Agak pelik kenapa YDP MAIPP yang juga Adun PAS Prmtg Pasir Datuk Salleh Man takut hendak mengulas cadangan Adun kerajaan DAP yang mahu jawatankuasa transgender ditubuhkan di negeri ini .
Cadangan itu juga disifatkan sebagai satu ancaman ekstrem yang boleh menghuru-harakan & merosakkan moral masyarakat. Malah ia juga jelas bertentangan dengan kebanyakan ajaran agama di negara ini dan tidak perlu diteliti ataupun dikaji bagi melaksanakannya seperti disebut Salleh Man .
Ini kerana tanpa jawatankuasa khas itu, kebajikan masyarakat masih boleh dilindungi kerana matlamat kebajikan itu sendiri adalah untuk membantu tanpa mengira bangsa dan agama sesuatu masyarakat .
Agak malang sekali umat Islam di negeri ini mempunyai YDP MAIPP yang takut pertahan kesucian Islam .
KEPALA BATAS 8 Mei - Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Mohd. Salleh Man enggan mengulas mengenai cadangan penubuhan jawatankuasa transgender kerana menyifatkan isu itu terlalu sensitif.
Malah, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir meminta diberi masa untuk meneliti cadangan yang dikemukakan ADUN Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu itu sebelum membuat sebarang kenyataan.
"Secara dasarnya kita tidak iktiraf golongan terbabit, namun beri saya peluang untuk meneliti cadangan yang dibuat oleh Yee Cheu itu sebelum beri sebarang komen," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.
Mohd. Salleh merupakan satu-satunya ADUN Pas dalam kerajaan DAP Pulau Pinang.
Dalam tindakan yang dilihat seolah-olah mahu meraih sokongan politik, Yee Cheu dalam sidang akhbar di sini semalam berkata, penubuhan jawatankuasa itu perlu bagi membuktikan kesamarataan yang diamalkan kerajaan DAP Pulau Pinang.
Menurut Yee Cheu, cadangan itu telah dipanjangkan kepada kerajaan negeri untuk dibawa kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN).
Malah, beliau berharap cadangan berkenaan dapat dibahaskan semasa persidangan DUN yang dijadualkan bermula dua minggu lagi.
Bagaimanapun, cadangan Yee Cheu itu mendapat kecaman hebat beberapa pihak seperti Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) dan Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP) yang menyifatkan ia sebagai melampau dan tidak boleh diterima akal.
Selain itu, mereka menegaskan cadangan tersebut juga langsung tidak menghormati kesucian beragama dalam kalangan penganut pelbagai kepercayaan di negara ini terutama umat Islam.