Khamis, 11 April 2013

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Kerabu Bersuara ®

Posted: 11 Apr 2013 03:30 PM PDT

http://sphotos-e.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/305979_4509030445493_1054191183_n.jpghttp://sphotos-h.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/552774_4509120527745_837786746_n.jpg

Sidang media pertama Datuk Husam mengulas kenyataan Tengku Adnan yg mengatakan beliau akan menang 2/3 undi, Datuk mengataka sesiapa shj calon BN adalah hebat dan dia tidak berhajat untuk bertembung dgn tokoh hebat BN ini.....dia cuma mahu membicarakan masalah dasar mengapa rakyat perlu membuat perubahan dan mengapa perlu Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya.

Jadual Program esok (Jumaat 12hb. April, 2013 M bersamaan 1 Jamadilakhir, 1434 H)

1. Solat Subuh di Putrajaya

2. Sarapan pagi bersama penyokong dan penduduk Putrajaya

3. Walkabout di sekitar Putrajaya

4. Solat Jumaat di Masjid Putrajaya, bersebelahan Jabatan Perdana Menteri.

Detail akan dikemaskini kemudian.

Kota dan Peradaban Islam - Tazkirah Siri 1 Calon P-125 Putrajaya (Haji Husam Musa)

Ketika seorang ulama pejuang terkenal Moroco hendak meletakkan batu asas Kota Fez - Maulana Idris - berdoa bersama pengikutnya seperti berikut;

"Ya Tuhanku! Engkau amat mengetahui aku membinakan kota ini bukan untuk dipuji dan berbangga kepada selain-Mu, tidak juga kerana kepura-puraan, keangkuhan dan rasa besar diri.

Melainkan niatku untuk penduduknya sentiasa mengabdikan diri hanya kepada-Mu, hukum dan panduan-Mu menjadi batas sempadan serta kandungan Al-Qur'an dan Sunnah Nabi-Mu dijunjung, selagi mana bumi ini masih wujud.

Ya Ilahi! Bantulah pendudukanya melakukan sesuatu yang benar dan pandulah mereka melaksanakan tugas mereka sebagai hambaMu.

Ya Ilahi! Lindungilah mereka dari kejahatan apa jua, limpahkan mereka dengan anugerah yang tak terhitung dan jauhkan mereka dari pedang musuh.

Engkau Maha Berkuasa atas segala sesuatu."

Fez - masih wujud hingga kini. Sesiapa yang pernah berkunjung ke sana akan merasa ta'jub dengan keindahan susun atur bandarnya. Keindahan dalaman rumah penghuninya lengkap dengan taman dan ruang santai keluarga, sangat menarik dan indah. Pancuran air telah digunakan untuk mewujudkan ketenangan dan kedamaian penghuni kotanya.

John Anthony Burgess Wilson, Novelis British yang pernah menetap di Malaysia termasuk di Kota Bharu, pengarang antara lain novel seperti: Time for a Tiger, The Enemy in the Blanket , Beds in the East, The Malayan Trilogy yang kemudiannya diterbitkan dalam satu jilid dengan judul "The Long Day Wanes", "The Right to an Answer" (1960), "The Doctor is Sick" (1960) dan belasan novel yang lain menyebut: Islam adalah satu-satunya agama Kota.

Hujjah beliau - Nabi Muhammad s.a.w dilahir dan berjuang di Kota Mekah. Ketika baginda berhijrah, destinasi pilihan baginda masih sebuah kota - Kota Yathrib yang kemudiannya dinamakan Kota Madinah.

Selain Rasulullah s.a.w, Nabi Yusuf a.s berhijrah dari kehidupan kampung di Palestin menuju ibu kota peradaban dunia di masa itu, Memphes di Mesir.

Nabi Musa a.s pula dititahkan oleh Allah untuk memasuki kota Baitul Maqdis.

Al-Qur'an menggelarkan Kota Mekah sebagai Ibu Kota Dunia - Ummul Qura. Dua kali - kalimah Ummul Qura muncul di dalam Al-Qur'an iaitu pada ayat 92 Surah Al An'am dan ayat 7 Surah As Syu'ara.

Mekah - sebagai ibu kota dunia, dulu, kini dan akan datang. Apa perbezaan Kota Mekah sebelum Nabi s.a.w datang 'membuka' Kota ini selepas hijrah Baginda ke Kota Madinah dan sebelumnya?

Ubudiyyah dan Uluhiyyah kepada Allah!

Ka'abah sedia tersergam ketika Jahiliyyah masih berkuasa di situ. Sebagai pusat ibadat ia juga menjadi pusat pelancongan dan perdagangan serentak.

Nabi tidak datang meruntuhkan bangunan dan kota yang ada. Nabi s.a.w mengisinya dengan pengisian pengEsaan kepada Allah dan pengabdian penduduknya hanya kepada Nya. Mentadbir kuasa pemerentahan berasaskan Islam adalah termasuk dalam ubudiyyah itu.

Sejak itu, ratusan kota bertukar wajah dan pengisian di pelbagai belahan dunia. Namun, kota-kota ini kekal sebagai kota metropolitan yang termaju pada zaman mereka masing-masing, dengan penduduk pelbagai ragam, warna, keturunan dan agama hidup dengan aman dan harmoni di bawah keadilan, kesaksamaan dan nilai kemanusiaan tahap tinggi.

Manusia dan kemanusian sentiasa menjadi keutamaan tertinggi. Ubudiyyah kepada Allah - itulah yang membezakan kota Islam dalam tamadun dengan kota yang lain.

Keutamaan kepada manusia dan kemanusian - Baik kehidupan fizikal seperti kediaman, infra awam, taman dan landskap. Mahu pun ciri lain seperti keselamatan, kecerian, kejiranan, intelektual, seni dan budaya.

Menyanjung Tinggi Nilai Nilai Baik, Memandang Hina Nilai Nilai Buruk. Tidak ada pemerasan - baik di bidang perdagangan dan kegiatan ekonomi mahu pun peluang terbuka berasaskan kelayakan dan keperluan di segenap bidang.Tidak ada penindasan - melainkan kesaksamaan,

Cintakan ilmu, dialog, kuliah, diskusi dan percaya dengan kebebasan berfikir yang tidak dikongkong dan dihalang. Citra minda dan daya fikir mencapai puncak. Pada masa yang sama, masjid dan surau dipenuhi dengan mereka yang bersujud dan mengumandangkan bacaan ayat-ayat suci, doa dan munajat.

Kembali kita ke Putrajaya.

Di mana Putrajaya di peta dunia?

Disebalik perbelanjaan yang mungkin telah mencecah RM30 bilion (sewaktu saya di Parlimen dulu Dewan diberitahu peruntukan asas adalah RM22 bilion), sejauh mana kedudukan Putrajaya berbanding kota dunia yang lain?

Mengikut laman web World's Most Liveble Cities, dari 25 kota besar utama yang dikira paling selesa didiami, Putrajaya belum tersenarai.

Antara ciri bandar terbaik dunia adalah seperti berikut;

1: Keselamatan
2: Reakreasi
3: Budaya
4: Pendidikan
5: Keusahawanan
6: Alam sekitar
7: Pengangkutan Awam
8: Ekonomi/Kos hidup
9: Kediaman
10: Kesihatan
11: International Connectivity
12: Cuaca
13: Toleransi
14: Arkitektur
15: Polisi positif pemerentah

Mari kita menilai semula permasalahan yang ada di Putrajaya. Sebahagiannya telah lama disungutkan tetapi kerana sikap dingin pihak tertentu, ia tinggal menjadi masalah.

Isu-isu ini saya kutip sekilas saya diumumkan sebagai calon Pakatan Rakyat di Putrajaya. Masalah sebenar warga Putrajaya mungkin lebihh serius dan lebih besar lagi.

- Saya sedia mendengar -

Hanya kumpulan gred profesional sahaja disediakan parking dan kumpulan bawahan diminta menaiki bas Nadi Putra yg mungkin salah satu perjanjian kroni.

- kos parking bagi kakitangan sokongan / pegawai muda yg tidak diperuntukkan parking lot di bangunan Kerajaan adalah terlampau tinggi dan membebankan. Hasilnya parking lot berbayar yang dibina PJH terbiar kosong seperti projek gajah putih. Namun malangnya pula, bila kakitangan tersebut meletakkan kenderaan di kawasan tidak berbayar yang 'tidak direstui' PPj seperti di bahu2 jalan selalunya berakhir dengan tindakan saman oleh PPj / JPJ / Polis Trafik. Bilangan parking di apartment2 juga sangat mengecewakan.

- kos perumahan yang terlampau tinggi yang menyebabkan hanya pegawai-pegawai berjawatan tinggi memiliki rumah di Putrajaya.

- aktiviti2 usrah / keagamaan di Masjid Putrajaya / Masjid Tuanku Mizan sangat2 mengecewakan. Tak padan jumlah makmum berbanding saiz masjid.

- premis-premis komersil dijual dengan kadar yang terlampau tinggi. Ini menyebabkan kadar sewa bulanan yang terpaksa dibayar oleh peniaga adalah sangat-sangat tinggi dan mereka terpaksa meninggikan harga jualan barangan mereka dan ini meningkatkan kos kehidupan penghuni Putrajaya.

- kurangnya pusat2 yang menawarkan pendidikan Islam kepada anak-anak. Kesannya, mungkin tahap pemahaman/penghayatan Islam di kalangan anak2 di Putrajaya di masa depan membimbangkan keluarga.

- sistem pengangkutan awam yg kurang efektif.. w/pun bilangan bas di sini adalah mencukupi, namun laluan bas ditetapkan tanpa membuat kajian menyeluruh terhadap keperluan pengguna2 - perlu lebihkan route bas yang masuk terus ke kawasan2 bangunan Kerajaan khususnya di Parcel C, D dan E (kebiasaan bas berhenti di luar kawasan Parcel.. kurang mesra pengguna sbb pengguna terpaksa berjalan kaki & lebih susah kalau waktu hujan)

- kebanjiran pekerja asing menyebabkan persepsi penduduk ke atas tahap keselamatan di Putrajaya merosot.

- kualiti air yang kurang memuaskan.. kotor, berkeladak & bahaya utk kesihatan.

- perlu wujudkan persekitaran / peluang utk penduduk tempatan menambahkan pendapatan

- hubungan sosial di kalangan penduduk Putrajaya amat mendukacitakan. Perlu lebih kreatif dalam menghasilkan aktiviti2 kekeluargaan yg lebih santai & boleh eratkan kemesraan & kepedulian di antara ahli komuniti (aktiviti2 sedia ada lebih berteraskan hiburan).Taman-taman yang indah di sekitar Putrajaya ( Taman Perdana, Taman Pancarona, Taman Wetland dan Taman Botani tidak dimanfaatkan untuk menceriakan lagi kegidupan sosial warga PutraJaya)

- ketiadaan bengkel2 kereta beroperasi, tiada bengkel khas / one stop center yg menawarkan semua pakej repair di Ptrajaya sedangkan kawasan perindustrian ringan di Presint 15 boleh dimanfaatkan.

Sebagai akhirnya, saya perturunkan satu dua ayat-ayat Al-Qur'an sekitar 'Al-Qura' untuk renungan kita semua.

Kesimpulan yang kita boleh ambil dari ayat-ayat ini ialah Peringatan Allah bahawa kedududukan sesuatu bergantung kepada penduduknya. Samada;

Mereka beriman dan bertaqwa - mereka akan dirahmati dan dilimpahkan kurnia yang lebih baik

Mereka durhaka, lalai dan engkar - mereka akan dibinasakan.

Maksudnya: "Yang demikian (kedatangan Rasul-rasul itu ialah), kerana Tuhanmu tidak membinasakan negeri-negeri secara zalim sedang penduduknya leka lalai." - (Al-An'aam 6:131)

Maksudnya: "Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan." - (Al-A'raaf 7:96)

Maksudnya: "Patutkah penduduk negeri negeri itu (bersedap hati) serta merasa aman daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada malam hari, semasa mereka sedang tidur?" - (Al-A'raaf 7:97)

Maksudnya: "Yang demikian, ialah sebahagian dari khabar berita penduduk negeri-negeri (yang telah dibinasakan), kami ceritakan perihalnya kepadamu (wahai Muhammad). Di antaranya ada yang masih wujud (sisanya yang dapat disaksikan), dan ada pula yang telah hancur lebur (dan hilang lenyap)." - (Hud 11:100)

Maksudnya: "Dan - di antara tempat tinggal mereka (di negeri Yaman) dengan bandar-bandar (di daerah negeri Syam) yang Kami limpahkan berkat kepadanya (dengan kemakmuran), - Kami adakan beberapa buah bandar yang jelas kelihatan (kepada orang-orang yang melalui jalan itu), dan Kami tentukan jarak perjalanan di antaranya (sekadar yang dapat dijadikan tempat-tempat persinggahan), (serta dikatakan kepada mereka): " Berjalanlah kamu di bandar-bandar itu pada bila-bila masa yang kamu suka, malam dan siang, dalam keadaan yang aman". - (Saba' 34:18)

Wallahu'alam. Sekian.

- Haji Husam Musa

SIASAH

Posted: 11 Apr 2013 03:20 PM PDT

Kredibiliti Suruhanjaya Pilihan Raya, SPR, terus diserang Pakatan Rakyat dan pertubuhan Bersih 2.0, sekutu gabungan pembangkang persekutuan menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.

Pilihan raya umum yang dijadual pada 5 Mei nanti dilihat sebagai peluang terbaik untuk gabungan PR memenangi kuasa di peringkat persekutuan dan menguasai Putrajaya.

PR walau bagaimanapun terus berkempen menjejaskan kredibiliti SPR yang mengendalikan pilihan raya, dalam satu usaha yang dilihat sebagai persediaan untuk membina sokongan massa bagi tujuan memprotes keputusan pilihan raya yang diragui nanti.

Satu petanda terkini persediaan kempen ini ialah ceramah pada malam hari pembubaran Dewan Rakyat pada 3 April lalu, yang diadakan di Gombak anjuran PAS Kawasan Bukit Bintang, bertajuk Tipu Pilihan Raya - Turun Jalan Raya, menampilkan tokoh penting mobilisasi massa, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, aktivis berhaluan kiri Hishamuddin Rais dan aktivis Bersih, Maria Chin Abdullah.

Sentimen protes ini telah dibina sejak badan gabungan Bersih ditubuhkan pada 2007, dan ditingkatkan lagi menjelang Pilihan Raya Umum ke-13, dengan protes besar kali terakhir diadakan Januari lalu.

Sebelum itu, pengerusi Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan mempersoalkan kredibiliti SPR sambil menegaskan kebimbangan berlaku keganasan dalam pilihan raya umum nanti, dalam satu kenyataan terbaharu Bersih mempersoal SPR menjelang pilihan raya. 

SPR sentiasa dipersoalkan integritinya oleh pemimpin-pemimpin PR dalam kempen bersepadu sejak selepas pilihan raya yang lalu, seperti didakwa menjadi alat parti pemerintah dan menjadi ahli Umno.

Pilihan raya umum kali ini merupakan peluang terbaik untuk PR menjatuhkan Barisan Nasional, yang walau bagaimanapun bergantung kepada kekuatan dan momentum yang telah dibina sejak beberapa tahun lalu.

Protes besar-besaran pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti sekiranya berlaku mempunyai potensi untuk menjatuhkan BN, sekiranya segala strategi dan keadaan yang diperlukan dipenuhi.

Kenyataan mengajak mengubah rejim pernah dibuat oleh sasterawan yang juga aktivis Bersih dan penyokong PR, Datuk A Samad Said, yang dalam satu kenyataan menegaskan sudah tiba masa untuk rakyat melakukan perubahan rejim, selepas lebih 50 tahun parti pemerintah sedia ada memegang tampuk kuasa.

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


PAKATAN PILIHAN ANAK MUDA : JOM UBAH !

Posted: 10 Apr 2013 08:52 PM PDT

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


MEDIA Rakyat MALAYSIA

Posted: 11 Apr 2013 03:50 AM PDT

MEDIA Rakyat MALAYSIA


MANIFESTO PAKATAN HARAPAN RAKYAT NEGERI PERAK DI LANCAR PADA 15 APRIL, HOTEL RIVERFRONT IPOH~ SEMUA CALON BERTANDING AKAN DIISYTIHARKAN

Posted: 11 Apr 2013 12:56 AM PDT

KOLOMPO DI LANDA BANJIR KILAT PETANG TADI

Posted: 10 Apr 2013 11:28 AM PDT

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang

Posted: 10 Apr 2013 11:40 PM PDT

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang


Penamaan Calon dan Hari Pengundian

Posted: 10 Apr 2013 02:51 AM PDT

SPR telah mengumumkan bahawa hari penamaan calun untuk PRU 13 adalah Sabtu 20hb April. Manakala hari pengundian pula adalah Ahad 5hb Mei 2013.

Untuk membantu kempen PakatanRakyat di Subang atau untuk sumbangan dana, sila layari:   sivarasa.com

Polis kena siasat peranan Omar & nama2 terlibat rancang fitnah liwat

Posted: 10 Apr 2013 02:45 AM PDT


(Oleh Aedi Asri)

KUALA LUMPUR 10 APRIL: Polis digesa menyiasat peranan bekas pegawai khas Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Omar Abu Bakar dalam rancangan fitnah liwat 1 ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim dan nama-nama yang terlibat seperti disebut beliau.
Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Datuk Johari Abdul menggesa siasatan itu merujuk pengakuan Omar pada ceramah di Petaling Jaya Ahad lalu bahawa beliau berperanan secara langsung dalam konspirasi itu.
daim-mahathirDalam ceramah itu, Omar turut menamakan tokoh lain yang terlibat iaitu setiausaha politik Mahathir, Tan Sri Aziz Shamsuddin, bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin dan Umi Hafilda Ali, selain mantan Perdana Menteri itu sendiri.


"Dia (Omar) sebut dengan jelas (nama yang terlibat). Mereka harus dipanggil untuk siasatan, dan kalau ada kes yang jelas, perlu didakwa," kata Johari yang akan mempertahankan kerusi Parlimen Sungai Petani pada PRU 13.
Pengakuan Omar sekali lagi menggagalkan strategi Umno BN memfitnah moral Anwar, selepas bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim melakukan perkara sama 8 Mac lalu.
"Perumpamaan Inggeris ada mengatakan 'truth will ultimately prevails' (kebenaran akhirnya menang).
"Mereka rasa bersalah tengok Anwar menderita. Mereka (terdorong) lihat rakyat bangkit melawan kezaliman tanpa rasa takut. Ini menunjukkan petanda awal Pakatan Rakyat akan melangkah ke Putrajaya," kata Johari kepadaKeadilan Daily. – NS
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=49820

Haniza Talha - Landscaping New Politics

Posted: 10 Apr 2013 09:36 PM PDT

Haniza Talha - Landscaping New Politics


APA BN DAH BUAT DI TAMAN MEDAN!!!!!

Posted: 10 Apr 2013 07:45 PM PDT


Tanganmu adalah Harapan Rakyat.

Posted: 10 Apr 2013 07:42 PM PDT


Ini kalilah!!

Posted: 10 Apr 2013 04:40 AM PDT

mengundi


Anwar Ibrahim

Posted: 10 Apr 2013 08:01 PM PDT

Anwar Ibrahim


Makluman Pindaan Program Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Sabah

Posted: 10 Apr 2013 02:29 PM PDT

Jelajah Pakatan Harapan Rakyat & Pengumuman Calon PKR
Oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim – SABAH

12 April 2013 (Jumaat)
1) 12.30 ptg – Solat Jumaat Di Masjid Kapayan, Kota Kinabalu

2) 3.00 ptg – Ceramah Pakatan Harapan Rakyat Sabah

Lokasi: Kampong Kawang, Jalan Papar Lama, Papar
3) 7.30 mlm – Ceramah Perdana Pakatan Harapan Rakyat Sabah

Lokasi: Kampong Sembirai, Kota Belud
Barisan Penceramah:
i. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

ii. YBhg Tamrin Jaini

iii. YB Dato' Seri Panglima Lajim Ukin

iv. YB Dato' Seri Panglima Wilfred Bumburing

v. Lt. Jeneral (B) Abdul Ghafir Abdul Hamid

vi. YB Zuraida Kamaruddin

vii. YB Senator Maijol Mahap

viii. YBhg Tan Sri Ibrahim Menuddin

ix. YBhg Yahya Lampong

x. YBhg Jimmy Wong

xi. Ustaz Aminuddin Aling

13 April 2013 (Sabtu)

8.30 Pagi – Sidang Media Pengumuman Calon PKR Sabah
Hyatt Regency Hotel, Kota Kinabalu

Anwar Umum Khalid Ibrahim di Bandar Tun Razak, Dr Tan Kee Kwong di Wangsa Maju

Posted: 10 Apr 2013 01:37 PM PDT

KeadilanDaily

Khalid_Ibrahim

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Tan Sri Khalid Ibrahim mewakili KEADILAN

mempertahankan Parlimen P124 Bandar Tun Razak.

"Orang seperti ini boleh diamanah menjaga wang dan kerajaan negeri Selangor. Jadi, kita perlu khidmat dia. Saya mahu dia jadi calon Bandar Tun Razak.

"Kalian boleh bangga sekiranya dia mewakili kita di Bandar Tun Razak," kata Anwar pada ceramah 'Jelajah Pakatan Harapan Rakyat & Pengumuman Calon Wilayah Persekutuan' di Padang Bolasepak Jalan Jujur, Bandar Tun Razak, malam tadi.

Pada pilihan raya umum ke-12, Khalid mengalahkan calon BN dari MCA, Datuk Tan Chai Ho dengan majoriti 2,515 undi.

DrTan

Sementara itu, penyelaras KEADILAN Wangsa Maju, Datuk Dr Tan Kee Kwong diumum sebagai calon di P116 Wangsa Maju.

Beliau yang merupakan bekas Timbalan Menteri Tanah & Pembangunan Koperasi antara paling lantang memperjuangkan isu Felda.

"Dia ada rekod kesungguhan. Suara dia paling keras dan tegas mempertahankan nasib peneroka Melayu Felda," kata Anwar disambut tepukan hadirin.

Manakala Ketua Staf Pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ibrahim Yaacob dicalonkan semula di Parlimen P118 Setiawangsa.

Ibrahim_Yaacob

Ibrahim, graduan Kewangan dari Wesley College, Perth dan Curtin University merupakan sukarelawan di pejabat Anwar sejak enam tahu lalu.

Turut diumumkan dua penyandang untuk mempertahankan parlimen dimenangi KEADILAN di Wilayah Persekutuan pada pilihan raya umum ke-12, iaitu Nurul Izzah di Lembah Pantai dan Tian Chua (Batu).

Jelajah Pakatan Harapan Rakyat & Pengumuman Calon PKR Oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim – SELANGOR

Posted: 10 Apr 2013 03:06 AM PDT

14 April 2013 (Ahad)

8.30 – 12.00 malam

Lokasi: Padang Awam AU 2, Keramat

Barisan Penceramah:
i. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

ii. YAB Tan Sri Khalid Ibrahim

iii. YB Azmin Ali

iv. YB Zuraida Kamaruddin

v. YB Lee Hoy Sian

vi. YB Xavier Jayakumar

PRESS STATEMENT: A Youth Partnership Initiative For Malaysia’s Future

Posted: 10 Apr 2013 03:04 AM PDT

Our Youth; Our Future for a Better Malaysia

The 13th General Elections will see 2.3 million out of 13.3 million Malaysians coming out to vote for the first time.  Malaysia is a young country with more than half of all citizens under the age of 30.

Malaysian youth are therefore big stakeholders in this country. They must be taken seriously and respectfully as partners in the building of this country.

We need to completely reform the way we engage our youth and Keadilan reiterates the offer of a Youth Partnership Initiative. The YPI is a roadmap for energising and engaging youth in the democratic governance so that together we build a Better Malaysia for All Malaysians.

Politics

·       Lowering the Voting Age and Automatic Voter Registration

Malaysian youth must have a political voice. The young deserve to have the right to choose their leaders. Respect begins by making sure the young can vote. By lowering the voting age to 18, we will be allowing youth to participate and be represented in Malaysia's democratic processes.

Over the past few decades developing democracies of the world have shifted from the voting age of 21 to 18. Thais, Filipinos and Myanmar can vote at 18. Indonesians can vote at 17. Now it should be Malaysia's turn.

For 56 years the Barisan Nasional has feared, talked down, indoctrinated and restricted our youth in schools, universities and colleges. Everything has been done to ensure that they cannot think for themselves and are compliant. This will change when they are given a political voice.

At the moment, young people are being registered without their knowledge. Automatic voter registration will ensure that youth are included in the democratic process. But first electoral rolls must be thoroughly cleaned so that they are fully representative and credible.

·       Empowerment: Campus Elections Managed by Students

KEADILAN commits that campus elections of student leaders will be conducted free of the restrictions and blatant manipulation by the authorities that we have seen. Young people should be allowed to make decisions on, and take responsibility for, how they are organized and who represents them in these centres of learning. This will prepare them for the future.
Education & Employment

·       PTPTN  Free Education

Every Malaysian citizen must have equal opportunities and access to education – from pre-school right up to the tertiary level – free of charge. Our nation is rich in natural resources and it is imperative that we invest in our people. Our revenue should be spent on enriching our young, not on enriching the pockets of politically-connected individuals in power. We must mandate a specific percentage of our natural resources-based revenues for education and work to ensure that these resources are spent on students.

·       Youth Unemployment, Underemployment and Unemployability

Youth unemployment, under-employment and unemployability impose a heavy cost to this nation. Youth unemployment stands at 11% nationally. It makes up 60 per cent of total unemployment or 6.6 times higher than the adult unemployment rate. Youth unemployment figures are much higher in East Malaysia. There are 76,000 unemployed graduates but many more who have only managed to find temporary low-paying jobs. And every year this number increases.

Years of BN neglect and complicity must be addressed and we propose substantive measures to help mitigate youth unemployment and underemployment for all, irrespective of race, religion or political persuasion.

Ø  Expanding Technical and Vocational Training

We will greatly increase the scope and effectiveness of our vocational and technical colleges and the programmes they offer. We will ensure that these programmes are not the 'neglected option' by linking them to vibrant industries both at home and abroad. We will ensure that standards of technical certification are sufficiently high so that the question of finding a job does not arise.

Ø   Expanding Re-skilling and Multi-skilling Opportunities

We will encourage re-skilling and multi-skilling by listening and responding to industry demands so as to ensure that our youth are employable. We will develop new, more flexible and effective delivery options so that downtime is limited and costs are kept down. In this way, our youth will be able to have multiple skills and be multiply productive.

Ø   Expanding Entrepreneurship

We will promote entrepreneur development in a way and on a scale that has never attempted before. We will promote an entire eco-system, from business incubation and start-ups to technology adoption and business up-scaling. We will revamp the financing system for SMEs.

Social and Community Development

·       Revamping the National Service

The National Service (PLKN) requires serious review and reform. Academic studies have found that the PLKN has had lackluster success in forging greater unity and improving moral character while lacking in safety.

Measures include:-

Ø  Realigning the program towards fostering real national unity and greater awareness on the rights and responsibilities of citizens in building a better democracy.

 

Ø  Conducting more open audits to ensure the safety, health, and security of the NS trainees. Selected and qualified members from the public will be put into a council to audit and investigate any untoward incidents that may occur.

 

Ø  Diversifying the modules to include social activism and community engagements skills.

·       Youth Participation in Decision-Making

As a stakeholder in nation building, youth participation in decision-making is a valuable and essential element.

Ø  A National Youth Advisory Council will be formed to achieve the stated purpose that will be given a real voice in government. Youth Advisory Councils elected by the youth must be mandated to be part of Federal, State and Local governments providing a platform for meaningful involvement and advocacy of youth rights and aspirations.

In short, the Malaysia of tomorrow must be forged in the hearts and minds of its youth today.

This Youth Partnership Initiative is the first, important step in the real transformation of the country. It will be a key engine to drive us towards a better Malaysia.

Nurul Izzah Anwar

Vice-President

KENYATAAN MEDIA: Tan Sri Muhyiddin Yassin Tidak Faham Struktur Cukai Kereta

Posted: 10 Apr 2013 03:03 AM PDT

Kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Pengerusi Barisan Nasional bahawa harga kereta akan turun apabila Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) dilaksanakan sepenuhnya membayangkan beliau tidak memahami struktur cukai kereta yang dilaksanakan sendiri oleh Barisan Nasional.

Sekarang pun, AFTA sudah pun dilaksanakan apabila pembelian kereta-kereta yang dikilang di ASEAN tidak dikenakan sebarang cukai import. AFTA dilaksanakan untuk menghapuskan halangan dagangan (trade barriers) dalam bentuk tarif import supaya barangan boleh bergerak bebas tanpa diskriminasi harga di dalam lingkungan pasaran besar ASEAN.

Yang menyebabkan harga kereta naik melambung adalah cukai eksais dan cukai jualan yang dikenakan dari kadar minima 85% hingga ke 115% ke atas harga asal kereta. Cukai eksais dan cukai jualan inilah yang menjadikan harga jualan kereta bertambah satu kali ganda, bukannya cukai import kerana AFTA telah pun menghapuskan cukai import ke atas kereta-kereta dari negara ASEAN.

Setiap tahun, 90% dari kereta yang dijual di Malaysia dikilang di Malaysia atau negara-negara ASEAN. Oleh yang demikian, untuk menurunkan harga kereta, dasar percukaian negara perlu ditukar dengan menghapuskan cukai eksais ke atas kereta seperti yang dicadangkan oleh KEADILAN.

Sebab itu, apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri tidak memahami faktor yang meningkatkan harga kereta sekali ganda, ini menimbulkan keraguan sama ada Barisan Nasional betul-betul ikhlas dengan janjinya untuk menurunkan harga kereta. Lebih membimbangkan, kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengaitkan penurunan harga kereta dengan pelaksanaan AFTA membayangkan bahawa janji itu hanya satu gimik politik yang tidak akan dilaksanakan oleh Barisan Nasional sekiranya menang nanti.

Makanya, saya menyeru supaya Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi penjelasan sama ada:

1. Beliau tidak faham tentang struktur percukaian negara dan tersilap membuat kenyataan apabila menyebut pelaksanaan AFTA akan menurunkan harga kereta; atau

2. Beliau tahu rancangan Barisan Nasional untuk mengaitkan janji menurunkan harga kereta dengan AFTA tetapi bukan cukai eksais, sekaligus mengesahkan bahawa Barisan Nasional tidak ikhlas untuk melaksanakan penurunan harga kereta

Saya tidak pun akan memberi sebarang maklum balas terhadap kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Pakatan Rakyatlah yang menciplak Manifesto BN. Itu satu kenyataan bertaraf kebudak-budakan yang tidak selayaknya datang dari seorang bekas menteri kanan, maka ia tidak layak untuk diambil serius oleh rakyat Malaysia.

RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi

BULETIN RAKYAT

Posted: 10 Apr 2013 11:56 AM PDT

BULETIN RAKYAT


BEKAS MB PERAK BAKAL MENJADI MB PERAK.

Posted: 10 Apr 2013 11:26 AM PDT



banjir kilat

Kelihatan kenderaan yang melalui terowong Jalan Tun Razak terpaksa melalui lorong sebelah kiri ekoran banjir kilat yang melanda ibu kota petang tadi. - Foto Bernama
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
KUALA LUMPUR - Hujan lebat selama sejam yang melanda Lembah Kelang sejak 5.30 petang, menyebabkan beberapa kawasan dilanda banjir kilat.
Antara kawasan yang terjejas termasuk Jalan Tun Razak, Jalan Parlimen, Jalan Duta, Jalan Pudu, Jalan Cheras Lama, Jalan Chan Sow Lin dan Jalan Segambut.
Jurucakap Bilik Gerakan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata hujan lebat dan banjir kilat itu menyebabkan keadaan trafik sekitar ibu negara sesak teruk di beberapa laluan utama.
"Antara jalan yang mengalami kesesakan teruk adalah Jalan Tun Razak, Jalan Duta, Jalan Mahameru, Jalan Kuching dan Lebuhraya Persekutuan," katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata sehingga kini, terdapat satu laporan membabitkan pokok tumbang di pekarangan parkir Masjid Negara dan pihak bomba serta petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sedang mengalihkan pokok berkenaan.
Katanya, tiada laporan kemalangan jiwa dilaporkan dan pemantauan kini dilakukan di beberapa kawasan yang dilanda banjir kilat.
Jurucakap itu turut menasihatkan orang ramai agar mengambil langkah berjaga-jaga dan segera melaporkan kepada pasukan keselamatan jika kawasan rumah mereka dilanda banjir kilat. - Bernama

PENAMAAN CALON PADA 20 APRIL, PENGUNDIAN PADA 5 MEI

Posted: 09 Apr 2013 08:48 PM PDT

Suru­hanjaya Pilihan Raya (SPR) setelah mengadakan mesyuarat khas menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) pada 20 April (penamaan calon) dan 5 Mei (hari pengundian).

CKGU BARD BERTANDING DI DUN SG ACHEH, NIBONG TEBAL

Posted: 09 Apr 2013 06:44 PM PDT

PULAU PINANG 10 APRIL: Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrul bakal bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Aceh pada PRU 13.
Pengumuman itu dibuat melalui kenyataan media Pengerusi KEADILAN Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman melalui emel pada jam 10.38 malam tadi.
"Sukacita saya mengumumkan KEADILAN meletakkan Badrul Hisham Shahrin atau lebih dikenali CheguBard sebagai calon kerusi Sungai Acheh.
"Parti berharap pemilihan beliau ini akan membawa perubahan kepada DUN Sungai Acheh, seterusnya memenangkan Pakatan Rakyat," kata Naib Presiden KEADILAN itu.
Sungai Acheh, satu daripada tiga DUN dalam Parlimen Nibong Tebal yang dimenangi BN melalui Datuk Mahmud Zakaria yang mengalahkan calon KEADILAN, Dr Azhar Ahmad dengan majoriti tipis iaitu 250 undi.

Anak Muda Kampung Nak Senang

Posted: 10 Apr 2013 11:20 AM PDT

Anak Muda Kampung Nak Senang


ISU-ISU TEMPATAN DAN FAKTA SEKITAR DUN CHEMBONG, PARLIMEN REMBAU

Posted: 09 Apr 2013 06:52 PM PDT




ISU PERTAMA - Tanah adat kerajaan bayar RM1.20 sekaki, tanah untuk hospital Rembau RM22.00 sekaki

ISU KEDUA - Hospital Rembau dijangka siap selepas 3 tahun tender ditutup

ISU KETIGA - UiTM Rembau, berapa pampasan tanah untuk penduduk yang terlibat dengan projek ini?

ISU KEEEMPAT - Landasan pesawat kecil dibina di Rembau, berapa pampasan tanah untuk penduduk yang terlibat dengan projek ini?

ISU KELIMA - Sekolah Menengah Agama Rembau tiada padang, Dasar 1 Murid 1 Sukan Gagal

ISU KEENAM - Pemuliharaan Bangunan Bersejarah di DUN Chembong

ISU KETUJUH - Bau busuk ganggu penduduk

FAKTA PERTAMA - ADUN N.Sembilan dari Chembong bangkitkan isu hospital Rembau sejak tahun 1952

FAKTA KEDUA - Orang Chembong dilantik sebagai Presiden Parti Negara

Ulasan penuh bergambar isu-isu di atas pada pautan berikut http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2013/04/isu-isu-tempatan-dan-fakta-sekitar-dun.html

Pengikut