Saya berada di Qatar ketika ini. Pihak media bertalu-talu menghubungi saya bertanya pendapat tentang hal ini. Maka, saya ingin menyebut secara ringkas beberapa perkara berikut;
1. Berdasarkan apa yang ditonjol, jelas bahawa mengaitkan fesyen-fesyen tersebut dengan Islam adalah satu penghinaan. Sama sekali ia tidak Islamik. Penganjur amat salah jika menyangka Islamic design dan Islamic fashion hanya berkaitan dengan penonjolan tulisan yang berunsur Islamik tanpa memahami soal etika dan hukum-hakam syarak.
2. IFF boleh memberikan gambaran salah yang serius mengenai pakaian dalam Islam. Ia juga melambang kecelaruan fikiran mereka yang terlibat.
3. Islam tidak menghalang fesyen untuk wanita, tetapi mesti dengan prinsip dan etika yang tersendiri. Penganjuran fesyen pakaian itu tidak salah, tetapi konsep dan pengisiannya IFF itu salah disebabkan tidak memahami prinsip dan etika dalam hal ini.
4. Mereka yang terlibat hendaklah memohon maaf kepada umat Islam dan mengisytiharkan kepada awam bahawa yang dianjurkan itu bukanlah 'Islamik'.
5. Bahaya untuk isteri pemimpin utama negara Islam terlibat dengan hal-hal yang seperti ini. Ia akan memberikan mesej Islam yang salah kepada dunia, apatah lagi Malaysia dianggap salah sebuah negara Islam yang penting.
6. Kepimpinan negara akan rosak jika isteri-isteri pemimpin utama ini cuba menonjolkan diri sehingga tidak teliti dan tidak lagi memikir buruk baik sesuatu tindakan. Perbuatan seperti ini akan merosakkan kepimpinan sesebuah negara yang majoritinya muslim.
7. Saya mencadangkan kepada mereka yang berminat menganjurkan pertunjukan 'Islamic fashion' mewujudkan penasihat syariah terlebih dahulu. Mereka boleh menjemput ilmuwan yang lebih terbuka dan fleksibel tetapi mengikut prinsip-prinsip umum syarak.
Parti Islam Semalaysia Pas menganggap kenyataan Tan Sri Muhyidn Yasin selaku Timbalan Pedana Menteri Malaysia yang mengatakan kalau harapkan Pas untuk membawa kemajuan seperti mengharapkan bulan jatuh ke riba. Ini satu kenyataan yang bersifat emosi, mungkin Tan Sri Muhyiddin baru keluar betapa daripada Gua Tempurung terus ke Galas. Mungkin beliau juga seorang yang buta maklumat dan tidak pernah melihat dunia Kelantan.
Kenyataan ini dikeluarkan untuk menutup kelemahan beliau sewaktu berjanji di pilihanraya kecil Manik Urai. Ia merupakan satu mimpi yang menakutkan, kerana tidak terfikir ada pula pillihanraya kecil di Kelantan, kebetulan tidak jauh daripada Manik Urai. InsyaAllah rakyat Galas akan ajar pemimpin dan parti yang pandai menabur gula di bibir pada 4 hb Nov 2010.
Pas menasihatkan Tan Sri Muhyiddin pergilah ke Batu Sapi, janjilah biar banyak sikit. Kerana Batu Sapi di bawah negeri yang umno perintah. Berapa ramai rakyat Batu Sapi yang perlukan rumah dan keperluan asas yang lain. Usah buang masa di Galas. Rakyat Galas sudah tidak perlu kepada umno dan orang-orang yang sama seperti Muhyiddin. Sabah di bawah umno yang masih ketinggalan, nombor satu miskin dan diikuti oleh negeri Terengganu. Kedua-dua negeri ini umno yang memerintah dan mempunyai minyak, tetapi rakyatnya makan taik minyak. Sedangkan Kelantan yang diperintah oleh Pas, menduduki nombor enam, kemajuannya jauh berbeza dengan negeri yang umno perintah. Sepatutnya Tan Sri Muhyiddin kena merasa malu kenapa Sabah yang kaya dengan hasil mahsul bumi, tetapi menjadi negeri termiskin di Malaysia.
Pengundi Galas sudah selesa di bawah Pas dan Pakatan Rakyat dan mereka melihat keupayaan Pas memerintah Kelantan berbanding dengan umno. Bercakap dengan penuh retorik ketika pilihanraya. Kemampuan Pas mentadbir Kelantan dengan baik tidak dapat dinafikan oleh mereka yang celik hati. Sikap buruk kerajaan pusat di bawah umno Bn yang tidak hormat federalisme menyebabkan 118 projek kerajaan pusat tidak dilaksanakan sejak 1991 RMK 9. Inilah sikap busuk hati pemimpin umno yang mengkhianat sesama bangsa, kerana perbezaan ideologi.
AWAS!!! BERHATI-HATI DENGAN SEORANG LELAKI MUALAF BERKETURUNAN INDIABERNAMAMOHAMAD @ RAJENDRAN BIN ABDULLAHUMUR DALAM 50 AN,BERAMBUT HITAM + BERUBAN ,MISAI DAN JANGGUT BERUBAN,TATU DILENGAN KANAN BERTULIS (RAJ) BERISTERI & 8 ORANG ANAK.BELIAU TELAH MENIPU DAN MELARIKAN WANG LEBIH RM15 RIBU DARIPADA PENEROKA KERATONG . DIPERCAYAI BELIAU AKAN BERSEMBUNYI DI KAWASAN LADANG-LADANG ESTET KERANA PENGALAMAN DALAM KERJA -KERJA LADANG SAWIT. BELIAU AKAN BERJUMPA AHLI-AHLI PAS UNTUK MENDAPATKAN SIMPATI...SILA DAPAT KAN INFO DARI SYARIKAT IOI SEGAMAT UNTUK MEMBANTU SIASATAN.SESIAPA YANG MENDAPATKAN MATLUMAT BELIAU SILA HUBUNGI SAYA 0199472871---TERIMA KASIH
Datuk Seri Najib Tun Razak mahu UMNO serta semua sayap parti mengadakan lebih banyak program berbentuk mendampingi rakyat di kawasan-kawasan yang dikuasai pembangkang dan bukannya di kawasan selamat.- Utusan Malaysia 17 Okt. 2010
Terkejut lihat gerai terbakar Sinar Harian 25 Okt 2010
PEDAS - Seorang ibu tunggal terkejut apabila melihat gerai makannya sedang terbakar, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira 3.30 pagi itu, Norlia Ramli, 34, berkata, kejadian itu disedari jiran tinggal berhampiran dengan gerainya, lalu memaklumkan kepada dia yang ketika itu tidur di rumah ibunya.
Menurutnya, ketika itu, api sedang marak, bagaimanapun mujurlah beberapa jiran mengambil tindakan berani berusaha memadamkan kebakaran sebelum bomba datang memadamkan sepenuhnya kebakaran terbabit.
"Selepas selesai memadam api saya masuk semula ke dalam gerai dan mendapati peralatan dapur, barang makanan dan tong gas habis terbakar.
"Dinding kedai yang diperbuat daripada kayu papan turut terbakar tetapi hanya sebahagian sahaja," katanya ketika ditemui di gerainya di Kampung Batu 2, Pedas Hilir, dekat sini.
Norlia berkata, akibat kejadian itu, dia sedih kerana kebanyakan peralatan dan perkakasan terbakar.
Katanya, secara jujur, dia tidak memiliki wang untuk membeli semula barang dapur kerana kesempitan hidup.
"Dengan keadaan diri yang hanya bergantung kepada pendapatan hasil meniaga goreng pisang untuk membesar dan menyekolahkan anak-anak memang wang sedia ada belum cukup menampung kehidupan kami sekeluarga," katanya.
Malah, katanya, bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) terpaksa dibahagi dua dengan bekas suami kerana tiga daripada lapan anaknya dijaga bekas suami.
Menurutnya, dia pula perlu menjaga lima anak dan empat daripadanya sudah bersekolah.
"Pendapatan meniaga goreng pisang ini tidak menentu terutamanya jika musim hujan hasil jualan tidak memberangsangkan. Kejadian kali ini juga menyebabkan saya tidak dapat berniaga jika barang dapur tidak dapat dibeli," katanya.
Lebih merunsingkan, katanya, rumah mesra rakyat yang diduduki kini juga tidak berbayar sejak beberapa bulan lalu kerana hasil jualan digunakan untuk menampung kehidupan mereka anak beranak.
Penyamun tetak kepala pekerja kedai Harian Metro 25 Okt 2010
SEREMBAN: "Keempat-empat remaja itu dilihat melepak di kedai pakaian terpakai (bundle) berdekatan sebelum mereka merompak kedai mangsa dengan bersenjatakan parang beberapa minit kemudian," katanya seorang saksi kejadian yang enggan dikenali.
Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi semalam, seorang pekerja sebuah kedai buah berusia 30-an parah ditetak di kepala oleh sekumpulan penjenayah dalam kejadian rompakan di Taman Tasik Jaya, Senawang, di sini.
Perbuatan itu dipercayai dilakukan empat remaja berusia antara 18 hingga 19 tahun yang melarikan wang perniagaan premis berkenaan sejurus seorang daripada mereka menetak mangsa.
Menurut saksi kejadian itu, mangsa ditetak selepas dikatakan enggan mengikut arahan suspek dan dia yang terkejut segera menghubungi polis.
Peniaga dakwa premis kosong Tampin Square jadi markas maksiat TAMPIN: Amat menjijikan. Itulah keadaan sebuah premis kosong di bangunan pusat beli-belah Tampin Square di sini, yang dipenuhi sampah tetapi menjadi markas maksiat termasuk perlakuan seks bebas dan tempat makan remaja Islam yang tidak berpuasa.
Tinjauan Berita Harian mendapati, banyak pakaian dalam termasuk coli bertaburan di atas lantai premis itu, selain botol minuman keras kosong, tin gam serta bekas makanan dan minuman yang baru digunakan. Difahamkan, lokasi itu yang agak terlindung membuatkan golongan tidak bermoral menjadikannya sebagai markas aktiviti haram, walaupun pada siang hari.
Seorang peniaga di kawasan itu yang enggan namanya disiarkan mendakwa, sering melihat pasangan remaja naik ke premis di tingkat atas itu sambil membawa makanan dan turun semula beberapa jam kemudian.
Seorang lagi peniaga yang mahu dikenali sebagai Ah Seng, 39, pula mendakwa pernah naik ke premis itu dan melihat dua pasangan memadu kasih secara terbuka.
"Satu pasangan sedang melakukan hubungan seks dalam keadaan berbogel, manakala satu pasangan lagi sedang asyik berpelukan.
"Menyedari kehadiran saya, mereka mencapai baju dan seluar dan melarikan diri tanpa sempat mengambil pakaian dalam," katanya.
Pada 24/10/2010 Lujnah Ekonomi Pas Kawasan Tambun Beserta Pas Cawangan telah menadakan satu program Kebajikan Untuk Kaum India Yang Berada di Kampung ini dan Kg Razak, Program yang bermula pada Jam 9 Pagi dihadiri oleh Ustaz Wan Ahmad Termizi selaku Pengarah MTD Manjoi dan Sdr Syed Pengerusi Lujnah Kebajikan Pas Tambun. Semua sumbangan disampaikan oleh Ustaz Wan Dan Ketua Cawangan Ustaz Zaharuddin.
Program sebegini adalah merupakan Program berkala yang dilakukan oleh Pas Cawangan dari semasa kesemasa demi memenuhi tuntutan untuk berkhidmat kepada Masyarakat tidak mengira kaum Agama dan pahaman Politik.
Semoga segala Usaha akan mendapat Ganjaran dari Allah s.w.t. Ini juga adalah usaha untuk mendekatkan pengundi kepada Pakatan rakyat khusunya di DUN Manjoi. Marilah kita sama-sama menyokong Pakatan rakyat dan menolak UMNO dan Bn dalam PRU ke 13 Nanti. Allahuakbar.
You are subscribed to email updates from PAS KDAS 3 To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
"Ulama muda Umno sepatutnya menasihati pemerintah dan pembesar, bukan mengipasnya dalam perkara yang beliau sendiri tahu ia salah," kata Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hasan ketika memberi respons kepada kenyataan Fathul Bari yang berucap dalam perhimpunan Agung Umno di PWTC, hari ini.
Nasrudin berkata, semua orang yang menyaksikan bentuk persembahan Festival Busana Muslim (Islamic Fashion Festival) itu melihat pertunjukan tersebut bercanggah dengan Islam.
"Apa yang kita bantah ialah pertunjukkan fesyen yang kita saksikan melalui satu siaran yang disiarkan oleh CNN dan juga melalui laman web IFF sendiri," katanya ketika dihubungi tadi.
Beliau memberitahu bahawa Pemuda PAS dan NGO Islam bukanlah bertindak melulu tetapi Datin Seri Rosmah Mansor sebagai penaung yang hadir dalam majlis tersebut mesti bertanggungjawab, memohon maaf, bertaubat dan tidak mengulangi kesilapan tersebut.
"Sering kali orang pertikai kenapa bantah mungkar itu, kenapa tidak tanya dulu penganjur dan penaungnya?
"Kalau saya tanya kembali masa putuskan (untuk) menganjurkannya mengapa tidak tanya ulama dahulu?
"Sepatutnya sebelum buat kena tanya dulu, bukan dah buat orang kena tanya mereka (penganjur dan penaung) mengapa mereka buat," katanya.
Beliau juga melihat tindakan Fathul Bari mempertahankan Rosmah itu sebenarnya akan terus mengheret pemimpin itu kekal dalam maksiat.
Ulama muda Umno tersebut juga dilihat cuba membersihkan Rosmah yang menaungi penganjuran itu agar kesalahan itu ditanggung oleh penganjur.
"IFF boleh terus berkarya menghasilkan reka fesyen selama mana ia tidak bertentangan dengan Islam dan Datin Seri Rosmah boleh menaunginya tanpa halangan selama mana ia tidak mengulangi penganjuran seperti di Monte Carlo," tambahnya.
Dewan Pemuda PAS juga, ujarnya akan memberikan pandangan bertulis yang berasaskan Islam kepada penganjur mengenai perkara itu.
Timbalan Ketua Lajnah Ulama Pelapis Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Azhar Yahya dalam kenyataannya pula menganggap tindakan IFF itu secara spontan telah mengguris perasaan para pecinta Rasulullah s.a.w. dan pendokong syariat Islam.
Katanya, sekiranya Rosmah tidak mahu bertanggungjawab jangan sesuka hati hendak menjadi penaung kepada program seperti itu.
"Fathul Bari bila dikalungkan sebagai ulama muda, maka pastinya akan mempertahankan pengalungnya.
"Kini isteri pengalungnya sedang dipaliti najis yang dinamai kononnya Islamik, maka tidak hairanlah Fathul Bari muncul dengan megahnya di PWTC membelai manja para perwakilan kononnya pembangkang tidak berakhlak Islam," katanya.
BUTTERWORTH, 24 Okt: Kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) tidak memberikan ruang demokrasi yang sempurna dalam mentadbir negara, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu.
Beliau berkata, apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta media diperalatkan oleh kerajaan, maka demokrasi hampir menjunam.
"Apabila mereka melihat sokongan terhadap mereka semakin lama semakin terhakis dan tersasar dari unjuran sebenar, maka mereka akan cuba keluar dari amalan demokrasi dengan menidakkan undang-undang.
"Umno dan BN akan cuba mencari helah menjelang pilihan raya umum yang sudah begitu hampir bagi mempertahankan Putrajaya dari jatuh ke tangan Pakatan Rakyat," ujarnya pada satu majlis di sini, semalam.
Tambahnya lagi, dalam apa jua kondisi yang berlaku, PR yang disertai PAS, PKR dan DAP akan tetap bersama sama ada semasa senang mapun semasa susah.
Beliau juga membidas Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak yang cuba mendapat simpati orang Melayu dengan cara mendombakan hak yang termaktub dalam Perlembagaan.
"Sebenarnya PR tidak pernah mempertikaikan apa yang termaktub dalam perkara 153 yang menyentuh hak dan keistimewaan orang Melayu sepertimana yang didakwa oleh Presiden Umno dalam perhimpunan agung mereka baru-baru ini.
"Namun begitu apa yang kita pertikaikan ialah cara kerajaan untuk menguasai pemerintahan haruslah dengan cara demokrasi yang asli dan tulen iaitu dengan cara suara rakyat. Pilihan raya yang bersih dan telus.
"Ini yang kita perjuangkan supaya adanya keadilan dalam melaksanakan amanah termasuklah dalam memilih kerajaan yang memerintah, bukannya dengan memperalatkan agensi dan organisasi yang ada sebagai 'yes man' dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pemerintah," tegasnya lagi.
Setiausaha Umno Gua Musang Aziz Yusof dipilih bagi mewakili Barisan Nasional (BN) merampas kerusi DUN Galas daripada penguasaan PAS.
Pemilihannya diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini sebentar tadi.
Tiga hari lalu, pengamal perubatan yang juga pemangku Yang Dipertua PAS kawasan Gua Musang, Dr Zulkefli Mohamad dipilih sebagai calon Pakatan Rakyat.
Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan berikutan kematian penyandangnya Che Hashim Sulaima daripada PAS, yang meninggal dunia akibat kanser usus 27 September lalu.
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, 11,553 pengundi layak untuk mengundi dalam pilihan raya kecil itu iaitu Melayu 7,125 orang atau 61.7 peratus, kaum Cina 2,317 atau 20.06 peratus, India 185, Bumiputera Siam 10 orang dan Orang Asli 1,889 orang.
Biodata Calon Ditulis oleh Administrator Ahad, 10 Oktober 2010 01:29
Nama : Dr.Zulkefli bin Mohamed Umur : 44 Tahun Tarikh Lahir : 16hb. Januari, 1966 Nama Isteri : Zainab binti Jalar Umur : 30 Tahun Tarikh Lahir : 2hb. Jun, 1980
Kelayakan Akademik : Lulusan Ijazah Sarjana Muda Perubatan & Sarjana Muda Pembedahan Universiti Malaya Kuala Lumpur tahun 1992.
Pengalaman Kerja : 1992 – Pegawai Perubatan di Hospital Taiping, Perak. 1993 – Pegawai Perubatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu, Kelantan. 1994 – Pegawai Perubatan di Klinik Kesihatan Chiku 3, Gua Musang. 1996 – Membuka Klinik Perubatan sendiri di Chiku 3, Gua Musang. Kerjaya Politik : 2003 – 2005: AJK PAS Kawasan Gua Musang & juga sebagai Penyelia DUN Paloh. 2004: Menjadi Calon PAS Parlimen Gua Musang menentang calon BN Tengku Razaleigh Hamzah dalam PRU-11. 2005 – 2009: Yang DiPertua PAS Kawasan Gua Musang. 2005 sehingga sekarang sebagai Penyelia Parlimen Gua Musang. 2008: Menjadi Calon PAS Parlimen Gua Musang menentang Calon BN Tengku Razaleigh Hamzah dalam PRU-12. 2009: Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Gua Musang. 2010: Pemangku Yang DiPertua PAS Kawasan Gua Musang.
*Mempunyai sejumlah 10 orang adik beradik yang terdiri dari 7 lelaki & 3 perempuan. Dr.Zulkefli adalah anak yang ke-7 Ibu beliau bernama Hajah Ramlah binti Mat Jusoh, berumur 76 tahun manakala bapa beliau pula merupakan bekas ADUN Guchil, Kuala Krai pada tahun 1974-1978 iaitu Allahyarham Haji Mohamad bin Awang. Allahyarham bapa beliau ketika hayatnya pernah menjadi Setiausaha PAS Kawasan Ulu Kelantan semasa Allahyarham Ustaz Khaidir bin Khatib menjadi Yang DiPertua PAS Ulu Kelantan
SENAI - Golongan yang masih mempersoalkan hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera serta hak sah bagi kaum dianggap golongan kolot dan bersikap terkebelakang.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Maharani, Dr Mohamad Taslim berkata, golongan itu seolah-olah tidak menghargai erti kemerdekaan, selain asyik gemar mengungkit dan mempertikaikan perlembagaan.
Menurutnya, rakyat perlu bersikap terbuka dan saling menghormati tanpa mengira bangsa dan agama jika mahu melihat negara maju seiring dengan pembangunan di peringkat global.
"Keikhlasan adalah elemen paling penting jika kita mahu bersatu hati walaupun berbeza kaum. Ketepikan sikap tamak dan pentingkan bangsa sendiri kerana kita ada visi yang lebih penting, iaitu memajukan negara," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Mohamad yang juga Pengerusi Penerangan Pas Muar berkata, masyarakat juga diminta tidak memperbesar-besarkan isu kecil sehingga membangkitkan amarah antara kaum yang membawa persengketaan berpanjangan.
"Perkara yang kecil janganlah hendak disensasikan, sebaliknya ia boleh dibawa berbincang dan diselesaikan secara muafakat," katanya.
Sementara itu, Penolong Setiausaha Publisiti DAP negeri, Ng Lam Hua menghormati dan menyokong hak keistimewaan orang Melayu serta kaum lain seperti yang ter- maktub dalam perlembagaan.
"Saya amat menyokong hak ini jika ia di- guna pakai membantu rakyat dalam kesusahan dan bukan untuk kepentingan peribadi.
Sambutan Hari Raya tahun ini disambut meriah.Wakil rakyat Pakatan Rakyat turut meraikannya bersama masyarakat.Inilah di antara Majlis yang dihadiri oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat daripada Pakatan Rakyat:
JAMUAN HARI RAYA PAS KAWASAN BAKRI PADA 8 OKTOBER 2010
'Kueh Bulan ' PAS hanya dihidangkan dalam Majlis Hari Raya PAS Bakri !
Muffin istimewa berlogo BULAN ini adalah hidangan unik
di Majlis Jamuan Hari Raya PAS Bakri yang diadakan
di Taman Desa Sg Abong Muar.
YB Dr Sheikh Ibrahim,ADUN Sg Abong merangkap YDP PAS Bakri, dan isteri
menjadi tuan rumah.Gambar kenangan ADUN dan ahli keluarga.
Dari kiri : Dr Salmah (isteri YB Dr Sheikh Ibrahim) bersama Puan Rubiah
(isteri YB Dr Mohammad) dan anaknya.
Tetamu Kehormat,YBhg Dato Mahfoz (PJ PAS Johor) membelakangkan kamera
diraikan oleh YB Dr Sheikh ibrahim Dan YB Dr Mohammad.
JAMUAN HARI RAYA POLIS DIRAJA MUAR:
Tuan OCPD Muar,ACP Mohd Nasir Ramli segak diapit oleh
YB Dr Sheikh Ibrahimdan YB Dr Mohammad.
Kemesraan pemimpin rakyat terserlah.
YB Dr Mohammad dan YB Dr Sheikh bersama tetamu menjamah hidangan.
JAMUAN HARI RAYA MAJLIS PERBANDARAN MUAR:
Dari kiri: Dr Salmah (isteri YB Dr Sheikh), YB Dr Sheikh Ibrahim,
Tuan Rumah Tuan Hj Mohd Fuad (YDP MPM), YB Dr Mohammad, YB Er Teck Hwa
SANDAKAN 24 OKT : Ansari Abdullah,56, diumumkan oleh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Pakatan Rakyat untuk menggalas tugas besar dalam Pilihanraya Kecil P185 Batu Sapi.
Beliau merupakan seorang peguam yang banyak membela kes-kes tanah di Sabah.
Menjawat jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi PKR dan Ketua Cabang Tuaran. Ansari yang lahir pada 11 Ogos 1954 mengambil jurusan Undang-undang di Universiti Malaya.
Anwar mengumumkan perkara demikian pada jam 5. 03 petang di Dewan Hakka Batu 6 Sandakan di sini.
Turut bersama dalam pengumuman ini ialah Presiden PAS ,Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Naib Presiden PKR Azmin Ali dan pimpinan Pakatan Rakyat. Serentak dengan pengumuman itu hadirin memberikan tepukan dan sokongan kepada calon yang diumumkan bagi membawa misi besar Pakatan Rakyat khususnya di Negeri Bawah Bayu ini.
Tegas Anwar calon yang diumumkan akan membawa perjuangan membela rakyat Sabah terutamanya isu tanah ke peringkat lebih tinggi.
Hadi dalam ucapannya menegaskan walaupun pilihanraya 4 November di Batu Sapi merupakan satu pilihanraya kecil namun memberi makna besar kepada Sabah dan negara.
Tegas Hadi Awang, walaupun pilihanraya ini pilihanraya kecil namun memberikan makna yang besar kepada Sabah dan negara.
"Rakyat diberi peluang untuk menjadi hakim siapakah yang akan memimpin kerajaan. Pilihanraya Kecil Parlimen Batu Sapi merupakan pilihanraya ke-13 sejak Pilihanraya Umum ke-12 pada Mac 2008 lepas.,"kata Hadi.
Sebelum itu pimpinan Pakatan Rakyat Sabah memberikan ucapan yang senada dan komitmen untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional dan memberikan kemenangan kepada calon Pakatan Rakyat.
Lebih 5,000 orang memenuhi dewan yang terletaknya lebih kurang 10 kilometer daripada pusat bandar Sandakan.
Sementara itu, Dewan Masyarakat Sandakan akan dijadikan pusat penamaan calon pada Selasa 26 Oktober dan pusat penjumlahan rasmi 4 November ini.
Sebanyak 12 pusat mengundi iaitu enam di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sekong dan enam lagi di DUN Karamunting dibuka, dan sebuah bot akan disediakan untuk kegunaan petugas ke satu pusat mengundi yang terletak di sebuah pulau, iaitu Pulau Timbang.
Pengundi berdaftar yang digazetkan bagi kawasan Parlimen tersebut sehingga 9 Oktober lepas ialah 25,582 orang iaitu 24,047 pemilih biasa dan 1,535 pengundi pos.
Kerusi Parlimen Batu Sapi kosong selepas penyandangnya dari Barisan Nasional (BN) Datuk Edmund Chong Ket Wah terbunuh dalam satu nahas jalan raya pada 9 Oktober lepas.
Pada perkembangan lain,Datin Linda Tsen Thau Lin, isteri kepada mendiang Datuk Edmund Chong Ket Wah yang juga Timbalan Ketua Wanita PBS Elopura diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) .
Umno, Gerakan dan MCA sama saja dari segi sikap rasis mereka. Di Pulau Pinang Umno memberitahu orang Melayu bahawa PAS ikut telunjuk DAP yang disifatkan mereka anti Melayu.
Lain pula halnya di Kedah, Gerakan dan MCA memberitahu masyarakat Cina bahawa DAP dan pemimpin Cina dari parti KeADILan menjadi lembu yang dicucuk hidung oleh PAS.
Dalam satu kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi Gerakan Kedah, Dr. Cheah Soon Hai, beliau menyifatkan DAP dan KeADILan bacul kerana kononnya berdiam diri dalam menangani isu kenaikan kuota perumahan Bumiputera dari 50 peratus kepada 70 peratus oleh Kerajaan Negeri Kedah pimpinan PAS.
Tambahnya, sikap DAP dan KeADILan tentu berbeza jika kenaikan kuota itu dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri di bawah BN. Senario ini menunjukkan kedua parti dalam Pakatan Rakyat itu tidak konsisten membuat kritikan dan bersikap berat sebelah.
"Saya juga menyifatkan pemimpin KeADILan dan DAP menipu rakyat Kedah kerana membiarkan rakan parti komponen mereka melaksanakan polisi berat sebelah yang merugikan rakyat," ujarnya.
Dr. Cheah Soon Hai adalah ADUN BN Derga. Dia menang menewaskan Cheung Khai Yan dari KeADILan dengan majoriti 163 setelah undi Pakatan Rakyat berpecah kepada seorang lagi calon iaitu Teoh Teik Guan dari DAP yang mendapat 2095 undi. DUN Derga memang diputuskan dari awal untuk DAP, tapi biasalah KeADILan…
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Pembangunan Luar Bandar dan Basmi Kemiskinan Dato' Ir. Phahrolrazi Zawawi menjelaskan bahawa dakwaan yang dibuat oleh Dr. Cheah Soon Hai serta MCA dan Gerakan Kedah bahawa syarat pemilikan untuk Bumiputera dinaikkan sehingga 70 peratus adalah tidak benar sama sekali.
"Polisi asal kekal," tegasnya. "Apa yang sebenarnya berlaku ialah terdapat syarikat pemaju membuat permohonan kepada saya untuk menjual 30 peratus kepada bukan Bumiputera, syarat yang dibuat adalah atas permintaan pemaju tersebut sendiri, itu yang kita luluskan."
Isu kuota perumahan 50-50 adalah satu-satunya isu yang dimainkan secara konsisten oleh MCA dan Gerakan di negeri ini.
Keputusan menaikkan kuota perumahan untuk Bumiputera daripada 30 peratus kepada 50 peratus bagi tanah-tanah Simpanan Melayu yang ditukarganti (swapping) dibuat serta diputuskan dalam mesyuarat Exco.
Exco yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal masyarakat Cina ketika itu ialah Tan Wei Su (KeADILan Bakar Arang) yang sekarang sudah menjadi ADUN bebas. Kelemahan Tan sebagai Exco ialah dia tidak begitu memahami apa juga isu yang 'berat-berat' terutama melibatkan fakta dan angka. Kadang-kadang dia keluar dari bilik mesyuarat hanya untuk merokok. Sudahlah tidak faham, banyak perkara pula yang dia terlepas dari mengikuti.
Apabila isu kuota perumahan 50-50 ini dimainkan oleh Gerakan dan MCA (dari perspektif perkauman) di peringkat awal kelulusan dulu, Tan yang termanggu-manggu apabila diserang, lalu terikut dengan rentak pembangkang. Dalam waktu yang sama, dia tidak dapat menjawab soalan, "Mengapa YB tak lawan dalam mesyuarat Exco?". Agak kelakar untuk menjelaskan, bagaimana dia nak lawan, faham pun tidak.
Dato' Ir. Phahrolrazi menjelaskan bahawa tanah Simpanan Melayu yang diswapping cuma sekitar 15 peratus dari tanah perumahan yang akan dimajukan.
"Kira-kira 70 peratus lagi adalah berstatus milikan bebas (free hold) di mana kuota untuk Bumiputera hanya 30 peratus, bermakna bukan Bumiputera boleh membeli sehingga 70 peratus.
"Memandangkan bukan Bumiputera hanya merupakan 22.6 peratus dari penduduk Kedah, dari jumlah itu Cina adalah 14 peratus; maka mereka tiada masalah langsung untuk membeli rumah di negeri ini, kerana peluang untuk mereka memiliki rumah sangatlah besar," katanya.
Timbul pula persoalan mengapa kuota Melayu untuk tanah Simpanan Melayu yang ditukarganti itu sehingga 50 peratus sedangkan di zaman BN dulu cuma 30 peratus?
"Kerana tanah yang ditukarganti itu dibuat berdasarkan keluasan semata-mata, bukannya berdasarkan nilai tanah," terang Phahrolrazi. Maksudnya begini; apabila pemaju mahu menukar status tanah Simpanan Melayu di pinggir Bandaraya Alor Setar (contohnya) untuk dijadikan free hold, pemaju perlu mencari tanah ganti dengan keluasan yang sama. Pasti pemaju akan mencari tanah yang nilainya lebih murah untuk swapping, asalkan keluasannya sama. Maka berlaku susutan nilai terhadap tanah Simpanan Melayu. Jadi adillah, jika susutan nilai itu ditampung oleh kenaikan lagi 20 peratus dalam kuota pemilikan rumah bagi tanah Simpanan Melayu yang diswapping.
Isu kuota perumahan 50-50 ini bukan isu besar bagi bukan Melayu, khususnya masyarakat Cina. Orang Cina tiada masalah untuk beli rumah di Kedah. Belilah seberapa banyak pun asalkan ada duit.
Ia menjadi besar kerana diputarbelit oleh Gerakan dan MCA yang rasis macam Umno. Tunggulah sehingga pilihanraya umum ke 13 nanti, di mana kita akan menyaksikan semua parti-parti rasis ini akan dihumban ke laut oleh rakyat. Rakyat dak muak dengan sentimen perkauman yang tak habis-habiskan ditiup oleh parti-parti komponen BN.
Datuk Seri Anwar Ibrahim and YB Khalid Samad, the PAS MP for Shah Alam spoke at Keadilan dinner held in Penang on 22 October, 2010. Both of them questioned the need to build the 100-storey tower.
MP Khalid also illustrated to the audience the cost of maintaining the building and used the Petronas 88-storey twin buildings as an example.
Video courtesy of cmlimguaneng -Pejabat YB Khalid Samad-
Khalid Samad (PAS-Shah Alam) queried the government for refusing to take up the offer from the main contractor of the Shah Alam Hospital to complete the controversial RM482 million project.
He said GM Healthcare, which was engaged by developer Sunshine Fleet as the main contractor of the project, had offered to complete the project within 18 months with a RM3 million discount on the project cost.
Video courtesy of Malaysiakini -Pejabat YB Khalid Samad-
You are subscribed to email updates from Khalid Samad To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Luar jangkaan dan amat hebat sekali. Itulah gambaran yang boleh diberikan sepanjang program sehari suntuk Pakatan Rakyat Miri bersama pimpinan pusat bersama penduduk Miri. Rakyat Miri yang dahagakan perubahan dari regim BN yang korup, telah memenuhi perkarangan lapangan terbang Miri seawal jam 900 pagi bagi menyambut kepimpinan PR Pusat. Diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim(PKR),Tuan Haji Muhammad Sabu(PAS),Baru Bian (PKR) ,Wong Ho Leng(DAP) hampir seribu penyokong dan rakyat Miri menyambut rombongan ini.
Rombongan disambut dengan bacaan doa AJK PAS Kawasan Miri ;Ustaz Ibn Daud disusuli paluan kompang . Selain itu tarian Naga juga dipersembahkan dibawa khas oleh DAP Miri. Setiba rombongan ke rumah Dr Teo(Ketua PKR Miri) ;pimpinan pusat bersama pimpinan setempat termasuk YDP PAS Miri,Tuan Haji Jofri,Fong PT(DAP) dan Edwin Dundang (SNAP) terus mengadakan sidang media . Dengan nada yakin ,Ketua Umum PKR menyatakan keyakinan bahawa semangat Sibu kini sudah tiba di Miri . Komitmen jitu 4 parti dalam Pakatan Rakyat seperti yang dipamerkan di Miri merupakan satu lonjakan semangat bagi menghadapi Pilihanraya DUN yang amat penting tidak lama lagi.
Disebelah tengahari,rombongan pimpinan Pakatan Rakyat mendengar sendiri permasalahan rakyat setempat yang telah mengemukakan memorandum aduan rakyat di Miri. Isu sekolah Cina;rampasan tanah adat ,masalah infrastruktur dan kelesuan Masjid dan Surau antara perkara yang dibangkitkan. Dalam ucapan aluan pimpinan setempat diketuai YDP Hj Jofri dan Dr Teo;kesemua pimpinan PR Miri sepakat bahawa masanya sudah tiba untuk BN menyerahkan mandat bagi ketiga tiga kerusi DUN Miri pada Pakatan. Dengan majoriti pengundi Bandar khasnya TiongHua sudah menyatakan keazaman untuk menukar pimpinan SUPP/BN yang ada sekarang;dengan sokongan padu serta gerakerja mantap antara semua parti ,pasti mampu menumbangkan BN.
Datuk Seri Anwar dan Hj Md Sabu dalam ucapan awal sebelah tengahari menyakan kekesalan yang amat sangat pada BN yang dalam bajet 2011 lebih menumpukan pembinaan bangunan kroni BN setinggi 100 tingkat bernilai 5 billion sedangkan masalah infrastruktur di pendalam Sarawak masih mundur. Kepincangan dan penyelewengan kuasa yang melampau oleh Taib dan koco konconya seperti masalah lambakan banjir balak yang melanda Sibu-Kapit baru baru ini telah menzahirkan kebejatan pimpinan BN kini. Dalam majlis tengahari itu juga;rombongan dikejutkan dengan kehadiran tetamu istimewa Pn Haslina yang mengalami lumpuh untuk sama sama bertemu Datu Seri dan rombongan biarpun masih dalam jagaan hospital. Dengan kerjasama pihak Hospital;pesakit ini dapat bertemu idola beliau.
Sesi dialog yang berlangsung selama dua jam anta rakyat dan pimpinan telah menghasilkan satu pelan tindakan bersama Pakatan. DSAI dan rombongan menyakan komitmen bersama untuk mambawa isu kemiskinan dan masalah penduduk Sarawak khasnya Miri ini ke Parlimen. Malah input ini juga akan menjadi asas kearah pembentukan manifesto bersama Pakatan Rakyat Sarawak kelak.
Pada sebelah malam;hampir 5,000 rakyat setempat hadir ;buat julung kalinya dalam Ceramah Perdana Pakatan Rakyat Miri. Antara penceramah yang hadir ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim,yang dalam perjalanan seterusnya ke Batu Sapi,YB Dominique Ng(PKR ),YB Wong Ho Leng(DAP) dan YB Azmin Ali(PKR). Ucaptama malam berakhir dengan ceramah yang cukup menarik perhati penduduk Miri yang disampaikan oleh AJK PAS Pusat;Tuan Haji Md Sabu.
Tuan Haji mengupas isu semasa dengan baik sekali;dan telah memberi peringatan penting pada rakyat Miri untuk berhati hati dengan sentimen perkauman yang kini dimainkan oleh UMNO/BN dalam menghalang kemaraan sokongan Pakatan Rakyat. Beliau ;bagaimanpun yakin dengan kesungguhan jentera parti dan kerjasama erat seperti yang disaksikan malam ini pasti akan membuahkan hasil dalam PR DUN dan PRU-13 akan datang. jelasnya;Misi menawan Petrajaya terus ke Putrajaya kini bukan omong kosong lagi.
Penyamun tetak kepala pekerja kedai Harian Metro 25 Okt 2010
SEREMBAN: "Keempat-empat remaja itu dilihat melepak di kedai pakaian terpakai (bundle) berdekatan sebelum mereka merompak kedai mangsa dengan bersenjatakan parang beberapa minit kemudian," katanya seorang saksi kejadian yang enggan dikenali.
Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi semalam, seorang pekerja sebuah kedai buah berusia 30-an parah ditetak di kepala oleh sekumpulan penjenayah dalam kejadian rompakan di Taman Tasik Jaya, Senawang, di sini.
Perbuatan itu dipercayai dilakukan empat remaja berusia antara 18 hingga 19 tahun yang melarikan wang perniagaan premis berkenaan sejurus seorang daripada mereka menetak mangsa.
Menurut saksi kejadian itu, mangsa ditetak selepas dikatakan enggan mengikut arahan suspek dan dia yang terkejut segera menghubungi polis.
Adik ipar mantan Perdana Menteri (PM) UK Tony Blair, Lauren Booth dikhabarkan telah memeluk Islam. Hal itu dilakukan dia setelah mengalami semacam 'pengalaman suci' di negera Iran.
Merujuk pada beberapa media di Inggris, adik ipar Tony Blair yang merupakan seorang jurnalis dan penyiar radio itu telah memutuskan untuk masuk Islam. Perempuan berumur 43 tahun tersebut memutuskan langkah pastinya itu pada 6 minggu lalu.
Hal itu ia lakukan setelah mengunjungi makam fatima al masumeh di kota Qom.
Dalam hadith riwayat Attabarani, Rasulullah SAW perintah seorang sahabat supaya mendirikan sebuah masjid di taman bernama Bathan di daerah San'a yg terletak di negeri Yaman. Baginda mengarahkan supaya qiblat masjid itu menghadap ke puncak gunung Deyn yg terletak sekitar 30km dari San'aa.
Setelah 14 abad kemudian, Google Earth membuktikan kebenaran Rasulullah SAW. Melalui rakaman satelit, dapat di lihat dengan jelas bagaimana qiblat masjid ini yang di perintahkan oleh Nabi Muhammad SAW menghadap ke puncak gunung Deynn, apabila di usulkan seterusnya , ia terus mengarah ke tengah Kaabah di Baitullah Masjidil Haram.
Tiada manusia yg dapat mengetahui perkara ini tanpa bantuan alat2 canggih. Benar lah kata Nabi Muhammad SAW. Subhanallah…
Pada saya : Hanya yang mempunyai fikiran dan menggunakan fikirannya untuk berfikir sahaja yang akan menemui kebenaran yang hakiki.
Bukan pasal bola Piala Malaysia yang Kedah kalah kepada Kelantan...tapi pasal sifar rasuah
Umno gelisah apabila Kedah rasuah sifar
KUALA TERENGGANU, : Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, Umno amat takut apabila Kerajaan Kedah kini boleh diisytiharkan sebagai rasuah sifar.
"Ini yang amat menakutkan Umno. Dasar Pakatan Rakyar di Kedah telah menyebabkan Umno Kedah hilang punca apabila kepimpinan PR Kedah makin mantap," ujarnya ketika berucap pada majlis ceramah sempena Ijtimak Kepimpinan PAS Terengganu di Kampung Tanjung, Batu Rakit malam tadi. Turut berucap ialah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Ketua Dapsy, Anthony Loke Siew Fook.
Beliau menjelaskan, hutang negeri kepada Pusat sebanyak RM2.36 biion adalah warisan kerajaan Umno BN yang kini terpaksa dilangsaikan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat.
Katanya, hutang terbesar sebanyak RM1.8 bilion adalah hutang air yang tidak pernah dibayar selama ini oleh Umno BN kepada Pusat.
Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS negeri berkata, rakyat Kedah kini sentiasa mantap bersama Pakatan Rakyat.
"Umno kini sudah tak mampu menggugat kerjasama PR di Kedah dan insya Allah akan kekal kukuh menuju untuk membawa Pakatan Rakyat ke Putrajaya," ujarnya lagi.
Katanya, sekalipun Umno sentiasa mengadu domba kerajaan Kelantan dan Kedah di mana tidak pernah puas berbuat demikian tetapi mereka gelisah kerana rakyat semakin celik politik dan tidak digula-gulakan lagi.
"Umno sentiasa menyalahguna media milik kerajaan seolah-olah ia milik mutlak Umno, tapi usaha jahat Umno dalam media arus perdana telah ditolak oleh rakyat, dan ini menyebabkan Umno menjadi makin tak keharuan sehingga mereka sanggup buat perkara di luar batasan kemanusiaan," katanya.
Wah! Macam dayak dapat senapang ker..? Maklumlah dah berjauhan dengan anak bini…, dah macam trend pulak kalau pegi outstation mesti nak enjoy!
Dengar cerita bila sesi pagi ramai yang datang lambat, sebab malam tadi perwakilan laki2 banyak pegi enjoy, tumpuan of course la ke Dangdut kat KL nie…
Ade member cerita pagi tadi, bila dia dengan geng dari Penang pegi dangdut nie terserempak dengan kawan2 UMNO, bila pegi dangdut yang lain pulak pun jugak ramai "kawan kawan" UMNO….
PSM: Sokongan 70% Melayu penting untuk ke Putrajaya - Mkini
Jalan menuju Putrajaya dibina atas kepercayaan dan amanah 70 peratus orang Melayu peringkat bawahan yang masih berhempas pulas untuk memenuhi keperluas asas.
Dan kepercayaan ini tidak dapat dimenangi jika Pakatan Rakyat terus membangkitkan tentang istilah seperti 'meritokrasi' yang menakut-nakutkan orang Melayu yang masih merupakan sebahagian besar daripada 40 peratus masyarakat bawahan, kata ahli parlimen tunggal PSM, Dr Jeyakumar Devaraj (kanan).
melayu miskin
"Dalam kawasan pilihan raya saya (di Sungai Siput) ada orang Melayu yang tidak mampu bayar bil elektrik dan ada yang tidak menyekolahkan anak kerana mereka tidak mampu membayar tambang bas.
"Anda bercakap tentang mengambil biasiswa (pelajar) Melayu, mereka bimbang. (Konsep) Malaysian Malaysia DAP menakutkan mereka," katanya dalam persidangan Sosialisme 2010 hari ini.
Tambahnya, apabila Pakatan Rakyat menyerang kuota bumiputera - sebahagian besarnya kerana ia mengkayakan segelintir orang Melayu - tetapi mereka juga turut menyerang mereka (orang Melayu) yang terpaksa berhempas pulas untuk hidup.
kelas-kelas melayu
"Fikirlah tentang perjuangan kelas dan tangani setiap kelas secara berbeza...Banyak orang Melayu miskin yang dieksploitasi oleh kontraktor Melayu juga," katanya
Dalam kertas kerjanya di persidangan PSM di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor, Jeyakumar mengatakan masyarakat Melayu dibahagikan kepada empat kelas - 70 peratus kelas bawahan Melayu, pekerja kelas menengah, kontraktor dan kelas korporat.
Bimbang tentang isu meritokrasi
Dari keempat-empat kelas tersebut, kontraktor Melayu juga bimbang tentang cakap-cakap mengenai meritokrasi, tegas Jeyakumar yang juga ahli pengasas PSM, kerana ia boleh mengakibatkan mereka kehilangan banyak peluang untuk mendapatkan kontrak kerajaan.
"Antara tahun 2005 dan 2010, projek bernilai RM1.2 bilion diberikan kepada kontraktor bumiputera kelas F.
"Apabila (Perdana Menteri Datuk Najib Tun Razak) bercakap tentang ketelusan dan tender terbuka, kumpulan ini tidak senang kerana mereka mungkin terpaksa berkongsi," katanya.
Menurut Jeyakumar, rasa tidak senang kumpulan tersebutlah yang diperjuangkan oleh PERKASA yang didakwanya menjadi jurucakap kelas kontraktor Melayu.
"Untuk mendapatkan impaknya, mereka akan menggerakkan orang Melayu miskin dengan menggunakan hal-hal seperti Perkara 153 (perlembagaan persekutuan) dan Islam, dengan mengatakan ianya telah mencabar," katanya.
"Pilihan raya umum akan datang bergantung kepada sama ada Pakatan Rakyat dapat membuktikan bahawa mereka boleh dipercayai untuk meneruskan program-program bagi kemajuan (orang Melayu miskin)," katanya.
PAS dan Pakatan kena meladeni (melayan) semua kehendak golongan marhain ini untuk ke Putrajaya dan memberi pukulan maut kepada UmnoBN yang hanya mengutamakan kelas korporat Umnoputera.
Lihat perjuangan Nabi SAW...dikelilingi oleh golongan hamba dan fakir...
Tak cerdik punya cadangan, menggunakan masjid dibawah kuasa raja untuk kepentingan politik, suruhlah SPR buat pendaftaran automatik...selesai masalah ...
Shafie Apdal: Guna masjid daftar pengundi Umno
Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal mencadangkan agar Umno menggiatkan usaha mendaftkar anggota mereka sebagai pemilih dalam pilihan raya menggunakan masjid di seluruh negara.
Katanya, ini kerana, masjid tersebut merupakan tempat di mana "padatnya umat Melayu".
"Kita gunakan landasan itu untuk mendaftar pengundi pengundi dalam pilihan raya umum, katanya yang juga menteri kemajuan luar bandar dan wilayah.
Ketika menyampaikan ucapan penggulungan dalam perhimpunan agung Umno 2010 hari ini, Shafie berkata beliau telah membincangkan cadangan itu dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharum yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama berhubung cadangannya itu.
Jangan takut gertakan Najib Mohd Sabri Said - Harakah
BUTTERWORTH, 23 Okt: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, biarlah Datuk Seri Najib Tun Razak bercakap ikut rentaknya sendiri sebelum bersara sebagai Perdana Menteri yang keenam apabila Pakatan Rakyat berjaya ke Putrajaya.
"Biarkan Najib bercakap ikut rentak sendiri kononnya mahu menyekat kemaraan Pakatan Rakyat dengan nyawa dan badannya. Ini menunjukan dia dah bimbang, cuma takut nak khabarkan," ujarnya ketika berucap dalam Majlis Makan Malam Tabung DAP di Raja Uda, malam tadi.
Tambah beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, jika rakyat mahukan pembaharuan dalam pentadbiran, mereka perlu berani ke hadapan mengundi Pakatan Rakyat untuk ke pusat pentadbiran negara buat pertama kali dalam sejarah.
Katanya, kemegahan seorang Perdana Menteri harus dikikis seandainya mahu menjiwai rakyat jelata, bukan menambah parah kewangan negara dengan memperelokan penginapan rumah sehingga RM65 juta.
muak
"Rakyat sudah muak dengan kelakuan Perdana Menteri sama ada yang lepas atau pun yang kini sedang memerintah negara. Habis wang rakyat digunakan untuk kepentingan diri dan keluarga," tegas beliau.
Sekarang ini, kata Anwar, bukan isu pengubahsuaian rumah Perdana Menteri sahaja hangat diperkatakan malahan tanah perkuburan baru sebelah Makam Negara yang menempatkan 250 orang Islam dan kenamaan bukan Islam menelan belanja RM70 juta.
.Najib akui tuduhan terhadap PR karut Abd Aziz Mustafa Harakah
KUALA LUMPUR, 23 Okt: Ucapan dasar Datuk Seri Najib Razak pada Perhimpunan Agung Umno kelmarin jelas membuktikan, tuduhan bahawa Pakatan Rakyat akan mencabar hak Melayu jika memerintah adalah karut.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, ucapan Najib selaku Presiden Umno itu juga menjelaskan bahawa hak-hak orang-orang Melayu terjamin di bawah perlembagaan walau siapa pun yang memerintah.
menakut-nakutkan orang melayu
"Jaminan di dalam perlembagaan yang dinyatakan oleh Najib dalam ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung Umno Ke-61 itu dengan sendirinya mendedahkan pembohongan dan khurafat Umno untuk menakut-nakutkan orang-orang Melayu kononnya mereka akan hilang kuasa jika parti yang disebut sebagai parti perasuah oleh (Tun) Dr Mahathir (Mohamad) itu tidak memerintah," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.
Dengan pengakuan Najib tentang jaminan dalam perlembagaan itu, Mahfuz yakin orang-orang Melayu tidak akan dapat lagi diperbodohkan oleh Umno yang tidak henti-henti mengugut kononnya mereka akan kehilangan kuasa jika pemerintahan Umno ditamatkan.
Najib macam yakin berlaku rampasan kuasa Nazri Abdullah - Harakah
KUALA LUMPUR, 23 Okt: Kenyataan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak Najib bahawa akan pertahan Putrajaya walau terpaksa hilang nyawa seolah-olah yakin akan berlaku rampasan kuasa secara keganasan.
Biarpun Najib tidak menyebut mahu mempertahankan Putrajaya dari dirampas pihak mana, namun dipercayai ditujukan kepada Pakatan Rakyat.
Ini kerana Pakatan Rakyat sejak tsunami politik 2008, telah meletakkan sasaran mahu menguasai Putrajaya menggantikan kerajaan BN.
Menurut Pengarah Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Pusat, Mohd Firdaus Jaafar, kenyataan Perdana Menteri itu juga seolah-olah tidak faham amalan demokrasi di negara ini.
tak faham demokrasi
"Najib masih tak faham demokrasi, PR nak kuasai Putrajaya bukan dengan rampasan kuasa. Kita guna saluran pilihan raya, dengan rakyat yang tentukan.
"Mungkin juga dia lupa, yang merampas kuasa secara ganas ni Umno BN. Merekalah yang merampas Perak dari Pakatan Rakyat," katanya kepada Harakahdaily.
nota: kena batang hidung sendiri senyap pulak kah kah kah
IFF: ULAMA MUDA PERTAHAN ROSMAH, SELAR PEMBANGKANG - mkini
Ulama muda Umno Fathul Bari Mat Jahya berkata pendekatan pembangkang mengecam tindakan Rosmah Mansor menaungi Festival Busana Islam (IFF) - yang mencetuskan kontroversi - tersasar daripada konsep agama sebagai nasihat.
Fathul Bari berkata, pembangkang sengaja membesar-besarkan isu itu sambil meletakkan sepenuhnya kesalahan atas bahu Rosmah tanpa menyiasat terlebih dahulu perkara itu.
"Sepatutnya bantahan itu ditujukan kepada penganjur sedangkan Rosmah penaung semata-mata," katanya.
TT kata
KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH
JENG JENG JENG JENG JENG JENG JENG JENG JENG
woit… BETULALAAA…BETUL… TEPAT…. kah kah kah..
woit…..PEMBANGKANG NI MEMANG BUAT FITNAH…kah kah kah..
woit…. ENCIK FLEMMING ROSE DARI AKHBAR DENMARK SEMATA MATA PENGARANG AKHBAR …. kah kah kah..
kah kah kah… BUKAN ENCIK ROSE YANG LUKIS KARTON ITU… kah kah kah
woit… VINCENT TAN…. SEMATA MATA TUAN PUNYA KEDAI TOTO…. kah kah kah….
kah kah kah… VINCENT TAK PERNAH JUAL TIKET JUDI…. kah kah kah..
Latest Info!! Benarkah Rahman Palil Suruh Secretary Call Yb Kapar Jangan Dedahkan Dokumen Tanah Dengan Sosilawati...? Minggu lepas Yb Kapar, Manikavasagam ade buat press conference, keluar kat paper SINAR. Yb Kapar tu ade simpan bukti dan dokumen Yb Rahman Palil memang terlibat dengan deal tanah yang dah kalut dalam kes Sosilawati & 3 yang lain...
Ikut cerita kawan kawan lawyer, kat tangan Yb Kapar ade Power Of Attorney yang palsu, ade dokumen transfer ownership, bukti bukti lain yang invlove Ample Quality Sdn Bhd dengan Southern Symphony Sdn Bhd. Rahman Palil dengan suspek utama membunuh Sosilawati [lawyer ade title Datuk tu laa] director Ample Sdn Bhd. Allahyarhamah Datuk Sosilawati director Southern Symphony Sdn Bhd, transaction jula beli tanah Batu Feringgi. Blog nie ade buat artikel jugak kalau nak baca lagi boleh pergi kat URL bawah nie ;
Tajuk : Panaaass..!Yb Rahman Palil Memang Ada Deal Beli Tanah Batu Feringgi Dari Sosilawati Harga 29 Juta..?
Yb Kapar nak buktikan memang ade penipuan dokumen untuk pindah milik tanah yang dalam transaction semua yang terlibat...
Dengar cerita, Rahman Palil suruh secretary dia call Yb Manikavasagam, mintak tolong Yb Kapar, "slow down laaa..., jangan la bising bising..."
Kalaulah betul kisah nie, ntah la! Ape rase anak anak Sosilawati kalau betul ade Yb orang melayu terlibat berkawan dengan pembunuh kejam sampai mati sorang usahawan yang ade future dalam ekonomi Malaysia..??
Profil Calon Pakatan Rakyat Parlimen P185 Batu Sapi Calon terbaik dari Pakatan Rakyat untuk rakyat Sabah terutama Parlimen Batu Sapi. Nama Penuh : Ansari bin Abdullah
Tarikh Lahir : 11 Ogos 1954 Tempat Lahir : Tuaran, Sabah Status : Berkahwin (Isteri : Nailly Yassin)
Anak : 2 Orang (Tasya Febrinda dan H Alam)
Pendidikan : Kolej Sabah, Kota Kinabalu (1973) Universiti Malaya, Kuala Lumpur (1978) (Fakulti Undang-undang)
Pekerjaan : Pengamal undang-undang (Advocates) (Messrs Ansari & Co)
Jawatan Politik : Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ketua PKR Cabang Tuaran, Sabah
GUA MUSANG - Sultan Muhammad ke-V, berkenan menyampaikan geran tanah kepada 114 penerima pelbagai kaum dari daerah Gua Musang di Istana Persinggahan, di sini.
Ketua Jajahan Gua Musang, Wan Mustapha Wan Abdul Hamid berkata, daripada 114 penerima, 13 daripadanya kaum Cina, dua masyarakat India dan selebihnya masyarakat Melayu.
Menurutnya, penerima menerima geran tanah untuk tempoh sama ada 33,66 atau 99 tahun bergantung kepada jenis geran tanah sama ada bangunan atau pertanian serta bergantung kepada penerima sama ada mereka merupakan anak Kelantan atau sebaliknya.
"Walau bagaimanapun kebanyakan geran dikeluarkan dalam bentuk pajakan 99 tahun dalam bentuk dusun, kebun getah atau kelapa sawit, tetapi ada juga tapak rumah pemindahan mangsa banjir.
"Pemberian tanah yang menjadi acara tahunan ini melibatkan semua mukim di daerah Gua Musang," katanya kepada pemberita selepas upacara pengurniaan tersebut, di sini, semalam.
Sementara itu, penerima, Noriah Udin, 52 , dari Kampung Baru Limau Kasturi melahirkan rasa gembira kerana status tanah miliknya selama ini telah pun diperolehi.
Menurutnya, dia tidak dapat menggambarkan betapa gembiranya dia apabila diberitahu tentang pengurniaan tersebut.
"Saya gembira sebab akhirnya tanah yang dipohon untuk mendapatkan geran sejak tahun lalu diluluskan dalam tempoh yang agak singkat. Sekarang saya tidak perlu risau tentang status tanah ini lagi," katanya.
Sementara itu, seorang lagi penerima, Siti Hamidah Md Hasan, 58, juga dari Limau Kasturi, berkata, permohonan bagi mendapat geran tersebut dibuat lima tahun lalu.
Menurutnya, mulanya dia menyangka terpaksa melupakan hasrat memiliki geran terbabit.
"Saya diami tanah ini sejak 1984, dan mula memohon geran sejak lima tahun lalu, saya jangkakan terpaksa keluar dari tanah yang saya diami selama ini kerana tidak mendengar sebarang berita tentang geran yang saya pohon.
"Alhamdulillah, syukur, nampaknya hasrat saya akhirnya tercapai," katanya.
SANDAKAN, 24 Okt: Pakatan Rakyat hari ini mengumumkan peguam, Ansari Abdullah daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai calon bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi.
Pengumuman itu dibuat Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim petang tadi di Dewan Hakka, Jalan Utara, dekat sini.
Turut bersama di majlis pengisytiharan calon itu ialah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Sementara itu, Barisan Nasional mengumumkan isteri kepada mendiang Datuk Edmund Chong Ket Wah, Datin Linda Tsen yang juga Timbalan Ketua Wanita PBS Elopura sebagai calon parti itu.
PRK yang akan berlangsung 4 November ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru apabila Parti maju Sabah (SAPP) membuat keputusan untuk meletakkan calon.
GUA MUSANG, 24 Okt — Setiausaha Umno Gua Musang Aziz Yusof( gambar atas) dipilih bagi mewakili Barisan Nasional (BN) merampas kerusi DUN Galas daripada penguasaan PAS.
Pemilihannya diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini sebentar tadi.
Tiga hari lalu, pengamal perubatan yang juga pemangku Yang Dipertua PAS kawasan Gua Musang, Dr Zulkefli Mohamad dipilih sebagai calon Pakatan Rakyat.
Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan berikutan kematian penyandangnya Che Hashim Sulaima daripada PAS, yang meninggal dunia akibat kanser usus 27 September lalu.
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, 11,553 pengundi layak untuk mengundi dalam pilihan raya kecil itu iaitu Melayu 7,125 orang atau 61.7 peratus, kaum Cina 2,317 atau 20.06 peratus, India 185, Bumiputera Siam 10 orang dan Orang Asli 1,889 orang.
Dalam perkembangan berkaitan Datin Linda Tsen Thau Lin(gambar kiri), isteri kepada mendiang Datuk Edmund Chong Ket Wah yang juga Timbalan Ketua Wanita PBS Elopura diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi 4 November ini.
Semalam, Parti Maju Sabah (SAPP) mengumumkan Presidennya Datuk Yong Teck Lee sebagai calonnya.SAPP keluar BN hujung tahun 2008.Pakatan Rakyat yang akan diwakiliPartiKeadilan Rakyat (PKR) akan mengumumkan calonnya 5 petang ini.
Kerusi Parlimen Batu Sapi kosong berikutan kematian Chong daripada PBS dalam nahas jalan raya di Tanjung Aru pada 9 Oktober.Kawasan Parlimen itu mempunyai 25,582 pengundi berdaftar, termasuk 1,535 pengundi pos.Hari penamaan ialah pada 26 Oktober.TMI
Pengumuman calon PR Batu Sapi akan dibuat hari ni Ahad 24hb Oktober jam 5 petang di Dewan Hakka, Batu 5, Jalan Utara, Sandakan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim, Tuan Guru Hj Abdul Hadi, Lim Kit Siang dan pimpinan PKR.
Besut: Seorang remaja yang juga pekerja kedai menjual barangan plastik di bandar Jertih, di sini, mengejutkan rakan sekerja apabila melahirkan anak dalam tandas kedai berkenaan, kelmarin.
Remaja berusia 19 tahun itu dikatakan mulanya mahu membuang air besar sebelum tiba-tiba melahirkan bayi lelaki yang kemudian disahkan sudah meninggal dunia, kira-kira jam 1 tengah hari.
Ketua Polis daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, wanita itu kemudian memaklumkan kejadian berkenaan kepada rakan sekerjanya yang menghubungi ambulans bagi membawanya ke Hospital Besut mendapatkan rawatan.
"Doktor mengesahkan bayi yang menggelupas kulit itu meninggal dunia dalam kandungan antara dua hingga tiga hari sebelum dilahirkan.
"Bayi itu dilahirkan tidak cukup bulan iaitu baru berusia 36 minggu dan wanita itu memberitahu dia mula mengesan kandungannya tidak bergerak sejak dua hari sebelum itu," katanya.
Menurutnya, bapa mangsa yang bekerja sebagai pengawal keselamatan mendakwa dia dan keluarga tidak mengetahui anaknya hamil kerana keadaan fizikalnya tidak kelihatan seperti wanita mengandung selain tidak memberitahu sesiapa mengenai keadaan dirinya.
"Rahsia itu hanya terbongkar selepas wanita berkenaan meminta rakannya memanggil ambulans sebelum bapanya membuat laporan dan memohon permit pengebumian di Balai Polis Jertih," katanya.
Katanya, bapa wanita terbabit kemudian membuat laporan mendakwa anaknya hamil hasil hubungan luar nikah dengan seorang kakitangan awam yang bertugas di Pasir Putih, Kelantan. -metro
KUALA LUMPUR, 23 Okt — Ulama muda Fathul Bari Mat Jahya, yang menyertai Umno empat bulan lalu, mempertahankan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor berhubung kontroversi Festival Busana Islam (IFF) yang didakwa pembangkang dan bekas mufti sebagai tersasar daripada konsep agama dan menghina Islam.
Fathul Bari (gambar kiri )yang mewakili Umno Perlis berkata, pembangkang sengaja memperbesarkan isu itu dengan meletakkan kesalahan tersebut pada bahu Rosmah yang hanya bertindak sebagai penaung IFF.
"Sepatutnya bantahan itu ditujukan kepada penganjur sedangkan beliau (Rosmah) hanya penaung semata-mata," kata beliau."Tanpa diteliti hal tersebut, mereka terus menyerang dan menghukum.
"Adakah ini sikap orang Islam yang mengakui membawa hukum Allah sedangkan jelas perbuatan seperti ini tersasar Islam yang mengajar ketika menasihati seseorang," kata beliau yang membahaskan usul agama dan pendidikan Perhimpunan Agung Umno 2010 hari ini.
Jelas Fathul Bhari, manusia sentiasa dituntut meneliti terlebih dahulu sesuatu kesilapan yang dilakukan sama ada ia disengajakan ataupun tidak.
"Perbuatan ini tersasar. Islam mengajar etika menasihati, (jadi) mengapa tidak menarik tangan (Rosmah) sendirian, tanya apa yang berlaku, adakah beliau tahu majlis ini.
"Jangan sama sekali dinasihati secara terang-terangan, bukan dengan caci, kutuk dan keji. Islam meletak etika dan adab dalam membetulkan (yang salah)," katanya.
Semalam bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Pemuda PAS menggesa umat Islam yang terlibat dalam penganjuran IFF di Monte Carlo Ogos lalu, termasuk Rosmah yang dipertikaikan Pakatan Rakyat dan NGO Islam, agar memohon maaf kepada umum.
Asri juga meminta agar mengisytiharkan program itu yang didakwa menghina Islam sebenarnya bukanlah 'Islamik'.
Sehubungan itu beliau menegaskan, adalah bahaya untuk isteri pemimpin utama terlibat dengan hal-hal yang seperti itu.
Pemuda PAS pula mendakwa IFF yang dianjurkan itu sama tarafnya dengan festival fesyen di barat, bahkan mungkin lebih teruk lagi.
Dengan wanita-wanita yang berpakaian seksi sudah tentu imej Malaysia tercalar, kata sayap muda PAS itu dalam kenyataan berasingan.
Pemuda PAS dan beberapa NGO mengadakan demonstrasi di beberapa negeri termasuk Pulau Pinang, Terengganu, Pahang dan Melaka.
Fathul Bhari menyertai Umno bersama 40 ulama muda Jun lalu. Asri juga disebut-sebut menyertai Umno bersama Fathul Bhari tetapi mengesahkan beliau tidak akan menyertai mana-mana parti politik buat masa sekarang. TMI
Dr Zulkifli (tengah ) ketika majlis pengumuman calon PAS mewakili Pakatan Rakyat bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) N.45 Dun Galas semalam
Biodata Dr Zulkefli Mohamad:
Beliau merupakan anak kepada seorang pemimpin PAS, Mohamad Awang yang pernah dinobatkan sebagai Tokoh Penerangan PAS Kelantan tahun 1996.
Bapanya juga adalah bekas Adun Guchil, Kuala Krai tahun 1974-1978.
Ibunya pula, Ramelah Mat Jusoh seorang yang gigih mendidik 10 orang anak.
Hasilnya, calon PAS ini adalah anak yang ketujuh, seorang yang benar-benar mewarisi bakat perjuangan ayahnya.
Dr Zulkefli dilahirkan pada tanggal 16 Januari 1966 bertempat di Guchil 3, Kuala Krai.
Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Banggol Guchil, Kuala Krai. Kemudian meneruskan pengajian di peringkat menengah di Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra.
Kecemerlangannya dalam pelajaran terbukti apabila mendapat tawaran belajar di Universiti Malaya dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan tahun 1992.
Pengalamannya sebagai seorang doktor kerajaan di Hospital Taiping, Perak (1992) kemudian berpindah ke Hospital Besar Kota Bharu (1993) dan Pusat Kesihatan Ciku 3 Gua Musang; telah mendidik beliau menyayangi masyarakat dan memahami kesusahan hidup rakyat.
Justeru itu, beliau mengambil keputusan membuka klinik sendiri di Ciku 3, Gua Musang sebagai meneruskan khidmat dan merapatkan lagi hubungannya dengan rakyat.
Dr Zulkefli mula aktif dalam PAS apabila terlibat dengan cawangan ketika berkhidmat di Ciku 3, sehinggalah beliau terpilih untuk jawatan Yang Dipertua PAS Kawasan Gua Musang.
Beliau juga pernah bertanding dalam pilihan raya umum 2004 di Dun Galas dan pilihan raya umum 2008 bagi Parlimen Gua Musang.
Meskipun begitu, beliau menyedari bertanding di kubu kuat Tengku Razaleigh bukanlah mudah untuk mencapai kemenangan, namun dengan kegigihan dan kesungguhan, beliau tetap menghadapinya dan sedia memikul tanggungjawab parti.
Justeru, masyarakat dan parti menilainya sebagai seorang pemimpin yang ikhlas, taat dan rela berkorban demi perjuangan Islam.Hrkh
You are subscribed to email updates from PEMUDA BESUT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Pelajar-Pelajar Sekolah yang dikerah pihak tidak bertanggungjawab ke kancah politik
UMNO Semakin terdesak apabila menggunakan pelajar sekolah dalam Pilihan Raya Kecil di DUN Galas. Tindakan ini menunjukkan UMNO sahaja boleh guna pelajar dalam berkempen tetapi apabila Pakatan Rakyat melibatkan pelajar, maka keluarlah istilah AUKU dan sebagainya.
Sementara itu adalah diharapkan Barisan Nasional lebih berhati-hati di dalam menggunakan pelajar-pelajar sekolah untuk aktivitinya. Sewaktu di dalam perjalanan ke Bukit Cekati tengahari tadi, penulis telah terlihat sekumpulan pelajar-pelajar sekolah bermotosikal menukar pakaian sekolah di tepi jalan. Mereka kemudiannya memakai pakaian bertulis "Ambo Nok Parti Ku Li" dan menunggang motorsikal beramai-ramai ke Bilik Gerakan Barisan Nasional.
Tindakan menggunakan pelajar-pelajar sekolah yang dicurigai kesemuanya memiliki lesen memandu motorsikal yang sah mungkin di dalangi oleh Pemuda UMNO. Ini merupakan sesuatu yang tidak cermat untuk melibatkan pelajar sekolah dengan parti politik apatah lagi ketika Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan merupakan tetamu terhormat di majlis tersebut.
Sumber: Blogger RM4juta
You are subscribed to email updates from Bukit Katil To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
KUALA TERENGGANU, 23 Okt: Agenda PAS menggantikan Umno hendaklah direalisasikan oleh pendukung parti dengan menekankan kepada gerakan dakwah terhadap golongan Umno dan golongan atas pagar, mengelakkan serangan peribadi dan memperbanyakkan aktiviti penerangan melebihi serangan. Demikian antara resolusi Ijtimak Kepimpinan PAS Negeri Terengganu ke-14 yang diadakan di perkarangan Surau Kampung Tanjung Batu Rakit, yang berakhir petang ini. Di samping itu, Dewan Himpunan Penyokong PAS hendaklah diperkasakan sebagai wahana untuk menjadikan saluran bagi menolak fahaman asabiah perkauman tokok pimpinan Umno BN dan NGO upahan seumpama Perkasa yang bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia seterusnya berintima' dengan perjuangan PAS bagi menjamin kesejahteraan dan keadilan untuk semua. "Marilah kita sama-sama meletakkan komitmen untuk melaksanakan resolusi-resolusi yang mewakili hampir keseluruhan cadangan dan lontaran idea yang telah diberi oleh perwakilan dan ulasan pimpinan bertunjangkan kepada ucaptama Tuan Guru Presiden," ujar Pengerusi Jawatankuasa Resolusi ijtimak, Mohd Draman ketika membacakan resolusi itu. Berikut ialah resolusi penuh. Menyedari bahawa Barisan Nasional (BN) sedang berada di ambang keruntuhan dalam menghadapi pelbagai masalah luaran dan dalaman, sedang PAS Negeri Terengganu terus melangkah memperkasakan kekuatannya bagi memenuhi harapan besar yang diberikan oleh rakyat bagi membawa perubahan kepada negeri Terengganu. Berasaskan hakikat ini, Ijtimak Kepimpinan PAS Negeri Terengganu kali ke-14 yang diadakan pada 23hb Oktober 2010, bersamaan 15 Zulkaedah 1431H yang bertemakan "Demi Kedaulatan Islam; Perkasakan Jihad" dengan sebulat suara membuat gagasan dan resolusi bahawa saf kepimpinan PAS Negeri Terengganu di semua peringkat beriltizam untuk: Bagi menghadapi pilihan raya umum yang ke-13, maka jentera pilihan raya mestilah digerakkan bermula dari sekarang di semua peringkat mengatasi perancangan dan gerak kerja Umno BN dengan memberi tumpuan kepada pengemaskinian urusan pemilih dan keahlian serta penguasaan ke atas pengundi sasaran. Meningkatkan kefahaman dan penghayatan petugas-petugas PAS di semua peringkat bagi mengikis penyakit atau budaya negatif seperti futur, isti'jal, ukhuwah yang longgar dan seumpamanya. Menegaskan bahawa setiap anggota jemaah sama ada pemimpin, petugas atau ahli parti, hendaklah memperkukuhkan sifat-sifat kualiti peribadi dan meningkatkan keupayaan diri dalam memperkasakan jihad dengan memperkukuhkan wala', thiqah dan intima' terhadap pimpinan dan jemaah. Merealisasikan agenda PAS mengganti Umno dengan menekankan kepada gerakan dakwah terhadap golongan Umno dan golongan atas pagar, mengelakkan serangan peribadi dan memperbanyakkan aktiviti penerangan melebihi serangan. Menyokong, meneruskan dan memperkukuhkan kerjasama politik di kalangan parti-parti dalam Pakatan Rakyat melalui kaedah tahaluf siyasi tanpa menggadai prinsip perjuangan di samping menjadikannya sebagai satu ruang dakwah. Menerus sumbangan dan komitmen semua petugas dan kepimpinan yang sedia ada dalam memperkasakan PAS benar-benar sebagai sebuah gerakan Islam yang syumul. Meneruskan proses pembudayaan petugas-petugas PAS dengan gerak kerja berasaskan kepada perancangan yang sistematik dan berstrategi membina keyakinan masyarakat terhadap PAS sebagai kerajaan alternatif ataupun kerajaan menunggu. Memperkasakan Dewan Himpunan Penyokong PAS sebagai wahana untuk menjadikan saluran bagi menolak fahaman asabiah perkauman tokok pimpinan Umno BN dan NGO upahan seumpama Perkasa yang bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia seterusnya berintima' dengan perjuangan kita bagi menjamin kesejahteraan dan keadilan untuk semua.
KUALA TERENGGANU - Pada 26 Mei lalu, genaplah 5 tahun peristiwa kezaliman kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) dan 'kecongkakan' serta kesombongan seorang manusia yang mengaku dirinya Islam tetapi, sanggup merobohkan sebuah rumah Allah.
Apa pun panggilan yang dinamakan keatas bangunan itu, jelas ada manusia yang membasahkan bibir mereka dengan menyebut kalimah memuja dan memuji, menjadi tempat ibadat, dimana manusia rukuk dan sujud menyembah Allah didalamnya.
Sekecil-kecil pun sebuah Tokong atau Kuil, samada bagi penganut ugama Buddha atau Hindu, adalah 'haram' bagi manusia yang mempercayai Allah dan Muhammad sebagai Rasulnya, memusnahkan atau menjahanamkannnya.
Apatah lagi jelas, ada mihrab dan mimbar, sejadah dan tasbih, kupiah mahupun kain sarung yang digunakan oleh seorang muslim bagi melaksanakan amalan ibadat kepada tuhannya.
Itulah Majid Bujal yang telah mencatat sejarah, di 'ratah sehingga 'licin' oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) dibawah kepimpinan mantan Menteri Besarnya Dato' Seri Idris Jusoh.
Tidak semena-mena saya ditahan setelah diarahkan untuk ke balai polis 'konon'nya dipanggil untuk menyelesaikan perihal permit suatu majlis penarangan PAS.
Ketika berceramah pada 25 Mei, 2010 di Chukai, apabila sampai dibalai polis, setelah berbincang, tiba-tiba pihak polis berkata, saya telah ditahan dan disoal siasat berkaitan perobohan masjid Bujal (Gambar kanan).
Oleh itu, saya bertegas untuk meneruskan menyaman kerajaan Malaysia, Ketua Polis Negara dan Ketua Polis daerah Kemaman yang telah menahan saya tanpa waran.
"polis telah menahan saya tanpa waran dan secara 'menipu', kerana polis memanggil saya untuk berbincang tentang permohonan permit satu Majlis Forum tentang kes tanah, tiba-tiba saya ditahan dan disoal siasat".
Oleh itu, kes saman yang dibuat 5 tahun lalu, InsyaAllah, akan didengari buat kali pertama di mahkamah pada 25 Oktober. Saya memfailkan saman dan menuntut ganti rugi kerana malu dan terhina serta ganti rugi am sebanyak RM1.5 juta melalui peguam Tetuan Haris & Co.
"InsyaAllah, bekas Ketua Hakim Negara, Tun Dato' Dr. Mohamed Salleh Abas akan mewakili saya sebagai peguam,".
Justeru, saya memohon kepada semua pihak yang prihatin, penyokong dan pendokong PAS serta pencinta keadilan diseluruh negara, agar bersama-sama berdoa kepada Allah SWT, semoga Allah memberikan keberkatan dan kekuatan kepada diri.
UBN telah menurunkan Setiausaha Umno Bahagian Gua Musang, Abdul Aziz Yusuf, 47 sebagai calonnya dalam pilihan raya kecil Galas 4 November nanti. Pengumuman itu dibuat oleh Muhyiddin Yaasin di Bukit Cekati sekejap tadi. Pemilihan Aziz itu menempati ramalan dan dugaan awal di mana orang Tengku Razaleigh akan digantungkan harapan untuk merampas kerusi Galas yang dimenangi [...]
Ini cadangan dari Shafie Apdal untuk menggunakan Masjid di seluruh negara mendaftarkan pengundi UMNO.. tidakkah ini satu cadangan untuk menggunakan Masjid sebagai platform untuk berpolitik? Tidakkah selama ini mereka menentang Masjid digunakan untuk berpolitik? Guna masjid daftar pengundi Umno Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal mencadangkan agar Umno menggiatkan usaha mendaftkar anggota mereka sebagai [...]
http://sauhdibongkar.blogspot.com/ (Kitab ini dibaca dan diijazahkan kepada semua pelajar pondok Ontah Dimano oleh Tok Guru Tahful Hari. Baca dengan hati-hati sebab tiada titik dan koma.) Bermula ini adalah satu kitab pada menyatakan akan adab menegur akan pemimpin ada pun pemimpin itu orang mulia-mulia jua maka menegur mereka itu tidaklah harus dengan sebarangan jika adalah [...]
Parti Islam Se-Malaysia PAS mengharapkan Datuk Seri Najib Razak selaku Presiden Umno yang hendak mempertahankan kemenangan Umno BN, mestilah dengan cara demokrasi, bukan dengan bermain dipadang yang tidak sama dan mengubah tiang gol. Ucapan beliau di perasmian persidangan agung Umno di PWTC , yang meyebut “Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari [...]
Oleh :Abdullah Ngah Baru baru ini saya telah diserang begitu hebat,kerana menyebut “Abu Lahad” dan “Abu Jahal” dalam ulasan blog Datuk Kadir Jasin Terbaru, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi, naib presiden umno sendiri mengakui bahawa adanya “Abu Lahad” dan “Abu jahal” didalam umno, tidak terkecuali dalam parti pembangkang. Oleh itu, apa yang saya sebut dulu [...]
Oleh : Chegu Zul Para pengulas dan penganalisis setiap kali Perhimpunan Agong Umno akan sibuk. Kesibukan mereka kerana ‘sibuk menganalisis’ isi ucapan yang tersirat oleh Presiden Umno. Analisis mereka sudah tentulah mahu mengeluarkan gagasan-gagasan idea-idea bernas yang tertunas dek pemikiran presiden parti Melayu terbesar di dunia ini. Sibuk penganalisis adalah bagaimana ucapan Najib mahukan Budaya [...]
Ulama muda Umno sepatutnya menasihati pemerintah dan pembesar, bukan mengipasnya dalam perkara yang beliau sendiri tahu ia salah,” kata Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hasan ketika memberi respons kepada kenyataan Fathul Bari yang berucap dalam perhimpunan Agung Umno di PWTC, hari ini. Nasrudin berkata, semua orang yang menyaksikan bentuk persembahan Festival Busana Muslim (Islamic Fashion [...]
Oleh Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi 1. Astaghfirullah …. satu tindakan yang cukup memalukan , jahil lagi berniat jahat terhadap ajaran Islam yang suci ini. Lebih – lebih lagi penganjurannya dinaungi oleh orang besar negara . 2. Islamic Fashion Show atau Islamic Fashion FestiVal [ IFF ] ini memang berasal dari Malaysia dan ianya diasaskan oleh [...]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan