Selasa, 28 Mei 2013

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


DIALOG RAKYAT

Posted: 28 May 2013 03:06 PM PDT

Haris Ibrahim, Tamrin Ghafar ditahan kembali, termasuk Safwan Anang

Posted: 28 May 2013 07:29 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

 Aktivis Haris Ibrahim. — Gambar failKUALA LUMPUR — Naib Presiden PKR Chua Tian Chang, aktivis Haris Ibrahim dan ahli PAS Tamrin Ghafar ditahan semula oleh polis hari ini beberapa hari selepas majistret enggan memberikan perintah reman untuk ketiga-tiga mereka

Sementara menurut laporan dari Twitter, aktivis mahasiswa Safwan Anang turut ditahan petang tadi.
Keempat-empat mereka ditahan di bawah Akta Hasutan 1948 dan Kanun Keseksaan.

Bercakap kepada The Malaysian Insider ahli Parlimen Puchong dan peguam Gobind Singh Deo mengatakan: "Polis telah mendapatkan waran tangkap dan sekarang mereka ditahan. Kita masih belum mempunyai maklumat lanjut setakat ini tetapi kami percaya mereka ditahan kerana menghasut. Menurut waran mereka perlu dibawa ke mahkamah secepat mungkin iaitu esok pagi.

"Kami masih cuba mendapatkan butiran di mana dan pukul berapa mereka akan didakwa. Saya tidak faham mengepa mereka perlu ditahan semalaman jika mereka akan didakwa. Mereka boleh dibawa ke mahkamah esok tetapi waran telah dikeluarkan dan kita perlu hormat itu."

"Ya," kata Chua apabila dihubungi untuk bertanyakan apakah beliau ditahan.

Apabila ditanya sebab apa beliau ditahan, Chua berkata: "Saya dibawa ke Dang Wangi."

Pada 24 Mei, Tamrin, Haris dan Chua dibebaskan selepas ditahan semalaman oleh polis.

Pakatan Rakyat (PR) terdahulu mengatakan penahanan merupakan tindakan keras secara nasional terhadap pemimpin pembangkang persekutuan.

Ketiga-tiga dipercayai ditahan berhubung pengelibatan mereka dalam satu forum pada 13 Mei mengenai keputusan pilihan raya 5 Mei yang baru berakhir.

Minggu lalu aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim ditahan kerana menghasut - terlibat dalam forum sama, dituduh menghasut rakyat Malaysia ke jalan raya untuk menjatuhkan kerajaan BN.

Pelajar berumur 24 tahun itu mengaku tidak bersalah dan dibebaskan dengan ikat jamin RM5,000 dan kes akan mula didengar pada 2 Julai.

UMNO bukan 'tuhan' orang Melayu!: Datuk Mohd Ariff Sabri

Posted: 28 May 2013 07:26 AM PDT

Roketkini.com

RAUB: UMNO usah bersikap terlalu angkuh sehingga menganggap partinya begitu penting dan tempat bergantung bagi semua rakyat, terutama orang Melayu.

Gambaran kepada umum seolah-olah UMNO itu seperti "tuhan" yang menganggap dia pemberi rezeki kepada orang Melayu dan seolah-olah tanpa UMNO orang akan mati.

Buka setakat itu, malah seolah-olah tanpa UMNO, Raja Melayu akan hilang kuasa dan pupus dan agama Islam di negara ini akan terancam.

Ahli Parlimen Raub,  Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz berkata, UMNO juga menunjukkan keangkuhan menerusi media kawalan mereka membuka pekung sikap hipokrit dan pembohongan terhadap gagasan 1Malaysia tajaan Perdana Menteri, Najib Razak sendiri.

"Setiap rakyat Malaysia bekerja keras demi meneruskan kehidupan, bagaimanapun, sikap bongkak UMNO menggambarkan kepada rakyat betapa kejinya permainan politik mereka berhadapan sindrom penafian akibat ditolak majoriti rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) baru-baru ini.

Kenyataan itu adalah rentetan polemik "Apa lagi Cina mahu" yang dimainkan Utusan Malaysia sehingga saat ini seolah-olah ingin memberitahu rakyat Malaysia bahawa apa yang diperoleh Cina adalah hasil pemberian dan ehsan UMNO.

"Bayangkan jika demikian sikap UMNO kepada bangsa Cina, bagaimana pula sikap mereka kepada bangsa sendiri (Melayu)?

"Najib adalah hipokrit terulung daripada UMNO. Apa jadi dengan konsep 1Malaysia? Suatu impian sebuah negara yang inklusif iaitu semua bangsa sebagai stakeholders yang sama taraf dalam sebuah negara hancur berkecai.

"BN mendapat 133 kerusi Parlimen tetapi kalah dalam undi popular. Ia disalahkan pula kepada "Tsunami Cina". Adakah ini langkah pertama Najib mahu menonjolkan dirinya lebih Melayu daripada Melayu lain?" soalnya.

Datuk Mohd Ariff dalam temubual eksklusifnya dengan Roketkini.com sebelum ini juga pernah menyatakan bahawa  apa yang ditunjukkan kepimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng di Pulau Pinang cukup untuk membuktikan bahawa DAP mengambil berat terhadap orang Melayu dan agama Islam.

"Ini pun sudah cukup sebagai bukti kukuh DAP tidak pinggirkan orang Melayu. UMNO boleh cakap apa saja pun," katanya.-Roketkini.com

Bot ekspres sarat penumpang karam

Posted: 28 May 2013 07:19 AM PDT

Sebuah bot ekspres sarat dengan penumpang yang ingin pulang untuk sambutan Hari Gawai, karam di kawasan Jeram Tukok/Jeram Bungan, kira-kira 40 minit perjalanan dari Sibu, hari ini.


Sehingga kini jumlah mangsa belum disahkan dan polis masih berada di tempat kejadian.

Ketika kejadian yang dilapor antara pukul 8.30 dan 9 pagi ini, bot berkenaan dikatakan membawa lebih 100 penumpang yang ingin pulang untuk sambutan Pesta Gawai Dayak hujung minggu ini.

Anggota Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Majlis Daerah Kapit Daniel Levoh ketika dihubungi Bernama berkata 'Bot Ekspres Bakun Mas' itu melepasi Belaga pada pukul 8 pagi.

Daniel berkata beliau dimaklumkan bahawa hanya seorang wanita mengandung yang maut dalam kejadian itu.

Beliau berkata bot yang datang dari Bakun itu membawa penumpang yang kebanyakannya pekerja pembalakan dan ladang kelapa sawit di kawasan itu.

"Bot itu biasanya berhenti di Belaga tetapi disebabkan telah penuh, ia meneruskan perjalanan tanpa berhenti di Belaga," katanya.

"Ramai penumpang dilihat duduk di atas bumbung bot itu," katanya sambil memberitahu kapasiti bot itu ialah 67 penumpang.

Sementara itu ketua penerangan Parti Rakyat Sarawak Dannny Bungan berkata polis dan petugas Lembaga Sungai Sarawak perlu ditempatkan di kawasan-kawasan pedalaman seperti Bakun dan Belaga untuk memantau keadaan semasa sambutan sesuatu perayaan besar.

"Terdapat terlalu ramai pekerja dari Kapit dan kawasan-kawasan lain di kawasan Bakun. Apabila tiba cuti panjang orang ramai akan berpusu-pusu untuk pulang ke kampung dengan bot ekspres," katanya.- Bernama

Zahid: KDN cadang CCTV di lokap tahanan

Posted: 28 May 2013 07:18 AM PDT

Penyediaan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di bilik lokap tahanan dan pewujudan lebih banyak lokap berpusat merupakan antara cadangan yang dikemukakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menambah baik prosedur melibatkan tahanan polis.

Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ia juga dapat memberi gambaran sebenar mengenai keadaan di bilik tahanan bagi mengelak pandangan serong masyarakat terhadap polis.

Beliau berkata apabila CCTV disediakan, rakaman dapat menjadi bahan bukti jika sebarang kecederaan dan kematian berlaku.

"Kami juga bercadang untuk tidak letakkan orang kena tuduh di balai-balai polis berkenaan tapi kita akan mohon kepada kerajaan untuk wujudkan (lebih banyak) pusat tahanan berpusat seperti lokap di Jinjang agar polis tidak terus dituduh ketika jalankan soal siasat," katanya kepada pemberita selepas melawat Jabatan Pertahanan Awam, Jalan Semarak di ibu negara hari ini.

Ahmad Zahid, dalam pada itu, meminta semua pihak memberi kepercayaan kepada kementerian dalam melakukan siasatan rapi berhubung kes kematian seorang tahanan di dalam lokap.

Beliau merujuk kepada kematian N. Dharmendran, 32, di lokap Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada Selasa lepas.

Ahmad Zahid berkata siasatan dalaman dilakukan sekumpulan penyiasat dan ia diharap dapat menyelesaikan kes itu dan seterusnya membawa sesiapa yang terlibat ke muka pengadilan.

"Berilah kepercayaan kepada KDN untuk jalanan siasatan ini secara adil... jika benar ada sesiapa yang telah lakukan sesuatu di luar kuasa dan perundangan, tindakan yang setimpal akan diambil," katanya.

Mengenai perhimpunan jalanan yang kerap dilakukan pembangkang sejak akhir-akhir ini, Ahmad Zahid berkata ia lebih bersifat provokasi bertujuan mendapat liputan media luar negara.

"Ia untuk menggambarkan seolah-olah negara kita ini sedang mengalami huru-hara kerana pihak pembangkang kalah pilihan raya," katanya.-Bernama

SPR digesa muat gambar pengundi dalam daftar pemilih

Posted: 28 May 2013 07:17 AM PDT

Seorang pegawai pengendali Suruhanjaya Diraja (RCI) berhubung kes imigran Sabah mencadangkan agar Suruhanjaya Pilihan Raya memuatkan gambar pengundi dalam daftar pemilih untuk memastikan individu yang membuang undi adalah pengundi tulen.

Pegawai pengendali tersebut, Manoj Kurup berkata langkah tersebut dapat mengelakkan kejadian melibatkan individu berbeza menjadi pemegang MyKad dengan nombor yang sama.

Situasi berkenaan dibangkitkan semasa prosiding suruhanjaya tersebut semalam.

Manoj berkata, cadangan tersebut boleh dilaksanakan memandangkan SPR boleh mengakses pengkalan data dan gambar pemegang MyKad di Jabatan Pendaftaran Negara melalui Agency Link-Up System (ALIS).

Saksi, Yusniati Ishak, yang merupakan pegawai SPR, berkata cadangan tersebut boleh dikemukakan namun berkata "sedikit sukar untuk pengundi mengemukakan gambar" kepada suruhanjaya tersebut.

Menunaikan janji sekolah anak-anak mangsa ISA

Posted: 28 May 2013 07:04 AM PDT

Catatan Perjalanan Ahmad Lutfi Othman,

 (Isteri mangsa ISA, Norhata menyambut Ahmad Lutfi dan isteri dalam kunjungan 19 Mei lalu)


Pagi Ahad, 19 Mei, pesawat Air Asia mendarat  di lapangan terbang Sandakan, tepat pada masanya. Ia kali ketiga saya meneruskan misi bantuan kepada keluarga tahanan ISA. Memang sebahagian besar mangsa kezaliman tahanan tanpa bicara itu telah dibebaskan, tetapi bahananya belum berakhir, terutama Jamal Azahari yang dipindahkan ke penjara di Manila.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Hamzah Abdullah menyambut kami -- saya, isteri Siti Hawa dan seorang rakan. Dari jauh saya perhatikan bekas calon PAS Batu Sapi dalam PRU13 ini agak gelisah.


(Gembira melihat anak-anak Jamal Azahari menjamah ayam goreng.)

"Ingatkan anta disekat dari masuk Sabah?" kata Hamzah, sambil pantas mengambil beg pakaian dari tangan saya. Sebenarnya saya bersembang panjang dengan seorang kenalan baru semasa menunggu bagasi. Bersama keluarga, dia mahu meneroka keindahan di sekitar Sandakan, khususnya pulau-pulau cantik.

"BN memang penipu, kita takkan boleh menang jika biarkan saja penipuan ini," Hamzah terus mengomel panjang. Suasana dingin pagi itu seperti tidak dapat menyejukkan perasaannya. Sambil memandu, bersemangat sekali dia meluahkan rasa tidak puas terhadap pengendalian PRU13.


Hamzah mengajak saya mengikutnya ke majlis jamuan kesyukuran kepada petugas PAS di Batu Sapi tengahari isu. Hasrat hati memang mahu bersama meraikan tetapi kaki saya agak kejang. Apatah memikirkan jadual saya -- untuk tiga hari di Sandakan -- agak padat untuk menziarahi bekas tahanan ISA.

Lebih penting, saya harus menunaikan janji buat Jamal Azahari, untuk menyekolahkan anak-anaknya yang tidak pernah mendapat pendidikan formal. Segera tergambar rumah usang yang didiami lapan beranak, dengan lantai hampir reput dan pintu yang mudah ditolak begitu sahaja.

Tentunya saya juga ghairah mahu menelusuri situasi politik Sabah pasca PRU13. "Di sini, politik wang lumrah. Duit diagihkan di tengahari buta, diangkut penuh kereta," cerita seorang aktivis muda PAS ketika kami bersambung sembang di sebuah restoran selepas saya diminta Hamzah berkongsi idea tentang keputusan PRU13.

"Kenapa tak ambik gambar, boleh buat bahan bukti," tanya saya, lurus. "Kita tak ramai, silap-silap bukan dikerjakan petugas BN tapi orang ramai yang rasa kita halang mereka dari dapat duit. Di rumah atas air, Kg Bahagia, yang anta pergi semalam tu, pengundi tak kisah isu mansuh tol, PTPTN, minyak turun, mereka mahu duit untuk belanja esok harinya," jelasnya panjang lebar.


(Suasana gelap tidak bercahaya, dulunya ruang tamu rumah Norhatta, sekarang bertukar dapur.)

Bicara politik saya tangguhkan. Saya berkejar untuk mendaftar empat anak Jamal Azahari dan Norhatta Paraji  di Madrasah Nurul Ihsan, sebuah sekolah agama rakyat. Kemudiannya membeli keperluan asrama dan sekolah mereka. Nampak anak-anak yang tidak pernah bersekolah ini agak kekok untuk melalui dunia baru. Seterusnya berbincang dengan peneman setia kami sepanjang di Sandakan, Suaidah, adik Aiman Athirah, tentang ubahsuai rumah buruk Norhatta.

Ada waktu terluang saya sempat menjenguk empat keluarga bekas tahanan ISA. Saya terpaksa meminta dua darinya turun ke bawah; kaki tak mampu menapak ke tingkat empat PPR. Untuk hari pertama, saya masih ada kudrat untuk menziarahi perkampungan atas air di Jalan Batu Sapi, perlahan-lahan mengatur langkah di atas pelantar kayu yang uzur, tetapi pada hari terakhir, dua jam sebelum bertolak ke airport, saya hanya mampu bertanya khabar mereka di bahu jalan. Dalam keadaan tergesa-gesa, memang tidak selesa untuk bertongkat bertamu di rumah keluarga tahanan, walaupun maklum mereka amat mengharap dapat mengirup secangkir kopi panas.

Kemiskinan dan kemelaratan adalah pemandangan biasa di Sabah, apatah lagi membabitkan kawasan penempatan pendatang asing. Tidaklah saya sampai bermimpi  untuk mengubah senario suram itu, tetapi cukuplah jika kami dapat membantu keluarga teraniaya, seperti Jamal-Norhatta membina kehidupan baru, dengan anak-anak dapat bersekolah dan berteduh di rumah yang agak sempurna, khususnya menjelang Aidil Fitri akan datang.

Terima kasih atas bantuan ikhlas anda, terutama buat pembaca Harakahdaily yang banyak menyumbang, menyambut rayuan awal saya sebelum bertolak ke Sandakan tempohari. Sokongan anda telah saya salurkan kepada mereka yang amat memerlukan. Jika anda bersedia untuk terus membantu, terutama bagi melancarkan proses ubahsuai rumah Norhatta, saya cukup berbesar hati. Salurkan  terus kepada akaun Maybank HARAKAHDAILY DOT COM, no 5640 7000 0336.

Runtuh: Henti beri projek kepada kontraktor kroni

Posted: 28 May 2013 03:45 AM PDT

 

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu diingatkan agar segera menghentikan amalan pemberian atau tender projek kepada kontraktor-kontraktor kroni.
Justeru, Kerabat Diraja Terengganu, Tengku Ibrahim Sultan Ismail (gambar) tidak bersetuju jika beban permasalahan tersebut sepenuhnya dikenakan kepada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) sahaja.

"Jika proses pemberian tender ini dilakukan dengan bersih, adil dan telus tanpa unsur-unsur rasuah dan tidak diberi kepada syarikat-syarikat kroni. Maka, persoalan keruntuhan (bangunan) ini dapat dikurang atau dapat dibendung.

"Ia bermula dari cara tertentu seperti tawaran (tender) yang telus untuk menentukan pemberian projek itu mengikut kemampuan mereka yang membuat tawaran.

"Saya tidak setuju dibebankan sepenuhnya kepada pihak JKR, apabila ada projek-projek yang menerima 'ajal' (keruntuhan) di negeri Terengganu ini," ujarnya kepada Harakahdaily, hari ini.

Beliau yang juga Penaung Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) berkata, peringatan tersebut bagi mengurang dan membendung permasalahan kegagalan projek atau berterusan berlakunya tragedi 'keruntuhan' bangunan di negeri ini.

Malah, kata Tengku Ibrahim, meski pun terdapat projek-projek yang diberi secara tender terbuka tetapi ada 'tangan-tangan ghaib' yang mengarahkan projek berkenaan diberikan kepada kontraktor kroni.

Lagi laporan polis isu dakwat kekal

Posted: 28 May 2013 03:39 AM PDT

JAMILAH HAMZAH

GOMBAK - Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mat Akin hari ini membuat laporan polis  terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai isu dakwat kekal yang digunakan pada hari mengundi, 5 Mei lalu.

Menurutnya, selepas pemimpin tertinggi parti mengambil tindakan yang sama semalam, rakyat seluruh negara juga perlu mengambil inisiatif tersebut.

Beliau memaklumkan, kira-kira 26 pengundi telah membuat laporan polis di kawasan Parlimen Gombak semalam.

"Semalam (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) memulakan membuat laporan polis mengenai isu dakwat kekal.

"Sekarang saya percaya seluruh negara mengambil inisiatif membuat laporan polis, apabila cuci jari, dakwat hilang.

"Terutamanya di Gombak, ada berapa puluh laporan polis dibuat," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

SPR sedia bersemuka elak prasangka

Posted: 28 May 2013 03:38 AM PDT

Wartawan Sinar Harian

 

SHAH ALAM – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersedia untuk bertemu dengan mana-mana pihak termasuk jawatankuasa #siasatPRU13 yang ingin membuat aduan atau mengemukakan bukti berkenaan dakwaan penyelewengan dalam PRU13.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, tindakan itu bertujuan mengelak persepsi buruk terhadap suruhanjaya itu yang kononnya gagal menjalankan tanggungjawab dengan baik.

"Baguslah kalau ada bukti kukuh dengan laporan polis dan sebagainya. Saya sedia berjumpa mereka yang mempunyai bukti ini, mendengar masalah yang mungkin terjadi.

"Dengan cara ini (bersemuka) lebih elok, kita dapat elak prasangka buruk kerana SPR sememangnya ikhlas untuk laksanakan tanggungjawab yang diamanahkan," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Mengulas mengenai tindakan jawatankuasa #siasatPRU13 yang mengemukakan bukti laporan polis yang dibuat pada 9 Mei lalu berhubung kejadian 'lampu padam' di Parlimen Kulim Bandar Baharu,
Wan Ahmad berkata, pihaknya sedia memberi kerjasama kepada pihak polis bagi menyiasat perkara itu.

"Eloklah ada laporan polis biar polis siasat dan kita sentiasa bersedia untuk beri sebarang kerjasama dalam mengetahui keadaan sebenar. Kita ada 26,000 pusat mengundi dan ribuan petugas yang mungkin berlaku kecualian tidak dilaporkan di pihak petugas SPR sendiri," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, kenyataannya sebelum ini adalah berdasarkan laporan 24 jam yang diterima selepas hari pengundian.

"Sebarang kenyataan saya sebelum ini adalah berlandaskan laporan selepas hari pengundian berlaku, kita hubungi petugas kita, polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB), dan tiada laporan (lampu padam) diterima.

"Kalau bukan pada sumber ini, kepada siapa kita mahu percaya. Jadi bila ada laporan polis kita minta polis siasat," katanya.

Semalam, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli meminta SPR menyiasat mengenai laporan polis yang didedahkan beliau dan menjelaskan mengenai berapakah jumlah Borang 10A yang dikeluarkan SPR pada pilihan raya yang lalu.

Menurut Wan Ahmad, setakat ini pihaknya tiada maklumat lengkap berapa jumlah Borang 10A itu dikeluarkan pada PRU13.

"Baguslah kalau sudah ada laporan polis, saya suka tindakan begini biar polis siasat dahulu, saya minta semua pihak bersabar.

"Saya belum terima berapa banyak telah dikeluarkan, kerana ketika ini SPR sedang sibuk menguruskan hal-hal teknikal yang lain termasuk perihal petisyen," katanya.

Operasi Selamatkan Ajibgor

Posted: 28 May 2013 03:28 AM PDT

 

Tindakan yang diambil oleh kerajaan Najib bertujuan menyelamatkan dirinya. Ini termasuklah (1) Mencari gaduh dengan bangsa lain terutama nya dengan bangsa Cina, (2) menakutkan tokoh pembangkang dengan penangkapan dan menggunakan polis- semua ini mesti dilihat dalam konteks menyelamatkan Najib yang lembik dan tidak tegas.

Tidak ada perkara baru yang dikatakan oleh Zahid Hamidi bila dia kata polis akan bertindak bebas dari gangguan ahli politik. Sepatutnya itulah cara nya sejak dahulu lagi. Biarkan penjawat awam melakukan kerja mereka. Zahid cakap macamlah kita budak2 bodoh. Kalau Zahid cakap kepada budak kecik dan orang buta huruf, tak mengapalah. Zahid lupa bahawa tahap pemikiran kita pun sama seperti tahap pemikiran Zahid yang ada PhD itu.

Semua penangkapan orang politik mesti mendapat perakuan dari menteri dalam negeri. Kedua, Zahid tidak sebut bahawa polis hanya boleh bertindak mengikut peruntukan undang undang. Polis pun tak boleh buat ikut suka hati. Ini bukan dunia ke3 dimana polis guna kayu cotar membelasah rakyat sendiri. Dalam negara ini, kita bertindak mengukut peruntukan undang2. Tidak perlu Zahid berceramah dan bersyarah kepada kita, apa polis boleh dan tidak boleh buat.

Tidak syak lagi langkah2 kejantanan Najib adalah bayangan strateji yang dirancang oleh bilik perang Najib. Imej Najib mesti diselamatkan dari tanggapan Najib seorang yang lembik dan tidak tegas. Imej Najib mesti diselamatkan dari tanggapan Najib kurang bersemangat Melayu. Ajib Gor mesti diselamatkan.

Yakni, Najib mesti dikekalkan sebagai presiden UMNO dengan cara apa pun. Jika tidak, masa depan pendukung utama bilik perang Najib seperti JJ dan Alies Nor akan muram dan gelap. Bukan itu sahaja, masa depan semua yang bergantung kepada Najib akan muram.

Oleh yang demikian, Najib mesti di gambarkan sebagai Melayu lebih dari Melayu lain dan kerajaan Najib melalui macai Najib seperti Zahid Hamidi mesti kelihatan sebagai kerajaan yang tegas dan yang bukan main main.

Langkah pertama ialah menyalahkan orang Cina kerana prestasi UMNO yang tidak baik. Memang benar, UMNO menambah kerusi parlimen nya, tapi gagal meningkatkan sokongan orang Melayu kepada parti tersebut. UMNO berjaya mendapat 88 kerusi. Tapi kerusi itu semua kecil2 belaka hasil dari persempadanan yang menguntungkan UMNO. Dalam PRU13 ini, UMNO mendapat sekitar 3.0 juta undi dari orang Melayu. 3 juta untuk 88 kerusi. Erti dalam satu kerusi, jumlah pengundi Melayu secara purata hanya 34,000 orang.

PKR dan PAS antara mereka mendapat 3.88 juta undi Melayu. Mereka mendapat 51 kerusi. Bererti dalam suatu kawasan, jumlah pengundi Melayu untuk gabungan PAS dan PKR secara purata ialah 76 ribu orang Melayu.

UMNO menambah banyak kerusi kerana kawasan mereka kecil. PAS dan PKR mendapat sokongan yang lebih besar daripada orang Melayu berbanding UMNO.

Apa jadi? Ahli UMNO sahaja jumlah mereka 3.2 juta. Adakah UMNO hanya mendapat undi dari ahli mereka sahaja? Jika ya- maka UMNO mewakili ahli nya sahaja dan bukan rakyat Melayu.

Orang UMNO mesti membaca menembusi kelentong Najib. Najib mesti disalahkan kerana pencapaian terburuk UMNO. Sebab dia janji semua dibawah langit. BR1M pertama RM2 billion. BR1M kedua dia belanja RM3.5 billion. Dalam masa 2 tahun Najib memBR1Mkan rakyat dengan RM5.5billion. berapa ramai penerima BR1M? tahun pertama operasi, seramai 4 juta orang. Tambahan RM1.5billion pada tahun ke2 BR1M beroperasi, bererti pertambahan seramai 3 juta penerima BR1M baru. Jumlah penerima BR1M selama 2 tahun beroperasi ialah 7 juta orang.

Najib rasuah 7 juta orang, tapi hanya dapat 3 juta undi orang Melayu? Sedangkan kita tahu 95% penerima BR1M ialah orang Melayu yakni sekitar 6.65 juta. Makna nya, walaupun dirasuah sebanyak RM500 seorang, Najib tidak berjaya mendapat sokongan orang Melayu.

Itu dari sudut BR1M. jika UMNO hanya dapat 3.0 juta undi Melayu, berapa ramai orang Melayu yang tidak mengundi UMNO dan berapa ramai yang mengundi PR. Antara PKR dan PAS mereka mendapat 3.88 juta undi. Jika 80% pengundi mereka ialah orang Melayu, PAS dan PKR mendapat 3.1 juta pengundi Melayu. Ini berti gabungan PKR dan PAS mendapat seramai atau lebih pengundi Melayu seperti UMNO.

DAP mendapat 1.74 juta undi. Katalah dari angka tersebut, 10% atau 170,000 pengundi adalah orang Melayu. Ertinya, PR secara keseluruhan mendapat 3.28 juta pengundi Melayu. Keputusan nya: UMNO=3.0 juta pengundi Melayu; PR= 3.28 juta pengundi Melayu.

Walaupun belanja berbilion, walaupun berpropaganda siang dan malam, walaupun berjuta placards I love PM diedarkan, Najib gagal. Jadi berhentilah Najib dari memekik dan memekak 1Malaysia dan Transformasi Malaysia. Berhentilah dari berlakun kerana PRU13 sudah tamat dan Najib gagal. -sakmongkol

Menerima kritikan bukan bermakna 'zip' mulut

Posted: 28 May 2013 03:27 AM PDT

Wartawan Sinar Harian

 

Berikut adalah respons Ketua Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan berhubung kritikan terbuka terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

1. Ramai pihak termasuk wartawan menghubungi saya untuk mendapatkan pandangan mengenai kritikan yang dilemparkan kepada Pas muktahir ini, khasnya kepada batang tubuh Presidennya. Saya dimaklumkan berlaku berbalas kenyataan dan  kononnya ini adalah "tunas perpecahan" yang sedang menimpa Pakatan Rakyat (PR). Sedang realitinya ini bukanlah polemik pertama berlaku kepada Pas yang telah berusia lebih separuh abad. Malah sering berlaku kepada PR sepanjang usianya.

2. Sejarah membuktikan tidak semestinya yang dikritik itu salah lalu ia wajib memenjarakan lidah dan mulutnya dari menjawab balas kritikan tersebut, sebagaimana pengkritik tidak selamanya benar sehingga ia bebas melemparkan kritikan sesedap rasa pada semua orang, keadaan dan masa.

3. Asasnya, sebagai sebuah gerakan Islam, kami sentiasa terbuka dan sedia untuk dikritik dan diaudit serta meletakkan kami pada situasi sebagaimana yang diajar oleh ALLAH SWT iaitu bersedia mendengar apa jua perkataan lalu mengikut apa yang terbaik daripadanya.

4. Namun terbuka dan bersedia menerima kritikan bukan bermakna kami mesti diam membatu atau bungkam membisu dalam menerima kritikan tersebut. Memberi jawab balas, menangkis serta membuat pencerahan semula terhadap kritikan adalah sebahagian dari kaedah mengurus dan menangani kritikan yang normal serta dibenarkan sebagaimana uslub biasa digunakan oleh Al-Quran Al-Karim sewaktu menjawab kritikan pelbagai pihak terhadap Islam dan syariat yang dibawa oleh Rasul utusan ALLAH SWT.

5. Ramai menyangka maksud menerima kritikan ialah "zip" mulut dan mendengar apa jua yang dikatakan yang ditujukan kepadanya sehingga kadangkala kita boleh dianggap kurang bijak dan naif. Pada saya itu adalah satu keadaan yang boleh dipilih, sementara menjawab serta menangkis kritikan pula satu keadaan lain yang dibenarkan malah tidak menghilangkan rasa hormat kita kepada pihak pengkritik. Bahkan keadaan kedua ini lebih menarik untuk mencetus pencerahan dan percambahan fikir kiranya ia diurus dan ditanggap dengan positif.

6. Sebagaimana pihak pertama ada hak untuk mengkritik, kenapa pula kita mesti nafi dan hilangkan hak pihak kedua menjawab kritikan yang dilemparkan. Budaya nasihat menasihat, tegur menegur dan kritik mengkritik adalah budaya positif yang tidak perlu kita resah  dan menaruh kebimbangan melampau apabila ia berlaku.  Selayaknya pihak pengkritik, mesti bersedia menghadapi kritikan balas bagi menilai potensi kritikannya. Adakah ia berasas atau tidak? Adakah kritikan tersebut berpaksikan hujah atau fitnah? Adakah kritikan itu dengan tujuan membina atau meruntuhkan?

7. Sistem nilai ini hanya wujud apabila ada timbal balas pada kritikan yang dilemparkan. Justeru berapa banyak di luar sana jumlah kritikan yang hanya merupakan fitnah dan tohmahan demikian juga kritikan yang dirancang untuk menjatuh dan meruntuhkan. Maka untuk menilainya perlu ada jawapan atau pencerahan pada kritikan yang dikemukakan.

8. Apatah lagi jika sesuatu kritikan itu dibuat secara terbuka? Ia boleh mencipta prasangka dan mencetus persepsi masyarakat awam, justeru itu mahu atau tidak, jawapan balas mesti dikemukakan terhadap kritikan tersebut bagi meluruskan persepsi dan memurnikan prasangka. Contoh apabila pelbagai tuduhan yang tidak berasas dilemparkan kepada Presiden Pas, sememangnya menjadi tanggungjawab pemimpin dan ahli Pas membuat pencerahan serta mempertahankannya.

9. Namun saya sangat setuju bahawa setiap kritikan mesti dinilai dengan jujur dan benar. Jika kritikan tersebut ada asas dan hujah yang jelas, selayaknya kita akur dan bersyukur lantaran kritikan itu membuka jalan bagi berubah ke arah yang lebih baik.

10. Saya selaku Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia menyambut dan menerima apa jua kritikan yang dilemparkan. Terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak yang memberi perhatian kepada Pas lantas sudi mengkritik Pas dan pemimpinnya. Kalian semua secara tidak langsung adalah agen yang membangun dan mendewasakan Pas  dengan kritikan dan teguran yang dihulurkan.

Nasrudin Hassan
Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia

Najib ulang janji turun harga kereta

Posted: 28 May 2013 03:26 AM PDT

SINAR HARIAN

 

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengulangi janji kerajaan untuk menurunkan harga kereta secara berperingkat.
  
"Seperti dijanjikan, harga kereta akan diturunkan secara berperingkat hingga 2017. Insya-ALLAH, saya akan pastikan setiap janji ditepati," katanya dalam tweet terbaru beliau hari ini.

Dalam Aku Janji Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lepas, Barisan Nasional (BN) berjanji menyemak semula Dasar Automotif Nasional bagi mengurangkan harga kereta secara berperingkat antara 20 dan 30 peratus serta meningkatkan daya saing kereta nasional, jika diberi mandat untuk kembali mentadbir negara.  - Bernama

Anak Janji Perubahan Generasi Kedua Felda Dua Tahun Sebelum PRU-14

Posted: 28 May 2013 03:23 AM PDT

Wartawan Buletin
http://buletinonline.net/images/stories/aberita21/naraza%20muda.jpgKUALA TERENGGANU - Ketua Penerangan Persatuan Anak-anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Naraza Muda berkata sokongan anak-anak muda generasi kedua Felda terhadap suatu perubahan amat memberangsangkan pada pilihanraya umum ke-13 yang lalu.

Menurutnya, keputusan PRU-13 lalu menunjukkan massih ada anak-anak Felda yang blum mendapat maklumat sebenarnya tentang isu-isu semasa yang berlaku terutamanya yang melibatkan Felda

"kita melihat trend sokongan generasi kedua Felda (kepada perubahan) amat memberangsangkan, kesedaran yang ada bersama anak-anak generasi Felda untuk bangkit membuat perubahan, walau pun tidak keseluruhannya, tetapi pada beberapa tempat (rancangan tanah Felda menunjukkan perubahaan),

"kita (perubahan) menang dalam dua kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) dan satu kawasan palimen yang ada (tanah rancangan Felda),"ujar ketika ditemui. [Lihat Video]

Katanya, ia menunjukkan satu gelombang besar sudah melanda walau pun tidak sekuat 'reformasi' yang berlaku pada pilihanraya kali ke-10 pada tahun 1999.

Oleh itu, beliau selaku Ketua Penerangan Anak Pusat akan merangka satu tindakan dalam masa dua tahun bagi memastikan generasi Felda 'celik' maklumat.

"analisis kedudukan (peratus sokongan di rancangan tanah Felda) adalah nisbah 49 -51 peratus, kita akan berusaha untuk mengubah kedudukan sehingga 50-50 InsyaAllah dalam masa dua tahun (selepas PRU-13) untuk membentuk masyarakat Felda yang celik maklumat,"jelasnya

Sehubungan itu, Anak akan terus mendesak kerajaan persekutuan bagi membangukan kehidupan sosio-ekonomi yang lebih baik kepada anak-anak Felda terutamanya peluang bagi geerasi kedua untuk memiliki tanah tapak rumah dan untuk pertanian 

"saya akan memberi perhatian bersama menggembeling seluruh generasi kedua Felda untuk mengubah sosio (ekonomi) kehidupan kita, terutamanya kita akan meneruskan perjuangkan kita untuk mendesak kerajaan persekutuan untuk membina penempatan bagi generasi kedua Felda,

"kita juga akan menekankan (soal) modal insan di kalangn generasi kedua Felda yang sekarang ini tidak dinafikan (dalam keadaan) amat parah (menghadapi) gejala sosial (termasuk) penyalahgunaan dadah yang begitu besar di tanah-tanah rancangan,"tegasnya.

Belia berkata, dengan adanya penekanan pembangunan modal insan yang dirancang dan akan dilaksanakan oleh Anak di seluruh rancangan tanah Felda, ia akan memberi kesan kepada perubahan hidup yang lebih baik kelak.

SPR Letak Jawatan Tak Memadai, Kena Penjarakan Macam Di Thailand Ini!

Posted: 28 May 2013 03:19 AM PDT


Tiga Pesuruhjaya Pilihanraya Thailand Dihukum Penjara 4 Tahun

KELAB GREENBOC

Tiga orang pesuruhjaya pilihanraya Thailand, yang dilihat sebagai sekutu rapat Perdana Menteri Thaksin Shinawatra yng menghadapi tentangan, telah dijatuhkan hukuman empat tahun penjara kerana membenarkan calon yang tidak layak untuk bertanding di dalam pilihanraya parlimen negara itu pada April lepas.

Ketiga-tiga pesuruhjaya teesebut telah didapati besalah kerana melanggar undang-undang pilihanraya dan menyalahgunakan kuasa mereka dengan membenarkan calon-calon pada pengundian 2 April untuk bertanding di dalam kawasan berasingan di dalam pengundingan pusingan kedua pada April 23. Mahkamah tertinggi negara tersebut kemudiannya membatalkan keputusan pilihanraya, dengan menyatakan bahawa ia melanggar perlembagaan.

Keputusan mahkamah tersebut merupakan satu tamparan kepada Thaksin kerana ketiga-tga pesuruhjaya pilihanraya berkenaan dikatakan sekutu rapatnya dan tindakan mereka dilihat sebagai menyebelahi perdana menteri berkenaan.

Mahkamah juga telah membatalkan hak mengundi bagi pesuruhjaya berkenaan dan menghalang apa-apa penglibatan politik selama 10 tahun.

"Pesuruhjaya Pilihanraya berkenaan telah menjalankan tugasnya dengan tidak adil," demikian mahkamah memberitahu. "Mereka didapati bersalah ... dan mahkamah memerintahkan mereka dipenjara empat tahun."

Jika mahkamah membenarkan mereka diikatjamin, pesuruhjaya-pesuruhjaya berkenaan – Vasana Puemlarp, Prinya Nakchudtree dan Virachai Naewboonnien – masih dibenarkan menjalankan tugasnya. Tidak dapat dipastikan buat masa ini samada mahkmah bercadang untuk membenarkan mereka diikatjamin.

Prinya berkata beliau dan lain-lain defenden akan merayu terhadap hukuman tersebut.

"Saya berharap mahkamah akan bermurah-hati membenarkan kami diikatjamin," tambahnya.

Beliau berkata mereka akan kekal sebagai pesuruhjaya, dan akan tewas jika Mahkamah Tertinggi juga mendapati mereka bersalah.

"Kami akan teruskan kerja kami hinnga minit terakhir," kata Prinya . "Saya tekankan bahawa kami belum bersalah... saya akan merayu simpati awam. Saya tidak melakukan apa-apa kesalahan."

Ketua parti pembangkang Thavorn Seniem, yang memfailkan tindakan undang-undang ke atas pesuruhjaya berkenaan, membantah supaya pesuruhjaya berkenaan dibenarkan ikatjamin.

"Mereka telah memperolehi kesan dari apa yang mereka lakukan... Jika mereka dibenarkan berada di luar penjara dan menyambung tugas mereka , mereka akan terus-menerus melakukan kesalahan," kata Thavor.

Thaksin membubarkan Parlimen dan memanggil pilihanraya pada 2 April , tiga tahun lebih awal dari tempohnya dalam usaha untuk menyekat gerakan protes rakyat yang menuntut perletakan jawatannya kerana rasuah dan penyalahgunaankuasa.

Partinya menang setelah ketiga-tiga parti pembangkang memboikot pilihanraya dan berjuta rakyat tidak keluar mengundi sebagai protes terhadap perdana menteri tersebut.

Pemboikotan dan protes berkenaan bermakna di dalam beberapa kawasan, pemenangnya tidak dapat ditentukan kerana ia gaga untuk mendapatkan bahagian minimum bilangan pengundi yang duitetapkan oleh undanh-undang. Keputusan tersebut telah menyebabkan parlimen gagal untuk bersidang.

Pihak Suruhanjaya Pilihanraya telah memanggil pengundian yang baru pada 23 April, dimana menyaksikan parti Rak Thai yang diketuai Thaksin menang.

Mahkamah Tertinggi Thailand telah membatalkan keputusan pilihanraya berkenaan dan memutuskan Pesuruhjaya pilihanraya meletakkan jawatannya supaya pesuruhjaya yang baruy dilantik bagi memastikan pilihanraya yang adil dapat disempurnakan pada 15 Oktober. -brne.ws/terjemahan bebas:GB

Ulasan GB

Demikianlah hukum kebenaran dan keadilan berjalan. Yang bersalah tetap akan terima padahnya.

Kes di atas berlaku semasa Thaksin menjadi perdana menteri di Thailand sekitar tahun 2006.

Seperti ia bakal berlaku di negara kita juga malah di Malaysia kesalahan Suruhanjaya Pilihanraya lebih dasyat lagi, dakwat tak kekal, pengundi hantu, padam lampu, proses kiraan meragukan, peti undi ditemui di belukar dan berbagai-bagai kesalahan lain lagi yang telah dikesan.

Jka Mahkamah Thailand telah menjatuhkan hukuman ke atas pesuruhjaya pilihanraya negara tersebut, kita berharap keputusan yang sama nanti berlaku di negara kita. Biar terkencet ketiga-ketiga, pesuruhjaya, timbalan dan setiausaha membacanya dan boleh buat persediaan untuk tinggal di penjara.

Selepas itu, barulah PM Malaysia terima nasibnya sama seperti bekas PM Thailand yang bernama Thaksin itu.

Dah banyak kali GB pesan, jangan main-main dengan hukum kebenaran dan keadilan yang universal itu. Islam menyebutnya sebagai "sunnatullah" dan Allah menyatakan kamu tidak dapat melihat perubahan pada sunatullah itu!

Yang demikian adalah menurut "Sunnatullah" (undang-undang peraturan Allah yang telah lalu) dan engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang perubahan bagi "Sunnatullah" itu. - Al-Ahzab 62

Yang bersalah PASTI akan terima hukumanNya, tak kira besar mana pun pangkat kamu di dunia ini.

Putrajaya hanya mempunyai ruang untuk agenda sendiri, bukan kepentingan sempit

Posted: 28 May 2013 03:16 AM PDT

ANALISIS,— Lebih dari tiga minggu dengan mandat baru, pentadbiran Najib hanya mempunyai sedikit ruang untuk menyediakan agenda sendiri atau membenarkan polisi mereka dikawal oleh sekumpulan kecil berhaluan kanan.

Walaupun Datuk Seri Najib Razak memulakan kerajaannya dengan konsep 1 Malaysia empat tahun lalu, beliau masih belum menggariskan keutamaan pentadbiran beliau selepas memenangi majoriti kecil dalam pilihan raya umum 5 Mei berbanding daripada Pilihan Raya 2008.

Kumpulan sayap kanan Perkasa sudahpun mendesak untuk sasaran kuota Bumiputera 60 peratus dan kuota kemasukan ke universiti, sekali ganda dari kuota 30 peratus sekarang, kerana peningkatan sokongan Melayu dalam pilihan raya.

Akan tetapi apakah sesebuah kerajaan itu terus bergerak ke kanan dan memberikan ganjaran kepada satu komuniti, atau meneruskan polisi 1 Malaysia yang menjanjikan lebih untuk semua berbanding kurang untuk sesetengah pihak?

Beberapa pemimpin Barat telah menghubungi Najib untuk mengucapkan tahniah kerana menang pilihan raya dan menggalakkannya untuk meneruskan reformasinya.

"Beliau telah digalakkan untuk meneruskan reformasi," kata seorang diplomat Barat kepada The Malaysian Insider dan menambah akan ada lawtan tergesa-gesa bulan depan untuk mengukuhkan program itu.
Akan tetapi suara untuk menggalakkan perdana menteri keenam negara untuk meneruskan Model Ekonomi Baru (NEM) tidak begitu kuat di Malaysia di mana keputusan pilihan raya menjadikan keadaan lebih perkauman.

"Kerajaan seharusnya berterima kasih kepada Melayu," tambah timbalan presiden Perkasa Datuk Abd Rahman Abu Bakar merujuk kepada keputusan Pilihan Raya 2013 menunjukkan kemenangan lebih besar kepada Umno.

Beliau mengatakan, Barisan Nasional (BN) telah mendapat peningkatan sokongan daripada pengundi Melayu dalam pilihan raya umum 5 Mei, menyatakan Umno mendapat 88 daripada 133 kerusi Parlimen gabungan pemerintah itu, meningkat berbanding 79 kerusi dari 140 dimenangi BN pada Pilihan Raya 2008.

"Kita tidak meminta sesuatu yang tidak realistik," kata timbalan presiden Perkasa itu.

Beberapa jam selepas pilihan raya tamat dan keputusan masih belum habis diumumkan, BN telah menyalahkan kelemahan mereka kepada "tsunami Cina" kerana mereka menang lebih banyak di kawasan pedalaman berbanding kawasan bandar, dimana majoriti penduduknya adalah Cina.

Akan tetapi, perindustrian pesat dan perbandaran sejak tahun 1970-an telah menyebabkan penghijrahan dari kawasan luar bandar dengan lebih ramai orang Melayu di pekan dan bandar-bandar, dan mereka juga tidak mengundi BN.

Antara kes contoh di Shah Alam, Selangor dimana calon PAS Khalid Samad mempertahankan kerusinya dengan majoriti lebih besar berbanding naib presiden Perkasa Datuk Zulkifli Noordin yang bertanding di atas tiket BN dalam Pilihan Raya 2013.

Beberapa analisis awal juga mendedahkan selain daripada kehilangan undi Cina, BN juga kehilangan sebahagian undi Melayu di kubu mereka dan tempat lahir Johor, Kelantan, Selangor dan Terengganu.

Akan tetapi tuntutan Perkasa meningkatkan kuota kaum akan menyebabkan kesukaran usaha Najib untuk melakukan reformasi dan menamatkan polisi berdasarkan kaum bagi menjadikan Malaysia sebagai negara maju pada 2020.

Ia juga akan menjejaskan pelaburan luar terutamanya perjanjian perdagangan bebas di mana Putrajaya ditekan untuk menamatkan polisi afirmatif.

Akan tetapi Najib memantapkan pasukan ekonominya dengan membawa masuk bekas Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Berhad Datuk Seri Abdul Wahid Omar sebagai menteri unit perancangan ekonomi (EPU) untuk menggantikan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang tidak bertanding pilihan raya.

Beliau juga mengekalkan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai menteri pendidikan dan menambah Datuk Seri Idris Jusoh sebagai menteri pendidikan kedua yang kini menguruskan portfolio pendidikan tinggi.

Semua mata tertumpu kepada arah polisi dalam kedua-dua ekonomi dan pendidikan dan desakan Perkasa dan kumpulan serpihan lain akan mengurangkan lagi asas sokongan BN dalam pilihan raya akan datang.
Dan menukar menjadi satu lagi kitaran ganas menggalakkan tindakan selanjutnya untuk kepentingan komunal.

Putrajaya perlu bertindak sekarang di persimpangan jalan, sama ada untuk pergi ke jalan kepentingan sempit atau membiarkan pai yang lebih besar untuk dikongsi bersama oleh semua rakyat Malaysia

Tiada Langat 2 Tanpa Penstrukturan Semula Industri Air

Posted: 28 May 2013 03:12 AM PDT


Miter_air_Syabas

SHAH ALAM : Kerajaan Negeri akan terus mempertahankan pendirian bahawa projek Loji Langat 2 hanya boleh diteruskan dengan penstrukturan semula industri air Selangor.

Mantan Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar memberi amaran kepada Kerajaan Persekutuan supaya tidak memaksa pembinaan projek itu tanpa persetujuan Kerajaan Selangor.

"Kita ingin memberi amaran kepada (Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air) Datuk Seri Mahdzir Khalid agar tidak terus "langgar" (bulldozer) pembinaan Loji Langat 2 tanpa kebenaran dan kelulusan Kerajaan Negeri.

"Hak terhadap tanah dan pengurusan air adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri seperti diperuntukan oleh Perlembagaan.

"Perlanggaran hak ini oleh Kerajaan Persekutuan akan menjadi 'precedent'.

"Bagaimana Kerajaan Pusat mengamalkan diskriminasi dan "membuli" sebuah Kerajaan Negeri akan mecemarkan sistem Federalisme … " katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mahdzhir yang dipetik akhbar tempatan menyatakan Kerajaan Pusat bersedia meneruskan perbincangan mengenai isu air di Lembah Klang, Kuala Lumpur dan Putrajaya bersama Kerajaan Negeri.

Justeru itu, Dr Xavier berkata, Kerajaan Selangor mengalu-alukan kesediaan Kerajaan Persekutuan untuk terus mencari penyelesaian berkenaan isu itu.

"Kerajaan Selangor mengalu-alukan kesediaan Kerajaan Persekutuan mengadakan perbincangan tetapi ianya harus mengambil kira 'roh' dan semangat Akta Perkhidmatan Industri Air (WSIA 2006)."

Jelas Dr Xavier, perbincangan itu penting bagi mengambalikan urusan rawatan dan pengedaran air dapat dikembalikan kepada Kerajaan Negeri.

Sebelum ini, beberapa siri perbincangan bersama mantan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin serta beberapa pegawai Kementerian gagal mencapai persetujuan bersama.

Dr Xavier mendakwa Peter serta pegawai kementerian dilihat lebih cenderong menyebelahi Syabas, syarikat swasta yang diberi kuasa mengendalikan penyaliran air.

Malah, tawaran sebanyak RM 9.65 bilion oleh Kerajaan Negeri untuk mengambilalih Syabas dan tiga syarikat swasta air juga ditolak.

Keadaan bertambah buruk apabila Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta beberapa pemimpin Umno-BN Selangor seperti Datuk Seri Noh Omar dan Datuk Ir Mohd Zain Mohamed menentang proses pengambil alihan ini.

"Kita ingin tegaskan bahawa kelewatan pembinaan Loji Langat 2 ini akan hanya menyebabkan 'kerugian yang besar' kepada syarikat-syarikat kroni yang berlegar disekeliling pemimpin-pemimpin UMNO.

"Dan semua "cerita-cerita" tentang krisis air yang digembar-gemburkan media Umno-BN sejak kebelakangan ini merupakan 'rekaan' untuk memberi tekanan kepada Kerajaan Negeri agar segera meluluskan Langat 2," ujarnya yang juga Adun Sri Andalas.

Pemimpin MCA tolak perjanjian Matang, cadangkan penangguhan EGM untuk selamatkan ahli parti

Posted: 28 May 2013 03:06 AM PDT

KUALA LUMPUR,— Pemimpin MCA hari ini menyatakan bantahan keras mereka terhadap kemungkinan perjanjian tidak adil oleh Matang Holdings Bhd, mengatakan kepentingan pemegang saham syarikat berkait MCA itu harus dipertahankan.

Menurut Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai bersama-sama dengan pemimpin kanan parti lain, mereka juga mencadangkan agar mesyuarat tergempar (EGM) Matang dibatalkan Jumaat ini.

"Kita dengan tegas mendesak EGM Matang Holding yang ditetapkan pada 31 Mei dibatalkan," kata Liow dalam satu sidang akhbar di sini, merujuk kepada mesyuarat dimana pemegang saham akan mengundi cadangan Matang untuk pengambilalihan berbalik firma elektronik tersenarai Scope Industries Bhd.

Pemegang terbesar saham Matang, syarikat milik MCA Huaren Holdings dengan saham kawalan 10.75 peratus, sementara dikalangan 19,984 pemegang saham minoriti dikatakan ahli MCA Johor dan sekutunya yang membeli saham pada 1981 dan telah membantu mengumpulkan RM50 juta.

Di bawah perjanjian RTO, Matang perlu memindahkan RM25 juta dalam bentuk tunai dan asset lain berjumlah berjuta sebagai pertukaran kepada saham Matang.

Akan tetapi Liow mengatakan Huaren milik MCA tidak boleh mengundi berkenaan cadangan RTO kerana ia melibatkan pelupusan aset parti.

Sebarang pelupusan ast parti mesti dibenarkan oleh sekurang-kurangnya dua pertiga daripada 42 ahli jawatankuasa pusat (CC), kata Liow dengan naib presiden Datuk Chor Chee Heung mengatakan ianya termaktub dalam seksyen 146 perlembagaan parti.

"Walau bagaimanapun, Bendahari Agung MCA tidak membentangkan cadangan kepada CC atau mendapatkan kebenaran," kata Liow.

Beliau menekankan syarat-syarat perjanjian "berat sebelah" dan "tidak menguntungkan" di mana pemegang saham Matang tidak akan dapat untuk melupuskan saham mereka selama empat tahun, sebelum berkata lembaga pengarah syarikat tidak menjelaskan perjanjian itu kepada mereka.

"Oleh itu, kami berpendapat Huaren Holdings, pemegang saham utama Matang Holdings, tidak harus mengabaikan kepentingan para pemegang saham minoriti. Tanpa kebenaran daripada parti, pemegang amanah Huaren Holdings tidak sepatutnya menggunakan hak mengundi mereka. Jika terdapat mana-mana pelanggaran, individu-individu yang berkaitan perlu bertanggungjawab sepenuhnya."

Liow mengatakan, Huaren seharusnya melihat kepada yang terbaik bagi pemegang saham minoriti.

"Gagal melakukan ini MCA akan mengecewakan ahlinya, terutamanya yang setia bersama saham Matang Holding lebih daripada 30 tahun. Ini boleh menjejaskan parti yang telah dihukum dalam pilihan raya umum baru-baru ini," kata Liow, dengan pandangan disokong oleh Ahli Jawatankuasa Pusat MCA.

Dalam sidang akhbar itu, Ketua Pemuda MCA Datuk Wee Ka Siong yang turut hadir mengatakan beliau telah membangkitkan perkara ini dua kali dalam parti, sekali di peringkat negeri pada 19 Mei dan diperingkat pusat pada 25 Mei.

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek tidak hadir dalam sidang akhbar tersebut.

Semalam, tiga anggota Parlimen DAP telah mempersoalkan perjanjian Matang-Scope RTO, mempersoalkan sama ada ini adalah aktiviti "pelucutan asset" oleh MCA.

"MCA mesti menjawab sama ada ia telah memulakan satu usaha pelucutan aset dengan bertukar-tukar simpanan hasil titik peluh ahli-ahli biasa MCA dan rakan-rakan mereka untuk mendapatkan kedudukan kewangan elit politik dan kroni mereka," kata Liew Chin Tong, Tan Hong Pin dan Liow Cai Tung dari DAP dalam satu kenyataan bersama semalam.

Di bawah perjanjian pengambilalihan berbalik, sebuah syarikat swasta melangkau proses tawaran awam permulaan (IPO) untuk menjadi sebuah syarikat disenaraikan dengan mengambil alih syarikat-syarikat yang sudah ada di pasaran saham.

Ini berbeza dengan pengambilalihan biasa, dimana syarikat tersenarai lebih besar mengambil alih kawalan syarikat swasta lebih kecil dengan membeli saham.

Polis Terengganu sudah ambil keterangan beberapa individu berhubung perhimpunan

Posted: 28 May 2013 03:04 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA TERENGGANU— Polis Terengganu telah merakamkan percakapan beberapa individu termasuk pemimpin pembangkang bagi membantu siasatan berhubung penganjuran perhimpunan di Kuala Ibai, Khamis lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP K. Manoharan berkata siasatan lanjut berhubung perhimpunan anjuran pembangkang di sini bagi membantah keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sedang giat dijalankan.

Selepas selesai siasatan mengikut Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012, kes ini akan dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan susulan, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Khamis lalu puluhan ribu rakyat Terengganu majoritinya anak muda membanjiri Markas PAS Kuala Ibai sempena Himpunan Blackout 505 bagi membantah keputusan PRU13.

Antara pimpinan Pakatan Rakyat yang hadir dan berucap ialah Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Naib Presiden PAS merangkap Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor, Husam Musa. — Bernama

BN sebagai satu parti masih akan dipimpin Melayu, kata Ku Nan

Posted: 28 May 2013 03:03 AM PDT

TERKINI

oleh Boo Su-Lyn

 

KUALA LUMPUR, — Barisan Nasional (BN) masih lagi akan dipimpin oleh Melayu walaupun dijadikan sebagai satu parti kerana sokongan majoriti Melayu, kata Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Perdana menteri dan pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak telah mengatakan pada Ahad gabungan pemerintah itu perlu adaptasi perubahan dalam lanskap politik untuk kekal relevan, menegaskan strategi sebelum ini tidak semestinya "resipi yang sesuai untuk masa depan."

"Secara logiknya, melihat kepada struktur masyarakat, secara logiknya, sukar untuk sesiapapun untuk memimpin parti jika bukan Bumiputera," kata Tengku Adnan (gambar) kepada The Malaysian Insider semalam.

"Mungkin kita boleh mempunyai satu presiden, dua atau tiga timbalan presiden. Ini adalah perkara yang sedang kita fikirkan," tambah beliau.

Pemangku presiden Gerakan Datuk Chang Ko Youn mengatakan BN perlu mempertimbangkan untuk menggugurkan syarat kaum untuk menyertai gabungan berkenaan, sebaliknya menerima keahlian terus tanpa berdasarkan warna kulit.

"Sebagai parti tunggal BN, jika ia dilaksanakan, kita mungkin boleh tarik undi kumpulan muda," katanya, dan menambah, BN perlukan imej dan model baru dalam politik.

BN hanya menang 133 daripada 222 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya 2013, kurang daripada 140 yang mereka menang dalam Pilihan Raya 2008, oleh kerana pengundi bandar dan kelas menengah menolak gabungan itu, membenarkan Pakatan Rakyat (PR) untuk memenangi undi popular dan mempertahankan Selangor dan Pulau Pinang — dua negeri paling maju di Malaysia.

Kali terakhir BN kehilangan undi popular adalah pada tahun 1969 apabila mereka bertanding sebagai Perikatan yang terdiri daripada parti berasaskan kaum Umno, MCA dan MIC yang mewakili komuniti Melayu, Cina dan India dalam negara majoriti Melayu.

Pengasas Umno Datuk Onn Jaafar telah menggesa agar keahlian parti itu dibuka kepada semua rakyat Malaysia dan Umno dinamakan semula sebagai "United Malayan National Organisation" dalam percubaan untuk menamatkan politik berasaskan kaum.

Walau bagaimanapun, kebanyakkan ahli Umno menolak idea Onn dan oleh kerana marah dengan perkara itu, beliau meletakkan jawatan sebagai presiden parti. Parti Perikatan kemudiannya ditubuhkan pada tahun 1952.

Pengarah Strategi MIC S. Vell Paari mengatakan semalam sudah sampai masanya untuk bergerak dari pengasingan kaum dan ketidaksamaan.

"Politik komunal telah berakhir," kata Vell Paari kepada The Malaysian Insider.

"Mungkin sudah sampai masanya untuk menambah jumlah timbalan perdana menteri — mungkin beri satu ke Sabah, satu untuk India, satu untuk Cina. Hampir kesemua jawatan tertinggi BN didominasi oleh satu parti," tambah beliau, merujuk kepada Umno.

Pengerusi BN dan timbalan pengerusi, Najib dan Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga perdana menteri dan timbalan perdana menteri datang dari Umno.

Vell Paari mengatakan satu parti BN akan menjamin tiada komuniti akan ketinggalan dalam pembangunan negara, tetapi menegaskan semua komuniti perlu mempunyai suara yang sama dalam parti berbanding "sindrom abang besar, adik kecil" sekarang.

Apabila ditanya adakah bukan Melayu boleh memimpin BN dan menjadi perdana menteri, beliau mengatakan: "Dalam 15 tahun akan datang, siapa tahu?"

"Tiada siapa yang memikirkan rakyat Amerika berketurunan Afrika boleh menjadi presiden Amerika," kata Vell Paari merujuk kepada Barack Obama.

Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong mengatakan "sudah sampai masanya untuk mencuba kemungkinan" satu parti berbilang kaum BN tetapi menambah, secara umumnya, rakyat Malaysia masih lagi berfikir dalam rangka kaum.

"Anda harus mempunyai ideologi bersama jika mahu semua kaum bersama. Apa cara sekalipun, lakukannya. Sama ada anda akan mempunyai 100 peratus yang berfikir di luar rangka kaum, saya tidak pasti," kata Wee kepada The Malaysian Insider.

"Anda boleh katakan ini masalah rakyat Malaysia," tambah beliau.

Isu Blackout 505 PRU13 : SPR Malaysia Tuntut Laporan Polis Daripada Anda Semua. Mana? Mana?

Posted: 28 May 2013 02:58 AM PDT

Staff Berita Semasa

Kalau kami mendengar petikan laporan berita ini, bunyinya seperti datang daripada seorang pemimpin politik. Iyalah, biasalah kita dengar selama ini kalangan pemimpin politik ada semacam "denial syndrome" dalam diri mereka apabila dicampakkan sesuatu isu ke arah mereka dan cepat-cepat mereka menafikannya contohnya ……………ataupun …………..

Tetapi karakter seperti ini tidak hanya ada kepada kalangan pemimpin politik hari ini sahaja, tetapi juga…..

Tetapi juga kepada pemimpin tertinggi SPR. Contohnya :

  • Dakwat kekal, cepat-cepat menafikan dan ianya sememangnya tidak boleh tanggal sedangkan realitinya tidak sampai tempoh 24 jam…..

Terbaru, Datuk Wan Ahmad Wan Omar meneruskan momentum penafiannya melibatkan isu blackout. Apa katanya seperti apa yang disampaikan laporan berita Sinar Harian?

  1. Petugas SPR yang mengira kertas undi tidak memakai baju SPR
  2. Terdapat ramai pemberita dan jurugambar berada di dalam tempat pengiraan undi sedangkan hakikatnya tidak ada sesiapa yang boleh berada di tempat tersebut melainkan petugas SPR dan ejen calon.
  3. Dulang yang digunakan untuk meletak kertas undi juga bukan dulang SPR, bahan dan saiznya berbeza
  4. Sehingga kini tiada sebarang laporan polis dibuat berkaitan dakwaan lampu padam dan itu membuktikan bahawa ia ternyata fitnah pembohongan yang direka-reka dan tidak berasas.
Sumber : Sinar Harian

Berdasarkan jawatan pemimpin SPR, gambar yang di atas yang cukup popular berlegar di Internet terutamanya di media sosial & juga blog di mana kesahihannya? Adakah ini propaganda & mainan pihak-pihak tertentu? Dan kejadian Blackout ini berlaku di mana?

Apabila ditanya ada yang menjawab kejadian Blackout ini berlaku di mana? Masing tarik muka diam seribu bahasa. Tetapi ada juga yang menjawab ianya berlaku :

  • ada jawab di Bentong
  • ada jawab di Gelang Patah
  • ada jawab di Lembah Pantai

Ringkasan Jawapan SPR Malaysia VS Isu Blackout 505 PRU13?

Cuma melihatkan jawapan SPR, membuatkan kami tertanya-tanya :
  1. Adakah petugas dalam gambar tersebut benar-benar baju yang dipakainya bukan baju SPR? Baju warna kelabu, ada lambang SPR di dada belah kiri bukan baju petugas SPR? 
  2. Erm….ramai pemberita & jurugambar berada di dalam tempat pengiraan undi? Kepada Datuk Wan Ahmad, boleh tunjukkan kepada kami   yang mana satu jurugambar, yang mana satu pemberita? Berapa ramai? Adakah sekadar memegang telefon berkamera (ada kemudahan lampu) sudah dicop jurugambar?
  3. Dan yang ketiganya, bukankah itu dulang yang digunakan untuk kira undi. Ada tampal sticker "RAGU, "DITOLAK", bendera PAS, dan dua lagi tidak jelas. Kedudukan susunannya memang adalah menegak menghadap ejen undi. Di sebelah tepi ada lambang SPR. Jadi, di mana silapnya?
  4. Tidak silap kami, tag ungu adalah ejen undi daripada parti-parti yang bertanding, yang tag kuning adalah kerani SPR
  5. Bagi kami jikalau tempat mengundi mana yang mengalami blackout yang dipersoalkan itu logik lah juga…
Isu Blackout Pilihanraya

TNB ada bagi kenyataan sebelum ini dan disahkan oleh Pengerusi SPR menerusi siaran langsung di radio IKIM.FM pada jam 5.15pm, di slot Momentum: Pasca PRU 1 seingat kami pada 22 Mei 2013 (Hari Rabu) :

  • tiada kejadian blackout di mana mana pusat pengundian/kiraan undi yang disahkan juga oleh TNB. Bermakna jika berlaku juga kejadian blackout, bukanlah disebabkan ketidakcekapan TNB tetapi ada tangan ghaib yang melakukannya. Siapa? Entah….
Dan Datuk Wan ada mengatakan tiada laporan polis dibuat mengenai tragedi blackout ini. Tidak ada…..Jadi laporan apa yang di bawah ini?

Gambar Laporan Polis : Isu Blackout PRU13?

Bagi kami ini semua bukan isu siapa yang patut menang, siapa yang patut kalah. Cuma harapan besar rakyat Malaysia sepertimana kami semua amanahkan kepada SPR Malaysia supaya menjalankan dan menangani sebarang proses sebelum, semasa dan selepas Pilihanraya dnegan telus dan jujur tanpa menyebelahi mana-mana pihak.

SPR Malaysia sepatutnya menyiasat dengan cara berlapang dada dan teliti, bukannya terus menafikannya secara bukat-bulat. Rakyat terus memerhatikan prestasi anda ketika ini. 

Apa pandangan anda pula?

PRU13 terbit wajah hodoh kuasawan Melayu Umno

Posted: 27 May 2013 10:40 PM PDT

KUALA LUMPUR: Hasil Pilihan raya Umum Ke-13 (PRU13) baru-baru ini sesungguhnya menerbitkan warna-warna hodoh yang tersembunyi selama ini di dalam benak kalangan pemimpin dan kuasawan Melayu Umno.
"Begitu jelaslah mereka ini menganggap mereka sahajalah yang layak memerintah negara ini. Pada zahirnya, mereka ini seolah-olah mahu akan demokrasi tetapi batinnya tidak  demikian," ujar Ketua Gerakan Intelektual Rakyat (Gatera), Dr. Shaharir Mohamad Zain (gambar) dalam satu kenyataan.

Katanya, sekalipun pilihan Raya Umum (PRU) diadakan hampir setiap 5 tahun, namun pada masa yang sama mereka ini, sang "politikus" ini, akan melakukan apa sahaja cara di luar kerukunan demokrasi itu sendiri seperti menjadikan media sebagai alat propaganda politik berat sebelah, menyalah-gunakan konsep menanam budi di musim pilihan raya,  sehingga boleh ditafsir sebagai usaha merasuah secara halus, dan menggerrimander (melakukan persempadanan pengundian secara tidak adil) dan menyunglap atau bermain silap mata dengan kaedah PRU bagi memastikan kemenangannya.

Dalam keadaan apapun, ujar beliau mereka yang berjaya mengalahkannya atau menyebabkan kurang undi kemenangannya akan dicap dengan label-label buruk, didenda atau dicerca dengan pelbagai kaedah, secara langsung atau tidak langsung.

Justeru, tambahnya negeri yang diperintah oleh parti lawannya akan didera dengan pelbagai caranya, dan mereka yang dikenal pasti telah tidak memilihnya di mana jua pun akan diberi layanan yang tidak sama dengan mereka yang diketahui telah menyokongnya.

Nampaknya, kata beliau budaya dendam kesumat ini sudah semakin berkuku dalam sistem politik tanah air.

"Hal keadaan sebegini kelihatan sangat menjolok sekali berlaku dengan jeleknya dan kejinya selepas PRU13 kerana sokongan yang diraih oleh parti yang selama ini begitu angkuh jelas begitu merosot pencapaiannya sehingga tinggal hanya sekitar 47% sahaja rakyat yang menyokong parti pemerintah Pusat, Barisan Nasional (BN); bahkan ada pula negeri yang diperintah oleh parti sang kuasawan itu  memperoleh undi hanya sekitar 44% sahaja," ujarnya lagi.

Baginya, jelaslah sang kuasawan itu langsung tidak boleh mengakui atau tidak mahu menerima hakikat bahawa rakyat sudah tidak mahu lagi diperintah oleh parti yang hilang kredibiliti walaupun telah memerintah sejak 50-an tahun dahulu.

Menurut beliau lagi, pemimpin-pemimpin parti yang kehilangan integriti ini tidak boleh dan tidak mahu menerima kuasa rakyat dalam sesebuah negara yang mengamalkan demokrasi.

Oleh kerana itulah, kata beliau hasil pilihan raya PRU13 telah ditafsirkannya sebagai mengikut kehendak gelagat  hawa nafsu cauvinis sempit Melayu yang mudah melemparkan tohmah dengan menghina, memperbodoh, dan mempersalahkan kalangan rakyat yang selama ini dianggapnya wajib menyokongnya walaupun atas sebab-sebab yang juga menjurus kepada perkauman.

"Dengan melihat apa yang telah dan sedang berlaku di tanah air, Gatera berasa terpanggil untuk menyedarkan para pemimpin besar atau kecil itu agar menginsafi persoalan, apakah rasionalnya kita menghabiskan tenaga secara besar-besaran dan wang beratus juta ringgit untuk mengadakan pilihan raya jikalau para "politikus" yang berkuasa itu terus-menerus berpendirian tidak mahu atau tidak redha bila-bila masa pun untuk rakyat memilih calon pemimpin yang lebih bersih, lebih berintegriti dan yang peka terhadap keperluan rakyat dan kepentingan negara melalui saluran demokrasi yang ada menerusi pilihan raya yang bebas?" kata beliau.

Beliau berkata, Gatera dengan ini ingin mengajak rakyat semua kaum di Malaysia ini supaya bertindak waras dengan tidak mengikuti atau terperangkap dalam gejolak serakah para pemimpin politik, institusi, atau BBK yang telah berseronok-seronok dalam syurga-loka nafsu kekuasaannya selama ini.

Kini, ujarnya mereka yang setelah diuji oleh badai kebangkitan kesedaran rakyat, wajiblah insaf bahawa demi kepentingan negara dan bangsa Malaysia, mereka haruslah berubah untuk memperbaiki diri agar keunggulan akhlak yang bersih, kesungguhan mengamalkan keadilan dan sifat amanah, adalah tanggungjawab yang utama kepada rakyat, dan bahawa kuasa yang dipegang itu adalah dari rakyat dan untuk rakyat.

"Gatera berasa lebih-lebih terpanggil lagi untuk menyatakan kerusuhan hati  terhadap mereka yang mencipta pelbagai ungkapan perkauman yang akan memperburuk lagi suasana hubungan kaum dalam masyarakat majmuk seperti di Malaysia yang memerlukan pemupukan dan galakan pada setiap masa demi mewujudkan kesejahteraan rakyat dan negara Malaysia," katanya.

Turun harga kereta: Janji dicapati lagi?

Posted: 27 May 2013 10:35 PM PDT

Janji manifesto Umno-BN untuk menurunkan harga kereta antara 20-30 peratus harga kenderaan bakal menjadi janji dicapati. Hal ini kerana, pengumuman oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed bahawa pengurangan harga kereta akan dibuat secara berperingkat sehingga 2017.

Saya berpendapat, hakikat sebenarnya ialah tiada penurunan harga kereta. Namun demi menyejukkan dan memujuk rakyat pengumuman ini terpaksa dibuat. Pelbagai alasan direka bagi melambat-lambatkan penurunan tersebut. Padahal mereka tiada kesungguhan untuk menurunkannya. Mahu seribu daya, tidak mahu seribu dalih.

Saya juga sangsi dengan kenyataan menteri tersebut yang menyebut bahawa sejak Oktober tahun lepas, harga 10 model kereta popular di negara ini telah menurun secara purata 7.3 peratus – kereta jenis apa? kenapa hanya 10 model sahaja? Bagaimana dengan model-model lain?

Sila senaraikan untuk tatapan rakyat! Jangan sekadar menyebut secara umum sahaja.

Lagi satu, kerajaan mestilah menurunkan kadar faedah bagi pinjaman membeli kereta terpakai. Hal ini kerana, harga kereta terpakai tidak jauh bezanya dengan kereta baru akibat kadar faedah yang tinggi.

Akhirnya, jika Umno-BN benar-benar ingin mendahulukan rakyat, tidak perlulah tunggu sehingga 2017 untuk menurunkan 30 peratus cukai kenderaan. Buktikan bahawa janji-janji anda ditepati, bukan dicapati.

Mary Yap: Tak jadi masalah tak pandai bahasa Cina

Posted: 27 May 2013 10:32 PM PDT

 

Timbalan Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi Datuk Mary Yap Kain Ching berkata tidak menjadi masalah baginya untuk menangani isu pendidikan Cina walaupun beliau tidak fasih berbahasa Cina.

Menurutnya, walaupun tidak pandai membaca dan bertutur dalam bahasa tersebut, beliau kini dibantu seorang pegawai yang akan memberitahu apa yang dilaporkan dalam akhbar bahasa Cina.

"Itu bukan isu. Saya pandai berbahasa Melayu dan Inggeris. Saya boleh baca dan bercakap dalam dua bahasa ini.

"Saya juga ada pegawai untuk bantu saya yang akan beri nasihat dan bacakan surat khabar Cina dan beritahu apa yang dilaporkan.

"Ada ramai pemimpin di dunia yang tak fasih berbahasa Inggeris tapi disebabkan ada pasukan yang kuat, mereka boleh bimbing negara dengan begitu berkesan," katanya.

Bercakap dalam sidang media selepas merasmikan Persidangan Pendidikan Digital Asia di ibu negara hari ini, Yap turut ditanya sama ada beliau dilantik untuk mewakili kaum Cina dalam jemaah menteri.

MP Tawau itu berpendapat, beliau tidak mewakili kaum Cina tetapi wakil kepada rakyat Malaysia.

"Saya telah bekerja di bawah kementerian pelajaran hampir 36 tahun dan telah berjumpa dengan pelbagai kaum, guru, pengetua dan sebagainya.

"Saya tak lihat diri sebagai mewakili orang Cina tetapi sebagai orang Malaysia. Inilah unjuran daripada 1Malaysia. Tapi bila cakap mengenai pendidikan Cina, ia merupakan sebahagian daripada tugas saya untuk menyelesaikannya," katanya lagi.

Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Hua Zong) sebelum ini menimbulkan mengenai komposisi dalam senarai anggota kabinet yang didakwa tidak banyak membariskan wakil daripada kaum Cina dalam untuk menyelesaikan masalah mereka.

Persatuan itu juga membangkitkan mengenai menteri yang mewakili kaum tersebut tetapi tidak dapat bertutur dengan bahasa Cina dengan baik.

ADUN: Pertandingan badminton jauh lebih adil

Posted: 27 May 2013 10:29 PM PDT

ULASAN Semalam Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Malaysia (Perkasa), Zulkifli Noordin dalam tulisan di Utusan Malaysia bertajuk 'Mitos undi popular PRU-13' telah menggunakan pertandingan badminton untuk menyangkal dakwaan Pakatan Rakyat tentang ketidakadilan sistem 'first-past-the-post' dalam pilihan raya di negara ini.

Beliau telah menghasilkan tulisan seperti yang berikut dan saya memetik:

"Bayangkan dalam pertandingan akhir badminton Piala All-Malaysia di mana Datuk Seri Najib Tun Razak menentang Anwar, keputusannya seperti berikut:
1. Set 1 - Najib 21 Anwar 19;
2. Set 2 - Anwar 21 Najib 03;
3. Set 3 - Najib 21 Anwar 19.

"Apabila pengadil mengumumkan Najib menang dengan 2-1, Anwar tiba-tiba bangkit melalak mendakwa dia patut menang kerana mendapat 59 poin atau 57% daripada jumlah keseluruhan point pertandingan (sebanyak 104); sedangkan Najib hanya mendapat 45 point atau 43% daripada keseluruhan point pertandingan!"

Tulisan ini mencerminkan kejahilan Zulkifli Noordin tentang ketidakadilan sistem politik Malaysia.

Saya terkejut kerana Zulkifli Noordin tergamak menggunakan pertandingan badminton sebagai tolok perbandingan. Memang itu peraturan pertandingan badminton tetapi adakah Zulkifli Noordin tahu bahawa pengadil dalam permainan badminton perlu berlaku adil dan saksama? Adakah beliau juga tahu bahawa kedua-dua pihak yang bertanding dalam pertandingan badminton sebenarnya bermain dalam gelanggang yang sama rata dan adil (level playing field)?

Sistem pilihan raya Malaysia telah kehilangan kedua-dua aspek yang sangat penting ini untuk memelihara keadilan dan kebebasan perjalanan pilihan raya. Memang Malaysia menggunakan cara 'first-past-the-post' seperti United Kingdom, tetapi masalah di Malaysia ialah perbezaan saiz sesuatu kawasan parlimen berbanding dengan sebuah yang lain adalah terlalu besar.

Contohnya ialah kawasan parlimen Hulu Selangor yang mempunyai lebih 80,000 orang pengundi sementara kawasan parlimen Sungai Besar dan Sabak Bernam hanya separuh daripada Hulu Selangor biarpun kesemua kerusi ini terletak di kawasan luar bandar.

Selain itu, Pakatan juga tidak diberi akses yang adil dan saksama oleh media aliran utama, khususnya media cetak, stesyen televisyen dan radio berbahasa Malaysia dan Inggeris. Ini menjadikan Pakatan menghadapi masalah untuk menyampaikan dasar-dasarnya kepada masyarakat luar bandar yang rata-ratanya bergantung kepada media cetak untuk mendapatkan maklumat tentang pilihan raya. Tidak perlu disebut pula masalah politik wang, pengundi-pengundi hantu dan masalah-masalah lain yang telah dan akan dibangkitkan oleh calon tertentu dalam petisyen pilihan raya mereka.

Bagaimanakah keadaan yang senget dan berat sebelah ini boleh dibandingkan dengan pertandingan badminton yang mempunyai peraturan yang jauh lebih adil? Barangkali hanya Zulkifli Noordin sahaja yang mempunyai jawapannya yang tersendiri sedangkan kebanyakan rakyat Malaysia masih tidak menerima bagaimana BN boleh memerintah Malaysia dengan hanya 47% undi sedangkan 51% pengundi telah memilih Pakatan.

LAU WENG SAN ialah ADUN Kampung Tunku.

'Pengurangan harga kereta berperingkat hingga 2017'

Posted: 27 May 2013 10:25 PM PDT

 

Kadar pengurangan harga kereta akan dibuat secara berperingkat-peringkat sehingga 2017, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Katanya, bersandarkan manifesto kerajaan yang telah dibuat pada pilihan raya umum lalu, kerajaan telah berjanji akan mengurangkan harga kereta antara 20 hingga 30 peratus dalam tempoh lima tahun.

NONE"Malah, sejak Oktober tahun lepas, harga 10 model kereta popular di negara ini telah menurun secara purata 7.3 peratus," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementerian dan agensi-agensi di bawahnya di Kuala Lumpur hari ini.

Perhimpunan bulanan ini merupakan perhimpunan pertama diadakan bersama pucuk pimpinan baharu selepas pelantikan Kabinet 2013.

Beliau berkata pengurangan harga itu adalah hasil proses pasaran yang mana terdapat peningkatan kecekapan dan persaingan di kalangan pemain industri automotif.

Menurutnya, usaha pengurangan harga kereta haruslah dilaksanakan secara berhemah dan tersusun supaya ia tidak menjejaskan pertumbuhan industri dan peluang pekerjaan yang sedia ada bagi sektor industri terbabit dan berkaitan.

"Oleh itu, kami juga telah melakukan perbincangan dengan syarikat-syarikat pembuat kereta dan mereka juga sedar tentang Rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas atau FTA yang bakal dilaksanakan serta faedah-faedah yang akan diperkenal kepada pengguna," katanya.

Mustapa berkata pemain industri kini perlu bersedia meningkatkan daya saing dan pengeluaran mereka, sesuai dengan iklim persaingan yang semakin hebat di Malaysia dan luar negara.

Beliau turut menjelaskan bahawa selain usaha menurunkan harga kereta di pasaran tempatan, kerajaan juga melihat keseimbangan lain seperti mengurangkan kesesakan lalu lintas dengan inisiatif pembinaan pengangkutan awam yang lebih cekap.-Bernama

ALHUSSEYN

Posted: 28 May 2013 03:05 PM PDT

Kusyuk mendengar pengalaman dari sahabat 
yang sedang beransur pulih...


Selepas aku dan beberapa rakan membuat laporan polis mengenai penipuan dakwat kekal yang tidak kekal itu, Kami telah pergi ke Pusat Rawatan Ipoh Specialist kat Jalan Tambun tu.Aku akan cerita pasal buat laporan polis tu petang nanti.....insya'Allah.Korang tunggulah, jangan pergi kemana....(pesanan penaja tuh!)

Malam dah agak lewat.Jam menunjukan 10.00 malam.Aku cakap kat kawan-kawan, mana boleh masuk! Tapi dia orang tu degil, cakap boleh!

O.K lah ~ kami pun naik lift sampai tingkat 3 dan terus menuju ke ward 3B.Kebetulan ada pelawat dari dalam yang nak keluar, maka pintu pun terbukalah.

Kami pun cpat-cepat meluru masuk ke dalam, tetapi adalah misi sorang tu cakap kat kami, "Encik, masa melawat dah habis, tak boleh masuk..." Dia beritahu kami dan kemudian dia cakap sesuatu dengan sekuriti yang ada kat situ.

Ada ramai pakgad dalam tu.Ada lebih kurang 10 kalau tak silap.Aku pun tak hitung satu persatu, cumanya ruang tu penuh dengan pak gad berbaju biru macam warna PKR tu!

Seorang pakgad mendapatkan aku dan cakap baik-baik dengan aku."Masa dah habis encik.Waktu melawat antara jam 4.00 ptg ke 8.00 malam," terangnya dengan baik dan lembut.

Kesian, sorang mereka ni  pernah disalah sangka 
sebagai pengundi hantu dari Bangla...

"Aku cuba merayu dengan mengatakan, ada sahabat yang datang jauh dari Bangla datang nak jumpa kawan...." 

"Maaf, tak boleh encik...." pakgad tu tetap bertegas.

OK! OK" kitaorang pun angkat kaki sebab tak mahu nak mengeras.Kalau begitu peraturannya di situ, kenalah kita ikut. Kami bercadang akan datang lagi pada keesokan harinya sahaja.

"Aku dah cakap tadi, tapi korang degil!" Aku mengingatkan sahabat-sahabat akan kata-kata aku awal tadi...Diaorang berjalan tunduk tak angkat muka dan aku terasa seronok kerana apa yang aku cakap itu benar-benar terjadi!

"Tulah, degil lagi cakap ketua! Tak nak wala'! Kih!3 Aku ketawakan mereka.

Tiba-tiba tercegat dihadapan kami seorang sahabat. Engko kerja ker malam ni? Aku tanya. "On duty malam ni, nak buat macam man dah kerja..." jawabnya sambil bersalam.

"Datang buat apa?" Tanyanya. "Nak tengok si Fadhil tu, tapi diaorang tak bagi kami masuk!" masing-masing kami buka cerita dan mengadu kepadanya.

Dia melihat jam dilengannya, "Eh , boleh....jom saya bawa...." tiba-tiba sahabat ni menawarkan peluang kedua kepada kami.

Apa lagi suka sangatlah kami.Aku pun ikut jauh-jauh dari belakang.Dalam hati aku, kalau kena halau lagi, taklah menebal muka aku ni!

Anak-anak si Fadhil ~ setia menunggu bersama 

ayahnya yang sedang terlantar di hospital

Sahabat tu terus menuju pintu ward dan masuk ke dalam.Kami menunggu di luar.Kemudian dia muncul di pintu dan mengajak kami semua masuk. Aku enggan pada mulanya, hinggalah seorang pakgad kat dalam tu minta maaf kat aku.

"Maafkan kami, encik, kami silap faham tadi...."

"Tak apa, tak apa.." balas ku sambil melangkah cepat-cepat masuk. Kawan-kawan tadi dah berada dalam bilik 174.

Bila aku masuk,rakan-rakan  semua pakat suka.Barulah kami tahu, kenapa kami dilarang masuk sebelum ini." Diaorang ingat Cikgu tu wartawan, sebab itu diaorang takut dan tak bagi masuk!" terang sahabat yang 'on duty' malam tu sambil tersenyum.

"Diaorang tengok Cikgu dengan kamera, menggelabahlah diaorang semua...." Sahabat tu bercerita.

Menurut sahabat itu, ada seorang anak VIP Umno yang sedang menerima rawatan di situ.Budak muda itu baru balik ngaji di Mesir. Budak tu terlalu stress dan tak dapat mengawal emosinya. Tapi selalu juga keluarkan ayat-ayat ...katanya lagi.

"Mungkin budak ni dah mengaji dan mengerti agama. Dia menyedari cara hidup ayahnya itu bertentangan dengan agama , maka dia menerima tekanan dalaman kerana tidak sehaluan dengan jiwanya yang terdidik dengan agama" aku cuba menjelaskan kepada rakan-rakan ku.

Terlintas dibenak fikiranku, agaknya bilalah pula giliran calon Umno yang menang kat Manjoi tu akan singgah berehat di sini......takkanlah dia boleh tenteram dengan keadaan yang begitu bertentangan dengan ilmu dan aliran tarbiyyah haraki yang ada pada dirinya itu? Tuhan sahaja yang akan menentukannya.

Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik melainkan balasan yang baik juga?~ Ar-Rahman: 60. Maka begitu jugalah bagi amalan yang jahat....pasti Allah yang Maha Berkuasa akan membalas dengan kejahata yang setimpal juga....

Tiba-tiba kami dengar jeritan yang kuat di luar bilik.Agak kelam kabut berlaku di luar bilik.

"Dialah tu...dia tengah mengamuk... Jangan keluar," sahabat itu memberitahu kami, tapi dia pula yang pergi keluar...adalah tugas dia tu.

Barulah kami tahu kenapa begitu ramai pakgad berada kat ward 3b ni tadi...dan pasal apa kami tidak dibenarkan masuk tadi.

Rupa-rupanya mereka takut cerita pasal anak VIP Umno yang dirawat kat situ terkeluar....Aku sangkut kamera pun depa sangka aku ni wartawan! Kik!3

VIP tu tak keluar bilik pun.Kalau dia keluar, tentu dia kenal aku sebab dia pun asal dari Sungai Rokam dan biasa juga lepak-lepak kat Manjoi di rumah kosong dulu....

Tatkala kami menuju ke parkir kereta, kami terserempak lagi dengan  pakgad tadi.

"Maaf kami ya encik diatas kekeliruan kami tadi..." dia menyatakan rasa kesalnya. "Tak apa...saya jawab....biasalah..." dan kami pun pergi melunsur pergi mencari kedai makan kerana perut kami dah keroncongan...

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Program Jejak Ukhuwwah Bulan Barokah 1434 H DUN Kota

Posted: 27 May 2013 07:40 PM PDT




Program JEJAK UKHUWWAH BULAN BAROKAH 1434 H peringkat DUN Kota dalam kawasan parlimen Rembau adalah bertujuan untuk membantu golongan yang memerlukan sepanjang 3 bulan yang diberkati serta menjelang bulan Ramadhan yang penuh barokah.

Program ini bermula pada bulan Rejab, Syaaban hinggalah ke akhir Ramadhan sejajar dengan hadith berkaitan dengan doa apabila masuknya bulan yang diberkati ini iaitu : "Ya Allah, berkatkanlah kami (limpahkanlah kasih sayang kepada kami) dalam bulan Rajab dan Sya'ban; dan temukanlah kami dengan bulan Ramadan."

Sehubungan dengan itu PAS DUN Kota memberi peluang kepada orang ramai yang berkemampuan untuk menambahkan amal kebajikan melalui ibadah sedekah terutamanya sepanjang bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan ini.

Golongan sasaran yang akan menerima bantuan ini adalah terdiri daripada golongan fakir miskin , ibu-ibu tunggal, anak-anak yatim , isteri-isteri yang ditinggalkan suami tanpa nafkah serta mereka yang memerlukan bantuan di sekitar DUN Kota.

Mereka yang ingin memberikan sumbangan boleh dalam bentuk kewangan , bahan makanan yang tahan lama seperti beras, tepung, minyak masak, gula, susu tin, biskut , sardin dan sebagainya.

Sumbangan pakaian serta kasut yang baru sempena sambutan Idil Fitri juga adalah amat dialu-alukan.

Kepada mereka yang ingin menyumbang bolehlah menghubungi :
Hj Roni 012-2268230
Sdr Izamri 013-2124086
Rozmal 012-2267406

Sumbangan juga boleh disalurkan melalui akaun :

Nama akaun : PAS MTD DUN KOTA
Bank Islam Malaysia Berhad , No Akaun : 05-021-02-011755-8 ,

atau :
Maybank , No Akaun 155126945930
CIMB , No Akaun 05020693061526

Program ini telah berjalan sejak beberapa tahun yang lalu. Koleksi gambar-gambar sumbangan kepada golongan yang memerlukan sebelum ini di http://pas-n28-kota.blogspot.com/2013/05/program-jejak-ukhuwwah-bulan-barokah.html

Sumbangan barangan keperluan adalah seperti berikut :

1. Garam ( 1peket)
2. Gula (1 kilo)
3. Tepung (1 kilo)
4. Biskut lemak (1 peket)
5. Susu tin (1 tin)
6. Teh (1 peket)
7. Kopi (1 peket)
8. Kicap ( 1 botol)
9. Minyak masak /kelapa (1 peket)
10. Beras (5 atau 10 kilo)

Anggaran kos barangan untuk satu keluarga ialah RM80

*****************
Doa mohon diberkati pada bulan Rejab, Syaaban dan ditemukan dengan Ramadhan

Dari Anas bin Malik r.a. berkata, bahwa Rasulullah saw. apabila masuk bulan Rajab selalu berdoa, "Allahuma bariklana fii rajab wa sya'ban, wa balighna ramadan."

Ertinya: Ya Allah, berkatkanlah kami (limpahkanlah kasih sayang kepada kami) dalam bulan Rajab dan Sya'ban; dan temukanlah kami dengan bulan Ramadan.
(HR. Ahmad dan Tabrani)

Pengikut