Program padat ketua menteri kuatkan spekulasi pilihan raya
KUCHING : Bayangan mengenai tarikh Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-10 semakin ketara dan sumber memberitahu bahawa Dewan Undangan Negeri (DUN) kemungkinan dibubarkan sebelum akhir bulan ini.
Berdasarkan senario ini, pengundian mungkin diadakan pertengahan April dan penamaan calon sebelum itu. Jika menjadi kenyataan, bermakna pilihan raya negeri kali ini diadakan tiga bulan sebelum tamat tempoh DUN Sarawak berakhir, pada 24 Julai ini.
Berdasarkan perkembangan terkini, termasuk program Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang sangat padat ketika ini, spekulasi pilihan raya diadakan dalam bulan April semakin bertiup kencang.
Tarikh akhir Program Sejiwa Senada, acara yang dikatakan menjadi petunjuk kepada tarikh pilihan raya negeri Sarawak kali ini, juga menguatkan lagi spekulasi bahawa pilihan raya negeri kemungkinan akan diadakan pada pertengahan bulan depan.
Program tiga hari di setiap lokasi itu akan berakhir pada 3 April di kawasan Kuching Utara, selepas Kuching Selatan yang dijadual mengadakannya pada 25 hingga 27 Mac.
Sumber memberitahu Berita Harian, besar kemungkinan Abdul Taib akan mengumumkan pembubaran DUN pada bila-bila masa, sebelum atau selepas lawatan serentak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ke Kuching pada 19 Mac ini.
Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Sarawak, Datuk Takun Sunggah, yang dihubungi berkata, pihaknya sudah bersedia menghadapi pilihan raya dan hanya menunggu pembubaran DUN.
"Kita tidak tahu bila pilihan raya kerana masih menunggu Ketua Menteri membubarkan DUN. SPR hanya akan menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian selepas DUN dibubarkan," katanya.
Setakat ini, kata beliau, kesemua 71 pegawai pengurus pilihan raya (RO) dan 159 penolong pegawai pengurus pilihan raya (ARO) yang sudah dilantik untuk mengurus proses pilihan raya negeri Sarawak sudah diberikan taklimat oleh SPR.
"Kursus pilihan raya bagi 21,000 petugas pilihan raya di seluruh Sarawak akan diadakan mulai 21 Mac hingga 29 Mac ini," katanya.
SPR memperuntukkan RM45 juta bagi mengendalikan pilihan raya Sarawak kali ini berbanding RM30 juta pada 2006.
SPR juga sudah mengenal pasti 1,740 pusat mengundi serta 2,561 saluran mengundi untuk pilihan raya negeri kali ini, dari segi logistik sebanyak 24 helikopter, 63 bot laju, 919 perahu panjang dan 4,124 kenderaan pacuan empat roda, antara yang akan digunakan.
Pantun untuk rakyat Malaysia, dibaca di PUTIK , 12 Mac 2011 :
SAMAN EKOR BERULANG LAGI KERAJAAN UNTUNG RAKYAT RUGI DAPAT WANG BERGUNI-GUNI BOLEH DIGUNA MEMBELI UNDI
KUPON TUISYEN DIBAHAGI-BAHAGI DEKAT PILIHANRAYA DUIT DIBERI JUDI DILESEN DULU LAGI ISLAM HADHARI KINI TAK BERBUNYI
PENGKALAN TUDM SUNGAI BESI TANAH LUAS BERNILAI TINGGI UNTUK KRONI DIBERI FREE KHAZANAH NEGARA DIBAHAGI SAMA SENDIRI
BUKAN RAKYAT SENANG HATI HARGA BARANG NAIK SETIAP HARI BAWANG MINYAK TAMBANG LORI SURATKHABAR PUSING JADI LALI
KAPAL SELAM MAHAL SANGGUP DIBELI 500 JUTA BARU DUIT KOPI SIAPA TERIMA JADI MISTERI HANYA TERBONGKAR KALAU BN CABUT LARI
KAWAN DAP, MUFTI TAK BERI JUAL MELAYU, JUAL NEGERI BERTAUKEHKAN MCA SAMPAI MATI ITULAH AJARAN, ISLAM SEJATI
RAKYAT DITEMBAK ADA YANG MATI MAHKAMAH KITA LUCU DAN NGERI HAKIM LENA/MENGGIGIL DALAM POKET MENTERI ALTANTUYA KUGAN BENG HOCK AMINURASYID BIARLAH/TERUS DIINGATI
TOK GURU DIHINA DICACI MAKI ISLAM DIPERSENDA SETIAP HARI SURATKHABAR TV NYANYI LAGU BASI ASAL UMNO BERKUASA LAGI
PERDANA MENTERI DITIPU MENTERI SENDIRI ISTERI PERDANA MENTERI LAGI DIGERUNI SILAP HARIBULAN TERJUAL NEGERI BELAKANG TABIR SENDIRI MENGAKU FIRST LADY
PEMIMPIN MEWAH HARTA LUAR NEGERI ISYTIHAR HARTA SUDAH DICABARI SEMUA MEMBISU BUAT TAK RETI KERETA BERSUSUN HARTA BERPETI
SAMPAI KIAMAT TAK NAK BN DIGANTI UNDILAH BN UNDILAH DACING HIDUPLAH HIPOKRIRASI SUKANYA HATI HAMBA DUNIA ATAU HAMBA ILAHI?
HIDUP DI DUNIA DITUKAR GANTI HIDUP AKHIRAT KEKAL ABADI KALAU INSAF BANGUNLAH BERDIRI MENJUNJUNG ISLAM SELAMATKAN NEGERI
ADIL MAJU - PALING PENTING DIRIDHAI RABBUL JALIL DI AKHIRAT NANTI
Oleh : Ahmad Lutfi Othman Kekalahan "teruk" PAS di Kerdau dan Merlimau — dengan majoriti BN yang lebih besar — mengundang banyak kritikan. Saya kira, adalah baik sekiranya pemimpin PAS dapat meneliti setiap teguran yang dikemukakan bagi melakukan proses penambahbaikan. Tentunya dalam PAS sindrom penafian belum menjadi wabak sehingga segala pandangan berbeda diketepikan begitu sahaja Bukankah siri pilihan raya kecil selepas tsunami politik Mac 2008, sama ada mencatatkan kemenangan atau kekalahan, dapat menghimpunkan iktibar sekali gus mendorong pembaharuan dilakukan sebelum Parlimen dibubarkan nanti?
PRU13 dijangka merupakan "medan pertempuran" paling sengit bakal disaksikan sepanjang sejarah pilihan raya di negara kita. Buat pertama kali rakyat Malaysia benar-benar ada pilihan dan berpeluang untuk menukar kerajaan persekutuan. Justeru, semua parti politik begitu serius mengatur persiapan rapi daripada semua segi, selain bersedia mengambil manfaat daripada apa jua insiden, khususnya kelemahan yang tertonjol dalam pilihan raya kecil, bagi memastikan target tidak tersasar.
Umumnya, Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional kini masih dalam keadaan bertahan. Daripada 16 kali pilihan raya kecil, kedudukannya seri 8-8. Namun, yang lebih menarik perhatian umum adalah kawasan-kawasan yang menyaksikan peralihan kerusi. PAS dapat merebut satu kerusi Umno, Parlimen Kuala Terengganu tetapi hilang Dun Galas, manakala DAP mencipta sejarah di Sibu dan MIC berjaya merebut Hulu Selangor. Di Semenanjung, selepas BN meningkatkan undi di Bagan Pinang, parti yang menerima tamparan hebat pada Mac 2008 itu terus melonjak. Selain berjaya merampas kerusi KeADILan di Hulu Selangor, Umno menguasai semula Galas dan meningkatkan majoriti kemenangan di Tenang, Merlimau dan Kerdau.
Bagi PAS, kekalahan dengan kemerosotan undi di Melaka dan Pahang (sebelum itu Johor) perlu dibedah-siasat secara menyeluruh. Segala kealpaan atau kepincangan harus diakui bagi dirumuskan jalan keluar yang tepat dan berkesan. Reformasi masih sempat dilakukan jika didapati ia memerlukan berbuat demikian. (Sehebat mana pun sesebuah parti, ia masih terbuka kepada pembaharuan). Tiada hinanya mengaku kesilapan dan bersedia membuat pembaharuan daripada hanya berkeras menyalahkan pihak musuh.
Mungkin ia bukan lagi melibatkan perubahan dalam soal-soal taktikal dan penyelarasan jentera pilihan raya, tetapi juga membabitkan hal-hal lebih besar seperti penekanan, keutamaan dan pendekatan parti. Sebarang persepsi negatif tidak boleh dibiarkan biarpun ia mungkin nampak tidak berasas. Dan yang perlu dirombak atau diperbetulkan bukan sekadar berkaitan sesebuah parti yang bertanding, misalnya PAS dalam kes Kerdau dan Merlimau, tetapi juga parti-parti sekutu, seperti KeADILan dan DAP.
Bagi Pengarah Merdeka Center, Ibrahim Sufian, kejayaan Umno-BN di Merlimau dan Kerdau, dengan majoriti lebih besar memberikan signal jelas kepada Pakatan bahawa sesuatu perlu dilakukan untuk mengembalikan sokongan rakyat. Isu-isu yang memberi kelebihan kepada Pakatan dalam PRU12 mungkin tidak lagi memberi kesan kepada pengundi. Tambahnya, trend nasional menunjukkan pengundi Melayu masih memihak BN. Beliau turut menegur pendekatan PAS menangani beberapa isu lokal, termasuk berkaitan Felda. "Misalnya, bagaimana hendak mengatasi perasaan terima kasih kepada kerajaan yang masih sangat tebal?" ujarnya.
Dahulu, ketiga-tiga negeri di selatan yang menjadi gelanggang siri pilihan raya kecil terkini itu bukan dikira wilayah tradisi PAS (walaupun prestasi PAS di Pahang pada 1999 boleh dianggap membanggakan juga). Bagaimanapun selepas 2008, apabila Putrajaya dilihat turut terbuka untuk dikuasai Pakatan, maka setiap kerusi tidak boleh diremehkan. Di pihak Pakatan, sasaran bukan lagi menjadi pembangkang yang kuat di peringkat Dun, tetapi adalah mengambil alih teraju pemerintahan negeri-negeri berkenaan.
Tidak pelik apabila pemimpin BN sering mengingatkan agar setiap penggerak kempennya agar tidak memandang rendah kemampuan calon Pakatan meskipun melibatkan kerusi yang dahulunya tidak tergambar dapat dimenangi pihak lawan. Segala kekuatan dan sumber (tentunya daripada kerajaan) dikerah semaksimum mungkin. Sepanjang kempen, media, khususnya akhbar harian dan siaran berita TV, diperalatkan dengan begitu dahsyat. Lihatlah cara agresif Ali Rustam dan Adnan Yaakob berkempen. Mungkin komitmen mereka menemui pengundi jauh lebih besar berbanding sikap sebahagian pemimpin Pakatan sendiri.
Sementara itu, penganalisis politik, Dr Abu Hassan Hasbullah mendedahkan, kekalahan berturut-turut PAS itu juga menunjukkan wujudnya kelemahan dari aspek strategi, taktikal dan operasi politik apabila kepentingan-kepentingan demografi, geografi dan antropologi politik tidak diterjemahkan dengan sempurna sebaliknya kebergantungan terhadap kepercayaan dan amalan politik lama.
"PAS belum mampu memperbaiki imej dan strategi dengan mengukuhkan bentuk dan kandungan pembawaan politik yang lebih moden, lebih dinamik, lebih pragmatik tanpa bergantung secara total pada nilai-nilai ulama, sebaliknya mesti menjadi sebuah sistem dan organisasi yang memiliki kekuatan kedua-duanya iaitu ulamak dan profesional," tegasnya.
Seterusnya beliau menggesa PAS agar mempunyai strategi komunikasi dan rencana ekonomi, politik dan sosial yang benar-benar bersepadu dan terancang dalam membina kepercayaan, terutama di kalangan orang Melayu. "Kepercayaan ini tidak hanya boleh dibina dengan nilai-nilai perlawanan setiap masa, ada kala nilai-nilai progresif iaitu konstruktif perlu dibentuk juga. PAS perlu melihat sikap baru yakni menerima intelektualisme, profesionalisme, progresvisme sebagai bentuk dan kandungan politik maka barulah masyarakat akan lebih menerima dan yakin," tambah Dr Abu Hassan.
Kerdau dan Merlimau membabitkan dua Dun di kawasan majoriti Melayu ketika slogan "PAS Ganti Umno" mula dipopularkan. PAS pula pada akhir Februari lalu menggariskan 12 jaminan yang ditawarkan kepada orang Melayu. Di Tenang, PAS turut dilihat gagal menarik sokongan pengundi Melayu. Malah sebelumnya juga di kerusi majoriti Melayu, di Manek Urai, Kelantan, walaupun PAS bertahan tetapi majoritinya jauh merosot, daripada 1,352 undi kepada hanya 65.
Ramai pemerhati menjangkakan pengundi Cina masih meyakini Pakatan dalam PRU13 nanti. Mereka bimbang masyarakat India akan kembali kepada BN. Lebih kritikal adalah sikap pengundi Melayu. Jika mereka bertahan seperti tahun 2008, BN tetap mengekalkan kuasa, tetapi andai kata benar pengundi Melayu (apatah lagi jika membabitkan orang muda dan kelas menengah) mulai mempercayai Umno, Pakatan berada pada kedudukan berbahaya.
Apakah sebilangan besar pengundi Melayu masih sangsi dengan keupayaan, kemampuan dan keikhlasan PAS untuk membela dan mempertahankan hak Melayu, seperti sering ditohmahkan? Berkesankah propaganda media yang membayangkan PAS hanya alat kepada DAP dan mudah bertolak-ansur sehingga meleburkan prinsip perjuangan? Ataupun, pimpinan PAS dianggap tidak berketrampilan untuk sama-sama menerajui Pakatan bagi membentuk kerajaan persekutuan nanti?
Bagi sesetengah pemerhati politik, PAS yang mendapat manfaat besar daripada peralihan undi orang Melayu pada 1999 kini seolah-olah berada di persimpangan. Apakah ia terpaksa menukar strategi untuk menawan hati pengundi Melayu? "PAS tidak boleh dilihat panik mengubahsuai pendekatan politiknya, dibimbangi pengundi bukan Melayu curiga dengannya, tetapi orang Melayu pula, terutama di luar bandar, masih ragu-ragu memberi sokongan," kata seorang pensyarah IPTA. "Mesej pilihan raya kecil memang penting tetapi ia harus ditafsirkan seadanya sahaja," tambahnya.
Dalam pada itu, ada pemimpin PAS sendiri yang membuat teguran sinis: "Tak ramai wakil rakyat kita yang turun berkempen, apatah lagi untuk berkampung di sana, seperti dilakukan pemimpin tertinggi BN dan para menterinya. Ramai pemimpin PAS yang berkempen 'Touch-N-Go' saja, sekadar berceramah, tidak menyapa dan menyantuni rakyat secara dekat dan rapat, malah ada yang tak turun langsung. Hinggakan saya sendiri malu untuk bermunajat dengan Tuhan meminta pertolongan. Apakah kita sudah bekerja bersungguh-sungguh atau hanya mengharapkan Tuhan bekerja untuk kita?"
Blogger Nobisha, dalam analisisnya terhadap keputusan di Merlimau dan Kerdau menekankan: "Sejak mara bergaya dalam pilihan raya umum pada Mac 2008, parti-parti dalam Pakatan Rakyat telah melakukan banyak kesilapan. Malangnya, apabila ada pihak yang menegur, maka mereka dilabel sebagai pecacai Uumno atau BN. Akhirnya, ramai juga yang mengatakan, biarlah si luncai terjun dengan labu-labunya. Nak kritik tak boleh, nak tegur pun tak boleh. Semua orang yang menegur Pakatan Rakyat dianggap "jahat" dan mempunyai motif tersembunyi. Mungkin atas sebab itu jugalah, sesetengah bloggers pro-Pakatan Rakyat mendiamkan diri sewaktu PRK Merlimau dan Kerdau."
Beliau turut memuji sikap Pengerusi BN, Najib Razak, yang dilihat lebih reseptif kepada kritikan. Nobisha yang sering diundang dalam Analisis Awani, terutama pada malam keputusan pilihan raya kecil diumumkan, menulis: "Saya fikir "transformasi politik" yang disebutkan Najib adalah merupakan respon beliau kepada kritikan rakyat yang ingin melihat BN berubah. Kesediaan Najib untuk berubah adalah merupakan satu sikap yang cukup merendah diri. Bukan mudah untuk melihat pemimpin politik berkata, "saya sanggup berubah"."
Mungkin pandangan-pandangan yang dilemparkan itu tidak menggambarkan realiti sebenar, namun banyak manfaatnya jika kritikan berkenaan boleh diolah untuk kebaikan parti http://mindalutfi.blogspot.com/
Tengku Razaleigh Hamzah menggunakan peluang pada pelancaran sebuah buku di Ipoh, Perak, malam semalam bagi membuat kecaman ke atas buku memoir Tun Dr Mahathir Mohamad yang disifatkannya sebagai "menipu secara politik".
Dalam memuji "kejujuran intelektual" Professor Wang Gangwu yang dilahirkan di Surabaya tetapi dibesarkan di Ipoh semasa pelancaran buku bahasa Mandarinnya berjudul 'Junzi', Tengku Razaleigh berkata negara kini kekurangan kualiti dalam persekitaran politik.
"Ini adalah komoditi yang sukar diperolehi hari ini, khususnya dalam persekitaran politik yang dihadapi di Malaysia hari ini di mana menipu secara politik kian menular," katanya.
Kecaman Tengku Razaleigh yang juga ahli parlimen Gua Musang semakin pedas apabila beliau menyentuh buku memoir Mahathir 'A Doctor in the House', yang dilancarkan di Kuala Lumpur awal minggu ini.
"Menipu secara politik datang melalui media dan ada kalanya dengan menulis buku memoir. Satu daripadanya adalah yang terbaru dilancarkan dengan tajuk pseudo (awalan asing palsu), 'A Doctor in the House'.
tengku razaleigh speech 110310 02"Saya gunakan 'pseudo' kerana ia adalah tiruan tajuk daripada sebuah filem komedi British yang terkenal pada 1950an berdasarkan novel Richard Gordon. Mungkin ia disengajakan bagi mencerminkan lawak, selain menipu secara politik, kata Tengku Razaleigh secara sinis.
Menurutnya, dakwaan yang dilemparkan oleh Mahathir dalam buku tersebut ke atas dirinya bukan sesuatu perkara baru.
"Sekali lagi, saya dituduh mengheret parti (Umno) ke mahkamah. Saya juga didakwa terbabit dengan politik wang semasa bertanding pada pemilihan parti 1987," kata Tengku Razaleigh.
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Innalillahhiwainnailaihirojiuun .. dari Allah kita datang kepada Allah akhirnya kita akan kembali. Pagi ini saya menerima panggilan daripada Anas, membawakan berita pilu pemergian ke Rahmatullah seorang sahabat blogger yang sama-sama memburu berita di pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang yang lalu.
Sam Ahmad atau nama sebenarnya Zulfikar Samsuri, menghembuskan nafas terakhir tengah malam tadi dimajlis perkahwinan sahabatnya di Lenggong. Jenazah akan dibawa pulang ke rumahnya di Talang, Kuala Kangsar, Perak dan akan disemadikan sebelum Zohor hari ini.
Allahyarham adalah antara blogger yang membangunkan UREKA dan Perak Express yang begitu aktif dalam alam maya.
Biarpun pengenalan antara kami singkat cuma, namun ada sesuatu yang masih membekam dikalbu akan kegigihan beliau biarpun dalam kepayahan menulis dan membina laman blog.
Buat Allahyarham Zulfikar Samsuri @ Sam Ahmad, AL-FATIHAH. Semoga rohnya dicucuri rahmat disisiNya.
Catatan yang dipetik daripada facebook Otai Manjung :
Perginya seorang sahabat penulis, Al-Fatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang -orang yang beriman…Amin.
Nota: baru sehari lepas berbincang utk buka tapak, ceritanya dihttp://www.facebook.com/photo.php?fbid=1622778091225&set=at.1622776891195.2075318.1289667450.1712422991&ref=nf, agak terkilan hajat tidak kesampaian, Allah lebih menyayanginya.
Sumber info dari:- Sdr M Nazri Mohd Nawi: Kpd SEMUA KENALAN, Zulfikar Samsuri (Pikar), anak saudara saya telah menghembuskan nafasnya yg terakhir sekitar tgh mlm tadi. Mengikut berita yg telah disampaikan oleh Mohd Hezairee(Aie) (sepupu beliau, anak saudara saya juga), arwah berada di Lenggong, Perak kerana menghadiri majlis nikah kahwin Cikgu Shahril, rakan sebaya beliau (s...enior saya semasa di UiTM Seri Manjung & Seri Iskandar, Perak). Apabila arwah telah selesai dan keluar dari tandas, semasa beliau mengenakan kasutnya, tiba-tiba arwah rebah. Kemudian beliau dibawa ke Klinik Kesihatan Lenggong, namun meninggal dunia di sana. Sewaktu berita ini ditaip, jenazah arwah sdg dlm perjalanan dari Lenggong ke rumahnya di Talang, Kuala Kangsar, Perak. Jika ada sebrg pembetulan perlu dibuat dlm laporan ini, silakan. Maaf kalau ada kesilapan laporan. Al-Fatihah utk Pikar.
Komen : Semasa di PRK DUN Tenang, TPM merangkap Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yasin telah membuat kenyataan bahawa kes novel Interlok telah selesai dengan penyelesaian terbaru antaranya adalah dengan memasukkan nota kaki dalam novel bagi penjelasan tentang perkataan p???? tersebut. Tapi apa yang berlaku , cikgu sekolah pun tidak dapat menyelesaikan salah faham tersebut hingga Ahli Parlimen minta tolong dengan polis. Sewajarnya teman cadangkan agar Kementerian perlu jelaskan , apa-apa sejarah yang tertulis sekian lama tidak boleh diubah . Dan mulai sekarang Kementerian yang berkenaan perlu buat garis panduan sekiranya buku-buku , novel atau apa-apa artikel yang telah dipaparkan atau telah di tonjol serta telah dijual dan di baca selama lebih 5 tahun tidak boleh dipertikaikan isi kandungannya untuk tujuan ubahan
Pentadbiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Kubu Bharu dan semua ibu bapa pelajar yang didakwa dicaci oleh guru displin berhubung isu novel Interlok, mengadakan pertemuan dari hati ke hati hari ini bagi menyelesaikan insiden yang berlaku Jumaat lalu.
Pertemuan selama dua jam bermula jam 11 pagi tadi di mana semua pihak berbincang mengenai insiden yang berlaku dan bersetuju untuk menyelesaikannya dan bermaaf-maafan antara satu sama lain.
Turut hadir dalam perbincangan tersebut ialah ahli parlimen Hulu Selangor P Kamalanathan, wakil Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), wakil Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), wakil Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) serta pelajar yang terlibat.
"Semuanya sudah selesai dan tenang. Semua pihak bermaaf-maafan," kata pegawai PPD Mat Jah Roslan ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.
Menurut Mat Jah lagi, pihak sekolah juga turut menghantar laporan bertulis - seperti yang diarahkan - berhubung perkara tersebut kepada PPD semalam termasuk kepada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan JPN semalam.
Menceritakan pertemuan pagi tadi, Mat Jah berkata semua pihak mengadakan perbincangan dan mendapatinya ianya berlaku akibat salah faham. Menurutnya, susulan keputusan yang telah dicapai, pihak yang terlibat akan menarik balik laporan polis yang dibuat sebelum itu.
"Ia hanya perselisihan biasa dan salah anggap. Guru perlu bertegas dengan pelajar. Kalau (perkara) salah, mereka perlu menegur (pelajar)," kata katanya.
Sebelum ini dilaporkan tiga pelajar tingkatan lima mendakwa mereka dibawa ke ibu pejabat polis Kuala Kubu Baru dan disoal siasat selama 10 jam selepas mengambil keputusan memulangkan novel interlok kepada pengetua mereka.
Pada awalnya, tujuh pelajar sekolah itu bercadang memulangkan buku teks sekolah mereka kerana mendakwa tidak berpuas hati dengan kandungannya tetapi dihalang oleh guru disipilin yang kemudian didakwa mencaci mereka.
Susulan itu, pengerusi persatuan ibu bapa sekolah itu, Baktiar Md Rashid, yang juga seorang pegawai polis membawa tiga pelajar yang terbabit itu ke balai polis untuk disoal siasat tanpa kebenaran ibu bapa mereka.
Hal yang demikian menimbulkan kemarahan salah seorang ibu daripada tujuh pelajar berkenaan kerana anak lelakinya dibawa tanpa kehadiran ataupun kebenarannya dan anaknya tidak melakukan apa-apa jenayah.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Norel-Azmi Yahya Affendi berkata siasatan mengenai insiden yang berlaku di sekolah berkenaan telah selesai dijalankan.
Katanya, kertas siasatan tersebut telahpun dirujuk kepada bahagian perundangan di ibu pejabat polis kontinjen (IPK) Shah Alam untuk tindakan lanjut.
"Kita sudah merujuk kepada IPK di Shah Alam. Keputusannya, kita tak tahu apa lagi," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
'Curi' DNA Anwar Tapi Sorok DNA Najib Dalam Kes Altantuya
Dari Keadilan Daily
Pendakwa raya kes Fitnah II bersungguh-sungguh mahu mendapatkan DNA Datuk Seri Anwar Ibrahim termasuk menggunakan tipu helah, sebaliknya pendakwa dalam kes pembunuhan warga Monggolia, Altantuya Shaariibuu, tidak pernah berusaha mendapatkan DNA Datuk Seri Najib Razak.
"Dalam kes Altantuya, kenapa mereka tidak minta DNA Najib?" soal Anwar selepas perbicaraan kes Fitnah II berakhir petang ini.
Anwar juga hairan kerana pihak pendakwa seolah-olah cuba mengalihkan beban pembuktian kes kepada peguam bela sedangkan ia tanggungjawab mereka dan menyifatkan permintaan pendakwa untuk mendapatkan DNA beliau, membuktikan kes Fitnah II sebenarnya bermotifkan politik.
"(Pendakwa) hanya untuk menyampaikan mesej politik. Mereka seolah-olahnya berkata 'kita sudah ada semua bukti dan sekarang apa yang kita perlukan adalah DNA Anwar (untuk mensabitkan beliau)'. Ini tidak masuk akal.
"Beban pembuktian terletak pada pihak pendakwa," kata Ketua Umum KEADILAN itu.
Tidak seperti kes Fitnah II, pelbagai tekanan dihadapi Anwar dan pasukan peguamnya – dari dinafi hak memiliki dokumen dan salinan laporan polis, selain percanggahan keterangan saksi pendakwa, kes Altantuya pula tidak sedemikian.
Walaupun Najib dikait dengan ketara dalam kes berkenaan tetapi Perdana Menteri itu tidak dipanggil mahupun DNAnya diminta, malah polis pengiringnya juga tidak pernah dipanggil mahkamah sekalipun pembabitannya menonjol.
Dalam pada itu, Sankara Nair juga menganggap permintaan pihak pendakwa untuk mendapatkan DNA Anwar tidak wajar kerana ia tidak pernah berlaku dalam mana-mana perbicaraan kes jenayah.
Katanya, pendakwa sebelum ini menggunakan tipu daya dan cara tidak sah untuk mengambil DNA Anwar kerana tiada peruntukan undang-undang yang boleh memaksa mana-mana individu menyerahkan DNA mereka.
Beliau berkata, peruntukan undang-undang sedia ada hanya memperuntuk pendakwa untuk mendapat cap jari dan tandatangan tertuduh dalam mana-mana kejadian jenayah.
"Seksyen 165 dan Seksyen 73 Akta Bukti yang diguna pakai pihak pendakwa, sebenarnya cuma meliputi cap jari dan tandatangan, bukannya DNA," kata Sankara.
Beliau berkata demikian mengulas permohonan lisan pihak pendakwa untuk mendapatkan DNA Anwar dan ia dijangka didengar Isnin depan.
PENDAKWA kes fitnah Liwat II DS Anwar kelihatan bersungguh-sungguh mahu mendapatkan DNA Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kita masih ingat di dalam kes fitnah Liwat I dahulu yang melibatkan Azizan Abu Bakar, pihak mereka telah pun mempunyai sampel DNA DS Anwar.
Persoalannya sekarang, adakah berbeza data sampel DNA DS Anwar yang dahulu dengan DNA beliau sekarang? Sekiranya data yang diperolehi melalui sampel itu sentiasa berbeza dari masa ke semasa, ada lojiknya mereka mahu mengambil DNA DS Anwar untuk kes fitnah II kali ini. Tetapi kita sedia maklum, DNA tidak akan pernah berubah sampai bila-bila. Seperti Kumpulan Darah, jika kita mempunyai Kumpulan Darah `A' , biar berapa kerap pun kita menderma darah, darah kita tetap statusnya dari Kumpulan `A'. Justeru itu, amat menghairankan mengapa begitu `selera' mereka inginkan DNA terbaru DS Anwar. Apakah rahsia di sebaliknya?
Kita jangan bertanya mengapa DS Anwar sukar sekali untuk menyerahkan DNA nya. Paling penting kita harus bertanya untuk apa DNA tersebut diperlukan lagi sedangkan mereka masih menyimpan data DNA DS Anwar dahulu? DS Anwar mempunyai cukup pengalaman di dalam menghadapi karenah tipu daya dan manipulasi pihak-pihak tertentu termasuk DNA nya sewaktu di dalam kes Liwat I terdahulu. Maka, DS Anwar ada sebab untuk tidak menyerahkan DNA nya kali ini.
DS Anwar di dalam blognya ada menyebut, "Dalam kes Altantuya, kenapa mereka tidak minta DNA Najib?" soal Anwar. Beliau juga merasa hairan kerana pihak pendakwa seolah-olah cuba mengalihkan beban pembuktian kes kepada peguam bela sedangkan ia tanggungjawab mereka dan menyifatkan permintaan pendakwa untuk mendapatkan DNA beliau, membuktikan kes Fitnah II sebenarnya bermotifkan politik. "(Pendakwa) hanya untuk menyampaikan mesej politik. Mereka seolah-olahnya berkata 'kita sudah ada semua bukti dan sekarang apa yang kita perlukan adalah DNA Anwar (untuk mensabitkan beliau)'. Ini tidak masuk akal. "Beban pembuktian terletak pada pihak pendakwa," kata Ketua Umum KEADILAN itu.
Harus kita ingat, DNA bukan bukti kukuh untuk menyabitkan seseorang kerana kemungkinan DNA boleh di manipulasikan juga agak besar. Bahkan, seorang pakar mengakui hakikat ini di mana tiada jaminan seseorang itu boleh mengelak dari menjadi mangsa akibat DNA yang bertujuan untuk menganiayainya. Baca di sini.
Bayangkan, jika anda memasuki sebuah tandas awam untuk membuang air dan tanpa anda sedari sehelai bulu anda tertinggal di tandas tersebut. Tidak beberapa lama selepas anda keluar dari tandas berkenaan, berlaku satu pembunuhan di dalam tandas yang anda masuki tadi. Apabila siasatan dijalankan, pihak berkuasa menjumpai bulu anda dan dilakukan ujian DNA. Maka, terbukti itu adalah data DNA anda dan anda pun dituduh sebagai pembunuh. Adakah itu adil buat anda? Sebab itu, DNA dikatakan bukan bukti kukuh untuk menyabitkan seseorang. DNA hanya berfungsi sebagai bukti sokongan sahaja.
Tidak dapat dinafikan DNA memang penting sebagai membantu di dalam beberapa kes terutamanya yang melibatkan jenayah. Di dalam kes DS Anwar ini, mereka telah mempunyai rekod data DNA DS Anwar yang terdahulu, maka adalah lebih praktikal jika data DNA itu diguna pakai tanpa memerlukan DNA yang baru apatah lagi dengan cara helah atau penipuan.
Mudah-mudahan kita yang mengikuti kes fitnah Liwat II kali ini tidak mudah diperdayakan oleh mereka dan media pencacai yang sering menggambarkan bahawa DS Anwar takut untuk menyerahkan DNA nya. Media pencacai ini akan terus mencari jalan untuk menghilangkan keyakinan rakyat terhadap DS Anwar seperti apa yang telah mereka lakukan sebelum ini dengan isu sumpah laknat. Mereka tidak merujuk kepada hukum Islam asalkan mereka dapat memperdayakan kita. Peliknya, media pencacai ini tidak pula memberi perhatian apabila permohonan DS Anwar untuk membawa kes Qazaf ke Mahkamah Syariah ditolak angkara seorang Menteri yang kununnya berjiwa Islam. Bukankah jalan Qazaf itu adalah kaedah Islam?/
memang tepat apa yang diulas oleh En Wan ini. Data DNA tidak pernah berubah, dulu , kini dan simoanlah bila-bila pun, yang berubah mungkin specimen saja, tetapi kandungan data didalam graf DNA tersebut tetap sama begitu walau disimpan berapa lama pun. Oleh itu kalau dah ada data lama, maka itu boelh dipakai untuk digunakan sebagai perbandingan. Satu lagi perkara adalah mengenai bukti DNA, memang dah dibahaskan didalam parlimen pun dan setelah dipinda selepas tidak mendapat kelulusan ahli parlimen, maka dijadikan DNA sebagai bukti sokongan dan bukan bukti mutlak didalam pembuktian didalam mahkamah.
Oleh itu, tujuan hendak mendapatkan sampel untuk DNA ini adalah hanya untuk memalukan DSAI .
Sebentar nanti UMNO akan buat demonstrasi mendesak anwar menyerahkan DNA kepada pihak berkuasa.. Demonstrasi itu akakn diadakan di Arena Square Batu Gajah. Ummi Hafilda hadir sekali lagi hari ini selepas ceramah dia sebelum ini di tapak yang sama tidak dapat sambutan. Mari la tengok golongan-golongan yang patut dikasihani ini.. haha...
Puak Midah je le datang.. Jom la tengok.. sian Ummi Hafilda.. hakhak
Bekas Perdana Menteri ke-4, Dr.Mahathir Mohamad pada hari Isnin 7 Mac lalu telah melancarkan memoirnya bertajuk ' A Doctor In The Hosuse' . Pelancaran buku tersebut bertujuan mempertahankan dirinya dari persepsi rakyat bahawa tindakan beliau menyingkir, menghina, memalu dan menghukum Anwar Ibrahim adalah tepat dan betul demi menyelamatkan agama, rakyat dan Negara ini dari kekuasaan Anwar Ibrahim.
Sebelum itu, khususnya setelah mahkamah membebaskan Anwar dari tuduhan meliwat Jilid 1 pada tahun 2004, persepsi rakyat pada umumnya terhadap batang tubuh Anwar Ibrahim ialah beliau dizalimi oleh Mahathir kerana kuasa, kedudukan dan kekayaan. Ini dapat dibuktikan dalam 'isu mata lebam' yang mana Mahathir telah menjelaskan kepada seluruh masyarakat dalam dan luar Negara bahawa Anwar yang mencederakan dirinya sendiri bagi meraih simpati rakyat. Kenyataan Mahathir ini menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat kerana sifat Mahathir keturunan India migrant adalah suka memutar-belitkan isu sehingga tertubuhnya Suruhanjaya DiRaja bagi menyiasat kes ini sehingga terbukti bahawa yang melakukannya ialah Abdul Rahim Noor, Ketua Polis Negera ketika itu.
Di penghujung hayatnya ini, sebelum malaikat maut meragut nyawanya, Mahathir akan muncul dengan berbagai hujah 'dalih' berbentuk tulisan dan akan dibuatkan dalam bentuk buku, majalah, journal dan sebagainya dan beliau akan bertindak melakukan pembohongan demi pembohongan serta akan memasukkan fakta-fakta falsu terhadap sejarah yang dilakarkannya dalam tempoh 22 tahun ia memerintah. Mahathir terpaksa berbuat demikian untuk mempertahankan dirinya dan kridibilitinya. Mahathir tahu, tidak ada sesiapa yang sudi termasuk anak-anaknya yang akan membelanya selepas beliau dimakan cacing tanah nanti.Oleh itu beliau sendiri terpaksa membela dirinya sendiri sebelum beliau mati.
Ekuran itu, tidak hairanlah apabila ia memulakan siri bercakap bohong dan memesongkan fakta sejarah sebenar mengenai Operasi Lalang pada tahun 1987 dulu dengan menyalahkan pasukan polis bagi menutup kedurjanaannya itu. Begitu juga dengan isu Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) juga pasukan polis disalahkannya juga kerana bertindak menghalang beliau untuk menghapuskan ISA, sebaliknya beliaulah yang banyak membuat kenyataan di merata tempat untuk mempertahankan akta 'draconian' ini bagi menyelamatkan kuasanya dan juga kuasa UMNO terus memerintah Malaysia.
Selepas ini, jangan terperanjat apabila Mahathir akan menulis semula dan memesongkan fakta sejarah penubuhan tribunal yang bagi memecat Tun Salleh Abas sebagai Ketua Hakim Negara pada tahun 1988. Kita dapat menjangkakan siapa pula yang akan menjadi kambing hitamnya. Sudah tentu Almarhum Sultan Johor yang akan menjadi mangsanya kerana kes itu berlaku, Almarhum menjadi Yang DiPertuan Agong. Mahathir akan katakan bahawa Agong yang mahukan Salleh dipecat kerana Salleh didapati melanggar beberapa disiplin kehakiman dan sebagainya. Isu sebenarnya ialah perpecahan maha hebat dalam UMNO angkara beliau yang gilakan kuasa dan tamakan harta dunia. Manakala Tengku Razaleingh Hamzah akan dipersalahkan mengakibatkan UMNO diharamkan dan beliaulah yang sebenarnya yang membela dan pejuang UMNO tulin.
Kemudian, beliau akan menulis lagi yang membicarakan tentang system keadilan dalam Negara ini. Masyarakat umum percaya bahawa system keadilan ini musnah ditangan beliau, di era beliaulah system keadilan menghadapi krisis keyakinan yang meluas seluruh dunia yang mana pihak eksekutif (beliaulah) yang mencampuri dan mempengaruhi system keadilan memihak kepada kerajaan. Skandal video tape Linggam menjadi saksinya. Suruhaniaya DiRaja yang dibentuk membuktikan yang beliau terlibat dalam memusnahkan system kehakiman di Malaysia. Hujah beliau sudah dapat dijangka. Beliau berhujah tenguk system keadilan cukup adil kerana ada kes yang kerajaan kalah.
Hujah ini merupakan hujah popular yang selalu dimainkan oleh beliau dan hujah ini juga sering dimainkan oleh para pemimpin UMNO haram jadah, babi laknatullah dalam mempertahankan system pilihan raya di Negara ini menyatakan bahawa pilihan raya di Negara ini dijalankan secara adil, tulus, tidak ada penyelewengan dan menyalahgunaan kuasa kerana pembangkang juga menang dalam pilihan raya dan UMNO juga kalah dalam pilihan raya. Pembangkang boleh menubuhkan beberapa bujah kerajaan negeri dan UMNO hilang kuasa 2/3 di parlimen. Dalih pak pandir. Melayu otak lembu pawah bolehlah UMNO perbodohkan.
Sejarah Memali juga dijangka Mahathir akan menuliskannya semula. Mahathir akan menyalahkan Musa Hitam yang terlibat dalam peristewa Memali. Beliau tidak terlibat kerana beliau bercuti keluar Negara, Musa diberi tanggungjawab memangku jawatan PM ketika beliau ke luar Negara menjalankan tugas rasmi. Pendik kata apa sahaja isu yang boleh menjejaskan nama baiknya akan dipadamkan. Mahathir akan tulis semula sejarah bagi mengambarkan yang beliau adalah negarawan ulung. Mahathir takut generasi akan datang akan menghina dan mengkeji segala perbuatanya ketika ia berkuasa. Yang paling beliau takut apabila ada manusia yang akan kencing dan buang najis di atas kuburnya kelak. Mahathir faham benar dengan sejarah para pemimpin seperti dia. Selepas mati, pemimpin itu dihina dan dikeji. Menjadi tanggungjawabnya sendiri membersih namanya supaya generasi akan datang terus menghormatinya buat selama-lamanya.
Walau bagaimana bijak sekali pun, Mahathir tetap tidak berupaya membersih namanya dengan sepenuhnya. Barry Wain,bekas Editor Pengurusan Asian Wall Street Journal menulis buku Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times (Critical Studies of the Asia-Pacific). Sepanjang 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri negara ini, Mahathir telah membazirkan RM100 bilion ringgit dalam skandal kewangan yang berlaku di zamannya, di samping kerugian langsung dalam berbagai skandal itu adalah berjumlah sekitar RM50 bilion.Namun, setiap yang yang dilupuskan, ada dua kali ganda kos yang tidak kelihatan. RM100 bilion jumlah kerugian itu adalah setara dengan US$40 bilion pada kadar pertukaran yang berlaku kemudian.
Mahathir dengan dasar gejala penyelewengan, pecah amanah, rasuah, nepotisma dan kronisma yang sudah menjadi 'trademark' pemerintahan Mahathir adalah punca utama berlakunya kemerosotan ekonomi pada tahun 1997 yang menghanguskan wang rakyat bernilai berbillion ringgit. Hutang-hutang syarikat-syarikat kroni seperti Renong, Berjaya Group, Land & General, YTL, Maxis dan lain-lain yang berbillion ringgit dan tidak mungkin terbayar tanpa bailout oleh beliau. Hutang Renong bernilai RM13 billion di'bailout'kannya kerana Renong ada hubungkait yang rapat dengan UMNO malah dikatakan sebagai 'flag ship' UMNO dalam dunia perniagaan.
Mahathir membangunkan 'bubble economy' dan rakyat dilalaikan dengan kemewahan yang palsu yang sebenarnya berteraskan pinjaman wang secara sewenang-wenangnya dari luar negeri (yang menurut sesetengah pihak berjumlah US$360 billion, iaitu hampir satu trillion ringgit). Kerajaan dan syarikat kroni-kroni telah memboroskan duit pinjaman tersebut dengan melaksanakan projek-projek mega yang diinginkan sangat oleh Mahathir, seperti pembinaan KLCC Twin Towers, yang menelan berbillion ringgit tetapi tidak ada pulangan ekonomi, malah membebankan negara dengan hutang yang terlalu banyak.
Duit rakyat yang digunakan dari sumber-sumber seperti Petronas, EPF dan Tabung Haji (dan juga dari budget kerajaan sendiri) untuk membailout syarikat-syarikat kroni tersebut tidak dimenafaatkan dengan betul tetapi dilarikan juga sebahagiannya ke akaun-akaun bank persendirian di negara-negara Barat. Ekonomi Malaysia di bawah Mahathir menghidupkan budaya pecah amanah, rasuah, salah urus wang, dasar membolot kekayaan, nepotisma dan kronisma menjadi warisan kini.
Mahathir membeli sepenuhnya United Engineers Malaysia Bhd (UEM) yang hampir bankrupt itu dengan harga RM3.67 billion. UEM adalah anak syarikat kepada Renong Bhd, dan keputusan kerajaan untuk menguasai sepenuhnya UEM diakui sebagai langkah permulaan untuk seterusnya mengambil alih Renong Bhd yang juga hampir bankrupt dengan hutang tidak terbayar sebanyak RM13 billion. Bailout UEM oleh Mahathir sebenarnya adalah satu lagi pengkhianatan wang rakyat oleh regim Mahathir ketika itu.
Ini hanya secebis kisah pengurusan ekonomi gaya Mahathir yang menimbulkan banyak skandal seperti skandal BMF, Daya Bumi, Melayu hilang banknya yang dicetus oleh Kongkres Bumiputra dan berbagai lagi skandal yang wujud dalam tempoh 22 tahun beliau memerintah.
Adalah agak sukar bagi Mahathir untuk memadamkan semuanya. Ia pasti menerima kutukan di hari kemudian. InsyaAllah.
KUALA LUMPUR, 11 Mac: PAS mempersoalkan tindakan kerajaan BN yang memberikan MyKad kepada polis dan tentera semasa PRK Merlimau dan Kerdau 6 Mac lalu, memandangkan mereka sudah mempunyai kad polis dan tentera masing-masing.
Tindakan tersebut menimbulkan pelbagai tanda tanya kepada pelbagai pihak, memandangkan setiap anggota tentera terutamanya tidak dibenarkan memegang MyKad masing-masing sepanjang mereka masih berada dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin ketika mempersoalkan perkara itu menegaskan, walaupun MyKad-MyKad itu sememangnya kepunyaan anggota polis dan tentera itu sendiri, tetapi tindakan tersebut jelas di luar kebiasaan dan menyalahi undang-undang.
Menurut beliau, setiap anggota polis dan tentera sepatutnya tidak lagi dibenarkan menyimpan MyKad masing-masing, sebaliknya dipegang oleh unit tertentu sepanjang mereka berada dalam perkhidmatan, disebabkan mereka telah mempunyai kad polis dan tentera yang lengkap dengan nombor masing-masing.
"Tetapi semasa pilihanraya kecil (PRK) Merlimau dan Kerdau 6 Mac lalu, polis dan tentera turut diberikan MyKad masing-masing. Ini menjadikan mereka mempunyai dua kad pengenalan diri dalam suatu masa.
"Kenapa Kerajaan BN bertindak begitu? Apakah tujuannya? Inilah yang menjadi tanda tanya kepada kita dan perlu dijelaskan oleh Kerajaan BN," katanya pada sidang akhbar di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini, semalam.
Setiap anggota tentera terutamanya, menurut beliau, lazimnya mengundi secara pos, tetapi dengan memberikan MyKad kepada mereka yang terbabit, mereka juga boleh mengundi seperti orang awam.
Jadi dengan tindakan itu, anggota polis dan tentera terbabit sememangnya berpeluang mengundi dua kali. Satunya dengan mengundi secara pos (undi pos) dengan menggunakan kad polis dan tentera masing-masing dan satu lagi mengundi seperti orang ramai dengan menggunakan MyKad masing-masing.
Sehubungan itu, beliau mendesak kerajaan BN menjelaskan matlamat sebenar penyerahan MyKad-Mykad tersebut kepada anggota polis dan tentera terbabit kerana ia amat menghairankan pelbagai pihak.
Beliau juga mendesak SPR memberikan jawapan yang benar sama ada pegawai-pegawai dan anggota-anggota polis dan tentera terbabit sememangnya mengundi dua kali pada PRK Dun Merlimau dan Kerdau 6 Mac lalu.
Terdahulu dari itu, beliau menyuarakan rasa kesalnya dengan tindakan pihak polis dan SPR yang membenarkan ceramah dari pihak Umno BN dan PAS diadakan di tempat berhampiran, semasa kempen kedua-dua PRK itu.
"Semua itu jelas mengganggu program Pakatan Rakyat dan ia tidak sepatutnya berlaku," ujar beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang.(harakahdaily)
10 Mac - Hari keluarga DUN Bukit Payong yang bermula pada hari ini sehingga 12 Mac di Kampung Paya Resak, Bukit Payong dimulakan dengan pelancaran himpunan petugas pemuda PAS DUN Bukit Payong di tapak program oleh YB Ustaz Mohd Nor bin Hamzah.
Beberapa orang pimpinan pemuda yang turut berucap pada malam itu ialah Ustaz Mazlan Ibrahim selaku penyelaras pemuda DUN Bukit Payong, Ustaz Zakaria Ismail mewakili Dewan Pemuda PAS Kawasan Marang dan Ustaz Abu Bakar Soleh, selaku mantan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Marang yang memberikan ceramah motivasi kepada para petugas pemuda.
Turut menyerikan majlis himpunan yang dihadiri oleh lebih 500 petugas pemuda DUN Bukit Payong.ini, ialah Ustaz Baharudin Mohamad selaku Pengarah Majlis Tindakan DUN Bukit Payong dan Ustaz Wan Ahmad Zuki Wan Ismail, Ketua Pemuda PAS Kawasan Marang.
YB Ustaz Mohd Nor Hamzah menekankan tentang keutamaan 10 rukun bai'ah seseorang aktivis gerakan Islam, dengan memberikan penekanan kepada aspek faham, ikhlas, bekerja kuat, jihad, taat dan pengorbanan bagi memastikan.kekuatan parti berada pada landasan yang kuat untuk menghadapi PRU ke 13.
Walaupun hujan sekali-kali lebat, semangat para pemuda DUN Bukit Payong terus membara apabila mendengar ceramah motivasi oleh Ustaz Abu Bakar Soleh dan seterusnya ketua-ketua pemuda cawangan menerima bendera PAS daripada Pengarah MTD Ustaz Baharudin.
Gimik pelancaran disempurnakan oleh Ustaz Baharudin dengan memotong riben banting khas pelancaran dan disertai dengan dentuman bunga api.
Program masih berjalan dengan acara-acara sukan, remaja, pameran motor berkuasa tinggi, rawatan asy-syifa' dan ceramah umum pada 14 Mac oleh Ustaz Nik Amar Nik Abdullah, Saudara Shamsul Iskandar dan YB Ustaz Mohd Nor Hamzah.
Ketua Pemuda DUN, Ustaz mazlan berucap.
Ceramah Motivasi Ustaz Abu bakar Soleh
Bendera dinaikkan semasa lagu PAS dikumandagkan.
Jejaka-jejaka PAS DUN Bukit Payong.
Bilik IT.
Sebelum nyanyian nasyid al-Amal.
Sebahagian peserta yang hadir.
Orang ramai yang turut menyaksikan.
Memotong riben.
Banting Khas Pelancaran Himpunan Petugas.
Banner jemputan ke program.
Penyerahan bendera.
Cawangan dengan kehadiran paling ramai, tuan rumah.
Menerima cenderamata dalam satu kategori penyertaan teramai.
Ustaz Baharudin menyampaikan cenderamata dalam satu kategori penyertaan teramai.
Ustaz Hassan bergaya dengan motosikal berkuasa tinggi.
Tiga buah motosikal berkuasa tinggi dipamerkan sepanjang program.
Parlimen Kota Raja 10.03.2011 ~ Sambutan 3 Tahun Pemerintahan Pakatan Rakyat Selangor yang diadakan pada malam semalam bertempat di Dewan Sukan Andalas telah berlansung dengan jayanya.
Ramai pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Ketua Pembangkang Dato Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, Exco DAP Selangor Ronnie Liu, Ahli Parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud, Exco merangkap ADUN Sri Andalas Dr Xavier, ADUN Sri Muda Shuhaimi Shafiee. ADUN Sekinchan, YDP PAS Kawasan Kota Raja dan lain-lain.
Tahniah kepada penganjur dan semua petugas yang bertungkus lumus menjayakan program ini walau pun terdapat banyak halangan dan rintanga yang dihadapi.
1. Perjuangan kita tidak sekadar pilihanraya. Justeru itu, janganlah kita bertindak, bertugas, bekerja atau lebih jelas saya sebut, berjuang hanya pada musim pilihanraya. Sebaliknya pilihanraya itu hanyalah menepati sebahagian dari tugas wajib yang perlu kita lakukan. Ertinya di sana masih terlalu banyak perkara yang mesti kita lakukan bagi melengkapkan amanah dan tanggungjawab perjuangan Islam yang [...]
MALAM REMAJA BERBAHASA AKAN MENGEGARKAN TAMAN MERU 2B
TARIKH : 12 MAC 2011 (SABTU) MASA : LEPAS ISYA' TEMPAT : PERKARANGAN PEJABAT PAS KAWASAN TAMBUN, TMN MERU 2B ARTIST : YUS (MAY), BUDAK KDAS3, DEMO SILAT GAYONG, SAJAK PERUBAHAN & CABUTAN BERTUAH
MALAM INI REMAJA AKAN BERBICARA TENTANG PERUBAHAN!!!
You are subscribed to email updates from PAS TAMBUN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
KUALA LUMPUR 12 Mac - Jaguh perseorangan badminton negara Datuk Lee Chong Wei semakin hampir dalam melaksanakan misi mempertahankan kejuaraan apabila mara ke pusingan separuh akhir perseorangan lelaki Kejohanan All-England yang diadakan di Birmingham, England awal pagi ini (waktu Malaysia).
Perseorangan nombor satu dunia itu mudah menewaskan Boonsak Ponsana dari Thailand 21-15, 21-7 dalam masa 30 minit.
Menanti Chong Wei di gelanggang separuh akhir ialah pemain China, Chen Long yang menewaskan Peter Hoeg Gade dari Denmark 21-9, 22-20.
Satu lagi perlawanan separuh akhir melibatkan perseorangan nombor tiga dunia Lin Dan dari China, yang akan menentang pemain bukan pilihan Marc Wiebler dari Jerman.
MANILA: Lebih 55,000 penduduk Filipina di pesisir timur pantai Filipina pulang ke rumah masing-masing selepas ancaman tsunami susulan gempa teruk di Jepun.
Kerajaan Filipina mengarahkan penduduk yang tinggal di tepi laut meninggalkan kediaman mereka, semalam. - AFP
KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi kuat berukuran 6.5 skala Richter di perairan timur Honshu, Jepun pada jam 9.47 pagi tadi.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa bumi adalah di 292 km dari timur laut Tokyo dan 4,243 km dari timur laut Kudat di Sabah. Gempa bumi itu membawa ancaman tsunami kepada Malaysia dan jabatan sedang memantau perkembangan berkenaan.
KUALA LUMPUR, 12 Mac: PAS merakamkan ucapan takziah kepada rakyat Jepun ekoran gempa bumi paling kuat berukuran 8.9 skala Richter yang mengakibatkan ombak tsunami setinggi 10 meter menghentam timur laut Jepun semalam.
Difahamkan, tragedi paling buruk dalam tempoh 140 tahun itu mengorbankan sekurang-kurangnya 1,000 orang yang mati akibat lemas.
"Saya merakamkan takziah dan simpati kepada rakyat Jepun di atas musibah tsunami yang menimpa.
"Semoga mereka dapat bersabar dan menghadapinya dengan tabah," kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Sehubungan itu juga beliu menyeru masyarakat seluruh duni khususnya rakyat Malaysia untuk sama-sama menghulur bantuan bagi membantu rakyat Jepun yang terlibat dalam tragedi itu.
"Harapan saya agar seluruh masyarakat dunia dapat menghulurkan bantuan dan bersama-sama rakyat Jepun menghadapi musibah ini," gesanya.
Sementara itu, pemerintah Jepun mengisytiharkan darurat di lima kawasan loji nuklernya di wilayah Fukushima selepas sistem penyejukan loji berkenaan termasuk sistem sokongan gagal berfungsi selepas gempa semalam.
Arahan berpindah juga turut dikeluarkan ekoran kebimbangan berlaku kebocoran dan peningkatan kadar radiasi ke kawasan sekitar yang dihuni puluhan ribu penduduk negara itu.
Difahamkan sekurang-kurangnya 20,000 penduduk telah pun dipindahkan dari kawasan berhampiran oleh pihak keselamatan negara itu.
TOKYO, 12 Mac: Pemerintah Jepun mengisytiharkan darurat di lima kawasan loji nuklernya di wilayah Fukushima selepas sistem penyejukan loji berkenaan termasuk sistem sokongan gagal berfungsi selepas dilanda gempa pada ukuran 8.9 skala Richter semalam.
Arahan berpindah juga turut dikeluarkan ekoran kebimbangan berlaku kebocoran dan peningkatan kadar radiasi ke kawasan sekitar yang dihuni puluhan ribu penduduk negara itu.
Difahamkan sekurang-kurangnya 20,000 penduduk telah pun dipindahkan dari kawasan berhampiran oleh pihak keselamatan negara itu.
Sementara itu satu gempa bumi kuat berukuran 6.5 pada skala Richter di perairan timur Honshu, berlaku pada pukul 9.47 pagi waktu tempatan hari ini.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa bumi adalah di 292 km dari timur laut Tokyo dan 4,243 km dari timur laut Kudat di Sabah.
Gempa bumi itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia dan jabatan sedang memantau perkembangan berkenaan.
Agensi berita Kyodo News pula melaporkan sehingga kini 398 ditemui mati manakala 805 lagi masih hilang.
Lebih 1,000 orang dikhuatiri terbunuh dengan kebanyakan kematian akibat lemas.
Sekurang-kurangnya 124 gegaran pada ukuran 5 skala Richter berlaku selepas gempa kuat 8.9 skala Richter yang mengakibatkan tsunami setinggi 10 meter semalam.
Lebih 1,000 orang dikhuatiri terbunuh di Jepun ekoran kejadian tsunami setinggi 10 meter selepas gempa bumi sekuat 8.9 pada skala Richter, dengan kebanyakan kematian akibat lemas, lapor media tempatan.
Kira-kira 3,000 penduduk yang tinggal berdekatan loji nuklear di Wilayah Fukushima, utara Tokyo dipindahkan daripada kawasan tersebut.
Kerajaan menyatakan tiada kebocoran berlaku di loji berkenaan namun tahap radiasi semakin meningkat.
Gempa bumi paling kuat dalam tempoh 140 tahun dengan ukuran 8.9 pada skala Richter, melanda timur laut Jepun semalam, mencetuskan gelombang tsunami sehingga setinggi 10 meter.
Agensi berita Kyodo melaporkan, gegaran kuat itu menyebabkan kerosakan besar kawasan di utara Jepun, manakala gelombang tsunami memusnahkan hampir apa saja di laluannya termasuk ladang pertanian, bangunan, rumah, kapal, kenderaan dan menyebabkan kebakaran.
"Gempa menyebabkan banyak kecederaan, kebakaran dan gelombang besar memaksa beribu-ribu penduduk melarikan diri ke kawasan lebih tinggi untuk menyelamatkan diri," lapor Kyodo.
Beberapa loji jana kuasa nuklear dan pusat penyulingan minyak ditutup manakala sebuah firma pengeluar besi utama terbakar. Kira-kira 4.4 juta rumah di bahagian utara Jepun terputus bekalan elektrik.
Kyodo melaporkan, sebuah hotel di bandaraya Sendai runtuh, menimbulkan kebimbangan ramai penghuni mungkin terperangkap.
"Keadaan sungguh teruk dan saya ketakutan. Saya tidak pernah mengalami gempa bumi sekuat ini sejak 20 tahun lalu," kata seorang pengurus sebuah restoran di Akasaka, Hidekatsu Hata, 36.
Pengalaman beliau dikongsi koresponden Reuters di Tokyo Linda Sieg yang turut merasai gegaran kuat di pejabatnya.
"Bangunan pejabat kami bergegar kuat dan lama, menyebabkan ramai kakitangan mengambil topi keledar untuk melindungi kepala mereka, manakala yang lain bersembunyi di bawah meja," katanya.
Stesen televisyen NHK menyiarkan imej gelombang tsunami menghanyutkan sisa bangunan, kenderaan di kawasan pantai Sendai yang mempunyai sejuta penduduk manakala kapal yang biasanya berada di pantai, dilihat terdampar di pelabuhan.
Asap hitam dilihat berkepul ke udara dari sebuah bangunan di Odaiba di pinggir Tokyo ketika perkhidmatan kereta api laju Jepun ke utara, terpaksa dihentikan.
Syarikat gergasi elektronik Jepun, Sony Corp, menghentikan operasi di enam kilangnya, ketika pesawat tentera udara dikejarkan ke pesisir pantai timur laut bagi meninjau tahap kerosakan yang berlaku.
Bank of Japan yang sedang berusaha meningkatkan ekonomi negara itu berkata pihaknya akan berusaha sedaya upaya memastikan pasaran kewangan terus stabil, ketika pasaran saham dan nilai yen jatuh.
Sementara itu, Pertubuhan Palang Merah di Geneva berkata paras air laut dilaporkan lebih tinggi di beberapa kepulauan Pasifik manakala amaran tsunami di seluruh wilayah itu kecuali Amerika dan Kanada.
Bertunang hakikatnya satu perjanjian persetujuan untuk berkahwin. Apabila kedua-dua belah pihak bersetuju maka satu tanda ikatan dimaterai bersama. Sebagai tanda ikatan pihak lelaki dan perempuan akan saling menyarungkan cincin pertunangan dan ada juga yang memberikan hadiah lain.
Pada pandangan anda, apakah dengan persetujuan ini, sudah ada ikatan rasmi? Atau apakah hubungan mereka sudah semakin bebas?
Bagi memudahkan kita memahami stuasi ini, suka saya membandingkan pertunangan dengan "booking kereta" sewaktu kita bersetuju untuk membelinya di showroom kereta tersebut. Biasanya syarikat kereta itu akan meminta RM500 - RM1000 sebagai wang pendahuluan tanda jadi.
Kalau kereta yang dimaksudkan itu sudah ada di dalam showroom, mungkin proses pembeliannya hanya akan selesai dalam tempoh seminggu. Tetapi kalau belum ada, mungkin sebulan atau lebih bergantung kepada tempahan.
Walau bagaimanapun untuk membolehkah kereta itu dikeluarkan, pembeli perlu membayar 10 peratus daripada harga kereta tersebut dan bakinya akan diselesaikan oleh bank. Kemudian apabila kereta itu sudah didaftarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), barulah pembeli itu boleh membawa balik keretanya ke rumahnya.
Ya, berdasarkan proses di atas, bolehkah si pembeli yang baru memberi RM500 atau RM1000 itu, masuk dalam kereta tersebut dan membawa keluar dari showroom? Setahu saya, tidak dibenarkan. Dia hanya boleh masuk untuk duduk dan memegang stering dan mendengar injen sahaja, selebihnya tidak boleh. Tetapi kalau kereta terpakai (usecar), jurujual boleh membenarkannya untuk memandu dengan syarat jurujual itu duduk di sebelahnya.
Bayangkan kalau baru booking kereta, sudah begitu kedudukannya, apa pula hukumnya seseorang yang baru bertunang yang hanya sekadar menyarung cincin pertunangan. Jadi, pertunangan dalam Islam sepatutnya mencontohi proses di atas. Sebab itu dalam Islam tempoh pertunangan tidak digalakkan terlalu lama.
Sebenarnya dalam tempoh pertunangan itu terdapat beberapa perkara yang diharuskan. Antaranya ialah:
1. Perhubungan pasangan itu hanya boleh dilakukan di rumah perempuan dengan ditemani oleh mahramnya. Ini bermakna, kalau lelaki membawa kakaknya sebagai teman tidak memadai.
2. Jika lelaki mahu membawa keluar tunangnya, perlulah dibawa bersama ibu atau bapa perempuan itu atau sekurang-kurangnya abang atau kakak perempuan tersebut.
3. Dalam tempoh pertunangan mereka boleh saling mengenali antara satu sama lain untuk mencari keserasian.
4. Dalam keadaan apa sekalipun sentuhan baju tunang adalah dilarang apatah lagi menyentuh kulit termasuk tangan.
5. Tidak digalakkan pasangan tunang itu bermalam dan tidur di rumah pasangan masing-masing walaupun dalam bilik berasingan.
Syariat Dipertahankan Islam menyediakan peraturan syariat adalah untuk menjaga maruah diri dan keluarga tunang sebelum mereka berdua disatukan. Hakikatnya peraturan ini bukan bertujuan menyusahkan umat Islam. Malah sekatan dalam pertunangan itu boleh menjadikan mereka teruja untuk menunggu tarikh perkahwinan sebenar.
Bayangkan kalau pasangan itu sudah hidup seperti suami isteri dalam tempoh pertunangan, apakah mereka akan teruja dengan tarikh tersebut. Pada mereka, tarikh itu tidak penting lagi kerana kehidupan suami isteri sudah pun bermula. Malah jangan terkejut, ada kes seperti ini, yang lelaki bertindak memutuskan pertunangan atas alasan bakal isterinya tidak dara lagi.
Jelas di sini batasan yang dibuat ini adalah untuk keselamatan masa depan pasangan itu. Apa tidaknya, sebelum akad nikah pasangan itu masih suci, tidak ada dosa sentuhan, tidak ada dosa besar sama ada khalwat atau zina, tidak mencemarkan nama baik keluarga dan Islam. Jadi, pada waktu akad nikah mereka berdua adalah orang yang bersih di sisi Allah dan manusia.
Tetapi tahukah anda, jika sesuatu pasangan yang bertunang itu tidak mampu untuk mempertahankan syariat di atas, kehidupan mereka setelah berkahwin tidak begitu harmoni kecuali mereka benar-banar bertaubat sebelum diakadnikahkan. Allah yang maha pengampun bersedia mengampunkan dosa mereka jika mereka serius memohon keampunan kepada Allah.
KOTA BHARU - Kerajaan Negeri tidak berganjak dengan keputusan untuk mengekal tawaran yang dibuat sebelum ini kepada peniaga Bazar Tok Guru walaupun ditolak segelintir peniaga terbabit.
Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz berkata, Kerajaan Negeri membuat keputusan terbaik untuk kesemua peniaga di bazar terbabit dan kini terserah kepada mereka untuk menerima tawaran yang dibuat.
"Keputusan masalah Bazar ini tetap begitu, mereka nak terima atau tidak terpulang. Setakat ini sudah 100 orang terima termasuk yang sudah menandatangani (surat perjanjian) dan sebahagian dalam proses ke arah itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Dataran Ilmu di sini, semalam.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan wakil dari Bazar MPKB dan Arked Uda yang tidak bersetuju berpindah ke Bazar Tok Guru walaupun menerima tawaran dari Kerajaan Negeri.
Antara lain mereka menuntut janji Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang akan membina saiz kedai berukuran 10X 12 dan bukan 6X8 sebagaimana yang disediakan kini.
Dalam pada itu, Nik Aziz berkata, isu keretakan pada Bazar Tok Guru yang dibangkitkan oleh pihak-pihak tertentu tidak timbul kerana pihak kontraktor masih belum menyerahkan bangunan itu kepada Jabatan Kerja Raya (JKR).
"Bangunan itu belum lagi serah kepada JKR, lain lah kalau JKR menerima (dengan bangunan retak) itu tidak betul. Kalau lihat stadium di Terengganu runtuh walaupun kontraktornya dari syarikat antarabangsa, ini kontrak orang Melayu," katanya.
Dalam sidang media itu, Nik Aziz kecewa dengan segelintir peniaga yang mengkritik secara terbuka, Exco Kerajaan Negeri, Datuk Anuar Tan semasa majlis bersama peniaga terbabit di Tapak Arked Uda petang, kelmarin.
Sehubungan itu, beliau meminta individu terbabit secara terbuka memohon maaf kepada Anuar yang menurutnya banyak berkorban demi membantu masyarakat Kelantan.
"Kita patut kenang budi (Anuar), mana boleh kalau tak kena dengan angin kita, kita kritik, ini bukan masalah negeri, ini tidak betul. Saya nak orang itu mintak maaf depan orang ramai, buat pengumuman di surat khabar.
"Kalu nak serang sangat, serang ambo (saya), tidak mengapa, orang lain tebal tapak kaki, ambo tebal muka," katanya.
06 Rabiulakhir 1432H. [MOD]. Tazkirah YAB. Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nil Mat mendapat perhatian dari ribuan pengunjung tetap dari seluruh pelusuk negara dan anak jati Kelantan pada setiap pagi Jumaat.
Pada Jumaat 11 Mac 2011 semalam, sebelum tuan Guru menyampaikan kuliah tafsir Al Qurannya, ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim terlebih dulu mengisi tazkirah slot pagi sekitar sejam.
06 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -11 Mac 2011/ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim sedang menyampaikan tazkirah di Dataran MPKB Kota Baharu, Kelantan. Beliau mencipa sejarah apabila menjadi orang Cina yang pertama menyampaikan tazkirah di tempat tersebut.
Saya kenal seorang penyokong PAS. Kita panggil dia Ahmad, tetapi ini bukan nama sebenarnya. Ini kisah sebahagian daripada hidupnya. Menurutnya dia mula mengetahui mengenai PAS ketika dia masih bersekolah menengah rendah pada tahun 70-an. Tetapi masa itu PAS berada dalam Barisan Nasional.
Ketika itu Yang Dipertua PAS, Datuk Asri Muda adalah Menteri Tanah dan Kemajuan Wilayah, yang maknanya turut menjaga hal;-hal berkaitan dengan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP) yang sekarang dienali sebagai Felda
Oleh kerana Ahmad tinggal di Johor, maka sudah tentu kampungnya adalah pendokong kuat Umno. Semua sanak saudaranya terdiri daripada ahli-ahli UMNO belaka. Mereka tidak kenal parti politik lain. Dalam kampung itu hanya ada Umno dan MCA. Dulu kapal layar, dan kemudian menjadi dacing. Perikatan dan Barisan Nasional sentiasa menang di kampungnya.
Sebagai pelajar sekolah, ia berminat juga untuk mengetahui mengenai politik. Tentang negara dan bangsa. Baginya hanya Umno parti untuk orang Melayu. Ahmad berasa pelik bagaimana ada orang Melayu yang menyokong parti lain selain daripada Umno. Mengapa perlu ada PAS kalau Umno sudah cukup mampu mewakili orang Melayu.
Namun begitu pertama kali dia dengar ucapan Datuk Asri sebagai menteri melalui radio, dia berasa tertarik. Sedap juga ucapan Datuk Asri, dengan menggunakan bahasa seperti Bahasa Indonesia. Mungkin kerana Datuk Asri dibesarkan ketika pejuang-pejuang kemerdekaan tanah Melayu terpengaruh dengan cara pidato nasionalis Indonesia seperti Sukarno.
Baginya, pidato Datuk Asri nampak lebih hebat daripada mentyeri-menteri lain termasuk Perdana Menteri sendiri, iaitu Tun Razak yang lebih bersahaja. Kemudian beliau berasa ada perubahan berlaku pada kerajaan sejak PAS menyertai Barisan Nasional. Dia tidak ingat dari siapa sumbernya tetapi dia tahu terdapat dua perkembangan yang merupakan hasil daripada cadangan PAS.
Pertama, ialah RTM melalui radio dan televisyen menyiarkan laungan azan setiap kali masuk waktu solat. Kedua, perubahan lambang palang merah di klinik dan hospital daripada palang merah kepada bulan sabit merah. Selain itu, Persatuan Palang Merah Malaysia juga bertukar kepada Persatuan Bulan Sabit Merah.
Satu lagi, ada orang kata Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang ditubuhkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah juga atas cadangan daripada PAS. Malah PAS melantik seorang ulama muda, Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai ahli lembaga pengarah YADIM.
Ketika PAS dalam BN, cawangan-cawangan PAS baru ditubuhkan di merata tempat yang sebelum ini sukar untuk parti itu masuk, termasuklah di Felda. Begituilah ada orang beritahu Ahmad. Maka dalam perarakan Hari Kabangsaan pada tahun 1974 di bandar tempat kampungnya berada, buat pertama kali Ahmad melihat orang-orang PAS.
Dalam perarakan itu, parti-parti komponen BN telah menyediakan kontinjennya. Maka nampaklah sepasukan orang PAS turut berbaris. Para Muslimat PAS memakai tudung ikat putih dan baju kurung putih serta kain hijau. Pada zaman itu, wanita UMNO tidak bertudung.
Ahmad melihat orang PAS ini memagang ebndera mereka, merah putih dengan bulatan hijau di penjurunya. Ketika berbaris, mereka turut menyanyikan lagu Inilah Barisan Kita sama dengan ahli-ahli komponen BN yang lain. Apa bezanya PAS dengan Umno? Fakir Ahmad. Beliau belum terdetak untuk menyokong PAS. Cuma dengan kehadiran PAS, orang Melayu mempunyai alternatif untuk memilih parti lain. Makannya jika berasakan tidak selesa dengan Umno, maka untuk aktif politik, sertai saja Pas. Bagaimanapun, kawan-kawannya kata Pas ini parti pantai timur.
Satu hari Ahmad membaca buku bertajuk Di Mana Letaknya Negara Islam? Karya H Hasjmy, seorang ulama Aceh. Buku itu menyentap fikirannya dengan kesedaran bahaw di dunia hari ini, iaitu pada 70-an, tidak ada satupun negara yang boleh dianggap negara Islam. Beliau diberitahu bahawa Arab Saudi melaksanakan hukum potong tangan dan pancung. Tetapi hatinya tidak dapat menerimanya kerana bukanlah itu menjadi ukuran negara Islam. Pelaksanaan syariah da;lam erti kata mewujudkan sebuah negara kebajikan, berilmu dan bermaruah, barulah dikatakan sebagai negara Islam. Jika sistem bernegara mengamalkan diskriminasi dan dikuasi elit, maka adakah ia boleh dinamakan negara Islam. Ini menjadi perbahasan dalam benaknya.
Semasa dia menjadi seorang pelajar di universiti pada tahun 80-an, timbullah apa yang disebut sebagai gerakan dakwah. Persatuan Mahasiswa universitinya dikuasai oleh Persatuan Mahasiwa Islam yang didapatinya mempunyai hubungan rapat dengan ABIM yang ketika itu dipimpin oleh Anwar Ibrahim. Pada satu hari PMI menganjurkan ceramah oleh seorang pemimpin PAS, Nakhaie Ahmad yang ketika itu ahli parlimen Baling. Inilah kali pertama Ahmad menghadiri ceramah politik, dan pertama kali melihat seorang pemimpin PAS.
Setelah ceramahnya itu, seorang pemimpin PMI menghulur dua buku kecil. Pertama, manifesto PAS. Kedua, ucapan dasar Datuk Asri. Pada masa itu PAS sudah terkeluar daripada BN dan menjadi pembangkang. Ahmad menyatakan bahawa beliau berasa agak takut menerima risalah-risalah itu kerana ia bersifat pembangkang. Walaupun ia tertarik dengan PAS tetapi hatinya masih belum terbuka lagi untuk menyertai parti itu.
Setahun kemudian barulah Ahmad terbuka hati untuk menyokong PAS. Ketika itu, Datuk Asri pun sudah keluar parti. Empat tahun kemudian barulah dia menjadi ahli parti. Namun begitu, walaupun Ahmad pernah mencuba menjadi aktivis parti, dengan menyertai cawangan tetapi ia dapati kesanggupannya hanya setakat menjadi ahli dan penyokong.
Hingga ke hari ini, beliau masih menyokong dan mengundi PAS. Di kampungnya kini sudah pun wujud cawangan PAS. Sementara calon PAS juga pernah bertanding di kawasannya. Ahmad tahu banyak kawan-kawannya yang telah meninggalkan perjuangan parti, sama ada sudah tidak menyokong atau menyeberang ke Umno. Tetapi baginya, dia tetap bersama dengan PAS dan istiqamahnya tidak tergugat seinci pun
Tiada ulasan:
Catat Ulasan