Kalau dulu ramai yang tengok Raja Lawak dan sudah tentu berita Bob Lokman selaku JURI Raja Lawak menyertai PAS menjadi bualan hangat...Untuk menyertai PAS, Bob Lokman dengan berat hati juga agaknya terpaksa melepaskan tugas beliau selaku juri untuk Raja Lawak 5 dimana gimiknya meninggalkan program tersebut dan digantikan dengan juri yang baru. Raja Lawak 5 pun dah berakhir dan kini Maharaja Lawak menjadi bualan hangat.
Lebih hangat, berita terkini yang Awekz dapat JURI Maharaja Lawak siapa lagi kalau bukan Abang Mamat Khalid kita serta pengacara Maharaja Lawak AC Mizal beserta isteri beliau juga merupakan selebriti telah menyertai UMNO. Benarkah???
Bertempat di Restoran Simpang Tiga Ipoh jam 9.00 malam tadi, Abang Mamat Khalid, AC Mizal dan Emilia telah hadir ke program JOIN UMNO yang turut disertai kira-kira 500 orang. Dikhabarkan, Abang Mamat Khalid menyertai UMNO Bahagian Gopeng manakala AC Mizal dan Isteri menyertai UMNO Ipoh Barat.
AC Mizal juga turut menyatakan bahawa sebelum ini beliau turut dilamar dan diajak oleh pembangkang namun alhamdulillah perjuangan songsang mereka dapat dilihat dan tidak seharusnya nasib anak bangsa DIPERJUDIKAN semata-mata untuk meraih populariti seperti yang telah dilakukan oleh sesetengah pihak.
Awekz: Dengan kemasukan mereka ini, diharapkan akan ramai lagi artis yang akan mengikut jejak langkah mereka dan sudah pasti ini merupakan satu TAMPARAN HEBAT kepada Perosak Rakyat setelah mencanang ke seluruh negara bahawa akan ramai lagi golongan artis akan mengikut jejak langkah Bob Lokman. Tahniah Awekz ucapkan keatas Abang Mamat Khalid, AC Mizal dan isteri serta UMNO Gopeng dan Ipoh Barat!!!
Agak lama Awekz tak dapat nak meluangkan masa di blog. Sudah tentu tuntutan tugas mengatasi segalanya tapi alhamdulillah malam ni Awekz happy dapat juga melepaskan rindu pada blog. Sudah tentu kemenangan besar BN di Sarawak masih lagi menjadi bualan hangat sehingga kini. Namun demikian, tidak harus kita lupa dengan sokongan kaum Cina yang masih lagi dilihat tidak berpihak kepada Melayu/Bumiputera.
Ada juga yang mengatakan, ia tidak seharusnya dijadikan ukuran terhadap sokongan Cina di Semenanjung namun Awekz berpendapat seharusnya kita sentiasa beringat bak kata pepatah...Rambut sama hitam, hati lain-lain. Tidak sanggup rasanya nak menghadapi TSUNAMI POLITIK sekali lagi sepertimana yang telah kita tempuhi dan sudah tentu kesannya terasa hingga kini walaupun Perak tidak lagi berada di bawah pemerintahan Perosak Rakyat. Syukur Alhamdulillah...
Awekz: Apapun yang terjadi, perjuangan tetap diteruskan...Walaupun ramai yang menentang atau membenci...Awekz akan tetap meneruskan perjuangan demi perjuangan Agama, Bangsa dan Tanahair...Insyallah...
ATAS SIFAT PERJUANGAN ISLAM YANG PAIH TAMPILKAN SELAMA INI DAN PRINSIP - PRINSIP YANG DIGENGAM PAIH WAJIB BIARKAN UNDANG - UNDANG MENENTUKAN KEPUTUSAN KEBENARAN ATAU PEMBOHONGAN TERHADAP KES LIWAT DAN ISU VIDEO SEKS YANG MELIBATKAN MANUSIA TERMAHSUM DI DUNIA ANU WAR.
TEMAN CABAR PAIH APABILA KEBENARAN SUDAH TERBUKTI DI MAHKAMAH, MALAH TEMAN CABAR APABILA PAIH TIDAK MENERIMA KEBENARAN MELALUI MAHKAMAH, PAIH DIALU - ALUKAN MENDESAK AGAR SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA PULA DITUBUHKAN.
APABILA KEDUA - DUA INI SUDAH BERKEPUTUSAN DAN TERBUKTI ANU WAR YANG TERLIBAT, " TEMAN CABAR PAIH DAN SELURUH PUAK - PUAK NYA MENGANGKAT BENDERA PUTIH DAN BERGABUNG DENGAN UMNO" APA MACAM????????? SETUJU TAK????????.
BUAT APA NAK TEGAK KAN BENDA - BENDA YANG SAMAR DAN TAK DIKETAHUI OLEH KITA KECUALI YANG PELAKU, YANG MENJADI MANGSA TETAPI PUAK - PUAK PAIH TELAH JELAJAH KE KAMPUNG - KAMPUNG MENAFIKAN DAN MENUDUH ORANG LAIN YANG JAHAT DAN MENYEBAR PULAK FITNAH, WALHAL SENDIRI PUN WAS - WAS TAPI KERANA TERLALU JUMUD SANGGUP BERBOHONG DAN SANGGUP BERSUBAHAT.
APA MASALAHNYA!!! SELAMA INI DALAM KES - KES LAIN PUAK - PUAK PAIH DAN PEMBANGKANG BOLEH TERIMA KEPUTUSAN MAHKAMAH DAN SENTIASA MEMBUAT LAPORAN POLIS HINGGA POLIS SIBUK BERUK BUAT DIK PEMBANGKANG SELAMA INI, MALAH ADA KES - KES TERTENTU SURUHANJAYA DITUBUHKAN KENAPA DALAM KES INI PAIH BERSENDIWARA.
SEKALI LAGI TEMAN CABAR KELUAR PAKATAN MASUK BARISAN NASIONAL JIKA KEBENARAN TERBUKTI. JANGAN HAIRAN KENAPA PAIH YANG DIDESAK, JAWAPANNYA SAMPOI " SEBAB PAIH PEJUANG ISLAM".
Petikan Akhbar Sinar Harian di bawah ni merupakan satu lagi petunjuk jelas dari kacamata seorang Profesor Akademik Pengurusan yang tersohor di Malaysia, mengenai kelemahan Kerajaan Negeri Kedah .... (negeri aku niii ! Malunya akuuuu !! ... )
'Hanya layak urus sekolah pondok'
ALOR SETAR - Pengurusan Universiti Utara Malaysia (UUM) membidas cabaran Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak untuk mengambil alihnya daripada Kerajaan Pusat dan menyifatkan Kerajaan Negeri hanya layak mengurus sekolah pondok.
Naib Canselornya, Profesor Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, pihaknya kesal dengan kenyataan Kerajaan Negeri bercakap di luar konteks dan mempertikaikan kredibiliti pengurusan universiti, sedangkan UUM hanya meminta masalah bekalan air dan kenaikan cukai tanah diselesaikan.
Menurutnya, UUM adalah di bawah kelolaan Kerajaan Pusat sebagaimana diperuntukkan perlembagaan dan Kerajaan Negeri tidak berhak mengambil alih pengurusan universiti sekiranya tidak mendapat keizinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
"Sekalipun Perdana Menteri merestui hasrat Kerajaan Negeri, adakah mereka mampu menampung peruntukan perbelanjaan tahunan UUM yang menelan kos hampir RM300 juta, hampir sama dengan bajet tahunan Kerajaan Negeri?
"Selain itu, rakyat Kedah sedia maklum kegagalan Kerajaan Negeri menjaga sekolah pondoknya dan kebajikan rakyat dengan baik sehingga tercetus pelbagai masalah dalaman yang gagal diselesaikan.
"Justeru, Kerajaan Negeri tidak perlu tambah beban, sebaliknya bantu UUM selesaikan masalah berbangkit kerana kami memang tiada masalah pengurusan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.
Mengenai soal pembayaran cukai tanah yang menjadi pertikaian UUM dan Kerajaan Negeri, Mohamed Mustafa menegaskan perjanjian rebat air dari RM1.7 juta setahun kepada RM100,000 selama dua tahun yang diuar-uarkan Kerajaan Negeri sebenarnya tidak pernah wujud.
Menurutnya, sewaktu pemerintahan Kerajaan Negeri terdahulu, bayaran cukai tanah paling tinggi dikenakan UUM hanya RM300,000 dan dikurangkan kepada RM100,000 setelah dibuat rayuan.
"Pengurangan cukai selama dua tahun itu diberikan Kerajaan Negeri Barisan Nasional (BN) kepada UUM atas dasar tanggungjawab sosial, lebih-lebih lagi UUM bukan merupakan satu organisasi berasaskan keuntungan.
"Perkara sama berlaku pada universiti awam di Lembah Klang yang hanya dikenakan cukai tanah rendah walaupun nilai harga tanah di sana lebih mahal berbanding Kedah.
"Saya tidak nafikan peruntukan memang ada namun tidak bermakna Kerajaan Negeri tidak boleh bertimbang rasa kerana wang lebihan boleh digunakan untuk membiayai kebajikan pelajar," katanya.
Mohamed Mustafa turut menjelaskan UUM tidak mempunyai motif politik terhadap tindakannya mendedahkan isu cukai tanah dan bekalan air melalui media.
"Sebelum ini, kita menyerahkan enam surat rayuan kepada Kerajaan Negeri berhubung isu tanah tetapi dipandang sepi, malah tiada seorang pegawai Kerajaan Negeri dan Syarikat Air Darul Aman (Sada) hadir meninjau masalah kami.
"Saya sedia berjumpa dengan Menteri Besar (Azizan) pada bila-bila masa sekiranya diberikan peluang memandangkan tujuan kami hanya mencari penyelesaian," katanya.- SINAR HARIAN : 23 April 2011 : MS U2
Nampaknya Haji Azizan kenalah pikiaq cara terbaik untuk tidak lagi mengeluarkan kenyataan-kenyataan memalukan Kerajaan Negeri Kedah pimpinannya, supaya Rakyat Kedah tidak melihatnya sebagai SEORANG TUA YANG NYANYOK DAN MERAPU !
... BiaQ Betoi nii !! ... Aku dengaq dari sumber dalaman yang boleh dipercayai, ada ura-ura KEPIMPINAN KERAJAAN NEGERI & PAS KEDAH AKAN BERPINDAH TANGAN KEPADA ORANG BAHARU (Sejurus selesai Pemilihan di Muktamar PAS Peringkat Pusat pada JUN 2011 Nanti !) ... Hah !!?
Ini merupakan Strategi Busuk PAS Kedah untuk menggantikan MB Kedah di saat-saat akhir menjelang PRU13 (PRU yang mungkin akan berlaku pada suku ketiga tahun ini 2011), ini supaya KELEMAHAN KEPIMPINAN DATO' HAJI AZIZAN TIDAK DIJADIKAN ISU UNTUK JAUHKAN PAS KEDAH DI PRU13 !...
UMNO Kedah kena cepat2 tackle maklumat ini ya !! ...
JANGAN KATA AKU TAK BAGITAU AWAL2 PULOK , APAPON UMNO KEDAH KENA BERSEDIA DENGAN SEBARANG KEMUNGKINAN INI !!! ....
NOTA AloQStaQBlog : Aku percaya, kalau benar MB Kedah bertukar pada JUN 2011 nanti, ianya adalah STRATEGI BUSUK PAS KEDAH UNTUK MENUTUP ISU KELEMAHAN AZIZAN SELAMA INI .... HABIH LA UMNO KEDAH KALAU TAK PEKA DENGAN STRATEGI INI ! ....
Malaysian Civil Liberties Movement (MCLM)yang dipimpin pengendali blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin, merancang untuk meletakkan 30 calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) di Malaysia.
Presiden MCLM Haris Ibrahim berkata calon-calon itu akan bertanding kerusi parlimen sebagai calon Bebas kerana MCLM bukan sebuah parti politik.
"Kita telah melantik agensi pengurusan risiko (penyiasat persendirian) untuk meneliti latar belakang termasuk biodata, harta dan status kewangan dan juga memantau bakal calon," katanya dalam dialog MCLM dengan rakyat Malaysia yang menetap di sini, malam Sabtu.
Beliau berkata MCLM yang ditubuhkan pada 2004 belum mendapat kelulusan Pendaftar Pertubuhan tetapi mereka telah dibenarkan bergiat secara sah di London, Oktober tahun lepas.
Haris berkata beliau tidak akan bertanding pada pilihan raya umum itu kerana beliau akan berkempen untuk calon-calonnya.
Raja Petra, pengasas dan editor blog Malaysia Today yang juga Pengerusi MCLM berkata: "Kami mahu menukar kerajaan tetapi bukan untuk menjadi kerajaan. Kami mahu menjadi sebahagian daripada pergerakan untuk menukar kerajaan."
Beliau berkata MCLM sedang dalam proses untuk menubuhkan cawangannya di bandar-bandar utama di dunia. Thailand merupakan cawangan ketiga selepas Australia dan New Zealand.
Raja Petra, lari meninggalkan Malaysia pada 2008 selepas didakwa memfitnah tiga orang termasuk isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor melalui akuan bersumpahnya berhubung pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaaribuu.
Semasa dialog itu, beliau mengulangi pendiriannya bahawa beliau telah didakwa secara salah kerana beliau tidak membuat tuduhan terhadap mereka tetapi terhadap sumbernya, seorang pegawai tentera berpangkat kolonel yang memberikannya maklumat.
Raja Petra berkata pergerakan itu mengenengahkan agenda Malaysia dan bukan berdasarkan agenda perkauman.
"Sebagai contoh, MCLM boleh menggerakkan demonstrasi anti-ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) di seluruh bandar utama di dunia serentak dengan Kuala Lumpur pada masa depan," kata Haris. -BERNAMA
Pas perlu menyegerakan kerjasama mereka dengan UMNO dan pada masa yang sama mempertimbangkan kedudukan mereka bersama pihak pembangkang.
Menurut penganalisis politik, ia adalah disebabkan rentetan kekalahan Pas pada beberapa pilihan raya kecil dan terbaru kalah di semua lima kerusi yang ditandingi semasa Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10 pada 16 April lalu.
Penganalisis politik, Dr. Sivamurugan Pandian berkata, Pas perlu melihat kedudukan mereka yang tidak menentu bersama pihak pembangkang dan dilihat lebih bergantung kepada DAP.
Pada masa yang sama katanya, kerjasama mereka dengan pembangkang telah menghakis sokongan masyarakat Melayu terhadap Pas dan ia terbukti pada beberapa siri pilihan raya yang lalu sekali gus merugikan parti berkenaan.
"Kerjasama ini tidak akan merugikan Pas kerana jelas terbukti parti itu mampu berdiri dengan sendiri pada Pilihan Raya Umum Ke-12 dan tidak lama kemudian sokongan terhadap mereka mulai terhakis.
"Bagi saya kerjasama Pas dan UMNO tidak mempunyai masalah kerana kedua-kedua parti itu mempunyai titik persamaan iaitu memperjuangkan nasib masyarakat Melayu dan Islam," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini, hari ini.
Dalam pada itu, bekas Felo Pusat Syariah Undang-Undang dan Sains Politik, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Mohd. Roslan Mohd. Saludin berkata, kerjasama antara UMNO dan Pas merupakan idealisme yang ditunggu-tunggu oleh orang Melayu dan sekiranya tercapai, ia ibarat mimpi menjadi kenyataan.
Menurutnya, kerjasama itu boleh disegerakan kerana masyarakat Melayu dilihat terlalu bertoleransi dengan kaum lain dan sentiasa berpecah-belah sesama sendiri.
"Sekiranya Pas dan UMNO boleh bersama dalam aspek yang berlainan ini saya percaya penyatuan politik lambat-laun akan menjelma juga antara kedua-dua pihak.
"Namun, pada masa yang sama, pemimpin Pas perlu sanggup mengetepikan kepentingan dan perbezaan yang membelenggu mereka selama ini," katanya.
- Posted using BlogPress from my iPad
You are subscribed to email updates from Ohpolitik!™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Membaca berita tentang kematian seorang lelaki Cina bernama Ong Kim Koon,52 tahun, telah menyentuh jiwa saya yang terdalam sebagai warga Malaysia berdaulat. Matinya adalah mati seorang wira. Hatinya suci seputih awan terindah.Jika saya mati sepertinya juga saya redha dan bangga.
Ketika mendiang pulang dari kerja 14 April lalu, beliau melihat sebuah kereta Perodua Viva terbabit dalam kemalangan. Beliau mendapati terdapat sepasang suami isteri sedang tersepit dan meminta pertolongan. Beliau dengan rela membantu mengeluarkan mangsa pertama seorang wanita dan meletakkannya di tempat yang selamat. Ketika hendak mengeluarkan mangsa kedua, malang menimpa apabila sebuah kereta Toyota Estima di pandu lelaki Cina merempuh beliau dari arah belakang menyebabkan beliau parah sehingga kaki kanannya terpaksa dipotong.
Menyedihkan sekali,hari ini, beliau disahkan meninggal setelah mengalami pendarahan teruk dan beberapa organ dalamannya tidak berfungsi.Tambah menyayat hati, mangsa yang diselamatkannya pun tidak sempat lagi bertemu untuk menjalin silaturrahim dengan mendiang. Namun, satu perkara yang sangat menyakitkan hati apabila kereta yang di pandu lelaki Cina yang melanggar beliau telah menghilangkan diri. Kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Kawan, apa yang tambah membanggakan saya, mangsa yang dibantu oleh mendiang itu adalah pasangan Melayu dan Islam.Inilah nikmat terhebat menjadi warganegara Malaysia. Inilah yang wajar kita contohi. Ceritakan kepada semua generasi tidak kira bangsa dan agama.Jika Pengasas Malaysia dahulu masih ada, pasti inilah titisan airmata kegembiraan mereka. Ong mewakili masyarakat Cina yang rendah hati dengan nilai semangat Malaysia yang luhur.
Sayangnya apa terjadi dengan kebanyakan Cina hari ini di luar sana. Ketika statistik menunjukkan Melayu tertinggal dalam banyak bidang, mereka dengan mendabik dada mengatakan bahawa itu kerana Melayu /Bumiputra malas dan kami bekerja keras.Ketika kerajaan yang didominasi oleh Melayu Islam ini memberikan kebebasan dengan membuka sekolah SJK(C), mereka bayar dengan berbahasa Melayu yang cacamarba. Malah ada bangsa Cina yang mempersendakan Lagu Negaraku.
Setelah kesudian Raja-raja Melayu dan Pemimpin Melayu menerima Cina melalui prinsip JUS SOLI, inikah balasan yang harus diterima oleh Melayu. Jika kalian ingin terus menjadi warga Malaysia yang tidak dipandang serong, hayatilah pengorbanan Ong. Paling tidak pun jadilah seperti Tan Sri Lee Lam Thye, jadilah seperti Prof Madya Dr. Lim Swee Tin, yang bahasa Melayunya jauh lebih baik daripada kebanyakan bangsa Melayu sendiri.
Sekalung TAKZIAH buat seluruh keluarga Ong. Tabahlah...Tuhan lebih menyayanginya. Dan dia warganegara Malaysia yang Terhormat....
Gomo juga mengucapkan Takziah kepada keluarga Mangsa Ong Kim Koon yang Mati di langgar oleh pemandu yang tidak bertanggungjawap.
Memang menarik akan bantuan yang di hulurkan oleh mangsa ini walaupun beliau merupakan Kaum Cina namun kesudian nya membantu orang melayu Islam yang sedang di dalam kesusahan seharusnya memberikan satu pengajaran kepada kita semua rakyat Malaysia bahawa jika anda Kasih dan Sayang kepada Negara anda tidak akan mengira apa bangsa dan agama sekalipun dalam menghulurkan bantuan dan sokongan.
Ini lah bukti bahawa masih ada Kaum Cina yang tidak SEBANGSAT Kaum Cina DAP yang cuba menghasut dan memporak perandakan Rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini.
Jangan Jadi CINA BANGSAT LUPA ASAL USUL!!!
Psssttt...Pengorbanan Ong besar makna nya kepada kita rakyat Malaysia
YB Dato Sri James Jemut Masing Presiden PRS Parti Rakyat Sarawak
Bukan lah niat nak menentukan siapa yang layak dan siapa yang tidak layak dalam pentadbiran Kabinet Negeri Sarawak. Malah Gomo orang Semenanjung juga tidak mempunyai apa apa kepentingan di dalam urusan pentadbiran Negeri Sarawak ini. Namun demi Negara Malaysia dan aspirasi rakyat Sarawak maka Gomo terpaksa masuk campur dalam memberikan pandangan dalam pentadbiran Negeri Sarawak.
Pehin Seri Taib akan sudah jelas kekal sebagai Ketua Menteri Sarawak dan yang menjadi teka teki kepada semua Rakyat Sarawak dan juga di sebelah semenanjung ini adalah Timbalan Ketua Menteri nya yang mungkin bakal di lantik dalam masa terdekat.
Sebelum PRN Sarawak Jawatan TKM di berikan kepada wakil kaum Cina dari parti SUPP namun apabila keputusan PRN Sarawak yang baru ini di lihat SUPP hanya mempunyai dua wakil sahaja dalam Kerajaan BN Sarawak yang mana dalam hal ini adalah tidak berpatutan sama sekali untuk di lantik wakil SUPP menjawat jawatan Timbalan Ketua Menteri.
Parti Rakyat Sarawak yang di ketuai Presiden nya James Jemut Masing bertanding di 9 kerusi Dun dan Menang 8 daripadanya yang mana satu kerusi yang kalah itupun adalah kerana Faktor Calon bebas yang di jadikan Kambing hitam oleh Larry Seng bekas Adun PRS terdahulu.
Sengketa Di Antara Larry dan James adalah berpunca dari Larry Kaum Cina yang Cuba Menguasai Parti rakyat Sarawak dengan ingin mengambil Alih jawatan Presiden dan Menjadikan PRS sebagai Parti yang di Kuasai Kaum Cina
Dari 9 kerusi 8 menang dan ini membuktikan bahawa PRS pasti yang berasaskan Kaum Iban majoritynya adalah Layak sama sekali dalam menjawat Jawatan Timbalan Ketua Menteri Sarawak. Jame Jemut Masing selaku Presiden PRS layak memegang jawatan tersebut.
Harus kita ingat bahawa PRS bukanlah sebuah parti yang baru malah telah lama menyokong Kerajaan Barisan Nasional. Walaupun hanya di berikan 9 kerusi Dun dan 6 kerusi Parlimen buat mereka dalam negeri Sarawak namun Komitmen mereka terhadap Barisan Nasional amatlah tinggi sama sekali. Ini lah parti yang berjuang untuk Rakyat dan juga Tulang belakang buat PBB dalam komponen Barisan Nasional.
Kami di sememanjung mengikuti perjalanan Politik Sarawak dan selepas PRN Sarawak kami dapati Kaum Cina adalah tidak menyokong Barisan Nasional walaupun wakil mereka dari SUPP memegang jawatan Timbalan Ketua Menteri dan Menteri kanan. Jelas di sini bahawa Kaum Cina sememangnya tidak memerlukan wakil mereka dalam kabinet Kerajaan Sarawak apatah lagi untuk jawatan Timbalan ketua Menteri Sarawak.
Gomo nak nyatakan di sini agar Pehin Seri Taib membuat keputusan yang rasional dengan melantik Presiden PRS Datuk Seri James Masing menjawat jawatan Timbalan Ketua Menteri. Ingatlah bahawa kaum Iban memerlukan banyak sokongan dan dengan peluang yang ada dalam meletakkan Wakil kaum Iban dalam posisi Timbalan Ketua Menteri pasti banyak lagi kemajuan yang dapat di curahkan buat Masyarakat Iban di Sarawak.
Sepanjang Gomo di Sarawak Gomo dapati kaum Iban, Melayu, Melanau dan lain lain bangsa kecuali Cina menyokong penuh kerajaan Barisan Nasional sama ada dari PBB, PRS atau SPDP. Ini mengambarkan kepada kita semua bahawa Kerajaan BN Sarawak yang baru ini perlu memenuhi aspirasi rakyat yang jelas menunjukkan suara Kaum Iban di dalam pilihanraya Negeri yang lalu inginkan wakil mereka di dalam Kerajaan dan dapat menjaga mereka seadanya.
Usah lah Pehin Seri memberi muka kepada SUPP yang mewakili kaum Cina kerana tidak ada gunanya menjaga kaum Cina yang menolak Kerajaan walaupun pelbagai kemajuan di berikan kepada mereka. Lebih elok Pehin Seri menjaga Kaum kaum lain yang sudah terbukti menyokong kerajaan BN sehinggakan memberikan kuasa kepada Pehin Seri menjawat jawatan Ketua Menteri.
Pehin Seri Taib juga mesti kekal sebagai ketua Menteri kerana apa yang di bangunkan di Sarawak masih belum cukup dan Pehin Seri mesti meneruskan pembangunan yang sedia ada bagi kemajuan Negeri Sarawak.
Gomo dengan ini menyokong agar Datuk Seri James Jemut Masing di lantik ke jawatan Timbalan Ketua Menteri Sarawak demi Aspirasi rakyat Sarawak!!!
Psssttt...kita akan sokong 1 Melayu 1 Bumi.....Pedulikan kaum Cina yang sudah lupa asal usul
Lebih Baik jaga Kaum Peribumi Dari Kaum yang Tak Sedar Dek Untung
Man United Malam tadi Menang ke atas Everton dengan jaringan 1 Goal berbalas Kosong yang di jaringkan oleh Hernandes dalam mengukuhkan kedudukannya sebagai pendahulu Liga Inggeris dengan kelebihan 9 mata mengatasi Chelsea.
Untuk Makluman Dato Seri Najib adalah peminat Pasukan Manchester United! Hidup Dato Seri Najib
Malam tadi Gomo dapat maklumat dari sumber yang boleh di percayai bahawa Anwar Ibrahim telah memohon bantuan dari Dato Seri Najib agar rakaman penuh video seks nya tidak di sebarkan ataupun terus di perkatakan rakyat.
Gomo tidak pasti apakah jawapan Dato Seri Najib namun Gomo yakin PM kita akan bertindak adil dalam hal video seks ini sama seperti kes Liwat Anwar Ibrahim.
Untuk makluman semua Anwar Ibrahim telah memohon pertolongan dari bekas Perdana Menteri Pak Lah untuk digugurkan kes Liwatnya namun telah di tolak Pak Lah kerana permohonan Anwar Ibrahim adalah satu hal yang di luar bidang kuasa Pak Lah.
Begitu juga dengan Dato Seri Najib bila Anwar Ibrahim merayu di gugurkan kes liwatnya dan Dato Seri Najib memberi jaminan kepada Anwar Ibrahim bahawa perbicaraan mahkamah akan dilakukan dengan adil kepada semua pihak.
Malah Gomo juga boleh sahkan bahawa Anwar Ibrahim turut meminta pertolongan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato Seri Nazri Aziz agar di gugurkan kes Liwatnya dan Nazri Aziz memberikan jawapan yang sama kepada Anwar Ibrahim iaitu perbicaraan yang adil buatnya.
Jadi tidak mustahil dalam skandal video seks ini Anwar Ibrahim memohon pertolongan dari Dato Seri Najib untuk mengelakkan rakaman tersebut tersebar kepada rakyat. Gomo nak ingatkan kepada sesiapa sahaja bahawa rakaman video seks tersebut perlu di sebarkan kepada rakyat agar rakyat mengetahui kebenarannya.
Malah Dato Eskay sendiri pernah berkata bahawa beliau juga yakin bahawa ada pihak pihak lain yang turut sama mempunyai rakaman Video Seks Anwar Ibrahim. Dan tidak mustahil rakaman susulan akan keluar berhubung skandal Video Seks Anwar Ibrahim.
Rakyat Perlu Mengetahui Kebenaran Video Seks Anwar Ibrahim ini.
Psssttt Gomo dah sampai di Malaysia, part 2 on the way
Published with Blogger-droid v1.6.7
You are subscribed to email updates from PAPA GOMO To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Kerajaan Pusat di bawah Perdana Menteri memberi bantuan sebanyak RM300 sebulan (bersamaan RM3600 setahun) kepada warga emas tanpa mengira fahaman parti.
Lim Guan Eng pula cuba membesarkan bantuannya kepada warga emas yang diberi bantuan RM100 setahun atau bersamaan RM8.33 sebulan.
Kerajaan Pakatan cuba mendabik dada mereka membantu warga emas sedangkan bantuan dihulur hanya RM100 sahaja untuk SETAHUN sedangkan mereka mendabik dada mengamalkan CAT yang sepatutnya menjimatkan banyak wang kerajaan.
Maka tidak peliklah kes rasuah di Selangor banyak melibatkan pemimpin DAP dan kematian Teoh Beng Hock juga dikaitkan dengan 'sindiket' tersebut !
Link bukti sila tengok di sini untuk menunjukkan kepada rakyat siapa yang paling banyak beri kebajikan dan berikan komen anda di bawah.
Berikut tulisan satu lagi blog yang makin hebat iaitu Semut Hitam. Beliau sama seperti Flying Kick dan juga Badut Rakyat antara blogger makin meningkat naik.
Mereka ini Insya Allah bakal menjadi blogger yang disegani jika istiqamah dan ikhlas dalam penulisan demi Agama Bangsa dan Tanah Air.
Sila baca tulisan Blogger Semut Hitam yang membongkar kebiadapan Azmin Ali di bawah :
Wah!!! Ini satu perkembangan hangat!!! Azmin Ali tuduh pemimpin PAS semuanya Jaguh Kampung!!! Macam la dia tu jaguh bandar, ye tak.
Dengar kata, PKR naik angin dengan pendirian PAS yang nak mengkaji semula kedudukan parti itu bersama Pakatan Pembangkang.
PAS mengeluarkan kenyataan tersebut berdasarkan kepada laporan Polis sekiranya lelaki dalam rakaman video seks yang didedahkan sebelum ini terbukti Anwar.
Azmin Ali kata, kenyataan Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali yang ditanya oleh wartawan semalam cukup menguris hati Anwar dan PKR. (Haktuih!).
Azmin juga seterusnya menuntut penjelasan daripada Mustafa sehingga memaksa Setiausaha Agun PAS itu berbohong dan menafikan perkara tersebut hari ini.
"Pimpinan perlu akur (dengan) kerangka besar agenda bersama pakatan rakyat. Jangan jadi jaguh kampung yang tidak lagi relevan tapi mahu perhatian," kata Azmin
Fuh!!! Dia nak jugak PAS bersekongkol dengan PKR walaupun individu dalam video seks tu adalah Anwar? Maknanya, dia nak PAS bersekongkol dengan perbuatan maksiat?
Azmin jugak mendakwa bahawa penjelasan daripada Mustafa itu adalah disebabkan tuntutan rakyat yang mahukan kebenaran.
Kebenaran yang rakyat tuntut ilaha daripada Anwar dan PKR. Bukan dari PAS. Sebab Anwar dan PKR yag buat masalah. PAS hanya mengkaji kedudukan mereka sahaja.
Orang yang paling layak untuk membuktikan penjelasan ialah Anwar. Dia perlu buktikan bahawa dia tidak terlibat dalam isu video tersebut.
Angkat sumpah dengan menyatakan bahawa dia bukan orang didalam video tersebut. Apa, susah sangat ke? Itu semua demi membersihkan nama dia jugak.
Azmin juga dengan jelas menyatakan bahawa PAS adalah parti yang tidak lagi relevan tetapi hanya mahukan perhatian.
Persoalannya, adakah PAS masih mahu bersahabat dengan PKR mengenai perkara ini? Adakah salah bagi PAS untuk memikirkan mengenai kedudukan mereka dan menjauhkan diri daripada maksiat?
Adakah mereka akan tetap akur walaupun dicaci cerna oleh seorang anak muda dengan sedemikian rupa?
PAS kena ingat, mereka semakin hari, semakin hilang sengat disebabkan oleh PKR dan Anwar. Semakin hari, parti yang memperjuangkan Islam ini mula dipinggirkan oleh Melayu.
Jadi jangan jadi kambing hitam kepada Pakatan yang tujuan sebenarnya adalah untuk memperjuangkan seorang individu sahaja. Islam ada maruah! Jangan dipersendakan maruah tersebut kerana tuntutan orang lain!!!
Semakin banyak kita berusaha semakin banyak ilmu akan kita jumpa. Sejak menemui kaedah membolehkan pembaca blog Panglima memberi komen menggunakan FB mereka, banyak komen yang datang ke sini. Semua dari facebooker dan hanya satu sahaja yang menggunakan ID Yahoo. Ini membuktikan pembaca sangat ghairah menyuarakan pandangan mereka tetapi atas kekangan tertentu mereka gagal menyuaraknnya.
Maka diulang kembali di sini bahawa blog Panglima kini bersedia menerima komen dari sesiapa sahaja yang memiliki akaun FB, Yahoo, Hotmail dan AOL. Mereka boleh memberi apa jua komen tanpa sebarang tapisan. Diharap kemudahan digunakan untuk menyokong atau mengkritik apa jua isu yang diutarakan di sini dengan harapan ia dapat menjadi panduan kepada pihak berkaitan.
Mari kita sebarkan berita gembira ini kepada rakan2 yang lain. Anda akan terasa seperti blog ini anda juga menjadi pengarangnya... Melalui komen yang anda ulaskan dari fikiran suci anda sebagai rakyat Malaysia !!!
Pagi ini membaca artikel Flying Kick dan beberapa perkara menarik diulas beliau. Meskipun pernah menjadi kontroversi selepas bergaduh dengan UMB @ Tun Faisal selepas PRK Merlimau...
Tetapi artikel beliau kali ini boleh dipuji kerana ia kena dengan selera Panglima yang ingin war-warkan kepada rakyat khasnya ahli PAS bahawa Husam Musa adalah 'kawan rapat' Anwar dan perlu disedarkan bahayanya..
Tulis Flying Kick :
Antaranya :
Kekalahan 5-0 di Sarawak selain beberapa pilihanraya kecil di Semenanjung, menyebabkan Abdul Hadi Awang dikatakan tidak efisien selain gagal memikul tugas selaku Presiden. Tidak cukup dengan itu, dikatakan pula PAS memerlukan penyegaran. Penyegaran yang dimaksudkan sudah tentulah dengan mencampakkan Abdul Hadi Awang daripada jawatan Presiden yang sedang disandangnya.
Namun penyegaran yang dimaksudkan oleh kebanyakan pihak adalah dengan mencalonkan Husam Musa sebagai Presiden parti tersebut. Sedangkan pada masa yang sama, semua orang tahu, Husam Musa merupakan rakan sekutu Anwar Ibrahim yang paling kuat. Bahkan dikatakan, Husam Musa mengetuai kumpulan Erdogan yang sememangnya berkiblat kepada Anwar di dalam PAS.
Seterusnya Flying Kick menambah :
Adakah bermaksud penyegaran di dalam PAS bererti mengukuhkan pengaruh Anwar Ibrahim di kalangan ahli-ahli dan pemimpin PAS?
Bagi Panglima nampak gayanya masa untuk memastikan PAS akan menjadi alat Anwar dan berada bawah pengaruh PKR secara total, sudah sampai.
Kebangkitan semula geng Erdogan tentu lebih hebat dari sebelumnya.
Apa akan jadi jika PAS berada di bawah pengaruh PKR ? Tentu slogan Perpaduan akan hancur dan pupus seperti dinasour.
Tidak akan ada lagi perpaduan dan persepakatan jika parti sudah berjaya dibeli dan dikuasai oleh satu entiti yang anti Islam dan layak digelar kafir harbi.
Maka kerana itu kita kena lawan bersama-sama menghalang unsur yang boleh menyekat perpaduan Islam dari berkuasa.
Pas semakin tersasar sejak bersekutu dengan PKR , DAP
ZAWAWI Othman (dua dari kanan) menerima borang keahlian UMNO daripada bekas ahli Pas, Che Man Deraman di Pasir Puteh, malam semalam.
PASIR PUTEH 21 April - Seramai 80 ahli Pas di sini bertindak keluar parti kerana mendakwa parti pembangkang itu semakin tersasar daripada perjuangan asal sejak bersekutu dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.
Bekas Penghulu Pas Mukim Tualang Tinggi, Che Man Deraman berkata, prinsip perjuangan Pas kini menyimpang jauh dari konsep asal penubuhannya sehingga sanggup bersikap hipokrit menggunakan platform agama demi kepentingan politik.
"Perjuangan Pas sekarang semakin mengelirukan. Sebab itu sebelum tersesat jauh, saya kira keputusan yang saya ambil ini (menyertai UMNO) adalah tepat. Saya tidak mahu menjadi 'kuda kayu' tunggangan Pas buat selamanya.
"Diguna semasa perlu tetapi bila sampai masa tidak diperlukan, kita hanya jadi seperti kain buruk," dakwanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan borang menyertai UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman di sini, malam tadi.
Rakan seperjuangannya, M. Rosli Yusoff mendakwa, kegagalan Pas menyediakan pembangunan rohani dan jasmani kepada rakyat mendorongnya bertekad untuk keluar daripada parti itu dan menyertai UMNO.
"Cakap berjuang atas dasar agama, tapi apa tuntutan agama ke atas seseorang pemimpin yang telah Pas berikan kepada rakyat? Saya tidak nampak kesannya pun. Rakyat miskin di kampung masih tidak terbela.
"Segala kemudahan dari segi prasarana pula UMNO yang buat. Inilah yang dikatakan Pas hipokrit dan sikap itu kini tidak melayakkan parti itu untuk terus menggunakan laungan takbir Allahuakbar," dakwanya.
Bekas aktivis Pas, Baharudin Che Mahmod pula mendakwa, visi dan misi perjuangan Pas kini jauh berbeza berbanding sebelum bergabung dalam pakatan pembangkang bersama-sama PKR dan DAP.
"Perjuangan parti itu kini jelas tidak menguntungkan orang Melayu yang semakin ketinggalan dalam arus kepesatan ekonomi negara.
"Selama 21 tahun (Pas memerintah Kelantan), tiada apa-apa perubahan pun yang dibawa oleh Pas kepada rakyat.
"Tapi kalau tengok kepada wakil-wakil rakyatnya bukan main lagi, mewah-mewah. Ini menyebabkan rakyat semakin tidak yakin dengan Pas," dakwanya.
Politik Malaysia berhadapan dengan sifat "kemunafikan" yang nyata - tatkala kebenaran tidak lagi menjadi pertimbangan dalam membuat keputusan dan pendirian. Terbaru - PAS menunjukkan ketakutan luar biasanya kepada Anwar Ibrahim, berhubung pendirian parti tersebut yang dikatakan mahu mengkaji semula hubungan mereka dengan Pakatan Rakyat, sekiranya terbukti pelaku seks di dalam video tersebut ialah Anwar Ibrahim. Malah, pemerhati politik juga berpandangan bahawa ia merupakan titik mula kejatuhan PAS dalam meraih sokongan orang Melayu dalam PRU yang akan datang. Dalam apa-apa jua keadaan, PAS adalah balaci kepada Anwar dan DAP, buktinya Anwar dan DAP sangat mengharap undi dalam kalangan penyokong PAS, tetapi pada masa yang sama dasar Islam parti tersebut ditolak mentah-mentah oleh Anwar dan DAP tanpa kompromi, maka ternyalah PAS sekadar menjadi balaci dan kuda tunggangan kepada Anwar dan DAP - tidak lebih daripada itu. Soalnya, sampai bila "ahli-ahli PAS yang celik" sanggup diperbodohkan oleh para pemimpin mereka atas nama "ketaatan kepada ulama"? Sudah terlalu banyak dosa yang dilakukan oleh PAS sejak parti tersebut bersekongkol dengan DAP dan Anwar Ibrahim. Segala bencana dan fitnah yang melanda negara sejak akhir-akhir ini adalah natijah daripada amalan "talam dua muka" PAS dalam berpolitik demi memperoleh habuan dunia yang sedikit. Baca di sini..
UMNO Ipoh Barat boleh dibanggakan bila melangkah setapak lagi di majlis JOM SERTAI UMNO yang berlansung di sebuah Restoran Simpang Tiga jam 9.00malam tadi, di Bandaraya Ipoh. yang membanggakan bila program ini juga disertai oleh Pengarah Drama & Filem Negara Mamat Khalid ikut JOIN UMNO, majlis yang disertai oleh hampir 500 orang ini gamat bila ucapan Mamat Khalid yang berapi-api, Tak sangka Sekupang rupanya Mamat Khalid bukan saja pandai menghasil Filem dan Drama dalam pelbagai bentuk genre komidi, Patrotik dan sejarah, rupanya jiwa Mamat Khalid juga seperti seorang pejuang sebagaimana drama yang dihasilkan. maklum kita juga tahu beliau sering menyelitkan unsur-unsur kebangsaan dan perpaduan di dalam negara.
AC MIZAL dan isteri juga menjadi perhatian ramai kerana kesungguhan mereka dalam menyertai UMNO Bahagian Ipoh Barat. Bak kata orang lama Sirih pulang ke ganggang, mungkin ramai yang tidak ketahui sebenarnya Emeilda adalah anak kelahiran disini. Nampaknya dunia politik telah banyak menyedarkan pelbagai golongan termasuk artis-artis yang sudah sanggup turun padang dan menyertai parti Politik diatas kesedaran perjuangan Bangsa, sekupang juga terkejut bila AC MIZAL dalam ucapannya berkata, Saya sebelum ini telah dilamar dan diajak oleh Pembangkang untuk menyertai Parti mereka, tetapi disebabkan perjuangan yang songsang sekupang percaya AC tidak sanggup perjudikan nasib anak-anak bangsa demi meraih populariti. Lebih mengejutkan bila sekupang dapat tahu rupanya Taukeh Restoran Simpang Tiga Azlan Saaid juga diantara yang ikut sertai UMNO. sekupang juga nampak tamparan hebat kepada pembangkang bila sebelum ini bagai nak rak seantero dunia bila dema mencanang kononnya artis seluruh malaysia menyokong perjuangan Pembangkang terutamanya PAS sebelum ini bila Bob Lokman menyertai parti tersebut.
Sekupang juga ucapkan jutaan tahniah kepada Dato' Sam dan Brother Putra diantara oarang-orang yang kuat bekerja menghasilkan program seperti ini, malah sebelum ini sekupang memang selalu nampak Putra ni di setiap perhimpunan-perhimpunan besar hasil usahanya dan rakan-rakan lain. Hehehe kita tunggu nanti siapa pulak yang akan menyertai UMNO pulak selepas nie, terlintas jugak sekupang dengan Riak PAS, Macam BOB LOKMAN jer yang jadi Artis di MALAYA nie?
You are subscribed to email updates from sekupangdua To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Perumpamaan yang di berikan kepada pemimpin Umno sebenarnya adalah satu pengiktirafan terhadap UMNO dan kerajaan BN. Apa yang di perkatakan oleh Mohd Nor Hamzah,Adun Bukit Payong yang baru baru ini terkenal dengan pegawai khasnya yang ditangkap berzina dengan perempuan Indonesia:klik zip seluar terbuka ,
Sebenarnya ibarat memperlekehkan Nik Aziz dan dalam masa yang sama turut menyindir sikap populis khalifah PAS Lim Guan Eng.
KUALA LUMPUR, 23 April: Sikap para pemimpin Umno BN, tidak keterlaluan jika diumpamakan seperti ayam jantan yang berkokok di tepi-tepi jalan setiap hari, semata-mata hanya untuk mempamerkan kehebatan mereka kepada pihak lain.
Namun dalam masa yang sama tanpa disedari, sikap seperti itu bukanlah boleh mendatangkan perasaan hormat orang lain kepada mereka, sebaliknya hanya akan lebih membuktikan lagi sikap buruk mereka kepada orang ramai.
Adun Bukit Payong, Marang, Mohd Nor Hamzah berkata, perlakuan ayam jantan dan sikap para pemimpin Umno BN itu antara lain boleh dirujuk daripada tindakan mereka yang selalu menunjuk-nunjukkan kepada orang ramai konon merekalah pihak yang berjasa kepada pelbagai pihak, setelah melaksanakan pelbagai projek pembangunan di dalam negara.
Menurut beliau, antara yang dihebohkan oleh mereka termasuklah tindakan dan kejayaan mereka melaksanakan rangkaian jalan raya yang cantik di seluruh negara.
Katanya, dengan itu itu, mereka mendabik dada bersuara lantang setiap hari mengatakan merekalah sahaja pihak yang hebat yang berkemampuan melakukan semua itu, manakala pembangkang dikatakan hanya sekadar pandai bercakap tetapi tidak tahu melaksanakannya.
"Pada hal semua orang tahu, pembinaan jalan raya itu merupakan satu tanggungjawab asas bagi pihak pemerintah. Disebabkan mereka yang memerintah, merekalah yang bertanggungjawab membina jalan raya. Lainlah kalau parti pembangkang yang memerintah.
Bercakap soal tanggungjawab,sudah semestinya kerajaan yang memerintah akan memberitahu bahawa kerajaan yang dipilih melalui undi pilihanraya secara demokrasi telah mengkotakan kata dan melaksanakan janji.Berapa banyak janji dalam manifesto kerajaan pakatan ditunaikan?Berapa banyak janji sehingga sekarang masih belum dikotakan?
Malah dalam masa yang sama mengingatkan kepada penyokong pakatan agar jangan buta hati dan buta perut bahawa selama ini kerajaan yang dipilih telah melaksanakan terlalu banyak perubahan kepada negara yang masih muda dalam ertikata masih baru lagi merdeka.
Cuba anda perhatikan Kelantan,sehingga sekarang sejak menteri besar yang diangkat menjadi wali selipar masih punyai masaalah air. Manakala Pulau Pinang pemimpinnya berkokok atas hasil "Ayam Jantan" UMNO!
Pisau sifatkan perangai pemimpin khawarij PAS dan DAP ini seperti binatang yang sukar bagi kita takrifkan jenis dan jantinanya. Nak dikatakan ayam jantan sudah pastilah UMNO,nak dikatakan betina tidak juga sebab yang membina negara ini adalah ayam jantan Umno juga.
Anda sendiri takrifkan jenis apa puak ini...
Pisau kata " tak payah lah perpaduan dengan PAS,biar melayu bergaduh sampai semua mampus.apa macam? ok ka?"
Video pembohongan Anwar dan Guan Eng di Pulau Pinang disiarkan oleh TV3 semasa kehangatan pilihanraya Sarawak,realitinya rakyat di Pulau Pinang dibohongi.Malangnya pengundi di Sarawak masih ada yang sanggup mengundi mereka.
Bukan sikit punya tipu tapi banyak punya auta...
"Saya sudah cakap tipu 5 tahun saja,dia tak boleh lama punya,tinggal lagi 2 tahun dia mesti habis,hantar dia balik kampung(Melaka)"
Jangan ikut jejak langkah rakyat Pulau Pinang yang kini cukup menyesal mengundi DAP,PKR dan PAS. Lebih banyak berbohong dan berjanji daripada membantu rakyat.
Pisau kata " berapa banyak dia bohong daa"
You are subscribed to email updates from PISAU.NET To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Bangsaku, fikirlah tentang anak dan cucu, Bangsaku, masa depan esok belum tentu, Bangsaku, kuasa ini boleh hilang sebegitu, Bangsaku, susah sangatkah hendak bersatu?
Melayu adalah 1bangsa, lahirnya di Nusantara, Pernah miliki 4 empayar yang gagah perkasa, Langkasuka, Srivijaya, Johor dan Melaka, Gagah di samudra, terkenal seantero dunia,
Perpecahan sebab segala, khianat jadi punca, Bumi Melayu mula dijajah oleh penjajah bangsa, Penderitaan mula dirasa, kekayaan mulai dinoda, Nyawa, tanah dan kedaulatan telah diperkosa,
Patani jatuh ke tangan Siam, Kepulauan Melayu, Belanda cengkam, Tanah Melayu dijajah oleh Inggeris, Kerajaan Melayu Sulu dikuasai Perancis,
Sejarah 500 tahun penjajahan Melaka seakan kembali, Agama dipersenda, Raja Melayu tidak lagi dihormati, Melayu yang mabuk kuasa sanggup menjual harga diri, Mengkhinat bangsa sendiri, Mahu gadai tanah pribumi,
Bangsaku, kita baru 54 tahun berkuasa, Kemakmuran dan kesejahteraan baru dirasa, 446 tahun bangsa menderita dan terseksa, Bersyukurlah kita pada nikmat yang Maha Kuasa,
Belum terlambat untuk Melayu menyesal, Belum terlajak untuk Melayu berundur, Putus kiambang masih belum berpatah arang, Bangsaku, Nasi belum menjadi bubur,
Adakah Melayu memang bangsa yang pelupa, Masih berpecah ketika orang lain bersatu untuk kuasa, Jangan sampai Melayu dijajah semula, Bangsaku, mari bersatu demi alif, ba & ta.
Amat jelas DAP adalah parti yang rasis (baca sini). Mereka sudah tidak patuh lagi pada peraturan dan tidak mahu lagi hormat pada Raja-Raja Melayu. Tindakan terbaru DAP di Perak ini jelas sekali melambangkan sikap parti tersebut yang rasis dan perkauman. Tolak parti perkauman di Malaysia.
PULAU PINANG: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyelar tindakan pimpinan Barisan Nasional (BN) yang menyifatkan kemenangan DAP merangkul 12 kerusi semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak 16 April lalu atas dasar perkauman.
Menyatakan pemikiran politik perkauman BN perlu dihenti segera, beliau berkata keputusan PRN Sarawak itu, sebaliknya membuktikan rakyat tidak mengira kaum mahukan gerakan dan perubahan.
"Jika ada perubahan dari pilihan raya Sarawak, ia tidak harus disandarkan pada trend demografi bangsa tetapi kecenderungan geografi berdasarkan lokasi.
"BN sebenarnya bangsa sentimen dengan menuduh DAP bermain politik perkauman. Keputusan PRN membuktikan keinginan dan gerakan untuk perubahan tidak terbatas pada satu komuniti sahaja tetapi tersebar di pelbagai masyarakat Sarawak," katanya pada kenyataannya hari ini.
Beliau juga tidak menolak dengan sokongan semua kaum di Sarawak adalah penyumbang kepada sokongan terhadap DAP dan Pakatan Rakyat (PR) semakin tinggi, berdasarkan beberapa analisis.
"Kejayan Pakatan Rakyat dan DAP secara khusus, tidak mungkin terjadi tanpa peningkatan sokongan semua komuniti di Sarawak. Hal ini terutama jelas dalam kerusi luar bandar seperti Kidurong, Piasau, Batu Kawah dan Meradong yang semuanya dimenangi DAP.
Guan Eng juga mengakui bukan semua kawasan majoriti Cina memberi sokongan terhadap DAP kerana DUN Bawang Assan dimenangi Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), sebuah parti komponen BN.
"Penting untuk dicatat bahawa sokongan tidak seragam di beberapa bahagian seluruh negara. Ada BN berjaya mencapai perubahan yang menguntungkan mereka. Hal ini berlaku untuk kerusi majoriti Cina juga, seperti Bawang Assan.
"Calon kami hilang sokongan berbanding dengan 2006. Hal ini juga tanggapan yang besar bagi Sarawak, dan jurang antara Cina dan bukan Cina yang lebih antara luar bandar dan bandar," ujarnya.
Justeru, Guan Eng menyeru BN supaya tidak mengaitkan sokongan terhadap DAP bersifat perkauman kerana rakyat lebih rasional memikirkan masalah yang dihadapi mereka.
"Mereka yang tidak bertanggung jawab cuba untuk memainkan isu perkauman. Yang jelas adalah penolakan pengundi tidak ada kaitan dengan perkauman tapi lebih kepada masalah yang menimpa mereka," katanya.
Gambar hiasan: Seorang penyokong setia membabi-buta Anu arr mencium leher Anu arr ketika beliau sakit leher, siapa pula yang akan cium pinggang Anu arr ketika beliau sedang sakit pinggang?
Anu arr diberitakan membatalkan kesemua programnya di Pulau Pinang yang jadualkan selama 2 hari. Berikutan itu, segala perjumpaan, ceramah, solat jemaah serta lawatan ke rumah-rumah urut dan pertemuan dengan 'China Doll' dibatalkan atas alasan beliau sakit pinggang.
Untuk makluman, sila klik untuk baca di: MalaysiaKini, Info Corner dan Darul Ehsan Today. Saya tak tau nak kata apa kepada 'Binatang Politik' ini kerana beliau adalah pelakon terbaik dan berada didalam kelasnya tersendiri.
Saya cuma teringat pada ketika beliau sakit leher dulu ada seseorang mencium lehernya (rujuk gambar diatas), saya tertunggu-tunggu adakah lagi sesiapa yang akan mencium pinggangnya pula ketika beliau diberitakan sakit pinggang?
Mungkin juga selama 2 hari ini Anu arr berusaha kuat untuk mencari dan mendapatkan semula jam omeganya. Mungkin juga beliau cuba mengelak bertemu orang ramai dan mengelak dari menjawab soalan mengenai jam omeganya, siapakah yang kelihatan sepertinya dalam adegan seks bersama 'China Doll', atau kenapa beliau berbohong dengan yakin mengatakan PKR akan memenangi banyak kerusi dan akan membentuk kerajaan di Sarawak dalam PRN dulu?
Wah! Pembohongan Anu arr sudah semakin ketara. Mungkin bau 'stor kunyit' Anu arr sudah kurang mantap, kerana itulah langau politik menginggalkannya.
Saya masih ingat saat Ummi Hafilda mencabar Anu arr ketika mereka berceramah di Rumpun Makmur ketika PRK DUN Kerdau dulu, mereka hanya dalam jarak kurang dari 100 meter antara satu sama lain, Anu arr kelihatan bagaikan kehilangan 'telurnya' dan cepat-cepat meninggalkan majlis ceramah berkenaan sebagai seorang 'the looser'!
LG rasa kalaulah puak puak Pakatan dengan Dap dapat jadik government Malaysia, ntah ape la nak jadi nasib orang melayu kita..?
Tengoklah kat negeri Selangor, kita semua tahu walaupun MB orang melayu Pkr tapi yang control government management sebenarnya Dap. Semalam ade satu event yang boleh kita kira official function sebab MB datang dengan ramai State Exco. Siap guna lambang rasmi state government lagi. Tapi yang silapnya, banner yang dok kat tengah tengah bandar langsung tak ade tulis bahasa kebangsaan! Tajuk function/event tulis cina tok pek kong....
Our blogger fren, Medan Info Kita ade story...., please click here
Apa yang MCA, DAP dan GERAKAN panik sangat dengan slogan 1Melayu1Bumi cadangan Utusan Malaysia ni?
Memang sudah menjadi trend sekarang semua orang nak kaitkan setiap kerja mereka dengan angka 1, sama ada urusan perniagaan mahu pun urusan sosial. Semua ini adalah gara-gara fenomena 1Malaysia ciptaan Najib.
Macam-macam jenis 1 sekarang ni. 1Belia la, 1MDB la, 1suara la, 1team la. Malah parti Gerakan lebih awal lagi sudah membawa tag line partinya dengan seruan 1Hati. 1Hati dilaungkan setiap kali perhimpunan agung Gerakan. Tiada siapa pun yang melatah. Tiada siapa pun yang pertikai Gerakan membawa slogan perpaduan sesama ahli parti Gerakan.
Bila Utusan mencadangkan 1Melayu1Bumi bertujuan untuk membangkit semangat perpaduan di kalangan sesama Melayu/Bumiputera di negara ini, mereka seperti hilang akal dan hilang pertimbangan.
Ini bukti jelas betapa pentingnya perpaduan bangsa Melayu/bumiputera. Apabila Melayu/bumiputera bersatu mereka pasti akan kecut perut. Hakikatnya selama ini mereka parti-parti cina ini berasa selamat dan sangat selesa melihat orang Melayu/bumiputera di negara ini berpecah belah.
Bagi mereka pecahnya Melayu/bumiputera itu adalah lambang kejayaan konsep 1Malaysia.
Bagi mereka pecahnya orang Melayu dan bumiputera kepada 3 pihak seperti yang disebut oleh Tun M, itu bermakna negara ini berada di landasan yang betul.
Bagi mereka jika orang Melayu / bumiputera dipisah-pisahkan oleh fahaman politik UMNO, PAS dan PKR, itu adalah sebagai petanda awal kepada kejayaan perjuangan kaum cina di negara ini.
Jika Melayu / bumiputera berpecah, maka mudahlah mereka membuat asakan dan tuntutan demi tuntutan di atas nama palsu 1Malaysia. Mereka bukan penganut fahaman 1Malaysia.
Hakikatnya mereka hanya mahu mengeksploitasi konsep 1Malaysia supaya dapat memberi kelebihan kepada mereka.
Cuba lihat Lim Kit Siang. Tidak pernah sama sekali DAP mengiktiraf konsep 1Malaysia yang dibawa oleh Najib. Tiba-tiba saja mendesak Najib supaya membuat ketetapan supaya kerajaan terus kekal dengan konsep 1Malaysia yang selama ini diperlekehkannya.
Ini menampakkan kepada kita betapa 'paranoidnya' kaum cina dengan slogan 1Melayu1Bumi yang dibawa oleh Utusan. Tanpa berlengah, MCA pula mendesak supaya dipulaukan akhbar Utusan.
Dengan ini, secara rasminya pada hari ini saya buat pertama kalinya ingin mengucapkan "BETAPA SIALNYA SIKAP GOLONGAN CHAUVINIS CINA DI NEGARA INI".
Mereka amat fobia melihat ada usaha dari pelbagai pihak untuk menyatukan Melayu dan Bumiputera di atas nama perpaduan.
Bukankah selama ini semua pihak di negara ini sudah mengakui bahawa;
1. PERPADUAN MELAYU / BUMIPUTERA ADALAH TERAS KEPADA PERPADUAN NASIONAL?
2. BUDAYA MELAYU/BUMIPUTERA ADALAH TERAS KEPADA BUDAYA KEBANGSAAN?
3. AGAMA ISLAM YANG MENGUTAMAKAN PERPADUAN UMAT ADALAH AGAMA RASMI BAGI PERSEKUTUAN?
Terbukti sudah di depan mata kita tembelang sebenar kaum chauvinis ini. Hakikatnya mereka sebenarnya bersatu demi kedaulatan dan kepentingan bangsa Cina walau pun mereka berada di dalam parti siasah yang berbeza.
Terbukti juga hari ini betapa 'PERPADUAN MELAYU/BUMIPUTERA' ADALAH KUNCI UTAMA KEPADA KEDAULATAN PRIBUMI DAN KEJAYAAN KE ARAH PEMBENTUKAN PERPADUAN NASIONAL DI NEGARA INI. Jika tidak masakan kaum cina dari semua parti yang mereka wakili melatah dan melompat apabila diusulkan supaya diwujudkan 1Melayu1Bumi.
Terbukti sudah hari ini betapa Melayu di dalam PAS dan PKR hanya diperkudakan oleh DAP bagi menyekat dan menghalang wujudnya perpaduan di kalangan Melayu/bumiputera di negara ini. Jika tidak masakan DAP dan PAS sanggup untuk saling berkompromi dalam menggadaikan prinsip masing-masing demi maksud menghapuskan kedaulatan Melayu/bumiputera yang telah sekian lama dibina melalui UMNO dan PBB di negara ini.
Harakah Daily hari ini melaporkan seramai 40 orang mahasiswa, termasuk 9 orang ahli "Pro M" di UPM telah di"singkir"kan dari kolej kediaman masing-masing pada sesi pembelajaran akan datang.
Harakah Daily sengaja menggunakan perkataan "disingkirkan" bagi menunjukkan betapa zalim dan kejamnya penguruan kolej di UPM terhadap 9 orang ahli "Pro M", yang merupakan penyokong totok parti politik pembangkang.
Kemudian, Harakah cuba memburuk-burukkan pengetua kolej kediaman di UPM dengan mendakwa beliau sengaja meng"hilang"kan diri bagi "mengelak" disoal jawab berkenaan isu "tak dapat kolej" tersebut.
Pandai sungguh puak-puak Harakah bermain kata-kata! Harakah cuba mempotray seolah-olah pihak pengurusan kolej di UPM itu semuanya zalim dan tidak berperi kemanusiaan. Padahal, sudah menjadi kebiasaan bagi setiap kolej di mana-mana universiti tempatan untuk mengutamakan tempat kediaman bagi pelajar baru "freshies"!
Saya percaya, ramai bekas-bekas pelajar universiti awam pernah mengalami pengalaman "tidak dapat kolej" ketika bergelar mahasiswa dahulu. Namun, pihak universiti sentiasa membantu mahasiswa untuk mendapatkan kediaman yang sesuai di sekitar universiti dan memberikan keutamaan kepada pelajar dari keluarga yang tidak berkemampuan sekiranya mereka mengemukakan rayuan kepada pihak HEP.
Justeru itu, tuduhan oleh Harakah dan 9 pelajar "Pro M" ini jelas berniat jahat bagi memburuk-burukkan institusi pengajian tinggi Kerajaan. Lagipun, hanya 9 orang saja dari kalangan pelajar "keldai" pro pembangkang yang tak dapat kolej. Itu pun nak kecoh?
Pada penulis, pelajar-pelajar "Pro M" ini sewajarnya tidak diberikan kolej, malah lebih baik dibuang saja dari meneruskan pelajaran di universiti awam Kerajaan. Ini memandangkan sikap "attitude" mereka yang mengada-ngada, tidak mengenang jasa, tidak tahu berbudi, melanggar peraturan AUKU dan sering membuatr kecoh di universiti masing-masing!
Jika dahulu Ibrahim Ali, Anwar dan ramai lagi pelajar boleh di ISA dan disumbat ke Kem Tahanan Kamunting, mengapa pula budak-budak hingusan "Pro-M" diberi muka dan kelebihan. Mereka patut bersyukur tidak di"ISA"kan kerajaan!
Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Razak mempertahankan keputusannya untuk meminta bayaran penuh hasil cukai tanah UUM di Sintok, meskipun pihak Universiti itu telah memohon "rebate" sebanyak 6 kali!
Sebagai sebuah universiti yang menawarkan kursus pengajian tinggi dan pusat ilmu kepada rakyat, UUM bukanlah sebuah institusi yang berorientasikan pada keuntungan wang ringgit.
UUM merupakan salah sebuah institusi pengajian tinggi awam bagi memberikan perkhidmatan pengajian sebagai melunaskan tanggungjawab Kerajaan terhadap rakyat bagi meningkatkan taraf penguasaan ilmu dan melahirkan generasi berilmu di negara ini.
Sebelum ini, untuk menyokong ketamadunan ilmu dikalangan rakyat, Kerajaan BN Kedah telah memberikan "rebate" cukai tanah kepada UUM dan universiti itu hanya perlu membayar sebanyak RM100,000 setahun kepada Kerajaan Negeri Kedah.
Tindakan Kerajaan BN ini adalah bertujuan bagi menjelaskan tanggungjawab, menyokong dan menggalakkan budaya ilmu di kalangan rakyat, khususnya rakyat Kedah.
Namun begitu, keputusan Azizan Razak untuk membatalkan "rebate" tersebut amatlah dikesali. Kerajaan Azizan Razak ini jelas mempraktikkan keuntungan dan sanggup mengenepikan kepentingan rakyat terhadap keperluan kewujudan universiti awam di negeri Kedah.
Tidakkah Azizan terfikir mengenai kelebihan kewujudan UUM di negeri Jelapang Padi itu? UUM telah menyediakan pusat ilmu yang terkemuka kepada rakyat, khususnya anak-anak Kedah. UUM telah memberikan peluang pekerjaan kepada anak-anak Kedah. UUM telah meningkatkan ekonomi di sekitar Sintok, misalnya pekan Changloon yang semakin meriah aktiviti ekonominya.
Tidakkah Azizan rasa bersalah dengan membebankan sebuah universiti awam hanya disebabkan pertikaian dan tidak sama fahaman politik dengan Kerajaan Pusat? Hanya kerana politik sempit, Azizan kurang bijak dengan menyekat kelonggaran yang sebelum ini diberikan kepada insitusi pengajian bebas politik tersebut.
Lebih mengecewakan, Azizan begitu angkuh meminta Kementerian Pengajian Tinggi menyerahkan UUM kepada Kerajaan Negeri Kedah untuk diuruskan. Katanya, jika Kerajaan Pusat tidak punya wang, serahkanlah UUM pada Kerajaan PAS Kedah untuk menguruskan universiti berkenaan.
Padahal, Kolej Universiti Insaniah di bawah Kerajaan Negeri Kedah pun kucar hacir dan huru hara. Budak-budak maahad tahfiz yang selama aman menghafaz Al-Quran di depan Masjid Sultanah Bahiyyah pun memberontak berdemo membantah KUIN. Berdasarkan rekod ini, apakah kreadibiliti yang ada pada Kerajaan Negeri Kedah untuk menguruskan UUM?
Kerajaan Kedah sendiri begitu terdesak mengisi kantung perbendaharaan negeri yang gagal diuruskan dengan baik. Bagaimana nak menguruskan sebuah universiti yang pelajarnya lebih 30,000 orang? Kerajaan PAS Kedah ternyata tidak berkreadibiliti dan tidak mampu menguruskan UUM berdasarkan "track record" yang tidak meyakinkan!
Itupun ada hati nak bersikap bongkak dan tunjuk hebat pada rakyat Kedah? Apakah tindakan Kerajaan PAS Kedah ini jelas menunjukkan komitmen Azizan Razak dan Exco terhadap "kesejahteraan" rakyat negeri Kedah?
Hanya kerana politik sempit, Azizan Razak sanggup mengenepikan kepentingan rakyat untuk menimba ilmu. Inikah contoh dan model "Daulah Islamiyyah" yang digembar-gemburkan PAS Kedah selama ini? Mundurlah umat Islam di Kedah kalau begini rupa Kerajaannya...
Sila rujuk di sini untuk menyaksikan keangkuhan PAS Kedah yang mengenepikan kepentingan ilmu demi wang ringgit..!!!
Sebagaimana yang saya beritakan sebelum ini, kebanyakkan pucuk pimpinan PAS Pusat mahupun negeri kini meragui status kepimpinan Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang dan partinya setelah pelbagai skandal dan masalah yang mendedahkan tentang "siapa Anwar Ibrahim di sebalik tabir".
Memandangkan tembelang Anwar yang sebenar semakin terbongkar di mata rakyat, PAS melalui Setiausaha Agongnya, Mustapha Ali, mengumumkan bahawa PAS bakal mengkaji semula kedudukan parti itu sama ada akan terus bersama PKR dan DAP di dalam pakatan pembangkang atau menarik diri dari pakatan tersebut.
Tindakan mengkaji semula kedudukan PAS di dalam pakatan haram pembangkang itu bakal dilakukan selepas pemilihan pucuk pimpinan parti itu pada pertengahan tahun ini, di mana sebuah majlis syura akan membincangkan tentang perkara ini.
Nampaknya, jodoh PAS tidak panjang dengan PKR dan DAP. "Threesome" yang begitu songsang diperkatakan oleh UMNO dan BN akhirnya diakui oleh PAS. Tidur sama katil sama bantal, tapi mimpi lain-lain. Dan PAS nampaknya sudah tidak tahan "diperkosa bergilir-gilir" tanpa rela bakal mengambil keputusan menarik diri dari permainan "luar tabii' tersebut.
Sebenarnya, PAS bukan tidak tahu tentang siapa Anwar Ibrahim sebenarnya. Gelaran "Al-Juburi" telah dicipta oleh Naib Presiden PAS sebelum Anwar dipecat dan didakwa oleh Kerajaan lagi. Ketika itu, Anwar masih lagi Timbalan Perdana Menteri apabila Mat Sabu mempopularkan gelaran itu. Seharusnya Mat Sabu tahu apa maksud "Al-Juburi"!
Bukan sekadar liwat, PAS sudah lama berdendal dengan Anwar. Ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri dulu, apa yang tidak di maki Anwar pada PAS? Teruk PAS dimaki, dipermainkan, dipersenda dan dihina oleh Anwar, malah Nik Aziz sendiri pernah digelar "wali selipar/terompah" oleh Anwar.
Kembali kepada sejarah, Anwar ketika menjadi Menteri Kewangan sering menempelak Kerajaan Kelantan pimpinan Nik Aziz secara sinis, makan dalam, dengan menyifatkan negeri itu sebagai mundur, pemalas dan tidak berhemat dalam perbelanjaan kewangan. Anwar 'belasah' Kelantan bagai budak kecil baru menyusu. Pasti orang-orang lama PAS Kelantan masih ingat, bukan?
Pembabitan Anwar yang pernah bersahabat baik dengan tokoh judi nombor ekor, Nallakarupan, yang menjadi sumber kewangannya dahulu turut menjadi buah mulut dikalangan pemimpin PAS untuk memerli Anwar. Apatah lagi status Anwar yang bersahabat dengan tokoh-tokoh Yahudi di luar negara seperti Soros, Wolfowitz, dan sebagainya, lagilah menambah gelisah pemimpin PAS. Apa yang nak dijelaskan pada akar umbi PAS tentang perkara itu?
Lantaran itu, tabiaat Anwar yang suka menipu di sana sini, temberang sana sini dan "style" politiknya yang keji dan jijik turut menyumbang kepada keraguan PAS terhadap pemimpin "anugerah Tuhan" itu. Isu '16 September' sangat memalukan PAS dan DAP. Anwar dilihat sangat keji apabila cuba mengejar sekumpulan Ahli Parlimen BN ke Taiwan dan cuba memujuk mereka untuk melompat parti membuatkan PAS dan Karpal Singh berang.
Karpal dalam kenyataannya mendesak Anwar untuk segera "bertaubat". Sungguh memalukan apabila seorang muslim yang digelar "Pak Syiekh" diminta untuk bertaubat oleh seorang kafir harbi seperti Karpal Singh! Namun, Anwar tetap selamba, tak tahu malu dengan tindakannya itu dan cuba menegakkan benang yang basah.
Kemudian, PAS dimalukan lagi dengan dakwaan Anwar telah meliwat Saiful Bukhari. Tindakan Anwar yang lari masuk berlindung di Kedutaan Turki pada hari Saiful melaporkan kes tersebut kepada pihak berkuasa sangat meragukan PAS. Mengapa Anwar perlu lari bersembunyi, sedangkan siasatan belum lagi bermula? Nampak sangat Anwar tertekan dengan kesalahan sendiri.
Selepas itu, timbul pula kes skandal video seks yang dikaitkan dengan Anwar. PAS tahu bahawa Eskay yang menjadi sumber video tersebut adalah sahabat baik Anwar yang menguruskan hal berpoya-poya Anwar setelah Nallakarupan menarik diri dari terus di'balaci'kan Anwar. Pengesahan atas kesahihan video tersebut yang menunjukkan bahawa "lelaki bertuala putih" itu sepadan dengan struktur tubuh Anwar begitu memalukan PAS yang selama ini membela Anwar.
Apatah lagi dengan isu jam tangan "Omega" yang dikatakan Anwar masih berada di dalam simpanan isterinya, Wan Azizah, gagal dibuktikan sehingga hari ini. Kreadibiliti Anwar semakin kuat diragui oleh pucuk pimpinan PAS. PAS semakin terdesak untuk mengkaji semula hubungan "intim" mereka bersama pakatan PKR dan DAP dalam mengejar kuasa politik. Akar umbi semakin memberontak mendesak PAS keluar dari pakatan haram Anwar dan Karpal!
Sedang keadaan semakin kalut, PAS semakin terkejut dengan pendedahan eksklusif Raja Petra Kamaruddin yang mendakwa bahawa dakwaan pembunuhan Altantuya Shaaribu yang dikaitkan dengan Perdana Menteri dan isterinya merupakan fitnah terancang oleh Anwar. Menurut RPK, dia ditekan oleh beberapa tokoh pembangkang, termasuk Anwar, untuk membuat surat Akuan Bersumpah (SD) untuk menghalang Najib dari menerima peralihan jawatan dari Pak Lah kepada beliau.
Pengakuan ini sama sekali membunuh kepercayaan majoriti pucuk pimpinan PAS terhadap Anwar Ibrahim. Kini, Anwar hanya menaruh harapan kepada sokongan Nik Aziz melalui proksi erdogannya Husam Musa untuk meneutralkan keadaan dan mengekalkan PAS di dalam pakatan haram.
Perkara yang paling PAS tak tahan dengan PKR dan DAP ialah dasar perjuangan PAS yang sering diketepikan sewenang-wenangnya oleh PKR dan DAP. PAS di"keldai"kan begitu saja. PAS dimalukan dengan selamba tanpa rasa bersalah. PKR dan DAP hanya ketawa berdekah-dekah melihat PAS terkial-kial menenangkan resah gelisah penyokong PAS yang memerlukan penjelasan mengenai "suara PAS" yang dibisukan dalam perkongsian kerajaan pakatan haram itu. PAS begitu dipermainkan seperti budak hingusan. Kalau tak percaya, tanya Azizan Razak!
Disebabkan itulah maka kini dilihat golongan erdogan begitu aggresif bersaing untuk menguasai PAS pada pemilihan parti itu kali ini. Sekiranya erdogan mampu menang, maka PAS akan kekal bersama pakatan PKR dan DAP, dan sekiranya Hadi terus menjadi Presiden maka dikhabarkan bahawa berkemungkinan besar PAS akan bermufarakah bercerai talak tiga dengan PKR dan DAP.
Apapun, kita tunggu saja apa yang berlaku pada muktamar PAS yang bakal berlangsung kelak. Kita tidak punya sebarang hak untuk menentukan masa depan PAS. Biarlah PAS yang menentukan hala tujunya sendiri. Sekiranya PAS kekal bersama PKR dan DAP, itu bermakna PAS masih membenarkan PKR dan DAP men"jubor bontot" mereka lagi. Dan sekiranya PAS berkeputusan untuk bercerai dengan PKR dan DAP, maka PAS akan kembali sebagai mana dahulu, tulin sebagai pembangkang yang sihat di medan tempur politik tanahair.
Deyyyy Anwarrrr Sivaji Da Boss..!!! Itu hari cakap mau jawab pasal itu RPK punya statement lepas Pilihanraya Sarawak jugaaaa....
So sekarang itu pilihanraya Sarawak sudah habis...bila lagi you mau jawab itu perkara???!!!
RPK sudah kasi pecah you punya lobang rahsia...dia ada kata you ini bapa fitnah Malaysia juga...kasi huru hara mau jadi PM punya pasal, you sudah kasi fitnah sama Datuk Seri Najib...bukan dia sorang juga, sama itu Datin Seri Rosmah pun you kasi fitnah...
So, bila you mau explain ini hal? Asyik sebok lari dari topik kaaaa??? Lari sana lari sini...bukan orang tak tau you punya favorite...you sebok pergi cari amoi ka??? Deyyy...kasi jawab dulu laa...lepas itu boleh cari amoi juga apa...!!!
Puak-puak penganut ajaran PAS sedang sebok bermesyuarat ketika ini. Masing-masing sebok melobi sana sini. Ada yang melobi untuk YB itu YB ini, ada yang melobi untuk Pak Syiekh itu Pak Syiekh ini. Pendek kata, masing-masing sebok nak naikkan "boss" masing-masing.
Di kalangan penganut ajaran PAS, tidak pernah berlaku budaya "politik wang" atau "rasuah politik" sebagaimana yang mereka dakwa berlaku di dalam UMNO. Budaya yang ada pada PAS lebih dikenali sebagai "wang sumbangan", "sedekah jariah", "sumbangan ikhlas", "derma", dan banyak lagi terma-terma yang menggunakan istilah arab dan Islam.
Kononnya, istilah itu akan meng"halal"kan wang yang mereka jolok dan terima sebagai pertukaran sokongan undi untuk memilih jawatan di dalam PAS! Menurut rakan-rakan PAS yang dihubungi di sekitar Lembah Klang, Kedah, Perlis, Penang, Perak dan Kelantan, "wang sumbangan" sedang bertaburan di sana sini...
Paling menarik, gerakan untuk menjatuhkan Hj Hadi dari kerusi Presiden PAS sudah semakin kuat dan lantang. PAS cawangan Bukit Bintang misalnya telah mencalonkan Husam Musa sebagai Presiden PAS, dan menurunkan taraf Hj Hadi kepada Timbalan Mursyidul AM PAS, kiranya macam "assistant" Nik Aziz lah!
Paling teruk, propaganda kempen untuk menjatuhkah Presidan PAS itu menyifatkan Hadi sebagai "liabiliti" kepada PAS, sebagaimana Pak Lah kepada UMNO dahulu! Tak sangka martabat Hadi dihina sebegitu teruk oleh juak-juak yang beragenda rahsia tersebut.
Bagitu juga dengan kedudukan Ustaz Harun Din yang semakin terpinggir kerana sering berseteru fatwa dengan "dewataraya" PAS, Nik Aziz. Mungkin Harun Din hanya akan diserap masuk ke Dewan Ulama PAS sebagai AJK biasa sahaja.
Selain itu, kedudukan Ustaz Nasharuddin Mat Isa pula semakin terancam di dalam pucuk kepimpinan PAS. Jawatan Timbalan Presiden PAS turut dikaitkan dengan Mat Sabu dan Mahfuz Omar yang mengejar jawatan tersebut.
Jika kita melihat senario pemilihan PAS kali ini, jelas sekali ia menunjukkan bahawa ERDOGAN sudah mula menunjukkan taringnya yang sebenar. Boleh dikatakan majoriti golongan ulama dan pro-ulama PAS menerima serangan hebat dan cuba dijatuhkan oleh pihak erdogan PAS.
Saya tak perlu menyenaraikan pemimpin-pemimpin erdogan PAS kerana saya yakin bahawa pembaca lebih tahu tentang siapakah mereka itu. Ternyata, setelah sekian lama menyusup masuk PAS, kini adalah masa terbaik untuk golongan erdogan meneutralkan golongan ulama PAS bagi menjayakan misi "meliberalkan' parti agama PAS itu.
Nampaknya, golongan ulama PAS akan pupus tidak lama lagi. Erdogan yang berselindung di sebalik Nik Aziz Nik Mat semakin menguasai sokongan akar umbi PAS yang sudah terpengaruh dengan anasir politik totok, ganas, kebencian dan negatif. Komrad-komrad yang dilatih ini dikatakan bersedia mencontohi "pengebom berani mati" untuk para pemimpin Erdogan PAS.
Misalnya, seorang blogger PAS, Aduka Taruna, yang dipercayai diupah oleh "boss" kumpulan Erdogan, sanggup datang dari jauh untuk bersemuka menyerang Hj Hadi dan mendesak Presiden PAS itu meletak jawatan. Meskipun dia mendakwa dibelasah oleh pengikut-pengikut Hadi, Aduka Taruna tetap bangga dengan perbuatan "bunuh diri"nya demi untuk menjatuhkan Hadi!
p/s: Teruk betul perangai juak-juak PAS! Itukah yang dimaksudkan PAS sebagai ajaran Islam..???!!!
Saya tidak faham dengan perangai buruk PKR yang suka menyemai budaya kebencian rakyat terhadap pihak Polis di negara ini. Apa saja yang tidak kena atau tindakan PDRM yang tidak menyebelahi PKR, pastinya parti itu akan memburuk-burukkan pihak yang menjaga keselamatan di dalam negara itu.
PKR seolah-olah cuba mempertikaikan kreadiliti PDRM apabila menuduh pihak berkuasa itu memperalat media di Korea Selatan menganalisis dan mengesahkan bahawa pelaku dalam rakaman itu sepadan dengan Anwar berdasarkan perincian saiz tubuh.
Pengesahan dan padanan media Korea itu sekaligus menafikan penafian PKR mengenai saiz perut Anwar yang dikatakan tidak sama dengan pelakon "lelaki bertuala putih" di dalam video tersebut.
Pelik betul! Jika PKR tidak mempercayai PDRM, mengapa Anwar dari awal kes lagi melaporkan perkara itu kepada PDRM? Anwar sendiri yang suruh PDRM siasat dan menyerahkan kes itu kepada PDRM untuk sebarang tindakan.
Namun setelah siasatan dijalankan dan sedang berjalan, PKR melalui Saifuddin Nasution tiba-tiba pula mempertikaikan hasil penyiasatan polis. Malah lebih teruk, PKR menuduh PDRM memperalatkan pula media Korea, kononnya untuk "kena"kan Anwar Ibrahim?!
Kepala hotak PKR! Mula-mula percaya dan suruh siasat. Selepas hasil siasatan itu agak memalukan Anwar dan tidak menyebelahi pemimpin "anugerah Tuhan", terus tidak percaya pada PDRM pula. Bahkan cuba menghasut rakyat untuk membenci pihak polis dengan mempersoalkan kreadibiliti mereka.
Putar belit sungguh PKR. Manusia jenis apakah yang mengepalai PKR ini? Ini bukan manusia, malah ini adalah "syaitan yang bertopengkan manusia"!
Saya melihat, tindakan PKR ini adalah satu hasutan jahat yang cuba disemai kepada pihak PDRM dan menjejaskan kreadibiliti pihak berkuasa itu pada pandangan mata rakyat di negara ini.
Sekiranya agenda busuk PKR ini berjaya, rakyat akan hilang kepercayaan mereka kepada PDRM yang selama ini bertungkus lumus menjaga keselamatan di dalam negara ini, dan akibatnya, PDRM akan terus dipandang serong oleh masyarakat.
Rakyat perlu sedar bahawa PDRM menjalankan tugas tanpa sebarang campur tangan politik sama ada pihak Kerajaan mahupun pembangkang. Namun dengan wujudnya tekanan dari pihak pembangkang yang cuba mempolitikkan keadaan, PDRM wajar mempertahankan kreadibiliti mereka dikalangan rakyat.
Jika PDRM tidak melakukan sesuatu untuk mencegah hasutan PKR ini, dikhuatiri akan berlaku huru-hara yang akan menggugat keselamatan dan kestabilan di dalam negara ini.
Justeru itu, saya berpendapat, pihak PDRM mempunyai kuasa penuh di dalam perlaksanaan "Akta Keselamatan Dalam Negeri" (ISA). Sebagaimana yang dinyatakan oleh mantan Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar, beliau pernah mengimplimentasikan akta ini meskipun Perdana Menteri sendiri tidak mengarahkannya berbuat demikian.
Oleh itu, saya menggesa pihak Ketua Polis Negara memandang serius hasutan jahat PKR ini dan menahan sesiapa yang cuba "bermain api" di bawah akta ISA ini. PKR jangan pula marah sekiranya di"ISA"kan. Berani buat salah, beranilah tanggung! Berani berkhianat, beranilah disumbat masuk ke kem Kamunting!!!
Baru-baru ini saya ada pulang ke Kedah untuk menjengok keluarga di sana. Sempat juga saya membawa keluarga ke Tanjung Dawai untuk sesi "jalan-jalan cari makan". Ketika di Tanjung Dawai, saya turut berkenalan dengan salah seorang pengusaha bot tambang yang dikenali sebagai "Pak Din"...
Pak Din sudah lama menjadi pengusaha bot penambang di jeti Tanjung Dawai. Dia sudah berusia 61 tahun dan tinggal di Kampung Keda di seberang sana, di Pantai Merdeka. Namun kudratnya untuk mencari rezeki untuk keluarga melalui bot penambangnya masih gigih dan kuat.
Ketika bersembang "rabung" dengannya, Pak Din mengadu pada saya mengenai kesulitan yang dialami oleh pengusaha-pengusaha bot penambang di Tanjung Dawai. Menurut Pak Din, dia bernaung dibawah Persatuan Bot Penambang Jeti Tanjung Dawai.
Masalahnya, pengusaha-pengusaha bot tambang di situ agak sukar untuk mendapatkan lesen bot penambang dan tidak mendapat subsidi minyak dari Kerajaan sebagaimana yang diperolehi oleh feri-feri besar ke Langkawi.
Menurut Pak Din, masalah ini pernah berulang-ulang kali dibawa pada ADUN PAS Tanjung Dawai, YB Hamdan Mohd Khalib. Namun, meskipun telah diadukan pada wakil rakyat PAS tersebut, tiada sebarang maklum balas atau respon dari YB Hamdan.
Selepas menang bertanding di DUN Tanjung Dawai, Hamdan dikatakan "hilang"! Ada sekali dia turun berkempen ketika PRU12 dan dipohon untuk menyelesaikan masalah rakyat di jeti tersebut. Namun sehingga kini tiada khabar berita dari ADUN PAS tersebut.
Saya bertanya lagi, ada tak mana-mana pihak datang membantu menyelesaikan masalah Persatuan Bot Penambang Tanjung Dawai ini?
Kata Pak Din, ada seorang "wanita" yang berpakaian serba "pink" datang membantu. Katanya dia tinggal di Lagenda Heights di Sungai Petani dan mewakili Puteri UMNO. Kebetulan bulan lepas wanita itu datang bertanya khabar dan berjanji cuba menyelesaikan masalah di situ.
Menurut Pak Din lagi, wanita serba "pink" itu telah berusaha mengadakan kursus untuk Persatuan Pengusaha-Pengusana Bot Penambang Tanjung Dawai. Pada masa yang sama memohon lesen dari Jabatan Laut untuk mereka, selain cuba untuk berusaha memohon subsidi minyak dari Kerajaan untuk membantu mereka yang semuanya berbangsa Melayu Bumiputera.
Saya enggan bertanya siapakah gerangan "wanita serba pink" tersebut, kerana tidak mahu mempolitikkan perkara ini. Namun Pak Din ada menyebut beberapa kali nama wanita tersebut. Biarpun begitu, meskipun saya enggan memberitahu nama wanita tersebut di sini, saya yakin ramai yang tahu siapakah wanita yang Pak Din maksudkan.
Maklumlah, saya diberitahu wanita tersebut tidak digemari oleh ramai pemimpin UMNO kerana dia selalu tolong rakyat diseluruh Kedah! Jadi, tak payahlah sebut namanya, nanti orang benci dia pulak!
Maafkan saya kerana tak dapat tahan diri untuk ketawa apabila mendengar kenyataan Setiausaha Agung PAS, Mustapha Ali, yang mengatakan bahawa PAS mengamalkan budaya "sopan" dalam kempen pemilihan parti itu.
Katanya, calon pemimpin yang bertanding "tidak berkempen", namun dia tak boleh nak halang penyokong-penyokong yang berkempen. Menurutnya lagi, PAS dalam pemilihan pemimpin tidak berkempen seperti mereka berkempen ketika pilihanraya.
Dalam perkembangan yang sama, Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man menggesa ahlinya supaya menjaga tatasusila, adab sopan, jangan perlekeh dan burukkan pihak lain.
Rasa loya nak termuntah pun ada bila kedua pucuk pimpinan PAS ini membuat kenyataan sebegitu "skema", kerana kita bukan tidak mengenali "trend" PAS yang sememangnya aggresif dalam apa jua kempen yang mereka lakukan selama ini.
Cikgu Pa kata calon yang bertanding tak berkempen? Betul ke ni, Cikgu PA? Tak payah tipu lah! Mungkin Cikgu PA sendiri terlepas pandang? Atau Cikgu PA cuba menyembunyikan realiti sebenar kempen secara "gelap" yang calon-calon pemimpin PAS buat sekitar pemilihan ini?
Jika calon tidak berkempen, bagaimana pula juak-juak balaci penyokongnya nak berkempen untuknya? Apakah tiba-tiba saja juak-juak pencacai penyokong Husam nak mencalonkannya sebagai pucuk pimpinan tertinggi PAS sedangkan kita semua maklum bahawa PAS hanya mahukan kepimpinan ulama. Husam pula tergolong sebagai "erdogan", adalah sangat mustahil dia tidak berkempen bagi pihak dirinya.
Kalau Cikgu Pa nak tahu, Husam sudah lama mula berkempen untuk kepentingan dirinya di dalam PAS. Husam mula berkempen pada Nik Aziz. Dia tunjuk baik dan kononnya setia pada Nik Aziz. Dia laga-lagakan pemimpin ulama PAS yang lebih senior dan menyebabkan mereka kecil hati sekaligus "tawar hati" untuk menonjolkan diri.
Keluhan ini bukan baru bagi saya kerana itulah yang diluahkan oleh golongan pro-ulama setiap kali saya bersembang dengan mereka. Setiap kali bertemu, cerita seperti inilah yang diputarkan berulang-ulang kali. Erdogan betul-betul mengecewakan golongan pro-ulama di dalam PAS.
Cikgu Pa tak mampu halang penyokong berkempen? Siapa yang suruh penyokong ini berkempen jika bukan "tuan" mereka? Sebagai contoh, Pak Syiekh Kickdefella pernah mengaku menerima RM4 juta untuk menjadi alat propaganda kepada Husam Musa. Dia dibayar begitu lumayan!
Justeru itu, adalah mustahil untuknya menyerang atau menulis perkara-perkara yang tidak baik tentang Husam. Pastinya segala yang tidak baik pun akan di"spin" menjadi baik sekiranya perkara tersebut membabitkan Husam. Adakah itu Cikgu Pa maksudkan sebagai "calon tidak berkempen"?
Untuk pengetahuan Cikgu Pa, budaya PAS berkempen pada pemilihan parti mahupun pilihanraya adalah sama saja. Jika tidak, takkanlah Tuan Man Tuan Ibrahim terpaksa mengingatkan ahli-ahli PAS supaya beradab sopan dan tidak perlekeh calon bertanding?
Ternyata sekali selama ini PAS tidak beradab sopan ketika berkempen. Sudah menjadi tabiat ahli-ahli PAS sejak azali untuk memperlekeh dan memburuk-burukkan calon pihak lawan. Bukan BN saja yang menjadi mangsa akhlak mazmumah penyokong parti "terlebih Islam" PAS itu.
Sedangkan blogger-blogger PAS sendiri pun tidak mampu menjaga adab penulisan beretika untuk melobi "tuan" mereka di blog masing-masing. Apatah lagi penyokong calon yang berkempen di peringkat cawangan dan kawasan secara "direct approuch", tentulah lebih hebat dan aggresif cara kempen mereka. Takkan Cikgu Pa tak kenal perangai penyokong sendiri?
Saya masih ingat tentang seruan nasihat Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa pada jentera kempen pilihanraya kecil di DUN Kerdau dan Merlimau yang lalu. Nasihat yang sama juga diberikan kepada jentera PAS agar bersopan dan jaga adab susila ketika berkempen.
Namun, sebaliknya pula yang berlaku. Jentera kempen PAS mana tahu nak bersopan-santun dan menjaga akhlak mereka. Bukan setakat memaki hamun dan mencarut, bahkan akhlak mazmumah penganut-penganut agama PAS begitu terserlah di dalam tempoh berkempen pada PRK tersebut.
Justeru itu, saya menyarankan pada Cikgu Pa dan semua kepimpinan PAS supaya usahlah membuat kenyataan yang melucukan dan menipu rakyat, khususnya untuk siaran Harakah. Bukan apa, Harakah dibaca oleh seluruh penganut ajaran PAS, dan pastinya mereka akan "menjuihkan bibir" mencebik melihat betapa hipokrit dan "plastik"nya pucuk pimpinan PAS!
Raja Petra Kamarudin RPK) memberi keterangan di Kedutaan Malaysia di Bangkok malam ini, dipercayai berhubung akuan bersumpah 2008 dan pendedahan terbaru menerusi temu bual televisyen dua minggu lalu.
Blogger kontroversial itu (gambar) kini berada di Bangkok sempena pelancaran Pergerakan Bebas Sivil Malaysia (MCLM) cabang Thailand.
Disebabkan tiada isu lagi untuk menghentam BN, maka Azmin Ali Timbalan Presiden PKR, yang baru kembali berkempen di Sarawak, dengan berbagai maklumat twitternya, bahawa Angin Perubahan akan berlaku di Sarawak; maka bagi menutup semua propaganda palsunya tersebut, kini mendakwa Datin Rosmah Mansor-Isteri Perdana Menteri tidak lena tidur di waktu malam.
Biasanya seseorang yang tidak mengetahui kedudukkan seseorang-maka keadaan yang dialaminya itu akan disasarkan kepada orang lain, demi mengalih isu. Sebenarnya, Azmin lah yang tidak lena tidur, akibat keputusan PRN Sarawak, kerana misi mereka untuk menawan Putrajaya tidak akan kesampaian.
Walaupun pada PRN Sarawak kaum cina menyokong Pakatan, namun matalamat menawan Putrajaya tidak akan berjaya tanpa sokongan melayu/bumiputera.
Terbukti di PRN Sarawak semua kerusi yang majoriti bumiputera telah dimenangi oleh BN, kecuali dua DUN- Pelagus dan Ba'Kelalan kerana masalah terpencil.
Azmin membuat dakwaan tersebut semasa mewakili Anwar di satu majlis di Bukit Gelugor Pulau Pinang.
AYT terbaca melalui laman FB Ketua Umno bahagian itu pada Khamis seolah mempertikai sokongan Datuk Salleh Tun Said terhadap kepimpinan Datuk Musa Aman.
Jumat Haji Idris
Saya menerima SMS dari kawan yang memberitahu datuk salleh said mengeluarkan kenyataan " musa should continues cm after next election" . Kenyataan seorang speaker juga mantan ketua menteri melayu yang banyak membuat kegagalan.
Thursday at 10:25am via iPhone
Ketua Bahagian itu berkata Salleh sebagai Mantan Ketua Menteri Sabah yang banyak membuat kegagalan. Namun kegagalan apa yang dimaksudkan oleh Ketua Bahagian itu-hanya dirinya sendiri yang mengetahuinya.
Salleh pada majlis sambutan Ulang Tahun yang ke-60 Musa Aman yang bertempat di Bangunan Umno Sabah Kota Kinabalu, pada malam Rabu lalu menyeru agar kepimpinan Musa Aman perlu dipertahankan, pada masa kini mahupun selepas PRU-13.
Fakta yang menyokong kepada saranan Salleh tersebut adalah proses pembangunan yang sedang berjalan di Sabah, bukan sahaja mendapat pengiktirafan negeri-negeri lain, malahan juga pucuk pimpinan tertinggi negara. Selain itu, Ketua Menteri Sabah itu juga merupakan penyandang AMT UMNO yang mendapat undi kedua tertinggi pada pemilihan Umno tahun 2008.
Menurut Salleh, Musa Aman perlu diberikan masa yang mencukupi untuk mentransformasikan pembangunan negeri, kerana pelaksanaan perancangan perlu mengambil masa yang panjang. Buktinya mantan Perdana Menteri Tun Mahathir memerlukan masa 22 tahun untuk menukar ekonomi negara daripada berasas pertanian kepada negara industri.
Sarawak diditerajui oleh Taib selama 30 tahun untuk mengubah negeri tersebut kepada salah satu negeri terkaya di Malaysia.
Jawatan Ketua Menteri sekurang-kurangnya memerlukan seseorang itu memegang jawatan 10 tahun atau dua penggal, untuk menterjemahkan semua perancangan yang direka pada tahun pertama menjawat jawatan.
Salleh dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah, selepas Tun Sakaran dalam sistem penggiliran Ketua Menteri, hanya memegang jawatan itu selama 18 bulan-yakni dalam fasa perancangan pembangunan 5 tahun. Kejayaan pembangunan tidak boleh dilihat pada fasa tersebut, kerana BN baru sahaja memerintah mengambil alih daripada PBS selepas PRU tahun 1994.
Pembangunan yang dirancang pada fasa Salleh sebagai Ketua Menteri-baru terlihat semasa Tan Sri Chong Kah Kiat menjadi Ketua Menteri. Pada fasa Yong Teck Lee, Bernard Dompok dan Osu Sukam, pemeritahan BN masih dalam proses perancangan. Selepas Chong Kah Kiat, maka Fasa merancakkan pembangunan berlaku, yakni di kala Musa Aman mengambil teraju kerajaan sebagai Ketua Menteri.
Selain perancangan pembangunan yang direka dan dirancang pada tahun 1994-Musa menambah perancangan tersebut dengan Hala Tuju Sabah. Melalui visi tersebut, Sabah yang merupakan salah satu negeri termiskin di Malaysia, untuk pertama kalinya mendapat perolehan melebihi 3 billion pada tahun 2010. Melalui pendapatan tersebut, selain peruntukan kerajaan persekutuan, maka Sabah boleh lah membangun negeri yang luas tersebut mengikut acuannya sendiri, agar supaya Sabah baru maju pada tahun 2020.
Kenyataan Ketua Bahagian Umno Sepanggar tersebut-mungkin ada niat tertentu, bukannya berasas kepada senario politik atau senario pembangunan negeri.
Kenyataan itu juga seolah-olah menolak Musa Aman sebagai Ketua Menteri Sabah, merangkap Ketua Perhubungan Umno negeri dan Pengerusi BN Negeri.
Salleh dengan kedudukkannya sebagai Timbalan Ketua Perhubungan Umno negeri adalah kena pada tempatnya menyokong ketuanya.
Salleh sebagai pemimpin nombor dua kena mengiktiraf dirinya sebagai orang ke dua, atas sebab itu, untuk kerharmonian dan kejayaan parti, maka orang nombor dua senantiasa bersama pemimpin nombor satu.
Dalam politik tidak salah apabila ada pemimpin yang tidak sehaluan, namun menyerang secara peribadi sepertimana kenyataan Jumaat itu- menggambarkan bahawa Salleh tidak mempunyai kreadibilti sebagai pemimpin.
Menyerang Salleh, sama juga menyerang Presiden Umno dan Perdana Menteri DS Najib, kerana DS Najiblah yang melantik Salleh sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno negeri. Selain itu, menyerang Salleh juga, merupakan serangan kepada Musa Aman, kerana Musalah yang melantik Salleh sebagai Speaker DUN Sabah. Sekiranya Salleh dianggap telah "banyak" membuat kegagalan, mustahil DS Najib memberi kepercayaan kepadanya.
AYT merasakan disebalik kenyataan Ketua Umno Sepanggar itu ada sesuatu disebaliknya, kenayataan tersebut bukanlah kenyataan Umno Sepanggar, melainkan kenyataan peribadinya.
Seingat AYT, Ketua Umno tersebut merupakan individu yang banyak mendapat faedah secara kewangan ataupun kedudukkan semasa Salleh masih Ketua Menteri. Ketua Umno itu banyak mendapat faedah semasa penswastaan Sama Industrial Products (SIP) kepada Sabah International Dairy ketika beliau sebagai Pengerusi GLC Sabah tersebut.
Penyokong kuat Anwar Aziz Bari awal minggu ini menyuarakan bahawa Hadi Awang-Presiden Pas merupakan liabilti parti itu.
Aziz bersandarkan kepada faktanya kepada kegagalan Pas bertapak di Sarawak, beberapa kekalahan calon Pas di PRK-PRK dan kegagalan Gerakan 16 September Anwar.
Selain itu, Aziz mendakawa bahawa berasaskan kepada pengamatan dan masukkan daripada para pemimpin Pas sendiri, bahawa Presiden Pas tersebut merupakan liabilti parti itu.
Namun- seorang pemimpin Pas-mantan calon Timbalan Presiden yang kalah, Datuk Husam Musa menegaskan parti Islam itu hanya perlu "disegarkan" dengan dibawa elemen-elemen baru yang boleh memperkukuhkan parti itu menghadapi pilihan raya umum ke-13; bukannya mengganti Presiden.
Ahli jawatankuasa kerja PAS pusat ini berkata, kepimpinan Hadi selaku presiden parti masih diperlukan, cuma ia perlu mengambil tindakan untuk memperkasakan kedudukannya.
Exco Kerajaan Negeri Kelantan ini berkata, PAS kawasan Kerian yang diterajui juga telah mencalonkan Hadi sebagai presiden kerana beliau adalah orang yang paling layak untuk menerajui PAS.
"... kerana beliau sudah buktikan dan ia sudah terbukti, malah beliau juga sudah menghadapi banyak cabaran (sebelum menjadi presiden).
"Cuma apa yang diperlukan PAS adalah ia harus disegarkan semula, bukan bermaksud ganti orang sedia ada tapi disegarkan dengan melakukan transformasi, elemen-elemen baru dalam parti... mungkin boleh dapatkan penasihat dari golongan profesional untuk bantu memperkuatkan PAS,".
Husam juga menepis dakwaan Aziz Bari bahawa Hadi adalah liabilti parti.
Pada September 1998, Anwar dipecat daripada jawatan Perdana Menteri kerana masalah moral.
Pemecetan tersebut adalah kerana perbuatan meliwat. Walaupun Anwar dibebaskan secara teknikal mengenai perbuatan tersebut oleh Mahkamah, namun Anwar didapati bersalah berhubungkait dengan pertuduhan tersebut kerana salah guna kuasa.
Tahun 2006, Anwar dibebaskan oleh Mahkamah semasa Tun Abdullah Badawi masih perdana Menteri.
Pada tahun 2008, sekali lagi dunia digemparkan apabila Anwar didakwa meliwat pembantu khasnya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun 2008, di sebuah kondominum, di Jalan Setiakasih Bukit Damansara. Perbicaraan kes liwat tersebut bersambung pada 25 April ini.
Pada 21 Mac 2011 lalu, sekali lagi negara dipamerkan dengan kes seks Anwar, apabila kumpulan Datuk T mempertontonnkan video seks 21 minit dimana pelaku lelaki mirip dengan wajah Anwar.
Selepas video seks itu disiasat oleh pihak polis, ternyata rakaman video tersebut tulen, dan seterusnya sebuah agensi penyiaran korea menggunakan teknik bio-metrik mengesahkan bahawa lelaki yang melakukan seks dengan pelacur cina tersebut adalah Anwar.
Melihat pada rentetan perlakuan buruk Anwar, semuanya dilakukannya sendiri.
Pembongkaran mengenai kelakuan buruk Anwar juga dibongkar oleh orangnya sendiri.
Individu yang satu ketika sangat rapat dengannya seperti Sukma, Azizan Abu Bakar, N Nallakarpun, Umi Halflida, Datuk Eskay Abdullah dan Mohd Saiful; semuanya individu yang pernah rapat dengan Anwar.
Penyanyi Stacy, 20, yang dikaitkan menjalin hubungan cinta secara rahsia dengan penyanyi Akim (AF7) mengakui tidak melarang peminat yang ingin mengambil tahu kisah peribadinya.
Kata Stacy: "Sejujurnya, saya suka dan amat menghargai keprihatinan peminat terhadap setiap perkara yang saya lakukan. Apabila orang ambil tahu, bermakna orang sayangkan kita.
"Bagi saya, lebih baik orang sentiasa ingin mengambil tahu tentang diri kita dan apa yang kita lakukan daripada orang tidak ambil peduli langsung."
Walaupun perkara itu mungkin mengundang kemarahan atau perasaan rimas bagi sesetengah artis, Stacy pula menganggap aspek itu perlu dikompromi apabila bergelar figura umum.
"Sebagai artis, kita adalah hak masyarakat. Sudah tentu, apa saja yang kita lakukan, dengan siapa kita berkawan dan ke mana saja kita pergi akan menarik perhatian ramai.
"Jadi, mengapa saya perlu berasa marah kalau peminat ingin tahu tentang saya? Selagi ia tidak melampau atau memberikan tekanan, saya tidak kisah untuk berkongsi kisah peribadi dengan orang ramai," katanya.
Berkongsi tentang kerjaya nyanyian pula, Stacy yang baru dilantik sebagai duta aiskrim Wall's Cornetto di samping Akim berkata, dia sedang sibuk mengumpulkan lagu-lagu untuk album keduanya.
"Album kedua saya dijangka akan keluar pada sekitar bulan Jun depan. Sekarang ini, saya tengah sibuk mengumpulkan lagu-lagu untuk album itu.
"Dalam masa terdekat, saya akan keluarkan single daripada album itu iaitu Kisah Dongeng ciptaan Edry Abdul Halim. Kali ini, saya pilih lagu berentak balada pula sebagai pertaruhan," katanya.
Sempena Misi Bantuan Kemanusiaan ke Palestin, Majlis Belia Kawasan Putrajaya dengan kerjasama Nasyid Underground & LL4G akan menganjurkan 'Gig For Gaza'. Antara barisan artis yang akan hadir adalah:
1. Nowseeheart
2. Brothers
3. Mirwana
4. Hafiz Hamidun
5. Saff One
6. Leia Zahra
7. Demascus
8. Divinite
9. By Heart Clan
10. KL Street Drummers
11. Charma
12. Frenz
13. Soul Awards
14. Figura
15. Shahid
dan ramai lagi..
Masuk Percuma!
*Lelaki & perempuan berumur 17 tahun ke atas sahaja.
*Arak, dadah dan pergaulan bebas tidak dibenarkan.
*Mestilah berpakaian sopan tidak seperti Lady Gaga.
Kita datang, kita berkawan, kita berhibur, kita peka isu Palestin, kita bantu, kita menyumbang, kita sampaikan.
Kalau anda prihatin, anda pasti datang!
Sebarang pertanyaan, sila call/sms: 012 313 4681 BonaiSee More
Kecoh pasal emel 1Malaysia? Memang sikap antiestablisment pembangkang untuk menghalang dan memburuk-burukkan sebarang inisiatif untuk membangunkan negara Malaysia. Matlamatnya mudah, bila tidak ada sebarang pembangunan, mereka akan menuduh kerajaan gagal untuk membawa pembangunan kepada rakyat, disebabkan itu, kerajaan gagal.
Ini berlaku sejak zaman Pembinaan Jambatan Pulau Pinang dan Lebuhraya Utara-Selatan lagi, selepas itu KLCC, Putrajaya dan hari ini, apa sahaja akan dipolitikkan sehingga usaha pembangunan terhalang.
Apakah model perniagaan emel 1Malaysia? Secara mudahnya, pertama: ia merupakan inisiatif pihak swasta dalam sebuah model ekonomi baru, iaitu ekonomi yang dijanakan oleh pihak swasta berbanding ekonomi yang dijanakan oleh sektor awam. Kedua: ia berbentuk pilihan atau optional. Jika hendak gunakan Lebuh Raya, bayarlah tol, jika tidak, gunakan jalan lama.
Apa masalah yang menjadi punca kekecohan emel 1malaysia? Komunikasi kepada rakyat. Komunikasi yang tidak jelas dalam era politik baru yang bersifat inklusif dan terbuka, pihak yang membangunkan dan Pemandu mungkin kena jadi lebih bijak berkomunikasi dengan rakyat.
Kenyataan Tricubes Bhd dipetik Bernama seperti di bawah;
Firma teknologi maklumat, Tricubes Bhd berkata pelaburan awal untuk Projek Emel 1Malaysia adalah RM5.3 juta, yang mana pembiayaan awalnya telah didapatkan menerusi dana dalaman dan pinjaman.
Kerana jumlah pelaburan bagi projek lebih 10 tahun itu dianggarkan RM50 juta, ia menjangka untuk melaburkan semula perolehan yang diterima daripada projek itu untuk memastikan kelangsungan.
"Kerajaan tidak membiaya atau menaja jamin projek ini. Ini adalah projek pembiayaan swasta sepenuhnya," kata Tricubes dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia.
Ia juga berkata kerajaan hanya bertindak sebagai fasilitator bagi beberapa maklumat tertentu dan proses seperti pengesahan data dari agensi-agensi seperti Jabatan Pendaftaran Negara.
Alamat emel domain yang didaftar dan diluluskan adalah namaanda@myemail.my, katanya, menekankan bahawa Emel itu akan memberi pilihan kepada pengguna untuk meningkatkan keselamatan emel.
"Tricubes dan Microsoft kini bekerja rapat untuk memastikan integriti dan kerahsiaan pengguna," katanya, apabila ditanya jika kerajaan boleh memantau akaun emel itu.
Tricubes juga berkata perkhidmatan asasnya adalah perkhidmatan emel tanpa bayaran kepada pengguna sementara sumber hasil akan diperolehi dari perkhidmatan tambah nilai yang akan diperkenalkan secara berperingkat.
Mengenai status GN3, Tricubes menerangkan ia telah banyak melabur dalam penyelidikan dan pembangunan, yang mengambil masa yang panjang, dan kini sedang menjana pulangan untuk mendapatkan semula pelaburan.
Bagaimanapun, ia berkata syarikat GN3, dibenarkan oleh Bursa Malaysia untuk meneruskan aktiviti perniagannya.
Untuk kekal disenaraikan, syarikat GN3 itu harus menyelaraskan kedudukan kewangannya.
Tricubes telah membuat pencapaian pertamanya dalam pelan pelarasan yang ditetapkan oleh Bursa Malaysia, dengan pelantikan penaja, M&A Securities Sdn Bhd pada Januari tahun ini.
Penaja itu dijangka menghantar pelan pelarasan syarikat kepada Bursa Malaysia dan mendapatkan kelulusan sebelum 29 Okt 2011.
Ahmad Mazlan, Ketua Penerangan UMNO Malaysia menyebut bahawa satu hari nanti akan tiba masanya orang melayu yang majoriti penduduk negara ini akan bersatu tidak lagi berpecah belah kerana parti.
Ini adalah satu kesedaran yang boleh dipuji sekiranya semua sikap pemimpin melayu meletakkan keutamaan kesejahteraan rakyat melayu lebih daripada mengekal kuasa untuk mencari kesenangan dan kemewahan hidup dengan memperalatkan rakyat melayu.
Kesedaran Ahmad Mazlan itu diharap bukan sebagai satu retorik politik UMNO bagi menyedapkan hati rakyat melayu yang sekarang ini diresahkan dengan berbagai-bagai andaian akibat kemenangan besar parti DAP dalam PRN Sarawak lalu.
Beliau juga turut mengatakan, pintu rundingan kerajaan perpaduan dengan PAS sentiasa terbuka asalkan PAS sanggup meninggalkan PKR dan DAP. Sudah melencung pula budak Ahmad Mazlan ini dalam memberi penjelasan kerajaan perpaduan.
Kenapa ada syarat kepada PAS, kenapa PAS kena tinggalkan PKR dan DAP. Adakah kerana dalam PKR ada ahlinya orang Cina dan India maka PAS tak boleh bersama UMNO untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan bersama.
Kenapa UMNO tidak terlebih dahulu meninggalkan MCA dan GERAKAN kerana parti itu tidak bersifat melayu sekiranya alasan oleh kerana ada bangsa lain bersama PAS maka tidak boleh diujudkan Kerajaan Perpaduan.
Nampak sangat bahawa Ahmad Mazlan tidak berminat kepada Kerajaan Perpaduan untuk kepentingan kuasa orang melayu dinegara ini. Ahmad Mazlan hanya mahu melihat perpaduan melayu akan ujud tanpa Anwar Ibrahim. Kenapa?
Kerana sekiranya Anwar Ibrahim ada bersama dalam Kerajaan Perpaduan, banyak perkara harus diperbetulkan, kepentingan pihak-pihak yang tidak menjalankan dasar kerajaan mengikut buku akan didedah dan diambil tindakan.
Senarai 17 orang yang berprofile tinggi yang dicadangkan oleh SPRM untuk pendakwaan akan diteruskan, skandal rasuah dan penyalahangunaan kuasa akan dibongkar, hak rakyat akan dikembalikan terutamanya royalti minyak untuk Negeri Kelantan.
Apa salahnya untuk kepentingan kuasa melayu, Kerajaan yang diterajui oleh UMNO melupakan detik-detik hitam sejarah silam. Berpakatlah diantara tokoh-tokoh politik melayu yang terdiri daripada UMNO, PAS dan PKR. Jangan ketepikan pengaruh Anwar Ibrahim terhadap orang melayu. Akuilah.
Sekiranya PM Najib, Mahyuddin Yassin, Anwar Ibrahim, Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Haji Hadi Awang boleh duduk bersama, berbincang dalam semangat Islam untuk kepentingan anak cucu orang orang melayu dimasa depan. Insya Allah Kerajaan Perpaduan mudah untuk dibentuk.
Yang menjadi masaalahnya apabila ada pemimpin melayu takut kepada bayang-bayangnya sendiri, manakala yang jadi menteri bimbang digugurkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan