Ohpolitik!™ Posted: 22 Aug 2014 03:23 AM PDT Cara Bertafakur Yang HARAM dan HALAL #MalaysiaBerkabung Posted: 21 Aug 2014 09:19 PM PDT CARA HARAMMacai Palatan Rakyat bajet bagus kunun dakwa berkabung ni bukan sebahagian ajaran Islam... Jadi cara berkabung mana yang ikut ajaran Islam? Pegang lilin? Tunduk hormat depan mayat? CARA HALAL
Dan Berikut adalah cara rakyat Malaysia Berkabung dan Bertafakur selama seminit kepada mangsa tragedi MH17: | Laluan Konvoi Jenazah #MH17 : Sila Perlahankan Kenderaan / Beri Laluan Posted: 21 Aug 2014 06:08 PM PDT BERIKUT ADALAH LALUAN PERGERAKAN KONVOI JENAZAH PADA HARI INI ______________________________
Konvoi diiringi oleh unit bermotorsikal dan MPV Trafik PDRM.Sila berikan laluan dengan memperlahankan/memberhentikan kenderaan dengan menghimpit ke kiri untuk memberi laluan kepada konvoi. ___________________________
1.MASTURA MUSTAFA
KLIA - Lebuh Raya Utara Selatan - Tol Senawang - Jalan Seremban - Kuala Pilah - Masjid Al-Taqwa Paroi - Tanah Perkuburan Paroi. ___________________________
2. AHMAD HAKIMI HANAPI
KLIA - Lebuh Raya Elite - Lebuh Raya Putrajaya - Lebuh Persiaran Perdana - Masjid Putrajaya - Lebuh Presint 20 ___________________________
3. HAMFAZLIN SHAM MOHAMED ARIFIN
KLIA - Lebuh Raya Elite - Lebuh Raya MEX - Susur Bukit Jalil - MRR2 - Wangsa Maju (Rumah) - Tanah Perkuburan Gombak. ___________________________
4. NUR SHAZANA MOHAMED SALLEH
KLIA - Lebuh Raya Elite - Lebuh Raya Putrajaya - Lebuh Persiaran Perdana - Masjid Putrajaya - Lebuh Presint 20. ___________________________
5. DORA SHAHILA KASSIM
KLIA - Lebuh Raya Elite - Lebuh Raya MEX - Susur Jalan Kuchai Lama - Jalan Istana Baru - Jalan Duta - Jalan Semantan - Jalan Damansara - Masjid Al-Taqwa - Jalan Tun Muhd. Fuad - Tanah Perkuburan Bukit Kiara. ___________________________
6. FOO MING LEE
KLIA - Lebuh Raya Elite - Lebuh Raya MEX - Jalan Kuchai Lama - Nirvana Sungai Besi. ___________________________
7. KARAMJIT SINGH KARNAIL SINGH
KLIA - Lebuh Raya Elite - Lebuh Raya Kesas - Susur Seksyen 20 - Nirvana Shah Alam. ___________________________
8. NG QING ZHENG
KLIA - Lebu Raya Elite - Lebuh Raya MEX - Jalan Kuchai Lama - Nirvana Sungai Besi. ___________________________
9. MABEL ANTHONY SAMY
KLIA - Lebuh Raya Elite - Lebuh Raya MEX - Jalan Kuchai Lama - Nirvana Sungai Besi. ___________________________
10. PAUL RAJASINGAM SIVAGNANAM
KLIA - Lebuh Raya Elite - Lebuh Raya MEX - Jalan Kuchai Lama - Nirvana Sungai Besi. ___________________________
11. ELISABETH NG LYE TI
KLIA - Lebuh Raya Elite - Lebuh Raya MEX - Susur Bukit Jalil - MRR2 - Bulatan Kuari - Xiao En Bereavement. ___________________________
12. LEE HUI PIN
KLIA - Lebuh Raya Elite - Lebuh Raya Kesas - Susur USJ - Rumah Mangsa - Nilai Memorial Park. ___________________________
13. ANGELINE PREMILA RAJANDARAN
KLIA - Lebuh Raya Elite - Lebuh Raya Kesas - Susur Banting/Klang - Jalan Ampuan Rahimah - Rumah Mangsa. ___________________________
14. ARIZA GAZALEE
(Helikopter) KLIA - TUDM Kucing (Van Jenazah) Jalan Lapangan Terbang - Jalan Tun Jugah - Jalan Tun Razak - Jalan Marikan Salleh - Jalan Tun Sallehudin - Bulatan Bersik - Bulatan Mahkamah - Bulatan Sesco - Jalan Sarawak Golf Club - Jalan Masjid Negeri - Bulatan Semariang - Jalan Sultan Tengah (Tanah Perkuburan). ___________________________
15. MUHAMMAD AFIF TAMBI
(Helikopter)KLIA - TUDM Kucing. (Van Jenazah) Jalan Lapangan Terbang - Jalan Tun Jugah - Jalan Tun Razak - Jalan Marikan Salleh - Jalan Tun Sallehudin - Bulatan Bersik - Bulatan Mahkamah - Bulatan Sesco - Jalan Sarawak Golf Club - Jalan Masjid Negeri - Bulatan Semariang - Jalan Sultan Tengah (Tanah Perkuburan). ___________________________
16. AZRINA YAKOB
(Helikopter) KLIA - LT Tekah (Van Jenazah) Taiping - Jalan Tekah - Masjid Al-Hidayahassam Kumbang - Tanah Perkuburan Masjid Al-Hidayah - Jalan Muzaffar Shah - Assam Kumbang. ___________________________
17. HASNI HARDI PARLAN
(Helikopter) KLIA - LP Padang B Sekolah Tinggi Segamat. (Van jenazah) Masjid Jamek Segamat - Jalan Johor Bahru (KM185 - KM198) - Seremban - Tanah Perkuburan Islam Batu 8, Kampung Paya Luas. ___________________________
18. MOHD. ALI MD. SALIM
(Helikopter) KLIA - IKBN Pagoh. (Van Jenazah) Jalan Pagoh - Pekan Pagoh - Jalan Sengkang - Jalan Kampung Raja (Tanah Perkuburan). ___________________________
19. RAHIMMAH NOOR
(Helikopter) KLIA - LTAS Ipoh. (Van Jenazah) Jalan Persiaran Azlan Shah - Jalan Azlan Shah - Jejantas Jalan Gopeng - Jejantas Pantai Puteri - Jalan Tambun - Jalan Tambun Ampang - Tanah Perkuburan Kampung Masjid Lama. ___________________________
20. CHONG YEE PHENG
(Helikopter) KLIA - LTAS Ipoh LTAS (Van Mayat) Jalan Persiaran Azlan Shah - Rumah.
Sedekah Al-Fatihah dan sekalung takziah kepada keluarga penumpang MH17 yang terkorban. Tq | Hukum Tafakkur Dan Berkabung HARAM? #MH17 Posted: 21 Aug 2014 06:50 AM PDT Saya ingin bertanya tentang isu tafakkur dan berkabung. Adakah dalam Islam ada amalan tafakkur sebagai tanda kedukaan atas kematian sepertimana dalam ke MH17. Begitu juga tentang amalan berkabung. Dalam Islam apa yang sepatutnya dilakukan. Mohon penjelasan. Terima kasih. Faham bertafakkur dalam Islam tidaklah sama dengan apa yang dilakukan sekarang ini yang dipanggil 'moment of silence' (tunduk selama beberapa minit) bagi menghormati orang yang mati. Tafakkur membawa makna "kegiatan hati untuk memahami makna setiap perkara bagi mencapai apa yang dihajati. Tafakkur juga merupakan pancaran hati yang dengannya kebaikan, keburukan, manfaat dan kemudaratan akan menjadi jelas (al-Jurjani, Kitab al-Ta'rifat, ms.77) Namun perbuatan tunduk selama beberapa minit (moment of silence) bagi menghormati orang yang mati tidaklah bertentangan dengan syarak kerana ia sekadar tanda penghormatan yang bersifat universal dan tidak melibatkan apa-apa ritual bacaan dan pergerakan yang menyerupai amalan keagamaan agama lain. Penekanan dalam perbuatan 'moment of silence' lebih kepada bagi menunjukkan kesedihan, ingatan dan penghormatan kepada mereka yang telah meninggal dunia. Namun sekiranya perbuatan tersebut disertai dengan ritual keagamaan agama lain seperti menyalakan lilin atau bacaan-bacaan tertentu maka ia menjadi tidak selari dengan amalan Islam dan dilarang oleh syarak. Asas terhadap keharusan tersebut boleh diambil dari perbuatan Rasulullah yang bangun menghormati jenazah seorang Yahudi yang lalu di hadapan baginda atas dasar kemanusiaan. Begitu juga dengan kisah seorang Sahabat Nabi bernama Qays Ibn Syamas yang pernah menyatakan hasratnya kepada Rasulullah untuk menghadiri majlis kematian ibunya yang beragama Nasrani, Nabi membenarkan dan menyuruhnya berjalan di hadapan jenazah sebagai tanda hormat. (Ibn Qayyim al-Jawziyyah, Ahkam ahl Zimmah, vol.2 ms. 434). Walaupun apa yang dilakukan oleh Nabi dan Qays, tidakl ah benar-benar sama dengan perbuatan 'moment of silence', namun kedua-dua perbuatan tersebut memberi isyarat bahawa tidak salah untuk menghormati orang yang meninggal melalui perbuatan yang tidak bertentangan dengan syariah, termasuk bukan Islam. Islam sendiri menggalakkan kita mengambil iktibar dari kematian. Namun yang terbaik untuk dilakukan bagi menghormati orang Islam yang meninggal dunia ialah dengan mendoakan mereka dan membaca ayat-ayat suci al-Qur'an. Sementara perbuatan berkabung bagi menunjukkan tanda dukacita kepada orang yang meninggal dunia seperti mengibarkan bendera separuh tiang dan memakai pakaian berwarna serba hitam atau suram adalah dibenarkan selagi ia tidak melibatkan unsur-unsur atau ritual keagamaan agama bukan Islam yang bertentangan dengan syarak. Dalam perbahasan para ulama amalan berkabung banyak merujuk secara khusus kepada apa yang dilakukan oleh seorang wanita yang kehilangan suami. Istilah yang digunakan ialah al-ihdad/al-hadad yang bermaksud menahan diri daripada berhias. Menurut istilah pula, perkabungan memberi erti meninggalkan perbuatan memakai haruman, perhiasan, celak, minyak, sama ada yang harum ataupun tidak, iaitu yang khusus bagi tubuh. Namun ia boleh dikiaskan kepada konteks yang lebih besar termasuk dalam konteks masyarakat dan Negara seperti dalam kes MH17. Maka keputusan untuk menetapkan beberapa hari untuk tujuan berkabung adalah termasuk dalam perkara yang harus. Malah dalam hal memakai pakaian berwarna hitam, terdapat perbahasan yang mengatakan bahawa Keempat-empat mazhab mengharuskan (iaitu dalam konteks wanita kematian suami) untuk memakai pakaian berwarna hitam. (Wahbah al-Zuhayli, Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, jild 7. 662 http://www.e-fatwa.gov.my/blog/hukum-tafakkur-dan-berkabung | |
bumiyang Posted: 22 Aug 2014 03:17 AM PDT |
Taipingmali (tm) Posted: 22 Aug 2014 01:29 AM PDT Nurul Izzah wajar kosongkan kerusi Lembah Pantai Posted: 21 Aug 2014 10:11 PM PDT Semua sedia maklum bahawa Nurul Izzah telah memohon maaf kepada lawannya dalam PRU 13 lalu iaitu Raja Nong Chik. Permohonan maaf Nurul dibuat di dalam kamar mahkamah di hadapan hakim. Permohonan maaf telah diterima dengan baik oleh Raja Nong Chik. Nurul sewaktu berkempen telah memfitnah kononnya Raja Nong memiliki tanah secara tidak sah pada sidang media 4 Mei 2013 dalam usaha mencari undi untuk mempertahankan kerusi Lembah Pantai Ahli Parlimen Lembah Pantai itu mengemukakan kenyataan maaf secara terbuka di Mahkamah Tinggi kelmarin. setelah saman dibuat oleh Nong Chik berhubung kenyataan fitnah yang didakwa dikeluarkan Nurul Izzah berhubung pembelian tanah di Bukit Kiara. Sehubungan fitnah tersebut, ia telah membantu Nurul Izzah telah berjaya menewaskan calon BN pada tahun lepas. Oleh itu Nurul wajar mengosongkan kerusi tersebut setelah menyesal menfitnah lawan dalam kempen pilihan raya lalu. SPR diharapkan merujuk keputusan ini dan perundangan negara adakah layak Nurul Izzah dilucutkan hak sebagai MP Lembah Pantai selepas mengaku bersalah. | Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah Selamat Digunakan:- Datuk Abdul Aziz ... Posted: 21 Aug 2014 08:11 AM PDT | 20140820 Raja Komando ngamok sakan dengan Anwar Posted: 21 Aug 2014 07:50 AM PDT | Tragedi MH17 : Sultan Perak Cemar Duli Sambut Tiga Jenazah Di LTSAS Ipoh... Posted: 21 Aug 2014 07:37 AM PDT | Rumah Terbuka Dun Kamunting dan UMNO Bahagian Taiping Meriah! Posted: 21 Aug 2014 06:14 AM PDT | Naib Ketua Pemuda UMNO Taiping Sdr. Effendi Menyambut tetamu tetamu yang hadir. |
| Dato Ketua Bahagian dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Taiping |
| Ketua Pemuda dan Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Taiping. |
| Timbalan Ketua Bahagian Sdr. Ton Zailani (i'm Blogging This katanya) |
| YB Zahir Khalid Adun Kamunting dan Naib Ketua UMNO Bahagian Taiping |
| Antara Tetamu tetamu yang hadir bersama Ketua Pemudi Umno Bahagian Taiping. |
| Timbalan UMNO Bahagian Bagan Serai Turut hadir bersama dengan Pegawai Khas Datuk Ketua Bahagian. |
Gambar gambar sekitar kejadian. Rumah terbuka sama seperti tahun tahun yang lalu diadakan di Dewan MPT Kamunting. Melaporkan untuk TM Muzamir Ismail | |
The Unspinners Posted: 21 Aug 2014 11:27 PM PDT Najib harus terajang pengampu dan batu api yang hujah cetek Posted: 21 Aug 2014 05:22 PM PDT Ekoran teguran Tun Dr Mahathir, berkeliaran pengampu dan batu api yang mahu ampu Dato Najib untuk konon pertahankannya. Ada berhujah dengan menyerang anaknya Mukhriz. Adakah seorang ayah harus diugut dengan anak? Ada pula bekas Semangat 46 yang masih dengan hujah basi yang mana setiap hujah itu boleh didedabtkan tapi disenarai seolah-olah semuanya salah Tun Mahathir. Mereka ni kenapa tak masuk saja DAP? Antaranya ada pula seekor berjanggut yang sampai menalipon seorang Menteri suruh belasah Tun. Reaksi Menteri tersebut adalah memaki si pengampu ini. Kau sapu kiri kanan depan belakang tapi bila suruh orang lain balun Tun Mahathir. Teringat sijanggut berpura-pura mengkagumi Tun ketika diberi peluang menjadi Menteri dan mahu ampu Tun untuk diberi peluang dipilih balik jadi Menteri. Harap dia tidak akan jadi Menteri lagi malah tidak lagi dicalun bertanding di pilihanraya. Tolonglah Dato Najib nyahkan kaki ampu sedemikian yang hanya merosakkan perpaduan parti. Nyah juga mereka yang pertahankan Dato Najib dengan hujah yang tidak lebih matang dan bijak dari kanak-kanak sekolah rendah. Baca jebat Must Die SINIHarap Dato Najib ambil kira apa yang ditulis Jentayu Abaka di SINI semalam. Kami petik sedikit berikut: ----------------------- Tahun 2018 semakin menghampiri, DS Najib perlu memberi perhatian yang lebih kepada politik, bukannya ekonomi sahaja. Kecacamerbaan gabungan pembangkang mentadbir negeri Selangor memberi gambaran kepada pengundi di Selangor bahawa pada masa hadapan, kesilapan tidak sepatutnya diulangi. Persoalannya, tatkala mereka cacamerba adakah UMNO Selangor sudah bersedia? Adakah perpaduan dalam UMNO sudah diperkukuhkan? Apakah komponen BN Selangor sudah bersedia? Inilah perkara-perkara yang perlu diberi perhatian oleh DS Najib dan TS Muhyidin dengan kadar segera. Memandangkan minat yang mendalam Tun Dr. Mahathir dalam politik masih sehat, saya ingin mencadangkan supaya Tun Dr. Mahathir dilantik sebagai Penasihat Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor yang baharu. Kejayaan memenangi Kedah juga kerana sentuhan Tun Dr. Mahathir di Kedah semasa PRU13, dan saya sangat yakin sentuhan Tun Dr. Mahathir di Selangor boleh menutup lompang kepimpinan UMNO/BN Selangor yang masih belum diperbaiki sepenuhnya. Tengku Razaliegh Hamzah semasa memimpin Semangat 46 pernah membawa allahyarham Tunku Abd. Rahman untuk membantunya,TG Nik Aziz yang seusia dengan Tun Dr. Mahathir masih menjadi rujukan parti PAS, manakala DAP masih tidak boleh membuang Lim Kit Siang, begitu juga PKR walau DS Anwar sudah dua kali menyuarakan hasrat untuk bersara tetapi kepimpinan PKR tahu parti itu akan hancur tanpa DS Anwar, maka mengapa kita tidak mengambil kesempatan di atas kehendak Tun Dr. Mahathir yang masih bersemangat memperjuangkan masa depan bangsanya. Alang-alang melantik Tun Dr. Mahathir sebagai Penasihat Proton di Shah Alam, apakah sangat bezanya melantik Tun Dr. Mahathir sebagai Penasihat kepada UMNO/BN Selangor di Shah Alam juga. Lagipun DS Najib masih tetap juga sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi BN. Saya yakin jika Tun Dr. Mahathir dilantik sebagai Penasihat UMNO/BN di Selangor, ada orang di dalam pakatan rakyat tidak akan boleh tidur lena. | DAP mahu duit MB Inc Selangor untuk Impian Sarawak Posted: 21 Aug 2014 08:25 AM PDT Kelantangan PAS Sarawak dalam menyokong Khalid Ibrahim sangat terserlah apabila mereka mendapat tahu penglibatan DAP dalam isu MB Selangor sebenarnya adalah untuk menguasai GLC di Selangor.
Apabila dapat menguasai, maka sebahagian pendapatan GLC di Selangor dapat disalurkan untuk membantu kempen pilihanraya Negeri Sarawak yang diramal akan diadakan paling lewat tahun 2016.
Apa yang membimbangkan PAS ialah peruntukan tersebut tidak satu sen pun membantu PAS; malah DAP dan PKR berkomplot tidak mahu berkompromi dengan kerusi PAS di Sarawak.
Memang patut PAS sedaya upaya menolak penglibatan DAP dalam urusan kerajaan Selangor.
Kami tidak hairan isu merebut jawatan MB Selangor ini berkait rapat dengan usaha DAP mengukuhkan kewangan bantuan kempen di Sarawak. Dan ini mungkin jawapan kenapa isu Kristian dan perkauman sudah mula disebarkan di Sarawak.
Sesungguhnya DAP memerlukan peruntukan yang lebih untuk bergerak ke setiap kawasan pedalaman meracuni pemikiran penduduk di Sarawak. | Buat cerita tak ubah persepsi LEMBAB dan KARAT Suhaizan Kaiat Posted: 21 Aug 2014 05:30 AM PDT Bukan orang UMNO yang kata Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat sebagai lembab dan lebih teruk dari mantan KP Nasaruddin Hassan Tantawi yg dikatakan lebai konservatif. Entah apa perlunya dia nak buat cerita Haji Hadi sebut nama Azmin pada Sultan dan langsung memberi asas palsu bahawa PAS juga mahu Azmin. Bodoh ... ... kerana cerita tak betul pasti dinafikan Dato Haji Hadi Awang. Malah Sallehim Mukhyi pun nafikan. Oleh itu, apa Suhaizan nak kelentong lagi. Banyak sangat kelentong tak jadi.... Jauh steady KJ dari Suhaizan. Lembab berkarat ... | Bila Rafizi nafi, memungkinkan "Dokumen Rahsia" BUKAN PALSU Posted: 21 Aug 2014 03:24 AM PDT Setiap yang Rafizi kata atau tuduh, selalunya bohong. Oleh kerana Rafizi sudah nafi dokumen rahsia berikut dan hujahnya berasaskan hal-hal kecil, macam apa lain yang terkeluar dari mulutnya, sama saja bohong. | PAS PISS PUS ... Pusing ingatan Saari Sungip Posted: 21 Aug 2014 01:30 AM PDT PAS Piss Pus makna omputihnya PAS yang kencing keluar nanah. Nama baru pula PAS Parti Anwar Semalaysia. PISS pula bermaksud Pusingan Ingatan Saari Sungip PUS Parti Uturn Semalaysia. Ciri2 baru PAS .... | Cina tolak Parti U-Turn atau Cina yang U- turn? Posted: 20 Aug 2014 11:30 PM PDT Berikut suara cina tentang Parti U turn Semalaysia.... Manakala surat khabar cina menulis berikut ... | |
Belantan Posted: 21 Aug 2014 11:24 PM PDT Abdul Hadi perlu tegas hapus parasit dalam Pas? Posted: 21 Aug 2014 09:41 PM PDT Datuk Seri Abdul Hadi Awang diminta bertegas dan menggunakan sepenuhnya kuasa yang dimiliki beliau sebagai Presiden Pas untuk menghapuskan golongan parasit dalaman daripada terus menghancurkan parti itu. Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali berkata, tanpa ketegasan itu, suara dan perjuangan ulama di dalam Pas akan tenggelam kerana 80 peratus daripada Ahli Jawatankuasa Pas Pusat telah dikuasai oleh golongan berkenaan. Beliau berkata, krisis perebutan jawatan Menteri Besar Selangor membuktikan bagaimana pengaruh kumpulan parasit itu yang terdiri daripada golongan profesional berjaya menenggelamkan suara ulama sehingga Pas terpaksa patuh kepada keputusan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP. "Saya rasa selama ini Presiden Pas terlalu berlembut. Beliau sepatutnya menjadi pemimpin yang lebih tegas dan tahu bagaimana caranya menjinakkan pemimpin bawahannya untuk memastikan dasar parti tidak lagi tersasar. "Abdul Hadi perlu menggunakan kuasanya sebagai Presiden dan itu bukanlah satu masalah kerana jika tidak, para pemimpin yang tidak menyokongnya akan mengambil kesempatan sehingga berlaku seperti sekarang," katanya di sini hari ini. Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz seperti dilaporkan Utusan Malaysia baru-baru ini yang menyifatkan krisis perebutan jawatan Menteri Besar Selangor sebagai kemuncak toleransi dan setiakawan Pas dalam pakatan pembangkang. Sabtu lalu, Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat memutuskan untuk mencalonkan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya, Azmin Ali untuk jawatan itu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Bagaimanapun pada sebelah petangnya, Pas akur dengan ketetapan pakatan pembangkang yang tetap menamakan Wan Azizah sebagai calon tunggal. Keputusan berkenaan sekali gus menolak pendirian Majlis Syura Ulama dan Dewan Ulama Pas yang sebelum ini mempertahankan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar. Hasan berkata, pandangan Nik Abduh itu menggambarkan ketidakselesaan Pas di dalam pakatan pembangkang namun realitinya, parti itu terpaksa mematuhi apa sahaja keputusan yang telah diatur oleh sesetengah pemimpin yang menyokong PKR dan DAP. "Kenyataan Nik Abduh dan (bekas Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat) Nasrudin Hassan sentiasa seiring dengan parti setiap kali memberi pendapat tetapi kalau sekadar memberi pandangan apa gunanya kerana keputusan parti akhirnya dipengaruhi oleh parasit ini. "Kumpulan parasit ini semakin kukuh bertapak malah di media sosial atau pun forum-forum pembangkang merekalah yang hadir mewakili parti. Jadi sokongan itu semakin bertambah terutama daripada golongan muda berumur 40 tahun ke bawah," katanya.- UMOSuara Politik Belantan | Kemelut MB Selangor - Adakah RM3.2b bakal digunakan untuk biayai demonstrasi? Posted: 21 Aug 2014 09:51 AM PDT Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim diminta menjelaskan sama ada rizab kerajaan negeri Selangor yang dianggarkan berjumlah RM3.2 bilion akan digunakan untuk membiayai demonstrasi jalanan secara besar-besaran jika isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu. Mursyidul Am Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip (gambar bawah) berkata, Anwar perlu memberi penjelasan sama ada persoalan yang ditimbulkan oleh sumber dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu benar atau sebaliknya. Beliau mendakwa, terdapat kemungkinan demonstrasi besar-besaran tersebut dirancang pada skala yang menyerupai tunjuk perasaan antikerajaan di Bangkok, Thailand pada awal Jun lalu. "Apakah benar dana sebanyak RM3.2 bilion itu akan digunakan untuk penganjuran demonstrasi yang bertujuan menghuru-harakan negara dan memberi tekanan terhadap mahkamah sebelum rayuan akhir Anwar bagi mengetepikan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan didengar pada 28 dan 29 Oktober ini?. "Saya meminta Anwar menjawab persoalan yang timbul ini secara jujur agar rakyat tahu kisah yang sebenar," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Muhammad Zahid menambah, sekiranya Anwar mempunyai niat sebegitu, beliau mesti melupakan rancangan itu kerana wang rizab kerajaan negeri Selangor adalah milik rakyat dan bukannya milik keluarganya. Sekiranya dakwaan sumber dalaman PKR itu benar, beliau menggesa Anwar membatalkan penganjuran demonstrasi jalanan yang boleh menjejaskan ekonomi negara dan menyusahkan rakyat. "Saya amat mengenali Anwar, beliau sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai cita-cita peribadinya," jelasnya. Muhammad Zahid turut mempersoalkan sama ada rizab kerajaan negeri Selangor itu akan digunakan oleh pengganti Abdul Khalid untuk tujuan lain yang tidak memberi manfaat kepada rakyat di negeri itu. Suara Politik Belantan | |
Panglima Perang Cyber Posted: 21 Aug 2014 11:22 PM PDT Video Pergaduhan Dalam Masjid di Kelantan Tanda Umat Makin Jauh Dari Tuhan Posted: 20 Aug 2014 09:52 PM PDT Punca bila orang agama rosak maka rakyat akan rosak akhlak. Pemimpin rosak kerana rosak ahli agama yang menjual agama untuk dunia. Masjid sudah lama dijadikan tempat memburukkan sesama Islam menyebar fitnah terhadap sesama Islam dan mengkafirkan sesama Islam. Yang melakukan ialah segelintir ahli agama yang digelar ulama namun mempunyai niat menguasai kerajaan atas nama islam. Walhal mereka sendiri hari ini telah dibalas oleh Allah dengan menjadi alat kepada parti yang menentang Islam hingga nama Allah digadai dalam perjuangan mereka. Khabarnya lokasi di Kelantan negeri ambo sendiri. Apa perlu kita buat? Cari ulama akhirat dan mari kita perbetulkan diri melalui bimbingan ulama. Cukuplah kita berseteru dan marilah kita bersatu. Kemerdekaan tiada makna jika perpaduan dan kesatuan hancur dalam kamus kehidupan. Check out this video on YouTube: http://youtu.be/iT5Fa-BgLxs Sent from my iPhone | |
Dialog Dewasa Kritik Berasa Posted: 21 Aug 2014 11:02 PM PDT AL-FATIHAH DAN TAKZIAH BUAT MH17 Posted: 21 Aug 2014 04:56 PM PDT
Hari ini 22 Ogos 2014, negara kita akan berkabung dan bertafakur selama 1 minit serentak seluruh Malaysia.
Orang ramai boleh menonton secara langsung di TV dan mendengar siaran di semua stesen radio bermula jam 10 pagi.
1. Bendera akan dikibarkan separuh tiang. 2. Orang ramai digalakkan memakai baju berwarna gelap. 3. Orang ramai diminta berdiri sebentar bertafakur dan membaca Al-Fatihah. 4. Pemandu kereta diminta memberhentikan kenderaan di tempat selamat dan berdiri sebagai tanda horma (pergerakan trafik di atas Jambatan Pulau Pinang akan dihentikan sementara). 5. Sebarang aktiviti ketika waktu bertafakur diminta diberhentikan sementara. 6. Sistem perkhidmatan LRT juga akan diberhentikan sementara selama waktu yang ditetapkan, seminit. 7. Semua stesen tv dan radio tidak akan menyiarkan rancangan berbentuk hiburan.
Bertafakur sebagai tanda penghormatan kita kepada mangsa MH17 dan mari kita membacakan Al-Fatihah untuk arwah-arwah yang telah mendahului kita.
| DI SEBALIK KRITIK TUN DR MAHATHIR DAN TUDUHAN KE ATAS NAJIB DI JERMAN Posted: 21 Aug 2014 08:56 AM PDT | DS NAJIB BERSAMA TUN DR. MAHATHIR |
Tun Dr Mahathir Tidak Bermaksud Begitu Kritikan terbuka Tun Dr. Mahathir Mohamad ke atas Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak telah diperjelaskan sendiri oleh Tun Dr. Mahathir bahawa bukannya bermaksud beliau mahu DS Najib meletak jawatan.
Kebimbangan Tun Dr. Mahathir perlu diberi perhatian yang serius, namun begitu kita semua harus sedar bahawa DS Najib mewarisi sebuah kerajaan yang lemah. Namun, prestasi DS Najib dalam PRU13 amatlah cantik dengan penambahan kerusi UMNO di dalam parlimen serta pengambilalihan semula Kedah.
Anda selalu berkata, wang RM1.00 pada tahun 1980an boleh membeli sebungkus nasi lemak, air sirap dan gula-gula. Tetapi hari ini, wang RM1.00 hanya boleh apa?
Maka, bererti negara kita berputar dengan pantas. Apabila Tun Dr. Mahathir melepaskan jawatannya pada tahun 2003, Pak Lah mewarisi sebuah kerajaan yang kuat. Malah, ianya bertambah kuat apabila Pak Lah menang besar dalam PRU11 pada tahun 2004.
Namun begitu, pembebasan DS Anwar pada tahun 2004 telah digunakan sebaik-baiknya oleh pakatan pembangkang untuk menjatuhkan Pak Lah pada tahun 2008. Dan lebih buruk lagi, NGO-NGO luar negara beraksi dengan sangat agresif untuk membantu Anwar dan pakatan pembangkang mengambilalih kerajaan semasa PRU12. Namun, rakyat masih memberi kepercayaan kepada UMNO dan BN sehinggalah kepada PRU13.
Dengan kemenangan besar pakatan pembangkang pada tahun 2008 dan 2013, ianya tidak membolehkan DS Najib untuk bertindak agresif di dalam kerajaan, sebagaimana kehendak rakyat sekarang. DS Najib mewarisi sebuah kerajaan yang sudah tidak ada lagi ISA, malah Akta Hasutan turut dicadang hendak dimansuhkan oleh sesetengah pihak.
Seorang rakan sekolahan Cina saya berkata, "kerajaan perlu mengembalikan ISA dan mempertahakan Akta Hasutan". Dia berkata lagi, "ISA dan Akta Hasutan sangat penting sebagai langkah awal pencegahan kepada musibah persengketaan yang lebih besar". Kalau begitu, semasa PRU14 undilah kerajaan, kerana kerajaan memerlukan sokongan 2/3 dalam Parlimen untuk meminda undang-undang.
Jasa Tun Razak Tun Razak, adalah Presiden UMNO yang membawa semula Tun Dr. Mahathir menyertai semula UMNO pada awal tahun 1970an. Semua orang gembira atas kepulangan Tun Dr. Mahathir ke dalam UMNO selepas persengketaan beliau dengan Tunku Abd. Rahman Putra Al-Haj berjaya diselesaikan.
Tun Razak melantik Tun Dr. Mahathir di dalam kerajaan dari satu tingkat menteri ke tingkat menteri yang lebih kanan. Tun Dr. Mahathir dilantik ke jawatan Menteri Perdagangan, Menteri Pelajaran, Timbalan Perdana Menteri dan akhirnya berjaya menjadi Perdana Menteri setelah Tun Hussien Onn melepaskan jawatan atas sebab kesihatan.
Tun Dr. Mahathir pun pada mulanya membuat perkara yang sama kepada DS Anwar dengan melantik DS Anwar ke banyak kementerian sehinggalah kepada Pemangku Perdana Menteri. Beza Tun Dr. Mahathir dengan DS Anwar, ialah Tun Dr. Mahathir seorang yang sabar, setia dan tidak menikam dari belakang. Manakala Anwar jelas seorang yang tidak sabar, tidak setia dan menikam dari belakang (lihat kes allahyarham Tun Ghafar Baba).
Manakala, DS Najib juga mewakili sifat sabar, setia dan tidak menikam dari belakang. Siapakah pula yang mewarisi sifat DS Anwar di dalam UMNO sekarang? Adakah?
Tuduhan DS Najib Sakit & Dirawat Di Jerman DS Najib berada dalam sistem yang terbuka di mana pada zaman Tun Dr Mahathir tidak ada tweeter dan FB misalannya, manakala di zaman DS Najib maklumat sama ada benar atau palsu merebak sepantas kilat. Malah, maklumat sulit dalam kerajaan tersebar dengan begitu pantas.
Beberapa hari yang lalu, di kalangan pemimpin pembangkang disebar berita kononnya DS Najib sakit dan dirawat di Jerman. Walhal, DS Najib sudah pun berada di Kuala Lumpur.
Hari ini, anda boleh berkata tukar semua kepimpinan tertinggi UMNO dan sekaligus tukar semua kepimpinan tertinggi kerajaan. Saya berkata tidak mungkin, DS Najib dan TS Muhyidin Yassin masih merupakan gandingan penting kepada UMNO dan kerajaan. Adakah anda berfikir anak muda itu bertanding Timbalan Presiden tahun hadapan?
Maka, kita tidak akan berjaya sekiranya kita masih diulit fantasi lama, kejayaan yang lama tidak boleh menjadi satu lagi kejayaan yang sama pada hari ini. Suasana, kekuatan dan kemampuan tidak pernah sama. Anda boleh katakan Pak Lah seorang Perdana Menteri yang lemah, tetapi di zaman Pak Lah jua Malaysia sampai di bulan. Anda boleh katakan di zaman DS Najib sangat lemah, namun DS Najib berjaya memenangi semula Kedah dan Perak selain menambah kekuatan UMNO di dalam parlimen.
PRU14- DS Najib Perlu Lebih Perhatian Kepada Politik Tahun 2018 semakin menghampiri, DS Najib perlu memberi perhatian yang lebih kepada politik, bukannya ekonomi sahaja.
Kecacamerbaan gabungan pembangkang mentadbir negeri Selangor memberi gambaran kepada pengundi di Selangor bahawa pada masa hadapan, kesilapan tidak sepatutnya diulangi. Persoalannya, tatkala mereka cacamerba adakah UMNO Selangor sudah bersedia? Adakah perpaduan dalam UMNO sudah diperkukuhkan? Apakah komponen BN Selangor sudah bersedia? Inilah perkara-perkara yang perlu diberi perhatian oleh DS Najib dan TS Muhyidin dengan kadar segera.
Memandangkan minat yang mendalam Tun Dr. Mahathir dalam politik masih sehat, saya ingin mencadangkan supaya Tun Dr. Mahathir dilantik sebagai Penasihat Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor yang baharu. Kejayaan memenangi Kedah juga kerana sentuhan Tun Dr. Mahathir di Kedah semasa PRU13, dan saya sangat yakin sentuhan Tun Dr. Mahathir di Selangor boleh menutup lompang kepimpinan UMNO/BN Selangor yang masih belum diperbaiki sepenuhnya.
Tengku Razaliegh Hamzah semasa memimpin Semangat 46 pernah membawa allahyarham Tunku Abd. Rahman untuk membantunya,TG Nik Aziz yang seusia dengan Tun Dr. Mahathir masih menjadi rujukan parti PAS, manakala DAP masih tidak boleh membuang Lim Kit Siang, begitu juga PKR walau DS Anwar sudah dua kali menyuarakan hasrat untuk bersara tetapi kepimpinan PKR tahu parti itu akan hancur tanpa DS Anwar, maka mengapa kita tidak mengambil kesempatan di atas kehendak Tun Dr. Mahathir yang masih bersemangat memperjuangkan masa depan bangsanya.
Alang-alang melantik Tun Dr. Mahathir sebagai Penasihat Proton di Shah Alam, apakah sangat bezanya melantik Tun Dr. Mahathir sebagai Penasihat kepada UMNO/BN Selangor di Shah Alam juga. Lagipun DS Najib masih tetap juga sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi BN. Saya yakin jika Tun Dr. Mahathir dilantik sebagai Penasihat UMNO/BN di Selangor, ada orang di dalam pakatan rakyat tidak akan boleh tidur lena.
Bacaan Ulangan anda di SINI
| AKHIRNYA NURUL IZZAH MENGAKU AKAN DOSANYA Posted: 21 Aug 2014 05:10 AM PDT
Anggota parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar hari ini mengeluarkan kenyataan maaf berhubung kenyataannya mengenai Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin.
Berikut kenyataan Nurul Izzah:
KENYATAAN MAAF DEFENDAN PERTAMA
Bahawa Saya, NURUL IZZAH BINTI ANWAR merujuk kepada kenyataan media saya yang dibuat pada 04.05.2013 iaitu pada petang sehari sebelum Pilihanraya Umum Ke-13 diadakan bertajuk "Dato' Raja Nong Chik Zainal Abidin's Involvement in the Transfer of 12 Acres of Bukit Kiara land from Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) to A Nominee Company for Onward Sale to A Major Property Development Company for Close to 475 Million".
Saya kini mendapati terdapat kesilapan di dalam kenyataan tersebut yang telah menjejaskan nama baik dan reputasi Datuk Seri Utama Raja Nong Chik Bin Dato' Raja Zainal Abidin sebagai seorang ahli politik, akauntan bertauliah, ahli perniagaan dan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar ketika itu serta keluarga beliau.
Saya kesal dengan kenyataan tersebut.
Saya berjanji untuk tidak akan mengulangi kenyataan-kenyataan saya di atas dan apa-apa kenyataan yang berkaitan dengan penerbitan kenyataan saya di atas. | |
ANGIN PERUBAHAN Posted: 21 Aug 2014 09:42 PM PDT Laluan Konvoi Membawa Jenazah #MH17 Posted: 21 Aug 2014 07:53 PM PDT Konvoi diiringi oleh unit bermotorsikal dan MPV Trafik PDRM. Sila berikan laluan dengan memperlahankan memberhentikan kenderaan dengan menghimpit ke kiri untuk memberi laluan kepada konvoi. ___________________________ 1.MASTURA MUSTAFA KLIA - Lebuh Raya Utara Selatan - Tol Senawang - Jalan Seremban - Kuala Pilah - Masjid Al-Taqwa Paroi - Tanah Perkuburan Paroi. ___________________________ 2. AHMAD HAKIMI HANAPI KLIA - Lebuh Raya Elite - Lebuh Raya Putrajaya - Lebuh Persiaran Perdana - Masjid Putrajaya - Lebuh Presint 20 ___________________________ 3. HAMFAZLIN SHAM MOHAMED ARIFIN KLIA - Lebuh Raya Elite - Lebuh Raya MEX - Susur Bukit Jalil - MRR2 - Wangsa Maju (Rumah) - Tanah Perkuburan Gombak. ___________________________ 4. NUR SHAZANA MOHAMED SALLEH KLIA - Lebuh Raya Elite - Lebuh Raya Putrajaya - Lebuh Persiaran Perdana - Masjid Putrajaya - Lebuh Presint 20. ___________________________ 5. DORA SHAHILA KASSIM KLIA - Lebuh Raya Elite - Lebuh Raya MEX - Susur Jalan Kuchai Lama - Jalan Istana Baru - Jalan Duta - Jalan Semantan - Jalan Damansara - Masjid Al-Taqwa - Jalan Tun Muhd. Fuad - Tanah Perkuburan Bukit Kiara. ___________________________ 6. FOO MING LEE KLIA - Lebuh Raya Elite - Lebuh Raya MEX - Jalan Kuchai Lama - Nirvana Sungai Besi. ___________________________ 7. KARAMJIT SINGH KARNAIL SINGH KLIA - Lebuh Raya Elite - Lebuh Raya Kesas - Susur Seksyen 20 - Nirvana Shah Alam. ___________________________ 8. NG QING ZHENG KLIA - Lebu Raya Elite - Lebuh Raya MEX - Jalan Kuchai Lama - Nirvana Sungai Besi. ___________________________ 9. MABEL ANTHONY SAMY KLIA - Lebuh Raya Elite - Lebuh Raya MEX - Jalan Kuchai Lama - Nirvana Sungai Besi. ___________________________ 10. PAUL RAJASINGAM SIVAGNANAM KLIA - Lebuh Raya Elite - Lebuh Raya MEX - Jalan Kuchai Lama - Nirvana Sungai Besi. ___________________________ 11. ELISABETH NG LYE TI KLIA - Lebuh Raya Elite - Lebuh Raya MEX - Susur Bukit Jalil - MRR2 - Bulatan Kuari - Xiao En Bereavement. ___________________________ 12. LEE HUI PIN KLIA - Lebuh Raya Elite - Lebuh Raya Kesas - Susur USJ - Rumah Mangsa - Nilai Memorial Park. ___________________________ 13. ANGELINE PREMILA RAJANDARAN KLIA - Lebuh Raya Elite - Lebuh Raya Kesas - Susur Banting/Klang - Jalan Ampuan Rahimah - Rumah Mangsa. ___________________________ 14. ARIZA GAZALEE (Helikopter) KLIA - TUDM Kucing (Van Jenazah) Jalan Lapangan Terbang - Jalan Tun Jugah - Jalan Tun Razak - Jalan Marikan Salleh - Jalan Tun Sallehudin - Bulatan Bersik - Bulatan Mahkamah - Bulatan Sesco - Jalan Sarawak Golf Club - Jalan Masjid Negeri - Bulatan Semariang - Jalan Sultan Tengah (Tanah Perkuburan). ___________________________ 15. MUHAMMAD AFIF TAMBI (Helikopter)KLIA - TUDM Kucing. (Van Jenazah) Jalan Lapangan Terbang - Jalan Tun Jugah - Jalan Tun Razak - Jalan Marikan Salleh - Jalan Tun Sallehudin - Bulatan Bersik - Bulatan Mahkamah - Bulatan Sesco - Jalan Sarawak Golf Club - Jalan Masjid Negeri - Bulatan Semariang - Jalan Sultan Tengah (Tanah Perkuburan). ___________________________ 16. AZRINA YAKOB (Helikopter) KLIA - LT Tekah (Van Jenazah) Taiping - Jalan Tekah - Masjid Al-Hidayahassam Kumbang - Tanah Perkuburan Masjid Al-Hidayah - Jalan Muzaffar Shah - Assam Kumbang. ___________________________ 17. HASNI HARDI PARLAN (Helikopter) KLIA - LP Padang B Sekolah Tinggi Segamat. (Van jenazah) Masjid Jamek Segamat - Jalan Johor Bahru (KM185 - KM198) - Seremban - Tanah Perkuburan Islam Batu 8, Kampung Paya Luas. ___________________________ 18. MOHD. ALI MD. SALIM (Helikopter) KLIA - IKBN Pagoh. (Van Jenazah) Jalan Pagoh - Pekan Pagoh - Jalan Sengkang - Jalan Kampung Raja (Tanah Perkuburan). ___________________________ 19. RAHIMMAH NOOR (Helikopter) KLIA - LTAS Ipoh. (Van Jenazah) Jalan Persiaran Azlan Shah - Jalan Azlan Shah - Jejantas Jalan Gopeng - Jejantas Pantai Puteri - Jalan Tambun - Jalan Tambun Ampang - Tanah Perkuburan Kampung Masjid Lama. ___________________________ 20. CHONG YEE PHENG (Helikopter) KLIA - LTAS Ipoh LTAS (Van Mayat) Jalan Persiaran Azlan Shah - Rumah. Al Fatihah dan sekalung takziah kepada keluarga penumpang-penumpang MH17. | Pesawat Bawa Pulang Jenazah #MH17 Tiba Di Tanahair Posted: 21 Aug 2014 07:37 PM PDT | Khalid Samad Akan Dipecat Dari PAS Kerana Buat Kenyataan Kontroversi? Posted: 21 Aug 2014 07:00 PM PDT | Halimah Ali Akan Kena Pecat Sebagai Exco Sebab Gelar Khalid Ibrahim Kedekut? Posted: 21 Aug 2014 07:30 AM PDT
Exco PAS ini puji Khalid Ibrahim melangit, apakah nasib Halimah Ali selepas ini bila sudah ada Menteri Besar yang baru?
| Bukti Khalid Samad Biadap Pada Sultan, Peguam Negara Hendak Tunggu Apa Lagi? Posted: 21 Aug 2014 06:03 AM PDT | Mahasiswa Ini Kata Ada Unsur Nepotisme Bila Wan Azizah Dicadang Jadi MB Selangor #MBCrisis Posted: 21 Aug 2014 05:30 AM PDT | Dato' Sri @NajibRazak Alu Alukan Idea Rakyat Untuk #Bajet2015 Posted: 21 Aug 2014 03:30 AM PDT | Senarai Penuh Identiti 20 Jenazah #MH17 Yang Akan Dibawa Pulang Esok Posted: 21 Aug 2014 01:43 AM PDT 1.Mastura Mustafa (P) - Anak Kapal - Islam 2.Ahmad Hakimi Hanapi (L) - Kru Teknikal - Islam 3.Hamfazlin Sham Mohamed Arifin (P) - Anak Kapal - Islam 4.Nur Shazana Mohamed Salleh (P) - Anak Kapal - Islam 5.Dora Shahila Kassim (P) - Anak Kapal - Islam 6.Foo Ming Lee (L) - Penumpang - Buddha 7.Karamjit Sigh Karnail Singh (L) - Penumpang - Sikh 8.Ng Qing Zheng (L) - Penumpang - Buddha 9.Mabel Anthony Samy (P) - Penumpang - Kristian 10.Paul Rajasingam/Sivagnanam (L) - Penumpang - Kristian 11.Elisabeth Ng Lyeti (P) - Penumpang - Buddha 12.Lee Hui Pin (P) - Anak Kapal - Buddha 13.Angeline Premila Rajandaran (P) - Anak Kapal - Kristian 14.Ariza Ghazalee (P) - Penumpang - Islam 15. Muhammad Afif Tambi (L) - Penumpang - Islam 16. Noor Rahimmah Mohd Nor (P) - Penumpang - Islam 17. Chong Yee Pheng (P) - Anak Kapal - Kristian 18. Azrina Yakob (P) - Anak Kapal - Islam 19. Mohd Ali Md Salim (L) - Penumpang - Islam 20. Hasni Hardi Parlan (L) - Penumpang - IslamPUTRAJAYA: --------- 1. Ahmad Hakimi Hanapi (L)- Tanah Perkuburan Islam Putrajaya, Presint 2 2. Nur Shazana Mohamed Salleh (P) - Tanah Perkuburan Islam Putrajaya, Presint 20 KUALA LUMPUR: ------------ 1. Hamfazlin Sham Mohamed Arifin (P) - Tanah Perkuburan Batu Muda, Gombak. 2. Dora Shahila Kassim (P) - Tanah Perkuburan Bukit Kiara, Damansara. 3. Mabel Anthony Samy (P) - (Jenazah akan dihantar ke Taman Peringatan Nirvana, Jalan Sungai Besi). 4. Paul Rajasingam / Sivagnanam (L) - (Jenazah akan dihantar ke Taman Peringatan Nirvana, Jalan Sungai Besi). SELANGOR: --------- 1. Foo Ming Lee (L) - Nirvana Memorial Park, Shah Alam. 2. Karamjit Singh Karnail Singh (L) - Taman Peringatan Nirvana, Shah Alam. 3. Ng Qing Zheng (L) - Taman Peringatan Nirvana, Shah Alam. 4. Angeline Premila Rajandaran (P) - Jenazah dihantar ke Bandar Bukit Tinggi 2, Klang. NEGERI SEMBILAN: --------------- 1. Mastura Mustafa (P) - Tanah Perkuburan Paroi, Negeri Sembilan. 2. Lee Hui Pin (P) - Taman Peringatan Nilai. JOHOR: ----- 1. Elisabeth Ng Lyeti (P) - 14-21, Lorong Perkasa, Jalan Haji Jaib, Muar. 2. Mohd Ali Md Salim (L) - Tanah Perkuburan Kg.Raja, Muar. 3. Hasni Hardi Parlan (L) - Tanah Perkuburan Islam Batu 8, Segamat. PERAK: ------ 1. Noor Rahimmah Mohd Nor (P) - Tanah Perkuburan Kampung Masjid Lama, Tambun. 2. Chong Yee Pheng (P) - Paradise Memorial Park, Chemor. 3. Azrina Yakob (P) - Tanah Perkuburan Masjid AL Hidayah, Taiping SARAWAK: -------- 1. Ariza Ghazalee (P) - Tanah Perkuburan Semariang, Petrajaya, Kuching. 2. Muhammad Afif Tambi (L) - Tanah Perkuburan Semariang, Petrajaya, Kuching. -- BERNAMA
| Video Raja Komando Mengamuk Sakan Dengan Anwar Ibrahim Posted: 20 Aug 2014 11:12 PM PDT | |
GERAKAN ANTI PKR Posted: 21 Aug 2014 09:13 PM PDT |
BERANI MEMBUAT PILIHAN... Posted: 21 Aug 2014 03:12 PM PDT Pelakon wanita tempatan maut jatuh dari tingkat 8 apartment Posted: 21 Aug 2014 10:00 AM PDT | PELAKON dan pengarah, Ellie Suriaty bersama ibu mendiang. |
KUALA LUMPUR: Pelakon Tamil tempatan, Kalpana Sundraju, 44, ditemui maut akibat terjatuh dari apartmennya di Seputeh, di sini, kira-kira jam 7.45 malam semalam. Calon top 5 kategori Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia 26 (FFM26) itu ditemui maut oleh tunangnya di tingkat dua apartment berkenaan akibat terjatuh dari tingkat lapan. Perkara itu disahkan sendiri ibu mangsa, Prema, 62, sebaik dihubungi tunang pelakon berkenaan memaklumkan kejadian terbabit. Kalpana diumumkan sebagai satu-satunya pelakon Tamil yang bertanding menerusi filem Dhsurajanam arahan M. Surya di samping Sharifah Amani, Diana Danielle, Ummi Nazeera dan Lisa Surihani. | (Foto) Kebakaran di Politeknik Ungku Omar Posted: 21 Aug 2014 03:32 AM PDT
LAPORAN AWAL UNTUK MAKLUMAN TUAN, BALAI : BBP IPOH JENIS KEJADIAN : KEBAKARAN STOR ALAMAT : POLITEKNIK UNGKU OMAR, IPOH TARIKH : 21/8/2014 TERIMA PANGGILAN : 1630 BALAI BANTUAN: BBP SIMPANG PULAI CATATAN : SETIBANYA JENTERA DI TEMPAT KEJADIAN, DIDAPATI KEBAKARAN MELIBATKAN SEBUAH SETOR KELAS C BERKELUASAN 40X100 TERBAKAR. OPERASI PEMADAMAN SEDANG DIJALANKAN. KETUA OPERASI : TPgB SAMASUVAM A/L PAVATHYAPPAN | Kurang ajar! Remaja bertelekung, melucah selfie dalam surau Posted: 21 Aug 2014 02:01 AM PDT Kegilaan selfie budak-budak zaman sekarang memang kadang-kadang boleh buat kita geleng kepala. Tapi bagi gambar lucah sambil memakai telekung di atas, ia bukan lagi tahap melampau tapi dah dikira mempermainkan agama Islam. Tak tahulah apa motif perempuan yang mengambil gambar ini tapi kalau dia seorang muslimah semoga Allah berikan hidayah kepadanya supaya simpan sikit kebodohan itu di rumah. Kot ye pun nak bergurau bila dah babitkan agama macam ini memang sengaja nak menempah tiket ke neraka namanya! - MYNEWSHUB.MY | Jurufoto pujuk model muslimah untuk beraksi ghairah lucah Posted: 20 Aug 2014 11:15 PM PDT Kami tahu terdapat ramai wanita di luar sana yang cukup berbangga andai dapat menjadi model. Tapi dalam keterujaan tersebut silalah berhati-hati kerana sejak dulu lagi dah ramai perempuan yang terperangkap gara-gara keinginan mahu popular seperti ini. Contoh lelaki berhidung belang yang mahu mengambil kesempatan dapat dilihat dalam print screen yang disiarkan ini. Berlagak konon juru gambar (entah betul entah tidak), lelaki ini meminta mangsa merakam gambar seksi lalu dihantar kepadanya. Bagi menyembunyikan niat jahatnya dia berselindung di sebalik pujukan mahu mencari model muslimah dan wanita tersebut tidak perlu menanggalkan tudung. Model muslimah kehapa kalau diminta bergambar persis pelakon lucah? Jadi kepada kaum hawa di luar sana, berwaspadalah dan jangan terlalu teruja bila ada lelaki kononnya juru gambar menghampiri anda lalu menyatakan hasrat mahu menjadikan anda seorang model. Silap-silap anda cuma bakal menjadi model lucah untuk tatapan dirinya yang sangap! - REM RAMZI / MYNEWSHUB.MY | Neelofa cemar maruah saya - Hans Isaac Posted: 20 Aug 2014 10:13 PM PDT Disaat pelakon dan pengacara, Neelofa dengan pendiriannya untuk tidak memberi sebarang kenyataan mengenai desas-desus yang mengaitkannya dengan kerabat sebuah negeri di Pantai Timur, pelakon Hans Isaac pula terkejut apabila pengacara program MeleTOP itu telah mengeluarkan kenyataan yang hubungan mereka telah putus di tengah jalan walaupun mereka tidak pernah mengumumkan sedang menjalinkan cinta sebelum ini. Menurut Hans atau nama sebenarnya Gerald Hans Isaac mengakui tindakan Neelofa mengeluarkan kenyataan sebegitu sedikit menjejaskan imejnya yang sedia maklum mengendalikan syarikat dalam bidang korporat. "Saya terkejut besar apabila dia keluarkan kenyataan mengenai hubungan kami telah berakhir sedangkan kami telah capai kata sepakat untuk tidak membuka mulut mengenai perkara ini. "Apabila berita tersebut keluar ianya memberi kesan terhadap diri saya kerana sedia maklum saya berada juga bekerja dalam bidang korporat dan tidak menunjukkan imej yang baik buat syarikat saya. Ianya menjadi bahan jenaka dikalangan rakan-rakan korporat saya," ujar Hans Isaac kepada Astro Gempak ketika ditemui di sidang media Supermokh Restaging di Istana Budaya. Dalam pada itu, Hans tidak menafikan atau mengiyakan mengenai gosip kononnya Neelofa dilamar kerabat diraja di sebuah negeri Pantai Timur, tetapi percaya khabar angin yang sering tersebar melibat selebriti selalunya benar. "Saya tidak mengiyakan atau menafikan tentang berita tersebut. Tetapi mungkin ada kebenarannya sebab tidak, kenapa gosip tersebut boleh tersebar luas? Dan mengapa Neelofa harus tunggu sehingga dua bulan baru ingin keluar kenyataan mengenai berita tersebut?," tegas Hans. Namun jelas Hans, perasaan marahnya sudah reda dan tidak menafikan masih menyayangi Neelofa tetapi hanya sekadar rakan sahaja. "Perasaan marah sudah semakin reda dan saya tidak bermusuhan dengan Neelofa. Kami masih lagi berkawan masih berkomunikasi seperti biasa. Ya memang saya akui perasaan sayang masih ada tetapi sekadar rakan sahaja tidak lebih dari itu. "Kini saya hanya fokus dengan kerja harian yang sememangnya padat dan tidak mahu fikir soal peribadi yang menimpa diri sebelum ini. Memang kadang kala ada rasa sunyi tetapi saya tidak mahu perkara ini menyelubungi diri saya. Jadi ada sahaja aktiviti yang saya lakukan untuk elak perasaan tersebut timbul," tambah Hans lagi. Dalam pada itu, Hans dan pelawak terkenal Harith Iskander bakal mengarahkan semula teater Supermokh Restaging buat kali kedua selepas mendapat permintaan ramai dari pelbagai pihak. Pementasan Supermokh Restaging bakal berlangsung dari 8 September hingga 21 September depan yang mengisahkan kehidupan bintang bola sepak legenda, Mokhtar Dahari.Selain Awie, ianya turut dibintangi oleh Maya Karin, Douglas Lim, Dina Nadzir, Rashidi Ishak, Radhi Khalid, Phoon Chi Ho, Oliver Johanan dan Clarence Kuna. | Artis lelaki rakam video lucah dalam Instagram? Posted: 20 Aug 2014 08:35 PM PDT Terkejut baca ruangan Mizz Lahar di suratkhabar Kosmo hari ini. Mana tidaknya, Ammar Alfian yang penuh dengan kontroversi satu ketika dahulu dikatakan telah merakam aksi lucah bersama seorang pelakon lain dan berkongsi video tersebut di Instagramnya. Walaupun hanya 15 saat, aksi yang ditunjukkan memang jelas dan akan membuatkan si penonton mengeleng-gelengkan kepala. Mungkinkah rakaman video tersebut hanya salah satu babak lakonan Ammar Alfian? Atau ia adalah satu cara untuk Ammar meraih semula publisiti selepas sepi daripada dunia hiburan? Mungkin Ammar sengaja mahu mencipta kontroversi agar namanya disebut kembali. Entahlah. Hanya Ammar yang tahu. Harap-harap ia hanya babak drama/filem lakonan Ammar. Kalau ia realiti, kami hanya mampu geleng kepala. | Khalid 'kedekut' bertempat - Exco PAS Posted: 20 Aug 2014 06:41 PM PDT SHAH ALAM - Exco kerajaan negeri Selangor, Dr Halimah Ali menafikan dakwaan PKR sebelum ini bahawa Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membuat keputusan pentadbiran kerajaan negeri secara bersendiri. Sambil menyifatkan Abdul Khalid sebagai sangat berhati-hati dan bertanggungjawab berkaitan soal kewangan, katanya beliau tidak pernah melihat Abdul Khalid membuat sebarang keputusan tanpa berunding lanjut dengan barisan Exco terlebih dahulu. "Daripada pengalaman saya, apa saja keputusan yang dibuat olehnya (Abdul Khalid), semua mesti tentang rakyat sebab dia akan tanya butiran sama ada ia akan beri manfaat pada rakyat," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Dr Halimah berkata sepanjang berkhidmat lebih enam tahun dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang itu, tuduhan dibuat PKR terhadap menteri besar itu lebih berkaitan dengan masalah dalaman parti itu. "Kami berada dalam situasi ini (kemelut politik Selangor), kami (Exco Pas) tidak mahu perkara ini berlaku...bila sudah berlaku, kami sekarang kena pastikan kerajaan stabil dan kakitangan kerajaan tidak huru-hara untuk memastikan ia (pentadbiran) berjalan lancar," katanya. Dr Halimah berkata, sejak enam Exco daripada PKR dan DAP dipecat minggu lepas, kerajaan negeri kini membuat sebarang keputusan berkaitan portfolio keenam-enam Exco tersebut secara kolektif menerusi mesyuarat yang dijalankan sepanjang minggu. Usaha itu adalah untuk memastikan urusan dan perancangan kerajaan negeri dapat berjalan seperti biasa termasuk semua projek pembangunan serta pentadbiran kewangan, katanya. Pada 9 Ogos lepas, Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR memutuskan untuk memecat Abdul Khalid daripada parti malah menteri besar itu disifatkan sebagai 'open defiance' atau menunjukkan keingkaran secara terbuka. Antara keputusan Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang didakwa diingkari Abdul Khalid adalah menangguhkan proses dan perbincangan projek Loji Rawatan Air Langat 2 serta kenaikan elaun Speaker, Menteri Besar, Exco dan Adun Selangor. Dr Halimah berkata dalam isu penstrukturan semula industri air Selangor, Abdul Khalid pernah membentangkan perkara tersebut ketika mesyuarat Exco malah menyatakan isu berkenaan telah berlarutan sejak lima tahun lepas. - Bernama | Rozita Che Wan alami pendarahan, Zain Saidin cemas Posted: 20 Aug 2014 06:01 PM PDT Suami mana yang tidak cemas apabila isteri tercinta yang sedang hamil mengalami pendarahan? Detik cemas seperti itulah yang dihadapi oleh Zain Saidin apabila isterinya Rozita Che Wan melakukan kerja di rumah hingga berlaku pendarahan. Menurut Zain, kejadian tersebut berlaku sekitar awal Ramadan lalu gara-gara isterinya membuat kerja yang tidak sepatutnya dilakukan oleh orang hamil. "Kejadian ini tak silap saya berlaku hari puasa pertama. Dia ada buat kerja pada hari berkenaan. "Selepas itu pada sebelah petang dia nak bersiap untuk ke majlis berbuka puasa ada sesuatu yang terjadi. "Berlaku pendarahan kecil dan kami segera ke pusat perubatan Prince Court untuk mendapatkan pemeriksaan. Kami mendapatkan rawatan susulan keesokan hari kerana doktor yang perlu dirujuk tiada pada hari pertama. "Alhamdulillah pada hari ketiga pendarahan sudah tak ada. Mulai dari itu, saya tak izinkan lagi dia buat kerja berat. Berjalan atau berdiri lama pun saya tak izinkan kerana bimbang kaki bengkak," ujar Zain dipetik sebagai berkata. Habis kisah mengenai pendarahan, timbul pula cerita lain apabila isterinya sekarang gemar membebel tak tentu pasal. Namun Zain sedar bahawa perkara tersebut sebenarnya menjadi kebiasaan buat wanita mengandung. "Saya pula jenis tak suka dia bising. Saya cuba menurut apa saja kehendaknya. Macam dia pernah mengadu sakit belakang sebab membawa perut, lalu saya dapatkan dia bantal khas yang dibeli secara dalam talian. "Membebelnya menjadi jadi sebab saya pula jenis yang suka melengahkan kerja. Buat kerja bila disuruh saja dan dia saja kena ingatkan saya untuk buat itu ini. Pemandu dia lambat jemput pun mulalah membebel. Kesannya orang berdekatannya pun dibebelkannya. "Emosinya sejak tujuh bulan mengandung ini terus terkawal. Tapi saya cuba untuk melayan saja emosinya," tambah Zain yang mengakui cukup teruja untuk menyambut kelahiran bayi perempuan dalam tempoh dua bulan lagi. "Cuma selepas bergelar bapa segera kepada dua anaknya menerusi perkahwinan terdahulu, saya mahu buktikan sekalipun akan menyambut anak sendiri tak lama lagi tidak akan wujud perbezaan kasih sayang dengan mereka. "Saya mahu adil dengan anak tiri dan sendiri. Cuma dalam menyambut kelahiran anak sulung ini saya mahupun isteri mahukan yang terbaik untuknya termasuklah memilih pusat perubatan yang selesa dan privasi untuk melahirkannya nanti. "Bakal anak kami pun akan ada hak siaran eksklusif Astro. Itu rezeki anak namanya. Kami tumpang gembira," katanya. Sumber | Anak guru agama maut ditinggal bapa dalam kereta 8 jam Posted: 20 Aug 2014 05:31 PM PDT ALOR SETAR – Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun meninggal dunia setelah ditinggalkan di dalam kereta bapanya lebih lapan jam di Kuala Nerang hari ini. Menurut jurucakap polis, mangsa, Muhammad Aqil Arfan Adnan ditinggalkan di dalam kereta bapanya yang diletakkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Nerang sejak 7.30 pagi hingga 4 petang. Katanya bapa kanak-kanak itu telah meletakkan kenderaan di sekolah itu tanpa menyedari anaknya sedang tidur di dalam kereta itu. "Dia sepatutnya menghantar anaknya ke tadika. Pada pukul 4 petang apabila hendak mengambil keretanya dia mendapati anaknya berada dalam kereta itu," katanya ketika dihubungi hari ini. Katanya bapa kanak-kanak itu terus membawa anaknya ke wad kecemasan Hospital Kuala Nerang dan doktor di hospital itu mengesahkan anaknya telah meninggal dunia. Difahamkan, mayat kanak-kanak itu kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini malam ini untuk bedah siasat. – BERNAMA | |
Cucu Tok Selampit Posted: 21 Aug 2014 01:24 PM PDT @tm_insider Tukar Tajuk Dan Ubahsuai Isi Berita @KhalidSamad Selepas Kenyataan Beliau Menjadi Kontroversi Posted: 21 Aug 2014 07:44 AM PDT Portal Malaysian Insider secara tiba-tiba menukarkan tajuk beritanya dan mengolah isu berita berkenaan Ahli Parlimen Shah Alam, YB Khalid Samad yang mempertikaikan kuasa Sultan Selangor diberi hak mutlak melantik Menteri Besar Selangor. Ini berita asal dari Malaysian Insider: Berita yang disiarkan tidak sampai 4 jam tersebut telah ditukar menjadi seperti berikut: Tidak dapat dipastikan apakah motif Malaysian Insider menukar tajuk beritanya dan mengolah isu berkenaan. Mungkin untuk mengelak kontroversi. Yang pasti penukaran tajuk dan isi berita tersebut berkemungkinan besar disebabkan pengguna-pengguna media sosial yang meradang dengan tindakan celupar Ahli Parlimen Shah Alam yang mempertikaikan kuasa Baginda Sultan Selangor. Malaysian Insider bijak mengalihkan berita daripada YB Khalid Samad yang mempertikaikan kuasa Sultan kepada para pengguna internet (netizen). Inikah profesionalisme yang ada di kalangan wartawan-wartawan Malaysian Insider?
Tinjauan ke atas akhbar The Malay Mail Online mendapati tajuk dan isi kandungan akhbar berkenaan masih sama dan tidak berubah. Buat YB CTS, YB Khalid Samad, YB bukanlah seorang Rakyat Selangor. YB sama seperti saya yang hanyalah menumpang di Selangor, cuma YB bertuah dipilih oleh Rakyat Selangor menjadi Wakil Rakyat mereka. Biarlah Rakyat Selangor yang membuat keputusan mengenai negeri dan Sultan mereka. YB sebagai orang luar tidak perlu menyibuk.
| Four Million Tonnes Of Annual Sugar Output Targeted By MSM By 2020 Posted: 20 Aug 2014 06:55 PM PDT MSM Malaysia Holdings Berhad (MSM), the country's largest refined sugar manufacturer targets to increase its annual sugar output to four million tonnes by 2020 from 1.25 million tones currently. MSM Chairman, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, who is also the Chairman of Felda Global Venture Holdings Berhad (FGV) which owns a 51% stake in MSM, highlighted the success of achieving a net profit of RM254.68 million last year. TS Isa said, MSM targets to triple sugar output by 2020 is in line with the group plans to move away from being just a national player and increase its share of the global sugar market by rising its output.
He said the company's sugar product is not only popular in Malaysia, where it commands a 57% market share, but it also known in overseas markets for its quality. Apart from that, TS Isa told reporters at MSM's Hari Raya Aidil Fitri open house at Butterworth yesterday, MSM sugar is known for its quality in countries such as Singapore, South Korea, Australia, New Zealand and Pakistan. MSM export market constitutes 20% of MSM production.
MSM Holdings saw its second quarter net profit drop 15% to RM78.71 million from RM92.58 million last year, partly due to removal of the 34 sen per kg sugar subsidy last year. However, despite the removal of the sugar subsidy last October, sales volume for sugar had increased in the first half of the year. The sales volume for both the domestic and industrial sectors registered an increased from 366,700 tonnes in the first half of 2013 to 395,400 tonnes in the first half of 2014. Since FGV purchased the stake in MSM from 'sugar king' Robert Kuok in 2009, MSM is focused on consolidating its strength and reinforcing its position as the country 's leading sugar producer. | |
Apa Yang Tersirat Posted: 21 Aug 2014 01:18 PM PDT Kemelut MB Selangor: Dolak Dalik Pas Makan Tuan Posted: 21 Aug 2014 05:27 AM PDT AKHIRNYA Presiden Pas membuka mulut, penamaan Azmin Ali sebagai calon MB Selangor disamping Wan Azizah Wan Ismail bukan berpunca daripada istana atau titah Sultan Selangor, sepertimana dakwaan yang diwar-warkan oleh Ketua Pemuda Parti itu, yang juga dispin oleh MP Shah Alam Khalid Samad.
Kemelut MB Selangor bermula apabila Anwar menamakan isterinya untuk menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim; berikutan itu Presiden Pas, Mursydul Pas, Majlis Syura dan Ulama membantah keputusan Anwar itu. Namun, pada 17 ogos Pas melakukan pusingan U menolak Khalid dengan memberi alasan bahawa Khalid bukan lagi ahli salah satu parti Pakatan Rakyat. Pusingan U itu, sebenarnya tidak mempunyai makna lagi, kerana sebelum itu dua ADUN Pas telah membelot dan menyokong Wan Azizah, sehingga ADUN Kajang itu mendapat 30 ADUN menyokong beliau termasuk Azmin Ali.
Bagi mempertahankan muka, parti itu menamakan Azmin Ali selain menyokong Azizah; disinilah timbul cerita karut, apabila Suhaizan Kiat menulis dan disiarkan oleh portal pro pembangkang Malaysiakini, kononnya nama Azmin dicadangkan selepas Hadi Awang mengadap Sultan Selangor.
Hadi tidak mahu bersubahat dengan kenyataan itu, walaupun keluar daripada Ketua Pemudanya sendiri; kerana memang kenyataan itu tiada kebenaran.
Melihat kepada cara Pas menangani kemelut MB Selangor, nampaknya ramai pemimpin parti itu terutama mereka yang tiada latar belakang agama, gemar membuat kenyataan yang tidak berasas dan lebih bersifat pembohongan. | Tun Dr Mahathir Tidak Sokong Najib Lagi: Media Arus Perdana Tidak Minat Siar Posted: 21 Aug 2014 01:29 AM PDT PADA 18 Ogos, terbitlah artikel Tun Dr Mahathir melalui blog peribadinya dengan tajuk "Menegur" Dalam tulisan mantan Perdana Menteri itu, beliau menguraikan 34 sebab musabab mengapa beliau tidak menyokong Najib lagi.
Ironinya sejak artikel itu, tiada sebarang media arus perdana mengutipnya; malah Dato Seri Najib apabila ditanya berkaitan dengan isu itu, Perdana Menteri ke-6 itu lebih suka membalas dengan senyuman. Apa kah melalui senyuman itu beliau mempunyai kaedah untuk merungkainya? atau kah beliau akan melakukan pendekatan menang-menang, dalam erti kata menarik rambut daripada tepung, jangan tepung berselerak.
Pendekatan Najib ini, membuktikan beliau seorang pemimpin yang mempunyai pendekatan sendiri; pemimpin yang tenang berdepan dengan situasi genting. Apa kah ini juga diikuti oleh media arus perdana? mendiamkan sesuatu isu yang hangat agar tidak terus hangat dan lambat laun akan padam.
Berlainan dengan sikap para pemimpin tertentu, apabila Tun Dr Mahathir menerbitkan tulisan beliau itu, maka pemimpin tertentu mengambil sikap membidas tulisan mantan Perdana Menteri itu; sambil menuduh bahawa Perdana Menteri terlama itu kehilangan arah. Satu perkara yang gagal dicerna oleh pemimpin itu; apa kah Tun Dr Mahathir tiada langsung ekses kepada keadaan negara baik daripada segi ekonomi mahupun politik. Seorang negarawan apatah lagi menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, apa kah benar-benar beliau blank?
Tun Dr Mahathir mengeritik Tun Ahmad Abdullah Badawi hanya dua tahun bermula tahun 2006; buktinya pada PRU 2004; BN kehilangan kuasa 2/3 di Dewan Rakyat kehilangan 4 negeri tidak termasuk Kelantan. Bayangkan tempoh masa 4 tahun sehingga PRU 2018; tidak dapat diramal bagai mana "poll vote" implikasi kepada pendirian Mantan PM itu yang menolak kepimpinan Najib.
Najib kini, kekurangan askar-askar yang boleh membentengi beliau, atas sebab para pemimpin yang ada "tidak bersih" di mata rakyat. Kalau ada "yang bersihpun" namun tidak mempunyai oommhh dalam berhujah; tidak mahir mematah hujah, malah tiada kemampuan memberi idea alternatif; yang ada hanya membidas, dan cuba menyelongkar tong-tong yang berbau busuk.
AYT terbaca aktivis Umno melalui wall FB aktivis itu, dia mula mempersoalkan berbagai penswastaan pada era Tun Dr Mahathir. Melalui pendedahan ini, maka samalah Umno memberi senjata kepada lawan untuk membunuh Umno. | |
waadat Posted: 21 Aug 2014 01:05 PM PDT Tahniah pimpinan baru pkr tanpa khalid ibrahim Posted: 21 Aug 2014 12:25 AM PDT Tahniah PKR. Akhirnya setelah melalui proses 'demokrasi' yang panjang maka terbentuklah jua barisan kepimpinan 'baru' PKR. Demang harap pihak yang kalah dapat menerima keputusan ini dengan hati terbuka. Dah tak ada rezeki. Terlindung daripada carta organisasi tersebut ialah Ketua Umum iaitu saudara Anwar Ibrahim yang terlantik secara automatik. Ia diikuti oleh isteri beliau Wan Azizah manakala Azmin Ali yang sering dianggap sebahagian keluarga pasangan tersebut berjaya menyingkirkan Khalid Ibrahim bagi jawatan Timbalan Presiden. Anak pasangan suami isteri tersebut iaitu Nurul Izzah mendahului barisan naib presiden ditemani 3 orang lain. Di peringkat jawatankuasa nampak bilangannya sama banyak iaitu 10 wakil muslim yang mewakili 66% rakyat Malaysia dan 10 orang daripada kaum lain. Tak berani pulak Demang nak bertanya kenapa kaum lain yang cuma 35% daripada rakyat negara ini turut mempunyai bilangan yang sama banyak. Maklumlah, Demang risau juga nak pertikai keputusan PKR setelah melihat suasana 'meriah' yang berlaku dalam mesyuarat-mesyuarat cabang di seluruh negara. Yang pecah kepala pun ada. Persoalan Demang tadi mudah sahaja dijawab memandangkan ketua pemuda, ketua wanita, dan kedua-dua timbalan mereka adalah beragama Islam. Demang harap mereka benar-benar berjiwa Islam walaupun enggan menyertai PAS yang terang-terang sebuah parti Islam. (Sanggup buat parti baru asalkan bukan PAS). Diharapkan barisan ini dapat meneruskan perjuangan membela agama, bangsa, dan negara kita dan bukan semata-mata merealisasikan impian ketua umum mereka atau memudahkan agenda pihak lain yang lama mengidam menguasai politik setelah berjaya menguasai ekonomi negara kita. | |
PEJUANG BANGSA Posted: 21 Aug 2014 11:28 AM PDT LEPAS FITNAH & MENANG PRU13 , BARU NURUL IZZAH NAK MINTA MAAF NONG CHIK ?? Posted: 21 Aug 2014 09:00 AM PDT
Senang betul Nurul Izzah dan PKR nak menang sebagai Wakil Rakyat .. fitnah je calon lawan beli tanah sehari sebelum PRU13 , terus dapat undi buta .
Nampak jelas rakyat diperbodohkan anak Anwar dan PKR selama ini yang memainkan politik kebencian je untuk menang pilihanraya .
Kes saman Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin selesai hari ini apabila Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar mengemukakan kenyataan maaf secara terbuka kepada bekas menteri wilayah persekutuan dan kesejahteraan bandar itu. Dalam kenyataannya hari ini, Nurul Izzah mengakui terdapat kesilapan di dalam kenyataan media yang dibuat pada 4 Mei tahun lepas iaitu sehari sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) mengenai pembelian tanah di Bukit Kiara, Kuala Lumpur . "Saya kini mendapati terdapat kesilapan di dalam kenyataan tersebut yang telah menjejaskan nama baik dan reputasi Nong Chik sebagai seorang ahli politik, akauntan bertauliah, ahli perniagaan dan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar ketika itu serta keluarga beliau. "Saya kesal dengan kenyataan tersebut. Saya berjanji untuk tidak akan mengulangi kenyataan-kenyataan saya di atas dan apa-apa kenyataan yang berkaitan dengan penerbitan kenyataan saya di atas," katanya.Kenyataan maaf itu dibuat di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Nik Hasmat Nik Mohamed di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, disaksikan Nong Chik. Pada 5 Februari lalu, kes saman antara Nong Chik, Nurul Izzah dan Malaysiakini gagal diselesaikan secara baik melalui proses mediasi di hadapan Hakim Zainal L Salleh di Pusat Mediasi, Mahkamah Kuala Lumpur selepas semua pihak tidak bersetuju dengan terma penyelesaian. Pada 17 Julai tahun lepas, Nong Chik memfailkan saman itu terhadap Nurul Izzah, Mkini Dotcom Sdn Bhd, pemilik portal berita Malaysiakini dan wartawan Malaysiakini Lu Wei Hoong. Dalam pernyataan tuntutannya, Nong Chik mendakwa Nurul Izzah mengeluarkan kenyataan fitnah dan palsu berhubung pembelian tanah itu dalam sidang akhbar di Bangunan Bakti, Taman Tun Dr Ismail. Nong Chik mendakwa kenyataan Nurul Izzah itu diterbitkan dalam laman web Malaysiakini pada hari sama, iaitu 4 Mei tahun lepas. Beliau memohon perintah injunksi supaya semua defendan sama ada melalui diri mereka atau ejen-ejen mereka dihalang daripada mengeluarkan atau menerbitkan perkataan sama yang menfitnah dirinya. Beliau juga memohon ganti rugi am, teruk, teladan, satu perintah supaya defendan menerbitkan permohonan maaf, faedah, kos dan lain-lain relif yang difikirkan wajar oleh mahkamah. Menurutnya akibat penerbitan kenyataan itu, reputasi dan maruahnya sebagai ahli politik, bekas menteri dan senator yang dihormati di negara ini terjejas teruk. – 21 Ogos, 2014. | TERKINI ! MP PAS BIADAP , PERTIKAI & MAHU HAPUS KUASA SULTAN LANTIK MB SELANGOR Posted: 21 Aug 2014 08:13 AM PDT | Kerajaan Dap tak hormati Hari berkabung memalukan P.Pinang !! @dzainalabidin Posted: 21 Aug 2014 05:41 AM PDT KENYATAAN MEDIA PERGERAKAN PEMUDA UMNO NEGERI PULAU PINANG BERKAITAN PROGRAM MUZIK DAN DRAMA 'THE KITCHEN' ANJURAN GEORGETOWN FESTIVAL PADA 22 OGOS 2014 Pergerakan Pemuda Negeri kecewa apabila dimaklumkan berkenaan program Muzik dan Drama anjuran Georgetown Festival ini yang akan tetap diteruskan pada 22 Ogos ini. Umum telah mengetahui bahawa Kerajaan Malaysia telah menetapkan 22 Ogos 2014 sebagai Hari Berkabung Negara dan negara serta seluruh Rakyat Malaysia masih bersedih dengan kejadian MH 17. Persiapan yang amat rapi sedang dijalankan untuk menerima dan menyambut jenazah rakyat kita pada hari tersebut. Amat Malang sekali apabila kami dimaklumkan bahawa Prog Muzik dan Drama ini akan tetap diteruskan pada 22 Ogos ini tanpa menghiraukan perasaan dan emosi keluarga penumpang dan krew nahas kejadian. Alasan bahawa tiket telah dijual tidak dapat diterima sama sekali memandangkan penganjur masih berpeluang untuk memulangkan semula wang peminat Muzik dan Drama ini. Georgetown Festival ini adalah satu program dengan kerjasama Kerajaan Negeri Pulau Pinang dimana Kerajaan Negeri Pulau Pinang merupakan rakan strategik utama kepada program ini. Rakyat Pulau Pinang harus tahu bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang telah membuat sidang media menyatakan kesedihan terhadap keluarga mangsa nahas MH17 sebelum ini tetapi pada masa yang sama tetap degil untuk meneruskan acara Muzik dan Drama pada 22 Ogos ini. Ini sekaligus menunjukan bahawa Kerajaan Negeri 'cakap lain, buat lain'. Walaupun kami difahamkan bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang tidak akan menghadiri program ini tetapi ini masih tidak memadai selagi mana program ini masih diteruskan Pemuda UMNO Negeri mengecam dan mendesak agar Kerajaan Negeri Pulau Pinang segera membatalkan program ini bagi menghormati Hari Berkabung Negara yang telah di umumkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia. Selain daripada itu, program ini perlu dihentikan bagi menghormati perasaan dan emosi keluarga mangsa nahas tragedi MH17 yang bakal menerima jenazah orang kesayangan mereka. .....Al Fatihah kepada mangsa nahas MH17 Rafizal Abd Rahim Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang | |
1MalAySia BlogPoLitik Posted: 21 Aug 2014 09:38 AM PDT Keputusan Pemilihan PKR 2014 Posted: 21 Aug 2014 12:05 AM PDT Keputusan muktamad pemilihan PKR yang diumumkan hari ini menyaksikan beberapa nama-nama besar dalam parti itu terkeluar daripada barisan kepimpinannya. Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengekalkan jawatannya tanpa bertanding, manakala timbalannya, Azmin Ali berjaya mempertahankan jawatannya dengan menewaskan pencabarnya, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail. Keputusan Pemilihan PKR 2014 Presiden : Wan Azizah Wan Ismail Timbalan Presiden : Azmin Ali Naib Presiden :
- Nur Izzah Anuar
- Chua Tian Chang
- Shamsul Iskandar
- Rafizi Ramli
- Ali Biju
- Fariz Musa
- Siti Aishah
- Abdul Yunus
- Abdullah Sani
- Zakaria Hamid
- Roland Chia
- Khalid Jaafar
- William Leong
- Hee Loy Sian
- Christina Liew
- Ravi Munusamy
Majlis Tertinggi
- Latheefa Koya
- Elizabeth Wong
- Yaakob Sapari
- Shuhaimi Shafei
Ketua Angkatan Muda : Nik Nazmi Nik Ahmad
Timbalan Ketua Angakatan Muda : Afif Bahardin
Ketua Wanita : Zuraidah Kamaruddin
Timbalan Ketua Wanita : Haniza Mohamaed Talha
| |
IPOHMALAY Posted: 21 Aug 2014 09:15 AM PDT Mahkamah Perlembagaan Indonesia sahkah kemenangan Jokowi , kekalahan Prabowo Posted: 21 Aug 2014 08:39 AM PDT
Jakarta khususnya di sebelah barat Monas tegang petang tadi apabila dipenuhi kira-kira 5000 penyokong calon presiden yang kalah, Prabowo Subianto, yang menunggu keputusan muktamad Mahkamah Perlembagaan (Mahkamah Konstitusi) berhubung keputusan pilihanraya presiden yang di cabar oleh pasukan Prabowo.
Walaubagaimanapun, keputusan yang diumumkan jam 8 malam waktu Malaysia tadi menolak gugatan Prabowo dan mengesahkan kemenangan Joko Widodo.
Penunjuk perasaan berjaya disuraikan dan tiada insiden buruk berlaku disebabkan aksi tersebut.
Jakarta - Mahkamah Konstitusi (MK) telah mengambil keputusan terkait gugatan PHPU yang diajukan Prabowo-Hatta. MK menolak seluruh permohonan Prabowo-Hatta.
"Menolak permohonan pemohon untuk seluruhnya," kata Ketua MK Hamdan Zoelva dalam sidang putusan MK di Gedung MK, Jl Medan Merdeka Barat, Jakarta Pusat, Kamis (21/8/2014).
Hamdan lantas menutup persidangan yang digelar sejak pukul 14.30 WIB tadi siang. Putusan MK tersebut setebal 4.390 halaman.
"Dengan demikian sidang selesai dan dinyatakan ditutup," kata Hamdan.
Acara dilanjutkan dengan penandatanganan berita acara. Tidak ada protes dari kubu Prabowo-Hatta terkait putusan MK ini, sementara kubu Jokowi-Jk langsung melempar salam tiga jari sembari tertawa.
| Anak Selangor mula bangkit menentang pertukaran MB Posted: 20 Aug 2014 05:50 PM PDT SHAH ALAM 20 Ogos - Sebanyak 12 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bergabung di bawah nama Angkatan Rakyat Selangor (Aras) menyatakan sokongan kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk terus mengekalkan jawatan sehingga tamat penggal pentadbirannya.
Mereka yang terdiri daripada anak jati Selangor turut mengecam Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana dilihat amat terdesak untuk menjadi pemimpin sehingga menyebabkan kemelut politik berlaku di negeri ini.
Pengerusi Aras, Abdul Rahim Abdul Wahab berkata, mereka berpendapat pentadbiran kerajaan negeri sentiasa berjalan baik, teratur dan melengkapi Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Abdul Khalid dan seharusnya tidak digantikan dengan orang lain.
Menurutnya, kepimpinan Abdul Khalid yang membudayakan konsep ketulusan, kejujuran, integriti serta menolak sekeras-kerasnya amalan nepotisme, kronisme dan rasuah perlu diteruskan.
"Selangor akan mengalami kerugian dan berdepan impak negatif jika Abdul Khalid ditolak. Sejak beliau mentadbir negeri ini pada 2008, banyak perubahan bukan saja dari segi material tetapi lebih penting perubahan pendekatan politik di alam pentadbiran kerajaan negeri dilakukan.
"Ini harus diwarisi, kalau tidak negeri kita, negara kita akan hancur dan kita tidak mempunyai masa depan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas berhimpun secara aman bagi menyatakan sokongan kepada Abdul Khalid di Pusat Rekreasi Antan Bantura di sini hari ini.
Antara NGO yang bergabung di bawah Aras adalah Gerakan Rakyat Arus Bawahan Selangor (GRABS), Persatuan Anak Selangor Menyokong Menteri Besar (Pasmeb), Persatuan Anak Bugis Selangor dan Persatuan Bekas Polis.
Sementara itu, Pengerusi GRABS, Faisal Idris mempersoalkan tindakan PKR mahu menukarkan Abdul Khalid sedangkan Menteri Besar tersebut tidak melakukan sebarang kesalahan dalam pentadbiran selain tidak dapat dibuktikan bersalah.
"Kenapa perlu ditukar? Pas sendiri sudah sebut Abdul Khalid tiada salah dan tidak dibuktikan bersalah. Ini sesuatu yang anda perlu lihat.
"Langkah Kajang yang dilancarkan oleh PKR pula adalah satu pengkhianatan terhadap rakyat Malaysia dan rakyat Selangor," ujarnya. UTUSAN | |
Dd i n b u n g a Posted: 21 Aug 2014 07:44 AM PDT Posted: 20 Aug 2014 09:35 PM PDT DALAM SEMINGGU DUA INI NEGARA MENGHADAPI EPISOD ADA YANG MENJELIKKAN ADA YANG MENGECEWAKAN DAN ADA JUGA YANG MENGEMBIRAKAN.
SEMUA KITA TAHU BERLAKUNYA PEREBUTAN JAWATAN MENTERI BESAR SELANGOR ADALAH SEBUAH CIPTAAN YANG MERASA MEREKA (PKR) AMAT KUAT KETIKA INI SEHINGGAKAN ANU WAR MERASA APA SAJA YANG DILAKUKAN AKAN ADA JUGA MANUSIA YANG AKAN BERDIRI DI BELAKANGNYA WALAUPUN PERBUATAN YANG DILAKUNYA TERNYATA DAN TERBUKTI UNTUK KELUARGA DAN KEPENTINGAN SENDIRI DEMI MENGISI NAFSU SERAKAH UNTUK MEMERINTAH NEGARA HINGGA SANGGUP ISTERI DI CALONKAN SEBAGAI MENTERI BESAR, APA JADI, JADI LAH. ITU BUKAN PERKARA YANG PELIK DAN BUKAN ITU YANG PENULIS INGIN KETENGAHKAN.
DALAM SATU SUDUT LAGI BERLAKU JUGA EPISOD TEGUR MENEGUR DIKALANGAN PEMIMPIN DAN TOKOH TOKOH PENTING NEGARA, ATAS SEBAB APA PENULIS MENJADI TANDA TANYA, JIKA KERANA EKONOMI NEGARA JATUH, KDNK SUKU TAHUN KEDUA NAIK KEPADA 6.4% DARI 6.2% SUKU TAHUN PERTAMA, BURSA SAHAM MENINGKAT, JARINGAN EKONOMI BERJALAN LANCAR MUNGKIN TIDAK ITU SEBAB MUSABABNYA.
JIKA ISU RAKYAT TIDAK DIBELA TIADA KEBAJIKAN UNTUK RAKYAT, PROGRAM UNTUK MEMBANTU DAN MEMBANGUNKAN RAKYAT YANG BERPENDAPATAN RENDAH SEDANG RANCAK DIJALANKAN SEJAK BAJET TAHUN LEPAS DIBENTANGKAN, BR1M DITERUSKAN MALAH MENINGKAT SUMBANGANNYA DA DI TAMBAH BAIK LAGI DENGAN MEMBANTU RANYAT YANG SELAMA INI TAK PERNAH MENGENAL ERTI INSURAN INI KAN PULA UNTUK MENDAPAT PERLINDUNGAN INSURAN, RAKYAT KINI DIBANTU DENGAN PAKEJ BR1M RAKYAT DIBERI PERLINDUNGAN INSURAN, BANTUN KEPADA PELAJAR SEKOLAH DITERUSKAN, BANTUAN UNTUK SISWAZAH, KEDAI 1 MALAYSIA DAN KLINIK 1MALAYSIA DITAMBAH LAGI, PEMANDU TEKSI 1MALAYSIA DI BANTU DAN BERBAGAI - BAGAI LAGI YANG MANA KEPIMPINAN DULU TAK TERFIKIR UNTUK LAKUKAN SEKARANG SUDAH DILAKUKAN, KERANA ZAMAN MAKIN BERUBAH, MUNGKIN INI PUN BUKAN MUSABABNYA.
JIKA ISU KEDIAMAN RAKYAT TIDAK DIUTAMAKAN, DIBAWAH PEMERINTAHAN DS NAJIB BERBAGAI PROGRAM DIRANCANG DAN DILAKSANAKAN SEPERTI RUMAH MAMPU MILIK SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA YANG HANYA RAKYAT MEMBAYAR RM150 SEBULAN SUDAH BOLEH MAMPU TINGGAL DI RUMAH BANGLOW KOS RENDAH, RUMAH PRIMA YANG KINI GIAT DIBINA, PROJEK RUMAH MAMPU MILIK (PPR) KPKT BANYAK DIBINA, RUMAH KOS RENDAH OLEH SYARIKAT PERUMAHAN DIPERKETATKAN, MUNGKIN INI JUGA BUKAN SEBABNYA.
ISU KESELAMATAN, INI ISU BERSAMA ANTARA PEMERINTAH, AGENSI DAN RAKYAT BERPERANAN, SEDANG DILAKUKAN PENAMBAHBAIKAN MALAH DICIPTA LAGI SATU AGENSI APMM UNTUK MENGAWASI PERAIRAN NEGARA, ESSCOMM UNTUK SABAH, POLIS PULA MENCIPTA BERBAGAI STRATEGI DENGAN DIWUJUDKAN PONDOK POLIS DI HOTSPOT, RONDAAN MOTOSIKAL BERKUASA BESAR, MEMPERKASA RELA DAN JPAM DAN SEBAGAINYA, CUMA UNTUK MENGHAPUSKAN JENAYAH BUKAN SEKELIP MATA, USAHA DEMI USAHA PERLU DILAKUKAN, INI PUN BUKAN SEBABNYA.
TIDAKKAH DALAM EPISOD TEGUR MENEGUR ANTARA PEMIMPIN HANYA ANGKAT SATU CALL OLEH P.A MASING MASING BUAT APPOINMENT DAN BERTEMU DAN BERSEMUKA PERKARA YANG BUKAN MUSTAHIL, MALAH PENULIS DIFAHAMKAN SUDAH 4 KALI TAHUN INI PEMIMPIN BERKENAAN TELAH BERTEMU, KERANA KEDUA - DUANYA ANTARA BAPAK DAN ANAK. KENAPA MESTI DI HEBUHKAN TEGURAN KITA DIDALAM MEDIA SOSIAL DAN SEBAGAINYA, TIDAK KAH INI ADA UDANG DISEBALIK BATU ATAU ADA HASRAT YANG TAK TERCAPAI MAKA HEBUHKAN UNTUK RAKYAT YANG TAK TAHU HUJUNG PANGKAL SAMA - SAMA DIAJAK UNTUK LANYAK PEMIMPIN SEDIA ADA.
MEMANG BAIK TEGUR MENEGUR, SEBAB YANG MENEGUR MEMANG CUKUP ILMUNYA DAN MEMANG DI SANJUNG TINGGI, BUKAN STANDARD PENULIS UNTUK MENEGUR HANYA PENULIS LAYAK UNTUK MELUAHKAN DI BLOG SENDIRI UNTUK DIBACA SENDIRI.
CUMA BAGI PENULIS CARA DAN PENDEKATAN TIDAK KENA DAN SESUAI DAN INI LAH MENJADI TANDA TANYA PENULIS, KENAPA SEORANGYANG CUKUP HEBAT PUN BOLEH GUNA MEDIA SOSIAL UNTUK MENEGUR PEMIMPINNYA. MEMANG ELOK ADA CHECK AND BALANCE. SI BAPA MENEGUR ANAKNYA, SI ANAK MENERIMA DENGAN HATI TERBUKA, APA PUN SEMUANYA UNTUK KEBAIKAN BERSAMA DAN UNTUK NEGARA, JANGAN DIAMBIL KIRA NIAT DAN NAWAITUNYA SELAGI ISI TEGURANNYA KENA PADA SASARANNYA.
LUAHAN SEKADAR UNTUK TATAPAN DIRI. MAAF DIPINTA. | |