Pakatan Rakyat |
Posted: 17 Mar 2014 03:29 PM PDT Posted by Admin Direktori Blog | | 3:29 PTG Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info sumber :- Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
| ||
Posted: 17 Mar 2014 03:29 PM PDT Oleh: Afeeqa Afeera KUALA LUMPUR : Dakwaan tabloid Daily Mail yang menyiarkan berita kaitan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan kehilangan pesawat MH370 sebagai akhbar picisan yang banyak melaporkan berita palsu. Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, berkata PKR tidak akan melayan teori konspirasi 'menggila' ini kerana seluruh keutamaan kini tertumpu kepada usaha-usaha mencari dan menyelamat. "Keutamaan kita untuk menyelamatkan pesawat, penumpang dan kemudiannya mencerakinkan apakah tugasan dan urustadbir yang lebih baik termasuklah hubungan antara agensi yang lebih konsisten dan terbuka supaya kita dapat kenalpasti kalau benar dirampas, siapa yang bertanggungjawab dan dihadapkan ke muka pengadilan. "Saya harap kita janganlah mengulangi sesuatu yang amat menyakitkan bila berkait dengan sesorang yang tidak mampu mempertahankan dirinya dan saya harap media Malaysia lebih bertanggungjawab daripada apa yang dilakukan Daily Mail," katanya. Semalam, akhbar tabloid United Kingdom, Daily Mail melaporkan bahawa juruterbang MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah seorang 'fanatik politik' dan 'aktivis sosial yang lantang'. Daily Mail juga melaporkan Zaharie menghadiri keputusan perbicaraan liwat Anwar, beberapa jam sebelum menerbangkan pesawat malang itu. SHAH ALAM,: Pakatan Rakyat (PR) mendakwa Kerajaan Persekutuan mengkhianati Perjanjian Persefahaman (MoU) air yang dibuat dengan Kerajaan Selangor kerana enggan menggunakan Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA) untuk menyelesaikan pertikaian isu pengurusan air negeri ini. Pemimpin Pakatan, Rafizi Ramli, Tony Pua dan Dr Dzulkefly Ahmad dalam satu kenyataan bersama berkata, WSIA perlu digunakan untuk mengambil alih syarikat konsesi air di Selangor. "Ini adalah pengkhianatan ke atas perjanjian yang dibuat dengan kerajaan negeri. Keputusan berpatah balik itu tidak boleh diterima dan mengejutkan," kata mereka dalam satu kenyataan pagi ini. Jumaat lalu, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, ketika ini Putrajaya tidak akan menggunakan WSIA untuk mengambil alih syarikat konsesi air di negeri Selangor. Sehingga kini, tiga konsesi iaitu Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings (Splash) masih belum bersetuju dengan tawaran pengambilalihan pada harga RM9.65 bilion meskipun MoU telah ditandatangani antara Selangor dan Putrajaya pada 26 Februari lalu. Malah, Dr Maximus sendiri berjanji akan menggunakan WSIA bagi memaksa syarikat konsesi tersebut. "Tawaran ditolak oleh syarikat konsesi ini. Kerajaan pusat gagal menjalankan tanggungjawab mereka untuk mengesa syarikat konsesi menerima tawaran yang dibuat," kata kenyataan itu. Sehubungan itu, Pakatan menggesa kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya tidak memberi kelulusan bagi pembinaan loji rawatan air Langat 2. "Kami akan menggesa kerajaan negeri Selangor, Exco dan Dewan Undangan Negeri untuk menangguhkan baki kelulusan yang diperlukan bagi projek Langat 2. "Tiada keperluan undang-undang untuk kerajaan negeri memenuhi syarat dalam MoU apabila kerajaan pusat gagal menunjukkan komitmen mereka," katanya.EZY |
You are subscribed to email updates from Pakatan Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |