Selasa, 16 November 2010

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


Suara Sri Andalas

Posted: 15 Nov 2010 11:37 PM PST

Suara Sri Andalas


142 Lagi Lokasi WIFI di Selangor

Posted: 15 Nov 2010 12:08 AM PST

SHAH ALAM, 15 Nov – Sebanyak 142 lokasi dikenal pasti lagi untuk Kerajaan Negeri memperluaskan kemudahan wi-fi di seluruh Negeri Selangor dalam usaha merakyatkan informasi dan akses kepada maklumat serta melahirkan rakyat yang celik IT.

Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar yang mewakili Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan Inovasi Rodziah Ismail hari ini memberitahu,projek ini dirancang akan bermula pada tahun 2011 dan dijangka selesai pada 2015.

"Ianya akan dijalankan secara berperingkat-peringkat mengikut pecahan kawasan Pihak Berkuasa tempatan (PBT)" jelasnya pada Sidang Dewan Undangan Negeri pagi tadi.

Terdahulu menyaksikan 8 buah lokasi terpilih untuk mendapat kemudahan wi-fi percuma dari kerajaan bawah pimpinan pakatan rakyat ini yang hanya membabitkan kos minimum meliputi semua tempat terpilih sebanyak RM10 juta .

Antara lokasi baru yang dikenalpasti ialah:

  • Kompleks PKNS (Tasik Shah Alam)
  • Dataran Shah Alam
  • Seksyen 2 (Medan Selera Prima 2)
  • Seksyen 3 (Kompleks MAIS,SK Raja Muda)
  • Seksyen 9 (Oasis)
  • Dataran kuala Kubu Bharu
  • Pekan Kuala Kubu Bharu
  • Medan selera Batang Kali

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

Posted: 15 Nov 2010 11:28 PM PST

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Ceramah Umum anjuran Biro Orang Asal PKR Cabang Kuala Krau

Posted: 15 Nov 2010 12:31 AM PST

CERAMAH UMUM
ANJURAN BIRO ORANG ASAL PKR
CABANG KUALA KRAU
TEMPAT
KG PAYA MENDOI
KUALA KRAU
15HB NOVEMBER 2010 (ISNIN)
JAM 7.00 MALAM
BERMULA DENGAN PERTUNJUKAN
FILM ARAHAN SYAFEI DERIS
NAIB PENGERUSI BIRO ORANG ASAL PKR PAHANG
PENCERAMAH
BOB MANOLAN
Timbalan Pengerusi Biro Orang Asal PKR Pahang
YUSRI AHON
Timbalan Pengerusi 2 Biro Orang Asal PKR Pahang
RAMLI LUGAN
Setiausaha Kerja Biro Orang Asal PKR Pahang
BUSU DAUD
Ketua PKR Ranting Paya Mendoi
JAHIDIN
Naib Ketua PKR Ranting Paya Mendoi
MAN KADIR
Setiausaha Kerja Biro Felda PKR Pahang
HAJI SUHAIMI SAID
Ketua PKR Cabang Kuala Krau
Datanglah Beramai-ramai

Peneroka Felda Sebertak setuju saman Felda

Posted: 15 Nov 2010 12:20 AM PST

Haji Mohd Nor Zakaria, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Penerokoa Felda Sebertak Menuntut KPG yang adil
==
Seramai 144 orang Peneroka Felda Sebertak, Bera telah mengambil ketetapan untuk menyaman Felda diatas isu perahan yang mereka perolehi dibawah paras KPG sebenar iaitu hanya 18% sahaja sedangkan ujian di makmal menunjukkan perahan mereka mencapai keparas 25%.
Haji Mohd Nor Zakaria memberitahu bahawa setiap peneroka Felda Sebertak ditipu sebanyak RM175.00 hingga RM200.00 setiap bulan sejak 20 tahun yang lampau, "Sudah sampai masanya kita mengambil tindakan terhadap Felda kerana menipu kita", katanya kepada himpunan peneroka-peneroka Felda Sebertak yang hadir didalam Majlis Dialog yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Bertindak Peneroka Felda Sebertak.
Haji Mohd Nor menyatakan bahawa apa yang peneroka-peneroka tuntut adalah semata-mata hak peneroka dan peneroka tidak menuntut hak Felda, dan beliau menasihatkan peneroka-peneroka bersikap tegas kerana mereka bukan menentang Felda tetapi semata-mata mahu mengembalikan hak peneroka-peneroka sahaja.
Beliau rojok kepada kemenangan Peneroka-Peneroka di Felda Kemahang 3 Kelantan, dan kepada kemenangan peneroka-peneroka yang menuntut pengembalian dana tanam semula oleh 10 orang peneroka berani dari Felda Sg Koyan.
Majlis itu turut dihadiri oleh Haji Suhaimi Said, Pengerusi Biro Felda PKR Pusat dan Sdr Man Kadir, Setiausaha Kerja Biro Felda PKR Negeri Pahang.

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang

Posted: 15 Nov 2010 11:12 PM PST

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang


The Leaders - Corporate Malaysia Forum 2010

Posted: 15 Nov 2010 08:25 AM PST

The Leaders Budget 2011 Review
Forum Highlight
Speakers :
Datuk M Kayveas, PPP President
(confirmed)
YB R. Sivarasa – Subang MP
Dr. Ong Kian Meng
Consultant
Faculty of Economics and Policy Science (FEPS)
(confirmed)
4.00pm
Q & A Session
4.30pm
Presentation of Souvenir & Refreshment

16th November 2010    - 2:00pm

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA

Posted: 15 Nov 2010 11:10 PM PST

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA


MB nafi dakwaan Noh Omar Yayasan Selangor belanja RM800,000

Posted: 14 Nov 2010 11:29 PM PST


SHAH ALAM, 15 Nov — Tan Sri Khalid Ibrahim menafikan dakwaan RM800,000 telah dibelanjakan oleh Yayasan Selangor untuk menganjurkan majlis makan tengah hari sempena ulang tahun ke-40 agensi negeri itu yang sepatutnya diadakan hari ini.

Menteri Besar Selangor menegaskan kos majlis itu masih kekal RM300,000 sebagaimana dimaklumkan sebelum ini.

Majlis itu yang sepatutnya diadakan hari ini telah dibatalkan selepas Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah memutuskan untuk tidak hadir kerana dukacita setelah dimaklumkan perbelanjaan melebihi RM300,000.

Bagaimanapun Timbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Noh Omar mendakwa lebih RM800,000 telah dibelanjakan untuk menganjurkan majlis tersebut.

"Angka yang diberikan kepada saya hanya RM300,000," kata Khalid kepada pemberita di bangunan Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini.

"Biar beliau (Noh Omar) tampil dan menjelaskan (angka RM800,000)," kata beliau.

Semalam, Khalid berkata siasatan awal berhubung keputusan kontroversi untuk membelanjakan RM300,000 bagi majlis sambutan ulang tahun ke-40 Yayasan Selangor menunjukkan penglibatan pejabat Timbalan Pengurus Besar yayasan itu.

Sehubungan itu, Khalid yang juga pengerusi yayasan tersebut berkata bagi memastikan siasatan dilakukan dengan cepat dan bebas, kerajaan negeri telah mengarahkan Timbalan Pengurus Besar Yayasan Selangor Mohd Sharifuldin Sulaiman mengambil cuti bergaji selama sebulan berkuat kuasa serta merta sehingga siasatan selesai.

"Kerajaan menghargai setiap maklumat salah laku bagi memastikan pentadbiran negeri dan anak syarikat diuruskan dengan telus dan bertanggungjawab.

"Kita juga tidak akan teragak-agak untuk membuat keputusan berani termasuk membawa mana-mana individu yang terbukti melakukan salah guna kuasa ke muka pengadilan," katanya.

Sultan Selangor membatalkan hasrat menghadiri majlis sambutan itu Jumaat lalu.

Kelmarin, Noh mendakwa pembaziran dalam penganjuran majlis itu bukannya melebihi RM300,000 seperti yang dilaporkan sebelum ini tetapi melebihi RM800,000.

Pengurus Besar Yayasan Selangor Ilham Marzuki sebelum ini dilaporkan berkata kos sebenar majlis itu adalah RM285,000 bagi menampung penyediaan makanan untuk jemputan khas seramai 200 orang kenamaan dan 2,000 tetamu lain.


Sumber: Selangorkini

Australia Diminta Nyatakan Pendirian Demokrasi Pimpinan Najib Razak

Posted: 14 Nov 2010 11:14 PM PST


SYDNEY 15 NOV : Australia diminta menyatakan pendirian tegas berhubung hak demokrasi terhadap kerajaan Malaysia pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selepas Canberra menyatakan sokongan terhadap pembebasan pejuang demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi, Sabtu lalu.

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditemuramah akhbar The Sydney Morning Herald berkata Australia telah menyatakan sokongan kuat terhadap sistem demokrasi di Burma, tetapi tidak menyatakan pendirian yang sama kepada pihak yang melakukan kekejaman di Malaysia.

Beliau yang memuji langkah Canberra yang menyokong pembebasan Au San Suu Kyi mendesak negara itu turut memberikan sokongan yang sama terhadap sistem demokrasi di mana-mana negara seluruh dunia.

"Australia harus lebih jelas dalam sokongannya untuk demokrasi," katanya dalam sebuah wawancara dengan Herald.

"Jika anda menyatakan sokongan kuat terhadap demokrasi di Burma, kenapa tidak kepada pihak yang melakukan kekejaman di Malaysia."

Kekejaman itu katanya termasuk "banyak kes pembunuhan yang tidak terjawab", ujarnya termasuk kematian salah seorang aktivis aktivis parti Pakatan Rakyat yang mati akibat terjatuh dari tingkat 14, pejabat Suruhan Pencegahan Rasuah Malaysia, tahun lalu.

Anwar Ibrahim kini dalan siri lawatan ke Australia bertemu pimpinan negara itu dan mengadakan sesi dialog dengan para pelajar di sana.


Sumber: TVSNEWS

Rakyat Tolak ETP

Posted: 14 Nov 2010 11:11 PM PST


KUALA LUMPUR 15 NOV : Rakyat di negara ini masih sangsi rancangan Program Transformasi Ekonomi yang dicanangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan berjaya menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi.

Dalam satu kaji selidik yang dijalankan oleh portal web Utusan Malaysia, lebih 46.7 peratus daripada 1,538 peserta mengundi 'tidak' kepada soalan samada mereka yakin ETP akan mencapai matlamatnya.

Daripada jumlah tersebut, 33.6 peratus lagi menjawab 'Ya' manakala 19.6 peratus pula menjawab 'Saya tidak tahu apa itu ETP'.

Jelas sekali, kaji selidik yang dijalankan oleh akhbar media arus perdana berkenaan jauh berbeza dengan dakwan ketua Unit Pengurusan Prestasi dan Penyampaian (PEMANDU) Idris Jala sebelum ini bahawa rancangan terbabit mendapat sokongan padu rakyat di negara ini.

September lalu, Idris Jala mendakwa 86 peratus daripada 1,060 peserta responden kaji selidik yang dijalankan memberi sokongan kepada program ETP selepas melawat sesi hari terbuka program berkenaan.

Rancangan ETP, yang bernilai RM444 bilion dibawah pentadbiran Najib merangkumi pelaksanaan 131 projek untuk menjana perubahan menjadikan ekonomi negara ini sebagai negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Keluaran Negara Kasar (KNK) per kapita melalui ETP didakwa dijangka akan mengalami perkembanngan dua kali ganda dari RM23,700 kepada RM48,000 menjelang 2020 dengan 3.3 juta peluang perkerjaan diwujudkan.

Keseluruhan besar kos dana projek berkenaan juga akan dibiayai oleh swasta manakala 32 peratus lagi akan dibiayai oleh syarikat milik negara (GLC) dan kira-kira lapan peratus lagi oleh kerajaan pusat sendiri.

Projek tersebut merangkumi 12 sektor ekonomi utama negara iaitu, minyak, gas dan kuasa, minyak kelapa sawit, perkhidmatan kewangan, sektor elektrikal dan elektronik, peruncitan dan pemborongan, infrastruktur komunikasi, pertanian dan sektor Lembah Kelang-Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, rancangan berkenaan juga mendapat pandangan negatif dari para analisis ekonomi yang tidak yakin dengan rancangan ETP malah ada juga yang berpendapat ia adalah prospektus pelaburan yang dibesar-besarkan.

Kerajaan-kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat juga berasa tidak yakin dengan keberkesanan projek berkenaan sambil menegaskan bahawa kerajaan pusat cuba mengenepikan kerajaan negeri dengan tidak terlebih dahulu mendapatkan maklum balas dari mereka.


Sumber: TVSNEWS

Zulkifli Noordin

Posted: 15 Nov 2010 09:12 PM PST

Zulkifli Noordin


POLITIK DUALAM!?

Posted: 14 Nov 2010 08:21 PM PST


(Pak Jangoat sedang merenung mahligai Putrajaya)

Salam 2 all.

Teman terbaca artikel ini daripada lamanweb Free Malaysia Today, tulisan Raja Petra Kamruddin. Kita tidak lupa bahawa RPK (atau dikalangan kekawan kami kenali sebagai Pet) adalah penyokong kuat Anwar dahulu. Dengan 'tragedi' yang menimpa Zaid Ibrahim, saya dapat melihat ada satu 'shift' dalam cara pemikiran RPK dan ramai lagi.

Moga ramai lagi yang akan sedar daripada buaian mimpi indah yang didenangkan Anwar & Gang. Kita jangan lupe inilah orangnya yang bila ditanya adakah dia akan mencabar Allahyarham Pak Ghafar untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO, dia kata "Pak Ghafar macam ayah saya, takkan saya nak lawan dia!". Tak sampai berapa hari dia kumpul habis semua geng-geng UMNO dia dan umum lawan Pak Ghafar. Kesian Pak Ghafar terkial-kial dibuatnya!

Senohong kerapu parpu kari, pembohong penipu nak jadi Perdana Menteri!!

Moga ALLAH selamatkan negara tercinta kita dari spesis saperti ini. Dan kepada para Pak Jangoat, ingatlah kepada satu hadis Melayu, "menang sorak kampung tergadai!". Janganlah kerana seronok nak ke Putrajaya, akhirnya prinsip perjuangan campak dalam jamban je!! Kembalilah kepangkal jalan..kembalilah kepada perjuangan Islam berdasarkan Al Quran & Sunnah, tinggalkanlah segala jubah kemungkaran dan maksiat politik yang sedang menyelimuti impian kamu!! Insyallah masih belum terlambat, insyallah ALLAH akan membantu mereka yang membantu agama ALLAH.

Adios amigos.

Zulkifli Bin Noordin

Isnin

08 Zulhijjah 1431

15 Nov 2010

@@@@@@@@@@@@@@@@@@

(Dari laman web www.freemalaysiatoday.com artikel tulisan Raja Petra Kamarudin bertajuk "About Being Too Early" entri bertarikh 14.11.2010)

In 1968, Anwar Ibrahim was a student activist, a leader of the 'Third Force', if you wish. In 1971, ABIM was formed, which soon enough emerged as a very powerful Third Force in Malaysia. Anwar, on the platform of ABIM, toured the country to speak in PAS organised ceramahs (political rallies) even though he was not a PAS member as such.

It was an accepted fact that one day Anwar would take over the presidency of PAS -- which was also the wish of the late President of PAS, Fadzil Noor (he personally told me this when we met in Mekah, Saudi Arabia, in 1982).

But that same year, in 1982, Anwar shocked us all by joining Umno (to prevent him from joining PAS, as Tun Dr Mahathir Mohamad himself admitted). We were devastated, as was Fadzil Noor -- who 'confided' in me by merely shaking his head and was utterly speechless when we discussed the matter.

This, however, is not the point of my article today. What I want to talk about is that in 1982 Anwar joined Umno and in that same year he challenged Suhaimi Kamaruddin for the position of Umno Youth Leader.

From the opposition, into Umno, and into the position of Umno Youth Leader, all in that same year.

Now, you must remember, the position of Umno Youth Leader was, at that time, the second most powerful position in Umno, even more powerful than the position of the deputy presidency of the party. In those days Umno Youth was a party within a party. It was a pressure group to the main Umno. And Umno feared its Youth Movement more than it feared the opposition.

The reason Anwar gave for challenging Suhaimi, although he was still too new in Umno, was that Umno Youth, under Suhaimi, had lost its bite. In fact, it had even lost its bark. No longer was Umno Youth the party within a party or the pressure group that it once was. So Suhaimi had to go and Anwar was going to take over the Youth leadership so that Umno Youth could be restored to what it once was.

Many people grumbled that Anwar was still too new in the party. He should be a member of Umno for at least five years before he takes on any party position or contest the general election (which he did in 1982 and was made a Cabinet minister soon after he won the Permatang Pauh seat in that general election).

Anwar's father declared that Anwar was an Umno member for more than five years. He said he had secretly signed Anwar up as an Umno member without Anwar's knowledge during the time Anwar was campaigning for PAS. Some say this was not true and that Anwar's membership had been backdated to meet the five-year membership rule and therefore make him eligible to contest.

Nevertheless, officially, Anwar was eligible to contest and he did. But not many in Umno Youth would support him because of his opposition background and because he was too new in the party, had not proven himself yet, had not proven his loyalty to the cause, could be a Trojan Horse, was a spoiler, may cause a split in the party, and whatnot (exactly what they say about Zaid today).

So Anwar had to look outside the party for support. I was approached by Zainol Abdul Rahman, the Director of Arkib Negara Terengganu (and an Abim member as well as ex-Yayasan Anda lecturer), to help in Anwar's campaign.

But we were all 'outsiders' (as Anwar said last week). We were not Umno members. In fact, we were staunch PAS supporters (although not card carrying members). Nevertheless, we campaigned for Anwar and he eventually won the Umno Youth leadership. And in the next round we did the same when Suhaimi challenged Anwar. And in the third round when Syed Hamid Albar tried to wrest the Umno Youth leadership from Anwar we again campaigned for him.

We campaigned for Anwar three times in a row, and each time he won, although most of us were non-Umno members and 'outsiders'.

The issue that Anwar is too new in the party, has not proven himself yet, has not proven his loyalty to the cause, could be a Trojan Horse, is a spoiler, may cause a split in the party, and whatnot, were not issues then. The issue of whether Anwar is really a five-year member of Umno or his membership had been backdated was not even raised.

Suhaimi was not effective and therefore he should be replaced with someone more aggressive was the only thing that mattered.

So I do not buy all those reasons why Zaid should not contest the second most important post in PKR -- although I do agree that he should not contest, but for another reason. If these are valid reasons then Anwar too should not have contested the second most important position in Umno -- the Umno Youth leadership.

(Of course, today, the Umno Youth leadership is not what it used to be like back in the 1970s and 1980s when the 'Lion of Umno', Syed Jaafar Albar, and Harun Idris of May 13 'fame' held that post)

No, we can't 'fix the rules' as and when it suits us and change them again when they no longer suit us. And let me remind Anwar that it was the 'outsiders' like us who helped his meteoric rise in Umno. If left to the Umno members they would have kicked him out because Anwar was considered too new in the party, had not proven himself yet, had not proven his loyalty to the cause, could be a Trojan Horse, was a spoiler, may cause a split in the party, and whatnot.

Anwar Ibrahim

Posted: 15 Nov 2010 08:45 PM PST

Anwar Ibrahim


Jadual Eid Adha DSAI,Permatang Pauh,17 Nov 2010

Posted: 15 Nov 2010 08:19 PM PST

11.00PG LOKASI MASJID TOK KUN AGIHAN DAGING QURBAN

12.00TGH LOKASI SURAU MAK SULONG KENDURI QURBAN

12.30 TGH LOKASI MASJID PADANG IBU KENDURI QURBAN

1.30 TGH LOKASI BANDAR PERDA KENDURI QURBAN (AMK)

.2.00 PTG LOKASI TAMAN PAUH DAMAI KENDURI QURBAN

. 2.30 PTG LOKASI KG BELAH DUA KENDURI QURBAN

. 3.00 PTG LOKASI TENGGIRI KENDURI QURBAN

. 3.30 PTG LOKASI AMPANG JAJAR KENDURI QURBAN

. 4.00 PTG LOKASI SAMA GAGAH KENDURI QURBAN

.7.00 MLM SOLAT MAGHRIB TAZKIRAH KENDURI QURBAN LOKASI
SURAU KPG PETANI

.9.00 MLM LOKASI DATARAN RAKYAT

CERAMAH BERSAMA

YAB Dato Mansor /Ybhg Mat Sabu /Dato Seri Anwar Ibrahim

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Malaysia’s Anwar Urges Australia To Speak on Human Rights

Posted: 15 Nov 2010 01:48 AM PST

From ABC Radio Australia News
By Linda Mottram, Canberra

Malaysian opposition figure Anwar Ibrahim says Australia is ill advised to avoid speaking out about human rights and democracy.

He contrasted Australia’s level of support for democratic institutions in Indonesia with a lesser commitment in Malaysia.

Dr Anwar is on a speaking visit to Australia and held talks with Foreign minister Kevin Rudd.

He was asked about Prime Minister Julia Gillard’s refusal to comment publicly on Malaysia’s human rights record during her recent visit.

Dr Anwar says Australia shouldn’t shy away just because it fears being at odds with other countries.

“I think they’re ill advised if they proceed on this field,” he said.

“You don’t wait for a state to fail, you don’t wait for commotion, explosion to try and deal with it. I’m not suggesting that they should interfere, but they should express their views.”

53 Tahun Rompak Hasil Negara, Kini Umno-BN Minta Tolong Bank Dunia

Posted: 14 Nov 2010 11:42 PM PST

Dari Suara Keadilan

Setelah Umno-Barisan Nasional gagal mengurus kewangan negara sehingga Malaysia mencatatkan hutang paling tinggi dalam sejarah, kini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terpaksa melutut kepada Bank Dunia untuk membantu mengurangkan defisit tertinggi dalam tempoh 22 tahun.

Ketika ditemuramah agensi berita Bloomberg Jumaat lal, Menteri Kewangan Kedua Datuk Ahmad Husni Hanadzlah berkata kerajaan akan meminta bantuan daripada bank yang berpangkalan di Washington itu bagi menilai perbelanjaan kerajaan dari semua sudut termasuk cara-cara pemberian kontrak besar bagi mengelakkan perbaziran disebabkan tidak efisyen.

Malaysia katanya turut berharap kajian tersebut akan meningkatkan kredibiliti kerajaan.

“Kita mahu pihak ketiga sebagai penimbang tara,” kata Ahmad Husni.

“Laporan audit tahunan berhubung perbelanjaan agensi kerajaan menunjukkan “beberapa penemuan negatif dan kami berharap dengan penglibatan Bank Dunia, pada masa akan datang kita harap dapat melihat pencapaian yang lebih baik,” katanya.

Jurang fiskal yang bermula sejak krisis kewangan Asia lebih daripada sedekad lalu akan membantu meningkatkan kemungkinan mengangkat kedudukan kredit Malaysia, yang ketika ini di bawah China dan Taiwan.

Keyakinan tinggi pelabur terhadap sistem kewangan negara di Asia Tenggara diharap dapat membantu usaha Najib untuk menarik pelaburan dan meremajakan ekonomi negara yang mungkin dikalahkan oleh jirannya, Singapura tahun ini.

Malaysia mencatatkan pertumbuhan ekonomi lembab iaitu pada kadar 4.7 peratus dalam tempoh sedekad terakhir berbanding 7.2 peratus pada tahun 1990an, ketika mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang membangunkan projek lebuhraya dan membina menara berkembar tertinggi di dunia.

Menurut pelan lima tahun yang dibentangkan Najib Jun lalu, beliau bercadang untuk mengecilkan jurang tersebut melalui pemotongan subsidi, memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatani serta mengurangkan kos operasi yang akan menyebabkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berkurangan sebanyak 2.8 peratus pada tahun 2015.

Dalam pada itu, Kementerian Kewangan turut menjelaskan kesan daripada rancangan itu akan menyebabkan KDNK merudum daripada 5.6 peratus tahun ini kepada 5.4 peratus, tahun depan.

Namun, Najib sehingga kini masih belum memperincikan rancangan pengurangan subsidi atau memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan ketika pembentangan Bajet 2011, 15 Oktober lalu.

Sementara itu, pakar ekonomi dari Capital Economics yang berpengkalan di Singapura, Wisnu Varathan berkata para pengkritik mengatakan Malaysia terlalu memandang ringan berhubung isu langkah mengurangkan kos operasi.

“Malaysia mahu menunjukkan bahawa usaha untuk mengurangkan bajet defisit akan ditangani segera dan sebab itulah mereka mencari bantuan dari suatu organisasi antarabangsa.”

Ahmad Husni turut memberitahu kerajaan sedang bekerjasama dengan perunding bagi mendapatkan semula pendapatan berjumlah RM5 bilion yang menurutnya gagal dipungut.

Namun, beliau tidak pula menjelaskan bagaimana kerajaan akan mendapatkan dana tambahan yang diperlukan itu.

Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah, Johor Darulta'zim

Posted: 15 Nov 2010 07:22 PM PST

Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah, Johor Darulta'zim


KAN LEBIH BAIK KAU KELUAR JE...

Posted: 15 Nov 2010 06:18 PM PST

Malam tadi bertempat di sebuah hotel di Pekan Parit Raja, Batu Pahat, Drs. Zaid Yusof bersama Pak Ngah (Saiman Marjuki) dan beberapa ahli PKR telah membuat sidang media yang cuba memperlekeh kepimpinan Datuk Chua Jui Meng sebagai Pengerusi MPN Johor serta Datuk Seri Anwar Ibrahim. Namun sambutan malam tadi tidaklah seramai malam sebelumnya dan ini membuktikan bahawa mereka yang hadir dalam perjumpaan dan taklimat khusus bersama DS Anwar di Pulai Spring tempohari sudah mula memahami dan mengenali manusia2 yang cuba menghuru-harakan Keadilan negeri Johor.
Pak Habib @ Syed Hamid, Ketua Penerangan MPN Johor pada pertemuan Khas bersama Ketua Umum tempohari menjelaskan bahawa Pak Ngah ada memburuk-burukkan kepimpinan Pengerusi MPN Johor pada ketika itu iaitu Hj. Anuar Salleh di Pejabat keadilan Cabang Batu Pahat. Dan sekarang bekas setiausaha MPN Johor ini menyerang Datuk Chua Jui Meng. Cuma kali ini serangan tersebut agak keras dan berterusan apatah lagi isu "melayu" dimainkan. Apakah sebenarnya yang Pak Ngah mahukan. Jawatan?? atau apakah Pak Ngah sebenarnya adalah "talibarut Umno" yang berjaya menyelinap masuk ke dalam organisasi Keadilan?? Apatah lagi gelaran Cikgu sudah cukup membuat orang ramai percaya pada kejujurannya tanpa syak wasangka lagi. Ibarat "harapkan pagar, pagar makan padi" begitulah nasib Keadilan Johor yang hampir rebah akibat "politik bangsat" yang dilakukan oleh Drs. Zaid, Pak Ngah, Abdul Aziz dan beberapa individu lain.
Pada sidang media malam tadi, nada dan kata2 Pak Ngah seperti sudah condong kepada Umno/BN. Andai kepercayaan kepada pucuk pimpinan parti maka adalah lebih baik PAK NGAH, DRS. ZAID, ABDUL AZIZ DAN BEBERAPA PIMPINAN PKR YANG BERSEKONGKOL DENGAN PERLAKUAN "BANGSAT" INI AGAR KELUAR DARI PARTI KEADILAN RAKYAT. APA GUNA JIKA KAMU SEBAGAI AHLI PARTI TERUS2AN MENGHINA DAN MENCERCA PARTI DAN KEPIMPINANNYA SECARA TERBUKA.

Berikut adalah rakaman video beberapa pencacai yang diupah untuk berdemo dihadapan Pulai Spring pada malam 14 November 2010.

PEMILIHAN 2010

Posted: 15 Nov 2010 12:42 PM PST

Cabang Gelang Patah akan membuat pemilihan bagi menentukan kepimpinan pusat pada 21 November 2010 bermula jam 10am hingga 4pm. Ianya akan dijalankan di Pejabat PKR Cabang Gelang Patah, Taman Teratai, Johor.
AMK Gelang Patah mengharapkan agar semua ahli yang berdaftar agar dapat keluar beramai-ramai untuk membuat pemilihan pimpinan di peringkat pusat.
Satu ahli satu undi yang diperkenalkan oleh Parti Keadilan Rakyat merupakan satu dimensi politik baru yang diperkenalkan oleh parti. Walaupun ada pelbagai pertikaian dari pelbagai pihak, namun inilah keberanian pucuk pimpinan parti dan jika ianya tidak dimulakan dari sekarang, maka selamanya kita akan bergantung kepada pendekatan tradisional. Kelemahan dan kepincangan yang berlaku wajar diteliti dan diperhalusi agar ianya tidak berlaku lagi pada pemilihan akan datang. Kritikan yang diberikan wajar dijadikan iktibar dalam proses memberi pemahaman kepada masyarakat malaysia bahawa inilah pendekatan politik baru.
Pun begitu, AMK Gelang Patah mahukan setiap aduan perlu disiasat dengan terperinci dan bukan dinafikan kerana sindrom penafian hanya ada dipihak sebelah sana.

Anak Muda Pewaris kepemimpin Masa Depan..

JIKA BENAR....

Posted: 15 Nov 2010 11:58 AM PST

Seperti yang dinyatakan oleh Sdr. Zaihan dalam blognya http://mohdzaihan.blogspot.com, JIKA BENAR kenyataan beliau maka AMK Johor mempunyai tugas khas iaitu menjejaki petualang2 yang hidup bak parasit dalam Keadilan Johor dan menghumbannya keluar dari PKR.
Sewajarnya kepimpinan Majlis Pimpinan Negeri Johor tidak boleh berdiam diri dan membiarkan isu ini berlalu begitu sahaja. Justeru AMK Gelang Patah mendesak Majlis Pimpinan Negeri Johor terutama Pengerusinya, Datuk Chua Jui Meng agar segera menubuhkan jawatankuasa khas bagi mengesan saki baki petualang yang masih wujud dalam Keadilan Negeri Johor.
Dalam usaha menawan Negeri ini bersama PAS dan DAP, sewajarnya anasir2 ini perlu dihapuskan agar tidak merencatkan segala perancangan yang telah disusun.
Pada taklimat khas bersama YB Dato' Seri Anwar Ibrahim dan kepimpinan pusat pada 14/11/2010 (Pulai Spring Resort), Ketua Penerangan Keadilan Negeri Johor mendedahkan bahawa perancangan menghancurkan Keadilan di negeri Johor ini bermula sejak kepimpinan Tn. Hj. Anuar Salleh sebagai Pengerusi MPN Johor iaitu sebelum Datuk Chua dilantik sebagai Pengerusi MPN Johor. Selepas sahaja perlantikan Datuk Chua diumum, kumpulan ini bergerak mempengaruhi pimpinan cabang termasuk ketika Perjumpaan Khas AMK dengan Setiausaha MPN Johor di Simpang Renggam.
Yang pastinya perancangan ini sememangnya didalangi oleh Umno/BN yang semakin gusar dan gentar dengan kebangkitan Keadilan di negeri Johor ini. Apatah lagi apabila Datuk Chua Jui Meng mengumumkan bahawa beliau optimis Keadilan bersama PAS dan DAP mampu memenangi 14 kerusi parlimen pada PRU-13 nanti.
AMK Gelang Patah mengetahui beberapa pimpinan Cabang telah memberi sokongan kepada petualang ini, mengesyorkan agar mereka kembali kepada matlamat perjuangan yang sebenar serta mengenepikan kepentingan peribadi.
AMK sebagai sayap kanan parti perlu lebih aktif dan agresif serta matang dalam segala tindakan dan gerakerja. Kepimpinan AMK perlu memikirkan strategi terbaik untuk menarik anak2 muda agar lebih condong kepada Keadilan. Walaupun pelbagai isu yang memberi gambaran buruk kepada parti namun jadikanlah ianya sebagai CABARAN untuk kita melangkah gagah kehadapan. Yakinlah jika kita mampu merentasi halangan ini maka kemenangan mampu kita capai.

Anak Muda Pewaris Kepimpinan Masa Depan...

Anak Muda Kampung Nak Senang

Posted: 15 Nov 2010 11:08 AM PST

Anak Muda Kampung Nak Senang


Pelajar akan diajar guna Kondom tahun depan?

Posted: 14 Nov 2010 05:17 PM PST


Sudah sah, terang lagi bersuluh, pendidikan seks akan diajar di semua sekolah di Malaysia mulai tahun depan (2011) bermula dari pelajar sekolah rendah Tahun 1 lagi. Di negara barat salah satu objektif pendidikan seks ialah untuk mengelakkan kehamilan di kalangan remaja bawah umur, bukan untuk mengelakkan berZINA.

Fakta objektif pendidikan seks di barat untuk mengelakkan kehamilan di kalangan remaja pada pautan berikut http://amkns.blogspot.com/2010/10/pendidikan-seks-di-seluruh-sekolah-di.html

Kenapa media tak heboh isu ini, pergi tanya Mufti ke, JAKIM ke, Jakun ke ?

Isnin November 15, 2010

Sokong Pendidikan Seks, Pastikan Guru Diberi Latihan - PIBGN

PETALING JAYA: Guru yang bakal mengajar subjek pendidikan seks di sekolah pada tahun hadapan perlu dilatih bagi memastikan mereka bersedia menghadapi pelbagai persoalan daripada pelajar mengenai subjek itu.

Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa Guru Nasional (PIBGN) Prof Madya Datuk Mohamad Ali Hasan berkata, latihan semula itu perlu biarpun silibus telah ditetapkan bagi setiap peringkat pembelajaran.

"Persediaan para guru adalah penting kerana pelajar akan bertanya perkara-perkara yang diluar jangkaan dan latihan persediaan perlu supaya guru dapat memberi jawapan yang tepat dan tidak terkeluar daripada silibus ditetapkan," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Ahad.

Mohamad Ali dalam pada itu berkata, PIBGN menyokong penuh pelaksanaan pembelajaran subjek itu yang bakal memulakan pembelajaran mulai tahun depan.

Katanya lagi, subjek yang diberi nama Pendidikan Sosial dan Pertumbuhan Kesihatan bagaimanapun perlu menggunakan bahan rujukan yang sesuai dengan setiap peringkat pelajar supaya maksud sebenar subjek itu diwujudkan bertetapan dengan objektif asal.

Beliau turut menyarankan pendekatan agama, budaya dan adab nilai timur diterapkan bagi memastikan pembelajaran itu lebih holistik.

"Tujuan kita mengajar subjek ini adalah supaya pelajar dapat menghargai diri mereka dan dapat menjaga diri mereka pada masa hadapan.

"Jadi jika diselitkan serba sedikit mengenai agama, budaya dan nilai ketimuran yang ada pasti lebih memberi kesan," ujarnya.

Terdahulu, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Wee Ka Siong berkata, mata pelajaran itu akan diajar selama 30 minit setiap minggu dalam kelas Pendidikan Jasmani di semua peringkat sekolah rendah dan menengah.

Sebelum ini, Wee berkata pendidikan seks akan di ajar hanya diperingkat sekolah menengah sebagai satu mata pelajaran kurikulum.

http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/11/15/mstar_berita/20101114161634&sec=mstar_berita

Sex education from Year 1
2010/11/14

KUALA LUMPUR: Sex education will be taught in all primary schools from Year One next year.

Called social and reproductive health education, the component will be taught for 30 minutes every week during Physical and Health Education lessons, said Deputy Education Minister Datuk Dr Wee Ka Siong.

It will be compulsory for all pupils.

Earlier this week, Wee said sex education would be taught in secondary schools as part of the curriculum from next year. However, yesterday he said it would be introduced in primary schools as well.

"This new component will be taught to pupils from Years One to Six," he said after presenting 94 gold medals to top scorers from primary and secondary schools for the International Competitions and Assessments for Schools, under the University of New South Wales.

He said the sex education component would focus on family values and protecting oneself, and not merely on sex.

He said sex education was first introduced four years ago in secondary schools as part of co-curricular activities. The module is called "I'm in Control".

The module will continue to be used, with focus on high-risk groups, HIV and other social issues.

This is in addition to the sex education that will be introduced in all secondary schools.

"The module is not compulsory but classroom lessons are," Wee said.

He said the sex education component would be taught for 40 minutes weekly in secondary schools during Physical and Health Education classes.

During these sessions, he said, pupils would learn about the reproductive system, precautions, learning to say no and sexually transmitted diseases.

"If a pupil is out for lunch with someone, at least he or she will know how to behave appropriately. It is to create awareness."

For years, non-governmental organisations (NGOs) pushed the government to introduce sex education in schools. They had said the government could give the subject any other name so that people would be more comfortable with it.

Wee said the subject would be taught by teachers who had undergone training.

He added that the ministry had enough competent teachers to teach the subject.

"Now, it is a matter of exposing them to the subject content."

This new social and reproductive health education component is part of the new curriculum called Kurikulum Standard Sekolah Rendah, which will be introduced from next year.

Wee said the content of the social and reproductive health component was designed after discussion with NGOs and other players.

"We gathered feedback from all parties, including parents, before reviewing
the Physical and Health Education textbooks."

http://www.nst.com.my/nst/articles/SexeducationfromYear1/Article/

Di Johor pun masjid tak siap siap , mana wang zakat?

Posted: 14 Nov 2010 05:16 PM PST

Di Johor pun masjid tak siap-siap juga. Dah tujuh bulan terbengkalai. Mana pergi wang zakat? Patutlah laporan Ketua Audit Negara 2009 mendedahkan banyak kelemahan di Johor dari kes pasir, kes pelancongan, kes kemudahan awam, kes mahkamah syariah. Apakan daya, Johor kawasan selamat UMNO.

(Datuk Seri Najib Tun Razak mahu UMNO serta semua sayap parti mengadakan lebih banyak program berbentuk mendampingi rakyat di kawasan-kawasan yang dikuasai pembangkang dan bukannya di kawasan selamat.- Utusan Malaysia 17 Okt. 2010)

Gambar-gambar menarik dari kes pasir, kes pelancongan, kes kemudahan awam, kes mahkamah syariah dalam Laporan Ketua Audit Negara 2009 di http://amkns.blogspot.com/2010/11/johor-kritikal-hakim-syariah-pendedahan.html


MASJID TAK SIAP SARANG NYAMUK

Berita Harian 14 Nov 2010

Projek RM1.7j terbengkalai sejak tujuh bulan lalu patut disambung segera

JOHOR BAHRU: Kira-kira 10,000 penduduk sekitar Taman Gaya, Ulu Tiram, di sini kecewa berikutan pembinaan masjid di taman berkenaan yang sepatutnya siap pada Mac lalu hanya siap kira-kira 60 peratus dan terbengkalai hingga kini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa, Datuk Abdul Halim Suleiman, berkata projek yang bernilai RM1.7 juta itu kini terbengkalai sejak tujuh bulan lalu menyebabkan ia tidak dapat digunakan untuk orang ramai beribadat.

Beliau berkata, masjid yang boleh memuatkan kira-kira 1,300 jemaah pada satu masa itu dibina untuk kemudahan lima kawasan iaitu Taman Gaya, Desa Tebrau, Taman Pelangi Indah, Taman Puteri Wangsa dan Taman Mount Austin.

Katanya, dia sudah membangkitkan masalah berkenaan ke mesyuarat Majlis Tindakan daerah sebanyak dua kali sebelum ini serta meminta Jabatan Kerja Raya segera mencari pengganti dengan memilih kontraktor baru bagi meneruskan projek pembinaan masjid.

Saya berharap pemberian tender membina masjid berkenaan dilakukan segera serta tidak dibiarkan berlarutan bertahun-tahun supaya kosnya dapat dikurangkan bagi membolehkan barangan yang sudah dibeli tidak rosak dan dapat digunakan ketika menyambung kerja terbengkalai itu.

Selain itu, saya meminta JKR memilih kontraktor yang benar-benar layak dalam melaksanakan setiap projek kerajaan, memilih tender dengan harga boleh diselesaikan dan tidak hanya yang terendah bagi mengelak projek terbengkalai seterusnya menjejaskan imej kerajaan pada masa akan datang, katanya ketika meninjau masalah masjid berkenaan, baru-baru ini.

Seorang penduduk, Kartini Ahmad, 57, berkata penduduk di sekitar taman berkenaan begitu teruja dan gembira dengan pembinaan masjid itu berikutan memerlukan rumah ibadat itu untuk melaksanakan aktiviti keagamaan dengan selesa.

Beliau berkata, kebanyakan penduduk begitu berharap dan menjangkakan berpeluang menunai solat Tarawih, Aidilfitri dan Aidiladha di dalam masjid baru jika ia dapat disiapkan pada Mac lalu.

Namun, kami sedih apabila masjid itu terbengkalai dan hanya dapat disiapkan kira-kira 60 peratus oleh kontraktor terbabit, katanya sambil mendakwa penduduk terpaksa terus bersolat di surau di bawah kolong rumah pangsa berhampiran.

Nurjini Jumahat, 24, pula berkata kawasan pembinaan masjid yang terbengkalai kira-kira tujuh bulan lalu dipercayai turut menjadi kawasan tempat sarang pembiakan nyamuk Aedes.

Beliau berkata, seorang penduduk berhampiran kawasan pembinaan itu disahkan menghidap penyakit demam denggi hingga menyebabkan Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT) baru-baru ini menyembur asap untuk menangani masalah berkenaan.

Selain itu, saya juga kesal apabila kawasan masjid terbengkalai itu bukan saja terbiar dan menjadi tempat pembiakan nyamuk tetapi kini turut menjadi tempat tinggal beberapa ekor anjing liar, katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Johor_Masjidtaksiapsarangnyamuk/Article

Bapa bawa anak umur 5 tahun berjudi di N.Sembilan

Posted: 14 Nov 2010 05:15 PM PST


Kes begini begitu banyak berlaku di seluruh N.Sembilan dari Gemencheh, Kuala Pilah, Senawang, Seremban, di mana orang Melayu tak tahu malu untuk berjudi di kedai judi "halal" kerana berlesen. Penguatkuasaan begitu lemah di N.Sembilan, itu sebab orang Melayu lagi tak malu bawa anak berjudi secara terbuka.

Apa ke tidak Laporan Ketua Audit Negara untuk Negeri Sembilan tahun 2009 menyatakan perbelanjaan untuk Jabatan Hal Ehwal Agama Islam pada tahun 2009 hanya RM5.96 Juta sedangkan pada tahun 2008 ialah RM12.59 Juta, iaitu turun RM6.63 Juta atau turun sebanyak 52.7%. Sepatutnya wang Jabatan Agama diguna sepenuhnya untuk menambah bilangan penguatkuasa dengan gaji yang lumayan , kerana masalah sosial semakin parah sekarang. Fakta Ketua Audit Negara di http://amkns.blogspot.com/2010/11/masjid-baru-jelebu-tertangguh-20-tahun.html


Anak teman bapa beli nombor ekor
Kosmo 15 Nov 2010


SEORANG lelaki (dua dari kiri) yang membawa anak lelakinya untuk membeli nombor ekor ditahan dalam satu serbuan di Bahau kelmarin.

-------------------------------

BAHAU – Seorang bapa sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak tetapi lain pula cerita seorang kaki judi di sini yang membawa anaknya ketika membeli nombor ekor.

Tabiat buruk bapa berusia 40-an tersebut terbongkar apabila dia ditahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) bersama sekumpulan 16 lelaki beragama Islam dan seorang wanita di sebuah premis judi di sini kelmarin.

Kesemua mereka yang berumur antara 30 hingga 60 tahun itu ditahan dalam satu operasi bersepadu yang dijalankan oleh Bahagian Penguat Kuasa JHEAINS, Majlis Keselamatan Negeri dan polis.

Penyelaras Operasi JHEAINS, Mohd. Zol Sidek berkata, lelaki berkenaan membawa bersamanya anak lelaki yang baru berusia lima tahun ketika ditangkap membeli nombor ekor.

"Anggota penguat kuasa terkejut selepas mendapati salah seorang lelaki yang ditahan membawa anak lelakinya berusia lima tahun ke premis berkenaan.

"Lelaki tersebut pada mula cuba memberi alasan hanya berjumpa kawan tetapi selepas disiasat dia mengaku membawa anaknya untuk membeli nombor ekor," katanya di sini semalam.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1115&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm

Bapa bawa anak berjudi antara 18 ditahan JHEAINS
Utusan Malaysia 15 Nov 2010

JEMPOL 14 Nov. - Tugas seorang bapa adalah mendidik anak agar menjadi insan yang berguna.

Namun apa berlaku di Bahau semalam, menyedihkan apabila seorang insan bergelar bapa sanggup membawa anak lelakinya yang baru berusia lima tahun ke premis perjudian untuk membeli nombor ekor.

Tabiat buruk bapa berusia 40-an itu terbongkar selepas dia dan 16 lelaki lain serta seorang wanita ditahan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) kerana berjudi.

Penyelaras JHEAINS, Mohd. Zol Sidek memberitahu, dalam serbuan pukul 2.30 petang itu, tujuh buah premis menjual nombor ekor diserbu.

Jelas beliau, seramai 17 lelaki dan seorang wanita beragama Islam berusia dalam lingkungan 30 hingga 60-an ditahan kerana berada di dalam premis judi.

"Anggota kita juga terkejut selepas mendapati salah seorang lelaki yang ditahan membawa anak lelakinya berusia lima tahun ke dalam premis berkenaan.

"Lelaki itu mulanya cuba memberi alasan hanya berjumpa rakan tetapi selepas disoal siasat, dia mengaku membawa anaknya membeli nombor ekor," katanya di sini semalam.

Mohd. Zol memberitahu, kesemua yang ditahan itu termasuk kanak-kanak terbabit dibawa ke Balai Polis Bahau untuk disoal siasat sebelum dibebaskan dengan jaminan.

"Lebih menyedihkan kanak-kanak itu turut menangis apabila melihat bapanya ditangkap dan dibawa ke balai polis.

"Kita sangat sedih kerana sebagai bapa, lelaki itu seharusnya menunjukkan contoh yang baik kepada anaknya dan bukannya membawa kanak-kanak terbabit ke premis judi," ujarnya.

Mohd. Zol menjelaskan, pihaknya turut menahan seorang lelaki yang juga penjaga salah sebuah premis judi tersebut kerana cuba menghalang pihak berkuasa menjalankan tugas.

Katanya, kesemua yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 79 Enakmen Jenayah Syariah 2003 kerana berjudi dan boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

"Penjaga premis judi itu pula ditahan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

"Jika sabit kesalahan, dia boleh di penjara tidak kurang dua tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali," ujarnya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1115&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_05.htm

Bila SPRM nak siasat kes lombong pasir N.Sembilan?

Posted: 14 Nov 2010 05:14 PM PST

Laporan Ketua Audit Negara 2009 mendedahkan kerajaan Negeri Sembilan rugi dalam aktiviti pengambilan pasir hasil royalti pengambilan pasir yang berjumlah RM1.6 juta bagi tempoh tahun 2007 hingga 2009 terpaksa digunakan untuk pemulihan alam sekitar. Jadi siapa yang untuk lombong pasir di N.Sembilan ni? Bila SPRM nak siasat kerugian besar ni? Dan siapa untung besar? Berapa banyak wang digunakan untuk pulihkan alam sekitar ni? Dah pulih atau belum?

Apa kena mengena dengan dakwaan Menteri Besar N.Sembilan beri wang pada Kelab Sukan SPRM seperti yang ditulis oleh Chegubard di pautan berikut http://chegubard.blogspot.com/2009/06/desak-ambil-tindakan-terhadap-sumbangan.html

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN NEGERI SEMBILAN, PEJABAT DAERAH DAN TANAH, PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI SEMBILAN DAN BADAN KAWAL SELIA AIR NEGERI SEMBILAN

3. PENGURUSAN AKTIVITI PERLOMBONGAN DAN PENGAMBILAN PASIR SERTA KESANNYA TERHADAP ALAM SEKITAR

3.1 LATAR BELAKANG
3.1.1 Pasir adalah butiran batu berdiameter daripada 0.0625mm hingga 2mm dan berwarna putih cerah. Pasir boleh berpindah akibat tiupan angin atau dibawa air sebelum berkumpul di muara sungai, tepi pantai, bukit kecil, tanjung, beting pasir di tengah laut, gurun dan kawasan berkaitan aliran air. Terdapat beberapa jenis pasir iaitu pasir sungai, pasir lombong, pasir laut dan pasir gurun. Pasir merupakan bahan utama dalam industri pembinaan terutamanya yang melibatkan binaan konkrit dan jalanraya. Pasir juga digunakan untuk kerja tebus guna tanah. Sumber bekalan pasir yang paling banyak dan mudah di negara ini adalah dari dasar sungai.

3.1.2 Pengeluaran pasir merupakan salah satu sumber ekonomi kepada kerajaan Negeri Sembilan di mana pada tahun 2007 jumlah pengeluaran pasir adalah 186,880m3 dan meningkat kepada 193,228m3 pada tahun 2008. Ia terus meningkat kepada 317,792m3 pada tahun 2009. Negeri Sembilan telah mengutip sejumlah RM0.46 juta pada tahun 2007 hasil daripada sumber pengeluaran pasir melalui bayaran deposit dan royalti. Kutipan ini meningkat kepada RM0.58 juta pada tahun 2008 dan seterusnya meningkat kepada RM0.94 juta pada tahun 2009.

3.1.3 Aktiviti perlombongan dan pengambilan pasir dijalankan sama ada di atas tanah milik kerajaan atau tanah milik individu. Sepanjang tempoh dari tahun 2007 sehingga 2009, terdapat 239 pengusaha berlesen yang menjalankan kegiatan pengambilan pasir di Negeri Sembilan. Pengambilan pasir di Negeri Sembilan adalah tertakluk kepada Kanun Tanah Negara 1965, Akta Air 1920 (Pindaan 2007), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Akta Perlombongan 1959.

3.1.4 Pemberian permit untuk mengeluarkan pasir adalah di bawah tanggungjawab semua Pejabat Daerah Dan Tanah (PDT) berdasarkan kawasan pengambilan pasir yang dimohon. Permohonan perlu disertakan ulasan teknikal daripada Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Sembilan (JPSNS), Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan (JASNS) Dan Jabatan Mineral Dan Geosains (JMG) untuk menilai kesesuaian pengambilan pasir dari segi kawasan, sumber dan potensi pencemaran kepada alam sekitar sebelum permohonan disemak oleh Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Sembilan (PTGNS) dan dibawa untuk pertimbangan kelulusan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

3.2 OBJEKTIF PENGAUDITAN
Objektif pengauditan adalah untuk menilai sama ada aktiviti perlombongan dan pengambilan pasir memberi kesan terhadap alam sekitar.

3.3 SKOP DAN KAEDAH PENGAUDITAN
Pengauditan ini tertumpu kepada aktiviti pengambilan pasir sungai untuk tempoh tiga tahun (2007 hingga 2009). Pengauditan dijalankan di Daerah Seremban, Port Dickson dan Gemas yang melibatkan PDT dan JPSNS. Pengauditan ini dijalankan dengan cara menyemak fail, rekod dan dokumen serta temubual orang awam dan pegawai di jabatan yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung dengan aktiviti pengambilan pasir. Untuk menilai kesan alam sekitar dari aktiviti perlombongan dan pengambilan pasir, pihak Audit merujuk kepada JASNS dan Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan (JKNNS), Majlis Daerah dan Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk mendapatkan bantuan khidmat kepakaran terutama terhadap impak kepada kualiti air. Tumpuan juga dibuat terhadap aspek pemantauan aktiviti pengambilan pasir sungai di kawasan sungai yang mungkin memberi impak kepada alam sekitar seperti hakisan dan ketidakstabilan tebing sungai, perubahan ke atas rejim sungai yang mengubah aliran air sungai dan impak kepada insfrastruktur dan utiliti. Beberapa siri lawatan juga dilakukan bersama pegawai jabatan ke kawasan pengambilan pasir dan lokasi di mana kesan daripada pengambilan pasir terhadap alam sekitar berlaku.

3.4 PENEMUAN AUDIT
Pengauditan yang dijalankan antara bulan September 2009 hingga Disember 2009 mendapati pada keseluruhannya pengurusan aktiviti pengambilan pasir di Negeri Sembilan adalah kurang memuaskan. Terdapat beberapa kelemahan yang bukan sahaja memberikan kesan pencemaran dan kemusnahan alam sekitar malahan menyebabkan kerugian kepada Kerajaan melalui hasil royalti pengambilan pasir yang berjumlah RM1.6 juta bagi tempoh tahun 2007 hingga 2009 terpaksa digunakan untuk pemulihan alam sekitar. Antara kelemahan yang diperhatikan ialah:
• penurunan kualiti air sungai, kemusnahan tebing sungai dan perubahan rejim sungai adalah kesan alam sekitar akibat daripada aktiviti pengambilan pasir;
• kurang pemantauan oleh JPSNS terhadap pematuhan syarat pentadbiran dan teknikal pengambilan pasir; dan
• kurang koordinasi di antara PDT, PTGNS dan JPSNS dalam memastikan pengusaha pasir tidak merosakkan alam sekitar semasa aktiviti pengambilan pasir dilakukan.

Penjelasan lanjut mengenai kelemahan yang diperhatikan adalah seperti di perenggan
berikut:

3.4.1 Kesan Aktiviti Pengambilan Pasir Terhadap Alam Sekitar
JPSNS telah mengeluarkan Syarat-Syarat Pentadbiran dan Syarat-Syarat Teknikal Untuk Memproses Permohonan dan Pemantauan Aktiviti Pengeluaran Pasir Sungai Di Negeri Sembilan pada 16 Julai 2008. Antara syarat-syarat teknikal pengambilan pasir adalah:
a) Pengusaha perlu mematuhi syarat penyediaan pelan kolam enapan yang menunjukkan tiga kolam enapan bersiri untuk mengawal kelodak cucian memasuki sungai dan kualiti air kolam enapan hendaklah ditentukan oleh standard JASNS;
b) Menetapkan pengusaha bertanggungjawab terhadap segala kerosakan tebing dan pencemaran akibat pengambilan pasir dan melapor kepada JPSNS;
c) Pelan keratan lintang yang menunjukkan aras dasar tebing serta rizab sungai yang disediakan oleh Juruperunding Profesional dan dihantar ke JPSNS sebelum kerja-kerja pengambilan pasir dijalankan; dan
d) Pengusaha tidak dibenarkan menyekat atau mengalih aliran sungai dan anak air yang terdapat di kawasan pengambilan pasir tanpa kebenaran JPSNS. Lawatan Audit ke tujuh lokasi pengambilan pasir di Sungai Linggi di Daerah Seremban dan Port Dickson, Sungai Batang Penar di Daerah Seremban dan Sungai Muar di Daerah Gemas mendapati perkara-perkara berikut:

i) Impak Kepada Kualiti Air Sungai
Kolam enapan bersiri diperlukan untuk memerangkap pepejal terampai dan sisa mendapan sebelum dilepaskan ke sungai dan berfungsi untuk mengawal kelodak cucian daripada memasuki sungai. Pengusaha perlu mengemukakan pelan kolam enapan bersiri seperti yang dikehendaki oleh JPSNS sebelum aktiviti mengambil pasir dijalankan. Kualiti air kolam enapan yang hendak dilepaskan ke sungai juga perlu ditentukan terlebih dahulu sama ada telah menepati standard JASNS seperti di Foto 3.1.

Perkara ini berlaku kerana kurangnya pemantauan serta penguatkuasaan oleh JPS dan PDT dalam menentukan syarat teknikal yang menghendaki pengusaha membina tiga kolam enapan bersiri dipatuhi. Pihak JASNS juga memaklumkan tiada tindakan oleh pengusaha untuk memastikan kualiti air dari kolam enapan yang hendak disalurkan ke sungai mengikut standard JASNS. Kesan daripada kolam enapan yang tidak mengikut syarat teknikal JPSNS telah mengakibatkan pencemaran dan penurunan kualiti air sungai di hilir kawasan pengambilan pasir. Pengukuran tahap pencemaran air sungai bagi aktiviti pengambilan pasir perlu berada sekurang-kurangnya dalam Kelas III seperti di Jadual 3.1 dan Jadual 3.2.

Keputusan analisis Jabatan Kimia Malaysia berdasarkan Interim National Water Quality Standard for Malaysia (INWQS) dari pensampelan yang telah diambil oleh JASNS menunjukkan punca pelepasan air kolam enapan di tiga batang sungai tersebut mengandungi kepekatan pepejal terampai pada tahap tercemar iaitu kelas V seperti di Jadual 3.3.

1. Sungai Linggi Taman Angsamas, Kuala Sawah 5,800mg/L 28.10.2009 V Tercemar
2. Sungai Muar Kampung Londah 2,400mg/L 13.11.2009 V Tercemar
3. Sungai Ngoi- Ngoi Kampung Pantai 1,655mg/L 29.12.2009 V Tercemar

Hasil perbandingan ujian air sungai di hulu dan hilir pelepasan air cucian pasir seperti di Jadual 3.4 mendapati klasifikasi air sungai di tiga kawasan yang diuji menunjukkan penurunan kualiti air berdasarkan Indeks Kualiti Air Negara (IKAN). Sungai Linggi berada pada tahap separa tercemar dengan penurunan kualiti air daripada IKAN 72 kepada IKAN 68, Sungai Ngoi-Ngoi walaupun berada pada tahap bersih tetapi menunjukkan penurunan kualiti air daripada IKAN 86 kepada IKAN 84 dan Sungai Muar pula berada pada tahap separa tercemar dengan mencatatkan penurunan IKAN 70 di hulu kepada IKAN 69 di hilir kawasan pengambilan pasir.

Ujian Punca Air Sungai Di Hulu Dan Hilir Tapak Projek Aktiviti Pengambilan Pasir
1. Sungai Linggi Taman Angsamas, Kuala Sawah 72 68 Separa Tercemar
2. Sungai Muar Kampung Londah 70 69 Separa Tercemar
3. Sungai Ngoi-Ngoi Kampung Pantai 86 84 Bersih

JPSNS memaklumkan akan memantau pengusaha supaya mengikut syarat yang dikeluarkan dan akan memaklumkan kepada PDT untuk mengambil tindakan memberhentikan sementara operasi pengeluaran pasir dan mengarahkan pengusaha membina semula kolam enapan bersiri mengikut syarat supaya dapat berfungsi dengan sempurna. PDT Seremban, Port Dickson dan Gemas mengambil maklum mengenai perkara ini dan memandangkan aspek penyediaan kolam enapan adalah merupakan elemen teknikal yang melangkaui bidang dan keupayaan PDT, tindakan pemantauan secara kerap bersama JPSNS akan dilakukan supaya syarat teknikal dipatuhi oleh semua pengusaha pasir sebelum memulakan kerja. Pihak JASNS melalui surat ASNB(B) 91/110/900/018(17) bertarikh 18 Mei 2010 memberi syor Pengusaha perlu mematuhi syarat penyediaan pelan kolam takungan mendapan bersiri untuk mengawal kelodakan cucian memasuki sungai dan sentiasa diselenggara untuk memastikan tahap keberkesanannya. Had pelepasan daripada kolam tersebut hendaklah tidak melebihi status kualiti air sungai untuk lembangan sungai tersebut berdasarkan 'Interim National Water Quality Standard for Malaysia' (INWQS).

ii) Kerosakan Tebing Sungai
Pengusaha adalah bertanggungjawab untuk melaporkan kepada JPSNS segala kerosakan tebing sungai akibat pengambilan pasir dan hendaklah membaikinya atas tanggungan sendiri. Pengorekan pasir secara terus pada tebing sungai adalah dilarang untuk memastikan kestabilan tebing terpelihara. Semakan Audit di Sungai Linggi, Kawasan Sua Betong, Daerah Port Dickson mendapati tebing di sungai berkenaan mengalami keruntuhan akibat daripada aktiviti pengambilan pasir seperti di Foto 3.6 dan Foto 3.7.

PDT Port Dickson memaklumkan bahawa keruntuhan tebing berlaku kerana pengusaha menggunakan mesin untuk mengorek pasir di dasar dan tebing sungai. Namun begitu kaedah pengambilan pasir yang diamalkan sekarang adalah menggunakan pam yang dapat mengurangkan kerosakan tebing sungai. JPSNS telah mengarahkan pengusaha membaiki semula tebing tetapi pengusaha gagal melaksanakannya dan deposit pengusaha akan dirampas untuk membaiki tebing yang rosak.

iii) Aras Dasar Tebing Serta Rizab Sungai Terjejas
Pengusaha dikehendaki menyediakan pelan sukat keratan lintang dan bujur setiap enam bulan sekali dan selepas operasi atau bila-bila masa yang dikehendaki oleh JPS bagi tujuan pemantauan. Kerja sukat tersebut hendaklah disediakan oleh Juruukur Berlesen dan berdasarkan kepada Aras Ordinan Datum Jabatan Ukur. Semakan Audit mendapati pengusaha gagal menyedia dan mengemukakan pelan reka bentuk jajaran, keratan rentas dan memanjang sepanjang projek kepada JPSNS seperti yang dikehendaki dalam syarat teknikal JPSNS. Ini menyebabkan
JPSNS sukar mengawal kerosakan tebing kerana tiada perbandingan yang dapat dibuat terhadap struktur tebing sebelum dan selepas aktiviti pengambilan pasir. Akibatnya kestabilan tanah dan tebing sungai terjejas dan berlakunya runtuhan tanah yang tidak terkawal. Keadaan tebing yang runtuh akibat aktiviti perlombongan pasir juga telah menyebabkan kerosakan pada struktur hidrolik dan paip Indah Water Konsortium (IWK) seperti di Foto 3.8 dan Foto 3.9.
JPSNS akan memastikan pengusaha yang diluluskan permit agar mematuhi syarat penyediaan Pelan Keratan Lintang dan Keratan Bujur.

iv) Impak Kepada Rejim Sungai
JPSNS hendaklah memastikan aktiviti pengambilan pasir tidak akan menyebabkan perubahan rejim sungai. Pengusaha tidak dibenarkan menyekat atau mengalih aliran sungai dan anak air yang terdapat di kawasan pengambilan pasir tanpa kebenaran JPSNS. Lawatan Audit ke Sungai Linggi pada 10 Ogos 2009 mendapati terdapat perubahan kepada rejim sungai di mana berlaku perubahan aliran air sungai, profil tebing dan sedimentation kesan daripada pengambilan pasir yang tidak terkawal. Terdapat pengusaha yang telah membina struktur merintangi sungai tanpa kebenaran JPSNS bagi tujuan mengumpulkan pasir seperti di Foto 3.10 hingga Foto 3.13. Akibatnya sungai menjadi statik dan perubahan struktur asal rejim sungai berlaku.

Semakan Audit terhadap pelan butiran dan keratan rentas yang disediakan oleh Juruukur Berlesen untuk kawasan pengambilan pasir sepanjang 350m di Sungai Linggi, Mukim Linggi, Daerah Port Dickson, mendapati berlaku perubahan profil tebing sungai di bahagian CH750 hingga CH800 di mana sungai menjadi lebar iaitu 58.92 meter berbanding lebar asal 25.90 meter seperti di Jadual 3.5.

Analisis perubahan kelebaran sungai pada CH750 bagi tahun 2008 dan 2009 dapat dilihat di Foto 3.14 dan Foto 3.15 yang menunjukkan lebar sungai pada tahun 2008 iaitu sebelum aktiviti pengambilan pasir dijalankan adalah 25.90 meter pada CH750 dan 23.34m pada CH800. Namun begitu, ia menjadi 58.92 meter lebar pada CH750 dan 60.30m pada CH800 bagi tahun 2009 iaitu selepas aktiviti pengambilan pasir dijalankan di kawasan tersebut. Akibatnya rejim asal sungai telah berubah dan rizab tebing asal telah menjadi sungai. Ini menyebabkan penyenggaraan tebing tidak dapat dilakukan oleh JPSNS.

Aktiviti pengorekan pasir boleh mengakibatkan hakisan di tebing sungai dan runtuhan tanah ke dalam sungai yang seterusnya menyebabkan berlakunya pemendapan tanah di kawasan pengambilan pasir seperti di Foto 3.16 dan Foto 3.17. Pemendapan tanah akan mengganggu arah aliran air sungai di mana air sungai tidak dapat mengalir mengikut kelazimannya kerana terdapat halangan seperti tanah dan pasir yang menyekat laluan air.

JPSNS memaklumkan pemantauan syarat teknikal dilaksanakan oleh juruteknik JPSNS di peringkat daerah. Tindakan akan diambil untuk memastikan syarat teknikal dipatuhi dan seterusnya akan melaporkan kepada agensi yang boleh mengambil tindakan ke atas perkara yang di luar bidang JPSNS.

Pada pendapat Audit, pematuhan kepada syarat pentadbiran dan teknikal pengambilan pasir oleh pengusaha adalah tidak memuaskan dan kurang pemantauan oleh JPSNS. Ini menyebabkan kualiti air sungai menurun pada tahap tercemar, kerosakan tebing sungai, aras dasar tebing serta rizab sungai terjejas dan memberi impak kepada rejim sungai.

3.4.2 Pengambilan Pasir Tanpa Permit
Kanun Tanah Negara (KTN) 1965 menetapkan kuasa untuk mengeluarkan permit bagi tujuan mencabut, memindah dan mengangkut bahan batuan dari tanah kerajaan adalah kepada Pentadbir Tanah. KTN melalui peruntukan seksyen 429B (1) dan (2) telah memberi kuasa kepada Pengarah Tanah Dan Galian (PTG) atau Pentadbir Tanah Daerah (PDT) untuk mengenakan kompaun kepada kesalahan-kesalahan yang dinyatakan dalam Kaedah-kaedah Tanah Negeri.

Semakan Audit terhadap kawasan yang terlibat dengan aduan pengambilan pasir tanpa permit di PDT Seremban adalah seperti di Jadual 3.6.

Senarai Kawasan Yang Terlibat Dengan Pengambilan Pasir Tanpa Permit Negeri Sembilan Bagi Tempoh Tahun 2007 Hingga Tahun 2009
Bil. Tarikh Aduan Tempat/ Daerah
1. 18.6.2009 Kg. Ulu, Mukim Rantau, Daerah Seremban.
2. 8.5.2009 Kg. Pasir Tengah, Siliau, Seremban.
3. 23.2.2009 Sungai Kepayang, Daerah Seremban
4. 20.1.2009 Kg. Seri Lalang Simin, Mukim Rantau, Daerah Seremban.
5. 9.12.2008 Sg. Chelet Kg. Bukit Kadir Nilai, Daerah Seremban
6. 1.12.2008 Sungai Jimah, Kg. Jimah, Daerah Port Dickson.
7. 9.9.2008 Sg. Batang Labu, Mukim Labu, Daerah Seremban.
8. 22.9.2008 Sg. Batang Labu, Mukim Labu, Daerah Seremban.
9. 23.4.2008 Sungai Pajam, Mantin, Seremban
10. 19.10.2007 Sungai Linggi, Daerah Seremban.
11. 9.5.2007 Jalan Labu, Daerah Seremban
12. 21.2.2007 Kg. Labu, Mukim Labu, Daerah Seremban.

Pengambilan pasir tanpa permit akan menyebabkan kerugian kepada Kerajaan Negeri kerana hasil royalti daripada pengeluaran pasir yang tidak dapat dikutip dan tiada pihak yang akan bertanggungjawab terhadap kerosakan akibat aktiviti yang telah dijalankan. Foto 3.18 menunjukkan antara kawasan pencerobohan aktiviti pengambilan pasir.

Bagaimanapun, pihak JASNS, PDT dan JPSNS telah mengambil tindakan terhadap aduan-aduan orang awam. Di antara tindakan yang telah diambil adalah seperti di Jadual 3.7.

Pada pendapat Audit, aduan aktiviti pengambilan pasir tanpa permit telah diambil tindakan sewajarnya oleh JPSNS, JASNS, PTGNS dan PDT.

3.4.3 Pemantauan Dan Penguatkuasaan Alam Sekitar Berhubung Aktiviti
Pengambilan Pasir Aktiviti pengambilan pasir hendaklah dipantau dan penguatkuasaan undang-undang yang sedia ada serta peraturan yang berhubungkait dengan aktiviti pengambilan pasir perlu dilaksanakan untuk pemeliharaan alam sekitar. Program penguatkuasaan yang dilaksanakan oleh PTGNS, PDT, JPSNS, JASNS dan Badan Kawal Selia Air Negeri Sembilan (BKSANS) adalah seperti di Jadual 3.8.

6. Badan Kawal Selia Air Negeri Sembilan Berdasarkan aduan.
Hasil daripada pemeriksaan dan lawatan Audit ke atas pihak yang terlibat dalam penguatkuasaan undang-undang berkenaan dengan pengambilan pasir ini mendapati:

a) Badan Kawal Selia Air Negeri Sembilan
Akta Air 1920 (Pindaan 2007) adalah di bawah BKSANS yang berfungsi untuk menjalankan pemeriksaan dan penguatkuasaan dengan berkesan terhadap pencemaran sumber air mentah, memantau dan menguruskan aduan awam serta hal pindaan, penggubalan yang berkaitan dengan perundangan di bawah Akta Air. Antara peruntukan di bawah Akta Air yang membolehkan tindakan perundangan diambil oleh BKSANS ke atas kerosakan alam sekitar adalah seperti berikut :
Section 4 Restoration of river banks.
Section 5 Prohibition of acts affecting rivers, except under license.
Section 7 Prohibition of diversion or abstraction of water from rivers, except under license.
Section 7A Prohibition of pollutions of rivers.
Section 16 Power to put a stop to and remedy illegal acts.

Semakan Audit mendapati penguatkuasaan terhadap seksyen dalam Akta Air belum dapat dilaksanakan di Negeri Sembilan kerana pengisian perjawatan bagi Unit Perundangan dan Penguatkuasa BKSANS belum dilaksanakan. Setakat 5 Ogos 2009, BKSANS hanya mempunyai tujuh pegawai berbanding dengan 26 pegawai sebagaimana yang diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) pada Julai 2009. Kesannya, aktiviti penguatkuasaan ke atas Akta Air yang telah berkuatkuasa tidak dapat dilaksanakan dan Unit Perundangan dan Penguatkuasa BKSANS tidak dapat berfungsi sepertimana yang telah ditetapkan.
Maklumbalas daripada BKSANS menyatakan bahawa penguatkuasaan belum dapat dilaksanakan dengan berkesan kerana peraturan kawalan pencemaran sedang dirangka dan belum diwartakan bagi pencemaran-pencemaran yang memerlukan pembuktian secara saintifik. Satu persetujuan telah dicapai dengan pihak Setiausaha Kerajaan Negeri untuk mengadakan Jawatankuasa Pengurusan Sumber Air di Negeri Sembilan. Jawatankuasa ini akan membincangkan mekanisme yang berkesan untuk melindungi sumber air dan akan dihadiri oleh Jabatan dan Agensi yang mempunyai kaitan dengan air. Sementara Jawatankuasa Pengurusan Sumber Air Negeri Sembilan telah dibentuk dengan mesyuarat pertama pada 22 Julai 2010 bagi membincangkan isu pencemaran sungai. Melalui Jawatankuasa Pengurusan Sumber Air, Jawatankuasa Kerja Kawalan Pencemaran Negeri Sembilan telah dibentuk untuk menangani isu kualiti air mentah termasuklah pencemaran disebabkan oleh perlombongan pasir. Pada pendapat Audit, Kerajaan Negeri melalui BKSANS perlu segera memperkasakan keupayaannya untuk mengelakkan lebih banyak lagi kes pencemaran sumber air mentah.

b) Perjanjian Pengambilan Pasir Tidak Ditandatangani
Mengikut Garis Panduan untuk memproses permohonan dan menetapkan syarat-syarat pengambilan pasir sungai, pengusaha adalah dikehendaki menandatangani surat perjanjian bersetuju untuk mematuhi semua syarat yang telah ditetapkan kepadanya sebelum pembayaran deposit dijelaskan. Semakan Audit mendapati kesemua pengusaha di tujuh lokasi pengambilan pasir tidak menandatangani perjanjian dengan pihak JPSNS. Akibatnya, sebarang kerosakan seperti tebing runtuh akibat daripada kualiti kerja yang tidak sempurna tidak dapat dipertanggungjawabkan kepada pengusaha. Tanpa perjanjian rasmi, JPSNS tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan perundangan terhadap pengusaha yang telah melanggar mana-mana syarat yang telah ditetapkan. JPSNS dalam maklumbalasnya menyatakan sedang menyediakan draf perjanjian untuk disemak oleh Penasihat Undang-Undang Negeri dan akan digunapakai selepas diluluskan. Pada pendapat Audit, walaupun JPSNS tidak diberi kuasa perundangan untuk menarik balik atau menggantung permit namun melalui penguatkuasaan surat
perjanjian tersebut ia telah memberi hak dan kuasa kepada JPSNS untuk bertindak berdasarkan perjanjian.

c) Aduan Dan Laporan Media Mengenai Pencemaran Yang Berpunca Daripada Aktiviti Pengambilan Pasir
JPSNS, JASNS dan PDT adalah agensi yang kerap menerima aduan mengenai kemusnahan, kerosakan dan pencemaran akibat daripada aktiviti pengambilan pasir. Semakan Audit mendapati terdapat aduan daripada orang awam dan agensi kerajaan mengenai pencemaran yang disebabkan aktiviti pengambilan pasir di Negeri Sembilan. Antara aduan yang diterima dan laporan media adalah seperti di Foto 3.19 hingga Foto 3.24. Aduan yang diterima oleh JPSNS dan JASNS dan laporan media mendapati beberapa aduan seperti kekeruhan air sungai, pencemaran kelodak dan hakisan tebing telah berlaku di beberapa kawasan di Negeri Sembilan yang diakibatkan oleh pengambilan pasir.

Pada pendapat Audit, aduan dan laporan media mengenai pencemaran yang berpunca daripada aktiviti pengambilan pasir didapati telah diambil tindakan sewajarnya oleh JPSNS, JASNS dan PDT.

3.5 RUMUSAN DAN SYOR AUDIT
Secara keseluruhannya, pengurusan aktiviti perlombongan dan pengambilan pasir di Negeri Sembilan adalah kurang memuaskan kerana telah mengakibatkan kemusnahan dan pencemaran alam sekitar. Perkara ini berpunca daripada kelemahan penguatkuasaan dan pematuhan kepada peraturan yang telah ditetapkan serta pemantauan yang kurang berkesan. Sehubungan dengan itu disyorkan supaya perkara berikut diberi perhatian oleh JPSNS, JASNS, PDT, PTGNS dan BKSANS untuk penambahbaikan terhadap pengurusan aktiviti perlombongan dan pengambilan pasir di Negeri Sembilan:

a) Pemantauan dan penguatkuasaan perlu dijalankan oleh JPSNS, PTGNS dan PDT di kawasan pengambilan pasir dengan lebih efektif untuk membendung pencemaran alam sekitar. Semua pihak perlu memastikan tiada kelewatan bertindak terhadap pengusaha yang menyebabkan kemusnahan dan pencemaran.

b) JASNS perlu dimaklumkan oleh PDT atau PTGNS mengenai pengusaha yang telah diberi permit untuk tujuan penguatkuasaan dan pemantauan bersepadu bersama agensi berkaitan bagi memastikan isu pencemaran sumber air dan masalah berkaitan kemusnahan alam sekitar yang disebabkan oleh perlombongan dan pengambilan pasir dapat dipantau. Ini memandangkan jadual program penguatkuasaan tahunan JASNS
adalah bagi premis dan aktiviti di bawah Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penialaian Kesan Kepada Kualiti Alam Sekeliling) 1987 dan lain-lain peraturan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

c) Koordinasi antara JPSNS, JASNS, PTGNS dan PDT untuk bertindak dalam menangani masalah aktiviti pengambilan pasir tanpa permit perlu dipertingkatkan.

d) BKSANS melalui bidang kuasanya perlu melaksanakan Akta Air 1920 (Pindaan 2007) antaranya dengan melakukan pemeriksaan dan penguatkuasaan terhadap pencemaran sumber air mentah, memantau dan menguruskan aduan awam.

e) Pengisian perjawatan BKSANS perlu diisi sepenuhnya agar ia dapat berfungsi dengan cekap dan berkesan bagi mencapai objektif penubuhannya. Selain itu, bagi memantapkan lagi operasi penguatkuasa perundangan, BKSANS perlu memastikan Akta Air 1920 (Pindaan 2007) yang sekian lama berkuatkuasa dipraktikkan dengan membuat perancangan bersepadu dengan Agensi Kerajaan di peringkat Negeri dan
Persekutuan dalam merangka peraturan yang berkaitan. Kerjasama dengan perunding alam sekitar, badan profesional dan pertubuhan bukan Kerajaan yang terlibat dengan alam sekitar adalah diperlukan.

f) Bagi melindungi kepentingan Kerajaan, JPSNS perlu memastikan surat perjanjian dipatuhi seperti di dalam Syarat Pentadbiran Pengambilan Pasir. Selain itu, bagi memastikan surat perjanjian yang lengkap, teratur dan menepati kehendak perundangan maka ia hendaklah dikemukakan kepada Penasihat Undang-undang Negeri untuk semakan dan kelulusan. Selain itu, koordinasi antara JPSNS, JASNS, PTGNS dan PDT dalam bertindak untuk memastikan syarat perjanjian dipatuhi seperti di dalam surat perjanjian peraturan dan undang-undang yang berkuatkuasa dipatuhi pengusaha sebelum dan semasa aktiviti pengambilan pasir dijalankan perlu dipertingkatkan.

PARTI KEADILAN RAKYAT CABANG SEREMBAN

Posted: 15 Nov 2010 07:19 AM PST

PARTI KEADILAN RAKYAT CABANG SEREMBAN


AHLI PERLU FAHAMI INTIPATI PERJUANGAN PARTI : DSAI

Posted: 15 Nov 2010 03:00 AM PST

Harap - harap penjelasan ini dapat difahami dengan sejelas - jelasnya oleh mereka yang masih was - was dengan perjuangan PKR.
SKUDAI 12 NOV:
Para ahli dan rakyat perlulah memahami intipati perjuangan PKR bukan kerana pengaruh pemimpinnya tetapi hasil perjuangan 12 tahun lalu oleh ahli-ahlinya.
Perkara ini dinyatakan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu sesi dialog bersama rakyat di Pulai Springs Resort semalam,

Katanya para pemimpin sentiasa silih berganti tetapi kesinambungan PKR adalah kerana PKR didirikan di atas keringat, darah dan airmata para ahlinya.

"Bukan soal Anwar seorang, saudara ingat Anwar seorang kena pukul? Anwar seorang kena penjara? yang menentang ISA kerana Anwar kena ISA? Ribuan, para pejuang, ulama, dan guru agama, dosa mereka apa? mempertahankan prinsip perjuangan," tegas beliau kepada kira-kira 300 peserta dialog.

Menjelaskan berkenaan pendirian beliau terhadap kenyataan dan dakwaan bekas calon Timbalan Presiden PKR, Datuk Zaid Ibrahim yang baru-baru ini mendesak Anwar dan calon Timbalan Presiden Mohamad Azmin Ali untuk berundur dari PKR, Anwar berkata parti sudah memberikan peluang yang lebih dari mencukupi kepada Zaid.

"Saya terima dia (Zaid) masuk, baru masuk dua minggu hantar dia jadi Biro Politik. Baru masuk beberapa bulan jadi calon (pilihanraya kecil) Hulu Selangor. Apa ini, tak beri ruang? tak beri kesempatan? Di mana forum besar, (kita) tonjolkan (Zaid)," jelas beliau.

Kata beliau lagi, pembentukan insan seorang pemimpin dan ahli yang baik sudah pasti mengambil masa dengan memberikan contoh, walaupun Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail kelihatan lemah dan mudah disakiti tetapi Azizah merupakan seorang yang tegas dalam pendiriannya dan tidak goyah, maka amat sesuai menyandang jawatan Presiden parti.
"Kita melalui liku-liku yang susah, daya tahan itu kena ada. Nak jadi utama, tak mudah," katanya lagi.

Anwar menjelaskan, tindakan Zaid itu dilihat sebagai satu bentuk desakan dari pihak tertentu untuk mengugurkan beliau dari arena politik tempatan kerana sebelum ini beliau sudah beberapa kali ditangkap, diugut serta dihina semata-mata untuk menghalang perkembangan perjuangan beliau dan PKR.

"Saya nak ulang, satu-satunya cara anda fikir anda boleh, persulitkan kedudukan kita ini hanya dengan serang gunakan orang dalam. Orang kata, tengok, siapa duduk dengan Anwar tak boleh lama?

"Tapi saudara, kekuatan saya ini tidak daripada Tan Sri dan Datuk-Datuk Seri yang kaya. Kekuatan saya selama ini yang memajukan dan mempertahankan saya ialah sokongan dari akar umbi rakyat," jelas beliau.

MB NAFI DAKWAAN NOH OMAR YAYASAN SELANGOR BELANJA RM 800,000.00

Posted: 15 Nov 2010 02:54 AM PST

Noh Omar, apa lagi nak dikatakan dgn MP ni, Adun DAP yg Dunnya berada di didalam kawasan parlimen beliau pun di halang daripada membuat lawatan di Dun yang diwakilinya. Tidak cukup dengan itu, dimaki dan dicerca dilakukan terhadap Adun ini.
Jadi, tertanya pulak kita samada boleh mempercayai kata - kata Noh Omar yang juga orang kuat parti UMNO = Umno Menipu Nombor One
SHAH ALAM, 15 Nov — Tan Sri Khalid Ibrahim menafikan dakwaan RM800,000 telah dibelanjakan oleh Yayasan Selangor untuk menganjurkan majlis makan tengah hari sempena ulang tahun ke-40 agensi negeri itu yang sepatutnya diadakan hari ini. Menteri Besar Selangor menegaskan kos majlis itu masih kekal RM300,000 sebagaimana dimaklumkan sebelum ini.
Majlis itu yang sepatutnya diadakan hari ini telah dibatalkan selepas Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah memutuskan untuk tidak hadir kerana dukacita setelah dimaklumkan perbelanjaan melebihi RM300,000.

Bagaimanapun Timbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Noh Omar mendakwa lebih RM800,000 telah dibelanjakan untuk menganjurkan majlis tersebut.

"Angka yang diberikan kepada saya hanya RM300,000," kata Khalid kepada pemberita di bangunan Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini.

"Biar beliau (Noh Omar) tampil dan menjelaskan (angka RM800,000)," kata beliau.
Semalam, Khalid berkata siasatan awal berhubung keputusan kontroversi untuk membelanjakan RM300,000 bagi majlis sambutan ulang tahun ke-40 Yayasan Selangor menunjukkan penglibatan pejabat Timbalan Pengurus Besar yayasan itu.

Sehubungan itu, Khalid yang juga pengerusi yayasan tersebut berkata bagi memastikan siasatan dilakukan dengan cepat dan bebas, kerajaan negeri telah mengarahkan Timbalan Pengurus Besar Yayasan Selangor Mohd Sharifuldin Sulaiman mengambil cuti bergaji selama sebulan berkuat kuasa serta merta sehingga siasatan selesai.

"Kerajaan menghargai setiap maklumat salah laku bagi memastikan pentadbiran negeri dan anak syarikat diuruskan dengan telus dan bertanggungjawab.

"Kita juga tidak akan teragak-agak untuk membuat keputusan berani termasuk membawa mana-mana individu yang terbukti melakukan salah guna kuasa ke muka pengadilan," katanya.
Sultan Selangor membatalkan hasrat menghadiri majlis sambutan itu Jumaat lalu.

Kelmarin, Noh mendakwa pembaziran dalam penganjuran majlis itu bukannya melebihi RM300,000 seperti yang dilaporkan sebelum ini tetapi melebihi RM800,000.

Pengurus Besar Yayasan Selangor Ilham Marzuki sebelum ini dilaporkan berkata kos sebenar majlis itu adalah RM285,000 bagi menampung penyediaan makanan untuk jemputan khas seramai 200 orang kenamaan dan 2,000 tetamu lain.

TANGGANG, LUNCAI atau PAK KADUK .....

Posted: 15 Nov 2010 02:44 AM PST

Oleh Jimadie Shah Othman

Perebutan jawatan timbalan presiden PKR - yang kini tinggal dua penjuru akibat pengunduran Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon timbalan presiden - dilihat akan lebih menarik dan panas.
Ini kerana, pelbagai persoalan berhubung impak pengunduran calon heavyweight itu masih mendebarkan dan penuh tanya tanya.Tambahan lagi apabila penyelaras Pakatan Rakyat itu memulakan siri jelajah di seluruh negara, antaranya bagi menjelaskan 'kepincangan' Jawatankuasa Pemilihan PKR (JPP) dan menjaja kemungkinan penubuhan 'Keadilan Baru'.

Ketika pemilihan PKR masih dihurung pelbagai kontroversi dan 'dihantui' peratusan keluar mengundi yang rendah, pengundian di 81 lagi cabang – 12 pada Jumaat, 41 pada Sabtu dan 28 pada Ahad – akan berlangsung seperti biasa mulai hari ini.
Pada minggu pertama pemilihannya PKR dua minggu lalu, peratusan keluar mengundi hanya sekitar sembilan peratus manakala pada minggu kedua hanya meningkat sedikit kepada 12 peratus.
Justeru, parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail itu dilihat tiada pilihan kecuali menggiatkan jumlah keluar mengundi bagi mengelakkan tanggapan proses '1 undi 1 anggota' itu disambut dingin kira-kira 400,000 ahlinya di seluruh negara.
Dan sasaran itu dilihat melalui jalan penuh berliku ketika calon popular setakat ini Azmin Ali sudah selesa dengan majoriti sebanyak 2,479 undi meninggalkan pencabarnya yang masih kekal Mustaffa Kamil Ayub.
Kekosongan terlalu besar buat MustaffaSelepas 87 cabang bermesyuarat hujung minggu lalu, Azmin mendapat 6,467 undi, manakala Zaid memperolehi 3,988 dan Mustaffa Kamil Ayub meraih 1,215 undi.
Dengan pengunduran Zaid, majoriti Azmin kini bertukar kepada 5,252 undi - suatu angka yang sukar dihambat Mustaffa Kamil.

Bagaimanapun, permainan ini dijangka lebih menarik sekiranya Mustaffa Kamil– juga orang lama dalam PKR – dapat mengisi kekosongan yang ditinggalkan Zaid sebagai bekas menteri Umno yang disambut masuk dalam PKR penuh bergaya setahun lalu.
Persoalannya, adakan ruang kosong itu terlalu besar untuk diisi oleh Mustaffa Kamil? Tetapi bekas aktivis beliau dan NGO Islam itu juga bukan calang-calang calon.
Selain gaya dan retorik mirip Anwar, Mustaffa Kamil pernah membuktikan kekuatannya apabila menang bertanding jawatan naib presiden tiga tahun lalu walaupun daripada segi pencalon, beliau ketika itu di kedudukan keenam.
Namun, sekiranya anggota akar umbi PKR mulai bosan, semua percaturan itu akan menjadi tidak bermakna apabila pemilihan itu tinggal 'syok sendiri' dan tidak dipedulikan.
Dari segi yang lain, Azmin pula - yang masih dibelenggu dengan persepsi 'yesman' kerana hubungannya yang rapat dan lama dengan Anwar - pula tiada pilihan kecuali mengutip majoriti sebanyak mungkin bagi membuktikan mandat anggota PKR bersamanya.
Zaid pergi lebih jauh?
Walaupun terdapat cakap-cakap bahawa Mustaffa Kamil munggkin mengikuti jejak langkah Zaid, kemungkinan itu dilihat tipis buat masa ini.
Ini dikuatkan lagi dengan kenyataan terbaru Mustaffa Kamil semalam yang sekali lagi mengulangi ikrar tidak berbelah baginya pada Anwar dan Wan Azizah selepas hadir di sidang media yang menghentam bosnya sebelum ini.

Dalam kenyataan satu halaman itu, Mustaffa Kamil tampil menafikan terlibat menunjukkan memorandum mendesak Anwar dan Azmin supaya berundur pada sidang media di kediaman Zaid di Petaling Jaya.
Gambar beliau bersama Zaid itu digunakan secara meluas di pelbagai media arus perdana dan portal berita.
"Saya membantah sekeras-kerasnya laporan yang salah di dalam caption gambar tersebut kerana memorandum yang ditunjukkan di dalam gambar tersebut bukan sama sekali untuk mendesak Datuk Seri Anwar dan Sdr Azmin berundur.
"Sepertimana yang telah saya nyatakan sebelum ini, memorandum yang saya hantar pada 9 November 2010 tersebut adalah untuk meminta pembatalan dan penjalanan semula pemilihan Kepimpinan PKR 2010 dan kandungannya diketahui oleh Datuk Seri Anwar dan Datuk Seri Dr Wan Azizah," jelas Mustaffa Kamil.
Setakat ini, selain mengundurkan diri dan melepaskan semua jawatan dalam PKR, masih belum jelas sama ada Zaid boleh bertindak lebih jauh daripada itu.
Menanti 'nuklear besar'
Menurut sumber yang rapat dengannya, kem beliau mendakwa masih mempunyai bukti 'penyelewengan' pemilihan PKR yang masih belum didedahkan. Jenis bukti berkenaan setakat ini masih belum jelas.
Bagaimanapun, jika benar pendedahan baru ini benar-benar besar, ia bakal menjadi 'nuklear besar' bagi menghapuskan keyakinan anggota PKR kepada proses demokrasi itu, seterusnya mengikis kenyakinan mereka pada PKR.

Kemungkinan paling buruk yang betul-betul bakal memburukkan nama JPP parti itu apabila berlakunya penarikan diri beramai-ramai sebagai calon di pelbagai peringkat.
Setakat ini, seorang calon naib presiden Jonson Chong yang juga bekas pengarah komunikasi PKR difahamkan telah menarik diri. Pengumuman rasminya dijangka dibuat beberapa jam lagi.
Walaupun terdapat kemungkinan-kemungkinan di atas, berdasarkan premis terdapat pelbagai kemungkinan dalam politik, pemilihan di 81 lagi cabang mulai esok mungkin berjalan begitu sahaja, seperti biasa, seperti tiada apa-apa yang berlaku.
Bahangnya mungkin beralih kepada perebutan kerusi nombor tiganya pula di mana beberapa 'selebriti' PKR bertanding, antaranya 'puteri reformasi' Nurul Izzah Anwar, Timbalan Ketua Meneri Pulau Pinang Dr Mansur Othman dan Pengarah Strategik Tian Chua.

Sumber:Malaysiakini

UMNO TOLAK FAKTA SEBENAR, HUKUM AGAMA

Posted: 15 Nov 2010 02:35 AM PST

UMNO INI JIKA DITERJEMAHKAN MAKSUDNYA IALAH
U= UMNO
M= MENIPU
N= NUMBER
O= ONE
Berikut adalah analisa komen daripada Mat Zain Mat Isa

Ada benarnya kata orang, Umno dikuasai manusia yang gemar mengambil tindakan ebal dan sembrono. Kononnya mahu memperlihatkan diri sebagai sebuah parti yang prihatin dan sensitif, para pemimpin Umno sering tergesa-gesa memberikan reaksi terhadap sesuatu perkara berbangkit.

Selalunya tanpa usul periksa atau meminta penjelasan lebih terperinci, mereka mudah membuat kesimpulan atas sesuatu isu tercetus. Kerap berlaku reaksi tidak teliti didorong serakah politik itu jauh tersasar dari hakikat sebenar isu terbabit.

Tabiat Umno itu ibarat ungkapan sindiran dalam masyarakat Barat, "like a frog, easily jump into conclusion". Perangai itu juga menepati apa yang diistilahkan oleh orang Pantai Timur sebagai "baham rambang".

Sepatutnya hal sedemikian tidak berlaku. Selaku parti pemerintah kerajaan sejak sekian lama, Umno perlu menjaga imej dan kredibilitinya daripada dinilai sebagai tidak teliti. Lagi pun, ia ada akses kepada segala kemampuan komunikasi dan teknologi maklumat. Ia juga menguasai seluruh saluran media arus perdana, elektronik mahu pun cetak.

Jika mahu, ia boleh meminta agen perisiknya memaklumkan fakta sebenar sesuatu isu sebelum diulas para pemimpinnya. Umno juga boleh memastikan letak duduk sesuatu perkara dari media-media talibarutnya yang mencetuskan isu-isu terbabit agar reaksi diberikan tidak menyerlahkan kegopohannya.

Bagaimana pun, hal sebegitu itu tidak banyak berlaku. Sehinggakan dalam mengulas isu penting dan sensitif pun, para pemimpin Umno sering tersasar dari fakta sebenar, lari dari tajuk atau menyentuhnya secara 'out of contact'. Sesiapa pun yang meneliti dan menilai secara waras dengan dada terbuka agak sukar menerima banyak komen dan reaksi Umno itu sebagai rasional.

Meneliti laporan media beberapa hari sepanjang minggu lalu membantu memudahkan kita mengiyakan hakikat itu. Isu-isu dimanipulasi Barisan Nasional (BN) sepanjang kempen di dua pilihan raya kecil, masing-masing di Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas, Kelantan dan Parlimen Batu Sapi, Sabah, banyak membabitkan kenyataan sembrono para pemimpin parti itu yang tidak menepati fakta sebenar.

Di Galas, misalnya, BN mendakwa kerajaan PAS menafikan hak rakyat daerah Gua Musang mendapatkan hak milik tanah. Sedangkan penjelasan pegawai kerajaan terlibat hal itu menunjukkan kelulusan hakmilik kepada 12,000 permohonan di kawasan itu telah pun dibuat.
Para pemimpin Umno juga cuba mengelirukan fakta kononnya dengan mengundi calonnya masalah hakmilik tanah akan dapat diselesaikan. Sedangkan mereka tahu kuasa meluluskan tanah dimiliki sepenuhnya kerajaan negeri.

Amat memalukan, kegilaan mereka menyeleweng dan membelakangkan fakta sebenar sesuatu isu bukan terbatas setakat perkara-perkara sosio-ekonomi. Umno malah tergamak mengenepikan pertimbangan rasional dan munasabah dalam isu-isu menyentuh fakta hukum agama sekali pun.

Isu pemberian wang zakat kepada saudara baru Orang Asli oleh Menteri Besar Kelantan, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, misalnya sewenang-wenangnya digemariuhkan sebagai rasuah politik. Lalu tanpa bertangguh para pemimpin Umno mencanangkan bahawa PAS menyogok pengundi.
Segenap penjuak Umno bangkit menuntut PAS dikenakan tindakan kerana didakwa melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya. Seperti biasa, dalam keadaan genting sebegitu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tumpang mengeruhkan keadaan, apabila tergesa mengeluarkan kenyataan memberikan gambaran negatif terhadap PAS.

Tambah menyemarakkan persepsi buruk terhadap PAS ialah ulasan dan sorotan media talibarut BN yang sengaja memanipulasi isu itu secara tidak bertanggungjawab.
Penjelasan Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Abdul Halim Abdul Rahman, bahawa wang berkenaan adalah sumbangan zakat kepada penduduk yang baru diislamkan Nik Aziz sepatutnya menyelesaikan salah tanggapan itu.

Malangnya, penjelasan itu tidak diberi tempat seeloknya, terutama oleh media arus perdana dikuasai BN. Keegoan para pemimpin Umno pula menghalang mereka daripada mengakui keterlanjuran, walau pun membabitkan hukum agama.
Bukankah mereka tahu betapa golongan muallaf termasuk asnaf yang layak menerima zakat? Dan, seperti dijelaskan Abdul Halim, pemberian zakat kepada saudara baru boleh dibuat walau di mana dan bila.

Inilah yang dikata orang, sudah lah jahil, degil pula. Para pemimpin Umno terbukti enggan mengakui kesilapan, sukar menerima penjelasan orang, sehinggakan tergamak membelakangkan fakta hukum agama, walau pun sudah dijelaskan di depan mata oleh pelbagai pihak.

Sama juga halnya dalam isu pemberian wang kepada warga emas di Pulau Pinang. Minggu lalu, Pemuda Umno negeri itu mencuri tumpuan media sekali lagi apabila melakukan gimik menyerahkan kembali wang berkenaan kepada kerajaan negeri, atas dakwaan dibuat sebelum ini bahawa ia bercampur dengan wang judi.

Nampak sangat makhluk bernama Umno ini degil dan bebal, sehingga tidak bersedia menerima penjelasan para ulama dan tokoh agama mengenai letak duduk hukum wang berkenaan. Hati, mata dan telinga anugerah Tuhan seolah tidak digunakan untuk menerima kebenaran. Ia masih seronok menegakkan benang basah mempertahankan kebebalannya membantah secara "baham rambang" sesuatu yang belum pasti fakta hukumnya.

Itulah perangai hodoh Umno!

SATU RANCANGAN UNTUK KUBURKAN PKR MELALUI MAHKAMAH

Posted: 15 Nov 2010 02:28 AM PST

Satu analisa, renung - renungkanlah & fikir-fikirkanlah kemungkinan - kemungkinan yang boleh berlaku.

Oleh: WFAUZDIN NS
INGATKAH anda sejarah Umno pernah diharamkan? Mungkin ramai yang tidak tahu Umno sekarang adalah `benih baru' yang ditanam oleh Tun Mahathir. Jika anda mahu tahu sejarah Umno, mengapa ianya diharamkan suatu ketika dan kenapa `benih baru' ditanam semula, anda bolehlah bertanya dengan Ku Li atau Rais Yatim. Mereka arif tentang sejarah ini.
Seimbas lalu, saya petik dari blog rakan Greenboc tentang sejarah pengharaman Umno secara ringkas. "Pada Jun 1988, satu guaman sivil telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur oleh 11 ahli Umno yang dinamakan sebagai 'Umno 11′. Kumpulan ini telah memohon suatu relif termasuk suatu pengisytiharan bahawa pemilihan calon yang menang semasa Perhimpunan Agung Umno April 1987 sebagai bertentangan dengan perlembagaan parti, tidak sah dan dianggap terbatal serta tidak mempunyai kesan." (Greenboc).
Mengapa perlu kita imbas kembali sejarah Umno yang banyak mengkhianati orang-orang Melayu ini? Ini adalah untuk belajar dari sejarah parti yang hampir pupus itu, mengapa parti itu diharamkan suatu ketika. Ringkasnya, Umno diharamkan adalah kerana ketamakan kuasa Tun Mahathir yang mahu menghalang kemaraan Ku Li. Apabila saluran mahkamah digunakan oleh kumpulan yang sanggup merosakkan parti asalkan musuh mereka tidak dapat menguasai parti berkenaan.
Tidak mustahil hal yang sama boleh berlaku kepada PKR. Kita akan lihat siapa nanti yang tergamak membawa masalah dalam parti ini ke mahkamah, walaupun ruang dibuka seluas mungkin untuk mereka di dalam parti. Rasa tidak puas hati tentang pemilihan di dalam PKR kali ini banyak kedengaran, apatah lagi dijadikan bahan berita utama oleh media pencacai. Pihak parti juga telah memberikan kenyataan dan berjanji untuk menyelesaikannya sehingga sanggup memberi masa untuk mereka yang tidak puas hati itu mengumpul bukti untuk disiasat. Malahan, Presiden Parti DS Wan Azizah yang dikatakan `tidak berminat' dengan Azmin pun membuat kenyataan untuk menyiasat segala dakwaan tetapi bagi menghormati kehendak majoriti akar umbi, tanpa adanya bukti kukuh salah laku setakat ini, maka pemilihan mesti diteruskan.
Mungkin ada pula yang menukar tuduhan mereka selama ini dan menganggap DS Wan Azizah `berpihak' kepada Azmin apabila meneruskan pemilihan. Jika pemilihan dibatalkan dan dilakukan semula tanpa asas dan bukti kukuh, tentunya penyokong Azmin akan mendakwa pula DS Wan Azizah menyokong Zaid mahu pun Sdr Mustafa Kamil. Tentu sekali ini menimbulkan dilema buat Presiden Parti, lantas beliau berpegang kepada fakta yang ada iaitu pemilihan mesti berjalan dan siasatan perlu juga dilakukan.
Tentang isu samada parti akan dibawa ke mahkamah atau tidak, itu terpulanglah kepada mereka samada ingin digelar sebagai pengkhianat atau tidak. Apa yang penting, kita jangan meletakkan diri kita `satu kepala' dengan pengkhianat yang bakal muncul nanti./wfauzdin.blogspot.com

INDUSTRI MAKSIAT ETP, BERINGAT SEBELUM KENA

Posted: 15 Nov 2010 02:22 AM PST

satu peringatan daripada oleh Solleh al-Fatimi. Panjang sangat artikel ini. Untuk maklumat lanjut, layarilah : sila lawati: http://solleh-alfatimi.blogspot.com/2010/11/industri-maksiat-etp-beringat-sebelum.html


Dari: Solleh al-Fatimi
Memacu ekonomi negara. Itulah hasrat yang ingin dicapai dalam Program Tranformasi Ekonomi (ETP) yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak. Namun sungguh memalukan dan mengaibkan apabila cadangan yang terkandung dalam ETP merangkumi penubuhan beberapa kelab malam terkemuka, penganjuran konsert hiburan mega dan melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa. Tindakan ini adalah untuk memacu industri pelancongan.
EPP seperti yang dilaporkan akan menubuhkan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Higlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kota Kinabalu. Langkah kerajaan ini akan menyaksikan penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014 dan dikatakan menjelang tahun 2014, akan terdapat sekurang-kurangnya 10 kelab malam di zon hiburan. (Harakah: Bil 1585)
Saranan yang dibuat oleh Perdana Menteri kita ini, memanggil saya untuk saling mengingati sesama kita. Saya ingin mengajak sesiapa sahaja yang mempunyai akal untuk berfikir, mempunyai hati untuk menghayati, mempunyai mata untuk memerhati, mempunyai telinga untuk mendengar dan mempunyai lidah untuk menyampaikan apa yang ingin saya bentangkan ini. Inilah satu nasihat sebelum kita terlambat. Hayatilah sejarah lampau untuk mengatur langkah pada hari ini dan di masa hadapan.

BANJIR KILAT DI NEGERI SEMBILAN BERPUNCA DARIPADA PROJEK LANDASAN KERETAPI

Posted: 15 Nov 2010 02:16 AM PST

Di Pulau Pinang, kerajaan PR telah mengambil keputusan untuk memberhentikan buat seketika projek landasan berkembar ini. Tidak tahu pula bila agaknya MB Negeri Sembilan akan mengambil tindakan yang berani seperti di Pulau Pinang.

Oleh: amkns
"Bukan di Kedah saja Menteri BN mendakwa projek landasan keretapi berkembar memburukkan keadaan banjir. Malahan di Negeri Sembilan juga perkara ini berlaku. Tapi bila berlaku di Negeri Sembilan, TV1, TV3, Utusan Malaysia bacul dan pengecut untuk siarkan di berita utama mereka. Kesian, kesian orang Negeri Sembilan, orang Rembau pula tu, tak siapa yang mendengar keluhan anda sebelum ini. Kawasan selamat UMNO lah katakan.
CHENGKAU ULU DITENGGELAMI AIR

CHENGKAU , Rembau - Hujan lebat selama kira-kira dua jam, petang kelmarin mengakibatkan lebih 10 rumah di Kampung Chengkau Ulu, dekat sini ditenggelami air setinggi 1.5 meter.
Penduduk mendakwa, kejadian banjir itu merupakan paling buruk berlaku di kampung itu setakat ini, dipercayai berpunca projek landasan keretapi berkembar Seremban- Gemas berdekatan kampung terbabit.

Mohd Fuad berkata, sebelum ini kawasan berkenaan pernah dinaiki air, tetapi tidak seteruk kali ini.

Dia tidak menolak kemungkinan ia berpunca daripada projek landasan keretapi berkembar Seremban-Gemas berdekatan kampung itu.

PROJEK LANDASAN KERETAPI PUNCA BANJIR BURUK DI KEDAH

PROJEK landasan berkembar yang menjadi antara projek kesayangan bekas Perdana Menteri yang seorang itu, akhirnya disahkan sebagai punca banjir terburuk melanda Kedah dan Perlis sejak minggu lalu.

Dan paling mengejutkan dakwaan itu bukan datangnya daripada parti pembangkang, tetapi daripada menteri kabinet sendiri, Datuk Chor Chee Heung!

Chee Heung, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, berkata projek landasan keretapi berkembar itu diakui menjadi punca banjir buruk kali ini, terutama kerana pelaksanaannya tidak diseiringkan dengan pelan kecemasan jika bencana seperti banjir berlaku.

Beliau mendedahkan bahawa kepincangan yang dicetuskan oleh projek mega itu, telah menyebabkan air menenggelami sebahagian besar kawasan yang tidak pernah dilanda banjir sebelum ini. Dan termasuk dalam kawasan dimaksudkan beliau ialah taman di mana beliau tinggal kini!

"Saya telah tinggal di taman ini sejak 1985 dan tidak pernah air naik sehingga ke dalam rumah. Sekarang air naik empat kaki dalam rumah saya dan kawasan berdekatan," katanya.
Dakwaan Chee Heung yang juga Ahli Parlimen Alor Setar memang ada rasionalnya kerana beliau memahami kawasan terbabit dan rumahnya pula dinaiki air.

Turut didedahkan Chee Heung ialah kegagalan pihak berkenaan menyediakan pelan kecemasan sehingga air banjir tersekat oleh landasan berkembar yang dibina. Aliran air itu kemudian melanda kawasan lain yang tidak sepatutnya banjir.

Beliau yang kecewa dengan keadaan banjir paling buruk berlaku itu bagaimanapun berkata telah memaklumkan masalah yang ditimbulkan oleh projek landasan keretapi berkembar kepada Menteri Pengangkutan, datuk Seri Kong Cho Ha.

Double-tracking project worsened flood situation in Kedah - Chor

PETALING JAYA: The floods in Alor Setar had been worsened by the electrified double-tracking railway project, Housing and Local Government Minister Datuk Chor Chee Heung said.
He added the outflow of the water was affected by the tracks themselves, adding that contingency plans to allow water to flow out should be in place.

Chor said he had informed Transport Minister Datuk Seri Kong Cho Ha on the matter.
As a result of the poor outflow, areas which were not seriously flooded before were now submerged in several feet of water, he added, citing Taman Lumba Kuda, Taman Golf, Taman Rakyat and Taman Malaysia as examples.

Chor, who is Alor Setar MP, stay with his family in Taman Lumba Kuda.

"My house is now under four feet of water. We have been staying there since 1985, and this is the first time water has come into the house. There had been floods before, but only the roads were inundated," he said.

Chor had not been back to his house since Thursday as he was visiting other flooded areas and directing the Fire and Rescue personnel on the rescue work.

He said his relatives had to come to offer help to his wife.

Chor also attributed the poor rescue work in the flooded areas to the lack of experience by the PAS-led state government in dealing with the situation.

KERAJAAN AKAN KAJI DAKWAAN LANDASAN BERKEMBAR PUNCA BANJIR DI KEDAH

ALOR SETAR: Kementerian Pengangkutan akan mengkaji sama ada projek pembinaan landasan kereta api berkembar (EDTP) dari Ipoh ke Padang Besar menjadi punca berlakunya banjir besar di Kedah awal bulan ini.

Timbalan Menteri berkenaan Datuk Abdul Rahim Bakri berkata kementerian akan mendapatkan pandangan dari Jabatan Pengairan dan Saliran dan Jabatan Alam Sekitar mengenai perkara itu.

"Kami prihatin dengan rungutan masyarakat, jadi kami akan mendapatkan pandangan kontraktor kedua-dua jabatan itu tidak lama lagi," katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat Malaysia Airport Holdings Bhd di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Kepala Batas di sini, Sabtu.

Beliau berkata pada 2005, Kedah turut mengalami banjir besar sedangkan pada ketika itu projek EDTP belum dimulakan.

"Hujan yang sangat lebat juga boleh menyebabkan banjir yang dikatakan sebagai paling buruk dalam tempoh 35 tahun, bagaimanapun kami pasti akan mencari kebenaran mengenai dakwaan itu," katanya.Terdahulu, Abdul Rahim diberi taklimat mengenai keadaan banjir yang turut menjejaskan lapangan terbang itu baru-baru ini.

Sebanyak 60 penerbangan dibatalkan apabila lapangan terbang itu terpaksa ditutup dari 2 Nov hingga Khamis lepas berikutan landasannya dinaiki air.-BERNAMA

Tiada ulasan:

Pengikut