Pakatan Rakyat |
Posted: 08 Aug 2011 03:54 PM PDT [MC]Pihak polis Perancis telah berjaya memperolehi 'dokumen penting' dalam siasatan berkaitan rasuah oleh DCN, kompeni gergasi senjata Perancis kepada pegawai Malaysia termasuk Perdana Menteri Najib Razak, untuk mementerai kontrak pembelian. Najib, 58 yang merupakan Menteri Pertahanan pada ketika itu telah memeterai pembelian tersebut pada tahun 2002. Pada masa yang sama, rakyat juga kesal di atas harganya yang terlalu tinggi. Dikhuatiri juga kapal selam yang serba canggih itu tidak sesuai untuk kawasan perairan Malaysia yang cetek. Kapal-kapal tersebut masih tersadai di perairan Sabah pada masa ini dan jauh sekali digunakan. Ada juga laporan yang menyatakan bahawa kapal-kapal tersebut mengalami kerosakan sistem akibat ketidak stabilan perairan kita. "Kita berkemungkinan akan dapat maklumat pertama berkaitan penyiasatan polis Perancis yang telah bemula sejak 18 bulan yang lalu pada bulan September. Kita tahu bahawa polis telah menemui maklumat yang penting, " berdasarkan kenyataan yang diberi Peguam Perancis William Bourdon kepada Asia Sentinel. Personaliti VIP William merupakan peguam Perancis yang dilantik oleh Suaram, NGO Malaysia yang telah membuat laporan bagi pihak rakyat terhadap DCN yang telah mendapatkan kontrak dengan cara tidak sah. Di Perancis, memberi rasuah untuk mendapatkan kontrak adalah kesalahan yang serius dan jika sabit kesalahan, DCN berhadapan kemungkinan membayar pampasan kepada rakyat Malaysia akibat meninggikan harga pembelian kepada kerajaan Malaysia. Peguam Perancis dijadualkan tiba pada hari Khamis, di mana beliau akan berucap di hadapan rakyat Pulau Pinang mengenai perkembangan terbaru kes tersebut. Suaram juga telah memberi gambaran bahawa William juga akan memberi maklumat tentang beberapa lagi identiti yang terlibat di dalam skandal itu. Pihak penyiasatan Perancis juga dipercayai telah dapat mengenalpasti individu penting yang turut menyertai Razak Baginda dan Altantuya Shaariibuu, ke Macau untuk menghadiri sebahagian dari rundingan kompleks untuk pembelian kapal selam. Altantuya Shaariibu telah menjadi mangsa pembunuhan kejam. Spekulasi hangat mengatakan bahawa individu itu adalah Najib sendiri. Jika benar, ini akan membuktikan bahawa Najib bebohong mengenai dakwaannya tidak mengenali Altantuya. Selain itu, Altantuya juga dikatakan pernah menjadi kekasihnya sebelum diperkenalkan kepada Razak yang juga merupakan orang kanan dan wakil Najib. Pendedahan tersebut akan membuka ruang untuk perbicaraan semula kes pembunuhan yang menyaksikan dua bekas pengawal peribadi Najib dijatuhkan hukuman gantung kerana membunuhnya. Namun demikian, perancang pembunuhan tersebut dipercayai masih bebas. Pesonaliti-personaliti lain yang terlibat dalam skandal besar itu juga telah dikenal pasti dan identiti mereka juga akan didedahkan. William juga dijangka akan memberi kejutan tentang beberapa pemberian komisyen lain yang baru dibongkar oleh pihak penyiasat. Lebih banyak lagi pembongkaran kotor akan diketahui melibatkan pembelian yang yang meragukan yang telah diketuai oleh Najib sebagai menteri yang bertanggungjawab terhadap pembelian peralatan pertahanan. Tiada ruang untuk bersembunyi bagi Najib Hanya jika kerajaan Perancis sanggup membantu Najib dalam mendiamkan kes, Najib mungkin sudah tidak boleh bersembunyi lagi. Waktu yang diperlukan untuknya sudah semakin habis. Bagi pihak yang memahami akan implikasi undang-undang bagi pihak Malaysia dan Perancis, adalah sukar untuk Najib melepaskan diri. Najib tidak boleh mengelak untuk terpaksa memberi penjelasan kepada rakyat bukan sahaja tentang sejauh mana penglibatannya didalam rasuah, sekaligus pembunuhan Altantuya. Umno juga tidak mampu untuk menyelamatkan Najib. Dengan perbicaraan tentang skandal Scorpene yang bakal beerlangsung di mahkamah pada Ogos atau September, ramai di antara pemimpin parti yang tidak sabar untuk menyaksikan berakhirnya episod pemerintahan Najib yang dipenuhi dengan kegagalan, politik kotor dan rasuah yang berleluasa. Kini, Najib telah merasakan tekanan yang kuat dan lebih memburukkan, dia telah mengambil beberapa keputusan yang tidak bijak. Terbaru adalah kekerasan terhadap rakyat yang berarak bagi menuntut kebebasan dan ketelusan pilihanraya dua minggu yang lepas. Ini mengurangkan populariti dan kredibiliti Najib yang semakin menjunam di mata rakyat justeru menjadikan Najib sasaran mudah. Kerajaan BN sepatutnya melapor kepada pihak berkuasa Perancis apabila laporan mengenai skandal besar Scorpene mula-mula diketahui. Namun, oleh kerana pengaruh Najib yang kuat, tiada seorang pun yang berani menuntut supaya siasatan awam dijalankan. Peliknya, sejumlah 114 juta euro (RM570 juta) yang diberikan kepada firma Perimekar sebagai perjanjian sampingan hanya dianggap sebagai kontrak servis dan penyelengaraan sahaja. Ironinya, umum mengetahui firma yang meragukan itu tiada langsung pengalaman dan rekod dalam industri berteknologi tinggi itu. Banyak laporan telah diterima dari rakyat Malaysia yang musykil akan kos sebenar yang telah mencapai lebih dari RM7 bilion. Nyata sekali Najib telah menyembunyikan kos sebenar dari Parlimen dan mengambil keputusan untuk sentiasa memohon bajet tambahan untuk menyelengara kapal-kapal tanpa memberitahu berapakah kos sebenar yang telah ditanggung oleh pembayar cukai. Sehingga kini, polis Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah enggan mengambil tindakan untuk menyiasat kes ini. Kisah lain disebalik perjanjian kotor Berbagai soalan bakal diajukan oleh mereka yang akan menghadiri sesi bersama William pada 21,22 dan 23 Julai nanti. Selain dari status kes dan pembongkaran yang telah dibuat, perhatian juga akan tertumpu pada Altantuya, si cantik yang malang, pernah menjadi juru bahasa untuk Baginda. Apa yang bermain dalam minda rakyat Malaysia adalah apakah sebenarnya hubungan di antara Najib dan Altantuya? Rakyat bukanlah ingin menjaga tepi kain hubungan antara Najib dan Altantuya tetapi ini penting untuk mengetahui sejauh mana PM yang merupakan DPM pada ketika itu sanggup berbohong untuk menjadi perdana menteri. Jika ingin tahu dengan lebih lanjut lagi, anda mesti datang ke majlis makan malam untuk mendengar dan bertanya soalan, Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel memberitahu Malaysian Chronicle. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
Posted: 08 Aug 2011 03:52 PM PDT ANALISISSecara ringkas, boleh dikatakan mutu perkhidmatan KTM Komuter kini sebenarnya mirip mutu keretapi di Indonesia terutama di Pulau Jawa pada awal 1980 an. Daif, sesak macam dalam tin sardin, busuk, serba kekurangan, malah sangat tidak efisen dari segi apa jua spesifikasinya termasuk lebih 15 set tersadai pada satu-satu masa, menunggu alat ganti entah bila kunjung tiba. Tekanan yang dirasai sejak zaman Ling Liong Sik menjadi Menteri Pengangkutan, hinggalah Kong Cho Ha yang masih pening memikirkan bagaimana penyelesaian terhadap mutu perkhidmatan KTM Komuter masih belum menampakkan cahaya di hujung terowong. Langkah membeli 38 set lokomotif keluaran negara China, hanyalah penyelesaian sementara yang tidak akan menyelesaikan isu berbangkit tentang prestasinya sendiri. Cho Ha seharusnya meneliti kandungan dalam cadangan penstrukturan semula sistem pengangkutan di Lembah Klang yang semakin menyesakkan nafas lebih 4.7 juta penghuninya. Walaupun penyelesaian pembelian set lokomotif hanya menyelesaikan 20 peratus daripada masalah asas perkhidmatan itu, ia masih jauh dari tahap memuaskan. Rakyat mahukan penyelesaian jangka panjang di sebalik pengumuman penjimatan dan potongan subsidi petrol RM4 bilion yang diumumkan bekas Perdana Menteri Pak Lah hingga dipaksa rakyat membeli bahan bakar itu pada harga paling tinggi dalam sejarah, RM2.70 seliter pada 2008. Persoalannya, ke manakah wang sebanyak itu dibelanjakan?? Apa hasil yang terlihat depan mata dengan nilai sebesar itu yang secara perbandingannya boleh membeli seluruh kawasan elit Bukit Bintang di Kuala Lumpur. Belum lagi terlihat skandal pembelian set lokomotif dari China ini, setakat ini, tetapi adalah diharapkan tekanan yang diterima Cho Ha dapat dijadikan pengajaran, betapa hingga TIGA menteri pun masalah yang melanda KTM Komuter masih belum lagi selesai. Kita lihat apakah janji Cho Ha dalam memperbaiki mutu perkhidmatannya akan menjadi satu pencapaian palsu kementerian, atau hanya manis di bibir saja, tidak lama lagi. JALAN PULANG Apabila tren yang baru dibeli daripada CSR Zhuzhou Electric Locomotive dari China memulakan perkhidmatan bagi laluan KTM Komuter menjelang akhir tahun ini, kerajaan berharap dapat mengurangkan tempoh menunggu lebih 30 minit yang begitu menyeksakan di kalangan pengguna tren ketika waktu puncak.Pengguna sepanjang laluan Rawang-Sungai Gadut, Batu Caves-Pelabuhan Klang, Sentul-Pelabuhan Klang dan Batu Caves-Rawang akan mendapat manfaat daripada muatan tambahan tren itu yang secara teknikal dikenali sebagai Unit Tren Elektrik atau EMU. Sebanyak 38 EMU yang pertama akan tiba bulan depan dan akan diuji sebelum memulakan perkhidmatan. Kira-kira 100,000 pengguna akan bersesak-sesak dalam tren Komuter KTM setiap hari pada Isnin hingga Jumaat untuk bergerak dalam kira-kira 20 set EMU bagi tiga tren yang ada kepada mereka. Daripada satu jadual selang 15 minit pada satu-satu masa, yang secara teori memerlukan sekurang-kurangnya 36 EMU untuk disediakan setiap hari oleh Keretapi Tanah Melayu Bhd atau KTMB, ia melambatkan kepada selang 20 minit atau secara teori bermakna 25 EMU. Malah KTMB juga tidak mempunyai 25 EMU. Sejak September 2009, kebolehsediaan mereka menurun kepada sekitar 21 EMU setiap hari kerana tren yang rosak yang tidak dibaiki daripada 62 EMU pada satu-satu masa. Pada hari yang malang, ia boleh menurun kepada 15 hingga 18 EMU sehari. Justeru, kelewatan 40 minit atau lebih pada sesetengah sektor bukan sesuatu yang jarang berlaku dengan tren KTM komuter yang sentiasa sesak dengan penumpang pada Isnin hingga Jumaat. Ia menguatkan kenyataan bahawa tiada kekurangan penumpang bagi tren KTM komuter memandangkan kosnya yang secara relatifnya murah kerana ia cuma RM6 dari KL Sentral ke Seremban. Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha, berkata bahawa kerajaan memutuskan untuk memperbaiki keadaan melalui beberapa inisiatif di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi pengangkutan awam. Jumlah penumpang harian ketika ini adalah kira-kira 240,000 bagi pengangkutan awam di Lembah Klang, dianggarkan mewakili 10 hingga 12 peratus daripada jumlah penduduk di pusat bandar yang tersibuk di negara ini. Kong menjelaskan bahawa perkhidmatan pengangkutan awam di Lembah Klang sudah pun melimpah ruah terutama bagi khidmat tren (KTM Komuter, RapidKL, LRT dan Monorel). Beliau menjelaskan keadaan yang sedemikian mendesak memerlukan tambahan kapasiti bagi lebih 360,000 orang untuk menukar daripada kenderaan persendirian kepada pengangkutan awam. Mengulas potensi peningkatan, 58 peratus atau 207,000 merupakan penumpang tren dan 42 peratus atau 153,000 bagi bas. Tren akan menjadi penyumbang terbesar dengan KTM Komuter menyumbang sekitar 95,000 penumpang, laluan LRT Kelana Jaya 62,000 dan LRT Ampang 33,000. Langkah pertama ke arah meningkatkan kapasiti itu berlangsung pada akhir 2010 apabila empat gerabak set tren diperkenalkan pada laluan LRT Kelana Jaya, laluan tren paling sesak di Lembah Klang, berbanding dua gerabak set tren. KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from Pakatan Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |