Rabu, 19 Disember 2012

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


DUNIACACAMARBA

Posted: 19 Dec 2012 03:08 PM PST

[SH] NEW DELHI - Kejadian seorang pelajar perempuan berusia 23 tahun dirogol, dipercayai oleh empat lelaki, dalam sebuah bas di sini Ahad lalu mencetuskan kemarahan di seluruh India.

Kejadian itu turut membangkitkan kemarahan di kalangan ahli Parlimen hari ini, yang mendesak agar undang-undang sedia ada dipinda untuk mengenakan hukuman mati.

Polis telah menahan empat orang termasuk pemandu bas. Dua lagi masih dicari.

"Apa yang kerajaan lakukan untuk menangani kes-kes rogol di ibu negara?" kata Sushma Swaraj dari parti pembangkang, Bharatiya Janata.

"Perogol hari digantung, kita perlukan undang-undang yang ketat untuk menghentikan kejadian rogol," kata beliau lagi.

Pada hari kejadian, pelajar perempuan itu dan rakan lelakinya yang sedang dalam perjalanan itu dipukul, dilucutkan pakaian dan dicampak keluar dari bas.

Menurut polis, pasangan itu diserang oleh sekurang-kurangnya empat lelaki.

Ketua Polis Delhi, Neeraj Kumar memberitahu pemberita hari ini bahawa pelajar itu dan rakannya menaiki bas di kawasan Munirka, yang terletak di selatan Delhi.

"Kawan lelaki pelajar perempuan telah melawan lelaki-lelaki yang menyerang mereka untuk menyelamatkan pelajar perempuan itu, tetapi dipukul dengan teruk.

"Pelajar perempuan juga cuba menyelamatkan kawannya, tetapi turut dipukul dan dirogol di bahagian belakang bas.

"Kemudian, kedua-dua mereka dicampak dari bas," kata Neeraj.

Pasangan itu dimasukkan ke hospital dan wanita itu dipercayai berada dalam keadaan kritikal.

Polis sudah menahan pemandu bas dan beberapa yang lain bagi membantu siasatan.

Angka kejadian rogol di New Delhi lebih tinggi berbanding di bandar lain. Sebanyak 572 kes dilaporkan di New Delhi tahun lalu.

The Times of India mendakwa insiden yang berlaku itu menyebabkan mereka melabelkan New Delhi sebagai kawasan rogol India.

Ketua Menteri Delhi bagaimanapun memberitahu pemberita, kes terbaru ini sesuatu yang paling luar biasa.

"Kami ingin memastikan bahawa pesalah tidak akan dibenarkan untuk diikat jamin walau apa keadaan sekalipun. Pesalah akan dihukum dengan hukuman yang setimpal dengan kesalahan mereka," katanya. 


Kata Ketua Menteri, pihaknya akan menimbang semula keperluan untuk menubuhkan mahkamah 'fast track' bagi memastikan keadilan yang pantas dapat diberikan kepada mangsa.

PENYAPU SIAL

Posted: 19 Dec 2012 01:24 PM PST

mufti melayu keluar fatwa besesuaian dengan agama melayu.....mufti sesat lagi menyesatkan....kah kah kah

Harussani Zakaria kini  nampaknya  telah  menjadi Mufti Melayu, di mana  kewibawaan beliau tidak  wajar dihormati lagi .Umumnya beliau lebih banyak mengkritik pemimpin Pakatan Rakyat daripada mengkritik Umno seolah-olah Pakatan Rakyat ini merbahaya kepada Melayu..

Lebih malang lagi pada fahaman  karut  marut  beliau mesti mempertahankan Melayu dan bersatu atas nama Melayu. Salahkah Pas dan Pakatan Rakyat menentang Melayu perasuah, pengkhianat, penindas sesama bangsa. Doktrin yang beliau pegang, amat memburukkan Islam di kaca mata orang bukan Islam.

Manhaj mana yang beliau rujuk?. Nabi Muhammad SAW tidak pernah mendahului Arab daripada Islam. Peperangan yang baginda bertempur ialah sesama Arab dahulu, sebelum baginda melawan Parsi dan Rom. Walau pun baginda menyatakan di dalam hadisnya "Pemimpin mesti di kalangan Quraish". Baginda menyebut hadis ini apabila ketika itu orang Arab yang kuat, apabila mereka berpegang dengan Islam. Apabila Arab sudah lemah, syarat ini tidak terpakai lagi. Sejarah tercatat yang membebaskan Baitul Maqdis ialah Salahudin al-Ayyubi dari bangsa Kurdis, bukan Arab.

Begitu juga Kesultanan Melayu Melaka berjaya menguasai hampir 2/3 Kepulauan Melayu, kerana Islam, bukan kerana Melayu.Kenapa beliau takut sangat dengan kerajaan Pakatan Rakyat?. Berapa masjid yang ditutup oleh Datuk Seri Haji Nizar semasa PR memerintah 11 bulan di Perak?

Berapa masjid YAB Lim Guan Eng tutup di Pulau Pinang? Adakah kerajaan Pulau Pinang menangkap guru-guru agama yang mengajar di surau dan masjid?.

Adakah Harussani menegur sikap kerajaan Umno yang memerintah Selangor dahulu yang menutup surau al-Rahmah Seksyen 8 Shah Alam, Surau di Taman Puchong Perdana, Surau Jubli Perak Bandar Baru Bangi. Bukankah ini kerajaan Melayu? Apakah Melayu seperti ini yang kita hendak sokong.

Tanah Rezab Melayu hilang seluas 1.3 juta hektar setelah 38 tahun merdeka (1995). Sekarang sudah 55 tahun merdeka, berapa banyak tanah Melayu hilang. Kenapa beliau tidak bersuara dengan lantang wang pampasan buruh paksa yang telah diberi oleh kerajaan Jepun sebanyak RM207 bilion lesap. Bukankah yang menjadi mangsa ini majoriti Melayu, yang telan duit ini juga Melayu.

Beliau hendaklah ingat bahawa Pas bersedia untuk dikritik, tetapi biarlah dengan fakta. Dalam masa yang sama beliau sebagai Mufti jangan lupa pula untuk menegur kemungkaran yang dilakukan oleh kerajaan. Jika beliau takut untuk kritik penyelewingan kerajaan BN lebih baik beliau diam, daripada menjadi pelampung Umno untuk menyelamatkan kapal yang sudah hendak karam.

Tiada ulasan:

Pengikut