Sabtu, 30 April 2011

AMK KEDAH

AMK KEDAH


AMK selar Jawi subahat dalam sumpah laknat

Posted: 30 Apr 2011 11:05 AM PDT


KUALA LUMPUR: Angkatan Muda Keadilan menyelar tindakan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) yang turut bersekongkol apabila membenarkan tindakan sumpah laknat yang ingin dilakukan salah seorang Trio Datuk T, Datuk Shazryl Eskay Abdullah di sebuah masjid di Sentul hari ini.

Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, beliau turut merasa terkejut apabila Pengarah Jawi, Che Mat Che Ali turut hadir bagi menjadi saksi acara angkat sumpah itu- yang jelas bercanggah dengan ajaran Islam.

"Saya hairan kenapa ada wakil dari jabatan agama islam untuk menyaksikan sumpah laknat ini. Sedangkan kita telah buat laporan qazaf dan kita telah memberikan keterangan.

"Bagaimana Jawi bersedia untuk menjadi alat kepada pemerintah untuk bersekongkol dengan perkara-perkara taghut," ujar Shamsul ketika mengadakan sidang media di masjid tersebut.

Hari ini, JAWI dalam kenyatannya membenarkan Eskay, untuk melafazkan sumpah laknat di Masjid Amru Al As, di sini selepas solat jumaat, sebelum acara itu dibatalkan di saat akhir.


Che Mat Che Ali, turut hadir di masjid berkenaan, dikatakan untuk menjadi saksi sumpah laknat
Che Mat Che Ali dilapor berkata, tiada sebarang halangan untuk ahli perniagaan itu untuk berbuat demikian meskipun masjid berkenaan adalah di bawah pentadbiran agensi agama itu.

"Kita ingin memberitahu bahawa, tindakan ini tidak dibenarkan dalam agama Islam. Merujuk kepada ulama-ulama dan kitab-kitab syariah, menyatakan dengan jelas berkenaan dalam hal-hal yang berkaitan dengan tuduhan-tuduhan, jawapannya adalah qazaf," kata shamsul.

Sementara itu, seorang penduduk tempatan yang juga guru agama di bahagian kor agama angkatan tentera, (kagat) ustaz Hasbulllah Ismail berkata tindakan itu mencemar kesucian dan institusi perundangan agama Islam itu sendiri.

"Sumpah laknat ini adalah perkara terakhir yang dilakukan selepas melalui proses qazaf dan dakwaan di mahkamah.

"Manakala masjid bukanlah tempat untuk dilakukan perkara tersebut kerana mencemar kesucian rumah ibadat.

Beliau yang ditemui keadilandaily kesal dengan tindakan pihak-pihak tertentu yang memanipulasikan rumah ibadat atas kepentingan politik.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=12500

Sumpah Eskay: Itu kerja orang jahil, kata bekas Mufti Wilayah

Posted: 29 Apr 2011 09:57 PM PDT


KUALA LUMPUR: Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato Md Hashim Yahya berkata sumpah yang tidak dilakukan menurut hukum syarak, diumpamakan sebagai kerja-kerja orang jahil.

Beliau diminta mengulas tindakan salah seorang trio datuk T, Shazryl Eskay Abdullah yang melakukan sumpah laknat di sebuah masjid di Sentul kira-kira pukul 4.15 petang tadi,

Ulama terkenal itu berkata, tidak ada peruntukan dalam undang-undang Islam yang membenarkan sumpah seperti yang dilakukan Eskay, berhubung tuduhan seks terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Dalam hukum qazaf, iaitu peruntukan untuk sabitan kes zina dan liwat, pihak yang menuduh perlu membawa empat orang saksi terlebih dahulu.

"Sekiranya gagal membawa empat saksi, yang menuduh itu akan dikenakan hukuman qazaf sebanyak 80 rotan," ujarnya ketika dihubungi Keadilandaily.com.

Bagaimanapun, sumpah li'an iaitu sumpah laknat itu pula katanya, hanya tertakluk antara suami dan isteri sahaja dan tidak ada peruntukan selain itu dalam hukum Islam.

Tambah beliau, seseorang suami yang menuduh isterinya berzina perlu melalui prosedur perbicaraan di mahkamah terlebih dahulu di mana dia perlu mengemukakan empat saksi seperti yang digariskan Islam seperti tidak fasik dan membuat dosa-dosa besar.

Sekiranya tuduhan itu tidak dapat dibuktikan, katanya, mahkamah kemudian akan memerintahkan supaya kedua-duanya melakukan sumpah li'an.

"Mereka yang menuduh isterinya berzina tapi tak dapat bawa empat saksi, maka dibolehkan kedua-duanya bersumpah.

"Kalau tak dapat bawa empat saksi suami dan isteri melakukan zina, dengan perintah mahkamah boleh dilakukan sumpah li'an. Kalau mahkamah panggil untuk kedua-duanya bersumpah, mahkamah akan perintah untuk buang kes itu. Siapa yang bersalah, itu diserahkan kepada Allah untuk menentukan.

"Tetapi ia dengan perintah mahkamah, tak boleh sendiri-sendiri bersumpah. Kalau kedua-duanya bersumpah, yang menuduh tidak kena 80 rotan dan yang dituduh pula tidak kena had zina. Qadi pula akan menjatuhkan fasakh iaitu tidak boleh rujuk sampai bila-bila.

"Kalau bukan arahan mahkamah, apa faedahnya bersumpah. Ia tidak kena dengan hukum syarak," ujar beliau.

Tambah beliau, dalam kes bersumpah yang cuba dilakukan Eskay, ia tidak memberi sebarang kesan atas pendakwaan dari sudut sistem perundangan Islam, malah semakin mengelirukan umat Islam.

"Ia tidak memberi kesan apa-apa, tambah mengelirukan umat Islam dan menyebabkan fitnah itu berterusan. Ini menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat.

"Ini kerja orang jahil dan tidak ada faedah.

"Kalau sumpah, orang hisap dadah, mencuri dan merompak pun boleh bersumpah dengan begitu mudah dan terlepas dari hukuman," ujarnya.

Beliau mengulangi kisah yang terjadi kepada Hilal Bin Umaiya yang menuduh isterinya berzina dengan Sharik Bin Sahma seperti yang diceritakan dalam surah An Nur, ayat 6.

"Rasulullah kemudian berkata kepada Hilal, sekiranya dia tidak dapat membawa empat saksi, Hilal akan dihukum dengan 80 sebatan, walaupun Hilal mendakwa melihat dengan mata sendiri isterinya melakukan zina," ujarnya

Tiada ulasan:

Pengikut