Isnin, 14 Mac 2011

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

SINGAMARAJA

Posted: 14 Mar 2011 03:30 PM PDT

Dari Keadilan Daily

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini akan mendengar dua permohonan pendakwa raya – semakan semula keputusan bicara dalam perbicaraan dan permohonan untuk mengarahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi sampel profail DNA.

Permohonan itu akan dibuat Peguam Cara Negara II, Mohd Yusof Zainal Abiden mengikut Seksyen 73 dan 165 Akta Bukti 1950.

Jumaat lalu, peguam bela membantah permintaan pendakwa raya dan Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah yang kemudian menetapkan hari ini untuk mendengar hujah kedua-dua pihak.

Selasa lalu, Zabidin menolak tiga bukti yang diperoleh secara tipu – botol air mineral 'Cactus', tuala muka 'Good Morning', dan berus gigi – untuk dikemukakan sebagai bukti kerana ia diambil secara tipu helah sewaktu Anwar ditahan secara tidak sah.

Pendakwa raya akan memulakan hujah mereka diikuti hujah balas daripada Karpal Singh.

Berikut adalah laporan langsung dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur:

8.45 am – Galeri awam masih banyak ruang kosong.

8.51 am – DSP Jude Pereira kelihatan berdiri berhampiran pintu bilik saksi dan melihat-lihat galeri awam.

8.56 am – Anwar tiba di mahkamah bersama Presiden KEADILAN, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

9.19am: Mahkamah mula bersidang.

9.24am: Karpal Singh mahu mahkamah membuat keputusan terlebih dahulu terhadap individu yang mengadakan demontrasi mendesak Anwar menyerahkan DNA-nya kepada mahkamah kerana perbuatan itu adalah satu penghinaan kepada mahkamah.

"Ia merupakan satu intimidasi terhadap Yang Arif untuk memerintahkan Anwar membekalkan DNA beliau," kata Karpal.

Karpal juga mahu mahkamah mengambil tindakan terhadap permohonan penuh pendakwa yang dibocorkan di laman Malaysia-Today dan turut dilaporkan dalam akhbar News Straits Times hari ini.

9.29 am – Zabidin memanggil Karpal dan Yusof berbincang di bilik beliau. Mahkamah ditangguh sebentar.

9.47 am: Mahkamah bersidang semula. Hakim Zabidin mengingatkan kedua-dua pihak agar tidak melakukan sebarang perkara yang boleh merencatkan perjalanan perbicaraan yang sedang berlangsung.

10.13 am: Peguam Anwar, Marissa Regina Fernando tiba di mahkamah. Dalam pembentangannya, Yusuf berkata tanpa mengambil kira sama ada penahanan Anwar sah atau tidak, penahanan beliau dilakukan berdasarkan waran tangkap.

"Sama ada beliau dibawa (ke lokap) secara sah atau tidak, tangkapan dibuat berdasarkan waran tangkap. Anwar dilokap lanjutan daripada penahanan beliau," tambah Yusof lagi.

10.30am: Karpal mencelah pembentangan Yusof dan menyatakan beliau meleret dalam pembentangannya dan perkara yang dibentangkan juga sudah disentuh sebelum ini.

10.43am: Semua kerusi di galeri awam mahkamah penuh. Sebahagian hadirin kelihatan mengantuk begitu juga dengan Hakim Zabidin.

10.52am: Mahkamah ditangguhkan seketika.

11.28am: Mahkamah bersambung. Yusof membentangkan hujah bagi permohonan kedua iaitu mendapatkan sampel profail DNA Anwar.

12.07am: "Kami meminta mahkamah mempertimbang permohonan ini untuk membenarkan kami mengarahkan tertuduh memberikan sampel DNAnya," kata Yusof.

12.09am: Karpal berkata permohonan sebegini tidak pernah berlaku sebelum ini dan beliau meminta masa sehingga esok untuk menyediakan hujah balas. Yusof tiada bantahan dan mahkamah dan Hakim Zabidin menangguhkan mahkamah.

Mahkamah akan bersidang semula jam 9 pagi esok.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

DUNIACACAMARBA

Posted: 14 Mar 2011 03:27 PM PDT

Anda Ingat Cerita Ular Gigit Payu Dara Model? Anda Mungkin Tidak Percaya...

Posted: 14 Mar 2011 08:12 AM PDT

.

..apabila saya mengatakan bahawa ular tersebut mati selepas berbuat demikian. Apakah punca yang menyebabkan ular itu mati? Adakah ular itu dibunuh?

Menurut The Sun, ular sawa itu didapati mati kerana keracunan silikon buah dada model tersebut.

Menurut laporan media, model Orit Fox muncul dalam satu siaran TV Sepanyol, Telecino sebelum digigit oleh ular tersebut. Selepas kejadian itu, model malang itu kemudiannya dibawa ke hospital dan diberi suntikan tetanus, namun malangnya, ular sawa itu mati keracunan.

Wah, payu dara kini membunuh!

Bagi yang berminat untuk menonton video itu, sila klik di sini.

* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.

Perkara 32 (2) Perlembagaan Jelaskan Wanita Pertama ialah Raja Permaisuri Agong Bukan Rosmah

Posted: 14 Mar 2011 03:30 AM PDT

Saya petik:

[MK] Baru beberapa jam membuat penjelasan berhubung kedudukan isteri perdana menteri Rosmah Mansor, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz didakwa "play-safe, penuh niat putar belit dan berunsur manipulasi terhadap Perlembagaan Persekutuan".

"Jawapan beliau yang mendakwa bahawa penggunaan gelaran Wanita Pertama hanyalah sebagai kod amalan menunjukkan bahawa beliau sebenarnya dangkal dan cuba menghina perlembagaan negara...," kata Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin (kiri).

Anggota parlimen Ampang itu mendakwa, kenyataan itu di parlimen sebentar tadi bertentangan dengan diperuntukkan dalam Perkara 32 (2) Perlembagaan Persekutuan yang jelas menyatakan hak gelaran Wanita Pertama adalah kepunyaan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah.

Jika benar penggunaan gelaran Wanita Pertama oleh Rosmah hanyalah "kod amalan" seperti yang didakwa dan dengan menggapnya sebagai "pegawai" buat perdana menteri, Zuraida juga menggambarkan Rosmah mendapat kelebihan yang lebih istimewa.

"Namun, jika demikian bagaimanakah sejumlah peruntukan sebanyak RM4.5 juta boleh diluluskan buat seorang 'kakitangan' untuk menganjurkan Sidang Kemuncak Wanita Pertama? Bagaimanakah seorang 'kakitangan' biasa boleh diberikan peruntukan untuk melancong ke seluruh dunia?

"Adakah wujud pula kod protokol istimewa dan khas, yang hanya terpakai untuk isteri perdana menteri? " soal Zuraida bertalu-talu.

Sehubungan itu, Zuraida menggesa Mohamed Nazri "menjawab dengan jujur, berpaksikan fakta dan realiti" bagi membuktikan beliau benar-benar bebas daripada tekanan mana-mana pihak. 

 * Kenyataan Nazri Aziz menyokong Rosmah sebagai Wanita Pertama boleh dibaca di media perdana.

P/s: Alahai, terimalah kenyataan Fat Lady!

Selidik BOTOL SUSU Anak Anda! Pastikan Bukan Polikarbonat 'Bisphenol A' (BPA)

Posted: 14 Mar 2011 01:40 AM PDT

Saya petik:

[Bernama] PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan susu botol bayi polikarbonat yang mengandungi 'Bisphenol A' (BPA) berkuat kuasa 1 Mac 2012, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata, perkara itu diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 2 Mac lalu sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu tersebut adalah selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi terutamanya bayi dan kanak-kanak.

"Kementerian tidak akan berkompromi dalam keselamatan pengguna terutamanya bayi dan kanak-kanak. Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi dan 'bisphenol A' ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar," katanya.

Kerajaan memberi tempoh satu tahun untuk memastikan tindakan pengharaman itu dilaksanakan dengan lancar secara berperingkat, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet kementeriannya di sini Isnin.

"Pihak industri diberi tempoh masa satu tahun untuk membuat persediaan bagi keperluan pertukaran atau pembelian mesin dan penggunaan bahan mentah yang sesuai".

Tindakan pengharaman itu diambil dengan mengambil kira BPA didapati boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekaligus mengganggu sistem fungsi tubuh, katanya dan menurutnya bagaimanapun sehingga kini tiada sebarang penilaian dijalankan berhubung sistem hormon dalam tubuh bayi.

Liow berkata pengharaman itu juga adalah selaras dengan tindakan beberapa negara yang telahpun mengharamkan penjualan susu botol tersebut antaranya Jerman, Perancis, Denmark, Kanada, Australia, New Zealand, Amerika Syarikat dan terbaru oleh Kesatuan Eropah,

Menurutnya, sehingga 2010 sebanyak 159 sampel botol susu bayi telah dianalisis dan didapati 85 peratus dikesan mengandungi bahan BPA dalam julat 0 hingga 0.7 mg/kg hasil migrasi daripada botol berkenaan.

Kajian Universiti Malaya juga menunjukkan kadar migrasi BPA meningkat sebanyak tujuh kali ganda pada suhu 80 celsius berbanding pada suhu bilik 25 celsius, katanya.

...................

Untuk maklumat lanjut, hubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di talian 03-88833652/8883365/88833655 atau melayari laman web http://moh.gov.my/ atau http://fsq.moh.gov.my.

 P/s: Mengapa perlu haramkan pada tahun 2012? Mengapa tidak haramkan serta merta? Saudara, belilah botol yang selamat digunakan walaupun mahal sedikit. Utamakan keselamatan dan kesihatan anak anda.

RM888 Bilion Lesap. Tolong Uar-Uarkan kepada Orang Kampung/Felda!

Posted: 13 Mar 2011 11:00 PM PDT

Saya petik:

[KD] KOTA KINABALU: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terus enggan menjawab pendedahan mengenai pengaliran wang haram bernilai RM888 bilion ke luar negara dalam tempoh sembilan tahun kerana tidak mahu rakyat tahu penyelewengan itu.

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau membangkitkan isu mengenai wang haram itu yang didedah badan kewangan antarabangsa, Global Financial Integrity (GFI) baru-baru ini, hampir setiap hari tetapi Najib gagal untuk memberi sebarang jawapan.

"Ada jawapan dari Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan? Tidak ada.  Sudah sebulan setengah, setiap hari, saya serang dia dari Perlis hingga ke Sarawak. Tapi, tidak ada jawapan. Sebab apa? Sebab mereka fikir rakyat tidak tahu.

"Wang haram adalah wang rasuah, kedua, wang jualan dadah bernilai berbilion ringgit dan ketiga, wang yang dikumpulkan pembesar dan tauke-tauke besar. Ini dijelaskan dalam laporan GFI," katanya pada ucapan perasmian dalam konvensyen KEADILAN Sabah di Kinarut, Papar di sini, hari ini.

Anwar juga menyatakan, jumlah wang haram yang dilarikan ke luar negara pada 2008 sahaja  sama dengan kekayaan Hosni Mubarak yang dibawa keluar dari negara itu, sebaik sahaja bekas Presiden Mesir itu digulingkan rakyat.

"Lonjakan wang haram di bank Switzerland, tahun 2008 Malaysia mencatatkan kedudukan paling tinggi iaitu RM200 bilion. Kekayaan Mubarak sama dengan wang yang dibawa keluar. Apa bezanya Malaysia dengan Mesir," katanya.

Anwar turut menimbulkan kontrak bernilai RM23 bilion kepada tiga syarikat milik kroni Umno Barisan Nasional (BN) termasuk syarikat milik anak Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu Datuk Mokhzani Mahathir melalui Kenchana Petroleum.

"Dia individu melayu terkaya di Malaysia. Ini pemimpin (Umno) yang bicara soal rakyat. Keris Melayu, darah Melayu tetapi hisap darah Melayu," katanya yang mengingatkan rakyat Sabah, Petronas berkait rapat dengan negeri itu, selaku pengeluar utama minyak dan gas di Malaysia.

Kata Anwar, cara pentadbiran Najib berbeza dengan dasar Pakatan Rakyat yang membawa tatakelola baik bagi menghapus dan mengawal segala bentuk penyelewengan bagi mengembalikan wang itu kepada rakyat, termasuk memberi semula subsidi minyak.

"Saya bincang Lim Kit Siang dan Ustaz Hadi (Awang). hari ini pilihan raya, esok jika menang saya umum atas nama kerajaan rakyat malaysia, saya dengan ini mengisytiharkan berkuatkuasa sekarang, harga minyak di seluruh negara turun serta merta," katanya.

Dalam ucapannya, beliau juga menyentuh tentang tindakan Umno BN yang akan menggunakan segala cara bagi mengheretnya ke penjara mellaui pertuduhan kes Fitnah II terhadapnya.

P/s: LAHANAT!

[PANAS] Drama Liwat II: Dokumen Pendakwa Raya Dibocorkan Kepada Media. Mengapa?

Posted: 13 Mar 2011 07:50 PM PDT

Saya petik:

[TVS] KUALA LUMPUR 14 MAC : Ketua Pendakwaraya Datuk Yusuf Zainal Abidin  mengaku  pihak Peguam Negara bertanggungjawab atas kebocoran  dokumen yang bakal di kemukakan oleh beliau di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini bersabit kes fitnah liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim .

Akhbar New Straits Times hari ini menyiarkan dokumen hujah Datuk Yusuf bersabit permohonan supaya Hakim Zaibidin Mohamad Diah mengarahkan Anwar untuk mengemukakan sampel DNA. 

Yusuf begaimanapun meremehkan kebocoran dokumen itu dengan memberitahu mahkamah bahawa ia tidak memberi  impak terhadap perbicaraan berkenaan. 

Peguambela  Sankara Nair memberitahu pemberita bahawa tindakan membocorkan dokumen kepada  media  arus perdana mirip kepada apa yang berlaku pada tahun 1998. 

Dalam perbicaraan fitnah liwat pertama itu fakta-fakta mengenai pertuduhan terhadap Anwar dibekalkan kepada media sebelum ia di kemukakan kepada mahkamah,. 

Tindakan itu adalah sebahagian daripada perancangan untuk memastikan Anwar diaibkan sepenuhnya sebelum dan semasa perbicaraan. 

Yusuf hari ini mengaku beliau perlu bertanggungjawab terhadap kebocoroan dokumen terbaru namun tetap berpendirian isu itu  tidak harus diperbesarkan. 

Peguambela Karpal Singh turut menarik perhatian mahkamah kepada beberapa tunjuk perasaan anjuran penyokong Umno semalam. 

Seperti dokumen yang dibocorkan,  tunjuk perasaan itu juga dilihat sebagai bertujuan memberi tekanan kepada hakim untuk mengarahkan Anwar supaya memberi sampel DNA itu.

Hakim Zaibidin sebelum ini megisthiarkan bahawa polis memperolehi sampel DNA daripada Anwar secara haram apabila menahan beliau dalam lokap pada 16 Julai 2008. 

Selepas menahannya semalaman, polis merampas sehelai tuala. Berus gigi dan botol air mineral yang diguna oleh Anwar untuk menjalankan ujian DNA ke atas Ketua Pembangkang itu tanpa kebenaran beliau.

P/s: Plot semakin terserlah! Anda sudah tahu sebab 30-40 orang berdemo semalam. Siapa pula yang mengarahkan mereka berdemo? Siapa yang membocorkan maklumat kepada mereka? Sedangkan, rekod DNA Drama Liwat I masih ada, mengapa perlu uji sampel DNA baru?

Rupa-rupanya Pegawai ADUN Bukit Payung yang Kena Cekup Khalwat!

Posted: 13 Mar 2011 05:45 PM PDT



 Berita sebelumnya. Saya petik:
[SH]MARANG – Sepasang kekasih ditangkap khalwat ketika berdua-duaan dalam sebuah kereta di satu kawasan sunyi dan gelap di Kampung Alur Tuman, Pulau Kerengga, dekat sini, kira-kira jam 1.30 pagi, kelmarin.

Paling mengejutkan apabila lelaki itu yang merupakan pegawai kepada seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam Parlimen Marang, Terengganu.

Malah dia juga sudah berkahwin dan sepatutnya berada bersama keluarga lebih-lebih lagi pada malam Jumaat.

Lelaki itu mengaku hanya bekerja sebagai buruh ketika keterangannya diambil pihak berkuasa manakala wanita warga Indonesia itu pula tidak mempunyai suami dan bekerja pembantu rumah di Kuala Terengganu.

Berdasarkan maklumat, anggota polis peronda yang melalui kawasan itu membuat pemeriksaan di lokasi kejadian kira-kira jam 1.30 pagi sebelum menahan seorang lelaki berusia 52 tahun bersama pasangannya berumur 34 tahun dalam kereta terbabit.

Pasangan itu kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan dibebaskan dengan jaminan sebelum dihadapkan ke Makahmah Rendah Syariah Marang, petang kelmarin.


P/s: "Ketika ditahan tempat Dede duduk direbahkan, manakala seluar Md Din tidak berzip". Aduhai! "Lelaki itu mengaku hanya bekerja sebagai buruh ketika keterangannya diambil pihak berkuasa..." Alahai!

Cerita ini sudah menjadi sensasi di blog pro-UMCO. Ada blog yang meletakkan gambar pegawai ADUN terbabit serta pasangannya. Yang kurang sedap apabila kes ini dikaitkan secara melampau dengan ADUN terbabit, sedangkan perbuatan khalwat itu melibatkan pegawainya.

Kes ini menjadi modal besar untuk memburuk-burukkan PAS Terengganu. Biasalah!

Tiada ulasan:

Pengikut