Selasa, 5 Mac 2013

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah


Pemuda PAS Sabah Sedia Jadi Sukarelawan

Posted: 05 Mar 2013 06:53 PM PST

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Sabah bersedia menjadi sukarelawan bagi menghulurkan bantuan kepada pasukan keselamatan negara jika diperlukan.

Pesuruhjaya PAS Sabah, Aminuddin Aling berkata perkara tersebut diputuskan melalui mesyuarat tergempar parti itu, yang diadakan malam tadi.

Biarpun tidak meletakkan jumlah sukarelawan tersebut, Aminuddin berkata Pemuda PAS Sabah bersedia sekiranya negara memerlukan lebih ramai sukarelawan.

Selain itu, mesyuarat itu turut mencadangkan agar satu sidang khas Dun Sabah diadakan bagi tujuan memperincikan krisis di Lahad Datu itu agar lebih difahami rakyat, khususnya di Sabah.

"Sidang khas itu perlu bagi mendapatkan perincian mengeni krisis ini. Pandangan dan pendapat yang pelbagai mungkin membantu ke arah menyelesaikan krisis ini," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Dalam pada itu, Aminuddin juga berkata satu mesyuarat tergempar melibatkan Pakatan Rakyat Sabah turut akan diadakan pada tempoh yang terdekat.

Malah, pihaknya juga memutuskan untuk menemui Majlis Keselamatan Negeri Sabah dan Ketua Polis Sabah bagi mendapatkan maklumat sebenar kerana maklumat sebelum ini masih tidak memberikan keyakinan kepada rakyat.

Aminuddin juga sekali lagi mengulangi saranan Dewan Ulama PAS Pusat dan jabatan-jabatan agama, khususnya Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sabah (JHEINS) untuk mengarahkan masjid-masjid dan surau-surau untuk melakukan solat hajat.

PAS Sabah sendiri, tambah beliau akan mengadakan solat hajat perdana di setiap kawasan pada 7 Mac ini.

Sebelum ini, Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nasruddin Hassan turut mengumumkan kesediaan Pemuda PAS Malaysia untuk bersama-sama membantu pasukan keselamatan negara di Sabah sekiranya diperlukan.

Lahad Datu: Nasib Baik Ada Media Baru

Posted: 05 Mar 2013 06:08 PM PST

oleh: Ust. Idris Ahmad

Jika peristiwa keganasan di Lahad Datu berlaku 10 tahun yang lalu sudah pasti pemimpin Pakatan Rakyat dicincang lumat oleh media ortodok Umno di negara ini. Nasib menyebelahi PR kerana sekarang ada media baru, maka penjelasan boleh dibuat secepat kilat. Dengan ini perancangan mereka untuk mengaitkan peristiwa ini gagal.

Cuba bayangkan sewaktu langit terbuka ini pun media Umno masih menyebarkan fitnah kononnya ia ada kaitan dengan pembangkang khususnya Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pelik bin ajaib, di Semenanjung mereka menuduh Pakatan Rakyat hendak buang Raja, manakala di Sabah Pakatan Rakyat hendak melantik Raja.

Kenapa pemimpin Umno BN masih berfikiran primitif walau pun berada di zaman maklumat di hujung jari. Di dalam suasana gawat sehingga terkorban anggota keselamatan,  media yang menjadi tali barut Umno tidak pernah bertaubat dan insaf untuk menghentikan kerja jahat mereka demi memuaskan nafsu serakah ketuanya.

Penjelasan pantas melalui media alternatif seperti  kenyataan yang disiarkan portal berita interaksyon.com, anak kepada Sultan Jamalul Kiram III, Puteri Jacel Kiram menafikan ada hubungan dengan pembangkang Malaysia.

Media Umno cuba menggelap berita bagaimana Saudara Lokman Adam Exco Pemuda Umno mengaku menjadi penasihat Sultan Sulu.

Jika Lokman ini pemimpin PR, maka gegak gempita dunia dengan mengatakan bahawa PR menjadi penasihat kumpulan pengganas Sultan Sulu sehingga mengorbankan anggota keselamatan negara.

_____________________________________________________________________
Penulis ialah Pengarah Jabatan Tarbiyah dan Perkaderan, Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


ALHUSSEYN

Posted: 05 Mar 2013 03:51 PM PST

Tentera Malaysia bergerak untuk mengusir ahli-ahli 'tentera diraja' 
Kesultanan Sulu dari sebuah kampung terpencil di Lahad Datu, 
Sabah. The Star / Bernama-Asia News Network

Hari ini diberitakan pasukan keselamatan Malaysia menggunakan jet pejuang menyerang hampir 200 Filipina di Sabah untuk menamatkan pendudukan tiga minggu kumpulan bersenjata kampung Borneo yang telah meninggalkan 27 orang mati. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengesahkan serangan dilancarkan pagi Selasa selepas pertempuran di Lahad Datu di Sabah minggu lalu membunuh lapan anggota polis. Beliau sebelum ini telah mengisytiharkan bahawa pasukan keselamatan diberi kuasa untuk mengambil apa-apa tindakan yang difikirkan perlu. 

"Pada 7 pagi ini, pasukan keselamatan melancarkan serangan ke atas kampung Tanduo," kata Najib, sambil menambah bahawa rundingan dengan "tentera diraja " Kesultanan Sulu, dipercayai berjumlah sekitar 100-300 orang berkubu di kampung itu gagal.


Ketua Polis Sabah Hamza Taib mengesahkan serangan tersebut melibatkan operasi darat dan udara oleh kedua pihak tentera dan polis, termasuk mengebom kawasan tersebut.

Beliau enggan menjelas lanjut, berkata operasi tersebut berlanjutan selama dua jam selepas dilancarkan sejurus selepas subuh tadi.Laporan lanjut di sini

Perlu diingat bahawa sekarang, orang-orang Filipina di Sabah, yang bukan sebahagian daripada pengikut Kesultanan Sulu, telah menyertai pertempuran sebagai tindak balas terhadap "kekejaman" Malaysia , membunuh Imam Maas dan empat anak lelakinya pada 07:50 Sabtu.

Tentera Malaysia kini bukan hanya berdepan dengan tentera diraja Kesultanan Sulu, malah dengan tentera Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) dalam pertempuran kali kini.

Pasukan keselamatan Malaysia kini seolah-olah sedang melakukan ujian sebenar sejauh mana  ketangkasan tentera MNLF dalam pertempuran sebenar.

Sebelum ini jurulatih tentera Malaysia yang telah melatih komander MNLF teknik bertempur. Demikian pendedahan oleh Hadji Acmad Bayam, bekas ketua propaganda MNLF di Buletin Manila hari ini.

Walaupun Malaysia dianggap sebagai guru peperangan kepada MNLF, namun MNLF mempunyai kelebihan iaitu mereka tahu Sabah seperti telapak tangan mereka.

Bahawa  angkatan bersenjata MNLF berkemungkinan besar  mempunyai satu kelengkapan senjata yang besar yang mereka sembunyikan  jauh di kawasan hutan tebal Sabah apabila mereka kembali ke Filipina selepas menjalani latihan lasak mereka.

 


Antaranya ialah  senjata api buatan Belgium G1 dan FAL, yang telah diberikan oleh  bekas pemimpin Libya Kolonel Moammar Khadafy,  dibekalkan melalui Malaysia.

 

Bayam berkata beliau yakin pihak berkuasa Malaysia tidak mampu untuk mencari senjata api MNLF tersebut yang tersembunyi kerana mereka telah disimpan sangat baik oleh komander MNLF yang terus menetap di Sabah.

 

Seorang Jurulatih  tentera  Malaysia , sewaktu menyerahkan senjata api yang dibekalkan oleh Qhadafi di kem latihan MNLF di Pulau Jampiras, Sabah, secara bergurau telah berkata:

"Kami tidak pasti jika senjata api yang kami berikan ini  kepada anda tidak akan berpaling menentang! (kami)," 

"Nah, ramalan itu terkabul kini!," kata Bayam , mengingatkan guraun jurulatih  tentera  Malaysia itu .

 

Dia teringat bahawa beberapa kepimpinan Malaysia, telah pun mengesyaki bahawa mantan Ketua Menteri Sabah, Tun Mustapha, Tausug dari Sulu, "bersubahat" dengan Pengerusi MNLF Nur Misuari untuk menarik keluar  (dari Malaysia) pulau yang kaya dengan minyak itu (Sabah).

 

"Anda tahu, jika Mindanao adalah ke Manila, Sabah adalah ke Kuala Lumpur," kata Bayam, menjelaskan bahawa Mindanao dan Sabah adalah "lembu susu" untuk Filipina dan Malaysia, masing-masing, untuk mendapatkan sumber kekayaan semula jadi yang ada.

 

Selanjut  beliau berkata ramai komander pemberontak yang berpengalaman dan anggota pangkat-dan-fail memilih untuk terus menetap di Sabah.

Majoriti daripada mereka adalah dari Sulu, Tawi-Tawi, Zamboanga Semenanjung, tetapi terdapat juga Maguindanaons, Iranons, dan mungkin Maranaos, katanya.

 

Beberapa hari lalu, beliau berkata, salah seorang  daripada komander terlatih MNLF , Batch Top 90, memberitahu bahawa dia telah mendaftar beberapa pahlawan Tausug dan lain-lain untuk meningkatkan pasukan Keselamatan Diraja Tentera Kesultanan Sulu (RSF) .

 

"Saya rasa dia mampu untuk menembusi sekatan-sekatan laut Malaysia dan Filipina di sempadan masing-masing.

 

Ahad lepas, Abraham J. Idjirani, jurucakap Sultan Jamalul Kiram III, berkata 40 orang dari Basilan, Sulu, Tawi-Tawi, dan Zamboanga Semenanjung berjaya menembusi sekatan-sekatan tersebut dan tiba di Lahad Datu, Sabah, dan terlibat dalam pertempuran.

 

Beliau berkata terdapat ramai lagi yang kini cuba untuk pergi ke Sabah untuk membantu pengikut sultan yang diketuai oleh Rajah Muda Agbimuddin Kiram.

Biaqpila

Posted: 05 Mar 2013 03:47 PM PST

Seperti sudah menjadi tradisi bagi Umno BN apabila berlaku sahaja sesuatu perkara buruk, maka yang dituding mereka sebagai dalang atau penyebab adalah seorang individu bernama Anwar Ibrahim.

Lihat sahaja sebelum ini, bermacam-macam tuduhan dikaitkan dengan Ketua Pembangkang yang pernah mencetuskan reformasi ketika dipecat dari jawatan timbalan perdana menteri oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 1998.

Tuduhan "Anwar agen yahudi", "Anwar pro-Israel", "Anwar petualang bangsa", "Anwar......" bukan baru setahun dua di dengar, malah sejak beliau dipecat dari kerajaan dan dianggap musuh utama oleh Umno BN.

Dan terbaru dalam insiden pencerobohan tentera bersenjata Filipina di Sabah sejak 22 hari lalu, yang telah menyebabkan lapan anggota polis meninggal dunia, sekali lagi Anwar menjadi mangsa tuduhan.

Kali ini, Anwar yang juga Ketua Umum PKR itu dituduh 'dalang' kepada pencerobohan.

Dikatakan kumpulan penceroboh yang juga pengikut Sultan Sulu itu datang kononnya 'atas ajakan' Anwar Ibrahim.

Kumpulan yang diketuai Raja Muda Azzimudie Kiram, adik kepada Sultan Sulu, Jamalul Kiram III didakwa datang kerana menuntut janji dari sekutu Anwar ke atas tanah Sabah.

Malah dituduh bahawa Anwar juga rapat dengan pemimpin MNLF Nur Misuari, kumpulan yang dikaitkan dengan pencerobohan di Sabah pada waktu ini.

Seperti biasa, fitnah terancang dari blog-blog Umno ini dijaja pula oleh media Umno, Utusan Malaysia dan TV3 yang dianggap sebagai penyebar maklumat mereka.

Lalu di kampung-kampung khususnya, bertebaranlah fitnah ini dengan Anwar dijadikan sasaran kebencian dan melupakan kelemahan dua menteri yang menjaga soal keselamatan negara bertindak tegas dalam menangani isu ini.

Difahamkan juga, ada beberapa tempat di Kelantan sehingga membuat majlis penjelasan khas oleh penceramah Umno kepada masyarakat dengan menuduh Anwar dalang disebalik semua yang berlaku.

Ianya tidak lain, bagi menanam kebencian rakyat kepada Anwar demi keuntungan politik mereka menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.

Bagi Anwar, segala tohmahan yang dilemparkan hanya cubaan menutup kelemahan kerajaan menangani soal keselamatan negara sehingga menyebabkan beberapa anggota polis menjadi mangsa korban.

(Kilik untuk menonton penjelasan Anwar)
"Agak aneh menteri dalam negeri dan menteri pertahanan lambat sekali memberi reaksi. Seolah-olah Lahad Datu, Sabah boleh dikepong kelompok asing dan kita tidak berupaya berbuat apa-apa kecuali berunding. Ini menunjukkan kelemahan kita.

"Untuk mengalih pandangan (dari kelemahan kerajaan), blog-blog Umno mengatakan ini satu lagi kerja Anwar.

"Dengan kelompok extrimis Islam pun Anwar, dengan Israel pun Anwar, dengan Amerika pun Anwar, dengan India pun Anwar dengan Cina pun Anwar.

"Ini hanya momok politik. Ini isu keselematan negara. Mereka gagal mengawal keamaan gagal selesai isu ini dengan baik, lalu menyindir saya," kata Anwar dalam satu rakaman video menjelaskan perkara itu.

Selain menafikan tuduhan karut itu, Anwar melalui peguamnya hari ini telah menghantar notis tuntutan maaf kepada Utusan dan TV3, memohon kedua-dua media pro Umno itu menarik balik tuduhan dan menyiarkan permohonan maaf kepadanya dalam masa 24 jam.

Gagal bebuat demikian dalam tempoh ditetapkan, TV3 dan Utusan masing-masing berdepan saman RM100 juta.

Di tengah-tengah kekecohan tuduhan kepada Anwar itu, tersebar laporan dari media Filipina bahawa kedatangan tentera Sulu ke Lahad Datu adalah untuk menuntut janji Najib kepada mereka.

Gambar hubungan rapat antara pemimpin mereka dengan Najib juga disebarkan.

Inilah akibatnya kalau mulut kita terlalu deras untuk mencari kambing hitam ke atas segala kelemahan kita.

Akibatnya badan binasa, krebiliti kita tercalar.

HD

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara


[Sarah] Rumah Teres 2 Tingkat (End Lot) untuk dijual di Melaka.

Posted: 04 Mar 2013 05:22 PM PST

SALAM SEJAHTERA

Saya sertakan bersama-sama ini maklumat rumah yang hendak dijual.
Harga rumah yg hendak dijual adalah RM 240 Ribu.
Kedudukan Rumah:
No 513 J, Jalan Kenanga 1/15,
Taman Kenanga Seksyen 1,
Lorong Pandan, Melaka.

Rumah mempunyai 4 Bilik (3 bilik ditingkat atas dan satu bilek ditingkat
bawah) dan 3 bilik air (2 ditingkat atas dan 1 ditingkat bawah)

Lokasi rumah lebih kurang 4-5 Km dari Bandar Melaka,Terdapat kemudahan
sekolah rendah dan menengah tidak jauh dari lokasi rumah dan berhampiran
dengan Pusat Kesihatan KKM Tanah Lot adalah hak milek kekal. Sebarang
maklumat lanjut boleh hubungi saya di talian 0196649266

ADI RESCOM
0196649266
,

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


CERAMAH UMUM

Posted: 05 Mar 2013 02:43 AM PST


Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


PANAS : ZAHID " DISERANG 4 JENERAL TENTERA " DI BAGAN DATOH ?

Posted: 04 Mar 2013 08:23 PM PST

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


MEDIA Rakyat MALAYSIA

Posted: 05 Mar 2013 03:04 AM PST

MEDIA Rakyat MALAYSIA


LETUPAN BOM DI LAHAD DATU PAGI INI

Posted: 04 Mar 2013 05:42 PM PST

Mana pergi pesawat tentera Malaysia, Air Asia jugak diguna..

Posted: 04 Mar 2013 05:36 PM PST

Suara Sri Andalas

Posted: 04 Mar 2013 11:23 PM PST

Suara Sri Andalas


Dato' Seri Najib Razak Sewajarnya Menumpukan Usaha Memastikan Kedaulatan Wilayah Negara, Keselamatan Rakyat Sabah & Anggota Pasukan Keselamatan

Posted: 04 Mar 2013 02:00 AM PST

KENYATAAN MEDIA
PIMPINAN PAKATAN RAKYAT

4 MAC 2013

DATO' SERI NAJIB RAZAK SEWAJARNYA MENUMPUKAN USAHA MEMASTIKAN KEDAULATAN WILAYAH NEGARA, KESELAMATAN RAKYAT SABAH DAN ANGGOTA PASUKAN KESELAMATAN


Setiap pimpinan mana-mana negara sekalipun bertanggungjawab mempertahan kedaulatan wilayah negara, keselamatan rakyat dan anggota pasukan keselamatan.

Kegagalan mempertahankan kedaulatan negara dan keselamatan rakyat merupakan satu pengkhianatan serta menodai amanah rakyat. Justeru Pakatan Rakyat berhasrat mengingatkan pimpinan negara agar tegas mempertahankan kedaulatan wilayah negara dan tidak alpa memastikan keselamatan setiap rakyat Malaysia, terutamanya di Sabah ekoran dari insiden pencerobohan sekumpulan bersenjata warga asing di sekitar Lahad Datu serta Semporna. Setiap inci tanah Sabah dan keselamatan rakyatnya wajib dipertahankan.

Pencerobohan di Lahad Datu telah mengorbankan dua nyawa perwira negara manakala insiden terbaru di Semporna pula mengorbankan enam nyawa perwira negara. Kita merakamkan ucapan takziah buat keluarga mereka dan rakyat Sabah serta berdoa moga roh mereka dicucuri rahmat.

Pakatan Rakyat juga mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk tetap teguh mendokong pasukan keselamatan, samada dari pihak polis atau tentera. Kita berdoa moga mereka kekal selamat serta bersemangat mempertahankan negara dan rakyat Malaysia dari ancaman penceroboh.

Pakatan Rakyat sedar keadaan mutakhir di Sabah sememangnya menimbulkan kebimbangan, akan tetapi kita menyeru agar orang ramai tetap bertenang dan tidak mengambil tindakan terburu-buru atau menyebarkan berita-berita fitnah yang boleh menimbulkan keresahan. Pakatan Rakyat ingin menyatakan dengan jelas keyakinan kita terhadap kecekapan dan kebolehan anggota pasukan keselamatan. Mereka pastinya dapat menjalankan tugas dengan profesional sekiranya diberi kebebasan bertindak tanpa sebarang campurtangan politik.

Sehingga kini, kita merasa kesal dan kecewa dengan sikap kepimpinan negara yang tidak mempamerkan kewibawaan dan iltizam dalam menyelesaikan masalah ini. Pimpinan negara juga gagal menyalurkan maklumat tepat, cepat dan telus serta memberikan penjelasan terhadap apa yang berlaku kepada umum sehingga menyebabkan khabar angin tersebar luas.

Pakatan Rakyat menggesa supaya isu ini tidak dijadikan arena tuduh-menuduh dan sewajarnya kepimpinan negara memberi tumpuan kepada isu keselamatan negara serta tidak mengalihkan pandangan rakyat dari kelemahan mereka. Sewajarnya mereka menyedari, keutamaan adalah demi mempertahankan kedaulatan negara, keselamatan rakyat dan perwira negara yang bertungkus lumus di perbatasan.

Pakatan Rakyat menuntut agar segera diadakan satu sidang khas Parlimen bagi membincangkan isu pencerobohan ini serta demi untuk mendapatkan gambaran sebenar insiden yang tercetus di Sabah. Kita juga berhasrat mengadakan satu persidangan meja bulat di antara pimpinan Pakatan Rakyat dengan pimpinan kerajaan dalam usaha untuk mencapai muafakat bersama berhubung isu ini.

YB DATO' SERI ANWAR IBRAHIM
Ketua Umum KEADILAN


YB DATO' SERI ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS


YB LIM KIT SIANG
Penasihat DAP

N37 Batu Maung

Posted: 04 Mar 2013 07:35 PM PST

N37 Batu Maung


Program Bantuan Cermin Mata DUN Batu Maung

Posted: 04 Mar 2013 01:44 AM PST

Program Bantuan Cermin Mata DUN Batu Maung telah disampaikan oleh YB Dato' Hj Abdul Malik Kassim di Bilik Gerakan PPS Permatang Damar Laut. turut hadir bersama-sama adalah pemimpin JKKK kawasan. Seramai 52 Penerima bantuan yang datang dari seluruh DUN Batu Maung melibatkan pelbagai lapisan generasi dari kanak-kanak hingga ke peringkat warga emas yang mempunyai masalah rabun mata telah menerima bantuan tersebut. Program telah diadakan pada 2 mac 2013 jam 5.00 petang. YB Dato' bergegas datang ke program selepas bersama-sama YAB Ketua Menteri menziarahi mayat 2 orang anggota polis yang terkorban dalam Ops Sulu di Sabah. Dalam lawatan YAB Ketua Menteri telah bersetuju untuk memberi wang saguhati kepada anggota keluarga yang terlibat dalam peristiwa tersebut.
















Anwar Ibrahim

Posted: 04 Mar 2013 07:11 PM PST

Anwar Ibrahim


Sulu Sultanate denies links with Malaysian Opposition

Posted: 04 Mar 2013 05:49 PM PST

ABN News

MANILA, Philippines — The Sulu Sultanate denied claims by the Malaysian government that the political opposition there had helped stoke the Sabah crisis.

"We are not connected to the Malaysian opposition; we have not talked to any of them," Princess Jacel Kiram, daughter of Sulu Sultan Jamalul Kiram III said, www.interaksyon.com reported.

She also brushed off President Benigno Aquino III's allegations "conspirators" funded the voyage of some 200 followers who went to Sabah to press its claim to the territory.

The voyage was "KKB," short for "kaniya-kaniyang bayad," meaning everyone who went paid contributed towards expenses, Abraham Idjirani, spokesman of the sultanate, said at a press briefing Monday afternoon,

The sultanate's briefing immediately followed that held in Malacanang by Aquino.

She slammed Aquino's briefing, calling it full of "hypothetical analogy" and "speculative statements" to which they could not respond and dared Aquino to "name the conspirators" he claimed had abetted their follower's voyage to Sabah.

[VIDEO] Anwar Gives Utusan, TV3 24-hour Ultimatum to Retract Sabah Stand-off Allegations

Posted: 04 Mar 2013 02:05 AM PST

Siri Jelajah Merdeka Rakyat Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Kawasan Parlimen Ampang / Pandan

Posted: 04 Mar 2013 01:57 AM PST

5 Mac 2013 (Selasa)

Masa : 9.00 – 12.00 malam

Lokasi: Padang Tasik Tambahan Ampang

Barisan Penceramah:
1) YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

2) YB Azmin Ali

3) YB Zuraida Kamaruddin

4) YB Khalid Samad

5) YB Jenice Lee

6) YB Khassim Abdul Aziz

7) Brig. Jeneral (B) Dato' Abdul Hadi Khatab

8) YBhg Dr Surendren

[KENYATAAN MEDIA] Dato’ Seri Najib Razak Sewajarnya Menumpukan Usaha Memastikan Kedaulatan Wilayah Negara, Keselamatan Rakyat Sabah dan Anggota Pasukan Keselamatan

Posted: 03 Mar 2013 08:39 PM PST

KENYATAAN MEDIA
PIMPINAN PAKATAN RAKYAT

4 MAC 2013

DATO' SERI NAJIB RAZAK SEWAJARNYA MENUMPUKAN USAHA MEMASTIKAN KEDAULATAN WILAYAH NEGARA, KESELAMATAN RAKYAT SABAH DAN ANGGOTA PASUKAN KESELAMATAN

Setiap pimpinan mana-mana negara sekalipun bertanggungjawab mempertahan kedaulatan wilayah negara, keselamatan rakyat dan anggota pasukan keselamatan.

Kegagalan mempertahankan kedaulatan negara dan keselamatan rakyat merupakan satu pengkhianatan serta menodai amanah rakyat. Justeru Pakatan Rakyat berhasrat mengingatkan pimpinan negara agar tegas mempertahankan kedaulatan wilayah negara dan tidak alpa memastikan keselamatan setiap rakyat Malaysia, terutamanya di Sabah ekoran dari insiden pencerobohan sekumpulan bersenjata warga asing di sekitar Lahad Datu serta Semporna. Setiap inci tanah Sabah dan keselamatan rakyatnya wajib dipertahankan.

Pencerobohan di Lahad Datu telah mengorbankan dua nyawa perwira negara manakala insiden terbaru di Semporna pula mengorbankan enam nyawa perwira negara. Kita merakamkan ucapan takziah buat keluarga mereka dan rakyat Sabah serta berdoa moga roh mereka dicucuri rahmat.

Pakatan Rakyat juga mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk tetap teguh mendokong pasukan keselamatan, samada dari pihak polis atau tentera. Kita berdoa moga mereka kekal selamat serta bersemangat mempertahankan negara dan rakyat Malaysia dari ancaman penceroboh.

Pakatan Rakyat sedar keadaan mutakhir di Sabah sememangnya menimbulkan kebimbangan, akan tetapi kita menyeru agar orang ramai tetap bertenang dan tidak mengambil tindakan terburu-buru atau menyebarkan berita-berita fitnah yang boleh menimbulkan keresahan. Pakatan Rakyat ingin menyatakan dengan jelas keyakinan kita terhadap kecekapan dan kebolehan anggota pasukan keselamatan. Mereka pastinya dapat menjalankan tugas dengan profesional sekiranya diberi kebebasan bertindak tanpa sebarang campurtangan politik.

Sehingga kini, kita merasa kesal dan kecewa dengan sikap kepimpinan negara yang tidak mempamerkan kewibawaan dan iltizam dalam menyelesaikan masalah ini. Pimpinan negara juga gagal menyalurkan maklumat tepat, cepat dan telus serta memberikan penjelasan terhadap apa yang berlaku kepada umum sehingga menyebabkan khabar angin tersebar luas.

Pakatan Rakyat menggesa supaya isu ini tidak dijadikan arena tuduh-menuduh dan sewajarnya kepimpinan negara memberi tumpuan kepada isu keselamatan negara serta tidak mengalihkan pandangan rakyat dari kelemahan mereka. Sewajarnya mereka menyedari, keutamaan adalah demi mempertahankan kedaulatan negara, keselamatan rakyat dan perwira negara yang bertungkus lumus di perbatasan.

Pakatan Rakyat menuntut agar segera diadakan satu sidang khas Parlimen bagi membincangkan isu pencerobohan ini serta demi untuk mendapatkan gambaran sebenar insiden yang tercetus di Sabah. Kita juga berhasrat mengadakan satu persidangan meja bulat di antara pimpinan Pakatan Rakyat dengan pimpinan kerajaan dalam usaha untuk mencapai muafakat bersama berhubung isu ini.

YB DATO' SERI ANWAR IBRAHIM
Ketua Umum KEADILAN

YB DATO' SERI ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

YB LIM KIT SIANG
Penasihat DAP

Wee Choo Keong

Posted: 04 Mar 2013 03:24 PM PST

Wee Choo Keong


SMS terakhir sebelum perginya WIRA NEGARA!

Posted: 04 Mar 2013 10:09 AM PST

“Wahai Isteriku, maafkan abang seandainya abang tersalah cakap mahupun terkasar perbuatan.  jagalah dan didiklah anak-anak kita menjadi orang yang berguna. Wahai anak-anakku, maafkan ayah kerana acapkali ayah tiada disaat anak-anak ayah memerlukan kasih sayang seorang ayah.  Wahai mak & abah, ampunkan anakmu dari hujung rambut hingga hujung kaki, sesungguhnya mak & abah telah mendidik aku [...]

Danau Kota Flats management owed TNB & Syabas a total of RM674, 009.35

Posted: 03 Mar 2013 04:00 PM PST

Danau Kota Flat, off Jalan Genting Kelang, consisting of Block A, B, C, D and E.  They have been classified as the low cost flats. This development has changed hand many times with a very colorful history. Many squatters from Kampung Pasir have been allocated a unit in the said flats. All the five blocks of [...]

BULETIN RAKYAT

Posted: 04 Mar 2013 11:04 AM PST

BULETIN RAKYAT


PEMIMPIN SULU KAWAN NAJIB !

Posted: 03 Mar 2013 07:28 PM PST


MEIDA AMENO MANIPULASI KENYATAAN TIAN CHUA

Posted: 03 Mar 2013 07:26 PM PST

Media Umno beri gambaran salah, Manipulasi kenyataan Tian Chua

Pandangan Tian Chua mengenai isu pencerobohan di Lahad Datu dimanipulasi media kawalan Umno sedangkan ia dibuat sebelum laporan berita kematian dua anggota keselamatan disahkan.

"Keadilan Daily hubungi saya sebelum ada kematian. Ia langsung tak merujuk kepada kematian dua komando polis. Kita tak tahu ada kematian sehingga ada berita tembakan kira-kira jam 5 petang," katanya.

Media kawalan Umno BN dengan memetik berita portal ini, sebaliknya memanipulasi kenyataan Tian dan memberi gambaran seolah-olah beliau tidak bersimpati dengan kematian dua komando polis dan keluarga mereka.

Bercakap kepada Keadilan Daily, Tian berkata konspirasi yang dimaksudkannya ialah perancangan Umno BN yang cuba mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dirinya dengan kejadian berkenaan, sedangkan ia tidak benar.

"Itu yang saya rujuk sebagai konspirasi. Saya kekal dengan pandangan, konspirasi terancang kerajaan Umno BN untuk alih perhatian dan menakut-nakutkan rakyat.

"Kerajaan dan BN eksploitasi pandangan dari fokus kepada isu RCI Sabah dan melempar tuduhan liar kepada pembangkang," kata Naib Presiden KEADILAN itu.

Beliau percaya tragedi itu boleh dielak jika tahap keselamatan negara dipertingkat dan pasukan keselamatan dibenar menjalankan tugas secara profesional tanpa dicemari propaganda pemerintah.

"Pandangan saya 'dimainkan' selepas ada perajurit gugur. Saya tak berniat menyinggung. Saya secara peribadi sampaikan ucapan takziah kepada mangsa dan keluarga," kata Tian.

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


Puteri Bahagian Segambut

Posted: 04 Mar 2013 11:46 PM PST

Puteri Bahagian Segambut


Siapa yang serang siapa ni? Bebal sangat puak2 ni #pray4LahadDatu

Posted: 04 Mar 2013 10:19 PM PST




Kedutaan Malaysia di Filipina ditutup hari ini ekoran tunjuk perasaan yang mengecam ketegangan krisis pencerobohan di Sabah yang setakat ini telah mengorbankan sekurang-kurangnya 27 orang.

Mereka menggesa penamatan serangan ke atas pengikut Kesultanan Sulu itu.

Penutupan pejabat kedutaan itu berlaku ketika tentera Malaysia melancarkan serangan ke atas penceroboh yang mendakwa diri mereka sebagai tentera diraja Kesultanan Sulu di kampung Tanduo, Lahad Datu.


Sekurang-kurangnya 100 penunjuk perasaan Katolik dan Islam berkumpul di depan pejabat kedutaan di Makati City itu selain di Tordecillas Street di Salcedo Village.



Sekurang-kurangnya 50 anggota polis dan sebuah trak bomba turut ditempatkan di kawasan tersebut. 




SP: Siapa yang serang siapa ni? Bukan warganegara korang ke yang datang serang negara kami. Kenapa pulak korang buat bantahan di kedutaan kami? Sepatutnya rakyat Malaysia yang kena berhimpun depan kedutaan korang mintak lanun-lanun Sulu tu keluar dari negara kami. 

Malaysia bertindak mengikut piawaian antarabangsa dan secara jelas tidak melanggar Majlis Undang² Geneva kerana Malaysia telah memberi amaran kepada kumpulan penceroboh untuk keluar dari Malaysia atau menyerah diri namun amaran tersebut tidak diendahkan dan kumpulan penceroboh telah bertindak membunuh 8 orang penjawat awam di sana.

Jangan diperbodoh-bodohkan oleh pihak-pihak tertentu!!!!

www.pemuda-enggang.org

Posted: 04 Mar 2013 11:26 AM PST

www.pemuda-enggang.org


Laporan polis terhadap isu lahad datu dan datum jelatek

Posted: 04 Mar 2013 08:52 AM PST

sebahagian ahli umno jalan enggang malam tadi membuat laporan polis terhadap kenyataan biadap tian chua, laporan polis terhadap projek datum jelatek dan isu maklumat risikan tentera filipina terhadap ds anwar ibrahim mengenai isu lahad datu.. Allahuakbar!

Jelajah bantah datum jelatek

Posted: 04 Mar 2013 03:49 AM PST

Dun Cempaka – Forum rakyat – Datum Jelatek, melayu dihalau, Islam digadai – 4 march, Isnin, 9 mlm, – Lot 58, Lorong Pandan Tambahan 3, Kg pandan, Ampang – Dt Zulkifli Noordin, Salleh Samad, Ust Ismail Mina. Peg bertugas – … Continue reading

Dr Mohamad Khir Toyo

Posted: 04 Mar 2013 09:16 AM PST

Dr Mohamad Khir Toyo


Krisis Sabah Perlu Perhatian Majlis Keselamatan Negara

Posted: 03 Mar 2013 04:30 PM PST

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

Posted: 04 Mar 2013 07:45 AM PST

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


Unit Amal akan ke Lahat Datu malam ini..

Posted: 04 Mar 2013 05:56 AM PST

Setelah dikecam hebat..akhirnya PAS telah bersetuju untuk menghantar Unit Amalnya ke Lahat Datu menentang askar Sulu.lihat..persiapan rapi mereka..

Sedih bila ada pelajar U seperti......

Posted: 04 Mar 2013 12:02 AM PST

Semakin lama semakin melampau..penceroboh satu hal..puak-puak fuckatan ni pun satu hal..asyik nak menyalahkan pihak keselamatan aje.Kalau hebat sangat..pergilah laporkan diri kat balai berdekatan..tawar diri nak berjuang.Terutama MANGKUK yang bernama Hanafi ini..belajar tahap U..tapi otak dan cara pemikiran tahap cipan.silap-silap cipan pun lebih pandai dari kau.
Kalau tau diri tak sekental para wira-wira tu..adalah lebih baik kau doa kan aje..bukan menulis yang membabi buta.Cuba bayangkan keluarga kau yang terkorban..orang lain tulis sama seperti yang kau tulis ini..apa perasaan kau wahai mangkuk?

Pengikut