Ahad, 20 Mac 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PARLIMEN BUKIT GANTANG

Posted: 20 Mar 2011 09:23 PM PDT

PARLIMEN BUKIT GANTANG


Ceramah Datang Lagi

Posted: 20 Mar 2011 08:20 PM PDT

Sekali lagi PAS Kawasan Bukit Gantang mengadakan siri penerangan. Bermula pada 22 Mac ini dan 25 Mac ini ,Pas Kawasan Bukit Gantang menggempur daerah mengundi Bukit Gantang.


Ceramah penerangan 22 Mac ini ,bertempat di Markaz bersama PAS Pekan Bukit Gantang. Ceramah bermula 9.30 malam. Menampilkan penceramah Sdr Mazlan Aliman,Pengerusi NGO Anak dan Sdr K.Y.Tiang AJK PAS Perak.

Sementara itu 25 Mac ini Ceramah DS Nizar di Markaz Pas Kampung Pauh ,Bukit Gantang.UMNO dikatakan sudah mula menyerang PAS di Bukit Gantang.

Justeru itu PAS mengadakan gerak gempur siri penerangan dalam Parlimen Bukit Gantang untuk menerang kenapa pengundi dan penduduk perlu meninggalkan UMNO.

PAS Negeri Sembilan

Posted: 20 Mar 2011 09:22 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Ceramah PR 23 Mac 2011 Senaling, Kuala Pilah

Posted: 20 Mar 2011 12:01 AM PDT

CERAMAH PAKATAN RAKYAT
Tarikh : 23 Mac 2011 (RABU)
Masa : 9 mlm
Tempat : No 18, Lot 3071, Kg Rembang Panas, Senaling, Kuala Pilah
Penceramah :
Mazlan Aliman
Shamsul Iskandar Md Akin
Zulkefly Mohamad Hj Omar

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI

Posted: 20 Mar 2011 09:13 PM PDT

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI


MAJLIS JAMUAN MAKAN MALAM DAP BENTAYAN

Posted: 20 Mar 2011 10:52 AM PDT

JAMUAN MAKAN MALAM DAP CAWANGAN BENTAYAN 2011
YB Gwee Tong Hiang selaku Pengerusi DAP Cawangan Bentayan telah menganjurkan Majlis Jamuan Makan Malam pada malam Ahad 20 March 2011 di Yong Sheng Banquet Hall, Bakri.
Majlis diserikan dengan kehadiran tetamu khas YB Nga Kor Ming, dan Ketua Publisiti DAP Malaysia serta ADUN - ADUN Pakatan Rakyat Johor iaitu YB Dr Mohammad Taslim (Maharani), YB Dr Sheikh Ibrahim Salleh (Sg Abong) , YB Ong Kow Ming (Senai) dan Ahli Parlime Bakri, YB Er Teck Hwa.

Majlis tersebut mendapat sambutan hangat daripada penduduk setempat, ahli-ahli dan penyokong Pakatan Rakyat.Lebih 2000 orang hadir malam tersebut.

YB Dr Mohammad disambut mesra oleh Tuan Rumah, YB Gwee Tong Hiang.



Tarian Singa menyambut kehadiran tetamu


YB Dr Mohammad bersama tetamu khas. 

Ucapan daripada YB Dr Mohammad

Tetamu memenuhi Dewan Banquet

YB Dr Mohammad berucap

 Ucapan Tetamu Khas YB Nga Kor Ming mengagumkan

Tetamu dari PAS DUN Maharani

Tetamu dari PAS Bakri

Tetamu bersama AJK  DAP Bentayan

Gambar kenangan bersama pemimpin

Mesra.......YB Dr Sheikh Ibrahim dan YB Gwee

YB Nga bersama  YB Er dan Ketua Publisiti DAP Malaysia

Selamat jalan.... jumpa lagi


N.27 - PAS DUN Sura

Posted: 20 Mar 2011 07:24 PM PDT

N.27 - PAS DUN Sura


PAS Mengajak Rakyat Sarawak Melakar Sejarah Baru

Posted: 20 Mar 2011 06:55 AM PDT

KUALA LUMPUR, 20 Mac : PAS mengajak seluruh rakyat Sarawak melakukan perubahan bersama-sama dengan Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak pada kali ini.

"Kita semua sudah sedia maklum bahawa saat yang dinantikan dengan pembubaran Dewan Undangan Negeri Sarawak telah pun diketahui," ujar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau berkata, sejak berbulan lamanya PAS telah pun menggerakkan jentera parti dalam menyediakan petugas, ahli dan penyokong bagi berhadapan dengan Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak yang bakal tiba nanti.

"Sehubungan dengan pembubaran ini, maka saya menyeru kepada seluruh pimpinan PAS Pusat, jentera Pilihanraya Parti Islam Se-Malaysia (PAS) di Sarawak dan negeri-negeri yang akan membantu agar mula turun ke gelanggang dengan petugas-petugas anak tempatan yang penuh bersemangat untuk melakarkan sejarah baru bagi melakukan perubahan bersama rakyat Sarawak," katanya yang juga ahli Parlimen Marang.

Petugas parti juga, ujarnya perlulah meneliti dan mengikuti arahan pimpinan di peringkat masing-masing supaya dapat bertugas dengan efisyen nanti.

Beliau menambah, selain dari cita-cita untuk menempah kerusi pertama dari bumi Sarawak ini, jadikanlah medan kali ini sebagai suatu wasilah dakwah dan seterusnya melakukan tajdid terhadap persepsi politik rakyat Sarawak yang dahagakan kepimpinan yang akan membawa mereka jauh lebih baik dari kepiminan BN yang ada pada hari ini.

"Cukuplah kita melihat keengganan Ketua Menteri yang ada sekarang ini untuk berundur dari jawatannya dengan alasan ketiadaan pimpinan yang mampu dan selayaknya bagi menggantikan diri beliau sebagai suatu petaka besar kepada rakyat Sarawak," katanya.

Menurutnya lagi, selama puluhan tahun memerintah di Sarawak, BN masih gagal melahirkan pemimpin pelapis yang mampu untuk melakukan perubahan kepada nasib rakyat Sarawak, jauh sekali dari berkhidmat dengan penuh jujur kepada rakyat.

Kesimpulannya, kata beliau ialah BN sememangnya telah memperjudikan nasib rakyat Sarawak yang amat dahagakan perubahan menyeluruh dalam sistem pentadbiran kerajaan, 'deliverable' terhadap rakyat, menyebabkan rakyat di luar bandar telah dipinggirkan selama puluhan tahun ini.

"Hakikatnya ialah, kepelbagaian etnik dan budaya yang ada di Sarawak adalah merupakan aset yang sangat penting dalam melahirkan sebuah Sarawak baru yang lebih baik dari keadaan di bawah BN selama ini," katanya.

sumber : harakahdaily

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 20 Mar 2011 03:25 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


ANTARA 24, 26 & 28 JUN 2008 DAN DOT DOT

Posted: 20 Mar 2011 11:24 AM PDT

NAMPAK TAK ? LEPAS JUMPA NAJIB BARU KEJADIAN LIWAT BERLAKU !
24 JUN 2008 SAIFUL JUMPA NAJIB & ROSMAH
26 JUN 2008 SAIFUL DAKWA DILIWAT
28 JUN 2008 SAIFUL BUAT LAPORAN POLIS


SEJAK dari awal pertuduhan terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim yang didakwa meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah konspirasi jahat Umno-Barisan Nasional semata-mata.

Umno-BN hanya mahu membunuh karektor peribadi Anwar, memalukan beliau dan menganiaya beliau dengan suatu pertuduhan yang jahat dan zalim.

Apabila kes liwat ke-2 berlaku, wujud tanggapan pihak-pihak tertentu yang menunjukkan keraguan terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Mereka menerima kes liwat pada tahun 1998, tetapi ada antara mereka yang meragui Anwar selepas didakwa oleh Saiful yang menampilkan diri sebagai ikhlas, suci, dahi hitam dan bersumpah di Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta.

Namun selepas perbicaraan berlangsung, semua konspirasi dan kedangkalan Umno-BN terbongkar, kejahatan Saiful mula terlondeh satu persatu.

Media talibarut Umno-BN menyembunyikan fakta sebenar. Menyembunyikan apa yang berlaku di mahkamah. Menutup segala ruang yang mendedahkan kejahatan pemimpin Umno dan hanya melaporkan laporan berat sebelah.

Anwar digambarkan sebagai pelaku seks songsang yang ganas. Didedah kononnya berlaku seks oral, penetrasi liwat melalui punggung dan sebagainya.

Anwar dan keluarga dimalukan dalam episod jahat yang memualkan, gara-gara kerakusan kuasa pemimpin Umno-BN.

Kejahatan mereka untuk menyembunyikan fakta akhir gagal ditutup dengan keterangan di mahkamah. Beberapa fakta besar yang dibongkar di mahkamah mendedahkan semua kedangkalan Umno-BN.

Pertama, menerusi keterangan pegawai penyiasat polis, Superitendan Jude Blacious Pereira jelas membuktikan pembabitan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Najib dan Rosmah seringkali menafikan pembabitan mereka, kononnya pertuduhan liwat hanyalah antarta masalah bekas kakitangan dan majikan.

Kerajaan dan Umno-BN tidak ada kena mengena kata Najib. Okay, itu dakwaan Najib, jika mereka berdua tidak ada kena mengena, mengapa pihak polis mengambil keterangan dari keduanya?

Supt Jude cuba mengelak untuk menyebut nama Najib dan Rosmah, tetapi selepas ditekan peguam Karpal Singh, beliau memperakui menyoal siasat Rosmah dan Najib dalam kes liwat.

Hari ini rakyat mahu tahu mengapa Najib dan Rosmah menemui Saiful pada 24 Jun 2008, manakala kejadian liwat didakwa berlaku pada 26 Jun?

Kemudian Saiful membuat laporan polis dan pemeriksaan doktor pada 28 Jun 2008. Apa kaitan kedua mereka dalam kes ini dan apakah keduanya menjadi perancang utama untuk memerangkap Anwar?

Najib dan Rosmah harus disapina ke mahkamah untuk digrill peguam Karpal.

Fakta kedua lebih mengejutkan. Dibongkar di mahkamah, terdapat sepuluh sampel profail DNA (Deoxyribo Nucleic Acid) yang berbeza pada rektum Saiful.

Wujud persoalan, jika Saiful seorang pendakwa yang genuine, apakah penjelasan yang harus beliau berikan dengan penemuan banyak spesimen DNA yang berbeza dalam usus beliau?

Yang media talibarut Umno-BN hebohkan adalah mengenai penemuan DNA yang ditanda lelaki Y (male Y) yang hendak dipadankan dengan Anwar. Namun segala spesimen yang didakwa milik male Y, yang diperolehi dari tuala Good Morning dan berus gigi ditolak oleh mahkamah.

Apa pula jawapan Umno-BN terhadap wujudnya spesimen male (lelaki)lain yang ditanda X, Z dan sebagainya? Ia milik siapa? Persoalan yang ditanya hari ini adalah, apakah Saiful seorang yang bersih atau dia memang kaki b****t?

Masalah besar yang dihadapi Umno-BN dalam kes ini antaranya adalah, apabila Saiful mendakwa membuat pemeriksaan doktor pada 28 Jun, bermakna pada waktu itulah duburnya diperiksa dan spesimen DNA yang didakwa milik Anwar diambil. Iaitu pada 28 Jun.

Tetapi mengapa sampel DNA yang dikatakan milik Anwar, disimpan dalam almari (tidak di dalam peti sejuk), oleh Superitendan Polis, Jude Blacious Prereira, ditanda pada 26 Jun 2008? Bagaimana spesimen itu boleh wujud dua hari lebih awal?

Isu yang ketiga adalah isu proforma atau laporan doktor setebal 18 muka surat, yang didakwa di dalamnya terdapat laporan mengenai dakwaan liwat.

Sebelum proforma doktor ini dikemukakan di mahkamah, Saiful mendakwa beliau telah diliwat oleh Anwar, tetapi dalam proforma yang ditulis oleh doktor tercatat di dalamnya perkataan attempt sodomy (percubaan meliwat).

Jelas di sini, dakwaan Saiful bercanggah dengan laporan perubatan doktor.

Perkara lain yang menimbulkan keraguan kepada proforma tersebut adalah tiga tulisan tangan yang berbeza. Bermakna ada kemungkinan ada tiga doktor yang menulis laporan perubatan tersebut.

Namun peguam Karpal berjaya membongkar salahlaku pihak terbabit di mahkamah, apabila dua orang doktor mengakui tulisan tangan mereka (dalam laporan proforma) hanya meliputi dua atau tiga muka surat sahaja.

Maka sekali lagi dipersoalkan, siapakah yang mengisi berbelas-belas laporan proforma doktor yang ditulis secara tulisan tangan?

Apabila dipadankan tulisan tangan dan laporan di mahkamah, maka sekali lagi dikejutkan bahawa orang yang mengisi laporan proforma terbabit adalah Supt Jude.

Apa punya gila sistem negara kita? Mengapa polis boleh mengambil alih tugas doktor untuk menulis laporan perubatan?

Semua keterangan ini hanya menunjukkan bahawa usaha Umno-BN untuk memerangkap Anwar, diadakan secara tergesa-gesa dan kelam kabut.

Sebab itu mereka menekan hakim supaya menafikan access peguam Anwar kepada segala dokumen pertuduhan terhadap beliau. Butiran dan segala keterangan yang mendakwa Anwar disembunyikan.

Sekali lagi dipersoalkan, jika pertuduhan terhadap Anwar sahih pada Umno-BN, kenapa hendak takut berikan dokumen pertuduhan terhadap beliau? Anwar kena tuduh, beliau berhak mengetahui butiran pertuduhan. Hanya 'pondan Siam' sahaja yang 'baling batu sembunyi tangan'.

Banyak lagi aspek-aspek teknikal yang boleh dipertikaikan. Semuanya merumuskan bahawa hujah pihak Umno-BN untuk mendakwa Anwar sebagai seorang peliwat sudah tumpul dan dimatikan.

Sebaliknya, yang terbongkar hanyalah konspirasi jahat Umno-BN untuk menganiaya Anwar. Sekali lagi rakyat akan menyaksikan Anwar dizalimi oleh Umno-BN dan PM Najib nampaknya seolah-olah mahu mengikuti jejak Dr Mahathir Mohamad.

Hakikatnya tuduhan terhadap Anwar hanyalah palsu. Tidak ada kes. Ia harus ditarik balik dan dibakul sampahkan.

Apa yang dilakukan Umno-BN terhadap Anwar hanyalah menambah kebencian rakyat dan keinginan rakyat meluap-luap untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Najib seberapa segera.

KALAU AHMAD NI RESPON KATA JUDI BOLA TU HARAM OK GAK !

Posted: 20 Mar 2011 06:15 AM PDT

Kenapa tak kata wanita Islam wajib pakai tudung, wanita dan pemimpin wanita Islam berdosa kalau berjabat tangan denga bukan muhram apa lagi bersentuh pipi dengan artis lelaki. Kenapa tak kata adat ancak yang dilakukan Menteri Besar UMNO itu haram lagi syirik?

Menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang dari amalan Rasulullah, kata seorang anggota Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh?

Beliau berkata Rasulullah pernah mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan akad nikah dalam masjid kerana ia meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka.

Ahmad yang juga ahli Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkata, walaupun pernah berlaku peristiwa akad nikah dalam masjid pada zaman Rasulullah namun ia berpunca dari kehadiran seorang wanita ke dalam masjid yang mahu dirinya dikahwini.

Kesanggupan seorang lelaki yang turut berada dalam masjid untuk mengahwini wanita itu menyebabkan Rasulullah melakukan akad nikah dalam masjid.

Ini adalah satu-satunya kes akad nikah dalam masjid yang dilakukan baginda, kata pendakwah itu hari ini ketika diminta mengulas keghairahan umat Islam ketika ini menjadikan masjid sebagai tempat akad nikah kerana menganggap ia lebih berkat.

Ahmad berkata adalah lebih baik akad nikah dilakukan di rumah pengantin.

- Bernama

MELAKAR JANJI KELAKAR

Posted: 20 Mar 2011 04:45 AM PDT

Buat pertama kalinya tiba-tiba Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud akhirnya melakarkan jadual dan perancangan awal sebelum beliau menyerahkan pentadbiran kepada kepimpinan baru.

Mungkinkah beliau akan berbuat demikian dalam tempoh 2 1/2 tahun dari sekarang? Sanggupkah beliau selepas mengumumkan pada Sabtu yang beliau akan mengetuai Barisan Nasional (BN) Sarawak dalam pilihan raya negeri ke-10 dan akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Balingian buat kali terakhir?

Lakaran kelakar adalah janji beliau sewajarnya disahut oleh timbalannya dan orang bawahannya agar disegerakan sepertimana Muhyiddin gesa Pak Lah agar segera berundur begitu juga bagaimana MIC gesa Samy Velu segerakan letak jawatan. Kalau lihat stail Samy Velu beliau memang dah letak jawatan tapi dilantik oleh BN sebagai jawatan bertaraf menteri pula.

Taib beri alasan bahawa beliau akan terus menerajui negeri kununnya untuk memastikan "pemimpin baru" dikenal pasti dan beliau ikhlas berundur apabila beliau berpuas hati yang pemimpin baru boleh bekerjasama dengan baik.

Taib yang berumur 75 tahun dah telah menerajui PBB sejak 26 Mac 2011 berkata beliau serius mencari pemimpin untuk menerajui parti, akan membubarkan Dewan Undangan Negeri pada Isnin, lima hari sebelum genap 30 tahun beliau menjadi ketua menteri.

Buat masa ini Taib dikatakan sedang fokus kepada barisan pemimpin kanan masa kini di mana Timbalan Presiden I Tan Sri Alfred Jabu, Timbalan Presiden II Datuk Amar Abang Johari TunOpeng dan Naib Presiden Kanan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan.

5 TAHUN LAGI NAK BERSIHKAN TAHI BANYAK TERLAMPAU

Posted: 19 Mar 2011 08:08 PM PDT

SHAH ALAM: Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin, secara sinis mencadangkan kerajaan supaya menghantar barisan menteri, termasuk Datuk Seri Noh Omar menjalani kursus perakaunan.
Beliau berkata demikian mengulas reaksi beberapa pemimpin Umno, termasuk Noh Omar selaku Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno negeri itu yang mendakwa kos majlis makan malam yang ditanggung Yayasan Selangor, berjumlah RM800,000.
"Rata-rata nampaknya pemimpin UMNO walaupun telah menjadi Menteri tidak mempunyai pengetahuan dalam perakaunan. Justeru mereka gagal memanfaatkan laporan audit yang kita bentang. Mereka gagal memahami apa yang dikatakan belanjawan, keuntungan dan kerugian serta aliran tunai dalam satu-satu akaun.
"Kita suka mencadangkan agar kerajaan pusat menghantar mereka menjalani kursus perakaunan agar lebih memahami akan selok belok akaun dan tadbir urus kewangan," ujarnya dalam satu kenyataan media hari ini.
Menurut Faekah, kos sebenar majlis makan malam berkenaan hanya lah RM300, 000 dan kos yang disebut Noh Omar adalah jumlah kos keseluruhan program sambutan 40 tahun yayasan itu.
Katanya lagi, defisit yang berlaku dalam kewangan YS bukan berlaku dalam tempoh setahun atau sekelip mata sebaliknya akibat pengurusan dan pemantauan buruk ketika pentadbiran kerajaan negeri Umno-Barisan Nasional.
"Pakatan Rakyat berdepan tugas berat dalam memperbaiki kesilapan yang terkumpul sejak 52 tahun lalu untuk memastikan semua syarikat kerajaan termasuk Yayasan Selangor diurus dengan baik," katanya lagi.
Tambah beliau, pimpinan Umno Selangor seharusnya kagum dengan kejayaan kerajaan negeri yang berani mendedahkan laporan kewangan Yayasan Selangor yang tidak diaudit selama lima tahun di bawah Umno-BN.
"Kita cabar Kerajaan Pusat agar memulakan tindakan tersebut kerana bukan sahaja gagal membentangkan belanjawan yang seimbang sejak 12 tahun yang lalu malah terdapat terlalu banyak kepincangan yang disumbat di bawah kapet.
"Mendesak Tan Sri Dato' Seri Khalid Ibrahim, mengambil tanggungjawab dengan meletakkan jawatan, mereka berkata seolah-olah mereka tidak mempunyai cermin," sinis beliau.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=9319

5 TAHUN LAGI NAK BERSIHKAN TAHI BANYAK TERLAMPAU

Posted: 19 Mar 2011 08:08 PM PDT

SHAH ALAM: Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin, secara sinis mencadangkan kerajaan supaya menghantar barisan menteri, termasuk Datuk Seri Noh Omar menjalani kursus perakaunan.
Beliau berkata demikian mengulas reaksi beberapa pemimpin Umno, termasuk Noh Omar selaku Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno negeri itu yang mendakwa kos majlis makan malam yang ditanggung Yayasan Selangor, berjumlah RM800,000.
"Rata-rata nampaknya pemimpin UMNO walaupun telah menjadi Menteri tidak mempunyai pengetahuan dalam perakaunan. Justeru mereka gagal memanfaatkan laporan audit yang kita bentang. Mereka gagal memahami apa yang dikatakan belanjawan, keuntungan dan kerugian serta aliran tunai dalam satu-satu akaun.
"Kita suka mencadangkan agar kerajaan pusat menghantar mereka menjalani kursus perakaunan agar lebih memahami akan selok belok akaun dan tadbir urus kewangan," ujarnya dalam satu kenyataan media hari ini.
Menurut Faekah, kos sebenar majlis makan malam berkenaan hanya lah RM300, 000 dan kos yang disebut Noh Omar adalah jumlah kos keseluruhan program sambutan 40 tahun yayasan itu.
Katanya lagi, defisit yang berlaku dalam kewangan YS bukan berlaku dalam tempoh setahun atau sekelip mata sebaliknya akibat pengurusan dan pemantauan buruk ketika pentadbiran kerajaan negeri Umno-Barisan Nasional.
"Pakatan Rakyat berdepan tugas berat dalam memperbaiki kesilapan yang terkumpul sejak 52 tahun lalu untuk memastikan semua syarikat kerajaan termasuk Yayasan Selangor diurus dengan baik," katanya lagi.
Tambah beliau, pimpinan Umno Selangor seharusnya kagum dengan kejayaan kerajaan negeri yang berani mendedahkan laporan kewangan Yayasan Selangor yang tidak diaudit selama lima tahun di bawah Umno-BN.
"Kita cabar Kerajaan Pusat agar memulakan tindakan tersebut kerana bukan sahaja gagal membentangkan belanjawan yang seimbang sejak 12 tahun yang lalu malah terdapat terlalu banyak kepincangan yang disumbat di bawah kapet.
"Mendesak Tan Sri Dato' Seri Khalid Ibrahim, mengambil tanggungjawab dengan meletakkan jawatan, mereka berkata seolah-olah mereka tidak mempunyai cermin," sinis beliau.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=9319

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 20 Mar 2011 03:16 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


Tengok nii...Na uzubillah..??

Posted: 19 Mar 2011 10:09 PM PDT

Buku yang menjadi kebanggaan Mahathir kini telah dijual macam goreng pisang panas sebanyak 10 000 naskah yang menyatakan kisah benar yang belum lagi dipaparka oleh Mantan PM "Mudah Lupa" ini.

Namun apabila di baca dan diteliti buku yang dianggap hebat ini adalah senaskah buku yang dianggap oleh para penganalisa buku sebagai suatu penulisan daif dan hanya mampu mengwujudkan perpecahan dan sikap benci membenci dikalangan masyarakat negara ini.Lantas seolah-olah Dr Mahathir pula cuba menulis sejarah baru dengan "memperbetulkan" hikayat hidupnya yang sedia diketahui umum.

Buku yang lebih banyak memaparkan keburukan individu untuk dijadikan bahan cemuhan dan kebencian masyarakat dilihat tidak langsung mampu menyelesaikan masalah ummah dan memberikan kesedaran kepada para pembaca.

Fakta-fakta yang dinyatakan banyak yang bercanggah,seperti kes pertemuan Mantan PM ini dengan Bekas Presiden Singapura,dimana tarikh perjumpaan tersebut menjadi bahan tertawa masyarakat kerana semasa itu Bekas Presiden Benjamin Henry Sheares telah pun meninggal mengikut rekod akbar The Straits Times Singapura,

Ku Li dalam satu kenyataan menegaskan: "Sekali lagi saya dituduh membawa parti ke mahkamah. Saya juga dituduh terlibat dalam politik wang semasa pemilihan parti dalam tahun 1987." Bekas Menteri Kewangan yang ditewaskan hanya dengan 43 undi oleh Dr Mahathir menegaskan beliau tidak mempunyai wang untuk tujuan membeli undi ketika pemilihan paling sengit dalam sejarah Umno itu. "Saya tidak ada kroni. Sebenarnya, saya menentang politik wang. Allah Maha Mengetahui bahawa saya tidak pernah membuat segala perkara itu," tambahnya.

"Menipu secara politik datang melalui media dan ada kalanya dengan menulis buku memoir," kata Ku Li lagi.
Dr Mahathir juga sudah dapat menjangkakan bahawa sidang sembilan hakim hanya akan membatalkan pemilihan umno pada April 1987 tetapi akan "menghidupkan" kembali Umno. Oleh itu, Dr Mahathir harus bertembung sekali lagi dengan Ku Li. Mood ketika itu memang menyukarkan Dr Mahathir mempertahankan kemenangan tipisnya. Kalah sebagai presiden parti akan menggugurkan kelayakannya sebagai perdana menteri.

Ketika itulah timbulnya idea untuk memecat Tun Salleh, sekali gus membatalkan arahan bagi diadakan sidang sembilan hakim. Langkah pertama adalah dengan menaikkan pangkat Harun Hashim daripada hakim Mahkamah Tinggi kepada hakim Mahkamah Agung. Sekali lagi Dr Mahathir mendakwa kebebasan kehakiman masih wujud di Malaysia apabila hakim yang mengharamkan Umno pun dinaikkan pangkat, sedangkan realitinya ia bagi menggagalkan arahan Tun Salleh dan menyelamatkan karier politik Dr Mahathir.

Seterusnya,cerita bagaimana beliau berjumpa dengan 3 wanita yang ada hubungan dengan DSAI dan menceritakan segala kisah jijik DSAI di dalam bukunya,mungkin ini sesuatu yang beliau anggap hebat...tetapi kesan mengaibkan individu kalau difahami dalam islam,sudah pasti beliau tidak akan sanggup menulis walaupun kisah tersebut suatu rekaan atapiun benar-benar berlaku.

Malah sebagai seorang Mantan PM yang disegani dan berakhlak,beliau sepatutnya tidak akan mengaibkan individu lain untuk tatapan dan cemuhan generasi yang akan datang,sekiranya beliau kembali kepada Allah maka segala dosa fitnah dan mengaibkan individu tersebut akan berterusan ditanggung dengan azab yang pedih di akhirat kelak...nauzubillah...

PAS KOTA TINGGI

Posted: 20 Mar 2011 01:35 PM PDT

PAS KOTA TINGGI


54 Tahun BN Perintah Masih Ada 10 000 Rumah Daif

Posted: 20 Mar 2011 06:48 AM PDT


Betapa untungnya rakyat Malaysia bila pembangkang kuat, maka manfaat akan melimpah kepada rakyat bawahan. Pembangkang yang kuat akan menjadi kuasa pengimbang kepada kerajaan BN. Terbaru Datuk Seri Najib Tun Razak telah meluluskan peruntukan untuk membina 10 000 rumah orang susah dengan setiap rumah diberikan peruntukan RM5000, ia melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM50 juta.

Ini adalah agenda untuk menyantuni rakyat sebagai halwa pilihanraya yang semakin hampir. Alangkah baiknya jika dana untuk rakyat digunakan dengan baik, maka tidak timbul peruntukan untuk 10 000 rumah yang daif perlu dibaiki. Kesemuanya ini terjadi kerana wang dana orang miskin RM32 juta lesap ditelan oleh taukeh cina Ooi Kee Siang seorang tauke pokok orkid di zaman Tan Sri Annuar Musa menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar. Begitu juga saham bumiputera RM52 bilion lesap di tangan penguasa yang rakus sehingga rakyat menjadi susah. Kayu ukurnya hampir 54 tahun merdeka kehidupan rakyat terutama di Sabah dan Sarawak seperti 10 tahun mencapai kemerdekaan, walaupun hasil mahsul di perut bumi begitu kaya.

Memang pemimpin Umno suka rakyat miskin, supaya senang menjadi umpan pilihanraya. Sepatutnya pemimpin umno kena malu kepada rakyat, walaupun hampir 54 tahun merdeka masih terdapat 10 000 rumah yang daif yang perlukan bantuan untuk di perbaiki.

Pengalaman saya berada di Miri melihat kawasan perumahan di Kampung Pasir, terletak di belakang pejabat Petronas Cari Gali Miri. Penduduk yang tidak ada letrik terpaksa menggunakan generator sendiri dengan kos setiap bulan melebihi seratus ringgit setiap rumah. Kawasan yang diduduki hampir 30 tahun, majoriti mereka ialah masyarakat Iban. Saya dimaklumkan setiap kali pilihanraya maka dijanji bermacam-macam oleh calon BN, selepas menang muka tidak nampak. Inilah watak yang diskimakan dalam budaya kepimpinan BN seluruh negara iaitu memperalatkan kemiskinan.

PAS mengharapkan supaya rakyat yang diberi bantuan untuk membaiki rumah jangan ada diskriminasi politik kepartian dan jangan ada unsur ugutan supaya memangkah BN. Berilah kepada yang berhak, bukan diberikan kepada kroni BN semata-mata. PAS mengharapkan seluruh jentera parti Pakatan rakyat akan pantau projek ini supaya tidak wujud pilih kasih, kerana wang ini ialah wang rakyat bukan wang Umno BN.

Ucapan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang semasa membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat pada 14 Mac lepas

Posted: 20 Mar 2011 06:45 AM PDT


Tuan Yang Dipertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, pertama-tama saya bersama dengan rakan-rakan, Ahli-ahli Parlimen seluruhnya sama ada di pihak kerajaan ataupun Pakatan Rakyat mengucapkan takziah kepada negara Jepun, kerajaan dan rakyat di atas bencana alam tsunami yang menimpa negara tersebut.

Bagi melahirkan simpati kepada mangsa dan negara yang ditimpa bencana itu, adalah baik pihak kerajaan menghantar rombongan kemanusiaan sebagai simbolik simpati kemanusiaan walaupun kita menyedari negara Jepun mempunyai kemajuan dan kemampuan teknologi dan tenaga manusia untuk menangani dan mengatasi bencana yang menimpa mereka. Akan tetapi sifat-sifat kemanusiaan mengatasi perbezaan kaum dan agama perlu diserlahkan dengan cara yang nyata dan terbuka melalui penghantaran rombongan tersebut.

Seterusnya saya ingin menyertai perbahasan Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Saya hendak memberi penekanan kepada perkara-perkara pokok dan dasar yang diucap dan dititahkan.

Baginda menegaskan supaya semua pihak menjunjung kedaulatan undang-undang dan keluhuran Perlembagaan. Kedaulatan Raja-raja Melayu, kedudukan Islam sebagai agama bagi Persekutuan, kedudukan istimewa orang-orang Melayu serta anak negeri Sabah dan Sarawak serta kepentingan sah kaum-kaum lain, meliputi hal kewarganegaraan dan hak asasi sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Hendaklah tidak dipersoalkan bagi mengelak perpecahan. Amaran supaya langkah diambil bagi mengelak perpecahan, menandakan di sana ada tanda-tanda negatif yang tidak sihat, yang boleh menjejaskan kewibawaan negara yang berdaulat yang berasaskan kepada Perlembagaan tersebut.

Kita perlu menyedari betapa Perlembagaan masih lagi mengalami kelemahan-kelemahan yang perlu dibaiki. Berhajat kepada pindaan.

Kita menyedari sejarah Perlembagaan dilahirkan daripada Suruhanjaya Reid. Mereka yang terlibat di dalam menggubal Perlembagaan itu tidak ada seorang pun daripada anak negeri ini.

Oleh kerana itu masih banyak perkara yang perlu dikaji semula, melakukan muhasabah dengan menyedari bahawa di dalam Perlembagaan itu sudah disebut perkara-perkara yang menjadi rukun, tonggak kepada negara yang sangat penting.

(i) Islam agama Persekutuan;

(ii) keluhuran Perlembagaan; dan

(iii) kedaulatan undang-undang, kedaulatan Raja-Raja, hak istimewa Melayu dan bumiputera, hak bangsa lain.

Akan tetapi mengapa masih wujud gejala-gejala yang menyebabkan Baginda telah menyampaikan titah amaran tersebut? Bagi orang Islam dan rakan-rakan yang bukan Islam menyedari kedudukan Melayu, orang Islam di dalam negara ini adalah golongan majoriti yang semua pihak, kaum lain menerima hakikat bahawa Melayu yang beragama Islam adalah majoriti yang berada di dalam tonggak kepimpinan negara. Soalnya sejauh mana Islam dapat menjadi roh kepada perlembagaan. Apa yang berlaku, kefahaman kita terhadap Islam itu sendiri masih lagi terlalu sempit, masih lagi belum merdeka, masih lagi dijajah.

Perlembagaan tiada roh Islam

Kita tidak menjadikan Islam sebagai agama yang menangani cara hidup termasuk kepada negara dan segala amalannya menyebabkan Perlembagaan kita tidak ada roh. Kita perlu menyedari perbezaan amalan negara yang berasaskan kepada Islam dengan negara yang lain.

Ini kerana tidak ada pemisahan di antara perhitungan dosa dan pahala dengan amalan negara. Inilah yang diajar oleh Islam. Inilah yang memelihara keadilan yang dapat menyatupadukan rakyat dan memberi hak kepada semua rakyat yang menjalinkan hubungan yang baik di kalangan mereka. Adakah keluhuran Perlembagaan itu masih wujud?

Di sana masih terdapat percanggahan-percanggahan di antara kuasa negeri dan pusat. Bukan sahaja di dalam urusan pentadbiran yang mencelarukan bahkan kadang-kadang di dalam urusan agama Islam itu sendiri. Walaupun dinyatakan di dalam Perlembagaan bahawa bidang kuasa agama yang disebut Enakmen Pentadbiran Agama adalah di bawah kuasa negeri tetapi negeri tidak boleh melaksanakan kuasa agama Islam yang luas kerana bercanggah dengan kuasa Perlembagaan pusat.

Ini menimbulkan kecelaruan di dalam melaksanakan Islam melalui konsep Perlembagaan itu sendiri. Bahkan terdapat percanggahan undang-undang Syariah di kalangan negeri-negeri itu sendiri padahal semua negeri menganut Mazhab Shafie. Sepatutnya diselaraskan, menandakan masih wujud kelemahan di dalam Perlembagaan itu sendiri yang menyebabkan kelemahan kepada urusan pentadbiran agama Islam di negeri-negeri. Ada pun kedaulatan undang-undang, kita melihat kedaulatan undang-undang agak terjejas dengan tidak adanya pemisahan kuasa di antara penggubal undang-undang mahkamah dan pentadbiran.

Masih wujud kecelaruan dan campur tangan, masih wujud sistem keadilan yang tidak stabil dengan cara yang tepat. Peristiwa-peristiwa yang menyayat hati dan boleh memalukan kita. Contohnya Teoh Beng Hock yang mati dalam siasatan dan kes Dato' Seri Anwar Ibrahim yang disebarkan melalui media dengan cara yang memalukan.

Mengikut kaedah perundangan Islam dan kaedah perundangan Islam ini diamalkan oleh undang-undang British kerana orang-orang British ketika menjajah negara umat Islam, mereka bukan sahaja mengumpulkan hasil bumi. Mereka juga mengumpulkan hasil ilmu Islam melalui kitab undang-undang yang dikarang oleh ulama'-ulama' Islam dalam segala mazhab sehingga mereka memakai kaedah orang yang dituduh tidak bersalah selagi tidak disabitkan. Apa yang berlaku hari ini, menunjukkan orang dituduh telah bersalah dan dihukum. Mati dalam tahanan walaupun dia seorang yang bukan Islam. Allah mengajar kita adil kepada semua manusia. Firman Allah SWT yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah, menyuruh kamu supaya menyerahkan amanah kepada orang yang adil dapat menunaikannya". Sama ada amanah politik ataupun amanah kehakiman dan pentadbiran. Apabila melakukan urusan hukuman di kalangan manusia tidak disebut Islam dan bukan Islam juga tidak disebut bangsa yang tertentu di kalangan manusia hendaklah berlaku adil. Apa yang berlaku hari ini, kita tidak boleh menunjukkan contoh kebaikan Islam daripada Islam yang kita jadikan sebagai agama persekutuan. Ini satu hal yang perlu disedari oleh pihak kerajaan sebelum banyak lagi perkara buruk yang berlaku. Insiden-insiden undang-undang yang berlaku dalam negara kita.

Kedaulatan Raja-raja, Raja-raja adalah sebahagian daripada negara kita. Nabi kita Muhammad SAW telah meletakkan garis panduan dalam hal ini yang bermaksud, "Apabila Allah mengehendaki keadaan seseorang raja itu menjadi baik, maka Allah jadikan di sisi raja itu menteri-menteri yang benar dan baik. Sekiranya raja itu lupa diperingatkan. Sekiranya raja itu ingat ditolong raja itu. Sekiranya Allah mengehendaki raja itu dalam keburukan maka Allah jadikan di sisinya menteri yang jahat dan bohong. Sekiranya raja itu lupa, tidak diperingatkan. Sekiranya raja itu ingat tidak ditolongnya".

Apa yang berlaku dalam negara ini? Melahirkan pengampu-pengampu kepada Raja-Raja kita. Dia bukan menjadi penasihat yang baik apabila kita merasakan kedudukan kita terancam, defend on Perlembagaan. Perlembagaan bukan untuk memperbaiki Institusi Raja-raja tetapi mendapat kuasa laksana kuasa tikus membaiki labu. Ini keadaan yang berlaku.

Hak istimewa orang Melayu

Hak istimewa orang Melayu, Islam, dan bumiputera diakui oleh semua kaum yang ada dalam negara ini kerana mereka menyedari bahawa majoriti rakyat negara ini adalah orang Melayu Islam dan bumiputera. Kerana menyedari bahawa majoriti orang miskin dan ketinggalan dalam hak berekonomi dan hidup dengan selesa adalah orang Melayu dan bumiputera.

Mereka menyedari hakikat ini, dalam masa yang sama sangat baik. Kita telah letak dalam Perlembagaan. Hak kaum lain juga hendaklah dipelihara, dijaga, dan mengikut Islam sama adil dengan puak orang Islam.

Hak untuk hidup dan juga ekonomi. Oleh kerana jumlahnya Melayu bumiputera lebih besar, maka kita letakkan atasnya. Bahkan kami dalam Pakatan Rakyat atau konvensyen telah memutuskan satu resolusi menerima apa yang termaktub dalam Perlembagaan.

Akan tetapi apa yang merisaukan kita ialah hak istimewa ini tidak dijaga dengan cara yang baik dan betul menyebabkan fanatik kepartian berlaku di dalam parti yang memerintah sendiri. Sepatutnya parti yang memerintah hendaklah menjadi contoh kepada seluruh rakyat.

Para ulama' mengatakan...bermaksud, "Rakyat mengikut langkah pemimpin-pemimpin mereka".

Apa yang berlaku hari ini, hak bumiputera yang dipentingkan ialah Bank Bumiputera yang menyokong Umno dan parti yang memerintah di Sabah dan Sarawak. Kemudian, ditambah lagi kroni-kroni pemimpin yang tertentu.

Dalam parti yang sama pun dinafikan. Ini merupakan kemalangan yang berlaku dalam apa yang disebut dengan hak istimewa orang Melayu dan bumiputera. Ia tidak dilaksanakan dengan betul.

Saya ingin mengulangi apa yang disebut dalam Dewan ini. Bank Bumiputera yang telah 'meninggal dunia'. Di mana ada Bank Bumiputera di situ ada pejabat Umno. Mengapa Bank Bumiputera telah 'meninggal dunia'? Siapa yang mematikan bumiputera atau pun jadi anak angkat kepada bank lain? Ini kerana pengurusan dan cara yang tidak betul. Apabila kita orang Islam Melayu telah diterima sebagai tunggak kepimpinan negara, apa yang penting kita mesti menunjuk satu contoh yang baik. Modul ajaran Islam yang bersih daripada rasuah dan menyalahgunakan kuasa. Apa yang berlaku hari ini, pimpinan utama Umno sendiri Tun Dr. Mahathir Mohamad telah menyebut dalam kenyataan yang terbuka bagaimana parti yang memerintah dihujani oleh penyakit rasuah di dalam pemilihan-pemilihan mereka. Bagaimana kita dapat mewujudkan sebuah kerajaan menjadi model mengikut ajaran Islam daripada orang Melayu yang beragama Islam ini?

Sekiranya dalam pemilihan kepimpinan kita berdasarkan kepada politik wang dan politik wang ini diketahui oleh umum. Ia dilakukan dalam masa pilihan raya sehingga rakyat tidak boleh menjadi hakim yang adil.

Demokrasi

Ini kerana mengikut amalan demokrasi yang sebenar rakyat adalah hakim untuk menghukum parti yang memerintah. Sekiranya parti memerintah dalam keadaan yang baik, rakyat terus menyokong. Sekiranya parti yang memerintah dituduh dengan tuduhan yang tidak betul, dia boleh bela dan membersihkan diri. Apa yang berlaku hari ini? Rakyat tidak boleh menjadi hakim yang betul kerana media yang menjadi saksi kepada rakyat untuk pilihan raya untuk membuat laporan yang tidak sepenuh dan berat sebelah. Demokrasi ialah untuk memilih kerajaan yang sihat dan kuat.

Di Amerika tidak selama-lamanya Republican atau Democrat. Di Britain tidak selamalamanya Conservative, Parti Liberal atau Parti Buruh. Mereka bertukar dan beralih bila satu parti mengalami kelemahan dalam kepimpinan negara. Ia didedahkan oleh media. Pemimpin parti memerintah tidak boleh jawab, rakyat hukum dalam pilihan raya dan kepimpinan parti memerintah itu menerima hakikat dia dihukum oleh rakyat. Dia tunggu pulih diri dia, setelah dia baik barulah dia menang pilihan raya balik. Apa yang berlaku dalam negara kita hari ini? Mahu memerintah sehingga nyanyuk dan kiamat walaupun kita mengalami kelemahan-kelemahan.

Apa yang membimbangkan Tuan Yang di-Pertua ialah gejala perpecahan. Perpecahan di dalam masyarakat kerana titah Baginda menyebut tentang perpecahan di kalangan rakyat.

Islam menganjurkan perpaduan, perpecahan perkara biasa berlaku di kalangan manusia kerana mereka mempunyai pandangan-pandangan yang berbeza, tetapi mereka boleh disatukan dengan semangat dan roh yang ada dalam diri mereka. Islam menganjurkan perpaduan di kalangan orang Islam dan perpaduan di kalangan sesama manusia yang berbagai-bagai agama. Ia menganjurkan perpaduan dari semua kalangan ini. Perpaduan di kalangan orang Islam, Allah menyatakan perpaduan mereka ialah dengan tali Allah. Firman Allah bermaksud, "Berpeganglah kamu semua dengan tali Allah, jangan kamu berpecah belah". Perpaduan di kalangan manusia Allah menyatakan bermaksud, "Wahai manusia, sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan, berbangsa-bangsa, dan berpuak-puak supaya kamu berkenalan di antara satu sama lain".

Perpaduan di kalangan manusia lita'arafu, supaya berkenalan di kalangan manusia dan bertukar-tukar kepentingan di antara satu sama lain.

Dalam sejarah Islam pernah berlaku perbezaan pendapat yang mencetuskan pergaduhan. Akan tetapi boleh disatukan, boleh didamaikan dan boleh diselesaikan walaupun melahirkan berbagai-bagai mazhab, mazhab dalam ilmu fiqah, bahkan mazhab di alam politik.

Kalangan Sunni, Syiah dan Khawarij, ini alam mazhab dalam politik yang lahir di kalangan umat Islam. Ada yang betul dan ada yang salah dalam mazhab ini. Timbulnya gejala perpecahan dalam politik setelah wafatnya Nabi SAW. Quran tidak menentukan siapa penggantinya.

Nabi Muhammad SAW tidak menentukan siapa penggantinya menyebabkan timbul berbagai-bagai pandangan dan mereka bermusyawarah.

Ada kalangan yang mengatakan bahawa ketua negara mestilah dari kalangan Ansar, dari kalangan orang Madinah kerana mereka tuan punya tapak kepada negara Islam yang awal itu. Ada yang mengatakan ketua negara mestilah dari kalangan Ahlul-Bait, keluarga Nabi SAW. Ada yang mengatakan kepimpinan negara mestilah dari kalangan seorang pemimpin yang berwibawa, yang paling kuat pengaruhnya di kalangan rakyat. Akhirnya mereka menerima bahawa kepimpinan negara mestilah dari kalangan yang berwibawa di kalangan rakyat yang mempunyai bangsa yang majoriti yang hebat di kalangan kaum yang ada dalam negara itu.

Ini pendapat umum yang diterima oleh para sahabat Radiallah Anhu walaupun pendapat Ansar menjadi pandangan golongan Khuwarij dan pandangan Ahlul-Bait menjadi pandangan golongan Syiah yang ditolak oleh ilmu politik dan fiqah politik Islam. Tidak dinafikan dan kita telah menerima semangat itu.

Bahkan dalam Perlembagaan ini sudah ada kita meletakkan hak keistimewaan orang Melayu kerana menerima hakikat orang Melayu adalah majoriti orang Islam yang wujud dan diakui oleh kaum lain. Akan tetapi, kita mesti ingat bahawa jati diri orang Melayu dan kewibawaan mereka terletak kepada sejauh mana mereka berpegang dengan ajaran Islam itu.

Allah SWT memberi amaran yang bermaksud, "Jika sekiranya kamu yang berbangsa, yang menganut Islam itu berpaling daripada ajaran Islam, maka Allah menukar kaum yang lain daripada kamu."

Dalam sejarah Islam, yang memimpin pemerintahan bukan sahaja orang Arab, bertukar ke bangsa Kurdish, bertukar ke bangsa Turki dan bangsa-bangsa yang lain apabila bangsa yang telah menganut Islam itu tidak kuat dan kukuh berpegang dengan ajaran Islam. Di sinilah Islam meletakkan kepimpinan, bukan ketuanan.

Ini kerana kita tidak boleh memperhambakan di kalangan rakyat. Kepimpinan boleh beralih. Kepimpinan Melayu hendaklah diwujudkan dengan kita berpegang dengan jati diri yang berlandaskan kepada ajaran Islam. Ini sangat penting. Melayu selamat kalau Islam ditegakkan. Kalau Islam tidak ditegakkan, Melayu akan lebur sebagaimana bangsa lain yang lebur dalam dunia ini.

Allah SWT telah menyebut, bangsa yang mempunyai tamadun yang hebat dalam sejarah manusia, mereka hancur lebur walaupun mempunyai pembangunan yang hebat dengan bangunan-bangunan yang mencakar langit. Firman Allah Taala bermaksud, "Adakah kamu tidak tahu, kamu tidak melihat apa yang telah menimpa kaum 'Ad yang telah mendirikan bandar Iran dengan bangunan-bangunan pencakar langit? Adakah kamu tidak melihat kaum Tsamud yang telah memahat bukit-bukit batu pejal untuk dijadikan bangunan? Adakah kamu tidak melihat kaum Firaun yang mendirikan Piramid, yang mendirikan bangunan Piramid yang hebat dan bala tentera yang ramai apabila mereka telah melakukan fasad, melakukan kejahatan."

Kejahatan itu sama ada maksiat ataupun kezaliman dalam pemerintahan. Maksiat ataupun kezaliman. Kemungkaran berlaku, maka Allah memusnahkan kaum itu walaupun mempunyai pembangunan kebendaan yang sangat hebat.

Tanpa dinafikan bahawa peranan manusia di atas muka bumi bukan sahaja mengabdikan diri kepada Allah, dalam masa yang sama manusia ditugaskan untuk membangunkan bumi dengan pembangunan-pembangunan yang menggunakan bahan-bahan yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka dia atas muka bumi. Akan tetapi untuk melakukan pembangunan itu, hendaklah dibina insan. Dalam ucapan Seri Paduka Baginda disebut pembangunan insan. Akan tetapi, tidak disebut apakah acuan pembangunan insan itu.

Kemusnahan negara-negara yang maju di abad yang lalu dan yang terkini seperti Soviet Union ialah kerana gagal dalam pembangunan insan walaupun mempunyai muka bumi yang luas, kekayaan yang melimpah ruah, pembangunan kebendaan yang begitu hebat, bangunan yang mencakar langit seperti di Dubai sekarang, bangunan pencakar langit banyak tetapi orang tidak ada.

Pembangunan yang tidak berasaskan kepada pembangunan insan dalam erti kata yang sebenar untuk membangunkan insan bukan sahaja mengilmukan mereka dalam bidang sains dan teknologi yang sangat diberi penekanan. Tidak dinafikan bahawa pengilmuan dalam sains dan teknologi adalah penting. Akan tetapi, manusia yang mengendalikan pembangunan sains dan teknologi itu hendaklah dibina roh dan akal mereka. Kalau roh dan akal mereka tidak dibina dengan tepat, maka sains dan teknologi membawa kemusnahan kepada diri mereka sendiri.

Dengan sebab itu maka Islam menganjurkan bahawa bagi membangun diri manusia hendaklah mengikut acuan fitrah, naluri dan sifat semula jadi manusia yang disebut dengan Maqasid al-Syariah, tujuan hukum syariah diturunkan oleh Allah kepada manusia tepat dengan ciri-ciri dan sifat keperluan yang ada bagi diri manusia. Mereka memerlukan enam perkara yang penting:

(i) agama;

(ii) nyawa;

(iii) akal;

(iv) maruah;

(v) keturunan; dan

(vi) harta.

Ini tiga rukun. Dalam kehidupan manusia, manusia tidak boleh hidup dengan tepat, dengan baik sekiranya tidak memenuhi ketiga-tiga rukun ini. Pertama, agama. Islam meletakkan agama menjadi dasar dan payung kepada pembangunan insan. Meletakkan manusia menjadi hamba kepada Allah. Pimpinan negara adalah menunaikan amanah bukannya tuan yang memperhambakan rakyat dan mana-mana kaum. Ini yang diajarkan oleh Islam.

Segala projek pembangunan yang dilakukan oleh kerajaan memberi kesenangan kepada rakyat hendaklah ditunaikan dengan amanah dan di atas sifat menunaikan amanah, dia tidak boleh berbangga dengan apa yang dia buat dengan hendak menunjuk-nunjuk sahaja ini aku buat, ini aku buat, ini aku buat seolah-olah harta dia, dia yang punya. Apabila merasakan ini dia yang punya, harta dia, maka berlakulah salah guna, berlakulah mengambil kesempatan, berlakulah tidak ada perhitungan dosa dan pahala, berlakulah tidak boleh mengawal tamak dan haloba dalam kegiatan politik dan ekonomi. Pembangunan itu bukan sahaja tidak memberikan kebahagiaan kepada rakyat, bahkan menjadi kemusnahan kepada negara dengan sebab pengurusan ekonomi tidak teratur, perjalanan tidak teratur dengan cara yang baik.

Islam menjadikan agama pengawas kepada kegiatan-kegiatan yang lain. Oleh sebab itu Islam meletakkan perhitungan dosa dan pahala dalam semua tindak-tanduk yang dilakukan oleh manusia. Bukan sahaja di masjid, bukan sahaja atas tikar sembahyang, bukan sahaja di Makkah termasuklah bila dia menjadi ketua negara, menjadi pemimpin negara, di office bergaul dengan rakyat, segala tindak-tanduknya ada kaitan dengan agama. Apa yang berlaku hari ini seolah-olah agama tidak ada kaitan dengan masalah hidup. Kita buat macam-macam, berbagai-bagai langkah, rasuah, menyalah guna kuasa, selepas itu pergi umrah. Selesa dengan itu sahaja, seolah-olah cukup dengan umrah sahaja dengan tidak melakukan muhasabah bahawa semua tindakan adalah dihisab. Bukan umrah itu sahaja.

Ini kerana kita memisahkan agama dengan urusan kehidupan. Kedua menjaga nyawa. Nyawa adalah penggerak kepada anggota yang bertugas bagi diri manusia. Nyawa hendaklah dipelihara dengan cara yang baik. Oleh kerana itu Islam menjadikan hak nyawa bukan sahaja hak Allah Taala termasuk juga hak manusia. Maka Islam meletakkan hukuman qisas dalam memelihara nyawa.

Firman Allah Taala yang bermaksud, "Dan bagi kamu dalam melaksanakan hukuman qisas itu, membawa kehidupan wahai orang-orang yang mempunyai akal fikiran yang betul supaya kamu bertakwa kepada Allah."

Qisas ini yang berkait dengan kesalahan membunuh, termasuklah kesalahan mencederakan dengan sengaja dan tidak sengaja, semuanya ada dalam Islam termasuklah undang-undang kemalangan jalan raya. Berkait dengan qisas. Di mana undang-undang Islam lebih berkonsepkan mendidik bukan untuk mendera dan memungut hasil.

Saman ekor

Apa yang berlaku hari ini contohnya saman ekor. Saman ekor adalah satu undang-undang di atas nama mengapa tidak saman kepala terus? Saman ekor sahaja. Di atas nama hendak mengawal keselamatan jalan raya tetapi undang-undang ini tidak bersifat mendidik lebih bersifat mendera, lebih bersifat mencari duit. Setelah diumumkan ramai yang beratur hendak bayar saman ekor diberitahu berapa juta dapat minggu ini. Termasuklah undang-undang yang berkait dengan dadah. Ini juga undang-undang yang mendidik. Apa yang berlaku hari ini kita gagal dalam menangani masalah dadah. Ini sangat mendukacitakan. Maka perlu dikaji semula, dibawa undang-undang takzir yang mendidik rakyat supaya menangani masalah dadah.

Kesimpulan Tuan Yang Dipertua, sekiranya kita tidak dapat membangunkan insan mengikut acuannya yang tepat, maka kita gagal mencapai matlamat negara yang membangun, mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat, menjadi wawasan kepada umat Islam dan ketamakan manusia seluruhnya. Sekian, terima kasih.

PEMUDA BESUT

Posted: 20 Mar 2011 01:26 PM PDT

PEMUDA BESUT


Video : Sekitar Konvoi Bermotor Sempena Program PGU 2 ( Pas Ganti Umno ) Di Besut

Posted: 19 Mar 2011 05:29 PM PDT




Konvoi bermotor mengiringi Tok Guru Nik Aziz dari Kg Pasir Akar ke tapak Program PGU di belakang Masjid Bandar Jerteh.

Ribuan anak muda dari seluruh Terengganu hadir menyertai konvoi dengan penuh semangat demi melihat Umno digantikan dengan Pas,BN digantikan dengan PR.

Terima kasih atas kerjasama sahabat ambo ahli ARC Besut saudara Duan yang sudi membantu ketika rakaman ini dibuat...

Gambar : Sekitar Konvoi Bermotor Sempena Program PGU 2 ( Pas Ganti Umno ) Di Besut

Posted: 18 Mar 2011 07:22 PM PDT


 Peserta mula tiba di tapak Program PGU seawal jam 10:00 pagi dalam keadaan hujan renyai2



 Berkumpul di Kg Pasir Akar Hulu Besut untuk mengiringi Tok Guru Nik Aziz ke tapak Program PGU di Bandar Jerteh


 Bersedia untuk berlepas


Dalam perjalanan

Program Konvoi bermotor ini yang diadakan di Besut ini adalah kesinambungan dari program pertama yang diadakan di Kemaman pada bulan Feb lalu.
Ribuan anak muda dari seluruh Terengganu mula berkumpul seawal Jam 10 : 00 pagi di tapak program Dataran PGU Bandar Jerteh.Seterusnya peserta bertolak ke Kg Pasir Akar Hulu Besut untuk mengiringi Tok Guru Nik Aziz kembali ke tapak Program.
Difahamkan Tok Guru ke Pasir Akar untuk merasmikan Pondok Agama disana.Peserta bertolak mengiringi Tok Guru kembali ke tapak program pada jam 2:00 petang.

P/S VIDEO AKAN MENYUSUL


Pemuda PAS Sandakan

Posted: 20 Mar 2011 01:16 PM PDT

Pemuda PAS Sandakan


REHLAH ULFAH

Posted: 19 Mar 2011 11:09 PM PDT

Tanggal 19 Mac 2011, DPPKS menerusi Lanjnah Tarbiah dan Kepimpinan telah mengadakan satu program yang diberi nama Rehlah Ulfah. Ia adalah program yang diadakan sebagai ganti kepada Tamrin Qiadi yang dirancangkan sebelumnya tetapi tidak dapat dilaksanakan berikutan beberapa masalah termasuk keadaan cuaca buruk yang berterusan akhir-akhir ini.



Rehlah Ulfah diadakan di RDC Sepilok. Sungguhpun hujan lebat di awal pagi, para peserta yang telah menyatakan komitmen untuk ikut serta program tersebut berjaya menghadirkan diri. Bermula jam 7.30 pagi dan ditangguhkan pada jam 5.00 petang. Kemudiannya ia disambung dengan acara qiamullail di Masjid Al-Fajr, kuliah subuh dan kemudian pembentangan kertas kerja .



Sebelah pagi, peserta dihidangkan dengan pembentangan kertas kerja 1 bertajuk "Wahai Pemuda...Inilah Jalan Kita". Selepas Zohor pula acara Kembara Al-Quran di mana para peserta berisra' mengikuti skywalk dan trek yang ada sambil menghafaz surah Al-Hujurat yang ditaklifkan oleh pihak penganjur. Tasmik mengenalpasti keberhasilan peserta mengingati surah (hanya 5 ayat pertama) dilakukan sejurus sebelum asar. Selepas asar pula adalah sesi Penzahiran Tekad peserta untuk direkodkan oleh jemaah bagi tujuan pemantauan di masa-masa mendatang.


Kertas kerja kedua yang dibentangkan di Masjid Al-Fajr sebelah paginya, sesudah subuh pula bertajuk "Menongkah Isme Menancap Akidah Islam". Penglibatan sebahagian ahli jemaah masjid mendengar pembentangan meramaikan lagi sesi pagi itu.

Semoga perjalanan tarbiah sehari itu memantapkan lagi semangat dan kerja jemaah oleh warga DPPKS. Allahumma ameen.


TBI-PAS KEPALA BATAS

Posted: 20 Mar 2011 01:06 PM PDT

TBI-PAS KEPALA BATAS


Dah Dekat Dah....

Posted: 19 Mar 2011 08:54 PM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted: 20 Mar 2011 01:02 PM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Melaka maju dengan maksiat : Atas pokok pun jadi

Posted: 19 Mar 2011 10:53 PM PDT



MELAKA: Seorang lelaki sanggup berbelanja besar untuk mengubah suai pangkin bagi mencapai hasratnya mendirikan sebuah 'mahligai' di atas pokok bagi membolehkan dia tinggal sebumbung bersama kekasihnya.

Bagaimanapun, kediaman ibarat chalet di Pantai Kundor, dekat sini, yang lengkap elektrik, tempat tidur, televisyen dan tandas milik lelaki itu diserbu sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) kira-kira jam 1.30 pagi kelmarin.

Dalam serbuan itu, Jaim menahan seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun dan kekasihnya, wanita warga Indonesia berusia 23 tahun yang mendiami pondok terbabit.

Turut ditahan ialah anak saudara lelaki terbabit berusia 22 tahun yang berada dalam rumah di atas pokok itu dipercayai mengunjungi mereka.

Pondok terbabit dibina tiang penyokong, tangga dan mempunyai titi untuk ke beberapa bahagian di atas pokok berkenaan selain dilengkapi beranda.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Jaim, Rahimin Bani, berkata sepasukan pegawai dan anggotanya ke pondok terbabit selepas menerima aduan ada perbuatan maksiat dilakukan di sebuah rumah di atas pokok.

Katanya, apabila tiba di lokasi berkenaan pihaknya mendapati ada tangga untuk naik ke pondok dan selepas dua anggotanya naik serta mengetuk pintu, ia dibuka seorang lelaki.

"Selepas memperkenalkan diri, anggota kami masuk ke dalam pondok terbabit dan menemui seorang lagi lelaki serta seorang wanita.

"Apabila disoal siasat, wanita itu tiada hubungan mahram dengan kedua-dua lelaki terbabit. Wanita itu juga mengaku tinggal di dalam pondok terbabit bersama lelaki berusia 31 tahun itu yang juga kekasihnya," katanya.

Rahimin berkata, siasatan awal mendapati pasangan terbabit tinggal di pondok yang diubah suai di atas pokok berkenaan sejak hampir setahun lalu.

Katanya, berdasarkan maklumat, pondok terbabit asalnya dijadikan tempat seorang ahli keluarga lelaki itu mengajar al-Quran yang meninggal dunia beberapa tahun lalu dan sejak itu pondok terbabit tidak digunakan.

Menurutnya, lelaki terbabit yang bekerja sendiri mengubah suai pangkin berkenaan untuk dijadikan kediamannya.

"Bagaimanapun, dia bertindak luar batasan apabila tinggal bersama wanita Indonesia yang juga seorang pekerja industri seolah-olah suami isteri," katanya.

Rahimin berkata, dua lelaki dan wanita warga Indonesia terbabit kini disiasat mengikut Seksyen 53, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991, kerana bersekediaman dengan bukan muhrim. Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda RM3,000atau penjara selama 24 bulan atau kedua-duanya.

Harian Metro

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai

Posted: 20 Mar 2011 11:26 AM PDT

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai


PERARAKAN MOTORSIKAL PAS GANTI UMNO DI BESUT

Posted: 19 Mar 2011 07:46 PM PDT

Sabtu, 19 Mac 2011

Gambar : Sekitar Konvoi Bermotor Sempena Program PGU 2 ( Pas Ganti Umno ) Di Besut


 Peserta mula tiba di tapak Program PGU seawal jam 10:00 pagi dalam keadaan hujan renyai2



 Berkumpul di Kg Pasir Akar Hulu Besut untuk mengiringi Tok Guru Nik Aziz ke tapak Program PGU di Bandar Jerteh



 Bersedia untuk berlepas


Dalam perjalanan

Program Konvoi bermotor ini yang diadakan di Besut ini adalah kesinambungan dari program pertama yang diadakan di Kemaman pada bulan Feb lalu.
Ribuan anak muda dari seluruh Terengganu mula berkumpul seawal Jam 10 : 00 pagi di tapak program Dataran PGU Bandar Jerteh.Seterusnya peserta bertolak ke Kg Pasir Akar Hulu Besut untuk mengiringi Tok Guru Nik Aziz kembali ke tapak Program.
Difahamkan Tok Guru ke Pasir Akar untuk merasmikan Pondok Agama disana.Peserta bertolak mengiringi Tok Guru kembali ke tapak program pada jam 2:00 petang.

Pemuda Bersamamu v3

Posted: 20 Mar 2011 09:37 AM PDT

Pemuda Bersamamu v3


Video : Sekitar Konvoi Bermotor Sempena Program PGU 2 ( Pas Ganti Umno ) Di Besut

Posted: 20 Mar 2011 12:51 AM PDT



Video clip ehsan dari : Lajnah IT Dewan Pemuda PAS Kawasan Besut

Makluman dari Team IT Pemuda dun Sura

Gambar sekitar konvoi pemuda Dungun ke PGU2 Besut akan menyusul selepas ini...Unit IT Pemuda Dun Sura keletihan dan ada komitmen lain yang perlu diutamakan juga.InsyaAllah kami akan update dalam masa terdekat ini.

Ribuan terimakasih kepada peserta konvoi Dungun - Besut yang berdisiplin dan mematuhi arahan sepanjang perjalanan yang menjadikan semuanya berjalan lancar dan selamat dengan bantuan Illahi yang memberkati perjalanan kami ini..Allahuakhbar !!!

Saman ekor: Kerajaan makan duit haram!

Posted: 20 Mar 2011 12:08 AM PDT



Saya fikir kerajaan Malaysia yang bertulangbelakangkan Umno bertindak amat keterlaluan dalam isu memeras wang rakyat kerana kesalahan saman ekor.

Bagi saya, menekan dan memeras ugut titik peluk rakyat hanya kerana kes kesalahan yang sekadar dibuktikan melalui kamera semata-mata, amat menganiaya dan menzalimi orang ramai yang rata-rata sedang terhimpit dengan kos hidup yang tinggi sekarang.

Lebih zalim lagi, bagi mangsa yang tidak membayar (yang sudah pasti kerana merasa tidak bersalah) akan disenaraihitamkan sehingga dihalang daripada memperbaharui cukai jalan atau lesen memandu oleh JPJ.

Tidakkah itu berbentuk tekanan dan peras ugut terhadap rakyat hanya kerana kerajaan semata-mata dahagakan wang rakyat?

Bayangkan kenderaan yang sudah menjadi keperluan manusia hari ini, hanya kerana kesalahan yang tidak pasti, kemudahan yang ada menjadi satu kesusahan pula bagi mangsa saman ekor.

Malangnya, pihak kerajaan tidak langsung mahu mendengar suara hati rakyat yang meronta-ronta dan memberontak tidak bersetuju peras ugut itu. Kenapa begitu sekali?

Kebetulan, tadi, saya terbaca satu mesej mangsa saman ekor yang disiarkan dalam akhbar Sinar Harian hari ini. Mesej yang bertajuk 'Tak halal duit saman' berbunyi begini:

Saya bekerja dan tinggal di Kuantan. Satu saman direkodkan atas nama dan kenderaan saya di KLIA sedangkan ketika itu saya dan kenderaan berada di Kuantan. Walaupun saya rasa tak bersalah, tapi untuk mengelak disenarai hitam, terpaksa bayar juga saman. Agaknya begitulah nasib ramai lagi pengguna. Walaupun saman saya bayar, duit itu saya tak halalkan. - BENGANG SOKMO

Kepada saya, semua mangsa saman ekor jelas tidak menghalalkan wang mereka tetapi mereka terpaksa membayar kerana peras ugut oleh kerajaan sendiri!

Saya juga ada dengar satu kes melibatkan sahabat saya, iaitu Ustaz Abdul Hamid Bahatim dari Bentong. Beliau baru-baru ini apabila menyemak samannya di polis bahagian trafik, terperanjat besar kerana didapati ada saman ekor bernilai RM2,000 lebih.

Oleh kerana tidak mahu disenaraihitam (kerana sistem matalah dan sebagainya), beliau secara rela paksa terpaksa juga membayar jumlah tersebut. Tetapi selepas meminta senarai saman tersebut di kaunter, alangkah terperanjat besarnya beliau kerana kesalahan yang dibuat di lokasi yang tidak pernah beliau pergi seumur hidup dan pada catatan waktu yang amat mustahil baginya berada di situ.

Tetapi apa boleh buat? Siapakah pembesar yang sudi mendengar rintihan hatinya?

Saya fikir kes kesilapan seperti ini banyak berlaku kepada mangsa lain, namun pihak kerajaan tidak mahu langsung memperbaiki kesalahan atau sistem saman yang dimangsakan malahan berkeras mahukan wang rakyat.

Tidakkah kerajaan pimpinan Umno merasa sekelumit pun kesalahan apabila memeras wang daripada rakyat sendiri? Apakah denda yang dikenakan berbentuk hukuman untuk mengajar atau untuk memeras ugut rakyat yang melantik mereka memerintah?

Tidakkah yang menjadi mangsa saman ekor itu kebanyakannya rakyat bawahan yang hidupnya sekadar 'kais pagi makan pagi'?

Jika pimpinan kerajaan boleh bermewah-mewah keluar negara, mampu boros berbelanja, boleh berbelanja sakan dalam pilihan raya kecil, kenapa rakyat marhaen yang sudah susah mencari makan mahu disusahkan lagi kehidupan mereka?


sumber : selamatkan pahang

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 20 Mar 2011 09:06 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Ceramah PR 23 Mac 2011 Senaling, Kuala Pilah

Posted: 20 Mar 2011 12:02 AM PDT

CERAMAH PAKATAN RAKYAT
Tarikh : 23 Mac 2011 (RABU)
Masa : 9 mlm
Tempat : No 18, Lot 3071, Kg Rembang Panas, Senaling, Kuala Pilah
Penceramah :
Mazlan Aliman
Shamsul Iskandar Md Akin
Zulkefly Mohamad Hj Omar

i n t a n h i j a u

Posted: 20 Mar 2011 07:19 AM PDT

i n t a n h i j a u


KALAU PR PERINTAH, SAMAN EKOR KITA HAPUS...

Posted: 20 Mar 2011 03:07 AM PDT


BESUT, 20 Mac: PAS sekali lagi mempertegaskan sikapnya membantah keras pelaksanaan saman ekor oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana ia menyusah dan membebankan rakyat.

Justeru, Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berjanji pihaknya akan menghapuskan peraturan saman tersebut sekiranya diberi peluang memerintah negara menerusi pilihan raya umum akan datang.

"Kita isytihar malam ini, kalau Pakatan Rakyat perintah (negara), saman ekor kita hapus. Itu jaminan kita kalau kita perintah," katanya.

Beliau menegaskan demikian di dalam ucapannya pada sesi ceramah sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat – PAS Ganti Umno (HKR-PGU) Zon Besut - Setiu di Dataran PGU, di Jertih, malam tadi.
Perhimpunan selama dua hari bermula Jumaat itu merupakan siri kedua program seumpamanya dianjurkan Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu.

Siri pertama telah diadakan pada pertengahan Januari lalu di Dataran Tok Guru, Geliga, Kemaman.

Ceramah malam tadi merupakan acara kemuncak perhimpunan. Selain Abdul Hadi, turut menyampaikan ceramah mereka ialah Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali, Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu, Datuk Abu Bakar Chik.

Menurut Abdul Hadi, kesemua parti dalam Pakatan Rakyat berkongsi pendirian mengenai berbagai perkara membabitkan kepentingan rakyat, termasuk soal saman ekor.

"Kita tahu rakyat tidak setuju (pelaksanaan) saman ekor dan PAS memang tidak setuju. DAP tak setuju, Keadilan (PKR) tak setuju. Yang setuju hanyalah Umno Barisan Nasional," ujarnya.

Beliau malah secara sinis menganggap pelaksanaan sistem saman ekor itu sebagai bukti BN benar-benar menghayati slogan "Rakyat Didahulukan".

Katanya, BN mendahulukan rakyat untuk merasai beban menampung kekurangan kewangan negara apabila terpaksa berbelanja lebih untuk melunaskan saman ekor itu.

Memahami tekanan hidup rakyat yang semakin meningkat, maka PAS dan Pakatan Rakyat juga katanya akan mengkaji semula harga runcit minyak. Langkah itu diyakini akan turut menghalang kenaikan berterusan harga barangan keperluan harian lain.

"Kita janjikan Negara Berkebajikan. Kita serius menjaga dan membela kebajikan rakyat. Ini bukan janji saja, kita akan buat insya Allah," tegasnya. (harakahdaily)

NIZAR DI CEREMONY OF IEM ENGINEERING : THE PERAK TRASFORMATION EXPERIENCE

Posted: 19 Mar 2011 04:54 PM PDT

Nizar menceritakan pengalaman memerintah Perak.
Nizar membentang kertas kerja bertajuk Malaysian Engineeering Stars-Engineers as Politicians"pada 19 Mac di Kuala Lumpur.
DS Nizar bersama tetamu di Ceremony of IEM Engineering,dekat Kuala Lumpur pada 19 Mac .
Kelihatan juga bekas Presiden MCA Ong Tee Kiat,yang turut menjadi tetamu.
DS Nizar bersama ahli panel.



DS Nizar masih diterima masyarakat profesional.Nizar pada 19 Mac lalu diminta untuk membentangkan satu kertas kerja berkaitan bagaimana seorang jurutera juga sebagai ahli politik.DS Nizar menceritakan pengalaman beliau sewaktu memerintah Perak.

Hebatnya Nizar beliau masih seorang jurutera bertauliah.Masih sanggup memenuhi jemputan badan atau majlis yang beliau anggotai.

SUMBER BERITA DAN FOTO : sisibukit.blogspot.com

IRMA HAMIE NEKAD BERTUDUNG SELEPAS PULANG UMRAH

Posted: 19 Mar 2011 04:17 PM PDT


Irma manis menggayakan pakaian rekaan Zery Zamry di majlis makan malam anjuran Rafflesia & Mandalay di Hotel Le Meridien, Jumaat. -
KUALA LUMPUR: Pengalaman mengerja umrah selama dua minggu di Mekah pada bulan Februari lalu membuatkan pelakon Irma Hasmie tertarik untuk terus bertudung litup.

Bekas kekasih Nabil Raja Lawak ini pergi ke sana dengan ditemani ibunya. Seperti orang lain, dia juga berniat untuk menjadi seorang insan yang lebih baik selepas pertama kali menjejakkan kaki ke tanah suci.

Menyentuh tentang karier lakonannya selepas ini, Irma masih terbuka menerima apa sahaja watak yang diberikan asalkan dia dibenarkan bertudung dan menutup aurat.

"Alhamdulillah, walaupun bertudung saya masih ditawarkan berlakon dalam beberapa drama dan tidak menganggap perubahan ini akan menutup rezeki saya.
"Saya tidak kisah dengan watak yang diberikan asalkan tidak melanggar keperibadian saya sekarang," katanya dalam satu temubual.

Seminggu selepas pulang dari umrah, terus Irma menerima tawaran berlakon telefilem Mencari Bidadari untuk RTM. Kebetulan karakter dalam telefilem itu merupakan seorang wanita bertudung.

Selain itu, dia turut menerima tawaran beberapa drama lain termasuk untuk TV9 dan drama Kelab Wau.
Irma akui ramai peminat yang memberikan reaksi positif kepadanya selepas tiga minggu mengenakan penampilan muslimahnya itu.

"Saya buat perkara elok, jadi sudah tentu ramai yang gembira. Saya minta Allah memberkati peminat yang sentiasa mendoakan kebahagiaan saya.

"Saya menolak perkara negatif yang mungkin akan berlaku selepas ini. Perubahan ini dilakukan untuk mencapai kesempurnaan dan merupakan perkara yang dituntut dalam agama.

"Jika kita ingat Allah, jadi Dia juga akan dekat dengan kita," ujarnya yang turut pernah ditawarkan menjadi model tudung.

Bagaimanapun dia terpaksa menolak tawaran tersebut sebelum ini atas sebab masih terlalu awal dan belum bersedia.(mstaronline)

DUN SARAWAK BUBAR ISNIN INI

Posted: 19 Mar 2011 08:52 AM PDT


KUCHING: Akhirnya berita yang dinanti-nantikan telah tiba. Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud mengumumkan pada petang Sabtu bahawa Dewan Undangan Negeri akan dibubar Isnin ini bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan.

Kata Taib, beliau telah menyampaikan notis mengenai pembubaran itu kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng.

Dengan pengumum ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan memutuskan tarikh penamaan calon dan pengundian.

Artikel dari DUN Sarawak
http://kiff-isme.blogspot.com

DUN BUKIT PAYONG

Posted: 20 Mar 2011 03:18 AM PDT

DUN BUKIT PAYONG


YB ADUN BUKIT PAYONG MENGULAS TENTANG INSIDEN KHALWAT YANG MELIBATKAN WARIS TERDEKAT BELIAU BELIAU

Posted: 19 Mar 2011 09:11 PM PDT

Dalam satu temuramah pendek dengan blog Dun Bukit Payong, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah menjelaskan bahawa  insiden bapa saudaranya ditangkap khalwat baru-baru ini sebagai satu insiden yang sangat malang, tidak diduga dan amat menyedihkan hatinya.

Namun begitu, beliau menjelaskan orang yang bersalah tidak akan dilindungi dan mestilah dihukum mengikut undang-undang syara' ,sekali pun orang itu adalah bapa saudaranya sendiri.

Beliau menyatakan, "Kita telah berusaha dan sentiasa berdoa agar keluarga kita dan masyarakat umum diberikan hidayah oleh Allah Ta'ala tetapi hidayah itu bukan milik kita, ia adalah  milik mutlak Allah Ta'ala, sehingga bapa saudara Rasulullah SAW sendiri pun tidak mendapat anugerah hidayah itu."

"Saya berharap beliau bertaubatlah kepada Allah, mudah-mudahan hukuman Allah di dunia disertai dengan taubat nasuha akan membersihkannya daripada dosa sebelum kembali mengadap Allah SWT."

Ditanya tentang kenyataan beliau sebelum ini yang mengatakan tidak mengenali orang ditangkap khalwat itu, beliau berkata pada peringkat awal laporan akhbar menyebutkan, orang terlibat itu sebagai pegawai khas  beliau dan mempunyai bilangan anak yang kurang tepat, dan ia memerlukan sedikit usul periksa  untuk dikenal pasti kerana beliau sememangnya tidak mempunyai pegawai khas.    


CINA ISLAM (林川興)

Posted: 20 Mar 2011 01:25 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Penunjuk perasaan anti-perang berdemonstrasi

Posted: 20 Mar 2011 01:21 AM PDT


15 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -Penunjuk perasaan anti-perang berdemonstrasi di Los Angeles, California sempena ulangtahun kelapan pencerobohan Amerika Syarikat ke atas Iraq dan menuntut supaya perang ke atas Libya dihentikan. - AFP

Satu lagi reaktor nuklear di Jepun bermasalah

Posted: 20 Mar 2011 12:54 AM PDT

15 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

TOKYO: Agensi Keselamatan Nuklear Jepun berkata tekanan di satu lagi rektor nuklear yang rosak kerana tsunami dan gempa bumi minggu lalu kini meningkat yang boleh menyebabkan kebocoran gas radioaktif.

Pegawai agensi berkenaan, Hidehiko Nishiyama, berkata usaha untuk memasukkan air di Unit 3 reaktor Fukushima Dai-ichi mungkin tidak lagi berkesan.

Beliau berkata pengendali loji berkenaan akan membebaskan sebahagian gas radioaktif dari reaktor berkenaan di udara.

"Ini mungkin akan memperlahankan kerja untuk membaik pulih tenaga dan sistem penyejukan di unit berkenaan," katanya.

Nishiyama berkata, langkah itu bermakna paras radiasi di sekitar loji berkenaan akan meningkat semula. - AP

48 maut, 15 cedera serangan roket di Libya

Posted: 20 Mar 2011 12:51 AM PDT

14 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

TRIPOLI: Stesen televisyen Libya memetik tentera negara itu yang mengesahkan setakat ini 48 maut manakala 15 lagi cedera dalam serangan udara pertama tentera Bersekutu, awal pagi tadi.

Serangan itu membabitkan sepanjang pesisir pantai barat dan timur terutama di
di bandar Zuwarah, Tripoli, Sirte dan Benghazi. - AFP

Serangan ke atas Libya 'diselaras' AS

Posted: 20 Mar 2011 12:48 AM PDT

14 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

PARIS: Serangan udara tentera Britain, Peranchis dan Amerika Syarikat (AS) awal pagi ini ke atas wilayah Libya diseleraskan menerusi ibu pejabat tentera AS di Jerman, menurut pegawai tentera Peranchis kepada AFP.

"Operasi multilateral ini diseleraskan oleh Tentera Pemerintah Udara AS yang berpangkalan di Eropah di ibu pejabatnya di Stuttgart, Jerman," kata pegawai itu yang enggan namanya disebut.

Beliau berkata, AS mempunyai peranan strategik dalam membuat penyelarasan seranagn itu dengan memberi arahan terhadap tentera Bersekutu.

Sebahagian pasukan bersekutu itu membabitkan Emeriyah Arab Bersatu (UAE) yang menawarkan 24 pesawat jenis Mirage 2000-9 and F-16) dan Qatar antara empat dan lima pesawat 2000-5, katanya. - AFP

Russia, China kecewa serangan ke atas Libya

Posted: 20 Mar 2011 12:44 AM PDT

14 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

BEIJING: China melahirkan kekecewaannya terhadap serangan udara yang dilancarkan tentera Bersekutu ke atas Libya.

Kementerian Luar China dalam satu kenyataannya sebentar tadi berkata, kerajaan negara itu menentang penggunaan ketenteraan dalam menangani masalah perhubungan antarabangsa.

"China pritahin dengan berkembangan terbaru di Libya dan melahirkan rasa kecewa dengan serangan terhadap Libya," kata kenyataan itu

112 peluru berpandu dilancar ke atas Libya

Posted: 20 Mar 2011 12:30 AM PDT

14 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

Kapal perang dan kapal selam Amerika dan British melancarkan fasa pertama serangan peluru berpandu ke atas pertahanan udara Libya dan pegawai pertahanan Amerika berkata, serangan itu dipercayai mengakibatkan kerosakan besar.

Dalam serangan tersebut, 112 peluru berpandu Tomahawk dilancarkan ke atas lebih 20 sasaran di pantai untuk membuka laluan kepada pasukan udara bersekutu bertindak melumpuhkan pertahanan udara Libya, lapor AP.

Para pegawai pertahanan Amerika berkata adalah terlalu awal untuk menilai kesan serangan tersebut, tetapi berasaskan kepada ketepatan sasaran peluru yang dilancarkan, mereka merasakan ia mengakibatkan kerosakan teruk ke atas pertahanan udara Libya.

Pegawai berkenaan tidak mahu disebut namanya kerana misi serangan tersebut masih berterusan.

Ketika mengumumkan misi serangan tersebut ketika melawat Brazil, Presiden Barack Obama berkata beliau keberatan mengambil langkah ketenteraan tetapi yakin ianya perlu untuk menyelamatkan nyawa orang awam.

Obama mengulangi bahawa beliau tidak akan menghantar tentera Amerika memasuki Libya.

"Kami tidak boleh melihat sahaja apabila seorang pemimpin yang zalim memberitahu rakyatnya bahawa tidak akan ada belas kasihan ke atas mereka," katanya di Brasilia.

Setakat ini, Amerika dilihat menghadkan peranannya dalam campurtangan di Libya, dengan fokus pertamanya untuk melumpuhkan pertahanan udara Libya, dan kemudian menyerahkan kepada negara-negara Eropah dan mungkin negara-negara Arab untuk menguatkuasakan zon larangan terbang di atas ruang udara negara Afrika Utara.

Naib Panglima William E. Gortney memberitahu wartawan bahawa serangan peluru berpandu itu adalah permulaan kempen yang dikenali sebagai 'Operation Odyssey Dawn'.

Katanya, matlamatnya ialah untuk menghalang tentera Muammar Gadhafi daripada melakukan lebih banyak keganasan ke atas orang awam - terutama di dalam dan di sekitar kubu pemberontak di Benghazi -- dan melumpuhkan keupayaan ketenteraan Libya untuk mencabar zon larangan terbang.

Sementara itu, Wartawan AFP pula melaporkan, bom digugurkan awal pagi ini berhampiran Bab al-Aziziyah, ibu pejabat Gaddafi di Tripoli, dan mencetuskan kemarahannya, yang berkata Mediterranean kini telah menjadi 'medan perang'.

Televisyen Libya sebelum itu melaporkan bahawa ratusan rakyat telah berkumpul untuk membentuk perisai manusia di Bab al-Aziziyah dan di lapangan terbang antarabangsa ibunegara itu.

Satu pegawai Libya memberitahu AFP, sekurang-kurangnya 48 orang terbunuh dalam serangan tersebut, yang bermula pada 1645 GMT (12.45 pagi waktu Malaysia) oleh sebuah pesawat pejuang Perancis ke atas sebuah kenderaan tentera yang didakwa Perancis milik pasukan pro-Kadhafi.

Stesen televisyen Libya memetik tentera negara itu yang mengesahkan setakat ini 48 maut manakala 15 lagi cedera dalam serangan udara pertama tentera Bersekutu, awal pagi tadi.

Serangan itu membabitkan sepanjang pesisir pantai barat dan timur terutama di di bandar Zuwarah, Tripoli, Sirte dan Benghazi.

Media di Libya juga melaporkan pesawat pejuang barat mengebomkan sasaran awam di di Tripoli, menyebabkan kematian, manakala jurucakap tentera pula berkata serangan juga mengenai tangki yang membekalkan bahan bakar ke bandar Misrata yang dikuasai pemberontak, di timur Tripoli.

Gaddafi, dalam ucapan ringkas yang disiarkan di televisyen negara itu, mengecam serangan tersebut dan berikrar akan bertindak balas.

"Kini gudang senjata telah dibuka dan semua rakyat Libya telah dipersenjatai untuk menentang kuasa barat," katanya.MK/-

Pakatan Rakyat hapus saman ekor

Posted: 20 Mar 2011 12:22 AM PDT

15 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

BESUT, 20 Mac: PAS sekali lagi mempertegaskan sikapnya membantah keras pelaksanaan saman ekor oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana ia menyusah dan membebankan rakyat.

Justeru, Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berjanji pihaknya akan menghapuskan peraturan saman tersebut sekiranya diberi peluang memerintah negara menerusi pilihan raya umum akan datang.

"Kita isytihar malam ini, kalau Pakatan Rakyat perintah (negara), saman ekor kita hapus. Itu jaminan kita kalau kita perintah," katanya.

Beliau menegaskan demikian di dalam ucapannya pada sesi ceramah sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat – PAS Ganti Umno (HKR-PGU) Zon Besut - Setiu di Dataran PGU, di Jertih, malam tadi.

Perhimpunan selama dua hari bermula Jumaat itu merupakan siri kedua program seumpamanya dianjurkan Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu.

Siri pertama telah diadakan pada pertengahan Januari lalu di Dataran Tok Guru, Geliga, Kemaman.

Ceramah malam tadi merupakan acara kemuncak perhimpunan. Selain Abdul Hadi, turut menyampaikan ceramah mereka ialah Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali, Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu, Datuk Abu Bakar Chik.

Menurut Abdul Hadi, kesemua parti dalam Pakatan Rakyat berkongsi pendirian mengenai berbagai perkara membabitkan kepentingan rakyat, termasuk soal saman ekor.

"Kita tahu rakyat tidak setuju (pelaksanaan) saman ekor dan PAS memang tidak setuju. DAP tak setuju, Keadilan (PKR) tak setuju. Yang setuju hanyalah Umno Barisan Nasional," ujarnya.

Beliau malah secara sinis menganggap pelaksanaan sistem saman ekor itu sebagai bukti BN benar-benar menghayati slogan "Rakyat Didahulukan".

Katanya, BN mendahulukan rakyat untuk merasai beban menampung kekurangan kewangan negara apabila terpaksa berbelanja lebih untuk melunaskan saman ekor itu.

Memahami tekanan hidup rakyat yang semakin meningkat, maka PAS dan Pakatan Rakyat juga katanya akan mengkaji semula harga runcit minyak. Langkah itu diyakini akan turut menghalang kenaikan berterusan harga barangan keperluan harian lain.

"Kita janjikan Negara Berkebajikan. Kita serius menjaga dan membela kebajikan rakyat. Ini bukan janji saja, kita akan buat insya Allah," tegasnya.

Harakahdaily/-

Pendirian Nik Aziz : Jawapan Terhadap NST

Posted: 19 Mar 2011 08:22 PM PDT

15 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -
Oleh : Ahmad Fadhli bin Shaari




Saya merujuk kepada artikel yang tersiar di muka 10, akhbar New Straits Time bertarikh 19 Mac 2011 yang bertajuk Nik Aziz's Outlandish Edicts (Fatwa Pelik Nik Aziz). Saya kira penulis artikel tersebut Azmi Anshar berniat jahat dengan tujuan menjatuhkan kredibiliti al-Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan sewaktu menulis artikel yang sebahagian besarnya mengandungi unsur-unsur prejudis terhadap Dato' Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.

Dari para pertama lagi, penulis menampakkan kedangkalannya apabila menyentuh berkenaan dengan gesaan YAB Tuan Guru supaya wanita Kelantan berpakaian sopan dan menutup aurat. Penulis menyifatkan gesaan ini sebagai seemingly denuded women of their long-held rights to dress, appear and behave as they always had in Malaysia (kelihatan menafikan hak wanita selama ini yang bebas untuk berpakaian, muncul di khalayak dan menampilkan diri sebagaimana kebiasaan wanita di Malaysia). Hairan sekali, apabila seorang penulis yang namanya mencerminkan dirinya sebagai seorang muslim boleh mempertikaikan apa yang disebut oleh Menteri Besar Kelantan itu. Sedarkah penulis, bahawa pakaian menutup aurat bukannya difardhukan oleh Nik Aziz, apa lagi Muhammad SAW, bahkan ia merupakan kefardhuan daripada Allah SWT. Tidak malukah penulis sebagai seorang muslim mempertikaikan kata-kata Menteri Besar Kelantan itu dalam keadaan dirinya masih merupakan seorang yang bersyahadah ; bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu Rasulullah?

Perlu diingatkan, bermula tahun 1990, Tuan Guru Nik Abdul Aziz hanya menyebut isu aurat sebagai satu teguran kepada rakyat dan juga kakitangan wanita yang bekerja, tidak pernah ada satu tangkapan yang dibuat terhadap mereka yang tidak menutup aurat sehinggalah pada tahun 2005, barulah diperkenalkan kod berpakaian dan dikenakan denda kepada mereka yang melanggarnya. Adakah ini merupakan satu perkara yang pelik sehingga dianggap fatwa pelik oleh Azmi Anshar?

Sedarkah Azmi bahawa di Amerika Syarikat sendiri pada hari ini, fesyen berseluar londeh dan mendedahkan pakaian dalam juga telah dilarang demi memastikan keamanan dan ketenteraman awam. Tidakkah itu juga merupakan satu fatwa pelik? Atau Azmi Anshar ingin berkata bahawa PAS juga wujud di Amerika? (sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0830&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_08.htm) Demikian juga di China, pakaian seksi sehingga menggangu mata orang lain juga turut dilarang di atas alasan menjaga ketenteraman awam. (sumber : http://news.bbc.co.uk/2/hi/asia-pacific/3621864.stm) Apa jawapan Azmi Anshar terhadap langkah kedua-dua negara ini?

Artikel ini juga bagi saya penuh fitnah terhadap dasar Membangun Bersama Islam yang diperkenalkan di Kelantan. Seolah-olah kerana dasar inilah wanita di Kelantan ditindas. Barangkali Azmi Anshar ini seorang penghuni gua yang baru keluar melihat cahaya. Sedarkah beliau bahawa di Kelantanlah, golongan wanita dibela dengan pelbagai dasar kebajikan yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri. Di sini terdapat skim perlindungan kepada armalah, cuti wanita bersalin selama 60 hari, penggalakan wanita yang bekerja di kilang-kilang agar diberikan shif bekerja pada waktu siang sahaja, perlantikan Senator daripada kalangan wanita dan juga perlantikan penghulu khas untuk golongan wanita. Semuanya ini merupakan cetusan perubahan yang dimulakan oleh kerajaan yang menindas wanita seperti yang digambarkan oleh penulis Azmi Anshar. Dan jangan lupa, di saat cuti dua hari seminggu yang dinikmati oleh kakitangan awam di seluruh negara pada hari ini termasuklah golongan wanita, ia bermula di negeri Kelantan yang mana Doctor In The House itu pernah melabelnya sebagai budaya pemalas!

Azmi Anshar juga mempertikaikan soal calon wanita yang bertanding mewakili PAS pada hari ini sebagai satu perubahan terhadap fatwa pelik Nik Aziz. Kasihan sungguh apabila beliau tidur selama dua dekad sehingga gagal untuk melihat punca wanita tidak digalakkan bertanding sekitar tahun 1970an – 1990an. Sedarkah Azmi Anshar, parti yang pertama meletakkan calon wanita ialah PAS melalui calonnya Khatijah Sidek yang bertanding di kerusi Dungun, Terengganu pada tahun 1955. Pada waktu itu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz masih berada di luar negara dan masih belum mengeluarkan pandangannya (atau dalam istilah Azmi Anshar sebagai fatwa pelik).

Apa yang menyebabkan golongan wanita agak terkebelakang satu ketika dahulu ialah kerana permainan politik kasar UMNO yang menggunakan politik ala samseng dengan pemuda tahan lasaknya dan lain-lain. Senario ini meletakkan ahli politik terutama dari pembangkang seperti PAS dalam keadaan bahaya dan ini tidak sesuai untuk dipikul oleh golongan wanita. Lupakah kita kepada tragedi yang berlaku kepada Allahyarham Abdul Samad Gul, ahli parlimen PAS yang mati dibunuh satu ketika dahulu? Lupakah kita kepada insiden-insiden berdarah yang menimpa penceramah-penceramah PAS satu ketika dahulu? Hari ini, senario tersebut beransur reda dan wanita dibenarkan kembali untuk berada di pentas politik ekoran keselamatannya yang sudah agak terjamin berbanding sebelum ini. Azmi Anshar perlu sedar, polisi tersebut bukannya satu fatwa, tetapi pendirian sementara mengikut senario semasa. Sepatutnya Azmi Anshar lebih fokus kepada agama yang diperalatkan oleh UMNO yang hanya bersifat sementara. Islam Hadhari sebagai contoh, di longkang mana ia dicampakkan pada hari ini setelah ia dijulang bagaikan ratib wajib satu ketika dahulu?

Melabelkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai anti wanita ialah satu tuduhan songsang yang sangat tersasar. Jangan dilupa cadangan Tuan Guru agar diberikan peluang kepada Muslimat PAS menjawat jawatan sebagai Naib Presiden PAS beberapa tahun yang lampau. Bolehkah UMNO membuka pintunya seluas itu? Tentu sekali tidak, kerana jawatan dalam parti UMNO umpama lubuk yang boleh menjanjikan seribu satu projek dan tender.

Azmi Anshar tidak berjaya membuktikan apa-apa melalui tulisannya, hanya sekadar memenuhi separuh muka surat akhbar NST dengan satu tulisan sampah yang tidak mempunyai apa-apa nilai. Sekian.

*Penulis ialah Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan.

Rumah tangga bukan restoran

Posted: 19 Mar 2011 02:53 AM PDT

14 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -
Ahmad Baei Jaafar

Mengupas tajuk ini, mari kita bayangkan sejenak bagaimana operasi sebuah restoran. Dan bayangkan kita sekarang baru masuk ke dalamnya. Tentu selepas dipersilakan masuk dan duduk pelayan restoran itu bertanya, "nak minum apa?" Nak makan apa?"

Tetapi ada juga restoran yang kurang peka kerana tidak cukup pekerja, lalu pelanggan yang terpaksa bertanya dan membuat tempahan sendiri, "Minta teh tarik satu, roti canai dua biji."

Antara dua keadaan ini tentu kita lebih suka kepada restoran pertama dan kurang berminat dengan layanan restoran kedua. Kenapa? Yalah sebagai pelanggan seseorang itu suka dilayan mesra. Sebab itu bagi sesetengah orang sebelum memilih restoran dia akan mengenal pasti cara layanan pelayan restoran tersebut terhadap pelanggannya.

Begitulah dua keadaan di restoran yang terdapat di negera ini. Maka wajarkah rumah anda seperti dua restoran di atas? Kalau jawapan anda tidak wajar, maka bagaimana anda harus jadikan rumah anda? Tetapi kalau anda kata apa salahnya jadi restoran, maka itulah yang kita nak bincang pada hari ini?

Apabila saya katakan rumah anda bukan seperti restoran bermakna segala ciri-ciri restoran seperti yang dinyatakan di atas tidak wajar ada dalam rumah tangga. Kalau begitu dalam rumah tangga tidak wajar berlaku dua perkara berikut:

1. Isteri jangan bertanya suami "nak makan apa, nak minum air apa"
2. Jangan pula biarkan suami memesan makanan

Ingatlah wahai isteri, anda bukan pelayan dan suami bukan pelanggan anda. Jadi, letakkan tempat suami pada kedudukan suami dan isteri di tempat isteri. Selagi perkara ini berada dalam fikiran dan tindakan anda, pasti suami anda cukup berpuas hati dengan anda.

Bagi merealisasikan semua ini saya senaraikan apa yang patut anda lakukan terhadap suami anda:

1. Sambutlah suami di hadapan pintu ketika pulang rumah walaupun dia ada kunci pendua. Untuk itu, pakaian anda perlulah cantik lagi menyegarkan.

2. Persilakan dia duduk di tempat yang tersedia dalam rumah itu.

3. Hulurkan air mineral atau air suam bagi menyegarkan tekak dan hatinya.

4. Kalau nampak dia leteh, picit badannya.

5. Sediakan taula dan berikan kepadanya untuk dia mandi sebelum solat Maghrib

6. Sediakan makan malam. Isteri perlu tahu apa yang suami suka makan melalui kajian dan penyelidikan.

7. Sediakan tempat tidur yang selesa sebelum suami berhajat hendak tidur.

Inilah rutin yang harus dilakukan oleh isteri sepanjang hayatnya bersama suami. Tapi ingat, anda isteri bukan sebagai pelayan restoran. Jadi, jangan swastakan semua itu kepada orang gaji kerana hakikat suami sukakan bermanjaan dengan wanita. Maka kalau tiada isteri ketika itu pasti dia mahu bermanja dengan orang gaji pula.

Dalam hal ini suka saya ingatkan para isteri, suami anda akan cukup kecewa kalau kepulangannya dari tempat kerja, ditanya, "bang nak makan?" "abang nak mandi?" "abang nak tidur? Lebih kecewa lagi kalau anda menyuruhnya, "bang pergilah mandi", "bang makanlah dulu."

Kenapa dia kecewa? Yalah sudah lama hidup masih tidak tahu kehendak suami. Ketahuilah wahai isteri, jika suami sudah mula meminta sesuatu untuk anda lakukan, "yang buatkan air," "yang mana makananni," "yang bila nak tidur," sedarlah itu tandanya suami anda sudah hilang rasa cinta kepada anda. Namun dia masih boleh bersabar.

Jadi, rumah bukan restoran mengajak para isteri bertindak membetulkan keadaan dengan memberi perhatian kepada suami tanpa dia meminta. Percayalah kalau anda boleh lakukan semua panduan ini, suami anda tidak ada masa dan berkeinginan untuk mencari wanita lain dalam hidupnya.

Sukarkah melayu untuk mengundi selain UMNO?

Posted: 19 Mar 2011 02:44 AM PDT

14 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -
Muhammad Nuruddin Bashah

Susah sangatkah kaum melayu untuk menerima PAS? Sebenarnya bukan hanya PAS yang ditolak kerana jika menolak PAS bermakna terlalu ramai kaum melayu boleh dianggap menolak perjuangan Islam yang di bawa PAS. Sebenarnya sindrom yang berakar umbi dalam sosio kehidupan melayu ialah sindrom penolakan terhadap pembangkang selain BN malah mungkin menganggap malaysia adalah negara uni-parti seperti sesetengah negara arab diktator. Mereka menganggap pembangkang sebagai musuh dan bukannya pengimbangtara dalam sebuah sistem demokrasi berparlimen yang sihat. Rata-rata kaum melayu masih belum tergamak memilih pembangkang malah menganggap pembangkang adalah parti-parti yang dicipta oleh penjajah untuk mencabar UMNO iaitu penyelamat mereka.

Jika ditinjau daripada kekalahan dua pilihanraya kawasan majoriti Melayu, jelas kaum melayu masih sukar menyambut sebarang pembangkang ke kawasan tertentu mereka. Merlimau yang terletak di Melaka, merupakan sebuah kubu kuat UMNO, seperti juga kawasan kawasan lain di Melaka. Di sini BN telah mampu memperolehi 5,962 undi iaitu 71.8% daripada keseluruhan undi, berbanding dengan 63.8% yang diperolehi dalam PRU tahun 2008, iaitu peningkatan sejumlah 8%. Peningkatan melebihi 8% undi Melayu dan India. Bagi DUN Kerdau Bilangan 5,060 undi yang diperolehi merupakan 68.4% keseluruhan undi, berbanding dengan 62.1% yang dicapai dalam PRU 2008. Ini adalah satu peningkatan 6.3% dalam tempoh tersebut. Keputusan ini menunjukkan undi Melayu dan India telah meningkat keparas yang amat tinggi untuk BN di Kerdau.

Menurut Pengarah Merdeka Center, Ibrahim Sufian, kejayaan Umno-BN di Merlimau dan Kerdau, dengan majoriti lebih besar menunjukkan pengundi Melayu masih memihak BN. PAS da Pakatan Rakyat masih gagal mengubah melayu yang masih memiliki perasaan terima kasih kepada kerajaan yang masih sangat tebal.

Jika alasan ia hanya pilihanraya kecil maka biarkan sahaja mengundi UMNO ia jelas bukan alasan yang kritis atau bijak. Malah faktor material yang mampu meragut sokongan untuk menyokong UMNO dan BN mampu memberi imej buruk kepada bangsa melayu yang dianggap rendah tahap artikulasi dan pegangan politik mereka. Sampai bilakan faktor materialistik, kebendaan, janji projek dan projek mi segera terus menacing kaum Melayu? Miskin sangatkah melayu sehingga terlalu tagihkan talian hayat UMNO? Pilihanraya kecil atau pilihanraya umum, kaum melayu perlu tegar dengan itikad dan pegangan. Jika pernah menolak BN dalam pilihanraya umum atas banyak isu yang telah dimaklumi kenapa pula pilihanraya kecil sanggup menyokong UMNO atas alasan projek dan bantuan BN?

Kini 5 kawasan pilihanraya kecil yang terakhir, iaitu Bagan Pinang, Galas, Tenang, Merlimau dan Kerdau menunjukkan ada peningkatan sokongan undi Melayu kepada BN sebanyak 11% dan peningkatan undi India melebihi 33% berbanding Pilihanraya tahun 2008.

Sebelum ini PRU 12 menunjukkan bahawa PAS masih gagal mendapat undi kaum melayu sebanyak 40%.

Menurut Kajian Ilham Centre, berbanding sokongan terhadap PR pada tahun 2004 ke tahun 2008, sokongan kaum Cina terhadap PR meningkat daripada 27.6% kepada 91.7%. Kaum India adalah terendah iaitu hanya meningkat daripada 37.8% kepada 48%. Manakala kaum melayu masih kalah kepada kaum Cina hanya berganjak daripada 43.6% kepada 61.9% sahaja.

Ilham Center juga menyatakan bahawa kaum Cina semakin berani menyatakan kehendak etnik kepada bentuk protes undi pilihanraya, malah meninggalkan politik pemusatan kaum etnik) kepada pemusatan isu dan keperluan mereka.

Dr Abu hassan Hasbullah menyatakan Melayu masih keliru antara fakta, kenyataan dan stigma lapuk bahawa hanya UMNO majukan negara dan mampu selamatkan melayu sehingga menangkan BN dalam PRK Merlimau dan Kerdau. Dalam masa yang sama Dr Hassan masih meninggalkan 'assignment' kepada petugas PAS untuk terus membina imej yang lebih progresif, pragmatik, segar, dinamik serta terbilang di klangan masyarakat jika ingin terus memburu undi kaum melayu sendiri.

Dalam masa yang sama ahli PAS tidak wajar mengabaikan saranan Almarhum ustaz fadzil Nor yang menggesa pas memperkasakan cawangan parti yang dianggap sebagai wakil atau duta sebenar PAS. Di Perak, masih ada beberapa UPU-UPU yang tidak didokongi oleh organisasi cawangan yang kuat. Masyarakat memerlukan petugas PAS yang manusiawi, politikawan, karismatik dalam penyelesaian masalah, diterima oleh masyarakat, menepati masa dan janji, menghargai jemputan sesiapa sahaja, tidak bersifat seperti hakim atau hanya pandai menghukum, malah masyarakat memerluka petugas PAS yang cakap serupa bikin.

Masyarakat Melayu perlu disedarkan bahawa kehadiran PAS dicelahan sosiologi melayu bukanlah baru malah telah wujud awal sebelum kehadiran UMNO atas nama HIzbul Muslimin. PAS cukup arif kehendak dan keperluan Melayu dan PAS bukanlah makhluk asing yang perlu dipinggir masyarakat seolah-olah negara ini politiknya uni parti.

Dalam kertas kerja yang dibentang dalam Konvensyen Pengupayaan bangsa 19 Feb 2011, (m/k 20) PAS menyatakan 3 persoalan besar yang menjadi obligasi besar PAS sama ada semasa bersendirian atau bersama Pakatan Rakyat iaitu kedudukan politik kaum melayu, kedudukan islam dan kedudukan ekonomi melayu. PAS akan terus mempertahankan kedaulatan Raja-raja Melayu dan kepentingan bangsa Melayu dan Bumiputera seperti yang telah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

PAS akan tetap konsisten untuk menghayati Islam sebagai satu cara hidup sesuai dengan kerangka perlembagaan Malaysia sebagai teras terpenting usaha mengupayakan Melayu serta akan sentiasa memastikan seluruh kegiatan pembangunan bangsa Melayu berkiblatkan akhirat demi mencapai keredhaan Allah dan bukannya perhambaan kepada projek dan wang. PAS tetap mengutamakan perjuangan untuk membela nasib rakyat terpinggir dan berpendapat rendah yang sebahagian besarnya adalah kaum Melayu dan Bumiputera selagi mana berlandaskan kepada keadlan Islam tanpa mengira fahaman da latar belakang.

Pakatan Rakyat bersama PAS juga menegaskan untuk mempertahankan beberapa peruntukan perlembagaan yang melindungi kaum melayu dan bumiputera serta kedudukan Islam dan bahasa Melayu di Malaysia.

Pembentangan Presiden TERAS ( dalam Konvensyen Pengupayaan Bangsa) juga menyatakan budaya kebergantungan kaum Melayu terhadap agensi kerajaan dan kepada kerajaan menyebabkan pengupayaan kaum melayu masih meleset. Malah ia juga mengundang khurafat bahawa hanya UMNO tempat bergantung kaum melayu dan hanya UMNO boleh menyelamatkan melayu. Gejala intervensi politik yang melampau kepada kaum melayu, fungsi agensi perlaksana yang korup juga menyebabkan melayu terus bergantung kepada kerajaan yang sedia ada serta tidak mahu berubah sekaligus melupakan beberapa agenda lebih besar (isu lebih besar seperti rasuah dan masa depan Negara)

Kaum melayu perlu memugar minda untuk berubah jika ingin maju dan ke hadapan. Jika dirujuk Buku Taklimat Isu Penerangan (Siri Kedua) yang diadakan pada 12 Mac 2011 di Shah Alam, kaum melayu menjadi lemah dan hilang jatibangsa disebabkan oleh beberapa perkara pokok iaitu;

· Tidak lagi menghayati nilai syariah Islam sebagai cara hidup.

· Agensi kerajaan untu melayu dimanipulasi untuk menindas melayu dan menjahilkan melayu seperti Felda Plantation.

· Melayu rela mengamalkan UMNOputera bukannya konsep Bumiputera tanpa mengira aliran politik.

· Melayu mudah salahkan DAP dengan melupakan kesilapan dan sikap MCA dan Gerakan terhadap kaum Melayu.

· Kaum melayu masih enak hidup bernaungkan sistem rasuah baik dari akar umbi hingga ke kabinet.

Sempena Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal ke-4 Parlimen ke-12 2011, Yang Dipertuan Agong telah bertitah agar rakyat negara ini tidak bermain dengan api perkauman. Mesej ini adalah isyarat agar UMNO tidak semberono memborong isu ketuanan melayu semata-mata rakus mengaut undi melayu sehingga melayu sendiri jahil makna sebenar ketuanan melayu. Jika anda membaca novel Animal Farm tulisan George Orwell (1945) anda akan membaca watak seekor babi yang memerintah sekumpulan haiwan dalam ladang untuk berjuang atas dasar 'kehaiwanan' sehingga mengguling kuasa peladang sekeluarga (manusia). Akhirnya si babi menjadi diktator dan menindas haiwan lain atas alasan kaum mereka yang bermatian memerdekakan haiwan lain di ladang itu maka selayaknyalah babi menajdi raja dan menjaga ketuanan haiwan tersebut. Adakah novel ini memiliki isyarat yang sama dengan kempen-kempen UMNO?

Melayu selalu mudah menerima pujukan UMNO untuk menolak parti selain UMNO atas banyak alasan yang diadakan seolah-olah parti lain adalah musuh negara. Jelasnya Melayu lupa bahawa kaum 'melayu' yang dianggap penjaga ketamadunan dan adi kuasa ketuanan melayu itu yang banyak mengaut keuntungan di atas kedunguan mereka sendiri. Prof Hassan Ahmad dalam majalah Dewan Masyarakat Oktober 2010 adalah menyatakan "

Orang Melayu tidak boleh menyalahkan kaum lain. Yang salah adalah orang melayu itu sendiri. Diberikan kuasa, kuasa itu tidak digunakan dengan sebaik-baiknya, seadil-adilnya menurut PRINSIP ISLAM. Diberikan kemudahan dan projek, kemudaha itu digadai atau dijual kepada orang lain untuk kepentingan peribadi, tidak digunakan untuk kepentingan bangsa dan negara"

Malah beliau juga menyatakan bahawa sumber tamadun melayu yang paling asasi dan utama iaitulah ISLAM dan BAHASA MELAYU kini kian terhakis akibat salah laku pemimpin melayu sendiri. Bahasa Melayu dipinggirkan, tulisan jawi dihakis hingga pupus malah Islam juga tidak menjadi intipati persidangan pemimpin melayu yang memerintah.

Di kampung-kampung Melayu rata-rata menganggap bahawa Pakatan Rakyat adalah parti yang menghakis kuasa politik mereka. Malah khabarnya Pakatan Rakyat kurang meletak calon Melayu dalam pilihanraya seluruh negara. Ini suatu pembohongan yang diterima oleh kaum melayu. Perhatikan, dalam PRU 2008 pembangkang menguasai 38.3% kerusi di Dewan Rakyat. Wakil rakyat Melayu didalam pembangkang melonjak kepada 51.8%. Wakil rakyat Bukan Melayu didalam Pembangkang pula ialah 48.2% sahaja. Dalam PRU 2008 juga wakil rakyat BN Melayu adalah 62.8%. Wakil Rakyat BN Bukan Melayu pula 37.2%.

Baik Pakatan Rakyat mahupun BN, pemilihan wakil ke Parlimen adalah berdasarkan komposisi kaum. Tiada isu bahawa Pakatan Rakyat mengenepi kaum Melayu.

Kaum Melayu perlu berani berubah jika ingin melihat senario politik dibaiki dari pelbagai aspek seperti Indeks rasuah dan korupsi negara, Indeks pembangunan insan malaysia yang merosot, Kadar jenayah meningkat saban tahun, perbelanjaan boros pemimpin negara ke luar negara da projek-projek boros, Bahasa Melayu yang kian pupus penggunaannya (papan iklan, mahkamah, filem, bahasa pemimpin), Mahkamah yang masih dikuasi oleh ahli politik, serta kadar kemiskinan melayu yang masih tertinggi.

Kaum melayu sering tertipu dengan dakyah UMNO bahawa PAS wajib ditolak kerana dasar pragmatik PAS menyebabkan PAS tergamak 'berkawan' dengan DAP. Perlu ditanya kepada golongan UMNO yang berkempen sedemikian adakah mereka memilih PAS sebelum PAS berkawan dengan DAP? Semestinya tidak kerana kempen sekadar mencari alasan agar melayu terus menidakkan pembangkang dan anti demokrasi malti parti.

Melayu sering dan kerap lupa bahawa MCA juga parti perkauman Cina yang telah lama berkawan rapat sekapal dengan UMNO. Bayangkan menurut Amaluddin darus dalam bukunya Serbasalah Melayu di Malaysia bahawa MCA Selangor pernah mengeluar resolusi bahawa kaum melayu adalah pendatang di tanah Melayu kerana kecewa dengan isu DEB yang menyebabkan kerusi mereka banyak hilang ke tangan DAP pada tahun 1986 dahulu. Ini bukan hujah perkauman tetapi Melayu layak dan wajar untuk merenung sejenak apa di tepi kain mereka sendiri. Mereka ingin mendokong negara demokrasi berparlimen tetapi masih tegar pertahankan stigma fikir anti pembangkang dan politik malti parti.

Jika dasar tahaluf siasi atas nama Pakatan rakyat yang disertai oleh PAS dianggap suatu dasar pragmatik yang mencarik perjuangan asal PAS, bagaimana pula suatu ketika dahulu Melayu menilai dasar UMNO untuk melebarkan sayap ke Sabah yang sebelumnya ingin dibiarkan sahaja kepada USNO? Kemudian dasar UMNO menerima bumiputera bukan Islam sebagai ahli seperti kaum Siam dan sebagainya akibat semakin terdesak dengan kejayaan PBS di sana. Maka terpampanglah di dada akhbar Berita Harian 16 Feb 1987 UMNO ke Sabah : Ahli Beragama Islam masih majoriti, disebabkan takut Melayu Islam menolak UMNO kerana dasar pragmatiknya. Adakah UMNO cerita kisah-kisah ini kepada melayu hari ini?

Dasar perkauman tidak akan ke mana malah parti-parti perkauman di Timur Tengah telah bungkus. Fahaman sosialis ala arab seperti Baath' juga kini kian terhakis daripada persada pemilihan rakyat mereka sendiri. Nasionalisme terlampau yang dipupuk British kini mulai ditinggalkan oleh umat Arab yang kian sedar bangsa mereka terpecah kepada banyak negara kecil yang tidak bersepadu disebabkan bahana assobiyyah dan nasionalisme melampau.

*Muhammad Nuruddin Bashah merupakan Ketua Penerangan DPPK Gopeng

Pemuda Pas Perak Prihatin Mangsa Tsunami di Jepun

Posted: 19 Mar 2011 02:32 AM PDT


14 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

Ipoh, 18 Mac 2011 - Dewan Pemuda Pas Perak telah melancarkan kutipan derma kilat untuk membantu mangsa bencana Tsunami di Jepun sebaik sahaja selesai mesyuarat exconya malam ini. Pelancaran derma ini telah disempurnakan oleh Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri Perak, Ustaz Zawawi Hasan dengan kerjasama Pengerusi Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda Pas Pusat, Dr Raja Ahmad Al-Hiss dan mendapat sambutan daripada Badan Bukan Kerajaan (NGO) Perak Care yang dipengerusikan oleh saudara Salman Saleh.

Dewan Pemuda Pas Perak mengambil pendirian untuk menghulurkan bantuan sebagai tanda simpati dan prihatin kepada mangsa bencana Tsunami yang berlaku akibat gempa berskala ritcher 9.0 baru-baru ini. Tragedi itu telah mengakibatkan kehilangan ribuan nyawa dan ratusan ribu penduduk Jepun terpaksa berpindah keluar daripada rumah kediaman masing-masing. Kejadian itu juga telah menyebabkan kebimbangan rakyat dunia kerana beberapa loji nuklear meletup dan dibimbangi menyebarkan radiasi. Sehingga kini, tiada rakyat Malaysia yang terjejas akibat kejadian tersebut

Undur selepas pilihan raya, ulang Taib

Posted: 19 Mar 2011 02:22 AM PDT

14 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud sekali lagi memberitahu bahawa beliau akan melepaskan jawatannya selepas pilihan raya DUN Sarawak yang mesti dilakukan sebelum Julai ini.

Taib - yang sudah 30 tahun berkuasa di negeri itu - berkata, beliau akan memastikan BN menang dalam pilihan raya kali ini dan memastikan peralihan kuasa dibuat sebelum meletakkan jawatan.

Ini merupakan kali ketiga Taib mengeluarkan kenyataan sebegitu selepas berkata yang sama di Mukah dan Betong awal tahun ini.

Kemungkinan untuk beliau bersara semakin dekat, akuinya.

Taib yang memimpin Sarawak sejak 1981 berkata, masa itu akan tiba apabila orang yang didiknya boleh membentuk pasukan untuk berkhidmat kepada negara dan pelbagai bangsa

DUN belum bubar, PM sudah umum peruntukan lebih RM250 juta untuk Serian, Tebedu

Posted: 19 Mar 2011 02:13 AM PDT

14 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

SERIAN: Dalam keadaan hangat diperkatakan bilakah DUN Sarawak akan dibubarkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, lebih awal pada hari ini mengumumkan peruntukan berjumlah RM252.85 juta untuk pelbagai projek rakyat di kawasan Serian dan Tebedu.

Beliau berkata, peruntukan itu bagi bekalan air bersih luar bandar untuk 2,910 rumah di Tebedu membabitkan peruntukan sebanyak RM105 juta dan untuk 4,409 rumah di Serian sebanyak RM116.5 juta.

Sementara RM13.39 juta pula untuk projek bekalan elektrik di Serian yang membabitkan 408 rumah, selain peruntukan RM12.5 juta untuk projek klinik kesihatan di Pedawan dan RM120,000 untuk pembelian pendingin hawa untuk Dewan Masyarakat Serian.

Dalam perkembangan berkaitan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, mengumumkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan dibubarkan Isnin ini dan beliau akan bertanding pada pilihan raya negeri yang akan diadakan.

DUN Sarawak bubar isnin ini.

Posted: 19 Mar 2011 02:04 AM PDT

14 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUCHING: Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, mengumumkan Dewan Undangan Negeri(DUN) Sarawak akan dibubarkan Isnin ini dan beliau akan bertanding pada pilihan raya negeri yang akan diadakan.

Beliau mengumumkan demikian pada sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, selepas mengiring Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang berlepas pulang selepas lawatan sehari ke Sarawak sebentar tadi.

Abdul Taib berkata, beliau sudah menemui Yang di-Pertua Negeri, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng, untuk memaklumkan perkara itu

Salam Perjuangan

Posted: 19 Mar 2011 11:20 PM PDT

Salam Perjuangan


HUKUM ALLAH DIPERSENDA

Posted: 19 Mar 2011 10:12 PM PDT

TERKINI : AS, BRITAIN SERANG LIBYA

Posted: 19 Mar 2011 05:30 PM PDT

Tiada ulasan:

Pengikut