Selasa, 18 Disember 2012

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


DIALOG RAKYAT

Posted: 18 Dec 2012 03:19 PM PST

PAS Perak minta Zambry jelaskan syarikat kroni

Posted: 18 Dec 2012 05:24 AM PST

IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Kadir perlu menjelaskan mengenai satu perjanjian antara pemilik tanah Rumah Perak iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dengan Syarikat Al Creative Developers Sdn Bhd.
Menurut Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, syarikat tersebut mempunyai hubungan dengan pegawai khas Zambry.

Beliau menjelaskan, perjanjian pembangunan tersebut berdasarkan kepada BOT (build operate transfer) di mana pemaju akan diberikan konsesi selama 30 tahun untuk mengurus Rumah Perak.

Adun Pasir Panjang itu berkata, pemaju tersebut dibenarkan membina sebuah hotel bertaraf 3 bintang setinggi 6 tingkat di tapak tanah Rumah Perak.

Mohammad Nizar berkata, selepas disemak di Suruhanjaya Syarikat Malaysia terbukti syarikat tersebut tidak aktif.

"Kenapakan syarikat tersebut dipilih walaupun tidak aktif dan mengapa tidak diberikan tender terbuka?

"Apakah istimewanya syarikat ini sehingga dipilih untuk menguruskan projek tersebut?" soalnya dan menggesa Zambry menjelaskannya.

Sebelum ini, PAS Perak melalui Jawatankuasa Strategik dan Isu mendedahkan perjanjian Rumah Perak yang melibatkan kroni Zambry.

Koordinatornya, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss ketika dihubungi berkata, pihaknya akan meneliti pendedahan tersebut ada akan mengumpul maklumat sebelum membuat tindakan selanjutnya.

Persidangan Dun Perak berlangsung hari kedua hari ini dan semua Adun diberi peluang berucap termasuklah daripada Pakatan Rakyat.

Amanat Haji Hadi: Petanda besar parlimen dibubar

Posted: 18 Dec 2012 05:21 AM PST

KUALA LUMPUR: "Benarlah pandangan beberapa aktivis politik, isu seperti ini adalah petanda 'kubra' parlimen akan dibubarkan," kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Riduan Mohd Nor.
Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada laporan media mengenai Amanah Haji Hadi.

Katanya, beberapa kerat individu pemimpin utama parti Pakatan Rakyat akan dipersalahkan dan diburukkan dengan pelbagai kempen negatif.

Ini, ujarnya dengan hasrat supaya rakyat menuding jari terhadap pemimpin tersebut, dan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden PAS adalah individu utama yang perlu dijatuhkan hukuman.

Berikut ialah kenyataan beliau.

Umno yang dilihat seperti kelemasan menggunakan teknik bertahan bagi menyelamatkan kedudukannya. Isu lapuk terus dimainkan kembali bagi menghidupkan sisa-sisa survival politik mereka. Kali ini isu Amanat Haji Hadi tahun 1981 diolah kembali supaya ianya bermain di bibir umat Islam di negara ini.

Ternyata isu Amanat Haji Hadi menandakan mereka sudah kehabisan modal dan kekeringan idea bagi menangkis serangan isu yang bertali arus. Justeru, bagi menyelamatkan hayat politik mereka, mereka terpaksa memainkan kembali isu itu. Menggunakan institusi agama seperti Jabatan Mufti, beberapa ulama ditampilkan bagi mengukuhkan hujah mereka. Bersuaralah beberapa mufti menggesa agar amanat itu ditarik balik dengan hujah ia adalah suatu bidaah besar serta bercanggah dengan amalan ahli Sunnah Wal Jamaah. Tuduhan kafir yang dilemparkan dari amanat tersebut dikhuatiri akan berbalik kepada penuduh tersebut.

Bagi seorang ulama dan pemimpin parti politik seperti Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, beliau tahu apa yang beliau ucapkan, kepada siapa beliau ucapkan dan bila kenyataan itu wajar diucapkan. Bahkan, beliau tahu semua hukum berkaitan dengan kenyataan beliau itu. Sebaiknya para ulama tersebut bertemu, bermuzakarah malah berdebat dengan beliau bagi mempertahankan kebenaran. Bermain di sebalik media arus perdana tidak mendatangkan natijah melainkan hanya menjadi gelak ketawa umat Islam sahaja menandakan ketidak beranian pihak yang menuduh Presiden PAS untuk bersemuka.

Umum mengetahui bahawa UMNO adalah seterus politik utama PAS dan Pru ke 13 adalah pertarungan politik kedua parti terbesar di negara ini. Sokongan UMNO dilihat semakin menyusut manakala sokongan kepada PAS semakin bertambah setiap hari. Menyedari PAS semakin berkembang, dipercayai dan diterima baik oleh masyarakat khususnya umat Islam di negara ini dan dengan penyertaan tokoh-tokoh penting ke dalam PAS, mereka mesti melakukan sesuatu untuk melukakan imej positif terhadap PAS.

Isu agama adalah isu paling ampuh untuk menawan hati orang Melayu serta umat Islam keseluruhannya. Dimainkan isu amanat Haji Hadi dengan harapan rakyat akan marah kepada PAS, khususnya kepimpinan Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan PAS keseluruhannya, sebaliknya menaruh simpati kepada UMNO-BN.

Benarlah pandangan beberapa aktivis politik, isu seperti ini adalah petanda 'kubra' parlimen akan dibubarkan. Beberapa kerat individu pemimpin utama parti Pakatan Rakyat akan dipersalahkan dan diburukkan dengan pelbagai kempen negatif. Dengan hasrat supaya rakyat menuding jari terhadap pemimpin tersebut, dan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden PAS adalah individu utama yang perlu dijatuhkan hukuman.

Sebaiknya UMNO memainkan isu rakyat bagi memenangi hati pengundi dalam menghadapi PRU ke-13. Banyak lagi isu yang perlu dijawab, manakala Umno pula perlu mengorak langkah memberikan suatu tawaran baru yang jauh lebih menarik untuk rakyat berbanding Pakatan Rakyat. Malangnya UMNO sudah tidak ada idea lagi bagi menandingi kehabatan tawaran PR.

Jangan bermain politik dalam jubah mufti

Posted: 18 Dec 2012 05:19 AM PST

KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyeru para mufti agar menjaga nama baik mereka dan tidak bermain politik partisan untuk kepentingan pihak tertentu.

Ingatan itu berhubung kenyataan beberapa orang mufti yang mendesak agar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menarik balik apa yang didakwa sebagai 'Amanat Haji Hadi'.

"Boleh berbincang dengan cara yang elok dan tak perlu bermain politik partisan di dalam jubah mufti.

"Jangan jual harga mufti dengan murah," tulisnya dalam Facebook petang tadi.

Menurut Menteri Besar Kelantan itu lagi, beliau secara peribadi sangat mengenali Tuan Guru Abdul Hadi dan meyakini bahawa ilmu yang dimiliki oleh Presiden PAS itu tidak lebih rendah daripada ilmu yang dimiliki oleh para mufti.

"Bahkan beliau merupakan lulusan Madinah yang cemerlang.

"Jadi saya menyeru kepada para mufti, jangan beranggapan Presiden PAS sebagai orang yang tidak tahu hukum hakam," katanya.

Tajol Rosli umum tak bertanding PRU 13

Posted: 18 Dec 2012 05:16 AM PST

Anggota Dewan Undangan Negeri Pengkalan Hulu Tan Sri Tajol Rosli Ghazali hari ini mengumumkan tidak akan bertanding pada pilihan raya umum ke-13 selepas lebih 35 tahun menjadi wakil rakyat.

Beliau yang juga bekas menteri besar Perak membuat pengumuman itu ketika membahaskan Belanjawan 2013 Perak pada persidangan Dewan Undangan Negeri di Ipoh.

"Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyatakan bahawa saya telah buat keputusan tidak akan bertanding lagi sebagai calon dalam pilihan raya umum akan datang. Ini adalah sidang dewan yang terakhir buat saya.

"Sebagai manusia biasa pastinya ada kekurangan dan tidak terlepas melakukan kesilapan. Saya dengan rendah diri memohon kemaafan atas sebarang tutur kata dan perlakuan saya yang tidak disenangi sepanjang tempoh saya menjadi anggota dewan," katanya.

Tajol Rosli, 68, dilantik menjadi menteri besar Perak pada 3 Dis 1999 dan memegang jawatan itu selama dua penggal.

Beliau mula menjadi wakil rakyat selepas menang pilihan raya kecil DUN Kenering pada 1977 selepas mengalahkan Ibrahim Singgeh dari DAP. Kerusi itu dikosongkan oleh bapa beliau, Tan Sri Mohd Ghazali Jawi.

Tajol Rosli melepaskan jawatannya sebagai pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak dan pengerusi BN negeri pada 29 Jan 2009 serta melepaskan jawatan ketua Umno bahagian Gerik pada 29 Mac tahun yang sama.

"Sekarang saya hanya anggota biasa Umno dan oleh kerana saya anggota biasa Datuk Seri Najib Tun Razak (Presiden Umno) telah melantik saya sebagai pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno untuk tahun depan," katanya ketika ditemui di luar dewan.

Ditanya jika ada pihak yang meminta supaya beliau tidak bersara dari politik, beliau berkata: "Saya telah buat keputusan. Apabila kita sudah tidak diterima oleh rakyat, saya tidak rasa kita patut kembali."

Mengenai peluang BN di Perak pada pilihan raya umum akan datang, beliau yakin BN akan kekal memerintah Perak.

Sementara itu, mengulas mengenai keputusan Tajol Rosli itu, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata beliau adalah seorang pemimpin yang berpengalaman selepas 30 tahun berada di pentas politik.

Zambry berkata anggota Umno menghargai panduan dan bimbingan yang diberikan oleh Tajol Rosli dalam bidang politik. -Bernama

Tulisan Zam tak wajar dan tak beretika, kata Susilo

Posted: 18 Dec 2012 05:15 AM PST

Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono berkata artikel yang ditulis oleh bekas Menteri Penerangan Malaysia Tan Sri Zainuddin Maidin mengenai presiden ketiga Indonesia BJ Habibie, adalah tidak wajar dan tidak beretika.
  
NONEArtikel itu, katanya boleh menjejaskan hubungan baik antara Indonesia dan Malaysia.
  
"Kami telah bincangkannya, Menteri Luar akan mengambil nota diplomatik di sini dan juga di Kuala Lumpur," kata Yudhoyono dipetik oleh agensi berita Antara sepertimana diterbitkan oleh akhbar berbahasa Inggeris, The Jakarta Post hari ini.
  
Yudhoyono yang akan berlepas ke Malaysia hari ini untuk menghadiri Rundingan Tahunan, forum peringkat tertinggi dalam hubungan dua hala Malaysia-Indonesia, berkata Indonesia akan membangkitkan isu saling hormat menghormati supaya insiden serupa tidak berulang yang boleh menjejaskan persahabatan antara kedua-dua negara.
  
Artikel Zainuddin disifatkan oleh banyak pihak di Indonesia sebagai "serangan" terhadap Habibie.
  
NONESementara itu, jurucakap presiden, Teuku Faizasyah berkata presiden akan membangkitkan isu-isu penting termasuk perlindungan warga Indonesia yang bekerja di Malaysia, sempadan, perdagangan dan pelaburan pada mesyuarat itu.
  
Yudhoyono juga akan mengadakan pertemuan peribadi, secara empat mata dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum mengetuai delegasi Indonesia pada Rundingan Tahunan kesembilan itu.
  
Universiti Utara Malaysia (UUM) dijadual menganugerahkan ijazah Kehormat Doktor Falsafah Kepimpinan Keamanan kepada presiden Indonesia itu. Bernama

Majlis Peguam timbang siasat peguam kes Bala

Posted: 18 Dec 2012 05:13 AM PST

MALAYSIA KINI

Majlis Peguam sedia menubuhkan sebuah badan bebas untuk menyiasat pelakuan profesional dua peguam yang didakwa terlibat dalam menyediakan akuan bersumpah (SD) kedua bekas penyiasat persendirian P Balasubramaniam, jika terdapat "bukti yang perlu" untuk berbuat demikian.

NONEDalam satu kenyataan hari ini, Persiden Majlis, Lim Chee Wee
(kiri) menggesa mereka yang mempunyai fakta dan bukti untuk tampil dan membuat aduan rasmi kepada lembaga tatatertib.

Jika terdapat bukti mengenai sebarang salah laku profesional, katanya, sebuah badan bebas akan menyiasat pelakuan profesional peguam yang dinamakan dan mendisiplinkan mereka.

LNONEim juga berkata bahawa peniaga permaidani Deepak Jaikishan (kiri) yang membuat pendedahan mengenai SD kedua, telah mendakwa bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedar mengenainya, tetapi menutup siasatan mengenai  perkara ini.

Beliau berkata, pihaknya akan menggesa SPRM memberi penjelasan mengenai sebab-sebab untuk menutup fail siasatan yang dijalankan sebelum ini.

Kit Siang kesal media putar belit fakta

Posted: 18 Dec 2012 05:00 AM PST

SYAJARATULHUDA MOHAMAD ROSLI

 

GEORGETOWN - Penasihat DAP, Lim Kit Siang kesal dengan tindakan beberapa media yang cuba meniupkan api kemarahan rakyat terhadap parti itu apabila memutar belit fakta dengan menggambarkan seolah-olah DAP mengamalkan budaya anti-Melayu.

Kit Siang berkata, adalah tidak wajar menuduh DAP anti-Melayu apabila tiada calon Melayu tercalon jawatan penting dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) pada Kongres Kebangsaan DAP ke-16.

"Kita menerima keputusan dibuat perwakilan di kongres semalam (kelmarin). Dakwaan kita anti-Melayu tidak benar sama sekali. Gambaran yang dibuat salah, hanya kerana melantik dua wakil Melayu, DAP terus dilabelkan anti-Melayu.

"Kita mohon selepas ini media lebih bertanggungjawab untuk melaporkan sebarang isu bagi menghentikan kebencian rakyat terhadap DAP," katanya kepada media, semalam.

Sementara itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng turut menegaskan parti itu bukan parti anti-Melayu berikutan mempunyai ahli berbilang bangsa dan kaum termasuk di Sabah dan Sarawak.

"DAP adalah parti berbilang kaum. Kita membenarkan semua kaum menyertai parti ini demi perjuangan kita untuk membela nasib rakyat.

"Parti kita disertai kaum Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan sebagainya. Buktinya, wakil dari kaum Kadazan dan Iban berada dalam senarai CEC yang baru dilantik," katanya.

Menurutnya, ia membuka keahlian kepada semua kaum dan DAP tidak patut digambarkan sebagai parti anti-Melayu hanya kerana tidak ada calon Melayu dipilih untuk CEC.

Beliau berkata, Barisan Nasional (BN) juga tidak seharusnya mengkritik DAP hanya kerana melantik dua ahli Melayu ke dalam senarai CEC berikutan keputusan yang dibuat oleh perwakilan.

Guan Eng berkata, parti tidak boleh dipersalahkan kerana mengamalkan sistem demokrasi setelah keputusan dibuat melalui undian ahli.

"Mengapa harus mengkritik keputusan dibuat ahli parti sendiri? Walaupun ingin menonjolkan imej sebagai parti pelbagai kaum dan mahu beberapa calon Melayu terpilih dalam CEC, namun inilah dikatakan demokrasi. Kita tidak mengawal apa jua pilihan perwakilan serta perwakilan mana yang harus dipilih," katanya.

Andaian Najib salah, kata Pas

Posted: 18 Dec 2012 04:59 AM PST

SAPINAH AB GHANI

 

KOTA BHARU - Pas Kelantan menyifatkan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mempersoalkan keupayaan Pakatan Rakyat (PR) untuk menerajui negara kerana masih banyak perkara asas belum disepakati sebagai tidak tepat.

Exconya, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, walaupun pada asasnya parti-parti komponen dalam PR berbeza, tetapi masih sepakat dalam merancang untuk turun kepada masyarakat dengan lebih teratur.

"Walaupun kita berbeza, tetapi kita boleh duduk bersama dan merangka satu gerak kerja untuk membangunkan masyarakat dan negara, itu lebih penting," katanya kepada Sinar Harian selepas merasmikan Kursus Panel Penceramah Pemadam Negeri Kelantan 2012 di Khalifa Suites Hotel & Apartment di sini, semalam.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Kelantan turut menolak dakwaan Najib yang menyifatkan pelbagai isu asas termasuk ideologi, kepimpinan, dan hala tuju, masih gagal disepakati seolah- olah menggambarkan ketidakupayaan pentadbiran PR.

"Saya rasa itu salah, sebab Pas sudah 60 tahun dan sudah menyambut ulang tahun ke 60. DAP sendiri sudah beberapa puluh tahun dan semua sudah mempunyai hala tuju yang jelas. Pas sendiri tidak pernah ubah dasar dia daripada dulu hingga sekarang," katanya.

Abdul Fattah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Panau turut menolak dakwaan sesetengah pihak yang menyifatkan PR tidak mempunyai hala tuju yang jelas.

"Kita tak pernah ada peluang untuk mentadbir negara ini, kita yakin dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti. Insya-Allah jika rakyat memilih kita untuk menerajui pimpinan kerajaan di Putrajaya, kita akan laksanakan perancangan dari dulu hingga sekarang dan rakyat boleh melihat, kesannya lebih hebat," katanya.

Kelmarin, Najib dalam kenyataannya mempersoalkan keupayaan pembangkang kononnya untuk menerajui negara ini, sedangkan banyak perkara asas yang penting masih belum gagal disepakati oleh mereka dan diperjelaskan kepada rakyat.

Sambil mengemukakan beberapa contoh mudah, Najib berkata, ia termasuk isu ideologi, barisan kepemimpinan, hala tuju, malah simbol kumpulan yang akan diguna pakai juga masih gagal disepakati.

Najib berkata, perkara senang sebegitu masih gagal diselesaikan, bagaimana hendak mentadbir sebuah negara yang memerlukan komitmen tinggi dan kesepakatan jitu.

Katanya, nama kumpulan parti pembangkang yang mudah itu pun masih tidak didaftarkan, bagaimana pula hendak menyelesaikan pelbagai perkara asas lain yang belum dipersetujui bersama, termasuk gagal mengemukakan jadual Kabinet yang dimahukan.

Pembantu peribadi anggota Parlimen Kapar ditemui mati dibunuh

Posted: 18 Dec 2012 04:57 AM PST

SINAR HARIAN

SHAH ALAM - Pembantu peribadi kepada anggota Parlimen Kapar S.Manikavasagam ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah di hadapan pondok pengawal keselamatan Pangsapuri Seri Sinar, Sunway Kayangan di sini hari ini.
  
K.S.Natchymuthu, 53, ditemui mati pada kira-kira 8.15 pagi oleh penduduk pangsapuri itu, dipercayai akibat dipukul dengan objek tajam selepas terlibat dalam pergaduhan dengan seorang lelaki yang juga penduduk di situ.
  
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam DSP Muhammad Idzham Jaafar berkata siasatan awal mendapati mangsa yang juga pengerusi persatuan penduduk pangsapuri berkenaan, bertengkar dengan suspek berhubung rasa tidak puas hati dengan sistem pengurusan di kawasan kediaman itu.
  
"Suspek dipercayai bertindak menyerang mangsa dengan senjata tajam iaitu sejenis alat berkebun menyebabkan mangsa cedera parah di kepala dan belakang badan," katanya kepada Bernama.
  
Muhammad Idzham berkata polis menahan seorang lelaki berumur 43 tahun bagi membantu siasatan.

Mayat Natchymuthu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk bedah siasat.
  
Sementara itu, Manikavasagam ketika dihubungi berkata mangsa yang juga pemandunya, baru dua bulan dilantik sebagai pengerusi penduduk pangsapuri berkenaan.
  
Beliau mendakwa Natchymuthu telah membuat beberapa laporan polis sebelum ini berikutan menerima ugutan beberapa individu yang tidak puas hati berhubung kutipan yuran penyelenggaraan pangsapuri berkenaan.
  
"Saya berharap polis mengambil tindakan sewajarnya bagi menyiasat kes ini dan saya bersimpati dengan keluarga mangsa dengan kejadian itu," katanya sambil menambah Natchymuthu meninggalkan isteri dan empat anak. - Bernama

Lelaki maut terjatuh dari tingkat 10 pangsapuri

Posted: 18 Dec 2012 04:53 AM PST

SINAR HARIAN

GEORGE TOWN - Seorang lelaki maut selepas terjatuh dari tingkat 10, Pangsapuri Desa Iswara, Taman Relau, Bayan Lepas di sini malam tadi.

Ketua Polis Daearah Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata pada kejadian pukul 9.25 malam itu, Jenson Tan Eng Hu, 22, dikatakan masuk ke dalam bilik tidurnya selepas makan ubat.

"Sepupu dan ibunya yang berada di ruang tamu tiba-tiba terdengar bunyi seperti objek terjatuh sebelum menemui mangsa mati tertiarap di halaman pangsapuri," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata Tan menerima rawatan psikiatri sejak empat tahun lepas kerana mengalami gangguan mental.
Mayat lelaki itu dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat dan siasatan awal mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai mati mengejut.- Bernama

Skuad Harimau Malaya dirombak

Posted: 18 Dec 2012 04:51 AM PST

SINAR HARIAN

 

KUALA LUMPUR - Skuad Harimau Malaya yang gagal mempertahankan kejuaraan Piala AFF Suzuki baru-baru ini akan dirombak bagi mengharungi kempen kelayakan Piala Asia 2015.

Pengurus pasukan kebangsaan Datuk Seri Subahan Kamal berkata beberapa pemain yang tidak mempamerkan prestasi terbaik pada Piala AFF Suzuki 2012 akan digugurkan, manakala pemain yang diketepikan akibat kecederaan akan dipanggil semula.

Skuad kebangsaan perlu diperkuatkan bagi mengharungi pusingan kelayakan Piala Asia 2015 Kumpulan D membabitkan Qatar, Bahrain, Yaman dan Malaysia bermula Februari depan, katanya ketika dihubungi hari ini.

Malaysia gagal mempertahankankan kejuaraan Piala AFF Suzuki yang dimenangi pada 2010 apabila tunduk kepada Thailand dengan agregat 1-3 pada saingan separuh akhir.

Dalam pada itu, Subahan tetap dengan pendiriannya bahawa Datuk K. Rajagobal akan terus melatih skuad Harimau Malaya bagi menghadapi pusingan kelayakan Piala Asia kerana kontrak ketua jurulatih skuad kebangsaan tersebut masih berbaki sehingga Disember 2013.

Beliau berkata setakat ini, tiada mesyuarat dipanggil bagi membincangkan kedudukan pengendali berusia 56 tahun itu.

Subahan berkata beliau telah menyerahkan laporan terperinci mengenai prestasi pasukan kebangsaan dan terserah kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Sultan Ahmad Shah bagi menentukan kedudukan Rajagobal.

Sebelum ini, kedudukan Rajagobal sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan dilihat terancam berikutan kemerosotan prestasi Harimau Malaya selepas bergelar juara Piala AFF Suzuki dua tahun lepas.

Pelbagai pihak mengkritik prestasi Harimau Malaya dan mendesak Rajagobal meletak jawatan dengan nama jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee antara calon pilihan untuk mengambil alih jawatan itu.

Subahan berkata pengkritik tidak harus menyalahkan Rajagobal atas  prestasi skuad Harimau Malaya yang kurang menyerlah pada kejohanan berkenaan kerana jurulatih itu sebelum ini telah banyak membangunkan sukan bola sepak tanah air.- Bernama

AG: Prosiding kes saman AES dibekukan

Posted: 18 Dec 2012 04:48 AM PST

SINAR HARIAN

 

SHAH ALAM - Jabatan Peguam Negara mengambil keputusan untuk membekukan kesemua prosiding berkaitan dengan saman kesalahan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), yang dimulakan sejak dua minggu lalu, sehingga beberapa aspek perundangan dan teknikal diselesaikan.

Satu kenyataan dikeluarkan oleh jabatan itu petang ini menyebut bahawa langkah membekukan prosiding diambil bagi meneliti kesemua isu yang dibangkitkan berkaitan dengan kes saman AES.

Bagaimanapun menurut Jabatan Peguam Negara, saman-saman berkaitan kesalahan AES, yang muncul kontroversi, yang dikeluarkan masih sah.

Kata Jabatan Peguam Negara, ekoran perkara-perkara yang dibangkitkan oleh beberapa pihak berkenaan dengan undang-undang dan aspek teknikal, maka pihaknya memutuskan untuk meneliti segala aspek berkenaan.

"Satu keputusan akan dibuat dalam beberapa hari lagi berkenaan isu-isu yang telah dibangkitkan," kata kenyataan jabatan itu.

Kata kenyataan itu, berkaitan dengan empat saman AES yang dilepas tanpa dibebaskan, Jabatan Peguam Negara akan meneliti semula dan akan mendaftarkan semula saman berkenaan jika memerlukan tindakan pendakwaan.

Sinar Harian Online difahamkan keputusan itu dibuat semalam dan dimaklumkan kepada kesemua pendakwa raya yang mengendalikan kes berkenaan hari ini.

Beberapa mahkamah yang mengendalikan prosiding kes saman AES termasuk di Kuala Lumpur dan Putrajaya telah maklumkan berkenaan dengan keputusan itu dan orang kena saman (OKS) yang hadir mahkamah pagi tadi telah diminta pulang tanpa dikenakan sebarang tindakan susulan.

Laporan media 15 Disember lalu menyebut bahawa lebih 10,000 pemandu telah menjelaskan saman AES dari 274,000 saman yang dikeluarkan sejak sistem itu mula beroperasi 23 September lalu.

Timbalan Ketua Pengarah JPJ, Datuk Ismail Ahmad berkata, jumlah pengguna jalan raya yang menjelaskan saman tersebut masih rendah jika dibandingkan dengan jumlah saman yang dikeluarkan.

Keputusan Jabatan Peguam Negara ini dikeluarkan susulan kenyataan Kempen Anti Saman Ekor (Kase) pagi tadi mendakwa kerajaan telah menarik balik notis saman kesalahan yang dilakukan di bawah penguatkuasaan kamera AES tanpa sebarang penjelasan.

Kase meskipun menyambut baik langkah itu tetapi mendakwa seolah-olah terdapat sesuatu yang cuba disembunyikan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Pengerusi Kase, Datuk Mahfuz Omar berkata, langkah kerajaan itu disambut baik oleh pihaknya, namun kerajaan perlu membuat pengumuman secara rasmi kepada rakyat mengenai perkara itu.

"Di mahkamh hari ini pihak pendakwa tarik balik semua saman, ini mengejutkan semua pihak. Kita memang alukan tindakan itu, tapi kerajaan perlu umum secara rasmi.

"Tanpa penjelasan yang diberikan apabila surat saman diserahkan di mahkamah, ini menimbulkan keraguaan seperti ada sesuatu yang disembunyikan," katanya pada satu sidang media di Kuala Lumpur pagi tadi.

Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga Naib Presiden Pas berkata, kerajaan perlu mengumumkan penarikan balik saman serta membatalkan semua saman AES yang telah dikeluarkan.

"Saman yang telah dijelaskan selepas masuk mahkamah mesti dipulangkan semula.

"Saman yang dikeluarkan mesti dibatalkan dan membuat penarikan semula," katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda Pas, Ahmad Zamri As'aad Khuzaimi berkata, hari ini kesemua OKS bagi kes saman AES telah dilepas tanpa dibebaskan, antaranya Mahkamah Majistert Putrajaya telah melepas tanpa membebaskan lima orang.

"Juham dan Kase tidak terkejut dengan tindakan Peguam Negara yang mengarahkan kesemua kes saman AES ditarik balik hari ini.

"Ini kerana peguam-peguam Juham dan Kaser dari awal pendakwaan kes saman AES ini lagi telah membangkitkan bantahan awal kepada mahkamah apabila JPJ telah menyalahi undang-undang  kerana menjalankan pendakwaan di mahkamah tanpa menunjukkan surat kebenaran daripada Jabatan Peguam Negara," kata beliau.

Menurut Ahmad Zamri, bantahan awal oleh peguam-peguam Juham dan Kase telah menyebabkan ada kes yang ditangguh dan pihak JPJ telah diminta oleh mahkamah untuk mengemukakan surat kebenaran untuk mendakwa daripada Jabatan Peguam Negara atau kes saman AES tersebut akan dibatalkan.

Justeru, katanya, tindakan Peguam Negara yang mengarahkan kesemua pendakwaan kes saman AES ditangguhkan atas alasan terdapatnya isu undang-undang yang masih belum selesai.

Katanya, ia juga menunjukkan tindakan saman AES dilakukan dengan tergopoh-gopoh.

"Oleh itu, Juham dan Kase menggesa JPJ dan pihak kerajaan memulangkan kembali wang pembayar denda saman AES yang telah dikutip sebelum ini kerana tindakan Peguam Negara yang mengakui bahawa wujudnya kecelaruan undang-undang dalam pelaksanaan saman AES tersebut membuktikan bahawa pendakwaan yang telah dilakukan oleh pihak JPJ sebelum ini jelas adalah salah dan bercanggah dengan undang-undang.

"Akibat daripada itu, kesemua hukuman denda yang dikenakan juga adalah diragui kesahihan dan boleh dicabar di mahkamah," kata beliau lagi.

PKR kesal bas Jelajah Merdeka Rakyat terus diserang

Posted: 18 Dec 2012 04:40 AM PST

NIZAM ZAIN

 

PETALING JAYA - PKR mengecam sekeras-kerasnya serangan ke atas bas Jelajah Merdeka Rakyat (JMR) Ahad lepas di Tapah, dipercayai dilakukan oleh parti politik saingan.

Ketua Penerangannya, Dr Muhammad Nur Manuty berkata, pihaknya kesal walaupun laporan polis sudah dibuat, namun sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak berkuasa.

"Setakat ini satu pun belum diambil tindakan tanpa memanggil wakil PKR, itu yang kita kesalkan.

"Nampaknya keganasan politik masih terus berjalan tanpa ada sebarang kawalan daripada PDRM yang sepatutnya nuetral  dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana organisasi politik apatah lagi daripada pihak berkuasa," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Muhammad berharap tindakan segera sepatutnya diambil PDRM untuk menghentikan perbuatan keganasan ke atas parti-parti politik dalam setiap kegiatan dan aktiviti mereka.

"Sejak akhir-akhir ini PKR dan Pakatan Rakyat sentiasa menjadi sasaran samseng politik, jelas tindakan ganas mereka seolah-olah terdesak lebih-lebih lagi menjelang Pilihan Raya Umum ke-13," katanya.

Jelasnya, tindakan ganas yang ditonjolkan Umno-BN itu memberi gambaran buruk bahawa amalan demokrasi di Malaysia semakin parah dan membimbangkan sehingga boleh menjejaskan keselamatan rakyat dan juga masa depan negara.

Katanya, insiden serangan ke atas bas JMR Ahad lalu berlaku pada jam 6.30 petang di antara Kilometer 333 dan 327 Lebuh Raya Utara-Selatan, arah utara, sewaktu dalam perjalanan ke program Deepavali anjuran PKR Perak di Tapah.

Peristiwa itu katanya, merupakan kali keempat berlaku selepas siri Jelajah Merdeka Rakyat di Kelantan, Johor, Melaka dan Kedah.

Tim Muhyiddin Sudah Mula Edar Pelekat Untuk Jatuhkan Najib

Posted: 17 Dec 2012 09:32 PM PST


KELAB GREENBOC

Kuala Terengganu – Penemuan dua pelekat dengan gambaran tulisan seolah- olah menolak kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tetapi menyokong timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada peti pos Pejabat Sinar Harian Edisi Terengganu, Batu Burok dilihat cubaan pihak tertentu untuk menarik perhatian editorial di sini.

Bagaimanapun, pelekat dengan tulisan 'Najib Perdana Menteri dok rok cetong. Kami nok Muhyiddin' dengan lambang 1Malaysia tertera di bawahnya mungkin bertujuan menghangatkan bahang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Tidak pasti sama ada ia dilakukan dengan tujuan tertentu untuk melaga-lagakan ahli dan penyokong Barisan Nasional (BN) ataupun wujud gerakan yang benar-benar menolak Najib, pemimpin Umno bagaimanapun tidak melihat ia sebagai perkara serius.

Pengarah Strategi Badan Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Rosli Mat Hassan menganggap ia hanya tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang cuba melaga-lagakan kepimpinan BN.

Beliau turut menjangka lebih banyak lagi perkara yang timbul daripada pihak tidak bertanggungjawab untuk menambah kehangatan PRU13.

"Isu-isu untuk melaga-lagakan. Lepas ni, macam-macam lagi yang timbul," katanya ketika dihubungi Sinar Harian tanpa mengulas lanjut.

Pelekat tersebut kelihatan ditampal beberapa hari lalu di peti pos Pejabat Sinar Harian Edisi Terengganu dan juga di pintu masuk di tingkat bawah yang merupakan laluan utama ke blok bangunan ini.

Sementara itu, perang poster di negeri ini dilihat masih dalam keadaan terkawal, namun 'bunga-bunga' ke arah itu sudah pun kelihatan apabila beberapa poster dan kain rentang memburukkan pemimpin dan parti lain turut dipasang di tempat umum sebelum ini.

Bagaimanapun, keadaan itu tidak begitu disedari orang ramai apabila pihak bertanggungjawab pantas mengambil tindakan menurunkannya dalam tempoh tidak sampai 24 jam.

Terbaru, keadaan juga dilihat agak panas apabila warga Felda Selasih di Jabi baru-baru ini turut menghalang konvoi Kembara Oren Selamatkan Felda yang disertai Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak),iaitu persatuan yang cenderung kepada pembangkang, sehingga menimbulkan kekecohan walaupun tiada kejadian tidak diingini berlaku. -SH

Dia Mengaku Sudah Berzina Dengan 30 Kenalan Facebook

Posted: 17 Dec 2012 09:28 PM PST


KELAB GREENBOC

Usianya baru mencecah 20 tahun, namun dia mendakwa ditiduri secara rela oleh 30 lelaki yang dikenali di fb.

Hanya mahu dikenali sebagai Qila, remaja berasal dari selatan tanah air itu mengaku pada mulanya seronok melalui hidup sebagai 'playgirl' sebelum ditimpa musibah.

Meskipun mempunyai raut wajah sederhana, keinginan untuk memiliki teman lelaki seperti rakan lain yang berwajah cantik tetap menebal dalam diri.

Justeru, tanpa menyiasat latar belakang individu yang mahu mengenali dirinya, dia menerima sesiapa saja sebagai rakan asalkan lelaki.

Mengakui dirinya liar sejak zaman sekolah, anak kelima daripada enam beradik itu mula mengenali arak, dadah dan rokok sejak berusia 17 tahun.

Bukan tiada yang menegur perbuatannya, namun dia enggan mendengar nasihat dan hanya ikut kepala sendiri.

"Saya memang menjadikan fb sebagai batu loncatan untuk mencari kenalan, terutama di kalangan lelaki. Saya akui tidak mempunyai ramai kawan perempuan kerana rimas dan benci dengan sikap penyibuk mereka.

"Ketika rakan lain sibuk membuat ulang kaji untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya sibuk berpeleseran dan 'enjoy' dengan teman lelaki mencari keseronokan dunia," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Ketika peperiksaan berlangsung, Qila tidak duduk bersama keluarga, sebaliknya tinggal sebumbung bersama teman lelaki di rumah sewa. Tidak terlintas langsung kerisauan di hatinya kerana keseronokan bersama teman lelaki yang dikenali melalui fb membuatkan dia terus hanyut.

"Seperti dijangka, apabila keputusan peperiksaan diumumkan, keputusan saya tidak memberangsangkan. Namun saya masih tak ambil kisah kerana teman lelaki sentiasa datang silih berganti untuk menemani.

"Selain memberi wang dan keseronokan, saya menjadi tempat melampiaskan nafsu setiap lelaki yang mahu berkawan. Bagi saya, hal dalam bilik perkara kecil dan bukan masalah besar," katanya.

Menurut Qila, sifat cepat bosan menyebabkan dia sering bertukar teman lelaki hingga ada kala selepas berjumpa seorang lelaki, dia menemui lelaki lain pada hari sama.

"Kegiatan liar saya bagaimanapun berjaya dihidu keluarga, terutama abang yang mengesyaki saya sudah 'dijamah' lelaki, selain melihat perubahan pada wajah yang mempunyai 'mata panda' akibat mengambil dadah berlebihan.

"Mereka bertanya adakah saya mengambil dadah, namun saya tak mengaku hinggalah mereka mengugut mahu menjalankan ujian darah di klinik. Disebabkan tiada pilihan, akhirnya saya mengaku," kata anak kepada pekerja kilang ini.

Qila berkata, selepas keluarga tahu apa berlaku, mereka menangis dan terkilan dengan sikapnya. Bagaimanapun, dia bernasib baik kerana tidak dibuang keluarga, sebaliknya dihantar menjalani pemulihan di sebuah rumah perlindungan untuk gadis bermasalah.

"Selepas ini, saya berjanji akan mengubah hidup dan membantu ibu mengusahakan perniagaan jahitan langsir dan pakaian," katanya yang kini menghidap ketumbuhan di rahim. -hm

Ulasan GB

Ya Allah ya Tuhanku, Lindungi aku dan ahli keluargaku dari perbuatan keji dan mungkar...

Kesesakan Lalu Lintas di Kuala Lumpur. Ramai Warga Kota Yang Menghadapi Tekanan Melampau!!

Posted: 17 Dec 2012 09:24 PM PST

Staff Berita Semasa 

Kami memang tabik dengan kalangan yang tinggal di ibukota Kuala Lumpur dan mencari rezeki di sana. Begitu gigih menghadapi jem & kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur setiap hari semata-mata untuk pergi ke tempat kerja. 

Mungkin inilah antara sebab utama pendengar radio mencanak-canak naik. Sebab mereka, mempunyai lebih banyak masa terluang di dalam kereta. Majoriti pendengar radio di Malaysia adalah golongan bekerja yang menggunakan kereta untuk pergi ke tempat kerja mereka. Rata-ratanya berumur 30 tahun adan ke atas. Dan…..

Situasi Pertama :
  • Huzaifah Musa (Bagi kakitangan syarikat pengiklanan berumur 35 tahun) terpaksa bangun seawal seawal jam 4.30 pagi bagi menyiapkan anaknya ke sekolah dan perlu keluar seawal jam Tinggal di Kajang dan bekerja di Jalan Tun Razak, dia bangun seawal jam 4.30 pagi bagi menyiapkan sarapan serta menggosok pakaian untuk suami dan anak sulungnya yang bersekolah.
  • Katanya, dia tidak sempat menggosok pakaian anaknya pada sebelah malam kerana lewat sampai ke rumah disebabkan terpaksa mengharungi kesesakan jalan raya.
  • Andaikata mereka terlewat sedikit, semua perancangan akan berubah dan kadangkala beliau tidak sempat sampai tepat pada masanya disebabkan jalan raya mula sesak.
  • "Saya sampai ke rumah semula jam 8 malam dan tiada masa lagi untuk memasak. Terpaksa meminta suami membeli makanan di kedai berhampiran.
  • "Hendak buat macam mana, kami berdua bekerja. Kalau nak harapkan suami saja bekerja, memang tidak cukup untuk menampung perbelanjaan kami," katanya.
Situasi Kedua :
  • Zarinah Ishak (pegawai pemasaran berumur 35 tahun) ,perlu bangun seawal jam 5 pagi untuk bersiap sedia bagi mengelak kesesakan di Lebuhraya Persekutuan.
  • "Selain kos hidup tinggi, kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur menjadi antara kebimbangan kebanyakan penduduk yang menetap atau bekerja di ibu kota, terutama yang menggunakan bas dan memandu kereta.
  • "Saya bertolak dari rumah untuk menghantar anak ke tadika sekitar jam 7 pagi sebelum meneruskan perjalanan ke pejabat di Jalan Yap Kwan Seng menggunakan Lebuhraya Damansara-Puchong.
  • Zarinah berkata, dia terpaksa bersabar setiap kali mengharungi kesesakan lalu lintas, terutama ketika hujan lebat, kerana keadaan trafik menjadi teruk dan pernah terkandas sehingga empat jam.
  • Zarinah berkata, masalah itu menjadi satu cabaran kepada dia dan suaminya hampir setiap hari sejak menetap di ibu kota 10 tahun lalu.
  • "Sebelum berkahwin dan mempunyai anak, saya menaiki LRT ke tempat kerja kerana tidak perlu mengharungi kesesakan lalu lintas, cuma terpaksa berebut dan tahan dengan pelbagai kerenah penumpang pengangkutan awam," katanya.
Situasi Ketiga :
  • Bagi Mohd Haikal Daud, 33, dia memilih menggunakan motosikal ke tempat kerja kerana tidak tahan dengan kesesakan teruk ke ibu kota sehingga kadangkala terpaksa berada di dalam kereta hampir empat jam.
  • "Bukan setakat dapat menjimatkan masa, tetapi juga wang belanja. Saya biarkan isteri membawa kereta dan saya lebih senang menaiki motosikal ke tempat kerja kerana boleh mencelah.
  • "Mana boleh tahan kalau setiap hari sampai rumah jam 9 malam dan terpaksa keluar awal. Apa kaedah digunakan pun, saya rasa tidak mampu mengatasi kesesakan  lalu lintas di Kuala Lumpur kerana setiap hari jumlah penduduk yang berhijrah semakin ramai," katanya.

P/S : Bagaimana pula dengan situasi anda yang tinggal dan bekerja di ibukota Kuala Lumpur sini?

Umno BN seleweng fakta untuk 'jatuhkan' Anwar & pembangkang

Posted: 17 Dec 2012 09:14 PM PST

Oleh Sidiqin Omar

TRONOH : Rakyat perlu kaji secara teliti setiap laporan berita media Umno BN kerana terkandung di dalamnya mitos yang menafikan kebenaran, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Umum KEADILAN berkata, banyak fakta diseleweng untuk memburukkan beliau dan pemimpin Pakatan Rakyat terutama penglibatannya dalam pentadbiran kerajaan.

"Rakyat mesti kenal mana satu mitos, mana satu fakta. Apa kenyataannya? Saya ketika jadi Menteri Kewangan pada 1993 tulis kepada Bank Dunia, (minta) hentikan pinjaman, tidak mahu pinjam lagi.

"Sebab wang kita dah lebih. Lihat, di antara realiti dan dongeng. Kenyataannya, saya yang ambil keputusan hentikan hutang," kata Anwar sambil menunjukkan graf kewangan dan hutang negara di layar besar pentas Himpunan Jelajah Kebangkitan Rakyat di Seri Iskandar, Perak malam tadi.

"Tetapi mitosnya (Umno BN kata) saya (pula sokong) IMF, Bank Dunia. Kerana saya pada 1996 hingga 1997 jadi Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Bank Dunia dan IMF. Tapi saya tetap (tak mahu pinjam). 1998 saya masuk 'istana hinggap' Sungai Buloh.

"Kemudian Mahathir (Mohamad) jadi Menteri Kewangan. Tahun 1999, dia tulis surat kepada Bank Dunia minta pinjam. Rakyat tak tahu. Ada keluar TV3? Utusan lapor? Tak ada!" tegas Anwar depan 20,000 rakyat.

Sambungnya, ketika menjadi profesor jemputan dan jawatankuasa akauntabiliti dan program anti rasuah di Universiti of Georgetown, Amerika Syarikat pada 2006 mendapati, Mahathir membuat pinjaman kepada Bank Dunia.

"Rupa-rupanya fail Malaysia terbukti permohonan daripada kerajaan Malaysia minta hutang daripada Bank Dunia. Kenyataannya Dr Mahathir minta hutang, Anwar tak minta hutang.

"(Kemudian) lepaskan (propaganda), (kata) Anwar IMF, Mahathir anti (IMF). Ini sebabnya Najib (Razak) takut debat," tegas Anwar.

Tambahnya, sejak beliau 'dipaksa' meletakkan jawatan Menteri Kewangan pada 1998, hutang negara terus bertambah dengan jumlah terkini mencecah RM500 bilion.

"Kalau dulu tahun 1970, Tun Razak hutang Bank Dunia untuk pembangunan luar bandar, buat Felda. Zaman Najib sahaja hutang RM300 bilion. Saya nak tanya orang Parit. Dalam tiga tahun kebelakangan ini, ada perubahan? Sebab itu kita lawan berdasarkan angka dan fakta," tegas Ketua Pembangkang.

Turut hadir pada himpunan tersebut, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Timbalannya Mohamad Sabu dan Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Tan Seng Giaw.

Lancar kapal TLDM: Rosmah lebih sudu dari kuah – Kobat

Posted: 17 Dec 2012 09:12 PM PST

Oleh Norutul Ilham

KUALA LUMPUR: Kor Bekas Anggota Tentera/Perajurit (Kobat) KEADILAN Pahang mempersoal  pelancaran Kapal Latihan Gagah Samudera milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) oleh Datin Seri Rosmah Mansor.

Pengerusinya, Datuk Fauzi Abdul Rahman berkata, pelancaran tersebut patut disempurnakan seorang yang berjawatan dalam kabinet, ataupun mengikut protokol kerajaan, bukannya oleh isteri Perdana Menteri.

"Siapa yang jadi Perdana Menteri, Najib ke Rosmah? Sepatutnya diberikan kepada Agong ataupun Permaisurinya. Paling tidak, ia harus ikut protokol. Bukannya kepada isteri Perdana Menteri yang baru empat tahun mentadbir.

"Dia (Rosmah) memang 'muka tebal', tak tahu malu. Ini akan buatkan rakyat bertambah meluat dengan sikap beliau yang akhirnya memberi kesan kepada Najib (Razak)," katanya ketika dihubungi.

Kapal tersebut diberi nama Gagah Samudera sebagai kesinambungan kepada Kapal Layar Diraja (KLD) Tunas Samudera. 'Samudera' merupakan identiti bagi kapal latihan milik TLDM.

Turut hadir pada majlis penamaan dan pelancaran kapal latihan tersebut di Kampung Sijangkang, Kuala Langat pada Jumaat lalu adalah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

"Kalau nak dibandingkan Rosmah dengan isteri mantan Perdana Menteri lain, jauh sekali berbeza. Malah Tun Siti Hasmah isteri yang berwibawa.

"Inilah yang dikatakan lebih sudu daripada kuah. Rosmah suka buat perkara yang tak patut. Adakah dia Menteri Pertahanan, Perdana Menteri atau Permaisuri Agong?" soal Fauzi yang juga Pengerusi KEADILAN Pahang.

K'jaan abai 300,000 rakyat, tapi warga asing dapat IC

Posted: 17 Dec 2012 09:06 PM PST

Oleh Aisha Geoffrey

KUALA LUMPUR: Umno BN mengabai tuntutan 300,000 rakyat yang menetap puluhan tahun di negara ini untuk mendapatkan hak kerakyatan mereka, tetapi warga asing diiktiraf sebagai warganegara.

Naib Presiden KEADILAN, N Surendran berkata, kerajaan ternyata tidak serius menangani masalah kewarganegaraan rakyat sendiri, malah tergamak memberi kad pengenalan (IC) kepada warga asing yang sememangnya tidak layak.

Beliau membidas sikap kerajaan dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang sehingga kini masih belum membuat sebarang tindakan berhubung permohonan IC biru 308 rakyat India, minggu lalu.

"Sehingga kini masih tiada tindakan serius dari JPN. Inilah bukti kerajaan tak ambil pusing untuk menyelesaikan masalah rakyat," kata Surendran ketika dihubungi.

"Kita juga mempersoal tindakan jahat Umno yang begitu mudah memberi kerakyatan kepada warga asing hanya untuk menang pada PRU 13," tegasnya.

Jumaat lalu, hampir 2,000 berhimpun untuk mendapat hak kerakyatan di Pejabat Pendaftaran Negara (JPN), Putrajaya.

Masalah ketiadaan IC bukan sahaja membelenggu 300,000 kaum India, malah turut melibatkan orang Melayu.

Surendran berkata, semua 308 rakyat yang memohon untuk memperoleh kerakyatan itu dilahirkan di negara ini atau ada di antara ibu bapa mereka adalah warganegara.

Menurutnya, di bawah Perkara 14 Perlembagaan Persekutuan, ini menjadikan mereka warganegara Malaysia melalui kuatkuasa undang-undang.

Walaupun notis terlebih dahulu diberikan, JPN gagal memenuhi 500 permohonan kaum India untuk memikili IC. Hanya 308 berjaya dimasukkan ke dalam permohonan mereka setelah mengisi borang di kaunter pendaftaran yang dibuka JPN pada hari tersebut ekoran rakyat duduk bantah di situ.

"Ia merupakan perbuatan zalim apabila rakyat dipinggir, warga asing diutamakan," kata Surendran.

Aliran wang haram: M'sia kedua tertinggi di dunia

Posted: 17 Dec 2012 09:05 PM PST

KUALA LUMPUR: Hampir RM200 bilion wang kotor mengalir keluar dari Malaysia pada tahun 2010 – meletakkan negara ini di tempat kedua di belakang kuasa ekonomi Asia, China, dalam pengaliran modal global.

Badan pemantau – Global Finandial Integrity (GFI) yang berpangkalan di Washington – dalam laporan terbarunya yang menjejaki pengaliran modal berkata, tahap pengaliran wang haram dari Malaysia itu pada tahun 2010 adalah yang tertinggi dalam tempoh 10 tahun.

GFI telah memperkenalkan kaedah baru dan lebih konservatif dalam membuat anggaran aliran keluar wang haram, yang membantu untuk memberi tumpuan ekslusif terhadap wang kotor. Oleh itu, anggaran dari laporan terdahulu telah disemak semula.

Tahun lepas, GFI telah meletakkan angka aliran keluar wang haram bagi Malaysia pada tahun 2009 ialah AS$46.86 bilion (RM143.3 bilion). Ini telah diubah kepada AS$30.41 bilion (RM93 bilion).

Laporan terbaru mendapati lonjakan dramatik pengaliran modal di Malaysia – dari AS$30.41 bilion (RM93 bilion) pada tahun 2009 kepada AS$64.38  bilion (RM196.8 bilion) pada tahun 2010.

GFI belum memperolehi data untuk 2011 dan 2012, tetapi ini akan dimasukkan ke dalam laporan yang akan datang.

Pemantau kewangan global itu telah memberi amaran bahawa pengaliran modal di Malaysia adalah "pada skala yang dilihat di beberapa negara Asia".

Laporan GFI – 'Aliran Kewangan Haram Dari Negara Membangun: 2001-2010′ – dihasilkan bersama oleh ahli ekonomi GFI, Sarah Freitas dan Dev Kar, yang merupakan bekas ahli ekonomi kanan di Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Menurut GFI, bagi aliran keluar wang haram terkumpul sepanjang lebih 10 tahun – dari 2001 hingga 2010 – Malaysia berada di kedudukan ketiga di dunia, selepas China dan Mexico.

Jumlah anggaran untuk tempoh 10 tahun bagi Malaysia ialah AS$285 bilion (RM871.4 bilion), manakala bagi China ialah AS$2,740 bilion, dan Mexico, AS$476 bilion.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mempertikai angka GFI dan memaklumkan kepada Parlimen tahun lepas angka yang lebih rendah sebanyak RM135.3 bilion bagi aliran keluar modal haram 2000-2009.
Bagaimanapun, data GFI disokong oleh penyelidikan yang berbeza awal tahun ini oleh organisasi lain – Tax Justice Network yang berpangkalan di London – yang mendapati Malaysia adalah antara negara teratas di dunia dalam aliran modal. – Malaysiakini

Bayi tahanan ISA belum pernah jumpa bapa, isteri 'hilang arah'

Posted: 17 Dec 2012 09:02 PM PST

KUALA LUMPUR : Di sebalik kenyataan kerajaan mahu memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), hakikatnya masih ada mangsa yang menanggung sengsara kerana akta yang zalim itu.

Kesengsaraan itu dirasai oleh 27 keluarga, membabitkan 27 tahanan ISA yang masih meringkuk di Kem Tahanan Perlindungan (Kemta), Kamunting.

10 di antara mereka merupakan warganegara Malaysia, manakala selebihnya dari negara luar seperti Sri Lanka, Bangladesh, India dan Iraq.

Mungkin ramai di kalangan rakyat Malaysia berasakan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan ISA dimansuhkan, maka semua tahanannya dibebaskan.

Hakikatnya, ramai yang tidak tahu bahawa masih ada tahanan akta itu yang masih terkurung dan tertakluk dengan undang-undang baru, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA yang menggantikan ISA.

GMI, peguam ke Tawau

Episod kesengsaraan mangsa ISA ini dirasai Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) yang masih komited dalam usaha membebaskan semua tahanan ISA yang masih 'terperangkap'.

Pada 16 November lalu, mereka menziarahi lapan keluarga tahanan ISA di Tawau, Sabah bagi mendapatkan maklumat dan memberikan khidmat nasihat kepada mereka.

Selain itu, kepayahan dan kesengsaraan mereka yang ditinggalkan ketua keluarga sudah tentu menjadi agenda utama GMI.

Harakah Daily melaporkan, rombongan diketuai Aliza Jaffar, yang juga isteri bekas tahanan ISA, Saari Sungib (kini Adun Hulu Kelang).

Mereka tujuh orang, termasuk dua peguam meluangkan masa tiga hari dan dua malam untuk menyantuni keluarga tahanan ISA.

'Hilang' sumber pendapatan

Lapan keluarga yang ditemui, kebanyakannya kehilangan tempat bergantung, lebih-lebih lagi bagi isteri-isteri yang tidak bekerja.

Sementelah suami kesayangan mereka ditahan akta kejam itu, anak-anak yang masih kecil turut menjadi mangsa apabila ada di antara mereka yang tidak pernah bersua muka dengan bapa mereka.

Asmira Amil, isteri kepada tahanan Adzmi Pindaton, yang sedang hamil lima bulan ketika suaminya ditahan November 2011 lalu, masih belum sempat membawa bayinya untuk ditunjukkan kepada suaminya.

Malah, kebanyakan mereka hanya dapat bertemu dengan tahanan hanya di awal penahanan, ekoran masalah kewangan yang begitu mendesak.

Selain keluarga Adzmi, GMI juga berpeluang menemui isteri kepada tahanan, Bakar Baba; isteri tahanan Darto Bandu; isteri tahanan Nazri Dollah; isteri tahanan Mohd Adnan Umar; nenek kepada isteri tahanan Muadz Hakim, kakak tahanan Mohd Sarail Osman; dan ibu tahanan Shamsuddin Alik.

Dua dibebaskan awal

Bagaimanapun, Sarail dan Shamsuddin telah dibebaskan sehari selepas lawatan GMI ke Tawau – yang difahamkan mereka dibebaskan lebih awal dari tempoh yang ditetapkan.

Menyedari ramai di kalangan ahli keluarga yang tidak tahu berbuat apa-apa sementara menanti tarikh pembebasan orang tersayang, GMI terpanggil untuk memberi khidmat nasihat peguam.

Diugut tidak bertemu peguam

Biarpun GMI dimaklumkan ada keluarga yang diugut polis agar tidak berhubung dengan peguam, mereka diberi penjelasan yang jelas berkenaan hak mereka.

Majlis penerangan mengenai hak-hak mereka disampaikan secara jelas oleh peguam Murnie Hidayah Anuar dan Farhana Abdul Halim dari Lawyers For Liberty (LFL).

Sasar RM50,000 dana untuk keluarga tahanan

Satu inisiatif diambil untuk melancarkan kempen kutipan dana bagi membantu keluarga tahanan dengan GMI mensasarkan sebanyak RM50,000.

Bagi anda yang prihatin dengan keperitan dan kesengsaraan tahanan dan keluarga mereka, segala sumbangan yang ingin anda berikan boleh dilakukan melalui akaun Maybank 162209939776 atas nama Nashita Md Nor (Bendahari GMI).

Ternyata, mansuhnya ISA bergantinya SOSMA, lukanya masih sama, malah lebih parah lagi menghiris tahanan dan keluarga mereka.

GMI mengharapkan dengan sumbangan dana yang diberikan, dapat membantu meringankan beban mereka, di samping membantu gerak kerja GMI untuk meneruskan kempen menentang akta zalim ini.

KERAJAAN AKAN PANTAU PROGRAM 1AZAM

Posted: 17 Dec 2012 08:53 PM PST


CENDERAHATI….MASIUNG menerima cenderahati daripada pihak penganjur.

Oleh : SHAIMON S JUMADI


PEJABAT Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuamut akan memantau perkembangan peningkatan ekonomi yang disertai peserta Program 1 Azam yang dilaksanakan bagi memastikan setiap peserta miskin tegar itu dapat mengubah sosio ekonomi mereka mengikut perancangan kerajaan.

Wakil Rakyat Kuamut, Masiung Banah berkata, pejabat DUN Kuamut juga akan melakukan pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan setiap bantuan peralatan Program 1 Azam yang disalurkan kerajaan digunakan sepenuhnya oleh penerima dalam mengembangkan bidang yang diceburi.

"Pemantauan yang dilakukan bukanlah untuk hendak menyusahkan peserta, tetapi apa yang kita mahu adalah supaya setiap rakyat yang terlibat dalam apa jua program kerajaan ini dapat mengubah corak kehidupan yang sebelum ini dikatakan susah kepada lebih selesa pada masa akan datang", jelasnya.

"Kerajaan juga mahu setiap daripada mereka yang terlibat dengan program 1 Azam ini akan menggunakan dengan sebaiknya peralatan yang disalurkan kerajaan bagi memastikan kehidupan mereka benar-benar berubah seperti yang dirancang", katanya di sini.

Katanya, ia selaras harsrat kerajaan melalui transformasi yang dilaksanakan pada masa kini yang mahukan rakyat khususnya masyarakat luar bandar maju seiring pembangunan negara.

"Apa yang kita mahu sebenarnya adalah merealisasikan hasrat keikhlasan kerajaan yang mahu melihat setiap rakyat maju seiring dengan pembangunan negara dan bukannya terus dibelenggu dengan kemiskinan yang seolah-olah menjadi waris keluarga", tambahnya.

Beliau berucap pada Majlis Penyampaian Barangan Serahan Program 1 Azam Daerah Tongod di Dewan Kampung Tongodon, di Tongod. Turut hadir pada majlis, Urusetia Program 1 Azam, Mohd. Fakhri Abidin.

Masiung berkata, kerajaan melalui kementerian yang dilantik akan sentiasa membantu memberi pendedahan kepada masyarakat yang berminat menceburi sesuatu bidang khususnya dalam mengubah landskap sosio ekonomi keluarga.

Jelasnya, ia termasuk memberi pendedahan awal kepada masyarakat tentang kemahiran yang diceburi selain membangunkan minda dan sikap masyarakat agar mampu hidup lebih selesa.

Pada majlis menyaksikan seramai lebih 90-peserta 1 Azam terdiri golongan miskin tegar dan yang berdaftar dengan pangkalan data e-Kasih menerima peralatan membuat kuih tradisional dan makanan komersial serta peralatan refleksologi.

Putrajaya: Adil boleh, kalau kecoh tak boleh

Posted: 17 Dec 2012 04:20 PM PST

KANGAR: "Boleh ke kita ambil Putrajaya," tanya Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu ketika berucap pada Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat Negeri Perlis di sini, malam tadi.

"Boleh!" jawab para hadirin.

Lantas, Mohamad berkata: "Kalau pilihan raya adil, boleh, kalau kecoh, tak boleh".

Dengan sebab, katanya diadakan himpunan aman Bersih 1, 2 dan 3 untuk menuntut pilihan raya yang adil dan bersih.

Dalam nada berseloroh, beliau berkata Bersih 4 tidak diadakan kerana telah 'dicuri' oleh Umno yang mengadakan 'tarian punggung' di hadapan rumah Datuk S Ambiga.

Beliau menegaskan walaupun pilihan raya lalu berlangsung dalam keadaan yang tidak bersih, namun parti pembangkang dapat memenangi lima buah negeri.

Dengan sebab itu, katanya, terdapat pemimpin Umno BN yang mempersoalkan Pakatan Rakyat yang mendakwa perjalanan pilihan raya tidak bersih sedangkan mencapai kejayaan di negeri-negeri berkenaan.

"Mereka kata, pasal apa kamu (Pakatan Rakyat) menang lima negeri, kata (pilihan raya) tak adil.

"Kalau pilihan raya bersih, lama dah kita perintah. Kalau adil, dah lama kamu jadi pembangkang," ujarnya pada majlis yang diadakan di Kompleks PAS Perlis, Kampung Pondok. Turut berucap ialah Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan anggota Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP, Dr Tan Seng Giaw.

Sehubungan itu, beliau yakin akan berlaku perubahan dalam pilihan raya umum nanti ekoran sambutan puluhan ribu yang menyertai siri jelajah Himpunan Kebangkitan Rakyat di seluruh negara.

Beliau selanjutnya mengulangi jemputan kepada semua rakyat Malaysia ke Himpunan 1 Juta Rakyat yang akan diadakan di ibu negara pada 12 Januari hadapan.

Kerajaan BN balas mandat rakyat dengan 'racun', 'projek swasta'.

Posted: 17 Dec 2012 04:12 PM PST

-Roketkini.com

GEORGE TOWN, 16 DISEMBER: Ibarat kacang lupakan kulit, kerajaan Barisan Nasional (BN) membalas mandat yang diberi rakyat pada 2008 dengan sisa toksik dan rampasan tanah.

Bendahari DAPSY Negeri Johor, Ee Chin Li, berkata janji transformasi BN selepas tsunami 2008 menjadi satu transformasi 'jahat'.

"Rakyat, pengundi di Pahang, Johor, Sabah dan Sarawak sudah memberi mandat kepada BN untuk membentuk kerajaan, namun seperti di Pahang, kerajaan BN membalas budi mereka dengan 'hadiah' kilang nadir bumi Lynas yang akan menghasilkan sisa radioaktif yang bakal membahayakan kesihatan penduduk di Kuantan," katanya ketika sesi perbahasan Kongres DAP Kebangsaan di PISA.

Beliau berkata, ada laporan menyatakan BN juga bersekongkol menghalau penduduk Orang Asal di Sarawak untuk membina empangan manakala di Johor pula keadaan yang hampir sama berlaku apabila kerajaan negeri melancarkan Projek Petrokimia, di Pengerang.

Berikutan projek itu, lebih 10 kampung dan 10,000 ribu penduduk yang tinggal di atas tanah seluas 26,500 ekar di Pengerang akan dihalau demi projek petrokimia Rapid.

"Ia menyebabkan kemudahan awam terjejas termasuk sekolah, tapak perkuburan Cina, tanah perkuburan Islam, tokong dan masjid. Paling menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk tempatan ialah mereka tidak diberitahu dan peluang berbincang sebelum projek petrokimia itu dimulakan.

"Dan lebih menyedihkan apabila Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Azalina Othman Said seolah-olah lebih membela projek itu dari menjaga rakyat yang memilihnya.

"Sehingga kini Ahli Parlimen dan ADUN mereka cuma berdiam diri. Tidak mahu berdepan serta mendengar luahan dan suara hati pengundi yang memilihnya," katanya. -Roketkini.com

"Kemajuan terjamin, agama terbela, rakyat terpelihara di bawah DAP"- Mohd. Shaipol

Posted: 17 Dec 2012 04:09 PM PST

 Roketkini.com

GEORGE TOWN: Kehebatan DAP-Pakatan Rakyat (PR)  memerintah Pulau Pinang kerana menjalankan amanah rakyat dengan baiknya, sedangkan UMNO-Barisan Nasional (BN) yang memerintah negeri itu sebelum ini hanya menipu rakyat terutama orang Melayu dengan segala retorik untuk mengaburi mata rakyat.

Wakil DAPSY Taman Penaga, Pulau Pinang, Mohd Shaipol Ismail berkata, walaupun UMNO-BN banyak menabur fitnah kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan DAP, rakyat sudah bijak menilai dan sokongan rakyat kepada DAP dan Pakatan Rakyat (PR) semakin kukuh.

"Hasil daripada dasar Cekap, Akauntabel dan Telus (CAT), kini rakyat Pulau Pinang semakin terbela. Kerajaan negeri menyedia peruntukan kepada ibu tunggal, mewujudkan skim warga emas, sumbangan pelajar miskin dan OKU tanpa mengira kaum dan pilih kasih." tegasnya dalam perbahasan ketika Kongres Kebangsaan DAP ke-16, di PISA.

Kontraktor Melayu berdaya saing di Pulau Pinang

Mohd Shaipol yang juga Ahli Majlis Seberang Perai berkata, kerajaan Pulau Pinang juga tegas dalam tadbir urus dan anti-rasuah.

"Ketelusan pemberian kontrak secara tender terbuka memperlihatkan kontraktor Bumiputera mampu bersaing, menjadikan kontraktor Bumiputera memperoleh hampir 80 peratus tender yang dikeluarkan kerajaan negeri Pulau Pinang sepanjang 2008 hingga 2012.

"Ia jauh berbeza dengan pemerintahan BN yang hanya dimonopoli kroni daripada UMNO, Gerakan, MCA dan MIC bagi mengaut keuntungan dengan cara runding terus," katanya.

Peruntukan Hal Ehwal Islam Pulau Pinang meningkat

Menurutnya, UMNO kini semakin cemas sebab itu sentiasa memainkan sentimen perkauman dan agama sehingga mereka mempertikaikan nasib Melayu dan Islam di negeri ini yang mendakwa apabila DAP memerintah yang Ketua Menterinya adalah seorang Cina, sedangkan  ketika BN memerintah dulu, Ketua Menterinya, Koh Tsu Koon juga berketurunan Cina.

"Masa BN memerintah pada 2007, peruntukan kepada Majlis Agama Islam sekitar RM12 juta. manakala sejak 2008 ketika Ketua Menteri, Lim Guan Eng, peruntukan diberi sekitar RM25.7 juta dan meningkat setiap tahun dan tahun ini sebanyak  RM64.03 juta diperuntukkan untuk agama Islam.

"Ini  tidak termasuk sumbangan kepada al-huffaz yang tidak pernah terfikir oleh mana- mana pemimpin Gerakan-UMNO-BN dulu. Bermula 2009 peruntukan berjumlah RM75,000 diberi dan meningkat setiap tahun." tambahnya.- Roketkini.com

ALHUSSEYN

Posted: 18 Dec 2012 03:13 PM PST

Mat Zain bin Ibrahim, SAC II G/5776 (Retired), 

Kepada, YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar,

IGP, Ketua Polis Negara, Polis Di-Raja Malaysia, 

Bukit Aman, 50560 Kuala Lumpur. 

Email:iho@rmp.gov.com 

28hb.March 2010 

YDH Tan Sri, PENYIASATAN KES VIDEO LUCAH DAN KESUDAHANNYA :- MAKLUMAT HUBUNGAN LAMPAU DIANTARA TIGA TAN SRI IAITU, GHANI PATAIL , MUSA HASSAN DAN RAHIM THAMBI CHIK. 

Semoga Tan Sri tenang dan tabah menangani cabaran mendatang. 

 2. Saya percaya Tan Sri sedar video lucah mana yang saya maksudkan. Saya yakin sepenuhnya bahawa PDRM mampu menjalankan tanggung jawabnya menjalankan siasatan tersebut secara professional dan berkecuali dan tidak terpengaruh dengan tekanan mana-mana pihak sekalipun, lebih-lebih lagi dibawah pimpinan Tan Sri ketika ini. 

2.1. Namun begitu kertas siasatan ini kelak akan diteliti dan diputuskan olih Gani Patail,Peguam Negara.Diperingkat inilah dijangka akan berlaku, putar belit, manipulasi, penipuan dan pemalsuan apabila sedar akan caramana Gani Patail dan Musa Hassan menangani penyiasatan kes-kes jenayah apabila melibatkan Anwar Ibrahim(Anwar) dan Rahim Thambi Chik (Rahim) dimasa lampau. 

2.2. Tidak syak lagi isu video ini adalah satu lagi "pertembungan" diantara Anwar dan Rahim. Adalah dipercayai juga motif pendedahannya, tidak kira samada video tersebut adalah tulen atau direkacipta, adalah terbit daripada dendam lama Rahim terhadap Anwar atas isu peribadi atau politik diantara mereka berdua. LAPORAN POLIS ANWAR YANG MEMBABITKAN RAHIM. 

3. Diantara 9 July 1999 hingga 20 Ogos 1999, Anwar telah membuat sejumlah empat(4) laporan Polis, mendedahkan perbuatan rasuah pemimpin-pemimpin Politik dan Kerajaan. Dalam laporan-laporan berkenaan Anwar turut mendakwa dan menamakan mantan Perdana Menteri Tun Mahathir, Peguam Negara Allahyarham Mohtar Abdullah dan Gani Patail, ketika itu DPP Kanan, sebagai orang-orang yang telah menyalahgunakan kuasa dan menutup kes-kes rasuah tersebut. 

3.1. Pertembungan lampau antara Rahim dan Anwar adalah apabila salah satu di antara laporan tersebut iaitu Tun H.S.Lee report 22517/99 bertarikh 20.8.1999 yang dibuat olih Anwar melibatkan Rahim. Dalam laporan ini Anwar juga mendakwa Tun Mahathir, Allahyarham Mohtar dan Gani Patail sebagai telah menyalahgunakan kuasa mereka melindungi perbuatan rasuah Rahim serta menutup siasatan dan tidak mengenakan sebarang pendakwaan terhadap beliau. 

3.2. Bersekali dengan report tersebut, Anwar telah menyertakan satu set salinan laporan siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR) terhadap Rahim yang disahkan oleh Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara dan ditanda tangani oleh Gani Patail yang mengkelaskan dokumen tersebut sebagai RAHSIA. Dokumen-dokumen ini dikatakan diberi kepada Anwar oleh Peguam Negara dan/atau Gani Patail ketika Anwar masih Timbalan Perdana Menteri. 

 4. Untuk makluman Tan Sri, secara kebetulan, saya yang menangani keempat-empat laporan yang Anwar buat itu termasuk laporan melibatkan Rahim atas sifat saya sebagai Ketua Jabatan Sisasatan Jenayah(KJSJ) Kuala Lumpur ketika itu. Saya perhatikan juga amaun rasuah melibatkan Rahim adalah antara yang paling sedikit jika dibandingkan dengan laporan-laporan lain. Jumlah terlibat lebih kurang RM40 juta(Empat puloh juta Ringgit sahaja) atau angka yang lebih tepat ialah RM 39,782,772.60 sen. Amaun ini dikatakan diperolehi olih Rahim menerusi salahguna kuasa dan kegiatan rasuah setakat yang dapat dikesan menerusi siasatan terperinci BPR dan disahkan olih Gani Patail. 

4.1. Sebagai rekod Tan Sri, amaun terbesar yang disebutkan dalam salah satu laporan Anwar itu, melibatkan seorang pemimpin yang dikatakan telah memperolehi harta berjumlah dalam lingkungan RM 370 juta.(tiga ratus tujoh puloh juta Ringgit) dalam bentuk RM 220 juta tunai dan RM150 juta dalam bentuk saham, menerusi jalan rasuah. 

5. Wajar saya jelaskan disini bahawa terdapat perbezaan pendapat antara KJSJ Kuala Lumpur dengan Jabatan Peguam Negara mengenai cara pendekatan menangani laporan-laporan Anwar tersebut. Jabatan Peguam Negara menasihatkan supaya laporan-laporan tersebut diklasifikasikan di-bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 sahaja. Manakala KJSJ berpendapat klasifikasi ini tidak sepadan dengan laporan dan keterangan yang pengadu kemukakan serta mencadangkan kesemua laporan berkenaan diklasifikasikan dibawah Seksyen 2(1) Emergency (Essential Powers) Ordinance 2,1970 berkaitan kesalahan salahguna kuasa. Cadangan bertulis KJSJ terdapat dalam fail rujukkan (PR)35/26 bertarikh 25.8.1999. Siasatan di bawah Seksyen ini dijangka akan membabitkan rakaman keterangan daripada Tun Mahathir, Allahyarham Mohtar dan Gani Patail sendiri serta lain-lain kenamaan. 

 5.1. Bagaimanapun pada 28.8.1999 saya telah menerima satu surat daripada Jabatan Peguam Negara Rujukan PRM(WP)5/99 SULIT(5) yang dialamatkan kepada saya persendirian, memaklumkan secara spesifik bahawa laporan yang Anwar buat melibatkan Rahim, akan disiasat oleh Musa Hassan setelah kononya Gani Patail membuat laporan terhadap Anwar pula kerana kesalahan di-bawah Akta Rahsia Rasmi. 

5.1.2. Apa yang berlaku ialah, Gani Patail dengan kemudahan yang diberi oleh Musa Hassan telah menterbalikkan kedudukan laporan Anwar yang melibatkan Rahim untuk menyebabkan Anwar pula disiasat dibawah Akta Rahsia Rasmi. Lebih mudah untuk saya menyatakan laporan melibatkan Rahim itu telah di"hijacked" oleh Musa Hassan daripada tangan KJSJ Kuala Lumpur. 

5.1.3. Saya tidak pernah melihat laporan Polis yang kononya dibuat oleh Gani Patail itu ataupun kertas siasatan yang kononnya dibuat oleh Musa Hassan. Belum pernah juga berlaku Jabatan Peguam Negara pula yang memilih Pagawai Penyiasat yang mereka berkenan menyiasat sesuatu laporan polis. 

5.2. Bagi mengelakkan sebarang keraguan berkaitan peristiwa diatas,saya sertakan buat pertama kalinya salinan surat Jabatan Peguam Negara bertarikh 28.8.1999 yang saya maksudkan. Walaupun ringkas, surat ini dengan jelas menunjukkan posisi Gani Patail, Musa Hassan dan saya berkaitan siasatan laporan Anwar yang melibatkan Rahim. 

5.3. Secara kebetulan saya telah melaporkan perkara ini ketika Tan Sri masih Timbalan Ketua Polis Negara lagi, menerusi surat saya bertarikh 6.5.2010 dengan salinannya kepada YB Menteri Dalam Negeri. 6. Perbandingan yang boleh dibuat disini ialah apabila menangani siasatan terhadap Anwar, Gani Patail dan Musa Hassan sanggup melakukan apa sahaja antaranya memaksa pakar Kerajaan membuat beberapa laporan palsu, mengujudkan keterangan DNA palsu, menipu dan melakukan tindakan-tindakan melampaui batasan undang-undang dan lojik untuk mensabitkan kesalahan terhadap Anwar. 

6.1. Sebaliknya apabila menangani siasatan berkaitan Rahim pula, Gani Patail dan Musa Hassan, sanggup melakukan apa sahaja antaranya, menterbalikkan fakta dan memutarbelitkan keterangan untuk membersihkan Rahim daripada sebarang salah laku jenayah sambil meletakkan kesalahan terhadap pengadunya pula. 

 6.2. Walaupun Musa Hassan telah bersara namun Gani Patail masih berkuasa sebagai Peguam Negara.Apabila siasatan mengenai video lucah ini sampai ketangan Jabatan Peguam Negara kelak, kita boleh menjangka pendirian Gani Patail, lebih-lebih lagi apabila mengambil kira isu video lucah ini juga adalah pertembungan antara Rahim dan Anwar. 

 6.3. Sekadar makluman Tan Sri juga, Dr. Abdul Rahman Yusof, Pakar Forensic HKL yang telah digunakan oleh Gani Patail untuk menyediakan 3 laporan palsu dalam siasatan kes Mata-Lebam, adalah juga Pakar Forensic yang sama terlibat dalam membuat pemeriksaan fisikal Rahim, dalam kes seksual dengan gadis bawah umor berkaitan. (Sila baca Laporan Polis Anwar ) Kebetulan juga saya pernah menjadi KJSJ Melaka sebelum Kuala Lumpur dan tidak munasabah jika saya tidak meneliti kertas siasatan kes Rahim itu, walaupun saya bukan Pegawai Penyiasatnya.Mungkin ini semua adalah "the long arm of coincidences" sahaja. 

7. Mengenai kes rasuah terhadap Rahim pula,BPR dan Jabatan Peguam Negara mengesahkan dalam laporan mereka bahawa terdapat keterangan yang mencukupi untuk membuktikan kes "prima facie" terhadap beliau.Malahan Jabatan Peguam Negara telah menyediakan empat (4)pertuduhan kesemuanya. Iaitu;3(tiga) pertuduhan dibawah Emergency (Essential Powers) Ordinance No:22 of 1970 dan satu pertuduhan kerana membuat Statutory Declaration (SD) palsu dibawah Sek.199 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan. 

7.1. Bagaimanapun Rahim tidak dituduh langsung,setelah Peguam Negara "indemnify" segala kesalahan jenayahnya setelah Rahim dipercayai bersetuju untuk melepaskan jawatan dalam Kerajaan,Badan-Badan Berkanun dan Parti Politik.Ini adalah apa yang terdapat didalam laporan yang disediakan oleh Jabatan Peguam Negara sendiri. 

 7.2. Tidak ada sebutan mengenai cara pelupusan harta berjumlah hampir RM40 juta yang Rahim perolehi secara rasuah itu..Tiada maklumat mengenai persetujuan yang dicapai oleh Rahim dan Peguam Negara berkaitan harta yang diperolehi sedemikian itu dalam bentuk:RM 5,439,796.40 sen dalam kawalan peribadi Rahim sendiri,RM14,487,420.50 sen simpanan tunai dalam beberapa buah bank dan RM19,855,555.70 sen harta Syarikat-Syarikat. 

 7.3. Persoalan yang tidak kurang pentingnya ialah adakah Peguam Negara mempunyai kuasa untuk "indemnify" kesalahan jenayah mana-mana orang berdasarkan pertimbangan Politik?. Adakah Peguam Negara berhak melepaskan wang Rakyat RM40 juta sebegitu mudah untuk Rahim menikmatinya tanpa sebarang tindakan. Adakah ini sesuatu yang adil kepada Rakyat sedangkan Peguam Negara yang telah mengesahkan bahawa Rahim memperolehi harta sedemikian banyak menerusi salahguna kuasa dan rasuah.Apa yang jelas dalam kes Rahim ini,,Peguam Negara juga telah menyalahgunakan kuasanya. 

8. Saya ingin Tan Sri maklum,bahawa secara peribadi saya tidak mempunyai sebarang isu dengan Rahim. Malahan saya tidak pernah mengenali beliau, sekalipun untuk berjabat salam dengannya seumor hidup. Saya sendiri tidak sangka yang beliau akan muncul sebagai salah seorang dibelakang tayangan video lucah berkenaan. Keterangan-keterangan yang dikemukakan dalam laporan ini adalah berdasarkan pengalaman, pengetahuan peribadi serta dokumen-dokumen berkaitan, ketika saya menangani kes membabitkan beliau. 

8.1. Isu yang sering saya bawa sehingga keperingkat YAB Perdana Menteri secara persendirian, ialah bekenaan dengan salahlaku jenayah Gani Patail dan Musa Hassan yang bukan sahaja telah menjejaskan maruah PDRM dan saya secara peribadi malahan mereka mengkucar-kacirkan Sistem Keadilan Jenayah kita. Saya tidak ralat mendedahkannya memandangkan saya telah menasihatkan mereka berdua tahun 1998 bahawa sebarang pemalsuan dan penganiayaan akan terbongkar suatu hari nanti. Salahlaku jenayah mereka bukan setakat dalam siasatan kes mata-lebam sahaja. Saya yakin Tan Sri dan Timbalan Ketua Polis Negara maklum akan pendirian saya berkaitan perkara ini. 

 9. Walaubagaimanapun isu video lucah ini sedang dalam siasatan dan masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan mengenainya. Diharap maklumat yang saya sampaikan ini berfaedah untuk membantu Tan Sri memberikan pendengaran yang adil kepada semua pihak terlibat. Apapun saya berharap Tan Sri tidak akan merelakan PDRM diperlakukan sesuka hati Peguam Negara seperti yang berlaku selama beberapa tahun sebelum Tan Sri. Selamat sejahtera dan selamat maju jaya. Yang ikhlas, Mat Zain Ibrahim 28 March 2011

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


HIMPUNAN OREN PERINGKAT N.SEMBILAN

Posted: 17 Dec 2012 11:32 PM PST


Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Putrajaya: Adil boleh, kalau kecoh tak boleh

Posted: 17 Dec 2012 08:07 PM PST


KANGAR: "Boleh ke kita ambil Putrajaya," tanya Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu ketika berucap pada Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat Negeri Perlis di sini, malam tadi.

"Boleh!" jawab para hadirin.

Lantas, Mohamad berkata: "Kalau pilihan raya adil, boleh, kalau kecoh, tak boleh".

Dengan sebab, katanya diadakan himpunan aman Bersih 1, 2 dan 3 untuk menuntut pilihan raya yang adil dan bersih.

Dalam nada berseloroh, beliau berkata Bersih 4 tidak diadakan kerana telah 'dicuri' oleh Umno yang mengadakan 'tarian punggung' di hadapan rumah Datuk S Ambiga.

Beliau menegaskan walaupun pilihan raya lalu berlangsung dalam keadaan yang tidak bersih, namun parti pembangkang dapat memenangi lima buah negeri.

Dengan sebab itu, katanya, terdapat pemimpin Umno BN yang mempersoalkan Pakatan Rakyat yang mendakwa perjalanan pilihan raya tidak bersih sedangkan mencapai kejayaan di negeri-negeri berkenaan.

"Mereka kata, pasal apa kamu (Pakatan Rakyat) menang lima negeri, kata (pilihan raya) tak adil.

"Kalau pilihan raya bersih, lama dah kita perintah. Kalau adil, dah lama kamu jadi pembangkang," ujarnya pada majlis yang diadakan di Kompleks PAS Perlis, Kampung Pondok. Turut berucap ialah Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan anggota Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP, Dr Tan Seng Giaw.

Sehubungan itu, beliau yakin akan berlaku perubahan dalam pilihan raya umum nanti ekoran sambutan puluhan ribu yang menyertai siri jelajah Himpunan Kebangkitan Rakyat di seluruh negara.

Beliau selanjutnya mengulangi jemputan kepada semua rakyat Malaysia ke Himpunan 1 Juta Rakyat yang akan diadakan di ibu negara pada 12 Januari hadapan.

17 bayi ditahnikkan sempena aqiqah perdana

Posted: 17 Dec 2012 08:06 PM PST


KOTA BHARU: Seramai 17 orang bayi telah 'ditahnikkan' oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sempena majlis aqiqah perdana hari ini.
(Tengku Amalin [kanan] menyampaikan hadiah kepada peserta)

Majlis yang dirasmikan oleh Tengku Amalin A'Shah Putri itu diadakan di Balai Islam Lundang, di sini tengahari tadi.

Turut hadir pada majlis itu isteri Menteri Besar Kelantan, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, anggota exco kerajaan negeri, Datuk Anuar Tan Abdullah, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam, Datuk Che Mohd Rahim Jusoh.

Tuan Guru ketika berucap pada majlis itu berkata memandangkan kerajaan Kelantan mementingkan golongan remaja, peruntukkan telah ditambah untuk mereka dalam Belanjawan tahun ini sebanyak RM5 juta berbanding RM3.5 juta sebelumnya.

Katanya, anak adalah pelapis keluarga, masyarakat dan negara sebagai pemimpin masa hadapan.

"Kerana itu kerajaan negeri mengutamakan mereka dengan memberikan peruntukkan khas untuk aktiviti bermanfaat selagi tidak bercanggah dengan syarak,"ujarnya.

Hasil pentadbiran kerajaan negeri sejak 22 tahun lalu golongan remaja sekarang tidak tahu tempat-tempat maksiat.


(Tuan Guru Nik Aziz mentahnik salah seorang bayi yang sertai aqiqah perdana)

"Jika tanya mereka mana tempat berjudi, mana tempat hiburan yang melalaikan, mereka tidak akan tahu berbanding sebelum 22 tahun lalu yang sememangnya diketahui oleh remaja ketika itu,"ujarnya.

Rahim ketika berucap pada majlis yang sama berharap semoga anak-anak yang ditahnikkan termasuk bersama Tuan Guru akan menjadi anak yang soleh serta menjadi pewaris para anbia.

Sempena majlis itu juga, Tengku Amalin menyampaikan cenderahati kepada bayi yang bertuah.

‘R’ minta siasat dakwaan kehilangan RM12.3 juta

Posted: 17 Dec 2012 08:05 PM PST

KOTA BHARU: Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan (Royalti) menuntut kerajaan negeri supaya mendesak Jabatan Audit negeri dan Ketua Audit Negara segera melakukan siasatan ke atas kehilangan wang yang didakwa berjumlah RM12.3 juta.

Surat kepada pihak Kerajaan Negeri berkatian kes itu telah pun dihantar pada 12 Disember 2012 yang lalu.

Presiden Royalti ('R'), Nazri Deraman dalam satu kenyataan media mendakwa dalam perkembangan terbaru membabitkan 'Wang Ehsan' oleh pihak Kerajaan Malaysia terdapat perbezaan angka perbelanjaan yang serius berbanding angka dikeluarkan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri merangkap Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Perbezaan ketara juga adalah pada jumlah dikeluarkan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein.

Nazri mendakwa, Menteri Kewangan Malaysia mengeluarkan kenyataan perbelanjaan sebanyak RM49.1 juta sedangkan Mustapa serta Jabatan Perdana Menteri ialah sebanyak RM61.4 juta.

Menteri Kewangan Malaysia Datuk Seri Najib ketika menjawab soalan lisan Ahli Parlimen Machang Saifuddin Nasution Ismail di Parlimen pada 23 November 2012 yang lalu mendakwa Kelantan sehingga 30 September 2012 sudah menerima (wang ehsan) sebanyak RM49,186,529.

"Justeru penyelewengan telah berlaku, lesap sebanyak RM12.3 juta," dakwa Nazri.

Nazri mendakwa, menurut iklan dikeluarkan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Teknologi Maklumat Malaysia pada 2010, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mendakwa Kelantan layak mendapat  Wang Ehsan sebanyak RM20 juta setahun, manakala Timbalan Menteri Kewangan Malaysia Datuk Dr Awang Adek (pada kenyataan medianya 29 Julai 2012) mendakwa Kelantan menerima wang ehsan sebanyak RM24 juta setahun, dan tiga tahun menjadi RM72 juta.

Sementara Mustapa pada kenyataan media 5 Ogos 2012 mendakwa Kerajaan Pusat sudah menyalurkan 'Wang Ehsan' sebanyak RM61.4 juta (RM20.467 setahun) sejak 3 tahun lalu.

"Dalam perkembangan terbaru ini, 'R' mendesak supaya Laporan Kewangan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP)  Negeri Kelantan khususnya membabitkan pengurusan perbelanjaan 'Wang Ehsan' mestilah diaudit segera.

"Ini penting bagi mempastikan ketelusan perbelanjaan wang rakyat khususnya apabila berlaku ketirisan didakwa berjumlah RM12.3 juta wang rakyat," ujarnya.

Nazri mendakwa, 'R' menyedari bahawa penyelewengan, ketirisan dan ketidaktelusan didakwa berlaku dalam 'skandal wang ehsan' itu lantaran pengurusannya membelakangi saluran perundangan.

Lim Kit Siang 'minta maaf' kepada Najib

Posted: 17 Dec 2012 08:05 PM PST


KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Ipoh Timor, Lim Kit Siang (gambar) 'memohon maaf' kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan pemimpin Umno yang lain kerana beliau menang dalam pemilihan DAP baru-baru ini.

"Saya memohon maaf kepada Najib dan pemimpin Umno/BN kerana terpilih semula ke dalam CEC sebagaimana Kongres DAP sebelum ini, kali ini dengan undi paling tinggi," kata Kit Siang dalam kenyataan.

Menurut Kit Siang, Najib dan pemimpin Umno yang lain pergi ke seluruh negara memberitahu bahawa DAP sebuah parti yang tidak demokratik, "mendakwa saya pemimpin DAP walaupun saya tidak terpilih sebagai pemimpin DAP."

"Walaupun hanya memegang jawatan sebagai ahli parlimen dan bukannya pemimpin yang dipilih, Lim Kit Siang terbukti seorang individu yang berkuasa dalam parti pembangkang," kata Najib semasa Perhimpunan Agung Umno 2012 (PAU 12) baru-baru ini.

"Sekarang apakah kebenarannya, adakah Najib tersalah nasihat atau sengaja menipu terhadap saya," kata Lim Kit Siang.

Ketua ulama Syria kunjungan Presiden PAS

Posted: 17 Dec 2012 08:04 PM PST

(Sheikh Sabuni kunjungi Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi di Pejabat Agung hari ini)

KUALA LUMPUR: Ketua Kesatuan Ulama Syria Sheikh Dr Ali As Sobuni mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Pejabat Agung PAS tengah hari tadi.

Sheikh As Sobuni, 88, sudah 35 tahun hidup dalam buangan di luar negara akibat hukuman rejim Hafiz Asaad ke atas beliau.

Pengarang kepada puluhan kitab tafsir dan hadis ini menjadi rujukan kepada ilmuan-ilmuan Islam seluruh dunia sejak puluhan tahun yang lalu.

Dalam pertemuan tersebut, Sheikh As Sobuni turut berkongsi pandangan terhadap konflik di Syria yang telah pun membunuh ribuan rakyat negara itu.

Mereka bersama-sama bersetuju Presiden Basyar Asaad mesti berundur dan bertanggungjawab terhadap apa yang melanda Syria hari ini.

Dalam masa yang sama mereka sependapat bahawa perlu kebijaksanaan dalam isu Syria khususnya dalam mendepani campur tangan kuasa-kuasa luar yang berkepentingan.

Sheikh As Sobuni juga menyampaikan penghargaan dan terima kasih rakyat Syria kepada PAS yang mengambil berat dan menghantar bantuan kemanusiaan kepada mangsa-mangsa kekejaman.

Sehingga hari ini PAS sudah menghantar lebih dari lima kali bantuan dan rombongan kemanusiaan ke Syria, bagi membantu rakyat negara itu yang ditindas ekoran konflik ini.

Sheikh As Sobuni sedang dalam rangka lawatan ke Malaysia dan Indonesia.

Turut serta dalam pertemuan itu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, dan penolongnya Dr Syed Azman Syed Nawawi serta Setiausaha Akhbar Presiden PAS Mohd Nasaie Ismail.

Pengikut