Jumaat, 6 Mei 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Majlis Tindakan Dun Dabong

Posted: 06 May 2011 11:34 PM PDT

Majlis Tindakan Dun Dabong


Liga Super Dun Dabong

Posted: 06 May 2011 06:47 AM PDT

Kejohanan Bolasepak Liga Super Dun Dabong telah bermula hari ini. Sepak mulanya antara pasukan dari Kumpulan B, Dabong menentang pasukan Kemubu.

Dalam kejohanan ini, sebanyak 14 pasukan menyertainya yang mewakili kampung dan UPU masing-masing di dalam Dun Dabong.

Kejohanan ini menawarkan hadiah yang cukup lumayan untuk pemenang.





KUMPULAN A

KEMUBU B

SUNGAI TEKU

SUNGAI SAM

TEMIANG

JELAWANG

SLOW MENGKUANG

KANDEK



















KUMPULAN B

KEMUBU A

BIAK B

DABONG

LANCHANG

KUALA GRIS

INGIN MAJU

STONG

Idris Ahmad

Posted: 06 May 2011 11:30 PM PDT

Idris Ahmad


Rampas Selangor untuk Khianat Rakyat

Posted: 06 May 2011 06:18 PM PDT

Pakatan Rakyat wajib pertahankan Selangor dan Negeri Pakatan Rakyat yang dimenangi pada 8 Mac 2008, malahan mesti berusaha untuk memerintah peringkat kerajaan pusat.

Kenyataan Datuk Seri Najib yang hendak merampas balik Selangor dengan alasan untuk bela kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat adalah suatu perkara yang amat melucukan bagi mereka yang waras.

Pas hendak bertanya kepada Datuk Najib yang juga pengerusi Perhubungan Umno Selangor, apakah amalan zalim apabila rakyat diberi air percuma?  Apakah amalan zalim warga emas yang meninggal  diberi wang kifalah RM2500? Apakah amalan zalim setiap bayi lahir mendapat RM100, apabila berumur 18 tahun wang terkumpul sebanyak RM1500?.

Pas hendak menasihat Datuk Najib cakaplah terus terang kepada rakyat Selangor, beri kembali kami mandat untuk memerintah Selangor supaya pemimpin umno dapat membaham khazanah negeri, kerana pemimpin umno sudah tidak bermaya dan kebuluran projek. Beri tahu kepada rakyat Selangor jika umno perintah Selangor, kami akan pastikan masjid surau mati supaya rakyat tidak memahami Islam yang syumul.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


Filed under: Politik

Salam Perjuangan

Posted: 06 May 2011 11:29 PM PDT

Salam Perjuangan


Hegemoni Amerika "Raison d'etre" kepada Fenomena Osama

Posted: 06 May 2011 06:25 PM PDT

Peghelih La...

Posted: 06 May 2011 11:05 PM PDT

Peghelih La...


Ucapan sulung Ketua DPP Perlis

Posted: 05 May 2011 11:58 PM PDT

Berikut intipati ucapan sulung Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis, Ustaz Yussaine Yahya pada Muktamar ke 36 yang berlangsung 1 Mei lalu:



1. Dewan Pemuda PAS bukan sekadar memimpin pemuda sahaja tetapi memimpin umat Islam untuk ikut ajaran Allah dan Rasul.

2. Mengajak para pimpinan dan perwakilan untuk sama-sama memimpin pemuda PAS di negeri Perlis.


3. Sebarang kekurangan dan kelemahan yang wujud dalam parti jangan dibebani ke atas seorang individu atau pimpinan sahaja, sebaliknya menjadi tanggungjawab semua.

Aziz Bari: Mufti Perlis naif, jahil sejarah politik

Posted: 05 May 2011 11:53 PM PDT

Dari Malaysiakini

Pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof Dr Abdul Aziz Bari hari ini membidas Mufti Perlis Dr Juanda Jaya berhubung kenyataannya yang menyifatkan pihak yang menentang penyatuan antara Umno dan PAS sebagai pengkhianat Islam.

Abdul Aziz beranggapan kenyataan tokoh agama itu sebagai "naif dan menandakan kejahilannya dalam sejarah politik Malaysia" khususnya berhubung kerjasama kedua-dua parti itu pada awal 1970-an sehingga melahirkan BN pada 1974.

"PAS ditendang oleh Umno pada 1977 dan Kelantan dirampas melalui darurat. Kerjasama atau gabungan Umno-PAS merugikan umat Islam.

"Ia melemahkan mekanisme semak dan imbang serta persaingan sihat demi kepentingan orang Melayu dan Islam.


Baca selanjutnya...

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI

Posted: 06 May 2011 09:36 PM PDT

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI


MAULIDUR RASUL 1432H - ADUN MAHARANI BERSAMA RAKYAT

Posted: 06 May 2011 10:07 AM PDT

The Star Thursday March 31, 2011

Muslims urged to stay united

Special officer to Mentri Besar for the Maharani constituency Datuk Mohd Ismail Mohd Shah said they should not divide Muslims with political ideologies.
He said Muslims in the country should be united as they all believed in God and practiced the same values and teaching as required by the Quran.
"We may have different political ideologies, but when it comes to Islam, we are all brothers.
"We call on all Muslim community leaders, especially religious teachers and politicians to spread the true values of Islam," he said when opening a Maulidur Rasul night at Masjid Al-Hikmah in Kampung Parit Kadhi here recently.
Mohd Ismail added that it was important for these leaders to promote such understanding to ensure that the Muslim always remained united.
He said it would be dangerous if Muslims from one political party regarded their bretheren from rival parties as enemies although they lived in the same village and prayed in the same mosque.
Earlier, organising committee chairman Datuk Zulkhairi Ahmad thanked those who had contributed fund for the mosque to organise its Maulidur Rasul celebration,
He said the residents in Kampung Parit Kadhi were also fortunate to have the Pahang Religious Department deputy director Ustaz Badli Shah Allaudin to give a religious ceramah..
The Maulidur Rasul celebration was also attended by Maharani assemblyman Dr Mohammad Taslim.

source : http://thestar.com.my/metro/story.asp?file=/2011/3/31/southneast/8366688&sec=southneast

MASJID BARU PARIT BAKAR DARAT MUAR

Posted: 06 May 2011 09:31 AM PDT

Anda masih ingat kisah masjd baru di Parit Bakar Darat, Muar yang disebut dalam ucapan Persidangan Dewan Negeri Johor oleh YB Dr Mohammad Taslim, ADUN Maharani ? Begitu dengan soalam bertulis YB Dr Mohammad ? Di sini diturunkan semula petikan ucapan dan soalan beliau:

Ucapan Bajet 2009 Adun Maharani


Penambahan pembinaan masjid sebanyak 32 buah dengan peruntukan sebanyak RM53 juta telah diumumkan. Di dalam DUN Maharani masih ada lagi 2 buah masjid papan iaitu di Parit Bakar Darat dan Parit Pinang Seribu Darat. Pembinaan masjid Parit Bakar Darat ini sepatutnya telah dimulakan tetapi tiada tanda-tanda ia akan didirikan. Mohon dipertimbangkan. 

YB Dr Mohammad dan jamaah Masjid Lama Pt Bakar Darat
di minggu terakhir solat Jumaat.
___________________________________________________________________________________

 UCAPAN YB DR MOHAMMAD BIN TASLIM

PADA 30 Jun 2009

YB Datuk Speaker

Saya ingin mengambil kesempatan disini untuk menyampaikan isu-isu dalam Kawasan Maharani.
Syukur alhamdulillah pembinaan dua buah masjid baru di Kg Pt Pinang Seribu Darat dan Pt Bakar Darat , menggantikan masjid kayu,telah bermula bulan ini.Sekurang-kurangnya setahun baru siap.Terima kasih diucapkan kepada kerajaan.

_________________________________________________________________________________


SOALAN LISAN ADUN MAHARANI DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 30 SEPTEMBER 2010:

SOALAN 18  (A55)


Masjid Parit Bakar Darat  dalam DUN Maharani telah hampir siap dibina.Ahli Jawatankuasa masjid memaklumkan bahawa pembinaan masjid baru ini tidak termasuk pagar dan tandas awam.

Mengapa perkara ini belaku dan adakah peruntukan tambahan untuk pembinaan pagar dan tandas?

JAWAPAN YB DATO' HAJI ZAINAL ABIDIN BIN OSMAN

Pembinaan baru Masjid Parit Bakar Darat telah dimulakan pada Mei 2009 yang lalu dan dijangka siap dalam tahun ini.

Beberapa butiran terpaksa dibuat rationalisation pengurangan skop berasaskan peruntukan yang ada. Kerja-kerja terpaksa dikurangkan dalam skop pembinaan termasuklah penolakan kerja pagar dan tandas awam.Walau bagaimanapun, bangunan induk tetap dapat dijalankan pembinaannya.

Pembinaan pagar dan tandas akan dilaksanakan sekiranya ada peruntukan.
 _______________________________________________________

 Ini adalah hari Jumaat terakhir solat Jumaat dibenarkan di Surau Parit Amat Jalan Seri Tanjung Muar setelah Masjid Baru di Parit  Bakar Darat siap untuk digunakan.


YB Dr Mohammad mengabdikan kenangan solat Jumaat terakhir
di Surau Parit Amat Jalan Seri Tanjung Muar pada hari Jumaat 8 April 2011.
 

 Sdr Hamidun Omar, Pegawai Khas YB Dr Mohammad ,
juga turut bersolat Jumaat kali terakhir di surau ini.

Inilah Masjid Baru Parit Bakar Darat, Muar yang 'siap' untuk digunakan solat Jumaat
yang pertama pada hari Jumaat 15 April 2011.


 Inilah tempat wuduk dengan 4 kepala paip di dinding luar masjid.

 
 Sebuah tandas awam baru dibina di tepi kawasan masjid. Ini untuk jemaah lelaki.


 

 Disebelahnya tandas dan tempat wuduk untuk muslimat ? 
Nampaknya muslimat terpaksa buka aurat kalau hendak berwuduk di sini !
Kalau hari hujan ? Nasib badan.......

Berapa agaknya peruntukan untuk membina tandas ini ?

Kawasan di sekeliling masjid masih belum di tar dan pagar belum dibina lagi. Bila ? Entah........





ADUN MAHARANI ZIARAHI OKU

Posted: 06 May 2011 03:36 AM PDT

KAMI PERIHATIN PENDERITAAN RAKYAT

Pegawai Khas ADUN Maharani, Sdr Hamidun Omar, menerima aduan daripada seorang OKU, Encik Mohd Ibrahim bin Ahmad, yang tinggal menyewa tapak tanah di Jalan Dato Ahmad, off Jalan Khalidi, Muar. Beliau tinggal bersama kakaknya yang juga uzur. Beliau juga seorang yang sangat menyayangi binatang. Rumahnya menjadi tempat persingghan kucing yang berjumlah lebih 20 ekor.Seorang hamba Allah membantu membekalkan makanan kucing.
Menurut Encik Mohd Ibrahim, dahulu beliau membuat kerja 'oddjob' tetapi sekarang kudratnya lemah dan mengharapkan bantuan JKM sebanyak RM 300.00 sebulan. Masalah yang dihadapi beliau dan kakaknya ialah rumah yamg mereka bina di atas tanah sewa (sewanya RM60.00 sebulan sejak berpuluh tahun yang lalu) sudah mula rosak dimakan anai-anai dan bumbung bocor serta siling juga rosak. Apabila hujan lebat rumahnya dinaiki air kerana tiada sistem perparitan di sekelilingnya.


Pada petang Rabu 4 Mei 2011 , YB Dr Mohammad Taslim, ADUN Maharani, dengan diiringi oleh Pegawai Khasnya, Sdr Hamidun Omar, Ketua Lajnah Kebajikan, Tuan Hj Abd Rahman Lajim dan Sdr Ayub Suleiman (Unit Amal) telah mengunjungi mereka untuk meninjau keadaan rumahnya dan memberi sedikit sumbangan.


Gambar-gambar di bawah ini menceritakan penderitaan dua beradik ini.



 Inilah jalan masuk ke rumah Encik Mohd Ibrahim, di celah - celah rumah jiran.

 
Pintu masuk ke rumah dua beradik ini.


 
Encik Mohd Ibrahim dana adiknya, Mariam Bee menyambut kedatangan kami.

YB Dr Mohammad dan Tn Hj Abd Rahman di verandah rumah.


 
Keadaan dalam rumah. Dinding plywood sudah rapuh
dan kayu dimakan anai-anai.


 Sedikit sumbangan daripada kami.


 Air hujan menjadi bekalan air bersih keluarga ini.

 
 Makanan untuk kucing yang disumbangkan oleh hamba Allah.


 Keluarga baru anak kucing.

Ibu kucing beristirehat.

'Inilah rumahku,'  kata sang kucing.

Setelah meninjau keadaan rumah mereka kami kembali untuk merancang bantuan yang boleh diberi oleh ADUN, PAS Kawasan Muar dan Unit Amal PAS Muar.InsyaAllah bantuan mengikut kemampuan kami akan diusahakan.

Dalam keadaan Kerajaan mengatakan kemiskinan telah dapat dikurangkan, rupanya masih ramai lagi rakyat yang menderita dan memerlukan pembelaan. 





MASALAH TANAH PENEROKA DUN SUNGAI BALANG, MUAR

Posted: 05 May 2011 10:03 PM PDT

Tuntut hasil titik peluh


MUAR - Lebih daripada 500 pengusaha tanah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Balang terutamanya di kawasan Kampung Sungai Pulai dan Parit Buntu, di sini, melahirkan rasa tidak berpuas hati dengan cara pengagihan tanah berkenaan pada 24 Mac lalu.

Mereka mendakwa berlaku ketidaktelusan dalam :pengagihan tanah itu kerana ramai dalam kalangan pengusaha tanah berkenaan tidak berjaya memperoleh tanah terbabit.


Salah seorang pengusaha tanah, Paijalah Chuking, 60, berkata, tanah seluas 600 hektar berkenaan telah diusahakan penduduk di kawasan ini sejak 1976.

Menurutnya, pada asalnya kawasan berkenaan adalah hutan belantara, dia dan beberapa penduduk yang lain bekerja keras untuk meneroka tanah terbabit.

"Keputusan untuk mengusahakan tanah ini selepas mendapat kebenaran daripada Pejabat Tanah Muar pada 1976 dengan kadar bayaran sebanyak RM5.

"Bermula sebagai kawasan terbiar kami membersihkan kawasan ini dan menjadi salah satu lokasi tanaman kontan," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, apabila tanah di kawasan ini kering selepas pembinaan sistem perparitan, pengusaha tanah berkenaan menanam pokok kelapa sawit.

"Selepas bertahun lama mengusahakannya, kami berjaya membangunkan tanah ini menjadi kawasan pertanian yang sangat produktif.

"Tetapi, usaha kami seperti sia-sia apabila hasil titik peluh sejak berpuluh tahun lalu dirampas orang lain," katanya.

Paijalah berkata, ada dalam kalangan pengusaha tanah meneroka tanah berkenaan melebihi 2.5 hektar tetapi selepas pengagihan tanah yang lalu, mereka hanya memperoleh 0.4 hektar daripada tanah yang diusahakan.

"Di sinilah timbulnya ketidakpuasan hati dalam kalangan majoriti pengusaha tanah ini dan menganggap pemberian ini sangat tidak adil.

"Lebih mendukacitakan ialah apabila mendapati ramai pihak yang tidak pernah terlibat mengusahakan tanah ini mendapat bahagian tanah yang sudah diusahakan dengan tanaman kelapa sawit," katanya.

Seorang lagi pengusaha tanah terbabit, Saminah Ibrahim, 74, berkata, pengagihan tanah seluas 600 hektar di antara kawasan Sungai Balang dan Sungai Sudah itu hanya melibatkan 58 daripada 300 pengusaha tanah di Sungai Pulai sahaja yang berjaya memperoleh tanah berkenaan.

"Manakala yang selebihnya tanah ini diberikan kepada orang kampung dari kawasan yang lain.

"Kami merasakan sejak membuka kawasan yang luas ini, kami sepatutnya menerima tanah sekurang-kurangnya dua hektar dan memberikan lot tanah yang telah kami bangunkan," katanya.

Menurutnya, bagi mereka, adalah tidak patut apabila memberikan bahagian tanah yang diusahakan kepada seseorang yang tidak pernah bekerja keras membersihkan dan membangunkan kawasan ini.

"Kami sangat kesal apabila kawasan di sini sudah cantik dan mempunyai hasil tanaman yang baik, barulah pelbagai pihak hendak mengambil semua kesempatan ini," katanya.

Shukor Taha, 63, yang juga pengusaha asal tanah terbabit juga berasa kecewa dengan apa yang berlaku.

Menurutnya, banyak pihak tidak merasai kepayahan kami membangunkan kawasan tersebut secara menual tanpa sebarang peralatan canggih yang hanya bergantung dengan kapak dan parang sahaja.

"Hasil tanaman daripada tanah yang diusahakan ini menjadi punca pendapatan kepada kami penduduk di sini.

"Jadi dengan pengagihan tanah satu ekar ini pasti akan menjejaskan punca :pendapatan kerana bergantung sepenuhnya dengan hasil tanaman ini," katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kampung Sungai Pulai, Mohd Saufey Mohd Basri berkata, dia menggesa pihak kerajaan supaya menyemak semula cadangan berkenaan dan :mengekalkan semula lot tanah yang telah dibuka oleh pengusaha asal tanah berkenaan.

"Ini sahaja langkah terbaik untuk meredakan rasa ketidakpuasan hati pengusaha tanah di sini.

"Apa yang pasti, pengusaha tanah di sini tetap dengan keputusan mereka untuk terus mempertahankan hasil usaha yang mereka lakukan selama ini," katanya.

Sementara itu, jurucakap Pejabat Tanah Daerah Muar berkata, tanah umum di DUN Sungai Balang berkenaan boleh diberikan kepada sesiapa sahaja dan keutamaannya kepada penduduk tempatan yang dibuat secara undi lot.

Menurutnya, kerajaan telah menyatakan keputusan bahawa setiap orang akan menerima satu ekar tanah setiap lot bagi membolehkan lebih ramai orang ramai memiliki tanah.

"Pihak Pejabat Tanah Daerah Muar hanya melaksanakan keputusan yang telah dibuat oleh kerajaan berhubung pengagihan tanah berkenaan.

"Pada masa yang sama, pihak kami tidak boleh dan tidak mempunyai kuasa untuk mengubah senarai kelulusan seperti mana yang diminta oleh mereka," katanya.




sumber: http://www.sinarharian.com.my/sh/johor/content/story9057519.asp
             Sinar Harian Jumaat 6 Mei 2011
__________________________________________________________________________________

Komen YB Dr Mohammad Taslim, ADUN Maharani:


Masalah tanah kerajaan di kawasan benteng dalam DUN Sg Balang Muar meliputi di antaranya di Kampong Seri Menanti dan Sungai Pulai telah berlarutan seingat  YB Dr Mohammad sejak tahun 1960an. Beberapa kumpulan masyarakat tempatan berusaha memohon tanah tersebut sejak dahulu tetapi tiada keputusan muktamad. Pihak Pejabat Tanah pula diberitakan membuat beberapa keputusan yang berubah-ubah. Ini menikmbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan masyarakat tempatan yang memohon tanah tersebut.

Baru-baru ini Pejabat Tanah membuat keputusan untuk menganugerahkan tanah tersebut seluas se ekar seorang kepada lebih seribu orang pemohon yang berjaya. Mereka yang berjaya pula sebahagiannya bukan rakyat tempatan yang diragukan kelayakannya. Tanah yang dianugerahkan pula tidak diketahui kedudukannya walaupun ada yang telah membayar premium tanah.


Bagi rakyat tempatan yang mengusahakan tanah tersebut sejak puluhan tahun lalu pula tidak berpuas hati kerana sebahagian tanah yang mereka usahakan dengan penat lelah diberikan kepda orang lain yang tidak pernah mengeluarkan keringat untuk mengusahakan tanag tersebut.

Pihak Kerajaan Negeri hendaklah telus dalam menyelesaikan masalah tanah kerajaan yang telah diteroka oleh rakyat di seluruh  Negeri Johor. Senarai penerima tanah kerajaan ini hendaklah dipamerkan dan rakyat boleh membuat cadangan balas atau bantahan jika terdapat perkara-perkara yamhg meragukan dalam pengurniaan tanah tersebut. Satu garis panduan hendaklah dibuat supaya mereka yang benar-benar layak sahaja diberi keutamaan.


Masalah tanah hendaklah diselesaikan dengan telus dan transparen dan tiada campur tangan politik. Berilah tanah kepada rakyat miskin yang tidak mempunyai tanah dan bukan kepada golongan tertentu yang berkepentingan atau mempunyai kedudukan tertentu,

YB Dr Mohammad perihatin dengan masalah ini  kerana masalah tanah ini berlaku di Kampung Seri Menanti khususnya, tanah kelahiran Dr Mohammad.



DEWAN MUSLIMAT PAS GOPENG

Posted: 06 May 2011 09:25 PM PDT

DEWAN MUSLIMAT PAS GOPENG


SELAMAT BERJUANG PARA PEJUANG ISLAM

Posted: 06 May 2011 04:18 AM PDT

DPP PADANG TERAP

Posted: 06 May 2011 09:14 PM PDT

DPP PADANG TERAP


Umno Padang Terap Sapu Duit Seri Temin Development Corporation (M) Sdn Bhd ( AUDIT NEGARA)

Posted: 06 May 2011 09:30 AM PDT


Jumlah ini tidak termasuk RM130,000.00 yang dighebiah pada Pilihanraya Umum 2008. Semua ini diambil dari rekod Audit:

1) Membiayai Pergerakan Pemuda UMNO padang Terap untuk pembelian T Shirt dan wang saguhati aktiviti konvoi bermotorsikal sebanyak RM4.000.00. (Tarikh pembayaran: 29.05.07, no cek: 2243).

2) Sumbangan untuk UMNO Cawangan Kerasak, Padang Terap menjalankan aktiviti parti sebanyak RM5,000.00. (30.05.07, no cek: 541757).

3) Bayar cenderahati bagi mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Padang Terap sebanyak RM26,150.00. (01.01.08, no cek: 631831).

4) Bayar pemasangan billboard sempena Mesyuarat Perwakilan UMNO Padang Terap sebanyak RM10,000.00. (01.01.08, no cek: 631851)


5) Persiapan tempat Mesyuarat Perwakilan UMNO Padang Terap RM10,000.00. (23.01.07, no cek 502564)

6) Sewa khemah dan meja untuk Mesyuarat Perwakilan UMNO Padang Terap RM10,000.00 (16.01.08, no cek 631876)

7) Makan dan minum Mesyuarat Perwakilan UMNO Padang Terap RM21,700.00 (15.02.08, no cek 631876)

LENSA MESYUARAT AGUNG DPPPT KE -29

Posted: 06 May 2011 07:44 AM PDT












DPPK PARIT

Posted: 06 May 2011 07:21 PM PDT

DPPK PARIT


Pemuda Pas Parit Prihatin : Selesai Masalah Rakyat

Posted: 06 May 2011 06:04 AM PDT

DUN CHINI

Posted: 06 May 2011 07:13 PM PDT

DUN CHINI


BN & Polis dalang fitnah Anwar ( VIDEO )

Posted: 06 May 2011 01:10 AM PDT

DUN PENGKALAN KUNDOR

Posted: 06 May 2011 07:13 PM PDT

DUN PENGKALAN KUNDOR


Mengapa permohonan rebat cukai tanah UUM ditolak Kerajaan Negeri?

Posted: 06 May 2011 05:49 AM PDT

(Ulasan Berita)

BULETIN UTAMA TV3 cuba memanipulasi isu penolakan rebat cukai tanah yang dipohon UUM.

Pihak UUM sebelum ini telah merayu kerajaan negeri Kedah memberikan rebat cukai tanah sehingga mereka hanya perlu membayar RM100 ribu sahaja seperti yang dinikmati pada 2006-2008, berbanding RM1.74 juta nilai cukai tanah sebenar. UUM meminta kadar semurah itu untuk tempoh lima tahun lagi.

Cukai tanah bagi tahun 2011 sepatutnya perlu dijelaskan segera untuk mengelak dari didenda. Tarikh akhirnya ialah 1 Jun 2011.

Antara alasan yang dikemukakan UUM dalam rayuannya untuk mendapatkan rebat ialah UUM bukan institusi pengajian tinggi yang berorientasikan keuntungan. Benarkah langsung tidak berorientasikan keuntungan? Tahun lalu UUM mengumumkan keuntungan bagi syarikat-syarikat di bawah IPTA itu adalah sebanyak RM80 juta.

Semua keuntungan itu dibuat di atas tanah yang dikategorikan untuk IPTA, bukan tanah premis perniagaan. Apa salahnya gunakan keuntungan besar yang 'tidak disengajakan' itu untuk menjelaskan cukai.
Satu lagi alasan yang diberikan ialah keluasan tanah UUM adalah 1,104.3 hektar tetapi hanya 57% dari keluasan tanah tersebut atau 627.8 hektar sahaja yang dibangunkan. Orang kampung yang mengusahakan sawah padi tetap perlu membayar cukai tanah meskipun pada tahun tertentu sawah mereka dilanda banjir, mereka tidak pernah menggunakan hujah 'ala UUM' untuk meminta rebat cukai.

Kadar cukai tanah yang dikenakan ke atas UUM ialah RM0.20 bagi satu meter persegi, bermakna jumlah keseluruhan ialah RM1,744,357.00. Bagaimanapun berlaku pengambilan sejumlah kecil tanah UUM iaitu 3119.3662 meter persegi menyebabkan taksiran cukai berkurang menjadi RM1,743,735.00.


Kadar RM0.20 bagi satu meter persegi adalah kadar cukai tanah mengikut semakanhasil tanah pada 2005 yang menjadikan cukai tanah UUM sebanyak RM1,743,735.00. Cukai tersebut tidak dikira mengikut rebat cukai yang berkuatkuasa pada 1 Januari 2008 iaitu pada kadar RM0.30 bagi satu meter persegi. Jika rebat tersebut diikuti maka cukai tanah yang baru bagi UUM ialah RM2,615,602.00!


Pejabat Tanah dan Galian Negeri Kedah dilaporkan tidak bersetuju terhadap rebat oleh UUM itu kerana ia boleh dijadikan 'precedent case' atau kes duluan untuk dijadikan rujukan. Hasil yang diperolehi oleh kerajaan negeri Kedah dari tanah-tanah milik Persekutuan di negeri ialah RM31 juta setahun.

Jika UUM diberikan rebat, bayangkan jika semua jabatan Persekutuan tersebut, khususnya IPTA membuat rayuan terhadap kerajaan negeri menggunakan alasan yang sama yang digunakan UUM; maka ia meletakkan kerajaan negeri dalam dilema kerana tidak adil dalam melayan pembayar cukai tanah. UiTM Merbok dikenakan cukai RM0.55 untuk satu meter persegi, lebih sekali ganda dari yang ditanggung UUM. Bagaimana jika UiTM Merbok turut meminta rebat, kerana alasan mereka lebih kuat untuk meminta rebat?

Sepanjang tiga tahun memberi rebat pada UUM (2006-2009) kerajaan negeri telah kehilangan hasil sebanyak RM4,933,071.00. Sekiranya permohonan untuk mendapat jumlah rebat yang sama dipanjangkan lagi selama lima tahun maka negeri akan kehilangan hasil sebanyak RM8,218,675.00. Jumlah tersebut adalah terlalu besar untuk bukan sebuah negeri maju macam Kedah.

Jika pihak UUM masing 'membuat bising' kononnya kadar cukai tanah RM0.20 satu meter persegi yang dikenakan terlalu tinggi sehingga tidak mampu dibayar, maka eloknya kita meneliti kadar cukai tanah yang dikenakan terhadap IPTA di negeri lain sebagai rujukan.

USM Pulau Pinang dikenakan cukai RM2.58 bagi setiap meter persegi, Universiti Malaysia Perlis (UNIMEPS) RM0.50 satu meter persegi, IPTA di negeri Selangor RM0.39 untuk satu meter persegi.
Manakala semua premis milik Pusat seperti sekolah, balai polis, hospital dan lain-lain yang didaftarkan di bawah Pesuruhjaya Tanah Persekutuan maka kadar untuk satu meter persegi ialah RM0.55. Semua premis tersebut tidak sibuk meminta rebat, UUM pula yang tiba-tiba menjadi Universiti Uzur Malaysia yang perlu
diberi rebat.


Menteri Pengajian Tinggi Datuk Khaled Nordin mengeluarkan kenyataan yang berpihak kepada UUM.
Cakapnya 'double standard' kerana dia tidak mengulas hal yang sama bagi UNIMEPS atau mana-mana IPTA yang terletak di negeri-negeri ditadbir BN. Sepatutnya negeri BN menjadi contoh dalam memberi rebat 'gila-gila' itu kepada semua IPTA yang terdapat di negeri masing-masing, tapi ia tidak berlaku.

Di Kedah, di mana sahaja ceramah politik BN diadakan maka isu cukai tanah UUM menjadi isu wajib untuk diulas. Ini menunjukkan bahawa permohonan rebat oleh UUM terhadap kerajaan negeri bukan ikhlas demi pembangunan pendidikan tetapi lebih menjurus kepada provokasi politik.

Apabila nanti kerajaan negeri menolak maka bolehlah jentera propaganda mereka menjelaskan kepada seluruh rakyat jelata bahawa kerajaan negeri menindas institusi pengajian tinggi. Jika itulah maksud yang tersirat dari apa yang tersurat, maka 'eloklah' mereka meneruskan niat busuk tersebut.


Soalan politik yang mereka ajukan kepada kerajaan negeri sekarang ialah; jika masa BN dulu mereka boleh beri rebat, mengapa sekarang tidak?


Jawapannya begini:


1) Mengapa kerajaan negeri Perlis yang diperintah BN kini tidak memberi rebat kepada UNIMEPS yang kadar cukainya jauh lebih tinggi dari UUM? (Jawapan dalam bentuk soalan)


2) Kerajaan negeri dulu hilang hasil dari RM4,933,071.00 akibat pemberian rebat, tetapi perbelanjaan pengurusan negeri terutamanya dalam bidang kebajikan rakyat banyak diambil alih oleh Pusat akibat kelemahan kerajaan negeri pada masa itu. Sekarang kerajaan perlu berdikari kerana bantuan Pusat tidak lagi melalui negeri. Sekalipun Kedah masih dibawah pemerintahan kerajaan BN Pusat namun Kedah adalah antara negeri yang dianaktirikan oleh BN Pusat. Ramai dari senarai penerima bantuan E-Kasih
ditamatkan bantuan bulanan oleh Pusat sedangkan senarai E-Sinar di bawah negeri terus menerima bantuan.


3) Di samping perlukan dana untuk pembangunan negeri dan kebajikan rakyat, kerajaan negeri kini terpaksa menjelaskan hutang tinggalan BN lalu sebanyak RM2.3 Billion, di mana RM1.83 Billion darinya adalah hutang berkaitan air.


4) Kerajaan kini sangat mementingkan kebajikan rakyat, justeru akan mempastikan setiap sen duit yang menjadi hak rakyat diguna untuk kesejahteraan rakyat. Ini berbeza dengan kerajaan lalu yang lebih mementingkan 'orang kaya' (UUM) dari rakyat yang ramai masih miskin.- Warta Darul Aman



Ditulis oleh ZULKIFLI YAHAYA
Khamis, 05 Mei 2011 22:50 - Terakhir Dikemaskini Khamis, 05 Mei 2011 22:55

Polis Ugut Untuk Campak Peguam Dari Bangunan

Posted: 06 May 2011 05:15 AM PDT



Rembau Hari Ini

Posted: 06 May 2011 07:07 PM PDT

Rembau Hari Ini


Bengkel dilanda banjir kilat

Posted: 05 May 2011 07:53 PM PDT



Bengkel dilanda banjir kilat
Sinar Harian 6 Mei 2011

REMBAU - Kelewatan pihak bertanggungjawab menyelenggara Sungai Gaing dikatakan menjadi punca banjir kilat yang melanda sebuah bengkel membaiki kenderaan di Pedas dekat sini, petang Selasa lalu.

Pemilik bengkel, Mohd Fazaly Bahudin, 29, berkata, kejadian kira-kira jam 4 petang itu dipercayai berpunca daripada aliran sungai yang tersekat di jambatan yang terletak kira-kira 100 meter dari premisnya.

"Air naik terlalu pantas sehingga kira-kira satu meter. Salah sebuah daripada lima kereta pelanggan tidak sempat dibawa keluar dari kawasan bengkel mengakibatkannya tenggelam.

"Selain itu, banyak alat ganti kenderaan di dalam bengkel rosak menyebabkan saya terpaksa menanggung kerugian dianggarkan sebanyak RM10,000," katanya di sini, petang kelmarin.

Menurut Mohd Fazaly, dia dan seorang mekanik lain terpaksa berhempas-pulas menaikkan empat kereta lain ke paras yang lebih tinggi.

Katanya, air mulai surut pada jam 8 malam namun meninggalkan lumpur tebal di kawasan bengkel termasuk tapak yang digunakan untuk perniagaan mencuci kenderaan.

"Kejadian ini bukan kali pertama berlaku sejak bengkel saya beroperasi di sini tiga tahun lalu.

"Setiap kali hujan terlalu lebat, bengkel ini dilanda banjir kilat. Kalau selalu sangat begini, perniagaan saya boleh terjejas," katanya.

Mohd Fazaly berkata, dia pernah mengemukakan aduan tentang banjir kilat kepada pihak-pihak berkenaan namun tidak pasti berhubung tindakan diambil.

"Saya berharap tindakan diambil segera untuk menyelenggara Sungai Gaing agar kejadian banjir kilat tidak berulang di bengkel ini," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9055597.asp

PAS Kawasan Miri

Posted: 06 May 2011 07:04 PM PDT

PAS Kawasan Miri


YB Daud Jangan Terlalu Emosional Dengan PAS

Posted: 05 May 2011 11:45 PM PDT

Merujuk laporan Datuk Daud pada Borneo Post pada 06.05.2011.

Datuk Daud tidak seharusnya melatah apabila fokus PAS Miri dijadikan isu yang menggangu urustadbir beliau.Adakah benar Masjid At-Taqwa berada dalam suasana kondusif seperti sebelum ini? PAS Miri menjemput sendiri Datu Daud hadir ke Masjid bagi menyaksikan sendiri,keadaan permaidani dan kebocoran yang sering berlaku apabila hujan lebat berlaku. Begitu juga takungan air di kawasan luar yang menyukarkan pergerakan Jemaah. Lebih memburuk lagi dengan kesan debu akibat projek pembesaran pasaraya dan hotel terkemuka diseberang Jalan Masjid. PAS Miri juga mahukan Datuk Daud memberi penjelasan tentang penjualan tanah yang diragui ketelusannya di sebelah Masjid At-Taqwa melibatkan Lembaga Amanah dan syarikat kroni Barisan Nasional.

Bagaimana pula dengan Surau Desa Senadin dan keadaan Sekolah Agama Rakyat sekitar Masjid Jamek Miri,adakah isu ini ditangani sebaiknya oleh Datuk Daud?Usahlah dibandingkan dengan Kelantan,kerana soalan itu harus Datuk Daud mendapat input dari pimpinan UMNO sendiri ,kenapa hingga hari ini duit royalti untuk rakyat Kelantan dihalang untuk dimiliki hasilnya untuk Kelantan,sedangkan di Sarawak,mana perginya wang royalti?Seluruh rakyat tahu betapa tirisnya projek pembangunan di Sarawak seperti laporan SPRM awal 2009 lalu(70% projek kerjaan negeri berlaku rasuah),sehingga kini masih membisu kerajaan BN.

PAS Miri juga merasakan perlunya tambahan anggota pelaksana peringkat Jabatan Agama ISLAM,begitu juga JAKIM. Sebagai contoh di Miri,mana mungkin dengan jumlah anggota petugas terhad ,para pegawai JAIS melaksanakan tanggungjawab seluruh Zon Utara merangkumi Lawas,Limbang dan Miri. Dengan geografi yang luas dan petugas terhad,pasti kerja peningkatan dakwah Masyarakat Muslim tidak akan maju.

PAS Miri dengan rasa rendah diri sedia menghulurkan bantuan untuk menjayakan kerja dakwah ISLAM di Miri seterusnya seluruh negeri Sarawak. Sebab itu perlaksanaan kabinet bayangan ini mampu menjadikan tugas pimpinan Barisan Nasional lebih baik. Ketepikan soal politik ,utamakan soal kebajikan rakyat.

English Version

YB Daud should not be disturbing with PAS Miri focus when an issue affecting his governance.
First, whether Masjid AT-Taqwa in a conducive atmosphere like this before? PAS invites YB Daud to Miri go to the mosque for the witness by himself, the carpet and roof leaks that often occur when heavy rains occur. Similarly, the reservoirs outside the areas make difficult for the visitors movements. The expansion of the shopping mall and hotels across the Jalan Masjid will also deteriorate further over the impact of dusts.

PAS Miri also want YB Daud to give an explanation of fraud that occurs on land next to the Masjid At-Taqwa involving the Board of Trustees and the Barisan Nasional cronies. Do not compare with Kelantan, because the question must YB Daud get input from the leadership of UMNO, why until today the royalty for the people of Kelantan barred for Kelantan, while in Sarawak, where is the royalty funds goes? . Everybody knows how the leakage of the development projects in Sarawak as the MACC report at the beginning of 2010 (70% state project corruption occurs), until now the BN government still silent.

PAS Miri also felt the need of additional staff for Islamic Religious Department for implement the laws, as well as JAKIM. Miri for example with a limited number of staff in JAIS where possible for JAIS officers to respond to all the Northern Zone (Lawas, Limbang and Miri) by geographic area and limited staff, the increase in missionary work would not be progressive for Muslim society.

PAS Miri with humble are ready to lend the assistance to help the Muslim missionary work in Miri, because the implementation of the shadow cabinet is able to make the task of the state government leader become better. Set aside partisan politics; prefer the welfare of the people is the priority.
__________________________________________________________________

Komen YDP PAS Miri
"Sepatutnya YB Daud bersikap rasional dengan jawaban seperti ini "Insya-Allah kita akan usahakan dan akan memberi peruntukan yang sewajarnya untuk memperbaiki mana-mana masjid yang mempunyai masalah".

PAS bukan mempolitikkan isu Masjid Miri seperti yang dilaporkan oleh BP pada 6/5/2011.
Dengan begitu emosi sekali beliau menyuruh Pas balik ke Kelantan untuk menolong memperbaiki kerosakan masjid di Kelantan. Ini bukan sikap seorang menteri yang professional dalam menjaga hal ehwal agama tapi macam sikap seorang budak yang marah apabila ditegur. Mungkin YB Daud tidak tahu hal sebenar keadaan Masjid di Bandar Miri sebab beliau jarang datang ke Miri. Jadi jangan marahkan Pas sepatutnya bantulah rakyat dengan hati yang terbuka tanpa mengira fahaman politik sebab masjid ini untuk semua umat Islam bukan untuk Pas saja. Apa yang PAS kemukakan adalah masalah rakyat bukan semata-mata untuk kepentingan politik PAS

Jadi kita minta YB Daud jangan terlalu emosi dan marah dengan kegiatan PAS di Sarawak sampai menyuruh PAS balik, ini hanya akan memalukan beliau sebagai seorang menteri agama dalam kerajaan kerana Negara kita mengamal dasar demokrasi maka sesiapa saja rakyat Malaysia bebas untuk menyertai atau bersama dengan parti politik yang mereka yakini betul selagi tidak menyalahi undang-undang perlembagaan Malaysia.

Satu lagi peringatan buat YB Daud lihatlah diri sendiri dulu dari mana asal kamu sebelum menyuruh orang lain (orang tempatan) keluar dari Sarawak. Muhasabah diri lah sebelum berkata sesuatu.







Gambar Hiasan Rumah Mewah YB Daud







Respond from PAS Miri on YB Daud statement on Borneo Post Today (06.05.2011)

Tuan Haji Jofri :
For my comments YB Daud should be rational with the answers like this "God willing, we will try and give the necessary provisions for the repair of any mosques that have problems."

PAS not politicize the issue by accusing the mosque in Miri, as reported by BP on 06/05/2011.With all his emotions asking PAS to go back to Kelantan and ask PAS to help renovate the Kelantan mosques is not a the professional way for the minister in taking care of religious affairs, but that kind of attitude shown him just like a little kids angry when reprimanded. Perhaps YB Daud did not know the actual problem the mosque in the Miri because he seldom comes to Miri. So do not neglect PAS concern with the people, he should be opened hearts, regardless of creed politic because this mosque is for all Muslims not for PAS only. PAS raise this issues is a matter of people not merely for PAS political purposes.

So we would like to ask YB Daud do not get too emotional and angry with the PAS activities in Sarawak by asking PAS to get out of Sarawak, this will only humiliate him as a minister of religion in the state government as we are practice the basic democracy in Malaysia and as long as we are not against the Constitution laws of Malaysia, we are free to join, or to active with any political parties that we think is good for us.

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 06 May 2011 03:46 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


Al Fatihah

Posted: 06 May 2011 10:14 AM PDT

Al-Qaeda sahkan Osama terbunuh

Al Fatihah..

KAHERAH, 6 Mei — Rangkaian Al-Qaeda hari ini mengesahkan kematian ketua mereka Osama bin Laden sambil memberi amaran akan tindakan balas bahawa "kegembiraan Amerika akan berubah menjadi kesedihan."

Pengesahan kumpulan itu dikeluarkan menerusi kenyataan yang disiarkan pada laman-laman web militan, ditandatangani oleh "kepimpinan umum" Al-Qaeda.

Osama ditembak mati di kepala di timur laut Islamabad Isnin lalu.

Pengumuman itu membuka laluan kepada pemilihan pengganti Osama.

pandir oh pandir

Posted: 06 May 2011 10:11 AM PDT

FAKTA BODOH DS NAJIB..

Kata Dato Seri Najib:

PAS telah bekerja keras, sebaliknya DAP yang dilihat meraih kejayaan daripada usaha keras mereka itu.

"Kita lihat poster di sini (Terengganu) "PAS ganti Umno", realitinya "DAP ganti PAS", di Sarawak (pilihan raya negeri 16 April lepas), PAS berkempen berhempas pulas, akhirnya, yang untung, DAP," kata beliau. (PAS hanya bertanding 5 Kerusi)

"PAS, cukuplah dalam Pakatan Rakyat, alihlah kepada yang lain, tak masuk BN pun tak apa, tetapi keluarlah dari Pakatan," kata beliau ketika berucap pada majlis perasmian Pangsapuri Rakyat Pulau Duyong.

Nota:

Hasil kerjasama dalam PR - kini PAS memiliki

1. 23 Kerusi Parlimen

2. 82 kerusi DUN

3. Memimpin 2 buah negeri (Kelantan dan Kedah)

4. Menjadi ahli Majlis Mesyuarat (Exco) Selangor

5. Memiliki wakil dalam Majlis Bandaraya, Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah dlm negeri PR.

6. 4 orang Senator (2 orang dilantik oleh setiap kerajaan Kedah dan Kerajaan Kelantan)

Ini fakta dari segi pencapaian politik. Belum diambil kira dari segi masjid yg makmur dibawah PR, program kebajikan dan kemasyarakatan, ekonomi yg mesra rakyat dll.

Jika di nilai fakta ini, sepanjang liku liku perjuangan yang telah mencecah usia 60 tahun, PRU 12 lepa, PAS dapat keuntungan besar hasilkerjasama dalam PR.

BOMOH 71 TAHUN ROGOL ANAK TIRI..

Posted: 06 May 2011 03:20 AM PDT

[UM] IPOH 5 Mei – Seorang bomoh berusia 71 tahun tergamak merogol anak tirinya yang berusia 24 tahun dengan alasan kononnya ingin menurunkan ilmu yang diamalkan kepada gadis tersebut.

Lebih menjijikkan, perbuatan tersebut dipertontonkan kepada ibu mangsa.

Tidak tahan dengan perbuatan tersebut dan ugutan lelaki itu untuk membunuh ibunya, mangsa membuat laporan polis pada 13 Februari tahun lalu menyebabkan bapa tirinya ditahan polis.

Hari ini, warga emas itu yang bekerja sebagai penoreh getah menerima pembalasan apabila dihukum penjara 15 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas disabitkan kesalahan merogol anak tirinya itu.

Hakim Noor Hayati Mat menjatuhkan hukuman itu setelah lelaki tersebut didapati bersalah merogol mangsa pada pukul 1 pagi, 2 Februari 2010 di rumahnya di Kampung Changkat Tin, Tanjung Tualang, Batu Gajah dekat sini.

Dakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 376B(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum enam tahun dan maksimum 20 tahun serta boleh dikenakan sebatan.

Noor Hayati memutuskan demikian setelah mendapati pembelaan tertuduh gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah dan pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara berkuat kuasa mulai tertuduh ditahan reman pada Februari 2010.

Tertuduh diwakili peguam bela Ranjit Singh manakala pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhaimin Aris.

... NIE MESTI KES MAKAN VIAGRA....

SAF BERI JAWI 1 BULAN LAKSANA UNDANG-UNDANG QAZAF.

Posted: 06 May 2011 03:01 AM PDT

KUALA LUMPUR, 6 Mei — Saf Anti Fitnah (SAF), yang diwakili NGO Islam dan ulama memberi tempoh sebulan kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk menguatkuasakan undang-undang Islam qazaf ketika isu video seks dan liwat semakin menjadi perhatian.

Jurucakapnya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, jika tiada sebarang tindakan di pihak JAWI dalam tempoh sebulan ini, perhimpunan lebih besar akan diadakan memprotes agensi tersebut.

"Kami meminta JAWI menguatkuasakan hukum qazaf. Kami beri tempoh sebulan untuk bertindak, kalau tidak kami akan adakan satu perhimpunan raksasa," kata beliau.

Azmi berkata demikian ketika berucap di Himpunan Amarah Rakyat di pekarangan Masjid Negara selepas solat Jumaat tadi.

Himpunan aman tersebut dihadiri kira-kira 40 orang yang rata-rata mewakili pertubuhan masing-masing.

Selain itu, Azmi turut mempersoalkan mengapa sehingga kini pihak berkuasa tidak menguatkuasakan undang-undang qazaf.

Isu liwat dan pendedahan video seks, yang didedahkan oleh tiga "Datuk T" yang menjadi perhatian sekarang ini, khususnya dengan dikaitkan terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Pihak berkuasa diberi mandat menguatkuasakan undang-undang qazaf seperti yang diperuntukan dalam Seksyen 41, Enakmen Jenayah Syariah 1997 Wilayah Persekutuan ... (tetapi) sehingga kini tidak dilaksana.

"Pihak berkuasa ini seolah-olah tidak bermaya untuk bertindak, malah hanya menjadi penonton kepada jenayah yang dilakukan secara jelas itu," katanya.

Terdahulu, selepas ucapan pada himpunan tersebut oleh wakil pertubuhan dan parti politik, gimik mengoyak dan duduk di atas akhbar Utusan Malaysia turut dilakukan.

Ia bertujuan bagi menunjukkan rasa marah terhadap akhbar milik kerajaan itu yang disifatkan sebagai ejen penyebar fitnah.

Selepas itu, seramai 10 wakil pertubuhan antaranya Naib Ketua Penerangan AMK Rozan Azen Mat Rasip berarak ke JAWI bagi menghantar memorandum.

Memorandum tersebut diterima oleh Timbalan Pengarah Pengurusan JAWI Abdul Murad Wahab.

Chegubard keluar PKR sertai komponen Pakatan?

Posted: 06 May 2011 01:40 AM PDT


May 06, 2011

KUALA LUMPUR, 6 Mei — Bekas anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Badrul Hisham Shaharin disebut-sebut akan keluar parti itu dan pengumuman rasmi dijangka dibuat dalam waktu terdekat.

Bagaimanapun The Malaysian Insider difahamkan jika pun keluar PKR, Badrul Hisham, yang turut dikenali sebagai "Chegubard", akan kekal bersama Pakatan Rakyat (PR) dengan menyertai sama ada PAS atau DAP.

The Malaysian Insider juga difahamkan beliau yang tewas pemilihan ketua Angkatan Muda PKR akhir tahun lalu sudah membincangkan perkara itu bersama rakan-rakannya dalam parti itu dan membayangkan "sudah sampai masanya" berbuat demikian.

Beliau juga pernah disebut-sebut akan meninggalkan PKR sejurus selepas kalah pemilihan tempoh hari.

"Ya, memang betul... Chegubard sudah membuat keputusan, cuma belum diumumkan secara rasmi lagi.

"Ada banyak sebab mengapa Chegubard memutuskan untuk keluar, dengan ada halangan kepada dia daripada menjalankan program, aduan Chegubard mengenai pemilihan pusat tahun lalu juga belum selesai sampai sekarang," kata seorang rakan Badrul Hisham dari Negeri Sembilan kepada The Malaysian Insider.

Usaha The Malaysian Insider untuk mendapatkan pengesahannya masih belum berhasil.

Badrul Hisham (gambar) juga merupakan ketua cabang PKR Rembau.

Pada pilihan raya umum 2008 beliau bertanding di kerusi Parlimen Rembau menentang Khairy Jamaluddin iaitu Ketua Pemuda Umno dan Pemuda BN.

Sumber ibu pejabat PKR yang dihubungi juga mengesahkan ada mendengar desas-desus itu tetapi tidak dapat disahkan kesahihan.

"Saya ada dengar Chegubard sudah berkongsi pendiriannya dengan beberapa pengikut dan penyokongnya baru-baru ini," kata sumber itu lagi.

Sumber juga berkata beberapa pemimpin kanan PKR juga sedia mengetahui keputusan Badrul Hisham itu, yang akhir tahun lalu turut menolak pelantikan sebagai penolong setiausaha agung PKR selepas tewas pemilihan.

Badrul Hisham merupakan antara beberapa pemimpin mempertikaikan proses pemilihan tahun lalu.

Ketika ditanya parti yang bakal sertai Badrul Hisham, sumber memberitahu The Malaysian Insider bahawa, "pilihan Chegubard adalah sama ada PAS atau DAP."

"Kemungkinan besar DAP, sebab parti itu memerlukan ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin Melayu di mana Chegubard merasakan boleh menyumbang melalui DAP," kata sumber itu.

Dalam entri terbaru di blognya kelmarin, Badrul Hisham ada menyentuh tentang DAP dan keperluan kepimpinan Melayu dalam parti itu.

Antaranya kata beliau, "DAP tidak anti-Melayu" tetapi momokan media dengan parti-parti yang berkuasa telah membuat orang Melayu mempunyai perasaan takut kepada dominasi parti itu kalangan kaum Cina.

"Maka yang menggunakan sentimen rasis ini adalah Umno dan ini hakikat. Takkanlah saya keliru kerana saya juga pernah bergiat aktif dalam Umno dan itu perkara yang di antara sesama Melayu memahaminya," katanya.

Kata Badrul Hisham, jika DAP menunjukkan kepada rakyat bahawa ia adalah parti untuk semua kaum, maka DAP sepatutnya meletakkan beberapa calon Melayu.

"Dan, jika ini dilakukan oleh DAP, maka yang pasti akan terjadi parti itu akan mendapat sokongan dari sebahagian pengundi Melayu di dalam pilihanraya yang akan datang," katanya lagi.


Allah hu akbar ! Daulat Tuanku

Posted: 05 May 2011 09:38 PM PDT

Terpesona menatap Gambar ini

Terpegun tengok Gambar ini ...? Ya Salaaam ...!
"Sultan Muhammad, 42, yang mudah membahasakan diri baginda sebagai "saya" atau "kita", berharap berkat doa pemimpin dan pembesar negeri serta sahabat, perkahwinan baginda akan menjadi kenyataan.

"Jadi saya fikir Insya-Allah dengan berkat doa Tok Guru, datuk-datuk, sahabat-sahabat, Insya-Allah berjaya," titah baginda."

Sepenuhnya di sini.
Sumber gambar dan lagi gambar di sini.

111111... APA ADA DENGAN 11.11.11?

Posted: 05 May 2011 09:33 PM PDT

 

11.11.11 tarikh PRU13?

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mencetuskan teka-teki mengenai tarikh pilihan raya umum ke-13 apabila menyebut timbulnya ramalan ia akan diadakan pada 11.11.11 kerana angka 11 amat signifikan dalam hidup beliau.

Ketika ditanya pemberita, beliau tidak mengia mahupun menafikan ramalan itu, sebaliknya menyifatkan ramalan sedemikian memang menjadi kegemaran dalam arena politik sebelum ini.

Sebelum itu, Najib dalam usaha merapatkan hubungannya dengan golongan muda ke udara di rangkaian radio Hot FM pagi ini dan menceritakan signifikan angka 11 dalam hidupnya.

Berita ini tidak boleh dibaca di UUM

Posted: 05 May 2011 09:14 PM PDT

Ini dia punca Rebat Cukai Tanah UUM ditolak K'jaan Negeri

Mengapa permohonan rebat cukai tanah UUM ditolak K'jaan Negeri?

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA

BULETIN UTAMA TV3 cuba memanipulasi isu penolakan rebat cukai tanah yang dipohon UUM.

Pihak UUM sebelum ini telah merayu kerajaan negeri Kedah memberikan rebat cukai tanah sehingga mereka hanya perlu membayar RM100 ribu sahaja seperti yang dinikmati pada 2006-2008, berbanding RM1.74 juta nilai cukai tanah sebenar. UUM meminta kadar semurah itu untuk tempoh lima tahun lagi.

Cukai tanah bagi tahun 2011 sepatutnya perlu dijelaskan segera untuk mengelak dari didenda. Tarikh akhirnya ialah 1 Jun 2011.

Antara alasan yang dikemukakan UUM dalam rayuannya untuk mendapatkan rebat ialah UUM bukan institusi pengajian tinggi yang berorientasikan keuntungan. Benarkah langsung tidak berorientasikan keuntungan? Tahun lalu UUM mengumumkan keuntungan bagi syarikat-syarikat di bawah IPTA itu adalah sebanyak RM80 juta. Semua keuntungan itu dibuat di atas tanah yang dikategorikan untuk IPTA, bukan tanah premis perniagaan. Apa salahnya gunakan keuntungan besar yang 'tidak disengajakan' itu untuk menjelaskan cukai.

Satu lagi alasan yang diberikan ialah keluasan tanah UUM adalah 1,104.3 hektar tetapi hanya 57% dari keluasan tanah tersebut atau 627.8 hektar sahaja yang dibangunkan. Orang kampung yang mengusahakan sawah padi tetap perlu membayar cukai tanah meskipun pada tahun tertentu sawah mereka dilanda banjir, mereka tidak pernah menggunakan hujah 'ala UUM' untuk meminta rebat cukai.

Kadar cukai tanah yang dikenakan ke atas UUM ialah RM0.20 bagi satu meter persegi, bermakna jumlah keseluruhan ialah RM1,744,357.00. Bagaimanapun berlaku pengambilan sejumlah kecil tanah UUM iaitu 3119.3662 meter persegi menyebabkan taksiran cukai berkurang menjadi RM1,743,735.00.

Kadar RM0.20 bagi satu meter persegi adalah kadar cukai tanah mengikut semakanhasil tanah pada 2005 yang menjadikan cukai tanah UUM sebanyak RM1,743,735.00. Cukai tersebut tidak dikira mengikut rebat cukai yang berkuatkuasa pada 1 Januari 2008 iaitu pada kadar RM0.30 bagi satu meter persegi. Jika rebat tersebut diikuti maka cukai tanah yang baru bagi UUM ialah RM2,615,602.00!

Pejabat Tanah dan Galian Negeri Kedah dilaporkan tidak bersetuju terhadap rebat oleh UUM itu kerana ia boleh dijadikan 'precedent case' atau kes duluan untuk dijadikan rujukan. Hasil yang diperolehi oleh kerajaan negeri Kedah dari tanah-tanah milik Persekutuan di negeri ialah RM31 juta setahun.

Jika UUM diberikan rebat, bayangkan jika semua jabatan Persekutuan tersebut, khususnya IPTA membuat rayuan terhadap kerajaan negeri menggunakan alasan yang sama yang digunakan UUM; maka ia meletakkan kerajaan negeri dalam dilema kerana tidak adil dalam melayan pembayar cukai tanah. UiTM Merbok dikenakan cukai RM0.55 untuk satu meter persegi, lebih sekali ganda dari yang ditanggung UUM. Bagaimana jika UiTM Merbok turut meminta rebat, kerana alasan mereka lebih kuat untuk meminta rebat?

Sepanjang tiga tahun memberi rebat pada UUM (2006-2009) kerajaan negeri telah kehilangan hasil sebanyak RM4,933,071.00. Sekiranya permohonan untuk mendapat jumlah rebat yang sama dipanjangkan lagi selama lima tahun maka negeri akan kehilangan hasil sebanyak RM8,218,675.00. Jumlah tersebut adalah terlalu besar untuk bukan sebuah negeri maju macam Kedah.

Jika pihak UUM masing 'membuat bising' kononnya kadar cukai tanah RM0.20 satu meter persegi yang dikenakan terlalu tinggi sehingga tidak mampu dibayar, maka eloknya kita meneliti kadar cukai tanah yang dikenakan terhadap IPTA di negeri lain sebagai rujukan.

USM Pulau Pinang dikenakan cukai RM2.58 bagi setiap meter persegi, Universiti Malaysia Perlis (UNIMEPS) RM0.50 satu meter persegi, IPTA di negeri Selangor RM0.39 untuk satu meter persegi. Manakala semua premis milik Pusat seperti sekolah, balai polis, hospital dan lain-lain yang didaftarkan di bawah Pesuruhjaya Tanah Persekutuan maka kadar untuk satu meter persegi ialah RM0.55. Semua premis tersebut tidak sibuk meminta rebat, UUM pula yang tiba-tiba menjadi Universiti Uzur Malaysia yang perlu diberi rebat.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Khaled Nordin mengeluarkan kenyataan yang berpihak kepada UUM. Cakapnya 'double standard' kerana dia tidak mengulas hal yang sama bagi UNIMEPS atau mana-mana IPTA yang terletak di negeri-negeri ditadbir BN. Sepatutnya negeri BN menjadi contoh dalam memberi rebat 'gila-gila' itu kepada semua IPTA yang terdapat di negeri masing-masing, tapi ia tidak berlaku.

Di Kedah, di mana sahaja ceramah politik BN diadakan maka isu cukai tanah UUM menjadi isu wajib untuk diulas. Ini menunjukkan bahawa permohonan rebat oleh UUM terhadap kerajaan negeri bukan ikhlas demi pembangunan pendidikan tetapi lebih menjurus kepada provokasi politik.

Apabila nanti kerajaan negeri menolak maka bolehlah jentera propaganda mereka menjelaskan kepada seluruh rakyat jelata bahawa kerajaan negeri menindas institusi pengajian tinggi. Jika itulah maksud yang tersirat dari apa yang tersurat, maka 'eloklah' mereka meneruskan niat busuk tersebut.

Soalan politik yang mereka ajukan kepada kerajaan negeri sekarang ialah; jika masa BN dulu mereka boleh beri rebat, mengapa sekarang tidak?
Jawapannya begini:

1) Mengapa kerajaan negeri Perlis yang diperintah BN kini tidak memberi rebat kepada UNIMEPS yang kadar cukainya jauh lebih tinggi dari UUM? (Jawapan dalam bentuk soalan)

2) Kerajaan negeri dulu hilang hasil dari RM4,933,071.00 akibat pemberian rebat, tetapi perbelanjaan pengurusan negeri terutamanya dalam bidang kebajikan rakyat banyak diambil alih oleh Pusat akibat kelemahan kerajaan negeri pada masa itu. Sekarang kerajaan perlu berdikari kerana bantuan Pusat tidak lagi melalui negeri. Sekalipun Kedah masih dibawah pemerintahan kerajaan BN Pusat kini namun Kedah adalah antara negeri yang dianaktirikan oleh BN Pusat. Ramai dari senarai penerima bantuan E-Kasih ditamatkan bantuan bulanan oleh Pusat sedangkan senarai E-Sinar di bawah negeri terus menerima bantuan.

3) Di samping perlukan dana untuk pembangunan negeri dan kebajikan rakyat, kerajaan negeri kini terpaksa menjelaskan hutang tinggalan BN lalu sebanyak RM2.3 Billion, di mana RM1.83 Billion darinya adalah hutang berkaitan air.

4) Kerajaan kini sangat mementingkan kebajikan rakyat, justeru akan mempastikan setiap sen duit yang menjadi hak rakyat diguna untuk kesejahteraan rakyat. Ini berbeza dengan kerajaan lalu yang lebih mementingkan 'orang kaya' (UUM) dari rakyat yang ramai masih miskin.

UMNO dan MUNGKAR

Posted: 05 May 2011 09:03 PM PDT

Adakah PAS perlu mendukung kemungkaran Umno?

Harakahdaily
TEMERLOH, 6 Mei: "Apakah saudara juga meminta PAS untuk mendukung segala kemungkaran dan kebejatan yang dilakukan Umno, sama ada dalam aspek agama Islam atau pengurusan negara supaya tidak digelar sebagai pengkhianat Islam?" tanya Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kepada Dr Juanda Jaya dan mereka yang sama fikrah dengan pandangannya.

Beliau melontarkan pertanyaan itu sebagai menjawab balas kepada kenyataan yang dilakukan oleh Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya kelmarin, di mana beliau menyifatkan pihak-pihak yang menentang penyatuan antara Umno dan PAS sebagai pengkhianat Islam.

Tuan Ibrahim berkata apabila soal perpaduan, penyatuan dan kerjasama diketengahkan, sudah tentunya keadaan akan disifatkan sebagai janggal sekiranya ada pihak yang menentang usaha tersebut, tambahan pula bila mana Islam sendiri telah meletakkan asas yang sangat kukuh ke arah nilai tersebut.

Namun begitu, dengan bersangka baik pada niat Dr Juanda, beliau berpendapat mungkin idea yang dilontarkan olehnya disebabkan perkara itu dilihat daripada aspek penyatuan kaum Melayu, sudah pastinya tidak menepati apa yang dibawa ajaran Islam kerana Islam membina penyatuan yang jauh lebih luas daripada penyatuan kaum.

"Islam sendiri melihat penyatuan Islam melampaui kaum, dan seruan penyatuan universal di atas nama Islam inilah telah berjaya merobohkan asaniyah qaumiyah yang selama ini menjadi penghalang kepada pembanguan sesebuah negara, dan terutamanya bilamana sesuatu kaum merasa cemburu di atas kejayaan kaum lain," terang Tuan Ibrahim.

Namun, beliau mengingatkan bahawa dalam Islam, penyatuan besar ini telah mencipta satu sejarah bangsa manusia yang hebat bilamana Islam yang sifatnya rahmatul lil Alamin telah berjaya diterima dengan penuh hormat oleh seluruh manusia.

Sebagai seorang mufti, nasihat Tuan Ibrahim, Dr Juanda perlu memahami bahawa jangkauan perpaduan yang cuba dicadangkannya, perlulah sebaik-baiknya mencerminkan kehendak Islam yang syumul ini, dan lebih penting lagi meletakkan asas penyatuan bagi mencari keredhaan Allah.

Dari sudut ini, katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang, kewujudan PAS dan Umno tidak seharusnya dilihat dari sudut perpecahan.

"Kerana kalau ianya dianggap perpecahan kerana wujudnya pelbagai parti politik, sepatutnya yang dipersalahkan ialah kerajaan yang menerima pendaftaran parti-parti politik; tapi ini sudah tentunya ini bertentangan dengan kehendak demokrasi itu sendiri," jelasnya.

Bagi Dr Juanda dan mereka yang sama fikrah dengan pandangannya, Tuan Ibrahim menyeru supaya seharusnya memikirkan persoalan bahawa, "Apakah PAS diminta mendokong kemungkaran dan kebejatan yang dilakukan oleh Umno, sama ada dalam aspek agama mahupun pengurusan negara?"

"Bukankah jauh lebih baik bagi Dr Juanda untuk bertindak menasihati UMNO agar jangan menganiaya negeri yang majoriti umat Islam, seperti Kelantan dengan menyekat royalti minyak milik negeri, bantuan perkapita tahunan mengikut jadual yang telah dimeteraikan antara kerajaan negeri dengan kerajaan pusat, pelaburan asing dan selainnya?

Lihatlah bagaimana hebatnya Umno menyerang negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat, sedangkan sepatutnya kerajaan pusat bersikap adil dengan pilihan rakyat," tambah beliau.

Di samping itu, Tuan Ibrahim juga menyampaikan pesanan kepada Dr Juanda agar tidak mengaitkan PAS dengan pelbagai tuduhan yang tidak tepat seperti melihat parti Islam sebagai punca kegagalan penyatuan Melayu kerana ia adalah tidak adil dan bakal mengundang pelbagai reaksi ahli-ahli dan para pimpinan PAS yang masih terasa luka lama akibat ditendang keluar Barisan Nasional pada 1978.

"Melihat PAS sebagai punca gagal penyatuan Melayu juga adalah tidak adil kerana sejarah lampau yang dilalui oleh PAS sewaktu penggabungan dengan BN sangat besar kesannya, terutama apabila PAS ditendang keluar.

Ekoran itu, PAS pecah kepada tiga kumpulan dan kehilangan Kelantan akibat perbuatan khianat Umno terhadap pengorbanan PAS pada waktu itu. Lantaran itu, menuduh PAS dengan pelbagai tuduhan yang tidak tepat sepatutnya tidak berlaku, kerana ianya akan mengundang pelbagai reaksi ahli dan pimpinan yang masih terasa luka lama tersebut," tegur beliau secara halus.

“Insya-Allah dengan berkat doa tok guru, datuk.."

Posted: 05 May 2011 05:40 PM PDT

KOTA BHARU: "Saya kini berdoa, insya-Allah Tuhan akan makbul," titah Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V ketika menjawab soalan bila baginda akan memiliki permaisuri, sekali gus membayangkan Kelantan bakal mempunyai Raja Perempuan.

Baginda bertitah demikian pada sidang media khas di Istana Negeri, Kubang Kerian di sini, petang kelmarin, yang pertama kali diadakan sejak dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan pada 13 September lalu.

Sidang media itu memberi peluang kepada wartawan bertanyakan pelbagai soalan termasuk mengenai Yayasan Sultan Kelantan yang akan dilancarkan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, esok.

Baginda bertitah, dengan berkat doa rakyat dan pembesar negeri, persoalan berkenaan boleh menjadi kenyataan.

"Insya-Allah dengan berkat doa tok guru, datuk (pembesar negeri), insya-Allah berjaya, (memiliki permaisuri)," titahnya sambil tersenyum.





LAGI BAHANA FACEBOOK... WANITA DIROGOL BERGILIR-GILIR

Posted: 05 May 2011 05:36 PM PDT

[HM] KUALA LUMPUR: Gara-gara terpengaruh menyaksikan filem terbaru Korea terbaru, seorang wanita berusia 23 tahun dirogol dua lelaki di sebuah rumah di Manjalara, Kepong, di sini, kelmarin.


Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa bijak diperdaya seorang lelaki berusia lewat 20-an yang dikatakan baru dikenali menerusi laman sembang sosial (facebook) sejak dua bulan lalu untuk mengikut ke rumahnya sebelum dirogol.

Menurut sumber polis, mangsa pada mulanya dihubungi suspek sebelum mereka bertemu di sebuah restoran di kawasan Kepong, di sini.

"Keghairahan mangsa terhadap filem Korea digunakan suspek dengan mengatakan dia sudah menonton filem berkenaan di rumahnya selepas membeli cakera padat video (CD) beberapa hari lalu.

"Suspek mempelawa mangsa ke rumahnya untuk menonton filem berkenaan. Pada mulanya, mangsa menolak kerana bimbang dengan keselamatannya," katanya.

Sumber polis berkata, bagaimanapun selepas makan dan diyakinkan suspek bahawa dia tidak akan menyentuh mangsa selain berjanji menjaga keselamatannya, wanita terbabit bersetuju.

"Malah, suspek dikatakan memberitahu dia tinggal berseorangan kerana rakan serumahnya pulang bercuti di kampung.

"Mangsa dibawa ke rumah suspek dengan sebuah motosikal. Sebaik tiba, suspek mengarahkan mangsa masuk ke biliknya dan menonton filem berkenaan dengan menggunakan komputer miliknya manakala, suspek turut berjanji menunggu mangsa di luar sambil menonton rancangan televisyen," katanya.

Sumber berkata, kira-kira 30 minit, suspek masuk ke dalam bilik sebelum memaksa mangsa melakukan hubungan seks dengannya.

"Mangsa cuba melawan tetapi gagal.

"Penderitaan mangsa tidak berakhir begitu saja sebaliknya turut dirogol rakan serumah suspek yang pulang selepas itu," katanya.

Selepas dirogol, mangsa dihantar pulang ke rumah dan suspek mengarahkannya supaya tidak membuat laporan polis selain berjanji akan bertanggungjawab terhadap kejadian itu.

Namun, selepas dinasihatkan keluarga dan rakan, mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Kepong, di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Difahamkan, kes berkenaan disiasat bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan (KK) dan sehingga kini suspek masih belum ditahan polis namun pihak berkuasa sedang memburu mereka.

.... senang betul wanita hari ini terpedaya dengan kenalan facebook mereka... bodoh!

ZAMIHAN KECAM JUANDA...SUDAH-SUDAH LA LAGAKAN ULAMA'

Posted: 05 May 2011 05:26 PM PDT

KUALA LUMPUR, 6 Mei — Mufti Perlis Dr Juanda Jaya tidak wajar menyamakan mereka yang menentang penyatuan Umno-PAS sebagai pengkhianat Islam, kata seorang pegawai Jakim.


Zamihan Mat Zain, yang baru-baru ini memberikan pandangan kontroversial mengenai isu Wahabi dan Imam Besar Masjidil Haram Sheikh Dr Abdul Rahman Ibn Abdul Aziz As-Sudais berkata, adalah terlalu "melampau apabila Mufti Perlis menghukum ulama Islam dan umat Islam yang tidak mahu menerima pandangannya sebagai sesat, khawarij dan pengkhianat Islam."

"Tahukah tuan Mufti Perlis tuduhannya itu bukan hanya ditujukan kepada seorang imam terkenal atau penulis blog sahaja tetapi penghukuman tersebut dijatuhkan bersama nilai cerca dan menghina ke atas jutaan umat Islam, para ilmuan Islam dan pejuang Islam.

"Bukan perbincangan kepartian yang diutarakan di sini tetapi melampau dalam menghukum adalah sikap yang amat memalukan institusi agama negara, inikan pula dihentam secara melulu," kata beliau dalam tulisan blognya.

Sehubungan itu, Zamihan yang kini berkhidmat sebagai Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu, Teras Institut Latihan Islam Malaysia berkata, "dengan ini diminta agar Mufti Perlis menarik kembali dan bertaubat dari kata-kata yang menghukum ulama Islam dan umat Islam secara umum sebagai sesat, khawarij dan pengkhianat Islam."

"Mohon tarik balik dan bertaubat dengan segera sebelum terlambat," kata beliau lagi.

"Kita sokong penyatuan Umno dan PAS, tetapi untuk mengatakan seseorang itu pengkhianat Islam hanya kerana tidak bersetuju atau tidak membantah penyatuan Umno dan Islam, saya anggap ia satu kenyataan yang tidak wajar datang daripada seorang mufti," katanya ketika diminta penjelasan mengenai tulisan dan pandangannya dalam entri blog.

... sudah-sudah la lagakan ulama'....

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 06 May 2011 03:32 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


KESEDARAN RAKYAT MASJID NEGARA JADI SAKSI

Posted: 06 May 2011 12:10 AM PDT







Perhimpunan Hari Kemarahan Rakyat 6 Mei
Rakyat yang cintakan kebenaran dan menolak politik fitnah diminta menyertai Perhimpunan Hari Kemarahan Rakyat Amarah di sekitar Masjid Negara, Kuala Lumpur pada Jumaat bersamaan 6 Mei (hari ini).

Perhimpunan yang dijangka dihadiri ribuan rakyat Malaysia akan diadakan sekitar jam 12 tengah hari hingga 3ptg, menjadi titik tolak kebangkitan rakyat menolak politik porno/fitnah.

Program itu anjuran Saf Anti Fitnah (SAF) yang menggabungkan badan bukan kerajaan (NGO) antaranya Teras, Sekratariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura), Muafakat Perubuhan Islam Kedah (Wehdah), Jaringan Muafakat Pertubuhan Islam Perak (Jama'iy) dan Insititut Penyelidikan dan Pengembangan Syariat.

Penganjuran perhimpunan itu turut bekerjasama dengan Gabungan Pemuda Pakatan Rakyat Anti Politik Lucah/Fitnah (Maruah)

DASYATNYA ! SPR TERUS MENIPU RAKYAT/PENGUNDI

Posted: 05 May 2011 09:50 PM PDT




Semakan RDPT, SPR Selangor kena serbu
Tepat jam 2.00 petang tadi SPR Selangor di Kompleks PKNS Shah Alam telah diserbu oleh pembantah-pembantah dari DUN dan Parlimen Negeri Selangor.

RDPT atau Rang Daftar Pemilih suku tahun 1/2011 yang mula di pamirkan pada 28 hb April 2011 dan berakhir pada 4hb May 2011 ini menampakkan kelemahan ketara yang dilakukan oleh SPR menyebabkan kemungkinan ribuan bantahan akan dibuat keatas SPR.

Para pembantah pada kali ini nampaknya sudah benar-benar bersedia dengan bukti yang kukuh bahawa ada terlalu ramai pengundi yang didaftarkan bukan merupakan pemastautin tetap di sesuatu Daerah Mengundi.


PAS Kawasan Pandan mendapati bilangan pengundi yang ramai telah dipindahkan dari DUN Teratai ke DUN Chempaka untuk tempoh Januari hingga Mac tahun ini.
Kami telah melakukan semakan terperinci ke atas senarai pengundi yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk suku tahun pertama 2011.

Kami telah mendapati perkara-perkara berikut berkaitan perpindahan ini,

1) Perpindahan melibatkan AJK-AJK Umno dari DUN Teratai.

Contohnya AJK Umno Bahagian Pandan yang juga Ketua Umno Cawangan Taman Kencana, Abdullah Thani b. Bukhari yang dipindahkan ke Taman Dagang di dalam DUN Chempaka.

Seramai 5 AJK Wanita Umno Cawangan Pangsapuri Intan telah dipindahkan ke DUN Chempaka. 2 ke Taman Bakti, 2 ke Pandan Jaya dan 1 ke Lorong Molek Kg. Pandan

Seramai 10 orang ahli-ahli Umno dari Kg Cheras Baru telah juga dipindahkan ke DUN Chempaka.

2) Mereka yang dipindahkan untuk mengundi di DUN Chempaka itu masih bermastautin di DUN Teratai. Mereka tidak menetap di alamat di mana mereka didaftarkan.

3) Di antara alamat yang digunakan untuk mendaftar pengundi-pengundi dari DUN Teratai adalah Dewan Kemas di Lorong Molek, Kg Pandan.

http://iskandar56100.blogspot.com/2011/05/kenyataan-akhbar-yb-iskandar-samad-yang.html

http://p111kotaraja.blogspot.com/2011/05/rdpt-pembantah-serbu-spr-selangor.html

INGAT JANJITEMU DI MASJID NEGARA 6 MEI HARI INI !

Posted: 05 May 2011 05:55 PM PDT

Rakyat yang cintakan kebenaran dan menolak politik fitnah diminta menyertai Perhimpunan Hari Kemarahan Rakyat Amarah di sekitar Masjid Negara, Kuala Lumpur pada Jumaat bersamaan 6 Mei ini.

Perhimpunan yang dijangka dihadiri ribuan rakyat Malaysia akan diadakan sekitar jam 12 tengah hari, menjadi titik tolak kebangkitan rakyat menolak politik porno/fitnah.

Program itu anjuran Saf Anti Fitnah (SAF) yang menggabungkan badan bukan kerajaan (NGO) antaranya Teras, Sekratariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura), Muafakat Perubuhan Islam Kedah (Wehdah), Jaringan Muafakat Pertubuhan Islam Perak (Jama'iy) dan Insititut Penyelidikan dan Pengembangan Syariat.

Penganjuran perhimpunan itu turut bekerjasama dengan Gabungan Pemuda Pakatan Rakyat Anti Politik Lucah/Fitnah (Maruah)

Orang ramai dipelawa hadir untuk memberi sokongan padu demi menyelamat Malaysia dari gejala politik fitnah yang dijaja pimpinan Umno Barisan Nasional (BN), khususnya kebelakangan ini.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=12798

INILAH MASA MELAWAT SAHABAT & HULURKAN SUMBANGAN

Posted: 05 May 2011 05:45 PM PDT

Sdr Apandi kita Ketua cawangan PAS Kenanga yang ada bisnes jual Yong Tau Fu depan Restoren Ummi sekarang ada di Hospital Tawakal kerana sakit tulang belakang serius. Oleh kerana laam tak berniaga maka sudah tentu beliau bermasalah dan sangat-sangat memerlukan dari segi kewangan.
Harap ada di antara kita yang sudi adakan masa untuk melawat beliau dan berdoa kepada Allah agar disembuhkan penyakitnya. Bagi yang berkemampuan hulurkan sumbangan dan tanyalah kabar ahli keluarganya. Mohon Musllimin dan muslimat.

Dari sms 0192799147

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru

Posted: 06 May 2011 01:43 PM PDT

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru


Hamas Sedia Jayakan Perdamaian Dengan Fatah

Posted: 06 May 2011 12:52 PM PDT

Sehari selepas menandatangani perjanjian memulihkan hubungan dengan kumpulan Fatah, pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh, berkata mereka sedia menghadapi apa saja untuk memastikan kejayaan perdamaian yang dicapai itu selepas kedua-dua pihak bertelagah selama empat tahun.

"Kami akan mula melaksanakan semua tuntutan perjanjian itu...membentuk kerajaan penyatuan, membebaskan tahanan dan menggerakkan semula Parlimen Palestin," katanya.

Beliau juga menyeru kumpulan bersenjata dalam kalangan rakyat Palestin supaya mematuhi gencatan senjata dengan Israel untuk memberi peluang kepada perjanjian perdamaian itu untuk dilaksanakan.

"Terdapat banyak ancaman kepada perjuangan rakyat Palestin dan semua ancaman ini dapat ditangani menerusi perdamaian," katanya.

Haniyeh yang mengetuai kerajaan pertama Palestin yang dibentuk oleh Hamas pada 2006 selepas memenangi pilihan raya Parlimen, mengesahkan bahawa beliau tidak akan menjadi Perdana Menteri dalam kerajaan baru Palestin.

Semalam ratusan penyokong Hamas menyertai satu perhimpunan bagi meraikan penyatuan Palestin di bandar Nablus di Tebing Barat.

Ini adalah kali pertama penyokong Hamas berada di Tebing Barat sejak pihak berkuasa Palestin menghalang mereka datang ke situ pada 2007.

Petugas dari stesen televisyen milik pihak berkuasa Palestin dibenarkan untuk pertama kali membuat liputan di Semenanjung Gaza manakala wartawan dari stesen televisyen Hamas Al-Aqsa pula dibenarkan beroperasi dari Tebing Barat.

Penganalisis Palestin, Fahmi Abu Hadeed, bagaimanapun melihat penyatuan antara kedua-dua kumpulan itu akan berdepan pelbagai cabaran.

Katanya, ini kerana masing-masing mempunyai program tersendiri.

Beliau juga berkata, Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah tidak akan mengiktiraf sebuah kerajaan Palestin jika Hamas tidak mengiktiraf Israel. -

Osama: Kenapa Najib bergembira bersama Amerika?

Posted: 06 May 2011 12:50 PM PDT

Kenapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan dunia akan lebih aman sejurus selepas Osama bin Laden diisytiharkan mati dibunuh oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Barrack Obama?

Anggota Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad menyifatkan kata-kata Najib bahawa dunia lebih aman dengan kematian Osama adalah terlalu mudah (simplistik) dan naif.

Bagi beliau, Najib cuba menguatkan lagi penguasaan geo-politiknya untuk memahami satu fakta yang terang lagi bersuluh bahawa 'Osama dan keganasan adalah hasil ciptaan AS.'

Selain Dr Dzulkefli, pelbagai pihak turut mengecam kenyataan Najib yang berkata, dunia akan lebih aman, selamat dan adil dengan kematian Osama.

Akhbar Berita Harian (gambar kiri) yang dikawal Umno juga secara terbuka menolak pandangan itu apabila menyiarkan satu rencana bertajuk "Tiada jaminan kematian Osama penamat keganasan global".

Bahkan, akhbar Umno sendiri, Utusan Malaysia juga nampaknya bertembung pandangan dengan Najib dalam isu ini.

Para pemimpin pertubuhan Islam juga menolak pandangan simplistik dan bodek Amerika Najib itu.

Yang Dipertua PUM, Datuk Sheikh Abdul Halim Abdul Kadir berkata, ini kerana Amerika Syarikat sendiri dianggap sebuah negara imperialis yang sentiasa berusaha untuk meluaskan pengaruh mereka ke seluruh dunia, khususnya negara Islam dengan menaja keganasan.

"Kenyataan Najib itu mungkin kurang tepat kerana sebenarnya kuasa Amerika sendiri tetap akan meluaskan pengaruh imperialisme mereka ke seluruh dunia yang sebenarnya menggalakkan keganasan itu sendiri," kata Sheikh Abdul Halim.

Beliau juga percaya bahawa keamanan dunia tidak hanya bergantung dengan kematian seorang Muslim yang sering dilabel pengganas seperti Osama.

"Keamanan ini asasnya adalah keadilan sebagai sebuah idea yang akan menghapuskan penindasan.

"Untuk memastikan keadilan ini mengambil tempat, ia memerlukan usaha bersama. Seorang individu sahaja tidak akan mampu untuk mewujudkan keadilan atau pun mencetuskan keganasan," kata Sheikh Abdul Halim.

Pengerusi Shura, Ustaz Abdul Ghani Samsudin (gambar) dan Setiausaha Agung Mapim, Azmi Abdul Hamid dalam kenyataan bersama juga merakamkan kutukan keras terhadap tindakan tentera Amerika membuang jenazah As Syahid Osama ke laut.

"Tindakan ini adalah suatu penghinaan yang jelas dan dunia harus membantah sikap Amerika yang sama sekali tidak boleh diterima.

"Jenazah As Syahid sepatutnya dikembalikan kepada keluarga dan sahabat andainya dan diuruskan pengkebumian yang selayaknya sebagai seorang Muslim," tegas mereka.

PM membodek Amerika

"PM terlalu 'membodek' AS dan Obama. Islam menolak sebarang keganasan. Namun, kita kena faham mengapa keganasan terus berlaku?" bidas Dr Dzulkefly (gambar) dalam ulasannya mengenai hal ini.

Menurut Dr Dzul, terdapat dua penyebab utama kezaliman AS iaitu dalam bentuk polisi dan tindakan.

"AS pembekal WMD (weapon of mass destruction – senjata pemusnah besar-besaran) serta terus membekalkan senjata tercanggih dengan penyelidikan mereka termasuk kepada Iraq (Saddam), Israel dan lain-lain merupakan punca kezaliman akibat daripada tindakan.

"Ketidakadilan polisi pula berlaku khasnya di kawasan Timur Tengah dan Palestin juga merupakan salah satu bentuk kezaliman AS," terangnya lagi.

Najib sepatutnya, kata Dr Dzul peka dengan hati-budi dan maruah umat Islam khususnya di Timur Tengah dan Palestin, di mana kezaliman terhadap negara-negara Islam di sana dibiarkan berterusan oleh kuasa-kuasa di Barat.

"Berdekad Barat mengizinkan kezaliman. Inilah punca segalanya," ujar beliau. "PM sepatutnya kata - dunia tidak akan selamat kalau Amerika masih bersikap dwi-standard menyokong keganasan di Timur Tengah dan Palestine walaupun Osama dibunuh."

Selain itu, Dr Dzul berkata Najib juga harus bertanya balik kepada Obama, "Bukankah Osama anak didik Amerika? Mengapa Osama berpaling tadah selepas tamat blok Russia?", di mana menurutnya ia adalah disebabkan sikap dwi-standard AS sendiri.

Sekiranya Najib ingin menjadi juara umat Islam, Dr Dzul menasihatkan beliau supaya jangan bertindak semata-mata kerana ingin membodek Obama dan AS untuk kerana mahu diundang ke White House dan merenungkan siapa penaja kezaliman yang sebenarnya di dunia ini.

"Malangnya apabila ada pemimpin negara umat Islam yang membodek AS kerana mahu diundang ke Rumah Putih. Tindakan ini amat mengaibkan umat Islam.

"PM kalau mahu jadi juara umat Islam, jangan bertindak 'membodek' Obama-AS. Jangan berbolak-balik! PM perlu menarik balik kenyataan beliau dan memohon maaf dengan kadar segera bagi menjaga sensitiviti umat Islam," nasihat Dr Dzul.

Persoalan yang harus direnungkan semua umat Islam

Sebagai pemimpin Islam, patutkah Najib mengeluarkan kata-kata begitu, atau lebih tepat lagi, adakah Najib terlupa bahawa dirinya seorang Islam dan juga seorang pemimpin yang majoritinya Islam ketika mengeluarkan kenyataan tersebut yang ternyata akan menyinggung sensitiviti umat Islam sedunia?

Ataupun, itu sememangnya jiwa Umno seperti yang dinyatakan oleh MCA tempoh hari, apabila parti tersebut menyuruh PAS membuang perjuangan Islamnya sekiranya ingin menerima jemputan Umno menyertai Barisan Nasional (BN)?

Jikalau Umno masih ingat akan perjuangan Islam, sepatutnya MCA sudah lama melenting untuk keluar daripada BN.

Adakah ini bermakna MCA, yang kebelakangan ini telah semakin menunjukkan belang anti-Islamnya, masih sanggup berada dalam BN sehingga kini semata-mata kerana mereka 100% yakin dan pasti bahawa Umno sudah tidak berpaksikan lagi pada Islam dalam segala tindak-tanduknya?

Isteri menteri keselamatan seludup kokain

Posted: 06 May 2011 12:48 PM PDT

Isteri kepada seorang Menteri Keselamatan Afrika Selatan, Sheryl Cwele didapati bersalah menyeludup kokain ke negara ini.

Mahkamah Tinggi Pietermaritzbur semalam mendapati, Cwele, yang berkahwin dengan Menteri Siyabonga Cwele, bersalah kerana menggunakan wanita muda untuk menyeludup dadah ke negara ini.

Menurut laporan media tempatan, hukuman ke atasnya dijadualkan diputuskan hari ini. – AFP

Adakah PAS perlu mendukung kemungkaran Umno?

Posted: 06 May 2011 12:46 PM PDT


"Apakah saudara juga meminta PAS untuk mendukung segala kemungkaran dan kebejatan yang dilakukan Umno, sama ada dalam aspek agama Islam atau pengurusan negara supaya tidak digelar sebagai pengkhianat Islam?" tanya Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kepada Dr Juanda Jaya dan mereka yang sama fikrah dengan pandangannya.

Beliau melontarkan pertanyaan itu sebagai menjawab balas kepada kenyataan yang dilakukan oleh Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya kelmarin, di mana beliau menyifatkan pihak-pihak yang menentang penyatuan antara Umno dan PAS sebagai pengkhianat Islam.

Tuan Ibrahim berkata apabila soal perpaduan, penyatuan dan kerjasama diketengahkan, sudah tentunya keadaan akan disifatkan sebagai janggal sekiranya ada pihak yang menentang usaha tersebut, tambahan pula bila mana Islam sendiri telah meletakkan asas yang sangat kukuh ke arah nilai tersebut.

Namun begitu, dengan bersangka baik pada niat Dr Juanda, beliau berpendapat mungkin idea yang dilontarkan olehnya disebabkan perkara itu dilihat daripada aspek penyatuan kaum Melayu, sudah pastinya tidak menepati apa yang dibawa ajaran Islam kerana Islam membina penyatuan yang jauh lebih luas daripada penyatuan kaum.

"Islam sendiri melihat penyatuan Islam melampaui kaum, dan seruan penyatuan universal di atas nama Islam inilah telah berjaya merobohkan asaniyah qaumiyah yang selama ini menjadi penghalang kepada pembanguan sesebuah negara, dan terutamanya bilamana sesuatu kaum merasa cemburu di atas kejayaan kaum lain," terang Tuan Ibrahim.

Namun, beliau mengingatkan bahawa dalam Islam, penyatuan besar ini telah mencipta satu sejarah bangsa manusia yang hebat bilamana Islam yang sifatnya rahmatul lil Alamin telah berjaya diterima dengan penuh hormat oleh seluruh manusia.

Sebagai seorang mufti, nasihat Tuan Ibrahim, Dr Juanda perlu memahami bahawa jangkauan perpaduan yang cuba dicadangkannya, perlulah sebaik-baiknya mencerminkan kehendak Islam yang syumul ini, dan lebih penting lagi meletakkan asas penyatuan bagi mencari keredhaan Allah.

Dari sudut ini, katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang, kewujudan PAS dan Umno tidak seharusnya dilihat dari sudut perpecahan.

"Kerana kalau ianya dianggap perpecahan kerana wujudnya pelbagai parti politik, sepatutnya yang dipersalahkan ialah kerajaan yang menerima pendaftaran parti-parti politik; tapi ini sudah tentunya ini bertentangan dengan kehendak demokrasi itu sendiri," jelasnya.

Bagi Dr Juanda dan mereka yang sama fikrah dengan pandangannya, Tuan Ibrahim menyeru supaya seharusnya memikirkan persoalan bahawa, "Apakah PAS diminta mendokong kemungkaran dan kebejatan yang dilakukan oleh Umno, sama ada dalam aspek agama mahupun pengurusan negara?"

"Bukankah jauh lebih baik bagi Dr Juanda untuk bertindak menasihati UMNO agar jangan menganiaya negeri yang majoriti umat Islam, seperti Kelantan dengan menyekat royalti minyak milik negeri, bantuan perkapita tahunan mengikut jadual yang telah dimeteraikan antara kerajaan negeri dengan kerajaan pusat, pelaburan asing dan selainnya?

Lihatlah bagaimana hebatnya Umno menyerang negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat, sedangkan sepatutnya kerajaan pusat bersikap adil dengan pilihan rakyat," tambah beliau.

Di samping itu, Tuan Ibrahim juga menyampaikan pesanan kepada Dr Juanda agar tidak mengaitkan PAS dengan pelbagai tuduhan yang tidak tepat seperti melihat parti Islam sebagai punca kegagalan penyatuan Melayu kerana ia adalah tidak adil dan bakal mengundang pelbagai reaksi ahli-ahli dan para pimpinan PAS yang masih terasa luka lama akibat ditendang keluar Barisan Nasional pada 1978.

"Melihat PAS sebagai punca gagal penyatuan Melayu juga adalah tidak adil kerana sejarah lampau yang dilalui oleh PAS sewaktu penggabungan dengan BN sangat besar kesannya, terutama apabila PAS ditendang keluar.

Ekoran itu, PAS pecah kepada tiga kumpulan dan kehilangan Kelantan akibat perbuatan khianat Umno terhadap pengorbanan PAS pada waktu itu. Lantaran itu, menuduh PAS dengan pelbagai tuduhan yang tidak tepat sepatutnya tidak berlaku, kerana ianya akan mengundang pelbagai reaksi ahli dan pimpinan yang masih terasa luka lama tersebut," tegur beliau secara halus.

Guna Segala 'senjata' Tawan Selangor Semula - Najib

Posted: 06 May 2011 12:45 PM PDT

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilaporkan menggesa UMNO Selangor menggunakan segala 'senjata' yang ada dinegeri itu bagi merampas kembali Selangor daripada pentadbiran Pakatan Rakyat.

Beliau dipetik berkata demikian ketika berucap di 'Malam Pemimpin Bersama Rakyat- Rakyat Didahulukan' di Shah Alam, malam semalam.

"Kalau British kita boleh kalahkan kerana kita berjuang berhabis-habiskan, takkan lah Umno Selangor tidak boleh bangkit dari peristiwa itu (kekalahan pada pilihan raya umum lalu).

"Segala kekurangan dan kezaliman kerajaan negeri hari ini di Selangor mesti diperbetulkan," katanya.

Najib juga meminta agar UMNO Selangor melupakan kekalahan pada pilihan raya umum 2008 dan bangkit merampas negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke- 13 kelak.

"Kita tidak harus membiarkan maruah parti terus tercemar dan tercalar dengan terus bersedih kerana kekalahan lepas.

"Kita juga tidak boleh terus terbawa-bawa dengan kesedihan, kehilangan keyakinan kita, sebaliknya kita mesti menyusun semula barisan, kuatkan iltizam dan semangat juang serta bangkit menebus kekalahan dengan semangat juang yang tidak tahu erti kalah," katanya.

Anak syarikat kerajaan Kedah tanggung Puteri Umno

Posted: 06 May 2011 12:44 PM PDT

Sebuah anak syarikat kerajaan negeri Kedah, Seri Temin Development Corporation (M) Sdn Bhd (STDC) didakwa telah menymbangkan dana tetap kepada Puteri Umno ketika Kewdah ditadbir oleh BN sebelum ini.

Ia melibatkan sumbangan dana syarikat milik kerajaan (GLC) itu kepada Pergerakan Puteri Umno Kedah yang berjumlah RM30,250 bagi tempoh Julai 2003 hingga Februari 2004.

Pendedahan ini dibuat melalui laman blog prokerajaan 'Kedah La Ni' dan turut disebarkan melalui laman sosial 'facebook' penyokong-penyokong kerajaan termasuk Exco Kerajaan Negeri, Dr Ismail Salleh.

Turut disenaraikan adalah butiran lengkap sumbangan syarikat kepada sayap Umno itu yang menyalahi matlamat penubuhan syarikat dan dikategorikan sebagai perbelanjaan tidak berkepentingan ketika pergerakan tersebut diketuai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Tiang, Suraya Yaakub (gambar).

Mengikut rekod perbelanjaan syarikat 2003, pergerakan itu menerima sumbangan cek berjumlah RM1,000 (27 Julai), RM7,000 (5 Ogos) dan RM1,000 (22 Disember). Manakala pada 2004 pula, mereka menerima RM7,000 (5 Januari), RM4,250 (24 Februari) dan RM10,000 (25 Februari).

Sidang Dun Kedah baru-baru ini dikejutkan dengan pendedahan penyelewengan dana GLC berjumlah hampir RM8 juta oleh pengurusan terdahulu hingga mengakibatkan STDC mengalami kerugian.

Susulan pendedahan itu Pemuda PAS Alor Setar telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 14 April lalu dan menyerahkan dokumen berkaitan penyelewengan bagi membantu siasatan.

Umno musuh nombor 1 negara

Posted: 06 May 2011 12:40 PM PDT

Bagaimana PAS boleh bersatu dengan Umno sedangkan Umnolah yang 'menjajah' bumi dan rakyat Malaysia, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Katanya, Umno bertindak zalim terhadap rakyat dan bumi Malaysia dengan mencengkam kebebasan rakyat dan bertindak tanpa keadilan kepada rakyat dan bumi Malaysia.

"Fatah dan Hamas boleh bersatu menentang Israel, mengapa Umno dan PAS tidak dapat bersatu membela umat Melayu?" soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Jelasnya, Hamas setuju untuk bersatu dengan Fatah semata-mata atas tujuan membebaskan bumi Palestin daripada penjajahan Israel.

Katanya lagi, penjajahan Israel zalim, yang mencengkam kebebasan rakyat Palestin dan penjajahan yang menidakkan keadilan sejati kepada rakyat dan bumi Palestin.

"Bagaimana boleh kami, PAS bersatu dengan golongan (yakni Umno) yang mengamalkan budaya rasuah, yang mempratikkan budaya politik samseng dan yang mempersendakan hukum Allah SWT?" soalnya yang juga ahli Parlimen Pokok Sena.

Justeru, PAS tegasnya akan terus memperjuangkan untuk meminda Perlembagaan dan undang-undang negara agar badan keadilan dan perundangan (judiciary) benar-benar bebas dan Peguam Negara (AG) bertanggungjawab kepada Parlimen.

Selain itu, tambahnya SPR, SPRM dan ROS diletakkan di bawah pengawasan Parlimen dan pembentukan IPCMC dan diletakkan di bawah pengawasan Parlimen.

Kesimpulannya, kata beliau kembalikan supremacy of parliament yang telah dinodai oleh Kerajaan Umno BN semenjak merdeka lagi.

"Jika Umno jujur dia membentangkan pindaan perlembagaan dan undang-undang, kalau Umno itu ikhlas, maka pulangkan royalti minyak kepada rakyat Kelantan dan Terengganu," katanya.

Di samping, beliau juga mahu Umno BN menubuhkan Suruhanjaya-suruhanjaya Diraja bagi menyiasat pembelian kapal selam Scopene, saham-saham allocation untuk Bumiputra dari 1970 sehingga sekarang dan siapa penerimanya, penggunaan pendapatan minyak dan gas negara daripada 2004-2009, kes kematian pegawai kastam, Sarbani dan kes PKFZ.

"Kami menentang parti Umno bukan kerana dia Umno, kami menentang parti Umno kerana mereka zalim, mereka menindas rakyat Malaysia, mereka merompak harta negara dan mereka (parti Umno bukan ahli Umno) adalah musuh nombor satu negara," ujarnya.

Skirt: BAM, KBS patut bantah

Posted: 06 May 2011 12:38 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mendesak Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Menteri Belia dan Sukan (KBS) mengemukakan bantahan rasmi kepada Persekutuan Badminton Antarabangsa (BWF) di atas keputusan mereka melaksanakan syarat wajib pemakaian skirt kepada pemain badminton wanita. DPPWP kesal kerana, BAM dan KBS tidak proaktif bagi membantah keputusan itu.

DPPWP melihat bahawa alasan yang digunakan oleh BWF yang mahu ianya dijadikan tarikan supaya lebih ramai penonton boleh hadir melihat pertandingan di gelanggang sebagai alasan yang tidak masuk akal dan remeh. Mereka sepatutnyanya menghormati hak wanita yang sepatutnya tidak diekspolitasi batang tubuh dan pemakaian mereka hanya untuk menarik penonton.

Sepatutnya BWF membincangkan tentang strategi peningkatan kualiti pemain wanita untuk menarik perhatian penonton, bukannya dengan cara memaksa mereka memakai skirt untuk dijadikan bahan pameran di tengah gelanggang.

DPPWP yakin, idea ini timbul selepas BWF melihat populariti dan promosi melampau media terdapat pemain-pemain tenis pada masa sekarang berbanding dahulu kerana fesyen skirt mereka. Tetapi itu bukanlah contoh terbaik yang patut dibawa ke dalam arena badminton yang mempunyai peminatnya yang tersendiri.

DPPWP berharap pertubuhan wanita dan NGO Malaysia bangkit menyuarakan isu ini kerana kita tidak mahu gambar-gambar jelek yang tidak sepatutnya, dirakamkan ketika saat perlawanan berlangsung. Rakaman itu pastinya mengaibkan pemain-pemain wanita yang secara tidak langsung dieksploitasi bagi menaikan kutipan jualan tiket dan jualan surat khabar berita sukan dengan gambar-gambar sensasi.

DPPWP juga melihat peraturan ini bakal menyekat pemain-pemain wanita Islam untuk melibatkan diri dalam sukan ini. Dan ini adalah diskriminasi melibatkan kepercayaan agama. Mengapa tidak BAM memulai contoh dengan bereksperimentasi mengadakan pertandingan kebangsaan dengan semua pemain Islam menutup aurat. Jika ahli sukan wanita dan lelaki di Iran boleh menunjukan prestasi yang baik dalam sukan menggunakan pakaian menutup aurat kenapa Malaysia tidak berani untuk melakukannya.

DPPWP berharap agar masyarakat sukan mendapat pembelaan yang sewajarnya dari agensi-agensi sukan di negara dan tidak sewenang-wenangnya dibiarkan terikat dengan peraturan tidak masuk akal oleh badan sukan antarabangsa.

Sekirannya BWF masih berkeras untuk menguatkuasakan arahan itu, DPPWP mendesak agar BAM memboikot Pertandingan Badminton Terbuka Singapura pada 14 Jun yang juga menjadi pertandingan pertama yang akan menguatkuasakan keputusan BWF ini. Dan seterusnya mengadakan kempen boikot secara terbuka supaya Persatuan di negara lain seperti China, Korea, Indonesia, Thailand dan sebagainya turut memboikot.

'Belasah' pemuda: Pengarah sekolah digantung tugas

Posted: 06 May 2011 12:35 PM PDT

Pengarah sebuah Sekolah Henry Gurney di Keningau, Sabah, telah dipindahkan dan digantung tugas sementara menunggu siasatan polis dan siasatan dalaman berhubung dakwaannya terbabit membelasah seorang pemuda pada lewat bulan ini.

Menurut akhbar tempatan, The Borneo Post dalam laporannya yang memetik sekretariat Jabatan Penjara dan ketua perhubungan awamnya, Supri Hashim berkata pihaknya sedang bekerjasama dengan polis bagi menentukan hukuman yang setimpal ke atas pengarah itu.

Arahan itu berikutan dakwaan bahawa pengarah sekolah pemulihan akhlak berkenaan telah meminta sekumpulan rakannya bagi membelasah seorang lelaki berusia 23 tahun di sebuah kedai serbaneka sebelum tengah malam 29 April lalu.

Tindakan kumpulan berkenaan berjaya dirakamkan oleh kamera CCTV 24 jam yang dipasang di kedai berkenaan. Ia menunjukkan pemuda itu berulang-kali ditumbuk, tendang dan diterajang serta dipukul dengan pelbagai objek termasuk kerusi plastik dan tali pinggang.

Visual berkenaan sejak itu disebarkan secara meluas di Internet, khususnya di laman sosial Facebook.

Adalah dipercayai pengarah itu dan tiga yang lain ditahan pada 3 Mei lalu dan kenyataan mereka dirakamkan selepas mangsa, Ben Cheah Ping Xen, membuat laporan polis berhubung serangan ke atasnya itu.

Bapa mangsa, Cheah You Hock menuntut campur tangan "pihak berkuasa yang lebih tinggi" bagi memastikan "tindakan pantas dan bersesuaian" dikenakan ke atas pengarah itu dan rakan-rakannya.

Beliau juga merayu agar kes tersebut tidak ditutup begitu sahaja, lebih-lebih lagi ia dirakamkan di kamera keselamaatn kedai berkenaan dan tersebar di Internet.

PAS KOTA TINGGI

Posted: 06 May 2011 01:38 PM PDT

PAS KOTA TINGGI


Program Terkini

Posted: 05 May 2011 08:40 PM PDT

TBI-PAS KEPALA BATAS

Posted: 06 May 2011 01:08 PM PDT

TBI-PAS KEPALA BATAS


Kena Lagi Kita....

Posted: 06 May 2011 04:54 AM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted: 06 May 2011 01:01 PM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Nasihat Pemimpin Umno Dulu, Sebelum Minta Penyatuan PAS Umno.

Posted: 06 May 2011 01:08 AM PDT

Parti Islam Se-Malaysia terkejut dengan kenyataan Dr Juanda Jaya Mufti Perlis yang mengatakan siapa yang menghalang penyatuan PAS dan Umno adalah pengkhianat. PAS hendak menasihatkan Sahibussamahah jangan terlalu gopoh memberi pandangan mengenai perkara ini.

Perlu diingatkan sebarang pandangan yang keluar daripada orang agama ia mempunyai implikasi yang besar kepada orang awam. Sepatutnya sebagai seorang mufti perlu berpegang kepada disiplin untuk mengeluarkan sebarang kenyataan, antaranya ialah perlu memahami tasawwur (gambaran sebenar) perkara yang hendak dihukum, barulah ia mendapat natijah yang betul.


PAS bimbang kenyataan ini akan diperalatkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab, terutama Umno yang akan menjaja pandangan ini bahawa Umno hendak kepada perpaduan, yang tidak mahu kepada perpaduan ialah PAS, sehingga rakyat nampak PAS jahat, manakala Umno baik.


PAS tegas dengan prinsip bahawa penyatuan yang tidak berlandaskan kepada prinsip Islam, seperti bersatu dengan parti yang jelas mengkhianati amanah rakyat selama mereka memegang tampuk kuasa 54 tahun. Ketika bercakap soal perpaduan Melayu dalam masa yang sama tabiat jahat tidak pernah dibuang, seperti diskriminasi pada Kelantan mengenai tuntutan royalti minyak.


PAS ingin menasihati kepada Sahibussamahah supaya menggunakan platform Mufti untuk menasihat pemimpin Umno BN supaya kembali kepada penghayatan agama dan laksanakan amanah dengan baik. Tegur mereka supaya tidak zalim kepada rakyat yang berlainan ideologi.











Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Batu Gajah Mari

Posted: 06 May 2011 11:22 AM PDT

Batu Gajah Mari


Panas!! Chegubuard sertai PAS?

Posted: 06 May 2011 01:56 AM PDT

KUALA LUMPUR, 6 Mei — Bekas anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Badrul Hisham Shaharin disebut-sebut akan keluar parti itu dan pengumuman rasmi dijangka dibuat dalam waktu terdekat.

Bagaimanapun The Malaysian Insider difahamkan jika pun keluar PKR, Badrul Hisham, yang turut dikenali sebagai "Chegubard", akan kekal bersama Pakatan Rakyat (PR) dengan menyertai sama ada PAS atau DAP.

The Malaysian Insider juga difahamkan beliau yang tewas pemilihan ketua Angkatan Muda PKR akhir tahun lalu sudah membincangkan perkara itu bersama rakan-rakannya dalam parti itu dan membayangkan "sudah sampai masanya" berbuat demikian.

Beliau juga pernah disebut-sebut akan meninggalkan PKR sejurus selepas kalah pemilihan tempoh hari.

"Ya, memang betul... Chegubard sudah membuat keputusan, cuma belum diumumkan secara rasmi lagi.

"Ada banyak sebab mengapa Chegubard memutuskan untuk keluar, dengan ada halangan kepada dia daripada menjalankan program, aduan Chegubard mengenai pemilihan pusat tahun lalu juga belum selesai sampai sekarang," kata seorang rakan Badrul Hisham dari Negeri Sembilan kepada The Malaysian Insider.

Usaha The Malaysian Insider untuk mendapatkan pengesahannya masih belum berhasil.

Badrul Hisham (gambar) juga merupakan ketua cabang PKR Rembau.

Pada pilihan raya umum 2008 beliau bertanding di kerusi Parlimen Rembau menentang Khairy Jamaluddin iaitu Ketua Pemuda Umno dan Pemuda BN.

Sumber ibu pejabat PKR yang dihubungi juga mengesahkan ada mendengar desas-desus itu tetapi tidak dapat disahkan kesahihan.

"Saya ada dengar Chegubard sudah berkongsi pendiriannya dengan beberapa pengikut dan penyokongnya baru-baru ini," kata sumber itu lagi.

Sumber juga berkata beberapa pemimpin kanan PKR juga sedia mengetahui keputusan Badrul Hisham itu, yang akhir tahun lalu turut menolak pelantikan sebagai penolong setiausaha agung PKR selepas tewas pemilihan.

Badrul Hisham merupakan antara beberapa pemimpin mempertikaikan proses pemilihan tahun lalu.

Ketika ditanya parti yang bakal sertai Badrul Hisham, sumber memberitahu The Malaysian Insider bahawa, "pilihan Chegubard adalah sama ada PAS atau DAP."

"Kemungkinan besar DAP, sebab parti itu memerlukan ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin Melayu di mana Chegubard merasakan boleh menyumbang melalui DAP," kata sumber itu.

Dalam entri terbaru di blognya kelmarin, Badrul Hisham ada menyentuh tentang DAP dan keperluan kepimpinan Melayu dalam parti itu.

Antaranya kata beliau, "DAP tidak anti-Melayu" tetapi momokan media dengan parti-parti yang berkuasa telah membuat orang Melayu mempunyai perasaan takut kepada dominasi parti itu kalangan kaum Cina.

"Maka yang menggunakan sentimen rasis ini adalah Umno dan ini hakikat. Takkanlah saya keliru kerana saya juga pernah bergiat aktif dalam Umno dan itu perkara yang di antara sesama Melayu memahaminya," katanya.

Kata Badrul Hisham, jika DAP menunjukkan kepada rakyat bahawa ia adalah parti untuk semua kaum, maka DAP sepatutnya meletakkan beberapa calon Melayu.

"Dan, jika ini dilakukan oleh DAP, maka yang pasti akan terjadi parti itu akan mendapat sokongan dari sebahagian pengundi Melayu di dalam pilihanraya yang akan datang," katanya lagi.

Haji Ismail kekal jawatan YDP Pas Batu Gajah

Posted: 05 May 2011 07:06 PM PDT



Tn Hj Ismail Ariffin telah dipilih semula sebagai Yang Dipertua PAS Kawasan Batu Gajah dalam Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kawasan Batu Gajah yang telah didakan pada 2 May 2011 di Pejabat Pas Kawasan Batu Gajah . Pemilihan ini dilihat amat bertepatan memandangkan Tn Hj Ismail telah menunjukkan kebolehan menerajui Pas Kawasan Batu Gajah sejak 2009 dengan penuh dedikasi sehingga berjaya menaikkan lagi sokongan masyarakat setempat terhadap Parti Islam Semalaysia.

Namun, perubahan besar bagi Jawatan Timbalan Yang Dipertua dan Naib Yang Dipertua kawasan dilihat telah merubah senario kepimpinan kepada kepimpinan yang diterajui oleh golongan muda. Ustaz Munir Ali yang sebelum ini memegang Pemangku Ketua Pemuda Pas Perak telah diamanahkan memegang jawatan Timbalan yang Dipertua manakala bekas Ketua Pemuda Pas Kawasan Batu Gajah, Sdr Ammar Rosdy dilantik sebagai Naib Yang Dipertua.

Perasmian Mesyuarat Agung pada kali ini telah disempurnakan oleh Ustaz Misbahul Munir, Setiusaha Badan Perhubungan PAS Perak. Menerusi ucapannya, beliau berharap agar setiap ahli Pas memahami semula tujuan sebenar berada dalam Pas iaitu untuk memperjuangkan agama Islam secara keseluruhannya & Pas adalah sebagai satu wadah bagi mencapai matlamat tersebut untuk menjalankan amanah Allah kepada kita selaku Khalifah Allah di muka bumi yang sementara ini.

Semua perwakilan juga diingatkan untuk menjaga dan mempertingkatkan ibadah kepada Allah serta berdoa agar diberi kekuatan dalam menghadapi segala bentuk ujian dalam usaha memperjuangkan agama Islam yang tercinta ini.



mendengar amanat perasmi, Ustaz Misbahul Munir

wakil muslimat


Ustaz Munir Ali Timbalan YDP yang baru

'Orang Lama' kekal jawatan

YDP memberi cendera hati kepada perasmi


Kak Midah Sungai Rapat si Mulut Busuk!!

Posted: 05 May 2011 06:44 PM PDT

Perkembangan tersebut rupa-rupanya telah mengundang fitnah dari pihak tertentu.Wakil rakyat kawasan tersebut, Hamidah Osman entah atas tujuan apa telah datang sendiri ke tapak bangunan menemubual kontraktor pembinaan bertanyakan tentang segala macam dokumen kelulusan projek pembinaan tersebut.

Mungkinkah Hamidah berniat baik dan mahu membantu untuk mencukupkan dana pembinaan sekolah tersebut yang masih kekurangan itu ? Harap-harap begitulah kalau beliau seorang wakil rakyat yang bertanggung jawab dan ikhlas mahu membantu rakyat.

Tetapi sehingga kini, Hamidah belum datang menemui pihak surau mahupun pihak sekolah untuk mendapatkan maklum balas yang sebenar berhubung projek pembinaan sekolah agama rakyat di Taman Song Choon atau cuba mengetahui masalah yang dihadapi pihak berkenaan bagi membantu atau memberikan kerjasama yang sewajarnya.

Tanpa fakta yang sahih, Hamidah Osman, Adun Sungai Rapat telah melontarkan fitnah dan tohmahan melulu kononnya Jawatankuasa Surau Al-Falah, Taman Song Choon, Ipoh telah menerima bantuan RM300 ribu dari PAS Pusat untuk mendirikan sebuah sekolah agama rakyat dikawasan lapang tanah surau tersebut.

Malah Hamidah dengan mulut cabulnya itu telah mentohmahkan bahawa surau tersebut adalah surau PAS dan pembinaan sekolah agama rakyat di situ tiada mendapat kebenaran JAIP dan kelulusan Majlis Bandaraya Ipoh.Begitulah kelaku kalau mulut bau taik!





Masih memerlukan bantuan dana.Sila berurusan melalui maklumat yg tertera dalam gambar sisi ini.

Menurut Pengerusi Surau tersebut, pihak surau telah membenarkan murid-murid sekolah agama rakyat di Taman Sonj Choon menumpang guna dibahagian bawah bangunan tersebut sejak 13 tahun yang lampau.

Lantaran mahukan anak-anak dapat belajar dengan lebih selesa, pihak sekolah dan Jawatankuasa surau berkenaan telah berusaha dengan insiatif mereka sendiri dan alhamdulillah, dengan berkat kegigihan usaha tersebut, mereka telah mendapat kebenaran JAIP dan menerima bantuan RM100 ribu daripada Jabatan Pendidikan Negeri bagi mendirikan sebuah bagunan sekolah di atas tapak tanah surau yang kosong di situ.



Kepada mereka yang ingin menyumbang bagi pembinaan sekolah tersebut, sila hubungi Imam Khalid melalui talian 012-5895095 untuk maklumat lanjut atau masukan terus ke akaun BIMB 08013010072143. - alhusseyn51


Ka'ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae'i dan Hakim.

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 06 May 2011 09:19 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali


UMNO IDAM SELANGOR; Benarkah rakyat dizalimi oleh kerajaan PAKATAN RAKYAT???!!

Posted: 06 May 2011 08:51 AM PDT

Rakyat MESTI berani buat kajian untuk melihat apa yang disebut oleh Datuk Seri Najib, Ketua pemimpin UMNO Selangor. Analisa sendiri, tanya, periksa, siasat. Kaji dari sumber sahih. Lihat daripada pelbagai sudut.
         Kalau sudah cukup bahan dan daripada sumber yang dipercayai dan diakui oleh orang yang jujur dan benar maka fikir sendiri.Lapangkan dada, fikirkan secara kritis dan buatlah keputusan sendiri siapa yang bercakap benar dan siapa yang berbohong. Siapa yang benar-benar mahu membangun ummat.Siapa pula yang mahu bersandiwara memegang watak baik, walhal bergelumang kebencian dan kepura-puraan.
Lihat dengan mata hati nesacaya anda boleh menilai benar dan batil!


 

Rampas Selangor untuk baham khazanah negeri
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 6 Mei: Pakatan Rakyat wajib mempertahankan Selangor dan Negeri Pakatan Rakyat yang dimenangi pada 8 Mac 2008, malahan mesti berusaha untuk memerintah peringkat kerajaan pusat.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, kenyataan Datuk Seri Najib yang hendak merampas balik Selangor dengan alasan untuk membela kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat adalah suatu perkara yang amat melucukan bagi mereka yang waras.
"PAS hendak bertanya kepada Datuk Najib yang juga pengerusi Perhubungan Umno Selangor, apakah amalan zalim apabila rakyat diberi air percuma?
"Apakah amalan zalim warga emas yang meninggal diberi wang kifalah RM2,500?" soalnya dalam satu kenyataan.
Beliau juga mempersoalkan apakah amalan zalim setiap bayi yang dilahirkan mendapat RM100, apabila berumur 18 tahun wang terkumpul sebanyak RM1,500.
Justeru, katanya PAS hendak menasihatkan Najib supaya bercakaplah terus terang kepada rakyat Selangor bahawa memberi kembali Umno BN mandat untuk memerintah Selangor supaya pemimpin Umno dapat membaham khazanah negeri.
Ini, ujarnya kerana pemimpin Umno sudah tidak bermaya dan kebuluran projek.
"Beri tahu kepada rakyat Selangor jika Umno perintah Selangor, kami (pemimpin Umno) akan pastikan masjid surau mati supaya rakyat tidak memahami Islam yang syumul," ujarnya.

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 06 May 2011 09:14 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Ziarah

Posted: 05 May 2011 09:05 PM PDT



Menziarahi keluarga 3 kanak-kanak yang hilang di bawa arus deras semasa mandi di Ulu Bendul

Tahniah PAS kawasan Jelebu

Posted: 05 May 2011 09:05 PM PDT



Dalam majlis Penyerahan Borang Keahlian PAS oleh mantan Pegawai Khas Exco Pertanian Kerajaan NS, Tn Hj Anuar bin Hashim di Klawang , PAS GANTI UMNO

Bengkel dilanda banjir kilat

Posted: 05 May 2011 07:52 PM PDT



Sinar Harian 6 Mei 2011

REMBAU - Kelewatan pihak bertanggungjawab menyelenggara Sungai Gaing dikatakan menjadi punca banjir kilat yang melanda sebuah bengkel membaiki kenderaan di Pedas dekat sini, petang Selasa lalu.

Pemilik bengkel, Mohd Fazaly Bahudin, 29, berkata, kejadian kira-kira jam 4 petang itu dipercayai berpunca daripada aliran sungai yang tersekat di jambatan yang terletak kira-kira 100 meter dari premisnya.

"Air naik terlalu pantas sehingga kira-kira satu meter. Salah sebuah daripada lima kereta pelanggan tidak sempat dibawa keluar dari kawasan bengkel mengakibatkannya tenggelam.

"Selain itu, banyak alat ganti kenderaan di dalam bengkel rosak menyebabkan saya terpaksa menanggung kerugian dianggarkan sebanyak RM10,000," katanya di sini, petang kelmarin.

Menurut Mohd Fazaly, dia dan seorang mekanik lain terpaksa berhempas-pulas menaikkan empat kereta lain ke paras yang lebih tinggi.

Katanya, air mulai surut pada jam 8 malam namun meninggalkan lumpur tebal di kawasan bengkel termasuk tapak yang digunakan untuk perniagaan mencuci kenderaan.

"Kejadian ini bukan kali pertama berlaku sejak bengkel saya beroperasi di sini tiga tahun lalu.

"Setiap kali hujan terlalu lebat, bengkel ini dilanda banjir kilat. Kalau selalu sangat begini, perniagaan saya boleh terjejas," katanya.

Mohd Fazaly berkata, dia pernah mengemukakan aduan tentang banjir kilat kepada pihak-pihak berkenaan namun tidak pasti berhubung tindakan diambil.

"Saya berharap tindakan diambil segera untuk menyelenggara Sungai Gaing agar kejadian banjir kilat tidak berulang di bengkel ini," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9055597.asp

Pemuda PAS Merbok

Posted: 06 May 2011 07:30 AM PDT

Pemuda PAS Merbok


KarNiVaL CintA & CantiK

Posted: 05 May 2011 09:52 AM PDT


MPSP dgn kerjasama Jawatankuasa Pembangunan Wanita Kerajaan Negeri Kedah dan Perelok menganjurkan Karnival Cinta & Cantik bersama personaliti Catriona Ross Bahrin (heroin drama 'Sephia') pada 7mei 2011 bertempat di Dewan Mesra Perdana,IKM Sg Petani, Kedah .Antara tentatif-slot tayangan filem Ketika Cinta Bertasbih, Muslimah Skincare & Cosmetic Manufacturing, sajak, nasyid,motivasi 'Kembara Cinta & Cantik',diskusi 'Cinta Di Bawah Hijab' bersama Catriona Ross dan Ustazah Faridah Ahmad (Pejabat Mufti Kedah).Turut hadir, YB Ustazah Hjh Siti Aishah Hj Ghazali (Exco Kerajaan Negeri Kedah) serta YBhg Pn Rozaina Dato' Paduka Hj Radzi (YDP MPSPK).Beliawanis dijemput hadir dan masuk adalah percuma.

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA

Posted: 06 May 2011 03:49 AM PDT

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA


Pasti DPP Kota Raja meraih anugerah Khas

Posted: 05 May 2011 10:22 PM PDT

Tanggal 1 Mei 2011 Dewan Pemuda PAS Kawasan Kota Raja sekali lagi mengukir sejarah dengan meraih anugerah khas sempena Muktamar Dewan pemuda PAS Negeri Selangor yang diadakan di Dewan dato' Hormat Tanjung Karang Selangor.
Anugerah Khas yang di maksudkan adalah kategori PASTI Cawangan Terbaik di Negeri Selangor. Anugerah ini diberikan kepada PASTI Saidatina Aisyah Bukit Naga yang terletak di bawah pengurusan Dewan Pemuda PAS kawasan Kota Raja.

Dengan penganugerahan tersebut pihak pengurusan PASTI di bawah pengendalian Pengarah PASTI kawasan Kota Raja iaitu Sdr Ryne Abdullah dengan kerjasama erat Pengurus PASTI berkenaan Tuan Haji Maskor telah memberikan satu semangat baru bagi terus menjadikan Institusi pendikan sebagai wacana terbaik dalam Dakwah khususnya di kota Raja. Anugerah ini di sampaikan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri Selangor Dr Osman Bin Bin Sabran. 

Di samping itu juga satu lagi pengiktirafan dan mandat yang di berikan oleh seluruh perwakilan di Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor iaitu Keta Dewan Pemuda PAS Kawasan Kota Raja Saudara Zainal Bin Said telah dipilih menjadi salah seorang Exco Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor. Perlantikan beliau sekaligus memberikan pengiktirafan kepada Pemuda PAS Kawasan Kota Raja yang sememangnya telah berada sama tinggi dengan PAS kawasan-kawasan yang lain.

Walaupun ketika ini Dewan Pemuda PAS Kawasan Kota Raja baru berusia 8 tahun. Namun demikian DPPKR telah mampu berdaya saing dengan kawasan-kawasan yang lain. 
Semoga dengan pengiktirafan ini menyebabkan DPPKR lebih cemerlang dan yang paling utama mendapat keberkatan dari Allah swt.

Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 06 May 2011 03:45 AM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud


Daftar Pemilih SRP diragui

Posted: 05 May 2011 04:57 AM PDT

SHAH ALAM – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digesa menjelaskan kekeliruan dan keraguan dalam senarai daftar pemilih secara online dan Pejabat SPR negeri.

Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, timbul keraguan apabila ramai pengundi (Parlimen Kota Raja) didakwa bertukar alamat gagal dikenal pasti dalam Daftar Pemilih Induk (DPI) kerana tidak disertakan alamat lengkap.

"Apa jaminan agar perkara itu tidak berlaku di kawasan saya (Parlimen Kota Raja). Saya mahu SPR bertanggungjawab.

"Kalau Tan Sri Aziz (Pengerusi SPR) tidak boleh menentukan data online dan senarai di pejabat SPR adalah sama, beliau perlu letak jawatan.

"Daftar pemilih sekarang ini dilihat tidak bersih dan menimbulkan banyak keraguan. Mungkin ia bukan berpunca daripada SPR tetapi pastikan tiada campur tangan orang tertentu atau mana-mana parti politik," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas bantahan Rang Undang-Undang Daftar Pemilih suku tahun pertama 2011 'Pengundi Hantu' di Pejabat SPR Selangor, semalam.

Siti Mariah berkata, hanya 169 bantahan nama bagi Parlimen Kota Raja ( DUN Sri Muda dan Sri Andalas) sempat dibuat semakan memandangkan banyak yang tidak mempunyai alamat lengkap.

Katanya, beliau berdepan situasi sama apabila apabila alamat mengundinya berbeza ketika disemak dalam senarai di pejabat SPR dan juga online, sedangkan beliau adalah calon yang menang dalam pilihan raya umum di kawasan tersebut.

"Nama saya sendiri tiada dalam sistem online malah tidak sama dengan di pejabat SPR. Bila tiada, saya panik sebab setahu saya pendaftaran sebelum ini telah diluluskan dan saya akan mengundi di Taman Sentosa DUN Andalas, dalam Parlimen saya.

"Saya berkarap SPR mengemaskini senarai nama dalam online dengan SPR, jika tidak ia akan menimbulkan kekeliruan.

"Kami mahukan senarai nama yang disertakan alamat penuh dan lengkap," katanya.

Sementara itu, Timbalan Yang Dipertua Pas Shah Alam, Azli Yusof (mewakili Yang Dipertuanya, Khalid Abdul Samad) juga kesal dengan kekeliruan maklumat berhubung senarai pengundi.

Beliau berkata, maklumat nama yang berbeza di alamat kediaman sama tetapi berbeza kawasan perumahan menyukarkan pihaknya membuat semakan.

"Bila kami periksa banyak nama yang tidak ada pada alamat yang tertera dalam senarai, ini menimbulkan kekeliruan. Dalam semakan yang kami jalankan sejumlah 275 bantahan nama yang dibuat.

"Tempoh semakan juga pendek, saya berharap SPR melanjutkannya kerana saya percaya masih ramai lagi pengundi di luar sana tidak membuat semakan," katanya.

DUN BUKIT PAYONG

Posted: 06 May 2011 03:40 AM PDT

DUN BUKIT PAYONG


11.11.11 - tarikh pilihan raya umum ke-13?

Posted: 06 May 2011 02:35 AM PDT

Sumber- Malaysiakini


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mencetuskan teka-teki mengenai tarikh pilihan raya umum ke-13 apabila menyebut timbulnya ramalan ia akan diadakan pada 11.11.11 kerana angka 11 amat signifikan dalam hidup beliau.

Ketika ditanya pemberita, beliau tidak mengia mahupun menafikan ramalan itu, sebaliknya menyifatkan ramalan sedemikian memang menjadi kegemaran dalam arena politik sebelum ini.

NONE"Saya rasa elok diteruskan teka teki ini," katanya.
Bagaimanapun, Najib menekankan perlunya untuk kerajaan BN terus bekerja melaksanakan program-program transformasi bagi menyakinkan rakyat.


"Pilihan raya boleh diadakan pada bila-bila masa, tak semestinya pada (bulan) 11 ataupun 11 haribulan.


"Ini merupakan satu proses, selagi semboyan belum dibunyikan, kita masih buat kerja," katanya.


Apabila diminta mengulas lanjut sama ada kemungkinan tarikh tersebut besar, Najib berkata: "Tarikh itu ada kaitan dengan hidup saya, tapi sama ada pilihan raya itu...Wallahhualam".


Sebelum itu, Najib dalam usaha merapatkan hubungannya dengan golongan muda ke udara di rangkaian radio Hot FM pagi ini dan menceritakan signifikan angka 11 dalam hidupnya.
NONEKatanya, nombor itu timbul dalam beberapa peristiwa penting dalam hidupnya.


Antaranya ialah Allahyarham ayahandanya, Tun Razak Hussein lahir pada 11 Mac 1922, ibunya Tun Rahah Noah lahir pada 11 Jun 1933, hari lahir anak pertama beliau juga pada 11 haribulan, dan Umno ditubuhkan pada 11 Mei 1946.


Najib menjadi Menteri Besar Pahang yang ke-11 (1982-1986) dan merupakan Orang Kaya Indera Shah Bandar yang ke-11.

Nombor plat kereta rasmi beliau juga bernombor 11.
Wawancara selama sejam bermula jam 7.30 pagi itu juga disiarkan secara langsung menerusi siaran televisyen 8TV.

Pengikut