Sabtu, 20 November 2010

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

Posted: 19 Nov 2010 11:03 PM PST

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


3 hari ceramah berturut-turut di Kuala Krau

Posted: 19 Nov 2010 09:05 PM PST

Alhamdulillah, 3 ceramah yang akan diadakan di Kuala Krau mulai 1hb Disember 2010 akan diadakan dan penceramah-penceramah jemputan telah pun memberikan persetujuan:
1hb Disember 2010 jam 8.00 malam di Kg Penderas. Penceramah Jemputan adalah Dato Fauzi Abdul Rahman, Pengerusi Parti Keadilan Rakyat, Negeri Pahang; Felicia Ling, seorang peguam dan Timbalan Ketua PKR Cabang Cheras.
2hb Disember 2010 jam 8.00 malam di Kg Pian. Penceramah Jemputan adalah Zakaria Hamid, Ketua PKR Cabang Lipis yang juga Anggota MPP PKR Pusat.
3hb Disember 2010 jam 8.00 malam di Kg Paya Pelong. Penceramah Jemputan adalah Bob Manolan, AJK AMK Pusat dan Timbalan Pengerusi Biro Orang Asal PKR Pahang.
Mereka akan digandingkan dengan penceramah-penceramah tempatan termasuk Yusri Ahon, Ramli Lugan, Jahidin Husin, Daud Busu, Syafei Deris dan Haji Suhaimi Said, manakala Man Kadir akan bertindak selaku Pengerusi Majlis di kesemua Majlis tersebut.
Sementara itu pada 1hb Disember 2010 jam 4.00 petang akan diadakan Mesyuarat Biro Orang Asal PKR Kuala Krau di Kg Penderas; 2hb Disember 4.00 petang di Kg Lubok Wong dan 3hb Disember 4.00 petang di Kg Paya Pelong.
Jadual berbentuk harian ini akan diteruskan sehinggalah berlakunya Pilihanraya Umum ke-13.

Maisalamah binti Ahmad pulang ke rahmatullah

Posted: 19 Nov 2010 09:00 PM PST

Maisalamah binti Ahmad, yang telah dimasukkan ke Hospital Ahmad Sahah 2 hari lepas telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 10.00 pagi tadi dihadapan anaknya Nurhisham bin Othman.
Allahyarahmah adalah Ibu Mertua kepada Anita Karim, AJK Parti Keadilan Rakyat Cabang Kuala Krau.
Anita memberitahu bahawa beliau dan suaminya bergilir-gilir berada di Hospital, pada waktu siang beliau dan suaminya akan berada disisi Ibu Mertuanya dan di sebelah malam digilirkan oleh adik ipar beliau, Nurhisham.
Jenazah akan disempurnakan di Kg Kuala Mai, Kuala Krau dan solat jenazah akan disempurnakan selepas solat Asar.
Moga-moga Allah mengrahmati rohnya.

Balakrishnan pulang ke rumahnya

Posted: 19 Nov 2010 03:14 PM PST

Sdr Balakrishnan A/L Pachiappan, AJK PKR Cabang Kuala Krau, yang kecederaan patah kedua-dua kakinya kerana kemalangan jalanraya telah kembali ke rumahnya dari Hospital Ahmad Shah, Temerloh, dan didalam keadaan masih tidak boleh berjalan.

Beliau telah menerima bantuan kerusi roda yang disumbangkan oleh masyarakat kaum India di Kuala Krau, dan sumbangan wang tunai darpada pimpinan PKR termasuk Fellicia Ling, Zakaria Hamid dan Haji Suhaimi Said serta Anggota-Anggota JK PKR Kuala Krau.

Pihak Yayasan Aman telah mengambil butiran mengenai Bala untuk bantuan tertentu. Bala boleh ditemui di rumahnya di Ladang Kuala Tekal, Kuala Krau.


Ibu Mertua Anita Karim koma di Hospital Ahmad Shah Temerloh

Ibu Mertua kepada Anita Karim, AJK PKR Kuala Krau, sedang berada dalam keadaan koma, di wad Kenanga 14, Hospital Ahmad Shah, Temerloh.

JK PKR Kuala Krau telah menziarahi beliau di wad tengah hari dan petang semalam, marilah kita sama-sama doakan agar beliiau sembuh dan pulih secepat mungkin.

Jadual PKR Cabang Kuala Krau hari ini

Posted: 19 Nov 2010 03:06 PM PST

20.11.10

Jam 4.00 petang

Mesyuarat Khas JK PKR Cabang

Agenda Khas

Lawatan Dato Seri Anwar Ibrahim Ke Pahang


Jam 8.00 malam

Mesyuarat JK Biro Felda PKR Cabang

Di Rumah Ahmad Bila
No 34 Felda Jenderak Utara

2 Aktiviti/Program setiap hari menjadi sasaran PKR Kuala Krau

Posted: 19 Nov 2010 12:46 AM PST

Anggota-anggota parti di Kuala Krau telah memberikan persetujuan kepada saya selaku Ketua Cabang untuk mengurangkan aktiviti-aktiviti di mluar kawasan Kuala Krau dan memberikan persetujuan jika saya melepaskan semua jawatan yang tidak ada kena mengena dengan organisasi PKR di Kuala Krau.
Abdul Razak Hussain, Timbalan Ketua PKR Cabang Kuala Krau pernah menyatakan bahawa saya tidak perlu mengambil bahagian aktif didalam gerakan parti diluar cabang Kuala Krau. Beliau pernah menyatakan bahawa penglibatan saya di luar Cabang tidak mendatangkan apa-apa kesan, tetapi penumpuan terhadap Kuala Krau boleh membawa perubahan.
Saya pun terasa sedemikian. Sejak saya sudah mengurangkan aktiviti di luar kawasan, banyak jadual dan program di Kuala Krau sudah dapat dilaksanakan.
Keanggotaan parti bertambah dengan baik, program parti dapat dilaksanakan hampir setiap hari, dan perubahan-perubahan jelas berlaku apabila penumpuan dilaksanakan.
Sehingga 11hb November 2010, program di Kuala Krau dapat dijalankan dengan lebih banyak, dapat mengadakan sehingga 2 program sehari.
Masih ada kampong-kampong tradisional yang masih belum dapat ditembusi perlu diberikan tumpuan agar parti dapat diterima dengan baik.
PKR kalah didalam Pilihanraya yang lalu dengan 1300 undi, dan dengan penambahan pengundi yang tidak begitu besar di DUN Jenderak, PKR memerlukan lebihkurang 800 undi untuk menang, dan 1000 hingga 1200 untuk menang selesa.
Kekuatan PKR di Kuala Krau terdapat di kawasan Pekan Kuala Krau dimana ujudnya pengundi-pengundi bukan Melayu, tetapi pengundi-pengundi bukan Melayu di Kuala Krau hanyalah menguasai kurang dari 5% dari keseluruhan pengundi-pengundi.
Untuk menang di kawasan DUN Jenderak ini, penumpuan perlu dibuat di kawasan Felda dan perkampongan tradisional.
Walaupun, PKR mempunyai sebuah Ranting di Felda Jenderak Utara, dengan keanggotaan menghampiri 120 orang, majoriti pengundi-pengundi disana masih memihak kepada BN. Dengan kerjasama melalui PAS, PR masih juga ketinggalan di kawasan Felda itu.
Di Felda Jenderak Selatan, senarionya hampir sama.
Maka menjadi satu tugas yang sangat besar kepada PKR-PAS untuk menarik lebih ramai pengundi di Felda Jenderak Utara dan Felda Jenderak Selatan. Namun begitu kekuatan kedua-dua buah parti PR itu sudah nampak lebih bertenaga jika dibandingkan dengan kekuatan tahun 2008.
Di kawasan perkampongan tradisional Melayu, PKR Kuala Krau telah berjaya menubuhkan Ranting di Kg Jenderak, Kg Paya Luas, Kg Gong Halt dan Kg Dato Shariff Ahmad. Ranting-ranting ini perlu digilap bagi mempastikan berlaku pertambahan undi dikalangan pengundi-pengundi Melayu.
Kedudukan PR di Kg Gong Halt dan Paya Sok tampak lebih kukuh daripada BN dan di buah kampong inilah juga PKR berjaya mengatasi undi BN didalam Pilihhanraya yang lampau.
Kerjasama dengan PAS adalah sangat perlu untuk menghidupkan gerakan PR di Kg Kuala Mai, dan Kg Masjid.
Dengan aktiviti yang sedang berlangsung kini PKR mungkin boleh merebut DUN Jenderak daripada UMNO/BN didalam Pilihanraya yang akan datang.
Usaha memperkukuhkan jentera parti seperti menggilap semua Ranting-Ranting yang ada, mengadakan jentera Pilihanraya dan PACA akan membuahkan natijah yang lebih baik.
Untuk kerja-kerja inilah keanggotaan PKR di Kuala Krau telah meminta saya mengurangkan aktiviti-aktiviti di luar kawasan Kuala Krau dan memberikan tumpuan sepenuhnya kepada memperkukuhkan organisasi dan kerja parti.
Dan sejak seminggu yang lalu, PKR Kuala Krau sudah pun menjalankan aktiviti turun padang dengan melawat kampong-kampong dan mengadakan ceramah-ceramah kelompok serta mengrekruit ahli-ahli baru dan gerakkerja mendaftarkan pengundi-pengundi baru.
PKR Kuala Krau sudah pun mengatur program 2 kali sehari dengan mengadakan ceramah-ceramah secara kelompok iaitu jam 4.00 petang di suatu kampong dan 8.00 malam di kampong yang lain. Program ini akan diteruskan sehinggalah berlangsungnya Pilihanraya yang akan datang.
Sedmoga kerja berterusan ini diberkati dan motto kerja kami adalah: BUAT KERJA BELUM TENTU MENANG DAN TAK BUAT KERJA SUDAH TENTU TIDAK MENANG!

Zulkifli Noordin

Posted: 19 Nov 2010 09:32 PM PST

Zulkifli Noordin


MEMALI

Posted: 18 Nov 2010 08:20 PM PST


(Assyahid Ustadz Ibrahim Libya)

Salam 2 all.

Pagi 19 Nov 1985, di sebuah perkampungan kecil di panggil Memali, Baling, berlaku satu peristiwa hitam dalam sejarah negara. 14 orang awam penduduk kampung ditembak mati oleh pasukan keselamatan. Empat anggota FRU turut terkorban. Banyak versi yang kita dengar, dan banyak cerita yang disampaikan, tetapi hakikatnya ia satu peristiwa yang boleh dielakkan.

Saya sendiri semasa itu baru sahaja tamat pengajian dari Victoria University Wellington. Sebaik mendapat berita dan maklumat mengenai kejadian tersebut, saya telah membuat satu komen mengenainya, dan disiarkan disebuah akhbar di Wellington, tidak silap saya akhbar The Herald. Kebetulan semasa kejadian saya sedang bersiap-siap untuk pulang ketanah air. Sebaik tiba, saya terus pulang ke kampung yang terletak tidak jauh daripada Kg. Memali. Saya sempat melihat kesan-kesan insiden tersebut, dan saya sempat ke perkuburan syuhada yang terletak tidak jauh daripada bulatan Parit Panjang.

Sebenarnya banyak pengajaran yang boleh kita ambil daripada peristiwa itu. Setakat yang saya tahu, kejadian bermula kononnya kerana Kerajaan pada masa itu berpendapat Assyahid Ustadz Ibrahim Libya menjadi ancaman kepada keselamatan negara. Ustadz Ibrahim Libya (atau nama betulnya Ustadz Ibrahim Bin Mahmud) adalah seorang lulusan Universiti Tripoli, Libya (itu sebab beliau dipanggil Ustadz Ibrahim Libya). Beliau pada mulanya bertugas sebagai pegawai pendakwah dan penceramah bagi Bahagian Hal Ehwal Islam JPM (BAHEIS-sekarang Jakim).

Namun semangat menyebarkan dakwah menyebabkan beliau membuat keputusan pulang ke kampung halaman dan membuka sebuah madrasah dipanggil Madrasah Islahiah Ad Diniah. Disitu pengaruh Ustadz Ibrahim Libya makin kuat dan Assyahid menyertai PAS dan bertanding dalam beberapa pilihanraya (dimana walaupun tewas tetapi dengan majoriti yang kecil sahaja). Saya masih teringat satu tulisan terpampang dirumah Assyahid dengan ayat "perjuangan itu adalah perlaksanaan kata-kata". Itu adalah "tagline" Assyahid yang cukup terkenal terutama bagi kami orang Baling.

Setakat yang saya tahu, perjuangan Assyahid Ustadz Ibrahim adalah untuk mendaulatkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang melaksanakan syariat Islam termasuk hudud, qisas dan ta'zir. Itu yang beliau selalu ucapkan. Malahan itu adalah antara sebab utama Assyahid menentang UMNO pada masa itu. Beliau malah beranggapan berjuang menubuhkan sebuah negara Islam yang melaksanakan hudud, qisas & ta'zir adalah satu jihad! Sebab itu Assyahid menyertai PAS, kerana pada masa itu perjuangan PAS untuk menegakkan negara Islam dan melaksanakan syariat hudud, qisas & ta'zir cukup jelas.

Malahan baru beberapa tahun sebelum itu Amanat Haji Hadi disampaikan di Terengganu, amanat yang cukup jelas dan matlamat dan perjuangannya. Matlamat yang menarik perhatian ramai anak muda Islam memilih untuk menyertai PAS, termasuk saya. Matlamat yang tumbuh subur searus dengan gelombang kebangkitan Islam yang divetuskan oleh revolusi Iran pada masa itu. Tapi itu PAS pada masa itu, PAS yang disokong dan didokong oleh ramai anak muda yang dahagakan pengembalian pemerintahan Islam!

Saya tidak tahu apa agaknya tanggapan Assyahid jika melihat keadaan PAS sekarang. PAS yang sedia bersekongkol dengan kafir harbi DAP. PAS yang sanggup mengadakan perjanjian persefahaman penubuhan Kerajaan Pakatan Rakyat bersama DAP/PKR yang tidak menerima undang-undang Islam dan menolak perlaksanaan hudud, qisas & ta'zir. PAS yang membenarkan nama ALLAH digunakan secara syirik oleh kumpulan Kristian. PAS yang membenarkan tempat sujud ruku' umat Islam dicemari oleh kaki kafir harbi yang tidak menghormati hukum berpakaian Islam. PAS yang menghalalkan penggunaan hasil arak untuk pembangunan. PAS yang membenarkan anak isteri dijadikan bahan gadai politik dengan bai'ah talaq tiga. PAS yang membenarkan kuil hindu dibina dikawasan perumahan orang Islam. PAS yang bersedia meletakkan calun kafir bertanding atas tiket PAS. PAS yang bersekongkol dengan Anwar Ibrahim!!

Malah saya terkejut apabila diberitahu Anwar adalah salah seorang jemputan khas perayaan anjuran PAS untuk sambutan jubli perak 25 tahun memperingati peristiwa Memali. Mungkin PAS lupa bahawa Anwar pada masa kejadian adalah Ketua Pemuda UMNO, parti yang dituduh menjadi "pembunuh syuhada' Memali". Mungkin PAS lupa Anwar adalah anggota kabinet Kerajaan Barisan Nasional yang dituduh merancang pembunuhan Memali. Mungkin PAS lupa Anwar bukan sahaja tidak berbuat apa-apa, malahan bersekongkol dengan Kerajaan UMNO pada masa itu. Hari ini manusia bernama Anwar itu dijulang sebagai hero oleh PAS dan dijemput sebagai tetamu mengenang peristiwa Memali. Pada saya ini satu penghinaan besar kepada para syuhada dan mangsa Memali!!

Apa yang menjadi kekhuatiran saya ialah peristiwa Memali ini dipolitikkan untuk kepentingan sempit puak-puak tertentu. Tetapi kebajikan dan kepentingan keluarga dan mangsa Memali tidak diberi keutamaan. Saya tahu secara peribadi ramai ahli keluarga dan mangsa yang merungut tentang isu Tabung Kebajikan Memali. Mana pergi kutipan dan sumbangan yang dibuat? Mana akaunnya, mana auditnya. Siapa yang mendapat habuan dan menafaat? Setahu saya ada kalangan anak-anak Memali terpaksa memohon ihsan pihak lain untuk mendapat bantuan pengajian contohnya. Malahan ada lapuran polis dibuat mengenai isu ini. Apa statusnya kita pun tidak tahu. Yang saya tahu setiap kali menziarahi keluarga Memali, sudah pasti isu ini akan ditimbulkan. Wallahua'lam.

Apa pun, peristiwa yang berlaku 25 tahun lepas itu wajar dijadikan iktibar oleh kita. Pihak keselamatan contohnya sepatutnya bertindak dengan lebih berhemah dan mesra rakyat. Pada saya, tindakan gopoh pihak keselamatan, dan kekaburan penjelasan daripada Menteri Dalam Negeri pada masa itu Tan Sri Musa Hitam (yang memangku jawatan Perdana Menteri kerana Tun Mahathir ke negara China pada masa itu) merumitkan keadaan.

Pada saya arahan yang diberi kepada pihak polis supaya menembak orang kampung adalah satu arahan yang tidak sewajarnya dibuat. Banyak lagi alternatif yang boleh diambil pada masa itu, contohnya mengepung kawasan yang begitu kecil. Menggunakan kereta perisai untuk berdepan dengan orang kampung yang hanya ada parang dan sabit, dengan gabungan polis, pasukan Senoi Praq, PPH, FRU dan UTK bersenjata lengkap hanya memberi gambaran ada pihak mahu menghapuskan Assyahid Ustadz Ibrahim Libya. Malahan operasi hari itu dinamakan sebagai "Ops Angkara!".

Hari ini kerajaan yang terlibat dengan peristiwa Memali dah tiada. Ada pemimpin yang terlibat kehilangan anak dalam peristiwa keruntuhan bangunan. Seorang anggota kabinet telah dipecat dalam keadaan yang mengaibkan. Kerajaan BN hilang majoriti 2/3 di Parlimen. Adakah mereka membayar harga Memali? Wallahua'lam, hanya ALLAH sahaja yang tahu.

Namun kematian Assyahid Ustadz Ibrahim Libya serta 13 lagi anak murid beliau telah difatwakan sebagai syahid. Malahan Kebawah Duli Tuanku Kedah telah memperkenan Duli melawat kubur Memali dan menziarahi mereka yang terlibat. Saya masih ingat ketegasan Tuanku pada masa itu, "mereka juga adalah rakyat Beta!".

Kubur para syuhada terus diziarahi bertali arus. Kawasan semak sekeliling kubur sudah membangun. Masjid berdekatan sudah tersergam indah. Kampung Memali makin membangun. Jalanraya ke Memali sedang dibesarkan oleh Kerajaan. Pembangunan pelancungan air panas Legong makin terkenal. Anak-anak syuhada ada yang sudahpun menuntut di universiti, termasuk di Al Azhar dan lain-lain.

Pada saya, Kerajaan pada hari ini sepatutnya mengambil inisiatif untuk membantu keluarga dan mangsa Memali, termasuk anak-anak mereka. Adalah wajar Kerajaan memohon maaf atas insiden yang tidak sepatutnya berlaku. Dan berikanlah kepada mangsa dan keluarga keadilan yang telah lama dinafikan kepada mereka.

Semoga roh mereka yang terlibat, termsuk 14 orang penduduk kampung dan 4 anggota polis yang turut terbunuh diberikan rahmat oleh ALLAH, dimasukkan dalam golongan soleh dan diberi kelapangan barzakh, dan dimasukkan kedalam syurga ALLAH.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
12 Zulhijjah 1431
19 Nov 2010

Anwar Ibrahim

Posted: 19 Nov 2010 07:44 PM PST

Anwar Ibrahim


Pemimpin Perlu Pendirian Teguh Pikul Amanah Rakyat

Posted: 19 Nov 2010 07:00 PM PST

Dari Tv Selangor

Pemimpin-pemimpin parti perlu berpendirian teguh memikul amanat rakyat dengan tidak berpaling tadah menghentam benteng demokrasi utuh perjuangan parti tegas Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi.

Anwar membidas sikap pengkhianatan individu yang bertalu-talu menyerang kepimpinan dan perlembagaan PKR dari dalam menggunakan media milik Umno-Barisan Nasional sebagai platform mengugat fokus keutamaan parti itu.

“Saya tidak boleh terima orang yang menyerang parti berulang kali guna media Umno dan hina sahabat perjuangan termasuk Syed Husin Ali,” tegas beliau.

Dalam ucapan Rapat Umum bersama negeri Selangor di Auditorium MBSA, Shah Alam, beliau tidak mahu memberi komen negatif, Datuk Zaid Ibrahim yang baru mengumumkan keluar parti menjadi subjek keraguan halatuju PKR justeru terus memberi tumpuan kepada prinsip menegakkan keadilan.

“Bukan kerja saya mahu ulas kenyataan Zaid tapi kerja saya hendak mengangkat PR.

“Saya tidak mahu dalam pertarungan ini, kita beri kata-kata kesat kepada beliau (Zaid). Biar sahaja,” kata beliau di hadapan lebih 2000 ahli PKR di negeri Selangor yang memenuhi auditorium itu.

Bertemakan ‘Anwar Ibrahim Pengemudi Zaman’, Anwar mengakui beliau tidak pernah neutral dalam perjuangan parti dan turut optimis akan berjaya memperoleh keadilan di negara ini melalui rombakan sistem kerangka PKR.

Menyifatkan PKR bukan sebagai parti biasa, ketua pembangkang itu mengingatkan anggota bahawa kewujudan PKR merupakan rentetan kebangkitan golongan kelas bawahan yang menuntut perubahan dan bukan perjuangan untuk dirinya.

“Parti ini bukan parti politi biasa, ini parti kebangkitan rakyat. Saya berani kata, parti ini didukung kelas bawahan. Orang bawahan yang tertindas bangkit menuntut perubahan,” jelas beliau disambut tepukan gemuruh anggota-anggota yang hadir.

Anwar menyeru anggota-anggota PKR bersedia menghadapi perubahan sekiranya mahukan kematangan dan menyelamatkan parti.

Selain itu beliau berkata, pemilihan kepimpinan PKR tidak perlu dijadikan isu kepincangan masalah dalam parti membuka ruang serangan pihak lawan sebaliknya terus mengingatkan fokus menggugurkan kedudukan Umno sebagai kerajaan.

Justeru beliau menyeru pemimpin-pemimpin yang dipilih anggota parti untuk mengangkat daya kepimpinan dalam PKR

“Dalam kepimpinan saya tidak peduli menang, kalah. Buat apa mahu jadi ‘jaguh kampung’. Yang hendak dilawan Umno.

“Kalau pemimpin bersikap macam orang bawah, baik turun bawah dan beri peluang orang buat naik atas untuk berucap,” ujar beliau.

Pemilihan PKR yang hanya tinggal dua hari, Anwar turut menyeru anggota-anggota untuk keluar memilih calon kepimpinan parti itu selain tidak mengiktiraf pemimpin yang menang dengan jumlah undi yang kecil.

Dalam pada itu, Anwar berpendapat Umno-Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai ruang untuk menyerang PKR sebaliknya menggandakan usaha mencuri ahli-ahli yang kurang pendirian dalam parti.

Tambahnya lagi, Umno-BN telah lama terputus hubungan dengan kehendak rakyat seraya memberi kepada PKR untuk membuktikan perjuangan telus menuntut demokrasi mutlak di negara ini.

“Mereka (Umno) hanya boleh ganggu dari dalam. kerana itu kita sibuk dengan masalah dalaman.

Anwar mengambil contoh aduan yang diterima berhubung pemilihan pucuk pimpinan PKR di cabang-cabang bukan penghalang parti itu berlaku terus sebaliknya beliau menyatakan keengganan mempertahan kesilapan dalaman parti justeru bertegas mengemukakan bukti dan fakta agar tindakan dapat dilaksanakan.

Anwar menasihati menghentikan masalah dalaman parti sebaik berlangsungnya kongress PKR 27 November nanti. Beliau menyarankan agar Senator Syed Husin Ali terus membantu mengemudi PKR.

Sementara itu, Anwar turut memuji prestasi cemerlang Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang berjaya mengangkat martabat negeri Selangor memberi keselesaan kepada rakyat dalam pemerintahan selain menyeru agar Pakatan Rakyat mempertahankan kubu kuat parti itu.

“Selangor kubu terpenting PR. Semua orang mahu rampas Selangor, Khir Toyo, Noh Omar. Tapi kita berjaya tangkis serangan,” katanya.

Rapat Umum anjuran PKR negeri Selangor yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam malam tadi mendapat sambutan meriah anggota-anggota parti dan berakhir pada jam 12 malam.

Hadri Yaziz

Sampah Berlalu Maka Jernihlah Sungai Semula

Posted: 19 Nov 2010 06:54 PM PST

Dari Malaysiakini

Timbalan Presiden PKR Dr Syed Husin Ali tidak risau dengan sekiranya terdapat anggota parti itu bercadang untuk keluar parti dan menyertai parti baru yang dicadangkan oleh Datuk Zaid Ibrahim.

Tokoh PKR itu menyifatkan tindakan tersebut sebagai satu pembersihan dalam parti itu yang ditubuhkan sejak 10 tahun yang lalu.

“Bagi saya mudah sahaja. Siapa yang nak keluar… keluarlah. Ini bagi saya (satu) proses pembersihan dalam parti.

“Saya selalu katakan, bila sampah sarap berlalu, sungai akan menjadi jernih… Saya tidak risau dan ramai pemimpin tidak risau,” katanya dalam temubual dengan Malaysiakini semalam.

Menurutnya, situasi tersebut bukan dialami oleh PKR sahaja, malah sebelum ini PAS dan DAP turut mengalami situasi yang sama suatu ketika dahulu.

“Ini bukan pengalaman PKR (sahaja). Parti yang tua, yang kelihatan lebih kuat, sudah mengalami (perkara ini). (Dalam) PAS sendiri apabila presidennya sendiri (Datuk) Asri (Muda tinggalkan parti),” katanya senator itu.

Hak Zaid

Syed Husin mengulas mengenai kenyataan Zaid yang juga pengerusi PKR Wilayah Persekutuan dalam sidang media pagi semalam yang tidak menolak kemungkinan ramai anggota PKR akan menyertainya keluar parti.

Dalam sidang media di kediamannya, Zaid memilih 16 Disember depan sebagai tarikh beliau meninggalkan parti itu setelah menghantar surat peletakkan jawatannya semalam.

Beliau juga memutuskan untuk menubuhkan parti baru dan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

Mengulas mengenai keputusan Zaid tersebut, Dr Syed Husin yang juga bekas tahanan ISA berkata, ia merupakan hak Zaid untuk berbuat demikian.

“Rakyat yang akan menentukan sama ada parti itu mempunyai masa depan (atau tidak). Tapi dia konsisten bahawa dia mahu bertanding dan masuk ke dalam parlimen. Terserah (kepada) rakyat (untuk menetukannnya),” katanya.

Ditanya sama ada PKR dan Pakatan Rakyat mahu berkejasama dengan parti baru itu, Dr Syed Husin berkata parti itu akan melihat perkembangannya terlebih dahulu.

Sekejap nak, sekejap tak nak

“Dalam masa sekarang bukan kita (PKR) akan putuskan,” katanya.

Dr Syed Husin yang turut mempersoalkan sikap Zaid “yang tidak tetap pendirian” dan “sekejap berubah-ubah”.

“Perkara kecil sahaja, (contohnya) sekejap nak ada sidang akhbar, sekejap tak nak. Sekejap nak adakan balik.

“Sekejap nak bertanding presiden, sekejap nak bertanding timbalan. Sekejap kata nak berundur sekira seorang itu mengambil bahagian. Bila orang itu mengambil bahagian, dia tak mahu berundur.

“Jadi perkara seperti ini menimbulkan banyak tanda tanya. Kebenaran apa?” katanya ketika mengulas kenyataan Zaid yang mahu menubuhkan parti baru “berteraskan kebenaran”.

Umno-BN Hancurkan Sistem Pendidikan Negara Setelah 50 Tahun Memerintah

Posted: 18 Nov 2010 11:37 PM PST

Dari Suara Keadilan

Mutu pendidikan di Malaysia semakin merosot dari tahun ke tahun kerana sejak Merdeka, Umno-Barisan Nasional telah mempolitikkan isu pelajaran sehingga menjejaskan keyakinan pelabur untuk menanam modal dalam sektor yang penting ini.

Senator Dr S Ramakrishnan berkata walaupun berbilion ringgit peruntukan telah dicurahkan dalam bentuk prasana dan kemudahan persekolahan namun kualiti pendidikan berada pada tahap yang rendah.

“Kerajaan membelanjakan kira-kira 20 ke 21 peratus daripada belanjawan untuk sektor pendidikan. Berdasarkan kepada laporan UNHDP 2009, Malaysia memperuntukkan 8.1 peratus daripada Keluaran Salam Negara Kasar (KDNK) kepada pendidikan dan berada pada kedudukan ke-10 dalam dunia.

“Amerika Syarikat membelanjakan kira-kira 5.7 peratus manakala Britain pula 5.3 peratus. Jadi Malaysia dikira sebagai negara yang tinggi peruntukannya kpada pendidikan dan kita tidak sepatutnya mempunyai masalah dengan kemahiran dan kepakaran dan seterusnya mentransformasi dari ekonomi berpendapatan sederhana kepada pendapatan tinggi,” kata Dr Ramakrishnan.

Bagaimanapun kata beliau pelabur serta pelaburan langsung asing (FDI) menyisihkan diri daripada Malaysia disebabkan mutu pendidikan yang rendah, tidak kompetitif dan sumber tenaga yang tidak pro-aktif ditambah pula dengandasar yang berubah-ubah, tidak konsisten dan kerenah birokratik.

Kata Dr Ramakrishnan lagi sebagai negara yang tinggi tahap perbelanjaannya untuk pendidikan agak pelik mengapa pekerja mahir dan pakar asing tidak tertarik untuk menapak di negara ini dan lebih parah lagi pengubal dasar pendidikan tidak langsung mempunyai terhada masalah ini.

“Di mana salahnya? Begitu banyak sumber dihabiskan tetapi tidak memberi hasil yang diinginkan. Kerajaan seolah buat-buat tidak nampak walhal penyelesaiannya berada di depan mata.

“Pihak kementerian dan pembuat dasar membelanjakan berbilion ringgit membina infrastrukur, komputer, peralatan dan sebagainya, Malah pembelian peralatan memakan sebahagian besar peruntukan kementerian disamping perbelanjaan besar untuk menganjurkan seminar dan latihan di mana fokusnya bukan kepada pembelajaran tetapi kepada makan, minum, penginapan di hotel mewah dan bersiar-siar.

“Berbilion juga dibelanjakan untuk pendidikan agama di mana penekanannya adalah kepada isu halal dan haram, lebih kepada bentuk daripada isu seperti isu kandungan modul propaganda BTN.

“Sekolah baru dibina dimerata tempat tetapi kualiti pengajaran terus merudum serta kualiti pengetua juga turut jatuh. Pernaha dahulu kita berbangga dengan pengetua yang hebat dan guru yang dibanggakan yang mampu dijadikan model ikutan pelajar,” kata beliau dalam nada kesal.

Dr Ramakrishnan berkata kejatuhan mutu pendidikan di negara ini bermula apabila Umno-BN menjadikannya percaturan politik dengan menjadikan Dasar Ekonomi Baru sebagai landasan mendapatkan sokongan masyarakat Melayu.

Malah dalam proses itu Umno-BN merubah perkhidmatan awam yang dahulunya dianggotai pelbagai kaumn kepada satu badan yang majoritinya didominasi oleh satu kaum dan agama.

Penjawat awam yang berdedikasi dan berpengalaman seperti guru, doktor dan professional lain tidak dinaikkan pangkat tetapi sebaliknya tempat mereka diganti oleh kakitangan yang lebih rendah.

“Dengan cara ini Umno-BN menafikan perkhidmatan awam mempunyai kakitangan yang berpengalaman dan mampu. Mereka gagamelihat bahawa sebagai sebuah negara berbilang bangsa perkhidmatannya perlu dibangunkan atas prinsip yang sama untuk memenuhi keperluan semua warganegara.

“Hasil tindakan Umno-BN mereka mewujudkan satu perkhidmatan awam yang tidak mampu membuat keputusan yang bersifat jangka panjang. Penjawat awam tidak dibenarkan menjadi matang dan berfikir secara bebas untuk kebaikan perkhidmatan awam dan akhirnya menghasilkan birokat yang hanya menjadi tujang angguk dan bermentaliti hamba,” jelas beliau.

Merujuk kepada dasar pembelajaran Bahasa Inggeris di sekolah, Dr Ramakrishnan menambah sistem pendidikan sekarang menidakkan pelajar mempunyai cara berfikir secara bebas, kritikal dan analitikal.

Kerajaan sepatutnya meneruskan sekolah aliran Inggeris tanpa mengorbankan kepentingan Bahasa Malaysia tetapi sebaliknya menutup semua sekolah Inggeris dan hanya mengajar mengajar matapelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa tersebut.

Langkah ini pun ditukar semula setelah lapan tahun dilaksanakan yang membabitkan berbilion ringgit.

‘Flip flop’ seperti ini telah menyebabkan kekeliruan yang hebat dan malah orang Melayu sendiri tidak lagi yakin kepada sistem pendidikan negara.

“Terdapat 70,000 pelajar Melayu di sekolah Cina, kadar penghijrahan professional Melayu ke luar negara semakin tinggi serta bilangan yang ramai pelajar Melayu di sekolah persendirian tempatan dan antarabangsa menunjukkan sistem pendidikan yang hanya menjurus kepada penghambaan kepada Umno-BN

“Semua dasar yang digubal membawa halatuju yang salah. Hasilnya sistem pendidikan Malaysia tidak mampu menarik kepakaran luar. Pelajar miskin bukan Melayu yang mempunyai keputusan peperiksaan yang baik sepatutnya diberi biasiswa dan tempa di universiti dalam kursus diminati mereka.

“Kepakaran rakyat Malaysia ada dimerata tempat di negara ini tetapi Umnoputra yang mendominasi kerajaan buta terhadap hakikat ini. Malah kepakaran rakyat Malaysia di luar negara kini membantu memakmurkan negara asing da pada masa yang sama Umno-BN meminggirkan rakyat negara ini yang berkaliber dan bermutu,” tegas beliau.

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Pertikai Penasihat Ekonomi Selangor: Cari Populariti Semata-Mata

Posted: 18 Nov 2010 11:33 PM PST

Dari TV Selangor

Tuduhan harus didukung fakta… jika tidak ia tidak lebih daripada fitnah semata-mata, ujar Faekah Husin.

Beliau yang juga Setiausaha Politik Menteri Besar berkata, ramai pihak menyerang Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semata-mata untuk mengangkat ketrampilan politik masing-masing.

Lantas, pihaknya tidak akan melayan serangan daripada bekas ahli PKR mahupun pemimpin Umno, yang menuduh Anwar tidak menyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri, sehingga mereka menampilkan fakta yang jelas.

Faekah berkata, kerajaan negeri tidak mahu menjawab tuduhan semberono yang dilemparkan bekas ketua Angkatan Muda PKR (AMK), Zahid Mad Arip dan bekas pembantu, Anuar Shaari, terhadap Penasihat Ekonomi Selangor itu.

Jelasnya, laporan Utusan Malaysia yang memuatkan kenyataan mereka itu tidak membawa isu-isu yang spesifik, sebaliknya hanya tembakan rambang semata-mata.

"Sekarang ini nak nama satu aja, pertama serang Anwar Ibrahim dan kedua, keluar parti.

"Mereka tidak ada data yang menunjukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyumbang atau tidak menyumbang, kalau mereka ada data, baik kita akan jawab," katanya.

Ketika dihubungi TV Selangor, Faekah berkata, beliau juga mengenali individu terbabit, malah membidas kedua-duanya sebagai budak suruhan Umno.

"Mereka itu cuma tukang pukul saja dan berguna semasa pilihan raya, semasa PKR bergolak," jelasnya.

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Anwar Ibrahim’s Talk in Sydney, Australia

Posted: 18 Nov 2010 10:54 PM PST

Dr Dato Seri Anwar Ibrahim Won Over Many in Sydney And Canberra 13/11/10 – 15/11/10

Posted: 18 Nov 2010 08:46 PM PST

Reported By S. Khor
Sydney University Lecture

Over the second week end of November, Dr Anwar Ibrahim made a short trip amidst his very busy schedule, at the invitation of Sydney University's Dept of Government and International Relations.

An overwhelming 500 people attended: comprising students, journalists, academics, Malaysians resident in Australia, as well as friends and supporters from various nationalities.
The atmosphere was a mix of curious anticipation by many, scepticism by some, and reverence by his ardent supporters.
The Lecture Islam, Democracy and the Status of Malaysia's Quasi-Secular State

Islam, Secularism and the Status of Malaysia's Quasi-Secular State
Dr Anwar conceded that being a quasi-secular state, religion is relevant to Malaysia, but he would not promote an Islamic state. He opined that sharia law needs proper interpretation to fulfil its fundamental doctrine of promoting peace and justice and the rule of law. Citing various much publicized cases, both in Malaysia and the Middle East, he condemned the abuse of sharia law as punitive and unconscienable. He also condemned the state-sanctioned preferential treatment that Muslims received at the exclusion of non-Muslims in Malaysia.

Dr Anwar differentiated the practice of Islam in South East Asia and the Middle East, attributing it to respective cultural and political experiences. For the latter, Islam is both a culture and a religion.

Islam & Democracy
Dr Anwar was adamant that democracy in the Middle East should be achieved through peaceful means and not the use of arms. He also condemned the hypocricy of exploiting Islam for political gains.

Democracy and State of Politics in Malaysia
Dr Anwar shared at length the numerous challenges and restrictions imposed by the Malaysian government on Pakatan Rakyat (PR) and himself in particular; notably the trumped up sodomy charges, physical assaults on his person and his six years of imprisonment; the total absence of air time available to the opposition to sabotage its reach to the voters and fraudulent voting process.
He also lamented the rampant corrupt practices and financial mismanagement of the government.
Commitment to Reforms and Call for Support

Dr Anwar pledged PR's total commitment to reforms, transparency and good governance. He cited the encouraging results achieved by Lim Guan Eng in Penang; his impartiality in picking talents before race and his commitment to ensure racial equality and peaceful transformation.
He appealed to Malaysians living in Australia and Australian friends to help influence the course of change.

Commitment to Human Rights, Islam & Interfaith Engagement
Throughout his lecture, Dr Anwar reiterated his conviction in upholding human rights as well as bringing together Islam and interfaith understanding and engagement, both in Malaysia and internationally, through his involvement in various organizations and platforms.

Q&A
Dr Anwar's answers to numerous questions raised, apart from reiterating what he had covered in the lecture, can be summed up as follows:

1) that he cannot absolve himself from responsibility as part of the government machinery during the Mahathir regime. But that he is committed to democractic reforms, in stemming out corruption and racially motivated unfair practices, although he himself is a Malay nationalist.
2) that he will continue his work on democracy and human rights, not just in Malaysia but also internationally.
3) on the question of his relationship with Raja Petra Kamarudin (RPK), he gave credit and due respect to RPK as his friend and supporter during his hardest jail time. However, he conceded that it is difficult for him to take RPK's long distance advice and that grassroot concensus from his coalition team is necessary.
4) as with Zaid Ibrahim, he downplayed any conflicts, refusing to criticize him and preferring to cite the importance of being democratic with fellow members. (note: Zaid resigned from the party a few days after this lecture was delivered; but Dr Anwar's magnanimity and statesmanship did not go unnoticed)
5) he appealed to the Australian government, as a democratic regime, to be a supportive voice in his fight against corrupt practices, fraudulent electoral process and for greater freedom of expression, in Malaysia.
6) he reminded overseas Malaysians who are eligible to vote, to cast their vote, and influence their family and friends, to help bring about change, in the March 2011 election.

The two hours of lecture/Q&A ended with sustained, rapturous applause from the audience. This, perhaps, is testimony that Dr Anwar has won over many with his articulate, learned, passionate, diplomatic, philosophical and witty, humourous delivery. His sceptics may now be prepared to give him and PR a chance to prove that they mean what they say.

Dinner Reception at Abang Sam Malaysian Restaurant
A welcoming dinner was held the same evening, attended by more than 100 friends and supporters of Dr Anwar & Pakatan Rakyat; but most of all, Malaysians who yearn for a Malaysia that is free and fair, and for a "tanah tumpah nya darah ku" that once again, they could call home.

The overwhelming show of support was clear for all to see. The cameras were working overtime with many trying to get Dr Anwar into their family picture frames throughout the night. Most were happy that they have had the opportunity to meet him close and personal and so personable. And for many, the opportunity to meet a future Malaysian PM in waiting should Pakatan Rakyat win in the next election.

Despite a long and hectic day of lecture, Q & A, interviews with TV channels, Dr Anwar continued to share his ideals and answer questions throughout the evening, which, as expected, was a resounding success.
Events attended by Dr Anwar between 13/11/10 and 15/11/10 were:

Sydney NSW Talk – attendance 500+

Dinner with Sydneysiders – attendance 100+
Sky News Live
Live interview with the Quran Kareem Muslim radio,

Meeting with Muslim communities at Fairfield, Sydney

Interview with Kevin Rudd

Media inteview – ABC Newsline

Meeting with group of MPs in the deputy spesaker office

Australia Natonal University Talk – attendance 500+

Dinner with ANU professors + Canberean

and other events

AMK KLGT

Posted: 19 Nov 2010 03:01 PM PST

AMK KLGT


Antara Azmin Ali, Wan Azizah dan Anwar Ibrahim

Posted: 19 Nov 2010 10:26 AM PST

by Laman Marhaen on Friday, 19 November 2010 at 14:35

Sekitar tahun 1996 Datin Seri Dr. Wan Azizah telah pergi bertemu Datin Seri Dr. Siti Hasmah Mohd Ali (kini bergelar Tun). Berlangsunglah satu pertemuan ringkas di antara isteri Perdana Menteri Mahathir Mohamed dengan isteri Timbalan Perdana Menteri – Anwar Ibrahim.

Pertemuan antara seorang doktor pakar mata dengan doktor perubatan biasa itu tidak mengambil masa yang panjang untuk menyerlahkan agenda utamanya.

DSWA telah mengadap DS Dr. Hasmah Mohd Ali untuk meminta jasa baik beliau agar mempengaruhi suami beliau Dato' Seri Dr. Mahathir Mohammad menarik balik Azmin Ali daripada menjadi Setiausaha Sulit kepada Anwar Ibrahim.

Aduh, besar sungguh agenda pertemuan itu kerana sudah tentu ada sebab tertentu kenapa Wan Azizah mahukan Azmin dikeluarkan daripada pejabat suaminya.

Tentulah ketika itu belum terlintas lagi di kepala Wan Azizah bahawa satu ketika selepas itu Azmin Ali akan mengeluarkan surat akuan yang dia diliwat oleh Anwar Ibrahim.

Kenapakah Wan Azizah bertindak demikian? Apakah salah Azmin Ali? Adakah kerana Azmin menjalankan tugasnya dengan tekun sehinggakan Wan Azizah sukar menemui suaminya bila dia mahu?

Sebagai seorang isteri tentu Wan Azizah mempunyai sebab dan alasan besar kenapa dia mahu Azmin Ali disingkirkan daripada pejabat Anwar Ibrahim. Tidak mungkin dia bertindak demikian atas hasutan orang-orang tertentu yang mengatakan Azmin tidak baik. Wan Azizah bukannya calang-calang wanita. Beliau adalah seorang professional yang mendapat ijazah terbaik dan 'citation' di universitinya di luar negara.

Jawapan sebenar ialah kerana Wan Azizah sudah semakin resah kerana melihatkan pembabitan isteri Azmin Ali mendampingi Anwar Ibrahim.

Kalau ada gambar lama sekitar 1976-1977, lihatlah rakaman majlis yang dihadiri oleh Anwar Ibrahim, kadangkala kita boleh lihat Shamsidar isteri Azmin Ali duduk di sebelah Anwar Ibrahim.

Pernah sebelum itu dan sekarang ini kita melihat isteri Setiausaha Sulit seseorang menteri duduk di sebelah menterinya? Kecuali si isteri itu terbabit dengan peranan besar dalam sesuatu majlis memang sukar kita melihat isteri si Setiausaha Sulit berbuat demikian.

Dengan lain perkataan, kehadiran Shamsidar, isteri Azmin Ali sudah menjadi duri dalam daging Wan Azizah. Ini juga merupakan punca keretakan rumah tangga mereka. Tetapi sebagai seorang isteri yang penuh bertaqwa, Wan Azizah memilih jalan senyap dan baik merayu kepada Dr. Siti Hasmah agar Azmin Ali ditukarkan daripada pejabat suaminya.

Kisah kehadiran Shamsidar di majlis yang dihadiri oleh Anwar Ibrahim sudah menjadi satu cerita hangat yang dimainkan oleh media satu ketika dahulu gara-gara surat Umi Hafilda Ali kepada Perdana Menteri yang menuduh Shamsidar melakukan kerja sumbang dengan Anwar Ibrahim. Daripada situ muncul satu teka-teki apakah anak Shamsidar itu sebenarnya berbapakan Anwar Ibrahim ataupun Azmin Ali.

Sudah tentu ini memerlukan ujian DNA yang akhirnya membuat keputusan bahawa anak perempuan itu memang sah anak Azmin Ali dan Shamsidar.

Soalnya sekarang bagaimanakah Anwar Ibrahim boleh merestui kehadiran Shamsidar dalam majlis yang dihadirinya? Apakah Anwar Ibrahim tidak ada pertimbangan bahawa insiden begitu akan membuat desas-desus dan teka-teki yang tidak ada putusnya? Ataupun mungkin Anwar Ibrahim sedar akan perkara itu dan tidak mahu perkara itu berulang lagi. Tetapi nampaknya permintaan Anwar Ibrahim itu diveto oleh Azmin Ali. Shamsidar tidak mungkin dapat menghadiri sesuatu majlis melibatkan Anwar tanpa restu dan izin Azmin Ali, suaminya.

Kisah Shamsidar dan Azmin Ali menjadi semakin bercelaru apabila Azmin membuat surat akuan (Affidavit) bahawa dia pun turut diliwat oleh Anwar Ibrahim. Ketika itu sudah muncul kisah Kasumatmaja, Azizan Abu Bakar dan Dr Anwar Anees.

Pada waktu yang sama pula gelombang pertama rakyat marhaen telah bergolak untuk melahirkan Parti Keadilan pimpinan Wan Azizah. Banyak nama lain yang muncul dengan gelombang itu – Ezam Mohd Nor, Lokman Adam, Roslan Kassim, Chandra Muzaffar, Mustaffa Kamil Ayub, Raja Petra, adalah sekadar segelintir nama yang menonjol. Tetapi yang amat besar peranan telah dilakukan oleh golongan elitis muda-mudi Malaysia tidak kira apa kaumnya serta beberapa pertubuhan bukan-kerajaan (NGO) dan golongan veteran politik yang sudah lama bersara. Gabungan tiga golongan besar yang berbeza ini telah melahirkan satu gelombang marhaen yang bangkit memperjuangkan penderitaan "Anwar Ibrahim sekali gus melakar kejatuhan dinasti Mahathir Mohammad.

Saya ingin ulang sekali lagi, kejatuhan Anwar Ibrahim dalam PKR, jika berlaku, akan menghenyak sekali lagi Mahathir Mohamed. Kerana Azmin Ali adalah proksi Mahathir Mohamed dalam PKR.

Kita dapat lihat apa yang dibuat oleh Mahathir Mohamed sekarang ini. Dia banyak mengutuk kerajaan pimpinan Abdullah Ahmad Badawi satu ketika dahulu dan kini memuji kepimpinan Najib Tun Razak. Apa tujuannya yang sebenar? Saya berani berkata Mahathir mahu melihat anaknya naik mencanak dalam persada politik UMNO dan kalau boleh si anak itu boleh memegang jawatan Naib Presiden UMNO dalam masa terdekat.

Mahathir dapat melihat bahawa impian itu akan terkandas seandainya PKR menjadi kuat dan Anwar Ibrahim naik berkuasa sebagai Perdana Menteri. Kalau Anwar tidak menjadi Perdana Menteri pun besar kemungkinan Nurul Izzah akan naik menjadi Perdana Menteri. Mahathir dapat mencongak fenomena ini akan berlaku. Kalau sesiapa sahaja yang akan menjadi Perdana Menteri daripada parti bukan-UMNO, besar kemungkinan akan ditubuhkan sebuah jabatan di kementerian tertentu yang akan menyelidik dan menyemak balik segala salahlaku pemerintahan Mahathir.

Sebenarnya Mahathir memang banyak berdosa kepada orang Melayu khasnya dan rakyat Malaysia amnya. Sekarang ini kita dapat lihat Mahathir kadangkala berlagak laksana kera sumbang. Bayangkan seorang negarawan ulung boleh 'mencemar duli' merasmikan penubuhan PERKASA, sedangkan dia tahu PERKASA adalah alat dan wadah Ibrahim Ali mahu terus bernafas dalam arena politik. Bukankah UMNO ditubuhkan dahulu untuk memperjuangkan nasib orang Melayu?

Ibrahim Ali memang beruntung kerana Mahathir kini sanggup mendampinginya. Dahulu, Mahathir pernah melantiknya sebagai Timbalan Menteri dan Pengerusi FAMA sebagai imbuhan agar Ibrahim Ali tidak menentang Mahathir ketika memecat Anwar Ibrahim. Selepas itu Ibrahim Ali dapat banyak kontrak lumayan seperti membina Jambatan Pasir Putih dan sebagainya. Semua itu sebagai upah agar Ibrahim Ali akur kepada bosnya.

Kini, Mahathir sudah tidak berpengaruh lagi. Dia berpaut kepada apa sahaja untuk terus timbul dalam dunia politiknya. Hanya masa yang akan menentukan apa jadi kepada aura Mahathir. Seperti yang disebut oleh Almarhum Fadhil Nor, dia mahu melihat Mahathir hidup lama untuk melihat segala kebobrokan pemerintahannya.

Memang sungguh dahsyat perangai manusia bernama Mahathir. Segala gerak politiknya dilakukan penuh teliti seolah-olah dia mempunyai satu panel penasihat yang pandai memanipulasi orang-orang Melayu. Ada pihak yang berkata panel penasihatnya dahulu datang daripada seberang laut. Ada pula pihak yang berkata Mahathir mempunyai penasihat yang merupakan anggota Freemason. Biarlah fakta ini biar di situ sehingga suatu masa ada pihak lain yang membuat kajian terperinci mengenainya.

Akan tetapi saya tidak akan memaafkan Mahathir kerana membiarkan Ananda Krishnan membeli hak milik filem-filem P. Ramlee kerana itu adalah khazanah bangsa. Kenapakah tidak dibiarkan FINAS membelinya? Saya juga tidak mahu memaafkan Mahathir kerana member Ananda Krishnan menguruskan satelit dan ASTRO sedangkan adalah lebih baik kalau dibiarkan Koperasi Angkatan Tentera mengendalikannya.

Banyak lagi kecurangan Mahathir terhadap orang Melayu. Biar generasi muda membuat kajian dan mendedahkannya.

Apabila diambil kira kecurangan Mahathir terhadap orang Melayu barulah kita sedar kenapa dia meletakkan Azmin Ali menjadi Setiausaha Sulit Anwar. Hinggalah Anwar dipecat kerana enggan mengeluarkan cek untuk menyelamatkan bisnes Mirzan Mahathir.

Sesungguhnya segala tindakan Anwar Ibrahim untuk menyanggah Mahathir Mohamed satu ketika dahulu dapat dihidu oleh Mahathir melalui Azmin Ali. Apa sahaja yang Anwar buat Mahathir sudah tahu terlebih dahulu.

Mahathir dapat bukti yang kukuh lengkap dengan rakaman kamera jarak jauh setiap pergerakan dan tindakan Anwar Ibrahim satu ketika dahulu, walaupun dia kerap berada di luar negara untuk melalak sebagai jaguh dunia ketiga.

Drama kejatuhan Anwar Ibrahim di mana Azmin Ali memainkan peranan besar adalah satu drama yang amat baik dijadikan epik filem Hindustan. Terlalu banyak sub-plotnya seperti peranan Umi Hafilda Ali yang terbang ke luar negara menghadiri ceramah Mahathir mengenai Anwar Ibrahim kepada rakyat Malaysia di luar Negara. Kemudian ada pula kisah Anwar yang terkena racun arsenik ketika dalam tahanan di penjara.

Begitu juga dengan penubuhan Keadilan yang banyak melibatkan peranan golongan muda seperti Ezam Mohd Nor, Roslan Kassim dan lain lagi. Tetapi ketika itu tidak pun tersebut peranan Azmin Ali. Malahan ketika Mahathir sudah jatuh dan muncul Abdullah Ahmad Badawi, segala urusan tolak-ansur untuk membebaskan Anwar Ibrahim telah dilaksanakan oleh Ezam Mohd Nor dengan Khairi Jamaluddin. Tidak pula disebut nama Azmin Ali ketika itu.

Sebagai kesimpulannya, peranan Azmin Ali untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim daripada tampuk kuasa dalam UMNO dalam kabinet Malaysia adalah amat besar. Ini disedari sendiri oleh Wan Azizah. Yang amat penting lagi, segala gelagat Azmin Ali sejak dahulu sehingga sekarang amat disedari oleh Nurul Izzah.

Kerana itu kita tahu, Wan Azizah dan Nurul Izzah tidak merestui tindak-tanduk Azmin Ali terhadap Anwar Ibrahim. Adalah tidak menghairankan kenapa Wan Azizah dan Nurul Izzah tidak memberikan sokongan terbuka kepada Azmin Ali menjadi Timbalan Presiden PKR.

- marhaintua (semakan & suntingan WM M@rhaen) – 19.11.2010

Terbitan asal: http://www.marhaen.info/v2/mar_a_marhaintua68.html

· · Share

    • Syamsul Rizal Sabri Johari Leceh Bila Berlaku Terlalu Banyak Telahan (Telaah) Untuk Itu & Ini.......Dalam Mainan Politik Macam2 Boleh Berlaku......Ketaatan Kepada Kepimpinan boleh menjernihkan Keadaan.....
      14 hours ago ·
    • Hazha Hawalid yang lebih dasyatt... orang yang menyambut dan menyambung cerita begini....!!!!
      13 hours ago ·
    • Ibrahim Wan cerita rekaan semata mata
      13 hours ago via Facebook Mobile ·
    • Laman Marhaen HH & IW: Anda membuat komen TANPA membaca agaknya... apa yg dititip oleh penulis adalah imbauan peristiwa YG TELAH BERLAKU... BUKAN mencipta cerita baru. Elok Sdra/Sdri faham betul2 sebelum membuat komen. Wallahu'alam
      13 hours ago ·
    • Hazha Hawalid imbauan....= menyambung @ mengungkit semula...!!!
      13 hours ago ·
    • Laman Marhaen Utk membicarakan sesuatu secara adil perlu melihat ke belakang (sejarah) kemudian dikaitkan dengan keadaan & kejadian semasa... barulah sesuatu itu dapat dinilai dengan baik. Bayangkan kalau perbicaraan dlm mahkamah, semua pihak tak boleh 'mengukit' apa yg telah terjadi.... tak perlulah perbicaraan, terus jatuhkan hukuman!!!
      13 hours ago ·
    • Amin Bakri fitnah itu lebih besar dosanya dari membunuh,,,, dari itu insaflah wahai ummah..
      11 hours ago ·
    • Hazha Hawalid penulis juga perlu membaca...!!! dlm mahkamah hanya kes yg sudah di muktamadkan akan dijadi bahan rujukan bkn berdasar pd andaian atau persepsi....itu pun di sesuaikan mengikut keadaan dan masa...!!!
      9 hours ago ·
    • Jejak Reformis jangan nak melambung HH..andai itu kebenaran..dont sweep under the carpet..
      9 hours ago · · 1 personLoading...
    • Yusup Kamaruddin yang lupa sejarah akan mengulangi nya samula...apatah lagi yang buta sejarah...pasti akan jadi sebahagian besar hidupnya
      8 hours ago · · 3 peopleLoading...
    • Jejak Reformis udah sampei rumah ler tu..add ler teman
      8 hours ago ·
    • Yusup Kamaruddin dah...
      7 hours ago ·
    • Asrul Nizam Abd Jalil Rayuan terbuka kepada semua anggota khususnya AMK supaya membantu merayu undi dan menyokong Chegubard, calon Ketua AMK yang sedang diusahakan untuk dikalahkan dengan apa cara sekalipun kerana beliau adalah kategori pemimpin yang bukan YES MAN dan menentang politik naungan. Sebarang khidmat yang ingin ditawarkan, sila hubungi Yaser: 012-6794704.
      3 hours ago · · 2 peopleLoading...
    • Laman Marhaen Sokongan kpd pemimpin bukan-YES MAN: http://www.marhaen.info/v2/mar_b_isu_jpp_pkr_002.html
      3 hours ago · · 2 peopleLoading...
    • Tinta Hijau kalau nak jadi YES MEN baik dok dlm umno je
      2 hours ago ·
    • Jejak Reformis chegubard anak muda reformis jati...
      2 hours ago · · 1 person

Nuffnang Ads JPP: Bukan sahaja dilanda sindrom penafian, bisu malah pekak?

Posted: 19 Nov 2010 09:46 AM PST

PETALING JAYA: Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) bukan sahaja dilanda wabak sindrom penafian dan sindrom bisu, malah turut dilanda wabak sindrom pekak?

Mungkinkah kecamanan seperti ini yang diperlukan oleh JPP Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menggerakkan Jawatankuasa itu agar mula bertindak dengan tegas dan adil?

Kelembapan ini begitu ketara apabila sehingga kini tiada tindakan konkrit diambil oleh jawatankuasa terhadap senarai panjang aduan yang dibuat oleh ahli parti semenjak peringkat pencalonan dan kini pusingan keempat hampir tiba.

Kelembapan JPP bertindak akhirnya telah mendorong Ketua AMK Rasah, Zamri Vinoth dengan sengaja menonjolkan dirinya sebagai 'pengundi hantu di siang hari' bagi menarik perhatian JPP tersebut.

Sengaja mahu dipanggil JPP

"Sememangnya saya lakukan sendiri untuk ditahan dengan harapan dipanggil untuk siasatan dan ini peluang terbaik berdepan dengan JPP dan membangkitkan banyak kepincangan yang terancang," kata Zamri Vinoth dalam satu kenyataan medianya semalam.

Bagaimana pun beliau kecewa apabila tidak dipanggil mengadap JPP walaupun setelah dua minggu dari peristiwa 'tangkapan' tersebut berlaku.

JPP mahu pengakuan arahan Chegu Bard dan dibayar

Sebaliknya, beliau telah menerima panggilan telefon dari JPP yang cuba mendorong beliau membuat pengakuan palsu yang bertujuan memburukan imej calon Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Badrul Hisham Shaharin.

"Namun setelah dua minggu saya menanti tidak ada sebarang panggilan untuk saya mengadap JPP kecuali beberapa panggilan telefon dari JPP.

"Ada juga yang menelefon saya meminta pengakuan saya melakukan kerana diarah atau dibayar oleh chegu Bard," kata beliau.

Panggilan berbaur ugutan oleh JPP

Tidak menghairankan profesionalisme anggota-anggota JPP yang dilantik ini diragui oleh ahli partinya sendiri apabila salah seorang JPP yang menghubungi Zamri turut menghamburkan kenyataan berbaur ugutan.

"Dalam perbualan saya dengan salah seorang JPP dimana JPP itu tidak dapat menjawab beberapa persoalan yang saya bangkitkan, sebalik mengecam dan mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan.

"Vinoth, you better watch out!" Selepas itu terus meletak telefon dan terus tidak menjawab panggilan dari saya lagi," menurut kenyataan Zamri itu lagi.

Beliau turut mempertikaikan kenyataan calon Ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin yang mempertikaikan keputusan di Cabang Tampin yang menyebelahi Chegu Bard sebaliknya hanya mendiamkan diri terhadap keputusan cabang lain yang menyebelahinya dalam margin yang sama.

Untuk rekod, sehingga kini keputusan undian dengan margin meragukan di cabang-cabang lebih banyak memihak kepada Shamsul sendiri.

Malah, keputusan terbaru di beberapa cabang di Sabah, seperti Cabang Batu Sapi yang mencatatkan kemenangan bergaya Shamsul, 509 undian berbanding hanya 86 undian memihak kepada Chegu Bard.

Jumlah undian di Cabang Batu Sapi dianggap mengejutkan dan luar biasa jika dibandingkan kesukaran jentera pilihan raya PKR untuk mendapatkan PACA (agen pengundian, agen pengiraan) ketika PRK yang baru berlangsung baru-baru ini.

Dalam kenyataan akhbar tersebut, Zamri turut mendedahkan penyelewengan yang berlaku ketika pencalonan dan pengundian di Cabang Tampin, Kubang Pasu dan Kota Raja.

Posted: 19 Nov 2010 09:40 AM PST

Mereka menyalahkan Zaid kerana mengancam masa depan pakatan pembangkang. Mereka bahkan mencaci Malaysia Today kerana 'menggugat' Pakatan Rakyat. Tapi 'mereka' inilah yang membakar jambatan dan membuatkan mustahil bagi Zaid menimbangkan kembali keputusannya.

NO HOLDS BARRED

Raja Petra Kamarudin
Translated by Si Manis Amni


Saya selalu menyiarkan artikel oleh Tay Tian Yan (diterjemahkan oleh Dominic Loh) di Malaysia Today. Ini adalah kali pertama saya menjawab artikel mereka.

Pertama sekali, mengapa mereka mengaitkan Angkatan Ketiga (Third Force) dengan Zaid Ibrahim? Perbincangan mengenai Angkatan Ketiga muncul lama sebelum wujudnya petunjuk tentang ke kecohan dalam PKR ataupun petunjuk bahawa bahawa Zaid akan meninggalkan parti. Tiba-tiba, semua orang mengatakan bahawa Zaid adalah pemimpin Angkatan Ketiga yang disebut-sebut itu. Saya kata 'disebut-sebut' kerana belum pun awan muncul, dah sibuk-sibuk nak keluar payung.

Adakah Angkatan Ketiga hanya suatu idea, sama seperti idea Kerajaan Perpaduan yang timbul tak lama selepas pilihanraya umum lepas, dan yang akhirnya tak menjadi kenyataan?

Ada beberapa orang dalam PKR yang berusaha menjadi orang tengah bagi mendesak kedua-dua puak untuk berdamai. Mereka cuba memujuk Zaid agar tidak meninggalkan parti dan sebaliknya, kekal dalam parti dan meneruskan perjuangannya dalam PKR dan Pakatan Rakyat.

Tetapi melihatkan cara Zaid dipersetankan, maka susahlah bagi kedua-dua puak untuk berdamai. Bolehkah Zaid bertenang dan menimbangkan kembali keputusannya? Melihatkan cara dia diperlakukan, saya tak fikir dia akan berbuat demikian. Lukanya takkan sembuh. Malah lukanya pasti bertambah parah dengan garam yang sedang dilumurkan padanya.

Mereka menyalahkan Zaid kerana mengancam masa depan pakatan pembangkang. Mereka bahkan mencaci Malaysia Today kerana 'menggugat' Pakatan Rakyat. Tapi 'mereka' inilah yang membakar jambatan dan membuatkan mustahil bagi Zaid menimbangkan kembali keputusannya.

Setelah mereka menempelaknya sebegitu rupa, Zaid memang tiada pilihan lain, kecuali kekal dengan keputusannya, walaupun terdapat usaha bagi memeterai 'perjanjian damai'.

Contohnya adalah artikel oleh Tay/Dominic ni. Penulisan mereka penuh dengan nada ejekan. Kalau mereka melakukan analisis politik, maka itu boleh diterima. Jika terdapat nada ejekan dalam kata-kata anda, maka jangan haraplah Zaid akan bertolak ansur.

"Mengetahui mengenai sesuatu perkara secara tidak sepenuhnya adalah sangat berbahaya," kata Tay/Dominic. Kalau macam tu, saya boleh kata bahawa mereka pun dua kali lima. Kenapa mereka mengandaikan bahawa Zaid akan menubuhkan parti baru? Setahu saya, pada masa ini, Zaid tidak berniat untuk membentuk parti baru. Dia juga tidak mempunyai niat untuk menyertai parti lain. Tetapi jika anda terus mendesak dan mengejeknya, maka mungkin saja dia akan melakukannya. Saya takkan menyalahkannya kalau dia berbuat begitu. Kalau anda mengejek saya, saya pun akan membalas dengan cara yang paling buruk yang mampu saya lakukan.

Saya rasa orang seperti Tay/Dominic yang berpihak kepada satu puak dalam PKR sangat senang dengan konflik yang berlak u dalam PKR pada masa ini. Mereka gembira benar kerana Zaid akan meninggalkan parti. Bahkan mereka mungkin sedar bahawa usaha sedang dijalankan bagi memujuk kedua-dua puak untuk berdamai dan memujuk Zaid agar tidak meninggalkan parti.

Mungkin inilah sebabnya Zaid sedang dipersetankan. Mungkin inilah Kuda Trojan yang sebenar. Mereka bimbang bahawa perjanjian damai akan disepakati dan keamanan sekali lagi akan menghiasi PKR. Disebabkan itulah mereka terus menyakitkan hati Zaid bagi memastikan dia makin marah dan tidak menimbangkan kembali keputusannya.

Bertepuk sebelah tangan tidak menjadi. Kita hanya menumpukan pada kesalahan-kesalahan yang pernah dilakukan oleh Zaid. Ya, saya mengaku bahawa dia ada melakukan kesilapan.Tapi adakah ini bermakna bahawa hanya Zaid yang telah melakukan kesalahan dan pihak yang satu lagi adalah mulia dan merupakan penjelmaan semula Mother Teresa?

Apabila saya mempertahankan Zaid, saya dituduh menyebelahinya. Tapi sebenarnya, saya juga sudah 12 tahun mempertahankan Anwar (iaitu berkenaan dengan kes liwatnya). Adakah ini bermakna bahawa saya juga menyebelahi Anwar? Macam mana pula saya mampu menyebelahi kedua-dua belah pihak yang sedang berbalah?

Zaid dan Azmin pun sedang bertelagah. Tapi saya mempertahankan Zaid dan juga menghantar mesej tahniah kepada Azmin. Jadi, perlukah saya menghantar mesej maki-makian kepada Azmin untuk 'membuktikan' bahawa saya adalah orang Zaid?

Saya tidak mengejek Azmin. Saya menghantar mesej-mesej yang baik kepadanya. Jadi, mengapa kita harus kita mengejek Zaid? Adakah itu dilakukan untuk memastikan bahawa dia membenci PKR dan melakukan sebanyak mungkin kerosakan pada PKR semampunya?

Ramai orang yang cuba berlagak matang. Apabila saya pergi minum teh bersama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, saya tak habis-habis dikutuk. Sebenarnya, masalah yang kini dialami PKR dicetuskan oleh mereka yang kononnya penyokong kuat PKR; mereka yang suka mencerca orang lain. Mungkin inilah caranya bagi si kecil berangan-angan bahawa mereka adalah tokoh besar.

Bagi saya, Zaid terpaksa kekal dengan keputusannya. Usaha bagi mengantarakan konflik ini dan memujuk Zaid agar bertenang dan menimbangkan semula pendiriannya akan gagal. Puncanya adalah gelagat Kuda Trojan yang menyamar sebagai penyokong kuat parti.

Adakah mereka benar-benar ingin masalah ini diselesaikan ataupun mereka suka melihat konflik melanda PKR?

Macam ni mampus lah PKR. Hancur!

Anak Muda Kampung Nak Senang

Posted: 19 Nov 2010 11:49 AM PST

Anak Muda Kampung Nak Senang


Ketua Polis Negara berjudi? PDRM bina makmal judi pula

Posted: 19 Nov 2010 12:21 AM PST


Ini adalah sebahagian daripada tugas rasmi polis. PDRM telah menubuhkan Makmal Judi untuk membanteras perjudian tanpa lesen, penipuan perjudian, perjudian internet dan sebagainya. Itu tugas polis. Bagaimana pula tugas penguatkuasa jabatan agama? Masih ditakuk lama lagi kah?

Tidak mahukan menubuhkan pasukan penguatkuasa jabatan agama yang lebih mesra dalam mendidik masyarakat? Menangkap pelaku maksiat adalah langkah kedua selepas amar maaruf. Gejala buang bayi bertambah, kes zina bertambah, khalwat bertambah, judi bertambah, minum arak bertambah, perceraian dan penderaan bertambah di kalangan umat Islam, namun tiada usaha bersepadu untuk menggerakkan Amar Maaruf, Nahi Munkar. Nak harapkan PEKIDA, sekadar slogan sahaja.

*******************
Beware of the 'gambling' cops
Gambling Prevention Training Laboratory Inspector-General of Police Tan Sri Ismail Omar

MALAY MAIL - Friday, November 19th, 2010 13:47:00

FULL HOUSE: (Sitting third from right) Ismail and Deputy IGP Datuk Hussin Ismail at the mock casino — Pic: Salhani Ibrahim

KUALA LUMPUR: Illegal gamblers beware as "gambling experts" will be watching you.

However, these "experts" actually comprise several trained police officers under the newly formed Gambling Prevention Training Laboratory.

The formation of the was set up to combat illegal gambling activities.

Inspector-General of Police Tan Sri Ismail Omar, said the Gambling Prevention Training Laboratory will equip the police force, especially from Anti-Vice, Gambling and Secret Societies Division (D7), with the insider know-how, such as how illegal gambling operations work and the techniques and tricks used.

"There is a proverb: 'To catch a thief, you need to be a thief'. This concept also applies here. Every year, the Royal Malaysian Police organises courses to train 'gambling experts' among selected police officers," Ismail said during a Press conference after the launch of the Standard Operating Procedure manual, Crime Investigation Department Portal update and Gambling Prevention Training Laboratory at the RMP College in Cheras today.

The laboratory, a "mock casino", is located within the college.

"The laboratory, which cost RM198,000, will consist of a roulette device, three gambling tables and four slot machines. It will also be equipped with several training gambling 'chips' and gambling machines."

Ismail also gave his assurance that the "gambling experts" would not abuse their skills to gain profit and the laboratory was expected to be established in other State police contingents.

http://www.mmail.com.my/content/55478-beware-gambling-cops

Berpuluh tahun rakyat Terengganu guna pam, tiada bekalan air

Posted: 18 Nov 2010 10:39 PM PST


Oleh SINGALAUTMETRO
SIBUK AIR DI SELANGOR; TAPI DI TERENGGANU BERPULUH TAHUN GUNA PAM UNTUK DAPATKAN BEKALAN AIR
SEMUANYA kerana politik. Politik dijadikan permainan kotor, angkara hasad dengki dan iri hati. Ketika Selangor tidak berdepan masalah air dan rakyat di Selangor tidak pun merungut, kerajaan persekutuan sibuk menjaja kerepek besi konon rakyat di Selangor akan menderita kerana bakal kehilangan bekalan air bersih.

Namun kisah beberapa penduduk di Terengganu yang berpuluh tahun meneguk air perigi dan parit menggunakan pam langsung tidak dipedulikan!

Inikah kejujuran sebenarnya? Lihatlah pada nasib seorang penduduk Muda Awang, 54 yang tinggal di Kampung Tengah, Batangan, misalnya. Telah hampir 10 tahun anak MELAYU itu memohon untuk meminta bantuan penyambungan paip bekalan air bersih. Apa yang beliau dapat?

Diulangi. Beliau telah memohon selama 10 tahun (bukan 10 hari atau 10 bulan) namun semuanya berakhir dengan kehampaan. Sebagai penoreh getah berpendapatan RM500 sebulan, Muda tidak mampu membayar kos yag tinggi bagi pemasangan paip itu.

Dengan terpaksa menanggung tiga anak yang masih bersekolah termasuk seorang yang sedang menuntut di institusi pengajian tinggi, Muda berharap sangat bantuan disegerakan.

Beliau tidak pernah mempertikaikan berapa duit dihabiskan untuk memajukan Little India di Brickfields atau China Town di Petaling Street. Cuma Muda berharap, bantuan yang dipohonnya dinilai dengan hati dan perasaan yang jujur dan ikhlas.

Perlu diingatkan, Muda kadang-kala terpaksa memberanikan hati menggunakan air yang dipam itu, walaupun menyedari ia kadang-kala mengandungi minyak dan berbau. Pam yang digunakannya pula selalu rosak dan apalah yang mampu diharapkannya kecuali berdoa agar kita yang masih percayakan Tuhan, segera terbuka hati untuk membantu.

Muda juga tak mempersoalkan cadangan membina menara 100 tingkat atau mempertikaikan kebenaran kerajaan supaya KWSP boleh melabur dengan lebih banyak di luar negara. Yang Muda bimbangkan ialah nasib dan masa depannya sebagai anak Melayu yang terasa seperti tidak terbela sejak negara merdeka 53 tahun lalu!

Posted by SINGALAUTMETRO at 11:19 , 18 Nov 2010

Sumber : http://singalautmetro.blogspot.com/2010/11/sibuk-air-di-selangor-tapi-di.html

Roboh lagi jambatan di Pahang

Posted: 18 Nov 2010 08:10 PM PST


JAMBATAN Sungai Jelai yang menghubungkan 12 kampung terputus selepas dirempuh balak ketika arus deras.Jambatan kayu merentasi Sungai Jelai perlu diganti konkrit

Berita Harian 19 Nov 2010 - KUALA LIPIS: Kira-kira 1,000 penduduk dari 12 kampung di pesisiran Sungai Jelai berdekatan Kampung Gemunchor meminta sebuah jambatan konkrit dibina di situ bagi menggantikan jambatan kayu yang sering roboh setiap kali musim tengkujuh. Jambatan konkrit itu penting bagi mereka kerana ia juga dapat menyediakan kemudahan lebih baik kepada penduduk untuk meningkatkan ekonomi setempat. Ini disebabkan ketika ini mereka terpaksa bergantung sepenuhnya kepada jambatan kayu untuk membawa keluar hasil tani seluas kira-kira 800 hektar yang dilaksanakan penduduk kampung dengan pelbagai tanaman dan Estet Mini RISDA seluas kira-kira 100 hektar tanaman kelapa sawit.

Jambatan kayu yang merentangi Sungai Jelai hampir 20 tahun itu yang juga nadi utama perhubungan penduduk itu bagaimanapun kerap runtuh setiap kali hujan lebat yang akan membawa arus deras dan menghanyutkan sisa balak yang akhirnya akan menghentam tiang jambatan kayu hingga roboh.

Penduduk 12 kampung itu antaranya Kampung Baru Gemunchor, Kampung Kemunchor, Kampung Tanjung Jelai, Kampung Batu Bor, Kampung Batu Tunggal, Kampung Batu Balak, Kampung Tulus, Kampung Mempelas, Kampung Tanjung Aur, Kampung Kuala Kenong, Kampung Jeram Bungor Seberang dan Kampung Kecau kini terputus lagi hubungan apabila jambatan itu sekali lagi roboh awal pagi Selasa lalu.

Ketua Penerangan Belia 4B Penerus Gemilang dan Mela, Mohd Safri Salleh, 30, berkata pembinaan jambatan baru itu perlu disegerakan kerana selain untuk kegunaan perhubungan, ia dapat meningkatkan pengeluaran hasil pertanian.
"Estet mini RISDA akan lebih aktif dengan ramai pengusaha kampung berdekatan dan pekebun dari beberapa kampung berkenaan yang mempunyai kebun di kawasan itu dapat memasarkan hasil pertanian mereka," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Belia Penerus Gemilang dan Mela, Amirul Haidil Ismail, 19, berkata ramai belia turut mengerjakan kebun getah di Kampung Gemunchor dan jambatan itu sebagai nadi untuk mereka bergerak ke seberang.

"Sejak jambatan ini runtuh, kami tidak dapat mengerjakan kebun kami kerana kesukaran ke seberang dan cara lain hanyalah dengan menggunakan perahu untuk menyeberang sungai kira-kira 300 meter dengan meredah arus deras yang merbahaya," katanya.

Penghulu Mukim Cheka 1, Abdullah Mat Isa, berkata beliau bimbang penduduk di situ makin berkurangan dan terus ketinggalan serta mungkin berpindah jika jambatan lama masih belum diganti dengan konkrit.

"Jika hal ini berlarutan, mungkin kampung berkenaan menjadi kampung tinggal dan semua hasil pertanian mereka akan ditinggalkan serta mewujudkan masalah baru seperti kadar kemiskinan meningkat," katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Robohlagi/Article

Kerajaan BN belum bayar elaun Pembanci? Benci BN aku

Posted: 18 Nov 2010 07:32 PM PST

Oleh SINGALAUTMETRO - ORANG DIBANCI ADA YANG TELAH MENINGGAL, TAPI PEMBANCI BELUM DAPAT JUGA BAYARAN ELAUN!
TELAH dua kali perayaan berlalu, iaitu Aidilfitri dan Aidiladha, namun penantian bagi segelintir pembanci yang melakukan tugas bancian di seluruh negara baru-baru ini bagai menunggu buah yang entah bila akan gugurnya. Keringat mereka telah lama kering, namun bayaran yang mereka nantikan masih belum juga menjelma.

Walaupun berkotak-kotak dan berpikul-pikul janji ditaburkan oleh Jabatan Perangkaan bahawa bayaran akan dijelaskan sebelum Aidilfitri, namun janji itu semuanya busuk macam air longkang yang mengalir lesu ke Sungai Klang!

Seorang 'mangsa' janji bayaran itu, yang mahu dikenali sebagai Rahman, mendakwa beberapa kali beliau berurusan untuk mendapatkan bayaran yang tidak seberapa itu, namun setiap kali berurusan, setiap kali itulah dia disuapkan dengan pelbagai janji manis dan muluk-muluk belaka.

Kini selepas Aidiladha bayaran elaun itu masih tidak terdengar beritanya. Menurut Rahman, dianggarkan ratusan pembanci yang masih belum menerima bayaran di seluruh negara tanpa diketahui punca dan sebabnya.

"Bukan semua di antara kami mempunyai pendapatan mencukupi. Kadang-kadang terasa juga mahu menikmati manisnya duit yang dijanjikan itu, terutama menjelang hari raya, tetapi kami hampa," katanya.

Sebahagian daripada pembanci yang menjadi mangsa, dikatakan tidak mempunyai pekerjaan tetap dan berharap sangat bayaran itu dilunaskan bagi memudahkan mereka menjalani kehidupan seharian, termasuk dalam urusan mencari pekerjaan.

Sebelum ini, pengurusan tertinggi Jabatan Statistik dilaporkan memaklumkan menerusi media bahawa bayaran kepada pembanci akan dibayar dalam tempoh tiga minggu. Malah pembanci yang masih belum menerima bayaran diminta menghubungi pejabat pengurusan terdekat.

Namun seperti kata mangsa, mereka telah berkali-kali menaiki tangga pejabat dan berpuluh kali menghubungi menerusi telefon, namunn bayaran banci tetap bagaikan menagih hutang yang tidak mungkin berbayar!

Kepada kerajaan yang sibuk merancang pendapatan rakyat ke tahap yang lebih tinggi, tolonglah lihat rayuan mereka ini. Kalau urusan membayar elaun sejemput ini pun bermasalah, usalah bermimpi mahu memastikan rakyat boleh berpendapatan tinggi seperti negara maju lain.

Posted by SINGALAUTMETRO http://singalautmetro.blogspot.com/2010/11/orang-dibanci-ada-yang-telah-meninggal.html

Suara Anak Muda : Angkatan Muda Keadilan Cabang Pendang.

Posted: 19 Nov 2010 11:38 AM PST

Suara Anak Muda : Angkatan Muda Keadilan Cabang Pendang.


Chegubard yang aku kenali.....

Posted: 18 Nov 2010 11:28 AM PST


Kepada semua Anggota Angkatan Muda KeADILan seluruh Malaysia.. Dengan rasa rendah diri dan penuh keinsafan saya merayu kepada teman-teman yang belum membuang undi Marilah kita semua bersama-sama mengangkat dengan mengundi Tokoh Pejuang Rakyat & Reformasi : Saudara Badrul Hisham Shaharin a.k.a Chegubard sebagai Ketua Baru Angkatan Muda KeADILan Malaysia.

Kesetiaan CB untuk Parti yang kita sayangi telah teruji dengan track rekod 40 kali keluar masuk penjara (Layak masuk Malaysia Book of Records), walaupun dipukul, di sepak terajang, menerima pelbagai ugutan, fitnah dan keluarganya di ancam (Molotov Cocktail di lemparkan ke rumah CB) Chegubard tidak pernah melatah tetap meneruskan perjuangan rakyat, selagi hayat dikandung badan, perjuangan ini diteruskan dengan melaksanakan semua apa yang dikatanya..

Sejak kali pertama mengenali beliau, saya tertarik dengan pendekatan kreatifnya menyerang Pemimpin Barisan Nasional terutama Perdana Menteri dibawah pergerakan panji-panji NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Sebagai Contoh : Hadiah Anak Muda untuk PM berupa Bantal Tidur & Bantal Peluk (Corak Bendera Malaysia & KLCC) untuk Pak Lah yang kuat tidur, Bukti !! Ada dalam Video, Angkatan Muda : Paklah Tidurlah (Sumber malaysiakini.tv) http://www.facebook.com/video/video.php?v=1273964722556, Chegubard bersama saudara Tian Chua menjayakan Demo & Protes Kenaikan Harga Petrol Menyebabkan Inflasi Berlarutan Bukti Video http://www.facebook.com/video/video.php?v=1639298415670&saved#!/video/video.php?v=1639298415670 (Sumber Mediarakyat.net)

CB juga turut membahayakan keselamatan dirinya bagi menyampaikan masej kepada seluruh rakyat Malaysia mengenai Pembunuhan Wanita Mongolia melalui Penyerahan Kek Ulang tahun Kematian mendiang Altantuya Sharibu untuk Najis Tun Razak..Bukti Video (Sumber TVANTARA) http://www.facebook.com/video/video.php?v=1274047684630, Idea kreatif Pengedaran topeng (Siapa bunuh) mendiang Altantuya semasa PRK Bukit Selambau, Bukit Gantan dan Batang Ai, dan pelbagai pendekatan-pendekatan kreatif yang lain.

Ramai anak muda dan mahasiswa tertarik dengan pendekatan kreatif CB menyerang UMNO Barisan Nasional.. Ini terbukti dalam demo, antaranya "DEMO PPSMI" bersama Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP), Antara tokoh yang hadir menjayakanya adalah Sasterawan Negara Datuk Dr A. Samad Said. Chegubard mengetuai Mahasiswa.. Bukti!! video Language march: Tear gas fired (Sumber malaysiakini.tv) : http://www.youtube.com/watch?v=e6ITstMtvhY (Sila tonton di akhir video, Chegubard berkumpul & mengucapkan ribuan terima kasih dan mengambil berat keselamatan mahasiswa yang hadir menyertai demo ), Merancang & melaksanakan Demo yang paling ramai dalam sejarah negara iaitu Demo BERSIH (Pilihanraya) bersama-sama dengan Abang Mat Sabu, CB berjaya membantu menjayakan demo tersebut walaupun ketika itu CB masih dalam pengajiannya di negara Korea, dan terakhirnya chegubard bersama-sama abang besar Ketua AMK Malaysia saudara Shamsul Iskandar Md Akin menjayakan Demo Anti Israel & Zionis baru-baru ini...Bukti Video http://www.youtube.com/watch?v=LUcH8QPf4JI

Diatas rasa tanggungjawab dan sayangkan pergerakan anak muda dalam parti (AMK) Chegubard menawarkan diri bertanding jawatan Ketua Angkatan Muda KeADILan Malaysia, ramai rakan-rakan dalam AMK gembira dengan keputusan ini, memberikan sokongan, dorongan dan membantu chegubard dalam sumber kewangan.. Selepas meletakkan jawatan sebagai Guru untuk melawan KJ di Rembau http://www.youtube.com/watch?v=TlVO07LTrJk (Video Chegubard mohon restu Tuan Guru.. Bukan restu dari DSAI, Azmin untuk melawan KJ kat Parlimen Rembau)

Selepas kalah dalam pilihanraya Umum yang lalu Chegubard yang aku kenali sangat tak berduit...Buktinya kereta Naza yang dipakainya untuk bergerak sudah 3 bulan tak bayar.. Beliau bergerak & meneruskan perjuanganya dengan dana hasil sumbangan orang ramai dan melalui penulisan bukunya.. aku berasa amat bersalah kat CB apabila tidak dapat membantu menyiapkan rekabentuk cover buku "Misteri Disebalik Pembunuhan Altantuya" mengikut masa dateline yg sepatutnya kerana agak sibuk ngan Komitmen kerja kat Unit Penerangan (Urusetia Penerangan) Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah dan Bondaku tercinta terlantar di Wad Hospital & Kembali ke ramatullah selepas menjalani Pembedahan..

Aku amat terkejut dan terharu kat CB walaupun aku hantar lambat design cover buku tuh beliau masih lagik menggunakanya dalam satu ruangan dalam buku tersebut http://www.facebook.com/photo.php?pid=980089&l=71a815e13c&id=1033050627 , Chegubard amat menghargai hasil kerja teman-teman mad kata Zul Berahim kepada ku. Marilah kita membantu chegubard dengan membeli Buku tersebut yang sarat dengan maklumat tentang Misteri Pembunuhan tersebut, untuk tempahan buku tersebut sila masuk links ini >> http://chegubard.blogspot.com/2010/02/arahan-kepada-yang-ingin-memiliki-buku.html .

Selepas 2-3 bulan berlalu.. aku mendapat calling dari Chegubard untuk menempah rekabentuk buku yang seterus darinya Buku"Fitnah 2" akan berada di pasaran tidak lama lagi.. Aku berjaya menyiapkan sebelum design cover tersebut sebelum dateline.. Kali ini aku menerima bayaran RM200 untuk design sebut, aku terkejut gak CB salah bank in ke?? selalunya aku charge RM50-RM100 untuk satu design.. aku cuba call untuk tanya CB tapi panggilan tak terjawab pasal CB dalam meeting (PRK Hulu Selangor) then aku call sahabat karib CB (Zul Berahim).. aku terharu mendengar jawapan dari Zul "Mad.. chegubard menghargai sumbangan kawan-kawan, lepas tuh CB dapat maklumat hang pun takdak duit.. hang bergerak pun ngan hasil kerja design hang buat" Begitu Istimewanya insan yang bernama Badrul Hisham Shahrin bagi diri ku.

Aku rasa amat malu dan segan bila Zul Berahim pown turut membantu aku dengan memberi sumbangan yang termampu untuk aku bergerak bergerak dengan 3 anak-anak buah aku yang paling berani & berhati kering (Skuad Kamikaze AMK Pendang) yang bersama aku sepanjang kempen PRK Hulu Selangor. Ucapan terima kasih juga tidak dilupakan kat Ketua Cabang aku (Bro Rasdan Ismal), Abang G (Timbalan Ketua Cabang), Abang Besar Saiful Izham Ramli, Cikgu Man dan kekanda Razaini Md Isa yang banyak membantu aku meneruskan perjuangan suci murni ini untuk Rakyat.

Walaupun di fitnah menerima individu tertentu dalam pemilihan kali ini CB masih cool, steady dan tidak cepat melatah.. (Dalam Hati aku geram sangat-sangat ngan penabur fitnah nie) Pemimpin yang Low Profile dalam Jawatan MPP ini juga sangat sederhana, aku jugak pernah melihat chegubard memakai kasut jenama Bata, Pakai jam beli kat Pasar Malam, guna Handset rosak ikat ngan getah, Blackberry made in China... selepas melihat kesederhanaan CB, aku tersentak dan terpanggil untuk membantu tokoh rakyat seperti CB dalam perjuangannya dalam parti.

Aku cuma sumbangkan serba sedikit kemahiran yang tak seberapa yang aku ada dalam bidang Media Grafik. Aku & Chegubard banyak membuat kerja disebalik takbir (Underground) dalam Pilihanraya Kecil Bukit Selambau, PRK Penanti & PRK Hulu Selangor... time Pilihanraya kecil mesti CB & pengikut setianya datang kidnap aku kat rumah Kedah.. Bising gak la Abang Besar Saiful Ramli (Ketua AMK Kedah) & Cikgu Man pasai banyak tugas aku kat Rumah Kedah hihihihihi... sampai aku kena cop orang chegubard oleh semua pimpinan negeri..

Ayuh saudaraku keluarga besar Angkatan Muda Keadilan Malaysia.. untuk undian minggu terakhir ini.. marilah Kita beramai-ramai mengundi & nobatkan Chegubard sebagai Ketua AMK Malaysia yang baru.. Insyallah banyak Agenda, visi, & Misi yang terbaik untuk dalam Manifesto Pasukan "Penerus Perjuangan Reformasi" yang diketuai oleh Chegubard untuk memantapkan AMK untuk Parti Keadilan secara tidak langsung... Ingat kita tulang belakang perjuangan parti, Parti kita Parti Masa depan Anak Mluda Negara.

DASAR PERJUANGAN ANGKATAN MUDA KEADILAN MALAYSIA : "Menjadi barisan hadapan parti dalam memperjuangkan Tujuan dan Matlamat Perjuangan Parti seperti diperuntukan dalam Fasal 5 Perlembagaan Parti" Aku pun ada gak sumbang 2-3 Idea baru kat Chegubard untuk menjaga kebajikan Anggota AMK seluruh Malaysia, memperkasakan AMK Cabang, (Tak tau la chegubard nak pakai idea aku ka dak?? hihihhihi)

Insyallah.. aku percaya & yakin wajah baru AMK Malaysia selepas ini akan dapat menarik penyertaan anak-anak muda Malaysia menyertai Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Menjadi Role Model untuk Anak Muda..

Janji pertama Chegubard jika di beri Mandat : "Pertama sekali, selepas kemenangan, saya akui selepas pemilihan ini ada banyak calar-balar dan sebagainya. Sudah tentu agenda perpaduan AMK akan jadi tumpuan saya selepas ini. Seperti mana kenyataan media saya awal ketika mahu bertanding, ( http://www.youtube.com/watch?v=0tGDe28ZZHA ) saya mahu memastikan biduk lalu kiambang bertaut. Kita akan gabung, kita akan garap semua tenaga untuk menguatkan AMK"

Kalau rasa diri elit sila undi Sam ngan gaya elit.. Jika rasa diri itu Pejuang, Reformis sejati bagaikan pahlawan sila undi Tokoh Perjuangan Rakyat Chegubard Badrul Hisham Shaharin

"PERJUANGAN PERLAKSANAAN KATA-KATA"

Jom Sokong & Undi Chegubard calon Ketua AMK Malaysia !!!

Tiada ulasan:

Pengikut