Jumaat, 18 Mac 2011

Barisan Nasional

Barisan Nasional


anakbukitgantang says

Posted: 18 Mar 2011 03:25 AM PDT

anakbukitgantang says


Bantuan Dana Untuk Rempit Sifar/Belia Bersedia Untuk Bencana Alam

Posted: 17 Mar 2011 08:11 PM PDT



Satu program Rempit Sifar dan Belia Bersedia Menghadapi Bencana Alam akan diadakan di Kuala Terengganu ESOK

TEMPAT-    KUALA TERENGGANU
TARIKH-        19 HINGGA 21 MAC 2011
ANJURAN - PB2W
NAUNGAN- Exco Perlancongan (Mantan Exco Belia dan Sukan Negeri  Datuk Rahim)

PEGAWAI YANG BOLEH DIHUBUNGI UNTUK BANTUAN DANA - EN HOSNI HASSIM
TALIAN 013 931 0350
E Mail - PB2W@ hotmail.com

AKAUN BANK MUAMALAT- 1301- 0058515- 72- 9

Layari facebook Belia Sukarelawan Angkatan Simpanan (SAS) SAS

bumiyang

Posted: 18 Mar 2011 03:04 AM PDT

bumiyang


Kerajaan Pas Kelantan Pertimbang Penjualan Tiket Loteri - Tapi BN Dipersalahkan???

Posted: 17 Mar 2011 07:19 PM PDT

Trak Panjat Bangunan Untuk Lari Dari Tsunami???

Posted: 17 Mar 2011 06:40 AM PDT

Suara Melayu Baru

Posted: 18 Mar 2011 01:38 AM PDT

Suara Melayu Baru


Perdana Menteri atau Penjara : Yang mana satu, idaman kalbu... Jawapan ada pada DNA Anwar...

Posted: 17 Mar 2011 03:38 AM PDT

1.  Pelik bin Ajaib. Untuk makluman, buat kali ke-2 nya, Dato' Seri Anwar Ibrahim diberi peluang yang cerah untuk menduduki kerusi Perdana Menteri. Jika kali pertama dahulu, sewaktu Anwar menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri, Anwar sudah hampir menjadi PM sebelum dipecat oleh bosnya iaitu, Tun Mahathir Mohamad. Kini sekali lagi sebelah kaki Anwar sudah pun menjejak kerusi Perdana Menteri.

2.  Kenapa SMB berkata demikian? Malah SMB yakin Anwar juga tahu akan kedudukan dan peluang yang dimilikinya sekarang. Cuma yang menjadi tanda tanya, bukan hanya SMB malah seluruh rakyat Malaysia, kenapa seorang yang sehebat dan sebijak Anwar tidak mahu merebut peluang yang terhidang di depan mata ini.

3.  Seluruh rakyat Malaysia sebenarnya sedang menanti langkah seterusnya yang akan diambil oleh Anwar. Menjadi hak seluruh rakyat Malaysia untuk mengetahui dan mengambil tahu siapa sebenarnya pemimpin yang bercita-cita menjadi PM, Anwar Ibrahim. Adakah benar Anwar dianiaya atau sememangnya Anwar terlibat dalam kes liwat Saiful Bukhari?

4.  Jawapannya ada di tangan Anwar. Hanya dengan memberi sampel DNA maka segala persoalan yang bermain di benak seluruh rakyat Malaysia akan terjawab. Dan dengan sampel DNA milik Anwar juga akan membantu rakyat Malaysia samada untuk memilih Anwar sebagai PM atau tidak. Begitulah mahalnya harga yang perlu dibayar hanya semata-mata untuk mendapatkan sampel DNA Anwar. Semua jawapan terhadap persoalan ada pada sampel DNA Anwar.

5.  Bukankah sepatutnya Anwar mengambil peluang ini untuk menjadi PM, seperti yang menjadi impiannya selama ini? Mustahil bagi orang yang sebijak dan seberani Anwar tiba-tiba menjadi takut untuk memberikan sampel DNAnya. Kenapa Anwar begitu cuak dengan konspirasi terhadap DNAnya walhal SMB yakin orang seperti Anwar yang mempuanyai nama besar dan memiliki pengaruh serta sokongan yang hebat berupaya mencari jalan agar sampel DNAnya tidak dieksplotasikan.

6.  Dengan hanya sampel DNA milik Anwar, jika benar tidak bersalah dan keupayaan yang dimilikinya untuk mengelak dari sebarang konspirasi maka Anwar berupaya membuktikan dirinya tidak pernah meliwat Saiful. Dan sekaligus, SMB yakin sokongan rakyat Malaysia akan kembali kepada Anwar dan dalam masa yang sama, Anwar berada di landasan yang tepat untuk menjadi Perdana Menteri.

7.  Denga sampel DNA milik Anwar juga, jika benar Anwar tidak bersalah, seluruh rakyat Malaysia akan dapat mengetahui betapa teraniayanya Si Anwar dan betapa sadis serta kejamnya pihak yang cuba menganiayai Anwar. Malah SMB yakin, jika Anwar berjaya membuktikan melalui DNAnya bahawa dirinya tidak bersalah, maka pihak yang menganiayainya termasuk Saiful mahupun UMNO (jika benar terbabit) akan dihadapkan ke muka pengadilan dan akan menerima balasan atas sumpah laknat yang telah dibuat.

8.  Begitulah kedudukan dan senarionya sekarang. Dan begitu jugalah peluang yang terhidang di depan mata Anwar untuk menjadi PM. Hairan Bin Pelik Bin Ajaib apabila seorang yang bercita-cita tinggi untuk menjadi PM seperti Anwar tiba-tiba teragak-agak dan tidak mahu mengambil peluang keemasan ini. Tidak lagi timbul isu fitnah kerana sekarang Anwar berpeluang untuk menutup mulut pihak yang dikatakan menfitnahnya.

9.  Apa sebenarnya yang cuba disembunyikan oleh Anwar? Jika yakin tidak bersalah kenapa tidak mengambil peluang untuk buktikannya. Semakin lama Anwar membiarkan isu ini tergantung tanpa jawapan membuatkan rakyat Malaysia menjadi semakin muak dan meluat. Akhirnya seluruh rakyat Malaysia menjadi benci terhadap Anwar. Adakah ini pilihan yang diingini oleh Anwar?

Aspirasi Bangsa

Posted: 18 Mar 2011 01:38 AM PDT

Aspirasi Bangsa


kah!! kah!! Kah!! Nik Aziz takut dilancaukan oleh orang Cina!!!

Posted: 17 Mar 2011 06:59 AM PDT

PANEH MIANG

Posted: 18 Mar 2011 01:33 AM PDT

PANEH MIANG


Fuiyooo...RM2 trillion tu...

Posted: 18 Mar 2011 12:55 AM PDT

1. Tan Sri Zarinah Anwar berkata, modal pasaran Malaysia pada tahun 2010 melepasi RM2 trillion. Berapa banyak kosong yang ada di belakang RM2 tu...

2. Kesatuan Eropah (EU) pula menjangkakan keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia boleh meningkat sehingga 7.5 peratus pada tahun ini.

3. Petunjuk utama pasaran Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 11.21 mata untuk ditutup pada 1,484.14. Indeks Perladangan turun 109.35 mata kepada 7,554.78, Indeks Perindustrian kerugian 26.95 mata kepada 2,740.32 dan Indeks Kewangan berkurangan 102.09 mata kepada 13,424.73. Indeks Emas FTSE Bursa Malaysia turun 92.601 mata kepada 10,143.80, Indeks FTSE Bursa Malaysia kehilangan 73.97 mata kepada 3,960.20 dan Indeks Mid 70 FTSE Bursa Malaysia jatuh 114.851 mata kepada 10,826.27.

4. Perkara 3 di atas confirm tak ramai yang faham pun.

5. Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan balik-balik dok sebut ETP...ETP...ETP (Program Transformasi Ekonomi)!

6. Apa...ingat rakyat golongan pertengahan dan bawahan peduli ka dengan angka tu semua?


7. Yang rakyat kisahkan apabila mereka bawa RM100 ke pasar basah atau kering, mereka dapat beli stok makanan untuk seminggu.

8. Apabila rakyat bawa RM100 ke pasaraya, mereka dapat beli pelbagai keperluan rumah untuk sekurang-kurangnya 2 minggu.

9. Apabila rakyat bawa RM10 ke restoran, mereka dapat bayar harga sarapan dan makan tengahari sekaligus.

10. Itulah sebenarnya yang rakyat dambakan.

11. Apabila pendapatan boleh guna rakyat rendah, maka sudah tentu keinginan mereka tidak dapat dipenuhi. Apabila keinginan tidak dipenuhi, pastinya kepuasan tidak tercapai. Dan apabila rakyat tak puas hati...mereka pasti akan terjemahkan kemarahan mereka melalui kertas undi.

12. Dan ketika itu tak kiralah isu liwat ka, jubur ka, DNA ka, karipap ka, mubahalah ka, hudud ka, judi ka, hatta liwat lagi 2-3 kali ka...rakyat akan kata "Persetankan itu semua."

13. Yang penting bagi rakyat pertengahan dan bawahan..."Perut kenyang, hati senang."

14. Justeru kalau adalah pak-pak menteri atau mana-mana individu yang cuba nasihat, "Rakyat perlu ubah cara hidup", setelah sekian lama rakyat diajar untuk hidup mewah dan selesa...maka itulah nasihat yang paling bangang pernah didengar.

15. Tapi ada ke yang peduli?

PAPA GOMO

Posted: 18 Mar 2011 01:23 AM PDT

PAPA GOMO


SEKS TERLAMPAU - Kami Tuntut Ketua UMNO Bahagian Gombak Menjelaskan Isu Gambar Skandal Nya Ini

Posted: 17 Mar 2011 07:00 PM PDT




Petang semalam heboh di rangkaian Blogg Blogg Pembangkang yang memainkan Gambar di atas yang mana di katakan lelaki dalam gambar tersebut merupakan Ketua UMNO Bahagian Gombak bernama Abdul Rahim Kamarudin. Gambar tersebut di percayai di rakam sendiri oleh wanita di atas yang mana kejadian itu juga di katakan berlaku di sebuah Hotel.

Gomo merasakan amat berat dengan artikel hebahan Pakatan Pembangkang ini kerana Gomo mendukung penuh UMNO dan Barisan Nasional. Namun bila gambar seumpama ini tersebar maka sedikit sebanyak tercalit jua pada UMNO walhalkan yang melakukan tindakan tersebut bukanlah parti. Namun itulah adat resam dalam berpolitik.

Gomo MENGESA kepada Pemilik Wajah di dalam gambar di atas Abdul Rahim Kamarudin untuk menjelaskan apakah benar gambar di atas adalah dirinya dan adakah pada waktu Gambar ini di rakam Wanita tersebut merupakan Isteri yang SAH kepada dirinya.

Gomo juga MEMINTA jika benar Gambar tersebut adalah dirinya dan wanita tersebut pada masa kejadian bukan Isteri nya yang SAH maka silalah UNDUR DIRI dari segala Jawatan yang di sandang bagi membersihkan imej parti yang tercalar.

Gomo tidak menafikan baik sama ada pihak BN mahupun Pakatan masing masing mempunyai Tabiat Seks yang sukar di kawal apatah lagi bila menjelang usia di peringkat 40 tahun ke atas. Namun apabila menceburi bidang Politik maka hal hal sebegini haruslah di elak agar tidak mencemarkan parti yang di wakili.

Perang sekarang bukan lagi perang Poster mahupun pentas ceramah namun perang Politik sekarang membuka apa sahaja yang ada bagi memenangkan Parti yang di wakili. Tidak salah pihak Pembangkang mengeluarkan gambar ini memandangkan tugas tersebut merupakan tugas mereka sebagaimana kami lakukan.

Sekali lagi Gomo DESAK Abdul Rahim Kamarudin Menjelaskan Tentang Gambar yang tersebar ini agar Rakyat dan parti mengetahui kebenarannya.

Psssttt..........Gomo juga kagum dengan pemimpin UMNO yang memilih Anak Dara Bergetah daripada puak Pembangkang yang memilih Lelaki Jambu dan Bini Orang....he he he


DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Kisah Tauladan Sempena Malam Jumaat He he he

Posted: 17 Mar 2011 10:32 AM PDT

Seorang budak kecil sedang memanjat pokok mangga ditepi rumahnya, tetiba dibawahnya melintas penghulu kampung tersebut sambil memandang keatas. "MasyaAllah" tok penghulu tersebut tetiba bersuara dan menyuruh budak kecil tersebut turun. Setelah budak kecil itu turun, tok penghulu memarahi beliau.

Tok penghulu : Hey budak, lain kali kalau nak memanjat pokok, pakai seluar dalam dulu. Tak senonoh betul

Tok penghulu tersebut memberikan wang RM5.00 dan menyuruh budak itu membeli seluar dalam.

Setelah pulang kerumah, budak tersebut menceritakan segala-galanya kepada emaknya. Esok pagi-pagi lagi, emak budak tersebut pula memanjat pokok tersebut tanpa memakai seluar dalam.

Dalam hatinya berkata "kalau anak aku boleh dapat RM5.00, aku yang dah besar ni, koman-koman boleh dapat RM20.00".

Seperti semalam, tok penghulu sekali lagi melintas kawasan tersebut sambil memandang keatas.

"MasyaAllah" sekali lagi tok penghulu terkejut dan memanggil emak budak tersebut turun.

Dengan hati yang gembira kerana perangkapnya untuk mendapat RM20.00 akhirnya hampir menjadi kenyataan.

Tok penghulu : Kamu dengan anak kamu sama saja, dah tahu nak panjat pokok, pakai lah seluar dalam... tak senonoh betul.

Selepas selesai membebel tok penghulu menyeluk poketnya dan mengambil wang lalu berkata :
"Nah 20 sen, pergi beli pisau cukur".=))

Halal Atau Tidak Penjelasan Harus Di Berikan

Posted: 17 Mar 2011 06:46 AM PDT




Gomo tidak mengetahui kebenaran akan gambar di atas ini, namun jika benar dan tulen gambar ini maka di pinta yang terlibat tampil memberikan penjelasan kepada rakyat.

Sudah kawin atau belum halal atau tidak terpulang kepada tuan punya badan untuk memberikan jawapannya.

Pohon penjelasan dengan segera mengenai isu ini.
Published with Blogger-droid v1.6.7

PANAS 18 SX -Pengakuan Berahi Mangsa Liwat Anwar Ibrahim

Posted: 17 Mar 2011 01:36 AM PDT




Sehari demi hari Kes Liwat Anwar Ibrahim semakin panjang perjalanan nya, malah penangguhan demi penangguhan juga membuatkan kita rakyat Malaysia semakin Bosan dengan kes Liwat ini. Fuh.....51 Kali tangguh termasuk yang terbaru bila Adik Karpal ni Mati dan 36 kali Rayuan oleh Anwar untuk menggugurkan Kes Liwat.

Sekarang isu semakin Besar dan nampak semakin menarik buat semua rakyat Malaysia, kalau dulu Meletop satu Dunia bila Anwar Ibrahim Melarikan diri ke kedutaan Turkey apabila mendapati seorang pemuda membuat laporan Polis ke atasnya kerana Meliwat. Gamat masa tu Malaysia ni, manakan tidak! bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia LARI BERSEMBUNYI.....ha ha ha

Itu dulu sewaktu bermulanya perjalanan episod Kes Liwat Anwar Ibrahim yang meliwat Saiful Bukhari. Hari demi hari kita di sajikan dengan perbicaraan yang bermacam macam karenah sampaikan Kenyataan Saksi Utama Saiful Bukhari di minta oleh pihak Peguambela Anwar Ibrahim untuk mengadakan secara Tertutup.

Wow....Dah lah mula mula Kes Liwat Anwar Brahim MELARIKAN DIRI, bila masuk mahkamah untuk di adili Anwar Ibrahim mohon PERBICARAAN TERTUTUP pulak. Siapa yang benar dan siapa yang salah?

Ok lah, kita pun tak ambil pusing mengenai perbicaraan tertutup namun kita mengambil penting bila di sahkan terdapat DNA Lelaki Y dalam Dubur Saiful Bukhari. Wow, DNA Lelaki Y dalam DUbur Saiful yang mana di sahkan oleh pakar Forensik Air Mani Lelaki Y. Siapa lelaki Y? Emmm Ada yang dah dapat teka siapa namun masih ada yang ingin menunggu keputusan Mahkamah yang adil dan bijaksana ini.

Sok sek sok sek BOOM meletop bila pihak Pendakwaraya mengesahkan Air Mani yang di temui dalam Dubur Saiful Bukhari sama dengan DNA yang di temui pada Berus Gigi, Tuala Good Morning dan Bulu pada Botol air mineral. Ketiga tiga DNA ini di perolehi dalam Lokap di mana Anwar Ibrahim di tahan semalam bagi siasatan lanjut berhubung laporan Liwat yang di buat Saiful Bukhari.

Atas sebab itu pendakwaraya menekankan bahan Bukti DNA yang di temui di lokap merupakan petunjuk jelas bahawasanya DNA Lelaki Y yang di temui dalam Dubur Saiful bukhari adalah milik Anwar Ibrahim. Pada waktu ini pihak Peguambela Anwar Ibrahim TIDAK SAMA SEKALI MENAFIKAN AKAN PERSAMAAN DNA TERSEBUT sebalik nya mereka peguambela Anwar Ibrahim mempertikaikan cara penahanan dan pemerolehan Bukti DNA pada Botol Mineral, Tuala dan Berus Gigi.

Sekali pun pihak peguambela Anwar Ibrahim TAK MEMPERTIKAIKAN Persamaan DNA yang di berikan oleh pihak Pendakwaraya. Emmm Kenapa pihak Peguambela Anwar Brahim tak pertikaikan Bukti Forensik DNA tersebut?

Akhirnya pihak Peguambela Anwar Ibrahim berjaya memohon kepada mahkamah untuk menggugurkan Barang barang yang terdapat DNA Anwar yang di temui di dalam Lokap sebagai bukti dalam kes Liwat ini. Mereka akhirnya berjaya.....Itulah Karpal Singh, Hebat Auta sana sini.

Lantas ekoran itu pihak Pendakwaraya memohon kepada Mahkamah untuk Anwar Ibrahim TERTUDUH dalam kes liwat ini menyerahkan sampel DNA nya bagi menentukan apakah Sama mahupun tidak sama dengan DNA yang di temui di dalam Dubur Saiful Bukhari. Satu permohonan yang sememangnya Mudah dan bukanlah hal yang rumit pada asanya untuk Anwar Ibrahim membersihkan namanya.

Tapi Sekarang???

Dulu LARI BERSEMBUNYI dan kemudiannya PERBICRAAN TERTUTUP dan kini ENGGAN MENYERAHKAN DNA NYA KEPADA MAHKAMAH!!!

Apa punya BACHOL Anwar Bin Ibrahim ni? Nak bersihkan nama sendiri pun takut!!! Bukan susah pun kalau nak serah DNA tu, Mahkamah tak arahkan pun Anwar Ibrahim untuk memberikan sampel AIR MANI. Anwar Brahim ludah pun tidak mengapa!!!


Psssttt....Belum pernah aku lihat manusia semacam Anwar yang Bachol sebegini
DAP ANTI ISLAM
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

RAPERA ..

Posted: 18 Mar 2011 01:23 AM PDT

RAPERA ..


The People’s Leader – discussions with young Raperas.

Posted: 17 Mar 2011 04:31 AM PDT

SuaraDemokrasi-Malaysia

Posted: 18 Mar 2011 01:14 AM PDT

SuaraDemokrasi-Malaysia


Lady GaGa's 'Born This Way' Banned by Malaysian

Posted: 17 Mar 2011 02:40 AM PDT

SALAM,.. :)




Lady Gaga's hit single "Born This Way" can't be played in Malaysian radios. The song which features such lyrics as "No matter gay, straight or bi, lesbian, transgendered life, I'm on the right track,baby" is banned because it might violate "good taste or decency or (are) offensive to public feeling."

"The particular lyrics in 'Born This Way' may be considered as offensive when viewed against Malaysia's social and religious observances," AMP Radio Networks, Malaysia's top private radio operator, told The Associated Press. "The issue of being gay, lesbian or (bisexual) is still considered as a 'taboo' by general Malaysians."

GaGa hasn't responded to the issue, but Malaysian gay rights activist Pang Khee Teik has reacted to that matter, saying the media should be "a platform for marginalized voices and create understanding - not perpetuate ignorance and hate."

"Lady GaGa was attempting to address this very thing in her song. How dare they play that song and cut out its shining heart," Pang further complained about the ban. "We just want the same thing as everyone else: to love, be loved and have our songs played on the radio."


source: http://www.aceshowbiz.com/news/view/00039089.html


>>>> Betulkah di negara kita terdapat aktivis golongan Gay??

Taipingmali (tm)

Posted: 18 Mar 2011 01:11 AM PDT

Taipingmali (tm)


Zuraida yang biul

Posted: 18 Mar 2011 12:38 AM PDT

YB Nizar Jamaluddin kurang ajar

Posted: 18 Mar 2011 12:28 AM PDT

Perak Today-Demo minta Anwar serah DNA-Medan Istana,Perak

Posted: 17 Mar 2011 09:23 PM PDT

Pergh RWS Bersama Fazli Zainal

Posted: 17 Mar 2011 08:30 PM PDT

Taib Mahmud Arkitek Pembangunan Sarawak

Posted: 17 Mar 2011 08:02 PM PDT

Jom ke Changkat Jering desak Anwar serah DNA

Posted: 17 Mar 2011 07:53 PM PDT

Skandal Ketua Bahagian Umno?

Posted: 17 Mar 2011 07:34 PM PDT

12 Tahun Berjuang Bersama PKR, Akhirnya Dibuang Begitu Sahaja

Posted: 17 Mar 2011 07:19 PM PDT

Benarkah dakwaan media asing tentang negeri Sarawak?

Posted: 17 Mar 2011 07:06 PM PDT

Pemandu teksi ini tidak berdisiplin

Posted: 17 Mar 2011 09:06 AM PDT

Anwar Tidak Perlu Buang Masa Dolak Dalih, Beri Saja DNA… Selesai

Posted: 17 Mar 2011 08:40 AM PDT

Siapa MP akan jadi TPM Anwar?

Posted: 17 Mar 2011 08:37 AM PDT

Jihad kerajaan Umno BN

Posted: 17 Mar 2011 06:19 AM PDT

Sivakumar buat hal lagi

Posted: 17 Mar 2011 05:12 AM PDT

Najib didesak campur tangan dalam JCorp

Posted: 17 Mar 2011 03:52 AM PDT

Sahabat-Gunung

Posted: 18 Mar 2011 01:03 AM PDT

Sahabat-Gunung


PANAS !!!! - 12 Tahun Perjuangan Gobala Sia-Sia Bersama Anwar Dan PKR

Posted: 17 Mar 2011 07:17 PM PDT


Selepas 12 tahun berjuang bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ahli Parlimen Padang Serai, N.Gobalakrisnan rasa dirinya dibuang begitu sahaja oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Azmin Ali dan kumpulan mereka yang kononnya berjuang memerdekaan negara ini dan rakyat.

"Tetapi itu adalah hanya kata-kata indah daripada mereka kepada rakyat untuk meyakinkan rakyat dengan alasan bahawa mereka sebenarnya hanya mahu pergi ke Putrajaya sebab mereka sudah pun biasa merompak Negara.

Kita semua tahu bahawa retorik Anwar itu hanya sekadar mahu menjadi Perdana Menteri dan beberapa rakannya itu seperti Azmin Ali, Shaifuddin dan beberapa orang lagi hanya mahu menjadi menteri-menteri kabinet sahaja, dan ini sedang berlaku di dalam Negara kita, pada satu masa di mana Anwar tidak berani menjawab tuduhan-tuduhan yang dilemparkan terhadapnya dan pada masa yang sama mahu melarikan diri dari kebenaran," ujar N. Gobalakrisnan, yang juga bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat.

Tambahnya, kalau Anwar mahu menjadi Perdana Menteri, beliau harus berani berhadapan dengan kebenaran kerana sesiapa sahaja yang mahu menjaga Negara ini, mestilah seorang yang berani menghadapi apa sahaja cabaran dan dugaan tetapi apa yang berlaku hari ini, Anwar Ibrahim tidak berani memberi setitik darah tetapi dalam masa yang sama, dia mahu menjadi Perdana Menteri.

"Beliau tidak mahu membersihkan namanya sendiri tetapi dalam masa yang sama, beliau mengatakan bahawa beliaulah yang sepatutnya menjadi Perdana Menteri. Setiap kali beliau membuat serangan-serangan terhadap kerajaan sedia ada, dengan beberapa rakan beliau yang pakar dalam internet dan IT, dan mereka menggunakan ini untuk menundukkan mereka-mereka yang bersuara lantang dan menentang mereka dan kepada mereka-mereka yang membuat kebaikan kepada Negara ini.

Pernah Diminta Keluar PKR Dan Masuk BN

"Kita semua tahu sejak kebelakangan ini, saya menjadi sasaran mereka selepas saya berkompromi dengan Datuk Zaid Ibrahim dan saya menyokong Datuk Zaid Ibrahim bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR. Datuk Zaid menenttang Azmin Ali dan Mustapha Kamil Ayub."

Tambahnya, ketiga-tiga orang ini mempunyai watak tersendiri di antara mereka. Apabila Datuk Zaid bertanding, Gobala menjadi penyokong Zaid dan menjadi sasaran kumpulan Anwar di mana Anwar sendiri sebagai Ketua Umum, hanya menyokong Azmin Ali untuk bertanding jawatan tersebut.

"Apakah sebabnya Anwar mahu menyokong Azmin Ali sahaja. Ini semua berlaku dan sebab itu saya terkeluar dan dikeluarkan dari parti. Sebelum saya keluar ini, saya sudah tiga kali dicabar Anwar apabila saya membawa masalah-masalah yang seharus saya bersihkan dalam parti, saya berbincang dengan beliau dan beliau mengatakan kalau awak tidak senang hati, awak boleh keluar dan masuk Barisan Nasional.

Saya ini yang sudah 12 tahun bersama-sama beliau, bukan sekali dikatakan begitu, tetapi tiga kali. Saya ini bukanlah seorang fanatik, saya lahir sebagai seorang hindu dan seorang India, dan menjadi tanggungjawab saya menjaga rakyat Malaysia malah bertanggungjawab juga pada orang-orang India juga," tambahnya.

Gobala pernah bertanyakan tentang masalah Kuil Tokong Sivad di Bukit Gasing, Datuk Seri Anwar mengatakan bahawa tokong itu tidak selamat kerana bukit itu tidak selamat. Kalaulah benar bukit itu tidak selamat, kenapa 100 lebih rumah di situ tidak dikosongkan dan 100 buah rumah lagi di pinggir bukit tersebut masih didiami tetapi hakikatnya Anwar hanya mahu menutup tokong tersebut, hanya mencari alasan-alasan demi menutupnya.

"Anwar pandai melaung-laungkan tentang perbagai kaum, menyokong semua orang, menyatu-padukan satu keluarga besar sebagai Melayu-Cina-India tetapi dalam dirinya beliau menentang mereka-mereka yang bukan Melayu dan beliau menggunakan cara-cara yang paling tersembunyi untuk menunduk mereka-mereka yang menentang beliau dari dalam parti."

Guna Sumber Selangor Untuk Kayakan Anwar Dan Kroni

Ujarnya lagi, selain masalah kuil tersebut, pergeseran antaranya dengan Datuk Seri Anwar juga berkaitan dengan hal-hal pentadbiran kerajaan negeri Kedah apabila Gobala berbincang dengan Anwar, sekali lagi Anwar marah pada Gobala sebagaimana bila mereka berbincang tentang pentadbiran kerajaan Selangor.

Gobala turut mendakwa Anwar menggunakan segala sumber ekonomi di dalam kerajaan negeri Selangor, kebanyakannya untuk kepentingan diri dan politik Anwar sahaja. Mereka mewujudkan PIKOM dan beberapa orang sahaja yang mendapat faedah daripada PIKOM.

Beliau menggunakan kerajaan negeri Selangor untuk memberikan RM15 juta kepada PIKOM dan rakan-rakan beliau apabila datang ke Kuala Lumpur membuat claim (tuntutan) kepada PIKOM. Apabila RM15juta habis, lagi RM15juta akan ditambah dan inilah caranya mereka menipu rakyat," dakwa Gobala.

Mereka katakan perjuangan mereka adalah perjuangan rakyat, memperjuat, membangun dan memperkayakan rakyat tetapi sebaliknya, mereka memperkuatkan diri dan politik mereka, sanggup buat apa sahaja.

Jika Muammar Gaddafi di Libya mengulingkan kerajaan Libya yang terdahulu sebelumnya dengan kekerasan tentera seterusnya menjadi Presiden Libya selama 30 tahun, malah mengunakan helicopter gunship untuk menembak rakyat beliau yang menentangnya dan mendesak beliau berundur sebagai Presiden, begitu juga dengan Anwar.

"Ini Datuk Seri Anwar yang sudah 12 tahun bersusah payah, hari-hari siang dan malam, malah mimpipun menjadi Perdana Menteri, orang yang macam ini yang kena pukul, dipenjara dan ditahan di bawah ISA menjadi Perdana Menteri, akan jadi sepuluh kali lebih jahat dari Muammar Gadaffi sendiri," ujarnya sinis.

Pernah 'Bercuti' Dari PKR

Gobala pernah tinggalkan PKR pada tahun 2004 untuk bersama keluarganya mengusahakan kebun sayur di bukit Lojing. Namun, pada tahun 2006, Anwar Berjaya memujuknya semula untuk kembali memperkuatkan dan memperjuangkan nasib orang-orang India dalam PKR.

"Saya kembali pada tahun 2006 selepas Anwar menjanjikan bahawa rakan-rakan beliau yang merupakan bekas ahli-ahli UMNO itu tidak akan mengganggu pluralism yang ada dalam PKR. Tetapi itu tidak berlaku. Rakan-rakan beliau, Azmin Ali, Shaifuddin dan Johari Abdul, mereka tamak kuasa dan memperkecil-kecilkan rakan-rakan lain.

Kali kedua saya keluar pada tahun ini. Bila saya keluar dari PKR, ianya merupakan satu masa yang cukup pahit untuk saya, tetapi apa nak buat. Seorang yang mengkhianati perjuangan rakyat, bukan sahaja mengkhianati rakyat tetapi juga pada saya yang memberikan kepercayaan 100% kepada beliau.

Kalau saya sendiri, sama seperti Anuar Tahir, Ezam Mohd Noor dan ramai lagi, seperti Datuk Zaid Ibrahim, kami semua bukan sahaja diperbodohkan malah diperkecilkan dan dihina oleh Anwar dan rakan-rakannya. Saya harap rakyat jangan tertipu dengan mereka, marilah kita semua bersatu, apa sahaja kerajaan yang ada, marilah kita semua bermuafakat dan mendapatkan yang terbaik untuk rakyat.

Penipuan 16 September

Gobala turut mendakwa, dalam peristiwa 16 September, dia juga merupakan salah seorang pemimpin PKR yang diminta oleh Anwar Ibrahim untuk berunding dengan ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional untuk melompat dan membentuk kerajaan baru bersama Pakatan Pembangkang.

"Anwar menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada seorang Ahli Parlimen BN yang belum sampai umur 40 tahun. Inilah cara Anwar berpolitik, sanggup menjanjikan apa sahaja asalkan beliau menjadi Perdana Menteri.

Negara ini akan merasakan hangat Anwar selepas Anwar menjadi Perdana Menteri. Jadi, jangan kita tertipu atau jangan kita leka, marilah kita buat yang terbaik kepada Negara ini dengan bersatu menentang mereka yang menggunakan cara yang paling salah mengambil alih satu kerajaan," ujarnya mengakhiri temubual ekslusif bersama UMNO-Online di ruang rehat Ahli-Ahli Parlimen baru-baru ini.

Pilihanraya Negeri Sarawak Dah Dekat ?

Posted: 17 Mar 2011 11:16 AM PDT


Dah dekat ker Pilihan Raya Negeri Sarawak... Mungkin kawan-kawan dari Sarawak boleh mengesahkan perkembangan ini....

Namun aku percaya, dekat atau tidak, BN Sarawak pastinya sudah bersedia, untuk terus mendapat mandat rakyat Sarawak untuk meneruskan kepimpinan di negeri Sarawak.

Aku percaya, hari nie semua mata tertumpu mata Tan Sri Abdul Taib Mahmud .... semuanya menunggu isyarat dari Ketua Menteri Sarawak nie .....

Malah Tan Sri Taib sendiri telah mengadakan pertemuan dengan Yang DiPertuan Negeri, Tun Abang Muhamad Salahuddin Abang Barieng di Astana Negeri di Petra Jaya pagi semalam, yang terus menguatkan spekulasi bahawa pilihan raya negeri sudah semakin hampir .......

Insya-Allah, atas kerja kuat dan dasar 'Mendahulukan Rakyat' Kerajaan BN selama ini tidak kira di semenanjung mahupun di Sarawak dan Sabah, pastinya akan membantu BN Sarawak meneruskan tradisi membela rakyat di Sarawak kali ini ....


Isu pluralisme: Jakim diminta siasat kenyataan Anwar

Posted: 17 Mar 2011 08:39 AM PDT

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) diminta menyiasat ucapan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai fahaman pluralisme yang disampaikannya awal tahun lepas.

Ahli Parlimen Bebas, Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim Bandar Baru) berkata, Jakim perlu menyiasat fahaman itu yang dikatakan semakin menular di negara ini.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu didakwa menerima aliran pemikiran berhubung kesamaan agama itu yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam.

Zulkifli berkata, penerimaan Anwar terhadap konsep itu boleh dilihat berdasarkan ucapan beliau di London School of Economics yang disiarkan di laman blog penasihat PKR itu yang antara lain mendakwa semua agama adalah sama.

Bagaimanapun, apabila isu fahaman pluralisme dibangkitkan, teks ucapan itu serta-merta dikeluarkan daripada blog berkenaan.

"Selepas saya berbincang dengan rakan dan ulama, barulah saya faham mengapa Permatang Pauh berpendirian yang kalimah Allah, semua (agama) boleh guna, sama ada dalam bentuk Allah satu atau triniti sebab itulah fahaman dia," katanya ketika membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

12 Tahun Perjuangan Gobala Bersama PKR Sia-Sia

Posted: 17 Mar 2011 07:29 AM PDT

Hari nie, aku berkesempatan berbual-bual bersama 'orang kanan' Anwar satu ketika dulu. 12 tahun berjuang bersama Anwar, hari nie 'dia' menjadi mangsa kerakusan Anwar-Azmin serta `kumpulan 3A' demi kepentingan peribadi dan politik sempit mereka.....

Kini, N.Gobalakrisnan, Ahli Parlimen Padang Serai, Kedah tidak lagi bersama PKR, jauh sekali untuk bersama 'kumpulan 3A .... Kenapa Gobala meninggalkan PKR, masih terus menjadi tanda-tanya ...

Nanti kalau aku free malam nie, aku akan tulis panjang lebar kepulangan semula Gobala kepada perjuangan yang sebenar, bukan lagi perjuangan plastik yang dipertontonkan Anwar selama ini ..... tunggu !!!

Kulim Bandar Baru Hentam PKR

Posted: 17 Mar 2011 01:45 AM PDT

YB Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Nordin memang mempunyai kewibawaan sebagai seorang pemimpin Islam yang sejati ....

Zul hentam Anwar, Zul juga minta Anwar BERTAUBAT.

Zul juga minta MP Permatang Pauh, berikan DNAnya...

Hanya setitik darah, MP Permatang Pauh jumpa jalan singkat ke Putrajaya....

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Hantu Kak Limah Tengah Mengamuk Di Parlimen

Posted: 17 Mar 2011 01:16 AM PDT

Entah, aku pun tak faham..... Hantu Kak Limah sedang mengamuk, bercakap pun aku dah tak faham apa yang sedang diperkatakan oleh Hantu Kak Limah di dalam parlimen sekarang nie ...

Ohhh .... rupanya MP Kota Belud kacau Hantu Kak Limah, apabila Hantu Kak Limah sedang memberi ucapan mengenai Buku Jingga di dalam Dewan Rakyat sekarang .....


DARUL EHSAN TODAY

Posted: 17 Mar 2011 11:40 PM PDT

DARUL EHSAN TODAY


Rahim Sila Jawab, Skandal Atau Isteri? Kalau Isteri Kau Saman, Kalau Skandal Kau Letak Jawatan.

Posted: 17 Mar 2011 08:07 PM PDT


Aku bukan hipokrit macam pas, kalau benar itu gambar abdul rahim kamarudin ketua umno bahagian gombak bersama skandalnya, aku cadangkan kat rahim ni supaya letak jawatan segera, itu je.

Biasa la jahat lelaki, mesti la dengan pompuan, bukan macam anwar jahat dia dengan jantan, aku tak macam penyokong pas dan blogger pas, bila ada skandal terkena atas batang hidung diaorang, cepat-capat kata itu fitnah, itu konspirasi walau pun ada saksi yang melihat toteynya basah.

Sekali lagi, kalau betul itu gambar abdul rahim kamarudin ketua umno bahagian gombak, sila jelaskan perkara yang sebenarnya, adakah itu skandal kau atau pun isteri kau yang sah, kalau itu adalah skandal kau, maka sebaiknya kau letak jawatan, kalau pompuan itu adalah isteri kau dan sewaktu gambar itu di ambil pompuan itu sudah menjadi isteri kau, maka selayaknya lah kau menyaman orang yang mengedarkan gambar itu tampa usul periksa.

Shah Alam Jadi Las Vegas, Pulau Carry Jadi Macau, Terima Kasih PAS & PKR.

Posted: 17 Mar 2011 12:14 AM PDT


Bandar yang selama ini menjadi bandar melayu/islam sudah menjadi bandar setanding las vegas, selama bn memerintah selangor dan shah alam, hanya ada 3 je kedai nombor ekor di shah alam, itu pun di kawasan seri muda, kerana kawasan seri muda tu kawasan penduduk bercampur, tapi 3 tahun pakatan haram perintah shah alam ada pusat judi setaraf kasino di las vegas.

Apa ahli parlimen shah alam, khalid samad buat ? perkara ini bukan didedahkan oleh umno, kalau umno dedah, pas boleh kata umno fitnah, tapi ini di dedahkan sendiri oleh akhbar sub harakah, jadi terima kasih aku kepada pas yang bersekongkol membawa judi dan maksiat ke shah alam, bagi satu penggal lagi pakatan haram dan pas perintah selangor, pasti pulau carry akan jadi pusat judi setaraf dengan macau dan pulau sentosa.

Tak percaya? baca sendiri paper siasah....

Panglima Perang Cyber

Posted: 17 Mar 2011 11:32 PM PDT

Panglima Perang Cyber


Suami Rosmah Bentang Usul Takziah & Simpati Serta Doa Kepada Rakyat Jepun Di Parlimen - Pukulan KO Kepada Fuckatan !!!

Posted: 17 Mar 2011 07:00 PM PDT

Isu Rosmah mengulas isu tragedi Tsunami di Jepun cuba digunakan oleh pembangkang. Satu persatu pemimpin dan bloggers mereka memainkan isu ini. Ya, menyerang seorang wanita yang kebetulan menjadi isteri Perdana Menteri demi menjatuhkan maruah suaminya yang ditakdir Allah menjadi pemimpin/ulil amri kita di Malaysia. Serangan difokuskan kepada ulasan Rosmah yang disifatkan menghina rakyat Jepun cuba dimainkan. Namun ia dipatahkan dengan mudah oleh Datuk Seri Najib Tun Razak dengan membentangkan usul takziah kepada rakyat Jepun di Parlimen semalam. Lihat berita selanjutnya di bawah... 

Najib Tun Razak bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin mengetuai upacara bertafakur tanda penghormatan kepada mangsa tsunami di Jepun sebelum usul gempa dan tsunami di Jepun dibentangkan pada Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat Parlimen Kedua Belas 2011 di Bangunan Parlimen, semalam.


KUALA LUMPUR 17 Mac – Dewan Rakyat hari ini sebulat suara meluluskan usul bagi merakamkan ucapan takziah dan simpati yang sangat mendalam kepada kerajaan dan rakyat Jepun yang dilanda bencana gempa bumi dan tsunami pada Jumaat lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengemukakan usul itu selepas sesi soal jawab berkata, Kerajaan Malaysia merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Jepun atas segala bantuan yang diberikan kepada rakyat Malaysia terutama penuntut-penuntut yang terjejas oleh malapetaka itu.

Najib berkata, adalah wajar bagi Malaysia menawar dan menghulurkan apa jua bentuk bantuan yang termampu memandangkan Jepun mempunyai hubungan yang akrab dengan Malaysia.

"Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia memberikan sokongan dan bantuan dari segi material, emosi dan moral kepada mangsa-mangsa bencana dan malapetaka itu.

"Saya juga merayu masyarakat antarabangsa untuk terus menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Jepun. Perkara yang berlaku ke atas negara Jepun dan rakyatnya adalah sesuatu yang amat menyedihkan seluruh rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa.

"Dengan itu, Malaysia sebagai salah sebuah negara yang mempunyai hubungan akrab dengan Jepun turut merasakan beban yang terpaksa ditanggung oleh mereka," katanya.

Perdana Menteri berkata, kerajaan juga bersyukur kerana kesemua rakyat dan penuntut Malaysia yang berada di Jepun dapat dihubungi dan dilaporkan berada dalam keadaan selamat di pusat-pusat pemindahan yang disediakan Kerajaan Jepun.

"Ini membuktikan pihak berkuasa Jepun mengambil berat dan prihatin terhadap keselamatan bukan sahaja rakyatnya, malah warga asing termasuk Malaysia," katanya.

Beliau berkata, rakyat Malaysia wajar bersama-sama mendoakan agar Jepun dilindungi daripada bencana gempa bumi dan tsunami serta dapat membangunkan semula kawasan yang musnah dalam malapetaka itu.

Seramai sembilan Ahli Parlimen menyertai perbahasan usul tersebut sebelum Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman menggulung perbahasan.






Jangan Lupa Klik Link Ini : 12 Dalil Anwar Tergelincir Akidah 

Ayuh Sebarkan - Kaum India Dikhianati Tiga Wakil 'Interlok'-nya dan Video Azmin Ali Panggil Gobala 'Paria' !!!

Posted: 17 Mar 2011 04:50 PM PDT

Selepas isu 'paria' dalam novel Interlok yang ditulis beberapa tempat menjadi isu, kaum India telah marah dengan keputusan Kerajaan menggunakan buku "Interlok" karya Sasterawan Negara, Abdullah Hussain yang memaparkan tema mengenai integrasi tiga kaum iaitu Melayu, Cina dan India seawal tahun 1900-an hingga merdeka, sebagai teks Komponen Sastera Dalam Pengajaran Bahasa Melayu untuk Tingkatan Lima.


NONEEkoran itu kerajaan membuat jawatankuasa (lihat gambar) dan menjemput tiga wakil kaum India bersama-sama berbincang. Menurut laporan Malaysiakini semalam, penulis, Uthaya Sankar yang juga seorang anggota panel itu dan dua rakannya bertindak meninggalkan mesyuarat kerana berasa dikhianati. Dua lagi wakil masyarakat India adalah Pengarah Pusat Pendidikan Global Aminuddin Baki Universiti Pendidikan Sultan Idris, Prof Dr NS Rajendran dan bekas pegawai Kementerian Pelajaran G Krishnabahawan.

Namun malang sekali tiga wakil tersebut telah keluar dari mesyuarat tanpa memikirkan kesan jangka panjang kepada kaum mereka yang sangat berharap kehadiran mereka bertiga ke mesyuarat tersebut akan dapat menjernihkan isu 'Interlok'.  Keengganan mereka meneruskan perbincangan dilihat sebagai satu tindakan 'mengkhianat' kepercayaan Kerajaan menerima mereka mewakili kaum India. Jelas ia akan mengeruhkan lagi keadaan bukan meredakannya.

BUKU Interlok yang didakwa mengandungi unsur sensitif serta boleh menyinggung perasaan kaum Melayu dan India.
Maka kaum India sepatutnya marah apabila wakil mereka yang telah 'berpaling tadah' dari terus berada dalam mesyuarat jawatankuasa mengkaji novel Interlok. Jelas sekali dalam hal ini usaha baik kerajaan melalui Kementerian Pelajaran tidak dihargai oleh tiga ahli wakil kaum India tersebut dengan mengangkat kaki lebih awal sebelum perbincangan selesai. Meskipun Presiden MIC memberi jaminan kesemua mereka akan terus kekal dalam jawatankuasa tersebut, tetapi insiden ini sebenarnya memalukan kaum India sendiri yang memperlihatkan kegagalan mereka berbincang dengan baik untuk mencari penyelesaian isu yang menjadi punca kemarahan kaum India di Malaysia.

Panel itu yang ditubuhkan Kementerian Pelajaran dan dianggotai lapan orang yang terdiri daripada pakar bahasa, ahli akademik, sasterawan, wakil Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta wakil masyarakat India adalah inisiatif Kerajaan bagi mendengar suara rakyat dalam era 'Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan' dalam gagasan 1Malaysia.

Kes yang sama berlaku pada Teoh Beng Hock sebelum ini. Selepas ditubuhkan Suruhanjaya untuk menyiasat kematian mendiang, pihak pembangkang yang menuduh pihak Kerajaan membunuh Teoh Beng Hock telah mengambil keputusan menarik diri dari terlibat dengannya. Sedangkan mereka sudah menjadikan isu kematian TBH dalam kempen politik mereka demi membangkitkan kemarahan rakyat terhadap negara. Jelas nawaitu mereka hanya satu - untuk terus memburukkan kerajaan tanpa mengambil kira risiko yang boleh berlaku jika isu sensitif ini dimainkan agar keuntungan politik akan dapat dicapai dalam suasana menjelang PRU 13 akan datang.

Sepatutnya kesediaan Kerajaan menubuhkan jawatankuasa Interlok dan Suruhanjaya Teoh Beng Hock disambut baik dan disokong bukan sebaliknya. Selepas ini tidak ada sesiapa pun boleh mengkritik kerajaan jika permintaan mereka tidak dilayan, kerana apa yang berlaku hari ini jelas menunjukkan ketidakikhlasan pembangkang yang memainkan isu-isu perkauman dengan tujuan mencari sokongan,bagi merosakkan sokongan rakyat kepada kerajaan bukan untuk mencari penyelesaian isu tersebut.


Apa kata jika selepas ini ditubuhkan Jawatankuasa menyiasa tindakan Timbalan Presiden PKR yang pernah menghina ahlinya sendiri dengan perkataan 'paria' seperti video di bawah



nota : gambar buku dari Berita Harian dan gambar jawatankuasa Malaysiakini.


kemaskini : 9.27 pagi

Jangan Lupa Klik Link Ini : 12 Dalil Anwar Tergelincir Akidah

Artikel KO : Lim Kit Siang - 35,100 Bible - Do or Die !!!

Posted: 17 Mar 2011 03:59 AM PDT

Artikel ini Panglima temui di sebuah portal yang baru muncul bernama Kritis Online. Portal ini dikhabarkan akan memuatkan semua artikel samada pro dan anti Kerajaan. Tujuannya untuk membuka peluang kepada semua untuk meluahkan pendapat  mereka. Selaku YDP Blogger Pembela Negara Panglima turut disenaraikan kalangan penyumbang artikel di sana bersama rakan kita seperti Pisau.  Sila baca dan sebarkan artikel baik ini. Terima Kasih !

Oleh : cintaquraina@gmail.com


Mungkin Lim Kit Siang masih menyimpan "cerita 1988". Mungkin kes Kerajaan Malaysia lawan Lim Kit Siang [2 MLJ] masih menjadi kudis kepada beliau walaupun sudah 23 tahun berlalu. Namun prinsip litigasi kepentingan awam (public interest litigation) yang menjadi satu kes landmark kepada sistem perundangan negara menjadi senjata utama beliau dalam memainkan lanskap politik beliau. Kerana itu, apabila Lim Kit Siang bersuara, maka perlu dikaji apakah kemahuan dari "suara" yang beliau lontarkan itu.

Melihat tulisan di dalam blognya bertarikh 16 Mac 2011 (Rabu) dan 17 Mac 2011 (Khamis), Kit Siang benar-benar meluahkan rasa ketidak-puas-hati-an beliau terhadap keputusan penuh kontroversi Kerajaan Malaysia melalui Senator Datuk Seri Idris Jala yang melepaskan 35,100 naskhah kitab Injil berbahasa Melayu dari tahanan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Menyerang secara bertubi-tubi, Kit Siang bukan sahaja menggunakan kronologi pelepasan naskhah-naskhah itu yang diumumkan oleh Idris Jala lewat enam (6) jam dari pengumuman Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menolak sebarang keputusan telah dibuat oleh jemaah kabinet sehingga esok (Jumaat), bahkan Kit Siang mempertikaikan mengapa pengumuman pelepasan naskhah-naskhah itu dibuat oleh seorang Senator dan bukannya oleh Menteri yang berkaitan dengan penahanan naskah-naskah itu (Hishamuddin Tun Hussein).

Jelas, mengaitkan antara satu nama dengan nama yang lain adalah "politik melagakan" yang sememangnya menjadi trademark kepada Lim Kit Siang. Walaupun alasan yang digunakan oleh beliau adalah bagi menunjukkan niat jahat (mala-fide) Kerajaan Malaysia yang dipegang oleh Barisan Nasional bagi memancing undi pengundi Sarawak, iaitu satu keputusan jangka-pendek yang hanya menguntungkan Barisan Nasional, namun merumuskan keputusan Kerajaan Malaysia tersebut dengan komentar seorang ahli akademik, Farish Noor (dalam satu forum anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana dan Majlis Profesor-Profesor Kebangsaan) adalah kelihatan lebih "jahat" bilamana beliau berpendapat bahawa keputusan tersebut (melepaskan naskhah-naskhah dalam tahanan KDN) adalah "boleh" menjadi salah satu punca ketegangan perkauman serta agama yang sebelum ini melanda Pakistan, Bangladesh dan Indonesia.

Ulas Kit Siang, keputusan jangka-pendek Kerajaan Malaysia benar-benar jahat dan demi kepentingan politik semata melainkan Kerajaan Malaysia menggugurkan petisyen rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang sebelum ini berpihak kepadaHerald-Weekly Report yang mendapat hak penggunaan kalimah suci "Allah" untuk dipakai oleh semua pihak termasuk bukan Islam.

Liciknya Kit Siang, adalah dengan menghasilkan satu persepsi buruk terhadap Kerajaan Malaysia bilamana keuntungan sedang berpihak kepada dirinya. Dalam erti kata yang lain, tiada win-win situation bagi dirinya melainkan to win all.

Lim Kit Siang tidak melepaskan peluang memperolehi kemenangan dengan pelepasan 35,100 naskhah dari tahanan KDN. Beliau juga tidak akan melepaskan peluang dengan memberi tekanan supaya Kerajaan Malaysia menggugurkan petisyen rayuan dan seterusnya hak kepada Kerajaan Malaysia merayu dalam kes "kalimah suci Allah". Dan beliau terus menekan supaya pelepasan naskhah-naskhah tersebut adalah "tanpa syarat". Dan akhirnya beliau akan terus menjulang trofi kemenangan setelah melabelkan pelepasan tersebut sebagai satu usaha jahat Kerajaan di bawah Barisan Nasional dalam memancing undi para pengundi Sarawak.

Persoalannya, adakah Kerajaan Malaysia hanya membiarkan sahaja serangan demi serangan yang dilakukan oleh Lim Kit Siang di atas? Akankah Kerajaan Malaysia melepaskan hak untuk merayu sebagaimana termaktub dalam perlembagaan negara serta prinsip keadilan sejagat (natural justice) dalam menentukan persoalan undang-undang berkaitan kuasa pentadbir/menakbir (administrative law) dalam penahanan naskhah-naskhah kitab Injil berbahasa Melayu? Adakah Kerajaan Malaysia turut tidak berminat seterusnya melepaskan bebanan berkaitan permasalahan perundangan perlembagaan yang nyatanya menghalang agama lain dari disebarkan terutama penggunaan kalimah suci "Allah"?

Apa pun, yang kelihatan adalah Lim Kit Siang telah hampir berjaya mewujudkan persepsi bahawa segala keputusan yang dibuat oleh Kerajaan Malaysia hanyalah bermotifkan politik dan beliau sifatkan ianya sebagai suatu keputusan yang jahat bagi memenangi pilihanraya Sarawak yang bakal berlangsung bila-bila masa dari sekarang.

Sebenarnya, saya secara peribadi berpendapat bahawa Lim Kit Siang tidak pernah lupakan peristiwa 1988 terutama apabila beliau ditahan di dalam "operasi lalang". Hari ini, dengan dendamnya, ditambah intuisi untuk menjadi pemerintah baru negara menjelang pilihanraya umum ke 13, Lim Kit Siang akan buat segala-galanya secara do or die – suatu pendekatan yang kini diamalkan oleh Anwar Ibrahim. Buat selagi boleh!

Jangan Lupa Klik Link Ini : 12 Dalil Anwar Tergelincir Akidah 

Misi Ke Sarawak Bermula - Perjuangan Alif Ba Ta Untuk 1Malaysia !!!

Posted: 17 Mar 2011 02:01 AM PDT





Sebentar tadi Panglima sudah pun tiba di Sarawak. Perjuangan menentang musuh negara di alam siber diteruskan dengan kunjungan ke bumi yang bakal 'berperang' tidak lama lagi khabarnya. Rupanya di sini berbagai isu dibongkar hanya sekadar untuk menyerang peribadi pemimpin bukan dasar atau praktiknya sebagai Ketua Menteri. Perbuatan sebegini adalah taktik orang yang kehabisan idea dan isu untuk dijaja kepada rakyat. Lihat blog Chegubard yang 'kehabisan isu' di sini yang mendapat bantuan agensi berita asing pro Barat - Al Jazeera.

Taktik yang sama juga kita dapat lihat semasa kempen di Kerdau dan Merlimau. Peribadi MB Pahang, Perdana Menteri dijaja dan direka sesuka hati. Isu yang lapok diulang kembali. Lagi memalukan ialah selepas kekalahan berganda di PRK tersebut, mereka kini terpaksa mencari isu bukan lagi berkaitan dengan peribadi PM kita, tetapi peribadi isteri beliau Datin Rosmah Mansor. Jelas sekali ini taktik yang tidak bermaruah dan boleh kita kata setaraf dengan golongan pondan atau 'maknyah' di lorong Hj Taib, Kuala Lumpur.

Hakikatnya Sarawak sangat membangun dan berbagai projek telah dibuat untuk rakyatnya. Maka kenapa mahu diubah jika semua sudah berubah di bawah Barisan Nasional???

Jelas sekali sebelum 'peperangan' bermula SNAP selaku parti terlama di Sarawak sudah pun mengugut untuk keluar dari Fuckatan Royat selepas gagal diterima secara terhormat. Lihat berita tersebut di portal The Malaysian Insider di sini http://www.themalaysianinsider.com/ 

Lihat beberapa keping gambar dirakam sebentar tadi di bandar Kuching, Sarawak yang sudah setanding dengan bandar di Semenanjung Malaysia.







Jangan Lupa Klik Link Ini : 12 Dalil Anwar Tergelincir Akidah 

SELALU ADA YANG BARU

Posted: 17 Mar 2011 11:27 PM PDT

SELALU ADA YANG BARU


DNA AnWar Singkat Ke Putrajaya-Zulkifli Noordin.mp4

Posted: 17 Mar 2011 09:39 AM PDT

KENAPA ANWAR TAKUT KEPADA KEBENARAN?

Posted: 17 Mar 2011 09:10 AM PDT

ANWAR LEBIH SUKA MENCARI JALAN SUKAR BAGI MEMBUKTIKAN BELIAU TIDAK BERSALAH...

Anwar dalam soal menuntut keadilan beliaulah orang paling lantang sekali di negara ini kerana ingin menuntut keadilanlah juga terbentuknya PKR dan bersama pakatan pembangkangt Pas dan DAP. Tetapi dalam soal pembicaraan liwatnya dengan Saiful ternyata berlainan sekali sikap Anwar. Pembicaraan liwatnya dengan Saiful, Anwar ternyata mahu keadilan dipihaknya sahaja tidak kepada Saiful.

Kalau Saiful berani bersumpah, manakala Anwar takut bersumpah dengan pelbagai alasan diberikan mengaitkan Yusuf Qadawi tidak membenarkan dan sebagainya. Manakala hari ini pula Anwar cuba menggelak tidak mahu menyerahkan DNA barangkali kerana Karpal Singh tidak mengizinkannya pula. Bagaimana rakyat boleh mempercayai Anwar lagi sedangkan kedua-dua cara tersebutlah sepatutnya Anwar lakukan atau berkerjasama dengan mudah sekaligus bagi membuktikan beliau tidak bersalah jika benar Anwar tidak terlibat.

DNA Anwar jalan singkat ke Putera Jaya atau ke Penjara

Ahli Parlimen Bebas, (Kulim Bandar Baharu), Zulkifli Noordin berkata ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam kedudukan terbaik dan jalan singkat yang sebenarnya dalam merealisasikan "hajat" beliau menjadi sebagai Perdana Menteri dan menawan Putrajaya.

Menurut beliau jalan berkenaan ialah dengan memberikan DNA nya berhubung kes liwat yang dihadapi oleh Ketua Umum PKR itu yang sedang berjalan di Mahkamah bagi mencari kebenaran dan keadilan untuk kedua-dua pihak.

"Anwar menyatakan perkara itu dirancang....tetapi oleh sesiapa kita pun tidak tahu. Persoalannya siapa yang nak 'rancang' air mani yang baru di dalam dubur Saiful Bukhari Azlan. Keduanya kalau betul bagilah DNA....kalau Anwar dakwa yang DNA "Y" daripada kesan air mani itu bukan dia senang sahaja jawapan dia. Bagi sahajalah.

"Malahan sebenarnya ini adalah peluang terbaik Anwar untuk membuktikan kesuciannya. Jadi beri sahaja DNA. Apa yang masalah besar sangat..Dahlah sumpah pun tidak mahu. Kata Syeikh Yusuf Qardawi tidak bagi. Sekarang "Syeikh" Karpal pula tidak bagi. Ini soal mahu menentukan bersalah atau tidak.

"Bukan soal Mahkamah. Sepatutnya Anwar melompat ambil peluang sebagaimana Saifuddin Nasution melompat tunjuk cek dalam isu N.Gobalakrishnan dan sebagainya. Nampak "double standard". Beranilah..tunjukkan keberanian, kejujuran dan berdepan dengan kebenaran," katanya kepada UMNO-Online di Lobi Parlimen, di sini, hari ini.

Zulkifli seterusnya berpedapat kalau terbukti yang DNA Ketua Pembangkang terbabit tidak sama dengan DNA lelaki Y yang dijumpai dalam air mani dalam dubur Saifiul itu, ianmya boleh menumbangkan BN.

"Ini pada saya boleh tumbangkan BN sebab orang akan hilang kepercayaan kepada kerajaan. Lagi pun bukankah Anwar bercita-cita besar untuk jadi PM. Ini peluang terbaik beliau....kalau beliau betul....Persoalan sekarang , kenapa tidak berani.

"Ketidakberanian Anwar ini menimbulkan satu persepsi yang tidak baik menyebabkan rakyat memandang dengan negatif terhadap beliau," katanya

Belantan

Posted: 17 Mar 2011 11:22 PM PDT

Belantan


Akhbar Nanyang Siang Pau perlekeh daya ingatan Tun Mahathir lemah!

Posted: 16 Mar 2011 11:46 PM PDT

Akhbar Nanyang Siang Pau terbitan 12 Mac 2011 menyiarkan artikel tulisan pengkritik semasa, Huang Zi mengenai pelancaran buku memoir Tun Dr. Mahathir Mohamad bertajuk A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 8 Mac lalu.

Artikel yang disiarkan dalam ruangan Pendapat Yuanlun di halaman A13 akhbar berkenaan bertajuk 'Daya ingatan Pak Mahathir'.

Menurut penulis, kemampuan penakluk dari Perancis, Napoleon Bonaparte untuk mengingati satu persatu nama perajuritnya adalah kebolehan hebat. Malangnya, beliau meninggal dunia awal pada usia 52 tahun sehingga menyukarkan semua pihak mengetahui adakah kebolehan itu semakin hilang mengikut peredaran umurnya.

Kebiasaannya, apabila usia menjangkau 70 hingga 80 tahun, seseorang itu akan ingat kembali masa silamnya satu persatu dan pada masa sama akan lupa apa yang baru dicakap dan juga tidak ingat perbuatan yang baru dilakukan sebentar tadi.

Dalam hal berkaitan, otak dan pemikiran Tun Mahathir dikatakan masih sihat dan segar lagi. Pemikirannya juga didakwa masih hebat dan canggih.

Sejak beliau menyandang jawatan Perdana Menteri sehingga melepaskan jawatan itu, apa yang beliau cakap dan laungkan sama ada jasanya atau bercakap bohong sangat banyak telah diluahkan. Banyak cerita yang beliau dedahkan dan ia seperti bulu lembu (bidalan Cina bermaksud terlalu banyak). Orang hebat yang boleh mengaku diri sendiri hebat memang seorang yang hebat.

Selain itu, beliau juga menulis biografinya sendiri, supaya orang ramai dapat membaca 'inilah sejarah saya yang sebenar'. Mengikut Tun Mahathir dalam bukunya, beliau hanya mengikut arahan Yang di-Pertuan Agong supaya memecat Ketua Hakim Negara ketika itu, Tun Salleh Abas.

Tun Salleh yang begitu kecewa dan tidak mahu lukanya berdarah kembali, memilih tidak menjawab isu-isu yang dibangkitkan dalam buku itu. Ini menyebabkan kes berkenaan terus menjadi tanda tanya mengenai apa sebenarnya yang berlaku.

Menurut Tun Mahathir, beliau diberikan sambutan dingin semasa melawat Singapura semasa baru menjawat jawatan Perdana Menteri. Ketika ingin bertemu dengan Perdana Menteri republik itu, Lee Kuan Yew, beliau hanya disambut pegawai protokol dan Kuan Yew hanya muncul selepas 15 minit.

Dikatakan juga beliau berjumpa dengan Presiden Singapura, Benjamin Henry Sheares dan mereka berbincang selama 20 minit dan pembantu presiden didakwa menuangkan teh sebagai isyarat memaksa perbincangan itu ditamatkan segera.

Tetapi apa yang dijawab oleh Singapura adalah ketika lawatan itu, Kuan Yew sendiri menyambut Tun Mahathir di lapangan terbang. Pada masa itu, Sheares telah pun meninggal dunia dan beliau sebenarnya mengadakan perjumpaan dengan Presiden lain iaitu Devan Nair dalam satu majlis makan tengah hari.

Nampaknya, daya ingatan Tun Mahathir lebih teruk daripada Napoleon. Beliau tidak dapat lagi melawan usia yang semakin tua. Kesahihan daya ingatan beliau mengenai peristiwa silam boleh dipertikaikan dan perlu dikaji selidik untuk mencari kebenarannya.

Sebab itu, ungkapan 'sejarah saya' yang disebut Tun Mahathir sebenarnya hanya bertujuan menyedapkan telinga orang ramai sahaja.

Berikut adalah jawapan dari Tun Mahathir : Sheares guru saya, tidak mungkin saya lupa!

Tun Dr Mahathir Mohamad menolak tanggapan kononnya beliau tersilap fakta dalam memoirnya berhubung pertemuan dengan bekas Presiden Singapura, Benjamin Henry Sheares, sambil menjelaskan bahawa pemimpin republik itu merupakan gurunya dan tidak mungkin beliau terlupa siapa yang beliau temui.

"Saya berjumpa dengan Encik Sheares kerana beliau pernah mengajar saya. Ia adalah satu kunjungan mesra. Tetapi ia (pertemuan itu) bukannya semasa saya berjumpa Perdana Menteri (Lee Kuan Yew) dalam lawatan pertama saya," katanya ketika diminta membuat penjelasan oleh seorang wartawan asing.

Wartawan dari The Straits Times, Singapura itu, menyatakan rekod akhbarnya menunjukkan bahawa pada masa itu, Sheares telahpun meninggal dunia, dan beliau (Dr Mahathir) sebenarnya mengadakan pertemuan dengan Presiden lain iaitu Devan Nair dalam satu majlis makan tengah hari.

Catatan mengenai pertemuan dengan Sheares itu terkandung dalam buku kisah hidup Dr Mahathir berjudul "A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad" yang dilancarkan minggu lepas dan mendapatkan sambutan hangat.

"Bahagian pertama (bab berkenaan) adalah mengenai pertemuan saya dengan Lee Kuan Yew, dan bahagian kedua, saya juga pergi (berjumpa Sheares), bukan pada hari yang sama atau lawatan yang sama.

"Yang pasti, saya bertemu Encik Sheares. Saya pergi bersama isteri saya dan beliau boleh mengesahkan sama ada ia benar atau tidak," kata Dr Mahathir.

Ketika diminta menyatakan tarikh sebenar beliau bertemu Sheares, beliau berkata : "Saya tak dapat ingat secara khusus perkara sekecil seperti itu.

"Manusia kadangkalanya terlupa. Saya tak dapat ingat apa yang yang saya lakukan pada 21 Mei 1931. Anda bolehkah?"

Wartawan itu menjawab : "Saya belumpun dilahirkan."

"Anda belum dilahirkan? Sekurang-kurangnya anda boleh ingat yang anda belum dilahirkan," kata Dr Mahathir.

Sumber : Utusan Online.

Suara Politik
Taminsari

The Unspinners

Posted: 17 Mar 2011 11:21 PM PDT

g a R a m a N i s

Posted: 17 Mar 2011 11:18 PM PDT

g a R a m a N i s


PRU Sarawak: PKR Andaikan Mereka Terlalu Gah.

Posted: 16 Mar 2011 11:50 PM PDT


.......Sebelum ini PKR telah cuba menghidupkan demonstrasi di Water Front Kuching dan di Bandar Miri, namun mereka gagal mendapatkan bilangan peserta yang memuaskan untuk menjayakan rancangan mereka itu. Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin bertindak sebagai pencetus kebangkitan PKR terhadap Ketua Menteri Taib Mahmud memandangkan Nurhanim Mokshen (Ketua Wanita Sarawak) tidak berperanan seperti yang diharapkan kepimpinan partinya.
Minggu lepas ahli-ahli PKR telah menyebarkan naskah Selangorkini kepada jemaah selepas menunaikan solat fardu Jumaat di Masjid Jamek, Kuching. Naskah yang sama turut disebarkan dari rumah ke rumah di kawasan Satok beserta kertas nama calon PKR seperti yang ditunjukkan di bawah;
Persoalan rajahmas, kenapa pemuda PBB kawasan lambat bertindak? Jika dibiarkan, PKR akan terus bermaharajalela sesuka-hati membuat perkara-perkara yang menyalahi undang-undang di negeri ini. Naskah Selangorkini tidak mempunyai lesen pengedaran yang sah di negeri Sarawak.
Begitu jelas PKR semakin terdesak sehingga sanggup mengambil tindakan sedemikian demi survival politik mereka. Jika beginilah cara mereka berkempen sehingga tidak menghormati orang lain dan tidak menghiraukan undang-undang, akan rosaklah negeri kita. Dengan akhlak buruk seperti ini, layakkah mereka menjadi pemimpin untuk rakyat di negeri Sarawak?
Sumber: Rajahmas
Kurang ajar sungguh anak buah Anwar yang masuk rumah orang dengan tapau nasi 3 pinggan sorang.

Antara punca mengapa SNAP bertindak membelakangkan 'perjanjian syaitan' pembangkang di Sarawak adalah kerana sikap Anwar yang mahu membuat 'one man show' dalam menghadapi PRN Sarawak. Apa yang perlu difahami, kerjasama yang mahu dilakar SNAP dengan parti dari semenanjung adalah dengan menghormati maksud SNAP sebagai tuan rumah dalam persediaan untuk menjatuhkan BN.

Edwin Dungang Bungak, Presiden SNAP menjelaskan "PKR terlalu bongkak apabila memaklumkan mahu bertanding di 52 kerusi DUN. Bagaimanapun sehingga ini belum memberitahu calon mereka... SNAP cuma berharap parti pembangkang lain tidak meletakkan calon di kerusi yang akan kita tandingi,"

Orang semenanjung mungkin sudah faham, ini kerana inisiatif PKR dalam setiap kerjasama politik mahupun dalam menghadapi pilihanraya adalah mahu menonjolkan kononnya mereka mempunyai kekuatan yang menyeluruh tetapi realitinya PKR serba sumbang dan carca marba.

Bagaimana pembangkang mahu menjelaskan manifesto kepada rakyat jika kepimpinan mereka yang berkiblatkan kaki liwat dan pembelit maha hebat?


Pada Anwar, serah dulu DNA untuk yakinkan rakyat Sarawak dia adalah messiah dari semenanjung. Bak kata Azmin PKR perlu menang untuk "menutup keangkuhan dan kezaliman BN".


Poodaah ciit..!

oyabun

Posted: 17 Mar 2011 11:16 PM PDT

oyabun


Gambar Panas Siapalah Pulak nih?

Posted: 17 Mar 2011 07:44 PM PDT



Dikatakan sudah bertebaran gambar aksi panas yang kononnya membabitkan seorang pemimpin UMNO di Gombak dimainkan oleh pihak blogger pakatan pembangkang!

Diharap agar pemilik wajah yang tertera di dalam gambar tersebut dapat tampil segera memberikan penjelasan. Jika gambar ini adalah palsu ( superimpose ), sila failkan saman dengan kadar segera kepada penyebar gambar ini yang dikeluarkan oleh blog pakatan. ( nama penyebar ada dalam gambar ).

Namun jika gambar ini benar, maka demi maruah kami dengan berbesar hati memohon agar beliau berundur terus dari politik. Kita tidak mahu disebabkan oleh 'nila setitik nanti, rosak santan sebelanga'!

Tetapi agak pelik juga jika kita lihat betul-betul gambar itu. Mengapa kepala lelaki dan badannya tak 'match'...kepala dengan badan tak balance ( kepala lebih besar dari badan )..rasa-rasanya tuan punya badan taklah secerah itu?

Sejauh mana akan kebenaran gambar tersebut tidak dapat dipastikan lagi. Samada gambar itu benar ataupun palsu, hanya tuan punya badan sahaja yang boleh mengesahkannya. Wallahuallam.

Wasabi Oyabun..

My Longest Yard

Posted: 17 Mar 2011 11:10 PM PDT

My Longest Yard


alahai FAM....

Posted: 17 Mar 2011 08:13 PM PDT



Penantian akhirnya terjawab apabila lawan Harimau Malaya pada aksi persahabatan antarabangsa 26 Mac ini bukan pasukan berstatus kebangsaan, sebaliknya hanya sebuah kelab iaitu dari Liga Singapura.

Biarpun nama kelab itu tidak diketahui, sumber mengesahkan perlawanan tersebut telah ditetapkan dengan gelanggang perlawanan adalah di Singapura.

Ia adalah perlawanan kedua buat skuad bimbingan K. Rajagobal musim ini, selepas menewaskan Hong Kong 2-0 di Stadium Shah Alam 9 Februari lalu. - Utusan Malaysia

Alahai FAM...ini sahaja yang mampu anda buat? Kalau jadual dah disusun dari awal, takde la kalut sangat nak pilih negara lain untuk lawan dengan team Malaysia. Alih-alih dapat lawan team berstatus kelab je. Sabor jela. Kalau menang pun tak guna jugak sebab keputusan perlawanan tu tak akan diambil dalam menentukann ranking FIFA.

GERAKAN ANTI PKR

Posted: 17 Mar 2011 09:33 PM PDT

GERAKAN ANTI PKR


FOTO PANAS PEMIMPIN UMNO ?

Posted: 17 Mar 2011 07:00 PM PDT

LIWATGATE : PARTI 'KITA' TERUS BALUN PKR !

Posted: 17 Mar 2011 05:00 PM PDT

APA MAKSUD DNA ?

Posted: 17 Mar 2011 12:39 PM PDT

HARAKAHDAILY MEMULAKAN PROPAGANDA MENYERANG ANWAR ?

Posted: 17 Mar 2011 01:00 AM PDT

MENTALITI STUPID AHLI PAKATAN.

Posted: 16 Mar 2011 11:03 PM PDT

Alfaizhamid

Posted: 17 Mar 2011 09:32 PM PDT

Alfaizhamid


KUN FAYAKUN

Posted: 17 Mar 2011 08:57 PM PDT




Apabila "Kun", kata Allah, maka apa jua yang berada dalam alam ini akan terjadi dengan penuh hikmah dan kehendak Allah..

Aku lewat menulis lagi. Sebenarnya masuk hari ini genap 21 hari isteri aku lakukan D&C, akibat keguguran. Sabarlah yer sayang.

Dan hari ke hari sayu jugak aku tengok dia tabah rentas hidup. Jua aku tahu yang dia pun sedih sebenarnya. Mana taknya, kegembiraan datang dalam 2 minggu sahaja.

Dalam 2 minggu itulah, dia dengan penuh tanggungjawab menjaga kandungannya. Malam sebelum tidur, dia pasti bacakan ayat2 suci Al-Quran buat 'anak' kami. Setiap masa kami hadiahkan Fatihah untuk 'anak' kami dalam kandungan isteriku.

Sabarlah sayang, Allah mahukan kita tabah...


PISAU.NET

Posted: 17 Mar 2011 09:24 PM PDT

PISAU.NET


Tony Di Tembak,Ejen Singapura

Posted: 17 Mar 2011 08:26 PM PDT


Komunis DAP Tony Pua seringkali mempertikaikan perolehan aset ketenteraan negara ini,Pelbagai tuduhan dan fitnah berniat jahat untuk menimbulkan persepsi buruk terhadap kerajaan BN.


Puas Tony menembak mengunakan peluru kapur,bunyi saja kuat tapi isinya habuk yang penuh penipuan dan manipulasi.Tony Pua gagal untuk menjawab kembali isu pembinaan kapal tentera laut baru baru ini apabila ternyata dakwaan beliau yang lebih kepada menghasut dan cuba memperolehi maklumat sulit aset persenjataan dan keselamatan negara .

Utusan-

KUALA LUMPUR 17 Mac - Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua didakwa pernah ditahan dan dibicarakan di mahkamah Singapura menyebabkan beliau tidak layak untuk menjadi ahli Parlimen di republik itu.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, selain itu, Ahli Parlimen DAP itu juga pernah bersekolah di negara jiran tersebut di peringkat sekolah rendah sehingga ke peringkat yang lebih tinggi.

Katanya, fakta itu mungkin diketahui oleh Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin sehingga menimbulkan ketegangan di antara kedua-dua wakil rakyat tersebut pada persidangan Dewan Rakyat semalam.

"Mungkin Bung (Moktar) tahu dia (Tony) belajar di Singapura dari sekolah rendah sehingga peringkat tinggi.

"Dia dulu ditangkap di Singapura, dibawa ke mahkamah, tetapi sebab hubungan dia mungkin baik dengan pejabat tertentu di sana, beliau dilepaskan (dan) tidak dapat jadi ahli Parlimen (di sana)," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Ahmad Zahid diminta mengulas mengenai kemarahan Tony terhadap Bung Moktar apabila digelar sebagai ejen Singapura oleh wakil rakyat Kinabatangan itu


Mengapa Tony Pua begitu berminat dengan aset dan perolehan aset Kementah.Hari ini terjawab apabila Datuk Seri Zahid Hamidi mendedahkan Tony Pua telah banyak menghabiskan masa beliau di Singapura sejak sekian lama,hinggakan beliau disekolahkan di sana sejak dari kecil lagi.


Tony sehingga sekarang diam membisu apabila tembelang dan temberang serta niat beliau sudah diketahui ramai. Orang yang berkiblatkan kepada pemerintah Singapura harus di siasat.Pihak kerajaan harus mengambil tindakan terhadap Tony Pua.


Pisau kata " ISA TONY PUA"

Lagi Kes Kantoi?

Posted: 17 Mar 2011 05:56 PM PDT


Satu blog milik pakatan mendedahkan gambar yang dikatakan adalah Abdul Rahim Kamaruddin. Jawatannya adalah Ketua Bahagian UMNO Gombak.Siapakah wanita tersebut?Adakah wanita tersebut adalah isteri beliau atau sekadar teman wanita?

Pisau berasakan beliau harus memberi penjelasan .Jika perkara ini adalah fitnah sila buat laporan polis.

Pisau tidak akan sama sekali menyokong mana mana pemimpin yang terlibat dalam gejala maksiat.

Kebelakangan ini banyak isu pemimpin kantoi didedahkan,tanpa mengira mana mana fahaman politik,jika benar ketua bahagian ini melakukan kesalahan,sila letak jawatan jangan mencemar nama baik Umno .


Pisau menyokong usaha pembersihan pemimpin yang terpalit dengan gejala kontol kawaq yang sudah tidak mengenal halal haram, dalam pada itu turut menuntut agar Adun Selinsing dan Adun Perupok khawarij PAS membuat laporan polis jika pendedahan isu berzina dengan bini orang oleh papagomo adalah satu fitnah.


Adakah dengan pengampunan dosa oleh Nik Aziz terhadap Adun adun yang melakukan zina sudah menjadi tiket besar buat khawarij melepaskan diri?


Kebetulan gambar diatas adalah Ketua Bahagian Gombak,Maka Ahli Parlimen Gombak turut sama harus membersihkan nama beliau,Azmin Ali harus membuat laporan polis jika dakwaan Ummi Hafilda mengenai isu mengadai lendir Syamsidar kepada Anwar Ibrahim hingga melahirkan anak.


Pisau kata " kalau tak salah report polis,jika benar melakukan kesalahan,sila berundur"

Neutral Daily

Posted: 17 Mar 2011 09:17 PM PDT

Neutral Daily


Kes Liwat 2 Hanya Rekaan?

Posted: 17 Mar 2011 06:22 PM PDT

(Zakri Ali Rangkuti)


"Malaysia ni dah jadi macam negara kartun. Apabila saya keluar negara, malu nak mengaku warga Malaysia. Antara soalan lazim yang saya dengar ialah mengapa kerajaan suka fitnah guna isu liwat?

Modal BN ialah tuduh liwat, tuduh ejen Zionis, ejen Amerika, ejen DAP, ejen Taliban dan macam-macam ejen lagilah. Apa pun, selaku peguam, saya rasa jijik dengan kes ini. Mari lihat 10 Misteri kes ini:

Penyiasatan dan pendakwaan ke atas Anwar Ibrahim telah menimbulkan pelbagai persepsi dan spekulasi. Meskipun Anwar Ibrahim belum didakwa secara rasmi di mahkamah, terdapat pelbagai kepincangan dalam siasatan dan dalam perjalanan kes ini. Berikut ialah 10 perkara misteri dan luar biasa yang timbul dalam kes Anwar.

1. Bukti asas tak dibenarkan

Menurut logik akal sesiapa yang berakal, orang yang dituduh mestilah diberi peluang untuk membela diri. Untuk membela diri, tertuduh lazimnya akan dibenarkan melihat dokumen-dokumen yang relevan, agar dapat menyiapkan pembelaan.

Contohnya, jika Kassim dituduh merogol Rosna, dan Kassim mendapat maklumat bahawa laporan perubatan mengesahkan Rosna masih dara, tentulah Kassim berhak untuk melihat dokumen tersebut untuk menyediakan pembelaanya. Dalam kes Anwar, agak pelik kerana permohonan asas ini pun tidak dibenarkan.

Dalam kes Anwar ni, ada bukti CCTV, rakaman keluar masuk kawasan tersebut. Mengapa Anwar tidak dibenarkan melihat rakaman-rakaman ini untuk menyediakan pembelaan? Misteri…. Ingat senang ke nak bela diri bila bukti asas tidak dibenarkan..

2. Laporan Pengadu enggan diserahkan

Mulanya Ini merupakan satu perkara yang luar biasa. Lazimnya, apabila seseorang yang dituduh dengan sesuatu kesalahan meminta laporan polis yang dibuat oleh pengadu, ianya akan dibekalkan dalam masa seminggu ke dua minggu oleh pihak polis.

Tanpa laporan pengadu, orang yang tertuduh sukar membela diri kerana apa yang didakwa pun tentulah tidak jelas. Pengalaman penulis memohon laporan polis bagi membela anak guam membuatkan penulis hairan kerana penulis pernah beberapa kali mendapat laporan pengadu pada pagi yang sama penulis memohon.

Kenyataan Hamid Albar dulu bahawa laporan enggan diberi kerana pendakwaan belum dimulakan secara rasmi tidak masuk akal kerana masyarakat maklum Anwar telah ditahan oleh polis, keterangannya telah diambil dan beliau perlu membela diri dan reputasinya.

Ini meyakinkan masyarakat bahawa laporan polis belum ada dan perbincangan sedang dibuat berhubung inti laporan tersebut untuk mendapatkan tarikh dakwaan yang paling sesuai. Setelah sekian lama, barulah laporan diserahkan.

3. Anwar disabitkan bersalah sebelum dibicarakan

Apabila bekas PM Pak lah diminta mengulas berhubung kes Anwar, Pak Lah dengan segera berkata bahawa memanglah penjenayah akan menafikan kesalahannya. Belum pun perbicaraan bermula, Anwar sudah disabitkan sebagai pesalah oleh Pak Lah.

Pada masa yang sama, apabila Pak Lah diminta mengulas berhubung dakwaan ke atas Najib dan Rosmah, Pak Lah dengan segera menyatakan bahawa Pak Lah berkeyakinan penuh bahawa Najib dan Rosmah tidak bersalah. Jika Mahathir dikaitkan dengan konspirasi perlantikan hakim, Pak Lah selangkah ke hadapan dengan melantik dirinya sebagai hakim tidak rasmi. Media UMNO pun segera menghukum Anwar seolah-olah sudah sabit kesalahan.

4. DNA baru Anwar diminta oleh UMNO.

DNA Anwar sudah lama dimiliki oleh pihak polis berikutan siasatan kes lamanya. Paten DNA tidak akan berubah. Justeru DNA baru tidak diperlukan melainkan jika hendak digunakan sebagai bukti palsu yang hendak dicalit dibadan pengadu. Tindakan Khairy dan Pak Lah yang berulangkali menuntut Anwar memberi DNA barunya menimbulkan tanda tanya berhubung tujuan mereka.

Apabila Anwar mendedahkan perkara ini di dalam muka depan Suara Keadilan, Pak Lah dan Khairi diam membisu. Kalau anak dara yang diam, ini bermakna anak dara tersebut setuju dengan pinangan.

5. Laporan Pusrawi Perlu diakui bahawa laporan Pusrawi sebelum ini bukanlah laporan rasmi bagi kes Anwar.

Meskipun begitu, fakta bahawa seorang doktor, meskipun bukan doktor pakar kes liwat, telah melihat lubang punggung Saiful dan tiada sebarang kesan koyakan atau apa-apa tanda diliwat adalah relevan. Meminjam istilah yang selalu digunakan di dalam kes-kes berkaitan Puspakom, pemeriksaan yang dibuat adalah pemeriksaan mata kasar.

Meskipun begitu, ianya tetap relevan dan keterangan sudah cukup untuk menimbulkan keraguan munasabah. Pejabat Peguam Negara selama ini tidak membuat pendakwaan melainkan yakin dengan tahap 90% bahawa tertuduh memang bersalah dan bukti-bukti yang ada benar-benar kuat.

6. Bukti alibi Anwar memadai

Kepincangan dalam kes ini semakin menjadi-jadi apabila pihak polis berkeras meminta DNA baru Anwar sedangkan bukti alibi Anwar tidak dikaji. Sepatutnya, polis menyerahkan laporan Saiful kepada Anwar supaya Anwar boleh membela diri dengan menjelaskan di mana Anwar berada pada tarikh yang didakwa Saiful berlaku liwat tersebut.

Seterusnya, alibi Anwar perlu disiasat. Sebagai contoh, Antihusam (blogger UMNO) mendakwa punggungnya telah saya liwat pada pukul 11 malam , 20 Julai 2008 di Hotel Sunway. Saya akan memaklumkan bukti alibi saya pada waktu itu. Contohnya, saya menyatakan bahawa pada waktu tersebut, saya menghadiri ceramah Ustaz Hadi di markas Pas.

Terdapat lebih 20 kawan saya yang boleh membuktikan kehadiran saya. Justeru, mustahil saya meliwat Antihusam. Apabila pihak polis selesai menyoal alibi-alibi saya dan berpuas hati bahawa saya mustahil meliwat Antihusam, siasatan patut ditamatkan. Begitulah juga dalam kes Anwar. Tindakan pihak polis yang beria-ia mahukan DNA baru Anwar kelihatan senada dengan Pak Lah dan Khairi.

7. Pendakwaan oleh Pejabat Peguam Negara

UMNO ke sana ke sini membuat kenyataan bahawa kes Anwar tidak akan diuruskan oleh Pejabat Peguam Negara kerana Peguam Negara sendiri sedang disiasat berhubung dakwaan rasuah dan penyelewengan kuasa yang dibuat oleh Anwar.

Pendakwaan, jika jadi, akan dibuat oleh Peguam Cara Negara. Masyarakat sedia maklum bahawa pendakwaan masih akan diteruskan oleh Pejabat Peguam Negara sekalipun diketuai oleh Peguam Cara Negara. Adalah pelik bin ajaib untuk mendakwa Pejabat Peguam Negara tidak akan dipengaruhi oleh Peguam Negara. Nama pun Pejabat Peguam Negara.

8. Laporan HKL

Timbul isu terbaru bahawa laporan rasmi HKL turut bocor dan laporan tersebut menyatakan bahawa Saiful memang tiada tanda-tanda diliwat dan mustahil Saiful diliwat. Ini menunjukkan Saiful tidak ikhlas membantu BN.

Sekiranya Saiful komited membantu BN, Saiful sepatutnya pergi ke Lorong Haji Taib dan menyuruh pondan-pondan di situ meliwatnya beberapa kali agar kesan liwat ketara. Ini menunjukkan perancangan lemah BN dan ketidak ikhlasan Saiful dalam membantu BN.

9. Isu motif dan tujuan

Kes ini menimbulkan keraguan yang cukup banyak apabila kepimpinan UMNO seperti Najib mengakui telah berjumpa dengan Saiful sebelum saiful membuat laporan polis. Adalah menjadi pengetahuan umum bahawa Anwar adalah musuh politik UMNO. Justeru, polis sepatutnya menyiasat kebarangkalian berlakunya konspirasi dikalangan UMNO untuk menganiayai Anwar seperti yang pernah dibuat sebelum ini.

Sebelum ini, mahkamah telahpun membebaskan Anwar dari tuduhan liwat yang dijaja oleh UMNO berdasarkan sekeping surat layang.

10. Terlampau banyak percanggahan fakta kes oleh BN

Pada mulanya, Najib mendakwa tidak pernah berjumpa Saiful. Kemudian, Najib mendakwa pula bahawa najib pernah berjumpa Saiful 2 bulan dulu di pejabat untuk membincangkan biasiswa. Kemudian, Najib berkata pula bahawa Najib telah berjumpa Saiful 2 hari sebelum laporan polis dibuat untuk membincangkan biasiswa.

Tiba-tiba, Najib mendakwa pula Najib telah memegang tangan Saiful yang kesejukan 2 hari sebelum laporan polis dibuat di rumah Najib sendiri apabila Saiful yang kononnya ketakutan datang mengadu diliwat. Saiful pula mulanya mendakwa diliwat pada 26 haribulan di sebuah kondo di Malaysia.

Apabila Anwar kelihatan mempunyai bukti alibi yang kukuh, Saiful menjadi terdesak. Kemudian, Saiful menyatakan pula bahawa dia telah 3 kali menemani rombongan Anwar ke luar negara dengan memberi "hint" bahawa dia kononnya telah diliwat-liwat di luar negara beberapa kali. Ini menimbulkan pelbagai tanda tanya.

Mengapa seorang lelaki yang kelihatan tinggi dan sihat seperti Saiful membiarkan dirinya diliwat-liwat beberapa kali dan terus menemani Anwar ke mana saja. Sebagai contoh, jika saya diliwat oleh sesiapa, saya akan trauma dan akan segera menjauhkan diri dari orang tersebut.

Selain itu, Saiful juga sentiasa kelihatan ceria. Demi Allah, selama saya bekerja sebagai peguam, belum pernah saya menemui mangsa rogol atau mangsa liwat yang begitu ceria. Mangsa kes serangan seksual akan trauma, malu dengan masyarakat, rasa rendah diri dan biasanya mengalami kemurungan.

Saiful juga seorang lelaki. Tidak semudah itu hendak menembusi l*b*ng punggung seorang lelaki. Asalkan Saiful mengeraskan punggungnya, mustahil Anwar dapat meliwatnya.

Sekiranya Saiful benar-benar hendak diliwat, dua atau tiga orang lelaki gagah diperlukan untuk memegang Saiful dan l*b*ng punggung saiful perlu disapu minyak terlebih dahulu sebelum diliwat. Sekiranya ini yang berlaku, mustahil Saiful akan terus mengikut Anwar ke sana sini sehinggalah menemani rombongan Anwar ke luar negara sebanyak 3 kali.

Sebagai kesimpulan, kes Anwar Ibrahim ini tidak layak dibawa ke mahkamah untuk pendakwaan. Sekiranya saya ialah hakim bagi kes tersebut, saya akan melempar fail pendakwaan ke lantai kerana terlalu banyak kepincangan.

Apa pun , saya doakan agar Allah (membuka hati hakim-hakim berkenaan agar memutuskan berasaskan keadilan. Amin.

KeadilanDaily

P/s : Betul ke?

Apa-apa pun setuju doakan agar Allah (membuka hati hakim-hakim berkenaan agar memutuskan berasaskan keadilan. Amin.

Simpanan Uranium Terbesar : Malaysia Bakal Kuasa Nuklear Dunia?

Posted: 17 Mar 2011 07:00 AM PDT

1. Dahulu terdapat satu persidangan cendekiawan Islam di Mesir yang berbincang mengenai masalah umat Islam yang tidak putus-putus dilanda musibah tetapi yakin akan kebangkitan satu bangsa dari Timur yang akan meletakkan agama itu ke satu tempat baharu dan dikagumi dunia.

2. Persoalannya siapakah bangsa itu yang memacu kembali umat Islam dan menjadi antara salah satu kuasa besar dunia.

3. Semua bangsa besar di dunia ini sudah pernah menjadi empayar selepas memeluk Islam tetapi yang belum pernah menjadi kuasa besar dunia ialah orang-orang Iran dan orang-orang Melayu dari rantau Asia Tenggara (Malaysia dan Indonesia).

4. Iran pernah menjadi kuasa besar dunia melalui Maharaja Darius tetapi ia berlaku sebelum zaman orang-orang Parsi memeluk Islam, orang Melayu pun pernah ada empayar tapi kecik je tidak sampai ke persada boleh menakluk Eropah atau India pun.

5. Dahulu saya pernah membaca buku karangan pengasas Al Arqam, Ustaz Al Shaari yang menyatakan Empayar Islam akan muncul dari Timur.

6. Tiga golongan akan memacu empayar ini, golongan pertama dari Iran, golongan kedua (saya tidak ingat) dan ketiga ialah kemungkinan orang-orang Melayu dari Malaysia.

7. Sejak dari itu saya sering mencari jawapan dan saya lihat pelbagai agenda jahat barat di kenakan ke atas Iran dan golongan ketiga ini (orang Melayu).

8. Adakah musuh-musuh Islam ini mengetahui kebangkitan bangsa-bangsa ini?

9. Berbalik kepada persidangan di Mesir tadi, para cendekiawan yang bijak pandai ini terus mencari golongan yang akan mewujudkan empayar Islam yang terakhir ini.

10.Orang-orang Arab di Afrika dan Timur Tengah tidak mungkin muncul kembali sebagai salah satu kuasa besar dunia kerana mereka sudah diberi peluang melalui Empayar Uthamaniah, Abbasiah dan kerajaan Islam di Andalusia malah telah menewaskan kuasa barat termasuk Rom.

11.Orang-orang Cina sudah diberi meluang menjadi kuasa besar semasa zaman pemerintahan Dinasti Ming dan kapal-kapal perang Laksamana Cheng Ho sudah pun menjelajah dunia dan nama ini terpahat sehingga sekarang.

12.Umat Islam di India (Pakistan dan Bangladesh dahulu masuk dalam negara ini) turut telah diberi peluang melalui Empayar Mogul dan terbinalah monumen Islam yang hebat di sana seperti Taj Mahal.

13.Turki melalui Empayar Ottoman terus memacu kekuatan umat Islam dan berjaya menangkis serangan tentera bersekutu dalam peperangan di Gallipoli pada 1918, serentak dengan itu ia juga menandakan pengakhiran Turki sebagai kuasa besar dunia.

14.Jika ditakdirkan mucul kuasa besar dunia dari negara Islam, sesuai dengan senario zaman ini, ia mestilah bersandarkan pada nuklear seperti Amerika Syarikat, Britain, Russia, China, mereka semua menjadi kuasa besar kerana didokong dengan ekonomi, teknologi serta kemajuan nuklear.

15.Memang benar, Pakistan merupakan salah satu kuasa nuklear tetapi ia tidak mungkin menjadi pemimpin kepada kebangkitan Islam melihat pada keadaan politiknya yang tidak stabil dan ekonomi yang masih ketinggalan sehingga mudah diperkotak katik oleh Amerika Syarikat.

16.Cuma umat Melayu sahaja yang belum pernah muncul sebagai kuasa besar dunia selepas Islam menjengok rantau sebelah ini, dan teori saya, kuasa besar pada dekad ini biasanya memegang kuasa nuklear.

17.OK kita hentikan sementara teori di atas.

URANIUM DI KENYIR

18.Tidak lama dahulu sebelum Hospital Angkatan Tentera di Seksyen 2 Wangsa Maju dibuka, seorang sahabat saya telah diberitahu oleh seorang wakil rakyat di Terengganu bahawa terdapat simpanan uranium yang terbesar di Tasik Kenyir atau di kawasan Banjaran Titiwangsa.

19.Saya tidak ingat lokasi yang tepat tetapi saya difahamkan ia memang berada dalam dasar tasik dan menarik minat saintis-saintis Barat untuk menyeludup masuk ke kawasan itu bagi mengambil sample tanah.

20.Saya tidak pasti akan kebenaran maklumat ini tetapi memang banyak aktiviti ketenteraan di situ terutama yang merangkumi kawasan stesyen janakuasa Sultan Mahmud.

21.Pasukan komando elit PASKAL juga dilaporkan hadir di kawasan itu dan aktiviti mereka termasuklah membuat selaman 24 jam di dasar Tasik Kenyir untuk memastikan rahsia negara terjaga, ini bagaimanapun tidak dapat disahkan atau khayalan orang semata-mata.

22.Kalau tidak silap saya, reaktor nuklear pertama Malaysia akan dibina pada tahun 2025 tetapi jarang dihebohkan sedangkan Indonesia, Filiphina dan Thailand tidak pernah menyembunyikan program nuklear mereka. Lokasi loji nuklear negara yang pertama ini sudah dikenalpasti tetapi kedudukannya tidak pernah didedahkan umum.

BUKTI DAN LOKASI

23.Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia Datuk Dr Daud Mohamad dalam satu temuramah dengan Utusan Malaysia pada tahun 2007 dahulu pernah mendedahkan mengenai pembinaan loji nuklear pertama Malaysia tetapi beliau memberitahu, lokasinya rahsia atas sebab-sebab keselamatan.

24. Kebanyakkan reaktor nuklear dunia terletak berhampiran tasik, empangan atau sungai kerana sejumlah air yang banyak perlu untuk sistem penyejukan dan penjanaan tenaga.

25.Jika demikian apakah mungkin sebenarnya loji nuklear pertama Malaysia akan terletak di kawasan Tasik Kenyir.

26.Difahamkan kawasan itu mengandungi kandungan uranium yang paling besar di dunia, bahan yang amat diperlukan untuk menjadi bahanapi nuklear.

27.Daripada apa yang difahamkan, anggota Paskal melakukan selaman dan rondaan selama 24 jam di dalam dasar tasik itu (entah betul atau tidak, saya pun tidak tahu kerana gagal mengesahkan maklumat ini).

28.Kata wakil rakyat itu kepada sahabat saya, Perdana Menteri ketika itu iaitu Tun Seri Dr Mahathir Mohamad amat mengetahui kelebihan ini tetapi mengambil pendekatan untuk tidak mendedahkan perkara itu.

29.Dalam diam, para pemimpin negara ini mengambil pendekatan senyap untuk mendapatkan teknologi pembuatan nuklear (untuk janakuasa dan bukan senjata) dari negara-negara luar dan pada masa yang sama terus mengekalkan "status quo" Malaysia sebagai sebuah negara membangun.

30.Identiti Malaysia sebagai sebuah negara membangun ini membolehkan negara mendapat perpindahan teknologi secara murah, percuma atau usaha sama, al maklumlah nama pun negara membangun nanti jika diletakkan sebagai negara maju, semua perpindahan teknologi harus dibeli dengan harga yang sangat mahal, yelah negara maju kan kaya.

31.Jangan ketawakan saya, saya sendiri tidak pasti cerita ini benar atau tidak tetapi pesawat jet yang membawa Mahathir dalam satu lawatan ke luar negara tidak lama dahulu pernah bertukar arah secara rahsia ke Pakistan.

32.Pengalihan pesawat jet eksekutif itu tidak pernah diketahui umum dan perkara ini disahkan oleh seorang bekas agen perisik Pakistan kepada saya sendiri pada sekitar tahun 1998 dalam satu pameran senjata di Mines, Kuala Lumpur.

33. Menurut bekas agen perisik yang pada masa itu menjadi orang hubungan perdagangan senjata Malaysia-Pakistan, Mahathir dijemput secara rahsia oleh kerajaan Pakistan untuk menyaksikan ujian bom nuklear pertama negara Islam itu.

34.Mahathir menjadi satu-satu pemimpin Islam yang menyaksikan ujian bom nuklear Pakistan yang dibuat dalam Wilayah Balochistan, Utara Pakistan.

35.Pada tahun 2001, saya telah pergi ke wilayah Balochistan tetapi bukan untuk menyaksikan ujian nuklear, sebaliknya melihat kesan-kesan ujian iaitu kemarau yang berpanjangan dan keadaan tanah yang tidak subur menyebabkan tanaman tidak menjadi.

36.Jangan salah faham, saya pergi ke wilayah itu bukan sebagai saintis atau geologist sebaliknya saya terbabit dalam peperangan di antara Amerika Syarikat dan Taliban (saya bukan askar upahan, saya datang sebagai pelancong), saya tinggal tanpa kebenaran pihak berkuasa di Chaman dan Quetta sebelum perisik Pakistan mengesan kedudukan saya dan dua lagi rakan seperjuangan (Next time saya bukak cerita ini).

37.Wilayah Balochistan dipilih memandangkan ia merupakan wilayah yang paling besar dalam Pakistan, kurang membangun dan mempunyai penduduk yang sangat sedikit iaitu lebih kurang 6 juta orang sahaja.

38.Ujian letupan nuklear pertama itu dibuat pada Mei, 1998 dan menyebabkan dunia terutama seteru Pakistan iaitu India, terkejut besar kerana teknologi nuklear Pakistan jauh lebih maju dari India yang sebelum itu mendabik dada dengan keupayaan senjata nuklearnya.

DIBAWAH INI MERUPAKAN STATEMENT BODOH ORANG PUTEH TERHADAP UJIAN NUKLEAR PAKISTAN YANG SAYA PETIK DARI SATU LAMAN NGO BARAT

"Whereas all nuclear weapons are equally condemnable, but Pakistan's weapons of mass destruction is even more dangerous as it is religion-specific. As part of its state ideology, Pakistan considers people from other religions as its enemies and has made clear it will not desist from being the first to use nuclear weapons."

"Whereas Pakistan has rapaciously used Baluch resources for the last 60 years and in stead of giving Baluchistan its due share, killed and maimed tens of thousands of Baluch tribesmen and left their lands contaminated by nuclear radiation in the 1998 nuclear tests. No independent study has been conducted to see the disastrous consequences of Pakistan's use of Baluch territories to test its so-called Islamic bomb".

39.Saya sendiri tidak pasti sejauh mana Pakistan terlibat dengan penyaluran teknologi nuklearnya kepada negara Islam yang lain bagaimanapun beberapa tahun kemudian, saintis-saintis Pakistan ditangkap oleh kerajaan mereka kerana menjual maklumat sulit berkenaan teknologi nuklear kepada negara Islam lain antaranya Iran, Libya serta Korea Utara (Ini kes benci Amerika Syarikat dan Israel ni, pasal tu Korea Utara pun nama naik).

40.Difahamkan saintis terulung Dr AQ Khan antara yang terlibat dan urusniaga ini dibantu oleh ahli-ahli perniagaan dari Sri Lanka tetapi adakah mungkin Malaysia merupakan salah satu negara yang berjaya mendapat teknologi ini?

41.Secara kebetulan pulak, beberapa tahun selepas kroni saintis Dr AQ Khan ditangkap kerana menjual rahsia nuklear Pakistan ke Libya dan Iran, tup tup pada tahun 2008, sebuah syarikat iaitu Scomi Precision Engineering Sdn Bhd (Scope) dari Malaysia kena senarai hitam kerana menjual komponen nuklear ke luar negara iaitu Libya (antara pelanggan yang mendapat manfaat dari penjualan rahsia nuklear Pakistan)

42.Sekali lagi, ahli perniagaan Sri Lanka yang juga penduduk tetap Malaysia dikaitkan dalam skandal ini dan beliau ialah Buhary Seyed Abu (B.S.A.) Tahir dan dikenakan tahanan dalam rumah di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

43.Aneh, apa muslihat barat mengaitkan Malaysia dengan penjualan nuklear dan bertambah aneh tetapi kagum kerana pemimpin dan pegawai-pegawai kerajaan Malaysia ini membuat pelbagai putar belit atau "political manuevering" untuk mengelakkan Malaysia diberi tekanan sekaligus menyelamatkan negara dari bencana yang tak putus-putus diwujudkan oleh Barat.

44.Ok berbalik pada cerita Paskal tadi, saya diberitahu oleh sahabat saya yang beliau akhirnya berpeluang bertemu dengan Menteri Pertahanan ketika itu Datuk Seri Najib ketika merasmikan bilik hyperbaric chamber di Hospital Angkatan Tentera, Wangsa Maju.

45.Sahabat saya cuma perlukan satu maklumat penting untuk mengaitkan perkataan-perkataan Uranium, Paskal dan Kenyir. Jadi beliau cuma menanyakan satu soalan sahaja.

46."Hyperbaric Chamber ini untuk penyelam Paskal kita di Terengganu (kedudukan Tasik Kenyir adalah dalam negeri Terengganu) ke, Datuk?" tanya beliau.

47.Najib jawab "Ya" dan perkataan ya inilah yang akan mengesahkan kebenaran cerita dari wakil rakyat Terengganu pada permulaan artikel ini tadi dan menyebabkan tugas saya sebagai agen X files bermula.

48.Alat Hyperbaric Chamber ini diguna khusus untuk penyelam bagi menstabilkan kandungan nitrogen dalam darah akibat menyelam terlalu lama.

49.Lebih kurang setahun selepas pertanyaan hikmah itu ditanyai, saya menghubungi pihak Malaysian Institute For Nuclear Technology Research atau MINT di laluan ke Dengkil (Bangi) untuk mendapatkan kebenaran masuk ke kawasan yang paling ketat kawalannya dan selalu menjadi mitos khabar-khabar angin orang sekeliling.

50.Saya masuk hanya untuk satu kajian, iaitu semata-mata untuk mengetahui apa benar negara ini mempunyai kandungan uranium yang terbesar di dunia, jika benar, Alhamdullilah, comfirmlah orang Melayu akan bangkit menjadi kuasa besar dunia nanti (Sekarang tak mungkin pasal Barat berjaya memecahkan mereka menjadi kumpulan kecil dari UMNO ke PAS, skrg PKR tapi takpe, kumpulan ini wujud untuk menentang ketidakadilan, mudah-mudahan mereka menang dan berjaya mendapat hak yang dituntut…Saya malas nak berjuang, bagi saya semua dah cukup dan saya rasa bersyukur, nak pi masjid tidak ada sekatan dan nak buat duit pakai MLM atau jual burger takde yang kacau (tak macam kat Singapore, kena buang kerja terus bunuh diri pasal takde peluang cari makan) tapi saya harap kerajaan akan menurunkan harga rokok lagi, pleaseee..pleaseee).

51.Pagi-pagi lagi saya dah start kunci kereta Kembara untuk masuk ke MINT, selepas menukar pas keselamatan, saya diiringi oleh seorang pegawai polis untuk masuk ke bangunan pentadbiran.

52.Saya tidak nampak sebarang unsur-unsur luar biasa kerana persekitaran institut sungguh cantik dengan landskap pokok dan bunga, saya tidak nampak bangunan yang menempatkan reaktor nuklear tetapi mungkin memang susah nak nampak pasal kawasan MINT ini sebenarnya besar.

53.Saya difahamkan MINT mempunyai satu mini reaktor nuklear yang dibangunkan di Amerika Syarikat dan ia disimpan jauh beberapa meter ke dalam tanah di satu bangunan yang lain.

54.Saya akhirnya bertemu dengan Director General Institut Penyelidikan Teknologi Nuklear Malaysia (MINT) iaitu Dr Daud Mohammad.

55.Semasa ini, beliau belum lagi mendapat pangkat datuk dan MINT belum lagi ditukar nama kepada Agensi Nuklear Malaysia (penukaran nama dibuat antara tahun 2006-2007)

56.Tidak banyak maklumat yang saya perolehi dari Dr Daud kecuali mengenai pembangunan nuklear Malaysia.

58.Beliau bagaimanapun mengaku bahawa negara ini mempunyai pengetahuan dalam pembinaan tenaga nuklear oleh para saintis Malaysia yang kini ditempatkan dalam Tenaga Nasional Berhad.

59.Akhirnya, soalan cepumas saya adalah berdasarkan kepada dakwaan bahawa Tasik Kenyir mempunyai kandungan simpanan deposit uranium terbesar dalam dunia.

60.Beliau akhirnya menghampakan perasaan saya, Dr Daud menafikan dakwaan itu sebaliknya memberitahu, Malaysia tidak mempunyai banyak deposit uranium yang boleh dilombong kerana kandungan mineral itu terletak bersepah-sepah dalam negara ini.

61.Sebelum beredar, beliau menghadiahkan saya sebuah buku yang ditulisnya sendiri malah turut menanda tangani buku itu, ia berjudul "TEKNOLOGI NUKLEAR-Guna Membinanya".

62.Saya sampai sekarang gagal menghabiskan buku itu kerana masalah penggunaan bahasa saintifik dan jargon-jargon saintifik yang susah hendak difaham.

63.Apa pun, saya pasti…rahsia sebenar tetap ada.

miom

Anwar Wajib Serah Sample DNA - Aktivis Reformasi

Posted: 17 Mar 2011 05:19 AM PDT



oleh Aktivis Jalan TAR..

Saya amat kesal dengan tindakan musuh-musuh Anwar Ibrahim yang mempolitikkan kes mahkamah yang sedang berlangsung. Beberapa demonstrasi telah dianjurkan di Petaling Jaya, Pulau Pinang dan Ipoh seolah-olah Anwar telah didapati bersalah oleh mahkamah. Walhal, mahkamah hanya menolak bahan-bahan bukti yang diperolehi secara tidak sah.

Sebagai seorang pendokong Reformasi tegar, saya yakin penuh Anwar ialah mangsa konspirasi politik. Pemimpin-pemimpin UMNO gentar dengan Anwar Ibrahim lalu terpaksa memfitnahkan beliau. Mereka berharap dengan menghumban Anwar ke penjara, gerakan Reformasi akan hilang taring.

Justeru itu, saya menyeru kepada Anwar untuk mengambil tindakan tegas supaya serangan-serangan musuh politik ini dapat ditangani. Anwar wajib menyerah sampel DNA untuk membuktikan beliau tidak bersalah. Saya percaya langkah tegas Anwar ini akan membuat musuh-musuh politik beliau mati akal.

Saya berkongsi kebimbangan Anwar yang bahan DNA tersebut mungkin akan dimanipulasikan. Untuk mengelakkan kemungkinan tersebut, saya mencadangkan ujian dan profiling sampel DNA itu dibuat secara profesional dan telus. Jika perlu, Majlis Peguam, Persatuan Perubatan Malaysia dan pakar-pakar genetik antarabangsa yang dilantik oleh Anwar akan menyelia proses tersebut.

Objektif memberi DNA hanya untuk mengenalpasti sama ada DNA lelaki Y yang dijumpai pada tubuh Saiful Bukhari Azlan padan dengan DNA Anwar Ibrahim. Walaupun jika ditakdirkan DNA-DNA itu padan, Anwar masih mempunyai ruang untuk mempertikai bagaimana air mani beliau diletakkan pada tubuh Saiful.

Anwar Ibrahim sebagai seorang pemimpin Anugerah Tuhan pasti prihatin yang serangan-serangan ini bukannya setakat peribadi beliau sahaja malah ditujukan kepada seluruh gerakan Reformasi. Bukan maruah Anwar Ibrahim sahaja yang tercabar tetapi kredibiliti semua Reformis juga tergugat. Anwar Ibrahim harus mengambil langkah berani dan bijak demi keutuhan gerakan Reformasi.

LAWAN TETAP LAWAN!!!

harakahdaily

Fikiran Kami

Posted: 17 Mar 2011 09:15 PM PDT

Fikiran Kami


Anwar kecut telor!

Posted: 17 Mar 2011 05:27 AM PDT

DNA punya pasal, habis kecoh satu negara.
Apa susah, beri sahaja dan selesai kes.
Kata mahu selesaikan kes dengan cepat.

Hari tu kata tak sah ambil DNA, tapi tak pula nafikan DNA itu dia punya.
Jadi sekarang serah saja DNA dan kita buktikan kebenaran.
Jika benar tak bersalah, apa mahu takut.

Pepatah Melayu menyebut- "Berani kerana benar, takut kerana salah"

Kata orang: "Berani buat, berani tanggung" - "Berani menjubor orang, berani mengaku"

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 17 Mar 2011 09:07 PM PDT

ANGIN PERUBAHAN


Aksi Panas Pemimpin UMNO?

Posted: 17 Mar 2011 07:33 PM PDT

Benarkah dakwaan oleh blog Milo Suam (blog pembangkang) bahawa yang terlibat dalam gambar tersebut adalah seorang pemimpin UMNO di Selangor (baca sini). Gambar ini telah dijadikan modal bagi blogger tersebut untuk menuduh kesemua pemimpin UMNO sebagai berkelakuan sama dengan pelaku tersebut. Kesimpulan itu tidak tepat. Namun jika pesalah itu dibela, maka barulah benar kerana nila setitik maka rosak susu sebelanga. Jika benar pelaku tersebut adalah pemimpin UMNO, maka tindakan yang sewajarnya perlu diambil oleh Biro Disiplin, Majlis Tertinggi UMNO.

Jangan jadi seperti PAS dan PKR yang membela pemimpinnya yang melakukan sesuatu kesalahan. PAS cuba menutup cerita pegawai khas ADUN Bukit Payung yang ditangkap khalwat, menutup cerita Mat Sabu dan Normah dan cerita ADUN Selinsing. PKR pula membela Elizabeth Wong yang berbogel serta mempertahankan habis-habisan Anwar Ibrahim dalam kes liwat. Hendak serah DNA pun susah. UMNO tidak perlu membela orang yang terbukti bersalah, jika salah perlu dikenakan tindakan. Jika gambar ini adalah super impose, maka blogger Milo Suam itu perlu disaman.

Tony Pua Agen Singapura?

Posted: 17 Mar 2011 07:01 PM PDT

Tony Pua ketika berusia 18 tahun di Raffles Junior College, Singapura pada tahun 1990.

Pada 17 Mac 2011, Tony Pua telah didedahkan sebagai agen Singapura oleh Bung Mokhtar (Ahli Parlimen Kinabatangan). "Mungkin Bung (Moktar) tahu dia (Tony) belajar di Singapura dari sekolah rendah sehingga peringkat tinggi."Dia dulu ditangkap di Singapura, dibawa ke mahkamah, tetapi sebab hubungan dia mungkin baik dengan pejabat tertentu di sana, beliau dilepaskan (dan) tidak dapat jadi ahli Parlimen (di sana)," kata Datuk Zahid Hamidi, Ahli Parlimen Bagan Datuk mengulas pendedahan yang dibuat oleh Bung Mokhtar terhadap Tony Pua di Parlimen.

Satu jawatankuasa khas perlu dibentuk oleh parlimen untuk menyiasat kesahihan berita ini. Jika benar, Tony Pua tidak layak menjadi Ahli Parlimen di Malaysia dan perlu gugur daripada menyandang kerusi di Petaling Jaya Utara. Ada asas yang kuat untuk mempercayai Tony Pua adalah agen dari negara jiran tersebut berikutan begitu obsesnya Tony Pua cuba mendedahkan soal-soal pertahanan negara secara terbuka serta membawa bersama idea "Malaysian Malaysia" yang diciplak dari negara republik tersebut.

Tony Pua telah berbohong dalam perhimpunan tahunan DAP pada 2008 dengan tidak menyatakan nama sebenar syarikat yang diterajuinya sebelum terlibat dalam politik (baca sini). Tony Pua tidak menyebut kepada syarikat mana dia menjual saham Cyber Village. Nama Cyber Village serta merta ditukar pada 2008 kepada Koyo International untuk mengaburi rakyat Malaysia, tentu saja, untuk mengelakkannya daripada dikesan oleh bakal pengundinya di Malaysia.


Tony Pua tidak menyatakan Cyber Village telah diambil alih oleh Brightsphere Sdn Bhd (co No: 804460). Brightsphere adalah satu syarikat yang nilainya hanyalah RM2. Pemegang sahamnya adalah bekas kakitangan Cyber Village (Sua Shii Huey dan Shieh Yee Bing). Malah, setiausaha syarikat adalah isteri Pua, Yow Ting Fong. Alamat berdaftar Brightshphere adalah bersebelahan dengan pejabat firma guaman isteri Pua, Chris Lim Ting ang Partners, T-109, 3rd Floor, Centrepoint, Bandar Utama (Petaling, Selangor). Tony Pua hanya tukar jenama sahaja untuk menyelamatkan syarikatnya daripada krisis.

Pada tahun 2004, Tony Pua dan Cyber Villagenya terjerumus ke dalam masalah besar dan memerlukan bantuan kewangan. Siapakah yang menyelamatkan? Justin Leong Ming Loong, cucu kepada mendiang Tan Sri Lim Goh Tong dari Genting. Justin Leong menyalurkan dalam S$ 3 juta ke dalam Cyber Village untuk membantu Tony Pua. Justin Leong dan rakan niaganya (Gau Xiang Jun) menggunakan Treasure Valley International Limited (ditubuhkan di Virgin Islands). Itulah Tony Pua, orang yang mengaku dirinya jutawan di Singapura sebelum menyertai DAP pada 2008.

Tony Pua tidak layak menjadi ahli parlimen di negara ini. Di Singapura pun mereka tidak hendak Tony Pua, tidak ada sebab untuk rakyat Malaysia menerima calon reject ini dalam Parlimen negara kita. Kalau dia sudah jadi jutawan di Singapura, mengapa hendak jadi ahli parlimen di Malaysia lagi, tentu ada sebab yang menyebabkan dia tidak boleh jadi calon di sana.

Ummi Hafilda Dedah Skandal Anwar Ibrahim

Posted: 17 Mar 2011 03:04 AM PDT





Pendedahan Ummi Hafilda ini merupakan satu pendedahan yang berani dan berdasarkan pengalamannya dengan inner circle Anwar suatu ketika dulu. Termasuk dalam pendedahan tersebut adalah Rahimi Osman (bekas pembantu khas Anwar Ibrahim, sepupu Saiful Bukhari) yang hadir sama untuk mendedahkan cerita sebenar tentang Anwar Ibrahim. Jika benar Ummi Hafilda menyatakan sesuatu yang tidak benar, mengapa Anwar lari semasa Ummi Hafilda berceramah di hadapan ceramahnya di Kerdau? Mengapa Anwar tidak saman Ummi kerana video ini jika Ummi tidak benar?

Azmin Ali sendiri diam membisu bila pendedahan demi pendedahan dibuat secara berterusan oleh Ummi Hafilda. Azmin juga boleh membuat tindakan perundangan jika video ini tidak benar? Anwar tidak boleh berselindung lagi dari kebenaran. Jika DNA yang diambil dari lokap tersebut dikatakan diambil dari "jalan belakang", mengapa tidak mahu memberikan DNA melalui "jalan depan"? Wan Azizah selaku isteri, Nurul Izzah selaku anak perlu menasihatkan Anwar untuk memberikan DNA secara sah bagi menyelesaikan kes liwatnya. Berani kerana benar, takut kerana salah.

r b f

Posted: 17 Mar 2011 07:41 PM PDT

r b f


Ketua Umno Gombak Perlu Jawab Dakwaan Terhadapnya

Posted: 17 Mar 2011 06:35 PM PDT

Semalam dunia siber dikejutkan dengan penyiaran gambar Ketua Umno Bahagian Gombak , Abdul Rahim Kamarudin sedang berpelukan dengan seorang wanita tanpa memakai baju.

Sejauh mana kebenaran gambar tersebut tidak dapat dipastikan lagi. Mungkin gambar benar itu atu mungkin gambar tipu. Hanya tuan punya badan yang boleh mengesahkannya.

Oleh yang demikian wajib untuk Abdul Rahim bangkit dan menjelaskan perkara tersebut. Kalau fitnah katakan fitnah dan kami (blogger-blogger) akan tolong anda untuk tangkis fitnah berkenaan.

Kalau benar pula, katakan benar dan anda hendaklah meletakkan jawatan dengan segera dan berundur terus dari politik.

Tiada ulasan:

Pengikut