Ahad, 3 April 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PAS TELUK INTAN

Posted: 03 Apr 2011 11:14 PM PDT

PAS TELUK INTAN


insiden bakar al-qurqn, pas harap amerika bertanggungjawab

Posted: 03 Apr 2011 09:46 PM PDT

Tindakan tidak bertamadun Pastor Terry Jones dari Florida yang membakar al-Quran pada 20 Mac yang lalu adalah hasil daripada dasar Amerika Syarikat (AS) yang mengganggap Islam agama keganasan dan teroris, kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

PAS membantah keras sikap biadap Jones tempoh hari dan menggesa kerajaan AS mengambil tindakan segera ke atas tindakan provokatif tersebut.

PAS akan mengerakkan satu bantahan besar dan keras dalam masa terdekat bagi menyatakan kekesalan terhadap tindakan biadap Jones yang terang-terang menghiris perasaan umat Islam seluruh dunia.

Media antarabangsa Reuters melaporkan bahawa tindakan Jones, 58, yang mengetuai Hari Antarabangsa Keadilan Al-Quran dalam insiden membakar al-Quran pada 20 Mac yang lalu telah menyebabkan beribu penunjuk perasaan di utara Afghanistan.

Mereka menyerbu pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di sana dan membunuh sekurang-kurangnya 20 orang, sebahagian besarnya kakitangan asing sehinggakan ada mangsa yang dipenggal kepala.

Protes berdarah itu diadakan selepas solat Jumaat di bandar Mazar-i-Sharif.

"Umat Islam sangat kecewa, geram dan marah dengan tragedi hitam dalam sejarah moden ini, yang sepatutnya seluruh dunia menghormati ajaran agama masing-masing.

"Tindakan yang tidak bertamadun ini merupakan gambaran kegagalan AS mendidik rakyatnya untuk menghormati perbezaan agama dan ia lahir daripada dasar AS yang menganggap Islam sbagai teroris dan penganjur keganasan,"

bahawa kejadian di Afghanistan telah menunjukkan secara nyata bahawa dasar AS tersebut kini bagaikan senjata makan tuan dan  akan menjadi titik permulaan kepada kebangkitan kemarahan rakyat terhadap tindakan biadap Jones.

bukan kali pertama Jones, seorang pastor fundamentalis dan ketua gereja kecil di Gainesville, Florida menghina umat Islam dengan mendakwa terdapat bahagian-bahagian dalam kitab al-Quran boleh membawa kepada elemen keganasan.

Tahun lepas sempena ulang tahun kesembilan peristiwa 11 September 2001, beliau mencetuskan ketegangan antarabangsa dengan ugutan  mahu membakar al-Quran, namun rancangannya dibatalkan selepas campur tangan White House.

Seramai tujuh orang terbunuh dalam protes di Afgahanistan dan beberapa negara Islam lain turut bangun memprotes ketika itu.

PAS CAWANGAN KERATONG 04 ROMPIN PAHANG

Posted: 03 Apr 2011 09:37 PM PDT

PAS CAWANGAN KERATONG 04 ROMPIN PAHANG


Fitnah: Jangan patah semangat, fokus agenda Buku Jingga

Posted: 03 Apr 2011 07:42 AM PDT

PAS Negeri Sembilan

Posted: 03 Apr 2011 09:23 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Pusat Polis N.Sembilan pula diserang Adenovirus?

Posted: 03 Apr 2011 04:43 PM PDT

Virus Adeno menular ke PD? Utusan Malaysia 4 Apr 2011 SEREMBAN 3 April - Selepas negara digemparkan dengan kematian tiga pelatih polis di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak, Kuala Lumpur akibat jangkitan virus Adeno baru-baru ini, kini virus itu seperti menjangkiti Pulapol Port Dickson (PD) pula. ( Sila baca artikel sebelum ini : Polis, PDRM diserang Adenovirus dan kes Asid dan peranan pemimpin Umno di http://amkns.blogspot.com/2011/04/polis-pdrm-diserang-adenovirus-dan-kes.html ) Semalam, seramai lapan pelatih konstabel di Pulapol Port Dickson yang berpusat di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) Teluk Kemang dekat sini disyaki dijangkiti virus Adeno setelah menunjukkan simptom jangkitan virus berkenaan seperti demam panas. Berikutan itu, kesemua mereka dimasukkan ke Hospital Port Dickson sejak semalam untuk menerima rawatan lanjut selain bertujuan mengesahkan sama ada mereka benar-benar dijangkiti virus yang boleh membawa maut itu. Bagaimanapun, Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan, Datuk Dr. Zailan Adnan memberitahu, kesahihan bahawa kesemua pelatih tersebut dijangkiti virus Adeno belum dapat disahkan. "Pihak kami masih menjalankan ujian diagnosis secara keseluruhan dan seterusnya menunggu keputusan ujian makmal sebelum dapat mengesahkannya. "Kesemua lapan pesakit itu kini dirawat sebagai kes influenza (ILI) dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil," katanya dalam khidmat pesanan ringkas (SMS), di sini hari ini. Seramai 1,000 pelatih lelaki yang mendaftar sebagai konstabel polis sedang menjalani latihan di kem Pusasda sejak awal Januari lalu. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0404&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_07.htm

misbahul munir

Posted: 03 Apr 2011 09:12 PM PDT

misbahul munir


Posted: 03 Apr 2011 08:31 PM PDT

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI

Posted: 03 Apr 2011 09:07 PM PDT

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI


HUTAN SIMPANAN KEKAL TANJUNG KETAPANG MUAR 1

Posted: 03 Apr 2011 10:06 AM PDT


TANJUNG KETAPANG, TEMPAT TARIKAN PELANCUNG DAN MASYARAKAT TEMPATAN,MENARIK PERHATIAN YB MAHARANI DAN  YB BENTAYAN.

MEREKA TELAH MENGAJUKAN SOALAN BERIKUT DALAM PERSIDANGAN DEWAN NEGERI YANG LALU.

INILAH JAWAPAN KERAJAAN JOHOR:

 SOALAN BERTULIS YB DR MOHAMMAD TASLIM DALAM PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR - 19 NOVEMBER 2009 - 8 DISEMBER 2009


SOALAN B96:


Cadangan Pembangunan Bercampur Pesisiran Pantai Tanjung Ketapang Mukim Maharani dan Mukim Bandar daerah Muar telah diluluskan,rujukan UPEN (SWT) (PDG) 7-23.Apakah status projek ini dan sila beri maklumat mengenai perkembangannya yang terkini?


JAWAPAN:


Kerajaan Negeri masih belum meluluskan sebarang projek pembangunan persisiran pantai Tanjung Ketapang,Muar dan pada ketika ini kerajaan sedang mempertimbangkan cadangan untuk membnagunkan tapak Fasa 1 dengan keluasan 86.313 ekar.

_________________________________________________________________

Soalan-Soalan di atas ditanya semula oleh YB Gwee Tong Hiang (Ahli Dewan Negeri, Kawasan Bentayan) di Persidangan Dewan Negeri Johor Pada 16 Mac 2010

 SOALAN 100 (A32)

Adakah cadangan mengenai Fasa 1 seluas 86.313 ekar Projek Pembangunan Persisiran Pantai Tanjung Ketapang, Muar sudah dimulakan, syarikat manakah yang diamanahkan untuk projek tersebut dan berapakah kos perbelanjaan diperlukan untuk pembangunan projek tersebut? 

JAWAPAN Y. A. B. DATO' MENTERI BESAR 

Kerajaan Negeri masih belum meluluskan sebarang projek pembangunan persisiran Pantai Tanjung Ketapang, Muar. Pada ketika ini cadangan untuk membangunkan tapak Fasa 1 dengan keluasan 86.313 ekar di Tanjung Ketapang, Muar sedang diteliti dan dipertimbangkan dari sudut teknikal. 
_______________________________________________________

LAWATAN KERJA YB DR MOHAMMAD TASLIM DAN YB GWEE TONG HIANG KE TANJUNG KETAPANG PADA BULAN MAC 2011 MENUNJUKKAN KEADAAN TANJUNG KETAPANG SEKARANG:

Papan Notis 'Hutan Simpanan Kekal'


YB Dr mohammad, YB Gwee Tong Hiang dan Setiausahanya
di bawaha pokok di mana papan tanda di letakkan.



Lapang........menunggu terhakis......









HUTAN SIMPANAN KEKAL TANJUNG KETAPANG MUAR 2

Posted: 03 Apr 2011 12:51 AM PDT


Hutan paya bakau kena ceroboh


MUAR – "Sangat kesal dan terkejut," hanya itu yang mampu diluahkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Maharani, Dr Mohammad Taslim dan ADUN Bentayan, Gwee Tong Hiang apabila mendapati kawasan hutan paya bakau telah diceroboh.

Mohammad berkata, kawasan tersebut yang terletak di Tanjung Ketapang itu sudah diwartakan sebagai Hutan Simpanan Kekal oleh Pengarah Perhutanan Johor.


Menurutnya, berikutan pewartaan itu, pihak jabatan perhutanan turut meletakkan papan tanda yang melarang daripada memasuki kawasan berkenaan.


"Jadi bagaimana kawasan ini diceroboh sedangkan papan tanda sudah dipasang dan mereka perlu akur dengan arahan berkenaan.


"Saya mengetahui keadaan ini setelah mengadakan lawatan ke kawasan tersebut mendapati banyak pokok telah ditebang," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, akibat pencerobohan itu sebahagian besar kawasan pantai berkenaan menjadi kawasan lapang.
"Saya bimbang jika dibiarkan, pencerobohan ini akan berleluasa sehingga menyebabkan spesies hutan bakau musnah.
"Dahulunya, hutan ini penuh dengan pokok bakau yang menghijau, tetapi kini botak akibat kerakusan pihak tidak bertanggungjawab," katanya.
Menurutnya, pencerobohan ini juga boleh menyebabkan berlakunya hakisan tanah di sini yang mana ia berfungsi sebagai penghalang daripada berlakunya kejadian berkenaan.
"Akibat perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini juga memusnahkan habitat monyet yang mendiami
kawasan ini.

"Kini bilangan haiwan ini semakin berkurangan dan pastinya mengurangkan tarikan di Tanjung Ketapang," katanya.
Mohammad berkata, selain itu, monyet berkenaan menjadi tarikan utama kepengunjung untuk ke Tanjung Ketapang pada hujung minggu.
"Dengan senario ini, maka tidak hairanlah bilangan pengunjung ke Tanjung Ketapang akan berkurangan pada masa hadapan.
"Perkara ini tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana ia membabitkan khazanah alam semula jadi yang bukan saja berfungsi mengekalkan keseimbangan ekosistem tetapi juga berperanan untuk mengelakkan pantai daripada terhakis," katanya.
Justeru, pihak yang berkuasa haruslah memantau serta menguatkuasakan kawalan ke atas hutan simpan bagi menggelakkan kerosakan dan kemusnahan Hutan Simpanan Kekal daripada terus berlaku.
Utama
Hutan paya bakau kena ceroboh
MUAR – "Sangat kesal dan terkejut," hanya itu yang mampu diluahkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Maharani, Dr Mohammad Taslim dan ADUN Bentayan, Gwee Tong Hiang apabila mendapati kawasan hutan paya bakau telah diceroboh. » selanjutnya...
sumber: http://www.sinarharian.com.my/sh/johor/content/story8932918.asp
             3 April 2011 
__________________________________________________________________________________

 Anda ingin maklumat lanjut ?

MAJLIS PERBANDARAN MUAR - LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2009


b) Kerja-kerja Penyenggaraan Projek Pembangunan Dan Pemuliharaan Paya Bakau
Di Jeti Tanjung Ketapang Tidak Dilaksanakan

Skop kerja utama projek adalah untuk membina laluan pelantar dan wakaf, membekal
dan menanam 1,500 pokok bakau dan kerja-kerja penyenggaraan projek pembangunan
dengan kos sejumlah RM197,400. 

Skop kerja penyenggaraan projek pembangunan dan
pemuliharaan paya bakau di Jeti Tanjung Ketapang termasuk pengairan, membaja,
memangkas, membersihkan rumput rampai serta mencegah dan melindungi semua
tanaman daripada serangan makhluk perosak untuk memastikan ia tumbuh dengan
sihat. Kerja penyenggaraan perlu dilakukan selepas kerja utama disiapkan.

Semakan Audit mendapati kontrak utama disahkan siap pada 28 November 2008 tetapi kerja
penyenggaraan selama 12 bulan seperti yang dipersetujui dalam sebut harga tidak
ditentukan oleh pegawai penguasa. Tiada sebarang bukti yang menunjukkan pihak
kontraktor telah melaksanakan kerja penanaman sebanyak 1,500 batang pokok bakau
dan enam batang pokok kelapa gading serta kerja penyenggaraan seperti berikut:

i) Pengairan pada semua tanaman yang dilakukan dua kali sehari;

ii) Memelihara tanaman di tempat yang bebas dari rumput rampai yang tidak
diperlukan;

iii) Mengawal tanaman daripada sebarang perosak dan penyakit dengan menggunakan
kaedah kimia atau biologi sekurang-kurangnya sekali sebulan;

iv) Memangkas dahan dan ranting yang mati;
v) Kerja-kerja membaja pokok;

vi) Penggantian pokok yang mati atau tidak sihat; dan

vii) Memancang dengan menggunakan bahan yang sesuai bagi membetulkan keadaan
tumbuhan tanaman.

Perkara ini berlaku disebabkan Majlis tidak mengambil kira tempoh kerja penyenggaraan semasa mengesahkan projek siap. Oleh itu, bayaran kontrak yang telah dijelaskan sepenuhnya adalah termasuk pembayaran bagi kerja membekal dan menanam enam pokok kelapa gading, 800 pokok bakau minyak dan 700 pokok bakau kurap bernilai RM8,500 di tapak projek serta kerja penyenggaraan lain berharga RM40,000 yang tidak dilaksanakan.

Menurut Majlis, kerja penyenggaraan yang tidak dilaksanakan itu telah digantikan
dengan kerja-kerja menambak tanah untuk tujuan tempat letak kereta, pembersihan
sampah, mengecat semula jeti dan wakaf, menggantikan bumbung wakaf serta
menebang pokok nipah berhampiran tapak projek dengan nilai harga yang sama dan
diselia oleh jurutera perunding yang dilantik iaitu Tetuan Ira Teknik Consulting
Engineers

Selain daripada tempat letak kereta, kerja-kerja yang lain tidak dapat disahkan kerana arahan kerja secara bertulis tidak dikeluarkan kepada kontraktor.
Bagaimanapun, tarikh sebenar tempat letak kereta disiapkan tidak dapat disahkan kerana tiada perakuan siap kerja diserahkan kepada pihak Audit sebaliknya pengesahan dibuat melalui lawatan fizikal ke tempat letak kereta tersebut pada 5 Mac 2010.
.

 Papan Tanda di 'HUTAN SIMPANAN KEKAL' Tanjung Ketapang.

 






Rembau Hari Ini

Posted: 03 Apr 2011 07:47 PM PDT

Rembau Hari Ini


PKR Rembau sumbang papantanda Surau Taman Bandar Senawang

Posted: 03 Apr 2011 05:08 PM PDT


SEREMBAN - Parti Keadilan Cabang Rembau telah menyumbang papantanda Surau Al-Insaniyah diTaman Bandar Senawang baru-baru ini.


Antara yang hadir semasa majlis tersebut ialah Chegubard selaku Ketua Cabang PKR Rembau dan saudara Norazizi Setiausaha Cabang PKR Rembau serta beberapa wakil dari Surau Al-Insaniyah.

PAS LENGGONG

Posted: 03 Apr 2011 07:24 PM PDT

PAS LENGGONG


Berita astro Awani semalam

Posted: 02 Apr 2011 07:39 PM PDT

Berita tentang tindakan SPRM terhadap anggota Kastam. Gambar yang dipaparkan ialah gambar Dato Mustafa Ali SU Agong Pas. Sememangnya dalam SPRM juga ada nama Mustafar Ali. Mengapa jadi begitu. Adakah begitu tolol sekali astro awani tak kenal siapa pegawai SPRM itu. Adakah tindakan Astro awani serupa dengan video sex dato T? Apayang di fahami sekarang memperlihat ada niat tak baik astro awani terhadap PAS dan PR keseluruhannya. Sedangkan tiada mohon maaf di siarkan.

Dewan Pemuda Pas Kawasan Hulu Selangor

Posted: 03 Apr 2011 03:23 PM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Hulu Selangor


Kerajaan BN sekat pelajar ke Azhar

Posted: 02 Apr 2011 08:39 PM PDT

Peraturan baru yang digariskan oleh kerajaan Barisan Nasional hanya bertujuan untuk
menghalang pelajar Malaysia meneruskan pengajian di University Al-Azhar. Logiknya
amat mudah. para pelajar ini sebahagian besar tidak menyokong kerajaan. Apa
perlunya menyokong kerajaan yang zalim dan korup. Sedangkan rakyat Malaysia
kebanyakan pun amat meluat dengan kerajaan BN tambahan lagi paar pelajar yang
sebahagian besar mendalami ilmu agama semestinya dapat menilai haram halal.

Kekangan demi kekangan terus dilakukan oleh kerajaan yang berada di hujung tanduk.
Semakin hari semakin terserlah tindakan desperado kerjaan BN untuk mengekalkan kuasa.
Ingatlah! kuasa itu adalah amanah buakn hak mutlak anda!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!




Syarat baru: K'jaan mahu sekat belajar di al-Azhar
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 2 April: PAS kesal terhadap keputusan Kementerian Pelajaran
mengenakan syarat baru yang menyukarkan pelajar hendak belajar agama di Universiti
Al-Azhar, Mesir.
"Kenapa perlu dipayahkan kepada mereka yang hendak belajar di Universiti Azhar?" tanya
Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.
Sebelumnya, kata beliau kerajaan telah membatalkan program berkembar tiga tahun di
Malaysia, setahun di Azhar.
Katanya, kerajaan juga membatalkan sijil-sijil yang dikeluarkan oleh sekolah atau pihak
Jabatan Agama Islam negeri-negeri sebaliknya meminta supaya  Al-Azhar hanya
mengiktiraf sijil STAM sahaja.
"Tindakan ini dibuat sebagai usaha hendak menyekat pelajar untuk melanjutkan pelajaran
ke Universiti al-Azhar," ujarnya.
Katanya, kerajaan sedar pelajar yang belajar agama di Universiti Azhar di mana 90 peratus
tidak menyokong Umno, walaupun ibu bapa mereka penyokong tegar parti itu.
Soalnya, apakah kerajaan hendak berniaga pula dengan pelajar untuk belajar agama
dengan mengadakan kursus bahasa Arab berbayar, alasannya kerana lemah menguasai
bahasa Arab sedangkan kos belajar di Azhar seolah-olah percuma sahaja. 
Menurutnya, seperti sedia maklum mereka yang belajar di Azhar, kebanyakan daripada
keluarga miskin kerana kos hidup begitu murah berbanding dengan negara Arab yang lain.

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 03 Apr 2011 03:15 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


NI NAK NGASUH KE NAK BUNUH?

Posted: 03 Apr 2011 09:06 AM PDT

Lokasi Sri Kembangan... nama nursery korg cari le sendiri.. kang ke saman lak aku kalu bagi tau....



Harap nursery yang terbabit atau mane-mane nursery kat dunia nie buat kerja jaga anak orang tue biar ikhlas.

SYAITAN TUA INI TERUS NAK BAKAR QURAN!!!

Posted: 03 Apr 2011 08:45 AM PDT

GAINESVILLE (Florida), 3 April — Pemimpin gereja fundamentalis dari Florida, yang mengetuai kempen membakar al-Quran bulan lalu dan membawa kepada demonstrasi berdarah di Afghanistan, berdegil akan mengadakan protes lebih besar di masjid paling besar di Amerika Syarikat akhir bulan ini.


Rancangan itu dikhuatiri akan memburukkan lagi ketegangan yang dirasakan di beberapa bahagian lain dunia.

Laporan Reuters menyebut demonstrasi dua hari berturut-turut, semalam dan kelmarin, di Afghanistan termasuk tindakan menceroboh pejabat PBB telah menyebabkan hampir 20 orang terbunuh.

"Matlamat kami ialah membawa kesedaran mengenai elemen radikal yang ada dalam Islam," kata Pastor Terry Jones dalam temu bual dengan Reuters di sini semalam.

Satu gambar naskhah al-Quran dibakar juga didapati dimuatkan pada skrin komputernya.

"Sudah pasti sesuatu yang sangat teruk melihat orang dibunuh atau terbunuh. Pada sebelah lain saya merasakan ia menunjukkan elemen radikal Islam," katanya lagi.

Jones, seorang bekas pengurus hotel sebelum tukar kerjaya sebagai pastor, yang mendakwa al-Quran mendorong kegagasan berkata, dia akan meneruskan satu protes pada 22 April ini - di pekarangan masjid terbesar di Amerika Syarikat iaitu Dearborn, Michigan.

Presiden Barack Obama juga mengecam perbuatan membakar al-Quran tetapi tidak menyebutkan nama Jones.

Beberapa pemimpin Kristian dan Islam di Amerika Syarikat juga mengecam jones dan gereja kecil Dove World Outreach Center yang mempunyai sekitar 30 ahli.

Jones merancang untuk membakar al-Quran sempena ulang tahun kesembilan sempena 11 September tahun lalu tetapi mengubah fikiran.

"Salah satu tragedi besar ialah gereja kecil ini menyebabkan kegemparan," kata Geoff Tunnicliffe, pengarah World Evangelical Alliance International, yang menghimpunkan gereja evangelis dari lebih 100 negara.

"Soalan saya kepada dia (Jones), 'Mengapa anda mahu memprovokasi orang kepada respons macam ini, dengan memang mengetahui apakah kesannya?" kata beliau.

Pegawai-pegawai kerajaan di Pakistan dan Afghanistan mahu pihak berkuasa menahan Jones meskipun kritikan dan tindakannya dibenarkan di bawah undang-undang kebebasan berucap di Amerika Syarikat.

Pada 20 Mac lalu, Jones mengetuai Hari Antarabangsa Keadilan Al-Quran dan kemudian menyelia pembakaran kitab suci itu yang dihadiri sekitar 50 orang. Program itu berlangsung kira-kira enam jam.

Video yang menunjukkan naskhah-naskhah yang direndam dalam minyak tanah dan kemudian dibakar disiarkan menerusi laman web Dove World Outreach Center.

CIKGU PUKUL BUDAK DARJAH SATU HINGGA MATI?

Posted: 03 Apr 2011 08:38 AM PDT

ALOR SETAR, 3 April — Murid yang dikatakan dipukul oleh seorang guru di asrama Sekolah Agama Rakyat di Jejawi, Perlis sehingga koma Khamis lalu, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di sini hari ini.

Laporan Bernama Online menyebut, Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7, disahkan meninggal dunia pada pukul 8.50 pagi tadi sejak dimasukkan ke hospital berkenaan kelmarin.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku pada pukul 7 malam pada hari kejadian apabila seorang guru lelaki yang berumur 26 tahun dikatakan memukul kanak-kanak tersebut selama hampir dua jam sehingga dia pengsan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis, Supt Nashir Ya, berkata suspek yang juga Penyelia Asrama sekolah berkenaan telah ditahan pada pukul 10 malam tadi.

"Polis masih menunggu laporan bedah siasat dan menyiasat kes ini di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Ibu angkat mangsa, Hazirah Chin, 38, berkata sebelum dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, anak angkatnya yang tidak sedarkan diri itu dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar pada pukul 1.40 pagi Jumaat lalu.

"Saya dapat panggilan daripada seorang ustaz. Dia tanya sama ada Saiful ada penyakit tarik (sawan). Saya kata tak ada. Lepas tu dia kata dia nak datang ambil saya ke hospital sebab Saiful masuk hospital dan kena pindah ke hospital di Alor Setar," katanya di rumah mayat Hospital Sultanah Bahiyah.

Hazirah berkata dia dapat melihat kesan melecet pada pergelangan tangan mangsa selain kesan lebam di bahagian matanya.

"Saya diberitahu Saiful alami pendarahan di bahagian kepala. Pada mulanya doktor kata dia stabil tapi semalam (Sabtu) doktor beritahu dia sudah tak ada harapan untuk hidup," katanya.

"Ketika mula-mula masuk asrama, arwah gembira sangat-sangat. Dia kerap balik sebab sekolah tak sampai satu kilometer dari rumah kami," tambahnya.

Bapa kandung mangsa, Saiful Sopfidee Marzuki, 34, berkata anaknya dipelihara oleh keluarga angkat selepas isterinya meninggal dunia ketika Saiful Syazani baru berusia tiga tahun.

"Kali terakhir saya bertemu anak saya setahun lalu, sebab saya tinggal di Langkawi dan baru berpindah ke Jitra sebulan lalu," katanya.

Saiful Sopfidee berkata dia dimaklumkan mengenai kejadian yang menimpa anaknya pada pukul 8 pagi kelmarin bahawa Saiful Syazani dimasukkan ke hospital kerana dipukul orang.

Selepas melihat keadaan anaknya akibat dipukul, Saiful Sopfidee telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah pada petang kelmarin.

AR BADUL AKAN SAMAN AKHBAR BN??

Posted: 02 Apr 2011 07:24 PM PDT

Saya petik:






KUALA LUMPUR: Pelawak terkenal, AR Badul, 63, menyangkal dakwaan seorang remaja perempuan yang dia mencabul mangsa lebih daripada tiga kali bermula Disember 2010 hingga pertengahan Mac lalu seperti yang didakwa oleh beberapa akhbar semalam.

Menurut Badul, dakwaan itu tidak benar dan dia tidak mengetahui butir laporan polis yang dibuat remaja itu terhadapnya.

"Saya tidak mengetahui laporan dibuat remaja itu dan ia tidak berasas sama sekali," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Badul turut menafikan dirinya diburu polis kerana sehingga kini masih tidak dipanggil oleh pihak berkuasa untuk memberi kenyataan.
"Saya tidak diburu pihak berkuasa," katanya yang akan mengetahui kesahihan laporan mengenai dakwaan itu, esok.

Sementara itu, Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Operasi dan Risikan Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Arasa berkata, polis akan menyiasat kesahihan dakwaan pelajar berkenaan.

Badul juga turut ditanya adakah beliau akan menyaman akhbar yang menyiarkan berita tersebut," Saya belum terfikir lagi buat masa ini", katanya.

PROTES BAKAR QURAN...10 LAGI UMAT ISLAM MAUT

Posted: 02 Apr 2011 07:12 PM PDT

KANDAHAR, 3 April — Sekurang-kurangnya 10 terbunuh dan 83 cedera di bandar Kandahar, selatan Afghanistan - pada hari kedua protes ganas ekoran tindakan membakar al-Quran oleh kumpulan fundamentalis radikal Kristian di Florida, Amerika Syarikat bulan lalu.




Serangan berani mati juga disaksikan di pangkalan tentera NATO di Kabul, sehari selepas pejabat misi PBB di Mazar-i-Sharif, di utara Afghanistan, dan membunuh tujuh staf asing.

Ia merupakan serangan paling buruk ke atas pejabat PBB di Afghanistan.

Beberapa penunjuk perasaan dilihat membawa bendera putih Taliban.

Dua yang terbunuh adalah anggota polis Afghanistan, kata seorang pegawai.

Duta PBB Staffan de Mistura berkata, pihaknya akan mengkaji semula aspek keselamatan tetapi tidak akan meninggalkan negara itu ekoran serangan kelmarin.

Penunjuk perasaan marah dengan tindakan Pastor Terry Jones yang menyelia tindakan membakar al-Quran di depan 50 orang di gereja yang diketuainya di Florida, 20 Mac lalu.

Kelmarin, beribu-ribu penunjuk perasaan di utara Afghanistan marah dengan tindakan Jones mengetuai kerja-kerja membakar al-Quran menyerbu pejabat PBB selepas solat Jumaat di bandar Mazar-i-Sharif.

Jones, 58, yang mengetuai gereja kecil di Gainesville, Florida, mengundang kecaman antarabangsa pada September lalu ekoran rancangannya untuk membakar al-Quran sempena ulang tahun kesembilan peristiwa 11 September 2001.

Ekoran protes itu, Jones kemudian membatalkan rancangannya untuk membakar al-Quran termasuk selepas campur tangan White House.

Bagaimanapun beliau kekal mengkritik Islam sambil mendakwa bahagian-bahagian dalam kitab al-Quran boleh membawa kepada elemen keganasan.

Pada 20 Mac lalu, Jones mengetuai Hari Antarabangsa Pengadilan Al-Quran dan kemudian menyelia tindakan membakar al-Quran. — Reuters

Sumber http://www.guardian.co.uk/world/2011/apr/02/nine-killed-81-injured-kandahar-protest-quran

ALKITAB: BENARKAH 10 FORMULA MAMPU MASALAH?

Posted: 02 Apr 2011 06:50 PM PDT

KUALA LUMPUR, 2 April – Kerajaan pusat mengumumkan 10 langkah – perkembangan terbaru bagi menyelesaikan isu Alkitab yang masih berlarutan - antaranya kitab Injil dalam semua bahasa, termasuk Bahasa Malaysia atau Indonesia boleh diimpot ke Malaysia.


Formula penyelesaian lain ialah:

* Kitab Injil dalam bahasa etnik laik di Sabah dan Sarawak seperti Iban, Kadazan-Dusun dan Lun Bawang boleh dicetak dalam negeri dan diimpot masuk

* Bagi Sabah dan Sarawak yang mempunyai komuniti Kristian besar, tidak terdapat syarat kepada pengimpotan dan percetakan kitab Injil dalam Bahasa Malaysia/Indonesia dan bahasa asli lain. Syarat untuk cap "Penerbitan Kristian" dan juga nombor siri turut terkecuali dan tidak perlukan.

* Bagaimanapun, bagi menghormati komuniti Islam yang besar di Semenanjung Malaysia, Bible dalam Bahasa Malaysia/Indonesia mesti tertera dengan "Penerbitan Kristian" ("Christian Publication") dan tanda Salib pada kulit hadapan.

* Demi semangat 1 Malaysia dan akuan bahawa ramai yang berhijrah antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia, tidak terdapat larangan bagi mereka yang membawa kitab Injil dan bahan bacaan Kristian semasa melawati negeri-negeri tersebut.

* Arahan telah dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri untuk memastikan isu kitab Injil ini diimplementasi dengan cara berkesan mengikut keputusan ahli kabinet. Tindakan disiplin akan diambil terhadap pegawai yang gagal mematuhi peraturan mengikut Perintah-perintah Am. Taklimat akan diberikan oleh pegawai tertinggi kerajaan termasuk Peguam Negara, kepada penjawat awam yang releven untuk memastikan pemahaman yang menyeluruh dan pelaksanaan yang mengikut perintah.

* Bagi kitab Injil dalam Bahasa Malaysia/Indonesia yang disita di Kuching, Gideon, para pengimpot boleh memungut 30,000 kitab Injil tersebut tanpa sebarang kos. Ini adalah berikutan tawaran daripada kumpulan penderma Kristian untuk membiayai kos yang terlibat. Tawaran sama juga telah dibuat untuk pengimpot 5,100 kitab Injil dalam Bahasa Malaysia/Indonesia di Pelabuhan Kelang yang telah dipungut oleh Bible Society Malaysia minggu lepas.

* Lebih daripada isu Alkitab dalam Bahasa Malaysia/Indonesia ini, kerajaan mengekalkan komitmen untuk terus bekerja dengan kumpulan Kristian dan juga kumpulan penganut agama lain untuk mencari jalan penyelesaian bagi isu-isu agama demi mengekalkan persefaham antara agama dan penyelesai mengikut Perlembagaan negara dan Undang Undang di Malaysia. Bagi mempercepatkan penyelesaian terhadap isu ini, Perdana Menteri Malaysia akan bertemu dengan wakil daripada Persekutuan Kristian Malaysia (CFM)

* Anggota Kbinet yang beragama Kristian turut akan bertemu dengan wakil daripada kumpulan-kumpulan Kristian untuk membincangkan isu-isu agama dan mencari jalan penyelesaian bersama lementerian yang relevan dan Perdana Menteri.

Idris berkata, "adalah harapan saya agar jalan penyelesaian yang berdasarkan 10 aspek yang telah dikemukakan diterima oleh kumpulan Kristian secara positif, adil dan munasabah."

PATUT KES RASUAH TAK SETTLE, PEGAWAI DOK LAYAN 'BLUE'!!!

Posted: 02 Apr 2011 06:42 PM PDT

KUALA LUMPUR, 2 April – Seorang lagi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menonton bahan lucah menerusi komputer di pejabatnya sebelum Teoh Beng Hock ditemui mati Julai 2009, demikian Suruhanjaya Siasatan Diraja dimaklumkan hari ini.


Sekretariat suruhanjaya hari ini mengeluarkan laporan analisis penyiasat khas berhubung kandungan komputer yang digunakan oleh Raymond Nion, pegawai dari pejabat SPRM Selangor dan lima yang lain.

Kelmarin, Suruhanjaya Siasatan Diraja mendedahkan bahawa Asisten Superintenden Mohd Ashraf Mohd Yunus juga menonton pornografi menggunakan komputernya awal pagi 16 Julai 2009 selepas menyoal siasat Teoh.

"Raymond Nion... akses laman pornografi, filem, muzik," kata pegawai penyiasat khas suruhanjaya Michael Leslie Squires dalam laporan awalnya hari ini.

"Telah digunakan untuk akses kepada Internet semalaman pada 16 Julai 2009," katanya.

DPP Gopeng

Posted: 03 Apr 2011 03:10 PM PDT

DPP Gopeng


Sukan PASTI Kawasan Gopeng

Posted: 03 Apr 2011 08:13 AM PDT


ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 03 Apr 2011 03:06 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


KRONI GEMUK 6 KAMPONG MENGAMUK

Posted: 03 Apr 2011 02:28 AM PDT


PRN Sarawak : 6 Kampung Akan 'Mengamuk' Pada Taib Mahmud

SERIAN - Selepas lebih 11 tahun bersabar, penduduk di enam Kampung di daerah ini, bertekad untuk menghukum kerajaan pimpinan Tan Sri Abdul Taib Mahmud pada pilihan raya negeri Sarawak kali ini. Kemarahan penduduk kampung itu berpunca apabila syarikat Tetangga Akrab Sdn Bhd yang didakwa milik kroni pimpinan Barisan Nasional (BN) Sarawak dikatakan merampas tanah adat warisan keluarga mereka.

Seorang penduduk, Muhammad Daud Asseng Abdulah, berkata tanah itu diduduki keluarga mereka sejak ratusan tahun dahulu tetapi kini digadai kerajaan Sarawak. "Nenek moyang kami yang meneroka dan menduduki tanah ini.

Tetapi, tanah kami dirampas. Kerajaan Sarawak pula menyerahkan tanah itu kepada sebuah syarikat untuk ditanam dengan pokok sawit," katanya kepada KeadilanDaily.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program bersama Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim d Kampung Danau Malikin yang terletak dalam DUN Balai Ringin, hari ini. Daud berkata, kampung yang terlibat dalam rampasan tanah itu ialah Kampung Mantu Tapu, Kampung Plaman Engkeros, Kampung Plaman Riih, Kampung Plaman Pridan, Kampung Sungai Niyang dan Kampung Paon Gahat.

Difahamkan, lebih 100 keluarga mendiami kampung yang kebanyakannya terdiri dari masyarakat keturunan Bidayuh. "Habis semua pokok durian, lada, koko dan getah ditebang. Pampasan pun tidak diberi," kata Daud sambil mengesyaki wujud amalan rasuah di kalangan kakitangan kerajaan yang menguruskan pertukaran hak milik tanah itu.

Beliau berkata, kes itu dalam proses perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuching sejak 2000 melalui khidmat guaman Dominic Ng – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pandungan. "Kemarahan orang kampung akan ditunjukkan pada pilihan raya negeri kali ini. Sama ada kami menang atau pun kalah dalam kes itu, keputusan kami muktamad. Kami mahu menghukum Taib dan BN," tegas Daud./kd

KOLEJ AMAN BERTUKAR JADI BUKIT AMAN

Posted: 03 Apr 2011 01:50 AM PDT


Alhamdulillah ada juga pembangunan baru di Bukit Sentosa bila Kolej Aman yang pernah dipinang oleh UITM untuk kampus cawangan tapi akhirnya tak jadi dan beberapa agensi lain sehinggalah tempat tersebut semak samun.
Kami penduduk Bukit Sentosa menerima sahaja pembangunan yang positif di mana dengarnya Kolej Aman tersebut akan menjadi tempat latihan Polis.

Dengan usaha ini nampanya ramai penduduk tempatan dapat rahmat dari pengujudan beberapa jenis pekerjaan di tempat ini.

Bangunan telah dicat dengan rapi dan cantik.

Jaraknya tidak jauh dari Masjid Assalam dan Balai Polis di Taman Cempaka, Bandar Baru Bukit Sentosa.

PENEWAS GIANT KILLER GERAKAN DITAHAN POLIS !

Posted: 02 Apr 2011 11:35 PM PDT


Ahli Parlimen Teluk Intan M Manogaran (kiri) dari DAP dan aktivis MS Arjunan (kanan) yang mengadakan protes membantah novel kontroversial Interlok ditahan polis tengah hari tadi.

Kempen di pekarangan Batu Caves itu adalah sebahagian protes diadakan sejak lebih sebulan lalu membantah Interlok daripada digunakan sebagai buku teks sastera di sekolah menengah kerajaan.

Dalam mesej Twitternya, Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata:

"YB Mano Teluk Intan dan M.S. Arjunan dari (NGO) Tamil Students ditahan di Batu Caves kerana mengadakan demonstrasi menentang Interlok. Kata tidak buat BN."

Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago yang menghantar pesanan Twitternya menyebut:

YB Mano (teluk intan) has been arrested and detained in IPD Gombak over interlok demo at batu caves#fb

Manakala Menteri Besar Perak yang sah, Mohammad Nizar Jamaluddin pula dalam reaksinya berkata:

Interlok is not an indian issue! We all are affected/implicated. Muhyidin had taken a very simple approach assume settled. Denial syndrome?

We demand MP Tlk Intan and the Tamil students must be released unconditionally. Hidup rakyat! 3x!

Manogaran kini ditahan di Ibu pejabat Polis Daerah Gombak untuk siasatan lanjut.

Manogaran menang dalam pilihanraya umum 2008 menewaskan giant killer Gerakan, Mah Siew Keong dengan majoriti 1,830 undi.

Pemuda PAS Sandakan

Posted: 03 Apr 2011 01:08 PM PDT

Pemuda PAS Sandakan


Ucaptama Ketua Pemuda DPPKS

Posted: 03 Apr 2011 03:05 AM PDT


Ust. Qamarullah Wahba
SEMPENA MUKTAMAR DPPKS KALI KE 9

PENDAHULUAN
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
الحمد لله الذي بعث محمدا صلى الله عليه وسلم بالهدى ودين الحق رحمة للعالمين وقدوة للعاملين وحجة على من أرسله الله إليهم أجمعين وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له إله الأولين والآخرين وأشهد أن محمدا عبده ورسوله المصطفى على العالمين صلى الله عليه وعلى آله وأصحابه ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين وسلم تسليما كثيرا
أما بعد

Kepada sahabat-sahabat Muktamirin sekalian, saya mengucapkan tahniah atas kehadiran untuk bermuktamar pada hari ini dan  merafakkan syukur kerana  setelah berlalunya pusingan tahun yang yang pelbagai musimnya, kita dapat lagi bertemu pada hari ini untuk melaksanakan satu kerja Jama'ah yang amat penting iaitu bermuktamar. Muktamar adalah medan kita menela'ah kelemahan dan kekuatan Jama'ah serta menyampaikan imput penambahbaikan untuknya di masa depan. Ia juga medan kita melantik pemimpin yang bakal menerajui jema'ah. Agenda muhasabah dan melantik pemimpin ini, jika kita lakukan dengan penuh rasa tanggungjawab dan sedar, ia menjadi ibadah. Bukankah melaksanakan perintah Allah itu ibadah? Dan Allah SWT memerintahkan kita dengan firmannya:

وَالَّذِينَ اسْتَجَابُوا لِرَبِّهِمْ وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَأَمْرُهُمْ شُورَى بَيْنَهُمْ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ

Dan (bagi) orang-orang yang menerima (mematuhi) seruan Tuhannya dan mendirikan shalat, sedang urusan mereka (diputuskan) dengan musyawarat antara mereka; dan mereka menafkahkan sebagian dari rezki yang kami berikan kepada mereka.
Surah As-Syura: Ayat 38

Sebelum saya meneruskan ucapan saya, saya ingin menambatnya dengan dua kesimpulan. Hanya dua kesimpulan ini yang sahabat muktamirin perlu ingat dari selengkar ucapan saya ini. Dua kesimpulan itu ialah:

a. Wajib mengintima'kan diri dengan gerakan Islam.
b. Tarbiyyah akan memperkuatkan Jamaah.

INTIMA' KEPADA GERAKAN

Menggabungkan diri dalam Jama'atul Muslimin merupakan salah satu dari tuntutan penting dalam agama Islam. Terdapat banyak dalil Al-Quran maupun hadis yang menyokong kesimpulan ini. Ianya tidak perlu lagi dijelaskan khususnya kepada mereka yang telah meladeni jalan perjuangan. Dari segi logik akal pun, manusia berhajat kepada hidup berjama'ah untuk mencapai matlamat bersama yang digariskan. Maka, satu kerja besar seperti menyebarkan Islam dan meletakkannya sebagai agama tertinggi di atas semuanya, tentulah memerlukan penggabungan individu –individunya dalam sebuah jama'ah.

Penggabungan diri (intima') kepada jama'ah  membawa maksud seseorang itu mestilah menyerahkan dan mengorbankan seluruh tenaga dan kemampuannya sebagai khidmat kepada jamaah, menyerahkan segala kepentingan dirinya untuk kepentingan Islam dan bukan sebaliknya. Penyerahan ini dibuat berdasarkan akidah dan bukan kerana factor-faktor lain seperti tertarik kepada individu tertentu, bencikan musuh dan sebagainya.
Memetik apa yang disebutkan oleh Ketua DPPP, Ust Nasrudin bin Hassan at Tantawi dalam Ijtimak Tarbawi Peringkat Negeri Sabah yang diadakan di PLD Kundasang pada 4-6  Februari yang lalu, bahawa penggabungan kita ke dalam gerakan Islam hendaklah didasari kepada intima' aqidi. Sambil menolak intima'-intima' yang lain seperti intima' maslahi, syakhsi,  hamasi  dan lain-lainnya, hendaklah dimengerti oleh setiap ahli gerakan bahawa dorongan akidahlah yang menyebabkan kita memilih penggabungan ini.
Kita berada dalam PAS bukan kerana inginkan kedudukan, kuasa dan projek yang mengkayakan diri. Malah, kita berhabis harta, masa dan keselesaan kerana keberadaan kita dalam PAS. Kita bangga kerana dapat memberikan infaq harta dan masa untuk perjuangan dan tidak disia-siakan kepada kehidupan dunia yang tidak membawa kepada akhirat. Kita juga berada dalam PAS bukan kerana kita seorang pengkagum TG. Nik Abd Azizi Nik Mat, TG. Hj. Hadi Awang atau mana-mana tokoh lain. Sekalipun mereka yang kita kagumi citra perjuangannya itu telah dijemput  Tuhan dan tiada lagi di persada perjuangan ini, kita tetap mahu berada dalam perjuangan ini. Kita tidak mengkultuskan seorang pemimpin sebagaimana pengikut Komunisme mengkultuskan Lenin, pengikut Nazi mengkultuskan Hitler dan mana para pengikut Nasionalisme mengkultuskan pejuang bangsanya sepanjang zaman.
Kita terlibat dengan jama'ah dan kerja-kerjanya adalah untuk mencari redha Allah dengan memperjuangkan agamanya. Kita berkeyakinan bahawa hidup berjuang adalah mulia. Kita, tidak sanggup hidup hina tanpa perjuangan bahkan rela mati syahid demi agama dan perjuangannya

Kerana cintakan kepada perjuangan, kita memilih untuk berada dalam gerakan Islam. Kita memilih PAS kerana ia adalah gerakan Islam yang pertama muncul dalam arena perjuangan Islam secara tersusun dalam sejarah negara kita. Memilih PAS bukan hanya dengan mendaftar jadi ahli dan memberitahu semua orang bahawa "aku adalah ahli PAS". Bukan juga dengan menjadi "addicted" kepada ceramah-ceramah tokohnya atau hanya mengundi calonnya dalam pilihanraya.

Kita tidak harus muncul sekali sekala saat semangat menguasai kepala dan akhirnya mundur dan hilang di kala semangat menyusut ke hujung kaki.


PAS ITU GERAKAN ISLAM, BUKAN PARTI.

Sebilangan mereka yang menyertai PAS nampak PAS itu hanya sebagai parti politik. Tanggapan ini pula menjadi pegangan kepada mereka yang di luar PAS. Mereka yang memusuhi PAS  pula lebih kuat menanggapi hal ini. Kalaulah mereka faham dan sedar bahawa PAS itu adalah sebuah Gerakan Islam yang mempusakai perjuangan "as-sabiqunal awwalun", tentu mereka tidak tega untuk menentang PAS.

Nabi-nabi dan para hawariyyun mereka tentu mempunyai penerus perjuangan. Masakan kita  boleh mendakwa parti-parti sekular yang ada, baik dalam negara kita maupun seantero dunia, dan diterajui oleh mereka yang mengaku muslim, sebagai penerus perjuangan nabi-nabi dan pejuang sesudahnya?  Masakan pula kita boleh mendakwa bahawa firqah-firqah yang hanya memperjuangkan beberapa juzuk daripada Islam serta tidak mensasarkan penubuhan daulah dan dunia Islam itu sebagai warisan perjuangan nabi-nabi dan  para pejuang sesudahnya?

Kita ingin kita tergolong dari kelompok yang menjadi mata rantai kepada "As-Sabiqunal awwalun". Allah memuji mereka sebagaimana firmanNya:

وَالسَّابِقُونَ الأَوَّلُونَ مِنَ الْمُهَاجِرِينَ وَالأَنصَارِ وَالَّذِينَ اتَّبَعُوهُم بِإِحْسَانٍ رَّضِيَ اللّهُ عَنْهُمْ وَرَضُواْ عَنْهُ وَأَعَدَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي تَحْتَهَا الأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) dari golongan muhajirin dan anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah ridha kepada mereka dan merekapun ridha kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka surga-surga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya selama-lamanya. mereka kekal di dalamnya. Itulah kemenangan yang besar.
(Surah At-Taubah: Ayat 100)

PAS sebagai sebuah Gerakan Islam, perlu jelas sejelasnya, terutama buat para pemuda perjuangan. Kita sedang menggalas perjuangan ini untuk menapak ke era kemenangan. Hendaknya, prinsip bahawa PAS merupakan Gerakan Islam hendaklah sentiasa meniti di bibir kita  menjadi   tazkirah buat kita di saat kita alpa. Tindak tanduk dan bual bicara kita hendaklah sentiasa diingatkan dengan prinsip yang seringkali dialpakan ini. Andainya, PAS bukan sebuah Gerakan Islam, tidak ada gunanya kita berhemPAS pulas dan mengorbankan harta, masa dan keselamatan diri untuknya. Perjuangan sebuah parti hanya demi kepentingan yang berkisar di bawah lengkungan langit. Malah tidak pun melePASi atmosfera bumi. Ia mungkin demi seorang tokoh atau kelompok tertentu. Perjuangan Gerakan Islam menembusi tujuh petala langit dan bersimpuh di sidratul muntaha sujud kepada Allah Yang Maha Kuasa.

Pertegaskan untuk dirimu dan orang lain bahawa inilah perjuangan PAS. Di sebalik lebel nama parti padanya, terpacak gunung mengakar Gerakan Islam. Mengalir segar sungai Gerakan Islam bersumberkan legeh perjuangan As-Sabiqunal awwalun.

APA YANG ANDA LAKUKAN DENGAN HARI ANDA TANPA JAMA'AH?

Apa yang kita lakukan untuk mengisi masa kita kalau kita tidak hidup berjama'ah. Cukupkah untuk menjadi modal di depan Allah dengan hanya solat, berzikir dan mengamalkan nilai-nilai mulia dalam hidup. Kita memetik buah dari agama Islam untuk merebut kebahagian akhirat sedangkan kita tidak pernah membajai pokok Islam ini dengan perjuangan.  Islam menyeru anak-anaknya untuk mempertahankannya dan mengangkat harakatnya dalam masyarakat, sedang kita memilih untuk menyisih dalam khulwah yang sunyi lengang. Khulwah nafsiyyah malah Jasadiyyah dari perjuangan dan agendanya.

Apakah hebat kalau kita menjadi seorang yang disibukkan dengan jadual harian ketat? Manakan jadual tugas kerjaya, ditambahkan pula jadual aktiviti permainan kesukanan yang sarat. Lalu, tiada masa untuk perjuangan.Pada belahan hari kita, kita gunakan untuk melaksanakan tuntutan kerjaya. Belahan yang lain pula untuk aktiviti bersama teman-teman.kita penuh dengan pelbagai acara sukan, dari futsal, badminton, bola sepak, boling sehingga mengunjungi gymnasium membina tubuh kekar. Itulah yang mungkin menjadi rutin kita jika hidup tanpa jama'ah. Namun, ke mana hendak digunakan tubuh kekar itu? Apakah hanya buat menggoda pesona orang lain. Hina amat kalau digunakan buat memancing pesona wanita. Untung dan maha berkat sekujur tubuh yang sihat hasil dari aktiviti yang kita lalui, kalau digunakan untuk berjuang dalam jama'ah.

Mungkin, kita tidak mahu menyertai Jama'ah kerana mahu mengarang buku yang hebat. Kononnya, buku yang merubah masyarakat dengan suntikannya. Hebatnya buku bukan pada isinya. Isi yang canggih dan penysunan yang kemas dan menelan masa yang banyak tidak menjadikan ia berguna kepada masyarakat. Kalau kerana sibu dengan proses pengarangan, suntingan dan editing buku itu kita tidak mahu menyertai jamaah, ketahuilah bahawa buku akan hadir ke tengan masyarakat hanya laksana kilasan kilat yang tidak mampu memberi hidayah secuit pun kepada ummat.

Mungkin juga, kita disibukkan dengan hobi blogging. Blog kita berada pada ranking teratas dan mampu mengumpulkan pulangan beribu RM daripada agensi pengiklanan antarabangsa. Tapi, apalah ertinya sebuah blog jika tidak menjadi agenda mengangkat Islam. Malah, malang sekali jika blogger menjadi penentang Gerakan Islam.

Mungkin juga banyak masa kita terbuang di kedai kopi. Tanpa komitmen untuk Jama'ah, kita sanggup menghabiskan masa berjam-jam dengan perbualan kosong dengan sahabat-sahabat makir yang kita rasa setia.

Mungkin pantang cuti kita berjalan melancung sana sini. Lekeh pula kalau malam-malam dan hujung minggu hanya duduk bergelempangan depan TV mencari rancangan ASTRO yang menarik.

Kita dalam gerombolan Pemuda PAS menawarkan pilihan untuk lakuna yang membelenggu ini. Kita menawarkan jalan menggunakan masa dan harta yang dapat membenihkan buah akhirat yang meyakinkan. Khabarkan dan tawarkan buat rakan-rakan lihai kita agar kita sama-sama dapat meladangi dunia untuk akhirat dengan perjuangan lalu meyakini hasilnya.

HIDUP BUKAN UNTUK DIRI SEMATA!
Tujuan kita dihidupkan di dunia ini bukan untuk menjadi seperti ternakan yang meragut rumput untuk melangsaikan tuntutan perut dan mencari Pasangan untuk melunaskan tuntutan biologi. Bukan juga untuk maksud duniawi yang di sisi Allah nilainya lebih ringan daripada sayap nyamuk. Untuk menjadi abdi kepada Allah, itulah tujuan asal kita diciptakan.
Sesuai dengan tujuan mengabadikan diri kepada Allah SWT, maka hidup memperjuangnkan agamaNYa adalah kehidupan unggul yang ideal perlu kita cari. Itulah kemuncak pengabadian kepadaNYa.
Bagaimanakah kita menjawab persoalan di depan Allah SWT ketika kita ditanya di akhirat tentang apa yang telah kita lakukan semasa hidup kita? Alangkah malunya kalau kita hanya mampu menjawab bahawa semasa hidupku di dunia aku telah dapat pangkat sekian, dan sejumlah isteri atau anak. Semua pencapaian itu tidak akan dihitung oleh Allah sebagai kunci keselamatan di akhirat.
Apabila kita mengistiharkan PAS sebagai sebuah Gerakan Islam, ketahuilah bahawa tarbiah merupakan hatinya. Tarbiah ibarat generator yang membekalkan sumber tenaga untuk sebuah perkampungan.Tarbiah ibarat baja yang menyuburkan dan ibarat racun serangga yang membasmi perosak.

MAKNA TARBIAH

Perkataan tarbiah dalam bahasa Melayu bermakna: pendidikan, pengasuhan . 'Tarbiah' diambil daripada bahasa Arab(تربية) berasal daripada kalimah(رَبَّى) d  yang membawa maksud mendidik dan menambahkan kekuatannya jasmani, akal dan akhlak.

Sesetengah ulama haraki merumuskan tarbiah kepada bahagian-bahagian berikut:

 *Tarbiyah Ruhiyyah/Nafsiyyah (Pendidikan Kerohanian/Kejiwaan)
 *Tarbiyah Jasmiyyah (Pendidikan Fizikal)
 *Tarbiyah Imaniyyah ( Pendidikan Keimanan)
 *Tarbiyah Aqliyyah (Pendidikan Mental)
 *Tarbiyah Akhlaqiyyah (Pendidikan Akhlak)
 *Tarbiyah Fikriyyah (Pendidikan Ketajaman Cara Berfikir)
 *Tarbiyah Iqtisadiyyah (Pendidikan Kemantapan Ekonomi)
 *Tarbiyah Siasiyyah ( Pendidikan Memperkasa Politik) dan lain-lain.
Di antara semua bahagian-bahagian tarbiah ini, tarbiyyah Ruhiyyah adalah mendepani semuanya. Ia merupakan tarbiah kepada jiwa dan hati. Hati merupakan raja dalam tubuh, jika baik ia, baiklah semuanya.

MEKANISMA TARBIAH

Kita seharusnya berkeyakinan sepenuhnya bahawa tarbiah adalah satu-satunya wasilah yang paling berkesan untuk merubah masyarakat, melahirkan rijal serta seterusnya mencapai kejayaan  dalam perjuangan dan memperkasakan jema'ah. Bukankah melalui tarbiahlah Rasuluilah SAW berjaya membentuk generasi rabbani sebagai contoh yang sukar ditandingi?
Di bawah Dewan Pemuda PAS Kawasan Sandakan, kita cuba sedaya upaya untuk menhayati makna di sebalik kepentingan tarbiyyah ini. Lajnah Tarbiyyah dan Kepimpinan pada sesi yang lalu telah merancang pelbagai program tarbiyyah dan sebahagiannya dapat dilaksanakan dengan baik dan jaya. Sesuai dengan keutamaan Tarbiyyah Ruhiyyah, Lajnah Tarbiah dan Kepimpinan telah merancang program yang berbentuk pembentukan hati yang sejahtera agar dengan hati yang sejahtera ini, akan lahirlah pendokong perjuangan yang ampuh di medan perjuangan.

Menjadi tanggungjawab kita sebagai pemuda untuk memberi sokongan dan menyertainya. Usrah sebagai induk program tarbiyyah kita hendaklah dihadiri dengan penuh rasa cinta dan tanggungjawab. Janganlah kerana alasan-alasan gampang kita meninggalkan usrah. Selain itu, Tamrin juga merupakan program "patern" Gerakan Islam. Qiamullail pula hendaklah menjadi budaya hidup kita. Amat memalukan pula jika kita liat untuk solat berjama'ah di masjid sedangkan kita mengaku pejuang Islam.

Justeru, agenda tarbiyyah kita adalah untuk melahirkan individu-individu pejuang yang berstamina tinggi buat menggalas kerja besar yang amat melelahkan. Saya menyeru kepada sahabat sepejuangan untuk melapangkan dada dan menyerahkan hati dan perasaan kepada agenda tarbiyyah jama'ah.

Yakinilah bahawa bila berjaya tarbiyyah dalam jama'ah, PAS akan kaya dengan mujahid yang tidak mudah diperkotak-katikkan. Ombak dan badai tidak akan dapat merebahkannya, apalagi dengan ugutan hilangnya peluang naik pangkat atau perpindahan serta merta. Kita telah melihat sebilangan sahabat seperjuangan kita yang ampuh menghadapi ancaman dan ugutan sedemikian, dan kita ingin sekali jadi seperti mereka. Tetapi bagaimana? Tarbiyyahlah jawapannya! 


JAMAAH TANPA TARBIAH?

Apakah mungkin dikatakan seseorang itu berjama'ah tanpa tarbiah? Mereka yang menjadi tentera-tentera syaitan pun menyediakan masa-masa dan mekanisme tertentu untuk membina motivasi diri mereka, maka apakah tentera-tentera Allah tidak merasakan perlu mereka mempunyai hal yang boleh memantapkan diri dan perjuangannya. Oleh itu, adalah tidak masuk akal untuk mengatakan diri berjama'ah tanpa mahu melalui proses tarbiah.

Dalam PAS, jika yang terjun ke dalamnya itu adalah mereka yang hanya membawa citra politik yang berkaitan dengan kepartian dan pilihanraya semata-mata, mereka tidak akan melihat perlunya agenda tarbiahnya. Ini merupakan ancaman dalaman kepada PAS untuk jangka panjang. Kelak, akan jadilah PAS sebagaimana parti-parti lain yang membawa isme-isme tersendiri. Tidak mustahil, tanpa tarbiah, PAS akan menjadi parti yang memperjuangkan islamisme dan bukannya memperjuangkan Islam sebagai ad-din  yang diturunkan Allah SWT.

Tarbiyyah, sebagaimana yang ditegaskan oleh Ketua DPP Pusat, perlu dilalui oleh semua warga Gerakan Islam, dari yang teratas hinggalah ke bawah. Tak kira siapa pun dia, jika mengaku anggota Gerakan Islam PAS, hendaklah meladeni agenda tarbiah Jama'ah.

Marilah kita menghayati keperihatinan pemuda-pemuda dalam Gerakan ini yang berhempas pulas menggerakkan agenda tarbiyyah. Sesungguhnya, inilah rupa Jamaah yang kita rindui. Jamaah yang menjadikan tabiyyah sebagai makanan hariannya.

Kitalah soldadu yang memikul amanah menjana tarbiyyah dalam Jamaah. Kita soldadu dan kita juga perlu ditarbiyyah. Jamaah kita adalah Jamaah Gerakan Islam. Maka, jangan sekali-kali mengabaikan aspek tarbiahnya. Dengannya, Jamaah mendapat nafas dan menjadi perkasa.


KESIMPULAN.

Sekianlah, mudahan selepas muktamar ini selesai dan kita kembali bercempera dengan tugas harian masing-masing, kita akan sentiasa sedar anugerah Tuhan yang Allah kurniakan kepada kita. Anugerah yang tidak diperolehi semua orang. Itulah anugerah menjadi pilar-pilar Jamaah PAS di Sandakan. Maka, kita pun menghargainya dan istiqamah di dalamnya. Dengan rasa syukur dan tawaddhuk, kita mencari lapangan tarbiah buat menjana kekuatan diri.

Saya berdoa agar kita diberikan thabat dalam perjuangan ini sehingga ke akhir hayat. Tiada maknanya perjuangan yang bersemangat pada permulaan dan mundur di belakang hari. Allah tidak melihat kepada permulaan, tetapi khatimahlah yang akan menuntukan sama ada kita bahagia atau sebaliknya.

أللهم يا مقلب القلوب ..... ثبتنا



Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted: 03 Apr 2011 01:02 PM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Penduduk Durian Tunggal minta bonggol jalan

Posted: 02 Apr 2011 03:35 PM PDT

MELAKA: Penduduk di sekitar Taman Desa Idaman, Durian Tunggal, di sini meminta pihak berkuasa membina segera bonggol di jalan utama Taman Desa Idaman 1 dan 2 kerana sering berlaku kemalangan.

Menurut Yang Dipertua PAS Kawasan Alor Gajah, Adly Zahari, alasan yang diberikan iaitu tiada peruntukan tidak boleh diterima kerana masalah itu membabitkan nyawa orang ramai.

"Walaupun telah beberapa kali berlaku kemalangan dan terbaru seorang penunggang motosikal cedera parah tetapi tiada tindakan diambil bagi memastikan jalan ini selamat kepada orang ramai. Masalah ini perlu diambil perhatian serius oleh pihak yang berkenaan dan tindakan segera membina bonggol perlu dilaksanakan.

"Memang tak patut alasan tiada peruntukan dan semakin hari penduduk semakin bertambah kenderaan juga bertambah, jangan nanti bila berlaku yang tidak diingini kita menuding jari di antara satu sama lain," kata beliau.


Menurut seorang Penduduk, K Samy Nanthan, 26, bahawa penduduk sudah beberapa kali mengajukan masalah itu kepada pihak berwajib termasuk Jabatan Kerja Raya (JKR) dan wakil rakyat kawasan itu namun alasan diterima adalah tiada peruntukan untuk membina tiga bonggol berkenaan.

Tambahnya, sejak jalan sepanjang 500 meter itu dibina lebih lima bulan lalu ianya sering berlaku kemalangan.

"Permintaan bagi membina bonggol itu bukan untuk kepentingan individu tetapi keselamatan orang ramai yang risau terutama ketika waktu puncak memandangkan jalan itu lurus dan berbukit.

"Saya risau sekiranya bonggol masih tidak dibina kerana kenderaan terutama motosikal laju di jalan ini dan adakah mereka ingin menunggu sehingga berlaku kemalangan maut," katanya.

"Selain itu, jalan itu juga digunakan kanak-kanak untuk menyeberangi jalan untuk ke taman permainan berhampiran menyebabkan keselamatan nyawa mereka terancam setiap masa.

HARAKAH • 27 – 29 RABIULAKHIR 1432 / 1 – 3 APRIL 2011

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai

Posted: 03 Apr 2011 11:32 AM PDT

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai


Gotong Royong PAS Cukai Di Pengkalan Pandan

Posted: 03 Apr 2011 03:05 AM PDT



Cukai, 03/04/2011 - Program Ops Al- Falah di UPU Kubang Kurus yang bermula pada 31 mac 2011 hingga 02 april 2011. Dalam program ini PAS Cukai telah menyampaikan sumbangan berupa barangan dapur kepada 45 orang fakir miskin di dua cawangan yaitu cawangan Kubang Kurus & cawangan Pengkalan Pandan. PAs Cukai juga memberi sedikit wang saku kepada 31 orang anak yatim di sekitar cawangan tersebut. Sempena program tersebut kita telah buat gotong royong baiki rumah dapur & membuat tandas, di rumah seorang penduduk Pengkalan Pandan.

Batu Gajah Mari

Posted: 03 Apr 2011 11:13 AM PDT

Batu Gajah Mari


Lelaki Lahir Tahun 1880 Masih Dalam Daftar Pengundi SPR

Posted: 02 Apr 2011 03:51 PM PDT

SIBU 2 APRIL : Walaupun dilahirkan pada tahun 1880 dan sudah lama meninggal dunia, Mohamad Mahli Sulong masih dalam senarai daftar pengundi untuk pilihanraya negeri Sarawak bulan ini, menurut sebuah pertubuhan bukan kerajaan.

Sibu Election Watchers (SEW) berkata kes Mohamad Mahli adalah contoh terbaru untuk membuktikan senarai pengundi Suruhanjaya Pilihanraya masih belum dikemaskini.

Jurucakap SEW, Wong Meng Chuo berkata Mohamad Mahli disenaraikan sebagai pengundi untuk N49 Nangka dan tempat mengundi beliau adalah SK Perbandaran Sibu No. 3 at Jalan Bandong.

Pada pilihanraya kecil Sibu tahun lalu, SEW mengesan 208 pengundi yang dilahirkan lebih seratus tahun lalu namun masih dalam daftar pengundi SPR, akhbar The Star melaporkan.

Justeru, SEW menolak jaminan Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang mendakwa daftar pengundi SPR sudah "dibersihkan."

"Kita kesal kerana SPR masih belum melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik. Kami percaya daftar pengundi yang bersih amat penting untuk memastikan pilihanraya berjalan secara adil dan bebas," tambah beliau.


Ammar Rosdy berundur

Posted: 02 Apr 2011 03:30 PM PDT

http://a6.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/197057_10150245335178098_554643097_9291371_7550904_n.jpg
keratan Akhbar semalam

Kepimpinan Dewan Pemuda PAS Kawasan Batu Gajah kini diterajui oleh muka-muka baru selepas kepimpinan terdahulu yang diketui oleh Sdr Ammar Rosdy dan Ustaz Munir Ali serta Sdr Razman sudah melebihi 40 Tahun. Kini kepimpinan pemuda diterajui oleh Ustaz Abdullah Adam. Ahli pemuda ketika ini lebih ramai selepas majlis penyerahan keahlian 60 pemuda kepada Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin bulan lalu. Pemuda sekarang kini lebih mantap dan menggerunkan UMNO/BN

Kepimpinan baru Dewan Pemuda PAS Kawasan Batu Gajah ingin mengucapkan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada Sdr Ammar Rosdy kerana telah memimpin pemuda dengan penuh komited. Beliau adalah insan yang menaikkan integriti dan nama Dewan Pemuda PAS Kawasan Batu Gajah. Semoga beliau terus menyokong dan bersama-sama dengan kepimpinan Baru

ansarullah

Posted: 03 Apr 2011 11:02 AM PDT

ansarullah


Rakyat Malaysia Kaya-Raya

Posted: 03 Apr 2011 10:06 AM PDT

RM108 bilion lesap setiap tahun

PUTRAJAYA 2 April - Dianggarkan RM108 bilion yang sepatutnya menjadi pendapatan negara setiap tahun lesap manakala lebih RM10 bilion lagi dipindahkan secara haram ke luar negara.

Kerugian itu dikesan hasil siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas kegiatan rasuah dan penyalahgunaan kuasa melibatkan pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di seluruh negara.

Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata, angka kerugian itu dianggarkan akibat aktiviti pemindahan wang secara haram melalui beberapa cara termasuk taksiran kurang, transaksi tanpa rekod serta penyeludupan wang.

"Akibat tindakan 'tangan-tangan kotor' ini, negara mengalami kerugian apabila hasil pendapatan lesap manakala wang rasuah yang diperolehi mereka dipindahkan secara haram ke luar negara.

"Berikutan itu, SPRM mengadakan 'Operasi 3b' iaitu sasaran kita mengembalikan semula RM3 bilion hasil pendapatan negara yang lesap," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

(Cerita lanjut)

P/S:-Ini membuktikan banyak perkara sebenarnya.Antaranya ialah:-

i)Pegawai di KASTAM boleh dan telah banyak melakukan kesalahan yang boleh mendatangkan kerugian kepada negara.Adakah mereka ini dikira sebagai orang yang sangat berkuasa dalam muka bumi Malaysia ini?Besar manakah kuasa mereka? Sejauh manakah kuasa mereka untuk terus melakukan kesalahan seperti ini?

ii)Kalau kakitangan KASTAM yang tidak berapa kuasa besar kuasa mereka boleh melakukan begini,bagaimana pula dengan mereka-mereka yang lebih kuasanya?Agak-agak menteri-menteri dalam kabinet tu tak buat macam ni ke?Kalau tak macam mana mereka ni ada harta yang melampau banyaknya?

Dah banyak kali keluar cerita pasal menteri ni ada akaun di Luar negara,menteri ni ada harta diluar negara,menteri itu bukak akaun di Swiss Bank,Menteri ini bukak akaun di Bank Singapore.

Jadi kalau macam ini,kami rasa harta dan wang yang keluar dari negara ni adalah lebih banyak dilakukan oleh Bapak-bapak Menteri!Bukan begitu?Itu belum kira Kaum-kerabat dia lagi tu!Anak,is-3,is-4,anak menakan,pak menakan,pak mentua, dan ramai lagi sedara-mara pembesar-pembesar itu!

Tapi kami rasa Malaysia tak buat kut????Sebab mungkin hal ini hanya berlaku di negara Ke3 dan negara-negara yang berpendapatan rendah sahaja agaknya!Malaysia ni kan negara maju dan kaya-raya?

Sebab itulah rakyat dia boleh senyap je walaupun MINYAK DAH NAIK 3,4 KALI SETAHUN!

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 03 Apr 2011 09:13 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali


PAS mesti tulus berjuang kerana Allah, insyaallah dapat bantuanNya

Posted: 03 Apr 2011 05:29 AM PDT

PARTI ISLAM SEMALAYSIA(PAS) perlu memperkemaskan modal spiritual untuk menghadapi modal melangit material dan fizikal yang disediakan oleh lawannya sekira benar bersungguh-sungguh untuk memimpin perubahan dan menyumbang secara maksima kepada pembangunan ummat.Para pemimpinnya harus melihat dan memantau kebersihan rohani kolektif PAS(SPIRITUAL); Kekuatan fizikal dan sistem sokongan yang jitu(Physical-P),sinergi daya intelek kolektif yang secara sedar dirancang(Intelektual), kekuatan/kestabilan emosi yang mampu menangkis godaan nafsu ammarah dan dikuasai secara berkesan(EMOSI) dan modal kekuatan sosial atau ukhuwwah yang benar dan kepemimpinan yang inklusif dan karismatik serta kemampuan membaca keadaan cepat dan tepat dan endorsmen daripada MALIKAL MULK.

http://www.malaysiakini.com/news/160508

TAIB MAHMUD'S EMPIRE: FROM RAGS TO RICHES

Posted: 02 Apr 2011 06:59 PM PDT


 A vast pool of information has been made available in Sarawak Report (  http://www.sarawakreport.org )  , the website recently uploaded the entire database of the Land and Survey Department of Sarawak that shows more than 1,000 plots of land acquired in recent years by the state, much of which have been passed on to Taib's close relatives and cronies at dirt-cheap premiums. Many of these plots of land, which total more than 1.5 million hectares, were in fact NCR land, secretively sequestered from the natives.(refer to map below)

 MACC fiasco over Taib Mahmud scandal — Kim Quek
April 02, 2011
Malaysian Insider


APRIL 2 — The credibility of the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) took a heavy beating when its two top officials floundered badly in a press conference over its failure to act against the notorious Chief Minister of Sarawak Taib Mahmud.

The latter has been in the limelight lately due to frequent exposures in the Internet of his fabulous wealth and massive land grabs, for which numerous reports have been lodged with the MACC.

In the press conference to present the annual report of MACC's complaints committee on March 31, both chief commissioner Abu Kassim Mohammed and committee chairman Mohd Nor Abdullah were confronted by journalists over MACC's deafening silence over long-standing accusations against the chief minister.

While Abu Kassim's answers were hopelessly evasive, Mohd Nor's reaction was outright obnoxious. The duo has conveyed this unmistakable message: Chief Minister Taib Mahmud is off-limits, don't you dare push us further!

To reporters' various questions such as: whether public complaints have been received, whether files have been opened, how many cases are there, will there be charges, Abu Kassim gave only irrelevant answers such as: we have to investigate all corruption, we cannot turn away any investigation, silence doesn't mean inaction, etc. As questions persisted, he eventually repeated like a parrot to all further questions: "When there is a complaint, it will investigate."

Mohd Nor, who was sitting next to Abu Kassim, stepped in to warn the reporters to back off. Obviously basking in his credentials as a former Court of Appeal judge, he asked reporters not to breach the Printing Presses and Publication Act (PPPA), which stipulates that news can only be published if there is reasonable cause to believe it is true. He said: "If you ask me whether there is any investigation on the chief minister, you may have breached the Act, as you already have the pre-conception of the CM's corruption. You cannot ask me that. You cannot fish for evidence. Have you done your investigation? Inquire the truth first, then ask."

While Abu Kassim's utter timidity to touch on anything relating to the chief minister merely confirms what is already public knowledge — that the MACC is completely impotent to deal with any corruption case of ruling Barisan Nasional's heavyweights — it is Mohd Nor's menacing and stupid threats to news media that have riled the otherwise complacent public.

Mohd Nor talked as if we are ignorant of the mountain of evidence of corruption and abuse of power by Taib Mahmud unearthed and circulating on the Internet. Evidence against him is so voluminous and detailed that it formed a two-inch-thick book which was formally handed to the MACC. And reports that were lodged almost one year ago have met with only silence from the MACC.

The reports against Taib are mainly based on the website Sarawak Report (http://www.sarawakreport.org) which chronicles Taib family's multi-billion ringgit fortunes in the form of overseas real estate properties, Malaysian enterprises and large areas of land in Sarawak. The Sarawak Report website carries amazing details of Taib family's assets, complete with proof of ownership extracted from company registries and land registries. Perhaps it is these meticulous details appearing as incontrovertible proof that have unnerved the MACC, causing its two top officials to make a fool of themselves in public.

As an example of the vast pool of information made available in Sarawak Report, the website recently uploaded the entire database of the Land and Survey Department of Sarawak that shows more than 1,000 plots of land acquired in recent years by the state, much of which have been passed on to Taib's close relatives and cronies at dirt-cheap premiums. Many of these plots of land, which total more than 1.5 million hectares, were in fact NCR land, secretively sequestered from the natives, whose complaints have resulted in more 200 land litigations. The few cases that have been heard by the courts have ended in favour of the native landowners, indicating the illegality of Taib's land grab.

As proof that Taib's family has been major beneficiaries of this illegal land grab, the names of some 50 companies featured in the land register as original recipients of land from the state were listed, each identified with members of Taib's family.

Another piece of bad news for the embattled chief minister is the recent disclosure of a so-called black list of 49 companies spread worldwide, each linked to Taib's family. This list, announced by the Bruno Manser Fund, a Swiss NGO dedicated to the cause of the oppressed Sarawak natives, shows 13 of these companies are located in Malaysia, 10 in Australia, nine in Canada, seven in Hong Kong, the balance in UK and other parts of the world.

The beauty of the entire Taib corruption episode is that Taib himself never really denies the existence of his family's vast assets.

In an interview during the cyber campaign launched recently by him to fend off the various accusations, he attributed his family's fortune to the entrepreneur genius of his daughter Jamilah. Taib explained that when he left the federal government three decades ago, he gave some money to Jamilah from his gratuity to start off her business in Canada. Due to her business acumen, that business eventually snowballed into an international business empire.

While one is still stretching his imagination as to what little credibility could be given to Taib's rag-to-riches story, the answer came in another interview of Taib. To buttress the veracity of his story, Taib elaborated further that he had no choice but to do business abroad 30 years ago where his well-educated children were doing business. He said:

"I don't want conflict of interests to haunt me all the time. If I do business inside the country, people will say I use my influence to enrich myself, so we did it outside the country."

What a terrible lie that was! Who in Sarawak doesn't know that the state's largest conglomerate CMS is the flagship of Taib family's business empire which creams off the juiciest contracts from the state, much to the revulsion of the local business community?

With that blatant lie, what credibility can we give to Taib's self-made billionaire story?

Facing such awesome evidence of massive corruption, the chairman of MACC's complaints committee had the gall to make legal threats to inquisitive inquirers, as if Taib is a victim of dubious accusation!

The Taib Mahmud story is only one of many of Barisan Nasional's numerous mega corruption scandals involving its reigning elites which have been routinely neutered by our law-enforcing institutions, be it the MACC, police, Attorney-General or the judiciary.

And the latest theatrics of the MACC described here only confirms that nothing has changed despite Prime Minister Najib Razak's much-trumpeted reforms via his numerous slogans.


exclusive-taibs-foreign-property-portfolio/http://www.sarawakreport.org/2010/06/exclusive-taibs-foreign-property-portfolio/

http://www.sarawakreport.org/2011/03/too-old-and-forgetful-taib-forgets-his-own-businesses/

KHIDMAT MERU

Posted: 03 Apr 2011 09:10 AM PDT

KHIDMAT MERU


USAHAWAN MELAYU YANG BERJAYA

Posted: 03 Apr 2011 03:09 AM PDT











Tuan Hj Hamseh bin Mohd Som adalah merupakan usahawan Melayu yang berjaya di Kg Meru.

Dengan memiliki Kolam Rekreasi Downhill yang terletak di Jalan Cempaka di Kg Hj Mohd Shariff dan memelihara 80 ekor kambing Jamnapari beliau bersama anaknya telah berjaya menjadi usahawan contoh kepada golongan yang berhasrat melibatkan diri dalam bidang keusahawan.

Menceritakan pengalaman pahit manis yang di laluinya kepada ADUN Meru, Dr Hj Abd Rani dan Ketua Kampung Meru, Hj Taifor bin Hj Nor serta Ketua Kampung Kg Bukit Kapar, Tuan Hj Shafie bin Hj Sulaiman, Tuan Hj Hamseh menekankan bahawa kesabaran dan kegigihan dan tawakkal kepada Allah menjadi bekalannya untuk terus berusaha meningkatkan prestasi kerjayanya.

YB Dr Rani berasa sungguh gembira melihat kejayaan yang di perolehi oleh Hj Hamseh dan berharap lebih ramai golongan muda yang dapat mencontohi usaha murni ini bagi menaikkan tahap ekonomi Bumiputera.

Selain memiliki kolam pancing yang beroperasi 24 jam itu Hj Hamseh juga memelihara puluhan ribu ikan keli dan ikan puyu untuk di jual kepada pelanggan-pelanggan tetap yang mengunjungi kolam rekreasi tersebut.

Beliau juga menanam beberapa pohon limau purut, misai kucing, limau kasturi dan buluh madu bagi menambah pendapatannya.

mtdchenderoh

Posted: 03 Apr 2011 07:14 AM PDT

mtdchenderoh


MESYUARAT AGUNG PAS KAWASAN PADANG RENGAS

Posted: 02 Apr 2011 12:51 PM PDT


i n t a n h i j a u

Posted: 03 Apr 2011 07:07 AM PDT

i n t a n h i j a u


MESYUARAT AGUNG DEWAN MUSLIMAT PAS KAWASAN TELUK INTAN

Posted: 03 Apr 2011 05:01 AM PDT


TELUK INTAN, 3 April - Dewan Muslimat PAS Kawasan (DMPK) Teluk Intan telah berjaya melaksanakan mesyuarat agungnya bagi kali ke-21 di Markaz PAS Kawasan Teluk Intan, Kg. Padang Tembak dekat sini. 

Mesyuarat telah diadakan bermula jam 8.30 pagi yang telah dirasmikan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Perak, Ustazah Hjh. Bariah binti Alang Sapri. Turut hadir ialah Setiausaha PAS Kawasan Teluk Intan, Sdr. Fareed Al Jarumi selaku wakil PAS Kawasan Teluk Intan.
Timbalan Ketua Muslimat Kawasan, Puan Hjh. Faridah bersama Ustazah Hjh. Bariah.

Ketua Muslimat Kawasan menyampaikan ucaptama.

Di dalam ucapan perasmian, Ketua Dewan Muslimat Perak telah menekankan aspek gerak kerja muslimat. Beliau berharap agar program kebajikan dan kemsyarakatan menjadi kerja utama muslimat dan bukan sekadar aktiviti sampingan sahaja.

Pada masa yang sama, beliau juga berharap agar muslimat mendekati generasi muda melalui pendekatan ilmu dan hiburan yang membina di samping memperkasakan program pentarbiyyahan ahli.

"Sudah tiba masanya untuk muslimat PAS terjun ke dalam masyarakat melalui program-program yang menepati citarasa masyarakat. Muslimat juga perlu mesra alam dengan tidak lokek dengan senyuman apabila berdakwah," ujar Ustaz Bariah.

Akhirnya, beliau berharap muslimat cawangan mesti bergerak senada dan seirama dengan muslimat kawasan agar segala gerak kerja dapat dilaksanakan dengan lancar.
Muslimat Cawangan Batak Rabit telah menerima anugerah Muslimat Cawangan paling aktif.

Kemudian, Ketua Muslimat Perak telah menyampaikan hadiah kepada muslimat cawangan yang aktif iaitu  muslimat cawangan Batak Rabit dan muslimat cawangan Desa Bakti.
Perwakilan meneliti buku ucaptama.

Perwakilan muslimat cawangan.

Di dalam pemilihan jawatankuasa yang baru, jawatan Ketua Muslimat dan Timbalan Ketua Muslimat telah kekal kerana tiada pertandingan yang terus disandang oleh Puan Robiatun binti Mohd. Abas dan Puan Hjh. Faridah binti Ahmad Fakhrur Razi. Manakala jawatan Naib Ketua Muslimat telah dimenangi oleh Puan Hjh. Sisriyati binti Sahari setelah berlaku pertandingan.

Melalui proses pengundian, para perwakilan juga telah memilih lapan orang ahli jawatankuasa baru bagi sesi 2011-2013.

intanhijau.blogspot.com

AGENDA DAKWAH BUKAN AKTIVITI SAMPINGAN

Posted: 03 Apr 2011 04:24 AM PDT


TELUK INTAN, 4 April - Gerak kerja dakwah adalah merupakan agenda utama dalam perjuangan PAS kerana dakwah adalah satu tanggungjawab dan amanah yang perlu dipikul oleh setiap ahli. Demikian antara isi ucapan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Teluk Intan, Puan Robiatun binti Mohd. Abas semasa menyampaikan ucaptama sempena Mesyuarat Agung Dewan Muslimat PAS Kawasan Teluk Intah Kali Ke-21.

"Dalam memikul amanah dan tanggungjawab ini akan menyebabkan kita keletihan dan terkorbannya kerehatan, harta, bahkan nyawa dan yang bakal mengheret insan ke lembah ujian," ujar beliau.
Ustazah Hjh. Bariah, Ketua Muslimat PAS Perak, perasmi mesyuarat agung.

Menurut beliau lagi, demi meniupkan semangat pengorbanan dalam kalangan ahli, maka tema mesyuarat agung bagi tahun ini ialah 'Pengorbanan Wadah Perjuangan' dengan bersama-sama menepati maksud pengorbanan itu sendiri iaitu mengorbankan jiwa, harta, masa, kehidupan dan semua perkara untuk mencapai matlamat suci.

Para muslimat mesti mencontohi Khadijah, Ummu Salamah, Ummu Sulaim, Nusaibah, Asma, dan lain-lain di mana mereka sanggup mengorbankan apa sahaja demi menyebarkan Islam.

"Adakah kita lebih selesa di rumah bersama keluarga lalu menafikan amanah yang sememangnya tanggungjawab kita ?"
Antara perwakilan muslimat cawangan yang hadir.

"Apapun, rebutlah peluang yang ada untuk berkorban masa, tenaga dan harta demi agama Allah dan manfaatnya akan kembali kepada kita juga," ujar beliau lagi.

Mesyuarat agung telah diadakan di Markaz PAS Kawasan, Kg. Padang Tembak. Turut hadir ialah Ustazah Hjh. Bariah binti Alang Sapri, Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Perak sebagai perasmi mesyuarat agung.

Dalam pemilihan kepimpinan bagi sesi yang baru, mesyuarat telah mengekalkan tiga jawatan tertinggi iaitu Ketua Dewan Muslimat, Timbalan Ketua Dewan Muslimat dan Naib Ketua Dewan Muslimat iaitu Puan Robiatun binti Mohd. Abas, Puan. Hjh. Faridah Rajiah binti Ahmad Fakhrur Razi dan Puan Hjh. Sisriyati binti Sahari.

intanhijau.blogspot.com

PROTES INTERLOK : MP TELUK INTAN DITANGKAP

Posted: 03 Apr 2011 03:52 AM PDT



Ahli parlimen Teluk Intan, M Manogaran ditangkap bersama seorang aktivis, MS Arjunan dari Persatuan Progresif Pelajar Tamil Malaysia (MATSAP) ketika mengadakan demonstrasi membantah novel Interlok.

Manogaran (dua dari kanan), dari DAP dan Arjunan (kanan sekali) tiba bersama sekumpulan kecil aktivis awal pagi ini di Kuil Subraminiyar di Batu Caves di Gombak, Selangor, untuk membantah keputusan kementerian pelajaran menjadikan Interlok bacaan wajib Pelajar Tingkatan Lima yang mengambil kesusasteraan Melayu untuk peperiksaan SPM.

Polis bertindak menahan Manogaran dan Arjunan tengahari tadi, apabila berucap kepada kumpulan yang hadir itu dan menggesa masyarakat India supaya bersatu menentang penggunaan novel itu sebagai komponen sastera dalam matapelajaran Bahasa Malaysia.

Manogaran dan Arjunan dibawa ke ibupejabat polis daerah Gombak.

Mereka kemudiannya dibebaskan sekitar jam 2.40 petang selepas polis merakamkan kenyataan mereka.

Sebelum itu, dalam ucapannya, Arjunan menggesa supaya novel itu tidak dijadikan bacaan wajib.

Beliau berkata, pihaknya tidak mahu kerajaan atau kementerian pendidikan hanya mengubahsuai sebuah buku yang menjadi masalah utama kepada masyarakat India.

Buku itu, kata Arjunan yang membaca satu kenyataan, mengandungi banyak masalah dan menimbulkan isu-isu moral.

Malaysiakini/-

TERIMA KASIH POLIS, BANTU RAKYAT BENCI UMNO/BN

Posted: 02 Apr 2011 09:07 AM PDT


KUALA LUMPUR, 2 April: "Terima kasih PDRM bantu rakyat benci Umno BN," kata Datuk Mahfuz Omar.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar semalam yang mengesahkan rakaman video seks yang didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didedahkan tiga manusia baru-baru ini adalah tulen.

Menurut Ismail, pengesahan itu dibuat oleh pakar profesional yang dilantik pihaknya minggu lalu untuk membuat kajian terperinci.

Katanya, hasil siasatan rakaman video itu yang kini di peringkat akhir akan diserahkan kepada Peguam Negara dalam masa terdekat.

Mahfuz yang juga ahli Parlimen Pokok Sena berkata, kemungkinan selepas ini pihak polis akan mengesahkan bahawa 'pelakon' lelaki di dalam video berkenaan adalah Anwar.

Baginya, itulah 'skrip' sejak dari awal lagi di mana semua media yang pro Umno BN cuba mengaitkan video lucah itu dengan Ketua Umum PKR.

Secara sinis, beliau berkata, walaupun video lucah itu dimaklumkan pihak polis adalah tulin tetapi gagal mengesahkan pelakonnya kemungkinan disebabkan mata penyiasat rabun.

"Mungkin penyiasat mata rabun atau yang siasat ni 'polis malaikat' yang tak tengok adegan atas katil, jadi dia siasat video saja," ujarnya lagi

PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) TEMERLOH

Posted: 03 Apr 2011 03:31 AM PDT

PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) TEMERLOH


Pas Temerloh akan memilih AJK Pusat

Posted: 02 Apr 2011 06:28 AM PDT

Persaingan bagi jawatan timbalan presiden dan naib presiden PAS semakin panas. Selepas Kubang Krian mencalonkan Mohamad Sabu untuk jawatan timbalan presiden, minggu depan, PAS Temerloh pula akan bermesyuarat bagi memilih calon mereka.

Selain calon jawatan timbalan presiden, jawatankuasa PAS kawasan itu menyenaraikan calon pilihannya bagi tiga jawatan naib presiden dan ahli jawatankuasa pusat.

Pemilihan pucuk pimpinan PAS akan berlangsung dalam muktamar itu yang dijadualkan Jun depan.

NONETimbalan yang dipertua kawasan Hassanuddin Salim berkata, kawasan itu akan memutuskan calon yang sesuai bagi mengisi jawatan tertinggi parti itu. Difahamkan Temerloh akan mengekalkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai presiden.

"Dalam mesyuarat kawasan kelmarin, perwakilan menyerahkan kepada jawatankuasa PAS kawasan untuk memilih calon bagi jawatan tertinggi, bermula dari presiden hingga ahli jawatankuasanya," katanya.

Secara peribadi, katanya, beliau menjangkakan Abdul Hadi akan dicalonkan semula mengekalkan jawatannya.

Ditanya berhubung kecenderungan kawasan itu mengenai calon jawatan timbalan presiden, Hassanudin berkata: "Kita lihat (dahulu) kecenderungan jawatankuasa PAS kawasan".

Hassanuddin adalah calon PAS yang bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Kerdau baru-baru ini. Beliau tewas kepada calon BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad dengan majoriti 2,724 undi.

Menurutnya lagi, dua usul telah diputuskan sebulat suara dalam mesyuarat tersebut.

Usul pertama menggesa kerajaan Pahang menambah jumlah sekolah menengah agama di semua 14 daerah di negeri itu, serta menambahbaik prasarana sekolah sedia ada.

"Sambutan untuk belajar di sekolah agama (bawah kerajaan negeri) begitu menggalakkan. Permohonan terlalu banyak tetapi pengambilannya terhad," katanya.

Selain itu, Hassanuddin berkata pewakilan juga turut menggesa pimpinan PAS bekerja untuk menjayakan Bersih 2 kerana mendakwa dalam beberapa siri pilihan raya kecil lalu, BN "semakin menyalahgunakan demokrasi".

"(Perhimpunan Bersih perlu diadakan) untuk memberi kesedaran (kepada BN). Ia perlu disegerakan supaya BN melihat kepentingan demokrasi dan (bersikap) telus," katanya.

Sementara itu, dalam pemilihan kepimpinan kawasan tersebut, Jusoh Darus dipilih sebagai yang dipertua kawasan, Hassanuddin (timbalan) dan ADUN Kuala Semantan Syed Hamid Syed Muhamad (naib).

Mesyuarat kawasan itu, di Markaz Darul Amin di Temerloh, dihadiri kira-kira 300 perwakilan dan dirasmikan oleh setiausaha majlis Syura Ulama, Nik Zawawi Nik Salleh.

Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Jeneri

Posted: 03 Apr 2011 03:07 AM PDT

Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Jeneri


Laporan Pelaksanaan Dan Pencapaian Manifesto PAS - Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua.

Posted: 02 Apr 2011 05:53 AM PDT

Adapun teori pentadbiran UMNO sepanjang penggal pilihanraya amat mudah, sebaik sahaja dapat kuasa lepas pilihanraya, masa untuk agihan, apa saja yang patut di agihkan sesama depa. Tahun pertama buat apa yang boleh menimbulkan keseronokan rakyat dan melaksanakan janji dalam pilihanraya.
Tahun kedua dan ketiga, tekan dan laksana dasar-dasar memaksa rakyat ikut kehendak kerajaan, seperti naik harga barang, naik yuran sekolah dan lain-lain. Tengok apa yang patut laksana dalam manifesto dan janji manis pilihanraya. Tahun ke empat, bermanis muka dan memberi gula-gula. Rakyat akan lupa manifesto dan bersedia menabur apa sahaja untuk hadapi pilihanraya seterusnya... Dalam tahun-tahun dekat pilihanraya ni jangan sesekali buat perkara yang menaikkan kemarahan dan kegelisahan rakyat. Hanya gula-gula.
Maka bila hilang kerajaan, depa sangka pengganti depa akan buat perkara yang sama dengan teori depa. Depa silap! Kerajaan PR memerintah dengan berusaha memajukan negeri dan rakyat sepanjang penggal. Kita buat apa yang betul dan patut untuk negeri dan rakyat sebagai sebuah kerajaan. Kita bekerja hingga ke hari terakhir sebelum pilihanraya tanpa gula-gula palsu kerana kita janjikan Kedah Sejatera, kita tidak bodohkan orang ramai dengan gula-gula.
Akhir-akhir ini, menjelang pilihanraya umum ke 13, BN Kedah menjerit kepada rakyat PAS tak laksanakan Manifesto Pilihanraya... tujuannya supaya rakyat Kedah yang dibuai teori UMNO itu selama 11 kali pilihanraya bangkit dari membuntoti teriakan depa.Tujuannya supaya PR tak sempat laksanakan apa-apa lagi kerana masa sudah suntuk.
Masalahnya, teori itu tiada dalam kamus PR. Kita laksanakan berdasarkan kemampuan kita selama 3 tahun ini apa kita tulis dalam manifesto, tanpa had masa dan tak kira dekat atau jauh lagi pilihanraya.
Selepas tiga tahun, saya perturunkan Laporan Pencapaian Dan Pelaksanaan Manifesto PAS yang dirujuk sebagai Manifesto PR untuk dinilai oleh rakyat. Pencapaiannya seperti berikut:
Sudah berjaya dilaksanakan (44 perkara) - 78.5%
Sedang dalam proses pelaksanaan (4 perkara) - 7.2%
Belum dapat dilaksanakan (8 perkara) - 14.3%
Berikut adalah butirannya:

PENCAPAIAN CEMERLANG YANG TIDAK BERDASARKAN JANJIDALAM MANIFESTO



1.Melancarkan Skim Kafalah sebagai salah satu jenis bantuan kerajaan negeri kepada orang miskin apabila berlaku kematian tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik.

2.Membina kampus induk KUIN di Kuala Ketil dengan nilai RM 330 juta di atas tanah 831 ekar.

3. Meneningkatkan hasil kerajaan negeri melalui pembalakan sehingga mencatat kutipan hasil RM 53 juta pada 2010 dan telah dinyatakan dalam kapasiti Ketua Audit Negara 2010.

4.Melantik dan melatih 1993 orang MKK di seluruh negeri untuk memudahkan urusan rakyat dengan kerajaan.


5.Mewujudkan Tabung Tunku Mahmud sebagai tabung bantuan pendidikan di negeri Kedah.




LAPORAN MANIFESTO PILIHANRAYA PAS KEDAH

(PERKARA YANG TELAH DILAKSANAKAN)



1.PENTADBIRAN

a)Memastikan pentadbiran yang sifar rasuah.

Keterangan:

Pentadbiran sifar rasuah telah dilaksanakan dan akan dipastikan berterusan dalam urusan pentadbiran kerajaan.

Sehingga kini, kerajaan berjaya memimpin dengan bukti sebuah kerajaan yang bersih kerana tiada pegawai/kakitangan kerajaan yang disabitkan dalam rasuah.

Pihak kerajaan telah berikrar tidak akan melindungi pegawai dan kakitangan serta bersikap terbuka kepada SPRM untuk membuat siasatan sekiranya terdapat aduan.


b)Melaksanakan perancangan strategik dengan tujuan menambah hasil dan mengurangkan perbelanjaan.

Keterangan:

Perakuan Laporan Ketua Audit Negara 2009 berkenaan perbelanjaan berhemah, penjimatan serta penambahan hasil dalam negeri.

Buat pertama kalinya, pihak GLC telah menyumbang dividen kepada pihak kerajaan sebanyak RM 30 juta.

Kewanagn negeri lebih kukuh apabila berjaya melepasi paras defisit RM 16 juta pada tahun 2010.

Kerajaan juga telah melancarkan Pelan Strategik Kedah Sejahtera 2010-2015 yang meliputi bidang makro-ekonomi, industry, pelancongan, pertanian, teknologi maklumat dan telekomunikasi, pembangunan modal insan serta utiliti dan infrastruktur dengan tujuan menambah hasil pendapatan negeri.


c)Mengkaji semula elaun dan keistimewaan yang dinikmati oleh Menteri Besar dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO).

Keterangan:

Menteri Besar dan EXCO telah membuat pemotongan elaun secara bulanan ke Tabung Tunku Mahmud.

Pengurangan elaun mesyuarat

( Pemberian elaun di Zaman UMNO/BN mencecahsehingga RM 7 juta setahun)

(Pemberian elaun semasa pentadbiran Pakatan Rakyat tidak mencapai RM 2 juta setahun)

Ahli-ahli Lembaga Pengarah GLC tidak diberikan elaun bulanan seperti sebelum ini


d)Melaksanakan pemberian kontrak secara telus dan adil.

Keterangan:

Pemberian kontrak sesuatu projek telah dilaksanakan secara telus dan adil. Kerajaan telah melaksanakan sistem tender terbuka bagi memastikan peningkatan hasil serta tidak berlaku penyelewengan.

Ini dapat dibuktikan dengan peningkatan hasil kerajaan negeri sejak mengambil alih urusan pentadbiran kerajaan. Laporan Ketua Audit Negara (2009) menyatakan Kedah telah berjaya meningkatkan hasil sehingga 205% berbanding tahun 2007.

2.HAL EHWAL ISLAM

a)Mempercepat proses penyelesaian masalah kekeluargaan Islam dalam Mahkamah Syariah

Keterangan:

Bilangan hakim syariah telah dipertingkatkan dan menubuhkan Mahkamah Rayuan bagi menyelesaikan masalah kekeluargaan Islam di Kedah.

Kompleks Mahkamah Syariah yang baru telah siap dibina dan beroperasi di Alor Setar.


b)Menubuhkan Institusi Imam (Maahad Imamah) untuk melahirkan pegawai masjid yang terlatih.

Keterangan:

Kolej Universiti Insaniah (KUIN) telah dilantik sebagai pelaksana menggantikan Institusi Imam untuk melatih dan memberi kursus kepada pegawai-pegawai masjid seluruh Kedah. Pada awal 2011, kumpulan pertama seramai 40 orang pegawai masjid telah dipilih untuk mengikuti kursus tersebut secara berperingkat.

Pemilihan imam telah dilaksanakan melalui temuduga di peringkat masjid. Kaedah ini didapati lebih adil dan telus dalam memilih imam di qaryah masing-masing.

Tiada campur tangan politik daam pemilihan imam di setiap qaryah


c)Elaun imam yang setimpal dengan peranan mereka sebagai ketua qaryah

Keterangan:

Elaun yang diberi kepada imamoleh JAKIM melalui kerajaan negeri adalah setimpal dengan keadaan semasa dan akan dipertimbangkan mengikut keperluan.


d)Memberi elaun kepada guru-guru agama dan guru-guru Al-Quran persendirian

Keterangan:

Pihak kerajaan telah memberi elaun tersebut melalui saguhati semasa bulan Ramadhan dua tahun berturut-turut. Hal ini tidak pernah dilakukan sebelum ini.


3.HAK DAN KEPENTINGAN NON-MUSLIM

a)Menjamin peruntukan Perlembagaan Persekutuan mengenai kebebasan beragama dihormati mengikut kepercayaan masing-masing

Keterangan:

kerajaan terus memberi kebebasan beragama kepada rakyat dan disamping memberi perlindungan dan sokongan kepada program-program keagamaan dan kebudayaan di Kedah tanpa sebarang gangguan.
b)Mengiktiraf dan menjamin budaya, adat resam dan bahasa semua kaum

Keterangan:

Kerajaan telah mengadakan majlis dan memberi sumbangan bagi meraikan masyarakat Cina, India dan Siam seperti Majlis Sambutan Tahun Baru Cina, Deepavali, Thaipusam dan sebagainya.

Pihak kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM 1.5 juta khusus untuk aktiviti/program pelbagai kaum di Kedah. (Peruntukan seperti ini tidak pernah wujud sebelum ini).

Sekolah-sekolah jenis kebangsaan (persendirian) juga turut diberi bantuan oleh kerajaan untuk mempertingkatkan pencapaian sekolah-sekolah tersebut. Contohnya:

a) Menyediakan tanah seluas 3 ekar di Jalan Suka Menanti kepada Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Pumpong.

b) Menyediakan tapak seluas 3 ekar di Sg. Tok Pawang, Bedong kepada Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil.

c) Pemberian kewangan sebanyak RM 50,000 kepada SMJK(C) Keat Hwa untuk kegunaan pasukan pancaragam yang akan mewakili Malaysia ke peringkat antarabangsa.

d) Menyelesaikan pembayaran bil-bil yang tertunggak



c)Melantik EXCO daripada wakil rakyat bukan Islam

Keterangan:

Perkara ini telah dilaksanakan iaitu dengan melantik YB Manikumar, YB Lim Soo Nee dan YB Tan Chow Kang sebagai EXCO Kerajaan Negeri Kedah.


4.PENDIDIKAN

a)Memberi bantuan khas kepada Sekolah Agama Rakyat untuk menjamin kelangsungan dan kemajuan sekolah itu.

Keterangan:

Kerajaan telah memperuntukan bantuan tahunan sebanyak RM 2.1 juta kepada Sekolah Agama Rakyat sejak tahun 2008.
b)Menjadikan Kolej Universiti Insaniah sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan Islam di Wilayah Utara Semenanjung Malaysia

Keterangan:

Kampus tetap KUIN sedang dibangunkan di atas tanah seluas 320 ekar di Kuala Ketil dengan kos RM 330 juta yang mampu menampung sehingga 7000 orang pelajar serta meliputi pelbagai bidang dan kemudahan yang lengkap demi keselesaan pembelajaran pelajar.

Sehingga kini, penuntut KUIN telah mencecah angka 4492 orang termasuk pelajar-pelajar asing daripada 35 buah negara.

KUIN telah dimajukan dengan 42 program pengajian di pelbagai peringkat, bermula dari Pengajian Asasi kepada Ijazah Doktor Falsafah (PhD) yang meliputi bidang Syariah, Usuluddin, Pengajian Islam, Perniagaan, Pengurusan, Kejuruteraan, Teknologi Maklumat, Kejururawatan, Perhotelan dan pelbagai lagi.

Kerajaan juga telah memberi biasiswa dan insentif kepada pelajar yang cemerlang untuk menyambung pengajian mereka.



c) Melancarkan program pendidikan komuniti. Kumpulan sasaran terdiri daripada ibu bapa, guru-guru, pelajar-pelajar dan pemimpin masyarakat yang bertanggungjawab member kesedaran tentang kepentingan pendidikan dan tanggungjawab anggota masyarakat dalam proses pendidikan.

Ulasan/Cadangan:

Kelas-kelas pengajian telah dilaksanakan di banyak tempat termasuk di Kediaman Rasmi Menteri Besar, Bangunan Menara Zakat dan pusat-pusat pengajian tradisional (pondok)yang mendapat sambutan hingga ribuan peserta.



5.EKONOMI



a)Menyediakan Pelan Tindakan Ekonomi Kedah yang realistic dan mengambil kira perancangan Wilayah Ekonomi Utara tajaan Kerajaan Pusat.

Keterangan:

Telah dilancarkan Pelan Strategik Kedah Sejahtera 2010 – 2015 yang meliputi bidang makro-ekonomi, industry, pelancongan, pertanian, teknologi maklumat dan telekomunikasi, pembangunan modal insan serta utiliti dan infrastruktur dengan tujuan menambah hasil pendapatan negeri.

b)Mewujudkan suasana 'mesra pelabur' dengan mengurangkan karenah birokrasi dan pengurusan sifar rasuah di semua peringkat pentadbiran.

Keterangan:

Sejak ditadbir oleh Pakatan Rakyat, kerajaan telah berjaya menarik perhatian pelabur di Kedah dengan dasar yang dilaksanakan .

Sehingga awal 2010, pelaburan di Kulim Hi-Tech berjumlah RM 1.529 bilion

Kedah merupakan negeri ke-5 nilai Pelaburan Asing Langsung (FDI) tertinggi di Malaysia sebaris negeri-negeri maju selepas Sarawak, Selangor, Johor dan Pulau Pinang.


6.TANAH DAN HASIL NEGERI

a)Memastikan setiap pengambilan tanah yang dibuat hanya untuk kepentingan awam dengan bayaran yang setimpal dan munasabah.

Keterangan:

Perkara ini telah dilaksanakan sepanjang masa setelah mengambil alih pentadbiran kerajaan. Sehingga kini, tiada pertikaian berkenaan pampasan yang telah diberikan. Ini membuktikan pembayaran yang diberi adalah setimpal dan munasabah.



b)Mengkaji semula kadar cukai tanah yang membebankan rakyat.

Keterangan:

Kerajaan telah menurunkan kadar cukai tanah dari 25-75% kepada rakyat walaupun mengakibatkan kerajaan kehilangan hasil sehingga RM 50 juta.

Bagi tanah pendidikan, Kerajaan Negeri hanya mengenakan bayaran tahunan RM 10 bagi setiap lot tanah sekolah persendirian termasuk juga premis kebajikan yang tidak berorientasikan keuntungan.

c)Menguruskan hasil hutan secara telus dimana setiap lesen pembalakan yang dikeluarkan berasaskan tender terbuka yang memberikan peluang maksimum.

Keterangan:

Proses tender balak telah dilakukan secara tender terbuka. Laporan Ketua Audit Negara menyebut Kedah telah berjaya meningkatkan hasil sebanyak 205% berbanding tahun 2007.

Fakta: Kutipan hasil balak*

Purata 2004-2007 RM 9.5 juta

2008 RM 35 juta

2009 RM 38 juta

2010 RM 53 juta

*(Hasil yang diperoleh adalah dari keluasan tanah dan kuota tebangan yang sama)



d)Memberi potongan (rebat ) antara 25-75 peratus dari perbezaan kenaikan cukai yang dikenakan mulai 2006.

Keterangan:

Walaupun terpaksa kehilangan kutipan hasil sekitar RM 50 juta, kerajaan telah menunaikan janji yang dinyatakan dalam manifesto dengan memberi potongan cukai antara 25-75% dari perbezaan cukai yang dikenakan mulai tahun 2006.

Potongan yang diberikan adalah berbentuk rebat.



7.PERTANIAN

a)Membangunkan pertanian negeri dengan memberikan keutamaan kepada pengeluaran makanan secara komersial yang diterajui oleh Lembaga Kemajuan Pertanian Kedah yang akan ditubuhkan.

Keterangan:

Kerajaan telah melancarkan Pelan Pembangunan 2008-2015 yang merangkumi pembangunan pertanian di Negeri Kedah.

Pelan hala tuju tersebut telah memberi fokus kepada projek tanaman padi, jagung, nanas, sayuran dan penternakan.

Selain itu, Kedah Agro dan Kumpulan Ladang-ladang Perbadanan Kedah (KLPK) turut rancak menjalankan program-program merakyatkan pertanian. Antaranya memberikan pendedahan kepada penduduk kampung cara-cara menghasilkan cecair EM yang merupakan bahan utama dalam penghasilan Baja Kompos, Silaj, Baja Buah, Baja Daun dan penghalau serangga.

Julung kalinya Kerajaan Negeri telah memperuntukkan wang tambahan berjumlah RM 13 juta kepada Jabatan Pertanian Kedah dalam membangun dan merakyatkan pertanian di Negeri Kedah.

Peruntukkan khusus seperti ini tidak pernah diberikan sebelum ini.

8.PEMBANGUNAN INSAN
a)Mewujudkan sebuah badan/agensi khusus bagi menggalakkan pembangunan keluarga bahagia serta menangani persoalan-persoalan yang berkaitan dengan kebahagiaan keluarga.

Keterangan:

Telah diwujudkan Sekretariat Kem Bina Shakhsiah di bawah EXCO Pembangunan Insan yang telah menganjurkan beberapa siri Kem Bina Shakhsiah, Kem Anak Soleh & Kem Bina Insan yang merupakan sebahagian usaha kea rah pembangunan insane serta kebahagiaan keluarga.

Kerajaan juga telah memperuntukkan RM 3.5 juta untuk penubuhan Institut Latihan Belia Sejahtera di Sg. Petani sebagai institusi pembentukkan shakhsiah dan pembangunan insane para remaja.



b)Mengawal semua punca yang boleh menyumbang kepada kemunculan gejala negatif seperti penyalahgunaan dadah, lepak, pergaulan bebas dan hiburan melampau.

Keterangan:

Perkara ini telah dilaksanakan seawal pentadbiran kerajaan di bawah Pakatan Rakyat melalui unit khas iaitu Unit Mencegah Gejala Sosial (UMGAS). Unit ini telah melaksanakan beberapa aktiviti Latihan Lapangan Anti Gejala Sosial (LANDAS) khususnya di beberapa kawasan sasaran gejala tersebut.

c)Menganjurkan program-program yang menyuburkan kreativiti, inovasi dan keusahawanan.

Keterangan:

Kerajaan telah menganjurkan beberapa program melalui Urusetia Belia dan Pembangunan Insan kepada para remaja dan belia seperti kem motivasi, kepimpinan dan keusahawanan mengikut modul-modul yang telah disediakan.

Sebagai galakkan keusahawanan, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM 2 juta bagi tahun 2010 untuk membantu memajukan usahawan Insustri Kecil dan Sederhana (IKS) Bumiputera melalui pembiayaan Dana Usahawan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK).


9.PIHAK BERKUASA TEMPATAN

a)Menjadikan PBT prihatin, peka dan responsif kepada keperluan dan kehendak penduduk dalam sempadan PBT masing-masing yang merupakan kumpulan pembayar cukai.

Keterangan:

Pembentukkan Ahli Majlis lantikan politik yang baru setelah mentadbir kerajaan negeri telah mengambil inisiatif melaksanakan beberapa isu kehendak dan keperluan penduduk.

Perkara ini telah direalisasikan dengan urus tadbir yang lebih telus tanpa mengira fahaman politik dan perkauman.



b)Mewujudkan persekitaran yang bersih dan sihat dengan meningkatkan kecekapan perkhidmatan pelupusan sisa pepejal dan sistem saliran longkang.

Keterangan:

Kedah mendahului negeri-negeri utara iaitu Perlis, Pulau Pinang dan Perak dengan menandatangani MoU dengan kontraktor dilantik bagi pengurusan sisa pepejal.

Dengan pengambilalihan operasi secara interim berkuatkuasa 1 November 2009, aspirasi kerajaan dan PBT untuk menjadikan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam yang lebih berkesan dan berkesan kini terlaksana.

Perundingan sedang berjalan dengan pihak-pihak terbabit untuk merealisasikan perkara ini.

Pihak PBT dan MKK juga telah menghidupkan dan melaksanakan konsep gotong-royong yang disarankan oleh pihak kerajaan. Dengan membudayakan gotong-royong, dapat mengurangkan kos serta menyemai sikap sayang dan tanggungjawab terhadap harta ataupun kemudahan awam.



c)Mewujudkan golongan Bumiputera berniaga di pusat bandar bagi mencerminkan komposisi kaum.

Keterangan:

Arahan kepada PBT telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan untuk memudahkan proses permohonan lesen dan telah dilaksanakn oleh PBT masing-masing.

Kewujudan up-town di bandar, ekspo-ekspo niaga dan Karnival Kedah Sejahtera telah membuktikan golongan bumiputera tidak dipinggirkan. Dengan kewujudan ini juga telah membuka ruang dan peluang kepada peniaga bumiputera untuk memperluaskan pernigaan masing-masing.

Selain itu, lesen sementara juga telah dikeluarkan kepada peniaga bumiputera untuk berniaga di kawasan-kawasan yang telah di tetapkan oleh PBT.



d)Mengkaji semula kadar cukai pintu selaras dengan dasar penswastaan kutipan sampah bagi meringankan beban rakyat

Keterangan:

Pihak kerajaan telah mengkaji kadar cukai pintu sedia ada selaras dengan dasar penswastaan kutipan sampah. Kadar sedia ada yang telah dikenakan didapati munasabah serta tidak membebankan rakyat.


10.PEMBANGUNAN DAN KEPERLUAN KEMUDAHAN ASAS

a)Memperbanyakkan serta mempermudahkan peluang bagi rakyat terutama sekali yang berpendapatan rendah untuk memiliki rumah yang selesa.

Keterangan:

Sebanyak 1,181 unit rumah mampu milik sedang dibangunkan oleh anak syarikat kerajaan negeri, Seri Temin Development Corporation (M) Sdn. Bhd. di atas tanah seluas 40 hektar di Pokok Sena yang dikenali sebagai Bandar Sejahtera.

Bina Darul Aman Berhad (BDB) juga sedang menyegerakan pembinaan rumah mampu milik di Kubang Pasu dan Baling, masing-masing sebanyak 420 unit dan 440 unit.

Pembinaan rumah mampu milik ini diyakini mampu mengatasi keperluan 23,000 pemohon rumah dikalangan rakyat yang berpendapatan rendah sekaligus dapat membasmi setinggan bandar .



b)Menilai dan menyusun semula Jabatan Bekalan Air Kedah dengan tujuan meningkatkan kualiti perkhidmatan dan kecekapan dan kemungkinan menurunkan kadar caj air demi kebajikan rakyat.

Keterangan:

Sejak 1 Januari 2010, pengurusan Jabatan Bekalan Air telah dikorporatkan sebagai sebuah syarikat milik penuh kerajaan negeri dengan nama Syarikat Air Darul Aman (SADA).

Pihak SADA juga telah menjalankan kerja-kerja penukaran paip yang lama kepada paip yang baru bagi menjamin kualiti dan kebersihan air untuk kegunaan harian.

Bagi mengatasi tuntutan keperluan air semasa dan masa depan, pihak SADA juga sedang membina tiga buah loji rawatan air di Padang Sanai, Lubuk Buntar dan Jeniang.


c)Menambah kemudahan rekreasi disamping menyelenggara kemudahan yang sedia ada sesuai dengan gaya hidup moden.

Keterangan:

Pembinaan Taman Jubli Emas di Suka Menanti, Alor Setar merupakan salah satu kawasan rekreasi yang dibangunkan sesuai dengan gaya hidup moden. Turut disediakan pelbagai prasarana lengkap khususnya untuk aktiviti sukan lasak.

Kerajaan Negeri telah menggalakkan pihak pemaju menyediakan kawasan lapang untuk beriadah dan bersukan serta taman permainan kanak-kanak di taman-taman perumahan yang dibangunkan.

Perancangan penambahbaikan turut diambil perhatian oleh EXCO Perlancongan dalam bidang tumpuan utama, iaitu:

a)Penubuhan Unit Pelancongan Negeri

b)Memajukan Pelancongan Kesihatan di Langkawi

c)Memajukan Produk Pelancongan Langkawi Antarabangsa

d)Memajukan Produk Warisan di Alor Setar dan Lembah Bujang

e)Menaiktaraf Produk Suka Lasak di Sungai Sedim dan Sungai Kedah

* (Sumber: Pelan Strategik Kedah Sejahtera 2010-2015, UPEN)


11.HAL EHWAL WANITA

a)Memberi cuti bersalin selama 3 bulan: 1 bulan sebelum dan 2 bulan selepas melahirkan anak bagi kakitangan wanita dalam perkhidmatan awam tanpa menghadkan bilangan anak.

Keterangan:

Kerajaan negeri akan melaksanakan cuti ini selaras penguatkuasaannya di peringkat Kerajaan Persekutuan.

Pemberian cuti ini telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan pada 2011 yang telah dibentang dalam Belanjawan 2011 selaras dengan cadangan dan keputusan kerajaan negeri sebelum ini.



b)Mewujudkan organisasi wanita di setiap daerah bagi melatih dan melahirkan pemimpin untuk membantu meningkatkan kesedaran dalam pembangunan keluarga dan masyarakat.

Keterangan:

Sehingga kini sebanyak 14 buah pertubuhan wanita ditubuhkan, manakala 1 lagi dalam proses penubuhan dan menunggu kelulusan. Kewujudan pertubuhan/persatuan wanita ini adalah untuk melatih dan melahirkan pemimpin untuk membantu meningkatkan kesedaran dalam pembangunan keluarga dan masyarakat.

Berikut adalah senarai NGO wanita yang telah ditubuhkan:

a)Pertubuhan Wanita Sepakat Langkawi

b)Pertubuhan Wanita Ihsan Parlimen Jerlun (ALWANI)

c)Pertubuhan Wanita Sejahtera Kubang Pasu

d)Pertubuhan Wanita Prihatin Parlimen Alor Setar

e)Pertubuhan Amal Wanita Pokok Sena (PAWANA)

f)Pertubuhan Wanita Daerah Padang Terap (PEJIWA)

g)Pertubuhan Wanita Pengasih Parlimen Kuala Kedah (SUMBANGSIH)

h)Pertubuhan Wanita Prihatin Daerah Pendang (PEWANGI)

i)Persatuan Wanita Muhibbah Yan

j)Pertubuhan Wanita Parlimen Sg. Petani (SAHARA)

k)Persatuan Kebajikan Wanita Daerah Sik

l)Pertubuhan Wanita Prihatin Baling

m)Persatuan Amal Wanita Daerah Kulim (PERMATA)

n)Persatuan Kebajikan Wibawa Bandar Baharu



12.KEBAJIKAN DAN PEMBANGUNAN SOSIAL
a)Memperkemas fungsi dan tanggungjawab Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) termasuk mengkaji semula kadar bantuan bulanan dan kadar bantuan bencana.

Keterangan:

Setelah mengkaji kadar bantuan JKM, Kerajaan Negeri telah memberi peruntukan tambahan sebanyak RM 1 juta menjadi RM 13.5 juta untuk tahun 2010 kepada JKM bagi memastikan kebajikan masyarakat sentiasa diambil perhatian yang serius khususnya apabila berlaku bencana.
13.BELIA


a)Menyediakan pinjaman modal tanpa riba dan latihan kemahiran secara percuma kepada belia yang berminat menceburi bidang perniagaan.

Keterangan:

Bagi melahirkan usahawan belia yang lebih mantap dan berdaya saing, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM 2 juta pada tahun 2010 melalui pembiayaan Dana Usahawan PKNK sebagai pinjaman modal memula dan memperkembangkan perniagaan.

Latihan kemahiran turut diberikan untuk golongan belia yang berminat menceburi bidang perniagaan melalui Institut Latihan Belia Sejahtera (ILBAS).



b)Membasmi pengangguran dengan menyediakan dasar yang mengutamakan belia Kedah dalam pengambilan pekerja oleh syarikat-syarikat terpilih.

Keterangan:

Kerajaan negeri telah berusaha mengurang dan membasmi kadar pengangguran di Kedah dengan menetapkan dasar dan syarat kepada pelabur untuk mengutamakan rakyat negeri ini dalam pengambilan pekerja oleh syarikat-syarikat yang melabur di Kedah.

Perkara ini dapat dibuktikan melalui data yang telah dikeluarkan oleh Laporan Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Pedana Menteri iaitu kadar pengangguran di Kedah telah menurun daripada 3.8% pada 2004 kepada 3.3% pada 2008.



c)Mewujudkan Akademi Kepimpinan untuk melahirkan pemimpin belia yang berketrampilan.

Keterangan:

Bagi melahirkan pemimpin belia yang berketrampilan dan berkualiti, Sekretariat Belia Sejahtera telah ditubuhkan di peringkat negeri bagi merancang dan melaksanakan aktiviti berkaitan belia.

Selain itu, sebanyak 10 kelab/pertubuhan/NGO belia di peringkat parlimen juga telah ditubuhkan, iaitu:

a)Pertubuhan Belia Sejahtera Sg. Petani (BERANI)

b)Pertubuhan Belia Sejatera Sik (BEST)

c)Pertubuhan Bahtera Prihatin (Kuala Kedah)

d)Pertubuhan Belia Sejahtera Padang Terap

e)Pertubuhan Belia Sejahtera Padang Serai (BESTARI)

f)Pertubuhan Belia Merbok (PERELOK)

g)Pertubuhan Belia Sejahtera Pokok Sena (PERSONA)

h)Persatuan Belia Fateh Kubang Pasu

i)Kelab Jerai Sejahtera

j)Bahtera Prihatin Kuala Kedah



Kerajaan juga telah meluluskan pembinaan Institut Latihan Belia Sejahtera (ILBAS) di Sg. Petani sebagai institusi melatih kepimpinan belia melalui pelbagai modul dan aktiviti sepanjang mengikuti kursus tersebut.

14.SUKAN DAN REKREASI


a)Menjadikan Kedah terkenal dalam beberapa jenis sukan terpilih seperti bola sepak, takraw dan silat olahraga melalui bantuan dan insentif kepada badan sukan.

Keterangan:

Kerajaan telah melunaskan hutang peninggalan kerajaan sebelum ini sebanyak RM 5 juta.

Julung kalinya Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) telah memiliki bas sendiri dimana penyerahan bas ini telah disempurnakan oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah pada 21 April 2010.

Pelbagai bantuan dan insentif telah diberikan kepada badan sukan di Kedah melalui peruntukan EXCO Belia dan Sukan bagi meyemarakkan semangat kesukanan disamping mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang sukan.

Kerajaan juga telah memberi insentif kepada atlet-atlet yang telah berjaya mengharumkan nama Kedah dipersada kebangsaan dan antarabangsa seperti wang tunai dan lot tanah seperti pemain bola sepak yang telah memenangi Piala Suzuki AFF baru-baru ini.


b)Mempopularkan sukan permotoran dan sukan ekstrem dengan menyediakan prasarana berkaitan dan akademi latihan.

Keterangan:

Kerajaan Negeri telah menganjurkan beberapa aktiviti sukan permotoran dan sukan lasak sebagai sukan popular di Kedah. Antaranya ialah:-

a)Junggle Trekking Gunung Jerai

b)Belon Panas di Taman Jubli Emas, Alor Setar

c)Sukan Motorcross di Bukit Jambul

d)Perlumbaan 'Sprint Test' di Taman Jubli Emas, Alor Setar

e)Sukan ekstrem seperti basikal dan papan luncur di Taman Jubli Emas, Alor Setar

f)Aktiviti menyelam (scuba diving) di Pulau Payar

g)Acara sukan arus deras 'White Water Rafting' di Sungai Sedim, Kulim

h)Perlumbaan 'Cub Prix' di Perkarangan Stadium Darul Aman, Alor Setar



c)Menyediakan pusat aktiviti rekreasi keluarga di setiap daerah.

Keterangan:

Pusat aktiviti rekreasi yang sedia ada di setiap daerah telah mencukupi untuk masyarakat beriadah dan berehat. Penambahan pusat aktiviti rekreasi akan ditambah dari masa ke semasa mengikut keperluan masyarakat setempat.

Pemaju perumahan telah ditetapkan syarat untuk menyediakan pusat rekreasi keluarga di setiap taman perumahan yang dibangunkan khususnya dengan menyediakan kawasan lapang untuk bersukan dan riadah serta taman permainan kanak-kanak.


15.ALAM SEKITAR DAN PELANCONGAN


a)Memastikan pembangunan fizikal tanpa menjejaskan kualiti udara, sungai dan hutan.

Keterangan:

Perkara ini telah menjadi polisi kerajaan.

Memindahkan Projek Zon Industri Petroleum Yan (ZIPY) daripada tanah sawah seluas 4300 ekar ke lokasi lain.


b)Menjamin kewujudan zon hijau (green belt) di kawasan bandar.

Keterangan:

Kewujudan zon hijau di kawasan Bandar telah diberi perhatian serius dan dilaksanakan di bawah penguatkuasaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Kerajaan Negeri juga telah menganjurkan Kempen Sejuta Pokok dengan menanam pokok yang bertujuan memelihara alam dan mewujudkan zon jihau di kawasan-kawasan Bandar.


c)Membangunkan tempat pelancongan baru secara terancang.

Keterangan:

Tempat pelancongan baru telah dibangunkan secara terancang seperti Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong, Tree Top Walk Sg. Sedim, Pantai Merdeka, Terap Inn dan Regency Jerai Hills Resort.



d)Membuka peluang dan mempergiat penyertaan rakyat dalam kegiatan pelancongan.

Keterangan:

Kerajaan Negeri telah membuka peluang kepada rakyat untuk terlibat sama dalam kegiatan pelancongan khususnya dengan mewujudkan homestay di kawasan yang berpotensitinggi sebagai destinasi pelancongan bagi menarik lebih ramai pelancong ke Negeri Kedah.



LAPORAN MANIFESTO PILIHANRAYA PAS KEDAH
(PERKARA YANG SEDANG DALAM PELAKSANAAN)



1.PENTADBIRAN

a)Menyediakan kemudahan pinjaman tanpa faedah untuk kakitangan kerajaan

Ulasan/Cadangan:

Sedang dilaksanakan


2. TANAH DAN HASIL NEGERI

a)Memberi tanah pertanian kepada rakyat termiskin mengikut konsep Ladang Rakyat

Keterangan:

Sedang dilaksanakan oleh anak syarikat kerajaan, Kedah Agro mengikut kaedah Contract Farming.

Memberi tanah pertanian kepada rakyat termiskin mengikut konsep ladang rakyat dimana tanah yang dimiliki adalah dalam bentuk saham syarikat yang mengusahakan tanah rakyat tersebut.

Pihak Kedah Agro masih dalam perancangan menyusun beberapa jenis pertaniah yang sesuai dilaksanakan mengikut kesesuaian lokaliti dan iklim tanah yang dicadangkan.



1.PERTANIAN

a)Membangunkan Lembah Jerai sebagai Agro-hub (pengkalan hasil pertanian) Negeri Kedah

Keterangan:

Gagasan YAB Mentei Besar Kedah sebagai Belanda Timur sedang giat direalisasikan khususnya pertanian di Lembah Jerai mengikut Pelan Hala Tuju Pembangunan Pertanian Negeri Kedah Darul Aman 2008-2015.

Kerajaan juga optimis melalui teknologi serta pembangunan dan penyelidikan untuk meningkatkan hasil pertanian berdasarkan aktiviti pembuatan.



2.BELIA

a)Menggalak dan memudahkan proses perkahwinan dikalangan belia

Keterangan:

Kerajaan Negeri telah menganjurkan program Mahligai Sejahtera di Seri Mentaloon Alor Setar sebagai salah satu langkah untuk menggalak dan memudahkan proses perkahwinan dikalangan belia.

Modul khas berkaitan kekeluargaan Islam juga telah dirangka dan akan dilaksanakan di Institut Latihan Belia Sejahtera (ILBAS) setelah memulakan operasinya di Sungai Petani.



LAPORAN MANIFESTO PILIHANRAYA PAS KEDAH

(PERKARA YANG BELUM DILAKSANAKAN)



1. EKONOMI

a)Menubuhkan institusi Ar-Rahnu (pajak gadai Islam) sebagai alternatif kepada golongan berpendapatan rendah untuk mendapatkan pinjaman jangka pendek.

Belum dilaksanakan


2.PERTANIAN

a)Mewujudkan Skim Perlindungan Takaful kepada golongan petani, penternak dan nelayan.

Belum dilaksanakan


3.HAL EHWAL WANITA

a)Mengiktiraf suri rumah sepenuh masa sebagai tenaga kerja produktif yang boleh menyumbang kepada pendapatan keluarga dengan mewujudkan peluang pekerjaan di rumah.

Belum dilaksanakan

b)Memberi cuti eddah kepada wanita yang kematian suami selama tiga puluh hari dan empat belas hari kepada suami yang kematian isteri.

Belum dilaksanakan



c)Menyediakan pusat penjagaan kanak-kanak di tempat kerja serta menggalakkan pihak swasta mengadakan kemudahan yang sama.

Belum dilaksanakan


KEBAJIKAN DAN PEMBANGUNA SOSIAL

a) Mewujudkan Tabung Bantuan Kemiskinan untuk membantu golongan miskin tanpa membezakan agama, kaum dan fahaman politik.

Belum dilaksanakan



b) Memberi perlindungan takaful kepada warga emas tanpa mengira kaum.

Belum dilaksanakan



4.SUKAN DAN REKREASI

a)Menyediakan kemudahan sukan khusus untuk golongan wanita dan kurang upaya.

Ulasan/Cadangan:

Belum dilaksanakan



HASIL LAPORAN MANIFESTO PILIHANRAYA PAS KEDAH

1.Perkara yang telah dilaksanakan : 44 (78.5%)

2.Perkara yang sedang dalam pelaksanaan : 4 (7.2%)

3.Perkara yang belum dilaksanakan : 8 (14.3%)

























































PENCAPAIAN CEMERLANG YANG TIDAK BERDASARKAN JANJIDALAM MANIFESTO



1.Melancarkan Skim Kafalah sebagai salah satu jenis bantuan kerajaan negeri kepada orang miskin apabila berlaku kematian tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik.



2.Membina kampus induk KUIN di Kuala Ketil dengan nilai RM 330 juta di atas tanah 831 ekar.



3.Meningkatkan hasil kerajaan negeri melalui pembalakan sehingga mencatat kutipan hasil RM 53 juta pada 2010 dan telah dinyatakan dalam kapasiti Ketua Audit Negara 2010.



4.Melantik dan melatih 1993 orang MKK di seluruh negeri untuk memudahkan urusan rakyat dengan kerajaan.



5.Mewujudkan Tabung Tunku Mahmud sebagai tabung bantuan pendidikan di negeri Kedah.



CINA ISLAM (林川興)

Posted: 03 Apr 2011 01:35 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Kemanisan iman anugerah Allah

Posted: 03 Apr 2011 12:15 AM PDT

28 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -
Ust. Ahmad Baie Jaafar

Apabila seseorang itu berada pada tahap iman yang kukuh nescaya dia akan dikurniakan rasa kemanisan iman. Ketika itu, pasti imannya sukar digugat lagi. Oleh sebab itu iman pada tahap tinggi ini perlu diusahakan oleh umat Islam. Persoalan sekarang, mampukah umat Islam memilikinya sedangkan iman bertaraf rendah pun masih gagal?
Inilah cabaran yang harus dibawa oleh umat Islam jika mereka mahu berjaya dalam perjuangan hidup di dunia ini. Mereka wajar memburu bagi memiliki kemanisan iman. Untuk itu, tiga peluang dibentangkan oleh Rasulullah.

Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud: "Ada tiga perkara, yang jika tiga perkara itu ada pada seseorang, maka dia akan berasa manisnya iman. (Iaitu) Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai daripada yang lain. Keduanya; mencintai seseorang, yang dia tidak mencintainya kecuali kerana Allah. Ketiganya; benci untuk kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkan darinya, seperti bencinya dicampakkan ke dalam api." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim dari Anas bin Malik ra)

Bagaimana dengan peluang pertama, bolehkah anda memilikinya? Atau sudahkah anda rasa kemanisan itu? Marilah kita sama-sama menilai situasi ini, anda tentu ada rasa cinta kepada ibu bapa, rasa cinta kepada isteri, rasa cinta kepada anak, rasa cinta kepada harta dan sebagainya. Mana yang lebih anda cintai antara perkara di atas dengan cinta kepada Allah dan rasulnya?

Anda tentu cinta kepada isteri anda. Sebagai tanda cinta, maka segala kehendaknya diturutinya. Satu hari dia hendak memakai baju cantik yang pastinya mendedahkan aurat. Apakah tindakan anda? Membenarkannya atau melarang. Allah melarang umat
 
Islam mendedahkan aurat, maka sebagai tanda cinta kepada Allah, kita perlu patuh kepada perintah Allah. Kehendak isteri itu wajar dilarang. Tapi kalau anda membiarkan isteri anda mendedahkan auratnya ternyata anda lebih cintakan isteri berbanding cinta kepada Allah.
Begitu juga dengan harta yang anda cari, tentu anda sayang lalu menjaganya dengan baik daripada dicuri orang. Kerana sayangkan harta anda tidak mahu membayar zakat. Tidak mahu mendermakan untuk membantu orang yang susah. Sedangkan Allah mewajibkan umat Islam mengeluarkan zakat dan membantu orang yang susah. Jadi kalau anda tidak mahu membayar zakat kerana sayang, maka anda ternyata lebih sayang harta daripada Allah.

Kemudian dalam soal cinta sesama manusia pula, sama ada lelaki cintakan perempuan ataupun sesama lelaki, apakah anda boleh bercinta kerana Allah iaitu bercinta sebagaimana yang Allah perintahkan. Tetapi lazimnya percintaan pada hari ini adalah kerana nafsu lalu berlakulah pergaulan bebas hingga sanggup berkhalwat. Malah kerana cinta, mereka sanggup berzina atau meliwat. Tegasnya wujud pasangan lesbian dan gay secara berleluasa adalah kerana cinta berasaskan nafsu.

Cinta sesama manusia tidak salah malah digalakkan, tetapi cinta itu hendaklah kerana Allah. Cinta berdasarkan perintah Allah, maka apa yang dilarang ditinggalkan. Cintakan wanita sebagai contoh, lelaki mesti menghormati wanita dengan melindungi mereka daripada didera, dirogol dan dizinai. Lalu wanita tidak boleh disentuh tubuh dan perasaannya kerana semua itu dilarang oleh Allah.

Seterusnya, sebagai umat Islam kita perlu benci untuk kembali kepada kekufuran dan kesesatan. Ini kalau sebelumnya kita berada dalam keadaan sesat dan kufur, maka setelah disedarkan dan diberi hidayah, perlulah dijaga betul-betul aqidah itu. Mereka ini bukan sahaja tidak mahu kembali kepada jahiliah malah akan mengajak orang lain kepada Islam.
Sudahkah anda berada di salah satu daripada tahap iman di atas? Jika ada sesungguhnya anda sudah memiliki kemanisan Islam. Tetapi kalau semua itu sudah ada dalam diri anda, percayalah keimanan yang anda miliki sukar digugat lagi. Rasa kemanisan iman itu sudah berada di tahap tinggi.

Percayalah semua umat Islam boleh mencapai kemanisan iman itu. Tiga peluang dibentangkan itu tidak susah untuk dilaksanakan oleh umat Islam. Sebaiknya, laksanakan mana yang senang dahulu, setelah itu laksanakan yang kedua dan ketiga.
Artikel lengkap boleh anda baca dalam Solusi isu 3

Kampung Usaha Jaya Tukau, Mana janji YB untuk memberi peruntukan?

Posted: 02 Apr 2011 02:29 AM PDT

28 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -
PAS Miri

Janji Pilihanraya

Menjelang pilihanraya ini maka sibuklah pemimpin-peminpin dari parti yang memerintah datang ke kampong-kampong menagih undi dari penduduk kampong dan mula dengan janji-janji baru untuk memberi kemudahan kepada penduduk kampong. Walaupun mereka tahu janji mereka dulu belum ditunaikan dan ada yang sudah berpuluh-puluh tahun menetap di Perkampungan ' Kampong Usaha Jaya' masih belum mendapat grant tanah atau 'Land title', bagi mereka semua ini boleh diselesaikan dengan mengundi mereka dalam pilihanraya nanti. Kesusahan penduduk kamponguntuk mendapatkan hak untuk tempat tinggal sukar sekali sedangkan projek2 pihak swasta seperti perumahan yang berhampiran dan diluar kawasan kampong tersebut dengan mudah mendapat tanah untuk membina tapak perumahan.

Kampong Masih Mudur

Keadaan kampong tersebut masih mundur dan jauh ketinggalan dari segi'infrastructure' seperti 30 puluh tahun yang lalu, tiada kemudahan asas yang sepatutnya dinikmati oleh penduduk kampong. Dimanakah perginya janji-janji pemimpin BN yang sering berjanji untuk memberi bantuan kepada penduduk kampong tersebut? Dimana keperluan asas seperti api elektrik, bekalan air bersih dan jalanraya yang bertar untuk kemudahan penduduk kampong tersebut.Apa kah penduduk Kampong Usaha Jaya sengaja di pinggir kan?Mereka juga berhak menikmati pembangunan dari segi infrastruktur seperti,jalan raya,bekalan letrik dan bekalan air bersih.

Mereka terpaksa berulang alik dalam keadaan jalanraya yang teruk untuk membawa keluar hasil pertanian mereka untuk di jual di tamu-tamu di tepi jalan Miri/Bakam.Kemudahan asas seperti api elektrik, air bersih adalah keperluan basic mereka untuk kegunaan harian.Mereka terpaksa menggunakan keadah lama mengunakan telaga,lampu minyak tanah dsb.demi untuk menyara hidup sekeluarga.Apabila musim kemarau panjang telaga mereka menjadi kering dan air simpanan dalam tangki mula susut. Sekarang penduduk kampong menuntut janji sekiranya pihak berwajib tidak dapat menunaikan janji mereka jangan harap mereka akan dipilih semula jadi wakil rakyat di kawasan tersebut. Mereka menagih janji di bawah NKRA, bagi projek jalan ke Kampung Usaha Jaya Tukau sejumlah RM 350,000 yang telah di luluskan oleh Kementerian untuk membina jalan batu sepanjang 7 km belum menjadi kenyataan.Yang ada sekarang adalah
tiang tiang elektrik yang didirikan disepanjang jalan masuk ke kampong yang dah berbulan bulan tapi belum pun siap siap,dan tak nampak pun satu wayar yang bergantung untuk disambung ke rumah orang kampong bagi menerangi kegelapan rumah mereka .Kesabaran menunggu

Sokong Perubahan

PAS dan Pakatan Rakyat bersedia turun padang dan mendengar sendiri masalah penduduk kampong tersebut dan akan berusaha untuk membantu sekadar yang mampu, sekiranya BN gagal menunaikan janji lebih baik lepaskan kuasa tersebut ke pada Pakatan Rakyat untuk memerintah secara adil. Sekarang kuasa di tangan rakyat maka jangan sia-siakan kuasa anda dengan memilih pemimpin yang tidak jujur, tidak amanah dan menyalahgunakan kuasa sebagai wakil kamu dalam pemerintahan nanti. Undilah PAS dan Pakatan Rakyat demi kesejahteraan semua.

Pengikut