bumiyang Posted: 07 Aug 2014 03:43 AM PDT |
Taipingmali (tm) Posted: 07 Aug 2014 01:26 AM PDT Seloka untuk mu yang mengaku islamik Posted: 07 Aug 2014 12:38 AM PDT Kisah AlagaPAS
Konon ada satu parti Islam Kerja poltik siang malam Tapi perjuangan semakin Kelam Pemimpin nya divideo pegang seluar dalam
Perjuangan suci mahu tegakan hukum Hukum hudud menjadi zikir Tapi dakyah nya cuma di halkum Pemimpin sendiri Kalwat tak mampu di singkir
Maka semua orang dikira sesat Jangan disoal jangan ditanya Tapi sayang teramat dasyat Orang meliwat jadi imam nya
Sebijik masjid pun tak mampu dibina Tapi disitu lah tempat nya berceramah Yang membina pula sentiasa dihina Maka terpedaya lah semua ummah
Hukum Allah mahu ditegak kan Dari dulu sampai sekarang Tapi yang kafir amat di ikutkan Entah betul entah temberang
Walaupun dah ujud sekian lama Hadis dan quran sentiasa di ucap Mengaku konon utama kan agama Tapi sampai la ni tiada kafir yang mengucap
Walaupun ceramah merata rata Yang tidak sokong tiada lah tempat Tapi sayang tak bagai dikata Yang pasti lebai nya bini empat
Sentiasa kutip wang derma Pengikut miskin lebai yang kaya Nak kena tipu berapa lama Awak susah lebai berpoya
Suruh orang mati syahid sampai mati Tak perlu mandi terus kapan Tapi ustad nya bergilir kerumah isteri Awak pulak yang kedepan
Sudah sudah la menipu umat Jangan sampai kita lumat Jangan lupa hari kiamat Di situ di bentang segala maklumat
Tak kira imam tak kira makmum Semua dikira sama rata Jangan suka asik mengelamun Tengok lah auta didepan mata | |
Kembara Politik Posted: 06 Aug 2014 11:32 PM PDT MENGAPA SEMAKIN RAMAI BUKAN MELAYU BERANI HINA ISLAM Posted: 06 Aug 2014 01:17 AM PDT | penghinaan kelvin yip |
Bulan Syawal merupakan bulan kemenangan kepada umat islam, dimana umat islam telah berjaya mengharungi dugaan ketika bulan ramadhan. Tetapi bulan kemenangan ini telah dicemari dengan penghinaan agama islam oleh orang bukan melayu. Baru sahaja kita bertakbir raya menandakan kemenangan, kita pun telah dihina. Kelvin yip telah menghina umat islam di Malaysia dengan memanggil kita bastard. Adakah kita masih tidak merasa terhina? | Cina hina islam |
| India Hina islam |
umat islam dipanggil bastard, dipanggil bodoh, dipermainkan oleh bukan islam. mereka sewenang-wenangnya mengutuk islam.
Saya lihat senario ini semakin tidak terkawal. dahulu cuma ada seorang berdua sahaja, sekarang makin banyak. mengapa mereka sudah tidak takut untuk mengutuk islam, walaupun mereka ini golongan minoriti.
pendapat saya mereka menjadi seperti ini kerana:
1. Pihak PDRM tidak mengambil tindakan yang pantas sekiranya terdapat penghinaan kepada agama islam. tunggu sehingga isu ini menjadi viral dalam media sosial baru ada tindakan yang diambil. cukup lambat untuk diambil tindakan. PDRM seolah-olah takut dengan kaum bukan melayu bertindak balas, tetapi PDRM lupa jika melayu yang bertindak balas lagi besar kesannya.
2. Wujudnya orang islam yang menyokong bukan melayu. Mereka ini kebanyakannya dalah penyokong PR, adakalanya penyokong PAS adakalanya penyokong PKR. Mereka ini akan mempertahankan orang cina, maklumla 95% undi cina kepada PR. sumber kemenangan mereka, jadi mereka sanggup menggadaikan agama islam kerana politik. Sekiranya saya memuat naik perkara ini dalam media sosial, akan ada penyokong PR yang menentang walaupun ia berkaitan agama islam.
3. Parti politik yang mempunyai majoriti ahlinya islam dan dalam perlembagaan parti mereka juga termaktub mahu menjaga kesucian islam, takut untuk bersuara bila ada isu islam dihina oleh bukan melayu. Lihat sahajalah UMNO dan PAS, apa pemimpin ini katakan bila isu ini hangat? UMNO - hanya KJ yang bersuara, PAS - tidak bersuara langsung. terlampau takut dengan bukan melayu, terutama cina. Parti UMNO dan PAS mengatakan mereka mahu menjaga keharmonian pelbagai kaum, tetapi bila terlalu kerap islam kena hina lepas tu tiada tindakan, lama kelamaan orang islam akan marah juga. apa akan jadi bila majoriti rakyat malaysia bertindak balas. UMNO dan PAS perlu menjaga islam ini, kalau salah katakan salah biarpun undi cina atau india tu hilang. kerana islam adalah majoriti undi di Malaysia ini. Dalam sistem demokrasi minoriti akan ikut majoriti, kalau umat islam majoriti jangan biarkan bukan islam hina islam.
| |
Belantan Posted: 06 Aug 2014 11:24 PM PDT Dakwaan Saifuddin tuduhan liar - Khalid? Posted: 06 Aug 2014 08:59 AM PDT Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyifatkan dakwaan salah laku yang dilemparkan terhadapnya oleh Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Saifuddin Nasution Ismail hanya sebagai tuduhan liar yang bermotif politik dan berniat jahat semata-mata. Abdul Khalid berkata, dakwaan sedemikian sedikit pun tidak menjejaskan kedudukannya sebaliknya beliau akan terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan negeri ini. Menurutnya, sekiranya dakwaan itu benar, Saifuddin sepatutnya sudah membuat laporan kepada pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), polis dan Bank Negara Malaysia (BNM) selain mendedahkan bukti-bukti lain bagi mengukuhkan dakwaannya. "Sekiranya Saifuddin yakin beliau juga berada di pihak yang benar, maka beliau dan rakan-rakan dalam PKR sepatutnya membuat laporan dengan kadar segera kepada SPRM, pihak polis dan BNM selain mendedahkan sekiranya ada bukti-bukti bagi mengukuhkan dakwaan salah laku itu. "Kegagalan Saifuddin dan rakan-rakan dalam PKR untuk berbuat demikian hanya akan mengundang spekulasi bahawa tuduhan-tuduhan tersebut bermotifkan politik dan berniat jahat," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Saifuddin dalam laporan sebuah portal berita hari ini berkata, Abdul Khalid perlu ditukar kerana masalah `keraguan integriti' susulan isu penyelesaian hutangnya dengan sebuah bank. Saifuddin mendakwa, beberapa urusan perniagaan melibatkan kerajaan negeri dan sebuah syarikat pemaju bernilai ratusan juta ringgit yang berlaku selepas penyelesaian hutang itu sehingga kini tidak dijelaskan secara memuaskan oleh Abdul Khalid. Selain itu, Saifuddin mendakwa, Abdul Khalid turut memberi projek rumah mampu milik di Selangor bernilai RM591 juta kepada syarikat sama. Perkara itu merupakan antara kandungan dokumen penjelasan bertulis PKR yang akan diberikan kepada pemimpin tertinggi pakatan pembangkang esok bagi mewajarkan cadangan penukaran Abdul Khalid daripada menerajui pentadbiran Selangor. Abdul Khalid menegaskan, beliau memandang serius tuduhan salah laku tersebut dan menafikan dakwaan berkenaan kerana perkara tersebut tidak benar sama sekali. Beliau turut bersedia memberikan sepenuh komitmen dan kerjasama sekiranya ada siasatan dijalankan terhadap dirinya. Menteri Besar Selangor itu turut mengingatkan rakan-rakan seperjuangannya dalam parti supaya berhati-hati membuat tuduhan kerana dirinya berhak mengambil tindakan undang-undang terhadap kenyataan fitnah yang dilemparkan terhadapnya.- UMOSuara Politik Belantan | Pas berputih mata lagi? Posted: 06 Aug 2014 02:16 AM PDT Anwar Ibrahim (tengah) bersama-sama Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang ketika menghadiri mesyuarat khas oleh pihak pembangkang selepas sidang Dewan Rakyat di bangunan Parlimen pada 2009. Sampai bilakah pakatan tidak rasmi ini mampu bertahan?
Waktu ini kuat benar kokokan ayam kedengaran dalam pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Pensiangan, Sabah, yang diadakan semula sehari sebelum Ramadan pada 28 Jun lalu memihak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Calon Timbalan Presiden PKR yang juga Menteri Besar (MB) Selangor itu dikatakan hanya memerlukan sejumlah baki undi di dua lagi cabang iaitu Cabang Kelana Jaya dan Puchong yang hanya akan menyudahkan pemilihannya pada 10 Ogos atau Ahad ini. Di dua cabang itu khususnya Kelana Jaya, Abdul Khalid dijangka mendapat sokongan padu daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia yang juga Timbalan Speaker DUN negeri, Nik Nazmi Nik Ahmad. Ini nanti tidak menyukarkannya untuk meraih sekurang-kurangnya 1,000 lebih lagi undi daripada antara 4,000 hingga 5,000 undi pada kedua-dua cabang. Pada hari sama 10 Ogos, mesyuarat Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat berlangsung di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur, membincangkan kedudukan genting Abdul Khalid sebagai MB dan Abdul Khalid sendiri pada hari itu mungkin akan dimuktamadkan menang ke atas Azmin Ali dalam perebutan jawatan nombor dua PKR. Kelak akan timbul persoalan besar: Setelah menang, apa justifikasi nak buang Abdul Khalid daripada jawatan MB? Cuma di sini, mahukah PKR yang semua cukup maklum `wahyu'nya dikeluarkan melalui Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (yang berkehendakkan Azmin menang) mengumumkan sebelum 10 Ogos kemenangan Abdul Khalid sebagai Timbalan Presiden PKR yang baharu. Itu pun andai PKR memiliki daya telusnya. Sewajarnya sekutu-sekutu pakatan terutama Pas sedar diri akan ketelusan PKR dalam memproses pemilihannya. Di Indonesia, pengundi jawatan Presidennya mencecah 195 juta manusia, tiga minggu sudah diketahui keputusannya. UMNO yang mentransformasikan pemilihan parti itu dari peringkat kepemimpinan tertinggi hingga bahagian, cawangan serta sayap-sayapnya Oktober lepas, hanya memerlukan sehari keesokannya untuk diumumkan pemenang. Bahkan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia berjaya mengendalikan 13.5 juta pengundinya dalam sehari suntuk sahaja untuk kelancaran Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) pada 5 Mei tahun lalu. Tetapi malangnya PKR, perjalanan pemilihan partinya yang kini sudah masuk lebih empat bulan tidak selesai-selesai lagi. Mengaibkan lagi, ada insiden tumbuk menumbuk dan baling kerusi. Inikah cara Anwar memimpin parti? Detik 10 Ogos ini memang dinanti-nantikan oleh pengikut dan penyokong pembangkang serta seluruh rakyat Selangor tentang apakah pendirian muktamad Pas. Apakah ketegasan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang begitu kuat mempertahankan Abdul Khalid akan terlerai? Penulis percaya dan cukup pasti keputusan mesyuarat Ahad ini akan berubah. Seperti apa yang sering berlaku sebelum ini, Pas akan menarik brek dengan akhirnya menyokong isteri Anwar, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menggantikan Abdul Khalid. Abdul Hadi akan tunduk, Pas akan patuh pada arahan Anwar dan DAP. Sejarah mengajar Pas tunduk mengikut rentak masa dan tempat yang sesuai. Ketika Pas berkira-kira menyertai Barisan Nasional (BN) pada tahun 70-an, Dewan Ulamanya menentang keras. Namun, pendirian itu kendur setelah Presidennya ketika itu, Datuk Mohd. Asri Muda (Allahyarham) memaklumkan pengagihan anggota Kabinet untuk parti itu, waima harta dan jawatan dalam GLC (syarikat milik kerajaan) yang diperuntukkan. Percayalah! peristiwa sama akan berulang apabila Pas bakal ditawarkan jawatan tambahan dalam kerajaan Selangor, itu pun belum termasuk GLC negeri. Apa yang berlaku sekarang dengan pendirian membuak-buak Pas mempertahankan Abdul Khalid cuma wayang. Ia sekadar alat tawar menawar untuk Pas meraih ghanimah atau habuan dalam kerajaan negeri Selangor. Andai kata senario selepas 10 Ogos ini dibuat undi tidak percaya dalam sidang DUN secara mengejut, dijangkakan Abdul Khalid akan kalah dengan 41 undi. Waktu ini hanya dua daripada 15 ADUN Pas memihak kepada MB. Melalui sisi yang lain pula, angin mula membawa khabar bahawa pertukaran MB Selangor semenjak dua ini sudah melangkah ke fasa baharu. Apa benar PKR sudah mendapat denai baru ke istana melalui seorang kerabat, bekas isteri seorang pemimpin negeri pada suatu ketika, untuk melantik Wan Azizah sebagai MB? Khabarnya, pencalonan Azmin ditolak sama sekali walhal Wan Azizah menerima lampu hijau. Pas dalam insiden pertukaran MB Selangor dalam persimpangan. Pengarah Pusat Penyelidikan Operasi Pas Pusat, Dr. Zuhdi Marzuki yang mencetus kontroversi dengan WhatsAppnya mahu parti itu keluar pakatan, hanya sekadar `kambing hitam' (scape goat). Kes bocor WhatsApp Dr. Zuhdi pula kini menjadi sensasi. Persoalannya, siapa yang bocor? Dalam AJK Pas Pusat, terdapat empat orang yang dikenal pasti penyokong tegar Anwar. Khalid Samad, Dr. Hatta Ramli, Dr. Mujahid dan Dr. Dzulkefly Ahmad. Mereka ini konsisten bercakap menyokong Anwar di dalam dan luar mesyuarat Pas Pusat. Keempat-empat ini bukan berlatar belakang pendidikan agama. Penyokong tegar yang lain seperti Mohamad Sabu, Mahfuz Omar, Husam Musa, Syed Azman pula hanya berani berdegar-degar di luar mesyuarat atau dalam ceramah sahaja. Atau apabila balik ke negeri sendiri, bersikap lain pula. Jadi, siapa yang bocorkan? Banyak persoalan berlingkar dalam kalangan orang Melayu terhadap isu-isu hubungan Pas-PKR-DAP ini. Konsep Kepimpinan Ulama Pas selepas era Mohd. Asri (Presiden Pas dari 1969 hingga 1982), apa sudah jadi sekarang? Lebih percaya kepada mereka yang tidak mempunyai latar belakang pendidikan agama seperti Mohamad Sabu, Husam, Salahuddin Ayub, Khalid dan Dzulkefly. Kalau disuluh pun ideologi Pas, kewajipan menubuhkan Negara Islam sudah berubah kepada Negara Kebajikan. Sanggup pula mengatakan tiada perintah Allah untuk menubuhkan Negara Islam demi nak berbaik dengan DAP-PKR. Rujuk surah Al-Maidah ayat 57, cuba Pas lihat dan kaji. Semua maklum kenyataan DAP/mendiang Karpal Singh akan `langkah mayat saya dahulu kalau mahu buat hudud'. Selepas bocornya WhatsApp Dr. Zuhdi, lihatlah kenyataan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli serta Anthony Loke dan Tony Pua daripada DAP. Tidak perlu penulis paparkan, boleh digoogle. Begitu sekali Pas diperlekeh dan dan dicerca. Pas menjadi bacul. Loke dan Pua membuka topeng DAP dengan cabarannya yang jelas menekan Pas. Kini, wajah tanpa topeng mereka sudah terang lagi bersuluh untuk parti yang mahu memperjuang Islam membuat kata putus. Sayang kalau Pak Kaduk terus bersorak sedang kampungnya tergadai. Satu spekulasi yang boleh diusul, mungkin sudah ada ghanimah yang menanti menyebabkan pimpinan Pas gelap mata dan terhijab hati untuk mereka melihat kebenaran di alam nyata? Istilah kafir harbi dalam kamus kepimpinan Pas kelihatannya sudah mempunyai takwil yang berbeza. Malah, ini bukan perkara baru yang berlaku sehari dua ini tetapi sudah beberapa ketika sejak laungan tahaluf siyasi dengan DAP berkumandang. Sejarah menjadi saksi hakiki segala tohmahan DAP terhadap hudud Pas bila Pas bertegas mahu melaksana hudud. Saban hari, semakin terbukti, hidung parti Pas ini memang tak mancung, pipinya pula tersorong. Parti ini menjadi titik maruah Islam dihenyak oleh mereka yang tidak senang dengan keberadaan Islam di tanah air yang tercinta ini. Sehingga masa ini, ramai yang percaya dan yakin, pada penghujung sandiwara pelantikan MB baru ini, akan diakhiri dengan seluruh rakyat Malaysia akan melihat bagaimana Hadi Awang akan akur, tunduk dan patuh serta menurut perintah Anwar dan Kit Siang. Permainannya berbeza. Dramanya punya babak lain. Namun begitu, penghabisannya nanti kita sudah maklum seperti sebelumnya. Ramai sudah muak dengan politik murahan meraih publisiti media dan dalam masa sama mempermain amanah rakyat. Banyak tenaga habis untuk politik Pakatan Rakyat yang langsung tidak mendatang secubit faedah kepada rakyat jelata. Penulis terpanggil untuk meminjam sekerat kenyataan AJK Pas Pusat Dzulkefly di akhir kalamnya baru-baru ini; "Ya Allah, ku sudah lunaskan tanggungjawabku menegur Pimpinan Tertinggi muafakat politik ini...." - UMOSuara Politik Belantan | |
The Unspinners Posted: 06 Aug 2014 11:23 PM PDT Saifuddin dan Rafizi bakal berdepan saman Posted: 06 Aug 2014 08:33 PM PDT Pejabat Menteri Besar Selangor membuat kenyataan menafikan dakwaan salahguna kuasa dan membuat laporan SPRM untuk menyiasat dirinya. Dari kenyataan dan laporan semalam, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata akan menyaman Rafizi dan Saifuddin Nasution jika SPRM dapati tiada salahlaku. Bertempat di pejabat SPRM Selangor di Wisma PKPS, Mohd Yasid Bin Bidin selaku Ketua Setiausaha Sulit Tan Sri Abdul Khalid Bin Ibrahim memuat kenyataan tersebut. Ada kelihatan bersama adalah Senator Syed Shahir Bin Syed Mahmud, Ahli Dewan Negara / Ketua Cabang Pkr Kelana Jaya, Khairul Anuar Bin Ahmad Zainuddin @ Jonah, Ketua Cabang Pkr Petaling Jaya Utara dan Mustapha Bin Mohd Talib, Setiausaha Sulit Menteri Besar Selangor .
Antara yang kemukakan adalah;
1. Kenyataan akhbar Datuk Saifuddin Nasution di Ibupejabat Pkr Pusat pada 4 Ogos 2014 yang mana Khalid dituduh tidak perlu bayar hutang peribadinya yang RM67 juta dan hutang digugurkan oleh Bank Islam.
2.Turut didakwa adalah Tan Sri Rashid Manaf pemegang utama saham Ekoworld Bhd telah dianugerahkan projek membina 2,400 unit rumah mampu milik di bawah geran Selangorku bernilai Rm591 juta dalam MOU bertarikh 25 Mac 2014 lepas selepas penyelesaian hutang Bank Islam. DIpercayai Saifuddin sudah cuba merasuah Khalid tapi kononnya menafikan surat tersebut. Tuduhan sama turut diulangi Rafizi terhadap Khalid dan Rashid. Silap Rafizi untuk heret orang berniaga dalam politik. Betul STopa kata Rafizi ni budak bodoh tak matang. | Nik Aziz ulang: Apa kesalahan Khalid? Posted: 06 Aug 2014 05:30 PM PDT Jelas dah ... takkan pembangkang tak percaya Malaysiakini Sementara itu, Anwar dook spin kata PAS tak mahu Wan Azizah kerana dia perempuan tapi hal sebenar yang diulang Nik Aziz adalah apa salahnya Khalid? Baca analisa FMT SINIDalam sidang akhbar dan forum Saifuddin Nasution dan Rafizi membuat tuduhan lulu. Ada dikuti surat tunjuk sebab kepada Khalid yang dtangani Pengerusi disiplin. Tapi Khalid menepiskan dengan mengatakan surat tunjuk sebab tidak ada spesifik kesalahan dan pelanggaran perlembagaan. Baca FMT SINI dan SINI. Kesalahan tidak ada tapi hanya tuduhan melulu dan pastinya ini akan menjadikan keadaan menarik. Kenyataan sekali lagi Nik Aziz disebut juga Presiden PAS Haji Hadi Awang: Ini menarik kenyataan Hanifa Maidin yang katakan dirinya lebih sayang PAS dari Presiden PAS SINI. Rupanya si mamak peguam tolol ini lebih sayangkan DAP .... Takkan PAS takde wakil Dr Rani tak boleh ke? Dr Iskandar Samad tak boleh ke? | Stopa spenda, Rafizi lebih bodoh, Ku LI kantoi!!! Posted: 06 Aug 2014 08:38 AM PDT Wednesday, August 06, 2014 Kenyataan P/Strategi PKR Dianggap Bodoh.. Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli buat kenyataan bodoh dedah rancangan calon perdana menteri jika Pakatan menang PRU13, kata Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali. PAS menyifatkan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli membuat kenyataan bodoh apabila mendedahkan cadangan PAS mahu Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah dilantik sebagai perdana menteri jika Pakatan Rakyat menang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu. "Jika dia menganggap dia adalah pengarah strategi PKR, dia membuat satu kenyataan bodoh," kata Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali kepada The Malaysian Insider. Mustafa mengulas kenyataan Rafizi malam tadi yang mendedahkan kononnya PAS mencadangkan ahli Parlimen Gua Musang daripada Umno itu sebagai bakal perdana menteri jika Pakatan berjaya menawan Putrajaya. Rafizi mendedahkan perkara itu pada forum berkenaan krisis menteri besar Selangor di Kuala Lumpur, malam tadi. "Sebulan sebelum PRU13, pemimpin PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Mohamad Sabu, Datuk Dr Haron Din, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Mustafa Ali semuanya berjumpa Anwar. "Mereka kata mereka hendak menamakan pemimpin Umno, Tengku Razaleigh sebagai perdana menteri kalau kita menang Putrajaya," kata ahli Parlimen Pandan itu. – 6 Ogos, 2014. | Tak perlu MCD beli, pujuk dan nafi ... BERANIKAH McD DERMA KE PALESTIN??? Posted: 06 Aug 2014 12:48 AM PDT Semalam ada usaha memboikot McDonald dilakukan di Dungun dan malamnya nampak lengang. Pihak McDonald telah membuat tawaran burger percuma di Masjid2 Negeri khususnya Masjid Shah Alam untuk counter kempen boikot McDonald Jumaat ini. Ianya di umumkan di sebuah radio semalam. Jika di atas membeli maruah, mereka menyebarkan maklumat dan hujah seperti berikut untuk melembutkan hati: Boikot MacDonaldSekadar bersuara apa yang dirasakan benar walau mungkin ada salah silapnya. Sekarang semua sedang bersuara mengecam Israel dan menjadikan agenda boikot sebagai agenda. Untuk mengajar Israel atas sikap mereka terhadap umat Islam di Palestin. Bagus boikot ni tapi kita kena bagi alternatif kepada orang melayu yang keje dengan MCd atau syarikat seumpamanya. Niat yang bagus tanpa cara yang betul akan membawa natijah tidak betul juga. Jangan boikot tanpa kita fikir untuk anak bini orang Islam keje di sana. Elok kita kempen selepas mereka cari kerja lain terlebih dahulu. Lebih 12 ribu rakyat Malaysia majoriti Melayu hidup dengan gaji agak lumayan di restoran MacDonald. Kesan sosial atas kehilangan wang gaji pekerja akan berganda dan mereka akan sukar hidup dan membawa kepada masalah jenayah. Sementara tauke yang sudah kaya tidak akan merasa apa-apa. Fikirkan semua aspek sebelum boikot. Berapa ribu pekerja McDonald? Berapa ramai pembekal majoriti Bumiputera ? Berapa banyak cukai kepada negara? Mereka hanya salur 5% sahaja bukan 95% dari keuntungan kepada Syarikat Macdonald Amerika. Jika 100% tak memudaratkan orang Melayu Islam atau kafir zimmi maka boleh kita lakukan boikot ini. Syarikat USA juga banyak melabur di Malaysia. Namun adakah semua kita tahu memusuhi Islam ? Apa nasib jika kita bekerja dengan syarikat ini yang hanya bayar 5% keuntungan sahaja kepada McDonald asal setiap tahun. Dengan 95% dinikmati negara kita. Duit itulah akan diguna untuk membayar keperluan hidup pekerja majoriti Melayu Islam. Hasil pembelian Cina India Melayu di kedai makanan segera tersebut. Sekadar pandangan dan tolong kita fikirkan. Mereka turut membuat penafian seolah-olah kaitan dengan Yahudi adalah hal lepas:Kenyataan McDonald : Kenyataan McDonald's Malaysia itu dibuat berikutan pengamal laman sosial di negara ini mendakwa pengurusan tertinggi syarikat tersebut di Amerika Syarikat didalangi seorang Yahudi bernama Jack Greenberg dan syarikat itu terlibat dalam penyaluran bantuan kewangan kepada pihak Zionis di Israel. Menurut kenyataan McDonald Malaysia yang mempunyai lebih dari 200 restoran francais di negara ini, Greenberg tidak lagi menjadi Ketua Pegawai Eksekutif McDonald's Corporation di Amerika Syarikat dan telah meninggalkan organisasi ini lebih 10 tahun lalu. http://www.sinarharian.com.my/mobile/bisnes/mcdonald-s-malaysia-nafi-sokong-kempen-penindasan-1.298737Maklumat Greenberg berhenti MacDonald pada 2002 http://en.m.wikipedia.org/wiki/Jack_M._GreenbergKisah MacDonald enggan buka restoran di Israel http://www.ynetnews.com/articles/0,7340,L-4398401,00.html
Mudah saja kalau Mcdonald tak mahu diboikot berterusan. Tak perlu buat PR begini.... derma pada Palestin dan kita akan percaya semua panafian. Bernikah??? Apa pun sekali, Israel tak Israel, orang ramai mahu tahu bburger yang begitu mahal ini sihat ke? | |
Dialog Dewasa Kritik Berasa Posted: 06 Aug 2014 11:22 PM PDT Rahsia Kenapa Anwar Mahu Tukar Menteri Besar Selangor Terbongkar Esok Posted: 06 Aug 2014 11:00 PM PDT Esok akan berlaku satu peristiwa penting dalam politik negara. 8 Ogos tarikh pengurusan kes rayuan sabitan kesalahan liwat Anwar
Mahkamah Persekutuan di Putrajaya hari ini menetapkan 8 Ogos sebagai tarikh pengurusan kes bagi tiga rayuan berhubung sabitan kesalahan dan hukuman penjara lima tahun yang dikenakan terhadap ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) kerana meliwat.
Rayuan berkenaan adalah rayuan Anwar terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mensabitkan kesalahan dan menjatuhi hukuman terhadapnya bagi tuduhan meliwat, rayuan Anwar dalam usaha ketiganya untuk mengetepikan peguam Muhammad Shafee Abdullah daripada bertindak sebagai ketua timbalan pendakwa raya dan rayuan balas pendakwa agar Anwar dikenakan hukuman penjara lebih lama.
Pada 3 Mac lepas, Anwar, 67, memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak permohonan ketiganya untuk mengetepikan Muhammad Shafee daripada bertindak sebagai pendakwa raya.
Perkara itu dikemukakan kepada timbalan pendaftar Mahkamah Persekutuan Mohd Izzudin Mohamad di dalam kamarnya hari ini, yang kemudian menetapkan tarikh baharu bagi pengurusan kes.
Anwar diwakili peguam Ram Karpal Singh, N. Surendran dan Latheefa Koya, manakala timbalan pendakwa raya Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria mewakili pendakwa.
Sementara itu, Ram Karpal Singh berkata tarikh yang ditetapkan itu adalah untuk mengisih tiga rayuan berkenaan.
Katanya pihak pembela memaklumkan kepada pendaftar bahawa terdapat isu tertentu yang perlu diselesaikan sebelum tarikh pendengaran rayuan berkenaan ditetapkan.
Sementara itu, Surendran memberitahu media bahawa ada tanda-tanda mahkamah ingin menetapkan rayuan itu didengar pada September.
"Tak perlulah tergesa-gesa secara luar biasa untuk mendengar rayuan ini," katanya.
Pada 7 Mac lepas, Mahkamah Rayuan di Putrajaya mengubah keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Januari 2012 yang membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di sebuah unit pangsapuri Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.
Panel tiga anggota Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan Datuk Balia Yusof Wahi menjatuhi hukuman penjara lima tahun terhadap Anwar, tetapi membenarkan beliau menangguhkan hukuman penjara sementara menunggu keputusan rayuannya di Mahkamah Persekutuan.
Anwar juga dibenar diikat jamin RM10,000 oleh seorang penjamin. – BernamaTidak hairanlah kenapa PKR tergesa-gesa mahu menukar Menteri Besar Selangor. Dalam hal ini, tindakan PAS yang mengadakan mesyuarat pada 10 Ogos ini amat bijak di mana perjalanan kes ini akan mempengaruhi keputusan mesyuarat tersebut. Jangan lupa, malam ini PAS akan adakan solat hajat untuk pertahankan Tan Sri Khalid yang 'dizalimi' oleh PKR. Mungkinkah doa dan solat hajat PAS akan termakbul dan 'SI ZALIM' akan terima balasan esok? * #MARIKITATGKSIAPAYGKENA
| Peguam Syiah Dalam PAS Rela DAP Jadi Menteri Besar Selangor? Posted: 06 Aug 2014 08:00 PM PDT Kenyataan YB Hanipa Maidin. Gila punya pemimpin rela parti lain (DAP) jadi MB, walaupun PAS mempunyai kerusi majoriti. Ini bukan kali pertama Hanipa buat kerja gila, dia juga pernah jadi peguam kepada geng Syiah. Hanipa juga dengan selamba memperlekeh Presiden PAS secara terbuka. *Kerana Anwar, PAS juga makin huru hara. | KRISIS NEGERI SELANGOR : PAS KATA RAFIZI MANUSIA PALING BODOH Posted: 06 Aug 2014 06:48 PM PDT
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali menyifatkan Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli membuat kenyataan bodoh apabila mendedahkan cadangan parti itu mahu menamakan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Perdana Menteri jika pakatan pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.
Menurut Mustafa, kenyataan seumpama itu tidak seharusnya dibuat oleh Rafizi yang memegang jawatan sebagai pakar strategi dalam PKR.
"Jika dia menganggap dia adalah Pengarah Strategi PKR, dia membuat satu kenyataan bodoh,'' katanya seperti disiarkan portal The Malaysian Insider hari ini.
Beliau dilaporkan mengulas kenyataan Razifi yang mendedahkan cadangan Pas itu dalam satu forum berhubung krisis Menteri Besar Selangor di sini malam tadi.
Portal itu memetik Rafizi sebagai berkata: ''Sebulan sebelum PRU-13, pemimpin Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Mohamad Sabu, Datuk Dr. Haron Din, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Mustafa Ali semuanya berjumpa Anwar (Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim).
"Mereka kata mereka hendak menamakan pemimpin UMNO, Tengku Razaleigh sebagai Perdana Menteri kalau kita menang Putrajaya," katanya.
Mustafa bagaimanapun enggan mengulas panjang mengenai kenyataan Ahli Parlimen Pandan itu dengan menyifatkan jawapan yang diberikannya memadai buat masa sekarang.
''Saya tidak mahu berkata banyak tentang kenyataan Rafizi itu, hanya itu sahaja dulu," katanya.
| Pemuda PAS Anjur Solat Hajat Pertahankan Tan Sri Khalid Malam Ini. Posted: 06 Aug 2014 06:09 PM PDT Kepada yang menyokong Tan Sri Khalid, jangan lupa datang malam ini.
*Nak tengok jugak berapa ramai pemimpin PKR yang berani datang. | BOIKOT KFC MALAYSIA: PERMAINAN SIAPA PULAK NI? Posted: 06 Aug 2014 06:30 AM PDT
Kerja memboikot-boikot memang jadi kebiasaan bila kita tidak setuju dengan sesuatu.
Sekarang ni ramai yang berusaha memboikot itu dan ini. Alasannya dengan memboikot kita dapat mengenakan tekanan kepada sesuatu pihak.
Bila Israel membantai Gaza, kita pun bersemangat untuk turut sama memboikot apajua produk yang berkaitan dengan Yahudi. Paling terkesan kita sudah mula memboikot rangkaian makanan McDonnald (McD).
Masyarakat yang tak pernah menjamah McD pun turut serta. Kesannya McD di Malaysia menerima nasib malang bila ramai yang tidak mahu makan di restoren makanan segera yang kaya kalori dan karbonat itu.
Bagaimana dengan nasib 12,000 pekerja McD di Malaysia yang 80% darinya beragama Islam jika McD Malaysia bankrap?
Ada alternatif kerja lain? Radix Fried Chicken, Ramly Burger...
Tetapi berapa lama agaknya kita boleh boikot dari makan McD terutamanya peminat makanan junk food tersebut?
Jika alasan bahawa pegangan saham majoriti McD dipegang oleh puak-puak Ah Beng, maka alasan boikot bolehlah diterima oleh umat Islam. Namun dalam masa yang sama perlu ada usaha giat untuk mengambil alih majoriti pegangan saham syarikat tersebut.
Kini ada usaha yang sedang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu untuk memboikot KFC pula. Alasannya mudah KFC yang berpusat di US adalah penyumbang kepada Israel.
Adakah KFC Malaysia juga menjadi penyumbang kepada Israel?
Hakikatnya KFC Holding Berhad Malaysia dimiliki saham majoritinya oleh Kulim Berhad dan JCorp; entiti -entiti korporat yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan Negeri Johor - sebuah negeri yang ditadbir oleh kerajaan Melayu Islam, maka pengurusannya juga mengikut syariat Islam.
Kalau KFC diboikot dan syarikat itu bankrap maka sahamnya terpaksa dijual murah bagi mendapatkan kembali modal pelaburannya. Agak-agaknya syarikat Ah Beng atau Ah Siew mana yang akan ambil alih KFC nanti?...hehehe boleh ler makan ayam dikepak tengkuknya!
Betapa susahnya tokoh korporat seperti Tan Sri Muhammad Ali Hashim berusaha untuk memastikan JCorp menguasai kembali KFC dan menjadi milik umat Islam melalui jihad ekonomi dan wakaf korporat, kita pula tanpa usul periksa dengan fitnah nak menghancurkan pula bisnes umat!
Sudah tersebar luas kempen memboikot KFC di Whatsapp, Facebook, twitter dan blog. Malang lagi ada ostad-ostad biol dan 'pakar-pakar agama segera' yang mula berkempen memboikot KFC...gelak jer si Ah Beng melihat gelagat Melayu-Melayu diperbodohkan dengan sentimen anti Yahudi ni.
Mereka menyeru memboikot makanan yang halal yang diusahakan oleh umat Islam tetapi dalam masa yang sama membiarkan masyarakat menghisap rokok meskipun di kawasan masjid dan surau.
Bukankah rokok itu haram kerana memudaratkan kesihatan dan membazirkan wang?
Setiap tahun KFC Holding Berhad membayar cukai kepada negara, sesen pun tak digunakan wang KFC untuk membayar apa-apa keuntungan, cukai dan royalti kepada KFC induk di US.
KFC Malaysia hanya menggunakan jenama (brand) dari US dan hanya membayar yuran penggunaan jenama saja. KFC Malaysia milik kita sepenuhnya, milik umat Islam sebab tu kita boleh kawal kualiti, pengurusan dan kehalalannya.
Banyak dana dan keuntungan KFC disalurkan untuk tanggungjawab sosial korporat (CSR) termasuk kepada dana kemanusiaan Palestine, Rohingya, MH370, anak yatim dan sebagainya.
Jika kita mahu memboikot juga KFC, silalah boikot tetapi adakah kita sanggup melihat sebuah entiti Malaysia-Melayu-Muslim jatuh bankrap hingga menjejaskan lebih 19,000 tenaga kerja KFC yang majoritinya umat Islam?
Nak kerja apa jika mereka diberhentikan kerja, mau dipaksa jadi pencuri, penyamun, militan dan terroris?...Nanti senang boleh rompak dan bakar kedai Ah Beng?
Kita hanya tahu memboikot, tetapi berapa banyak sumbangan kita kepada tabung-tabung kemanusiaan Palestine?
Berapa banyak doa dan munajat kita pada perjuangan Palestine?
Berapa banyak qunut nazilah kita untuk kehancuran Israel?
Apakah kita semata-mata mau tolak produk-produk jenama Yahudi, tanpa alternatif kita beralih pula membeli di kedai-kedai Ah Beng yang sama kurang ajarnya kepada umat Islam.
Ingat...Ah Beng sedang berkira-kira mengukuhkan kedudukan dalam McD dan KFC, kebodohan kita hanya akan mempercepatkan lagi usaha si Ah Beng tersebut.
Ah Beng dan Benjamin Netanyahu sama jer perangai...
Fikir-fikirkanlah
Artikel berkaitan:
| PKR Tiru DAP, Rasuah RM50,000 Sebulan Pemimpin Untuk Tutup Isu? Posted: 06 Aug 2014 04:30 AM PDT Sebentar tadi telah didedahkan bagaimana surat yang tersebar di media sosial cubaan untuk merasuah Tan Sri Khalid ( http://mymassa.blogspot.com/2014/08/saifudin-merasuah-ts-khalid-ibrahim.html). Macam pernah ku dengar....tetapi di mana ya? KUALA LUMPUR 16 Mei - Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim menyifatkan tindakan bekas partinya cuba merasuah beliau sebanyak RM50,000 supaya menutup mulut dalam isu peletakan jawatannya sebagai biadab.
Katanya, beliau berasa cukup terhina apabila Setiausaha Politik Lim Guan Eng, Zairil Johari Khir menghubunginya dan menawarkan wang tunai RM50,000 selain jawatan sebagai fello kanan di Institut Penang, sebuah badan pemikir milik kerajaan negeri.
Tambahnya, sebagai seorang pemimpin veteran parti yang berpegang teguh kepada prinsip keluhuran demokrasi, beliau tidak boleh menerima kebiadaban tersebut dan memutuskan tindakan melepaskan jawatan serta meninggalkan DAP adalah tepat.
"Kelmarin Zairil Khir menghubungi saya dan mengulangi tawaran wang tunai sebanyak RM50,000. Saya menganggap tawaran tersebut sebagai penghinaan sepenuhnya. Ia datang daripada seorang yang tidak mempunyai rasa hormat.
"Apakah dia fikir saya jenis orang yang begitu? Saya menganggap tawaran ini sebagai cubaan untuk merasuah, saya fikir ia biadab dan saya tidak akan berkerja lagi dengan lelaki ini," katanya dalam temubual eksklusif dengan akhbar The Star yang disiarkan hari ini.
Dalam temu bual tersebut juga, Tunku Abdul Aziz secara terbuka mengakui beliau tidak mempercayai Guan Eng kerana dakwanya, Setiausaha Agung DAP tersebut memiliki perwatakan dan sikap yang berbeza berbanding bapanya, Lim Kit Siang. SUMBER Mudah tak? Dok ceramah sana sini tuduh Barisan Nasional rasuah tetapi dalam parti sendiri amal rasuah sesama sendiri. Kalau kantoi, salahkan UMNO jugak walaupun yang buat kenyataan tu Ahli Parlimen pakatan macam yang Guan Eng buat. | SAIFUDIN MERASUAH TS KHALID IBRAHIM RM50K SEBULAN JIKA LEPAS JAWATAN ? Posted: 06 Aug 2014 01:28 AM PDT | RASUAH RASUAH RASUAH SPRM? |
Perbuatan Saifudin Nasution (gelaran Datuk paksaan dari Kedah ker?) yang tewas dalam PRU13 dan tewas dalam pemilihan paling bermasalah dalam dunia dalam PKR, telah bangkit menunjukkan kebodohan dirinya kerana sanggup menjadi budak suruhan Anwar Ibrahim demi kelangsungan politiknya yang busuk dan bodoh. Dicabar oleh Sanusi dia diam, dicabar oleh TS Khalid lapor kepada SPR dia diam… Apakah jenis manusia ini? | Berapa Juta Ringgit Duit Rakyat Perlu Dihabiskan Untuk Pilihan Raya Demi Nafsu Politik Anwar? Posted: 06 Aug 2014 12:00 AM PDT Umum mengetahui bahawa tiada pilihan raya diadakan tanpa melibatkan kos. Untuk Pilihan Raya Kecil Kajang, SPR telah membelanjakan RM1.6 juta yang semata-mata untuk melayakkan Anwar sebagai Menteri Besar melalui KAJANG MOVE. Perlu diingat bahawa sebelum ini, PRK Permatang Pauh juga terpaksa diadakan setelah Wan Azizah meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen. Ketika itu, Wan Azizah menggunakan alasan letak jawatan 'untuk jaga keluarga'. Nah, tak sampai beberapa tahun 'jaga keluarga', Wan Azizah sekali lagi bertanding di Kajang. Setelah berjuta-juta duit rakyat habis kerana PRK yang disebabkan oleh Anwar dan keluarganya, kini satu lagi Pilihan Raya Negeri mungkin berlaku semata-mata untuk menabalkan isteri Anwar sebagai Menteri Besar Selangor. Persoalannya, perlukan jutaan ringgit itu perlu dihabiskan untuk nafsu politik Anwar atau lebih baik ianya diberikan kepada rakyat yang lebih memerlukan? *Dapatkan akhbar Utusan hari ini untuk ulasan lanjut. | |
Panglima Perang Cyber Posted: 06 Aug 2014 11:16 PM PDT Mari Dengar Selawat Nurul Mustofa - Ya Badratim - Terbaru dari In-Team Records #Islam #Nasyid #Selawat #CintaRasul Posted: 06 Aug 2014 10:07 PM PDT | Hanya 150 mayat sempurna #MH17 -Sinar Harian Posted: 06 Aug 2014 06:05 PM PDT PUTRAJAYA - Pasukan Pengecaman Mangsa Bencana (DVI) telah menjalankan bedah siasat terhadap 150 mayat sempurna dan 300 pelbagai anggota badan tidak sempurna mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines MH17 sehingga semalam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam. "Daripada 226 keranda yang selesai dibuka ada 600 bahagian...pemeriksaan telah dibuat ke atas 450 bahagian iaitu 150 ialah mayat sempurna manakala 300 pula anggota pelbagai badan tidak sempurna," katanya.
Dr Subramaniam berkata, satu keranda yang baru tiba di Kem Tentera Hilversum, Amsterdam pada 4 Ogos, sedang dalam proses pemeriksaan bedah siasat.
"Jangkaannya dalam seminggu dua ini semua pemeriksaan (bedah siasat) siap dijalankan, selepas itu proses mengenal pasti (pemadanan) akan dijalankan daripada keputusan DNA yang kita hantar daripada ahli keluarga terdekat," katanya.
Bercakap dalam sidang media sebelum mempengerusikan mesyuarat pasca kementerian di sini semalam, beliau berkata proses mengenal pasti mangsa mayat pula dijangka siap selewat-lewatnya dalam tiga minggu lagi.
Dr Subramaniam berkata, selepas segala proses rumit itu selesai, kerajaan akan membuat keputusan berhubung proses membawa balik mangsa mayat itu ke negara ini dengan mengambil kira pandangan waris mangsa.
"Sebab ada pelbagai pandangan, ada yang tidak mahu ianya dibawa balik, ada yang nak dibakar di situ dan ada juga yang mahu membawa balik secepat mungkin. Tiap-tiap pandangan akan diambil kira oleh kerajaan," katanya.
Beliau berkata, buat masa ini pasukan DVI Malaysia dan DVI antarabangsa berada dalam fasa pemadanan data pemeriksaan antemortem dan post mortem bagi tujuan pengesahan secara positif identiti mangsa. - Bernama
Sent from my iPhone
| Peguam @HanipaMaidin Terbuka Kritik Presiden PAS @AbdulHadiAwang Yang Sokong @Khalid_Ibrahim Posted: 06 Aug 2014 01:24 AM PDT Selepas Haji Hadi diperlekeh Mahfuz Omar kini tiba giliran Hanipa Maidin juga membuat kenyataan yang sama http://akarimomar.wordpress.com/2014/07/26/presiden-pas-haji-hadi-pula-ditembak/ sila lihat video di bawah :
Tahniah kepada PKR yang telah berjaya membuatkan pemimpin PAS sanggup menentang Presiden mereka sendiri.
| 8 Ogos Rayuan Terakhir @Anwaribrahim - Motif Sebenar 'Kajang Move' ??? Posted: 06 Aug 2014 01:00 AM PDT
Saya ingin menarik perhatian pembaca berkenaan tarikh 8 Ogos 2014 berkenaan kes Anwar Ibrahim yang masih dalam proses rayuan selepas dikenakan penjara 5 tahun kes liwat beliau....
telah meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding untuk menjadi MB namun ditukar saat akhir kerana sebab tertentu kepada isterinya --- diulangi ----- ISTERINYA yang juga Presiden PKR.
Diulangi : isterinya.... Diulangi : isterinya....
PKR juga turut dibarisi anak perempaun Anwar iaitu Nurul Izzah sebagai Naib Presiden PKR. Diulangi : anaknya.... Diulangi : anaknya....
Semua keluarga Anwar tidak pula disalahkan kerana terlibat dalam parti dipimpin Anwar walhal PKR juga keras menentang sanak saudara dilantik dalam parti oleh pemimpin parti UMNO.
Untuk rekod 9 Jan 2012 Anwar Ibrahim telah dibebaskan dari tuduhan meliwat Saiful Bukhari sebelum 7 Mac 2014 beliau diputuskan pada 7 Mac lepas, Mahkamah Rayuan di sini mengubah keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Jan 2012 yang membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di sebuah unit pangsapuri Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.
Panel tiga anggota Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan Datuk Balia Yusof Wahi menjatuhi hukuman penjara lima tahun terhadap Anwar, tetapi membenarkan beliau menangguhkan hukuman penjara sementara menunggu keputusan rayuannya di Mahkamah Persekutuan.
Anwar juga dibenar diikat jamin RM10,000 oleh seorang penjamin. -
Justeru itu tanggal 8 Ogos 2014 adalah detik penting untuk masa depan Anwar dan cubaan untuk mengalih perhatian dari kes beliau dilihat agak berjaya dengan berbagai drama demi drama dipentaskan sejak dua tiga hari ini.
PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan di sini hari ini menetapkan 8 Ogos sebagai tarikh pengurusan kes bagi tiga rayuan berhubung sabitan kesalahan dan hukuman penjara lima tahun yang dikenakan terhadap ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana meliwat.
Rayuan berkenaan adalah rayuan Anwar terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mensabitkan kesalahan dan menjatuhi hukuman terhadapnya bagi tuduhan meliwat, rayuan Anwar dalam usaha ketiganya untuk mengetepikan peguam Muhammad Shafee Abdullah daripada bertindak sebagai ketua timbalan pendakwa raya dan rayuan balas pendakwa agar Anwar dikenakan hukuman penjara lebih lama.
Pada 3 Mac lepas, Anwar, 67, memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak permohonan ketiganya untuk mengetepikan Muhammad Shafee daripada bertindak sebagai pendakwa raya.
Perkara itu dikemukakan kepada timbalan pendaftar Mahkamah Persekutuan Mohd Izzudin Mohamad di dalam kamarnya hari ini, yang kemudian menetapkan tarikh baharu bagi pengurusan kes.
Anwar diwakili peguam Ram Karpal Singh, N. Surendran dan Latheefa Koya, manakala Timbalan pendakwa raya Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria mewakili pendakwa.
Sementara itu, Ram Karpal Singh berkata tarikh yang ditetapkan itu adalah untuk mengisih tiga rayuan berkenaan.
Katanya pihak pembela memaklumkan kepada pendaftar bahawa terdapat isu tertentu yang perlu diselesaikan sebelum tarikh pendengaran rayuan berkenaan ditetapkan. Sementara itu, Surendran memberitahu media bahawa ada tanda-tanda mahkamah ingin menetapkan rayuan itu didengar pada September.
"Tak perlulah tergesa-gesa secara luar biasa untuk mendengar rayuan ini," katanya.
Pada 7 Mac lepas, Mahkamah Rayuan di sini mengubah keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Jan 2012 yang membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di sebuah unit pangsapuri Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.
Panel tiga anggota Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan Datuk Balia Yusof Wahi menjatuhi hukuman penjara lima tahun terhadap Anwar, tetapi membenarkan beliau menangguhkan hukuman penjara sementara menunggu keputusan rayuannya di Mahkamah Persekutuan.
Anwar juga dibenar diikat jamin RM10,000 oleh seorang penjamin. - BERNAMA
| |
oyabun Posted: 06 Aug 2014 11:05 PM PDT MB Khalid terus ditekan mengenai hutang Bank Islam? Posted: 06 Aug 2014 02:31 AM PDT Parti Keadilan Rakyat (PKR) berterusan menekan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim apabila mempersoalkan keistimewaan yang diberikan kepada Menteri Besar Selangor itu untuk tidak membayar hutangnya kepada Bank Islam. Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution secara sinis menggesa Menteri Besar Selangor itu berkongsi 'formula' digunakan dengan rakyat sehingga beliau dikecualikan daripada membayar hutang tersebut. "Apa istimewanya Tan Sri Abdul Khalid sehingga hutang puluhan juta tidak perlu dibayar? Bolehkah berkongsi formula itu dengan rakyat biasa yang sukar membayar hutang bank? Sebagaimana pemimpin yang sayangkan rakyat, yang katanya rakyatlah yang melantiknya sebagai Menteri Besar, sudah tentu tidak sukar untuk Abdul Khalid berkongsi formula penyelesaian hutang. "Kalau ini beliau boleh lakukan, pakaran rakyat pasti menang mudah pilihan raya umum akan datang. Manakan tidak, kita membantu selesaikan hutang rakyat dengan bank melalui formula TSKI-Bank Islam," katanya melalui dua status terkini yang dikemaskini di laman Facebooknya hari ini. Katanya, pengecualian daripada membayar hutang bank bagaimanapun tidak berlaku kepada rakyat biasa. "Berapa ramai dalam kalangan rakyat biasa yang berhutang perniagaan, perumahan, kad kredit, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan sebagainya dikejar bank angkara gagal membayar hutang. Ramai juga yang diisytihar bankrap. Ini hakikatnya," katanya. Katanya, keadaan bertambah pelik apabila Abdul Khalid dikecualikan daripada membayar hutang berjumlah berpuluh juta ringgit. "Apabila saya membaca circular resolution Bank Islam kepada pemegang saham bertarikh 23 April 2014 muka surat 21, lampiran 1, perkara 3 lampiran (d) jelas mengesahkan Bank Islam menggugurkan saman baki tuntut hutang ke atas Abdul Khalid. "Jangan pula dihujah, ini hutang peribadi tiada kaitan dengan parti dan jawatan. Pada saat kita menjawat jawatan awam, hutang yang kita tanggung akan mendedahkan kita kepada konflik kepentingan. Pelbagai ikhtiar diusahakan untuk mendapat penjelasan beliau, Sehingga saat ini belum kesampaian!" katanya. Saifuddin turut menegaskan, beliau tidak mempunyai niat untuk mendedahkan aib Abdul Khalid, sebaliknya hanya mahukan penjelasan lanjut berhubung beberapa perkara lain lagi yang dipercayai mempunyai kaitan dengan menteri besar itu. "Jika tidak disebut, ditanya, apa sebab hendak berhentikan. Bila dicerita alasan, disoal lagi mengapa dedahkan aib orang. Teringat saya cerita seorang lelaki, anak dan keldainya! Saya teruskan soalan kepada Abdul Khalid, kenalkah Tan Sri Rashid Manaf? Apa peranan beliau dalam rundingan penyelesaian hutang Bank Islam? Bukankah beliau pemegang saham utama dan pengerusi Ekoworld Bhd.? "Tidakkah beliau dianugerahkan projek membina 2,400 unit rumah mampu milik di bawah geran Selangorku bernilai RM591 juta melalui MoU pada 25 Mac 2014 ? Bukankah tanah milik kerajaan negeri 308.72 ekar kini dipindah milik dan dikuasai oleh Tan Sri Rashid Manaf yang menguasai Ekoworld Bhd.? Bukankah projek dan tanah ini sempurna diperoleh oleh Tan Sri Rashid Manaf dalam tempoh sebulan selepas penyelesaian hutang bank Islam atau ini cuma satu kebetulan?" soalnya. Dalam perkembangan berkaitan, PKR menegaskan, tidak mahu melibatkan pihak berkuasa dalam menyelesaikan masalah integriti Abdul Khalid. Wasabi Oyabun.. | |
DARUL EHSAN TODAY Posted: 06 Aug 2014 11:03 PM PDT |
GERAKAN ANTI PKR Posted: 06 Aug 2014 09:41 PM PDT |
ANGIN PERUBAHAN Posted: 06 Aug 2014 09:30 PM PDT |
PenangWasabi Posted: 06 Aug 2014 09:17 PM PDT Nudist spotted in Teluk Bahang? Posted: 06 Aug 2014 02:48 AM PDT BALIK PULAU - 18 so-called "naturists" which include four women are in trouble with the police for purportedly taking part in nude events at a beach in Teluk Bahang, Penang. The five-minute video shows them in the nude participating in activities such as body painting, a relay race, a group crab-walk and a Gangnam Style dance. The video titled "Penang Nude Sports Games 2014", was shot at Teluk Kampi. Penang police Chief Senior Deputy Comm Datuk Wira Abdul Rahim Hanafi said they were looking for the event organiser and the participants, who he believes could be foreigners. According to him, Penang Perkasa had lodged a police report on the incident and Teluk Bahang PKR coordinator Halil Sabri Hamid together with Teluk Bahang Village Security and Development Committee chairman Mohd Zul Amin also lodged police reports. Justin, one of the participants claimed that he was informed by a park ranger regarding the event before they went to a hut and stripped off their clothes. According to The Star, it is reported that the participants took pictures of each other in the nude, danced with one another and camped for the night. The clip was uploaded to video-sharing website Vimeo about two months ago by someone using the name Albert Yam but it was taken down sometime before 2pm yesterday. Penang Chief Minister Lim Guan Eng said the state government was not aware of the event and investigation is going on. Penang Wasabi.. | |
BERANI MEMBUAT PILIHAN... Posted: 06 Aug 2014 03:46 PM PDT (Video) Seksinya pelari dari Australia ini 'berjoget' Posted: 06 Aug 2014 04:00 PM PDT Atlet Australia, Sally Pearson diketahui merangkul pingat emas dalam acara larian 100m berpagar wanita pada Sukan Komanwel ke-20 Glasgow 2014 pada 1 Ogos lepas. Beliau merupakan atlet lumba lari terkenal dunia dan kemenangan pingat emas di Glasgow, Scotland itu merupakan pingat emas keempat dalam kejohanan besar. Bagaimanapun dalam acara itu, kebanyakan penonton tidak terlalu memberi perhatian kepada beliau sebaliknya memberi tumpuan kepada pelari yang menduduki tempat kelima iaitu Michelle Jenneke. Michelle baru sahaja berusia 21 tahun dan turut dilihat sebagai bakal pengganti kepada Sally yang juga atlet senegaranya tetapi peminat sukan ada sebab berbeza kenapa mereka meminati Michelle. Pada acara World Junior Championship 2012 (Kejohanan Remaja Dunia 2012) di Barcelona, beliau telah mempersembahkan tarian yang agak seksi dan ceria sebelum memulakan perlumbaan pada ketika itu. | Melampau! Pelajar asrama dibuli, dibogel dan diaibkan di FB Posted: 06 Aug 2014 08:05 AM PDT Tidak kiralah apa pun kesalahan mangsa buli di atas dia tidak sepatutnya diperlakukan begitu. Tak cukup dengan mencederakan, pembulinya bertindak memasukkan pula gambar aib mangsa di laman sosial. Begitu pun pemilik Facebook ini didapati sudah pun memadam akaunnya dipercayai selepas menyedari tindakannya ini mendapat kecaman ramai. Diharapkan pihak berkuasa dapat menyiasat seterusnya memberi hukuman setimpal terhadap pembuli muda ini kerana meskipun usianya masih mentah namun jika perbuatan sebegini tidak dikawal ia akan kembali melahirkan budaya buli di asrama. Sepatutnya adik-adik yang suka membuli di luar sana ambil pengajaran daripada banyak kes buli yang berakhir dengan kematian mangsa seterusnya membawa mereka ke dalam jeriji besi sekali gus merosakkan masa depan sendiri. - MYNEWSHUB.MY | Saya tidak pernah setuju dengan Langkah Kajang Posted: 06 Aug 2014 07:01 AM PDT SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan bahawa beliau tidak pernah bersetuju dengan tindakan Langkah Kajang dan keputusan bekas Adun Kajang, Lee Chin Cheh meletakkan jawatan. Menurutnya, alasan untuk melaksanakan Langkah Kajang juga tidak pernah dikemukakan kepadanya secara tulus dan ikhlas untuk diperhalusi . "Alasan-alasan yang kononnya telah diberikan adalah berubah-ubah dan tidak menentu serta mewujudkan kekeliruan. "Saya menegaskan di sini, saya tidak pernah bersetuju tindakan Langkah Kajang yang dilakukan serta tindakan Lee Chin Cheh meletakkan jawatan sebagai Adun tanpa alasan munasabah," katanya yang dipetik melalui surat tunjuk sebab kepada Lembaga Disiplin PKR, hari ini. Beliau turut melahirkan kekesalan atas tindakan Chin Cheh itu yang disifatkan telah mencemar prinsip demokrasi dan mengkhianati kepentingan rakyat Selangor. Ekoran didesak dan dipaksa meletakkan jawatan, Abdul Khalid menyifatkan tindakan itu sebagai keputusan pramatang yang tidak boleh dilaksanakan. "Setakat ini dan tanpa menghiraukan pendapat kesemua parti politik PR serta terlebih dahulu mendapat perkenan Sultan Selangor, parti nampaknya telah pada 21 Julai membuat keputusan dengan mengambil langkah keras memaksa saya meletakkan jawatan. "Tindakan ini, saya dengan rendah diri berpendapat adalah keputusan pramatang yang tidak boleh dilaksanakan. Malah jika dilaksanakan, ia merupakan satu tindakan berbahaya dan akan memprejudiskan kestabilan Selangor," katanya. Beliau turut berharap dan berdoa agar kemelut tersebut tidak akan berlanjutan serta dapat bersatu meneruskan perjuangan politik parti bersama-sama parti komponen PR. | Kalau TV3, Utusan, RTM sokong Khalid, bermakna Khalid jahat Posted: 06 Aug 2014 05:31 AM PDT PETALING JAYA: Pemerhati politik, saka hishamuddin raisHishamuddin Rais menjelaskan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sepatutnya meletakkan jawatannya bukan hari ini, tetapi semalam. "Khalid tidak lagi mewakili sesiapa, dan partinya juga tidak lagi menyokongnya dan kini yang menyokongnya hanyalah Hadi dan 'Din Ayam'," katanya dalam Forum Krisis Selangor-Pakatan Berpecah di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor (KLSCAH), malam tadi. Beliau yang juga merupakan seorang aktivis politik difahamkan bahawa PKR telah bermesyuarat dan Presiden PKR meminta untuk bertemu dengan Khalid yang pada awalnya telah bersetuju namun kemudiannya dibatalkan. "Kalau parti tidak lagi menyokong kamu, kamu mewakili beruk mana?"soalnya. Dalam majlis yang sama, Hishamuddin turut menyatakan bahawa beliau sering mendapat surat yang mempersoalkan kenapa masalah rasuah dan sebagainya tidak disiasat oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Respon beliau berkenaan hal tersebut adalah kerana SPRM hanya senjata dari BN untuk membunuh musuh politiknya dan bukan untuk menyelesaikan masalah rasuah. "Kenapa tuan-tuan semua tidak faham, kalau SPRM menjalankan tugasnya untuk menyelesaikan masalah rasuah, Najib, Hishamuddin, Muhyiddin semuanya kini duduk di Kajang," ujarnya. Sementara itu, bercakap mengenai Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Incorporated (MBI) Faekah Husin yang mengancam untuk membubarkan DUN, Hishamuddin dengan tegas mengutarakan pandangannya. "Teruskan dan kita tidak takut kerana orang kampung suka. Kalau dibubarkan DUN, inilah masanya untuk PKR tidak melantik lagi Xavier dan Amir Shaari, kita buang mereka." Beliau turut menjelaskan bahawa mungkin PKR kalah pada kali ini, tetapi PKR tidak mahu hilang kredibiliti. "Di Malaysia, politiknya mudah sahaja, tidak perlu belajar tinggi-tinggi, siapa yang disokong oleh Utusan Malaysia dan TV3, itu bermakna orang itu adalah orang jahat. "Takkan kamu semua tidak faham-faham lagi, kalau musuh kita memuji kita, ada maknanya tu,"ujarnya. Jelasnya, jika pihak RTM, TV3 memuji Khalid, bermakna Khalid itu orang jahat. "Kalau RTM puji Tony Pua, itu bermakna Tony Pua telah memegang kerajaan," katanya. | Skirt 'istimewa' hingga nampak seluar dalam dari luar Posted: 06 Aug 2014 01:01 AM PDT Sekeping foto yang diambil di Hong Kong menyaksikan seorang wanita mengenakan skrit yang 'amat jarang' hingga menampakkan seluar dalam. Beliau menjadi tumpuan oleh penjalan-pejalan kaki yanng lalu lalang sekitar bandar tersebut. Wanita tersebut dilihat seperti mana-mana kebiasaan orang, menjinjit beg untuk membei belah. Salah seorang peminat mendakwa wanita tersebut mungkin sudah miliki segala-galanya serta mengikuti perkembangan fesyen yang terkini. Wanita berkenaan sebenarnya mengenakan rangka berbentuk skirt seolah-olah pakaian tersebut masih lagi belum siap sepenuhnya. | Guo terlanjur mengikut nafsu Posted: 06 Aug 2014 12:01 AM PDT Beijing: Seorang 'perempuan simpanan profesional' yang selama ini mendakwa menerima banyak hadiah mewah hasil kerja amal, memohon maaf secara terbuka di stesen televisyen China selepas dia ditahan kerana terbabit dalam skandal perjudian Piala Dunia 2014. Guo Meimei, 23, menjadi fenomena di laman sosial Weibo kerana sering memuat naik gambarnya bersama kereta mewah di beberapa lokasi eksotik. Melalui laman sesawang itu Guo mendakwa kononnya kenderaan berkenaan adalah hadiah sebagai penghargaan terhadap tugasnya sebagai pengurus kanan pertubuhan Palang Merah. Bagaimanapun, selepas ditahan di bawah akta perjudian China, Guo terpaksa mengakui dia hidup dengan wang sebagai pelacur kelas atasan dan menjadikan golongan kaya sebagai sasaran. Malah Guo mengaku dia tidak mempunyai sebarang hubungan dengan pertubuhan kebajikan berkenaan. Bagi pertubuhan Palang Merah pula, mereka sukar mendapatkan sumbangan sejak tingkah laku Guo tersebar. Mereka kemudian menuntut Guo memohon maaf secara terbuka di stesen televisyen China. Kata Guo, dia mengaku bersalah kerana suka berlagak dan mengikut nafsu semata-mata. "Saya memohon maaf kepada Pertubuhan Palang Merah China yang sukar mendapat bantuan kerana tindakan saya," katanya. Guo juga mengakui terbabit dalam skandal perjudian ketika pertandingan Piala Dunia 2014 berlangsung di Brazil bulan lalu. Dia ditangkap hasil siasatan unit khas polis China. Tidak cukup dengan itu, Guo mendedahkan dia membuka pusat perjudian tanpa lesen di Beijing selain melacur untuk mendapatkan wang. "Ia adalah sebahagian daripada cara saya mendapatkan semula perhatian orang ramai," katanya. Pada kemuncak 'kegemilangannya' Guo mempunyai hampir 1.9 juta pengikut di Weibo dan kebanyakan mereka amat kagum dengan kemewahannya. Dengan kekayaan dimiliki Guo pernah membiayai penerbitan filem mengenai dirinya pada tahun lalu. Melalui filem itu Guo digambarkan sebagai kanak-kanak bermasalah di Hunan sebelum belajar di Akademi Filem Beijing. - Agensi | Video pesta bogel: Polis sudah kenalpasti 15 individu Posted: 05 Aug 2014 11:15 PM PDT Georgetown: Polis sudah mengenalpasti 15 individu yang terbabit dalam isu rakaman Pesta Sukan Bogel di Teluk Bahang. Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, mereka ini berasal dari Malaysia, Singapura, Filipina, Myanmar dan India. "Kita sedang mengesan mereka ini yang terdiri daripada sembilan lelaki dan enam wanita. "Setakat ini, kita sudah mengambil keterangan daripada 10 individu yang terdiri daripada orang awam bagi membantu siasatan," katanya ketika ditemui, sebentar tadi. | PAS bantai PR 'takut' dengan LGE, hanya berani dengan Khalid Posted: 05 Aug 2014 11:01 PM PDT MP PAS, Nasruddin Hassan berkata beliau hairan kerana Tan Sri Khalid Ibrahim "dibantai teruk" berhubung projek lebuh raya Kidex, tidak seperti reaksi ke atas projek terowong bawah laut di Pulau Pinang. Sedangkan, projek terowong berjumlah RM4.63 bilion di negeri dipimpin DAP itu dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan negeri dan dianugerahkan kepada pemaju, Construction Zenith BUCG Sdn Bhd secara rundingan terus. "Di manakah suara pimpinan Pakatan dalam menegur sikap Lim ini? Bukankah kita menentang rundingan terus satu ketika dahulu "Saya pelik kenapa Khalid dibantai teruk kerana projek yang bukan bawah bidang kuasanya. "Namun dalam masa yang sama, tidak berlaku kepada Kerajaan Pulau Pinang bawah pimpinan Lim," katanya. Projek terowong 6.5km itu berbeza dengan Kidex, yang merupakan projek kerajaan Persekutuan, katanya. Malah Selangor juga tidak berhak untuk menolak permohonan pengambilan tanah demi kepentingan awam, kata MP Temerloh itu. "Kerajaan negeri Pulau Pinang tidak terikat dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak terikat dengan mana-mana pihak. Namun kenapa (dibuat melalui) rundingan terus?," katanya. Beliau turut menggariskan bahawa projek terowong itu menerima bantahan memandangkan jambatan kedua Pulau Pinang itu sudahpun memadai untuk menampung beban lalu lintas. Projek itu juga dijangka akan menyebabkan kesesakan lebih teruk dengan kemasukan lebih banyak kenderaan ke pulau tersebut, katanya. Sedangkan, kesesakan teruk di Pulau Pinang akan dapat diatasi jika satu sistem keretapi transit dibina dengan kos hanya RM 120 juta sekilometer. "Namun tindakan Lim ini tidak langsung di kecam oleh pimpinan Pakatan sepertimana Khalid dikecam dan didesak meletakkan jawatan," katanya dalam satu kenyataan di Facebook. | 'Rafizi bodoh' - PAS Posted: 05 Aug 2014 10:45 PM PDT PAS menyifatkan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli membuat kenyataan bodoh apabila mendedahkan cadangan PAS mahu Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah dilantik sebagai perdana menteri jika Pakatan Rakyat menang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu. "Jika dia menganggap dia adalah pengarah strategi PKR, dia membuat satu kenyataan bodoh," kata Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali kepada The Malaysian Insider. Mustafa mengulas kenyataan Rafizi malam tadi yang mendedahkan kononnya PAS mencadangkan ahli Parlimen Gua Musang daripada Umno itu sebagai bakal perdana menteri jika Pakatan berjaya menawan Putrajaya. Rafizi mendedahkan perkara itu pada forum berkenaan krisis menteri besar Selangor di Kuala Lumpur, malam tadi. "Sebulan sebelum PRU13, pemimpin PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Mohamad Sabu, Datuk Dr Haron Din, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Mustafa Ali semuanya berjumpa Anwar. "Mereka kata mereka hendak menamakan pemimpin Umno, Tengku Razaleigh sebagai perdana menteri kalau kita menang Putrajaya," kata ahli Parlimen Pandan itu. "Saya tidak mahu berkata banyak tentang kenyataan Rafizi itu, hanya itu saja dulu," kata Mustafa ketika mengulas mengenainya. Sementara itu, Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki dalam kenyataannya berkata tindakan parti itu mencadangkan Tengku Razaleigh sebagai calon perdana menteri bertujuan memecahkan sokongan kuat Melayu luar bandar terhadap Umno. "Anwar tidak bersetuju dengan cadangan tersebut, lalu cadangan itu 'tutup buku' tanpa ada sebarang pengumuman," kata Zuhdi dalam Facebooknya. Katanya, cara itu lebih bermoral untuk mengemukakan apa-apa langkah politik dalam Pakatan dan berkata:"Bukan buat pengumuman dulu seolah-olah dia seorang yang memegang kuasa veto, kemudian paksa rakan lain terima dengan pelbagai cara, mempengaruhi keputusan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan." Pakatan berjaya mendapat sokongan undi popular dalam PRU13 tetapi gagal berkuasa di Putrajaya apabila BN melalui Umno menang banyak kerusi di luar bandar iaitu di kalangan undi Melayu. – 6 Ogos, 2014. TMI | Sidang media sokong Wan Azizah jadi kelam-kabut Posted: 05 Aug 2014 10:32 PM PDT Sidang media PKR Selangor yang sepatutnya dibuat untuk menyokong Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor menjadi kelam-kabut apabila kenyataan media bertulis dengan mesej lain, turut diedarkan di majlis itu. Sidang yang diketuai Timbalan Pengerusi PKR Selangor Zuraida Kamaruddin itu menyatakan semua ADUN, anggota Parlimen dan ketua cabang negeri, kecuali Pengerusinya Azmin Ali dan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, menyokong sepenuhnya keputusan parti itu. Kenyataan media yang diedarkan semasa sidang media berlangsung pula menyatakan "Majlis Pimpinan Keadilan Negeri Selangor", mencadangkan dua nama iaitu Azmin dan Wan Azizah sebagai menteri besar menggantikan Khalid. "Itu bukan kenyataan kita. Kenyataan rasmi kita seperti yang saya katakan di sidang media tadi," kata Zuraida ketika dikerumuni wartawan yang mahukan penjelasan perkara itu. Zuraida dan beberapa lagi pemimpin negeri berkata perkara itu mungkin perbuatan "sabotaj" oleh pihak tertentu. | Akibat cemburu, buah dada rakan jadi mangsa Posted: 05 Aug 2014 10:01 PM PDT HESHAN – Malang menimpa seorang wanita apabila dia dituduh cuba merampas suami orang dan sebagai balasannya, kedua-dua payudaranya telah dipotong dengan menggunakan gunting, dalam satu serangan yang menakutkan. Wanita itu, Xiao Lin telah diserang oleh seorang wanita, iaitu isteri kerana bekas rakan sekerjanya yang menyangka bahawa Xiao Lin menggoda dan mahu merampas suaminya. Penyerang terbabit, dikenali sebagai Meng Tsao telah menyerang ke Xiao Lin di rumahnya sebelum menyarung wajah wanita berkenaan dengan sebuah beg. Selepas mengikat Xiao Lin, Meng Tsao kemudiannya menelanjangkan wanita itu lalu memotong payudaranya dengan gunting. Xiao Lin kemudian sempat membuka beg yang disarungkan di kepalanya dan terkejut apabila mendapati Meng Tsao yang menyerangnya. Ketika kejadian, Xiao Lin sedang menonton televisyen di rumahnya. Pada mulanya Xiao Lin, yang sudah berkahwin itu menyangka dia diserang oleh seorang perogol namun tidak menyangka kejadian lebih buruk menimpanya apabila payudaranya dipotong dengan gunting. Menurut polis, Meng Tsao mengaku melakukan serangan tersebut dan selepas siasatan suami Meng Tsao memberitahu bahawa dia pernah terpikat dengan Xiao Lin namun cintanya itu telah ditolak. Suami Meng Tsao pernah memberitahu isterinya itu bahawa Xaio Lin seorang yang menarik, justeru apabila lelaki itu memfailkan perceraian, Meng Tsao menyangka Xiao Lin menjadi penyebab kepada keruntuhan rumahtangganya. | Maksiat berleluasa dalam kampung FELDA Posted: 05 Aug 2014 09:01 PM PDT Ipoh: Joget hingga pagi. Itu 'menu tambahan' disediakan kedai makan di sebuah perkampungan FELDA, dekat sini, yang menjadikan nyanyian dan tarian sebagai tarikan, terutama pada hujung minggu hingga menjadi tumpuan golongan berumur untuk berhibur. Boleh diibaratkan seperti 'disko rimba', lokasi kedai makan yang menjadi tumpuan golongan remaja serta tua itu juga dipercayai tiada lesen perniagaan kedai makan selain lesen hiburan walaupun beroperasi sejak beberapa tahun lalu. Kedudukan kedai makan itu yang agak jauh dari rumah penduduk dan berhampiran kawasan hutan menjadikan ia 'syurga' buat pelanggan untuk berhibur tanpa gangguan. Malah, pemilik kedai itu turut menyediakan penyanyi serta penari tetap sebagai daya penarik. Kedai terbabit didapati memulakan operasi mulai jam 7 malam dan ditutup jam 4 atau 5 pagi setiap hari. | ANTARA pelanggan yang asyik berjoget di kedai makan di sebuah perkampungan FELDA. |
Intipan wartawan Harian Metro di kedai itu mendapati premis terbabit mempunyai tarikannya tersendiri dengan menyediakan rangkaian lagu karaoke termasuk lagu Hindustan dan dangdut. Selama hampir tiga jam berada di kedai itu bermula jam 11 malam didapati kebanyakan penyanyi terdiri daripada pelanggan berusia 40 tahun ke atas. | Baju putih ketat Hanis Zalikha untuk skuba cetus kontroversi Posted: 05 Aug 2014 08:10 PM PDT Hanis Zalikha, nama yang agak kurang kontroversi dengan penampilan bersahaja dan simple beliau. Beliau yang juga seorang blogger dan kini begitu popular sebagai selebriti, kini menjadi perhatian masyarakat. Apa sahaja yang dipakai, dibuat pasti menjadi tumpuan. Terkini, sekeping foto beliau yang dipercayai diambil dari laman Instagramnya telah dimuat naik oleh blogger Rotikaya. Seperti biasa, foto yang dimuatnaik oleh blogger kontroversi ini pasti ada sesuatu yang menarik perhatian. Ternyata foto berkenaan mendapat pelbagai reaksi dari pembaca. Foto tersebut menampilkan Hanis memakai sleeveless t-shirt ketat berwarna putih di atas sebuah bot. Dengan penampilan sedemikian, sudah pasti mengundang pelbagai reaksi... Apa pula reaksi anda? | Aman Palestin songlap duit bantuan Gaza? Posted: 05 Aug 2014 06:50 PM PDT SHAH ALAM – Badan yang giat membantu Palestin, Aman Palestin menegaskan bakal mengambil tindakan undang-undang kepada mana-mana pihak yang menuduh badan tersebut tidak amanah. Menurut satu kenyataan di laman Facebooknya, Aman Palestin menerima pelbagai aduan tentang fitnah yang tersebar itu. "Aman Palestin menerima pelbagai aduan daripada banyak pihak berkenaan fitnah yang tersebar berkenaan pertubuhan ini terutamanya berkenaan penyaluran dana dan sumbangan. "Antaranya, Aman Palestin menyalahgunakan derma, derma yang disumbangkan melalui Aman Palestin tidak sampai kepada rakyat Palestin, Aman Palestin tidak amanah mengurus dana dan sebagainya," kata kenyataan itu. Sehubungan itu, pihaknya meminta agar orang ramai membantu mengirimkan paparan skrin kepada Aman Palestin sekiranya ada menerima sebarang sebaran fitnah tersebut untuk tindakan selanjutnya. "Mohon kerjasama dan bantuan daripada sahabat-sahabat yang ada menerima sebarang sebaran fitnah atau tuduhan terhadap Aman Palestin melalui laman-laman sosial untuk menghantar 'screenshot' atau 'printscreen' kepada kami. "Aman Palestin akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak-pihak yang mula-mula menyebarkan fitnah berkenaan," katanya. Dalam pada itu, Aman Palestin menegaskan bahawa operasi dan gerak kerjanya sehingga kini tidak pernah bertentangan dengan undang-undang negara. "Petugas-petugas media dan sukarelawan dari pelbagai latar belakang yang berkesempatan menyertai misi-misi Aman Palestin sama ada ke Gaza, Lubnan, Tebing Barat dan Syria adalah saksi bahawa sumbangan orang ramai sampai kepada rakyat Palestin yang memerlukan. "Dana disalurkan merangkumi pelbagai projek termasuk di sektor kemanusiaan, perubatan, pertanian, pentadbiran, pembangunan masjid dan sebagainya. Begitu juga para penaja anak-anak yatim Palestin yang pernah berkesempatan berjumpa sendiri dengan anak-anak angkat mereka di Gaza adalah saksi derma mereka sampai ke tangan rakyat Palestin. "Aman Palestin telah diberikan pengecualian cukai dan derma sumbangan orang ramai melalui Aman Palestin juga berhak mendapat pengecualian cukai," katanya. | Wan Azizah guna ketua kampung untuk singkirkan Khalid Ibrahim Posted: 05 Aug 2014 06:40 PM PDT Tiga Ketua Kampung baru cina hari ini membuat kenyataan bahawa penduduk cina di Selangor telah kecewa dengan pentadbiran Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar di negeri berkenaan. Mereka mendakwa banyak rungutan rakyat tidak diendahkan Khalid sepanjang menjadi menteri besar. Ketua Kampung Baru Pasir Penambang, Tanjung Karang Lim Eng Wan, Ketua Kampung Baru Sasaran Sungai Buloh Lee Boon Huat dan Ketua Kampung Baru Bagan Sungai Yu, Kuala Selangor Sow Eng Wan mendakwa Khalid mengamalkan pemerintahan kuku besi yang tidak mahu mendengar pendapat rakyat dan juga hanya membuat keputusan sendiri. "Khalid mempamerkan pimpinan solo yang memaksa rakyat mengikut keputusannya dan tidak mendengar pendapat rakyat bawahan, " kata mereka. Mereka turut mendakwa Khalid menyelesaikan isu tanah antaranya melibatkan Kampung Baru China Kapung Baru Pasir Penambang dan Kampung Baru Bagan Sungai Yu Kuala Selangor yang melibatkan lebih 220 keluarga. Menurut mereka, penduduk menuntut janji Tan Sri Khalid sejak Mac 2008 yang menjanjikan hak milik persendirian bagi mereka yang telah menduduki tanah lebih 15 tahun. Mereka mendakwa hampir keseluruhan 220 keluarga yang tinggal di Kampung Baru telah menduduki tanah lebih 50 tahun namun tuntutan tersebut tidak pernah dilayan oleh Khalid. Mereka juga mendakwa tiada apa yang dilakukan Khalid dalam membantu meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar seperti petani, penternak, nelayan, peniaga serta penjaja kecil. "Rungutan kami memang remeh bagi ketua kerajaan negeri seperti Khalid tetapi bagi kami penduduk luar bandar, cukup besar dan menekan kehidupan," kata mereka. Oleh yang demikian, ketiga-tiga Ketua Kampung tersebut mendesak supaya Wan Azizah segera diangkat sebagai MB untuk mennyelamatkan negeri Selangor | MB S'ngor: Khalid enggan jumpa Wan Azizah? Posted: 05 Aug 2014 06:30 PM PDT Arahan biro politik PKR supaya satu pertemuan antara Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, dijangka tidak akan menjadi kenyataan. Ini kerana kumpulan penyokong Khalid "keberatan" menurut arahan biro politik yang bermesyuarat hari Ahad lalu kerana berpendapat mesej yang sama akan "diarahkan" kepada Khalid, iaitu "berundur." "Perjumpaan itu akan digunakan untuk memastikan arahan biro politik supaya Khalid meletak jawatan dipenuhi," kata sumber yang rapat dengan kumpulan menteri besar kepada Malaysiakini. Ekoran itu, kemelut untuk jawatan tertinggi dalam kerajaan negeri itu terus berlanjutan, dengan "serangan berkoordinasi" dilihat bakal mensasarkan Khalid selepas ini. Ia dijangka menyaksikan pendedahan seterusnya terhadap apa yang didakwa sebagai 'keraguan integriti' Khalid untuk terus memegang jawatan menteri besar. Semalam Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail menyatakan isu "keraguan integriti" Khalid merupakan antara sebab beliau diturunkan dari jawatan menteri besar. Saifuddin dan pengarah strategi PKR Rafizi Ramli telah mengaitkan Khalid dengan beberapa perjanjian perniagaan selepas kes hutang beliau dengan sebuah bank diselesaikan di luar mahkamah tahun lalu. Semalam Rafizi menyatakan biro politik mengambil keputusan untuk mengadakan sesi penerangan secara terbuka bagi menjelaskan isu ini kepada rakyat dan agar beliau bertemu Khalid untuk membincangkan nasib beliau. Sementara itu Setiausaha Politik Khalid Azman Abidin berkata pertemuan itu diusahakan pihak ibupejabat parti dan pejabat Khalid sendiri bagi mencari "penyelesaian terbaik" dalam kemelut pentadbiran Selangor ini. "Keputusannya hanya dua - sama ada peralihan kuasa yang licin atau Khalid dikekalkan sehingga akhir penggal kedua beliau," katanya. Sementara itu satu lagi sumber yang juga pemimpin PKR menyatakan bahawa pertemuan itu merupakan usaha diplomasi terakhir meminta Khalid meletakkan jawatan atau berdepan dengan tekanan lebih hebat dari PKR sendiri. "Pertemuan ini merupakan usaha terakhir untuk "membantu" Khalid. Tekanan ke atas beliau akan bertambah selepas ini," kata sumber itu. Bagaimanapun beliau tidak mahu memberitahu apa langkah seterusnya yang bakal dilakukan oleh pasukan Wan Azizah. | Pas sukar menang jika pilihanraya semua - Khalid Samad Posted: 05 Aug 2014 06:20 PM PDT MP Shah Alam, Khalid Samad menjangkakan PAS Selangor akan berada dalam "keadaan sukar" sekiranya pilihan raya negeri terpakasa diadakan untuk menyelesaikan kemelut menteri besar Selangor. Beliau menjangkakan demikian kerana PAS dilihat menyokong agar Tan Sri Khalid Ibrahim kekal sebagai menteri besar – satu pendirian yang turut dikongsi Umno. "Bacaan saya memang sukar khususnya bagi PAS kerana pada masa itu kita akan dilihat bersama Tan Sri Khalid dan Umno. "Pada masa itu, memang susah buat PAS," katanya. Seorang MP DAP pada akhir bulan lalu meramalkan bahawa PAS mungkin akan hanya berjaya menguasai tiga hingga lapan kerusi DUN, berbanding 15 yang dimenangi dalam pilihan raya umum ke-13. Ia berdasarkan kiraan bahawa PAS kehilangan antara 15 hingga 25 peratus sokongan bukan Melayu, kata Tony Pua. Malah, dalam keadaan paling baik sekalipun, PAS mungkin kehilangan tujuh daripada 15 kerusi – jika ia berjaya mengekalkan sokongan pengundi Melayu dan juga jika sokongan bukan Melayu hanya berkurangan sebanya 15 peratus. Katanya, beliau antara lainnya menjangkakan PAS hilang sokongan di Taman Templer, Hulu Kelang, Lembah Jaya, Seri Serdang dan Paya Jaras. Dalam perkembangan lain, Khalid Samad menjelaskan beliau masih menunggu maklum balas dari pihak istana berhubung permohonannya untuk menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. "Saya belum terima jawapan rasmi dari istana. "Dan saya menunggu dengan harapan akhirnya ia (permohonan menghadap) diterima dan Tuanku berkenan untuk menerima saya menghadap," katanya. Khalid sebelum ini memohon untuk menghadap Sultan Selangor bagi menjelaskan kenyataannya tentang gesaan mengurangkan kuasa Majlis Agama Islam Selangor (Mais) bagi menjaga nama baik Tuanku daripada kritikan orang ramai. Kenyataan tersebut dilaporkan menyinggung perasaan Sultan Selangor memandangkan Mais adalah satu daripada institusi negeri yang dinaungi baginda. | Aqsa Syarif Kesal Kejadian Di McDonald’s Dungun! Posted: 05 Aug 2014 06:15 PM PDT Aqsa Syarif amat kesal dengan apa yang berlaku di McDonald's Dungun hari ini (5 Ogos 2014). Perbuatan sekumpulan orang yang mengganggu premis McDonald's, membaling objek keras serta menggoncang pintu kedai amat dikesali. Perbuatan seperti ini tidak wajar dibiarkan begitu sahaja kerana ia bertentangan dengan tata susila, akhlak Islam dan lunas undang undang. Sungguhpun boikot adalah hak pengguna melakukan tindakan sivil untuk mengenakan tekanan, namun ia tidak mewajarkan tindakan secara fizikal mahu pun lisan untuk menakut-nakutkan serta mendatangkan kecederaan batang tubuh atau emosi kepada pemilik premis dan pekerjanya. Aqsa Syarif memohon orang ramai yang menyokong kempen boikot supaya mengawal diri dan tidak melanggar batas undang-undang dalam menjayakan kempen. Tindakan liar dan melampau tidak tergolong sebagai menyokong inisiatif boikot. Ia sebaliknya lebih mirip kepada perbuatan merosakkan harta benda awam (vandalisme). Aqsa Syarif menyarankan orang ramai untuk menghubungi pihak polis jika perbuatan ganas seperti ini berulang lagi. Untuk mengelak perkara seperti ini diulangi oleh pihak tidak bertanggungjawab maka Aqsa Syarif menasihatkan agar tidak diadakan sebarang bentuk demonstrasi atau perhimpunan di hadapan atau berhampiran mana-mana premis McDonald's. Prof. Madya Dr Hafidzi Mohd Noor Pengerusi, Aqsa Syarif Berhad. | Tak ada masalah nak menang jika p'raya diadakan semula - Anwar Posted: 05 Aug 2014 06:10 PM PDT Isu sekitar penggantian menteri besar Selangor akan diselesaikan dengan cara baik berdasarkan semangat Pakatan Rakyat melalui peralihan lancar tidak kira sama ada melalui undi tidak percaya atau pilihan raya raya baru, kata ketua pembangkang. Bagaimanapun, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim, tiada alasan untuk mengadakan pilihan raya semula di Selangor memandangkan BN cuma mempunyai 12 daripada 56 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN). Lagi pun, tambah ketua Umum PKR itu, pilihan raya umum baru sahaja berlalu 15 bulan lalu. "Bagaimanapun, sekiranya pilihanraya terpaksa dilakukan, Pakatan telah bersedia untuk menghadapi para pengundi dan berkeyakinan penuh bahawa rakyat Selangor akan sekali lagi menyokong kita," katanya. Sementara itu, Anwar juga berkata, beliau bimbang terhadap nada perkauman dan perpecahan yang disuarakan oleh segelintir pimpinan kecil Pakatan yang didakwa mencabuli nilai-nilai asas Pakatan. "Kami berpendapat bahawa tindakan disiplin yang sewajarnya perlu diambil ke atas golongan ini," katanya tanpa menyebutkan nama secara khusus. Beliau juga menegaskan sekiranya beberapa keputusan sukar perlu dibuat dalam isu itu, ia hanya akan dilakukan setelah mengambil kira kepentingan rakyat. "Sama ada kita hilang sokongan akibat pendirian yang kita ambil, kita akan terus beristiqamah dan komited dengan matlamat untuk membentuk Malaysia yang lebih adil, bebas korupsi dan benar-benar demokratik," katanya. Dalam kenyataannya hari ini, Anwar juga berkata, Pakatan tidak akan berpecah semata-mata kerana isu sekitar calon menteri besar Selangor. | Apa masalahnya kalau saya jadi 'MB Puppet'...? - Wan Azizah Posted: 05 Aug 2014 06:00 PM PDT Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam satu laporan di laman web The New Straits Times berkata beliau tidak kisah jika mahu digelar sebagai 'boneka'. Laporan itu dalam Bahasa Inggeris bertajuk "Wan Azizah : I Don't Mind Being Called A Puppet" menyatakan bahawa pemimpin PKR itu tidak kisah sekiranya digelar sebegitu rupa jika proses penggantian Menteri Besar Selangor berjaya. Menurut laporan itu, suaminya yang juga Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dilantik sebagai penasihat sekiranya beliau mengisi jawatan itu nanti menggantikan penyandangnya ketika ini Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. "Kita merancang strategi 'Langkah Kajang' untuk membolehkan Anwar menjadi ahli dewan undangan negeri dan kemudiannya Menteri Besar tetapi telah digagalkan oleh kerajaan Barisan Nasional. "Jawatan Menteri Besar sememangnya untuk Anwar pada awalnya, saya tidak akan teragak-agak untuk menjadikan beliau sebagai penasihat sekiranya saya menjadi Menteri Besar," kata Dr Wan Azizah yang dipetik laman web itu. Menurut beliau, Anwar dikatakan mempunyai pengalaman untuk membimbing dan menasihatinya dengan mengambil contoh perlantikan Anwar sebagai Penasihat Ekonomi Qatar. Anwar sebelum ini mengumumkan yang Majlis Kepimpinan Pakatan Rakyat telah bersetuju dengan cadangan untuk menggantikan Abdul Khalid dengan Dr Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor. Namun, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Amnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan sokongan kepada Abdul Khalid untuk terus mengekalkan jawatan itu sehingga akhir penggalnya. – MYNEWSHUB.MY | Anak dicabul ketika ibu turun dari bas ekspres di Jalan Duta Posted: 05 Aug 2014 05:00 PM PDT | Gambar hiasan |
Seorang ibu membuat laporan polis selepas anak perempuannya berusia lima tahun didakwa telah dicabul ketika mereka menaiki bas ekspres, baru-baru ini. Menerusi The Star, insiden itu dilaporkan berlaku ketika ibu berusia 29 tahun itu meninggalkan sebentar anaknya dalam bas ketika dia turun membeli makanan di Terminal Bas Jalan Duta, Kuala Lumpur. Wanita itu hanya mengetahui mengenai perkara tersebut selepas anaknya mengadu sakit di bahagian kemaluan sebaik sahaja mereka sampai di Pulau Pinang. - MYNEWSHUB.MY | Hitz.fm Nafi Sebar Berita McDonald's Agih Burger Percuma Posted: 05 Aug 2014 04:45 PM PDT Sebagai mana disiarkan oleh Mynewshub, tiada pemberian burger percuma akan dilakukan oleh McDonald's Jumaat ini seperti disebarkan di laman-laman sosial dan aplikasi mesej WhatsApp. Turut mendapat impak daripada penyebaran berita palsu ini adalah stesen radio Hitz.fm yang kononnya menjadi medium pertama berita ini tersebar. Justeru, Hitz.fm telah menafikan perkara ini sebagai mana petikan jawapan mereka apabila ditanya pengikut Twitter di bawah. Hai, kami pun tak faham dengan sikap sesetengah manusia pada zaman sekarang. Dalam orang dok sibuk mengambil bahagian memperjuangkan nasib rakyat Palestin, ada pula yang mengambil kesempatan menangguk di air keruh untuk mencipta suasana tidak aman dengan mencipta berita palsu. Rasanya perangai macam ini pun lebih kurang Zionis juga ni sebab kerjanya memecah belahkan keharmonian, betul tak? - MYNEWSHUB.MY | Tiada Burger ‘FREE’ Akan Diedarkan McDonalds Jumaat Ini Posted: 05 Aug 2014 04:31 PM PDT Sejak awal pagi tadi, di laman sosial sudah tersebar bahawa pengurusan McDonalds Malaysia akan mengedarkan produk makanan mereka berupa burger percuma di masjid-masjid pada Jumaat depan. Beberapa status akaun Facebook memaklumkan bahawa edaran makanan percuma itu akan diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di Shah Alam Selangor. Mynewshub.my bertindak menghubungi pengurusan masjid yang disebut-sebut di dalam khabar angin berkenaan bagaimanapun menyatakan mereka tidak menerima makluman daripada pihak McDonalds berkaitan perkara itu. Kami juga menghubungi pihak McDonalds berkenaan perkara itu, dan dimaklumkan apa yang tersebar di laman Facebook dan aplikasi Whatsapp adalah palsu dan tidak benar. Menurut jurucakap Perhubungan Pelanggan, yang hanya mahu dikenali sebagai Hasbullah, McDonalds Malaysia menerima banyak pertanyaan mengenai perkara itu hari ini. "Rujukan dengan pihak atasan McDonalds Malaysia menunjukkan apa yang tersebar di laman Facebook atau aplikasi Whatsapp adalah tidak benar dan tiada makanan percuma akan diedarkan kepada orang ramai Jumaat ini," katanya. Di laman sosial twitter, para pengguna aplikasi berkenaan sudah mula bercerita mengenai aktiviti yang dikatakan akan diadakan pengurusan restoran makanan segera terkemuka di Malaysia itu. Khabar angin berkenaan timbul apabila rakyat Malaysia khususnya umat Islam dikatakan akan mula memboikot secara keseluruhan McDonalds pada Jumaat ini berkenaan demi sokongan kepada penduduk Palestin yang diserang oleh tentera rejim Israel dan Zionis. Pihak McDonalds didakwa didalangi seorang individu Yahudi bernama Jack Greenberg dan syarikat itu terlibat dalam penyaluran bantuan kewangan kepada pihak Zionis di Israel. Tindakan seorang individu yang sudah pun meminta pihak masjid menghalau ejen-ejen McDonalds jika mengedarkan makanan percuma itu turut dikecam apabila menggunakan nama tertentu dari pihak pengurusan masjid yang mengatakan mereka komited untuk tidak membenarkan perkara itu berlaku. Padahal, pengurusan masjid memaklumkan bahawa masih tidak mendapat sebarang makluman rasmi daripada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berkaitan arahan menghalau para ejen McDonalds itu. Beberapa wakil pengurusan masjid yang dikatakan komited menyesali tindakan individu itu yang memutarbelitkan kenyataan mereka seperti berbaur kebencian kepada pengurusan dan kakitangan McDonalds Malaysia. – MYNEWSHUB.MY | |
Cucu Tok Selampit Posted: 06 Aug 2014 01:55 PM PDT Panas!!! Menteri Potong Kad Kredit HSBC Tanda Protes Isu Gaza Posted: 06 Aug 2014 05:05 AM PDT Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani, Dato Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini membuat kejutan dengan menyiarkan tindakan beliau memotong Kad Kredit HSBC sebagai tanda protes beliau terhadap isu Gaza. Di dalam laman sosial Facebook beliau, beliau dipetik berkata, "Memandangkan HSBC menutup akaun milik pertubuhan-pertubuhan Islam yang menyokong Palestin, saya mengambil keputusan untuk membatalkan kad kredit dengan HSBC." | MB Selangor TS @Khalid_Ibrahim Jawab Surat Tunjuk Sebab PKR Posted: 06 Aug 2014 04:25 AM PDT Isu Menteri Besar Selangor sudah nenjadi lawak badut 'circus'. Ianya bukan lagi isu kerusi Menteri Besar sebaliknya pertelingkahan untuk merebut hasil mahsul Negeri Selangor yang kaya raya oleh beberapa individu yang tamak terutama dari pasangan suami isteri Anwar-Azizah. Pertama kali dalam sejarah, surat Notis Tunjuk Sebab mengenai pertelingkahan di dalam parti didedahkan untuk tatapan umum. TS Khalid tidak menunggu lama untuk menjawab Notis Tunjuk Sebab yang diberikan kepadanya semalam oleh Pengerusi Lembaga Disiplin parti PKR.
Surat jawapan kepada Notis Tunjuk Sebab bertarikh hari ini, kepada Dato Tan mempunyai beberapa kesilapan teknikal. Mungkin kesilapan ini disebabkan oleh keadaan tergesa-gesa TS Khalid Ibrahim untuk membalas surat Notis Tunjuk Sebab yang diberikan kepadanya semalam. Antaranya adalah surat bertarikh 08 Ogos 2014, tarikh bulan Islamnya adalah 10 Ramadan 1435. TS Khalid Ibrahim juga sepatutnya tidak menggunakan kepala surat (letter head) Pejabat Menteri Besar Selangor kerana ini hal dalaman antara beliau dan parti PKR.
| Hebat Cara PKR Tutup Bangkai 'Langkah Kajang' - Dengan Sogok TS Khalid Ibrahim!!! Posted: 05 Aug 2014 11:34 PM PDT Hebat cukup hebat langkah PKR hendak menutup bangkai pergolakan yang berlaku di Selangor. 3 ganjaran besar akan disogok untuk membolehkan kerusi Menteri Besar Selangor diberikan kepada DS Dr Wan Azizah. Dilantik menjadi Pengerusi Penstrukturan Air di antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri, dilantik menjadi Penasihat Ekonomi Selangor dengan elaun sebanyak RM50,000 serta kemudahan bertaraf Menetri Besar serat semua salahlaku akan ditutup, merupakan sogokan yang ditawarkan kepada TS Khalid Ibrahim. Persoalannya,
1. Tidakkah ini boleh dikategorikan sebagai rasuah? 2. Sumber kewangan manakah yang akan diambil untuk membayar TS JKhalid Ibrahim setiap bulan sebanyak RM50,000? Duit Rakyat lagikah? 3. Kesalahan salahlaku hanya boleh ditutup sekiranya mengikut arahan, inikah cara PKR memerintah?
Kita berharap PKR bersifat 'gentlemen' dengan tidak mengeluarkan kenyataan bahawa ini adalah surat palsu. Adakah Tan Sri Khalid Ibrahim akan bersetuju atau PKR bakal berdepan dengan masalah yang lebih besar selepas ini. Kita tunggu dan lihat. | Bagaimana Pembantu Rumah Boleh Menjadi Pemandu Mendiang Karpal Singh? Posted: 05 Aug 2014 07:56 PM PDT Pas lawatan untuk pekerja sementara bagi bekas pemandu Mendiang Karpal Singh jelas tertera Cinnasamy Selvam atau C Selvam, seorang warganegara India hanya dibenarkan untuk diambil bekerja sebagai 'maid' atau pembantu rumah. Bagaimana Mendiang Karpal Singh dan keluarganya membenarkan C Selvam untuk bekerja sebagai pemandu keluarga?
Bukankah ini melanggar Akta Immigresen kerana menyalahguna bidang pekerjaan pekerja sementara sehingga menyebabkan kematian? Patutlah mana-mana pemimpin DAP tidak pernah menghubungi bekas pemandu Mendiang Karpal Singh ini sejak beliau ditempatkan di Penjara Taiping pada 09 Julai 2014. Mungkin ada perkara yang mereka hendak sembunyikan?
Terdapat dua persoalan yang harus dijawab oleh keluarga Mendiang Karpal Singh:
1. Adakah C Selvam mempunyai Lesen Memandu yang sah sebelum beliau dijadikan pemandu? 2. Sekiranya tidak, siapakah yang bertanggungjawab menjadikan C Selvam sebagai pemandu sedangkan beliau tidak mempunyai lesen memandu yang sah? | Encorp Berhad - Unlocking Landbank Value Posted: 05 Aug 2014 07:00 PM PDT
Property developer, Encorp Bhd is bullish about its prospects with Felda Investment Corp (FIC) on board as the latter has valuable landbank in key cities nationwide. FIC, which is Federal Land Development Authority's (Felda) investment arm, owns large tracts of landbank. Anything that comes by in the future would be promising because of FIC's portfolio strength. Encorp have to go back to the objective on why FIC is acquiring them, which is to unlock the value of its landbank. This will definitely enable Encorp to be on the growth momentum.
In May 2014, FIC acquired 49.45 per cent of Encorp from its major shareholders, Lavista Sdn Bhd and Pegang Impian Holdings Sdn Bhd. It triggered an unconditional mandatory takeover offer to acquire the remaining shares, warrants and loan stocks it did not own in Encorp at RM1.55, 55 sen and RM1.55 a piece, respectively. The offer closed on July 10. FIC now holds 72.29 per cent of Encorp, which will remain listed on Bursa Malaysia. Encorp's top priority is to focus on growing its property development and construction divisions.
Encorp Berhad currently is held by Acting Chief Executive Officer (CEO), Mohd Ibrahim Masrukin Ibrahim. The Board of Directors includes four members from the Felda group. They are Mohd Zaid Abdul Jalil, who is FIC's CEO and Executive Director; Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid, a Director of Felda, Felda Global Ventures Holdings Bhd, MSM Malaysia Holdings Bhd and Yayasan Felda; Datuk Faizoull Ahmad, Chairman of Koperasi Permodalan Felda Malaysia Bhd and Felda D'Saji Sdn Bhd chairman; and Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, chairman of Felda, FGV, FIC and Felda Holdings Bhd. | Mogok Bas Kilang Di CIQ Johor Bharu - PDRM Dan SPAD Akan Ambil Tindakan Posted: 05 Aug 2014 06:00 AM PDT Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) memberi tempoh lima hari kepada 16 syarikat pengusaha bas yang didapati terlibat mengadakan protes di Pusat Pemeriksaan Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), Bangunan Sultan Iskandar, Johor Bharu, Jumaat lepas sehingga mengakibatkan kesesakan teruk hampir lima jam.
Ketua Bahagian Penguatkuasaan SPAD, Datuk Che Hasni Che Ahmad berkata, pihaknya telah mengeluarkan notis temu siasat terhadap syarikat-syarikat berkenaan untuk datang dan memberi keterangan kepada pihaknya dalam tempoh berkenaan bagi meneruskan proses siasatan yang akan disiapkan pada minggu depan.
Manakala pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) pula telah mengeluarkan 100 saman kepada pemandu-pemandu bas kilang berkenaan. Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah II Johor Baharu Selatan, Supt Mohd Nadzir Ghulam Kadir berkata kesemua mereka yang meletakkan kenderaan di bahu jalan utama terbabit akan disiasat mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987. Menurut Supt Mohd Nadzir, pemandu-pemandu bas kilang dengan sengaja beredar membawa kunci dan meninggalkan bas sebelum kemudian berkumpul beramai-ramai.
Sementara itu, bagi pihak SPAD pula, menurut Datuk Che Hasni, kertas siasatan telah dibuka dan notis telah dihantar untuk mengenalpasti jenis kesalahan yang mereka lakukan. Sekiranya didapati melanggar syarat-syarat permit kenderaan, tindakan boleh dikenakan iaitu mereka boleh didakwa mengikut Seksyen 22 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 yang membawa peruntukan penalti tidak kurang RM100,000 dan maksimum RM500,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya jika didapati bersalah. Selain itu, SPAD juga boleh menggantung serta membatalkan permit kenderaan mereka bergantung kepada hasil siasatan. | Tindakan Pemandu Bas Kilang Mogok Di CIQ Menyusahkan Rakyat - Pengerusi SPAD Posted: 02 Aug 2014 06:30 AM PDT
Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Syed Jaafar Albar berkata, tindakan pemandu bas kilang mengadakan mogok di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar di sini pagi Jumaat berikutan perlaksanaan kadar tol baharu, dianggap tindakan yang tidak munasabah dan hanya menyusahkan rakyat.
Tan Sri Syed Hamid menambah, operator bas kilang perlu berbincang dengan syarikat yang menggunakan perkhidmatan mereka sekiranya didapati kos meningkat. Beliau berkata kos kenaikan bukan ditentukan oleh kerajaan semata-mata dan seharusnya pihak pengusaha perlu berbincang dengan syarikat berkenaan memandangkan mereka di bawah kontrak syarikat itu.
Mogok yang bermula 4 pagi itu melibatkan 200 pemandu bas kilang yang enggan memasuki Singapura dan menyebabkan laluan trafik sesak di CIQ selain ribuan pekerja terpaksa berjalan kaki menyeberang Tambak Johor sebelum menaiki bas penumpang di Woodlands untuk ke tempat kerja masing-masing.
Kesesakan itu menyebabkan beberapa bas perkhidmatan awam Singapura ke Johor Baharu ditangguhkan perkhidmatan pada 8.05 pagi dan hanya menyambung perkhidmatan pada 10.11 pagi. Adalah dipercayai protes pengusaha bas kilang tersebut dipercayai berpunca tidak puas hati dengan kenaikan kadar tol.
Kadar tol baharu arah masuk Malaysia, kenderaan kelas-kelas tersebut ialah masing-masing RM9.70 (kereta); RM14.70; RM19.70, RM4.80 (teksi) dan RM7.80 (bas) manakala kadar tol arah keluar pula RM6.80 (kereta); RM10.20; RM13.60; RM3.40 (teksi) dan RM5.50 (bas). Singapura juga menaikkan kadar bayaran Permit Masuk Kenderaan (VEP) bagi kenderaan berdaftar di luar negara yang mahu memasuki Singapura dinaikkan daripada S$20 (RM51.44) kepada S$35 (RM90) sehari mulai Jumaat. Pada masa sama, bayaran Permit Kenderaan Barangan (GVP) berdaftar di negara luar pula dinaikkan daripada S$10 (RM25.72) kepada S$40 atau RM102.88.
Tan Sri Syed Hamid berkata berikutan tindakan pengusaha bas kilang itu, SPAD akan menyiasat sama ada pemandu-pemandu bas kilang ini melanggar peraturan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat. Menurut beliau lagi, pemandu-pemandu bas adalah tertakluk kepada undang-undang iaitu membawa penumpang dan tidak boleh menyusahkan orang ramai atau mendatangkan kesulitan kepada mereka. | |
Duke of UMNO Posted: 06 Aug 2014 01:14 PM PDT CARA BOIKOT ISRAEL YANG LEBIH BERKESAN..! Posted: 06 Aug 2014 06:17 AM PDT
KUALA LUMPUR – Dalam mengecam keganasan rejim Zionis ke atas penduduk Palestin khususnya di Gaza, rakyat Malaysia tidak terkecuali memainkan peranan melalui tindakan memboikot produk-produk dan jenama yang dikaitkan dengan Israel. Bagaimanapun, mutakhir ini terdapat beberapa tindakan yang dilihat keterlaluan oleh segelintir pihak yang memboikot termasuklah merendah-rendahkan golongan yang tidak menyertai usaha mereka, serta ada juga perlakuan buruk seperti memarahi dan meludah pekerja restoran yang diboikot itu. Timbul persoalan di manakah kewajaran perbuatan buruk seumpama itu sedangkan tujuan asalnya adalah untuk bersama-sama membentuk solidariti bagi membantu umat Islam di Gaza yang ditindas rejim Zionis. | RAFIZI KENA SEBIJIKKK..!!! KAH! KAH! KAHHHH..!!! Posted: 06 Aug 2014 02:13 AM PDT Nahhhh... amik hang..! Kan dah kena... Nak tunjuk jadi "pakar strategi" kononnn... pakar la sangat tuuu...heh! Kan dah kena "bodoh" sekali dengan Cikgu Pa... Macamana boleh PKR lantik jadi "Pengarah Strategi" pun kita tak tauuuuu...! Heh!
Alaaaa.. bukannya orang PAS tak tahu agenda forum yang direncana PKR semalam... semuanya nak hentak Khalid Berahim dan Presiden PAS, kan?
Peliknya, Hanipa Maidin pun jadi penakut.. hentam Ayah Chik berdepan.. selamba dia kata Hadi Awang takdak kuasa veto dalam Pakatan Haram? Heh! Apa punya turrrr la wakil rakyat PAS nihhhh..! Mana skill lawyer hang tu weiiii... Presiden sendiri pun hang tak reti jaga air muka dia kaaaa?
Saya betul-betul pelik. Sampai sanggup buat forum semata-mata nak puaskan hati balun Khalid Berahim? Memang la forum tu bunyinya "forum krisis MB Selangor". Tapi dah jadi medan balun Khalid Berahim pulakkkkk...
Siap Ayah Chik pun kena sekali ka? Oooo... pasal Ayah Chik sokong Khalid, dia sekali pun hangpa balun? Awat tak berani balun Nik Aziz sekali? Takut? Heh! Penakut!
Saya nak tengok... siapa yang berani pertahankan Ayah Chik dari kalangan pemimpin PAS. So far, Nasrudin Tantawi dah mula balun puak-puak PKR dan DAP. Ada lagi ka yang berani? Atau hanya dok berani sembang kat kedai kopi jaaa? Cakap belakang berani laaaa..heh! | KHALID SAMAD HILANG KEYAKINAN PADA PARTI SENDIRI..???!!! WOW..! Posted: 06 Aug 2014 12:06 AM PDT Khalid Samad baru-baru ni sokong apa yang Tony Pua cakap. Katanya, PAS sukar sangat nak survive kalau diadakan Pilihanraya Negeri Selangor sekarang ni.. kalau diadakan pilihanraya, dia yakin PAS akan bungkuiihhh...
Tony Pua pun cakap perkara yang sama. Lebih teruk lagi, kenyataan Tony Pua tu saya lihat seolah-olah memang nak downgrade PAS ke bawah tapak kaki DAP dan PKR... Tony kata PAS akan LENYAP kalau ada pilihanraya di Selangor...
Saya betul-betul heran... kenapa Khalid Samad ni dah tak yakin pada parti sendiri. Dia dalam PAS, tapi dia rasa PAS akan hilang sokongan kalau berlaku pilihanraya...
Nak tanya sikit laaa... maksud Khalid tu menunjukkan PAS ni bergantung harap sangat la pada undi-undi penyokong DAP masa pilihanraya hari tu. Kalau takdak undi dari puak-puak DAP tu maka PAS akan bungkuihhhh??? Kalah memanjangggg..? Lagu tu?
Macam tu ke maruah PAS di mata DAP kat Selangor? Hadoiiiiii... apa yang PAS buat ni? Sampai macam tu sekali DAP letakkan maruah PAS? Hina sungguh....!
Sekarang ni Khalid Samad pun dah senada dengan DAP... Kalau saya ni dalam PAS, dah lama saya suruh Khalid Samad keluar PAS... suruh dia masuk DAP lagi baguihhhh... sejarah politik dia pun bukan baik sangat... tengok gaya dia tu lebih liberal Islam dari DAP! Heh! Tu pun PAS nak simpan lagi kaaaa..??? | |
PEJUANG BANGSA Posted: 06 Aug 2014 11:48 AM PDT TERKINI ! POLIS SAHKAN 7 INDIVIDU DARI MALAYSIA TURUT TERLIBAT PESTA BOGEL TELUK BAHANG Posted: 06 Aug 2014 12:00 AM PDT 7 rakyat Malaysia terlibat pesta bogel .... Dakwaan pelancong asing sahaja oleh macai LGE ternyata tidak berasas ... Siapakah rakyat tempatan ini ?? sudah tentunya dari P.Pinang dan merekalah merupakan dalang penganjur. GPB yakin Polis akan dapat mengesan dalang penganjur ini kerana segala maklumat mereka sudah tentunya dalam rekod chalet tempat berkenaan .
Tujuh rakyat Malaysia adalah antara 15 individu yang dirakam terlibat dalam sukan bogel di Hutan Simpan Taman Negara di Teluk Bahang, kata Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi hari ini.
Rahim berkata, polis telah merakam kira-kira 10 kenyataan daripada individu berkenaan untuk membantu siasatan perkara itu, yang rakamannya telah dimuat naik di YouTube.
Bercakap dalam satu sidang akhbar hari ini, beliau berkata, 15 orang itu termasuk tujuh rakyat Malaysia, empat warga Singapura, dua warga Myanmar, seorang warga India dan Filipina.
Menurutnya, pihak polis bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan undang-undang yang dalam siasatan tersebut.
Bagaimanapun, Rahim enggan mendedahkan butiran mengenai penganjur acara itu yang dikenali sebagai Penang Nude Sports Games 2014.
Bagaimanapun, beliau berikrar akan menahan mereka yang bertanggungjawab di sebalik penganjuran acara itu. | BILA PEMIMPIN KANAN PAS KATA RAFIZI BUAT KENYATAAN BODOH !! Posted: 05 Aug 2014 10:52 PM PDT
PAS menyifatkan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli membuat kenyataan bodoh apabila mendedahkan cadangan PAS mahu Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah dilantik sebagai perdana menteri jika Pakatan Rakyat menang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu. "Jika dia menganggap dia adalah pengarah strategi PKR, dia membuat satu kenyataan bodoh," kata Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali kepada The Malaysian Insider. Mustafa mengulas kenyataan Rafizi malam tadi yang mendedahkan kononnya PAS mencadangkan ahli Parlimen Gua Musang daripada Umno itu sebagai bakal perdana menteri jika Pakatan berjaya menawan Putrajaya. Rafizi mendedahkan perkara itu pada forum berkenaan krisis menteri besar Selangor di Kuala Lumpur, malam tadi. "Sebulan sebelum PRU13, pemimpin PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Mohamad Sabu, Datuk Dr Haron Din, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Mustafa Ali semuanya berjumpa Anwar. "Mereka kata mereka hendak menamakan pemimpin Umno, Tengku Razaleigh sebagai perdana menteri kalau kita menang Putrajaya," kata ahli Parlimen Pandan itu. "Saya tidak mahu berkata banyak tentang kenyataan Rafizi itu, hanya itu saja dulu," kata Mustafa ketika mengulas mengenainya. Sementara itu, Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki dalam kenyataannya berkata tindakan parti itu mencadangkan Tengku Razaleigh sebagai calon perdana menteri bertujuan memecahkan sokongan kuat Melayu luar bandar terhadap Umno. "Anwar tidak bersetuju dengan cadangan tersebut, lalu cadangan itu 'tutup buku' tanpa ada sebarang pengumuman," kata Zuhdi dalam Facebooknya. Katanya, cara itu lebih bermoral untuk mengemukakan apa-apa langkah politik dalam Pakatan dan berkata:"Bukan buat pengumuman dulu seolah-olah dia seorang yang memegang kuasa veto, kemudian paksa rakan lain terima dengan pelbagai cara, mempengaruhi keputusan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan." Pakatan berjaya mendapat sokongan undi popular dalam PRU13 tetapi gagal berkuasa di Putrajaya apabila BN melalui Umno menang banyak kerusi di luar bandar iaitu di kalangan undi Melayu. | PESTA BOGEL : PAS P.PINANG DESAK KERAJAAN DAP BERTANGGUNGJAWAB & AMBIL TINDAKAN TEGAS Posted: 05 Aug 2014 10:41 PM PDT PULAU PINANG, 6 OGOS: Susulan tersebar secara meluas di media sosial video aksi acara bogel di satu pantai di P.Pinang semalam, Pemuda PAS Pulau Pinang dalam satu sidang media telah tampil menempelak tindakan yang tidak bertamadun itu. Menerusi Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri, Afnan Hamimi Taib Azamudden dalam kenyataannya kepada media berkata bahawa pihak PAS khususnya di P.Pinang berasa amat kesal dengan apa yang dilakukan oleh sekumpulan individu tersebut di mana ianya secara jelas bertentangan dengan budaya masyarakat di negara ini. Dalam kenyataan itu, Afnan turut berkata bahawa apa yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab tersebut telah mencemar nama baik Malaysia dan juga negeri P.Pinang khususnya di kalangan negara Islam kerana video tersebut kini mula mendapat perhatian dari masyarakat dunia. "Penyebaran video tersebut telah menyinggung sensitiviti umat Islam khasnya di Pulau Pinang disaat umat Islam baru sahaja selesai menjalani ibadah bulan Ramadhan. Ia juga telah mencemarkan nama Pulau Pinang apabila nama negeri ini digunakan dalam sebahagian nama program tidak berakhlak ini," ujar beliau kepada media. Dalam pada masa yang sama, Afnan yang mewakili PAS negeri menggesa pihak kerajaan negeri, pihak Majlis Perbandaran P.Pinang dan lain-lain dapat bertanggungjawab dan mengambil tindakan tegas terhadap pelaku acara tersebut agar ianya tidak berulang dan menjadi pengajaran kepada rakyatyang lain. "Pemuda PAS mendesak supaya pihak Kerajaan Negeri, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan pihak-pihak berwajib lain menyiasat serta mengambil tindakan sewajarnya terhadap penganjur agar menjadi pengajaran kepada rakyat yang lain." tambah beliau lagi. Afna dalam kenyataan itu turut mendedahkan bahawa pihak yang sama telah merancang untuk menganjurkan aktiviti yang sama pada 5 Disember 2014 nanti di negeri ini. Sementara itu, Perkasa Pulau Pinang diketuai oleh Mohd Rizuad Mohd Azudin semalam telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di sini dan mahukan tindakan tegas diambil jika ianya libatkan pelancong luar. "Jika benar mereka bukan warganegara Malaysia, Perkasa mendesak pihak berkuasa menyenarai hitam individu terlibat daripada memasuki negara ini pada masa depan supaya perkara jijik sedemikian tidak berulang," ujar beliau di sini.-UtaraNews.com - | TERKINI ! PAS PERLU GERAK 2 BAGI MEMBELA KHALID IBRAHIM DIFITNAH ANWAR - NASRUDIN Posted: 05 Aug 2014 08:21 PM PDT
Fuh...naik bulu roma baca tulisan terbaru bekas Ketua Pemuda PAS Nasruddin Hassan Tantawi pagi Rabu. Nukilan lepas Subuh di facebook peribadinya itu menggambarkan pergolakan dalaman seorang pemimpin yang sedang diuji.Ini kira macam declare perang terbuka lah antara Nasrudin yang merupakan antara pemimpin muda berpegaruh dalam PAS kerana, dan beliau memihak sebelah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam mempertahankan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Ahli Parlimen PAS Temerloh itu dari dulu lagi ketika masih menjadi Ketua Pemuda PAS mengambil standyang jelas bahawa kepimpinan parti Islam itu wajib berkiblatkan Masjid Rusila bukannya Banglo Bukit Segambut. Melalui tulisannya, kata Nasruddin, andai Datuk Seri Anwar Ibrahim menyingkirkan Abdul Khalid dari kerusi MB Selangor dengan berbagai tuduhan....PAS sewajarnya membela Abdul Khalid melalui GERAK 2. GERAK merujuk movement rakyat yang dibuat kali pertama ketika Anwar dipecat pada 1998. Ia digerakkan dari satu negeri ke satu negara semacam roadshow untuk sesi penerangan terhadap apa yang jadi.
Menurut Nasrudin, ketika Anwar dipecat 1998, atas tuduhan liwat, rakyat bangkit membela Anwar. "Mereka tidak anggap ini masalah dalaman UMNO sebaliknya mereka anggap ini satu kezaliman dan fitnah. Anwar mesti diberi pembelaan. Termasuklah yang membela Anwar ialah PAS. "Kini tahun 2014, berlaku pergolakan di Negeri Selangor. Apakah Tan Sri Khalid Ibrahim akan diperlakukan oleh Anwar sebagaimana Tun Mahathir melakukannya keatas beliau ? "Apa skandal dan salah laku beliau yang memaksa Abdul Khalid dipecat dari PKR lalu digugurkan sebagai Menteri Besar Selangor ? "Apakah perkara ini mahu dilihat hanya perkara dalaman PKR dan rakyat tidak perlu bangkit membela Abdul Khalid?" soal beliau. Menurutnya, Jika Anwar yang disingkir oleh Tun Dr Mahathir dari kerusi Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998 dengan pelbagai tuduhan, menyaksikan kebangkitan PAS yang dipimpin oleh Al Marhum Datuk Fadhil Mohd Noor membela beliau melalui GERAK pada waktu itu. "Saya kira , andai Abdul Khalid disingkir oleh Anwar dari kerusi Menteri Besar sekarang dengan pelbagai tuduhan, sewajarnya PAS yang dipimpin oleh Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi bangkit membela Abdul Khalid yang dizalimi dan diaibkan melalui GERAK 2 !,"ujarnya mengakhiri tulisan empat perenggan itu. Untuk rekod, Anwar ketika dipecat 1998 bergantung kepada sokongan PAS untuk menggerakkan perlawanan dengan UMNO ketika itu... kerana itu juga ramai penyokong-penyokong Anwar dalam UMNO ketika itu memilih untuk menyertai PAS. PKR masih belum ditubuhkan, tiba-tiba reaksi dari pemecatan Anwar dan kemarahan orang Melayu (yang tak tahu cerita sebenar ketika itu) adalah menyertai PAS beramai-ramai. Selepas lebih 15 tahun dalam PAS...kumpulan penyokong Anwar ini membina kekuatan di peringkat kawasan (bahagian) dan negeri. Terima kasih kepada ketua think tank Anwar dalam kerajaan, Datuk Kamaruddin Jaafar (IKD) yang menggunakan kedudukan beliau sebagai setiausaha agung PAS untuk memperkukuhkan jaringan Anwar dalam parti tersebut. Kini golongan ini merupakan pembuat keputusan (policy maker) dalam PAS, yang menyebabkan PAS terbahagi kepada dua, ulama dan profesional. Dalam kes pertempuran antara kubu dalam PAS, golongan ulama dilihat condong kepada pandangan Abdul Hadi dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mahu Khalid Ibrahim dikekalkan. Bagaimanapun, suara golongan profesional yang menguasai kepimpinan PAS pusat dipercayai cukup kuat untuk menolak keputusan dua orang tokoh kepimpinan dan spritual PAS itu.-6/8/2014 | |