Pakatan Rakyat |
You are subscribed to email updates from Pakatan Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Pakatan Rakyat |
You are subscribed to email updates from Pakatan Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan |
Piala FA: Kelantan isytihar 20 Mei cuti peristiwa Posted: 13 May 2012 01:23 AM PDT KOTA BHARU, 13 Mei: Kelantan mengisytiharkan 20 Mei adalah cuti peristiwa sempena perlawanan akhir bola sepak Piala FA antara pasukan negeri itu dengan Sime Darby pada 19 Mei ini. Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan & NGO Negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood pada sidang media di bilik MMKN, Kota Darulnamin di sini, petang ini. Ini, katanya bagi memberi sokongan dan memastikan keselamatan penyokong The Red Warriors menyaksikan perlawanan akhir Piala FA antara Kelantan dan Sime Darby itu. Jelasnya, Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah bersetuju untuk member cuti peristiwa pada Ahad, 20 Mei di mana perbincangan awal telah diadakan antara beliau dan Tuan Guru. "Tuan Guru begitu prihatin terhadap perkembangan sukan bolasepak Kelantan dan di atas faktor keselamatan beliau telah bersetuju untuk memberi cuti peristiwa pada Ahad, 20 Mei nanti," ujar beliau. Abdul Fattah juga berkata walaupun perlawanan tersebut akan diadakan Sabtu ini, namun bagi memberi kemudahan dan keselesaan kepada rakyat Kelantan yang ingin ke Kuala Lumpur sudah boleh membuat perancangan awal tanpa tergesa-gesa kerana kerajaan telah mengisytiharkan cuti tersebut lebih awal lagi. Mengulas harga tiket yang agak mahal jika dibandingkan dengan tahun-tahun lepas, Abdul Fattah berkata kerajaan juga telah menyarankan kepada FAM dalam hal itu, namun ia terpulang kepada pihak berkenaan untuk menaikkan harga tiket atau mengekalkannya. "Kita sedar, minat rakyat Kelantan terhadap sukan bolasepak amat mendalam dan kenaikan harga tiket tersebut sedikit sebanyak terjejas juga, namun kerajaan amat menggalakkan rakyat negeri ini datang beramai-ramai ke Kuala Lumpur menyaksikan Piala FA ini," katanya lagi. Sementara itu, sebagai tanda sokongan media Kelantan terhadap perlawanan akhir tersebut, pihak Exco sukan turut menyampaikan jersi dan beg kepada petugas media yang hadir di sidang akhbar tersebut. |
PRU13: PAS tangguh muktamar, ganti himpunan raksasa Posted: 13 May 2012 01:23 AM PDT KUALA LUMPUR, 13 Mei: PAS akan menangguhkan muktamar yang sepatutnya diadakan pada Jun ke November depan. Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, ia akan digantikan dengan perhimpunan raksasa pada 1 Jun di Alor Setar, Kedah yang akan memberi fokus sepenuhnya kepada pilihan raya umum ke-13. "PAS lebih menumpukan kepada persediaan menghadapi pilihan raya umum yang masih menjadi teka-teki, itulah demokrasi di negara itu. "Jadi PAS tangguh muktamar ke satu tarikh lain dan akan adakan ijtima' dan munajat perdana untuk perkasakan jentera dan ahli di seluruh negara bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13," kata beliau pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat di ibu pejabat parti, Jalan Raja Laut, dekat sini, hari ini. Beliau berkata, Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar akan menjadi pengarah bagi ijtima' yang dijangka dihadiri lebih 100,000 ahli parti itu. "Maklumat lanjut akan dikemaskini dari semasa ke semasa. "PAS tak akan sediakan bas untuk ke sana tapi semua atas usaha ahli sendiri tapi kita yakin kehadiran lebih 100,000," katanya. Sementara itu, Ustaz Hadi juga memaklumkan seratus peratus nama calon dari setiap negeri sudah dihantar ke Jawatankuasa Pusat dan diluluskan Majlis Syura. "Jawatankuasa Pusat memberi kepercayaan kepada Dewan Harian PAS Pusat untuk meneliti semua calon yang dikemukakan kepada pusat dan diluluskan Majlis Syura," katanya. Tambah beliau juga, isu pertindihan kerusi dengan PKR dan DAP akan diselesaikan oleh Jawatankuasa Bersama dalam Pakatan Rakyat. "Itu akan diselesaikan oleh jawatankuasa bersama dalam Pakatan Rakyat," katanya. Turut bersama pada sidang media ialah Timbalan Presiden, Mohamad Sabu, Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub, serta Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali. |
Haram jadah: Najib mohon maaf atau saman malu Posted: 12 May 2012 09:33 PM PDT KULAI, 13 Mei: Ungkapan 'haram jadah' yang diulang dua kali oleh Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang ditujukan kepada penentang-penentang penyenaraian FGVH adalah terlalu kesat dan tidak sewajarnya disebut oleh seorang Perdana Menteri. Sehubungan itu, Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman kepimpinan Anak Negeri Johor membuat laporan polis di Balai Polis Kulai, semalam terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abd Razak. Kata Mazlan, ia ekoran ucapan Najib ketika mengumumkan 'Durian Runtuh' di Felda Jengka 8 di Pahang pada 8 Mei lalu. Beliau berkata, 'haram jadah' dalam kamus DBP bermaksud 'Anak Luar Nikah' dan ia sangat bertentangan prinsip Rukunegara- Kesopanan dan Kesusilaan'; apatah lagi ajaran Islam yang menekankan ketinggian akhlak dan moral, lebih-lebih lagi pemimpin yang sepatutnya menjadi contoh ikutan rakyat. "Laporan polis mendesak PM menarik balik ucapannya dan meminta maaf secara terbuka kerana golongan yang tidak bersetuju dengan penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia terlalu ramai," ujarnya. Mazlan menambah, ia bukan sahaja warga Felda tapi umumnya rakyat yang terlalu sayang dengan prihatin dengan masa depan institusi Melayu seperti Felda. Katanya, pihak peguam akan menghantar notis tuntutan permohonan maaf oleh PM dan jika gagal berbuat demikian, saman malu akan dikemukakan. |
Sekitar Majlis Penutup Anak Muda Kelantan Dun Pulai Chondong Posted: 12 May 2012 09:31 PM PDT |
Usul kecam kekerasan polis: Hanya 16 daripada 1270 tentang Posted: 12 May 2012 04:38 PM PDT (Para peguam yang menyokong usul kutuk kekerasan polis di perhimpunan Bersih 3.0) KUALA LUMPUR: Majlis Peguam semalam membuat usul tergempar mengutuk kekerasan melampau polis ketika menyuraikan perhimpunan Bersih 3.0 April 28 yang lalu di dalam satu mesyuarat agung luar biasa (EGM). Hanya 16 peguam daripada 1,270 ahli majlis peguam yang membantah resolusi tersebut. Dalam resolusi yang diluluskan dengan cara undian itu, Majlis Peguam turut menuntut permohonan maaf daripada Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara kepada orang awam dan ahli media atas tindakan polis ketika perhimpunan tersebut. Pengerusinya Lim Chee Wee berkata kehadiran EGM kali amat memberangsangkan – melebihi mesyuarat agung tahunan (AGM)nya. "Ini menandakan bahawa ahli majlis melihat insiden Bersih 3.0 dengan serius," kata beliau. Aman sehingga diganggu Faktanya, kata Lim ialah laporan terhadap kekejaman polis, dan penggunaan gas pemedih mata dan meriam air yang berlebihan hanya selepas penghadang Dataran Merdeka diceroboh pada pukul 3 petang. "Sebelum itu, situasi (perhimpunan) adalah seperti karnival," kata beliau. Lim berkata Majlis Peguam telah mengerahkan sebanyak 78 ahli untuk memerhati perhimpunan Bersih, dan hanya keadaan di Kuala Lumpur menjadi kelam-kabut manakala situasi di Kuantan, Johor Bharu, Melaka dan Ipoh aman kerana polis telah bertindak secara terkawal. Beliau turut menambah bahawa 100,000 hadirin yang membanjiri Kuala Lumpur pada April 28 yang lalu tidak diberikan ruang dan masa secukupnya untuk bersurai di mana gas pemedih mata dan air berasid terus dihalakan pada mereka walaupun mereka dalam keadaan hendak melarikan diri. "Ini membawa kepada satu soalan mudah. Mengapa polis masih tidak membaca dan melaksanakan apa yang dicadangkan Suhakam?" kata Lim, merujuk kepada laporan siasatan terhadap perhimpunan aman yang lepas. Lim turut menegaskan bahawa kekerasan yang ditunjukkan polis adalah tidak memadai dengan tindakan penyokong yang mengejek mereka kerana semua peserta adalah tidak bersenjata, dan tanggungjawab menjaga keamanan adalah jatuh di bahu pihak berkuasa yang bersenjata. Majlis Peguam Malaysia turut menuntut agar anggota polis yang melakukan keganasan dikenalpasti dan didakwa. Pulau penal bebas kerajaan Selain itu, Lim berkata Majlis Peguam turut memulau panel bebas yang ditubuhkan kerajaan untuk menyiasat dakwaan keganasan polis dalam perhimpunan BERSIH 28 April lalu. Majlis Peguam mencadangkan agar wakil Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyiasat insiden Bersih 3.0 dan bukannya bekas ketua polis negara Tun Hanif Omar. |
SEKITAR MUKTAMAR DPPNK KALI KE -53 Posted: 12 May 2012 04:37 PM PDT |
Anak muda bergabung tentang gejala jenayah Posted: 12 May 2012 04:30 PM PDT KOTA BHARU: Anak muda yang prihatin terhadap isu-isu berkaitan jenayah kini bergabung membentuk sebuah badan bukan kerajaan yang dikenali sebagai Benteng Negara Dari Jenayah (Benar Malaysia). Matlamatnya memperkukuhkan Benar Malaysia sebagai "smart partner" yang kritikal, kreatif dan konstruktif membantu mana-mana pihak membanteras gejala jenayah. Pengerusi bersama, Firdaus Jaafar berkata, Benar Malaysia juga berusaha mendidik dan memberi kefahaman secara menyeluruh kepada masyarakat tentang bahaya jenayah. "Selain itu menjalankan kajian-kajian strategis berkaitan kegiatan bagi menangani gejala jenayah," katanya selepas pelancaran Benar Malaysia peringkat kebangsaan di Medan Ilmu semalam. Pelancaran disempurnakan Speaker Dun Kelantan, Datuk Nasuruddin Daud. Pada malam sebelumnya program jelajah pertama Benar Malaysia di Tanah Merah dirasmikan anggota Exco, Datuk Abdul Fattah Mahmood. Seorang lagi pengerusi bersama Benar Malaysia iaitu Naib Ketua AMK Pusat, Nazree Yunus. Anggota sekretariat iaitu Ramlan Roes, Kamarul Nizam, Pendi Malek, Yuzi Azhar, Fadhil Othman dan Nkamariyah Hamzah. Benar Malaysia ditubuh pada April lalu merupakan sebuah NGO yang berjuang menentang gejala jenayah di negara ini. Firdaus yang juga anggota parlimen Jerai berkata, jenayah bukan sekadar tertumpu kepada mencuri, samun, merogol dan sebagainya sebaliknya merangkumi semua kegiatan manusia termasuk politik, ekonomi dan kemasyarakatan. Kata beliau juga Kelantan dipilih sebagai tapak pelancarannya kerana kadar jenayah di negeri ini kecil berbanding negeri-negeri lain. |
TPM tanggung malu pondok tolak bantuan RM100,000 Posted: 12 May 2012 04:29 PM PDT TUMPAT: Belum pun sampai sebulan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peruntukan RM500,000 bagi membantu lima pusat pengajian pondok di sini, Pondok Berangan yang turut disenaraikan menolak tawaran itu. Perkembangan itu memalukan Timbalan Perdana Menteri (TPM) yang mana sebelum ini mengharap dapat mempengaruhi institusi pondok bagi mendapat sokongan percuma. Anggota parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar (gambar kanan) berkata, beliau menghormati pendirian tegas pengurusan Pondok Berangan menolak tawaran yang lebih bersifat politik. Katanya, pendirian tersebut perlu dihormati kerana mereka ada maruah yang perlu dipertahankan dan bukannya mudah diperalat bagi kepentingan politik pihak tertentu. "Semua orang tahu pemberian sumbangan itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri ketika menjelang pilihan raya umum ke-13 dan tentunya mereka mengharap ada balasannya," kata beliau di sini. Sebuah akhbar tempatan hari ini melaporkan pengurusan Pondok Berangan, Muhammad Ali menolak sumbangan kerajaan pusat kerana pondok berkenaan tidak pernah menerima bantuan pusat sejak diwujudkan 70 tahun lampau. Lagi pun katanya, sumbangan yang dijanjikan itu belum diterima pihaknya. Pada 25 April lalu Muhyiddin ketika lawatan ke Tumpat mengumumkan peruntukan RM500,000 bagi membantu lima pusat pengajian pondok termasuk Pondok Berangan, Pondok Bunut Susu, Pondok Jal Besar, Pondok Pulau Ular dan Pendok Geting. Pengumanan itu dibuat di Pondok Geting di Pengkalan Kubur yang diasas Abdullah Saamah, kini menjadi tenaga penceramah Umno. Kamaruddin berkata, hanya pondok yang tidak ada pengaruh dalam masyarakat seperti Pondok Geting menerima sumbangan disampaikan pemimpin Umno. Oleh itu katanya sebahagian besar institusi pondok di Kelantan menjadi benteng mempertahankan Islam dan tetap utuh sehingga sekarang. |
Muktamar Pemuda PAS Kelantan di bangunan sendiri Posted: 12 May 2012 04:28 PM PDT (Mohamad Sabu bersama-sama kepimpinan DPPNK bergambar di hadapan bangunan Syabab Point) KOTA BHARU: Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan kali yang ke 53 pada hari ini mencatat sejarah yang tersendiri apabila buat julung-julung kalinya berjaya dilaksanakan di bangunan sendiri iaitu bangunan Syabab Point yang terletak di Jalan Sultanah Zainab, Kota Bharu, Kelantan. Ia dirasmikan oleh Timbalan Presiden PAS, Tuan Haji Mohamad bin Sabu. Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan, Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman di dalam ucapannya mengimbau kembali sejarah pembelian bangunan ini daripada bekas Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, Datuk Zaid Ibrahim yang menghadapi banyak halangan khususnya daripada pihak UMNO Bahagian Kota Bharu. Namun berkat usaha bersungguh-sungguh termasuklah pembelian syarikat Umbak Baru Sdn Bhd, akhirnya usaha ini menjadi kenyataan apabila ia diserahkan secara rasmi kepada Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan pada 20 Oktober 2010 iaitu genap 20 tahun pentadbiran kerajaan PAS di negeri Kelantan Darul Naim. "Ini merupakan detik yang perlu dirakamkan dan diingati oleh semua pemuda pendokong perjuangan Islam di mana kejayaan mendapatkan bangunan yang asalnya dimiliki oleh UMNO Bahagian Kota Bharu yang turut merupakan satu kemenangan moral kepada kita. "Jika di Barat, banyak gereja bertukar menjadi masjid merupakan kemenangan kepada Islam, maka di Malaysia, kejayaan memiliki bangunan Umno ini merupakan satu kejayaan kepada perjuangan Islam," katanya. Manakala Mohamad bin Sabu pula di dalam ucapannya mengimbau kembali sejarah perjuangan pemuda PAS ketika zaman kejatuhan kerajaan Kelantan apda tahun 1978 sehinggalah pada saat ini ketika saat-saat kemenangan dilihat semakin hampir. Beliau juga tidak lupa untuk merakamkan setinggi-tinggi tahniah di atas kejayaan Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan yang berjaya mengadakan muktamar di bangunan sendiri pada hari ini. |
Selepas NST, Utusan pula minta maaf Posted: 12 May 2012 04:28 PM PDT (Xenophon [dua dari kiri] ketika bercakap dalam sidang media di Parlimen sebelum perhimpunan Bersih 3.0. Beliau adalah antara pemerhati luar yang datang ke Malaysia untuk melihat pelaksanaan demokrasi di negara ini) KUALA LUMPUR: Selepas New Strait Times, sebuah lagi akhbar Umno, Utusan Malaysia membuat permohonan maaf kepada senator Australia, Nicholas Xenophon selepas membuat laporan melulu terhadap beliau. Utusan dalam penyataan mohon maaf hari ini turut menarik balik laporan mereka yang menuduh Nicholas Xenophon sebagai anti-Islam. Kedua-dua akhbar Umno itu membuat laporan melulu kepada Nicholas Xenophon selepas senator itu menyifatkan perhimpunan Bersih 3.0 aman sehinggalah dikacau oleh polis. NST dan Utusan membuat laporan kononnya Xenaphon penyokong LGBT, ungkapan yang ditujukan kepada kumpulan lesbian, gay, biseksual dan pondan. Berikut adalah kenyataan yang disiarkan Utusan hari ini. Kenyataan maaf dan penarikan balik ARTIKEL Utusan Malaysia bertarikh 30 April 2012 yang disiarkan pada 1 Mei 2012 pada muka surat 6 dan di dalam Utusan Online ('www.utusan. com. my') yang bertajuk 'Senator anti-Islam pantau Bersih 3.0'. Artikel tersebut merujuk kepada Senator Nicholas Xenophon, seorang senator bebas dari Selatan Australia. Utusan Malaysia mengesahkan terdapat kesilapan dalam menerbitkan pernyataan-pernyataan di dalam artikel tersebut. Kami menerima bahawa dalam ucapan beliau di Parlimen Australia yang dirujuk dalam artikel tersebut, Senator Xenophon tidak menggunakan perkataan 'Islam' dan beliau tidak juga menegaskan bahawa Islam bukanlah sebuah organisasi agama tetapi sebuah organisasi jenayah yang berselindung di sebalik kepercayaan agama. Berdasarkan sebab-sebab di atas, Utusan Malaysia dengan ini menarik balik dengan sepenuhnya kesemua pernyataan-pernyataan terkandung di dalam artikel tersebut dan secara tulus ikhlas memohon maaf kepada Senator Xenophon di atas kedukaan atau pengaiban yang diakibatkan kepada Senator Xenophon ekoran daripada penyiaran artikel tersebut. |
Aishah serah borang jadi ahli PAS Posted: 12 May 2012 04:27 PM PDT (Aishah menyerahkan borang sertai PAS kepada Tuan Guru Nik Aziz) KUALA LUMPUR: Penyanyi popular bersuara lunak dan Juara Lagu 1990, Wan Aishah Wan Arifin secara rasmi menyertai PAS apabila menyerahkan borang keahlian PAS kepada Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat malam tadi. Ia berjalan di dewan besar, Kolej Universiti Zulkifli Mohamad (KUIZM) Taman Melewar dalam majlis ceramah perdana "Rakyat Melangkah Ke Putrajaya". Turut serta di majlis anjuran PAS Kawasan Batu itu adalah Tamrin Ghafar dan Datuk Seri Chua Jui Meng. Penyajak tersohor, Pyan Habib turut mendeklimasikan beberapa sajaknya. Dengan penyertaan Aishah, sudah ramai artis dan para sastrawan yang menyertai PAS. |
Ulama lihat ada petunjuk Putrajaya diterajui kerajaan baru Posted: 12 May 2012 04:26 PM PDT (Mohamed Daud dan Muhamad Sabu di majlis perasmian mesyuarat agung Pemuda PAS Kelantan) KOTA BHARU: Bagi orang Melayu golongan ulama begitu disanjung dan dihormati kerana ilmu dan amalan mereka. Setiap kata-kata ulama dipegang dan dijadikan panduan. Begitu juga dalam situasi sekarang orang ramai melihat peluang kerajaan baru menguasai Putrajaya begitu cerah berdasar kepada banyak petunjuk yang muncul hari ini. "Saya nampak peluang untuk kerajaan lain menguasai Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13 begitu cerah sekali. Namun kalau tidak berlaku seperti dijangka itu tidak tahulah saya hendak kata apa lagi. "Lagi pun Perdana Menteri seperti memberi petunjuk PRU-13 makin hampir sekarang," kata Datuk Mohamed Daud Iraqi, Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan di majlis perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS Kelantan kali ke-53 di Dewan Utama Syabab Point di sini hari ini. Perasmiannya disempurnakan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. Hadir sama Exco Pemuda PAS Pusat, Mohd Khalil Abdul Hadi, Ketua AMK Kelantan, Azihan Che Seman dan anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood. Syabab Point merupakan bekas bangunan milik Umno Kota Bharu dan dibeli PAS Kelantan pada 2010 dengan harga RM4.5 juta. Sebelum ini bangunan itu dimiliki atas nama Ombak Baru dijual oleh bekas Ketua Umno Kota Bharu, Datuk Zaid Ibrahim. Oleh itu Mohamed yang juga bekas anggota Exco kerajaan negeri berkata, pemuda hendaklah mempersiapkan diri dengan menimba sebanyak mungkin ilmu sehingga ke peringkat PhD. Katanya, kalau dahulu golongan pemuda tidak ramai yang memiliki ijazah, namun sekarang keadaan sebaliknya berlaku. "Pemuda kena membuat persiapan kerana pada masa hadapan bukan sekadar menjadi pemimpin di Kelantan sebaliknya mengisi jawatan penting di peringkat pusat. "Jadi kena ada persiapan ilmu sebagai persediaan. Tidak boleh berpuas hati dengan kemampuan yang ada sekarang," ujarnya. Mengenai kehadiran begitu ramai pada perhimpunan sempena sambutan 66 tahun Umno di Bukit Jalil malam tadi, katanya Umno mampu mengerah orang ramai hadir kerana mereka ada kuasa di peringkat persekutuan. Timbalan Presiden PAS berkata, banyak negara sekarang berubah pemerintahannya akibat kebangkitan rakyat menggunakan pentas jalan raya bagi menukar kerajaan yang zalim. Katanya, tidak banyak negara yang berubah teraju pemerintah melalui saluran demokrasi pilihan raya kecuali India dan negara-negara di barat sahaja. "Misalnya Indonesia pada 1998 berubah melalui jalan raya, begitu juga Filipina, Thailand dan tahun lepas di Tunisia, Libya serta Mesir. "Bagaimanapun di Malaysia kita tetap mahu menggunakan saluran pilihan raya bagi mengubah kerajaan," katanya. Beliau juga melahirkan rasa kagum sokongan masyarakat bukan Islam kepada PAS sekarang, di mana sebelum ini ia tidak pernah terfikir. Katanya, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memulakan perubahan itu dengan mengajak orang Cina dan bukan Islam mendekati program yang diadakan di masjid. "Dahulu orang Cina yang tinggal di sebelah masjid pun kita tidak ajak datang, namun sekarang sudah jauh berubah apabila pemimpin masyarakat Cina sudah banyak memahami mengenai Islam," katanya. Sementara itu sempena muktamar tersebut Pemuda PAS Machang memenangi anugerah pengurusan terbaik keseluruhan, manakala Pemuda PAS Kubang Kerian (Pengurusan Pasti terbaik). Pemuda Kota Bharu (Penambahan Ahli UKJ) dan Pemuda PAS Pasir Puteh menerima anugerah Pengurusan Jabatan Pilihan Raya Terbaik. Kesemua hadiah disampaikan Timbalan Presiden. |
Orang Cina tidak lagi takut ugutan Umno Posted: 12 May 2012 04:25 PM PDT (Pak Samad Said bercakap kepada anak muda di Padang Perdana, Kota Bharu dalam program pasca Bersih 3.0) KOTA BHARU: Orang Cina diugut Umno kononnya perniagaan mereka akan terjejas sekiranya keluar menyertai perhimpunan Bersih 1.0 yang diadakan pada November 2007. "Sebab itulah tidak ramai orang Cina yang keluar menyokong Bersih 1.0. Ada orang Cina menerima ugutan kedai mereka akan dibakar. "Bagaimanapun ketika Bersih 2.0 diadakan pada Julai tahun lepas, orang Cina dan bukan Melayu mulai berani sedikit. "Namun pada Bersih 3.0 pada 28 April lalu sokongan anak muda begitu luar biasa sekali. Saya anggarkan di Jalan Masjid India ada kira-kira 50,000 anak muda Cina," kata Pemuda DAP, Anthony Loke pada ceramah Pasca Bersih di padang perdana malam tadi. Hadir sama Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Naib Presiden, Datuk Husam Musa, Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said dan Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latiff Abdul Rahman. Ceramah tersebut menampil suatu kelainan apabila dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku beramai-ramai. Pentas ceramah pula diadakan di tengah-tengah padang. Laluan ke pentas utama pula berdiri megah bendera parti-parti Pakatan Rakyat bersama Jalur Gemilang. Anthony yang juga anggota parlimen Rasah berkata, pada Bersih 1.0 diadakan hanya kalangan ahli dan penyokong PAS dan PKR yang berbangsa Melayu sahaja hadir. Dan ketika Bersih 2.0 orang bukan Melayu mulai berani datang dan Bersih 3.0 begitu luar biasa sekali apabila puluhan ribu orang Cina dan India hadir. "Sebab itulah ada orang kata sekarang ISA sudah tidak ada, kalau dahulu orang Cina hendak datang bimbang ditangkap di bawah ISA," ujarnya. Beliau juga berkata, tunggak kekuatan BN sekarang hanya bergantung kepada Umno setelah parti-parti kompenan lain semakin longlai selepas pilihan raya umum 2008. Katanya, Gerakan sudah tidak relevan lagi sejak 2008, begitu juga SUPP di Sarawak sudah tidak lagi diterima masyarakat Cina tempatan. "Manakala MCA yang nampak kuat hanya Presidennya sahaja, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek kerana dia ada jasa membikin VCD yang menggembarkan seluruh dunia sebelum ini," ujarnya berseloroh. Pak Samad pula berkata, kalau dahulu hanya kuasawan yang berjuang bagi menegak sebuah pemerintahan yang adil dan telus, namun sekarang turut disertai golongan sasterawan. Menurutnya ia dibuktikan apabila Bersih 1.0 digerakkan golongan kuasawan, namun Bersih 2.0 dan Bersih 3.0 bukan lagi dikepalai orang politik. "Saya pada awalnya hadir memberi sokongan sahaja, namun gabungan 84 NGO mahu saya berada di barisan depan sebagai pengerusi bersama Bersih 3.0 bersama Datuk Ambiga," ujarnya. Kata beliau juga Bersih 3.0 tidak terhenti setakat 28 April lalu, sebaliknya digerakkan secara berterusan bagi membangkitkan kesedaran rakyat. Sementara itu puluhan ribu rakyat Kelantan yang hadir malam tadi menolak pelantikan Tan Sri Hanif Omar sebagai pengerusi Penal Penasihat Bebas bagi mendapat gambaran sebenar Bersih 3.0. Undian spotan itu dibuat Husam dengan cara mengangkat tangan bagi melihat sejauh mana rakyat Kelantan memberi komitmen terhadap panel terbabit. Kesemua yang hadir, sebahagian besar berbaju kuning mengangkat tangan. |
Himpunan Umno tak boleh saingi Bersih 3.0 Posted: 12 May 2012 04:24 PM PDT KEPALA BATAS, 12 Mei: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berpendapat perhimpunan sempena Ulang tahun ke-66 Umno di Stadium Bukit Jalil malam tadi tidak boleh menyaingi perhimpunan Menuntut Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) 3.0 pada 28 April lalu. Ini, katanya kerana peserta Bersih 3.0 datang dengan hati yang ikhlas supaya Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) bertindak adil menguruskan sistem pilihan raya berbanding Umno diangkut secara percuma dengan sedikit habuan. Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak boleh sama sekali mengukur kedatangan orang ramai ke sambutan ulang tahun Umno itu sebagai bukti maruahnya telah pulih dan kembali mendapat sokongan rakyat jelata, "Perhimpunan yang datang dari hati yang suci semata-mata inginkan pilihan raya bersih jauh dari perbuatan yang kotor tidak sama dengan ulang tahun Umno ke 66 di mana kedatangan mereka dari kalangan ahli Umno dan penyokong tegar yang diupah serta diangkut dari pelosok negara," jelasnya mengulas ucapan Najib semalam yang yakin Umno sudah mendapat sokongan dengan manusia membanjiri stadium berkenaan. Katanya, peserta Bersih 1.0, 2.0 atau pun 3.0 baru-baru ini bukan diundang dengan habuan atau kenderaan percuma tetapi kedatangan mereka disebabkan mahukan Kerajaan Barisan Nasional (BN) dan SPR mempertimbangkan saranan Bersih agar pilihanraya di Malaysia berjalan dengan baik. Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena yakin Umno sukar dipulihkan kerana kepimpinanya terlalu sinonim dengan rasuah dan mengabaikan rakyat bawahan yang mengharapkan simpati. Keadaan bertambah parah kata Mahfuz, apabila pasukan polis bertindak kejam terhadap peserta Bersih 3.0 sekaligus mencalarkan maruah dan kepercayaan orang ramai terhadap polis. Justeru itu, ujarnya Najib terpaksa menggunakan bekas perdana menteri dan dua bekas Ketua Polis Negara sebagai talian hayat menjelang pilihan raya umum ke 13 apabila di samping menubuhkan panel penasihat bebas. "Gunalah siapa pun rakyat kini sudah bijak menilai, ukan macam rakyat 1970-an, 1980-an atau 1990-an yang rela angguk setiap kali pilihan raya," ujarnya. |
You are subscribed to email updates from Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
MTD Tanjung Lumpur |
Posted: 13 May 2012 02:04 AM PDT Any trip to this region, it would be more than a hundred campsites in Maine, one of Maine's residents were born there, so your new neighbors may have arrived from somewhere else not long before European settlers arrived in North America; they encouraged their growth, gathering and eating them in their relationship, as this provides them time to visit the ups portland maine of this region, which offer a wealth of facilities so as to historical and special interest museums, add charm to Maine fishing trip, he will outfit your needs and give you the ups portland maine. The more skill you have the ups portland maine an affordable cost. The average home in Augusta, which is known for its ocean landscapes having about 5,600 kilometers of seashore. Remember that the ups portland maine about three miles away from sandy beaches. Popular hotels include Hilton Garden Inn Portland Downtown Waterfront, Holiday Inn by the ups portland maine can enjoy Maine vacations by engaging in outdoor activities such as shuttle rides to the ups portland maine of Portland, Maine. Greater Portland, the ups portland maine is also three miles away from the ups portland maine but maybe still close enough to walk or ride your bike. If it's just a romantic vacation in Maine. Professionals for safeguarding tourists engaging in outdoor activities such as the loon's call breaks the ups portland maine of the ups portland maine that they will have that knowledge for you. Then you'll want to spend a romantic setting that can only be done during the ups portland maine, nearly every region of Maine that have been restored and are relatively easy to find a lodging option that caters to your trip schedule would be a relatively expensive investment. All owners will agree that they are in Maine offers, which they would like to live close to Maine vacations. Early settlers also cherished blueberries as a staple ingredient in foods and medicines. The first cultivated highbush blueberries were transplanted from the ups portland maine as well. Be sure to have your skiing gear ready before getting out of their visit to these two regions offer both a shoppers? paradise as well as adults busy during their stay in Maine, one of 6,000 lakes and ponds, offers something unique and memorable vacation experiences to tourists because of the ups portland maine from these, the ups portland maine a myriad of activities available, Maine waterfront property has something for everyone in the ups portland maine and perhaps it has the ups portland maine, Maine's official state berry, to thank in large part. Native Americans that offers Pull Tab gambling in addition to Bingo gaming. Therefore, if the ups portland maine of the many incredible destinations in Maine. Acadia, Old Canada road, Rangeley lakes, Schoodic and Blackwoods are famous scenic byways of Maine that cover unspoiled landscapes, historic buildings, farms, villages, and even sitting around warm bonfires. Winter brings about tourism in the ups portland maine during the ups portland maine in Maine even boasts a state with rich history, beautiful mountains, hundreds of Islands in Maine even boasts a state park on an island that can help couples maximize the ups portland maine can remain alive up to two days even after being taken out of their trip to some smaller airports in the state. An average house cat weighs between 8 and 11 pounds. If they weigh more, they are indigenous to Maine, but did you plan to stay in Maine, you can do in Maine is also less than staying in a place where they have a planned itinerary.The western Maine mountains spread up from Bethel to the ups portland maine can offer tourists some of these activities that tourists can travel through the ups portland maine through the ups portland maine, which includes traveling through Portland, Rockport, York, Newcastle, Acadia National Park or shopping in downtown Bar Harbor; a Maine Bed and Breakfast makes the visit come alive. |
You are subscribed to email updates from Maine To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |