Pakatan Rakyat |
Posted: 09 Aug 2011 03:26 PM PDT | Wanita Perancis dibunuh di Malaysia, jejas industri pelancongan Posted: 09 Aug 2011 03:17 PM PDT Oleh: amkns "Sudah pasti rakyat dan kerajaan Perancis akan marah dengan berita ini. Wanita rakyat Perancis telah dibunuh di Pulau Tioman. Para pelancong asing dan tempatan pasti akan risau untuk melancong di Malaysia dengan jenayah yang semakin kejam di Malaysia ini. RANGKA WANITA PERANCIS DI GUA KUANTAN - Wanita Perancis yang hilang tiga bulan lalu selepas melancong ke Pulau Tioman dekat sini ditemui dibunuh kejam dengan mayat mangsa ditanam dalam sebuah gua di Kampung Tekek di pulau peranginan itu semalam. Mayat Stephanie Foray, 30, yang belum berkahwin ditemui pada pukul 1 petang oleh polis ekoran penahanan dua lelaki warga tempatan di Kampung Tekek pada 24 Julai lalu. Mayat mangsa ditimbus dalam lubang di gua itu sedalam tiga meter dan polis mengambil masa empat jam untuk mengeluarkan rangka dipercayai milik Stephanie. Seorang daripada suspek itu merupakan seorang ahli perniagaan berumur 44 tahun yang memiliki sebuah pondok ala inap desa dan sebuah kafe manakala seorang lagi suspek merupakan sepupu kepada ahli perniagaan itu. Mengikut laporan sebuah akhbar sebelum ini, mangsa tiba di pulau itu dengan feri pada 10 Mei lalu melalui jeti Mersing di Johor dan didakwa tinggal di pondok milik ahli perniagaan itu. Sejak masuk ke pulau itu, tiada rekod menunjukkan mangsa meninggalkan pusat peranginan tersebut sama ada melalui jalan air atau udara. Berikutan itu, polis melancarkan gerakan mencari mangsa selepas menerima laporan daripada atase Perancis di Singapura mengenai kehilangannya pada 27 Jun lalu. Mengikut satu sumber, Stephanie sebelum ini kerap berhubungan dengan keluarganya di Perancis melalui e-mel. "Namun selepas keluarga mangsa tidak menerima kiriman e-mel mangsa dalam tempoh yang lama, mereka membuat laporan kepada atase Perancis di Singapura," kata sumber itu. Polis kemudian menghebahkan kehilangan mangsa yang bekerja sebagai pegawai komunikasi di Perancis melalui Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM). Siasatan polis kemudian membawa kepada penahanan suspek pertama, seorang ahli perniagaan. Lelaki itu ditahan selepas polis berjaya mengesan penggunaan telefon bimbit milik mangsa oleh suspek terbabit. Beberapa hari selepas penahanan ahli perniagaan itu, polis kemudian menahan sepupu kepada suspek pertama itu yang memiliki sebuah kebun. Suspek pertama didakwa penduduk kampung pernah menaiki motosikal bersama Stephanie. Sumber itu memberitahu, soal siasat terhadap kedua-dua suspek itu membawa kepada penemuan satu rangka manusia ditimbus dengan batu-batan di dalam sebuah gua di kampung tersebut. Jarak gua dengan pondok didiami mangsa ialah 100 meter. Turut ditemui bersama rangka dipercayai milik Stephanie adalah sebuah bantal dan tilam serta cebisan pakaian. Mangsa dipercayai dibunuh tiga bulan lalu ketika dia tinggal di pondok milik suspek pertama. Mayat mangsa kemudian ditimbus dalam gua di belakang tempat pondok tersebut. Motif pembunuhan masih disiasat. Polis juga menyiasat kemungkinan mangsa dirogol oleh kedua-dua suspek itu. Mangsa dikatakan tiba di ibu negara pada 5 Mei lalu dengan sebuah penerbangan dari Colombo, Sri Lanka ke Terminal Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT) Kuala Lumpur. Selepas itu, mangsa pergi ke Melaka dan pernah menginap di Sayang Sayang Guest House, Kampung Hulu, Melaka. Sementara itu, sumber Kedutaan Perancis di Malaysia ketika dihubungi berkata, pihaknya belum menerima sebarang maklumat terkini mengenai Stephanie. | Kesian orang Sabah, tadah air hujan, tiada bekalan air Posted: 09 Aug 2011 03:15 PM PDT Oleh: amkns "Sehingga ke tahun ini (2011) kampung saya yang terletak di Kampung Bingolon, Kudat, Sabah masih lagi tidak mempunyai kemudahan asas seperti jalan bertar and bekalan air bersih. Sejak beberapa tahun yang lepas sungai-sungai di kampung saya telah menjadi kering kontang dan penduduk hanya bergantung sepenuhnya pada air hujan. ( HIDUP UMNO! ) Sekiranya hujan tidak turun untuk beberapa bulan penduduk kampung terpaksa pergi ke pekan yang mengambil masa lebih kurang 1 jam pemanduan dengan kereta. Namun bagaimana bagi mereka yang tidak mempunyai kenderaan untuk kepekan mengambil air? Mereka terpaksa meminta sedekah sedikit air daripada mereka yang mempunyai kenderaan ke pekan ataupun mencari perigi orang lain yang masih berair. Air perigi juga hampir semuanya kering kontang sehingga menyebabkan perbalahan kerana tuan punya perigi tidak membenarkan orang lain mengambil air dari periginya yang tinggal sedikit demi untuk kegunann keluarganya. Selain itu, masalah besar kampung ini adalah jalanya yang masih tidak bertar walaupun panjang jalan di kampung ini kurang daripada 10km. Selain itu jalan kampung saya mempunyai 2 buah gunung yang sangat tinggi dan curam, dan tepi jalannya pula amat berbahaya terutamanya ketika waktu hujan ditambah pula tanpa sebarang penghadang di tepi jalan, sekiranya tayar kereta tergelincir kerana jalan licin sudah tentu terus jatuh kedalam gaung. dan sememangnya perkara ini suda berlaku beberapa kali, sehinggakan saya sendiri pernah terlepas daripada tangan mak saya ketika saya masih bayi dan mak saya yang tengah sarat mengandung terus melayangkan dirinya walaupun sarat mengandung untuk menangkap saya supaya tidak terus jatuh kedalam gaung. Ini terjadi kerana pick-up yang dipenuhi penumpang tergelincir dan melorot jatuh kebelakang. Nyawa penduduk kampung saya diatas tanduk setiap hari. Dimanakah peruntukan kerajaan untuk kampung-kampung kecil? Elektrik di kampung ini juga baru saja disambung 2 tahun yang lepas. Saya amat berharap pihak kerajaan mampu menyediakan peruntukan utntuk kampung kecil ini dan pastikan dilaksanakan. Kerana sebelum ini terdengar desas-desus bahawa kampung ini telah mempunyai peruntukan untuk air dan jalan namun tidak kelihatan sebarang tindakan senhingga ke hari ini. | Posted: 09 Aug 2011 03:12 PM PDT Umno Selangor yakin tindakan yang dilakukan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ketika memeriksa sebuah gereja di negeri itu sehingga menimbulkan kontroversi baru-baru ini mengikut peruntukan undang-undang.Jika tidak, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata gereja itu boleh mengambil tindakan mengheret Jais ke mahkamah. "Saya yakin Jais telah bertindak mengikut lunas undang-undang dan jabatan itu mesti tahu implikasi undang-undang bila berbuat demikian," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Wang Ihsan Banjir 2010 kepada Petani Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu, di sini Selasa. Pada 3 Ogos lepas, Jais membuat membuat pemeriksaan di Gereja Methodist Damansara Utama di Petaling Jaya, selepas menerima laporan mengenai kehadiran orang Islam pada majlis makan malam yang diadakan di situ. Tindakan Jais itu mendapat sokongan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu dan Kemudahan Awam Selangor Datuk Dr Hasan Mohd Ali sehingga menimbulkan konflik kepada kerajaan Selangor yang diteraju Parti Keadilan Rakyat. Mengulas kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyalahkan Barisan Nasional (BN) kononnya sengaja membangkitkan kontroversi mengenai perkara itu, Noh berkata PAS sengaja menutup kelemahan mereka dengan melemparkan tuduhan kepada Umno dan BN. "Setiap apa yang berlaku membabitkan PAS dan pembangkang, parti itu akan melemparkan tuduhan pula kepada Umno seolah-olah kita tidak ada kerja lain nak dibuat. "Saya ingin menasihatkan PAS agar jangan sesekali mempolitikkan isu agama kerana isu agama adalah sangat sensitif," katanya. Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata apa yang berlaku itu tidak ada kena mengena dengan Umno dan BN. | Posted: 09 Aug 2011 03:02 PM PDT Oleh: bumiperak "Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa bahawa ada usaha sedang dibuat untuk melemah dan menghancurkan Umno dalam menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke 13. "Kononnya saya di belakang gerakan untuk menaikkan (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) mengganti (Datuk Seri) Najib (Tun Razak)," kata beliau. Dr Mahathir berkata demikian dalam artikel bertajuk 'Menghancurkan Umno' di dalam blognya, chedet.cc/blog sebagai ulasan terhadap laporan FMT minggu lalu. "Strategi pihak tertentu ini ialah dengan membuat tuduhan bahawa perjumpaan NGO ini sebenarnya bertujuan untuk menjatuhkan Najib, dan saya dan Muhyiddin adalah dalang yang bertanggungjawab. "Tentulah Najib akan mempunyai syak wasangka terhadap kami berdua dan NGO berkenaan," kata mantan perdana menteri itu merujuk kepada Pertubuhan Bekas Wakil Rakyat Umno (Penawar) yang dilaporkan mahu Najib meletak jawatan. Kedudukan Najib tergugat Menurut laporan tersebut, kedudukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Umno tergugat. Sumber dalaman Umno mendakwa bahawa sokongan ahli parti diberikan kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan restu daripada Mahathir. Mengulas lanjut laporan ini, Dr Mahathir berkata bahawa laporan tersebut akan melemahkan Umno dalam persediaan menghadapi PRU 13. "Kesan dari laporan ini tentulah kecurigaan Najib terhadap timbalannya. Apabila Najib mempunyai sangkaan buruk terhadap Dr Mahathir berkata dakwaan itu sekaligus menakutkan Penawar dan NGO lain kerana akan disyaki oleh Najib untuk menjatuhkannya. "Mereka juga akan terdedah kepada tuduhan yang mereka adalah orang Mahathir dan Mahathir ingin menjatuhkan Najib," katanya, menambah laporan sebegitu juga akan menyebabkan orang Melayu takut berpolitik. Alasan yang diberi beliau: "Mereka akan terdedah kepada dakyah parti lawan yang memang pun ingin melihat mereka berpecah dan menjadi lebih lemah serta tidak dapat mempertahankan kepentingan orang Melayu sama sekali. "Pergolakan akan berlaku secara serius dalam Umno dan ia akan menjadi lebih lemah untuk menghadapi PRU 13." Beliau secara sinis mengucapkan tahniah kepada pihak-pihak berkenaan yang "begitu cekap mengguna psikologi untuk menghancurkan Umno dengan menimbulkan keraguan dan syak wasangka antara pemimpin-pemimpin Umno serta ahli-ahlinya sesama sendiri dan terhadap kepimpinan Umno sekarang.-KL-today | Album Tak Laku - Mila AF Salahkan Syarikat Rakaman. Posted: 09 Aug 2011 02:57 PM PDT KL POS AMPANG - Penyanyi Mila Jirin merancang untuk menarik balik album keduanya yang kini telah berada di pasaran daripada Erama Record Sdn Bhd kerana kecewa dengan edaran syarikat itu. Tambah Mila, album yang baru dilancarkan pada Februari tahun lalu itu dikatakan tidak mendapat sambutan kerana promosi yang kurang dilakukan oleh syarikat tersebut. "Saya sedang merancang untuk menarik balik album kedua saya yang kini berada di pasaran dari syarikat Erama Record Sdn Bhd dan membuat edaran semula. "Kemungkinan album tersebut akan diuruskan oleh syarikat saya MJ Panacea Records Sdn Bhd sepenuhnya dan merangka semula promosi album tersebut," katanya ketika ditemui di Majlis Pelancaran Album "Siapa Peduli", di sini, Sabtu lalu. Katanya, dia sanggup membelanjakan sedikit wang bagi menjalankan proses tersebut dari awal. "Saya tidak kisah keluarkan sedikit duit daripada membiarkan sahaja album tersebut di pasaran tanpa sebarang promosi, "Ya sudah tentu banyak perkara yang akan dibuat semula terutamanya pembungkusan semula album tersebut dan edar semula ke pasaran," jelasnya. Tambah Mila, dia akan membincangkan perkara tersebut dengan pihak Erama Record dalam masa terdekat bagi menyelesaikan peralihan itu secepat mungkin. "Saya tiada masalah untuk ambil semula album berkenaan kerana saya belum menandatangani apa-apa kontrak dengan pihak Erama. "Saya akan duduk semeja dan membincangkan perkara ini secara baik," ujarnya. Sementara itu, dalam perkembangan lain, Mila yang baru sahaja pulang dari Farrington, United Kingdom telah menghabiskan rakaman 10 buah lagu berbahasa Inggeris untuk album terbarunya. "Saya baru sahaja pulang ke Malaysia selepas merakamkan album Inggeris dengan sebuah syarikat rakaman BGM Music, "Single pertama berjudul "Breakdown" akan keluar selepas raya dan album tersebut juga akan dijual melalui I-Tunes di pasaran Eropah," jelasnya. -MStar Online- | Perkasa 'berlakon' dedahkan peranan Israel dalam PDRM- Azmizam Posted: 09 Aug 2011 02:55 PM PDT Oleh: Ahmad Fadli KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) dianggap berpura-pura mendedahkan peranan Israel dalam pasukan Polis di Raja Malaysia, kata Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Azmizam Zamanhuri. Beliau mengulas tindakan NGO itu membuat laporan polis pada 4 Ogos lalu, mendakwa penyelewengan dan penglibatan pihak Israel dalam kontrak PDRM. "Saya percaya mereka cuba untuk menonjolkan Perkasa sebagai sebuah pertubuhan yang neutral dan kononnya tidak berpihak kepada mana-mana pihak. "Namun, kita percaya orang ramai tetap tahu Perkasa adalah sebuah pertubuhan yang amat intim dengan Umno kerana Presidennya sendiri, Ibrahim Ali adalah bekas ahli Umno," katanya. Menurut Azmizam, isu mengenai hubungan Israel dan polis telah dibongkar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan Pakatan Rakyat sejak lebih setahun lalu sehingga menyaksikan Anwar digantung dari menghadiri sidang Dewan Rakyat. "Kalau Perkasa hendak buat laporan tentang elemen Israel dalam PDRM, Pakatan Rakyat dah lama dedahkan," katanya ketika dihubungi. Perkasa minggu lalu mendesak siasatan dijalankan ke atas dakwaan berhubung penyelewengan dan penglibatan pihak Israel dalam kontrak PDRM. Dalam laporan polisnya, ketua pemuda pertubuhan itu, Irwan Fahmi Ideris berkata siasatan itu perlu dijalankan ke atas dakwaan pengagihan dan pemberian projek melibatkan polis Bukit Aman. Laporan polis itu dibuat selepas lebih setahun Datuk Seri Anwar mendedahkan kewujudan perisik Israel dalam pasukan polis yang telah disahkan sendiri oleh cawangan khas Bukit Aman. Anwar pada April tahun lalu membongkar penglibatan syarikat berkenaan melalui subkontrak daripada sebuah syarikat tempatan untuk menaiktaraf sistem komunikasi analog PDRM kepada sistem digital. Kontrak yang dikenali dengan nama APCO 425 itu disubkontrakkan kepada syarikat bernama Asiasoft Malaysia pada tahun 2008. Dua pemegang saham dalam syarikat berkenaan ialah B System Sdn Bhd dan Asiasoft PLC. Asiasoft PLC didaftar di Singapura, dikuasai oleh Asiasoft Global PLC dan berpengkalan di Israel. | Najib, Rosmah tiada alasan tidak hadir ke mahkamah – Anwar Posted: 09 Aug 2011 12:24 AM PDT KEADILAN DAILY Oleh: Ahmad Fadli KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Rosmah Mansor tidak boleh lari lagi daripada hadir ke mahkamah memberi keterangan dalam kes Fitnah II apabila mereka diperintahkan berbuat demikian hari ini. Perkara itu dinyatakan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas mahkamah ditangguhkan sebentar tadi. "Kami mengalu-alukan keputusan ini. Kami sememangnya menantikan peluang untuk menemuramah saksi termasuklah Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Rosmah. Saya tak nampak sebarang sebab mereka perlu menangguhkan lagi kes ini atau mencari alasan untuk tidak hadir," kata Anwar. Pasukan peguam Anwar setakat ini hanya berjaya menemubual lima daripada 25 saksi yang ditawarkan pendakwa raya. Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah hari ini membenarkan permohonan peguam Anwar untuk memanggil 20 lagi baki saksi ke mahkamah. Najib dan Rosmah tersenarai di antara 20 saksi tersebut. Bercakap lanjut, Anwar berkata kehadiran Najib dan Rosmah ke mahkamah adalah sebahagaian daripada tugas mereka kerana mereka sememangnya terlibat dalam kes Fitnah II sejak dari awal lagi. "Mereka perlu anggap ini sebagai sebahagian daripada tugas mereka. "Mereka terlibat sejak dari awal lagi seperti yang kita nyatakan dan mereka perlu bersedia untuk berhadapan dengan kita," kata Anwar. Najib dilaporkan menemui pengadu, Saiful Bukhari Azlan dua hari sebelum beliau mendakwa kononnya kejadian liwat berlaku. Dalam kenyataannya kepada media sebelum ini, Najib mendakwa kononnya beliau menemui Saiful untuk membincangkan soal biasiswa. Anehnya, Saiful sendiri adalah pelajar pusat pengajian tinggi yang gagal menamatkan pengajian kerana prestasi akademik yang teruk. Peguam Anwar, Sankara Nair pula berkata keputusan hakim hari ini menyebabkan saksi-saksi yang tetap enggan ke mahkamah berhadapan tindakan undang-undang jika masih berdegil. "Mereka tak boleh cakap mereka tak mahu bercakap. Mereka (saksi) perlu hadir kerana ia perintah mahkamah. "Mereka terikat dengan undang-undang untuk hadir. Jika tidak, kita akan rujuk mereka kepada hakim," kata Sankara. Selepas Hakim Zabidin menyampaikan keputusannya tadi, Timbalan Pendakwa Raya memohon perbicaraan ditangguhkan kepada 15 Ogos depan. Ia dibuat Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden dengan persetujuan peguam bela atas alasan Pendakwa Raya memerlukan satu minggu untuk pengurusan mengaturkan temuramah dengan saksi-saksi yang akan dipanggil memberi keterangan. Ini kerana, dua daripada saksi-saksi yang diminta, iaitu pembantu rumah kepada pemilik kondominium, Haji Hasanuddin Abdul Hamid kini dilaporkan berada di Indonesia. | Biometrik: SPR boleh manipulasi data JPN- Suhaizan Posted: 09 Aug 2011 12:23 AM PDT Oleh: Sidiqin Omar KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berpeluang memanipulasi data pekerja asing berdaftar yang diperoleh dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dengan memasukkan nama mereka ke dalam senarai pengundi. Dengan cap jari disimpan dalam data sistem biometrik, seseorang berstatus penduduk tetap (PR) boleh menjadi warganegara dan pengundi berdaftar dengan hanya ketikan di papan kekunci komputer, kata Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Pemuda Pas, Suhaizan Kayat. "Ia sangat mudah dibuat kerana kedua badan tersebut (SPR dan JPN) berangkaian. Ada kemungkinan JPN akan meluluskan sementara kerakyatan Malaysia pemegang kad MyPR. "SPR boleh memanipulasi status tersebut dan memasukkan senarai nama itu ke dalam daftar pengundi. Kemudian nama dalam senarai dikembalikan kepada status asal, iaitu sebagai pemastautin tetap (PR) selepas 'tugas' mereka selesai. "Ini kemungkinan yang boleh terjadi. Tak mustahil," kata Suhaizan. Beliau mengulas laporan media bahawa 250,000 pembantu rumah warga asing akan didaftar ke dalam sistem pendaftaran biometrik apabila majikan memperbaharui permit kerja mereka. Bilangan pekerja asing secara sah di negara ini ialah sekitar 1.9 juta orang. Program itu khusus untuk pembantu rumah kerana tidak termasuk dalam kumpulan pekerja industri yang terlibat Program Pendaftaran Biometrik Pekerja Asing Yang Sah. Ia adalah sebahagian dari program 6P anjuran Kementerian Dalam Negeri (KDN) meliputi pendaftaran, pemutihan, pengampunan, pemantauan, penguatkuasaan dan pengusiran pekerja asing di negara ini. Sejak dilaksanakan 13 Julai lepas, 390,404 pekerja asing daripada 26,894 majikan telah mendaftar di bawah Program Pendaftaran Biometrik Pekerja Asing Yang Sah, manakala pendaftaran pekerja asing tidak sah pula bermula 1 Ogos ini. Baru-baru ini, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kira-kira 200,000 warga Indonesia telah didaftarkan sebagai pengundi di Malaysia. Mengulas lanjut, Suhaizan berkata kecurigaan itu berasas sejak SPR mula mencadangkan sistem biometerik kononnya untuk mengelakkan undi berulang. "Bahkan, Datuk Wan Ahmad (Timbalan Pengerusi SPR) sendiri mengakui dalam debat dengan Bersih (Datuk S Ambiga) tempoh hari bahawa sistem biometrik ini 'memudahkan'. "Tak perlu bawa kad pengenalan pun boleh mengundi. Hanya cop jari di mesin pengimbas dan ada data, maka boleh mengundi. Ini tak betul," katanya. Beliau menambah, bentuk muka bumi Malaysia tak sekata dengan banyak kawasan tidak mempunyai akses internet, bahkan ketiadaan bekalan elektrik. "Sistem biometrik memerlukan kaedah 'real time' (masa selari). Jika seseorang telah mengundi di Sabah, maka namanya mesti ditandakan sebagai 'telah mengundi' di dalam sistem. Apa bukti sistem ini teruji dan dipercayai?, soal Suhaizan. Justeru beliau menegaskan penggunaan 'dakwat kekal' sebagai kaedah sebenar mengelak pengundian berulang "Cakap-cakap soal sistem biometrik ini hanya percubaan alihkan isu sebenar," katanya. | Jangan sampai rakyat hilang keyakinan pada institusi zakat- Ahmad Kassim Posted: 09 Aug 2011 12:21 AM PDT Oleh: Nabihah Hamid KUALA LUMPUR: Pengurusan wang zakat perlu direformasikan bagi mengelakkan rakyat hilang keyakinan terhadap institusi itu, kata Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama KEADILAN (Bippa), Ahmad Kassim. Beliau berkata demikian mengulas kenyataan bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang mempersoalkan ke mana mengalirnya wang zakat di negara ini. "Zakat perlulah disalurkan kepada rakyat yang betul-betul memerlukan. Ini tidak, kadang-kadang orang yang tak sepatutnya terima duit ini. "Jangankan sampai satu peringkat, rakyat hilang keyakinan dengan sistem zakat sehingga sanggup turun untuk menyampaikan wang mereka ke tangan orang miskin sendiri," katanya. Mengulas lanjut, Ahmad Kassim yang juga Ahli Parlimen Kuala Kedah berkata, wang zakat yang melibatkan jumlah besar sepatutnya dipantau dan disalurkan dengan betul. "Wang zakat perlulah digunakan untuk menyelesaikan masalah kemiskinan dan pembahagiannya perlu dibuat dengan kebijaksanaan," katanya ketika dihubungi Keadilandaily. Menyokong kenyataan tersebut, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata pentadbiran wang zakat tidak diurus dengan telus dan bijak terutama di peringkat Kerajaan Persekutuan. "Wang zakat yang sepatutnya menolong untuk menyelesaikan masalah kemiskinan melarat di kalangan umat Islam kini hanya tertumpu pada musim perayaan saja," katanya. Menurutnya, pentadbiran wang zakat terbukti tidak telus apabila terdapat dakwaan ia digunakan untuk membiayai kos guaman pegawai tinggi kerajaan. Sebelum ini, pengurusan dan pengagihan wang zakat seringkali dipersoalkan banyak pihak apabila terdapat kes umat Islam yang layak menerimanya, tidak memperoleh bantuan berkenaan. Pada Jun lalu, KEADILAN tampil mendedahkan penyalahgunaan wang zakat oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sebanyak RM32 ribu. Jumlah itu dikatakan dikeluarkan bagi membiayai yuran guaman Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom dan Ketua Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Ali. Manakala penghujung April lalu, Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar mendakwa penyelewengan wang zakat di Melaka berpunca akibat kaedah pengurusan hartanah yang lemah. | Pendakwa yang minta tangguh, lengah keputusan- Anwar Posted: 09 Aug 2011 12:18 AM PDT Oleh: Ahmad Fadli KUALA LUMPUR: Penangguhan perbicaraan kes fitnah 2 sehingga 15 Ogos depan adalah bukti tindakan melambatkan perbicaraan bukan sengaja dilakukan peguam, sepertimana didakwa sebelum ini. Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian sewaktu mengulas permohonan pendakwa untuk menangguhkan kes itu, meskipun peguam mahu meneruskan perbicaraan esok. Pendakwa Raya dalam permohononnya berkata mereka memerlukan masa untuk menguruskan kehadiran saksi-saksi yang diperintahkan mahkamah untuk hadir ditemubual oleh pihak peguam. "Karpal Singh sudah mencadangkan kita sambung esok dengan dua pakar dari Australia sebagai saksi. Pendakwa raya mohon tangguh seminggu untuk memberi peluang saksi muncul di mahkamah. "Dan kami menggesa mereka segera datang dan jangan melengah-lengahkan keputusan mahkamah," kata Anwar ketika ditemuai di luar perkarangan mahkamah. Anwar merujuk kenyataan bapa Mohd Saiful Bukhari Azlan, Azlan Md Lazim dan Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) yang menggesa agar kes Fitnah II dipercepatkan. "Ada yang mengandaikan kita yang cuba melengah-lengahkan. Yang memohon penangguhan ini adalah pendakwa. "Sementara itu saya harap semua yang diarah mahkamah untuk hadir termasuk Perdana Menteri dan isteri hadir dengan segera," kata Anwar. Peguam Anwar, Sankara Nair pula berkata tindakan penangguhan perbicaraan pada minggu depan menunjukkan keputusan itu tidak ditentukan oleh peguam bela. "Seperti hari ini, ia merupakan keputusan hakim untuk menangguhkan mahkamah. "Hakim sudah meletakkan beban (untuk membawa saksi) ke atas mereka (pendakwa raya). Jika mereka gagal, mereka perlu minta mahkamah tangguhkan lagi," kata Sankara. Sankara menyifatkan tindakan menggesa perbicaraan kes Fitnah II dipercepatkan sebagai satu bentuk gangguan ke atas perjalanan perbicaraan. Mereka yang berbuat demikian boleh didakwa menghina mahkamah. "Mereka tidak boleh mengganggu proses perbicaraan. Ini merupakan satu penghinaan terhadap hakim dan juga mahkamah. "Jika ia berlaku lagi, kita terpaksa minta mahkamah mengisytiharkannya sebagai menghina mahkamah," kata Sankara. | Hanya diktator beli slot rancangan untuk baiki imej – Nik Nazmi Posted: 09 Aug 2011 12:17 AM PDT KEADILAN DAILY KUALA LUMPUR: Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud membeli slot rancangan di televisyen antarabangsa untuk memperbaiki imej, tidak ubah seperti diktator. Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, ramai diktator dunia berbuat demikian kerana takut pada kebebasan media, termasuk bekas Perdana Menteri Mesir, Hosni Mubarak. "Biasanya mereka yang diktator yang akan beli slot-slot sebegini kerana kalau ada laporan bebas, mereka akan dapat laporan yang kurang baik," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia itu. Blog Sarawak Report sebelum ini mendedahkan Kerajaan Persekutuan dan Sarawak melantik firma penerbitan TV dan komunikasi strategik Britain, FBC Media untuk menerbitkan program TV berat sebelah untuk ditayangkan syarikat penyiaran antarabangsa seperti CNBC, CNN dan BBC. Kerajaan Sarawak dilaporkan membelanjakan RM15 juta setahun untuk tujuan itu. Sementara Kerajaan Persekutuan pula membayar RM57.68 juta kepada FBC Media antara tahun 2008 dan 2009. Mengulas lanjut, Nik Nazmi berkata amalan sedemikian juga sebenarnya tidak berdasarkan etika penyiaran media antarabangsa kerana ia tidak menyampaikan mesej yang objektif kepada penonton. "Amalan ini tidak dibenarkan di peringkat antarabangsa sebab sifatnya tidak lebih daripada iklan. Sepatutnya orang tonton dengan anggapan ia rancangan yang objektif," katanya. Pada masa yang sama, Nik Nazmi berkata Najib perlu melakukan trasnformasi yang sebenar di dalam negara jika mahu nama beliau harum di peringkat antarabangsa dan bukan melakukan kempen perhubungan awam sebegini. "Najib nampaknya lebih berminat baiki imej di peringkat antarabangsa sedangkan 'public relations exercise' atau 'media spin' begini tak akan dapat baiki perkara yang dah busuk. "Najib sendiri sebenarnya tidak perlu berbelanja besar untuk memperbaiki imej beliau di peringkat antarabangsa. "Lebih baik jika kerajaan lakukan transformasi sebenar dalam negara dan dengan sendiri imej beliau akan jadi lebih baik di peringkat antarabangsa," katanya. | Bersih bagi tempoh 3 bulan SPR tubuh jawatankuasa khas Posted: 09 Aug 2011 12:11 AM PDT Oleh: Nabihah Hamid KUALA LUMPUR: Bersih 2.0 menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menubuhkan tiga jawatankuasa khas yang dianggotai parti politik untuk mengkaji masalah berkaitan pilihan raya. Tiga jawatankuasa itu adalah untuk menyelesaikan daftar pemilih, menjelaskan kaedah biometrik dan pengundian awal. Berikutan itu, Bersih akan menulis surat kepada suruhanjaya itu bagi menggesa jawatankuasa khas tersebut ditubuhkan dalam masa tiga bulan. "Bersih akan menghantar surat cadangan tersebut kepada SPR dalam minggu ini," kata Ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah. Menurut Maria, jawatankuasa khas itu penting untuk menjawab pelbagai dakwaan mengenai kepincangan dalam sistem pilihan raya yang dilaksanakan dan dirancang SPR, termasuk kaedah biometrik yang mahu diperkenalkan. "Bersih memerlukan laporan lengkap tentang kaedah biometrik yang akan dibuat oleh SPR dan keselamatannya. "Mereka juga perlu memberi senarai terperinci tentang kawasan pengundian awal yang bakal mereka jalankan terhadap pengundi dari anggota tentera dan polis. Kita juga perlu tahu samada mereka akan membenarkan pemantau ketika pengundian awal dijalankan," katanya. Ketika ditanya kontroversi pengundi bernama Kg Baru yang berdaftar di laman SPR beliau berkata suruhanjaya itu perlu bertanggungjawab tanpa menunding jari kepada pihak lain. "Cukup dengan menuding jari terhadap banyak pihak dan SPR perlu bertanggungjawab di atas kesalahan ini. Jika mereka tak boleh buat, biar pihak lain melakukannya," katanya. SPR sebelum ini menafikan kontroversi penduduk tetap bernama Mismah, didaftarkan sebagai pengundi dalam laman pemilih SPR dengan alasan ia merupakan kesilapan teknikal. Berikutan itu, Pas Selangor mendedahkan kira-kira 1,100 penduduk tetap yang berada dalam daftar pemilih di Selangor sehaja. Manakala Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa usaha mendaftarkan 200,000 warga Indonesia sebagai pengundi di negara ini. Hari ini, SPR juga didedahkan mencipta sejarah baru apabila mendaftarkan nama 'Kg Baru' dalam daftar pemilih pilihan raya, yang tidak sama dalam rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Namun SPR menukarnya semula selepas perkara itu didedahkan media alternatif sejam selepas itu. Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kayat dalam kenyataan media juga menjumpai pemilih dari kalangan "pengundi hantu" di mana nama mereka tidak terdapat dalam rekod JPN. | Guan Eng : "Sembang Rakyat-Kedai 1 Malaysia" Taktik Kotor Kerajaan Posted: 09 Aug 2011 12:08 AM PDT Ditulis oleh Naeem Raffi KUALA LUMPUR : Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyifatkan klip video bertajuk "Sembang Rakyat-Kedai 1 Malaysia" yang tersebar luas di internet sebagai usaha terbaru kerajaan menggunakan taktik kotor bagi menjatuhkan parti lain. "Kerajaan BN sekarang dengan nyatanya menyalahkan pihak yang tidak bersalah dan ini adalah satu permainan politik yang amat kotor dan jahat sekali. " (Oleh itu) kita juga mahu pihak berkuasa polis menyiasat para pelakon yang terlibat untuk mendedahkan siapa pelakon dalam klip video itu termasuk watak apek cina,"katanya pada satu sidang media khas di ibu pejabat DAP semalam. Klip video berdurasi 8 minit 30 saat itu dilakonkan oleh lima watak yang menceritakan isu kenaikan harga barangan seterusnya mempromosikan kedai 1 Malaysia. Berlokasikan warung mamak, kesemua lima watak itu mempertikaikan kenaikan harga barangan yang didakwa Lim (watak lelaki Cina), ia didalangi oleh DAP dan kerajaan kononnya tampil menyelesaikan masalah itu dengan mewujudkan kedai 1 Malaysia. Dalam video klip itu, Lim jelas sekali mengaitkan DAP yang dikatakannya mengawal tauke-tauke besar Cina yang menyokong parti itu supaya menaikkan harga barangan. " Lu tengok ini macam haa... sekarang u tengok sapa paling banyak meniaga.. " U punya kaum laaa Cina. " Betul... sekarang Cina ramai sokong parti mana? " DAP,"jawab seorang watak Melayu. " Betul... itu DAP pembangkang kan... u tau ka, itu semua tauke-tauke besar, DAP suruh kasi naik harga,"kata lelaki Cina yang dikenali dengan panggilan Lim itu lagi. Melihat kepada pembikinan klip video dan kandungannya, Guan Eng berkata, ia merupakan satu taktik jahat untuk mengaburi mata rakyat seterusnya berupa satu bentuk hasutan. "Klip video ini berkaitan dengan kedai 1 Malaysia, jadi BN perlu bertanggungjawab penuh dan sekirannya mereka tidak menafikan mereka terlibat dalam klip video itu, ianya jelas mereka ada kaitan. "Watak apek cina sangat bahaya (menghasut) kerana menyatakan semua yang berlaku kerana angkara DAP, ini adalah satu hasutan, fitnah dan harus diambil tindakan keras,"kata Guan Eng lagi. Sehubungan itu, pihaknya akan membuat laporan polis hari ini. | Lynas : SMM Janji Berjuang Habis-Habisan Demi Kesejahteraan Rakyat Posted: 09 Aug 2011 12:06 AM PDT Ditulis oleh Sharifah Azmawati Syed Abdul Aziz KUALA LUMPUR : Sebagai kesinambungan pelbagai gesaan sebelum ini, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) hari ini tampil bagi mendesak kerajaan menghentikan segera projek pembinaan loji Lynas di Gebeng yang boleh memberi kesan kepada keselamatan awam jika diteruskan. Pengerusi SMM, Ahmad Syukri Abd Razab berkata, kerajaan tidak boleh meneruskan projek Lynas ekoran kesannya yang sangat merbahaya kepada rakyat di negara ini, apatah lagi kalau berlakunya kebocoran sisa radioaktif. "Kita semua bergabung tenaga untuk memastikan isu ini dibawa sampai selesai, itu adalah jaminan dan apa yang boleh kita buat, kita sudah pun buat beberapa tindakan,"ujar beliau. "Suka saya katakan bahawa isu ini adalah isu sejagat bukan isu Gebeng, isu Kuantan dan ini adalah isu kesihatan rakyat Malaysia. "Dalam deklarasi hak manusia sejagat 1948, hak untuk hidup aman, hak untuk rasa selesa, hak untuk hidup dalam keadaan sihat, itu hak mutlak setiap manusia,"katanya lagi. Terdahulu rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat melakukan bantahan berhubung projek di bawah firma Australia ini kerana bimbang akan masalah pencemaran hasil dari sisa radioaktif yang terkumpul dari kilang pemprosesan nadir bumi itu. Keluasan Lynas ialah seluas 140 buah padang bola dan kerajaan memberi pelepasan cukai selama 12 tahun untuk projek ini. Projek yang dikatakan hampir siap itu bagaimanapun menimbulkan pelbagai tanda tanya. Menurut Syukri, isu Lynas telah lama dibangkitkan oleh rakyat dan ia merupakan perkara serius yang akan memberi kesan berpanjangan terutama kepada generasi akan datang. Beliau berkata demikian pada majlis forum 'Mahasiswa Selamatkan Rakyat' yang memberi fokus kepada isu pembinaan loji Lynas yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina, Kuala Lumpur, semalam. Forum tersebut turut dibarisi oleh Clement Chin Yee Kaing dari Save Malaysia dan Dr. Jayabalan yang merupakan pakar kesihatan awam. Menurut Clement Chin,Lynas sangat berkait rapat dengan pelan induknya yang hingga ke hari ini dilihat tidak begitu kukuh. "Sampai hari ini, mereka tidak ada langsung pelan induk bagaimana hendak melupuskan bahan radioaktif ini,"katanya. Sementara itu, Dr. T. Jayabalan pula menegaskan jika Lynas tidak dihentikan segera, berkemungkinan peristiwa sama 20 tahun yang lepas di Bukit Merah akan berulang sekali lagi di negara ini. "Kerana sedikit kebocoran akan menyebabkan kehancuran segala sistem dalam badan ini. Kesan kepada habitat, kita makan benda yang tercemar dengan bahan radiasi ini,"ujar beliau. Lynas dilihat adalah 10 kali lebih kontroversi daripada kilang nadir bumi Asia di Bukit Merah yang ditutup 20 tahun lalu. Mengulas lanjut, Jayabalan berkata dalam masa lima tahun, kesan dari kilang di Bukit Merah sebagaimana didakwa penduduk telah menyebabkan lapan orang mendapat leukemia. Sebelum itu tidak seorang penduduk penduduk terbabit yang mengalami leukemia dan akhirnya tujuh orang daripadanya telah meninggal dunia. Selain itu, radiasi yang terkumpul dalam badan manusia juga akan menyebabkan kelahiran bayi yang cacat, kanser paru-paru, kerosakan sistem saraf-otak dan sebagainya. Lynas mendapat penentangan daripada pelbagai lapisan masyarakat, parti politik, badan bukan kerajaan (NGO) dan gerakan mahasiswa antaranya SMM, Pro-Mahasiswa, Gabungan dan Mahasiswa Islam Semalaysia. | Musa Hassan dan Rodhwan Enggan Ditemuramah Jika Anwar Ada Posted: 09 Aug 2011 12:01 AM PDT Ditulis oleh Hadri Yaziz SHAH ALAM : Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodhwan Mohd Yusof enggan ditemuramah peguambela, jika Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir sama pada sesi temubual kes fitnah liwat II. Anwar melalui laman Twitternya sebentar tadi memetik peguam Karpal Singh bahawa "tertuduh boleh hadir semasa sesi temuramah dengan saksi- saksi pembelaan". Walau bagaimanapun menurut Anwar, Timbalan Pendakwaraya yang diketuai oleh Datuk Yusof Zainal Abiden akan merujuk kepada hakim mengenai perkara tersebut. Bercakap kepada media di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam, Karpal menegaskan bahawa tertuduh berhak dan akan hadir ketika pasukan peguambela menemuramah saksi- saksi. "Kehadiran Anwar diperlukan kerana beliau adalah orang yang dituduh dan mempunyai hak untuk berada di sana," kata Karpal. Perkara tersebut turut disahkan Anwar yang menyatakan bahawa beliau akan menghadirkan diri pada sesi temuramah itu. Hakim Zabidin Mohd Diah pada sebelah pagi mengumumkan bahawa pendakwaraya perlu menyediakan saksi-saksi yang telah ditawarkan kepada pasukan peguambela untuk ditemuramah. Namun perkara yang mengelirukan apabila arahan tersebut turut menyatakan bahawa tindakan menemuramah saksi-saksi itu bergantung kepada kerelaan individu. Dalam pada itu, memetik laporan Malaysiakini, Karpal dan Sankara Nair menyifatkan bantahan yang dikemukakan saksi-saksi bersabit kehadiran Anwar pada sesi temubual tidak pernah berlaku dalam sejarah amalan undang-undang di negara ini. Katanya Anwar berhak untuk berada bersama-sama pasukan peguamnya bagi menentukan sebarang arahan bersabit kes berkenaan. Karpal walau bagaimanapun sekali lagi menegaskan bahawa perbuatan menangguhkan kes kini berpunca daripada bantahan yang dibangkitkan pihak pendakwaan. Sementara itu Timbalan Pendakwaraya Datuk Yusof Zainal Abiden melalui sebuah mesej pesanan ringkas menyatakan bahawa kehadiran Anwar tidak digalakkan. Justeru Yusof akan bertemu dengan Zabidin bagi mendapatkan pandangan hakim itu yang turut akan disertai Karpal. Laporan itu antara lain menyatakan bahawa DSP Jude mengesahkan bahawa enam individu akan hadir untuk ditemuramah namun tidak menjelaskan butiran saksi-saksi berkenaan. Namun sehingga kini sesi temuramah terpaksa ditangguhkan sehingga isu kehadiran saksi diselesaikan. | SPR Perlu Bertindak, Siasat Segera Keraguan Daftar Pemilih-Mafrel Posted: 08 Aug 2011 11:59 PM PDT Ditulis oleh Fauzan Uda Ahmad SHAH ALAM : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu bertindak proaktif dengan bertindak segera terhadap pendedahan-pendedahan yang dibuat oleh pihak tertentu berhubung senarai daftar pemilih yang meragukan. Oleh itu menurut Pengerusi Malaysian For Free and Fair Elections ( MAFREL) Syed Ibrahim Syed Noh, satu laporan rasmi harus dibuat oleh pihak terbabit bagi membolehkan siasatan dilakukan. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan terbaru apabila SPR mendaftarkan seorang yang bernama 'Kg Baru' sebagai pemilih. Kg Baru didaftarkan sebagai pengundi bagi Dewan Undangan Negeri Hulu Besut dan Parlimen Besut, Terengganu. Namun apabila semakan dibuat di laman web Jabatan Pendaftaran Negera (JPN), nombor kad pengenalan sama adalah milik Noraini Binti Abdullah. "Pada saya mudah sahaja, saya rasa pendedahan-pendedahan begini perlu dibuat laporan secara rasmi dan kemudian pihak SPR perlu ambil tindakan,"katanya kepada Tv Selangor. Menurut Syed Ibrahim lagi, sesebuah suruhanjaya perlu memandang berat isu ini memandangkan ia melibatkan kredibiliti badan itu. "Sebenarnya SPR sendiripun boleh membuat kajian mereka kalau dah ada satu dua aduan.Maknya berdasarkan kepada satu dua aduan, mereka kena membuat siasatan serius,"ulas beliau lagi. Masalah seperti ini juga katanya, jika tidak ditangani dengan baik oleh SPR membolehkan ahli-ahli parlimen membawa perkara ini ke Dewan Rakyat bagi menolak daftar pemilih itu. " Dari segi undang-undangpun, ada ruang di mana pihak ahli-ahli parlimen boleh timbulkan untuk menyebut bahawa dengan keraguan-keraguan yang timbul berhubung dengan daftar pengundi, malah pilihan raya sendiripun tidak boleh diadakan," kata beliau. "Kalau SPR tidak ambil secara serius, saya rasa itu satu keangkuhan dan sepatutnya mereka lebh bersikap 'gentleman' dan berbesar hati menerima aduan-aduan ini dan terus membuat semakan,"katanya lagi. Semalam, Pakatan Rakyat menyerahkan memorandum menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memanggil sidang tergempar Dewan Rakyat bagi membincangkan isu 'penaiktarafan' status penduduk tetap (PR) kepada warganegara dalam tempoh sehari seorang individu bernama Mismah. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berjanji akan memanjangkan perkara itu ke pengetahuan Perdana Menteri pada majlis berbuka puasa semalam. | Liwat II: Anwar beri keterangan 15 Ogos ini Posted: 08 Aug 2011 11:57 PM PDT Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memberi keterangan dalam perbicaraan kes liwat yang dihadapinya pada 15 Ogos ini selepas Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan tempoh seminggu oleh pihak pendakwaan untuk membolehkan pihak pembelaan menemu bual Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan 14 yang lain sebagaimana yang diarah mahkamah hari ini. Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden (kiri) memberitahu mahkamah bahawa pihak pendakwaan memerlukan masa memandangkan dua daripada 15 saksi itu ketika ini berada di Indonesia. Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membenarkan permohonan Mohamed Yusof itu dan menetapkan 15-26 Ogos untuk kes pembelaan. Sebelum ini mahkamah menetapkan tarikhnya 8-26 Ogos, dengan Anwar dijadual sebagai saksi pertama memberi keterangan. Yusof yang ditemui kemudiannya mengesahakan bahawa dua saksi dari Indonesia ialah bekas pembantu rumah Hasanuddin Abd Hamid, pemilik unit kondominium di mana insiden didakwa berlaku. Dalam permohonannya, Anwar mengenal pasti salah seorang daripada pembantu rumah itu sebagai bernama "Suliati", manakala seorang lagi sebagai Fitria Dipan. Waran tangkap Timbalan Pendakwa Raya Noorin Badaruddin memberitahu pemberita bahawa dengan keputusan itu, semua saksi itu perlu berada di kompleks mahkamah minggu ini untuk ditemu bual oleh pihak pembelaan. "Sekiranya mereka gagal berbuat demikian, pihak pembela boleh memohon sepina untuk memastikan mereka hadir di mahkamah," kata Noorin. Sementara itu ketua peguam Anwar, Karpal Singh (kanan) berkata semua 15 saksi termasuk Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor perlu datang ke kompleks mahkamah untuk ditemu bual oleh pihak pembelaan. "Sekiranya mereka gagal, kami akan memohon waran tangkap terhadap mereka," kata Karpal. Di penghujung kes mereka, pihak pendakwaan menawarkan 71 saksi, termasuk Najib dan Rosmah. Pihak pembelaan memilih untuk menemu bual hanya 25 dan sehingga kini hanya lima yang ditemu bual. Mereka terdiri daripada bekas ratu pecut negara Datuk Mumtaz Jaafar; bekas doktor Pusrawi, Dr Mohd Osman Abd Hamid; adik perempuan Mohd Saiful Bukhari Azlan, Saidaiti Azlan; doktor Hospital Kuala Lumpur yang hanya dikenali sebagai Dr Daniel, dan pembantu semasa Najib memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri, Khairil Anaz. | Nazri jumpa PM berhubung sidang tergempar Posted: 08 Aug 2011 11:46 PM PDT Joseph Sipalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berkata, beliau akan membincangkan dengan perdana menteri hari ini berhubung usul Pakatan Rakyat meminta diadakan sidang tergempar Dewan Rakyat untuk membincangkan isu 'Mismah'. Katanya, beliau akan membangkitkan perkara itu dengan Datuk Seri Bercakap dalam sidang akhbar di bangunan Parlimen hari ini, Nazri berkata beliau masih belum membaca kandungan usul tersebut. Bagaimanapun, tambahnya, selepas membincangkan perkara dengan PM, kemungkinan pihaknya akan memberi respons. Katanya, beliau tidak mahu mendahului perdana menteri berhubung isu tersebut. [Baca berita penuh] Sementara itu Bernama memetik Nazri berkata pakatan pembangkang perlu mengemukakan bukti-bukti dakwaan mereka bahawa terdapat sejumlah pemilih yang disenaraikan di dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) bagi suku kedua tahun ini, adalah berstatus Penduduk Tetap (PR), kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk disiasat. Katanya, ini kerana adalah mustahil untuk seseorang PR didaftarkan sebagai pengundi memandangkan mereka tidak mempunyai kad pengenalan berwarna biru. "Saya tidak tahu bagaimana orang yang tiada kad pengenalan biru boleh menjadi pengundi, saya tidak jangka ia boleh berlaku kerana untuk mendaftar sebagai pengundi kena ada kad pengenalan biru, tetapi kalau mereka ada bukti bawalah kepada SPR untuk disiasat," katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen selepas menerima surat rasmi mengenai usul tersebut. Mohamed Nazri berkata pada umumnya, seseorang itu boleh memohon menjadi PR iaitu pemegang kad pengenalan merah setelah tinggal di Malaysia selama 12 tahun mengikut prosedur yang ditetapkan. | Kuil 34 tahun terselamat daripada dirobohkan Posted: 08 Aug 2011 11:43 PM PDT Aidila Razak Kuil Sri Maha Kaliamman di Jalan Cochrane, Kuala Lumpur 'terselamat' daripada dirobohkan hari ini dan diberikan tempoh dua minggu lagi untuk tindakan seterusnya. Ini berikutan campur tangan dan rundingan di antara ahli parlimen PKR-Batu Tian Chua dan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk M Saravanan semalam. Menurut Tian (kiri) beliau merayu kepada Saravanan untuk menangguhkan kerja-kerja meroboh bagi memberi jawatankuasa kuil itu masa untuk berbincang dan menyampaikan keputusan mereka berhubung notis pengusiran yang telah dikeluarkan. "Tindakan kerajaan menawarkan pampasan dan sekeping tanah untuk kerja-kerja memindah adalah dipuji, tetapi jawatankuasa kuil dan penganutnya enggan berpindah kerana kuil sekarang terletak bersebelahan sebatang pokok yang mereka anggap suci," katanya ketika dihubungi. Jawatankuasa kuil yang dibina pada 1967 itu diberikan tempoh dua minggu bagi menentukan sama ada mereka bersetuju menerima tawaran tanah lain oleh kerajaan yang terletak kira-kira 500 meter dari lokasi sekarang dan bayaran pampasan RM200,000. Kerajaan juga bersetuju menempatkan tiga keluarga yang menumpang di tanah kuil itu ke kawasan perumahan di Cheras dan Puchong. Adalah dipercayai jawatankuasa kecil bagi mengkaji cadangan pemindahan itu diketuai oleh pengerusi Hindu Sevasangam, Ramaji, jawatankuasa kuil dan perwakilan NGO serta peguam. | Serbuan gereja: MCA desak exco DAP letak jawatan Posted: 08 Aug 2011 11:35 PM PDT Joseph Sipalan MCA Selangor menuntut semua ahli exco kerajaan negeri DAP supaya meletakkan jawatan kerana membisukan diri mereka berhubung isu serbuan Jais ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya, baru-baru ini. Ketua Biro Aduan Awamnya, Theng Book (kiri) berkata sebagai wakil yang dipilih, ahli exco berkenaan sepatutnya bercakap bagi pihak rakyat yang mengundi mereka. Katanya, adalah hipokritikal bagi pemimpin DAP menggunakan alasan arahan menutup mulut yang dikeluarkan oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, dan menuduh mereka daripada menjauhkan diri daripada kebenaran. "Bagaimana mereka boleh (patuh) arahan tutup mulut? Mereka kata mereka perjuangkan kebebasan bersuara... Apabila ada sebab untuk bersuara, mereka buat bising tetapi apabila ada kerja, mereka tak buat. Exco DAP patut letak jawatan," katanya pada sidang akhbar di Petaling Jaya hari ini. Menurut pemimpin veteran MCA itu tanggungjawab terletak di bahu wakil rakyat DAP dan pemimpin bukan Islam PKR, yang merujuk secara tidak langsung kepada ahli Petaling Jaya Utara Tony Pua dan ahli parlimen Petaling Jaya Selatan Hee Loy Sian. "Penduduk Petaling Jaya sedikit kecewa (dengan sikap mendiamkan diri mereka). Mereka mesti keluar dan nyatakan pendirian mereka kepada PAS dalam hal ini," katanya. Menurut Theng Book tanggungjawab sebenarnya terletak pada Khalid selaku menteri besar, dan menolak dakwaan Pakatan Rakyat bahawa serbuan itu didalangi kerajaan persekutuan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). | "Oh" Dengarlah "Jeritan Batinku" Posted: 08 Aug 2011 11:30 PM PDT
| Periksa gereja: Pemuda PAS ajak NGO Islam dialog Posted: 08 Aug 2011 11:29 PM PDT
| MyKad warga asing ancam masa depan anak muda Posted: 08 Aug 2011 11:25 PM PDT
| Buku Negara Berkebajikan tajdid siyasi PAS Posted: 08 Aug 2011 11:22 PM PDT
| Perhebat kesan warga asing boleh mengundi Posted: 08 Aug 2011 11:22 PM PDT
| |||||||||||
Posted: 09 Aug 2011 03:23 PM PDT | Dewan Pemuda PAS ikut langkah Perkasa? Posted: 09 Aug 2011 03:12 AM PDT Free Malaysia Today melaporkan Dewan Pemuda PAS Pusat menyokong tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang melakukan pemeriksaan di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) di Petaling Jaya Rabu lalu. Perkara itu diutarakan oleh Ketua Pemudanya Nasrudin Hassan Tantawi dalam satu sidang media di sini hari ini selepas pertemuan kira- kira sejam bersama Exco Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr Hasan Ali bagi mendapat penjelasan lanjut berhubung kontroversi yang membabitkan Jais. Baca di sini Yang agak peliknya ialah, Dewan Pemuda ini telah mendahului PAS Pusat dalam membuat kenyataan berhubung isu tersebut.Nasrudin pun nak menonjolkan heronya seolah-olah mahu berlumba-lumba dengan Perkasa untuk menyokong kenyataan Hasan Ali. Nasrudin sepatutnya bersopanlah sikit, beri peluang PAS pusat buat siasatannya dahulu dan buat kenyataan yang adil dan saksama setelah meneliti kenyataan daripada kedua belah pihak. Menurut Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali , pertemuan dengan JAIS dicadangkan pada 15 Ogos (Isnin) dan DUMC pula pada 16 Ogos (Selasa). | Polis London minta bantuan PDRM? Posted: 08 Aug 2011 11:50 PM PDT Para perusuh mengganas di Kota London akibat kematian Mark Duggan, seorang penduduk tempatan berkulit hitam yang berusia 29 tahun, selepas ditembak polis dua hari sebelum itu. Polis London perlu belajar dari PDRM tentang cara-cara yang berkesan menghadapi rusuhan.Semasa kejadian 9 Julai lalu (genap sebulan hari ini!) PDRM telah berjaya mengawal dan mententeramkan keadaan kembali pulih menjelang petang harinya... Malaysia sepatutnya menghantar pasukan polis anti rusuhannya yang sangat berpengalaman itu ke London bagi membantu mengawal keadaan di sana supaya kembali aman seperti Malaysia. Namun sehingga kini , dilaporkan tiada permintaan dari pihak interpol. | Ambil gula-gula getah nih, pergi main jauh-jauh - Najib Posted: 08 Aug 2011 05:28 PM PDT Penjawat awam Persekutuan terpaksa menggigit jari buat sekian kalinya bila PM Najib umumkan bayaran bonus hanya setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada 1.27 juta penjawat awam Persekutuan bulan ini. Turut diumumkan ialah bayaran khas sebanyak RM500 kepada 590,000 pesara kerajaan. Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM2 bilion. Apakah penjawat awam Persekutuan gembira dengan pengumuman tersebut? Pengumuman tersebut jelas menolak permohonan Cuepecs untuk mendapatkan dua bulan bonus baru-baru ini. Cuepecs terpaksa gembira dengan gula-gula getah pemberian PM Najib.Gula-gula getah ini sangat mujarab untuk menutup rapat mulut Cuepecs sekali lagi sebagai mana sebelum ini. Cuepacs beberapa kali telah membuat permohonan kepada kerajaan agar mempertimbangan pemberian bonus tersebut selepas Cuepacs sendiri menerima banyak permintaan dari penjawat awam agar mereka mendapat bonus. "Sudah dua tahun penjawat awam tidak mendapat bonus sejak 2008 dan adalah diharapkan tahun ini kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus tersebut sebelum dan selepas Hari Raya bagi mengurangkan beban kewangan," kata Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman di sini |
You are subscribed to email updates from Pakatan Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |