Sabtu, 5 Mac 2011

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

DIALOG RAKYAT

Posted: 05 Mar 2011 03:14 PM PST

Wakil Rakyat Umno Rasuah

Posted: 04 Mar 2011 11:51 PM PST

MSO

YANG ramai dilaporkan rasuah dan disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) ialah wakil rakyat Pakatan Rakyat. Di Kelantan lebih lima laporan dibuat terhadap wakil rakyat Pas sepanjang 19 tahun lalu kononnya terlibat melakukan pelbagai rasuah. Ada yang dilaporkan menerima rasuah untuk pergi menunaikan haji.

Ada yang dilaporkan rasuah dan disiasat kerana terlibat dalam meluluskan kawasan balak. Ada yang terlibat dengan pengaihan rumah kedai majlis daerah. Ada juga disiasat dan dilaporkan kerana rasuah menggunakan peruntukan kerajaan membina paip air ke rumah ibu sendiri. Dan entah macam-macam lagi.

Anihnya dalam banyak laporan dan siasatan itu tidak ada satu kes pun yang lekat. Maksudnya tidak ada seorang pun wakil rakyat Pas diseret ke mahkamah kerana kerana rasuah. Atau yang lagi dibicarakan beberapa hari.

Berlainan dengan keadaan wakil rakyat UBN di Negeri Sembilan. Di negeri ini tidak ada riuh randah mengenai penglibatan wakil rakyat mereka dalam rasuah. Kalau pun ada bekas Menteri Besarnya yang menang jawatan Naib Presiden digugurkan kerana terlibat dengan rasuah. Wakil rakyat lain tidak pula kedengaran.

Alih-alih hari ini Mahkamah Seksyen Seremban telah mendapati Adun Lenggeng dari BARISAN NASIONAL UMNO Mustafa Salim (foto) didapati bersalah atas tuduhan rasuah RM2,000. RM2,000 saja bukan juta-juta. Mungkin kalau nilai rasuahnya ratusan juta ia tidak akan disiasat?

Mahkamah akan menentapkan 1 April ini untuk menentukan hukuman. Menurut laporan Mustafa dihukum dibawah Seksyen 10 (a)(aa) Akta Pencegahan Rasuah 1997. Mengikut akta itu pesalah boleh dihukum 14 hari hingag 20 tahun penjara atau denda lima kali jumlah suapan atau minimum RM10,000.

Perkembangan di Negeri Sembilan itu membuka persoalan umum apakah satu lagi pilihan raya kecil akan berlaku di negera ini? Sebab kalau mengikut perlembagaan negara,
Perkara 48(1)(e) menggariskan bahawa kelayakan seseorang wakil rakyat akan gugur sekiranya didapati bersalah oleh mahkamah serta dipenjara melebihi setahun atau denda melebihi RM2,000.

Biarlah kita tunggu 1 April nanti. Namun naluri saya mengatakan bahawa tiada pilihan raya kecil untuk kerusi Lenggeng. Mahakmah boleh mengenakan hukuman yang menyebabkan pilihan raya tidak boleh diadakan. Eloklah rakyat sudah pun naik bosan dan muak dengan pilihan raya.

Nasib yang diterima Mustafa itu secara tidak langsung mencemarkan Umno dan Barisan Nasional. Takdir itu juga menunjukkan bahawa wakil rakyat Pas khasnya di Kelantan bersih dengan rasuah.

Dan bila mendapat tahu yang Adun Umno Lenggeng itu didapat bersalah maka teringatlah saya kepada kata-kata Hussein Ahmad, bekas Ketua Penerangan Umno Malaysia dalam pertemuan dengan saya dua tiga minggu lepas Hussein bertanya, pemimpin Umno mana yang tidak rasuah? Ertinya seluruh pemimpin Umno rasuah termasuk juga beliau (Hussein) sebab beliau pernah memimpin Umno. He he.

Kerajaan Bakal Tamatkan Subsidi Minyak!!! Harga Minyak Bakal Naik!

Posted: 04 Mar 2011 11:49 PM PST

harga minyak turun Kerajaan Bakal Tamatkan Subsidi Minyak!!! Harga Minyak Bakal Naik!

Akibat kenaikan harga minyak yang semakin naik, kerajaan bakal tamatkan subsidi minyak.Akibatnya, harga petrol selepas ini akan semakin meningkat.Maklumat lanjut dalam kenyataan akhbar dibawah.

BANGKOK, March 4 — Thailand's state Oil Fund has fallen to about 7 billion baht (RM690 million), the Energy Ministry said today, suggesting the government may soon remove a fuel subsidy, which could add to inflation worries.

The government has promised to maintain the domestic retail diesel price at 30 baht per litre until the end of April to help consumers cope with rising global oil prices.

The fund is built up through a levy on the refinery price of certain fuels.

It has spent about 9 billion baht to support the retail price of diesel between December 17 and March 4, leaving it with about 7 billion baht, Energy Minister Wannarat Channukul said in a statement.

But a decision today by the Energy Policy and Planning Office to raise the subsidy by another 0.50 baht per litre to 5 baht from tomorrow would cost the fund about 9 billion baht a month, Wannarat said.

Finance Minister Korn Chatikavanij told Reuters last week the government would stop the subsidy if the Oil Fund ran out.

"I fear that the oil price is going to remain high beyond the capability of the Oil Fund to subsidise it, and we will need to start to allow prices to increase in a gradual manner if we were to find that the Oil Fund was heading for depletion," he said.

Analysts said the removal would add to upward pressure on inflation.

Credit Suisse said in a report that a permanent 10 per cent increase in the retail price would cut GDP growth by 0.5 percentage point and add 0.7 percentage point to headline inflation within a year. It currently forecast 4.6 per cent for GDP this year and 3.8 per cent for inflation.

The central bank has said inflation was a big worry this year and economists expect it to raise interest rates again next week after four increases, by 25 basis points each time, since July last year to tackle the problem.

The central bank has forecast core inflation of 2.0-3.0 per cent in 2011 and headline inflation of 2.5-4.5 per cent.

Government subsidies on energy and some utilities plus price controls on certain goods have held down inflation, with the annual headline rate easing to 2.87 per cent in February from 3.03 per cent in January.

But the core rate, which excludes energy and fresh food, jumped to 1.45 per cent in February from 1.32 per cent, towards the middle of the central bank's target range of 0.5-3.0 per cent, which it uses to guide monetary policy. — Reuters

Tetapi rakyat negara Malaysia tidak perlu risau setakat ini.Kenyataan di atas datangnya dari Menteri Tenaga Thailand, yang mungkin terpaksa mengambil langkah drastik menghapuskan subsidi minyak kerana dana subsidi Kerajaan Thailand sudah semakin berkurangan dan juga tidak mampu membendung kenaikan harga minyak baru-baru ini akibat pergolakan politik di Asia Barat.

Kami tertanya-tanya, samada kerajaan Malaysia juga akan mengambil langkah untuk menghapuskan subsidi minyak ini di masa hadapan? Harapan kami tentulah tidak.Atau mungkin hanya akan berlaku sekali lagi "penyelarasan harga", ayat sopan bagi kenaikan harga?Selepas pilihanraya, macam-macam boleh berlaku.

Dengan kenaikan harga minyak yang sudahpun melepasi paras $100 setong, adakah kerajaan masih mampu bertahan dalam pemberian subsidi? Kita tunggu dan lihat. Kebanyakan janji sebelum pilihanraya, pastinya manis-manis belaka. Harap kerajaan tunaikan janji mereka untuk tidak menaikkan harga minyak dalam waktu terdekat.

Hak adat pribumi: Rayuan 6 petani diterima

Posted: 04 Mar 2011 11:48 PM PST

BERNAMA

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu menolak sabitan dan hukuman yang diputuskan oleh Mahkamah Majistret Tenom terhadap enam petani kerana memceroboh dan bercucuk tanam di kawasan Hutan Simpan Kuala Tomani, Tenom.

Dalam penghakiman bersejarah itu, semalam, Hakim Datuk David Wong Dak Wah, yang mendengar pemohonan rayuan itu, berkata majistret itu sepatutnya membebas dan melepaskan semua enam petani dari Kampung Emahit itu.

Enam petani itu -- Andawan Ansapi, 47, Barani Ambisi, 41, Ansaman @ Azman Yapau, 52, Johndy Kawar, 25, Stanley Boyor, 33, dan Sarim Arus, 53 mengemukakan rayuan terhadap sabitan dan hukuman tersebut.

Wong berkata majistret itu tidak menangani sama ada perayu boleh mempunyai hak dan kuasa untuk berada di tanah tersebut memandangkan hak tanah adat mereka.

Majistret, yang memutuskan bahawa seorang pribumi tidak mempunyai hak pribumi kepada tanah yang digazetkan sebagai hutan simpan, juga gagal menentukan sama ada perayu pada hakikatnya memiliki hak pribumi ke atas tanah itu, katanya.

Keenam-enam perayu itu, yang diwakili oleh peguam Ram Singh, memfailkan rayuan berikutan sabitan di Mahkamah Majistret Tenom pada November 2010.

Mereka didenda RM500 atau penjara 90 hari setiap seorang di bawah Seksyen 20(1) (C) (1) Enakmen Hutan 1968 atas tuduhan menceroboh kawasan Hutan Simpan Kuala Tomani.

Mereka juga turut didenda RM500 atau penjara 90 hari setiap seorang atas tuduhan kedua di bawah Seksyen 20 (1)(b)(iii) enakmen sama kerana menaman tanaman secara haram di hutan berkenaan.

"Saya benar-benar memahami cara di mana majistret membuat kesimpulan kerana seksyen di mana perayu didakwa khususnya menyentuh 'kuasa segera diberikan dan di bawah peruntukan Enakmen Hutan'.

"Bagaimanapun, dengan hormat kepada pendakwa dan majistret, notis perlu dikeluarkan terhadap tuntutan hak adat pribumi oleh perayu ketika ia ditolak," tegasnya.

Hakim Wong berkata status perundangan hak adat pribumi di Malaysia adalah amat jelas dan telah diterima.

Beliau memetik kes, Nor Anak Nyawai & Ors melawan Borneo Pulp Plantation s/b
& Ors [2001] di mana hakim memutuskan undang-undang pribumi adalah amalan tabiat penduduk dan bukan satu perintah undang-undang bertulis dan perundangan sama ada dimansuhkan atau memadamkan hak adat pribumi.

Merujuk kepada keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Penguasa Jabatan Tanah dan Survei, Bahagian Miri dan Kerajaan Sarawak melawan Madeli Salleh, beliau besetuju bahawa seseorang perlu meneliti subjek Seksyen 20(1)(b)(iii) dan 20(1)(c)(i) Enakmen Hutan 1968 kepada hak perayu bagi menuntut hak adat pribumi.

"Gambaran yang mudah bahawa ayat 'pihak berkuasa' dalam seksyen Enakmen Hutan 1968 tidak boleh dihadkan kepada pihak berkuasa di bawah peruntukan Enakmen Hutan.

"Pendek kata, sekiranya perayu memiliki hak adat pribumi kepada tanah itu, mereka mempunyai kuasa untuk tinggal di tanah itu bagi mengusahakannya dan membuat aktiviti lain di mana adat mereka membenarkan mereka berbuat demikian," kata Wong.

Dalam menolak keputusan majistret, katanya, keenam-enam perayu itu tidak mempertikaikan kehadiran mereka di hutan simpan tersebut.

"Apa yang amat dpertikaikan oleh perayu ialah tuduhan pendakwaan bahawa mereka tidak mempunyai sebarang kuasa untuk berada di tanah itu.

"Malangnya oleh kerana pemahaman undang-undang oleh pendakwaan, adalah jelas daripada keterangan bahawa pendakwa tidak cuba membuktikan pihak perayu tidak memunyai kuasa untuk berada di tanah itu berdasarkan tuntutan hak adat pribumi," katanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Zairi Zainal Abidin, bertindak untuk Jabatan Perhutanan Negeri Sabah, selaku responden.

SPR nafi kenaikkan mendadak pengundi pos

Posted: 04 Mar 2011 11:43 PM PST

Kuek Ser Kuang Keng

Suruhanjaya Pilihan Raya menafikan dakwaan PKR Perak yang kerusi dewan undangan negeri Pangkor menyaksikan kenaikan mendadak jumlah pengundi pos.

NONEDalam email kepada Malaysiakini, setiausaha bahagian pendaftaran pengundi SPR, Yusniati Ishak berkata jumlah pengundi pos tetap kekal pada angka 1,356 sejak pilihan raya umum Mac 2008.

Jumlah itu jauh lebih kecil berbanding 5,669 yang dibuat oleh PKR Perak dengan dakwaan tambahan pengundi pos itu dimasukkan ke dalam daftar pengundi untuk Pangkor pada 2010.

"Untuk makluman, jumlah pengundi pos bagi Pangkor semasa pilihan raya ke-12 adalah 12,460. Bagaiamanapun jumlah pengundi pos bagi Pangkor sehingga ST4/2010 (suku akhir 2010) adalah 13,816," katanya.

chan ming kai @ zeng min kai 02Yusniati mengulas dakwaan yang dibuat oleh timbalan pengarah pilihan raya PKR Perak, Chan Ming Kai yang dibuatnya pada Selasa lalu.

ADUN Simpang Pulai mendakwa sejumlah 8,470 nama pengundi baru pos telah dimasukkan dalam senarai pengundi di enam kerusi DUN di Perak tahun lalu - langkah yang didakwa oleh PKR negeri, bertujuan untuk menguntungkan Umno.

Dakwa Chan lagi, jumlah teramai adalah dalam senarai pemilih di DUN Pangkor, yang diwakili oleh Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir.

dr zambry abd kadir perak new cm bn 050209Pada tahun 2008, Zambry memenangi kerusi dengan majoriti selesa 5,785 undi, menewaskan calon PKR, Pkhrazi @ Pakhrazi Muda, yang memperolehi 5,121 undi.

Kerusi Pangkor terletak dalam parlimen Lumut yang dimenangi calon BN, Datuk Seri Kong Cho Ha dari MCA - dengan majoriti tipis 298 pada 2008.

BN gandingkan Ibrahim Ali, Ezam, Raja Gelek

Posted: 04 Mar 2011 11:39 PM PST

Jimadie Shah Othman

Sorak menyorak dan jerit-menjerit antara satu sama lain di Kerdau berlaku lagi apabila PAS dan BN sekali lagi mengadakan ceramah di tempat berdekatan di Felcra Rumpun Makmur pada Jumaat malam.

Bagaimanapun, kehangatan kini beralih ke pihak BN apabila mereka menggandingkan tiga 'selebriti' dalam bidang masing-masing, iaitu Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali, Senator Ezam Mohd Nor dan Raja Gelek Datuk M Daud Kilau.

Cuma dipisahkan sebatang jalan, Pakatan Rakyat menampilkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang kemudiannya berulang kali diperlekehkan oleh Ezam yang juga bekas setiausaha politik Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dengan gaya berpidato mirip Anwar, Ezam dilihat berjaya menarik tumpuan dan menaikkan semangat kira-kira 200 anggota Umno di samping memperlekehkan pemimpin PKR yang didakwanya "tidak pernah lihat gari dan pintu penjara."

Beliau mengulangi beberapa kandungan ceramahnya sebelum ini, antaranya berhubung penjualan bir di Shah Alam, penyebaran gambar intim exco kerajaan Selangor Elizabeth Wong dan 'hubungan'Anwar dengan pemimpin Yahudi.

ibrahim ali kerdau bn ceramahBagaimanapun, penampilan kali pertama Ibrahim ke Kerdau terus menaikkan semangat dan mengikat penonton BN dengan penyampaiannya yang mencuit hari walaupun melalui penggunaan kata-kata keras seperti "balaci".

Majoriti sehingga 3,000

Malah, secara berjenaka, sekiranya tidak percaya, beliau meminta penonton bertanyakan Ezam yang disifatkannya sebagai bekas "balaci nombor satu Anwar", menyebabkan penonton terus ketawa.

Penampilan Ibrahim, walaupun dinafikannya atas nama PERKASA, bagaimanapun dilihat berjaya memberi momentum baru kepada BN yang kebiasaannya asyik tewas dengan sorakan penyokong Pakatan dalam ceramah-ceramah sebelum ini.

Keadaan ini secara kebetulan tergambar dalam ucapan pembuka kata anggota parlimen Pasir Mas itu bahawa beliau datang untuk "menjual ubat yang lebih mujarab (daripada Pakatan), yang tahan lama dan keras".

kerdau bn ceramah - daud kilau gelekMengambil kesempatan menjelaskan sebab beliau tidak lagi bekerjasama dengan PAS, Ibrahim berkata beliau mahu memastikan kepentingan agama, bangsa dan negara terjaga.

Sehubungan itu, Ibrahim menyeru agar pengundi di Kerdau dapat memastikan supaya BN dapat memperoleh peningkata majoriti sehingga 2,000 hingga 3,000 undi bagi memastikan Pakatan tidak boleh menjaja isu itu di kemudian hari.

"Mereka cuma hendak peningkatan majoriti. Kalau satu undi pun tak apa," katanya lagi.

Perolok hasrat ke Putrajaya

Memilih terus menyerang Anwar, beliau memperlekehkan hasrat Pakatan mahu menuju ke Putrajaya yang sering diulang-ulang kebelakangan ini.

"Nak pergi, pergilah. Naik bas boleh, naik teksi boleh. Nak suruh saya hantar pun boleh. Tetapi tak boleh duduk dua-dua oranglah. Bahaya," katanya disambut gelak ketawa dan tepukan penonton.

Ketika itu, kira-kira 200 lagi penonton di sebelah kawasan Pakatan mula melaungkan perkataan "lompat, lompat" sebagai mengejeknya yang banyak bertukar parti sebelum ini.

Di kemuncak ceramah, ramai yang tidak menyangka M Daud juga turut berkongsi pentas malam itu dengan sebuah lagu popularnya. Beliau diiringi pasukan kugiran lengkap.

Tampil dalam pakaian hijau labuh berkilat-kilat, M Daud menarik perhatian menyebabkan penonton sesekali tampil mengikutinya menyanyi.

Penonton BN ketika itu bertambah ke angga 300 orang, pertama kali melebihi jumlah penyokong pembangkang ketika itu.

Jatuhkan pemimpin Umno – Khalid Samad

Posted: 04 Mar 2011 11:35 PM PST

Setelah jatuh, baru rakyat tahu harta kekayaaan mereka.


MENTAKAB: Rakyat perlu menjatuhkan pemimpin Umno untuk membolehkan rakyat mengetahui harta kekayaan mereka, gesa seorang pemimpin PAS di Kerdau malam tadi.

"(Tun) Dr Mahathir Mohamad, (Datuk Seri) Najib Tun Razak dan (Tan Sri) Muhyiddin Yassin, kita kena jatuhkan baru kita tahu jumlah harta mereka," kata Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Pemimpin PAS bersuara lantang itu berkata demikian dalam ceramahnya membantu calon PAS, Hasanuddin Salim di Kerdau malam tadi.

Beliau menambah, mereka (pemimpin Umno) takut apa yang berlaku kepada Presiden Tunisia Zine El Abidine Ben Ali dan Presiden Mesir Hosni Mubarak kerana setelah jatuh, rakyat baru tahu harta kekayaan mereka.

Ceramah Khalid di Desa Murni, Kerdau diadakan bersebelahan dengan ceramah Barisan Nasisonal (BN) yang menurut beberapa ahli PAS, ceramah BN itu tidak lain tidak bukan sekadar mahu menganggu ceramah PAS.

Hanya beberapa kerat sahaja yang berada di kawasan ceramah BN walaupun disediakan sate, mi dan nasi briyani manakala ceramah Khalid yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dihadiri sekitar 400 hingga 500 orang.

Umno ganggu ceramah PAS

"Umno cuma nak ganggu ceramah PAS kerana mereka takut kepada kita di Kerdau," kata Khalid secara berseloroh.

Khalid juga menjelaskan betapa pentingnya PAS menang di Kerdau dalam pilihan raya kecil kali ini.

"Kita perlu menang di sini untuk membolehkan kita menjawab tohmahan-tohmahan yang dikeluarkan kepada Pakatan Rakyat.

"Kerajaan (Pakatan Rakyat) yang hendak kita buat dengan PKR dan DAP adalah kerajaan anti rasuah, bukan seperti Umno yang menipu rakyat," katanya.

Dalam ceramah tersebut, Khalid menyelar sikap isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor yang berbelanja besar dan membeli pakaian- pakaian mahal di luar negeri.

Beliau mengaitkan Rosmah dengan Imelda Marcos (isteri Presiden Filipina, Ferdinand Marcos) dan Leila Ben Ali (isteri Presiden Tunisia), yang membeli pakaian-pakaian mahal di Perancis dan Itali dengan menggunakan wang rakyat.

Pilihan raya umum Kerdau esok menyaksikan calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad menentang Hasanuddin dari PAS, dengan jumlah pengundi 8,999 orang.

PAS dapat lonjakan politik di Kerdau

Posted: 04 Mar 2011 11:34 PM PST

Harakahdaily

TEMERLOH: PAS terus mendapat lonjakan politik dengan penyertaan ahli-ahli Umno dari kawasan Felda Jengka 22 dan Jengka 23.

Dalam satu majlis bersama Persatuan Anak Peneroka Feda Kebangsaan (Anak) di Jengka 23, PAS menerima kemasukan 18 orang keahlian baru yang kebanyakannya ahli Umno yang kecewa dengan pretasi Barisan Nasional selama ini.

Dalam majlis tersebut, borang keahlian PAS mereka diserahkan kepada Pengarah Pilihanraya PAS PRK Kerdau, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Sementara itu, PAS terus mendapat sokongan daripada penghuni di Jengka 22 apabila 30 ahli baru yang kebanyakannya bekas ahli Umno juga mengambil keputusan menyertai perjuangan PAS.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hasan Tantawi dalam satu mesej di Twitter mengumumkan bahawa Anak menerima 176 penyertaan ahli baru dari Felda Jengka 23, 22, 25, 16 dan 18 semasa Majlis Pelancaran Anak di Felda Jengka 23, malam tadi.

Perkembangan terbaru ini menggambarkan harapan baik bagi PAS untuk pilihan raya kecil Kerdau kali ini.

Hari ini, dijangkakan akan berlaku lebih ramai kemasukan ahli baru di beberapa peti undi lagi.

Namun, Tuan Ibrahim, yang juga Naib Presiden PAS mengingatkan para petugas PAS untuk PRK Kerdau untuk berwaspada dengan strategi akhir yang digunakan oleh BN bagi mengugut pengundi dengan pelbagai tawaran kewangan yang telah dan akan diumumkan.

Penduduk Kerdau mahu tanah bukan wang

Posted: 04 Mar 2011 11:32 PM PST

Harakahdaily
TEMERLOH: Penduduk Kerdan mendedak Kerajaan tidak sahaja mencurahkan projek segera dan pemberian wang tunai dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kerdau ini tetapi hendaklah memberi sesuatu yang menjamin masa depan generasi muda di sini.

Beberapa orang pemuda yang ditemui berkata, mereka mahu kerajaan memberikan tanah untuk dibangunkan bagi sumber pendapatan dan kediaman supaya dapat membina keluarga dengan lebih baik.

Ibrahim Husin, 43, dari Kampung Ketam dekat sini, berkata 80 peratus kawasan dalam Dun Kerdau adalah merupakan kawasan pertanian dan sebahagian besar sumber pendapatan penduduknya dengan pertanian.

Katanya, menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) 2004 dan 2008 kerajaan telah membuka permohonan tanah kepada generasi muda terutama yang telah berkahwin dalam projek perkembangan kampung.

"Kami generasi kedua kampung sudah beberapa kali ditemuduga untuk diberi tanah dalam projek perkembangan kampung yang melibatkan penghulu dan wakil rakyat.

"Antara tempat yang dicadangkan ialah tanah rizab seluas 80 ekar di Kampung Paya Taram dan Kelebang. Begitu juga dengan di Kampung Lipat Kajang, Kuala Kerdau dan Bukit Lada di mana pemuda-pemuda yang sudah berkeluarga telah ditemuduga.

"Tetapi sehingga kini tidak ada jawapan yang diberikan. Sedangkan pada masa inilah paling sesuai jika kerajaan meluluskan tanah tersebut berbanding pemberian wang," katanya.

Tambah Ibrahim, jika kerajaan berfikir untuk menumpukan pembangunan generasi muda sepatutnya lebih memikirkan pemberian tanah yang lebih memberi manfaat daripada wang yang tidak tahan selama mana.

"Sebenarnya tidak ada masalah jika kerajaan mahu membantu sebab tanah terbiar yang melibatkan kawasan paya di Paya Taram, Kelebang, Paya Rambai dan Ketam seluas 300 ekar. Apakah kerajaan tidak ada inisiatif?," soalnya.

Kempen dalam PRK Kerdau menyaksikan pelbagai pemberian wang oleh menteri-menteri dalam bentuk bantuan kepada warga emas, orang kurang upaya (OKU), pelajar sekolah, peneroka Felda selain jamuan makan sepanjang masa.

Sementara itu seorang penduduk lagi, Zulhazmi Yahya, 41, dari Kelebang, berkata orang Kerdau sudah banyak rugi kerana pernah ada tanah kerajaan di belakang bandar Kerdau seluas 17,000 ekar untuk dimajukan Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian (LKPP).

"Tetapi entah macam mana 12,000 ekar telah terlepas ke tangan Sime Darby. Melepaslah orang Kerdau, cuma adalah 4,000 ekar yang dimajukan oleh Felcra melalui sistem saham. Itu pun orang tertentu saja yang dapat.

"Sebab itu kalau kerajaan betul-betul nak menolong, ikutlah perancangan asal iaitu setiap keluarga generasi kedua diberi lot tanah untuk pertanian dan kediaman masing-masing," ujarnya.

Di tanah rancangan Felda pula, para peneroka di gesa menuntut janji-janji kerajaan seperti hak milik tanah, rumah untuk generasi kedua dan apa sahaja bayaran sebelum 6 Mac.

"Inilah peluangnya, minta kerajaan lunaskan janji-janji tersebut hari mengundi atau lingkupkan calon BN kali ini," kata Presiden Persatuan Anak-anak Peneroka Felda Kebangsaan, Mazlan Aliman.

Kata Mazlan selama ini ramai peneroka di seluruh negara percaya dengan janji-janji mulut pemimpin Umno sekiranya berlaku PRK di kawasan mereka tetapi terbukti pemimpin BN hanya berbohong.

Jesteru katanya, peneroka perlu berani menekan kerajaan dengan kuasa undi yang ada.

"Kalau janji mereka untuk membina rumah pastikan ada perjanjian hitam putih yang sah antara kerajaan dan peneroka," katanya.

Ganas: PAS kesal polis berdiam diri

Posted: 04 Mar 2011 11:30 PM PST

Hazayani Zakaria

JASIN: PAS kesal dengan sikap berdiam diri pihak polis terhadap beberapa insiden keganasan yang berlaku, didakwa daripada pihak Umno BN sepanjang berkempen.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, meskipun PAS dan Pakatan Rakyat berkali-kali mengingatkan Umno BN agar berkempen secara bersih, namun apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Pihak lawan, katanya terus mengganggu dan menimbulkan provokasi di ceramah-ceramah Pakatan Rakyat selain melakukan perbuatan khianat terhadap kenderaan yang dikesan milik penyokong Pakatan Rakyat.

"Kami bagi pihak PAS amat kesal kerana tak ada tindakan daripada pihak polis meskipun kita telah berkali-kali membuat laporan secara formal dan tidak formal mengani perbuatan khianat yang berlaku.

"Setiap kali ceramah kita diganggu, ada kumpulan bermotor datang membuat kacau sedangkan bila Umno berceramah, kita tak pernah ganggu pun," katanya.

Beliau yang juga ahli Parliman Kubang Kerian mengingatkan pasukan polis yang dihantar bertugas di Merlimau ini menjalankan tanggungjawab untuk menjaga keselamatan rakyat sepanjang tempoh kempen.

"Apa gunanya kehadiran polis yang ramai kalau perkara-perkara kecil begini tidak dapat diselesaikan. Tak perlulah satu pertemuan formal untuk berbincang perkara begini. Sepatutnya pihak polis tahu tanggungjawab mereka.

"Saya bimbang yang ramai hanya daripada cawangan khas yang datang berkempen untuk pihak Umno BN," katanya pada sidang media di Markas Induk PAS PRK, pekan Merlimau, petang tadi.

PAS: Harussani terkena racun sekular BN

Posted: 04 Mar 2011 11:28 PM PST

Nazri Abdullah & Mohd Nor Yahya
TEMERLOH: Dewan Pemuda PAS Pusat berpendapat, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria sudah terkena racun sekular apabila cuba mendakwa politik tiada kaitan dengan syurga neraka.

Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, kenyataan itu telah memperlihatkan bahawa fahaman sekularisma- 'agama suku politik suku'- yang dibawa Umno BN telah meresap bukan sahaja kepada pemimpin mereka, tetapi juga agamawan termasuk mufti.

"Akhiryna mufti sendiri tidak dapat beza kefahaman Islam sebenar sehingga memberi pandangan songsang.

"Nabi sendiri berpolitiik dan menjadikan agama sebagai asas berpolitik,"katanya ketika ditemui di markaz induk PAS di sini.

Mufti Perak itu sebelum ini mendakwa syurga neraka bukannya ditentukan melalui pemilihan parti politik sebagaimana ditegaskan oleh Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Dalam perkembangan sama, PAS Kelantan menyifatkan Harussani masih ingin mengelirukan masyarakat Islam di negara ini.

Ketua Penerangan PAS Kelantan Dr.Muhammad Fadzli Hassan berkata PAS tidak pernah mengatakan syurga dan neraka itu hak pemimpin PAS.

Namun tambahnya, Islam tidak pernah menyuruh umatnya duduk diam, dan goyang kaki semata-mata untuk menunggu syurga dan neraka.

"Jadi, berpolitik itu adalah sebahagian amalan yang boleh dibuat dan memilih pemimpin yang baik adalah dituntut, malah ulama mengatakan menegakkan politik dan hukum Islam dalam sebuah negara adalah antara kebaikan yang paling besar"ujar beliau.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan Harunssani ditekan oleh pihak tertentu sehingga dia kini cuba mempertikaikan perkara yang sudah jelas kebenarannya.

"Inilah akibat kalau sering mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan, semakin terserlahlah kebatilan beliau walaupun cuba menegakkan benang yang basah," katanya lagi.

Menyentuh tindakan Harunssani menuduh PAS bersekongkol dengan bukan Islam sehingga melanggar hukum agama, Fadzli berkata ini adalah satu tuduhan yang berat dan PAS tidak dapat menerima tuduhan ini.

"Jelaskan satu persatu hukum hakam yang manakah PAS telah melanggarinya, sila kemukakkan bukti dan jangan membuat kenyataan umum dan kita juga minta beliau menjelaskan pendirian dalam isu kemungkaran yang dilakukan oleh kerajaan BN sekarang ini,"jelasnya.

Kempen mesra rakyat PAS tarik pengundi

Posted: 04 Mar 2011 11:20 PM PST

Hazayani Zakaria

JASIN: Masuk ke hari terakhir kempen pilihan raya kecil (PRK) Merlimau, PAS secara keseluruhannya berpuas hati dengan pendekatan calonnya, Yuhaizad Abdullah mendahului calon Umno BN.

Ketua Penerangannya, Idris Ahmad berkata, selain memberi tumpuan kepada kemenangan PAS di Dun ini, kejayaan besar adalah apabila PAS berjaya menyampaikan mesej perjuangan parti itu dan Pakatan Rakyat kepada pengundi-pengundi.

Menurutnya, ianya boleh disifatkan sebagai kejayaan kerana pelbagai halangan ditempuhi daripada Umno BN sepanjang berlangsungnya tempoh kempen.

"Sepanjang kempen PRK Merlimau ini, PAS berjaya menyampaikan mesej perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat walaupun terdapat beberapa kekangan dan halangan.

Beliau juga berkata, calon PAS mendahului calon BN dalam pendekatan kempen mesra rakyat apabila beberapa cara kempen yang dilakukan PAS ditiru oleh Umno BN.

"Cara kempen PAS mendahului calon Umno. Pendekatan calon PAS ditiru pula oeh Umno seperti pemberian bunga kepada wanita.

"Calon PAS membangkitkan masalah pengangkutan awam, maka terus penduduk Merlimau mendapat khidmat MARA liner. Banyak rungutan yang sudah disampaikan kepada beliau sepanjang berkempen.

"Rupa-rupanya banyak masalah di Dun Merlimau yang masih terlindung di sebalik slogan yang indah.

Idris turut menyifatkan keputusan PAS menyertai PRK ini sebagai tindakan tepat memandangkan banyak tuntutan rakyat yang sebelum ini diabaikan, segera ditunaikan BN.

"Walaupun beberapa insiden yang tidak diingini berlaku seperti cermin kereta dipecah, poster dan risalah yang berunsur fitnah, tayar kereta dan motor dipancit, gangguan ceramah oleh budak-budak upahan, keputusan PR menyertai PRK ini adalah tepat, di mana banyak tuntutan rakyat dipenuhi oleh BN yang selama ini tidak ditunaikan," katanya.

Cina dan India beri sambutan

Menurut Idris juga, pengundi di Merlimau bersifat terbuka meskipun dari segi luarannya menunjukkan sokongan kepada BN.

"Alhamdulillah pengundi di Dun Merlimau merupakan masyarakat yang terbuka dan boleh berubah walaupun di luar nampak berwajah Umno.

"Peluang ini memberi kesempatan kepada PAS untuk menerangkan dasar PAS yang berteraskan Islam kepada penduduk Dun Merlimau secara dekat. Mungkin selama ini mereka menganggap PAS adalah parti yang pelik di kalangan mereka.

Katanya juga, PAS sangat gembira dengan sambutan yang diberikan pengundi Cina dan India kepada calon PAS sehingga menimbulkan keresahan kepada Umno BN.

"Orang bukan Islam sudah tidak gerun kepada PAS, waaupun pelbagai tohmahan dan fitnah kepada PAS disampaikan," katanya.

Pemuda PAS : Umno Digesa Henti Budaya Berat Sebelah Atau Berdepan Kebangkitan Rakyat

Posted: 04 Mar 2011 11:18 PM PST

TVS NEWS

KUALA LUMPUR : Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi memberi amaran kepada Umno supaya menghapuskan sikap berat sebelah mereka sewaktu berkempen atau berhadapan sekali lagi dengan kebangkitan rakyat yang jelak dengan sikap Umno yang sering menindas ruang bersuara pihak yang tidak menyokong mereka.

Nasrudin menyatakan keadilan, ketelusan dan kesaksamaan dalam sistem pengendalian demokrasi negara ini akan menjadi rakyat tenang dan akur menerima keputusan pilihanraya, samaada menang atau kalah.

Justeru beliau menyatakan Pemuda PAS dan Pakatan Rakyat akan menyertai pelbagai Badan Bukan Kerajaan (NGO) dalam menuntut hak demokrasi seandainya hal ini tidak diendahkan kerajaan Umno-BN.

"Kita bagi tempoh sampai 1 Mei akan datang. Sekiranya 1 Mei akan datang. Seandainya mereka gagal memastikan sistem pengurusan dan pengendalian negara kita secara adil dan saksama. Kami dari NGO dan PR sekali lagi akan bangkit mengadakan himpunan Bersih ke 2 pada Jun akan datang.

Permintaan Bersih 2.0 yang dikepalai bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia Datuk Ambiga Sreevenasan yang menuntut penggunaan dakwat kekal kepada pengundi, pembersihan daftar Pemilih, pemansuhan undi pos dan kebebasan media dalam membuat laporan berita.

Himpunan Bersih sebelum ini pada 2007 berjaya mengumpulkan kira-kira 100 ribu rakyat dan ditangani dengan ganas oleh kerajaan Umno-BN dan dipercayai menyumbang kepada kegagalan BN meraih majoriti 2 per 3 pada Pilihan Raya Umum 2008.

Nasrudin turut menyelar sikap Umno yang sering mendabik dada mengatakan mereka satu-satunya pembela Islam dan Melayu di negara ini dan menjadi pilihan di hati masyarakat tetapi pada masa yang sama menyekat demokrasi bersuara Pakatan Rakyat.

Justeru Nasrudin mahu persaingan sama rata berlaku dengan rakyat menjadi pemilihnya supaya hal pilihan hati rakyat itu dapat dijustifikasi.

"Kalau betul nak bertanding siapa kuat, biarlah bertanding di padang yang sama rata. Ini sudahlah tak sama rata. Lepas tu ditambat tangan dan kaki kita. Lepas itu diajak bertinju. Bila menang dia kata dia kuat. Dia nak tipu siapa?," katanya.

Nasrudin menganggap taktik UMNO menggunakan penceramah 'undangan' seperti Ummi Hafilda dan bekas ahli Parti Keadilan Rakyat sebagai tanda mereka masih takut dengan Pakatan Rakyat walaupun menguasai media.

"Kita padanlah buat ceramah sebab kita tak dibenar menggunakan radio. Kita tak dibernar menggunakan televisyen. Kita terpaksa bertemu dengan masyarakat bagi menyampaikan dasar perjuangan kita. Ini buktinya mereka sangat lemah dan takut nak bertemu dengan pakatan rakyat," katanya.

S.Manikavasagam : Tabur Risalah Perkauman, Taktik Kotor Umno-BN

Posted: 04 Mar 2011 11:16 PM PST

TVS NEWS

SHAH ALAM : Ahli Parlimen Kapar, S.Manikavasagam yakin tindakan menyebarkan risalah berbaur perkauman pada pilihanraya kecil DUN Merlimau adalah sebahagian taktik kotor Umno-BN dan usaha terdesak parti itu.

Beliau berkata, risalah yang disebarkan tertera perkataan 'Keling tak sedar diri' dengan logo Pertubuhan Pribumi PERKASA itu, jelas menunjukkan bahawa Umno-Bn sudah kehilangan modal apabila sanggup menanam kebencian kaum dikalangan masyarakat di Merlimau.

"Ketua Pemuda AMK sudah membuat laporan. Kita minta pihak polis menyiasat. SPR juga harus siasat, bagaimana risalah ini boleh dikeluarkan. ini memang menyentuh perasaan terutama masyarakat india," katanya.

"Keluar risalah seperti ini memburukkan orang India, saya ingat tidak betul. Ini bukan caranya. Dulu tidak ada provokasi sebegini (perkauman), berbanding sekarang terlalu banyak menyentuh sensetiviti dan menghina, cukuplah," ujarnya lagi.

Beliau menambah, pilihanraya yang bersifat demokrasi seharusnya dijalankan tanpa sebarang kejadian yang boleh mencetuskan ketegangan kaum di antara masyarakat Melayu, Cina dan India.

Namun, beliau kesal, apabila ada sesetengah penyokong yang bertindak agresif serta tidak memikirkan sensetiviti perkauman di negara ini.

"Pilihanraya ini bebas. saya sedih melihat keadaan seperti di Merlimau apabila saya sendiri tidak boleh masuk ke estate. kalau pilihanraya bebas, mana-mana parti atau orang boleh berjumpa.

"saya minta perkara ini disiasat secara serius dan secepat mungkin," katanya.

Beliau turut mempersoalkan tindakan pihak polis yang dilihat seolah-olah menutup mata apabila hanya bertindak cepat jika laporan yang diadukan oleh pihak Umno-BN, sebaliknya, tidak mengambil tindakan sekiranya aduan dibuat oleh Pakatan Rakyat.

"Risalah-risalah (menghina kaum) yang dikeluarkan itu harus diambil tindakan. Kalau Umno-BN buat laporan terus mereka (polis) dengan cepat mengambil tindakan. tetapi jika kita (PKR) tidak diambil tindakan atau siasat.

"Sepatutnya SPR adil, jika PKR gantung banner dia turunkan. Tapi kalau BN, dia tak turunkan malah lebih banyak lagi yang dinaikkan. Ambillah tindakan. Pihak kita (PKR) tidak ada satupun banner seperti itu dinakkan," katanya lagi.

Ketua AMK PKR, Shamsul Iskandar Md Akin sudah membuat dua laporan di balai polis Merlimau berkenaan tindakan liar pihak tertentu menyerang kenderaannya dan risalah berbaur perkauman yang tertera dengan logo PERKASA

Laporan kedua PKR dibuat oleh Shamsul adalah berhubung 'serangan' ke atas beberapa kenderaan PKR termasuk yang digunakan bagi membawa Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Permatang Serai pada 2 Mac lalu.

Risalah berbaur perkauman itu dijumpai di peti surat penduduk sekitar Kampung Ayer Merbau semalam.

Ia kelihatan seperti halaman utama akhbar Utusan Malaysia, milik Umno dengan perkataan "Keling tak sedar diri".

Dua hari sebelum hari penamaan calon, beberapa risalah yang dijumpai melabelkan Cina sebagai 'pengkhianat'.

Kain rentang PAS di sekitar Merlimau juga dirosakkan manakala sebuah pentas yang didirikan oleh DAP bagi majlisnya juga turut dibakar.

Anwar Cabar Najib Dedah Skandal PKFZ

Posted: 04 Mar 2011 11:15 PM PST

Ditulis oleh farah azila

PETALING JAYA : Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana enggan memikul tanggungjawb bersama meluluskan projek Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ) yang mengakibkatkan kerugian sehingga RM12 bilion ringgit.

Anwar berkata Najib dan barisan jemaah menteri ketika itu maklum mengenai laporan Kabinet daripada Kementerian Kewangan dan Peguam Negara yang menolak peruntukan tambahan untuk projek PKFZ kerana kosnya terlalu tinggi.

Najib yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri dan menteri-menteri lain bagaimana mengenepikan laporan itu dan jemaah menteri memberikan kelulusan retrospektif kepada peningkatan kos projek PKFZ dari RM1.088 bilion kepada lebih RM4 Billion dua tahun lalu.

"Saya cabar Perdana Menteri, Peguam Negara dan Kementerian Kewangan untuk memperakui laporan kerta kabinet berkenaan, bahawa Kementerian Kewangan dan Peguam Negara telah menolak kos projek tersebut."

"Saya cabar mereka, yang nampak laporan itu , dan laporan itu menyatakan secara kategorikal bahawa cadangan Kementerian Pengangkutan itu tidak boleh dipertahankan. Maknanya masa itu telah ada tiga pihak menyanggah dan menolak. Saya nak tanya macam mana Perdana Menteri boleh setuju? Macam mana boleh kata dia tak tau," tanya Anwar pada Ceramah Umum kepada lebih 500 rakyat di Petaling Jaya semalam.

Minggu lalu, bekas Menteri Pengangkutan Tan Sri Chang Kong Choi, dihadap ke mahkamah atas dakwaan menipu bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi mengenai projek itu. Tuduhan itu mirip kepada pendakwaan yang dikenakan terhadap Tun Ling Liong Sik yang dikatakan menipu Tun Mahathir mengenai jumlah pampasan untuk tapak projek yang sama.

Pendakwaan ke atas kedua-dua bekas Menteri Pengangkutan itu mengundang persoalan samada Perdana Menteri dan barisan Kabinet bersekongkol meluluskan projek yang menelan belanja begitu besar walaupun mengetahui pulangan yang bakal diperolehi adalah terhad.

Anwar menganggap pendakwaan terhadap dua bekas pemimpin MCA itu bersabit PKFZ sebagai 'wayang" kerana barisan pemimpin dari Umno yang masih berkhidmat dalam kerajaan dikecualikan dari tindakan.

Anwar merujuk kepada pendakwaan terhadap bekas Pengarah Urusan Perwaja Eric Chia sebagai contoh jelas, pendakwaan terhadap Ling dan Chan tidak akan "kemana-mana".

"Macam PKFZ dia buat senang aja, dakwa Ling Liong Sik. Sebelum dia berhenti kita, dah tau dia terlibat dengan PKFZ, curi duit orang bawah, berbillion dapat. Lepas tu angkat jadi Tun, Tun sebab apa? Sebab curi duit rakyat?. Sistem apa yang mereka gunakan?!Perwaja, semasa saya Menteri Kewangan, saya lantik Price Waterhouse Coopers siasat.PM rasa tak senang waktu itu, tapi saya mintak siasat. Dia bagi bukti, Yang salah Eric Chia. Lepas tu tutup kes. Lama-lama bukak balik, pertuduhan sikit sahaja, sampai Eric Chia meninggal dunia,' kata Anwar.

Anwar yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat menegaskan Umno-BN tidak belajar dari keperluan untuk meninggalkan amalan rasuah walaupun kalah teru pada pilihanraya umum 2008.

"Adakah UMNO belajar dari pengalaman ini. Saya nak sebut, kalau parti biasa dengan kejutan 2008 tewas undi popular di Semenanjung Malaysia. Biasanya dia akan

Ringgit Dijangka Tidak Menentu Minggu Depan

Posted: 04 Mar 2011 11:14 PM PST

Ditulis oleh BERNAMA

KUALA LUMPUR : Prospek bagi ringgit dijangka tidak menentu minggu depan, meskipun sentimen pendasar yang kukuh, susulan beberapa peristiwa yang akan berlaku.

Data senarai gaji bukan perladangan AS, mesyuarat jawatankuasa polisi moneteri Bank Negara Malaysia pada 11 Mac, peningkatan harga minyak mentah dan ketegangan politik di Timur Tengah dan Afrika Utara dijangka mendominasi pergerakan unit tempatan minggu depan.

"Jika laporan data senarai gaji AS kukuh, ia akan merangsangkan dolar AS yang akan membawa kepada penurunan ringgit," kata seorang peniaga, sambil menambah bank pusat juga dijangka menaikkan keperluan rizab statutori yang ketika ini berada pada satu peratus.

Dalam suasana ini, ringgit dijangka diniagakan antara 3.02 dan 3.05 berbanding dolar AS minggu depan.

Bagi minggu yang baru berakhir ini, unit tempatan berusaha untuk melepasi paras 3.0 pada Jumaat apabila sentimen pasaran terus kekal kukuh.

Ia naik ke paras ketinggian 3.0252 pada Jumaat sebelum ditutup minggu ini pada 3.0280/0300 berbanding 3.0510/0540 pada Jumaat minggu sebelumnya.

Bagi minggu ini, Dolar AS yang lemah, kenaikan harga minyak mentah,pergolakan yang berterusan di Timur Tengah dan Afrika Utara dan faktor-faktor luar lain menjejaskan pasaran pertukaran asing tetapi menyokong kekuatan ringgit.

Berbanding mata wang utama lain, ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 2.3893/3913 daripada 2.3926/3955 pada minggu sebelumnya dan meningkat berbanding yen kepada 3.6707/6754 daripada 3.7230/7271 sebelumnya.

Ia naik berbanding pound sterling kepada 4.9166/9213 daripada 4.9191/9246minggu sebelumnya tetapi susut berbanding euro kepada 4.2262/2296 daripada 4.2107/2154 sebelumnya.

Zahid tak telus umum pembelian RM6 bilion kapal TLDM

Posted: 04 Mar 2011 11:13 PM PST

Ditulis oleh Edi Suleiman

PETALING JAYA : Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua mahu Menteri Pertahanan Datuk Zahid Hamidi memberi butiran telus mengenai peruntukan RM6 bilion untuk memberli kapal peronda TLDM.

Tony berkata sebagai seorang menteri bertanggungjawab, Zahid tidak boleh meletakkan harga setiap kapal pada RM1bilion tanpa memberi keterangan lanjut dan mengharapkan semua pihak akan menerimanya tanpa soal.

"Sebagai ahli Parlimen bertanggungjawab kepada wang rakyat, Kita tanyalah yang sepatutnya , saya tanyalah apa jenis kapal, yang dibeli, RM 1 Billion setiap satu, bukan satu yang murah," katanya.

"Bila saya bertanya kepada Menteri Pertahanan, mengenai Tentera Laut nak beli Kapal Peronda berjumlah RM 6 Billion. Tapi Menteri tak bagi butir terperinci, hanya kata RM 6 Billion untuk 6 kapal dan RM 2 Billion untuk vendor tempatan. Tapi dia tak beritahu apa jenis kapal yang hendak dibeli, " ujarnya.

Menurut Tony, Kementerian Pertahanan sebelum ini telahpun terlibat dengan pembelian 'meragukan' seperti Kapal Selam Scorpene, pembelian Kereta Perisai bernilai RM 31 juta setiap satu dari DRB Hicom tahun lalu, selain skandal kehilangan enjin jet F5 AE

Malah pembelian kapal peronda TLDM sebelum ini turut mendatangkan keraguan apabila PSC Industries Bhd. (PSCI) yang bertanggungjawab membina kapal itu gagal menyebabkan ia diambil alih Boustead Holdings dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT)

Pengerusi PSCI sebelum itu Tan Sri Amin Shah dilaporkan melarikan diri ke Dubai dan beliau diisythiar muflis di negara ini beberapa tahun lalu. Ironinya, antara syarikat yang terlibat dalam tempahan dan pembelian Kapal Peronda kali ini ialah Boustead sendiri.

"Dulu beli kapal peronda harganya RM 4.5 Billion, kontrak diberikan kepada syarikat kroni. Sekarang saya percaya enam kapal ini tak boleh siap dalam masa yang ditentukan.

"Perkara ini bukan dikritik oleh Pembangkang, tapi oleh Lembaga Audit Negara milik Kerajaan. Dia kritik Kementerian Pertahanan kerana penyelewengan berlaku kerana kerja kerja belum siap, wang sudah bayar," katanya.

Menurut Tony lagi, ini merupakan cara pengurusan ekonomi kerajaan BN yang hanya akan menyebabkan negara ini makin mengalami kerugian.

"Ini cara BN menjalankan pengurusan ekonomi di negara kita. Kita tak tahan lagi. Semua wang dibazir melalui rasuah, penyelewengan, komisyen dan melalui pembelian alat-alat yang tak perlu. Apa yang rakyat perlu tak diberi. Sebab itu kita kena berubah dan selamatkan Malaysia," katanya.

Pengusaha Lembu Kecewa TEKUN Tahan Pinjaman

Posted: 04 Mar 2011 11:07 PM PST

Ditulis oleh Malaysiakini LANCHANG : Empat puluh pengusaha penternakan lembu feedlot berkelompok di Lanchang, Melaka kecewa apabila pihak Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN) menahan sebahagian besar wang pinjaman mereka daripada nilai keseluruhan kira-kira RM1.2 juta, meskipun ia sudahpun diluluskan pihak terbabit.


Ketua projek berkenaan, Fahruzridza Jaafar, 34, berkata, jumlah tersebut berdasarkan setiap pengusaha melakukan pinjaman berjumlah RM30,000.

Menurutnya, segala-galanya bermula pada 1997, apabila beliau dicadangkan oleh ahli parlimen Jasin ketika itu, Datuk Mohd Said Yusof supaya menjalankan projek ternakan lembu dengan mencari satu tapak sesuai lapor Malaysiakini.

Fahruzridza yang juga pengerusi Persatuan Seni Silat Langkah Bromo (PSSLB) berkata, beliau telah mengambil peluang itu dan juga menyarankan 39 ahlinya yang lain supaya menyambut peluang itu bagi menjayakan projek ternakan lembu mereka.

"Secara kebetulan ketika itu sejak tahun 2005, saya memang ada memajak tanah di Semujuk, Sungai Rambai dengan keluasan kira-kira 3 ekar lebih bagi penanaman pisang dan sebaik muncul projek itu saya telah korbankan projek tanam pisang lalu bertukar kepada ternakan lembu.

Projek tertangguh

"Dalam masa yang sama kami terus memohon untuk pinjaman daripada TEKUN dengan berbekalkan segala sokongan daripada beberapa agensi kerajaan termasuk Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Veterinar Melaka, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

"Akhirnya, kelulusan kami perolehi pada 28 Januari 2008 dan sebagai fasa awal TEKUN telah mengeluarkan sebahagian daripada pinjaman terbabit kepada kami yang berjumlah RM416,875 untuk menjalankan projek itu.

"Tetapi malangnya projek itu tertangguh selama lapan bulan apabila mendapat bantahan daripada penduduk kampung di Semujuk dengan alasan projek berkenaan tidak sesuai dilakukan di kawasan terbabit.

"Kami hairan mengapa mereka tidak menyokong sedangkan ada pusat ternakan lain, malah saiznya jauh lebih besar terletak bersebelahan kawasan tempat kami merancang untuk projek berkenaan," katanya ketika ditemui di rumah seorang daripada peserta projek berkenaan di Jasin.

Fahruzridza berkata, dengan bantuan ADUN Sungai Rambai, Datuk Hasan Rahman, pihaknya cuba mencari jalan menyelesaikan perkara itu sehingga akhirnya terpaksa memindahkan projek berkenaan dari Semujuk ke Lanchang dengan keluasan tanah kira-kira lapan ekar.

"Kami berdepan masalah apabila jumlah pinjaman awal adalah untuk dimanfaatkan untuk tanah di Semujuk yang sudah tersedia beberapa kemudahan seperti laluan tambak, saliran, tanah yang sudah diratakan dan pondok pekerja.

"Ia berbeza dengan tanah di Lanchang yang saiznya jauh lebih besar dan ditambah pula tiada sebarang kemudahan berkenaan di mana kami terpaksa keluarkan belanja yang besar untuk meratakan tanah, buat saliran, kandang, jalan dan pelbagai lagi.

"Ketika projek menyediakan kandang sudah hampir siap, kami cuba untuk memohon agar pihak Tekun mengeluarkan sebahagian lagi pinjaman yang sepatutnya untuk memasuki sejumlah lembu tetapi malangnya mereka enggan atas alasan kandang yang dibuat tidak mengikut spesifikasi.

Dibiarkan terus hanyut

"Kami hairan mengapakah TEKUN boleh mempersoalkan pasal spesifikasi, sedangkan perkara itu sepatutnya dilakukan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan lagi pun sebelum itu pun pihak Tekun tiada pun sentuh soal sebarang spesifikasi.

"Menurut TEKUN lagi, jumlah pinjaman yang diberi kepada kami sepatutnya sudah mencukupi biarpun peringkat awalnya mereka sudah luluskan RM1.2 juta.

Menurut Fahruzridza, dia kesal kerana setiap langkah yang dilakukan adalah atas nasihat Jabatan Haiwan dan Jabatan Kesihatan tetapi malangnya Tekun memberi alasan berkenaan.

"Beberapa mesyuarat yang di pengerusikan wakil rakyat kawasan pada awalnya TEKUN bersetuju untuk mengeluarkan sebahagian lagi baki pinjaman tetapi malangnya mereka mencabul keputusan mesyuarat.

"Projek kami akhirnya tergantung sehingga kini dan lebih malang lagi usaha kami untuk menemui pelbagai pihak berolehi kehampaan termasuk mengadukan masalah berkenaan di Jabatan Perdana Menteri, sehingga kini masih belum ada jawapan," katanya.

Fahruzridza berkata, dia bersama 39 rakannya yang lain berusia antara 21 hingga 40 tahun berasa kecewa dengan tindakan pihak TEKUN dan menganggap itu satu penganiayaan.

"Bayangkan mereka dah luluskan RM1.2 juta kepada kami tetapi hanya beri kami RM416,875 sahaja. Bagaimana kami nak teruskan projek ini. Semua kami sudah laksanakan, cuma hanya menunggu masuk lembunya sahaja.

"Lebih malang lagi, mereka mengarahkan kami memulang baki pinjaman berjumlah RM735,605 sedangkan kami tidak perolehi pun duit pinjaman berkenaan.

"Selain itu, kini kami diarah untuk membayar pinjaman untuk setiap peserta berjumlah RM14,000 dan sekiranya kami gagal nama kami semua akan disenarai hitamkan.

"Sikap TEKUN yang jelas mahu membunuh kami amat dikesali bagaikan sengaja membina kapal di tengah lautan tetapi tidak menyiapkan layarnya dan kami terus hanyut," katanya.

Kes liwat II: Zahid dakwa Anwar bohongi Turki

Posted: 04 Mar 2011 11:04 PM PST

Oleh Syed Mu'az Syed Putra

JASIN — Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membohongi kepimpinan tertinggi Turki berhubung kes liwat yang membabitkan pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan tiga tahun lalu.

Kata Ahmad Zahid, Anwar yang merupakan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) memberitahu kepimpinan kerajaan Turki bahawa kes liwat melibatkan Mohd Saiful adalah kes lama iaitu tahun 1998 yang dibuka semula kertas siasatan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Baru-baru ini saya ada ke Turki dan berjumpa Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan, dulu ada tokoh pembangkang Anwar Ibrahim kata Turki adalah negara yang memberikan sokongan moral kepada beliau dan pernah terbang ke Turki untuk dapatkan bantuan politik atau sokongan politik, duduk di rumah Kedutaan Turki.

"Saya lakukan siasatan, rupa-rupanya Anwar Ibrahim ini rapat dengan Menteri Luar Turki Ahmet Davutoglu, menteri luar ini bekas pensyarah di UIA (Universiti Islam Antarabangsa) ketika Anwar Ibrahim jadi presiden UIA," katanya ketika menyampaikan ceramah di Pentas Rakyat sempena kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau di Merlimau Pasir di sini malam tadi.

Kira-kira 150 orang menghadiri ceramah itu yang turut disertai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

Ahmad Zahid yang juga naib presiden Umno berkata, dalam pertemuan itu beliau diberitahu Ahmet bahawa Anwar meminta supaya diberikan perlindungan daripada ditangkap.

"Menteri Luar ini beritahu Perdana Menteri Turki untuk beri perlindungan kepada Anwar Ibrahim, tapi Allah s.w.t maha adil . . . pada majlis makan malam saya kebetulan duduk di sebelah Menteri Luar ini.

"Saya tanya beliau, adakah Anwar Ibrahim ini kawan beliau? Beliau kata betul, saya tanya selalu Anwar Ibrahim hubungi beliau? Dulu selalu, sekarang dah tak ada. Bila kali terakhir Anwar Ibrahim hubungi beliau? Beliau jawab setahun setengah lalu.

"Tapi Anwar Ibrahim beritahu kita tiap-tiap bulan beliau ada jumpa, malah Anwar Ibrahim jelaskan kepada masyarakat Turki bahawa kes di mahkamah sekarang adalah kes sama yang dihidupkan . . . dibuka fail oleh Datuk Seri Najib Razak," katanya.

Tambah Naib Presiden Umno itu, pihaknya termasuk menjelaskan perkara sebenar kepada kerajaan Turki mengenai situasi yang berlaku.

"Bila perwakilan Malaysia terangkan, ini kes baru... bukan kes lama dan Datuk Seri Najib Razak tak ada niat untuk menganiayai Anwar Ibrahim.

"Ini kes yang beliau buat sendiri, yang melapor adalah Saiful bukan Saiful yang diarahkan . . . dia jadi imam Anwar Ibrahim jadi makmum," katanya.

Kes liwat yang melibatkan Anwar itu masih berjalan di mahkamah.

Anwar didakwa meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Penoreh getah maut diserang gajah di Gua Musang

Posted: 04 Mar 2011 11:02 PM PST

BERNAMA

GUA MUSANG — Seorang penoreh getah yang cuba menghalau sekumpulan gajah menggunakan mercun bola di sini, maut apabila diserang haiwan itu yang naik minyak akibat terkejut mendengar bunyi letupan mercun tersebut.

Lee Che Hassan, 46, maut selepas seekor gajah betina yang mempunyai anak mengamuk dan melilit beliau menggunakan belalai sebelum menghempas lelaki malang itu ke sebatang pokok dalam kejadian di Kampung Serian Batu 11, semalam.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Saiful Bahri Abdullah berkata Lee sebelum itu cuba menghalau sekumpulan enam ekor gajah liar yang memusnahkan tananam di kebun getahnya.

"Lee mati di tempat kejadian dengan berapa kesan lebam di kepala serta badan," katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata kejadian itu disedari rakan Lee di kebun getah bersebelahan, yang kemudian memaklumkan kejadian kepada penduduk kampung.

"Mereka ke tempat kejadian untuk membawa keluar mayat mangsa, namun gajah betina terbabit meluru ke arah mereka menyebabkan mereka menghubungi Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) bagi membantu menghalau kumpulan gajah tersebut," katanya.

Saiful Bahri berkata mayat Lee berjaya dikeluarkan kira-kira empat jam kemudian dan dihantar ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat.

Ini adalah insiden ketiga membabitkan serangan gajah liar di Kelantan sepanjang empat bulan kebelakangan ini.

Pada 23 Jan lepas seorang pekerja Ladang Fokus Bonanza Sdn Bhd, Bernardus Ngongo Naru, 24, cedera parah apabila dilibas dan dipijak seekor gajah liar, manakala pada 6 Dis lepas, seorang pemuda Muhamad Adnan Iberahim maut dipijak haiwan tersebut ketika beliau bersama empat rakan memasuki Hutan Bring dekat Pos Pasik, di sini bagi mencari buah keranji.

SPR: Tunjuk bukti jika ada pelajar IPT jadi pengundi hantu Merlimau

Posted: 04 Mar 2011 10:57 PM PST

Oleh Syed Mu'az Syed Putra

JASIN — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yakin tidak wujud pengundi hantu, yang didakwa PAS akan digunakan oleh Barisan Nasional (BN) untuk memastikan kemenangannya pada pilihan raya kecil kerusi DUN Merlimau esok.

Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, sekiranya pihak tertentu termasuk parti politik yang bertanding di kawasan itu mempunyai maklumat mengenai kewujudan pengundi hantu, mereka hendaklah membuat laporan segera kepada SPR untuk tindakan lanjut.

"Setahu saya tiada pengundi hantu, kalau ada dapatkan nama, kad pengenalan dan gambar serah kepada SPR.

"Tapi kalau pengundi itu belajar di tempat lain, Kuala Lumpur atau Klang yang mana mereka balik mengundi, mereka adalah pengundi yang sah bukan pengundi hantu," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Tegas Abdul Aziz, SPR akan menyiasat dan akan mengambil tindakan tegas sekiranya ada pihak yang menyamar sebagai pengundi.

"Jika ditangkap dia menyamar sebagai pengundi SPR akan mengambil tindakan tegas, kita akan tahan dan siasat mereka yang terlibat.

"Tapi kalau pengundi itu adalah pengundi luar yang balik menjalankan tanggungjawab kita nak cakap apa? Tiada pengundi hantu," katanya.

Laporan The Malaysian Insider awal pagi ini menyebut PAS mendakwa BN menawarkan "habuan" kepada penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT) untuk mengundi mewakili pengundi tertentu — bertindak sebagai "pengundi hantu" di kerusi Merlimau.

Pengarah Pilihan Raya PAS pusat Datuk Halim Abdul Rahman berkata, pihaknya mendapat maklumat BN telah memberi "habuan" yang besar kepada 750 pelajar untuk menjadi "pengundi hantu".

Dalam sidang media itu juga, Abdul Aziz mengingatkan parti politik yang bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Merlimau dan Kerdau bahawa tempoh berkempen tamat pada tengah malam ini.

"Segala bentuk kempen selepas itu tidak dibenarkan, saya rasa tempoh lapan hari diberikan SPR sudah cukup.

"Penyokong parti politik juga tidak dibenarkan lagi untuk berkempen, meraih undi, merayu undi, tak dibenarkan gunakan pejabat peti-peti undi untuk tujuan berkempen, esok juga tiada kempen," katanya.

Beliau menjangkakan 80 peratus pengundi akan keluar mengundi di kedua-dua kawasan itu sekiranya cuaca baik.

"Tapi saya minta pengundi keluar awal esok, penyokong parti pula jangan terlalu emosional," katanya.

Keputusan dijangka diumumkan pada pukul 8 malam.

Siasat Kes Teoh : PM Didakwa Hanya 'Menanam Tebu Ditepi Bibir'

Posted: 04 Mar 2011 03:37 PM PST

TVS NEWS

SHAH ALAM : Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak dilabel ibarat sekadar 'menanam tebu di tepi bibir' sahaja apabila dilihat masih tidak mampu menunaikan janji yang telah diberi kepada keluarga mendiang Teoh Beng Hock sewaktu mengadakan pertemuan kali pertama dengan keluarga itu.

Adik Mendiang Teoh Beng Hock, Teoh Lee Lan berkata, jika Perdana Menteri ikhlas mahu membantu menyiasat kes ini, beliau sepatutnya memenuhi segala permintaan yang dibuat keluarga mendiang supaya dapat menyelesaikan kes ini secepat mungkin.

"Ini keikhlasannya tidak dibukti dengan perjalanan inkues sepanjang setahun lebih, sekarang Suruhanjaya Diraja menolak semua permintaan kami hanya kerana mereka tidak mahu kes ini ditukar lagi tetapi pada asalnya siapa yang menukarkan keadilan, kebenaran sepanjang kes ini," katanya.

Lee Lan juga turut mempersoalkan sebelum Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan, inkues Teoh Beng Hock jelas menunjukkan mereka hanya menjalankan siasatan yang disifatkan sebagai berat sebelah.

"Semua orang boleh lihat bagaimana inkues menjalankan tugasnya dan anda beritahu saya, adakah mereka menyiasat dari segi membunuh diri atau dibunuh, jawapan yang sangat nyata, mereka hanya menyiasat dari segi dibunuh.

Perdana Menteri meyakinkan kita bahawa inkues akan memberikan satu jawapan tetapi tidak, malah dianggap tidak munasabah. Kemudian beliau (PM) berjanji untuk menubuhkan satu siasatan suruhanjaya diraja untuk menyiasat kematian Teoh Beng Hock," katanya.

Lee Lan berkata demikian ketika ditemubual oleh TV Selangor dalam program Fokus Berita.

Turut menemani beliau adalah, Penyelaras Rakyat Menyokong Beng Hock, Eng Yap Hwa.

Sebelum ini Najib Razak menemui anggota keluarga mendiang Teoh Beng Hock di Pejabat Perdana Menteri pada 28 Julai tahun lalu.

Pada pertemuan itu, Najib sekali lagi menyampaikan takziah kepada bapa Beng Hock, Teoh Leong Hwee, emaknya, Teng Shuw Hor, abangnya, Beng Kee, adik perempuannya, Lee Lan dan juga tunangnya, Soh Cher Wei.

Teoh, 30, setiausaha politik anggota Exco Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor selepas memberi kenyataan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang terletak di tingkat 14 bangunan itu.

Bekas orang kuat Samy mohon injunksi halang MIED tambah ahli

Posted: 04 Mar 2011 03:36 PM PST

Oleh G Manimaran

KUALA LUMPUR — Bekas ketua Pemuda MIC A. Vigneswaran memfailkan permohonan injunksi untuk menghalang Institut Kemajuan Pendidikan Maju (MIED), yang dipengerusikan oleh bekas presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu, daripada menambah bilangan ahlinya.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan mendengar permohonan ex-parte itu pagi Isnin ini - pada hari lembaga pemegang amanah MIED akan mengadakan mesyuarat dengan salah satu agenda menambah 10 lagi ahli.

Selasa lalu, Samy Vellu menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa beliau sedang berusaha untuk 'melarikan' MIED daripada milikan MIC, tetapi mengesahkan agenda mahu menambah ahlinya daripada 30 orang kepada 42 orang.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Vigneswaran mengesahkan tindakan perundangan itu.

"Ya, saya ada failkan permohonan untuk dapatkan injunksi pagi tadi. Permohonan akan didengar hari Isnin ini," kata beliau.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas tindakan perundangan hari ini, yang dilihat ketiga ke atas MIED termasuk notis rekuisi dibuat kelmarin.

The Malaysian Insider difahamkan mahkamah akan mendengar permohonan itu pada pukul 8.30 pagi manakala lembaga pemegang amanah MIED pula akan memulakan mesyuarat mereka 10 pagi.

Permohonan injunksi itu meminta agar MIED tidak menambah ahli dan harus kekal dengan bilangan semasa.

Sumber memberitahu sekiranya berjaya, perintah injunksi akan diserahkan kepada lembaga pemegang amanah supaya tidak membincangkan agenda menambah ahli.

"Injunksi hanya untuk menghalang usaha (Samy Vellu dan lembaha) tambah ahli, mesyuarat lembaga boleh diadakan seperti biasa, mereka mahu status quo kekal," katanya lagi.

Kelmarin, beliau bersama dua ahli lain mengemukakan notis rekuisisi menggesa Samy Vellu supaya melepaskan jawatan pengerusi lembaga pemegang amanahnya.

Turut diminta berundur ialah seorang pemegang amanahnya Tan Sri Dr T. Marimuthu.

Notis meminta diadakan mesyuarat agung tergempar (EGM) itu ditandatangani oleh bekas timbalan presiden MIC Datuk S. Subramaniam, Vigneswaran dan bekas Adun Kedah Datuk S. Ganesan, yang juga ahli jawatankuasa kerja pusat (CWC) MIC.

Samy Vellu, yang akan genap 75 tahun Rabu depan, memanggil mesyuarat lembaga pemegang amanahnya Isnin ini, yang antara lain akan menambah keahlian baru seramai 10 orang.

MIED kini mempunyai 30 ahli dan ada yang mendakwa Samy Vellu mahu menambah 10 ahli baru bagi memantapkan kedudukan beliau dalam MIED.

Ada yang mendakwa beliau melakukan usaha ke arah mengasingkan MIED daripada MIC.

Atas faktor usia dan peruntukan di bawah Akta Syarikat, Samy Vellu juga memerlukan sokongan 75 peratus ahlinya untuk kekal sebagai pengerusinya, kata dakwaan itu.

Justeru dakwaan mengatakan beliau berbuat demikian untuk mendapatkan lebih ramai sokongan ahli-ahlinya.

Bekas menteri Kabinet pusat itu dan kini duta khas ke rantau Asia Selatan mengakui agenda itu sambil memberi jaminan bahawa MIED, yang mempunyai aset sekitar RM1 bilion, akan kekal sebagai entiti milik MIC sambil menafikan dakwaan bahawa ada usaha di pihaknya untuk "melarikan" sayap pendidikan itu.

Malah kata beliau, dakwaan itu juga bertujuan merosakkan hubungan beliau dengan penggantinya Datuk G. Palanivel.

Samy Vellu berkata MIED, yang ditubuhkan pada 1984 ketika era kepimpinannya, akan kekal sebagai sebahagian MIC dan aktiviti harian akan diuruskan oleh MIED sebagaimana diamalkan sebelum ini.

Sehubungan itu kata Samy Vellu, beliau sentiasa berhubungan dengan Palanivel dan "kami sentiasa mendapatkan nasihat satu sama lain berkenaan urusan MIED."

Sejak penubuhannnya, Samy Vellu bertindak sebagai pengerusi lembaga pemegang amanahnya.

Pada 10 Januari lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memberi tempoh 30 hari kepada Samy Vellu, selaku pengerusi MIED dan tujuh pemegang amanahnya membekalkan beberapa dokumen dalam saman RM100 juta terhadap mereka oleh MIED.

Hakim Mahkamah Dagang Datuk Abdul Aziz Rahim memerintahkan mereka membekalkan dokumen berkenaan termasuk yang berkaitan dengan pembinaan Institut Sains Perubatan dan Teknologi Asian (AIMST), yang didakwa telah menyebabkan kerugian besar kepada cabang pendidikan MIC itu.

Vigneswaran memohon supaya para defendan membekalkan salinan surat pelantikan bekas ketua pegawai eksekutifnya P. Chitirakala dan skop tugasnya.

MIED memohon sebanyak 12 dokumen selepas Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Mah Weng Kwai pada 14 Jun membenarkan permohonan untuk menamakan MIED sebagai plaintif dalam cadangan saman terhadap para pemegang amanah MIED.

Selain bekas presiden MIC Samy Vellu, Palanivel, Mahalingam, Marimuthu, Tan Sri Dr S.K. Ampikaipakam, Tan Sri Dr K.S. Nijhar, K. Kumaran dan Tan Sri G. Vadiveloo dinamakan sebagai defendan.

Dalam saman yang difailkan pada 5 Julai lalu, MIED mendakwa kesemua defendan telah melakukan kecuaian, kesalahan aturan kewangan, kemungkiran tanggungjawab sebagai pemegang amanah, juruaudit, dan fidusiari, yang telah membawa kerugian besar kapada MIED.

Ia juga memohon perintah injunksi bagi menghalang dan menyekat Samy Vellu daripada terus berkhidmat sebagai pengerusi lembaga pemegang amanah, mahu Samy Vellu dilucutkan keahlian beliau dari MIED dan perintah supaya Samy Vellu mengembalikan kesemua wang dan atau apa keuntungan dan kepentingan dari dana MIED yang telah diterima olehnya (Samy Vellu) sama ada secara langsung atau melalui ahli keluarga beliau atau kawan rapat beliau.

MIED mahu perintah mahkamah bahawa Samy Vellu membayar balik kesemua kerugian yang telah dialami oleh MIED dalam tempoh masa di mana beliau telah mentadbir sebagai pengerusi lembaga pemegang amanah.

Vigneswaran, yang merupakan seorang anggota MIED, memohon kebenaran mengikut ketetapan Seksyen 181A, Akta Syarikat 1965 yang memperuntukkan pihak-pihak yang mahu dinamakan bagi pihak syarikat sebagai plaintif dalam saman itu, perlu mendapatkan kebenaran daripada mahkamah untuk berbuat demikian.

Kebangkitan rakyat Timur Tengah masuk gelombang kedua

Posted: 04 Mar 2011 03:33 PM PST


Seorang anggota kumpulan pemberontak membuat sekatan di kawasan Brega, Libya hari ini. - Foto Reuters
TRIPOLI — Sementara pergolakan politik di Libya belum Nampak ada kesudahannya, rantau Timur Tengah berhadapan dengan gelombang baru kebangkitan rakyat dan demonstrasi mencabar kerajaan masing-masing.

Pemberontak Muslim Syiah di Yemen berkata pihak tentera menyebabkan dua orang terbunuh apabila mereka melepaskan roket ke atas penunjuk-penunjuk perasaan antikerajaan hari ini.

Di Bahrain, beberapa orang tercedera dalam pergaduhan antara kumpulan Sunah dan minoriti Syaih sejak keganasan tercetus melibatkan mereka dua minggu lalu.

Beratus-ratus orang terlibat dalam protes di Baghdad, Iraq.

Dan di Mesir, penunjuk perasaan yang menggulingkan Presiden Hosni Mubarak bulan lalu berkumpul semula di Dataran Tahrir untuk terus memberi tekanan ke atas rejim tentera, lapor laman msnbc.

Akhbar The Guardian pula melaporkan Perdana Menteri Mesir yang baru dilantik Essam Sharaf, dijangka menyertai penunjuk perasaan hari ini.

Laporan itu berkata beliau mungkin mengulangi upacara mengangkat sumpah di lokasi itu.

Dengan merujuk kepada akhbar Arab Saudi Al Watan, The Guardian berkata negara itu sedang mempertimbangkan kemungkinan membenarkan wanita mengundi dalam pilihan raya kerajaan tempatan, tetapi bukannya bertanding sebagai calon.

The Guardian berkata usaha itu sebagai satu kompromi mengurangkan tekanan tunjuk perasaan yang dirancang untuk diadakan.

Presiden Yemen Ali Abdullah Saleh — sekutu Amerika Syarikat dalam menghadapi rangkaian Al-Qaeda - meningkatkan usaha untuk menangani tunjuk perasaan yang tercetus di seluruh negara itu bagi menggesa beliau melepaskan jawatannya yang disandang sejak 32 tahun lalu.

"Ketika protes aman pagi Jumaat (hari ini)... menuntut penggulingan rejim, mengakhiri amalan rasuah dan keperluan perubahan politik, pihak tentera melepaskan serangan roket ke atas tunjuk perasaan dan menyasarkan berpuluh-puluh orang," kata satu kenyataan dikeluarkan pihak pemberontak.

Seorang jurucakap puak pemberontak memberitahu Reuters, ribuan orang turun ke jalan-jalan di Harf Sufya, utara Yemen.

Katanya, sekurang-kurangnya dua orang terbunuh dan tujuh lagi cedera.

Kerajaan Yemen yang kaya dengan tunai bersetuju untuk mengadakan perjanjian dengan puak yang memberontak pada Februari 2009 untuk menamatkan perang yang bermula 2004.

Kumpulan pemberontak yang dikenali sebagai Houthis mendakwa diskriminasi di pihak kerajaan dan menyatakan sokongan kepada penunjuk perasaan anti.

Pertempuran di Hamad, Bahrain, tercetus beberapa jam selepas kumpulan pembangkang berkata mereka bersedia untuk berunding dengan kerajaan tanpa syarat.

Demonstrasi di Baghdad merupakan salah satu daripada beberapa kejadian yang disaksikan di seluruh Iraq hari ini - minggu kedua berturut-turut.

Kerajaan Iraq bimbang demonstrasi akan merebak ke bahagian-bahagian lain negara itu.

Biaqpila

Posted: 05 Mar 2011 03:12 PM PST

(Gambar: Nora...tidak insaf)

Saya petik:

[HM] KUALA TERENGGANU: Selepas diceraikan suami kerana curang, seorang wanita pertengahan umur sedikit pun tidak insaf, sebaliknya semakin ligat bertukar-tukar pasangan untuk mengikis wang mereka. Sasarannya ialah lelaki berusia 60 hingga 70 tahun.

Mahu dikenali sebagai Nora, wanita berusia 44 tahun itu berkata, sudah lebih lapan tahun dia mendapatkan wang dengan cara tidak bermoral itu dan sepanjang tempoh berkenaan kira-kira 80 lelaki veteran menjadi mangsanya. Dalam pengakuannya kepada Harian Metro, Nora memberitahu dia mula menjalin hubungan sulit dengan lelaki tua yang berduit ketika dia masih bergelar isteri orang.

"Kira-kira tujuh tahun saya curang di belakang suami saya. Terus terang saya lakukan itu semua kerana duit disebabkan suami saya kurang berkemampuan. Apabila tembelang saya dikesan suami, saya diceraikan awal tahun lalu. "Selepas menjanda, saya semakin ligat kerana tiada siapa yang menanggung hidup saya. Hasilnya, kini saya mampu membeli rumah, kereta, motosikal dan barangan kemas," katanya yang mempunyai seorang anak hasil perkongsian hidup dengan bekas suami.

Nora mendakwa dia mempunyai lebih 80 teman lelaki, majoritinya berusia 60 hingga 70 tahun yang sedia memberi wang kepadanya pada bila-bila masa dan balasannya dia perlu menyerahkan tubuhnya kepada mereka.

"Rakan rapat menggelar saya pisau cukur, tapi saya tak hiraukan gelaran itu kerana lebih penting saya dapat hidup mewah," katanya.

Menurutnya, setiap kali membeli-belah, dia akan meminta teman lelakinya membelikan pelbagai pakaian dan barangan dengan harga mencecah ratusan ringgit.

"Walaupun paras rupa tidak berapa cantik dan usia sudah lanjut, namun dengan menggunakan sedikit ilmu kebatinan yang dipelajari, saya mampu menundukkan mana-mana lelaki yang didampingi.


"Saya menganggap hubungan saya dengan mereka sebagai adil. Mereka mahu meniduri saya dan saya pula inginkan wang serta barangan berharga," katanya.

Katanya, dia selesa dengan apa yang dilakukannya kerana pada setiap waktu wang RM2,000 hingga RM3,000 pasti berada di dalam beg tangannya.

Menurutnya, dengan menggunakan taktik pujuk rayu sambil membelai lelaki 'hidung belang' dia bukan saja mendapat wang, malah rumahnya turut diubah suai oleh teman lelakinya.

"Perwatakan sopan dengan mengenakan pakaian menutup aurat membuatkan lelaki mudah terpikat pada saya dan selepas itu baru saya menjerat mereka dengan kata-kata manis dan berkesudahan di ranjang.

"Saya akui tahu perbuatan saya ini salah, namun perangai mengikis wang lelaki sukar untuk dibuang selepas lebih lapan tahun bergelumang melakukan kerja ini," katanya.

kafesantai

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Pengikut