PAS TELUK INTAN Posted: 18 Nov 2010 11:06 PM PST pas tidak ceramah, media mesti adil! Posted: 18 Nov 2010 02:03 AM PST PAS tidak akan bergelut lagi mengatur ceramah menerangkan isu kepada rakyat sekiranya media di Malaysia bersikap adil, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu. Ketika ditemui selepas menyampaikan khutbah Aidiladha di Markaz Tarbiah PAS Negeri Pulau Pinang di Pongsu Seribu, semalam beliau menyokong penuh tindakan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang tidak membenarkan media pro Umno BN membuat liputan persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah. (Gambar: Mohamad Sabu menyembelih lembu korban.)isu banjir tidak sepatutnya dijadikan isu politik sebaliknya bekerjasama dengan kerajaan negeri membantu mangsa banjir. "Jika media di Malaysia bersikap adil dengan memberi ruang untuk PAS dan parti dalam Pakatan Rakyat bersuara di mana-mana siaran sama ada cetak atau elektronik, yakin PAS tidak payah lagi berceramah di sana ke mari malahan boleh menumpukan pada gerakan kebajikan dan dakwah," . Ini tidak, media bersikap seperti 'jakun' membantu kerajaan BN yang nyata zalim serta takut kepada erti kekalahan sebenar. media sekarang sanggup menggadai prinsip dan etika kewartawanan semata-mata mahu mengikut telunjuk kepimpinan yang telah terbukti rasuah dan melakukan penyelewengan. "Mereka tetap jakun dari dulu sehingga hari ini, tidak sebagaimana media di Indonesia, Thailand dan Vietnam bakal mengikut rentak negara berkenaan,". semasa berkhutbah beliau berpesan kepada umat Islam supaya memperhambakan diri kepada Allah Taala dengan melaksanakan semua suruhan sama ada ianya masuk akal atau sebaliknya. Nabi Ibrahim a.s. yang mendapat mimpi untuk menyembelih anaknya Ismail a.s terus sahaja melaksanakan arahan tersebut biarpun ianya tidak lojik bagi manusia yang jahil. "Anak yang sedang membesar mana boleh dikorbankan, mesti ada perasaan sayang dan kasih. Tetapi, kerana ianya suruhan Allah SWT kena dituruti," jelasnya dalam program Korban Perdana anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang. Lima ekor lembu dikorbankan dan dibahagikan kepada fakir miskin di cawangan-cawangan. | |
PARLIMEN BUKIT GANTANG Posted: 18 Nov 2010 09:30 PM PST Nizar ziarah keluarga mendiang peguam G.Balasundram yang mati ditikam 17 kali. Posted: 18 Nov 2010 08:12 PM PST | Nizar penuh hajat penyumbang pembaca Harakah. Posted: 18 Nov 2010 07:29 PM PST Nizar menyembelih binatang Qurban sumbangan pembaca Harakah di Kg Paya Changkat Jering.Satu cawangan baru yang tumbuh di kubu kuat UMNO. Nizar menyembelih binatang Qurban di Taman Indah-Taman Indah yang juga sumbangan pembaca harakah. Penduduk Kg Setia satu cawangan baru bergambar bersama Nizar sebaik Nizar selesai menyembelih lembu qurban sumbangan pembaca Harakah Nizar menyembelih lembu Qurban di Kg Setia dalam DUN Kuala Sepetang. | |
DEWAN MUSLIMAT PAS GOPENG Posted: 18 Nov 2010 09:06 PM PST |
N.27 - PAS DUN Sura Posted: 18 Nov 2010 07:42 PM PST Produk Yahudi diberi layanan istimewa Majlis Perbandaran Dungun. Posted: 17 Nov 2010 09:22 PM PST
Awal November baru-baru ini, warga Dungun berpusu-pusu memenuhi hari pembukaan restoran makanan segera, McDonald's bertempat di Jalan Baru,Dungun.Tapak asal pembinaan restoran ini adalah deretan kedai peniaga-peniaga Melayu antaranya kedai makan yang menjadi tumpuan siang dan malam.
Sebelum itu dinaikkan kain rentang 'countdown' ke hari pembukaan bagi mewar-warkan ke rakyat Dungun yang mungkin ternanti-nanti sudah sekian lama pembukaan restoran terkenal ini.Pembinaan yang nampak seolah-olah terkejar-kejar 'due date' itu menambahkan lagi kesibukan dan kerancakan suasana di sekitar premis tersebut.
Hasil tinjauan yang dibuat, kerja-kerja terakhir pembinaan premis tersebut masih lagi diteruskan di tingkat atas dan pada masa yang sama di tingkat bawah telah dibuka kaunter jualan makanan segera itu.
| |
PAS Kawasan Miri Posted: 18 Nov 2010 07:20 PM PST Sarawak, Malaysia economy is lagging behind Singapore despite its rich natural resources Posted: 17 Nov 2010 08:31 PM PST 45 years after split, Singapore's economy may finally overtake Malaysia's this year Singapore's gross domestic product will cap its fastest annual growth this year since independence, rising as much as 15 percent to about $210 billion, while the economy of Malaysia, a country 478 times its size, will expand 7 percent to $205 billion, government forecasts show. The nations are scheduled to release their 2010 data by February.
DayakBaru thoughts:I often wonder whether Sarawak could be better economically than it is today if it has left Malaysia and become a sovereign country like Singapore? Sarawak has rich natural resources and today Malaya us sucking 95% of Sarawak's oil and gas money. 40% of Malaysia income come from oil and gas. Would the Twin Tower be in Kuala Lumpur or the F1 race be held in Sepang. Sarawak may even have a Putra Jaya of the same class if not better because Sarawak population is small. Would we not have beautiful double carriage high way and four lanes each way from Sematan / Lundu to Limbang / Lawas The very many UMNO/PBB politicians has become rich mostly from their plunders and abuse of position from power they got from the people. Today, UMNO/PBB is in power from the support of Sabah and Sarawak. What we Sarawakian got is more undelivered promises, lies,deceit and even interference with our free practice of religion and opportunities to work in our civil service. There are much more that be said but it suffice for now. It is just a thought of Sarawakian lost opportunity to be a richer community, instead of depending on buffalo roads and rivers, clean water to drink and without the feeling of being treated as third class citizen b y the present government. 65 Million for PM House for 1 year;what happen to folks at Kuala Baram,Kg Tukau,Tudan and lot of other places in Sarawak...What a real 1Malaysia..Rakyat Kena Dulu,Not Rakyat Didahulukan | |
DPPK PARIT Posted: 18 Nov 2010 07:16 PM PST |
ULAMA PEWARIS NABI Posted: 18 Nov 2010 03:37 PM PST LEPAS USNO ....UMNO DAN HASILNYA BANK DUNIA KATA SABAH KO? Posted: 18 Nov 2010 12:18 AM PST Sabah miskin sebab pemimpinnya kaya : Karim Ghani Salam, Kenyataan Datuk Karim Ghani merujuk laporan Bank Dunia yang menyatakan Sabah sebagai negeri termiskin. Bekas pengasas Umno Sabah, Datuk Karim Ghani mengakui kesahihan laporan Pemantauan Ekonomi Malaysia (MEM) oleh Bank Dunia, bahawa Sabah dikategori sebagai negeri paling miskin di Malaysia. Laporan berkenaan menyebut Sabah yang mewakili 10 peratus penduduk Malaysia mempunyai 40 peratus daripada rakyatnya dikategorikan sebagai miskin. Sehubungan itu, Karim juga yang menyanggah kenyataan Unit Perancang Ekonomi (EPU) Negeri Sabah yang menafikan laporan MEM berkenaan. Pemimpin yang pernah sama-sama berjuang bersama tokoh kemerdekaan Sabah, Tun Datu Mustapha Datu Harun itu berkata masalah wujud disebabkan perjanjian ketika pembentukkan Malaysia tidak ditunaikan. "Sabah negeri kaya, yang miskin rakyatnya dan yang kaya juga pemimpinnya. Laporan Bank Dunia itu yang betul," katannya yang berhasrat menghidupkan semula Usno.Berhubung tindakan EPU menyanggah laporan tersebut, Karim berkata ini kerana kerajaan BN sengaja tidak mahu mengakui rakyat Sabah miskin. "Kenyataan yang asyik diulang-ulang oleh pemimpin Sabah, hujung tahun ini semua rakyat sudah keluar daripada kemiskinan. "Sabah kaya...kita ada minyak, ada kayu balak, ada kelapa sawit tapi rakyatnya miskin disebabkan pentadbiran yang tidak betul.
"Yang dimajukan cuma bandar dengan bangunan yang mencakar langit tetapi di luar bandar, orang masih lagi merempat. "Seperti di Batu Sapi, kalau kita tengok tempat orang Islam di sana, air mata saya pun menitis kerana merempat sedangkan Batu Sapi itu tempat Ketua Menteri, banyak dengan kayu balak dan kelapa sawit," katanya. Dakwa Karim lagi, Umno-BN sengaja membiarkan rakyat Sabah di dalam keadaan daif supaya undi mereka senang dibeli setiap kali pilihan raya diadakan. NONE"Ini adalah soal kepimpinan, kalau pemimpin mentadbir dengan baik, apa parti pun baik tetapi sejak tahun 1985 keadaan rakyat Sabah bertambah buruk. Rata-rata pekerja di Sabah, berpendapatan kurang daripada RM 500 kecuali pegawai kerajaan dan para pimpinan atasan," katanya. Beliau juga membidas projek mega seperti membina terminal lapangan terbang yang berharga RM 1.2 bilion yang dakwanya tidak memberikan manfaat kepada rakyat Sabah terutamanya yang tinggal di kampung-kampung yang langsung tidak pernah menjejak kaki ke terminal tersebut. "Projek mega memang nampak indah tapi projek di kampung, apa yang ada. "Buat jalan raya tapi tidak mendatangkan hasil kepada rakyat jadi macam mana hendak menambah pendapatan?" | 10 SOALAN 1 MAKSUD Posted: 18 Nov 2010 12:14 AM PST dIBAWAH INI TEMAN PETIK DARI BLOG PENYOKONG KUAT UMNO MENANYA MENTERI DALAM NEGERI :-
1 Berikan 10 sebab mengapa tindakan masih tidak diambil terhadap Namewee?
Soalan ke-2?
Berikan 10 sebab mengapa tindakan masih tidak diambil terhadap Namewee?
Ketiga?
Berikan 10 sebab mengapa tindakan masih tidak diambil terhadap Namewee?
Bagaimana dengan soalan ke-4?
Berikan 10 sebab mengapa tindakan masih tidak diambil terhadap Namewee?
Soalan lain?
Berikan 10 sebab mengapa tindakan masih tidak diambil terhadap Namewee?
Lain?
Berikan 10 sebab mengapa tindakan masih tidak diambil terhadap Namewee?
Ada soalan lain?
Ada. Berikan 10 sebab mengapa tindakan masih tidak diambil terhadap Namewee?
Maksud saya yang benar-benar berlainan?
Berikan 10 alasan munasabah mengapa tindakan undang-undang masih belum diambil terhadap Namewee?
Ada soalan tambahan?
Berikan 10 sebab mengapa tindakan masih tidak diambil terhadap Namewee?
Yang terakhir?
Berikan 10 sebab mengapa tindakan masih tidak diambil terhadap Namewee?
Mohon tindakan yang sewajarnya ke atas Namewee
GuruBashid | AHLI PARLIMEN GUA MUSANG MASIH DIPINGGIRAN ? Posted: 17 Nov 2010 11:49 PM PST KUALA LUMPUR, 18 Nov: Desas desus rombakan kabinet didakwa bakal menyaksikan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan akan menjadi menteri penuh manakala Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin sebagai timbalan menteri. Sumber-sumber memaklumkan rombakan tersebut dijangka diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak minggu depan atau awal bulan Disember. Empat menteri disebut-sebut akan digugurkan iaitu Datuk Ahmad Shabery Cheek (Menteri Belia dan Sukan); Datuk Shaziman Abu Mansor (Kerja Raya); Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan) dan Datuk Seri Ng Yen Yen (Pelancongan). Beberapa menteri pula dijangka bertukar kementerian seperti Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang kini Menteri Dalam Negeri dipindahkan ke Kementerian Pertahanan. Dua bekas menteri, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang kini Setiausaha Agung BN dan bekas Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said akan kembali ke kabinet. Jika ianya benar, beberapa penganalisis politik melihat ianya sebagai petanda bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 semakin hampir dan Najib sedang memperkemas pasukannya. Mereka tidak menolak kemungkinan PRU-13 akan diadakan tahun hadapan berasaskan BN pada waktu ini yakin mereka telah mendapat kembali sokongan rakyat. Penanda aras paling akhir bagi mereka setakat ini adalah Pilihan Raya Kecil Dun Galas dan Parlimen Batu Sapi pada 4 November lepas yang menyaksikan kemenangan calon BN. Beberapa pihak turut mendakwa cadangan melantik Ahmad Maslan ke jawatan menteri penuh kerana "sumbangan" besarnya menjadi jurucakap dalam isu Felda. Beliau dilihat paling menonjol membela dakwaan "salah urus" dalam Felda biarpun dalam beberapa kes mahkamah yang dimenangi peneroka. Rombakan kabinet kali ini juga dilihat sebagai peluang terakhir bagi ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menyertai kabinet sebelum pilihan raya umum akan datang. Khairy tidak dilantik menganggotai kebinet apabila Najib mengambil alih pentadbiran April lalu, sedangkan Datuk Mukhriz Mahathir yang mencabarnya bagi jawatan nombor satu pergerakan itu, mengisi jawatan timbalan menteri. Selain itu, Naib Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim juga dilantik sebagai timbalan menteri. | |
Pemuda PAS DUN Kemasik Posted: 18 Nov 2010 03:36 PM PST |
pas sembrong (bangkit membuat perubahan) Posted: 18 Nov 2010 03:34 PM PST Lembu qurban saiz raksaksa Posted: 17 Nov 2010 06:32 PM PST Lembu gergasi tumbang selepas solat Aidiladha
|
Orang ramai mengerumuni lembu jenis Charolais Mega yang beratnya mencapai 1,500 kilogram sebelum dikorbankan sempena Hari Raya Aidiladha anjuran Surau Taman Safiah Murni, Bukit Payung Marang, Terenggganu, semalam.
| MARANG 17 Nov. – Taman Safiah Murni, Bukit Payung dekat sini tiba-tiba gempar diserbu kira-kira 1,500 orang gara-gara 'Awang' Awang' lembu gergasi tumbang selepas solat Aidiladha Orang ramai mengerumuni lembu jenis Charolais Mega yang beratnya mencapai 1,500 kilogram sebelum dikorbankan sempena Hari Raya Aidiladha anjuran Surau Taman Safiah Murni, Bukit Payung Marang, Terenggganu, semalam. Seawal pukul 9 pagi lagi, perkarangan Surau Taman Safiah Murni dipenuhi orang ramai semata-mata mahu melihat dari dekat lembu dari jenis Charolais Mega itu disembelih. Ekoran saiznya yang besar berbanding lembu biasa dan dipercayai di antara lembu terbesar dan terberat di negeri ini dengan memiliki berat mencecah 1,500 kilogram, Awang menjadi tarikan orang ramai sejak ia tiba di kampung berkenaan beberapa hari yang lalu. Awang yang seolah-olah memahami ia bakal disembelih, tidak banyak kerenah walaupun lensa kamera orang ramai tidak putus-putus mengambil gambarnya untuk dibuat kenangan. Menurut Pengerusi Surau Taman Safiah Murni, Mohd. Zainasir Taid,45, dia tidak menyangka taman perumahan tersebut sesak gara-gara orang ramai ingin melihat lembu gergasi itu. Katanya, acara penyembelihan tersebut merupakan acara tahunan penduduk di kampung itu bagaimanapun pada tahun ini berbeza dan lebih meriah ekoran kehadiran Awang. "Sebelum ini saya hanya berbincang dengan pemilik lembu ini yang merupakan rakan saya sejak kecil lagi. Ketika itu dia bertanya sekiranya mahu mengambil bahagian untuk korban lembu tersebut. Jadi tanpa fikir lama saya terus bersetuju. "Tak sangka begitu ramai orang datang ke sini semata-mata untuk lihat Awang disembelih," katanya kepada Utusan Malaysia ketika di temui di sini hari ini. Tuan Guru Pada majlis itu, Ahli Parlimen Marang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyempurnakan acara penyembelihan tersebut. Sebelum ini, Utusan Malaysia pernah melaporkan tentang keunikkan lembu berusia tiga tahun 10 bulan itu yang dibela oleh seorang penternak warga emas, Omar Abu Bakar, 68, dari Kampung Paya Datu, Manir pada bulan Februari lalu. Lembu sepanjang 2.8 meter (m) dengan tingginya pula kira-kira 1.5m itu dibeli oleh Omar pada Januari dua tahun lalu dengan harga RM4,200 dan ketika itu beratnya sekitar 500kg sahaja. Ketika acara tersebut, Omar yang turut berada dan melihat lembu kesayangannya itu disembelih mengakui terasa hiba memandangkan telah menjaganya sejak dua tahun lalu. | |
PAS KOTA TINGGI Posted: 18 Nov 2010 01:14 PM PST Pendidikan Seks Untuk Kenyang Kroni Posted: 17 Nov 2010 04:19 PM PST Parti Islam Se-Malaysia PAS menganggap rancangan kerajaan yang hendak melaksanakan pendidikan seks bermula sekolah rendah pada tahun hadapan, lebih kepada untuk membela kroni Umno BN sahaja melalui projek cetak buku dan alat bantu mengajar. Walaupun yang diuarkan-uarkan untuk mengatasi masalah buang bayi.
PAS merasa pelik tindakan kerajaan yang memperkenalkan pendidikan seks dalam usia yang begitu muda iaitu sejak sekolah rendah. Seks adalah naluri yang Allah anugerahkan kepada semua manusia yang hidup di atas muka bumi ini. Apa yang perlu diterapkan ialah bagaimana cara mengawal diri, adab pergaulan lelaki dan perempuan, akhlak dan cara berpakaian. Sepatutnya kerajaan perlu bertindak bagi mengawal gejala pembuangan bayi dengan menyekat punca berlaku perzinaan seperti mengawal penyiaran televisyen, iklan, filem, majalah lucah yang menjadi penyumbang kepada gejala perzinaan. PAS berpandangan ia lebih kepada orientasi perniagaan. Bukankah pemimpin Umno BN adalah orang yang pakar menyamun harta rakyat dengan cara terhormat dan terlepas daripada undang-undang. Seketika dulu mereka heboh mengenai remaja lepak, rempit, maka di kemukakan Program Rakan Muda dan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang memberi projek segera kepada kroni. Kemudian mereka buat-buat bising mengenai pencapain pelajar dalam Bahsa Inggeris maka di kemukakan supaya pelajaran Metematik dan Sains diajar dalam Bahasa Inggeris. Lesap wang rakyat kepada kroni untuk LCD dan note book hampir RM6 bilion. Sekarang heboh pula buang bayi maka dikemukakan mata pelajaran seks. Sudah pastilah syarikat kroni sedang menunggu mangsa untuk membaham pula. Persoalannya bila pemimpin Umno BN ini prihatin kepada akhlak, bukankah mereka yang menjadi penaja besar kepada penyumbang keruntuhan akhlak. Apabila rakyat rosak akhlak mereka tidak peduli kepada permasalahan negara dan penyelewengan dalam pentadbiran, maka senanglah mereka terus memerintah. Ketika Kementerian Pelajaran hendak mencadangkan pendidikan seks di sekolah rendah, seiring dengan cadangan untuk mengadakan hub hiburan malam. Bukankah ini idea Pak Pandir namanya. Ibarat tangan kanan meletak baja manakala tangan kiri meletak racun.
| |
TBI-PAS KEPALA BATAS Posted: 18 Nov 2010 01:11 PM PST |
Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil Posted: 18 Nov 2010 01:05 PM PST Penindasan terhadap peniaga di Heritage Bazar, Dataran Pahlawan Megamall, Melaka Posted: 17 Nov 2010 07:19 PM PST MELAKA: Bayaran pampasan yang rendah daripada kerugian sebenar yang ditanggung menyebabkan lebih 70 peniaga di Heritage Bazar, Dataran Pahlawan Megamall, di sini, membantah dan menuntut pemaju menunaikan janjinya.
Bayaran pampasan tersebut dijanjikan oleh pihak pemaju pusat perniagaan berkenaan berikutan kejadian banjir kilat yang berlaku kira-kira empat bulan lalu sehingga mengakibatkan peniaga kerugian mencecah RM200,000.
Menurut Pengerusi Kraftangan dan Makanan Tradisional, Dataran Pahlawan Megamall, Aziz Embi, pihak berkenaan telah berjanji menafsirkan segala kerugian yang dialami peniaga pada mesyuarat dua bulan lalu yang turut disertai wakil Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).
"Pada 28 Oktober lalu kami telah dipanggil bagi pembayaran pampasan dan saya telah melakukan tuntutan berjumlah RM16,089 tetapi malangnya hanya memperolehi bayaran pampasan kerugian berjumlah RM1,161.40. Alasan mereka jumlah yang dinilai adalah urusan pihak insurans sedangkan apa yang kami tafsirkan adalah nilai barangan yang sebenar malah kami juga mengambil gambar sebagai bukti seperti yang dimahukan oleh insurans. Kami sungguh kecewa dan kesal dengan cara mereka melayan kami yang seolaholah mengambil sikap acuh tidak acuh dengan masalah yang kami hadapi," katanya.
Menurut seorang peniaga, Joanna Choon, 45, pihaknya telah menuntut jumlah pampasan berjumlah RM15,379.30 tetapi hanya menerima kira-kira RM3,300 sahaja.
"Mengapakah kali ini pampasannya rendah sedangkan kejadian kali ini adalah yang terburuk pernah dialami, malah apa yang berlaku seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena terhadap pihak terbabit. Bagi kami jumlah berkenaan terlalu bernilai kerana banyak perkara yang boleh dimanfaatkan daripada jumlah tersebut," katanya.
Sementara itu, seorang lagi peniaga, Norliah Acob, 44, mendakwa, dia telah membuat tuntutan berjumlah RM3,000 tetapi malangnya dia hanya sekadar memperolehi bayaran ihsan berjumlah RM300 daripada kerajaan negeri.
"Bila saya tuntut, nilai kerugian yang dialami, pihak pemaju telah menyatakan saya telah terhutang sebanyak RM23 kononnya telah terlebih bayar pada tuntutan yang lalu. Saya sungguh kesal kerana yang dibayarnya adalah wang ihsan bukannya pampasan daripada insurans yang sepatutnya," katanya.
*Dipetik daripada HARAKAH keluaran 5 - 7 ZULHIJAH 1431 / 12 - 14 NOVEMBER 2010 | |
Dupahang's Weblog Posted: 18 Nov 2010 11:53 AM PST Rombakan Kabinet Lanun: Basi dan rakyat terus diketepikan Posted: 18 Nov 2010 09:13 AM PST Oleh: Chegu Zul Rakyat tidak rasa apa-apa dan merasakan apa-apa perubahan, walaupun berlaku perubahan kabinet dalam kerajaan Malaysia. Pengalaman sudah-sudah bagi PM yang lalu. Rakyat teruja dan merasakan perubahan terhadap rakyat directnya bila berlaku rombakan dalam barisan kepimpiman PM yang terdahulu. Jika zaman dahulunya rakyat amat ternanti-nantikan perubahan itu, rasa terkesan bilamana kepimpinan peringkat kementerian [...] | Jalan-Jalan berliku ke Putrajaya ? Posted: 18 Nov 2010 09:08 AM PST Calon 'Third Force' dijangka tentang Pakatan di PRU-13 Oleh Adib Zalkapli Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yang bercita-cita untuk bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 dijangka berhadapan dengan saingan satu kumpulan baru yang bercadang untuk turut bertanding sebagai calon-calon Bebas. Inisiatif kumpulan terbabit yang dikenali sebagai "Third Force" juga dilihat kemungkinan membawa kepada pertarungan tiga [...] | |
Batu Gajah Mari Posted: 18 Nov 2010 11:18 AM PST Strategi busuk UMNgOk untuk menang di Galas Posted: 18 Nov 2010 08:25 AM PST بسم الله الرحمن الرحيمklik untuk besarkan | Badan peguam antarabangsa gesa ISA dimansuhkan Posted: 17 Nov 2010 09:57 PM PST KUALA LUMPUR, 18 Nov — Institut Hak Asasi Manusia Persatuan Peguam Antarabangsa (IBAHRI) menggesa kerajaan Malaysia memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), yang berusia lima dekad, atas alasan penggunaannya melanggar lunas perundangan dan hak asasi manusia di sebuah negara demokrasi. Badan antarabangsa itu berkata, perbicaraan ke atas blogger berkontroversial Raja Petra Kamarudin ( gambar), yang dua tahun lalu ditahan di bawah ISA, menunjukkan Malaysia menggunakan undang-undang sedemikian bagi mengekang kebebasan bersuara. Penggunaan ISA oleh Malaysia telah menghalang hak-hak individu untuk mempertahankan diri dan selain meletakkan kuasa arbitari mutlak pada pihak kerajaan, kata Martin Solc, pengerusi bersama IBAHRI yang berpejabat di London, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini. "Proses yang sewajarnya dan hak-hak untuk mempertahankan diri adalah komponen penting lunas perundangan, yang merupakan asas bagi sesebuah negara demokratik," kata beliau. Sehubungan itu tegas beliau, sebagaimana ditunjukkan oleh laporan perbicaraan Raja Petra, akta berkenaan mengekang kebebasan bersuara. IBAHRI baru-baru ini menghasilkan laporan bertajuk "Malaysia: The Delicate Balance Between Security and Due Process", yang boleh diperoleh dari laman www.ibanet.org, berdasarkan pemantauan terhadap penahanan dan perbicaraan editor Malaysia Today itu.Dalam ringkasan laporan, persatuan itu mendakwa ISA kini digunakan untuk menahan seseorang untuk tempoh yang tidak terhad, mengekang hak seseorang untuk melalui proses perundangan sewajarnya dan perbicaraan adil, menghukum seseorang bagi kesalahan yang bukan ditahan awalnya dan mereka yang ditahan pula tidak dibicarakan. IBAHRI, yang sebahagian daripada Persatuan Peguam Antarabangsa (IBA) yang berusia 63 tahun mempunyai 40,000 ahli di seluruh dunia berkata, telah menghantar saranan agar ISA dikaji semula tetapi mahu pentadbiran Najib memansuhkan undang-undang itu. Kumpulan itu berkata, tindakan sedemikian akan memastikan kesemua rakyat Malaysia dilindungi daripada salah guna akta sedemikian, yang bercanggah dengan undang-undang antarabangsa. Berkuat kuasa 1 November lalu, Raja Petra yang kini berada di luar negara dianggap bebas selepas Mahkamah Persekutuan membatalkan rayuan Kementerian Dalam Negeri berhubung keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan penulis blog itu daripada tahanan dua tahun mengikut ISA pada 2008. Keputusan sebulat suara itu dibuat tiga panel hakim dipengerusikan Hakim Besar Malaya Tan Sri Arifin Zakaria yang berpendapat bahawa isu di mana kementerian mahu mahkamah menentukan adalah akademik kerana perintah penahanan yang dikeluarkan ke atas Raja Petra telah luput. Pada 7 November, 2008, Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan pembebasan Raja Petra daripada tahanan ISA selepas memutuskan bahawa penahanannya selama dua tahun di kem tahanan Kamunting di Taiping adalah menyalahi undang-undang. Beliau ditangkap pada 12 September 2008 kerana dianggap sebagai satu ancaman kepada keselamatan negara dan perintah untuk menahannya mengikut ISA dikeluarkan pada 22 September 2008. Raja Petra ditahan berdasarkan antara lain, memiliki dan menjalankan laman web Malaysia Today dan dengan niat dan menerbitkan artikelnya dan juga komen-komen pembacanya dengan sewenang-wenangnya, yang menghina orang Islam, kesucian Islam dan peribadi Nabi Muhammad S.A.W. Beliau memfailkan satu permohonan habeas corpus menuntut pembebasannya. Dalam permohonannya, dia menamakan Menteri Dalam Negeri sebagai responden. Datuk Seri Najib Razak dalam ucapan sulungnya selepas dilantik Perdana Menteri April 2009 berjanji akan mengkaji semula ISA. Jun lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata pindaan kepada ISA dan enam undang-undang pencegahan yang lain telah diluluskan oleh Jabatan Peguam Negara dan akan dibawa ke Kabinet dalam masa terdekat. Beliau berkata masih ada beberapa perkara yang perlu diperkemaskan dan tidak pasti bila ia akan dibawa ke Parlimen. Selain ISA, undang-undang yang akan dipinda adalah Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969, Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985, Akta Kediaman Terhad 1933, Akta Buang Negeri 1959, Akta Pencegahan Jenayah 1959 dan Seksyen 27 Akta Polis 1967 berkaitan perhimpunan. Pada Mac lalu, Kabinet memutuskan pindaan ISA harus dibentang pada persidangan Parlimen bersama-sama enam lagi akta berkaitan pencegahan yang juga perlu dipinda. | |
Pas CawanganSurada Posted: 18 Nov 2010 11:05 AM PST |
Pemuda Bersamamu v3 Posted: 18 Nov 2010 09:46 AM PST Siri Bergambar : Produk Yahudi dapat layanan istimewa MPD Posted: 18 Nov 2010 03:31 AM PST | Produk Yahudi diberi layanan istimewa Majlis Perbandaran Dungun. Posted: 17 Nov 2010 05:52 PM PST oleh : Lajnah Penerangan Pemuda PAS Dun SuraAwal November baru-baru ini, warga Dungun berpusu-pusu memenuhi hari pembukaan restoran makanan segera, McDonald's bertempat di Jalan Baru,Dungun.Tapak asal pembinaan restoran ini adalah deretan kedai peniaga-peniaga Melayu antaranya kedai makan yang menjadi tumpuan siang dan malam. Sebelum itu dinaikkan kain rentang 'countdown' ke hari pembukaan bagi mewar-warkan ke rakyat Dungun yang mungkin ternanti-nanti sudah sekian lama pembukaan restoran terkenal ini.Pembinaan yang nampak seolah-olah terkejar-kejar 'due date' itu menambahkan lagi kesibukan dan kerancakan suasana di sekitar premis tersebut. Hasil tinjauan yang dibuat, kerja-kerja terakhir pembinaan premis tersebut masih lagi diteruskan di tingkat atas dan pada masa yang sama di tingkat bawah telah dibuka kaunter jualan makanan segera itu.
Difahamkan premis bangunan tersebut adalah milik Majlis Perbandaran Dungun (MPD).Sudah tentulah kebenaran beroperasi restoran ini datangnya dari pihak MPD sendiri yang sememangnya lebih arif tentang syarat-syarat yang perlu ada bagi memulakan sebarang operasi perniagaan di bangunan yang baru.
Sebagaimana yang diketahui umum,MPD memang terkenal dengan ketegasannya menyita premis yang gagal memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh MPD bagi pembinaan bangunan baru.Apakah premis restoran McDonald's ini sudah mendapat kelulusan Sijil Kelayakan Menduduki Bangunan (CF) dari pihak MPD?
Apakah betul cakap-cakap dari sumber MPD sendiri yang mengatakan pihak MPD terpaksa mengizinkan premis ini beroperasi bagi mengelakkan saman dari pihak pengurusan Restoran McDonald's atas kelewatan menyiapkan bangunan seperti yang dijadualkan.Mungkin dengan sebab itulah syarat-syarat CF dibakulsampahkan dan dipejam mata buat sementara.
Apabila panggilan telefon dibuat bagi mencari persoalan ini,mereka teragak-agak menjawabnya dan mengatakan ini kerja orang atasan.Adakah semua ini melibatkan campur tangan orang atasan atau politik yang sememangnya sebelum ini terkenal dalam campurtangan dalam pengurusan pihak berkuasa tempatan ini.
Adakah sekadar ingin mencari nama agar Dungun terkenal dengan pembukaan restoran ini. Pada masa yang sama tidak berlaku adil atas syarat-syarat yang ditetapkan.Peniaga-peniaga kecil terutama peniaga melayu ditekan dengan pelbagai syarat yang kononnya memenuhi syarat Majlis Perbandaran yang baru dikurniakan 2 tahun lepas itu.
Justeru itu tidak pelik bilamana warga Dungun baru-baru ini dikejutkan dengan contengan di sekitar Dungun yang menyatakan Yang Dipertua MPD menindas dan menzalimi peniaga-peniaga Melayu.Difahamkan contengan-contengan dengan semburan cat tin itu berjaya dipadamkan dengan segera sebelum tengahari.
ADUN Sura,YB Ustaz Wan Hassan Md Ramli juga menerima senarai panjang tandatangan dari peniaga-peniaga Melayu yang mendesak agar YDP MPD meletak jawatan dan perkara ini sudah pun dipanjangkan ke Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu sebelum ini.
Persoalan yang ditimbulkan disini bukan sekadar mempersoalkan kredibiliti MPD yang bersikap double standard tetapi juga memberi peringatan kepada warga Dungun agar berfikir dua kali bila mengunjungi Restoran McD ini.
INGATLAH!! Setiap ringgit yang kita salurkan kepada mereka akan akan menjadi peluru buat anak-anak Palestine. Al-Qaradhawi menegaskan: "Ada jihad ekonomi, iaitu kita membuat fatwa, fatwa yang saya keluarkan bersama sejumlah ulama tentang keharaman jual-beli produk-produk Israel dan Amerika. Boikot, boikot semua produk-produk Israel dan Amerika adalah merupakan kewajiban setiap umat. Semua yang berbau produk Amerika.
lagi gambar akan menyusul selepas ini.....
p/s : Sama-sama kita beri peringatan buat semua...mungkin antara kita tidak mengetahuinya.
| |
MEMBANGUN BERSAMA ISLAM Posted: 18 Nov 2010 09:46 AM PST Pemuda agih daging korban di perkampungan orang asli Posted: 17 Nov 2010 06:46 AM PST Us Shahril Azman (ketua pemuda Pas kawasan kuala krau) menyampaikan daging korban 17 November - Kuala Krau, Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krau pada hari ini berjaya mendekati masyarakat muslim orang asal di Kg. Pasu. Rombongan DPP Kuala Krau seramai 26 orang tiba di kampung tersebut sekitar jam 5.30 ptg telah di sambut baik oleh tok Batin Rahman dan wakil masyarakat Muslim, Kaya yang menunjukkan jalan kepada kami. Sebanyak lebih kurang 60 buah keruarga telah menerima bungkusan daging serta beberapa orang dari kalangan mereka yang berselisih di jalanan juga turut menerima daging tersebut. Turut kelihatan petugas-petugas Unit Amal membantu dalam misi ini.. Selain itu, kami juga turut mengedarkan risalah tentang Islam kepada semua masyarakat di sana. setiap yang kami jumpa samada di rumah, di padang, di jalanan, di kedai kami sampaikan risalah tersebut. kanak-kanak orang asal sedang menerima duit raya dari DPPK Kuala Krau Di samping itu, kami juga menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak yang kami temui di sana. Kami berharap agar ramah mesra kami bersama mereka walaunpun dalam masa yang begitu singkat akan memeberi makna kepada masyarakat di sana sempena hari raya Aidiladha ini. Kelihatan ceria wajah mereka apabila menerima daging tersebut... ini daging korban yer, balik masak & makan bersama keluarga...
Kanak-kanak sedang memegang sampung berisi duit raya.Tok Batin Rahman sedang menerima daging korban. beberapa urusetia ahli rombongan turut bergambar....Dewan pemuda PAS Kawasan Kuala Krau mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pemuda-pemuda dan ahli rombongan yang juga uruseta di atas kerjasama menjayakan program agihan daging korban di Kg. Pasu ini. Semoga Allah menilai usaha kita ini sebagai amal jariah di bulan yang baik ini. Takbir!!!
| |
Pemuda Guchil Posted: 18 Nov 2010 09:12 AM PST Posted: 18 Nov 2010 06:50 AM PST | Posted: 18 Nov 2010 06:37 AM PST | Posted: 18 Nov 2010 06:37 AM PST | Posted: 18 Nov 2010 06:36 AM PST | Posted: 18 Nov 2010 06:30 AM PST | Posted: 18 Nov 2010 06:27 AM PST | Posted: 18 Nov 2010 06:26 AM PST | Posted: 18 Nov 2010 06:25 AM PST | Posted: 18 Nov 2010 06:24 AM PST | |
i n t a n h i j a u Posted: 18 Nov 2010 07:09 AM PST SOALAN BOCOR ROMBAKAN KABINET... / سؤالن بوچور رومباکن کابينيت.. Posted: 17 Nov 2010 08:25 PM PST Harakahdaily | KUALA LUMPUR, 18 Nov: Desas desus rombakan kabinet didakwa bakal menyaksikan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan akan menjadi menteri penuh manakala Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin sebagai timbalan menteri. Sumber-sumber memaklumkan rombakan tersebut dijangka diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak minggu depan atau awal bulan Disember. Empat menteri disebut-sebut akan digugurkan iaitu Datuk Ahmad Shabery Cheek (Menteri Belia dan Sukan); Datuk Shaziman Abu Mansor (Kerja Raya); Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan) dan Datuk Seri Ng Yen Yen (Pelancongan). Beberapa menteri pula dijangka bertukar kementerian seperti Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang kini Menteri Dalam Negeri dipindahkan ke Kementerian Pertahanan. Dua bekas menteri, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang kini Setiausaha Agung BN dan bekas Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said akan kembali ke kabinet. Jika ianya benar, beberapa penganalisis politik melihat ianya sebagai petanda bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 semakin hampir dan Najib sedang memperkemas pasukannya. Mereka tidak menolak kemungkinan PRU-13 akan diadakan tahun hadapan berasaskan BN pada waktu ini yakin mereka telah mendapat kembali sokongan rakyat. Penanda aras paling akhir bagi mereka setakat ini adalah Pilihan Raya Kecil Dun Galas dan Parlimen Batu Sapi pada 4 November lepas yang menyaksikan kemenangan calon BN. Beberapa pihak turut mendakwa cadangan melantik Ahmad Maslan ke jawatan menteri penuh kerana "sumbangan" besarnya menjadi jurucakap dalam isu Felda. Beliau dilihat paling menonjol membela dakwaan "salah urus" dalam Felda biarpun dalam beberapa kes mahkamah yang dimenangi peneroka. Rombakan kabinet kali ini juga dilihat sebagai peluang terakhir bagi ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menyertai kabinet sebelum pilihan raya umum akan datang. Khairy tidak dilantik menganggotai kebinet apabila Najib mengambil alih pentadbiran April lalu, sedangkan Datuk Mukhriz Mahathir yang mencabarnya bagi jawatan nombor satu pergerakan itu, mengisi jawatan timbalan menteri. Selain itu, Naib Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim juga dilantik sebagai timbalan menteri. |
| WANITA BERHATI-HATI MINUMAN BERCAMPUR DADAH / وانيتا برهاتي-هاتي مينومن برچمڤور داده Posted: 17 Nov 2010 03:54 PM PST
KUALA LUMPUR: Kaum wanita dinasihatkan berhati-hati dengan pelawaan makan dan minum individu yang baru dikenali kerana dibimbangi bahan tersebut telah dicampur dengan dadah perangsang seks.
Yang Di-Pertua Rumah Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih), Datuk Mohd Yunus Pathi mendakwa, sesetengah wanita terpedaya sehingga menjadi mangsa rogol.
Katanya, pihaknya mengetahui modus operandi tersebut selepas menjalankan proses temuduga dengan beberapa mangsa yang ditempatkan di Pengasih.
"Kebanyakan mangsa terpedaya dengan rakan-rakan mereka sendiri walaupun mereka tidak mempunyai keinginan untuk melakukan hubungan seks.
"Kenalilah pasangan anda, berhati-hatilah dengan orang asing supaya tidak terjebak dalam penipuan ini. Mereka yang berniat jahat sentiasa tunggu saat dan ketikanya untuk memperdaya mangsa. Tip saya ialah berhati-hati," katanya kepada pemberita selepas Majlis Korban Aidiladha di sini, Rabu.
Kira-kira 150 warga dan kakitangan Rumah Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih), Jabatan Bomba dan Penyelamat dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut menyertai ibadah korban itu.
Sebanyak lima ekor lembu dan empat ekor kambing sumbangan individu dan ahli-ahli keluarga kakitangan Pengasih dikorbankan kali ini.
Mohd Yunus mengingatkan golongan wanita supaya lebih berhati-hati pelawaan daripada mereka yang tidak atau kurang dikenali.
"Pegang dan goncang botol minuman tersebut untuk memastikan sama ada ia bocor atau tidak. Kalau bocor, bermakna sudah ada usaha untuk menyuntik bahan minuman itu dengan dadah atau bahan perangsang seks," jelasnya.(mstaronline) | AKAN ADA ROMBAKAN KABINET...? / اکن اد رومباکن کابينيت...؟ Posted: 17 Nov 2010 03:40 PM PST Perubahan dalam kepimpinan Umno akan dilakukan di peringkat tertentu supaya parti itu lebih bersiap sedia menghadapi pilihan raya umum kelak, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
"Saya sedang memikirkan... (sebelum ini) tergendala dua minggu sebab saya kena penyakit. Selepas ini, saya sudah bekerja seperti biasa dan saya akan beri tumpuan," katanya. Najib pada awal bulan ini diserang penyakit cacar atau demam campak dan terpaksa bercuti rehat.
Pada Perhimpunan Agung Umno bulan lalu, beliau yang juga Presiden Umno berkata perubahan dalam kepimpinan Umno di peringkat tertentu supaya parti itu lebih bersiap sedia menghadapi pilihan raya umum kelak, akan diumumkan apabila sampai masanya.
Ditanya sama ada rombakan Kabinet akan dilakukan, Perdana Menteri berkata: "Tak kan saya hendak beritahu. Rombakan Kabinet tidak akan diberitahu. Kalau tiada...tiada, kalau ada...ada". Najib berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan sidang video bersama masyarakat dan penuntut Malaysia di enam buah negara, di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana di Putrajaya hari ini. Turut hadir isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Rombakan terakhir Kali terakhir jemaah menteri dirombak adalad pada 1 Jun lalu. Ia rombakan kabinet pertama Najib setelah mengambil-alih teraju negara pada April tahun lalu.
Bagaimanapun rombakan berkenaan tidak banyak membabitkan pemimpin Umno. Sebaliknyanya, rombakan itu adalah untuk disesuaikan dengan perkembangan politik di kalangan ahli komponen BN, khususnya, MCA, MIC, Gerakan dan PBB.
Dalam rombakan itu, Datuk Seri Ong Tee Keat yang tewas pada pemilihan MCA pada MAC lalu digugurkan sebagai Menteri Pengangkutan. Najib pada rombakan itu juga juga menamakan lima senator dan dua anggota parlimen sebagai timbalan menteri persekutuan yang baru. Rombakan kabinet kali ini juga dilihat sebagai peluang terakhir bagi ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menyertai kabinet sebelum pilihan raya umum akan datang, yang dijangka diadakan tahun depan. Khairy tidak dilantik menganggotai kebinet apabila Najib mengambil alih pentadbiran April lalu, sedangkan Datuk Mukhriz Mahathir yang mencabarnya bagi jawatan nombor satu pergerakan itu, mengisi jawatan timbalan menteri. Selain itu, naib ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ismail juga dilantik sebagai timbalan menteri.(malaysiakini) | |
Dr Siti Mariah Mahmud Posted: 18 Nov 2010 03:26 AM PST MP Kota Raja & ADUN Sri Muda di Majlis Qurban Posted: 17 Nov 2010 06:24 AM PST Umat Islam di seluruh negara hari ini menyambut Hari Raya Aidiladha secara sederhana tetapi penuh kesyukuran disertai dengan semangat pengorbanan.
Sambutan diadakan ketika ada yang menghadapi pelbagai dugaan dan bencana, terutamanya di utara tanah air apabila beribu-ribu penduduk di Kedah dan Perlis terjejas akibat banjir sejak beberapa minggu lepas.
Banjir mengakibatkan lebih 77,000 orang daripada lebih 17,000 keluarga terjejas, namun kesemua mangsa bernasib baik kerana tidak perlu menyambut hari raya di pusat pemindahan mangsa banjir setelah keadaan kembali pulih beberapa hari lepas.
Sambutan Aidiladha dimulakan sejak awal pagi dengan umat Islam memenuhi masjid dan surau untuk menunaikan solat sunat Aidiladha.
YB Dr Siti Mariah Mahmud, Ahli Parlimen Kota Raja bersama suami Dr Hakim menunaikan solat sunat Aidiladha di Surau Al Maaruf Kampung Sri Nadi, Johan Setia. Selepas selesai solat beliau terus datang ke Taman Setia untuk bersarapan pagi di rumah Ketua Muslimat PAS Cawangan Taman Setia. Aidiladha merupakan hari kebesaran Islam di mana umat Islam di seluruh dunia memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim A.S. dan Nabi Ismail A.S. dalam mentaati perintah Allah S.W.T.
Peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim A.S. ini merupakan tanda kebesaran Allah dan kekuatan iman kedua-dua Nabi Allah dalam mentaati suruhan-Nya.
Umat Islam disunatkan melakukan ibadat korban sebagai memperingati peristiwa Nabi Ibrahim A.S. yang diperintah Allah S.W.T. agar menyembelih anaknya Nabi Ismail A.S. bagi membuktikan kepatuhan baginda terhadap suruhan Allah S.W.T. dan peristiwa itu menjadi lambang pengorbanan teragung dalam sejarah manusia.
Mengambil keberkatan sambutan Hari Raya Korban, masyarakat Islam tidak lupa untuk menunaikan ibadah korban apabila beratus-ratus ekor lembu, kerbau dan kambing dikorbankan di masjid-masjid, surau-surau, kampung-kampung dan juga taman-taman perumahan yang terletak di kawasan bandar.
Pada tahun ini YB mengadakan ibadah Qurban di Surau Sri Nadi, Jalan Johan Setia Klang, Beliau juga mengelilingi banyak surau-surau di Parlimen Kota Raja untuk bersama masyarakat setempat meraikan peserta dan petugas Qurban ditempat masing-masing.
Pada kira-kira pukul 12.50 tengahari beliau tiba semula ke Surau Al Ikhwan Taman Setia dan sempat mengagihkan daging Korban kepada petugas-petugas yang hadir seramai 412 orang (mengikut kupon yang dikeluarkan).
Selepas selesai makan tengahari beliau bergegas pulang untuk menemui ibu mentua dan anak-anak yang tidalkdapat bersama sejak pagi tadi, dalam masa yg sama saya mendengar beliau terpaksa menolak untuk hadir pada sebahagian surau yang lain, moga semua faham.
Sementara itu pada kira-kira pukul 10.30 pagi YB Tn Shuhaimi Shafiee ADUN Sri Muda tiba di Surau Al Ikhwan Taman Setia untuk bersama-sama para peserta dan petugas Korban disana. Dalam masa yang singkat selain bertemu dan beramah mesra dengan para petugas dan penduduk setempat YB juga menunjukkan kemahiran luar biasanya dalam kerja melapah lembu.
Ketika lensa kamera dihalakan kepadanya semasa kerja-kerja melapah dibuat beliau berkata "orang pasti kata ini berlakun aje" ... katalah apa pun yang pasti beliau memang punya kemahiran yang tinggi dalam bab lapah melapah ni. Tahniah YB jangan peduli sangat persepsi orang ni. Beliau minta diri selepas hampir 45 minit bersama disana untuk Surau Kampung Baru Hicom pula. | |
CINA ISLAM (林川興) Posted: 18 Nov 2010 01:19 AM PST Pertikai kedai tutup cuti Raya, Periksa tahap mental dia. Posted: 17 Nov 2010 10:03 PM PST 11 Zulhijjah 1431H. Hafizi Pauzi. Chua dianggap sudah kurang siuman bila mempertikaikan kedai ditutup pada hari cuti umum, harap dia jumpa doktor pakar untuk periksa tahap mental dia, demikian respon ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim di Twitter terhadap kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek sekali lagi cuba mencetuskan isu untuk membelasah PAS semalam apabila mempersoalkan mengapa kebanyakan kedai di Kota Bharu tutup sempena sambutan Aidil Adha. "Disebabkan Hari Raya Haji, semua kedai nampak tertutup untuk sambutan ataupun ini adalah arahan daripada majlis tempatan? Ia sunyi di Kota Bharu," soal Chua di Twitter walaupun sememangnya umum diketahui bahawa sambutan Hari Raya Haji di Kelantan dan beberapa negeri lain adalah jauh lebih meriah berbanding Hari Raya Aidilfitri.
Saya desak pihak polis menyiasat chua kerana ia ada unsur melaga lagakan antara muslim dan non muslim,Tidakah Chua sedar bahawa Hari Raya Haji adalah cuti umum.
Drs. Khalil juga menyatakan Chua juga mestilah memohon maaf secara terbuka dgn kenyataan biadabnya dan memberikan penjelasan yang sebenarnya , dengan maksud kenyataannya itu.
"Kenyataannya menimbul keresahan dalam masyarakat" kata Drs. Khalil
Menurutnya lagi umat Islam dan bukan Islam mesti bantah sikap chua yang mempertikaikan amalan biasa yang sudah lama diamalkan dan gambarkan toleransi beragama.
Beliau yang juga merupakan Ketua Penerangan PAS Perak menyifatkan tindakan Chua mengambarkan dan membuktikan bahawa Parti MCA dan dirinya sendiri sudah tidak relevan lagi untuk rakyat Malaysia.
"Juga membuktikan bahawa BN buka lagi wadah yang sesuai untuk menyatupadukan masyarakat." | Drs. Khalil : Korbankan waktu untuk imarahkan rumah Allah. Posted: 17 Nov 2010 04:07 PM PST Drs. Khalil sedang menyampaikan Khutbah Hari Raya Korban di Surau Parit Hj. Nasir Titi Serong. 11 Zulhijjah 1431H. Hafizi Pauzi
TITI SERONG, 18 Nov.:- Umat Islam diseru untuk mengorbankan waktu 5 kali sehari semalam untuk memenuhi mesjid dan surau bagi memastikan mesjid dan surau tidak menghadapi femenomina kekurangan jemaah, Demikian antara kandungan khutbah ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim semasa beliau berkhutbah Hari Raya Aidil Adha di Surau Parit Hj. Nasir di sini.
Dalam Khutbahnya juga beliau menyeru supaya umat Islam juga mengorban waktu yang ada untuk menimba ilmu agama dimana sahaja. Tegasnya lagi Ilmulah merupakan pusaka yang terbaik yang kita boleh warisi kepada anak-anak kita. Dengan ilmu menurut Drs. Khalil anak-anak kita akan mencapai matlamat kehidupan dan ridha Allah SWT.
"Sesungguhnya para jemaah mestilah bertanggungjawab untuk memastikan rumah Allah ini tidak kosong dari jemaah, juga kita mesti pastikan anak-anak kita sudah dididik dengan ilmu agama secukupnya" Katanya.
Drs. Khalil yang ditemui selepas itu menyatakan bahawa kehidupan masyarakat dalam DUN Titi Serong adalah amat sinonim dengan Mesjid dan Surau. Mereka dikalangan masyarakat Melayu Banjar adalah sangat taat beribadah dan suka ke Mesjid dan Surau. katanya.
"Oleh itu program "Mesra Mesjid dan Surau" yang pernah saya katakan sejak awal saya menang disini masih diteruskan sehingga sekarang" jelas Drs. Khalil
Drs. Khalil juga mengharapak pihak jawatankuasa Mesjid dan Surau dalam DUNny sudi untuk menyampaikan maklumat sekiranya terdapat masalah dan keperluan yang perlu diambil perhatian.
"Sekiranya kita mampu untuk membantu kita akan usahakan melalui saluran tertentu, yang penting pejabat kami kenalah diberikan aduan terlebih dahulu" Katanya.
Menurut Drs. Khalil yang juga merupakan Ketua penerangan PAS Perak itu, ini adalah kali ke empat beliau berada diluar Pusat Tarbiyah titi Serong untuk menyampaikan Khutbah.
"Untuk tahun 2008, Raya Puasa dan Haji saya berada di Pusat Tarbiya Titi Serong, dan untuk tahun 2009 dan 2010 saya menjelajah sebanyak 2 mesjid dan 2 surau untuk sembahyang bersama warga Titi Serong" jelasnya.
"Kerana itu saya sangat mengharga pihak jawatankuasa Mesjid dan Surau dalam DUN titi Serong yang sentiasa mengambil langkah untuk mengimarahkan rumah Allah itu. Selain dari solat berjemaah, kebanyakannnya menganjurkan kelas-kelas pengajian disamping mengadakan aktiviti rutin mingguan seperti bacaan yaasin pada malam Jumaat, dan sambutan hari kebesaran Islam secara terus menerus."
Ditanya mengenai peranan Mesjid yang lebih penting baginya, Drs. Khalil menegaskan harapannya supaya rumah Allah itu menjadi tempat yang subur dengan ilmu dan tempat penyatuan umaah.
Katanya lagi jika dua peranan itu berjalan dengan seiring pastinya akan melahirkan masyarakat yang lebih baik dimasa akan datang. | PAS tidak perlu ceramah jika media adil Posted: 17 Nov 2010 04:04 PM PST 11 Zulhijjah 1431H. Mohd Sabri Said
KEPALA BATAS, 18 Nov: PAS tidak akan bergelut lagi mengatur ceramah menerangkan isu kepada rakyat sekiranya media di Malaysia bersikap adil, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu.
Ketika ditemui selepas menyampaikan khutbah Aidiladha di Markaz Tarbiah PAS Negeri Pulau Pinang di Pongsu Seribu, semalam beliau menyokong penuh tindakan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang tidak membenarkan media pro Umno BN membuat liputan persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah
Beliau menambah, isu banjir tidak sepatutnya dijadikan isu politik sebaliknya bekerjasama dengan kerajaan negeri membantu mangsa banjir.
"Jika media di Malaysia bersikap adil dengan memberi ruang untuk PAS dan parti dalam Pakatan Rakyat bersuara di mana-mana siaran sama ada cetak atau elektronik, saya yakin PAS tidak payah lagi berceramah di sana ke mari malahan boleh menumpukan pada gerakan kebajikan dan dakwah," jelasnya.
Ini tidak, katanya media bersikap seperti 'jakun' membantu kerajaan BN yang nyata zalim serta takut kepada erti kekalahan sebenar.
Justeru itu, ujarnya mereka sanggup menggadai prinsip dan etika kewartawanan semata-mata mahu mengikut telunjuk kepimpinan yang telah terbukti rasuah dan melakukan penyelewengan.
"Mereka tetap jakun dari dulu sehingga hari ini, tidak sebagaimana media di Indonesia, Thailand dan Vietnam bakal mengikut rentak negara berkenaan," tegasnya.
Sementara itu, semasa berkhutbah beliau berpesan kepada umat Islam supaya memperhambakan diri kepada Allah Taala dengan melaksanakan semua suruhan sama ada ianya masuk akal atau sebaliknya.
Menurutnya, Nabi Ibrahim a.s. yang mendapat mimpi untuk menyembelih anaknya Ismail a.s terus sahaja melaksanakan arahan tersebut biarpun ianya tidak lojik bagi manusia yang jahil.
"Anak yang sedang membesar mana boleh dikorbankan, mesti ada perasaan sayang dan kasih. Tetapi, kerana ianya suruhan Allah SWT kena dituruti," jelasnya dalam program Korban Perdana anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang.
Lima ekor lembu dikorbankan dan dibahagikan kepada fakir miskin di cawangan-cawangan.
| Jauhi rasuah, fitnah dan zalim sesama manusia Posted: 17 Nov 2010 04:02 PM PST 11 Zulhijjah 1431H.
KUALA LUMPUR, 17 Nov: Umat Islam diajak memulakan proses penghayatan semangat Aidiladha di dalam setiap kehidupan terlebih dahulu selaku individu muslim.
"Marilah kita tingkatkan penghayatan diri kita terhadap kefahaman ajaran Islam dan membudayakan seluruh perintah dan larangan agama di dalam kehidupan diri," kata Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Dr Muhamad Razak Idris.
Katanya, umat Islam juga hendaklah meningkatkan kegiatan kerohanian dan mengukuhkan nilai-nilai luhur dan kualiti dalam kehidupan seharian dan kerjaya.
"Hal ini tentu sekali menuntut kita menghayati perintah beramanah dan berintegriti di dalam setiap pekerjaan.
"Kita hendaklah menjauhi perbuatan rasuah, menjauhi fitnah dan zalim terhadap sesama manusia," ujarnya dalam perutusan Aidiladha 1431 Hijrah yang disambut hari ini.
Tambahnya, kesemuanya itu akan dapat disempurnakan menerusi kekuatan kerohanian yang berteraskan kepada keyakinan serta kepatuhan sepenuhnya terhadap Allah S.W.T
Berikut adalah perutusan penuh beliau.
Tahmid kesyukuran ini melambangkan kerendahan hati manusia di dalam mengabdikan diri setulus-tulusnya terhadap Allah s.w.t. Sesungguhnya, Aidil Adha mempunyai pengajaran yang amat besar kepada kehidupan kita sebagai seseorang Muslim dan umat Islam. Dalam hubungan ini, antara pengajaran terbesar sekali ialah tentunya tentang semangat pengorbanan yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail di dalam menyempurnakan perintah Allah. Pengorbanan baginda mereka di dalam menjunjung perintah Allah adalah lambang kepatuhan tertinggi seorang hamba kepada Penciptanya.
Penghayatan serta kefahaman terhadap pengorbanan yang dilakukan baginda seharusnya diinsafi serta dihayati oleh seluruh umat Islam, terutama di kalangan para belia. Selaku kelompok teras masyarakat, para belia mempunyai kekuatan untuk memainkan peranan sebagai agen perubah yang positif terhadap persekitaran mereka. Peranan ini boleh dijayakan menerusi proses penghayatan semangat Aidiladha dalam konteks pengukuhan semangat pengorbanan dan ketaatan yang tidak berbelah bahagi kepada seluruh ajaran Islam di dalam amalan dan penghayatan diri.
Kita yakin, sekiranya penghayatan semangat pengorbanan dan ketaatan yang tinggi ini dapat dijelmakan, sebagai agen perubahan, para belia akan mendorong kewujudan sebuah persekitaran hidup yang bercorak Islami sejajar dengan tuntutan syariah. Persekitaran yang Islami adalah prasyarat asas yang akan membawa kepada sebuah kehidupan yang yang diberkati dan seterusnya membawa kepada kelahiran umat terbaik - khayra ummah.
Bagi tujuan tersebut, marilah kita memulakan proses penghayatan semangat Aidiladha ini di dalam setiap kehidupan diri kita terlebih dahulu selaku individu Muslim. Marilah kita tingkatkan penghayatan diri kita terhadap kefahaman ajaran Islam dan membudayakan seluruh perintah dan larangan agama di dalam kehidupan diri. Kita juga hendaklah meningkatkan kegiatan kerohanian dan mengukuhkan nilai-nilai luhur dan kualiti dalam kehidupan seharian dan kerjaya.
Hal ini tentu sekali menuntut kita menghayati perintah beramanah dan berintegriti di dalam setiap pekerjaan. Kita hendaklah menjauhi perbuatan rasuah, menjauhi fitnah dan zalim terhadap sesama manusia. Kesemua ini akan dapat disempurnakan menerusi kekuatan kerohanian yang berteraskan kepada keyakinan serta kepatuhan sepenuhnya terhadap Allah S.W.T, yang disegarkan melalui amalan-amalan kerohanian seperti solat sunat, membaca Al-Qur'an serta zikir.
Semoga Allah swt merahmati segala urusan kehidupan kita semua dan memberi kekuatan untuk kita terus gigih dan komited di medan dakwah. Dan khusus untuk para jemaah haji di Mekah, bagi pihak Abim, kami mendoakan semoga semua memperoleh haji dan mabrur dan sentiasa berada di dalam kesihatan yang terbaik untuk menyempurnakan ibadah terpenting Islam ini. Wassalam.
Harakahdaily/- | Banjir kilat di Lenggong. Posted: 17 Nov 2010 01:16 PM PST 11 Zulhijjah 1431H. Mohd Rashidi Yusuf.
LENGGONG, 15 Nov-: Sepuluh keluarga terpaksa dipindah apabila tujuh kampung termasuk pekan dilanda banjir lumpur membabitkan hampir 100 rumah, sebuah masjid dan lebih 20 premis kedai selepas hujan kira-kira tiga jam sejak petang semalam.
Di Mukim Temelong, Kampung Banggol Batu dan Taman Kota Tampan paling teruk, di mana 10 daripada hampir 30 keluarga terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di surau taman berkenaan selain di rumah saudara mara.
Banjir lumpur akibat limpahan air Sungai Nerok mulai jam 8.30 malam itu turut melanda Masjid Kampung Banggol Batu dan tujuh premis kedai, termasuk sebuah kedai runcit, sebuah bengkel motorsikal, sebuah kedai pakaian dan sebuah kedai makan.
Khalid Yusof, 41, terpaksa menggunakan lori jiran untuk memunggah barangan di dalam kedai seperti beras, gula, dan pelbagai barangan lain selain peti ais dan lain-lain apabila air masuk ketika hujan masih turun.
Katanya, ketika air mulai masuk dia sedang berada di rumahnya untuk mengurus air yang masuk sedikit ke dalam rumah akibat longkang melimpah dan pada ketika sama jiran memberitahu kedainya dimasuki air.
"Sebaik jiran memberitahu air mulai masuk ke dalam kedai, saya bergegas ke kedai untuk menyelamatkan barang-barang di dalamnya yang lebih penting daripada keadaan di dalam rumah.
"Nasib baik dengan pertolongan jiran-jiran peti air serta barangan di dalamnya dapat diselamatkan,' katanya.
Khalid berkata, dia bernasib baik apabila air mulai surut jam 11 malam dan walaupun air naik hingga ke paras 0.4 meter di dalam kedainya dia tidak mengalami kerugian besar.
Pemilik bengkel motorsikal, Badri Othman, 40, pula berkata, dia kerugian kira-kira RM20,000 apabila sebuah mesin kompresor dan tiga buah motorsikal ditenggelami air, tidak sempat diselamatkan kerana rumahnya juga dilanda banjir.
Katanya, air naik dengan pantas, manakala dia dan keluarga terpaksa bergelut dengan banjir di rumahnya di Banggol Batu, menyebabkan bengkelnya yang terletak di Taman Kota Tampan tidak sempat diurus.
Seorang peniaga makanan, Mohd Yusri Yacob, 36, terpaksa menghentikan perniagaannya apabila air naik ketika hujan masih turun dan kemungkinan tidak dapat berniaga untuk sekurang-kurangnya dua hari.
Sementara itu, tiga sekeluarga di kampung banggol batu yang sedang menunggu rumah PPRT, bernasib baik dapat menyelamatkan barangan penting di dalam rumah sebelum berpindah ke rumah saudara di kampung sama.
Ketua keluarga, Mohd Mizi Abdul Rani, 28, berkata ketika hujan lebat sejak jam 6 petang, dia, adiknya, Mohd Radzi, 26, dan ibunya Hasnah Abdullah, 64, bergegas memunggah barang-barang penting termasuk barangan elektrik ke tingkat atas rumah.
"Air naik separas 1.5 meter di dalam rumah dan walaupun semua barang-barang sempat diselamatkan, kami tiga beranak terpaksa berpindah bimbang kalau-kalau air naik lagi," katanya.
Mohd Mizi berkata, banjir kali ini adalah yang ketiga melanda rumah mereka pada tahun ini, di mana kali kedua selepas Aidilfitri lalu sepertimana dilaporkan akhbar ini.
Di Mukim Lenggong pula, di pekan Lenggong sendiri kira-kira 10 premis kedai termasuk sebuah kedai motorsikal dan kedai mesin Singer dilanda banjir limpahan air longkang, bagaimanapun tidak ada kerosakan harta benda berlaku.
Di Kampung Sumpitan 40 buah rumah dan dua buah kedai dilanda banjir lumpur mulai lebih dua jam mulai 11 malam akibat limpahan air Sungai Temelong, bagaimanapun tidak ada mangsa dipindahkan. | Umat Islam tidak perlu bersetuju dengan Gerakan Sederhana Global Malaysia Posted: 17 Nov 2010 01:13 PM PST 11 Zulhijjah 1431H. Nuruddin Muhammad
Tidak terkejut jika Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Hillary Clinton pada 2 November yang lalu menyatakan sokongan kepada falsafah Gerakan Kesederhanaan Global (GKM) yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia. Hujah beliau lagi, sejarah membuktikan semua agama mempunyai golongan pelampau yang boleh mencetuskan konflik walaupun tidak berupaya menggugat kestabilan, keamanan dan demokrasi.
Memang kini, malaysia antara destinasi hab pemikiran Amerikanisasi yang mendokong tinggi cara pandang sarwa ala barat-sekular. Pertemuan demi pertemuan antara pemimpin dua negara ini cukup menjelaskan bahawa kitab sekular Amerika masih belum dikhatamkan oleh pemimpin-pamimpin tempatan kita.
PM juga ada memberi cadangan supaya diwujudkan "Pergerakan Kesederhanaan Global" adalah bertujuan mengajak pemimpin, ulama serta cerdik pandai dunia Islam tampil secara berani untuk menyuarakan pendirian secara terbuka dan tegas, sekali gus mengekang fahaman ekstremis. Cadangan ini telah disuarakan di Perhimpunan PBB di New York dan Sidang ASEAN ke 17 yang baru berlalu baru-baru ini.
Persoalannya sekarang, adakah Malaysia ingin mempopularkan aliran pemikiran baru? Dalam teks ucapan Datuk Seri Najib ketika merasmikan sambutan ulang tahun ke 50 PERKIM pada 6 November, beliau mengambil PERKIM sebagai contoh kumpulan sederhana. Apakah kayu ukur sebenar gerakan sederhana yang dimaksudkan oleh Datuk Seri Najib? Adakah cara perjuangan NGO islam atau gerakan dakwah selain PERKIM adalah ekstrim?
Perdana Menteri sendiri telah melabelkan Malaysia sebagai negara Islam yang sederhana dan progresif, ketika sidang media hari terakhir lawatan kerja beliau menghadiri Perhimpunan Agung PBB, mesyuarat ke-2 ASEAN-Amerika Syarikat serta pertemuan dua hala dengan pemimpin asing dan rundingan bersama sektor perniagaan di New York sejak Khamis lalu. Lawatan ini disifatkan sebagai global bagi Malaysia untuk menampilkan peranan dalam isu antarabangsa seperti Islamphobia dan penyelesaian konflik antarabangsa. Dengan itu, penubuhan Pergerakan Kesederhanaan Global juga dilihat sebagai salah satu metod utama bagi merealisasikan 'konsep sederhana' yang dibawa oleh Perdana Menteri.
Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan sederhana? Adakah sama dengan konsep wasatiyah atau istilah ummatan wasatan yang Islam gariskan?
Sederhana di mata Datuk Seri Najib adalah berlawanan dengan ekstrim. Adakah ekstrim yang dikempenkan oleh kerajaan Malaysia sejajar dengan kempen Obama boleh disamakan pula dengan perbuatan ghulluw atau melampau batas di dalam Islam?
Meletakkan kayu ukur perbuatan yang melampaui batas bukanlah suatu perkara yang mudah biarpun perbuatan ini ada disebut lebih 20 kali di dalam Al-Quran. Menurut Imam Al-Qurtubi, di dalam Surah Al-Maidah, ayat 99, Allah s.w.t. telah mengharamkan sikap ghuluw dengan memberi contoh sikap Yahudi yang menuduh Maryam binti Imran berzina dan sikap Nasrani yang menganggap Maryam pula sebagai Tuhan. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a.:
'Wahai manusia, waspadalah kamu sekalian terhadap ghulluw di dalam Islam. Sesungguhnya yang membinasakan umat-umat sebelum kamu hanyalah sikap ghulluw dalam agama mereka.'
Ghulluw semestinya telah terpesong daripada cara pandang Islam yang meletakkan ajaran Al-Quran dan As-Sunnah sebagai teras sesuatu perbuatan Muslim. Berlawanan pula dengan tahasul yang membawa maksud terlalu beringan-ringan dalam meletak hukum, sikap ini turut tidak berlandaskan hukum syarak hingga kelihatan memperlekehkan agama yang telah tersedia dengan rukhsahnya. Tasahul boleh membawa kepada perilaku fasiq kerana memudahkan syariah dan fatwa.
Idea yang dilontarkan Perdana Menteri kelihatannya seperti ingin menjernihkan atau membetulkan pandangan Barat yang kurang memahami Islam dan melabel Islam dengan istilah pengganas atau ekstrimis. Walau bagaimanapun, dalam masa yang sama, seperti ada perkara yang tidak kena berlaku ketika penganjuran Festival Busana Muslim di Monte Carlo, Monaco pada Ogos lalu yang telah menimbulkan bantahan dan kecaman dari ramai pihak. Festival ini dalam konteks Islam adalah memudahkan agama sehingga merosakan pandangan kaum bukan islam terhadap syariah islam. Tiada beza syariah islam dengan perilaku kaum bukan islam. Adakah Datuk Seri Najib ingin menjustifikasikan tindakan Datin Seri Rosmah sebagai selari dengan fahaman beliau tentang konsep 'bersederhana' dalam Islam, Malaysia adalah negara yang sederhana atau sebenarnya disebabkan dasar ingin menjaga hati negara Barat, festival dengan pakaian sedemikian dianjurkan? Adakah ini yang dikatakan tidak ekstrim dan tidak melampau dalam beragama?
Apa yang berlaku kini, apabila berlangsungka festival Busana Muslim di Malaysia yang cukup memalukan agama, dicadangkan pula Malaysia sebagai Hab Hiburan Malam antarabangsa menunjukkan gerakan sederhana ini bukan gerakan wasatiyyah. Gerakan sederhana ini termasuk ketegori tasahul dan terkeluar daripada kayu ukur wasatiyyah-ghulluw. Ia tidak layak dibahas secara islamis melainkan menggelarkan gerakan ini sebagai gerakan sekular yang ingin menjinakkan gerakan dakwah Malaysia.
Apalah yang dipentingkan sangat dengan labelan Barat jika dibandingkan dengan tindakan umat Islam sendiri yang sanggup merendah-rendahkan martabat Islam dengan mengabaikan syarat pemakaian Islam agar sesuai dengan pakaian Barat dengan harapan Barat akan melihat Islam itu dengan cara yang lebih baik. Realitinya, pandangan Barat tetap tidak akan berubah kerana mereka sendiri yang mencipta istilah ekstrimis tersebut.
Label yang diberikan Barat tidak harus terlalu diambil berat kerana menurut catatan rasmi FBI, hanya 6% dari serangan pengganas di wilayah AS (1980-2005) dilakukan oleh mereka yang digelar 'ekstremis' Islam. Bakinya 94% berasal dari kelompok-kelompok lain (42% dari Latin, 24% dari kelompok sayap kiri ekstrim, 7% dari ekstremis Yahudi, 5% dari komunis, dan 16% dari semua kelompok lain). Data yang dikumpulkan oleh Europol lebih menguatkan bukti dengan terbitnya laporan 'EU Terrorism Situation and Trend'. Di lama web rasmi Europol, laporan seawal tahun 1998 hingga 2010 boleh diakses dengan mudah.
Hasilnya jelas, dan tegas membuktikan bahawa tidak semua pengganas adalah Muslim. Malah, 99.6% dari serangan pengganas di Eropah dilakukan oleh kelompok-kelompok non-Muslim dan 84.8% daripadanya berasal dari kelompok yang sama sekali tidak mempunyai hubung kait dengan Islam. Maksudnya, hanya sejumlah 0.4% kes sahaja mempunyai kaitan dengan Muslim. Itupun kerana alasan tertentu seperti penindasan dan lain-lain.
Perlebalan umat Islam sering dilakukan melalui cara fikir dan pandang akademik cara barat. Fundamentalisme Islam merupakan satu terma popular dan lumrah diguna pakai sama ada di kalangan pelajar, pengkaji, sarjana, dan ulama baik di dunia Timur mahu pun Barat. Kalimah fundamentalisme Islam bukan berasal daripada dunia Islam tetapi ia diberikan oleh dunia Barat (tidak merujuk pada keseluruhan Barat) kepada penganut Islam. Istilah ini sebenarnya berasal dari bahasa Inggeris, begitu juga dengan termanya bukan berasal dari dunia Islam, ia merujuk kepada golongan Kristian, American Protestant, yang menentang dengan kekerasan pemikiran modenisme dan liberalisme, khususnya evolusionisme dan Darwinisme.
Asal-usul kelahiran dan doktrin pegangan fundamentalisme (Kristian) berkait langsung dengan sejarah dan pengalaman yang berlaku dalam agama Kristian Protestan di Amerika Syarikat. Fundamentalisme seperti yang disebutkan di atas adalah gerakan militan dan (ultra) konservatif Protestan yang muncul di Amerika Syarikat sebagai satu tindakbalas terhadap kemajuan Kristian moden dalam akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20. Ia juga sebagai respon menentang teori evolusi dan pengkajian secara sejarah kitab Bible serta pentafsiran. Ini jelas berdasarkan petikan berikut:
'During the 1920s fundamentalists actively fought against medernism in their churches and against evolution in their schools. They lost those battles but retreated and reorganized into a network of instituitions that has housed much of the conservative wing of American Protestantism ever since.''
Jelas di sini, fundamentalisme dalam konteks asalnya (Kristian) merupakan satu nama yang digunakan bagi merujuk kepada satu golongan penganut agama Kristian yang muncul sebagai satu tindakbalas terhadap kemajuan Kristian moden dalam abad ke-19 terutamanya di Amerika Syarikat.
Ulama' Islam yang tegar mempertahankan syariah secara kaffah (holistik) bukannya fundementalis. Mereka adalah pejuang ummatan wasatan yang erat menggenggam sunnah bukannya ekstrim menurut kayu ukur sekular.
Muhammad Nuruddin Bashah Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kaw Gopeng | PENGANGGURAN DAN MODAL INSAN MALAYSIA (2) Posted: 17 Nov 2010 01:04 PM PST 11 Zulhijjah 1431H. Shaharul Shafie
Modal insan gagal dipupuk oleh kerajaan di kalangan majikan
Situasi di dalam sektor sumber manusia hari ini juga sedikit sebanyak tidak mempunyai ruang yang cukup untuk maju dalam kerjaya. Inilah kelemahan dasar modal insan atau 'human capital' negara ini yang menyaksikan Malaysia telah jatuh ke belakang di dalam amalan modal insan di dalam organisasinya tidak kira awam ataupun swasta. Buktinya baru beberapa hari lalu, Kuala Lumpur dilaporkan jatuh ke tangga 48 dari tangga 40 di antara 65 bandaraya besar dunia yang dilaporkan oleh sebuah firma perunding pengurusan terkenal dunia, AT Kearney. Firma berkenaan berasa ragu-ragu pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib untuk menjadikan ibu kota Malaysia ini sebagai kota berkelas dunia dengan kelemahan yang ada.
Antara penyebab utama yang menurunkan Malaysia kali ini ialah kelemahan di dalam rancangan dan pelaksanaan program modal insan (human capital planning). Malaysia ditegur kerana masih menekankan kepada pembangunan fizikal semata-mata apabila Pelan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang digarapkan oleh Najib masih gagal menitikberatkan isu pekerja dan modal insan. Pada hari ini, Malaysia sudah benar-benar berada dalam keadaan kaget apabila para pekerja masih dianggap sebagai mesin atau alatan untuk sesebuah organisasi untuk tujuan membuat untung semata-mata dan bukannya sebagai aset agar bakat pekerja dapat diasuh, diberikan peluang latihan pembangunan diri, peluang kenaikan pangkat dalam kerjaya yang berpanduan dan memperolehi sistem penilaian prestasi kerja yang telus melalui KPI dan kompetensi.
Disebabkan keadaan ini, para majikan tidak berasa hairan sekiranya pekerjanya meninggalkan syarikat kerana mereka tidak rasainya sebagai satu kehilangan besar. Untuk itu mereka menumpukan Bahagian Sumber Manusia semata-mata untuk pengambilan pekerja sedangkan di negara-negara maju, kehilangan atau turnover staf adalah satu kerugian besar organisasi dan bahagian sumber manusia mereka lebih menumpukan usaha kepada modal insan terutamanya dalam merangka latihan industri, program menggalakkan pembangunan bakat (talent)dan peluang kenaikan dalam kerjaya yang menjuruskan kepada pengekalan staf di dalam syarikat. Bahagian sumber manusia mereka juga tidak lagi membuat banyak kerja-kerja sumber manusia yang dianggap ortodoks seperti pengambilan pekerja semata-mata sebagai fungsi utama mereka tetapi lebih menumpukan kepada aspek pembangunan organisasi.
Di kalangan syarikat dan firma di Malaysia, hanya yang dilihat sebagai kehilangan besar pada staf mereka yang membawa masuk wang yang banyak ke dalam syarikat sekiranya meninggalkan syarikat mereka terutamanya di sektor perbankan dan kewangan terutamanya pekerjaan berkaitan dengan pemasaran. Ini adalah kerana bentuk budaya kerja yang masih wujud di Malaysia yang hanya mementingkan wang masuk semata-mata yang mana keadaan ini pernah wujud di Amerika Syarikat lebih kurang 30 tahun yang lalu.
Apabila masa kini terus berlalu, keadaan di Amerika Syarikat dan negara-negara maju bukan sahaja mencapai negara berpendapatan tinggi, tetapi juga beralih dari mementingkan keuntungan total kepada melahirkan bakat-bakat yang terbaik di dalam industri dengan melaksanakan sistem modal insan yang menekankan kepada aset kemanusiaan untuk masa depan syarikat yang lebih bertahan lama dalam dunia persaingan. Jika kita masih pada tahap yang sama ini sehingga tahun 2020, maka Wawasan 2020 akan hanyalah satu khabar yang indah dari rupa.
Majikan masih mempunyai kuasa penentu mutlak skim gaji dan manfaat pekerja
Di Malaysia, bukan sahaja peluang pekerjaan yang semakin kurang untuk golongan yang berijazah tetapi sikap majikan yang kini mampu berkuasa mengawal dan menentukan gaji pekerja. Ini kerana mereka tidak bimbang untuk tidak mendapat pekerja baru sekiranya pekerjanya berhenti. Bagi mereka, berduyun-duyun mahasiswa yang ada di luar untuk mendapatkan pekerjaan itu walaupun dengan gaji yang rendah. Ada syarikat yang sanggup menyediakan program persaraan secara sukarela atau lebih dikenali sebagai VSS dan ada juga secara paksa atau MSS untuk menyingkirkan golongan pekerja lama yang memperolehi gaji yang tinggi. Tujuannya adalah untuk membolehkan mereka mencari pekerja muda yang boleh ditawarkan dengan gaji yang rendah.
Maka dengan itu peluang pekerja lama untuk maju ke hadapan dalam kerjaya dan mempertingkatkan kualiti hidup mereka semakin berkurangan. Selain dari kemampuan majikan menentukan gaji pekerja baru yang hanya mahu memerah habis keringat yang sebolehnya ke atas pekerja mereka dengan gaji dan manfaat pekerjaan yang rendah, inilah yang boleh ditakrifkan sebagai kegagalan Kementerian Sumber Manusia (KSM) di dalam memperkasakan sistem modal insan di kalangan majikan kita. KSM perlu menyedarkan majikan-majikan di Malaysia bahawa syarat mencapai negara k-ekonomi menjelang 2020, mereka perlulah mula menganggap setiap individu yang bekerja dengan mereka adalah aset yang perlu digilap dan dijagai.
Malaysia menguar-guarkan keyakinannya di dalam media dan di meja-meja perbincangan di dalam dan luar negara bahawa kita mampu mencapai negara maju menjelang 2020. Bagi pendapat saya, Malaysia yang bakal memasuki dekad yang baru tidak lama lagi, sebenarnya amat sukar sekali untuk mencapainya. Petanda-petanda dan penanda aras ekonomi yang ada memang menunjukkan negara akan terus berkembang makro ekonominya tetapi akan sampai satu masanya akan menurun kerana golongan pekerja semakin penat bekerja, revolusi buruh akan mengambil tempat akibat mereka sedar kerajaan menyokong majikan dan produktiviti yang berkurangan beserta dengan masalah kualiti. Ini seterusnya lambat-laun akan membantutkan pembangunan ekonomi yang berterusan untuk mencapai agenda transformasi ekonomi nasional.
Bukan itu sahaja, masalah ini akan menjadi faktor penolak kepada pelabur luar negara untuk memindahkan pelaburan mereka dari negara ini dan kini perkara ini memang sudah pun mula berlaku. Maka, masalah-masalah dalaman pekerja, perkara-perkara berkaitan modal insan, pendidikan, perkongsian ilmu antara institusi akademik dan swasta perlu diberikan perhatian segera sekiranya kita masih kepinginkan status negara maju dalam masa terdekat ini.
Namun begitu, tahun 2020 yang hanya 10 tahun dari sekarang, bagi mencapainya adalah satu perkara yang mustahil buat masa sekarang. Faktor yang menyumbang kepada kemungkinan kecil bagi mencapainya adalah kerana pemimpin negara utama negara yang lebih gemar berpolitik daripada melakukan kerja yang diamanahkan rakyat untuk pembangunan negara. Mereka lebih nampak sibuk melakukan apa sahaja menerusi agenda politik untuk memastikan mereka terus berkuasa dan terus lupa bahawa mereka menerima gaji daripada rakyat pada hari ini untuk mentadbirurus negara ini supaya menjadi lebih baik.
Ingatlah! Masa tidak menunggu kita dan balaslah balik amanah yang telah diberikan oleh rakyat. Tidak kira siapalah yang bakal membentuk kerajaan di masa depan, BN atau Pakatan Rakyat tetapi kepentingan negara ini adalah jauh melampaui batas politik masing-masing. Menyempurnakan amanah adalah sesuatu yang dituntut di dalam Islam dan ia juga dititikberatkan di dalam ajaran agama-agama yang lain.
Shaharul adalah seorang perunding Sumber Manusia Strategik dan program pembangunan organisasi, Selain itu, beliau juga menulis beberapa artikel analisa perkembangan politik, sosial dan ekonomi yang diterbitkan di dalam KLToday.com. Beliau boleh dihubungi di rashidzack@yahoo.com | |
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN JERAI Posted: 17 Nov 2010 11:15 PM PST |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan