Sabtu, 26 Februari 2011

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


KEDAH online

Posted: 26 Feb 2011 03:05 AM PST

KEDAH online


KERAJAAN PERSEKUTUAN 'COVER-UP' ISU PATI?

Posted: 25 Feb 2011 10:56 PM PST

SKANDAL SEKS KETUA PENGARAH PENGUATKUASA?

Posted: 25 Feb 2011 06:15 AM PST

Pengasas S'wak Report: Bukan kerja saya jatuhkan Taib

Posted: 25 Feb 2011 06:02 AM PST

Dr Jeyakumar Berjaya Cabar Keputusan Putrajaya Tolak Tuntutan Dana

Posted: 25 Feb 2011 05:41 AM PST

Suara Sri Andalas

Posted: 25 Feb 2011 11:24 PM PST

Suara Sri Andalas


Pet Cats to be Licensed?

Posted: 25 Feb 2011 01:00 AM PST

Klang: The state may require pet owners to apply for cat licences as too many stray felines are now roaming the streets.

"We are looking into the possibility for cats to be licensed, like dogs," said Selangor executive councillor Dr Xavier Jayakumar.

This was because local councils and the veterinary department have received complaints of stray cats raiding trash-bins and even entering kitchen looking for food, said Dr Xavier at a pet owners' forum at the Klang Municipal Council (MPK) on Saturday.

The state is also standardising the application process and fees for pet licenses across all local councils, he added.

He urged pet owners to be more responsible by spaying and neutering their pets. Owners should also not abandon their pets.


"I've seen people abandoning their dogs, by letting them out of the car and then driving off," he added. Pets left to roam free might pose a danger to residents because of rabies and other diseases.

Dr Xavier said some pet owners were also ignoring council bylaws that prohibited the keeping of dogs or cats in strata property.

"If your pets are caught, please don't try to appeal against us taking action. We can't make exceptions," said the Sri Andalas assembly person.

Dr Xavier also announced that the state has plans to use a four-hectare plot of land to set up a centralised dog and cat pound. He did not disclose the location.

The pound will also be a "one-stop" educational centre for youngsters on how to be responsible pet oners.

On moves to implement electronic tagging of pets, Dr Xavier said the Selayang Municipal Council had voluntarily pioneered this initiative.

Pet owners can either get their pets tagged by the veterinary department or have it done by private veterinarians. Those who do so will receive a rebate on pet licence fees, said Dr Xavier. 


By Alvin Yap
Selangor Times
February 25-27, 2011 Issue 13

Anwar Ibrahim

Posted: 25 Feb 2011 08:33 PM PST

Anwar Ibrahim


Najib Bayangkan Ikhwan Pengganas Dan Mencurigai Sosok Sheikh Yusuf Al Qaradhawi

Posted: 25 Feb 2011 02:17 AM PST

Laporan National Review ada memetik ucapan Perdana Menteri Dato' Sri Najib Razak di Turki yang dikatakan sarat dengan prasangka buruk terhadap ulama’ terkemuka Sheikh Yusuf al-Qaradawi dan pergerakan Ikhwanul Muslimin.

Najib dilaporkan menggesa agar Ikhwanul Muslimin disisihkan dari agenda perubahan di Mesir kerana masih terlibat dengan keganasan. Pendapat seperti ini malahan dikritik oleh pelbagai institusi dan intelektual. Dunia kini menggesa agar Amerika Syarikat dan Eropah untuk tuntas bekerjasama dengan Ikhwanul Muslimin.

Saya terpanggil untuk menegur Perdana Menteri kerana pandangan sebegini jelas dianggap terpencil dan mewakili pandangan dasar luar ekstrim kanan di Amerika Syarikat. Adakah ini sebahagian dari agenda syarikat penasihat demi membaiki imej Najib di Amerika Syarikat?

Kenyataan terbaru Najib juga membuka pekung kecurigaaan pemimpin tersebut terhadap ulama’ dan gerakan Islam seluruh dunia yang kini kian giat menyertai proses demokratisasi.

Sekiranya Najib mempunyai kebimbangan terhadap sosok seperti Sheikh Yusuf al-Qaradawi, maka mengapa beliau dianugerahkan dengan pengiktirafan selaku Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan tahun 2009/1431?

Dan sekiranya terbukti benar Najib melemparkan fitnah terhadap Sheikh Yusuf al-Qaradawi, maka saya menuntut beliau agar segera memohon maaf dari ulama’ tersebut.

ANWAR IBRAHIM

Sila baca laporan National Review : http://bit.ly/hkI4SA

Sila baca laporan Brookings Institution yang mahu dunia Barat bekerjasama dengan Ikhwanul Muslimin: http://bit.ly/gY2GNW

Malaysian PM: Muslim Brotherhood Must Renounce Violence or Be Left Out

Posted: 24 Feb 2011 11:37 PM PST

From: National Review
By Seth Mandel

Since the beginning of the uprising in Egypt and the expected power shift in favor of the Muslim Brotherhood, the Islamic world has rallied around the Brotherhood and demanded that the West engage with them. But a crack in that unity appeared today when Malaysian prime minister Najib Razak said that the Muslim Brotherhood "shouldn't be part of the process as long as they don't reject violence and extremism."

"Anyone who wants to be part of the political process should adopt values that are compatible with democracy," Najib said in an interview in Istanbul, where he is speaking at a conference on moderation. "It's not just about having a vote and choosing your leaders; it's also part of imparting the right values for democracy to work, because there are failed democracies as well."

Najib said he has "some concerns, deep concerns" about Yusuf al-Qaradawi, the Muslim Brotherhood's spiritual leader. Those concerns center on Qaradawi's support and justification for terrorism, which carries a great deal of weight given Qaradawi's credibility as an Islamic scholar. It is exactly that type of Muslim leader that has led the Middle East astray, according to Najib. "We have lost a lot of ground to the extremists in the Middle East."

He offered his own country as a model to emerging Islamic governments in the Middle East, saying that Secretary of State Hillary Clinton has described Malaysia as "modern, progressive, and moderate."

"We shouldn't want to impose on people, but people are welcome to study our experience and how we've done things in Malaysia. Perhaps it could be useful in their country," he said.

Too many leaders, Najib said, misunderstand moderation. "I think they're not paying enough attention to the values associated with being a moderate," he said. "Moderate doesn't mean that you're a wimp — far from it. It means that you've chosen a path because you believe that's the only way for global harmony and peace."

Bulu, Siswa dan Malaysia: Sebuah Catatan Penting

Posted: 24 Feb 2011 11:13 PM PST

Dari Merdeka Review

Ketika Malaysia sibuk dengan air mani Mr. Y, bulu dan tuala Good Morning, dunia Arab sedang menyaksikan kebangkitan. Rakyat bersatu dan mengharap sinar baharu menyinari tanah air yang tercinta. Angin yang bertiup telah membawa khabar gembira untuk mereka. Dari Sahara yang kontang, mula bercambah benih-benih demokrasi yang dibajai semangat, keberanian dan kesanggupan untuk berubah. Ketika dunia Arab menyaksikan perubahan mentaliti dan fizikal yang hebat, Malaysia masih jauh ketinggalan dan sibuk dengan urusan liwat dan dubur Saiful yang katanya tidak dicuci selama tiga hari!

“Revolusi tidak pernah gagal kerana tidak ada revolusi yang menghancurkan negara. Negara hancur hanya apabila rakyat hilang kesanggupan untuk memastikan ia ditadbir dengan baik melalui prinsip kebebasan dan keadilan,” Mantan Mejar Jeneral tentera Filipina, Jose T. Almonte. Kata-kata ini saya petik dari tulisan Amin Ahmad dalam JalanTelawi.com. Secara peribadi saya berpendapat bahawa revolusi di Timur Tengah ini sangat menggusarkan kerajaan pimpinan Najib Razak disebabkan kepemimpinan beliau langsung tidak mencerminkan integriti dan akauntabiliti. Pembaziran berlaku sewenangnya dan Malaysia tidak ditadbir dengan baik.

Lihat sahajalah bagaimana manusia yang terpalit dengan najis rasuah seperti Isa Samad boleh dilantik sebagai Pengerusi FELDA manakala pendedahan kekayaan Taib Mahmud dan keluarganya tidak mendapat respon SPRM seperti yang sepatutnya. Adakah Najib terfikir bahawa hati rakyat Malaysia masih lunak dengan pengukuhan nilai ringgit kemudian menyuapkan lagi peruntukan-peruntukan tertentu dalam Belanjawan 2011 yang lalu? Peruntukan RM114 juta kepada pembangunan infrastruktur di Kelantan misalnya dilihat cuma gula-gula politik. Akhirnya yang untung adalah kroni yang mendapat projek.

Telahan Anwar Ibrahim (gambar kiri, tengah) bahawa revolusi di Tunisia sebagai keping domino pertama telah dan sedang menjadi kenyataan. Kebangkitan hampir menyeluruh rakyat di negara-negara Arab pada saat ini seperti sudah tidak tertahankan lagi. Kebejatan pemimpin sudah mencapai klimaksnya. Mereka telah lama berada dalam cengkaman pemerintah yang zalim dan bersifat otoritarian. Dari pengamatan yang dibuat, isunya tetap sama; salah guna kuasa, kemiskinan, penggangguran, sekatan hak bersuara, penyelewengan harta negara, kronisme dan pencabulan hak asasi manusia. Soalan saya, apakah isu-isu tersebut begitu asing dengan Malaysia?

Selesainya urusan terpenting: Kejayaan Revolusi!

Sekali imbas, dunia boleh mengatakan urusan “terpenting” rakyat di Tunisia dan Mesir telah hampir selesai. Kemenangan kebangkitan rakyat di Tunisia dan Mesir semestinya memberi solidariti moral dan motivasi kepada tempat-tempat lain. Kini, Bahrain yang pernah menjadi taklukan Empayar Parsi dan pernah berada di bawah jajahan British pula menyaksikan bagaimana rakyat sedang bangkit untuk menggulingkan pentadbiran monarki keluarga al-Khalifa. Jabal ad-Duklan bakal menjadi saksi kebangkitan rakyat Bahrain! Benar kata pujangga Melayu; Raja adil raja disembah, Raja zalim raja disanggah.

Begitu juga apa yang berlaku di Libya. Bumi Umar Mokhtar ini telah menyaksikan lebih 400 rakyat Libya menjadi syahid atas keberahian Muamar Ghadafi (gambar kanan) yang telah memegang tampuk pemerintahan lebih empat dekad lamanya. Rakyat Libya diugut sedemikian rupa dan menjanjikan maut untuk penentangnya. Semua ini merupakan sebuah fenomena yang dahsyat dan menakutkan sesetengah pihak. Menurut Anwar dalam tulisannya di Wall Street Journal bertarikh 26 Januari 2011; apa yang berlaku di Tunisia merupakan fajar baru bagi demokrasi di dunia Arab dan Islam.

Melihat perkembangan di Tripoli. Ghaddafi berucap penuh emosi sambil melaungkan sentimen patrotisme, penuh ego dan dilihat desperado. Beliau meletakkan penentang beliau sebagai pengkhianat negara manakala anaknya Saif al-Islam menuduh protes besar-besaran ini berpunca dari pihak asing untuk menjatuhkan pemerintahan Islam. Saif juga mengancam untuk memerangi penentang sehingga peluru yang terakhir!

Di sini kita dapat melihat hikmah terbesar kebangkitan yang berlangsung di dunia Arab. Semakin lama sesebuah kerajaan itu memerintah, semakin banyak penyelewengan dan penindasan berlaku terhadap rakyat dan negara. Akhirnya, rejim tersebut dijatuhkan oleh tangan-tangan rakyatnya sendiri. Semakin rakyat ditekan dan ditakut-takutkan, semakin mereka bangkit menuntut pembebasan! Saya ingin bersoal, apakah BN mengambil pengajaran dari situasi ini? Apakah BN masih tidak sedar bahawa semakin lama mereka memerintah, harta negara semakin dikikis, salah guna kuasa semakin berleluasa, integriti terhakis, malah kebebasan bersuara juga dirasakan semakin sempit?

Penyelewengan nilai dan makna patriotisme

Saya tertarik dengan apa yang telah diucapkan Ghadafi dan anaknya Saif. Kata-kata sebegini seperti selalu sahaja kita dengari. Lihatlah apa yang telah dilakukan oleh Barisan Nasional. UMNO sebagai tulang belakang BN sering sahaja menuduh Anwar Ibrahim dan PKR sebagai pengkhianat negara dan agen asing. PAS pula dicop sebagai pemecah belah “orang Melayu” dan Islam, manakala DAP dianggap sebagai golongan yang memusuhi Islam – Perjuangan parti-parti ini harus ditolak kerana ia berbahaya dan akan memporak-perandakan negara. “Teks” yang diulang saban waktu dan ketika ini adalah 100% tidakpun 99% sama seperti apa yang telah diucapkan oleh Ghaddafi.

Dalam konteks Malaysia, makna dan nilai patriotisme telah diseleweng dan disempitkan. Patriotisme telah dimaknakan seolah-olah mencintai tanah air itu dengan mencintai pemimpin, mencintai parti, mencintai kaum masing-masing. Maka, minda rakyat sedikit sebanyak telah menyimpang dari semangat dan makna patriotisme sebenar. Sepatutnya patriotisme sebenar bermaksud membebaskan tanah air ini dari cengkaman pemerintah yang zalim dan buas. Mengembalikan hak dan maruah negara yang telah lama cacat.

Demokrasi dan Revolusi di Malaysia?

Nilai dan semangat demokrasi telah lama pudar. Lihat sahaja laporan Economist Intelligence Unit yang mencatatkan status Malaysia dalam indeks demokrasi 2010 berada pada tangga ke 71 daripada 167 buah negara berbanding tangga ke 68 tahun 2008. Malaysia telah lama menanti saat baru kebangkitan rakyat. Sama ada melalui pilihanraya mahupun jalan raya, kemenangan rakyat harus difokuskan kepada pembaikan sistem demokrasi dan urus tadbir yang telah lama diperkosa. Kita tidak boleh membiarkan kekayaan negara ini berada dalam kawalan manusia tertentu sahaja. Kekayaan negara adalah hak milik kita yang harus dituntut. Lihat sahaja isu minyak yang semakin naik. Rakyat Malaysia dibebani dengan apa yang mereka ada yang sepatutnya bukan menjadi isu.

Ini merupakan sebuah soalan popular. Akankah Malaysia direvolusikan? Saya pernah bertanyakan soalan ini kepada beberapa orang sahabat saya. Ada yang sinis dan ada yang optimis. Antara lain jawapan mereka ialah tidak mungkin berlaku revolusi di Malaysia kerana rakyat di Malaysia tidak terlalu tertekan seperti di tempat lain. Ada yang berkata mungkin boleh; mungkin tidak kerana rakyat Malaysia telah dipecahkan dengan beberapa kumpulan kaum dan kelas manakala ada pula yang optimis bahawa rakyat akan turun ke jalan raya; cuma menunggu masa. Sambil berlawak beliau berkata, “Orang Melayu khususnya telah lama diArabkan…sedikit masa lagi negara ini akan jadi negara Arab! Revolusi akan bermula di Ain Arabia Bukit Bintang!” Ujarnya tersengih. Apapun pendapat yang dilontarkan, kita boleh simpulkan bahawa revolusi adalah tekad dan kesungguhan, keberanian dan kesanggupan untuk berubah.

Semangat Dataran Tinanmen dan Mahasiswa Malaysia

Kebangkitan mahasiswa memberi makna besar bagi sesebuah negara. Kebangkitan mahasiswa bererti mungkin atau telah berlaku sebuah anjakan mahupun revolusi minda. Minda yang telah direvolusikan beerti pencerahan, pemahaman dan pengukuhan nilai telah berlangsung.

Mari kita imbau kembali apa yang telah pada April 1989. Dataran Tiananmen di Beijing menyaksikan kebangkitan lebih 100,000 mahasiswa dan golongan intelektual bersama rakyat menuntut pembaharuan demokrasi di China. Kebangkitan ini tercetus akibat kematian Hu Yaobang; Setiausaha Agung Parti Komunis China ketika itu yang dikenali sebagai susuk yang menyokong reformasi politik dan ekonomi China. Mereka berhimpun secara aman di dataran tersebut selama hampir tujuh minggu sehinggalah tragedi berdarah berlaku. Sehingga saat ini, tiada angka kematian rasmi yang dicatatkan dan dipercayai ribuan demonstran telah terbunuh. Saya terkesan dengan keberanian mereka. Ternyata perjuangan mereka ini sedikit sebanyak membuka lembaran baru dalam liberalisasi politik dan ekonomi di China.

Apabila pintu bangunan pejabat TNC UPM pecah dirempuh pelajar; ia membawa erti yang sangat besar kepada gerakan mahasiswa keseluruhannya. Tekanan yang diberikan pentadbiran universiti bukan semata-mata bersifat mental malah fizikal. Titisan darah yang mengalir adalah saksi kezaliman pentadbiran universiti dalam mengekalkan monopoli kekuasaan mereka. Gerakan pelajar dilihat sebagai gerakan pembangkang yang harus disekat manakala gerakan pelajar Pro Aspirasi pula dilihat sebagai memenuhi tuntutan pentadbiran? Ini merupakan pencabulan asasi kepada mahasiswa. Ke manakah hilangnya kewarasan dan kebijakan pentadbiran universiti? Mungkinkah juga berada dalam seluar dalam Saiful Bukhari Azlan?

Rakyat perlu berbangga dalam kejayaan besar gerakan Pro Mahasiswa memenangi pilihanraya kampus di universiti-universiti utama. Kemenangan ini merupakan gelombang awal saat-saat kebangkitan rakyat. Kita belum lagi menyaksikan malah menanti bagaimana, bentuk dan rupa perubahan yang bakal terhasil.

Mahasiswa harus bertindak sebagai agen perubahan pada minda dan struktur masyarakat umumnya. Kurang pendedahan terhadap isu-kekangan kebebasan bersuara dan malas berfikir merupakan barah kepada masyarakat kita hari ini. Masyarakat harus disedarkan-dan ramai yang mula sedar. Peranan mahasiswa haruslah menyeluruh dan mampu mendidik masyarakat untuk Malaysia yang diidamkan. Tanyalah sama pokok apa sebab goyang….Tanyalah sama hati kenapa kita harus menang!

*Hafiz Zainuddin ialah penulis bebas.

Fitnah II: Pakar Kimia Akui ‘Cantikkan’ Resume

Posted: 24 Feb 2011 11:07 PM PST

Dari Keadilan Daily

Pakar kimia dari Jabatan Kimia, Nor Aidora Saidun yang juga saksi keenam perbicaraan Fitnah II mengaku telah 'mencantikkan' resume beliau di dalam mahkamah hari ini.

Ia dibuat sewaktu peguam Ram Karpal bertanya tentang kursus pemeriksaan DNA helaian rambut yang tertera sebagai salah satu daripada kursus yang pernah dijalankannya.

"Anda menulis di dalam CV anda, anda mengadakan kursus tersebut. Anda mempunyai pengetahuan tentang pemeriksaan (DNA) rambut?" tanya Ram Karpal.

"Saya ada sedikit pengetahuan tapi…" balas Aidora.

"Bagaimana anda boleh ada cuma sedikit pengetahuan sedangkan anda mengadakan kursus tersebut?" tanya Ram Karpal lagi.

"Saya 'conduct' tapi bukan saya yang beri ceramah, tetapi dua orang pegawai polis dari Australia," kata Aidora.

"CV anda menyatakan anda 'conduct' kursus tersebut tetapi anda tidak memberi ceramah. Jadi anda terlibat dengan perkara seperti penyediaan kopi, langsir yang sesuai, meja…begitu?" tanya Ram Karpal.

"Anda boleh katakannya lebih kurang begitu," kata Aidora.

Aidora merupakan pakar kimia kedua dari Jabatan Kimia dan beliau kali pertama dioal balas pada Rabu lalu.

Beliau adalah Ketua Unit Paterniti DNA, Jabatan Kimia sejak 2008 dan menyertai Jabatan Kimia, Kementerian Sains dan Teknologi sejak 1998.

Namun, disebabkan beliau mengemukakan dokumen kompilasi statistik populasi di Malaysia sebanyak tiga muka surat yang sebelum ini tidak pernah dikemukakan di mahkamah, pasukan peguam Anwar memohon sedikit masa
daripada Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah untuk meneliti dokumen tersebut.

Semalam pasukan peguam Anwar berjaya menimbulkan keraguan terhadap peralatan analisa DNA yang digunakan Jabatan Kimia Malaysia.

Ini kerana tiga peralatan tersebut, Genetic Analyser 3XL300, Sequence Detector 7000 dan Thermo Cycler 9700, diselenggara pada kali terakhir sekitar Mei 2008. Semenjak tarikh itu, ia tidak pernah lagi diselenggara.

Demikian dinyatakan Pengurus Projek dan Servis ATP Service, Alan Tiang kepada mahkamah semalam. Alan adalah individu yang bertanggungjawab menyelenggara peralatan tersebut.

Lebih menghairankan, selenggaraan yang dilakukan Alan tidak pernah diiktiraf oleh Applied Biosystem Sdn Bhd, syarikat berpengkalan di Amerika yang berhenti beroperasi sejak tahun 2005.

Satu-satunya 'kelayakan' Alan adalah beliau pernah berkhidmat dengan Applied Biosystem.

Namun, beliau tidak pernah diberikan tauliah oleh syarikat tersebut untuk menyelenggara peralatan itu selepas mereka menghentikan operasi pada 2005.

Beliau memberitahu mahkamah selenggaraan yang dilakukan menerusi ATP Service adalah berdasarkan 'pengalaman' dan 'kepakaran' sahaja.

Mahkamah semalam juga ditunjukkan rakaman CCTV tempat yang didakwa berlakunya Fitnah II tersebut.
Laporan langsung

12.05 pm – Mahkamah ditangguhkan dan bersambung semula 3 petang.

11.00 am – Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff tiba di galeri awam.

10.53 am – Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar turut hadir di galeri awam.

11.30 am – Nurul Izzah beredar meninggalkan galeri awam.

10.52 am – Mahkamah bersidang semula.

10.25 am – Mahkamah berehat sebentar.

10.10 am – Aidora meminta Ram Karpal bercakap dengan nada sederhana dan tidak meninggikan suara kerana beliau (Aidora) hadir ke mahkamah untuk membantu mahkamah.

"Bolehkah anda tidak menjerit? Kehadiran saya di sini adalah untuk membantu mahkamah," kata Aidora.

Pada waktu inilah mahkamah mendapat tahu Aidora 'mencantikkan' resume beliau apabila menyatakan dirinya terlibat dalam 'menjalankan' kursus analisa helaian rambut tetapi tidak menyampaikan syarahan dalam kursus
tersebut sebaliknya terlibat dalam pengurusan logistik.

9.45 am- Aidora memberitahu mahkamah beliau menerima panggilan daripada Ketua Pengarah Jabatan Kimia untuk menjalankan analisis ke atas sampel tersebut yang diterima selepas waktu pejabat pada 17 Julai 2008.

9.35 am – Menurut Aidora, kebiasaannya polis akan menyerahkan Borang POL 31 di kaunter Jabatan Kimia Malaysia sebelum kes-kes berkenaan diagihkan kepada Ketua Jabatan, Lim Keng Boon, kepada ahli kimia di Jabatan Kimia.

9.30 am – Hadirin ketawa apabila Ram Karpal berkata beliau terganggu dengan celahan DPP Yusoff dan terpaksa 'berfikir semula' untuk menyambung soal balas. Hadirin sekali lagi tergelak kecil apabila Aidora cuba menenangkan Ram Karpal.

9.01 am – Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution tiba di galeri awam dan mengambil tempat duduk di barisan paling belakang.

8.55 am – Mahkamah mula bersidang. Menurut Aidora, beliau pernah memberi keterangan dalam kes mahkamah sivil dan syariah. Keterangannya di mahkamah syariah melibatkan kes berkaitan paterniti.

8.39 am – Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di mahkamah bersama isteri, Datuk
Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Wee Choo Keong

Posted: 25 Feb 2011 03:36 PM PST

Wee Choo Keong


Datuk Wong Chun Wai, Datuk Johan Jaafar, Datuk Chua, Syed Akbar Ali & others: Congratulation!

Posted: 25 Feb 2011 03:36 AM PST

Today the Prime Minister has appointed Sdr Syed Akbar Ali, who is a well known columnist, author and blog under the name of OutSyed The Box, Datuk Johan Jaafar, the Chairman of Media Prima Bhd, Datuk Wong Chun Wai, the Group Chief Editor of The Star Publication and blog under the name of New Malaysia,  [...]

Anak Muda Kampung Nak Senang

Posted: 25 Feb 2011 11:33 AM PST

Anak Muda Kampung Nak Senang


Tawaran Istimewa untuk Anak Rembau di Perantauan

Posted: 25 Feb 2011 01:26 AM PST

Tawaran istimewa khusus untuk Anak Rembau di Perantauan juga kepada sesiapa yang ingin menyumbang untuk Dana Pilihanraya PAS Kawasan Rembau.

Sila muat turun borang sumbangan pada pautan berikut http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2011/02/tawaran-istimewa-untuk-anak-rembau-di.html

ADUN Johol, N.Sembilan sakit, mari doakan beliau sembuh

Posted: 24 Feb 2011 07:35 PM PST


ADUN Johol sakit sehinggakan EXCO N.Sembilan ganti tugas beliau di DUN Johol ketika ini. Marilah kita doakan agar ADUN Johol cepat sembuh. Dah letih dah , satu demi satu pilihanraya kecil ni. Habis duit rakyat kat satu-satu kawasan ni bila ada pilihanraya kecil ni. Sudah-sudahlah tu menjanjikan macam-macam projek bila ada pilihanraya kecil.


Dilantik membantu wakil rakyat
Sinar Harian 25 Feb 2011

JOHOL – Walaupun pemimpin kawasan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johol kurang sihat, inisiatif pihak Kerajaan Negeri untuk terus membela rakyat tetap diteruskan dengan melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Menanti yang juga Exco Kerajaan Negeri, Datuk Abd Samad Ibrahim bagi membantu wakil rakyat di situ.

Setelah memegang jawatan selama tiga minggu, beliau turun padang bertemu dengan masyarakat di samping meninjau masalah di kawasan itu.

Difahamkan, beliau akan berjumpa penduduk kawasan Johol, pada setiap Jumaat di Pusat Khidmat DUN Johol.

Abd Samad berkata, pemilihan beliau membantu wakil rakyat Johol buat sementara waktu atas arahan daripada Menteri Besar (MB), Datuk Seri Mohamad Hasan.

Menurutnya, beliau menerima amanah itu dengan rasa tanggungjawab bagi membantu ADUN Johol, Datuk Roslan Md Yusof yang kurang sihat.

"Apabila beliau sudah pulih, jawatan ini akan digalas semula beliau.

"Ringan sama dipikul, berat sama dijinjing. Itulah yang perlu kita lakukan sebagai rakan seperjuangan dalam kepimpinan Barisan Nasional (BN), jika seseorang wakil rakyat ditimpa musibah, kita cuba sedaya upaya membantu," katanya ketika ditemui Sinar Harian pada majlis penyampaian bantuan elaun bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Balairaya Padang Jual, Johol.

Pada majlis itu, seramai 457 orang penerima elaun berkenaan melibatkan sembilan tempat.

Abd Samad berkata, melalui dasar sistem jaringan keselamatan sosial, rakyat di Negeri Sembilan akan terbela kerana sistem itu berhubung kait dengan agensi yang terlibat.

"Kita akan mengutamakan mereka yang amat memerlukan kerana ini adalah tanggungjawab untuk membantu masyarakat.

"Seiring dengan jaringan sosial yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan untuk mengatasi masalah kemiskinan rakyat terutama di luar bandar, saya akan berusaha mencari golongan miskin untuk dibantu," katanya.

Katanya, sistem itu bertujuan mengagihkan pendapatan dan sumber kepada golongan memerlukan bagi membantu mengatasi kemiskinan dalam jangka masa pendek.

"Sistem ini akan terus diperluaskan untuk kebaikan rakyat, namun mereka juga perlu bekerjasama untuk meningkatkan taraf ekonomi keluarga masing-masing.

"Dengan bantuan JKM dan pihak berkaitan, Insya-Allah, golongan miskin di sini akan terbela termasuk masyarakat daripada bangsa lain. Pihak kerajaan tidak menyisihkan mereka malah, kita turut sama membantu," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8801335.asp

Calon BN DUN Kerdau takut dengan Rembau?

Posted: 24 Feb 2011 04:44 PM PST


Dikhabarkan apabila disebut sahaja nama Syed Ibrahim bin Syed Ahmad sebagai calon BN untuk Pilihanraya Kecil DUN Kerdau di Pahang, ada orang Rembau yang cukup marah. Dan salah seorang orang Rembau tersebut adalah merupakan seorang yang amat berpengaruh bukan sahaja di Rembau malahan hampir seluruh Malaysia sampai ke Timur Tengah. Ada baiknya Muhyiddin atau Adnan Yaakob tanya sendiri kepada Syed Ibrahim ni kenapa orang Rembau itu marah sangat dengan beliau.

Dengar cerita juga disebabkan sesuatu perkara beberapa tahun sudah maka Syed Ibrahim ini tidak berani lagi datang Rembau, betul atau tidak tak tahulah.

Apakah Syed Ibrahim akan menjadi liabiliti bukan sahaja kepada Umno Pahang malahan lebih penting lagi Umno Rembau dan Negeri Sembilan, kita tengoklah nanti.

Mungkin ianya ada kaitan dengan program di bawah ini.

***************
Tajuk : Seminar Perpaduan Ummah dan Kemurnian Aqidah
Anjuran : Kerajaan Negeri Pahang
Tarikh : 25 - 28 Ogos 2006
Tempat : Dewan Jubli Perak , Bandar Kuantan, Pahang
Penyertaan : Terbuka kepada semua ( 800 orang yang pertama , tempat adalah TERHAD, siapa dahulu dia dapat ).

Bayaran Penyertaan : PERCUMA
Majlis Perasmian : YAB Perdana Menteri Malaysia
Majlis Penutup : YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia

Dari Meja Sekteriat :
Syed Ibrahim bin Syed Ahmad
Tel : 019 912 ****

BULETIN RAKYAT

Posted: 25 Feb 2011 11:23 AM PST

BULETIN RAKYAT


Selepas balairaya Sg Choh Stesyen terbakar, rumah guru KAFA terbakar...

Posted: 24 Feb 2011 08:05 PM PST

SERENDAH - Seorang Guru Kelas Asas Fardhu Ain (Kafa) tinggal sehelai sepinggang apabila rumahnya di Kampung Seri Serendah di sini, musnah dalam kebakaran berlaku lewat petang kelmarin.

Khairul Hisyam Othman yang telah berkhidmat selama 10 tahun sebagai guru Kafa di sini, hanya mengetahui kejadian itu selepas dimaklumkan rakannya kira-kira jam 6 petang.

"Saya sudah hendak pulang ke rumah sebelum rakan saya telefon mengatakan rumah terbakar.

"Saya bergegas pulang dan setibanya di rumah, jiran-jiran memenuhi perkarangan rumah namun saya tidak dapat berbuat apa-apa kerana api marak terlalu pantas," katanya.

Khairul yang tinggal berseorangan berkata, segala peralatan peribadinya seperti komputer riba, fail kerja dan dokumen pengenalan diri termasuk televisyen serta perabot rumah musnah sama sekali.

Katanya, api dapat dikawal beberapa minit kemudian dengan bantuan dua jentera Bomba dan Penyelamat Rawang dan Kuala Kubu Bharu.

Dia masih belum mengetahui punca kebakaran itu, namun tidak menolak kemungkinan berpunca daripada litar pintas.

"Kebakaran kerap berlaku di kampung ini dan kebanyakannya berpunca daripada litar pintas. Justeru, saya harap pihak berwajib memantau keadaan ini terutama sistem pendawaian elektrik yang dikatakan bermasalah," katanya.

Sementara itu, jiran mangsa, Rusni Supaat ketika ditemui berkata, pada awalnya dia tidak menyedari kejadian itu kerana menyangka bunyi letupan yang didengar beberapa kali adalah mercun.

Tetapi katanya, setelah terasa bahang panas dia lantas keluar dan melihat rumah jirannya terbakar.

"Saya segera menghubungi bomba sementara jiran lain membantu memadam api menggunakan paip getah," katanya

Pegawai Daerah Hulu Selangor, Nor Hisham Ahmad Dahlan, Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut menyalurkan bantuan sewajarnya ketika melawat mangsa semalam.

SKIM MIKRO KREDIT SELANGOR - SKIMSEL

Posted: 24 Feb 2011 04:52 PM PST

Penantian orang ramai kepada pinjaman mudah yang ditawarkan Kerajaan Selangor kepada golongan miskin hari ini berakhir apabila Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melancarkan Skim Mikro Kredit Selangor (SKIMSEL) di Masjid Makrufiah, Parit Baru, Sabak Bernam tahun lepas.
Skim ini bertujuan membantu golongan miskin berpendapatan kurang RM1,500 sebulan memperolehi dana bagi memulakan atau melebar luas perniagaan sedia ada sebagai salah satu usaha membebaskan daripada kepompong kemiskinan.
Untuk tujuan itu, kerajaan negeri memperuntukkan RM70 juta bagi membiayai skim ini. RM50 juta diperuntukkan kepada masyarakat di luar bandar manakala RM20 pula untuk masyarakat bandar.
Sejak penubuhan Yayasan Dar Al-Qard Al-Hasan Selangor pada 8 Julai 2010, seramai 61 wanita sudah dikenal pasti layak menerima pembiayaan modal perniagaan terbabit sebanyak RM3,000 dengan tempoh pembayaran balik maksima 12 bulan.
"Pinjaman ini berkonsepkan jati diri yang bermakna jika mereka sanggup meminjam mereka juga sanggup membayar balik.
"Kita menyediakan pembiayaan mudah dan pembayaran yang fleksibel. Tujuan skim bukan mengejar keuntungan tetapi membantu meningkatkan pendapatan golongan kurang berkemampuan menerusi aktiviti ekonomi", kata Tan Sri Khalid pada majlis pelancaran skim terbabit baru-baru ini.
Pada peringkat awal, skim ini mula beroperasi di Sabak Bernam. Menjelang akhir 2010, skim ini bakal diperluas ke Kuala Selangor, Hulu Selangor, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.
Skim ini tidak memerlukan cagaran, tidak dikenakan faedah dan penerima pinjaman tidak pula diheret ke mahkamah. Pengalaman mengendalikan skim yang serupa mendapati bahawa kesepakatan kumpulan-kumpulan kecil yang dimestikan bermesyuarat setiap minggu telah menyaksikan pembayaran balik mencecah seratus peratus.
Pada majlis pelancaran skim ini, satu taklimat khas SKIMSEL diadakan diikuti dengan tahlil dan doa selamat serta ceramah Motivasi Ramadhan.
Dana SKIMSEL ini diperoleh kerajaan Pakatan Rakyat di bawah pentadbiran Menteri Besar yang berjaya menstruktur semula pembayaran hutang-hutang syarikat Talam Corporation Berhad (TALAM).
SKIMSEL ini adalah satu lagi bukti komitmen Kerajaan Selangor untuk mengagihkan hasil kekayaan negeri kepada semua rakyat terutama golongan miskin sejajar dengan agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor.
Sumber : SelangorKini

Tiada ulasan:

Pengikut