Pakatan Rakyat |
Posted: 07 Mar 2011 03:32 PM PST KUALA LUMPUR: Hati wanita mana tidak terguris apabila melihat suami sedang berasmara dengan anak kandungnya di dapur rumah ketika dia baru pulang dari hospital selepas menjalani rawatan pembedahan kerana mengandung di luar rahim. Biarpun kejadian itu dua tahun berlalu, situasi ibarat 'bermadu dengan anak sendiri' menyebabkan dia yang mahu dikenali sebagai Azie amat kecewa kerana hatinya disakiti dua insan paling disayangi. Azie, 30-an berkata, hidupnya tidak menentu selepas melihat perbuatan bekas suaminya yang mengambil kesempatan terhadap anak tiri. Menurutnya, anak gadisnya yang ketika itu berusia 15 tahun anak sulung hasil perkongsian hidup dengan suami pertama yang dikahwini pada 1994 sebelum bercerai lima tahun kemudian. "Hasil perkahwinan itu, saya dikurniakan dua anak. Seorang lagi anak lelaki yang kini berusia 13 tahun. Selepas bercerai, kedua-dua anak itu dijaga nenek mereka di pantai timur," katanya. Menurutnya, selepas tiga tahun menjanda, hatinya ditambat seorang lelaki berusia 40-an dan mereka melangsungkan perkahwinan pada 2002. "Perkahwinan kali kedua ini pada awalnya bahagia dan kami mendapat dua anak masing-masing seorang lelaki yang kini berusia lapan tahun dan perempuan berusia lima tahun. "Namun, kebahagiaan itu mula tergugat sedikit demi sedikit selepas saya mengambil dua anak dengan suami dulu tinggal dengan kami di ibu kota," katanya. Menurutnya, ketika anak gadisnya berusia 13 tahun, dia sudah mula mencurigai sikap suami yang seolah-olah cuba mengambil kesempatan terhadap anaknya itu. "Saya pernah terserempak suami yang berada dalam bilik anak dan dia cuba meraba anak saya yang ketika itu tidur. "Bagaimanapun, ketika ditanya dia membuat alasan mahu menghalau nyamuk dan saya mendiamkan diri kerana enggan bergaduh selain tidak mahu anak lain tahu," katanya. Menurutnya, kejadian itu makin menjadi-jadi apabila anak gadisnya berusia 15 tahun dan pernah anaknya itu demam teruk dan meminta dibawa ke klinik. "Ketika dalam perjalanan ke klinik, baru anak saya menceritakan kejadian sebenar yang dia sudah beberapa kali menjadi pemuas nafsu suami, namun tidak berani menceritakannya kepada sesiapa kerana diugut bapa tirinya itu. "Saya membawa anak saya ke balai polis untuk membuat laporan rogol kerana anak masih di bawah umur," katanya. Azie berkata, suami keduanya itu juga seorang yang panas baran dan suka memukulnya dan anak-anak, namun hanya anak sulung yang dijadikan hamba seks itu tidak dipukul. "Lebih mengecewakan apabila suami memukul dan memijak perut saya walaupun ketika itu saya baru tiga hari selesai menjalani pembedahan kerana mengandung di luar rahim. "Mungkin dia bertindak begitu kerana marah selepas saya ternampak dia berasmara dengan anak ketika mereka di dapur," katanya. Menurutnya, selepas kejadian itu, anak lelaki keduanya turut menceritakan yang dia pernah terserempak kakaknya beberapa kali masuk ke bilik bapa tiri sebelum keluar dua hingga tiga jam kemudian. "Bagaimanapun, anak saya itu tidak berani menceritakannya sebelum ini kerana takut dipukul suami yang panas baran, malah dia pernah diseksa dengan diterbalikkan kepala ke bawah kerana mengetahui hubungan bapa tiri dengan kakaknya itu. "Selepas mendengar semua cerita dan mengetahui apa yang berlaku ditambah dengan apa yang saya lihat, saya meminta cerai dan kami berpisah Ogos tahun lalu," katanya. Bagaimanapun, Azie kini buntu apabila anak gadisnya itu yang kini berusia 17 tahun menghilangkan diri sejak enam bulan lalu dan dia syak kemungkinan bekas suaminya mengambil anaknya itu. "Saya sudah membuat laporan polis berhubung kehilangan anak dan syak bekas suami melarikannya kerana saya tahu dia bijak memujuk. "Tidak mustahil anak gadis saya mengikutnya kerana dia masih mentah dan mudah termakan pujuk rayu bapa tirinya," katanya. - metro Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |||||||||||||||||||||||||
Posted: 07 Mar 2011 03:26 PM PST | Majlis Fatwa mahu jumpa penganjur pameran mistik Posted: 07 Mar 2011 03:06 PM PST Oleh FAUZI MOHD. berita@kosmo.com.my KUALA TERENGGANU - Majlis Fatwa Negeri Terengganu (MFNT) akan mengadakan pertemuan dengan penganjur pameran mistik, Dynasty Event Sdn. Bhd. pada 14 Mac ini bagi menyelesaikan kontroversi berhubung pameran yang bakal diadakan pada bulan depan. Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Datuk Shaikh Harun Ismail berkata, pihaknya telah memaklumkan perkara itu kepada mufti negeri mengenai perbincangan yang akan diadakan dengan penganjur itu. "Kita akan mengadakan perbincangan dengan penganjur pameran itu pada Isnin depan bagi meneliti pengisian program yang akan diadakan itu," katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian Tadarus al-Quran Terengganu FM di sini semalam. Shaikh Harun berkata, secara sepintas lalu apa yang hendak dipamerkan itu ada sebahagiannya tidak bercanggah dengan agama. "Jadi yang bercanggah atau perkara itu yang secara jelasnya tidak ada salah tetapi kalau kita tengok dia akan mendatangkan keburukan kepada masyarakat, kita tidak akan benarkan. "Saya akan tapis mana perkara yang boleh dipamer atau perkara yang tidak boleh," katanya. | Judi Tidak Membawa Kebaikan Kepada Rakyat dan Negara Posted: 07 Mar 2011 01:00 PM PST Judi Tidak membawa Kebaikan Judi Tidak Membawa Kebaikan Kepada Rakyat dan Negara 1. Negara yang baik, selamat dan bertamaddun ialah sebuah negara yang mempunyai modal insan yang berkualiti sebagai sumber manusia yang akan menjana pertumbuhan ekonomi cerdas serta berkat dan membina iklim sosial yang aman serta tenteram malah sumber manusia berkualiti ini akan membina kestabilan politik serta pentadbiran negara. 2. Namun judi akan merosakkan segalanya. Bukan sahaja ia diharamkan oleh Islam malah ia turut ditolak oleh semua agama justeru judi adalah antara kemungkaran tertua di dunia yang menjadi penghalang utama di sepanjang zaman untuk melahirkan generasi yang sihat minda dan cerdas aqal lalu berkeupayaan tinggi untuk mandiri sekaligus menjadi agent utama membangunkan negara. 3. Judi hanya mengheret pelakunya bergantung pada nasib tanpa rasional dan membunuh nilai usaha ikhtiar yang sepatutnya membangunkan semangat berdikari dalam diri manusia.Akhirnya mereka hanya mempertaruhkan wang ringgit dengan membina istana impian tanpa gigih berusaha. Tambah malang, impian itu tidak pernah kesampaian sehingga ia mati dalam angan - angan yang tidak tergapai dek tangan. 4. Sukar untuk mencari penagih judi yang kaya kecuali segelintir yang sangat terpencil. Kerana mungkin mereka menang besar pada pertaruhan pertama namun ia boleh kalah pula pada pertaruhan kedua lantaran itulah resmi sebuah perjudian. Begitulah judi mempermainkan penagih judi. Kebanyakan yang menimbun kekayaan ialah taukeh judi yang mengambil kesempatan diatas kelekaan penagih judi ini. 5. Sang penagih judi yang kehabisan wang tidak akan berhenti diam begitu sahaja. Sama seperti penagih dadah yang sukar menghentikan ketagihannya lalu terpaksa mencari wang dengan meragut, mencuri, merompak malah membunuh jika hasratnya terhalang. Ekoran jenayah tersebut, hasil pula dendam, kebencian, permusuhan sesama manusia malah keruntuhan rumahtangga. Lalu apa untungnya judi pada pembangunan tamadun manusia dan negara ? Benarlah apa yang difirmankan oleh Allah sw : [ dari surah al Maaidah ayat : 90 ] Wahai orang-orang Yang beriman! Bahawa Sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) terdiri dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)? Dan Taatlah kamu kepada Allah serta Taatlah kepada Rasul Allah, dan awaslah (janganlah sampai menyalahi perintah Allah dan RasulNya). oleh itu, jika kamu berpaling (enggan menurut apa Yang diperintahkan itu), maka ketahuilah, Bahawa Sesungguhnya kewajipan Rasul Kami hanyalah menyampaikan (perintah-perintah) Dengan jelas nyata. 6. Berapa banyak kes jenayah yang bertelur dari pusat perjudian. Perkara ini tidak boleh dinafikan dan jangan sesiapa yang cuba untuk menafikan. Jerih ahli politik, akademik dan aktivis sosial berseminar mencari formula mengatasi peningkatan indek jenayah sedang pusat penetasan jenayah ini [ industri perjudian ] tidak dipandang serius dan berusaha untuk membenterasnya. 7. Alhamdulillah, Kelantan sejak 20 tahun yang lalu secara rasminya menerusi kuasa pentadbiran yang dimiliki telah menyekat industri judi daripada berleluasa di negeri itu. Menyedari berlakunya penyusutan dana kewangan negeri ekoran tindakan itu, namun yakin betapa judi membawa kerosakan jangka pendek dan jangka panjang kepada rakyat malah negeri, Kerajaan negeri Kelantan yang dipimpin oleh YAB Dato' Bentara Setia Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat nekad mengambil langkah menghalang dan menyekat judi di Kelantan. 8. Sehingga kini,[ setelah 20 tahun ] Kelantan masih mampu bertahan walaupun tanpa judi. Bahkan jenayah serta kesan sosial yang berpunca dari judi dapat dikurangkan. Bermula dari sini, saya mencadangkan agar judi ini dihapuskan di seluruh negara. Berikan komitmen ke arah itu. Usaha terancang mesti dilakukan biarpun langkah beransur - ansur tetapi tidak menyuburkan judi di negara ini. Penyusutan perbendaharaan hasil negara kelak ekoran penghapusan judi boleh ditangani melalui usaha jimat cermat, elak pembaziran, , elak projek mega yang tidak bermanafaatelak penyelewengan, rasuah dan lainnya. 9. Pakatan Rakyat sewajarnya menjadi contoh kepada semua dalam usaha menempatkan diri sebagai alternatif. Justeru itu saya mencadangkan agar Pakatan Rakyat juga memberi komitmen untuk menghapuskan judi di negeri - negeri yang telah dikuasai. Tidak perlu gopoh dan tidak perlu tergesa - gesa. Apa yang saya tegaskan ialah perlu ada komitmen ke arah itu dan ia boleh dilakukan secara beransur - ansur seperti menyemarakkan pendidikan terancang kepada rakyat mengenai bencana judi dan tidak lagi menambah premis judi buat masa ini. 10. Saya melihat Pakatan Rakyat perlu menjadi contoh yang baik kepada rakyat dan negara sebagai bakal peneraju tampuk pemerintahan akan datang. Tiada ertinya melakukan perkara serupa seperti apa yang kekal dalam pemerintahan Barisan Nasional sedang kita sedar akan keburukan perkara itu seperti judi. Jika kita mahu mengekalkan mungkar yang dilakukan oleh Barisan Nasional maka tiada ertilah kita menentang mereka. Lebih baik kita sokong sahaja mereka. Bukan kah kita menetang mereka kerana kita mahu menawarkan suatu yang lebih baik dari mereka ? Murnikan Perjuangan Maknakan Kemenangan Nasrudin bin Hassan | Projek Tanjung Agas bakal susuli skandal PKFZ Posted: 07 Mar 2011 08:00 AM PST Oleh Husam Musa PERDANA Menteri ditipuoleh Menteri Kabinetnya sendiri. Tiga pendakwaan ke atas bekas Menteri Pengangkutan, Tan Sri Chan Kong Choy, melibatkan isu PKFZ.Penipuan itu nampak begitu mudah berlaku. Ia telah berlaku dan mungkin akan berlaku lagi. PM berdasarkan kertas pendakwaan itu, nampaknya tidak menggunakan nasihat Kabinet dan Jabatan- Jabatan, Unit dan Sektor yang ada di JPM untuk melindunginya dari ditipu. PM ditipu oleh menterinya di pejabat Perdana Menteri sendiri. Di mana TPM, Menteri Kabinet dan para pengarah dan pegawai? Adakah proses penipuan itu begitu simple, antara menteri dan PM saja? Tentunya aturan pembuatan keputusan oleh PM seperti itu amat berbahaya kepada negara. Kerugian tertimpa menjadi berbillion ringgit. Apa lagi jika PM sebaliknya, tanpa ditipu oleh Kabinetnya, menggunakan kuasanya untuk melaksanakan projek atau keputusan atas kehendaknya sendiri. Dan Kabinet tidak berani membetulkannya sama seperti dalam kes PKFZ ini. Hatta Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri diwaktu itu tidak dapat berbuat apa-apa. Khusus dalam kaitan isu ini ialah Projek Mega Tanjung Agas, Pekan. Jika PKFZ yang asalnya dijangka menelan belanja RM 1 B tetapi kemudian membelon melebihi RM 4 B, Tanjung Agas pula dijangka bernilai RM 8 B di atas kawasan seluas 4,700 ekar. Bayangkan kesannya kepada kewangan negara. Oleh kerana projek ini berada di Pekan, kawasan Parlimen PM, ada mana-mana menteri berani bertanya mengenainya? Tidak. Tidak ada mana-mana menteri akan berani mempersoal atau memberi pandangan mereka sehinggalah PM baru mengambil alih tempat PM sekarang satu masa kelak. Mungkin pada waktu itu ada pula kambing hitam akan didakwa kerana menipu atau lainnya. Tetapi di masa itu, bukan sahaja kacang dan nasi sudah menjadi bubur, tetapi bubur sudah pun basi dan tak dapat dimakan lagi. Projek ini seratus peratus versi PKFZ yang kedua. Kecuali jumlah kerugiannya nanti mungkin jauh lebih besar. Paling kurang, yang telah terkorban ialah Hutan Simpan Paya Laut Sungai Miang, Pekan seluas 1,393.4 ekar yang telah dijadikan sebahagian tapak projek. Pada Disember tahun lalu, PM mengumumkan suntikan RM 300 juta peruntukan Kerajaan untuk penyediaan infra. Tanjung Agas dari awal lagi diragui kemunasabahannya sebagai hub minyak dan gas. Apa lagi kita tidak mempunyai 'captive market' untuk membekalkan gas dan minyak seperri yang diperlukan dengan gambaran projek yang dilaungkan. Ia lebih berupa projek politik lebih dari projek ekonomi, selain kedudukan Kemaman yang sudah memainkan peranan tersebut. Saya lebih berminat melihat bagaimana operasi mengaut wang dari khazanah negara menerusi projek Tanjung Agas yang akan berakhir senasib dengan PKFZ berjalan - di kawasan PM sendiri - berbanding bagaimana PM telah tertipu dalam kes PKFZ. Di bawah saya salin petik satu komen dari pembaca blog Sakmongkol - andai kata apa yang tertulis adalah benar - PM perlu berikan responnya sebelum lebih banyak wang terbakar hangus di Tanjung Agas. Catatan beliau seperti berikut: Tg Agas Supply Base is total failure now as most of us expected. First launch was 16th February 2009 and now over more than a year the bakau trees are still there except road works by main contractor Putra Perdana appointed by Federal Govt who provided funds amounting RM150 million to PKNP. All 7 investor companies have left due to disillusion because the agreement was they'll only begin to invest on "ready land" meaning cleared, reclaimed empty land. TASB claim they can raise RM2 billion fund from KAF or Kenanga was just a big lie. Where are the German company that wanted to invest by taking up 350 acres to build a steel frabication yard ? They left ! Where are the American company that wanted to do a oil tank farm storage ? They left ! Where are the French company that wanted to do a supply base ? They left ! Where are the Malaysian company who wanted to do the first dredgers yard in the country ? They got booted out ! Where are the Malaysian company that JV with Daewoo to build a shipyard ? They got sodomised (hijacked)! Now, all these are not surprising for those who are in the know about the history of this project. This project was the brainchild of one Mr. Idrus and the late Captain Zizie who died a broken man (al-fatihah). They proposed Tg Agas Supply Base based on the same concept of a supply base in Scotland. Unfortunately, the two jokers (or hijackers) who are running the show now, snatched and hijacked this proposal and presented to Tengku Muda as their own. So, this is the answer to why after more than a year there's no progress except statements after statements and no action. They don't even know where to start !! We hope the Federal Govt not PKNP (which act like an office boy only) will seriously look into this because foreign investors that left have only bitter taste in their mouth about investment in Malaysia. Another PKFZ debacle ? Highly possible. These 2 jokers are smart too, they hide behind His Royal Highness and the Bendahari Bahagian Pekan, Pahang for protection. But for how long ? | bob lokman: isabella di gerbang taubat Posted: 07 Mar 2011 07:30 AM PST Oleh Nik Abduh Bob Lokman atau nama sebenarnya Mohd Hakim bin Lokman adalah seorang selebriti terkenal tanah air. Baru-baru ini, di dalam program 'Himpunan 30 Ribu Pemuda PAS' anjuran Dewan Pemuda PAS Pusat di Kedah, beliau telah mengejutkan dunia politik tanah air dengan mengisytiharkan penyertaannya ke dalam perjuangan PAS selepas menyerahkan borang keahlian kepada menteri besar negeri Kedah, YAB Dato Seri Ustaz Azizan bin Abdul Razak. Sebelum itu, Bob Lokman sebenarnya telah melakukan suatu tindakan yang lebih besar di dalam hidupnya yang juga telah mengejutkan dunia hiburan tanah air dengan melakukan 'hijrah paling profesional' iaitu melangkah ke gerbang besar paling penting dalam kehidupan manusia iaitu gerbang taubat. Pintu taubat seperti dikisahkan oleh nabi kita Muhammad sallaLlahu alaihi wasallam, keluasannya adalah memanjang dari timur hingga ke barat. Luas yang tiada taranya. Ia pula dibuka terus tanpa ditutup sehinggalah hari kiamat. Setiap manusia masing-masing akan menempuh kiamat kecilnya sendiri iaitu mati. Selagi kiamat tidak berlaku atau maut tiada menjemput, selagi itulah anak Adam berhak berjalan memasuki pintu taubat. Taubat adalah nikmat dan rahmat yang agung. Nikmat kerana pentaubat akan menikmati suatu kehidupan baru yang sungguh kudus dan menenangkan yang tiada lagi kecapan manis semanis melangkah dan bersimpuh di gerbang taubat. Rahmat kerana betapa kasih, sabar dan lapangnya Allah menerima kembali hambaNya walaupun telah begitu jauh hanyut dilambung badai maksiat dan dosa sepanjang hidupnya. Tetapi seluas mana gerbang taubat, selama mana ianya terbuka dan seindah mana tamannya, tidak ramai manusia melihatnya sebagai destinasi yang mesti dituju. Justeru setiap kali ada yang menuju dan memasukinya, maka dia akan menjadi begitu penting dan diraikan. Penting kerana dia akan menjadi sandaran buat yang lain mengenali gerbang ini. Diraikan kerana ahli taubat sebelumnya akan segera mengerumuninya, mendengar daripadanya pengalaman pahit dan menakutkan saat hanyut dibawa arus jahiliyah yang sentiasa lahap menyambar mangsanya yang lalai. Maka mereka saling kuat menguat untuk terus mengagumi nikmat dan rahmat taubat yang dikurniakan Allah kepada para hambaNya yang terpilih. Saya sempat berjabat tangan dengannya dalam majlis perhimpunan pemuda PAS yang sungguh hebat itu, tetapi tiada tuah masa untuk lebih mengenalinya. Beribu anak muda begitu kepingin untuk bergambar dengannya atau sekurang-kurangnya bersalaman dengannya. Saya melihat suasana kasih sayang dan kemeriahan yang begitu menenangkan jiwa. Bob Lokman telah berjaya menjadikan kehadiran dan penampilannya pada hari tersebut begitu menarik keyakinan anak-anak muda terhadap kebenaran perjuangan PAS memperjuangkan Islam yang syumul. Apa pun, menarik juga, melalui temuramah dengan beliau yang disiarkan oleh beberapa akhbar dan laman web yang memberikan gambaran ringkas pengalaman beliau melalui kehidupannya sebagai seorang insan seni sehinggalah beliau tiba dan menemui pintu taubat dengan izin Allah, untuk saya menitipkan beberapa butiran yang berguna untuk kita kongsikan bersama. Jika Bob Lokman membaca titipan ini, harapnya beliau dapat menyempurnakan lagi pengalaman berharga ini untuk dinikmati bersama oleh kita. Beliau memberikan sekurang-kurangnya tiga sebab penting penghijrahannya. Pertama, pembukaan akal yang dialaminya semasa beliau jatuh sakit. Kedua, keperitan hidup berkeluarga yang goyah akibat keruntuhan tahap kesihatan dan kewangannya. Ketiga, kematian mengejut rakan karib beliau. Ketiga-tiga faktor tersebut telah memberinya pembukaan akal, masa dan peluang yang lumayan untuk beliau mula berfikir secara lebih serius dan tenang mengenai kehidupan dunia yang begitu singkat dan terumbang-ambing ini. Cuba kita perhatikan, kesemuanya adalah musibah yang melanda yang ditakuti kehadirannya oleh setiap kita. Tetapi takdir Allah siapa dapat menahan. Dunia dan kehidupan adalah milikNya dan Dialah pemandu dan pengaturnya. Jika begitu, bagaimana seharusnya kita melayani kekuasaan agung ini? Jika setiap musibah yang ditakuti dan dibenci kehadirannya itu dikira sebagai satu kezaliman dan penganiayaan, maka sungguh manusia dan dunia sedang diatur oleh seorang tuhan yang zalim! Jika begitu, dalam sekelip mata, manusia akan hilang keyakinannya untuk menempuh kehidupan yang berani dan bermaruah. Mengapa harus menjadi insan mulia jika kemuliaan itu dipasung oleh kehendak tuhan yang zalim dan tiada mengenal peraturan yang adil? Perhatikan bagaimana orang yang ditimpa musibah kesakitan, kehilangan dan kesedihan, kemudian dia merasakan dirinya telah dianiaya dan tidak diadili dengan benar oleh kehidupan atau takdir atau tuhannya, dia akan ditimpa pula oleh seburuk-buruk penyakit di dalam diri iaitu barah putus asa. Apabila seseorang mula berputus asa dalam menempuh kehidupan, dia akan melakukan dua tindakan yang semakin malang; hidup berdendam terhadap kehidupan atau lebih malang, dia membunuh diri. Apabila dia menyimpan dendam, dia tidak lagi sedih untuk melakukan kejahatan seterusnya seperti mencuri, merompak, menipu, minum alkohol dan sebagainya. Baginya, apa untung hidup bermaruah jika tuhan telah tidak adil terhadapnya. Kemuncaknya, jika dia terus buntu dan tiada lagi harapan walau sebesar hama, dia akan membunuh diri. Dan anda tahu betapa buruknya membunuh diri hatta di sisi mereka yang enggan menerima kewujudan hari pembalasan. Akidah kita umat Islam, Allah adalah tuhan yang maha adil. Dengan kekuasaanNya yang mutlak, siapa yang dapat menghalangNya melakukan apa saja termasuk kezaliman? Tetapi Allah mengharamkan ke atasNya berlaku zalim. Dia adalah maha adil seadilnya. Maka Allah adalah zat yang paling sempurna sifatnya. Kerana itu, segala perbuatan Allah dalam segala kejadian alam yang tersaksi dan terlindung adalah diselubungi hikmah yang mendalam. Hikmah penuh siratan keadilan yang tersaksi dan terlindung juga. Manusia hanya mahukan kesenangan dan keseronokan nafsu nafsi sahaja. Dia meninggalkan akal, ruh, fitrah, jiwa raga dan hati sanubari yang mendiami kamar kemuliaan di dalam dirinya untuk membiarkan nafsu buasnya merajai dirinya mengaut segala apa keinginannya. Apabila dia gagal memperolehinya, apatah ditimpa pula dengan bala dan musibah, nafsunya mula memberontak seperti orang gila mencabar kehidupan di sekelilingnya. Kita, sepertilah Bob Lokman, tiada mengingini selain kesihatan, kemewahan, kebahagiaan dan kenikmatan berpanjangan. Tetapi bayangkan betapi kehendak Allah adalah melampaui segalanya. Dia melingkari kehidupan dengan kerahmatanNya agar sang hamba mendapat kenikmatan yang tak tergambar oleh nafsunya yang kerabunan sifatnya itu. Sekarang tiba masanya Allah memberikan akal dan hati untuk mengambil peranan nafsu yang dirajakan oleh manusia. Kesakitan, kehilangan orang tersayang dan porak peranda kehidupan adalah peperangan terhadap nafsu. Nafsu terdampar lemah dan kesakitan. Saat itu akal dan fitrah hati mengambil alih teraju diri. Manusia dan Bob Lokman mula melihat dari ruang pandang yang baru dan segar. Ada dunia baru yang sungguh harmoni dan menenangkan. Ia disendal dua tiang kukuh yang membentuk gerbang besar bernama taubat. Ia perjalanan yang sukar. Tetapi kesukaran diiring kemudahan apabila ianya di jalan Allah. Begitulah keadilan Ilahi. Rahmat Allah melampaui kemurkaanNya. Allah tiada berlaku zalim, tetapi manusialah yang sentiasa menzalimi dirinya. Jika hijab ghaflah dan lalai telah tersingkap, manusia tiada ingin selain bersujud di bawah duli tuhan. Sungguh bagus untuk terus mendengar daripada saudara Bob Lokman. Tazkirah adalah tentera Allah, seperti kata para hukama'. Bagaimana pula beliau boleh bersama PAS? Beliau memberitahu, tetapi ruang ini terhad untuk saya mengulas. Anda bolehlah ke blog saya untuk tambahan santai yang berguna. (Artikel ini adalah untuk kolum 'agama dan kehidupan' akhbar Siasah) http://nikabduh.wordpress.co | Berilah tempat kepada Ibrahim Ali Posted: 07 Mar 2011 07:00 AM PST Oleh Aspan Alias Pilihanraya umumakan tiba tidak lama lagi. Tanda-tanda dan dalilnya sudah banyak kita lihat dan perhatikan. Piliharaya Sarawak akan sampai selewat-lewatnya pada bulan Julai ini tetapi tanda-tanda ia akan berlaku lebih awal memang jelas kelihatan. Orang-orang politik yang bercita-cita tinggi sudah mula mundar mandir dari kawasan masing-masing ke Kuala lumpur untuk mencari jalan menjadi calun dan ada juga yang sedang mencari peluang untuk medapatkan peluang perniagaan semasa pilihanraya sudah hampir ini. Di bahagian-bahagian UMNO sudah ramai yang sedang memasang badan dan mendekati rakyat untuk mendapat sokongan jika diberi peluang untuk menjadi calun. Masalahnya setiap kawasan Parlimen atau DUN hanya seorang sahaja yang akan dicalunkan sedangkan yang memasang badan terlalu ramai. Ketua-ketua cawangan sudah mula mendapat 'handouts' mereka yang bercita-cita dan ketua-ketua cawangan ini sedang mendapat perhatian istimewa dari 'bakal-bakal' calun ini. Itu cerita di peringkat kawasan. Di peringkat pusat pula ramai penggiat politik juga sedang memasang badan dan selalu sahaja muka-muka dan wajah mereka terpampang di dada-dada akhbar. Kali ini Ibrahim Ali misaknya dengan cekap mengucapkan tahniah kepada UMNO dan BN kerana berjaya di dalam PRK Kerdau dan Merlimau walaupun beliau melangkah ke Parlimen dengan sokongan PAS. Ibrahim ini pandai orangnya. Beliau sentiasa berada dalam perhatian pimpinan dan orang ramai kerana beliau itu adalah Ibrahim Ali. Semasa beliau dipecat dari UMNO kerana bertanding sebagai calun bebas beliau adalah orang kuat Nik Aziz. Pada masa itu Nik Aziz adalah orang yang tersangat mulia dan dihormati oleh Ibrahim dan kebijaksanaan Ibrahim jugalah yang meyakinkan Nik Aziz untuk membenarkan Ibrahim bertanding menggunakan simbul PAS dan beliau telah mendapat majoriti melebihi tujuh ribu undi. Semasa Ibrahim bertanding di dalam PRK di Pasir Mas beliau hanya mendapat 600 undi sahaja kalau tidak silap saya dan telah hilang wang pertaruhannya. Dengan menggunakan pengaruh PAS dan Nik Aziz, Ibrahim berjaya menjadi Ahli Parlimen yang lantang dan didengari oleh semua orang. Sekarang Ibrahim sudah berputus arang dengan Nik Aziz dan PAS seperti dia berputus arang dengan UMNO selepas beliau dipecat sehinggakan beliau sanggup bertanding di atas tiket bebas untuk menentang UMNO. Ibrahim orang berani mengambil keputusan asalakn sahaja beliau berada di dalam arus politik tanahair. Itulah sebabnya saya selalu menasihati kawan-kawan yang sama-sama mengenali Ibrahim Ali ini supaya jangan diikutkan sangat gelagatnya semasa berbaik dengan dia sebab pada bila-bila masa beliau akan meninggalkan kita. Sebaliknya jika kita berada dalam situasi yang bertentangan dengan beliau jangan dibenci beliau habis-habisan kerana pada bila-bila masa sahaja beliau akan datang bersama kita apabila beliau ditinggalkan oleh kawan-kawan dan kumpulannya. Kepada UMNO dan BN elok diambil Ibrahim ini sebagai calun dalam pilihanraya kali ini dan kawasannya tidak lain dan tidak bukan ialah Pasir Mas. Ibrahim telah dipecat seumur hidup dari UMNO dan tidak tahulah caranya UMNO untuk menerima Ibrahim sebagai ahli UMNO. Tetapi rakan-rakan beliau yang masih berada bersama beliau hari ini mencadangkan supaya Ibrahim diberikan keistimewaan sekali lagi untuk bertanding sebagai calun bebas tetapi menggunakan simbul BN seperti yang beliau lakukan bersama PAS dalam pilihanraya UMUM yang lalu. Saya mengenali sangat Ibrahim ini kerana sudah berkawan sejak tahun 1971 lagi semasa sama-sama belajar di kampus dahulu. Beliau mahukan tempat di dalam pilihanraya yang akan datang ini. Kta rakan-rakan beliau yang rapat beliau mengharapkan akan mendapat sokongan Dr Mahathir untuk mempengaruhi UMNO atau bekerjasama dengan UMNO untuk bertanding di Pasir Mas. Pada hemat saya berikan sahajalah tempat kepada beliau supaya politik kita tidak bising sangat. Berilah tempat kepada beliau kerana beliau ialah Ibrahim Ali. Beliau adalah seorang yang cekal. Bermacam-macam orang mengata beliau. Mohamad Sabu memberikan beliau nama 'Ibrahim Kaya Parti' kerana terlalu banyak parti yang beliau sertai bermula dari parti Berjasa sampailah tidak ada parti sekarang ini. Lim Kit Siang pula memanggil beliau sebagai katak dan banyak lagi gelaran yang didengari untuk Ibrahim ini. Pengaruh beliau sebagai ketua kepada PERKASA mungkin boleh membawa sedikit sebanyak undi untuk UMNO dari kalangan orang Melayu walaupun MCA mungkin tidak bersetuju. Elok jika Ibrahim ini masih berada dalam politik negara kita walaupun beliau sentiasa berubah-berubah pendirian mengikut keadaan dan masa. Ibrahim Ali ini penting untuk berada di dalam arena politik negara. Ibrahim ini penting ibarat pentingnya garam dalam masakan kita. Dalam masakan kita mesti ada garam, barulah masakan itu sedap dimakan. Tetapi masalahnya garam ini hanyalah setakat sesedap rasa sahaja. Kalau banyak sangat dibubuh garam di dalam masakan kita masakan itu akan terlalu masin untuk dijamah. Tetapi yang pentingnya garam itu mesti ada untuk mengenakkan masakan. http://aspanaliasnet.blogspot.com/ | Kerajaan Mahasiswa UIAM Masih Tertangguh Posted: 07 Mar 2011 06:38 AM PST Oleh Muhammad Hafizuddin Sudah lebih kurang 2 minggu calon-calon yang bertanding untuk pemilihan MPP dalam pilihanraya kampus (PRK) UIAM meraikan kemenangan masing-masing. Kesyukuran yang diraikan tidak lain dan tidak bukan bersandarkan kepada keyakinan terhadap kuasa Allah yang memberikan kemenangan ini. Setelah berlalunya AGM Stdents' Representative Council (SRC) sesi yang lepas, bermulalah pembubaran kerajaan pimpinan mahasiswa. Jangkaan terbentuknya kerajaan baru selepas PRK akhirnya tidak berhasil Seolah-olah kemenangan wakil-wakil mahasiswa tidak diambil serius. Tradisi pengishtiharan kerajaan SRC yang baru pada kebiasaanya adalah melalui sistem syura yang akan dianjurkan oleh pihak pentadbiran. Sangat dikesali apabila sehingga sekarang, masih tiada sebarang tindakan daripada pihak atasan untuk mengadakan proses syura tersebut. Ini bermaksud, sehingga hari ini bidang tugas pimpinan SRC hanya mampu berada dalam skop kuliyyah masing-masing. Kerajaan SRC masih lagi belum dibentuk dan tidak disahkan lagi. Perlu ditegaskan di sini, mereka semua ahli MPP yang diberikan mandat oleh mahasiswa bukan melalui perlantikan oleh pihak pentadbiran. Oleh itu, amat memalukan andai perkara ini tidak diambil serius kerana mahasiswa UIAM tidak sama sekali bodoh. Hal ini seolah-olah menyatakan bahawa PRK yang berlaku pada semester ini adalah tidak berfungsi. PRK dianjurkan hanya untuk menutup mulut-mulut mahasiswa yang menerima bulat-bulan apa yang berlaku. Cuti semester yang semakin hampir membuktikan bahawa peranan SRC tidak akan berjaya dilihat pada semester ini. Rasional SRC perlu disahkan dalam masa yang cepat adalah kerana: 1. Mandat mahasiswa Sebarang alasan yang diberikan oleh pihak pentadbiran tidak sepatutnya menjadi penyebab utama atas kelembapan proses tersebut. Amanah dan tanggungjawab SRC untuk membawa suara mahasiswa tidak sepatutnya disekat atas alasan birokrasi dan sealirannya. Kondisi kehangatan PRK pada baru-baru ini seolah-olah terus membeku. Hal ini akan membantutkan kefahaman pendidikan politik dalam kalangan mahasiswa. Justeru, diharapkan pihak pentadbiran UIAM selaku pihak paling berkuasa dapat menyelesaikan masalah tersebut. Walaupun ianya masalah terpencil, namun impaknya amat besar. Mahasiswa UIAM masih tertunggu-tunggu di manakah pimpinan SRC yang dipilih oleh mereka. WE UNITE FOR ISLAM Muhammad Hafizuddin Bin Muhamed Noor | Pendaftaran Pakatan, ROS kena bagi penjelasan- Saifuddin Nasution Posted: 07 Mar 2011 06:00 AM PST KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution berkata Pendaftar Pertubuhan (ROS) perlu memberi penjelasan berhubung keengganan badan itu meluluskan permohonan Pakatan Rakyat sebagai satu entiti politik yang sah. Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar bahawa Pakatan Rakyat perlu mendaftar dengan ROS kerana dilihat sering melanggar peraturan kempen pilihan raya, terutama dalam isu penggunaan lambang parti bertanding. "ROS patut memberikan penjelasan kalau ada halangan, peraturan tak lengkap dan sebagainya sehingga tak membolehkan mereka luluskan (pendaftaran Pakatan Rakyat). Mereka kena beritahu dan kemudian kita akan perbetulkan. Soal niat dan hasrat kita untuk mendaftar telah kita kemukakan secara rasmi. Bola di kaki SPR," kata beliau ketika ditemui di lobi parlimen tengahari tadi. Menurut Saifuddin, pendaftaran itu telah dilakukan sejak 2009, namun sehingga kini ROS masih berdiam diri sedangkan SPR pula memberikan tekanan kepada Pakatan Rakyat supaya ia didaftar sebagai sebuah entiti politik. "Ada dua isu sebenarnya, satu ialah pendaftaran dengan ROS, satu lagi pendaftaran dengan SPR. Parti politik tak daftar dengan SPR, kita cuma daftar lambang. Daftar dengan ROS telah kita buat dua tahun di mana pengerusi penaja kita ialah Zaid Ibrahim (bekas Pengerusi KEADILAN Wilayah persekutuan). Menurut Saifuddin, terdapat dwistandard dalam amalan ROS kerana tidak meluluskan Pakatan sebagai sebuah entiti ketika permohonan itu diuruskan Zaid, tetapi apabila Zaid mendaftarkan Parti KITA, ROS meluluskannya dalam masa sebulan. "Kita ada satu keadaan di mana di satu sisi ROS diam terhadap permohonan kita, di satu sisi SPR menekan kita untuk mendaftar kononnya kita menyalahi peraturan pilihan raya selama 16 pilihan raya. Tetapi SPR juga diam dalam soal penggunaan jentera kerajaan, pengumuman bantuan dana kerajaan dan sebagainya,"ujarnya. | Tahan Anwar secara tak sah bukti usaha jahat curi sampel DNA Posted: 07 Mar 2011 05:30 AM PST KUALA LUMPUR: Penahanan tidak sah Datuk Seri Anwar Ibrahim membuktikan wujud usaha jahat untuk mencuri sampel DNA Ketua Pembangkang itu, kata Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua. Beliau percaya usaha itu sudah dirancang lebih awal lagi bagi memfitnah Anwar dan mencipta bukti bagi mengukuhkan kes Fitnah II supaya Ketua Umum KEADILAN itu, disabit kesalahan. "Nampaknya ia rancangan yang tersusun lebih awal untuk mencuri DNA daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya kepada KeadilanDaily, hari ini. Tian berkata, kenyataan pendakwa raya bahawa seseorang yang ditahan tidak ada hak kebersendirian mengukuhkan teori konspirasi terhadap Anwar. "Kalau ikut logik DPP, seseorang yang ditahan tidak lagi mempunyai hak privasi. Ini sangat berbahaya. "Ini juga menunjukkan mereka mengaku melanggar undang-undang dan tidak menghormati hak asasi manusia yang ditahan," kata Tian. Anwar kini berhadapan kes Fitnah II yang cuba mengaitkannya dengan tuduhan liwat – ulangan wayang 1998. Perbicaraan itu kini memasuki peringkat bicara dalam perbicaraan bagi menolak barang-barang yang diperolehi daripada Anwar pada malam beliau ditahan secara tidak sah pada 16 Julai 2008. Esok, Hakim Mohamad Zaibidin dijangka memberi keputusan sama ada mahkamah menerima atau menolak berus gigi, tuala 'Good Morning', serta botol air mineral 'Cactus', sebagai bahan bukti atau sebaliknya. | Tiada helah, ugutan dapatkan sampel DNA Anwar Posted: 07 Mar 2011 05:00 AM PST KUALA LUMPUR, 7 Mac – Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu tidak ada sebarang helah, pujukan, ugutan atau janji dibuat bagi mendapatkan empat sampel dari lokap tempat Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan semalaman pada 16 Julai 2008. Sehubungan itu, Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden yang mengetuai pendakwaan berkata, mahkamah perlu menerima kesemua sampel tersebut sebagai barang kes dalam perbicaraan kes liwat Anwar, serta menolak permohonan pembelaan untuk tidak dimasukkan kerana ia didakwa diperoleh secara tidak sah. "Anwar tidak diperdaya agar menggunakan berus gigi dan tuala atau minum air mineral tersebut. Selain itu, tidak ada sebarang pujukan, ugutan atau tekanan dilakukan terhadapnya ketika dia berada dalam lokap," katanya ketika berhujah di akhir prosiding bicara dalam bicara hari ini. Beliau berkata jika keputusan mahkamah memihak kepada pendakwaan, dua saksinya iaitu ahli kimia Nor Aidora Saedon dan bekas ketua makmal forensic Polis Diraja Malaysia Cheras DSP Amidon Anan, perlu dipanggil semula untuk proses mengemuka serta menanda keempat-empat barang kes sebagai "P" (barang kes pendakwaan). Barang kes berkenaan ialah ubat gigi, berus gigi, tuala Good Morning dan sebotol air mineral yang diambil Amidon dari lokap tersebut, yang kemudian disahkan oleh Nor Aidora mengandungi profil DNA milik ''lelaki Y'', yang air maninya ditemui pada dubur pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Mohamed Yusof yang merujuk lebih 10 prinsip undang-undang nasional dan antarabangsa berkata, walaupun mempunyai budi bicara untuk tidak memasukkan bukti yang diperoleh secara tidak sah, mahkamah tidak boleh berbuat demikian jika ia relevan terhadap kes. Beliau juga berkata penahanan Anwar pada 16 Julai 2008 adalah sah kerana pegawai yang membuat tangkapan, iaitu DSP Ahmad Taufik Abdullah, telah berbuat demikian ketika beliau menyerahkan waran tangkap di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPK KL) pada kira-kira 2 petang hari berkenaan, sebelum kenyataan tertuduh dirakam pegawai penyiasat DSP Jude Blacious Pereira. "Anwar sendiri mengakui telah menandatangani satu dokumen yang diberikan kepadanya oleh DSP Ahmad Taufik pada hari tersebut, yang jelas menyebut dia ditahan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, iaitu berhubung kesalahan liwat," katanya. Mohamed Yusof berkata mahkamah tidak mempunyai sebab untuk menolak keterangan saksi pendakwaan itu kerana beliau ditugaskan menahan Anwar oleh pegawai atasannya, iaitu Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Seri Bakri Zinin. Katanya, walaupun polis diberi kuasa menahan mana-mana individu tidak melebihi 24 jam tanpa memberikan sebarang sebab, namun dalam kes ini, Anwar dan peguamnya S.N.Nair telah dimaklumkan mengenai alasan penahanan. "Polis telah mematuhi semua undang-undang berkaitan, dan Anwar dimaklumkan mengenai sebab dia ditahan sebaik dibawa ke IPK KL oleh DSP Ahmad Taufik, diikuti oleh DSP Judy, jadi dakwaan tertuduh dan Nair yang mereka tidak diberitahu adalah tidak benar," katanya. Mohamed Yusof juga berkata dalam kes ini, penahanan Anwar dilakukan selepas pengadu menjalani pemeriksaan kesihatan, diikuti pengumpulan sampel sebelum disahkan menerusi ujian DNA. "Kami memperoleh waran tangkap pada 15 Julai 2008, dan dalam keadaan biasa, suspek akan dimasukkan ke lokap terlebih dahulu sebelum disiasat," katanya. Anwar, 63, didakwa meliwat pembantu peribadinya Mohd Saiful, 25, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. Sementara itu, peguam Karpal Singh berhujah mahkamah perlu membenarkan permohonan pembelaan untuk tidak memasukkan sampel berkenaan dalam perbicaraan kes liwat kerana mengikut Kanun Prosedur Jenayah (KPJ), seseorang yang ditahan perlu dimaklumkan sebabnya, namun dalam kes Anwar, perkara tersebut tidak dilakukan. Karpal berkata keterangan Ahmad Taufik perlu dipadam kerana saksi itu hanya bergantung kepada salinan waran tangkap yang merupakan keterangan sekunder. Beliau berkata mahkamah juga perlu menolak dokumen itu serta keterangan lisan Ahmad Taufik kerana ia tidak memenuhi keperluan KPJ. Katanya, penahanan Anwar adalah tidak sah kerana sebelum itu, tertuduh telah mengaturkan dengan DSP Jude untuk berada di IPK KL pada 2 petang, namun sepasukan polis komando telah menahannya terlebih dahulu iaitu sekitar 12.30 tengah hari. "Di sini, (Anwar) ada masa hampir sejam setengah sebelum janji temu tersebut, jadi tindakan polis adalah tidak wajar dan keterlaluan," katanya. Karpal juga berkata DSP Jude dan anggota polis yang bertugas pada hari kejadian sepatutnya dipanggil sebagai saksi bagi menyangkal keterangan bersumpah Anwar, Nair dan R. Sivarasa. Terdahulu, mahkamah menolak permohonan pendakwaan bagi memanggil semula Ahmad Taufik untuk mengemukakan waran tangkap asal. Mohamed Yusof berkata dokumen itu tersalah letak dan Ahmad Taufik telah pun menemui salinan asalnya.Karpal pula berhujah ini merupakan prosiding kes jenayah dan pendakwaan sepatutnya mengemukakan dokumen tersebut semasa perbicaraan. Selain itu, beliau berkata hari ini telah ditetapkan untuk penggulungan hujah dan mahkamah patut meneruskannya Karpal akan menjawab hujah Mohamed Yusoff esok sebelum Hakim Datuk Zabidin Mohd Diah membuat keputusan. – Bernama | Nik Aziz: Umno-BN belakangi demokrasi umpama bom jangka Posted: 07 Mar 2011 04:30 AM PST KOTA BARU, 7 Mac – Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan pemimpin-pemimpin Umno dan BN bahawa tindakan mereka membelakangkan demokrasi akan menjadi "bom jangka" yang boleh meletup bila-bila masa. "Ia bakal menjadi bom jangka yang dilemparkan oleh golongan ini kemudian hari nanti, jadi beringat-ingatlah... jangan berbuat sesuka hati," kata Nik Aziz mengulas keputusan dua pilihan raya kecil serentak DUN Kerdau dan Merlimau di sini hari ini. Dipetik Harakahdaily hari ini, kata Menteri Besar Kelantan, pemimpin tertinggi Umno tidak perlu bermegah dengan kemenangan calon mereka di dua pilihanraya kecil, Merlimau dan Kerdau, kerana perlawanan itu tidak berlandaskan demokrasi. Menurutnya, PAS bukan menentang calon Umno sebaliknya parti kerajaan yang disokong oleh segala jentera kerajaan negeri dan persekutuan. Sehubungan itu kata beliau, jika bekas presiden Mesir Hosni Mubarak, pemimpin yang berkuasa besar, akhirnya digulingkan oleh rakyat sendiri, apa lagi di Malaysia yang turut boleh menyaksikan nasib yang sama. Dalam reaksi segera malam tadi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyifatkan kemenangan besar BN pada pilihan raya kecil DUN Merlimau dan Kerdau adalah sangat signifikan. Najib yang juga Pengerusi BN dalam mengucapkan terima kasih kepada para pengundi kerana menyokong BN, berkata kerajaan BN yang melakukan yang terbaik untuk mereka. BN mengekalkan kerusi DUN Merlimau apabila calonnya Roslan Ahmad menewaskan calon PAS Yuhaizat Abdullah dengan majoriti 3,643 undi. Roslan memperoleh 5,962 undi berbanding Yuhaizad, 2,319 undi. Di Kerdau, calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad menewaskan calon PAS Hasanuddin Salim dengan majoriti 2,724 undi. Syed Ibrahim memperoleh 5,060 undi sementara Hasanuddin 2,336 undi. Termasuk kerusi DUN Merlimau dan Kerdau, PAS sudah tewas dalam empat pilihan raya kecil sejak November lalu. Nik Aziz berkata, di Malaysia walaupun mengamalkan demokrasi, namun hakikatnya "dia mahu kerasi" sehingga pilihan raya sebenar sudah tidak wujud di negara ini. Menurutnya, PAS sebagai sebuah parti telah menentang calon kerajaan pemerintah dan bukannya menentang calon parti Umno atau BN. "Ini amat tidak adil, ia berdosa dunia akhirat. Kerana itu golongan muda sekarang semakin memahami masalah demokrasi semakin tiada di negara ini sehingga mereka menjadi pendendam akibat membelangkan demokrasi yang mereka pelajari," katanya. Nik Aziz menambah, beliau sebagai anggota PAS sekali-kali tidak meredhai dunia akhirat pada mana-mana pemimpin negara terhadap pengkhianatan demokrasi dalam apa juga perkara terutama dalam pilihan raya. Walaupun akur dengan keputusan pilihan raya terbabit, namun hakikatnya keputusan sebenar tidak sedemikian. "Tengok semalam sebagai contohnya, bagaimana seorang penyokong Umno yang telah menyertai PAS tiba-tiba mengisytiharkan semula menyertai Umno. "Kenapa perkara ini berlaku sekiranya tiada tekanan demi tekanan, ini bukan demokrasi," katanya. Ketika ditanya sama ada pengundi Melayu turut menolak PAS pada pilihan raya kecil baru-baru ini di peti undi tertentu apabila didapati kurang sokongan, beliau berkata, apa yang dipertikaikannya sekarang ialah soal demokrasi. Beliau turut mendakwa rakyat masih disogok dengan pembangunan walaupun ia dibuat apabila tiba waktu pilihanraya sahaja. "Pembangunan akan muncul hanya bila ada pilihan raya, khususnya pilihan raya kecil," ujar Nik Aziz. | Syabas Yb Taki, Syabas Pas Kelantan! Posted: 07 Mar 2011 04:00 AM PST PAS Kelantan kekal haram judi termasuk loteri kebajikan KOTA BARU, 7 Mac – Kerajaan PAS Kelantan tetap mempertahankan pendiriannya mengharamkan segala bentuk perjudian termasuk loteri kebajikan di negeri itu walaupun didesak sekutunya DAP supaya menarik balik pengharaman tersebut. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata kerajaan negeri tidak akan berganjak dengan keputusan itu kerana perjudian bagi setiap agama tidak pernah diterima oleh penganutnya. Sehubungan itu, beliau menjemput Pengerusi DAP, Karpal Singh, untuk dating ke Kelantan dan melihat sendiri bagaimana sistem pemerintahan Islam yang diamalkan termasuk mengharamkan judi dapat menjamin kesejahteraan rakyat dan menghalang masalah sosial daripada berlaku. Takiyuddin turut mempelawa Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan ahli jawatankuasa pusat parti itu, Datuk Ti Lian Ker untuk berdialog berhubung pengharaman penjualan tiket loteri Big Sweep. "Kita tidak boleh berkompromi terhadap perjudian yang mana agama lain turut mengharamkannya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Pada 28 Februari lalu, pihak berkuasa tempatan menyaman dua pemilik kedai buku di negeri ini kerana menjual tiket loteri menyebabkan timbul dakwaan bahawa Kerajaan PAS Kelantan menidakkan hak penganut agama lain di negeri ini. Ekoran pengharaman itu, Karpal mendesak Kerajaan PAS Kelantan supaya menarik balik pengharaman itu memandangkan ia dibenarkan kepada kaum bukan Islam di bawah Undang-undang kerajaan persekutuan dan Kelantan tidak terkecuali. Sementara itu, Dr Chua seperti dilaporkan sebuah akhbar hari ini berkata, MCA akan membawa isu tersebut ke mahkamah sekiranya PAS Kelantan masih bertegas untuk mengharamkannya. Takiyuddin berkata kerajaan PAS Kelantan tidak dapat menghalang tindakan undang-undang MCA dan bersedia menghadapi apa jua cabaran. – Bernama | 'Anugerah' Wanita Pertama Sarawak bukti gelagat Rosmah menular Posted: 07 Mar 2011 03:30 AM PST KUALA LUMPUR: Kenyataan Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud yang 'menganugerah' isteri barunya, Ragad Waleed Alkurdi sebagai Wanita Pertama Sarawak, menunjukkan 'gejala Rosmah' kian berkeluasa. "Saya yakin, selepas ini akan lebih ramai isteri Menteri Besar dan Ketua Menteri yang menuntut pangkat baharu ciptaan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor," kata Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin. Sebelum ini, Rosmah kerap mengaku sebagai Wanita Pertama Malaysia atau First Lady dengan membuka pejabat First Lady of Malaysia (FLOM) di Jabatan Perdana Menteri. Rosmah juga menganjurkan Sidang Kemuncak Wanita Pertama dengan belanja jutaan ringgit, selain iklannya terpapar di akhbar luar negara dengan menonjolkan isteri Datuk Seri Najib Razak itu sebagai Wanita Pertama Malaysia. Dalam kenyataan media hari ini, Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang berkata, 'penganuerahan' itu adalah bukti tamak haloba dan tabiat gila pangkat di kalangan pemimpin Umno Barisan Nasional (BN) sudah pada tahap ekstrem. Beliau kesal kerana rakyat menderita menanggung bebanan kenaikan harga barang dan hutang yang bertambah, pemimpin Umno BN sibuk sedang mengagih-agih kekayaan dan pangkat buat ahli keluarga dan kroni. "Inilah tanda-tanda seolah mereka sudah sedar bahawa kuasa perubahan rakyat semakin mara, dan kekalahan BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti, bukan suatu yang mustahil. "Maka, sebelum terlambat pengorup harta rakyat ini segera mengaut harta dan pangkat buat saraan sehingga tujuh keturunan sebelum dijatuhkan kuasa rakyat kelak," katanya. | Umno menang di kubu kuat sendiri- Saifuddin Nasution Posted: 07 Mar 2011 03:00 AM PST KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution berkata, kekalahan Pas dan Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Kecil Dun Kerdau dan Merlimau tidak boleh dijadikan ukuran sokongan keseluruhan pengundi kepada Barisan Nasional. "Kekalahan ini berlaku di kubu BN, kita rasa tidak ada sebab untuk kita merasa begitu tersentak. Sekiranya Keadilan meletakkan calon di Hulu Selangor yang sebelum itu dimenangi Keadilan dan kalah di situ, tentunya ada sebab untuk kita merasa bimbang. Begitu juga Umno, tentu Umno ada sebab untuk merasa bimbang bila mereka kalah di Hulu Terengganu, yang menjadi kubu kuat BN. "Di Kerdau dan Merlimau kita tahu secara tradisi kawasan ini adalah kubu kuat BN," katanya ketika ditemui di lobi parlimen selepas perasmian pembukaan parlimen tengahari tadi. Ketika ditanya samada isu peneroka Felda yang dibawa Pakatan tidak lagi relevan, beliau menafikan dan menjelaskan bahawa Pakatan akan tetap meneruskan usaha memenangi sokongan pengundi di kawasan tanah rancangan itu. "Isu Felda bukan isu recycle, isu Felda adalah isu semasa, cuma ia diolah untuk memahamkan peneroka Felda. Dengan adanya harga komoditi yang baik, tentunya peneroka Felda merasa berterima kasih kepada kerajaan," katanya. Beliau memberi contoh Parlimen Padang Terap yang pernah pada satu ketika dahulu menjadi kubu kuat Umno kerana faktor Felda dengan memperolehi majoriti 6,000 undi, akhirnya berjaya ditembusi Pakatan Rakyat. "Waktu itu Umno menang begitu selesa, maknanya 6,000 undi yang diperolehi BN tidak dapat selamatkan Padang Terap. "Pakatan perlu bekerja lebih kuat kerana di Kerdau, undi Pakatan cuma merosot sebanyak 180 undi. Kemenangan BN juga disebabkan peratusan keluar mengundi yang tinggi," ujarnya. | Facebook, twitter cuba disekat di Parlimen? Posted: 07 Mar 2011 02:30 AM PST KUALA LUMPUR: Aplikasi laman sosial seperti Facebook, Twitter dan Skype disekat penggunaannya di Parlimen, untuk tempoh tertentu. Perkara ini disedari Ahli Parlimen Batu, Tian Chua sewaktu beliau cuba mengakses laman Twitter-nya untuk menyampaikan butiran ringkas lintas langsung dari Parlimen. Kepada KeadilanDaily, beliau berkata, perbuataan itu petanda jelas Umno Barisan Nasional (BN) tidak ubah seperti rejim autokratik lain yang takut rakyat bangkit menentang kezaliman mereka menerusi aplikasi sosial itu. "Semua kerajaan atau rejim autoritarian khuatir dengan aplikasi rangkaian sosial. "Walaupun Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berulang-kali menegaskan kita tidak seperti Mesir, kita bukan Libya, namun reaksi mereka yang mula menyekat aplikasi ini, mirip dengan diktator lain," katanya. Ironinya, kata Tian, perbuatan kerajaan Umno BN itu dibuat ketika Yang DiPertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dalam ucapan perasmian di Parlimen hari ini, menyeru negara mendekati inovasi multimedia. Bagaimanapun, KeadilanDaily difahamkan, sekatan aplikasi itu kemudiannya ditarik balik selepas beberapa wartawan mengadu hal itu pada satu sidang media. | Posted: 07 Mar 2011 02:00 AM PST Subky Latif TUN Dr. Mahathir yang semasa menjadi Perdana Menteri dulu berbalah dengan Mufti Selangor, Almarhum Datuk Ishak Baharom, maka sekarang berbalah pula dengan Menteri Besar Kelantan atas mantik yang Tok Guru itu sebut beliau tidak gembira jadi orang Melayu. Tumpang menyelar Tok Guru itu ialah Dato Seri Ismail Sabri Yaakub, Menteri hal ehwal pengguna dan koperasi dengan meragui pegangan agamanya berkemungkinan tidak gembira pula jadi orang Islam. Perleceh Dr. Mahathir itu sudah agak teruk tetapi perleceh Ismail Sabri lagi teruk. Selepas Dr. Mahathir puas hati berbalah dengan Tun Abdullah Badawi, tiada orang lain lagi hendak diajak berbalah, dia berbalah dengan Tok Guru Nik Abdul Aziz. Yang dia marah sangat pemimpin ulama itu bersabit dua perkara, Tok Guru tidak gembira jadi orang Melayu. Kedua sesudah ada Islam mengapa nak berjuang lagi dengan fahaman nasionalisma? Kemudian dibangkitkan lagi isu basi parti tok guru itu mengkafirkan penyokong-penyokong partinya. Banyak yang boleh dikupas isu yang diperbalahkan itu. Perhatian saya kali ini ialah bahayanya perbalahan itu disabaitkan berbalah dengan ulama. Tidak banyak untungnya berbalah dengan Abdullah Badawi atau Tengku Razaleligh atau Tun Musa Hitam gara-gara berebut kuasa. Tetapi amat teruk kesannya kalau berbalah dengan Menteri Besar Kelantan disabitkan berbalah dengan ulama. Apa Tok Guru itu Dr. Mahathir dan Ismail Sabri terima sebagai ulama atau tidak, ia adalah masalah kedua mereka. Tetapi pandangan umum masyarakat dalam dan luar negeri beliau adalah seorang ulama yang beramal dengan ilmunya dan menghabiskan masa dengan melaksana sebaik-baiknya apa yang dikehendaki oleh Islam. Sejak balik dari Mesir tidak putus-putus mengadakan kuliah hari Jumaat yang dihadiri oleh beribu-ribu. Orang datang dari dekat dan jauh bermotor dan berjalan kaki untuk mendengar kuliahnya. Setiap ada kelapangan selepas solat fardu bertazkirah lima minit atau sepuluh minit. Lebih banyak mengajar dari berbual. Ramai orang berpangkat dan berada mengikuti kuliahnya tetapi lebih ramai orang miskin dan bawah. Membanyakkan solat sunat dan selalu berpuasa. Kehidupan hariannya sederhana. Seorang maulana dari Pakistan membandingkan semasa menjadi tetamu Menteri Besar itu di rumah kampungnya dengan makan di rumah reaktor pusat pengajian tinggi Islam berbangsa Arab. Menteri Besar mengangkat sendiri hidangan tetapi yang seorang lagi dilayan dua pelayan sepanjang tempoh makan. Kitab-kitab tua mempertikai ulama yang bekerja di bawah raja. Maka beliau tidak termasuk sebagai orang makan gaji. Dengan latar belakang itu beliau dapat dikelaskan sebagai ulama besar dan berperanan serta bebas menyatakan pandangannya tentang Islam kepada semua – Islam dan bukan Islam. Dengan ciri-ciri ulama yang ada itu, maka amat malang dan rugilah mereka yang berbalah dengannya. Sekalipun ada kelemahan dan kekurangan kerana bukan maksum, tetapi ia tidak mencacatkan kedudukan sebagai waris para anbia. Sebagai seorang yang banyak menyelit mantik dalam cakap-cakapnya, maka silap bagi tukang lawak dan kaki temberang mencelanya tanpa mengkaji apa tersirat dan tersurat dalam kenyataannya. Berat kifarat orang yang berbalah dengan ulama. Satu kisah seorang pintar, bijak dan berduit yang bergiat dalam politik sebelum merdeka. Dia asyik memperleceh ulama dan pandangan ulama. Ada orang mengingatkan tentang akibat buruk merendahkan ulama. Ditakdir dia terlibat dengan judi. Jadi pada kedana, pernah berkaki ayam dan berbasikal buruk. Kepintarannya tidak berguna lagi. Ada yang percaya ia adalah gara-gara memperkecilkan ulama. Berhati-hatilah supaya tak jadi penentang ulama. Kalau kita ditakdirkan tidak menjadi ulama, maka berusahalah menjadi kawan ulama, pembantu ulama dan pengikut ulama. Zaman dulu ketika dunia tidak ramai sarjana dan berijazah kedoktroan, orang berlumba-lumba untuk menjadi khadam ulama. Saya terpesona melihat murid-murid Hassan Nadawi berebut mencabut tulang dari lauk di pinggan tok guru itu. Mereka mencari keberkatan. Saya tidak mengesyorkan supaya sang menteri jadi begitu, tetapi berjaga-jagalah supaya tidak bermasalah dengan ulama. | Shukur Harun: Iktibar dari siri kekalahan PAS Posted: 07 Mar 2011 01:30 AM PST Abd Shukur Harun Ada beberapa iktibar dari siri kekalahan PAS dalam pilihan raya kecil yang lalu – yang terkini Kerdau dan Merlimau. Petunjuk dan iktibar ini sangat perlu diberikan perhatian oleh PAS di semua peringkat. Petunjuk itu ialah: 1. Persiapan PAS di peringkat akar umbi masih lemah, masih berada di 'zon selesa'. 2. Kerja-kerja secara ad-hock dilakukan ketika kempen. 3. Belum mampu menangkis tohmahan BN bahawa PAS menjadi alat DAP untuk melemahkan 'kuasa' Melayu. 4. Berkesannya kempen perkauman yang masih ditiupkan oleh BN, terutama di kawasan pedalaman. 5. Penerangan PAS di peringkat akar umbi masih lemah. 6. Belum ada keupayaan PAS mendekati dan seterusnya menawan hati pengundi, khususnya di kawasan pedalaman. 7. Kesedaran politik di kalangan kebanyakan pengundi di pedalaman masih di tahap rendah. Adalah sangat ketara dalam siri pilihan raya kecil di mana belum ada persiapan cukup di peringkat cawangan, kawasan, bahkan peringkat negeri untuk bertanding, walaupun keghairahan untuk bertanding di kalangan ahli sangat tinggi. Sesetengahnya pula sentiasa membina harapan tinggi kepada pertolongan para pendukung PAS dari negeri-negeri lain. Dengan itu apabila berlaku pilihanraya kecil, biasanya yang diutamakan ialah mencari tempat untuk petugas luar beroperasi. Ini bukanlah tidak penting, tetapi yang paling utama ialah mengatur gerak kerja peringkat cawangan, UPU dan sebagainya. Kemudian barulah membuat persiapan untuk menerima petugas luar kawasan. Pimpinan negeri di mana pilihan raya akan diadakan belum dapat mengukur secara konkrit kekuatan sendiri di Dun atau Parlimen yang hendak ditandingi oleh PAS. Adalah tidak munasabah jika kekuatan diukur berdasarkan andaian atau agakan semata-mata. Disebabkan belum cukup persiapan, maka kerja-kerja yang dilakukan seperti mengenal pasti kedudukan pengundi dan kaedah mendekatinya telah dibuat secara ad-hock. Hasilnya mengecewakan. Sementara itu isu-isu yang dikira berkesan untuk diketengahkan kepada pengundi juga tidak dibincangkan secara khusus dan terperinci. Yang paling ketara pendukung PAS belum dapat menangkis secara berkesan fitnah BN bahawa PAS menjadi alat DAP. Dari pengamatan saya, isu ini tidak digarap dengan baik oleh penceramah dan perayu undi PAS. Mursyidul 'Am PAS, Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat telah berulangkali mengeluarkan hujah bernas mengenai isu ini, di mana katanya, antara lain, persahabatan PAS dengan DAP, telah membuka peluang luas bagi menerangkan keadilan Islam dan sebagainya hingga semakin ramai orang bukan Islam menaruh minat untuk memahami Islam. Hujah Tuan Guru lagi bahawa jika Islam selamat maka Melayu selamat, Cina selamat, India selamat dan kaum-kaum lain juga selamat. Tetapi jika Melayu selamat, belum tentu Islam selamat. Hujahnya yang menarik ini belum lagi dihuraikan secara terperinci oleh pendukung PAS. Pengertian 'selamat' jika Islam selamat serta tafsiran mengenai keadilan Islam juga belum lagi dihuraikan oleh para pengkempen PAS. Mendedahkan penyelewengan, rasuah dan sebagainya yang dilakukan oleh BN memang sesuatu yang wajar, tetapi kegagalan menerangkan kefahaman Islam secara mudah dan berkesan kepada pengundi pedalaman adalah menghambat kemenangan PAS. Sudah sampai masanya pendekatan ini dilakukan sesegera mungkin pada ketika PRU Ke-13 hampir tiba. Jentera penerangan adalah urat nadi dan penggerak utama sesebuah parti politik. Justru lemahnya jentera penerangan, bermakna lemahnya jentera parti. Berdasarkan pengamatan kepada siri pilihan raya kecil, terutamanya di Hulu Selangor tempuh hari, di mana calon PKR pada masa itu kalah, kita menyaksikan betapa lemahnya jentera penerangan Pakatan Rakyat walaupin Pakatan Rakyat sudah memerintah Selangor. Di samping itu Pakatan Rakyat perlulah meningkatkan penerangan mengenai kesedaran politik di kalangan pengundi, terutamanya di kawasan pedalaman. Dalam hal ini oleh kerana PAS berdepan dengan kebanyakan pengundi kawasan pedalaman, maka ia perlu menggandakan usahanya menerangkan kepada pengundi akan kesedaran politik, nilai dan haknya sebagai pengundi, kepentingan masa depan mereka dan sebagainya. Suatu hal yang sangat menarik ialah semakin eratnya perpaduan di antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat. Dalam kempen PAS di Merlimau dan Kerdau beberapa hari lalu dan juga dalam pilihan raya kecil di Bagan Pinang, Manik Urai, Galas, Tenang dulu, para petugas DAP dan PKR memberikan bantuan yang sangat berkesan. DAP telah menggerakan jentera kempennya yang sangat kuat membantu calon PAS secara maksima di kawasan pengundi Cina. Ini adalah manifestasi menunjukkan persahabatan eratnya dengan PAS. Demikian juga PKR yang banyak berkempen di kawasan pengundi Melayu dan India juga menunjukkan kesungguhan membantu calon PAS. Ini adalah petanda yang sangat memberansangkan bahawa perpaduan dalam Pakatan Rakyat ini tetap utuh walaupun pelbagai usaha dilakulkan oleh musuh Pakatan untuk memecahkannya. Saya yakin warga Pakatan Rakyat tidak merasa terlalu kecewa dengan siri-siri kekalahan PR dalam pilihan raya kecil yang dialami selama ini. Semangat PRU 2008 dulu di mana telah berlaku tsunami politik dengan kemenangan besar Pakatan Rakyat, tidak mustahil boleh disemarakkan kembali di mana kemenangan besar itu boleh diulangi kembali dengan syarat ada perancangan yang cukup, kerja berstrategi dan bijaksana. Dari pengamatan saya, generasi muda, Insya-Allah, akan menyokong Pakatan Rakyat, khususnya dalam PRU Ke13 akan datang. Tetapi dalam masa yang sama kita sama sekali tidak meninggalkan generasi lama di mana saya sendiri adalah dari golongan generasi lama. Namun saya berusaha memahami dan menyertai aspirasi generasi baru, justru mereka adalah masa depan Malaysia. | Fitnah: Titah Agong sangat relevan Posted: 07 Mar 2011 01:00 AM PST Hazayani Zakaria KUALA LUMPUR, 7 Mac: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin mengenai budaya fitnah sebagai sangat relevan dengan situasi politik negara ketika ini. Mahfuz yang merupakan ahli Parlimen Pokok Sena berkata, budaya fitnah memfinah yang berlaku dalam politik hari ini menyebabkan Malaysia lari daripada landasan demokrasi yang sebenar. Beliau berkata demikian sebagai mengulas titah Tuanku Mizan sempena mesyuarat pertama penggal keempat Parlimen ke-12, hari ini. "Peringatan Tuanku Mizan sangat relevan khususnya budaya fitnah yang sedang menguasai persekitaran politik negara ketika ini. "Peringatan ini sangat relevan kerana fitnah akan menyebabkan negara kita terbabas dari landasan yang betul. Kita sudah pun terbabas daripada landasan demokrasi yang sebenar kerana landasan demokrasi yang sebenar ialah kekuatan politik itu mesti berasaskan kepada intelektual, bukan berdasarkan budaya ganas dan fitnah," kata beliau ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini. Menurutnya, pemimpin-pemimpin semua parti harus memberi perhatian terhadap seruan Tuanku Mizan agar semua pihak menjauhi fitnah untuk mencapai taraf negara maju. Beliau turut merujuk kepada fitnah terbaru yang dilakukan Umno BN terhadap Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pada pilihan raya kecil Dun Kerdau. Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang difitnah membeli tanah peneroka Felda menggunakan nama isterinya. "Peringatan mengenai ftnah ini sangat wajar untuk diberi perhatian kerana yang terbaru berlaku di Merlimau dan Kerdau apabila pemimpin-pemimpin seperti Datuk Tuan Ibrahim difitnah dan sebagainya. "Ini satu perkara yang tidak sewajarnya berlaku dalam negara ini. Dalam usaha kita nak mencapai negara maju kita tak boleh maju berasaskan fitnah dan rasuah," katanya. Tuanku Mizan semasa bertitah merasmikan persidang Dewan Rakyat menyeru semua pihak agar menjauhi perbuatan fitnah yang boleh menggugat perpaduan dan keharmonian negara. "Beta menyeru semua pihak agar sentiasa mengekalkan keharmonian serta maruah negara. "Jadilah warga yang bijak, bertanggungawab dan tidak mudah terpengaruh dengan fitnah dan tohmahan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. "Sayugia diingatkan bahawa perbuatan fitnah memfitnah boleh menjejaskan perpaduan rakyat adalah perbuatan yang amat tercela dan dilarang oleh semua agama. "Ambillah iktibar daripada keruntuhan beberapa empayar terdahulu akibat perpecahan angkara fitnah," titah Tuanku Mizan. | Jauhi budaya fitnah, titah Yang Di Pertuan Agung Posted: 07 Mar 2011 12:30 AM PST KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar berkata titah ucapan yang Dipertuan Agung, Tuanku Mizan Zainal Abidin mengenai budaya fitnah di dalam masyarakat sangat relevan dengan suasana politik hari ini. Menurutnya, Malaysia sudah terbabas dari landasan demokrasi sebenar kerana kekuatan politik kini tidak lagi berteraskan kepada intelektual, tetapi berasaskan kepada budaya politik ganas dan fitnah. "Maka bila disebut dan diperingatkan baginda tentang masalah fitnah, bagi saya sangat wajar untuk diberi perhatian kerana yang mutakhir seperti berlaku di Merlimau dan di Kerdau apabila pemimpin seperti Tuan Ibrahim difitnah," katanya. Beliau berkata demikian ketika mengulas titah baginda ketika upacara pembukaan mesyuarat pertama penggal keempat Parlimen ke-12, hari ini. Di dalam titah tersebut, baginda menyentuh meliputi pelbagai isu dan masa depan negara, termasuk menyeru semua pihak mengekalkan keharmonian serta tidak terpengaruh dengan budaya fitnah. "Ini satu perkara yang saya fikir tidak sewajarnya berlaku dalam negara Malaysia. Jadi dalam usaha untuk mencapai negara maju, kita tak boleh maju berasas kan fitnah dan rasuah,' tegas Mahfuz. Keduanya, katanya, titah baginda berkaitan soal masa depan negara maju juga harus diberi perhatian serius terutama dalam meletakkan keutaman kepada sistem pendidikan separa profesional. "Kerajaan harus memberi perhatian serius kepada persoalan penting untuk mencapai status negara maju. Hari ini usaha ke arah mewujudkan pendidikan yang bersifat separa profesional agak kurang khususnya untuk mewujud kan lebih banyak politeknik di dalam negara kita. "Jadi saya mengharapkan kerajaan membelanjakan lebih banyak peruntukan untuk mewujudkan politeknik sebagai memenuhi dan mencapai matlamat kita sebagai sebuah negara maju," katanya. | Beza antara politik Melayu dan Cina — Ridhuan Tee Posted: 07 Mar 2011 12:00 AM PST 7 MAC — Orang nombor dua PKR baru-baru ini begitu marahkan PAS kerana PAS dikatakan turut mengintai kawasan PKR dalam pilihan raya umum akan datang. Beliau terus mengeluarkan kenyataan bahawa dalam Pakatan Rakyat, tiada lagi formula PAS akan bertanding di kawasan majoriti Melayu, DAP di kawasan majoriti Cina dan PKR di kawasan bercampur. Sekarang, PAS dikatakan juga mahu kawasan bercampur. Umum mengetahui, secara tradisinya, selama ini PAS bertanding di kawasan majoriti Melayu. Kekalahan PAS dalam beberapa pilihan raya kecil akhir-akhir ini, menjadikan PKR begitu bernafsu mengintai kawasan PAS. PKR merasakan mereka kuat. Sedangkan pada masa sama mereka tahu, kekuatan mereka bergantung kepada PAS. Kini PAS mempertaruhkan dua kerusi di DUN Kerdau dan Merlimau, kawasan majoriti Melayu. Keputusannya telahpun diketahui. PAS boleh dikatakan "kalah teruk". Selepas ini, PKR akan berkata, mereka lebih layak bertanding di kawasan PAS, daripada PAS bertanding di kawasan PKR. Nampaknya, PKR begitu bernafsu besar untuk menambah kerusi bagi menguasai beberapa negeri lain dan impian mereka untuk menguasai Putrajaya. Mampukah mereka? Tanpa menamakan kawasan terlibat, orang nombor dua PKR berkata, mahukan kerusi mereka lebih banyak daripada PAS, sama ada di kawasan majoriti Melayu mahupun bercampur. Saya yakin, isu pembahagian kerusi antara PKR dan PAS akan menjadi hangat menjelang PRU 13 akan datang. Tidak mustahil kedua-dua parti ini mengintai kerusi yang sama. Sebagai parti yang lebih tua dan lebih tersusun daripada PKR, sudah tentu PAS memerlukan lebih kredit berbanding PKR. Tetapi PKR tidak berfikir sebegitu. PKR juga akan melihat pada kerusi-kerusi yang PAS dan DAP tewas, meskipun kedua-dua parti tertua itu mempunyai sokongan akar umbi di bahagian yang majoriti pengundinya ialah Melayu dan Cina. Pandangan rakus pemimpin PKR telah menimbulkan kemarahan pimpinan PAS. PAS mengingatkan orang nombor dua PKR itu, supaya jangan cakap sesuka hati sebelum dibincangkan di peringkat tertinggi Pakatan Rakyat. Jawatan kanan yang dimenangi akhir tahun lalu, bukanlah petanda yang beliau bagus dan mendapat sokongan akar umbi. Setiausaha Agung PAS berkata, PKR seharusnya menyuarakan isu-isu sensitif seperti pembahagian kerusi antara komponen Pakatan Rakyat dalam mesyuarat tertinggi parti, bukannya secara terbuka melalui media. PAS mengingatkan pemimpin PKR tersebut bahawa beliau tidak layak bercakap dan mendakwa PAS mahu mengintai kawasan PKR kerana isu tersebut tidak pernah muncul dalam perbincangan pemimpin tertinggi parti Islam itu sebelum ini. Dalam mengulas isu ini, ternyata parti setahun jagung ini merasakan dirinya cukup kuat setelah mendapat kemenangan yang tidak disangka-sangka pada PRU 12 tahun 2008. Walaupun Selangor jatuh ke tangan mereka, itu bukan bermakna mereka kuat. Mereka tidak tahu bagaimana susah payahnya PAS berjuang hingga ke hari ini. Sepatutnya PAS tidak memberikan laluan kepada PKR di Kedah, Kelantan dan Terengganu. Tetapi ada dasar kesepakatan, PAS memberikan laluan untuk mereka bertanding. Adalah tidak mustahil PAS turut mengintai kawasan bercampur memandangkan sokongan pengundi Melayunya mengalami kemerosotan. Pilihan raya kecil kerusi DUN Tenang di Johor bulan lalu menyaksikan 80 peratus pengundi Melayu memihak kepada Umno. Begitu juga kerusi di Hulu Selangor, Galas dan Manek Urai semasa diadakan pilihan raya kecil tahun lalu dan 2009. PAS perlu berhati-hati dengan rakan sepakatannya. Keputusan di Merlimau dan Kerdau sudah membuktikan segalanya. Kekalahan ini akan dijadikan hujah utama bahawa PAS tidak mendapat sokongan politik dalam konteks sebenar atau mungkin tidak relevan. Isyarat ini akan memberi makna bahawa PKR lah sebenarnya parti altenatif kepada PAS. Inilah rata-rata persepsi PKR sekarang. Mungkin benar, mungkin tidak. Jika benar, saya cadangkan PAS memberikan laluan kepada PKR, kita lihat sejauhmanakah kekuatan mereka? Saya yakin jika dibuat kajian secara jujur, bukan Islam (DAP) lebih selesa dan mempercayai PKR daripada PAS. Hujahnya mudah, PKR tidak meletakkan Islam sebagai dasar perjuangan, berbanding PAS. Maka, tidak hairan jika agenda Islam tidak menonjolkan di negeri yang perintah oleh DAP dan PKR. Bantuan kepada sekolah agama dan urus tadbir Umar Abdul Aziz hanya wayang untuk mencairkan orang Melayu. Cadangan PAS untuk mengharamkan judi loteri di Kelantan begitu ditentang hebat oleh DAP dari segala peringkat. Juga tidak ketinggalan parti bukan Islam yang lain. PAS nampaknya tidak ada pilihan, terpaksa akur. PAS tidak boleh menang jika bersendirian. Umno tidak menjadi pilihan PAS. Pada PAS, Umno lebih bahaya daripada DAP. Selaku parti yang senior, sepatutnya PAS bertindak lebih matang dalam menangani politik Malaysia secara keseluruhan, terutama dua pilihan raya kecil ini. Pendekatan terlalu keras terhadap Umno tidak menguntung Islam, juga orang Melayu. Jika PAS bisikkan kepada Umno akan haramnya judi dan nombor ekor, sekurang-kurangnya Umno akan dengar, walaupun mungkin pengharamannya belum mungkin dilaksanakan. Benar, kita tidak diminta dilahir menjadi Melayu (Cina, India dan lain-lain), yang penting adalah Islam. Tetapi tidakkah kita sedar bahawa perlembagaan menetapkan Melayu itu Islam, Islam itu Melayu. Maknanya, dua-dua perlu diberikan perhatian kerana dua dalam satu (Islam). Lemah satu, lemahlah satu lagi, kerana Melayu dan Islam telah sinonim. Lihatlah bagaimana orang bukan Melayu berpolitik. DUN Tenang telah terbukti, kini beralih ke Merlimau. Pada waktu getir inilah segala tuntutan dikemukakan oleh bukan Melayu demi kepentingan dan survival bangsa. Pada mereka kepentingan bangsa mesti diutamakan berbanding yang lain. Segala ruang dan peluang digunakan sepenuhnya. Tidak seperti kita, agenda bangsa dan agama entah ke mana. Seperti yang dijangka, ketika penamaan calon DUN Merlimau, 106 NGO Cina di Melaka di bawah naungan Dong Lian (sepupu Dong Zong dan Dong Jiao Zong) mengemukakan empat tuntutan pilihan raya (suqiu). Sokongan undi Cina dikatakan bergantung sejauhmanakah tuntutan dapat dipenuhi? Saya selaku orang Cina, amat mengharapkan masyarakat Cina dapat berfikir dan bertindak secara matang, jika mereka benar-benar inginkan masa depan negara yang lebih bermakna. Politik gertak dan ugut sebegini amat tidak sihat dalam masyarakat majmuk. Trend pengundian Cina hari ini bukan lagi berasaskan parti dan calon tetapi sejauhmanakah tuntutan mereka dipenuhi, terutama di kawasan majoriti Melayu, yang mana undi mereka akan menjadi undi penentu kejayaan parti politik yang bertanding. Sikap ini tidak menyerlah jika pertandingan berlaku di kawasan majoriti Cina, kerana pilihan mereka sudah jelas. Jika sikap ini diterjemahkan juga, maka akan lebih terserlah dan terbuktilah dapatan saya selama ini bahawa sikap ultra kiasu menguasai segalanya. Jangan bertindak seperti gergaji dua mata, kiri kanan mau makan. Jelas di sini bahawa cara orang Melayu dan bukan Melayu berfikir dan berpolitik begitu berbeza. Hala tuju dan matlamat mereka amat jelas. Malangnya, kita masih kabur. Ada yang masih bertindak begitu fanatik calon dan fanatik kepartian. Antara tuntutan Dong Lian di Merlimau adalah: pertama, layanan sama rata sekolah kebangsaan dan sekolah vernacular. Kedua, kerajaan mesti mengiktiraf Unified Examination Certificate (UEC). Ketiga, kerajaan mesti membantu lima Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina di Melaka dan akhirnya mengembalikan status warganegara kepada pejuang kebangsaan Cina, mendiang Lim Lian Geok yang ditarik balik pada tahun 1961. Isu sekolah vernacular dan UEC tidak perlu saya terangkan lagi kerana ramai sudah mengetahuinya melalui penulisan saya sebelum ini. Namun, saya yakin tidak ramai kalangan kita yang mengenali mendiang Lian Geok. Kenapa nama beliau begitu penting dan sentiasa berkumandang? Elok juga kita lihat untuk dijadikan teladan. Lian Geok yang meninggal pada tahun 1985, dianggap pejuang yang amat berjasa kepada kaum Cina, terutama ketika memimpin Dong Jiao Zong. Setiap tahun ada saja sambutan mengingati perjuangan dan jasa beliau tanpa berkecuali. Beliau adalah ikon. Perjuangan mempertahankan kewujudan sekolah vernakular adalah satu jihad dan hidup matinya. Bila membaca belangsukawanya, saya pun rasa "kagum" dalam konteks kenapa umat Islam tidak mempunyai "pemikiran" seperti beliau. Semangat dan perjuangan memartabatkan pendidikan Cina tidak pernah luntur. Lian Geok meletakkan agenda bahasa dan bangsa di tempat pertama, sehingga terpaksa melupakan kemewahan hidup. Berbanding kita hari ini, agenda memperkasakan bangsa dan bahasa kebangsaan masih tunggang langgang. Kata-kata keramat Lian Geok yang terus menjadi pegangan orang Cina adalah: "orang Cina mesti menghantar anak mereka ke sekolah Cina. Sekolah Cina adalah ibarat nyawa dan roh. Jika orang Cina mahu memastikan mereka tetap Cina, tidak ada cara lain melainkan bersekolah Cina. Ini amat penting bagi mengekalkan identiti Cina, sayangkan bangsa Cina, budaya Cina, bahasa Cina, bangga menjadi Cina, dan lebih penting lagi tahu asal usul atau akar Cina". Patrioat yang sebenar pada Lian Geok bukanlah setakat mengibarkan bendera ketika merdeka, tetapi mereka yang berkorban untuk kebenaran, keadilan dan persamaan. Pada Lian Geok, beliau adalah seorang patrioat. Perjuangan beliau menjadi sumber inspirasi kepada majoriti persatuan Cina hari ini. Sama ada wajar atau tidak, kita fikirlah sendiri. Maka tidak hairanlah Presiden MCA baru-baru ini menggunakan psikologi berbalik dengan mencabar kerajaan yang dipimpin Pakatan Rakyat supaya mengambil lulusan UEC sebagai pegawai atau kakitangan kerajaan pimpinan mereka, daripada terus mendesak Umno supaya menambah sekolah dan mengiktiraf sekolah vernakular terbabit. Jika Pakatan Rakyat menyahut cabaran ini, ia akan menjadi precedent. Sistem pendidikan kita akan berada dalam keadaan dilema. Insiden yang sama berlaku seperti yang dilaporkan oleh akhbar Sin Chew, di SJKC Hau Lim, Muar, Johor. Persatuan Cina mendesak supaya guru bahasa Melayu yang tidak menguasai bahasa Mandarin supaya ditukarkan serta merta. Mereka mahukan guru yang mengajar bahasa Melayu mesti menguasai bahasa Mandarin pada masa sama. Guru Bahasa Melayu di sana dikatakan terpaksa meminta bantuan murid Cina untuk menterjemahkan subjek bahasa Melayu yang diajar ke dalam bahasa Mandarin. Persoalan saya, apa sebenarnya yang diajar dan dipertuturkan oleh ibubapa ketika berada di rumah? Mereka telah tahu, anak mereka tidak boleh berbahasa Melayu, tidak adakah inisiatif dibuat untuk memandaikan mereka dalam bahasa Melayu? Apa kewajipan kita sebenarnya sebagai warganegara terhadap bahasa kebangsaan yang jelas termaktub dalam perlembagaan? Satu lagi kebimbangan Dong Jiao Zong adalah ada kalangan segelintir ibu bapa dan pelajar Cina mulai menentang tindakan mewajibkan mereka mengambil subjek bahasa Mandarin di peringkat SPM seperti yang berlaku di salah sebuah sekolah di Selangor. Jika dibiarkan, masa depan bahasa mandarin dan SJKC akan tergugat. Saya amat pelik, mereka tidak pernah bimbang anak mereka gagal bahasa Melayu, tetapi mereka amat bimbang jika anak mereka tidak mengambil subjek bahasa Mandarin. Kemudian mendesak supaya kerajaan mengiktiraf UEC. Adakah tindakan ini wajar? Fikirkanlah secara waras wahai bangsaku. Pada saya suara generasi baru Cina ini perlu didengar. Masyarakat yang terlalu cauvanis tidak akan membawa kita ke mana-mana. — ridhuantee.blogspot.com * This is the personal opinion of the writer or publication. The Malaysian Insider does not endorse the view unless specified. | Antara politik realiti, ilusi — Berita Harian Posted: 06 Mar 2011 11:30 PM PST 7 MAC — Selagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, yang tempoh penggal kesembilannya berakhir pada 24 Julai depan, tidak dibubarkan, selagi itulah tarikh pilihan raya negeri ke-10 akan terus menjadi teka-teki dan bahan spekulasi. Jika sebelum ini ada meramalkan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan membubarkan DUN pertengahan bulan ini supaya pilihan raya diadakan sebelum 26 Mac, ulang tahun ke-30 beliau menerajui kerajaan negeri, ia mungkin tidak menjadi kenyataan. Taib memberitahu pemberita selepas merasmikan Konvensyen BN Sarawak di Kuching kelmarin, tarikh pilihan raya negeri tiada kaitan dengan ulang tahun ke-30 beliau menjadi Ketua Menteri. Selain kenyataan Taib, beberapa aktiviti penting di Sarawak seperti Program Sejiwa Senada dan perhimpunan belia yang dijadualkan berakhir hujung bulan ini, selain Sarawak tidak pernah mengadakan pilihan raya pada Mac, turut menguatkan andaian bahawa pilihan raya negeri tidak diadakan bulan ini. Taib, yang bakal berusia 75 tahun pada 21 Mei ini, hanya berkata pilihan raya negeri akan diadakan tidak lama lagi. Kenyataannya itu mengukuhkan pula satu lagi teori bahawa pilihan raya akan diadakan bulan depan. Malah, beberapa akhbar tempatan di Sarawak minggu lalu menjadikan spekulasi pilihan raya negeri pada 9 April di muka depan, kononnya kerana angka itu kegemaran Taib, walaupun dalam sejarah pentadbiran Taib, ia tidak pernah diadakan pada tanggal 9 hari bulan. Sama ada pilihan raya Sarawak ke-10 diadakan akhir bulan ini atau pertengahan bulan depan atau tarikh lain sebelum 24 Julai ini, ia hanyalah tajuk pemanas bicara di kedai kopi dan spekulasi media. Persoalan sebenar pastinya keputusan pilihan raya negeri kali ini — sama ada Barisan Nasional (BN) Sarawak dapat meningkatkan kemenangannya, mengekalkan 63 daripada 71 kerusi yang dipertandingkan atau kehilangan beberapa kerusi lagi, walaupun ramai percaya ia masih mampu memperoleh majoriti dua pertiga. Tidak kurang pentingnya ialah sejauh mana pembangkang — khususnya DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dapat mengukuhkan sayapnya di Bumi Kenyalang, seperti diuar-uarkan selepas mereka menguasai empat kerajaan negeri pada Pilihan Raya Umum 2008. Berdasarkan beberapa kunjungan ke Sarawak dalam tempoh sebulan ini, memang demam pilihan raya semakin terasa, walaupun tanpa poster dan bendera. BN juga nampaknya sudah bersedia menghadapinya sama ada dari segi pemilihan calon dan menangani isu-isu mainan pembangkang, termasuk di kawasan yang dianggap kelabu dan hitam, sebahagian besarnya di kerusi pengundi majoriti Cina. Malah konvensyen sehari kelmarin adalah perhimpunan terbesar pemimpin komponen BN negeri — Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pimpinan Taib, Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) — sebelum DUN dibubarkan. Dalam kata lain, konvensyen itu adalah manifestasi hubungan rapat komponen BN Sarawak dan keyakinan mereka dalam menghadapi pilihan raya negeri ke-10. Selain itu, beberapa isu yang dijangka menjadi modal pembangkang pada pilihan raya kali ini sudah mula ditangani BN. Soal sampai bila Taib akan menjadi Ketua Menteri juga sudah mula terjawab apabila beliau baru-baru ini membayangkan pilihan raya negeri kali ini adalah yang terakhir buatnya. BN negeri juga sudah menangkis tohmahan pembangkang mengenai tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di negeri itu, isu yang dilihat menjadi modal utama pembangkang kali ini. Terbaru, semua tanah yang dibekukan di Bako sejak 30 tahun lalu mengikut Seksyen 47 Kanun Tanah Sarawak, yang menghalang pemiliknya membangunkan kawasan itu jika ia diperlukan untuk tujuan awam, sudah ditarik balik. SUPP, yang kehilangan banyak kerusi di tangan DAP pada pilihan raya negeri lalu dan tewas pada pilihan raya kecil Parlimen Sibu tahun lalu, juga dilihat mula mengambil tindakan terhadap kritikan terhadapnya, terutama mengenai ketiadaan pemimpin pelapis sama ada dalam parti atau di kawasan yang mereka wakili. Kelmarin, seorang pakar kardiologi berusia 46 tahun, Profesor Dr Sim Kui Hian, dinamakan sebagai calon SUPP bagi merampas kerusi Pending daripada DAP. Soal sama ada pemilihan beberapa calon muda cukup buat SUPP untuk memastikan ia tidak kehilangan banyak lagi kerusi di kawasan majoriti Cina, hanya terjawab pada hari pengundian nanti. Bagaimanapun, dalam ketiadaan isu-isu besar yang boleh menggugat kedudukan BN, pembangkang biasanya mengalihkan pandangan rakyat kepada isu peribadi yang tidak terbukti kebenarannya, terutama menerusi laman web mereka. Sementara BN Sarawak menghadapi pilihan raya negeri ini bermodalkan "politik reality" seperti dinyatakan Taib kelmarin, pembangkang, jika pengalaman di Semenanjung boleh dijadikan ukuran, tentunya menggunakan "politik ilusi" dengan membuat pelbagai janji, walaupun yang tidak termampu untuk ditepati. Pilihan raya Sarawak ke-10 nanti bakal menyaksikan pertembungan dua jenis politik ini. — Berita Harian * This is the personal opinion of the writer or publication. The Malaysian Insider does not endorse the view unless specified. | Pemuda PAS atur pertemuan Nik Aziz-Harussani Posted: 06 Mar 2011 11:03 PM PST Harakahdaily IPOH, 7 Mac: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) berhasrat mengatur pertemuan tertutup antara Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dengan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Timbalannya, Mohd Munir Ali berkata, pertemuan itu untuk membincangkan isu berkaitan kepentingan umat Islam yang menjadi perbualan hangat masakini. Beliau menyatakan demikian di dalam surat yang dihantar kepada Harussani, hari ini. Menurutnya, pihak Pemuda PAS negeri merasakan sudah tiba masanya untuk kedua-dua tokoh itu bersemuka dengan cara yang lebih terhormat dan beradab bagi menjernihkan keadaan dan menyelesaikan kemelut yang hanya merugikan umat Islam. Ini, katanya ekoran acap kali pertembungan terbuka antara Mufti Perak itu dengan Nik Abdul Aziz dipaparkan melalui media, terutama dalam melibatkan isu-isu agama. Tambahnya, dengan menghormati ilmu Harussani, pihaknya merasakan kaedah itu adalah yang terbaik bagi menidakkan semua pandangan yang telah dikemukakan secara terbuka. "Kami juga yakin Datuk Nik Abdul Aziz akan bersedia menerima jemputan bagi tujuan tersebut supaya tiada lagi persengkataan terbuka dan masing-masing akan terus dapat memberikan tumpuan pada agenda memartabatkan Islam di dalam ruang lingkup tugas yang diamanahkan," ujarnya di dalam surat itu. Sehubungan, ujarnya DPPN Pk memohon agar mufti itu dapat memberikan tarikh-tarikh yang sesuai dan pihaknya akan mendapatkan maklum balas daripada pihak Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan bagi tujuan tersebut. | Menang berganda bukti sokongan BN makin meningkat, kata Najib Posted: 06 Mar 2011 10:46 PM PST Oleh Clara Chooi KUALA LUMPUR, 7 Mac — Kemenangan berganda pada dua pilihan raya kecil serentak semalam mencerminkan trend aliran sokongan yang semakin meningkat untuk Barisan Nasional (BN) selepas Mac 2008, kata Datuk Seri Najib Razak hari ini. Sehubungan itu Perdana Menteri juga mengambil kesempatan untuk membidas Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan mendakwa ramai orangnya sendiri dalam perikatan itu menganggap beliau sebagai satu liabiliti sekarang. "Malah, saya dengar, PAS merasakan tidak selesa apabila beliau muncul ketika pilihan raya kecil. Ada yang menghantar mesej meminta agar beliau jangan datang. "Jadi, ini menunjukkan di kalangan mereka sendiri, mereka tidak berkongsi keyakinan antara satu sama lain," kata beliau hari ini. Ketika bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen, Najib yang juga Pengerusi BN berkata PAS berada dalam "keadaan tertekan" selepas penyokong-penyokongnya ragu-ragu dengan kerjasama mereka bersama DAP. "Kemenangan malam tadi memperkukuhkan lagi trend semasa di mana sokongan BN semakin meningkat. "Tambahan pula, dalam kedua-dua kemenangan, majoriti kami meningkat . . . ini bukan sesuatu yang berlaku di satu tempat, jadi ia menunjukkan peningkatan dalam trend sokongan kepada BN," katanya lagi. BN mengekalkan kerusi DUN Merlimau apabila calonnya Roslan Ahmad menewaskan calon PAS Yuhaizat Abdullah dengan majoriti 3,643 undi. Roslan memperoleh 5,962 undi berbanding Yuhaizad, 2,319 undi. Di Kerdau, calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad menewaskan calon PAS Hasanuddin Salim dengan majoriti 2,724 undi. Syed Ibrahim memperoleh 5,060 undi sementara Hasanuddin 2,336 undi. Guna duit rakyat malaysia untuk umno. memang laknat! | Sebaran: Wacana Perdana PRU13: Terancamkah Kuasa Melayu? Posted: 06 Mar 2011 09:35 PM PST | Posted: 06 Mar 2011 08:30 PM PST Alhamdulillah. saya dengan kawan-kawan lain telah selamat sampai ke tempat masing-masing. penat dan sakit urat masih lagi ada. terima kasih kepada geng pakatan yang banyak menolong semasa berada di kerdau dan merlimau. kami telah membantu sedaya upaya kami dalam serba kekurangan. insya allah semoga allah membalas dengan pahala yang setimpal selepas mati dan dibangkitkan di padang mahsyar kelak. amin. Takbir! | Posted: 06 Mar 2011 08:00 PM PST Oleh WAN FAKHRUL BAKAR fakhrul@kosmo.com.my HANYA selepas beraksi satu perlawanan bersama Pelita Jaya, penyerang kebangsaan, Mohd. Safee Mohd. Sali sudah mencipta satu aura baru di kalangan penyokong kelab itu yang rata-ratanya penduduk di Karawang, Jawa Barat, Indonesia. Suasana Stadium Singaperbangsa berkapasiti 12,000 tempat duduk buat kali pertamanya mencatat kehadiran tertinggi musim ini iaitu 6,000 penonton pada aksi bertemu Sriwijaya FC kelmarin yang berkesudahan Pelita Jaya menang 1-0 menerusi jaringan Safee. Sebelum ini suasana agak hambar memandangkan Pelita Jaya menduduki tangga tercorot iaitu ke-15 dalam saingan Liga Super Indonesia (ISL) setelah berakhir 14 perlawanan pusingan pertama. Namun selepas hanya satu perlawanan pusingan kedua berlangsung, Pelita Jaya kini sudah melonjak dua anak tangga ke kedudukan ke-13 mengatasi Persela dan Bontang FC. "Safee memang bagus. Kehadirannya ke kelab ini cukup membantu. Harap Safee dapat terus kekalkan prestasi baik seperti ini. "Ternyata selepas Safee menjaringkan gol tersebut, ia telah meningkatkan semangat kami sepasukan. "Pasukan ini dibarisi ramai pemain muda, harap kehadiran Safee dapat menambah keyakinan mereka bagi mengharungi baki saingan liga," kata kapten Pelita Jaya, Ardan Aras ketika ditemui Kosmo! selepas perlawanan kelmarin. Ardan yang beraksi di posisi pertahanan turut memuji kekebalan dua pertahanan import yang baru diambil minggu lalu iaitu Christopher Ross Doig dan Troy Hearfied. "Selain Safee, kehadiran dua tonggak baru di bahagian pertahanan ini juga sesuatu yang penting kerana mereka berjaya menyekat jentera serangan Sriwijaya FC dengan cukup baik," ujar Ardan. Sementara itu, pengurus peribadi Safee, Zakaria Ab. Rahim ternyata lega kerana bekas penyerang Selangor itu berjaya melepasi ujian sulungnya namun mengingatkan Safee supaya tidak cepat leka. "Pada perlawanan pertama ini, Safee sepatutnya mampu menjaringkan lebih daripada satu gol. Apa pun saya harap Safee tidak hanyut dengan pujian. "Dia perlu fokus perlawanan akan datang kerana saingan musim ini masih berbaki 13 perlawanan," kata Zakaria. Perlawanan ke-16 bagi Pelita Jaya pada Sabtu ini ialah berdepan Persib Bandung di gelanggang sendiri. |
You are subscribed to email updates from Pakatan Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan