Pengikut

BLOG - BLOG PARTI PAS

Posted by Admin Direktori Blog | | Posted on 11:14 PTG

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

BLOG - BLOG PARTI PAS


Peghelih La...

Posted: 19 Oct 2010 11:11 PM PDT

Peghelih La...


Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran TG Presiden

Posted: 19 Oct 2010 07:51 AM PDT

Hari ini, 20 Oktober: Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis mengucapkan Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran ke 63 buat Tuan Guru Presiden PAS. Salam Perjuangan , semoga Tuan Guru dikurniakan kekuatan dan kesihatan untuk terus memimpin kami. Allahu Akbar!!

Bangunan Umno kini milik Pemuda PAS Kelantan

Posted: 19 Oct 2010 02:28 AM PDT

Dari Harakahdaily
KOTA BHARU, 19 Okt: PAS Kelantan mencatat satu lagi sejarah sempena genap usia 20 tahun pemerintahan apabila berjaya memiliki bangunan empat tingkat yang pernah dijadikan pejabat Umno Bahagian Kota Bharu.

Berita penuh....

PAS Perlis rakam takziah kematian Timbalan Ketua Umno Padang Besar

Posted: 19 Oct 2010 02:08 AM PDT


KANGAR - PAS Perlis turut menzahirkan rasa simpati dan takziah kepada keluarga Timbalan Ketua Umno Bahagian Padang Besar, Md Noor Aziz yang meninggal dunia baru-baru ini.

Md Noor,42 meninggal dunia ketika menghadiri satu majlis di Kota Bharu, Kelantan dan dimasukkan ke sebuah hospital swasta di sana selepas mengadu sakit dada dan sesak nafas.

Pimpinan PAS perlis termasuk Pesuruhjaya, Ustaz Hashim Jasin; Ketua Dewan Pemuda, Ustaz Ya'akub Abu Seman; Pemangku Ketua Dewan Ulama, Ustaz Salleh Adam dan Ketua Penerangan, Rus'sele Eizan turut menziarahi jenazah beliau di rumahnya di Sempering dekat sini.

Hukum Memperjuangkan Kepentingan Bangsa

Posted: 19 Oct 2010 01:58 AM PDT

[Gambar Hiasan]

Soalan : Dr Asri, apakah pandangan Islam mengenai perjuangan memartabatkan bangsa? Ada yang kata tak Islamik, ada yang kata asabiyyah. Ada pula yang berkata Islam sama sekali tidak peduli masalah kaum. Kita di Malaysia orang Melayu beragama Islam, salahkah jika kita berjuang mengangkat hak bangsa melayu? Harap Dr Asri dapat jelaskan kekeliruan ini.

Saifuddin, Johor.

Jawaban Dr. MAZA: Saudara Saifuddin, Allah ialah tuhan untuk semua manusia tanpa mengira bangsa. Islam adalah agama Allah yang diutuskan agar dianuti oleh setiap bangsa tanpa sebarang diskriminasi. Dalam masa yang sama Islam akui kewujudan manusia berpuak dan berbangsa. Allah Tuhan Yang Maha Pencipta telah menciptakan manusia dalam keadaan demikian dengan hikmah yang begitu banyak. Di sini saya sebut beberapa perkara untuk memahami isu ini;

Baca selanjutnya… {Petikan dari drmaza.com}

MTD N24 Bemban

Posted: 19 Oct 2010 09:25 PM PDT

MTD N24 Bemban


IHTIFAL PASTI KAWASAN JASIN 2010

Posted: 19 Oct 2010 06:57 AM PDT


Maran Daily - Bila NoteBookKu Dibuka... Benar, Berani & Berinformasi

Posted: 19 Oct 2010 09:25 PM PDT

Maran Daily - Bila NoteBookKu Dibuka... Benar, Berani & Berinformasi


Bangunan Umno kini milik Pemuda PAS Kelantan

Posted: 19 Oct 2010 09:12 PM PDT

harakahdaily

KOTA BHARU, 19 Okt: PAS Kelantan mencatat satu lagi sejarah sempena genap usia 20 tahun pemerintahan apabila berjaya memiliki bangunan empat tingkat yang pernah dijadikan pejabat Umno Bahagian Kota Bharu.

Tentunya maruah Umno Kelantan sekali lagi tergadai kerana bangunan yang pernah dimiliki Umno Kota Bharu kini menjadi milik Dewan Pemuda PAS Kelantan.

Bangunan tersebut yang pernah terbengkalai dalam tempoh begitu lama berjaya disiapkan bekas Ketua Umno Bahagian Kota Bharu, Datuk Zaid Ibrahim.

Bagaimanapun selepas Zaid digugurkan daripada jawatannya atas dakwaan terbabit dengan rasuah politik ketika pemilihan di peringkat bahagian tersebut, bangunan itu menjadi lengang semula.

Ketika jawatan Zaid digantung, Umno Kota Bharu di bawah Datuk Fatmi Che Salleh gagal memasuki bangunan berkenaan.

Bangunan tersebut yang difahamkan dimiliki sepenuhnya Zaid selepas berjaya menyiapkan bangunan yang lama terbengkalai.

Ketika itu signboard Umno Kota Bharu dipasang di puncak bangunan yang boleh dilihat dengan jelas dari jambatan Sultan Yahya Petra pada waktu malam.

Pada April lalu, Umno Kota Bharu yang diketuai anggota jawatankuasanya, Datuk Kamaruddin Abdullah mengadakan perhimpunan di pekarangan bangunan terbabit di Jalan Sultanah Zainab menuntut Zaid menyerahkan bangunan berkenaan.

Zaid kini Penyelaras Pakatan Rakyat tetap tidak berganjak dan enggan tunduk terhadap desakan Umno Kota Bharu.

Dan hari ini berlangsung sejarah yang mengejutkan Umno Kelantan dan pusat apabila bangunan pejabat yang pernah menjadi pejabat Umno bertukar tangan menjadi milik PAS.

Dewan Pemuda PAS Kelantan membeli bangunan berkenaan dengan harga RM4.5 juta.

Majlis penyerahan geran hak milik oleh Zaid telah dilakukan tengah hari tadi di Gua Musang sempena kempen pilihan raya kecil Dun Galas.

Ia dibeli dengan harga RM4.5 juta yang bakal menjadi pejabat Pemuda PAS negeri dan pusat komersial.

Perjanjian jual beli ditandatangani antara Zaid dengan Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim dan juga kepimpinan Pemuda PAS negeri yang diketuai, Abdul Latif Abdul Rahman yang disaksikan Pesuruhjaya PAS negeri yang juga Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Bangunan empat tingkat itu mempunyai dewan di bahagian atas yang boleh memuatkan seramai 700 orang, manakala dua tingkat lagi dijadikan pejabat.

Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman berkata, majlis bersejarah bagi menaikkan bendera PAS di hadapan bangunan tersebut akan dilakukan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pagi esok.

Katanya, majlis yang penuh bersejarah itu diadakan sempena genap 20 tahun usia kerajaan PAS dan bahang kempen pilihan raya kecil Galas sekarang.

"Kita bersyukur kerana Dewan Pemuda PAS Kelantan akhirnya berjaya memiliki bangunan sendiri di lokasi yang begitu strategik.

"Ini satu kejayaan besar dalam sejarah PAS yang tidak pernah berlaku sebelum ini, lebih-lebih lagi bangunan itu pernah dijadikan pejabat Umno Bahagian Kota Bharu," katanya ketika dihubungi di Gua Musang.

Abdul Latif yang juga Adun Mengkebang berkata, banyak kemudahan yang ada di bangunan berkenaan termasuk pendawaian elektrik dan kemudahan lain telah dirosakkan.

Katanya Dewan Pemuda terpaksa memperuntukan kira-kira RM500,000 lagi bagi memasang sistem pendawaian elektrik dan kemudahan lain yang dirosakkan pihak tidak bertanggungjawab.

Katanya juga, Dewan Pemuda PAS yang kini berpejabat di Perhubungan PAS Negeri di Jalan Datuk' Pati akan berpindah ke bangunan baru selepas kerja-kerja membaikinya siap dalam masa terdekat.

[Alhamdulillah, satu kejayaan yang besar kepada Pas dan Kerajaan Kelantan dalam menguasai suasana politik tanah air. Bangunan UMNO yang dibangga banggakan berjaya dikuasai oleh Pas.

InsyaAllah, Negeri2 lain perlu meng"ISLAM"kan bangunan2 yang dimiliki UMNO agar aktiviti2 yang mungkar dan tidak berteraskan Islam dapat dihapuskan. Pas Pahang juga perlu membeli bangunan UMNO yang menjadi bangkai busut yang terletak di tengah2 bandat Temerloh. Bangunan UMNO tersebut simbol kepada kehancuran UMNO Temerloh pada masa akan datang. MaranDaily]

PAS Negeri Sembilan

Posted: 19 Oct 2010 09:21 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Laluan nahas di Seremban

Posted: 19 Oct 2010 04:57 PM PDT

Berita Harian 20 Okt 2010

SAINS diminta baiki paip bocor bawah tanah

SENAWANG: Kerosakan jalan di dua tempat berdekatan akibat paip bocor dan kerja pembinaan di Jalan Paroi-Senawang, berhampiran Taman Desa Duranta di sini, didakwa menjadi punca kemalangan ngeri sejak beberapa bulan lalu.

Penduduk dan pengguna jalan raya mendakwa, jalan itu yang rosak di kedua-dua arah dengan jarak kurang 100 meter antara satu sama lain mengundang bahaya kepada pemandu dan penunggang motosikal, terutama di kalangan mereka yang tidak biasa dengan laluan itu. Zulastry Rahim, 42, berkata kerosakan jalan di depan sebuah stesen minyak di laluan menghala ke Paroi itu dipercayai berpunca akibat kebocoran paip bawah tanah dan berlarutan sejak lebih lima bulan lalu.

"Penduduk percaya paip itu milik Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) kerana ada tangki besar SAINS di atas bukit atas kawasan jalan yang rosak itu.

"Bagaimanapun, kami kesal SAINS atau pihak berkuasa terbabit hingga kini tidak mengambil langkah berkesan bagi membaiki kerosakan dengan sempurna," katanya.

Tinjauan Berita Harian di kawasan itu mendapati kerosakan jalan itu hanya ditimbus dengan batu dan beberapa kon diletakkan untuk menutup kawasan itu daripada dilalui pengguna jalan raya.
Ia menyebabkan kenderaan yang melaluinya terpaksa mengelak dan masuk ke sebahagian besar laluan bertentangan.

S Chandra, 43, berkata satu lagi kerosakan jalan ialah di depan tapak projek perumahan baru yang terletak kurang 100 meter dari tangki air SAINS, tetapi ia tidak begitu serius.

"Bagaimanapun, keadaan menjadi sebaliknya apabila hujan lebat kerana air yang datang dari kawasan itu melimpah naik ke jalan disebabkan longkang tersumbat dengan tanah dari tapak berkenaan.

"Apabila jalan dinaiki air berlumpur, pengguna jalan raya tidak dapat melihat jalan berlubang atau longkang seterusnya menyebabkan kemalangan," katanya.

Beliau mendakwa, tiga kemalangan maut berlaku disebabkan kerosakan di dua lokasi itu membabitkan dua penunggang motosikal dan seorang pemandu lori, masing-masing dipercayai cuba mengelak jalan rosak itu sejak tiga bulan lalu.

Chandra berkata, SAINS perlu mengambil langkah segera dengan memperbaiki kebocoran paip dan meminta pihak berkaitan memperbaiki semula jalan itu kerana masalah berkenaan berlarutan terlalu lama.

Katanya, pihak berkuasa juga perlu memastikan pemaju projek perumahan terbabit mengambil langkah mengawal keadaan dengan memastikan longkang dibersih serta didalamkan supaya tidak menyebabkan banjir kilat.

Selain itu, katanya, pemaju tidak boleh membenarkan lori tanah beroperasi ketika hari hujan kerana ia akan membawa lumpur tebal dari tapak itu ke jalan raya yang menyebabkan kekotoran dan membahayakan pengguna.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Melaka_NegeriSembilan_Laluannahas/Article

DEWAN MUSLIMAT PAS GOPENG

Posted: 19 Oct 2010 09:21 PM PDT

DEWAN MUSLIMAT PAS GOPENG


FAEDAH MEROKOK......

Posted: 19 Oct 2010 07:39 PM PDT


PARU-PARU TERBAKAR...HITAM..TOKSIK LAGI...

misbahul munir

Posted: 19 Oct 2010 09:20 PM PDT

misbahul munir


MENARA WARISAN, NAJIB BERDALIH

Posted: 19 Oct 2010 07:59 PM PDT

PAS MEMBANGUN BERSAMA ISLAM DI KELANTAN

Posted: 19 Oct 2010 08:32 AM PDT

KALAH BARU DEKATI RAKYAT

Posted: 18 Oct 2010 09:17 PM PDT

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI

Posted: 19 Oct 2010 09:19 PM PDT

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI


MALAYSIAN BRAIN DRAIN

Posted: 19 Oct 2010 09:17 AM PDT

Malaysian tops Cambridge, heads to Singapore

October 19, 2010
Container ships are seen against the backdrop of the Singapore's financial district. Singapore has honed its capacity to scour the world for top talent, including from Malaysia where students are recruited to the republic from as young as 15 years old. – Reuters pic
ANALYSIS, Oct 19 – Malaysian first-class honours law graduate Tan Zhongshan, who won a slew of awards at Cambridge University including the Slaughter and May prize for best overall performance, is heading to Singapore to join its Legal Service commission, it was reported today. But this is no longer an uncommon case in Malaysia which has been facing a brain drain problem for decades even as previous administrations did little to stem the tide of outgoing talent.
This has led to fears that the country is being hollowed out.
The Najib administration has taken the strongest steps yet to tackle the issue by proposing a Talent Corporation (Talentcorp) to lure talent and overseas Malaysians back as well as resolving the perennial government scholarship debate by awarding scholarships to all students who score 9As and above.
The prime minister has also been on a personal charm offensive abroad the past one year and told Malaysian communities in Belgium and Luxembourg this month that the Talentcorp will seek overseas Malaysians out and do what it takes to make them consider going home.

It is too early to tell however if the initiatives will be able to dent the numbers of qualified Malaysians moving abroad, particularly to Singapore which has over the years, honed its capacity to scour the world for top talent, including from Malaysia where students are recruited to the republic from as young as 15 years old.
In the case of Ipoh-born Tan, he was sponsored with an Asean scholarship by Singapore's Ministry of Education after completing his A-Levels at the Temasek Junior College there, The Star newspaper reported today.

It is unclear however if the Talentcorp's mandate also extends to preventing further hemorrhaging of talent even as it works to bring overseas Malaysians back.
While the prime minister's campaign to bring lure the Malaysian diaspora back to the country has been widely welcomed, he faces structural and branding challenges including the widespread perception that in Malaysia, ability is not appreciated and ranks well below other factors such as race and political connections.
The country also lags behind favoured immigration destinations such as Australia, New Zealand, US and UK in terms of livability, lifestyles, education systems and opportunities in areas such as scientific research, making it harder for many returnees to adjust even though they want to serve the country as well as be closer to friends and family.
The government's fledgling Economic Transformation Programme, which aims to elevate Kuala Lumpur to the top 20 in the world in terms of livability and economic activity could however help address some of the concerns.
The number of Malaysian migrants rose by more than 100-fold in a 45-year period, from 9,576 Malaysians in 1960 to 1,489,168 Malaysians in 2005, according to the World Bank which warned that a lack of human capital is a "critical constraint in Malaysia's ambition to become a high-income economy."

Deputy Foreign Minister Senator A. Kohilan Pillay also said recently that 304,358 Malaysians had migrated from March 2008 till August 2009 compared with 139,696 Malaysians in 2007.
The prime minister told Parliament this month that less than one per cent of 784,900 Malaysians working overseas have returned to the country during the past nine years with Singapore having the highest number of Malaysians with 303,828 people, followed by Australia with 78,858.

source: http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/malaysian-tops-cambridge-heads-to-singapore/

BEKU KENAIKANN KADAR TOL : rakyat tanggung beban

Posted: 19 Oct 2010 09:08 AM PDT

Beku tol: Rakyat tanggung beban 'RM64 bilion'
Joseph Sipalan
Okt 19, 10
7:25pm
  
Kerajaan mungkin berakhir membelanjakan RM64 bilion sebagai pampasan kepada Plus Highway Berhad, jika ia bercadang membekukan kenaikkan kadar tol sehingga konsesi syarikat itu berakhir pada 2038, kata setiausaha publisiti DAP, Tony Pua.

Mengambil kira anggaran RM5 bilion pampasan seperti yang diumumkan pada pembentangan Bajet 2011 Jumaat lalu, bagi memastikan kadar tol di empat lebuh raya milik Plus tidak dinaikkan, Pua berkata tindakan itu tidak masuk akal.

Sebaliknya, kata Pua ia hanya tindakan popular dan kerajaan hanya bertindak sedemikian semata-mata untuk mengembirakan pengundi.

"Tindakan ini tidak masuk akal apabila kerajaan terpaksa memberi pampasan sebanyak RM5 bilion kepada pemilik konsesi dan berkemungkinan besar setinggi RM64 bilion dalam tempoh keseluruhan konsesi itu di mana pembelian langsung Plus hanya sebanyak RM23 bilion sebagaimana yang ditawarkan UEM-KWSP," katanya.

Tambah ahli parlimen Petaling Jaya-Utara itu lebih murah bagi kerajaan membeli terus syarikat lebuh raya itu pada harga RM4.60 sesaham seperti yang ditawarkan oleh firma usahasama UEM dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).


     
Andaiannya, jika kadar tol dibekukan selama 14 tahun, kerajaan masih boleh mendapatkan pelaburannya dan menggunakan wang berkenaan untuk menjadikannya bebas tol ataupun mengutip bayaran minimum bagi tujuan penyelengaraan, katanya.

"Kecualilah jika kerajaan mahu melihat rakyat Malaysia menderita," kata Pua pada sidang akhbarnya di lobi parlimen.





sumber: http://www.malaysiakini.com/news/145812


PAS Cawangan Serkam Darat

Posted: 19 Oct 2010 07:26 PM PDT

PAS Cawangan Serkam Darat


KU LI Digugurkan Dari Majlis Perajaan Negeri Kelantan

Posted: 19 Oct 2010 04:16 AM PDT

DUN PENGKALAN KUNDOR

Posted: 19 Oct 2010 07:13 PM PDT

DUN PENGKALAN KUNDOR


Boikot bil air, sama macam mencuri

Posted: 18 Oct 2010 08:04 PM PDT

Ditulis oleh ZULKIFLI YAHAYA

Alor Setar – Tindakan pihak tertentu enggan menjelaskan bil air setelah menggunakannya, samalah seperti mengambil hak orang lain tanpa keizinan.

"Dalam Islam hukumnya sangat jelas, iaitu haram dan berdosa," demikian ditegaskan oleh Timbalan Speaker DUN Kedah Ustaz Ahmad Izzat Shauki.

Menurut beliau lagi, apabila seseorang bersetuju untuk memasang meter di rumah bagi penyaluran air maka bermakna berlaku 'persetujuan' dengan pembekal bahawa dia akan membayar harga air tersebut.

Maka apabila seorang itu dengan sengaja enggan untuk membayarnya maka bermakna dia telah mengambil, mengguna atau meminum sesuatu yang bukan haknya.

"Takkanlah benda yang haram tergamak kita nak suap dalam mulut anak isteri atau ahli keluarga kita?" tanya Ustaz Izzat.

Menyentuh tindakan pihak tertentu yang berkempen kepada rakyat Kedah untuk memboikot bil air, beliau menjelaskan bahawa perbuatan tersebut dalah lebih keji kerana mengajak orang ramai melakukan perkara yang haram.

"Rasulullah SAW dah beritahu, barangsiapa yang menunjukkan kepada orang lain melakukan kebaikan maka dia akan mendapat pahala sebagaimana orang lain melakukan, sebaliknya sesiapa yang menunjukkan kepada orang lain melakukan kejahatan maka dia akan turut menanggung dosa yang mereka lakukan," tegasnya.

Menurut Ustaz Izzat, dari penjelasan CEO SADA Dato' Adzmi Din bahawa, kenaikan dua sen untuk satu tong dram air adalah berasas. Dengan kenaikan tersebut SADA dianggarkan akan mengalami kerugian RM24 juta setahun, berbanding jika tidak dinaikkan kerugian yang dialami ialah RM42 juta setahun.

Menyentuh mengenai dakwaan pihak yang memboikot tarif air kononnya ia dibuat kerana mutu perkhidmatan air di sesetengah kawasan masih lembab, ADUN Bukit Lada itu menjelaskan bahawa alasan yang diberikan tidak munasabah.

"Kelemahan hanya berlaku di segelintir kawasan, mengapa pihak yang menerima bekalan dengan sempurna pula yang nak boikot?

"Bagi kawasan yang terdapat masalah, pengguna boleh berurusan terus dengan SADA, berbincang dengan baik untuk atasi masalah. SADA pun seperti yang kita sedia maklum telah berusaha habis-habisan untuk mengatasi masalah, berusaha menyiapkan loji secepat mungkin di samping menukar lama dengan yang baru. Mereka bukan duduk saja," ujarnya.

N.27 - PAS DUN Sura

Posted: 19 Oct 2010 07:04 PM PDT

N.27 - PAS DUN Sura


Kenali Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Posted: 19 Oct 2010 12:51 PM PDT


Selamat Hari Lahir Tok Guru

Posted: 19 Oct 2010 12:34 PM PDT

Yang Berhormat Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang
20.10.2010


  1. BIODATA :

  1. Dilahirkan pada 20 Oktober 1947
    (06 Zulhijjah 1366H)
    Anak ke 5 dari 9 adik beradik
    Jawatan : Presiden Parti Islam SeMalaysia - PAS (2003 - sekarang)
    Menteri Besar Terengganu (2.12.1999 - 25.3.2004)
    Ketua Pembangkang Malaysia (23.7.2002 - 21.3.2004)
    Ahli Parlimen P37 Marang
    Ahli Dewan Undangan N20 Rhu Rendang
    Ketua Pemuda PAS Terengganu / Exco Dewan Pemuda PAS Pusat (1976)
    Jawatankuasa PAS Pusat (1977-1989)
    Timbalan Presiden PAS (1989 - 2003)
    Ketua Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Terengganu (1977-1978)
    Calon Parlimen Dungun (PRU 1982)
    Kelulusan : Universiti Al Azhar (1974 - 1975)
    Universiti Islam Madinah (1969 - 1973)
    Isteri :
    Puan Hajah Zainab binti Awang
    Norzita Taat
    Anak : 13 orang


    Penglibatan di peringkat antarabangsa :

    Mula terlibat di peringkat antarabangsa di Madinah apabila menjadi Ketua Pelajar Malaysia Universiti Islam Madinah di samping menjadi Setiausaha Agung Gabungan Pelajar-pelajar Asia Tenggara di Madinah. Semasa di Asia Barat, beliau aktif bersama Gerakan Ikhwanul Muslimin bersama Dr. Said Hawa, Profesor Muhamad Al Wakeel serta Dr. Abdul Satar Al Khudsi. Di Mesir pula, beliau menjadi Setiausaha Seksyen Syariah dan Undang-undang Persatuan Melayu Republik Aram Mesir. Sebagai pemimpin kanan PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang banyak terlibat di peringkat antarabangsa samada gerakan Islam atau gerakan rakyat. Antaranya :-

    1. Ahli Penyelaras Sekretariat Parti-parti Islam Sedunia yang berpusat di Istanbul Turki.
    2. Ahli Sekretariat Perjuangan Rakyat mempertahankan Baitul Maqdis yang berpusat di Amman, Jordan.
    3. Ahli Majma' Taqrir di kalangan mazhab-mazhab Islam yang berpusat di Tehran, Iran.
    4. Ahli deligasi ahli Parlimen parti-parti Islam yang dipimpin oleh Dr. Necmetin Erbakan, bekas Perdana Menteri Turki menemui Setiausaha Agung PBB, Butros Butros Ghali serta menemui Ahli Senat Amerika Syarikat.
    5. Menyertai deligasi ahli-ahli Parlimen Parti Islam melawat Eropah yang diketuai oleh Dr. Erbakan.
    6. Menyertai deligasi pemipin parti Islam seluruh dunia menemui raja-raja serta presiden negara-negara Asia Barat sebelum Perang Teluk.
    7. Mengiringi Presiden PAS, Dato' Fadzil Mohd Noor bersama deligasi pemimpin German Islam seluruh dunia untuk mendamaikan kumpulan-kumpulan mujahidin Afghanistan.

    Majlis Tindakan DUN N-23 Dusun Tua

    Posted: 19 Oct 2010 07:04 PM PDT

    Majlis Tindakan DUN N-23 Dusun Tua


    Fokus AGM Umno: 1Malaysia atau Ketuanan Melayu?

    Posted: 19 Oct 2010 06:22 PM PDT

    Oleh Hafiz Yatim

    Konsep 1 Malaysia Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memang sukar untuk 'dijual' di kalangan rakyat Malaysia, malah sebahagian besar pemerhati berpendapat ianya lebih sukar untuk ditelan oleh Umno sendiri - parti pimpinan Najib yang mempunyai seramai 3.6 juta ahli.

    Kalangan Umno berpendapat bahawa 1Malaysia mencairkan raison d'etre (sebab kewujudan) parti itu - iaitu memperjuangkan agenda Melayu - dan telah meletakkan mereka dalam keadaan yang janggal untuk bercakap sebagai pemimpin nasional dan bukan komunal.

    Dalam perhimpunan agung tahun lalu, beberapa perwakilan secara peribadi telah menyuarakan ketidaksetujuan mereka terhadap logo besar 1Malaysia yang dipasang di sekitar tempat perhimpunan itu atau bendera parti dalam bentuk logo 1Malaysia.

    Para pemerhati kini menunggu untuk melihat sama ada para perwakilan akan mengikut isyarat ibupejabat parti dan menampilkan konsep 1Malaysia, dan bukannya retorik tradisinya - Ketuanan Melayu.

    Rungutan terhadap konsep 1Malaysia agak tenang, kecuali beberapa kritikan menyengat oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, tetapi Najib percaya bahawa konsep 1Malaysia adalah kritikal dalam perancangannya untuk menghadapi pilihanraya umum yang akan datang.

    Para perwakilan juga diharapkan menyentuh pelbagai rancangan besar kerajaan, khususnya Model Baru Ekonomi (MBE), yang mahukan dasar tindakan afirmatif dihapuskan secara berperingkat.

    Walaupun MBE disokong oleh unsur-unsur liberal dalam Umno kerana ini akan menggalakkan dayasaing, sejarah telah menunjukkan bahawa majoriti penyokong setia Umno tidak akan senang terhadap sebarang usaha untuk menggangu-gugatkan tindakan afirmatif itu.

    Dalam jangka pendek, para perwakilan dan pemimpin parti dijangka berusaha untuk menaikkan moral ahli dan parti, menjelang pilihan raya kecil DUN Galas dan parlimen Batu Sapi, yang akan diadakan serentak pada 4 November.

    Walaupun kedua-dua pilihan raya keci litu tidak terlalu penting, tetapi kemenangan di Galas boleh dianggap sebagai titik permulaan dalam usaha Umno untuk merampas Kelantan dari PAS, yang menguasai negeri itu sejak 1990.

    Dapatkan Khairy bertahan?

    Bagi perhimpunan agung Pemuda Umno pula, perwakilan dijangka membentangkan 'kad laporan' masing-masing terhadap prestasi ketua pergerakan itu, Khairy Jamaluddin.

    Khairy (kanan), yang terpilih sebagai ketua Pemuda Umno Mac tahun lalu, telah menjadi juara konsep 1Malaysia dan telah beralih jauh daripada pendekatan keras komunal seperti yang diamalkanm pemimpin terdahulu pergerakan itu.

    Dalam perhimpunan agung tahun lalu, Khairy dengan tegas menggesa anak buahnya supaya "mengetepikan" mentaliti 'Ketuanan Melayu' dan digantikan dengan idea 'kepimpinan Melayu'.

    Menurutnya, ini akan membantu pergerakan itu menjalinkan hubungan lebih rapat dengan masyarakat lain dan membina hubungan yang kuat dengan akan parti komponen dalam BN.

    Perhimpunan agung Umno bermula malam ini dengan perasmian serentak persidangan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri oleh Timbalan Perdana Menteri, yang juga timbalan presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

    Tiga sayap akan membahaskan ucapan dasar ketua masing-masing esok.

    Perdana Menteri Datuk Tun Najib Tun Razak akan menyampaikan ucapan presiden pada hari Khamis. Ini akan diikuti dengan perbahasan perwakilan yang akan berakhir pada hari Sabtu.


    Dewan Pemuda Pas Kawasan Hulu Selangor

    Posted: 19 Oct 2010 03:38 PM PDT

    Dewan Pemuda Pas Kawasan Hulu Selangor


    Kerajaan Boros Berbelanja

    Posted: 19 Oct 2010 08:40 AM PDT

    Tian: Kos perjalanan rasmi PM naik kerana Rosmah
    S Pathmawathy
    Okt 19, 10
    3:29pm
    Kongsi 421
    Urusan perjalanan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak
    dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin naik mendadak sehingga melebihi
    75.2 peratus daripada perangkaan 2008.

    Dalam jawapan bertulis kepada Dewan Rakyat, Menteri di Jabatan Perdana
    Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz berkata jumlah kos 1,102
    pegawai yang mengiringi Najib dan Muhyiddin sejak 2008 berjumlah

    RM21.45 juta.

    Soalan berkenaan dikemukakan oleh ahli parlimen Batu, Tian Chua, yang
    ingin tahu jumlah pegawai yang mengiringi kedua-dua pemimpin berkenaan
    apabila mereka membuat lawatan rasmi.

    "Pada 2008, kos lawatan perdana menteri (Tun Abdullah Ahmad Badawi)
    dan timbalannya ketika itu (Najib) adalah RM5,597,583.20," kata Chua.


    Menurut beliau, apabila
    Najib mengambil alih tampuk
    pemerintahan negara pada
    2009 kos lawatan perdana
    menteri dan timbalannya
    terus meningkat kepada
    RM6,041,934.35 dan jumlah
    itu melambung kepada
    RM9,807,310.63 bagi tahun ini.

    Membanding jumlah lawatan,
    Chua berkata antara 2008
    hingga 2009, kos perbelanjaan
    perjalanan adalah 7.94 peratus
    manakala daripada 2009 hingga
    2010 ia naik kepada 62.32 peratus.

    "Saya percaya semasa lawatan
    rasmi jabatan perdana menteri atau timbalan perdana menteri terpaksa membayar
    perbelanjaan boros isteri perdana menteri," katanya.

    "Rosmah Mansor (kanan) mempunyai rekod sebagai berbelanja besar di London

    pada 2008, saya percaya jumlah kos yang tinggi itu adalah untuk menampung
    perbelanjaan isterinya, sebagai contoh lawatan (Rosmah) ke Forum
    Antarabangsa Wanita di Washington dan New York pada Mei lalu,"
    kata Chua dalam satu kenyataan media hari ini.

    Sementara itu, jawapan kepada soalan kedua Tian berhubung kos pengurusan
    dan pembangunan Jabatan Perdana Menteri, timbalannya serta agensi
    berkaitan mendedahkan jumlah itu yang berjumlah RM4.3 bilion pada
    2006 melonjak kepada RM10.2 bilion tahun lalu.

    "Ini bermakna ia meningkat 136 peratus dan ini tidak termasuk perbelanjaan
    tambahan," kata Tian.

    Pada pementangan Bajet 2011,
    Jumaat lalu, Najib mengumumkan
    peruntukkan RM18.14 bilion
    kepada Jabatan Perdana Menteri.

    Peruntukan itu mewakili
    8.55 peratus daripada jumlah
    peruntukan bajet yang bernilai
    RM212 bilion.

    "Ia menerima peruntukan ketiga
    terbesar mengikut agihan
    kementerian dengan
    RM35.76 billion untuk Kementerian
    Pelajaran dan RM31.2 bilion untuk
    Kementerian Kewangan," kata Tian.

    Bangunan UMNO Kota Bharu Kini Milik DPP Kelantan

    Posted: 19 Oct 2010 07:49 AM PDT

    Bangunan Umno kini milik Pemuda PAS Kelantan
    Wartawan Kita   
    KOTA BHARU, 19 Okt: PAS Kelantan mencatat satu lagi sejarah sempena genap usia
    20 tahun pemerintahan apabila berjaya memiliki bangunan empat tingkat yang pernah
    dijadikan pejabat Umno Bahagian Kota Bharu.

    Tentunya maruah Umno Kelantan
    sekali lagi tergadai kerana bangunan
    yang pernah dimiliki Umno Kota Bharu
    kini menjadi milik Dewan Pemuda
    PAS Kelantan.
    Bangunan tersebut yang pernah
    terbengkalai dalam tempoh begitu
    lama berjaya disiapkan bekas
    Ketua Umno Bahagian Kota Bharu
    Datuk Zaid Ibrahim.
    Bagaimanapun selepas Zaid
    digugurkan daripada jawatannya
    atas dakwaan terbabit dengan
    rasuah politik ketika pemilihan di peringkat bahagian tersebut, bangunan itu menjad
    lengang semula.
    Ketika jawatan Zaid digantung, Umno Kota Bharu di bawah Datuk Fatmi Che Salleh
    gagal memasuki bangunan berkenaan.
    Bangunan tersebut yang difahamkan dimiliki sepenuhnya Zaid selepas berjaya menyiapkan
    bangunan yang lama terbengkalai.

    Ketika itu signboard Umno Kota Bharu dipasang di puncak bangunan yang boleh dilihat
    dengan jelas dari jambatan Sultan Yahya Petra pada waktu malam.
    Pada April lalu, Umno Kota Bharu yang diketuai anggota jawatankuasanya, Datuk
    Kamaruddin Abdullah mengadakan perhimpunan di pekarangan bangunan terbabit
    di Jalan Sultanah Zainab menuntut Zaid menyerahkan bangunan berkenaan.
    Zaid kini Penyelaras Pakatan Rakyat tetap tidak berganjak dan enggan tunduk terhadap
    desakan Umno Kota Bharu.


    Dan hari ini berlangsung sejarah
    yang mengejutkan Umno Kelanta
    dan pusat apabila bangunan pejabat
    yang pernah menjadi pejabat Umno
    bertukar tangan menjadi milik PAS.
    Dewan Pemuda PAS Kelantan membeli
    bangunan berkenaan dengan harga
    RM4.5 juta.
    Majlis penyerahan geran hak milik
    oleh Zaid telah dilakukan tengah hari
    tadi di Gua Musang sempena kempen
    pilihan raya kecil Dun Galas.
    Ia dibeli dengan harga RM4.5 juta
    yang bakal menjadi pejabat Pemuda PAS negeri dan pusat komersial.
    Perjanjian jual beli ditandatangani antara Zaid dengan Setiausaha Perhubungan PA
     Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim dan juga kepimpinan Pemuda PAS negeri yang diketuai
     Abdul Latif Abdul Rahman yang disaksikan Pesuruhjaya PAS negeri yang juga
    Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
    Bangunan empat tingkat itu mempunyai dewan di bahagian atas yang boleh memuatkan
    seramai 700 orang, manakala dua tingkat lagi dijadikan pejabat.
    Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman berkata, majlis bersejarah
    bagi menaikkan bendera PAS di hadapan bangunan tersebut akan dilakukan Mursyidul Am PAS,
    Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pagi esok.
    Katanya, majlis yang penuh bersejarah itu diadakan sempena genap 20 tahun usia
    kerajaan PAS dan bahang kempen pilihan raya kecil Galas sekarang.
    "Kita bersyukur kerana Dewan Pemuda PAS Kelantan akhirnya berjaya memiliki bangunan
    sendiri di lokasi yang begitu strategik.
    "Ini satu kejayaan besar dalam sejarah PAS yang tidak pernah berlaku sebelum ini, lebih-lebih
    lagi bangunan itu pernah dijadikan pejabat Umno Bahagian Kota Bharu," katanya ketika
    dihubungi di Gua Musang.
    Abdul Latif yang juga Adun Mengkebang berkata, banyak kemudahan yang ada di
    bangunan berkenaan termasuk pendawaian elektrik dan kemudahan lain telah dirosakkan.
    Katanya Dewan Pemuda terpaksa memperuntukan kira-kira RM500,000 lagi bagi
    memasang sistem pendawaian elektrik dan kemudahan lain yang dirosakkan pihak
    tidak bertanggungjawab.
    Katanya juga, Dewan Pemuda PAS yang kini berpejabat di Perhubungan PAS Negeri
    di Jalan Datuk' Pati akan berpindah ke bangunan baru selepas kerja-kerja membaikinya
    siap dalam masa terdekat.

    pas sembrong (bangkit membuat perubahan)

    Posted: 19 Oct 2010 03:34 PM PDT

    pas sembrong (bangkit membuat perubahan)


    Ustaz demam

    Posted: 19 Oct 2010 12:17 PM PDT


    Kuliah Ustaz Abdullah Husin di Kawasan Sembrong terpaksa ditangguhkan kerana Ustaz demam.

    Mesti ustaz keletihan, Al-Mudir Madrasah Masriyah Simpang Renggam ni dulu sekadar ketua Dewan Ulamak Johor, kini AJK Dewan Ulamak Pusat...masih berkesempatan untuk meluangkan masa datang kuliah bulanan di sini.

    Didoakan ustaz cepat sembuh dan slim macam dulu...

    Isma Nafi

    Posted: 19 Oct 2010 12:05 PM PDT

    Kenyataan



    Kenyataan Rasmi ISMA-Mesir berhubung penyiaran berita oleh Harakahdaily

    Assalamualaikum wa rahmatullah wa barakatuh.

    Saya ingin menafikan penglibatan ISMA cawangan Mesir (ISMA-Mesir) dalam program seperti mana yang dinyatakan di dalam laporan akhbar internet oleh Harakahdaily pada tarikh 17 Oktober 2010 di Mansura, Mesir.

    2. ISMA-Mesir langsung tidak terlibat dengan program tersebut. Saya turut melahirkan rasa kesal atas penyiaran berita yang tidak bertanggungjawab ini. Saya juga ingin mempersoalkan motif Harakahdaily yang seolah-olah sengaja mengaitkan ISMA dengan parti politik UMNO.

    3. Berita tersebut telah menimbulkan prasangka negatif terhadap ISMA-Mesir yang merupakan salah sebuah pertubuhan bukan-politik dan berdaftar dengan Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah dan Kedutaan Besar Malaysia Kaherah. Aktiviti dan progam anjuran ISMA-Mesir adalah berorientasikan kecemerlangan akademik dan kebajikan pelajar serta pembinaan syakhsiah.


    4. Oleh itu, saya meminta pihak editorial Harakahdaily untuk membuat pembetulan berita tersebut tanpa mengaitkan nama ISMA secara serta merta dan mengeluarkan kenyataan maaf atas kesalahan yang sepatutnya tidak berlaku ini. Saya berharap agar perkara seperti ini tidak lagi berulang. Semoga etika kewartawanan yang berpaksikan sumber berita yang sahih menjadi amalan kita semua.

    18 Oktober 2010

    Pengerusi ISMA-Mesir

    Ustaz Shuhaib Ar-rumy Selamat
    Pengerusi ISMA-Mesir

    Taklimat biasiswa jadi majlis kelab Umno
    Harakahdaily

    MANSURAH (Mesir), 17 Okt: Taklimat biasiswa yang diadakan oleh Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) di Dewan Handousa, Kuliah Perubatan, Universiti Mansurah, semalam telah bertukar menjadi taklimat penerangan mengenai kelab Umno.

    Majlis yang berlangung pada pukul 3 hingga 5 petang itu telah dihadiri oleh kebanyakan mahasiswa dan mahasiswi kuliah sains kesihatan, Universiti Mansurah sehingga dewan besar itu melimpah.

    Penceramah jemputan yang juga mewakili Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah, Khairy Jalaluddin telah mengedarkan borang kelab Umno yang juga tertera lambang Umno kepada seluruh hadirin.

    isi borang

    "Kalau hendak biasiswa, kamu kena isi borang Umno dulu," begitulah antara intipati ucapan daripada penceramah jemputan.

    Majlis yang sepatutnya banyak membicarakan tentang biasiswa diubah formatnya kepada lebih membicarakan tentang Umno dan juga ISMA (Ikatan Muslimin M'sia).

    Bagi hadirin, majlis itu adalah satu pengkhianatan dan penipuan kepada mahasiswa.

    "Kami sepatutnya diberikan taklimat mengenai biasiswa sebaliknya diperbodohkan dengan taklimat lain," ujar salah seorang hadirin.

    Dalam masa yang sama, majlis itu juga tidak dimaklumkan awal sebaliknya dihebahkan pada hari ia dilangsungkan.

    Kesemua mahasiswa dimaklumkan mengenai perkara ini secara tergesa-gesa dan juga diingatkan untuk membawa salinan keputusan SPM sebagai langkah untuk mengisi borang biasiswa.

    "Adakah pengedaran borang Kelab Umno termasuk dalam tugasan JPMK. Kalau begitu JPMK sebenarnya telah membawa agenda politik dalam jabatan mereka dan perkara ini adalah sama sekali salah dalam amanah yang telah diberikan kepada mereka," kata seorang pelajar senior Mansurah.

    berterabur

    Pun begitu, majlis itu tidak diketahui siapakah penganjurnya dan perjalanannya sangat berterabur.

    Penceramah jemputan dalam masa sama juga adalah seorang pengerusi majlis dan juga pengedar borang Kelab Umno.

    Menurut seorang hadirin lagi, siapa yang menjemput Khairy dan siapakah yang merancang kehadirannya untuk majlis itu masih tidak diketahui.

    Jabatan paling kuat rasuah?

    Posted: 19 Oct 2010 11:38 AM PDT


    Pembebasan Ketua Pengarah Imigresen Memalukan Pejabat Peguam Negara

    Kuala Lumpur: Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (YPJM) menyifatkan pembebasan bekas Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Wahid Md Don (gambar) daripada pertuduhan rasuah, Jumaat lalu, sesuatu yang boleh memalukan pejabat Peguam Negara sebagai pendakwa raya.

    Berikutan itu, ahli Exconya yang juga anggota Panel Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Robert Phang menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak campur tangan bagi mengenal pasti punca kekalahan banyak kes membabitkan rasuah dan salah guna kuasa.

    "Dalam kes berkenaan, Wahid dituduh menerima suapan sebanyak RM60,000 bagi mempercepatkan kelulusan visa kepada pekerja asing.

    keliru

    "Oleh itu, Peguam Negara perlu memberi penjelasan terhadap kegagalan pihaknya supaya rakyat tidak terkeliru dan kita juga berharap Peguam Negara memandang serius perkara ini," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, semalam.

    Phang juga melahirkan kebimbangan kerana sejak kebelakangan ini banyak kes yang dikendalikan pejabat Peguam Negara kalah di mahkamah dan ia boleh memberi imej negatif terhadap usaha kerajaan memerangi rasuah.

    resah

    Beliau berkata, kegagalan pendakwaan turut mengundang keresahan di kalangan rakyat, selain mengakibatkan pelabur asing hilang keyakinan terhadap badan kehakiman negara.

    Katanya, kekalahan kes rasuah dan salah guna kuasa juga akan menyebabkan tanggapan negatif dilemparkan terhadap SPRM sebagai badan penyiasat.

    "Rakyat hendak tahu sama ada Peguam Negara sudah melakukan siasatan menyeluruh dengan memastikan segala bukti lengkap dikumpul dan diletakkan di hadapan sebelum dibawa ke mahkamah.

    "Saya harap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz yang dipertanggungjawabkan bagi tujuan itu mencari jalan penyelesaian segera bagi masalah ini," katanya.

    Sementara itu, SPRM memfailkan rayuan terhadap pembebasan Wahid, semalam.

    Ketua Pendakwa SPRM, Datuk Abdul Razak Musa ketika dihubungi BERNAMA, mengesahkan rayuan itu difailkan di Pejabat Pendaftar Jenayah Mahkamah Tinggi, pagi semalam.

    Wahid, 57, dilepas dan dibebaskan tuduhan menerima rasuah RM60,000 daripada ahli perniagaan Datuk Seri Low Chang Hian bagi mempercepatkan kelulusan 4,337 visa untuk pekerja Bangladesh pada 10 Julai 2008.

    Dalam satu kenyataan akhbar segera selepas keputusan mahkamah itu, SPRM berkata ada 'alasan kukuh' bagi suruhanjaya itu mengemukakan rayuan. -Bernama

    Terkini

    Bekas Timbalan KP Imigresen Diperintah Bela Diri Kes Rasuah

    KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa memerintahkan bekas Timbalan Ketua Pengarah 1 Jabatan Imigresen Yusof Abu Bakar membela diri terhadap 14 tuduhan menerima rasuah bagi meluluskan lanjutan pas warganegara China.

    Hakim Abu Bakar Katar membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Yusof, 56.

    Pada 15 Okt lepas, Mahkamah Sesyen di sini melepas dan membebaskan bekas Ketua Pengarah Imigresen Datuk Wahid Md Don atas tuduhan menerima rasuah melibatkan wang berjumlah RM60,000 sebagai upah mempercepatkan kelulusan visa pekerja Bangladesh. - BERNAMA

    Apa tidaknya SPRM sentiasa kalah di dalam kes rasuah. Tumpuan hanya diberikan untuk membela kesalahan SPRM di dalam inkues Teoh beng Hock, dengan memandang ringan kes-kes rasuah berprofil tinggi. Diperburukkan oleh pentadbiran negara di bawah pemerintahan Najib yang tidak serius menangani gejala rasuah, malah dalam banyak ketika menyemarakkannya.

    Pagi ini baru terhegeh-hegeh mahu mendakwa semula Ketua Pengarah Imigresyen tersebut dengan tiba-tiba hakim menyatakan pada pagi ini ada kes prima facie terhadap Yusof yang sebelum ini dinafikan.GB

    Nepotisme anak beranak

    Posted: 19 Oct 2010 11:24 AM PDT

    raziahAdik KM Sarawak Dapat Pinjaman Bank RM880 Juta


    Tidak sampai seminggu rakyat dikejutkan dengan pengumuman Perdana Menteri bahawa kerajaan membenarkan pelaburan luar negara Kumpulan Wang Simpanan Pekerja ditingkatkan daripada 7 peratus kepada 20 peratus membabitkan dana awam hampir RM75 bilion, kini RHB Bank yang dimiliki KWSP dilaporkan telah memberi pinjaman USD285 juta atau RM880 juta kepada adik Ketua Menteri Sarawak, Raziah Mahmud dan suami ketiga beliau, Robert Geneid.

    Menurut laman web sarawakreport.com yang terkenal dengan pendedahan kekayaan dan aset serata dunia yang dimiliki Tan Sri Abdul Taib Mahmud serta keluarganya, daripada maklumat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pinjaman besar tersebut diperolehi pada Jun sebuah syarikat persendirian yang dipunyai oleh pasangan tersebut, Kumpulan Construction Sdn Bhd.

    Warga Australia

    Maklumat SMM menunjukkan Kumpulan Construction didaftar dengan modal berbayar saham RM1 juta di mana 5 peratus sahamnya dipegang oleh Zaleha Mahmud, kakak kepada Raziah dan selebihnya dimiliki oleh Mastim Sdn Bhd, syarikat yang dimiliki oleh Raziah dan Robert, yang merupakan warganegara Australia.

    Tanpa laman sesawang rasmi, tidak banyak informasi mengenai syarikat yang diketahui umum namun menurut sarawakreport lagi sumber terhad yang diperoleh daripada akaun syarikat tersebut melalui SSM menunjukkan Kumpulan Consruction memcatat perolehan sebanyak RM43 juta pada 2009, dengan untung bersih kira-kira RM4 juta setelah ditolak cukai.

    Di samping modal saham berjumlah RM1 juta, modal simpanannya hanya lebih kurang RM4 juta sementara liabiliti serta aset keseluruhan syarikat bernilai RM42 juta.

    KWSP dan RHB

    Persoalan yang timbul bagaimana KWSP yang diamanahkan untuk mengawal serta menjaga kepentingan "Simpanan Hari Tua" kaum pekerja di negara ini dengan senang sekali meluluskan pinjaman RM880 juta kepada sebuah syarikat yang dikategorikan sebagai sederhana.

    Lebih mengejutkan walaupun nama Kumpulan Construction membawa maksud syarikat itu terbabit dalam aktiviti pembinaan namun ia dikatakan tidak pernah langsung melaksanakan sebarang projek kecuali hanya mengsubkontrakkan projek yang diperolehi kepada pihak ketiga.

    Memetik sumber dalaman RHB, sarawakreport berkata, "syarikat itu tidak pernah melaksanakan sebarang kontrak yang diperolehi dan kesemuanya disubkontrakkan kepada pihak lain terutamnanya Hock Seng Lee Bhd(HSL)".

    Sebelum ini sarawakreport juga mendedahkan Kumpulan Construction adalah antara tiga pada 2008 bagi projek pembentungan bandaraya Kuching 2008.

    Selang sebulan konsortium tiga syarikat itu - Kumpulan Construction, Nishimatsu Construction dan Hock Seng HSL - memperolehi kontrak tersebut, projek itu disubkontrakkan kepada HSL dengan nilai sebanyak RM452 juta.

    Ini bermakna dengan mudah Kumpulan Construction dan Nishimatsu mendapat keuntungan atas angin sebanyak RM78 juta dalam tempoh sebulan.

    Laporan tahunan RHB Capital Bhd bagi 2009 menunjukkan KWSP memegang 56.14 peratus kepentingan dalam RHB Capital yang memiliki 70 peratus saham dalam RHB Bank Bhd

    RHB Bank pada masa ini adalah kumpulan perbankan keempat terbesar di Malaysia dengan saiz aset sebanyak RM103 bilion dan mempunyai 200 cawangan di seluruh negara dan beberapa cawangan di luar negara yang majoritinya di Singapura.

    Kijang59 atau klik tajuk

    Gajah Putih macam KLCC

    Posted: 19 Oct 2010 11:17 AM PDT

    DAP mahu 'kuasa rakyat' tentukan Warisan Merdeka

    Bagi membuktikan bahawa bantahan mereka terhadap pembinaan Warisan Merdeka setinggi 100 tingkat itu bukan tanpa asas yang kukuh, sekumpulan ahli parlimen DAP membawa wartwan ke tapak lokasi projek berkenaan hari ini.

    Bermula dari bangunan Persatuan Bola Keranjang Amatur Malaysia (MABA), kira-kira 15 wartawan dibawa melihat persekitaran yang juga membabitkan bangunan Stadium Negara dan Stadium Merdeka yang bersejarah itu.

    Lima ahli parlimen itu kemudiannya mengadakan sidang media mereka bagi menghuraikan mengapa projek berkenaan bakal membebankan rakyat.

    Menurut MP Bukit Bintang, Ong Kui Loon, jalan-jalan yang sempit dengan kehadiran lima sekolah di kawasan itu telah memburukkan lagi masalah lalu lintas di kawasan berkenaan.

    Katanya, dengan siapnya projek Warisan Merdeka, keadaan lalulintas di sini akan menjadi lebih bercelaru.

    MP Segambut Lim Lip Eng pula berhujah projek itu belum diluluskan memandangkan tiada papan tanda pengumuman projek daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Ia pra-syarat utama sebelum sesuatu projek diumumkan.

    pendapat

    "DBKL mesti menaikkan papan tanda dan umumkan projek. Selepas itu mesti ada tempoh bantahan bagi orang ramai menyuarakan pendapat dan komen," kata Lim.

    Katanya, ini bagi membolehkan rakyat menentukan sama ada mereka mahukan projek itu ataupun tidak serta alasan mengapa mereka berbuat demikian.

    "Kami di pihak pembangkang telah membuat kenyataan berhubung pendirian kami tetapi kerajaan mendakwa kami hanya mempolitikkan isu berkenaan. Jadi sekarang kami mahu menggunakan kuasa rakyat," kata Lim lagi.

    MP Cheras Tan Kok Wai juga mempersoalkan rasional mengapa Malaysia memerlukan bangunan pencakar langit lagi.

    "Tiada bandaraya yang hebat hanya dibuat dengan bangunan pencakar langit sahaja.

    keselamatan

    "Adalah lebih baik kriteria lain digunakan seperti menjamin sistem keselamatan yang baik serta membekalkan sistem pengangkutan yang cekap," katanya.

    MP Kepong, Dr Tan Seng Giaw juga sependapat dengan rakan-rakannya dan berkata peruntukkan RM5 bilion untuk menara itu sepatutnya dibelanjakan untuk memperbaiki perkhidmatan pengangkutan awam di ibu negara .

    "Tidak dinafikan ada yang akan dapat manfaat daripada menara itu, antaranya sebagai contoh mereka yang akan ada pejabat di situ tetapi bilangan mereka terhad.

    "Sebagai kontras, wang itu jika dibelanjakan untuk meningkatkan perkhidmatan penagngkutan awam akan membawa manfaat kepada lebih ramai orang," hujah Tan.

    Bagi MP Seputeh Teresa Kok pula projek Warisan Merdeka itu menimbulkan pelbagi persoalan kerana ia dirancang secara tergesa-gesa tanpa perbincangan lanjut. Katanya, contoh seperti beberapa projek di kawasan parlimennya di Seputeh.

    Ahli-ahli parlimen Pakatan menganggap pembinaan itu sebagai projek 'gajah putih' dan berulangnya projek-projek mega yang membazirkan seperti dijalankan semasa zaman bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad.

    Boros RM 5 Billion

    Posted: 19 Oct 2010 10:57 AM PDT


    Lokasi cadangan Projek Mega Membazir Menara Warisan terletak di antara Stadium Merdeka dan Stadium Negara

    100 tingkat beza dengan 100 keluarga


    Najib dengan angkuh mengatakan kerajaan akan membina Menara Warisan yang bernilai RM 5 Billion. Menara yang kononnya akan menjadi kembar kepada KLCC. Menara yang dikatakan akan menjadi tarikan pelancong.

    Tapi pernahkah Najib memikirkan nasib keluarga - keluarga miskin yang berada di negeri - negeri yang bernaung di bawah bendera Malaysia ini. Pernahkah Najib melawat negeri - negeri yang masih punyai kemiskinan tegar di negara ini.

    Najib tidak pernah merasai kesusahan orang kampung terpaksa menoreh getah dan membuat bermacam - macam kerja untuk menyara anak bini mereka.

    5 Billion jika digunakan secara telus dan jujur, sudah pasti ramai keluarga - keluarga yang susah dapat manfaat tersebut. Lihatlah, berapa banyak lagi kawasan kampung yang masih punyai jalan merah. Lihatlah, berapa banyak lagi kawasan kampung tidak punyai signal syarikat telekomunikasi seperti Maxis dan lain - lain. Jangan nafikan.

    Ini adalah fakta yang boleh kita perolehi jika kita rajin merantau di negeri - negeri yang berada dalam Malaysia ini. Saya orang Semenanjung boleh melihat kemiskinan tegar tersebut. Bagaimana pula dengan mereka yang berada di Sabah dan Sarawak.

    Apa salahnya 5 Billion itu disalurkan kepada makanan ruji. Kebanyakkan rakyat Malaysia bekerja sebagai pekerja sektor swasta. Masih ramai diantara mereka jika adanya kenaikan harga gaji, sudah pasti teramat sedikit. Sedangkan harga barang semakin naik menggila. Harga makanan semakin naik. Poket kami semakin kering. Jika benar Belanjawan ini untuk rakyat, salurkan 5 Billion itu kepada makanan ruji. Ini bukan mental subsidi, tapi sebuah kerajaan yang baik adalah sebuah kerajaan yang memikirkan masalah rakyat.

    Subsidi jika kena pada tempatnya mampu melahirkan rakyat yang sihat dan tidak kebuluran. Bagi mereka yang sudah kaya - raya pasti akan menganggap subsidi makanan mentaliti yang kuno. Tapi cuba teropong ke bawah, lihatlah orang kampung yang masih ada lagi yang makan makanan yang tidak sihat. Kerana apa? Kerana makanan yang sihat tidak mampu mereka beli kerananya semua sudah mahal.

    5 Billion jika disalurkan kepada kos perubatan sudah pasti ianya menyenangkan hati rakyat. Hanya ini mampu membuatkan mereka merasa selesa. Hanya ini mampu membuatkan mereka yakin bahawa kerajaan ini sememangnya mahu melihat rakyatnya sihat.

    Perbanyakan klinik kesihatan desa. Hanya ini cara mereka mendapat rawatan yang kualiti. Tingkat servis atau perkhidmatan di klinik - klinik desa agar mereka yang sedang sakit demam atau sebagainya tidak menunggu lama. Ini sepatutnya dilakukan oleh kerajaan.

    5 Billion jika disalurkan kepada bangunan 100 tingkat hanyalah pembaziran nyata. Jika dibuat pada ketika ekonomi kita sedang gagah dan kuat tidak mengapa. Dalam waktu sekarang, disaat masih ramai lagi yang menagih bantuan kepada 5 Billion itu tidak disalurkan kepada mereka.

    Kita orang bandar jangan angkuh. Sila lihat apa yang terjadi kepada saudara - mara kita yang berada di kampung. Baik yang Melayu, Cina, India, Iban dan lain - lain.

    5 Billion jika disalurkan kepada 100 orang keluarga yang susah. Sudah pasti nilainya lebih bermakna daripada bangunan 100 tingkat. Bangunan yang boleh dibina kemudian hari. Yang penting adalah rakyat. Rakyat yang menjadi aset penting kepada negara. Tanpa rakyat hilanglah Malaysia. Tanpa rakyat siapalah Rosmah?

    dragS

    Tahniah, Syabbass

    Posted: 19 Oct 2010 10:49 AM PDT


    Tersergam dan lokasi yang strategik

    Bangunan Umno kini milik Pemuda PAS Kelantan
    Wartawan Kita - harakah

    KOTA BHARU, 19 Okt: PAS Kelantan mencatat satu lagi sejarah sempena genap usia 20 tahun pemerintahan apabila berjaya memiliki bangunan empat tingkat yang pernah dijadikan pejabat Umno Bahagian Kota Bharu.

    Tentunya maruah Umno Kelantan sekali lagi tergadai kerana bangunan yang pernah dimiliki Umno Kota Bharu kini menjadi milik Dewan Pemuda PAS Kelantan.

    Bangunan tersebut yang pernah terbengkalai dalam tempoh begitu lama berjaya disiapkan bekas Ketua Umno Bahagian Kota Bharu, Datuk Zaid Ibrahim.

    Bagaimanapun selepas Zaid digugurkan daripada jawatannya atas dakwaan terbabit dengan rasuah politik ketika pemilihan di peringkat bahagian tersebut, bangunan itu menjadi lengang semula.

    Ketika jawatan Zaid digantung, Umno Kota Bharu di bawah Datuk Fatmi Che Salleh gagal memasuki bangunan berkenaan.

    Bangunan tersebut yang difahamkan dimiliki sepenuhnya Zaid selepas berjaya menyiapkan bangunan yang lama terbengkalai.

    Ketika itu signboard Umno Kota Bharu dipasang di puncak bangunan yang boleh dilihat dengan jelas dari jambatan Sultan Yahya Petra pada waktu malam.

    Pada April lalu, Umno Kota Bharu yang diketuai anggota jawatankuasanya, Datuk Kamaruddin Abdullah mengadakan perhimpunan di pekarangan bangunan terbabit di Jalan Sultanah Zainab menuntut Zaid menyerahkan bangunan berkenaan.

    Zaid kini Penyelaras Pakatan Rakyat tetap tidak berganjak dan enggan tunduk terhadap desakan Umno Kota Bharu.

    Dan hari ini berlangsung sejarah yang mengejutkan Umno Kelantan dan pusat apabila bangunan pejabat yang pernah menjadi pejabat Umno bertukar tangan menjadi milik PAS.

    Dewan Pemuda PAS Kelantan membeli bangunan berkenaan dengan harga RM4.5 juta.

    Majlis penyerahan geran hak milik oleh Zaid telah dilakukan tengah hari tadi di Gua Musang sempena kempen pilihan raya kecil Dun Galas.

    Ia dibeli dengan harga RM4.5 juta yang bakal menjadi pejabat Pemuda PAS negeri dan pusat komersial.

    Perjanjian jual beli ditandatangani antara Zaid dengan Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim dan juga kepimpinan Pemuda PAS negeri yang diketuai, Abdul Latif Abdul Rahman yang disaksikan Pesuruhjaya PAS negeri yang juga Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

    Bangunan empat tingkat itu mempunyai dewan di bahagian atas yang boleh memuatkan seramai 700 orang, manakala dua tingkat lagi dijadikan pejabat.

    Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman berkata, majlis bersejarah bagi menaikkan bendera PAS di hadapan bangunan tersebut akan dilakukan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pagi esok.

    Katanya, majlis yang penuh bersejarah itu diadakan sempena genap 20 tahun usia kerajaan PAS dan bahang kempen pilihan raya kecil Galas sekarang.

    "Kita bersyukur kerana Dewan Pemuda PAS Kelantan akhirnya berjaya memiliki bangunan sendiri di lokasi yang begitu strategik.

    "Ini satu kejayaan besar dalam sejarah PAS yang tidak pernah berlaku sebelum ini, lebih-lebih lagi bangunan itu pernah dijadikan pejabat Umno Bahagian Kota Bharu," katanya ketika dihubungi di Gua Musang.

    Abdul Latif yang juga Adun Mengkebang berkata, banyak kemudahan yang ada di bangunan berkenaan termasuk pendawaian elektrik dan kemudahan lain telah dirosakkan.

    Katanya Dewan Pemuda terpaksa memperuntukan kira-kira RM500,000 lagi bagi memasang sistem pendawaian elektrik dan kemudahan lain yang dirosakkan pihak tidak bertanggungjawab.

    Katanya juga, Dewan Pemuda PAS yang kini berpejabat di Perhubungan PAS Negeri di Jalan Datuk' Pati akan berpindah ke bangunan baru selepas kerja-kerja membaikinya siap dalam masa terdekat.

    Si Putar Alam

    Posted: 19 Oct 2010 10:43 AM PDT


    Felda: Ahmad Maslan menteri 'putar alam'
    Nazri Abdullah dan Hazayani Zakaria - Harakah

    KUALA LUMPUR, 19 Okt: Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan disifatkan sebagai 'menteri putar alam' apabila didakwa cuba memutar belit isu Felda.

    Ketika sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini, Ahmad mendakwa Felda tidak pernah menipu peneroka berkaitan kadar perahan gred buah tandan sawit dalam kes Felda Kemahang 3.

    Selain itu katanya, Felda kalah dalam kes tersebut kerana peguamnya tidak hadir pada hari perbicaraan tersebut.

    Bagi kes Felda Sungai Koyan pula, beliau berkata Felda tidak kalah kerana keputusan mahkamah sama dengan pendirian Felda yang hanya akan membayar wang tanam semula kepada peneroka yang memenuhi syarat Felda.

    Felda juga katanya tidak akan membuat rayuan kes tersebut.

    Beliau menjawab soalan yang dikemukakan Datuk Kamarul Baharin Abbas (PKR-Telok Kemang).

    Penjelasan itu kemudiannya mengundang soalan bertalu-talu dari ahli parlimen pakatan rakyat khususnya dari Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena).

    "Lawyer letak jawatan 2007, kes 2008 sepatutnya hantar lawyer lain lah.

    "Dia tak bantah, dia tak rayu...kalau keputusan sama, patut tak hantar lawyer lawan la.

    "Pusing...memang kuat putar alam...menteri kelam kabut," katanya lagi.

    Ahmad Maslan dalam responsnya bagaimanapun mengajak Mahfuz berjumpa di luar dewan termasuk di Galas untuk selesaikan pertelingkahan tersebut.

    Sementara itu, bercakap dalam sidang medi di lobi Parlimen selepas itu, Mahfuz menggesa Felda diletakkan di bawah Parlimen dan mesti menghantar laporan terperinci mengenai permasalahan Felda dan peneroka.

    "Saya minta supaya satu laporan terperinci tentang permasalahan hubungan antara Felda dan peneroka dibentangkan di Parlimen. Ini sangat penting untuk kepentingan peneroka," katanya.

    Ahmad Maslan turut dijemput ke sidang media tersebut, bagaimanapun beliau menolak dan mahu mengadakan sidang media berasingan.

    Pada sidang media sama, Dr Mohd Hatta Ramli (PAS-Kuala Krai) menggesa Felda mengakui kekalahan mereka dan menunaikan tanggungjawab sebaiknya kepada peneroka seperti yang diputuskan mahkamah.

    "Bila Felda kalah ertinya kalahlah. Bukan kerana kes peguam tak datang. Dalam rayuan, saya yakin peguam Felda sudah memberikan segala hujah tapi kalah juga. Tapi tak mengaku kalah.

    Khalid Samad (PAS-Shah Alam) pula menggesa Ahmad tidak memutar belit fakta sebenar berkaitan kedua-dua kes melibatkan Felda.

    Yang dipertikaikan sekarang ini lawyer itu layak buat tuntutan atau tidak. Mahkamah kata layak tapi di Parlimen dikatakan seolah-olah tak ada isu. Kalau semua dah setuju kenapa nak bawa ke mahkamah.

    Mahkamah Persekutuan sebelum ini telah mengarahkan agar Felda membayar kepada peneroka Felda Kemahang 3 sebanyak RM11 juta kerana menipu berhubung menggred buah kelapa sawit.

    Manakala dalam kes Sungai Koyan, Felda diarahkan membayar RM17 ribu kepada peneroka sebagai wang tanam semula.

    Seolah-olah Pakatan dah beberapa kali tawan Putrajaya

    Posted: 19 Oct 2010 09:52 AM PDT



    MAHAFIRAUN MERANCANG



    nota:
    awas mahafiraun
    sedang merancang
    untuk naikkan anaknya kah kah kah

    JANGAN GHAIRAH NAK TUKAR KERAJAAN : DR M – berita hiaran

    Mahathir Mohamad mengingatkan rakyat supaya tidak mudah menukar kerajaan setiap kali pilihan raya umum kerana pertukaran tampuk kepemimpinan tidak menjanjikan perubahan ketara dalam pembangunan negara.

    Sebaliknya, beliau berkata banyak perkara tidak mampu diubah, sekali gus kekal pada kedudukan asal walaupun pentadbiran negara diambil alih oleh kerajaan pembangkang.

    nota:
    lihat bagaimana berita ini diolah
    awalnya melayu ditakut takutkan dengan orang china
    ditakut takutkan dengan lee kuan yew
    ditakut takutkan dengan china DAP

    tetapi orang melayu sudah tak takut

    kerana itu ditakut takutkan pula melayuakan hilang kuasa
    ditakut takutkan melayu akan jadi monoriti dalam negara ini

    semua ini auta - semau ini kelentong

    lihat siapa yang kayakan lim goh tong
    lihat siapa yang kayakan ananda
    lihat siapa yang jayakan kan tan peh king
    lihat siapa yang ambil tanah penjara pudu
    lihat siapa yang ambil lapangan stratijik tudm sungai besi
    lihat siapa kepala duit judi

    melayu jadi minoriti dalam negara ini ?

    siapa benarkan bangla masuk?
    siapa benarkan china doll masuk?
    siapa bawa indon masuk ?
    siapa beri kad pengenalan pada pendatang haram di sabah?
    siapa nak jadi raja afrika?
    siapa nak jadi permaisuri agung afrika? kah kah kah

    tengok bagaimana mahafirauan ini berkata
    seolah olah kita telah bekali kali berjaya menghalau
    kerajaan yang zalim

    ini bohong

    kita belum pun berjaya menghalau gerombolan dan kuncu kuncunya
    tetapi orang melayu sudah ditakut takutkan

    wahai bani melayu
    sedarlah kamu
    kamu sedang ditipu
    bila kamu khayal ditipu maka kamu hilang pegangan
    bila kamu hilang pegangan
    maka harta kekayaan negara ini
    disebat oleh anak bini dan kroni gerombolan

    wahai bani melayu
    akhirnya kamu duduk
    dirumah rumah sempit miang dan panas
    di san peng di kerinchi di pantai dalam
    kerana kamu berkayal dengan ketuanan melayu
    walhal kamu hanyalah kuli batak kah kah kah


    nota:
    awas mahafiraun
    sedang merancang
    untuk naikkan anaknya kah kah kah

    Dewan Pemuda Pas Kawasan Pasir Gudang

    Posted: 19 Oct 2010 03:30 PM PDT

    Dewan Pemuda Pas Kawasan Pasir Gudang


    Bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat

    Posted: 19 Oct 2010 12:29 AM PDT

    Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat hadir menjalankan sesi temubual dan pendaftaran OKU dan Warga Emas.

    PAS Cawangan Taman Cendana memberikan sumbangan kepada OKU dari Felda Nam Heng.

    Pasangan yang dibawa dari Felda Nam Heng. Pasangan ini menjaga 2 lagi adik suami yang juga pekak, bisu dan buta.

    Kehadiran pegawai JKM dan Wartawan Sinar Harian.

    Projek Kerajaan Barisan Nasional

    Posted: 19 Oct 2010 12:21 AM PDT


    Tempat menunggu bas yang roboh di Taman Cendana. Inilah kualiti Projek Kerajaan Barisan Nasional.

    ULAMA PEWARIS NABI

    Posted: 19 Oct 2010 03:25 PM PDT

    ULAMA PEWARIS NABI


    MISTERI RANGKA PROFIL TINGGI DI BROGA

    Posted: 19 Oct 2010 02:29 AM PDT

    Rangka Manusia Kes Bunuh Profil tinggi Dekat Bukit Broga Semenyih

    Ada berita tentang kes bunuh profil tinggi, polis jumpa rangka manusia dekat kelapa sawit, Bukit Broga Semenyih. Kes profil tinggi yang mana satu tidak pulak disebut, mungkin kes yang hangat sekarang ni iaitu kes bunuh jutawan Sosilawati.

    Baca berita ni:
    Polis menemui rangka manusia tertanam di sebuah kebun kelapa sawit dekat Bukit Broga, Semenyih malam tadi.
    Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Shakarudin Che Mood berkata, penemuan itu adalah ekoran pengakuan seorang suspek kes pembunuhan yang kemudian menunjukkan kepada polis tempat dia menanam mayat mangsa.
    "Suspek yang berumur sekitar 30-an itu membawa polis ke satu lokasi berdekatan dengan kawasan perkuburan Cina dan setelah digali satu rangka manusia yang masih ada sedikit cebisan tisu ditemui.... namun belum dapat dipastikan sudah berapa lama mangsa mati," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini.
    Shakarudin berkata, suspek turut menunjukkan lokasi sebuah kereta yang hangus dibakar, yang dipercayai milik mangsa kira-kira 3 km dari tempat mayat mangsa ditemui.


    Beliau berkata, polis juga tidak menolak kemungkinan rangka manusia tersebut milik individu berprofil tinggi namun beliau enggan mengulas lanjut dan katanya ia sedang disiasat.
    "Kita tidak tolak kemungkinan ia kes berprofil tinggi tetapi kita kata kemungkinan.. tunggu sahaja keputusan bedah siasat dan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) nanti baru kita tahu identiti sebenar," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.

    Beliau berkata, suspek lelaki itu ditahan baru-baru ini oleh pihak polis di tempat lain dan hasil pemeriksaan mendapati dia merupakan penjenayah dikehendaki di daerah Kajang dan kemudian diserahkan kepada IPD Kajang untuk siasatan.

    KERJA BODOH PEMUDA UMNO DITEMPELAK BLOGGER PRO BN

    Posted: 19 Oct 2010 02:10 AM PDT

    Betul juga kata blogger RBF yang pro BN(kununnya bebas) , beliau kata Semakin hari nampaknya Pemuda Umno semakin gila. Gila apa ? gila glamor.
    Dah lenguh mulut Presiden UMNO dan Timbalan Presiden PEKEMBAR berpesan supaya jangan buat program syok sendiri. Tetapi mereka tetap juga meneruskan program syok sendiri.
    Siapa kamu (wahai Pemuda UMNO) untuk mengiktiraf mereka ? Tolong sedar diri sedikit. Tanpa kamu(Pemuda PEKEMBAR) pun mereka-mereka yang kamu beri pengiktirafan itu telah berjaya. Kejayaan mereka pun bukannya hasil usaha kamu.
    Apa ke jadahnya kamu nak beri pengiktirafan kepada usahawan-usahawan yang telah berjaya ? Mereka memang orang yang telah berjaya.Kenapa bangang sangat (Wahai Pemuda PEKEMBAR ATAU UMNO)!


    Kes merujuk majlis di bawah :-

    KUALA LUMPUR 17 Okt. - Tiga tokoh usahawan negara dinobatkan sebagai penerima pertama Anugerah Usahawan 1Malaysia kelas Master yang dianjurkan oleh Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan (BEPU) Pergerakan Pemuda UMNO dengan kerjasama majalah The Leaders.

    Mereka ialah Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Group Holdings Bhd., Datuk Seri Nazir Tun Razak; Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Bhd., Datuk Seri Tony Fernandes dan Pengarah Urusan Mah Sing Group Bhd., Tan Sri Leong Hoy Kum.

    Sementara itu, kategori Usahawan Cemerlang dimenangi oleh Datuk Seri Edmund Santhara (Masterskill (M) Sdn. Bhd.) manakala kategori Usahawan Meningkat Naik menjadi milik Datuk Jamal Md. Yunos (Rukun Saksama Sdn. Bhd.) dan kategori Usahawan Meningkat Naik Wanita pula milik Tiffanee Marie Lim (Limkokwing University of Creative Technology).

    Selain itu, bagi 13 kategori anugerah berasaskan sektor pula menjadi milik Datuk SM Faisal SM Nasimuddin (Naza Group of Companies), Burhanuddin Md. Radzi (Les' Copaque Production), Datuk Seri Shahril Shamsuddin (Sapura Group) dan DiGi Telecommunications.

    Turut diumumkan sebagai penerima anugerah ialah Datuk David Yeat Sew Chuong (INS Bioscience Bhd.), Datuk Ir. Kuna Sittampalam (HSS Engineering Sdn. Bhd.), Datuk Abdul Razak Abdul Ghani (Walton International Property Group (M) Sdn. Bhd.), Lim Kim Heng (Seng Heng Electric (KL) Sdn. Bhd. dan Ramaness Parasuraman (Return 2 Energy Sdn. Bhd.).

    Empat lagi pememang anugerah berasaskan sektor ialah Datuk Syed Jamarulkhan (Syed Restaurant & Catering), Halmi Jasmin (Metro Parking (M) Sdn. Bhd), Mohamed Faroz Mohamed Jakel (Jakel Kuala Lumpur) dan Shafiz Shahrani (Shahpadu Energy & Engineering Sdn. Bhd.).

    Kesemua anugerah berkenaan disampaikan oleh Timbalan Menteri Kewangan merangkap Pengerusi Biro Ekonomi UMNO, Datuk Dr. Awang Adek Hussin yang mewakili Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu majlis di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini malam ini.

    Hadir sama ialah Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk M. Kayveas; Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin; Ketua Pemuda MIC, T. Mohan dan Ketua BEPU, Datuk Sohaimi Shahadan.

    GALAS ALLAH DAH BALAS !

    Posted: 18 Oct 2010 09:29 PM PDT



    DUN Galas tidak ketinggalan dianugerah Allah dengan rezeki yang melimpah ruah walaupun BN tidak menurunkan projek mee segera di sana. Mempunyai pekebun kecil RISDA dan FELCRA DAN FELDA maka dengan kenaikan harga getah yang mencanak adalah antara rezeki yang Allah turunkan agar tidak bergantung kepada undian kepada BN/UMNO semasa Pilihan Raya Kecil begitu juga ingatan pada orang asal yang wajar sedar hak undi kamu adalah hak kamu bukan boleh dibeli dengan wang ringgit. Kamu dah boleh kaya dengan harga getah ini.
    Kena ingat rezeki bukan BN/UMNO yang bagi.


    TEMERLOH 14 Okt. – Seramai 380,000 pekebun kecil di seluruh negara bakal menikmati pendapatan lumayan berikutan kenaikan harga getah di pasaran mencecah RM11.90 sekilogram hari ini iaitu yang tertinggi dalam tempoh 57 tahun.

    Dijangka kemungkinan pengeluaran getah di negara ini dijangka meningkat lebih sekali ganda berbanding masa kini iaitu kira-kira 1 tan sehektar.

    Berikutan kenaikan tersebut pendapatan pekebun kecil yang selama ini antara RM2,000 hingga RM3,000 dijangka bertambah berikutan kenaikan harga komoditi di pasaran.

    Secara purata pekebun kecil getah memotong 400 batang pokok sehari jika dibandingkan dengan pekerja asing seperti dari Indonesia yang mampu memotong sehingga 1000 batang sehari.

    Jika sikap pekebun boleh diubah, ini merupakan salah satu cara mampu meningkatkan pendapatan pekebun kecil ke arah yang lebih baik lagi.
    Bersyukur pada Allah atas rezeki yang diturunkan hingga ke tahap yang tinggi pada 14 Oktober lalu dengan hampir RM12 dan pekebun akan dapat sekitar harga RM6 merupakan satu harga yang amat baik untuk rancang tanam semula dengan segera.

    AIR MATA PENYU HANYIR BILA LIHAT PROJEK KENYIR

    Posted: 18 Oct 2010 08:39 PM PDT


    11 projek dijanjikan, hanya 1 yang berjalan
    HULU TERENGGANU - Kerajaan Negeri Umno/BN Terengganu dilaporkan serius membangunkan Tasik Kenyir dengan Menteri Besarnya Dato' Seri Ahmad Said berjanji akan membuktikan Pulau Bayas menjadi kawasan bebas cukai dalam tempoh 18 bulan akan datang.

    Kemudahan elektrik dari tenaga solar di Taman Rekreasi Gua Bewah,masih tidak berfungsi.

    Ahmad Said menyatakan demikian apabila beliau ditanya berkenaan dakwaan Bendahari PAS Terengganu, Haji Muhyiddin Abdul Rashid yang menyifatkan cadangan kerajaan negeri tersebut adalah 'suatu gimik politik' menjelang pilihanraya umum ke-13.

    Haji Muhyiddin dalam kenyataannya yang diterbitkan oleh Buletinonline 7 Oktober lalu berkata beliau masih curiga dengan perkara tersebut kerana menurutnya sebelum ini pelbagai cadangan yang telah dikemukakan dengan pelbagai slogan seperti 'Bandar Bawah Tasik' dan 'Pelabuhan Darat', namun hilang begitu sahaja,

    Mengulas lanjut isu berkenaan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal, Dr. Alias Razak menegaskan, pembangunan di Tasik Kenyir bukan setakat 'gimik poliitik' bahkan menambahkan peluang pemimpin Umno dan kroni mendapat laba dari pelbagai projek yang dilaksanakan.

    Namun begitu, Dr Alias berkata, sehingga kini sudah setahun sejak bajet 2010 diluluskan dalam Sidang DUN, projek-projek pembangunan pulau-pulau sebagaimana yang dijanjikan oleh MB belum dilaksanakan.

    "Dalam buku Jawapan Kepada Soalan Bertulis, Mesyuarat Yang Ketiga, Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri Ke 12 pada 21 hingga 23 Disember lalu, sebelas projek disenaraikan bagi pembangunan baru Tasik Kenyir dengan kos RM298 juta,

    "sehingga kini berdasarkan senarai itu, hanya santuari gajah yang telah dilaksanakan,"jelas beliau.
    Beliau berkata demikian setelah membuat tinjauan ke Tasik Kenyir pada Khamis 14 Oktober lalu.
    Menurutnya, bot-bot mewah yang dibeli oleh Ketengah untuk tujuan Island hopping berharga jutaan ringgit masih tersadai di jeti Pengakalan Gawi, manakala pulau-pulau yang dicadang untuk dijadikan pulau Anggur, Rambutan, Kaktus dan Heliconia masih dalam keadaan semak samun.

    Bahkan dalam jawapan rasmi Dewan Undangan Negeri tersebut telah dinyatakan kos bagi Pulau Bebas Cukai adalah hanya RM80 juta sahaja.

    "Jadi dari mana datangnya perbelanjaan pembangunan Pulau Bebas Cukai sebanyak RM100 juta seperti yang umumkan MB baru-baru ini? Bila hutan dan semak samun bagi pulau-pulau yang MB janji untuk akan dibersihkan dan dibangunkan?,"soal Dr. Alias.

    Katanya, sebelum ini banyak lagi janji-janji Ahmad yang hanya tinggal janji seperti projek tanam sawit keliling rumah dan pemberian tanah 10 ekar seorang untuk pesawah di Mak Jintan.

    Dalam pada itu, Dr. Alias yang juga Pengerusi Lujnah Pengguna dan Alam Sekitar Negeri cukup kesal dengan kenyataan-kenyataan Ahmad yang sepatutnya meneliti sesuatu perkara sebelum memberikan jawapan.

    Katanya, dalam tinjauannya ke Tasik kenyir baru-baru ini bukan hanya kemudahan-kemudahan baru belum dibina, kemudahan rekreasi yang telah ada juga telah rosak dan dalam keadaan yang menyedihkan.

    "Di Gua Bewah dan kawasan perkhemahan sekitarnya, kononnya menggunakan tenaga solar dan membina kemudahan tandas dan lain-lain, namun semuanya dalam keadaan rosak dan punah jahanam, Ahmad perlu melihat dan teliti bukan bercakap itu 'dang',"tegasnya.

    MEMANG KEPARAT SIAPA YANG MENYEKAT, PRU13 NANTI PR BERKAT

    Posted: 18 Oct 2010 08:30 PM PDT

    KUALA LUMPUR, 19 Okt: Seramai 28 pemimpin Orang Asli pagi ini disekat oleh polis di pintu masuk bangunan Parlimen walaupun mereka masing-masing telahpun membuat permohonan rasmi untuk mengikuti perbahasan Bajet 2011.
    Menurut Muhammad Faizal Zakaria, Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Telok Kemang, Datuk Kamarul Baharin Abbas, rombongan tersebut sepatutnya dibenarkan memandangkan Ahli Parlimen Telok Kemang sendiri yang membuat permohonan tersebut minggu lepas.
    Lagipun, katanya hak mereka sebagai rakyat Malaysia tidak wajar dinafikan oleh pihak parlimen dan polis.
    Difahamkan mereka yang terbabit merupakan pemimpin dari Badan Bertindak Tanah Orang Asli Selangor.

    Dari memo yang dihantar kepada Harakahdaily, Pengerusinya Simpan bin Suda mendesak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membawa usul tergempar pagi ini supaya ditambah perkataan Orang Asli di dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.
    Menurut memo tersebut, Peruntukan 153 yang sedia ada hanya mengiktiraf hak keistimewaan Melayu, Bumiputera Sabah dan Bumiputera Sarawak sahaja.
    Walhal, memo tersebut menjelaskan bahawa kedudukan Orang Asli Semenanjung Malaysia tidak diiktiraf sedangkan mereka juga adalah penduduk asal negara.
    Badan bertindak itu berjanji untuk menggembleng sokongan seluruh suku Orang Asli Semenanjung Malaysia sekiranya Anwar bersedia memperjuangkan beberapa hak mereka yang selama ini dinafikan oleh Umno BN.
    Hak-hak yang dimaksudkan, menurut memo itu lagi adalah:
    1. Pemberian hak milik tanah kepada setiap Orang Asli meliputi 10 ekar tanah pertanian, satu per empat ekar tanah untuk tapak rumah serta seekar tanah dusun sebagaimana yang diterima oleh rakyat yang menyertai rancangan Felda.
    2. Pewartaan tanah-tanah komunel oleh kerajaan-kerajaan negeri berkenaan seperti Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Kelantan, Kedah, Terengganu dan Pahang sebagaimana yang diperuntukkan dalam Seksyen 62, Kanun Tanah Negara.
    3. Pewartaan tanah Orang Asli di bawah Akta Orang Asli, 1954 dengan memberi hak kebebasan tanpa had kepada mereka untuk mencari sumber melebihi kawasan tanah komunel yang sedia diwartakan.
    4. Bagi Orang Asli yang hidup secara nomad dan separa nomad turut diberikan hak untuk mencari makanan serta menikmati pendidikan vokasional tidak terbatas pada had masa dan sebarang sekarang.
    5. Peranan dan fungsi Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) yang selama ini gagal mempertahan hak Orang Asli Semenanjung Malaysia mesti dikaji dan dibongkarkan sekiranya Pakatan Rakyat memerintah selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 kelak.
    Sebagai contoh, hanya 10 peratus hingga 15 peratus sahaja jawatan di JHEOA diisi oleh Orang Asli Semenanjung Malaysia sedangkan tuntutan asal mereka adalah 80 peratus.
    6. Memperjuangkan Hari Orang Asli Sedunia pada 8 Ogos sebagai Cuti Umum di Malaysia.

    KUBU DAH JADI KUBOR?

    Posted: 18 Oct 2010 06:23 PM PDT

    KUBU UMNO DI SINALUNG LEBUR
    SATU demi satu kubu kuat UMNO di Tenom lebur oleh kebangkitan kesedaran rakyat akan makna merdeka dan intipati sebenar berpolitik. Kali ini penduduk Kampung Sinalaung, Kemabong, Tenom telah meninggalkan parti keramat orang Melayu; yang selama ini mendakwa kononnya membela kepentingan rakyat Sabah, untuk menyertai PKR di hadapan Ketua Cabang Tenom, Datuk Halik Zaman.

    Menurut Ketua Ranting Kg Sinalaung, Kamiang Tumu, penduduk kampung telah mulai bosan dan jemu dengan sandiwara semasa kepimpinan Barisan Nasional yang hanya menjaga kepentingan diri mereka bersama-sama kroni-kroni mereka sahaja. Penduduk kampung menyatakan pendirian mereka secara tulus dan ikhlas kepada, Halik Zaman.

    Halik dalam ucapannya menyatakan penghargaan kepada penduduk kampung yang mengalihkan kepercayaan mereka kepada PKR. Beliau juga menyatakan kesanggupan PKR untuk membela dan memperbaiki nasib mereka seandainya diberikan peluang memerintah Sabah dan mengambil alih tampuk pemerintahan Negara Malaysia pada pilihanraya umum ke 13 kelak.
    Halik turut melahirkan rasa sedihnya berhubung kebajikan penduduk kampung yang terbiar sekian lama, sedangkan kepimpinan BN Tenom dan kroni-kroni mereka mewah dan senang-lenang di atas kesusahan penduduk kampung.

    Dalam keadaan penduduk kampung terpaksa bertungkus-lumus untuk meneruskan kehidupan mereka, YB-YB BN dan kroni-kroni asyik menimbun kekayaan dan menjana kemewahan hidup mereka.
    "Kita dapat lihat dengan jelas, modus operandi kepimpinan BN hanyalah untuk mengejar projek-projek yang hanya memberikan keuntungan kepada mereka dan kroni sahaja. Pemimpin-pemimpin BN secara terang-terangan memperjudikan masa depan rakyat demi untuk memenuhkan poket-poket mereka sahaja. Mungkin inilah yang didefinisikan sebagai 'Poket di dahulukan, pencapaian projek untuk diri sendiri diutamakan' bagi menggantikan cogankata 1Malaysia.

    Turut hadir di program ini ialah Ketua Penerangan Cabang Tenom, Ketua Wanita Cabang, Ketua AMK PKR Cabang Tenom dan beberapa orang Jawatankuasa Cabang.- Sabahkini.net

    PKR BERJAYA TAWAN KAMPUNG RAIMIE UNGGI!
    OPERASI memperkasa nadi penggerak PKR Cabang Tenom dilanjutkan lagi ke kampung Mamaitom dan misi mereka menawan kampung tumpah darah Ahli Parlimen Tenom, Datuk Raimie Unggi terlaksana.

    Sambutan yang begitu menggalakkan memberikan signal yang jelas bahawa rakyat Tenom inginkan perubahan terhadap pentadbiran Kerajaan Sabah yang terlalu lembab sehingga mereka merasakan diri mereka bagaikan dikuarantin sejak 47 tahun lalu.

    Ketika ditemui oleh Krew Sabahkini.net, penduduk kampung berkenaan menyatakan bahawa mereka kini bertekad ingin melakukan perubahan kerana mereka tidak gentar lagi menghadapi ugutan atau amaran dari sesiapa pun kerana telah membulatkan tekad menyertai PKR.

    Penduduk kampung ini menegaskan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang demokrasi dan seharusnya kebebasan bersuara dan memilih tidak dipertikaikan sama sekali oleh kepimpinan UMNO/BN dan kroni-kroninya, Ketua Kampung dan JKKK yang dianggap sebagai 'Pak Turut' dan boneka BN.

    Ketua Cabang Tenom, Halik Zaman ketika di minta memberikan sepatah dua kata di majlis berkenaan menegaskan, bahawa PKR kini lebih berkeyakinan untuk bergerak maju dan merobohkan kubu-kubu UMNO/BN demi satu bagi mencapai hala tuju perjuangan membela nasib rakyat Sabah.

    Menurut Halik lagi, sudah terlalu lama pemimpin UMNO/BN memperdayakan pengundi-pengundi terutamanya penduduk di pedalaman.

    Rakyat di pedalaman akan terus menerus miskin dan tidur bersulamkan segala kepayahan manakala pemimpin-pemimpin UMNO/BN terus tidur di tilam yang empuk dan diuliti kemewahan.

    "Inilah matlamat PKR terutama untuk membenteras kemiskinan rakyat Sabah di pedalaman yang selama ini dipandang remeh oleh pemimpin BN," ujar Halik lagi.

    Halik Zaman menyatakan, sekiranya PKR diberi peluang menerajui pentadbiran Kerajaan Negeri dan Pusat, beliau akan memastikan segala kepincangan dan kesulitan rakyat akan di atasi dengan segera.

    Keperihatinan kerajaan Pakatan Rakyat telah terbukti di negeri Selangor. Pelbagai bentuk kebajikan untuk rakyat telah diwujudkan dan disempurnakan dengan sewajarnya. Rakyat Selangor kini sedang menikmati pelbagai kemudahan hasil dari sistem pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat.

    Menurut Halik lagi, rakyat Sabah sewajarnya diberi layanan 'Kelas Satu' memandangkan Sabah mempunyai sumber hasil yang lumayan, akan tetapi hasil dari sumber hasil bumi Sabah hanya dinikmati oleh 'segolongan yang terpilih' sahaja, rakyat dibiarkan hidup diuliti kesukaran hidup.

    "Maka kerana itulah rakyat Sabah harus terus bangkit dan berilah peluang kepada Pakatan Rakyat untuk membuktikan kesungguhan mereka untuk merubah nasib hidup rakyat Sabah khasnya di pedalaman", kata Halik lagi sebelum mengakhiri ucapan beliau pada petang itu.

    KETAMAKAN PEMIMPIN SARAWAK PENJANA MALAPETAKA SG REJANG

    Posted: 18 Oct 2010 05:23 PM PDT


    Malapetaka ciptaan manusia di Sg Rejang, Sarawak

    Sampah sarap berupa batang-batang kayu memenuhi Sungai Rajang sejak semalam. Ratusan ribu padu balak dan sisa kayu yang kini memenuhi sepanjang 50 kilometer Sungai Rejang di Sarawak. Kejadian ini adalah kali ketiga berlaku. Timbunan sampah kayu dan balak menyekat laluan pengangkutan di sungai.

    Kejadian yang terjadi pada 7th Oct 2010 di sungai rejang hanya merupakan gambaran kecil kepada apa yang boleh berlaku jika keadaan tidak dikawal. Lagi laporan bergambar di http://jos010.blogspot.com/2010/10/inikah-erti-pembangunan.html dan di http://www.youtube.com/watch?v=9zi8eDj2Sxk&feature=related

    Sungai Rejang tercemar tahap gaban
    SIBU, 8 Okt (Bernama) — Sampah sarap berupa batang-batang kayu memenuhi Sungai Rajang sejak semalam.

    Menurut Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Awam Sarawak, Datuk Seri Wong Soon Koh, perkara tersebut mungkin berpunca daripada kerja-kerja pembukaan tanah dan aktiviti pembalakan, tanah runtuh dan hakisan yang dibantu dengan hujan lebat yang menyebabkan banjir dan menghayutkan kayu-kayu tersebut.

    "Empangan Bakun turut menangguhkan latihan membendung pengairannya yang dijadual minggu ini ekoran hujan lebat dan tindakan tersebut bukan penyebab kepada keadaan batang-batang memenuhi Sungai Rajang," katanya.

    Beliau berkata Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar serta Lembaga Sungai Sarawak sedang mengkaji punca fenomena itu di kawasan pedalaman Balleh di Bahagian Kapit.

    Penduduk Sibu hari ini terkejut melihat banyak batang-batang kayu hanyut di dalam Sungai Rajang yang melalui hadapan bandar berkenaan, sehinggakan perkhidmatan bot penumpang ke Kanowit, Song dan Kapit tergendala atau dibatalkan. – BERNAMA

    http://sarawakupdate.com/home/berita/sungai-rejang-tercemar-tahap-gaban/

    Bencana Sungai Rejang Akibat Ketamakan Pemimpin BN Sarawak
    Suara Keadilan

    BINTULU 12 Okt - Ratusan ribu padu balak dan sisa kayu yang kini memenuhi sepanjang 50 kilometer Sungai Rejang di Sarawak adalah akibat ketamakan pimpinan Barisan Nasional yang secara sistematik merompak hasil perhutanan di negeri itu sejak hampir 50 tahun.

    Lebih menyedihkan punca bencana alam ini dipercayai disebabkan oleh pembalakan secara besar-besaran di kawasan seluas Singapura bagi projek hidrolektrik Bakun oleh syarikat pembalakan yang menjadi kroni dan mempunyai hubungan rapat dengan pimpinan BN Sarawak di bawah Ketua Menteri, Tan Sri Taib Mahmud.

    Menurut seorang penulis blog, Calvin Jemarang yang mengendali blog http://www.bintulu.org/ , tragedi dahsyat yang menimpa sistem ekologi sungai serta alam sekitar di sungai terpanjang dan terbesar di Sarawak itu berlaku bagi kali ketiga.

    "Saya pertikaikan kenyataan Ketua Menteri yang mengatakan kejadian ini adalah yang pertama kali berlaku di Sarawak. Bagaimanapun Menteri Pembangunan Tanah, Datuk Seri Dr James Masing dilaporkan dalam media sebagai berkata kejadian ini adalah kali ketiga berlaku. Pertama adalah pada tahun 2008 di Nangga (Kuala) Sg Gat dan Tutoh Apoh pada tahun lepas.

    "Kejadian di Sungai Rejang ini adalah yang terburuk dan membuktikan dengan jelas kegagalan pengurusan hutan di Sarawak yang dikaitkan dengan ketamakan seorang pemimpin itu Tan Sri Taib Mahmud," kata Calvin kepada Suara Keadilan.

    Calvin berkata timbunan sampah kayu dan balak yang menyekat laluan pengangkutan di sungai seluas satu kilometer itu telah memberi kesan amat mendalam ke atas ratusan ribu rakyat negeri itu yang bergantung hidup kepada Sungai Rejang.

    "Kehidupan penduduk disepanjang sungai ini terganggu kerana aktiviti harian mencari rezeki, perniagaan dan pengangkutan terhenti sama sekali. Bot-bot ekspres tidak langsung boleh melalui jalan air menyebabkan ribuan penduduk terkandas dan anak-anak tidak boleh ke sekolah. Bekalan makanan dan penghantaran barangan dan logistik juga tidak beroperasi sama sekali.

    "Ratusan ribu ikan yang berharga seperti empurau, kelah dan patin juga musnah disebabkan kemusnahan habitat mereka hasil penurunan tahap oksigen di dalam air," jelas beliau lagi.

    Kematian ribuan ikan empurau yang mencapai harga sehingga RM800 sekilo telah menjejaskan pendapatan nelayan tempatan.

    Menurut Ahli Majlis Pimpinan Parti Keadilan Rakyat Pusat, Datuk Dr Tan Kee Kwong, Ketua Menteri Sarawak perlu mengambil tanggungjawab penuh terhadap malapetaka yang menimpa Sungai Rejang.

    "Beliau pergi ke Universiti Oxford beberapa bulan lalu dan diberi gelaran 'Bapa Alam Sekitar Sarawak' tetapi lihat apa yang berlaku di bawah pentadbirannya.

    "Keadaan ini amat menyedihkan dan saya menyeru rakyat Sarawak supaya berfikir secara mendalam apa yang sedang berlaku demi masa depan anak-anak. Buatlah keputusan yang terbaik bagi Sarawak pada pilihan raya negeri akan datang," tegas Dr Tan yang juga bekas Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi.

    http://suara-keadilan.com/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=148:bencana-sungai-rejang-akibat-ketamakan-pemimpin-bn-sarawak&catid=2:terkini&Itemid=2

    Siti Zailah | Home

    Posted: 19 Oct 2010 03:19 PM PDT

    Siti Zailah | Home


    Hari ini soalan Kak Lah no 4 di Dewan Rakyat

    Posted: 18 Oct 2010 07:54 PM PDT

    Meminta Menteri Pelancongan menyatakan perancangan pembangunan dipintu masuk Malaysia Thailand dirantau Panjang agar setanding dengan pembangunan di pintu masuk negara yang lain serta perancangan penambahbaikan untuk menarik pelancong dan meningkatkan imej negara dalam RMK10?

    Dalam jawapan menteri menyatakan seramai 370 ribu orang pelancong setahun masuk melalui pintu masuk keRantau Panjang setiap tahun.Kerajaan telah menyediakan peruntukkan sebanyak RM13 juta untuk memajukan pekan Rantau Panjang termasuk pembinaan Pasar Baru Rantau Panjang yg boleh menempatkan 344 unit gerai,laluan pejalan kaki,stesen bas,lanskap dan lampu nipah untuk mencerahkan pekan Rantau Panjang diwaktu malam.


    ALHAMDULLAH SEKIAN LAMA KAK LAH MENYUARAKAN KEPERLUAN RAKYAT RANTAU PANJANG ,AKHIRNYA DAPAT PERHATIAN PIHAK KEMENTERIAN.

    Pemuda PAS Wangsa Maju

    Posted: 19 Oct 2010 03:13 PM PDT

    Pemuda PAS Wangsa Maju


    Bangunan Umno kini milik Pemuda PAS Kelantan

    Posted: 19 Oct 2010 09:41 AM PDT

    Wartawan Kita

    KOTA BHARU, 19 Okt: PAS Kelantan mencatat satu lagi sejarah sempena genap usia 20 tahun pemerintahan apabila berjaya memiliki bangunan empat tingkat yang pernah dijadikan pejabat Umno Bahagian Kota Bharu.

    Tentunya maruah Umno Kelantan sekali lagi tergadai kerana bangunan yang pernah dimiliki Umno Kota Bharu kini menjadi milik Dewan Pemuda PAS Kelantan.

    Bangunan tersebut yang pernah terbengkalai dalam tempoh begitu lama berjaya disiapkan bekas Ketua Umno Bahagian Kota Bharu, Datuk Zaid Ibrahim.

    Bagaimanapun selepas Zaid digugurkan daripada jawatannya atas dakwaan terbabit dengan rasuah politik ketika pemilihan di peringkat bahagian tersebut, bangunan itu menjadi lengang semula.

    Ketika jawatan Zaid digantung, Umno Kota Bharu di bawah Datuk Fatmi Che Salleh gagal memasuki bangunan berkenaan.

    Bangunan tersebut yang difahamkan dimiliki sepenuhnya Zaid selepas berjaya menyiapkan bangunan yang lama terbengkalai.

    Ketika itu signboard Umno Kota Bharu dipasang di puncak bangunan yang boleh dilihat dengan jelas dari jambatan Sultan Yahya Petra pada waktu malam.

    Pada April lalu, Umno Kota Bharu yang diketuai anggota jawatankuasanya, Datuk Kamaruddin Abdullah mengadakan perhimpunan di pekarangan bangunan terbabit di Jalan Sultanah Zainab menuntut Zaid menyerahkan bangunan berkenaan.

    Zaid kini Penyelaras Pakatan Rakyat tetap tidak berganjak dan enggan tunduk terhadap desakan Umno Kota Bharu.

    Dan hari ini berlangsung sejarah yang mengejutkan Umno Kelantan dan pusat apabila bangunan pejabat yang pernah menjadi pejabat Umno bertukar tangan menjadi milik PAS.

    Dewan Pemuda PAS Kelantan membeli bangunan berkenaan dengan harga RM4.5 juta.

    Majlis penyerahan geran hak milik oleh Zaid telah dilakukan tengah hari tadi di Gua Musang sempena kempen pilihan raya kecil Dun Galas.

    Ia dibeli dengan harga RM4.5 juta yang bakal menjadi pejabat Pemuda PAS negeri dan pusat komersial.

    Perjanjian jual beli ditandatangani antara Zaid dengan Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim dan juga kepimpinan Pemuda PAS negeri yang diketuai, Abdul Latif Abdul Rahman yang disaksikan Pesuruhjaya PAS negeri yang juga Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

    Bangunan empat tingkat itu mempunyai dewan di bahagian atas yang boleh memuatkan seramai 700 orang, manakala dua tingkat lagi dijadikan pejabat.

    Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman berkata, majlis bersejarah bagi menaikkan bendera PAS di hadapan bangunan tersebut akan dilakukan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pagi esok.

    Katanya, majlis yang penuh bersejarah itu diadakan sempena genap 20 tahun usia kerajaan PAS dan bahang kempen pilihan raya kecil Galas sekarang.

    "Kita bersyukur kerana Dewan Pemuda PAS Kelantan akhirnya berjaya memiliki bangunan sendiri di lokasi yang begitu strategik.

    "Ini satu kejayaan besar dalam sejarah PAS yang tidak pernah berlaku sebelum ini, lebih-lebih lagi bangunan itu pernah dijadikan pejabat Umno Bahagian Kota Bharu," katanya ketika dihubungi di Gua Musang.

    Abdul Latif yang juga Adun Mengkebang berkata, banyak kemudahan yang ada di bangunan berkenaan termasuk pendawaian elektrik dan kemudahan lain telah dirosakkan.

    Katanya Dewan Pemuda terpaksa memperuntukan kira-kira RM500,000 lagi bagi memasang sistem pendawaian elektrik dan kemudahan lain yang dirosakkan pihak tidak bertanggungjawab.

    Katanya juga, Dewan Pemuda PAS yang kini berpejabat di Perhubungan PAS Negeri di Jalan Datuk' Pati akan berpindah ke bangunan baru selepas kerja-kerja membaikinya siap dalam masa terdekat.

    SAPA JUMPA ANAK KU ... AKAN KAHWINKAN DENGANNYA...

    Posted: 19 Oct 2010 01:46 AM PDT

    KEMAMAN: Ibu kepada wanita bakal pengantin yang hilang ketika membeli kelengkapan perkahwinannya di Kuantan, tujuh hari lalu, mengesyaki ada yang tidak kena hubungan Rozaliya Mat Lazim, 20, dengan tunangnya, Mohd Helmi Mohd Noor, 24.


    Sabariah Mansor, 42, mendakwa Rozaliya sebelum ini pernah mengadu mengenai masalah hubungannya yang mungkin tidak dapat bertahan lama menyebabkan anaknya itu tawar hati selain pernah meminta pertunangannya diputuskan.


    "Saya ada menghubungi rakan Mohd Helmi di pejabat untuk mengesahkan sama ada dia benar-benar pulang ke pejabatnya, baru-baru ini ketika meninggalkan anak saya di Kuantan dan dimaklumkan ia tidak benar," katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.


    Menurutnya, Rozaliya juga pernah mengadu kepada bapa saudaranya yang Mohd Helmi pernah cuba melakukan perkara tidak baik terhadapnya dan mereka sering bergaduh.


    Katanya, sebelum ini, dia sekeluarga berkali-kali cuba menghubungi Mohd Helmi, namun gagal hingga kira-kira jam 5.30 petang semalam apabila Mohd Helmi menjawab panggilan dan mendakwa dia berada di Johor Bahru tetapi apabila dihubungi semula oleh adik Sabariah selepas itu, lelaki berkenaan memberitahu berada di Melaka.


    "Saya bingung dengan jawapan diberikan dan kini saya mula mengesyaki yang Mohd Helmi cuba menipu kami kerana keretanya masih berada di sini (Bandar Ceneh Baru), di rumahnya," katanya.


    Sabariah berkata, sejak berita kehilangan anaknya disiarkan akhbar kelmarin, dia menerima beratus-ratus panggilan daripada saudara-mara dan orang ramai yang memintanya bersabar dan berdoa kepada Allah semoga anaknya selamat dan dapat ditemui dalam masa terdekat.


    Dalam pada itu, menurutnya, dia menerima satu panggilan daripada seorang lelaki memberitahu ternampak anaknya sedang makan bersama seorang lelaki di sebuah gerai berhampiran Pasar Besar Kuantan kira-kira jam 12 tengah malam kelmarin. - Suhaidi Mohamed Amin

    SIMBAH CAT... 3 REMAJA DIDENDA RM2K JE...

    Posted: 19 Oct 2010 01:41 AM PDT

    SEREMBAN: Mahkamah Majistret Sivil Seremban hari ini menjatuhi hukuman denda RM2,000 terhadap tiga remaja lelaki atas tiga pertuduhan berasingan dalam kejadian menyimbah cat dan melempar botol minuman keras di sebuah surau di Taman Pulai Impian, Sikamat, Seremban, Ogos lalu.


    Ketiga-tiga mereka juga diperintahkan menjalani bengkel Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebulan sekali selama dua tahun.


    Hukuman mengikut Seksyen 93 (1)(b) Akta Kanak-Kanak 2001 itu dibacakan oleh Majistret M Mageshwary.


    Remaja pertama berumur 17 tahun, kedua 15 tahun dan ketiga 16 tahun, berasal di sekitar Ulu Temiang dan Sikamat, di sini didakwa melakukan kesalahan itu antara jam 3 pagi dan 4 pagi, 23 Ogos lalu.


    Ketiga-tiga remaja itu mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu ketika mereka dihadapkan di mahkamah pada 27 Ogos lalu.


    Bagi pertuduhan pertama, ketiga-tiga remaja itu dijatuhi hukuman denda RM2,000 atau penjara enam bulan serta perlu menghadiri bengkel JKM sebulan sekali selama satu tahun atas dakwaan melakukan khianat dengan membaling botol di surau itu.


    Bagi pertuduhan kedua, tertuduh kedua dan ketiga dikenakan bon sebanyak RM3,000 untuk berkelakuan baik serta perlu menghadiri bengkel JKM sebulan sekali selama satu tahun atas dakwaan khianat dengan menyimbah cat di surau yang sama.


    Remaja pertama turut dikenakan bon sebanyak RM3,000 untuk berkelakuan baik serta perlu menghadiri bengkel JKM sebulan sekali selama satu tahun atas satu lagi pertuduhan iaitu bersubahat melakukan kesalahan menyimbah cat di surau terbabit.


    Ketiga-tiga tertuduh diwakili peguam Datuk Lee Kong Fee, manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mahmud Abdullah.

    JAWATAN KOSONG JAWI: GURU KAFA

    Posted: 18 Oct 2010 09:07 PM PDT

    CONDITIONS OF APPOINTMENT:
    - Malaysian
    - Age not less than 21 years and not more than 60 years
    - Healthy and certified by a medical officer
    - Passed;
    i) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) and Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) or equivalent; or
    ii) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) and four Thanawi or equivalent
    - Honours SPM Malay
    - Credits in the core subjects of Islamic education or graduate School of Islamic or Sharia Al-Quran and Al-Sunnah, and
    - High Pass or Honours Arabic Arabic Communication and
    - Experience of at least 3 years in a related field
    HOW TO APPLY:

    - Forms can be obtained either in the Cawangan Naziran, Bahagian Pelajaran, Aras 3, Menara Pusat Islam, Jalan Perdana 50676 Kuala Lumpur or downloaded from the website JAWI: http://www.jawi.gov.my/

    -Completed forms should be sent to:
    Cawangan Naziran,
    Bahagian Pelajaran,
    Aras 3, Menara Pusat Islam,
    Jalan Perdana,
    50676 Kuala Lumpur
    Closing Date: 29 October 2010

    CEPAT LA BRAHIM ALI SIHAT... TAK SABAR NAK DENGAR CELOTEH ...

    Posted: 18 Oct 2010 08:52 PM PDT

    Apakah agaknya khabar daripada Ahli Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali yang dimasukkan di Hospital Pakar Ampang Puteri Sabtu lalu kerana masalah jantung menjalani pembedahan dua jam tengah hari semalam. Pembedahan bermula pukul 1 tengah hari tadi.

    Katanya sabtu lalu, Timbalan Presiden Perkasa Datuk Abdul Rahman Abu Bakar berkata Ibrahim dimasukkan ke hospital itu semalam dan kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi.

    Brahim mengadu berasa tidak sihat sejak tiga minggu lepas lagi, namun hanya membuat pemeriksaan kesihatan di hospital itu semalam.
     
    Sesiapa yang berhajat hendak menziarahi beliau bolehlah hadir ke Hospital Pakar Ampang Puteri
     
    .. cepat la sihat... tak sabar rasanya nak dengar hujah-hujah 'bijakkkk' daripada Brahim Ali....
    (Sekadar gambar hiasan je.... di atas tiada kaitan dengan Brahim Ali yang masuk Spital Ampang Puteri)

    AIDIL ADHA : KEMENTERIAN BERKERAS SEKOLAH HARI JUMAAT.

    Posted: 18 Oct 2010 08:33 PM PDT

    Insya Allah Aidil Adha 1431 akan jatuh pada 17 November 2010 iaitu hari Rabu kira-kira 3 hari sebelum bermulanya cuti akhir tahun persekolahan. Bagi negeri-negeri yang Jumaat adalah hari cuti persekolahan seperti di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis maka hari terakhir persekolahan adalah pada hari selasa (16 November 2010) sehari sebelum sambutan Aidil Adha.

    Namun apa yang menyedihkan bagi negeri-negeri yang hari persekolahannya pada hari Jumaat, Kementerian bertegas untuk meneruskan sesi persekolahan hanya untuk 2 hari iaitu pada Khamis dan Jumaat selepas sambutan Aidil Adha walaupun ada beberapa sekolah yang mengambil cuti peristiwa pada hari Khamis (Hari Raya ke-2).

    Apapun bagi mereka-mereka yang berhajat untuk pulang berhari raya haji pada tahun ini bolehlah meneruskan sebabnya kalau anak-anak kalau pergi sekolah pun bukannya belajar sebab dah nak cuti akhir tahun pun. So baiklah balik kampung sambut Hari Raya ....

    SELAMAT AIDIL ADHA KEPADA SEMUA SERTA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA.


    2 IMAM ! TENGOK BALIK GAMBAR TOK GURU SOLAT.. JGN GADUH...

    Posted: 18 Oct 2010 07:01 PM PDT

    Ana rasa ini gambar yang menjadi pertelingkahan antara 'ana' dan 'under age' serta 'sudppwm' juga 'kkk' dalam chat box 2-3 hari lalu...
    yang menjadi isunya adalah pasal apa ada 2 imam dalam satu surau tue...

    ceritanya camni... Tok Guru berimamkan sahabat yang pakai baju meroon tue ... dan diikuti oleh sahabat-sahabat yang lain yang turut ingin bersolat sama bersama-sama dengan Tok Guru tetapi dalam tahiyyat akhir (masbuq la)..... sebab tue Tok Guru ke hadapan sedikit...

    Kemudian ada sahabat lain  (3 orang 'tue') yang kelewatan apabila melihat imam duduk dalam tahiyyat akhir ... lalu membuat imam baru... so takde masalah dalam bab nie... dan tiada larangan pun ....

    *dan sekiranya orang yang musaffir dibolehkan solat penuh (tamam) bagi 'meraikan' orang tempatan yang solat tamam... *serta dibolehkan orang yang musaffir untuk menunaikan solat qasar/jamak sesama mereka walaupun ada jemaah lain yang sedang solat ...

    ... pernah je ana tengok orang UMNO (yg baik sikit) solat jamak/ qasar sesama mereka sedangkan imam masjid tue sedang solat masa pilihanraya kecil kat Manik Urai... dan ana tak komen sebab faham dan yang penting ana bukan UMNgOk...

    cuma UMNgOk je nak create isu 'BODO'....  nampak sangat jahilnya MEREKA... 

    ** camne ana tau... ana yang post gambar tue.... wakakakakaka


    ISU TOL PLUS : AKU LAGI PERCAYA BN DARI UEM GROUP.

    Posted: 18 Oct 2010 06:39 PM PDT

    "Pampasan maksima RM5 bilion" menyusul, sebaik sahaja rakyat diumumkan khabar baik bahawa "kadar tol empat lebuhraya PLUS tidak dinaikkan untuk lima tahun", ketika Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan membentangkan Belanjawan tahun 2011, Jumaat lalu.


    Timbalan Menteri Kewangan, Donald Lim Siang Chai ketika ditanya selepas pembentangan Belanjawan 2011 oleh Najib Razak, berkata kerajaan tidak perlu membayar pampasan kepada syarikat konsesi, lantaran keputusan untuk tidak menaikkan tol selama lima tahun. Namun demikian, Donald Lim enggan mengulas lanjut berhubung isu ini.

    Bagaimanapun, kenyataan ini bertentangan dengan apa yang diumumkan oleh UEM Group (yang dikuasai Khazanah Nasional) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam sidang media pada hari ini. UEM Group dan KWSP mengambil-alih PLUS Expressways Berhad dengan RM 23 bilion pada 15 Oktober.


    Menurut UEM Group dan KWSP, kerajaan telah berhutang dengan syarikat konsesi lebuh raya sejumlah RM2.5 bilion, setakat 30 Jun 2010. Malah, kerajaan dianggarkan perlu membayar pampasan maksima RM5 bilion seandainya tidak menaikkan kadar tol untuk lima tahun, mengikut perjanjian konsesi asal. Dengan kata lain, kerajaan mungkin perlu membayar RM7.5 bilion dalam masa lima tahun yang akan datang.

    GALAS : CALONNYA ADALAH....

    Posted: 18 Oct 2010 06:26 PM PDT

    Calon yang akan mewakili PAS pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas telah diputuskan dan akan diumum Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam masa terdekat.



    Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata bakal calon PAS dipersetujui sebulat suara Dewan Harian PAS yang bermesyuarat mewakili Jawatankuasa PAS Pusat baru-baru ini.


    Mustafa yang enggan mendedahkan identiti calon berkenaan bagaimanapun berkata beliau terdiri dari anak tempatan, tidak pernah menjadi wakil rakyat dan merupakan pemimpin parti itu di Gua Musang.


    "Esok nama itu akan diserahkan kepada Mursyidul Am (Nik Aziz) yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan untuk diumumkan," katanya dalam satu sidang media di sini, hari ini.


    Menurut beliau nama berkenaan dipilih daripada enam nama yang disenarai pendek oleh PAS Kelantan termasuk seorang pemimpin Orang Asli di situ.

    Katanya tarikh sebenar pengumuman bagaimanapun belum dimuktamadkan lagi namun difahamkan, parti itu akan memperkenalkan calonnya 20 Oktober ini.

    Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya dari PAS, Chek Hashim Sulaima, 46, pada 27 Sept lepas. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan penamaan calon pada 26 Oktober dan pengundian pada 4 November.


    Ketika ditanya peluang PAS berdasarkan perkembangan semasa, beliau berkata parti itu masih berada di belakang Barisan Nasional (BN) kerana menganggap kawasan itu sebagai kubu kuat Umno dan beberapa faktor lain.

    KU LI GUGUR AHLI MAJLIS PERAJAAN NEGERI KELANTAN.

    Posted: 18 Oct 2010 06:13 PM PDT

    Menurut Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Mohd Aiseri Alias, Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) telah tergugur secara automatik sebagai anggota kerana tidak hadir mesyuarat sebelum ini tanpa keizinan majlis itu yang mana anggota ahli majlis Majlis Perajaan Negeri (MPN)  terdiri daripada 15.

    Sementara itu, Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Sultan Ismail Petra, adinda kepada Sultan Kelantan Sultan Muhammad ke-V, dilantik sebagai Tengku Mahkota Kelantan dan pewaris takhta kesultanan Kelantan berkutkuasa serta merta.


    Mohd Aiseri Alias berkata keputusan itu dibuat oleh  MPN yang bermesyuarat semalam dengan dipengerusikan oleh Yang Dipertuanya, Tengku Abdul Halim Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Ibrahim.

    Istiadat penyerahan watikah pelantikan gelaran Tengku Mahkota Kelantan berlangsung di Istana Negeri di Kubang Kerian pada 2 petang semalam.

    Tengku Muhammad Fa-iz, 36, adalah anakanda kedua Sultan Ismail Petra daripada empat beradik. Dua lagi ialah Tengku Muhammad Fakhry Petra dan Tengku Amalin A-Ishah Putri.

    Tengku Muhammad Fa-iz, yang diputerakan di Istana Kota Lama pada 20 Jan 1974, dilantik sebagai Tengku Bendahara Kelantan pada 30 Mac 1989 dan menjadi Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) sejak 21 Jun 2009.

    Mohd Aiseri berkata, mengikut Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz bakal menjadi raja atau Pemangku Raja apabila baginda Sultan Kelantan berangkat ke luar negara melebihi 12 bulan atau tidak boleh menjalankan tugas sebagai Sultan dalam tempoh berkenaan.

    Beliau juga berkata, mesyuarat MPN itu tidak membincangkan mengenai pelantikan Tengku Temenggong kerana mesyuarat hari ini adalah untuk menentukan pewaris yang bakal menjadi Raja.

    MP Pendang

    Posted: 19 Oct 2010 01:50 PM PDT

    MP Pendang


    Pasai apa banyak sangat nih?

    Posted: 19 Oct 2010 08:40 AM PDT

    Dalam satu jawapan kepada MP Batu, menteri di JPM menyetakan kos perjalanan PM dan TPM keluar negara adalah 21 juta ringgit. Ini termasuk pegawai yang mengiringi mereka. Bayangkan kalau macam ni lah bentuk perbelanjaan, memang sungguh macam DS Idris Jala kata la, 2019 akan bengkrap sungguh la. Itu baru 2 orang, tambah dengan menteri lain lagi, dahsyat la depa ni.
    Zaman Pak Lah dulu tak banyak macam ni pun, apasal ha, tanya kawan, hampa jawab la sendiri, kalau tidak tak ad ale 300 barang cuti dihapis tu, termasuk baju dalam dan seluar dalam, bahkan kelambu pun ada, lepas ni boleh la beli kelambu simpan banyak-banyak..

    Gigi dan taring!!!

    Posted: 18 Oct 2010 07:06 PM PDT

    4. Dato' Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang] minta Menteri Pertahanan
    menyatakan berapa kalikah operasi pengaman negara telah dilibatkan di bawah panji
    PBB dan berapa anggota terlibat dan apakah peranan Malaysia di dalam misi ini dapat
    memberikan impak positif kepada negara dan tentera kita serta berapa jumlah
    perbelanjaan yang terlibat.
    Timbalan Menteri Pertahanan [Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad]: Tuan
    Yang di-Pertua, penglibatan negara dalam misi pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa
    Bersatu (PBB) telah bermula sejak tahun 60-an lagi. Sehingga kini, Malaysia telah
    terlibat dala tujuh misi pengaman yang melibatkan hampir 20,000 pegawai dan lain-lain
    pangkat Angkatan Tentera Malaysia seperti berikut:
    (i) United Nations Operation in Congo (UNOC) dengan izin, daripada
    tahun 1960 hingga 1963;
    (ii) United Nation Transition Assistant Group (UNTAG) di Namibia
    dari Februari 1989 hingga April 1990;
    (iii) United Nations Transitional Authority in Cambodia (UNTAC), di
    Cambodia mulai Mac 1993 hingga November 1993;
    (iv) United Nations Operation in Somalia (UNOSOM II) tahun 1993
    hingga 1995;
    (v) United Nations Protection Force in Bosnia (UNPROFOR) di
    Bosnia Herzegovina tahun 1993 hingga 1998;
    (vi) Operasi Khas Timor Leste, Mei 2006 hingga Ogos 2006;
    (vii) United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL), tahun 2007
    hingga sekarang.
    Tuan Yang di-Pertua, dengan penyertaan Malaysia dalam pelbagai misi
    pengaman di seluruh dunia telah memberi impak positif kepada negara dan ATM
    khususnya. Untuk ATM ia memberi input dan pengalaman, pengetahuan yang berguna,
    bagaimana kita berhadapan dengan pelbagai konflik yang berlaku di negara-negara
    tersebut. Ia sebenarnya membina jati diri anggota-anggota kita, betapa nikmatnya hidup
    di Malaysia dalam suasana berbilang kaum, berbilang agama, kita masih ada elemenelemen
    toleransi.
    Kedua, ia juga menguji kesediaan angkatan tentera serta pengalaman
    mengaplikasikan doktrin-doktrin peperangan atau pertahanan yang terbaru. Antara
    lainnya, kita juga dapat kesan impak dari sudut ekonomi kerana negara-negara yang
    berkonflik ini apabila aman sudah tentu membuka banyak peluang-peluang pelaburan
    kepada pelabur-pelabur dalam negara. Tidak perlulah saya beri contoh di Cambodia, di
    DR. 13.10.2010
    14
    Bosnia. Di mana-mana juga yang kita beroperasi ada kesan impak positif kepada
    ekonomi negara kita.
    Sambil itu juga, ia dapat mempromosikan Malaysia sebagai negara tourism
    kepada negara-negara ini. Sehingga kini hubungan-hubungan ini telah jelas
    memperlihatkan advantage kepada kita. Dari sudut perbelanjaan sebenarnya semuanya
    di reimburse kembali dengan izin, oleh United Nation. Bisanya, tiap-tiap misi itu
    memakan belanja permulaan lebih kurang RM50 juta. Sekian, terima kasih.
    Dato' Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih sahabat saya
    dari Mersing. Kita tahu tujuan pasukan pengaman ini dihantar adalah untuk menjaga
    keamanan, kedaulatan dan atas dasar perikemanusiaan kepada sesebuah negara dan
    ia tidak atas dasar politik dan juga agama.
    Apabila berlaku konflik di Lubnan sekarang antara Israel dan Lubnan, Malaysia
    telah mengesyorkan supaya diadakan misi pengaman negara-negara OIC. Apabila
    berlaku kegiatan lanun di Laut Aden melalui Resolusi 1816 PBB iaitu membendung
    kegiatan lanun antarabangsa, Malaysia telah mengesyorkan pasukan pengaman
    maritim antarabangsa.
    Apabila berlaku konflik Bosnia Herzegovina, dalam pasukan pengaman kita,
    UNPROFOR telah melihat penyembelihan rakyat Bosnia oleh tentera-tentera Serbia.
    Malaysia telah mengesyorkan supaya tentera pengaman ini dipertingkatkan
    persenjataan mereka. Tiga syor yang telah dikemukakan oleh Malaysia pada ketika kita
    mempunyai taring dan juga gigi, pengerusi NAM dan juga OIC tidak dihiraukan oleh
    PBB.
    Apakah pelan pasukan negara kita seterusnya kepada PBB, supaya kita ini
    dilihat sebagai sebuah negara yang boleh membantu konflik di negara-negara luar?
    Dalam suasana kita tidak mempunyai taring dan gigi lagi sekarang ini. Singa tidak ada
    gigi. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
    Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad: Yang Berhormat bukan doktor gigi,
    doktor perubatan. Jadi Yang Berhormat tidak ada kuasa hendak cabut gigi orang
    melainkan Yang Berhormat doktor gigi. [Ketawa]
    Dato' Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Dia bukan cabut gigi. Dia
    menyepak bagi luruh gigi.
    Beberapa Ahli: [Ketawa]
    DR. 13.10.2010
    15
    Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad: Tuan Yang di-Pertua, ya lah saya
    maafkan Yang Berhormat Pendang kerana dia tidak ada pengalaman duduk dekat sini.
    Tidak dapat banyak maklumat.
    Beberapa Ahli: [Menyampuk]
    Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad: Sama ada, ada gigi atau tidak...
    Seorang Ahli: Sombong nampak?
    Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad: Tidak. Yang Berhormat kalau duduk
    dekat sini mungkin jadi Menteri Kesihatan. Timbalan Menteri Yang Berhormat Pokok
    Sena. [Ketawa]
    Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Bagi
    jawapan sahaja Yang Berhormat. [Dewan riuh]
    Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad: Jawablah ini. [Ketawa]
    Dato' Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Ini yang payah, pasal doktor
    kesihatan.
    Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad: Tuan Yang di-Pertua, sama ada taring
    atau tidak, sama ada kita jadi Pengerusi NAM atau Pengerusi OIC, ia tidak ada sangkut
    paut langsung. Kita tidak jadi Pengerusi NAM masa Congo pun perkhidmatan kita
    diiktiraf.
    Di Somalia pun, tidak ada. Malah kalau hendak ada taring sewaktu kita menjadi
    anggota keselamatan PBB. Ini tidak lama lagi hendak habis, kita hendak lobi. Sekarang
    lobi pun sudah bermula di mana pegawai-pegawai tinggi kita yang berkhidmat di United
    Nations, mereka bukan berkhidmat untuk negara kita. Kerana kepakaran mereka dalam
    hal-hal ketenteraan dan pertahanan, mereka telah dikesan oleh United Nations untuk
    berkhidmat. Yang terbaru, saya ada terjumpa di New York baru-baru ini ada tiga orang
    berpangkat kolonel. Seorang kapten navy, seorang etnik India.
    Jadi, oleh kerana kepelbagaian kita itu, sebenarnya yang menunjukkan dan track
    record kita yang baik. Ini bukan kerana ada gigi atau tidak ada gigi. Jadi, jelaslah
    bahawa cadangan-cadangan kita dihormati kerana cadangan-cadangan kita adalah
    logik dan praktikal. Sekian, terima kasih.

    Hairan juga bila tanya tak mau jawab, tu ana belum tanya lagi pasal apa kita dah tak layak jadi pengerusi OIC dan NAM pula dah, dulu bukan main gah, masa jadi oengerusi pun tak boleh buat apa, dah tak ada apa-apa ni lagi lah tak boleh nak buat apa-apa, nasib lah kau Labi.

    Kamparin

    Posted: 19 Oct 2010 01:43 PM PDT

    Kamparin


    BAJET 2011-BELANJAWAN SEORANG CEO YG AKAN TAMAT KONTRAK

    Posted: 18 Oct 2010 04:06 PM PDT

    Asalamualaikum dan salam sejahtera:

    Pada 15 okt (Jumaat) YAB PM telah bentangkan bajet bagi tahun 2011 yg berdefisit 5.6% dari GDP dgn jumlah perbelanjaan mencecah RM212Bilion. Sebelum pembentangan banyak telahan dibuat mengenai perkara yg akan disentuh serta diberi peruntukan sewajarnya, khususnya bonus anggota kerajaan, penurunan cukai, penurunan harga barangan keperluan dan utiliti dsbnya. Kesimpulanya suatu bajet yg bersemangat rakyat, memunafaatkan rakyat. Namun terbokti ianya hanya memenuhi kepentingan pihak tertentu yg amat kecil jumlahnya dan bukan rakyat jelata.

    Segala pengharapan tidak termaktub dlm bajet tersebut cuma kenaikan imbuhan bagi JKKK, para imam , tok batin, guru2 kafa . Tidak dinafikan peruntukan untuk SAR dlm bentuk pemberian perkapita RM95juta dikembalikan semula yg dahulunya telah dimansuhkan oleh Tun Dr Mahathir sehingga menyebabkan banyak SAR menjadi SABK.

    Apabila seorang ketua firma , MD atau CEO mengetahui bahawa kontrak perkhidmatanya tidak akan disambung lagi utk tahun2 berikutnya, maka belanjawan terakhir yg dibuatnya buat kali terakhir akan mengandungi ciri memperbanyakan perbelanjaan yg bolih memberi munafat atau pulangan bagi dirinya atau suku sakatnya utk tahun2 mendatang. Perjanjian akan dimuktamadkan, kelulusan dan apa jua dokumen kontrak akan segera dimuktamadkan sehingga ada dianatarnya dalam bentuk serta merta.

    Ini jelas terkandung didalam bajet 2011 ini. Projek permata Rm111j, bangunan 100 tingkat warisan merdeka RM5Billion, pembangunan KL International Financial Centre di Sg Besi kpd 1MDB(Jho Low)-RM2.1 B , kemudahan Infra, highway dll . ini semua akan memunafaatkan segelintir orang tertentu. Rakyat jelata tidak mendapat apa2 pulangan langsung/direct.

    Penghapusan cukai eksais untuk sekitar 300 barangan persendirian amat memualkan kerana kebanyakan barangan impot ini dinikmati oleh para pelancung.

    Mungkinkah ini yg dimaksudkan dgn belanjawan terakhir buat BN? sebelum mereka menjadi pembangkang di Parlimen?Tanya Yb Mahfoz Omar (Pokok Sena)!

    Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru

    Posted: 19 Oct 2010 01:40 PM PDT

    Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru


    PDRM bangun unit risikan tangani jenayah...jangan jadi UNIT POLITIK UMNO pulak..!!!

    Posted: 19 Oct 2010 08:23 AM PDT

    Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang membangunkan sistem 'Central Intelligence Unit' (CIU) sebagai strategi jangka panjang untuk meningkatkan kemampuan polis dalam menyelesaikan kes jenayah berpandukan maklumat risikan tepat.

    Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata PDRM juga sentiasa menambah jumlah pegawai penyiasat dari semasa ke semasa untuk memenuhi kuota yang ditetapkan.

    Beliau berkata bagi tempoh Januari hingga Ogos tahun ini, PDRM berjaya menyelesaikan 230 kes atau 59.74 peratus daripada 385 kes bunuh yang dilaporkan.

    "Bagi tahun 2008, sebanyak 446 kes atau 68.2 peratus daripada 654 kes telah diselesaikan dan bagi tahun 2009, jumlah penyelesaian kes ialah 392 kes atau 65.55 peratus daripada 598 kes yang dilapor," katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

    Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) mengenai statistik penyelesaian kes bunuh di negara ini dan langkah kerajaan dalam memerangi jenayah berat seperti bunuh dan rompakan.

    Abu Seman berkata kes jenayah seperti samun, bunuh, rogol dan mencederakan dikategori sebagai jenayah kekerasan dan bagi memeranginya, PDRM sentiasa meningkatkan rondaan dengan melibatkan Pasukan Gerakan Am (PGA), Rela dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM).

    "Sehingga 20 Sept lepas, seramai 4,725 anggota Rela dan JPAM dilantik khusus untuk menjalankan tugas itu," katanya.

    Abu Seman berkata PDRM juga memiliki Pasukan Siasatan Tempat Kejadian Jenayah (CSI) di bawah Makmal Forensik.

    Beliau berkata Makmal Forensik yang mula beroperasi sepenuhnya pada 2002 itu ditubuh untuk menyelesaikan kes-kes jenayah yang memerlukan kaedah penyiasatan canggih untuk membawa pesalah ke muka pengadilan.

    "Anggota Pasukan CSI juga diwujudkan dalam kontinjen PDRM di seluruh negara selain daripada yang dilantik dan ditempatkan di Makmal Forensik di Cheras," katanya ketika menjawab soalan Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad (BN-Kangar).

    Fokus AGM Umno: 1Malaysia atau Ketuanan Melayu?

    Posted: 19 Oct 2010 08:22 AM PDT

    Konsep 1 Malaysia Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memang sukar untuk 'dijual' di kalangan rakyat Malaysia, malah sebahagian besar pemerhati berpendapat ianya lebih sukar untuk ditelan oleh Umno sendiri - parti pimpinan Najib yang mempunyai seramai 3.6 juta ahli.

    Kalangan Umno berpendapat bahawa 1Malaysia mencairkan raison
    d'etre (sebab kewujudan) parti itu - iaitu memperjuangkan agenda Melayu - dan telah meletakkan mereka dalam keadaan yang janggal untuk bercakap sebagai pemimpin nasional dan bukan komunal.

    Dalam perhimpunan agung tahun lalu, beberapa perwakilan secara peribadi telah menyuarakan ketidaksetujuan mereka terhadap logo besar 1Malaysia yang dipasang di sekitar tempat perhimpunan itu atau bendera parti dalam bentuk logo 1Malaysia.

    Para pemerhati kini menunggu untuk melihat sama ada para perwakilan akan mengikut isyarat ibupejabat parti dan menampilkan konsep 1Malaysia, dan bukannya retorik tradisinya - Ketuanan Melayu.

    Rungutan terhadap konsep 1Malaysia agak tenang, kecuali beberapa kritikan menyengat oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, tetapi Najib percaya bahawa konsep 1Malaysia adalah kritikal dalam perancangannya untuk menghadapi pilihanraya umum yang akan
    datang.

    Para perwakilan juga diharapkan menyentuh pelbagai rancangan besar
    kerajaan, khususnya Model Baru Ekonomi (MBE), yang mahukan dasar
    tindakan afirmatif dihapuskan secara berperingkat.

    Walaupun MBE disokong oleh unsur-unsur liberal dalam Umno kerana ini akan menggalakkan dayasaing, sejarah telah menunjukkan bahawa majoriti penyokong setia Umno tidak akan senang terhadap sebarang usaha untuk menggangu-gugatkan tindakan afirmatif itu.

    Dalam jangka pendek, para perwakilan dan pemimpin parti dijangka berusaha untuk menaikkan moral ahli dan parti, menjelang pilihan raya kecil DUN Galas dan parlimen Batu Sapi, yang akan diadakan serentak pada 4 November.

    Walaupun kedua-dua pilihan raya keci litu tidak terlalu penting, tetapi kemenangan di Galas boleh dianggap sebagai titik permulaan dalam usaha Umno untuk merampas Kelantan dari PAS, yang menguasai neger iitu sejak 1990.

    Dapatkan Khairy bertahan?

    Bagi perhimpunan agung Pemuda Umno pula, perwakilan dijangka membentangkan 'kad laporan' masing-masing terhadap prestasi ketua pergerakan itu, Khairy Jamaluddin.

    Khairy (kanan), yang terpilih sebagai ketua Pemuda Umno Mac tahun
    lalu, telah menjadi juara konsep 1Malaysia dan telah beralih jauh daripada pendekatan keras komunal seperti yang diamalkanm pemimpin terdahulu pergerakan itu.

    Dalam perhimpunan agung tahun lalu, Khairy dengan tegas menggesa anak buahnya supaya "mengetepikan" mentaliti 'Ketuanan Melayu' dan
    digantikan dengan idea 'kepimpinan Melayu'.

    Menurutnya, ini akan membantu pergerakan itu menjalinkan hubungan lebih rapat dengan masyarakat lain dan membina hubungan yang kuat dengan akan parti komponen dalam BN.

    Perhimpunan agung Umno bermula malam ini dengan perasmian serentak persidangan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri oleh Timbalan Perdana Menteri, yang juga timbalan presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

    Tiga sayap akan membahaskan ucapan dasar ketua masing-masing esok.
    '
    Perdana Menteri Datuk Tun Najib Tun Razak akan menyampaikan ucapan presiden pada hari Khamis. Ini akan diikuti dengan perbahasan perwakilan yang akan berakhir pada hari Sabtu.

    'Tangan ghaib' pindah pengundi di Perak

    Posted: 19 Oct 2010 08:20 AM PDT

    Perang mulut tercetus lagi antara Pakatan Rakyat dan BN Perak berhubung tuduhan berlakunya perpindahan sulit nama pengundi dari kawasan pilihan raya mereka - ketika spekulasi semakin kencang bahawa pilihanraya umum akan diadakan pada Mac tahun depan.

    Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan ketua Pakatan Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini menuduh BN menjadi "tangan ghaib" di sebalik pemindahan pengundi dari kawasan pilihan raya Nizar di Pasir Panjang ke kawasan pilihan raya Ngeh di Sitiawan.

    Ngeh berkata pemindahan pengundi itu bertujuan untuk menafikan Nizar peluang untuk menang kerusinya dan sekali lagi menjadi menteri besar Pakatan di Perak dalam pilihan raya umum akan datang, di mana Pakatan yakin akan menang.

    Pada 2008, Nizar memenangi kerusi Pasir Panjang dengan majoriti 4,474 undi, manakala Ngeh memenangi kerusi Sitiawan dengan majoriti 8,529 undi.

    Ngeh (kiri) berkata BN menyedari bahawa ia tidak dapat mengalahkannya di kerusi yang menjadi kubu kuat DAP itu, maka ia bertumpu di kerusi Pakatan yang lemah di Pasir Panjang dengan memindahkan mereka yang mengundi Pakatan ke Sitiawan.

    Dia memberi amaran kepada Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir dan BN supaya mengalihkan perhatian rakyat daripada pembabitan mereka dalam pemindahan pengundi dari satu kawasan ke kawasan pilihan raya yang lain.

    "Kami juga membangkitkan isu BN di sebalik tindakan memindahkan penyokong PAS dan Pakatan dari kerusi Pengkalan Baharu, yang dimenangi BN dengan 14 undi," kata Ngeh.

    Katanya, beliau faham bagaimana Zambry boleh membuat kenyataan media pada 16 Oktober, menuduhnya dan Nizar memindahkan pengundi dari Ipoh Timur, Ipoh Barat dan Batu Gajah ke kerusi negeri Sungai Rapat supaya exco negeri BN Hamidah Osman kalah dalam pilihan raya umum akan datang.

    Najib: Haramkan akhbar usaha sia-sia

    Posted: 19 Oct 2010 08:18 AM PDT

    Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak berkata, usaha untuk menyekat kebebasan media tidak akan membawa apa-apa hasil.

    Sebaliknya, usaha perlu ditumpukan untuk memastikan suara daripada golongan yang berpandangan sederhana perlu diberi peluang yang lebih untuk menyuarakan pendapat mereka melalui media.

    NONE"(Tindakan) mengharamkan akhbar merupakan usaha yang sia-sia tapi (sebaliknya) perlu pastikan bahawa media membawa suara yang rasional.

    "Suara seperti itu perlu dibawa dengan cara yang lebih nyata," katanya lagi.

    Bagaimanapun, ini tidak bermakna negara tidak lagi memerlukan undang-undang untuk mengawal media.

    Tambahnya, media juga perlu bertanggungjawab dalam laporan mereka.

    "Mereka tidak boleh menghukum dengan mudah tentang apa yang baik atau buruk tentang negara ini," katanya.

    Katanya lagi, kini timbul keperluan untuk menyekat pengaruh golongan ekstremis yang kini semakin kuat dengan kemunculan media baru.

    azlanTanpa menamakan pihak terbabit, Najib berkata sebelum ini golongan berkenaan terpisah daripada satu sama lain.

    "Sekarang dengan kemajuan teknologi, mereka berjaya menemui satu sama lain dan membentuk komuniti," katanya ketika menutup satu forum antarabangsa di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

    Tambahnya, pihak yang disifatkannya sebagai "golongan sensitif" mudah untuk beralah kepada pandangan ekstrem, namun kini timbul keperluan supaya suara mereka diberi ruang yang lebih luas.

    Katanya, langkah itu perlu bagi membolehkan suara daripada golongan yang berpandangan sederhana sentiasa diketengahkan.

    Dedah Pampasan Sebenar Kepada Konsesi Link Kedua

    Posted: 19 Oct 2010 08:17 AM PDT

    Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Cheng meminta kerajaan Umno-Barisan Nasional(BN) mendedahkan jumlah pampasan sebenar yang perlu dibayar kepada operator konsesi Link Kedua bagi mengurangkan kadar tol sebanyak 20 peratus seperti dijanjikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

    Bercakap dalam satu sidang media di Parlimen hari ini, Teo memberitahu bahawa beliau mengemukakan soalan di Dewan Rakyat April lalu bertanyakan jumlah pampasan yang dibayar untuk menanggung kos diskaun tol sebanyak 50 peratus untuk bas sahaja seperti dijanjikan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dahulu.

    "Jawapan bertulis yang saya dapat menunjukkan kerajaan Umno-BN  membayar sejumlah RM22.67 juta sebagai pampasan untuk membolehkan kadar tol dikurangkan 50 peratus untuk bas," kata beliau.

    Katanya lagi, pampasan yang perlu dibayar oleh kerajaan Umno-BN kepada operator tol Link Kedua bagi mengurangkan kadar tol sebanyak 20 peratus dianggarkan sebanyak RM2.67 bilion.

    "Dan sekarang, kerajaan mengumumkan perlu membayar pampasan sebanyak RM5 bilion untuk mengekalkan kadar tol.

    "Maka saya meminta kerajaan Umno-BN berterus terang memberitahu apakah kos sebenar yang perlu dibayar untuk menampung pengurangan diskaun sebanyak 20 peratus dan juga perician berkenaan RM5 bilion yang dijangkakan dibayar kepada PLUS," tegas Teo lagi.

    Kegagalan membentangkan Belanjawan Alternatif mencetekkan "Political Discource"

    Posted: 19 Oct 2010 08:16 AM PDT

    Konsensus Bebas mengambil maklum ucapan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim semasa perbahasan Belanjawan 2011 di Parlimen pada 18 Oktober 2010.  Kritikan beliau mengenai projek-projek mega sedikit sebanyak konsisten dengan Pendirian Bersama Konsensus Bebas yang telah disiarkan pada 16 Oktober 2010.
    Walau bagaimanapun, Konsensus Bebas berasa kesal Ketua Pembangkang tidak membuat penilaian menyeluruh bagi Belanjawan 2011, tetapi hanya sekadar mengupas beberapa perkara tertentu untuk menaikkan profil politiknya yang semakin tenggelam.
    Konsensus Bebas menyarankan kepada semua pihak samada pemerintah, Bebas dan pembangkang hendaklah bersifat konstruktif dalam mendebatkan Belanjawan 2011 untuk memakmurkan rakyat dan memajukan negara dan bukan hanya sekadar kritikan kosong tanpa mengajukan cadangan yang lebih baik.
    Konsensus Bebas juga kecewa Pakatan Rakyat tidak membentangkan Belanjawan Alternatif seperti yang lazimnya dibuat pada tahun-tahun lepas.  Kegagalan Pakatan Rakyat berbuat demikian menafikan peluang untuk rakyat membuat perbandingan dan penilaian, sekaligus mencetekkan "political discourse" Belanjawan 2011 dan merencatkan kemajuan sistem demokrasi di negara ini.
    Justeru, kegagalan untuk membentangkan Belanjawan Alternatif mencerminkan kehilangan komitmen Pakatan Rakyat untuk menubuhkan sebuah kerajaan persekutuan, apatah lagi senarai kabinet bayangan juga gagal dibentangkan.  Oleh yang demikian, keupayaan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih pemerintahan negara boleh dipersoalkan oleh rakyat.  Pakatan Rakyat hanya dilihat selesa untuk terus berperanan sebagai barisan pembangkang.
    *Kenyataan media oleh Konsensus Bebas, yang terdiri daripada Zahrain Mohamed Hashim (Ahli Parlimen Bayan Baru), Wee Choo Keong (Ahli Parlimen Wangsa Maju), Tan Tee Beng (Ahli Parlimen Nibong Tebal), Zulkifli bin Noordin (Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu) dan Mohsin Fadzli Samsuri (Ahli Parlimen Bagan Serai).

    Federalisme: Najib jauh beza dengan bapanya

    Posted: 19 Oct 2010 08:13 AM PDT

    Semangat federalisme zaman Datuk Seri Najib Razak didakwa sangat berbeza dengan zaman pentadbiran bapanya, Tun Abdul Razak Hussein.
    Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub berkata, Abdul Razak sewaktu menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-2 banyak membuat jasa kepada rakyat dan dikenang sehingga hari ini.
    Beliau merujuk isu tuntutan royalti Kelantan dan hak peneroka Felda yang dinafikan zaman Najib sehingga kedua-duanya terpaksa diselesaikan melalui saluran mahkamah.
    "Saya rakamkan di sini ucapan Tun Razak pada 12 November 1975 ketika duduk dibangku itu berkata, tiap-tiap negeri menerima 5% dari petroleum yang dijumpai sama ada di dalam atau di luar kawasan perairan negeri tersebut.
    "Malangnya rakyat dan kerajaan negeri Kelantan tiada pilihan lain, terpaksa guna saluran mahkamah setelah semangat federalisme dilanggari," katanya ketika membahaskan Bajet 2011.
    Beliau yang juga Naib Presiden PAS berkata, di zaman Tun Razak semangat federalisea sangat subur dengan hasrat mahu mengeluarkan rakyat dari belenggu kemiskinan.
    Ianya termasuk hasrat asal perjanjian Akta Petroleum 1974 dan penubuhan Felda itu sendiri.
    "Di zaman YAB Pekan menjadi Perdana Menteri Malaysia, dua agensi ini menyaksikan rakyat terpaksa menggunakan mahkamah untuk mendapatkan hak mereka.
    "Jauh nampaknya pendekatan dan hati budi dua beranak ini," katanya.
    Beliau turut melahirkan kebimbangan perkara sama boleh berlaku bukan sahaja kepada Kelantan dan Terengganu, malah juga kepada Sabah dan Sarawak yang juga kaya dengan petroleum.
    "Nampaknya semakin jauh kita meninggalkan garis kemerdekaan, semangat federalisme juga kian luntur," tambahnya lagi.
    Selain meminta penjelasan menteri berhubung beberapa dakwaan salah urus Felda, beliau juga mahu kerajaan menjelaskan berhubung kerugian RM8 bilion syarikat Sistem Penerbangan Malaysia (MAS).
    Sebelum itu beliau turut mencadangkan agar kerajaan menggenapkan 5 tahun untuk sepenggal sebelum diadakan pilihan raya semula.
    Katanya, amalan sekarang yang hanya dua tahun ke tiga tahun sepenggal, bukan sahaja tidak praktikal untuk wakil rakyat berkhidmat, malah meletakkan rakyat dalam tanda tanya.
    Sementara itu, Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof menggesa Kementerian Pelancongan turut memberikan perhatian terhadap pembangunan dan kemudahan di pekan Rantau Panjang yang merupakan tumpuan para pelancong untuk membeli-belah.
    Siti Zailah sewaktu mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini menyuarakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di pekan itu iaitu pelancong lebih suka menaiki kenderaan awam yang masuk dari Thailand berbanding kenderaan Malaysia.
    "Banyak kenderaan yang masuk dari Thailand dan menjalankan perkhidmatan membawa pelancong dan pelancong lebih suka menaiki kenderaan Thailand kerana lebih selesa," kata beliau.
    Tambahnya, perkara yang sama turut berlaku berhubung penginapan hotel.
    Kebanyakan pelancong, katanya menginap di Hotel di negara jiran itu kerana mudah untuk didapati.
    "Ini satu perkara yang seharusnya diberi pertimbangan di masa akan datang di sudut kemudahan dan penginapan," katanya.
    Zailah dalam soalan asalnya meminta Menteri Pelancongan menyatakan perancangan pembangunan di pintu masuk Malaysia-Thailand di Rantau Panjang agar setanding dengan pembangunan di pintu masuk negara yang lain serta perancangan penambahbaikan untuk menarik pelancong dan meningkatkan imej negara dalam RMK-10.

    Video seks Chua: Siasatan ke peguam negara

    Posted: 19 Oct 2010 08:11 AM PDT

    Kertas siasatan berhubung penyebaran video seks membabitkan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara dalam masa terdekat.

    chua soi lek resigns sex tape scandal 020108 answersMenteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata Chua membuat laporan polis setelah diberitahu rakannya bahawa terdapat dua keping DVD dalam satu sampul surat sedang diedarkan di beberapa tempat di Batu Pahat, Johor dengan niat menganiaya dan menjatuhkan maruahnya.

    Sehubungan itu, polis menjalankan siasatan dan kertas siasatannya telah dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara, sebelum Peguam Negara mengarahkan siasatan lanjut dijalankan.

    chua soi lek sex tape scandal film strip 020108Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulisnya kepada Hee Loy Sian (PKR-Petaling Jaya Selatan) di persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

    Hee dalam soalannya ingin tahu rasional Chua tidak dihadapkan ke mahkamah walaupun wujud bukti akan kes tersebut.

    Hishammuddin berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 292/509 Kanun Keseksaan.

    Pada Januari 2008, Chua melepaskan jawatannya dalam kabinet dan naib presiden MCA selepas mengakui beliaulah lelaki dalam video seks yang tersebar dengan meluas.

    Laporan polis dibuatnya ketika itu berikutan penyebaran video berkenaan.

    Posted: 19 Oct 2010 08:10 AM PDT

    PRK Galas : 13 Borang Pencalonan Sudah Dijual

    GUA MUSANG.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setakat ini telah menjual 13 borang pencalonan termasuk masing-masing satu kepada Umno dan PAS manakala selebihnya individu lain bagi bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas 4 Nov ini.  
    Timbalan Pengerusinya Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata borang itu dijual kepada sesiapa sahaja yang ingin bertanding dan menyerahkan borang pencalonan masing-masing pada hari penamaan calon yang ditetapkan pada 26 Oktober ini.  
     Beliau juga mengesahkan 11,553 pengundi yang layak untuk mengundi pada pilihan raya kecil itu termasuk Melayu 7,125 orang atau 61.7 peratus, Cina 2,317 atau 20.06 peratus, India 185, Bumiputra Siam 10 orang dan lain-lain kaum 1,889 orang. 
      Bercakap kepada pemberita selepas memberi taklimat kepada media di Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang, di sini, hari ini, beliau berkata, empat peti undi melibatkan empat Pos Orang Asli termasuk Pos Balar membabitkan 232 pengundi, Balatin 163, Bihai 278 dan Pos Hau 254 pengundi. 
    "Empat peti undi di kawasan Orang Asli itu akan ditutup pukul 1 petang berikutan pengundi tidak ramai dan jauh yang memerlukan masa untuk menghantar ke pusat perjumlahan undi," katanya. "Faktor cuaca juga diambil kira kerana bimbang hujan sebelah petang boleh menjejaskan usaha itu tetapi kita harapkan ia berjalan lancar tanpa ada halangan itu," kata beliau.  
    Wan Ahmad turut memberitahu bahawa pihaknya akan mengadakan perjumpaan dengan Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi bagi membincangkan mengenai keselamatan pada pilihan raya kecil itu di Putrajaya. 
     "Perbincangan itu penting bagi memastikan keselamatan pada pilihan raya kecil DUN Galas berjalan dengan baik dan mengambil kira perkara yang pernah berlaku pada pilihan raya kecil Manek Urai, Julai tahun lepas," kata beliau. Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya daripada PAS Chek Hashim Sulaima, 46 kerana barah usus pada 27 Sept lepas.

    Bertambah-Tambah Bengap laa Ahmad Maslan Nie..

    Posted: 19 Oct 2010 08:10 AM PDT

    Felda: Ahmad Maslan menteri 'putar alam'

    Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan disifatkan sebagai 'menteri putar alam' apabila didakwa cuba memutar belit isu Felda.

    Ketika sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini, Ahmad mendakwa Felda tidak pernah menipu peneroka berkaitan kadar perahan gred buah tandan sawit dalam kes Felda Kemahang 3.

    Selain itu katanya, Felda kalah dalam kes tersebut kerana peguamnya tidak hadir pada hari perbicaraan tersebut.

    Bagi kes Felda Sungai Koyan pula, beliau berkata Felda tidak kalah kerana keputusan mahkamah sama dengan pendirian Felda yang hanya akan membayar wang tanam semula kepada peneroka yang memenuhi syarat Felda.

    Felda juga katanya tidak akan membuat rayuan kes tersebut.

    Beliau menjawab soalan yang dikemukakan Datuk Kamarul Baharin Abbas (PKR-Telok Kemang).

    Penjelasan itu kemudiannya mengundang soalan bertalu-talu dari ahli parlimen pakatan rakyat khususnya dari Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena).

    "Lawyer letak jawatan 2007, kes 2008 sepatutnya hantar lawyer lain lah.

    "Dia tak bantah, dia tak rayu...kalau keputusan sama, patut tak hantar lawyer lawan la.

    "Pusing...memang kuat putar alam...menteri kelam kabut," katanya lagi.

    Menanti Cheng Ho Ke Kelantan

    Posted: 19 Oct 2010 08:08 AM PDT

    KATA orang bakat dan kercerdikan anugerah Allah semula jadi. Secara fitrah semua manusia tidak kira warna kulit dan agama berhak memiliki kebijaksanaan itu kerana semuanya diberikan akal untuk menjanakan kebijaksanaan untuk hidup. Terpulang dan terserah kepada sejauh mana kerajinan seseorang itu menggunakan akal fikiran mereka.

    Tetapi sayangnya tidak semua manusia bernasib baik untuk menggunakan kecanggihan komponen itu berharga (akal) sehingga ia boleh menoleh ke belakang dan merungkai jauh ke depan. Orang boleh melihat jauh ke depan mereka memiliki seribu jalan untuk berjaya dan memberi keuntungan kepada semua ummah.

    Di sinilah pula dikatakan orang cerdik hanya terpilih saja. Orang cerdik banyak tetapi tidak banyak yang boleh memanfaatkan akalnya. Kurang kreativiti dan malas. Di sinilah memerlukan kreativiti seseorang hamba apa lagi yang bernama pemimpin.

    Tidak terlampau kalau dikatakan, apa yang pernah dilafazkan oleh Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa Pengerusi Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Husam Musa seorang yang cerdik, kreatif dan rajin. Beliau dilahirkan bukan saja untuk Kelantan tetapi untuk Malaysia.

    Sekali dengar kata-kata Nik Aziz itu semacam sinikal politik yang berat sebelah. Tetapi kalau dilihat kepada kerja ataupun tindak tanduk (kreativiti) Husam menjelaskan beliau seorang yang menepati apa yang diperkatakan Nik Aziz itu.

    Husam sendiri tentu tidak merasai apa yang di'polot'kan kepadanya itu. Namun bagi musuh Pas mereka yang sejuk hati dan melihat Husam sebagai mahkluk lemah yang ada kuasa diam-diam mengakuinya. Saya sendiri dalam beberapa prejudis kepadanya (Husam) sebelum ini namun istiqamah mengenai kelebihan dan kecemerlangan beliau ini. Bahawa beliau suka tidak suka adalah aset kepada Pas Kelantan.

    Justeru dengan membuang rasa jengkil dan muak berunsur sentimen melampau atas beberapa pembawaan semul ajadi Husam, semua orang khasnya orang Pas di Kelantan perlu mendokong Husam, memberi semangat atau pun setidaknya tidak menganggui kerja-kerjanya untuk membawa perubahan ke Kelantan dalam membantu Menteri Besar. Biarlah dia berbuat sesuatu kebaikan secara senyap kalaupun tidak mahu menzahirkan sokongan kepadanya.

    Misalnya usaha terbaru Exco Kanan berkenaan untuk membawa "Cheng Ho" ke Kelantan pada 21 hingga 28 Nover ini dalam satu Exco "Perdagangan dan Persahabat" Cheng Ho satu lagi kejayaan dan pandangan jauh Husam dalam memanfaatkan kebijiaksanaan dan kehebatan Laksamana Cheng Ho. Cerita Cheng Ho ini sudah lama, tetapi hanya hari ini ditangan Husam baru ia diketengahkan dan bakal merungkai minda umum khasnya rakyat Kelantan. Bahawa baru akan dapat merasai Cheng Ho ada perkongsian hidup dan mati dengan orang Melayu khasnya Kelantan.

    Sewaktu saya kembali ke Kelantan beberapa minggu lalu saya sudah mendengar akan projek ini. Saya tidak tahu apakah intipatinya ataupun maksud membawa Cheng Ho itu, tetapi sudah ada suara yang menyindir akan usaha berkenaan tanpa melihatnya dengan mata hati ataupun cuba menyelongkari apakah manfaatnya dalam hubungan Cheng Ho dari sudut perdagangan dan perkembangan Islam.

    Saya rasa pandangan itu dari mata juling yang melihat kerana ianya dilakukan Husam. Pandangan demikian pada saya tidak betul. Sesuatu yang baik harus disokong tanpa mengira siapa yang membawa atau mencetusnya. Begitu juga sesutau yang huduh itu perlu dikritik tanpa melihat siapa melakukannya hatta tok alim. Bukan bermakna kita tidak senang dengannya dalam hal-hal tertentu maka keseluruhan apa yang dilaksanakan itu harus ditolak atau dipersendakannya.

    Sikap begitu tidak baik dan merugikan semua pihak.

    Seperti mana dijelaskan dalam satu kenyataan berhubung perkara itu, ekspo itu demi mengembali nostaglia kehebatan laksama Cina itu dan juga perkembangan Islam di rantau ini dibawah Cina termasuk ke Kelantan. Ia tentulah cuba memecahkan kejayaan hebat Cheng Ho dalam membawa dagangan ke rantau sini bersama dengan pengembangan Islam.

    Sudah tentu dengan ada ekpo berkenaan rakyat Kelantan akan mengenali orang Cina dan bagaimana mereka membantu dalam membawa syiar Islam di negara ini. Kita tahu bahawa orang Cina lebih dahulu memeluk Islam berbanding orang Melayu. Selebih dari itu dapat mengenali budaya dan tamadun mereka dalam perdagangan.

    Selama ini kita melihat orang Cina – Cina benua adalah Cina semata-mata dalam pemahaman yang disuntik sebelum ini yang penuh prejudis dan persepsi buruk. Kita melihat Cina berdagang dan budaya mereka yang kontras dengan budaya dan agama kita yang datang hendak menakluki kita semata-mata. Tetapi tanpa disedari bahawa bukan semua Cina demikian dan budaya yang ingin dibawa ke sini ialah budaya Cina yang berakidah Islam.

    Idea membawa Chengo Ho ke Kelantan ini bukan mudah dan kecil, ia memerlukan komitmen dan kesungguhan. Khabarnya satu rombongan disertai beberapa orang wakil rakyat terlibat dalam menjayakan expo ini dan mereka telah pun mengunjungi China beberapa minggu lalu. Turut sama ialah Adun Pulai Chondong, Zulkefli Mamat yang juga bertindak sebagai Pengarah Expo. Ikut sama ialah Adun Limbongan Drs Zanuddin Awang Hamat dan beberapa anggota yang lain.

    Ekoran itu akan menyusul satu lagi rombongan ke Cina tidak lama lagi. Khabarnya kali ia akan disertai sama oleh Exco Kerajaan Tenmpatan, Kebudayaan dan Pelancongan, Takiyyuddin Hassan. Sudah tentu dengan penyertaan aktif pengerusi jawatan kerajaan berkenaan ia akan memeriah dan memantapkan lagi expo berkenaan. Sudah tentu juga ekspo itu akan dapat memaknakan lagi Kota Bharu Bandaraya Islam. (KBBRI)

    Expo yang diadakan sempena dengan genap 20 tahu pentadbiran Tok Guru itu hendaklah dilihat sebagai satu kejayaan bersama di Kelantan. Ia bukan milik seseorang tetapi semua anggota kerajaan dan juga penyokong Pas. Saya yakin kalau semua peringkat bersatu dengan ikhlas menjuayakan expo berkenaan yang akan membawa keberkatan dan kesuksesan.

    Sudah tentu kalau wujud persefahaman, maufakat dan keikhlasan dalam berkerja, Kelantan bukan saja kekal setakat Nik Aziz masih ada tetapi selepas ini juga akan kekal walaupun siapa mengambil teraju Kelantan.

    Kerana seperti mana roh Cheng Ho yang dibawa ke Kelantan itu roh Tok Guru juga akan bersama rakyat Kelantan yang rindu dan cintakan Islam, kalaupun beliau sudah meninggalkan tampuk pentadbiran. Syaratnya semua sepakat dan ikhlas dan buang sifat dengki khianat ataupun beprangsangka jahat di antara satu sama lain.

    Tahniah Dewan Pemuda Pas Kelantan Atas Pembelian Bangunan Umno Kota Bharu

    Posted: 19 Oct 2010 08:07 AM PDT

    APA sudah jadi? Pembelian bangunan Umno Kota Bharu oleh Dewan Pemuda Pas sungguh memalukan parti tersebut. Ke mana ketua bahagian Umno Kota Bharu, Mohd Fatmi Che Salleh hendak meletakkan mukanya. Bangunan adalah lambang kediaman dan keutuhan sesebuah pertubuhan. Kalau rumah mereka kini sudah dibeli orang ibarat miskin dan dhaif sangatlah parti berkenaan.

    Khabarnya tuanpunya bangunan itu Zaid Ibrahim telah menjual bangunan itu kepada Dewan Pemuda Pas dengan harga RM4.5 juta. Murah. Sebelum ini katanya Zaid minta Umno membayar dengan harta sekitar RM6 hingga RM8 juta sekiranya Umno berminat untuk memiliki bangunan tersebut. Apakah ada diskaun dan ianya begitu tinggi kerana ada apa-apa di sebalik batu?

    Hendaknya harga itu harga semasa yang tidak terlalu rendah dan tidak terlalu tinggi, fleksible. Biarlah pembelian bangunan itu atas perasaan semangat jual beli sebenarnya. Jangan Zaid jual kerana hendak memalukan Umno Kota Bharu tidak baik ataupun mengharapkan apa-apa ganjilan daripada Pas pula. Dan Pemuda Pas pula jadi seronok membeli dengan harga murah kerana ingin memperli Umno Kota Bharu. Jangan sesekali pasang niat tidak baik.

    Jangan ditanya dari mana Pemuda Pas memperolehi duit sebanyak itu? Saya masih ingat Akademik Keluarga Bahagia dimana pengerusinya Abdul Latiff Abdul Rahman pernah memiliki wang sebanyak RM5 atau RM7 juta. Mungkin wang itu dipinjamkan kepada Dewan Pemuda Pas untuk membeli bangunan Umno yang terbelangkai itu. Rasanya tidak salah pembelian itu demi maruah perjuangan.

    Ataupun Dewan Pemuda Pas buat pinjaman bank? Biarlah jangan peduli dari mana wang itu diperolehi. Dalam dunia hari ini wang sebanyak itu sedikit saja. Saya sendiri kini sedang menyusun dan mengira wang hasil penjualan Siasah kepada Anwar Ibrahim seperti mana ditulis oleh rakan bloger saya Hambali Latiff.

    Kerana mudah itu jugalah tidak rasa mustahil kalau jutawan kertas kosong bernama Abdul Rahim Abdul Wahab bermurah hati mendermakan replika chek bernilai RM4 billion kepada Pas Kelantan. Semua orang kini sudah memiliki banyak wang. yang kurang wajar ialah mereka yang menjadi pengampu Umno sahaja.

    Sekali lagi kepada Dewan Pemuda Pas Kelantan diucap tahniah. Semoga dengan adanya bangunan sendiri Pemuda lebih berperanan dalam membawa panji membangun bersama Islam. Dan yang paling baik Pemuda juga hendaklah bebas dari diserkup oleh hegemoni mana-mana pihak dan berdirilah atas astka perjuangan sendiri.

    Menara Warisan Merdeka projek yang menguntungkan kata Najib

    Posted: 19 Oct 2010 08:05 AM PDT

    Bila ditanya tentang projek Menara Warisan Merdeka senang sahaja jawapan Najib, "projek Menara Warisan Merdeka menguntungkan" apa alasan langsung tak diberitahu oleh Najib. Alasan mudah Najib, sebab "Permodalan Nasional Berhad yang cadangkan sendiri". Senangnya jadi Perdana Menteri? Apa orang cakap pakai ikut saja? Sebab tu apa APCO cakap pun Najib pakai bantai ikut?

    KUALA LUMPUR
    : Pembinaan Menara Warisan bukan satu pembaziran tetapi projek menguntungkan yang dicadangkankan sendiri oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

    Najib yang juga Presiden UMNO berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan taklimat kepada perwakilan parti pada Perhimpunan Agung UMNO 2010 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini
    . - Berita Hairan



    Kalau dilihat pembinaan menara ini sememangnya menguntungkan pada pandangan Najib persoalannya akan menguntungkan siapa? Adakah rakyat akan mendapat keuntungan daripada pembinaan menara ini? Dari sudut mana keuntungan yang akan diperolehi oleh rakyat dan negara dari pembinaan menara ini?

    Kalau pun ada sumbangan yang memberikan untung kepada rakyat dan negara, adakah keuntungan yang diperolehi itu berbaloi ataupun tidak? Itu yang perlu diterangkan kepada rakyat! Itu yang rakyat nak tahu! Namun sehingga kini Najib belum mengeluarkan sebab untuk pembinaan Menara Warisan itu. Kalau pun ada hanyalah jawapan dari menteri-menteri lain yang lebih kepada pandangan peribadi yang belum tentu lagi jangkaannya.

    Haji: BN mahu masuk syurgapun ada kuota..!!!

    Posted: 19 Oct 2010 08:04 AM PDT

    Seorang Ahli Parlimen dari Barisan Nasional (BN) mendesak pengurusan Lembaga Tabung Haji mengubah sistem pemilihan bakal haji berasaskan kuota kerana ia menimbulkan banyak masalah, selain terlalu berorientasikan perniagaan.
    Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) yang membangkitkan isu itu berkata, sistem kuota berkenaan telah menyebabkan ketidakadilan berlaku apabila ada pencarum mendakwa tidak diberi peluang sama rata untuk mengerjakan rukun Islam kelima itu.
    "Jadi orang Sabah kata, ini BN mahu masuk syurgapun ada kuota... dalam Islam kita tahu antara syaratnya (masuk syurga) ialah naik haji... jadi bila mereka tidak boleh naik haji kerana dikawal oleh kerajaan, siapa yang mahu tanggung dosa?
    "Dalam televisyen kita nampak ramai rakyat diberi peluang untuk bersuara mengatakan mereka sudah empat, lima, enam kali naik haji...mereka ini tak pakai kuotakah?" katanya ketika membahaskan Bajet 2011 di Parlimen hari ini.
    Sehubungan itu, beliau mencadangkan supaya Tabung Haji mengamalkan sistem tidak akan menawarkan peluang sama kepada individu yang telah mengerjakan haji di bawah Tabung Haji dalam tempoh lima tahun, bagi membolehkan kuota itu diberikan kepada mereka yang tidak pernah menerima tawaran tersebut.
    Abdul Ghapur juga mempersoalkan bagaimana kuota 35,000 jemaah haji yang diberikan oleh kerajaan Arab Saudi kepada Malaysia ditentukan.
    "Ke mana kuota 35,000 jemaah itu diberikan kerana apabila kita minta kuota, Tabung Haji kata sudah tidak ada kuota...tahun ini, seluruh Sabah hanya mendapat 1,000 kuota...sedangkan kalau bagi 2,000 kuota bagi 13 negeripun, baru 26,000," katanya.
    Beliau turut bersetuju dengan pandangan Taib Azamudden Md Taib (PAS-Baling) yang mencelah bahawa Tabung Haji kini sudah "lari" daripada asas matlamatnya iaitu memberi kemudahan kepada jemaah haji menunaikan ibadah kepada perniagaan.
    "Tabung Haji ini berfikiran untuk berniaga, ada pakej Zamrud dan macam-macam pakej kerana mahu berniaga. Ada juga pakej am di mana VVIP, kawan-kawan, anak saudara pergi naik haji... bayar RM10,000 semua kelas pertama... ini mana boleh.
    "Sedangkan orang miskin hendak kumpul RM10,000 pun kais pagi, makan pagi... kenapa, Tabung Haji untuk orang kaya sahajakah? Rakyat menabung untuk naik haji, bukan mahu pakej yang mahal-mahal," kata Abdul Ghapur.
    Sehubungan itu, beliau mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak campur tangan supaya perkara seumpamanya dihentikan, selain memastikan setiap negeri diberi kuota yang sepatutnya agar Tabung Haji tidak dilihat sebagai berniaga dalam mendapatkan kuota haji.
    Selain itu, Abdul Ghapur turut mempersoalkan mengenai peruntukan pembangunan untuk Sabah yang didakwa "tidak nampak di mana jatuhnya".
    Katanya, secara dasar Sabah mempunyai kira-kira RM12.5 bilion peruntukan pembangunan yang terdiri daripada RM2.5 bilion menerusi Bajet 2011, RM6 bilion diumumkan Perdana Menteri ketika melawat Sandakan pada 16 September lepas, dan RM4 bilion lagi melalui peruntukan Rancangan Malaysia Kesembilan yang tidak dibelanjakan.
    "Jadi, rakyat Sabah minta saya tanya dalam Dewan Rakyat, mereka mahu tahu sebab Sabah ini dianggap ''deposit tetap'' untuk BN...mereka mahu tahu ke mana kewangan ini disalurkan, sama ada kepada kerajaan negeri, atau masih dipegang oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri," katanya. – 

    Beku tol: Rakyat tanggung beban 'RM64 bilion'

    Posted: 19 Oct 2010 08:03 AM PDT

    Kerajaan mungkin berakhir membelanjakan RM64 bilion sebagai pampasan kepada Plus Highway Berhad, jika ia bercadang membekukan kenaikkan kadar tol sehingga konsesi syarikat itu berakhir pada 2038, kata setiausaha publisiti DAP, Tony Pua.

    NONEMengambil kira anggaran RM5 bilion pampasan seperti yang diumumkan pada pembentangan Bajet 2011 Jumaat lalu, bagi memastikan kadar tol di empat lebuh raya milik Plus tidak dinaikkan, Pua berkata tindakan itu tidak masuk akal.

    Sebaliknya, kata Pua ia hanya tindakan popular dan kerajaan hanya bertindak sedemikian semata-mata untuk mengembirakan pengundi.

    "Tindakan ini tidak masuk akal apabila kerajaan terpaksa memberi pampasan sebanyak RM5 bilion kepada pemilik konsesi dan berkemungkinan besar setinggi RM64 bilion dalam tempoh keseluruhan konsesi itu di mana pembelian langsung Plus hanya sebanyak RM23 bilion sebagaimana yang ditawarkan UEM-KWSP," katanya.

    Tambah ahli parlimen Petaling Jaya-Utara itu lebih murah bagi kerajaan membeli terus syarikat lebuh raya itu pada harga RM4.60 sesaham seperti yang ditawarkan oleh firma usahasama UEM dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

    azlanAndaiannya, jika kadar tol dibekukan selama 14 tahun, kerajaan masih boleh mendapatkan pelaburannya dan menggunakan wang berkenaan untuk menjadikannya bebas tol ataupun mengutip bayaran minimum bagi tujuan penyelengaraan, katanya.

    "Kecualilah jika kerajaan mahu melihat rakyat Malaysia menderita," kata Pua pada sidang akhbarnya di lobi parlimen.

    Muhyiddin: Politik berasas kaum Umno bukan rasis

    Posted: 19 Oct 2010 08:02 AM PDT



    Politik berasaskan kaum yang diamalkan oleh Umno bukanlah satu bentuk politik perkauman atau politik rasis, kata timbalan presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin.

    Menurut timbalan perdana menteri, ini kerana ia dilaksanakan dalam konteks kesepakatan untuk membentuk formula politik kerjasama kaum yang inklusif di mana semua kaum mendapat jaminan hak dan layanan yang adil.

    "Politik rasis bermaksud kita hanya mengutamakan kepentingan kaum sendiri dan menzalimi kaum-kaum lain. Parti yang mendakwa tidak berasaskan kaum boleh jadi amat rasis jika ianya zalim kepada kaum lain.

    "Hakikatnya, sepanjang sejarah perjuangan Umno, parti keramat orang Melayu ini tidak pernah menjadi parti yang rasis," kata Muhyiddin.

    Ketika berucap bagi merasmikan perhimpunan agung Wanita, Pemuda dan Puteri Umno sebentar tadi, Muhyiddin berkata, Umno sentiasa istiqamah memperjuangkan hak Melayu seperti yang termaktub dalam perlembagaan dan pada masa yang sama menghormati hak dan kepentingan kaum-kaum lain.

    "Umno tidak pernah membolot kekuasaan politik dan nikmat ekonomi untuk kaum Melayu sahaja," katanya dalam ucapan bertemakan "Menjulang Perjuangan, Mengisi Harapan".

    "Pemimpin-pemimpin Umno sedar bahawa berkongsi kuasa politik dan nikmat ekonomi dengan kaum-kaum lain adalah jalan terbaik untuk mewujudkan kemakmuran dan keamanan dalam sebuah negara majmuk."

    Katanya, pendekatan negara ini yang pada mulanya disangsikan akan berlaku kehancuran akibat kepelbagaian kaum, agama dan taraf ekonomi akhirnya tidak berlaku.

    "Sebaliknya, negara-negara jiran yang tidak semajmuk kita telah mengalami dan masih mengalami ketegangan kaum dan agama yang membawa kepada pertumpahan darah," katanya yang juga ADUN Pagoh.

    Sementara itu, bercakap soal peranan usaha memperkukuhkan perpaduan di negara ini, Muhyiddin menyatakan kegusarannya terhadap suara-suara yang mempersoalkan hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera serta hak-hak sah kaum lain.

    "Debat perkauman dalam masyarakat juga semakin merumitkan keadaan. Perdebatan tentang isu perkauman tanpa batasan boleh menimbulkan provokasi yang membakar sentimen perkauman.

    "Kita tentu sekali tidak mahu percikan api kemarahan akhirnya menjadi letusan yang memusnahkan segala nikmat keamanan, kemakmuran dan perpaduan yang telah kita bina," katanya sambil menyifatkan perkara itu "merumitkan keadaan".

    Katanya, walaupun ada pihak yang "menjanjikan bulan dan bintang" kepada kaum lain, Umno membuktikan bahawa kerajaan yang diterajuinya semua kaum mendapat jaminan hak yang adil.

    Projek Warisan Merdeka Bukan Arahan Saya - ......la boleh jadi camni pulak, PNB kambing hitam la..!!!

    Posted: 19 Oct 2010 08:01 AM PDT



    KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menegaskan pembinaan projek mega menara Warisan Merdeka setinggi 100 tingkat adalah cadangan Permodalan Nasional Berhad (PNB).
    Malah Perdana Menteri berkata, beliau tidak mengarahkan PNB untuk melaksanakan projek berkenaan.
    "Ia telah dirancang dan dicadangkan oleh PNB kepada kerajaan.
    "Saya tidak mengarahkan PNB, PNB yang mencadangkan. Ia sangat diinginkan oleh pengurusan dan lembaga pengarah PNB," katanya dalam sidang media selepas sesi Taklimat Presiden sempena Perhimpuan Agung Umno di sini, Isnin.
    Pada pembentangan Bajet 2011 Jumaat lalu, kerajaan mengumumkan pembinaan Menara Warisan Merdeka yang dibina bersebelahan Stadium Merdeka dan Stadium Negara akan dilaksanakan PNB dijangka siap pada 2015.
    Menara setinggi 100 tingkat yang menelan belanja RM5 bilion itu lebih tinggi daripada bangunan tertinggi di Malaysia kini iaitu Menara Berkembar Petronas setinggi 88 tingkat.
    Najib berkata, projek itu juga bukan satu pembaziran kepada negara.
    Sebaliknya ia bakal memberi keuntungan kepada banyak pihak.
    "Projek ini bukan satu pembaziran tapi ianya satu projek yang menguntungkan," ujar beliau.
    Mengulas mengenai bantahan daripada pelbagai pihak khususnya pembangkang berhubung pembinaan menara berkenaan, Najib berkata kerajaan mempunyai rasional berhubung projek berkenaan.
    "Dalam sejarah kita dulu bila zaman Tun Dr Mahathir Mohamad buat Jambatan Pulau Pinang pun mereka serang, tapi sekarang ini orang Pulau Pinang sendiri minta jambatan kedua.
    "Dan bila Tun buat Menara Berkembar Petronas pun beliau telah dipertikaikan, jadi bila kita buat menara 100 tingkat... rasionalnya tetap sama," katanya.
    Selain itu Najib yang juga Presiden Umno berkata, pembinaan bangunan itu bakal menjadi lambang kemodenan dan kemajuan negara disamping dapat memacu pembangunan ekonomi negara.
    "Pertamanya kita nak satu bangunan yang menjadi lambang bukan sahaja moden tapi negara maju, kita juga nak mencetuskan perkembangan ekonomi... banyak kerja-kerja kontrak dan sebagainya yang boleh kita agihkan untuk menggerakkan kegiatan ekonomi.
    "Kawasan itu boleh menjadi pusat perniagaan yang menempatkan peniaga-peniaga bumiputera dan bukan bumiputera, ia juga boleh menjadi pusat tarikan yang boleh memberi keuntungan," katanya.

    Kes Aminulraysid: Mahkamah Lawat Tempat Kejadian

    Posted: 19 Oct 2010 07:59 AM PDT

    Hari ini, hakim dan peguam yang terbabit di dalam perbicaraan kematian remaja 15 tahun Aminulrasyid Amzah yang didakwa ditembak polis telah melawat ke tempat kejadian di Seksyen 11, Shah Alam.

    Saksi, Zafrullah Ahmad Zainal Abidin juga telah memberi keterangannya semasa berada di Jalan Tarian 11/2 apabila kereta yang dipandu oleh remaja itu terbabas dan berlanggar apabila mangsa dan rakannya telah ditembak oleh polis yang mengejarnya.

    Zafrullah yang tinggal di hadapan jalan yang mana kereta Iswara berkenaan terbabas telah memberitahu mahkamah bahawa dia terdengar bunyi tembakan dan siren sekitar jam 1.30 pagi pada 26 April. Beliau kemudiannya telah ternampak kereta itu berlanggar dari tingkap rumahnya itu.

    Pada keterangan hari ini, Zafrullah turut berkata dia ternampak seseorang yang dipercayai Azamuddin Omar, 15, yang berada di kereta bersama si mati. Azamuddin dikatakan berlari dari kawasan itu menuju ke Jalan Wau 11/2 yang terletak lebih kurang 25 kaki dari kereta Proton Iswara tersebut.

    Zafrullah pula ketika itu berdiri di bahagian belakang rumahnya yang kedudukannya lebih tinggi daripada kawasan perlanggaran yang terletak kira-kira 30 meter jauhnya.

    Oleh kerana pintu belakang tidak mempunyai jalan ke lokasi berkenaan, Zafrullah ke luar melalui pintu depan dan perjalanan untuk sampai ke hadapan rumahnya mengambil masa kira-kira lima minit.

    Zafrulah memberitahu mahkamah bahawa pintu pemandu dilihatnya terbuka tetapi beliau tidak dapat memastikan sama ada pintu penumpang depan rosak ataupun terbuka.

    Kes ini akhirnya melibatkan seorang pegawai polis yang bernama Korporal Jenain Subi, 48, yang telah didakwa atas tuduhan membunuh tanpa niat pada kejadian antara 1.10 pagi dan 2 pagi pada 26 April lalu.

    Sekiranya Jenain didapati bersalah, beliau boleh dijatuhi hukuman penjara selama 30 tahun.








    Belanjawan 2011 : Apa yang rakyat tak dapat...

    Posted: 19 Oct 2010 07:58 AM PDT

    Jika Macam Inilah Belanjawan Spenda Tempohari.. Adakah anda akan pangkah BN semula..??

    Apa yang penduduk Malaysia mahukan dari belanjawan negara 2011. Mereka mahu supaya:
    1. Harga bawang putih yang naik RM9.50 sekilo diturunkan pada harga baru RM1.60 sekilo.
    2. IPCMC alat untuk mengawal aktiviti polis tetap diadakan supaya keadilan dilihat dilaksanakan.
    3. Ombudsman - jentera menilai dan menerima aduan orang ramai terhadap penjawat awam dan politikus di Malaysia dikuatkuasakan kewujudannya serta merta.
    4. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia diletakkan di bawah Parlimen dan tidak lagi di bawah kawalan Perdana Menteri.
    5. Hakim-hakim akan dilantik oleh satu jawatankuasa khas parlimen. Peruntukan diberikan dalam belanjawan untuk Jabatan Kehakiman. Bebaskan badan ini dari cengkaman eksekutif.
    6. Konsep baru insuran kenderaan diwujudkan di mana pengguna tidak akan dibebankan dengan premium yang mencekik darah.
    7. Harga susu, ikan, tepung, ayam, gula, cabai, sayur-sayuran, roti dan keperluan dapur dimansuhkan cukai jualannya serta merta sama seperti yang dilakukan terhadap barangan kelambu, seluar dalam, minyak pewangi dan sebagainya.
    8. Duti impot kenderaan akan dikurangkan 70% sama seperti di negara Thailand, Singapura, Indonesia dan lain-lain negara yang dipimpin oleh manusia bertamadun.
    9. Jalur lebar akan dibekalkan percuma kepada masyarakat di kampung-kampung sebagai agenda mencelikkan mereka yang buta IT.
    10. Kadar baru tol dengan penurunan 40% berkuatkuasa serta merta.
    11. Semua sekolah agama rakyat akan dibiaya percuma termasuk bayaran utilitinya ditanggung oleh kerajaan.
    12. Semua menteri dan penjawat akan diwajibkan mengistiharkan harta berkuatkuasa pagi 01 Januari 2011.
    13. Hak asasi akan diperluaskan lagi selari dengan kehendak rakyat dan NGO.
    14. Peguam Negara diberi peruntukan untuk mengkaji perlembagaan Reid bagi digantikan dengan hukum hudud.
    15. Tambang pengangkutan awam diturunkan 40% sesuai dengan kekayaan minyak negara bagi memudahkan orang kampung menikmati kemudahan kapalterbang, keretapi, bas, lori dan lain-lain lagi.
    16. SPR juga diletakkan di bawah jawatankuasa khas parlimen.
    17. Pembiayaan untuk mendapatkan hak pendidikan diberikan percuma sehingga ijazah pertama.
    18. Kementerian kesihatan dirombak dan masyarakat diberikan rawatan kelas pertama secara percuma tanpa perlu menunggu lama.
    19. Hapuskan segera 'menternak' rasuah di PDRM, Pejabat Tanah, JKR, Jabatan Kastam , Jabatan Pengangkutan Jalan dan Imigresen.
    20. Kembalikan kebebasan media dan hapuskan akta-akta dracula.
    21. Cuti bersalin yang baru. Cuti yang diumumkan sama seperti jumlah sebelum ini.
    22. Kecilkan saiz kabinet Malaysia dan perkhidmatan awam.
    23. Hapuskan cukai bahan-bahan binaan rumah supaya pembeli dapat menikmati harga rumah pertama yang lebih rendah.
    24. Turunkan kadar pinjaman rumah dan kenderaan penjawat awam pada 1%.
    Inilah diantara apa yang rakyat harapkan tetapi tidak dapat.- Kedahlanie

    Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah

    Posted: 19 Oct 2010 01:26 PM PDT

    Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah


    TAHNIAH KEPADA PEMUDA PAS KELANTAN

    Posted: 19 Oct 2010 11:44 AM PDT

    Bangunan Umno kini milik Pemuda PAS Kelantan


    Wartawan Kita

    KOTA BHARU, 19 Okt: PAS Kelantan mencatat satu lagi sejarah sempena genap usia 20 tahun pemerintahan apabila berjaya memiliki bangunan empat tingkat yang pernah dijadikan pejabat Umno Bahagian Kota Bharu.

    Tentunya maruah Umno Kelantan sekali lagi tergadai kerana bangunan yang pernah dimiliki Umno Kota Bharu kini menjadi milik Dewan Pemuda PAS Kelantan.

    Bangunan tersebut yang pernah terbengkalai dalam tempoh begitu lama berjaya disiapkan bekas Ketua Umno Bahagian Kota Bharu, Datuk Zaid Ibrahim.

    Bagaimanapun selepas Zaid digugurkan daripada jawatannya atas dakwaan terbabit dengan rasuah politik ketika pemilihan di peringkat bahagian tersebut, bangunan itu menjadi lengang semula.

    Ketika jawatan Zaid digantung, Umno Kota Bharu di bawah Datuk Fatmi Che Salleh gagal memasuki bangunan berkenaan.

    Bangunan tersebut yang difahamkan dimiliki sepenuhnya Zaid selepas berjaya menyiapkan bangunan yang lama terbengkalai.

    Ketika itu signboard Umno Kota Bharu dipasang di puncak bangunan yang boleh dilihat dengan jelas dari jambatan Sultan Yahya Petra pada waktu malam.

    Pada April lalu, Umno Kota Bharu yang diketuai anggota jawatankuasanya, Datuk Kamaruddin Abdullah mengadakan perhimpunan di pekarangan bangunan terbabit di Jalan Sultanah Zainab menuntut Zaid menyerahkan bangunan berkenaan.

    Zaid kini Penyelaras Pakatan Rakyat tetap tidak berganjak dan enggan tunduk terhadap desakan Umno Kota Bharu.

    Dan hari ini berlangsung sejarah yang mengejutkan Umno Kelantan dan pusat apabila bangunan pejabat yang pernah menjadi pejabat Umno bertukar tangan menjadi milik PAS.

    Dewan Pemuda PAS Kelantan membeli bangunan berkenaan dengan harga RM4.5 juta.

    Majlis penyerahan geran hak milik oleh Zaid telah dilakukan tengah hari tadi di Gua Musang sempena kempen pilihan raya kecil Dun Galas.

    Ia dibeli dengan harga RM4.5 juta yang bakal menjadi pejabat Pemuda PAS negeri dan pusat komersial.

    Perjanjian jual beli ditandatangani antara Zaid dengan Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim dan juga kepimpinan Pemuda PAS negeri yang diketuai, Abdul Latif Abdul Rahman yang disaksikan Pesuruhjaya PAS negeri yang juga Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

    Bangunan empat tingkat itu mempunyai dewan di bahagian atas yang boleh memuatkan seramai 700 orang, manakala dua tingkat lagi dijadikan pejabat.

    Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman berkata, majlis bersejarah bagi menaikkan bendera PAS di hadapan bangunan tersebut akan dilakukan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pagi esok.

    Katanya, majlis yang penuh bersejarah itu diadakan sempena genap 20 tahun usia kerajaan PAS dan bahang kempen pilihan raya kecil Galas sekarang.

    "Kita bersyukur kerana Dewan Pemuda PAS Kelantan akhirnya berjaya memiliki bangunan sendiri di lokasi yang begitu strategik.

    "Ini satu kejayaan besar dalam sejarah PAS yang tidak pernah berlaku sebelum ini, lebih-lebih lagi bangunan itu pernah dijadikan pejabat Umno Bahagian Kota Bharu," katanya ketika dihubungi di Gua Musang.

    Abdul Latif yang juga Adun Mengkebang berkata, banyak kemudahan yang ada di bangunan berkenaan termasuk pendawaian elektrik dan kemudahan lain telah dirosakkan.

    Katanya Dewan Pemuda terpaksa memperuntukan kira-kira RM500,000 lagi bagi memasang sistem pendawaian elektrik dan kemudahan lain yang dirosakkan pihak tidak bertanggungjawab.

    Katanya juga, Dewan Pemuda PAS yang kini berpejabat di Perhubungan PAS Negeri di Jalan Datuk' Pati akan berpindah ke bangunan baru selepas kerja-kerja membaikinya siap dalam masa terdekat

    WEB TV KERAJAAN KEDAH

    Posted: 18 Oct 2010 11:01 PM PDT

    JANGAN DOK IKUT ORANG YANG AJAK KITA MENCURI

    Posted: 18 Oct 2010 10:50 PM PDT

    Ditulis oleh ZULKIFLI YAHAYA


    Alor Setar – Tindakan pihak tertentu enggan menjelaskan bil air setelah menggunakannya, samalah seperti mengambil hak orang lain tanpa keizinan.
    "Dalam Islam hukumnya sangat jelas, iaitu haram dan berdosa," demikian ditegaskan oleh Timbalan Speaker DUN Kedah Ustaz Ahmad Izzat Shauki.
    Menurut beliau lagi, apabila seseorang bersetuju untuk memasang meter di rumah bagi penyaluran air maka bermakna berlaku 'persetujuan' dengan pembekal bahawa dia akan membayar harga air tersebut.
    Maka apabila seorang itu dengan sengaja enggan untuk membayarnya maka bermakna dia telah mengambil, mengguna atau meminum sesuatu yang bukan haknya.
    "Takkanlah benda yang haram tergamak kita nak suap dalam mulut anak isteri atau ahli keluarga kita?" tanya Ustaz Izzat.

    Menyentuh tindakan pihak tertentu yang berkempen kepada rakyat Kedah untuk memboikot bil air, beliau menjelaskan bahawa perbuatan tersebut dalah lebih keji kerana mengajak orang ramai melakukan perkara yang haram.

    "Rasulullah SAW dah beritahu, barangsiapa yang menunjukkan kepada orang lain melakukan kebaikan maka dia akan mendapat pahala sebagaimana orang lain melakukan, sebaliknya sesiapa yang menunjukkan kepada orang lain melakukan kejahatan maka dia akan turut menanggung dosa yang mereka lakukan," tegasnya.

    Menurut Ustaz Izzat, dari penjelasan CEO SADA Dato' Adzmi Din bahawa, kenaikan dua sen untuk satu tong dram air adalah berasas. Dengan kenaikan tersebut SADA dianggarkan akan mengalami kerugian RM24 juta setahun, berbanding jika tidak dinaikkan kerugian yang dialami ialah RM42 juta setahun.

    Menyentuh mengenai dakwaan pihak yang memboikot tarif air kononnya ia dibuat kerana mutu perkhidmatan air di sesetengah kawasan masih lembab, ADUN Bukit Lada itu menjelaskan bahawa alasan yang diberikan tidak munasabah.

    "Kelemahan hanya berlaku di segelintir kawasan, mengapa pihak yang menerima bekalan dengan sempurna pula yang nak boikot?

    "Bagi kawasan yang terdapat masalah, pengguna boleh berurusan terus dengan SADA, berbincang dengan baik untuk atasi masalah. SADA pun seperti yang kita sedia maklum telah berusaha habis-habisan untuk mengatasi masalah, berusaha menyiapkan loji secepat mungkin di samping menukar lama dengan yang baru. Mereka bukan duduk saja," ujarnya.

    GAMBAR SEKITAR LAWATAN DPPNK KE KAWASAN PADANG TERAP

    Posted: 18 Oct 2010 10:40 PM PDT

    Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah sedang giat mengadakan lawatan ke Kawasan bertemu dengan AJK DPP Kawasan bagi mengeratkan lagi hubungan ukhuwwah . Juga untuk mengetahui dengan lebih dekat perkembangan semasa Dewan Pemuda PAS di kawasan disamping memaklumkan perkembangan Pemuda diperingkat Negeri. Alhamdulillah mendapat sambutan yang baik dengan kehadiran yang sangat membanggakan.  baru 5 Kawasan dah turun ada lagi 10 kawasan. Diharap kawasan yang akan datang bersedia menerima kedatangan rombongan Exco DPPNK.
    Dibawah adalah gambar semasa lawatan di Padang Terap.
    KETUA PEMUDA KEDAH SEDANG BERUCAP
    
    ASYIK MENDENGAR LAPORAN SETIAUSAHA PEMUDA KAWASAN

    SETIAUSAHA DPPNK KUSYUK MENDENGAR UCAPAN

    SU DPP PADG TERAP BERSAMA KETUA PEMUDA KEDAH

    MUNGKIN ADA YANG LUCU SEHINGGA TERSENYUM

    Pas CawanganSurada

    Posted: 19 Oct 2010 11:33 AM PDT

    Pas CawanganSurada


    Projek Mega Najib Petanda Empayar BN Bakal Runtuh

    Posted: 18 Oct 2010 10:46 PM PDT

    Rombongan Orang Asli ke Parlimen disekat

    Posted: 18 Oct 2010 10:36 PM PDT

    Batu Sapi: PKR akan wakili Pakatan Rakyat

    Posted: 18 Oct 2010 10:31 PM PDT

    DUN Lembah Jaya

    Posted: 19 Oct 2010 11:29 AM PDT

    DUN Lembah Jaya


    YB Hj Khasim Rai Bakal Tetamu Allah

    Posted: 18 Oct 2010 07:58 PM PDT

    14 Oktober 2010, Masjid Bandar Baru Ampang - "Ibadah Haji adalah suatu ibadah yang berbentuk fizikal dan global. Di tanah suci kita akan berjumpa dengan pelbagai bangsa, pelbagai wana kulit dan pelbagai ragam. Masa tu baru kita sedar bahawa bangsa Melayu ni sebenarnya terlalu kecil. Saiz badan sahaja cukup untuk membezakannya dengan bangsa-bangsa lain yang memiliki saiz tubuh yang lebih besar. Itulah antara hikmah perjumpaan global terbesar dalam Islam. Namun yang paling mulia di kalangan mereka adalah yang paling bertaqwa kepada Allah SWT. Bukan saiz tubuh dan bukan warna kulit". Itulah antara inti pati ucapan YB Tuan Hj Khasim dalam program menyampaikan sumbangan buat para tetamu Allah yang bakal menunaikan ibadah Haji seramai kira-kira 30 orang yang diadakan di sini selepas solat isya'.

    Semoga mereka semua mendapat haji yang mabrur. InsyaAllah.





















    Batu Gajah Mari

    Posted: 19 Oct 2010 11:24 AM PDT

    Batu Gajah Mari


    Pelajar diperkudakan UMNO

    Posted: 19 Oct 2010 08:13 AM PDT

    Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) kesal dengan tindakan Umno / Barisan Nasional (BN) Negeri Perak yang boleh disifatkan sebagai terdesak di dalam usaha memastikan sokongan daripada mahasiswa / mahasiswi Universiti dalam memperkatakan kemelut Negeri Perak di dalam program Perhimpunan Mahasiswa Anak Perak 2010 baru-baru ini. Kerajaan BN Negeri Perak jelas tidak menghormati AUKU yang hanya digunakan untuk mengekang politik pembangkang bila mengajak mahasiswa bersimpati dengan politik murahan BN dengan cuba mempengaruhi mereka untuk menolak dan membelakangkan media baru.

    Pertemuan dan penjelasan yang dibuat di dalam majlis tersebut membuktikan bahawa di dalam memahami isu kemelut politik Perak ini, media massa arus perdana milik kerajaan tidak mampu menjelaskan perkara yang sebenar dan memberi keyakinan kepada majoriti golongan intelek sehinggakan mereka terpaksa mencari media baru sebagai alternatif. Bagi DPPN Pk, harapan agar mahasiswa tidak hanya menerima media baru adalah satu bentuk penghinaan terhadap keintelektualan dan pemikiran kritis mereka yang ingin menyaring segala 'muntahan' berita perdana yang 'terlampau', di samping mengzahirkan perasaan sebenar pimpinan BN Perak yang takut dan bimbang bila perkara sebenar akan difahami rakyat yang semakin cerdik.

    DPPN Pk juga melihat perkembangan terhadap media baru sebenarnya menjadi keperluan kerana media arus perdana benar-benar dilihat berpihak dan tidak bersifat adil di dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat. DPPN Pk menunggu ruang untuk semua media arus perdana di dalam melapurkan berita-berita yang nuetral namun menjangkakan ianya tidak akan berlaku dalam masa terdekat selagimana BN menguasai arus media perdana di Malaysia. Sementara kita menunggu saat kebebasan media diberikan perhatian maka selagi itulah arus media baru tetap menjadi relevan.


    MOHD MUNIR ALI
    Timbalan Ketua,
    Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

    Selamat Hari Hartal

    Posted: 19 Oct 2010 07:24 AM PDT






    Hina Sultan Johor? Mana Pekasa? Mana Pemuda UMNO??

    Posted: 19 Oct 2010 03:01 AM PDT

    Lagi kes hina Sultan Johor



    JOHOR BAHRU - Kes penghinaan terhadap institusi diraja Johor di Facebook masih tidak berkesudahan. Terbaru, kemuliaan hati Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar yang mengurniakan 11 kereta dan lapan motosikal berkuasa tinggi untuk kegunaan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Isnin lalu disifatkan perbuatan membazirkan wang rakyat oleh satu pemilik akaun Facebook.

    Pemilik akaun terbabit juga dipercayai menggunakan gambar seorang remaja perempuan bagi mengaburi pihak berkuasa.

    Difahamkan, pemilik akaun terbabit telah beberapa kali mengeluarkan kenyataan berunsur menghina institusi diraja Johor serta PDRM sebelum ini sebelum dinyahaktifkan beberapa bulan lalu.

    Bagaimanapun, akaun terbabit dipercayai telah diaktifkan semula pada bulan lepas.

    Pemerhatian Kosmo! di laman sosial berkenaan semalam mendapati akaun itu masih aktif.

    Ketua Polis Johor, Datuk Mokhtar Mohd. Shariff berkata, pihaknya menerima aduan berkenaan Facebook itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara pada pukul 4.33 petang kelmarin.

    Menurut beliau, pihaknya kini sedang menyiasat perkara tersebut dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

    "Kita akan siasat laman ini yang dilaporkan mengandungi maklumat palsu termasuk jika ada unsur hasutan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen Johor di sini semalam. _Kosmo

    Gambar Profil orang lain dan mukin paslu


    Harap Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia dapat jejak tuan punya profil ni walaupun, dikatakan pemilik profil ni menggunakan gambar budak puan lain, apa yang dikesalkan profil ni masih ade dan makin aktif menghina raja-raja Melayu tanpa sedikit pun rasa takut. Jika perkara ini tidak diambil tindakan oleh pihak berkuasa makin banyak profil2 facebook hina raja2 melayu wujud. Pemilik fb ni langsung tidak menunjukkan rasa takut, walaupun laporan polis telah dibuat dan dapat liputan akhbar Kosmo dan Harian Metro



    Rasenya tuan punya profil ni saje nak jadi popular dengan cepat macam artis2 lain, Jika blogger Aduka Teruna kritik di maki hamun, kerana celupar menghina kemangkatan sultan Johor baru2 ni apa beza profil fb ni yang makin aktif menghina kedudukan sultan Melayu dan bermacam2 lagi kata2 kesat.



    Walaupun laporan polis telah dibuat apa yang di kesalkan profil ini masih aktif, mengeji, mengina, dan pelbagai2 lagi bahasa2 kesat yang digunakan untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap terhadap institusi sultan Melayu..



    Maklumat profil : Jantina ,lelaki ini menunjukkan gambar dak puan tu sajer digunakkan dengan tujuan khianat atau tarik perhatian pengunjung.


    Profil ini dikesan aktif 8 jam lalu sebelum pukul 2.00 petang 19/10/2010


    Antara kata2 kesat yang digunakan untuk menghina raja2 melayu khususnya kesultan Melayu Johor





    Nama Profil : Sultan Yang Setan

    Najib Rasis !!! Rakyat tidak akan terpedaya

    Posted: 18 Oct 2010 11:14 PM PDT


    Oleh : Hafizi Pauzi

    PARIT BUNTAR, 18 Oktober :- "Saya nak tanya siapakah yang mempersoalkan 153 Peruntukan dalam Perlembagaan? Hak keistimewaan orang Melayu, siapa yang persoalkan?

    Siapa yang wujudkan peristiwa tidak mendoakan Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah? Siapa yang mahu buka UiTM (kepada bukan Melayu)? Bukan UMNO tapi orang sebelah sana." Najib dipetik sebagai berkata pada pelancaran Kelab Umno Pesara Kakitangan Kerajaan di kediaman rasminya di Seri Perdana di Putrajaya pada 16 Oktober baru-baru ini.

    "Persoalan sebegini telah menzahirkan siapakah juara perkauman, jelas ia barbaur perkauman yang dicetuskan oleh Perdana Menteri sendiri," kata ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim.

    Beliau merujuk ucapan perdana menteri tersebut bahawa ia sengaja diwujudkan dan menzahirkan beliaulah sebenarnya "orang kuat" PERKASA.

    Menurut Drs. Khalil Perdana Menteri berlakon dan cuba memberitahu rakyat bahawa Umnolah pejuang bangsa dan agama yang tulen dengan menyalahkan Pakatan Rakyat telah mengkhianati peruntukan Perlembagaan Negara yang sedia ada iaitu Perkara 153, walhal Pakatan Rakyat
    telah membuat resolusi bahawa kita akan sokong malah akan pertahankan Perlembagaan Negara termasuk Perkara 153," katanya.

    "UMNOlah penghianat kepada bangsa dan agama yang sebenarnya" jelas Drs. Khalil.

    Drs. Khalil Idham Lim yang juga merupakan Ketua Penerangan PAS Perak,berkata "sebagaimana diketahui bahawa NGO tersebut amat sinonim sebagai pencetus sentimen perkauman yang ekstrim, tetapi tidak
    dikritik oleh Najib selaku pelopor slogan "1 Malaysia" dan ini menggambarkan sikap sebenar Najib.

    Sebelum ini pegawai Najib yang mengeluarkan ucapan yang mengguris hati orang Cina dan India iaitu Nasir Safar.

    "Saya berharap rakyat tidak terpengaruh dengan lakonan baru dari Najib dan terus bertekad untuk menolak parti rasis UMNO demi menyelamatkan negara Malaysia yang kita cintai" Tegas Drs. Khalil.

    Kerajaan Pusat lah punca !!!

    Posted: 18 Oct 2010 10:52 PM PDT

    http://pinkturtle2.files.wordpress.com/2009/03/husam-musa.jpg

    KOTA BHARU – Rungutan pelabur mengenai tahap kemudahan asas tidak memuaskan di Kelantan berpunca daripada sikap Kerajaan Pusat sendiri yang tidak memberikan layanan sama rata kepada Kelantan berbanding negeri lain.

    Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Husam Musa berkata, masalah air sebenarnya dari dulu lagi berpunca daripada Kerajaan Persekutuan kerana tidak melayan Kelantan dari segi bekalan air.

    "Kelantan diberikan soft loan dan kenapa tidak berikan kita geran seperti di negeri lain.

    Soft loan itu digunakan Kerajaan Negeri untuk membina loji-loji air yang ditentukan Kerajaan Pusat.

    "Kementerian Kewangan yang menentukan pembinaan loji-loji itu. Contohnya loji di Kampung Putih tergendala disebabkan kontraktor yang memajukannya dipilih oleh Kerajaan Pusat," katanya mengulas gesaan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, supaya Kerajaan Negeri tingkatkan kemudahan asas termasuk masalah air, sampah dan elektrik seperti di kawasan perindustrian Pengkalan Chepa.

    Masalah kemudahan asas itu dibangkitkan pelabur luar kepada Mustapa dan jika Kelantan gagal menanganinya dikhuatiri pelabur akan lari dan ia merugikan negeri itu di masa akan datang.

    Husam, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri itu berkata, masalah Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra juga mengalami nasib sama apabila landasannya gagal dipanjangkan.

    Menurutnya, Kerajaan Pusat diminta segerakan peruntukan yang diminta untuk menaik tarafkan lapangan terbang berkenaan.

    "Atau izinkan Kerajaan Kelantan untuk mencari pelabur sendiri memajukan landasan itu.

    "Bagi saya kenyataan menteri berkenaan adalah cara berpolitik dan bukannya cara selesaikan masalah berkenaan," katanya.

    Husam menyifatkan Bajet 2011 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Parlimen, Jumaat lalu, sebagai kekeringan idea.SH

    Dupahang's Weblog

    Posted: 19 Oct 2010 11:13 AM PDT

    Dupahang's Weblog


    Posted: 19 Oct 2010 03:42 AM PDT

    Oleh : Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hj Hadi Awang Bajet 2011 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan Pertama pada tanggal 15 Oktober 2010 telah menjelaskan lagi bahawa agenda ekonomi dan transformasi yang dibawa oleh beliau sebenarnya berpusing ditakuk lama dengan diberi penjenamaan semula. Ianya ditaburkan dengan angka yang indah-indah bersifat kosmetik, dengan [...]

    Nilai semula kewajaran PKR tanding kerusi parlimen Batu Sapi – Penganalisis

    Posted: 19 Oct 2010 03:37 AM PDT

    Oleh Azim Fitri  "Apabila ditanya parti manakah di kalangan Pakatan yang mereka sokong, 58.18% memilih PAS, 20% PKR, 1.82% DAP dan 18.18% berkecuali. Di Daerah Mengundi Lupak Meluas apabila ditanya soalan yang sama 25% memilih PAS, 17.24% PKR, 2.59% DAP dan 55.17% tidak membuat keputusan." Politik Sabah kembali menjadi tumpuan sejak ahli parlimen P185 Batu [...]

    Comments (0)