Khamis, 7 Oktober 2010

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PAS Negeri Sembilan

Posted: 07 Oct 2010 09:17 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Pemilik berang tanah diceroboh

Posted: 07 Oct 2010 02:26 AM PDT

Sinar Harian 7 Okt 2010

KUALA KLAWANG - Seorang penduduk meluahkan rasa tidak puas hati apabila mendakwa tanah miliknya diceroboh kontraktor bagi menjalankan kerja naik taraf longkang di laluan utama Kuala Klawang - Seremban.

Siti Yusnida Mohd Yusof, 39, berkata, kerja-kerja yang dilaksanakan itu tidak mendapat kebenaran daripadanya dan tiada sebarang maklumat atau surat dikeluarkan bagi memaklumkan kerja-kerja tersebut kepada pihaknya.

Menurutnya, kerja dilakukan Jun lalu mengakibatkan kawasan lapang di hadapan rumah kerap mengalami banjir lumpur.

"Kerja naik taraf itu menyebabkan halaman rumah saya mengalami kerosakan dari segi struktur dan berlumpur disebabkan banjir kilat akibat paip air yang pecah hasil daripada kerja-kerja pengorekan longkang.

"Selain itu, landskap semula jadi yang tumbuh di atas tanah di halaman rumah saya mati dan rosak akibat penggunaan jentera berat dan bahan binaan," katanya.

Siti Yusnida berkata, jalan dan laluan masuk ke dalam rumah penyewa yang terletak di atas tanahnya pecah dan rosak tanpa dibuat sebarang pembaikan untuk mengembalikan kepada keadaan asal serta mengikut spesifikasi kerja sepatutnya ditetapkan.

Menurutnya, selepas kerja-kerja paip culvert, tanah ditambak tanpa mengikut spesifikasi kerja dan menyebabkan dua buah kereta mengalami kerosakan dan terpaksa ditolak serta ditunda keluar.

"Kami terpaksa menanggung pelbagai kerugian berikutan kerja-kerja yang dijalankan sejak Jun lalu.

"Saya memohon ganti rugi berkaitan kerosakan ditanggung oleh kami kerana saya membelanjakan banyak wang bagi membaiki kerosakan sedia ada," katanya.

Dia juga sudah membuat aduan kepada pihak Majlis Daerah Jelebu tetapi masih belum ada maklum berkaitan masalah berkenaan.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story8261104.asp

Warga emas trauma dirompak

Posted: 07 Oct 2010 02:26 AM PDT

Sinar Harian 7 Okt 2010

SEREMBAN – Sepasang warga emas di Kampung Jiboi di sini, trauma selepas dirompak empat penjenayah bersenjatakan parang ketika sedang tidur di kediaman mereka, awal pagi semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Zaki Masroh berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 4 pagi dan semua suspek dipercayai warga asing itu memasuki kediaman warga emas terbabit melalui pintu belakang.

"Pasangan suami isteri itu diikat penjenayah bersenjatakan parang dan memakai penutup muka dengan wayar telefon sebelum bertindak melarikan barangan berharga dari rumah mangsa.

"Berdasarkan maklumat siasatan, semua penjenayah menggunakan pemotong besi untuk menyelinap masuk melalui pintu belakang kediaman mangsa," katanya, semalam.

Menurutnya, barangan yang dilarikan penjenayah adalah barang kemas, wang tunai dan beberapa peralatan lain yang dianggarkan bernilai RM40,000.

"Kedua-dua mangsa yang tidak mengalami kecederaan akhirnya berjaya melepaskan diri tidak lama kemudian dan segera melaporkan kejadian di Balai Polis Rahang, jam 7 pagi, semalam.

"Siasatan secara terperinci akan dilakukan pihak polis termasuklah mendapatkan keterangan daripada saksi di tempat kejadian," katanya.

Mohd Zaki berkata, siasatan akan merangkumi segenap aspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story8262248.asp

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI

Posted: 07 Oct 2010 09:11 PM PDT

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI


PENUBUHAN SEKOLAH 1MALAYSIA

Posted: 07 Oct 2010 08:17 AM PDT

Penubuhan Sekolah 1Malaysia tidak perlu


SENAI- Cadangan Parti Progresif Penduduk (PPP) agar kerajaan menubuhkan Sekolah 1Malaysia yang menekankan pendidikan berkonsepkan perpaduan dan penyatuan kaum dilihat tidak diperlukan lagi.

Ketua Pemuda DAP, Tan Hong Pin berkata, perkataan 1Malaysia jangan sekadar diletakkan pada sebuah sekolah atau apa sahaja sekiranya gagal mencapai matlamat yang disasarkan iaitu menyatupadukan semua kaum.

"Jangan sekadar meletak nama 1Malaysia tetapi sekiranya pelajar atau orang ramai tidak bersatu padu dan gagal memahami konsep 1Malaysia berkenaan," katanya.

Beliau turut mempertikaikan keperluan sekolah 1Malaysia kerana dilihat sebagai satu pembaziran sekiranya dilaksanakan kerana memerlukan perombakkan dan penambahan sistem dan kokurikulum yang sedia ada digunakan di sekolah.

"Apa yang lebih penting adalah perbezaan mengikut kaum, iaitu Melayu, Cina dan India perlu dihapuskan," katanya.

Beliau turut mencadangkan agar kokurikulum yang diguna pakai pada hari ini dipertingkatkan lagi bagi memupuk semangat perpaduan.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Maharani, Dr Mohamad Taslim berkata, terlalu banyak sistem pendidikan yang cuba diguna pakai bagi memupuk perpaduan kaum seperti Sekolah Wawasan.

Menurutnya, sekiranya berulang bagi penubuhan sekolah 1Malaysia ini, ia akan mengundang kecelaruan fikiran rakyat dan akhirnya membebankan generasi akan datang.

Oleh itu, beliau berasakan sistem pendidikan yang diguna pakai di sekolah rendah mahupun menengah pada hari ini perlu dimantapkan bagi menggalakkan lagi perpaduan di kalangan pelajar.

"Sistem yang sedia ada perlu diperkasakan dan bukannya menubuhkan sebuah sekolah baru yang sudah tentu menelan kos yang tinggi jika dilaksanakan kelak," katanya.

Beliau memberitahu, perkara yang lebih penting dalam memupuk perpaduan adalah bahasa Malaysia perlu digunakan di semua sekolah termasuk sekolah venukular iaitu sekolah aliran kaum seperti sekolah Cina, India dan.

Sebelum ini, Naib Presiden PPP, Datuk Nik Sapeia Nik Yusuf berkata, melalui cadangan itu, usaha kerajaan untuk mengeratkan hubungan kaum dan bangsa di negara ini akan tercapai berdasarkan semangat 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

sumber : http://www.sinarharian.com.my/johor/content/story8258666.asp



PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'

Posted: 07 Oct 2010 09:09 PM PDT

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'


Puashati dianggarkan jutaan wang ringgit dibelanjakan

Posted: 06 Oct 2010 09:57 PM PDT

Perjuangan Rakyat

Posted: 07 Oct 2010 09:06 PM PDT

Perjuangan Rakyat


Jamuan Hari Raya PAS Cawangan Indera Mahkota 2

Posted: 07 Oct 2010 08:04 AM PDT

Meriah! Walaupun sederhana. Itulah suasana yang dapat digambarkan, lebih-lebih lagi dengan kehadiran pimpinan yang dihormati.

Di antara pimpinan yang hadir ialah Pesuruhjaya PAS Pahang, Tuan Guru Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Pemuda PAS Pahang, Ustaz Suhaimi Saad. YDP Indera Mahkota, saudara Nasrun Amir, YB Azan Ismail dan beberapa pimpinan peringkat cawangan.

Semoga majlis ini dapat mengeratkan silaturrahim sesama ahli serta menyemarakkan lagi semangat perjuangan. Insya Allah.


Tuan Guru Datuk Tuan Ibrahim sedang menyampaikan ceramah




Sebahagian hadirin sedang mendengar ceramah













Tabung Pilihanraya DUN Galas yang dilancarkan oleh Pesuruhjaya PAS Pahang











DUN PENGKALAN KUNDOR

Posted: 07 Oct 2010 07:22 PM PDT

DUN PENGKALAN KUNDOR


SPRM Digesa Siasat Penyelewengan Air Di Negeri Kedah Darul Aman

Posted: 06 Oct 2010 08:33 PM PDT

Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat apa yang didakwanya sebagai penyelewengan berhubung isu air semasa Barisan Nasional memerintah negeri itu.

Beliau berkata pihaknya telah mengenal pasti banyak penyelewengan yang berlaku semasa pemerintahan BN membabitkan isu air dan setiap dakwaan adalah berasaskan fakta serta rekod.

"Kita tengok banyak penyelewengan dari segi harga contohnya pembinaan loji air di Lubuk Buntar (dekat Kulim) untuk 25 juta liter air, kos sebenar pembinaannya ialah antara RM25 juta hingga RM30 juta, tapi wang yang dibelanjakan ialah RM65 juta.

"Maklumat ini kita dapat secara tak rasmi, kalau nak yang rasmi SPRM kena cari," katanya kepada pemberita di Alor Setar hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Nawawi Ahmad semalam bahawa pemimpin BN tidak takut dengan ugutan Azizan untuk mendedahkan mengenai penyelewengan berhubung isu air itu.

Azizan berkata bukan tugasnya untuk membuat laporan kepada SPRM sebaliknya sesiapa sahaja boleh berbuat demikian kerana beliau telah membuat pendedahan mengenai penyelewengan itu.

"Kerja lain banyak lagi nak buat. SPRM kan rajin, tengok (berdasarkan) kenyataan dalam blog pun mereka dah siasat," katanya.

- Bernama

Khalid Samad

Posted: 07 Oct 2010 07:21 PM PDT

Khalid Samad


Persoalan Gereja, Kuil dan Kilang Arak

Posted: 07 Oct 2010 06:37 AM PDT

Ada yang mempertikaikan lawatan saya ke Gereja, Kuil dan kilang arak. Secara mudah saya menjawab, "itulah hakikat masyarakat majmuk yang berbilang kaum, berbilang agama, berbilang budaya. Kalau pemerintahan Islam tidak mahu berhadapan dengan wujudnya perkara-perkara yang sebegini, maka pemerintahan Islam akan terhad kepada kawasan Haramain sahaja, (Mekah dan Madina) kerana di sana tiada orang bukan Islam".

Kefahaman sempit terhadap Islam yang sebeginilah sebabnya mengapa sejak dari awal lagi, UMNO beranggapan bahawa Islam tidak boleh digunapakai sebagai asas pemerintahan di Malaysia. Oleh kerana Malaysia adalah sebuah negara majmuk yang berbilang budaya dan berbilang agama, maka pemerintahan yang berasaskan Islam, mengikut fahaman UMNO, akan tergamam dan serba salah untuk mentadbirnya. Dalam usaha untuk mencorakkan masyarakat mengikut acuan Islam, mengikut anggapan UMNO lagi, maka hak bukan Islam akan hampir pasti dinafikan. Gereja akan diroboh, kuil akan dibakar. Daging khinzir akan diharamkan jualannya di tempat-tempat awam sepertimana juga minuman arak dan sebagainya. Segala makanan dan minuman yang haram bagi ummat Islam, tetapi dibenarkan oleh agama lain untuk ummatnya, akan turut diharamkan kerana Islam adalah asas pemerintahan. Hak penganut agama lain untuk mengikut ajaran agama mereka yang menghalalkan apa yang diharamkan Islam tidak akan diambil kira sama sekali kerana sebuah pemerintahan Islam menurut kaca mata mereka akan hanya mengambil kira ajaran Islam semata-mata. Maka, apa yang diharamkan Islam akan diharamkan untuk semua.

Malangnya ada juga ahli PAS yang beranggapan begitu. Tanpa mereka sedari, mereka mengiyakan tanggapan songsang UMNO, walaupun mereka dalam PAS. Tetapi AlhamduliLlah, golongan ini tidak ramai.

Seseorang yang memperjuangkan Islam semestinya yakin bahawa pemerintahan yang berasaskan Islam relevan untuk semua jenis masyarakat dan semua negara. Ianya terbaik dan teradil untuk semua, termasuk untuk mereka yang bukan Islam. Inilah sebabnya mengapa PAS terus memperjuangkannya untuk negara Malaysia yang diketahui umum merupakan sebuah masyarakat majmuk. Sejarah Islam yang panjang telah menyaksikan pemerintahan yang berasaskan Islam tertegak di dalam pelbagai jenis masyarakat, termasuklah masyarakat yang berbilang kaum, budaya dan agama. Pemerintahan yang berasaskan Islam ini telah tebukti berjaya memerintah masyarakat yang berbilang kaum, agama dan budaya tanpa menafikan hak orang bukan Islam di dalam kesemua aspek. Ini termasuk dari aspek politiknya, di mana orang bukan Islam pernah diamanahkan jawatan menteri ataupun wazir dalam pemerintahan Islam. Namun dasar dan matlamat Islam digunapakai dalam mentadbir kementeriannya walaupun oleh Menteri yang bukan beragama Islam.

Inilah yang perlu difahami kerana dasar dan matlamat Islam mengambil kira wujudnya masyarakat bukan Islam dan hak mereka untuk mencorakkan kehidupan mereka mengikut ajaran agama atau pegangan hidup mereka. Jaminan kebebasan ini mengatasi walaupun apa yang diamalkan oleh negara Barat yang kononnya memperjuangkan kebebasan bersuara, seperti Perancis, yang ingin memaksa fahaman Sekular-ekstrim mereka ke atas ummat Islam sehingga mengharamkan Muslimat bertudung di tempat awam; dan baru-baru ini, mereka juga telah mengharamkan kewujudan kedai yang menjual barang halal semata-mata. Mungkin selepas ini mereka ingin pula memaksa pekedai Islam menjual daging khinzir dan arak!

Namun, hakikat yang seperti ini tidak akan difahami oleh sebuah parti seperti UMNO. Pada dasarnya, Islam hanya merupakan satu alat untuk digunapakai untuk mengekalkan kedududkan mereka supaya terus berkuasa. Ianya amat berkesan untuk menaikkan semangat dan kemarahan orang Islam supaya mereka terus menyokong UMNO dalam keadaan takut akan 'kemaraan orang bukan Islam'. Dan inilah apa yang sedang dilakukan UMNO dewasa ini. Mereka tidak gusar dengan imej keterlaluan dan pelampau yang ditonjolkan oleh mereka atas nama 'Islam' walaupun akan mencemarkan dan terpalitnya imej Islam itu sendiri dengan sikap keterlaluan mereka. Yang melucukan, dalam keghairahan mereka menaikkan semangat orang Islam-Melayu, mereka sering lupa tindakan mereka bagaikan meludah ke langit. Isu duit judi yang dihebohkan di Pulau Pinang merupakan salah satu dari banyak contoh-contoh tindakan membodohkan diri mereka dan pengikut mereka sendiri.

Sedangkan umum mengetahui bahawa hanya satu negeri sahaja, setakat ini, yang telah secara terancang, mengasingkan pendapatan kerajaan dari jenis perniagaan haram dan pendapatan yang dari jenis yang halal. Ianya kerajaan Kelantan dan akan diikuti insyaAllah, selepas ini oleh kerajaan negeri-negeri PR yang lain. Malahan, mengikut pegawai kerajaan Negeri Pulau Pinang, pendapatan sebanyak 2 Juta dari litar lumba kuda di Pulau Pinang telahpun diasingkan dari wang hasil yang lain untuk bayaran kepada orang bukan Islam semata-mata. Perkara sebegini tidak diamal atau diusahakan oleh kerajaan Pusat BN ataupun mana-mana kerajaan Negeri BN. Termasuklah Negeri Pahang di mana terletaknya Casino yang terbesar di negara kita ini iaitu Genting.

Hakikat wujudnya kaedah Islam yang mengharuskan pemisahan wang dari sumber yang tidak halal bagi kegunaan sebuah kerajaan yang berteraskan Islam adalah juga bukti akan kesediaan Islam memerintah sebuah Negara majmuk. Ianya juga merupakan bukti bahawa perkara yang haram di sisi Islam tetapi dibenarkan oleh agama yang lain akan terus dibenarkan sebuah pemerintahan Islam untuk rakyat bukan Islamnya dan hasil ataupun cukai boleh diambil darinya, diasingkan dan digunapakai untuk tujuan-tujuan tertentu. Ini merupakan bukti akan pemerintahan Islam yang dinamik dan orang bukan Islam tidak perlu khuatir tentang kebebasan mereka dalam menghayati ajaran agama serta budaya mereka sendiri. Oleh yang demikian, orang Islam harus cuba memahami kaedah Islam dalam soal sebegini agar tidak diperdayakan oleh tipu daya UMNO.

Namun, kaedah perlaksanaan terperincinya akan berbeza mengikut keadaan dan suasana masyarakat. Di sebuah negeri seperti Kelantan, di mana orang Islam adalah lebih dari 95%, perlaksanaannya agak berbeza berbanding Selangor di mana ummat islam hanya 51%. Namun prinsip asasnya tetap sama. Prinsip utamanya adalah mengiktiraf dan menghormati hak semua kaum dalam membentuk sebuah pentadbiran berasaskan Islam yang mengutamakan keadilan. Inilah yang dimaksudkan dengan Siyaasah Syariyyah secara umumnya.

Peristiwa yang melibatkan seorang penuntut dari Timur Tengah ingin saya kemukakan sebagai satu contoh. Beliau baru tiba dari negaranya beberapa bulan sebelum Ramadhan. Semasa Ramadhan beliau naik berang melihat kedai-kedai makan terus buka pada waktu siang hari, termasuklah kedai-kedai makanan orang bukan Islam. Dengan tegas beliau mengatakan, "di negara saya, semua kedai makan tutup pada waktu siang kerana menghormati Ramadhan!"

Ya lah, negara kamu 95% orang Islam dan secara kebiasaan itulah yang dilakukan sejak beberapa abad sebelum ini. Tetapi janganlah menganggap ianya suatu yang dituntut syara' kerana syara' tidak menetapkan sesuatu hukum kecuali orang beriman tidak dibenarkan makan dan minum semasa berpuasa. Kalau diusahakan di sini, maka akan timbul kekeliruan sehingga akhirnya kita akan dilihat bagaikan ingin memaksa orang bukan Islam berpuasa bersama.

Oleh yang demikian, adalah menjadi harapan saya, dengan berlakunya lawatan-lawatan yang saya sebutkan awal-awal tadi, ummat Islam dan bukan Islam, akan memahami bahawa pemerintahan yang berasaskan Islam akan tetap membenarkan orang bukan Islam mengamalkan agama dan juga cara hidup mereka tanpa diganggu. Ianya bukan atas sebab kompromi atau kepentingan politik. Ianya sememangnya sebahagian dari prinsip pemerintahan Islam. Hanya ianya akan diuruskan dengan cara yang mengambil kira prinsip-prinsip islam, seperti pengasingan wang hasil dari sumber haram dan sebagainya.

Sekiranya persoalan ini difahami, maka akan hilanglah kegusaran dan kekhuatiran orang bukan Islam terhadap persoalan pemerintahan yang berasaskan Islam. Dalam masa yang sama juga golongan jahil dari kalangan orang Islam sendiri yang membuat tuntutan-tuntutan yang sebenarnya tidak pun dituntut secara dasarnya dapat ditangani, dengan syariat Islam itu sendiri. Ucapan bersemangat mereka yang bertujuan untuk menaikkan semangat, tetapi kosong dari sudut nas dan dalil, akan tenggelam begitu sahaja. Kerana rakyat dah faham akan betapa 'keadilan untuk semua' adalah tunjang pemerintahan Islam.

Dan pada masa itu negara akan ditadbir secara aman dan damai, berasaskan prinsip-prinsip pemerintahan Islam.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Sepanduk Yang Sempit

Posted: 07 Oct 2010 12:30 AM PDT

Saya melihat akan sepanduk ini di Shah Alam dan saya terperanjat. "Selamat Hari Raya kepada keluarga UMNO" tercatit jelas di atasnya. Di tepi kirinya gambar Noh Omar dan di tepi kanannya lambang satu Malaysia.



Hai, terfikir pula saya betapa sempitnya pemikiran dan dunia pemimpin UMNO. Adakah disangkanya Hari Raya disambut oleh hanya 'keluarga UMNO'? Atau, walaupun ianya disambut oleh yang bukan keluarga UMNO, pemimpin UMNO hanya mengambil berat tentang keluarga UMNO?

Atau adakah ianya hasil dari satu manifestasi perasaan kesunyian yang tersembunyi jauh di dalam sanubari dan benak pemimpin UMNO bahawa dunia mereka semakin sempit dan hanya 'keluarga UMNO' sahaja yang akan menyambut baik ucapan dari mereka?
Apa-apapun, ianya bercanggah dengan simbol satu Malaysia yang terpampar di tepi belah kanan sepanduknya. Atau konsep satu malaysia itu tidak difahami oleh pemimpin UMNO sendiri? Yalah, kalau nak dikatakan Hari Raya adalah perayaan orang Islam dan yang nak diucap itu adalah untuk orang Islam sahaja sekalipun, takkanlah hanya 'keluarga UMNO' sahaja yang Islam?

Hairan sungguh saya dengan pemimpin UMNO. Lidah-lidah mereka bercakap tentang perpaduan Negara, tetapi tangan-tangan mereka mencetuskan perpecahan. Selamat Hari Raya UMNO!

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

PAS Kawasan Miri

Posted: 07 Oct 2010 07:19 PM PDT

PAS Kawasan Miri


Tarbiyyah Satu Keperluan Harakah Islamiyyah

Posted: 07 Oct 2010 08:27 AM PDT

"Bahawasanya agama di sisi Allah hanyalah Islam." (Ali 'Imran: 19)
Dan apakah ertinya: Maksudnya:
"Dan sesiapa yang mengambil selain daripada Islam sebagai cara hidup (agama), maka tuhan tidak akan menerima daripadanya dan di akhirat nanti daripada orang-orang yang rugi." (Ali 'Imran: 85)

Mereka mengajak umat Islam bersatu dalam satu jamaah, kumpulan atau parti. Pada tahun 1951, Parti Islam Se-Malaysia ( PAS) telah ditubuhkan di Malaysia. PAS bukanlah sebuah parti politik yang hanya berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan dan bergerak cergas di dalam siasah semata-mata, tetapi di antara usahanya yang utama ialah ta'lim dan tarbiyah.Para pimpinannya yang terdiri daripada para ulama', fuqaha', penulis dan guru adalah mereka yang berkecimpung di dalam bidang ta'lim dan tarbiyah yang memberi pengajaran, menyampaikan ilmu-ilmu Islam kepada orang ramai dan mendidik manusia dengan pendidikan agama.

Rata-rata penyokong PAS terdiri daripada tuan-tuan guru pondok, guru-guru agama yang mengajar di sekolah-sekolah, ma'had -ma'had atau madrasah-madrasah atau lain-lain golongan yang sedar bahawa Islam itu adalah politik dan pemerintahan.Oleh yang demikian, al-ta'lim dan al-tarbiyah menjadi salah satu daripada program yang pertama dan utama di dalam perjuanga Islam yang dibawa oleh PAS.

Apakah Bentuk Ta'lim dan Tarbiyyah Yang Disusun Oleh PAS

Di sana terdapat dua bentuk ta'lim dan tarbiyah:

PERTAMA : Yang berbentuk tarbiyah nizamiyah melalui:

1. Pondok-pondok, pusat pengajian yang bersifat tradisi dan pusat-pusat pengajian tinggi
2. Sekolah-sekolah agama dan ma'had-ma'had
3. PASTI dan sebagainya

KEDUA : Tarbiyah yang tidak nizamiyah

1. Kuliah-kuliah umum di masjid-masjid dan surau-surau
2. Halaqah-halaqah khusus yang mengajar matapelajran yang tertentu seperti tafsir, hadith, tauhid dan sebagainya
3. Usrah
4. Qiamullail
5. Mukhaiyam (perkhemahan)
6. Nadwah, seminar, bengkel, liqa' al-fikri
7. Rehlah, ziarah dan lain-lain

Program-program tarbiyah dalam Harakah Islamiyah di tahap mana sekalipun bertujuan untuk membentuk jiwa, mental dan jasmani ahli mengikut keperluan perjuangan kerana kita berpendapat ahli jamaah Islam tidaklah sama kualitinya dengan orang -orang awam.Mereka mestilah seorang 'jundiy' bagi Hizbullah yang mempunyai sifat-sifat yang mulia .

Tambahan lagi;jikalau kita mahu menjadikan sektor kemasyarakatan dalam kehidupan untuk memudahkan kita memahami kumpulan sasaran dalam usaha pembinaan masyarakat harian, bolehlah kita gambarkan mengikut tahap-tahap berikut:

1. Pembinaan individu muslim
2. Pembinaan rumahtangga muslim
3. Pembinaan parti Islam
4. Pembinaan kepada masyarakat umum
5. Pembinaan baldatun taiyibatun wa rabbun ghafur

Bahawa tarbiyah adalah satu-satunya proses pembentukan muslim yang mesti wujud di dalam mana-mana Harakah Islamiyah yang mahu mewujudkan baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur.Tasawur Islami (gambaran Islam) mestilah jelas kepada semua orang Islam apatah lagi anggota Harakah Islamiyah di peringkat ansar, 'amilin, nuqaba' dan nawab yang menghasilkan penghayatan dalam kehidupan seharian sehingga dapat dirasai kehadiran mereka di tengah-tengah masyarakat umum.

PAS Miri menyeru seluruh petugas dan ahli agar mendekatkan diri dengan ALLAH dengan memperbanyakkan Qiamullail,Bacaan Al-Quran,Puasa Sunat ,Istiqamah dalam Ibadat Sunat Dhuha dan memperkukuhkan Ilmu dengan Kuliyyah Agama. Di peringkat Kawasan;program berkala Iftar Jamaei dan Talaqi kitab akan memperkukhkan persediaan rohani petugas menjelang medan siasah nanti.

Majlis Tindakan DUN N-23 Dusun Tua

Posted: 07 Oct 2010 07:16 PM PDT

Majlis Tindakan DUN N-23 Dusun Tua


Kuliah Maghrib Ust Idris di Masjid Bt 14

Posted: 07 Oct 2010 07:24 AM PDT









PAS LENGGONG

Posted: 07 Oct 2010 07:08 PM PDT

PAS LENGGONG


Meriam Carbaid ( Kabard)

Posted: 06 Oct 2010 09:25 PM PDT

Bunyi bukan main kuat. Begitulah jadi kepada perkasa yang diperkasakan oleh media. Media yang memperkasakan perkasa ialah milik umno-bn. Media perkasa sendiri tak laku. Perkasaan perkasa oleh media sekadar menjadi meriam kabard. Tetapi biarpun begitu ia juga menggerunkan umno seperti berita dibawah.
Hishamuin hunus keris mca marah.
brahim ali hunus keris berani pulak dia mencabar Soi Lek.
kalau lah berani brahim ali pergi bertanding di DUN galas macammana?
tentu seronok kan?


PERKASA jadi 'raksasa' kerana media
Posted on Wednesday, October 06 @ 20:14:33 PDT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

Oleh Salhan K Ahmad & Regina Lee

Media yang memberi liputan terlalu luas kepada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) sehingga NGO tersebut kini menjadi begitu popular dan ditakuti masyarakat, kata setiausaha agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau menyifatkan PERKASA sebagai satu makhluk raksasa yang mengerikan (monster), dan menyalahkan media kerana menyebabkan pertubuhan berkenaan dipandang sedemikian.

Bercakap dalam satu wawancara dengan Malaysiakini, beliau cuba mententeramkan keadaan dengan mengatakan, PERKASA juga sama seperti pertubuhan lain yang memperjuangkan hak kaum masing-masing di negara ini seperti Dong Jiao Zong.

Pas Cawangan Kampung Aman

Posted: 07 Oct 2010 03:24 PM PDT

Pas Cawangan Kampung Aman


CERAMAH PERDANA ISU SEMASA

Posted: 06 Oct 2010 11:28 PM PDT

pas sembrong (bangkit membuat perubahan)

Posted: 07 Oct 2010 03:19 PM PDT

pas sembrong (bangkit membuat perubahan)


Aidilfitri dan Sambungan Kuliah

Posted: 06 Oct 2010 10:09 PM PDT


Kuih koya adalah kuih tradisonal


Kayu asli pencetak kuih koya

Taman Sri Lambak : Sambutan Aidilfitri PAS Kawasan Sembrong berjalan lancar malam tadi. Masing-masing bawa sumbangan kuih muih dan lauk pauk. Menu utama ialah roti cicah sup kambing.

Majlis dimulakan dengan alunan marhaban diketuai oleh Sdr Suhaiman. Pelancaran sambungan kuliah bulanan penyarah undangan juga diteruskan. Malam ini giliran Ustaz Sahril yang menyampaikan tajuk bab aqidah dan tazkirah mengenai azab kubur.

Banyak-banyak kuih yang paling dicari-cari ialah kuih koya kacang hijau...dulu mak buat berbalang-balang, sekarang susah nak jumpa kuih tersebut. Alhamdulillah dapat makan malam tadi...nikmatnya tak usah dikata dan terkenang zaman kecik-kecik...

Bayi ekspress

Posted: 06 Oct 2010 09:51 PM PDT

Apakan daya, itulah yang mampu difikirkannya.


Seorang pelajar Sekolah Harapan, institusi khas untuk remaja hamil luar nikah (Baca ZINA) di Jasin di sini, selamat melahirkan seorang bayi lelaki Isnin lalu.

Pengerusi Sekolah Wanita Bunting, Datuk Ab. Rahaman Ab. Karim (gambar) berkata, pelajar perempuan berusia 17 tahun berasal dari Melaka itu dimasukkan ke Hospital Jasin pada pukul 5 pagi setelah menunjukkan tanda-tanda hendak bersalin.

"Pelajar ini selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.6 kilogram pada pukul 8 pagi," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Penubuhan Sekolah Harapan dicetuskan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang bertujuan memberi perlindungan kepada remaja hamil luar nikah selain menangani gejala buang bayi yang semakin berleluasa.

Sekolah Harapan yang dikendalikan oleh Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) itu menerima kumpulan pertama lima pelajarnya pada 20 September lalu.

Geng Saiful kandas UIAM

Posted: 06 Oct 2010 09:47 PM PDT


Siapa Rahimi Osman?-Mkini

PKR, yang mendapat publisiti buruk khususnya pada mesyuarat agung tahunan beberapa cabangnya sejak beberapa minggu kebelakangan ini, sekali mencuri tumpuan dengan pendedahan oleh Rahimi Osman.


Beliau membuat laporan polis semalam dengan mendakwa Ketua Penerangan PKR, Latheefa Koya dan Ketua Pemuda PKR Kedah Saiful Izham Ramli memaksanya membuat dua laporan bersumpah pada tahun 2008.

Dalam laporannya, beliau berkata akuan bersumpah berkenaan dipinda kandungannya untuk memalit dan memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dalam konspirasi terhadap Anwar dalam kes liwat tersebut.

Rahimi adalah pembantu Anwar pada tahun 2007 dan 2008 dan dikatakan antara mereka yang paling rapat dengan ketua umum PKR itu semasa pilihan raya umum.

Kandas di UIA

Beliau direkrut pada Mac 2007 bagi mengemas-kini blog Anwar, selepas kandas dalam peperiksaannya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA).

Jejaka berusia 25 tahun itu ditempatkan di pejabat PKR di Seksyen 16, Petaling Jaya yang juga dianggotai oleh kakitangan lain seperti Nik Nazmi Nik Ahmad, Sim Tze Tzin dan anak perempuan Anwar, Nurul Izzah - semua mereka sekarang ini adalah perwakilan PKR.

Seorang lagi kakitangan adalah Nathaniel Tan yang mengendalikan sebuah lagi pejabat di Phileo Damansara.

"Rahimi menyertai pada mulanya sebagai seorang sukarelawan. Tetapi beliau kemudian menguruskan semua temu-janji Anwar khususnya ketika tempoh pilihan raya kerana semua pembantu lain sibuk dengan kempen masing-masing," kata seorang lagi kakitangan, Farhash Wafa Salvador.

Yang menarik, Rahimi adalah rakan sekolah Mohd Saiful Bukhari Azlan, di SMK Damansara Utama.

Saiful adalah pembantu kepada Anwar yang mendakwa dirinya diliwat tanpa rela oleh ketua pembangkang itu.

Rahimi juga adalah orang yang memperkenalkan Saiful kepada bossnya itu.

Perkara berkenaan didedahkan oleh Saiful semasa perbicaraan kes liwatnya itu.

Malah, nama Rahimi ditimbulkan sebanyak dua kali pada perbicaraan berkenaan.

Saiful juga membuat pengakuan bahawa Rahimi menghubunginya untuk berbual pada satu ketika pada Mac 2008 sebelum pilihan raya umum diadakan.

Dia Tipu macam Saiful

Posted: 06 Oct 2010 09:17 PM PDT


Rahimi kanan dan Saiful berniat jahat terhadap Bro Anwar. Lakonan saiful kurang mantap dan tercalar dengan kes zina dengan pendakwaraya, pengarah suruh tukar pelakon baru yang lebih cun.

Rahimi Osman bohong - PKR
Harakahdaily

PETALING JAYA, 7 Okt: "Kami berpendapat bahawa Rahimi Osman, bekas pembantu Anwar telah berbohong dalam laporan polisnya yang mendakwa beliau dipaksa membuat surat sumpah.

"Perkara ini akan dijelaskan oleh peguam dalam sidang akhbar tengah hari ini," kata Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Syed Husin Ali.

PKR juga, katanya memandang berat atas percubaan beberapa orang, yang mengakui sebagai penyokonparti untuk menggagalkan sebuah sidang akhbar di Klang, semalam.

"Mereka dilaporkan sebagai bertindak kasar dan mengeluar kata-kata kesat pada masa itu.

"Hal ini tidak membantu kes fitnah kedua terhadap Anwar Ibrahim, bahkan menjejas imej parti," ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily, pagi ini.

Justeru, beliau ingin menegaskan bahawa PKR tidak pernah merestui, apatah lagi mengarah tindakan kumpulan itu.

Menurutnya, orang yang dikatakan memimpin kumpulan itu bukannya Naib Presiden Parti ataupun Pembantu Khas Anwar, seperti mana dilaporkan oleh sesetengah media

Nasihat Charles

Posted: 06 Oct 2010 09:08 PM PDT


Bukan Putera Charles yang bagi nasihat...

Nak berpolitik mesti tahan kena kutuk
Dr Charles Rank

Perkara ini ialah asam garam berpolitik.

Azmin kutuk Mahathir, Mahathir juga sering kali mengutuk Tuan Guru Nik Aziz (TGNA) dan Tuan Guru Abdul Hadi (TGAH) semasa beliau berkuasa. Tapi TGNA dan TGAH tidak pernah melatah dan ahli PAS juga tidak pernah memberi komen dalam akhbar. Yang saya dengar TGNA dan TGAH cuma kutuk Umno. Dan perkara yang disentuh dan dikomen ialah penyelewengan dalam Umno dalam semua hal termasuk kesucian agama Islam.

Tidak pernah kedua Tuan Guru ini mengutuk individu. Ada satu insiden di mana TGNA panggil Umno "barua". Tidak lama kemudian mantan PM kita ini telah mengunjungi Kelantan dan dalam ceramah, beliau terus menghentam TGNA dan mengutuk serta mengaibkan TGNA. Itulah Dr Mahathir yang sebenar.

Apalah sangat nak disanjung mantan Perdana Menteri itu. Projek-projek mega yang telah dijalankan dan sudah terlaksana bukannya dari duit poket dia. Semua duit projek dalam Malaysia ini ialah duit rakyat.

Nak kata beliau perjuangkan bangsa Melayu semasa beliau berkuasa, tidak juga. Saya tengok kaum Melayu tidak ada apa-apa bezapun kalau nak 'dibenchmarkkan' dengan kaum lain. Malah kaum Melayulah yang menjuarai serta menduduki "TOP ON THE LIST" dalam istilah penagihan dadah, peragut, mat rempit, pembuangan bayi, perogol dan rasuah. Inilah wacana yang ditiup dan dicanang atas nama PEMBANGUNAN oleh Umno.

Saya yakin jika ditakdirkan oleh Tuhan Yang Maha Kuasa pada Pilihan Raya Umum 13 yang akan datang ini, parti PAS dapat membentuk kerajaan dengan berpandukan al-Quran dan Hadis. Masalah serta gejala penagihan dadah, mat rempit, pembuangan bayi, peragut, perogol dan rasuah akan pasti dapat dikurangkan, insya Allah.

SPR menyusahkan

Posted: 06 Oct 2010 08:25 PM PDT


SPR DIDAKWA BANTU BN KURANGKAN PENGUNDI – harakah daily

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) cuba membantu BN meminimumkan penyertaan pengundi luar dalam Pilihan Raya Kecil Dun Galas
Dakwaan itu katanya, munasabah memandangkan SPR mengumumkan tarikh penamaan calon dan membuang undi adalah pada hari bekerja iaitu penamaan calon pada Selasa, 26 Oktober manakala mengundi pada Khamis, 4 November depan.

"Pihak Barisan Nasional ingin menentukan bahawa orang-orang Kelantan di perantauan tidak dapat balik," ujarnya petang tadi di Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Shah Alam, di sini.

Menurut beliau, sepatutnya SPR menentukan hari pembuangan undi pada hari cuti, iaitu Sabtu.


TT kata

TAK KAN BARU INI SEDAR


SPR INI BARUA GEROMBOLAN

SENGAJA PILIH HARI KERJA

NAK PASTIKAN RAMAI ORANG TAK DATANG

NASIB BAIK SPR INI TAK ADA KUASA TUHAN

KALAU TIDAK HARI MENGUNDI INI AKAN ADA HUJAN LEBAT

ADA PETIR KILAT PUTING BELIONG DAN BANJIR


JANGAN LUPA PEKARA INI:
kalau pilihanraya boleh mengubah apa apa
sudah lama pilihan raya ini di haramkan

Kutuk Orang Tua

Posted: 06 Oct 2010 08:06 PM PDT


SATU MACAM PUNYA PERLI

KENG YAIK TUA , NASIHAT TAK BOLEH PAKAI LAGI – GERAKAN WP – melayau

Parti Gerakan Wilayah Persekutuan menganggap apa jua dakwaan bekas presiden, Tun Dr. Lim Keng Yaik terhadap kepimpinan penggantinya, Koh Tsu Koon sebagai tidak wajar dan tidak mengikut perkembangan semasa.

Bendaharinya, Alan Chan Fui Gan hari ini berkata, kemungkinan Keng Yaik semakin berusia dan nasihatnya "tidak boleh diguna pakai lagi".

"Saya rasa Tun Lim sudah tua, mungkin cara beliau tak boleh diguna pakai lagi," katanya pada satu sidang akhbar yang turut dihadiri anggota anggota Jawatankuasa Perhubungan Negeri Gerakan Wilayah Persekutuan di sini hari ini.


INI MACAM PERLI SAJE BUNYINYA

DAH TUA... NYANYOK KE?

INI MACAM NAK BAGI TAHU PADA ORANG MELAYU

ORANG MELAYU ADA KE TUN YANG DAH TUA

Pening nak jawab

Posted: 06 Oct 2010 07:51 PM PDT

Kesilapan Soalan Bahasa Melayu, PMR

GB

S
aya ingin membuat pemakluman dan komen bahawa terdapat kepincangan dalam Kertas 1 ,Bahasa Melayu dalam Ujian Penilaian Menengah Rendah hari ini ( 5 Okt 2010).

1) Pertama, soalan nombor 20 yang berikut:

Sungguh amat terindah pemandangan di sekitar pulau peranginan di negeri Sabah itu. (TIADA JAWAPAN yang tepat). Sepatutnya ada jawapan "Indah sungguh atau Sungguh indah".

A. Amat terindah
B. Sungguh amat indah
C. Amat sungguh terindah
D. Sungguh amat terindah

Jawapan A salah kerana imbuhan 'ter' adalah bersalahan. Jawapan B, C dan D itu tidak boleh diterima kerana 'kata sifat super' berulang-ulang. Perkataan 'amat' menunjukkan 'sifat bersangatan' (superlative) dan perkataan 'amat' juga menunjukkan 'sifat bersangatan' yang sama. (Namun , kalau ingin diterima ; boleh dirujuk jawapan "B").

2) Kedua, soalan nombor 23:

Semua jawapan adalah bersalahan dari segi etika penggunaan tata bahasa, khasnya dalam peperiksaan penting ini. Perkataan 'banyak orang' yang digunakan dalam semua jawapan adalah salah, yang mana sepatutnya di ganti dengan 'ramai orang'. ( Namun dari segi maksud ; sememangnya jawapan "'A"' paling hampir untuk memenuhi kehendak soalan).


3) Ketiga, soalan nombor 27:

Tidak ada jawapan.

i-Yang berkaca mata itu bijak berpantun dan bersyair
(ayat ini salah kerana penggunaan perkataan 'yang' di awal ayat).

ii-Buku-buku teks yang dibawanya itu penuh hingga satu beg.
(ayat ini membawa maksud buku teks itu yang penuh, bukan beg itu yang penuh).

iii- Rendang ayam yang dimasak itu telah habis dimakan adik tengah hari tadi.
(ayat ini sepatutnya: Rendang ayam yang dimasak itu telah habis dimakan oleh adik tengah hari tadi).

iv-Penggunaan pengangkutan awam ke tempat kerja mampu mnengelakkan kesesakan lalu lintas.
(ayat ini betul ).

Jawapan yang disediakan kepada calon peperiksaan :

A. I dan IV
B. II dan III
C. I, III dan IV sahaja
D. II, III dan IV sahaja.

Komen:

Kalau pun ada jawapan, sepatutnya disediakan jawapan

- iii dan iv , ( seandainya jawapam {iii} ini ingin diterima oleh panel pemeriksa)
- iv sahaja ,

sedangkan pilihan jawapan ini tidak diberikan/disediakan.

Sekian, ini komen saya demi kebaikan semua. Secara peribadi saya amat menghargai jika pihak kementerian sudi menilai semula soalan-soalan tersebut demi keadilan kepada semua pelajar PMR yang mana mencengkam emosi mereka serta berlaku pembaziran masa ketika menjawabnya.

Sekian, terima kasih. -Ibni Khalid Jurait


20 sen punya hal

Posted: 06 Oct 2010 07:41 PM PDT


Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia.

Telah menjadi kebiasaan baginya menaiki bas untuk pergi ke masjid. Pada suatu hari, selepas Imam membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada sepatutnya sebanyak 20 sen.

Sepanjang perjalanan Imam memikirkan tentang wang 20 sen tersebut. "Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?" Imam bertanya kepada dirinya. "Ah… syarikat bas ni dah kaya… setakat 20 sen ni… nak beli tosei pun tak cukup," kata Imam.

Apabila tiba di hadapan masjid, Imam menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti. Ketika Imam ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas sambil memulangkan wang 20 sen. "Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen," kata Imam kepada pemandu bas.

"Ohhh…!!! Terima kasih!!! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni… kan sedikit je nilainya," kata pemandu bas. Imam menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur." Pemandu bas tersenyum, dan berkata,

"Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam."

Imam turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah!!! Ampunkan daku Ya Allah… Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!

Sahabat-sahabatku sekalian… Apa yang anda dapat daripada peristiwa di atas? Ingatlah… Kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai 'tingkap' untuk melihat ke dalam dunia Islam.

Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh teladan yang baik.

"DUNIA sebagai ALAT — AKHIRAT sebagai MATLAMAT"

* * *

Di dunia, bercucuk tanam. Di akhirat, musim menuai.

Dewan Pemuda Pas Kawasan Pasir Gudang

Posted: 07 Oct 2010 03:17 PM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Pasir Gudang


Galas: SPR pilih tarikh ikut kehendak Umno?

Posted: 06 Oct 2010 04:39 PM PDT

KOTA BHARU, 6 Okt: Ada ketika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mahu peratusan keluar mengundi lebih ramai, namun dalam masa yang sama hari mengundi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas diadakan pada hari bekerja.


Ia seumpama kata orang cakap tidak serupa bikin. Malah ada pihak menggambarkan SPR mempunyai tuan yang lebih berkuasa iaitu pemimpin Umno.

Ketua Penerangan PAS Kelantan, Dr Mohamad Fadzli Hassan (kiri) berkata, SPR sepatutnya mengambil kira banyak situasi dalam menentukan tarikh pilihan raya kecil Dun Galas termasuk persidangan Dun Kelantan.

"Ketika itu persidangan Dun Kelantan sedang berlangsung dan perasmiannya akan disempurnakan Al-Sultan Kelantan pada 1 November.

"Persidangan Dun diadakan bermula 1 hingga 8 November. Saya hairan mengapa SPR tidak mengambil kira perkara tersebut. Tentunya program besar seperti itu ada dalam pengetahuan mereka," katanya di sini.

Hari ini SPR menetapkan tarikh pilihan raya kecil Dun Galas, Gua Musang diadakan pada hari Khamis, 4 November depan, manakala penamaan calon pada hari Selasa, 26 Oktober ini
Perkara itu diumumkan Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar di Putrajaya.

Pada pilihan raya tersebut SPR menggunakan Daftar Pemilih Induk 2009 dan digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama dan Suku Tahun Kedua 2010.

Jumlah pengundi seramai 11,553 orang, di mana 27 daripadanya merupakan pengundi pos.

Dr Fadzli yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, SPR sepatutnya mempamerkan sikap tidak berpihak dalam menentukan tarikh pilihan raya kecil.

Bagaimanapun katanya, PAS tetap akan meneruskan cabaran bagi mempertahankan Dun tersebut dengan menggerakkan seluruh jentera PAS dengan dibantu Pakatan Rakyat dari seluruh negara.

"Kita tahu Umno akan menggunakan sepenuhnya jentera kerajaan Malaysia bagi berdepan dengan PAS pada pilihan raya tersebut," katanya.

Satu sumber pula memberitahu mesyuarat penyelarasan jabatan-jabatan kerajaan pusat bagi membantu kempen calon BN telah diadakan termasuk membabitkan Kementerian Perdagangan Dalam dan Hal Ehwal Pengguna.
Yang Dipertua PAS Bachok, Datuk Omar Mohamed berkata, tindakan SPR menetapkan hari pengundian pada hari bekerja tentunya akan menyukarkan orang ramai keluar mengundi.
"Saya pun hairan sebelum ini SPR berkempen supaya pengundi keluar mengundi, namun dalam masa yang sama ditetapkan hari mengundi di Galas pada hari Khamis," ujarnya.
Menurutnya keadaan itu tentunya sedikit sebanyak menyukarkan pengundi keluar mengundi lebih-lebih lagi Dun Galas meliputi kawasan yang luas.
Naib Yang Dipertua PAS Tumpat, Che Abdullah Mat Nawi (kanan) berkata, SPR tidak sensitif terhadap persidangan Dun Kelantan yang juga berlangsung pada hari tersebut.
Katanya, tarikh persidangan Dun sudah lama ditetapkan dan SPR mustahil tidak mengetahui perkara itu kalau merujuk terlebih dahulu kepada kerajaan negeri.
Namun kata beliau apa yang jelas SPR lebih mengambil kira perkembangan yang berlaku dalam Umno dalam menentukan segala tindakan.
Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa berkata, tarikh penamaan calon dan hari mengundi di Galas bertindan dengan tarikh sambutan ulangtahun ke-20 kerajaan PAS Kelantan.
"Program itu merupakan satu program besar di peringkat negeri. Selain itu ia bertembung dengan tarikh persidangan Dun yang bermula 1 November ini," katanya di Kota Darulnaim.

Menurutnya SPR hanya mengambil kira persidangan Agung Umno, sedangkan ia adalah urusan parti.

"Nampak sangatlah SPR tidak peka terhadap program kerajaan di Kelantan. Sepatutnya mereka lebih peka hal sebegini," kata beliau.


harakahdaily.net

Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Ayer Hitam

Posted: 07 Oct 2010 03:14 PM PDT

Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Ayer Hitam


Sidang Akhbar Penjelasan Isu Hutang Air Negeri Kedah

Posted: 06 Oct 2010 07:23 PM PDT

Ditulis oleh Azman Ahmad 


Sidang akhbar isu kenaikkan tarif air oleh YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak pada 5hb September.
Rakaman tersebut boleh di ikuti di laman Web TV AMAN TV

Eksklusif!!! MB BONGKAR KELEMAHAN & SALAH LAKU KERAJAAN LALU BERHUBUNG ISU AIR

Posted: 06 Oct 2010 07:21 PM PDT

Ditulis oleh AMELIA HASHIM 


"Oleh kerana Kerajaan dahulu tidak pernah bayar hutang ini maka hutang itu bertapok-tapok. Itu adalah hakikat.

"Bukan saya memutar belitkan fakta saya mendapat figure ini daripada Pegawai Kewangan Negeri yang dibentangkan dalam mesyuarat exco. Jadi saya rasa pihak berkenaan  tak faham kenapa hutang air banyak," kata Menteri Besar Kedah YAB Ustaz Azizan Abdul Razak kepada media, di sini, hari ini.

Menurutnya, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan  mempunyai  polisi yang sama iaitu membantu rakyat, termasuklah  pembangunan Kerajaan Negeri dalam   membaik pulih serta meningkatkan perkhidmatan bekalan air untuk rakyat.
Untuk tujuan itu, katanya, seawal tahun 1980-an  Kerajaan Pusat menawarkan geran kepada Kerajaan Negeri, yang membolehkan projek bekalan air dibuat dengan sempurna tanpa bayar balik.
Ujarnya, sistem ini dikenali sebagai 'Geran' dan dengan geran ini seluruh negeri dapat mengatasi masalah bekalan air.

"Tapi masa itu pemimpin kerajaan negeri Kedah terlampau 'baik', saya tak tahu siapa Menteri Besarnya, dia terlampau baik dan tidak mahu menerima geran sebaliknya hendak berhutang, nak pinjam. Maknanya dia pi ambil duit dari Kerajaan Pusat dia kena bayar balik. Geran tak payah bayar balik di bawah skim Perkhidmatan Sosial.

"Itulah (sebabnya) maka Kerajaan Pusat bagi pinjaman kepada Kerajaan Negeri bukan geran, hutang kena bayar balik. Tapi dia tak bayar hutang (pun). Maka bertimbun-timbunlah hutang,' katanya kepada media bagi menjelaskan  dakwaan Ketua Pembangkang YB Dato' Mahdzir Khalid yang tersiar dalam sebuah akhbar tempatan.

Menurutnya, pembiayaan pembangunan air berdasarkan geran, terikat dengan syarat iaitu penentuan siapa yang menjadi kontraktor adalah oleh Kementerian Kewangan.
Sebaliknya jika berhutang, Kerajaan Negeri ada pilihan sendiri untuk memberikan kepada orang-orang tertentu.

"Saya nak berterus terang di sini saya mendapat tahu apabila mengkaji laporan yang dibagi kepada saya oleh pihak officio. Kata pegawai itu pemimpin waktu itu tak mahu geran walaupun Kerajaan Pusat menawarkan, mereka memilih untuk berhutang, maknanya hak Kerajaan Negeri mengagihkan kepada siapa yang dia suka bagi  membangun semua projek sama ada loji air atau pemasangan paip. Itu punya keistimewaan jadi yang itu dia Berjaya," katanya.

Bagi menguatkan kebenaran ini, katanya, pihaknya mempunyai rekod mengenai orang-orang yang terlibat di belakang semua syarikat-sayrikat air ini iaitu pihak yang diberi hak kontrak berkenaan dan mereka adalah pemimpin Barisan Nasional dahulu.

Berikutan itu, katanya, sehingga hari ini pinjaman yang mereka buat kepada Kerajaan Pusat tidak pernah dibayar sepanjang-panjang mereka mentadbir negeri Kedah dan pemimpin sekarang sedang berusaha untuk melunaskan hutang-hutang berkenaan.

Beliau yang lebih suka berdiam tetapi terpaksa memberi kenyaan akhbar kerana pihak pemimpin dahulu  mendakwanya memutar belit kenyataan.

Katanya, Syarikat bekalan Air Darul Aman (SADA) adalah pengkorporatan bukan pengswastaan. Kerajaan dahulu yang mengswastakan bekalan air kepada Taliworks Sdn Bhd. Pada tahun 2009 misalnya, kerajaan sekarang terpaksa membayar sebanyak RM 39 juta sedangkan kutipan yang kerajaan negeri dapat hanya RM14 juta. Ini bermakna jumlah kerugian yang kerajaan terpaksa tanggung sebanyak RM25 juta. Ini akan berlarutan sehingga perjanjian tamat pada 2020.

"Sebelum ini bekalan air di kebanyakan negeri dibawah Jabatan Bekalan Air  atau Jabatan Kerja Raya dan tahun 1990-an mereka swastakan dan kita tahu kepada siapa mereka swastakan," katanya.
Beliau kesal dengan dakwaan itu, sedangkan bagi pihak kerajaan sekarang beliau berkerja keras mencari jalan untuk menyelesaikan kehidupan  rakyat dan bebanan membayar hutang yang dibuat oleh pemerintah dahulu.

Justeru itu, kenaikkan tarif air sepatutnya tidak timbul sebagai isu. Ini kerana semakan semula tarif air adalah dari Kerajaan Pusat yang mahu menyeragamkan berikutan kos pengurusan dan penggunaan semakin meningkat.

Beliau mendedahkan lagi persoalan yang timbul dalam pembinaan loji di Padang Sanai oleh kerajaan lalu dengan kapasiti 5 juta meter padu air sehari dengan harga RM155 juta yang diberi kepada syarikat yang ada hubungkait dengan mereka. Sedangkan harga munasabah bagi loji itu dengan kapasiti pengeluaran air yang sama paling harga antara RM50 juta hingga RM60 juta sahaja. Begitu juga dengan pembinaan loji di Lubuk Buntar yang pada asalnya untuk naik taraf tetapi diubah kepada loji baru dan meminjam sebanyak RM40 juta.

Katanya, perbezaan kos yang melambung ini menyebabkan hutang  menimbun dan pimpinan dahulu sepanjang-pangjang memerintah negeri Kedah tidak pernah membayar hutang-hutang berkenaan.
Justeru itu pada tahun 2006  satu akta dikeluarkan oleh kerajaan pusat dan diluluskan dalam parlimen  iaitu Akta Perkhidmatan Air Negara yang menjalankan  pengawalan ke atas sumber air  yang diperolehi dari Kerajaan Negeri dan  perkhidmatan oleh Kerajaan Pusat.

Ekoran dari itu bagi pengstrukturan semula pengambilalihan bekalan air ditubuhkan dua badan iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) yang mana SPAN berperanan mengawal selia air dan mengeluarkan lesen manakala  PAAB bertanggungjawab mengutip  hutang kerajaan negeri selama 40 tahun dan selepas itu diserah balik kepada Kerajaan Negeri.

 

RASIONAL TERHADAP KENAIKAN TARIF AIR DI KEDAH

Posted: 06 Oct 2010 07:18 PM PDT

 Ditulis oleh ZULKIFLI YAHAYA 

Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Bekalan Air Darulaman (SADA) Dato' Adzmi Haji Din mengumumkan kenaikan tarif air di Kedah mulai 1 Oktober 2010. Secara puratanya kenaikan tarif air hanyalah RM0.10 bagi setiap meter padu air.

Kali terakhir tarif air di Kedah di semak ialah pada 1 Mac 1993. Mulai tarikh itu sehingga 30 September 2010, harga satu meter padu air ialah RM0.40. Ia adalah harga air yang kedua terendah di Malaysia selepas Pulau Pinang. Harga semeter padu air di Pulau Pinang hanya RM0.30, manakala perlis yang berada di tempat ke tiga terendah ialah RM0.48. Kedua-kedua negeri itu mendapat sumber air percuma dari sungai serta kawasan tadahannya yang berada di Kedah.

Sepanjang 17 tahun tarif air tidak pernah naik di Kedah, harga petrol naik berpuluh-puluh kali. Kenaikan harga petrol menyebabkan semua perkhidmatan yang berkaitan dengannya juga naik. Antaranya ialah tarif elektrik yang naik entah berapa kali sepanjang tempoh 17 tahun itu.

Maka jika kerajaan negeri, melalui SADA mengumumkan kenaikan tarif air mulai 1 Oktober 2010 maka ia adalah tindakan yang sangat munasabah.

Dalam isu kenaikan tarif air ini, kita boleh memberikan alasan munasabah yang melampaui batas keraguan.

Pertama: Semakan dan pelarasan tarif air ini adalah arahan dari Kerajaan Pusat setelah melihat kegagalan pengurusan air di hampir kesemua negeri di Malaysia akibat dari hasil air yang dikutip tidak seimbang dengan belanja pengurusan yang tinggi.

Semakan dan pelarasan yang diumumkan Kedah ini telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan mengikut Peraturan-Peraturan Industri Perkhidmatan Air (Kadar Perkhidmatan Bekalan Air - Negeri Kedah) 2010.

Maknanya, Pusat sudah merestuinya. Pusat pasti merestuinya kerana ia memudahkan kerajaan negeri untuk membayar balik hutang pengurusan air kepada Pusat sebanyak RM50 juta setahun.

Kenaikan akan juga berlaku di negeri-negeri lain, termasuk negeri yang sealiran dengan Pusat. Cuma Kedah yang mula dahulu.
Kedua: Kenaikan ini tidak dapat dielak memandangkan kos pengeluaran dan pengurusan bekalan air meningkat yang meningkat. Contohnya,  kos berdasarkan  kuantiti bahan kimia yang dibeli untuk mengolah dan merawat air juga meningkat. Misalnya RM1,977,334.81 pada tahun 2003 kepada RM4,792,296.03 pada tahun 2009. Bahan kimia ini termasuklah Polyaluminium Chloride, Sodium Silicoflouride, Chlorine dan Hydrated Lime yang diguna untuk membersih air dalam tangki-tangki.

Antara yang naik juga ialah tarif elektrik. Lebih 50 peratus kos pengeluaran air ialah kos elektrik. Ia menjadikan kos yang terpaksa dibayar kepada TNB juga bertambah. Minsalnya hanya sebanyak RM11,575,058.47 pada tahun 2003 meningkat menjadi  RM26,091,689.06 pada tahun 2009. Kenaikan tarif elektrik mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan kenaikan harga minyak. Air naik kerana elektrik naik, elektrik naik kerana minyak bahan bakar naik.

Ketiga: Perjanjian lama yang merugikan. Satu lagi faktor khusus yang mengakibatkan peningkatan kos ialah perjanjian pengurusan bekalan air dengan pihak swasta yang dibuat di zaman kerajaan terdahulu merugikan pihak kerajaan. Jabatan Bekalan Air Kedah (sekarang SADA) terpaksa membayar kepada syarikat Utara Indah Sdn. Bhd. Lebih RM327 juta bagi tempoh 2003 hingga 2009 dan Taliworks (Langkawi) Sdn. Bhd sebanyak RM206 juta sepanjang tempoh yang sama.

Pada tahun 2009 sahaja kerajaan terpaksa membayar kepada Taliworks RM39 juta sedangkan kutipan hasil air di Langkawi hanya sebanyak RM14 juta, bermakna kerajaan terpaksa 'top up' sebanyak RM25. Tiap-tiap tahun kerajaan terpaksa 'top up' pembayaran kepada Taliworks akibat caj yang dikenakan oleh syarikat swasta itu terlalu tinggi, tidak sepadan dengan perkhidmatan yang diberikan dan tidak sepadan dengan kutipan hasil air. Jika kerajaan melalui JBA/SADA yang uruskan sendiri harga pengurusannya jauh lebih murah. Soalnya mengapa kerajaan dahulu mengswastakannya?

Begitu juga perjanjian dengan syarikat Utara Indah Sdn Bhd yang diberi tugas merawat air di loji Pelubang, Jitra. Bayaran dibuat berdasarkan kapasiti air yang dirawat bukannya kapasiti air yang sampai kepada pengguna. Hakikatnya kapasiti air yang sampai kepada pengguna hanya kira-kira 55 peratus. Bermakna kerajaan hanya 'menderma' kepada syarikat tersebut untuk kerja merawat baki 45 peratus air yang tidak sampai kepada pengguna.

Harga barangan atau perkhidmatan apa pun tidak pernah kekal sehingga melebihi 17 tahun. Begitu juga air.
Pada penggunaan biasa di rumah-rumah, kenaikan hanyalah antara  RM3 hingga RM7 setiap bulan. Tiada rakyat yang akan papa kedana hanya kerana menambah perbelanjaan RM3-RM7 setiap bulan. Yang penting rakyat akan merasakan perkhidmatan yang lebih baik selepas kenaikan ini.

 

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 07 Oct 2010 03:14 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


APA YANG DINANTI TELAH TERBUKTI ! BERUNTUNGNYA RAKYAT SELANGOR

Posted: 07 Oct 2010 12:21 AM PDT

Tahniah, Selangor. terima kasih Pakatan rakyat Negeri selangor kerana hendak bagi buku teks agama percuma.

Abd Aziz Abd Ghani
TAHNIAH! TAHNIAH! dan TAHNIAH Kerajaan Selangor atas pemberian buku teks ini. Sebenarnya sudah lama rakyat Selangor menantikan berita baik ini.

Insya Allah mulai tahun ini, saya akan membayar zakat saya kepada Pusat Pungutan Zakat Selangor yang selama ini saya membayarnya kepada PPZ (Wilayah Persekutuan).

Walaupun ianya tidak banyak tetapi insya Alah bayaran zakat saya dapat membantu Kerajaan Selangor menguruskan hal ini dengan jayanya.

Mungkin juga Kerajaan Selangor dapat 'panjangkan' kemudahan seperti ini untuk bayaran 'yuran bulanan' sekolah agama pula yang kini dikenakan antara RM10 hingga RM20 sebulan bagi setiap pelajar.

Insya Allah, Allah terus memberkati kerajaan Selangor. Allahu akbar...Allahu akbar...Allahu akbar…

Biarkan Umno terjun dengan labu-labunya….....biarkan...biarkan…

KEJAHATAN ES PI AR DI GALAS , RAKYAT AKAN BALAS, UMNO AKAN DAPAT TEMPIAS

Posted: 06 Oct 2010 09:05 PM PDT

Ketua Penerangan PAS Kelantan, Dr Mohamad Fadzli Hassan (kiri) berkata, SPR sepatutnya mengambil kira banyak situasi dalam menentukan tarikh pilihan raya kecil Dun Galas termasuk persidangan Dun Kelantan.

"Ketika itu persidangan Dun Kelantan sedang berlangsung dan perasmiannya akan disempurnakan Al-Sultan Kelantan pada 1 November.

"Persidangan Dun diadakan bermula 1 hingga 8 November. Saya hairan mengapa SPR tidak mengambil kira perkara tersebut. Tentunya program besar seperti itu ada dalam pengetahuan mereka," katanya di sini.

Hari ini SPR menetapkan tarikh pilihan raya kecil Dun Galas, Gua Musang diadakan pada hari Khamis, 4 November depan, manakala penamaan calon pada hari Selasa, 26 Oktober ini.

Perkara itu diumumkan Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar di Putrajaya.

Pada pilihan raya tersebut SPR menggunakan Daftar Pemilih Induk 2009 dan digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama dan Suku Tahun Kedua 2010.

Jumlah pengundi seramai 11,553 orang, di mana 27 daripadanya merupakan pengundi pos.

Dr Fadzli yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, SPR sepatutnya mempamerkan sikap tidak berpihak dalam menentukan tarikh pilihan raya kecil.

Bagaimanapun katanya, PAS tetap akan meneruskan cabaran bagi mempertahankan Dun tersebut dengan menggerakkan seluruh jentera PAS dengan dibantu Pakatan Rakyat dari seluruh negara.

"Kita tahu Umno akan menggunakan sepenuhnya jentera kerajaan Malaysia bagi berdepan dengan PAS pada pilihan raya tersebut," katanya.

Satu sumber pula memberitahu mesyuarat penyelarasan jabatan-jabatan kerajaan pusat bagi membantu kempen calon BN telah diadakan termasuk membabitkan Kementerian Perdagangan Dalam dan Hal Ehwal Pengguna.

Yang Dipertua PAS Bachok, Datuk Omar Mohamed berkata, tindakan SPR menetapkan hari pengundian pada hari bekerja tentunya akan menyukarkan orang ramai keluar mengundi.

"Saya pun hairan sebelum ini SPR berkempen supaya pengundi keluar mengundi, namun dalam masa yang sama ditetapkan hari mengundi di Galas pada hari Khamis," ujarnya.

Menurutnya keadaan itu tentunya sedikit sebanyak menyukarkan pengundi keluar mengundi lebih-lebih lagi Dun Galas meliputi kawasan yang luas.

Naib Yang Dipertua PAS Tumpat, Che Abdullah Mat Nawi (kanan) berkata, SPR tidak sensitif terhadap persidangan Dun Kelantan yang juga berlangsung pada hari tersebut.

Katanya, tarikh persidangan Dun sudah lama ditetapkan dan SPR mustahil tidak mengetahui perkara itu kalau merujuk terlebih dahulu kepada kerajaan negeri.

Namun kata beliau apa yang jelas SPR lebih mengambil kira perkembangan yang berlaku dalam Umno dalam menentukan segala tindakan.

Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa berkata, tarikh penamaan calon dan hari mengundi di Galas bertindan dengan tarikh sambutan ulangtahun ke-20 kerajaan PAS Kelantan.

"Program itu merupakan satu program besar di peringkat negeri. Selain itu ia bertembung dengan tarikh persidangan Dun yang bermula 1 November ini," katanya di Kota Darulnaim.

Menurutnya SPR hanya mengambil kira persidangan Agung Umno, sedangkan ia adalah urusan parti.

"Nampak sangatlah SPR tidak peka terhadap program kerajaan di Kelantan. Sepatutnya mereka lebih peka hal sebegini," kata beliau.

TENGKU RAZALEIGH SAKSI TERBAIK KEMPEN GALAS

Posted: 06 Oct 2010 07:53 PM PDT



GUA MUSANG: Bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, beliau sedia menjadi saksi bagi pihak Kerajaan Negeri Kelantan sekiranya kerajaan negeri itu membawa kes tuntutan royalti minyak ke mahkamah.

Anggota Parlimen Gua Musang itu berkata tawaran itu dibuat kerana beliau lebih mengetahui mengenai latarbelakang isu berkenaan berikutan pernah dilantik sebagai orang yang bertanggungjawab dan ditugaskan menubuh Petronas serta terbabit dalam penyediaan Akta Petroleum.

"Saya boleh jadi saksi mengenai perkara itu kerana Akta Petroleum yang dipakai sampai sekarang adalah adil untuk kerajaan negeri membuat tuntutan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Iba Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Chiku 2.

Sebelum inijavascript:void(0), Exco Kerajaan Negeri Kelantan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Royalti, Datuk Husam Musa berkata kerajaan negeri Kelantan telah membawa isu royalti minyak ke mahkamah pada 30 Ogos yang lalu.

Kerajaan Negeri Kelantan yang diterajui PAS bertegas mahukan kerajaan pusat membayar royalti minyak dan bukan wang ihsan walaupun mengikut peraturan, negeri tersebut tidak layak menerima royalti kerana dua telaga minyak yang didakwa milik Kelantan terletak lebih 3 batu nautika dari pesisiran pantai negeri itu.

Kerajaan pusat setakat ini telah menyerahkan wang ihsan sebanyak RM25 juta kepada Kelantan.

Tengku Razaleigh yang juga Ketua Umno Bahagian Gua Musang berkata, Akta Petroleum memberi hak kepada negeri-negeri yang mengeluarkan minyak menuntut hak royalti minyak.

KUTBAH TERBUKA JAIS UNTUK RAHIMI

Posted: 06 Oct 2010 05:52 PM PDT


"Sesungguhnya orang-orang yang suka menghebahkan tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat dan ingatlah Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian)". An-Nur :19


Ayat di atas menyatakan mengenai kemurkaan Allah kepada golongan yang suka memfitnah dan membuat tuduhan kepada orang lain. Islam melarang sama sekali perbuatan tersebut kerana boleh mencemarkan maruah.

Meskipun demikian dianjurkan untuk kita menegur dan menasihati kesalahan dan kesilapan saudara kita tanpa mendedahkan 'aibnya. Ini adalah lebih baik daripada menyebarkan kesalahan orang khasnya penyebaran fitnah terhadap orang-orang yang dikenali sebagai orang yang baik.

Namun dalam masyarakat kita pada hari ini terdapat segelintir daripada kalangan kita yang gemar berjanji untuk menyimpan rahsia keburukan saudaranya, tetapi kemudiannya menceritakan kepada orang lain dengan mensyaratkan janji yang sama untuk tidak menceritakan kepada orang lain. Jika setiap orang melakukan perkara yang sama sudah pasti berita tersebut akan lebih cepat tersebar dan diketahui oIeh orang ramai.

Baca SELANJUTNYA khutbah JAIS


Akuan sumpah: Ketua Penerangan PKR nafi dakwaan bekas pembantu Anwar
Oleh Clara Chooi
KUALA LUMPUR, 6 Okt – Ketua Penerangan PKR Latheefa Koya turut menafikan dakwaan bahawa beliau telah memaksa seorang saksi kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim agar menandatangani dua akuan bersumpah mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

Latheefa mendakwa saksi itu Rahimi Osman, yang satu ketika dulu merupakan pembantu Anwar secara "sukarela" telah bekerjasama dengan pasukan guaman penasihat PKR itu semasa menandatangani akuan bersumpah itu pada Jun 2008.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya mengenakan tekanan ke atas dia.

"Ketika itu dia merupakan saksi yang berpotensi dalam kes Anwar, sebagai sebahagian daripada pasukan pembela, kami hanya menyediakan kenyataan-kenyataan melibatkan saksi-saksi berpotensi, yang merupakan perkara biasa dalam mana-mana pembelaan perundangan," kata beliau dalam kenyataan SMS petang tadi.

Latheefa yang melabel dakwaan Rahimi ke atas dirinya dan anggota PKR yang lain sebagai "fitnah dan tohmahan" bercadang mengambil tindakan ke atas bekas pembantu Anwar itu.

Terdahulu ketika dihubungi oleh The Malaysian Insider, Latheefa berkata adalah sesuatu yang tidak masuk akal Rahimi boleh membuat kenyataan bahawa dia dipaksa menandatangani deklarasi seumpama itu memandangkan ia tidak digunakan oleh pasukan pembela setakat ini.

"Kami hanya menghimpunkan kenyataan daripada saksi-saksi yang kenal Mohd Saiful Bukhari Azlan dan dia (Rahimi) kenal sangat (saksi utama itu)," katanya lagi.

Rahimi adalah rakan satu sekolah Saiful dan dipercayai telah dirujuk kepada Anwar agar mengambil dia kerja pada 2008.

"Akuan-akuan bersumpah tidak menyelesaikan masalah kami sebab ia tidak digunakan... ia bukan sesuatu yang luar biasa.

"Lebih-lebih lagi, apa sahaja yang dinyatakan dalam akuan bersumpah itu sudah pun dibangkitkan dalam perbicaraan," kata Latheefa.

Justeru katanya, beliau akan memanggil satu sidang media dalam waktu terdekat.

Terdahulu, peguam pasukan Anwar, Sankara Nair dalam reaksinya menafikan dakwaan Rahimi bahawa bekas pembantu Ketua Umum Pakatan Rakyat itu telah dipaksa menandatangani dua akuan bersumpah berkaitan kes liwat akhir Jun 2008.

Sankara berkata, Rahimi menandatangani akuan bersumpah itu secara sukarela selepas mengadakan pertemuan dengan peguam-peguam Anwar di Quality Hotel dua tahun lalu.

"Saya hendak menegaskan di sini bahawa Rahimi tidak dipaksa menandatangani akuan bersumpah. Dia menyediakan akuan bersumpah secara sukarela yang memihak kepada Anwar," katanya.

"Dia (Rahimi) dengan bebas memberi maklumat... saya hadir bersama dengan beberapa peguam semasa dia menerangkan apa yang sebenarnya telah berlaku," kata beliau kepada The Malaysian Insider petang ini.


Sankara juga berkata Latheefa, yang juga salah seorang peguam kes Anwar dalam kes liwat terbaru sekarang ditanggungjawabkan untuk mendapatkan tandatangan Rahimi pada akuan bersumpah yang dimaksudkan.

Petang tadi, Rahimi mendakwa beliau telah dipaksa mengaitkan Najib dan Rosmah kes liwat kedua dihadapi Anwar dengan menandatangani dua akuan bersumpah.

Rahimi berkata beliau telah dipaksa menandatangani akuan bersumpah pada 28 Jun 2008, yang mendakwa Najib dan Rosmah mendalangi konspirasi terhadap Anwar dalam kes liwat melibatkan bekas pembantunya, Mohd Saiful.

Saiful mendakwa dia diliwat Anwar beberapa hari sebelum itu dan kes itu sedang berlangsung.
Laporan polis dibuat Rahimi kira-kira 3.03 petang tadi.

Dalam laporan itu, Rahimi mendakwa beliau telah dipaksa menandatangani dua akuan bersumpah oleh Latheefa dan juga beberapa anggota parti di Quality Hotel akhir Jun 2008 - TMI

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 07 Oct 2010 03:13 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


PASTI RAMAI YANG NAK LAHIRKAN 'ANAK LUAR NIKAH'

Posted: 06 Oct 2010 08:00 PM PDT

"Nasi sudah menjadi bubur" !!!! Apakah kerana tindakan itu tidak dapat menangani masalah kerosakan moral remaja? Malah, tindakan seumpama itu hanya menggalakkan perlakuan antimoral dan meningkatkan kecanduan remaja terhadap seks bebas dan perilaku seumpamanya.

 

Apabila kerajaan Melaka menubuhkan Sekolah Harapan dengan niat untuk menyelamatkan bayi yang tidak berdosa daripada dibuang/dibunuh, namun pada masa yang sama gejala seks bebas akan turut berleluasa. Hal ini demikian kerana remaja yang terlanjur berpendapat "Ah, tak kisahlah kalau mengandung! Paling teruk pun mak bapa aku hantar ke Sekolah Harapan." Walhal tindakan yang tegas dan menurut kehendak syariah perlu dilaksanakan untuk memberantas gejala negatif ini.

 
Saya tidak mahu mengulas panjang kerana artikel sebelum ini sudah menyatakan perkara yang mahu saya tegaskan. Jadi berita kelahiran anak luar nikah pertama di Sekolah Harapan ini bukanlah suatu berita gembira tetapi berita ngeri yang bakal menghantui masyarakat Malaysia terutamanya yang beragama Islam!

Saya petik:
[Kosmo] MELAKA – Seorang pelajar Sekolah Harapan, institusi khas untuk remaja hamil luar nikah di Jasin di sini, selamat melahirkan seorang bayi lelaki Isnin lalu.

Pengerusi Sekolah Harapan, Datuk Ab. Rahaman Ab. Karim (gambar) berkata, pelajar perempuan berusia 17 tahun berasal dari Melaka itu dimasukkan ke Hospital Jasin pada pukul 5 pagi setelah menunjukkan tanda-tanda hendak bersalin.

"Pelajar ini selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.6 kilogram pada pukul 8 pagi," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Penubuhan Sekolah Harapan dicetuskan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang bertujuan memberi perlindungan kepada remaja hamil luar nikah selain menangani gejala buang bayi yang semakin berleluasa.

Sekolah Harapan yang dikendalikan oleh Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) itu menerima kumpulan pertama lima pelajarnya pada 20 September lalu....

Artis Malaysia Pun Dah Buat Lagu Lucah

Posted: 06 Oct 2010 06:12 PM PDT



Lagu Mizz Nina What You Waiting For mungkin dah ramai dengar,tapi perasan tak lagu tu tentang sex.Cuba perhatikan

(colby)
Baby, I never seen someone with your body
you make me want get this party started
Hey baby, come I tell me what this all, baby, baby
Tell me what you what you waiting for

(mizz nina )
Baby, I never seen someone with your body
You make me wanna get a little naughty
Hey baby come in get it it's all yours, baby, baby
Tell me what you what you waiting for

(colby)
Its your birthday
So tell me what you want to

(mizz nina )
Its my birthday
I really wanna get with you

(colby)
Drop the beat now and may be we can get it started

(mizz nina )
Well go insane and take you to the after party

(colby)
So what's your name
Hey baby what's your name (oh yeah)

(mizz nina )
Sexys my name
Yeah sexys my name

(colby)
OK and whats your game
Hey baby what's your game

(mizz nina )
OK I like to play
I I like to play

(colby)
Baby, I never seen someone with your body
you make me want get this party started
Hey baby, come I tell me what this all, baby, baby
Tell me what you what you waiting for

(mizz nina )
Baby, I never seen someone with your body
You make me wanna get a little naughty
Hey baby come in get it it's all yours, baby, baby
Tell me what you what you waiting for

(colby)
Hey sexy girl from Kuala~lala Lumpur

(mizz nina )
Hey baby that's me I'll be on the dance floor

(colby)
I got you with suprise we pop in up in VIP

(mizz nina )
and if I ask nice can I take you home with me

(colby)
So what's your name
Hey baby what's your name (oh yeah)

(mizz nina )
Sexys my name
Yeah sexys my name

(colby)
OK and whats your game
Hey baby what's your game

(mizz nina )
OK I like to play
I I like to play

(colby)
So what's your name
Hey baby what's your name (oh yeah)

(mizz nina )
Sexys my name
Yeah sexys my name

(colby)
OK and whats your game
Hey baby what's your game

(mizz nina )
OK I like to play
I I like to play

(colby)
Baby, I never seen someone with your body
you make me want get this party started
Hey baby, come I tell me what this all, baby, baby
Tell me what you what you waiting for

(mizz nina )
Baby, I never seen someone with your body
You make me wanna get a little naughty
Hey baby come in get it it's all yours, baby, baby
Tell me what you what you waiting for

(colby & mizz nina )
Baby let's get crazy
Come and lose control

(mizz nina )
You want to tear up the after party
I know you want some more

(colby)
I wanna see you with that body
Working down real low


(mizz nina )
Baby yeah Come and get it
What you what you waiting for

(colby)
Baby, I never seen someone with your body
you make me want get this party started
Hey baby, come I tell me what this all, baby, baby
Tell me what you what you waiting for

(mizz nina )
Baby, I never seen someone with your body
You make me wanna get a little naughty
Hey baby come in get it it's all yours, baby, baby
Tell me what you what you waiting for


Kita dah cukup marah bila pitbull dibenarkan masuk Malaysia kerana lagunya dipenuhi lirik-lirik lucah,tapi ramai tak perasan artis kita sendiri pun da teruk macam pitbull

p/s:sorry la kalau tak faham bahasa inggeris yang nakal

HARI MENGUNDI HARI BEKERJA.. HELAH UMNO & SPR

Posted: 06 Oct 2010 06:11 PM PDT

Semalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah memutuskan bahawa tarikh penamaan calon jatuh pada 26 Oktober (Selasa) serta tarikh mengundi pula pada 4 November (Khamis).... yang mana kedua-dua tarikh tersebut merupakan hari bekerja bagi orang yang makan gaji bukan sahaja di Malaysia malahan diseluruh dunia.... walaupun YDP Gua Musang menyatakan yang PAS tiada masalah dengan tarikh tersebut.


Ini merupakan helah UMNgOk yang memperkudakan SPR dalam penetapan tarikh bagi menghalang pengundi terutamanya yang berada di perantauan mengundi.... ini kerana kebanyakan pengundi Kelantan yang berada diperantauan menyokong PAS... dan kita boleh lihat sendiri bagaimana kesan ketika PRU 12 yang lalu yang mana hampir seluruh anak perantau pulang ke Kelantan bagi memenuhi impian mereka untuk melihat PAS terus berjaya mentadbir Kelantan...

Jadi anak-anak Kelantan (yang PAS la) yang akan membuang undi pada 4 November ini diharapkan dapat apply cuti awal la... dan yang ingin menaburkan keringat di sana juga amat dialu-alukan untuk turut apply cuti pada waktu tersebut bagi memenangkan PAS di sana...Takbir!!!!- Abu Nu'man.

Awal-awal lagi dah nampak UMNO nak tersungkur di Galas!!!

AKU TAK KIRA, AKU NAK PANTAU JUGAK : MAFREL

Posted: 06 Oct 2010 05:41 PM PDT

Walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah membuat keputusan tidak melantik mana-mana badan pemantau termasuk Malaysians For Free and Fair Elections (Mafrel) di Galas, badan bukan kerajaan itu tetap akan memantau perjalanan pilihan raya kecil ke-12 itu.


Pengerusinya Syed Ibrahim Syed Noh berkata pemantauan tersebut akan dibuat di luar skop peranan dan kuasa SPR.


"Kita akan mengadakan perbincangan terlebih dahulu dengan SPR bagi membincangkan perkara ini, malah esok (hari ini) kita juga akan bermesyuarat dengan jawatankuasa Mafrel.


"Sekiranya selepas perbincangan SPR tetap tidak akan melantik Mafrel sebagai badan pemantau pilihan raya kecil Galas, kita tetap akan melaksanakannya tetapi di luar kawasan panas yang dibenarkan SPR," kata beliau kepada The Malaysian Insider.


Ini kali ketiga Mafrel tidak diiktiraf sebagai badan pemantau oleh SPR selepas pilihan raya kecil Hulu Selangor dan Sibu.


Sebelum ini, SPR membenarkan wakil Mafrel berada di kawasan penamaan calon, tempat-tempat mengundi dan pusat penjumlahan undi.


"Kita akan teruskan pemantauan yang kita buat. Dulu pun ketika pilihan raya kecil Hulu Selangor SPR juga tidak mengiktiraf Mafrel tapi kita tetap menjalankan tugas seperti biasa.


"Apa-apa pun kita akan bincang dahulu dengan pihak SPR bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai perkara ini," kata Syed Ibrahim.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar yang mengatakan pihaknya tidak akan melantik mana-mana pertubuhan untuk menjadi pemantau termasuk Mafrel.


"Setakat ini SPR belum buat keputusan untuk melantik mana-mana pemantau bebas kerana bagi kita pemantau dan pemerhati dalam dewan pengudian adalah ejen pemantau terbaik.


"Jadi kita tidak akan melantik mana-mana pertubuhan termasuk Mafrel untuk menjadi pemantau dalam pilihan raya kecil kali ini," kata Wan Ahmad.

CHEGUBARD : SIAPA RAHIMI SEBENARNYA???

Posted: 06 Oct 2010 05:34 PM PDT

Strategi menggunakan Rahimi ini sudah dihidu beberapa hari lepas. Kononya Rahimi akan membuat aduan polis yang dia juga diliwat. Pelik juga sebab strategi itu mudah sangat dipatahkan kerana Rahimi ini pernah membuat akuan bersumpah dan rakaman audio visual menolak semua dakwaan Saiful, malah dia juga yang menimbulkan dan mengaitkan nama Ezam Mohd Nor sebagai orang yang terlibat dalam kes fitnah 2.




Mungkin 'perancang jahat' juga sedar perkara ini, maka Rahimi tidak jadi mengaku diliwat tetapi sekadar mengaku dia dipaksa membuat akuan bersumpah palsu.



Saya sendiri ada bersama beliau selepas Saiful membuat laporan polis dia diliwat. Rahimi oleh kerana kononya takut maka dia diletakkan di sebuah hotel dan beberapa teman saya diminta menjaga dan memenuhi keperluan Rahimi.



...Sepanjang dijaga selama kira - kira 6 hari itu, dia bebas gunakan telefon, dia bebas ke sana ke mari termasuk ke Seri Pentas untuk menonton perlawanan bolasepak ketika itu.



Malah ketika berbual dengan teman-teman yang menemani beliau diberitahu betapa dia sedih kerana bagaimana Saiful boleh buat sedemikian rupa zalim terhadap Anwar.



Namun cheGuBard secara peribadi lansung tak percaya Rahimi ini, saya pernah sendiri ketika itu bercakap dengan Anwar Ibrahim sendiri mengenai keraguan yang timbul kerana beberapa perkara jelas yang terjadi tetapi Rahimi menipu. Rahimi ini cheGuBard tak suka sebab terlalu elit gayanya, pakai kereta mewah dengan pemandu, pakaian jenama hebat dan cakap besar sentiasa. Konon dialah orang yang banyak bantu Anwar itu dan ini termasuk susun pertemuan dan buat ucapan. Dia kata kalau nak anak muda ikut parti kena pakai banyak duit, itulah kata yang cukup menjadikan cheGuBard menyampah dengan dia, cuma dah tugasan ialah meneman bukan mendidik maka teman dan dengar je lah.



Mungkin sharpshooter a.k.a Din Binjai dan Zulkifli Ibrahim (Nibong Tebal) boleh berkongsi lebih banyak cerita kerana dialah yang bersama Rahimi ke banyak tempat 'berfoya' ketika mereka menemani Rahimi.



Dipaksa ? Gila...... langsung tak wujud paksaan, malah dia sendiri yang cerita itu dan ini termasuk mengaitkan Ezam...- CheguBard

BUKAN DILIWAT TETAPI DIPAKSA AKUAN SUMPAH.

Posted: 06 Oct 2010 05:32 PM PDT

Pembetulan! Saya petik:
[MK] Satu sidang akhbar - yang dipercayai ada kaitan dengan perbicaraan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang berjalan- oleh bekas pembantunya, Rahimi Osman, dibatalkan ekoran gangguan oleh satu kumpulan.
Sidang akhbar itu sepatutnya diadakan di restoran Lotus di Klang pada jam 4 petang hari ini, tetapi kemudiannya dibatalkan ekoran kemunculan kumpulan tersebut.
Rahimi (tengah) memberitahu wartawan bahawa dia telah membuat laporan polis di ibupejabat polis daerah Klang pada jam 2 petang ini berhubung dua akuan sumpah (SD) yang dibuat pada 2008.
Peguam Rahimi - S Ravi Chandran - berkata laporan polis dibuat untuk menyatakan bahawa dua akuan bersumpah itu adalah tidak tepat.
Akuan bersumpah itu ada kaitan dengan perbicaraan liwat Anwar yang sedang berjalan, di mana beliau dituduh meliwat seorang lagi pembantu, Saiful Bukhari Azlan.
Menurut polis Klang, Rahimi telah membuat laporan polis, mendakwa dia telah dipaksa oleh orang Anwar supaya membuat dua akuan bersumpah tersebut.
Ketua polis Klang, Mohamad Mat Yusof mengesahkan menerima laporan tersebut tetapi enggan memberi maklumat lanjut kerana perkara itu telah dipindahkan ke polis daerah Shah Alam.
Rahimi adalah rakan persekolahan Saiful. Dia dipercayai membawa Saiful untuk bekerja dengan Anwar pada 2008. Saiful kemudiannya menggantikan Rahii yang berhenti pada tahun tersebut untuk meneruskan kariernya dalam bidang perniagaan.

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru

Posted: 07 Oct 2010 01:32 PM PDT

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru


Bila Arman PERKASA menasihati ahli PKR...

Posted: 07 Oct 2010 11:06 AM PDT

Bila Arman PERKASA menasihati ahli PKR...

Keprihatinan Arman (gambar di bawah) , Ketua Pemuda Perkasa menasihati ahli PKR dalam pemilihan pemimpin yang berlatar belakangkan Islam amatlah menepati menurut Islam. Namun pembaca bolehlah menilai sendiri keikhlasan sebenar ucapan seseorang. Adakah mereka bercakap dengan ikhlas atau sekadar mencari publisiti murahan.

Gambar 1
Gambar 2
Walaupun kita dilarang untuk mendedahkan keaiban orang lain, namun ada situasi yang tertentu Islam membenarkan keaiban seseorang itu dihebahkan jika beliau boleh memudaratkan masyarakat. 
Adakah kumpulan yang kononnya "berdentum dentang" bercakap tentang ketuanan Melayu- Islam begini keadaan hidupnya yang sebenar?
So.... mengkome pikio le sendiri !!!

DHPP kumpul sukarelawan bukan Islam untuk PRK Galas

Posted: 07 Oct 2010 11:01 AM PDT



Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) sedang mengumpul sukarelawan di kalangan masyarakat bukan Islam bagi membantu memenangkan calon PAS dalam pilihan raya kecil Dun Galas.

Timbalan pengerusinya, N. Bala Subramaniam turut menyuarakan rasa yakin bahawa Orang Asal di Dun tersebut akan melengkapkan jentera DHPP.

"Beberapa pilihan raya kecil yang lalu banyak memberi pengalaman kepada kita (DHPP) untuk menjelaskan Islam yang Tok Guru Nik Aziz ajar.

"Saya yakin orang-orang Asli di sana (Galas) akan bantu jentera khas kita untuk jelaskan," ujarnya.

Beliau juga menganggap PAS lebih layak menangngani Islamofobia berbanding Umno.

Beliau berkata demikian memandangkan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Dr. Mujahid Yusof Rawa merupakan antara tokoh PAS yang banyak membuka mata masyarakat bukan Islam untuk mendekati keindahan Islam serta perjuangan PAS.

"Umno atau Datuk Seri Najib Tun Razak (Perdana Menteri) tidak boleh selesaikan Islamofobia kerana mereka suka api perkauman.

"Tok Guru Nik Aziz, Dr. Mujahid serta pemimpin-pemimpin lain lebih layak dan boleh (tangani Islamofobia)," ujarnya pagi tadi ketika menghubungi Harakahdaily.

Menurut beliau, Nik Aziz, Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan telah membuktikan bahawa pemerintahan PAS selama 20 tahun di Kelantan menyaksikan keharmonian semua agama dipelihara.

"Lebih 20 tahun memerintah (Kelantan), kita tidak dengar Tok Guru bermusuhan dengan agama-agama lain.

"Tok Guru suka semua rakyat beragama supaya rakyat jadi naik," ujarnya.

Begitu juga dengan Mujahid, katanya Ahli Parlimen Parit Buntar itu banyak mewujudkan hubungan mesra dengan masyarakat bukan Islam sehingga mereka berminat untuk mengetahui tentang keindahan Islam serta menyertai PAS, melalui DHPP.

Berbeza dengan Umno, katanya era Najib menyaksikan orang bukan Islam dihalang dari mendekati Islam.

"Zaman Najib, orang bukan Islam tak boleh masuk masjid, nama (kalimah) Allah tidak boleh sebut, rumah ibadat terbakar dan banyak lagi," ujarnya.

Era Najib juga katanya, seakan tidak mahu orang Melayu dan bukan Melayu bersatu padu menurut Islam.

"Ajaran Islam ajar perpaduan sesama manusia, ajaran yang bukan dari Tuhan ajar mereka (Umno) api perkauman," beliau menambah.hrkh

http://www.harakahdaily.net/v2/images/stories/11feb/kpp-kelab-penyokong-pas1.jpg

'Penyokong' Kula anjur demonstrasi kutuk DAP

Posted: 07 Oct 2010 10:51 AM PDT

Kira-kira 20 lelaki yang mendakwa ahli DAP dan penyokong ahli parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran mengadakan demonstrasi di depan ibu pejabat DAP Perak mengutuk kepemimpinan pengurusi DAP Perak yang dituduh mengetepikan kaum India.

Mereka yang berkumpul sejak 10.45 pagi itu juga mendesak Kulasegaran yang juga timbalan pengerusi DAP Perak supaya keluar daripada parti itu.

Penyokong berketurunan India itu berkumpul di hadapan pejabat parti itu di Medan Istana di Ipoh sambil membawa beberapa sepanduk menyatakan sokongan kepada Kulasegaran selain mengecam kepimpinan DAP Perak.

Jurucakap kumpulan itu, Azman Mubarak, 24, berkata seramai 300 anggota DAP dari Buntung sedia mengikuti Kulasegaran yang juga ahli parlimen Ipoh Barat itu meninggalkan DAP kerana kecewa dengan kepimpinan negeri yang menyisihkan Kualasegaran dan penyokong keturunan India.

Seorang lagi anggota kumpulan DAP itu, Alex Raj, 22, berkata perhimpunan itu bagi menyuarakan sokongan kepada Kualasegaran serta mengutuk Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham kerana didakwa mengamalkan nepotisme dan kronisme dalam memimpin DAP Perak.

"Kami penyokong keturunan India berasa ditipu oleh DAP. Mereka hanya memerlukan undi kami pada pilihan raya," katanya.

Kulasegaran kini berada di Nepal dan dijangka pulang selepas seminggu.

Terdapat laporan bahawa berlaku perbalahan antara beliau dan Ngeh serta Setiausaha DAP Perak Nga Kor Ming sehingga Kulasegaran mengugut untuk meletak jawatan.
BN dalang sebalik protes
Sementara itu, pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham berkata parti itu telah mengesahkan dengan cawangan Buntong di mana penunjuk perasaan itu mendakwa mereka berasal dan mendapati kumpulan berkenaan bukan ahli DAP ataupun pemuda parti itu.
"Kami syaki BN adalah dalang di belakang tunjuk perasaan ini kerana bekas ketua cawangan PKR Ipoh Barat, Fauzi Muda dilihat bersama kumpulan itu," katanya dalam satu kenyataan.

Ngeh berkata satu laporan polis akan dibuat oleh perwakilan DAP bahagian Buntong ke atas kumpulan itu atas dakwaan menyamar sebagai ahli DAP esok.

"Kami gesa ahli DAP dan orang ramai supaya bertenang dan tidak terjebak dengan taktik kotor yang digunakan oleh Umno dan BN yang telah berulang-kali kita saksikan di Pulau Pinang.

"Saya minta orang ramai supaya terus bersama Pakatan Rakyat dalam misi menyelamat negara daripada bankrap dan dimusnahkan dengan menukar kerajaan BN pada pilihan raya umum ke-13 yang akan datang," kata Ngeh lagi.

Hina Mahkamah: Musa Hassan Dan Bakri Zinin Diperintah Hadir

Posted: 07 Oct 2010 10:48 AM PDT

Mahkamah Tinggi memerintahkan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin untuk hadir di mahkamah pada 28 Oktober, pada hari keputusan prosiding menghina mahkamah yang dibuat dua lelaki berhubung penahanan semula mereka mengikut Ordinan Darurat 1967.

Hakim Datuk Mohd Sofian Abd Razak bersetuju dengan peguambela Datuk N Sivananthan bahawa Musa dan Mohd Bakri perlu hadir di mahkamah seperti responden yang lain.

"Pada hari keputusan, mereka perlu hadir di mahkamah, tiada siapa mengatasi undang-undang dan ini adalah mahkamah undang-undang di mana tiada siapa yang diberi pengecualian," kata Sivananthan.

Mohd Sofian berkata beliau bersetuju dengan Sivananthan bahawa integriti mahkamah perlu dipelihara.

"Saya tidak mahu memberikan mesej yang salah kepada orang awam, tidak kira apa pun keputusan, mereka perlu berada di sini pukul 8.30 pagi pada 28 Oktober," katanya.

Sebelum itu, Peguam Kanan Persekutuan Najib Zakaria memohon panduan mahkamah sama ada Musa dan Mohd Bakri boleh dikecualikan daripada hadir pada hari itu dan akan memastikan kehadiran mereka jika mahkamah menuduh mereka menghina mahkamah pada hari itu.

"Saya dimaklumkan bahawa Musa berada di luar negara mengerjakan umrah di Mekah manakala Mohd Bakri, tidak jadi masalah. Yang membimbangkan saya ialah media, sama ada dituduh atau tidak mereka tetap melaporkannya," kata Najib.

R Muniyandi, 26, dari Kluang, Johor dan B. Sasinthiran, 28, dari Kuala Selangor, ditahan mengikut Ordinan Darurat atas dakwaan terbabit dengan gangsterisme dan lain-lain kegiatan jenayah.

Muniandy berjaya mendapatkan writ habeas corpus dari Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur pada 10 Jun tahun ini dan dia ditahan semula sebaik sahaja keluar dari Pusat Tahanan Simpang Renggam di Johor pada 23 Jun.

Sementara itu, Sasinthiran mendapat writnya pada 29 Julai dan dia ditahan semula hari berikutnya.

Pada 30 September, kedua-dua lelaki itu berjaya dalam usaha mereka untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Musa dan Mohd Bakri kerana tidak mematuhi arahan mahkamah bagi membebaskan mreka.

Semasa prosiding hari ini, Sivananthan berhujah bahawa kedua-dua responden gagal menjawab dakwaan ke atas mereka melalui jawapan dalam afidavit.

"Dalam perkara ini, undang-undang telah jelas di mana mereka mesti menjawab dakwaan itu dan jika anda tidak jawab, anda seperti mengaku kepada dakwaan yang dibuat pemohon-pemohon (Muniyandi dan Sasinthiran)."

"Agak ganjil jika mereka memutuskan untuk berdiam diri dan ia agak mengejutkan, mereka sepatutnya menjawab walaupun kedua-dua mereka memilih untuk tidak hadir di mahkamah," kata Sivananthan.

Beliau berkata jika mahkamah sangsi dengan tindakan polis, sudah tentu keseluruhan permohonan habeas corpus itu menjadi satu bahan ejekan dan sesuatu yang memalukan.

Sementara itu, dalam hujahnya, Najib berkata permohonan itu tidak mempunyai merit dan dibuat tanpa asas.

"Walaupun jika Musa dan Bakri dikatakan terlibat dalam menangkap pemohon-pemohon itu, tindakan sedemikian tidak boleh merupakan seperti menghina mahkamah.

"Mahkamah tidak boleh menghalang polis menjalankan tugas mereka. Ketua Polis Negara tidak boleh dipertanggungjawabkan menghina mahkamah mengikut doktrin kewajipan wakil," katanya.

Beliau juga memberitahu mahkamah bahawa tiada perintah daripada mahkamah untuk menghalang tangkapan berikutnya dan berharap agar mahkamah menolak permohonan itu.

Puashati dianggarkan jutaan wang ringgit dibelanjakan

Posted: 07 Oct 2010 10:44 AM PDT

Wang siapa?, mana sumbernya? apa motifnya?

makluman dan jemputan ke majlis hari terbuka Felcra

pihak PDRM bersedia mengawal lalu lintas untuk kemudahan pengunjung ke majlis tersebut, dan sejumlah antara 25 - 30 orang anggota polis trafik sedia memberikan bantuan dan mereka berkumpul serta membasah tekak di medan selera di hadapan balai polis Kg. Gajah.

Permandang awal " grand stand " pada sebelah pagi dan ianya mampu menampong seramai 10k tetamu dari seluruh negera. Memang hebat persiapanya.


" Grand Stand " dari dalam

Papan maklumat yang dipasang di hadapan " grand stand "

TPM menyampaikan ucapan dengan cukup bangga keramaian ahli UMNO yang di jemput dari seluruh Perak Khasnya di majlis tersebut. Orang tempat amat kurang kelihatan. adalah diaggarkan sejumlah 250 buah bas di sediakan untuk tujuan pengangkutan tersebut, mereka mula sampai ke tapak perhimpunan seawal jam 12 thg. hari. ( untuk fardu zohor - hendak sebiru daya tak hendak seribu dalih, kalau mengikutkan keadaan dan suasana sudah tentu ramai yang terlepas 2 waktu sembahyang tersebut zohor dan azar )



( Maaf visual kurang memuaskan )

Jemputan dari seluruh Perak ini diberikan elaun harian, diambil dan dibawa pulang dengan bas dan di jamu dengan satay Samuri, keramaian kehadiran mereka hampir 15k orang telah memberikan kepuasan di tahap paling maksima oleh kepimpinan yang menyampaian ucapan. Selain TPM, Dato T, Dato Zambry juga turut sama menyampaikan ucapan dengan tak putus-putus memberikan tahniah dan syabas kepada hadirin sekali-sekali mereka juga " memohon " tepukan dari pihak hadirin, mungkin agaknya hadirin muak dengan ucapan. TPM juga memaklumkan perkapita rakyat Malaysia kini pada kadar 7k us ( dia guna mata wang US ) dan mengikut perkiraan wang Malaysia, ini bermakna perkapita rakyat kini berjumlah 21ribu ringgit Malaysia. Kini pihak kerajaan sedang berusaha keras untuk memastikan perkapita ini ke angka 15k us atau 45k ringgit Malaysia. Statistik ini mungkin benar tapi yang sedihnya rakyat kita masih ada yang hidup " kais pagi makan pagi dan petang untuk makan petang "

MEB pelengkap kepada DEB akan meneruskan dasar untuk memastikan rakyat luar bandar mendapat menafaat, untuk itu keramaian keluarga Felcra yang 10k ini sentiasa diberikan kemudahan untuk menikmati kehidupan yang lebih mewah. Adalah satu fitnah adanya penyelewangan di Felcra dan Felda - mereka pembangkang terus membangkang, semua yang dibuat tak betul -( tapi 2 kes penyelewengan telah dibukti dan Felda perlu mengembalikan semula wang peserta - Felda Sungi Koyan 2 & 3 , masih ada kes dalam tinakan. Apakah ini juga berlaku dalam Felcra? )

" hanya kerajaan BN saja yang boleh memberikan kemudahan penghidupan kepada rakyatnya " tambah TPM. untuk itu semua kita harus memberikan sokongan 100% kepada BN "

FELCRA melalui Yayasan Felcra- menyuntik RM1juta untuk mereka yang berjaya ke TAJ kolej. Siapa punya kolej ini? dan mengapa sumbangan anak peneroka yang berjaya ini hanya ke TAJ kolej sahaja? TPM menerima replika cek tersebut.


TMP melangkah ke tapak pecah tanah - tanda pelancaran Perumahan Generasi ke2 Felcra Seberang Perak. Seluas 400 ekar kawasan di sediakan, tapi malangnya penerimaan tapak ini hanyalah indah khabar dari rupa. pemilihan ikut kehendak Pengerusi Felcra ada yang suami isteri dapat dan ada juga kalangan GEN2 yang di " black listkan " oleh pihak tertentu. Kemudian rumah mesti di bina mengikut apa yang disarankan oleh pihak Felcra berhad.

Majlis Pecah Tapak


menanam pokok - kenangan

menanda tangani plak majlis pecah tapak

Apakah peneroka Felcra pada Disember ini akan menerima dividen untuk persiapan anak-anak ke sekolah atau dividen yang berkurangan dari biasa, kita lihat dan tunggu saja le, kerana kalau dilihatkan perbelanjaan majlis ini mungkin sehingga 6juta Ringgit Malaysia. Atau apakah ini adalah lobi terakhir Dato T untuk menyambung semula Pengerusi Felcra Berhad - lubuk wang untuk beliau memastikan masa depan MKTnya atau memastikan kemenangan Parlimen di PRU13 nanti. itu hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.

PRK N.45 Galas: SAH! SPR adalah barua dan boneka Umno/BN!!

Posted: 07 Oct 2010 10:24 AM PDT



Oleh: Pria Malaya

Penulis harap semua pendokong dan penyokong PR menyebarkan berita ini kepada seluruh rakyat Malaysia, betapa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menjadi barua dan perkakas Umno untuk kesekian kalinya..

Tonjolkan kepada umum, bahaw SPR masih tidak bebas dari dibelenggu oleh sang pemerintah walau berubah berkali2 barisan kepimpinananya..ini bermakna perjuangan utk menentang kezaliman dan menuntut keadilan masih diperlukan dan mesti diteruskan!

Ingat contoh isu kerajaan Umno memperkudakan pihak polis..ramai penyokong Umno mendakwa PAS dan PR telah menfitnah dan menuduh pihak Umno dan polis kononnya tanpa bukti, namun selepas diakui sendiri oleh bekas Ketua Polis Negara (bahawa wujud campurtangan org politik kerajaan), akhirnya mereka terkedu diam seribu bahasa..

Kerana itulah persepsi SPR adalah boneka dan barua pihak kerajaan perlu terus-menerus dimainkan DEMI memberi tekanan kepada kedua2 belah pihak, SPR dan Umno!..

Akhir kalam, walau apa pun tarikh yg ditetapkan, blogger anak muda ini tetap bersedia untuk berdepan dengan 'rejim' Umno/BN!..kita jumpa di sana..wallahua'lam..


Galas: SPR pilih tarikh ikut kehendak Umno?

KOTA BHARU, 6 Okt: Ada ketika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mahu peratusan keluar mengundi lebih ramai, namun dalam masa yang sama hari mengundi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas diadakan pada hari bekerja.



Ia seumpama kata orang cakap tidak serupa bikin. Malah ada pihak menggambarkan SPR mempunyai tuan yang lebih berkuasa iaitu pemimpin Umno.

Ketua Penerangan PAS Kelantan, Dr Mohamad Fadzli Hassan (kiri) berkata, SPR sepatutnya mengambil kira banyak situasi dalam menentukan tarikh pilihan raya kecil Dun Galas termasuk persidangan Dun Kelantan.

"Ketika itu persidangan Dun Kelantan sedang berlangsung dan perasmiannya akan disempurnakan Al-Sultan Kelantan pada 1 November.

"Persidangan Dun diadakan bermula 1 hingga 8 November. Saya hairan mengapa SPR tidak mengambil kira perkara tersebut. Tentunya program besar seperti itu ada dalam pengetahuan mereka," katanya di sini.

Hari ini SPR menetapkan tarikh pilihan raya kecil Dun Galas, Gua Musang diadakan pada hari Khamis, 4 November depan, manakala penamaan calon pada hari Selasa, 26 Oktober ini.

Perkara itu diumumkan Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar di Putrajaya.

Pada pilihan raya tersebut SPR menggunakan Daftar Pemilih Induk 2009 dan digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama dan Suku Tahun Kedua 2010.

Jumlah pengundi seramai 11,553 orang, di mana 27 daripadanya merupakan pengundi pos.

Dr Fadzli yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, SPR sepatutnya mempamerkan sikap tidak berpihak dalam menentukan tarikh pilihan raya kecil.

Bagaimanapun katanya, PAS tetap akan meneruskan cabaran bagi mempertahankan Dun tersebut dengan menggerakkan seluruh jentera PAS dengan dibantu Pakatan Rakyat dari seluruh negara.

"Kita tahu Umno akan menggunakan sepenuhnya jentera kerajaan Malaysia bagi berdepan dengan PAS pada pilihan raya tersebut," katanya.

Satu sumber pula memberitahu mesyuarat penyelarasan jabatan-jabatan kerajaan pusat bagi membantu kempen calon BN telah diadakan termasuk membabitkan Kementerian Perdagangan Dalam dan Hal Ehwal Pengguna.

Yang Dipertua PAS Bachok, Datuk Omar Mohamed berkata, tindakan SPR menetapkan hari pengundian pada hari bekerja tentunya akan menyukarkan orang ramai keluar mengundi.

"Saya pun hairan sebelum ini SPR berkempen supaya pengundi keluar mengundi, namun dalam masa yang sama ditetapkan hari mengundi di Galas pada hari Khamis," ujarnya.

Menurutnya keadaan itu tentunya sedikit sebanyak menyukarkan pengundi keluar mengundi lebih-lebih lagi Dun Galas meliputi kawasan yang luas.

Naib Yang Dipertua PAS Tumpat, Che Abdullah Mat Nawi (kanan) berkata, SPR tidak sensitif terhadap persidangan Dun Kelantan yang juga berlangsung pada hari tersebut.

Katanya, tarikh persidangan Dun sudah lama ditetapkan dan SPR mustahil tidak mengetahui perkara itu kalau merujuk terlebih dahulu kepada kerajaan negeri.

Namun kata beliau apa yang jelas SPR lebih mengambil kira perkembangan yang berlaku dalam Umno dalam menentukan segala tindakan.

Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa berkata, tarikh penamaan calon dan hari mengundi di Galas bertindan dengan tarikh sambutan ulangtahun ke-20 kerajaan PAS Kelantan.

"Program itu merupakan satu program besar di peringkat negeri. Selain itu ia bertembung dengan tarikh persidangan Dun yang bermula 1 November ini," katanya di Kota Darulnaim.

Menurutnya SPR hanya mengambil kira persidangan Agung Umno, sedangkan ia adalah urusan parti.

"Nampak sangatlah SPR tidak peka terhadap program kerajaan di Kelantan. Sepatutnya mereka lebih peka hal sebegini," kata beliau. - Harakahdaily

Khianat: Papan tanda PAS kawasan Jerlun di conteng pihak yg tidak bertanggungjawab..

Posted: 07 Oct 2010 10:20 AM PDT

Petanda PAS Kedah khususnya PAS kawasan Jerlun semakin kuat sehingga menimbulkan perasaan iri hati (dengki) pihak tertentu...









GEMPAR: Lagi bukti kerajaan Selangor abai Islam, utamakan pendidikan bangsa Cina!

Posted: 07 Oct 2010 10:19 AM PDT



Harap baca dan sebarkan!!...mana pemuda Umno? mana PERKOSA? mana YB Zul? mana '40 ulamak muda' Umno?..aturkan segera wawancara dengan akhbar perdana! rancang demo secara besar-besaran! bakar patung pemimpin DAP!..cepat, Islam semakin diinjak2 di Selangor bawah Pakatan Rakyat!!!

Selangor beri buku teks agama percuma
KUALA LUMPUR, 4 Okt: Para pelajar sekolah rendah agama (SRA) seluruh Negeri Selangor mulai sesi persekolahan 2011 akan menerima buku teks agama percuma di bawah Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT).

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali berkata, seramai 125,250 pelajar yang melibatkan 206 SRA akan menerima kemudahan itu.

Katanya, jumlah implikasi kewangan yang terlibat adalah sebanyak RM4,261,738 yang diluluskan melalui sumber Lembaga Zakat Selangor.

"Kerajaan juga bercadang untuk melebarkan skim dan kemudahan ini ke sekolah agama menengah, kelas al-Quran dan fardu ain dan prasekolah Jais di masa depan," ujarnya yang juga Adun Gombak Setia.

Selain itu, tambahnya, kerajaan negeri juga telah meluluskan kenaikan elaun pembersih kawasan di SRA gred B dari RM100 kepada RM500 dan SRA gred C dan prasekolah Jais dari RM100 kepada RM300.

"Sementara untuk keceriaan dan membersihkan kawasan di semua SRA gred A telah diswastakan," katanya pada sidang media di kediamannya di Pinggiran Taman Tun Dr Ismail, dekat sini, kelmarin.

Beliau berkata, kerajaan negeri menyediakan peruntukan sebanyak RM621,600 setahun untuk tujuan menaikkan elaun SRA gred B, gred C dan prasekolah Jais. - HD

Berita terdahulu....

Sekolah agama dapat komputer di Selangor

BANTING, 11 Julai: Sebanyak 23 sekolah milik Kerajaan Negeri Selangor mendapat sumbangan komputer yang disampaikan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam usaha meningkatkan daya pencapaian pelajar terhadap keperluan teknologi masa kini.

Majlis anjuran bersama Jawatankuasa Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) diadakan dalam suasana meriah di Maahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi Istana Bandar (Mitib), dekat sini, semalam.

Penyerahan komputer itu adalah proses menyempurnakan pelaksanaan program makmal komputer dana jalur lebar serta wifi sekaligus meningkat dan memantapkan kemahiran guna komputer antara guru dan murid.

Ia juga bertujuan melengkapkan prasarana ICT di semua sekolah bawah kerajaan negeri ke arah menjadikan Selangor sebagai negeri Idaman, Maju, Sejahtera dan Berkebajikan.

Sekolah penerima itu terdiri daripada Mitib sendiri,Maahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi Cawangan Klang, Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) Bandar Baru, Sekolah Menengah Islam (SMI) Hira', SMI Puchong, SRAI Seksyen 19 Shah Alam, SRAI Seksyen 7 Shah Alam.

Sekolah Rendah Agama Islam Al-Farabi, Sekolah Rendah Agama Kampung Delek, Sekolah Menengah Al-Farabi. SRAI Tengku Ampuan Fatimah Batu Belah, SRAI Taman Keramat, SRAI Sungai Chincin, Sekolah Menengah Agama Ilmi Ampang Jaya, Maahad Ihya' Al-Ahmadi.

Sekolah Menengah Agama Harapan, Madrasah Darul Mujahidin, SRAI Sungai Manggis, SRAI Muhammadiah, SRAI Salak Tinggi, Sekolah Rendah Islam Al-Abqari, SRAI Pekan Beranang dan SRAI Bandar Baru Bangi.

Dalam ucapannya, Abdul Khalid menyarankan pelajar aliran agama yang mempunyai kekuatan menguasai segala cabang ilmu termasuk menghafaz Al-Quran agar menguasai bidang teknologi yang menjadi medium paling mudah dan cepat berhubung antara bandaraya dalam dunia sekarang ini.

"Mereka yang dapat menguasai bidang agama yang lengkap dengan penguasaan teknologi yang hebat pada satu hari akan dapat menguasai cakrawala," demikian semangat tinggi yang dititipkan oleh Tan Sri Khalid kepada seluruh hadirin terutamanya kepada pelajar yang mendengar ucapannya dengan penuh teliti.

Menteri besar juga turut menceritakan bagaimana pengalaman beliau melawat dua tempat berteknologi tinggi di dunia di Bangalore, India dan Semarang di Indonesia yang dapat menguruskan aliran perkhidmatan yang tempahannya dibuat dari San Francisco dan Paris.

Dengan menggunakan teknologi, ujarnya, khidmat kereta sewa di San Francisco diuruskan oleh syarikat online yang terletak di Bangalore, India, begitu juga tempahan cetakan skala tinggi dari Paris dapat diterima dan disempurnakan dalam masa satu jam sahaja oleh pencetak yang terletak di Semarang, Indonesia.

kerana itu, tidak mustahil jika ada dalam kalangan guru-guru dan pelajar-pelajar di sini yang dapat menguasai segala ilmu tentang teknologi tinggi dengan penuh kemahiran, Jugra juga boleh berhubungan terus dengan New York, tegasnya lagi.

Tan Sri Khalid juga berkata apa yang mahu dilahirkan oleh kerajaan negeri adalah pelajar yang berusaha kuat sehingga mencapai tahap doktor yang menghafaz Al-Quran di masa sama, mereka juga merupakan ahli teknologi yang hebat.

Perkara ini bukan satu yang mustahil untuk dicapai kerana pernah berlaku di era kegemilangan Islam ketika zaman sahabat Nabi SAW. namun, jelasnya, bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan di zaman ini yang memerlukan usaha berlipat kali ganda yang langkahnya sedang dilakukan sekarang.

Sementara itu, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr Halimah Ali berharap dengan adanya penambahan alat canggih itu berupaya mendatangkan semangat berusaha bagi menambahkan kemahiran guru dan meningkatkan lagi hasil kerja pelajar di semua sekolah berkenaan. - HD
p/s: Maaf, sengaja penulis berikan tajuk semacam itu..utk menarik golongan jumudian di dlm Umno, kalau tak jangan harap dorang nak baca..

Kononnya Islam semakin layu di bawah PR, umat Islam tidak terbela di bawah teraju PR, Islam dihina di bawah PR dan sebagainya...namun sebaliknya telah berlaku...aktiviti dan budaya beragama semakin rancak dan subur di negeri merah kuning ini..

Masih ingatkah kalian siapa yang menghentikan bantuan perkapita terhadap sekolah agama rakyat seluruh negara suatu ketika dahulu? bukan PR, bukan DAP, tetapi Melayu hasad di dalam Umno!...fikir2kan...

Janji di Manik Urai belum terlaksana , kini apa...

Posted: 07 Oct 2010 10:11 AM PDT

PAS mengingatkan Umno Barisan Nasional agar tidak menabur janji pada pilihan raya kecil (PRK) Dun Galas kerana janji mereka di Manek Urai dahulu belum ditunaikan.
Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata, Umno BN tidak wajar membuat janji baru selagi belum menunaikan janji lama.
"Janji di Manek Urai dahulu belum selesai, apa lagi yang mereka (Umno BN) nak janji di Gua Musang?" soal beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS Dun galas dalam satu sidang media di Pejabat PAS Agung, Jalan Raja Laut, hari ini.
Abdul Halim yang juga Ahli Parlimen Pengkalan Chepa juga berkata, PAS optimis untuk mempertahankan kerusi di Dun berkenaan berdasarkan analisis pada pilihan raya umum lalu.
Menurut beliau, pada pilihan raya itu, jumlah pengundi di Dun Galas yang memilih calon BN sebanyak 3,826 manakala calon PAS mendapat 4,143.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustaffa Ali pula ketika mengulas mengenai pelantikan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai pengarah pilihan raya di Galas berkata, perkara itu ada baik dan buruk kepada Umno BN dan PAS.
Beliau berkata, PAS mengakui Tengku Razaleigh merupakan pemimpin berpengaruh Umno di Kelantan, namun beliau juga mempunyai banyakperbezaan pandangan dengan kerajaan pusat.
"Itu hak BN untuk melantik sesiapa sahaja sebagai pengarah (pilihan raya) tetapi saya melihat Ku Li akan mempunyai tanggungjawab besar dalam pilihan raya ini dan menjadi 'pedang dua mata'.
"Memang PAS menganggap Ku Li orang yang berpengaruh atas isu royalti dan sebagainya tapi sari segi perspektif lain dia merupakan pedang dua mata.
"Kalau dia menjadi pengarah dan BN kalah itu satu satu perkara yang boleh digunakan Pakatan tapi kalau dia menang dia boleh menaikkan imej BN," kata beliau.
Ujarnya juga, PAS tidak memandang remeh PRK kali ini dan akan menyusun strategi sebaik mungkuin dengan dibantu Pakatan Rakyat dari seluruh negeri.
"Kita tidak pandang mudah perkara ini sebab itu kita akan masuk PRK ini dan yakin Datuk Halim dengan pengalaman yang lama dan mengetahui politik di Kelantan ini akan bersama dengan pengarah jentera operasi akan dapat memainkan peranan yang terbaik dibantu oleh Pakatan Rakyat dari setiap negeri," katanya.
Menyentuh mengenai hari pembuangan undi yang jatuh pada hari berkerja, Mustafa berkata, ianya akan mempengaruhi peratusan keluar mengundi namun yakin kedua-dua parti akan mengerahkan pengundi untuk melaksankan tanggungjawab itu.
"Oleh sebab hari mengundi pada hari berkerja, tidak akan berlaku maksimum keluar mengundi tapi kalau semua kerah mungkin peratusan keluar mengundi tingggi.
"Saya nampak kedua-dua parti akan kerah pengundi untuk keluar mengundi," katanya.
Abdul Halim pula berkata, faktor musim haji juga mempengarui peratusan keluar mengundi.
"Yang keluar mengundi tidak akan sampai 80 peratus seperti dinyatakan SPR sebab orang sudah mula pergi Mekah. Walaupun saya belum buat analisis di Gua Musang tapi inilah realitinya samaada PAS atau Umno," katanya.
Sementara itu, Mustaffa memberitahu, pengarah pilihan raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun dilantik sebagai pengarah jentera operasi.
Mengenai calon yang akan bertanding, M ustafa berkata, perakra tersebut akan dibincangkan dalam mesyuarat minggu hadapan selepas menerima senarai pendek calon yang layak daripada PAS Kelantan.

PRK Galas: "PAS lebih layak menangani Islamofobia berbanding Umno" - N. Bala Subramaniam

Posted: 07 Oct 2010 10:10 AM PDT



DHPP kumpul sukarelawan bukan Islam bantu PAS di Galas

KUALA LUMPUR, 7 Okt: Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) sedang mengumpul sukarelawan di kalangan masyarakat bukan Islam bagi membantu memenangkan calon PAS dalam pilihan raya kecil Dun Galas.

Timbalan pengerusinya, N. Bala Subramaniam turut menyuarakan rasa yakin bahawa Orang Asal di Dun tersebut akan melengkapkan jentera DHPP.

"Beberapa pilihan raya kecil yang lalu banyak memberi pengalaman kepada kita (DHPP) untuk menjelaskan Islam yang Tok Guru Nik Aziz ajar.

"Saya yakin orang-orang Asli di sana (Galas) akan bantu jentera khas kita untuk jelaskan," ujarnya.

Beliau juga menganggap PAS lebih layak menangngani Islamofobia berbanding Umno.



Beliau berkata demikian memandangkan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Dr. Mujahid Yusof Rawa merupakan antara tokoh PAS yang banyak membuka mata masyarakat bukan Islam untuk mendekati keindahan Islam serta perjuangan PAS.

"Umno atau Datuk Seri Najib Tun Razak (Perdana Menteri) tidak boleh selesaikan Islamofobia kerana mereka suka api perkauman.

"Tok Guru Nik Aziz, Dr. Mujahid serta pemimpin-pemimpin lain lebih layak dan boleh (tangani Islamofobia)," ujarnya pagi tadi ketika menghubungi Harakahdaily.

Menurut beliau, Nik Aziz, Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan telah membuktikan bahawa pemerintahan PAS selama 20 tahun di Kelantan menyaksikan keharmonian semua agama dipelihara.

"Lebih 20 tahun memerintah (Kelantan), kita tidak dengar Tok Guru bermusuhan dengan agama-agama lain. Tok Guru suka semua rakyat beragama supaya rakyat jadi naik," ujarnya.

Begitu juga dengan Mujahid, katanya Ahli Parlimen Parit Buntar itu banyak mewujudkan hubungan mesra dengan masyarakat bukan Islam sehingga mereka berminat untuk mengetahui tentang keindahan Islam serta menyertai PAS, melalui DHPP.

Berbeza dengan Umno, katanya era Najib menyaksikan orang bukan Islam dihalang dari mendekati Islam.

"Zaman Najib, orang bukan Islam tak boleh masuk masjid, nama (kalimah) Allah tidak boleh sebut, rumah ibadat terbakar dan banyak lagi," ujarnya.

Era Najib juga katanya, seakan tidak mahu orang Melayu dan bukan Melayu bersatu padu menurut Islam.

"Ajaran Islam ajar perpaduan sesama manusia, ajaran yang bukan dari Tuhan ajar mereka (Umno) api perkauman," beliau menambah.hrkh

PKR wajib menghapuskan " politik kotor dari dalam..

Posted: 07 Oct 2010 10:09 AM PDT






yb yus PETALING JAYA: Beberapa ahli parlimen PKR hari ini menyokong saranan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim supaya kemelut politik kotor dalaman PKR dihapuskan.

Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusof berkata, amalan politik kotor PKR perlu segera dihapuskan demi menjadikan PKR parti yang sentiasa mengamalkan pucuk pimpinan secara demokrasi.

Menurutnya, sikap agresif calon-calon PKR yang ingin berlumba merebut jawatan tertinggi menggunakan taktik kotor tidak sepatutnya berlaku kerana ia boleh menyebabkan perbalahan sesama sendiri.

"Saya menyarankan calon-calon yang bertanding tidak menonjolkan kegilaan kuasa tetapi mengamalkan pemikiran bahawa kemenangan atau kekalahan itu adalah satu perjuangan untuk parti sendiri.

"Jangan kita cemari pemilihan kita dengan perbalahan tidak ketahuan yang akan mencerminkan keburukkan parti kepada rakyat,"katanya ketika dihubungi FMT hari ini.

Baru-baru ini, Khalid berkata, amalan sebegitu bertentangan dengan semangat parti dan hanya menimbulkan kebencian rakyat terhadap parti pembangkang itu.

Ujar beliau, "saya sedih dengan taktik kotor sepanjang berkempen dan kejadian memalukan ketika pemilihan peringkat Cabang yang bercanggah dengan semangat tulen parti PKR.

"Pada pemikiran saya, pemimpin PKR mesti menjauhi tradisi lama politik kotor yang menimbulkan kebencian rakyat kepada parti lawan," katanya dalam satu kenyataan.

Yusmaidi berkata, PKR sepatutnya menunjukkan kepimpinan terbaik kepada rakyat kerana rakyat sedang memberi tumpuan serius terhadap PKR berikutan PKR adalah parti yang mempunyai masa depan untuk memajukan negara nanti.

"Perbalahan kecil sesama sendiri di dalam parti wajar diselesaikan secara tertutup tanpa mengaibkan mana-mana individu untuk menarik perhatian pengundi.

Yusmadi mengharapkan pemilihan pusat pada November ini, perselisihan faham yang berlaku di cabang tidak berulang.

Manakala ahli Parlimen Kuala Kedah Ahmad Kassim ketika dihubungi pula berkata, cadangan Khalid untuk menghapuskan politik dalaman PKR perlu disokong.

Ahmad berkata, walaupun wujud individu tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan menimbulkan kekecohan semasa pemilihan, calon lain yang bertanding perlu bersikap terbuka menyelesaikan kemelut.

"Kalau calon bersikap 'gangster', pemilihan PKR akan terus gagal dilaksanakan dengan baik sekaligus menimbulkan tempias besar kepada parti,"katanya.

Zionis Israel Larang Kumandang Azan di Masjid Ibrahimi

Posted: 06 Oct 2010 02:35 PM PDT

Seorang serdadu Zionis menodongkan senjata ke arah umat Muslim yang tengah beribadah di Masjid Ibrahimi. (Foto: Getty Images)AL-KHALIL (Berita SuaraMedia) -  Otoritas pendudukan Israel (IOA) telah melarang Adzan  di masjid Ibrahimi di Al-Khalil  sebanyak 79 kali dalam sebulan terakhir (September). IOA mengklaim bahwa panggilan untuk sholat tersebut "mengganggu" pendatang yang tinggal dalam bagian masjid yang direbut dari Muslim dan diberikan kepada orang-orang Yahudi yang merupakan pelanggaran mencolok dari hukum internasional dan doktrin yang menetapkan kebebasan beribadah dan perjalanan yang aman ke tempat-tempat ibadah. IOA secara sistematis mengejar kebijakan yang melecehkan Muslim dan menghalangi muslim menjalani ibadah dengan aman termasuk mengintensifkan kehadiran militer dan hambatan pada semua jalan utama dan pintu masuk ke masjid.

Sebelumnya pada bulan Februari Otoritas pendudukan Israel menyetujui  RUU untuk merebut 66 dunum tanah di kota Tafouh, sebelah barat Kota Al-Khalil (Hebron). Sumber-sumber lokal mengatakan pasukan militer mengawal petugas perencanaan dari pemerintahan sipil saat ia membagi-bagikan pemberitahuan bagi warga Palestina lokal untuk menghentikan bangunan dan mengevakuasi tanah di kawasan Banat Khulla Hatem, yang mencakup lebih dari 66 dunum. Berdasarkan keputusan itu, area seluas 28-dunum tanah akan disita dari Nadhmi Hariz dan 38 dunum dari Thair Abdel Hadi al-Qawasimi. IOA dilaporkan ingin mencaplok tanah dan mengubahnya untuk fasilitas yang dimiliki oleh seorang pemukim Israel yang dikenal sebagai Ari Ben.

Pemilik tanahyang  ditargetkan memiliki bukti kepemilikan properti dan menyangkal klaim bahwa itu milik negara Israel, sumber menambahkan. IOA memutuskan kembali untuk merebut 44 dunum tanah milik keluarga Khamayisa di daerah yang sama. Dalam insiden terpisah juga di Al-Khalil, puluhan pemukim Israel menyerang wilayah Ain Keinar dan mengunjungi ladang dan mata air di bawah perlindungan dari militer Israel dan milisi keamanan PA. Saksi mata mengatakan kepada Pusat Informasi Palestina bahwa pasukan keamanan PA tiba di lokasi dan menghentikan warga Palestina lokal yang melindungi tanah mereka dan mendekati para pemukim. Saksi, yang mengatakan para pemukim bersenjata dan berjumlah sekitar 50 orang, tiba di daerah Keinar Ain melalui jalan gunung dari pemukiman Beit Hagai ke wilayah Palestina yang berpenduduk padat dan mulai perjalanan antara ladang dan mata air.

Palestina mengatakan mereka khawatir langkah itu merupakan awal dari pemukim untuk mendirikan sebuah pos pemukiman untuk mengambil alih tanah tersebut, meskipun daerah yang terletak di suatu daerah di bawah kendali PA. Baru-baru ini pemukim Israel pada waktu fajar Senin membakar sebuah masjid di kota Beit Fajr, di selatan Betlehem di Tepi Barat. Api tersebut merusak sebagian besar masjid. Warga setempat mengatakan bahwa beberapa pemukim mengobrak-abrik masjid pada malam hari dan membakar karpet dan 12 salinan Al Quran sebelum warga tiba di tempat kejadian dan terlibat dalam baku hantam dengan para penyerang. Pasukan Israel tiba di tempat kejadian untuk melindungi para pemukim. 

Mereka menambahkan bahwa para pemukim menulis di dinding bagian dalam masjid komentar ofensif terhadap Islam dan Muslim. Para pemukim melancarkan serangan yang berbeda baru-baru ini. April lalu, sekelompok pemukim ekstremis menodai sebuah masjid di desa Hawara dan mengecat komentar dan gambar anti-Islam di dinding tersebut. Pada Desember tahun lalu, mereka membakar sebuah masjid di desa Yasuf dan pada bulan Januari tahun ini mereka menyabotase pemakaman Muslim. Gerakan Hamas sangat mengutuk serangan itu dan menggambarkannya sebagai bagian dari kebijakan rasis dan agresif  Israel terhadap Islam, Muslim, dan tempat-tempat suci mereka dan upaya untuk melemahkan tekad dan ketabahan rakyat Palestina . (iw/pic) www.suaramedia.com

Kerasnya Hati Rosmah!

Posted: 06 Oct 2010 02:32 PM PDT


Teman pun tak faham..
Apa yang benar-benar menghijab hati orang-orang UMNO ni nak melaksanakan hukum Islam.
Sedangkan mereka mengaku Islam.. Mengaku Muhammad SAW sebagai Nabi..
Mengaku Allah SWT itu satu..

Islam itu sendiri adalah lengkap dan hanya Islam yang sesuai dengan kehidupan manusia..
2/3 isi kandungan Al Quran adalah berkenaan dunia!
Bermakna segala permasalahan didunia ini WAJIB diselesaikan dengan menggunakan isi Al Quran..
Allah SWT sebagai engineer yang menjadikan manusia... pastinya juga dia bekalkan manusia dengan 'manual' untuk kehidupan..

Seperti bila kita beli set TV Toshiba.. Pastinya disertakan sekali dengan manual nya..
Mana mungkin kita setting TV Toshiba menggunakan manual TV Sony?
Mana mungkin?

Namun itulah yang sedang UMNO gunakan untuk merepair manusia di Malaysia ni..
Sanggup meniru eropah yang sudah jelas nyata kehancuran budaya dan nilai-nilai peribadi mereka!

Yang heran tu.. ada lagi golongan yang bertaraf ulama' masih menyokong UMNO?
aduyaiii.. Bersyukurlah bagi mereka yang terlepas daripada UMNO...

sunsnake 06102010
PAS: Rosmah minta 'sedekah' di Belgium

Hajat Rosmah Mansur melawat pusat remaja hamil di Brussel hari ini untuk mendapatkan input bagi menangai masalah pembuangan bayi adalah tidak munasabah dan menggambarkan seolah-olah kerajaan hilang punca dan kontang idea, kata PAS.

Ketua penerangannya Idris Ahmad berkata, isteri perdana menteri tidak sepatutnya merujuk kepada Centrum voor Integrale Gezinsgorg (CIG) kerana keadaan iklim dan sosial budayanya berbeza dengan negara ini. "Tindakan yang dibuat oleh Datin Seri Rosmah untuk merujuk negara Belgium bagi mengatasi masalah anak luar nikah, seolah-olah anak yatim yang kaya dengan harta peninggalan bapanya, tetapi masih lagi meminta sedekah kepada orang ramai.

"Begitulah juga tindakan Datin Rosmah ibarat memohon sedekah dan ehsan daripada orang lain, sedangkan kita mempunyai rujukan iaitu Islam," kata Idris lagi.

IDEA BEBAL ISTERI MENTERI PERDANA

Posted: 06 Oct 2010 02:30 PM PDT

بسم الله الرحمن الرحيم

ALAHAI...Kontang Idea, Masalah Buang Anak Terpaksa Rujuk Belgium

Parti Islam Se-Malaysia berpandangan hajat Datin Seri Rosmah Mansur hendak ke Centrum voor Integrale Gezinsgorg (CIG) di Brussels Belgium pada 5 oktober 2010 bagi mendapatkan pelbagai input untuk menangani permasalahan buang bayi adalah tindakan yang tidak munasabah, seolah-olah kerajaan sudah hilang punca dan kontang idea.

Fenomena ini sepatutnya dirujuk kepada mereka yang arif di negara ini sahaja bukannya di negara yang, iklim dan sosial budayanya berbeza.. Tindakan yang dibuat oleh Datin Seri Rosmah untuk merujuk negara Belgium bagi mengatasi masalah anak luar nikah, seolah-olah anak yatim yang kaya dengan harta peninggalan bapanya, tetapi masih lagi meminta sedekah kepada orang ramai. Begitulah juga tindakan Datin Rosmah ibarat memohon sedekah dan ehsan daripada orang lain, sedangkan kita mempunyai rujukan iaitu Islam.

Kenapa begitu takut hendak merujuk kepada pendekatan Islam yang lebih menyeluruh dan telah terbukti berjaya. Kaedah yang perlu digunakan mestilah merujuk kepada apa yang diajar oleh Rasulullah SAW iaitu pendekatan mencegah dan mendidik. Baginda telah berjaya membetulkan masyarakat jahiliah yang rosak dalam masa 23 tahun yang menjadi kekaguman ahli kaji masyarakat barat yang berpandangan kerosakan masyarakat jahiliah hanya dapat dirawat dalam masa 100 tahun lebih.

Islam Hak Semua Manusia

Posted: 06 Oct 2010 02:28 PM PDT



Islam bukan hak ekslusif bangsa Melayu atau mana-mana bangsa. Islam agama Allah, tuhan semua bangsa. Allah sebagai tukang buat manusia menciptakan manusia dari pelbagai bangsa dan keturunan dan Allah jugalah yang menurunkan Islam untuk menjadi pegangan manusia. Tiba-tiba mana mungkin boleh jadi Islam sesuai untuk satu bangsa tapi tak sesuai untuk satu bangsa lain, seolah-olah bangsa lain ada tuhan lain yang buat, bukan Allah.

GAMBAR-Ceria dalam perjuangan. Dari kiri YM Tengku Ahmad, Dr Azman, YB Drs Khalil Idham, Ustaz Pauzi dan Haji Hassan Karim.

Marilah kita tinggalkan perjuangan kebangsaan kerana langit, bumi, bukan bangsa melayu yang buat, bukan bangsa Arab, tapi dibuat oleh tuhan segala bangsa, Allah! Perjuangan Islam yang kita galas, bukan satu pilihan tapi suatu kewajipan bila kita hidup menumpang muka bumi tuhan.

Mana mungkin kita boleh berjalan atas muka bumi tuhan, makan dan minum dari rezeki tuhan, bernafas dengan oksigen tuhan, tiba-tiba kita tak nak buat kerja untuk tuhan, tak nak buat kerja untuk Islam.

Atas dunia pun kalau kita masuk kedai, makan, minum kemudian tak nak bayar, orang akan marah apatah lagi kita tumpang segala-galanya milik Allah, tiba-tiba kita nak semuanya secara percuma. Mana ada jalan.

Alhamdulillah, Islam bukan lagi satu fobia di dalam masyarakat kita. Malah pada malam ini kita menampilkan penceramah berbangsa Cina, YB Drs Khalil Idham Lim Abdullah, Adun Titi Serong.

Indah dan terbukanya PAS kerana boleh terima siapa saja asalkan Islam. Umnolah yang bertanggungjawab mewujudkan suasana fobia masyarakat kepada Islam demi kepentingan politik sempit mereka.

Mereka tahu, kalau masyarakat faham Islam dan mengamalkan cara hidup Islam, mereka akan kehilangan sokongan. Rakyat tak akan sokong Umno lagi. Lantas, demi survival politik, tak apa masyarakat rosak, asal mereka tak hilang sokongan.

Inilah antara intipati ucapan saya dalam program Ceramah Umum sempena Program Hari Raya PAS DUN Langkap. Hadir sama Ustaz Mohd Pauzi Muda, Yang Dipertua Pas Kawasan, YM Tengku Ahmad Tengku Husin, Pengarah DUN Langkap dan Ustaz Rozali Mohammad.

YB Drs Khalil Idham dalam ucapannya menceritakan di Negara Cina terdapat kira-kira 130 juta ummat Islam malah ada satu masjid di sebuah wilayah di Cina, kehadiran solat Jumaat mencecah sehingga 20,000 orang jamaah.

Beliau yang berasal dari Bachok, Kelantan mengucapkan kalimah syahadah ketika berusia 22 tahun mengakui ketenangan berada dalam agama Allah.

Islam mengajar kita, dengan kuasa anugarah Allah, wajib kita berlaku adil kepada semua rakyat walau apa bangsa sekalipun. Inilah yang telah dipraktikkan ketika era kerajaan Pakatan Rakyat Perak.

Bohong tuduhan Umno bahawa DAP anti Islam. Ini semua tuduhan orang buta maklumat. Kelulusan pemberian tanah kepada Pondok Pok Teh di Pengkalan Hulu, Perak disokong oleh Exco DAP sedangkan lebih 10 tahun permohonan tersebut terbengkalai dizaman kerajaan Umno.

Semua orang tahu siapa yang hentikan bantuan kepada SAR kalau bukan Umno. Semua orang tahu siapa yang sambung balik peruntukan untuk SAR kalau bukan kerajaan Pakatan Rakyat termasuk kerajaan pimpinan YAB Lim Guan Eng di Pulau Pinang yang dituduh Umno sebagai kerajaan kafir harbi.

Salahkah Lim Guan Eng kerana dia Cina sedangkan sebelum ini Ketua Menteri Pulau Pinang semua Cina. Exco DAP Perak juga yang mencadangkan qari dan qariah Perak yang menjadi johan ujian tilawah peringkat kebangsaan ditaja untuk mengerjakan haji dengan biaya kerajaan negeri. Ini cuma beberapa contoh.

Pemberian hak milik tanah kepada orang-orang Cina yang rata-ratanya miskin di Kampung Baru dan telah menetap di situ hampir 2 generasi tanpa dapat hak milik di zaman Umno,

apakah boleh dikira mengadaikan tanahair kita kepada bangsa lain sedangkan kerajaan Umno mengurniakan puluhan ribu hektar tanah kepada tauke-tauke Cina yang kaya raya. Seolah-olah bantu orang-orang Cina miskin, salah! tapi bantu tauke Cina yang kaya raya, tak apa! Ini undang-undang mana Umno guna pakai.

Lantas, apa untungnya Umno cuba mengapikan sentimen perkauman dan keagamaan. Kononnya Najib menawarkan bantuan kepada Obama bagi mengatasi masalah Islamofobia tanpa dia sedar Umnolah yang sebenarnya fobia dengan Islam.

Rakyat Kedah Mai Baca Ni... Toksah DiPerbodohkan BN/umno Kedah...!!!!

Posted: 06 Oct 2010 02:26 PM PDT


Kenyataan Setiausaha Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Nawawi Ahmad semalam bahawa pemimpin BN tidak takut dengan ugutan Azizan untuk mendedahkan mengenai penyelewengan berhubung isu air itu.

SPRM kan rajin, tengok (berdasarkan) kenyataan dalam blog pun mereka dah siasat," katanya.

Apa yang nak di takutkan.... bukankah SPRM tu kuda tunganggan dan barua BN...!!! ha...ha..ha... macam cilakesssss jer... kenyataan mamat tu, baca kat bawah ni pula dan sori agak panjang storynya..

Sepanjang 50 tahun Barisan Nasional (BN) mentadbir Kedah (1957-2007), negeri ini dibebani hutang sebanyak RM2.4 bilion, yang mana RM1.7 bilion daripada jumlah itu adalah pinjaman daripada Kerajaan Persekutuan untuk membiayai perkhidmatan bekalan air . Setelah mengambil alih pemerintahan pada Mac 2008, kerajaan PR mendapati selain bebanan hutang yang sangat tinggi, infrastruktur dan perancangan perkhidmatan ini jauh ketinggalan di belakang keperluan semasa dan unjuran keperluan masa hadapan.

Hal ini berlaku kerana pihak Kerajaan Negeri waktu itu lebih cenderung membuat pinjaman daripada kerajaan persekutuan, berbanding memohon geran (yang menjadi hak rakyat Kedah yang juga rakyat Malaysia) gara-gara keinginan mereka menentukan projek-projek itu dapat diagihkan berdasarkan kepentingan politik mereka. Hal ini dapat dikesan dengan ketara dalam projek pembinaan loji air di Padang Sanai yang telah dibangkitkan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri pada bulan Ogos 2010.

Kegagalan membayar balik pinjaman bekalan air dihadapi oleh semua kerajaan yang diperintah oleh BN, (dulu kini dan selamanya) melibatkan jumlah yang besar dan menjadi bebanan pula kepada kerajaan Pusat. Pihak Kerajaan Pusat dalam usaha memastikan hutang-hutang lapuk itu dibayar oleh semua kerajaan negeri, telah mengambil langkah 'merampas secara halus' hak yang telah diperuntukan dalam perlembagaan persekutuan sebagai hak kerajaan negeri iaitu sumber dan bekalan air. Perlembagaan Persekutuan telah dipinda untuk menjayakan langkah ini.

Keadaan lebih parah lagi apabila Kerajaan BN sebelum ini mengswastakan beberapa sektor penting dalam perkhidmatan bekalan air kepada syarikat kroni mereka tanpa mengambilkira kepentingan rakyat dan negeri Kedah.

Pindaan Perlembagaan dan Pencerobohan Hak Kerajaan Negeri Terhadap Sumber Air: Fakta-Fakta Penting yang Perlu Rakyat Tahu.

Pindaan Perlembagaan berkaitan pengawalan sumber dan perkhidmatan bekalan air membawa kesan yang amat besar kepada negeri-negeri seluruh Semenanjung Malaysia . Sumber dan perkhidmatan air dipisahkan seperti berikut:

i) Sumber air – Kerajaan Negeri
ii) Perkhidmatan bekalan air – Kerajaan Pesekutuan

Pindaan ini melibatkan antara lain:

1. Akta Perkhidmatan Air Negara (Water Sevices Industry Act – WASIA) diluluskan di Parlimen Malaysia dan diwartakan pada 2006 telah membawa kepada:

a) Pembentukan Suruhanjaya Perkhidmatan air Negara (SPAN) sebagai entity pengawal (regulatory) perkhidmatan air seluruh Negara.

b) Diwujudkan Perbadanan Aset Air Negara (PAB) sebagai sebuah entity milik penuh Perbadanan Menteri Kewangan (MOF Incorporated), khusus untuk menyediakan capital/dana untuk pembinaan asset-aset bekalan air (loji, paip, tangki, pusat rawatan dll). PAB juga ditugaskan membeli dan menguruskan semua hutang tidak berbayar (NPL) kerajaan-kerajaan negeri.

c) Berasaskan akta ini, bagi sektor pengurusan bekalan air, kerajaan-kerajaan negeri tidak dapat mengelak daripada bergerak kepada penubuhan entity/syarikat korporat seperti SADA.

d) Entiti/syarikat ini dibenarkan dimiliki oleh kerajaan negeri, tetapi dikawal sepenuhnya oleh SPAN.

2. Enakmen Syarikat Pengganti diluluskan sewaktu zaman BN.

Bagi memenuhi kehendak Akta ini, Kedah seperti negeri-negeri lain membentangkan dan meluluskan satu Enekmen dalam Sidang Dewan undangan Negeri pada awal tahun 2008 (sewaktu di bawah BN). Enekmen Syarikat Pengganti Pengurusan Bekalan Air Negeri Kedah diluluskan sebagai langkah mula mengkoperat Jabatan Bekalan Air (JBA) selaras dengan Akta yang dikuatkuasakan oleh SPAN.

3. Justifikasi penubuhan SADA.

Pada 1/1/09, SADA ditubuhkan bagi menjalankan kerja-kerja JBA berasaskan justifikasi bahawa:

Berdasarkan Akta SPAN, Kerajaan Pusat berhak mengambil alih sepenuhnya perkhidmatan bekalan air di mana-mana negeri – melalui arahan Menteri berkaitan - bilamana satu laporan audit oleh SPAN mendapati kedudukan kewangan agensi air negeri tidak berupaya menampung operasinya. Sekiranya hal ini berlaku, maka hilanglah hak kawalan negeri ke atas sumber dan perkhidmatan air, seperti yang ditentukan oleh perlembagaan. Ini adalah satu bentuk 'penjajahan/pencerobohan' Kerajaan Pusat ke atas 'kedaulatan' Kerajaan Negeri.

Cengkaman Perbadanan Aset Air Negara (PAB).

a) Ditubuhkan di bawah MOF Inc, milik penuh (100%) Kementerian Kewangan, dengan tujuan:

i) Menyediakan dana secukupnya kepada syarikat pengendali/operator air untuk pembangunan asset-aset air (loji, tangki, paip dll).

ii) Menguruskan pinjaman/hutang kerajaan-kerajaan negeri.

b) Sumber kewangan PAB.

i) Pinjaman kerajaan Pusat – yang sebelumnya diberikan kepada kerajaan negeri, kini diberikan kepada PAB dan agensi ini berkuasa penuh ke atas sumber ini.

ii) Pasaran kewangan antarabangsa.

c) Semua asset yang dibina/diambilalih oleh dana PAB akan disewakan kepada syarikat/operator bekalan air pada kadar yang ditentukan oleh PAB. Sewa ini digunakan untuk membayar hutang kerajaan negeri.

d) PAB membeli hutang/NPL kerajaan negeri daripada kerajaan pusat dan bayaran dibuat secara lump-sum (sekaligus) melalui pembiayaan dana antarabangsa. Akibatnya, kerajaan negeri kini berhutang kepada PAB dan tertakluk kepada syarat berikut:

i) Semua asset air yang ada hendaklah dipajak kepada PAB sebagai jaminan pinjaman/hutang.

ii) PAB akan buat pajakan kecil kepada SADA – supaya SADA mempunyai kawalan terhadap asset supaya dapat berfungsi sebagai operator air.

iii) Membayar fee pajakan kecil asset air kepada PAB

iv) Membuat bayaran pinjaman/NPL kepada PAB mengikut jadual yang ditetapkan.

Mengatasi cengkaman Pusat melalui PAB.

Bagi menghadapi situasi yang mencengkam ini, bagi mengelak rakyat Kedah kehilangan pegangan dan hak ke atas sumber dan asset air, Kerajaan Negeri melalui SADA telah mengambil langkah-langkah perlu bagi mengawal kepentingan negeri dan rakyat Kedah, antaranya meletakkan syarat berikut:

i) Struktur pemilikan saham PAB tidak berubah – 100% milik MOF- sekiranya pemilikan PAB berubah melalui penjualan saham atau pengambilalihan melalui apa-apa cara sekalipun kepada mana-mana pihak, maka perjanjian pajakan adalah terbatal dengan sendirinya dan semua hutang piutang akan dihapus kira. Syarat ini telah dipersetujui oleh PAB melalui siri rundingan dengan SADA.

Audit Prestasi Semasa yang membawa kepada Arahan menaikkan kadar tariff.

Setelah mengambil alih hutang/NPL kerajaan negeri, PAB telah mengarahkan SPAN untuk menjalankan audit kepada semua akaun operator-operator air negeri-negeri untuk meneliti kemampuan kewangan syarikat-syarikat pengendali air seluruh Negara – bagi memastikan mereka dapat mengutip bayaran balik.

Hasilnya- ternyata selama dibawah kerajaan BN selama 50 tahun, prestasi kewangan JBA (kemudian SADA) amat lemah/tidak mampu – dengan liability yang ada.

Mesyuarat Kabinet pada hujung tahun 2009 telah memutus dan meluluskan pada dasarnya tariff air mesti dinaikkan di seluruh semenanjung.

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Bekalan Air telah menghantar surat kepada Setiausaha Kerajaan Negeri dan operator air supaya mengemukakan model-model kadar tariff sedia ada.

SPAN sebagai pengawal (regulatory) telah mengarahkan supaya operator-operator air negeri-negeri mengemukakan model-model semakan tarif.

SADA Mengemukakan 3 model semakan tariff.

SPAN memanggil Dewan-dewan perniagaan, persatuan-persatuan pengilang peringkat negeri dan nasional, persatuan pengguna dan kesatuan wartawan untuk berunding , dan pada dasarnya semua bersetuju dengan model-model yang dikemukakan.

Mempertahankan Kadar Tarif Rumah Ibadat dan Kebajikan.

SPAN memanggil semula operator-operator air untuk mengkaji model-model yang telah dirundingkan. SADA telah mempertahankan supaya bagi rumah-rumah ibadat, premis-premis berasaskan kebajikan tidak dinaikkan tariff – dan dipersetujui.

Rancangan kadar Tarif Air Kerajaan Pusat Melalui.
Pada tahun 2013, semua kadar tariff air diseragamkan seperti kadar tariff elektrik. Kadar yang 'selesa' bagi SPAN ialah RM0.90 sen semeter padu – sama dengan kadar Negeri Johor.

Atas dasar mempertahankan dan mempertimbangkan kedudukan bebanan kepada rakyat, SADA berjuang supaya kadar hanya dinaikkan sedikit (RM0.10 sen). Kepentingan rakyat telah dipertimbangkan semasak-masaknya dalam setiap perundingan dengan SPAN.

Kedudukan Kedah Berbanding beberapa Negeri

Terdapat 52,000 akaun pengguna, 90% adalah pengguna domestic dan 10% pengguna industry. Keadaan ini meletakkan SADA menghadapi kumpulan pelanggan yang majoritinya berada dalam tariff paling rendah.

Berbanding Pulau Pinang yang mempunyai pelanggan industry lebih banyak dari pengguna domestic.

Kedah menguruskan 13,000 kilometer (km) saluran paip bekalan air, berbanding 2,000 km bagi Pulau Pinang dan 1,000 km di Perlis. Kos mengendalikan dan menyelenggara bekalan dan tekanan air di Kedah jauh lebih tinggi berbanding negeri jiran.

Paip-paip di Kedah memberi pulangan rendah disebabkan taburan penduduk berselerak dan berjauhan – berbanding Pulau Pinang yang mempunyai taburan penduduk padat dan tertumpu – kos jadi rendah.

Tanggungan Akibat Penswastaan Bekalan Air Kerajaan BN Kepada Syarikat Kroni.

i) Telework Sdn Bhd – Pengurusan bekalan air di seluruh Langkawi. Akibat kos operasi yang lebih tinggi berbanding pulangan yang telah dipersetujui dalam perjanjian penswastaan oleh Kerajaan BN waktu itu, maka, sehingga perjanjian tamat pada tahun 2020, SADA terpaksa top-up RM25-RM50 juta setahun dan akan meningkat sehingga RM70 juta setahun menjelang 2020.

Tindakan ini mengakibatkan hutang SADA terus meningkat dari masa ke semasa, disamping hutang kepada kerajaan pusat. Hal ini menjejaskan prestasi kewangan SADA dan meletakkan Kedah sentiasa dalam risiko kehilangan asset terpenting kepada rakyat Kedah dari sudut keselamatan, ekonomi, social dan politik.

ii) Air Utara Indah Sdn Bhd (AUI) – Memproses/merawat air di lima loji utama/terbesar di seluruh negeri, iaitu di loji Plubang, Bukit Pinang, Pinang Tunggal, Sungai Petani dan Sg Ular. Berdasarkan perjanjian, kos rawatan air dikira berdasarkan jumlah air yang dirawat, bukan air yang sampai kepada pengguna. Oleh kerana Kedah mengalami Non-revenue water (NRW) sebanyak 48%, maka, SADA terpaksa membayar kos tersebut tanpa sebarang pulangan. SADA sedang berusaha mengurangkan kadar NRW keperingkat minimum. Sekitar RM90 juta dibayar kepada AUI setahun.

Kedua-dua perjanjian ini tidak ada 'exit clause', dirangka sedemikian rupa untuk memastikan syarikat-syarikat ini menerima bayaran dengan selamat walaupun rakyat Kedah 'sengsara'.

iii) Kenaikan tariff elektrik berkali-kali sejak 17 tahun lalu (sejak 1993). Kos bil elektrik sekitar RM30 juta sebulan.

iv) Peningkatan kos bahan kimia.

Moral di sebalik kenaikan tariff air dan perjuangan rakyat Kedah.

Setelah 'kehilangan' sebahagian hak ke atas tanah yang dihakis melalui Kanun Tanah Negara (1960), Kerajaan dan rakyat Kedah kini harus berjuang mempertahankan hak dan menghalang Barisan Nasional melalui Kerajaan Pusat mengambil alih asset-aset, operasi, sumber berkaitan air, yakni salah satu hak negeri yang dijamin oleh perlembagaan.

Ini adalah perjuangan besar yang tidak wajar dikorbankan hanya dengan kenaikan sekupang bagi semester padu. Kita harus memberi sokongan sepenuhnya kepada Kerajaan PR melalui sokongan terhadap SADA demi mempertahankan asset strategic bagi keselamatan, ekonomi, sosial dan politik Kedah. Ini adalah kedaulatan negeri tanah tumpah darah kita semua!

PAS BERSAMA PR, PENYEBAB KETARA ISLAMPHOBIA TERHAPUS DI MALAYSIA

Posted: 06 Oct 2010 02:25 PM PDT

Seseorang yang menaiki motosikal, lalu terlibat dalam kemalangan yang mengakibatkan kecederaaan parah, seperti cacat. Setelah dimasukkan ke dalam hospital, dan mendapat rawatan, ternyata dia sihat kembali.

Namun, dia sudah tidak lagi menunggang motosikal, ekoran fobia. Apabila dihulur kunci motorsikal, mimpi ngeri tentang kemalangan lalu mula terbayang dalam fikirannya. Perkara ini, sering menghantui perasaannya, malahan memberi kesan yang cukup besar pada kehidupannya.

Keadaan yang sama juga menimpa Islam selepas kejadian pelanggaran dua buah kapal terbang terhadap dua buah bangunan mercu negara amerika, WTC. Agama Islam dianggap sebagai agama ganas, dan Umat Islam pula dituduh sebagai pengganas. Semuanya berpunca tuduhan melulu Bush yang merupakan Presiden Amerika ketika itu mengatakan bahawa tindakan itu merupakan serangan jahat dari Osama bin Laden.

Selepas kejadian itu, banyak penyelidikan yang dilakukan. Sehinggakan, ramai berpendapat bahawa serangan itu sebenarnya adalah satu konspirasi jahat yang sedang dilakukan oleh orang-orang yahudi.

MALAYSIA

Dengan kejadian 11 september, di negara barat, tekanan yang tertimpa terhadap orang bukan islam amat ketara kelihatan. Keadaan semakin rumit, sehinggakan Istilah fiqh Al-Aqalliyat [fiqh minoriti] yang dilontarkan oleh Dr Yusuf Al-Qaradhawi mula mendapat tempat yang cukup meluas.

Namun, pemikiran orang barat tidak seperti orang disebelah timur. Mungkin terkesan dengan budaya pencerahan yang bermula dari serangan beberapa tokoh-tokoh pencerahan terhadap zaman kegelapan Eropah yang didokong oleh agamawan paderi, sepertimana yang dilakukan Ammanual kant, William Harvey, René Descartes, Spinoza dan banyak lagi, menyebabkan orang barat tidak melihat perkara ini dengan pandangan selapis, sebaliknya dilihat dari sudut rasional berbanding emosional.

Keadaan itu menyebabkan ramai dari kalangan orang barat mula 'bertanya' dan mengkaji islam. ternyata, keadaan itu menyebabkan perubahan di kalangan masyarakat barat terhadap Islam semakin lama semakin positif, malahan ternyata sudah ramai dari kalangan orang barat yang sudah memeluk islam.

Ia benar-benar meyakinkan kita kepada firman Allah SWT;

وَمَكَرُوا وَمَكَرَ اللَّهُ وَاللَّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ

Maksudnya;
"Mereka telah melakukan perancangan, dan Allah SWT juga telah merancang. Dan Allah adalah sebaik-baik perancangan"

[Surah Al-Imran : 54]

keadaan ini, bukan sekadar berlaku di barat, malahan berlaku juga di Malaysia. Di malaysia, Islamphobia ini, boleh disifatkan berlaku dari dua faktor, [1] dari pihak orang bukan islam, dan [2] dari pihak orang islam sendiri.

FAKTOR DAN PUNCA

Tidak dinafikan, orang bukan islam di Malaysia mempunyai pergaulan dengan orang-orang islam. keadaan ini sepatutnya, perlu dijadikan sebagai ruang mereka dalam bertanya tentang islam.

Mungkin faktor tidak tercetus sebarang isu Islam yang mempunyai kaitan dengan mereka, menyebabkan mereka tidak pernah ingin mengambil tahu tentang islam, ataupun mungkin faktor ketaassuban kepada agama masing-masing, tanpa mempunyai keinginan untuk 'skaptikal' dengan agama mereka dalam mencari kebenaran, menyebabkan mereka kekal dalam keadaan tidak melayan agama Islam.

Ini dipanaskan lagi, apabila isu-isu yang melibatkan umat islam, boleh dikatakan kelihatan umat islam dilihat seperti ganas, yang menyebabkan sifat mahu menjauhkan diri dengan islam semakin hari semakin kelihatan. Ekoran itu, Islam tidak berjaya disebarkan secara meluas kepada orang bukan islam, malahan ia juga melahirkan persepsi atau gambaran awal bahawa mereka gerun dan takut dengan Islam.

Namun, adalah tidak tepat sekadar dilihat kesalahan ini kepada orang bukan islam sahaja, malahan kesilapan dari pihak orang islam juga perlu diselidiki dan dimuhasabah sama. Apabila direnung, didapati orang yang beragama islam juga ada menyumbang ke arah Islamphobia. Antaranya adalah seperti berikut;

Pertama: Islam dilihat seperti agama kaum tertentu

Sikap segelintir umat Islam yang mempamerkan Islam sebagai agama kaum tertentu, merupakan satu tindakan yang cukup jahat terhadap islam. ini kerana, islam ajaran nabi muhammad SAW tidak pernah dibataskan kepada kaum tertentu sahaja, malahan islam ajaran nabi SAW bersifat 'for All'.

Firman Allah;

يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالًا كَثِيرًا وَنِسَاءً وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالْأَرْحَامَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا

Maksudnya;
"Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan-mu yang telah menciptakan kamu dari seorang diri, dan dari padanya Allah menciptakan isterinya; dan dari pada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu"

[An-Nisa' : 1]

Juga firman Allah;

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

Maksudnya;
"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal"

[Hujurat : 13]

Kedua : salah faham terhadap islam

salah faham terhadap islam yang membeku dalam diri umat Islam juga merupakan antara faktor Islam difobiakan. Seperti contoh, sesuatu tindakan yang bersifat keganasan, dilebelkan ia sebagai tindakan islam atas nama jihad dan sebagainya. Keadaan ini mengakibatkan, orang bukan islam menganggap bahawa islam adalah agama keganasan, walhal islam tidaklah begitu.

Islam adalah agama kedamaian, dan memberi keamanan kepada semua manusia, tidak kira terhadap mereka yang beragama Islam, mahupun terhadap orang yang tidak beragama Islam.

Firman Allah;

لَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ

Maksudnya;
"Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu karena agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil"

[Mumtahanah : 8]

Dalam firman Allah ini, amat nyata bahawa Allah SWT menyuruh dilakukan keadilan dan berlaku kebaikan terhadap orang bukan islam. malahan, dalam hadis dinyatakan bahawa Nabi SAW akan berbelah pihak kepada orang bukan islam, sekiranya mereka dizalimi oleh orang islam.

Sabda Nabi SAW;

مَنْ ظَلَمَ مُعَاهِدًا أَوْ انْتَقَصَهُ أَوْ كَلَّفَهُ فَوْقَ طَاقَتِهِ أَوْ أَخَذَ مِنْهُ شَيْئًا بِغَيْرِ طِيبِ نَفْسٍ فَأَنَا حَجِيجُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Maksudnya;
"Barangsiapa yang menzalimi orang bukan islam, atau mengurangkan haknya, atau membebankannya luar dari kemampuannya, atau mengambil daripadanya sesuatu tanpa jalan yang baik, maka aku akan penhujjahnya pada hari akhirat kelak"

[Abu daud : 2654]

Ketiga : provokasi atas nama agama

Sebilangan orang islam, menjadikan agama sebagai alat provokasi dalam mengambil keuntungan politik. Di Malaysia, antara isu yang dimainkan adalah seperti isu orang bukan islam tidak dibenarkan berada di masjid, larangan berdoa terhadap orang bukan islam dan banyak lagi.

Mereka memainkan isu ini, adalah bertujuan untuk mencari pengaruh politik murahan mereka, tanpa mereka sedar bahawa mereka telah memberi gambaran buruk terhadap islam yang diturunkan oleh Allah SWT itu sendiri.

SELEPAS ERA PAKATAN RAKYAT

Jika mahu dinukilkan semua punca dan faktor penyebab islamphobia berlaku di malaysia, memang terlalu banyak. Tetapi, sekadar tiga perkara yang dikemukakan sudah cukup untuk difikirkan oleh umat Islam dalam memuhasabahkan diri mereka balik dalam memastikan islam ini tidak lagi difobiakan.

Namun, hakikat perubahan ke arah terhakisnya islamphobia ini semakin hari semakin kelihatan. Sejarah 8 Mac 2008 merupakan sejarah besar dalam era politik di malaysia, namun dari sudut agama, ia memberi banyak perubahan pemikiran rakyat terhadap islam itu sendiri.

Atas asas mempertahankan demokrasi disamping bersama-sama bersatu mempertahankan keadilan rakyat, menyebabkan PAS, PKR dan DAP telah bersatu dibawah satu bumbung yang bernama Pakatan Rakyat [PR]. Perkembangan ini, menyebabkan orang bukan islam dapat melihat betapa PAS yang memperjuangkan islam, mampu bersama-sama dengan orang bukan islam, malahan sanggup mempertahankan bangsa selain melayu dan selain beragama Islam dalam perkara yang melibatkan keadilan sejagat.

Keadaan ini, melahirkan satu gambaran baru orang bukan islam terhadap islam itu sendiri. Mereka mula berdekat-dekat dengan islam, seperti mengungkap firman-firman Allah dari Al-Quran tentang konsep keadilan, konsep 'berbuat baik' dan banyak lagi. Begitujuga, mereka sudah berani mendekatkan diri mereka dengan islam, seperti berpakaian seperti uruf orang islam di Malaysia [walau tidak sempurna], mendekati masjid, mula menghafal beberapa istilah-istilah yang menjadi kebiasaan bagi umat Islam dan sebagainya.

Keadaan ini merupakan satu perkembangan baik yang berlaku di malaysia. Gambaran islam ganas, sudah mula terhakis sedikit demi sedikit. Gambaran islam adalah agama diskriminasi, sudah semakin terhapus dari minda-minda orang bukan islam.

ia lebih bertambah melegakan, apabila usaha pergabungan antara PAS – UMNO tidak berjaya dilaksanakan, sebarang provokasi agama tidak dilayan dengan sentimen kemelayuan, sebaliknya diperjelaskan dari sudut Islam yang bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah, isu hak penggunaan kalimah Allah berjaya diselesaikan dengan perdebatan ilmiyyah, dan banyak lagi.

Walau lahir Perkasa yang dilihat seperti golongan ultra-melayu bersama-sama dengan UMNO, disamping mengungkapkan kalimah islam, ternyata semua itu dipandang remeh, malahan tidak memberi impak yang kuat dalam menggoyahkan persepsi orang bukan islam terhadap islam itu sendiri.

Keadaan ini merupakan kejayaan yang cukup besar dalam menghakiskan "islamphobia" di malaysia, dan ia tidak mustahil bahawa ia menjadi titik permulaan dalam melihat kejayaan terlaksananya keadilan islam di malaysia untuk masa hadapan – Insya Allah.

Sekian

Wallahu 'Alam

Mahmud Abbas pun Tak Tahan

Posted: 06 Oct 2010 02:24 PM PDT


Mahmud Abbas pun yang dianggap sangat moderat, dan memiliki relasi yang sangat baik dengan pemerintahan Benyamin Netanyahu, akhirnya membatalkan perundingan langsung dengan Israel. Perundingan yang difasilitasi oleh Presiden Barack Obama, akhirnya tak mampu memecahkan konflik di Timur Tengah melalui jalan perundingan.Pertemuan yang berlangsung di Washington, segitiga, antara Mahmud Abbas, Netanyahu, dan Obama, akhirnya menemui jalan buntu. Kemudian, Abbas memilih membatalkan perundingan.Dari mula, tidak ada yang merasa optimis dengan perundingan, karena tidak ada yang akan didapatkkan dari perundingan oleh fihak Palestina dari Israel. Perundingan langsung itu, hanyalah 'buying time', yang dilakukan pemerintah Netanyahu, khususnya menghadapi tekanan Washington, dan masyarakat internasional. Obama ingin berusaha menciptakan Timur-Tengah yang stabil, dan mendapatkan simpati kalangan Arab.Sehingga, Washington di era pemerintahan Obama mendorong perundingan, dan bahkan menunjuk George Mitchel, yang mewakili pemerintah AS mendorong perundingan, dan melakukan dialog dengan fihak-fihak yang terlibat konflik.

Masalah yang paling mendasar adalah sikap pemerintah Israel, yang sekarang ini dikusai oleh kelompok Ortodok – Ultra Kanan, yang dipimpin Benyamin Netanyahu dari Parti Likud dan Avigdor Lieberman, dari Partai Israeli Beitani, yang menolak setiap perundingan dengan memberikan konsesi apapun terhadap Palestina. Bahkan, di tengah-tengah berlangsungnya perundingan, Lieberman yang menjadi Menlu Israel, mengeluarkan pernyataan, yang sangat keras, menyatakan agar orang-orang Arab dikeluarkan dari wilayah-wilayah yang diduduki Israel. Israel juga tidak menggubris permintaan Washington agar melakukan moratorium (penghentian) pembangunan pemukiman baru di wilayah-wilayah yang sekarang menjadi sengketa, termasuk Jeruselam Timur dan Tepi Barat, di mana Israel terus melangsungkan pembangunan pemukiman Yahudi, dan tidak mau bergeser sedikitpun sikapnya. Dalam hal ini, Israel tetap melangsungkan pembangunan pemukiman Yahudi di kedua wilayah, yang sekarang ini diduduki sejak perang tahun 1967. "Pembangunan pemukiman Yahudi di Jerusalem Timur dan Tepi Barat itu, sama dengan pembangunan pemukiman Yahudi di Tel Aviv dan tempat lainnya di Israel", ujar Netanyahu.

Dibagian lain, Obama tidak mampu mendesakkan keinginan untuk mencapai kesepakatan dengan Israel, khususnya tentang moratorium pembangunan pemukiman Yahudi. Obama sudah tersudut dengan opini yang dibuat oleh media-media di AS dan Eropa, yang terus menyudutkan dirinya bahwa ia seorang mulsim. Obama menjadi korban kampanya media yang sudah dikendalikan jaringan Yahudi. Bahkan, koran di Israel seperti Jerusalem Post membuat polling, yang menggambarkan bahwa mayoritas rakyat di Israel menyakini Obama itu, seorang muslim. Publik di Israel juga tidk percaya bahwa Obama itu berpihak kepada Israel. Dengan opini yang terus menyudutkan Obama itu, maka langkah-langkah politik yang dilakukan oleh Obama itu, akhirnya mati suri. Tentu yang paling mendasar sikap Gedung Putih, yang tidak mungkin akan berubah terhadap Israel, dan hal itu sudah berulangkali diucapkan oleh Barack Obama dan Joe Biden, yang menegaskan bahwa prioritas kebijakan luar negeri AS itu, jaminan keamanan Israe. Jadi tidak mungkin langkah-langkah kebijakan yang dilakukan pemerintah Obama itu, hakekatnya akan merugikan Israel. Apalagi, tekanan-tekanan yang dilakukan lobbi Yahudi di AS sangat lah keras terhadap Obama. Ini semua mengakhiri prakarsa perdamaian di Timur-Tengah. Harapan akan ada penyelesaian damai di Timur Tengah itu hanya akan menjadi harapan yang hampa. Duet pemerintahan Ortodok-Ultra Kanan, antara Benyamin Netanyahu dengan Avigdor Lieberman, tidak akan mau membawa penyelesaian konflik Arab-Israel dengan sebuah konsesi. Sekecil apapun. Pembangunan dan perluasan pemukiman akan berjalan terus. Karena ini sudah menjadi tuntutan kaum Ultra Kanan, yang sekarang menjadi pilar pemerintahan Israel. Jadi sejak zaman Yaser Arafat sampai Mahmud Abbas, pilihan melakukan perundingan itu, hanyalah membuang-buang waktu, yang tidak produktif bagi masa depan Palestina. Karena jelas-jelas pemerintahan Israel manapun, tidak akan memberikan konsesi politik apapun kepada rakyat Palestina. Wallahu'alam.-eramuslim

BONGKAR! Lagi bukti Umno terima hasil judi untuk disedekahkan kepada umat Islam!

Posted: 06 Oct 2010 02:22 PM PDT



"Sementara itu, Kumpulan Berjaya semalam menyumbang RM250,000 kepada tabung berkenaan, sumbangan terbesar setakat ini yang diterima daripada syarikat swasta.

Mengumumkan sumbangan itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Hishammuddin Hussein, berkata berita itu disampaikan kepadanya oleh Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya Sports Toto Berhad, Tan Sri Vincent Tan."


Sumber: Berita Harian

HIPOKRIT: Lihatlah wajah munafiq parti yg bernama Umno ni..betapa mesra dan intimnya pemimpin Umno dengan tokeh judi negara Vincent Tan...bukan sahaja menerima sumbangan judi haram, bahkan mendermakan wang itu pada rakyat Iraq yang sengsara akibat peperangan..

Mana suara lantang penyokong Umno? mana demontrasi PERKASA? mana ulasan YB Zul? mana bantahan ulamak muda Umno?..ternyata kalian hipokrit jika sudah tahu dan mendiamkan diri dlm isu ini...kalaulah Lim Guan Eng bersama Vincent Tan yg memegang replika cek Sport Toto tu utk didermakan pada fakir miskin Islam...korang fikirlah sendiri..

Artikel berita ini mungkin cuba di'padam'kan oleh Berita Harian kerana sehingga kini penulis gagal menemui artikel asalnya...namun melalui 'library.perdana.org', penulis dapat mengesan dan memaparkan balik berita tersebut sepertimana link diatas..

Penulis akan mengemaskini berita ini dalam satu entry khas "Koleksi UMNO dan JUDI" di SINI utk memudahkan rujukan di masa hadapan...wallahua'lam...


Artikel berkaitan:
- PANAS BERAPI: Koleksi UMNO dan JUDI dulu kini dan selamanya..(video inside)
- Koleksi UMNO dan JUDI dulu kini dan selamanya..(video inside)

P/s: Penulis arif bab hukum sedekah hasil judi ini sepertimana yg diterangkan oleh Ust Zaharuddin..penulis cuma ingin melihat reaksi penyokong tegar Umno..kalau di PP mereka sanggup buat drama supaya org kampung memulangkan duit tu balik kononnya tidak suci dan sebagainya, bagaimana pula dgn kes ini..

Walaupun dah dijelaskan oleh tokoh agama bahawa mereka tidak perlu memulangkan wang itu kerana itu hak mereka, lakonan memulangkan semua duit ini tetap diaturkan oleh Umno PP demi politik sempit mereka...sungguh jahil..sekarang rasakan sendiri...

Nik Aziz ziarah keluarga Lee Kuan Yew

Posted: 06 Oct 2010 02:19 PM PDT


SINGAPURA, 6 Okt: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat semalam diterima sebagai tetamu kehormat bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew.
Beliau ke negara republik itu bagi memberi penghormatan dan mengucapkan takziah kepada keluarga Kuan Yew berikutan kematian isterinya, mendiang Kwa Geok Choo.
Deligasi Tuan Guru Nik Aziz yang juga Musryidul Am PAS tersebut turut disertai Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa dan dua setiausahanya yang lain.
Ketibaan rombongan di Lapangan Terbang Changi, Singapura jam 10.20 pagi semalam, disambut Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura, Dr Ahmad Faisal Muhamad.
Mereka kemudianya ditempatkan sementara di bilik rehat di VIP Complex sebelum dibawa menziarah mendiang Kwa di Sri Temasek, kediaman rasmi Lee di Istana di sini.
Kunjungan ke Istana kemudiannya disambut anak kepada mendiang Kwa, Lee Hsien Loong yang juga Perdana Menteri republik ini sekarang.
Nik Aziz dibawa menziarah mendiang Kwa sebelum diberi peluang bertemu dan berbual-bual dengan Hsien Loong yang sentiasa berada di sisi mendiang ibunya sejak lawatan dibuka kepada umum semalam.
Semalam juga adalah hari terakhir untuk rakyat negara itu memberi penghormatan sebelum jenazah mendiang dibawa ke Mandai Crematorium hari ini untuk upacara terakhir.
Kwa, 89, meninggal dunia di rumahnya pada petang Sabtu lalu.
Ketika ditemui selepas lawatan itu, Nik Aziz berkata beliau mengharapkan ahli keluarga sabar menerima ketentuan tersebut.
(Gambar kiri: Tuan Guru bersama Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura.)
"Saya hadir untuk ucap takziah kepada keluarga Kuan Yew. Jangan bersedih sangat dan saya yakin mereka sabar terima ketentuan ini," katanya ketika ditanya beberapa wartawan tempatan dan antarabangsa.
Menurutnya lagi, penganut Islam mempercayai bahawa hidup dan mati adalah kepunyaan Allah, dan dia berkuasa ke atas hamba-Nya.
"Semasa kita hidup ini kita kena isi betul-betul untuk keredhaan Allah sebab kita mati akan jumpa Dia (Allah).
Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan lawatan tersebut juga adalah sebagai kunjungan balas terhadap lawatan Kuan Yew ke Kota Bharu awal tahun ini.
Nik Aziz bagaimanapun tidak dapat bertemu dengan Lee Kuan Yew sendiri semalam ekoran masalah kesihatan bekas perdana menteri Singapura itu dengan ditambah pula dengan suasana kematian isterinya.
Kuan Yew kini sedang mendapat rawatan ekoran infeksi pada paru-parunya selepas lawatan ke Eropah, baru-baru ini.
Difahamkan, pihak hospital juga tidak membenarkan Kuan Yew menerima kunjungan tetamu buat sementara waktu.
"Lee Kuan Yew datang melawat Kelantan awal tahun ini, dan ini adalah kunjungan balas saya.
"Walaupun tidak dapat bertemu, saya harap beliau berada dalam keadaan sihat," katanya.

Semua petugas PAS, Pakatan dikerah ke Galas

Posted: 06 Oct 2010 02:17 PM PDT


KUALA LUMPUR, 6 Sept: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyeru semua ahli dan petugas PAS, 
serta seluruh petugas Pakatan Rakyat dengan kepakaran yang berbagai supaya dapat turun 
ke Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas, Kelantan.


Ini, kata Presiden PAS itu, untuk sama-sama bertugas bagi mempertahankan kemenangan kerusi PAS di 
Dun Galas yang diperolehi menerusi Pilihan Raya Umum 2008 yang lalu.


Katanya, berikutan kekosongan kerusi N.45 Galas, PAS telah pun menggerakkan seluruh jentera pilihan 
raya PAS di peringkat pusat, negeri, kawasan dan Dun untuk berhadapan dengan pilihanraya kecil berkenaan 
yang akan diadakan pada 4 November ini.


Dalam Pilihan Raya Kecil itu nanti, tambahnya PAS akan meletakkan calon yang berwibawa dan selayaknya untuk memikul
 amanah rakyat di Dun Galas, sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh Almarhum Chek Hashim sepanjang tempoh beliau 
berdampingan dengan rakyat di Dun berkenaan.


"Bertugaslah dengan penuh semangat dan dedikasi dengan menggunakan segala bentuk ilmu kemahiran berpilihan raya, 
dan janganlah kita terperangkap dengan provokasi dan segala bentuk taktik buruk serta tidak bermoral yang akan dilakukan 
oleh lawan kita nanti. 


"Sebagaimana pilihan raya kecil yang lepas, kita akan sekali lagi berhadapan dengan segala bentuk mainan media 
cetak dan televisyen yang berupa laporan berat sebelah, ugutan, cercaan dan rasuah janji pilihan raya terhadap 
pengundi," ujarnya kepada Harakahdaily.


Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang percaya bahawa semua petugas akan dapat menghadapi tindakan tidak
bermoral parti lawan nanti dengan menyusun strategi dan gerak kerja yang kemas, serta sekali-kali tidak 
gentar dengan sebarang ugutan yang menjadi mainan parti lawan sejak puluhan tahun.


"Insya Allah, kita akan mempertahankan kerusi di DUN Galas nanti," tegasnya.

PRK Galas 4 Nov

Posted: 06 Oct 2010 02:11 PM PDT



 
KUALA LUMPUR, 6 Okt: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan 4 November
sebagai hari mengundi manakala 26 Oktober tarikh penamaan calon bagi
pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar mengumumkan perkara itu
selepas SPR mengadakan mesyuarat mengenai PRK Dun Galas di sini, pagi ini.

Kerusi Dun Galas kosong berikutan kematian wakilnya dari PAS,
Chek Hashim Sulaiman yang yang menghembuskan nafas terakhir
di Hospital Pakar Al-Islam Kampung Baru, Kuala Lumpur pada jam 4.30
petang 21 September lepas.

Allahyarham memenangi kerusi Dun Galas dengan majoriti 646 undi pada pilihan
raya umum yang lalu mengalahkan penyandang dari BN, Saufi Deraman.

Beliau mendapat 4,399 undi manakala Saufi pula 3,753 undi

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted: 07 Oct 2010 01:03 PM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Sembang Santai

Posted: 06 Oct 2010 06:44 PM PDT

Assalamua'laikum w.b.t.

Hari ini seawal jam 8 pagi saya sudah berada di tempat kerja. Saya memulakan tugasan hari ini dengan melakukan lawatan tapak dan melihat perkembangan kerja-kerja di tapak. Sesudah itu, saya bertegur sapa dengan pekerja-pekerja di tapak. Bertanyakan keadaan mereka dan perihal kerja mereka. Selepas semuanya dipastikan dalam keadaan baik saya masuk ke pejabat dan menyudahkan kerja-kerja di pejabat pula. Pagi yang cerah dan ceria

Sekitar jam 10 pagi, awan hitam kelihatan mula berkumpul di dada langit menandakan hari akan hujan. Saya duduk di bawah bangunan dalam kawasan tapak bina. Lebih kurang setengah jam kemudian hujan turun. Hujan ini membawa seribu macam kenangan dan bersamanya ada rahmat dan kasih sayang Allah untuk setiap makhluk ciptaannya. Sedang saya duduk-duduk, datang seorang pekerja indonesia berketurunan jawa. Lelaki yang digelar sebagai Bang Tono ini menyapa saya dan kemudian kami berbual-bual . Bang Tono ini pada saya seorang yang hebat, bukan sahaja ilmunya dalam bidang pembinaan malah pengalaman dalam kehidupan juga cukup banyak.

Bang Tono memberitahu saya dia punya falsafah hidup tersendiri. Kata-katanya membuat saya tertarik untuk mendengar lebih lanjut akan kata-katanya. "kebahagiaan itu bukan terletak pada matlamat, tetapi pada jalan menuju matlamat", begitu kata Bang Tono. Setiap orang bercita-cita untuk menjadi kaya, tetapi setelah berusaha puluhan tahun dia tetap belum mencapai cita-citanya. Saya bertanya kepadanya, mengapa begitu?. Manakan tidak, manusia tidak akan pernah puas. Walau diberikan segunung emas, namun dia tetap akan meminta untuk ditambahkan segunung emas lagi, begitulah seterusnya.

Justeru, sampai bila kita akan menjadi kaya? Sambung bang tono lagi, orang yang kaya itu adalah orang yang sentiasa bersyukur. Jika hari ini rezkinya segunung emas, dia lalu menadah tangan mensyukuri nikmat Allah, namun walau esok rezkinya hanya secupak beras, dia tetap menadah tangan mensyukuri nikmat tersebut. Saya mengangguk mengiyakan kata-kata Bang Tono. Sambungnya lagi, apa yang penting adalah kita menikmati hidup ini dengan sepuas-puasnya. Kaya itu matlamat dan kehidupan kita sehari-hari adalah jalan menuju matlamat. Mendengarkan kata-kata Bang Tono menjadikan saya teringat kepada firman Allah yang bermaksud " jika kamu bersyukur nescaya akan aku tambahkan nikmat ku kepada mu, dan jika kamu kufur sesungguhnya azabku amatlah pedih", begitulah janji Allah. Syukur Allah menjadikan kita kaya dan sentiasa berkecukupan.

Bicara Bang Tono lagi, hidup ini mesti dinikmati sepuasnya. Dengan itu barulah kita merasakan nikmatnya hidup. Matlamat hidup ini jauh di hadapan, susah payah kita dalam menuju kemenangan itu lah yang menukar pahit maung perjuangan ini kepada kemanisan dan kepuasan kelak. Berusrah, bertamrin, berprogram, memberi masa, jiwa, harta dan tenaga, semuanya menjadi rencah penyedap acuan jalan penuh ranjau ini. Di akhir perbualan kami, Bang Tono menasihati saya, katanya "kamu masih muda, masih banyak yang akan kamu pelajari. Belajarlah untuk bersabar dan bersyukur, kerna kehidupan ini tak semudah yang diimpikan. Hanya sabar dan syukur akan menjadi ubat yang mujarab bagi menyembuh luka sepanjang jalan penuh ranjau berduri ini." Perbualan kami berakhir di sini, kami berpisah sementara untuk meneruskan kerja masing-masing. Terima kasih Bang Tono untuk ilmu yang sangat berguna ini. Ya Allah, jadikan hambamu ini dari kalangan orang-orang yang sabar dan bersyukur. Amin.

{ .: abu uwais :. }

Pas CawanganSurada

Posted: 07 Oct 2010 11:34 AM PDT

Pas CawanganSurada


Posted: 06 Oct 2010 08:43 PM PDT

Tahniah PR Selangor Pasang Kamera Litar Tertutup (CCTV) Di Pusat Hiburan.

Posted: 06 Oct 2010 08:17 PM PDT

Akhirnya Rahimi berjaya di tangkap oleh Agen BN

Posted: 06 Oct 2010 07:12 PM PDT

Selepas Bala, Giliran Rahimi Ubah Kenyataan Selepas Dua Tahun

Posted: 06 Oct 2010 06:57 PM PDT

Semua petugas PAS, Pakatan dikerah ke Galas

Posted: 06 Oct 2010 06:53 PM PDT

Batu Gajah Mari

Posted: 07 Oct 2010 11:20 AM PDT

Batu Gajah Mari


Pandai UMNO jadi pelakon warga emas..

Posted: 07 Oct 2010 08:08 AM PDT



PELAKON TAMBAHAN WARGA EMAS... ( dalam Bulatan) Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam, Datuk Musa Sheikh Fadzir
# Satu lakonan yang hebat.
# Tapi sayang ... kantoi dalam Adegan Yang Tidak Disengajakan.

Galas: DHPP kumpul sukarelawan bukan Islam

Posted: 07 Oct 2010 06:30 AM PDT



K
UALA LUMPUR, 7 Okt: Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) sedang mengumpul sukarelawan di kalangan masyarakat bukan Islam bagi membantu memenangkan calon PAS dalam pilihan raya kecil Dun Galas.

Timbalan pengerusinya, N. Bala Subramaniam turut menyuarakan rasa yakin bahawa Orang Asal di Dun tersebut akan melengkapkan jentera DHPP.

"Beberapa pilihan raya kecil yang lalu banyak memberi pengalaman kepada kita (DHPP) untuk menjelaskan Islam yang Tok Guru Nik Aziz ajar.

"Saya yakin orang-orang Asli di sana (Galas) akan bantu jentera khas kita untuk jelaskan," ujarnya.

Beliau juga menganggap PAS lebih layak menangngani Islamofobia berbanding Umno.

Beliau berkata demikian memandangkan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Dr. Mujahid Yusof Rawa merupakan antara tokoh PAS yang banyak membuka mata masyarakat bukan Islam untuk mendekati keindahan Islam serta perjuangan PAS.

"Umno atau Datuk Seri Najib Tun Razak (Perdana Menteri) tidak boleh selesaikan Islamofobia kerana mereka suka api perkauman.

"Tok Guru Nik Aziz, Dr. Mujahid serta pemimpin-pemimpin lain lebih layak dan boleh (tangani Islamofobia)," ujarnya pagi tadi ketika menghubungi Harakahdaily.

Menurut beliau, Nik Aziz, Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan telah membuktikan bahawa pemerintahan PAS selama 20 tahun di Kelantan menyaksikan keharmonian semua agama dipelihara.

"Lebih 20 tahun memerintah (Kelantan), kita tidak dengar Tok Guru bermusuhan dengan agama-agama lain.

"Tok Guru suka semua rakyat beragama supaya rakyat jadi naik," ujarnya.

Begitu juga dengan Mujahid, katanya Ahli Parlimen Parit Buntar itu banyak mewujudkan hubungan mesra dengan masyarakat bukan Islam sehingga mereka berminat untuk mengetahui tentang keindahan Islam serta menyertai PAS, melalui DHPP.

Berbeza dengan Umno, katanya era Najib menyaksikan orang bukan Islam dihalang dari mendekati Islam.

"Zaman Najib, orang bukan Islam tak boleh masuk masjid, nama (kalimah) Allah tidak boleh sebut, rumah ibadat terbakar dan banyak lagi," ujarnya.

Era Najib juga katanya, seakan tidak mahu orang Melayu dan bukan Melayu bersatu padu menurut Islam.

"Ajaran Islam ajar perpaduan sesama manusia, ajaran yang bukan dari Tuhan ajar mereka (Umno) api perkauman," beliau menambah.hrkh

http://www.harakahdaily.net/v2/images/stories/11feb/kpp-kelab-penyokong-pas1.jpg

Ku Li sukar rampas Galas

Posted: 07 Oct 2010 01:42 AM PDT

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjmq7xho0VVWaNLo8GZgBiJH6kpzdGnlkwbUMdZrWnSscnGw4dTGWG4qGVOQdSMXvvBRi1BttBWGFqoqBBg-FNr9mjHXXqHcjwWNWYZzMDiFDyvujTprcKibymSxAGlA2dTJsmyZtuUSrM/s1600/signpost-galas-bahasa.png

Oleh Jamilah Kamarudin


KUALA LUMPUR: PAS yakin peluang Barisan Nasional (BN) memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas adalah tipis walaupun Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah bertanding.

Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Datuk Halim Abdul Rahman berkata, keyakinan itu berdasarkan peratusan undi yang diperolehi Ku Li semasa beliau memenangi kerusi Gua Musang semasa Pilihan Raya Umum (PRU13) lalu.

"Walaupun Ku Li memenangi kawasan Parlimen Gua Musang, beliau hanya memperoleh jumlah undi 3,826 daripada DUN Galas berbanding pencabarnya ketika itu Dr Zulkifli Mahamed mendapat majoriti 4,143 undi dan dapat kekalkan pengundi Cina.

"Perbezaan 317 jumlah ini mampu memberi petanda bahawa PAS mempunyai peluang besar untuk menang," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PAS disini hari ini.

Walau bagaimanapun, Halim mengingatkan bahawa indikasi ini mungkin boleh berubah memandangkan Ku Li adalah pemimpin Umno Kelantan yang paling berpengaruh dan mendapat sokongan majoriti masyarakat Orang Asli di kawasan Gua Musang.

"Gua Musang merupakan kubu kuat Umno dan PAS hanya menawan Galas kali pertama semasa PRU13 lalu," katanya.

Namun kelebihan itu katanya tidak akan mematahkan semangat PAS malah parti itu meletakkan keyakinan awal mendapat sokongan pengundi Galas sebanyak 48 peratus.

"Kami meletakkan sasaran mendapat 48 peratus sokongan pengundi.

"PAS akan mensasarkan jumlah sokongan ini meningkat sebanyak tujuh peratus dan mengekalkan pengaruh daripada masyarakat Cina semasa kempen melalui usaha jentera pilihan raya PAS nanti," katanya.

Berikutan itu, Halim yang juga dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya Polisi dan Strategi DUN Galas berkata PAS akan menggunakan pendekatan strategi berkempen seperti di Manek Urai tahun lalu.

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS Pusat Datuk Mustaffa Ali berkata pihaknya akan bermesyuarat pada minggu depan bagi melihat senarai pendek calon PAS Galas yang akan diberikan PAS Kelantan nanti.


"Kelantan akan hantar senarai pendek nama calon kepada Pusat dan kita akan tunggu masa yang sesuai untuk umumkannya.

"Pengumuman itu akan dibuat oleh Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS Tuan Guru Haji Nik Aziz Nik Mat di Galas nanti," katanya.

Selain itu, Mustaffa turut yakin Halim mampu menggalas tanggungjawab sebagai pengarah pilihan raya DUN Galas sekaligus membantu PAS memenangi kawasan tersebut.

Ini berdasarkan kriteria dan kredibiliti Halim yang pernah mengetuai jentera pilihanraya PAS Kelantan pada tahun 1990 sekaligus membantu PAS merampas Kelantan daripada BN.

"Beliau juga pernah menjadi Timbalan Menteri Besar Kelantan paling lama sejak tahun 1998 sehingga tahun 2004," katanya yang juga Penasihat kepada jentera parti.

Anak Muda tolak pemimpin yang tidak bermoral

Posted: 07 Oct 2010 12:27 AM PDT


Rahimi diberi masa 24 Jam!!

Posted: 06 Oct 2010 11:00 PM PDT

Dua peguam yang didakwa memaksa Rahimi Osman membuat dua akuan bersumpah memberi amaran mengambil tindakan undang-undang terhadap terhadap bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.

Peguam N Surendran berkata, kenyataan Rahimi itu jelas pembohongan dan fitnah kepada dua anak guamnya Latheefa Koya dan Saiful Izham Ramli.

"Tanpa ragu, kami rasakan ia merupakah satu fitnah. Kami akan keluarkan surat peguam supaya beliau membuat permohonan maaf terbuka atau menghadapi tindakan undang-undang," kata Surendran.

Ditanya sama ada beliau akan memberikan seminggu kepada Rahimi menarik balik dakwaannya semalam, Surendran berkata: "Lebih cepat daripada itu."

"Saya rasa dia tak perlu seminggu. Dia tahu dia berbohong. Hanya perlu 24 jam untuk tarik balik," katanya.

Tangan belakang

Sementara itu bercakap dalam sidang media di ibu pejabat PKR tengah hari ini, Latheefa dan Saiful secara rasmi menafikan dakwaan Rahimi bahawa lelaki itu dipaksa membuat akuan bersumpahnya yang mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dan Rosmah Mansor.

Menurut mereka, Rahimi sebaliknya membuat akuan tersebut dengan kerelaan.

Latheefa dan Saiful - kedua-duanya pemimpin kanan PKR - juga mempersolakan dakwaan Rahimi semalam memandangkan ia dibuat selepas dua tahun setengah.

Sementara itu, Naib Presiden PKR R Sivarasa pula berkata, pihaknya mengesyaki ada pihak lain di belakang Rahimi.

"Ada tangan di belakang dia yang merancang episod baru ini? Itu akan kita ceritakan. Itu akan jadi bab kedua dalam beberapa hari lagi. Kami akan beritahu," kata Sivarasa masih berteka-teki.

ps:- biase la.. mase nak pilihanraya mesti ada je fitnah yang Umno buat...

Pas sedia pilih Orang Asli calon di Galas jika sesuai

Posted: 06 Oct 2010 07:28 PM PDT

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEimUnn1W3Mb-6LlRqwjg_5a8QJJzYYY40NI2z3u4PD8zjHkwByR6na14lPBVbXSBt5SdlXqZ_veRc1q65mGq7_2JPTWu1LxdP5N0SPoRb772peAQP0hSM42t4SQIm4IHoTkSorb_SPsBvY/s400/bendera-pas-300x208.jpg

KOTA BAHARU - Pas sedia memilih calon daripada kalangan Orang Asli untuk bertanding dalam pilihan raya termasuk pada pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas pada 4 November ini, kata Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Husam Musa.

Katanya, ini tidak mustahil jika ada calon yang sesuai dan setelah diambil kira komitmen masyarakat Orang Asli terhadap Pas.

"Kita tidak menolak kemungkinan boleh memilih masyarakat Orang Asli sebagai calon, memandangkan mereka sudah mula menunjukkan minat dalam politik dan sikap mereka yang mula menerima arus pembangunan sebagaimana masyarakat moden," katanya.

Beliau diminta mengulas kenyataan ketua masyarakat Orang Asli dari Galas, Pandak a/l Panjang Ey bahawa pihaknya mempunyai jentera gerak gempur parti sendiri untuk membantu kempen pilihan raya itu dan tidak mahu parti politik mengganggu dan masuk berkempen di kawasan penempatan Orang Asli.


Kerusi Galas kosong berikutan kematian penyandangnya Chek Hashim Sulaima, 46, daripada PAS pada 27 September lalu.

Husam berkata, sikap terbuka Pas menerima calon dari semua pihak dalam menghadapi pilihan raya selaras dengan dasar parti itu untuk semua.SH

Blog Rasmi Unit Amal Indera Mahkota

Posted: 07 Oct 2010 11:19 AM PDT

Blog Rasmi Unit Amal Indera Mahkota


Tahniah sahabat Amal Indera Mahkota...

Posted: 07 Oct 2010 07:29 AM PDT

Jabatan Amal Indera Mahkota mengucapkan tahniah kepada saudara Johari kerana telah menimang cahaya matanya yang pertama. Semoga dengan kehadiran cahaya mata ini akan menyerikan lagi kehidupan beliau.


Saudara Johari yang berdiri memakai baju melayu...Wajah ceria seorang yang baru bergelar bapa



Senyum manjang....



Jemput makan...



Barisan anggota Amal Indera Mahkota sedang duduk di barisan belakang...sabar menunggu giliran.




Sahabat ar-Rasyidin pun ada, takkan sampai tutup pinggan....







Encik Mahmud bersama Johari



Apa namanya....Johari?








Ketua Penerangan Pemuda Indera Mahkota, saudara Nuruddin sedang menikmati nasi minyak gulai kambing.


Silakan, jangan malu...


Pengarah Amal IM



Saudara Al-Haras dan Haji Yusof, dua orang anggota Amai IM

Lensa@ Ijtima` Tarbawi Pemuda PAS Peringkat Kebangsaan 2010

Posted: 06 Oct 2010 02:51 AM PDT

Tarikh : 1- 3 Oktober 2010
Tempat : Masjid Rusila, Marang Terengganu



















































MTD Jeneri

Posted: 07 Oct 2010 09:35 AM PDT

MTD Jeneri


Posted: 06 Oct 2010 07:52 PM PDT

Asalmualaikum ,
kepada semua pengujung blogger
MTD Jeneri .

pertamanya saya minta maaf pada semua kerana dah lama tak updete .

dalam kolum ni pertama kalinya ingin saya utarakan kepada semua .marilah sama kita insafi
setelah sebulan yang lalu kita diasuh dan dipaksa oleh tuan kita iaitu yang Maha pencipta .agar semua yang bernama mukalaf diwajibkan secara Qatae' agar menjalani ibadah puasa yang paling agung .Semua yang bernama manusia perlu sedar bahawa setinggi mana darjat kita,sebesar mana pangkat kita ,sehebat mana jawatan yang disandang ,sebenarnya ada lagi yang lebih kuasa,yang lebih hebat dan yang lebih daripada segalanya iaitu tuan kita dan tuan kepada semua makluk .kerana itu apa sahaja yang disuruh olehnya pasti dituruti dan dipatuhi tiada siapa yang boleh menyanggah suruhanya .

Sebenar suruhan menjalani sebulan puasa agar manusia memiliki sifat-sifat terpuji selain berkeupayaan melawan nafsu ammarah .Sangat penting bagi seorang amilan yang berjuan fisabililah .kerana sifat -sifat itu perlu diwarisi dan menjadi tunjang perjuangan .Persoalanya sekarang , adakah semua sifat -sifat yang dibina selama sebulan yang lalu masih berbekas dan berbaki kepada kita semua? . mengapa tidak diusulkan atau membuat ketetapan hari rumah terbuka perlu diadakan selepas pausa enam ?atau raya keenam .? kerana jika asik layan rumah terbuka ja .satu sunnah nabi akhirnya diabaikan .tetapi bukan itu sahaja ,sebaliknya selepas sebulan berpuasa ,rumah terbuka juga sebulan berbuka .seolah-olah nak lepas geram .boleh makan banyak-banyak ,tak cukup dengan hidangan kuih muih ,ketupat rendang hidangan hawa nafsu seperti persembahan nyayian daripada artis jemputan dan pelbagai aktiviti maksiat juga terselit .kalu tuan,puan nak tahu tengok saja .majlis rumah terbuka anjuran BN Pulau Pinag apa dah jadi... apakah kita ingin mengajar rakyat suatu cara untuk meraikan kemenagan ibdah ? tidak cukup dengan media masa .sewaktu meraikan idul fitri dengan tarian dan pelbagai program yang tidak selari dengan islam .
Marilah sama-sama kita Muhasabah Ramadhan .

KHIDMAT MERU

Posted: 07 Oct 2010 09:32 AM PDT

KHIDMAT MERU


MENYELAMI JIWA RAKYAT

Posted: 07 Oct 2010 01:47 AM PDT
















Mencontohi akhlaq terpuji Khalifah Islam, Amirul Mukminin Sayyidina Omar Ibnu Al-Khattab yang senantiasa turun padang ke akar umbi untuk menyelami jiwa rakyat dan mengambil tahu akan masaalah yang di hadapi mereka, YB Meru Dr Hj Abd Rani Osman menemui rakyat pelbagai kaum di kawasan beliau dengan cara yang sama.
Selain berbual dan minum pagi di warung-warung bagi mendapatkan maklumat tentang masaalah mereka, beliau juga mengambil inisiatif untuk memantau kerja-kerja pembersihan longkang, memotong rumput dan mengankut sampah yang di jalankan ole pihak PBT.
Dr Rani juga akan menziarah mana-mana kematian dan memberi sedikit sumbangan untuk meringankan bebanan perkebumian tidak kira samaada mereka itu di kalangan orang Islam atau sebaliknya.

Pemuda Guchil

Posted: 07 Oct 2010 09:20 AM PDT

Pemuda Bersamamu v3

Posted: 07 Oct 2010 09:13 AM PDT

Pemuda Bersamamu v3


TENTATIF PROGRAM ORANG MUDE GENG KITE DPPKD

Posted: 07 Oct 2010 07:14 AM PDT



8.00 am
: Pendaftaran/ ketibaan dhif jemputan

8.15 am : Senaman taici

8.45 am : Ucapan pengerusi majlis

Bacaan doa

Perbarisan Unit Amal / lagu amal

Ucapan aluan oleh : Ust Jamaluddin Jusoh (Ketua DPPKD)

Pelancaran OMGK oleh : Ust Azman Shafawi (Timbalan Ketua DPP Pusat)

Pelancaran ARC oleh : DACS

Lawatan ke gerai Daftar pemilh / ARC/ UKJ / kios

9.30 am : Pertandingan bolasepak streer soccer

10.00am : Pertunjukkan motor lasak / scrambler

Pertandingan tarik tali

Acara memanah - kiv

11.00am : Pertandingan sepakan penalti

12.30pm : Penyampaian hadiah

Penutup oleh :

YB Ust Wan Hassan Mohd Ramli
@ Ust Saiful Bahri Mamat

Jamuan OMGK


SEMUA PEMUDA DIJEMPUT HADIR




PAS Kawasan Gerik

Posted: 07 Oct 2010 09:09 AM PDT

PAS Kawasan Gerik


UMNO ulang taktik lapok

Posted: 06 Oct 2010 07:06 PM PDT

Semakin hampir kita pada Pilihanraya DUN Galas, pelbagai perkara tak dijangka berlaku hari ini kecoh isu yang pada asalnya dibangkitkan oleh puak blogger UMNO kononnya Rahimi Osman pula mengaku diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Namun kisah yang sebenarnya ialah Rahimi mengadakan sidang media tergempar berhubung pengakuan sumpahnya tiga tahun lalu. Laporannya boleh dibaca di portal berita Malaysiakini.

Dari awal lagi ReJaM© sudah dapat merasakan bahawa kemungkinan besar UMNO sudah tidak berani lagi membazir duit untuk memancing undi bagi merampas DUN Galas berikutan kegagalan demi kegagalan yang telah dihadapi mereka pada Pilihan Raya Kecil yang lalu (Duit banyak habis tapi kalah jugak).

Namun di sini jelas sekali taktik berulang yang lapok dan busuk digunakan oleh UMNO sebaik sahaja bahang Pilihanraya Kecil dirasai. Mana tidaknya, kalau dahulu semasa pilihanraya Kecil Permatang Pauh Saiful Bukhari membuat laporan Polis bahawa dia diliwat Anwar, kali ini corak serangan UMNO nampak serupa.

Pagi tadi kira-kira pukul 11:00 pagi keluar berita pengumuman SPR tentang tarikh penamaan calon dan tarikh mengundi, tup tup pukul 4:00 petang keluar pulak cerita gempar Rahimi (Dan dan tu jugak keluar cerita gempar). Taktik UMNO ini jelas sekali dapat dibaca. Bila dipersoalkan nanti Rahimi tentu akan kata secara kebetulan dia membuat laporan Polis dan dia tiada niat langsung memberi impak kepada PRK Galas.

Isu ini sifirnya mudah mereka akan kata Rahimi Osman adalah orang yang rapat dengan Anwar, tak mungkin UMNO mampu mempengaruhi Rahimi. Isu ini akan digunakan untuk mengalihkan perhatian rakyat terhadap PRK Galas. Isu ini akan jadi penangkis kepada isu royalti minyak Kelantan yang dijangka akan digunakan oleh Jentera Pas semasa kempen nanti. UMNGOK akan kata Nik Aziz tertipu dengan Anwar, Nik Aziz diperkuda Anwar, Orang yang rapat dengan Anwar pun tak percaya Anwar, Anwar mempergunakan orang untuk mencapai impiannya, Anwar gila kuasa. Apa lagi? you name it lah!

Sumber: http://milosuam.blogspot.com/

Semua petugas PAS, Pakatan dikerah ke Galas

Posted: 06 Oct 2010 07:03 PM PDT

KUALA LUMPUR, 6 Sept: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyeru semua ahli dan petugas PAS, serta seluruh petugas Pakatan Rakyat dengan kepakaran yang berbagai supaya dapat turun ke Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas, Kelantan.

Ini, kata Presiden PAS itu, untuk sama-sama bertugas bagi mempertahankan kemenangan kerusi PAS di Dun Galas yang diperolehi menerusi Pilihan Raya Umum 2008 yang lalu.

Katanya, berikutan kekosongan kerusi N.45 Galas, PAS telah pun menggerakkan seluruh jentera pilihan raya PAS di peringkat pusat, negeri, kawasan dan Dun untuk berhadapan dengan pilihanraya kecil berkenaan yang akan diadakan pada 4 November ini.

Dalam Pilihan Raya Kecil itu nanti, tambahnya PAS akan meletakkan calon yang berwibawa dan selayaknya untuk memikul amanah rakyat di Dun Galas, sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh Almarhum Chek Hashim sepanjang tempoh beliau berdampingan dengan rakyat di Dun berkenaan.

"Bertugaslah dengan penuh semangat dan dedikasi dengan menggunakan segala bentuk ilmu kemahiran berpilihan raya, dan janganlah kita terperangkap dengan provokasi dan segala bentuk taktik buruk serta tidak bermoral yang akan dilakukan oleh lawan kita nanti.

"Sebagaimana pilihan raya kecil yang lepas, kita akan sekali lagi berhadapan dengan segala bentuk mainan media cetak dan televisyen yang berupa laporan berat sebelah, ugutan, cercaan dan rasuah janji pilihan raya terhadap pengundi," ujarnya kepada Harakahdaily.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang percaya bahawa semua petugas akan dapat menghadapi tindakan tidak bermoral parti lawan nanti dengan menyusun strategi dan gerak kerja yang kemas, serta sekali-kali tidak gentar dengan sebarang ugutan yang menjadi mainan parti lawan sejak puluhan tahun.

"Insya Allah, kita akan mempertahankan kerusi di DUN Galas nanti," tegasnya.

Sumber: http://www.harakahdaily.net/

Tiada ulasan:

Pengikut