Isnin, 10 Januari 2011

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

Posted: 09 Jan 2011 11:17 PM PST

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal

Posted: 09 Jan 2011 07:13 PM PST

Pertamanya saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat kerana telah melantik semula saya sebagai Pengerusi Biro Felda dengan namanya yang baru iaitu Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal.
Saya telah bertanya kepada rakan-rakan samada saya perlu menerima atau sebaliknya lantikan baru ini kerana saya telah terlebih awal memohon kepada Pimpinan Pusat agar jawatan ini dilantik kepada mereka yang baru dan saya sendiri sanggup memberikan kerjasama bagi menjayakan gerak kerja dibawah Biro ini.
Saya telah nyatakan kekurangan yang ada pada saya dan pengharapan yang saya mahukan untuk memperkemaskan Biro ini, dan setakat ini kekurangan yang ada kepada saya belum dapat saya atasi dan pengharapan saya pun juga belum saya temui.
Saya memberitahu rakan-rakan bahawa sejak 2 tahun yang lalu saya memimpin Biro ini, tidak ada pencapaian yang memberangsangkan.
Biro Felda hanya ditubuhkan di Negeri Pahang, Negeri Sembilan, Negeri Johor dan Negeri Selangor; manakala di Negeri-Negeri yang kedapatan rancangan-rancangan Felda seperti Kedah, Perlis, Perak, Melaka, Melaka, Terengganu dan Sabah tidak menyahut seruan saya untuk penubuhan Biro Felda di Negeri masing-masing.
Saya sendiri telah menghubungi pimpinan Negeri-Negeri itu, namun, hingga kini belum ada respons dari mereka.
Adakah cukup Biro Felda ini hanya berpaksi di Pahang, Negeri Sembilan, Selangor dan Johor sahaja?
Mesyuarat-mesyuarat Biro Felda hanya dihadiri oleh rakan-rakan dari Pahang, Negeri Sembilan, Johor dan Selangor; dan tindakan-tindakan setakat ini hanya melibatkan rancangan-rancangan Felda di Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan Selangor dan lebih khusus di Pahang dan Negeri Sembilan.
Saya tidak puashati dengan gambaran ini, dan jika saya sukar mengatasi masalah kekurangan Biro dan pengharapan Biro ini, maka tugas saya selaku Pengerusi Biro ini ti tidaklah berjaya, dan sukar bagi saya untuk menerima jawatan Pengerusi Biro.
Bagi saya, bukanlah menjadi perkara yang dibanggakan untuk menjadi Pengerusi sesebuah Biro yang tanggungjawabnya besar sedangkan saya selaku pemegangnya tidak mempunyai keupayaan yang sewajarnya.
Biro ini kini ditambah pula dengan satu lagi tanggungjawab berhubung dengan masyarakat Orang Asal, dan ini juga memerlukan pengharapan baru jika tidak mendapat sokongan dari Negeri-Negeri yang mempunyai penduduk Orang Asal yang ramai.
Saya akan cuba menjalankan tugas sebagai Pengerusi Biro ini sekadar yang mampu untuk seketika dan jika prestasi Biro ini tidak berubah dan tidak ada kemajuan yang dicapai, saya akan serahkan kembali jawatan ini kepada pihak Pimpinan Pusat.

Permohonan Geran Tanah Peneroka-Peneroka Felda Kota Gelanggi 4, Jerantut Hilang!

Posted: 09 Jan 2011 05:56 PM PST

Sdr Rosli Ahmad, Timbalan Ketua PKR Cabang Jerantut, berbaju gelap bergambar dengan Anggota-Anggota Jawatankuasa Bertindak
Peneroka Felda Kota Gelanggi 4
Suhaimi Said, Pengerusi Biro Felda PKR Pusat bergambar dengan Anggota-Anggota Jawatankuasa Bertindak Peneroka-Peneroka Felda Kota Gelanggi 4.

Jerantut, 10hb Januari 2010: Mesyuarat Jawatankuasa Bertindak Peneroka Felda Kota Gelanggi 4, Jerantut, Pahang telah diberitahu bahawa Permohonan untuk Geran Tanah bagi Peneroka-Peneroka Felda Kota Gelanggi 4 yang diperbuat pada tahun 2004 telah hilang di Pejabat Tanah Jerantut.




Demikian dinyatakan oleh Sdr Ramli Hamad, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Peneroka Felda Kota Gelanggi 4 semalam kepada Anggota-Anggota Jawatankuasa tersebut didalam Mesyuarat yang diadakan di Pejabat PAS Kota Gelanggi 2, Jerantut.




Sdr Ramli menyatakan bahawa sejak 2004 beliau dan beberapa orang Peneroka lain sentiasa menemui Pengurus Felda Kota Gelanggi 4 untuk menanyakan tentang kedudukan Geran Tanah bagi perkampongan dan ladang mereka.




Diantara sebab kenapa beliau sentiasa berulang-alik untuk mendapatkan geran tanah tersebut adalah kerana ramai diantara peneroka-peneroka Felda Kota Gelanggi 4 mahu menjalankan aktiviti tanam semula secara bersendirian dan mereka tidak dapat berbuat demikian kerana mereka tidak memiliki geran tanah.




Oleh kerana itu banyak daripada ladang-ladang milik peneroka-peneroka yang tidak mahu tanam melalui Felda telah ditinggalkan didalam keadaan tidak terurus dan telah dinaikki oleh semak-samun dan pokok-pokok liar.




"Tiap-tiap kali saya menemui Pengurus Felda Kota Gelanggi 4, saya diherdik dan diperli oleh Pengurus itu yang sentiasa mengatakan bahawa saya kurang sabar sedangkan geran tanah bagi peneroka-peneroka sedang diproses.




"Saya sangat tidak berpuas hati kerana peneroka-peneroka Felda Kota Gelanggi 4 sudah hampir 14 tahun menjelaskan hutang kami kepada Felda, tetapi Felda tidak cakna dengan kami, dan tidak menguruskan pengeluaran geran tanah bagi kami." keluh Ramli.




Pengurus yang terdahulu langsung tidak bertimbang rasa dan sentiasa memarahi Peneroka-Peneroka yang bertanyakan tentang geran tanah.




"Saya mengambil peluang bertemu dengan Pengurus yang baru yang sedang bertugas sekarang ini. Alhamdulillah, Pengurus baru ni mengambil berat tentang Peneroka dan beliau telah berusaha mempercepatkan proses pengeluaran geran tanah untuk kami.




Pengurus itu telah menghubungi Pejabat Tanah Jerantut dan beliau dimaklumkan bahawa permohonan pengeluaran geran oleh Peneroka-Peneroka Felda Kota Gelanggi 4 telah hilang di Pejabat Tanah Jerantut.




Pengurus ini telah menghantarkan permohonan baru, dan kakitangan Felda Kota Gelanggi 4 sendiri mengambil inisiatif untuk menghantar permohonan itu untuk di proses di Pejabat Tanah dan Galian Negeri Pahang di Kuantan. Ini adalah hasil tindakan berikutan dengan Surat Notis yang telah dihantar oleh pihak Peguam, iaitu Tetuan Suhaimi Tan Zamani dan Rozilan, Temerloh kepada Ibu Pejabat Felda di Kuala Lumpur.




Jika kami tidak mengambil tindakan undang-undang, mungkin Felda langsung tidak membuat apa-apa rujukan semula keatas permohonan yang dihantar pada tahun 2004 dahulu.




Saya nak ucapkan terima kasih kepada keperihatinan Pengurus yang baru ini." tambah Ramli Hamad lagi.




Didalam pada itu, Ramli menyatakan bahawa ada segolongan besar daripada Peneroka-Peneroka Felda Kota Gelanggi 4 tidak berhajat kepada geran-geran tanah bagi mereka.




Mereka beranggapan bahawa apabila geran tanah diberikan kepada mereka akan hanya menyusahkan mereka kerana mereka terpaksa membayar cukai tanah. Sekarang ini mereka tidak membayar apa-apa cukai tanah.




"Nampaknya golongan itu lebih mundur dari pandangan Orang Asal. Orang Asal pun kini menuntut hak keatas tanah dan menuntut supaya geran-geran tanah untuk mereka dikeluarkan, tetapi ada orang-orang Melayu yang tidak mahu kepada geran tanah semata-mata kerana mereka perlu membayar cukai tahunan kerana memiliki geran tanah," kata Ramli lagi.




Suhaimi Said, Pengerusi Biro Felda PKR Pusat yang dijemput khas ke mesyuarat itu memberitahu bahawa geran tanah adalah perkara yang paling mustahak sebagai menandakan bahawa pemegangnya adalah pemilik sah kepada tanah itu dan tiada sesiapa orang lain boleh mengganggu-gugat tanahnya termasuk daripada pihak yang Berkuasa melainkan diambil dengan cara pengambilan tanah dibawah Undang-Undang Pengambilan Tanah yang mana terpaksa dijalankan melalui proses dan prosedure yang ditentukan mengikut undang-undang dan pampasan dibayar.




"Felda mempunyai suatu pemikiran yang tidak sihat kerana Bahagian Undang-Undang Felda telah mentafsirkan dengan tafsir yang sangat kolot kononnya semua tanah didalam Rancangan Felda yang masih belum diberikan geran adalah milik Felda.




"Dengan tafsiran yang salah itu, Felda boleh menjalankan apa-apa aktiviti dan pengurusan yang ia suka termasuk untuk memaksa peneroka-peneroka menanam semula melalui Felda dan memaksa peneroka-peneroka mengambil hutang yang tinggi untuk tanam semula itu dan juga untuk pengurusannya.




"Dengan pandangan serung itu, Felda seolah-olah berhak untuk memperlakukan apa saja keatas tanah-tanah itu tanpa merujuk kepada peneroka-peneroka." kata Suhaimi lagi.




Suhaimi Said memberi contoh mengenai penebangan kayu-kayu getah dari ladang-ladang peneroka di Negeri Sembilan. Katanya, Felda telah menandatangani Kontrak dengan Kontraktor tertentu untuk menebang kayu getah itu dan memberikan harga kontrak yang rendah yang mendatangkan kerugian kepada peneroka-peneroka itu.




Sebagai contoh, harga yang ditawarkan oleh Felda/JKKR kepada peneroka-peneroka tidak melebihi RM33,000.00 bagi setiap peneroka, manakala jika peneroka-peneroka itu melantik Kontraktor bersendirian, mereka boleh mendapat RM46,000.00 dan lebih.




Tetapi oleh kerana peneroka-peneroka itu tidak memiliki geran tanah, walaupun mereka telah langsai menjelaskan hutang mereka kepada Felda, Felda boleh memaksa peneroka-peneroka itu menerima kontraktor lantikan Felda/JKKR walaupun peneroka berkenaan hanya menerima RM33,000.00 sahaja dan setiap penerpoka kerugian RM13,000.00 setiap seorang. Dan RM13,000.00 itu pula mungkin sudah masuk kedalam kantong mereka yang mentadbirkan JKKR atau Felda diperingkat Rancangan, yang mana, kes sebegini sedang dirojok kepada SPRM.




"Oleh kerana itu, geran adalah penting,"kata Pengerusi Biro Felda PKR Pusat itu, "Tanpa geran anda boleh dipaksa menanam semula melalui Felda dan anda boleh dikenakan hutang hingga beratus ribu ringgit, dan tanah anda boleh dimasukkan kaveat oleh Felda dan jika anda gagal membayar hutang itu dan waris anda juga gagal, maka tanah yang anda sayang itu akhirnya menjadi milik Felda."




Mesyuarat itu memutuskan supaya Jawatankuasa Bertindak Peneroka Felda Kota Gelanggi 4 tersebut meneruskan tugas mereka bersama-sama dengan pihak Peguam sehingga geran tanah bagi peneroka-peneroka Felda Kota Gelanggi 4 itu diperolehi.





Anwar Ibrahim

Posted: 09 Jan 2011 07:26 PM PST

Anwar Ibrahim


Rakaman Ceramah Perdana Shah Alam 09/01/2011

Posted: 09 Jan 2011 05:42 PM PST

Ihsan Media Rakyat


Hamba Politik: Umno-BN Bakal Terima Hukuman

Posted: 09 Jan 2011 09:08 AM PST

Oleh Mohd Rashidi Hassan

NEGARA jadi susah apabila pegawai-pegawai kerajaan, sudah mempamerkan diri mereka menjadi balaci orang-orang politik, sama ada untuk kepentingan peribadi mereka mahupun untuk kepentingan orang-orang politik.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan boleh menafikan pelantikan Dato’ Mohammed Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dibuat kerana politik.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Dato’ Munir Bani juga menafikan beliau menjadi alat politik Umno dalam kes ini.

Malah Khusrin juga menafikan beliau alat politik Umno-Barisan Nasional.

Siapa hendak percaya cakap Sidek, Munir dan Khusrin? Bolehkah dipercayai pelantikan Khusrin tidak ada kena mengena dengan politik atau dalam erti kata lain, ianya dibuat mengikut pure government procedure?

Semua orang tahu, politik ada di mana-mana. Bukan dalam parti politik sahaja. Dalam rumah, di pejabat, dalam persatuan, di mana-mana sahaja kita tidak boleh menolak wujudkan politiking.

Justeru jika pelantikan Khusrin dengan mengetepikan ramai pegawai kerajaan yang lebih senior tidak dibuat berdasarkan kehendak politik, KSN mengikut prosedur mana? Adakah khidmat Khusrin sebagai pegawai kerajaan begitu cemerlang? Adakah kerana merit?

Berdasarkan maklumat penulis, ramai pegawai kerajaan yang marah dan kecewa apabila Khusrin yang lebih junior naik mendadak.

Jika pelantikan Khusrin tidak ada kena mengena dengan politik, mengapa KSN atau pihak tertentu terus by-pass kerajaan negeri? Mengapa tidak dimaklumkan kepada Menteri Besar?

Hakikat yang disembunyikan ialah Umno-BN sedia mengetahui, Kerajaan Pakatan Rakyat berusaha menyusun pentadbiran negeri secara telus dan demokratik.

Menteri Besar mahu memilih pegawai yang cemerlang dan komited serta non-partisan menjadi SUK. Nama-nama pegawai kerajaan yang dicadangkan menjadi SUK, bukannya datang dari orang politik. Ianya datang dari kalangan pegawai-pegawai kerajaan sendiri.

Apabila Umno-BN tahu kebanyakan pegawai-pegawai terbabit tidak memihak kepada mereka, lalu mereka terus by-pass kerajaan negeri kerana mengetahui kuasa melantik SUK di bawah kerajaan pusat.

Walaupun begitu, dari segi amalan demokrasinya, oleh kerana SUK akan bertugas di bawah MB, maka kebiasaannya MB mengetahui siapakah yang akan dilantik menjadi SUK, sebagai ketua kepada semua pegawai-pegawai kerajaan negeri.

Namun di sinilah ‘kurang ajarnya’ Umno-BN. Mereka tidak mahu menghormati kerajaan yang sah, dipilih oleh majoriti rakyat pada Pilihan Raya Umum 2008 yang lalu.

Umno-BN tidak mahu menghormati demokrasi. Umno-BN mahu mensabotaj kerajaan negeri dengan mempergunakan pegawai-pegawai kerajaan untuk menjadi alat politik mereka.

Pelantikan Khusrin sebagai SUK tidak mempunyai asas kukuh selain kejayaannya menjadi alat politik Umno-BN semasa menjadi Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor.

Khusrin didapati membelakangkan kerajaan negeri atas alasan beliau menjalankan titah Sultan. Hakikatnya bukan titah Sultan, tetapi titah pemimpin Umno-BN.

Khusrin melarang AJK Masjid dan Surau di seluruh Selangor menjemput Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (dan lain-lain ulama PAS) menyampaikan kuliah kerana, kedua Tuan Guru ini tidak mempunyai tauliah.

Timbalan Mursyidul Am, Dato’ Dr Haron Din juga mengalami nasib yang sama. Semasa Khusrin menjadi Pengarah Jais di bawah Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Khir Toyo, pernah diserbu beberapa kali (sehingga hendak ditangkap) dan dilarang menyampaikan kuliah atas dakwaan tiada tauliah.

Siapa Khusrin atau juak-juak Umno di Selangor hendak mempertikaikan kewibawaan agama alim ulama PAS?

Secara sinisnya penulis mahu menyebut, sebelum Khusrin kenal ‘alif ba ta’, belumpun pegawai-pegawai Jais yang diarahkan membuat larangan dan serbuan ini diberanakkan, tokoh-tokoh PAS ini sudah mengajar agama.

Siapa Khusrin yang hendak mempersoalkan keilmuan dan ketokohan mereka, jika tidak dibuat larangan kerana menurut kehendak politik Umno-BN?

Untuk menghalalkan tindakannya,Khusrin sering mempergunakan peraturan di bawah Seksyen 119 (1), Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 yang mensabitkan kesalahan mengajar tanpa tauliah boleh didenda RM3000 atau dipenjara tidak melebihi dua tahun, atau kedua-duanya sekali.

Inilah hasil kejahatan Khursin terhadap perkembangan agama Islam di Selangor, menjadi dalang kepada Umno-BN, sehingga dinobatkan menjadi SUK.

Pada pendapat penulis, ada dua analogi, sama ada Sidek atau Munir tidak mengetahui latar belakang Khusrin, atau kerana latar belakang itulah beliau dipilih.

Kita lihat pula, dalam kes yang membabitkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Didakwa dengan jelas bahawa Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan (semasa dalam tugasnya) memalsukan ujian DNA untuk memastikan Anwar dipersalahkan dalam mahkamah.

Untuk tujuan apa Gani dan Musa terbabit dalam pemalsuan ini? Bukankah ianya ada tujuan politik dengan mengikut nafsu serakah pemimpin Umno-BN yang diketuai oleh Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad (kini Tun) ketika itu?

Bukankah tindakan ini membuktikan mereka selaku pegawai kerajaan, menjadi alat bagi memenuhi kehendak politik Mahathir, supaya dengan apa cara sekalipun, Anwar mesti dihukum.

Kes membabitkan Anwar juga memperlihatkan bagaimana kegelojohan pemimpin Umno-BN, melantik Hakim lompat dari jawatan yang junior terus naik menjadi Hakim Mahkamah Tinggi, seperti Dato’ Augustine Paul.

Hakim Paul terkenal dalam sejarah perundangan negara kerana kerap mengeluarkan keputusan menolak fakta-fakta dari pasukan peguambela Anwar. Beliau sering mengucapkan ungkapan irrelevant (tidak relevan) setiap kali tidak bersetuju dengan peguambela.

Dalam perbicaraan kes kedua Anwar, Hakim Dato’ Ariffin Jaka juga begitu. Beliau juga dilihat menjadi alat kepada Umno-BN.

Ramai hakim-hakim dari Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan tidak diyakini kredibiliti mereka selepas banyak kes yang meragukan.

Gelagat hakim jika hendak ditulis begitu banyak. Ada hakim yang dibayar perjalanan ke luar negara, semuanya disenyapkan. Kes melibatkan VK Lingam juga disenyapkan.

Malah sistem perundangan negara menjadi kucar kacir dan tidak lagi dipercayai rakyat selepas berlakunya pemecatan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas pada tahun 1988.

Semua ini berlaku akibat jenayah pemimpin Umno-BN. Mereka mempergunakan semua aspek dalam perjawatan kerajaan untuk kepentingan politik.

KSN, SUK, IGP, AG, Hakim, Polis semuanya dijadikan ‘hamba-hamba’ politik Umno-BN. Demi jawatan, pangkat, kesenangan dan kepentingan diri, mereka-mereka yang dibayar gaji oleh rakyat, untuk menjalankan tugas secara adil dan saksama, sudah terjebak menjadi pelacur-pelacur politik yang durjana.

Apakah semua pegawai-pegawai kerajaan ini berfikir bahawa rakyat akan mempercayai mereka? Mempercayai tindakan mereka tidak berasaskan kepada kepentingan politik Umno-BN?

Pakatan Rakyat harus bertekad membersihkan sistem pentadbiran negara dari manusia spesies seperti ini. Kita harus bertekad, sesiapa sahaja yang jelas, secara terbuka menjadi balaci Umno, jika kita memerintah nanti, mereka ini dahulu akan ‘dikerat’ dari kerajaan.

Tekad ini bukan tekad pemimpin Pakatan Rakyat sahaja, ia adalah aspirasi dan kehendak rakyat, iaitu membersihkan sistem pentadbiran negara dari tangan-tangan kotor Umno-BN, seterusnya mengembalikan sistem demokrasi ke landasan yang sebenar.

Justeru tiada label atau gelaran yang sesuai untuk mereka-mereka ini, selain daripada menyamakan mereka dengan watak-watak yang dipaparkan oleh Dato’ Shahnon Ahmad dalam novel SHIT dan satira karya Yahaya Ismail bertajuk Maharaja Beruk suatu ketika dahulu.

Selamatkan Malaysia dari kedurjanaan mereka!

Program Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke Gombak

Posted: 09 Jan 2011 09:00 AM PST

Ubah Sekarang – Selamatkan Malaysia

10 Januari 2011 (Isnin)

8.30 Malam – Solat Isya' di Masjid Ar Rahimah, Greenwood

9.00 – 12.00 Mlm – Ceramah – Ubah Sekarang / Selamatkan Malaysia

Lokasi 1 – Kompleks Muhibah, Taman Bolton, Batu Cave

Penceramah:
1. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
2. YB Azmin Ali
3. YBhg Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
4. YB Dr Hassan Ali
5. YB Amiruddin Shari
6. YB A Sivanesan
7. YBhg Ustaz Salahudin Nasir

Lokasi 2 – Dewan Orang Ramai MPAJ AU2A, Keramat

Penceramah :
1. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
2. YB Azmin Ali
3. YBhg Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
4. YB Tony Pua
5. YB Saari Sungip

Tiada ulasan:

Pengikut