Pakatan Rakyat |
Posted: 27 Jun 2012 03:07 PM PDT | Umno-BN Patut Ukur Baju Di Badan Sendiri Posted: 27 Jun 2012 06:33 AM PDT KUALA LUMPUR: Umno-BN yang sebenarnya "tidak membayar hutang, tidak menepati janji dan tidak kenang budi" seperti kata pemimpin agungnya Datuk Seri Najib Razak. Pemimpin Pakatan Rakyat berpendapat ketiga-tiga ciri di atas yang cuba dikaitkan dengan Pakatan oleh Najib, yang juga Perdana Menteri, sebenarnya mencerminkan cara pentadbiran Umno-BN. MP Bukit Mertajam, Chong Eng, berkata, kerajaan Pulau Pinang Pakatan telah membawa banyak perubahan termasuk membayar semula hutang lama kerajaan Umno-BN kepada kerajaan pusat. "Umno-BN sebenarnya yang lupa kepada jasa rakyat. Saya rasa PM dan BN masih tidak tahu rakyat mahu berubah kerana kerajaan BN tidak melakukan kerja-kerja mereka dengan baik," katanya. Minggu lalu, Najib di dalam ucapannya di Kuala Langat, menyatakan tiga nilai buruk Pakatan yang boleh menghakis keharmonian dan menjejaskan pembangunan negara. Tiga nilai buruk yang disebut adalah "janji tidak ditepati, budi tidak dihargai dan hutang tidak dibayar". Manakala MP Machang, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata Umno-BN yang sebenarnya tidak menghormati asas kenegaraan. Katanya, hubungan kerajaan negeri dan persekutuan menjadi kucar kacir angkara Umno-BN menarik hak negeri selain menyekat peruntukkan pembangunan kepada negeri. Tegas Saifuddin, Najib sepatutnya bersifat jujur dan menyatakan apa terjadi kepada hutang yang tidak dibayar oleh kroni Umno-BN. "Yang mewujudkan budaya berhutang dan tidak membayar semula hutang adalah amalan Umno-BN," jelas beliau yang juga, MP Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar pula berkata, rakyat kini mula merasakan keselesaan dibawah negeri-negeri pentadbiran Pakatan walaupun ia memerintah selama satu penggal. Katanya, perubahan yang dibawa oleh PR meskipun melalui program bantuan kecil kepada rakyat masih tidak mampu dilaksanakan oleh kerajaan Umno-BN walaupun telah memerintah lebih 50 tahun. "Pakatan Rakyat bukan bercakap mengenai soal bila kita memerintah tetapi kita telah membuktikan janji tersebut apabila kita telah memerintah," kata Mahfuz yang juga Naib Presiden Pas. "Najib masih beranggapan bahawa masyarakat yang kuno dan tidak punya pengetahuan sedangkan jurang maklumat yang besar telah dinikmati rakyat untuk mendapatkan informasi," katanya. | Faekah : Geran Selangorku Diurus Telus Posted: 27 Jun 2012 06:30 AM PDT SHAH ALAM : Kerajaan Selangor tidak pernah berselindung berkenaan punca dana Geran Selangorku berjumlah RM300 juta yang diperuntukkan untuk dimanfaatkan terus kepada rakyat. Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin berkata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika Belanjawan 2012 tahun lepas menyatakan geran ini berasaskan sumbangan daripada syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC). Ia juga diperolehi daripada keuntungan operasi Perbadanan Menteri Besar (MBI) yang berjaya mendapatkan hutang lapuk Syarikat Talam Corporation serta penstrukturan semula projek Canal City. "Jika dahulu keuntungan hanya dimanfaatkan oleh rakan kongsi usaha sama yang berat sebelah serta para kroni BN, kali ini habuan kita agihkan terus kepada semua rakyat Selangor," kata Faekah dalam kenyataan medianya. Faekah berkata, Geran Selangorku diterajui oleh Jawatankuasa Pemandu yang dipengerusikan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor. Jawatankuasa ini dianggotai Ketua Pentadbir Perbadanan Menteri Besar (MBI), jurutera dan jurunilai dari Jabatan Kerja Raya, Pegawai Unit Perancang Ekonomi Negeri, akauntan dan jurutera bebas yang di lantik oleh Menteri Besar. Kesemua projek yang dikemukakan kepada Jawatankuasa ini kemudiannya diunjurkan oleh Adun, Pejabat Tanah dan Daerah (PTD), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). "Dakwaan Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed bahawa Menteri Besar mempunyai kuasa mutlak untuk menentukan peruntukan adalah tidak benar. "Menteri Besar tidak campur tangan dalam menentukan pemberian peruntukan dan projek kerana tender terbuka diuruskan oleh pihak berkuasa tempatan serta pejabat tanah dan daerah," katanya. Sehingga kini menerusi Geran Selangorku, Kerajaan Negeri meluluskan sebanyak 362 projek yang berupa pembangunan kecil dan sederhana seperti membaiki longkang, menurap jalan dan membina jejantas seluruh Selangor termasuk di kawasan DUN di bawah BN. "Semua data, butiran projek serta tatacara Geran Selangorku ini dilaksanakan terbuka untuk semakan di Pejabat MBI. "Md Zin atau mana-mana ahli Umno yang masih gagal memahaminya boleh melakukan lawatan ke MBI dan penerangan khusus boleh disediakan," katanya. Justeru tegas Faekah, beliau mencabar Ahli Parlimen dan Adun BN untuk mendedahkan butiran perbelanjaan peruntukan sejumlah RM2.71 bilion yang diperuntukkan oleh Kerajaan Pusat kepada Umno Selangor. "Rakyat Selangor mahu tahu bagaimana wang sebesar itu dibelanjakan, apa projeknya, di mana dan berapa kos sebenar," ujar Faekah. | Zahid pura2, Terasasi wujud dalam kes Scorpene – Tian Posted: 27 Jun 2012 06:20 AM PDT Oleh Mohd Martin Kahar KUALA LUMPUR: Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua berkata, dokumen yang diperoleh daripada Mahkamah Perancis menunjukkan wujudnya hubungan antara syarikat pembuat kapal Perancis, DCNS dan Terasasi (Hong Kong) Ltd dalam urusan pembelian Scorpene Malaysia. Katanya, walaupun secara teknikal tiada perjanjian ditandatangani antara kerajaan dengan Terasasi, tetapi syarikat ini terlibat dalam rundingan pembelian kapal selam. "Kementerian Pertahanan berpura-pura tidak tahu menahu mengenai Terasasi. Ini satu kenyataan tidak bertanggungjawab," kata Ahli Parlimen Batu itu lagi. Beliau berkata demikian mengulas jawapan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi semalam bahawa tiada sebarang maklumat mengenai penjualan dokumen oleh Terasasi kepada syarikat Thint Asia (Thales International). Menurut Tian, daripada hasil carian pendaftaran syarikat, beliau memperoleh dokumen yang menunjukkan Terasasi masih beroperasi sehingga Jun 2011. "Syarikat ini masih berdaftar di Hong Kong dan nilai sahamnya ialah HKD100,000. Dua nama pemilik yang disenaraikan iaitu 'Bin Abdullah Abdul Razak' dan 'Bin Malim Baginda Abdullah'. "Ini menunjukkan syarikat ini wujud dan dimiliki oleh Razak Baginda. Kementerian Pertahanan tidak boleh mengatakan tidak tahu kewujudan syarikat ini," katanya. Sementara itu, Ahli Biro Politik KEADILAN, Sivarasa Rasiah berkata, Terasasi tidak menjalankan aktiviti perniagaan sebaliknya didaftarkan sebagai saluran uruniaga Scorpene. "Syarikat ini digunakan untuk menerima duit dan jumlah duit yang disalurkan kepada Terasasi adalah sebanyak USD30 juta," katanya. | Fitnah RM3 bilion: Murad ke Jerman mohon maaf pada Anwar – Saifuddin Posted: 27 Jun 2012 06:18 AM PDT Oleh Masdar Wahid PETALING JAYA : Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan, bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Murad Khalid pernah memohon maaf secara terbuka di depan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik Ketua Pembangkang itu dibebaskan dari penjara pada 2004. Beliau yang menjadi saksi kejadian itu berkata, Murad juga mengambil penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Jerman untuk menemui Anwar yang ketika itu bakal dibedah untuk mendapatkan rawatan berkaitan tulang belakangnya. "Pada penghujung 2004, Murad melakukan penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Munich, Jerman dan menemui sendiri Anwar untuk memohon maaf. "Malah Murad sendiri mengakui di hadapan Anwar bahawa beliau dipaksa dan ditekan oleh pimpinan tertinggi Umno membuat akuan bersumpah dengan menuduh kononnya Anwar memiliki 'master account' berjumlah RM3 bilion. "Anwar dalam responnya meminta beliau (Murad) tampil untuk memperbaiki keadaan itu, namun Murad enggan dan beban tuduhan itu sehingga kini diletak kepada kami (KEDAILAN) walhal ianya adalah tuduhan dan fitnah semata-mata," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, di sini hari ini. Saifuddin menegaskan, taktik pentadbiran Datuk Seri Najib Razak menyerang Anwar dan Pakatan Rakyat tidak akan jejaskan tumpuan mereka untuk mempromosikan agenda untuk rakyat. "Kami akan teruskan agenda untuk rakyat bagi mempromosikan dasar pendidikan percuma, pemansuhan tol, pemberian permit teksi dan pelbagai lagi dasar pro rakyat," kata Ahli Parlimen Machang itu lagi. Anwar dirawat di Klinik Alpha di Munich, Jerman pada 2004 oleh Dr Thomas Hoogland, pakar tulang belakang yang berpengalaman melakukan 14,000 pembedahan tulang belakang sebelum itu. | KEADILAN mahu Murad terus terang, mohon maaf terbuka Posted: 27 Jun 2012 06:15 AM PDT Oleh Masdar Wahid PETALING JAYA : KEADILAN mahu Murad Khalid bercakap benar berhubung dakwaannya terhadap Anwar Ibrahim memiliki master account RM3 bilion dan memohon maaf secara terbuka kepada Ketua Umum KEADILAN itu kerana membuat akuan bersumpah. Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli menekankan, jika Murad gagal berbuat demikian, penyelewengan bekas Penolong Gabenor Bank Negara itu akan didedah satu persatu. "Beliau perlu tampil ke hadapan memohon maaf secara umum kepada Anwar dan seluruh rakyat Malaysia," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, di sini hari ini. Turut serta, Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution Ismail. Kata Rafizi, dakwaan itu sebenarnya merujuk kepada pegangan dan kepentingan Murad sendiri. "Dakwaan kononnya Anwar mempunyai banyak akaun saham dan hartanah mencecah RM3 bilion timbul dari akaun bersumpah Murad yang tidak memberi fakta dan senarai semua harta sebagaimana didakwanya. "Sebaliknya, ia hanyalah dakwaan dengan menyebut beberapa nama yang kemudian dikait dengan Anwar," jelas beliau. Oleh kerana dakwaan itu tidak jelas dan gosip semata-mata, Rafizi mengambil inisiatif menyiasat latar belakang Murad. "Siasatan saya mendapati semasa Murad menjadi Pegawai Tinggi Bank Negara seawal 1991, beliau menerima habuan dalam bentuk pembayaran kelab golf dan yuran bulanan dari pihak ketiga. "Begitu juga insurans kediaman Murad berjumlah RM3.1 juta dibayar pihak ketiga dan jelas melanggar etika dan peraturan Bank Negara. Murad juga katanya mendapat manfaat dari 15 unit kondominium di Pelangi Indah Condo melalui syarikat Kenworth Sendirian Berhad di mana beliau ada kepentingan. "Jika rekod beliau sendiripun tercalar dengan dakwaan rasuah dan salahgunakuasa, timbul persoalan adakah beliau terlibat dalam pelbagai salah laku dan penyelewengan serta mengguna kedudukannya untuk mengumpul harta? "Sehinggakan kelemahan ini dimanipulasi musuh Anwar untuk menekan beliau membuat akuan sumpah palsu," soalnya lagi. Sehubungan itu, beliau menasihatkan Murad tampil memberi kenyataan berterus-terang atau penyalahgunaan kuasa dan dakwaan rasuah Murad didedah dari semasa ke semasa. | Kontrak LRT RM1 bilion, Najib rebut untuk beri kepada kroni Posted: 27 Jun 2012 06:07 AM PDT Oleh Masdar Wahid PETALING JAYA : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didesak menjelaskan tindakannya menukar kontraktor bagi projek kerja-kerja penyambungan LRT Ampang bernilai lebih RM1 bilion. Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, penjelasan itu perlu kerana Najib sudahpun bersetuju dan meluluskan projek itu kepada PDA Consortium seperti diputuskan Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan (JPMK) yang dipengerusikannya selaku Menteri Kewangan pada 25 Januari lalu. "Dalam kes kontrak kerja sambungan LRT Ampang bernilai lebih RM1 bilion, Najib pada minggu lalu berhasrat menganugerahkannya kepada Konsortium George Kent, seperti dilapor Business Times 22 Jun lalu. "Ini bertentangan keputusan JPMK yang bersidang 25 Januari lalu. JPMK adalah jawatankuasa perolehan tertinggi peringkat Kementerian Kewangan dan dipengerusikan Najib Tun Razak sebagai Menteri Kewangan. "Keputusan mesyuarat JPMK dengan rujukan T/1/M/1/2012 jelas menolak cadangan Prasarana Negara untuk melantik PDA Consortium sebagai kontraktor projek ini (seperti yang didedah KEADILAN). "Sebaliknya, JPMK mengarah pakej kontrak itu dianugerah kepada Konsortium Balfour Beatty-Invensys pada harga RM1,012,910,000," katanya yang turut mengedar minit mesyuarat itu hari ini. Rafizi berkata, keputusan itu turut ditandatangani Najib, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Ketua Setiausaha Perbandaharaan, Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah. "Saya yakin campur tangan Najib ini jelas melanggar etika pentadbiran telus dan berbaur | Kes Scorpene: Najib digesa jawab pendedahan gambar Altantuya di Perancis Posted: 27 Jun 2012 06:06 AM PDT Oleh Aisha Geoffrey KUALA LUMPUR : Pengarah Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan Malaysia menjawab mengenai pendedahan gambar Altantuya Shariibuu sewaktu berada di Perancis yang kini mula tersebar. "Persoalan sama ada Altantuya pernah ke Perancis atau tidak, bukan isu penting. Apa yang penting, Najib perlu jawab apa peranan Altantuya dalam kes Scorpene," katanya dihubungi Keadilan Daily. "Jika benar Altantuya tak pernah ke Perancis, mengapa namanya disebut-sebut dalam kes ini (Scorpene)? Kenapa dia dibunuh dengan kejam, diletupkan dengan harapan dapat menghilangkan kesan bukti? Apa yang mereka cuba sembunyikan?" tegas Cynthia. "Memang mengikut undang-undang negara Eropah, hanya pada kemasukan kali pertama saja yang akan diperiksa. Contohnya, jika kita masuk dari London, selepas itu kita boleh pergi ke mana saja kerana pemeriksaan hanya di negara Eropah yang pertama, jadi tak mustahil sebab itu mengapa rekod Altantuya tiada di sana," jelasnya. Pada 2007, satu siri foto diberikan kepada Asia Sentinel oleh Syed Abdul Rahman Al-Habshi – bekas Konsul Kehormat Mongolia di Malaysia yang menunjukkan Altantuya "sedang makan angin ke Eropah", namun gambar-gambar itu dirahsiakan dan hanya didedahkan baru-baru ini. Ianya dipercayai telah ditemui bersama barangan milik Altantuya selepas dia dibunuh, demikian menurut laporan Asia Sentinel dalam sebuah artikel yang bertajuk 'Who was Altantuya Shaariibuu?' ('Siapakah Altantuya Shaariibuu?') tulisan John Berthelsen pada 5 Disember tahun tersebut. Berthelsen, bekas wartawan Asia Wall Street Journal di Malaysia, berkata, keluarga Altantuya enggan mengulas lanjut mengenai gambar-gambar tersebut. Bagaimanapun, April lalu, bapa Altantuya, Setev Shaariibuu memberitahu, satu sidang akhbar yang dianjurkan Suaram bahawa visa anak perempuannya itu ke Perancis, dikeluarkan di Kuala Lumpur atas nama "Amina Abdullah" dan anaknya itu sepatutnya memasuki Paris selepas terbang ke Jerman. | Pakatan sedia ambil alih semula Perak Posted: 27 Jun 2012 06:04 AM PDT Oleh V. Sivakumar Pakatan Rakyat cukup yakin bahawa Barisan Nasional akan tumbang sekali lagi di Perak selepas BN kalah kali pertama dalam pilihan raya umum ke-12 pada Mac 2008. Dalam PRU13 akan datang, Pakatan Rakyat mempunyai peluang untuk menang dengan majoriti kerusi yang lebih besar. BN telah membuat kesilapan besar merampas kuasa rakyat di negeri Perak pada tahun 2009. Politik kotor BN Undang-undang Tubuh Negeri Perak, Perlembagaan Persekutuan dan Perintah-perintah Tetap Dewan Negeri Perak telah dibelakangkan oleh BN dalam kerakusannya untuk berkuasa kembali. Pelbagai muslihat dan politik kotor telah dilakukan oleh Barisan Nasional. Mereka telah memperalatkan Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pilihan Raya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, mahkamah dan beberapa agensi kerajaan yang lain untuk merampas mandat yang diberikan oleh rakyat kepada Pakatan Rakyat. BN juga telah merampas kuasa dengan menggunakan kekerasan polis dan samseng. Selain daripada itu, politik wang juga telah digunakan untuk tumbangkan kerajaan sah yang dipilih oleh rakyat. BN tidak menghormati sistem demokrasi yang berteraskan 'kerajaan yang dipilih oleh rakyat'. Kerajaan Perak yang ada hari ini adalah kerajaan yang ditentukan oleh mahkamah. Rakyat Perak sedar akan semua tindak-tanduk BN dalam menggulingkan kerajaan Pakatan Rakyat Perak. Rakyat Perak tidak diberi peluang untuk menilai polisi-polisi dan pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat. Rakyat puas hati dengan 11 bulan PR Perak Kerajaan pilihan rakyat hanya berkuasa selama 11 bulan. Tempoh itu adalah terlalu singkat untuk menentukan sejauh manakah kecekapan dan keberkesanan kerajaan Pakatan Rakyat berbanding dengan BN. Sebelum Pakatan Rakyat dapat membuktikan kewibawaannya, kerajaan itu dirampas dengan cara yang tidak demokratik. Rakyat Perak juga berpuas hati dengan beberapa polisi kerajaan Pakatan Rakyat Perak seperti geran kekal untuk kampung-kampung tersusun dan kampung-kampung baru di seluruh negeri. Banyak lagi polisi-polisi kebajikan yang telah dirancang tidak dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya. Rakyat Perak merasakan bahawa BN tidak adil dan terlalu gila kuasa sehingga sanggup melakukan apa sahaja untuk kembali berkuasa. Sudah pasti rakyat Perak akan memberi satu pengajaran kepada BN dalam PRU13 nanti. Krisis dalaman BN Perak Tambahan pula, BN juga sudah hilang genggaman di Perak. Krisis dalaman UMNO, MCA dan MIC juga sudah memuncak kebelakangan ini. Pemimpin-pemimpin mereka tahu bahawa BN akan tumbang sekali lagi di Perak. Saya pasti Menteri Besar yang tidak dipilih oleh rakyat, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, juga sedar bahawa keadaan BN hari ini seperti 'duduk dalam duri, bersandar di batang renggas'. Pakatan Rakyat Perak sudah bersedia untuk mengambil alih kerajaan Perak bila-bila masa apabila pilihan raya umum diadakan. Pimpinan Pakatan Rakyat Perak cukup yakin bahawa rakyat akan memberi peluang sekali lagi untuk melaksanakan polisi-polisi yang berjiwa rakyat. Penulis adalah Timbalan Pengerusi DAP Perak merangkap ADUN Tronoh | Katanya… Tan Sri Khalid tak tahu berpolitik ? Posted: 27 Jun 2012 06:00 AM PDT Roketkini.com Budaya politik di Malaysia, termasuk di Selangor, memang unik, banyak sekali ironis dan tak masuk akalnya. Dahulu, insan seperti Dr. Khir Toyo yang asalnya seorang doktor gigi tidak semena-mena menjadi orang yang sangat penting dan amat kaya dalam arena politik Malaysia khususnya dalam politik Selangor. Siapa Khir Toyo Manusia bernama Khir Toyo ini datangnya entah dari mana, kliniknya pun ramai orang tak tahu. Namun Dr Mahathir Mohamad yang ketika itu menjadi Perdana Menteri dengan beraninya telah melonjakkan 'budak mentah' ini ke jawatan paling penting dan panas sekali. Perlantikan itu sekali gus membuang jauh-jauh nama-nama ahli politik yang kanan pada ketika itu. Suka atau tidak, rasional atau tidak, semua orang UMNO ketika itu terpaksa menelan bulat-bulat keputusan Tun M. Mereka beranggapan, Tun M lebih tahu apa tentang yang beliau buat, Tun M boleh 'nampak' masa depan. Inilah mitos orang-orang UMNO ke atas Tun M. Tetapi tidak berapa lama kemudian, pemimpin pilihan Tun M inilah yang menjadi punca utama tersungkurnya kerajaan UMNO-BN di Selangor. Malah, pendedahan demi pendedahan telah dibuat mengenai kegiatan korupsi Khir Toyo yang selama ini terselindung di sebalik imej pemimpin Melayu yang bersih. Kekayaan luar biasanya yang dikumpulnya sewaktu menjadi Menteri Besar Selangor dalam tempoh 8 tahun sahaja membolehkan dia membina mahligai hebat seperti di Hollywood bernilai berpuluh juta ringgit. Tak tahu dari mana datangnya wang seperti itu kerana gaji asas Menteri Besar lebih kurang RM15,000 sebulan sahaja. Kini Khir Toyo telah menjadi sejarah. Dia dijadikan kambing hitam oleh semua pemimpin UMNO. Tun M pula hanya melihat dari jauh orang pilihannya itu. Siapa Tan Sri Khalid Sekali pun Tun M tidak pernah mengaku silap membuat pilihan. Kini Tun M mendakwa pula Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang memimpin kerajaan negeri Pakatan Rakyat akan tersungkur di Selangor, gara-gara tidak tahu berpolitik seperti mana yang dibayangkannya. Kita sedia maklum akan sikap Tun M ini, sungguh pun beliau sudah bersara, dia menganggap dirinya sahaja yang paling tahu dan paling hebat dari orang lain. Malah ramai orang tahu Perdana Menteri Najib Razak pun takut dengan Tun M. Jika nak dibandingkan antara ketokohan dan kepimpinan antara Khir Toyo dengan Tan Sri Khalid, ia ibarat bumi dengan langit. Tan Sri Khalid ini kita tahu dari mana dia datang, kita tahu reputasi dan pengalamannya dalam mengurus aset, organisasi dan kewangan, baik syarikat biasa mahu pun gergasi korporat. Walau pun ini ini semua bukan pengalaman politik kepartian, ia adalah pengalaman pengurusan, pentadbiran dan kecekapan. Gagalkah kepimpinan yang prihatin rakyat? Adakah kerana itu Tun M menganggap Tan Sri Khalid gagal memimpin pentadbiran negeri? Adakah Tan Sri Khalid dianggap gagal kerana berjaya memberi rakyat Selangor air percuma, memperkenalkan tender terbuka, menghapuskan surat sokongan dan kabel politik, memperkenalkan Akta Kebebasan Maklumat, dan meningkatkan syiar Islam di negeri? Jika Tan Sri Khalid tak pandai bermuka-muka atau bersikap hipokrit ala sesetengah orang politik, apa salahnya. Biarlah begitu. Berbanding dengan Menteri-menteri Besar lain, beliau jauh lebih baik dari segi pentadbiran kerana pengalaman dan kecekapan serta keberkesanannya mentadbir negeri. Memang ada baiknya apabila insan profesional dipilih menjadi pengurus atau ketua pentadbir; bila hatinya jujur, budaya korupsi bukan sahaja dapat dielak, malah dapat dikurangkan lagi dengan lebih berjaya. Biarlah Tun M dengan angan-angannya. – Roketkini.com | Peserta PLKN mati, kerajaan BN lepas tangan Posted: 27 Jun 2012 05:55 AM PDT Roketkini.com KUALA LUMPUR: Kerajaan Barisan Nasional dilihat lepas tangan terhadap hal pampasan kematian pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), A.Tamilarasi, akibat demam panas pada 25 April lalu. Ahli Parlimen DAP Teluk Intan, M.Manogaran berkata, kenyataan yang diberikan oleh Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil, bahawa syarikat insuran hanya membayar ganti rugi kepada peserta kem latihan jika mereka meninggal semasa sedang menjalani latihan, dilihat sebagai satu kenyataan yang tidak boleh diterima. "Kenyataan tersebut tidak menyakinkan ibu bapa untuk menghantar anak mereka untuk menjalani kursus PLKN," ujar beliau di dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini. Manogaran turut menyatakan kekesalan beliau terhadap terma dan syarat insurans yang meletakkan syarat bahawa sebanyak pampasan berjumlah RM50,000 hanya diberikan sekiranya kematian berlaku tidak lebih dari 130 jam meninggalkan kem latihan. "Saya melihat syarat ini tidak wajar kerana ada sesetengah penyakit yang dialami oleh peserta semasa di dalam kem akan mengambil masa yang lebih lama. "Apa yang berlaku ialah mendiang A.Tamilarasi telah jatuh sakit semasa menjalani latihan sebelum dibawa keluar dan koma," katanya. Ahli Parlimen DAP Seremban John Fernandez pula berkata, ini sudah menjadi isu nasional kerana telah melibatkan sejumlah kematian yang sepatutnya tidak berlaku. Ahli Parlimen DAP Kota Melaka Sim Tong Him pula mahu kerajaan menyelesaikan kes Tamilarasi dengan cepat dan adil serta mendesak kerajaan supaya serius menangani kes-kes yang menyebabkan ramai ibu bapa bimbang untuk menghantar anak-anak mereka menyertai PLKN. Program Latihan Khidmat Negara telah menelan belanja sebanyak RM 4.36 bilion sejak ia mula diperkenalkan. Sebanyak 19 kematian dan 23 kecacatan kekal telah dilaporkan terjadi sewaktu program PLKN sejak tahun 2004 hingga tahun 2012. – Roketkini.com | Teater percuma mengenang Teoh Beng Hock pada Julai Posted: 27 Jun 2012 05:52 AM PDT Roketkini.com KUALA LUMPUR: Sebuah persembahan teater percuma dalam Bahasa Melayu akan diadakan sempena memperingati kematian mendiang Teoh Beng Hock pada 6 hingga 8 Julai bertempat di Indicine, KLPAC Kuala Lumpur. Teater "Beng Hock" yang diarahkan oleh Hariri Abdul Jalil yang mengambil masa 40 minit akan dipentaskan oleh Rumah Anak Teater pada 6, 7 dan 8 Julai. Untuk mendapatkan tiket percuma, sila e-mel rumahanakteater@gmail.com. Satu pementasan juga akan diadakan di PenangPAC, Pulau Pinang pada 13 dan 14 Julai di mana bayaran masuk RM15 akan dikenakan. Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke berkata, pementasan tersebut bertujuan untuk menyampaikan mesej kesedaran kepada masyarakat mengenai kejadian sebenar yang berlaku. "Dalam masa tiga minggu lagi sebelum ulang tahun kejadian kematian luar biasa Teoh beng Hock, pihak kami akan menganjurkan sebuah tayangan dokumentari, pementasan teater dan forum demi mendapatkan keadilan ," katanya dalam sidang media di sini hari ini. "Kami tidak akan berhenti mengingatkan dunia mengenai kematian tidak wajar ini sehingga mangsa dan keluarga mereka mendapat keadilan dan kebenaran sebenar," tambah Loke lagi yang juga merupakan Ketua Pemuda DAP. Menurut beliau, kematian Teoh Beng Hock memperlihatkan budaya politik BN yang keji serta memperlihatkan belang sebenar mereka sebagai penjahanam prinsip demokrasi. Katanya, kematian saksi melibatkan kakitangan Kastam DiRaja Malaysia, Ahmad Sarbaini Mohamed, yang ditemui mati di aras bawah pejabat SPRM Kuala Lumpur pada 2011. Beliau berkata, kejadian kedua ini merupakan bukti kukuh bahawa institusi anti rasuah negara ini memerlukan rombakan menyeluruh, jika tidak kejadian yang sama mungkin akan berulang. Sebarang pertanyaan sila layari blog di rumahanakteater.blogspot.com, atau boleh menghubungi mereka di talian 012-229 0944, atau Facebook: Rumah-Anak-Teater atau di pautan-hash Twitter, #BENGHOCK. – Roketkini.com | Import makanan RM221.81b, BN perjudikan keselamatan rakyat! Posted: 27 Jun 2012 05:49 AM PDT Editor Buletin Jawapan Timbalan Menteri Pertanian di Parlimen kelmarin yang menyatakan bahawa Negara kita telah membelanjakan sejumlah RM221.81b sejak 10 tahun lalu bagi tujuan pengimportan bahan-bahan makanan adalah suatu bukti jelas kegagalan kerajaan BN menjana pengeluaran sumber makanan dalam negara. Pergantungan keterlaluan negara kita kepada sumber bahan-bahan makanan yang diimport, menghadirkan hakikat yang kita tidak sedari, bahawa ia adalah juga ancaman kepada keselamatan rakyat dan survival kehidupan mereka. Fenomenanya jelas, sebarang bencana alam yang berlaku kepada negara lain akan turut memberi kesan kepada negara kita. Banjir di Thailand tetapi orang kita juga tumpang susah. Bukan setakat menyebabkan harga beras meningkat, malah berlaku juga kenaikan harga sayur-sayuran, ayam dan ikan. Semua ini disebabkan kita masih bergantung kepada sumber makanan dari luar khususnya negara jiran. Bayangkan jika negara-negara yang menjadi tempat kita bergantung import makanan selama ini menghadapi bencana serentak- banjir, ribut, kemarau panjang, gempa bumi atau terlibat dalam kancah peperangan. Krisis makanan tentulah akan memuncak dan mampukah bekalan yang dihasilkan di dalam negara untuk menyuap mulut rakyat kita seramai 28.6 juta dan pendatang asing seramai 2.3 juta? Dalam suatu lagi kemungkinan, bagaimana jika Negara kita pula yang dikenakan sekatan ekonomi yang akan menghentikan sebarang urusan perdagangan dengan dunia luar sebagaimana yang pernah menimpa Iraq, akan kebulurankah rakyat kita? Ahli hikmat ada berkata, ketika saat ketiadaan bekalan makanan, mereka yang mempunyai stok makanan adalah orang yang paling kaya. Lebih kaya dari mereka yang mempunyai emas berbongkah-bongkah. Lihatlah dalam sejarah, bagaimana pengeluaran sumber makanan Negara Mesir yang dirancang dan dilaksanakan dengan begitu bijak oleh Nabi Yusof a.s sehingga kemarau panjang selama 7 tahun tidak menyebabkan rakyatnya kebuluran malah mampu untuk membantu menyuap mulut rakyat negara-negara berdekatan. Beginilah Islam mengambil berat dengan keperluan asasi rakyat. Di manakah silapnya sistem pertanian kita. Dengan keluasan dan kesuburan muka bumi anugerah Allah, berbilion ringgit peruntukan tahunan, sungai-sungai yang membelah daratan membentuk dataran yang subur, rakyat yang sedia membanting tulang, tetapi pertanian kita belum lagi mencapai tahap sara diri apatah lagi untuk dieksport. Dengan kata lain, kerajaan telah gagal! Hujahnya, Malaysia telah membelanjakan sejumlah sekitar RM22 bilion setiap tahun untuk mengimport keperluan makanan seperti sayur, ikan, gandum, tepung, susu, koko, teh, daging, ubi kentang, bawang serta buah-buahan. Jumlah import beras dari Thailand sahaja mencecah 307,000 tan metrik setahun. Bolehkah kita menerima alasan yang diberikan oleh YB Timbalan Menteri Pertanian bahawa kebanyakkan komoditi yang diimport adalah tidak ekonomik untuk dihasilkan dalam negara berikutan kos pengeluaran tinggi. Kalau Negara asal di mana sumber komoditi itu diimport boleh menghasilkannya dengan kos pengeluaran yang rendah, kenapa kita tidak boleh? Budak sekolah pun boleh faham sifir ini. Hasil yang kita tanam dan ternak sendiri sudah tentu lebih murah berbanding kita beli dari orang lain! Dulu pun ada kempen di pihak kerajaan yang menggalakkkan rakyat menanam sendiri sayur-sayuran di sekeliling rumah mereka untuk kegunaan sendiri agar ianya boleh membantu mengurangkan kos hidup seharian. Memang ini menepati kaedah, penghasilan sendiri lebih menjimatkan kos! Ada isu besar yang perlu diteliti. Di Terengganu contohnya, masih banyak tanah sawah terbiar tanpa dapat diusahakan lantaran masalah infrastruktur seperti pengairan. Ada projek-projek yang dikira boleh menghasilkan sumber makanan negeri seperti projek ternakan kambing kaprima Telaga Papan Setiu, projek ternakan ikan dalam sangkar Zon Industri Akuakultur Tasik Kenyir, Projek tanaman kelapa pandan di Rhu Tapai semuanya gagal walaupun ratusan juta telah dibelanjakan. Wang peruntukan lesap tapi di mana kambing, ikan dan kelapa pandan? Gahnya bunyi genderang projek dengan sasaran hasilnya akan dieksport, akhirnya melopong! Belum disebut lagi projek tanaman strawberry yang namanya pun dah dilupakan orang. Terkini projek udang Setiu. Sasarannya juga untuk dieksport sebagaimana Mat Said pernah bercita-cita untuk mengeksport kelapa pandan dari Rhu Tapai ke Jepun! Belanda, sebuah negeri bersaiz kecil, muka buminya pula berada di bawah paras laut tapi mampu menjadi antara negara pengeluar sumber makanan dunia, walaupun di sana Umno tak dikenali… | Walaupun Mat Zan DiPecat , Penggantinya Belum Melonjakkan 'Ranking' Terengganu Posted: 27 Jun 2012 05:46 AM PDT Wartawan Buletin KUALA TERENGGANU - Awan mendung yang menyelubungi pasukan bolasepak negeri Terengganu belum berlalu, walaupun Ketua Jurulatihnya Mat Zan Mat Aris 'dipecat' dan 'Mat Saleh' Peter Butler masuk mengambil alih. Mat Zan direhatkan selama dua minggu bermula awal Mei, kemudiannya meninggalkan skuad penyu kerana 'ditohmah'menjadi punca kemerosotan prestasi pasukan. Namun begitu, setelah lima perlawanan Liga Super dikendalikan bekas pemain professional England itu, prestasi penyu masih tidak menyerlah. Terengganu hanya menang dengan 'adiknya' pasukan T-Team, seri tiga kali menentang Sarawak, PKNS dan Kelantan serta kalah ketika menentang Lion XII FC. 'Ranking' Terengganu berdasarkan jadual malaysiansuperleague.com menduduki tempat keenam dengan meraih 31 mata, jauh ditinggalkan pendahulu liga, Lion XII FC yang selesa dengan pungutan 50 mata. 'Sakit' pasukan Terengganu seolah-olah menjadi wabak yang turut menjangkiti pasukan T-Team, walaupun tidak penah dibimbing oleh Mat Zan Mat Aris. Menurut laporan Bernama, faktor mengingkari arahan dan hilang semangat juang dalam beberapa saingan Liga Super sejak kebelakangan ini antara sebab prestasi pasukan T-Team kian merosot hingga menjejaskan sasaran carta empat teratas. Masalah membelenggu skuad penyu muda ini nyata menggusarkan jurulatih mereka, Yunus Alif dalam mengharungi enam baki perlawanan liga sebelum ia berakhir seminggu sebelum bermulanya bulan Ramadan (14 Julai). Jurulatih berusia 54 tahun ini memberitahu anak buahnya itu seolah-olah berada dalam keadaan 'tidak tenang' ketika berada di atas padang. "Apa yang menyedihkan, pemain tidak mematuhi arahan dan mempraktikkan apa yang diajar apabila mengekang asakan pasukan lawan. Pasukan Terengganu berbaki 5 perlawanan lagi, menentang Kedah, Kuala Lumpur, Sabah, Johor FC dan Selangor sebelum Liga Super menutup tirainya pada 14 Julai. Kelam kabut pengurusan Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) memuncak pada 22 April lalu apabila kira-kira 100 penyokong bertindak menyerang kediaman Presidennya Datuk Che Mat Jusoh. Sebelum itu, ekoran kekalahan 1-2 skuad Penyu kepada KL Sime-Darby dalam perlawanan Piala FA, laungan mendesak Che Mat Jusoh meletakkan jawatan (gambar) telah bergema di Stadium Sultan Ismail. Akhirnya Terengganu terlepas tiket ke perlawan akhir apabila hanya seri 0-0 dengan Sime Darby pada separuh akhir kedua yang di adakan di stadium Selayang pada 1 Mei. Perlawanan itu menjadi noktah kepada Mat Zan Mat Aris yang terpaksa menjadi korban walaupun kontraknya sebagai Ketua jurulatih masih berbaki selama 7 bulan. Mat Zan menjadi 'kambing hitam' walaupun berjaya membawa pasukan Terengganu layak untuk pusingan kedua Piala AFC dan berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir Piala FA serta menduduki tempat ketiga dalam Liga Super. | Aziz Satar tolak kunjungan Zed Zaidi Posted: 27 Jun 2012 05:44 AM PDT KL TODAY Di di mana silapnya, kunjungan Seniman yang diketuai presidennya, Zed Zaidi, untuk melawat pelakon veteran, Datuk Aziz Sattar, 87 atau lebih mesra dengan panggilan Pak Ajis, di Hospital Ampang, tengah hari semalam, ditolak sekerasnya ahli keluarga seniman itu. Walaupun dipujuk Timbalan Presiden, Elyas Ismail, namun keluarga Aziz Sattar tetap berkeras dengan keputusan mereka.Hampir sejam menunggu, Zed yang turut ditemani sekumpulan media, rakan artis dan ahli Seniman yang hadir akhirnya terpaksa akur dengan kehendak keluarga Pak Ajis. Sementelah lagi ia melibatkan campur tangan pihak hospital.
Zed berkata, pihaknya sebelum ini menerusi Biro Veteran persatuan itu telah memaklumkan kedatangan mereka dan mendapat persetujuan daripada ahli keluarga Aziz. "Saya tidak pasti mengapa keadaan jadi begini kerana kehadiran Seniman dengan niat yang baik iaitu untuk melawat dan bertanya mengenai keadaan Pak Aziz selain menyerahkan sumbangan bagi membantu meringankan bebannya.
Memandang positif mengenai perkara itu, Zed akur dengan kehendak Pak Ajis dan menganggap tiada apa yang perlu diperjelaskan sehingga menimbulkan spekulasi lain. "Saya hanya jalankan tanggungjawab sebagai presiden. Saya mengetahui keadaan Pak Ajis pada hari Sabtu lalu dan sedaya upaya mencari dana untuk memberikan sumbangan. "Sebelum datang, saya telah buat pengesahan daripada ahli keluarganya. Mereka setuju menerima lawatan saya. Tapi, lain pula jadinya. Saya tidak tahu nak kata apa, mungkin Pak Ajis tidak mahu diganggu. Saya berdoa agar kesihatannya beransur baik," katanya. "Tak mengapalah kerana apa yang lebih penting kami telah menjalankan tanggungjawab kami demi menjaga kebajikan pelakon-pelakon veteran di negara ini," ujarnya ketika ditemui di perkarangan Hospital Ampang dim sini, pada Selasa. Walaupun kunjungannya ditolak, Zed tetap menyerahkan sumbangan kepada Pak Ajis. Malah ia turut diterima baik ahli keluarganya. Sementara itu, Zed turut melawat pelakon Osman Kering,58, di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di sini bagi menyampaikan sumbangan wang tunai kepada isterinya iaitu Che Norhayati Che Omar, 48. Norhayati yang terharu dengan kunjungan itu memberitahu menghargai usaha Seniman yang dilihat begitu bersungguh-sungguh membantu golongan artis veteran seperti suaminya. Mengenai perkembangan terkini Osman, Norhayati memberitahu suaminya masih tidak sedarkan diri selain tekanan darah dan nadinya yang tidak stabil. Osman atau nama sebenarnya Osman Kassim dimasukkan ke HUKM pada 11 Jun lalu. | Nik Aziz tidak guna kemudahan MB Posted: 27 Jun 2012 05:41 AM PDT KL TODAY Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan usaha membersihkan pentadbiran beliau daripada rasuah bermula dari dirinya sendiri. Menurutnya, beliau tidak pernah menggunakan peruntukan menteri besar seperti kenderaan untuk ahli keluarga, rumah, perabot dan kemudahan lain. Beliau berkata, menteri besar tidak boleh mengambil rasuah kerana mereka juga seorang manusia yang akan dihitung sama ada masuk syurga atau neraka. "Saya tidak ambil kerana saya tahu pegang jawatan ini (menteri besar), sama ada masuk syurga atau neraka, saya tidak mahu masuk neraka. "Pembantu rumah pun saya cari sendiri, pengawal keselamatan tiada, kereta yang sepatutnya dua, saya ambil satu sahaja, malah kereta keluarga saya beli sendiri," katanya dalam ucaptama Wacana Ilmu Buku Rasuah, di sini, semalam. "Perkara ini mesti difikirkan oleh rakyat kerana selagi sekular menguasai manusia tiada agama, masalah tidak akan selesai," katanya. Mengulas dakwaan penyelewengan dalam pentadbiran Kelantan Golden Trade Centre Sdn Bhd (KGT), beliau memberi jaminan tidak akan menghalang anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) itu disiasat. "Sesiapa hendak siasat, 25 jam saya bagi, bukan 24 jam," katanya. Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin pada 24 Jun lalu memberi tempoh tiga minggu kepada Kerajaan Negeri Kelantan untuk menyiasat secara terperinci berhubung dakwaan terbabit. | Teoh: Nasib 3 pegawai akan ditentukan Posted: 27 Jun 2012 05:34 AM PDT KL TODAY Tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dinamakan dalam laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung kematian Teoh Beng Hock akan mengetahui nasib mereka tidak lama lagi apabila keputusan berhubung tindakan disiplin terhadap mereka diputuskan. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed berkata beliau akan mengemukakan syor kepada jawatankuasa aduan SPRM berhubung kes itu sebelum sebarang tindakan tatatertib diambil, berdasarkan cadangan daripada jawatankuasa berkenaan yang dibentuk di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. "Kita telah memutuskan tindakan disiplin akan yang akan diambil… kita akan memaklumkan jawatankuasa aduan pada mesyuarat akan datang," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan Laporan Tahunan SPRM kepada Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Rasuah, Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad di lobi Parlimen, di sini hari ini. Abu Kassim pada April lepas berkata tiga pegawai berkenaan telah diminta memberi penjelasan berhubung pertuduhan itu setelah siasatan mendapati tingkah laku mereka ketika menjalankan soal siasat terhadap Teoh, ada yang melanggar peraturan tatatertib. Teoh, 30, Setiausaha Politik kepada Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor pada 16 Julai 2009 selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor di tingkat 14, plaza berkenaan. Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung kematian Teoh, memutuskan bahawa Teoh membunuh diri akibat mengalami rasa terbeban dan tertekan dengan sesi soal siasat yang agresif dan berlarutan ke atasnya oleh pegawai penyiasat SPRM | Bajet 2013: Kekalkan saya sebagai PM Posted: 27 Jun 2012 05:29 AM PDT Shahbudin Husin Jika mahu dikatakan transformasi, barangkali inilah transformasi yang sebenarnya yang mahu dibawa oleh Najib. Sejak menjadi Perdana Menteri, Najib ternyata paling banyak melakukan pelbagai perkara baru semata-mata untuk mendapatkan undi dan memastikan dirinya terus kekal berada di puncak kuasa. Dari memberi wang kepada rakyat, budak sekolah, pelajar universiti, durian runtuh kepada peneroka Felda sehinggalah kepada memberi baucer tayar kepada pemandu teksi – adalah antara pembaharuan politik yang diperkenalkan Najib. Najib dilihat sebagai pemimpin yang pemurah dengan wang tunai dan ini tidak pernah dilakukan oleh mana-mana pemimpin sebelum ini, jika ada pun pemberian tunai hanyalah pemberian bonus kepada kakitangan kerajaan. Kali ini beliau melangkah setapak lagi ke hadapan dengan menjadikan sambutan Hari Merdeka sebagai medan kempen bagi UMNO dan BN pula melalui persetujuan kerajaan menggunakan ungkapan 1Malaysia Janji Ditepati sebagai tema sambutannya pada tahun ini. Pengumuman tema ini diumumkan oleh Dr Rais Yatim, menteri yang bertanggungjawab terhadap sambutan hari kemerdekaan itu. Sesiapa pun yang membaca tema itu dengan pantas menyedari bahawa ia bertemakan kempen politik, lebih-lebih lagi Program Janji Ditepati adalah sebuah program mendekati rakyat anjuran Media Prima yang sudah diadakan di beberapa lokasi di seluruh negara dengan Najib sendiri hadir dan bercakap mengenai politik, pilihanraya dan mempertahankan kuasa di program-program tersebut. Oleh itu, dengan menggunakan tema yang sama, tentulah ia juga bermotifkan politik dan seolah-olah mahu memberitahu rakyat bahawa UMNO dan BN adalah penunai janji terbaik yang mesti terus dikekalkan kuasanya. Sambutan Hari Merdeka sepatutnya diraikan dengan mengajak rakyat menghargai kemerdekaan, kecintaan kepada negara, memupuk perpaduan dan lain-lain nilai baik yang meliputi semua kaum dan golongan kerana ia diraikan oleh semua lapisan rakyat. Ia seharusnya merentasi batas politik dan untuk semua orang. Tetapi dengan Najib ingin melakukan transformasinya mahu menjadikan Hari Merdeka sebagai medan kempen politik, ia bukan saja menyerlahkan keghairahan yang terlampau terhadap kuasa dan kemenangan malahan di sisi lain menggambarkan kebimbangan Najib yang sedang berada di tahap maksima. Tidak pernah mana-mana pemimpin sebelum ini menjadikan sambutan Hari Merdeka sebagai medan kempen, walau bagaimana gelora sekali pun kemelut politk yang sedang dihadapi. Mahathir sendiri ketika menghadapi tentangan sengit Semangat 46 pada pilihanraya 1990 dan selepas pemecatan Anwar pada piliharaya 1999, tidak tergamak menjadikan sambutan hari kemerdekaan di mana-mana tahun sekali pun sebagai medan untuk kempen politiknya. Untuk renungan bersama, elok kita imbas kembali tema-tema sambutan Hari Merdeka sejak 1970 untuk melihat kematangan pemimpin sebelum itu berbanding Najib yang kelihatan cukup pendek akalnya. Tema sambutan kemerdekaan hanya diperkenalkan mulai tahun 1970 dan sebelum itu ia tidak mempunyai tema dan lebih menjurus kepada erti kemerdekaan sahaja. 1970 – Muhibbah dan perpaduan1971 – Masyarakat progresif 1972 – Masyarakat adil 1973 – Masyarakat berkebudayaan Malaysia 1974 – Sains dan teknologi alat perpaduan 1975 – Masyarakat berdikari 1976 – Ketahanan rakyat 1977 – Bersatu maju 1978 – Kebudayaan sendi perpaduan 1979 – Bersatu berdisiplin 1980 – Berdisiplin berbakti 1981 – Berdisiplin berharmoni 1982 – Berdisiplin giat maju 1983 – Bersama ke arah kemajuan 1984 – Amanah asas kejayaan 1985 – Nasionalisme teras perpaduan 1986 – Bangsa tegas negara teguh 1987 – Setia bersatu berusaha maju 1988/1989 – Bersatu 1990 – Berjaya 1991 – Wawasan 2020 1992 – Wawasan asas kemajuan 1993 – Bersatu menuju wawasan 1994 – Nilai murni jayakan wawasan 1995 – Jatidiri penggerak wawasan 1996 – Budaya penentu kecapaian 1997 – Akhlak mulia masyarakat jaya 1998 – Negara kita, tanggungjawab kita 1999 – Bersatu ke alaf baru 2000 – 2006 – Keranamu Malaysia 2007 – Malaysiaku gemilang 2008 – Perpaduan teras kejayaan 2009 – 1Malaysia, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan 2010 – 1Malaysia menjana transformasi 2011 – 1Malaysia, transformasi berjaya, rakyat sejahtera 2012 – 1Malaysia janji ditepati | Denda RM3,000 Jika Pengamal Perubatan Tradisional Tidak Berdaftar Posted: 27 Jun 2012 05:24 AM PDT MSTAR ONLINE KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan pada Rabu membentangkan Rang Undang-Undang Perubatan Tradisional dan Komplementari 2012 yang mewajibkan semua pengamal perubatan tradisional mendaftar dengan Majlis Perubatan Tradisional dan Komplementari yang akan ditubuhkan. Mereka yang gagal berbuat demikian boleh didenda tidak lebih RM30,000 atau dipenjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali, jika disabit kesalahan, manakala bagi kesalahan berulang, mereka berdepan denda RM50,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali. Rang Undang-Undang itu dibentangkan pada persidangan Dewan Rakyat untuk bacaan kali pertama oleh Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin. Cadangan penubuhan majlis itu ialah bagi mengawal selia perkhidmatan perubatan tradisional dan komplementari di Malaysia, termasuk menetapkan kelayakan yang dikehendaki bagi setiap bidang amalan. Majlis yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan itu akan turut dianggotai wakil kementerian, universiti tempatan yang pakar dalam bidang perubatan serta pengamal berdaftar dalam perkhidmatan awam, akan memegang jawatan selama tiga tahun. Rang Undang-Undang itu juga memperuntukkan kuasa kepada majlis untuk mengeluarkan perakuan amalan kepada pengamal berdaftar yang telah memenuhi syarat dan membayar fi yang ditetapkan. Majlis itu juga boleh meminta mana-mana pengamal menghentikan operasi jika didapati pendaftarannya batal, menggunakan amalan yang tidak selamat yang menjejaskan kesihatan pesakit serta gagal mematuhi ketetapan atau arahan majlis, Menteri atau Ketua Pengarah Kesihatan. Rang Undang-Undang itu menggariskan bahawa amalan perubatan tradisional dan komplementari merupakan apa-apa amalan berkaitan kesihatan untuk mencegah, merawat dan mengurus penyakit, serta memelihara kesihatan fizikal dan mental individu. Amalan itu termasuk perubatan tradisional Melayu, Cina dan India, homeopati serta terapi komplementari tetapi tidak termasuk perubatan dan pergigian. -BERNAMA | Warga Sekolah Bertempiaran, Bumbung Bangunan Sekolah Diterbangkan Ribut Posted: 27 Jun 2012 05:23 AM PDT MSTAR ONLINE BANDAR BAHARU: Kira-kira 200 warga Sekolah Menengah Kebangsaan Ahmad Tajuddin di sini, lari bertempiaran apabila bumbung bangunan dua tingkat sekolah diterbangkan ribut dalam satu kejadian pada Rabu. Dalam kejadian 11.30 pagi itu, pelajar tingkatan enam, guru serta warga pentadbiran sekolah tersebut terpaksa berlari keluar dari bangunan berkenaan selepas bumbung tercabut. Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah itu Johari Said berkata kejadian ribut selama 20 minit tersebut turut menyebabkan bumbung bangunan asrama sekolah rosak akibat ditimpa dua batang pokok. Kejadian turut menyebabkan beberapa batang pokok hiasan yang ditanam di kawasan sekolah tumbang, katanya kepada Bernama di sini. Sementara itu, 10 buah rumah di Kampung Permatang Pasir, Kampung Keda dan Kampung Banggul Mat Rashid di sini turut mengalami kerosakan dengan tiga daripadanya rosak teruk selepas bumbung diterbangkan angin kuat berkenaan. Seorang mangsa Halijah Mentor, 59, berkata ketika kejadian, beliau sedang memasak apabila bumbung di bahagian dapur dan ruang tamu rumahnya diterbangkan angin. Turut berada di rumah ketika itu ialah suaminya Ismail Abdul Latiff, 67, anak mereka Siti Fatimah, 21 dan seorang cucu lelaki berusia 10 tahun, katanya. Seorang lagi manga, Hindun Darus, 74, berkata ketika kejadian beliau sedang berehat di bahagian dapur rumah sementara menantunya Zailawati Abu Hasan, 30, sedang memasak dan anaknya lelakinya Nasruh Johan, 33, sedang berehat. "Tiba-tiba anak saya mengejutkan saya memberitahu bahawa bumbung rumah di beranda rumah telah diterbangkan ribut," katanya yang menetap di rumah itu sejak lebih 50 tahun lalu. Sementara itu, wakil Penyelaras Parlimen Kulim/Bandar Baharu Helmy Abdul Khan ketika melawat penduduk terbabit meminta mereka bersabar menunggu bantuan. rumah-rumah mangsa yang terlibat dalam bencana alam itu dan memaklumkan kepada"...perkara ini akan kita cuba selesaikan dalam tempoh terdekat," kata Helmy kepada Bernama. Tinjauan Bernama mendapati tiga petugas Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Bandar Baharu telah melawat rumah yang terlibat bagi mentaksir kerosakan dan jumlah kerugian. -BERNAMA | Kebakaran Hutan Di Sumatera Punca Jerebu di Malaysia Posted: 27 Jun 2012 05:21 AM PDT MSTAR ONLINE KUALA LUMPUR: Jerebu merentasi sempadan dan punca tempatan adalah dua penyebab berlakunya fenomena jerebu di Malaysia ketika ini, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Douglas Uggah Embas. Beliau berkata kebakaran tanah dan hutan yang tidak terkawal di Sumatera dan Kalimantan di Indonesia telah membawa jerebu ke kawasan barat Semenanjung Malaysia, menyebabkan kawasan Lembah Klang dilanda fenomena itu sejak pertengahan bulan ini. "Punca-punca tempatan pula adalah disebabkan pembakaran terbuka, kebakaran tanah gambut, pelepasan asap dari kenderaan bermotor dan industri," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2012. Beliau berkata keadaan itu bagaimanapun tidak mengakibatkan negara mengalami jerebu yang teruk sepertimana yang berlaku pada tahun 1997 dan 2005, yang membawa kepada pengisytiharan darurat jerebu di Kuching, Sarawak dan seluruh kawasan Pelabuhan Klang, Selangor dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU)mencecah 543. Sehingga semalam, Jabatan Alam Sekitar (JAS) melaporkan kualiti udara di seluruh negara semakin baik dengan Kawasan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri, Sarawak menjadi satu-satunya kawasan mencatat bacaan IPU tidak sihat iaitu 158. Bagi menangani masalah jerebu merentasi sempadan, Uggah berkata kerajaan mengambil pendekatan secara dua hala dengan kerajaan Indonesia dan di peringkat rantau Asean membabitkan kerjasama pencegahan kebakaran tanah dan hutan. Hasilnya keadaan jerebu berjaya dikawal dan tidak seburuk kejadian jerebu pada 1997 dan 2005, katanya. Beliau berkata kerjasama dua negara diteruskan apabila kerajaan Indonesia pada Jumaat lepas bersetuju menerima bantuan daripada syarikat peladangan milik Malaysia yang beroperasi di negara itu bagi memadamkan kebakaran tanah dan hutan di negara itu. Uggah berkata dalam menangani jerebu yang disebabkan faktor tempatan, kerajaan melaksanakan Program Pencegahan Kebakaran dan Pengurusan Tanah Gambut Yang Sering Terbakar, satu daripada tindakan yang digariskan dalam Pelan Tindakan Udara Bersih Jabatan Alam Sekitar membabitkan pembinaan sekatan saliran, membina telaga air tanah dan membina menara tinjau. "Sehingga kini, sebanyak 105 sekatan saliran, 20 telaga air tanah dan tiga menara tinjau telah dibina di kawasan-kawasan tanah gambut yang mudah terbakar di Pahang, Johor, Selangor, Kelantan, Sarawak dan Sabah," katanya. Beliau berkata tindakan lain ialah menjalankan rondaan darat bagi tujuan pemantauan, pencegahan dan pengesanan awal aktiviti pembakaran terbuka, mempertingkat penguatkuasaan pelepasan asap dan gas daripada kenderaan bermotor dan dari cerobong industri dan mengeluarkan surat kepada MAS dan Air Asia bagi pelaporan sebarang kes pembakaran terbuka yang dikesan semasa penerbangan. -BERNAMA | BN cabar MB Selangor gantung Faekah Posted: 26 Jun 2012 05:04 PM PDT SINAR HARIAN SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dicabar supaya menggantung tugas setiausaha politiknya Faekah Husin yang didakwa menyalahgunakan kepala surat pejabat Menteri Besar itu. Ketika membuat cabaran itu hari ini, Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata tindakan itu perlu sekiranya Abdul Khalid mahu mempertahankan maruahnya kerana sebelum ini beliau pernah menggantung tugas pegawai khasnya atas kesalahan yang sama. Pada 2008, Abdul Khalid menggantung tugas pegawai khasnya Mohd Yahya Sahri kerana menyalahguna kepala surat Pejabat Menteri Besar Selangor bagi tujuan mengutip derma dari syarikat swasta sempena sambutan 100 hari pemerintahan pakatan pembangkang di Selangor. Bercakap dalam sidang media di sini, Mohd Zin berkata sikap pilih kasih Abdul Khalid itu dalam mempertahankan setiausaha politiknya dilihat mencurigakan dan percanggahan yang paling terang pernah dilakukannya. Dalam satu pendedahan baru-baru ini, satu blog mendakwa Faekah menulis surat kepada Permodalan Negeri Selangor Bhd (PNSB) agar firma guaman milik anak saudaranya dilantik menjadi panel peguam di syarikat berkenaan. Sementara itu, Mohd Zin turut mendakwa terdapat salah laku di kalangan pemimpin DAP melibatkan pemberian kontrak kepada firma guaman bagi menguruskan kes Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) baru-baru ini. Beliau mendakwa anggota DAP yang juga seorang Ahli Majlis MBPJ telah menyalahgunakan kuasanya dengan memberi kontrak kepada firma guaman milik seorang Anggota Parlimen DAP dengan kos sebanyak RM55,000 sedangkan kontrak awal telah diberi kepada pihak guaman lain dengan kos hanya RM15,000 sahaja. "Melalui kes ini, saya yakin bahawa DAP sebenarnya tidak bersih seperti yang disangka. Penglibatan DAP dalam beberapa salah laku oleh pemimpin DAP sendiri menyebabkan ahli DAP mula hilang kepercayaan terhadap parti itu. "Kepada rakyat Selangor jangan sesekali tertipu dengan lakonan pemimpin Pakatan Rakyat terutamanya DAP ini," katanya, sambil menunjukkan salinan dokumen berhubung salah laku itu kepada pemberita.- Bernama | Siasatan skandal Scorpene menyukarkan Najib dengan PRU makin hampir Posted: 26 Jun 2012 04:55 PM PDT Oleh Mohd Farhan Darwis KUALA LUMPUR – Kerajaan Malaysia akan menjawab dakwaan berkenaan pembelian dua buah kapal selam Scorpene pada Selasa, sebagai maklum balas terhadap skandal tersebut yang dilihat cubaan untuk mencalarkan imej Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memandangkan pilihan raya bakal dilaksanakan tidak berapa lama lagi. Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dijangka akan memberikan jawapan terhadap dakwaan penjualan dokumen rahsia tentera laut negara ini kepada syarikat pembinaan kapal selam Perancis DCNS bagi memudahkan mereka memenangi bidaan tersebut dengan harga €1 billion (RM4 bilion) pada 2002. Dipetik laporan Reuters, Najib yang pada masa itu merupakan menteri pertahanan, telah menafikan dakwaan tersebut. Tiada bukti yang mengaitkan beliau dengan rasuah berhubung proses jual beli berkenaan, dan penyokong beliau berkata pihak pembangkang sengaja menimbulkan perkara itu semata-mata mahu mencalarkan imejnya selaku perdana menteri memandangkan pilihan raya umum ke-13 semakin hampir. Agensi berita itu juga mengatakan, kerajaan pimpinan Najib sedang berhadapan tekanan untuk memberikan penjelasan selepas dokumen itu didedahkan di mahkamah di Perancis oleh kumpulan hak asasi manusia Malaysia (Suaram) dan disebarkan secara meluas di media online. Dokumen yang turut mengandungi rekod rampasan pihak berkuasa Perancis dalam serbuan di pejabat DCNS menunjukkan bukti pembayaran yang dibuat dua syarikat yang dimiliki oleh bekas penganalisis politik, Razak Baginda, yang juga merupakan bekas pembantu Najib yang bertanggungjawab menguruskan pembelian tersebut. Dokumen berkenaan yang turut dipaparkan di laman media online, Asia Sentinel turut memaparkan laporan yang disediakan DCNS yang menyatakan kontrak pertahanan yang besar memerlukan "pemindahan wang yang besar kepada individu dan / atau organisasi". "Di Malaysia, biasanya ... kerajaan pemerintah adalah pihak yang lebih banyak memperolehi manfaat," kata dokumen terbabit, merujuk kepada pemerintahan Umno, yang kini diketuai oleh Najib. Dokumen lain pula menyebut, bekas ketua eksekutif DCNS berkata, Perimekar, salah satu daripada syarikat Razak Baginda berperanan sebagai tidak lebih daripada "agensi pelancongan" yang diwujudkan bagi mencetuskan "pengkayaan yang tidak adil kepada pemegang sahamnya." PEMBUNUHAN ALTANTUYA Joseph Brahan, peguam yang mewakili Suaram di mahkamah di Perancis memberitahu Reuters bahawa dokumen berkenaan adalah asli dan itu adalah salinan asalnya. "Kami tidak boleh membuktikan wang itu disalurkan kepada Umno. Namun kami boleh membuktikan wang itu wang rasuah. Jika tidak kerana rasuah, untuk apa mereka dibayar," kata Breham. Pegawai-pegawai di DCNS, yang dimiliki oleh sebahagian syarikat pertahanan elektronik kumpulan Thales, bagaimanapun tidak dapat dihubungi. Pegawai kerajaan Malaysia juga tidak akan bertindak balas terhadap permintaan untuk memberikan komen berhubung perkara itu. Satu sumber yang rapat kepada kerajaan Malaysia berkata bahawa Suaram telah banyak dikaitkan kepada pembangkang, yang mana bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya, yang mana Najib mesti lakukan Mac depan. Penyokong kerajaan mengatakan bahawa pendakwaan sivil, seperti yang dibawa oleh Suaram, adalah perkara biasa di Perancis dan tiada tanda-tanda bahawa jenayah telah dilakukan. Breham berkata kepada kepada pemberita pada sidang akhbar di Bangkok bulan lepas bahawa dokumen sulit tentera laut Malaysia telah dijual kepada DCNS oleh satu firma Razak Baginda, Terasasi, pada harga €36 juta. Ahli-ahli politik pembangkang telah mengatakan bahawa jika dakwaan itu benar, ia menunjukkan pengkhianatan kepada negara. Kerajaan Malaysia telah mengakui bahawa Perimekar menerima €114 juta bagi perkhidmatan sokongannya, tetapi masih belum memberikan kenyataan berhubung peranan Terasasi yang berpangkalan di Hong Kong. Dokumen berkenaan juga menyebut hubungan Razak Baginda dengan Altantuya Shaariibuu, jurubahasa dan model Mongolia yang dibunuh menggunakan bahan letupan gred tentera di Kuala Lumpur pada tahun 2006. Razak Baginda telah dibebaskan daripada tuduhan tersebut, namun dua pengawal peribadi Najib telah disabitkan kesalahan dan dipenjarakan atas kesalahan membunuh wanita itu. Razak Baginda dipercayai telah berpindah ke Eropah dan tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan kenyataan. Dakwaan-dakwaan yang muncul daripada mahkamah Perancis telah membantu pembangkang merangsang Malaysia. Gabungan itu dijangka untuk memenangi pilihan raya tetapi kemenangan adalah jauh dari yang dijangkakan selepas pembangkang telah memperolehi kemenangan mengejut pada tahun 2008 yang menggemparkan cengkaman kuasa BN yang telah memerintah lebih separuh abad. "Mana-mana implikasi bahawa perjanjian Scorpene adalah satu tindakan rasuah cukup untuk menggagalkan beliau (Najib)," kata Ahli Parlimen pembangkang, Tony Pua kepada Reuters dalam satu majlis makan malam baru-baru ini untuk mengumpul dana untuk perbelanjaan guaman Suaram. | NFC: SOP Kementerian Kewangan, Pertanian lemah Posted: 26 Jun 2012 04:48 PM PDT SINAR HARIAN KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendapati wujud kelemahan dalam prosedur operasi standard (SOP) oleh Kementerian Kewangan dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani berhubung penganugerahan kontrak projek Pusat Fidlot Nasional (NFC). Pengerusi PAC Datuk Seri Azmi Khalid berkata ini termasuk kelemahan dalam aspek memberi arahan dan kawalan dalaman Kementerian Kewangan kepada agensi-agensi yang tidak mantap. "Didapati pegawai yang mewakili kementerian (kewangan dan pertanian) dalam NFC tidak begitu mahir dalam tanggungjawab sebagai ahli lembaga pengarah. "Mungkin tahu (tanggungjawab) tapi tindakan-tindakan untuk pastikan sesuatu urusan berjalan dengan sepatutnya tidak dibuat," katanya kepada pemberita selepas mempengerusi mesyuarat jawatankuasa tersebut di bangunan Parlimen di sini, hari ini. Turut hadir pegawai-pegawai tertinggi kedua-dua kementerian berkenaan serta wakil Jabatan Perkhidmatan Veterinar. Azmi yang juga Anggota Parlimen Padang Besar, berkata PAC dimaklumkan bahawa Kementerian Kewangan telah mengeluarkan SOP baru untuk dipatuhi pegawainya yang dilantik sebagai ahli lembaga pengarah mana-mana syarikat atau projek. "Saya tidak tahu setakat mana ia akan ditingkatkan tapi kami berharap ia akan dipertingkatkan," katanya. Seorang lagi anggota PAC, Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) berkata antara SOP yang diberi perhatian dalam penilaian mesyuarat hari ini adalah cara perjanjian projek ladang lembu itu dirunding dan dimeterai. Selain itu, pengeluaran wang, pengawalseliaan laporan kemajuan, tugas pengarah syarikat yang kerajaan mempunyai kepentingan serta pengendalian akaun syarikat juga diteliti. Azmi berkata PAC juga meminta kerjasama Jabatan Audit Negara untuk meneliti beberapa dokumen tertentu yang memerlukan penjelasan lanjut. "Kami gembira dengan kerjasama yang diberikan oleh kedua-dua kementerian dan sokongan Ketua Audit Negara...EPU (Unit Perancang Ekonomi) juga ada di sini untuk membantu kami," katanya. Selain itu, Azmi berkata pihak 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dijadual hadir mesyuarat seterusnya esok. - Bernama | Pegawai polis maut, kereta rempuh belakang lori Posted: 26 Jun 2012 04:46 PM PDT KUANTAN - Seorang pegawai polis maut selepas kereta yang dipandunya merempuh belakang sebuah lori treler membawa muatan bijih besi di Km 197 Lebuhraya Pantai Timur dekat Sri Jaya, di sini awal pagi tadi. Insp Muhammad Azman Arifin, 48 dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan yang juga pegawai pendakwa, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusof berkata dalam kejadian 1.20 pagi itu, Muhammad Azman dalam perjalanan balik ke Kuantan dari Kuala Lumpur. "Dipercayai ketika sampai di tempat kejadian, mangsa telah terlanggar bahagian kanan belakang lori itu menyebabkan kenderaannya berpusing ke kanan jalan. "Akibat itu, mangsa yang parah di kepala meninggal dunia di lokasi kejadian sebelum mayatnya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan untuk bedah siasat," katanya di sini. Beliau berkata bapa kepada empat anak itu sedang melanjutkan pengajiannya di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dalam jurusan undang-undang. "Difahamkan mangsa sering berulang-alik dari Kuantan ke UiTM Shah Alam bagi menghadiri kuliahnya," katanya. Mohd Jasmani berkata jenazah mangsa akan dikebumi di Sungai Karang di sini. "Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.- Bernama | Najib bimbang rakyat hanya makan umpan Posted: 26 Jun 2012 04:41 PM PDT Datuk Seri Najib Tun Razak masih takut mengumumkan tarikh Pilihan raya Umum ke-13 kerana tidak yakin dengan sokongan rakyat terhadap kepimpinan beliau. Walaupun banyak gula-gula telah ditabur sehingga kemanisan melebihi paras bahaya, namun beliau masih tidak yakin dengan sokongan kepada rakyat. Berbagai-bagai segmen pengundi cuba ditarik oleh beliau melalui janji manis dan slogan transformasi namun graf sokongan masih tidak berpihak kepada BN. Terbaru beliau mengumumkan untuk menghapuskan monopoli lesen teksi oleh syarikat swasta kepada individu di perhimpunan Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma) pada 24 Jun 2012. Di dalam program tersebut 66,000 pemandu teksi akan mendapat baucar tayar bernilai RM520 untuk empat biji tayar. Alhamdulillah sekarang baru Najib sedar bahawa pemandu teksi menjadi hamba kepada kroni-kroni BN selama ini. Nasib baiklah BN lemah dan Pakatan Rakyat semakin kuat barulah pemimpin Umno sedar selama ini dasar mereka memang menindas pemandu teksi. Sebelumnya kerajaan telah memberi peruntukan BR1M sebanyak RM1.92 bilion kepada 3.8 juta isi rumah atau 59 peratus daripada jumlah keseluruhan isi rumah negara. Baucer setiap pelajar sekolah rendah dan menengah RM100 dan untuk pelajar universiti RM200. Pasukan keselamatan yang berkhidmat sebelum merdeka pun dapat RM3,000 walaupun mereka sudah meninggal dunia. Tidak cukup dengan duit diberi supaya mereka ini memberi sokongan kepada BN, maka diadakan pula perhimpunan 100,000 di Bukit Jalil dan Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya untuk menunjukkan kekuatan bahawa pengundi bersama BN. Namun begitu Najib masih tidak yakin, kerana beliau tahu mereka yang datang bukan dengan sukarela, berbanding dengan himpunan Bersih 3.0 dan Himpunan Hijau Ke Putrajaya di Kedah. Beliau juga khuatir pengundi hari ini hanya makan umpan, tidak lagi makan mata kail. Najib bernasib malang ketika memimpin PRU13 menghadapi pengundi yang celik maklumat dan rakyat semakin cerdik. Najib yang memang terkenal sebagai orang yang suka menggula-gulakan rakyat dengan berbagai slogan dan janji kebendaan. Inilah tabiat beliau yang memang daripada muda sampai sekarang. |
BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN Posted: 27 Jun 2012 01:25 PM PDT |
You are subscribed to email updates from Pakatan Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |