Rabu, 30 Mac 2011

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


KEDAH online

Posted: 30 Mar 2011 03:47 AM PDT

KEDAH online


MENTERI SELALU PENING?

Posted: 29 Mar 2011 10:39 PM PDT

Air empangan Timah Tasoh dilepaskan

Posted: 29 Mar 2011 10:15 PM PDT

Skandal Wang Haram: 150 akaun bank disita

Posted: 29 Mar 2011 06:13 AM PDT

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

Posted: 29 Mar 2011 11:23 PM PDT

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Parti "saya" atau Parti Kita di Jerantut?

Posted: 29 Mar 2011 06:53 PM PDT

Semalam agak heboh juga, ramai yang talipon bertanya "betul ke Ahmad Nizam Hamid keluar parti?". Mereka kata dah keluar dalam berita Awani bahawa Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang keluar parti. Ahmad Nizam adalah Timbalan Pengerusi.

Berdahak-dahaklah ketawa saya. Yang keluar parti itu adalah bekas Timbalan Pengerusi. Saya katakan bahawa PKR Pahang pun dah tak tahu nak letak dia ni di mana. Dulu kita letak dia sebagai Timbalan Pengerusi. Tetapi dia betul-betul jadi kerusi, satu hapah tugas pun dia tak buat. Disamping jawatan Timbalan Pengerusi, kita juga letakkan dia sebagai Pengerusi Kebajikan suatu Biro dalam PKR Pahang. Satu hapah tugas pun dia tak buat!

Beliau adalah Sdr Mohd Nor Jaafar.

Sebagai Ketua Cabang Jerantut, satu hapah kerja pun dia tak buat untuk PKR Jerantut. AJK-AJK dia semua komplen bahawa dia tidak pernah mengadakan sebarang mesyuarat Jawatankjuasa, dan ada diantara Jawatankuasa yang dilantiknya adalah terdiri daripada mereka yang tidak tahu mereka dilantik sebagai Jawatankuasa.

Akhirnya PKR Pahang terpaksa turunkan dia daripada jawatan Timbalan Pengerusi dan tempat itu kini disandang oleh Sdr Ahmad Nizam Hamid, seorang Peguam di Temerloh dan beliau adalah Ketua Cabang PKR Temerloh.

Tetapi kita nak letak dimana Mohd Nor ini kerana dia letak dimana-mana pun tak buat kerja untuk parti.

Bimbang imejnya tercalar maka kita letaklah dia sebagai Naib Pengerusi PKR Pahang tanpa sebarang kenyakinan bahawa dia boleh pikul tugas atas jawatan itu.

Memandangkan bahawa PKR Jerantut "mati" maka ada usaha daripada DAP dan PAS mahu ambilalih DUN Damak untuk ditandingi oleh DAP didalam Pilihanraya Umum ke-13 nanti.

Kita tidak dapat nak buat apa sesuatu pun untuk PKR Jerantut. Nak ambil alih pentadbirannya, Ketuanya masih ada. Nak diarah-arah, manakah Ketua yang sanggup diarah-arah. Nak buat program di Jerantut, tidak ada kerjasama darinya.

Memang, kita sudah menggambarkan bahawa satu Coup D'tat (Mesyuarat Agung Luar Biasa) akan diadakan di Jerantut untuk menggulingkannya dan jawatan Ketua Cabang dapat disandang oleh Timbalan Ketuanya, Sdr Rosli Ahmad.

Sdr Rosli sentiasa mengeluh. Apa nak jadi kepada PKR Jerantut ni. Tak pernah mesyuarat, tak pernah adakan program, bahkan diantara Anggota Jawatankuasa pun tak mengenali antara satu sama lain. Rosli pernah mengeluh dan mengeluarkan hajatnya untuk bertukar Cabang kerana tidak ada sebarang faedah pun duduk didalam pimpinan PKR Jerantut.

Samada Mohd Nor ini terasa hati atau tidak kerana digugurkan dari Jawatan Timbalan Pengerusi atau dia terasa tergugat kerana DAP dan PAS mendesak supaya kawasan DUN Damak ditandingi oleh DAP, tidaklah kita ketahui. Tetapi sebelum ini dia telah memberitahu ramai kawan-kawan bahawa dia aka bertanding sebagai calon Bebas, suatu ide yang ditolak oleh PKR dan PR.

Tiba-tiba didalam beberapa minggu terakhir ini, dia mengedarkan beratus-ratus Borang Menjadi Ahli Parti KITA.

Ramai ahli-ahli PKR Jerantut mendapat edaran Borang itu. Saya telah membuat panggilan sms kepadanya bertanyakan samada bahawa adakah benar dia sudah menyertai KITA, dan dia jawab ringkas: Ya.

Sebelum itu saya sudah menerima laporan daripada Ketua AMK PKR Cabang Kuala Krau bahawa Mohd Nor sudah melantik Sdr Hafez Harun sebagai Ketua Pemuda KITA Negeri. Tetapi perlantikan itu hanya ditertawakan oleh Hafez yang langsung tidak ada cita-cita untuk menyertai KITA.

Sdr Azmi, bekas Setiausaha PKR Cabang Kuala Krau telah menalipon kepada Ketua AMK Jerantut yang juga anak kepada Mohd Nor, dan beliau menyatakan "biarlah ayah dia sorang saja menyertai KITA, dia dan keluarga dia tetap bersama PKR".

Oleh kerana Mohd Nor sudah menyertai KITA maka Dato Fauzi melalui mandat Ketua-Ketua Cabang di Pahang telah mengarahkan kepada saya untuk memanggil suatu mesyuarat JK dan aktivis-aktivis PKR Jerantut.

Saya telah berbincang dengan Sdr Rosli Ahmad selaku Timbalan Pengerusi PKR Cabang Jerantut dan kami telah panggil mesyuarat bertempat di Felda Kota Gelanggi 2, lebih 20 orang AJK dan aktivis parti telah hadir.

Sdr Rosli Ahmad telah mengambil tempat selaku Pemangku Pengerusi PKR Cabang Jerantut dan setiap yang hadir diberikan tugas untuk menghubungi semua ranting dan JK yang tidak hadir dan mendapatkan senarai terakhir keanggotaan PKR Cabang Jerantut.

Pada 29hb Mac 2011, kami mengadakan mesyuarat sekali lagi. Didalam mesyuarat itu, perlantikan-perlantikan baru kedalam Jawatankuasa bagi memenuhkan senarai Jawatankuasa yang belum diisi dibuat. Jawatan-jawatan yang diisi adalah Ketua AMK, Ketua Wanita, Setiausaha, Bendahari dan 12 orang Anggota Jawatankuasa yang dilantik.

Setiap Anggota Jawatankuasa itu pula diberi tugas untuk menghubungi semua ranting (yang sudah mati) untuk kegiatan semula, dan 40 buah kampong tertentu didalam DUN Damak sudah dikenalpasti dan keanggotaan-keanggotaan PKR Cabang Jerantut juga sudah dikenalpasti, dan satu lagi mesyuarat akan diadakan di Kg Bukit Dinding pada 18hb April 2011.

Didalam mesyuarat itu nanti lebih daripada 100 orang ahli-ahli baru parti akan dikemukakan, dan beberapa ranting baru akan dirasmikan seperti di Kg Sg Mai, Tebing Tinggi dan Jengka 12.

Ceramah yang diadakan pada 29hb Mac di Kg Bukit Dinding telah memberikan satu kekuatan baru kepada PKR Cabang Jerantut; ceramah yang diberikan oleh Sdr Yusri Ahon, Rosli Ahmad, saya sendiri dan Dato Fauzi Abdul Rahman adalah cukup segar untuk menandakan ribuan terima kasih kepada Sdr Mohd Nor kerana meninggalkan parti dan dengan tindakannya itu PKR Jerantut akan memperolehi kekuatannya yang baru.

Pada 4hb April ini akan diadakan Ceramah di Kg Sg Mai, 18hb April di kampong Cina, Jeransong, dan beberapa ceramah lain akan diadakan di Kg Muhibbah, Kg Batu Balai, Kg Ulu Cheka dan dikawasan Bandar Jerantut. Begitu juga di Felda Kota Gelanggi 1, 2, 3, 4, Felda Sg Tekam Utara, Felda Sg Tekam (Getah), Jengka 12, Jengka 9 dan Pulau Tawar.

Ketiadaan Mohd Nor adalah satu tuah kepada PKR Jerantut dan malam tadi sahaja 5 orang anggota baru menyerahkan borang permohonan menjadi anggota dari Kg Bukit Dinding.

Itulah kebaikannya. Mohd Nor keluar dari parti berseorangan!

AMK KEDAH

Posted: 29 Mar 2011 09:08 PM PDT

AMK KEDAH


AMK KEDAH MEMBUAT LAPORAN DI IPD KULIM,KUALA MUDA DAN ALOR STAR

Posted: 29 Mar 2011 08:52 AM PDT





Pada 2hb MAC 2011 AMK KEDAH telah membuat laporan polis mengenai VIDEO SEKS yang di kaitkan dengan KETUA UMUM PARTI KEADILAN RAKYAT DATUK SERI ANWAR IBRAHIM.Laporan polis juga di lakukan secara serentak di beberapa kawasan yang lain.Terdapat 2 laporan polis di balai polis berasingan seperti di ALOR STAR dan KUALA MUDA mengenai perkara yang sama.

Anwar Ibrahim

Posted: 29 Mar 2011 07:39 PM PDT

Anwar Ibrahim


YAB Tuan Guru Dato’ Nik Abd Aziz: Doa Khusus Untuk Dato’ Seri Anwar Ibrahim

Posted: 29 Mar 2011 10:29 AM PDT

Skim Kesihatan Wanita Kempen 1 Juta Wanita SelangorSihat Mammogram Selangor (MammoSEL)

Posted: 29 Mar 2011 10:27 AM PDT

Dewan Undangan Negeri Selangor, Shah Alam, 29 Mac; Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ewal Wanita Negeri Selangor, Rodziah Ismail hari ini memberitahu Dun Selangor bahawa, Program Pemeriksaan Mammogram Percuma Selangor (MammoSel) yang telah dilancarkan pada 6 November 2010, di Daerah Hulu Langat sempena Sambutan Hari Wanita Desa 2010 peringkat negeri Selangor, adalah bertujuan untuk memberi perkhidmatan pemeriksaan mammogram secara percuma kepada seluruh wanita di negeri Selangor. Kerajaan Negeri berpendapat program ini merupakan salah satu tanggungjawab sosial yang boleh dinikmati oleh wanita Selangor dan sambutan yang diterima untuk program ini amat memberangsangkan.

Menurut beliau, sehingga Februari 2011, seramai 4,319 orang wanita dari 40 kawasan Dewan Negeri Selangor telah menjalani pemeriksaan mammogram secara percuma ini dengan peruntukan sebanyak RM 389,190.00.

"Seseorang yang telah didiagnosis dan hasil keputusan diagnosis mendapati bahawa diri beliau menghidap sebarang penyakit kanser, beliau dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan susulan di hospital-hospital sama ada kerajaan atau pun swasta. Terdapat beberapa rawatan yang perlu dijalani oleh pesakit barah payudara contohnya seperti pembedahan pembuangan tumor, kimoterapi atau radioterapi", jelas Rodziah Ismail.

Daripada 4,319 orang peserta yang menjalani pemeriksaan mammogram ini, terdapat 55 orang wanita disyaki menghidapi kanser payudara ini. Walau bagaimanapun, satu surat rujukan daripada penyedia perkhidmatan mammogram ini dikeluarkan kepada peserta tersebut untuk menjalani pemeriksaan yang menyeluruh di hospital-hospital yang memiliki kepakaran tersebut." ujar beliau lagi.

Skim Kesihatan Wanita ini membantu bagi memberi kesedaran kepada wanita di Selangor tentang risiko dan bahaya penyakit kanser yang membunuh ramai wanita di seluruh dunia.

Berikut adalah pecahan peserta program mammogram mengikut kawasan Dewan Negeri:

No DUN Jun- Oct Nov Dec Jan Feb Total
1 N1 Sungai Ayer Tawar 26 74 41 141
2 N2 Sabak 24 24
3 N3 Sungai Panjang 26 39 32 97
4 N4 Sekinchan 25 31 56
5 N6 Kuala Kubu Bahru 83 83
6 N7 Batang Kali 183 40 33 256
7 N8 Sungai Burong 25 34 83 12 154
8 N9 Permatang 27 20 47
9 N10 Bukit Melawati 31 9 40
10 N11 Ijok 46 62 24 132
11 N13 Kuang 28 18 46
12 N14 Rawang 110 110
13 N15 Taman Templer 14 41 55
14 N16 Batu Caves 30 45 60 13 148
15 N17 Gombak Setia 29 28 22 23 102
16 N19 Bukit Antarabangsa 37 28 35 100
17 N21 Cempaka 34 41 22 23 120
18 N22 Teratai 29 44 23 26 16 138
19 N23 Dusun Tua 38 38
20 N25 Kajang 11 11
21 N28 Sri Kembangan 78 17 32 42 32 201
22 N29 Sri Serdang 23 19 44 70 156
23 N30 Kinrara 83 33 116
24 N31 Subang Jaya 26 21 47
25 N32 Seri Setia 37 37
26 N33 Taman Medan 35 32 67
27 N35 Kampung Tunku 95 10 17 122
28 N37 Bukit Lanjan 21 5 26
29 N38 Paya Jaras 14 13 27
30 N39 Kota Damansara 26 7 25 65 123
31 N41 Batu Tiga 17 9 6 32
32 N42 Meru 32 40 32 22 126
33 N43 Sementa 22 41 31 94
34 N45 Selat Klang 81 76 38 22 217
35 N49 Seri Andalas 35 24 59
36 N50 Sri Muda 78 78
37 N51 Sijangkang 26 34 10 44 114
38 N52 Teluk Datuk 82 319 77 13 491
39 N53 Morib 43 39 37 31 150
40 N54 Tanjong Sepat 27 39 30 42 138
Total 738 868 1082 924 707 4319

A ‘Misfit’ To Use Laws To Protect Datuk T Trio

Posted: 29 Mar 2011 02:13 AM PDT

From Malaysiakini

Is it wise to use the Whistleblower Protection Act and the Witness Protection Act to protect the ‘Datuk T’ trio who released a sex video involving a man said to resemble an opposition leader?

This is what will be done if the authorities feel they have a case, Minister in the Prime Minister’s Department Mohamed Nazri Abdul Aziz (left) had told reporters in the lobby of Parliament House yesterday.

The ‘Datuk T’ trio are businessman Shazryl Eskay Abdullah, former Malacca Chief Minister Rahim Tamby Chik and Perkasa treasurer Shuib Lazim.

Malaysiakini called several top criminal lawyers for their opinion on whether the position taken by the de facto law minister would be proper use of the two laws.

Lawyer Baljit Singh Sidhu (right), who authored the book ‘Criminal Litigation Process’, said it would be “a misfit” to protect the three under both laws.

“Such provisions are used to protect a person who informs (the authorities) about a crime. However, there are questions about the agenda of the three, whether there is malice involved (in revealing the sex video),” he said.

“The other question is whether they truly want protection. The way they presented themselves in showing the tape is as if they do not need any protection. One of them is a former chief minister and they appeared rather gung ho in showing it.”
He said the act of showing the video to the public is in itself an offence.

Whistleblower law cannot include ‘dirty politics’

Another lawyer, Amer Hamzah Arshad, asked whether what the trio disclosed was a criminal act that requires protection, such as affecting the security of the nation, a major corruption scandal or a scandal involving a huge corporation.

“It is merely about two consenting adults having sex. It is not illegal from a legal perspective but (is) a question of morality. However, it may have problems under Syariah law,” he noted.

“Whistleblower or witness protection laws should be used on a person who leaks information about an organisation or crime committed by someone. The whistleblower law is aimed at protecting the informant of a crime committed, and is not about an immoral act,” Amer (left) said.

Furthermore, he said, this law should not be stretched to cover “dirty politics”.

“If you have information on a crime being committed, you should approach the authorities. You do not go out in public to call the press. You go to the police station and then you seek protection. They did not go to the police first and instead they screened the video.”

‘They revealed their identities’

Johor-based lawyer, Hisyam Teh Poh Teik, said that, in the first place the ‘Datuk T’ trio had revealed their identities voluntarily.

“Since they have not complained about concerns over their safety and they have exhibited the video with great fanfare, they must be responsible for their actions,” said Teh, a former Johor Bar committee chairperson.

“What they have done doesn’t make sense (to require witness protection). They were proud to show the video and it is illogical now for them to ask for protection or for the authorities to (provide it to them).”

Baljit reiterated that despite what was being said, Opposition Leader Anwar Ibrahim, who is accused of being the person in the sex video, should be answerable.

“He should tell the truth and the authorities themselves should work so that the truth of the whole affair is determined,” he said.

The video was shown to selected members of the press at the posh Carcosa Seri Negara hotel on March 21. The man in the footage – recorded on Feb 21 – was said to closely resemble Anwar.

Anwar has denied any involvement.

The ‘Datuk T’ trio of Eskay, Rahim and Shuib revealed their identities two days later, on March 23.

Both Eskay and Rahim had their statements recorded by police last Thursday night while Shuib, who was picked up in Sungai Petani, had his statement taken at Bukit Aman the next day.

Hidup Mati Saya Di Tangan Allah, Bukan Umno-BN

Posted: 28 Mar 2011 11:12 PM PDT

Dari Malaysian Insider

Di sebalik serangan moral yang ketiga sejak 1998, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, pendedahan dibuat "Datuk T" minggu lalu tidak akan sesekali "membunuh" karier politik beliau.
Sebaliknya, tegas Ketua Umum Pakatan Rakyat itu, hidup dan mati beliau bukan terletak di tangan Umno-Barisan Nasional (BN) tetapi Allah s.w.t.

"Kalau nak mati, saya mati… bukan mati karier politik.

"Hidup mati saya di tangan Allah bukan Umno-BN . . . belum tentu Umno-BN mampu bertahan tanpa rakyat Malaysia," katanya pada program solat hajat dan Pidato Khas Menangkis Fitnah Jahat di Stadium Melawati di sini malam tadi.

Anwar telah menafikan dakwaan terbaru ini dan membuat laporan polis Selasa lalu.

Menurut Ketua Pembangkang ini, tuduhan fitnah terbaru terhadap diri beliau tidak melemahkan semangatnya untuk terus berjuang sehingga berjaya merampas Putrajaya daripada BN.

"Ujian ini tidak melemahkan semangat saya," kata Ahli Parlimen Permatang Pauh ini yang dikenakan tuduhan liwat dan salah guna kuasa akhir 1990-an dan kes liwat kedua pada 2008.

Pada September 1998, Anwar dipecat sebagai timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno.

Beliau dibebaskan dari penjara akhir 2004 dan menjadi pengikat PKR-PAS-DAP sehingga Pakatan Rakyat dibentuk tiga tahun lalu.

Anwar berkata, "isunya sekarang adalah kerana Pakatan Rakyat nak ambil pemerintahan negara."

"Jadi apa yang berlaku ini adalah Umno-BN sanggup lakukan apa sahaja, cara yang mungkin mereka jangka akan menghalang kemaraan Pakatan Rakyat, tetapi rakyat yang mahu menuntut Putrajaya," katanya lagi.

"Kita yakin kita akan berbicara soal Buku Jingga (Pakatan Rakyat)bukan soal fitnah… bukan lubang . . . bukan najis dan bukan air mani," kata beliau di hadapan lebih 5,000 orang.
Turut hadir Presiden PAS Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Awal minggu lalu negara dikejutkan dengan tindakan "Datuk T" mendedahkan rakaman video seks melibatkan seorang didakwa pemimpin kanan Pakatan Rakyat dengan pelacur dari China.

Tiga "Datuk T" yang dimaksudkan ialah bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim.

Berikutan pendedahan itu, ketiga-tiga individu terbabit telah disoal siasat polis Bukit Aman dan menyerahkan pita video dan seutas jam tangan jenama Omega sebagai bahan bukti.

Anwar yang juga Ketua Umum PKR juga menyifatkan Abdul Rahim sebagai "jaguh baru" yang dipilih Umno-BN untuk menjatuhkan maruah dan imejnya.

"Dia (Abdul Rahim) jaguh baru . . . tokoh akhlak baru yang ditonjolkan Najib dan (Datin Seri) Rosmah (Mansor)… tokoh moral baru iaitu Rahim Thamby Chik.

"Orang Umno kalau membunuh, tiada tindakan, rogol tutup kes, rasuah tutup kes… jadi saya minta kezaliman ini dihentikan," katanya.

Beliau juga berkata pendedahan rakaman video seks itu dibuat dengan tujuan untuk memecahbelahkan keluarganya.

Dalam ucapannya itu, Anwar meminta agar barisan kepimpinan dan jentera Pakatan Rakyat tidak memberikan tumpuan terhadap rakaman video seks itu, sebaliknya fokus kepada pilihan raya negeri Sarawak bulan depan.

Sementara itu, Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata peristiwa pendedahan itu yang dibuat Datuk T adalah satu perkara yang "menjijikkan".

"Sejak satu minggu (lalu) di televisyen, radio dan surat khabar, adalah satu peristwa yang jijik, bagaimana kalau fokus sasaran peristiwa jijik di Carcosa Seri Negara ini adalah Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, mungkinkah peristiwa itu boleh berlaku? Sudah tentu tidak.

"Skuad khas akan sampai dan tidak akan benarkan rakaman tersebut ditonton, ini menunjukkan 'double standard' seolah-olah ia adalah satu komplot politik," katanya.

Ahli Parlimen Ipoh Timur juga mempersoalkan hasil siasatan polis yang sehingga kini masih belum ada sebarang tangkapan dibuat walaupun "Datuk T" telah mengakui terlibat dengan pendedahan tersebut.

"Ada kesalahan dan jenayah tapi adakah tangkapan dibuat? Adakah mereka diheret ke mahkamah? Adakah kita akan percaya satu siasatan yang adil akan dibuat," katanya.

Lim turut mencadangkan agar satu persidangan meja bulat diadakan bagi mencari jalan penyelesaian menghentikan politik "kotor dan jijik".

"Kita perlu adakan mesyuarat meja bulat, panggil pemimpin BN, pemimpin Pakatan Rakyat, NGO (pertubuhan bukan kerajaan) dan persatuan agama untuk kita menamatkan politik kotor dan jijik ini dan langkah pertama yang perlu kita lakukan adalah menangkap Datuk T ini," tegasnya.

Program Dato’ Seri Anwar Ibrahim Tawan Sarawak

Posted: 28 Mar 2011 09:28 PM PDT

29th MARCH, TUESDAY

7.00 pm Sembahyang Maghrib at Masjid Bahagian, Kuching

7.30 pm Ceramah Padungan

9.30 pm Ceramah Tupong

Wee Choo Keong

Posted: 29 Mar 2011 03:18 PM PDT

Wee Choo Keong


Questions Time: 29 Mac 2011 Tender process in Ministry of Tourism

Posted: 29 Mar 2011 07:16 AM PDT

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : TUAN WEE CHOO KEONG (WANGSA MAJU) TARIKH :  29 MAC 2011 SOALAN : Meminta MENTERI PELANCONGAN menyatakan : Apakah peraturan tender semasa untuk pemberian projek atau kontrak-kontrak yang diamalkan oleh Kementerian supaya amalan kronism dapat dielakan dan apakah peraturan tender yang digunakan oleh Kementerian untuk projek-projek atau kontrak-kontrak kepada Naga [...]

Anak Muda Kampung Nak Senang

Posted: 29 Mar 2011 11:29 AM PDT

Anak Muda Kampung Nak Senang


1000 nyawa murid Sekolah Agama Johor terancam

Posted: 28 Mar 2011 08:18 PM PDT

PENGHADANG besi perlu dipasang di depan sekolah bagi memastikan keselamatan murid ketika berjalan masuk dan keluar dari sekolah atau sementara menunggu ibu bapa datang menjemput.MBJB digesa sedia ciri keselamatan pastikan pelajar SAOJ selamat melintas JOHOR BAHRU: Bersabung nyawa untuk melintas jalan! Bunyinya kedengaran agak keterlaluan namun itulah hakikat terpaksa ditempuhi kira-kira 1,000 murid Sekolah Agama Onn Jaafar (SAOJ) di Jalan Garuda, Larkin, di sini, ketika pergi dan balik dari sekolah setiap hari. Situasi yang sudah berlarutan sejak sekian lama itu timbul berikutan kesesakan trafik di depan sekolah berkenaan terutama pada waktu puncak sehingga mendedahkan murid terbabit kepada risiko kemalangan. Tinjauan Edisi Johor di kawasan berkenaan mendapati murid sekolah terbabit berdepan kesukaran melintas jalan terutama ketika balik berikutan sikap segelintir pemandu kereta mahupun penunggang motosikal enggan memperlahankan kenderaan masing-masing. Difahamkan, pihak sekolah pernah menyediakan seorang pengawal lalu-lintas di depan sekolah berkenaan, namun pengawal terbabit berhenti sebulan kemudian berikutan dia sendiri hampir dilanggar pemandu yang tidak mahu memperlahankan kenderaan mereka. Sehubungan itu, Badan Kebajikan SAOJ merayu kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) khususnya Majlis Bandaraya Johor Bharu (MBJB) supaya menyediakan beberapa ciri keselamatan di depan sekolah terbabit demi keselamatan murid. Yang Dipertuanya, Wan Zuraimi Wan Abdul Jamil, berkata beliau menerima banyak aduan daripada ibu bapa murid yang bimbangkan keselamatan anak mereka dan meminta pihaknya segera mencari penyelesaian. "Pihak kami kemudiannya mengajukan permohonan kepada MBJB supaya menyediakan beberapa ciri keselamatan di depan sekolah terbabit pada tahun lalu malangnya, sehingga ke hari ini belum ada apa-apa maklum balas dan tindakan diambil. "Saya terkilan dengan sikap acuh tak acuh MBJB dalam perkara ini sedangkan permohonan dibuat bertujuan memastikan keselamatan ribuan murid sekolah ini yang setiap hari terdedah kepada risiko kemalangan," katanya ketika ditemui. Wan Zuraimi berkata, antara ciri keselamatan dikenal pasti dapat mengatasi masalah berkenaan ialah menyediakan bonggol dan menebalkan garisan kuning di depan sekolah bagi memastikan pemandu memperlahankan kenderaan masing-masing. "Papan tanda amaran supaya pemandu memperlahankan kenderaan mereka ketika melalui kawasan depan sekolah juga perlu dipasang di kiri kanan jalan, selain mengaktifkan semula lampu isyarat berjaga-jaga yang sudah sedia ada di depan sekolah. "Pihak kami juga merayu supaya MBJB menyediakan penghadang besi di depan sekolah sebagai ciri keselamatan tambahan kepada murid sekolah ini ketika berjalan masuk dan keluar dari sekolah atau sementara menunggu ibu bapa datang menjemput," katanya. 29 Mac 2011 http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Johor_Nyawamuridterancam/Article

10,000 penduduk mengamuk, mana Menteri Besar?

Posted: 28 Mar 2011 05:00 PM PDT




BEBERAPA penduduk memasang kain rentang bagi menunjukkan rasa kurang senang akibat gangguan bekalan air di Temerloh, semalam.


10,000 penduduk marah JBA TEMERLOH


28 Mac 2011 – Kira-kira 10,000 penduduk di sekitar daerah ini merungut berikutan bekalan air yang terjejas sejak kelmarin. Keadaan itu juga menyebabkan sebahagian penduduk terutama di Taman Setia Jasa, Seberang Temerloh berhimpun secara aman dengan membawa sepanduk bagi menyatakan kekesalan terhadap Jabatan Bekalan Air (JBA) Pahang.


Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Setia Jasa, Rashid Omar berkata, bekalan terputus sejak Sabtu lalu menyebabkan penduduk melahirkan rasa marah kepada JBA. "Kami minta JBA hantar empat lori tangki sehari dengan tiga kali penghantaran.


Setakat ini mereka hanya hantar dua lori dengan dua kali penghantaran. Jumlah itu tidak mencukupi," katanya kepada Utusan Malaysia, ketika ditemui hari ini.


Seorang penduduk taman itu, Ayob Seman, 52, berkata, masalah yang berlaku itu telah berlarutan sejak hampir sebulan. "Ini sangat menyusahkan penduduk kerana kami tidak tahu bila masalah ini akan selesai," katanya.


Seorang lagi penduduk, Ghazali Idris, 63, berkata, gangguan bekalan air di taman perumahan itu sebenarnya berlaku sejak 1 Mac lalu tetapi ia semakin buruk bermula kelmarin. Sebelum ini, menurutnya, gangguan bekalan sering berlaku pada sebelah petang hingga ke Subuh tetapi sejak Sabtu lalu, bekalan air terputus sama sekali.


"Saya memandu kereta sejauh 30 kilometer sehari ke Chenor untuk mengambil air Sungai Pahang bagi kegunaan keluarga," katanya.


Menurut Ghazali, masalah bekalan air turut menyebabkan tiga anaknya mengalami masalah kelewatan ke sekolah. Ini kerana ujarnya, anak-anaknya terpaksa mandi di Jengka untuk ke sekolah setiap hari.


"Mereka terpaksa bangun awal pagi untuk balik ke kampung di Jengka semata-mata mahu mandi sebelum kembali ke sekolah di Temerloh.


"Sampai bila masalah ini hendak selesai, bayangkan betapa sukarnya keluarga yang mempunyai anak kecil," katanya.

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!

Posted: 29 Mar 2011 09:07 AM PDT

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!


Umpama Perletakan Batu Asas Reformasi Ke- 2

Posted: 28 Mar 2011 09:39 PM PDT

BAGI penyokong reformasi dan Pakatan Rakyat rugi besar malam ini kerana tidak ke stadium Melawati Shah Alam. Himpunan solat hajat bagi menyelamatkan pemimpin PR yang difitnah mendapat sambutan hebat. Apa yang berlaku malam ini tak ubah himpunan di sekitar tahun 1998 di era reformasi dahulu.


Bukan saja jumlah kehadiran yang ramai, berlipat ganda dari biasa.. tetapi semangat mereka yang hadir juga berkobar-kobar. Di wajah masing-masing terpancar kemarahan dan keghairahan. Semuanya persis sang harimau yang lapar mahu menerkam musuh.


Nampaknya penayangan video lucah oleh kumpulan tiga botak telah menaikan semangat orang ramai. Inilah hikmat di sebalik pendedahan video berkenaan. Orang ramai bukan mempercayai apa yang didedahkan itu, tetapi semakin menaikan kemarahan dan kebencian kepada kerajaan (UBN).


Walaupun Umno dan pemimpin negara tidak terlibat secara langsung tetapi relatif antara tiga botak dengan Umno secara tidak langsung orang ramai mengatakan pembikinan video berkenaan adalah didalangi oleh pihak berkuasa dalam kerajaan.


Mulai malam ini kerajaan UBN perlu bersiap sedia menghadapi gelombang reformasi kedua yang dijangka lebih besar lagi daripada sebelum ini. Kalau tidak kena gaya dan bijak menanganinya gelombang kali ini akan menjadi seperti Jepun yang menerima dua bencana berganda dalam satu masa, gempa bumi dan tsunami.


Kalau tahun 1998 dahulu memberi natijah UBN kehilangan empat buah negeri, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Selangor mungkin pada pilihan raya ke -13 nanti UBN akan kehilangan kerajaan Malaysia. Semangat perpaduan dan solidariti juga jelas terbayang di kalangan pemimpin Pakatan yang berada di pentas. Semua pemimpin utama ada malam ini, kecuali dua Setiausaha Agung, Mustapa Ali dan Saifuddin Nasution Ismail, sementara timbalan presiden Pas, Nasharuddin Mat isa di Sarawak.


Mungkin juga kerana semangat atau pun kerana gembira dengan suasana, menyebabkan ada setengah pemimpin yang sebelum ini saling prejudis melupai sengeketa peribadi buat sementara. Lupa soal peribadi tetapi menumpuan kepada agenda untuk merampas Malaysia. Mereka saya lihat dari jauh bersalaman dan bertepuk bahu seperti dulu. Inilah yang wajar dan dirundui oleh rakyat sekalian.


Majlis malam ini bermula dengan solat Maghrib yang disertai lebih 10,000 jemaah. Kemudian majlis tazkirah yang disampaikan oleh Tuan Ibrahim Tuan Man tajuk khas bencana fitnah, bahaya dan dosanya. Kemudian berterusan dengan solat Isyak diimnai oleh Idris Ahmad. Manakala solat hajat dan munajak dibimbing oleh Abdul Hadi Awang.


Sesudah solat hajat majlis pidato yang dimulai Johari Abdul yang membuat previu terhadap video lucah yang disaksinya. Turut berucap selepas itu ialah Abdul Hadi Awang, Lim Kit Siang Siang dan Anwar Ibrahim. Lim Kit Siang dan Anwar tidak melepas peluang menyerang balas terhadap Rahim Tamby Chik. Kisah Rahim rogol budak sekolah dan rasuah juga dibuka semula. (Gambar budak yang Rahim rogol ada dalam simpanan saya).


Tok Guru Nik Aziz yang tiba pada pertengahan majlis jam 10:10 malam kemudian menutuonya dengan doa dan munajak khas. Sewaktu Nik Aziz berdoa ramai yang meniris air mata dan ada yang kelihatan tersendu. Hampir semua pemimpin besar parti Pas hadir. Antaranya, Dr Hassan Ali, Dr Mohd Hatta Ramli, Khalid Samad, Kamaruddin Jaafar dan lain-lain, Turut sama hadir ialah MB Selangor Abdul Khalid Ibrahim. Disimpulkan majlis malam ini seolah-olah perletakkan batu asas kepada gerakan reformasi kedua yang akan bergerak menuju ke Putrajaya.


Sepenuh-penuh Stadium!! Atas dan Bawah, Kiri dan Kanan!!

Posted: 28 Mar 2011 09:05 PM PDT

Salam,


Ketika ini DSAI sedang menyampaikan pidatonya manakala TGNA sedang menunggu giliran. Stadium Melawati penuh sepenuhnya!


Tiada ulasan:

Pengikut