Idris Ahmad Posted: 21 Nov 2010 11:12 PM PST |
PAS KDAS 3 Posted: 21 Nov 2010 09:29 PM PST Kuliah Politik Bulan November 2010 Posted: 21 Nov 2010 06:58 AM PST Pada 13/11/2010 Kuliah Politik Islam yang telah hampir 2 bulan bercuti, kini Program tersebut diteruskan Pada Hari Sabtu Yang mana Penceramah jemputan dari Kuala Kangsar iaitu Timb. ketua Urusan Ulama' Pas Kuala. Program dijalankan Di Jalan Intan Kampung Dato Ahmad Said Tambahan 3. Oleh kerana Hujan yang turun dengan lebat Program terpaksa dihentikan sekitar jam 10.30 malam. Tahniah dan Terima Kasih diucapkan kepada Tuan Rumah sekeluarga kerana membenarkan Pas Cawangan membuat Program rumah beliau. Semoga mendapat rahmat dari Ilahi. Program akan diteruskan pada Bulan Disember nanti yang mana akan diberitahu Kelak. Allahuakbar. | |
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN SRI GADING Posted: 21 Nov 2010 09:26 PM PST Pemuda perlu jaga pemakanan Posted: 21 Nov 2010 06:17 AM PST GEORGE TOWN - Seorang pemilik kilang memproses makanan di Jelutong di sini tidak serik walaupun telah lapan kali didenda atas kesalahan sama menggunakan bahan pengawet asid borik dan asid benzoik dalam produk makanan yang dikeluarkan sejak lima tahun lalu. Semalam, tertuduh Gooi Soon Chye, 45, iaitu pemilik kilang Teoh Guan Hup Food Stuff Industries buat kali kesembilan dijatuhi hukuman denda atas kesalahan menggunakan bahan pengawet itu oleh Mahkamah Majistret Balik Pulau di sini. Soon Chye mengaku bersalah atas keenam-enam pertuduhan terhadapnya kerana menggunakan asid borik dan asid benzoik dalam produk makanan keluaran kilangnya. Majistret Mohd. Firdaus Abdul Wahab kemudian menjatuhi hukuman denda sebanyak RM22,500 terhadap enam kesalahan itu dan penjara 22 bulan jika tertuduh gagal menjelaskan denda tersebut. Mengikut pertuduhan, kilang tersebut didakwa menggunakan bahan pengawet asid borik dan asid benzoik ketika menghasilkan mee kuning, kuey teow, hor fun dan bee tai bak. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 13B(2)(d) Akta Makanan 1983 (Pindaan 2002) dan dihukum mengikut Seksyen 13B(4) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM20,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan....KOSMO | |
PARLIMEN BUKIT GANTANG Posted: 21 Nov 2010 09:14 PM PST Tahniah Bukit Gantang:Satu lagi Cawangan Pas berjaya ditubuhkan . Posted: 21 Nov 2010 01:35 AM PST DS Nizar memulakan acara memacakkan papan tanda cawangan sempena pembukaan cawangan terbaru PAS parlimen Bukit Gantang,dengan memasukkan bancuhan simen. DS Nizar dan Ustaz Nordin bersama penduduk Kg Salak Baru,Trong yang berjaya menubuhkan cawangan Pas di kawasan yang dikatakan kubu kuat UMNO. Ustaz Nordin sedang memasukkan bancuhan simen papan tanda PAS Cawangan Salak Baru,Trong. Pada 18 November lalu atau 11 Zulhijjah 1431 ,Pas Salak Baru telah memasang papan tanda Cawangan Salak Baru.Kampung Salak Baru ini dahalunya kubu kuat UMNO.Kini PAS berjaya menubuhkan cawangan di sini.Tahniah kepada mereka yang mencipta sejarah.
| Nizar ziarah Veteran Pas Bukit Gantang Posted: 21 Nov 2010 01:14 AM PST DS Nizar bertanya khabar kepada Haji Mohamad Mat Isa berusia kira-kira 80 tahun.Haji Mohamad pernah menjadi Ketua Cawangan Kg Pauh dalam tahun-tahun 60 an hingga 70 an.Kini tinggal bersama anak beliau. DS Nizar apabila diberitahu terdapat warga emas yang keuzuran,pasti beliau mengambil kesempatan untuk ziarah.Baru-baru ini di BT 11,Kg Pauh DS Nizar melawat veteran Pas itu.DS Nizar sempat memberi semangat kepada Hj Mohamad. | |
PAS Kawasan Pekan Posted: 21 Nov 2010 07:27 PM PST |
PAS Kawasan Miri Posted: 21 Nov 2010 07:25 PM PST 7.5Million for Ting PK for chopping trees Posted: 21 Nov 2010 05:53 AM PST KUCHING: Ting Phek Khiing, one of the richest men in Sarawak, has come under fire again for billing the state goverment RM7.5 million for chopping 300 trees along Jalan Tun Jugah.It was done ostensibly to pave the way for the construction of a flyover without approval from the authorities. Sarawak DAP secretary Chong Chieng Jen who has been calling for the authorities to act on the matter, wants action to be taken immediately against Ting."How come Ting could go and chop those trees when there was no approval for the construction of a flyover at Jalan Tun Jugah?And now he wants the government to pay him RM7.5 million, an average of RM25,000 per tree," said Chong, the MP for Bandar Kuching. "All the trees have gone just because Ting wanted to chop down the trees. And the worst thing is that the authorities could not do anything about it. "Regardless of how rich you are, the authorities should know that everyone is equal before the law. Just because he is a Tan Sri does not place him above the law," said Chong.He was responding to a news item which quoted James Chan, the mayor of Bandar Kuching as rubbishing Chong's claims that the council spent RM7.5 million to cut down the trees. "We don't have that kind of money. If the council has RM7.5 million, I would be able to build a better Kuching. I keep on dreaming of that kind of money, but it never comes," said Chan.In response, Chong said: "I can provide a Sept 5 paper cutting where Ting acknowledged that RM7.5 million was incurred to chop down the trees. "He can ask his good friend Ting Phek Khiing," the DAP MP said. "Who gave Ting the authority or the approval for him to cut down the trees? As a mayor, Chan has a lot to answer."From what I know, the approval should have come from the state secretary," he said. | |
N.27 - PAS DUN Sura Posted: 21 Nov 2010 07:12 PM PST Perlu Pengorbanan Untuk PAS Ganti UMNO Posted: 22 Nov 2010 12:05 PM PST Aidil Adha 1431 telah berlalu pada 17 hb November 2010. Banyak binatang ternakan telah dikorbankan sebagai satu amalan sunat muakkad yang dituntut kepada mereka yang berkemampuan. Sunnah korban yang dilakukan sebagai mengimbau kembali peristiwa yang berlaku kepada nabi Ibrahim A.S. dan Nabi Ismail A.S. Kedua-dua beranak ini menjalankan arahan Allah, walalupun nabi Ibrahim terpaksa mengorbankan anaknya nabi Ismail AS.
Perbuatan yang dilakukan sebagai satu pengabdian diri kepada Allah SWT seperti dalam surah al-Saaffat 37: 107 " Dan kami tebuskan anak itu dengan seekor sembelihan yang besar". Setelah nyata kesabaran dan ketaatan Nabi Ibahim A.S dan Nabi Ismail A.S. maka Allah SWT melarang menyembelih Nabi Ismail A.S. Untuk meneruskan korban , Allah menggantikannya dengan seekor sembelihan (kambing). Peristiwa ini menjadi dasar disyariatkan korban pada hari raya haji dan hari tasyrik. Daripada sini kita memahami bahawa pensyariatan qurban ialah satu ibadah untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT tanpa apa-apa keraguan. Walaupun Allah SWT ,memerintahkan nabi Ibahim menyembelihkan anaknya, maka lantas ia melakukan tanpa apa-apa keraguan untuk melaksanakannya. Justeru itu apabila kita mengingatkan peristiwa qurban bukan hanya berbangga dengan berapa ekor binatang yang disembelih, tetapi lebih kepada penghayatan semula terhadap konsep korban yang ditunjukkan oleh nabi Ibrahim dan nabi Ismail A.S Nabi Ibrahim dan Nai Ismail telah melaksanakan tuntutan Allah SWT apabila diarahkan oleh Allah. Bukan baginda tidak sayang kepada anak, tapi baginda lebih sayangkan Allah daripada segalanya. Baginda mahu menjadi hamba Allah yang tunduk kepada perintah Allah walaupun terpaksa berkorban dengan apa yang baginda sayang. Dalam usia yang sudah lanjut Allah uji baginda untuk korbankan zuriat yang boleh membantu baginda ketika tua, tetapi baginda yakin Allah akan membantu baginda walau pun tanpa ada anak. Tidak disebut perjuangan kalau tanpa pengorbanan. Kerana Islam tidak menang kalau tidak ada pengorbanan di kalangan para Rasul dan Nabi-Nabi A.S. Merekalah orang yang paling banyak diuji oleh Allah SWT. Sabda Rasulullah SAW, Bermaksud "Orang yang paling dahsyat menerima ujian adalah para nabi, kemudian ulamak dan orang yang seumpamanya" Untuk Pas menggantikan umno yang sudah rapuh dan tidak bermaya untuk bergerak sendiri.Kerana umno hanya mempunyai talian hayat daripada media, wang dan jentera kerajaan sahaja. Umno sudah hilang roh perjuangan, ibarat seperti kayu reput, isinya dimakan bubuk, walau pun di luar nampak gah perkasa dan bergaya. baca artikel penuh...di sini.
| Ainul Mardhiah...Bidadari Untuk Mereka Yang Berjihad Fi Sabilillah (Video TGHH : Tak Nak Keluar Berjuang Islam ?) Posted: 21 Nov 2010 11:55 PM PST Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadari2 kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan Ratu kepada segala bidadari-bidadari).
Berjihad/berdakwah untuk agama Allah swt merupakan satu amalan yang akan menjadi kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah besar nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat r.a. Setiap manusia yang mati walaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.
Rasulullah saw bersabda,"Tidak akan berganjak kaki anak Adam di Hari Kiamat hingga disoal tentang empat perkara; tentang usianya pada apa dihabiskannya, tentang masa mudanya apa yang telah diperjuangkannya, tentang hartanya dari mana datangnya dan ke mana telah dibelanjakannya dan tentang ilmunya apa yang telah dibuatnya". (Hadith sahih riwayat Tirmizi)
Ainul Mardhiah (bidadari untuk orang yang berjihad/berdakwah untuk agama Allah swt.)
Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin; (ar-rahman : 56)
Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan. (ar-rahman : 58)
Dalam kedua-dua Syurga itu juga terdapat (teman-teman) yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya; (ar-rahman : 70)Ia itu bidadari-bidadari, yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing; (ar-rahman : 72)
(Bidadari-bidadari itu) tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan tidak juga oleh jin; (ar-rahman : 74)'Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari-bidadari yang lain (bermaksud mata yang di redhai). Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad/berdakwah untuk agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari2 syurga.
Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya muda teringin sangat hendak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut, tetapi di sebabkan sahabat ini malu hendak bertanyakan kepada nabi saw,kerana malu kepada sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap memberi nama sebagai salah sorang yang akan keluar di jalan Allah.
Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah yang hendak berangkat tadi tidur bersama-sama sekejap.
Tiba-tiba dalam tidur sahabat tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2,lalu di tanya sahabat ini ,di manakah beliau berada,lalu ada suara yang menjawab,inilah syurga,tiba2 dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah (bidadari yang Nabi saw bagitahu tadi),lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalanlah sahabat ini, disuatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan yang sebegitu,tak pernah dilihat didunia ini,lalu diberikan salam dan sahabat ini bertanya, andakah ini Ainul Mardhiah,wanita itu menjawab ehh tidakk (lebih kurang macam tu la dalam bahasa kita),saya penjaganya,Ainul Mardhiah ada di dalam singgahsana di sana.
Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda daripada yang pertama tadi di lihatnya, sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai,lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah ini Ainul Mardiah lalu wanita itu menjawab,eh tidak, saya hanya penjagaya di dalam mahligai ini,Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana, lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu, kecantikkannya sungguh mengkagumkan,lalu sahabat ini sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua yang beliau jumpa tadi,dan tidak pernah di lihat di dunia,lalu wanita itu berkata,akulah Ainul Mardhiah, aku diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku,bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab,nanti kamu belum syahid lagi,tersentak daripada itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada Nabi SAW,tapi sekiranya dia syahid barulah di ceritakan kepada Nabi saw.
Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi saw di dalamnya telah keluar berperang/berjihad lalu ditakdirkan pemuda tadi telah syahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi).
Maka kawan sahabat yang syahid tadi telah bangun dan merapati nabi saw dan menceritakan perihal mimpi pemuda yang syahid tadi. Sahabat pemuda yang syahid tadi,dalam menceritakan kepada nabi saw,Nabi saw menjawab benar,benar,benar sepanjang cerita tersebut. Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga...
sumber : mesra.net
| Memperingati Memali...Ucapan MP Pendang Di Parlimen, Mac 2002 Posted: 21 Nov 2010 03:15 AM PST ikuti rakaman video penuh... di sini.Mengkisahkan semula sejarah hitam tersebut, Presiden PAS itu berkata, ianya bermula dengan isu kafir mengkafir di mana PAS pada waktu itu dituduh mengkafirkan Umno. Ekoran itu Perdana Menteri ketika itu, Dr. Mahathir Mohamad mencabar PAS berdebat. "PAS setuju berdebat. Umno bagi pelbagai syarat yang dijangka PAS akan tolak, tetapi PAS berani menerima. "Antaranya Umno yang menetapkan tajuk debat dan Umno yang menjadi pengerusi debat. "Apabila tiba masa dijanjikan, PAS bersiap untuk ke RTM, tiba-tiba Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu isytihar debat dibatalkan," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang ketika merasmikan Sambutan Ulang Tahun ke-25 Memperingati Peristiwa Memali di sini, malam tadi. baca artikel penuh...di sini.
| |
Rembau Hari Ini Posted: 21 Nov 2010 07:05 PM PST Ibadah Korban DUN Paroi meriah, lancar, ceria Posted: 21 Nov 2010 05:46 PM PST Alhamdulillah Ibadah Korban 1431 H pada tahun 2010 ini berjalan lancar anjuran Pusat Khidmat DUN Paroi. Sebanyak 7 ekor lembu telah berjaya diagih-agihkan hasil sumbangan peribadi dan orang ramai. Tumpuan agihan korban ialah di kawasan yang memerlukan sekitar DUN Paroi iaitu beberapa kawasan rumah pangsa dan projek perumahan rakyat sekitar Senawang dan Seremban di dalam DUN Paroi. ADUN Paroi YB Tn Hj Mohamad Taufek telah meluangkan masa di beberapa lokasi dan masjid sekitar DUN Paroi yang mengadakan ibadah korban tersebut pada 20 Nov 2010. | |
Pemuda PAS DUN Kemasik Posted: 21 Nov 2010 03:34 PM PST |
PEMUDA BESUT Posted: 21 Nov 2010 01:26 PM PST |
Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru Posted: 21 Nov 2010 01:15 PM PST Bangga nya melihat kedudukan malaysia dalam stastistik AIDS worldwide.. Posted: 21 Nov 2010 06:45 AM PST enlarge to view image Petikan printscreen ini diperolehi dari sini. Untuk lebih banyak fakta pasal Aids dan lain-lain stastistik boleh tengok sini dan sini.
Fakta ;
1. Kematian akibat AIDS : Malaysia berada di kedudukan 43 di seluruh dunia. klik sini
2. Purata bilangan pesakit AIDS yang hidup : Malaysia berada di kedudukan 38 di seluruh dunia. klik sini
3. Ranking negara dalam penyebaran aids di kalangan orang dewasa : Malaysia berada di kedudukan 42 di seluruh dunia. Klik sini
Ada satu persamaan untuk semua ranking di atas. Persamaan tersebut ialah kesemua ranking yang berkaitan AIDS kita berada di bawah kelompok 50 negara yang terhebat. Kita memang patut bangga. Saya juga terlebih bangga.
Akan tetapi, saya yakin result ini tidak cukup membanggakan pemimpin negara kita. Sepatutnya kita kena berada di bawah 10 kelompok terhebat produce pesakit AIDS!! Jika ini berlaku, kita akan lebih terkenal di seluruh dunia. Dari situ, barulah ramai orang akan memperkatakan kehebatan negara kita. Untuk itu, cadangan ng yen yen dan najib yang mahu membina hub hiburan malam wajar di sokong oleh seluruh rakyat malaysia. Baca sini.
Kita kena pastikan bahawa bukan hanya anak remaja yang bersosial dan anak remaja yang buang anak, je yang dapat benefit daripada kewujudan kelab-kelab malam ini. Kita kena sama-sama mengalakkan budaya AIDS menular dalam masyarakat kita. Jadikan AIDS sebagai pembunuh NO 1 di malaysia. Jadikan AIDS sebagai penyakit yang paling popular di malaysia. Jadikan slogan No Aids No Malaysia! Kalahkan diabetes dan kanser!
Ada beberapa kebaikan jika kita mengalakkan penyakit AIDS tersubur di malaysia ;
1. Pusat perubatan akan tumbuh bagai cendawan selepas hujan.
- Bayangkan kalau malaysia berjaya menghasilkan penghidap aids yang paling banyak di seluruh dunia, sudah tentulah kita memerlukan lebih banyak doktor2 untuk merawat penyakit neh kan? So dari situ, kerjaya doktor, nurse akan mendapat permintaan yang tinggi. Dari situ doktor dan nurse bolehlah demand gaji tinggi. Tak lupa juga kita boleh mengalakkan industri perubatan dengan penumbuhan pesat pusat2 perubatan moden dan tradisional di seluruh negara. bagus. ini bagus untuk ekonomi dalam negara. Idea najib dan ng yen yen memang relevan.
2.Kurang populasi manusia di malaysia.
- Kalau semakin ramai yang mati akibat aids, maka semakin kuranglah manusia kat malaysia neh, so semakinla jimat penggunaan oksigen. Almaklumla pokok semakin lama semakin kurang, so bagi mengurangkan masalah ini, manusia pun patut dikurangkan. Saya memang setuju habis dengan idea najib bina kelab malam neh. Brilliant.
3. Peluang untuk para pengiklan buat duit.
- Kalau nak tahu, kat malaysia neh kerajaan kita belanja berjuta2 setahun untuk kempen kesedaran AIDS dan seks cara selamat. So, kalau semakin banyak penghidap aids di kesan di malaysia, ini bermaksud kerajaan terpaksa belanja lebih untuk kempen seperti ini. Ini bermaksud para pengiklan akan dapat lebih banyak jobs yang automatiknya boleh membantu menjanakan pendapatan mereka. Ini bagus, pusingan ekonomi yang menarik. Kita kerja. Kita bayar cukai (kadang2 ejaan dia boleh menjadi seperti ini ZAKAT) . Lepas tue kerajaan gunakan cukai (kadang2 ejaan dia boleh bertukar menjadi seperti ini ZAKAT) untuk buat promosi kempen perangai AIDS. Begitulah seterusnya.. kan ke SYOK kita saling bantu membantu?
4. Mencipta peluang pekerjaan.
-Jika kelab2 malam yang ada terlalu sesak dengan ramai rakyat yang beria2 mahu berjihad untuk negara dalam membantu ekonomi negara dengan menempah penyakit aids, maka akan datang banyak lagi la pusat2 hiburan akan lahir di mana sekaligus membantu menambahkan kutipan cukai dalam negara. Bukan kah ini perkembangan yang sangat baik untuk ekonomi kita? Kelab malam yang baru sudah tentu akan mengupah gro yang baru, pekerja bar yang baru, permintaan arak semakin banyak dan begitulah seterusnya.
5.Kilang carlsberg/arak semakin maju
- Insya-Allah, pada masa akan datang kilang arak di malaysia boleh memperluaskan empayar nya di seluruh malaysia dengan setiap satu negeri satu kilang arak, bagi memenuhi permintaan arak di kalangan rakyat malaysia. Ingatlah, kita berjihad agar di hidapi aids demi negara kita yang tercinta atas nama untuk memajukan sektor ekonomi kita. So, dari sini kita telah mencipta banyak peluang pekerjaan.
6.Mencipta rekod dan malaysia akan jadi terkenal.
- Seterusnya, setelah kita menduduki ranking topten dalam senarai penghidap, pesakit dan kematian angkara AIDS, nama malaysia akan sering disebut2 oleh negara lain menerusi media dan berita2 mereka. Dari situ, insya-Allah kita akan mengamit pelancong luar untuk terus terusan berkunjung ke malaysia.
Hiduplah AIDS demi Malaysia. Malaysia boleh! Aids pun boleh! Satuu... AIds!!
Ameno : Lazimnya malaysia memang hebat dalam stastistik macam neh.. aids, rasuah, rogol, buang anak, penyelewengan, kes mahkamah yg unsettled.. hahahahahah.. Superb! | Dr Syed Husin : Pemilihan PKR Mendapat Sambutan Menggalakkan Posted: 21 Nov 2010 06:42 AM PST Walaupun sering dimomok-momokkan oleh media arus perdana kononnya pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) penuh dengan kecelaruan, perbalahan dan anggota yang turun mengundi hanya suam-suam kuku, hakikatnya jauh dari fakta sebenar. Timbalan presiden parti itu, Senator Syed Husin Ali berkata, penerimaan anggota parti terhadap proses pemilihan dengan sistem 'satu anggota, satu undi' itu nyata mendapat sambutan menggalakkan sepanjang tempoh pemilihan dan kekecohan yang berlaku disifatkan sebagai "badai sementara". " Hakikat sebenar ialah kita berjaya menarik keluar sampai 70,000 anggota untuk mengundi dan ia satu perkara yang tidak pernah berlaku di Malaysia dengan parti-parti yang lain," kata Syed Husin. Proses pemilihan PKR yang dijadual berakhir hari ini akan menyaksikan keputusan pemilihan diumumkan pada hari terakhir Kongres Nasional tahunan parti itu yang bermula Jumaat depan. Selama lebih kurang sebulan proses pemilihan PKR berlangsung, media kawalan Umno menggambarkan PKR sebagai parti yang berpecahbelah dengan pemimpin bercakaran. Tindakan Datuk Zaid Ibrahim keluar dari PKR dicanang oleh media kawalan Umno sebagai rasa tidak puas hati akan umbi terhadap kepimpinan PKR, namun hakikat ialah tindakan Zaid itu tidak mendapat sokongan, termasuk segelintir pemimpin yang mahukan pemilihan itu diatur dengan lebih kemas. " Kalau kita lihat dari kaca mata yang objektif dan tidak melalui akhbar-akhbar yang memang selama ini mengutuk parti, sebenarnya keadaan kita adalah tenang, pimpinan bekerjasama, pimpinan berbincang dan membuat keputusan," tambah Syed Husin lagi. Setiausaha Jawatankuasa Pemilihan, Radin Shamsulkamar Radin Shamsuddin ketika ditemubual dalam rancangan Fokus Berita di Tv Selangor hari ini berkata, terdapat beberapa faktor utama yang menjadi punca kepada permasalahan yang timbul sepanjang tempoh pemilihan. Ujar Radin, pengharapan yang terlalu tinggi dari ahli yang menjangkakan proses pemilihan julung-julung kali diadakan ini akan direalisasikan dengan cukup sempurna, menyumbang kepada berlakunya rasa tidak puas hati. " Pengharapan anggota itu kepada pemilihan yang kita lakukan adalah sempurna tetapi perlu kita akui, ini cubaan kali pertama. Percubaan yang saya kira berjaya, tetapi kelemahan ada. " Tetapi kita perbaiki kelemahan itu dari minggu ke minggu. Jadi kalau minggu lepas kita telah kenal pasti dua tiga perkara yang tidak sepatutnya berlaku, kita baiki dan pada minggu depan ia tidak berlaku lagi," tambah Radin lagi. Tanpa menafikan beberapa masalah wujud sepanjang proses pemilihan,menurut Radin, pemilihan itu sendiri merupakan satu kejayaan besar kepada PKR. Justeru ujarnya, tidak hairanlah kalau seteru politik PKR menggunakan segala jentera yang ada demi menjatuhkan imej PKR di mata rakyat. " Ia memang menunjukkan kejayaan yang cukup baik daripada segi pelaksanaan demokrasi bagi parti politik. (Oleh itu) kecemburuan itu terlalu tinggi. Umno mungkin tidak dapat hendak melaksanakan,mungkin masalah yang bakal mereka hadapi, kalau lah mereka cuba, saya rasa masalah yang bakal mereka hadapi 10 kali ganda dari apa yang kita hadapi. " Jadi secara nyata apa yang menghiasi dada-dada akhbar dan apa yang disiarkan Tv3, RTM, semuanya bohong. Yang baik mereka tidak ambil," ulas Radin lagi.
| Azmin Ali : Fokus Kukuh PKR Hadapi PRU-13 Posted: 21 Nov 2010 06:39 AM PST Agenda memperkukuhkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang merupakan fokus utama kata Calon Timbalan Presiden PKR Azmin Ali di sini hari ini. Azmin menyatakan betapa PKR perlu mempersiapkan diri untuk terus bergerak ke hadapan memimpin Pakatan Rakyat bagi meruntuhkan kubu Barisan Nasional (BN) pada PRU ke 13 yang diura-urakan bakal berlangsung tahun hadapan. "Tumpuan saya selepas kongres ini adalah untuk bersama kepimpinan baru dan ahli-ahli untuk memperkukuhkan parti dan bersama-sama bersedia untuk pilihnaraya akan datang. Itu agenda dan tumpuan utama saya," katanya. Azmin yang ditemui TV Selangor selepas melaksanakan tanggungjawab mengundi di cabangnya di Gombak bagaimanapun tidak mahu merayakan kemenangan sebelum diisytiharkan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) namun berterima kasih kepada ahli PKR yang menyokong beliau. Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Gombak dan ADUN Bukit Antarabangsa itu hampir pasti menggantikan penyandang Dr Syed Hussin Ali setelah mendapat majoriti lebih 10,000 undi. Mengulas mengenai rancangan Zaid untuk menubuhkan parti baru, Azmin percaya bahawa parti Zaid tidak akan diterima rakyat. "Saya tak percaya rakyat akan tertipu dan ahli PKR cukup matang menentukan masa depan parti. Saya rasa dalam beberapa bulan ini, rakyat dapat menilai wajah dan karekter sebenar beliau. Beliau amat individualistik dan tidak dapat bekerjasama dengan orang lain dan saya tak fikir Zaid mampu mengetuai mana-mana parti," ujar Azmin. Beliau turut melahirkan rasa syukur kerana pemilihan PKR sudah tiba fasa akhir sekaligus menolak dakwaan media arus perdana sebelum ini bahawa pemilihan itu akan gagal. "Saya bersyukur kerana perjalanan pemilihan parti yang telah berjalan selama sebulan kini sudah sampai ke kemuncaknya telah berjalan dengan lancarnya tidak seperti yang dilaporkan media yang dikuasai oleh UMNO BN. Walaupun ada beberapa masalah teknikal dan pengurusan yang sedang diteliti JPP namun jumlahnya kecil jika dibandingkan dengan cabang yang berjaya melaksanakan proses yang cukup demokratik ini," katanya lagi. | Anwar dan Suu Kyi, Dua Tokoh Pejuang Kebebasan Tulen Posted: 21 Nov 2010 06:36 AM PST Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Aung Sang Suu Kyi merupakan dua tokoh pejuang kebebasan tulen yang mempunyai prinsip perjuangan yang sama, tegas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Shamsul Iskandar Mohd Akin hari ini. Membidas dakwaan Rachel Motte yang menyatakan perjuangan Anwar dan Suu Kyi amat berbeza, Shamsul berkata ramai di kalangan tokoh-tokoh politik di Malaysia terlalu terpengaruh dengan idea dan propoganda parti pemerintah, Barisan Nasional hinggakan gagal menilai persamaan antara perjuangan Suu Kyi dan Anwar. Media arus perdana kawalan Umno-Barisan Nasional sebelum ini menggunakan tulisan Rachel Motte di akhbar mereka masing-masing untuk menghentam kewibawaan Anwar sebagai tokoh pejuang di negara ini. "Perjuangan untuk kebebasan ini bukan hanya sekadar kebebasan fizikal terhadap Suu Kyi, malah kebebasan adalah dalam erti kata yang lebih luas, kebebasan demokratik atau 'democratic freedom', kebebasan untuk pilihnaraya yang adil, kebebasan mendapatkan akses kepada media, dan kebebasan-kebebasan lain sepertimana yang dijamin di bawah hak asasi manusia sepertimana yang diterimapakai secara standart di seluruh dunia," jelas beliau yang dihubungi TV Selangor. Katanya lagi, Anwar berjuang untuk perkara yang sama iaitu bagi mendapatkan satu pilihanraya yang bebas dan telus, dan kebebasan untuk mendapatkan keadilan yang sewajarnnya di mahkamah. "Perjuangan-perjuangan ini yang disebut sebagai kebebasan demokrasi merupakan perjuangan yang menjadi asas yang sama dengan perjuangan Suu Kyi untuk membebaskan Myanmar daripada cengkaman tentera junta serta menjadikan Myanmar sebuah negara yang benar-benar mengamalkan prinsip demokrasi," tegas beliau lagi. Beliau seterusnya menjelaskan, buat masa ini Suu Kyi hanya diberi kebebasan fizikal, bukan kebebasan sepenuhnya kerana masih tidak diketahui samada Suu Kyi akan dibenarkan bergiat aktif dalam parti politik secara bebas, mendapat akses kepada media dan tidak dikenakan apa-apa sekatan untuk bertemu dengan rakyat Myanmar. "Kita melihat bagaimana media disekat di Malaysia, tiada ruang yang bebas untuk Anwar memberikan pandangannya dan sekatan terhadap liputan-liputan positif terhdap beliau di dalam media. Banyak sekatan dikenakan terhadap beliau samada dalam ceramah umum ataupun didalam ceramah-ceramah di universiti," kata beliau lagi. Shamsul seterusnya menjelaskan, perjuangan Anwar di Malaysia adalah sama sepertimana yang dilalui oleh Suu Kyi dari segi perjuangan untuk kebebasan demokratik di negara masing-masing. | |
Pas Cawangan Kota Kemuning Posted: 21 Nov 2010 01:11 PM PST |
Batu Gajah Mari Posted: 21 Nov 2010 11:28 AM PST Kak Minah ronggeng cerita CD lagi ... CD apa pula kali ni Kak Minah ai? ... hahaha Posted: 21 Nov 2010 02:00 AM PST Kak Minah bersama Dr Mansor di hari penamaan calon PRK Penanti Hangpa ingat tak lagi kak Minah Ronggeng di PRK Penanti hari tu ... kak Minah ni bekas Ketua Wanita PKR P.Pinang. ... entah macamana lari keluar dari PKR dan bertanding sebagai calon bebas menentang Dr Mansor ... semasa kempen macam-macam dia buat cerita ... nak edar CD lah ... ada tawaran dari pimpinan PKR P.Pinang supaya dia menarik diri lah dan macam-macam lagi. Tup-tup kalah terkelepok (kata orang penang, jatuh terduduk la tu) ... Bila dah kalah kak Min sunyi sepi, Sapa pun dah tak ingat kat dia dah. Apa sangat nak duk ingat bukan sapa-sapa pun .... Tiba-tiba Minah ronggeng muncul kembali ... ada lagi rupanya ... dan macam biasa, kali ni CD baru pula kak Min nak dedahkan ... CD apa kak Min nak dedahkan tu? Jangan CD blue kak Min dah la ya ... orang tak mau tengok dah pun kak Min ai kalau tara-tara kak Min tu ... hahahaha Ala kak Min, duk rumah diam-diam jaga cucu lagi baik la, apa yang hang nak duk sibuk-sibuk lagi dalam hal-hal politik ni ... dah terlewat dah .... bagi orang-orang muda saja lah ... sibuk-sibuk pun hang tak dapat apa pun dah ... Satu pertanyaan pada kak Min ... kak Min, dah join Umno ker ??? | Kak Minah ronggeng cerita CD lagi ... CD apa pula kali ni Kak Minah ai? ... hahaha Posted: 21 Nov 2010 02:00 AM PST Kak Minah bersama Dr Mansor di hari penamaan calon PRK Penanti Hangpa ingat tak lagi kak Minah Ronggeng di PRK Penanti hari tu ... kak Minah ni bekas Ketua Wanita PKR P.Pinang. ... entah macamana lari keluar dari PKR dan bertanding sebagai calon bebas menentang Dr Mansor ... semasa kempen macam-macam dia buat cerita ... nak edar CD lah ... ada tawaran dari pimpinan PKR P.Pinang supaya dia menarik diri lah dan macam-macam lagi. Tup-tup kalah terkelepok (kata orang penang, jatuh terduduk la tu) ... Bila dah kalah kak Min sunyi sepi, Sapa pun dah tak ingat kat dia dah. Apa sangat nak duk ingat bukan sapa-sapa pun .... Tiba-tiba Minah ronggeng muncul kembali ... ada lagi rupanya ... dan macam biasa, kali ni CD baru pula kak Min nak dedahkan ... CD apa kak Min nak dedahkan tu? Jangan CD blue kak Min dah la ya ... orang tak mau tengok dah pun kak Min ai kalau tara-tara kak Min tu ... hahahaha Ala kak Min, duk rumah diam-diam jaga cucu lagi baik la, apa yang hang nak duk sibuk-sibuk lagi dalam hal-hal politik ni ... dah terlewat dah .... bagi orang-orang muda saja lah ... sibuk-sibuk pun hang tak dapat apa pun dah ... Satu pertanyaan pada kak Min ... kak Min, dah join Umno ker ??? | Majlis Korban PAS Batu Gajah Meriah Posted: 20 Nov 2010 03:01 PM PST PAS Kawasan Batu Gajah telah mengadakan Majlis Qurban pada 20 hb 11 2010 di Pejabat PAS Kawasan Batu Gajah. 2 ekor kerbau telah disembelihkan. Program ini telah dihadiri oleh AJK dan dan penduduk di sekitar Batu Gajah. Majlis ini dimeriahkan lagi dengan kedatangan seorang pelajar dari Jerman. Beliau bersama- sama membantu memotong dan menimbang daging korban. Dading qurban telah diagihkan ke beberapa buah kampung di dalam kawasan Batu Gajah. Daging Quban ini telah diagihkan oleh Calon PAS dun Sungai Rapat Ustaz Radzi Zainon. Ustaz bersama pimpinan telah turun mengagihkan daging Qurban kepada rakyat. Ternyata program ini berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang menggalakkan. Haji Ismail bergambar dengan Ute Steinke Rosli bersemangat bergotong royong melapah Ketua pemuda bersama Haji Ismail bersemangat waja.. setelah penat melapah. Kami menjamu selera. lapar je wah.. makan guna tangan Rosli tidak melepaskan peluang pelajar dari Jerman turut bersama-sama dalam program ini. PAS4ALL gotong-royong Ute Steinke menimba pengalaman Sdr Rosdy berbual dengan Ute Steinke golongan muda turut hadir membantu Ustaz Radzi Zainon memberi sumbangan daging korban kepada fakir miskin kedatangan kami sangat disambut mesra | |
Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai Posted: 21 Nov 2010 11:23 AM PST Akta siber: Kerajaan mahu rakyat buta, pekak Posted: 21 Nov 2010 09:25 AM PST Harakahdaily | KUALA LUMPUR, 21 Nov: PAS mendakwa tindakan Kementerian Dalam Negeri memperkenalkan garis panduan, definisi hasutan kepada pengguna internet sebagi satu lagi usaha untuk 'membuta dan memekakkan' rakyat.
Ketua Penerangannya, Idris Ahmad berkata, tindakan tersebut lebih kepada usaha menyekat maklumat sebenar sampai kepada rakyat.
"PAS berpandangan tindakan ini lebih kepada usaha untuk membendung maklumat penyelewengan kerajaan BN.
"Umno BN hanya bergantung kepada propaganda media perdana sahaja untuk mengekalkan pengaruh mereka di negara ini.
"Mereka tidak mampu untuk melawan serangan yang dibuat oleh media baru pada hari ini," katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.
Katanya lagi, seluruh jentera Umno sudah tidak bermaya, dan hanya bergantung kepada media radio dan televisyen sahaja.
Malahan setengah tempat ujarnya, Umno terpaksa menswastakan program penerangan melalui NGO yang pro mereka agar boleh menarik orang datang.
"Jika tidak, orang tidak mahu datang jika atas lambang umno.
"Sebab itu tidak hairan kepada kita BN sudah membuka peluang kepada NGO untuk bersama BN dalam mesyuarat majlis tertinggi.
Beliau turut mempersoal tindakan kerajaan itu dengan asas bahawa telah banyak akta-akta yang diwujudkan untuk mengatasi masalah tersebut.
Ianya seperti Akta Rahsia Rasmi (OSA), Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Mesin Cetak dan Akta Hasutan.
"Kerajaan boleh bertindak mengikut akta yang sedia ada dengan membawa pesalah ke muka pengadilan," katanya.
Beliau bagaimanapun bersetuju jika tindakan diambil kepada mereka yang mendedahkan maklumat ketenteraan negara, penghinaan kepada agama dan bangsa.
"Tetapi jika maklumat yang didedahkan ialah penyelewingan yang merugikan negara dan rakyat, kenapa perlu kerajaan takut untuk menghadapi penghakiman yang akan dibuat oleh rakyat dalam pilihanraya umum akan datang," soalnya. |
| |
PAS KAWASAN KENINGAU Posted: 21 Nov 2010 11:03 AM PST Menuntut Hak dan Menumbuk Meja Posted: 21 Nov 2010 12:02 AM PST Setiap kali pilihanraya,datang orang-orang Momogun menjadi peserta yang sungguh bersemangat.Mereka sanggup berkorban untuk menjadi tukang tampal poster,meninggalkan kebun-kebun mereka walau dengan ganjaran cukup-cukup makan minum,itu pun kalau ada.Kempen pilihanraya adalah satu pesta,tetapi untuk apa?Setiap kali merasa diri kita adalah pejuang bangsa,sama ada kita penyokong parti memerintah atau parti pembangkang.Memang membanggakan bila perjuangan itu ikhlas,dengan pandangan dan visi yang jauh. Tetapi,malangnya ramai daripada yang berkempen untuk kepentingan jangka pendek bagi kepentingan diri sendiri.mereka berkempen sama ada di pihak kerajaan atau pembangkang dengan mengharapkan sesuatu "apabila nanti memerintah".Ada yang sudah awal-awal minta dilihat sebagai bakal PKR,CDO,KAN,WKAN,KK,Pengerusi JKKK,Kapitan dan macam-macam lagi.Tidak kiralah apa akan jadi kepada bangsa dan negeri.Yang penting jadi Ketua Kampung.Tidak kiralah apa akibatnya kepada keturunan di masa akan datang.Tidak kiralah apa yang akan hilang,akan terhakis,akan punah 50 tahun dari sekarang.Yang penting pernah memegang jawatan pengerusi JKKK.Prinsip perjuangan tidak perlu,tujuan jangka panjang belakang kiralah.Yang penting kedudukan dan wang,dan kehormatan di kalangan masyarakat. Pergolakan dan isu-isu politik tanahair selalunya dilihat dari segi kenapa ianya harus ditolak atau disokong berdasarkan pemikiran-pemikiran jangka pendek.Pemimpin yang tamak tidak dilihat serong asalkan mereka dapat menghulurkan wang kopi dan dapat melayan kita dengan senyuman mesra dan "kenal" kita seperti kawan yang intim dan mengambil berat.Tidak kira apa perjuangan jangka panjang mereka,apa ideologi yang mereka angkat,apa visi yang mereka laung-laungkan,apa impian yang mereka kongsikan.Yang penting mereka "bagus" dan "pandai.Pemimpin yang menyatakan pendirian yang gigih dan murni,dengan harapan besar untuk bangsanya tidak dihormati,malah dipandang jijik jika dia tidak mempunyai peruntukan yang besar,tidak mampu menghulurkan 'pelincir' dengan jumlah yang memuaskan.Sedihnya "jumlah yang memuaskan" biasanya hanyalah dua tiga ratus ringgit sahaja,malah ada yang cukup puas dan bangga menerima lima puluh ringgit,maklumlah wang yang sebegitu pun bukan mudah disentuh oleh orang kampung yang jauh ketinggalan. Sudah pasti kemampuan calon menjadi perkiraan utama.Lagu J. Sham tetap terngiang-ngiang di telinga,berkumandang di penjuru benak:"Sudah menjadi resam dunia,hidup manusia memandang harta,harta..."Hidup pengundi juga memandang harta,mengira peruntukan.Seringkali salah dan benar tidak lagi menajadi perkiraan.Bohong dan penipuan diampunkan atas nama buah tangan dan janji-janji manis bagai tebu yang ditanam di tepi bibir.Namun selepas undi dikira,mereka yang bertanding hilang dari kawasan untuk pergi memegang jawatan-jawatan atau urusan masing-masing.Bila janji-janji yang banyak yang tidak atau belum ditunaikan,penyesalan timbul lagi.Maka kita menunggu lagi pilihanraya yang akan datang,dan kita sekali lagi mengeraskan penumbuk kita,mengacukan di udara menunjukkan frastrasi,menumbuk meja mempamerkan semangat perjuangan dan pentingnya maruah bangsa,bercakap lantang untuk menyuarakan visi bangsa dan identiti,malah ada yang memaki hamun,mengumpat dan menyumpah untuk meluahkan kesalan dan kebencian yang terpendam di hari.Namun salah sendiri tidak pernah diakui. Akhirnya kita terperangkap dalam kitaran ganas di mana sudah lama berputar-putar kesilapan,penyesalan,kemiskinan,kekejangan fikiran,pengundian buta,dan kesilapan lagi.Dari satu penggal ke satu penggal,kita memilih pemimpin,bertahun-tahun lamanya,namun nasib orang-orang kita tidak banyak berubah.Sungai tetap sungai,bukit tetap bukit,pokok getah tetap pokok getah,hutan hilang ditebang untuk kekayaan beberapa taukeh dan pemimpin.Bagi kaum marhaen yang secupak belum jadi segantang,jadi bagaimana kali sejengkal belum menduga lautan?Lebih sedih bila yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran.Lalu kita menjadi pengembara masa,berpindah dari dekad ke dekad menuju hari mati yang semakin hampir menghbiskan riwayat kita yang duka lara. Apabila kita mati,kita meninggalkan warisan penyesalan dan kesedihan untuk dipikul oleh anak-anak dan cucu-cucu kita - hingga beberapa keturunan lagi?Apakah anak-anak dan cucu-cicit kita juga akan mati dalam kitaran ganas penyesalan demi penyesalan itu,dan mewariskan kekecewaan demi kekecewaan itu kepada anak-anak dan cucu-cicit mereka?Bilakah kita dapat belajar menepuk dada dan menanya selera,melihat hari esok dan menentukan tujuan perjuangan dan menetapkan langkah-langkah yang sepatutnya untuk pencapaian yang murni dan sejati demi masa depan yang gemilang,cemerlang dan terbilang?
Petikan Dari:Utusan Borneo Ahad,21 November 2010 Menuntut hak dan menumbuk meja YANG KUNAMPAK RAYMOND TOMBUNG
Dari YDP Keningau:Rakyat harus berfikir matang dan jangan lagi tertipu dan ditipu. | |
Pemuda Guchil Posted: 21 Nov 2010 09:26 AM PST Posted: 21 Nov 2010 06:45 AM PST | Posted: 21 Nov 2010 06:38 AM PST | Posted: 21 Nov 2010 06:32 AM PST | Posted: 21 Nov 2010 06:29 AM PST | Posted: 21 Nov 2010 06:28 AM PST | Posted: 21 Nov 2010 06:27 AM PST | |
Jasindaily Online Posted: 21 Nov 2010 09:12 AM PST |
KHIDMAT MERU Posted: 21 Nov 2010 09:11 AM PST |
Pemuda Bersamamu v3 Posted: 21 Nov 2010 09:09 AM PST Ayuh Pemudaku Bangkit ! Kini waktu bekerja Posted: 21 Nov 2010 05:17 AM PST oleh : Ustaz Nasrudin Hassan (Ketua Pemuda PAS Pusat) 1. Mendepani iklim politik baru , pemuda PAS mesti lebih bersedia menghadapinya dengan mempertingkatkan penguasaan ilmu agama dan ilmu politik semasa serta memberikan komitmen yang tinggi terhadap gerakkerja berorganisasi . Demikian juga tumpuan wajib diberikan kepada usaha memantapkan nilai peribadi yang soleh bagi setiap anggota pemuda PAS.
2. Pemuda PAS tidak harus leka dengan pelangi kemenangan sebaliknya meneruskan kerja gigih memperkasakan parti khasnya Dewan Pemuda di semua peringkat melalui pengukuhan Unit Kerja Jamaah [ UKJ ] . Kemenangan adalah suatu yang pasti dan ianya adalah janji Allah swt yang pasti tiba saat dan detik yang akan ditentukan oleh Allah swt. Persoalan yang penting ialah kerja dan tugas yang digalas sebagai tanggungjawab serta amanah mesti ditunai sebaik mungkin.
3. Turunlah ke padang ! lalu santuni anak muda . Terjunlah ke lapangan ! lalu didik dan bimbinglah anak muda . Lepaskan selimut anda dan bebaskan diri dari kilauan fatamorgana . Justeru kemenangan yang diidamkan tidak mungkin dapat dicapai semudah yang dijangka.
4. Kita mesti bina kekuatan sendiri ! bukankah ini telah menjadi amanah Dato' Seri Presiden ? Jangan hanya mengharapkan kelemahan musuh sementara kita mengelamun membina track menuju Putrajaya . Ingat , kini lawan politik kita telah menyedari kelemahan mereka dan mereka bekerja keras memperbaiki kelemahan tersebut . Andai kita terus leka , kita bakal kecundang wali'yazubillah .
5. Masa tidak banyak dan pastinya ia pantas berlalu . Pilihanraya kian hampir . Laksanakan segala pengarahan parti serta pro aktif menggerakkan jentera parti . Kreatif dalam dalam penganjuran gerakkerja agar ia efektif dan menepati sasaran dengan hikmah dan bistari .
| MEMALI: Seruan kepada pemuda - Teruskan Jihad! Posted: 21 Nov 2010 04:32 AM PST BALING: Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan at-Tantawi melihat semangat Memali tidak padam sebaliknya masih segar dalam jiwa anak-anak muda hari ini. Pun begitu, beliau mahu anak muda hari ini melihat bahawa perjuangan Islam tidak meniti jalan mudah sebaliknya sentiasa berhadapan tentangan musuh. "Tetapi alhamdulillah, semangat juang yang diwariskan kepada kita hari ini tidak pernah pudar. Dan insyaAllah akan sentiasa ada pemimpin yang bangun untuk mengukuhkan semangat juang ini sekaligus memimpin generasi baru hari ini menyambung risalah perjuangan," ujarnya berucap pada Majlis Memperingati 25 Tahun Memali di Kampung Memali, di sini 19 November lalu. Serunya, anak-anak muda hari ini perlu mempunyai semangat berkorban bukan sahaja harta benda, tetapi juga darah dan nyawa mereka.
Anak muda yang mempunyai sifat seperti ini katanya, sedang 'menunggu giliran' untuk menyusuli para syuhada terdahulu sebagai mengotakan janji kepada perjuangan suci ini.
Ustaz Nasruddin turut melontarkan ingatan bahawa perjuangan menjadi lemah apabila meninggalkan jihad.
"Kerana kekuatan kita adalah jihad! Nabi SAW berkata bahawa kemuncak kepada Islam adalah jihad fisabilillah. Maka jangan sekali-kali kita membuang jihad itu dari perjuangan kita. Jangan sekali-kali kita melunturkan jihad itu dari diri kita sebaliknya semakin hari semakin kukuh, semakin kemas dan kuat!" serunya disambut laungan takbir hadirin.
Menyentuh mengenai pelbagai tujuan manusia berjuang seperti hendakkan kebendaan kemasyhuran dan perlindungan, beliau berkata, Nabi telah menegaskan bahawa mereka yang berjuang meninggikan kalimah Allah mengatasi selainnya adalah sebenar-benar pejuang dijalan Allah.
sumber | |
i n t a n h i j a u Posted: 21 Nov 2010 07:03 AM PST PILIH PEMIMPIN YANG BAIK DEMI MASA DEPAN ANAK-ANAK - YB ANUAR SUDIN / ڤيليه ڤميمڤين يڠ باءيق دمي ماس دڤن انق-انق - انوار سودين Posted: 20 Nov 2010 10:29 PM PST TELUK INTAN, 21 November - Pemimpin yang baik dapat menjamin masa depan yang baik juga kepada anak-anak. Oleh itu, adalah satu tanggungjawab kepada ibu bapa untuk memilih para pemimpin yang baik lagi adil demi mencorak masa depan yang gemilang untuk anak-anak mereka. Demikian telah dinyatakan oleh ADUN kawasan Changkat Jong YB Hj. Mohd. Anuar bin Sudin semasa merasmikan Hari Penyampaian Hadiah Tadika Seri Intan, di Batu 5, Teluk Intan.
Menurut beliau lagi, kini pendidikan awal anak seperti tadika telah menjadi keperluan kepada ibu bapa. Perkara ini amat baik kerana pendidikan awal amat penting kerana sebagai persiapan bagi anak-anak berhadapan dengan situasi persekolahan yang sebenar apabila mereka menduduki sekolah rendah nanti. | Guru tadika Pn. Thilagavathy berbual dengan YB Anuar. |
Tadika Seri Intan terletak di dalam kawasan LadangSeri Intan (dulu Nova Scotia) di mana majoriti pelajarnya adalah dalam kalangan kaum India. Menurut guru tadika Puan Thilagavathy a/p Kulian, tadika tersebut telah beroperasi hampir 30 tahun dan kini mempunyai seorang guru dan 16 orang pelajar. Beliau sendiri telah berkhidmat selama 21 tahun di tadika tersebut.
Turut menyampaikan ucapan ialah Pengerusi PIBG Tadika Seri Intan iaitu Sdr. Nadarajan.
Kemudian, YB Anuar telah diberi penghormatan menghakimi pertandingan mewarna bagi kategori enam tahun dan lima tahun. Selepas itu, beliau telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang serta menyampaikan sijil kepada semua murid. | Tak sangka YB Anuar ada bakat jadi hakim mewarna. |
Sebelum itu, hadirin telah dihidangkan dengan acara persembahan tarian yang menarik oleh pelajar-pelajar tadika.
Turut hadir ialah Timbalan YDP PAS Kawasan Teluk Intan yang turut menyampaikan ucapan serta hadiah kepada para pelajar. | YB Anuar menyampaikan hadiah kepada seorang pelajar. |
| Persembahan tarian yang menarik. |
| Bergambar beramai-ramai. |
| YB Anuar menyampaikan ucapan. |
| Antara kaum ibu yang hadir. |
intanhijau.blogspot.com
| SENJATA BARU UMNO/BN...? / سنجات بارو امنو Posted: 20 Nov 2010 05:17 PM PST
KUCHING: Satu garis panduan yang memberi definisi terperinci mengenai kesalahan hasutan dalam kontek dunia siber akan diperkenalkan dan dijangka siap minggu depan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein.
Tanpa menyatakan bila garis panduan itu akan dikuatkuasakan, beliau berkata setakat ini, ia sedang diperhalusi. Katanya, proses merangka draf garis panduan itu turut melibatkan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz serta Jabatan Peguam Negara.
Hishamuddin berkata walaupun dari sudut perundangan maksud kesalahan hasutan secara jelas membabitkan cetakan, ucapan dan bentuk elektronik, bagi dunia siber, ia belum lagi diperincikan. | |
CINA ISLAM (林川興) Posted: 21 Nov 2010 01:14 AM PST MGM diisytihar muflis Posted: 20 Nov 2010 08:05 PM PST 14 Zulhijjah 1431H.
Studio Hollywood, Metro-Goldwyn-Mayer Inc. (MGM) yang juga penerbit filem James Bond mengemukakan permohonan untuk diisytiharkan muflis, semalam dalam pelan yang disokong oleh pemberi pinjamannya dan membolehkan studio itu membiayai pelaburannya dalam filem The Hobbit.
Pelan kebangkrapan 'prapakej' yang dirangka selama lebih setahun itu dijangka dilaksanakan dengan segera.
Di bawah pelan itu, MGM akan disusun semula dan diurus oleh kedua-dua Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Spyglass Entertainment.
Studio yang ditubuhkan pada 1924 itu terkenal kerana filem klasik seperti The Wizard of Oz dan Gone With the Wind. Ia telah banyak kali dibeli dan dijual semula. | Posted: 20 Nov 2010 07:38 PM PST 14 Zulhijjah 1431H. Mohamed Zainal Abidin Hussin
KOTA BHARU, 20 Nov: Cheng Ho perlu dikenang sebagai ikon penting dalam sejarah manusia yang menjadikan perjuangan untuk keamanan dan kemakmuran bersama jauh mengatasi kepentingan puak dan bangsa.
Pengerusi Ekspo Cheng Ho yang sedang berlangsung di Kota Bharu, Datuk Husam Musa berkata watak besar dari China ini akan pasti dikenang kerana jasanya dalam memperkenalkan nilai persahabatan dan kebajikan yang membelakangkan persoalan puak, agama dan keturunan dalam membangunkan tamadun.
"Cheng Ho yang mewakili kerajaan China yang amat berkuasa pada zamannya sentiasa merendah diri dengan memberi hadiah, membawa khidmat perubatan dan mengajak berkongsi teknologi baru dengan raja-raja dan rakyat yang dilawatinya di seluruh dunia," kata beliau ketika menutup Seminar Cheng Ho dan penyebaran Islam di Asia Tenggara di Balai Islam Lundang, hari ini.
Seminar sehari itu menampilkan Prof Tan Ta Sen (Singapura), Prof. Hum Sin Hoon dan Mr. Zheng Zi Hai membentangkan kertas kerja masing-masing, manakala Prof. Madya Obaidellah Mohamad bertindak sebagai moderator.
Menurut Husam, semangat Cheng Ho perlu disuburkan semula dalam situasi masyarakat Malaysia yang dibina dengan kecurigaan perkauman selama berpuluh-puluh tahun.
"Kita mahu membina masyarakat baru, yang bersatu atas nilai-nilai tinggi, mengutamakan kebenaran, kebajikan, perkongsian dan semangat tolong menolong dan meninggalkan konsep mengapi-apikan perkauman sempit," ujarnya.
Bangsa, kata beliau memang sesuatu yang tidak mungkin hapus, namun asas persahabatan perlu dibina dengan asas yang lebih kukuh sebagaimana ditunjukkan oleh Cheng Ho.
"Cheng Ho beragama Islam, dia boleh berkhidmat memimpin armada milik maharaja China yang bukan Islam dan mengendalikan puluhan ribu angkatan laut yang memiliki pelbagai latarbelakang.
"Situasi ini tidak mungkin terjadi jika kita terbawa-bawa dengan pemikiran sempit perkauman dan tidak mengutamakan persahabatan dan kepentingan bersama," ujar beliau.
Ekspo Cheng Ho kata beliau, bukan sekadar mendominasi urusan perniagaan dan perdagangan tetapi juga meliputi pertukaran budaya dan pendidikan.
"Pelbagai pertunjukan tempatan dan antarabangsa di bawa bersama ekspo ini bagi menunjukkan mereka yang memiliki keyakinan diri yang tinggi mampu menjulang kecemerlangan dalam apa jua bidang," katanya.
Beliau turut mengumumkan beberapa pihak di negara China telah bersetuju untuk mengadakan program pertukaran pelajar dengan Kelantan.
"Kita telah diberi beberapa tempat untuk belajar di beberapa pusat pengajian dengan pembiayaan sepenuhnya oleh masyarakat di sana," tambah beliau. | Hasad dengki punca Pusat enggan iktiraf Dinar Kelantan Posted: 20 Nov 2010 06:53 PM PST 14 Zulhijjah 1431H. Nazri Abdullah
KUALA LUMPUR, 20 Nov: Tindakan kerajaan Pusat tidak mengiktiraf penggunaan Dinar dan Dirham Kelantan dibayangi sifat prejudis dan hasad dengki terhadap pemerintahan PAS, kata Dr Dzulkefly Ahmad.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu mengulas jawapan bertulis Menteri Kewangan terhadap soalan lisannya di Dewan Rakyat yang bertanya pendirian Kerajaan Pusat tentang pengenalan Dinar dan Dirham yang diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan.
Menteri dalam jawapannya mendakwa penggunaan wang emas dan perak dalam urus niaga akan menyebabkan orang ramai menanggung risiko harganya yang sentiasa turun naik.
Selain itu, pengguna juga akan bermasalah untuk mengesahkan ketulenan emas atau perak serta kemungkinan berlakunya pemalsuan yang berleluasa.
"Amat malang sekali jawapan dari Menteri Kewangan adalah seperti tertera di atas.
"Ternyata apabila Kerajaan Negeri Kelantan memperkenalkan Dinar dan Dirham sebagai instrumen kewangan selain dari mata wang – 'legal tender', kerajaan BN terus mengecam seolah-olah ia satu kesalahan.
"Prejudis itu juga terserlah dengan memaparkan pelbagai aspek negatif dan risiko yang kononnya akan menimpa rakyat dan pengguna," kata Dzulkefly yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor.
Kerajaan Kelantan melancarkan Dinar Emas pada 12 Ogos lalu atas penegasan ianya bukanlah matawang, tetapi hanyalah pengenalan kepada sistem barter trade (perdagangan pertukaran).
Menurut Dzulkefly, prejudis tersebut jelas boleh dilihat apabila Tun Dr Mahathir sendiri pernah melancarkan gold coin yang dinamakan Kijang Emas keluaran Bank Negara Malaysia satu ketika dahulu.
Pada 18 Julai 2001, sekeping syiling Kijang Emas seberat 1 auns harganya ialah RM1,082.
Hari ini pada tarikh 1 Julai 2010, ia sudah boleh dijual dengan harga RM4,104.
"Sungguh malang andainya pimpinan Umno terus menyimpan perasaan prejudis sehinggakan yang rugi ialah rakyat sementara kebaikan yang mahu disampaikan kepada umat terhalang kerana sikap yang sempit dan perasaan yang dilingkungi hasad.
"Pemikiran yang waras dan jiwa yang murni akan dapat mengenali betapa 'politik sempit' dan kelonggaran pegangan kepada agama Islam akan meletakkan perhitungan kepentingan politik kepartaian mengatasi tuntutan kewajaran dan kebenaran yang dianjurkan oleh Islam," katanya
Harakahdaily/- | Tips Kuatkan Daya Ingatan Posted: 20 Nov 2010 06:48 PM PST 14 Zulhijjah 1431H. nina mazrina
Amalkan Tidur Yang Cukup
- 1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yg suka tidur lewat atau mengabaikan tidur yg cukup. Badan perlu rehat. Keletihan hanya akan mengganggu maklumat/data yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yg baru. Oleh itu, amalkan tidur yg cukup di malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi.
Mengawal Tekanan
- Tekanan hanya akan membuat jiwa anda tidak tenteram dan menyebabkan kesihatan anda terganggu. Anda juga lebih cenderung untuk menjadi seseorang yang tidak peka dengan keadaan persekitaran. Anda tidak dapat berfikir dengan jelas dan daya ingatan anda juga terjejas. Oleh itu, kawal tekanan anda dengan baik seperti bermeditasi, membaca Al-Quran, yoga, sauna, aromaterapi dan sebagainya.
Berhati-hati Dengan Pengambilan Vitamin atau Makanan Tambahan
- Sesetengah produk yg dijual di kaunter atau farmasi tidak sesuai dengan kita. Ada yg kononnya dapat meningkatkan daya ingatan. Tetapi sebaliknya ada yg memberi kesan sampingan. Oleh itu, lebih baik jika kita mendapatkan vitamin yg diperlukan oleh tubuh badan kita dengan pemakanan yg seimbang atau rujuk dahulu doktor yg bertauliah sebelum?membeli makanan tambahan.
Bersenam
- Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah ke otak. Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik. Amalkan senaman walaupun sekadar berjalan kaki.
Elakkan Kemurungan
- Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup anda tidak ceria. Anda sentiasa berada dalam keadaan tidak segar dan rasa kecewa. Lama-kelamaan ia turut menjejaskan daya ingatan anda dan membuat anda tidak hirau dengan persekitaran anda. Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius dengan berjumpa psikiatri atau beramal-ibadah mendekatkan diri kepada Tuhan.
Awasi Pengambilan Ubat
- Daya ingat mungkin menjadi lemah dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti pil hormon, ubat darah tinggi, anti-kemurungan dan sebagainya. Jika anda menghadapi masalah daya ingatan disebabkan pengambilan ubat, konsultasi dengan doktor. Jangan mengambil ubat tanpa arahan doktor.
Belajar Sesuatu yang Baru
- Cubalah aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu yang baru misalnya Bahasa Jepun, kursus kemahiran jangka pendek, menjahit, atau menghadiri ceramah dan motivasi.
Permainan
- Bermain sesuatu permainan seperti board games dapat merangsang minda. Contohnya, catur, scrabble (Sahibba) dan Monopoli. Selain itu, teknologi sekarang lebih baik seperti permainan komputer dan Playstation. Pilihlah jenis permainan yang mencabar minda.
Banyak Membaca
- Jadikan amalan membaca sebagai kegiatan harian. Membaca dapat meluaskan pengetahuan, mengembangkan minda dan menajam daya ingatan. Cuba ingat sedikit-sebanyak fakta yang terkandung di dalam bahan bacaan.
Katakan Berulang Kali
- Untuk meningkat ingatan anda tentang sesuatu maklumat atau tarikh, katakan dengan kuat dan berulang kali sehingga anda benar-benar ingat akan maklumat tersebut.
Fokus
- Daya ingatan dapat dilancarkan sekiranya anda sering fokus dalam sesuatu, contohnya matlamat hidup. Anda juga dapat belajar fokus dengan menumpukan fikiran anda pada sesuatu perkara dan mencatatkan apa yang anda fikirkan.
Bermain Dengan Angka
- Asahkan minda anda dengan cuba bermain dengan angka seperti mengingati nombor telefon rakan-rakan. Selain itu, anda boleh menghubungkaitkan angka-angka tersebut dengan sesuatu bagi meningkatkan daya ingatan.
Membaca Al-Quran
- Sekiranya anda seorang Muslim, amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik. | 60 PINTU PAHALA DAN PELEBUR DOSA Posted: 20 Nov 2010 06:33 PM PST 14 Zulhijjah 1431H.
Segala puji bagi Allah Rabb alam semesta, shalawat dan salam semoga tetap tercurah kepada Nabi dan utusan yang paling mulia.
Risalah ini ditujukan kepada setiap muslim yang beribadah kepada Allah semata dan tidak mempersekutukan- Nya dengan sesuatu apapun. Tujuan utama yang sangat urgen bagi setiap muslim adalah ia keluar meninggalkan dunia fana ini dengan ampunan Allah dari segala dosa sehingga Allah tidak menghisabnya pada hari Kiamat, dan memasukkannya ke dalam surga kenikmatan, hidup kekal didalamnya, tidak keluar selama-lamanya.
Di dalam risalah yang sederhana ini kami sampaikan beberapa amalan yang dapat melebur dosa dan membawa pahala yang besar, yang kesemuanya bersumber dari hadist-hadist yang shahih. Kita bermohon kepada Allah yang Maha Hidup, yang tiada Tuhan yang haq selain Dia, untuk menerima segala amalan kita. Sesungguhnya Ia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
1. TAUBAT
"Barangsiapa yang bertobat sebelum matahari terbit dari barat, niscaya Allah akan mengampuninya" HR. Muslim, No. 2703.
"Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla menerima tobat seorang hamba selama ruh belum sampai ketenggorokan" .
2. KELUAR UNTUK MENUNTUT ILMU
"Barangsiapa menempuh suatu jalan untuk menuntut ilmu, niscaya Allah memudahkan baginya dengan (ilmu) itu jalan menuju surga" HR. Muslim, No. 2699.
3. SENANTIASA MENGINGAT ALLAH
"Inginkah kalian aku tunjukkan kepada amalan-amalan yang terbaik, tersuci disisi Allah, tertinggi dalam tingkatan derajat, lebih utama daripada mendermakan emas dan perak, dan lebih baik daripada menghadapi musuh lalu kalian tebas batang lehernya, dan merekapun menebas batang leher kalian. Mereka berkata: "Tentu", lalu beliau bersabda: (( Zikir kepada Allah Ta`ala ))" HR. At Turmidzi, No. 3347.
4. BERBUAT YANG MA`RUF DAN MENUNJUKKAN JALAN KEBAIKAN
"Setiap yang ma`ruf adalah shadaqah, dan orang yang menunjukkan jalan kepada kebaikan (akan mendapat pahala) seperti pelakunya" HR. Bukhari, Juz. X/ No. 374 dan Muslim, No. 1005.
5. BERDA`WAH KEPADA ALLAH
"Barangsiapa yang mengajak (seseorang) kepada petunjuk (kebaikan), maka baginya pahala seperti pahala orang yang mengikutinya, tanpa mengurangi pahala mereka sedikitpun" HR. Muslim, No. 2674.
6. MENGAJAK YANG MA`RUF DAN MENCEGAH YANG MUNGKAR.
"Barangsiapa diantara kalian melihat suatu kemungkaran, maka hendaklah ia mengubah kemungkaran itu dengan tangannya, jika ia tidak mampu maka dengan lisannya, jika ia tidak mampu (pula) maka dengan hatinya dan itu adalah selemah-lemahnya iman" HR. Muslim, No. 804.
7. MEMBACA AL QUR`AN
"Bacalah Al Qur`an, karena sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat untuk memberikan syafa`at kepada pembacanya" HR. Muslim, No. 49.
8. MEMPELAJARI AL QUR`AN DAN MENGAJARKANNYA
"Sebaik-baik kalian adalah orang yang mempelajari Al Qur`an dan mengajarkannya" HR. Bukhari, Juz. IX/No. 66.
9. MENYEBARKAN SALAM
"Kalian tidak akan masuk surga sehingga beriman, dan tidaklah kalian beriman (sempurna) sehingga berkasih sayang. Maukah aku tunjukan suatu amalan yang jika kalian lakukan akan menumbuhkan kasih sayang di antara kalian? (yaitu) sebarkanlah salam" HR. Muslim, No.54.
10. MENCINTAI KARENA ALLAH
"Sesungguhnya Allah Ta`ala berfirman pada hari kiamat: ((Di manakah orang-orang yang mencintai karena keagungan-Ku? Hari ini Aku akan menaunginya dalam naungan-Ku, pada hari yang tiada naungan selain naungan-Ku)) " HR. Muslim, No. 2566.
11. MEMBESUK ORANG SAKIT
"Tiada seorang muslim pun membesuk orang muslim yang sedang sakit pada pagi hari kecuali ada 70.000 malaikat bershalawat kepadanya hingga sore hari, dan apabila ia menjenguk pada sore harinya mereka akan shalawat kepadanya hingga pagi hari, dan akan diberikan kepadanya sebuah taman di surga" HR. Tirmidzi, No. 969.
12. MEMBANTU MELUNASI HUTANG
"Barangsiapa meringankan beban orang yang dalam kesulitan maka Allah akan meringankan bebannya di dunia dan di akhirat" HR. Muslim, No.2699.
13. MENUTUP AIB ORANG LAIN
"Tidaklah seorang hamba menutup aib hamba yang lain di dunia kecuali Allah akan menutupi aibnya di hari kiamat" HR. Muslim, No. 2590.
14. MENYAMBUNG TALI SILATURAHMI
"Silaturahmi itu tergantung di `Arsy (Singgasana Allah) seraya berkata: "Barangsiapa yang menyambungku maka Allah akan menyambung hubungan dengannya, dan barangsiapa yang memutuskanku maka Allah akan memutuskan hubungan dengannya" HR. Bukhari, Juz. X/No. 423 dan HR. Muslim, No. 2555.
15. BERAKHLAK YANG BAIK
"Rasulullah SAW ditanya tentang apa yang paling banyak memasukkan manusia ke dalam surga, maka beliau menjawab: "Bertakwa kepada Allah dan berbudi pekerti yang baik" HR. Tirmidzi, No. 2003.
16. JUJUR
"Hendaklah kalian berlaku jujur karena kejujuran itu menunjukan kepada kebaikan, dan kebaikan menunjukan jalan menuju surga" HR. Bukhari Juz. X/No. 423 dan HR. Muslim., No. 2607.
17. MENAHAN MARAH
"Barangsiapa menahan marah padahal ia mampu menampakkannya maka kelak pada hari kiamat Allah akan memanggilnya di hadapan para makhluk dan menyuruhnya untuk memilih bidadari yang ia sukai" HR. Tirmidzi, No. 2022.
18. MEMBACA DO`A PENUTUP MAJLIS
"Barangsiapa yang duduk dalam suatu majlis dan banyak terjadi di dalamnya kegaduhan lalu sebelum berdiri dari duduknya ia membaca do`a:
(Maha Suci Engkau Ya Allah dan dengan memuji-Mu aku bersaksi bahwa Tidak ada Ilah (Tuhan) yang berhak disembah kecuali Engkau, aku memohon ampun dan bertobat kepada-Mu) melainkan ia akan diampuni dari dosa-dosanya selama ia berada di majlis tersebut" HR. Tirmidzi, Juz III/No. 153.
19. SABAR
"Tidaklah suatu musibah menimpa seorang muslim baik berupa malapetaka, kegundahan, rasa letih, kesedihan, rasa sakit, kesusahan sampai-sampai duri yang menusuknya kecuali Allah akan melebur dengannya kesalahan-kesalahan nya" HR. Bukhari, Juz. X/No. 91.
20. BERBAKTI KEPADA KEDUA ORANG TUA
"Sangat celaka, sangat celaka, sangat celaka...! Kemudian ditanyakan: Siapa ya Rasulullah?, beliau bersabda: ((Barangsiapa yang mendapati kedua orang tuanya atau salah satunya di masa lanjut usia kemudian ia tidak bisa masuk surga))" HR. Muslim, No. 2551.
21. BERUSAHA MEMBANTU PARA JANDA DAN MISKIN
"Orang yang berusaha membantu para janda dan fakir miskin sama halnya dengan orang yang berjihad di jalan Allah" dan saya (perawi-pent) mengira beliau berkata: ((Dan seperti orang melakukan qiyamullail yang tidak pernah jenuh, dan seperti orang berpuasa yang tidak pernah berbuka" HR. Bukhari, Juz. X/No. 366.
22. MENANGGUNG BEBAN HIDUP ANAK YATIM
"Saya dan penanggung beban hidup anak yatim itu di surga seperti begini," seraya beliau menunjukan kedua jarinya: jari telunjuk dan jari tengah. HR. Bukhari, Juz. X/No. 365.
23. WUDHU`
"Barangsiapa yang berwudhu`, kemudian ia memperbagus wudhu`nya maka keluarlah dosa-dosanya dari jasadnya, hingga keluar dari ujung kukunya" HR. Muslim, No. 245.
24. BERSYAHADAT SETELAH BERWUDHU`
(Barangsiapa berwudhu` lalu memperbagus wudhu`nya kemudian ia mengucapkan:
أشْهَدُ أنْ لاَّ إلهَ إلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، وَأشْهَدُ أنَّ مُحَمَّداً عَبْدُهُ ورَسُوْلُُُهُ، اَللَّهُمَّ اجْعَلْنِيْ مِنَ التَّوَّابِيْنَ وَاجْعَلْنِيْ مِنَ الْمُتَطَهِّرِيْنَ
(Saya bersaksi bahwa tiada Tuhan yang haq selain Allah tiada sekutu bagi-Nya, dan saya bersaksi bahwa Muhammad hamba dan utusan-Nya,Ya Allah jadikanlah aku termasuk orang yang bertobat dan jadikanlah aku termasuk orang-orang yang bersuci," maka dibukakan baginya pintu-pintu surga dan ia dapat memasukinya dari pintu mana saja yang ia kehendaki" HR. Muslim, No. 234.
25. MENGUCAPKAN DO`A SETELAH AZAN
"Barangsiapa mengucapkan do`a ketika ia mendengar seruan azan:
اَللَّهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ والصَّلاَةِ القَائِمَةِ, آتِ مُحَمَّداً الْوَسِيْلَةَ وَالْفَضِيْلَةَ وَابْعَثْهُ مَقَاماً مَّحْمُوْداً الَّذِيْ وَعَدتَّهُ
((Ya Allah pemilik panggilan yang sempurna dan shalat yang ditegakkan, berilah Muhammad wasilah (derajat paling tinggi di surga) dan kelebihan, dan bangkitkanlah ia dalam kedudukan terpuji yang telah Engkau janjikan kepadanya)) maka ia berhak mendapatkan syafa`atku pada hari kiamat" HR. Bukhari, Juz. II/No. 77.
26. MEMBANGUN MASJID
"Barangsiapa membangun masjid karena mengharapkan keridhaan Allah maka dibangunkan baginya yang serupa di syurga" HR. Bukhari, No. 450.
27. BERSIWAK
"Seandainya saya tidak mempersulit umatku niscaya saya perintahkan mereka untuk bersiwak pada setiap shalat" HR. Bukhari II/No. 331 dan HR. Muslim, No. 252.
28. PERGI KE MASJID
"Barangsiapa berangkat ke masjid pada waktu pagi atau sore, niscaya Allah mempersiapkan baginya tempat persinggahan di surga setiap kali ia berangkat pada waktu pagi atau sore" HR. Bukhari, Juz. II/No. 124 dan HR. Muslim, No. 669.
29. SOLAT LIMA WAKTU
"Tiada seorang muslim kedatangan waktu shalat fardhu kemudian ia memperbagus wudhu`nya, kekhusyu`annya dan ruku`nya kecuali hal itu menjadi pelebur dosa-dosa yang dilakukan sebelumnya selama ia tidak dilanggar suatu dosa besar. Dan yang demikian itu berlaku sepanjang masa" HR. Muslim, No. 228.
30. SOLAT SUBUH DAN ASAR
"Barangsiapa shalat pada dua waktu pagi dan sore (subuh dan ashar) maka ia masuk surga" HR. Bukhari, Juz. II/No. 43.
31. SOLAT JUMAAT
"Barangsiapa berwudhu` lalu memperindahnya, kemudian ia menghadiri shalat Jum`at, mendengar dan menyimak (khutbah) maka diampuni dosanya yang terjadi antara Jum`at pada hari itu dengan Jum`at yang lain dan ditambah lagi tiga hari" HR. Muslim, 857.
32. SAAT DIKABULKANNYA PERMOHONAN PADA HARI JUMAAT
"Pada hari ini terdapat suatu saat bilamana seorang hamba muslim bertepatan dengannya sedangkan ia berdiri shalat seraya bermohon kepada Allah sesuatu, tiada lain ia akan dikabulkan permohonannya" HR. Bukhari, Juz. II/No. 344 dan HR. Muslim, No. 852.
33. MENGIRINGI SOLAT FARDHU DENGAN SOLAT SUNNAT RAWATIB
"Tiada seorang hamba muslim shalat karena Allah setiap hari 12 rakaat sebagai shalat sunnat selain shalat fardhu, kecuali Allah membangunkan baginya rumah di surga" HR. Muslim, No. 728.
34. SOLAT 2 (DUA) RAKAAT SETELAH MELAKUKAN DOSA
"Tiada seorang hamba yang melakukan dosa, lalu ia berwudhu` dengan sempurna kemudian berdiri melakukan shalat 2 rakaat, lalu memohon ampunan Allah, melainkan Allah mengampuninya" HR. Abu Daud, No.1521.
35. SOLAT MALAM
"Shalat yang paling afdhal setelah shalat fardhu adalah shalat malam" HR. Muslim, No. 1163.
36. SOLAT DHUHA
"Setiap persendian dari salah seorang di antara kalian pada setiap paginya memiliki kewajiban sedekah, sedangkan setiap tasbih itu sedekah, setiap tahmid itu sedekah, setiap tahlil itu sedekah, setiap takbir itu sedekah, memerintahkan kepada yang makruf itu sedekah dan mencegah dari yang mungkar itu sedekah, tetapi semuanya itu dapat terpenuhi dengan melakukan shalat 2 rakaat dhuha" HR. Muslim, No. 720.
37. SELAWAT KEPADA NABI SAW
"Barangsiapa bershalawat kepadaku satu kali maka Allah membalas shalawatnya itu sebanyak 10 kali" HR. Muslim, No. 384.
38. PUASA
"Tiada seorang hamba berpuasa satu hari di jalan Allah melainkan Allah menjauhkannya karena puasa itu dari neraka selama 70 tahun" HR. Bukhari, Juz. VI/No. 35.
39. PUASA 3 (TIGA) HARI PADA SETIAP BULAN
"Puasa 3 (tiga) hari pada setiap bulan merupakan puasa sepanjang masa" HR. Bukhari, Juz. IV/No. 192 dan HR. Muslim, No. 1159.
40. PUASA 6 (ENAM) HARI PADA BULAN SYAWAL
"Barangsiapa melakukan puasa Ramadhan, lalu ia mengiringinya dengan puasa 6 hari pada bulan Syawal maka hal itu seperti puasa sepanjang masa" HR. Muslim, 1164.
41. PUASA `ARAFAT
"Puasa pada hari `Arafat (9 Dzulhijjah) dapat melebur (dosa-dosa) tahun yang lalu dan yang akan datang" HR. Muslim, No. 1162.
42. PUASA `ASYURA
"Dan dengan puasa hari `Asyura (10 Muharram) saya berharap kepada Allah dapat melebur dosa-dosa setahun sebelumnya" HR. Muslim,No. 1162.
43. MEMBERI HIDANGAN BERBUKA BAGI ORANG YANG BERPUASA
"Barangsiapa yang memberi hidangan berbuka bagi orang yang berpuasa maka baginya pahala seperti pahala orang berpuasa itu, dengan tidak mengurangi pahalanya sedikitpun" HR. Tirmidzi, No. 807.
44. SOLAT DI MALAM LAILATUL QADR
"Barangsiapa mendirikan shalat di (malam) Lailatul Qadr karena iman dan mengharap pahala, niscaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu" HR. Bukhari Juz. IV/No. 221 dan HR. Muslim, No. 1165.
45. SEDEKAH
"Sedekah itu menghapuskan kesalahan sebagaimana air memadamkan api" HR. Tirmidzi, No. 2616.
46. HAJI DAN UMRAH
"Dari umrah ke umrah berikutnya merupakan kaffarah (penebus dosa) yang terjadi di antara keduanya, dan haji yang mabrur tidak ada balasan baginya kecuali surga" HR. Muslim, No. 1349.
47. BERAMAL SOLIH PADA 10 HARI BULAN DZULHIJJAH
"Tiada hari-hari, beramal shalih pada saat itu lebih dicintai Allah daripada hari-hari ini, yaitu 10 hari pada bulan Dzulhijjah. Para sahabat bertanya: "Dan tidak (pula) jihad di jalan Allah? Beliau bersabda: "Tidak (pula) jihad di jalan Allah, kecuali orang yang keluar dengan jiwa dan hartanya kemudian ia tidak kembali lagi dengan membawa sesuatu apapun" HR. Bukhari, Juz. II/No. 381.
48. JIHAD DI JALAN ALLAH
"Bersiap siaga satu hari di jalan Allah adalah lebih baik daripada dunia dan seisinya, dan tempat pecut salah seorang kalian di surga adalah lebih baik daripada dunia dan seisinya" HR. Bukhari, Juz. VI/No. 11.
49. INFAQ DI JALAN ALLAH
"Barangsiapa membantu persiapan orang yang berperang maka ia (termasuk) ikut berperang, dan barangsiapa membantu mengurusi keluarga orang yang berperang, maka iapun (juga) termasuk ikut berperang" HR. Bukhari, Juz.VI/No. 37 dan HR. Muslim, No. 1895.
50. MENYEMBAHYANGKAN MAYAT DAN MENGIRINGI JENAZAH
"Barangsiapa ikut menyaksikan jenazah sampai dishalatkan maka ia memperoleh pahala satu qirat, dan barangsiapa yang menyaksikannya sampai dikubur maka baginya pahala dua qirat. Lalu dikatakan: "Apakah dua qirat itu?", beliau menjawab: ((Seperti dua gunung besar))" HR. Bukhari, Juz. III/No. 158.
51. MENJAGA LIDAH DAN KEMALUAN
"Siapa yang menjamin bagiku "sesuatu" antara dua dagunya dan dua selangkangannya, maka aku jamin baginya surga" HR. Bukhari, Juz. II/No. 264 dan HR. Muslim, No. 265.
52. KEUTAMAAN MENGUCAPKAN LAA ILAHA ILLALLAH DAN SUBHANALLAH WA BI HAMDIH "Barangsiapa mengucapkan:
((لاَ إلهَ إلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ)) sehari seratus kali, maka baginya seperti memerdekakan 10 budak, dan dicatat baginya 100 kebaikan,dan dihapus darinya 100 kesalahan, serta doanya ini menjadi perisai baginya dari syaithan pada hari itu sampai sore. Dan tak seorangpun yang mampu menyamai hal itu, kecuali seseorang yang melakukannya lebih banyak darinya". Dan beliau bersabda: "Barangsiapa mengucapkan: (( سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ )) satu hari 100 kali, maka dihapuskan dosa-dosanya sekalipun seperti buih di lautan" HR. Bukhari, Juz. II/No. 168 dan HR. Muslim, No. 2691.
53. MENYINGKIRKAN GANGGUAN DARI JALAN
"Saya telah melihat seseorang bergelimang di dalam kenikmatan surga dikarenakan ia memotong pohon dari tengah-tengah jalan yang mengganggu orang-orang" HR. Muslim.
54. MENDIDIK ANAK PEREMPUAN
"Barangsiapa memiliki tiga anak perempuan, di mana ia melindungi, menyayangi, dan menanggung beban kehidupannya maka ia pasti akan mendapatkan surga" HR. Ahmad dengan sanad yang baik.
55. BERBUAT BAIK KEPADA HAIWAN
"Ada seseorang melihat seekor anjing yang menjilat-jilat debu karena kehausan maka orang itu mengambil sepatunya dan memenuhinya dengan air kemudian meminumkannya pada anjing tersebut, maka Allah berterimakasih kepadanya dan memasukkannya ke dalam surga" HR. Bukhari.
57. MENINGGALKAN PERDEBATAN
"Aku adalah pemimpin rumah di tengah surga bagi siapa saja yang meninggalkan perdebatan padahal ia dapat memenangkannya" HR. Abu Daud.
58. MENGUNJUNGI SAUDARA-SAUDARA SEIMAN
((Maukah aku beritahukan kepada kalian tentang para penghuni surga? Mereka berkata: "Tentu wahai Rasulullah", maka beliau bersabda: "Nabi itu di surga, orang yang jujur di surga, dan orang yang mengunjungi saudaranya yang sangat jauh dan dia tidak mengunjunginya kecuali karena Allah maka ia di surga")) Hadits hasan, riwayat At-Thabrani.
59. KETAATAN SEORANG ISTERI TERHADAP SUAMINYA
"Apabila seorang perempuan menjaga shalatnya yang lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, dan menjaga kemaluannya serta menaati suaminya maka ia akan masuk surga melalui pintu mana saja yang ia kehendaki" HR. Ibnu Hibban, hadits shahih.
60. TIDAK MEMINTA-MINTA KEPADA ORANG LAIN
"Barangsiapa yang menjamin dirinya kepadaku untuk tidak meminta-minta apapun kepada manusia maka aku akan jamin ia masuk surga" Hadits shahih, riwayat Ahlus Sunan.
Judul Asli: 60 باباً من أبواب الأجر وكفارات الخطايا - دار الوطن Diterjemahkan oleh: Abdurrauf Amak Lc | Rosmah pengacau pemerintahan negara. Posted: 20 Nov 2010 02:32 PM PST 14 Zulhijjah 1431H Drs. Khalil Idham Lim. Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata beliau akan memohon tempat di Asian University for Women, di Bangladesh untuk pelajar wanita negara ini yang kurang berkemampuan. "InsyaAllah kalau ada peluang, saya akan cuba tempatkan empat ataupun lima wanita dari negara ini yang tidak berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran ke Asian University for Women. "Ini adalah mustahak bagi pelajar wanita negara ini bertukar-tukar fikiran serta mengenali amalan budaya kaum-kaum di negara lain," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perasmian Istiadat Konvokesyen Kelima Unisel di Kampus Bestari Jaya di sini, Sabtu. Sekali baca berita di atas nampak macam biasa sahaja tetapi sebenarnya untuk sekian kalinya Rosmah melangkaui tugas Menteri Pelajaran dengan membuat kenyataan yang langssung tidak ada kaitan dan bukannya tugas isteri PM.
Kalaulah dia pandai dan sekolah tinggi sikit kenyataan apapun yang melibatkan apa saja kementerian boleh diKeluarkan walaupun masih nampak jangalnya dengan cuma berlapikkan akan usahakan melalui kementerian yang berkaitan, dalam soal penghantaran pelajar dia boleh berlapik dengan katanya akan berusaha melalui Kementerian Pelajaran.
Mana ada urusan hantar pelajar yang boleh diselesaikan tanpa ada campurtangan dari kerajaan dan dalam hal ini kementerian yang berkaitan ialah Kementerian Pelajaran.
Sebelum ini Rosmah dilihat beria-ia sangat dengan mendakwa dirinya wanita pertama negara sehinggalah dianjurkan persidangan wanita pertama dengan membelakangi Raja Permaisuri Agong sebagai wanita pertama yang sebenarnya.
Selain itu tanpa ada kementerian "Permata" Rosmah mendapat peruntukan khusus sebanyak RM 111 juta, satu jumlah yang besar walaupun hanya untuk pra sekolah yang belum nampak hala tujunya.
Eloklah Rosmah disenaraikan oleh Najib sebagai mengisi kekosongan kerusi Menteri penuh bagi melengkapkan rombakan yang akan diumumkan oleh Najib nanti. Kalau tidak Rosmah akan terus menjadi pengacau dalam pemerintahan negara yang ada sekarang.
Demikianlah Rosmah Mansor sebagai pemecah tradisi sebagai seorang isteri PM yang paling hebat dan berkuasa. Kerana itu tekad Pakatan Rakyat bukan sahaja menjatuhkan BN dan Najib tetapi memastikan Rosmah bukan lagi menjadi pengajau kepada pemerintahan negara yang kita sayangi ini. | Pao Zhuan Yin Yu : Lempar Bata Dapat Jed Posted: 20 Nov 2010 01:00 AM PST 13 Zulhijjah 1431H.
Asal Usul:
Pada zaman Dinasti Tang, iaitu antara tahun 618 hingga tahun 907 Masihi, di negeri China, ada seorang penyair tersohor yang bernama Zhao Gu. Puisi yang dihasilkannya selalu mendapat sambutan dan pujian orang ramai.
Pada ketika itu, ada seorang lelaki bernama Chang Jian yang juga sangat berminat untuk mencipta puisi. Bagaimanapun, dia merasakan bahawa puisi yang dihasilkannya masih kurang menarik jika dibandingkan dengan puisi yang dihasilkan oleh Zhao Gu itu.
Pada suatu hari, Chang Jian mendapat tahu bahawa Zhao Gu akan melawat ke Suzhou. Fikirnya dalam hati, "Inilah peluang yang baik untuk belajar dengannya. Tapi, bagaimana caranya untuk meminta dia mencipta serangkap puisi untukku?" Tiba-tiba, dia terfikir pula, "Jika Zhao Gu melawat ke Suzhou, pastilah dia akan mengunjungi Kuil Lingyan. Aku boleh menulis dua baris puisi pada dinding kuil itu dulu. Jika Zhao Gu nampak puisi yang belum lengkap itu, dia pasti mahu melengkapkannya."
Maka, Chang Jian segera berangkat, menuju ke Kuil Lingyan di Suzhou itu. Setelah tiba di sana, dia terus menulis dua baris puisi pada dinding kuil itu. Tidak lama kemudian, Zhao Gu yang melawat ke kuil itu ternampak dua baris puisi yang belum lengkap itu. Seperti yang disangka, ini telah menarik minatnya untuk melengkapkan puisi itu, kerana puisi klasik China biasanya mengandungi empat baris. Dua baris yang ditambahnya memang jauh lebih baik daripada yang dicipta oleh Chang Jian itu.
Setelah menbaca dua baris puisi yang dihasilkan oleh Zhao Gu itu, Chang Jian berkata dengan penuh rasa kagum dan hormat,
"Jika puisi saya diibaratkan sebagai seketul batu bata, maka puisi yang dihasilkan oleh Zhao Gu itu boleh diibaratkan sebagai seketul jed. Aku telah melemparkan seketul batu bata terlebih dahulu. Yang aku peroleh akhirnya ialah seketul jed yang jauh lebih bernilai."
Catatan Keterangan:
Peribahasa "Pao Zhuan Yin Yu" ini bermakna, melemparkan seketul batu bata untuk mendapatkan seketul jed yang lebih bernilai daripada orang lain. Peribahasa yang menunjukkan sifat rendah hati ini, selalu digunakan oleh orang China untuk menyindir perbuatan orang yang "memancing" pandangan yang lebih bijak atau lebih matang daripada para pembaca atau pendengar, dengan menyatakan pandangannya yang dianggap kurang matang dan mentah. CRI/- | |
Idris Ahmad Posted: 20 Nov 2010 11:20 PM PST PERLU PENGORBANAN UNTUK PAS GANTI UMNO Posted: 20 Nov 2010 05:15 PM PST Aidil Adha 1431 telah berlalu pada 17 hb November 2010. Banyak binatang ternakan telah dikorbankan sebagai satu amalan sunat muakkad yang dituntut kepada mereka yang berkemampuan. Sunnah korban yang dilakukan sebagai mengimbau kembali peristiwa yang berlaku kepada nabi Ibrahim A.S. dan Nabi Ismail A.S. Kedua-dua beranak ini menjalankan arahan Allah, walalupun nabi Ibrahim terpaksa mengorbankan anaknya nabi Ismail AS. Perbuatan yang dilakukan sebagai satu pengabdian diri kepada Allah SWT seperti dalam surah al-Saaffat 37: 107 " Dan kami tebuskan anak itu dengan seekor sembelihan yang besar". Setelah nyata kesabaran dan ketaatan Nabi Ibahim A.S dan Nabi Ismail A.S. maka Allah SWT melarang menyembelih Nabi Ismail A.S. Untuk meneruskan korban , Allah menggantikannya dengan seekor sembelihan (kambing). Peristiwa ini menjadi dasar disyariatkan korban pada hari raya haji dan hari tasyrik. Daripada sini kita memahami bahawa pensyariatan qurban ialah satu ibadah untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT tanpa apa-apa keraguan. Walaupun Allah SWT ,memerintahkan nabi Ibahim menyembelihkan anaknya, maka lantas ia melakukan tanpa apa-apa keraguan untuk melaksanakannya. Justeru itu apabila kita mengingatkan peristiwa qurban bukan hanya berbangga dengan berapa ekor binatang yang disembelih, tetapi lebih kepada penghayatan semula terhadap konsep korban yang ditunjukkan oleh nabi Ibrahim dan nabi Ismail A.S Nabi Ibrahim dan Nai Ismail telah melaksanakan tuntutan Allah SWT apabila diarahkan oleh Allah. Bukan baginda tidak sayang kepada anak, tapi baginda lebih sayangkan Allah daripada segalanya. Baginda mahu menjadi hamba Allah yang tunduk kepada perintah Allah walaupun terpaksa berkorban dengan apa yang baginda sayang. Dalam usia yang sudah lanjut Allah uji baginda untuk korbankan zuriat yang boleh membantu baginda ketika tua, tetapi baginda yakin Allah akan membantu baginda walau pun tanpa ada anak. Tidak disebut perjuangan kalau tanpa pengorbanan. Kerana Islam tidak menang kalau tidak ada pengorbanan di kalangan para Rasul dan Nabi-Nabi A.S. Merekalah orang yang paling banyak diuji oleh Allah SWT. Sabda Rasulullah SAW, Bermaksud "Orang yang paling dahsyat menerima ujian adalah para nabi, kemudian ulamak dan orang yang seumpamanya" Untuk Pas menggantikan umno yang sudah rapuh dan tidak bermaya untuk bergerak sendiri.Kerana umno hanya mempunyai talian hayat daripada media, wang dan jentera kerajaan sahaja. Umno sudah hilang roh perjuangan, ibarat seperti kayu reput, isinya dimakan bubuk, walau pun di luar nampak gah perkasa dan bergaya. Sempena dengan semangat korban yang ditunjukkan oleh nabi Ibrahim dan nabi Ismail AS, maka menjadi kewajipan kepada kepada semua ahli Pas daripada pimpinan hinggalah kepada ahli biasa mesti berkorban untuk selamatkan negara dan bangsa di negara ini. Perlu diingat bukan mudah untuk kita menggantikan umno. Perjuangan tidak dihampari dengan permaidani merah dan duduk di zon selesa. Perjuangan tidak boleh hanya mengharapkan bulan jatuh ke riba tanpa pengorbanan. Walaupun perjuangan umno batil, dan perjuangan Pas benar, tetapi seandainya kita tidak berusaha, Allah Taala tidak akan memberi kemenangan dengan angan-angan kosong. Umno menggunakan seluruh instrument yang ada supaya tahta mereka tidak jatuh berkecai, kerana jatuh kuasa bermakna pemimpin umno Bn akan hidup papa kedana dan muflis. Mereka tidak akan mudah menyerah kalah kerana siapa yang mahu melunaskan banglo mewah dan kereta mewah. Di manakah mereka mahu dapat Rm100,000 sebulan, jika tanpa kuasa?. Semua nabi-nabi hidup dalam pengorbanan walau pun mereka adalah kekasih Allah yang boleh meminta dan dimakbulkan oleh Allah, namun nabi-nabi tidak menyerahkan begitu sahaja kepada nasib dan takdir, supaya hendak memberi tunjuk ajar kepada umatnya bahawa perjuangan tidak boleh hanya berdoa tanpa berusaha. Tabiat perjuangan perlukan pengorbanan. Nabi Ibrahim bertarung dengan Namrud seorang pemerintah yang zalim dan dibakar namun Allah lebih berkuasa daripada Namrud. Syaitan menggangu arahan Allah supaya jangan menyembelih anaknya Ismail AS, namun Nabi Ibrahim terus melawan demi pengorban kerana Allah. Ahli Pas perlu berkorban untuk memikir setiap saat untuk memastikan Pas menjadi pengganti kepada umno. Mereka perlu memikirkan apa yang boleh disumbangkan untuk kemenangan Islam yang dibawa oleh Pas. Walau pun mereka ahli biasa yang bekerja di sektor swasta atau awam atau bekerja sendiri mesti memikirkan bagaimana untuk mengembangkan dakwah dan perjuangan Islam tidak boleh menang jika hanya bising di kedai kopi sahaja dengan membuat analisa yang hebat sehingga habis kertas tissu, tanpa mempedulikan arahan parti seperti meramaikan ahli, mendaftar sebagai pemilih, membayar yuran, bercakap dengan bukan ahli untuk bersama dengan Pas, menyumbangkan tenaga, memberi sumbangan wang kepada parti, menghadiri majlis ilmu dan majlis usrah. Daftarlah anak-anak dan keluarga yang terdekat sebagai pemilih pilihanraya. Menurut Suruhanjaya Pilihanraya terdapat 4.2 juta rakyat yang layak, tetapi tidak mendaftar. Jangan biarkan anak dan kerabat terdekat tidak mandaftar. Paling malang sekali ada yang bersemangat berkobar-kobar untuk melawan umno, tiba-tiba ada 10 anaknya yang layak mengundi tidak berdaftar. Ada pula yang bagi tahu supaya jangan daftar anaknya kerana anaknya sedang belajar di universiti takut kena buang. Jika inilah pemikiran yang ada di kalangan ahli Pas, alamat umno bermaharajalela lagilah. Filed under: Agama, Politik | PAS Ganti Umno: Rasional Dan Tindakan Posted: 20 Nov 2010 05:10 PM PST Pas dan Umno merupakan parti yang menjadi persaingan dalam politik Malaysia. Umno ditubuhkan pada 11 Mei 1946, manakala Pas ditubuhkan pada 24 hb Nov 1951. Sasaran kedua-parti ini adalah orang Melayu yang beragama Islam. Masing-masing cuba untuk meraih sokongan. Pas sebagai sebuah parti yang menjadikan Islam sebagai dasar, sedangkan umno berjuang atas perjuangan bangsa. Walaupun amalannya lebih kepada kebendaan dan tidak menjadikan Islam sebagai rujukan dalam tindakan. Maka sudah sampai masanya Pas menggantikan umno, ertinya orang melayu perlu menyertai Pas sebagai wadah penyelamat di negara ini. Ini memandangkan umno semakin kehilangan arah. Umno telah menjadikan ahlinya semakin kehilangan fokus, tidak lebih daripada mengejar status dan kemewahan. Agenda perjuangan sudah tidak ada, kalau pun mereka bercakap soal memperjuangkan bangsa, tetapi tetap menyalah bangsa lain. Sedangkan apa yang mereka buat hampir setengah abad kepada bangsa sendiri ketika mereka diberi kuasa mereka buat tidak faham. Inilah yang menjadi tanda tanya di kalangan anak-anak muda, walaupun bapa mereka penyokong tegar umno namun generasi yang terdedah dengan maklumat dan hidup dalam dunia yang berbeza dengan zaman bapa mereka. Orang melayu perlu mencari bahtera penyelamat, maka parti yang mempunyai landasan yang jelas, terbukti dan teruji ialah Pas. Rasional Kenapa Umno Perlu Diganti Dengan Pas 1.Islam Tidak Menjadi Dasar Umno Sejak awal lagi penubuhan Umno ialah untuk melawan Malayan Union sahaja. Bukan untuk mempertahankan Islam. Islam hanya alat, bukan sebagai satu asas dalam perjuangan. Kalau Islam sudah menjadi asas perjuangan, tentu mereka akan merujuk kepada Islam dalam semua hal, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Kalau soal tudung yang menjadi nas yang qat'i dalam al-Quran, pemimpin wanita, puteri dan isteri pemimpin tidak ambil kisah. Maka apa yang hendak diharap untuk mereka bercakap perkara yang lebih besar mengenai Islam. Apabila Islam tidak mendasari dalam perjuangan maka modal pembangunan akan lapok, kerana minda rakyat semakin berubah dan maju terutama generasi muda, mereka tahu apa tanggungjawab sebuah kerajaan yang memerintah. Siapa yang memerintah semuanya akan membuat pembangunan. Hujah pembangunan hanya sesuai di zaman 60an sahaja dan kawasan majoriti orang jahil. Sedangkan Islam relevan sepanjang masa sehingga hari qiamat. 2.Dasar Umno yang pragmatis (ikut suasana) Kita pun tidak tahu apa dasar Umno yang dipakai sekarang, Islamkah, Melayukah, mempertahan tanah airkah. Cuma seperti yang disebut oleh seorang pemimpin umno, perjuangan Umno hanya untuk perut sahaja dalam satu forum. Maka sekarang mereka bergaduh bukan kerana bangsa tidak terbela, agama dihina. Tetapi kerana perut sekarang sudah keroncong. Tiga negeri sudah jatuh ketangan Pakatan rakyat. Maka banyaklah peluang terlepas, terutama negeri Selangor, Kedah dan Pulau Pinang. Tidak hairanlah kepada kita bekas Menteri Besar Selangor sudah naik minyak dan berani lawan arus. Kerana lubuk emas sudah terlepas ke tangan orang lain. Contohnya Datuk Seri Khir Toyo marah kenapa terlalu banyak tol, dan harga barang terlalu mahal, suaranya semacam suara kita sahaja. 3. Islam hanya kuda tunggangan Umno Ia bukan menjadikan Islam sebagai pedoman. Peralatkan Islam untuk kepentingan politik. Oleh kerana pengundi Manik Urai adalah orang yang kuat berpegang dengan agama maka tajuk Islam yang menjadi fokus dalam kempen. Sehingga Tan Sri Muhyiddin mengatakan undi BN juga masuk syurga. Kita boleh melihat pemimpin Umno turun naik ke masjid dan surau. Wanita Umno dan puteri Umno turut bertudung dan berbaju kurung. Di Manik Urai dan Galas mereka tidak pakai seluar ketat baju sendat fasal kawasan ini kuat agama. Berbeza di Permatang Pauh, Bukit Selambau dan Bukit Gantang kerana kawasan itu kurang sikit penghayatan agamanya. Inilah wajah Umno boleh bertukar corak, kerana mereka menjadikan Islam sebagai tunggangan. 4. Program Islam Sebagai Alat Politik Memperkenalkan slogan Islam seperti Islam hadhari yang merupakan program penerapan nilai-nilai Islam, yang dipakej semula dengan botol baru. Waktu diistiharkan penerapan nilai-nilai Islam berlakunya zaman kebangkitan Islam abad ake 15. Kebangkitan rakyat Afghanistan menyerang Russia yang menceroboh negara mereka. Mereka bangun dengan senjata iman dan kelengkapan yang serba dhaif. Waktu itu juga Revolusi Islam Iran yang berjaya menggulingkan regim Shah Iran di bawah kepimpinan seorang ulamak Al-Marhum Ayatullah Khumaini. Bahang kebangkitan ini juga menjalar di kalangan rakyat Malaysia, suara untuk menyeru pihak pemerintah supaya kembali kepada Islam yang syumul kedengaran segenap rantau. Terutama di kalangan generasi muda yang berada di kampus dalam atau di luar negeri. Waktu itu Dr Mahathir atas nasihat pakar-pakar strategi telah melancarkan penerapan nilai-nilai Islam bagi membendung kebangkitan Islam. Beliau sedar arus ini tidak boleh dilawan kalau tidak ia akan hanyut di bawa arus. Maka beberapa program atas nama penerapan nilai Islam ditubuhkan antaranya mendirikan Universiti Islam Antara Bangsa, Takaful, Bank Islam, Kursus Bina Insan. Pada peringkat awal memang nampak hebat dengan adanya Slogan Bersih Cekap Amanah, Kepimpinan Melalui Teladan, mempercepatkan jam selama 30 minit untuk melihat dan mengejar kemajuan. Sebenarnya projek seperti ini diadakan ialah hendak melambatkan kebangkitan Islam sahaja dan perkara ini bukan menjadi matlamat asas mereka untuk melaksanakan Islam secara menyeluruh. Ini hanya program politik untuk mengekalkan kuasa dan memperalatkan agama untuk memancing sokongan rakyat. Kenyataan Dr. Mahathir dalam bukunya "The Malay Dilema" dalam halam 15, membuktikan dakwaan ini "Kerajaan masih lagi melaksanakan projek-projek seperti mendirikan masjid dan balai raya. Pelaksanaan projek ini dijalankan bukan kerana segala kemudahan tesebut difikirkan perlu, tetapi kerana anggapannya yang salah kononnya langkah-langkah ini dapat memancing undi di di dalam pilihanraya yang akan datang" 5. Peralatkan Melayu Untuk Kepentingan Peribadi Kononnya atas nama Melayu untuk bela Melayu, walaupun pada hakikatnya, hanya batu loncatan sahaja. Menggunakan Perkara 153 dalam perlembagaan untuk mengaut keuntungan peribadi dan keluarga, akhirnya melayu terus merempat di bumi sendiri. Di mana tempat umno kuat disitu melayu merempat. Contohnya apa yang berlaku di Kampung Plentong Tengah Johor Baharu hampir 290 buah rumah yang ditolak dan dihalau, walaupun mereka sudah tinggal di situ hampir 30 tahun. Yang menjadi pendinding dan perunding ialah pemimpin Pas, PKR dan DAP. Seramai 28 orang ditangkap kerana mempertahankan rumah mereka daripada diroboh pada 16/10/2009. Pemimpin Umno hanya datang 5 tahun sekali untuk hendak menagih undi. Mereka membiarkan melayu susah, maka senang untuk mendapat keistimewaan untuk membantu melayu. Sebab itu berbagai-bagai dasar yang dibuat gagal untuk membela melayu. Seolah-olah ia dirancang supaya mereka senang untuk memfaridkan harta negara dengan membiarkan orang melayu susah. 6. Sikap Individualistik Sikap yang hanya pentingkan diri dan kaum keluarga bukan untuk bangsa dan agama. Akhirnya rakyat sudah naik mual dengan gelagat pemimpin Umno. Parti hanya menjadi sebagai batu loncatan untuk memperkaya anak menantu, sedangkan rakyat di bawah kais pagi makan pagi. Matlamat masuk Umno ialah untuk mengumpul kekayaan sebanyak mungkin. Sikap metrealistik yang sudah berakar umbi dalam Umno sukar untuk diubah. Memegang jawatan sebagai tiket untuk kaut keuntungan. 7. Melahirkan pemimpin yang tidak berakhlak, penuh dengan skandal. Seperti yang berlaku kepada bekas ahli parlimen Gombak, bekas ahli Ampang Jaya dan Ketua Wanita Umno Kelang. Kebetulan mereka ini tidak bernasib baik kerana media dapat tahu. Banyak lagi kelakuan yang tidak senonoh yang dilakukan oleh pemimpin mereka. Malahan apabila kita bercakap dengan ahli Umno mengenai gejala yang tidak bermaruah, maka mereka mengatakan ini adalah lumrah. 8.Umno Tidak Membela Agama. Kita boleh melihat apa yang Umno sudah lakukan untuk membela agama. Orang murtad Umno diam membisu. Nampaknya Umno sanggup berdiam dalam isu murtad. 62 tahun kewujudan Umno kita tidak dengar Umno bertindak sesuatu untuk mengadakan undang-undang murtad. Isu pengabaian terhadap agama mengenai murtad adalah satu contoh sahaja. Banyak lagi isu mereka yang mengguris perasaan orang Melayu Islam. 9. Orang Agama (ulama') Umno hanya subang tembaga. Peranan golongan agama hanya untuk menjadi peluru melawan Pas sahaja dan tidak lebih daripada itu. Peranan mereka hanya untuk tukang baca doa, tahlil dan marhaban. Mereka bukan dijadikan rujukan untuk mengemudi negara. Sebaliknya sijahil yang menjadi kepala, manakala si alim menjadi pengikut. Apabila ini terjadi banyak dasar yang bertentangan dengan Islam telah berlaku. Ketika Datin Rosmah Mansur menjadi penaung kepada Festival Fesyen Islam di Monte Carlo Monarco pada 9 Ogos 2010. Orang agama di dalam Umno membisu, seolah-olah mulut penuh dengan sagon, tidak berani tegur. Mana suara ustaz umno apabila kerajaan BN di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak yang mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP). Banyak lagi bukti orang agama di dalam umno hanya menjadi tukang baca doa dan marhaban sahaja tidak lebih daripada itu. Pas mencabar umno berikan bukti, peranan orang agama di dalam umno berkesan untuk mempertahankan Islam dan menentang kemungkaran. Orang agama di dalam umno hanyalah membesarkan tembolok sahaja. Mereka hanya mencari hujah untuk melawan dengan Pas. Hujah mereka mengenai orang bukan Islam tidak boleh masuk masjid, ditolak dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan sendiri yang mengharuskan orang bukan Islam masuk ke dalam masjid. Hujah berkenaan dengan sumber judi telah makan diri sendiri. Rakyat mula berkata, umno haram duit judi, tetapi halalkan judi. Pendapatan judi 2009 2.3 bilion. Rakyat Malaysia berbelanja arak RM1.7 bilion setahun, nombor 10 tertinggi di dunia. Ke manakah pergi orang-orang agama di dalam umno yang berkelulusan tinggi, antaranya ialah Dr Hamid Osman, Dr Abdullah Mohd Zin, Dr Yusuf Nor, Ustaz Zainal Abidin Abd Kadir, Datuk Dasuki Haji Ahmad, Ustaz Fadhil Hanafi, Dr Amran Kasimin. Persoalannya di manakah suara mereka sekarang. Perkasakan Islam di dalam umno. Kenapakah isteri Presiden Umno tidak bertudung mereka membisu, tenangkah jiwa orang agama di dalam umno yang bergelomang dengan parti yang menyuburkan maksiat. Ilmu yang mereka belajar bertentangan dengan parti yang mereka sertai. 10.Dasar Umno putera bukan bumiputera. Diskriminasi sesama bangsa hanya kerana berlainan ideologi, akhirnya telah menempatkan bangsa merempat di bumi sendiri. Kita tidak pernah dengar bagaimana pemimpin kaum lain yang menindas kaum sesama bangsa kerana berlainan ideologi. Tetapi ini berlaku dalam Umno akhirnya peratus kemiskinan di kalangan bumiputera meningkat. Seperti yang dinyatakan oleh bekas Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Dan Wilayah Dato' Zainal Osman China 0.6%, India 2.9%, Melayu 8.3%. Diskriminasi terhadap kerajaan yang sebangsa dan seagama di Kelantan sebagai satu contoh yang ketara. Wang royalti dicabul, sebanyak 118 projek kerajaan Pusat dibekukan sejak RMK 6 1991. Apakah layak Umno hendak mendakwa mereka sebagai tulang belakang orang Melayu. Apakah slogan kuat Umno perkasa Melayu menjadi realiti? 11. Gagal Meningkat Ekonomi Bumiputera Sepatutnya apabila negara sudah merdeka 53 tahun, pencapaian ekonomi semakin baik. Apa yang berlaku sebaliknya. Rancangan Malaysia sudah mencecah RMK 10, perbelanjaan sudah dihabiskan lebih daripada RM1 trilion, peningkatan ekonomi setara dengan bukan bumiputera tidak berlaku. Apa sudah jadi dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB) ketika tamat 1990 ekuiti Bumiputra ada 18% tetapi telah merosot kepada 15% sahaja pada tahun 2000. Begitu juga dengan nilai saham RM54 bilion yang hanya tinggal RM2 bilion sahaja. Sekiranya saham ini digunakan dengan betul ekuiti saham bumiputera akan meningkat melebihi 40%. Kemana hilangnya ekuiti ini? Siapakah yang menjadi perompak disiang hari. Pas terbukti berjaya mengangkat martabat rakyat Kelantan daripada nombor dua kepada nombor enam termiskin di Malaysia. Sewaktu memerintah Trengganu daripada negeri kedua miskin menjadi nombor empat termiskin di Malaysia walaupun royalti minyak dirompak. Umno perlu rasa malu selepas 53 tahun merdeka gagal melahirkan ramai usahawan jutawan. Sedangkan yang menjadi anggota kabinet 2/3 adalah orang Melayu, exco majoriti Melayu, Pegawai Tadbir Diplomatik Melayu. Kenapa ini berlaku, jawabnya ialah kerana sikap umno yang menyebabkan terjadinya demikian rupa. 12. Khianat Bahasa Sendiri. Umno sudah membunuh bahasa sendiri sebagai bahasa ilmu. Sudah berbilion wang negara dihabiskan untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, tetapi Umno memusnahkan dengan memperkenalkan Methematik dan Sains dalam bahasa Inggeris pada tahun 2003. Memperkenalkan pengajaran Sains dan metematik dalam Bahasa Inggeris satu lagi agenda virus pembunuh terhadap pelajar melayu dan pelajar luar bandar. Pada waktu diperkenalkan dahulu merekalah yang bersorak dan bersetuju kerana yang menjadi presiden Umno ialah orang yang telah mengkhianat pendidikan orang melayu dengan memperkenalkan mathematik dan sains dalam bahasa Inggeris. Walaupun usaha ini ditentang oleh pemikir dan ahli akademik yang berwibawa seperti Prof Ainudin Wahid, Prof Zainal Abidin Wahid, Prof Dr Abdullah Hasan dan Prof Dr. Shahril Mohd Zin anak Melayu pertama mendapat Phd dalam metematik dan lain-lain tokoh yang banyak kalau hendak disebut. Akhirnya orang melihat apakah ini perjuangan sebuah parti yang hendak diharapkan. Maknanya yang menjahanamkan bahasa Melayu bukannya Lim Guan Eng, tetapi adalah pemimpin Melayu Umno. 13.Politik khianat bangsa. Yang penting ialah kuasa, samaada mengorbankan kepentingan agama dan bangsa lain bicara. Persempadanan semula dalam pilihanraya 2004, bagaimana Umno telah mengkhianat orang Melayu-Islam semata-mata untuk melawan Pas. Kenapa kerusi parlimen di Kelantan, Terengganu dan Kedah tidak bertambah. Contohnya Parlimen Baling pengundinya melebihi 70 ribu, keluasannya boleh buat jama' qasar. 14. Rasuah dalam pemilihan kepimpinan. Supaya sedap dengar maka jenamakan dengan politik wang. Amalan ini boleh memusnahkan Umno. Mereka yang dipilih bukan berdasarkan kewibawaan masing-masing dalam mempertahankan bangsa dan agama. Tetapi siapa yang ada memiliki wang dialah yang menjadi ketua. Apabila mereka menjadi pemimpin maka mereka bukan menjadi pemimpin orang Umno tetapi menjadi boneka kepada tauke-tauke yang memberi wang kepada mereka akhirnya inilah yang memusnahkan bangsa dan agama. Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Umno Tengku Ahmad Rhidaudin mengatakan Umno diserang dengan politik wang sejak 20 tahun yang silam. Apa tidaknya Datuk Seri Ali Rostam yang disabit kesalahan oleh Jawatankuasa Disiplin Umno masih dikekalkan sebagai Ketua Menteri Melaka dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka. 15. Tun Musa Hitam mengatakan Umno dilanda penyakit "Ketuaan" ertinya Umno sudah sampai umur nyayuk yang sikit masa lagi sudah tidak kenal antara air milo dengan air longkang. 16. Gagal Mengatasi Masalah Akhlak Kelahiran anak haram seramai 17303 orang pada tahun 2009, bermakna setiap hari anak luar nikah 48 orang, setiap jam 2 orang. Dalam setahun tidak kurang 34,606 orang penzina. Ini bilangan rasmi, belum lagi dicampur yang tidak rasmi. Maknanya apa akan terjadi kepada generasi akan datang dari segi nasab dan keturunan. Apa jaminan bakal menantu masyarakat di negara ini tidak terlibat dengan gejala ini. Wal'iyazubillah. Perangkaan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, daripada 65 kes pembuangan bayi di seluruh negara sepanjang tahun ini (ogos 2010), 26 bayi lelaki, 25 perempuan dan 14 lagi tidak diketahui jantinanya dengan sebahagian besar kes membabitkan kematian. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, sepanjang tahun lalu, 79 kes direkodkan di seluruh negara membabitkan 25 bayi lelaki, 29 perempuan dan 25 lagi tidak diketahui jantinanya. Katanya, sepanjang lima tahun lalu, 472 kes pembuangan bayi dilaporkan di seluruh negara dengan 214 bayi berjaya diselamatkan dan 258 lagi ditemui mati.(Utusan Malaysia 17/8/10) 17. Keselamatan Sosial Semakin Merosot Masalah jenayah meningkat sehingga ketenteraman dan keselesaan sudah tidak ada. Perasaan takut dan risau sentiasa menyelebungi rakyat Malaysia. Sehingga ada kata-kata rakyat Malaysia hari ini, miskin pun susah, kaya pun susah. Jika miskin, susah pula untuk membeli keperluan hidup kerana kos sentiasa meningkat, kaya pula tidur tidak nyeyak kerana perompak sentiasa memerhati untuk ambil kesempatan. Maknanya nikmat ketenangan Allah sudah diangkat, keberkatan sudah hilang. Dalam erti kata yang lain kaya mangsa perompak, susah mangsa Umno. Banyak wang negara terpaksa dibelanjakan bagi memerangi jenayah di negara ini. Contohnya 176 CCTV diletakkan di Putra Jaya untuk mencegah jenayah. Kerajaan akan belanja wang negara sebanyak RM344 juta untuk memasang CCTV seluruh negara. Alahai! alangkah eloknya kalau wang sebanyak ini didirikan rumah yang berharga RM30,000 sebuah kepada rakyat yang tidak ada rumah, bermakna 1333 buah rumah untuk rakyat. Seramai 1333 biasiswa percuma untuk pelajar IPTA selama empat tahun. 18. Peranan Masjid Dimatikan Sepatutnya sebagai sebuah parti Melayu, mestilah memakmurkan masjid, kerana ini adalah pengkalan rang melayu untuk meningkatkan jati diri dan syaksiah, apa yang berlaku ialah mereka hanya membina masjid (kerana masuk duit projek) , bukan mereka memakmurkan masjid. Kelas pengajian malap, kerana ajaran Islam yang syumul akan memakan diri sendiri, akhirnya masjid di bawah pemerintahan umno mati sebelum manusia mati. Melantik ahli jawatankuasa masjid bukan ahlinya. Guru-guru yang berwibawa tidak dibenarkan mengajar dan hendak ditangkap. Contohnya Almarhum Datuk Ishak Baharum, Datuk Dr Harun Din dan Datuk Ismail Kamus diburu macam pendatang tanpa izin sewaktu umno berkuasa di Selangor. Sebaliknya negeri yang dipimpin oleh Pas di Kelantan, Kedah, Selangor, Pulau Pinang menggalakkan umat Islam memakmurkan masjid dan memberi sokongan moral dan material. 19. Menyuburkan Industri Maksiat Kerajaan Bn di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak yang mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP). Ini adalah petanda pemimpin negara ini sudah bangkrap idea dan muflis akhlak sehingga sanggup memperjudikan moral rakyat di negara ini. Kenapa pemimpin BN sanggup untuk mencadangkan idea yang melawan arus dan berpaling ke belakang seolah-olah tidak ada jalan lain untuk menjana kewangan di negara ini. Ketika semua pihak memikirkan mengenai keruntuhan akhlak seperti buang bayi, perzinaan, gadis hilang, gadis lari rumah, pembunuhan, lumba haram dan sebagainya, tiba-tiba kerajaan boleh mencadangkan program yang boleh diibaratkan seperti meletak baja di sebelah tangan kanan dan mencurah racun di sebelah kiri. Apakah ini sabahagian daripada cadangan APCO Yahudi yang memang hendak menawan dunia melalui penaklukan moden tanpa pertumpahan darah sebaliknya dengan membunuh benih iman dan akhlak di negara ini. Mereka mencari jalan pintas dengan mencadangkan perkara tersebut untuk meningkatkan pendapatan negara sebagai sebuah negara maju 2020. Lebih mengejutkan lagi Projek Penggerak Ekonomi (EPP) juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020. Walaupun projek ini untuk menarik pelancung luar negara berhibur dan berbelanja, namun kesannya tetap akan dirasai oleh rakyat di negara ini. Langkah itu akan menyaksikan penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014. Menjelang 2014, akan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam di zon hiburan. Ini akan menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion dan mewujudknan 5,614 pekerjaan baru menjelang 2020. Bukan menjadi satu kepelikan kepada umno Bn, sebagai sebuah parti yang tidak ada dasar agama sehingga judi yang jelas haram secara qat'i umno boleh halal, maka tidak menjadi hal soal kelab malam. Penting kepada mereka ialah wang, kerana inilah dasar mereka. Soal halal dan haram bukan persoalannya. Samaada rakyat dan negara hancur ini bukan perhitungan hidup mereka. Apa yang penting nafsu serakah mereka yang perlu dipenuhi. Rakyat tentu masih ingat ketika Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengemukakan garis panduan hiburan, maka pemimpin umno yang mengetuai negara ini telah membakul sampahkan sahaja. 20. Gagal Mengatasi Rasuah Sehingga Menjadi Barah Sebagai sebuah parti yang menjadi tunggak dalam Bn menyebabkan pembawaan di dalam parti terbawa-bawa ke dalam pentadbiran negara. Sehingga masalah rasuah tidak ada pembaikan, walaupun nama Badan Pencegah Rasuah (BPR) ditukar kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) . Selagi SPRM tidak bebas dan kuasa pendakwaan masih berada di bawah Peguam Negara selagi itulah yang menjadi mangsa hanya bilis, ikan jerung sentiasa terlepas. Kesannya Indeks Persepsi Rasuah (Corruption Perception Index) sentiasa merudum contohnya indeks 2010 (4.4/10) berbanding tahun 2003 (5.2/10). Kenapa kedudukan Malaysia dari segi ukuran Indeks Persepsi Rasuah (CPI), tidak berubah tetapi makin memburuk? Bagi Tan Sri Ramon Navaratnam, Presiden Transparency International Malaysia, seorang yang berpengalaman dalam sektor awam, terdapat tiga sebab kenapa ia berlaku yang melibatkan peranan kerajaan. Pertama, kerajaan tidak mengekang politik wang. Kedua, tidak menjadikan urusan pembelian oleh kerajaan lebih telus; dan ketiga, kerajaan tidak merombak Akta Rahsia Rasmi. Sebenarnya punca kerosakan besar dalam sebuah negara dan runtuh tamadun dalam sebuah negara berpunca daripada rasuah sehingga melibatkan keselamatan negara terancam, kerana rasuah semuanya boleh berlaku. Kes pemalsuan kad pengenalan, terbolosnya sempadan, maklumat negara terlepas kepada tangan asing, masalah dadah, penjenayah terlepas dan berbagai jenayah yang lain. Kesimpulannya rasuah dapat diminimakan dengan mengambil kira perkara-perkara berikut: Pertama, pemisahan yang jelas(dikotomi) antara 'politik' dan 'pentadbiran'; kedua, pembangunan ekonomi mesti selari dengan pembangunan politik; ketiga, pimpinan yang berintegriti di peringkat nasional dan global. Ketiga-tiga faktor penting ini tidak ada pada kerajaan Malaysia pimpinan BN umno 21. Mengkhianati Hak Orang Miskin Umno tahu selagi rakyat miskin, selagi itulah rakyat akan menjadi abdi kepada umno. Kerana ada dua senjata yang umno pegang iaitu ,miskin dan bodoh. Kes terbaru agensi untuk bela penderitaan rakyat susah juga dikhianati seperti Felda. Wang Felda telah susut sebanyak RM2.75 bilion dalam masa 5 tahun. Pada tahun 2004 wang Felda ada RM4.08 bilion telah mengucup kepada RM1.35 bilion pada tahun 2009. Kita pun tidak tahu macam mana kos tanam semula di Felda lebih tinggi berbanding dengan ladang lain di negara ini. Sebagai contoh kos penanaman semula di Felda RM10,503 sehektar berbanding dengan ladang IOI hanya RM1,988 sehektar (lebih murah daripada Felda RM8511) dan ladang Sime Darby pula Rm3,120 sehektar (lebih murah daripada Felda RM7,383). Wang Felda yang sepatutnya di manfaatkan dengan lebih baik untuk peneroka dan anak-anak peneroka telah digunakan antaranya mendirikan bangunan di tengah-tengah badaraya Kuala Lumpur RM662 juta. Menggunakan wang Felda untuk projek basmi kemiskinan di Sabah sebanyak RM253 juta. Sedangkan Felda banyak di Pahang, Johor, Perak dan Terengganu, kenapa pula Sabah sahaja yang dapat manfaat. Kemana pula hasil minyak dan balak di Sabah, sehingga terpaksa mengemis dengan Felda. Tepuk dada, kocak pokok kelapa sawit. Sebelumnya wang PPRT lesap RM32 juta, kalau wang untuk orang susah pun dikebas begitu sahaja, apa hendak diharap untuk menjaga kepentingan rakyat marhain di negara ini.Kalau pemimpin memahami derita rakyat, mereka tidak akan mencari jalan mudah untuk dapatkan wang dengan menaikkan harga minyak, tepung, gula, menghapuskan subsidi, mengenakan saman ekor dan GST. Sebenarnya apabila kapal hendak karam baru pemimpin sedar siapakah diri mereka. 22. Membayar Wang Rakyat Kepada Syarikat APCO Israel Ketika rakyat Palestin dibunuh setiap hari oleh Israel Yahudi, tiba-tiba pemimpin umno boleh mengambil APCO Israel sebagai penasihat komunikasi dengan bayaran RM77 juta setahun. Sikap talam dua muka yang berpura-pura menentang yahudi tetapi tangan belakang menggamit yahudi. Kita tidak dengar penentangan secara ageresif oleh umno terhadap langkah kerajaan mengambil APCO sebagai penasihat negara. 23. Harta Negara Tergadai Di Tangan Asing Hanya Allah yang tahu, tindakan pemimpin umno yang menyerahkan telaga minyak blok L dan M pada Brunai, bernilai RM320 bilion (kalau perbelanjaan negeri Kedah RM400 juta, dapat belanja selama 700 tahun), terlepas Pulau Batu Putih pada Singapura, 217 hektar tanah Keretaapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) diserah pada Singapura, serah 50 peratus kepada Singapura untuk membangun Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI). Maknanya kedaulatan dan khazanah negara tergadai hasil pengkhianatan pemimpin umno. Kenapa Pas Perlu Mengganti Umno Usia Pas sudah menjangkau 59 tahun, mengambarkan kematangan Pas yang terbukti dan teruji. Keunggulan Pas sebagai sebuah harakah Islamiah di negara ini dan tonggak kepada kekuatan gerakan Islam dan siasah di Asia Tenggara. Walaupun menempuh dengan berbagai cabaran dan dugaan dan liku-liku yang pahit. Namun Pas telah berjaya meletakkan dirinya dalam krangka politik yang berjaya menyaingi Umno di negara ini. Sebab itu ia menjadi kajian kes di kalangan penganalisa politik Malaysia samaada dari kalangan sarjana barat atau timur. Kerana parti yang seangkatan degannya sudah menyembah bumi dan hilang dalam lipatan sejarah, namun Pas tetap unggul dan segar. 1. Islam Sebagai Dasar Perjuangan. Seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Pas Fasal 3. Dasar Pas ialah Islam Hujah ini diperkuatkan lagi melalui muqaddimah Perlembagaan Pas, "Bahawa sesungguhnya adalah diistiharkan demi untuk menyempurnakan takwa kepada Allah dengan kebaktian sesama manusia yang dijadikan dengan menegakkan al-Amru bil Ma'ruf wa al-Nahyu 'anil munkar dalam kehidupan masyarakat dan bernegara yang di namakan Parti Islam Semalaysia". Islam yang diperjuangkan oleh Pas ialah Islam yang lengkap (syumul), merangkumi semua perkara samaada ibadah, politik, ekonomi, akhlak. Dalam erti kata yang lain yang merangkumi urusan hidup dan mati. Pas mahu memperjuangkan Din wa daulah (agama dan Negara) Justeru itu perbezaan Umno dan Pas bukan perkara , solat, puasa, zakat dan haji. Tetapi perbezaanya, Umno mengamalkan Islam yang sempit. Islam yang diperjuangkan hanya berhubung dengan sembahyang, puasa dan zakat. Sedangkan penghayatan Islam oleh Pas luas merentasi daripada hubungan dengan Allah hatta dengan manusia. Islam yang diperjuangkan oleh Pas mengajar supaya semua perkara yang diamalkan di dunia akan dihitung di hadapan Allah SWT justeru itu tidak ada pemisahan hidup dengan akhirat. Pas menerima konsep Islam secara keseluruhan "syumul", bukan tempelan. Pas bukan menerima Islam pada perkara puasa tetapi menghalalkan judi. Pas bukan parti yang menerima hukum zakat tetapi tidak beriman dengan ayat hukuman zina. Pas bukan parti yang menerima hukum wajib puasa tetapi menolak ayat mengenai pengharaman arak. Islam yang diperjuangkan oleh Pas bukan rekaan mana-mana pemimpin. Tetapi ia bersumberkan kepada apa yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW yang mengajar dan mendidik melalui wahyu yang disampaikan kepada manusia. Kerana Islam bukan satu doktren rekaan mana-mana pihak. Dengan itu apa sahaja tindakan yang kita lakukan ia bertitik tolak kepada apa yang diperlakukan oleh Nabi dan Rasul S.A.W. Islam yang diperjuangkan bukan satu yang hendak dipolitik atau mainan politik semata-mata. Oleh itu Pas berusaha untuk memertabatkan Islam apabila ia diberi kuasa. Bukan kita memperalatkan Islam untuk mencari sokongan.[2] Justeru itu Pas perlukan kuasa. Jika ada kuasa maka kita boleh melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah SWT kepada kita. Sebaliknya kalau kita tidak mendapat kuasa maka segala kecantikan Islam hanya boleh terdapat dalam kitab feqah dan lipatan tamaddun Islam sahaja Dalam hal ini Dr. Shafie Ibrahim berpendapat, "Bahawa Pas boleh dikatakan sebagai sebuah parti agama kerana perjuangannya hendak mendaulatkan Islam. Jika Islam yang ditafsirkan seperti yang dilakukan oleh Pas maka ia adalah lebih daripada sebuah parti agama. Dan Islam adalah ideologi partinya maka ia mempunyai kefahaman dan tafsirannya yang tersendiri yang mempunyai istilah agama. Parti itu melihat Islam secara keseluruhannya. Ini bermakna bahawa Pas percaya dengan semua ajaran Islam dan menerimanya sebagai ideologi yang lengkap. Ia tidak percaya kepada sebahagiannya sahaja, tetapi pada keseluruhannya iaitu semua espek ajaran Islam seperti politik, ekonomi, nilai-nilai sosial dan lain-lain lagi. Dari sudut pandangan ini Pas berbeza daripada Umno. Sekiranya pemimpin Umno mendakwa mereka orang Islam, ini bermakna mereka berjuang untuk melaksanakan ajaran Islam bukan sahaja dalam bidang ibadah, juga dalam bidang politik dan lain-lain lagi. (Shafie Ibrahim, 1986: 79) Pas hanya menyampaikan apa yang Allah SWT arahkan untuk disampaikan kepada manusia. Pas mengajak manusia untuk mengenal Allah SWT dan mengabdikan diri kepada Allah, bukan memperhambakan diri kepada pemimpin PAS. Justeru itu Islam yang hendak diperjuangkan oleh Pas ia bukan hanya bersifat dogmatik tetapi perlu dilaksanakan berdasarkan matlamat dan objektif yang jelas. Ini diakur sendiri oleh seorang penulis John Funston, Universiti Monash Australia yang membuat kajian mengenai PAS dan UMNO "….Dengan perjuangan yang berlandaskan politik Islam ia dianggap oleh semua penulis sebagai parti yang mempunyai ideologi yang jelas.." (John Funston, 1980: 161) Di dalam Perlembagaan Pas fasa 5. Tujuan Pas ialah: (1) Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredaan Allah SWT. (2)Mempertahan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara. Fasal 6. Usaha-Usaha Pas ialah: - Menyeru umat manusia kepada syariat Allah dan sunnah RasulNya melalui dakwah secara lisan, tulisan dan amalan
- Memperjuangkan Islam sebagai akidah dan syariah serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai keIslaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan di segenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi dan sosial serta pelajaran dan pendidikan.
- Memupuk dan memperkuatkan ukhwah Islamiah dan menyuburkan rasa perpaduan di kalangan rakyat bagi memelihara kehidupan politik dan masyarakat yang sihat dan berkebajikan.
- Mengajak dan menggalakkan badan-badan, pertubuhan-pertubuhan dan orang-orang perseorangan bagi mengenali dan memahami serta memperjuangkan konsep dan pandangan hidup Islam.
- Menyediakan rencana-rencana dan bertindak bagi memperbaiki susunan serta intitusi-institusi masyarakat, bentuk politik, keadilan ekonomi dan negara, untuk membela kepentingan umat Islam dan rakyat seluruhnya.
- Menyertai dan bekerjasama dengan badan-badan persatuan-persatuan atau pertubuhan-pertubuhan yang tidak berlawanan tujuannya dengan Pas bilamana dan selama ianya mustahak dan sesuai serta tidak bercanggah dengan undang-undang Negara.
- Mempertahankan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi Negara yang tunggal dalam amalannya di samping berusaha mengembangkan bahasa al-Quran.
- Memperjuangkan wujudnya kebudayaan negara berasaskan nilai-nilai yang tidak bercanggah dengan ajaran-ajaran Islam.
- Memperjuangkan hak dan kepentingan umat Islam di negara ini tanpa mengabaikan tanggungjawab melaksanakan keadilan terhadap seluruh rakyat Malaysia dan tanggungjawab mewujudkan keharmonian antara kaum di dalam Negara ini.
- Menyertai dan bekerjasama dengan Bangsa-Bangsa Bersatu dan badan-badan lain yang sah bagi mengekalkan keamanan dan menjamin hak-hak asasi manusia serta menghapuskan segala macam kezaliman, kepalsuan, perhambaan dan penindasan di kalangan umat manusia.
- Melakukan apa-apa jua usaha dan tindakan dalam batas-batas Perlembagaan dan undang-undang negara bagi mencapai semua tujuan-tujuan Pas ke dalam dan ke luar.
Daripada apa yang tertulis dan yang dilaksanakan jelas, bahawa dasar Pas ialah Islam, tidak pernah berganjak walaupun daripada dahulu sampai sekarang. 2. Memimpin PAS Satu Tanggungjawab. Menjadi pemimpin dalam Pas hanya hendak mencari keredaan Allah SWT bagi memastikan risalah Islam ditegakkan di atas muka bumi ini. Tidak lebih dari itu. Ia berprinsip "Fastabiqul khairat" berlumba untuk membuat kebaikan. Menjadi pemimpin Pas bererti membayar dengan harga yang cukup mahal kerana terpaksa mengorbankan kepentingan dunia, Seperti risiko di buang kerja, tukar tempat kerja, turun pangkat, tidak dapat kontrak dan sebagainya. Ini berlainan dalam Umno, orang sanggup melabur sehingga berjuta ringgit untuk mendapat tempat dalam kepimpinan Umno. Tulisan Nakhaei haji Ahmad dalam Berita Harian satu ketika dahulu yang menyebut banyak broker-broker politik digunakan untuk mendapat tempat dalam hiraki kepimpinan dari atas sehingga ke bawah. Teguran sinis Tun Ghafar Baba kepada Umno supaya Umno melelong jawatan ketua Bahagian dengan harga RM 50,000 dan Naib Presiden 5 juta ringgit, itulah kayu ukur kepimpinan dalam Umno. Dalam Pas ahlinya telah dididik bahawa kepimpinan adalah amanah bukan kebanggaan. Memimpin Pas dengan keyakinan bahawa ini adalah amanah Allah. Ia bukan teori semata-mata, kadang-kadang terpaksa membayar dengan harga yang mahal. Gagasan yang dikemukakan untuk memimpin Pas bukan hanya teori semata-mata tetapi mengotakan apa yang ia kata. Ada yang memimpin Pas terpaksa terkorban angkara fitnah jahat musuh seperti yang berlaku kepada Dr Burhanuddun Alhilmi (di ISA kan kerana dituduh berkomplot dengan Indonesia untuk menggulingkan kerajaan Malaysia). Ustaz Samad Gol mati dikapak, Cikgu Tahrim Pesuruhjaya PAS Perlis yang ditembak mati di rumahnya, Osman Talib yang mati dipukul oleh pasukan samseng dalam pilihanraya kecil Parlimen Padang terap 1984. Ustaz Ibrahim Libya dan anak muridnya terkorban syahid di Memali Nov 1985 membuktikan bahawa memimpin Pas terpaksa membayar dengan harga yang mahal. Firman Allah SWT "Di antara orang yang beriman itu ada yang bersikap benar dan menunaikan apa yang telah dijanjikan kepada Allah (untuk berjuang membela Islam), maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid) dan di antaranya ada yang nenunggu giliran dan mereka pula tidak mengubah (apa yang merek a janjikan itu) sedikit pun" ( al-Ahzab 33:23) Kalau ada di kalangan pemimpim Pas yang tidak jujur dan ada agenda yang tertentu, maka dengan sendiri ia terkeluar daripada saf kepimpinan tanpa dihalau. Mereka yang tidak memenuhi syarat-syarat yang layak untuk memimpin Pas tidak tahan lama, akirnya menghilangkan diri dari arena perjuangan. Begitu juga dengan mereka yang berniat buruk kepada Pas , mereka juga akan tersingkir kerana ahli Pas yang ikhlas tidak boleh menerima kepimpinan seperti ini. 3. Ulama' Teras Tunggak Kepimpinan Pas Walaupaun Pas ditubuhkan di pantai barat tetapi ia berkembang pesat di negeri pantai timur, kerana disana terdapat pondok dan sekolah agama. Perjuangan ini serasi dengan pengajaran dan pembelajaran mereka yang syumul dengan menerangkan Islam merangkumi persoalan hidup dan bernegara. Sebab itu Ustaz Amaludin Darus yang mempelopori Pas di Kelantan telah berusaha mendekati Tok-Tok guru pondok untuk memimpin Pas. Ulama' telah menjadi perantaraan untuk menyebarkan pengaruh dan fikrah perjuangan yang dibawa oleh Pas. Kebetulan mereka adalah orang yang rapat dengan masyarakat dalam menyampaikan Islam. Penghormatan masyarakat kepada golongan agama ini telah memberi peluang yang baik kepada Pas untuk menyebarkan pengaruhnya. Golongan ulama' ialah mereka yang rapat dengan masyarakat melalui kelas pengajian mereka yang menerangkan Islam yang tepat. Pembawaan ulama' telah menjadi ikutan di kalangan anak muridnya. Kedudukan mereka sebagai orang yang berpengaruh dalam masyarakat menjadi esset yang berharga kepada Pas. Justeru itu apabila mereka yang benar-benar memahami Islam yang syumul pasti akan memilih Pas sebagai landasan perjuangan mereka. Sebab itu kita melihat jika ahli Umno yang berpendidikan agama dan hendak mengahayati Islam yang sebenar kebanyakan mereka tidak lama bersama dengan Umno sebaliknya mereka akan berhijrah untuk memperjuangkan Islam melalui wadah Pas. 4. Ahli Yang Ikhlas Dan Istiqamah Dengan Perjuangan Di antara barang yang paling berharga dimiliki oleh Pas ialah keikhlasan ahli bawah yang tidak menuntut upah dan habuan. Mereka menyertai Pas atas kefahaman wajib mereka bersama dengan perjuangan Pas. Penyertaan mereka bukan kerana taksub kepada mana-mana pemimpin. Dato' Samad Idris (Bekas Menteri Kebudayaan) telah memberi komentar mengenai perjuangan Pas seperti berikut, "Faktor fanatik kepada perjuangan Pas tidak boleh diketepikan begitu sahaja, mereka setia dengan Pas, mereka sanggup dibakar hangus, direndam basah, dicincang lumat, oleh sebab itu Dato' Mohd. Asri dan Mohd. Nakhaei keluar daripada parti mereka anggap melukut tepi gantang" Memang tidak dapat dinafikan bahawa Pas telah berjaya menanamkan kefahaman Islam kepada ahli-ahlinya. Inilah kejayaan tarbiyyah yang dianjurkan oleh Pas. Tidak hairanlah kepada kita beberapa orang pemimpin tertinggi Pas yang telah mengkhianat perjuangan namun ahli Pas tidak pernah mundur walaupun setapak, malahan sebahagian daripada tarbiyyah untuk melihat sejauhmanakan mereka yang telah tahan diuji semasa dalam perjuangan. Pemimpin Pas yang keluar daripada Pas hidup menderita apabila mereka melihat sejak ketiadaan mereka Pas semakin berkembang bukan semakin lemah. Ini yang menambahkan barah mental di dalam diri mereka. Fanatiknya ahli-ahli Pas kerana perjuangan dan dasar yang tidak pernah luntur daripada Islam. Selain daripada itu keikhlasan yang ada di kalangan ahli-ahli Pas jugalah merupakan sebab Allah mengekalkan Pas dan ia mendapat sambutan yang amat menggalakkan, seperti mana wasiat Allahyarham Prof. Zulkifli Mohammad kepada wakil rakyat pada tahun 1964 sebelum beliau meninggal dunia, "Saya perlu memberitahu saudara satu daripada syarat kejayaan bagi satu perjuangan ialah keikhlasan. Kita mungkin bodoh, mungkin jahil, mungkin tidak tahu apa, mungkin tidak kuat. Tetapi keikhlasan ada pada kita, maka ada harapan cita-cita ini dapat dilaksanakan. Tidak ada gunanya kita cerdik , pandai, kuat, sekiranya kita tidak ikhlas apa yang diperjuangkan. Kita sucikan tujuan kita kepada itu. Kita ketepikan kepentingan yang lain dari itu, ini perlu pada kita. Keikhlasan yang tidak ada belah baginya lagi. Keikhlasan yang tidak mengira yang lain selain dari apa-apa yang kita tuju di dalam perjuangan asal kita. Kejayaan orang yang dahulu pada diri kita, semuanya pada keikhlasan. Amat perlu keikhlasan ini, kita tanam, kita pupuk pada diri kita". Justeru itu jika di kalangan ahli yang menyertai Pas mempunyai hajat yang lain orang ini tidak kekal lama dalam perjuangan. Diperingkat ahli, keikhlasan memang tidak dapat dinafikan kerana merekalah tenaga penggerak Pas. Ahli Pas yang datang daripada berbagai peringkat dan darjat. Ahli-ahli Pas ada yang berkelulusan Ph.d hinggalah yang buta huruf. Mereka menyertai Pas bukan hendak dapat benda tetapi kerana cintakan Islam. Mereka sanggup menerima risiko yang berat daripada pihak yang berkuasa seperti tidak diberikan subsidi, anak tidak dapat biasiswa, dipotong bantuan kebajikan, ditukar tempat kerja. Semuanya mereka sanggup menerima kerana perjuangan Islam yang dibawa oleh Pas. Kehadiran mereka dalam program ceramah atau program parti tanpa diupah dan disuruh, sanggup untuk berbelanja berbelas-belas ringgit semata-mata untuk mendengar ucapan pemimipin mereka yang dicintai dan menderma kepada perjuangan walau hidup mereka kais pagi makan pagi. Keadaan inilah yang memeningkan kepala pemimpin Umno sebagaimana ceramah yang dianjurkan oleh mereka tidak mendapat sambutan walaupun disediakan dengan berbagai kemudahan. Ini tidak lain dan tidak bukan kerana perjuangan Pas serasi dengan tabiat Islam yang ada pada setiap insan. Ahli yang ikhlas walaupun buta huruf adalah lebih baik daripada mempunyai ijazah berjela-jela tetapi boleh dibeli oleh Umno dengan harga yang murah. Ahli-ahli Pas yang menerima tarbiyyah yang jelas mereka tidak rela membiarkan maksiat dan berkompromi dengan program maksiat. Umno bimbang hendak membuat program maksiat kerana takut kepada Pas yang sentiasa menentang program yang berunsur maksiat. 5. Kepimpinan Yang Menggabungkan Ulama', Profesional Dan Aktivis Sebagai sebuah harakatul ummah (gerakan massa) yang mewakili suara rakyat keseluruhannya, maka Pas juga dipimpin oleh ulama', professional dan aktivis parti. Ketiga-tiga kelompok ini memainkan peranan masing-masing bagi mengukuhkan Pas di semua peringkat. Gabungan antara ketiga-tiga kelompok inilah maka melahirkan satu saf pimpinan yang jitu untuk merangka strategi bagi meraih sokongan rakyat. Selain daripada mendapat undi sokongan teras golongan agama, Pas juga mendapat tempat di hati golongan profesioanal dan masyarakat awam. Kalau dilihat di peringkat awal Pas pernah dipimpin oleh Dr. Abas Alias yang menjadi Presiden Pas kedua setelah Tuan Guru Haji Ahmad Fuad meninggalkan Pas. Dr Haji Abbas Alias ialah seorang doktor perubatan iaitu seorang professional. Begitu juga aktivis parti walaupun mereka ini tidak bergelar ulama' atau mempunyai kelayakan profesioanal tetapi telah memberi sumbangan yang begitu berharga dalam perjuangan Pas contohnya Almarhum Amaludin Darus yang membawa Pas ke Kelantan, beliau hanya sebagai seorang anggota bomba. Gabungan ketiga-tiga kelompok ini amat penting dalam memantapkan kepimpinan Pas kerana kekurangan dan kelemahan akan dapat ditampung antara satu sama lain. Ulama' bertugas sebagai orang yang membuat saringan mengenai tektik dan strategi politik, samaada ia bertepatan dengan Islam atau tidak. Golongan professional memberikan idea-idea dan membuat penerokaan-penerokaan yang baru untuk merangka strategi. Manakala aktivis parti mereka bergerak di tengah-tengah masyarakat dan melaksanakan beberapa polisi yang diputuskan oleh parti. Gabungan daripada ketiga-tiga kelompok dalam Pas untuk memimpin Pas telah menjadikan Pas boleh diterima oleh semua lapisan masyarakat. Kerana juru jualnya yang berbagai latar belakang telah berjaya meyakinkan orang kepada perjuangan Pas sebagai wadah yang perlu disokong. Asas perjuangan Pas yang kukuh iaitu al-Quran dan al-Hadis telah menjadi Pas sebagai wadah perjuangan Islam yang paling unggul di negara ini. Penubuhannya bukan atas dasar tidak puas hati atau ego dengan jamaah yang sedia ada, tetapi ia muncul untuk menyahut seruan Allah dan Rasul yang terdahulu. Pemimpinnya ulama' yang bertindak berdasarkan ilmu bukan nafsu. Ahli Pas ditarbiyyah bukan untuk taksub kepada pemimpin , tetapi kepada Islam yang diperjuangkan. Kemungkaran tetap ditentang, maruah Islam mesti dibela. Bagi kita yang menjadi ahli Pas bangga dapat menyertai sebuah gerakan Islam dan sebuah parti politik melayu yang paling tua di tanah air kita (sekarang Umno 1988, Umno asal 6. Keahlian Pas Tidak Diwarnai Dengan Batas Kaum Dan Keturunan Semata-Mata. Pas disertai oleh berbagai lapisan masyarakat dan kaum. Oleh itu peyertaannya tidak terhad kepada bangsa Melayu. Syarat hendak menjadi ahli Pas hanya Islam dan akil baligh. Nabi Muhammad SAW yang menjadi contoh teladan berdakwah tanpa memilih kaum atau bangsa. Di antara yang menjadi pengikut nabi Muhammad SAW seperti Bilal Bin Rabah daripada Habshah, Salman al-Farisi daripada Parsi dan Sohib al-Rumi dari Rom. Tedapat di dalam pimpinan Pas dan aktivis orang yang berbangsa Tionghua. Beberapa aktivis Pas seperti Dato' Anuar Tan, almarhum Faizal Tan, Kamal Koh, Mohamad Teang dan lain-lain lagi. Oleh itu membuktikan bahawa Pas bukan sebuah parti perkauman seperti yang digembar gemburkan oleh Umno dan BN. Dengan penubuhan Dewan Himpunan Penyokong Pas membuktikan bahawa Pas adalah relevan dengan tuntutan semasa dalam masyarakat majmuk di negara ini. Beberapa tokoh Dewan Himpunan Penyokong Pas yang menjadi penggerak kepada dewan ini seperti Cikgu Hu Phan Chaw, Saudara Richard Wong, Saudara Balasubramaniam, Saudara Vinson dan lain-lain lagi 7. Perjuangan Pas Menegakkan Keadilan Dan Menentang Kezaliman Perjuangan yang dibawa oleh Pas ialah perjuangan meneruskan kerja-kerja yang dilakukan oleh orang-orang yang terdahulu dalam usaha untuk memastikan bumi ini tertegak kebenaran dan menentang kezaliman. Kerana unsur kezaliman adalah masalah yang paling besar, boleh menyekat minda dan kehidupan insan daripada memperolehi kebahagiaan. Pas istiqamah menentang bentuk pencabulan hak terhadap rakyat seperti ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri), AUKU (Akta Universiti Kolej), OSA (Akta Rahsia Rasmi), Akta Mesin Cetak, Akta Pertubuhan, penindasan terhadap boroh, terhadap peneroka bandar (setinggan). Pas menganggotai Gerakan Mansuh ISA (GMI), Pas juga menubuhkan Lajnah Buruh dan Setinggan untuk mengendalikan masalah penindasan yang berlaku tehadap mereka Agenda Tindakan -Pertegaskan kepada rakyat bahawa Pas mampu mengganti umno dan menawarkan lebih baik daripada umno. - Menjelaskan kepada rakyat segala fitnah yang dilemparkan oleh umno bahawa kedudukan Islam, hak Melayu dan Kedudukan Raja-Raja Melayu tentap terpelihara. Buktinya Konvensyen Pakatan Rakyat Pertama 19/12/2009 di Shah Alam telah bersepakat - Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama- agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai
- Melindungi kedudukan Istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum lain sejajar dengan perkara 153
- Mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi Raja Berperlembagaan
- Memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau, melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum
-Memaparkan Islam sebagai dasar yang membawa rahmat. -Ulamak Pas mesti bekerja dengan lebih agresif untuk menarik sokongan, kerana mereka ialah golongan yang cukup dihormati dan mudah untuk mempengaruhi. -Merangka agenda yang meyakinkan rakyat dalam aspek politik, ekonomi dan sosial -Menunjukan Lisanul hal supaya masyarakat tertarik dengan Pas -Menunjukkan semangat pengorbanan di kalangan pimpinan -Kerajaan Kelantan dan Kedah mesti menjadi role model, bagaimana Islam boleh menguruskan masyarakat majmuk. -Exco Pas di Selangor mesti menunjukan prestasi yang baik untuk membawa emej parti -Meyakinkan pegawai kerajaan, swasta dan peniaga tentang kemampuan Pas. -Imej perpaduan dalam tahaluf siasi -Parti yang membela rakyat di negara ini -Parti yang mengambil berat terhadap kesusahan rakyat. -Bekerja dengan serius untuk pendaftaran pemilih -Meramaikan ahli Pas. -Membanyakkan cawangan | | [1] Seminar Pas Sedia Ganti Umno 6 Zulhijah 1431H/13 hb Nov 2010 di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam Anjuran Lajnah Penerangan Pas Pusat [2] Walaupun ada tuduhan Pas merasuah akhirat untuk menarik sokongan kepada perjuangannya. Seperti yang disebut oleh Dr. Mahathir ketika menjadi PM "bagaimanapun orang-orang Umno tak tergamak nak gunakan agama untuk sogokan. Jadi dia guna wang. Kalau Pas, dia sogok syurga kerana tidak ada siapa yang tahu samaada benar atau tida (masuk syurga)… sebab yang pergi ke sana tak balik cerita" Berita Harian 24/7/01: 3. "Rasuah akhirat sukar dibendung:Mahathir". Filed under: Pilihanraya, Politik | |