Isnin, 21 Mac 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PAS TELUK INTAN

Posted: 21 Mar 2011 11:23 PM PDT

PAS TELUK INTAN


pas ajak rakyat SARAWAK berubah

Posted: 21 Mar 2011 03:15 AM PDT

PAS mengajak seluruh rakyat Sarawak melakukan perubahan bersama-sama dengan Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak pada kali ini.

"Kita semua sudah sedia maklum bahawa saat yang dinantikan dengan pembubaran Dewan Undangan Negeri Sarawak telah pun diketahui," ujar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
sejak berbulan lamanya PAS telah pun menggerakkan jentera parti dalam menyediakan petugas, ahli dan penyokong bagi berhadapan dengan Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak yang bakal tiba.

"Sehubungan dengan pembubaran ini, maka saya menyeru kepada seluruh pimpinan PAS Pusat, jentera Pilihanraya Parti Islam Se-Malaysia (PAS) di Sarawak dan negeri-negeri yang akan membantu agar mula turun ke gelanggang dengan petugas-petugas anak tempatan yang penuh bersemangat untuk melakarkan sejarah baru bagi melakukan perubahan bersama rakyat Sarawak,".

perlulah meneliti dan mengikuti arahan pimpinan di peringkat masing-masing supaya dapat bertugas dengan efisyen nanti.

selain dari cita-cita untuk menempah kerusi pertama dari bumi Sarawak ini, jadikanlah medan kali ini sebagai suatu wasilah dakwah dan seterusnya melakukan tajdid terhadap persepsi politik rakyat Sarawak yang dahagakan kepimpinan yang akan membawa mereka jauh lebih baik dari kepiminan BN yang ada pada hari ini.

"Cukuplah kita melihat keengganan Ketua Menteri yang ada sekarang ini untuk berundur dari jawatannya dengan alasan ketiadaan pimpinan yang mampu dan selayaknya bagi menggantikan diri beliau sebagai suatu petaka besar kepada rakyat Sarawak,".

selama puluhan tahun memerintah di Sarawak, BN masih gagal melahirkan pemimpin pelapis yang mampu untuk melakukan perubahan kepada nasib rakyat Sarawak, jauh sekali dari berkhidmat dengan penuh jujur kepada rakyat.

BN sememangnya telah memperjudikan nasib rakyat Sarawak yang amat dahagakan perubahan menyeluruh dalam sistem pentadbiran kerajaan, 'deliverable' terhadap rakyat, menyebabkan rakyat di luar bandar telah dipinggirkan selama puluhan tahun ini.

"Hakikatnya ialah, kepelbagaian etnik dan budaya yang ada di Sarawak adalah merupakan aset yang sangat penting dalam melahirkan sebuah Sarawak baru yang lebih baik dari keadaan di bawah BN selama ini,".

Salam Perjuangan

Posted: 21 Mar 2011 11:07 PM PDT

Salam Perjuangan


MENGAPA, KENAPA, BAGAIMANA, BILA???

Posted: 21 Mar 2011 08:17 AM PDT

"BUKAN SAYA!" - DS ANWAR

Posted: 21 Mar 2011 03:41 AM PDT

PAS Negeri Sembilan

Posted: 21 Mar 2011 09:41 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Melayu merempat di Rembau bila kerajaan ambil tanah

Posted: 21 Mar 2011 09:31 PM PDT


Pampasan tanah tidak cukup
Sinar Harian 22 Mac 2011

REMBAU - Walaupun sudah menerima wang pampasan RM120,000 berikutan rumah dan tanahnya di Kampung Chembong Halt terbabit dalam projek landasan kereta api berkembar Seremban-Gemas, namun jumlah itu didakwa masih tidak mencukupi.

Hasnah Latif, 76, mengakui tidak berpuas hati dengan jumlah pampasan yang diberikan.

Menurutnya, jumlah pampasan itu tidak cukup buatnya untuk membeli tanah dan membina rumah baru kerana nilai hartanah kini semakin tinggi.

"DISEBABKAN ITU, MAKCIK DAN SUAMI TERPAKSA MENYEWA RUMAH DI TAMAN SRI REMBAU KERANA IMPIAN KAMI UNTUK MEMPEROLEH RUMAH DAN TANAH YANG DIDUDUKI SEPERTI SEBELUM INI TIDAK KESAMPAIAN.

"Sebenarnya, makcik tidak pernah menolak pembangunan yang dijalankan di sini, cuma memang tidak puas hati dengan jumlah pampasan," katanya.

(Kisah berkaitan sebelum ini ; Umno Rembau tak leh harap jaga hak orang Melayu di http://amkns.blogspot.com/2009/05/umno-rembau-tak-leh-harap-jaga-hak.html )

Hasnah berkata, dalam usianya yang semakin meningkat dan kehilangan tanah serta rumah yang didiami lebih 40 tahun lalu, sudah tentu keadaan itu amat menyedihkan, apatah lagi banyak kenangannya sepanjang tinggal di kawasan berkenaan.

Menurutnya, keprihatinan pihak berkenaan terhadap nasib dirinya amat diharapkan.

"Saya tidak menyalahkan mana-mana pihak dalam perkara ini cuma berharap agar memperoleh tanah dan rumah sendiri.

"Disebabkan terlalu memikirkan hal ini, ia benar-benar mengganggu kehidupan dan kesihatan makcik," katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua Pas Kawasan Rembau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paroi, Mohamad Taufek Abdul Ghani berkata, masalah dihadapi Hasnah sememangnya mendapat perhatiannya.

"Saya tidak pasti sama ada masih ada ruang atau peluang buat kerajaan negeri menimbang semula perkara ini.

"Pada pandangan saya, masalah seperti ini mungkin boleh diatasi jika warga emas ini diberikan tanah anugerah sebagai penyelesaian dengan menyediakan tapak rumah untuknya membina rumah," katanya.

Menurutnya, pihaknya akan cuba mengkaji semula undang-undang berkaitan tanah adat jika boleh dikategorikan sebagai tanah rizab Melayu supaya setiap tanah yang diambil diganti semula dengan tanah.

Hadir sama, Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rembau, Badrul Hisham Shaharin.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8891399.asp

Aktiviti korek pasir N.Sembilan makin serius, tidak terkawal

Posted: 21 Mar 2011 09:12 PM PDT


Laporan ketua Audit Negara 2009 menyatakan aktiviti perlombongan dan pengambilan pasir di Negeri Sembilan adalah kurang memuaskan kerana telah mengakibatkan kemusnahan dan pencemaran alam sekitar. Berita Harian 22 Mac 2011 menyatakan kegiatan mengorek pasir di Sungai Pajam di Kampung Gebok telah menyebabkan kualiti air terjejas dan tanah milik penduduk kampung mengalami hakisan.

Laporan Ketua Audit Negara tersebut di http://amkns.blogspot.com/2010/11/bila-sprm-nak-siasat-kes-lombong-pasir.html

Gambar-gambar aktiviti korek pasir N.Sembilan di http://mohdtaufek.blogspot.com/2010/10/laporan-audit-2009-nsembilan-dedah.html


TERHAKIS
BERITA HARIAN 22 Mac 2011

NILAI: Kegiatan mengorek pasir di Sungai Pajam di Kampung Gebok di sini sejak kira-kira dua bulan lalu, menyebabkan kualiti air terjejas dan tanah milik penduduk kampung mengalami hakisan.

Tinjauan Sentral mendapati, masalah itu berlaku kerana aktiviti di tapak berkenaan dipercayai tidak mematuhi beberapa garis panduan penting dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk pemberian permit pengambilan pasir sungai.

MALAH, PIHAK BERKUASA NEGERI INI SEAKAN-AKAN TIDAK MEMPEDULIKAN HASIL LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2009 BERHUBUNG KELEMAHAN 'PENGURUSAN AKTIVITI PERLOMBONGAN DAN PENGAMBILAN PASIR SERTA KESANNYA TERHADAP ALAM SEKITAR' yang dikeluarkan Oktober tahun lalu.

Seorang penduduk, Kamarulzaman Abu Bakar, 50, mendakwa pihaknya hairan bagaimana pengusaha terbabit dibenarkan beroperasi sejak lebih sebulan lalu kerana mengikut garis panduan JPS, aktiviti berkenaan tidak dibenarkan di sungai yang kelebarannya kurang 10 meter.

"Selain itu, pengusaha juga gagal memastikan hakisan tidak berlaku kerana tebing sungai di kawasan berkenaan (lokasi dikorek) serta di kampung yang terletak di kawasan lebih tinggi mula runtuh sedikit demi sedikit.

"Kesalahan lebih nyata (mengikut garis panduan JPS) adalah pengusaha meletakkan timbunan pasir betul-betul di tepi tebing sungai itu dan di situlah ia dicuci dan diangkut menggunakan lori manakala air cucian pula disalirkan semula ke sungai.

"Sedangkan mengikut peraturan, pasir perlu diletakkan sekurang-kurangnya 10 meter dari tebing sebagai `stockpile' sementara, sebelum dibawa untuk dicuci dan dihimpunkan di `stockpile' utama yang sepatutnya terletak 20 meter dari tebing sungai," katanya.
Beliau berkata, Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) berkenaan sudah menghantar aduan kepada pejabat Menteri Besar, Pejabat Tanah dan Galian (PTG) serta JPS negeri namun tiada tindakan berkesan diambil.

Berhubung laporan Ketua Audit Negara 2009, kelemahan yang dikesan ketika pengauditan pada September 2009 hingga Disember 2009 antaranya membabitkan kelemahan pemantauan pihak berkuasa terhadap arahan supaya kontraktor menyediakan tiga kolam enapan bersiri untuk mengawal kelodak cucian pasir memasuki sungai.

Bagaimanapun, ketika tinjauan ini dibuat, kontraktor di kawasan berkenaan tidak menyediakan kolam enapan sedemikian dan sehingga kini tiada pula tindakan dikenakan terhadap mereka menyebabkan penduduk menganggap pihak berkuasa tidak berusaha memperbetulkan keadaan.

Sementara itu, seorang lagi penduduk, Mohd Zawawi Abd Rashid, 54, mendakwa kontraktor menceroboh sebahagian tanahnya tanpa kebenaran untuk melakukan aktiviti itu.

"Saya berjumpa seorang kakitangan syarikat itu dan menunjukkan geran tanah, namun dia mendakwa tanah berkenaan milik kerajaan dan syarikatnya mempunyai permit mengorek pasir di kawasan berkenaan," katanya yang kemudian membuat laporan polis.

Beliau berkata, aktiviti berkenaan membimbangkan penduduk kampung kerana arus sungai akan menjadi lebih kuat ketika musim hujan tidak lama lagi dan akan menyebabkan tebing sungai di kawasan kampung runtuh.

Sementara itu, Pengarah JPS negeri, Hashim Osman, berkata kontraktor terbabit diberi permit menjalankan kerja mengorek pasir, namun pihaknya tidak mengetahui pelanggaran garis panduan berkenaan.

"Kita akan menyiasat dakwaan ini secepat mungkin dan akan menghantar laporan kepada PTG untuk tindakan lanjut," katanya.

Mengulas mengenai syarat kelebaran sungai untuk aktiviti itu, Hashim berkata, pihaknya memberi kelonggaran dalam kes tertentu termasuk jika kawasan berkenaan sering dilanda banjir dan memerlukan kerja pendalaman sungai.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Terhakis/Article

DPP PADANG TERAP

Posted: 21 Mar 2011 09:38 PM PDT

DPP PADANG TERAP


Posted: 21 Mar 2011 09:06 AM PDT

Jangan terlibat dengan qazaf

Posted: 21 Mar 2011 08:37 AM PDT

KUALA LUMPUR, 21 Mac: Setiap pihak termasuk orang ramai di setiap peringkat diingatkan agar tidak mudah percaya dan membuat perhitungan terhadap sesuatu perkara, dengan hanya berdasarkan sesuatu perlakuan yang ditayangkan di dalam video.

Apatah lagi dengan keadaan terkini yang begitu maju dengan IT dan teknologi canggih, sehingga membolehkan watak-watak yang terdapat dalam video juga boleh ditipu dengan 'superimpose'.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub ketika mengingatkan perkara itu berkata, demikianlah juga dengan tayangan video lucah yang dikaitkan dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh pihak tertentu kepada para wartawan hari ini.

Menurut beliau, tayangan video itu ternyata begitu mengaibkan dan ia turut menimbulkan pelbagai tanda tanya kepada pelbagai pihak.

Katanya, antara persoalan yang boleh dikemukakan, sekiranya dalam Islam fitnah itu diharamkan, dalam Islam juga dilarang menuduh seseorang hanya berdasarkan perlakuannya yang ditayangkan di dalam video.

"Dalam masa yang sama, setiap pihak juga boleh bertanya, adakah tindakan pihak tertentu yang menayangkan video itu kepada golongan tertentu juga tidak termasuk dalam kategori aksi lucah?" katanya yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian ketika ditemui di lobi Dewan Rakyat hari ini.

Sehubungan itu, beliau yang ternyata turut hairan dengan permainan kotor pihak tertentu sehingga sanggup menayangkan video tersebut berharap semua pihak berfikir lebih mendalam mengenai perkara itu.

Kepentingan orang ramai berfikir secara matang mengenainya selaras dengan pelbagai tindakan tidak bertanggung dari pihak Umno BN masa kini terhadap Pakatan Rakyat, lebih-lebih lagi untuk menghadapi pilihanrya negeri Sarawak.

Dalam masa yang sama, beliau juga turut mengingatkan semua pihak agar tidak terlibat dengan qazaf yang ternyata bertentangan dengan prinsip keadilan Islam.

"Itu semua perlu diperhitungkan sebelum apa-apa perhitungan dibuat sebelum membuat apa-apa tuduhan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim," tegasnya.HARAKAHDAILY

PAS CAWANGAN KERATONG 04 ROMPIN PAHANG

Posted: 21 Mar 2011 09:31 PM PDT

PAS CAWANGAN KERATONG 04 ROMPIN PAHANG


Posted: 21 Mar 2011 07:00 AM PDT


CERAMAH ISU SEMASA

OLEH : Saudara Mazlan Aliman
( AJK PAS PUSAT )
TARIKH : 25 . 3 . 2011 ( Jumaat )
MASA : 9.00 malam
TEMPAT : Markas PAS Cawangan Keratong 04

Maran Daily - Bila NoteBookKu Dibuka... Benar, Berani & Berinformasi

Posted: 21 Mar 2011 09:09 PM PDT

Maran Daily - Bila NoteBookKu Dibuka... Benar, Berani & Berinformasi


Saman ekor: Kerajaan makan duit haram!

Posted: 21 Mar 2011 05:50 AM PDT


Saya fikir kerajaan Malaysia yang bertulangbelakangkan Umno bertindak amat keterlaluan dalam isu memeras wang rakyat kerana kesalahan saman ekor.

Bagi saya, menekan dan memeras ugut titik peluk rakyat hanya kerana kes kesalahan yang sekadar dibuktikan melalui kamera semata-mata, amat menganiaya dan menzalimi orang ramai yang rata-rata sedang terhimpit dengan kos hidup yang tinggi sekarang.

Lebih zalim lagi, bagi mangsa yang tidak membayar (yang sudah pasti kerana merasa tidak bersalah) akan disenaraihitamkan sehingga dihalang daripada memperbaharui cukai jalan atau lesen memandu oleh JPJ.

Tidakkah itu berbentuk tekanan dan peras ugut terhadap rakyat hanya kerana kerajaan semata-mata dahagakan wang rakyat?

Bayangkan kenderaan yang sudah menjadi keperluan manusia hari ini, hanya kerana kesalahan yang tidak pasti, kemudahan yang ada menjadi satu kesusahan pula bagi mangsa saman ekor.

Malangnya, pihak kerajaan tidak langsung mahu mendengar suara hati rakyat yang meronta-ronta dan memberontak tidak bersetuju peras ugut itu. Kenapa begitu sekali?

Kebetulan, tadi, saya terbaca satu mesej mangsa saman ekor yang disiarkan dalam akhbar Sinar Harian hari ini. Mesej yang bertajuk 'Tak halal duit saman' berbunyi begini:

Saya bekerja dan tinggal di Kuantan. Satu saman direkodkan atas nama dan kenderaan saya di KLIA sedangkan ketika itu saya dan kenderaan berada di Kuantan. Walaupun saya rasa tak bersalah, tapi untuk mengelak disenarai hitam, terpaksa bayar juga saman. Agaknya begitulah nasib ramai lagi pengguna. Walaupun saman saya bayar, duit itu saya tak halalkan. - BENGANG SOKMO

Kepada saya, semua mangsa saman ekor jelas tidak menghalalkan wang mereka tetapi mereka terpaksa membayar kerana peras ugut oleh kerajaan sendiri!

Saya juga ada dengar satu kes melibatkan sahabat saya, iaitu Ustaz Abdul Hamid Bahatim dari Bentong. Beliau baru-baru ini apabila menyemak samannya di polis bahagian trafik, terperanjat besar kerana didapati ada saman ekor bernilai RM2,000 lebih.

Oleh kerana tidak mahu disenaraihitam (kerana sistem matalah dan sebagainya), beliau secara rela paksa terpaksa juga membayar jumlah tersebut. Tetapi selepas meminta senarai saman tersebut di kaunter, alangkah terperanjat besarnya beliau kerana kesalahan yang dibuat di lokasi yang tidak pernah beliau pergi seumur hidup dan pada catatan waktu yang amat mustahil baginya berada di situ.

Tetapi apa boleh buat? Siapakah pembesar yang sudi mendengar rintihan hatinya?

Saya fikir kes kesilapan seperti ini banyak berlaku kepada mangsa lain, namun pihak kerajaan tidak mahu langsung memperbaiki kesalahan atau sistem saman yang dimangsakan malahan berkeras mahukan wang rakyat.

Tidakkah kerajaan pimpinan Umno merasa sekelumit pun kesalahan apabila memeras wang daripada rakyat sendiri? Apakah denda yang dikenakan berbentuk hukuman untuk mengajar atau untuk memeras ugut rakyat yang melantik mereka memerintah?

Tidakkah yang menjadi mangsa saman ekor itu kebanyakannya rakyat bawahan yang hidupnya sekadar 'kais pagi makan pagi'?

Jika pimpinan kerajaan boleh bermewah-mewah keluar negara, mampu boros berbelanja, boleh berbelanja sakan dalam pilihan raya kecil, kenapa rakyat marhaen yang sudah susah mencari makan mahu disusahkan lagi kehidupan mereka?
- http://selamatkanpahang.blogspot.com/2011/03/saman-ekor-kerajaan-makan-duit-haram.html

(rakyat Malaysia dan umumnya perlu tahu bahawa perlaksanaan "saman ekor" adalah untuk mencari kesalahan rakyat serta menjadi salah satu sumber pendapatan negara. Pemerintah ditaktor tidak akan rasa bersalah seperti nyamuk menghisab darah, bagi kita salah, tapi baginya itu adalah makanannya. Ubah kerajaan dalam PRU 13, jatuhkan kerajaan ZALIM UMNO-BN ... sokonglah Pakatan Rakyat yang diperjuangkan oleh mejoroto Pejuang Islam yang akan mendaulatkan Islam serta merealisasikan Islam adil untuk semua... ) MaranDaily

Pemuda PAS Hulu Kelang

Posted: 21 Mar 2011 08:02 PM PDT

Pemuda PAS Hulu Kelang


Kejohanan Futsal Piala ADUN Hulu Kelang 2011

Posted: 20 Mar 2011 09:56 PM PDT

(gambar) Kejohanan Futsal Piala ADUN Hulu Kelang merupakan acara tahunan

Ampang Sports Planet - Satu Kejohanan Futsal Piala ADUN Hulu Kelang 2011 telah dilangsungkan di sini pada 12 Mac 2011 lepas. Program anjuran bersama Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Hulu Kelang dan Jawatankuasa Penduduk (JKP) MPAJ Zon 1 ini diuruskan oleh Pemuda PAS DUN Hulu Kelang.

(gambar) Para peserta bergambar sebelum kejohanan bermula

Kejohanan ini dijalankan bersempena dengan Kempen Melawatiku Bersih, Indah dan Selamat yang sedang berjalan di bawah anjuran JKP MPAJ Zon 1. Kejohanan ini telah menerima penyertaan daripada 19 buah pasukan yang para pemainnya terdiri daripada para belia tempatan di DUN Hulu Kelang.

(gambar) Sebahagian aksi kejohanan

Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Encik Muslim Ismail, wakil daripada JKP MPAJ Zon 1 bagi menggantikan YB Saari Sungib, ADUN Hulu Kelang dan Pengerusi JKP MPAJ Zon 1, Hj A. Yazid Alias yang terpaksa menghadiri majlis penyerahan kunci perumahan di Kg Kemensah Hilir.

Perjalanan kejohanan berjalan dengan baik dan lancar dari awal walaupun terdapat sedikit bantahan yang mengambil sedikit masa ketika kejohanan melangkah ke peringkat kalah mati.

(gambar) Finalis bersalaman dengan ADUN dan Ahli Majlis sebelum final berlangsung

Dan akhirnya pasukan dari Kelab Belia TDK (Taman Desa Keramat) dan Permata FC (Taman Permata) berjaya melangkah ke perlawanan akhir selepas mengetepikan saingan masing-masing. Dan selepas 15 minit perlawanan akhir berjalan, Kelab Belia TDK muncul juara Piala ADUN Hulu Kelang 2011, sekaligus mengekalkan kejuaraan yang mereka sandang pada tahun 2009.

(gambar) Kelab Belia TDK mempertahankan kejuaraan sekali lagi

Perasmian penutup dan majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YB Haji Saari Sungib dan turut disertai oleh Ahli Majlis MPAJ merangkap Pengerusi JKP MPAJ Zon 1, Haji A. Yazid Alias.

Semoga dengan penganjuran kejohanan ini akan memberi peluang kepada para belia di Hulu Kelang untuk bersaing secara sihat di samping menambah kenalan dari segenap DUN Hulu Kelang.


Lajnah Penerangan, Informasi & Komunikasi
Unit Kerja Jemaah (UKJ) Hulu Kelang

Dr Azman Ibrahim

Posted: 21 Mar 2011 07:46 PM PDT

Dr Azman Ibrahim


Serangan peluru berpandu ke atas Libya cetus banyak persoalan

Posted: 20 Mar 2011 10:24 PM PDT

Tindakan serangan udara ke ats Libya oleh Barat yang diketuai AS menimbulkan banyak persoalan dan kuasa barat serta Eropah perlu memberikan penjelasan motif sebenar serangan ke atas negara pimpinan Muammar Gaddafi ini kerana jelas  sejarah Iraq dan Saddam Husein bakal berulang.

Memang saya telah menjangkakan serangan ini akan berlaku malah amat yakin ianya akan berlaku cepat atau lambat ditambah lagi dengan sokongan beberapa negara Arab yang bebal dan dungu.

Kalau betul bagai dicanang, serangan dilakukan bertujuan untuk menyelamatkan dan melindungi orang awam daripada krisis yang melanda Libya, tapi yang jelas orang awam tetap menjadi mangsa. Alasan sama yang pernah diberi di Iraq dahulu, tapi saya melihat dengan mata kepala sendiri di Iraq dahulu bagaimana orang awam telah menjadi mangsa. Ianya hanya skrip lama yang diulang cetak untuk kali yang entah ke berapa.

Persoalan samada tindakan ketenteraan ini akan menghapuskan regim Gaddafi sama sebagaimana yang pernah menimpa Saddam, saya yakin kita belum pasti ianya akan berlaku tapi krisis ini telah membuka pintu untuk campur tangan barat di bumi ummat Islam. Sepatutnya peranan Liga Arab perlu dimaksimakan dan penyelesaiannya perlu dalam kontek dunia Arab dan dunia Islam.

Apa yang nyata, Barat telah menzahirkan lagi sikap double standard mereka yang telah sedia diketahui umum. Mengapa ketika Israel menganyang Gaza pada Januari 2009, mereka tidak terfikir langkah untuk selamatkan rakyat Palestin dan melindungi orang awam sedangkan jelas sekali orang awam Palestin telah dan sedang menjadi mangsa keganasan Israel. Situasi sama sedang berlaku di Bahrain sekarang tetapi tiada tindakan dari Barat mungkin disebabkan negara itu menjadi sekutu AS dan menempatkan pengkalan tentera AS. 

Kita meyakini tanpa ragu, agenda sebenarnya adalah emas hitam yang ditakungi perut bumi Libya. Agenda tersembunyi adalah kerana Libya antara negara terkaya dengan hasil minyak dan gas.

Gerakan Islam Mengubahku...

Posted: 20 Mar 2011 09:33 PM PDT

Seketika aku berfikir dan menilai perjalanan hidupku bersama Parti Islam Semalaysia. Sejauh mana aku memperolehi manfaat dari harakah Islam ini? Aku berterus terang dengan diriku sendiri bahawa aku telah memperolehi matlamat agama yang besar bersama PAS.

Hidup bersama masyarakat, menyantuni mereka antara kemanisan berjamaah
1. PAS telah memperluaskan pemikiranku memahami Islam secara menyeluruh sebagaimana yang disyariatkan oleh Allah s.w.t, sebagaimana yang dinyatakan dalam kitabNya, seperti yang diseru oleh RasulNya dan difahami oleh sahabat baginda. Islam adalah agama dan dunia, dakwah dan negara, aqidah dan syariat, ibadah dan kepimpinan, mushaf dan kekuatan.

2. Aku memahami kewajipan amal jama'i (kerja secara kolektif) untuk memenangkan Islam. Bersama gerakan Islam aku mulai faham dengan jelas bahawa untuk mengembalikan kemenangan Islam haruslah melalui kata-kata, perbuatan, dakwah dan pengorbanan. Begitu juga dalam usaha untuk mengembalikan kepimpinan Islam yang telah hilang dan mengembalikan hukum syariat yang meliputi seluruh sudut kehidupan, menghadapi musuh-musuh Islam, dakwah, syariat, akhlak dan ummatnya. Semua ini tidak akan mampu dilakukan seorang diri. Tetapi mestilah dilakukan dalam sebuah jamaah yang mengumpulkan sasaran yang jelas, matlamat yang nyata, memberi pemahaman yang terperinci, iman yang mendalam, keterikatan yang kuat untuk mengembalikan matlamat besar ummat Islam setelah runtuhnya khilafah Islamiyyah. Semua sedia maklum bahawa Allah ada bersama jamaah. Seseorang akan lemah bila bersendirian dan kuat bila beramai-ramai. Bekerjasama atas kebaikan dan taqwa adalah kewajipan ummat Islam.

3. Aku berubah dari hanya sekadar menjadi seorang doktor dan penceramah agama kepada seorang pejuang dan pendakwah. Penekananku kepada dakwah bukan lagi hanya pada tahap memelihara komitmen beragama seorang individu muslim, meskipun ini masih merupakan tahap yang perlu diperbaiki. Penekananku berubah kepada tahap membina kebangkitan Islam, yang mampu menyentuh pemikiran dan menghidupkan hati. Seorang penceramah agama mampu melembutkan hati sedangkan seorang pendakwah Islam mempunyai misi untuk mencerdaskan fikiran, menyentuh perasaan, menguatkan tekad, meninggikan cita-cita, mengerah tenaga, menghimpun kekuatan, menguatkan ikatan dan mengumpulkan ummat untuk mengorbankan  segala yang termampu untuk berjuang di jalan Allah.


4. Bergabung dengan gerakan Islam telah mengubah cita-citaku daripada cita-cita biasa dan terbatas, pada cita-cita yang besar dan universal. Keinginanku tidak lagi hanya berputar di sekitar masalah peribadiku tetapi cita-cita berkaitan ummat Islam. Keinginanku bukan hanya sekadar mengejar beberapa gulung ijazah, tetapi aku menginginkan sesuatu yang lebih luas dan dalam daripada sekadar mencari keuntungan peribadi dan masa depan sendiri.

DUN PENGKALAN KUNDOR

Posted: 21 Mar 2011 07:04 PM PDT

DUN PENGKALAN KUNDOR


Diari YB: Ziarah Orang Sakit.

Posted: 21 Mar 2011 03:43 AM PDT

kembung perut akibat
 penyakit bengkak hati
 yang dialami Sdr. Ramli
Isnin 21 Mac 2011- Selesai  sahaja majlis dialog di Taman Nelayan terus bergegas ke Taman Perpaduan, mendapat tahu seorang sahabat yang sedang mengalami penyakit dan terlantar di rumah. Kesempatan yang ada bagi orang yang sihat perlulah diisi dengan rasa keinsafan dan juga sebagai tanggungjawab membantu sebahagian lain setakat termampu.

Disamping itu, Ziarah juga sedikit sebanyak mengubat resah pesakit terhadap sakit yang dialami.Masa yang ada untuk bertanya berita tentang seorang Ahli MKK Taman Perpaduan kawasan Kuala Kedah, Sdr. Ramli  b. Mat. Beliau yang kini terlantar akibat penyakit bengkak hati sejak 2 bulan lalu kini tidak dapat meneruskan tanggungjawab sebagai seorang ahli MKK berikutan keadaan yang menimpa.



Sahabat-sahabat yang mempunyai kelapangan masa bolehlah menziarahi beliau di Kg. Batas Paip, Jalan Kuala Kedah.


bersama Sdr. Ramli
Teratak usang Sdr. Ramli

Sebarang sumbangan ikhlas boleh disampaikan terus kepadanya.sekian wasalam.

Diari YB: Dialog bersama JAKSA Perunding Taman Nelayan

Posted: 21 Mar 2011 12:26 AM PDT

Isnin: 21 Mac 2011- Masalah perpindahan penduduk taman nelayan yang sebelumnya dipandang sepi, kini mendapat reaksi daripada Exco Bahagian Perumahan terhadap beberapa isu yang masih belum diselesaikan. Antara lain, ialah keciciran hak untuk mendapat rumah di taman tersebut sejak penempatan tersebut mula diperkenalkan di kawasan terbabit.

Penduduk yang rata-ratanya bekerja sebagai nelayan mengambil kesempatan meluahkan masalah yang dihadapi melalui Jawatankuasa Perunding yang terdiri daripada JKK dan JKKKP yang menganggotai JAKSA tersebut.

Majlis dialog serta perbincangan diadakan di sebuah rumah penduduk kawasan Taman Nelayan dengan dihadiri rombongan Exco Bahagian Perumahan, Dato' Ir. Hj. Phahrolrazi Zawawi  bersama beberapa wakil penting dari Setiausaha Kerajaan Bahagian Perumahan En. Safwan , En. Abdul Hamid wakil Majlis Bandaraya Alor Setar dan beberapa staf yang lain.Turut hadir YB Nasir Mustafa ADUN Kubang Rotan yang menjadi orang tengah dalam perbincangan ini.

YB Phahrolrazi dan En. Safwan
 SUK Bahagian Perumahan
Perbincangan dipengerusikan oleh Sdr. Abdul Rahman merupakan Ketua Jawatankuasa Penduduk. Dalam pada itu, menuntut 10 perkara yang disenaraikan bagi memperoleh penjelasan serta tindakan adil dari Kerajaan Negeri. Antaranya ialah berkaitan surat perjanjian pemilikan rumah, kos pampasan dan lain-lain masalah.

Reaksi dari YB Phahrolrazi Zawawi  menyatakan masalah yang berlaku diharap diselesaikan dengan baik serta tidak berakhir dengan keputusan mahkamah sebagai pihak ketiga yang mana akan merugikan sebelah pihak. Oleh itu, keputusan yang akan dibuat perlu sepakat dan memuaskan hati semua pihak serta mendatangkan faedah kepada penduduk setempat dan tidak dibiarkan berlarutan.

JAKSA Perunding menarik nafas lega setelah beberapa isu yang dikemukakan mendapat persetujuan pihak Kerajaan Negeri. Bagi masalah-masalah yang rumit akan dibincangkan semula oleh SUK Bahagian Perumahan dalam menentukan jalan terbaik.
YB Nasir serta barisan Jaksa
 Perunding penduduk setempat.
tempat perbincangan.

Kerjasama dari kedua-dua belah pihak diharap dapat dipereratkan dengan perbincangan semasa ke semasa.
Syabas kepada penduduk Taman Nelayan atas kerjasama anda.






ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 21 Mar 2011 03:50 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


ASTAGFIRULLAH ! HOTEL CARCOSA BUAT TAYANGAN LUCAH ! TUNGGULAH BALA ALLAH !

Posted: 21 Mar 2011 04:33 AM PDT

Mahfuz juga membidas Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein yang berkata polis sanggup menyiasat kesahihan video itu jika ada pihak membuat laporan.

Mahfuz berkata Hishamuddin sepatutnya sedar bahawa polis boleh menyiasat tanpa menunggu laporan orang awam.

"Sepatutnya tak perlu buat laporan polis dan polis terus boleh buat siasatan. Tanya pihak Carcosa kenapa boleh benarkan tayangan video berunsur lucah. Ini… seolah-olah tayangan video lucah dihalalkan dalam negara kita," kata Mahfuz .

"Maka saya minta polis terus menyiasat, tak perlu tunggu laporan dari mana-mana pihak," tambah beliau.

Mahfuz berkata, beliau hairan bagaimana sebuah hotel lima bintang seperti Carcosa Sri Negara membenarkan seseorang individu yang tidak dikenali menayangkan video seks

"Saya nak minta pihak polis siasat bagaimana pihak Carcosa boleh membenarkan satu program tayangan video yang berunsur lucah, sedangkan tiada pun undang-undang g mengatakan hotel yang bertaraf lima bintang atau enam bintang, malah jika tahi bintang pun, boleh tayang video lucah," tambah beliau.

Mahfuz berkata keengganan pihak di sebalik video itu untuk menyerahkannya kepada pihak berkuasa dan majlis agama amat mencurigakan dan harus menjadi persoalan utama.

"Kalau mereka bertujuan untuk mengatakan ada orang-orang tertentu dalam video tersebut melakukan perlakuan-perlakuan yang sumbang ini, sepatutnya mereka menyerahkan video tersebut kepada pihak berkuasa, atau pihak berkuasa agama kalau membabitkan orang Islam."kata Mahfuz.

" Jadi ini yang sepatutnya menimbulkan tanda tanya…. apa agenda sebenarnya yang dibuat oleh pihak penganjur yang membuat tayangan ini," tambah beliau.

Mahfuz membayangkan Anwar sekali lagi menjadi mangsa fitnah Umno dalam usaha parti pemerintah itu memulihkan sokongan daripada pengundi Melayu.

"Saya rasa bahawa ini sesuatu yang malanglah …. di mana Umno merasai kedudukan mereka yang sangat tergugat dan melihat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai satu ancaman kepada politik mereka hingga sampai ke satu peringkat di mana mereka sanggup melakukan sebegitu rupa," kata Mahfuz.

Sementara itu Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, media dan masyarakat tidak perlu membuang masa untuk membuat pelbagai telahan mengenai video yang tidak diketahui kesahihannya itu.

" Kita tidak tahu siapa yang mendedahkan video ini dan dari mana ia datang? Adakah kita patut membuang masa kita untuk video-video yang kita tidak tahu sumbernya. Kalau pun kita tahu siapa sumber itu, adakah kita tahu ia benar atau tidak?," soal beliau.

BERITA BAIK UNTUK YANG TAK FASIH BM !

Posted: 20 Mar 2011 10:39 PM PDT


Sesiapa yang masih tak faham dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia kenapa Dato Seri Anwar tidak mahu memberikan DNA nya maka mereka boleh lihat dan dengar video ini.

KETUA BAHAGIAN UMNO SONGLAP BALAK 15 RIBU HEKTAR?

Posted: 20 Mar 2011 03:28 PM PDT

Saudara Mazlan Aliman selaku Ketua Penerangan PAS Negeri Johor telah membuat satu laporan Polis di Ibu Pejabat Polis Central Johor Bahru terhadap salah laku yang dilakukan oleh YB Dato' Abd Hamid bin Abdul Rahman ADUN Machap, Johor selaku Ketua UMNO Bahagian Simpang Renggam. Beliau didakwa telah mendapat konsesi mengeluarkan kayu balak di kawasan yang telah digazetkan sebagai hutan simpan. Berikut adalah kandungan Laporan Polis yang telah dibuat:

Laporan Polis di Ibu pejabat Polis Central Johor Bahru.

18 hb. Mac 2011.

Aduan terhadap :

1. YB Dato' Abd Hamid bin Abd Rahman, ADUN Machap

2. Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Johor.

3. Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Johor.

4. Pentadbir Tanah Daerah Mersing.

Muqadimah

Hutan Simpan Semberong Tambahan telah diwartakan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Johor pada 3 hb Mac 2005 melalui no warta 362. Ianya terletak di Kahang di antara Daerah Kluang dan Mersing dengan anggaran keluasan 15,000 ekar.

Aduan

1. Mengapa Syarikat Hamid Sawmill Sdn Bhd yang dimiliki oleh YB Dato' Abd Hamid bin Abd Rahman, ADUN Machap mendapat konsesi mengeluarkan kayu balak di kawasan yang telah digezetkan sebagai hutan simpan?

2. Mengapa Syarikat Hamid Sawmill dibenar membuka Ladang Hutan Getah di kawasan Hutan Simpan Semberong Tambahan sedangkan telah ada papan tanda larangan memasuki kawasan hutan simpan kekal, mengambil dan menebang isi hutan serta membuat kerosakan khazanah hutan?

3. Mengapa Syarikat Hamid Sawmill dibenarkan mengusahakan aktiviti pertanian seperti tanaman keledek sedangkan telah ada papan tanda larangan meneroka tanah dan pertanian?

4. Adakah Pejabat Tanah dan Galian Johor, Jabatan Perhutanan Negeri Johor dan Pejabat Tanah Daerah Mersing terlibat memberi kelulusan terhadap aktiviti mereka?

Aduan dibuat berdasarkan maklumat yang diterima dan tinjauan sendiri di lokasi bekaitan. Siasatan dan tindakan mesti dibuat segera kerana dakwaan membabitkan syarikat milik seorang wakil rakyat yang menunjukkan contoh buruk selaku pemimpin masyarakat.

Hutan simpan dah jadi Ladang Hutan Getah. Siap terpampang lagi nama Syarikat Hamid Sawmill Sdn Bhd.

ReJaM© "Banyak lagi skandal pemimpin BN akan didedahkan dalam masa yang terdekat ini..."

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru

Posted: 21 Mar 2011 01:41 PM PDT

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru


Astaghfirullah... Jasad Warga Afghanistan Jadi Mainan Tentera AS

Posted: 21 Mar 2011 11:45 AM PDT


Majalah Mingguan Jerman Der Spiegel pada hari ini telah menerbitkan foto menunjukkan dua tentera Amerika Syarikat di Afghanistan dari unit tentera "nakal" bergaya dengan jasad warga Afghanistan.

Gambar: Foto-foto orang awam Afghanistan yang dibunuh oleh 'tentera pembunuh' mungkin lebih dasyat dari yang diperolehi dari Abu Ghraib ini, kata komander NATO. - Photograph: AP

Dua foto, yang Spiegel katakan berusaha dirahsiakan pemerintah Amerika Syarikat, menunjukkan dua anggota tentera, yang diduga membunuh warga Afghanistan untuk olahraga.

Dalam satu gambar, seorang perajurit dengan rokok di tangan, memegang kepala mangsa bernoda darah, yang kelihatan tak bernyawa. Dalam gambar kedua, seorang tentera menyeringai lebar sambil juga memegang korban sama.

Foto ketiga menunjukkan dua jasad disandarkan di pos, yang juga kelihatan tak bernyawa. Foto itu terkait dengan perkara besar tentera dituduh membunuh rakyat, memotong tubuh mereka dan mengumpulkannya sebagai piala.

Gambar: Jeremy Morlock (kiri) & Andrew Holmes (kanan)

Spiegel menyatakan salah satu tentera di foto itu adalah Kopral Jeremy Morlock, yang menghadapi tuduhan pembunuhan berencana dalam kematian tiga warga Afghanistan. Yang lain, perajurit Andrew Holmes, dituduh berkomplot membunuh seorang lelaki Afghanistan pada Januari, kata majalah itu.

Rencananya, konon dibuat pemimpin jaringan Sersan Calvin Gibbs dan Morlock, dikatakan melibatkan penembakan seorang warga dan melempar granit buatan Rusia pada lelaki itu untuk membuatnya kelihatan sebagai pejuang musuh mereka. Pada November, Holmes mendapat penangguhan hukuman sementara dari tindakan hukum berkaitan dengan tuduhan pembunuhan, kata peguamnya.

Morlock adalah satu dari lima tentera dituduh melakukan pembunuhan dalam perkara tersebut, sementara tujuh lagi dituduh mencoba menghalangi penyelidikan, menggunakan ganja dan pemukulan keji terhadap rekannya sebagai pembalasan mengadu kepada atasan.

Spiegel menyatakan tentera Amerika Syarikat berusaha mencegah penerbitan gambar itu, kerana takut akan "pukulan" terhadap pasukannya di Afghanistan. Majalah berwibawa itu menyatakan telah lima bulan meneliti cerita dari kelompok disebut "Regu Pembunuh" itu.

"Spiegel hanya menerbitkan tiga dari 4.000 gambar dan video, hanya itu yang diperlukan untuk cerita tersebut, yang perlu dikemukakan di sini," kata majalah itu.

Dalam pernyataannya, tentera Amerika Syarikat mengatakan, "Hari ini, Der Spiegel menerbitkan foto menggambarkan tindakan menjijikkan bagi kita sebagai manusia dan bertentangan dengan ukuran dan nilai Tentera Darat Amerika Syarikat."

"Kami mohon maaf atas bahaya akibat dari foto itu," katanya.

Tindakan kelihatan dalam gambar itu adalah inti pengadilan mahkamah tentera Amerika Syarikat, yang sedang berlangsung, dengan terdakwa dianggap tidak bersalah kecuali dan sampai terbukti bersalah, tambah pernyataan itu. "Perjalanan mahkamah tentera itu berbicara sendiri," katanya. 

Kenapa Takut : Polis tak rakam video seks didakwa libatkan pemimpin Pakatan...nafi sebelum dituduh..!!!

Posted: 21 Mar 2011 11:39 AM PDT


Datuk Seri Najib Razak menegaskan pihak polis tidak terlibat dalam kes rakaman video seks – yang didakwa melibatkan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat – melanggan khidmat seks pelacur di hotel di sini akhir bulan lalu.
Dalam mesej Twitter malam ini, ketika isu terbaru ini hangat dibahaskan dan menarik perhatian ramai, Perdana Menteri berkata beliau mahu mengesahkan apa yang diperkatakan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein di Bukit Aman tengah hari tadi.
"Saya suka mengesahkan apa yang Datuk Hishammuddin mengatakan bahawa polis tidak terlibat dalam rakaman video seks yang didakwa," kata Najib sekitar pukul 9 malam tadi.
Bagaimanapun Najib tidak menyebut sama ada pihaknya sudah diberi taklimat mengenai kes itu.
Pada sidang media di ibu pejabat PKR petang tadi, Anwar menafikan sekeras-kerasnya beliau adalah individu yang didakwa dalam rakaman video seks, yang mendapatkan khidmat seks pelacur.
Beliau menegaskan penyebaran video seks tersebut adalah satu strategi Barisan Nasional (BN) untuk menjatuhkan imejnya sebagai tokoh pemimpin negara.
"Saya menafikan sekeras-kerasnya, ia berniat jahat dan fitnah, saya nafikan secara keras saya adalah individu dalam video tersebut.
"Saya mengecam konspirasi terbaru untuk memfitnah dan mengaibkan saya serta keluarga, video yang ditayangkan merupakan satu taktik jahat yang dilakukan musuh politik yang berhasrat untuk membantutkan kemaraan Pakatan Rakyat," katanya.
Hishammuddin juga meminta individu yang rasa dirinya "teraniaya" ekoran penyebaran video seks, yang dikaitkan dengan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat, agar membuat laporan polis.
Beliau berkata tanpa laporan polis, pihaknya tidak boleh melakukan siasatan.
Menurut Hishammuddin, beliau baru hari ini dimaklumkan mengenai video seks tersebut dan tidak mempunyai butiran lanjut mengenainya.
"Sama ada dia daripada pemimpin pembangkang (Pakatan Rakyat) saya tidak tahu, sama ada ia tulen atau palsu saya juga tidak tahu, saya belum tengok dan mungkin tidak akan tengok," katanya.
Naib Presiden Umno itu juga meminta semua pihak agar jangan membuat spekulasi bahawa polis terlibat dalam penyebaran video seks itu.

1 comments:


Tanpa Nama berkata...
Nampak sgt UMNO/Bn nie nak memperbodohkan rakyat...lebih2 lagi silidah katik nie(Hisham al-todi).....suruh buat lapuran polis..okey...DSAI mmg nak buat lapuran.....okey kita tgk siapa yg kene siasat.....sibuat lapuran ke..atau org yg menuduh DSAI melakukan hubungan seks.....ingat UMNO/BN....rakyat sekarang menjadi hakim.....siape ke yg merogol atau meliwat....undang2 di Malaysia nie......

Fitnah II: Komplot Najib Rosmah penjarakan Anwar

Posted: 21 Mar 2011 11:38 AM PDT



 
Sila klik di sini dan di sini untuk muat turun risalah Fitnah II: Komplot Najib Rosmah Penjarakan Anwar

Pelik, takkan Najib sebodoh itu nak kejar untung "video seks Anwar"?

Posted: 21 Mar 2011 11:37 AM PDT



Pelik memikirkan tentang keuntungan politik puak Najib-Umno terhadap video seks rekayasa Anwar Ibrahim itu. Apa manfaatnya kepada BN? Saya tak nampak apa-apa pun, selain boleh mencetuskan momentum baru reformasi di kalangan orang Melayu.


Kalau kata nak gunakan untuk praya Sarawak, saya juga tak nampak keperluannya. Isu yang pelbagai di Sarawak tidak akan boleh ditutup atau dilindungi oleh isu-isu berkaitan personaliti Anwar.
Memang menempah maut saja Umno ini. 
Hishamuddin Husein pula kat TV tadi bukan main syok nak pekena Anwar, apatah lagi bekas Ahli Parlimen PKR. Dia tu 'kan Menteri Dalam Negeri, patutnya pihak polis kena ambil tindakan kepada pihak yang menayangkan, menyimpan, menyeliakannya.
Ini tidak, kenyataannya semata-mata untuk meraih kepentingan politik. Takkan Apco nasihatkan Umno buat macam ini kot?

Notis Penting Untuk Rakyat Malaysia.

Posted: 21 Mar 2011 11:35 AM PDT


Oleh: BayangDiAir

Pertama, pemimpin UMNO/BN kaya-raya wang berjuta sampai ada berbilion. Dari mana mereka dapat setelah menjadi ketua bahagian, wakil rakyat dan menteri? Contoh, bagaimana Khir Toyo, Muhamad Taib, Taib Mahmud  dan banyak lagi jerung-jerung UMNO mampu memiliki rumah, tanah dan wang yang banyak bukan kepalang. Rakyat Malaysia, bersamalah  jatuhkan UMNO/BN agar segalanya dapat disiasat secara telus demi sebuah kebenaran.

  Kedua, akhbar dan Tv arus perdana hanya tulis dan cerita yang muluk-muluk tentang pemimpin  dan ekonomi negara. Bagai satu arahan di sebalik tabir agar media jangan lagi siarkan sesuatu yang membawa persepsi negatif kepada pemimpin dan parti UMNO serta  ekonomi  negara. Tidakkah kalian merasa silap mata yang ketara dimainkan oleh media utama? Rakyat Malaysia, bersamalah jatuhkan UMNO/BN agar terdedah segala kepalsuan.
Ketiga, pemimpin UMNO didakwa terlibat dengan jenayah namun tidak dibicarakan di mahkamah. Kes Mustakizah, skandal menteri-artis, Altantuya, konspirasi liwat 1 dan liwat 2, dan pelbagai lagi yang hanya boleh diceritakan setelah pemimpin UMNO/BN sudah hilang kuasa. Kita dipimpin oleh manusia yang terpalit dengan jenayah sedangkan tirai besi lebih layak untuk mereka. Rakyat Malaysia, bersamalah  jatuhkan UMNO/BN agar segala-galanya terjawab agar kita tidak terus dosa bersubahat dan bersangka yang ini baik yang itu jahat.
Keempat, selagi UMNO/BN tidak jatuh dari tampuk kuasa, jangan harap mahkamah, polis dan media  boleh bertindak bebas. Masing-masing jaga kepentingan takut nasib macam Anwar Ibrahim  - ditelanjangkan, dimalukan, dibekukan kenaikan pangkat, ditukarkan ke merata tempat. Kalau ada kes salahlaku yang lama-lama akan diangkat untuk diazab. Masing-masing yang sepatutnya berani , adil dan bebas bertindak setelah digajikan dengan duit rakyat,  sanggup bersekongkol demi kepentingan, pangkat dan darjat. Rakyat Malaysia, bersamalah menjatuhkan UMNO/BN agar mahkamah, polis dan media boleh berbicara dan bekerja secara jujur dan beretika.
Rakyat Malaysia, kita tidak diminta meniru Tunisia atau Mesir.  Kita hanya perlu bertindak di peti undi tanpa perlu berarak dan berdemonstrasi ke sana sini.  Kita kena bekerja secara kolektif, sepadu dan berganda.  Tanpanya, memadai undi pos dan undi warga asing akan mengalahkan kita. Tak perlu polis tak perlu tentera, memadai SPR yang akan menembak  kita. Undi pos, undi warga asing dan SPR cukup ampuh menyelamat pemimpin UMNO/BN dari bahana rasuah, jenayah , skandal dan penyelewengan kuasa.

Kegemaran Ganjil YB Ahli Parlimen Kulim !

Posted: 21 Mar 2011 11:35 AM PDT



Jangout ada makna ni !!!
Macam-macam perangai ganjil manusia atas muka bumi ni. Kadang-kadang kita tertipu dengan jawatan serta kelayakan seseorang itu. Biasanya apabila melihat Yang Berhormat, kita terus rasa nak hormat. Bila kita jumpa lawyer kita akan respect ketekunannya belajar sehingga mendapat title tersebut. Apatah lagi jika orang yang kita jumpa itu mempunyai kedua-dua benda yang disebutkan di atas.

Tapi siapa sangka, orang yang kita hormat itu rupa-rupanya suka mengendap kambing mengawan. Siap ada kolek si gambar lagi!. Patutlah ulasan politik serta teori konsprasinya macam budak-budak, lucu dan menimbulkan rasa simpati pada penulis apabila terbaca tulisannya.


Saya harap, ini merupakan kali pertama dan terakhir dia menjadi wakil rakyat. Hanya orang tak cukup akal yang akan mengambilnya untuk bertanding mewakili rakyat. Malu tengok dia yang berkepiah dan berjangout dan sering dilihat kononnya memperjuangkan kebenaran.

Nota: Patutlah dia suka sebut Pak Jangout, rupa-rupanya dia minat tengok bapak kambing mengawan !!!

Kalau nak tengok koleksi gambar kambing mengawan YB tu, sila klik kat sini. Tapi awas janga baca tulisannya, takut anda meloya dan mual termuntah nanti.

Kes bersiri DSAI: Sudahlah.. Jangan Jadi BODOH Pulak....

Posted: 21 Mar 2011 11:33 AM PDT


Oleh: hazik

"Pernah guru saya berkata, " sekali kita buat salah ia dipanggil kesilapan, tapi kalau dah banyak buat salah.... itu namanya kebodohan... Itulah kata-kata yang menjadi azimat kepada saya untuk berjaya (syukur alhamdulilah apa yang dimiliki) sehingga sekarang. Kalau guru saya itu masih hidup tentunya saya akan berkunjung dan bertanya pandangan. Tetapi beliau telah lama meninggal dan tentunya dia juga berasa tersangat kecewa seandainya kes bersiri Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI) yang menjadi hidangan kepada rakyat Malaysia menampakan kebodohan yang jelas.

Nampaknya DSAI seorang yang sangat kental. Usaha Umno/BN untuk "menyental" usia politiknya masih belum berakhir. Lepas satu, satu pulak yang datang. Dan yang terkini "tayangan video di Carcosa" pulak bakal mengganti liwat 2. Kes Liwat 2 nampaknya dah tak jalan sebab DNA DSAI yang diusaha untuk mendapatkannya menjadi jalan buntu.
Tak pernah dalam sejarah kes mahkamah, Umno boleh jadi pendesak untuk dapat bahan bukti (DNA DSAI) melalui tunjuk perasaan di jalanan. Lebih memalukan sanggup pula beberapa orang Umno diperbodohkan oleh kepimpinan mereka. Dan lebih melucukan Perdana Menteri Najib pula seiring nada dengan kebodohan Umno yang jelas nampak bahawa kes liwat 2 sememangnya politik.
Inilah hasilnya bila buat kerja bodoh. Buat perancangan yang silap mengundang hasil yang tak menjadi. Bila sudah tak menjadi timbul pulak rasa tak puas hati. Maklumlah banyak belanja yang dilaburkan, untuk mengharapkan untung tetapi yang datang adalah rugi.
Kes bersiri DSAI tak akan padam selagi Umno/BN masih berkuasa dan DSAI sendiri masih sihat. Untuk meneruskan penguasaan Umno/BN, apa juga jalan dicari asalkan DSAI terus disekat.
DSAI seorang tokoh yang hebat pernah dilahirkan bagi mengisi wadah politik dan perjuangan. Ini yang membimbangkan Umno/BN sehingga berbagai usaha untuk menyekatnya tetapi masih gagal. Lebih memeningkan Umno/BN perancangan politik menggunakan saluran mahkamah hampir tak kesampaian dan sebelum apa-apa terjadi "buatlah apa-apa saja asalkan berjaya" yang hanya mengharap untung nasib semata-mata.
Ingatlah... nak perintah negara bukan boleh mengharap untung nasib. Tetapi Umno/BN selalu mengamalkannya sehingga mendatangkan kerugian besar dalam berbagai aspek; ekonomi yang merudum, sistem pendidikan yang bercelaru, sosio-budaya yang tak beridentiti serta sering bermasalah dan berbagai lagi. Dan lebih memalukan lagi sehingga pulau yang sah milik kita pun terlepas kepada orang lain, gara-gara untung nasib tidak menyebelahi.
Berbalik kepada kes bersiri DSAI, untung nasib Umno/BN jelas nampak kepada isu seks semata-mata. Bermula kes liwat 1 yang gagal maka diteruskan pula kepada kes liwat 2. Untung nasib Umno/BN di"lubang jubur" (maaf! kena sebut juga meskipun berat) Saiful seakan-akan belum menyebelahinya. Sekarang pula akan dihidangkan seperti tayangan perdana di Carcosa melibatkan DSAI sebagai mencuba nasib seterusnya.
Sudahlah... Cerita seks yang dihidangkan oleh Umno/BN untuk terus berkuasa telah sampai penghujung. Jika usaha untuk mengharap untung nasib di lubang jubur Saiful gagal, janganlah cuba beralih untung nasib kepada lubang b@r*t pulak. Pendek kata, kalau telah banyak kali silap, bodoh pulak yang nampak.

Kenapa Najib tidak tawar DNAnya?

Posted: 21 Mar 2011 11:32 AM PDT


Oleh Wira Arjuna
Apakah  kuazlanasa atau 'maruah' yang tinggal kepada badan kehakiman negara, apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib sendiri menyanggah arahan mahkamah dan mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahum supaya tampil menyerahkan sampel DNA beliau dalam kes bicara liwat II.
Berucap di Kuching Sabtu lalu, Najib mendakwa beliau sendiri rela memberikan DNAnya jika diminta oleh pendakwaraya.Anehnya Najib tidak membuat tawaran itu semasa perbicaraan kes bunuh warga Mongolia, Altantuya Sharibuu walaupun ada dokumen-dokumen jmembuktikan bahawa Najib pernah mengenali model itu


Rasa tidak perlulah dikitar semula, bahan-bahan bukti di Mahkamah Tinggi Shah Alam yang mengaitkan pejabat Najib dengan bekas penasihatnya, Abdul Razak Baginda dan juga pegawai-pegawai polis yang didapati bersalah membunuh Altantuya.
NONEKetika perbicaraan itu, Najib bukan sahaja tidak memberikan DNAnya, namun beliau langsung tidak menawarkan diri untuk ke mahkamah bagi memberi keterangan bagi menjelaskan hubungannya dengan Altantuya.
Demonstrasi dan tunjuk perasaan yang dianjurkan di seluruh negara oleh Umno dan juak-juak parti itu untuk mendesak Anwar memberikan DNAnya minggu lalu tentunya bertujuan memberi tekanan kepada mahkamah mengeluarkan arahan sedemikian kepada ketua pembangkang.
Sambutan hambar
Namun semua tunjuk perasaan itu menerima sambutan hambar.
Umpamanya, di Petaling Jaya, 50 orang yang hadir namun media massa arus perdana melaporkan kumpulan itu mewakili 30 pertubuhan bukan kerajaan!
NONEMungkinkah Najib terdesak untuk mencabar Anwar menyerahkan DNAnya kerana sambutan dingin pada tunjuk perasan yang dianjurkan oleh konco-konconya tidak menjadi?
Atau lebih bahaya, mungkinkah Najib bertindak sedemikian kerana menyedari 'perangkap" yang dipasang oleh polis untuk menghumban Anwar ke penjara sekali lagi tidak akan berjaya ekoran keputusan hakim bahawa bahan bukti diambil oleh polis secara tipu helah dan tidak sah.
Apapun, hakikatnya adalah Najib mengetahui tindakan-tindakan mantan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail memalsukan bukti terhadap Anwar pada tahun 1998.
azlanDua pegawai kanan itu turut menjadi paksi kepada pendakwaan terhadap Anwar kali ini. Begitu juga dengan seorang lagi pegawai dari kes dahulu, ASP Rodhwan Mohd Yusuf yang berjumpa dengan pengadu Saiful Bukhari Azlan secara sulit sebelum laporan polis dibuat terhadap Anwar.
Ketakutan doktor
Hakikat juga adalah Saiful menelefon Musa, dan berjumpa Rodwan, serta mengadakan perbincangan dengan Najib sebelum beliau membuat laporan polis, mendakwa diliwat oleh Anwar.
Najib tahu semua ini. Beliau juga maklum mengenai "ketelusan" proses siasatan terhadap Anwar dalam kes fitnah pertama dan kedua serta penggunaan bukti rekacipta terhadap mantan timbalan perdana menteri itu.
NONEBerbekal semua "pengetahuan dan maklumat itu" Najib tetap "yakin"' pada kewibawaan polis, pejabat Peguam Negara untuk mengendalikan bukti sampel DNA Anwar.
Perbicaraan setakat ini sudahpun mendedahkan bagaimana polis campurtangan dalam pemeriksaan doktor terhadap Saiful, termasuk mengisi sendiri borang pemeriksaan awal.
Perbicaraan turut memperlihatkan "ketakutan' doktor untuk merujuk kepada nota-nota kerana bimbang ia digunakan oleh peguam bela untuk mengetahui kebenaran mengenai dakwaan yang dibuat oleh Saiful.
Perbicaraan turut mendedahkan bagaimana polis sendiri membelakangkan arahan Jabatan Kimia dan peraturan dalam menyimpan bukti-bukti dan sampel DNA itu.
anwar ibrahim najib tun razak baginda scorpene submarine murder fiascoBayangkan seorang pegawai kanan polis (yang mengaku berbohong kepada Suhakam) boleh alpa sehingga menyimpan bukti DNA dalam peti simpanan dan bukannya peti sejuk sebagaimana yang perlu.
Najib tahu semua ini -- namun kenapa beliau begitu bingkas dan terdesak mahukan Anwar menyerahkan DNAnya?
Jawapannya mudah -- kerana perdana menteri mahu melengkapkan satu lagi pendakwaan menggunakan bukti rekacipta untuk kali kedua terhadap musuh politik utamanya yang bernama Anwar Ibrahim.M/Kini

Revolusi Dunia Arab: Kini Amerika ambil kesempatan

Posted: 21 Mar 2011 11:31 AM PDT


Oleh: LeeSlimShady

"Apabila Situasi kebangkitan semakin meruncing kini amerika mula mencari faedah darinya.Ini pasti tak restui oleh rakyat arab dan pastinya akan terjadi pertempuran antara dunia arab dan khusus antara iran dan amerika.

Amerika cuba nak jadi hero tetapi kali ini mereka di lihat sebagai banjingan dalam dunia arab apabila membunuh rakyat libya dalam serangan yang cuba disasarkan kepada tentera gaddafi.Apakah kesudahan dan muslihat amerika dalam hal ini.


sama - sama kita bincangkan hal ini pada hari rabu ini.


Bertempat di :Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor


Jam : 9.00 malam


ahli - ahli panel : Prof.Dr Abdul Aziz Bari

                               Hishammudin Rais

                               Chegu Bard


Serangan Ke Atas Libya: Najib Dan Muhyiddin Membisu..??

Posted: 21 Mar 2011 11:30 AM PDT



Sudah masuk hari ketiga Libya diserang oleh tentera bersekutu PBB yang disertai oleh Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Kanada dan Itali.

Serangan udara di Tripoli, Tarhuna, Mamura dan Jmail dilaporkan telah membunuh 48 dan mencederakan lebih dari 150 orang awam, tetapi kerajaan Malaysia di bawah Perdana Menteri Mohd Najib Tun Razak dan timbalannya Muhyiddin Mohd Yassin masih membisu dan tidak menyatakan pendirian Malaysia mengenainya.

Turki dan Rusia telah menyerukan tentera perikatan itu menghentikan tindakan ketenteraan di wilayah Libya.

Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan, semalam meminta gencatan senjata segera diadakan di Libya. Tidak terkecuali gencatan senjata pada operasi tentera antarabangsa yang dipimpin Amerika Syarikat.

"Kami menuntut gencatan senjata segera diberlakukan di Libya. Kami telah memberitahu pihak berwenang Libya untuk tidak mengarahkan senjata kepada rakyatnya dan mendengarkan tuntutan mereka," kata Erdogan dalam sebuah pidato di Jeddah Economic Forum, Ahad (20/3).

Erdogan mengaku prihatin dengan apa yang terjadi di Libya. "Apa yang terjadi di Libya membuat kita sedih dan prihatin, dan kini telah sampai pada tahap yang tidak kita inginkan," ujarnya seraya mendesak Kolonel Muammar Qaddafi agar melepaskan jabatan dan menyerahkannya kepada mereka yang berhak.

Sementara itu, jurucakap Kementerian Luar Negeri Rusia, Alexander Ukashevic, juga mendesak dihentikannya penggunaan kekuatan tentera di Libya. "Kami mendesak negara-negara yang terkait untuk menghentikan penggunaan kekuatan bersenjata secara sembarangan. Karena, hal tersebut telah menyebabkan orang awam terkorban," kata Ukashevic dalam sebuah pernyataan.

Pemerintah Indonesia turut menyerukan masyarakat antarabangsa memberikan perlindungan kepada penduduk awam Libya, menyusul situasi yang terjadi di Libya akhir-akhir ini. Hal ini termasuk pula seruan diakhirinya kekerasan yang terjadi selama ini.

Diwakili oleh Menteri Luar Negeri Republik Indonesia Marty Natalegawa, Republik Indonesia menegaskan sikapnya mengenai keadaan yang terjadi di Libya.

"Sejak awal berkembangnya situasi di Libya, Pemerintah Indonesia secara konsisten menyerukan agar masyarakat antarabangsa memberikan perlindungan kepada penduduk awam yang tidak berdosa dan yang menjadi korban tindak kekerasan," katanya.

Negara China awal-awal telah mengecam serangan udara yang dilakukan pasukan perikatan terhadap Libya.

Dalam sebuah pernyataan Cina menyatakan terus mengikuti perkembangan di Libya dan menyebut serangan tersebut mengganggu hubungan antarabangsa.

Dr. Azman Ibrahim di dalam blognya pula menyatakan tindakan serangan udara ke ats Libya oleh Barat yang diketuai AS menimbulkan banyak persoalan dan kuasa barat serta Eropah perlu memberikan penjelasan motif sebenar serangan ke atas negara pimpinan Muammar Gaddafi ini kerana jelas gambaran sejarah Iraq dan Saddam Husein bakal berulang.

Beliau telah menjangkakan serangan ini akan berlaku malah amat yakin ianya akan berlaku cepat atau lambat ditambah lagi dengan sokongan beberapa negara Arab yang bebal dan dungu.

Jika betul bagai dicanang, serangan dilakukan bertujuan untuk menyelamatkan dan melindungi orang awam daripada krisis yang melanda Libya, tapi yang jelas orang awam tetap menjadi mangsa.

"Situasi sama sedang berlaku di Bahrain sekarang tetapi tiada tindakan dari Barat mungkin disebabkan negara itu menjadi sekutu AS dan menempatkan pengkalan tentera AS.

Kita meyakini tanpa ragu, agenda sebenarnya adalah emas hitam yang ditakungi perut bumi Libya. Agenda tersembunyi adalah kerana Libya antara negara terkaya dengan hasil minyak dan gas," tambahnya.

Pertempuran sengit menawan kembali Kota Ajdabiya dari tentera pengganas Gaddafi

Posted: 21 Mar 2011 11:29 AM PDT


Libyan rebels duck for cover during a failed attempt to take the town of Ajdabiya from Moammer Khaddafi's forces on March 21, 2011 as news reports said Libyan government forces pulled back 100 kilometres (60 miles) from rebel-held Benghazi but showed they still had plenty of fight as they beat off an insurgent advance. The forces loyal to Libyan leader Moamer Kadhafi retreated to the key town of Ajdabiya, south of the city of Benghazi, after Western-led air strikes destroyed much of their armour, leaving dozens of wrecked tanks along the road.


Libyan rebels duck for cover during a failed attempt to take the town of Ajdabiya from Moammer Khaddafi's forces on March 21, 2011 as news reports said Libyan government forces pulled back 100 kilometres (60 miles) from rebel-held Benghazi but showed they still had plenty of fight as they beat off an insurgent advance. The forces loyal to Libyan leader Moamer Kadhafi retreated to the key town of Ajdabiya, south of the city of Benghazi, after Western-led air strikes destroyed much of their armour, leaving dozens of wrecked tanks along the road.
Libyan rebels duck for cover during a failed attempt to take the town of Ajdabiya from Moammer Khaddafi's forces on March 21, 2011 as news reports said Libyan government forces pulled back 100 kilometres (60 miles) from rebel-held Benghazi but showed they still had plenty of fight as they beat off an insurgent advance. The forces loyal to Libyan leader Moamer Kadhafi retreated to the key town of Ajdabiya, south of the city of Benghazi, after Western-led air strikes destroyed much of their armour, leaving dozens of wrecked tanks along the road.

Libyan rebels duck for cover during a failed attempt to take the town of Ajdabiya from Moammer Khaddafi's forces on March 21, 2011 as news reports said Libyan government forces pulled back 100 kilometres (60 miles) from rebel-held Benghazi but showed they still had plenty of fight as they beat off an insurgent advance. The forces loyal to Libyan leader Moamer Kadhafi retreated to the key town of Ajdabiya, south of the city of Benghazi, after Western-led air strikes destroyed much of their armour, leaving dozens of wrecked tanks along the road.
Libyan rebels retreat with their injured under heavy fire following a failed attempt to take the town of Ajdabiya from Moammer Khaddafi's forces on March 21, 2011 as news reports said Libyan government forces pulled back 100 kilometres (60 miles) from rebel-held Benghazi but showed they still had plenty of fight as they beat off an insurgent advance. The forces loyal to Libyan leader Moamer Kadhafi retreated to the key town of Ajdabiya, south of the city of Benghazi, after Western-led air strikes destroyed much of their armour, leaving dozens of wrecked tanks along the road. Arabic graffiti on the back of the vehicle reads: 'God is the greatest'.
Libyan rebels retreat with their injured under heavy fire following a failed attempt to take the town of Ajdabiya from Moammer Khaddafi's forces on March 21, 2011 as news reports said Libyan government forces pulled back 100 kilometres (60 miles) from rebel-held Benghazi but showed they still had plenty of fight as they beat off an insurgent advance. The forces loyal to Libyan leader Moamer Kadhafi retreated to the key town of Ajdabiya, south of the city of Benghazi, after Western-led air strikes destroyed much of their armour, leaving dozens of wrecked tanks along the road. Arabic graffiti on the back of the vehicle reads: 'God is the greatest'.
Libyan rebels retreat with their injured comrade in the back of their truck following a failed attempt to take the town of Ajdabiya from Moammer Khaddafi's forces on March 21, 2011 as news reports said Libyan government forces pulled back 100 kilometres (60 miles) from rebel-held Benghazi but showed they still had plenty of fight as they beat off an insurgent advance. The forces loyal to Libyan leader Moamer Kadhafi retreated to the key town of Ajdabiya, south of the city of Benghazi, after Western-led air strikes destroyed much of their armour, leaving dozens of wrecked tanks along the road.
Libyan rebels carry an injured comrade following a failed attempt to take the town of Ajdabiya from Moammer Khaddafi's forces on March 21, 2011 as news reports said Libyan government forces pulled back 100 kilometres (60 miles) from rebel-held Benghazi but showed they still had plenty of fight as they beat off an insurgent advance. The forces loyal to Libyan leader Moamer Kadhafi retreated to the key town of Ajdabiya, south of the city of Benghazi, after Western-led air strikes destroyed much of their armour, leaving dozens of wrecked tanks along the road.
Libyan rebels carry an injured comrade following a failed attempt to take the town of Ajdabiya from Moammer Khaddafi's forces on March 21, 2011 as news reports said Libyan government forces pulled back 100 kilometres (60 miles) from rebel-held Benghazi but showed they still had plenty of fight as they beat off an insurgent advance. The forces loyal to Libyan leader Moamer Kadhafi retreated to the key town of Ajdabiya, south of the city of Benghazi, after Western-led air strikes destroyed much of their armour, leaving dozens of wrecked tanks along the road.
A billobard against foreign intervention in Libya stands in Benghazi on March 11, 2011.

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted: 21 Mar 2011 01:02 PM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Melaka maju : Jambatan uzur tidak diganti berpuluh tahun

Posted: 21 Mar 2011 06:10 AM PDT

JASIN – Penduduk Kampung Bukit Tembakau tidak berputus asa mengharapkan pihak berkenaan supaya segera membina jambatan baru menggantikan jambatan usang berusia 30 tahun.

Difahamkan, walaupun sudah bertahun-tahun membuat permohonan membaiki jambatan uzur berkenaan, namun aduan hanya tinggal aduan tanpa dijanjikan sebarang maklum balas positif.

Bukan itu sahaja, jambatan yang menjadi jalan utama penduduk untuk tiga keluarga terbabit bagaikan menanti nyawa diragut berikutan keadaan kayu reput dan boleh roboh pada bila-bila masa sahaja.

Lebih menyedihkan, ada keluarga yang terpaksa menggunakan batang kelapa bagi tujuan melintas tetapi kemudahan yang digunakan sejak 10 tahun lalu itu sememangnya tidak bersesuaian dan berbahaya, terutama kepada kanak-kanak.

Bukan setakat masalah itu, parit pula dipenuhi semak-samun dan keadaan itu jelas menunjukkan ia tidak diselenggarakan pihak berkenaan, sekali gus boleh mendatangkan bahaya sekiranya terdapat binatang berbisa.

Difahamkan, penduduk hanya dimaklumkan permohonan dalam proses walaupun sudah lama membuat aduan.

Penduduk, Azlia Ahmad, 44, berkata, sudah puas pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Bukit Tembakau bersama wakil rakyat kawasan memanjangkan permohonan berkenaan.

"Tetapi inilah hasilnya. Kami terpaksa mempertaruhkan nyawa apabila melalui jambatan uzur ini.

"Pernah kanak-kanak yang mahu ke sekolah terjatuh ke dalam parit dan tidak kurang juga, penunggang motosikal tercedera apabila papan jambatan tiba-tiba patah," katanya.

Sementara itu, Kamaruzzaman Abdullah, 50, pula berkata, Melaka sudah diiktiraf sebagai negeri maju dan tidak sepa­tutnya keadaan seperti itu masih berlaku serta lambat diatasi.

"Harap kerajaan bantulah kami dengan segera. Jambatan yang kukuh boleh digunakan sehingga anak cucu kami.

"Negara kita sudah maju tetapi apabila datang ke kampung ini, kita dapat lihat masalah bertahun-tahun yang sudah dirayu tidak diambil apa-apa tindakan," katanya.

Ariffin Abdullah, 65, berkata, mereka tidak mahu berlaku kejadian yang tidak diingini berikutan masih menggunakan jambatan uzur.

"Jangan ada yang melayang nyawa, baru mahu ambil tindakan. Pandanglah sikit kepada kami dan segeralah bina jambatan baru.

"Kami tidak menyalahkan pihak JKKK kerana mereka sudah puas memohon dan kami dimaklumkan permohonan dalam proses," katanya.

Menurutnya, sepanjang pengetahuannya, sudah tiga kali pengerusi JKKK bertukar tetapi permohonan masih begitu juga.

"Maklumkan kepada kami sebenar-benarnya bila jambatan baru boleh dibuat.

"Kami sudah bosan menunggu. Kami hanya mahukan jawapan pasti mengenai status permohonan," katanya.

Sinar Harian

DUN Lembah Jaya

Posted: 21 Mar 2011 11:35 AM PDT

DUN Lembah Jaya


Naiktaraf Jalan Simpang Tiram Buruk - Batang Berjuntai Dan Jalan UNISEL: Pengguna Bakal Nikmati Keselesaan

Posted: 20 Mar 2011 07:51 PM PDT


Bersama Dato' Dr. Hasan Mohamed Ali di Majlis Pelancaran Cadangan Menaiktaraf Jalan Negeri B42 Jalan Simpang Tiram Buruk - Batang Berjuntai Dan Jalan UNISEL pada 11 Mac 2011 jam 3:00ptg.

Lawat Pasar Malam, Dengar Permasalahan Peniaga

Posted: 20 Mar 2011 06:54 PM PDT

Memberi pandangan kepada peniaga yang mengadu permasalahan mereka

Pelbagai masalah diajukan oleh para peniaga yang mengambil peluang bersemuka dengan ADN Lembah Jaya YB Tuan Hj Khasim Abdul Aziz dalam siri lawatan ke pasar malam yang diadakan di pasar malam Bandar Baru Ampang pada 15 Mac lalu.

Lawatan diadakan bersama MPAJ, JKP Zon 14 Encik Nallan a/l Dhanabalan dan turut disertai oleh para pegawai dari pejabat DUN Lembah Jaya.


Salah seorang peniaga yang ditegur oleh penguatkuasa MPAJ kerana mengabaikan aspek keselamatan dengan meletakkan kuali panas berhampiran laluan orang ramai

Terima kasih kepada pihak RELA yang banyak membantu melancarkan aliran trafik


Sumbangan Zakat Ampang Saujana

Posted: 20 Mar 2011 06:30 PM PDT


PROGRAM SUMBANGAN ZAKAT KEPADA WARGA EMAS DAN ANAK YATIM

Tempat : Flat Taman Ampang Saujana
Tarikh : 10 Mac 2011

Pengarah Pusat Khidmat DUN Lembah Jaya Puan Hjh Rohainah Hj Hasan menyampaikan ucapan


Para penerima sumbangan yang hadir



Batu Gajah Mari

Posted: 21 Mar 2011 11:28 AM PDT

Batu Gajah Mari


Air mata Bob Lokman mengalir apabila mengingati kisah silamnya

Posted: 21 Mar 2011 09:30 AM PDT





"Setiap kali filem saya dimainkan, saya akan berdoa supaya dosa saya diampunkan.. Moga Allah ampunkan". Itulah antara kata-kata Bob Lokman yang membuatkan beliau mengalirkan air mata ketika beliau menyampaikan tazkirah maghrib di Masjid Jamek Lama Gopeng malam semalam. Masjid tersebut dipenuhi oleh jemaah dan rakyat yang mahu mendengar ceramah beliau yang menyertai perjuangan PAS baru- baru ini.

"Saya tinggalkan kerja-kerja dunia, melawak, hiburan, dan serahkan diri kepada Allah. Jiwa dan raga saya untuk Allah, katanya lagi", katanya lagi. Katanya disambut dengan laungan Takbir. Ketika itu, air matanya tidak henti- henti mengalir..

Jadual beliau sangat sibuk. sudah 3 minggu, dari pagi sampai malam beliau dijemput untuk berceramah. selepas zakriah tersebut, beliau bergegas ke Sungai buluh untuk program disana.

Moga Allah memberkati perjuangannya.. Allahuakhbar




















hidayah Allah memangnya seluas yg x terjangkau.... tapi taufiqnya begitu MAHAL sekali.... bersyukurnya kita..... termasuk orang yang mengenali islam itu syumul.....

Perut Anwar Ramping la...

Posted: 21 Mar 2011 08:12 AM PDT


Anwar: Saya bukan lelaki dalam video seks, taktik jahat baru BN

PETALING JAYA, 21 Mac – Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan sekeras-kerasnya beliau adalah individu yang didakwa dalam rakaman video seks, yang mendapatkan khidmat seks daripada pelacur di sebuah hotel di ibu negara akhir bulan lalu.

Beliau menegaskan penyebaran video seks tersebut adalah satu strategi Barisan Nasional (BN) untuk menjatuhkan imejnya sebagai tokoh pemimpin negara.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya, ia berniat jahat dan fitnah, saya nafikan secara keras saya adalah individu dalam video tersebut.

"Saya mengecam konspirasi terbaru untuk memfitnah dan mengaibkan saya serta keluarga, video yang ditayangkan merupakan satu taktik jahat yang dilakukan musuh politik yang berhasrat untuk membantutkan kemaraan Pakatan Rakyat," katanya pada sidang media di sini petang ini.

Anwar yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa tayangan video khas yang dibuat tengah hari tadi telah dirancang serta didalangi pihak tertentu.

"Kita beri amaran kepada musuh politik Pakatan Rakyat agar menghentikan segera politik kotor dan lucah ini, jangan heret rakyat dan negara terjebak ke dalam politik kotor kamu.

"Tayangan itu telah dirancang dengan penuh teliti, malah rancangan untuk mengadakan tayangan ini juga hanya didedahkan kepada ketua-ketua editor arus perdana, malah saya difahamkan ia turut melibatkan pasukan cawangan khas," katanya.

Hari ini satu rakaman video menunjukkan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat sedang mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita, dipercayai pelacur asing, muncul dan dipertontonkan kepada media.

Video 21 minit itu, dalam empat segmen, menggambarkan pemimpin tersebut yang juga seorang Ahli Parlimen mengadakan hubungan seks di sebuah hotel di sini, dilihat akan menggegarkan arena politik negara sekali lagi.

Ia yang dirakamkan pada 21 Februari lalu ditunjukkan kepada media di sebuah hotel di sini pagi ini.

Rakaman itu diperoleh dari hotel pemimpin berkenaan melanggan wanita tersebut.

Kata Anwar, ketika rakaman video seks itu berlaku beliau berada di rumah bersama keluarga.

"Ketika itu saya ada di rumah, sebelum itu saya berada dengan kakitangan PKR, saya juga ada melayan Twitter, malah ia boleh dibuktikan.

"Saya diberitahu gambar (lelaki) itu adalah mirip saya cuma perutnya jauh lebih buncit daripada saya, kalau lihat perut saya lain," katanya.

Jelas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, pendedahan video seks itu sengaja disebarkan kerana terdesak selepas kes liwat yang membabitkan dirinya dengan Mohd Saiful Bukhari Azlan hampir "berkecai."

"Politik jahat ini sangat jelas... apabila kes liwat sudah lemah, hampir berkecai, jadi kena buat pertuduhan baru terhadap saya.

"Jadi saya minta rakyat tidak terperangkap dengan politik fitnah dan lucah ini, ini adalah serangan peribadi terhadap saya dan keluarga.

"Kerana terdesak musuh politik saya terpaksa mereka fitnah baru demi memburukkan serta menjejaskan reputasi saya," katanya.

Tegas Anwar, fitnah terbaru terhadap dirinya itu juga bertujuan untuk mengalih pandangan rakyat dari isu nasional termasuk pilihan raya negeri Sarawak.

"Musuh politik Pakatan Rakyat terdesak untuk lari dari membahaskan isu rasuah dan kepincangan pentadbiran Ketua Menteri (Sarawak) Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

"Maka tidak hairanlah sekiranya sekali lagi musuh politik bertindak menurut warisan politik usang dan jelik," katanya.

Menurut Anwar, beliau tidak akan membuat laporan polis sehingga mendapat kesahihan video seks tersebut.

"Tengok pun belum macam mana nak siasat, jawabnya ringkas.

Sementara itu, isteri Anwar yang juga Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, beliau terkejut dengan tuduhan terbaru terhadap suaminya itu.

"Saya terkejut (apabila dapat tahu), yang disuruh letak jawatan adalah saya, apa saya nak buat?

"Ini adalah taktik jahat, kalau selalu kes Anwar dengan lelaki tapi dalam video itu dengan perempuan, ini adalah motif yang tidak bertanggungjawab," katanya. -TMI

Mungkin Mustapha dah nyanyuk

Posted: 20 Mar 2011 03:46 PM PDT

Utusan Malaysia Online Datuk Seri Mustapa Mohamed dilaporkan membuat kenyataan seperti berikut:
RM2.4 bilion untuk Kelantan
Oleh AZRAN FITRI RAHIM
azran.rahim@utusan.com.my


KOTA BHARU 20 Mac – Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM2.4 bilion bagi fasa pertama Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) untuk pembangunan Kelantan.

Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, peruntukan itu bagi melaksanakan 426 projek baru di negeri itu termasuk penambahbaikan kemudahan dan infrastruktur.

Menurutnya, ketika ini pihaknya sedang menyenaraikan projek-projek untuk fasa kedua sebelum dihantar ke Unit Perancang Ekonomi (EPU) bagi mendapatkan peruntukan.

"Projek-projek ini dilaksana bagi memberikan kemudahan kepada rakyat di negeri ini terutama dari aspek infrastruktur kerana masih banyak lagi yang diperlukan oleh rakyat Kelantan," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Majlis Tindakan Persekutuan Kelantan di sini hari ini.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, kerajaan mahu setiap program yang dilaksanakan memberi manfaat maksimum kepada rakyat dan pulangan baik terhadap setiap wang yang dilaburkan itu.

"Kita perlu lihat semula kepada skop projek supaya tidak berlaku pembaziran dan tidak melebihi kehendak rakyat," katanya.
Sebelum saya memanggil Datuk Seri Mustapa Mohamed sebagai "orang tua nyanyuk", saya ingin mengingatkan Datuk Seri Mustapa Mohamed akan 1 Kenyataan Rasmi yang dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan negeri Kelantan seperti yang dilaporkan didalam Harakahdaily bertarikh 22hb. September, 2010 seperti berikut:
Pusat beku 118 projek pembangunan di Kelantan
Harakahdaily

KOTA BHARU, 21 Sept: Sejak Rancangan Malaysia ke-6 diperkenalkan pada tahun 1991, sejumlah 118 projek pembangunan telah dibekukan kerajaan pusat di negeri Kelantan.

Jumlah itu meliputi 1,086.278 hektar atau melebihi 2500 ekar tanah dari sepuluh jajahan di negeri ini.

Pendedahan itu dibuat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Mohd Aiseri Alias pada sidang media selepas menghadiri perasmian Forum Model Baru Ekonomi Kelantan di Dewan Teratai Kota Darulnaim, pagi ini.

Menurutnya lagi, tindakan tersebut telah membantutkan pembangunan negeri dan dipandang serong oleh rakyat yang terlibat dengan pengambilan tanah tersebut.

"Kita berharaplah kerajaan pusat dapat menyegerakan penggunaan tanah yang diambil ini dalam sambungan RMK 9 dan ke10 nanti.

"Maklumlah tanah tersebut adalah kebanyakannya milik rakyat dan rakyat melihat ia masih belum dibangunkan dan mungkin ada kekangan dalam hal ini, tetapi ia seharusnya tanah ini tidak dibiarkan lama untuk dibangunkan," katanya seperti lapor web gegarkelantan.net.

Menurut Aiseri lagi, pengambilan tanah tersebut melibatkan 16 kementerian dan perkara tersebut akan dimaklumkan segera kepada Unit Perancangan Ekonomi Jabatan Perdana Menteri untuk diambil tindakan.

Ditanya kerjasama antara kerajaan negeri dengan pusat berhubung pengambilan tanah di negeri ini, beliau memberitahu kerajaan negeri memberi kerjasama sebaiknya.

"Kerjasama yang kita berikan kepada Pusat dalam hal ini amat memberangsangkan dan amat mudah dan ia tidak timbul soal kelewatan kelulusan tanah untuk pembangunan di negeri ini," katanya lagi.

Beliau juga berkata sehingga kini tidak ada sebarang permohonan dari kerajaan pusat untuk mengambil tanah bagi pembangunan negeri ini dihalang.

Tambahnya bermula dengan RMK9, sebarang kelulusan tidak perlu lagi dibuat dalam Mesyuarat Exco negeri kerana Pejabat Tanah dan Galian hanya perlu berurusan dengan Timbalan Menteri Besar untuk disegerakannya.

PAS mula megambil alih pemerintahan negeri itu selepas Pilihan Raya Umum 1990 setelah mendapat majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun).

Sejak mentadbir negeri itu, PAS mendakwa Kelantan sering dianaktiri oleh kerajaan pusat khususnya dalam meyalurkan peruntukan.

Manakala terbaru, Kelantan sedang berdepan kerajaan pusat dalam usaha mendapatkan hak royalti rakyat negeri itu.
Saya tidak faham apa perlunya KERAjaan Pusat membazirkan sejumlah RM2.4 billion untuk projek pembangunan di Kelantan dalam Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10) padahal "hutang" pembangunan yang sedia ada masih belum terlaksana.

Saya juga ingin bertanya, hasil dari pembekuan sebanyak 118 Projek Pembangunan di Kelantan sejak 20 tahun dulu, KERAjaan Pusat sudah pasti juga masih menyimpan baki "bajet" keatas 118 Projek Pembangunan "Beku" yang nilainya sudah pasti berbillion-billion RM.

Kemana perginya "bajet beku" tersebut..? masih dibekukan, atau telah disalurkan kepada proksi-proksi KERAjaan Pusat di Kelantan..? Kalau masih di"beku"kan, sila bentangkan "Belanjawan Beku" tersebut supaya rakyat Kelantan & Malaysia tahu tiada penyelewengan berlaku selama ini.

Kalau sudah disalurkan pada "proksi-proksi" KERAjaan Pusat, juga sila bentangkan supaya rakyat Kelantan tahu "proksi-proksi" KERAjaan Pusat tidak ada yang menyeleweng wang peruntukan tersebut.

Kalau janji-janji lama masih tak dapat diselesaikan, janganlah cuba bermanis-manis mulut menjanjikan gula-gila yang baru.

JAMBANtan Manek Urai sudah jadi Gula-Gila.

RM2.4 billion itu untuk apa sebenarnya..?

Barangkali Datuk Seri Mustapa Mohamed sudah Nyanyuk. Perisik Rakyat

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai

Posted: 21 Mar 2011 11:08 AM PDT

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai


Umno jadi alat MCA tolak Islam

Posted: 21 Mar 2011 05:23 AM PDT

http://buletinonline.net/images/stories/PGU2/IMG_1711.JPG- usaha gantikan Umno dengan PAS adalah wajib syar'ie
BESUT
- Umno tidak melaksanakan Islam sebagai satu cara hidup yang syumul dalam negara ini kerana menjadi alat kepada parti MCA dalam Barisan Nasional (BN).

Menurut Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat, Islam yang lengkap diturunkan oleh Allah sebagai agama kepada manusia

"Islam untuk 'Deen' (iaitu) cara hidup (way of life) Umno, kenapa Umno tinggalkan...... kerana menjadi alat kepada Inggeris, menjadi alat kepada MCA, MCA kata kalau kau nak bekawan dengan aku, (kau) tolak Islam,

"mana boleh tak jadi alat kepada McA tolak Islam , Islam ini agama datang dari Allah, bukan dari Muhammad, (dan) bukan dar PAS,"kataya ketika berucap merasmikan Himpunan Kebangkitan Rakyat; PAS Ganti Umno (PGU2) di Jerteh, disini semalam 19 Mac.

Beliau menyifatkan amalan menyambut Maulud Nabi tidak guna disambut oleh orang-orang Umno kerana Umno menolak Islam.

"Bila Umno  menolak Islam bererti, Allah pun dia tolak, al-Quran pun dia tolak, Jibarail pun dia tolak, nabi Muhammd pun dia tolak, (jadi) sambut Maulud buat apa,"jelasnya.

Sebab itulah, menurutnya, Umno menolak untuk berhujah berkenaan Islam dengan cara berdebat dan berbincang apabila setiap kali diajak oleh PAS.

Katanya, Islam boleh menyelamatkan manusia dan menyatukan semua bangsa di dunia. dan ,emkadi suatu  kewajipan kepada orang-orang Islam mempertahankan Islam.

Menteri Besar Kelantan iu juga menegaskan sekali lagi, belaiu akan berkempen untuk melantik seorang Cina menjadi Menteri Besar, sekiranya ada dikalangan orang Cina di Kelantan yang berpendidikan tinggi dalam agama Islam dan berkelakuan baik,

"mu (Umno) kata 'gimik', gimik macamana? ia memang begitu (kenyataan), cuba ada orang Cina Kelantan yang belajar di (Universiti) Azhar ke, belajar di Mekah ke, belajar di pondok ke,

"(yang) mengerti islam, perangai pula 'molek' , zuhud ada, warak ada, maka saya orang pertama akan (ber) kempen kepada rakyat Kelantan supaya dia menjadi MB,"tegasnya.

Justeru, oleh kerana Umno tidak mahu kepada Islam, maka, katanya, usaha mengganti Umno dengan PAS adalah suatu wajib Syraie dan aqli.

Sebelum itu, beliau telah me'war-war'kan padang tempat dimana program PGU2 berlangsung dipanggil sebagai 'Dataran PAS Ganti Umno' sebagaimana yang diminta sendiri oleh tuan tanah tersebut kepada beliau.

Dengar ucapan penuh Tok Guru Nik Aziz melalui Buletinonline Radio

Bersama Kebangkitan Rakyat ; PAS Ganti Umno 2

Posted: 21 Mar 2011 05:11 AM PDT




ansarullah

Posted: 21 Mar 2011 11:02 AM PDT

ansarullah


Cerita kurang panas....

Posted: 21 Mar 2011 06:10 AM PDT

Harga ayam kembali normal April: Noh
KUALA LUMPUR: Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar hari ini memberi jaminan harga ayam yang naik mendadak sehingga menjangkau purata RM8.20 sekilogram sekarang akan kembali normal menjelang April ini.

Beliau berkata kenaikan harga sekarang disebabkan antara lainnya oleh kekurangan bekalan yang jarang berlaku pada bulan Mac kerana selalunya permintaan pada bulan berkenaan adalah rendah.

"Tapi tahun ini kemungkinan kerana cuti sekolah dan kenduri kahwin yang banyak, permintaannya naik mendadak," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Noh berkata harga ayam di Malaysia masih lagi rendah berbanding negara jiran. Katanya faktor cuaca yang tidak menentu juga menyumbang kepada kenaikan harga makanan itu, di mana ianya menyebabkan penternak lebih berhati-hati untuk menambah bekalan.


Cerita lanjut DI SINI

P/S:-Hari ni berita tentang pertuduhan Anwar Ibrahim terlibat dalam skandal VIDEO LUCAH di SPA hangat diperkatakan.Ada yang tuduh Anwar,Anwar kata bukan.Macam-macam betul berita hari ni.Tapi ada kaitan LANGSUNG ke dengan kita?Lantak dialah!

Tapi dalam tidak sedar,ada berita yang lebih KENA pada RAKYAT!Berita di atas adalah kurang mendapat perhatian kerana ianya bukanlah berita yang disensasikan dalam media massa atau media cetak.Kenapa agaknya?

Mungkin kerana ia lambang kegagalan KERAJAAN dalam menangani isu kenaikan harga barang.Jadi ianya cuba didiamkan!Justeru itu,apa yang berlaku?

Rakyat lebih melihat kes Anwar yang dituduh buat jahat untuk kesekian kalinya!Dah macam makan nasi pulak!Hari-hari ada cerita.

Jadi adakah RAKYAT dan PENGUNDI di Malaysia ini akan terus berfikir begini?

BIJAKKAH RAKYAT MALAYSIA?????????

Pemuda Bersamamu v3

Posted: 21 Mar 2011 09:50 AM PDT

Pemuda Bersamamu v3


PGU2 : Pemuda Terengganu gegarkan bandar Jerteh

Posted: 20 Mar 2011 01:49 PM PDT

oleh : Team IT Pemuda Dun Sura



video clip ehsan :


PGU2 : PEMUDA TERENGGANU GEGARKAN BANDAR JERTEH

Ribuan pujian atas semangat dan disiplin yang ditunjukkan oleh peserta konvoi yang ada sebahagiannya sudah bertolak awal pada petang Jumaat agar tidak terlepas peluang untuk menyertai ribuan hadirin pada program sesi pagi Sabtu.

Mulai jam 830 pagi, tapak program PGU2 mulai menerima kehadiran ribuan konvoi pemuda bermotosikal yang berT-shirt hijau muda.Ketibaan secara berperingkat ini dikawal dan diurus selia oleh marshall bermotosikal dan berkereta di sepanjang perjalanan.Sebelum itu,kelancaran dan keselamatan konvoi menjadi keutamaan disamping peserta tidak mengabaikan tuntutan kewajipan menunaikan solat di sepanjang perjalanan jauh ke tapak program.

Kepenatan sepanjang perjalanan ke tapak program terubat dengan coleteh yang tidak kering gusi oleh penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus pada sesi Kuliah Dhuha PGU2.

Jam 12.15 tengah hari pula pemuda bermotosikal mulai menyelusuri jalanraya dari tapak program ke tempat berkumpul di Kg Pasir Akar untuk mengiringi Tok Guru merasmikan program PGU2 pada jam 2 petang.

Walaupun mereka ini tidak dijanjikan wang upahan, jaket dan topi keledar percuma...para pemuda ini masih mampu untuk 'gegarkan' bandar Jerteh untuk iringi ulama dan pemimpin tersayang mereka, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat dari Kampung Pasir Akar ke tapak program PGU2 di belakang Masjid Hadhari Jerteh pada sesi tengah hari pula.

Ribuan terimakasih diucapkan buat pasukan polis trafik yang turut memberi kerjasama mengiringi bagi melancarkan perjalanan dari Kg Pasir Akar ke bandar Jerteh walaupun sedikit terlewat dan sudah separuh perjalanan konvoi.

Selepas majlis perasmian, peserta konvoi bermotosikal dari Kemaman,Dungun,Marang dan Kuala Terengganu mulai bertolak pulang ke destinasi masing-masing dengan bergerak secara berkumpulan.Sekali lagi gerombolan hijau muda berjaya menarik perhatian orangramai di sepanjang jalan tersebut.

Gelombang kebangkitan rakyat yang dimonopoli oleh golongan pemuda ini akan menjadi igauan buruk buat Umno / BN Terengganu dan mampu menjadikan 'PAS Ganti Umno' suatu realiti dalam PRU 13 nanti.


p/s : Gambar sekitar konvoi dan program PGU2 akan diupdate dalam masa terdekat ini...

KHIDMAT MERU

Posted: 21 Mar 2011 09:35 AM PDT

KHIDMAT MERU


MALAM KEBUDAYAAN DAN KESENIAN PANGUNI UTHIRAM DI KAPAR MENDAPAT SAMBUTAN RAMAI

Posted: 20 Mar 2011 12:59 PM PDT






YB Dr.Xavier , YB S.Manikavasagam dan YB Dr.Abd Rani adalah antara tetamu-tetamu kehormat yang di raikan dalam Majlis Perayaan Malam Kebudayaan dan Kesenian Panguni Uthiram di Kapar.

Dalam ucapannya Dr.Rani menyebutkan bahawa di dalam ajaran Islam yang di perturunkan di dalam Al-Quran dan di praktikkan oleh Junjungan Besar Rasulullah saw jelas melarang keras kita menghina golongan yang bukan beragama Islam malah di seru untuk berbuat baik dan berkebajikan dengan mereka agar mereka memahami tasawwur Islam yang sebenarnya dan tidak bermusuhan antara satu sama lain.

Dalam ucapannya juga Dr.Rani menyebut agar setiap kaum India di Malaysia agar mempraktikkan nilai-nilai baik yang terkandung di dalam kitab-kitab Thirukurral dan Bagavhad Kidai mereka.

Pemuda Guchil

Posted: 21 Mar 2011 09:15 AM PDT

Pemuda Guchil


Siasat Taib Sebelum Hari Penamaan Calon

Posted: 20 Mar 2011 08:52 PM PDT

Karpal jawab tuntutan untuk sampel DNA Anwar

Posted: 20 Mar 2011 08:51 PM PDT

Umno jadi alat MCA tolak Islam

Posted: 20 Mar 2011 08:50 PM PDT

Masyarakat Dunia Terpegun Dengan Ketabahan Jepun

Posted: 20 Mar 2011 08:49 PM PDT

HUKUM ALLAH DIPERSENDA

Posted: 20 Mar 2011 08:49 PM PDT

Ubah v.s. Taib

Posted: 20 Mar 2011 08:48 PM PDT

DUN Sarawak dibubar hari ini, SPR mesyuarat Rabu

Posted: 20 Mar 2011 08:45 PM PDT

MEROYAN : UMMI DAKWA ANWAR INGIN JADIKAN MALAYSIA NEGARA REPUBLIK

Posted: 20 Mar 2011 08:44 PM PDT

Barangkali Datuk Seri Mustapa Mohamed Sudah "Nyanyuk"...

Posted: 20 Mar 2011 08:41 PM PDT

Fitnah II : Karpal jawab tuntutan untuk sampel DNA Anwar hari ini..

Posted: 20 Mar 2011 08:40 PM PDT

Kad kredit: Prestij atau bencana....Along berlesen..!!!

Posted: 20 Mar 2011 08:40 PM PDT

Saman ekor, debat, Buku Jingga akan tamatkan BN

Posted: 20 Mar 2011 08:39 PM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 21 Mar 2011 03:31 AM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud


JOM Pekena KOPI bersama MP Kota Raja

Posted: 20 Mar 2011 03:49 AM PDT

Apa khabar YB? 
JOM pekena kopi sekali dengan kami? 
YB nak kemana pagi-pagi buta ni? 
YB nak roti canai tak? Kalau nak kami belanja, No hal
Dr. saya nak jemput, anak saya nak kahwin minggu depan, tapi kad tak ada bawak, maaflah Dr ye.
Dr. saya nak mintak tolong ni bla bla .....

dan banyak lagi teguran yang diterima dan bual bicara yang terpaksa dilayan oleh YB sepanjang berada dikedai kopi. Yang pastinya beliau tak mudah untuk minum dan makan pun pada ketika itu.

Ini adalah keadaan biasa dalam program santai setiap hujung minggu oleh MP Kota Raja yang disusun untuk beliau mendampingi masyarakat di Parlimen Kota Raja. Program yang dinamakan JOM Pekena Kopi bersama YB ini adalah program tidak resmi dimana YB rombongan akan menerjah mana-mana kedai kopi yang terpilih.

Sebagaimana biasa setiap hari ahad YB akan meluangkan masa untuk minum pagi dikedai-kedai kopi terpilih diseluruh Kota Raja.

Pagi ini kedai kopi di Kampung Jawa telah dipilih oleh Dr Mariah bersama suami beliau Dr Hakim, Pegawai khas Sdr Azmi serta beberapa Sekretariat Parlimen Kota Raja termasuk Sdr Syed Malek, Tn Hj Bahaudin (jurugambar kami), Tn Ikhsan & Pn Azimah.

Simple, santai dan meriah mencapai objektif program ini.

 Santai sahaja Dr Mariah dan suami melayan tetamu kedai kopi yang duduk semeja dengan beliau.
 Sibuk tokeh kadai ni melayan pelanggan yang datang pada pagi tadi.
 Ada pulak yang minta bergambar ... ah layan aje lah.
 Biasalah otai-otai ni mengopi sambai baca paper
 Borak santai nampaknya mereka semua ni

DPP Padang Besar

Posted: 21 Mar 2011 03:06 AM PDT

DPP Padang Besar


Tahniah PAS Perlis

Posted: 20 Mar 2011 09:46 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Kawasan Padang Besar mengucapkan tahniah kepada Pesuruhjaya dan PAS Perlis sempena perasmian Kompleks PAS Perlis 11 mac lalu.

PAS Kawasan Padang Besar

Posted: 21 Mar 2011 01:41 AM PDT

PAS Kawasan Padang Besar


Ceramah Pakatan Rakyat di Markaz Paya

Posted: 20 Mar 2011 10:12 PM PDT

Ceramah diadakan di Markas PAS Kg Paya pada 10 Mac lalu dengan dihadiri Ketua Penerangan PKR, Dr Mohd Nur Manuty, Haji Anuar Tahir, Hajjah Foziyah Hamzah dan Ketua Cabang PKR Padang Besar, Johari Shafie.
YDP, Haji Anuar bersama Dr Mohd Nur
Dr Mohd Nur Manuty:
"PKR akan pastikan calonnya untuk PRU 13 berakhlak dan bukannya pengkhianat yang boleh dibeli oleh Umno"

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 21 Mar 2011 01:33 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Serangan udara ke atas Libya cetus banyak persoalan

Posted: 21 Mar 2011 01:30 AM PDT

16 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

Tindakan serangan udara ke ats Libya oleh Barat yang diketuai AS menimbulkan banyak persoalan dan kuasa barat serta Eropah perlu memberikan penjelasan motif sebenar serangan ke atas negara pimpinan Muammar Gaddafi ini kerana jelas gambaran sejarah Iraq dan Saddam Husein bakal berulang.

Memang saya telah menjangkakan serangan ini akan berlaku malah amat yakin ianya akan berlaku cepat atau lambat ditambah lagi dengan sokongan beberapa negara Arab yang bebal dan dungu.

Kalau betul bagai dicanang, serangan dilakukan bertujuan untuk menyelamatkan dan melindungi orang awam daripada krisis yang melanda Libya, tapi yang jelas orang awam tetap menjadi mangsa. Alasan sama yang pernah diberi di Iraq dahulu, tapi saya melihat dengan mata kepala sendiri bagaimana orang awam telah menjadi mangsa. Ianya hanya skrip lama yang diulang cetak untuk kali yang entah ke berapa.

Persoalan samada tindakan ketenteraan ini akan menghapuskan regim Gaddafi sama sebagaimana yang pernah menimpa Saddam, saya yakin kita belum pasti ianya akan berlaku tapi krisis ini telah membuka pintu untuk campur tangan barat di bumi ummat Islam. Sepatutnya peranan Liga Arab perlu dimaksimakan dan penyelesaiannya perlu dalam kontek dunia Arab dan dunia Islam.

Apa yang nyata, Barat telah menzahirkan lagi sikap double standard mereka yang telah sedia diketahui umum.

Mengapa ketika Israel menganyang Gaza pada Januari 2009, mereka tidak terfikir langkah untuk selamatkan rakyat Palestin dan melindungi orang awam sedangkan jelas sekali orang awam Palestin telah dan sedang menjadi mangsa keganasan Israel. Situasi sama sedang berlaku di Bahrain sekarang tetapi tiada tindakan dari Barat mungkin disebabkan negara itu menjadi sekutu AS dan menempatkan pengkalan tentera AS.

Kita meyakini tanpa ragu, agenda sebenarnya adalah emas hitam yang ditakungi perut bumi Libya. Agenda tersembunyi adalah kerana Libya antara negara terkaya dengan hasil minyak dan gas.

http://www.drazmanibrahim.com

Ahli PAS diminta mantapkan gerak kerja

Posted: 21 Mar 2011 01:16 AM PDT

16 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

Batu Caves – Mesyuarat Agung tahunan PAS cawangan Tmn Selayang kali ke 13 diadakan baru-baru ini di Dewan Pusat Komuniti MPS Tmn Selayang. Majlis telah dirasmikan oleh Ketua Pemuda Dewan Negeri Selangor merangkap Ahli Majlis MPS Zon 13, Utz Hasbullah Mohd Ridzuan.

Dalam ucapannya, beliau menekan kepada semua Ahli PAS bahawa memandangkan tahun ini merupakan tahun pemilihan maka semua ahli harus memberi kerjasama untuk menjalankan tanggungjawab dengan sebaiknya. Menjadi satu kewajipan seorang ahli PAS menjalankan tanggungjawabnya kepada jemaah dengan menghadirkan mesyuarat yang merupakan faktor penting untuk memastikan kemenangan Pakatan Rakyat (PR) terus kekal dalam Pilihanraya Umum (PRU ke13 ) tidak lama lagi.

"Saya harap pemilihan jawatankuasa pada tahun ini tidak berlakunya berbagai provokasi, cantas – mencatas sesama ahli dengan niat menjatuhkan pimpinan yang lain seperti berlaku dalam parti UMNO/BN. Ahli PAS telah ditarbiyahkan agar menghormati sesama ahli dan displin ahli PAS amatlah tinggi dengan tarbiyah-tarbiyah yang telah diberikan oleh pucuk pimpinan melalui usrah-usrah yang telah dilalui".

" Dalam kemenangan yang diberikan oleh ALLAH swt , janganlah kita merasakan berada di zon yang sangat selesa. Tanggungjawab kita amatlah berat setelah mengecapi kemenangan. Untuk mengekal kemenangan bukan satu perkara yang mudah jika kita tidak bekerja keras untuk mengekalkannya. Oleh itu setiap ahli PAS diminta meneruskan tugas dengan sebaiknya tanpa berlengah –lengah lagi. Ini adalah kerana petanda-petanda PRU ke 13 semakin hampir yang akan berlaku pada bila-bila masa sahaja."

"Keadaan ini juga mengcemaskan apabila jumlah bilangan pengundi yang memasuki Kawasan Parlimen Gombak semakin meningkat dengan kemasukan pengundi-pengundi yang tidak dapat dikenal pasti. Kemasukan-kemasukan pengundi hantu ini sudah pasti telah mendapat kerjasama oleh pihak SPR yang telah bersetongkol dengan UMNO/BN. UMNO/BN telah menggunakan kakitangan kerajaan bagi memastikan kemenangan dipihak mereka. Oleh itu jika semua masih lalai tidak membuat anjakan pradigma untuk mengorak langkah kehadapan dengan tidak mengaktifkan cawangan, tiada aktiviti, usrah cawangan layu, tiada mesyuarat, tidak membuat pendemokrasian atau kerja-kerja mencula maka tidak mustahil untuk mengekalkan kemenangan pada PRU ke 13 agak sukar. Oleh itu semua ahli diminta agar menjadi pelumba nombor 1 dalam acara larian 100m dengan mengemaskini segala gerakkerja lebih mantap", katanya.

Ujarnya lagi, berikutan dengan kekalan-kekalahan PR dalam pilihanraya kecil dibeberapa buah negeri menunjukkan UMNO/BN telah memasangkan starategi mereka. Walaupun kita sudah maklum setiap kali pemilihan calon dalam PRK, terdapat pergolakan yang berlaku pada ahli-ahli UMNO/BN sendiri.

Meskipun ahli UMNO/BN tidak setuju dengan calon mereka namun ianya telah menjadi sebati dalam darah daging mereka bahawa UMNO/BN perlu di sokong seperti berlaku di PRK Merlimau, Tenang. PAS pula mendekati pengundi-pengundi dengan bertemu mereka dirumah-rumah pengundi sendiri memandangkan pengundi-pengundi di kawasan perkampungan tidak gemar untuk keluar mendengar ceramah. Dengan itulah PAS tidak ada erti jemu untuk bertemu pengundi dengan turun padang setiap hari untuk bertemu rakyat.

Ini merupakan pengorbanan yang besar dan kita harap semoga semua ahli PAS akan terus istiqama' dalam membantu kerja-kerja perjuangan Islam meskipun terdapat kenkangan daripada pihak lawan.

Hasbullah juga mengingatkan kepada semua ahli dalam mesyuarat tersebut dengan melihat fenomena yang berlaku pada hari ini, rakyat terutamanya di kawasan Hulu Selangor, Perkampungan orang asli dan Kawasan –kawasan perkampungan masih tidak mengetahui program-program yang ditawarkan oleh Kerajaan PR seperti Skim Mesra Usia Emas (SMUE), Tawas, Hadiah kemasukan IPT,

Bantuan ibu tunggal, Mikrokredit dan sebagainya seperti yag termaktub dalam manifesto PR pada PRU ke 12 yang lalu. Malahan mereka masih menganggap Negeri Selangor masih diperintah oleh UMNO/BN dan Menteri Besar (MB) Selangor masih Datuk Khir Toyor. Lebih-lebih lagi pengundi melayu yang tidak peka kepada isu-isu semasa. Mereka hanya tertumpu media televesyin dan akhbar-akhbar yang dimonopoli oleh UMNO/BN.

Ini menunjukkan betapa PR masih lemah dalam membuat sesi penerangan dan penyebaran maklumat. Oleh itu, sudah menjadi tanggungjawab kepada semua ahli PAS, PKR dan DAP bersatu hati untuk memperkemaskini segala gerakkerja yang masih banyak belum diselesaikan sekiranya ingin merampas Putrajaya pada PRU ke 13 ini.

Katanya, Kerusi-kerusi yang dimenangi oleh Negeri –Negeri PR harus dikekalkan pada PRU ke 13 ini. Jangan mudah menjadi lemah apabila mendengar berita-berita yang tidak sahih datang daripada pihak UMNO/BN. Sebagai orang islam kita kena kuatkan rohani dan jiwa kita melalui bacaan al-quran, almathurat sebagai benteng agar tidak mudah menjadi lemah.

Beliau juga mengharapkan agar Ahli-Ahli Majlis, ketua-ketua kg, nazir-nazir masjid, Jawatankuasa pendudk (JKP) dapat berfungsi dengan sebaiknya untuk mendekati rakyat dengan menyebarkan segala informasi-informasi yang dibawa oleh Kerajaan Negeri PR untuk disebarkan kepada rakyat, katanya dalam perasmian majlis mesyuarat tahunan PAS cawagan Tmn Selayang .

Sehubungan dengan itu, Ketua cawangan PAS Tmn Selayang sesi 2011 telah jatuh kepada Tn Hj Mokhtar Husain, Pengerusi jatuh kepada Tn Hj Abdullah Ahmad, Ketua Muslimat Cawangan masih kekal kepada Pn Farhani Tajuddin.

Khaulah azwar

PR janji kejutan di Sarawak

Posted: 21 Mar 2011 12:34 AM PDT

16 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KOTA BHARU - Pakatan Rakyat (PR) menjanjikan kejutan pada Pilihan Raya Sarawak Ke-10 termasuk meningkatkan bayaran tuntutan royalti petroleum sekiranya diberi peluang memerintah negeri itu.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Husam Musa berkata, sudah masanya rakyat Sarawak menerima parti selain Barisan Nasional (BN) supaya boleh dipanjangkan tuntutan royalti petroleum dan dalam masa sama, mengagihkan kekayaan negeri dengan lebih saksama kepada rakyat.

Menurutnya, rakyat Sarawak kini sudah bersedia untuk memilih parti selain BN sekali gus melakukan kejutan memandangkan mereka sudah mendapat banyak maklumat yang dahulunya tidak sampai kepada mereka.

"Sekarang mereka sudah ada maklumat bahawa kekayaan Sarawak dimonopoli pihak tertentu sedangkan rakyat Sarawak masih kekal seperti biasa. Kemudahan dan infrastruktur di luar bandar, bahkan tanah mereka, bekalan air sangat mendukacitakan," katanya ketika ditemui pada Majlis Makan Malam Sempena Ulang Tahun Ke-15 Persatuan Orang Pekak Kelantan (POPK) di sebuah hotel di sini.

Menurutnya, hari ini, jurang rakyat Sarawak sangat ketara, yang miskin terlalu miskin.

"Masih ramai rakyat Sarawak miskin, dan kita bercadang untuk meningkatkan bayaran royalti petroleum daripada lima peratus kepada 20 peratus kerana rakyat tempatan harus menikmati hasil daripada petroleum tersebut lebih baik daripada pihak lain," katanya.

Menjelaskan soal pengesahan Abdul Taib akan bertanding tetapi akan berundur daripada kerusi Ketua Menteri tidak lama lagi, Husam yang juga Exco Kerajaan Kelantan menyatakan kehairanan bagaimana BN masih mengizinkan beliau bertanding.

"Saya hairan dia dah berkhidmat begitu lama. Ini bermakna BN tidak ada tokoh," katanya.

Husam berkata, Pas akan memberikan tumpuan kepada kerusi yang ditandingi supaya mempunyai kerusi pertama di Sarawak.

"Penting untuk menikmati kemenangan pertama bagi membolehkan perjuangan rakyat Sarawak diangkat dengan lebih baik, terutama dalam isu royalti petroleum," katanya.

Sinar Harian/-

Tidak mustahil pengundi berubah

Posted: 21 Mar 2011 12:17 AM PDT

16 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

JERTIH - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Pakatan Rakyat (PR) ada peluang menang pada Pilihan Raya Negeri Sarawak.

:"Tak mustahil pengundi di sana buat perubahan kali ini.

Ini berdasarkan keputusan Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu pada Mei tahun lalu yang dimenangi DAP," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah di kawasan berhampiran Sungai Jerteh di sini, semalam.

Turut serta dalam ceramah itu Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Dr Tan Seng Giaw.

Kelmarin, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud mengumumkan Dewan Undangan Negeri Sarawak akan dibubar hari ini.

Sementara itu, Azmin ketika ditanya mengenai adiknya Ummi Hafilda yang ketika berceramah kelmarin, mendakwa abangnya hilang pedoman dan tenggelam dengan janjii manis Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata: "Pembangkang fokus dalam perjuangan dan terpulang kepada parti lawan yang menggunakan cara itu."

Sinar Harian/-

Dewan Undangan Negeri Sarawak Dibubar

Posted: 21 Mar 2011 12:00 AM PDT

16 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUCHING: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dibubarkan pada Isnin untuk membolehkan pilihan raya DUN ke-10 diadakan.

Speaker DUN Sarawak, Datuk Seri Mohamad Asfia Awang Nassar berkata pengisytiharan pembubaran DUN yang ditandatangani oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng telah diterima pada pagi ini.

"Pembubaran DUN Sarawak pada 21 Mac iaitu hari ini mengikut perkara 21(2) Perlembagaan Negeri Sarawak," katanya pada sidang media di bangunan DUN baru di sini.

Asfia berkata pengisytiharan pembubaran DUN Sarawak akan diserahkan kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof pada petang Selasa.

"Tempat dan masa pertemuan belum dapat ditentukan tapi ia akan diserahkan esok," katanya lagi.

Asfia berkata selepas penyerahan pengisytiharan itu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menentukan tarikh penamaan calon dan pengundian.

Pada Sabtu lepas Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud mengumumkan DUN Sarawak dibubar pada hari ini bagi membolehkan pilihan raya negeri ke-10 diadakan.

Ketika ini, BN negeri menguasai 63 daripada 71 kerusi DUN selepas Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Engkilili Dr Jonical Rayong Ngipa, yang bertanding atas tiket parti pembangkang Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP), menyertai BN tahun lepas.

DAP menguasai enam kerusi manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Cinta Malaysia (PCM), menerusi wakil rakyat Bebas, masing-masing menguasai satu kerusi.

DUN Sarawak dengan 71 anggota sedia ada akan tamat pada 23 Julai ini.

Pilihan raya negeri yang lepas diadakan pada 20 Mei 2006.

mStar/-

Dun Sarawak bubar, bermulalah pesta temberang

Posted: 20 Mar 2011 11:30 PM PDT

16 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 21 Mac: Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak dibubar pada hari ini, maka bermulalah pesta temberang oleh pemimpin BN yang akan membawa macam-macam janji manis untuk rakyat di Sarawak.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, bermacam-macam janji akan ditabur untuk rakyat Sarawak, ia merupakan amalan biasa pemimpin BN setiap kali pilihan raya.

Menurutnya, menjelang Pilihan raya Sarawak BN cuba hendak melindungi kelemahan mereka selama ini untuk membangunkan negeri itu.

Katanya, kegagalan mereka untuk mentadbir Sarawak dengan menuding jari kepada pembangkang kononnya Pakatan Rakyat punya angkara sedangkan Pakatan Rakyta baru sahaja berusia tiga tahun.

"PAS hendak tanya ke mana pula hasil mahsul negeri Sarawak seperti minyak dan balak?" soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, akan ada 'hantu-hantu jembalang' dari Semenanjung yang mahu mengganggu keharmonian rakyat di Sarawak menjelang pilihan raya negeri itu tidak lama lagi.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, mereka hanya datang ke Sarawak pada pilihan raya negeri semata-mata untuk membuat kacau dengan membawa berita manis untuk menarik sokongan rakyat.

"Kenyataan Timbalan Presiden Umno menggambarkan kebimbangan beliau berkenaan dengan kesedaran di kalangan rakyat Sarawak yang semakin celik maklumat mengenai kecacatan pemerintahan BN di Sarawak," ujar Idris.

Mereka, katanya sudah bertanya ke mana sumber kekayaan negeri mengalir kerana kehidupan mereka seolah-olah negeri Sarawak sebuah negeri padang sahara yang tidak mempunyai sumber hasil bumi.

Sebagai satu contoh, ujarnya sebuah kampung yang berhampiran dengan pejabat Petronas Cari Gali di Miri, terdapat sebuah kampung Pasir yang didiami oleh masyarakat Iban.

Katanya, kawasan sudah didiami hampir 30 tahun tanpa elektrik yang terpaksa menggunakan generator dengan kos RM150 sebulan untuk setiap rumah.

Baginya, Muhyiddin menganggap PR akan mengganggu Sarawak menjadi negara maju di mana kenyataan itu seperti pencuri menjerit pencuri.

Soalnya, apakah Sarawak selama ini diperintah oleh Pakatan Rakyat.

PAS, ujarnya mengharapkan Timbalan Presiden Umno jangan menganggap rakyat Sarawak buta sejarah kerana apabila hampir pilihan raya, pemimpin mula jijak kampung rakyat, selepas pilihanraya, rakyat dijijak.

PAS, katanya lagi percaya bahawa Timbalan Presiden takut dengan janji "Buku Jingga" antaranya 20% royalti minyak akan diberikan kepada Sarawak.

Datuk Seri Najib telah mengumumkan peruntukan RM5.7 bilion untuk negeri Sarawak ini sehingga 2012 supaya Sarawak seimbang dengan Semenanjung dari segi pembangunan.

Tambahnya, saban tahun peruntukan di Sabah dan Sarawak diluluskan, malangnya dari segi pelaksanaan tidak berlaku.

"Kehidupan rakyat seperti negeri baru merdeka 10 tahun. Tanah yang luas masih kedapatan, tetapi rakyat merempat di tanah setinggan, hanya menunggu masa untuk dihalau.

"PAS yakin rakyat Sarawak akan buat kejutan dalam pilihan raya kali ini. Mereka akan merdekakan diri daripada belenggu BN, insya Allah," ujarnya.

Harakahdaily/-

PAS rakam takziah

Posted: 20 Mar 2011 10:00 PM PDT

16 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 21 Mac: Seluruh ahli dan kepimpinan PAS ingin merakamkan ucapan takziah di atas kemangkatan bonda Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tengku Ampuan Bahriya Sultan Alam Shah pada jam 1.22 pagi tadi di Seri Kota Hospital, Klang, Selangor.

Mewakili mereka, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang turut berdukacita dan merakamkan agar Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong beserta anggota kerabat baginda dapat bersabar dengan ketentuan dari Allah SWT ini.

"Patik semua juga mendoakan agar roh Al MarhumahYang Maha Mulia Bonda ditempatkan di kalangan solehah di sisi Allah SWT," ujarnya dalam kenyataan ringkas kepada Harakahdaily.

Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut mengucapkan takziah kepada Yang di-Pertuan Agong di atas kemangkatan bonda baginda.

"Insya allah, sebagai mewakili kerajaan negeri, Datuk Timbalan Menteri Besar akan hadir untuk memberikan penghormatan terakhir. Semoga beliau termasuk di kalangan hamba-hamba Allah yang dirahmati, insya Allah," ujarnya di laman twitter. Al Fatihah.

Harakahdaily/-

Elektrik murah daripada nuklear tidak berasas

Posted: 20 Mar 2011 09:30 PM PDT

16 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 21 Mac: Kenyataan para pemimpin Umno BN yang mengatakan negara perlu melibatkan diri dalam pembinaan nuklear bagi mendapatkan bekalan elektrik yang lebih murah, ternyata amat tidak berasas.

Sebaliknya, negara terpaksa mengeluarkan belanja lebih besar dan mengalami kerugian berlipat kali ganda jika memajukan tenaga nuklear dan membina empangan besar seperti yang dirancangkan itu, memandangkan Malaysia amat kaya dengan sumber-sumber tenaga lain.

Pakar sains dan nuklear, Ahmad Bungsu Hamid Tuah menegaskan, beliau bersedia berdebat dengan mana-mana pihak di Malaysia dan juga dari luar negara berkaitan tenaga nuklear termasuk berhubung perkara itu.

Menurut beliau, untuk memajukan tenaga nuklear memerlukan kos yang amat tinggi termasuk yang melibatkan pembinaan power stesyen, kos penyelenggaraan yang melibatkan gaji-gaji pakar yang cukup tinggi, kos keselamatan, kos penghantaran bahan buangan atau radioaktif ke negara lain.

Katanya, selain itu, kita juga terpaksa menanggung belanja yang besar bagi kos sewa tempat parking sepanjang kenderaan yang menghantar bahan radioaktif itu berada di negara terbabit dalam tempoh masa yang cukup lama, di samping kos keselamatan terhadapnya.

"Apabila cukup tempoh 60 tahun pula, kilang-kilang yang dibina itu mesti dimusnahkan dan dibina yang baru, sedangkan untuk memusnahkan kilang-kilang itu memerlukan belanja yang jauh lebih tinggi dari membinanya," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Dalam masa yang sama, menurut beliau, kerajaan juga terpaksa menanggung risiko besar dengan kemungkinan stesyen nuklear yang dibina itu meletup seperti yang berlaku di Jepun yang berlaku di luar jangkaan, walaupun telah menerima jagaan rapi.

"Jika kejadian di luar jangkaan itu terjadi, ia akan memusnahkan semua orang, bukan sahaja seluruh rakyat negara kita, tetapi juga negara-negara jiran dan negara-negara lain di seluruh dunia.

"Jadi, mana kata murah dan mana kata baiknya? Sebenarnya tentang usaha nak majukan nuklear itu tak ada baiknya. Dari sudut mana pun, nuklear tetap tak ada baiknya, apatah lagi dipandang dari sudut keselamatan manusia," tegas beliau.

Sehubungan itu, beliau yang juga AJK Biro Sains dan AJK Biro Aduan Rakyat PKR Nasional menasihatkan kerajaan mengkaji balik cadangan untuk memajukan nuklear bagi kepentingan negara dan seluruh rakyat negara ini.

"Ada orang kata, kalau mengikut piawaian yang betul dan dijaga dengan baik, jika berlaku insiden pun hanyalah insiden kecil. Tetapi sebenarnya jika stesyen nuklear meletup, semua orang akan musnah, semua orang akan terkena radioaktif.

"Itulah musibah yang perlu difikirkan sebelum kita juga menerima padahnya. Selain yang terbaru di Jepun, cukuplah dengan mengambil pengajaran yang berlaku di beberapa buah negara lain sebelum ini termasuk Iceland dan England yang walaupun dah dijaga dengan baik dan tidak berlaku tsunami, tetapi stesyen nuklear di dua buah negara itu juga pernah meletup," jelas beliau.

Harakahdaily/-
Oleh : Aziz Muda .

Saman ekor, debat, Buku Jingga akan tamatkan BN

Posted: 20 Mar 2011 09:01 PM PDT

16 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KEPALA BATAS, 20 Mac: "Cetak sebanyak mungkin CD siri penerangan Kempen Anti Saman Ekor (KASE) oleh panel yang dilantik dan sebarkan ke serata pelosok tanah air bagi tujuan memahamkan masyarakat tentang sikap zalim Kerajaan Barisan Nasional (BN)," kata Pengerusi Kase, Datuk Mahfuz Omar.

Menurutnya, memandangkan Umno begitu resah dengan isu saman ekor dan dua isu besar lainnya membuatkan parti itu terpaksa melaksanakan pendekatan lembut dengan menggula-gulakan rakyat termasuk pada tiga pilihanraya kecil iaitu Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang, Merlimau dan Kerdau, baru-baru ini.

Katanya, dua lagi isu besar yang harus diketengahkan kepada rakyat ialah Buku Jingga dan debat antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tambahnya, Buku Jingga terus menjadi ketakutan BN sebab apa yang diperkatakan semuanya menjurus kepada 10 jaminan Pakatan Rakyat pada 100 hari pemerintahanya.

"Buat masa ini kita masih tidak mencetak sebanyak mungkin CD siri penerangan Kase, Buku Jingga dan debat antara Anwar dan Najib. Kita tidak buat sesungguhnya untuk tujuan itu walaupun ada negeri telah membuat pelancaran terutamanya buku jingga," tegasnya yang juga Naib Presiden PAS.

Beliau yakin rakyat sendiri begitu marah ketika Kerajaan BN memperkenalkan saman ekor yang bertujuan mengutip wang untuk tabung pilihan raya umum yang bakal menjelang.

Tambahnya, tiada jalan lain kecuali bertindak menghukum kezaliman BN dengan bertindak memangkah parti yang bergabung dalam Pakatan Rakyat bagi membuktikan kesungguhan untuk membela rakyat yang daif dan memerlukan bumbung kebajikan.

Menurutnya, siri penerangan Kase yang ke sembilan di Pulau Pinang selepas Kedah merupakan buah tangan untuk rakyat menjawab segala tohmahan BN di mana sahaja.

Selepas ini tambahnya, Kase akan bergerak lebih mantap dan memastikan Pakatan Rakyat dapat menterjemahkan segala manifesto yang ditaburkan.

"Saya yakin saman ekor, debat Anwar dengan Najib dan Buku Jingga akan menamatkan pemerintahan BN di Malaysia," jelasnya dalam program anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri di Markaz Tarbiyah PAS di Pongsu Seribu, Kepala Batas, malam tadi.

Harakahdaily/-
Oleh : Mohd Sabri Said .

Libya Diserang Lagi, Gaddafi Umum Gencatan Senjata

Posted: 20 Mar 2011 08:30 PM PDT

16 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

TRIPOLI 21 MAC : Tentera perikatan meneruskan kempen serangan buat kali kedua semalam dan awal pagi ini (waktu Malaysia) ke atas Libya manakala negara utara Afrika itu pula sekali lagi mengisytiharkan gencatan senjata.

Libya juga berbuat demikian kelmarin tetapi Barat melancarkan serangan selepas mendakwa pendirian itu telah dilanggar oleh Muammar Gaddafi.

Serangan hari kedua ini termasuk ke atas ibu negara Libya sendiri.

Seorang jurucakap tentera mengumumkan pendirian Muammar itu, yang dipercayai berkuat kuasa mulai pukul 9 malam waktu Libya (3 pagi tadi waktu Malaysia).

"Angkatan tentera Libya... mengeluarkan arahan kepada semua unit tentera agar mengadakan gencatan senjata bermula 9 malam," kata jurucakap tentera itu.

Pengumuman itu muncul kira-kira 24 jam selepas pasukan tentera perikatan - Amerika Syarikat, Perancis dan Britain - menyasarkan tindakan mereka untuk menguatkuasakan resolusi PBB yang diluluskan minggu lepas.

Dua negara lain dalam perikatan itu ialah Kanada dan Itali.

Bagaimanapun pada sidang media di Washington (awal pagi ini waktu Malaysia), Pentagon berkata pihaknya mempersoalkan kesemua kenyataan yang datang daripada Muammar termasuk dakwaan bahawa ia akan melaksanakan gencatan senjata.

Lebih 60 orang didakwa terbunuh dalam serangan ke atas Libya, kata media kerajaan negara itu.

Semalam, Muammar berkata serangan ketenteraan perikatan lima negara Barat ibarat tindakan pengganas dan pihaknya akan menewaskan musuhnya.

Dalam ucapannya yang disiarkan menerusi televisyen kerajaan semalam, Muammar berkata Libya bersedia untuk perang yang panjang dan kesemua rakyat Libya akan membawa senjata untuk mempertahankan negaranya.

"Kami tidak akan meninggalkan tanah air kami dan kami akan membebaskannya (dari musuh)," kata beliau.

Siaran televisyen itu membawa suara Muammar tanpa menunjukkan imej beliau.

Dalam pada itu, jurucakap Kementerian Pertahanan Perancis Laurent Teisseire berkata Qatar juga akan menghantar pesawat perang untuk menyertai operasi bersama jet-jet negara itu.

Ketika ditemui wartawan di Paris, Teisseire berkata Qatar akan menyertai kempen antarabangsa "dalam beberapa jam akan datang" tetapi tidak memberikan butiran.

Muammar berhadapan dengan kebangkitan rakyat sejak sebulan lalu dan ramai melihat negara itu kini berhadapan dengan perang saudara.

Laporan dari Kaherah, Mesir memetik kumpulan pemberontak berkata lebih 8,000 rakyat Libya yang memihak kepada gerakan pemberontakan telah terbunuh sejak kebangkitan rakyat mendesak Muammar melepaskan kedudukannya 41 tahun sebagai ketua negara.

"Bilangan orang kami yang terbunuh dan mati syahid lebih 8,000," kata jurucakap puak pemberontak, Abdel Hafiz Ghoga.

Tv Selangor/-

Taib Mahmud, antara yang kaya dan miskin

Posted: 20 Mar 2011 08:00 PM PDT

16 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

Sirah nabi banyak mengajar kita berkenaan kepimpinan. Bagaimana tauladan memimpin boleh dilihat melalui tindak-tanduk Nabi s.a.w dan para Sahabatnya.

Seruan Nabi s.a.w tidak sekadar kepada mereka yang miskin sahaja. Bahkan keseluruhannya sama ada yang kaya, tua, muda hatta kepada hamba abdi.

Yang menerima Islam di kalangan yang miskin seperti Suhaib Ar-Rumi yang berbangsa Rom. Mereka yang kaya sendiri adalah Uthman bin Al-Affan dan Mus'ab bin Umair. Bilal bin Rabah, Ammar bin Yassir hamba kepada Bani Makhzum adalah mereka yang memeluk Islam dari kalangan hamba.

Namun, kebanyakan yang awal menerima Islam dari kalangan orang miskin.

Yang kaya, apabila berjuang bersama-sama dengan Rasulullah s.a.w, selepas itu mereka menjadi miskin. Bukan itu kehendak mereka, bahkan tuntutan amanah perjuangan Islam.

Diriwayatkan bahawa Suhaib Ar-Rumi adalah pendatang daripada negara Rom. Beliau miskin tetapi bijak berniaga. Tinggal di Makkah akhirnya dia menjadi jutawan. Namun apabila diminta berhijrah ke Madinah bersama Rasulullah s.a.w., seluruh kekayaannya ditinggalkan.

Kaum Quraisy berkata kepadanya: "Dahulu kamu datang kepada kami sebagai seorang yang miskin hina. Kemudian kamu mendapat harta yang banyak dan mencapai kedudukan yang kamu nikmati (di Makkah). Sekarang kamu hendak keluar (ke Madinah) membawa harta dan jiwa kamu begitu sahaja?"

Suhaib berkata: "Aku akan menyerahkan seluruh harta, maka adakah kamu lepaskan aku pergi berhijrah?". Jawab mereka: "Baiklah." Lalu jawab Suhaib: "Kalau begitu aku serahkan semua hartaku."

Berita ini sampai ke pengetahuan Rasulullah s.a.w, lalu Baginda bersabda: "Sungguh beruntung Suhaib!".

Mus'ab bin Umair juga seorang yang kaya. Apabila keluarganya mengetahui keIslamannya, lalu beliau diusir keluar dari rumah. Daripada seorang yang kaya, dia menjadi miskin sehingga tubuhnya diriwayatkan mengelupas seperti ular.

Begitu juga Saidina Uthman bin Affan. Diriwayatkan daripada Imam Tirmizi bahawa ketika Rasulullah memerintahkan sesiapa yang boleh membeli Telaga 'Al-Ruumah' yang sangat mahal dan diwakafkan kepada umat Islam untuk digunakan airnya, beliau membelinya. Walaupun pada ketika itu umat Islam tidak mampu.

Selepas beliau menjadi khalifah Islam ketiga, yakni di akhir pemerintahannya, beliau hanya memiliki dua ekor unta sahaja yang akan digunakan untuk beliau berangkat ke Makkah untuk menunaikan Haji dan pulang ke kampung halamannya. Daripada seorang yang kaya, beliau menjadi miskin kerana menunaikan amanah rakyat.

Hari ini sangat sedih, banyak pemimpin menjadikan amanah jawatan sebagai pengumpul harta. Sebelum menjadi pemimpin, dia miskin, selepas menjawat jawatan menjadi kaya. Sangat berbeza dengan sahabat Nabi s.a.w.

Lihat sahaja kekayaan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud. Selepas menjadi Ketua Menteri memiliki harta berbilion-bilion.

Harakahdaily/-
Oleh : Mohd Aizat Mohd Salleh.

Reaktor Satu loji ditutup

Posted: 20 Mar 2011 07:30 PM PDT

16 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

OSAKA - Jurucakap pegawai tertinggi kerajaan Jepun mengeluarkan kenyataan bahawa loji nuklear Fukushima Daiichi yang terjejas dan mengalami krisis berterusan akibat beberapa siri letupan, akan ditutup, semalam.

Sistem penyejuk reaktor di Loji Satu rosak akibat gegaran berkekuatan 9.0 skala Richter dan tsunami yang melanda negara itu, Jumaat lalu.

Jurucakap Syarikat Tenaga Elektrik Tokyo, Yukio Edano berkata, sukar untuk dia menjelaskan mengenai perkara itu sebelum mengikuti prosedur yang tepat.

"Melihat dari satu sudut pandangan objektif, sudah jelas Loji Satu di loji nuklear Fukushima Daiichi boleh berfungsi atau sebaliknya," menurutnya lagi.

Sinar Harian/-

Tuah di Penang, Malang di Jelebu

Posted: 20 Mar 2011 07:30 PM PDT

16 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -
Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA membaca kenyataan KM P.Pinang, Lim Guan Eng yang menyebut bahawa seluruh Negeri P.Pinang akan dibekalkan dengan WIFI percuma termasuk di beberapa kawasan yang diwakili oleh Wakil Rakyat dari Bn, sekaligus menafikan berita karut yang disiarkan oleh media pencacai yang menyebut kununnya hanya kawasan diwakili oleh PR sahaja yang memperolehi perkhidmatan tersebut.

Berita gembira yang seringkali dibawa oleh Lim Guan Eng kepada seluruh rakyat P.Pinang nampaknya sekali lagi membuat saya anak jati Jelebu menggigit jari. Masakan tidak, kawasan Jelebu diwakili oleh seorang Menteri yang menjaga hal ehwal komunikasi dan Penerangan serta budaya, tetapi selaku MP Jelebu anak Yatim ini seperti tidak terasa betapa Jelebu amat jauh ketinggalan dari segi komunikasi. Mungkin beliau lebih berminat menjaga `budaya' terutamanya `budaya menipu dan putar belit'. Sudahlah di Jelebu perkhidmatan bas boleh dikatakan tiada, perkhidmatan 3G di kawasan saya pun tiada, jangan disebut pasal WIFI percuma. Jika Lim Guan Eng boleh memberikan WIFI percuma kepada seluruh negeri P.Pinang, sukar buat anak Yatim ini untuk memberikan WIFI percuma untuk kawasan Jelebu sahaja.

Anak Yatim ini hanya berjanji untuk memberikan WIFI percuma jika ada pilihanraya kecil sahaja. Itu pun belum tentu dapat, sebagai contoh di Bagan Pinang seperti yang pernah dijanjikan sewaktu pilihanraya kecil di situ. Di Dun Galas, Gua Musang pun begitu termasuk juga baru-baru ini di Kerdau. Ini lah mentaliti yang ada pada anak Yatim yang penduduk Jelebu semakin bosan dengannya. Beliau sedikit pun tidak malu dengan Lim Guan Eng yang terus mengutamakan rakyat walaupun tiada pilihanraya kecil di negeri tersebut.

Rakyat seharusnya berfikir dengan lebih bijak lagi, parti manakah yang benar-benar jujur membela nasib rakyat. Kenyataan Lim Guan Eng yang menyebut, "Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang adalah untuk semua penduduk Pulau Pinang, termasuk penyokong BN," adalah satu pendirian yang pemimpin-pemimpin Umno boleh belajar. Jangan jadikan rakyat hamba abdi dan pak turut atau pun dipelihara seperti `ayam daging' yang diberi makan dengan kenyang, bila gemuk ianya disembelih. - Deen

Kanak-Kanak Maut Kena Renjatan Elektrik Tiang Lampu

Posted: 20 Mar 2011 07:19 PM PDT

16 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak maut akibat terkena renjatan elektrik dari sebatang tiang lampu jalan ketika dia sedang bermain di padang berhampiran rumahnya di Taman Batu 3, Shah Alam, petang semalam.

Mohd Marzuki Muda, 44, berkata kejadian berlaku semasa anaknya Muhammad Naquiddin, 11, dikatakan sedang bermain bola sepak bersama rakan-rakanya di padang berhampiran.

"Tiba-tiba dalam pukul 6.50 petang, kawan-kawan Naqiuddin datang ke rumah beritahu yang anak saya terkena renjatan elektrik," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini Ahad.

Beliau berkata setibanya di tempat kejadian, Naqiuddin dilihat sudah tertiarap dengan sebelah kakinya melekat pada salah satu tiang lampu di padang itu.

"Kulitnya yang cerah juga sudah kelihatan gelap, saya cuba tolak kakinya dengan menggunakan kayu dan mengerak-gerakkan tubuhnya namun tiada tindak balas," katanya.

Marzuki berkata beliau kemudian membawa anaknya ke Hospital Pakar KPJ, Shah Alam untuk mendapatkan bantuan kecemasan, dan menurutnya semasa di hospital itu doktor cuba memberikan 'CPR' namun anaknya tidak dapat diselamatkan.

"Sebelum ini ada beberapa jiran beritahu terasa seperti ada tenaga elektrik semasa tiang itu disentuh, namun mereka tidak buat sebarang aduan," katanya.

mStar/-

Kedah fokus baru serangan BN, tapi Pakatan dakwa ‘angkara orang gila talak’

Posted: 20 Mar 2011 07:00 PM PDT

16 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR, 21 Mac — Sejak sebulan lalu Umno-BN Kedah memperlihatkan kelainan dengan mempertingkatkan serangan, tetapi Pakatan Rakyat (PR) Kedah menganggap mereka terpaksa melakukan serangan terhadap kerajaan negeri kerana bimbang akan kehilangan terus sokongan rakyat terutamanya orang Melayu dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Sebelum ini kerajaan negeri PR di Pulau Pinang dan Selangor menyaksikan serangan bertubi-tubi dengan Kedah seolah-olah 'terlepas' daripada kempen Umno-BN itu.

Bagaimanapun sejak bulan lalu Kedah juga sudah tidak terlepas daripada radar serangan itu.

Selain itu, pemimpin PR juga menyifatkan langkah BN itu sebagai usaha terdesak kerana sudah ketandusan idea untuk menjatuhkan kerajaan negeri Kedah diterajui Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kedah Datuk Mahfuz Omar, langkah diambil BN yang secara berterusan kerajaan negeri Kedah membuktikan parti itu bimbang terhadap pendekatan diambil Pakatan Rakyat Kedah.

"Serangan itu angkara orang gila talak yang mahukan sangat kerusi di Kedah dan ia menunjukkan BN bimbang pendekatan pentadbiran yang dilakukan Pakatan Rakyat di sini (Kedah).

"BN bimbang hubungan mesra yang terjalin antara pemimpin Pakatan Rakyat dan rakyat akan menyebabkan mereka kehilangan sokongan, BN bimbang apabila kerajaan negeri yang dipimpin Datuk Seri Azizan menunjukkan corak pentadbiran telus, tiada penyelewengan dan tiada rasuah.

"BN tak mampu untuk atasi apa yang kita telah lakukan sebab itu mereka lakukan serangan dengan menabur fitnah, memburukkan Pakatan Rakyat dan melaga-lagakan kami hanya untuk dapatkan sokongan rakyat pada pilihan raya umum nanti," katanya kepada The Malaysian Insider.

Bagaimanapun Naib Presiden PAS dan Ahli Parlimen Pokok Sena percaya rakyat Kedah khususnya orang Melayu tidak akan terpedaya dengan taktik kotor BN itu.

"Itu harapan dan tujuan BN agar rakyat Kedah terutamanya orang Melayu akan percaya dan kembali sokong BN.

"BN usah bermimpi, orang Melayu sudah bijak dan menerima perubahan yang kita lakukan, mereka tidak akan terpedaya dengan taktik kotor yang digunakan untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat Kedah," katanya.

Sementara itu, Pengerusi DAP Kedah/Perlis Lee Guan Aik berkata, serangan yang dibuat BN itu adalah semata-mata untuk menjatuhkan imej pentadbiran negeri itu.

"Ini semua kerana pilihan raya, nak dapatkan sokongan sebab BN kalau kita lihat tak habis-habis serang Kedah, apa yang kami buat semua tak kena bagi BN.

"BN gunakan strategi dan taktik kotor untuk menjatuhkan imej kami, banyak risalah berbaur fitnah dan hasutan disebarkan... BN mahu tunjukkan negeri Pakatan Rakyat ini tidak OK dan ada masalah," katanya.

Beliau berkata BN juga akan memperbesarkan isu kecil dan mempolitikkan banyak perkara selain mencipta provokasi.

"Isu yang kecil diperbesarkan... dipolitikkan, BN buat provokasi untuk jatuhkan Pakatan Rakyat.

"Ini adalah strategi BN sejak dari awal lagi, cuma baru-baru ini serangan itu bertambah hebat," katanya.

Lee juga percaya rakyat Kedah tidak akan terpedaya dengan apa jua strategi untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat di negeri itu.

"BN nak bagi rakyat nampak Pakatan Rakyat ini tak betul tapi saya percaya rakyat Kedah tidak akan terpedaya.

"Kalau kita lihat BN sendiri sudah tidak ada idea, sebab itu gunakan taktik kotor seperti ini," kata beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Darul Aman.

Umno-BN Kedah dilihat telah memulakan serangan terhadap Pakatan Rakyat negeri itu selepas Umno merombak barisan kepimpinan parti Melayu itu dengan meletakkan Adun Bakar Bata Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah sebagai Pengerusi Umno Kedah.

Umno membawa perubahan kepimpinan awal tahun ini dengan Datuk Mukhriz Mahathir sebagai timbalannya awal tahun ini.

Terbaru Ahmad Bashah berkata berkata kerajaan PAS Kedah tidak perlu bersandiwara lagi tentang dakwaan ia telah melaksanakan 80 peratus daripada janji-janjinya yang dibuat oleh Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya umum yang lepas.

Beliau berkata sekiranya benar ia telah melaksanakannya, maka senaraikan sahaja janji-janji berkenaan dan tidak perlu berdalih dengan menyatakan akan mendedahkan perkara itu pada persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah pada 4 April ini.

Ahmad Bashah berkata sekiranya benar kerajaan negeri telah melaksankan manifesto itu, kenapa Azizan melenting apabila ditanya wartawan tentang manifesto PAS Kedah.

Tambah Mahfuz, dakwaan itu tidak benar sama sekali kerana kerajaan negeri Kedah telah melaksanakan manifesto itu dengan bertindak menurunkan cukai tanah, menguruskan perbelanjaan wang kerajaan negeri dengan lebih berhemah, pembatalan projek loji penapisan minyak di Yan dan tender pembalakan secara terbuka tidak pernah dilakukan Umno dan BN selama memerintah. - MI/Deen

DUN Sarawak dibubar hari ini, SPR mesyuarat Rabu

Posted: 20 Mar 2011 06:45 PM PDT

16 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR, 21 Mac — Dewan Undangan Negeri Sarawak akan dibubar hari ini — membuka laluan kepada pilihan raya negeri ke-10 selepas teka-teki dan spekulasi yang berlarutan kira-kira setahun.

Suruhanjaay Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas di Kuching Rabu ini bagi menentukan tarikh pilihan raya.

Sabtu lalu, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri berkata, beliau telah mengunjungi Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng Khamis lalu bagi mendapatkan persetujuannya untuk membubarkan dewan.

Notis pewartaan pembubaran akan dibuat hari ini.

Ramai menjangkakan penamaan calon dan pengundian akan diadakan pada 6 dan 16 April ini.

Fasal (4) Perkara 21 perlembagaan negeri memperuntukkan bahawa pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri.

SPR perlu mengadakan mesyuarat dalam tempoh 10 hari sejak wujud kekosongan untuk menentukan tarikh pilihan raya.

Mandat semasa Dewan Undangan Negeri Sarawak yang memperuntukkan 71 kerusi akan tamat pada 23 Julai ini.

Pilihan raya negeri yang lepas diadakan pada 20 Mei 2006.

Ia adalah pilihan raya negeri terakhir bagib Taib dan yang pertama bagi Datuk Seri Najib Razak menjadi perdana menteri.

Sabtu lalu ketika mengumumkan tarikh pembubaran, Taib yang genap 30 tahun menerajui pentadbiran Sarawak Sabtu ini turut melahirkan hasrat untuk berundur sebagai ketua menteri, menyatakan beliau bercadang berbuat demikian sejak 2006 tetapi terpaksa menangguhkannya kerana tidak dapat dilaksanakan.

Najib juga hadir pada sidang media Sabtu lalu ketika Taib mengumumkannya di Kuching.

Ketika ini, BN negeri menguasai 63 daripada 71 kerusi selepas Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Engkilili, Dr Jonical Rayong Ngipa, yang bertanding atas tiket parti pembangkang Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP), menyertai BN tahun lepas.

DAP menguasai enam kerusi manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Cinta Malaysia (PCM), menerusi wakil rakyat Bebas, masing-masing menguasai satu kerusi.-MI/Deen

Bonda Tuanku Mizan Meninggal Dunia

Posted: 20 Mar 2011 06:40 PM PDT

16 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Bonda Yang di-Pertuan Agong, Tengku Ampuan Bahriya Sultan Alam Shah mangkat di Hospital Seri Kota, Kelang, Selangor pada pukul 1.22 pagi Isnin.

Jenazah almarhum dijangka dibawa pulang ke Kuala Terengganu pada pukul 10 pagi ini melalui Pangkalan Udara Tentera Diraja Malaysia Subang, kata Setiausaha Sulit Kanan Yang di-Pertuan Agong Datuk Mohd Zuki Ali dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Dua mangsa ditemui selamat

Posted: 20 Mar 2011 06:30 PM PDT

16 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -
TOKYO 20 Mac - Seorang wanita berusia 80 tahun dan remaja berusia 16 tahun ditemui masih hidup di bawah timbunan runtuhan bangunan di Ishimaki yang terletak di timur laut Jepun selepas sembilan hari negara ini dilanda gempa bumi kuat dan tsunami, lapor stesen penyiar NHK.

Polis di Miyagi mengatakan kedua-dua mangsa yang terselamat dan berada dalam keadaan lemah memberi respons terhadap panggilan yang dibuat oleh pasukan penyelamat.

Semalam, agensi berita Kyodo dan tentera melaporkan seorang lelaki berjaya diselamatkan dari runtuhan rumahnya tetapi sebenarnya lelaki tersebut telah ke pusat pemindahan sebelum ini dan baru sahaja kembali ke rumahnya.

Sementara itu, Jepun menyaksikan sedikit kejayaan dalam usaha untuk mengelakkan malapetaka di sebuah loji tenaga nuklear yang rosak akibat gempa bumi dan tsunami baru-baru ini, meskipun kebocoran kecil radiasi terus menunjukkan bahaya daripada krisis nuklear terburuk di dunia sejak bencana Chernobyl 25 tahun lalu.

Seramai 300 jurutera bekerja bertungkus-lumus di dalam zon bahaya untuk menyelamatkan keadaan di loji Fukushima yang menempatkan enam reaktor itu sejak kompleks itu dilanda bencana bertimpa pada 11 Mac lalu.

Namun dalam perkembangan positif bagi seluruh rakyat Jepun yang memberi tumpuan kepada operasi di loji tersebut, reaktor No. 3 yang dianggap paling kritikal kerana mengandungi plutonium yang sangat toksik, menjadi stabil selepas trak bomba menyemburkan ratusan tan air ke atasnya selama berjam-jam.

Usaha untuk memulihkan bekalan elektrik ke pam-pam air yang digunakan untuk menyejukkan teras reaktor yang terlalu panas juga menunjukkan kemajuan.

"Kami mencapai kemajuan tetapi kami tidak boleh menjadi terlalu optimistik," kata Timbalan Ketua Pengarah Agensi Keselamatan Nuklear Jepun, Hidehiko Nishiyama.

Juruteknik menyambungkan kabel tenaga ke reaktor No. 1 dan No. 2, dengan harapan untuk memulihkan bekalan elektrik lewat hari ini dalam usaha untuk menghidupkan pam-pam air.

Mereka merancang untuk menyambungkan kabel tenaga ke reaktor No. 3 dan No. 4 tidak lama kemudian.

Jika mereka berjaya, kejayaan itu mungkin menandakan titik peralihan dalam krisis yang dikategorikan sebagai seburuk kemalangan nuklear Three Mile Island di Amerika Syarikat (AS) pada 1979.

Jika tidak, langkah drastik mungkin perlu diambil seperti menimbus loji itu dengan pasir dan konkrit seperti yang dilakukan di Chernobyl, Ukraine berikutan malapetaka reaktor nuklear terburuk di dunia pada 1986.

Selepas bekalan elektrik dipulihkan pun, operator loji Tokyo Electric Co. (TEPCO) masih menghadapi tugas rumit menghidupkan semula pam penyejuk, kerana komponen sistem dijangka rosak akibat gempa bumi atau letupan yang berlaku kemudian.

Ketua Setiausaha Kabinet, Yukio Edano berkata, walaupun krisis nuklear itu akhirnya dapat diatasi kelak, kompleks Fukushima akan terpaksa ditutup juga kerana air laut yang menyebabkan karat telah digunakan untuk menyejukkan reaktor, menjadikan komponen penting tidak lagi dapat digunakan. - Reuters/Deen

Rakyat Jepun kekal disiplin dalam bencana

Posted: 20 Mar 2011 06:15 PM PDT

16 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -
KAMAISHI 20 Mac - Insiden terpencil kegiatan mencuri oleh mangsa tsunami yang terdesak mula dilaporkan di Jepun, negara yang rakyatnya telah mendapat pujian meluas kerana disiplin mereka sekalipun menghadapi malapetaka bertimpa-timpa.

Negara lain melahirkan rasa kagum dan sedikit cemburu kerana kekacauan tidak berlaku berikutan gempa bumi kuat disusuli tsunami pada 11 Mac lalu yang menyebabkan hampir 20,000 orang terbunuh atau hilang.

Berlainan dengan huru-hara dan keganasan yang menyusuli gempa bumi di Haiti pada tahun lepas atau Taufan Katrina di New Orleans, Amerika Syarikat (AS) pada 2005, tindak balas rakyat Jepun terhadap bencana terburuk di negara ini sejak 1923 memperlihatkan kesabaran dan ketabahan sebuah masyarakat paling stabil di dunia.

Meskipun kekurangan bekalan makanan dan air sangat meruncing di kawasan paling teruk dilanda bencana itu, mesin penjualan makanan pun tidak disentuh, malah kandungannya yang jelas kelihatan di sebalik penutupnya masih tidak diusik.

Namun lebih seminggu selepas tsunami melanda kawasan pantai timur laut Jepun, polis berkata, beberapa insiden mencuri dan pecah masuk dilaporkan dari rumah dan kedai yang rosak teruk dan ditinggalkan.

Fenomena itu jarang berlaku di Jepun kerana polis di negara ini bertindak tegas ke atas jenayah kecil manakala penduduk mendapat ganjaran kerana memulangkan barang yang hilang atau dicuri.

"Disebabkan kami begitu sibuk dengan operasi mencari dan menyelamat dan kemudahan kerja pembersihan, sukar untuk kami mengesan mereka yang mencuri," kata timbalan ketua polis di bandar pelabuhan Kamaishi, Hironori Kodashima di wilayah Iwate.

Katanya, pihak polis baru mula menerima laporan mengenai jenayah itu dan melakukan penangkapan.

"Kami memandang berat perkara ini dan mahu menghentikannya," kata Kodashima yang menyebut kes seorang lelaki yang ditangkap ketika cuba memecahkan sebuah mesin juruwang automatik (ATM).

Beliau berpendapat penduduk mencuri kerana ketiadaan makanan dan wang tetapi mangsa bencana mendakwa, semakin ramai orang luar datang ke kawasan pantai timur laut untuk mengambil kesempatan daripada situasi tidak menentu dan kemusnahan yang berlaku. - AFP/Deen

Amerika dan sekutu bedil Libya besar-besaran

Posted: 20 Mar 2011 05:45 PM PDT

16 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -
TRIPOLI 20 Mac - Tentera Amerika Syarikat (AS), Britain dan Perancis membedil Libya dengan peluru berpandu Tomahawk dan serangan udara secara besar-besaran sehingga ke awal pagi ini, mencetuskan kemarahan Muammar Gaddafi yang mengisytiharkan seluruh Mediterranean sebagai 'medan pertempuran'.

Kapal-kapal perang Amerika dan kapal selam Britain melancarkan sekurang-kurangnya 110 peluru berpandu Tomahawk ke Libya mulai semalam, dalam campur tangan Barat yang terbesar di dunia Arab sejak serangan AS dan sekutunya ke atas Iraq pada 2003, kata tentera AS.

Televisyen kerajaan Libya berkata, 64 orang terbunuh dan 150 lagi cedera dalam serangan udara tentera bersekutu itu, termasuk gelombang serangan baru ke atas ibu negara, Tripoli awal hari ini.

Pegawai Pentagon, Laksamana William Gortney memberitahu wartawan, peluru berpandu itu 'mengenai lebih 20 sistem pertahanan udara bersepadu dan kemudahan pertahanan udara lain di darat'.

Serangan itu dilancarkan dua hari selepas resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan sokongan Liga Arab meluluskan tindakan ketenteraan bagi menghalang tentera Gaddafi daripada menghancurkan pemberontakan terhadap pemerintahan autokratik pemimpin Libya itu.

Wartawan AFP berkata, bom-bom digugurkan awal hari ini dekat ibu pejabat Gaddafi di Tripoli, Bab al-Aziziyah, dibalas oleh tentera Libya dengan bedilan antipesawat udara yang berlarutan selama 40 minit.

Televisyen kerajaan sebelum itu berkata, beratus-ratus orang berkumpul sebagai perisai manusia di Bab al-Aziziyah dan di lapangan terbang antarabangsa Tripoli.

Serangan tentera bersekutu itu bermula pada 1645 GMT semalam (12.45 malam tadi waktu Malaysia) dengan serangan jet pejuang Perancis ke atas sebuah kenderaan yang dikatakan dinaiki oleh tentera pro-Gaddafi.

Gaddafi dalam mesej ringkas yang disiarkan oleh televisyen kerajaan mengutuk serangan itu sebagai 'keganasan tentera salib yang kejam dan tidak wajar'.

Beliau berikrar akan melancarkan serangan balas ke atas kedudukan tentera dan awam di Mediterranean, rantau yang telah bertukar menjadi 'medan pertempuran sebenar'. - AFP/Deen

PAS ajak rakyat Sarawak buat perubahan

Posted: 20 Mar 2011 05:30 PM PDT

16 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR, 20 Mac: PAS mengajak seluruh rakyat Sarawak melakukan perubahan bersama-sama dengan Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak pada kali ini.

"Kita semua sudah sedia maklum bahawa saat yang dinantikan dengan pembubaran Dewan Undangan Negeri Sarawak telah pun diketahui," ujar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau berkata, sejak berbulan lamanya PAS telah pun menggerakkan jentera parti dalam menyediakan petugas, ahli dan penyokong bagi berhadapan dengan Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak yang bakal tiba nanti.

"Sehubungan dengan pembubaran ini, maka saya menyeru kepada seluruh pimpinan PAS Pusat, jentera Pilihanraya Parti Islam Se-Malaysia (PAS) di Sarawak dan negeri-negeri yang akan membantu agar mula turun ke gelanggang dengan petugas-petugas anak tempatan yang penuh bersemangat untuk melakarkan sejarah baru bagi melakukan perubahan bersama rakyat Sarawak," katanya yang juga ahli Parlimen Marang.

Petugas parti juga, ujarnya perlulah meneliti dan mengikuti arahan pimpinan di peringkat masing-masing supaya dapat bertugas dengan efisyen nanti.

Beliau menambah, selain dari cita-cita untuk menempah kerusi pertama dari bumi Sarawak ini, jadikanlah medan kali ini sebagai suatu wasilah dakwah dan seterusnya melakukan tajdid terhadap persepsi politik rakyat Sarawak yang dahagakan kepimpinan yang akan membawa mereka jauh lebih baik dari kepiminan BN yang ada pada hari ini.

"Cukuplah kita melihat keengganan Ketua Menteri yang ada sekarang ini untuk berundur dari jawatannya dengan alasan ketiadaan pimpinan yang mampu dan selayaknya bagi menggantikan diri beliau sebagai suatu petaka besar kepada rakyat Sarawak," katanya.

Menurutnya lagi, selama puluhan tahun memerintah di Sarawak, BN masih gagal melahirkan pemimpin pelapis yang mampu untuk melakukan perubahan kepada nasib rakyat Sarawak, jauh sekali dari berkhidmat dengan penuh jujur kepada rakyat.

Kesimpulannya, kata beliau ialah BN sememangnya telah memperjudikan nasib rakyat Sarawak yang amat dahagakan perubahan menyeluruh dalam sistem pentadbiran kerajaan, 'deliverable' terhadap rakyat, menyebabkan rakyat di luar bandar telah dipinggirkan selama puluhan tahun ini.

"Hakikatnya ialah, kepelbagaian etnik dan budaya yang ada di Sarawak adalah merupakan aset yang sangat penting dalam melahirkan sebuah Sarawak baru yang lebih baik dari keadaan di bawah BN selama ini," katanya. - HD/Deen

Salam Perjuangan

Posted: 20 Mar 2011 11:26 PM PDT

Salam Perjuangan


DNA ANWAR - PM NAJIB KIAN TERDESAK

Posted: 20 Mar 2011 10:35 PM PDT

Tiada ulasan:

Pengikut