Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah |
You are subscribed to email updates from Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah |
You are subscribed to email updates from Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Pakatan Rakyat |
Posted: 13 Oct 2011 03:12 PM PDT | KHIR TOYO: BN SUKAR TAWAN SELANGOR Posted: 13 Oct 2011 03:00 PM PDT Bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo (gambar) berkata, BN mungkin sukar untuk merampas semula negeri itu dalam pilihan raya umum akan datang.Menurutnya, masih ada kawasan hitam kepada BN di Selangor."Masih ada kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang hitam yang bermakna sukar untuk dimenangi BN. kl-today Published with Blogger-droid v1.7.4 | Lelaki OKU Putus Kemaluan Terkena Mesin Rumput Posted: 13 Oct 2011 03:00 AM PDT Seorang lelaki Orang Kelainan Upaya (OKU) putus kemaluan selepas terkena jentera pemotong rumput dalam kejadian di Taman Kekal Pengeluaran Makanan, Pulau Kerengga. Mangsa berusia 26 tahun, mengalami masalah lembam dipercayai memanjat bahagian belakang jentera berkenaan tanpa disedari oleh pemandu jentera berkenaan. Semasa menaiki jentera terbabit, mangsa dilaporkan terjatuh sebelum seluarnya tersangkut pada bilah pemotong rumput menyebabkan pakaian mangsa koyak dan kemaluannya terputus selain mengalami lebam dan calar ada bahagian anggota badan lain. Pengarah Cosmopal Sdn Bhd, Mohd Amir Hafiz Zainudin berkata, mangsa merupakan pelatih di pusat berkenaan sejak lebih sebulan lalu dan hanya melakukan kerja-kerja ringan seperti berkebun dan memberi makan kambing. Beliau berkata pada kejadian yang berlaku Sabtu lepas kira-kira pukul 12.15 tengah hari, mangsa bersama-sama beberapa pekerja lain sedang membuat kerja penanaman sawi kira-kira 200 meter dari tempat kejadian dan pekerja lain tidak menyedari mangsa berlari mengekori jentera berkenaan. Kejadian itu hanya disedari pemandu jentera berkenaan setelah mendengar mangsa menjerit kesakitan, kata Mohd Amir Hafiz. Mangsa kemudian dihantar ke Klinik Kesihatan Marang untuk mendapatkan rawatan sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu untuk mendapatkan rawatan berikutan kecederaan parah yang dialaminya. Sementara itu, ibu mangsa yang enggan namanya disebut ketika ditemui di HSNZ kesal dengan kejadian yang menimpa anaknya dan mahu mengambil tindakan undang-undang atas kecuaian pihak pengurusan tempat anaknya bekerja. "Sebelum saya membenarkan anak saya bekerja di situ dulu saya sudah tanya jenis kerja yang macam mana anak saya akan lakukan dan saya diberitahu anak saya akan beri makan kambing," katanya. Namun beliau tidak sangka pihak pengurusan boleh cuai dalam memerhatikan anaknya itu sehingga boleh menghampiri jentera bergerak kerana golongan seperti anaknya itu memerlukan pemantauan rapi. Menurutnya, walaupun kemaluan anaknya sudah disambung semula melalui pembedahan, namun doktor tidak dapat memberi jaminan sama ada ia akan dapat berfungi seperti normal atau tidak. Mangsa merupakan anak kedua daripada empat beradik juga merupakan anak lelaki tunggal terpaksa bekerja selepas kematian ayahnya akibat penyakit lelah lima tahun lalu. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang, DSP Ahmad Mazlan Yahaya ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan. - Bernama Published with Blogger-droid v1.7.4 | Jais mohon waran tangkap Bob Lokman Posted: 13 Oct 2011 12:00 AM PDT KUALA LUMPUR, 13 Okt - Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) akan mendapatkan perintah waran tangkap daripada mahkamah terhadap penulis lirik, pelakon dan pengacara terkenal, Bob Lokman seandainya enggan hadir memberi keterangan kepada agensi itu. Pengarah Jais Marzuki Hussin berkata, selebriti yang nama sebenarnya Muhammad Hakim Lokman, 47, itu juga melakukan kesalahan lain jika enggan mematuhi perintah hadir terhadapnya. "Sepatutnya pagi tadi (semalam), dia hadir ke pejabat Jais, tetapi dia gagal berbuat demikian. "Dia (Bob Lokman) berdegil datang, Jais akan memohon waran tangkap," katanya dipetik Berita Harian dan Harian Metro hari ini. Bob Lokman ditahan mengikut Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Islam (Negeri Selangor) 2003 iaitu ceramah tanpa tauliah di Masjid Sungai Lui, Hulu Langat, Isnin lalu. Seksyen 119, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 menyebut "mana-mana orang yang mengajar agama Islam atau perkara mengenai agama Islam tanpa tauliah diberikan mengikut Seksyen 118 adalah melakukan kesalahan dan boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan." Disebabkan enggan hadir memberi keterangan dengan sengaja pula, selebriti itu melakukan kesalahan mengikut Seksyen 12B Enakmen Jenayah Syariah Selangor." Jika disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 12B Enakmen Jenayah Syariah Selangor itu, boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun. Pada 19 Februari lalu, Bob Lokman atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman menyerahkan borang menjadi ahli PAS. Beliau menyerahkan borang itu kepada Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Seri Azizan Razak yang juga Menteri Besar Kedah pada majlis Himpunan 30,000 Pemuda PAS di Kompleks PAS Kota Sarang Semut, Alor Setar. Bob Lokman merupakan penulis lirik lagu terkenal Isabela nyanyian Amy Search. Sebelum ini, Bob Lokman juga menolak untuk pergi ke pejabat Jais bagi memberi kenyataan terhadap insiden tersebut, sebaliknya pihak agensi itu sendiri harus jemput dia di rumah kerana mereka ada kuasa. "Mereka ada kuasa, datanglah jemput saya di rumah," katanya yang mempertahankan tidak melanggar peraturan agensi tersebut. TMI | APA PUN XBLEH...KAH! KAH! KAH! Posted: 12 Oct 2011 09:00 PM PDT Komander Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Bukit Kayu Hitam, Mohd. Zunaidi Abdullah (kanan) memeriksa bonet kereta yang menempatkan dua warga Myanmar yang ditahan ketika cuba memasuki negara ini, di Bukit Kayu Hitam, Kedah.- Utusan/KAMAL BASIR DEY MACHA!!! KALAU TAK DAPAT MYKAD | Resort didakwa kumpul pendatang dapat IC dikepung Posted: 12 Oct 2011 06:00 PM PDT SEPANG, 12 Okt: PAS hari ini berjaya mengesan satu operasi yang disyaki cuba memberikan warganegara kepada lebih 200 penduduk tetap (PR) di sebuah resort berhampiran Putrajaya di sini. Kesemua yang majoritinya warga Indonesia itu didakwa dibawa dengan bas dari negeri Johor untuk diberi MyKad yang dipercayai ada kaitan untuk pengundian pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti. Exco Pemuda PAS, Mohd Adram Musa (gambar) berkata pihaknya mendapat maklumat daripada perisikan jentera PAS berhubung perkara itu malam tadi yang mengatakan lapan buah bas membawa warga asing akan menuju ke Putrajaya untuk diberi MyKad. Sehubungan itu, beliau yang juga Timbalan Pengerusi Lajnah Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Rakyat Pemuda PAS bersama beberapa anggota dewan itu kemudiannya menunggu bas-bas tersebut yang tiba di Masjid Putra, Putrajaya kira-kira jam 7 pagi. Bagaimanapun hanya enam buah bas didapati tiba di Putrajaya yang didapati beredar beberapa jam kemudian. Kepung resort Mereka mengekori bas-bas tersebut sehingga ke sebuah resort di sini. Bas-bas berkenaan bagaimanapun beredar dari situ, dan meninggalkan kumpulan penumpang tersebut di resort berkenaan. Petugas media yang kemudiannya tiba di situ kira-kira jam 1.30 tengahari juga sempat melihat sebuah kereta Proton Tiara dipercayai membawa 'ketua operasi' itu memecut laju keluar dari resort melalui jalan belakang. "Saya sendiri masuk ke dalam resort berkenaan, dan mendapati memang warga asing di dalamnya. "Kita tanya mereka bagitahu datang untuk kursus," katanya pada sidang media di sini. Menurutnya, kehadiran mereka bagaimanapun tidak disenangi 'ketua' rombongan itu dan mereka mengambil pendirian untuk keluar dari kawasan resort tersebut yang pagarnya kemudian dikunci pemilik resort. Ekoran itu juga mereka bertindak mengepung jalan masuk dari depan dan belakang resort tersebut. Turut serta pada sidang media di hadapan resort itu AJK PAS Pusat Mazlan Aliman. Sumber dalaman Menurut Mazlan, beliau turut mendapat maklumat dari sumber dalaman yang tidak mahu bersubahat dengan operasi jahat itu. "Dia hubungi saya bagitahu terdapat dokumen tebal dalam bas serta mendengar cakap-cakap penumpang bas yang mendakwa akan mendapat MayKad hari ini. "Dia bagitahu saya maklumat ini kerana beliau tidak mahu bersubahat," katanya. Menurut Mazlan lagi, beliau juga dimaklumkan sewaktu bas berhenti di Masjid Putra, beberapa pegawai Jabatan Pendaftaran Negara menemui ketua rombongan bas tersebut dan mengarahkan mereka ke sebuah resort di kawasan berdekatan ekoran rahsia operasi mereka didakwa sudah diketahui. "Saya difahamkan ini trip ke sepuluh untuk operasi ini. "Modus operandi mereka adalah untuk mengalahkan Pakatan Rakyat Selangor," tambahnya. Dalam pada itu satu sidang media khas berhubung perkara itu akan diadakan di Parlimen esok. | Kelab Kemboja Bakal Warnai Saingan Piala FA Posted: 12 Oct 2011 03:00 PM PDT PETALING JAYA, 11 Okt (Bernama) -- Liga Malaysia musim depan dijangka lebih meriah dengan penyertaan sebuah kelab dari Cambodia, Preah Khan Reach FC (PKR FC), demikian menurut Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin. Beliau berkata persetujuan rasmi mengenai penyertaan kelab Kemboja itu akan dibuat pada mesyuarat bersama kedua-dua badan bolasepak di Vientiane, Laos hujung minggu ini sempena mesyuarat Persekutuan Bolasepak Asia (AFF). "Kerjasama ini akan meluaskan hubungan dua hala di antara kedua-dua negara di samping mengembangkan lagi peranan FAM di luar negara," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM ke-10 di Wisma FAM di sini Selasa. Pasukan luar negara lain yang akan turut serta dalam saingan Liga Malaysia musim depan ialah pasukan B-23 tahun Singapura dan The Young Lions yang akan beraksi dalam Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia. "Oleh kerana ramai pemain pasukan Young Lions terlibat dengan Perkhidmatan Negara, FAM bersetuju membenarkan beberapa pemain berumur 30-an republik itu beraksi dalam Liga Malaysia," katanya. Hamidin berkata FAM bersetuju membenarkan maksimum tiga pemain naturalisasi skuad Singapura beraksi sama. Sementara itu skuad B-23 Malaysia, Harimau Muda A pula akan menyertai saingan Liga Singapura dalam Liga Super, Piala Singapura dan Piala FA juga pada musim depan. --BERNAMA | |||
Posted: 13 Oct 2011 03:10 PM PDT | Restoran "Obama OFC" TUKAR NAMA Selepas Dikritik & Diancam SAMAN oleh KFC Posted: 13 Oct 2011 07:15 AM PDT Sebuah restoran makanan segera kecil di China yang menggunakan nama Obama OFC oleh pengguna internet telah menukar namanya kepada UFO. Papan tanda perniagaan kedai tersebut seperti yang tertera di atas menggunakan nama OFC dan imej yang seakan-akan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama. Dibuka pada 8 Oktober, restoran di Beijing ini telah menukarkan namanya kepada UFO, selepas nama OFC itu mencetuskan perbincangan panas di laman forum baru-baru ini, menurut Times Beijing. Malah, KFC mengeluarkan kenyataan bahawa OFC telah melanggar hak tanda niaga dan mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap premis tersebut. "Kami telah menukar namanya kerana bimbang melanggar hak orang lain," kata Zhu Baolai, salah seorang pemilik, yang kesemuanya pelajar universiti. Mereka menjalankan restoran yang menjual hamburger ini pada masa lapang, lapor China Daily. -DCM | Awie, Zed Zaidi, Adam AF MASUK UMNO Posted: 13 Oct 2011 06:06 AM PDT Saya petik:
| SKMM Batal Lebih 700 000 Nombor Telefon, Apa Sudah Jadi dengan Tujuan Asal Pendaftarannya? Posted: 13 Oct 2011 05:01 AM PDT Apa sudah jadi??? Jika disorot kembali tujuan pihak berkuasa mewajibkan pendaftaran nombor telefon bimbit prabayar adalah kerana faktor keselamatan. Berdasarkan berita Bernama sekitar Jun 2006, aktiviti dan serangan puak yang dilabelkan pengganas oleh Barat serta kaitannya dengan telefon bimbit menjadi pendorong utama pihak berkuasa di serata dunia mengambil langkah mewajibkan pengguna telefon bimbit prabayar mendaftar nombor masing-masing. Peristiwa penahanan anggota al-Qaeda melalui operasi Mont Blanc sekitar Mac 2004 seperti yang dilaporkan oleh akhbar the New York Times menjadi antara peristiwa penting langkah pendaftaran nombor telefon. Pihak berkuasa AS mendakwa berjaya menjejaki mereka berdasarkan satu perkhidmatan telefon bimbit prabayar di Switzerland. Sebulan kemudian, insiden pengeboman keganasan yang tercetus di Madrid, Sepanyol, dikaitkan dengan sebuah paket yang dilaporkan mengandungi telefon bimbit prabayar yang diikat pada plastik bahan letupan dan disembunyikan dalam beg sukan. April tahun 2005 pula, tiga pengeboman serentak berlaku di Songkhla, Thailand dan ketiga-tiga bom itu dilaporkan diledakkan menggunakan telefon bimbit, berkemungkinan dengan kad SIM prabayar. Menyedari hakikat itulah, seperti yang dilaporkan Bernama, perkhidmatan telefon bimbit prabayar telah menarik perhatian penguat kuasa undang-undang dan pertubuhan keselamatan negara, sesetengahnya mahu melihat langkah-langkah kawalan diwujudkan bagi membendung anasir-anasir negatif yang menggunakan telefon bimbit prabayar tanpa menggunakan nama. Justeru, beberapa buah negara yang memiliki sistem telefon bimbit prabayar seperti Malaysia, Indonesia, Singapura, Australia, Switzerland, Taiwan dan Thailand telah melaksanakan atau sedang melobi untuk mendapatkan keperluan pendaftaran bagi perkhidmatan itu. Berkuat kuasa 1 Januari 2006, semua pengguna telefon bimbit prabayar yang baru atau yang sedia ada di Malaysia dikehendaki mendaftar dengan pembekal perkhidmatan telefon bimbit prabayar masing-masing. Para pengguna baru perlu mendaftarkan butiran-butiran mereka ketika membeli kad SIM manakala pengguna sedia ada perlu juga berbuat demikian sebelum 15 Disember 2006. Berdasarkan prosidur, pelanggan dikehendaki mendaftar nombor telefon bimbit mereka dengan pembekal talian telefon. Hanya pelanggan prabayar berusia 12 tahun dan ke atas sahaja yang boleh mendaftar. Ibu bapa atau penjaga akan mendaftarkan untuk anak-anak mereka yang berusia 12 tahun ke bawah dan pelanggan prabayar juga TIDAK BOLEH mendaftar untuk orang lain. Masalahnya sekarang, mengapa proses pendaftaran ini berjaya disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab termasuk lintah darat ah long? Bayangkan 741 RIBU nombor telefon dibatalkan membabitkan iklan haram dibatalkan perkhidmatan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia sehingga 2010. Apa sudah jadi dengan tujuan asal pendaftaran nombor telefon bimbit? Jika begini halnya, maka sia-sialah kerajaan mewajibkan pendaftaran nombor telefon bimbit kerana terbukti, proses pendaftaran ini boleh diselewengkan. Yang kita kesalkan, kerajaan melalui agensi terbabit hanya membatalkan sahaja nombor telefon itu tanpa membuat siasatan dan langkah proaktif untuk menangani masalah ini? Mengapa tiada siasatan dan tindakan tegas diambil terhadap pembekal talian kerana cuai mendaftarkan pengguna palsu dan sebagainya? Mengapa tiada tindakan lanjut untuk memastikan proses pendaftaran ini selamat dan tiada pihak yang teraniaya kerana dipergunakan oleh sindiket lintah darat yang tampaknya sehingga hari ini masih bermaharajalela di negara kita- DCM | Pengambilan Vitamin E Secara Berlebihan Punca BARAH Prostat Posted: 13 Oct 2011 03:00 AM PDT Lelaki yang mengambil vitamin E setiap hari berkemungkinan mendapat barah prostat berbanding dengan mereka yang tidak mengambil makanan tambahan itu, lapor satu kajian yang dijalankan terhadap 35 000 orang di Amerika Utara, petik Reuters. Hal ini bermakna sejak lebih sedekad, seorang atau dua lelaki daripada 100 yang mengambil vitamin E dijangka mendapat kanser prostat, kata penyelidik yang hasil kajiannya diterbitkan dalam Jurnal Persatuan Perubatan Amerika. "Jika anda sudah cukup dengan vitamin ini dalam sistem anda, pengambilannya secara berlebihan tidak akan membantu langsung malah jika terlalu berlebihan akan mendatangkan mudarat," kata seorang penulis kajian itu, Eric Klein dari Klinik Cleveland. Kajian itu mendapati wanita tua yang mengambil vitamin yang pelbagai mempunyai kadar kematian lebih tinggi sedikit berbanding dengan mereka yang tidak mengambilnya. "Keputusan mendapati mengambil vitamin bukan hanya tidak membantu tetapi boleh memberikan mudarat kepada mereka yang tidak mengalami kekurangan vitamin," tambah Klein. Klein dan rakan penyelidiknya tidak jelas bagaimana vitamin E boleh meningkatkan risiko kanser prostat dan kajian terdahulu tidak menunjukkan sebarang bahaya vitamin itu. P/s: Tuntasnya, jangan ambil vitamin/suplemen tambahan jika badan anda tidak memerlukannya. Lebih selamat, jika anda makan makanan yang dapat membekalkan vitamen dan mineral secara semula jadi. | [Video] Jururawat Australia KOMA Selepas Minum Koktail 'Maut" di Lombok Posted: 13 Oct 2011 02:00 AM PDT Seorang jururawat warga Australia mengalami kerosakan otak dan buah pinggang setelah minum sejenis minuman keras yang dikenal sebagai 'jungle juice', ketika bercuti di Pulau Lombok Indonesia. Jamie Johnston, 25, yang kini koma, diterbangkan ke Hospital Royal Darwin dari Bali selepas memesan satu jag arak yang dicampur dengan jus buah-buahan untuk dikongsi bersama-sama dnegan ibunya. Menurut laporan Sydney Morning Herald, arak itu menganndungi metanol, sejenis bahan kimia yang sering digunakan sebagai antibeku atau dicampur dengan cat, yang juga menyebabkan kematian empat pelancong pada tahun 2009 di Bali. Ibu Johnston, Lyn, memberitahu akhbar itu hasil ujian mendapati anaknya keracunan metanol selepas minum minuman itu pada 20 September di Restoran Happy Cafe. Dia terus tidak sedarkan diri, tidak boleh bergerak atau bercakap dengan betul selepas mengalami kerosakan otak dan buah pinggang. "Kami dalam perjalanan pulang apabila dia jatuh pengsan," kata ibunya. "Saya masih trauma. Orang ramai perlu diberitahu mengenai perkara ini. Dia boleh mati," katanya. P/s: Gila! | Awas, Mesin Basuh Boleh Memutuskan Tangan Kanak-kanak! Posted: 13 Oct 2011 01:21 AM PDT Tangan seorang kanak-kanak berusia tiga tahun terputus selepas dia membuka penutup mesin basuh dan memasukkan tangannya ketika mesin itu berputar. Lewis Wrench yang baru menyambut ulang tahun kelahirannya merayap di dapur dan berjaya membuka pintu mesin basuh muatan depan itu ketika mesin itu masih berputar dan memasukkan tangannya ke dalam mesin tersebut petik berita Agensi.
Mengimbas kembali kejadian itu, Rachel berkata: "Apabila saya meluru, mesin itu masih berputar. Saya mematikan suisnya dan memeluk Lewis sambil berlari keluar dan menjerit meminta tolong kepada jiran. Anak perempuan saya, Kadie, masuk ke dapur dan melihat apa yang berlaku. Dia menjadi trauma.
Mesin itu disewanya sejak 2009 dan agensi yang terbabit dalam hal berkaitan dengan pengguna, Trading Standards, melancarkan siasatan berhubung kejadian itu. Kejadian ngeri itu berlaku jam 11.30 pagi pada 11 September lalu, seminggu selepas hari jadi ketiga Lewis.
Kanak-kanak itu perlu menjalani pembedahan lanjut dan kemungkinan dipasang dengan tangan palsu. P/s: Sila ambil perhatian! | Aduhai, Anu Putus Terkena Bilah Mesin Bajak! Posted: 12 Oct 2011 09:52 PM PDT Saya petik:
| Kerana Disyaki CURANG, Isteri Tanggung Derita Ditekap Seterika Panas Posted: 12 Oct 2011 07:40 PM PDT Saya petik:
| Bakal Jururawat Bikin Pesta Seks di Asrama Posted: 12 Oct 2011 05:25 PM PDT Saya petik:
P/s: Apa punca orang Islam semakin berani melakukan perkara yang dikutuk oleh Allah? Semuanya kerana hukuman yang bakal dikenakan kepada pesalah berkaitan dengan kesalahan itu hanya denda beberapa ribu dan penjara. Cuba bayangkan jika pesalah yang terbukti bersalah dikenakan hukuman sebat, beranikah mereka melakukan perbuatan terkutuk itu? |
You are subscribed to email updates from Pakatan Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil |
Sekolah Harapan Meningkat 87 Orang Pelajar?? Posted: 12 Oct 2011 09:27 PM PDT Sekolah Harapan Negeri Melaka adalah idea daripada Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam telah dibuka pada tanggal 17 September 2010 iaitu pada hari Jumaat. Kini sudah genap setahun sekolah itu telah beroperasi di Jasin. Sekolah itu yang dikenali sebagai ''Sekolah Harapan'', berada di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di bekas pejabat Syarikat Air Melaka (SAM). Peruntukan untuk Sekolah Harapan ini menelan kos RM1juta setahun dengan permulaan pelajar ketika dibuka adalah seramai 5 orang dan boleh memuatkan maksimum 40 pelajar. Namun, jumlah terkini pelajar tersebut adalah dua kali ganda jumlah maksimum tersebut iaitu seramai 87 orang sehingga setakat ini. Jumlah tersebut sudah cukup membuktikan semakin ramai yang terlibat dalam aktiviti kurang sihat ini. Baca penuh di sini Any comment pls email to mstcmal@miosh.net |
Posted: 12 Oct 2011 08:00 PM PDT NEW YORK: Lelaki yang mengambil vitamin E setiap hari berkemungkinan mendapat barah prostat berbanding mereka yang tidak mengambil makanan tambahan itu, lapor satu kajian yang dijalankan terhadap 35,000 orang di Amerika Utara. Ini bermakna sejak lebih sedekad, seorang atau dua lelaki daripada 100 yang mengambil vitamin E dijangka mendapat kanser prostat, kata penyelidik yang hasil kajiannya diterbitkan dalam Jurnal Persatuan Perubatan Amerika. "Jika anda sudah cukup dengan vitamin ini dalam sistem anda, berlebihan tidak akan membantu langsung malah jika terlalu berlebihan akan mendatangkan mudarat," kata seorang penulis kajian itu, Eric Klein dari Klinik Cleveland. Kajian itu mendapati wanita tua yang mengambil vitamin pelbagai mempunyai kadar kematian lebih tinggi sedikit berbanding mereka yang tidak. "Keputusan mendapati mengambil vitamin bukan hanya tidak membantu tetapi boleh memberi mudarat kepada mereka yang tidak mengalami kekurangan vitamin, tambah Klein. Klein dan rakan penyelidiknya tidak jelas bagaimana vitamin E boleh meningkatkan risiko kanser prostat dan kajian terdahulu tidak menunjukkan sebarang bahaya vitamin itu. – Reuters Any comment pls email to mstcmal@miosh.net |
Posted: 12 Oct 2011 04:52 PM PDT KLANG - Malang nasib seorang wanita apabila dia bukan saja gagal menyelamatkan kereta Toyota Altis miliknya daripada dilarikan penyamun malah berakhir dengan nyawanya melayang akibat dilanggar dan digilis oleh penjenayah yang tidak berhati perut dalam kejadian di Jalan Kangar 92, Jalan Kapar di sini kelmarin. Semasa kejadian pada pukul 7.15 malam itu, mangsa Teoh Moy Lay, 52, mati akibat cedera di beberapa bahagian badan selepas dilanggar dan diseret sejauh 54.8 meter. Lebih menyayat hati, kejadian tersebut disaksikan oleh suami dan anak Moy Lay selepas mereka berlari keluar dari rumah sebaik mendengar jeritan mangsa. Mengimbas tragedi itu, Ketua Polis Daerah Klang Utara, Supritendan Mohamad Shukor Sulong berkata, polis mengesyaki kedua-dua suspek itu mengekori Moy Lay yang memandu kereta Toyota Altis bernombor pendaftaran BKV 3882 yang bekerja di sebuah syarikat kredit dan kereta terpakai di ibu negara sehingga sampai di hadapan rumah mangsa. Menurut beliau, sampai di rumah mangsa, salah seorang suspek turun dari keretanya sebelum bertindak menaiki kereta mangsa. Ketika itu mangsa baru turun dari keretanya dan enjin tidak dimatikan kerana mahu membuka pintu pagar. Any comment pls email to mstcmal@miosh.net |
You are subscribed to email updates from Dewan Pemuda PAS Bukit Katil To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Anak Muda Kampung Nak Senang |
eKasih, RM500 duit rakyat dan Kristianisasi Posted: 13 Oct 2011 01:42 AM PDT Maklumlah kerajaan BN nak bagi RM500 Januari 2012 nanti kena daftar di eKasih. Kita pun cepat-cepatlah cari dalam internet eKasih ni. Mula-mula tu terperanjat beruk, apa pula eKasih ini ada mesej seruan Kristian, ada cerita mengenai Bapa, Tuhan dan Jesus. Tersilap masuk laman web rupanya. Cari balik, baru jumpa laman web eKasih Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Hairan juga tengok logo eKasih JPM ada iras-iras bau bacang dengan logo eKasih laman web Kristian. Waduh, waduh, siapa tiru siapa ni? Yang eKasih Kristian bermula 8 Ogos 2006, yang eKasih JPM bermula pada November 2007. Macam Poco-Poco pula. eKasih lahir dari kerinduaan sebuah visi yang Tuhan berikan mengenai impartasi kasih Bapa melalui media internet. Maka pada tanggal 8 Agustus 2006 eKasih lahir dalam bentuk media website. Melalui media internet yang dikenal tanpa adanya batasan ruang dan waktu, maka eKasih memberitakan tentang kasih Bapa. Melalui tulisan, berita, artikel bahkan kesaksian tentang kasih Tuhan, eKasih menjadi berkat bagi banyak orang baik di indonesia bahkan sampai luar negeri. Tuhan Yesus Memberkati http://ekasih.com/ eKasih, satu pangkalan data bersepadu mengenai golongan miskin, dilancarkan pada November 2007 dan diselenggarakan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri. http://klikkhas.bharian.com.my/klikkhas/bajet/Artikel2010/LaporanEkonomi/20091023163935/Article/ |
Bandingkan India di Paroi (PAS), Melayu di Palong (UMNO) Posted: 13 Oct 2011 12:57 AM PDT Bandingkan dua berita di bawah ini. Yang pertama luahan penduduk Pahang yang guna jalan Felda Palong 8 di Negeri Sembilan dan yang kedua berita gembira penduduk di Ladang Kombok di DUN Paroi , juga di N.Sembilan. DUN Palong , wakil rakyatnya Dato Aziz bin Shamsudin (UMNO), DUN Paroi wakil rakyatnya Hj Mohamad Taufek (PAS). Jadi kepada DUN yang dari dulu diwakili UMNO, cubalah buat perubahan atau ujian, tengok apa akan jadi. Pengundi di DUN Paroi dah buat perubahan, sekarang ni sampai dalam ladang pun ada lampu jalan. Dalam pada tu Pengerusi Felda seluruh Malaysia ialah Isa Samad, juga wakil rakyat UMNO dari Negeri Sembilan. *********** Harung jalan tanah merah Sinar Harian 13 Okt 2011 PALONG - Serik! Itulah antara luahan penduduk Kampung Pasal, Pahang apabila terpaksa melalui jalan tanah merah dan berlubang sepanjang jalan kebun Felda Palong Lapan, dekat sini setiap hari. Kedudukannya hanya di sempadan Negeri Sembilan, namun penduduk kampung terbabit mendakwa kerap menggunakan jalan kebun berkenaan berikutan ketiadaan kemudahan jalan raya untuk ke pekan berhampiran. Sinar Harian difahamkan, hampir dua tahun penduduk kampung itu menunggu jawapan daripada pihak berwajib di negeri ini berkaitan permohonan baik pulih jalan dari kampung terbabit sehingga Kilang Getah Felda Palong Lapan. Ahli jawatankuasa kampung, Mat Jais Mat Sahat berkata, pihak pengurusan Felda Palong Lapan sudah bersetuju dan membenarkan jalan berkenaan dibaiki dan diturap. Menurutnya, namun mereka belum mendapat jawapan daripada pihak berwajib. Hanya jalan dalam kampung itu sahaja yang berturap. "Kampung kami ini macam tengah pulau tetapi dikelilingi kebun dan estet. Kalau kami menggunakan jalan kebun sawit di Pahang hampir 5 kilometer untuk sampai ke jalan utama iaitu Jalan Keratong. "Hanya jalan kebun Felda Palong Lapan sahaja yang paling dekat untuk keluar, kira-kira 1.9 kilometer," katanya. Mat Jais berkata, penduduk lebih selesa untuk keluar masuk menggunakan jalan itu kerana mudah untuk ke pekan. "Jalan itu terlalu teruk dan berlubang. Lubangnya bukannya kecil, tetapi besar. Kalau tayar kereta termasuk dalam itu memang masalah. "Anak-anak semua sekolah dekat Negeri Sembilan, sebab itu yang paling dekat. Risau juga bila ada kecemasan nanti," katanya. Sementara itu, anaknya, Norazizan Mat Jais, 32, berkata, pekan Bahau dan Gemas adalah pekan yang paling dekat untuk keluar membeli barang keperluan. "Oleh itu, diharap akan ada perubahan di kampung ini sebab pihak Negeri Pahang hanya dapat menurap jalan di sekitar kampung sahaja. "Manakala jalan keluar melalui Felda Palong Lapan mesti mendapat kelulusan daripada pihak berkaitan di Negeri Sembilan," katanya. http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9630078.asp BN tunaikan janji bina pelbagai kemudahan Sinar Harian 12 Okt 2011 SUNGAI GADUT - Kerajaan Negeri yang diterajui Barisan Nasional (BN) berjaya menunaikan janji kepada pengundi di sekitar kawasan ini pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 lalu. Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, hampir semua permintaan orang ramai berhubung penyediaan kemudahan awam dan infrastruktur telah dilaksanakan. "Sebagai contoh, jika dulu kawasan Ladang Kombok di sini gelap pada waktu malam, kini sudah terang benderang setelah lampu jalan dipasang. "Banyak kemudahan awam dan infrastruktur lain turut dinaik taraf untuk keselesaan orang ramai di sini," katanya pada majlis bersama rakyat di padang Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Kombok, di sini, baru-baru ini. Pada majlis sama, Mohamad menyampaikan sumbangan RM10,000 kepada Persatuan Kebajikan India Kombok dan bantuan lain kepada seramai 54 warga emas serta 12 ibu tunggal. Sehubungan itu menurutnya, pengundi seharusnya melahirkan penghargaan mereka dengan mengundi BN pada PRU ke-13 nanti. Kata Mohamad, sokongan padu rakyat akan membantu BN untuk menawan semula kerusi Dun Paroi dan Dun Senawang yang pada masa ini disandang wakil rakyat pembangkang. Dalam pada itu, beliau berkata, Kerajaan Negeri tidak pernah meminggirkan kaum India terutamanya dalam aspek pendidikan, ekonomi dan sosial. "Banyak peruntukan telah disalurkan untuk memajukan kaum India. Sehubungan itu, kaum India sewajarnya meneruskan sokongan terhadap BN agar kebajikan mereka terus dibela," katanya. http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9627682.asp |
Daftar di eKasih, kerajaan beri kita RM500 Posted: 13 Oct 2011 12:29 AM PDT Cepat, daftar di e-Kasih untuk dapatkan RM500 pada Januari 2012 nanti. Syaratnya cukup mudah, pendapatan isi rumah bawah RM3000. Pasangan dato nenek dikira satu isi rumah, pasangan ibu ayah dikira satu isi rumah, pasangan abang kakak ipar dikira satu isi rumah, pasangan kakak abang ipar dikira satu isi rumah. Cepat daftar sekarang sebab bayaran secara berperingkat-peringkat. Tak tahulah berperingkat tu sampai Disember 2012 ke, Disember 2013 ke atau selagi stok masih ada. Sila daftar on-line di laman web e-Kasih di https://www.ekasih.gov.my/Pendaftaran/Pages/BorangPendaftaranRingkas.aspx Inilah masanya kita nak bantu saudara mara, sepupu sepapat kita di kampung yang susah yang tiada kemudahan internet dan jarang diziarahi oleh Ketua Kampung, Pengerusi JKKK, Wakil Rakyat dan Ahli Parlimen. ************* RM500 diagih awal tahun depan KUALA LUMPUR 12 Okt. 2011 - Pemberian bantuan kepada rakyat sebanyak RM500 melibatkan isi rumah yang memiliki pendapatan bulanan di bawah RM3,000 akan bermula pada Januari ini. Timbalan Menteri Kewanan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, PENGAGIHAN BANTUAN WANG TUNAI ITU AKAN DIBUAT SECARA BERPERINGKAT-PERINGKAT, pada bila-bila masa mulai awal tahun depan. Beliau berkata, agensi kerajaan seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan ditugaskan sebagai pelaksana berdasarkan kepada maklumat penerima melalui fail-fail cukai pendapatan. ''Agensi lain yang turut terlibat dalam pengagihan bantuan itu ialah Bank Simpanan Nasional (BSN), Bank Negara serta POS Malaysia,'' katanya selepas merasmikan Seminar Percukaian Kebangsaan 2011 di sini hari ini. Bantuan yang diberikan hanya sekali sahaja (one off) diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Belanjawan 2012 baru-baru ini. Menurut Awang Adek, selain maklumat fail cukai pendapatan, LHDN dijangka menggunakan data e-Kasih Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mendapatkan maklumat rakyat yang benar-benar layak menerima bantuan terbabit. Beliau berkata, antara mekanisme pembayaran adalah berdasarkan perkiraan jumlah pendapatan isi rumah dengan mencampurkan pendapatan suami, isteri dan anak-anak yang tinggal bersama. Namun, persoalan bagi anak yang tinggal berasingan, masih dibincangkan. ''Kerajaan akan mengkaji isu-isu berbangkit sebelum ia dilaksanakan nanti,'' katanya. Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Dr. Mohd. Shukor Mahfar berkata, rakyat yang masih belum mendaftar dengan e-Kasih, boleh mendapatkan borang pendaftaran melalui laman web LHDN. Di samping itu, borang tersebut akan dicetak dan diedarkan di cawangan LHDN serta kawasan lain yang bakal dikenal pasti di seluruh negeri. "Mereka (masyarakat) akan dimaklumkan mengenai pengagihan borang dari semasa ke semasa,'' katanya. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1013&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_11.htm |
You are subscribed to email updates from Anak Muda Kampung Nak Senang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
BLOG - BLOG PARTI DAP |
Posted: 13 Oct 2011 01:47 AM PDT
| |||||||||
Posted: 13 Oct 2011 01:46 AM PDT
| |||||||||
Posted: 12 Oct 2011 11:54 PM PDT
| |||||||||
Posted: 12 Oct 2011 01:21 PM PDT
| |||||||||
Posted: 12 Oct 2011 11:37 AM PDT
| |||||||||
Posted: 12 Oct 2011 09:04 AM PDT
|
You are subscribed to email updates from BLOG - BLOG PARTI DAP To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |