Rabu, 25 Mei 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Salam Perjuangan

Posted: 25 May 2011 11:33 PM PDT

Salam Perjuangan


TAZKIRAH - '5 SYARAT UNTUK BUAT MAKSIAT'

Posted: 25 May 2011 05:45 AM PDT

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI

Posted: 25 May 2011 09:24 PM PDT

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI


CERAMAH PAKATAN RAKYAT MUAR BERSAMA DATO' SERI ANWAR IBRAHIM

Posted: 24 May 2011 10:38 PM PDT



Rakyat Johor Dipersilakan  Menghadiri

CERAMAH PAKATAN RAKYAT
BERSAMA

Dato'  Seri Anwar Ibrahim
Dato' Dr Mahfoz Mohamed
Dato' Dr Chua Jui Meng,
YB Ng Sue Lim
Di Markaz PAS  Parit Pechah Muar
Jumaat 27 Mei 2011
Jam 9.00 malam.

Jom Ubah !

PAS Negeri Sembilan

Posted: 25 May 2011 09:10 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Rumah pemimpin PKR dibaling cat merah

Posted: 25 May 2011 08:34 PM PDT



Rumah pemimpin PKR dibaling cat merah
Sinar Harian 25 Mei 2011

SEREMBAN - Kediaman Timbalan Ketua PKR Cabang Rasah, R Tangam, 49, di Bandar Seri Sendayan dekat sini, dibaling cat merah, awal pagi semalam.

Beliau berkata, kesan balingan cat merah itu dilihat sebaik sahaja keluar dari rumah, kira-kira 7.15 pagi.

"Saya mendapati dua tompokan cat merah pada kaki lima di luar pagar kawasan rumah dengan anggaran jarak dua meter antara satu sama lain.

"Selain itu, terdapat karung plastik kecil yang digunakan untuk mengisi cat merah itu pada kedua-dua tompokan," katanya ketika ditemui Sinar Harian di rumahnya, semalam.

Menurut Tangam, perbuatan tidak bertanggungjawab itu dipercayai dilakukan semasa ahli-ahli keluarganya sedang nyenyak tidur.

Kata beliau, mereka tidak mendengar sebarang bunyi kenderaan yang dipercayai digunakan oleh individu-individu membaling cat itu.

"Mungkin kejadian ini ada kaitan dengan Ceramah Perdana Isu Semasa dan Felda yang dijadualkan di kawasan tanah lapang sebelah rumah saya malam ini (tadi).

"Saya mengesyaki cat dibaling mereka yang tidak senang hati dengan penganjuran ceramah itu," katanya.

Tanggam berkata, kejadian itu kali pertama berlaku sejak keluarganya mendiami rumah itu setahun lalu.

"Memang saya pernah menerima banyak panggilan telefon berbaur ugutan oleh individu tidak dikenali sebelum kejadian.

"Saya tidak mengendahkannya kerana menganggap ia tidak serius. Namun, kejadian baling cat ini menyebabkan saya bimbang tentang keselamatan kami sekeluarga," katanya.

Sehubungan itu, beliau membuat laporan tentang kejadian berkenaan di Balai Polis Seremban 2, di sini dan meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan segera.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9122371.asp

Pelatih PLKN koma masih terlantar di hospital

Posted: 25 May 2011 06:11 PM PDT



Pelatih PLKN koma masih terlantar di hospital
Utusan Malaysia 26 Mei 2011

KRISHNAMARY sedih melihat keadaan Tamilarasi yang terlantar sakit sejak Februari lalu di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban, semalam.

SEREMBAN 25 Mei - Mungkin ramai sudah melupakan seorang pelatih perempuan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), A. Tamilarasi, 18, yang dilaporkan koma dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ), di sini Februari lalu.

Pelatih yang merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Taman Desa Cempaka, Nilai dekat sini itu dimasukkan ke HTJ selepas dikatakan demam panas sewaktu menjalani latihan PLKN di Kem PDS Resort, Pasir Panjang, Port Dickson.

Namun selepas hampir empat bulan, Tamilarasi masih terlantar di atas katil hospital HTJ itu dalam wad pengasingan dengan ahli keluarga menemaninya 24 jam sehari secara bergilir-gilir.

Keadaan semakin menyedihkan apabila pelajar yang aktif dan bercita-cita menjadi jururawat itu kini dipasang tiub ke perut melalui rongga hidung untuk menyalurkan susu, manakala lehernya pula terpaksa ditebuk untuk memudahkan pernafasan.

Ibunya, A. Krishnamary, 40, berkata, Tamilarasi tidak mampu bercakap, malah tidak mengenali mereka di sekelilingnya selain mendongakkan kepala dan merenung tajam ke siling hospital itu.

Katanya, Tamilarasi memasuki kem di Port Dickson pada 2 Januari lalu dan beberapa hari kemudian menghidap demam panas, bagaimanapun pihak pengurusan kem tidak merujuknya ke hospital, sebaliknya memberi Panadol selepas mendapati keadaannya tidak begitu serius.

Kata Krishnamary, suaminya, K. Anandan, 41, telah pergi ke kem berkenaan pada 2 Februari bagi membawa pulang anaknya itu kerana cuti Tahun Baru Cina, tetapi terkejut melihat keadaan Tamilarasi.

''Kami kemudian membawanya ke klinik untuk rawatan lanjut dan pada 8 Februari, dia dimasukkan ke HTJ dan berada dalam keadaan koma.

''Doktor hanya memberitahu anak saya dijangkiti virus pada organ utama termasuk otak, leher dan jantung. Apa jenis virus itu, masih tidak dapat dipastikan," ujarnya.

Kini, memandangkan keadaan Tamilarasi yang semakin kritikal, Krishnamary hanya balik ke rumahnya di Nilai sekali dalam seminggu.

''Kami tidak tahu apa yang perlu dibuat lagi. Hati saya tersentuh setiap kali melihat Tamilarasi menghembuskan nafas," katanya sambil menjelaskan pihak pengurusan kem ada datang melawat anaknya itu.

Tamilarasi merupakan anak kedua daripada tiga adik-beradik dan merupakan anak perempuan tunggal bagi pasangan itu.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0526&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_03.htm

Masalah peneroka Labu Sendayan belum selesai

Posted: 25 May 2011 06:10 PM PDT



Masalah peneroka Labu Sendayan belum selesai
May 25, 2011

Tanah dua ekar seorang di Bandar Baru Sendayan yang diberikan juga tidak sempurna, ada yang termasuk dalam kawasan sungai atau atas jalan raya.

PETALING JAYA: Ramai peneroka dan bekas peneroka Felda Sendayan mengadu rumah banglo yang diberikan kepada mereka berkualiti rendah tidak sepadan dengan harga RM240,000.

"Tanah dua ekar seorang di Bandar Baru Sendayan yang diberikan juga tidak sempurna, ada bahagiannya yang termasuk ke dalam sungai atau di atas jalan raya.

"Sebab itu ramai juga yang tolak dengan pemberian kerajaan Negeri Sembilan itu," kata Setiausaha PKR Rembau, Norazizi Aziz.

Beliau hadir di majlis anjuran Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) di Felda tersebut malam tadi yang dihadapi antara 300 hingga 400 orang.

Di majlis tersebut, Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda (Anak) Mazlan Aliman meminta peneroka dan bekas peneroka menyenaraikan masalah yang sedang dihadapi mereka.

Felda Sendayan dengan kawasan 2, 000 ekar mula dibangunkan pada 1963 membabitkan 40 peneroka.

Pada tahun 1996 sesuai dengan perkembangan ekonomi semasa, Kerajaan Negeri Sembilan melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Negeri Sembilan (PKNNS) telah mengadakan perjanjian usahasama dengan MHS Land Sdn Bhd untuk memajukan Kampung Sendayan.

Krisis ekonomi

Peneroka ditawarkan pembelian tanah dengan harga kira-kira RM1.2 juta seorang. Suatu perjanjian jual beli kemudiannya ditandatangani pada 13 November 1996 tetapi krisis ekonomi pada 1997 menyebabkan PKKNS gagal membuat bayaran.

Bagaimanapun pada 2006, 95 peratus daripada 513 peneroka itu menerima bayaran mereka.

Setiap peneroka menerima wang tunai dan juga harta lain yang keseluruhannya bernilai lebih kurang RM1.2 juta. Pampasan ini adalah dalam bentuk wang tunai sebanyak antara RM450,000 ke RM685,780 seorang.

Di samping itu setiap seorang akan diberi tanah pertanian pegangan bebas seluas 0.8 hektar (2 ekar) dianggarkan bernilai RM348,480 dan juga sebuah banglo setingkat empat bilik dengan keluasan tanah 10,000 kaki persegi dianggarkan bernilai RM240,000.

Felda Sendayan dibangunkan menjadi bandar baru bernama Bandar Sri Sendayan.

Menurut Norazizi, peneroka juga mengadu padang sekolah di kawasan tersebut telah bertukar menjadi kawasan pertanian.

"Mereka mahu Anak menyebarkan isu ini untuk pengetahuan semua kerana selama ia hanya diketahui oleh peneroka Felda Sendayan.

"Mereka mahu masyarakat bukan peneroka tahu bahawa nasib peneroka Felda Sendayan tidak sebaik sebagaimana disangka. Isu antara satu Felda dengan Felda lain berbeza," katanya.

Sumber : http://www.freemalaysiatoday.com/2011/05/25/masalah-peneroka-labu-sendayan-belum-selesai/

DPP PADANG TERAP

Posted: 25 May 2011 09:09 PM PDT

DPP PADANG TERAP


JEMPUTAN KE PROGRAM MESRA RAKYAT-MB KEDAH TURUN NAKA

Posted: 25 May 2011 12:06 AM PDT


Semua rakyat jelata Kedah terutama dari Padang Terap di jemput hadir beramai-ramai ke Naka esok , 26 Mei , Khamis bermula jam 9.30 Pagi.Program mesra rakyat bersama pemimpin kerajaan negeri yang akan dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Kedah.9.30 pagi - Sukaneka / Pameran / Jualan / Pemerikasaan Kesihatan/ 10 Pagi - Konvoi Belia Sejahtera Padang Terap mengiringi ketibaan YAB Menteri Besar Kedah/ 11 Pagi- Majlis Perasmian / 1 tengahari - Jamuan Rakyat / 2 Petang -Ziarah Kebajikan /5 Petang - Perlawanan Bolasepak Veteran Kedah vs Pilihan Padang Terap.Jom Pi ramai-Ramai!

PAS Kawasan Pekan

Posted: 25 May 2011 07:30 PM PDT

PAS Kawasan Pekan


Program Bersepadu 3 Peti Undi di DUN PERAMU JAYA

Posted: 25 May 2011 06:15 AM PDT

22 Mei 2011, Dun Peramu Jaya dalam Parlimen PEKAN telah menganjurkan program mendekati rakyat dan pengundi di 3 Peti Undi iaitu UPU Kg Marhum, UPU Kuala Pahang dan UPU Serandu.

Pelbagai program dianjurkan di 3 lokasi berasing dan kemuncaknya Ceramah Perdana & Konsert Nasyid oleh artis terkenal tanahair iaitu 'Pak Long - Selagi ada Rindu' Antara Program yang dianjurkan yang bermula seawal 8.30 pagi adalah seperti berikut ;

UPU Kg Marhom
  • Kem Rawatan Perubatan Percuma
  • Ziarah Tokoh Pimpinan & Masyarakat
  • Pertandingan Hafazan & Tiliwah Al Quran (kanak-kanak)
  • Sukaneka kanak-kanak
  • Pertandingan Gubahan & Memasak
  • Pengedaran Buliten PAS Pekan & Risalah Buku Jingga
UPU Serandu
  • FUTSAL Pemuda
  • Kem Rawatan Perubatan Percuma
  • Ziarah Tokoh Pimpinan & Masyarakat
  • Pengedaran Buliten PAS Pekan & Risalah Buku Jingga
UPU Kuala Pahang
  • Pertandingan Bola Tampar Muslimat
  • Pertandingan Bola Jaring Muslimat
  • Ziarah Tokoh Pimpinan & Masyarakat
  • Ceramah Berkelompok
  • Pengedaran Buliten PAS Pekan & Risalah Buku Jingga
Pengarah Program, Ustaz Abu Kasim bin Manaf yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Pekan melahirkan rasa puas hati diatas sambutan masyarakat kepada program yang dianjurkan oleh MTD Peramu Jaya bersama PAS Kawasan, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat PAS Kawasan Pekan.






Rembau Hari Ini

Posted: 25 May 2011 07:25 PM PDT

Rembau Hari Ini


Masalah peneroka Labu Sendayan belum selesai

Posted: 25 May 2011 06:15 PM PDT



Masalah peneroka Labu Sendayan belum selesai
May 25, 2011

Tanah dua ekar seorang di Bandar Baru Sendayan yang diberikan juga tidak sempurna, ada yang termasuk dalam kawasan sungai atau atas jalan raya.

PETALING JAYA: Ramai peneroka dan bekas peneroka Felda Sendayan mengadu rumah banglo yang diberikan kepada mereka berkualiti rendah tidak sepadan dengan harga RM240,000.

"Tanah dua ekar seorang di Bandar Baru Sendayan yang diberikan juga tidak sempurna, ada bahagiannya yang termasuk ke dalam sungai atau di atas jalan raya.

"Sebab itu ramai juga yang tolak dengan pemberian kerajaan Negeri Sembilan itu," kata Setiausaha PKR Rembau, Norazizi Aziz.

Beliau hadir di majlis anjuran Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) di Felda tersebut malam tadi yang dihadapi antara 300 hingga 400 orang.

Di majlis tersebut, Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda (Anak) Mazlan Aliman meminta peneroka dan bekas peneroka menyenaraikan masalah yang sedang dihadapi mereka.

Felda Sendayan dengan kawasan 2, 000 ekar mula dibangunkan pada 1963 membabitkan 40 peneroka.

Pada tahun 1996 sesuai dengan perkembangan ekonomi semasa, Kerajaan Negeri Sembilan melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Negeri Sembilan (PKNNS) telah mengadakan perjanjian usahasama dengan MHS Land Sdn Bhd untuk memajukan Kampung Sendayan.

Krisis ekonomi

Peneroka ditawarkan pembelian tanah dengan harga kira-kira RM1.2 juta seorang. Suatu perjanjian jual beli kemudiannya ditandatangani pada 13 November 1996 tetapi krisis ekonomi pada 1997 menyebabkan PKKNS gagal membuat bayaran.

Bagaimanapun pada 2006, 95 peratus daripada 513 peneroka itu menerima bayaran mereka.

Setiap peneroka menerima wang tunai dan juga harta lain yang keseluruhannya bernilai lebih kurang RM1.2 juta. Pampasan ini adalah dalam bentuk wang tunai sebanyak antara RM450,000 ke RM685,780 seorang.

Di samping itu setiap seorang akan diberi tanah pertanian pegangan bebas seluas 0.8 hektar (2 ekar) dianggarkan bernilai RM348,480 dan juga sebuah banglo setingkat empat bilik dengan keluasan tanah 10,000 kaki persegi dianggarkan bernilai RM240,000.

Felda Sendayan dibangunkan menjadi bandar baru bernama Bandar Sri Sendayan.

Menurut Norazizi, peneroka juga mengadu padang sekolah di kawasan tersebut telah bertukar menjadi kawasan pertanian.

"Mereka mahu Anak menyebarkan isu ini untuk pengetahuan semua kerana selama ia hanya diketahui oleh peneroka Felda Sendayan.

"Mereka mahu masyarakat bukan peneroka tahu bahawa nasib peneroka Felda Sendayan tidak sebaik sebagaimana disangka. Isu antara satu Felda dengan Felda lain berbeza," katanya.

Sumber : http://www.freemalaysiatoday.com/2011/05/25/masalah-peneroka-labu-sendayan-belum-selesai/

~ Beramal Kerana Allah ~

Posted: 25 May 2011 07:24 PM PDT

~ Beramal Kerana Allah ~


PAS ganti Umno kaitannya dengan TENTERA MERAH

Posted: 24 May 2011 08:54 PM PDT

PAS LENGGONG

Posted: 25 May 2011 07:21 PM PDT

PAS LENGGONG


Calon melayu DAP

Posted: 25 May 2011 03:32 AM PDT

Zahid Hamidi yang tak reti bahasa. Bangang membodohkan. YB Fadzlan Yahaya dari Pasir Bedamar dalam DUN Perak dan beberapa lagi wakil rakyat di Perak mewakili rakyat dari DAP. DAP juga meletakkan calon melayu di Lenggong tahun -tahun 70an -80an. Sekarang setalah ikatan pakatan yang agak baik DAP tidak letak calon supaya tidak bertembung 3 penjuru atau lebih.
Ternyata Ali Rustam dan Muhyidin Yasin diperbodohkan oleh Zahid Hamidi yang gugup dengan sambutan rakyat kepada Pakatan Rakyat.
Ternyata usaha memecah PR dengan menimbulkan kebencian tak berhasil. Rakyat tuduhan Muhyidin lebih melampau dan keterlaluan. Malulah yang bertaraf Timb Pres umno bodoh dan tiada isu sendiri.
Semasa Fazlan Yahaya jadi ADUN Pasir bedamar zahid hamidi masih beringus dalam politik.

Istilah untuk menipu rakyat.

Posted: 25 May 2011 03:25 AM PDT

Kalimatnya Rasionalisasi- dipaksa rakyat untuk menerimanya.
digunakan untuk menaikkan harga apa jua barangan atau perkhidmatan.
dipropogandakan oleh media RTM,TV3,astro,bernama.
Rakyat dipaksa menelan bulat-bulat.
Rakyat miskin ditekan yang kaya bertambah kaya.
Felda beli industry gula
peneroka felda makan gula mahal juga
apa rasionalnya felda adakan pasokan bola menghabiskan wang yang banyak sedangkan yang main bukan anak-anak felda?
apa perlunya simedarby jugaa ada pasokan bola dalam liga super?
jawapan mudah ialah rasionalisasi
sebab biar rakyat menderita dan media kata kerajaan membela rakyat.
pembodohan yang melampau.
keceluparan mulut yang melampau.

DUN PENGKALAN KUNDOR

Posted: 25 May 2011 07:12 PM PDT

DUN PENGKALAN KUNDOR


Meh Kita Cabar Depa Keluar Pulak..

Posted: 25 May 2011 12:19 AM PDT

KUALA LUMPUR, 25 Mei: Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim berkata, Umno boleh keluar daripada BN jika merasakan sudah mendapat sokongan kuat dari orang Melayu.
"Kita sudah cadangkan berulang kali sekiranya Umno merasakan dia sudah mendapat sokongan kuat dari orang Melayu ayuh dengan segera keluar dari BN," ujarnya.
Beliau menyatakan demikian sebagai kenyataan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mencabar DAP supaya keluar daripada Pakatan Rakyat untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 nanti.
"Kalau berani berbuat demikian, barulah parti DAP boleh dikatakan sebagai 'anak jantan'," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan komputer riba '1Malaysia' kepada 2,876 pelajar sekolah menengah dalam Parlimen Bagan Datoh, semalam, sebagaimana laporan Bernama.
Beliau menyatakan perkara itu sebagai mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang mengumumkan DAP akan mencadangkan kepada pucuk pimpinan Pakatan Rakyat supaya kesemua negeri Pakatan tidak membubarkan Dun masing-masing jika pilihan raya umum diadakan tahun ini.
"Saya melihat Zahid sudah hilang pertimbangan akal yang waras dan sudah bercakap 'merapu' bila beralasan dengan bertanding atas 'tiket sendiri' tanpa ada apa-apa pakatan dengan PKR dan PAS, DAP dapat menguji sejauh mana kekuatan serta pengaruh DAP dalam meraih sokongan rakyat," kata Khalil yang juga Adun Titi Serong.
Katanya, Zahid yang juga Menteri Pertahanan dilihat sudah mengulas sesuatu yang lari dari tajuk dan persoalan yang sebenar dan menyebabkan dia dilihat sebagai seorang pemimpin Umno yang tidak ada pandangan yang jauh dan tidak melihat kepada realiti yang sebenarnya.
"Orang bercakap mengenai bidang kuasa menteri besar dan ketua yang ada pada kerajaan negeri yang boleh menasihati Sultan atau Yang Dipertua Negeri untuk tidak membubarkan Dun walaupun parlimen telah dibubarkan, apa lagi tidak cukup tempoh 5 tahun," ujarnya.
Beliau turut mempersoalkan kenapa jauh sangat Zahid mencabar DAP untuk keluar dari Pakatan dan apa pula istemewanya jadi 'anak jantan' kalau keluar dari Pakatan seperti yang dikatakannya.
Hakikat sebenarnya, kata beliau Umno sekian lama 'pondan' disebabkan tidak berani keluar dari BN.
Khalis menambah, sebenarnya sistem 2 parti iaitu Pakatan Rakyat dan BN adalah realiti yang mesti diterima oleh seluruh rakyat Malaysia.
Justeru, katanya jangan pula Zahid cuba menutup kelemahan Umno sendiri yang terus bergayut di dalam BN dan dalam waktu yang sama mencabar DAP keluar dari Pakatan.-HD

Tiada Jaminan Harga RON95 Kekal Setakat Ini..

Posted: 25 May 2011 12:07 AM PDT



Kabinet tangguh keputusan kurangkan subsidi?



Taklimat media dan sidang akhbar oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin dimana pengurangan subsidi petrol RON95 dan kenaikkan tarif elektrik dispekulasi akan diumumkan telah dibatalkan.

Taklimat media itu dijadualkan di pejabat kementerian berkenaan di Putrajaya pada jam 12.30 tengahari dan diikuti sidang akhbar pada jam 2 petang.

Ia dipercayai berhubung kenaikkan tarif elektrik dan pengurangan subsidi petrol setelah jemaah menteri bermesyuarat pagi tadi.

Bagaimanapun menjelang tengahari, media dimaklumkan bahawa kedua-dua acara itu telah dibatalkan.

Tiada alasan diberikan tetapi seorang pembantu menteri itu memberitahu wartawan bahawa Chin masih bermesyuarat sehingga jam 12.30 tengahari tadi.

Beliau juga enggan mendedahkan sebarang butiran berhubung pembatalan itu.

Beberapa akhbar juga melaporkan bahawa jemaah menteri akan membincangkan sama ada untuk menaikkan tarif elektrik dan mengurangkan subsidi petrol RON95, diesel dan LPG pada mesyuarat mingguannya itu.-MK

PAS Kawasan Miri

Posted: 25 May 2011 07:08 PM PDT

PAS Kawasan Miri


Masih Ada Lagi Rakyat Sarawak Hidup Dalam Pondok Usang?

Posted: 24 May 2011 06:53 PM PDT

Nasib Keluarga Termiskin Yang Memerlukan Bantuan
Miri merupakan sebuah bandar pertama bukan ibu negeri yang mendapat taraf bandaraya. Miri mendapat taraf ini pada 20 Mei 2005 yang membawa gelaran "Bandaraya Peranginan". Miri merupakan bandar kedua terbesar di Sarawak, dengan jumlah penduduk kira-kira 350,000 orang. Kemajuan bandar ini adalah kerana kayanya daerah ini dengan sumber asli, terutamanya petroleum.





















Dalam pada itu apabila kita pergi jauh sedikit dalam daerah Miri terdapat juga keluarga yang hidup dalam kemiskinan seperti yang hendak kita paparkan dalam tulisan ini. Dalam Kampong Tukau Jaya dalam daerah Miri terdapat sebuah keluarga miskin yang mempunyai 2 orang anak yang masih kecil yang memohon simpati orang ramai agar dapat membantu meringankan sedikit bebanan mereka untuk membeli bahan pembinaan rumah yang sedang dalam pembinaan.

1. Gambar menunjukan pondok usang tempat mereka berteduh dari hujan dan panas.

2. Gambar menunjukkan 2 orang anak kecil beliau yang sulung perempuan sedang belajar di Tahun 2 di SJK Tukau Sg.Beluboh dan yang bongsu lelaki masih belum bersekolah.

3. Gambar pondok usang tempat mereka tinggal sekarang.
4. Gambar rumah baru dalam proses pembinaan yang memerlukan bantuan untuk membeli bahan bahan binaan dari orang ramai.







Menurut penghuni pondok tersebut yang tidak mahu namanya di siarkan mengatakan mereka pernah memohon Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) tetapi malangnya permohonan mereka di tolak alasannya tapak rumah yang akan dibina bukan tanah mereka tetapi masih dalam ketegori tanah NCR.
Oleh kerana pemohonan untuk mendapat rumah (PPRT) tidak diluluskan beliau tetap tabah menghadapi kehidupan seharian dengan mencari rezeki seperti berkebun, memotong rumput di kebun pekebun disekitar kawasan Tukau untuk membeli bahan binaan supaya beliau dapat mendirikan rumah yang lebih selesa. Selama ini ,pondok usang inilah tempat mereka berteduh dari hujan dan panas seperti yang terdapat dalam gambar.


Alhamdullillah berkat sokongan hamba-hamba Allah yang bermurah hati, hasrat penghuni pondok tersebut untuk membina rumah sendiri akhirnya tercapai walaupun belum siap sepenuhnya. Walaupun kecil tetapi lebih selesa kalau dibandingkan dengan pondok usang yang mereka diami sekarang.
Kalau harap pihak kerajaan hendak bantu memang sukar sebab terlalu banyak birokrasi (bureaucracy) yang perlu dilalui. Dimana perginya slogan "Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan"?



Badan-badan kebajikan seperti Baitulmal dan juga wakil rakyat yang diamanahkan mesti bertanggungjawab untuk turun padang melihat sendiri akan nasib rakyat yang kurang berkemampuan ini. Bantu dan salurkan apa-apa keperluan untuk meringankan bebanan rakyat bukan hanya duduk dalam bilik berhawa dingin tanpa mengambil berat masalah rakyat marhean dibawah yang masih memerlukan bantuan.

5. Gambar Rumah baru yang masih dalam pembinaan







Pihak PAS telah turun padang, meninjau dan melawat tempat keluarga tersebut beberapa bulan yang lalu dan mendengar sendiri keluhan suara penghuni pondok tersebut.
PAS Miri sangat simpati dan akan menghulurkan bantuan sekadar kemampuan yang ada untuk meringankan beban dan nasib penghuni pondok tersebut.



Kepada sesiapa yang sudi dan bermurah hati untuk menghulur bantuan kewangan boleh lah menyalurkan terus kedalam akuan berikut :
Nama: Hasmah bt.Napie (Isteri Penghuni)
Bank Islam Akaun No: 11022022193973
Hubungi No.Talian:0198902320 / 0138381720


Dengan bantuan saudara-saudari sekian sekurang-kurangnya dapat meringankan beban yang dipikul oleh keluarga yang serba kekurangan ini.



Semoga bantuan dan sumbangan saudara saudari sekelian diterima dan mendapat ganjaran dari Allah.


Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda yang bermaksud, "Barang siapa yang bersedekah sebesar biji kurma dari hasil yang baik dan Allah SWT hanya menerima sesuatu yang baik saja. Nescaya Allah SWT akan menerimanya dengan tangan kanan-Nya, lalu memeliharanya untuk diberikan kepada pemiliknya sebagaimana salah seorang daripada kalian memelihara anak kudanya hingga (pahala sedekahnya itu) menjadi seperti gunung". (Hadis Bukhari).


English Version
The fate of Poor Families in Need of Help
Miri is the first non-capital city to become the city status. Miri city was awarded on May 20, 2005 which carries the title "Resort City". Miri is Sarawak's second largest city, with a population of about 350,000 people. The progress of this city is because of this region rich in natural resources, especially petroleum.






In the meantime, when we go a little further in the Miri area there are families living in poverty, as we shall show in this commentary. Families living in poverty along with two young children who live in Kampong Usaha Jaya Tukau seek for public sympathy in order to help relieve their burden for purchase of housing material which still under construction.
According to the hut dwellers who do not want his name published said that they have apply for the Housing Programmed for the Hardcore Poor (PPRT), but unfortunately, their application is rejected the reasons that housing will be built not their land and it is under the category of NCR land.
Because of the application for a house (PPRT) is not approved he still firm face tough challenges remain with livelihood such as gardening, cutting grass in the garden planters around the Tukau areas just to buy construction materials so that he can build better housing. All this while, this old cottage where they take shelter from rain and heat as in the picture.
Alhamdulillah (Thanks God) generously support from some individual, the intention of the hut dwellers to build an own house finally achieved, even if not fully completed. Although smaller but more comfortable than the cottage that they lived now.
If you expect the government to help it is difficult because of too much red tape (bureaucracy) that must be taken. Where goes the slogan "People First performance now "?
Charities bodies such as the Baitulmal (treasury) and those representatives who are entrusted to be responsible for the unfortunate people should go to the field to see by it self. Help and channeled to any requirements to reduce the burden of the people and not just sit in air-conditioned rooms without taking care of the public interest that still needs help.
PAS delegate went to the field, look over and visit the family several months ago and hearing the grievance from the booths dweller itself.
PAS Miri is very sympathetic and will help beyond what ever is there to ease the burden and the fate of the cottage residents.


For those who are willing and generous to extend financial assistance can be channeled directly into the account below:


Name: Hasmah bt.Napie (Wife of Occupier)
Islamic Bank Account No: 11022022193973
Contact Number: 0198902320 / 0138381720


At least with the help of the brothers and sisters will ease the burden borne by these needy families. Hopefully the help and donations received from dear brothers and sisters will get rewards from Allah.


In another hadith, Abu Huraira (ra) states: The Messenger of ALLAH (saw) said: Charity worth even a date is accepted by ALLAH (swt) provided it is from lawful earning. ALLAH takes it in the right hand and nurtures it for its owner (in the same way as you bring up your horse's young one) until that tiny piece of charity becomes as big as a mountain. (Sahih Bukhari)



Ref: Photo above
1. Picture shows old hut where they take shelter from rain and heat.
2. The picture shows two small children of his eldest daughters are studying in Year 2 at SJK Tukau Sg.Beluboh and the youngest boy has not attended school.
3. Photos dilapidated huts where they live now.
4. Photos of new homes under construction that needs help to buy building materials from the public.
5. Pictures of new house under construction

From PAS Miri

Majlis Tindakan DUN N-23 Dusun Tua

Posted: 25 May 2011 07:02 PM PDT

Majlis Tindakan DUN N-23 Dusun Tua


TG Nik Aziz dakwa Umno-BN ‘cipta’ label ulama, profesional di PAS

Posted: 25 May 2011 05:39 PM PDT

KUALA LUMPUR, 26 Mei — Mursyidul Am PAS Datuk TG Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan tidak wujud dua kumpulan — ulama dan profesional, yang didakwa bersaing mahu menguasai barisan kepimpinan parti Islam berusia enam dekad itu.

Sebaliknya kata beliau, istilah golongan ulama dan profesional itu yang seringkali timbul ketika pemilihan parti, sebenarnya "dihidupkan" oleh Umno-Barisan Nasional (BN).

TG Nik Aziz berkata demikian menjelang pemilihan kepimpinan PAS pusat awal bulan depan dengan tumpuan beralih kepada persaingan jawatan timbalan presiden dan naib presiden.

Jawatan timbalan presiden bakal menyaksikan pertarungan tiga penjuru membabitkan penyandangnya Nasharudin Mat Isa, Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan ahli jawatankuasa kerja pusat Mohamad Sabu.

Sementara itu, jawatan naib presiden juga bakal menyaksikan pertarungan sengit.

Datuk Seri TG Abdul Hadi Awang telah berjaya mengekalkan jawatan presiden tanpa cabaran.

Mereka yang mahu bertanding jawatan tertinggi PAS harus mengesahkan pencalonan mereka sebelum pukul 5 petang ini.

"Kononnya kedua-dua (ulama dan profesional) ini adalah inti yang berlawanan antara satu sama lain. Sedangkan hakikatnya tidak pernah wujud jurang antara ulama atau professional dalam PAS kecuali jurang yang diada-adakan oleh Umno-BN.

"Jikapun ada, kedua-duanya tidak lebih melainkan hanyalah caj positif dan caj negatif yang apabila bergabung menjadi arus eletrik yang cukup kuat untuk memberikan renjatan kepada Umno-BN," kata TG Nik Aziz menerusi laman Facebook malam tadi.

Oleh itu kata Menteri Besar Kelantan itu, barisan kepimpinan PAS terdiri daripada pelbagai latar belakang pendidikan dan kemahiran.

Justeru, tegas TG Nik Aziz, walaupun berbeza latar belakang, namun dasar perjuangan dan matlamat yang hendak dicapai tetap sama.

"Tidak ada apa yang pelik jika kepimpinan PAS dilatari oleh individu yang datang dari pelbagai bidang pendidikan dan kemahiran.

"Di zaman Rasulullah SAW, sahabat-sahabat baginda mempunyai latar belakang yang pelbagai.

"Oleh yang demikian, tidak ada yang pelik jika di dalam PAS ada kepimpinannya dari pelbagai latar belakang. Profesional dalam PAS itulah golongan ulama, dan ulama dalam PAS itulah professional.

"Semuanya menjadi batu bata membentuk benteng kukuh berdepan dengan ombak sekular. Hari ini, gelombang sekular sedang ganas membadai. Jika dulu, ada gelombang berwarwa biru, hari ini pula ia berwarna merah," katanya merujuk kepada kempen yang kini digunakan Umno untuk merampas Kelantan.

Tambah TG Nik Aziz, beliau berharap perwakilan akan membuat keputusan bijak dalam memilih barisan kepimpinan parti untuk meneruskan agenda perjuangan PAS.

"Harapan saya, muktamar yang akan diadakan pada minggu hadapan ini akan membuahkan hasil yang terbaik untuk perjuangan Islam.

"Kepada para perwakilan, pilihlah pemimpin yang bertaqwa kepada Allah. Ikhlaskanlah hati, dan letakkanlah pertimbangan semasa memilih di atas neraca iman kepada Allah, insya-Allah, saya yakin pilihan para perwakilan nanti adalah yang terbaik untuk meneruskan perjuangan PAS di persada politik tanah air," katanya.

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 25 May 2011 03:37 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


BEKAS CALON BN ANTARA 100 ORANG SERTAI PAS

Posted: 24 May 2011 11:28 PM PDT


Syukur pada Allah bila 100 bekas ahli Umno sertai PAS, cawangan Umno bakal berkubur
21 Jamadilakhir 1432H.

Tika Umno buat demontrasi membantah Ladang Rakyat dan pelancaran gelombang merah namun yang hasilnya ialah lebih 100 orang bekas ahli Umno di bahagian itu menyertai PAS.

Kemuncaknya apabila bekas Ketua Pemuda Umno Ketereh, Soberi Shafii (gambar) mengambil langkah sama menyerah borang menyertai PAS baru-baru ini.

Sejak pilihan raya umum 2008 sehingga sekarang tiga bekas anggota jawatankuasa Umno Ketereh menyertai PAS termasuk Hussin Mat dan Abdul Manaf Abdullah.

Soberi pernah berjuang selama 38 tahun bersama Umno berkeyakinan lebih ramai lagi pengikutnya di Ketereh terutamanya anak muda menunggu masa sesuai untuk meninggalkan Umno.

"Hanya menunggu masa yang sesuai dan InsyaAllah kita akan lihat ada cawangan Umno di Ketereh akan dibubarkan nanti," katanya ketika ditemui pada majlis penyerahan sijil keahlian PAS kepada 100 bekas ahli Umno di sini, baru-baru ini.

Mereka yang diketuai Mohamad Abdul Rahman menerima sijil daripada Adun Kadok, Azami Mohd Nor. Majlis itu diadakan di Kampung Padang Lepar, Kadok.

Soberi juga bekas calon BN pada pilihan raya umum 1995 di Dun Kadok menjelaskan gelombang merah dilancarkan Datuk Seri Mustapa Mohamed hanya retorik semata-mata.

"Umno sebenarnya tidak ada pendekatan kukuh untuk meyakinkan rakyat Kelantan.

"Bagi saya gelombang merah tidak memberi kesan langsung kepada rakyat negeri ini," ujarnya.

Azami pula berkata, hasil kesedaran rakan-rakan bekas pemimpin Umno di Kerereh membolehkan rakyat menilai perjuangan sebenar dibawa Umno sekarang. -Harakahdaily

SHHH ..FELDA TIADA KRISIS? TAPI PINJAM RM6,000,000,000 KAT KWSP !

Posted: 24 May 2011 07:50 PM PDT

FELDA PINJAM KWSP RM6 BILION, ANAK TUNTUT PENJELASAN NAJIB
Najib Razak dituntut memberi penjelasan segera mengenai tindakan Felda memohon pinjaman RM6 bilion daripada Kumpulan Wang Simpanan Simpanan Pekerja (KWSP).

Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman mendedahkan bukti itu yang terkandung dalam minit mesyuarat Jawatankuasa Kemajuan Rancangan Felda Nitar 2, Mersing Johor.

Beliau mempersoalkan tujuan pinjaman itu kerana sebelum ini, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan menafikan kenyataan Pakatan Rakyat bahawa Felda berdepan krisis kewangan yang kian parah.

"Sebelum ini Ahmad Maslan berkata Felda memiliki kewangan yang kukuh, jika betul apa tujuan pinjaman ini kerana bebanan akhir akan ditanggung peneroka," katanya ketika mengadakan sidang media di Pejabat Agung Pas, Jalan Raja Laut Kuala Lumpur tengahari semalam.

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 25 May 2011 03:09 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


KPI Polis masih tak tercapai???

Posted: 25 May 2011 01:18 AM PDT



Sudah 2 bulan berlalu, Abg Eskay masih mampu "walk as a FREE MAN".Tak kurang hebat jugak abg Eskay sempat jejalan ke Thailand ziarah kekawan, buat business (business video ke??) dan sebagainya....

Walaupun Abg Eskay ke sana sini, jualan video lucah beliau masih berjalan dengan lancar dan bakal mencecah kutipan tertinggi pernah di kutip di Malaysia seperti dari laporan berikut: http://www.malaysiakini.com/news/165088

Yang pelikknye!!! Polis sampai laaa nie tak tangkap 'The Trios'
Persoalannya sebab ape??

KPI untuk edaran video lucah tak tercapai lagi ke???
Lu pikirrr lah sendiri....

KHAIRY JAWAB SAIFUDDIN...

Posted: 24 May 2011 09:43 PM PDT

KUALA LUMPUR, 24 Mei – Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menolak dakwaan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail sambil menegaskan pendirian beliau dalam isu berkaitan subsidi adalah konsisten.


Oleh itu tegas Khairy (gambar), Saifuddin tidak sewajarnya menyerang beliau kononnya telah berubah pendirian berbanding tiga tahun lalu, sebaliknya patut menyokong usaha membantah pengurangan subsidi RON95.

Semalam, Saifuddin mendakwa Khairy bersandiwara dalam isu subsidi dan harga barangan berbanding dengan pendiriannya tiga tahun lalu.

Saifuddin berkata Ketua Pemuda Barisan Nasional itu memperlihatkan pendirian menyokong kenaikan harga barang ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi memegang jawatan perdana menteri.

Video Dolphin Selamatkan Anjing

Posted: 24 May 2011 09:11 PM PDT

UMNO selamatkan rakyat?

Sungguh mulia hati seekor Dolphin. Adakah manusia juga seperti ini? Fikir-fikirkanlah….

Ahmad Maslan kena SOUNDD!!!!

Posted: 24 May 2011 08:50 PM PDT



Dengar cerita baru-baru ni Datuk Ahmad Maslan, Ketua Penerangan UMporNo kena SOUND. Biasalah kena sound-sound....

Tapi yang menarikkknya......
Pek Jabit dengar kena SOUND dekat tapak pegebumiaan tragedi tanah runtuh anak yatim Batu 14 Ulu Klang. Kena SOUND pulak dengan orang PAS....pe citernye???

Ikutilah dialog seterusnya, zaaazzzz.....


Maslan: Ramli!!!! (bukan nama sebenar)
PAS: Yea Datuk!
Maslan: Hang cuba fikir cam mane nak persatu balik PAS dengan UMNO
PAS: Hapooo punye orang ini!!! Dekat kubur pon nak citer pasal politik ke? Nuhh dekat kubur da, cube-cubelah ingat pasal mati!!!! Hang xmalu ke??
Maslan: (Menunduk kepala dan pantas beredar dari situ dengan rasa malu dan kecewa)



UMporNO kian terdesak??
Semalam suh satu kan UMNO & PAS
Esok suh DAP join UMNO
Lusa suh ape pulak???

yang terlatest suh DAP keluar Pakatan pulak... http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/zahid-cabar-dap-keluar-pakatan-rakyat-hadapi-pru-13/

UMporNO nak terkubur lah tu xlama lagi.....




Pemuda PAS tolak cadangan demo di stadium

Posted: 24 May 2011 08:20 PM PDT


Cadangan kerajaan agar demonstrasi tanpa permit diadakan di stadium tertutup dengan alasan menjamin keselamatan awam tidak dapat diterima.

pas umno pemuda talks parliment 010709 nasrudin hassanKetua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan berkata, tiada sebab bagi pihak berkuasa menghalang demonstrasi di tempat terbuka kerana penganjuran himpunan sebelum ini terbukti aman jka tiada gangguan polis.

"Pemuda memang tak bersetuju untuk (demonstrasi) buat di stadium. Kita bukan nak buat festival, bukan nak buat ekspo tapi kita nak buat himpunan yang berjalan untuk keadilan jadi kita akan bergerak dan tidak berkumpul setempat," katanya kepadaHarakahdaily.

Nasrudin mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein Hishammudin bahawa kementeriannya akan membawa usul demonstrasi tanpa permit di stadium ke jemaah menteri bagi mengelakkan penganjurannya oleh pihak-pihak tertentu daripada mengganggu keselamatan dan ketenteraman awam.

Kerajaan jangan ganggu

bersih rally 271207 03Ketua Pemuda PAS itu yang merujuk kepada beberapa siri demonstari aman sebelum ini berkata, keadaan menjadi huru-hara kerana pihak polis dan FRU menggunakan kekerasan dengan menyembur gas pemedih mata dan meriam air dengan alasan bagi 'meredakan keadaan'.

"Kita harap pihak kerajaan tidak mengganggu sebaliknya memberi kebenaran kepada rakyat dan kita jamin ia aman dan tidak menyumbang kepada apa-apa kerosakan sebab kita dah buktikan pada Bersih 1 dulu kita berjaya melakukannya cuma kita minta tak ada sebarang provokasi daripada polis dengan menggunakan water canon menyebabkan keadaan kucar kacir," katanya.

bersih rally 271207 04Tambahnya, hasrat rakyat untuk menunjukkan rasa marah dan tidak puas hati terhadap sesuatu perkara tidak akan tercapai sekiranya dibuat di tempat tertutup dan menyifatkan tunjuk perasaan sebagai satu 'seni halus' yang perlu ditangani secara halus juga.

"Konsep demonstrasi ialah tunjuk perasaan ertinya kita nak tunjuk kepada masyarakat apa yang kita bantah.

Ganas dibalas ganas

"Kalau buat tempat tertutup tak mencapai objektif dan kita bukan nak tunjuk kekerasan, 'gedebe' dan samseng tapi nak tunjuk persaan rakyat yang mahu keadilan dan ketelusan.

bersih rally 271207 01"Sebenarnya tunjuk perasaan seni halus yang perlu ditangani dengan lunak, bukan dengan jentera water cannon dan FRU sebab berkait dengan perasaan. Kalau tangani dengan ganas ia akan dibalas ganas juga," katanya.

Mengenai himpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 9 Julai ini, Nasrudin menyatakan komitmen seluruh pemuda untuk menyertai dan akan membantu menggerakkan rakyat untuk menuntut pilihan raya bersih dan adil.

bersih rally 271207 06"Kalau PAS kata akan turunkan 100,000 ahli, sekurang-kurangnya 50 peratus daripada jumlah itu ialah pemuda," katanya.

Himpunan yang bertemakan "Walk For Democracy", menurut Pengerusi Badan Penggerak Mobilisasi Demokrasi PAS Mohamad Sabu akan berlansung di Kuala Lumpur dan tempat yang spesifik akan diumumkan nanti.

"Tapi kalau buat di stadium kita tak mahu. Baik pergi tengok bola," katanya berseloroh.

UMporNO 'Bajet' Juara Rakyat lagi.....

Posted: 24 May 2011 06:51 PM PDT



Mari pakat tengok ramai-ramai mana UMporNO???
Pemuda UMNOi ade??
Adik Puteri UMNOrrr??
Putera UMNO???
Hermm.......

Depa lupa tulis ape??? tapi......

Utusan claim: ADUN mereka datang terpaling awal laju bagai kilat ke tapak kejadiaan tanah runtuh Hulu Langat. Tapi sekilat laju mana pon, puak UMporNO sampai selepas 4jam dan lepak di sekitar area tu tak berbuat ape-ape. ok lah tu....juara daa tu.

Ape-ape pun tahniah kepada Pas bawah Bridgade Amal yang tiba seawal setengah jam selepas kejadiaan dan membantu kerja-kerja meyelamat...

Kepada UMporNO under tetap juara kami... JUARA Penipuuuu!!!!!!! Tahniah juge...

Baca link berikut http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/3455-tanah-runtuh-umno-jangan-berlagak-hero


Batu Gajah Mari

Posted: 25 May 2011 11:16 AM PDT

Batu Gajah Mari


Pendedahan Wikileaks : Islam permainan UMNO!!

Posted: 25 May 2011 04:06 AM PDT

Islam As A Tool of UMNO' Political Game

C O N F I D E N T I A L SECTION 01 OF 03 KUALA LUMPUR 000108
SIPDIS
E.O. 12958: DECL: 02/19/2020
TAGS: KTIP, KCRM, KWMN, PGOV, PHUM, PREL, SMIG, MY
SUBJECT: CANING OF THREE WOMEN REFLECTS UMNO'S POLITICAL TACTICS
REF: A. KL 20 WHAT IS GOING ON IN MALAYSIA?
B. KL 14 UPDATE ON THE ALLAH ISSUE
C. KL 11 OVERNIGHT ATTACKS ON 3 CHURCHES
D. KL 03 GOM APPEALS KL HIGH COURT RULING ON USE OF THE WORD ALLAH
E. 09 KL 716 CANING PUNISHMENT POSTPONED
Classified By: Political Counselor Brian McFeeters for reasons 1.4 (b) and (d).


--- SUMMARY AND COMMENT ---

1. (SBU) Summary: On February 17, Home Minister Hishammuddin announced that three women and four men who had been found guilty of illicit sex under Syariah law had been caned on February 9. The three became the first women to be caned in Malaysia.

Caning of women in Malaysia had recently become the subject of international scrutiny, and Malaysian legal scholars are wondering what the decision means for the legal system, since caning of women is against federal law.

On July 20, 2009, Malaysian Kartika Sari Dewi Shukarno, a Muslim woman, was sentenced by a state-level Syariah court to six lashes with a cane and a fine for consuming alcohol in public. To date, Kartika has not yet been caned. Viewing the caning as a political maneuver, the Islamic Party of Malaysia (PAS) was critical of the GOM's actions contending they were not consistent with Islam. NGOs too were critical of the caning contending that it does not comport with federal law. End Summary.

2. (C) Comment: Kartika's case put Prime Minister Najib's new administration in the difficult position of balancing the competing forces fighting for Malaysia's Muslim identity. While concerned about preserving Malaysia's image as a moderate Muslim State, Najib has been unwilling to date to criticize Syariah law or otherwise downplay the seriousness of Kartika's offense for fear that it could damage United Malays National Organization's (UMNO) Islamic bona fides.

That the GOM chose to cane three anonymous women, rather than the internationally renowned Kartika, seems to be a tactical maneuver by UMNO to retain or lure back conservative Malay voters as well as perhaps a testing of the waters presaging Kartika's caning. That Najib feels the need to placate the most conservative Malays suggests that his stated intent to change to a more inclusive, less Malay-centric economic and political model is facing considerable, resistance within his own coalition. End Comment.

--- FIRST WOMEN CANED IN MALAYSIA ---

3. (SBU) Home Minister Hishammuddin announced on February 17 that GOM officials caned four Muslim men and three Muslim women found guilty of illicit sex under Syariah law. Sex out of wedlock is unlawful under Syariah law. The canings took place on February 9, and the three women are believed to be the first women to be caned under the law in Malaysia.

Two of the women received six strokes of the cane and the other received four. The women were caned in a female prison.

According to the Home Minister, one was released on February 14, one will be released in the coming days, and the third will be released in June.

--- MALAYSIA'S DUAL LEGAL SYSTEM ---

4. (SBU) Article 3 of the Malaysian Constitution states that "Islam is the religion of the Federation; but other religions may be practiced in peace and harmony in any part of the Federation." Article 3 further provides that issues of Islamic law are state, rather than federal, matters. Thus, states, and the Kuala Lumpur Federal Territory, have individual Syariah law codes and have established Syariah courts, with jurisdiction over Muslims, to deal with family law and certain infractions under Islamic law.

The constitution makes clear that federal law has precedence over state law (articles 4 and 75, "if any State law is inconsistent with a federal law, the federal law shall prevail and the State law shall, to the extent of the inconsistency, be void"). Hence, because Syariah law is a state matter, any inconsistencies between these two legal systems should, according to the language of the Federal Constitution, be resolved in favor of the federal system.

However, Article 121(1A) of the Constitution, added under former Prime Minister Mahathir in 1988 says, "the courts referred to in Clause (1) (the High Courts) shall have no jurisdiction in respect of any matter within the jurisdiction of the Syariah courts." This amendment introduced ambiguity about Syariah versus civil law that has yet to be resolved clearly.

--- CANING IN MALAYSIA ---

5. (SBU) Under federal law, Malaysian judges routinely include caning in sentences of individuals convicted of kidnapping, rape, and robbery. The law also prescribes caning for illegal immigrants and their employers and as an additional punishment for those convicted of some nonviolent crimes such as narcotics possession, criminal breach of trust, and alien smuggling.

The caning is carried out with a half-inch wooden cane that can cause welts and scarring. Federal law exempts men over 50 and all women from caning. Conversely, some states prescribe caning under Syariah law, for which there are no exceptions for women.

In Syariah caning, a smaller cane is used and the caning official cannot raise the cane above his shoulder. Additionally, the subject is fully clothed so that the cane will not touch the flesh.

Local Islamic officials claim that the intent is not to injure but to make the offenders ashamed of their sins and repent.

--- THE CURIOUS ROLE OF THE GOM IN CANING THREE WOMEN ---

6. (C) In the February 9 case, the three women were sentenced to caning for committing adultery in violation of Section 23(2) of the Kuala Lumpur Federal Territory Syariah Criminal Offenses Act of 1997. The sentencing of women to such corporal punishment under Syariah law contradicts the federal law outlined in Section 289 of the Criminal Procedure Code that states that women are not to be subject to caning.

In the current case, the three women, previously unknown to the public, were caned and the public was not informed for over a week. The canings were administered by federal prison officials in a federal women's prison. This gives rise to a possible violation of federal law that the GOM has yet to explain or address.

7. (SBU) The federal government has highlighted its role in meting out these sentences, indicating that the decision had Najib's support. Home Minister Hishamuddin (Prime Minister Najib Razak's cousin) placed himself at the forefront of this issue, announcing on February 17 that the women had been caned, commenting that "the punishment is to teach and give a chance to those who have fallen off the path to return and build a better life for the future," sounding much like an Islamic cleric.

In a February 19 interview, Deputy Prime Minister Muhyiddin did not address the legal issue, focusing instead on the need to explain that Syariah caning is ritualistic rather than severe. The government-influenced daily, Bernama, on February 19, quoted Minister for Religious Affairs in the Prime Minister's Department Seri Jamil Khir Baharom as saying that the women were remorseful and "welcomed their sentence."

In a separate article, Bernama reported that Minister of Women, Family, and Community Development Shahrizat, said that her Ministry will monitor future caning of women noting that "as the minister in charge of women affairs in this country, I really hope that the whipping sentence on Muslim women will be carried out fairly and judiciously."

--- REACTION FROM PAS ---

8. (SBU) When the canings were announced, some observers wondered whether the punishments could be seen as an effort to divide the opposition coalition People's Assembly, expecting PAS to support the punishments, while the secular Democratic Action Party (DAP) would likely oppose the canings. However, PAS Central Working Committee Member and Member of Parliament Dr. Dzulkefly Ahmad of Selangor urged his party not to fall into the trap of allowing UMNO to portray itself as the defender of the Islamic agenda.

He asserted that there is a political motive behind the caning of the three women. If UMNO were sincere about upholding the principles of Islam, it would address the source of problem rather than just implementing the sentence and would be combating corruption, abuse of power, cruelty, and embezzlement of the wealth of the country by political cronies.

9. (SBU) PAS Women's Movement Chief Nuridah Salleh asserted that the GOM's caning of the seven individuals did not conform to Islamic principles because it was done in private and not in the open as required by Islam. She explained that canings are to be public in order to educate and instill awareness among the people and to ensure the violators do not commit the crime again. She called on the Home Minister to remember this intent prior to carrying out future caning sentences.

--- REACTION FROM CIVIL SOCIETY ---

10. (SBU) Civil society groups have condemned the GOM caning of the women. The Malaysian Bar Council, on February 18, issued a press release expressing its "shock and disappointment" and elaborating, "given that the Kartika issue remains unresolved and the public outcry on issues of constitutionality in regards to the fact that corporal punishment is forbidden for women under Section 289 of the Criminal Procedure Code, it is indeed shocking that the Government has made the announcement only after the punishment has been carried out."

Similarly, Sisters in Islam questioned the GOM's motive behind caning the Muslim women while the issue of Kartika's case remains unresolved. All Women's Action Society president Sophia Lim asserted that "the Home Minister needs to explain why the government allowed the punishment to be carried out in secret on an issue that is of high public interest with very far ranging and damaging consequences."/MalaysiaToday
Addin:
Inilah topeng UMNO sebenarnya.. agama di permainankan untuk 'political milelage' mereka dan tidak lebih daripada itu.. UMNO adalah perosak agama,bangsa dan negara.. dan kerana UMNOlah agama Islam kita dipermainkan sampai ke hari ini..

Demo di Stadium: Ingat nak buat pesta buah buahan ke?

Posted: 24 May 2011 11:50 PM PDT

Cadangan kerajaan agar demonstrasi tanpa permit diadakan di stadium tertutup dengan alasan menjamin keselamatan awam tidak dapat diterima.

pas umno pemuda talks parliment 010709 nasrudin hassanKetua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan berkata, tiada sebab bagi pihak berkuasa menghalang demonstrasi di tempat terbuka kerana penganjuran himpunan sebelum ini terbukti aman jka tiada gangguan polis.

"Pemuda memang tak bersetuju untuk (demonstrasi) buat di stadium. Kita bukan nak buat festival, bukan nak buat ekspo tapi kita nak buat himpunan yang berjalan untuk keadilan jadi kita akan bergerak dan tidak berkumpul setempat," katanya kepadaHarakahdaily.

Nasrudin mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein Hishammudin bahawa kementeriannya akan membawa usul demonstrasi tanpa permit di stadium ke jemaah menteri bagi mengelakkan penganjurannya oleh pihak-pihak tertentu daripada mengganggu keselamatan dan ketenteraman awam.

Kerajaan jangan ganggu

bersih rally 271207 03Ketua Pemuda PAS itu yang merujuk kepada beberapa siri demonstari aman sebelum ini berkata, keadaan menjadi huru-hara kerana pihak polis dan FRU menggunakan kekerasan dengan menyembur gas pemedih mata dan meriam air dengan alasan bagi 'meredakan keadaan'.

"Kita harap pihak kerajaan tidak mengganggu sebaliknya memberi kebenaran kepada rakyat dan kita jamin ia aman dan tidak menyumbang kepada apa-apa kerosakan sebab kita dah buktikan pada Bersih 1 dulu kita berjaya melakukannya cuma kita minta tak ada sebarang provokasi daripada polis dengan menggunakan water canon menyebabkan keadaan kucar kacir," katanya.

bersih rally 271207 04Tambahnya, hasrat rakyat untuk menunjukkan rasa marah dan tidak puas hati terhadap sesuatu perkara tidak akan tercapai sekiranya dibuat di tempat tertutup dan menyifatkan tunjuk perasaan sebagai satu 'seni halus' yang perlu ditangani secara halus juga.

"Konsep demonstrasi ialah tunjuk perasaan ertinya kita nak tunjuk kepada masyarakat apa yang kita bantah.

Ganas dibalas ganas

"Kalau buat tempat tertutup tak mencapai objektif dan kita bukan nak tunjuk kekerasan, 'gedebe' dan samseng tapi nak tunjuk persaan rakyat yang mahu keadilan dan ketelusan.

bersih rally 271207 01"Sebenarnya tunjuk perasaan seni halus yang perlu ditangani dengan lunak, bukan dengan jentera water cannon dan FRU sebab berkait dengan perasaan. Kalau tangani dengan ganas ia akan dibalas ganas juga," katanya.

Mengenai himpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 9 Julai ini, Nasrudin menyatakan komitmen seluruh pemuda untuk menyertai dan akan membantu menggerakkan rakyat untuk menuntut pilihan raya bersih dan adil.

bersih rally 271207 06"Kalau PAS kata akan turunkan 100,000 ahli, sekurang-kurangnya 50 peratus daripada jumlah itu ialah pemuda," katanya.

Himpunan yang bertemakan "Walk For Democracy", menurut Pengerusi Badan Penggerak Mobilisasi Demokrasi PAS Mohamad Sabu akan berlansung di Kuala Lumpur dan tempat yang spesifik akan diumumkan nanti.

"Tapi kalau buat di stadium kita tak mahu. Baik pergi tengok bola," katanya berseloroh.



malaysiakini

Dupahang's Weblog

Posted: 25 May 2011 11:13 AM PDT

Dupahang's Weblog


Sukar bangun Subuh?

Posted: 25 May 2011 03:38 AM PDT

Oleh Ust Zuridan Al-Teminie Sesungguhnya segala puji-pujian hanya layak bagi Allah Azza Wajalla, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW. Antara suasana yang membimbangkan berlaku kepada kebanyakan umat Islam pada hari ini ialah gejala meninggalkan solat Subuh dan meninggalkan solat Subuh berjamaah di Masjid. Meskipun diketahui bahawa mengerjakan solat Subuh khususnya di Masjid [...]

DUN Lembah Jaya

Posted: 25 May 2011 11:05 AM PDT

DUN Lembah Jaya


Hari Bomba Sedunia: Bomba Ampang Rai 60 Anak Yatim

Posted: 24 May 2011 07:29 PM PDT

Ustaz Haji Ramli Bin Rusli menyampaikan kuliah

19 Mei 2011, Pekan Ampang - YB Hj. Khasim serta beberapa pegawai pusat Khidmat DUN Lembah Jaya meraikan majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat yang dianjurkan oleh Balai Bomba Ampang. Majlis tersebut juga menerima kehadiran seramai 60 orang anak-anak yatim dari Rumah Bakti Hulu Kelang yang diraikan dengan penuh semangat kekeluargaan.

Majlis ini diadakan bersempena dengan Hari Bomba Sedunia. Acara kemuncak pada malam itu ialah Kuliah Agama yang disampaikan oleh Timbalan Nazir Masjid Bandar Baru Ampang, Al-Fadhil Ustaz Haji Ramli Bin Rusli yang menyampaikan kuliah bertajuk "Apa Erti Saya Menganut Islam". Majlis bersurai pada jam 10:00 malam.

Sebahagian anak-anak yatim yang hadir


Menjamu selera

Bergambar kenangan bersama anak-anak yatim


Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai

Posted: 25 May 2011 11:04 AM PDT

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai


MPK naikkan kadar sewa petak letak kereta

Posted: 24 May 2011 06:55 PM PDT

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita48/kenaikanparkingmpk.jpg- MB Ahmad Said diminta beri penjelasan
KEMAMAN
- Kerajaan Terengganu khususnya Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Said diminta menjelaskan mengapakah kadar sewa petak letak kereta bermusim Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) dinaikkan.

Penolong Setiausaha PAS Negeri Terengganu, Haji Hanafiah Mat berkata, beliau menerima rungutan daripada para peniaga berkenaan perkara tersebut.

Menurutnya, para peniaga terbabit memberitahu, tindakan MPK bukan sahaja menambahkan beban mereka tetapi rakyat juga akan menerima 'tempias'nya.

"Peniaga memberitahu saya, kerajaan tidak patut menaikkan sewa tersebut dalam keadaan ekonomi yang perlahan sekarang,

"apabila mereka (peniaga) terpaksa membayar lebih, mereka akan mengenakan caj tersebut kepada para pengguna iaitu rakyat,"ujarnya.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis Tindakan DUN Chukai berkata, kehidupan rakyat semakin terbeban dengan kenaikkan pelbagai harga barangan dan perkhidmatan.

Katanya, langkah MPK menaikkan sewa tersebut menunjukkan 'seolah-olah' kerajaan negeri menghadapi masalah kewangan.

Sedangkan katanya, pada Disember lalu, kerajaan telah meluluskan bajet yang besar bagi tahun 2011 sebanyak RM1,88 bilion.

"Apa perlunya menaikkan kadar sewa yang tidak seberapa jumlahnya? Bukankah kerajaan negeri telah lulus bajet RM1,88 bilion,

"kemanakah wang tersebut dibelanjakan? sehinggakan pihak Majlis Perbandaran seolah-olah tidak mampu untuk menanggung perbelanjaan?,"soal Hanafiah.

Hanafiah yang pernah menjadi Ahli Majlis MPK berkata, tindakan pihak berkuasa tempatan tersebut amat berbeza sewaktu pemerintahan PAS tahun 1999 hingga 2004.

Katanya, setiap keputusan mesyuarat Majlis dahulu dibuat secara berjati-hati dan sentiasa memberikan kemudahan kepada rakyat dan para peniaga.

"Setiap keputusan Majlis dulu dibincang dan dibahaskan, adakah ia akan memudahkan atau memberi masalah kepada rakyat,

"saya sendiri pernah menentang beberapa usul yang dirasakan akan membebankan para peniiaga dan rakyat,"jelasnya.

Oleh itu, beliau meminta seluruh warga Kemaman, khususnya bandar Chukai membuat penilaian supaya mebuat pilihan yang betul dalam pilihanraya umum ke-13 yang akan datang.

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 25 May 2011 09:54 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali


BICARA SINERGI KASIH IBU:YB Dr.Halimah dan Wardina di BANGI

Posted: 25 May 2011 09:25 AM PDT

19.5.11
MASJID JERNANG BANGI
Serikandi GAMIS menganjurkan program sempena HARI IBU yang dihadiri oleh penduduk tempatan dan pelajar IPT berdekatan.
EXCO Pembangunan Modal Insan kerajaan Selangor dan Personaliti tv3 Wardina, tanyalah Ustaz menjadi panelis forum.
Tokoh ibu juga dipilih yang mempunyai 7 orang anak yang berjaya


Makanan tambahan spiritual

Posted: 25 May 2011 09:00 AM PDT

Insan perlu lampu yang menyuluh jalannya agar sampai kepada ALLAH tuhna yang telah menciptakannya.Tuhan yang bakal ditemui sesudah matinya.
Manusia perlu panduan.Manusia perlu signposts atau tanda/petunjuk arah agar sentiasa berada diatas jalan yang betul.Kalau tidak jenuh berjalan.Lelah berlari.Akhirnya tersesat, hampa dan kecewa.
Sebab itu paling kritikal untuk mengenal jalan yang betul sebelum ia bermula dan sentiasa memerhati papan tanda yang mengingatkannya agar berada dijalan yang lurus.

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 25 May 2011 09:50 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


JOM Kempen Derma Darah 29 Mei 2011 di Senawang

Posted: 24 May 2011 07:02 PM PDT



HARI KESIHATAN DAN KEMPEN DERMA DARAH
Tarikh : 29 Mei 2011, AHAD
Masa : 8.30 pagi - 2.00 ptg
Tempat: Apartment Seroja, Taman Tasik Jaya, Senawang, N.Sembilan

PROGRAM:
- Kempen Derma Darah
- Khidmat Kesihatan Percuma
- Pertandingan Mewarna "Saya Sihat", Kanak-kanak 4-10 tahun
- Pertandingan Masakan (Ikan dan Puding)
- Pameran
- Jualan Amal
- Cabutan Hadiah

Anjuran:
Pertubuhan Perkumpulan Perempuan Cawangan Tasik Jaya
Yayasan Amal Malaysia cawangan Negeri Sembilan
Surau Al-Hikmah Taman Tasik Jaya

Untuk pertanyaan sila hubungi ;
Sufian 013-3589328
Norwani 013-3851202
Hakki 013-3840022
Hjh Ciana 017-3629686

PAS Kawasan Gerik

Posted: 25 May 2011 09:50 AM PDT

PAS Kawasan Gerik


Bendera Pas dibakar angkara Pak Jabit Hantu Mak Limah Balik Rumah

Posted: 25 May 2011 08:29 AM PDT

24 Mei,Changkat Jering- Kedatangan Pak Jabit di kubu kuat UMNO Taman Kuning Sari,Taiping cukup tidak disenangi ahli UMNO Bukit Gantang.Penerangan Pak Jabit mengapa beliau menyokong Pakatan Rakyat dan tetap ingin bersama Pakatan Rakyat untuk ke Putrajaya ,menyebabkan UMNO cawangan Taman Kuning Sari ,Parlimen Bukit Gantang panas punggung.Pak Jabit sempat juga berpesan agar maklumat buku jingga diberitahu kepada Najib.

Bendera Pas di bakar di Taman Kuning Sari malam kelmarin 24 Mei,tanda protes ahli UMNO yang tidak mahu kebenaran disebarkan kepada ahli UMNO dan penduduk Taman Kuning Sari.Petugas PAS sempat memadamkan api yang sedang membakar bendera lambang bulan itu.Kita meminta ahli PAS bersabar,jikalau masih berlaku pada lain kali,laporan polis akan dibuat."Pas ,parti berdaftar" kata kita.

Rupanya UMNO Bukit Gantang marah dengan Pak Jabit ,sehingga segelintir ahli mereka membakar bendera PAS. Pada Prk 2009,,lokasi inilah petugas kita dari Terengganu ditumbuk.Nampaknya kubu kuat UMNO ini perlu PAS santuni agar,penduduk tidak ditipu lagi oleh UMNO.


Pemuda Bersamamu v3

Posted: 25 May 2011 09:37 AM PDT

Pemuda Bersamamu v3


Baner PGU beri tekanan jiwa kepada Umno Dungun

Posted: 25 May 2011 12:25 AM PDT



oleh : Unit IT Pemuda Dun Sura



Pelancaran gelombang 'PAS Ganti Umno' pada akhir tahun lalu merupakan satu igauan buruk buat Umno Terengganu.Bermulalah dari situlah PAS Terengganu melancarkan gelombang PGU ke seluruh pelusuk negeri Terengganu.

Disamping seminar-seminar yang dianjurkan kepada pendokong, ahli dan penyokong PAS, pihak Jabatan Penerangan PAS Terengganu juga mengeluarkan bahan penerangan berbentuk risalah dan juga kain rentang.

Seluruh pelusuk Terengganu mula diserang pemasangan kain rentang PAS Ganti Umno di setiap ceruk kampung.Pemasangan di tempat-tempat strategik ini begitu menarik perhatian rakyat yang sememangnya sudah lama cukup tertekan dengan segala tindak tanduk kerajaan Umno BN ini.

Pastinya tindakan PAS Terengganu ini begitu menggelisahkan Umno yang semestinya berbulu mata bila terpandang kain-kain rentang yang dipasang ini.

Begitulah yang terjadi di Dungun akhir-akhir ini,kain-kain rentang ini mula dijadikan bahan sasaran melepaskan geram dan dendam pihak Umno BN.Bukan setakat dicuri dari tempatnya pada awal pagi,bahkan turut dirosakkan dengan kelaran dan koyakan bagi menggambarkan busuknya hati sipelaku ini.

Kain rentang besar PGU yang sudah dipasang berbulan-bulan di persimpangan traffic light Gong Pasir ini dipercayai dibuang dan dirosakkan pada awal pagi ini.Selain kain rentang PGU tersebut, kain rentang isu harga minyak dan gula naik lagi turut menjadi sasaran.

Tindakan ini juga dipercayai bagi memberi laluan selesa kepada konvoi Menteri Besar Terengganu yang akan melintasi persimpangan ini pada pagi esok bagi merasmikan program sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Dungun di Sekolah Menengah Teknik Dungun.

Pihak PAS Dungun amat berterima kasih kepada pihak tuan tanah persendirian yang mengizinkan tanahnya digunakan untuk kerja pemasangan kain rentang ini.Ini bermakna pemasangan kain rentang PGU ini berjaya membuatkan Umno BN tidak tidur lena hingga pilihanraya umum yang akan datang ini.Dan sememangnya tekad pemuda Dungun akan terus melakukan serangan PGU ini hingga Umno Dungun rebah dan tersungkur dalam PRU 13 ini.

Tanah runtuh: Umno jangan berlagak hero

Posted: 24 May 2011 07:06 PM PDT



KUALA LUMPUR, 24 Mei: Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr. Che Rosli Che Mat menasihatkan pemimpin Umno tidak mendabik dada berlagak kononnya mereka 'hero' dan paling awal membantu mangsa tanah runtuh di rumah anak-anak yatim Batu 14 Hulu Langat.

Ketika menceritakan kembali suasana sebenar hari kejadian beliau berkata, bantuan mula tiba seawal jam 3 petang iaitu kira-kira setengah jam selepas kejadian berlaku.

Antara yang terawal tiba di sana menghulur bantuan katanya adalah penyelaras PAS bagi Dun Dusun Tua, Mohd Jan Sulung bersama beberapa rakannya yang mengeluarkan mangsa pertama jam 3.15 petang.

Beliau yang tiba kira-kira jam 3.30 petang kemudiannya turut membantu mangsa bersama Unit Amal dan Briged Amal PAS dengan kehadiran pihak bomba.

"Yang ditonjol media (Adun Semenyih) (Datuk) Johan (Abdul Aziz). Padahal dia datang dah pukul 4 dan tak boleh masuk pun.

"TV3 datang ambil gambar dia seolah-olah Umno lah buat semua," katanya pada sidang media sempena pelancaran Tabung Kemanusiaan Harakah untuk mangsa tanah runtuh tersebut.

Turut serta pada sidang media itu, Pengarah Urusan Harakah, Datuk Kamarudin Jaffar.

Dalam kejadian pada pukul 2.30 petang Sabtu lalu 25 pelajar serta warden Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa, Hulu Langat tertimbus oleh runtuhan tanah ketika sedang berlatih kompang dan nasyid di khemah bersebelahan cerun bukit.

Ekoran kejadian itu, sembilan daripada pelajar yang terlibat selamat dan 16 lagi terkorban.



"Dari segi senarai yang membantu itu tidak nampak la di mana-mana Briged Amal dan Unit Amal.

"Sedangkan petugas kita hampir 250 orang dan paling ramai," katanya sedikit kesal.

Menurutnya lagi, sepanjang tempoh menyelamat itu, petugas PAS antara paling menonjol sehingga mereka lah juga terlibat semasa proses pengkebumian mangsa yang terkorban.

Mengulas lanjut, beliau bagaimanapun melahirkan rasa kesal kerana sumbangan dari pihak PAS seperti dikesampingkan.

Pihak polis juga semasa memberi taklimat tidak menyebut penglibatan Unit Amal dan Briged Amal dan hanya menyebut agensi-agensi lain yang hanya sebilangan kecil terlibat.

Bagaimanapun, beliau memberitahu, isu publisiti itu bukanlah perkara besar bagi mereka, namun sekadar memberi respon terhadap media yang menonjolkan BN kononnya 'hero' dalam isu itu.

"Saya bagitahu dengan sahabat-sahabat di sana, ini bukan masa nak cari publisiti, tapi masa untuk kita buat kerja selamatkan nyawa seramai mungkin," jelasnya.(hrkhdaily)


Berita berkaitan :
Pemuda PAS ziarah mangsa tanah runtuh

Untuk apa Felda pinjam RM6b dari KWSP ?

Posted: 24 May 2011 04:09 PM PDT


KUALA LUMPUR, 24 Mei: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) meminta kerajaan menjelaskan tujuan Felda membuat pinjaman sebanyak RM6 bilion daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Pengerusinya, Mazlan Aliman berkata, sekiranya laporan yang diterima pihaknya dua minggu lalu itu tidak benar, Timbalan di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan mesti membuat penafian dan sekiranya tidak benar, Anak menuntut penjelasan segera mengenai penggunaan wang tersebut.

"Laporan yang anak terima dua minggu lalu melalui minit mesyuarat 6 April lalu menyebut Felda telah meminjam daripada KWSP sebanyak RM6 bilion. Untuk apa wang RM6 bilion ini dipinjam?

"Kerajaan mesti membuat penjelasan segera kerana ia memberi implikasi sangat buruk kepada pengurusan Felda dan keseluruhannya," kata beliau pada sidang media di ibu pejabat PAS, dekat sini hari ini.

Beliau yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat turut mendakwa Felda sedang mengalami krisis kewangan yang serius sehingga terpaksa membuat pinjaman tersebut dalam pada Felda diwarwarkan sebagai agensi yang mempunyai keuntungan yang tinggi selepas Petronas.

Laporan Felda meminjam daripada KWSP ini katanya timbul ketika isu kemerosotan rezab Felda belum lagi reda.

"Ketika menjawab soalan tambahan di Parlimen seperti didedahkan media pada17 dan 18 jun 2010, Datuk Ahmad Maslan mengakui bahawa kedudukan tunai Felda merosot daripada RM4.08 bilion pada tahun 2004 kepada RM1.35 bilion pada tahun 2009.

"Kemerosotan RM2.73 bilion dalam tempoh lima tahun sesuatu yang sangat mengejutkan," katanya yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat.

Ahmad dalam jawapannya itu memberi alasan bahawa kemerosotan itu disebabkan sejumlah wang digunakan untuk tujuan tertentu.

RM2 bilion katanya digunakan untuk pembangunan tanam semula termasuk sara hidup dan pendahuluan hasil, RM603 juta untuk pinjaman rumah, RM253 juta untuk Tabung Kemiskinan Sabah dan RM662 juta untuk bangunan baru Felda.

Mazlan berkata, meskipun laporan polis telah dibuat agar siasatan dilakukan mengenai penggunaan wang tersebut, dan keraguan munasabah terhadap ketelusan pengurusan kewangan, sehingga hari ini tidak ada sebarang maklumat daripada pihak polis.

Pada sidang media sama, Mazlan turut mempersoal status anak peneroka yang belajar di Malaysia Airlines Engineering Training Centre (METC).

"Walaupun peluang belajar kejuruteraan kapal terbang suatu langkah yang dialu-alukan, tetapi ia mesti telus. Felda mesti menjawab nbeberapa persoalan.

"Apakah status terkini program tersebut, berapa kos sebenar untuk seorang pelajar METC?

"Apakah jenis lesen yang akan mereka dapat, Europen Aviation Safety Agency (EASA) atau British Civil aviation Regulation (BCAR)?

"Adakah benar dakwaan kos yang dibayar oleh Felda terlalu mahal? Setakat manalkah pelajar METC ini mendapat pentauliahan yang melayakkan mereka untuk pergi lebih jauh?" soalnya.

Tambahnya, Anak menerima laporan bahawa sebanyak RM260 ribu diperuntukkan untuk seorang pelajar

KHIDMAT MERU

Posted: 25 May 2011 09:15 AM PDT

KHIDMAT MERU


6 BUAH GERAI DAPAT NOTIS ROBOH DARI PEJABAT TANAH

Posted: 24 May 2011 11:12 PM PDT










Beberapa gerai makanan milik orang Melayu dan India di Jalan Teratai telah menerima notis dari Pejabat Tanah Klang untuk di robohkan menyebabkan seramai 7 orang peniaga-peniaga makanan datang ke Pusat Khidmat DUN Meru untuk membuat rayuan.

YB Meru Dr Hj Abd Rani telah mengunjungi setiap peniaga yang terlibat dan mendapat maklumat bahawa mereka telah berniaga di kawasan itu lebih dari 20 tahun. Ada juga yang berada di situ sejak 30 tahun yang lampau.

Memandangkan masaalah ekonomi yang melanda rakyat dan kesempitan hidup yang mereka lalui, Dr Rani merasakan masa ini bukanlah masa yang sesuai dan tepat untuk merobohkan gerai mereka.

Lagipun tidak ada projek yang akan dilaksanakan dipremis terlibat dan sepatutnya mereka di sediakan tempat perniagaan berhampiran kalau gerai-gerai mereka perlu dirobohkan.








Jasindaily Online

Posted: 25 May 2011 09:14 AM PDT

Jasindaily Online


TAHNIAH BN : MALAYSIA MAJU TANGGA KE 10

Posted: 25 May 2011 08:04 AM PDT

TAMING SARI DI GELERI AZLAN SHAH

Posted: 25 May 2011 03:22 AM PDT

UMNO PERALATKAN PENGARAH POLITEKNIK MERLIMAU

Posted: 25 May 2011 03:10 AM PDT

Pemuda Guchil

Posted: 25 May 2011 09:14 AM PDT

i n t a n h i j a u

Posted: 25 May 2011 07:59 AM PDT

i n t a n h i j a u


BOLEH PEGANG KE CAKAP DIA NI..?

Posted: 25 May 2011 03:34 AM PDT

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Pengguna Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi mengumumkan tidak ada kenaikan bagi petrol RON95, diesel dan gas petroleum cecair (LPG).

"Keputusan ini dibuat kerana kerajaan mengambil kira kepentingan rakyat," katanya pada sidang akhbar di Putrajaya.

Bagaimanapun katanya, jemaah menteri tidak membincangkan selama mana keputusan itu akan bertahan.
"Kerajaan tidak tetapkan jangka masa berapa lama harga ini akan dikekalkan tapi buat masa sekarang keputusan kerajaan ialah mengekalkan pemberian subsidi terhadap bahan bakar ini.

"Namun, pada masa yang sama kerajaan akan tetap meneruskan kajian rasionalisasi subsidi secara menyeluruh berikutan peningkatan harga minyak dan gas di pasaran global," katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di Putrajaya. 

Awal hari ini, wartawan sibuk 'mengejar' beberapa menteri di Putrajaya bagi mengetahui keputusan kabinet berhubung cadangan mengurangkan subsidi bahan api itu.

Adalah difahamkan bahawa jemaah menteri tidak membuat sebarang keputusan berhubung kenaikkan tarif elektrik atau isu lain berkaitan subsidi pada mesyuarat mingguannya hari ini.(malaysiakini)

Pengikut