih PAS untuk keputusan terbaik

Posted: 05 Apr 2011 03:16 AM PDT

KUCHING, 5 April: PAS mensasarkan untuk menghantar sekurang-kurang seorang hingga tiga wakilnya ke dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak dalam pilihan raya negeri kali ini, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali.



Untuk itu, katanya, PAS yakin pilihan raya negeri Sarawak kali ini adalah yang terbaik akan dicapai oleh PAS selepas dua kali menyertai pilihan raya negeri sebelum ini.

(Gambar: Abang Ahmad, Beting Maro [kiri] dan Adam Ahid, Sebuyau [kanan sedang bercakap], dua dari lima calon PAS dalam PRN Sarawak)


Sebelum ini, dalam pilihan raya negeri 2001, PAS bertanding tiga kerusi DUN namun pada tahun 2006 hanya satu kerusi sahaja. Pilihan raya kali ini, PAS bertanding lima kerusi.



Kerusi yang dipertandingkan oleh PAS dalam pilihan raya kali ini adalah Beting Maro, Sebuyau, Sadong Jaya, Muara Tuang dan Tanjung Datu. Rakan PAS, DAP akan bertanding di 15 kerusi manakala PKR akan bertanding di 49 kerusi selepas usaha perundingannya dengan Snap gagal.


Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi bersama timbalannya, Nasharudin Mat Isa yang menjadi pengarah pilihan raya ini berada di sini sejak beberapa hari lalu.



Dalam pilihan raya ini, PAS meletakkan dua calon wanita manakala tiga calon lelaki.



Calon-calon wanita PAS adalah Puan Hani Shafi di Tanjung Datu dan Puan Noraini Hamzah (gambar kiri) di Muara Tuang.


Tiga lagi calon PAS adalah Pesuruhjaya PAS, Adam Ahid akan bertanding di Sebuyau dalam Parlimen Batang Lupar.


Sementara itu, Abang Ahmad Kardee, seorang peguam muda anak tempatan Beting Maro akan bertanding di situ dalam pilihan raya kali ini. DUN ini juga terletak dalam Parlimen Batang Lupar di Sarawak Tengah.



Seorang lagi calonnya adalah Ketua Pemuda PAS Sarawak, Abang Eddy Allyanni Abang Fauzi yang akan bertanding di Sadong Jaya. Dalam pilihan raya umum 2008, Abang Eddy adalah calon PAS di Parlimen Batang Lupar namun tewas di tangan calon BN, Datuk Ruhani Karim.



Semalam, PAS telah memperkenalkan tiga calonnya kepada penduduk tempatan. Presiden PAS, Abdul Hadi Awang memperkenalkan memperkenalkan Abang Ahmad di Beting Maro, timbalannya, Nasharudin Mat Isa memperkenalkan Adam Ahid di Sebuyau, manakala Mustafa memperkenalkan Nuraini di Muara Tuang.


Ustaz Hadi mengumumkan calon PAS Beting Maro di Kampung Beladin iaitu rumah Haji Alem Din, bekas calon PAS di situ dalam pilihan raya 2006.


Pengumuman itu dibuat ketika beliau menyampaikan amanat kepada jentera dan penyokong PAS DUN Beting Maro.


Pada majlis tersebut beliau telah mengumumkan Abang Ahmad Kardee Bin Abang Masagus, 32 tahun sebagai calon PAS untuk menghadapi pilihanraya Sarawak pada kali ini.


Malam ini, Abdul Hadi dan Naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man akan memperkenalkan Puan Hani Shafi yang akan bertanding di Tanjung Datu manakala Mustafa akan memperkenalkan Abang Eddy di Sadong Jaya

n12selinsing

Posted: 06 Apr 2011 09:42 PM PDT

n12selinsing


ZIARAH KEMATIAN KAUM CINA DI BAGAN SERAI

Posted: 06 Apr 2011 06:58 AM PDT


Bagan Serai,6 April 2011-sekali lagi YB Tuan Haji Husin berkesempatan menziarahi satu lagi kematian di Bagan Serai Garden.

Turut serta ialah YB ADUN Gunong Semanggol Tuan Haji Ramli Tusin dan isteri serta Pengerusi Dewan Himpunan PAS Bagan Serai Mr. Beh Heng Kin.

Hampir 30 minit kedua-dua YB berada di kediaman mendiang bagi sesi ziarah yang dihadiri dan menyampaikan ucapan takziah kepadawaris mendiang.Pihak Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat DUN Selinsing dan Gunong Semanggol dan PAS Kawasan Bagan Serai juga ingin merakamkan ucapan takziah kepada waris si mati.

Berikut ialah rakaman foto sekitar sesi ziarah yang dihadiri










misbahul munir

Posted: 06 Apr 2011 09:19 PM PDT

misbahul munir


PAS SEMAKIN DITERIMA DI BUMI SARAWAK

Posted: 06 Apr 2011 06:39 PM PDT

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI

Posted: 06 Apr 2011 09:08 PM PDT

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI


CERAMAH UMUM PAKATAN RAKYAT PARLIMEN MUAR

Posted: 06 Apr 2011 04:35 AM PDT

Penceramah
YB Ng Sue Lim
(ADUN Sekinchan)
Ustaz Abdullah Hussein
(Ketua Dewan Ulamak PAS Johor)
Sdr Hizwan Ahmad
(Penyelaras  Pakatan Rakyat Parlimen Muar)
 

PAS Kawasan Miri

Posted: 06 Apr 2011 08:14 PM PDT

PAS Kawasan Miri


Kekuatan kerjasama erat PAS-DAP Gusar George Chan

Posted: 06 Apr 2011 07:10 AM PDT


MIRI, 6 April: Calon Pakatan Rakyat bagi N63 Piasau, Ling Sie Kiong (DAP) mengingatkan pengundi agar mengambil peluang terbaik ketika pilihan raya negeri (PRN10) 16 April ini.Beliau yakin rakyat Sarawak boleh membuat perubahan pada kali ini setelah mereka melihat segala salahlaku BN selama ini.

Beliau merujuk kepada isu semasa melibat kepimpinan negeri Sarawak khasnya yang dibangkitkan banyak pihak apatah lagi menjelang PRN10.

(Gambar: Kiong bersama pemimpin DAP dan PAS ketika penamaan calon. Pic Ismail Hashim)

Kiong ditemui dalam sidang media selepas tamat proses penamaan calon di Dewan Suarah, dekat sini.

Peguam muda berusia 28 itu baharu sahaja bertunang Disember lalu berazam membawa suara rakyat Miri khusus yang tidak pernah didengar selama ini.

Turut berada di situ adalah Setiausaha Publisiti DAP yang juga Exco Selangor, Teresa Kok, Bendahari PAS Kawasan Miri, Dzaidin Sobri, Bendahari Pemuda PAS Kawasan Miri, Naufal dan AJK PAS Miri, Idris Yasin.

Pagi ini berlangsung juga proses penamaan calon di dua kawasan negeri yang berada di bawah Parlimen Miri.Untuk kawasan Senadin berlangsung di Stadium Tertutup di mana calon Pakatan dari PKR Dr Michael menentang Lee Kim Shin (SUPP BN).

Dalam masa sama di Pujut, Pakatan Rakyat meletakkan Fong Pau Teck sebagai calon menentang Andy Chia Chu Fatt (SUPP BN).Hadir sama ketua Penerangan PAS Kawasan Miri,Engr M Azwani dan pimpinan Dewan Muslimat PAS Miri.Tempat penamaan itu walaupun berasingan tetapi dekat dalam jarak antara satu cuma 300 meter sahaja.

PAS Yakin Tawan Satu Kerusi DUN Sarawak,Muara Tuang bukti salah gunakuasa SPR

Posted: 06 Apr 2011 07:01 AM PDT



Naib presiden PAS Salahuddin Ayub berkata, parti itu berharap dapat memenangi kerusi pertamanya di DUN Sarawak kali ini selepas bertanding di negeri itu sejak tahun 2003.

Katanya, berbeza dengan pengalamannya mereka sebelum ini, PAS mendapati "angin perubahan" sudah mula sampai ke negeri itu.

"Sebelum ini PAS masih baru. Sekarang kita lebih dikenali di kalangan penduduk tempatan," katanya yang mengiringi calon PAS Beting Maro Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus di pekan Pusa, dekat Batang Lupar.

Salahuddin berkata, dengan menyandarkan harapan kepada semua muka baru, PAS juga akan memfokuskan terhadap usaha menyelesaikan isu berhubung pemilikan tanah adat (NCR) yang berlarutan sejak Sarawak merdeka pada tahun 1967.

Anggota parlimen Kubang Kerian itu berkata, usaha mereka menangani isu itu akan digiatkan melalu biro tanah dan pembangunan wilayah - badan langsung bawah PAS pusat - yang ditubuhkan khas bagi tujuan itu.

Beliau mendedahkan, menurut perkiraannya, Beting Maro mampu menjadi tempat pertama yang dirampas mereka, diikuti Sadong Jaya dan Sebuyau.

Kelebihan di Beting Maro itu dilihat turut berpunca oleh pergolakan dalaman antara penyokong calon baru BN Razaili Gapor yang dipilih menggantikan penyandang sebelum ini Bolhassan @ Ahmad Di, seperti dilaporkan akhbar tempatan.

PAS turut bertanding di Muara Tuang dan Tanjung Datu. Kelima-lima tempat itu mempunyai bilangan pengundi Melayu/Melanau yang agak tinggi.

Bagaimanapun, bagi lawannya BN, keyakinan PAS, terutamanya di Beting Maro hanyalah dibuat berdasarkan kekalahan tipis mereka dalam pilihan raya negeri pada 2006 lalu.

Menurut naib pengerusi Wanita BN Sarawak Rohani Abdul Karim, pada masa itu kekalahan BN disebabkan pembahagian baru kerusi parlimen yang turut melibatkan Beting Maro.
"Tetapi selepas itu kita tanya balik, kita analisis balik," katanya yang juga anggota parlimen Batang Lupar ketika ditemui Malaysiakini di Batang Lupar.

Selepas mengharungi tiga kali pilihan raya negeri hanya di Beting Maro, tahun ini PAS meletakkan calonnya di lima kawasan. Menariknya, kesemua calon yang diletakkannya bukanlah daripada golongan ustaz yang sinonim dengan parti Islam itu sebelum ini.

Dalam perkembangan berkaitan, tengah hari tadi, tersebar cakap-cakap bahawa mereka berjaya menang tanpa bertanding di Muara Tuang apabila calon BN didakwa gagal menyerahkan penyata perbelanjaan dalam pilihan raya negeri lalu.

Bagaimanapun, kira-kira 1.30 tengah hari, harapan itu musnah apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan bahawa calon BN Datuk Seri Mohammad Ali Mahmud layak bertanding, sekaligus berlakunya perlawanan satu lawan satu di situ.

Keluarga CM Menguasai Perniagaan Di Sarawak!!!

Posted: 05 Apr 2011 08:23 PM PDT






MENGALIRKAN WANG KELUAR DARI SARAWAK

Tuesday, April 5th, 2011 GMT This post is also available in: English Hanya pada minggu yang lalu, dengan berbohong, Taib Mahmud telah mengumumkan menerusi video bahawa dia dan anak-anaknya sentiasa mengelakkan diri mereka berniaga di Sarawak "Saya mengelak konflik kepentingan dari menghantui saya sepanjang masa. Jika saya berurusniaga di dalam negeri, orang akan mengatakan bahawa saya menggunakan pengaruh saya untuk menambahkan kekayaan saya, jadi, kami melakukannya di luar negara." Namun, kami tetap akan mendedahkan segala bukti untuk menghantuinya. Terdapat bukti-bukti yang berkaitan dengan berbilion-bilion ringgit yang telah disalurkan keluar dari negeri Sarawak oleh bank persendirian keluarga Taib sahaja. Semua urusniaga itu dilaksanakan di Sarawak dan juga di seluruh Malaysia.


Bank-bank milik keluarga Taib – perniagaan mereka digerakkan oleh pengaruhnya

Sebagai contoh, mari kita lihat pada UBG Bank (dahulunya dikenali sebagai Bank Utama), yang dimiliki oleh syarikat keluarga Taib, CMS sehingga bulan November tahun lalu. Pengerusi UBG Bank adalah anaknya, Abu Bekir, manakala timbalannya pula adalah Syed Ahmen Alwee Asree, iaitu suami kepada Hanifah Taib. Menerusi kedua-dua anak dan menantu Taib itu, UBG Bank telah mengaut keuntungan sehingga berbilion-bilion ringgit. Sila teliti pada pegangan saham-saham mereka, dan perhatikan segala apa yang telah mereka jualkan. Bagi mereka yang sekadar gemar melemparkan tuduhan bahawa Sarawak Report telah mendedahkan bukti-bukti yang dianggap tidak betul adalah mereka yang gagal memuatturunkan Laporan Tahunan yang paling asas dan pengumuman-pengumuman dari internet. Tindakan sedemikian hanya akan menyebabkan mereka tidak layak memberikan komen-komen atau boleh kita anggap sebagai pembohong. Berdasarkan rekod-rekod itu, misalnya, sehingga tahun 2007 UBG yang mempunyai kawalan ke atas sepertiga dari kesemua saham dan keseluruhan 60% saham-saham dalam bank yang keempat terbesar di Malaysia, RHB! Maka, berapakah nilai kesemuanya bagi keluarga Taib? Beberapa siri jualan awam telah diadakan bagi memberikan kita angka-angka yang kita perlukan itu.


Mendapatkan balik wang mereka – berapakah nilainya?

Pada tahun 2007, sebagaimana yang kita ketahui, keluarganya telah cuba untuk mendapatkan wang mereka dari saham-saham dalam RHB, kerana tiga percubaan jualan secara komersial telah mengalami kemerosotan selama tiga bulan berturut-turut. Dalam pada itu, Taib juga diketahui telah gagal meletakkan bidanya mengikut kehendaknya! Namun, keluarga Taib amat bertuah, kerana sebuah perbadanan awam telah bertindak sebagai penyelamat kerugian keluarganya yang menawarkan untuk membeli saham-saham. Perbadanan awam yang kita maksudkan di sini adalah tidak lain dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). KWSP merupakan sebuah dana persaraan kakitangan kerajaan yang terbesar di Malaysia, dan diuruskan oleh sebuah lembaga yang didominasikan oleh ahli-ahli politik dan juga pemimpin-pemimpin perniagaan. KWSP telah membayar sejumlah RM1.4 bilion secara tunai kepada para pemegang saham-saham UBG dan keluarga Taib bagi saham-saham dalam RHB. Wang tersebut adalah dari dana pencen penjawat awam yang dibayar masuk ke dalam akaun-akaun bank keluarga Taib. Fakta-fakta ini amatlah bertentangan dengan penafian yang telah dibuat sendiri oleh Abdul Taib Mahmud dalam video temubualnya mengenai "tuduhan konflik kepentingan" dan "menggunakan pengaruhnya untuk menambahkan kekayaannya" dengan berniaga di dalam Sarawak dan Malaysia! Dalam pada itu, tokoh-tokoh terkemuka negeri yang menganggotai Lembaga KSWP, antara lainnya, adalah rakan karib Taib sendiri, iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Y.B. Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi bin Abdul Ghani, yang telah kami dedahkan pada minggu lalu sebagai salah seorang dari perampas tanah orang-orang asal. Kenapa Encik Morshidi tidak sudi mengembalikan kesemua tanah-tanah yang diserahkan oleh Taib kepadanya – yang telah dibiayai dengan berjuta-juta ringgit wang para pesara kakitangan kerajaan? Selain itu, KWSP juga diminta untuk menyelamatkan projek Empangan Hidro Elektrik Bakun. Memandangkan tiada di kalangan pelabur yang sanggup melibatkan diri dalam projek berkenaan, maka KWSP telah memperuntukkan RM5.75 billion sebagai suntikan modal untuk gajah putih itu, sekali lagi, menghidupkan semula usahasama dan menambahkan kekayaan syarikat CMS milik keluarga Taib, dengan pemberian pelbagai jenis kontrak di situ. Dan Taib mengakui bahawa beliau tiada perniagaan di Sarawak mahupun di Malaysia, dan tiada konflik kepentingan? Sesuatu kenyataan yang tidak masuk akal!


Lebih banyak wang dari UBG

Setelah ianya menjualkan saham-saham RHB dengan banyak keuntungan, UBG seterusnya memperolehi kebaikan dari pengaruh tempatan. Ianya telah memperolehi faedah daripada dua syarikat, Putrajaya Perdana Sdn Bhd dan Loh & Loh Corp Bhd dan kemudiannya mengeluarkan saham-saham baru kepada sebuah syarikat persendirian, Majestic Masterpiece yang telah melonjakkan jumlah ekuitinya dari RM800 juta kepada kira-kira RM1.5 billion. Dalam pada itu, UBG telah mengabaikan keperluan yang ditetapkan oleh Pasaran Saham bahawa sekurang-kurangnya 25% dari keseluruhan saham dalam syarikat awam yang disenaraikan, seharusnya mudah diperolehi oleh para pelaburnya, dan bukan dipegang oleh syarikat-syarikat yang mengendalikannya. Pengumuman-pengumuman yang dibuat oleh Pasaran Saham dalam 2010 telah menyatakan bahawa UBG telah tidak mematuhi keperluan-keperluan itu kerana 90% dari saham bank berkenaan adalah di bawah kendalian CMS dan rakan barunya, Majestic Masterpiece. Mujurlah, Bursa Saham Malaysia telah meluluskan perlanjutan tempohnya itu! Apakah faedah pengambilan kedua-dua oleh UBG pada 2008 itu? Negeri Sarawak telah bersungguh-sungguh menawarkan kontrak-kontrak utama negeri kepada mereka sejak beberapa bulan yang lalu! Pada awal 2010, akhbar The Star telah melaporkan bagaimana syarikat Loh & Loh, telah berjaya mendapat salah satu daripada kontrak-kontrak utama negeri iaitu projek pembinaan jalan bernilai RM2 billion, dianugerahkan oleh Ketua Menteri! Projek tersebut adalah pembinaan RM645 juta jalan ke Empangan Murum, yang sedang dalam pembinaan (sebuah lagi projek gajah putih yang akan memusnahkan kawasan yang amat luas di Sarawak dan menambahkan kekayaan keluarga Taib). Sementara itu, syarikat Putrajaya Perdana, yang diambil oleh UBG, telah juga mendapat kontrak-kontrak mewah, terima kasih kepada keputusan-keputusan bijak Ketua Menteri. Salah sebuah projeknya adalah pembinaan Ibupejabat Sarawak Energy Berhad (SEB) di Isthmus di Kuching. Pada asalnya, kontrak itu telah dianugerahkan oleh Ketua Menteri kepada syarikat keluarganya, CMS dengan nilai RM232 juta. Kemudian, CMS menyerahkannya kepada anak syarikatnya yang baru, Putrajaya Perdana Construction, menerusi UBG dengan nilai RM231 juta. Dua kontrak bernilai berjuta-juta ringgit dianugerahkannya kepada syarikat-syarikat milik keluarganya dalam masa beberapa bulan setelah diambil-alih! Tiada tanda-tanda beliau menjalankan perniagaan 'di dalam negeri ini'? – adakah beliau ingat kita ini bodoh-bodoh belaka? Dalam masa Taib menganugerahkan kontrak-kontrak utama kepada kedua-dua anak syarikat milik keluarganya itu, beliau juga diketahui telah berusaha memperolehi faedah dari UBG. Beberapa siri rundingan telah dijalankan untuk menjualkan saham-saham CMS dalam bank itu, dan juga saham-saham Majestic Masterpiece kepada sebuah lagi syarikat yang bermisteri, yang dikenali sebagai PetroSaudi. PetroSaudi International adalah sebuah syarikat yang dikatakan berpangkalan di negara Arab yang telah menunjukkan minatnya melabur dengan membeli keseluruhan UBG dan menjadikannya sebagai syarikat persendirian. Syarikat berkenaan pernah mengejutkan media-media di Malaysia dengan pelbagai-bagai janji untuk melabur secara besar-besaran dalam usahasama dengan Kerajaan, yang akhirnya tidak menjadi reality sepanjang tahun 2010. PetroSaudi telah dikatakan mempunyai perkaitan dengan seorang putera raja Arab dan beribupejabat di Arab. Namun, Pejabat Rekod-rekod Syarikat di UK telah mengeluarkan cerita yang berlainan. Pejabat berkenaan menyatakan bahawa PetroSaudi International telah dikorporatkan pada 18hb Februari 2010, dan negara asalnya adalah United Kingdom! Ianya mempunyai pejabat-pejabat di Arab Saudi dan juga di Geneva, Switzerland, tetapi asal-usul syarikat itu adalah sejajar dengan keputusan Taib Mahmud untuk mengeluarkan berbilion-bilion ringgit sahamnya dari UBG di Sarawak dan menjualkan keseluruhan keusahawanannya itu kepada sebuah syarikat yang berpangkalan di luar Malaysia. Kajian dan siasatan kami ke atas pejabat-pejabat PetroSaudi International di 1 Curzon Street, Mayfair di London dan mendapati mereka menggunakan ruang-ruang pejabat di sebuah bangunan yang khasnya disewa oleh Asset Management, iaitu sebahagian dari Swiss Bank UBS.


Suatu lagi sumber keuntungan yang amat lumayan

Dengan anak-anak syarikat UBG yang baru dan dianugerahkan kontrak-kontrak besar negeri, adalah mudah sangat untuk memujuk PetroSaudi International mengambil-alih bank awam ini, dengan pemilikan 90% saham yang ada pada kedua buah badan itu (walaupun bercanggah dengan peraturan Bursa Saham Malaysia), kembali ke pangkuan-pangkuan persendirian. Hanya pada 1hb November 2010 pembelian saham-saham CMS dan Majestic Masterpiece diselesaikan oleh PetroSaudi International. Tawaran yang dicadangkan telah diumumkan beberapa bulan sebelum itu oleh CMS yang berjumlah RM466 juta. Amaun tersebut telah menjadikan sejumlah kira-kira RM2 bilion yang telah diperolehi oleh keluarga Taib daripada perniagaan perbankan hanya dalam masa beberapa tahun sahaja. Jual-beli ini telah melibatkan suntikan dana persaraan para bekas penjawat awam dan digunakan ke atas kontrak-kontrak negeri yang diraih oleh syarikat-syarikat Taib di sepanjang tempoh rundingan itu. Bagaimana Taib Mahmud boleh mengakui bahawa beliau tidak menjalankan perniagaan di Sarawak untuk mengelakkan dari dihantui oleh tuduhan-tuduhan konflik kepentingan? Mudah sahaja – beliau TELAH menggunakan kedudukannya dan pengaruhnya untuk menguntungkan diri sendiri. Beliau telah melarang semua bentuk media untuk melaporkannya kepada umum. Reminder about posting comments:Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site. One comment to: "MENGALIRKAN WANG KELUAR DARI SARAWAK" BID - ANAU says: April 6, 2011 at 2:41 am Kalau dapat Sarawak Report buat Road show untuk mendedahkan segala – galanya kepada rakyat Sarawak sepanjang tempoh berkempen 10 hari ini…dedahkan segalanya..Berani kerana benar..Takut kerana salah. KUASA DI TANGAN RAKYAT.Bukan semua rakyat boleh dapat maklumat yang SR tulis ini,jadi buatlah sesuatu untuk rakyat sebelum 16/04/2011 ini. Perubahan harus dilakukan..Ayuh kita bangkit sama – sama.

Majlis Tindakan DUN N-23 Dusun Tua

Posted: 06 Apr 2011 07:42 PM PDT

Majlis Tindakan DUN N-23 Dusun Tua


Lawatan YB Dr. ke Kedai Peniaga BMC

Posted: 06 Apr 2011 03:06 AM PDT

PAS LENGGONG

Posted: 06 Apr 2011 07:35 PM PDT

PAS LENGGONG


Atas alasan apa yang dia tak layak? atau anda yang jahat.

Posted: 06 Apr 2011 03:55 AM PDT

Ni seekor ngok berok lagi. Siapa wan azizah? isteri anwar. isteri siapa yang tak berhak dan layak untuk membela suaminya?
Kalau ada orang yang menuduh dan memalukan isteri anda adakah anda tidak akan bersuara?
Jangan memalukan keluarga sendirilah.
bersekongkol dengan penjahat itu jahat. Semoga laknat Allah ke atas anda dato nazri.
Nazri: Azizah tak layak kenalpasti lelaki video seks

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz mahu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi membersihkan nama BN berhubung isu video seks.

Katanya, cadangan untuk menubuhkan suruhanjaya itu kepada Kabinet Jumaat ini.

NONESemalam, presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menafikan bahawa suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video berkenaan dan menimbulkan kemungkinan ia didalangi oleh BN.

"Wan Azizah tidak cekap bagi kenal pasti (lelaki dalam video) kerana ia pasangannya," kata Nazri sambil menambah terdapat percanggahan kepentingan dalam perkara tersebut.

BN, menurutnya perlu bertindak segera bagi mengelakkan spekulasi orang ramai berhubung video seks berkenaan.

"Apabila dia (Wan Azizah) keluar kenyataan, saya berpendirian perkara ini tidak boleh terhenti di situ sahaja kerana jika tidak dijawab oleh kerajaan dan tidak diadakan suruhanjaya diraja, kerajaan akan dituduh terbabit.

"Saya berpendapat untuk menyelesaikan masalah ini, dan seperti saya katakan, Wan Azizah bukanlah pakar yang menentukan identiti pelaku itu, saya rasa adalah lebih adil jika kita wujudkan Suruhanjaya Diraja yang dianggotai oleh mereka yang bebas," katanya kepada pemberita di pejabatnya di bangunan Parlimen hari ini.

NONENazri berkata, bahawa setelah penafian itu dibuat, rakyat mempunyai hak untuk mengetahui sama ada benar atau tidak Anwar adalah lelaki dalam video itu.

"Dan penyelesaian terbaik bagi isu itu adalah dengan menubuh suruhanjaya diraja.

"Sebagai kerajaan, kita bukan sahaja mesti bersih tetapi juga dilihat sebagai bersih," katanya.

Nazri berkata, usul untuk menubuhkan suruhanjaya itu dibuat kerana kerajaan mendengar pandangan rakyat dan juga badan bukan kerajaan termasuk Dewan Pemuda PAS yang meminta sebuah suruhanjaya diwujudkan bagi menangani isu itu.

"Saya akan memperakukan dan akan sedaya upaya meyakinkan Kabinet untuk menubuhkan suruhanjaya itu," katanya.

NGO yang ngok berok

Posted: 06 Apr 2011 03:39 AM PDT

Ada ngo di selangor tunjuk perasaan dan hantar memo kepada KPN dan meminta KPN tubuhkan suruhanjaya diraja?
Bodoh berok sangat ngo tu.
tak tahu siapa yang berkuasa untuk menubuhkan suruhanjaya.
Lepas ni diharap ngo yang ngok tu kalau benar jujur suruh PM tubuhkan suruhanjaya siasatan untuk menyiasat kematian pegawai kastam yang kematiannya semacam TBH.
Kalau tak desak sememangnya celaka haramjadahlah ngok tu termasuk yang jadi juru cakapnya.

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 06 Apr 2011 03:32 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


anwar teruskan-jangan tunduk

Posted: 06 Apr 2011 09:24 AM PDT





OLEH : JAMALUDIN MD.ISA(Penulis Bebas)



SEMAKIN hebat semakin berat ujian getir terhadapmu DSAI, dari isu liwat 1997/1998, ke isu fitnah ke 2 kes Shaiful dan terkini Dato T dengan kembara video lucah yang menggegarkan. Apa pun rencana dan pakatan jahat untuk menamatkan kerjaya politik Nasional anda belum tentu berjaya. Waktu anda di penjara Sg Buluh dahulu, para konspirasi politik dalam UMNO telah berkenduri besar bagi merayakan kejatuhan anda dari pentas politik negara. Tetapi percayai wahai DSAI terhadap segala apa yang ditakdirkan oleh AllahSWT melalui firmannya "Jika Allah menimpakan sesuatu kemudaratan kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghilangnya kecuali Dia. Dan jika AllahSWT menghendaki kebaikan bagi kamu, maka tidak ada yang dapat menolak kurniaNYA, Dia memberi kebaikan itu kepada sesiapa yang Dia kehendaki di antara hamba-hambaNYA. Dan Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha penyayang(Surah Yunus ; ayat 107) Harapan saya sekalipun hebat dan segetir mana usaha mereka untuk memindahkan kamu dari persada politik Nasional belum tentu mereka akan berjaya. Jatuh bangun semula, masuk keluar penjara, konspirasi, fitnah dan terkini sebaran video lucah yang cukup memalukan bukan sekadar anda dan seluruh keluarga, tetapi kesan amat mendalam terhadap satu jenerasi Melayu mutakhir. Sekalipun pentas politik Melayu disimbah kekotoran yang menjijikan. Belum tentu DSAI akan tewas dalam politik Nasional. Pada saya ini ujian dan sunatulah terhadap pejuang tulin dan kental. Diuji, diseksa, dipenjara dan difitnah oleh musuh-musuh politik dan akhir anda akan kembali menguasai politik Nasional. Inilah yang amat menakutkan tokoh-tokoh besar UMNO terhadap anda. Justeru itu, ia tidak harus merasa gusar dan menghairankan, memang fitrahnya bagitu. Jangan perdulikan halangan itu dan "LAWAN TETAP LAWAN".

Skrip mana SPR pakai di PRN Sarawak????

Posted: 06 Apr 2011 09:13 AM PDT

FITNAH UMNO GAGAL !!!

Posted: 06 Apr 2011 08:35 AM PDT



VIDEO SEKS LELAKI BOROI DIRAKAM 21 FEBRUARI.

TIDAK BERJANGGUT DAN BERMISAI !!!!!!









DATO SERI ANWAR IBRAHIM HADIR KE MAHKAMAH KEESOKAN

HARI DENGAN BERJANGGUT DAN BERMISAI !!!!!!!!


FITNAH UMNO GAGAL !!!!!!!!!!!!

FITNAH UMNO GAGAL !!!!!!!!!!!

FITNAH UMNO GAGAL !!!!!!!!!!!!!


RAKAMAN VIDEO SEKS LELAKI BOROI 11 MALAM 21 FEBRUARI.

DATO SERI ANWAR IBRAHIM KE MAHKAMAH 10 PAGI 22 FEBRUARI.



KURANG DARI 11 JAM JANGGUT DAN MISAI TUMBUH ?

KURANG DARI 11 JAM JANGGUT DAN MISAI TUMBUH ?

KURANG DARI 11 JAM JANGGUT DAN MISAI TUMBUH ?

KURANG DARI 11 JAM JANGGUT DAN MISAI TUMBUH ?

KURANG DARI 11 JAM JANGGUT DAN MISAI TUMBUH ?

KURANG DARI 11 JAM JANGGUT DAN MISAI TUMBUH ?

Tak percaya, tunjuk video youtube, perbandingan antara video penzina yg tiada janggut n misai dan muka ds anwar esoknya yg ada janggut n misai.

http://www.youtube.com/watch?v=J4YZLtvlaWg&feature=player_embedded

Video lelaki boroi takde misai

http://www.youtube.com/watch?v=jKdMt2NMnPo&feature=player_embedded

Video ds anwar keesokan harinya, ada misai n janggut

boleh sesiapa paparkan link youtube diatas kat thread ni?

Btw ni bukti tweeter tunjukkan ds anwar di mahkamah keesokan harinya



ADA NAMPAK BULU JANGGUT DAN MISAI LELAKI BOROI PADA 21 FEBRUARI ?


SILA 'PAUSE' AND 'PLAY' BERIBU KALI UNTUK CARI BULU MISAI DAN JANGGUT LELAKI BOROI PADA 21 FEBRUARI.


KALAU JUMPA BULU MISAI DAN JANGGUT PERGI BAGITAHU ROSMAH !!!!


KAH KAH KAH

KAH KAH KAH


SIAPA KAH LELAKI BOROI YANG TIDAK BERMISAI DAN BERJANGGUT INI ?

SIAPA KAH SI BANGSAT BOROI INI ?


YANG SAH DAN PASTI BUKAN DATO SERI ANWAR IBRAHIM !!!


TIDAK MUNGKIN MISAI DAN JANGGUT MAMPU TUMBUH DALAM TEMPOH KURANG 12 JAM !!!!!!!!!!!

MUNGKIN KAH BULU MISAI DAN JANGGUT MAMPU TUMBUH DALAM TEMPOH KURANG 12 JAM ???


KEJADIAN DATO T BERLAKU 11 MALAM 21 FEBRUARI .

DATO SERI ANWAR IBRAHIM KE MAHKAMAH 10 PAGI 22 FEBRUARI.


DALAM TEMPOH 11 JAM BOLEH TUMBUH JANGGUT DAN MISAI ??????

ANTARA dua kematian SPRM

Posted: 06 Apr 2011 08:10 AM PDT


KUALA LUMPUR, 6 April -- Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Abdullah ketika sidang akhbar mengenai kes Penolong Pengarah Kastam Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Ahmad Sarbani Mohamed,56, yang ditemui meninggal dunia selepas dipercayai membunuh diri di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, hari ini.

Sarbani datang ke SPRM untuk kes soal siasat melibatkan Operasi 3B, Kesalahan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah.

Bangunan tingkat satu di mana mayat Penolong Pengarah Jabatan Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed,56, ditemui selepas dipercayai membunuh diri di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini.


Lokasi di mana Penolong Pengarah Kastam Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Ahmad Sarbani Mohamed,56, yang dipercayai terjun membunuh diri setelah ditemui meninggal dunia di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini.


Lokasi tingkat satu bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mana mayat Penolong Pengarah Jabatan Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed,56, ditemui di gelanggang badminton di sini hari ini.


Mayat Penolong Pengarah Kastam Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Ahmad Sarbani Mohamed dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia di Jalan Cheras untuk bedah siasat.


Motosikal milik Penolong Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Ahmad Sarbani Mohamed,56, yang ditemui di tempat letak kenderaan di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Wilayah Persekutuan Jalan Cochrane.

Kredit : Bernama

Fuh!..cepatnya akhbar sahkan kematian Pegawai Kastam ini sebagai 'BUNUH DIRI'??. Sudah selesaikah siasatan sehingga Ketua Polis Kuala Lumpur mengeluarkan kenyataan Pegawai Kastam yang mati jatuh dari bangunan SPRM ini sebagai 'BUNUH DIRI'?. Dalam masa kurang 12 jam polis sudah kata kes ini kes BUNUH DIRI sedangkan kes kematian Teoh Beng Hock masih di dalam siasatan dan belum lagi diketahui punca kematiannya....:Author Faethal

(PANAS) PEGAWAI KASTAM PULAK JATUH BGNN SPRM

Posted: 06 Apr 2011 01:20 AM PDT

KUALA LUMPUR, 6 April — Seorang pegawai Kastam yang sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mati selepas jatuh dari bangunan agensi itu di Jalan Cochrane di sini hari ini.

Perkara itu diumumkan oleh Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali.

Agensi itu akan mengadakan sidang media tengah hari ini.

Insiden terbaru ini berlaku ketika Suruhanjaya Diraja sedang mengadakan siasatan berhubung kematian bekas pegawai DAP Teoh Beng Hock ditemui mati selepas disiasat SPRM dua tahun lalu.

SPRM memulakan Operasi 3B minggu lalu dan telah menahan 62 pegawai Kastam di seluruh negara.

Mangsa dikenali sebagai penolong pengarah Kastam Selangor Ahmad Sarbani Mohd, 56, yang dibebaskan dengan diikat jamin dua hari lalu.

Mustafar berkata mayat pegawai itu ditemui di aras bawah, selepas dipercayai jatuh dari tingkat tiga pada pukul 10.15 pagi.

Kata beliau Ahmad datang ke bangunan SPRM kira-kira 8.26 pagi tadi tanpa sebarang temu janji memintanya datang bertemu dengan pegawai siasatan.

Ahmad telah pun memberikan kenyataan kepada SPRM dan telah dibebaskan pada pukul 12.30 tengah hari, Sabtu lalu.

"Allahyarham ada meminta mahu bertemu dengan pegawai penyiasat tetapi tidak mengatakan sebab," kata Mustafar.

Mustafar berkata seorang pegawai telah menemaninya ke sebuah bilik dan meminta diri untuk mendapatkan pegawai siasatan kira-kira pukul 10.15 pagi.

Apabila pegawai itu kembali beberapa minit kemudian Ahmad tidak lagi berada di bilik.

Ahmad ditemui dengan kesan darah di gelanggang badminton.

"SPRM telah memaklumkan keluarga Allahyarham dan pengurusan jabatannya.

"Kami juga telah menyerahkan kepada polis untuk tindakan susulan," kata beliau lagi.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Abdullah mengesahkan kes itu sebagai kematian mengejut dan siasatan awal menunjukkan kecederaan di bahagian kepala.

MENYUSUL LAGI

JIRAN SIAL... ROGOL REMAJA BERAMAI-RAMAI!!!

Posted: 05 Apr 2011 07:37 PM PDT

[HM] KUALA LUMPUR: Seorang gadis yang terlalu mudah mempercayai seorang lelaki yang juga jirannya akhirnya dirogol bergilir-gilir dalam satu kawasan semak di Batu Arang, Rawang, Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa yang berusia 15 tahun termakan pujuk rayu untuk mengikut lelaki terbabit yang berusia 26 tahun dengan alasan ingin dibawa bersiar-siar.

Menurut sumber, mangsa dan suspek bertemu di sebuah pusat membeli belah di Bukit Bintang sebelum dipelawa untuk dihantar pulang ke rumahnya di Taman Aman, Sea Park, Petaling Jaya dengan menaiki motosikal jenis RXZ.

"Mangsa kemudian bersetuju dan tidak mengesyaki apa-apa yang buruk bakal berlaku kerana mereka tinggal berjiran.

"Sebaik menunggang motosikal, suspek kemudian memberitahu ingin singgah sebentar di kawasan Chow Kit bagi berjumpa rakannya," katanya.

(GAMBAR) VIDEO SEKS 'ANWAR'??

Posted: 05 Apr 2011 06:57 PM PDT


awat mamat atas tue gemuk??? makan dulu ke??? wakakakaka

WANITA UMNO TAK PUAS HATI DENGAN HARUSSANI?

Posted: 05 Apr 2011 06:08 PM PDT

KUALA LUMPUR, 6 April — Tan Sri Harussani Zakaria sekali lagi menegaskan tidak akan menarik balik keputusan mengharamkan tarian poco-poco, sebaliknya bersedia untuk memberi penjelasan kepada Majlis Fatwa Kebangsaan akhir bulan ini walaupun terdapat mendapat tentangan daripada pelbagai pihak termasuk wanita UMNO (gambar tu kot) sendiri.

Mufti Perak berkata Jawatankuasa Fatwa negeri itu membuat keputusan mengharamkan tarian poco-poco selepas membuat kajian dan penelitian mendalam.

"Saya bersedia (buat penjelasan), kita haramkan tarian poco-poco sebab kita dah siasat... kita dah kaji... kita dah teliti sebab itu kita haramkan kerana ia menyimpang dari ajaran Islam.

"Keputusan ini bukan keputusan main-main, kita tahu dan sedar apa yang kita buat, jika ada sesiapa yang tidak faham saya sedia jelaskan dan bersedia memberikan sebab kenapa ia diharamkan termasuk kepada Majlis Fatwa Kebangsaan," kata Harussani yang kemungkinan akan membentangkan keputusan mengharamkan tarian poco-poco pada mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan 20 April.

Semalam Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak telah mengambil kira sembilan asas, :

- Setiap orang Islam diwajibkan meninggalkan setiap perkataan dan perbuatan yang mempunyai kesamaan dan penyerupaan terhadap amalan agama lain biarpun seseorang Muslim itu berniat baik untuk melakukan amalan tersebut atau ketika melakukannya;


- Nabi s.a.w memperingatkan umat Islam sentiasa mengelakkan diri dari melakukan perbuatan, tindakan dan perlakuan yang menyerupai orang kafir;

- Kendati pun pelbagai nama, panggilan atau sebagainya diberi kepada tarian dan senaman poco-poco dengan penjenamaan yang lain, walhal pada hakikatnya ia sebenarnya tarian dan senaman poco-poco itu sendiri, maka tetap diharamkan sepertimana sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Ibnu Majah;

- Pengharaman berasaskan kaedah Saddu al-Dzarai'e - bermaksud menegah melakukan perkara yang harus kerana bimbang perkara itu membawa kepada yang haram. Pelbagai kerosakan akhlak meliputi pergaulan bebas, hiburan melampau, peniruan budaya barat yang merosakkan telah menimpa kebanyakan umat Islam termasuk golongan wanita dan belia; dan

- Pengharaman berlandaskan alasan teliti dan cerma.

LOJI RADIOAKTIF AKAN KEKAL DI GEBENG!

Posted: 05 Apr 2011 05:55 PM PDT

KUANTAN, 6 April — Lynas Corporation akan kekal di kawasan perindustrian Gebeng dekat sini melainkan loji pemprosesan RM700 juta itu gagal memenuhi keperluan keselamatan, kata Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) malam tadi.


AELB merupakan antara beberapa agensi pusat dipelawa oleh kerajaan Pahang untuk meredakan kebimbangan penduduk berhubung operasi loji itu yang akan bermula suku ketiga tahun ini.

Lojinya sedang dalam proses pembinaan.

Malam tadi, Ketua Pengarah AELB Raja Datuk Abdul Aziz Raja Adnan mengakui tiada satu keperluan keselamatan tetap berhubung aspek radiasi.

Sebaliknya kata beliau, paras torium dalam bahan mentah yang akan digunakan untuk tujuan pemprosesan akan dijadikan sebagai petunjuk.

"Perkara utama menjadi perhatian ialah sisa buangan," kata beliau merujuk kepada elemen radioaktif yang ditemui dalam semua lapisan nadir bumi.

Ketika bercakap kepada pemberita selepas dialog awam dengan penduduk tempatan, kata beliau, kelulusan AELB, membabitkan lima anggota, adalah berdasarkan penilaian kes demi kes.

Bagaimanapun tegas beliau, Lynas bertanggungjawab kepada standard yang ia janjikan.

"Jika kadar torium dalam bahan mentah melebihi 0.16 peratus, kami akan menarik balik lesen," kata beliau kepada 300 orang yang menghadiri dialog semalam.

Raja Aziz juga memberitahu pemberita bahawa Lynas harus berpegang kepada 500 ppm torium dalam bahan buangan dan jika tidak akan diminta menutup operasinya.

Pertemuan malam tadi dianjurkan oleh Perbadanan Pembangunan Negeri Pahang selepas penduduk Kuantan, pertubuhan bukan kerajaan dan wakil rakyat-wakil rakyat membantah operasi loji atas alasan bimbang dengan risiko bahaya radiasi.

Kebimbangan itu meningkat selepas krisis loji tenaga nuklear ekoran bencana berganda tsunami dan gempa bumi di Jepun bulan lalu.

Raja Aziz juga berkata sementara tiada standard radiasi yang tetap, mengurangkan kadar yang boleh diterima berbanding dengan apa yang dijanjikan oleh Lynas bermakna industri berat lain di Pahang seperti kilang kenderaan dan loji penapisan minyak juga perlu ditutup.

Bagaimanapun katanya, pengajaran dari krisis Bukit Merah di Perak dan asas kes-kes kanser yang dibangkitkan akan diambil kira.

Data-data yang diperoleh akan digunakan sebagai tanda aras, katanya.

Lynas secara berulang kali mengatakan bahawa nadir bumi yang pihaknya gunakan hanya mempunyai 1,600 ppm torium iaitu 50 kali lebih rendah berbanding bahan mentah yang digunakan di Bukit Merah.

Siti Zailah | Home

Posted: 06 Apr 2011 03:19 PM PDT

Siti Zailah | Home


SATU LAGI KES TERJUN BANGUNAN DALAM MASA SIASATAN SPRM

Posted: 06 Apr 2011 12:27 AM PDT

TAKZIAH KITA UCAPKAN KEPADA KELUARGA PEGAWAI KASTAM YANG BERTUGAS DIPORT KLANG BARU SAJA MENINGGAL DUNIA HARI INI KERANA TERJATUH DARI TINGKAT 3 BANGUNAN SPRM DI JALAN COCHRANE KUALA LUMPUR.PEGAWAI KASTAM YANG DISOAL SIASAT ATAS ISU MEMILIKI WANG DAN JONGKONG MAS YANG SEDANG DISIASAT OLEH SPRM.INSIDEN INI MENJEJASKAN KREBILITI KERAJAAN BILA MANA KES SEUMPAMA TEOH BENG HOCK BERULANG LAGI DALAM NEGARA KITA.APAKAH SESIAPA YANG AKAN DISOAL OLEH SPRM HENDAKLAH BERSEDIA DENGAN KAIN KAPAN???.
PEGAWAI KERAJAAN HANYA MENUNAIKAN TUGAS DAN TANGGUNG JAWAB,KITA TIDAK MAHU ADA TANGAN GHAIB YANG BERADA DIBELAKANG SESUATU INSIDEN DALAM NEGARA KITA

PAS LETAK 2 CALON MUSLIMAT DAN 3 CALON MUSLIMIN DI SARAWAK

Posted: 06 Apr 2011 12:11 AM PDT

KUCHING, 5 April: PAS mensasarkan untuk menghantar sekurang-kurang seorang hingga tiga wakilnya ke dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak dalam pilihan raya negeri kali ini, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali.

Untuk itu, katanya, PAS yakin pilihan raya negeri Sarawak kali ini adalah yang terbaik akan dicapai oleh PAS selepas dua kali menyertai pilihan raya negeri sebelum ini.

(Gambar: Abang Ahmad, Beting Maro [kiri] dan Adam Ahid, Sebuyau [kanan sedang bercakap], dua dari lima calon PAS dalam PRN Sarawak)

Sebelum ini, dalam pilihan raya negeri 2001, PAS bertanding tiga kerusi DUN namun pada tahun 2006 hanya satu kerusi sahaja. Pilihan raya kali ini, PAS bertanding lima kerusi.

Kerusi yang dipertandingkan oleh PAS dalam pilihan raya kali ini adalah Beting Maro, Sebuyau, Sadong Jaya, Muara Tuang dan Tanjung Datu. Rakan PAS, DAP akan bertanding di 15 kerusi manakala PKR akan bertanding di 49 kerusi selepas usaha perundingannya dengan Snap gagal.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi bersama timbalannya, Nasharudin Mat Isa yang menjadi pengarah pilihan raya ini berada di sini sejak beberapa hari lalu.

Dalam pilihan raya ini, PAS meletakkan dua calon wanita manakala tiga calon lelaki.

Calon-calon wanita PAS adalah Puan Hani Shafi di Tanjung Datu dan Puan Noraini Hamzah (gambar kiri) di Muara Tuang.

Tiga lagi calon PAS adalah Pesuruhjaya PAS, Adam Ahid akan bertanding di Sebuyau dalam Parlimen Batang Lupar.

Sementara itu, Abang Ahmad Kardee, seorang peguam muda anak tempatan Beting Maro akan bertanding di situ dalam pilihan raya kali ini. DUN ini juga terletak dalam Parlimen Batang Lupar di Sarawak Tengah.

Seorang lagi calonnya adalah Ketua Pemuda PAS Sarawak, Abang Eddy Allyanni Abang Fauzi yang akan bertanding di Sadong Jaya. Dalam pilihan raya umum 2008, Abang Eddy adalah calon PAS di Parlimen Batang Lupar namun tewas di tangan calon BN, Datuk Ruhani Karim.

Semalam, PAS telah memperkenalkan tiga calonnya kepada penduduk tempatan. Presiden PAS, Abdul Hadi Awang memperkenalkan memperkenalkan Abang Ahmad di Beting Maro, timbalannya, Nasharudin Mat Isa memperkenalkan Adam Ahid di Sebuyau, manakala Mustafa memperkenalkan Nuraini di Muara Tuang.

Ustaz Hadi mengumumkan calon PAS Beting Maro di Kampung Beladin iaitu rumah Haji Alem Din, bekas calon PAS di situ dalam pilihan raya 2006.

Pengumuman itu dibuat ketika beliau menyampaikan amanat kepada jentera dan penyokong PAS DUN Beting Maro.

Pada majlis tersebut beliau telah mengumumkan Abang Ahmad Kardee Bin Abang Masagus, 32 tahun sebagai calon PAS untuk menghadapi pilihanraya Sarawak pada kali ini.

Malam ini, Abdul Hadi dan Naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man akan memperkenalkan Puan Hani Shafi yang akan bertanding di Tanjung Datu manakala Mustafa akan memperkenalkan Abang Eddy di Sadong Jaya.

DUA ORANG CALON MUSLIMAT DISARAWAK DIHARAP MENDAPAT SOKONGAN WANITA DAN PENGUNDI DISARAWAK...

Posted: 05 Apr 2011 11:53 PM PDT

KUCHING, 6 April: Tahniah atas kepercayaan pimpinan PAS kerana memberi kepercayaan kepada calon muslimat untuk menghadapi PRU Sarawak.Kewibawaan ,kesungguhan dan kerajinan YB dan calon muslimat dalam PRU12 dan PRK sebelum ini membuka mata masyarakat untuk meletakkan kepercayaan kepada calon muslimat.Sokongan dan kerjasama semua pehak amat penting untuk capai kemenagan.Rakyat Sarawak harus berani bangkit untuk buat perubahan.Muslimat bertanding kali ini di DUN Tanjong Datu dan DUN Muara Tuang .HARAPAN pimpinan kita, "Sokongan wanita dijangka meningkat bila mana PAS dilihat berjaya meningkatkan taraf wanita dengan menurunkan calon muslimat," kata Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli.

Menurutnya, PAS mempunyai harapan dengan menampilkan calon baru berbanding calon Barisan Nasional dilihat daripada sokongan penyokong yang terdiri daripada pelbagai kaum Bidayuh, Iban, Cina dan Melayu.

HARAPAN PAS CERAH DI BETING MARO,HARAP RAKYAT SARAWAK JANGAN TAKUT UNTUK BUAT PERUBAHAN

Posted: 05 Apr 2011 11:48 PM PDT

BATANG LUPAR, 6 April: PAS yakin calon mereka di Dun Beting Maro, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus mampu mencipta sejarah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS pertama di Sarawak.

Menurut Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub, ianya berdasarkan mood dan sokongan positif pengundi yang sangat baik berbanding mood pilihan raya negeri Sarawak 2006 lalu.

Beliau yang ditemui selepas mengiringi calon ke pusat penamaan berkata, rakyat di sini bukan sahaja semakin menerima PAS malah menunggu kehadiran wakil PAS di kawasan mereka.

"Kita merasakan ini era baru bagi PAS di Sarawak. Kita punya iltizam untuk menjadikan Beting Maro Dun pertama bakal dimenangi di sini.

"Kita dapat rasakan mereka cukup menyambut kehadiran kita. Tiada lagi faktor ketakutan mereka kepada PAS seperti 2006 dahulu," katanya.

Tambahnya lagi, perubahan besar yang berlaku itu menunjukkan sikap rakyat negeri ini yang dahagakan perubahan selepas kecewa dengan kerajaan BN negeri ini.

Ianya termasuk isu tanah adat yang gagal diselesaikan BN sejak sekian lama memerintah.

"Pada 2006 lalu walaupun kalah, tapi majoriti yang kecil itu sudah membanggakan kita.

"Saya bangga PAS boleh diterima di Sarawak, boleh bertanding di Sarawak, tapi Umno tidak boleh diterima di sini," tambahnya lagi.

Mengulas faktor calon pula, beliau berkata Abang Ahmad mempunyai kelebihan sendiri yang boleh diterima rakyat disini.

"Kita mengemukan calon terbaik, orang muda, orang tempatan, profesional, peguam dan berpengalaman dalam parti.

"Kita tawarkan gaya politik baru kepada rakyat," katanya.

Semantara itu, calon PAS, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus akan ditentang calon BN Razaili Gapor bagi Dun Beting Maro.

Kedua-dua mereka diumumkan sah bertanding oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tepat jam 11.38 tengah hari tadi selepas tiada sebarang bantahan diterima SPR sepanjang sejam sesi bantahan dibuka.

Abang Ahmad menyerahkan borang pencalonan jam 9.05 pagi manakala Razaili jam 9.10 pagi di pusat penamaan calon di Pejabat Daerah Pusa di sini.

BANTUAN WANG KWAPM DALAM PARLIMEN RANTAU PANJANG SEMAKIN BERKURANGAN SEJAK TAHUN 2008 HINGGA 2011..

Posted: 05 Apr 2011 11:23 PM PDT

DALAM MENJAWAB SOALAN AHLI PARLIMEN RANTAU PANJANG KEPADA MENTERI PELAJARAN BERKAITAN ISU PELAJAR YANG MENERIMA BANTUAN WANG KWAPM MENGIKUT SEKOLAH DALAM SELURUH PARLIMEN RANTAU PANJANG SEJAK TAHUN 2008,2009,2010 DAN 2011 ADALAH SEPERTI BERIKUT;
TAHUN 2008 BERJUMLAH 10108 0RANG
TAHUN 2009 BERJUMLAH 8877 ORANG
TAHUN 2010 BERJUMLAH 7331 ORANG
TAHUN 2011 BERJUMLAH 358 ORANG

MAKLUMAT YANG KITA TERIMA ,BANYAK SEKOLAH YANG TAK BERPUAS HATI DALAM PEMBERIAN BANTUAN INI,ADA SEKOLAH YANG MEMPUNYAI JUMLAH PELAJAR MISKIN TEGAR LEBIH DARI 400 ORANG SEBUAH SEKOLAH,TAPI PELAJAR YANG TERPILH TAK SAMPAI SATU PERATUS (1%)SAJA,APAKAH KERANA NAK TINGKATKAN NILAI PENCAPAIAN GTP NEGARA,BANYAK NASIB RAKYAT YANG SEPATUTNYA DIBELA TAPI DICICIRKAN.

MP Pendang

Posted: 06 Apr 2011 01:48 PM PDT

MP Pendang


KedahLanie.info: BUKTI ni bukan DSAI... Datok T penipu

Posted: 06 Apr 2011 08:24 AM PDT


KedahLanie.info: BUKTI ni bukan DSAI... Datok T penipu:

"Analisi-analisi yang diperolehi setakat ini.... 1) Dato T kata... CCTV dijumpai dalam Laci... siap kena kumpil lagi... tetapi bedasarkan ..."

Lihat saja bentuk dagu , letak telinga dan jarak hidung dan telinga DSAI dengan lelaki berkenaan amat jelas berbeda, telinga DSAI agak kebelakang dan kebawah, muka agak penuh . Begitu melandur tetek lelaki tersebut kalau nak banding dengan dada DSAI yang sering kita lihat walaupun beliau memakai baju , tidak kelihatan menonjol dan melandur sebegitu.Dahi DSAI agak luas berbanding dahi lelaki dlm filem tersebut.
Corak rambut dan bentuk contour muka yang kelihatan lebih kedepan berbanding filem hitam puteh yang mukanya nampak agak tirus.

kita buang saja minyak masak dari restoran makanan segera.

Posted: 06 Apr 2011 08:02 AM PDT



Pejabat Price Waterhouse Cooper di London menggunakan minyak masak dari restoran makanan segera untuk menghasilkan tenaga didalam bangunan mereka melalui biodisel yang diproses daripada minyak masak yang telah digunakan.

Video Seks: Ku Li Bidas UMNO

Posted: 05 Apr 2011 03:46 PM PDT



tulisan ini adalah pandangan dari pemilik blog , tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau mati.

PUSAT KHIDMAT WAKIL RAKYAT MERBAU PULAS N 33

Posted: 06 Apr 2011 01:36 PM PDT

PUSAT KHIDMAT WAKIL RAKYAT MERBAU PULAS N 33


MB perjelas maksud ungkapan ‘Beruk panjat pokok nyok’

Posted: 05 Apr 2011 07:50 PM PDT

Wednesday, April 6, 2011

ALOR SETAR - Ungkapan 'Beruk panjat pokok nyok' yang diucapkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak ketika menggambarkan tindakan Kerajaan Pusat membawa pulang pelajar Malaysia di Mesir dalam Ops Piramid, mencetuskan kemarahan wakil rakyat Barisan Nasional (BN).

Azizan bagaimana pun, pada sidang media selepas Sidang DUN berakhir, memperjelaskan maksud sebenar ungkapan itu.

"Itu hanya istilah orang tua yang bermaksud buat kerja tak habis. Macam kita upah orang naik pokok kelapa, tetapi kita tak bayar upah turun. Maksud saya ialah Kerajaan Pusat bawa pelajar pulang dengan pembiayaan ditaja, tetapi tidak biaya perjalanan pulang," katanya.

Menurutnya, wakil rakyat BN tidak perlu melenting dengan ungkapan itu kerana ia bukannya sesuatu yang salah, malah digunakan oleh masyarakat terdahulu untuk menggambarkan sesuatu keadaan.

Azizan berkata, tindakan Kerajaan Pusat yang tidak berunding dengan Kerajaan Negeri terlebih dahulu menyebabkan timbulnya banyak masalah lain, termasuk setiap negeri terpaksa mengeluarkan peruntukan bagi kos penghantaran pulang pelajar.

"Syukur Kerajaan Negeri ada peruntukan untuk membiayai perjalanan pulang pelajar dengan menyewa tiga pesawat Egypt Air penerbangan terus KLIA ke Mesir. Perumpamaan itu sekadar gambaran Kerajaan Pusat lepas tangan dalam penghantaran pulang pelajar," katanya.

Menurutnya, kenyataan pemimpin BN sebelum ini yang mahu negeri-negeri bawah Pakatan Rakyat (PR) mengurus sendiri penghantaran pulang pelajar terbabit diibaratkan sebagai sikap tidak bertanggung jawab.

"Kedah juga sebahagian daripada Malaysia, kenapa pula diberi layanan seperti itu. Lainlah jika negeri bawah BN dan bawah PR adalah dua buah negara berasingan," katanya.[SH]

Isu disebalik Rakaman ------Video XXXX

Posted: 05 Apr 2011 06:53 PM PDT

Kuala Lumpur: Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul berkata, terdapat bayang ketiga dalam rakaman video fitnah yang disebar di laman You Tube dan internet, yang menunjukkan video berkenaan sengaja dirakam.

Menurutnya, salah seorang daripada trio Dato T, Shazryl Eskay Abdullah, yang menayang video itu kepada beberapa wartawan dan beliau sebelum ini, mendakwa video itu dirakam dalam keadaan gelap menggunakan kamera infrared.

"Terdapat tiga bayang yang jelas dalam video berkenaan yang menunjukkan ada cahaya dari arah kamera itu. Ini membuktikan video itu sengaja dirakam dan diketahui individu dalam video berkenaan," ujarnya ketika ditemui Keadilandaily hari ini.

Johari juga mengulangi bahawa bentuk tubuh badan Anwar sangat berbeza dengan lelaki di dalam video itu seperti perutnya yang lebih buncit dan dadanya (bahagian tetek) yang menggelendur atau berisi.

"Bahagian tetek (dada) Anwar flat, rata. Tidak berisi seperti itu," ujarnya.

Sementara itu, blogger eyesdot.com mengemukakan beberapa bukti bahawa video itu sengaja dirakam dengan menimbulkan beberapa persoalan termasuk kedudukan meja solek dalam rakaman berkenaan.

"Dalam keadaan bilik hotel yang serba sederhana, dengan hanya menawarkan katil, almari solek dan sebuah almari televisyen, apakah yang boleh dijangka untuk satu lagi almari solek berlaci bersebelahan dengan tv?

"Itu hanyalah sebuah almari tv, bukan almari solek kerana almari solek terletak berhadapan dengan katil," ujarnya.

Menurutnya, pada saat ke 0.29 hingga 0.32 rakaman video itu, lelaki kedua yang berpakaian penuh dilihat memegang dua alat kawalan jauh.

"Satu untuk video kamera (yang didakwa CCTV) dan satu lagi remote TV. Seolah-olah orang ketiga dalam video tersebut ingin memastikan status video kamera itu dalam keadaan 'record'," ujarnya.

Beliau turut mempersoalkan tulisan berbahasa Thailand yang tertera dalam video tersebut setelah dialih bahasa bermaksud nama sebuah jalan di Bangkok, Thailand.

"Phaholyothin Road Bangkok adalah nama jalan di mana terletaknya hotel yang kononnya dikatakan berlaku di sekitar Kuala Lumpur tetapi sebenarnya berlaku di Thailand.

"Terdapat beberapa hotel di Phaholyothin Road Bangkok, dan aktiviti paling digemari sekitar Phaholyothin Road adalah aktiviti pelacuran.

"Justeru itu, masihkah anda percaya aksi ini berlaku di Kuala Lumpur sepertimana didakwa Trio yang dikepalai oleh Rahim Thambi Chik? Masihkah anda percaya dengan Trio pembawa fitnah jahat?," tulisnya. -KD

Sidang DUN 12

Posted: 05 Apr 2011 06:35 PM PDT

Sinopsis BEROK NAIK NYOK yang buat Mat Bashah kepanasan...!!!

Posted: 05 Apr 2011 05:18 PM PDT

Wednesday, April 6, 2011
Sinopsis BEROK NAIK NYOK yang buat Mat Bashah kepanasan...!!!
Jenaka Siang Hari...Beruk Naik Nyok... Singkatannya di Indonesia Di Panggil Bay-End!

Sebutannya pak - 'bay-end'... awas ya! biar betul pak, , jangan nyasaran, nanti dimarahin 'ma bosnya! Tapi ini sebutan orang pelosok ajah, Titi Siam, Lorong Siam Jawa Barat, kalo di Kota Jakarta atoo di Kotaraya Pokok Sena, ngak disebut lagi pak... sebuat BN ajah pak ya!...maaf ya pak, canda di siangan ajah pak, ngak ada yang seriiuss!......stop!

Bahasa Melayu kaya dengan perumpamaan. Pejuang dan pendokong parti yang kunun-kununnya berjuang demi memartabatkan bangsa melayu (padahal sebaliknya!) harus lebih faham lagi, kerana bahasa adalah jiwa bangsa. Lenyap bahasa, pupuslah bangsa. Contohnya perumpamaan 'tidak faham bahasa' merujuk kepada orang yang bebal dan tak pedulikan nasihat orang lain. 'Macam lipas kudung' merujuk kepada orang yang berlari dengan pantas bila dikejar. 'Seperti cacing kepanasan' merujuk kepada orang yang tidak dapat berdiam diri lagi atau bahasa orang Kedah 'panas pungkoq'.

Contoh ayatnya - Apabila mereka diberi perumpamaan 'macam upah berok naik nyok' di dalam dewan kerana tindakan tidak bijak yang mereka telah lakukan, mereka seperti cacing kepanasan atau panas pungkoq!

Contoh perumpamaan lain seperti ' beraja di mata bersultan di hati'...merujuk kepada orang yang berbuat sesuka hati seolah-olah dunia ini kepunyaan mak bapak mereka. Contoh ayatnya seperti: Mereka itu dulu beraja di mata bersultan di hati apabila sewenang-wenangnya membelanjakan wang kepunyaan anak syarikat kerajaan negeri untuk kepentingan parti, kelompok dan kroni mereka. Harapkan pagar, pagar makan padi!

Perumpamaan yang menimbulkan keributan di DUN kelmarin ialah 'macam upah berok naik nyok' - naik saja ada upah, turun tak ada - merujuk Ops Piramid yang menguruskan operasi pulang sahaja, proses dan kos menghantar balik diserahkan kepada Kerajaan Negeri bagi negeri-negeri Pakatan Rakyat. Bagi negeri BN, kerajaan Pusat tanggung semua. Sesuai benarlah perumpamaan itu.

Ada juga ADUN BN menggunakan perumpamaan 'macam berok dapat bunga' dalam dewan kelmarin, tetapi tidak ada orang yang melenting pun, kerana orang faham bahasa tahu, ia merujuk kepada orang yang dapat sesuatu yang dia tak tahu guna. Orang seperti itu hanya ada di sebelah sana!

Tapi bagi pihak-pihak yang 'tidak faham bahasa' khususnya perumpamaan itu tadi, mereka mendakwa MB menuuduh Kerajaan Pusat 'Berok Naik Nyok'. Perkataan 'macam upah' di depannya tak dipedulikan.

Kata MB kepada saya petang tadi "awat depa marah sangat dengan perumpamaan tu...aku tarik balik dah perkataan 'berok' tu dalam dewan kelmarin, ganti dengan 'kera'...depa tak faham bahasa orang tua-tua la kot nooo...biaq pi kat depa lah, dah tak faham nak buat lagu mana"!

...sambung! bay-end pak! ... bay end!... Eh bapak! kok gitu gayanya dikatakan ganteng! Sialan! Bay-end bapak itu ternyata ngak mau kerja lagi, ngapain lagi di sana . Tarik ajah ke bawah pak, untung-untung waktu jatuhnya tu, dibawa nyoknya sekalian!

Muhammad Sanusi Md Nor,
SETPOL MB KEDAH

685 anak Kedah dibiayai pulang ke Mesir

Posted: 05 Apr 2011 05:02 PM PDT

685 anak Kedah dibiayai pulang ke Mesir

ALOR SETAR, 4 Mac 2011 – Seramai 833 orang pelajar-pelajar Kedah telah dibawa pulang oleh kerajaan pusat dalam Ops Piramid berikutan berlakunya rusuhan di Mesir baru-baru ini. Dari jumlah tersebut, seramai 685 orang telah ditanggung pembiayaan penghantaran semula ke Mesir oleh kerajaan negeri.

Kenyataan tersebut dimaklumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelajaran dan Koperasi, YB Dato' Mohamed Taulan Mat Rasul bagi menjawab soalan ADUN Kubang Rotan, YB Nasir Mustaffa.

YB Nasir telah mengemukakan tiga soalan berkaitan penghantaran pulang pelajar-pelajar Kedah ke Mesir yang melibatkan jumlah, kos dan agensi penyumbang sumbangan.

Bercakap di dalam Mesyuarat Kali Ketiga, Penggal Persidangan Yang Ketiga, Dewan Undangan Negeri Kedah di Wisma Negeri Darul Aman, YB Dato' Taulan menegaskan 685 pelajar ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM1,858,500.

"Kos penghantaran seorang pelajar berjumlah RM2600 termasuk RM2100 tambang dari Kuala Lumpur ke Mesir dan RM500 untuk duit saku," katanya.

Pembiayaan tersebut hanyalah melibatkan pelajar-pelajar di bawah Yayasan Islam Kedah, Jabatan Zakat Negeri Kedah dan pelajar-pelajar persendirian. Kerajaan negeri tidak menanggung kos pelajar di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPN) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) kerana mereka mempunyai peruntukan untuk tujuan tersebut. Sementara itu pelajar-pelajar yang pulang sebelum berlakunya rusuhan juga tidak termasuk dalam pembiayaan kerajaan negeri, tambahnya,

"Kos pembiayaan tersebut disumbang oleh beberapa GLC, antaranya SADA, PKNK, BDB, Kumpulan Ladang Corporation, Yayasan Islam dan MBI," terang Dato' Taulan.

Menyentuh soalan tambahan dari ADUN Belantik, YB Tajudin Abdullah yang mengatakan terdapat pelajar yang tercicir dari mendapat wang saku sumbangan kerajaan negeri iaitu Amirah Abd Hamid dari DUN Belantik. Beliau bertanya adakah sumbangan tersebut tidak menyeluruh dan terdapatnya unsur pilih kasih?

Menjawab soalan tersebut Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abd Razak menegaskan pelajar tersebut pulang ke Malaysia sebelum Ops Piramid dilancarkan dan tidak termasuk di dalam senarai pembiayaan kerajaan negeri.

Berlaku sedikit kelucuan apabila ADUN Bakar Bata, YB Dato' Paduka Ahmad Bashah Md Hanifah membidas bidalan yang dikeluarkan oleh YAB Dato' Seri mengenai tindakan kerajaan pusat ibarat upah beruk panjat kelapa yang dibayar ketika naik dan tidak dibayar ketika turun.

Kekeliruan tersebut berlaku apabila YAB Dato' Seri mempertikaikan usaha kerajaan pusat mengambil pulang pelajar-pelajar dari Mesir tetapi tidak mengambil tanggungjawab untuk menghantar semula terutama di negeri-negeri Pakatan Rakyat.

"Mereka pandai ambil tapi tidak mahu hantar pulang, macam orang upah beruk naik nyok (kelapa), naik dibayar tapi turun tidak dibayar," katanya disambut dengan ketawa oleh hadirin.

SADA tamatkan khidmat Pos Malaysia

Posted: 05 Apr 2011 05:00 PM PDT

SADA tamatkan khidmat Pos Malaysia
Mohd Shubihi Muhamad Zain

ALOR SETAR, 5 April: Syarikat Air Darul Aman (SADA) terpaksa menamatkan khidmat Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) sebagai ejen kutipan bil air di Kedah apabila agensi itu mahu mengenakan kadar komisen bayaran ke atas pengguna.

Tindakan itu diambil setelah kegagalan kedua-dua agensi itu mencapai kesepakatan berhubung rundingan berhubung kenaikan kadar baru menjadikan keseluruhanya 90 sen untuk setiap bil.

"Pos Malaysia memberikan pilihan untuk mengenakan komisen 90 sen itu ke dalam bil pelanggan sekiranya SADA tidak mahu menanggung komisen yang dikenakannya.

"Oleh kerana kita tidak mahu membebankan pengguna dengan komisen itu dan kita membuat keputusan untuk menamatkan perkhidmatan pembayaran bil SADA di pejabat pos," kata Exco Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi ketika menjawab soalan tambahan Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah (BN-Bakar bata) semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, semalam.

Menurutnya, SADA telah telah mengemukakan permohonan meminta agensi terbabit mengkaji semula kadar komisen yang disifatkan terlalu tinggi berbanding kadar 40 sen yang dikenakan ejen-ejen lain seperti bank-bank tempatan, kedai TM dan kedai TNB.

"Rundingan melibatkan kedua-dua pihak menemui kegagalan apabila Pos Malaysia bertegas dan tidak berganjak dengan keputusannya mahu menuntut kenaikan komisen yang dipercayai untuk menekan agensi kerajaan negeri itu.

"Kita yakin Pos Malaysia mempunyai maksud yang tidak baik cuba menimbulkan kemarahan pengguna dan mengambil kesempatan untuk memburukkan kerajaan negeri dengan kenaikan tersebut sedangkan di Perak, kadar yang dikenakan untuk kutipan bil Lembaga Air Perak hanya 50 sen dan di negeri-negeri lain kekal 70 sen setiap bil," katanya lagi.

Kata Phahrolrazi lagi, sebagai alternatif untuk tidak menyusahkan pengguna SADA telah membuka kaunter-kaunter bayaran bil di segenap pelusuk negeri sepanjang bulan Mac lalu di samping mengekalkan ejen-ejen sedia ada dan khidmat bayaran bil melalui internet.

"SADA akan membuka lebih banyak kaunter bayaran dari semasa ke semasa dan akan dimaklumkan kepada pengguna melalui cetakan pada bil SADA, media-media cetak, kain rentang dan makluman melalui ketua-ketua kampung dan biro pengaduan awam.

"Oleh yang demikian kita amat yakin penamatan Pos Malaysia sebagai ejen kutipan tidak akan menyusahkan pengguna sebaliknya akan menghindarkan pengguna dari terus terbeban dengan bayaran bil yang tinggi," katanya.

TBI-PAS KEPALA BATAS

Posted: 06 Apr 2011 01:26 PM PDT

TBI-PAS KEPALA BATAS


Senarai Penuh Calon PRN Sarawak

Posted: 06 Apr 2011 05:48 AM PDT

PRN Sarawak...Gendang Di Palu !

Posted: 06 Apr 2011 04:34 AM PDT

Batu Gajah Mari

Posted: 06 Apr 2011 11:36 AM PDT

Batu Gajah Mari


From Sarawak: GAMBAR sekitar Penamaan calon DUN Muara Tuang

Posted: 06 Apr 2011 03:41 AM PDT

 

 KOTA SAMARAHAN, 6 Mac: Bantahan PAS yang mendakwa calon BN-PBB, Datuk Seri Mohamad Ali Mahmud gagal mengemukakan penyata kewangan Pilihan Raya Negeri pada 2006 ditolak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini.
Penolakan ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu satu di antara PAS dan BN-PBB di N15 Dun Muara Tuang.
PAS meletakkan calon wanita, Noraini Hamzah (gambar) manakala BN-PBB diwakili Datuk Seri Mohamad Ali Mahmud, adik kepada Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud sendiri.
Pengumuman itu dibuat pegawai pengurus pilihan raya, Mohd Ainnie Wahab di pusat penamaan calon di Dewan Suarah Kota Samarahan jam 1.30 petang tadi setelah mengambil masa lebih dua jam untuk membuktikan Mohamad Ali telah menyerahkan penyata kewangan tersebut.
Setelah beberapa peguam yang mewakili PAS menggesa SPR membuktikan dakwaan itu, SPR akhirnya menunjukkan warta kerajaan negeri yang mengandungi penyata kewangan tersebut.
Mengulas perkara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar kesal dengan kelemahan dokumentasi SPR sehingga mengambil masa yang lama untuk membuktikan penyata kewangan itu telah dihantar.
"Saya terima jawapan SPR bahawa Datuk Mohamad Ali telah menyerahkan penyata kewangan tapi kenapa mereka perlu mengambil masa yang begitu lama untuk membuat pengesahan bahawa penyata telah dihantar," katanya yang juga ahli Parlimen Pokok Sena.
Beliau juga berkata, situasi yang berlaku ini menggambarkan SPR tidak membuat persiapan rapi untuk menerima sebarang kemungkinan.
"Ini menunjukkan kelemahan rekod dokumentasi yang ada dalam simpanan SPR. Sepatutnya mereka telah membuat persediaan awal.
"Kalau kelemahan ini pun ketara apatah lagi pengurusan pilihan raya yang lain. SPR harus beri tumpuan kepada dokumentasi dan persoalan yang lebih bersifat demokratik dalam proses pilihan raya," katanya.
Terdahulu, Noraini menyerahkan borang pencalonan pada jam 9.10 pagi manakala Mohamad Ali menyerahkan borangnya pada jam 9.25 pagi.
Perarakan calon bermula dari Masjid At-Takwa kira-kira 1 kilometer dari pusat penamaan calon.
Selain Mhfuz, turut mengiringi calon pagi tadi ialah AJK PAS Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Mohamad Sabu, Pesuruhjaya PAS Perak dan Wilayah Persekutuan, Ustaz Abu Bakar Husain dan Mohammad Nor serta beberapa pimpinan lain.
Kira-kira tiga ratus penyokong menyertai perarakan dan berkumpul di luar pusat penamaan sehingga selesai proses penamaan.harakahdaily


 


























Update from Sarawak!!! (GAMBAR) SPR barua UMNO/PBB/BN/UPCO!!!

Posted: 06 Apr 2011 02:46 AM PDT

  

 peguam PAS


Jam 1.35 tengah hari ini, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mencatat sejarah baru!

Calon Barisan Najis dari PBB menggelabah mencari penyata kewangan pilihanraya tahun 2006.

Dan setelah dihantar, walaupun dibantah oleh pemimpin PAS yang berada di sana, antaranya Menteri Besar Perak yang sah, Mohammad Nizar Jamaluddin, akhirnya Pegawai Pengurus Pilihanraya DUN tersebut menerima kertas pencalonan adik Taib Mahmud!!

Kekecohan berlaku apabila Mohamad Ali Mahmud gagal menyerahkan penyata kewangan piliharaya DUN Sarawak pada 2006 setelah proses bantahan tamat jam 11 pagi tadi.

Pemimpin PAS membantah keputusan Pengurus Pilihanraya yang masih menunggu Ali menghantar penyata kewangannya walaupun jam sudah melewati 1230 tengah hari!

Dan akhirnya malaon pencaci Umno-APCO ini masih menerima juga kertas pencalonan setelah Ali menyerahkannya hanya pada jam 1.20 tengah hari!


SAH, SPR MEMANG BARUA UMNO-APCO!!

SPR tolak bantahan PAS

Bantahan PAS terhadap calon BN di Dun Muara Tuang, Datuk Seri Mohamad Ali Mahmud kerana didakwa gagal mengemukakan penyata kewangan ditolak oleh SPR.

Ekoran bantahan itu menyebabkan proses penamaan calon di N.15 Dun Muara Tuang lambat selesai.

Pihak SPR mengumumkan pertandingan satu lawan satu di Dun tersebut kira-kira jam 1.30 petang walaupun proses berkaitan penamaan calon tamat jam 12.00 tengah hari.

PAS yang meletakkan Noraini Hamzah sebagai calonnya mendakwa Mohamad Ali gagal mengemukakan penyata kewangannya pada tahun 2006, ketika menjadi calon BN ketika itu.

 Dato' Mahfuz bersama Abang Mat

 Topeng Perak bertanya sesuatu kepada Dato' Seri Nizar



 para petugas PAS
 pimpinan tertinggi PAS Perak menunggu diluar



 perbincangan pimpinan dengan peguam


 Allahuakhbar!!!


sidang tergempar diadakan

PAS berjaya tubuh banyak cawangan di DUN Muara Tuang

Posted: 06 Apr 2011 02:30 AM PDT

 PAS berjaya menubuhkan 3 cawangan penaja di DUN Muara Tuang. Semalam, Dato' Mahfuz Omar telah bersama-sama dalam majlis penubuhan cawangan Kampung Pinang dan menerima borang keahlian daripada wakil penduduk Kampung Pinang. turut hadir ialah Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar dan Exco Pemuda PAS Perak, Ustaz Hafez Sabri.

Kejayaan ini atas daya usaha petugas PAS Perak dengan kerjasama warga tempatan. Kejayaan ini merupakan penanda aras bahawa PAS sudah diterima oleh masyarakat Sarawak sekali gus memberi isyarat positif kepada PAS dan Pakatan Rakyat untuk memenangi pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak.

Inshaallah, beberapa cawangan akan ditubuhkan lagi dalam beberapa hari ini.

 Pesuruhjaya PAS Perak bersama Dato' Mahfuz


 tiga pemimpin

 Ustaz Abu bakar menyampaikan ceramah


 Pelbagai isu telah dirangkan kepada masyarakat

 Dato' Mahfuz menerima borang keahlian daripada Abdullah Dhobi


 Rakyat tidak melepaskan peluang bergambar bersama pimpinan

Panas!!! Di Balingian Taib Bawa Bomoh

Posted: 06 Apr 2011 02:00 AM PDT

Pusat penamaan calon N51 Dun Balingian hari ini kecoh apabila calon Salleh Bin Jaafar menyerang seorang wanita asing yang disyaki sebagai bomoh kepada Taib Mahmud.

Kekecohan bermula apabila Calon bebas, Salleh Bin Jaafar yang juga sepupu kepada Taib Mahmud, menyerang seorang wanita asing yang disyaki sebagai bomoh kepada Taib Mahmud.

Beliau yang keluar dari dewan penamaan calon itu terus menyerang wanita tersebut dengan menyatakan wanita tersebut sebagai perosak negeri Sarawak, malah menjerit wanita tersebut sebagai bomoh yang selama ini bersama Taib untuk memusnahkan negeri Sarawak.

Dalam masa yang sama beliau juga menjelaskan kepada orang ramai jika tidak percaya boleh bertanya dengan Taib sendiri siapa sebenarnya wanita tersebut.

Wanita tersebut yang berbangsa asing itu dilihat melarikan diri dari Salleh kerana ingin mengelak dari terus diserang.

Dalam masa yang sama beberapa penyokong BN mula mengawal wanita tersebut dan membawa lari ke suatu lokasi yang tidak diketahui.


http://n51balingiankeadilan.wordpress.com/

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai

Posted: 06 Apr 2011 11:29 AM PDT

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai


Sekitar penamaan calon N15 DUN Muara Tuang PRN Srawak

Posted: 06 Apr 2011 11:01 AM PDT










Mungkinkah SPR akan umum kemenangan PAS di Muara Tuang?

Posted: 05 Apr 2011 09:54 PM PDT

Sudah melepasi jam 12 dan proses penamaan calon ditutup, namun sehingga jam 12.30 tadi, semua pihak yang berada di Dewan Suarah Kota Samarahan masih tertunggu-tunggu

SPR masih belum menisytiharkan calon-calon yang bertanding di N15 DUN Muara Tuang.

Ia adalah kerana, pada ira-kira 3 minit terakhir, sebelum bantahan ditutup pada jam 11 pagi, PAS telah membuat bantahan yang mengejutkan pihak Barisan Nasional.

Kerana bantahan tersebut, Penasihat Kontingen PAS Terengganu, Haji Hanafiah memaklumkan kepada Buletinonline, para peguam dan petugas BN serta SPR sedang berpeluh-peluh mencari-cari dimanakah penyata kewangan calon BN bagi pilihanraya 2006 yang lalu.

Selain itu, PAS juga membuat bantahan keatas borang calon BN yang telah didapati mempunyai kesalahan ketika diisi.

Seorang peguam yang berada di Dewan Suarah Kota Samarahan, Fariz Irwan Mustafa memberitahu, pihaknya telah mengemukakan kedua-dua bantahan tersebut bagi pihak calon PAS.

Apakah SPR berani mengisytiharkan bahawa N15 DUN Muara Tuang milik PAS setelah calon BN yang juga adik Taib Mahmud sendiri melanggar peraturan SPR???

Sebelumnya, calon PAS Noraini Hamzah (Kak Ani) diiringi kira-kira 200 penyokong tiba di Pusat Penamaan Calon Dewan Suarah Samarahn jam 8.45 pagi.

Ia diikuti kemudian oleh calon BN Dato' Seri Mohammad Ali Mahmud tiba jam 9.00 pagi.

Kedua-dua calon mengemukakan borang pencalonan kepada pegawai pilihanraya N15 Muara Tuang, Mohd Aini Wahab masing-masing jam 9.05 pagi dan 9.15 pagi

Pemuda Guchil

Posted: 06 Apr 2011 09:27 AM PDT

Pemuda Guchil


SELAMAT BERKENALAN: PAPAGOMO (Master Porno)

Posted: 06 Apr 2011 06:13 AM PDT

Pegawai disiasat mati mengejut - Polis

Posted: 06 Apr 2011 06:07 AM PDT

PAS dinafikan kemenangan Kerusi Muara Tuang ?

Posted: 06 Apr 2011 06:05 AM PDT

Penjelasan SPRM berhubung kematian pegawai kastam

Posted: 06 Apr 2011 06:03 AM PDT

Isu tanah, bukan video seks, kata pengundi

Posted: 06 Apr 2011 06:02 AM PDT

Video seks Anwar kantoi kerana janggut (pencerahan)

Posted: 05 Apr 2011 10:14 PM PDT

Mufti Perlis: Rakyat wajar tolak budaya politik lucah di Parlimen

Posted: 05 Apr 2011 10:06 PM PDT

Polis bertanggungjawab bocor video fitnah- bekas Ketua Polis Daerah Baram

Posted: 05 Apr 2011 10:05 PM PDT

Video : Media Harus Fokus Datuk T Bukan Individu Yang Belum Dikenalpasti

Posted: 05 Apr 2011 10:04 PM PDT

Video Fitnah AMK Desak SKMM Jelas Bagaimana Video Tersebar

Posted: 05 Apr 2011 10:03 PM PDT

Tengok nii..Lagi Kenyataan Polis Yang "Menyakitkan" Hati...

Posted: 05 Apr 2011 10:00 PM PDT

Game Over: Konspirator & UMNO Bernafas Dalam Lumpur Akibat Klip Video Youtube

Posted: 05 Apr 2011 10:00 PM PDT

Sarawak: Sekitar Penamaan Calon N.15 Muara Tuang,DS Nizar beri sokongan.

Posted: 05 Apr 2011 09:59 PM PDT

Gambar suasana penamaan calon di Sadong Jaya

Posted: 05 Apr 2011 09:55 PM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 06 Apr 2011 09:14 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Solat Hajat Perdana 7 dan 14 Apr 2011 REMBAU

Posted: 05 Apr 2011 05:03 PM PDT


MAJLIS SOLAT HAJAT PERDANA.


Hari : Khamis, Masa : Solat Isya berjemaah, Tarikh : 7 dan 14 Apr 2011, Tempat : PASTI Al Amal, Taman Marida, Senawang (Parlimen Rembau) Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir


SELAMATKAN UMAT INI

Syeikh Nuruddin Al Banjari 9 Apr Masjid Senawang

Posted: 05 Apr 2011 05:02 PM PDT


KULIAH PERDANA oleh Syeikh Nuruddin Al Banjari Al Makki


Tarikh : 9 April 2011 Sabtu, Tempat : Masjid Bandar Baru Senawang, Masa : Selepas Solat Maghrib. Muslimin dan muslimat dijemput hadir.


SELAMATKAN UMAT INI


N45 Dr Halimah Ali

Posted: 06 Apr 2011 09:09 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali


Hadiah spiritual untuk kali ini

Posted: 06 Apr 2011 08:53 AM PDT

Walau sehebat tuan/puan selagi bukan malaikat maka sudah tentu akan terbuat dosa samada besar atau kecil . Maka ini adalah hadiah untuk peringatan kita bersama betapa kerdil diri kita ini dan betapa singkatnya hidup di dunia.Marilah kita penuhi dengan aktivit yang memungkinkan kita mendapat keredhaanNya. Bukan sebaliknya

Untuk semua di medan satu peringatan dari langit

Posted: 06 Apr 2011 08:29 AM PDT

Bagi yang merasa diri sibuk berjuang di jalan Allah sila perhatikan amaran Allah ini.Jangan terperangkap dengan senyum dan cerita 'sedap' pereka hingga menjadi mata rantai penyampai cerita palsu dan emosi melulu kerana terpengaruh oleh layar cerita sipengumpat dan penabur fitnah.
Awas Allah mendengar dan Maha Melihat

Surah Hujurat(49):ayat 6
Sahih International
O you who have believed, if there comes to you a disobedient one with information, investigate, lest you harm a people out of ignorance and become, over what you have done, regretful.
Malay
Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.

PERLUKAH SPR KEPADA PIAWAIAN ISO?

Posted: 06 Apr 2011 06:12 AM PDT


 
Setelah beberapa peguam yang mewakili PAS menggesa SPR membuktikan dakwaan calon BN tidak menghantar penyata kewangan, SPR akhirnya menunjukkan warta kerajaan negeri yang mengandungi penyata kewangan tersebut. SPR telah mengambil masa lebih dua jam untuk membuktikan Mohamad Ali telah menyerahkan penyata kewangan tersebut.  Ini menunjukkan kelemahan rekod dokumentasi yang ada dalam simpanan SPR.

Peristiwa seperti ini membuktikan SPR bukan sahaja WAJIB kelihatan telus dan profesional, tetapi juga ada piawaian dalam rekod serta prosedurnya



Mengapa SPR ambil masa sahkan calon BN
Hazayani Zakaria /harakahdaily

KOTA SAMARAHAN, 6 Mac: Bantahan PAS yang mendakwa calon BN-PBB, Datuk Seri Mohamad Ali Mahmud gagal mengemukakan penyata kewangan Pilihan Raya Negeri pada 2006 ditolak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini.

Penolakan ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu satu di antara PAS dan BN-PBB di N15 Dun Muara Tuang.

PAS meletakkan calon wanita, Noraini Hamzah (gambar) manakala BN-PBB diwakili Datuk Seri Mohamad Ali Mahmud, adik kepada Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud sendiri.

Pengumuman itu dibuat pegawai pengurus pilihan raya, Mohd Ainnie Wahab di pusat penamaan calon di Dewan Suarah Kota Samarahan jam 1.30 petang tadi setelah mengambil masa lebih dua jam untuk membuktikan Mohamad Ali telah menyerahkan penyata kewangan tersebut.

Setelah beberapa peguam yang mewakili PAS menggesa SPR membuktikan dakwaan itu, SPR akhirnya menunjukkan warta kerajaan negeri yang mengandungi penyata kewangan tersebut.

Mengulas perkara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar kesal dengan kelemahan dokumentasi SPR sehingga mengambil masa yang lama untuk membuktikan penyata kewangan itu telah dihantar.

"Saya terima jawapan SPR bahawa Datuk Mohamad Ali telah menyerahkan penyata kewangan tapi kenapa mereka perlu mengambil masa yang begitu lama untuk membuat pengesahan bahawa penyata telah dihantar," katanya yang juga ahli Parlimen Pokok Sena.

Beliau juga berkata, situasi yang berlaku ini menggambarkan SPR tidak membuat persiapan rapi untuk menerima sebarang kemungkinan.

"Ini menunjukkan kelemahan rekod dokumentasi yang ada dalam simpanan SPR. Sepatutnya mereka telah meersediaan awal.

"Kalau kelemahan ini pun ketara apatah lagi pengurusan pilihan raya yang lain. SPR harus beri tumpuan kepada dokumentasi dan persoalan yang lebih bersifat demokratik dalam proses pilihan raya," katanya.

Terdahulu, Noraini menyerahkan borang pencalonan pada jam 9.10 pagi manakala Mohamad Ali menyerahkan borangnya pada jam 9.25 pagi.

Perarakan calon bermula dari Masjid At-Takwa kira-kira 1 kilometer dari pusat penamaan calon.

Selain Mhfuz, turut mengiringi calon pagi tadi ialah AJK PAS Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Mohamad Sabu, Pesuruhjaya PAS Perak dan Wilayah Persekutuan, Ustaz Abu Bakar Husain dan Mohammad Nor serta beberapa pimpinan lain.

Kira-kira tiga ratus penyokong menyertai perarakan dan berkumpul di luar pusat penamaan sehingga selesai proses penamaan.

SENARAI CALON PILIHARAYA NEGERI SARAWAK

Posted: 06 Apr 2011 03:20 AM PDT

N. 1 - OPAR

1 . Stephen anak Sagir SNAP
2 . Joseph Jindy anak Peter Rosen BEBAS
3 . Boniface Willy anak Tumek PKR
4 . Ranum anak Mina BN

N. 2 - TASIK BIRU

1 . Peter Nansion anak Ngusie BN
2 . Frankie Jurem anak Nyombui SNAP
3 . John Tenewi Nuek @ John Tenewi PKR

N03: TANJONG DATU: SARAWAK: 7,936

1. Tan Sri Adenan Satem (BN-PBB)
2. Gilbert Asson ak Kulong (Bebas)
3. Nani Sahari (PAS)

Penyandang: Tan Sri Adenan Satem (BN-PBB)
Undi diperolehi: 4,545
Majoriti: 4,136

N04: PANTAI DAMAI: SARAWAK: 14,104

1. Suhaimi Selamat (Bebas)
2. Dr Abdul Rahman Junaidi (BN-PBB)
3. Wan Zainal Abidin Wan Senusi (PKR)

Penyandang: Dr Abdul Rahman Junaidi (BN-PBB)
Undi diperolehi: 5,217
Majoriti: 2,164


N05: DEMAK LAUT: SARAWAK: 10,437

1. Dr Hazland Abang Hipni (BN-PBB)
2. Ali Hossen bin Abang (PKR)

Penyandang: Dr Abang Draup Zamahari Abang Haji Zen (BN-PBB)
Undi diperolehi: 5,094
Majoriti: 3,605

N06: TUPONG: SARAWAK: 17,796

1. Datuk Daud Abdul Rahman (BN-PBB)
2. Baharuddin @ Din Shah Mokhsen (PKR)

Penyandang: Datuk Daud Abdul Rahman (BN-PBB)
Undi diperolehi: 6,885
Majoriti: 4,572

N07: SAMARIANG: SARAWAK: 15,942

1. Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali (BN-PBB)
2. Zulrusdi Mohamad Hol (PKR)

Penyandang: Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali (BN-PBB)
Undi diperolehi: 5,365
Majoriti: 2,488

N08: SATOK: SARAWAK: 10,431

1. Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg (BN-PBB)
2. Ahmad Nazib Johari (PKR)

Penyandang: Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg (BN-PBB)
Undi diperolehi: 4,222
Majoriti: 2,798

N09: PADUNGAN: SARAWAK: 23,576

1. Dominique Ng Kim Ho (Bebas)
2. Wong King Wei (DAP)
3. Sim Kiang Chiok (BN-SUPP)

Penyandang: Dominique Ng Kim Ho (PKR)
Undi diperolehi: 8,002
Majoriti: 1,417

N010: PENDING: SARAWAK: 29,488

1. Prof Dr Sim Kui Hian (BN-SUPP)
2. Violet Yong (DAP)

Penyandang: Violet Yong (DAP)
Undi diperolehi: 11,632
Majoriti: 4,372

N011: BATU LINTANG: SARAWAK: 27,833

1. Sih Hua Tong (BN-SUPP)
2. See Chee How (PKR)
3. Soo Lina (Bebas)

Penyandang: Voon Lee Shan (DAP)
Undi diperolehi: 8,806
Majoriti: 3,407

N012: KOTA SENTOSA: SARAWAK: 27,301

1. Chong Chieng Jen (DAP)
2. Datuk Alfred Yap Chin Loi (BN-SUPP)

Penyandang: Chong Chieng Jen (DAP)
Undi diperolehi: 6,579
Majoriti: 531

N013: BATU KAWAH: SARAWAK: 20,664

1. Christina Chew Wang See (DAP)
2. Tan Joo Phoi (BN-SUPP)

Penyandang: Tan Joo Phoi (BN-SUPP)
Undi diperolehi: 6,755
Majoriti: 4,180

N014: ASAJAYA: SARAWAK: 13,799

1. Abd Karim Rahman Hamzah (BN-PBB)
2. Arip Ameran (PKR)

Penyandang/Incumbent: Abdul Karim Rahman Hamzah (BN-PBB)
Undi diperolehi/Votes polled: 6,949
Majoriti/Majority: 5,063


N014: ASAJAYA: SARAWAK: 13,799

1. Abd Karim Rahman Hamzah (BN-PBB)
2. Arip Ameran (PKR)

Penyandang: Abdul Karim Rahman Hamzah (BN-PBB)
Undi diperolehi: 6,949
Majoriti: 5,063


N015: MUARA TUANG: SARAWAK: 18,820

1. Datuk Seri Mohamad Ali Mahmud (BN-PBB)
2. Noraini Hamzah (PAS)

Penyandang/Incumbent: Datuk Seri Haji Mohammad Ali Mahmud (BN-PBB)
Undi diperolehil: 7,863
Majoriti: 6,327


N016: BENGOH: SARAWAK: 21,955

1. Willie ak Mongin (PKR)
2. Wejok ak Tomik (Bebas)
3. Richard @ Peter ak Margaret (SNAP)
4. Dr Jerip ak Susil (BN-SUPP)

Penyandang: Dr Jerip ak Susil (BN-SUPP)
Undi diperolehi: 7,540
Majoriti: 3,988


N017: TARAT: SARAWAK: 16,352

1. Ateng ak Jeros (SNAP)
2. Roland Sageh Wee Inn (BN-PBB)
3. Peter Ato ak Mayau (PKR)

Penyandang: Roland Sageh (BN-PBB)
Undi diperolehi: 5,854
Majoriti: 3,256

N018: TEBEDU: SARAWAK: 12,497

1. Kipli bin Ale (Bebas)
2. Datuk Seri Michael Manyin ak Jawong (BN-PBB)
3. Christopher ak Kiyui (PKR)
4. Anthony ak Nais (SNAP)

Penyandang: Datuk Michael Manyin ak Jawong (BN-PBB)
Undi diperolehi: 6,107
Majoriti: 4,256

N019: KEDUP: SARAWAK: 17,466

1. Lainus ak Andrew Luwak (PKR)
2. Maclaine Ben @ Martin Ben (BN-PBB)
3. Amin ak Banti (Bebas)
4. Belayong ak Jayang (SNAP)

Penyandang: Frederick Bayoi ak Manggie (BN-PBB)
Undi diperolehi: 5,635
Majoriti: 1,981

N020: SADONG JAYA: SARAWAK: 7,656

1. Aidel Lariwoo (BN-PBB)
2. Mahayudin Wahab (Bebas)
3. Abang Eddy Allyanny Abang Fauzi (PAS)

Penyandang: Datuk Wan Abdul Wahab Wan Sanusi (BN-PBB)
Undi diperolehi: 2,715
Majoriti: 858

N021: SIMUNJAN: SARAWAK: 10,104

1. Mohd Naroden Majais (BN-PBB)
2. Mashor Hussen (PKR)
3. Zaini bin Le' (Bebas)
4. Mac Palima ak Nyambil (PCM)

Penyandang: Mohd Naroden Majais (BN-PBB)
Undi diperolehi: 4,786
Majoriti: 3,350

N022: SEBUYAU: SARAWAK: 8,042

1. Ali bin Semsu (Bebas)
2. Adam Ahid (PAS)
3. Julaihi Narawi (BN-PBB)

Penyandang: Julaihi Narawi (BN-PBB)
Undi diperolehi: 3,748
Majoriti: 2,448

N023: LINGGA: SARAWAK: 7,745

1. Abang Othman Abang Gom (SNAP)
2. Abang Ahmad Arabi Abang Bolhassan (PKR)
3. Simoi Peri (BN-PBB)

Penyandang: Simoi Peri (BN-PBB)
Undi diperolehi: 3,245
Majoriti: 1,870


N025: BALAI RINGIN: SARAWAK: 8,798

1. Ibi ak Uding (PKR)
2. Snowdan Lawan (BN-PRS)
3. Dan ak Giang (SNAP)
4. Lipeh ak Mawi (PCM)
5. Cobbold ak Lusoi (Bebas)
6. Sujal ak Gansi (Bebas)

Penyandang: Snowdan ak Donald Lawan (BN-PRS)
Undi diperolehi: 3,075
Majoriti: 1,516

N024: BETING MARO: SARAWAK: 7,868

1. Razaili Gapor (BN-PBB)
2. Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus (PAS)

Penyandang: Bolhassan Di @ Ahmad Di (BN-PBB)
Undi diperolehi: 2,796
Majoriti: 895

N026: BUKIT BEGUNAN: SARAWAK: 7,778

1. Mong ak Dagang (BN-PRS)
2. Lias ak Julai (Bebas)
3. Jimmy Lim @ Jimmy Donald (PKR)
4. Ivanhoe Anthony ak Belon (SNAP)

Penyandang: Mong ak Dagang (BN-PRS)
Undi diperolehi: 3,083
Majoriti: 1,007

N036: SEMOP: SARAWAK: 8,891

1. Abdullah Saidol (BN-PBB)

2. Ong Chung Siew (PKR)
3. Ajiji Fauzan (Bebas)

Penyandang: Datuk Mohamad Asfia Awang Nasar (BN-PBB)
Undi diperolehi: 4,479
Majoriti: 3,226


N039: REPOK: SARAWAK: 18,481

1. Datuk David Teng Lung Chi (BN-SUPP)
2. Dr Wong Hua Seh (DAP)

Penyandang: Datuk David Teng Lung Chi (BN-SUPP)
Undi diperolehi: 5,502
Majoriti: 576



N040: MERADONG: SARAWAK: 15,337

1. Ling Kie King (BN-SUPP)
2. Ting Tze Fui (DAP)

Penyandang: Ting Tze Fui (DAP)
Undi diperolehi: 5,990
Majoriti: 3,578


N041: PAKAN : SARAWAK: 9,274

1. Datuk Seri William Mawan (BN-SPDP)
2. Jamal Bin Abdullah @ Tedong ak Gunda (SNAP)

Penyandang: Datuk Seri William Mawan (BN-SPDP)
Undi diperolehi: 4,138
Majoriti: 1,763

N. 42 - MELUAN

1 . John Brian Anthony Anak Jeremy PKR
2 . Wong Anak Judat BN
3 . Labang Anak Jamba SNAP

N. 43 - NGEMAH

1. Alexander Anak Vincent BN
2. Yakub Khalid Bebas
3. Adeh ak Denong PCM
4. Micheal Anak Lias SNAP
6. Aris Anak Alap PKR


N. 44 - MACHAN

1 . Kong Tat Kim PCM
2 . Gramong Juna BN
3 . Chen Nguk Fa PKR
4 . Augustine Anak Liom @ August Kiom SNAP

N045: BUKIT ASSEK: SARAWAK: 26,926

1. Hii Tiong Huat (Bebas)
2. Chieng Huong Toon (BN-SUPP)
3. Wong Ho Leng (DAP)

Penyandang: Wong Ho Leng (DAP)
Undi diperolehi: 10,380
Majoriti: 4,751


N047: BAWANG ASSAN: SARAWAK: 16,743

1. Alice Lau Kiong Yieng (DAP)

2. Datuk Seri Wong Soon Koh (BN-SUPP)

Penyandang: Datuk Seri Wong Soon Koh (BN-SUPP)
Undi diperolehi: 6,804
Majoriti: 2,504

N048: PELAWAN: SARAWAK: 28,808

1. Vincent Goh Chung Siong (BN-SUPP)

2. David Wong Kee Woan (DAP)

Penyandang: Vincent Goh Chung Siong (BN-SUPP)
Undi diperolehi: 7,375
Majoriti: 263


N049: NANGKA: SARAWAK: 14,197

1. Dr Annuar Rapaee (BN-PBB)
2. Norisham Mohamed Ali (PKR)

Penyandang: Awang Bemee Awang Ali Basah (BN-PBB)
Undi diperolehi: 6,202
Majoriti: 4,815


N051: BALINGIAN: SARAWAK: 11,792

1. Suriati Abdullah (PKR)

2. Tan Sri Abdul Taib Mahmud (BN-PBB)

3. Datuk Salleh Jafaruddin (Bebas)

Penyandang: Tan Sri Abdul Taib Mahmud (BN-PBB)
Undi diperolehi: 6,393
Majoriti: 5,726


N052: TAMIN: SARAWAK: 12,244

1. Joseph Mauh ak Ikeh (BN-PRS)

2. Mengga ak Mikui (PKR)

Penyandang: Joseph Mauh ak Ikeh (BN-PRS)
Undi diperolehi: 4,639
Majoriti: 2,377

N054: PELAGUS: SARAWAK: 15,322

1. Stanley Nyitar @ Unja ak Malang (BN-PRS)
2. Edward Sumbang ak Asun (PKR)
3. George ak Lagong (Bebas)

Penyandang: Larry Sng Wei Shien (BN-PRS)
Undi diperolehi: 5,965
Majoriti: 3,239

N056: BALEH: SARAWAK: 11,287

1. Datuk Seri Dr James Masing (BN-PRS)
2. Bendindang ak Manjah (PKR)

Penyandang: Datuk Seri Dr James Masing (BN-PRS)
Undi diperolehi: 5,330
Majoriti: 4,802


N057: BELAGA: SARAWAK: 8,463

1. John Bampa @ Tusau (SNAP)
2. Liwan Lagang (BN-PRS)
3. Basah Kesing @ Ali Basah Kesing (PKR)
4. Michael Jok (Bebas)
5. Matthew ak Munan (Bebas)
6. Kenneth Adan Silek (Bebas)

Penyandang/Incumbent: Liwan Lagang (BN-PRS)
Undi diperolehi/Votes polled: 1,855
Majoriti/Majority: 227



N059: KIDURONG: SARAWAK: 27,225

1. Chiew Chiu Sing (DAP)
2. Henry Ling Koung Meng (BN-SUPP)

Penyandang: Chiew Chiu Sing (DAP)
Undi diperolehi: 8,517
Majoriti: 1,664

N060: KEMENA: SARAWAK: 14,082

1. Liam Rengga (Bebas)
2. Bernard Binar Bayang ak Rading (PKR)
3. Dr Stephen Rundi ak Utom (BN-PBB)
4. Ungun ak Bayan (SNAP)

Penyandang/Incumbent: Dr Stephen Rundi ak Utom (BN-PBB)
Undi diperolehi/Votes polled: 4,750
Majoriti/Majority: 1,572


N063: PIASAU: SARAWAK: 16,600

1. Ling Sie Kiong (DAP)
2. Tan Sri Dr George Chan (BN-SUPP)

Penyandang: Tan Sri Dr George Chan (BN-SUPP)
Undi diperolehi: 6,573
Majoriti: 3,918

N065: SENADIN: SARAWAK: 22,432

1. Michael Teo Yu Keng (PKR)
2. Datuk Lee Kim Shin (BN-SUPP)

Penyandang: Datuk Lee Kim Shin (BN-SUPP)
Undi diperolehi: 7,173
Majoriti: 4,799


N066: MARUDI: SARAWAK: 13,093

1. Sylvester Entrie ak Muran (BN-SPDP)

2. Michael Ding Tuah (Bebas)

3. Gerang ak Dagom (PKR)

4. Edwin Dundang ak Bugak (SNAP)

Penyandang: Sylvester Entrie ak Muran (BN-SPDP)
Undi diperolehi: 4,954
Majoriti: 4,284

N067: TELANG USAN: SARAWAK: 13,623

1. Harrison Ngau Laing (PKR)

2. Kebing Wan (SNAP)

3. Jok Ding (Bebas)

4. Dennis Ngau (BN-PBB)

Penyandang: Lihan Jok (BN-PBB)
Undi diperolehi: 4,593
Majoriti: 2,771


N068: BUKIT KOTA: SARAWAK: 14,471

1. Dr Abdul Rahman Ismail (BN-PBB)
2. Leong Kwang Yew (DAP)
3. Usop Jidin (Bebas)
4. Ladis Pandin (Bebas)

Penyandang/Incumbent: Dr Abdul Rahman Ismail (BN-PBB)
Undi diperolehi/Votes polled: 5,501
Majoriti/Majority: 3,229


N069: BATU DANAU: SARAWAK: 7,636

1. Palu @ Paulus ak Gumbang (BN-SPDP)
2. Dr Lau Liak Koi (PKR)
3. Lawrence Cosmas Sunang ak Simpang (SNAP)

Penyandang/Incumbent: Palu @ Paulus ak Gumbang (BN-SPDP)
Undi diperolehi/Votes polled: 2,961
Majoriti/Majority: 1,262

N070: BA'KELALAN: SARAWAK: 6,958

1. Baru Bian (PKR)

2. Willie Liau (BN-SPDP)

Penyandang: Balang Rining (BN-SPDP)
Undi diperolehi: 2,064
Majoriti: 475


N071: BUKIT SARI: SARAWAK: 9,983

1. Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan (BN-PBB)

2. Japar Suyut (PKR)

Penyandang: Datuk Awang Tengah Ali Hassan (BN-PBB)
Undi diperolehi: 5,596
Majoriti: 5,275

SEORANG LAGI MATI DI PREMIS SPRM KUALA LUMPUR

Posted: 05 Apr 2011 10:45 PM PDT

Pegawai Kastam disiasat mati jatuh dari bangunan SPRM
April 06, 2011
Malaysian Insider


KUALA LUMPUR, 6 April — Seorang pegawai Kastam yang sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mati selepas jatuh dari bangunan agensi itu di Jalan Cochrane di sini hari ini.

Perkara itu diumumkan oleh Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali.

Agensi itu akan mengadakan sidang media tengah hari ini.

Insiden terbaru ini berlaku ketika Suruhanjaya Diraja sedang mengadakan siasatan berhubung kematian bekas pegawai DAP Teoh Beng Hock ditemui mati selepas disiasat SPRM dua tahun lalu.

SPRM memulakan Operasi 3B minggu lalu dan telah menahan 62 pegawai Kastam di seluruh negara.

Cerita selanjutnya di SINI

BOMOH TAIB DISERANG CALON BEBAS

Posted: 05 Apr 2011 09:45 PM PDT


Balingian - Pertengkaran kecil berlaku apabila calon Bebas Salleh Jafaruddin meninggikan suaranya kepada seorang perempuan yang berambut perang dan mengenakan solekan tebal.

Difahamkan wanita itu Stella Kharleen Tashman adalah bomoh Taib.(foto kanan)

"Awak mahu sihirkan saya, awak mahu sihirkan Malaysia!" kata Salleh dengan marah.

Perempuan itu hanya gelak dan meninggalkan kawasan itu, manakala Salleh terpaksa ditenangkan oleh penyokongnya.

Sumber:
http://n51balingiankeadilan.wordpress.com/

http://www.malaysiakini.com/news/160735

PENAMAAN CALON DI BETING MARO

Posted: 05 Apr 2011 09:35 PM PDT




Peluang PAS cerah di Beting Maro


Nazri Abdullah/harakahdaily
Foto Malaysiakini

BATANG LUPAR, 5 April: Peluang PAS untuk merampas Dun Beting Maro pada pilihan raya negeri Sarawak kali ini dilihat cerah ekoran pergaduhan dalaman melanda BN.

Utusan Borneo hari ini melaporkan, penyokong BN di kawasan tersebut berbalah sesama sendiri ekoran tidak berpuas hati dengan pemilihan Razaili Gapor sebagai calon.

Rasa tidak puas hati itu diluahkan ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sendiri yang mendakwa pemilihan Razaili dibuat tanpa rundingan dengan ahli parti di peringkat akar umbi.

Mereka yang bersama BN sejak 30 tahun dahulu itu mahukan calon pilihan mereka sendiri iaitu Mohd Eden Mohd Ali namun ditolak pemimpin BN.

Sementara itu, tinjauan Harakahdaily ke beberapa kawasan termasuk di rumah panjang Kampung Matong di sini mendapati, suara-suara tidak puas hati kepada BN memang wujud.

Sehinggakan mereka secara terbuka mengumumkan untuk memilih calon PAS pada hari pengundian 16 April ini.

Timbalan Ketua Bahagian Parti Pesaka Bersatu (PBB) Bahagian Matong, Sukun Anak Rembau antara yang sudah bosan dengan sikap kepimpinan BN.

Ianya ditambah lagi dengan isu hak milik tanah yang gagal diselesaikan, malah tanah-tanah mereka juga 'dirampas' kerajaan negeri.

"Kita sudah lama memberi sokongan kepada BN, kita sokong tetapi dia tidak sokong kita.

"Kita bawa masalah tanah kepada wakil rakyat, tetapi tidak ada penyelesaian," katanya.

Ujar Sukun, BN sangat lemah dalam menyelesaikan isu-isu membabitkan tanah adat di sini, sedangkan sejak Sarawak menyertai Malaysia lagi, isu-isu membabitkan tanah adat sudah diperkatakan.

Beliau yang juga Ketua Rumah Panjang Kampung Matang kesal dengan sikap kepimpinan Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang enggan menyelesaikan isu tanah adat di sini.

Lebih malang, tanah-tanah penduduk di sini diambil dengan pampasan sekitar RM200 seekar, menyebabkan penduduk hilang punca rezeki dan terpaksa bekerja sebagai buruh di sektor pembinaan, katanya.

"Kali ini sokong bulan (PAS) kita mahu ajar "Tok Uban" (Taib Mahmud), dia tak selesaikan masalah kami di sini," ujarnya lagi.

PAS mengumumkan Abang Ahmad Kerdie sebagai calon mereka bagi Dun Beting Maro.

Abang Ahmad merupakan seorang peguam yang dijangka dapat membantu masyarakat di sini dalam menyelesaikan isu-isu tanah adat.

"Kami mahu calon baru (wakil rakyat baru) tolong kami," ujar Sukun sambil disahut laungan 'hidup bulan' oleh penyokong rumah panjang.

i n t a n h i j a u

Posted: 06 Apr 2011 07:41 AM PDT

i n t a n h i j a u


SENARAI CALON PRN SARAWAK

Posted: 06 Apr 2011 03:19 AM PDT

N. 1 - OPAR

1 . Stephen anak Sagir SNAP
2 . Joseph Jindy anak Peter Rosen BEBAS
3 . Boniface Willy anak Tumek PKR
4 . Ranum anak Mina BN

N. 2 - TASIK BIRU


1 . Peter Nansion anak Ngusie BN
2 . Frankie Jurem anak Nyombui SNAP
3 . John Tenewi Nuek @ John Tenewi PKR
N03: TANJONG DATU: SARAWAK: 7,936

1. Tan Sri Adenan Satem (BN-PBB)
2. Gilbert Asson ak Kulong (Bebas)
3. Nani Sahari (PAS)

Penyandang: Tan Sri Adenan Satem (BN-PBB)
Undi diperolehi: 4,545
Majoriti: 4,136
N04: PANTAI DAMAI: SARAWAK: 14,104

1. Suhaimi Selamat (Bebas)
2. Dr Abdul Rahman Junaidi (BN-PBB)
3. Wan Zainal Abidin Wan Senusi (PKR)

Penyandang: Dr Abdul Rahman Junaidi (BN-PBB)
Undi diperolehi: 5,217
Majoriti: 2,164
N05: DEMAK LAUT: SARAWAK: 10,437

1. Dr Hazland Abang Hipni (BN-PBB)
2. Ali Hossen bin Abang (PKR)

Penyandang: Dr Abang Draup Zamahari Abang Haji Zen (BN-PBB)
Undi diperolehi: 5,094
Majoriti: 3,605
N06: TUPONG: SARAWAK: 17,796

1. Datuk Daud Abdul Rahman (BN-PBB)
2. Baharuddin @ Din Shah Mokhsen (PKR)

Penyandang: Datuk Daud Abdul Rahman (BN-PBB)
Undi diperolehi: 6,885
Majoriti: 4,572
N07: SAMARIANG: SARAWAK: 15,942

1. Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali (BN-PBB)
2. Zulrusdi Mohamad Hol (PKR)

Penyandang: Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali (BN-PBB)
Undi diperolehi: 5,365
Majoriti: 2,488
N08: SATOK: SARAWAK: 10,431

1. Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg (BN-PBB)
2. Ahmad Nazib Johari (PKR)

Penyandang: Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg (BN-PBB)
Undi diperolehi: 4,222
Majoriti: 2,798
N09: PADUNGAN: SARAWAK: 23,576

1. Dominique Ng Kim Ho (Bebas)
2. Wong King Wei (DAP)
3. Sim Kiang Chiok (BN-SUPP)

Penyandang: Dominique Ng Kim Ho (PKR)
Undi diperolehi: 8,002
Majoriti: 1,417
N010: PENDING: SARAWAK: 29,488

1. Prof Dr Sim Kui Hian (BN-SUPP)
2. Violet Yong (DAP)

Penyandang: Violet Yong (DAP)
Undi diperolehi: 11,632
Majoriti: 4,372
N011: BATU LINTANG: SARAWAK: 27,833

1. Sih Hua Tong (BN-SUPP)
2. See Chee How (PKR)
3. Soo Lina (Bebas)

Penyandang: Voon Lee Shan (DAP)
Undi diperolehi: 8,806
Majoriti: 3,407
N012: KOTA SENTOSA: SARAWAK: 27,301

1. Chong Chieng Jen (DAP)
2. Datuk Alfred Yap Chin Loi (BN-SUPP)

Penyandang: Chong Chieng Jen (DAP)
Undi diperolehi: 6,579
Majoriti: 531
N013: BATU KAWAH: SARAWAK: 20,664

1. Christina Chew Wang See (DAP)
2. Tan Joo Phoi (BN-SUPP)

Penyandang: Tan Joo Phoi (BN-SUPP)
Undi diperolehi: 6,755
Majoriti: 4,180
N014: ASAJAYA: SARAWAK: 13,799

1. Abd Karim Rahman Hamzah (BN-PBB)
2. Arip Ameran (PKR)

Penyandang/Incumbent: Abdul Karim Rahman Hamzah (BN-PBB)
Undi diperolehi/Votes polled: 6,949
Majoriti/Majority: 5,063
N014: ASAJAYA: SARAWAK: 13,799

1. Abd Karim Rahman Hamzah (BN-PBB)
2. Arip Ameran (PKR)

Penyandang: Abdul Karim Rahman Hamzah (BN-PBB)
Undi diperolehi: 6,949
Majoriti: 5,063
N015: MUARA TUANG: SARAWAK: 18,820

1. Datuk Seri Mohamad Ali Mahmud (BN-PBB)
2. Noraini Hamzah (PAS)

Penyandang/Incumbent: Datuk Seri Haji Mohammad Ali Mahmud (BN-PBB)
Undi diperolehil: 7,863
Majoriti: 6,327
N016: BENGOH: SARAWAK: 21,955

1. Willie ak Mongin (PKR)
2. Wejok ak Tomik (Bebas)
3. Richard @ Peter ak Margaret (SNAP)
4. Dr Jerip ak Susil (BN-SUPP)

Penyandang: Dr Jerip ak Susil (BN-SUPP)
Undi diperolehi: 7,540
Majoriti: 3,988
N017: TARAT: SARAWAK: 16,352

1. Ateng ak Jeros (SNAP)
2. Roland Sageh Wee Inn (BN-PBB)
3. Peter Ato ak Mayau (PKR)

Penyandang: Roland Sageh (BN-PBB)
Undi diperolehi: 5,854
Majoriti: 3,256
N018: TEBEDU: SARAWAK: 12,497

1. Kipli bin Ale (Bebas)
2. Datuk Seri Michael Manyin ak Jawong (BN-PBB)
3. Christopher ak Kiyui (PKR)
4. Anthony ak Nais (SNAP)

Penyandang: Datuk Michael Manyin ak Jawong (BN-PBB)
Undi diperolehi: 6,107
Majoriti: 4,256
N019: KEDUP: SARAWAK: 17,466

1. Lainus ak Andrew Luwak (PKR)
2. Maclaine Ben @ Martin Ben (BN-PBB)
3. Amin ak Banti (Bebas)
4. Belayong ak Jayang (SNAP)

Penyandang: Frederick Bayoi ak Manggie (BN-PBB)
Undi diperolehi: 5,635
Majoriti: 1,981
N020: SADONG JAYA: SARAWAK: 7,656

1. Aidel Lariwoo (BN-PBB)
2. Mahayudin Wahab (Bebas)
3. Abang Eddy Allyanny Abang Fauzi (PAS)

Penyandang: Datuk Wan Abdul Wahab Wan Sanusi (BN-PBB)
Undi diperolehi: 2,715
Majoriti: 858
N021: SIMUNJAN: SARAWAK: 10,104

1. Mohd Naroden Majais (BN-PBB)
2. Mashor Hussen (PKR)
3. Zaini bin Le' (Bebas)
4. Mac Palima ak Nyambil (PCM)

Penyandang: Mohd Naroden Majais (BN-PBB)
Undi diperolehi: 4,786
Majoriti: 3,350
N022: SEBUYAU: SARAWAK: 8,042

1. Ali bin Semsu (Bebas)
2. Adam Ahid (PAS)
3. Julaihi Narawi (BN-PBB)

Penyandang: Julaihi Narawi (BN-PBB)
Undi diperolehi: 3,748
Majoriti: 2,448
N023: LINGGA: SARAWAK: 7,745

1. Abang Othman Abang Gom (SNAP)
2. Abang Ahmad Arabi Abang Bolhassan (PKR)
3. Simoi Peri (BN-PBB)

Penyandang: Simoi Peri (BN-PBB)
Undi diperolehi: 3,245
Majoriti: 1,870
N024: BETING MARO: SARAWAK: 7,868

1. Razaili Gapor (BN-PBB)
2. Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus (PAS)

Penyandang: Bolhassan Di @ Ahmad Di (BN-PBB)
Undi diperolehi: 2,796
Majoriti: 895
N025: BALAI RINGIN: SARAWAK: 8,798

1. Ibi ak Uding (PKR)
2. Snowdan Lawan (BN-PRS)
3. Dan ak Giang (SNAP)
4. Lipeh ak Mawi (PCM)
5. Cobbold ak Lusoi (Bebas)
6. Sujal ak Gansi (Bebas)

Penyandang: Snowdan ak Donald Lawan (BN-PRS)
Undi diperolehi: 3,075
Majoriti: 1,516
N026: BUKIT BEGUNAN: SARAWAK: 7,778

1. Mong ak Dagang (BN-PRS)
2. Lias ak Julai (Bebas)
3. Jimmy Lim @ Jimmy Donald (PKR)
4. Ivanhoe Anthony ak Belon (SNAP)

Penyandang: Mong ak Dagang (BN-PRS)
Undi diperolehi: 3,083
Majoriti: 1,007
N027: SIMANGGANG: SARAWAK: 10,488

1. Leon Jimat Donald (DAP)
2. Datuk Francis Harden ak Hollis (BN-SUPP)

Penyandang: Datuk Francis Harden ak Hollis (BN-SUPP)
Undi diperolehi: 5,144
Majoriti: 4,258

N028: ENGKELILI: SARAWAK: 9,444

1. Dr Johnichal Rayong ak Ngipa (BN-SUPP)
2. Jimmy Simon Maja (Bebas)
3. Semijie ak Janting (SNAP)
4. Marudi @ Barudi ak Mawang (PKR)

Penyandang: Dr Johnical Rayong ak Ngipa (SNAP)
Undi diperolehi: 3,442
Majoriti: 426


N029: BATANG AI: SARAWAK: 8,728

1. Nicholas Bawin ak Anggat (PKR)
2. Malcom Mussen ak Lamoh (BN-PRS)

Penyandang: Malcom Mussen ak Lamoh (BN-PRS)
Undi diperolehi: 3,907
Majoriti: 1,854
N030: SARIBAS: SARAWAK: 8,054

1. Ricky @ Mohammad Razi Sitam (BN-PBB)
2. Abang Zulkifli Abang Engkeh (PKR)

Penyandang: Dr Wahbi Junaidi (BN-PBB)
Undi diperolehi: 2,441
Majoriti: 94

N031: LAYAR: SARAWAK: 8,109

1. Joe ak Unggang (SNAP)
2. Stanny Embat Dharoh ak Laja (PKR)
3. Ngumbang @ Kibak ak Datu (Bebas)
4. Tan Sri Dr Alfred Jabu ak Numpang (BN-PBB)

Penyandang: Tan Sri Dr Alfred Jabu ak Numpang (BN-PBB)
Undi diperolehi: 3,767
Majoriti: 2,677

N032: BUKIT SABAN: SARAWAK: 7,657

1. Dayrell Walter Entrie (SNAP)
2. Jerah ak Engkiong @ Edward Jerah (PKR)
3. Robert Lawson Chuat (BN-PBB)

Penyandang: Robert Lawson Chuat (BN-PBB)
Undi diperolehi: 3,258
Majoriti: 1,878

N033: KALAKA: SARAWAK: 14,167

1. Ismail bin Hussain (Bebas)
2. Abdul Wahab Aziz (BN-PBB)
3. Mohd Yahya Abdullah (PKR)

Penyandang: Abdul Wahab Aziz (BN-PBB)
Undi diperolehi: 7,396
Majoriti: 5,929

034: KRIAN: SARAWAK: 11,016

1. Liman ak Sujang (SNAP)
2. Datuk Peter Nyarok ak Entrie (BN-SPDP)
3. Banyi ak Beriak (Bebas)
4. Ali ak Biju (PKR)

Penyandang: Datuk Peter Nyarok ak Entrie (BN-SPDP)
Undi diperolehi: 4,784
Majoriti: 2,089
N035: BELAWAI: SARAWAK: 8,623

1. Abdul Wahab Abdullah (PKR)
2. Kiprawi bin Suhaili (Bebas)
3. Datuk Talif @ Len Salleh (BN-PBB)

Penyandang: Hamden Ahmad (BN-PBB)
Undi diperolehi: 4,102
Majoriti: 3,316
N036: SEMOP: SARAWAK: 8,891

1. Abdullah Saidol (BN-PBB)
2. Ong Chung Siew (PKR)
3. Ajiji Fauzan (Bebas)

Penyandang: Datuk Mohamad Asfia Awang Nasar (BN-PBB)
Undi diperolehi: 4,479
Majoriti: 3,226
N037: DARO: SARAWAK: 7,305

1. Murni Suhaili (BN-PBB)
2. Jamaludin Ibrahim (PKR)
3. Muhamad Zamhari Berawi (Bebas)
4. Noh @ Muhamad Noh Bakri @ Bakeri (Bebas)

Penyandang: Murni Suhaili (BN-PBB)
(Menang Tidak Bertanding)
N038: JEMORENG: SARAWAK: 8,635

1. Asbor Abdullah (Bebas)
2. Abdul Hafiz Noh (Bebas)
3. Gani @ Abu Seman Jahwie (BN-PBB)

Penyandang: Abu Seman Jahwie (BN-PBB)
Undi diperolehi: 3,567
Majoriti: 1,710
N039: REPOK: SARAWAK: 18,481
1. Datuk David Teng Lung Chi (BN-SUPP)
2. Dr Wong Hua Seh (DAP)

Penyandang: Datuk David Teng Lung Chi (BN-SUPP)
Undi diperolehi: 5,502
Majoriti: 576
040: MERADONG: SARAWAK: 15,337

1. Ling Kie King (BN-SUPP)
2. Ting Tze Fui (DAP)

Penyandang: Ting Tze Fui (DAP)
Undi diperolehi: 5,990
Majoriti: 3,578
N041: PAKAN : SARAWAK: 9,274

1. Datuk Seri William Mawan (BN-SPDP)
2. Jamal Bin Abdullah @ Tedong ak Gunda (SNAP)

Penyandang: Datuk Seri William Mawan (BN-SPDP)
Undi diperolehi: 4,138
Majoriti: 1,763
N042: MELUAN: SARAWAK: 11,487

1. John Brian Anthony ak Jeremy Guang (PKR)
2. Wong ak Judat (BN-SPDP)
3. Labang ak Jamba (SNAP)

Penyandang: Wong ak Judat (BN-SPDP)
Undi diperolehi: 5,086
Majoriti: 3,007
N043: NGEMAH: SARAWAK: 8,058

1. Alexander Vincent (BN-PRS)
2. Yakup Khalid (Bebas)
3. Adeh ak Denong (PCM)
4. Michael ak Lias (SNAP)
5. Aris ak Alap (PKR)

Penyandang: Gabriel Adit ak Demong (IND)
Undi diperolehi: 2,582
Majoriti: 549
N044: MACHAN: SARAWAK: 9,944

1. Kong Tat Kim (PCM)
2. Datuk Gramong Juna (BN-PBB)
3. George Chen Nguk Fa (PKR)
4. Augustine ak Liom @ August Kiom (SNAP)

Penyandang: Datuk Gramong Juna (BN-PBB)
Undi diperolehi: 4,045
Majoriti: 2,289
N045: BUKIT ASSEK: SARAWAK: 26,926

1. Hii Tiong Huat (Bebas)
2. Chieng Huong Toon (BN-SUPP)
3. Wong Ho Leng (DAP)

Penyandang: Wong Ho Leng (DAP)
Undi diperolehi: 10,380
Majoriti: 4,751
N046: DUDONG: SARAWAK: 26,251

1. Yap Hoi Liong (DAP)
2. Datuk Tiong Thai King (BN-SUPP)
3. Apandi Abdul Rani (Bebas)

Penyandang: Dr Soon Choon Teck (BN-SUPP)
Undi diperolehi: 7,359
Majoriti: 408
N047: BAWANG ASSAN: SARAWAK: 16,743

1. Alice Lau Kiong Yieng (DAP)
2. Datuk Seri Wong Soon Koh (BN-SUPP)

Penyandang: Datuk Seri Wong Soon Koh (BN-SUPP)
Undi diperolehi: 6,804
Majoriti: 2,504

N048: PELAWAN: SARAWAK: 28,808

1. Vincent Goh Chung Siong (BN-SUPP)
2. David Wong Kee Woan (DAP)

Penyandang: Vincent Goh Chung Siong (BN-SUPP)
Undi diperolehi: 7,375
Majoriti: 263
N049: NANGKA: SARAWAK: 14,197

1. Dr Annuar Rapaee (BN-PBB)
2. Norisham Mohamed Ali (PKR)

Penyandang: Awang Bemee Awang Ali Basah (BN-PBB)
Undi diperolehi: 6,202
Majoriti: 4,815
N050: DALAT: SARAWAK: 11,857

1. Datin Fatimah Abdullah @ Ting Sai Ming (BN-PBB)
2. Sylvester Ajah Subah @ Ajah Subah (PKR)
3. Salleh Mahali (Bebas)

Penyandang: Fatimah Abdullah @ Ting Sai Ming (BN-PBB)
(Menang Tidak Bertanding)
N051: BALINGIAN: SARAWAK: 11,792

1. Suriati Abdullah (PKR)
2. Tan Sri Abdul Taib Mahmud (BN-PBB)
3. Datuk Salleh Jafaruddin (Bebas)

Penyandang: Tan Sri Abdul Taib Mahmud (BN-PBB)
Undi diperolehi: 6,393
Majoriti: 5,726

N052: TAMIN: SARAWAK: 12,244


1. Joseph Mauh ak Ikeh (BN-PRS)
2. Mengga ak Mikui (PKR)

Penyandang: Joseph Mauh ak Ikeh (BN-PRS)
Undi diperolehi: 4,639
Majoriti: 2,377
N053: KAKUS: SARAWAK: 9,604

1. Dick @ Laurance Dick Sekalai (PCM)
2. Paul Anyie Raja (PKR)
3. John Sikie ak Tayai (BN-PRS)
4. Entali ak Empin (Bebas)

Penyandang: John Sikei ak Tayai (BN-PRS)
Undi diperolehi: 3,739
Majoriti: 2,852
N054: PELAGUS: SARAWAK: 15,322

1. Stanley Nyitar @ Unja ak Malang (BN-PRS)
2. Edward Sumbang ak Asun (PKR)
3. George ak Lagong (Bebas)

Penyandang: Larry Sng Wei Shien (BN-PRS)
Undi diperolehi: 5,965
Majoriti: 3,239
N056: BALEH: SARAWAK: 11,287

1. Datuk Seri Dr James Masing (BN-PRS)
2. Bendindang ak Manjah (PKR)

Penyandang: Datuk Seri Dr James Masing (BN-PRS)
Undi diperolehi: 5,330
Majoriti: 4,802
N057: BELAGA: SARAWAK: 8,463

1. John Bampa @ Tusau (SNAP)
2. Liwan Lagang (BN-PRS)
3. Basah Kesing @ Ali Basah Kesing (PKR)
4. Michael Jok (Bebas)
5. Matthew ak Munan (Bebas)
6. Kenneth Adan Silek (Bebas)

Penyandang/Incumbent: Liwan Lagang (BN-PRS)
Undi diperolehi/Votes polled: 1,855
Majoriti/Majority: 227

N059: KIDURONG: SARAWAK: 27,225


1. Chiew Chiu Sing (DAP)
2. Henry Ling Koung Meng (BN-SUPP)

Penyandang: Chiew Chiu Sing (DAP)
Undi diperolehi: 8,517
Majoriti: 1,664
N060: KEMENA: SARAWAK: 14,082

1. Liam Rengga (Bebas)
2. Bernard Binar Bayang ak Rading (PKR)
3. Dr Stephen Rundi ak Utom (BN-PBB)
4. Ungun ak Bayan (SNAP)

Penyandang/Incumbent: Dr Stephen Rundi ak Utom (BN-PBB)
Undi diperolehi/Votes polled: 4,750
Majoriti/Majority: 1,572
N063: PIASAU: SARAWAK: 16,600

1. Ling Sie Kiong (DAP)
2. Tan Sri Dr George Chan (BN-SUPP)

Penyandang: Tan Sri Dr George Chan (BN-SUPP)
Undi diperolehi: 6,573
Majoriti: 3,918
N065: SENADIN: SARAWAK: 22,432

1. Michael Teo Yu Keng (PKR)
2. Datuk Lee Kim Shin (BN-SUPP)

Penyandang: Datuk Lee Kim Shin (BN-SUPP)
Undi diperolehi: 7,173
Majoriti: 4,799

N066: MARUDI: SARAWAK: 13,093

1. Sylvester Entrie ak Muran (BN-SPDP)

2. Michael Ding Tuah (Bebas)

3. Gerang ak Dagom (PKR)

4. Edwin Dundang ak Bugak (SNAP)

Penyandang: Sylvester Entrie ak Muran (BN-SPDP)
Undi diperolehi: 4,954
Majoriti: 4,284
N067: TELANG USAN: SARAWAK: 13,623
1. Harrison Ngau Laing (PKR)

2. Kebing Wan (SNAP)

3. Jok Ding (Bebas)

4. Dennis Ngau (BN-PBB)

Penyandang: Lihan Jok (BN-PBB)
Undi diperolehi: 4,593
Majoriti: 2,771
N068: BUKIT KOTA: SARAWAK: 14,471

1. Dr Abdul Rahman Ismail (BN-PBB)
2. Leong Kwang Yew (DAP)
3. Usop Jidin (Bebas)
4. Ladis Pandin (Bebas)

Penyandang/Incumbent: Dr Abdul Rahman Ismail (BN-PBB)
Undi diperolehi/Votes polled: 5,501
Majoriti/Majority: 3,229
N069: BATU DANAU: SARAWAK: 7,636

1. Palu @ Paulus ak Gumbang (BN-SPDP)
2. Dr Lau Liak Koi (PKR)
3. Lawrence Cosmas Sunang ak Simpang (SNAP)

Penyandang/Incumbent: Palu @ Paulus ak Gumbang (BN-SPDP)
Undi diperolehi/Votes polled: 2,961
Majoriti/Majority: 1,262
N070: BA'KELALAN: SARAWAK: 6,958

1. Baru Bian (PKR)

2. Willie Liau (BN-SPDP)

Penyandang: Balang Rining (BN-SPDP)
Undi diperolehi: 2,064
Majoriti: 475

N071: BUKIT SARI: SARAWAK: 9,983


1. Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan (BN-PBB)

2. Japar Suyut (PKR)

Penyandang: Datuk Awang Tengah Ali Hassan (BN-PBB)
Undi diperolehi: 5,596
Majoriti: 5,275

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA

Posted: 06 Apr 2011 03:26 AM PDT

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA


Sibuk dengan video, BN naik harga minyak

Posted: 05 Apr 2011 06:24 PM PDT

KUALA LUMPUR, 5 April: Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, isu video telah memerangkap rakyat Malaysia sehingga hilang fokus kepada isu yang sebenar. Katanya, ketika rakyat sibuk membincangkan isu video, kerajaan BN telah menaikkan harga minyak RON 97 sebanyak 20 sen seliter kepada RM2.70 manakala SPRM mengumumkan negara rugi RM108 bilion setiap tahun angkara rasuah dan aktiviti haram yang lain.
Tambahnya, kebijaksanaan pemimpin BN mengalihkan isu sebenar dengan permainan media mereka sehingga lupa kepada isu tidak kemampuan BN menguruskan negara.
Begitu juga, ujarnya dengan Buku Jingga sampai sekarang tidak ada jawapan yang mantap untuk menjawabnya oleh pemimpin Umno BN.
"Mereka hanya mampu mengatakan Buku Jingga boleh bawa bankrap jika Pakatan Rakyat laksanakan apabila mereka memerintah walaupun jawapan balas sudah diberikan dengan fakta tentang kemampuan PR melaksanakan agenda Buku Jingga," katanya kepada Harakahdaily.
Pakatan Rakyat, katanya jangan pula lalai dengan isu video sehingga lupa untuk agenda perubahan untuk rakyat.
Menurutnya, semua maklum isu Buku Jingga pihak BN berada dalam keadaan defensif.
"Mereka hanya upah pemimpin Umno Sabah untuk bercakap mengenai Buku Jingga di dalam parlimen walaupun kadang-kadang tidak masuk stesen sehingga di dalam parlimen askar upahan BN membincang Buku Jingga dan terlupa bincang titah Diraja," katanya.
Tegasnya, PAS yakin isu video akan menjadi senjata makan tuan kerana rakyat sudah mual dengan politik lucah yang tidak berkesudahan.
"Apakah ini politik transformasi Datuk Seri Najib Tun Razak?
"Apakah rakyat boleh kenyang dengan video lucah? Apakah dengan isu ini inflasi negara akan menurun?" soalnya.

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 06 Apr 2011 01:40 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


PAS jangka sokongan wanita meningkat

Posted: 06 Apr 2011 01:30 AM PDT

02 Jamadilawwal 1432H. [MOD] -

KUCHING, 6 April: "Sokongan wanita dijangka meningkat bila mana PAS dilihat berjaya meningkatkan taraf wanita dengan menurunkan calon muslimat," kata Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli.

Menurutnya, PAS mempunyai harapan dengan menampilkan calon baru berbanding calon Barisan Nasional dilihat daripada sokongan penyokong yang terdiri daripada pelbagai kaum Bidayuh, Iban, Cina dan Melayu.

Beliau yang juga ahli Parlimen Kuala Krai mengiringi calon PAS bagi Dun Tanjong Datu, Nani Sahori.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengetuai perarakan calon PAS di Dun berkenaan yang turut disertai Ketua Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh bersama hampir seratus penyokong yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Cuaca yang mendung dengan suasana yang tenang di hari penamaan calon juga telah memberi keselesaan kepada kedua-dua penyokong yang berada di luar Pagar Dewan Masyarakat Lundu.

Harakahdaily/-

VIDEO SEKS - DI SOROK RAMAI TIDAK PERCAYA, BILA DIDEDAHKAN `CONFIRM' BUKAN ANWAR

Posted: 06 Apr 2011 01:28 AM PDT

02 Jamadilawwal 1432H. [MOD] -

ALHAMDULILLAH, berkat Solat Hajat PR bagi menolak fitnah III (video seks) terhadap DS Anwar kini mula dapat dilihat. Hari ini, ramai di antara kita yang telah melihat video lucah yang didalangi oleh `Three Strooges' yang masih belum ditangkap itu walaupun dikatakan video tersebut kini berada di tangan pihak Polis untuk siasatan. Siapa yang telah memuat turunkan video berkenaan ke dalam Youtube? Bukankah Rahim Thamby Chik mengaku hanya ada satu video sahaja yang asal?

Secara kebetulan saya petang tadi menonton berita NTV 7 jam 7. TV berkenaan menyiarkan sebahagian daripada klip video tersebut yang diambil dari youtube. Saya lihat aksi wanita berkemban, seorang lelaki memakai tuala dan kelibat seorang lagi lelaki sedang membetulkan kamera rakaman yang memakai baju lengkap.

Gambar di dalam hitam putih itu menunjukkan seorang lelaki wajahnya mirip Anwar sepintas lalu. Saya sempat menekan `freeze' (pause) pada alat kawalan jauh TV LCD saya untuk melihat wajah tersebut. Tidak perlu mengambil masa panjang, jelas itu bukan wajah Anwar terutamanya di bahagian misai dan pipi.

Paling ketara, walaupun sekejap ditunjukkan saya lihat bahagian perut lelaki berkenaan memang boroi dan dadanya (tetek) yang kelihatan berisi. Apabila ditunjukkan lelaki berkenaan bertuala membelakangi kamera, sekali lagi `confirm' pada saya itu bukan Anwar kerana melihat kepada punggung yang sedikit lebar dan berisi.

Saya belum lagi melihat video tersebut melalui youtube, tetapi banyak rakan di dalam FB turut menyebut jelas bahawa lelaki berkenaan bukannya Anwar.

Difahamkan, di dalam youtube video tersebut memang video seks yang telah dipertontonkan di Seri Casrcosa baru-baru ini tetapi telah di`edit' sebaik mungkin untuk menghilangkan beberapa tanda jelas menunjukkan perbezaan ketara lelaki berkenaan dengan Anwar. Ini hanya boleh dipastikan oleh mereka yang telah menonton video asal berkenaan termasuk Chegu Bard.

Chegu Bard di dalam mengulas klip video yang terdapat di dalam youtube tersebut berkata, "Klip itu adalah dari sumber yang sama tetapi ia di edit (sunting) sedemikian rupa untuk meyakinkan (orang ramai). Tetapi tempat-tempat yang begitu ketara, hodoh dan tidak sama dengan Anwar tidak disiarkan.

Ini memang kita sudah jangkakan berlaku" kata beliau kepada TVSelangor. "Mereka tidak akan siarkan semua, dan kenapa mereka tidak siarkan semua contohnya dengan posisi perut yang buncit, itu mereka tidak siarkan, sebaliknya mereka hanya mengambil yang mirip (Anwar) untuk memperbodohkan rakyat," tambah beliau. Badrul yakin Umno berperanan dalam

memuatnaikkan video yang disunting itu ke Youtube, malah telah meramalkan tindakan Umno itu dalam wawancara dengan TVSelangor pada minggu lalu. Beliau yakin tidak ada tindakan akan diambil terhadap pihak yang memuatkan rakaman itu di Youtube (tranungkite)

Kita patut bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana akhirnya tembelang puak-puak Munafik ini terbongkar satu persatu. Pengendali tayangan video seks masih bebas, video seks yang dikatakan hanya ada satu pita asal yang berada di tangan pihak berkuasa boleh tersiar di dalam youtube dan diedit sebaik mungkin adalah satu rahmat buat kita untuk mengenali siapakah Munafik sebenar untuk menjatuhkan Anwar.

Apabila video ini tersebar di dalam youtube oleh mereka yang bacul dan dayus, ini bermakna Anwar kini menghadapi fitnah IV setelah fitnah III di Seri Carcosa tidak laku lagi. Tidak susah untuk memikirkan mengapa video berkenaan secara pantas dimasukkan ke dalam youtube kerana Anwar kini sedang mengetuai PR untuk menawan Sarawak.

Kini, kita tunggu apa pula reaksi KPN setelah sebelum ini mendakwa video seks itu adalah tulen. Adakah pihak yang memuatkan video berkenaan ke dalam youtube akan ditahan atau ditangkap? Jika Rahim Thamby Chik yang menayangkan video seks tersebut masih belum ditangkap, apakah ada tangkapan untuk kes terbaru ini? Kita tunggu episod seterusnya...

wfauzdin.blogspot.com

PAS, BN berentap di Beting Maro

Posted: 06 Apr 2011 01:00 AM PDT

02 Jamadilawwal 1432H. [MOD] -

BATANG LUPAR, 6 April: Calon PAS, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus akan ditentang calon BN, Razaili Gapor sekaligus menyaksikan perlawanan satu lawan satu bagi Dun Beting Maro.

Kedua-dua mereka diumumkan sah bertanding oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tepat jam 11.38 tengah hari tadi selepas tiada sebarang bantahan diterima SPR sepanjang sejam sesi bantahan dibuka.

Abang Ahmad menyerahkan borang pencalonan jam 9.05 pagi manakala Razaili jam 9.10 pagi di pusat penamaan calon di Pejabat Daerah Pusa di sini.

Abang Ahmad, 32, dicadang oleh Alem Din iaitu calon PAS pada pilihan raya negeri sebelum ini dan disokong Abg Noh Abg Seman.

Manakala Razaili, 56, dicadang oleh Aweng Rosli dan disokong Mohidin Bolhasan.

Turut mengiri calon PAS ke pusat penamaan hari ini Naib Presiden PAS Salahudin Ayub, Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun, Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, Adun Meranti Datuk Nasruddin Daud, Adun Tanjung Mas, Rohani Ibrahim, Adun Kijang Wan Ubaidah Omar dan beberapa exco Pemuda PAS Pusat.

Sementara itu lebih 400 penyokong yang terdiri masyarakat tempatan dari pelbagai peringkat umur, turut mengiringi calon PAS ke pusat penamaan pagi ini.

Mereka berkumpul di sebuah kawasan rumah kedai seawal jam 7.30 pagi sebelum berarak ke tempat penamaan kira-kira 500 meter.

Sambil memakai baju hijau bercetak gambar Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mereka turut melaungkan 'undi PAS', 'Pangkah bulan' dan 'Hidup PAS.

Beting Maro mempunyai komposisi kaum Melayu/Melanau 90.99%, Cina 2.28% dan Iban 6.73%.

Pada pilihan raya negeri 2006 sebelum ini dikuasai BN melalui calon mereka Bolhassan Haji Di.

Harakahdaily/-
Oleh : Nazri Abdullah

Quran dibakar dalam masjid di Malaysia

Posted: 06 Apr 2011 12:30 AM PDT

02 Jamadilawwal 1432H. [MOD] -

1 dari setiap 5 orang di Malaysia ini berpotensi gila atau sakit mental. Jika rakyat Malaysia 27 juta orang, bermakna 5.4 juta orang rakyat kita ada potensit gila atau sakit mental. Rakyat sekarang hidup dalam keadaan tertekan, stress yang amat sangat, media menggila ulas isu politik dan video lucah. Usaha dakwah secara sukarela terlalu sedikit, khutbah Jumaat lesu dan mengantukkan.

Berita sebelum ini Lelaki Gila rempuh Masjid dan kaitannya dengan Khutbah Jumaat di http://waghih.blogspot.com/2011/03/lelaki-gila-rempuh-masjid-dan-khutbah.html

SELAMATKAN UMAT INI

Lelaki gila bakar al-Quran ditahan
Harian Metro 6 April 2011

KLANG: Misteri kejadian al-Quran di masjid Kampung Johan Setia, dekat sini, dibakar terjawab selepas polis menahan seorang lelaki disyaki kurang siuman, semalam.

Lelaki berusia 45 tahun itu ditahan selepas penduduk dan ahli jawatankuasa (AJK) masjid mengesyaki dia melakukan perbuatan itu berikutan pernah dilihat membuang dan membakar surah Yasin.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop, berkata dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi semalam, siak masjid berkenaan ternampak senaskhah al-Quran dan kalendar dilekatkan pada dinding masjid mempunyai kesan terbakar ketika memasuki masjid berkenaan untuk solat Subuh.

Katanya, suspek dipercayai menggunakan pemetik api untuk membakar naskhah al-Quran yang diletakkan di atas permaidani di masjid itu.

"Ketika ditemui, api sudah padam, tetapi naskhah al-Quran itu masih berasap. Menurut siak masjid, pintu pagar masjid berkenaan dikunci, tetapi pintu masjid tidak berkunci.

"Kejadian itu dilaporkan nazir masjid pada jam 9 pagi tadi (semalam)," katanya di sini, semalam.

Mohamad berkata, tangkapan terhadap lelaki yang dipercayai kurang siuman itu dibuat kira-kira jam 11.30 pagi semalam di rumahnya di kampung sama. Jarak rumah suspek dengan masjid itu kira-kira 100 meter.

Katanya, siasatan awal terhadap lelaki itu mendapati dia tidak mempunyai rekod kesalahan lampau, tetapi lelaki itu ditahan berikutan keterangan AJK masjid berkenaan mengenai perbuatannya sebelum ini, selain suspek pernah membakar motosikal seorang lelaki warga asing yang menetap di kampung berkenaan.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Lelakigilabakaral-Quranditahan/Article/index_html

Solat dalam sudut sains

Posted: 06 Apr 2011 12:00 AM PDT

02 Jamadilawwal 1432H. [MOD] -

Ketua Pakar Penyelidik Sains Solat, Fakulti Bioperubatan, Universiti Malaya (UM), Prof. Madya Dr. Fatimah Ibrahim.

Dalam pembentangan kajian pertama bertajuk Kesan Postur Badan dan Pergerakannya di Dalam Solat, Dr. Fatimah menjelaskan pergerakan dalam solat amat mempengaruhi keadaan tubuh badan.

Semasa meletakkan tangan di antara dada dan pusat selepas takbiratul ihram, posisi tangan pada waktu itu adalah dalam keadaan rehat.

Jika dilihat dari sudut fisiologi, posisi tersebut berada dalam keadaan rehat yang maksimum. Ia mampu melancarkan pergerakan sendi dan mengelakkan penyakit sendi.

Pada posisi rukuk, seseorang akan berasa sakit di bahagian belakang paha jika menekan kedua belah lutut dengan meluruskan tangan.

Posisi 90 darjah seperti yang disarankan oleh Rasulullah mampu menyembuhkan penyakit berkaitan tulang belakang.

Lutut perlulah diletakkan terlebih dahulu diikuti tangan dan kepala dalam kedudukan sujud.

Kedudukan begini adalah cara terbaik menjadikan otot besar dan kuat. Secara tidak langsung, ia amat membantu melancarkan pengaliran darah dan limpa ke seluruh anggota badan.

Dr. Fatimah turut menjemput seorang peserta membuat demonstrasi di pentas bagi membuktikan kebenaran kajiannya.

Peserta berkenaan mencuba seperti apa yang diarahkan dan bersetuju dengan apa yang dijelaskan oleh Dr. Fatimah.

Beliau menekankan kepentingan solat dan menasihatkan peserta agar tidak timbul niat menjadikan solat semata-mata untuk menjadi sihat, kerana perkara sedemikian amat bercanggah dengan tujuan solat.

Katanya, solat adalah khusus kepada Allah, maka ia tidak boleh disertakan dengan niat lain bagi tujuan kesihatan.

Cuma apa yang ditekankan dalam kajian tersebut adalah kesan sampingan daripada bersolat, manusia akan memperoleh kebaikan yang tidak dapat dinafikan kebenarannya.

"Kajian Dr. Fatimah menunjukkan bukti bahawa manusia akan mencapai kecergasan dan kesihatan yang terbaik semasa bersolat," katanya.

Dalam satu lagi sesi bertajuk Solat dan Kesan Kepada Denyutan Jantung' Dr. Fatimah menjelaskan jantung memainkan peranan amat penting dan sangat berjasa kepada manusia.

Denyutan jantung dalam keadaan rehat adalah di antara 60-80 denyutan seminit.

Akan tetapi bagi atlet sukan, kadar denyutan jantung mereka lebih rendah, iaitu 40-60 denyutan seminit.

Peserta diberi kefahaman bahawa, semakin rendah kadar denyutan jantung, bermakna kesihatan jantung lebih terjaga.

Kesihatan jantung perlu diberi perhatian serius memandangkan kematian akibat serangan jantung semakin meningkat dan tidak mengenal usia.

Ia juga dikatakan pembunuh nombor satu negara kerana serangannya berlaku secara senyap dan tidak mengira keadaan.

Bahaya yang ditunjukkan akibat serangan jantung begitu membimbangkan, dan beliau berjaya menemui bukti saintifik bahawa dengan bersolat, kadar denyutan jantung dapat dikawal dengan baik.

Selain itu, dengan melakukan solat juga dapat mengurangkan risiko darah tinggi.

Jantung berdenyut dengan kadar paling rendah semasa posisi sujud, iaitu sebanyak 72 dan 73 denyutan seminit.

Apabila seseorang duduk pada tahiyat akhir, kadar denyutan jantung meningkat semula dan ia mengepam darah ke bahagian atas badan serta kepala.

Secara tidak langsung, jumlah darah yang diperlukan juga meningkat.

Hasil kajian beliau mendapati, posisi sujud adalah kedudukan terbaik untuk kesihatan jantung. Lebih banyak bersujud, maka seseorang dapat mengurangkan kadar denyutan jantung dan menurunkan tekanan darah. UM/-

KONSULTAN PEKA: SPRM PERLU SIASAT SEGERA

Posted: 05 Apr 2011 11:30 PM PDT

02 Jamadilawwal 1432H. [MOD] -

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) mendapat maklumat bahawa syarikat Talent Solution Sdn Bhd yang bertindak sebagai konsultan kepada Pusat Kerjaya Amanjaya (PEKA) mempunyai hubungan yang berkepentingan dengan Ketua Eksekutif Institut Darul Ridzuan (IDR), Aminuddin Amin. Perkara ini jelas memerlukan kepada satu siasatan kerana ianya telah dibuktikan oleh beberapa pihak.

Persoalan yang perlu mendapat penjelasan ialah adakah latar belakang syarikat Talent Solution telah diteliti dan diperhalusi terlebih dahulu sebelum perlantikan tersebut? Adakah benar syarikat tersebut atau pegawainya mempunyai pengalaman hampir 15 tahun seperti yang didakwa? Sejak bilakah syarikat tersebut sebenarnya didaftarkan atas nama Talent Solution? Apakah hubungan Datuk Dr Hamzah Kassim dengan Aminuddin Amin dahulu?

DPPN Pk menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat siasatan berhubung isu pemberian projek konsultan PEKA tersebut. DPPN Pk juga meminta agar jumlah sebenar pelaburan projek PEKA kepada syarikat Talent Solution perlu diketahui dan diumumkan kepada rakyat. DPPN Pk juga meminta agar Datuk Seri Dr Haji Zambry Abdul Kadir memperjelaskan isu ini agar rakyat pasti bahawa tiada wang rakyat telah disalahguna dengan cara yang tidak etika.

MOHD MUNIR ALI
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Ada pertanding di Muara Tuang, Calon BN hantar penyata kewangan jam 1.05 tadi

Posted: 05 Apr 2011 10:44 PM PDT

02 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

Setelah menunggu sekian lama, Pegawai Pengurus Pilihanraya pada jam 1.20 petang tadi mengumumkan ada pertandingan 2 penjuru di DUN Muara Tuang dengan menyaksikan Calon PAS, Noraini Hamzah mencabar calon BN oleh Datuk Seri Mohamad Ali Mahmud.

Calon BN tersebut telah menghantar penyata kewangannya kepada SPR pada jam 1.05 petang sebagaimana yang diumumkan.

Terkini: N.15 Muara Tuang, Calon BN bermasalah.

Posted: 05 Apr 2011 09:55 PM PDT

02 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

Calon bagi N.15 Muara Tualang belum lagi di umumkn. Mengikut maklumat yang diperolehi calon BN d katakan mempunyai masalahh pebelanjaan pilihanraya tahun 2006. Kini masih menunggu jawapan dari SPR? Adakah PAS menang tanpa bertanding?

Terkini 1.00 p.m: N.15 Muara Tuang

Posted: 05 Apr 2011 09:55 PM PDT

2 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

Solat hajat untuk calon PAS. Kemungkinan besar PAS akan memenangi Pilihan Raya di DUN N.15 Muara Tuang kerana calon BN mempunyai masalah perbelanjaan 2006 yang tidak diisytiharkan.

Terkini : Senarai calon pilihan raya Sarawak

Posted: 05 Apr 2011 09:52 PM PDT

02 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

N065: SENADIN: SARAWAK: 22,432

1. Michael Teo Yu Keng (PKR)
2. Datuk Lee Kim Shin (BN-SUPP)

Penyandang: Datuk Lee Kim Shin (BN-SUPP)
Undi diperolehi: 7,173
Majoriti: 4,799
N08: SATOK: SARAWAK: 10,431

1. Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg (BN-PBB)
2. Ahmad Nazib Johari (PKR)

Penyandang: Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg (BN-PBB)
Undi diperolehi: 4,222
Majoriti: 2,798

N010: PENDING: SARAWAK: 29,488

1. Prof Dr Sim Kui Hian (BN-SUPP)
2. Violet Yong (DAP)

Penyandang: Violet Yong (DAP)
Undi diperolehi: 11,632
Majoriti: 4,372

N011: BATU LINTANG: SARAWAK: 27,833

1. Sih Hua Tong (BN-SUPP)
2. See Chee How (PKR)
3. Soo Lina (Bebas)

Penyandang: Voon Lee Shan (DAP)
Undi diperolehi: 8,806
Majoriti: 3,407

N045: BUKIT ASSEK: SARAWAK: 26,926

1. Hii Tiong Huat (Bebas)
2. Chieng Huong Toon (BN-SUPP)
3. Wong Ho Leng (DAP)

Penyandang: Wong Ho Leng (DAP)
Undi diperolehi: 10,380
Majoriti: 4,751

N056: BALEH: SARAWAK: 11,287

1. Datuk Seri Dr James Masing (BN-PRS)
2. Bendindang ak Manjah (PKR)

Penyandang: Datuk Seri Dr James Masing (BN-PRS)
Undi diperolehi: 5,330
Majoriti: 4,802

N054: PELAGUS: SARAWAK: 15,322

1. Stanley Nyitar @ Unja ak Malang (BN-PRS)
2. Edward Sumbang ak Asun (PKR)
3. George ak Lagong (Bebas)

Penyandang: Larry Sng Wei Shien (BN-PRS)
Undi diperolehi: 5,965
Majoriti: 3,239

N049: NANGKA: SARAWAK: 14,197

1. Dr Annuar Rapaee (BN-PBB)
2. Norisham Mohamed Ali (PKR)

Penyandang: Awang Bemee Awang Ali Basah (BN-PBB)
Undi diperolehi: 6,202
Majoriti: 4,815

N063: PIASAU: SARAWAK: 16,600

1. Ling Sie Kiong (DAP)
2. Tan Sri Dr George Chan (BN-SUPP)

Penyandang: Tan Sri Dr George Chan (BN-SUPP)
Undi diperolehi: 6,573
Majoriti: 3,91

Sebar bahan lucah sah di sisi undang-undang?

Posted: 05 Apr 2011 09:33 PM PDT

02 Jamadilawwal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) mengutuk tindakan penyebaran video seks bahan lucah secara terbuka menerusi laman web video Youtube dan foto akhbar tempatan.

"Sesungguhnya perbuatan serta tindakan ini sangat keji dan menunjukkan betapa rendahnya nilai moral dalam masyarakat Malaysia," kata Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Dr Muhamad Razak Idris.

Katanya, penyiaran itu bertentangan sama sekali dengan ketetapan serta prosiding yang telah ditetapkan oleh undang-undang negara, di samping secara langsung mencabar autoriti pihak berkuasa yang berkenaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Di samping itu, tambahnya Abim juga menilai penyiaran video itu akan meninggalkan kesan yang negatif terhadap pembentukan tatasusila serta moral masyarakat di negara ini.

"Kegiatan ini jika tidak diambil tindakan akan menjadi prisidion bahawa penyebaran bahan lucah adalah suatu yang sah dan tidak melanggar undang-undang negara," katanya.

Menurutnya, perkara sedemikian rupa tidak pernah berlaku sepanjang catatan sejarah politik Malaysia.

"Ini sekaligus membangkitkan persoalan kepada kita apakah norma-norma sedemikian ingin kita tonjolkan dan hidangkan kepada generasi muda dan masyarakat dalam dan luar negara sebagai satu keperluan kepada usaha pembangunan negara ini," katanya lagi.

Beliau berkata, secara prinsipnya Abim sangat kecewa terhadap penyebaran ini kerana menambahkan satu lagi episod duka dan hitam dalam sejarah negara ini.

"Sedang masyarakat berbicara dan berbahas usaha membenteras gejala sosial di dalam masyarakat, pada masa yang sama kita membuka ruang kepada percambahan perbincangan perkara tak bermoral dari sudut penyebarannya," ujarnya.

Abim juga, kata beliau ingin meneegaskan kepentingan nilai, prinsip dan etika kewartawanan dan penyiaran yang harus dijunjung di kalangan pengamal media kerana mereka memikul tanggungjawab sosial yang sangat berat.

Tambahnya, keutuhan prinsip Rukun negara bagi menjaga "Kesopanan dan kesusilaan" perlu diterjemah di dalam tindakan segenap masyarakat malah ia berkait juga dengan "Kedaulatan undang-undang" sebagai elemen pembangunan negara.

Sehubungan dengan itu, Abim menggesa PDRM supaya mempercepatkan proses siasatan mengenai penyebaran video seks tersebut, di samping mengenal pasti individu yang terlibat untuk dibicarakan menerusi pengadilan yang telah ditetapkan dengan segera.

Beliau menambah, Abim ingin menegaskan menolak sebarang provokasi untuk mengaibkan peribadi seseorang memandangkan perbuatan tersebut adalah haram dan bertentangan sama sekali dengan ajaran Islam.

Justeru, katanya perbuatan tersebut iaitu provokasi terhadap peribadi seseorang seharusnya tidak boleh dijadikan alat bagi mencapai sesebuah tujuan dan memenuhi kepentingan tertentu.

"Dalam kesempatan ini, Abim ingin menyeru umat Islam supaya agar menjauhi perbuatan mengaibkan peribadi seseorang di samping meningkatkan doa dan menunaikan solat hajat untuk memohon kesejateraan serta perlindungan dari sebarang malapetaka dan bencana untuk umat Islam serta seluruh pelusuk masyarakat di negara ini," katanya.

Harakahdaily/-

Tenang, Merlimau, Kerdau: Keyakinan rakyat terhadap BN meningkat tetapi mengapa masih jaja video seks fitnah?

Posted: 05 Apr 2011 09:06 PM PDT

02 Jamadilawal 1432H. [MOD] -


Wan Azizah dan keluarganya menafikan imej yang serupa dengan Anwar dalam video seks Datuk T pada sidang media di rumahnya selasa 5 April lalu

Ia semestinya berita buruk buat Pakatan Rakyat, apabila kecundang dalam kedua-dua Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Merlimau dan Kerdau, menjelang ulang tahun ketiga selepas "tsunami politik" pada 8 Mac 2008. Lebih-lebih lagi, matlamat Pakatan Rakyat untuk "menghakis undi majoriti" turut gagal, apabila BN berjaya meraih majoriti yang lebih besar berbanding tahun 2008.

PRK Merlimau

Di Merlimau, calon Umno-BN Roslan Ahmad menewaskan calon PAS-Pakatan Rakyat, Yuhaizad Abdullah, dengan majoriti 3,643 undi. Berbekalkan peratusan pengundian setinggi 78.98 peratus, Roslan memenangi 5,962 undi, sementara Yuhaizad hanya memperolehi 2,319 undi.

Jumlah pengundi untuk N. 27Dun Merlimau adalah 10,679 orang, dengan 6,850 orang Melayu (64.14 peratus); 2,225 orang Cina (20.83peratus); 1,567 orang India (14.67 peratus) dan lain-lain (0.34 peratus). Pada PRU ke-12, Allahyarham Mohamad Hidhir Abu Hasan daripada BN memperolehi 4,981 undi, menang dengan majoriti 2,154 undi ke atas Jasmi Tompang (PAS). Peratusan pengundian pada tahun 2008 itu adalah 76.18 peratus.

PRK Kerdau

Di Kerdau pula, calon Umno-BN Syed Ibrahim yang meraih 5,060 undi, berjaya menewaskan calon PAS Hassanuddin Salim dengan majoriti 2,724 undi, dalam PRK yang mencatat peratusan pengundian setinggi 83 peratus. Untuk N.28 Dun Kerdau, jumlah pengundi ialah 8,999 orang, dengan 7,988 orang Melayu (88.7 peratus); 454 orang Cina (5 peratus); 298 orang India (3.3 peratus) dan lain-lain (2.9 peratus).

Dalam PRU pada tahun 2008, Allahyarham Zaharuddin Abu Kassim daripada BN memperolehi 4,135 undi, menewaskan Hassanuddin Salim daripada PAS dengan majoriti 1,615 undi. Peratusan pengundian pada PRU ke-12 adalah 75.3 peratus. Dengan kata lain, BN berjaya meningkatkan undi majoriti sehingga melepasi paras yang dicapainya pada tahun 2008, malah lebih tinggi daripada PRU ke-11 di Kerdau.

Pada tahun 2004, Redzwan Harun dari BN menang dengan majoriti 2,565 undi di Kerdau. Kekesalan Pakatan Rakyat mungkin hanya terubat dengan keputusan di Merlimau, memandangkan pada tahun 2004, Mohamad Hidhir Abu Hasan menang dengan majoriti 5,087 undi.

Sesetengah pemimpin dan penyokong Umno-BN masih menyimpan keputusan PRU ke-11 pada tahun 2004 sebagai nostalgia, memandangkan BN meraih sokongan yang tinggi di bawah pimpinan PM kelima, Abdullah Ahmad Badawi yang baru mengambil-alih tampuk kerajaan pada ketika itu. Bagaimanapun, sokongan kepada BN menjunam secara mendadak pada tahun 2008, dilihat sebagai fenomena "luar biasa" buat BN.

Mengikat kedudukan 8-8

Berikutan kemenangan ini, BN berjaya mengikat kedudukan 8-8 dalam 16 PRK yang diadakan selepas PRU ke-12. BN menerima tamparan pertama dalam PRK Permatang Pauh, menyaksikan bagaimana Anwar Ibrahim kembali ke Dewan Rakyat dengan majoriti yang lebih besar, pada Ogos 2008. Kemudian, BN tewas sekali lagi, memberikan kerusi parlimen tambahan Kuala Terengganu kepada PAS-Pakatan Rakyat, pada awal tahun 2009.

Keadaan tidak memulih, meskipun Najib Razak mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada 3 April 2009. Dalam tiga PRK serentak di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai, BN hanya mampu menang satu daripadanya, ketinggalan dengan kedudukan 1-4.

BN hanya menamatkan kekalahan dirinya di Semenanjung, apabila Isa Samad menyumbang melalui PRK Bagan Pinang, pada 11 Oktober 2009. Bagaimanapun, BN gagal mendakwa bahawa itu detik kebangkitan semula dirinya. Meskipun menang di Hulu Selangor selepas itu, tetapi tewas pula di Sibu, belumpun genap sebulan selepas pertarungan di Hulu Selangor.

PRK kemudiannya memperlihatkan pola pengundian, di mana pengundi Melayu, kampung masih memihak kepada BN; sementara pengundi Cina, golongan muda dan bandar lebih menyebelahi PR. BN kini berjaya mencipta kemenangan lima PRK berturut-turut dalam masa terdekat, dari Batu Sapi, Galas, Tenang, Merlimau hinggalah Kerdau.

Kesemua negeri telah menjalani sekurang-kurangnya satu PRK selepas PRU ke-12, melainkan negeri Perlis. Keputusan ini semestinya melemahkan semangat PR, lebih-lebih lagi apabila langkah PRU ke-13 semakin mendekat.

Sumber: Merdeka Review

Terkini: N.15 Muara Tuang

Posted: 05 Apr 2011 09:01 PM PDT

2 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

Menunggu penamaan calon oleh Suruhanjaya Pilihan Raya di DUN N.15 Muara Tualang jam 12.00 tengah hari. Penyokong PAS menunggu sementara menjamu makanan tengah hari yang disediakan oleh pihak petugas. Hanya penyokong PAS sahaja yang sedia menanti sehingga pengumunan calon.

BN meletakkan adik kepada Bekas Ketua Menterinya Sarawak, Ali Mahmud manakala PAS meletakkan calon muslimatnya, Noraini yang merupakan calon tempatan di DUN Muara Tualang. Penyokong masih menunggu pengisytiharan penamaan calon.

Ikuti perkembangan dan liputan terkini dari kami.

Makanan: Utamakan aspek halal, selamat

Posted: 05 Apr 2011 09:00 PM PDT

02 Jamadilawwal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 5 April: Pihak kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan diingatkan agar mengutamakan aspek halal, keselamatan dan mutu makanan dalam meluluskan makanan untuk orang ramai di negara ini.

Ingatan tersebut sejajar dengan usaha yang dilakukan oleh kementerian itu dalam usaha mengemaskinikan lagi undang-undang mengenai pemakanan yang membawa kepada pembentangan satu lagi rang undang-undang baru yang dinamakan Rang Undang-undang Juruanalisis Makanan 2010 pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Ahli Parlimen Pendang, Dr Mohd Hayati Othman ketika mengingatkan perkara itu berkata, dengan pengenalan rang undang-undang itu diharap akan menyedarkan lagi Kementerian Kesihatan bagi menjadikan negara sebagai halal hub untuk menentukan kehalalan makanan yang diluluskan.

Menurut beliau, selain itu, penekanan ke atas makanan dan minuman kesihatan juga perlu dilakukan bagi menjamin makanan dan minuman itu benar-benar bermanfaat kepada orang ramai.

Katanya, antara contoh makanan dan minuman yang dimaksudkan itu termasuklah Tongkat Ali dan minuman lain yang dikatakan 3 dalam 1 yang dikatakan berkhasiat, tetapi dibimbangi semakin lama digunakan akan menjadikan seseorang itu makin kurang sihat.

"Jadi dengan pengenalan rang undang-undang baru ini diharap juruanalisis makanan itu dapatlah menyiasat perkara itu bagi mengesahkannya untuk kepentingan orang ramai," katanya ketika berucap membahaskan Rang Undang-undang Juruanalisis Makanan 2010 pada persidangan Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Di samping itu, beliau turut mengingatkan agar dengan pengenalan rang undang-undang itu, juruanalisis yang dilantik itu akan turut memainkan peranan dengan baik dalam memastikan makanan yang diproses dan dikeluarkan oleh pihak-pihak terbabit itu dihasilkan dengan cara yang betul dari sisi syarak dan terjamin dari bahan-bahan merbahaya.

Antara penghasilan yang dimaksudkan itu, katanya termasuklah susu.

Beliau turut berharap agar juruanalisis yang dilantik itu benar-benar berkemampuan, di samping turut diberikan peluang bukan sahaja kepada pihak tertentu sahaja, tetapi juga NGO-NGO Islam dan lulusan IPTS.

Selain menekankan tentang makanan manusia, beliau turut berharap agar rang undang-undang tersebut turut menekankan analisis bagi makanan haiwan untuk membekalkan makanan yang baik, bermutu dan terjamin bagi haiwan.

Namun menyentuh tentang perkara yang berkaitan dengan profesionalisme dan pengalaman juruanalisis yang akan dilantik dan didaftarkan yang dinyatakan dalam rang undang-undang itu, beliau mempertikaikan tentang tindakan yang akan dikenakan oleh pihak kerajaan apabila terdapat perrcanggahan tindakan atau hukuman yang akan dikenakan antara mereka yang menjalankan kerja itu tanpa pendaftaran dengan mereka yang menjalankan kerja tersebut dengan pendaftaran atau perlantikan walaupun kurang pengalaman.

Manakala Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad ketika berucap membahaskan rang undang-undang itu turut menekankan pihak kerajaan agar lebih mengutamakan profesionalisme juruanalisis makanan yang dilantik itu.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat antara lain berkata, dari sudut falsafah, beliau menyokong pengenalan undang-undang itu kerana ia akan membekalkan kepada rakyat makanan yang mencukupi dan bermutu dan terjamin dari segi agama, mutu dan keselamatan.

"Meskipun baik dari sudut matlamat. Tapi ia akan membina birokrasi, akan membengkakkan lagi birokrasi kerajaan kerana rang undang-undang ini sendiri bermatlamat hendak menubuhkan majlis," katanya.

Sementara Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Mariah Mahmud yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat ketika mencelah mempertikaikan rang undang-undang tersebut kerana tidak terdapat akta yang komprehensif mengenai makanan yang diimport dari luar negara bagi memastikan makanan tersebut terjamin dari segala segi.

Harakahdaily/-
Oleh : Aziz Muda

Parit Buntar : Pemuda dan Muslimat Dapat Ketua Baru

Posted: 05 Apr 2011 08:47 PM PDT

1 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

Parit Buntar - Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat PAS Kawasan Parit Buntar yang telah bermesyuarat baru-baru ini telah melantik ketua serta jawatankuasa baru bagi sesi 2011-2013. Untuk jawatan tertinggi, pemilihan ketua, timbalan ketua dan naib ketua telah dibuat secara syura di dalam majlis mesyuarat khas dewan masing-masing.

Untuk Dewan Pemuda ia akan diterajui oleh Dr Muhyiddin Ibrahim sebelum ini merupakan Timbalan Ketua. Untuk jawatan Timbalan Ketua disandang oleh Hairul Nizam Ishak yang sebelum ini memegang jawatan Ketua Penerangan, manakala Syahrin Md Daud kekal sebagai Naib Ketua Pemuda. Untuk jawatan ahli jawatankuasa, lapan orang telah dipilih iaitu Abdul Halim Yahaya, Adnan Abdul Rahim, Johari Asyraf Mohammad, Reduan Osman, Nazarudin Rashidi, Ahmad Amir Abdullah dan Abdul Malik Hisham.

Dewan Muslimat pula diketuai oleh Rahimah Osman yang sebelum ini merupakan Naib Ketua. Untuk jawatan Timbalan Ketua adalah Rosnah Abu Bakar, manakala jawatan Naib Ketua disandang oleh Norijan Omar .Lapan jawatankuasa yang dipilih adalah Athirah Ibrahim, Izan Aqilah Mohamad, Zabariah Mat Amin, Azizah Awang, Sumaiyah Ali, Salina Osman dan Hashimah Hashim.

Di dalam mesyuarat agung baru-baru ini, Ketua Muslimat, Rahimah Osman, telah menyeru kepada semua jawatankuasa serta perwakilan agar terus istiqamah dalam perjuangan dan menuntut supaya jentera pilihanraya muslimat dapat diperkasakan bagi mempertahankan kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat di Parlimen Parit Buntar, DUN Titi Serong dan DUN Kuala Kurau.

Manakala Ketua Pemuda, Dr Muhyiddin di dalam ucapannya berharap seluruh ahli pemuda PAS di Parit Buntar dapat membina sahsiah yang baik serta menjaga perilaku supaya nama baik parti dapat terus dijaga. Beliau juga mahukan organisasi pemuda diperingkat cawangan diperkuatkan dan bersiap siaga untuk bekerja untuk memenangi dalam pilihanraya umum tidak lama lagi.

Antara perwakilan yang hadir

Barisan kepimpinan DPPK PB

Telus dan bersih

Perbahasan usul

Penghargaan buat Ketua Pemuda DPPKPB bagi sesi 2007- 2011


Tip Tambahan Untuk Membina Pantun

Posted: 05 Apr 2011 08:35 PM PDT

02 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

Dalam buku yang pertama, saya telah memberikan teknik penciptaan pantun untuk seseorang pengacara atau bakal pengacara atau sesiapa pun yang ditugaskan untuk membuat teks pengacara mencipta pantun sendiri agar acara dan pantun yang dilafazkan tidak lari daripada maksud yang ingin disampaikan. Namun, mungkin ada antara kita yang masih terkial-kial menghasilkan pantun yang sesuai untuk majlis yang akan dikendalikan atau mencipta pantun untuk teks ucapan atau pengucapan awam yang lain. Oleh itu, dalam bahagian ini, akan diberikan sedikit panduan tentang cara menajamkan kemahiran mencipta pantun dan pemilihan perkataan yang sesuai dan tepat dalam penciptaan pantun.

3.1 Petua asas menajamkan kemahiran

Terdapat beberapa cara untuk menajamkan kemahiran mencipta pantun. Untuk menajamkan kemahiran mencipta pantun, kita perlu:

a. Banyak membaca pantun sedia ada

Dalam pasaran sekarang ini terdapat pelbagai buku pantun yang boleh dibeli. Anda hanya perlu mengeluarkan sedikit wang untuk mendapatkan buku pantun tersebut. Dengan adanya pantun tersebut, anda dapat melihat cara penciptaan pantun yang dibuat oleh masyarakat Melayu zaman dahulu.

b. Buat latihan penciptaan pantun

Setelah anda membaca buku pantun sedia ada dan melihat cara penciptaannya, anda boleh memulakan latihan mencipta pantun.

Pada peringkat awal, anda boleh menggunakan pembayang atau maksud pantun lama dan digantikan dengan idea anda sendiri. Setelah anda mampu mengolah pantun tersebut, anda boleh mula mencipta pantun anda sepenuhnya. Anda boleh menggunakan teknik penciptaan pantun yang telah diterangkan dalam buku yang terdahulu. Yang perlu anda ingat bahawa anda perlu mematuhi ciri-ciri pantun empat kerat terutama dari segi jumlah perkata-an, suku kata dan rima akhir pantun. Selain itu, anda juga perlu menetapkan maksud pantun terlebih dahulu sebelum mencipta pembayang-nya. Dengan melakukan latihan yang kerap, anda mampu mencipta pantun anda sendiri.

c. Meningkatkan pengetahuan dan pengalaman tentang budaya Melayu

Seseorang yang ingin mencipta pantun perlu mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang luas tentang ketamadunan manusia. Hal ini bermaksud, sesiapa sahaja yang ingin mencipta pantun perlu meningkatkan pengetahuan tentang nama tempat, pantai, sungai, nama tokoh sejarah, nama makanan, jenis senjata, peralatan yang biasa digunakan oleh masyarakat Melayu dan sebagainya. Hal ini bagi memudahkan kita mencipta pembayang untuk maksud pantun yang dicipta.

d. Meningkatkan kepekaan terhadap alam sekitar

Pada zaman dahulu, masyarakat Melayu bukan sahaja mengetahui nama-nama pokok, bunga, buah-buahan, burung, unggas dan sebagainya tetapi turut mengetahui sifat-sifat binatang, bau-bauan dan warna bunga dan pelbagai sifat unggas serta mengenali musim-musim tertentu. Keakraban masyarakat Melayu dengan alam sekitar menjadikan pantun yang ada begitu indah. Oleh itu, untuk mencipta pantun, kita perlu mempunyai kepekaan terhadap alam sekitar.

Mungkin amat sukar bagi kita sekarang ini terutama yang tinggal di bandar untuk memahami keadaan yang berlaku pada musim-musim tertentu. Jadi, cukuplah sekiranya kita mengetahui nama-nama pokok, bunga, buah-buahan dan burung yang terdapat di sekitar kita. Jadi, untuk mengetahui nama-nama pokok, bunga, buah-buahan dan burung, kita perlu banyak membaca buku. Selain membaca buku, kita juga boleh melayari Internet untuk mencari maklumat tersebut.

Artikel di atas dipetik daripada buku 518 Pantun Pelbagai Majlis Untuk Teks Pengacara & Teks Ucapan. Maklumat lanjut tentang buku ini boleh didapati di www.books.perintis.com.my

Tolak politik lucah, rasuah

Posted: 05 Apr 2011 08:00 PM PDT

02 Jamadilawwal 1432H. [MOD] -

BATANG LUPAR, : Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyeru rakyat Sarawak menolak parti yang menggunakan politik lucah dan rasuah untuk kekal berkuasa.

Katanya, rakyat selaku pengundi di negeri ini perlu membuat perubahan dengan tidak bersubahat menyokong parti yang menggunakan pendekatan jijik dan kotor.

"Pengundi harus membuat perubahan dengan menolak politik kotor yang dibawa parti lawan termasuk politik video lucah, rasuah dan sebagainya.

"Beri peluang kepada PAS dan Pakatan Rakyat membawa perubahan.

"Jika tidak baik juga, 5 tahun akan datang boleh tukar semula," katanya ketika lawatan ke Dun Tanjung Datu hari ini.

Terdahulu, beliau mengunjungi pekan Lundu bertemu dengan pengundi pelbagai kaum di sekitar pekan ini bersama Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar).

Pada sebelah malam, beliau menunaikan solat maghrib berjemaah bersama penduduk di masjid Pekan Lundu.

Kedatangan beliau bagaimanapun sedikit mengejutkan ahli jemaah masjid tersebut yang sedang menanti ketibaan pemimpin BN iaitu Datuk Adnan Satem untuk satu program khas.

Namun sehingga selesai solat Adnan bagaimanapun tidak hadir.

Esok beliau akan mengiringi calon PAS bagi Dun Sadong Jaya ke pusat penamaan calon.

Harakahdaily/-

Perang bermula..Pakatan siap siaga

Posted: 05 Apr 2011 07:39 PM PDT

o2 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

Cuaca pagi ini di Kucing amat baik. Tenang. Tiada kesibukan di sekitar jalanraya yang seolah tiada apa yang besar sedang berlaku, walaupun hari ini adalah untuk pertama kalinya dalam sejarah pilihan raya Sarawak, Pakatan Rakyat akan menetakkan calon di hampir kesemua kawasan pilihan raya Dewan Undangan Negeri Sarawak.

Semalam berbondong-bondong tiba barisan pimpinan Pakatan Rakyat, kesemuanya kelihatan berada sekitar Kucing.Yang kelihatan ialah Timbalan Pengerusi PKR Azmin Ali, pimpinan PKR Dato Mansor Othman dan dua Naib Presiden PAS Dato Mahfuz Omar dan Salehudin Ayob.

Barisan Petugas dari Kelantan, Perak, Terengganu dan Pulau Pinang dari pelbagai komponen parti Pakatan Rakyat juga tiba bertali arus di Lapangan Terbang Kuching.

Dato presiden Pas TG Haji Hadi Awang dan Timbalan Presiden Nasharuddin dikhabarkan telahpun berkampung beberapa hari di sekitar lima kawasan yang ditandingi Pas.

Kebanyakan yang tiba bertanyakan status potensi kemenangan, yang bercampur baur antara kesungguhan menumbangkan Barisan Nasional. Khabarnya isu-isu Nasional bukan menjadi fakta penarik kempen di sini, kecuali hal-hal berkaitan dengan masyarakat setempat. Kemunduran dan kebajikan rakyat Sarawak yang dilihat mempunyai lompang luas antara dua kelas masyarakatnya.. yang kaya raya dan miskin kedana.


PJ PAS Sarawak Hj Adam Ahid bertanding di Sebuyau menerima watikah dari TGHH



Puan Noraini Hamzah, calon Muara Tuang


Calon Tanjung Datu

Abang Ady calon Saadong Jaya


Presiden telah menyampaikan amanat kepada lima calon PAS di Pejabat Perhubungan PAS Sarawak. Majlis tersebut turut dihadiri Timbalan Presiden, Naib Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha Agung dan Pengarah Pilihanraya PAS Pusat.

Beliau berkata, calon memikul amanah dan wajib memeliharanya, serta sesiapa sahaja yang mengkhianati amanah, pasti akan mendapat balasan dari Allah swt.

PAS bertanding Sadong Jaya, Sebuyai, Tanjung Datu, Beting Maru dan Muara Tuang. PAS berpotensi memenangi sekurangkurang tiga daripada kerusi ditandingi.

Mengikut sumber DAP pula berpotensi besar untuk terus mengekalkan kerusi yang dimenanginya pada pilihanrayalepas di kesemua kawasan bandar yang ditandinginya, malahan akan memenangi beberapa kerusi lagi kerusi baru, manakala PKR akan banyak berhadapan tugas berat untuk menentang BN, khususnya.

Penamaan calon bagi merebut Sarawak

Posted: 05 Apr 2011 07:34 PM PDT

2 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

9 pagi hingga 10 pagi: Tempoh penamaan calon
10 pagi hingga 11 pagi: Tempoh bantahan
11 pagi hingga 12 tengahari: Pengumuman calon yang layak bertanding oleh SPR

Pilihan raya negeri Sarawak ke-10 bermula hari ini dengan proses penamaan calon yang dijalankan serentak bagi semua kawasan DUN.

Tempoh kempen ditetapkan selama 10 hari dan tarikh mengundi ditetapkan pada 16 April.
Pilihan raya kali ini menjanjikan perkembangan menarik di sudut BN yang berusaha memperbaiki prestasi mereka berbanding pilihan raya negeri terakhir pada 20 Mei, 2006.

Dalam pilihan raya itu BN kehilangan lapan kerusi – sebahagian besarnya di kawasan majoriti Cina di Kuching dan juga di kerusi majoriti Dayak di Engkilili dan Ngemeh.
Sementara itu, Pakatan Rakyat yang berbekalkan pengalaman mentadbir beberapa negeri di Semenanjung Malaysia pula menawarkan kerajaan alternatif kepada pengundi.
Pertembungan di antara pelbagai parti dijangka akan berlaku khususnya di kawasan majoriti bumiputera, termasuk di antara Parti Kebangsaan Sarawak (Snap), Parti Cinta Malaysia (PCM) dan Parti Ekonomi Rakyat Sarawak (PERS).

Fokus kali ini tertumpu kepada beberapa 'heavyweight' tempatan yang bertanding sebagai calon bebas, termasuk bekas timbalan menteri pelajaran Datuk Salleh Jaffarudin yang akan menentang ketua menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud di DUN Balingian.
Penyandang kerusi Padungan, Dominique Ng juga meraih perhatian di Batu Lintang. Beliau mungkin akan bertanding sebagai calon bebas atau terus menentang PKR yang baru ditinggalkannya.

Beberapa kerusi panas juga dikesan di kawasan yang terlibat dengan pentadbiran kerajaan negeri ke atas tanah adat Orang Asal Sarawak, pembukaan kawasan hutan dan pembinaan empangan hidroelektrik.

Di kawasan luar bandar ini, BN dijangka akan memainkan isu 'undi BN untuk pembangunan' bagi menyekat kemaraan pembangkang yang akan membawa isu-isu nasional dan seruan untuk memilih pemimpin baru.
LAPORAN LANGSUNG

8.45am: Balingian - Kira-kira 300 penyokong PBB berkumpul di sebuah masjid, 11 kilometer dari pusat penamaan calon. Kerusi di Mukah ini dijangka menyaksikan calon PKR, Suriati Abdullah mencabar KM, Taib Mahmud. Turut menjadi tumpuan adalah calon bebas, Salleh Jafaruddin, yang mahu menumbangkan sepupunya Taib.

Salleh tiba di pusat penamaan calon bersama isterinya dan lima penyokong pada jam 7.20 pagi.

8.47am: Satok - Kira-kira 250 penyokong BN berkumpul lebih kurang 2.5km dari pusat penamaan calon di Sekolah Kebangsaan Merpati Jepang.

Mereka datang bagi meluahkan sokongan kepada timbalan presiden PBB yang dilihat juga sebagai bakal ketua menteri, Datuk Abang Johari Openg, yang akan mempertahankan kerusinya untuk kali kelapan.

PKR pula menurunkan seorang peguam syarie Ahmad Nazib Johari sebagai calon Pakatan.

8.50am: Batu Kawah - Suasana seakan pesta di Kota Padawan di mana penamaan calon akan diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Kota Padawan.

Kira-kira 200 penyokong BN mengiringi calon mereka Tan Joo Phoi dari pusat operasi mereka di pekan kecil yang dihuni majoritinya masyarakat Cina. Ia terletak kira-kira 20km dari selatan Kuching.

Penyokong DAP pula hanya berjumlah 50 orang seperti yang disyaratkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya yang menemani calon mereka, Christina Chiew ke pusat penamaan calon.

"Saya rasa yakin, Begitu juga ibu bapa saya, Mereka datang dari Sibu untuk menyokong saya," kata Chiew.

Chew adalah jurutera kimia dan sebelum ini berkhidmat sebagai pembantu ADUN Pending, Violet Yong.

8.55am: Beting Maro - PAS, yang bertanding di lima kerusi dikatakan mempunyai peluang terbaikn di sini. Mewakili parti Islam itu ialah peguam Abang Ahmad Kerdi Abang Magasus. Keputusan tidak menampilkan calon ulama bertujuan memantapkan imej PAS sebagai parti yang moden.

Sementara itu, BN menurunkan seorang pendatang baru, Razaili Gapor. Keputusan itu dikatakan menimbulkan rasa tidak senang di kalangan akar umbi yang kecewa bahawa penyandangnya Bolhassan Ahmad Di digugurkan.

Pada pilihan raya negeri yang lalu, PAS tewas tipis dengan 895 undi di kawasan yang majoriti pengundinya adalah Melayu/Melanau. Kerusi ini mempunyai 4,742 pengundi.

9.05am: Padungan - Kira-kira 200 penyokong DAP dan PKR berada di luar bangunan Majlis Perbandaran Kuching Selatan - tempat penamaan calon bagi tiga kersi Padungan, Pending and Batu Lintang. Ketiga-tiga kerusi di Kuching ini mempunyai penduduk majoriti Cina.

Tidak seperti di Semenajung Malaysia, suasana penyokong agak terkawal - tiada jerit menjerit mengenai slogan parti.

Jumlah penyokong BN yang tiba di pusat penamaan calon jauh lebih besar daripada penyokong Pakatan. Dianggarakan tidak kurang 1,000 yang datang sambil mengibarkan bendera BN.

9.14am: Layar - Calon PKR Stanny Embat, tiba dengan 100 penyokong yang berarak dari pekan Betong ke pejabat daerah yang dijadikan pusat penamaan calon di Layar. Ia sebuah kerusi di pinggir bandar yang majoriti pengundi adalah masyarakat Iban. Kerusi ini telah dipegang oleh Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu untuk selama tujuh penggal.

Penyokong PKR pula diketuai oleh timbalan ketua menteri, Datuk Mansor Othman. Mereka membawa sepanduk dan bendera parti sambil melaungkan"Reformasi!" dan "Tumbang Jabu!".

Calon Snap Joe Unggang, diiringi kira-kira 50 penyokong yang berkemeja T kuning, warna rasmi parti itu.

9.15am: Balingian -Ketua Menteri Taib, 74, tiba selepas diiringi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman serta 5,000 penyokong Barisan Nasional (BN).

Turut sama, isteri Taib, Puan Sri Ragad Waleed Taib.

9.20am: Layar - Timbalan Ketua Menteri, Jabu tiba di pusat penamaan calon dengan diiringi naib presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan kira-kira 300 penyokong yang mengibarkan bendera BN dan PBB.

Mereka melaungkan "1Malaysia", "1Sarawak" dan "1BN".

Selain Stanny (PKR), Joe (Snap) dan Jabu (BN), terdapat seorang lagi calon Bebas, Tedewin Ngumbang, yang kelihatan di pusat penamaan calon. Keempat-empat mereka dilihat memfailkan borang pencalonan masing-masing.

9.25am: Padungan - Penyandang kerusi Padungan Dominique Ng tiba di pusat penamaan calon bagi kawasan Padungan, Pendingdan Batu Lintang.

Adalah dipercayai beliau akan mempertahankan kerusinya itu dan dijangka berdepan dengan calon DAP Wong King Wei.

Semalam, ketika mengumumkan dirinya keluar PKR, beliau berkata akan bertanding di Padungan ataupun di Batu Lintang.

9.26am: Batu Kawah - Penyandang Tan Joo Phoi, seorang anak tempatan mampu akan dapat mempertahankan kerusinya daripada dicabar oleh gadis kelahiran Sibu, Christina Chiew dari DAP.

"Mereka masih baru di kawasan ini dan belum melakukan apa-apa pun tetapi kita mesti kerja keras (dalam kempen)," katanya ketika mengemukakan borang pencalonannya.

10.01am: Satok - Pegawai pengurus pilihan raya Onn Abdullah mengumumkan tamatnya tempoh penamaan calon dan bermulanya tempoh bantahan yang akan berakhir pada jam 11 pagi ini.

Hanya Abang Johari (PBB), 61 dan Ahmad Nazib (PKR), 35, yang telah mengemukakan borang pencalonan masing-masing.

Malaysiakini/-

Sarawak: Sekitar Penamaan Calon N.15 Muara Tuang

Posted: 05 Apr 2011 07:18 PM PDT

2 Jamadilawal 1432H. [MOD] -






Penamaan calon di DUN N.15 Muara Tuang melibatkan calon dari PAS yang mewakili Pakatan Rakyat manakala PPB mewakili dari Barisan Nasional. Pertandingan melibatkan antara PAS dan PPB. Proses penamaan calon ditutup jam 10 pagi.

Pimpinan PAS yang hadir termasuklah Dato Seri Nizar Jamaluddin selaku ADUN Pasir Panjang yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang, Mahfuz Omar selaku Ahli Parlimen Pokok Sena dan ramai lagi. Kebanyakkan penyokong adalah dari negeri Perak.

Laporan akan menyusul dari semasa ke semasa dengamn perkembangan terkini yang berlaku di Sarawak.

oleh: kijang59

Sibuk dengan video, BN naik harga minyak

Posted: 05 Apr 2011 07:13 PM PDT

02 Jamadilawwal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR,: Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, isu video telah memerangkap rakyat Malaysia sehingga hilang fokus kepada isu yang sebenar.

Katanya, ketika rakyat sibuk membincangkan isu video, kerajaan BN telah menaikkan harga minyak RON 97 sebanyak 20 sen seliter kepada RM2.70 manakala SPRM mengumumkan negara rugi RM108 bilion setiap tahun angkara rasuah dan aktiviti haram yang lain.

Tambahnya, kebijaksanaan pemimpin BN mengalihkan isu sebenar dengan permainan media mereka sehingga lupa kepada isu tidak kemampuan BN menguruskan negara.

Begitu juga, ujarnya dengan Buku Jingga sampai sekarang tidak ada jawapan yang mantap untuk menjawabnya oleh pemimpin Umno BN.

"Mereka hanya mampu mengatakan Buku Jingga boleh bawa bankrap jika Pakatan Rakyat laksanakan apabila mereka memerintah walaupun jawapan balas sudah diberikan dengan fakta tentang kemampuan PR melaksanakan agenda Buku Jingga," katanya kepada Harakahdaily.

Pakatan Rakyat, katanya jangan pula lalai dengan isu video sehingga lupa untuk agenda perubahan untuk rakyat.

Menurutnya, semua maklum isu Buku Jingga pihak BN berada dalam keadaan defensif.

"Mereka hanya upah pemimpin Umno Sabah untuk bercakap mengenai Buku Jingga di dalam parlimen walaupun kadang-kadang tidak masuk stesen sehingga di dalam parlimen askar upahan BN membincang Buku Jingga dan terlupa bincang titah Diraja," katanya.

Tegasnya, PAS yakin isu video akan menjadi senjata makan tuan kerana rakyat sudah mual dengan politik lucah yang tidak berkesudahan.

"Apakah ini politik transformasi Datuk Seri Najib Tun Razak?

"Apakah rakyat boleh kenyang dengan video lucah? Apakah dengan isu ini inflasi negara akan menurun?" soalnya.

Harakahdaily/-

Muka macam Anwar, badan macam Najib?

Posted: 05 Apr 2011 07:00 PM PDT

02 Jamadilawwal 1432H. [MOD] -

Ramai yang marah-marah apabila video yang didakwa sebagai video lucah seorang pimpinan tertinggi pembangkang dimuatnaikkan ke dalam laman video Youtube sehingga semua peringkat umur rakyat Malaysia dapat menontonnya.

Jika sebelum ini, hanya wartawan terpilih sahaja yang bertuah mendapat jemputan tayangan video tersebut di sebuah hotel eksklusif.

Ramai juga yang kehairanan dan tertanya-tanya, bagaimana video yang telah diserahkan kepada pihak polis boleh terlepas ke alam maya?

Mungkin segala apa yang berlaku mengenai video lucah tersebut satu persatu berjalan mengikut seperti yang telah dirancang. Jangan ditanya mengapa polis masih tidak mengambil tindakan terhadap trio Datuk T yang lepas bebas sehingga hari ini,

bagaimana video tersebut ditayangkan di merata ceruk negara dan kini menyusup masuk ke setiap rumah yang berinternet, bukan sahaja dinegara kita malah seluruh dunia.

Biarpun video yang dimuatnaikkan ke dalam laman youtube itu hanya sebagai 'pembuka selera' sekitar seminit lebih berbanding dengan video asal yang berdurasi selama hampir setengah jam, ianya lebih berbentuk 'rahmat' kepada pihak pembangkang. Terutamanya Anwar sendiri.

Jika sebelum ini, semua penyokong Anwar menghentam 'pembikin filem' lucah ini tanpa menontonnya terlebih dahulu. Hentaman itu pula dilantunkan dimasa faktanya masih di awang-awangan, segalanya menggunakan logik akal. Mana mungkin Anwar berbuat begitu, kata mereka membela.

Dengan adanya 'teaser' video tersebut sedia ditonton di laman youtube, semua rakyat boleh menyaksikannya dengan mata kepala sendiri untuk menilai akan 'ketulenan' dakwaan yang dilemparkan kepada Anwar. Video tersebut telah disahkan tulen oleh pihak polis tetapi apa yang dimahukan oleh orang ramai adalah pengesahan ketulenan pelakon video tersebut. Benarkah Anwar ataupun pelanduk dua serupa?

Tidak dinafikan video tersebut bisa berkesan kepada penonton yang hanya melihat di permukaannya sahaja dan mungkin juga terus mengiyakan bahawa memang Anwarlah yang mereka saksikan bertuala di dalam bilik hotel dengan seorang gadis berkulit putih.

Manakala bagi penonton yang sedikit teliti, dengan sekali tonton sahaja mereka bisa menemui beberapa kejanggalan yang terpapar di video tersebut. Banyak persoalan akan menerjah keminda mereka, mengapa begitu dan mengapa begini. Tidak akan terus menelan bulat-bulat tetapi akan mengunyahnya dahulu.

Rata-rata komentar orang ramai yang menonton video tersebut akan berpusat kepada susuk tubuh 'pelakon' itu berbanding dengan bentuk badan Anwar sendiri. Bahu yang lebar dan bongkok, berbuah dada dan perut yang buncit memang jauh sekali daripada potongan badan Anwar. Tetapi lebih kepada susuk tubuh Najib, ada juga yang mengandaikannya begitu.

Tulisan yang merentang skrin sepanjang video tersebut juga menjadi tanda tanya. Mengapa ada tulisan siam pada video yang dikatakan dirakam dengan kamera cctv disebuah hotel di tengah bandaraya Kuala Lumpur pada bulan Februari yang lalu? Apakah kamera yang digunakan buatan Thailand sehingga tulisan tersebut tersiar sama?

Apabila diterjemahkan tulisan itu, ternyata ianya adalah nama sebuah jalan di bandar Bangkok, Thailand. Apa kena mengena nama jalan di Bangkok dengan rakaman disebuah hotel di Kuala Lumpur? Satu lagi persoalan besar yang perlu dijawab oleh trio Datuk T.

Jika suatu masa dahulu heboh dengan video seks artis-artis Malaysia, tetapi sebenarnya hanyalah video seks daripada Thailand yang muka pelakonnya seiras dengan artis negara ini, lalu digunakan oleh pihak penjual untuk melariskan video seks mereka itu. Gimik orang berniaga.

Mungkin pendekatan yang sama juga digunakan oleh trio Datuk T yang mempunyai motif yang cukup kuat untuk mengenakan Anwar, sayangnya sehingga kini mereka langsung tidak disentuh oleh pihak polis walaupun laporan polis telah dibuat dan pengakuan penglibatan mereka disiarkan semua rangkaian berita negara.

Politik untuk menjatuhkan seseorang pemimpin dinegara ini semakin hilang arah. Tersasar daripada landasan maruah dan moral. Semakin jijik dari hari kehari semata-mata untuk bergayut kepada kuasa yang ada.

Generasi sekarang telah runtuh akhlaknya dengan gejala sosial yang menakutkan, apakah politik negara mahu generasi yang akan datang menjadi lebih teruk lagi sehinggakan menonton video lucah itu 'dihalalkan' atas nama 'menegakkan kebenaran'?

Harakahdaily/-
http://ajijoi.blogspot.com

Peluang PAS cerah di Beting Maro

Posted: 05 Apr 2011 06:00 PM PDT

02 Jamadilawwal 1432H. [MOD] -

BATANG LUPAR, : Peluang PAS untuk merampas Dun Beting Maro pada pilihan raya negeri Sarawak kali ini dilihat cerah ekoran pergaduhan dalaman melanda BN.

Utusan Borneo hari ini melaporkan, penyokong BN di kawasan tersebut berbalah sesama sendiri ekoran tidak berpuas hati dengan pemilihan Razaili Gapor sebagai calon.

Rasa tidak puas hati itu diluahkan ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sendiri yang mendakwa pemilihan Razaili dibuat tanpa rundingan dengan ahli parti di peringkat akar umbi.

Mereka yang bersama BN sejak 30 tahun dahulu itu mahukan calon pilihan mereka sendiri iaitu Mohd Eden Mohd Ali namun ditolak pemimpin BN.

Sementara itu, tinjauan Harakahdaily ke beberapa kawasan termasuk di rumah panjang Kampung Matong di sini mendapati, suara-suara tidak puas hati kepada BN memang wujud.

Sehinggakan mereka secara terbuka mengumumkan untuk memilih calon PAS pada hari pengundian 16 April ini.

Timbalan Ketua Bahagian Parti Pesaka Bersatu (PBB) Bahagian Matong, Sukun Anak Rembau antara yang sudah bosan dengan sikap kepimpinan BN.

Ianya ditambah lagi dengan isu hak milik tanah yang gagal diselesaikan, malah tanah-tanah mereka juga 'dirampas' kerajaan negeri.

"Kita sudah lama memberi sokongan kepada BN, kita sokong tetapi dia tidak sokong kita.

"Kita bawa masalah tanah kepada wakil rakyat, tetapi tidak ada penyelesaian," katanya.

Ujar Sukun, BN sangat lemah dalam menyelesaikan isu-isu membabitkan tanah adat di sini, sedangkan sejak Sarawak menyertai Malaysia lagi, isu-isu membabitkan tanah adat sudah diperkatakan.

Beliau yang juga Ketua Rumah Panjang Kampung Matang kesal dengan sikap kepimpinan Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang enggan menyelesaikan isu tanah adat di sini.

Lebih malang, tanah-tanah penduduk di sini diambil dengan pampasan sekitar RM200 seekar, menyebabkan penduduk hilang punca rezeki dan terpaksa bekerja sebagai buruh di sektor pembinaan, katanya.

"Kali ini sokong bulan (PAS) kita mahu ajar "Tok Uban" (Taib Mahmud), dia tak selesaikan masalah kami di sini," ujarnya lagi.

PAS mengumumkan Abang Ahmad Kerdie sebagai calon mereka bagi Dun Beting Maro.

Abang Ahmad merupakan seorang peguam yang dijangka dapat membantu masyarakat di sini dalam menyelesaikan isu-isu tanah adat.

"Kami mahu calon baru (wakil rakyat baru) tolong kami," ujar Sukun sambil disahut laungan 'hidup bulan' oleh penyokong rumah panjang (gambar atas).

Harakahdaily/-
Oleh : Nazri Abdullah

Sibuk dengan video, tahanan Imigresen cabut diri

Posted: 05 Apr 2011 05:30 PM PDT

02 Jamadilawwal 1432H. [MOD] -

Kah...kah...kah...itulah gelak rakan saya dengan 'bala' yang sedang melanda negara beberapa hari ini. Dalam sibuk-sibuk pasukan yang kuat menjaga negara dengan isu video, tiba-tiba seramai 109 tahanan melarikan diri dari Depot Tahanan Imigresen Lenggeng.

Menurut laporan media kerajaan, sebahagian besar pendatang yang melarikan diri terdiri daripada rakyat Myanmar dan hanya sebilangan kecil dari Bangladesh, Nepal, Iran, Vietnam dan Thailand.

Mereka merusuh dan membakar sebuah bangunan sebelum melarikan diri pada 9.45 malam kelmarin (4 April).

Sama ada nampak ataiutidak, boleh juga dikatakan musibah ini yang berlaku di Negeri Sembilan ini bala yang diturunkan oleh Allah bagi membuka fikiran kepada sesiapa yang boleh berfikir dengan akal.

Seperti yang rakyat sedia maklum, buat masa ini pihak polis yang menjalankan perintah pemimpin negara sedang sibuk memantau pergerakan aktiviti Pakatan Rakyat secara umum termasuk di Negeri Sembilan.

Bala yang tidak nampak dilihat oleh mereka yang buta mata hatinya ini juga satu tamparan kepada pemimpin negeri sembilan setelah Pusat Latihan Polis di Port Dickson dilanda wabak Adenovirus yang boleh membawa maut dan berlaku pula kes serangan asid di Seremban.

Menariknya, tragedi 109 tahanan melarikan diri dari Depot Tahanan Imigresen Lenggeng berlaku selepas beberapa hari Adun kawasan itu didapati bersalah oleh mahkamah menerima rasuah.

Laporan media juga memetik kenyataan Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Abdul Manan Mhd Hassan bahawa perusuh telah membakar sebuah bangunan tahanan dalam depot itu dan mengambil kesempatan untuk merempuh pagar 10 meter dari blok yang terbakar itu untuk melarikan diri ke dalam satu kebun kelapa sawit.

"Kita telah menubuhkan satu pasukan khas untuk menyiasat bagaimana mereka memperoleh api untuk memulakan kebakaran," katanya kepada pemberita.

Abdul Manan berkata beliau yakin ramai lagi tahanan akan dapat ditangkap kerana semasa kejadian, mereka hanya mampu bersembunyi di dalam hutan yang gelap dan pada waktu siang, sekatan jalan raya, rondaan kereta polis serta tinjauan unit udara akan menghalang mereka mendapatkan bantuan pengangkutan awam.

Harakahdaily/-
Oleh : Rakyat Prihatin

Rakyat Sarawak tolak pemimpin UMNO yang bertopengkan lambang BN

Posted: 05 Apr 2011 05:08 AM PDT

01 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
Hafizi pauzi

PARIT BUNTAR, 5 April : Ketua Penerangan Pas Perak, YB Drs. Khalil Idham Lim berkata bahawa Umno perlu cermin diri dahulu sebelum mengata pihak lawan dari Pakatan Rakyat.

"Mereka ( Umno ) langsung tiada tempat di satu DUN pun berbanding PAS,PKR dan DAP yang bertanding pada pilihanraya 16 April ini," katanya ketika ditemui di sini.

Menurutnya yang juga Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak pertelingkahan dalaman Umno sejak dahulu telah membuatkan rakyat Sarawak hilang dan tiada keyakinan langsung terhadap parti kebangsaan Melayu itu, buktinya Umno langsung tiada tempat walau satu kerusi pun di Sarawak.

"Usaha sekian lama untuk UMNO bertapak di Sarawak ternyata gagal sehingga sekarang" Tegasnya

Tambahnya situasi ini amat memalukan memandangkan parti Umno mendominasi kerajaan persekutuan dan mereka juga adalah pimpinan tertinggi negara namun mereka masih gagal untuk bertapak di Sarawak walaupun pelbagai usaha dilakukan oleh pemimpin Umno.

"Krisis dan pertelagahan dalaman Pemilihan UMNO tahun 1987 mengheret Umno ke mahkamah dan diharamkan pada tahun 1988 . layaklah UMNO ditolak oleh rakyat Sarawak," ujarnya.

"Pemimpin UMNO yang ada sekarang datang ke Sarawak untuk menipu rakyat Sarawak dan sekiranya Malaysia terus ditadbir umno dan BN, risikonya ditanggung rakyat dan Negara makin menuju kehancuran," jelasnya.

"Fakta dan perkembangan terbaru menjelaskan bahawa Umno perlu diganti dengan parti yang baru, parti yang menggantikannya seharusnya memiliki daya saing serta maju dari segi cara berfikir, bukannya hanya pandai cari salah pihak lawan " jelasnya lagi.

Dalam pada itu YB Khalil yang juga Adun Titi Serong mengatakan perkembangan terbaru politik Negara sekarang semakin rosak teruk.

"Perkembangan terbaru politik Negara sekarang semakin rosak teruk bila gelombang fitnah liwat terhadap Anwar Ibrahim diikuti dengan fitnah video seks . Selain itu provokasi, fitnah dan pembohongan yang diaturkan begitu dahsyat melalui media cetak dan televisyen sepanjang masa membuktikan bahawa BN sudah kehabisan isu untuk berdepan dengan Pakatan Rakyat" jelasnya lagi.

"Rakyat Sarawak yang bijak perlu menilai situasi ini, prioritinya sekarang adalah untuk menyelamatkan Sarawak dan Malaysia dari terus ditadbir oleh Umno BN," katanya lagi.

"Saya menyeru kepada pengundi supaya selamatkan Malaysia dari cengkaman pemimpin UMNO yang bertopengkan lambang BN yang datang ke Sarawak, pemimpin itulah yang telah menafikan banyak hak Sarawak kepada rakyatnya dan mereka mesti ditolak dan dikalahkan." katanya

Peghelih La...

Posted: 05 Apr 2011 11:40 PM PDT

Peghelih La...


KENYATAAN MEDIA BERHUBUNG KES KEMATIAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH ISLAM AL FURQAN, JEJAWI DALAM, PERLIS.

Posted: 05 Apr 2011 07:02 AM PDT

PAS Perlis merakamkan rasa dukacita yang amat sangat di atas peristiwa yang telah berlaku di salah sebuah institusi pendidikan di bawah kelolaan pihak parti. PAS Perlis juga memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia di atas peristiwa yang telah menghiris perasaan dan hati setiap rakyat. Juga permohonan maaf kepada seluruh warga pendidik di atas peristiwa yang telah mencalarkan imej dan persepi umum terhadap warga pendidik .

PAS Perlis ingin merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga simati serta rasa simpati kepada pihak keluarga guru asrama yang terbabit dalam kejadian ini. Kejadian ini adalah sesuatu yang amat memeranjatkan pihak kami setelah lebih 25 puluh tahun mengelola institusi pendidikan milik parti.

Atas prinsip keadilan dan kemanusian, PAS Perlis berharap supaya proses siasatan dan perbicaraan yang dijalankan terhadap kes ini dibuat secara rapi dan mendalam bagi menegakkan keadilan kepada semua pihak yang terbabit.

PAS Perlis telah menjalankan tanggungjawab dengan memberikan sepenuhnya kerjasama kepada pihak keluarga pelajar, keluarga tertuduh dan agensi keselamatan bagi menguruskan kes ini. Pihak kami juga telah mengambil langkah-langkah yang sewajarnya bagi memastikan semua institusi pendidikan milik parti dapat beroperasi dalam suasana pembelajaran yang selamat dan lancar.

HAJI HASHIM BIN JASIN
PESURUHJAYA PAS NEGERI PERLIS.

Salam Perjuangan

Posted: 05 Apr 2011 11:26 PM PDT

Salam Perjuangan


PILIHANRAYA ADALAH JIHAD

Posted: 05 Apr 2011 04:01 AM PDT

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI

Posted: 05 Apr 2011 09:41 PM PDT

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI


SPM 2010 MALAYSIAN TOP SCORER

Posted: 05 Apr 2011 10:24 AM PDT

Tuesday April 5, 2011

Top scorers meet the DPM

  Tops in SPM: Muhyiddin presenting the plaque to Muhammad in Kuala Lumpur yesterday.
 
Kuala Lumpur: Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin met with the top students in last year's Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) examinations at an awards ceremony for SPM 2010 high-achievers at the Malaysian Examinations Syndicate office in Jalan Duta here.
The event yesterday honoured 41 students who received excellent results in SPM 2010.
The 41 included the top 30 high achievers, seven top scorers in the special needs category and four high achievers from sports schools.
Muhyiddin, who is also Education Minister, said he hoped the students would continue doing well.
He also presented a plaque to overall top scorer Muhammad Putera Farid Iskandar, who scored 10A+.

See full report in StarEducation on Sunday.
_______________________________________________________

Nota kaki:
Tahniah anakanda Muhammad Putera Farid Iskandar. 
Keluarga di Johor bangga dengan pencapaian anakanda.
Tahniah juga kepada kedua ibubapa dan ahli keluarga anakanda
yang telah berjaya mendidikmu.
Moga tercapai cita dan diberkati Allah sentiasa. Amin.
Ingin cuba menjadi al hafiz sebelum melanjutkan pelajaran ke luar negara? Ahmad Ibrahim Zakaria, pelajar Anugerah Calon Cemerlang SPM 2010 Johor, dari Muar, sekarang di Darul Quran dan telah berjaya menghafaz 13 juzuk al Quran dalam masa 3 bulan.
 
Daripada Pak Cik Mat dan Mak Cik Ruby Sekeluarga
                 (Dr Mohammad Taslim  ADUN Maharani)

PAS Negeri Sembilan

Posted: 05 Apr 2011 09:41 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Solat Hajat Perdana 7 dan 14 Apr 2011 REMBAU

Posted: 05 Apr 2011 05:05 PM PDT

MAJLIS SOLAT HAJAT PERDANA. Hari : Khamis, Masa : Solat Isya berjemaah, Tarikh : 7 dan 14 Apr 2011, Tempat : PASTI Al Amal, Taman Marida, Senawang (Parlimen Rembau) Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir SELAMATKAN UMAT INI

Syeikh Nuruddin Al Banjari 9 Apr Masjid Senawang

Posted: 05 Apr 2011 05:04 PM PDT


KULIAH PERDANA oleh Syeikh Nuruddin Al Banjari Al Makki


Tarikh : 9 April 2011 Sabtu, Tempat : Masjid Bandar Baru Senawang, Masa : Selepas Solat Maghrib. Muslimin dan muslimat dijemput hadir.


SELAMATKAN UMAT INI


Amaran Serangan Asid di Negeri Sembilan

Posted: 04 Apr 2011 09:24 PM PDT


Polis, Jabatan Pelajaran harus bertindak segera. Kini penduduk Negeri Sembilan menjadi sasaran serangan asid. 14 orang telah menjadi mangsa serangan asid di Kuala Lumpur, 2 orang di Mantin , Negeri Sembilan.


Orang ramai, terutama para pelajar yang berada di jalanan, di perhentian harus berwaspada. Sediakan air kosong secukupnya jika ada serangan asid.


Atau apakah polis dan agensi kerajaan di Malaysia dan Negeri Sembilan ini hanya sibuk dengan Video Lucah hingga mengabaikan keselamatan rakyat terutama pelajar sekolah ?


Berita serangan asid di Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur di http://amkns.blogspot.com/2011/04/rakyat-nsembilan-pula-diserang-asib.html

Tiada ulasan:

Pengikut