Selasa, 18 Januari 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Salam Perjuangan

Posted: 18 Jan 2011 11:14 PM PST

Salam Perjuangan


BUKU JINGGA - BENARKAH MALAYSIA AKAN BANKRAP?

Posted: 18 Jan 2011 10:25 PM PST

MTD-RANTAU ABANG

Posted: 18 Jan 2011 11:08 PM PST

MTD-RANTAU ABANG


JOM UBAH:PAS GANTI UMNO

Posted: 18 Jan 2011 09:18 PM PST


PAS GANTI UMNO



JANJI 100 PAKATAN RAKYAT

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI

Posted: 18 Jan 2011 09:33 PM PST

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI


Posted: 18 Jan 2011 08:15 AM PST

PERTANDINGAN TAKRAW DUN SG BALANG VS DUN MAHARANI

Satu petang di Warong Parit Amal Jalan Seri Tanjung Muar : YB Dr Mohammad Taslim,ADUN Maharani, telah diberi penghormatan merasmikan Pertandingan Persahabatan Sepak Takraw di antara Pemuda DUN Sg Balang dan Pemuda DUN Maharani.Program ini dianjurkan bersama oleh Sdr Fuad dan Sdr Murad Ismail untuk mengeratkan silaturrahim di antara mereka .Ia juga memberi peluang kepada belia kita dengan tunjuk ajar daripada beberapa orang pemain veteran sepak takraw.

Sebanyak 10 pasukan telah mengambil bahagian dalam suasana meriah dengan disaksikan oleh pengunjung-pengunjung warong tersebut dan orang ramai. Semua pemain berpeluang menerima cenderamata berupa hamper setiap pasukan. Insya Allah program ini akan diteruskan pada masa yang akan datang dengan penganjuran yang lebih besar untuk memberi peluang seberapa ramai peserta.


YB Dr Mahammad mengucaokan tahniah kepada pihak penganjur kerana berjaya menarik minat belia-belia menghidupkan permainan sepak takraw yang menjadi sukan pilihan ramai satu masa dahulu.Moda ramai bakat baru dapat dicungkil untuk mewakili Malaysia di pertandingan antara bangsa kelak.
 
YB Dr Mohammad bersama-sama AJK Pertandingan
dan sebahagian daripada peserta.

 
 Teka di mana bola....
 Masa untuk menerima cenderamata.



 Di akhir majlis YB Dr Mohammad juga menerima hamper daripada
wakil penganjur, Sdr Fuad.

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'

Posted: 18 Jan 2011 09:29 PM PST

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'


Kalu Berani Turun Dilapangan.....

Posted: 18 Jan 2011 11:02 AM PST

PAS Negeri Sembilan

Posted: 18 Jan 2011 09:16 PM PST

PAS Negeri Sembilan


British prihatin nasib Melayu miskin lebih dari Umno

Posted: 18 Jan 2011 08:09 PM PST


Nenek Hasnah ditawarkan pampasan RM98,000 untuk tanah dan rumahnya di Rembau yang terlibat dengan pembinaan landasan keretapi berkembar. Mana nak dapat tanah yang luas dan rumah dengan RM98,000? Sesiapa yang boleh dapat tanah dengan rumah RM98,000 sila bantu nenek Hasnah. Penjajah British pun lebih prihatin terhadap Melayu yang merempat. Menurut Perlembagaan Tanah Melayu yang dideraf oleh British, tanah seekar jika diambil kerajaan, mesti diganti dengan seekar. HIDUP MELAYU? RAKYAT DIDAHULUKAN? UNTUK SIAPA?


BRITS CARED MORE FOR POOR MALAYS THAN UMNO'
Zefry Dahalan – Free Malaysia Today
January 19, 2011

Rembau MP Khairy is urged to be responsible and attend personally to the need of an 80-year-old resident.

REMBAU: The British colonial government was more concerned about the plight of poor Malays compared to Umno, said an opposition leader.

Rembau PKR chief Badrul Hisham Shaharin made the accusation after coming to learn about the plight of an 80-year-old resident in Kampung Halt Chembong here.

The resident, Hasnah Latif is upset with the amount of compensation she has received from the government, claiming that it is well below market value.

Hasnah's land and house is among the 40 houses in the village which have to make way for the double railway track project from Seremban to Gemas which passes through the district of Rembau and Tampin.

Hasnah claimed that the RM98,000 compensation is not sufficient for her to buy a plot of land and build another new house.

"From day one, I insisted that I don't want money and I told the staff at the Rembau parliament service centre to please replace my land and house, but this did not happen," she said.

Malay reserve land

Meanwhile, Badrul said the affected land is called "Tanah Adat" in Negeri Sembilan which is equivalent to the Malay reserve land.

"According to the Tanah Melayu Constitution that was drafted by the British, it's clearly written that any Malay reserve land that is developed must be replaced with the same amount of land.

"This means that if you take one acre, you must replace with one acre. This rule was enforced by the British to safeguard the rights of poor Malays who lived in kampongs at that point of time.

"In this context, I think the British were more concerned about the rights of poor Malays than Umno which claims to champion the race," he added.

Badrul also lambasted Rembau MP Khairy Jamaluddin's personal assistant, who purportedly told Hasnah to ask the PKR leader for compensation.

"She informed me that the PA told her that if she is not happy with the compensation, 'ask Badrul for a few hundred thousand ringgit'," he said.

"What kind of mentality does this man have mocking the old lady with such words. I urge Khairy as the Rembau MP to be responsible and attend personally to this problem," he added.

Badrul said he was told by the residents of the kampung that three different private real estate valuation companies gave a quotation of RM248, 000 for the land and the house.

"But the valuation by the parties developing the kampung land for the double railway track is just RM121, 000 in total," he added.

Meanwhile, Rembau PAS chief Mohd Taufek Abdul Ghani, who also visited Hasnah promised to raise matter during the state assembly sitting in April.

"This clearly shows that Umno-Barisan Nasional is not really concerned about the people," said the Paroi assemblyman.

http://www.freemalaysiatoday.com/2011/01/19/brits-cared-more-for-poor-malays-than-umno/

Rumah terbengkalai undang rasa kurang senang penduduk

Posted: 17 Jan 2011 10:21 PM PST

Sinar Harian 18 Jan 2011

TEMIANG – Sebanyak 13 unit rumah terbengkalai yang hanya siap 70 peratus di Taman Temiang Jaya di sini, menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan penduduk berikutan ia berdekatan dengan kawasan kediaman.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Temiang, Ng Chin Tsai ketika ditemui berkata, rumah teres dua tingkat yang dibina sejak 1998 lalu, sehingga kini masih tiada perkembangan pembinaan.

Menurutnya, pihaknya menerima pelbagai aduan daripada penduduk sekitar, mahupun pembeli mengenai projek terbengkalai itu.

Malah katanya, perkara itu juga telah dimaklumkan kepada kerajaan negeri agar mereka dapat mencari alternatif lain bagi membantu pembeli mendapatkan rumah mereka.

"Perkara ini telah saya bangkitkan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Disember lalu tetapi jawapan yang diterima tidak memuaskan.

"Jika projek perumahan ini tidak diteruskan, maka pembeli berdepan risiko kerugian kerana terpaksa membayar pinjaman bank, sedangkan rumah yang dibeli tidak siap sepenuhnya," katanya.

Chin Tsai berkata, sejak projek itu terbengkalai, ia turut mengundang bahaya dalam kalangan penduduk setempat.

Menurutnya, penduduk sering mengadu mengenai masalah nyamuk dan binatang liar seperti ular kerana keadaan kawasan sekeliling yang semak-samun.

"Bukan itu sahaja, saya juga khuatir jika kerajaan negeri, mahupun pihak berkaitan tidak membuat sesuatu terhadap kawasan projek ini, kemungkinan besar ia dijadikan kawasan untuk aktiviti penagihan dadah.

"Justeru, saya menggesa pihak berkenaan supaya melakukan sesuatu demi masa depan pembeli dan keselesaan penduduk sekeliling yang turut menerima impak dengan keadaan tidak terurus ini," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8635577.asp

Tangani segera masalah parkir

Posted: 17 Jan 2011 10:21 PM PST

Sinar Harian 18 Jan 2011

KUALA PILAH – Masalah tempat letak kenderaan di Pekan Kuala Pilah sudah lama diperkatakan dan terbaru, seramai 50 peniaga di Jalan Dato' Undang Johol menyuarakan hasrat mereka dengan memohon penyediaan tempat letak kenderaan yang lebih sistematik, di sini.

Wakil peniaga, Jacky Chong berkata, Ahli Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) pernah memaklumkannya, satu perancangan teliti giat dilaksanakan bagi mengatasi masalah kekurangan tempat letak kenderaan di Pekan Kuala Pilah.

"Mereka kata, sebuah jambatan akan dibina melalui Jalan Tun Yen, seterusnya menjadikannya sebagai jalan sehala di pekan ini.

"Setakat ini sudah dua kali pihak berkenaan membuat tinjauan mengenai perkara ini tetapi sehingga kini masih belum ada apa-apa tindakan yang diambil," katanya.

Jacky berkata, sekitar 2008, Menteri Besar ketika itu telah berjumpa dengan persatuan kaum Cina di Dewan Dato' Bahaman Samsudin pada majlis keramaian.

"Beliau telah mencadangkan supaya garisan kuning di Jalan Dato Undang Johol ketika itu ditukar kepada garis putih sebagai tanda boleh meletakkan kenderaan di sepanjang jalan, sekali gus mengurangkan masalah kekurangan tempat letak kereta.

"Pihak berkuasa turut memberi kelonggaran kecuali pada cuti umum iaitu Sabtu dan Ahad kerana mengundang kesesakan lalu-lintas serta menghalang kelicinan perjalanan sekiranya meletakkan kenderaan di sepanjang jalan berkenaan," katanya.

Menurutnya, walaupun telah diberi kelonggaran namun segelintir masyarakat masih takut meletakkan kenderaan mereka di situ kerana bimbang disaman atau denda.

Katanya, akibat sukar mendapat tempat meletakkan kenderaan, hanya 23 kedai sahaja yang masih beroperasi berbanding 92 buah sebelum ini.

"Keadaan ini menjejaskan perniagaan mereka dan ada juga beberapa peniaga tekad menutup perniagaan masing-masing.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8635938.asp

PAS Kawasan Miri

Posted: 18 Jan 2011 07:36 PM PST

PAS Kawasan Miri


Another BN Bad Project

Posted: 17 Jan 2011 08:07 PM PST

A new bus terminal cost 3.5 millions has been built almost 4 years ago left empty!!!
MMC must be explained to the Miri people ....

為了紓解市區的交通系統,確保公共巴士,包括外省巴士不至於一窩蜂湧入交通日益繁忙的­市中心,2007年美里市政局已劃分北區,中區和南區,建造3個巴士總站,供川行外省­和城市巴士停泊。當時市政局表示,預料在未來 3至5年內,可落實該項全盤計劃。

坐落在杜當區 emart 對面的 "北區巴士站" 的建設工程,耗資約 350萬令吉已經在2007年中完工。

今年2010年已經快結束了,為何完工了近四年還不用? 美里市政局必需要向人民解釋為何這種事會發生? 又來一個白象計劃?

350萬人民納稅的血汗錢就讓政府拿來這樣白白的浪費?為何一開始沒有妥善的規劃?

現在市政局要如何補救? 有沒有什麼補救的方法? 有沒積極的在做?

Dr Azman Ibrahim

Posted: 18 Jan 2011 07:30 PM PST

Dr Azman Ibrahim


Lari 3 km Selepas Kemalangan di Jabi

Posted: 18 Jan 2011 07:23 PM PST

Pemandu yang terlibat dalam kemalangan yang mengorbankan seorang wanita hamil di simpang tiga Kampung Bukit Jerok, Tok Dor dalam DUN Jabi melarikan diri dari lokasi kemalangan sebelum keretanya ditemui terbakar kira-kira 3 km dari tempat kejadian menghala ke Bandar Jertih. Mangsa Nor Amani Salleh, 28 meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Besut akibat kecederaan parah apabila kereta produa viva yang dipandu suaminya dirempuh sebuah proton persona ketika cuba membelok ke Kampung Bukit Jerok. Takziah dan ucapan simpati dari PAS DUN Jabi kepada seluruh keluarga mangsa. Semoga Allahyarhamah ditempatkan bersama para solehah.

Berita Buruk Untuk Khusrin

Posted: 18 Jan 2011 05:16 AM PST

Sultan Beri Perkenan Sidang DUN Selangor 24 Januari Ini


SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah memberikan perkenan baginda untuk persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor diadakan pada 24 Januari ini.

Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, hari ini mengesahkan baginda telah menandatangani perisytiharan pada 14 Jan lepas untuk persidangan itu diadakan selepas mendapat permohonan daripada pihak Dewan Undangan Negeri.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini berkata bahawa persidangan itu adalah untuk meminda Perkara 52 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 bagi mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar dalam melantik Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang Negeri.

Mee Segera Sudah Datang!

Posted: 17 Jan 2011 11:38 PM PST



Umno tidak pernah berubah dan tidak akan berubah! Sebagaimana irama biasa setiap kali berlangsungnya PRK walaupun dicanangkan tiada lagi projek mee segera, anda nilaikan sendiri laporan akhbar harian mengenai lawatan Najib ke Tenang pagi ini.

Najib umum RM1.6 bilion untuk pembangunan FELDA 2011/01/18

LABIS: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengumumkan peruntukan RM1.6 bilion bagi pembangunan FELDA dan agihan 500 lot tanah kepada generasi kedua di Johor yang akan dibangunkan dengan kos prasarana sebanyak RM8.5 juta.
Rakyat berfikirlah dengan penuh kemantangan. Jangan kerana habuan sehari dua akhirnya kita menderita tiga empat tahun.

RM1.13 juta untuk masjid, surau di DUN Tenang
2011/01/18

LABIS: Peruntukan RM1.13 juta akan diagihkan kepada lapan masjid, sembilan surau dan lapan sekolah agama di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada majlis Kenduri Sekampung di FELDA Tenang sebentar tadi.

Majlis Tindakan DUN N-23 Dusun Tua

Posted: 18 Jan 2011 07:29 PM PST

Majlis Tindakan DUN N-23 Dusun Tua


Khir : Selangor Dedah Projek RM273 Juta

Posted: 18 Jan 2011 04:37 PM PST


Beberapa syarikat milik seorang tertuduh dalam kes melibatkan tuduhan rasuah ke atas bekas menteri besar Dr Mohd Khir Toyo didakwa telah menerima projek berjumlah lebih RM273 juta dalam tempoh pentadbiran BN di Selangor.

Pendedahan mengejutkan itu juga melibatkan lima kontrak yang didakwa telah diberikan secara rundingan terus kepada syarikat-syarikat milik Shamsudin Hayroni. Pendedahan itu dibuat oleh setiausaha politik menteri besar Selangor Faekah Husin melalui satu kenyataan.

Menurut Faekah lagi, projek berkenaan termasuk lima projek yang diberikan secara rundingan terus kepada syarikat Majulia Sdn Bhd. Ia antara lainnya melibatkan satu pembinaan fasa pertama bagi kuarters kakitangan kerajaan dengan nilai lebih RM22.8 juta, serta pembinaan fasa keduanya dengan nilai RM61 juta.

Projek yang didedahkan itu turut melibatkan pembinaan bangunan sebuah perpustakaan, bernilai lebih RM71 juta, manakala satu projek lagi melibatkan pembinaan sebatang jalan di Sepang yang bernilai lebih RM73.7 juta.

Faekah juga berkata, satu lagi projek melibatkan sebuah stadium terbuka, pencawang elektrik, dua kebuk dan unit loji kumbahan di atas satu tapak kompleks sukan di Dengkil, bernilai hampir RM15 juta.

Faekah berkata, pendedahan itu adalah ekoran tindakan majlis mesyuarat kerajaan negeri pada 16 Disember lalu yang memutuskan untuk mendedahkan butiran mengenai projek berkenaan.

Ia antara lainnya bertujuan untuk memastikan kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat itu tidak dikaitkan dalam perbicaraan kes Dr Khir dan Shamsuddin Hayroni, kata Faekah lagi.

"Ini juga sejajar dengan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban pentadbiran yang didukung oleh Pakatan Rakyat yang sama sekali menolak sebarang penyelewengan dan salah guna kuasa di kalangan pemimpin dan ahli politik demi kepentingan peribadi.

"Kerajaan negeri berpendapat maklumat yang diberikan ini dapat membantu pihak berkuasa menjalankan siasatan," kenyataan itu dipetik.

DPPK PARIT

Posted: 18 Jan 2011 07:23 PM PST

DPPK PARIT


Isa Samad Dedah Pekung UMNO Tak Berapa Faham Islam, Maka itu Ada Penari Seksi Dan Bir

Posted: 18 Jan 2011 01:22 AM PST

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 18 Jan 2011 03:35 PM PST

Pemuda PAS Wangsa Maju


PERGINYA SORG BLOGGER PENCACAI UMNO 'YANG GAMBI'

Posted: 17 Jan 2011 11:07 PM PST

Akhirnya meninggal seorang blogger Abdul Aziz Baharom atau lebih dikenali sebagai Yang Gambi pada 13 Januari lalu akibat jangkitan kuman pada paru paru.


Allahyarham Abdul Aziz Baharom 56, telah di sahkan meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan.

Salam takziah dari dppwm.blogspot.com. Semoga rohnya mendapat diampunkan oleh Allah atas segala fitnah / domba yang dilemparkan kepada Pakatan Rakyat dan tidak diazab oleh Allah Taala dan amal pahala mu dapat menutupi segala dosa-dosa mu.


... posting yang terakhir dia pada 8 Januari 2011 yang lalu berkenaan dengan isu 'Karpal Singh peguam dan juga saksi Anwar meliwat ? Moga dalam masa 4 hari dia sempat bertaubat sebelum Malaikat Izrail mencabut nyawanya pada 13 Januari tue....
...Dan Ingatlah pada yang masih hidup bahawa Allah memberi balasan setiap apa yang kamu usahakan di atas dunia ini...

ISA PENDEK DAKWA TGNA 'LAGI GILA'

Posted: 17 Jan 2011 10:30 PM PST

Saya petik :- (MK) Lebih 1,000 orang, kebanyakan mereka masyarakat Cina dijamu dengan makan besar dengan minum bir percuma sambil dihiburkan dengan tarian seksi sempena jamuan makan malam 1Malaysia di Tenang malam semalam.

Selain itu, peserta yang bernasib baik juga berpeluang memenangi sebuah motosikal 100cc sebagai hadiah utama cabutan bertuah. Pada masa yang sama jamuan berkenaan juga diselitkan dengan ucapan politik daripada bekas naib presiden Umno, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

Dalam ucapannya, Isa tidak melepaskan peluang menyindir PAS yang didakwa cuba menunjukkan DAP sebagai parti yang mesra dengan Islam serta menerima Islam sebagai agama rasmi negara dan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

"Siapa tak boleh terima ini (status Islam dan Bahasa Melayu)? Tak ada siapa-siapa yang mengadu tentangnya. Tuan-tuan dan puan-puan, semua ini boleh diterima sebelum sertai DAP.


"(Musyidul am PAS) Nik (Abdul) Aziz (Nik Mat) lagi gila. Dia kata DAP sudah memahami Islam. Kita sebagai Muslim, kadang-kala tidak berapa faham. Macam mana (pengerusi DAP) Karpal Singh dan (pemimpin veterannya) Lim Kit Siang boleh faham Islam dengan hanya berkawan dengan PAS untuk dua atau tiga tahun? Semua ini penipuan," kata Isa.

JAWATAN KOSONG DI MAIS BUAT ANAK S'GOR

Posted: 17 Jan 2011 09:13 PM PST

Majlis Agama Islam Selangor mempelawa anak Negeri Selangor yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:

1. Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi (E27)

2. Penolong Pegawai Tadbir (N27)

3. Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam (S27)

4. Penolong Pegawai Perpustakaan (S27)

5. Pembantu Hal Ehwal Islam (S17)


6. Pembantu Tadbir (N17


7. Pembantu Penilaian (W17)


8. Juruteknik (Awam) (J17)


9. Penghantar Notis (N3)

Muat turun borang disini http://www.mais.net.my/images/stories/Iklan/Jkosong/2011/bpjkp10.pdf

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN http://www.mais.net.my/images/stories/Iklan/Jkosong/2011/bpmastautin11.pdf

maklumat lanjut layari : http://www.mais.net.my/
 
... try le apply

JANGAN LE KORG JADI BINI PM... SIBUK MEMANJANG

Posted: 17 Jan 2011 06:29 PM PST

...kalu tengok ke jadual Kak Mah... memang boleh semput dibuatnya... mujurla Kak Mah jenis org yang kuat... sanggup pergi ke mana sahaja samaada meneman suami atau sendiri-sendiri...





... lepas nie boleh buat galeri Rosmah... ala macam galeri PM kite dulu-dulu... tapi kali nie spesel untuk bini PM...


ISU AZAN : 'UMPAMA PEROGOL TANGKAP PEROGOL'

Posted: 17 Jan 2011 05:00 PM PST

Nampaknya Raj Nong Chik melalui Umno Lembah Pantai berlagak seperti seorang hero dalam menyelesaikan masalah terhadap seorang peguam yang didakwa meminta sebuah masjid di Kampung Kerinchi, Pantai Dalam di sini memperlahankan azan hari ini menyifatkan ia salah faham yang diperbesarkan pihak tertentu.


Peguam tersebut, Ng Kian Nam, pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili penduduk di kawasan Pantai Dalam turut memohon maaf secara terbuka kepada semua rakyat negara ini terutamanya orang Islam.

Ng yang juga ahli seumur hidup MCA berkata, isu azan yang melibatkan Masjid Al-Ikhlasiah itu hanya salah faham dan sudah diselesaikan.

"Saya nak pohon maaf terhadap semua orang Islam kerana menimbulkan salah faham itu ... sebenarnya saya tidak tahu bagaimana untuk membezakan antara azan dan kuliah subuh.

"Saya akui setiap orang ada kelemahan termasuk saya, saya tulis surat itu kerana tidak dapat bezakan antara azan dan kuliah subuh. Jadi saya pohon maaf secara terbuka sekiranya surat yang saya tulis telah timbulkan salah faham.
... umno yang berlagak hero sedangkan yang buat onar tue adik beradik dia...

"Secara terbuka saya pohon maaf kerana telah berlaku kekeliruan dan salah faham ini," katanya pada sidang media di pejabat Umno Lembah Pantai di sini.

NOH CERMIN DIRI DULU LA WOI...

Posted: 17 Jan 2011 04:42 PM PST

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar menyifatkan tindakan Exco kerajaan Selangor Ronnie Liu yang mengarahkan agar larangan orang Islam bekerja di premis menjual arak ditarik balik sebagai tidak menghormati undang-undang.


Noh berkata ini kerana larangan yang dikeluarkan MPSJ tersebut berdasarkan Seksyen 18(2) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 dan tidak bertentangan dengan mana-mana undang-undang lain.

"Yang keduanya kalau semua orang nak bertindak macam DAP nak campur tangan dalam soal-soal agama orang lain maka dia akan menimbulkan suasana yang tidak harmonis," katanya ketika dihubungi Bernama.

Noh berkata sewajarnya Liu membiarkan soal membabitkan umat Islam itu ditangani oleh pihak yang bertanggungjawab terhadap agama Islam.

Beliau diminta mengulas mengenai tindakan Liu yang juga Exco Perumahan dan Kerajaan tempatan yang mengarahkan MSPJ menarik balik larangan itu atas alasan mahukan penelitian semula selain kerajaan negeri tidak dimaklumkan mengenainya.

Noh juga menegaskan penguatkuasaan yang dilaksana MPSJ itu mendapat sokongan penuh Barisan Nasional (BN) negeri.
"Kita nak tengok pendirian PAS adakah mereka juga akan tunduk kehendak DAP ataupun mereka akan bertegas meyokong penuh tindakan MPSJ," kata Noh.

Difahamkan larangan ini perlu dipatuhi oleh pemilik pusat hiburan yang menjual arak sebelum lesen mereka diperbaharui oleh MPSJ.

... bila la UMNO laknatullah nak adakan enekmen melarang umat Islam kerja di premis yang melibatkan arak???...

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 18 Jan 2011 03:16 PM PST

ULAMA PEWARIS NABI


PM KATA RM1.6 BILION ! ADA LEBIHAN RM400 JUTA LAGI, TAPI MANA DETAILNYA?

Posted: 18 Jan 2011 02:28 PM PST

PM berkempen dengan gula-gula getahnya yang boleh menanjal sambil memperbodohkan rakyat umumkan bantuan RM1.6 bilion dan lepas tu ada lebihan pula.Aik? boleh tahu lebih pula, ini bermakna PM selalu bajet lebihan sehingga setengah bilion? Buruk lantak!
Jangan nak berlagaklah, kalau DSAI jadi PM pun boleh umum bilionbilion tapi tak selarap itu banyaknya siap ada lebihan pula.

Harga barang naik, itulah yang menanti rakyat sebaik tahun 2011 menjelma. harga barangan keperluan harian telah naik sejajar dengan kenaikan harga bahan mentah terutamanya gas, minyak dan lain-lain cukai.

Seperti biasa, para pemimpin akan memberikan alasan lapuknya yang sudah diketahui umum. Juga para menteri akan mengingatkan rakyat supaya berhemah dalam berbelanja sejajar dengan wang ada. Kesemua lawak pak menteri itu sudah tidak menjadi lawak lagi kerana majoriti rakyat hari ini semakin cerdik dan celik maklumat.

Rakyat mula sedar mereka sewenang-wenangnya terpaksa menanggung segala kos kenaikan akibat penarikan balik subsidi. Alasan klise penarikan subsidi ialah kerajaan tidak mampu lagi menanggung beban tersebut dan rakyat kononnya perlu bersama-sama menanggung beban.

Namun, dalam hal ini para pemimpin sama ada tidak sedar (atau buat-buat tidak sedar) bahawa rakyat turut memerhatikan dan menghadam setiap maklumat tentang projek-projek besar kerajaan yang menelan kos bilion ringgit, tetapi pada masa yang sama projek itu tidak mendatangkan apa-apa manfaat kepada rakyat.

Seolah-olah pemimpin hari ini buta sejarah. Mereka patut sedar bahawa kejatuhan hampir semua empayar besar dan kecil didunia akibat pemerintah yang tidak lagi ambil kisah keluh-kesah rakyat.

Oleh itu kisah yang berlaku di Mesir pada zaman Abbasiyah ini wajar diambil iktibar oleh pemimpin dan rakyat Malaysia.

Pemerintah Mesir pada masa itu ialah Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz. Baginda memerintah Mesir pada 1259 hingga 1260. Antara jasa beliau yang paling diingati ialah kejayaannya menewaskan tentera Mongol dalam peperangan Ain Jalut.

Pada ketika itu seluruh kota Islam iaitu Baghdad, Syria dan Asia Tengah sudah ditakluki tentera Mongol. Hanya tinggal adalah tiga kota Islam iaitu Makkah, Madinah dan Mesir.

Untuk menghadapi kemaraan Mongol ini Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz mengarahkan cukai agar cukai dinaikkan bagi menampung kelengkapan dan perbelanjaan perang.

Justeru itu cukai-cukai dinaikkan sehingga membebankan rakyat. Para ulama telah dipanggil supaya memberi fatwa kerana zaman itu adalah zaman Islam dilaksanakan. Ulama-ulama disoal tentang kewajaran cukai tersebut, semua ulama mengizinkan pemerintah menaikkan kadar cukai bagi menyediakan keperluan pertahanan kerana negara berada dalam keadaan darurat.

Namun, dalam kalangan ulama tersebut ada seorang dengan tegas membantah tindakan pemerintah mesir itu. Padahal semua maklum suasana ketika itu adalah DARURAT.

Ulama tersebut ialah Izzuddin Abdus Salam (Al-Iz Abdul Salam). Bagi sultan, persetujuan ulama ini amat penting kerana pengaruh beliau lebih tinggi daripada sultan Mesir sendiri. Oleh hal yang demikian Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz mengadap beliau (bukan ulama mengadap pemimpin) memohon restunya dan sokongan terbukanya untuk menaikkan cukai demi keselamatan negara.

Al-Iz Abdul Salam bersetuju pada dasarnya dan akan mengumumkan persetujuannya di dalam khutbah jumaat pada hari itu. Beliau meminta Sultan hadir sama bersolat jumaat dan baginda boleh mendengar sendiri khutbah Jumaat dan persetujuan Al-Iz Abdul Salam.

Di dalam khutbah Al-Iz Abdul Salam menyokong perancangan pemerintah hendak mengunakan cukai dengan satu syarat sahaja iaitu sultan dan keluarganya hendaklah terlebih dahulu menjual istana-istana mereka serta perhiasan-perhiasan yang ada pada mereka dan anak isteri mereka semuanya dan digunakan untuk perbelanjaan peperangan. Jika tidak cukup maka barulah cukai baru kepada rakyat dikenakan.

Tentu sahaja pendapat ulama itu kurang disenangi oleh Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz. Namun, baginda akhirnya akur dengan saranan tersebut.

Berkat mematuhi saranan ulama berkenaan, juga restu rakyat, baginda akhirnya berjaya dalam misinya mengalahkan tentera Mongol pada 3 September 1260, di tempat yang bernama Ain Jalut. Kemenangan baginda ini menyebabkan tentera Mongol menghentikan usaha untuk menakluk negeri lain akibat kerugian dan kekalahan yang dialaminya.

Iktibar daripada kisah Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz dan Izzuddin Abdus Salam amat wajar diteladani khususnya dalam menghadapi suasana kenaikan kos hidup kini.

Jika dalam keadaan darurat pun tidak dibenarkan bebanan didahulukan kepada rakyat, apatah lagi dalam keadaan Malaysia yang dikata ekonominya sedang berkembang pesat.

Pada ketika inilah pemimpin mestilah terlebih dahulu menunjukkan sikap berjimat cermat. Namun, yang berlaku pada hari ini para pemimpin menyuruh rakyat berhemat dalam berbelanja tetapi pada masa yang sama mereka menggunakan wang cukai untuk projek yang tidak mendatangkan manfaat kepada majoriti rakyat.

Contohnya cadangan membina menara warisan yang membabitkan wang RM5 bilion. Walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjelaskan menara 100 tingkat itu dirancang dan dicadangkan Permodalan Nasional Bhd (PNB) kepada kerajaan.

Jika benar pun pembinaan menara ini daripada PNB, apakah PM tidak boleh mencadangkan kepada PNB agar wang tersebut digunakan untuk menampung kos kenaikan harga gas/minyak misalnya. Perlu diingatkan bahawa PNB adalah syarikat GLC yang kerajaan juga mempunyai saham didalamnya.

Para pemimpin pula secara sukarela memotong elaun mereka dan dimasukkan ke dalam tabung khas demi menampung kenaikan kos gas/minyak, tol dan sebagainya. Jika dilakukan, berapa banyakkah wang negara dapat dijimatkan. Majlis-majlis yang kurang memberi manfaat kepada rakyat wajar ditangguhkan, termasuk majlis sambutan tahun baru. Mungkin kos sambutan tersebut sekadar ratusan ribu, tetapi jika ada 10 majlis yang seumpamanya, berapakah kos yang terpaksa dikeluarkan?

Janganlah pula mengatakan bahawa kos sambutan tersebut ditanggung oleh pihak swasta atau sumbangan peribadi. Lebih elok jika wang tersebut diambil tetapi digunakan untuk keperluan rakyat seperti memberi biasiswa kepada pelajar miskin.

Slogan rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan, adakah bermaksud rakyat didahulukan membayar segala kos kenaikan hidup? Rakyat didahulukan merasai kesusahan? Rakyat didahulukan membayar segala kenaikan cukai?

Adakah kita akan selamanya akan membiarkan kita "didahulukan"? Jika terlalu sukar untuk memahami kesusahan rakyat dan tidak pernah ambil pusing tentang kenaikan kos sara hidup. Eloklah kita turunkan sahaja mereka. mari kita mulakan dalam PRK Dun tenang ini.

SULTAN DAH PERKENAN , TAKKAN ADUN BN/UMNO NAK LIGAN!

Posted: 18 Jan 2011 04:05 AM PST

Komen : Masa inilah ADUN BN terutama ADUN UMNO tunjukkan kesetiaan dan menaikkan martabat rajaraja Melayu yang telah dihilangkan oleh Tun Dr Mahathir semasa pemerintaha Tun M dahulu. Mereka bukan sahaja perlu hadir malah perlu memberi sokongan padu untuk cadangan Pakatan Rakyat agar dikembalikan kuasa Sultan yang telah dihilangkan.

Sultan beri perkenan sidang DUN Selangor 24 Januari ini

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah memberikan perkenan baginda untuk persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor diadakan pada 24 Januari ini.

Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani,Selasa mengesahkan baginda telah menandatangani perisytiharan pada 14 Jan lepas untuk persidangan itu diadakan selepas mendapat permohonan daripada pihak Dewan Undangan Negeri.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini berkata bahawa persidangan itu adalah untuk meminda Perkara 52 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 bagi mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar dalam melantik Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang Negeri. -18/1/2011

PM SURUH KERJA KERAS BUKAN KEMPEN GUNA MINUMAN KERAS?

Posted: 18 Jan 2011 02:04 AM PST

Komen : Kita mungkin tidak mengetahui kod rahsia Najib agar BN menang selesa dengan kerja keras bermakna guna apa cara walau guna minuman haram untuk bukan Islam.
LABIS 18 JAN : Sambutan 1Malaysia di Tenang dihidangkan dengan tarian seksi dan minuman bir percuma.

Majlis anjuran Umno itu dihadiri orang bukan beragama Islam, portal Malaysiakini melaporkan, kira-kira 1,000 orang hadir, rata-rata masyarakat Cina.

Selain itu, peserta yang bernasib baik juga berpeluang memenangi sebuah motosikal 100cc sebagai hadiah utama cabutan bertuah. Pada masa yang sama, jamuan berkenaan juga diselitkan dengan ucapan politik daripada bekas naib presiden Umno, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

Dalam ucapannya, Isa mempertikaikan kewibawaan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan memperlekehkan janji 100 Hari Pakatan Rakyat.

Ironinya, walaupun Isa memperlekehkan janji 100 Hari Pakatan Rakyat namun ketuanya sendiri tidak sanggup untuk berdebat dengan Anwar dengan memberikan pelbagai alasan tidak munasabah.

Beliau juga, turut menyindir PAS yang didakwa cuba menunjukkan DAP sebagai parti yang mesra dengan Islam serta menerima Islam sebagai agama rasmi negara dan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Isa sebelum ini digantung sebagai ahli Umno kerana terbabit dalam rasuah politik dalam pemilihan parti itu.

Baru-baru ini selepas dilantik menjadi Pengerusi FELDA, beliau dalam ucapan sulung kepada kakitangan organisasi itu memberi amaran akan mengambil tindakan tegas jika didapati menyokong Pakatan Rakyat.

Sebelum ini di Galas, Gua Musang Umno menggunakan taktik yang sama dengan menghidangkan minuman keras kepada masyarakat Orang Aslal di kawasan pedalaman Kelantan itu.

sumber

BIASA DIBENCI TAPI JUMPA MB TERUS DIPUJI

Posted: 18 Jan 2011 12:36 AM PST


Kunjung Hormat Dato' Seri Mohamed Nazri bin Tan Sri Abdul Aziz ke pejabat YAB Menteri Besar Kelantan sempena lawatan kerja beliau ke Kelantan pada 18 Januari 2011. Sebelah kiri ialah Dato Sri Setia Raja Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.
Benarkah Anak Allahyarham Tan Sri Abd Aziz ini yang pertama beradab dengan memberi kunjungan hormat pada MB Kelantan Dato Tok Guru Nik Abd Aziz ?
Kalau benar , alhamdulillah , mudah-mudahan ada peningkatan dan perubahan dalam hatinya semoga Allah memberi taufik dan hidayah agar beliau tidak memperlekehkan orang Alim/Ulama/Imam dan pemimpin lain dengan mengkhinzir buta.

ORANG BUKAN ISLAM AJAK KERAJAAN BN SOKONG & DOKONG TABUNG KHAS ORANG ISLAM!

Posted: 17 Jan 2011 10:53 PM PST

DAP Selangor sanggup beri sokongan dan sumbangan kepada tabung khas pekerja Islam.

KUALA LUMPUR, 18 Jan: Setiuasaha DAP Selangor, Lau Weng San menyokong penuh cadangan Menteri Besar Selangor untuk menubuhkan tabung khas bagi membantu pekerja Islam yang mahu bertukar kerja ke tempat yang halal.

Beliau yang juga Adun Kampung Tunku sanggup memberikan sebahagian dari bajet untuk kawasan yang diwakilinya ke tabung ini dan mengajak kerajaan Persekutuan juga menyokongnya.

"Saya mahu jadi yang pertama di Malaysia (menyokong tabung ini)," kata Lau Weng San dalam blognya.

Beliau melahirkan rasa kesalnya dengan tindakan sesetengah media yang membuat laporan negatif dan tidak benar dengan apa yang berlaku dalam kes sekatan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).

"Kita bukan U Turn. Apa yang dibuat oleh kerajaan bukannya menarik balik peraturan itu tetapi meminta pelaksanaannya ditangguhkan sehinggalah kerajaan mengkajinya," kata Lau Weng San.

MPSJ telah meluluskan peraturan di bawah undang-undang kecil untuk melarang umat Islam dari bekerja di pusat-pusat hiburan yang menghidangkan arak sesuai dengan Enakmen Jenayah Syariah Selangor.

Namun, memandangkan ianya dibuat tanpa melalui kerajaan negeri, peraturan itu tidak akan dilaksanakan dahulu sehingga ianya selesai dikaji dan kerajaan negeri membuat persediaan yang sewajarnya.

Antaranya, kerajaan negeri Selangor mencadangkan agar diadakan satu tabung khas untuk membantu pekerja Islam yang mahu berhenti dari bekerja di tempat sedemikian di samping membantu mereka mencari pekerjaan baru yang halal.

Cadangan inilah yang disokong oleh Setiausaha DAP Selangor, Lau Weng San ini.-hrkh-

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted: 18 Jan 2011 01:21 PM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Pas serius bangunkan pendidikan pra-sekolah

Posted: 18 Jan 2011 04:56 AM PST


MELAKA: Kerajaan BN tidak serius dalam memajukan pendidikan prasekolah di negara ini, kata Pengarah Pasti Pusat, Azrin Ab Majid ketika merasmikan Majlis Konvokesyen Guru Pasti Melaka dan Negeri Sembilan 2010 bertempat D' Village Ayer Keroh, dekat sini, baru-baru ini.

"Kerajaan BN yang menerajui kepimpinan negara hari ini tidak serius dalam memajukan pendidikan pra-sekolah di dalam negara ini dan kalau kita lihat usaha kerajaan untuk tujuan tersebut cuma sekitar 65 peratus sahaja.

"Kerajaan hanya jadikan agenda besar kepada pendidikan prasekolah ini hanya pada tahun 2003 berbeza dengan PAS yang meletakkan Pasti sebagai pembentukan asas individu Muslim sejati sejak di awal usia.

"Untuk itu kita mempunyai ruang dakwah yang sangat besar di depan mata kita dalam mengisi kekosongan atau kelompangan ini. Ia satu peluang untuk memberi sumbangan besar Kerjanya juga tentulah besar serta memerlukan komitmen yang tinggi dari pada semua pihak," ujar beliau.


Tambah beliau, PAS telah berjaya meletakkan program prasekolah hanya di bawah satu organisasi iaitu Jabatan Pasti berbanding pihak kerajaan yang terbahagi kepada beberapa kementerian hingga menyebabkan kecelaruan seperti Kemas, Jaim, prasekolah dan terbaru di bawah Permata Negara.

"Ini menunjukkan bahawa mereka tak serius untuk memajukan anak bangsa kerana di situ adanya berbagai kepentingan untuk diri mahupun kroni melalui peruntukan yang disalurkan, bukannya melihat atas kepentingan masa depan kanak-kanak tersebut. Syukur walaupun dihimpit dan ditekan kita masih boleh menambah cawangan dan pelajar pada setiap tahun. Kita mahu Pasti terus maju melalui komitmen semua pihak agar generasi yang dididik dengan asas Islam ini mampu memimpin negara kelak," katanya.

Penganugerahan tauliah Sijil Perakuan Pasti Malaysia ini diberikan kepada guru-guru yang berjaya menamatkan kursus asas perguruan dan lanjutan Pasti. Seramai 30 orang guru dari Melaka dan 29 guru dari Negeri Sembilan berjaya menamatkan kursus.

Turut hadir pada majlis itu Ketua Pemuda PAS Melaka, Ustaz Kamarudin Sidek; Ketua Muslimat PAS Melaka, Dr Khatijah Jumangat; Pengarah Pasti Melaka, Abdul Kadir Dewa dan Pengarah Pasti Negeri Sembilan, Ustaz Nazri Zainuddin.

Sumber : Harakah keluaran 28 Muharam - 2 Safar 1432 / 3 - 6 Januari 2011

Pas Cawangan Kota Kemuning

Posted: 18 Jan 2011 01:04 PM PST

Pas Cawangan Kota Kemuning


Premis arak :Umno mahu kutip untung, bukan ikhlas dengan islam

Posted: 17 Jan 2011 03:57 PM PST

Batu Gajah Mari

Posted: 18 Jan 2011 11:39 AM PST

Batu Gajah Mari


Takbir kuat, Kerja tak buat !!

Posted: 18 Jan 2011 12:50 AM PST

Kita bukan seperti mereka.

Oleh: Khalil Samad

Takbir ialah sebutan Allahu Akbar yang bermaksud "Allah Adalah Yang Terbesar". Manakala yang lainnya adalah yang paling kecil dan mesti dipinggirkan apabila bertembung dengan Kehendak Allah S.W.T.


Malangnya ramai orang yang menyebut Allahu Akbar sebagai satu tradisi sahaja….inilah masalah besar yang berlaku di kalangan umat Islam sejak kebelakangan ini.

Paling kita kecewa lagi banyak masjid maka lagi banyak laungan takbir….bagus …tapi masjid hambar, sunyi dan disekat untuk memperkasakan laungan agung itu…..retorik dan itu tanda – tanda akhir zaman dan kehancuran dunia semakin dekat.

Kali ini teman nak menulis berkaitan dengan takbir kerana teman perhatikan [ dengan izin ] banyaknya bertakbir tapi kerja – kerja berjamaah seperti mesyuarat, usrah, program dan sebagainya tak seperti janjinya kepada takbirnya itu tadi malah ada yang tak ambil kisah….takbir kuat kerja tak buat.

Memang mudah kita menyebut kalimah agung ini tapi kenapa dan mengapa isu negara yang terbentang luas memihak kepada perjuangan Islam ini langsung kita tidak syarah untuk turun kebawah menerangkan kepada masyarakat setempat sekurang – kurangnya di kampung kita….inilah masa masanya kita menunaikan tuntutan ALLAHU AKBAR itu.

Realitinya laungan takbir telah menjadi kemestiaan dan tradisi bagi pendokong PAS dimana – mana program samada berbentuk dalaman ataupun luaran bagi menyemarakkan perjuangan.

Teman teringat diera tahun 80an dulunya dalam satu majlis ceramah Almarhum Dato` Fadzil Mohd Nor dikawasan Gopeng dimana ketika dalam ucapan almarhum yang padu dan bermantiq dengan isu mutakhir negara ketika itu….sering diganggu oleh seorang yang bersemangat dengan laungan takbirnya bertalu – talu didepan pentas lalu disambut oleh hadirin yang hadir dan menyebabkan almarhum berkata ` Ya Sheikh…Islam tidak pernah dengan ashik bertakbir sahaja tapi kita mesti menunaikan tuntutan itu untuk bekerja memenangkan Islam ``….akhirnya membuatkan saudara kita yang kesukaannya bertakbir itu tadi diam tanda faham….akhirnya ucapan almarhum berjalan dengan baik dan sekali – sekala terdengar hadirin bertakbir.

Ada satu majlis yang dihadiri oleh Mursyidul Am PAS..ketika tuan guru berucap seorang veteran PAS diibukota Kuala Lumpur yang terkenal dengan gelaran `Pak Din Hancor ` sering menyebut ` hancor umNO ` lalu tuan guru berkata ` itu juga sebahagian doa kita kerana terlalu banyak umNo membuat kerosakan dimuka bumi ini `` lalu disambut lanungan takbir hadirin.

Teman nak ceritakan dalam satu program teman dengan mufti Perak DS Dr.Harussani dulunya….terkadang – kadang teman ` getek `kerana nampak macam bersama perjuangan Islam tapi dot dot dot….pernah berdensing telinga teman….beliau menyebut bahawa `` saya malas nak menerima jemputan program di Kedah kerana tak habis – habis….takbir takbir takbir…katanya ``…..dalam hati teman kata ` orang tua ni kalau aku menjawab….malu pulak dia ``….akhir teman diam tanda mengawal kemarahan teman tadi.
Semoga kalimah Allahu Akbar terus bergema memenuhi segenap penjuru semesta….bermulalah episod baru politik negara….negara akan disajikan dengan pemerintahan Islam yang syumul.
Moga negara akan dilimpah dengan segala kerahmatan dan kemuliaan dari Allah SWT.

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai

Posted: 18 Jan 2011 11:26 AM PST

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai


Himpunan Kebangkitan Rakyat; PAS ganti Umno

Posted: 17 Jan 2011 03:12 PM PST

30,000 Orang Jayakan PGU !!


Hari ini, Awang terasa sangat letih pada seluruh badan dan tidak bercadang untuk menulis dengan lebih panjang.
Storynya, mengenai sama ada 'kejayaan' PAS melaksanakan projek "PAS Ganti Umno" atau 'kegagalan' Barisan Nasional untuk sekat penganjuran program tersebut.
Cuma….Awang akan paparkan serba sedikit rakaman foto-foto pada sehari pelancaran Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman.
'SELAMAT DATANG'…Pimpinan PAS dan orang ramai sedang menunggu ketibaan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.
Dua pesilat veteran yang membuat persembahan sebahagian dari gimik awal pada Majlis Pelancaran Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat diberi baju T untuk dipakai pada program Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.

Bendera besar yang dipasang berhampiran pintu gerbang 'PAS Ganti Umno' sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.
Bendera besar yang dipasang berhampiran pintu gerbang 'PAS Ganti Umno' sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.
Pimpinan Pakatan Rakyat dari kiri Pengerusi DAP Terengganu, Ng Chai Hing, Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali, Ketua Umum PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim (bersongkok), Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Harun Taib di pentas utama Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.
Sebahagian dari orang ramai yang hadir ke Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.
Sebahagian dari 3,000 buah Pemuda PAS berkonvoi motosikal daripada Masjid Bukit Kuang, Chukai mengiringi pimpinan PAS Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ke Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.
'GIMIK'…Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sama-sama memukul paluan gong sebagai tanda perasmian Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.
'AMANAT'… Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat menyampaikan Amanat Khas kepada para hadirin Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.
Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berucap merasmikan Pelancaran Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.
Muslimat PAS berteduh di celah rimbunan pokok rhu di tepi pantai Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.
Belon 'gergasi' PAS Ganti Umno yang dinaikan sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.

Pasukan gendang silat yang didatangkan khas bagi menyambut kehadiran Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di majlis perasmian Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.
'SAMBUT'….Timbalan Pesuruhjaya (I) PAS Terengganu, Dato' Abu Bakar Chik dan Setiausaha PAS Terengganu, Yahaya Ali menyambut ketibaan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Harun Taib pada Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.
Pasukan motosikal berkuasa tinggi yang mengiringi Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ke Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.
'KASIH BAPA'… Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang turut membawa seorang puterinya ke Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.
Ketibaan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat disambut oleh Pengarah MTD Chukai, Hanafiah Mat ke Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.
Ketibaan dua pemimpin iaitu Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang disambut oleh Pengarah MTD Chukai, Hanafiah Mat ke Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.
Ketibaan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat disambut oleh Pengarah MTD Chukai, Hanafiah Mat ke Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.
Baju T 'PAS Ganti Umno' berwarna hijau untuk peserta muslimin dan selendang hijau bagi peserta muslimat dibuat khas untuk program Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.
'LAUTAN MANUSIA'…orang ramai yang hadir ke Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.
'CURI TUMPUAN'…tiga orang anak muda yang berada di atas pokok untuk melihat dari dekat pemimpin Pakatan Rakyat di pentas utama Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.
Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berucap pada Majlis Ceramah Perdana Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.
'DERMA'….para petugas Unit Amal sedang mengira wang sumbangan derma kilat yang dilancarkan sempena program Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.
Orang ramai terutama anak-anak muda mengambil peluang bersalam dengan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut yang juga Timbalan Pesuruhjaya (II) PAS Terengganu, selepas Ceramah Perdana Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.
Orang ramai terutama anak-anak muda mengambil peluang bersalaman dengan Ketua Pembangkang Malaysia, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang juga Ketua Umum PKR, selepas Ceramah Perdana Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.
Sebahagian dari 3,000 buah Pemuda PAS berkonvoi motosikal daripada Masjid Bukit Kuang, Chukai mengiringi pimpinan PAS Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ke Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.
'SANTAI'…Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berehat selepas menyertai pertandingan memancing pada Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.
Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berucap pada majlis perasmian Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.
Pimpinan Pakatan Rakyat dari kanan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat, Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali, Pengerusi DAP Terengganu, Ng Chai Hing dan Timbalan Pesuruhjaya (I) PAS Terengganu, Dato' Abu Bakar Chik di pentas utama Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.
Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Harun Taib turut menderma pada program Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim antara tetamu pada Majlis Ceramah Perdana Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno di Dataran Tok Guru, Kampung Geliga Besar, Chukai Kemaman, pada 15 Januari 2011, lalu.
Kesimpulannya, Awang minta pembaca menilai sendiri daripada paparan gambar-gambar yang dirakamkan pada hari program tersebut berlangsung. Sama ada berjaya atau tidak nilailah sendiri. Ada mata lihat…ada mulut cakap…ada akil fakir-fikirkan. - apa orang kata

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 18 Jan 2011 09:34 AM PST

Mohamad Taufek Abd Ghani


HARI KHIDMAT PERAWATAN ALTERNATIF

Posted: 17 Jan 2011 07:28 PM PST

Tarikh : 22 Jan 2011 (Sabtu)
Masa : 9 pg - 5 ptg
Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang
Untuk lelaki sahaja dengan bayaran berpatutan untuk mengisi Tabung Kebajikan Bantuan Keluarga

Maklumat lanjut sila hubungi Saudara Sahrizal 017-4680125

Perkhidmatan Yang Disediakan :
- Urutan Badan/Lenguh
- Refleksologi/Urut tapak kaki
- Kiropraktik/Urut tulang belakang
- Bekam/Angin,Darah/Jarum Steril 7 titik
- Akupuntur

Anjuran Jawatankuasa Surau Taman Alamanda dengan kerjasama Unit Amal Rembau

***************************************

KUPON AMAL – RAWATAN ALTERNATIF
Projek Tabung Kebajikan Bantuan Keluarga

KUPON RM 60
Sah sebelum 31 Dis 2011 untuk salah satu rawatan berikut (untuk lelaki sahaja):
- Urutan Badan/Lenguh
- Refleksologi/Urut tapak kaki
- Kiropraktik/Urut tulang belakang
- Bekam/Angin,Darah/Jarum Steril 7 titik
- Akupuntur

Untuk temujanji hubungi Sahrizal Masrudin 017-4680125

Rawatan rumah ke rumah sekitar Seremban/Rembau/Mantin atau di Pusat Rawatan Tibbun Mubarak, 5408, Jln SJ 5/1,Taman Seremban Jaya

Anjuran Unit Amal Rembau

BADAN SIHAT , IBADAH MUDAH





N45 Dr Halimah Ali

Posted: 18 Jan 2011 09:26 AM PST

N45 Dr Halimah Ali


FIKIR GUNA OTAK ATAU KEPALA LUTUT YA SYEIKH ISA

Posted: 17 Jan 2011 09:20 PM PST

"(Musyidul am PAS) Nik (Abdul) Aziz (Nik Mat) lagi gila. Dia kata DAP sudah memahami Islam. Kita sebagai Muslim, kadang-kala tidak berapa faham. Macam mana (pengerusi DAP) Karpal Singh dan (pemimpin veterannya) Lim Kit Siang boleh faham Islam dengan hanya berkawan dengan PAS untuk dua atau tiga tahun? Semua ini penipuan," kata Isa Samad. CERITA PENUH DI SINI

PAS KAWASAN KANGAR

Posted: 18 Jan 2011 09:22 AM PST

PAS KAWASAN KANGAR


Suasana Diskusi Ketuanan Melayu @ Ketuanan Islam

Posted: 18 Jan 2011 07:45 AM PST




Suasana Kuliah Ustaz Khairul Ikhwan di Surau Titi Midin

Posted: 18 Jan 2011 02:19 AM PST





Najib: Saya? Takut kepada Anwar?

Posted: 18 Jan 2011 12:12 AM PST

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata beliau tidak gentar untuk berdebat dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tetapi ketua pembangkang itu terlebih dahulu perlu 'menyelesaikan masalah peribadinya', khususnya tuduhan liwat sebelum campur tangan dengan urusan lain.

najib having lunch"Kenapa saya harus takut berdebat dengannya? Saya adalah perdana menteri. Saya ada semua maklumat. Kalau saya dedahkannya... adoi... dia akan demam," perli Najib sambil disambut gelak ketawa oleh lebih 7,000 peneroka di Felda Chemplak, Tenang hari ini.

"Perlukah saya berdebat dengannya? Tanya Najib dan kali ini disambut dengan jeritan "tidar" oleh para hadirin.

Anwar mencabar Najib supaya berdebat dengannya apabila perdana menteri memperlekehkan rancangan reform 100 hari Pakatan Rakyat yang dijadual dilaksanakan sekiranya mereka menawan Putrajaya.

NONENajib juga menafikan dakwaan kerajaan merancang memerangkap Anwar dengan menjadi dalang dalam kes liwat II yang membabitkan bekas timbalan perdana menteri itu.

"Bukan kerajaan yang membuat laporan polis. Saiful yang membuat laporan itu," katanya merujuk kepada pengadu kes berkenaan Mohd Saiful Bukhari Azlan.

"Anwar kata Saiful adalah budak pembancuh teh. Saya tidak tahu jenis teh yang dihidangkan. Mungkin the jenis khas," kata Najib yang berkias dan sekali lagi disambut gelak ketawa hadirin.

"Ini adalah masalah peribadi. Dia ada masalah peribadi. Tolong selesaikan masalah peribadi anda sebelum membuat perkara lain," kata Najib.

MK


KHIDMAT MERU

Posted: 18 Jan 2011 09:18 AM PST

KHIDMAT MERU


REMAJA OKU HILANG

Posted: 17 Jan 2011 08:45 PM PST


Seorang remaja OKU telah hilang dari rumah sejak 13 Jan 2011. Beliau adalah OKU Fizikal & Mental. Ibubapa nya telah datang ke pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Dun Meru membuat aduan.
Beliau berharap semua pihak dapat membantu menyebarkan berita ini supaya anaknya dapat kembali semula.Segala maklumat boleh berhubung melalui tel : 016 3688245 @ Balai Polis berdekatan.

Pemuda Guchil

Posted: 18 Jan 2011 09:16 AM PST

Dewan Pemuda Pas Sepanggar

Posted: 18 Jan 2011 09:10 AM PST

Dewan Pemuda Pas Sepanggar


Jelajah Futsal bersama Belia

Posted: 17 Jan 2011 07:41 PM PST


Masa : 8 malam
Tarikh : 14 Januari 2011
Venue : Pusat futsal Rampaian, Menggatal, Kota Kinabalu, Sabah


Alhamdulillah telah selesai perlawanan futsal antara Unit Amal (Pemuda PAS Sepanggar) dan Pemuda Kg.Kelansanan. Perlawanan persahabatan ini adalah perlawanan ke-3 kami dalam siri jelajah futsal tahun ini. Sebelum ini kami telah berjaya mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan Futsall Kg Kobuni, Inanam dan Kg. Gintisan.

Berikut adalah sedikit paparan aksi-aksi sepanjang perlawanan tersebut :

Team Pemuda Sepangar menanti giliran untuk beraksi

Sesi bergambar dan majlis penyampaian hamper

Perlawanan persahabatan dengan belia Kg.Koboni sebelum dari ini

Jumpa lagi kita dalam perlawanan seterusnya. 

Pemuda Bersamamu v3

Posted: 18 Jan 2011 09:04 AM PST

Pemuda Bersamamu v3


Sempat sertai konvoi PAS Ganti Umno sebelum meninggal dunia

Posted: 18 Jan 2011 12:20 AM PST


SELASA 18 Januari 2010 - Hasrat Ahli Jawatankuasa Pemuda PAS Cawangan Jalan Lembah, Saudara Mustapha Kamal bin Man, 35 untuk menyertai konvoi bermotosikal Pemuda Dun Sura ke Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno pada Sabtu 15 Januari yang lalu, tercapai juga sebelum meninggal dunia di kediaman ibu beliau pada awal pagi hari ini.

Allahyarham yang juga Ahli Jawatankuasa Keselamatan Dun Sura itu, meluahkan kesungguhannnya untuk menyertai konvoi tersebut ketika mendaftar diri bersama rakan-rakan pemudanya di Cawangan Jalan Lembah baru-baru ini.

IMBAS KEMBALI...Allahyarham ketika menyertai konvoi PGU 15 Januari lepas

Beliau yang bekerja kontrak di sebuah bengkel perabut di Jalan Abdul Jalil itu meninggalkan seorang isteri, Che Wan Aniza binti Che Wan Rani,30 dan tiga orang anak yang masih kecil iaitu Mohamad Shahrizal,6 tahun, Siti Nur Aishah,5 tahun dan Siti Nur Athirah,3 tahun.Anak sulung dan kedua beliau merupakan pelajar PASTI As-Syakirin,Tanah Lot.

Kereta Jenazah Pusat Khidmat Masyarakat Dun Sura




Jenazah beliau disembahyangkan di Surau Tuan Guru Haji Abdul Jalil, Jalan Lembah selepas solat zohor yang turut disertai ADUN Sura, YB Ustaz Wan Hassan Ramli dan dikebumikan di tanah perkuburan Syed Yahya, Jalan Nibong kira-kira jam 2.15 petang tadi.

Allahyarham sekeluarga menetap bersama ibunya di Kampung Sungai Buaya yang juga penerima bantuan zakat dan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat.Namun sejak kemenangan PAS di Dun Sura pada 2008, ibu beliau itu telah mula dinafikan hak untuk menerima bantuan tersebut akibat campurtangan politik pihak-pihak tertentu yang tidak senang dengan keaktifan Allahyarham dalam gerakkerja parti ini.

Anak sulung Allahyarham (berbaju merah tanpa songkok) di pengebumian bapanya

Dengan ini,pihak Pemuda PAS Dun Sura mengharapkan sedikit bantuan atau sumbangan dari orangramai untuk meringankan beban keluarga Allahyarham dalam membesarkan tiga orang anak yang masih kecil.Moga mereka ini dibesarkan menjadi insan yang memperjuangkan agama Allah sepertimana yang telah diperjuangkankan oleh bapa mereka.

Sebarang bentuk sumbangan bolehlah diserahkan dengan menghubungi Ketua Pemuda PAS Cawangan Jalan Lembah, saudara Ridhuan Mohd Noor (012-9665536) atau Ketua Kebajikan Pemuda PAS Dun Sura, saudara Shaikh Salmin (013-9328211).

Pihak Pemuda PAS Dun Sura mengucapkan takziah kepada isteri dan keluarga Allahyarham serta mendoakan semoga rohnya ditempatkan di kalangan hamba-hambaNya yang soleh dan diberi pengampunan dan diredhaiNya..Amin.






Facebook : Dosa anda berganda bila......

Posted: 17 Jan 2011 10:50 PM PST

PERINGATAN untuk kaki-kaki Facebook...

i n t a n h i j a u

Posted: 18 Jan 2011 07:08 AM PST

i n t a n h i j a u


PAK LAWAK MINGGU INI..... / ڤق لاوق ميڠݢو اين.....

Posted: 18 Jan 2011 03:07 AM PST


"Kenapa saya harus takut berdebat dengannya? Saya adalah perdana menteri. Saya ada semua maklumat. Kalau saya dedahkannya... adoi... dia akan demam," perli Najib sambil disambut gelak ketawa oleh lebih 7,000 peneroka di Felda Chemplak, Tenang hari ini.

(Kalau Anwar akan demam, Najib akan m***** ISI SENDIRI)

DUN BUKIT PAYONG

Posted: 18 Jan 2011 03:26 AM PST

DUN BUKIT PAYONG


Cikgu Mala Calon PAS DUN Tenang

Posted: 17 Jan 2011 05:31 AM PST

LABIS, 16 Jan: Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Johor, Normala Sudirman diumumkan sebagai calon PAS mewakili Pakatan Rakyat untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang, 30 Januari ini.
Pengumuman itu dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di majlis pengisytiharan calon di Dataran Wayang Pacak, dekat sini, malam ini.
Normala, 38 merupakan seorang guru lulusan Maktab Tuanku
Bainun, Pulau Pinang sebelum meletakkan jawatan pada akhir 2010 kerana mahu menumpukan sepenuh masa kepada tugas parti.
Beliau yang dilahirkan di Kampung Serom 3, Muar Johor ini merupakan anak sulung daripada lima orang adik beradik.
Bapanya, Sudirman Suratman merupakan bekas ketua peserta Felcra dan juga pengerusi koperasi Felcra Sekijang manakala ibunya Mukmini Yahya juga merupakan peneroka Felcra.
Beliau yang mesra di kalangan penduduk setempat dengan panggilan Cikgu Mala, mendirikan rumah tangga dengan Makrof Abd Mutalib dan mempunyai tiga orang anak.
Normala mula bergiat aktif dalam PAS selepas tamat pengajian di maktab pada tahun 1997.
Pada tahun 2000 beliau dilantik sebagai Ketua Dewan Muslimat PAS Labis.
Selain Ketua Muslimat Johor, beliau juga merupakan Exco Pendidikan Dewan Muslimat PAS Pusat.
Kini beliau menumpukan kepada usaha membantu masyarakat Labis setelah dipertanggungjawabkan sebagai penyelia pusat aduan rakyat Dun Tenang.
Turut hadir di majlis tersebut ialah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamad, Ketua Muslimat PAS Pusat, Nuridah Salleh, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin, Ketua Wanita DAP, Chong Eng dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat yang lain.

Kenyataan Media Presiden PAS : Kebangkitan Rakyat diTunisia

Posted: 17 Jan 2011 05:27 AM PST

Parti Islam SeMalaysia (PAS) mengalu-alukan tindakan tegas rakyat Tunisia yang telah bangkit menentang kezaliman yang wujud dalam negara mereka sejak sekalian lama. Hakikat yang perlu disedari ialah bahawa tiada mana-mana kuasa pemerintahan yang akan bertahan sampai bila-bila kecualilah kekuasaan kerajaan Allah SWT. Apatah lagi sekiranya pemerintah itu bertindak zalim terhadap rakyat dengan menafikan hak rakyat, sekaligus menidakkan peluang rakyat dalam sesebuah negara untuk membuat perubahan melalui demokrasi yang adil.





Lanjutan dari itu, maka kami menyeru agar semua kumpulan Islam yang ada di Tunisia perlulah diberikan peluang yang adil dan saksama melalui sistem politik demokrasi dalam proses membuat pemilihan menerusi pilihanraya yang akan dilaksanakan nanti. Pihak dari Barat pula yang memperjuangkan demokrasi moden ini perlulah menerima hakikat akan pilihan oleh rakyat Tunisia nanti, dengan tidak memberikan tekanan kepada mana-mana pihak terutamanya terhadap kumpulan Islam yang selama ini menghadapi berbagai tekanan dan tindakan zalim.

Islam ditekan dengan sebegitu lama sehingga menyebabkan ulama-ulamanya di kenakan tindakan yang zalim berupa hukuman dan ada yang hidup dalam buangan sejak sekalian lama. Sedangkan mereka ini cuba membawa kehidupan Islam yang wajar dijadikan contoh dalam kehidupan rakyat di Tunisia, setelah puluhan tahun Islam telah dipinggirkan di negara Tunisia ini.

Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS)

Isnin 12 Safar 1432 H / 17 Januari 2011

PEMUDA PAS TELUK INTAN

Posted: 18 Jan 2011 01:32 AM PST

PEMUDA PAS TELUK INTAN


Elak posting yang merugikan -tuan ibrahim tuan man-

Posted: 17 Jan 2011 02:55 AM PST


"Kita kena ingat bahawa kita menentang dasar bukannya peribadi. Jadi adalah lebih baik dalam tulisan masing-msing kita fokuskan kepada dasar dan tawaran PR daripada lebih menumpukan serangan kepada individu. Umpamanya kita perluaskan la gi tawaran '100 hari' Pakatan supaya lebih menyeluruh perbincangan rakyat.

"Serangan peribadi kepada individu tertentu tanpa usul periksa kebenarannya boleh menjerumuskan kepada fitnah, tuduhan qazaf dan kekeliruan sehingga berpanjangan walaupun akhirnya cuba diperbetulkan," .

contoh pertemuan Mursyidul Am PAS dengan Yang Di Pertuan Agung dan Perdana Menteri di Istana Negara baru-baru ini. Seorang blogger telah menulis seorang pemimpin PAS yang lain turut bersama walhal pemimpin berkenaan tidak pergi. Setelah terbukti blogger tersebut bersalah, beliau memohon maaf dalam blognya namun tulisannya yang tidak benar dipetik oleh blogger-blogger lain sebelum itu telah pun tersebar.

"Berhati-hati dalam menyampai dan memanjangkan maklumat supaya berita yang tersebar tidak menjadi fitnah berpanjangan. Jangan hanya mahu menjadi kita orang pertama tahu, kita lupa bahawa tulisan yang baik akan mendapat ganjaran pahala dan begitulah sebaliknya."

Pengikut