Sabtu, 4 Disember 2010

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Peghelih La...

Posted: 04 Dec 2010 11:15 PM PST

Peghelih La...


Dr Asri: Iktikad ‘Ketuanan Melayu’ Menyanggahi Islam

Posted: 04 Dec 2010 01:16 AM PST

IKTIKAD 'KETUANAN MELAYU' MENYANGGAHI ISLAM
Prof Madya Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin

Merujuk kepada isu 'Ketuanan Melayu' yang dijadikan isu sekarang, maka di sini saya ingin menyentuh beberapa perkara;

1. Istilah 'Ketuanan Melayu' (malay supremacy) adalah istilah yang kabur. Tiada pentakrifan khusus kepada istilah ini. Lagipun tiada ungkapan rasmi dalam perlembagaan. Maka adalah pelik untuk mana-mana pihak cuba mempertahankan ungkapan yang kabur dan tidak tentu maksudnya ini.

2. Namun, jika merujuk kepada perkataan yang digunakan ia dari akar perkataan 'tuan' kepada ketuanan dan digabungkan dengan 'melayu', ia bermaksud orang melayu berada dalam status 'tuan' atau dalam bahasa Arab disebut siyadah (supremacy). Jika merujuk kepada bahasa b
ererti orang melayu sentiasa berada di atas, lebih tinggi dan mulia kedudukannya dibandingkan dengan 'bukan melayu'. Jika hendak ditakrifkan maka bererti 'kedudukan orang melayu sebagai bangsa yang lebih tinggi dan mulia'.

3. Ia berbeza dengan sekadar ungkapan 'hak keistimewaan melayu', kerana bukan semua yang dapat keistimewaan itu lebih mulia atau tinggi dari orang lain. Mungkin seseorang diberikan keistimewaan disebabkan faktor kekurangannya ataupun kelebihannya. Maka, perkataan 'keistimewaan' tidak boleh disamakan dengan ketuanan.

4. Jika seseorang menganggap dirinya lebih mulia disebabkan faktor keturunan atau bangsanya semata, atau orang lain lebih rendah dari dirinya kerana tidak berbangsa s
epertinya, maka itu adalah iktikad yang salah dan menyanggahi ajaran Islam. Jika itu berlaku, ia boleh menyamai dakwaan Yahudi bahawa mereka 'bangsa terpilih' (chosen race). Kebanggaan yang seperti ini ditolak oleh Islam.

5. Ini kerana Allah berfirman: (maksudnya):

Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuanNya. (Surah al-Hujurat: 13).

Ayat ini menjelaskan bahawa kemuliaan insan adalah disebabkan nilai keperibadiannya; iaitu iman dan akhlak yang mulia yang diistilahkan sebagai taqwa.

6. Nabi s.a.w menegaskan lagi dalam hadis baginda:

"Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang arab ke atas 'ajam (yang bukan arab), atau 'ajam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan" (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai hasan oleh al-Albani).

Inilah prinsip Islam dalam menilai manusia, bukan berdasarkan warna kulit dan keturunan, tetapi berasaskan nilai kebaikan yang ada pada seseorang insan.

7. Adapun hadis Nabi s.a.w: "Para pemimpin dari Quraish" (Hadis sahih riwayat Ahmad, al-Tabarani, al-Baihaqi dll) tidak boleh dijadikan hujah ketuanan sesuatu bangsa. Hadis ini bukan soal ketuanan, tetapi soalan kemampuan dan pengaruh politik diambil kira dalam perlantikan pemimpin. Oleh kerana Quraish mempunyai pengaruh dan kemampuan politik dalam kalangan Arab ketika itu, maka mereka paling layak. Dalam masa yang sama Nabi s.a.w bersabda:

"Sekalipun jika memerintah kamu seorang hamba habsyi, jika dia memimpin kamu dengan Kitab Allah, maka dengar dan taatlah" (Riwayat Muslim).

Ini menafikan ketuanan kaum tertentu.

8. Sesuatu bangsa jika mahu dipandang mulia, hendaklah membuktikan kemuliaan itu dalam realiti kehidupan mereka. Melayu, atau selain melayu boleh menjadi mulia dengan usaha ke arah kemuliaan, bukan sekadar bergantung kepada keturunan atau atas nama bangsa semata.
Sumber: drmaza.com

Maran Daily - Bila NoteBookKu Dibuka... Benar, Berani & Berinformasi

Posted: 04 Dec 2010 09:07 PM PST

Maran Daily - Bila NoteBookKu Dibuka... Benar, Berani & Berinformasi


KETUANAN MELAYU vs ISLAM...?

Posted: 04 Dec 2010 07:11 AM PST

Istilah ketuanan Melayu adalah berbeza dengan hak keistimewaan Melayu kerana bukan semua yang dapat keistimewaan itu lebih mulia atau tinggi dari orang lain, kata mantan mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

NONE"Mungkin seseorang diberikan keistimewaan disebabkan faktor kekurangannya ataupun kelebihannya. Maka, perkataan 'keistimewaan' tidak boleh disamakan dengan ketuanan," katanya dalam satu kenyataan akhbar.

Menurut Mohd Asri, jika seseorang menganggap dirinya lebih mulia disebabkan faktor keturunan atau bangsanya semata-mata, atau orang lain lebih rendah dari dirinya kerana tidak berbangsa sepertinya, maka itu adalah iktikad yang salah dan menyanggahi ajaran Islam.

Bangsa terpilih

"Jika itu berlaku, ia boleh menyamai dakwaan Yahudi bahawa mereka 'bangsa terpilih' (chosen race). Kebanggaan yang seperti ini ditolak oleh Islam," katanya.

Mohd Asri berkata istilah ketuanan Melayu adalah istilah yang kabur yang tidak mempunyai pentakrifan khusus.

NONEKatanya, jika merujuk kepada perkataan 'ketuanan Melayu', ia adalah dari akar perkataan 'tuan' kepada ketuanan dan digabungkan dengan 'Melayu'. Ini, katanya membawa bermaksud orang Melayu berada dalam status 'tuan' atau dalam bahasa Arab disebut siyadah (supremacy).

"Jika merujuk kepada bahasa bererti orang Melayu sentiasa berada di atas, lebih tinggi dan mulia kedudukannya dibandingkan dengan orang bukan Melayu. Jika hendak ditakrifkan maka bererti kedudukan orang Melayu sebagai bangsa yang lebih tinggi dan mulia", katanya.

Justeru, menurut beliau adalah pelik untuk mana-mana pihak cuba mempertahankan ungkapan yang kabur dan tidak tentu maksudnya ini.

Dipandang mulia

"Sesuatu bangsa jika mahu dipandang mulia, hendaklah membuktikan kemuliaan itu dalam realiti kehidupan mereka. Melayu, atau selain Melayu boleh menjadi mulia dengan usaha ke arah kemuliaan, bukan sekadar bergantung kepada keturunan atau atas nama bangsa semata.

amin iskandar article 291008 merdekaMemetik Surah al-Hujurat: 13, Mohd Asri berkata ayat itu menjelaskan bahawa kemuliaan insan adalah disebabkan nilai keperibadiannya; iaitu iman dan akhlak yang mulia yang diistilahkan sebagai taqwa.

Katanya, prinsip Islam dalam menilai manusia, bukan berdasarkan warna kulit dan keturunan, tetapi berasaskan nilai kebaikan yang ada pada seseorang insan.

Beliau memetik hadis Nabi Muhammad SAW: "Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang arab ke atas 'ajam (yang bukan arab), atau 'ajam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai Hasan oleh al-Albani)".

Katanya lagi, hujah bahawa ketuanan Melayu adalah tidak relevan berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW: "Sekalipun jika memerintah kamu seorang hamba habsyi, jika dia memimpin kamu dengan Kitab Allah, maka dengar dan taatlah (Riwayat Muslim)".

Isu ketuanan Melayu menjadi hanta apabila Presiden pkr congress 281110 wan azizahPKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada kongres parti itu minggu lalu mencadangkan konsep itu diketepikan jika bangsa Melayu ingin ke depan.

Kenyataannya itu menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pemimpik kerajaan BN dan juga pertubuhan bukan kerajaan Melayu, khususnya PERKASA yang melabelkan Wan Azizah sebagai 'pelacur politik'.

{Kembalilah kepada Islam... dengan isu perkauman sempit yang dimainkan oleh kuncu2 UMNO-BN boleh menghancurkan negara Malaysia yang kita cintai. Selagi UMNO-BN memerintah negara, selagi itulah isu2 perkauman dimainkan, malah keamanan dan kesejahteraan rakyat semakin terancam. Ubah sebelum parah. Kita tukar kerajaan UMNO-BN kepada Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) yang mengabungkan PAS. PKR & DAP. Yang pasti, ISLAM adil untuk semua...}

PAS KAWASAN BAKRI

Posted: 04 Dec 2010 09:03 PM PST

PAS KAWASAN BAKRI


Selamat Tahun Baru Hijrah

Posted: 04 Dec 2010 05:03 AM PST

DPPK PARIT

Posted: 04 Dec 2010 07:24 PM PST

DPPK PARIT


FELDA OH! FELDA....

Posted: 04 Dec 2010 07:50 AM PST

Dr Azman Ibrahim

Posted: 04 Dec 2010 07:07 PM PST

Dr Azman Ibrahim


Program Berkhatan Jama'ie 2010

Posted: 03 Dec 2010 09:22 PM PST

N.27 - PAS DUN Sura

Posted: 04 Dec 2010 07:07 PM PST

N.27 - PAS DUN Sura


Penghargaan Cemerlang UPSR 2010 Di Padang Jambu & Kg. Nibong

Posted: 04 Dec 2010 06:42 AM PST

DUNGUN 4 Disember, Sabtu - Calon-calon peperiksaan UPSR 2010 yang telah memperolehi kejayaan cemerlang 5A baru-baru ini, telah menerima penghargaan daripada Y.B. ADUN Sura, Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli.

Adik Muhammad Nornik Hafiz bin Abu Bakar

Adik Muhamad Alif bin Mat Min

Adik Wan Muhd Nur Hakim bin Yusof

Di Kampung Padang Jambu, seramai 8 orang telah dikenalpasti memperolehi keputusan 5A dalam UPSR 2010 baru-baru ini.


Daripada 8 orang tersebut, satu-satunya pelajar dari Sekolah Kebangsaan Sultan Omar di Kampung Padang Jambu ialah adik Wan Nik Nursyuhaibah binti Wan Zuhaimi.

Adik Nurul Naimah binti Zainal Abidin

Adik Muhammad Harith Ajwad bin Asli diwakili abangnya

Adik Huda Dinie binti Abdullah

Selebihnya seramai 7 orang lagi adalah dari Sekolah Kebangsaan Pusat Dungun. Mereka ialah adik Huda Dinie binti Abdullah, adik Nurul Naimah binti Zainal Abidin, adik Wan Muhd Nur Hakim bin Yusof, adik Mohd Nornik Hafiz bin Abu Bakar.


Adik Muhammad Izzat bin Pauzi, adik Muhammad Harith Ajwad bin Asli dan adik Muhamad Alif bin Mat Min.

Di Kampung Nibong, seramai 4 orang telah menerima penghargaan, 3 orang daripadanya dari Sekolah Kebangsaan Pusat sementara seorang lagi dari Sekolah Kebangsaan Kuala Dungun.

Adik Nor Akma binti Mohd Zaki

Adik Hanis Sabrina binti Shaiful Bahri, diperhatikan datuknya.

Adik Zulhilmi Husni bin Nor Muslim

Mereka ialah adik Hanis Sabrina binti Shaiful Bahri, adik Nor Akma binti Mohd Zaki dan adik Nur Afiqah binti Roslan dari Sekolah Kebangsaan Pusat Dungun.


Sementara dari Sekolah Kebangsaan Kuala Dungun ialah adik Zulhilmi Husni bin Nor Muslim.

Jangan Sampai Tabung Budi Dipertikaikan Kebersihan Dan 'Nawaitu'nya

Posted: 03 Dec 2010 11:18 PM PST

Dalam keadaan yang cukup tertekan dengan situasi yang melingkunginya, Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) mutakhir ini menjalankan satu kegiatan yang didakwa dalam rangka Tanggung Sosial Korporat atau CSRnya.

Diberi nama Tabung Budi, Syabas sedang menggalakkan pengguna dan khususnya kakitangannya untuk menyerahkan wang RM11.40 sebagai nilai harga air percuma yang diberikan oleh kerajaan negeri Selangor kepada rakyatnya untuk Tabung Budi Syabas.

Mengikut Enakmen Bekalan Air Selangor 1997 atau Selangor Water Suply Enactment, 1997, Syabas diberi lessen untuk menjalankan kegiatan dalam hal mengurus dan membekal air di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur.

Adalah difahamkan bahawa Syabas tidak dimandatkan dan juga tidak diberi kuasa untuk membuat apa-apa pungutan wang dari pengguna-pengguna dan tidak sama sekali diberi mandat untuk mengumpul dana dan tidak dari wang yang hasil dari air percuma yang diberikan oleh kerajaan negeri Selangor kepada pengguna-pengguna di Selangor.

Justeru kegiataan Syabas menggalakkan pengguna-pengguna menyerahkan wang sebanyak RM11.40 sebagai nilai air percuma yang diberikan oleh kerajaan negeri Selangor adalah bertentangan dengan mandat dan terma perjanjian tiga pihak – Federal, kerajaan Negeri dan Syabas sendiri seperti juga terkeluar dari bidang kuasa Enakmen Bekalan Air Selangor 1997.

Tambahan, Tabung Budi yang diselenggarakan oleh Syabas ini jelasnya tidak dapat ditentukan ketelusannya dan juga tidak ada pertanggungjawabannya kepada pihak lain selain Syabas. Jelasnya Syabas telah terlibat dalam membuat dua kali kutipan dari pengguna dan dana itu pula tidak dapat dijamin akan sampai seluruhnya kepada golongan miskin dan kumpulan sasaran.

Syabas tidak dihalang untuk menunaikan CSRnya kepada masyarakat kurang berkemampuan dengan keuntungan yang dilaba sekian lama ini. Akan tetapi cara yang dilakukannya ini jelasnya menimbulkan pelbagai pertikaikan bahkan bercanggah dengan peruntukan undang-undang khususnya Enakmen Bekalan Air Selangor 1997.

Syabas digesa supaya tidak memburukkan lagi hubungan dengan kerajaan negeri Selangor dengan segara memberhentikan kegiatan tidak bertanggungjawab ini bagi memurnikan keadaan untuk mencari jalan penyelesaian baik bagi krisis air di Selangor.

Syabas boleh terbudi dan beramal dengan apa jua cara dengan hasil keuntungan bersih dari kegiatan pengurusan air tetapi jangan sampai Tabung Budi dipertikaikan kebersihannya dan 'nawaitu'nya.

sumber : drdzul.com

PAS Kawasan Miri

Posted: 04 Dec 2010 07:03 PM PST

PAS Kawasan Miri


Skandal Kekayaan Pemimpin BN & Kroni, Rakyat terus Menderita

Posted: 04 Dec 2010 04:23 PM PST

Deepening Scandal – Taib's Land Grabs Exposed !
Friday, December 3rd, 2010 GMT
Progress and Development? - 6 years after Taib took their land and stripped their forest these Melanau are left destitute.
Sarawak Report has been piecing together documentation that enables us to prove for the first time that the Chief Minister has conducted land thefts on a massive scale from the people of Sarawak. Using a number of sources, many of which Taib has shamefully attempted to keep secret, we are now unravelling detailed information showing the full extent of his seizures of Native Customary Rights Lands for himself and his family and also the extraordinary profits he has made at the expense of his people.
The corruption has been so extensive and the affects have been so devastating to so many Dayak communities and to the environment of Sarawak, that we are unable to cover this issue in just one article. Instead we will be examining our evidence over coming weeks and bringing you the results in a series of reports, which will look at the impact of Taib's destructive greed on communities the length and breadth of the state.

Clear pattern emerges under 'Thief' Minister

Environmental disaster in Pulau Bruit - first Taib strips the forest, then he plants the oil palm
Yet, already we can point to a clear pattern of activity or 'modus operandi', through which Taib has abused his power by helping himself and his family to Dayak lands. In his joint role as Resources and Planning Minister the Chief Minister pushes a policy of 'alienating' Native Customary Rights (NCR)Lands in the name of 'development', a practice which was recently ruled illegal by the Federal High Court.
However, he has always worked hard to keep the private benefactors of this public policy hidden! The identity ofthe companies originally handed parcels of Dayak land by the state authorities and also the sums they have been charged ought to be public information, but they have always been treated as a top state secret, marked confidential in the Land Registry!
Sarawak Report can now confirm the perhaps unsurprising truth that very many of these companies directly belong to Taib's family, or indeed himself, or to people he owes political or business favours . Our evidence also details how the standard practice is for the Chief Minister to hand over great parcels of land to companies owned by his siblings for rock bottom prices (or nothing at all) who in turn sell on these companies as quickly as possible (usually in a matter of days) to a crony business partner for a massive profit.
The Taib family member then often cements the deal by taking up shares or directorships in the new parent company (often under a proxy or hidden identity) so that they can continue to enjoy the profits of developing the land, but in a less obvious capacity. This 'development' almost invariably consists of stripping the area of its valuable timber and then planting palm oil plantations, leaving the destitute Dayakcommunities with nothing but very low paid jobs and usually laughable levels of compensation.
One shocking case in point
Satanic Mills - processing the profit from the NCR Lands
Sarawak Report has established that this scandalous activity has taken place in one of the most controversial current land grabs being sponsored by the State of Sarawak. The very poor Melanau population of Pulau Bruit near Sibu are one of the many communities to have suffered from this form of 'development', even though they are from the Chief Minister's own race. The island till recently was a precious remaining area of fast disappearing lowland mangrove forest with a National Park of protected land. In 2004 the Chief Minister saw fit to 'develop' the area for yet more palm plantations, despite the growing international outcry over the destruction of Sarawak by palm plantations.
Therefore in May 2004 10,000 hectares of the island was handed to a company Eastern Eden Sdn Bhd and a further 5,000 to a company Poh Zhen. Of course the natives knew nothing of such decisions over their land until the palm plantation company came and started stripping the area of its pristine mangrove forests the following year and planting oil palm in its place. The company offered the locals just RM120 ringgit per hectare for their land - a total of just over a million ringgit to be shared by the entire community for all their native lands.
Encik Bahrum, one of the headmen, explains how he learnt about the development when he went to the jungle one day for forage for fish and food. A short way in he discovered that a vast area had been flattened. Bahrum, whose people have always lived in the area, said that the plantation company at first promised the locals that they were stripping the area to grow padi fields for the population, but in fact their whole region has been covered in oil palm. NGOs have told Sarawak Report that protesters have complained of harassment and arrest and many have ended taking the compensation feeling they have no choice.
Suffering of the people

Polluted waters - Pulau Bruit faces flooding because of mangrove destruction resulting from Taib's policies
Bahrum says that his people are now desperately short of food, because the forest and fish have gone. They are also suffering polluted waters as a result of pesticides andfertilisers on the plantation. Few have received jobs. The 'development' is now spreading across the island and extending into Iban territories affecting 8 communities at Sungai Lengan. The NGO Sadia has alerted the Round Table on Sustainable Palm Oil that the logging also appears to be encroaching illegally into the National Park area on the island. The Ibans say that already their health and food supplies have been affected by the pollution of their waters by chemicals and that fish are dying and children are falling sick. No compensation has been offered to the Ibans.
Sadia and the law firm belonging to PKR opposition leader Baru Bian are now supporting the natives in a court case to protect their remaining lands and sue for proper compensation. But there will be little surprise that the community say they have had no such support from their local representative to the Federal Parliament Norah Binti Abdul Rahman. She also the Chief Executive of the Tanjun Manis 'development' project that is driving the destruction of the entire area and she happens to be the niece of Chief Minister, Taib Mahmud.

'Entrepreneurial MP' - Taib niece Norah Abdul Rahman was 'elected' unopposed in 2008
Norah and Taibtreated themselves in the summer to a state-funded visit to Oxford University in the UK (along with two plane loads of publicly funded officials) in order to promote their business projects in the region at notorious event hosted by the University's Said Business School. Norah is seeking international funding for further logging and devastation in order to develop a 'Halal food Hub' in Malaysia's Christian state.
Even less surprising has been Nora's sudden recent announcement that a large sum of money is about to be spent on an infrastructure programme to bring roads, electricity and water to the people who have till now been totally neglected in the 'development' of their region and who have suffered the loss of their forest lands and fishing grounds. She is of course now looking for their support in the upcoming election, but whether the promises will be remembered after the election is over is another matter. Local people are advised to ignore the 60 ringgit bribes she will also offer and to continue to ignore her even if she ups the bribe money! It is their right to receive Norah's bribe money and to vote for another party entirely.

We expose who really profits
This is because perhaps the most shocking aspect of this story is the part that has until now been kept most hidden. Our investigations have revealed just how much money Norah's family has taken from the natives of Pulau Bruit. When the locals had sought the owners of the palm plantations who had been handed their land by Taib's decision as Chief Minister and Planning and Resources Minister they learnt that the companies, Eastern Eden and Poh Zhen, belonged to Jaya Tiasa a subsidiary company of the vast timber company Ribunan Hijau, run by a key crony of the Chief Minister. Therefore, their representatives have been making their protests to this company.

Jaya Tiasa purchases Arip's company Eastern Eden and also Poh Zhen 12 days after he acquires the plantation from Taib's Land & Survey Department - there was a RM 40 profit on the deal!
However, Sarawak Report can now reveal that the original owners of these companies were Taib's own brothers Arip and Ali Mahmud. They received the land grants from the government on 19th May 2004 paying RM 6 million for Eastern Eden plot of 10,000 hectares and RM 3 million for the Poh Zhen plot of 5,000 hectares. However, in just 12 days on 31st May they had sold on the companies to their crony tycoon Ribunan Hijau/Jaya Tiasa chief Tiong Choong for RM 33 million and RM 16 million! This represents a RM 40 million clean profit for the Taib family in a matter of 12 days!

Arip's first wife Azerina controls a million shares in Jaya Tiasa, the company that bought out the land obtained through Taib's Land & Survey Department deal. So they still profit from the NCR Land acquisition.
Further, true to the pattern we have identified, the Aripfamily have continued to enjoy profitable ties with the company they sold out to. Sarawak Report has identified a large chunk of Jaya Tiasa shares continue to belong to the Arip family (he died in 2005). These shares were clearly handed to the family as an added 'sweetner' for the deal. This means that the Mahmud family continues to reap big profits from the palm oil plantations and the timber extraction from the lands that were stolen from the local communities on top of the fat profit they made from selling on land that Taib had handed to them well below market price.
More
Sarawak Report will be following the fortunes of the impoverished islanders of Palau Bruit as they campaign to save the little remaining area of their lands and to receive compensation. However, their tragic case is just one of hundreds of land grabs by the Chief Minister and his family across the State. We will be unveiling more about these outrages and the effect on the people of Sarawak in later reports.

PS: Tengoklah sendiri keadaan kehidupan sebenar diantara rakyat dan pemimpin Bn yang berkuasa di Sarawak, setelah anda membaca tentang kekayaan CM Sarawak dan kroni-kroninya adakah anda sanggup lagik bagi peluang untuk BN memerintah kerajaan Sarawak??? Mengapa masih ada lagi rakyat Sarawak yang tinggal dalam pondok usang sedangkan pemimpin BN hidup senang lenang dan rakyat masih ada yang hidup kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Itulah nasib rakyat Sarawak yang selama ini bergantung hidup dengan memberi sokongan pada BN. Jadi fikir2lah sendiri, wahai rakyat Sarawak sanggupkah anda semua terus jadi hamba kepada Bn kalau tidak sanggup. Bah mari kita mengubah kerajaan dari Bn ke Pas dan PAKATAN Rakyat.

Kroni diutamakan, Rakyat ditindaskan!!!

Posted: 04 Dec 2010 03:47 PM PST

Anwar: Kenapa subsidi syarikat kroni tak dipotong?
Dec 4, 10 10:17pm
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyelar kerajaan kerana terus menaikkan harga barangan keperluan seperti petrol dan gula tetapi pada masa yang sama enggan mengurangkan subsidi untuk syarikat-syarikat kroni.Katanya, syarikat-syarikat penjana tenaga persendirian atau IPP umpamanya terus menikmati subsidi gas yang tinggi manakala rakyat dipaksa menanggung kenaikan harga petrol RON95 untuk kali kedua dalam tempoh enam bulan."Walaupun kerajaan sebelum ini berjanji untuk memotong subsidi yang diberikan kepada syarikat-syarikat IPP milik kroni, ia tidak di lakukan."Anehnya, setiap pemotongan subsidi yang dilakukan oleh kerajaan setakat ini hanya membabitkan barang keperluan asas yang menambah beban kewangan rakyat," kata Anwar.Selain petrol, turut dinaikan harga, hari ini adalah gula (20 sen) diesel dan petroleum gas cecair, masing-masing lima sen.Anwar berkata amalan Umno-BN melindungi syarikat-syarikat korporat besar yang diberi lesen IPP amat merugikan rakyat.Menurut Anwar yang juga ketua umum PKR, tren kenaikan harga petrol jelas menunjukkan bahawa kerajaan berhasrat mengurangkan subsidi setiap enam bulan, sekali gus meningkatkan harga petrol kepada RM2.10 seliter dalam tempoh setahun dari RM1.90 sekarang.Beliau kesal kerana kerajaan memotong subisidi untuk rakyat dan bukannya kemudahan yang diberikan kepada syarikat IPP dan sektor-sektor lain."Perdana Menteri dan kerajaan pimpinannya harus menjelaskan kenapa ia amat tekun untuk menarik balik subsidi bagi petrol, gula dan LPG yang tentunya memberi tekanan kepada rakyat berpendapatan rendah, namun syarikat korporat yang kaya-raya dikecualikan dari tindakan sedemikian," tegas Anwar.Sebelum ini, Perdana Menteri Najib Razak berkata agensi PEMANDU yang ditubuhkan dirinya sendiri menjangka kerajaan dapat menjimatkan RM1.12 bilion ringgit tahun ini jika subsidi untuk IPP dan sektor lain dikurangkan.Pada masa sekarang, kerajaan, menerusi Petronas menghulurkan subsidi RM19 bilion kepada IPP dan syarikat berkenaan setiap tahun.Menurut Anwar, apa yang dikesali ialah kerajaan Umno-BN begitu ghairah menjimat RM126 juta hasil pemotongan subsidi terbaru rakyat tetapi sanggup membayar RM131 juta ringgit kepada perunding-perunding asing.Bayaran lumayan itu dibuat untuk menubuhkan agensi PEMANDU dan sebagai kos operasi setahun agensi berkenaan. "Apakah kewibawaan yang ada pada kerajaan untuk mengambil RM126 juta dari rakyat miskin untuk membayar perunding asing RM66 juta bagi menubuhkan sebuah unit kerajaan dan sebanyak RM65 juta lagi sebagai kos operasi," katanya.

PS: Kroni diutamakan, Rakyat dikenakan dahulu itulah konsep sebenar BN terhadap rakyat Malaysia, tapi yang jadi masalahnya sekarang adakah rakyat Malaysia masih sanggup bertuankan BN selamanya??? Fikir2lah sendiri, Bah mari berubah, mari kita semua undi PAS dan PAKATAN Rakyat dalam PRU13 nanti dan juga PRU Sarawak nanti. Selamat berjuang & semoga kita selamat & bebas dari cengkaman BN.

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 04 Dec 2010 03:25 PM PST

Pemuda PAS Wangsa Maju


Prof Madya Dr MAZA:Ketuanan Melayu Menyanggahi Islam......UMNO sesat???

Posted: 03 Dec 2010 07:21 PM PST

Istilah ketuanan Melayu adalah berbeza dengan hak keistimewaan Melayu kerana bukan semua yang dapat keistimewaan itu lebih mulia atau tinggi dari orang lain, kata mantan mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

NONE"Mungkin seseorang diberikan keistimewaan disebabkan faktor kekurangannya ataupun kelebihannya. Maka, perkataan 'keistimewaan' tidak boleh disamakan dengan ketuanan," katanya dalam satu kenyataan akhbar.

Menurut Mohd Asri, jika seseorang menganggap dirinya lebih mulia disebabkan faktor keturunan atau bangsanya semata-mata, atau orang lain lebih rendah dari dirinya kerana tidak berbangsa sepertinya, maka itu adalah iktikad yang salah dan menyanggahi ajaran Islam.

Bangsa terpilih

"Jika itu berlaku, ia boleh menyamai dakwaan Yahudi bahawa mereka 'bangsa terpilih' (chosen race). Kebanggaan yang seperti ini ditolak oleh Islam," katanya.

Mohd Asri berkata istilah ketuanan Melayu adalah istilah yang kabur yang tidak mempunyai pentakrifan khusus.

NONEKatanya, jika merujuk kepada perkataan 'ketuanan Melayu', ia adalah dari akar perkataan 'tuan' kepada ketuanan dan digabungkan dengan 'Melayu'. Ini, katanya membawa bermaksud orang Melayu berada dalam status 'tuan' atau dalam bahasa Arab disebut siyadah (supremacy).

"Jika merujuk kepada bahasa bererti orang Melayu sentiasa berada di atas, lebih tinggi dan mulia kedudukannya dibandingkan dengan orang bukan Melayu. Jika hendak ditakrifkan maka bererti kedudukan orang Melayu sebagai bangsa yang lebih tinggi dan mulia", katanya.

Justeru, menurut beliau adalah pelik untuk mana-mana pihak cuba mempertahankan ungkapan yang kabur dan tidak tentu maksudnya ini.

Dipandang mulia

"Sesuatu bangsa jika mahu dipandang mulia, hendaklah membuktikan kemuliaan itu dalam realiti kehidupan mereka. Melayu, atau selain Melayu boleh menjadi mulia dengan usaha ke arah kemuliaan, bukan sekadar bergantung kepada keturunan atau atas nama bangsa semata.

amin iskandar article 291008 merdekaMemetik Surah al-Hujurat: 13, Mohd Asri berkata ayat itu menjelaskan bahawa kemuliaan insan adalah disebabkan nilai keperibadiannya; iaitu iman dan akhlak yang mulia yang diistilahkan sebagai taqwa.

Katanya, prinsip Islam dalam menilai manusia, bukan berdasarkan warna kulit dan keturunan, tetapi berasaskan nilai kebaikan yang ada pada seseorang insan.

Beliau memetik hadis Nabi Muhammad SAW: "Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang arab ke atas 'ajam (yang bukan arab), atau 'ajam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai Hasan oleh al-Albani)".

Katanya lagi, hujah bahawa ketuanan Melayu adalah tidak relevan berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW: "Sekalipun jika memerintah kamu seorang hamba habsyi, jika dia memimpin kamu dengan Kitab Allah, maka dengar dan taatlah (Riwayat Muslim)".

pkr congress 281110 wan azizahIsu ketuanan Melayu menjadi hanta apabila Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada kongres parti itu minggu lalu mencadangkan konsep itu diketepikan jika bangsa Melayu ingin ke depan.

Kenyataannya itu menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pemimpik kerajaan BN dan juga pertubuhan bukan kerajaan Melayu, khususnya PERKASA yang melabelkan Wan Azizah sebagai 'pelacur politik'.

pas sembrong (bangkit membuat perubahan)

Posted: 04 Dec 2010 03:06 PM PST

pas sembrong (bangkit membuat perubahan)


Bahana Ketuanan Melayu 8

Posted: 03 Dec 2010 04:21 PM PST


Jangan Terjebak dgn Assobiyah melayu - dari sudut pandangan Ibnu Khaldun (2)

Assalamualaikum,

Apakah yang menyebabkan kejatuhan Kerajaan Umayyah dan Abbasiyah? Untuk mengatakan bahawa kerajaan-kerajaan ini jatuh disebabkan oleh satu atau dua faktor adalah terlalu simplistik. Sebenarnya banyak faktor yang saling kait mengait yang membawa kepada kejatuhan dinasti-dinasti yang pernah berkuasa di dunia samada Islam atau bukan Islam.

Bani Umayyah dan Abbasiyah turut melahirkan pahlawan-pahlawan Islam yang boleh dibanggakan. Siapa yang tidak mengenali Khalifah Umar Bin Abdul Aziz yang digolongkan bersama khulafa ar-Rasyidah yang empat kerana wara' dan zuhudnya.

Begitu juga Khalifah Harun ar-Rasyid dan Ma'moun yang terkenal dengan kealiman dan kebijaksanaan serta keadilan mereka sehingga meninggalkan legasi dalam sejarah Islam. Tetapi kehairan-kehadiran pahlawan-pahlawan ini tidak cukup untuk menahan arus keruntuhan dan 'decay6' yang sudah mula menggerogoti umat Islam dari dalam.

Apa yang bolih kita pelajari dari Kitab-ul-iktibar dan Muqaddimah Ibnu Khaldun ialah setiap tamaddun ada fasa kebangkitan dan kejatuhannya. Kebangkitan dan keruntuhan itu boleh disandarkan kepada beberapa faktor. Kebangkitan itu sendiri boleh dilihat dari pelbagai sudut, apakah dari sudut kerohanian atau kebendaan.

Contohnya zaman Abbasiyah diberi jolokan zaman keemasan (the golden period of Islam). Namun apakah kayu ukur yang digunakan di dalam Islam untuk menilai sesuatu kejayaan. Pastinya pencapaian kebendaan dan infrastruktur bukan nilaian sebenar kemuliaan sesuatu kaum menurut kayu ukur Islam.

Bahkan kebangkitan yang berdiri di atas ukuran 'maddi' (kebendaan) di dalam Islam yang tidak seiring dengan kemajuan kerohanian sebenarnya adalah petanda awal kepada kejatuhan dan keruntuhan. Graf menaik itu hanya menjadi impetus yang akan menyebabkan tamaddun itu lebih meluncur laju menuju kebinasaannya.

Apakah yang membawa kepada kejatuhan bani Abbasiyah. Apakah didorong oleh faktor kegersangan kerohanian atau sifat assobiyah yang melulu atau perselisihan kekeluargaan?

Ini sebenarnya memerlukan penilitian analisis sejarah yang mendalam. Yang pasti Khalifah Abbasiyah tidak mininggalkan warisnya apabila ia berakhir di hujung pedang Monggol. Jadi jika ditilik dari peristiwa tragis ini pastinya zaman keemasan tidak selayaknya dipakaikan kepada Khilafah Abbasiyah.

Masakan Zaman Abbasiyah namanay apabila tidak mampu berdepan dengan orang-orang gasar (barbarian) yang menghabiskan hidupnya di atas pelana kuda sepanjang masa!. Orang-orang gasar ini langsung tidak meletakkan sebarang nilai kepada jutaan helaian kertas yang dinukil seribu satu hikmah dan ilmu oleh para ulama dan sarjana sehingga mereka longgok untuk sekadar dibuat jambatan bagi menyeberangi Sungai Furat...

Mari kita buat perbandingan di antara zaman permulaan Islam dengan zaman pencapaian Bani Abbasiyah. Rasullullah SAW membina suatu komuniti yang terdiri dari kaum keluarga dan sahabat rapatnya.

Apabila datang seruan untuk menyampaikan risalah secara terbuka maka Rasulullah SAW pun berdiri di bukit Safa dan menyeru 'Wahai Fatimah, Wahai Banu Hasyim, Wahai Banu Abdul Mutallib, Wahai banu sekian dan sekian.. kepada Islam. Setengah pihak menjadikan ini sebagai sandaran bahawa di dalam Islam ada Assobiyah dan Rasulullah mengambil kira faktor Assobiyah untuk menguatkan Islam.

Ini adalah hujah yang paling pelik yang kita pernah dengar. Rasulullah SAW menyeru kepada kaum kelaurganya terlebih dahulu adalah suatu yang dijangka. Adalah satu yang tabii bagi sesiapa jua untuk menyampaikan berita gembira dan ancaman seksa kepada kaum keluarganya kerana hubungan silaturrahim yang wujud di antara anggota keluarga.

Natijahnya kita melihat sebahagian besar dari keluarga Rasulullah SAW menolak risalah baginda, bahkan salah seorang dari bapa saudaranya menjadi gembong (ketua) kepada gerakan anti Rasulullah SAW. Kita lihat pula siapa yang menerima ajakan Rasulullah SAW.

Di antaranya ialah Bilal Ibnu Rabah orang Habsyah (satu kaum dengan Abrahah). Salman al-Farisi orang Farsi yang menghabiskan usia remaja nya mengembara mencari seorang insan yang bernama Ahmad. setelah melalui pelbagai mehnah akhirnya beliau tercampak ke Yathrib dan orang yang begitu teruja memanjat pokok kurma untuk menyambut seorang nabi yang dijanjikan semasa peristiwa hijrah.

Umar al-Khattab dari Banu Adi beriman setelah memusuhi dan berniat untuk membunuh Nabi SAW. Di antara mereka adalah hamba sahaya seperti Yassir, Summayah dan anak mereka Ammar bin Yasser.

Di antara merek adalah orang Rum (Byzantin) yang bernama Suhaib ar-Rumi. Kita lihat pula siapa yang menentang Nabi SAW. Di antara keluarga yang berada di barisan hadapan menentang Rasulullah adalah Bani Umayyah. Mereka ini juga tergolong dalam Bani Hashim.

Abu Sufyan bin Harb, Hindun Bte Utbah, Al-Walid bin Utbah, Utbah bin Rabiah, Syaibah bin Rabi'ah. Semasa perang Badar tiga beranak tampil mencabar tentera muslimin untuk bertarung seorang dengan seorang. Utbah bin Rabiah, Syaibah bin Rabiah dan al-Walid bin Utbah mencabar supaya tampil 3 orang pemuda untuk bertarung secara 'deul'.

Tampil lah 3 orang pemuda ansar. Lalu mereka berkata 'kami mahu dari kalangan keluarga kami'. Muncullah ahli keluarga Banu Hasyim iaitu Hamzah bin Abdul Mutallib, Ali bin Abu Talib dan seorang lagi (nanti disemak nama beliau). Pertarunagn ini berakhir dengan tewasnya ketiga-tiga pemuda quraish dan seorang dari pahlawan Islam syahid.

Peristiwa ini jelas menunjukkan bahawa Assobiyah tidaklah menjadi keutamaan dalam Islam. Yang ada ialah silaturrahim. Dan silaturrahim itu akan terlerai apabila iman dan kufur menjadi batasannya.

Lalu dihujahpun pula kes Hatib bin Abi Balta'ah yang membocorkan rahsia kepada orang-orang Quraish tentang perancangan Rasulullah SAW untuk menuju Mekah dalam peristiwa Fathul Makkah. Perbuatan ini diketahui oleh Rasulullah SAW dan Umar menawarkan untuk memenggal Hatib bin abi Balta'ah.

Lalu Nabi melarang Umar. Mereka berhujah Nabi melarang Umar untuk membunuh Hatib kerana hubungan Assobiyah yang wujud di antara Hatib dan keluarganya. Mereka menjadikan ini sandaran untuk menyokong hujah dangkal mereka bahawa Assobiyah adalah faktor penting dalam Islam.

ahli badr

Ini hujah oarng tak habis mengaji. Apa yang sebenarnya berlaku ialah Nabi melarang Umar meneruskan niatnya untuk membunuh Hatib dengan mengingatkan Umar. Wahai Umar, Kamu lupakah Hatib ini ahli Badr? Ahlul Badar diampunkan dosanya oleh Allah SWT. Jadi perkiraan Nabi adalah berdasarkan kepada status Hatib sebagai ahlul Badar bukan kerana hubungan Assobiyah di antara beliau dan kelaurganya.

Dalam peperangan Badar, 70 orang Quraish tertawan dan mereka ini semua mempunyai hubungan kekerabatan dengan umat Islam. Syura di antara Rasulullah SAW dan para sahabat besar memutuskan bahawa mereka bolih menebus diri mereka.

Tetapi Umar berpandangan lain. Mereka patut di bunuh. Ternyata pandangan Umar adalah lebih benar berdasarkan kepada wahyu yang turun selepasnya. Rasulullah SAW dan Abu Bakar menangis apabila turunnya ayat yang mengabsahkan pandangan Umar.

Jika mereka ini dilepaskan atas dasar Assobiyah mengapa Allah mengatakan mereka sepatutnya dibunuh. Bahkan dua orang tawanan memang dihukum bunuh. Salah seorang darinya adalah merupakan musuh besar kepada Rasulullah SAW yang bernama An-Nadhir bin Al-Harith. An-Nadhir mempunyai seorang adek di kalangan muslimin. apabila An-Nadhir merayu kepada saudaramnya, saudaranya membalas balik 'saudaraku ialah mereka yang kini menawan engkau'

Wahai adek-adek dan anak-anakku, hujah aku belum habis lagi. Tapi setakat ini terserlahlah sudah betapa dangkal nya hujah puak yang mendukong fahaman Assobiyah. wahai adek-adek dan anak-anak ku jangan hanya mendengar.

Mulai saat ini bacalah kitab-kitab seerah (bukan 1 bukan 2 kitab seerah - bacalah berpuluh-puluh kitab seerah agar engaku tidak terpengaruh dengan hujah hujah muluk golongan yang keliru. Jangan biarkan dirimu menjadi tawanan mereka. aku tidak menyuruh kalian meninggalkan jamaah kalian. Aku hanya mengingatkan kalian, kalian punya tanggungjawab untuk membetulkan kepimpinan kalian!

Bersambung insyaAllah

Bahana Ketuanan Melayu 7

Posted: 03 Dec 2010 04:15 PM PST


Jangan Terjebak dgn Assobiyah melayu - dari sudut pandangan Ibnu Khaldun (1)

Assalamualaikum

Siapakah dia ibnu Khaldun? Beliau adalah ahli Sosiologi yang tersohor dan mendahului zamannya. Beliau juga menggariskan pelbagai teori ekonomi sebelum negara-negara barat meletakkan dasar ekonomi mereka tiga abad selepas Ibnu Khaldun. Beliau juga telah meletakkan beberapa teori pensejarahan yang turut mempengaruhi jalan berfikir guru besar sejarah Arnold Toynbee.

Aku tidak akan mengupas sumbangan-sumbangan pemikiran Ibnu Khaldun dalam makalah yang kecil ini. Aku hanya akan menyentuh satu aspek sahaja dari pemikiran Ibnu Khaldun iaitu berkaitan dengan bangsa dan tamaddun.

Kekuatan bangsa adalah teras kepada suatu tamaddun. Jatuh bangun sesuatu tamaddun di topang atau ditumbangkan oleh bangsa yang mempelopori tamaddun tersebut. Di dalam kitabnya 'Kitab-ul-iktibar', Ibnu Khaldun mengatakan apabila sebuah masyarakat sampai kepada kemuncak kejayaannya, maka dia akan melalui fasa kejatuhan dan keruntuhannya.

Pemerhatian inilah yang dirumuskan dalam teori kitaran tamaddun 'the cycle of civilzation' yang turut dikupas oleh Arnold Toynbee 'A study of history'. Justeru dekatnya kaitan di antara bangsa dan jatuh bangunnya tamaddun itu maka Arnold Toynbee mengatakan 'Civilization die from suicide, not from murder'. (Tamaddun mati kerana membunuh dirinya, dan bukan kerana dibunuh).

Ibnu Khaldun ada mengupas tentang bangsa Quraish yang menjadi teras kepada tamaddun Islam. Kekuatan yang ada pada bangsa Quraish adalah faktor penting kepada pembinaan tamaddun Islam.

Begitu juga kekuatan yang ada pada bangsa Turki yang menjadi teras kepada Khilafah Uthmaniah yang berlangsung dari tahun 1517 hingga 1924. Sebagai seorang ahli sosiolog yang jempul, beliau melihat dinamika yang wujud dalam sesebuah masyarakat dan merumuskan apakah faktor-faktor kejayaan dan kekuatan sesuatu bangsa.

Bangsa Quraish punya semua ramuan untuk membangun sebuah tamaddun Islam yang unggul. Begitu juga bangsa Turki (seljuk) dalam membangun khilafah utsmaniyah. Faktor 'quwwah' yang ada pada bangsa ini menjadikan ia bangsa yang dipandang tinggi oleh manusia. Ia menjadi faktor penyatu.

Ibnu Khaldun mengatakan adalah menjadi tabiat manusia sepanjang sejarah untuk tunduk dan meniru bangsa yang menguasai mereka samada secara kekerasan fisik mahupun kerana keterampilan bangsa itu baik dari segi kekuatan ketenteraannya, ekonominya atau budaya ilmunya.

Inilah jugalah faktor kejayaan Rom, Byzantium, Sasanid (Farsi), Yunani, Macedonia, Empayar Seberang laut Portugis, Sepanyol, Peranchis, German, Belanda, Empire British, sehingga kini Soviet Russia dan Amerika Syarikat.

Sekarang mari kita ulas pandangan Ibnu Khaldun tentang hubungan bangsa dan tamaddun. Pemerhatian Ibnu Khaldun adalah tepat. Jika teori hubungan di antara bangsa dan tamddun ini dilihat dari perspektif Kitab-ul-iktibar maka tidak wujud percanggahan samasekali.

Bangsa Quraish berjaya membina tamaddun Islam yang gemilang bukan kerana mereka bangsa Quraish semata-mata tetapi kerana quality yang ada pada bangsa Quraish. Quality itu diwarisi oleh orang Quraish dari Islam.

Dalam ertikata yang lain, orang Quraish menjadi bangsa yang hebat kerana Islamnya. Buktinya sebelum Islam, orang Quraish ialah bangsa yang hidup di tengah-tengah bumi gersang yang tidak dipedulikan kehadirannya di saat dua gergasi besar dunia iaitu Rum dan Farsi sedang bertarung untuk dominasi hegemoni politik.

Apakah orang Quraish berjaya mengekalkan kehebatan ini? Tidak! Apabila orang-orang Quraish yang berqiblat kepada Islam beralih kepada kecenderungan dan kesetiaan kabilah maka bibit-bibit kehancuran mulai menggigit kekuatan bangsa Quraish.

Kepimpinan mula diwarisi oleh Bani Ummayah. Wajah Assobiyah yang huduh mula melemahkan kesatuan umat Islam sama seperti yang mereka deritai sejak zaman jahiliyah. Perpecahan dan peperangan yang tercetus di antara Bani Umayyah dan Bani Abbasiyah tidak ubahnya apa yang menimpa kabilah Arab jahiliyah dan juga perseturuan di antara Aus dan Khazraj sebelum mereka disatukan oleh Rasulullah SAW atas dasar Islam.

Apabila kepimpinan politik beralih kepada Bani Abbasiyah kubur-kubur keluarga Ummaiyah dibongkar dan tulang-temulangnya dipukul dgn melempias dendam yang membara kerana perseturuan kabilah dan Assobiyah.Lengkaplah satu kitaran tamaddun yang digariskan oleh Ibnu Khaldun.

Tamaddun Islam bangkit dan gemilang di tangan orang Quraish kerana Islam tetapi tamaddun itu merudum dan hancur ditangan orang Quraish kerana Assobiyah. Tepatlah apa yang dikatakan oleh Arnold Toynbee 'Tamaddun mati kerana membunuh dirinya dan bukan kerana dibunuh'

Bersambung insyaAllah

Bahana Ketuanan Melayu 6

Posted: 03 Dec 2010 04:08 PM PST


Jangan terjebak dengan Assobiyah melayu - siri 5

Assalamualaikum,

Menyambung perbicaraan lalu. Kongres Serikat Islam (SI) yang pertama diadakan di Bandung. Dan bahasa rasmi kongres ialah bahasa melayu sedangkan SI bermula di Pulau Jawa. Ia diasaskan oleh seorang ahli perniagaan yang bernama Hj Samanhudi. Beliau telah melantik seorang aristokrat Jawa yang datang dari keluarga ulama iaitu Hj Omar Said Said Cokrominato sebagai Pemimpin Agung SI.

Persoalan yang menjadi fokus kita dalam perbincangan ini ialah bahasa melayu yang dipilih untuk menjadi Bahasa rasmi Kongres. Bahkan Bahasa melayu tulisan Jawi menghiasi logo SI yang berlambangkan banteng (kerbau) dan senjata tradisi nusantara.

Apa istimewanya bahasa melayu di kalangan suku Jawa yang mendominasi SI ketika itu. Bahkan suku melayu adalah suku minoriti di Nusantara. Bahkan apabila Indonesia memplokamirkan kemerdekaan suku melayu hanya mewakili 12% dari pelbagai suku di Kepulauan melayu Indonesia dan suku Jawa mewakili 40%. Tetapi bahasa melayu yang diangkat menjadi bahasa rasmi Republik Indonesia bukannya bahasa Jawa, bahasa yang ibunda majoriti rakyat Indonesia.

bahasa wahana Islam

Sebabnya adek-adek dan anak-anak ku, bahasa melayu adalah bahasa yang menjadi wahana Islam di nusantara. Bahasa yang miskin dengan perbendahraan kata inilah yang dipilih oleh para du'at yang datang mengembangkan Islam di kepulauan melayu untuk menjadi medium dakwah.

Bahasa lain tidak melayakkan untuk memainkan peranan tabligh ini sebab sarat dengan konsep-konsep anti tauhid dan syirik. Bahasa Jawa umpamanya kaya dengan istilah sanskrit sehingga jika bahasa Jawa yang dipilih maka akan kaburlah risalah.

Tetapi bahasa melayu yang miskin itu murni dari pelbagai konsep dan falsafah. Lalu bahasa yang miskin diangkat darjatnya dengan dipompa dengan ratusan istilah-istilah Rabbani dan Qurani lalu jadilah ia bahasa ilmu.

Dengan pemerkasaan ini bahasa melayu melonjak menjadi bahasa lingua franca yang menghubungkan seluruh suku bangsa di kepulauan melayu bahkan menjadi bahasa perantara dengan pedagang-pedangan dari eropah dan dipertuturkan sejauh Lisbon, Genoa dan Venice.

Ulama yang lahir di seluruh pelusuk nusantara menulis kitab-kitab mereka dan menumpahkan buah fikiran mereka dengan menggunakan bahasa melayu. Syeikh Arshad Banjar menulis kitanya dalam bahasa melayu, Syeikh Abdul Rauf Singkili dari Aceh menulis kitabnya dalam bahasa melayu, Syeikh Nuruddin ar-Ranir dari Gujarat yang bermastautin di Aceh juga menulis kitabnya dalam bahasa melayu. Syeikh Yusuf Tajul Khalwati al-Makasiri juga menulis kitabnya dalam bahasa melayu. Begitu juga Hamzah Fansuri, Samsuddin al-Sumaterani dan Syeikh Abdul Samad al-Falembangi. Mereka tidak menggunakan bahasa ibunda dan dialek daerah masing-masing kerana hanya bahasa melayu yang mempunyai perbendahaaran kata yang cukup untuk menjadi bahasa dakwah, bahasa tabligh.

Lalu seluruh suku bangsa di kepulauan melayu nusantara yang jumlahnya mencecah 200 lebih suku kaum dari Menado (sulawesi Utara), Ambon dan Maluku sehingga Papua di timur dan Aceh, Mandailing dan Batak di barat menisbahkan diri mereka sebagai rumpun bangsa melayu.

Dalam ertikata yang lain bahasa melayu menjadi wahana penyatuan yang pertama di nusantara dan ini hanya mungkin dengan Islam. Islamlah yang telah menyatukan pelbagai suku kaum di nusantara melalui bahasa melayu. Dalam kongres SI yang pertama inilah Hj Omar Said Cokrominato mengistiharkan tuntutan 'self bestuur' iaitu kemerdekaan bagi rakyat di seluruh kepulauan melayu. Pengistiharaan ini dibuat dalam bahasa melayu.

Adek-adek dan anak-anak ku. Apa yang boleh kita simpulkan di sini? Bangsa melayu yang rendah martabatnya itu mendapat jatidirinya dari Islam yang telah mewarnai bahasa, budaya dan pandangan hidup (worldview) orang melayu.

hebat melayu kerana Islam

Demikian tingginya darjat orang melayu yang diperolehinya dari Islam sehingga seluruh suku bangsa di nusantara ini menisbahkan diri mereka dengan bahasa melayu. Dalam ertikata yang lain kehebatan orang melayu adalah kerana Islam.

Jika orang melayu hendak mengekalkan kehebatan ini maka pertahankanlah Islam yang ada pada orang melayu. Mempertahankan Islam ini bermaksud mengajak dan menyeru semua manusia yang ada di kalangan mereka (di Malaysia) supaya berpaksilah kepada Islam dan hanya kepada Islam.

Jika seruan itu sudah berubah kepada seruan yang menjurus kepada kesetiaan kepada bangsa dan pemerkasaan kepada bangsa maka orang lain akan beransur-ansur menjauhkan diri mereka dari Islam yang menjadi sumber rahmat kepada seluruh manusia.

Adek-adek dan anak-anak ku jangan terpedaya dengan slogan-slogan 'Memartabatkan kesetiaan bangsa'. Kesetiaan kita hanya kepada Allah dan Rasulnya'.

Kita adalah kaum yang menjadi mulia dengan Islam. Maka barangsiapa mencari selain Islam tidak akan menambahkan padanya selain kehinaan'

Bahana Ketuanan Melayu 5

Posted: 03 Dec 2010 03:59 PM PST


Jangan terjebak dengan Assobiyah melayu - siri 4

Assalamualaikum,

Masih lagi kita berbicara tentang Assobiyah melayu? Kini ada di kalangan kita yang menisbahkan dirinya sebagai pejuang melayu Islam? Kalau dulu 'cukup dengan Islam' sahaja. Kini seolah-olah tidak lengkap Islam itu kalau tidak ada predikatnya. Maka ditambahlah di sana 'melayu Islam'. Pastinya ini mendorong saudara-saudara Islam yang lain yang berada di luar kelompok bangsa melayu menamakan pula diri mereka pejuang 'Cina Islam', pejuang 'Kadazan-Dusun Islam', pejuang 'India Islam'.

Tercapailah hasrat tokoh-tokoh imperialis zaman kolonial untuk melihat umat Islam ini kembali dalam kelompok suku dan kabilah masing-masing. Masih ingat Christian Snouck Hurgronje? Seorang tokoh brilliant Belanda yang ditugaskan bagi mencari jalan penyelesaian untuk menundukkan umat Islam Aceh yang degil.

Dengan dasar 'Islam politiek' nya Snouck Hurgronje menyarankan Islam ini dipecahkan kepada tiga aspek. Satu namanya ibadah murni yang mencakupi soal-soal ibadah, satu lagi aspek sosio politik yang mencakupi soal-soal pemerintahan dan pentadbiran. Yang ketiga menyentuh adat istiadat. Sementara umat Islam bebas untuk menjalankan tuntutan ibadah di masa yang sama pemerintah harus bertegas dalam soal siasah dan pentadbiran.

Satu lagi kekuatan umat Islam yang dilihat oleh Snouck ialah perpaduannya. Dia melihat padunya persaudaraan Islam di Mekah. Oleh itu dia menyarankan satu-satunya jalan untuk memecahkan kesatuan umat Islam ialah dengan mengembalikan mereka kepada adat-istiadat sebelum Islam.

Jika adat-adat dan kepercayaan lama ini dihidupkan semula maka umat Islam akan kembali menobatkan suku dan kelompok masing-masing. Dalam konteks nusantara mereka akan melihat diri mereka sebagai orang Aceh atau Jawa atau Sunda atau Minang atau Melayu dan ratusan suku bangsa yang lain sebelum mereka melihat diri mereka sebagai sebahagian dari umat Islam.

Untuk memenuhi objektif ini maka dikirimkan sarjana-sarjana seperti NJ Krom dan Brandes untuk membuat kajian ilmiah tentang adat istiadat dan bahasa pertuturan suku kaum di nusantara.

Dikirim pula pakar-pakar arkeologi untuk membaik pulih candi-candi lama peninggalan SriVijaya dan Majapahit. Candi-candi ini dijadikan mercu tanda kegemilangan spt Prambanan, Mendut, Borobodur dan sebagainya. Dihidupkan semula epik zaman hindu seperti 'Asmaradana' dan 'Hikayat Pandawa Lima'.

Watak-watak hero bagi setiap suku dinobatkan sebagai ikon seperti halnya Hang Tuah (orang melayu) dan Cindor mato (orang Bugis). Aspek-aspek magis dan heroik meskipun tidak Islamic pada watak-watak hero ini diraikan dalam hikayat dan penglipur lara. Dilagakan pula suku melayu dan Jawa melalui watak seperti Hang Tuah.

Snouck amat memahami bahawa di nusantara ini sebelum Islam tidak ada satu faktorpun yang menyatukan mereka. Setiap suku bangsa duduk dalam lingkungan mereka dan melihat suku bangsa lain sebagai pesaing yang perlu ditundukkan.

Lantaran itu suku sunda dan Jawa sentiasa berperang meskipun kedua-duanya beragama syiwa-buddha. Orang Sunda membina Kerajaan Pajajaran (Jawa Barat) sedang orang Jawa membina empayar Majapahit (Jawa tengah dan barat). Orang melayu dan Jawa memang tidak pernah sepakat dan sentiasa bermusuhan.

Apakah pendekatan Snouck ini berjaya? Snouck tidak akan mampu meleraikan faktor yang menyatukan umat Islam di nusantara. Kerana faktor penyatuan umat Islam di mana-mana pun di atas muka bumi ini bertolak dari hati nurani.

Allah berfirman 'berpeganglah kamu kepada tali Allah dan jangan kamu bercerai berai, dan ingatlah nikmat Allah ke atas kamu ketika kamu dahulu bermusuhan lalu Allah mempersatukan hatimu sehingga dengan kurniaNya kamu menjadi bersaudara... Bagaimana mungkin persatuan yang tunjangnya adalah tauhid dapat dileburkan.

Umat islam diperingatkan 'Sesungguhnya kamu adalah umat yang satu dan Aku adalah Tuhanmu, maka hendaklah engkau menyembah akan daku'.

Setelah umat Islam ditewaskan dalam medan peperangan fizikal yang parah di Aceh (1873 - 1913), Perang Paderi Minangkabau (1821 - 1837), Perang Diponogoro Jawa (1830 - 35), Perang Banten (1881 - 1888) mereka bangkit kembali mengumpul kekuatan di medan siasah.

Serikat Islam

Apabila Serikat Islam tertubuh pada tahun 1905, umat Islam bangkit dengan kekuatan baru, dengan senjata yang lebih ampuh iaitu perpaduan. Apabila Serikat Islam mengadakan kongresnya yang pertama di Bandung, penyertaan mencecah 80,000 orang dan mereka datang dari Aceh hingga sejauh Makassar bahkan Bali juga menghantar perwakilan.

Dalam hanya beberapa tahun pendukung SI mencecah 2 juta orang dari seluruh nusantara merangkumi ratusan suku kaum. Sejarah tidak pernah menyaksikan penyatuan yang sedemikian rupa.

Nusantara pernah disatukan di bawah hegemoni politik imperial Majapahit yang ditunjang oleh suku Jawa. Namun penyatuan ini artificial sifatnya dan tidak dapat dipertahankan apabila hegemoni politik Majapahit berakhir di tangan Kerajaan Islam Demak.

Apakah bahasa perantara yang digunakan di dalam kongres SI? Bahasa yang digunakan ialah Bahasa Melayu. bahasa pertuturan bangsa melayu diangkat menjadi bahasa rasmi kongres sedangkan suku bangsa melayu adalah suku bangsa minoriti di bandingkan dengan suku Jawa dan Sunda yang menjadi tuan rumah kepada kongres SI. Bagaimana bahasa melayu mengalami lonjakan sedemikian rupa. Apakah ketuanan melayu yang menjadi faktornya?

Wahai adek-adek dan anak-anak ku, mari kita bedah persoalan ini untuk mencari jawapannya dalam siri yang seterusnya InsyaAllah.

Bahana Ketuanan Melayu 4

Posted: 03 Dec 2010 03:49 PM PST


Jangan terjebak dengan Assobiyah melayu - siri 3

Salam,

Dalam siri ke 3 ini aku bawakan pula sejarah jihad di nusantara. Contoh-contoh yang aku tonjolkan boleh menjadi kayu ukur apakah ketuanan Islam atau ketuanan dan kebangsaan melayu yang akan menjamin survival umat Islam di Malaysia ini.

Umum mengetahui pada tahun 1511 kerajaan melayu Melaka jatuh ke tangan Portugis. Sejarah yang tercatat menggambarkan bahawa kejatuhan Melaka adalah kerana sikap berpuak-puak, menjaga kepentingan kelompok, belot dan berpaling tadah di antara komuniti-komuniti pelbagai bangsa yang ada.

Kaum Cina dikatakan telah berpaling tadah dan meminjamkan tongkang-tongkang mereka untuk membantu tentera Portugis mendarat di Melaka. Kaum 'Keling' (ini bukan istilah rasis kerana inilah istilah yang dirujuk untuk kaum ini pada zaman Melaka - hanya kini ia bertukar menjadi derogatory (menghina) juga dikatakan mengadu domba dan menangguk di air keruh, membuat pakatan dengan Portugis ketika perang sedang berkecamuk.

Suku Jawa yang diketuai oleh Utimurtiraja juga memihak kepada Portugis pada saat akhir. Inilah gambaran perpecahan dan pengkhianatan yang mewarnai suasana perjuangan mempertahankan kota Melaka.

Namun satu kenyataan sejarah yang tidak pernah diketengahkan ialah Melaka bukan dipertahankan oleh pahlawan-pahlawan Melayu semata-mata. Ketika Melaka berada di ambang serangan Portugis dunia Islam telah membuat persiapan-persiapan untuk menghadapi aggresi Portugis di Teluk Parsi, Teluk Benggala dan Selat Melaka.

pejuang Islam

Saat Afonso D'albuqueque mengishtiharkan perang ke atas kerajaan Melaka, sudah terkumpul 20,000 para pejuang muslim dari pelbagai daerah. Mereka adalah satu ketumbukan International yang terdiri dari mujahidin dari Mesir, Farsi, Gujerati, Jawa, Aceh bahkan dari Cina.

Sebab itu lukisan yang mengabadikan serangan Afonso ke atas Melaka digambarkan oleh seorang pelukis Eropah sebagai satu peperangan yang mana askar-askar Portugis berhadapan dengan pejuang-pejuang Islam yang memakai serban, bukan tanjak dan dastar melayu.

Dua tahun sebelumnya iaitu pada tahun 1509, Afonso menghadapi pertempuran yang lebih sengit lagi iaitu di Goa. Pertempuran di Goa menyaksikan Portugis dan umat Islam kalah dan menang silih berganti sehinggalah akhirnya Goa dikuasai oleh Portugis sepenuhnya.

Sebagaimana di Melaka, Goa juga dipertahankan oleh ketumbukan pejuang dari dunia Islam terutama dari timur tengah, daerah teluk Farsi dan umat Islam Gujerati. Kapal-kapal Mesir (dao) bergabung dengan kapal-kapal Farsi menghadapi Galleon dan Fusta Portugis dengan 'firepower' yang jauh lebih 'superior'.

Bahkan Portugis berhadapan dengan gabungan umat Islam ini pada hampir setiap medan pertempuran termasuklah di Aden, Socotra, Coromandel, Calicut dan Goa.

Sebab itu Afonso amat jelas apabila dia meletakkan objektif untuk menguasai Melaka dia faham yang dia hadapi bukan Kesultanan Melayu Melaka tetapi dia berhadapan dengan dunia Islam.

Langkah awal untuk menghadapi kekuatan umat Islam yang digembelingkan, Afonso lebih dulu membina pakatan dengan kerajaan Hindu Pajajaran di Jawa Barat dan Kerajaan Siam Ayuthaya yang merupakan nemesis (musuh) kepada Melaka.

Umat Islam di Pulau Jawa tidak membiarkan Melaka berseorangan untuk menghadapi kuasa imperialis Portugis. Walaupun Melaka sudah jatuh ke tangan Portugis dua cubaan telah dilancarkan dari Jawa untuk melemahkan kedudukan Portugis di Melaka.

Yang pertama ialah serangan Syarif Hidayatullah ke atas Sunda Kelapa (kerajaan Hindu Pajajaran) yang bergabung dengan Portugis. Serangannya ini berjaya mengusir Portugis dari Pulau Jawa dan menjadi titik permulaan kepada kelahiran kota Jakarta.

Kedua serangan dari Demak pada tahun 1521 telah berjaya melemahkan kedudukan Portugis di Selat Melaka, meskipun armada dari Demak mengalami kekalahan. Melaka terus mendapat pembelaan dari umat Islam serantau.

Serangan bertubi-tubi dari Kerajaan Aceh Darus Salam hampir-hampir berjaya. Kemuncaknya ialah apabila garrison (garisan pertahanan) Portugis berundur dan terdesak di Bukit Senjuang. Pejuang-pejuang Aceh mendaki bukit dengan rencong dan pedang terhunus dan melancarkan serangan bertubi-tubi.

Orang Pahang

Pada saat Pertahanan Portugis hampir musnah, pada ketika itu orang-orang melayu dari Pahang telah datang membantu Portugis dan menyerang pejuang Aceh dari belakang...

Adek-adek dan anak-anak ku. Melihat kepada episod ini siapakah yang telah mengkhianati umat? Kenapakah Pahang datang membantu Portugis dan mengkhianati saudara-saudara seagamanya yang datang untuk berjihad membebaskan Melaka.

Sebabnya kerana dendam kesumat yang bersarang dalam dada. Dendam ini tidak terpadam kerana tunjangnya ialah sifat Assobiyah yang telah mengakar di jiwa.

Kalau kita meletakkan sebarang harapan kepada Assobiyah melayu maka sejarah Melaka akan berulang. Serulah kepada Assobiyah Melayu meskipun berselindung di sebalik wasilah, kita akan berhadapan dengan perpecahan umat.

Perpecahan ini mungkin terpendam tetapi apabila kepentingan puak tercabar, maka perpaduan islam akan dikorbankan sebagaimana umat Islam di Melaka mengkhianati satu sama lain demi 'survival' puak pada saat-saat genting Melaka diserang oleh Portugis.

Serulah kepada Assobiyah Melayu maka sejarah pengkhianatan orang melayu Pahang ke atas umat Islam Aceh akan berulang. Di saat Melaka hampir dibebaskan ketika itulah kepentingan puak mengatasi kepentingan Islam. Biar Melaka terus terjajah agar ego ketuanan melayu Pahang dapat dipertahankan....

Bahana Ketuanan Melayu 3

Posted: 03 Dec 2010 03:01 PM PST


Jangan Terjebak dgn Assobiyah melayu - Petunjuk dari seerah Nabawiyah (1)

Assalamualaikum,

Mereka berhujjah lagi Rasulullah SAW berdakwah kepada orang-orang Quraish pada peringkat awalnya dan ini dijadikan sebagai sandaran bahawa Assobiyah adalah sangat diutamakan di dalam dakwah. Wahai anak-anak dan adek-adek ku, mari kita renung dengan fikiran yang jernih.

Siapakah yang berada di bumi Mekah ketika itu? bukankah mereka itu semuanya orang Arab dari suku Quraish? Dan kepada persoalan bahawa Bani Hashim menjadi sasaran utama dakwah Rasulullah SAW, mari kita lihat senarai 52 orang yang pertama masuk Islam di Mekah. Mereka ini adalah kelompok yang menerima dakwah Rasulullah SAW semasa fasa dakwah sirriyah belum lagi fasa jahriyah - fasa dakwah terbuka.

Senarai ini aku dapat dari buku 'The Meccan Crucible' tulisan as-Syeikh Zakaria Bashir. Buku inilah yang menjadi rujukan ayah-ayah engkau orang pada tahun 70'an dan 80'an dahulu. Cuba lihat perpustakaan di rumah. kalau ayah engkau kenal dakwah di UK pada era itu most likely buku ini ada dalam simpanan di rumah.


Suku
1. Khadijah Bte Khuwailid Asad

2. Ali bin Abi Talib Hashim

3. Zayd bin Harithah Hashim
(sekutu)

4. Abu Bakar b Abi Quhafah Taym

5. Uthman bin Affan Abd Shams

6. Az-Zubayr al-Awwam Asad (bukan Quraish)

7. Abd Rahman bin Awf Zuhrah

8. Saad bin Abi Waqash Zuhrah

9. Talhah bin Ubaidullah Taym

10. Abu Ubaidah al-Jarrah Fihr

11. Abu Salamah Abd Asad Makhzum

12. Al-Arqam bin Abi Al-Arqam Makhzum

13. Uthman Maz'un Jumah

14. Qudamah b Maz'un Jumah

15. Abdullah b Maz'un Jumah

16. Ubaidah al-Harith Mutallib

17. Said b Zayd Adi

18. Fatimah al-Khattab Adi

19. Asma Abu Baqr Taym

20. Aishah Abu Baqr Taym

21. Aishah Abu Baqr Taym

22. Kabbab al-Arats Zuhrah (sekutu)

23. Umayr b Abi Waqash Zuhrah

24. Amir b Abi Waqash Zuhrah

25. Abdullah b Mas'ud Zuhrah

26. Abdullah b Jash Khuzaymah (bukan Quraish)

27. Abu Ahmad bin Jash Khuzaymah (bukan Quriash)

28. Jaafar Abi Talib Hashim

29. Asma bnit Umays Khath'am (bukan Quraish)

30. Hatib b al-Harith Jumah

31. Fatimah bint al-Mujallah Jumah

32. Hatab al-Harith Jumah

33. Fukayhah Yasar Jumah

34. Mu'amar al-Harith Jumah

35. al-Sa'ib b Uthman Maz'un Jumah

36. al-Mutallib al-Azhar Zuhrah

37. Ramlah bint Abi Awf Sahm

38. An-Nahham Adi

39. Amir b Fuhayrah bukan Arab

40. khalid b Said Abd Shams

41. Umaynah bint Khalaf Khuzaah (bukan Quraish)

42. Hatib Abd Shams Amir

43. Abu Huzayfah Abd Shams

44. Waqid b Abdullah Adi

45. Khalid al-Bukkayr Adi (sekutu)

46. Amir al-Bukayr Adi (sekutu)

47. Iyas b Bukayr Adi (sekutu)

48. ammar bin Yassir Makhzum (sekutu)

49. Suhayb b Sinan Bukan Arab

50. Yasir al-Ansi Dari Yemen (Muzhij)

51. Sumayyah Bint Khayyat Bukan Arab

52. Bilal b Rabah Bukan Arab


Ok mari kita scan senarai ini. Berapakah dari mereka yang mula-mula menerima dakwah Rasulullah SAW dari suku (bani) Hashim. Hanya 3 dari 52 orang! (6% sahaja). Bilangannya sama dengan suku Makhzum (suku atau keluarga Abu Jahl).

Bahkan dalam senario di mana majoriti penduduk Mekah adalah orang Arab terdapat 3 orang bukan Arab di dalamnya. Aku ajak kamu renung dengan fikiran yang terbuka. Ini adalah fasa dakwah secara rahsia.

Mari kita buat satu andaian secara hypothetical. apa kata suku-suku itu kita tukar kepada melayu, cina, india, iban, kadazan-dusun, melanau, murut dan yang lain-lain. Maka kita akan dapati satu senarai yang rencam. Pengajarannya Islam ini adalah untuk semua.

Dakwah kita kepada seluruh manusia bukan kepada kaum-kaum yang tertentu sahaja. Maka dari mana dakwaan yang mengatakan 'dakwah kepada orang Cina tidak relevant lagi di Malaysia. Inilah yang dijaja oleh golongan yang keliru. 'When the blind leads the blind, they both will end up in the drain'.

Bersambung insyaAllah

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru

Posted: 04 Dec 2010 01:24 PM PST

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru


DEMOKRASI BERPESTA 5 DISEMBER

Posted: 04 Dec 2010 10:47 AM PST

DALAM ARTIKEL 10 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MENYATAKAN BAHAWA;

"Seluruh Warganegara punya hak untuk berhimpun secara aman tanpa membawa senjata"

-Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan Malaysia-

Dulu Mangkuk ni pernah cakap bahawa ''Kita dalam UMNO setakat mana yang kita mampu takkan benarkan budaya seperti itu, ia tidak sesuai dengan budaya kita dan tidak dapat dimanfaatkan oleh masyarakat yang hari ini stabil dan padu serta ingin melihat kepada keharmonian negara." tapi mangkuk ni lupa bahawa datuknya, Datuk Onn Bin Jaafar telah "menghasut" orang Melayu pada tahun 1946 untuk menentang gagasan Malayan Union yang diperkenalkan oleh penjajah British pada waktu itu. Malahan pada 10 Febuari 1946, Datuk Onn Bin Jaafar telah memimpin 15 000 orang Melayu untuk membantah Malayan Union di Batu Pahat, Johor.



Kalau kita lihat dinegara-negara maju seperti United Kingdom, ketika demonstrasi anti perang, kadang-kadang mereka dapat menghimpunkan sehingga satu juta orang. Tidak pun keselamatan negara mereka dan ekonomi terjejas. Malahan mereka bertambah maju kerana majoriti rakyat tahu akan hak dan dibenarkan mengkritik secara terbuka.

Kita lihat seperti contoh Paris,Kota romantis yang terkenal di dunia popular dengan kunjungan para pelancong, yang juga di berikan jolokan sebagai kota pesta demokrasi.Jangan silap sedikit rakyat nya akan keluar dan turun ke jalanraya untuk berdemontrasi walaupun ia hanya perkara yang cukup remeh dalam dunia.Bukan sedikit yang keluar hinggakan pernah lumpuh satu Kota Paris di sebabkan oleh demontrasi.tetapi kita tak pernah dengar pun kisah yang pelancong berhenti untuk pergi ke paris.

Jadi pada mereka - mereka yang suka membuat kenyataan bodoh berhubung dengan demontrasi dengan niat mahu membodek gerombolan atau tidak di nasihatkan supaya pergi masuk sekolah dan belajar darjah satu semula. Demonstrasi adalah satu kaedah untuk menyampaikan mesej. Antara tujuannya adalah untuk menarik perhatian umum, selepas apa yang disuarakan selama ini tidak mendapat perhatian. Demonstrasi dianggap berjaya, bila ia menjadi perhatian, dan mesejnya difahami, lebih-lebih lagi jika apa yang disuarakan itu disokong masyarakat.


Yang berdemostrasi ialah rakyat. Kerajaan tidak perlu berdemostrasi sebab suara mereka adalah kuasa.

Apa yang kerajaan mahu, boleh dilaksanakan. Tetapi rakyat lain. Kadang-kadang suara rakyat diambil kira. Kadang-kadang diabaikan. Lantas rakyat mula bersuara. Melalui kenyataan media. Melalui memorandum. Atau kadang-kadang melalui YB-YB masing-masing. Tapi jika keperluan dan hasrat mereka tidak diendahkan, mereka mahu suara mereka didengari oleh lebih ramai pihak. Lalu berlakulah demonstrasi. Yang berdemonstrasi bukan sahaja orang politik, kumpulan pembeli-pembeli rumah terbengkalai pun pandai juga berdemostrasi. Ini lah sebahagian dari demokrasi.


Demokrasi itu adalah pemerintahan melaui suara rakyat. Abraham Lincoln kata 'democracy is a rule of people, for people and by people'. Ikut teorinya, yang berdaulat itu rakyat. Rakyat berkuasa atas pemerintahan. Berkuasa mementukan kerajaan dan keputusan-keputusan yang dibuat oleh kerajaan.

Zaman Greek dulu, demokrasi dilakukan secara langsung. Rakyat diajak berhimpun untuk membuat keputusan. Hari ini, mustahil 26 juta rakyat Malaysia bermesyuarat untuk buat keputusan harian, bulanan atau tahunan. Jadi demokrasi hari ini berlaku melalui perwakilan. Rakyat memilih wakil rakyat dalam pilihanraya. Wakil rakyat melantik kerajaan. Kerajaan pula perlu memerintah dengan mengambil kira pandangan rakyat.


Maknanya pilihanraya sahaja belum jadi bukti demokrasi. Saddam Hussein juga buat pilihanraya. Dia sentiasa menang 98% ke atas. Memang lah dia akan menang sebab siapa yang lawan, maknanya mencari nahas.Sama la jugak dengan pemerintahan junta di mynmar dan tak ketinggalan oooh...yeah, pemerintahan mat monggol dan bik mama juga dengan sasaran yang sama.



Demokrasi berlaku masa pilihanraya, sebelum pilihanraya dan selepas pilihanraya. Demokrasi juga berlaku antara setiap pilihanraya. Demonstrasi adalah satu kaedah rakyat bersuara. Jadi, demonstrasi juga sebahagian dari demokrasi. Demonstrasi yang aman, terkawal dan punya mesej murni adalah satu simbol demokrasi. Sebagaimana pilihanraya itu simbol demokrasi, begitu lah juga demonstrasi.

Woitt!!........Kalau Pilihanraya tu boleh mengubah apa - apa dah lama kita dengar bahawa pilahanraya tu di haram kan!!!


Dalam beberapa tahun ini ini kita dihidangkan dengan Himpunan 100,000 Bersih,Himpunan anti PPSMI dan anti I.S.A. Nampak negara seperlu kelam kabut. Juga tidak konsisten. Himpunan Bersih berlaku dahulu, tapi penganjurnya ditangkap . Jika mereka yang berhimpun demi anti I.S.A dikaitkan kesalahan cubaan membunuh, penganjur Bersih pula didakwa atas kesalahan 'berhimpun tanpa permit'.

Kelam kabut berlaku sebab kerajaan gagal mengemukakan garis panduan perhimpunan aman. Hari ini kempen kerajaan seolah-olah semua perhimpunan atau demonstrasi adalah jahat, haram dan menyusahkan. Seolah-olahnya tiada sebarang permit akan diberikan untuk perhimpunan awam seperti itu. Yang peliknya kerajaan masih mendabik dada mengaku mengizinkan kebebasan berhimpun.


Bayangkan jika himpunan Bersih di Dataran Merdeka diberikan permit. Masing-masing datang bawa kawan dan keluarga. Berhimpun sambil mendengar ucapan pemimpin. Kemudian, berjalan ramai-ramai menuju Istana Negara. Bila memorandum selesai disampaikan, masing-masing pulang dengan selamat. Peniaga bukan sahaja tidak terganggu, bahkan rezeki mereka boleh berlipat kali ganda dengan kunjungan peserta perhimpunan yang ramai itu. Tak perlu membazir tenaga keselamatan yang terpaksa berlatih berbulan-bulan. Tak perlu trak FRU atau sekatan jalan raya. Tak payah membazir gas pemedih mata dan air kimia. Kalau kena gayanya, himpunan begini bukan sahaja aman, bahkan boleh menjadi pesta yang meriah bagi ibukota negara. Namun ini semua mimpi. Perhimpunan Bersih diganggu dan disabotaj oleh kerajaan.


Antara himpunan Bersih dan Hindraf tentu ada bezanya. Satu punya mesej hak menuntut keadilan dan kebebasan pilihanraya. Satu lagi menuntut hak berasaskan ras. Satu berjalan dengan aman. Satu lagi berjalan dengan ganas. (mungkin kerana gagal mengawal provokasi SB). Yang satu bertujuan untuk mengadap Yang Di Pertuan Agong. Satu lagi menghantar memo kepada the Queen of England. Namun pihak berkuasa seolah-oleh memejam mata atas perbezaan ini. semua dipukul borong. Semua perhimpunan awam dikira ganas, jahat dan haram.



Oleh iTu esok jam 12.00 tengah hari kita bersama - sama berkumpul setelah solat zohor untuk meraikan pesta demokrasi.Jangan gusar datang ramai - ramai dengan keluarga dan kawan - kawan, petugas yang cukup disediakan untuk membantu dalam sebarang kemungkinan.Bawak garam penutup muka dan baju perisai.

Berdoa semoga esok hujan akan turun kerana ia membantu kita melawan tembakan meriam air dan tembakan gas pemedih mata.Jangan risau dan gusar kalau di tangkap oleh Siput - siput Babi kerana Peguam yang cukup disediakan oleh Kerajaan Selangor. Hakim Mahkamah Seksyen KL , Datuk Jagjit Singh yang membebaskan orang kena tangkap (OKT) daripada semua pertuduhan kes perhimpunan Bersih 2007 lalu dengan menyatakan adalah salah polis menahan orang yang berada di kawasan Masjid Negara.

BERSAMA - SAMA KITA RAIKAN PESTA DEMOKRASI ESOK! HORRAYY!!!!!!!!!

Akhirnya JAKIM Buat Siasatan

Posted: 04 Dec 2010 10:22 AM PST

Sebelum ini munna ada buat entry pasal Teh Tarik Perisa Babi kat sini. Akhirnya pihak Jakim akan buat siasatan. Bila dah kecoh baru nak ambil tindakan. Berita disiarkan dalam harian Metro pada hari ini

Mahasiswa diseru sertai himpunan 'air rakyat'

Posted: 04 Dec 2010 10:20 AM PST

KUALA LUMPUR, 4 Dis: Seluruh mahasiswa khususnya dari Lembah Klang dan Selangor diseru bergabung dengan Persatuan Mahasiswa Anak Selangor (Permasis) dalam Perhimpunan aman "Kembalikan Hak Air Kepada Rakyat" esok.
Menurut Setiausaha Gerakan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Ridzuan Othman, penyertaan mahasiswa dalam serahan memorandum ke Istana Negara esok akan memberikan mesej jelas kepada kerajaan bahawa mahasiswa akan mempertahankan hak-hak rakyat dan mengutuk keras tindakan mana-mana pihak yang berterusan membebankan rakyat.
"Saya menggesa dan menyeru mahasiswa Selangor terutamanya dan seluruh mahasiswa yang lain bergabung tenaga dan bersama turun menyatakan hak rakyat untuk menghantar memorandum bantahan kepada Yang di-Pertuan Agong esok.
"Di peringkat mahasiswa, saya mengharapkan seluruh mahasiswa bergabung bersama dengan Persatuan Mahasiswa Anak Selangor (PERMASIS) yang diketuai oleh Saudara Izzudin Hilmi dan beberapa gerakan mahasiswa yang lain," katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.
Mereka dijangka akan berkumpul bersama-sama kumpulan baju merah di Masjid Negara tengahari esok bagi menentang kenaikan harga air sebanyak 37 peratus di negeri itu.
Ianya sebagai sokongan kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yangakan menyerahkan sendiri memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Mengulas lanjut mengenai kenaikan itu, seluruh mahasiswa katanya akan memberikan komitmen untuk mempertahankan hak-hak dan kebajikan yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat.
"Langkah Kerajaan Selangor dalam memberikan 20 meter padu air percuma kepada rakyat negeri Selangor adalah salah satu usaha murni yang sewajarnya diikuti oleh semua kerajaan negeri yang lain," katanya.
Tambahnya, dalam keadaan harga barang dan minyak yang semakin meningkat dari sehari ke sehari, kos keperluan rakyat semakin meningkat dan langkah memberikan air percuma sedikit sebanyak dapat meringankan beban tanggungan mereka.
"Amat malang apabila Syabas seboleh mungkin terus-terusan ingin menaikkan kadar tarif air yang sekaligus membebankan rakyat Selangor. Syabas adalah syarikat kerajaan negeri tetapi tidak menjalankan dasar-dasar kerajaan negeri," katanya.
Sementara itu, mahasiswa Universiti Industri Selangor (Unisel) telah diberi lampu hijau oleh Naib Canselornya, Prof Datuk Dr Rosti Saruwono untuk menyertai perhimpunan esok.

Polis Diraja Malaysia

Posted: 04 Dec 2010 10:20 AM PST


Esok, perhimpunan 'Kembalikan Hak Air untuk Rakyat' secara aman akan diadakan di Masjid Negara bagi menghantar memorandum rakyat kepada Yang Di Pertuan Agong.

Polis kata... perhimpunan tersebut haram. Sebaliknya, Yang di Pertuan Agong telah menyatakan perkenan baginda untuk menerima memorandum rakyat tersebut daripada wakil kerajaan pakatan Rakyat Selangor.

Polis di RAJA Malaysia. Aaa... aaa... Kalau polis di RAJA Malaysia, maknanya polis kena hormat pada RAJA di Malaysia iaitu Yang di Pertuan Agong. Kalau Yang di Pertuan Agong sudah beri perkenan untuk terima memorandum rakyat, polis janganlah pulak berlagak. Bagilah kerja sama.

Dan.... janganlah pulak derhaka cakap TUAN. Nanti Perkasa mengamuk!! Kenalah hormat pada TUAN dan jangan bagi Perkasa mengamuk. Kesian pada bapak Perkasa. Dia baru bedah jantung... Nanti kalau dia marah-marah.... padah pulak, Perkasa, tak berbapak. Jadilah ia anak yatim.

Besides... perhimpunan yang akan diadakan esok adalah perhimpunan aman. Tak mengancam keselamatn negara pun. Tujuan perhimpunan pulak tu, nak perjuangkan kebajikan rakyat, bukan nak menghuruharakan keadaan. Bukan nak buat kacau. Yang mungkin nak buat kacau dan nak timbulkan provokasi ialah puak yang satu lagi. Mereka anti-perjuangan kebajikan rakyat.

So.... pihak Polis diRAJA Malaysia, kenalah bersikap adil. Janganlah pulak bertindak berat sebelah. Awasi dengan teliti. Jangan menyondol membabi buta. Kawal selia perhimpunan agar betul-betul aman dari sebarang provokasi yang tak diingini.

Oleh itu, esok jangan lupa, jom beramai-ramai kita iringi wakil kita untuk serahkan memorandum 'Kembalikan Hak Air kepada Rakyat' kepada Yang di Pertuan Agong, yang menjadi payung kepada rakyat daripada kezaliman dan ketidakadilan.

Daulat Tuanku!! Hidup Rakyat!!

Batu Gajah Mari

Posted: 04 Dec 2010 11:28 AM PST

Batu Gajah Mari


Pilihanraya Negeri Sarawak Selepas Krismas : Taib

Posted: 04 Dec 2010 05:21 AM PST


Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud hari ini telah mengesahkan pilihanraya negeri Sarawak akan diadakan selepas Krismas. Berita ini telah dilaporkan di portal berita berbahasa cina seperti sinchew daily dan kwong wah e-newspaper.


Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud hari ini telah mengesahkan pilihanraya negeri Sarawak akan diadakan selepas Krismas.

Berita ini telah dilaporkan di portal berita berbahasa cina seperti sinchew daily dan kwong wah e-newspaper.

Mana ade naik la.. selaraskan aje... Tak beban rakyat pun..

Posted: 03 Dec 2010 07:17 PM PST

Mana ada harga naik.. Harga diselaraskan saja.. Kerajaan yakin rakyat tak beban.. Indonesia, Thailand dan Singapura lagi mahal...
tuihh..
bodoh punya ayat, ingat rakyat bodoh.? Hangpa memang la tak beban.. hangpa dah songlap duit rakyat. Rakyat golongan bawahan yang terima padahnya.. Hangpa memang tak terasa pun..
Memang la harga minyak di negara kita masih murah daripada negeri jiran kita.. Kita ni banyak petroleum.. Singapura ada ke petroleum?? bingai betul...


artikel di Berita Harian

Harga RON95, LPG, gula pasir diselaras hari ini


PUTRAJAYA: Kerajaan semalam mengumumkan penyelarasan harga petrol RON95, diesel dan petroleum gas cecair (LPG) sebanyak lima sen manakala gula diselaras pada harga 20 sen berkuat kuasa hari ini sebagai langkah kedua Program Rasionalisasi Subsidi.

Berikutan itu, harga RON95 yang diselaraskan menjadi RM1.90 seliter, diesel kepada RM1.80 seliter dan LPG RM1.90 sekilogram manakala gula RM2.10 sekilogram.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala, berkata penyelarasan semula harga barangan itu membolehkan kerajaan mengurangkan perbelanjaannya mencecah RM1.18 bilion di samping mengimbangi defisit kewangan negara.
Kali pertama penyelarasan harga bahan berkenaan dilakukan pada 16 Julai lalu dengan petrol dan diesel diselaraskan lima sen seliter bagi semua sektor, LPG (10 sen sekilogram), gula (25 sen sekilogram), sekali gus membolehkan kerajaan mengurangkan perbelanjaannya melebihi RM750 juta dalam Program Rasionalisasi Subsidi kali pertama.

Idris berkata, walaupun harga bahan itu diselaraskan, ia masih rendah berbanding beberapa negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Thailand.

Beliau berkata, harga RON 95 dan diesel di Indonesia masing-masing RM2.46 seliter dan RM2.50 seliter, Singapura (RM4.36 dan RM3.18) dan Thailand (RM4.25 dan RM2.96).

Harga LPG dan gula pula masing-masing RM2 sekilogram dan RM3.50 sekilogram di Indonesia, Singapura (RM6.42 sekilogram dan RM3.80 sekilogram), Thailand (RM1.93 sekilogram dan RM2.80 sekilogram).
Beliau berkata, rasionalisasi subsidi ini perlu dilakukan bagi memperbaiki kedudukan ekonomi negara dengan meningkatkan pendapatan dan mengurangkan perbelanjaan.

Katanya langkah itu selaras dengan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang mahu meningkatkan pendapatan negara kasar perkapita kepada RM46,500 (AS$15,000) menjelang 2020.

Bagi mencapai jumlah itu, Keluaran Dalam Negara Kasar perlu meningkat sekurang-kurangnya enam peratus setahun dan ini akan membolehkan pendapatan negara meningkat menerusi cukai dikutip," katanya.

Beliau berkata, pengurangan perbelanjaan subsidi itu akan digunakan untuk melaksanakan inisiatif dan program dalam Pelan Program Transformasi Kera-
jaan (GTP) yang dapat meningkatkan kualiti hidup rakyat.

Semua subsidi sebelum ini tidak menepati sasaran kerana ia turut memberi faedah kepada mereka yang tidak layak dan tidak sepatutnya mendapat subsidi. Dengan penyelarasan ini, perbelanjaan yang dapat dijimatkan boleh digunakan untuk membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana, katanya pada sesi penerangan kepada media mengenai langkah kedua Program Rasionalisasi Subsidi itu, di sini, semalam.

Turut hadir Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai

Posted: 04 Dec 2010 11:25 AM PST

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai


4-dalam-1: Harga petrol, diesel, gas, gula naik lagi

Posted: 04 Dec 2010 06:13 AM PST

Harga petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG) dan gula naik mulai tengah malam ini. Ia berikutan keputusan kerajaan menyelaraskan kadar subsidi.

azlanPetrol RON95, dinaikkan 5 sen menjadikan RM1.90 seliter.
Dua hari lalu, petrol RON 97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter. Kenaikan itu berikutan perubahan harga pasaran yang diapungkan sejak Julai lalu.

Harga diesel turut naik 5 sen menjadikannya RM1.80 seliter manakala gas LPG juga naik 5 sen menjadikan harganya RM1.90 sekilogram.
Harga gula pula naik 20 sen menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.
azlanSemua harga baru berkuatkuasa pada jam 12.01 pagi esok. Ia didedahkan pada taklimat kepada editor di Putrajaya oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) .

Malaysiakini
turut dijemput ke taklimat itu melalui panggilan telefon tetapi wartawan kami dihalang memasuki ibupejabat Unit Kordinasi dan Pelaksanaan di Pejabat Perdana Menteri, kemudiannya tanpa sebarang alasan.

Pengumuman rasmi mengenai kenaikan harga barangan tersebut dibuat malam ini.

Kali terakhir harga barangan meningkat adalah pada 15 Julai lalu. Ia membabitkan kenaikan 5-dalam-1. Barangan yang terjejas itu adalah dua gred petrol, diesel, gula dan gas.

Gotong Royong siap fasal 1, 2 & 3

Posted: 04 Dec 2010 06:06 AM PST


        
                         Gong Pauh, Chukai- Rumah Ibu Tunggal siap dibaiki oleh khidmat masyrakat DUN & PPDC dalam 3 fasal. Fasal pertama ganti lambur, fasal kedua ganti atap dan fasal ketiga ganti dinding dan buat tandas. Kira-kira dalam RM3000 telah dibelanjakan......

ketuanan rakyat

Posted: 04 Dec 2010 02:04 AM PST

Ketuanan rakyat Sehari dua ini sibuk dibicarakan perihal Ketuanan Melayu ekoran kenyataan Datuk Seri Dr Wan Azizah tentang hasrat PKR menghapuskan ketuanan tersebut.  Isu ini sangat berkait rapat dengan permasalahan perkauman yang masih belum selesai bahkan menjadi nadi bagi parti politik perkauman seperti Umno. Prinsip ajaran Islam begitu jelas, bahawa seluruh manusia ini adalah hamba Allah yang diberi amanah untuk memikul tugas Khalifah di atas muka bumi.  Berdasarkan prinsip tersebut para pencinta Islam berebut-rebut untuk menjadi hamba Allah bukannya berlagak tuan kepada mana-mana makhluk di dalam alam semesta ini. Dalam surah al-Isra', Allah memanggil makhluk yang paling dikasihinya Nabi Muhammad SAW dengan gelaran hambaNya.  Demikian juga, ketika Tawus al-Yamani menghadap Hisham bin Abdul Malik beliau hanya memanggil nama "Ya! Hisham", bukannya dengan gelarannya sebagai pemerintah agung atau ketua kerajaan.  Hisham yang begitu marah lalu bertanya kepada Tawus, mengapa beliau tidak memanggilnya dengan gelaran itu? Lalu Tawus menyatakan bahawa Allah memanggil mereka yang dikasihinya seperti yang termaktub dalam al-Quran dengan nama masing-masing seperti Dawud a.s. dan Isa a.s, malah menyebut dengan gelaran hamba seperti dalam surah al-Isra' tersebut.  Berebut-rebut menjadi hamba  Sebaliknya Dia memanggil golongan yang dimurkainya dengan gelaran. Dengan sebab itu, seharusnya kita berebut-rebut menjadi hamba kepada Allah.  Namun demikian manusia sangat gemar meninggi-niggikan kedudukan mereka menjadi tuan kepada yang lain. Semasa zaman feudal sama ada di Eropah dan sebahagian dunia yang lain, kuasa mutlak terletak kepada seseorang individu, manakala jiwa memperhambakan diri seharusnya ada pada setiap rakyat.  Lalu tercetusnya Revolusi Perancis yang membebaskan jiwa manusia di Eropah dari kehambaan, yang melihat semua manusia adalah mempunyai hak dan suara yang sama.  Malangnya manusia yang telah bebas dari jiwa kehambaan ini kemudiannya memperhambakan manusia di bahagian dunia yang lain atas nama 'tanggungjawab manusia berkulit putih'. Kemudian mereka memperhambakan manusia bukan berkulit putih.  Berikutan itu, manusia bukan berkulit putih berjuang pula untuk menuntut hak dan suara mereka sebagai seorang menusia. Antara kejayaan golongan ini yang terakhir, ialah di Afrika Selatan dengan menghapuskan Dasar Apartheid.  Dalam dasar ini mereka yang bukan berkulit putih dianggap lebih rendah dan mendapat layanan kelas kedua dalam negara. Dasar ini telah berjaya dihapuskan pada tahun 1994 melalui perjuangan yang begitu lama diketuai oleh Nelson Mandela. Semua pihak mengutuk dasar Apartheid ini termasuklah mereka yang bergantung kepada politik rasisme seperti Umno, seolah-olah mereka tidak menyedari mereka memperlakukan perkara yang hampir sama semasa di tampuk kuasa.  Setelah masyarakat global menyedari sepatutnya tiada segolongan kecil manusia yang menjadi tuan lalu memperhambakan segolongan besar manusia yang lain, tiba-tiba masyarakat manusia yang sedar ini pula bertindak mencabuli hak-hak makhluk Allah yang lain.  Masyarakat manusia telah menjadikan haiwan sebagai bahan-bahan mentah atas nama kemajuan sektor penternakan. Haiwan-haiwan yang diternak ini dinafikan hak mereka untuk bervariasi (kepelbagaian) melalui teknik-teknik reproduksi moden yang melahirkan haiwan yang mempunyai hanya ciri-ciri yang dikehendaki.  Animal Right  Haiwan-haiwan ini juga dinafikan daripada tabiat semulajadi mereka seperti bersosial dan mendiami habitat yang sesuai. Hak dan suara haiwan-haiwan ini kemudiannya diperjuangkan oleh sekumpulan manusia yang menggelarkan kumpulan mereka dengan Animal Right.  Kemudian datang pula sekumpulan manusia yang menyatakan bahawa perjuangan kumpulan Animal Right ini sempit kerana hanya memperjuangkan hak dan suara komponen-komponen alam yang hidup (living being), sedangkan melupai hak dan suara komponen-komponen alam yang tidak hidup.  Mereka ini berinspirasikan Aldo Leopold yang telah menulis pandangannya dalam "The Land Ethics". Menurut Leopold, semasa zaman Greek silam, Oddeyseus menganggap hamba itu bukan manusia sebaliknya harta, sedangkan hari ini masyarakat manusia telah memberi hak manusia kepada sesiapa yang berbiologikan manusia.  Lalu Leopold menyatakan, kita seharusnya memanjang perkara yang sama kepada seluruh komponen alam yang hidup atau bukan hidup, yang sebelum ini manusia menganggapnya juga sebagai harta.  Demikianlah manusia, dengan naluri kemanusiaannya menuntut hak dan suara masing-masing. Bagi menusia yang sempit kemanusiaannya dan tinggi kepentingan dirinya, menuntut hak dan suara itu bagi sekumpulan yang sempit seperti pejuang Ketuanan Melayu.  Bagi menusia yang luas kemanusiaanya dan tinggi toleransinya, menuntut hak dan suara untuk sekumpulan yang lebih besar malah merangkumi hak dan suara bagi komponen bukan manusia seperti pejuang Animal Right dan Deep Ecology. Bagi manusia yang sederhana kemanusiaannya dan di peringkat pertengahan kepentingan diri dan toleransinya, menuntut hak itu bagi sekumpulan yang sederhana seperti pejuang hak asasi manusia.  Masing-masing mentakrifkan hak dan suara itu mengikut takrifan masing-masing. Golongan feudal mentakrifkan hak dan suara itu mengikut takrifan feudalisme mereka. Golongan kulit putih mentakrifkan hak dan suara itu mengikut rasisme mereka.  Golongan pejuang hak asasi manusia mentakrifkan hak dan suara itu mengikut takrifan humanisme mereka. Golongan Individualisme mentakrifkan hak dan suara itu mengikut takrifan Libertarianisme mereka. Golongan Animal Right dan Deep Ecology mentakrifkan hak dan suara itu mengikut takrifan environmentalism mereka.  Kita semuannya hamba  Mereka semua lupa bahawa Tuhan bukan mereka yang menciptakan alam semesta ini. Mereka tidak berhak menentukan hak siapa yang mesti lebih dan hak siapa yang mesti kurang, atau suara siapa yang didahulukan dan suara siapa yang dikemudiankan. Bukankah yang berhak menentukan hak siapa yang lebih dan suara siapa yang didahulukan adalah Tuhan yang Maha Adil.  Tuhan yang Maha Adil itulah menentukan siapa yang berhak dan siapa yang tidak berhak, atau siapa yang didahulukan suaranya dan siapa yang dikemudiankan suaranya. Tuhan yang Maha Adil itu bebas dari pergantungan kepada makhluknya, justeru ketentuannya adalah semata-mata atas sifatNya yang Maha Adil.  Allah yang Maha Adil itulah Tuan seluruh makhluk, manakala kita ini semuanya adalah hamba. Bagi mengetahui siapakah yang berhak dan suara siapakan yang didahulukan, maka Tuhan yang Maha Adil itu menurunkan wahyuNya dan mengutuskan pesuruhNya.  Melalui wahyu dan pesuruhNya itu kita mengetahui adakalanya pemimpin lebih berhak, adakalanya rakyat lebih berhak, adakalanya satu kaum lebih berhak, adakalanya manusia lebih berhak, adakalanya haiwan lebih berhak dan adakalanya komponen alam yang tidak hidup lebih berhak.  Melalui wahyu dan pesuruhNya juga kita mengetahui adakalanya suara pemerintah didahulukan, adakala suara rakyat didahulukan, adakalanya suara sesuatu kaum didahulukan, adakalanya suara manusia didahulukan, adakalanya suara haiwan didahulukan dan adakalanya suara komponen alam yang tidak hidup didahulukan.  Semua perkara tentang yang berhak dan tidak berhak, atau yang mempunyai suara dan tidak mempunyai suara ini termaktub secara terang dan panjang dalam ajaran Islam. Pada pandangan saya inilah konsep sebenar Ketuanan Islam iaitu ketuanan Allah secara mutlak ke atas hamba-hambaNya.

ansarullah

Posted: 04 Dec 2010 11:01 AM PST

ansarullah


Gesaan hilangkan KETUANAN MELAYU????

Posted: 04 Dec 2010 06:38 AM PST

Time for Barisan to be a single party: Gerakan deputy president


KUALA LUMPUR: It was time the Barisan Nasional became a single party representing all races in the country, said Gerakan deputy president Datuk Chang Ko Youn.

Such a move, he said, would not only be crucial for the coalition's future but also unify the races and give the Barisan an advantage over the opposition parties.

He said Gerakan would push for the realisation of such an idea where all component parties be disbanded and their members became just Barisan members.

Chang said this at the opening of the party's Youth and Wanita National Delegates Conference at Menara PGRM here Saturday.

He said Barisan component parties should start to become non-racial and amend their respective party constitutions to accept members from different races and religions. - Bernama

(Sumber dari The STAR)

P/S:-Akhirnya,sudah ada kalangan ahli Parti Komponen BN berbunyi.BN perlu jadi satu parti tunggal.Ini cadangan yang keluar dari mulut TIMBALAN PRESIDEN GERAKAN sendiri.Parti Gerakan ni,(alah yang lama duk jadi KETUA MENTERI Pulau Pinang tu lah!) boleh dikira sebagai sebuah parti yang kanan dalam BN itu sendiri.

Keluar pulak cadangan tu dalam konvensyen PGRM sendiri,jadi ini perkara besar.Lepas ni UMNO mungkin letih sikit lah.Sebab apa?Sebabnya PKR dah suruh hapuskan KETUANAN MELAYU,PGRM pulak nak suruh BN jadi parti tunggal.Jadi hilanglah Melayu dalam BN tu nanti!

Macam mana pulak UMNO nak teruskan perjuangan KETUANAN MELAYU mereka tu nanti?Kita tunggu dan lihat!

Pemuda Guchil

Posted: 04 Dec 2010 09:38 AM PST

Pemuda Guchil


Iktikad ‘Ketuanan Melayu’ Menyanggahi Islam

Posted: 04 Dec 2010 06:10 AM PST

RM66 Juta Lesap

Posted: 04 Dec 2010 06:05 AM PST

"Dacing Berat Sebelah" Kata Gerakan.

Posted: 04 Dec 2010 05:47 AM PST

Peguam: PDRM tembak mati 88 tahun lalu, paling tinggi dalam sedekad

Posted: 04 Dec 2010 05:45 AM PST

Gantung Anwar tambah sokongan kepada Pakatan - Nasharudin

Posted: 04 Dec 2010 05:40 AM PST

Jangan takut pada parti lawan - Takutlah pada diri kita sendiri

Posted: 04 Dec 2010 05:38 AM PST

Jangan takut pada parti lawan - Takutlah pada diri kita sendiri

Posted: 04 Dec 2010 05:37 AM PST

Kehambaan Melayu dan ketuanan Allah

Posted: 04 Dec 2010 05:16 AM PST

Apa rasionalnya PAS ganti Umno? Ini rakyat kena tahu...

Posted: 04 Dec 2010 05:14 AM PST

Mungkin Dr Mahathir akan dikenakan ISA

Posted: 04 Dec 2010 05:12 AM PST

Di Sekolah Undang-undang Mana Peguam Ini Belajar Undang-undang?

Posted: 04 Dec 2010 05:11 AM PST

Tabung Serambi Mekah terima RM4.9 juta

Posted: 04 Dec 2010 05:09 AM PST

'Lebih baik TPM Cina yang hormat perlembagaan' - Prof Abdul Aziz Bari

Posted: 04 Dec 2010 05:07 AM PST

Peguam Umno Yang Tak Khatam Perlembagaan

Posted: 04 Dec 2010 05:05 AM PST

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 04 Dec 2010 09:04 AM PST

Mohamad Taufek Abd Ghani


Saman Ekor, kenapa kerajaan tak nak dengar keluhan rakyat

Posted: 03 Dec 2010 03:05 PM PST


KEMPEN BANTAH SAMAN EKOR ONLINE
Mereka yang ingin menyokong Kempen Membantah Saman Ekor sila ke http://www.petitiononline.com/saman

KAJI SEMULA SAMAN EKOR
Utusan Malaysia 4 Dis 2010

SAYA memeriksa saman melalui SMS dan saya dapati saya hanya ada empat saman tetapi apabila disemak di balai polis, saman saya menjadi sembilan kesemuanya termasuk saman dari tahun 1999.

Apabila saya minta dari pihak polis penyata terperinci saman, saya telah diarahkan mendapatkannya di mana tempat/negeri saya di saman.

Masalahnya saya tak pernah pun pergi ke Johor semasa salah satu daripada saman itu di keluarkan. Saya bekerja di Alor Setar. Bayangkan kos yang terpaksa saya tanggung untuk ke Johor, Kelantan dan Pahang bagi mendapatkan penyata itu. Pastinya, perbelanjaan melebihi jumlah saman yang perlu dibayar.

Memandangkan kemudahan Internet terdapat di mana-mana sahaja, saya yakin saman terhadap kereta saya telah digunakan oleh penjenayah ataupun pesalah trafik lain. Apakah saya yang perlu membayar kesalahan tersebut.

Oleh kerana, masa untuk menjelaskan saman hampir tamat dan pada masa yang sama ibu bapa perlu menyediakan persiapan persekolahan anak-anak, maka saya syorkan supaya saman ekor ini dikaji semula.

Ia kerana banyak penganiayaan berlaku kepada mereka yang tidak bersalah apabila terpaksa menanggung kesalahan yang dilakukan oleh pihak lain.

Bulan Madu
Alor Setar
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1204&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_02.htm

SAMAN EKOR MENYUSAHKAN
Utusan Malaysia 4 Dis 2010

ISU 'saman ekor' yang senyap seketika kini berkumandang semula. Ini kerana tarikh akhir penarikan balik langkah penangguhan menyenaraihitam kenderaan pesalah-pesalah trafik semakin hampir iaitu pada Februari 2011.

Saya yang merupakan salah seorang 'mangsa' saman ekor mahu pihak berkaitan terutama Kementerian Dalam Negeri memberi kata putus yang jelas dalam perkara ini kerana sehingga hari ini, masih banyak perkara yang belum jelas seperti selepas Februari 2011, berapakah tempoh yang sesuai untuk pesalah trafik menjelaskan notis saman ekor, berapakah jumlah kompaun yang tidak boleh dikurangkan, selain dakwaan sesetengah pihak yang merasakan diri mereka teraniaya kerana tidak memandu kereta yang disaman itu masih belum dijawab oleh pihak berkenaan.

Saya sendiri merupakan salah seorang mangsa kerana menerima hampir 10 saman ekor yang mana kesalahannya bukan saya lakukan.

Saya mengaku saya cuai apabila menjual kereta kepada seorang rakan tanpa menukar nama pada geran kereta tersebut. Kawan saya itu pula hilang entah ke mana dan selain terpaksa menanggung hutang bank bagi pembiayaan kereta tersebut, saya juga terpaksa berhadapan banyak saman ekor melibatkan kereta tersebut.

Saya berharap berilah sedikit keadilan kepada orang seperti saya. Sudahlah ketika ini saya terpaksa menanggung banyak masalah berkaitan kereta tersebut, ditambah pula dengan masalah saman ekor yang datang bertali arus. Harap pihak yang berkaitan dapat membantu saya.

Teraniaya
Kampung Cheras Baru
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1204&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_01.htm

i n t a n h i j a u

Posted: 04 Dec 2010 07:29 AM PST

i n t a n h i j a u


JANGAN PANDANG BN / جاڠن ڤندڠ

Posted: 03 Dec 2010 09:00 AM PST

Apa kata, kita buat KEMPEN JANGAN PANDANG BN UNTUK PRU13..?

PEMIMPIN KAMI PEDULIKAH...? / ڤميمڤين کامي ڤدوليکه...؟

Posted: 03 Dec 2010 08:21 AM PST

PEMUDA RANTAU ABANG

Posted: 04 Dec 2010 03:29 AM PST

PEMUDA RANTAU ABANG


MAKLUMAN..........................

Posted: 03 Dec 2010 03:56 PM PST

SEDANG BEKERJA : PERSIAPAN  " PAS GANTI UMNO..."


BN = BARANG NAIK

Posted: 03 Dec 2010 06:21 AM PST

Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 04 Dec 2010 03:16 AM PST

Dr Siti Mariah Mahmud


Bukan setakat 4 tapi 5 termasuk AIR akan NAIK

Posted: 03 Dec 2010 05:18 AM PST

azlanDi Selangor bukan setakat 4 barang keperluan yang akan naik tapi termasuk air sudah jadi 5.

Siapa yang gembira dengan semua kenaikan harga dibawah?

Adakah penyokong dan pengundi Umno & Barisan turut bergembira dan bertepuk tangan dengan pengumuman kenaikan harga barangan tersebut sebagai tanda sokongan tidak berbelah bagi, kepada kerajaan walau pun golongan miskin akan menjadi semakin papa kedana selepas ini?

Tidak cukup dengan itu Kerajaan Pusat terus bersekongkol pula dengan Raja Air yang kini kehulu kehilir bersama BAPAK untuk tunjuk baik kepada rakyat sebagai menunjuk-nunjuk kepada Najib diatas sokongan beliau untuk menaikan 37% harga air di Selangor. Apa kan tidaknya Rozali sedang berusaha untuk menambah lagi 37% dari gaji mewah pengerusi Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS)  yang didakwa mencecah RM5.1 juta setahun atau RM425,000 sebulan. Lepas ni kira sendirilah berapa pulak gaji dia.

Cukuplah setakat ini, penderitaan rakyat harus dihentikan, mengikut perkiraan beberapa siri kenaikan lagi akan dibuat sebelum kerajaan berlakun baik menjelang PRU akan datang.

Rakyat harus bersatu bangkit menentang kezaliman ini dengan melakukan tsunami kedua seterusnya menjatuhkan kerajaan yang kejam kepada rakyat kepada kerajaan yang membela dan memberi keadilan kepada rakyat.

Dengan harga gula, air dan gas naik, saya tidak pasti berapakah kenaikan harga teh tarik yang membuatkan mamak terus kaya raya membiarkan rakyat jadi papa kedana.

Harga petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG) dan gula naik mulai tengah malam ini.

Petrol RON95, dinaikkan 5 sen menjadikan harga RM1.90 seliter. 

Dua hari lalu, petrol RON 97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter. Kenaikan itu berikutan perubahan harga pasaran yang diapungkan sejak Julai lalu.

Harga diesel turut naik 5 sen menjadikannya RM1.80 seliter manakala gas LPG juga naik 5 sen menjadikan harganya RM1.90 sekilogram.

Harga gula pula naik 20 sen menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.

.

Posted: 04 Dec 2010 01:21 AM PST

.


4-dalam-1: Harga petrol, diesel, gas, gula naik lagi

Posted: 03 Dec 2010 10:43 AM PST

Harga petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG) dan gula naik mulai tengah malam ini. Ia berikutan keputusan kerajaan menyelaraskan kadar subsidi.

azlanPetrol RON95, dinaikkan 5 sen menjadikan RM1.90 seliter.

Dua hari lalu, petrol RON 97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter. Kenaikan itu berikutan perubahan harga pasaran yang diapungkan sejak Julai lalu.

Harga diesel turut naik 5 sen menjadikannya RM1.80 seliter manakala gas LPG juga naik 5 sen menjadikan harganya RM1.90 sekilogram.

Harga gula pula naik 20 sen menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.

azlanSemua harga baru berkuatkuasa pada jam 12.01 pagi esok. Ia didedahkan pada taklimat kepada editor di Putrajaya oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) .

Malaysiakini
turut dijemput ke taklimat itu melalui panggilan telefon tetapi wartawan kami dihalang memasuki ibupejabat Unit Kordinasi dan Pelaksanaan di Pejabat Perdana Menteri, kemudiannya tanpa sebarang alasan.

Pengumuman rasmi mengenai kenaikan harga barangan tersebut dibuat malam ini.


Kali terakhir harga barangan meningkat adalah pada 15 Julai lalu. Ia membabitkan kenaikan 5-dalam-1. Barangan yang terjejas itu adalah dua gred petrol, diesel, gula dan gas.

UNDILAH BN LAGI!!! RAKYAT DIDAHULUKAN...

APA-APA RAKYAT KENA DAHULU......

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 04 Dec 2010 01:14 AM PST

CINA ISLAM (林川興)


Ketuanan Melayu: Usah sorok sebalik songkok

Posted: 03 Dec 2010 07:41 PM PST

27 Zulhijjah 1431H.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan rakyat di negara ini, khususnya orang Melayu supaya tidak melupakan sejarah tanah air dan mengenali siapa pengkhianat bangsa dan agama sebenarnya.

"Hari ini, isu pelantikan timbalan perdana menteri ini diolah sekali lagi oleh media milik Umno dengan begitu hebat. Lalu dijemputlah segala pemimpin-pemimpin Umno segenap lapisan untuk memberikan ulasan.

"Seolah-olah Umno satu-satunya parti yang mempertahankan Melayu, seolah-olah bangsa Melayu ini hanya akan berdaulat melalui keris tumpul Umno dan seolah-olah rebah Umno bererti rebahlah Melayu. Hanyir dan busuk sekali dakwaan-dakwaan sampah yang disebar luas ke dalam minda masyarakat pada hari ini," katanya dalam satu kenyataan akhbar.
Umno serah kerusi Ketua Menteri

Nik Aziz mengulas laporan media yang membidas kenyataan ketua pembangkang bahawa jawatan timbalan perdana menteri diserahkan kepada bukan Melayu jika Pakatan Rakyat berkuasa pada pilihan raya umum ke-13 menjejaskan konsep ketuanan Melayu di negara ini.

"Lupakah kita bahawa Umno pernah menyerahkan kerusi ketua menteri Pulau Pinang kepada Gerakan sekalipun Umno yang mempunyai majoriti di Dewan Undangan Negeri? Di waktu itu, ke mana perginya ketuanan Melayu? Tersorok di dalam songkok tinggi Umno? Ketika itu, ke mana perginya professor-profesor bertaraf cendikiawan yang sibuk mengulas isu ketuanan Melayu pada hari ini?

"Peliknya apabila Tun Dr Mahathir (Mohammed) sendiri menggesa supaya dilupakan asal usul keturunan demi menjayakan 1Malaysia, tidak pula didesak untuk diusir keluar negara? Bukankah melupakan asal usul keturunan ertinya melupakan Ketuanan Melayu?" soalnya.

Menurut Menteri Besar Kelantan itu, isu perlantikan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang selaku timbalan perdana menteri sebenarnya dimanipulasikan oleh media milik Umno untuk kepentingan politik mereka.

"Sukalah untuk saya menyatakan bahawa Pakatan Rakyat tidak pernah membuat apa-apa keputusan dan tidak pernah mengadakan apa-apa perbincangan tentang hal ini.

Salah lapor budaya media Umno

"Syak saya teramat kuat bahawa permainan media telah digunakan dengan amat dahsyat di dalam memanipulasi kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Apa yang peliknya dengan budaya media milik Umno?" soalnya.

Nik Aziz berkata salah lapor dan salah dengar adalah satu budaya di kalangan petugas media milik Umno.

"'Islam plastik' yang pernah saya tuturkan satu ketika dahulu pun pernah dilaporkan sebagai 'Islam Palestin'.

Menurut mursyidul am PAS itu lagi, pendiriannya dari dahulu hingga sekarang tidak pernah berubah bahawa bangsa tidak mempunyai sebarang nilai di dalam Islam.

"Melayu, Cina atau India tidak pernah mempunyai sebarang nilai tambah di sisi Allah SWT melainkan dengan taqwa. Seorang yang berbangsa Cina tetapi bertaqwa kepada Allah SWT jauh lebih mulia dari seorang yang berbangsa Melayu tetapi hidup dengan rasuah, menindas, mengkhianat dan sebagainya.

Songkok tiga jengkal

"Sekalipun songkok setinggi tiga jengkal di kepala, tanpa taqwa kepada Allah SWT, ia tidak mempunyai sebarang nilai," katanya.

Menurut Nik Aziz yang penting ialah dasar dan jika dasar Islam, sesiapapun boleh menjadi pemimpin.

"Di Kelantan saya pernah mengeluarkan kenyataan berkali-kali bahawa menteri besar Kelantan boleh terdiri daripada seorang yang berbangsa Cina dengan syarat merupakan seorang muslim yang soleh.

"YB Lim Kit Siang atau sesiapapun boleh menjadi Timbalan Perdana Menteri bahkan Perdana Menteri sekalipun tidak mempunyai apa-apa halangan, syaratnya merupakan seorang Muslim yang soleh. Seorang Muslim yang soleh sekalipun bukan Melayu jauh lebih bermanfaat untuk negara ini dari seorang Melayu yang korup!" katanya mengakhir kenyataan akhbar berkenaan.

Malaysiakini/=

Bi Men Si Guo : Merenung Kesalahan dalam Ruang Tertutup

Posted: 03 Dec 2010 07:35 PM PST

27 Zulhijjah 1431H.

Asal Usul:

Pada zaman Dinasti Han Barat (tahun 206-220 Sebelum Masihi), di negeri Yan, ada seorang pegawai kerajaan bernama Han Yanshou yang menjawat jawatan sebagai Ketua Pengawas Daerah Zuopingyi. Pada suatu hari, ketika membuat tinjauan ke Kaunti Gaoling, dia terjumpa dua orang adik-beradik yang sedang bertelagah. Salah seorang daripada mereka berkata dengan marah, "Ladang milik saya telah dirampas oleh adik saya. Tolonglah tuan buat keputusan yang adil bagi saya."

Seorang lagi pula berkata dengan sedih, "Ladang itu sebenarnya diwariskan oleh ibu bapa kepada saya. Abang saya bersikap tidak wajar. Dia berkeras mengatakan ladang itu diwariskan kepadanya."

Peristiwa tersebut amat menyentuh hati Han Yanshou. Dia berkata dengan malu, "Sebagai Ketua Pengawas daerah ini, saya kurang cekap dalam mendidik rakyat jelata sehingga menyebabkan berlaku pergaduhan antara dua saudara kandung. Ini bukan sahaja melanggar adat dan kesantunan, malah akan membawa aib kepada orang yang berakhlak mulia. Semuanya disebabkan kesilapan dan kecuaian saya. Saya tidak layak lagi memegang jawatan yang begitu penting ini."

Pada hari itu, Han Yanshou tidak mahu berjumpa dengan sesiapa pun dengan alasan sakit. Dia mengurung dirinya di dalam sebuah bilik untuk merenung kesalahannya. Apabila mendapat tahu hal tersebut, dua beradik yang bertelagah dan mengadu kepada Han Yanshou itu berasa sangat sesal. Mereka berdua segera menuju ke rumah Han Yanshou untuk meminta maaf daripadanya.

Ketika melihat kedua-duanya sudah insaf akan kesalahan mereka, barulah nampak sedikit kelegaan dan kegembiraan pada air muka Han Yanshou.

Catatan Keterangan:

Peribahasa "Bi Men Si Guo" ini bermaksud, merenung kesalahan dalam bilik yang ditutup pintunya atau dalam ruang yang tertutup. Peribahasa ini membawa erti, seseorang yang benar-benar insaf akan kesalahan dan kesilapan dirinya.CRI/-

BN zalimi rakyat marhaen

Posted: 03 Dec 2010 07:21 PM PST

27 Zulhijjah 1431H.

Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 3 Dis: Kenaikan harga petrol RON95, diesel, gas petroleum cecair (LPG) dan gula adalah bukti jelas kerajaan BN zalim kepada rakyat marhaen.

Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus berkata, rakyat marhaen paling terkesan dengan kenaikan itu kerana mereka adalah majoriti pengguna petrol RON95.

Sambil menyifatkan kenaikan mengejut itu sebagai 'gila', beliau mengharapkan rakyat menolak Umno BN yang secara terang terangan tidak mengutamakan rakyat terbanyak.

"Harap pengguna RON95 mesti tolak BN.

"BN zalimi rakyat marhaen, tak peduli kesusahan rakyat," katanya yang juga Pengarah Pilihan raya Dewan Pemuda PAS Pusat.

Beliau mengulas kenaikan petrol RON95, sebanyak 5 sen menjadikan RM1.90 seliter, diesel naik 5 sen menjadikannya RM1.80 seliter manakala gas LPG juga naik 5 sen menjadikan harganya RM1.90 sekilogram.

Harga gula pula naik 20 sen menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.

Kerajaan terus memberi alasan sama terhadap kenaikan itu dengan mendakwa ianya bagi menyelaraskan subsidi.

Semua harga baru itu berkuatkuasa pada jam 12.01 pagi esok.

Dua hari lalu, petrol RON 97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter.

Kenaikan itu berikutan perubahan harga pasaran yang diapungkan sejak Julai lalu.

Mengulas lanjut, Firdaus berkata, ketidakprihatinan BN kepada nasib rakyat bukan lagi dongeng semata-mata.

Ianya terbukti, apabila rakyat terus dibebankan sedangkan Perdana Menteri semalam mengumumkan akan meneruskan cadangan membina Menara Warisan 100 tingkat yang tiada manfaat secara langsung kepada rakyat.

"Kalau betul ikhlas, batalkan sahaja niat nak buat menara 100 tingkat, guna duit tu tampung beban rakyat.

"Saya tengok rakyat hanya diguna untuk pilihan raya sahaja," katanya lagi.

Lebih malang, kenaikan itu berlaku diwaktu rakyat sedang terbeban dengan persiapan persekolahan sesi akan datang.

Kesan kenaikkan itu juga jelasnya, memberi alasan kepada peniaga barangan menaikkan harga barang mereka dan menyebabkan pengguna sekali lagi terbeban.

"Saya hairan, kenapa menteri tak umum di parlimen, sedangkan parlimen tempat bincang masalah rakyat," soalnya.

Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat turun beramai-ramai pada himpunan membantah kenaikan harga air oleh Syabas di Masjid Negara, Ahad ini.

Biarpun himpunan itu bagi membantah tindakan Syabas menaikkan tarif air Selangor, kesempatan itu juga jelasnya wajar diguna untuk menyatakan bantahan terhadap kenaikan harga barangan keperluan tersebut

Harakahdaily/-

Perlembagaan Perak dpinda tanpa majoriti 2/3

Posted: 03 Dec 2010 07:13 PM PST

27 Zulhijjah 1431H.

Satu usul yang dibentangkan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir bagi meminda perlembagaan negeri diluluskan oleh dewan undangan negeri itu tanpa mendapat sokongan majoriti dua pertiga.

Sebelum usul dibentangkan, Khalil Idham Lim Abdullah (PAS -Titi Serong) membantah perkara itu. Hujahnya, enakmen undang-undang negeri mesti dibentang sebelum pindaan perlembagaan.

Enakmen seumpama itu memerlukan beberapa kali bacaan sebelum dewan mengundi dan ia mesti mendapat kelulusan dua pertiga .

Selepas berperang mulut, Zambry merujuk kepada penasihat undang-undang negeri, Ahmad Kamal Md Shahid dan beliau kemudiannya merujuk perlembagaan negeri dan bersetuju dengan menteri besar bahawa sekadar membentangkan usul adalah memadai.

Berikutan itu, usul berkenaan diluluskan dengan majoriti mudah. Ia disokong oleh 29 ADUN BN dan tiga ADUN Bebas yang berpaling tadah.

Semua 27 ADUN Pakatan Rakyat memilih untuk berkecuali dan tidak mengundi.

Selepas usul diluluskan, speaker, Datuk R Ganesan menagguhkan sidang dewan negeri Perak.

Usul khas itu timbul berikutan mesyuarat kali ke-147, Istana Perak yang diketuai oleh Sultan Raja Azlan Shah pada 12 Ogos lalu. Banginda menitahkan Artikel 58 (1)(a) bahagian Kedua, Perlembagaan Negeri Perak dipinda.

Pindaan itu bagi membolehkan empat lagi Raja Bergelar dengan jawatan Raja Kecil Besar, Raja Kecil Sulong, Raja Kecil Tengah and Raja Kecil Bongsu dimasukkan dalam kerabat Istana.

Pada sidang akhbar selepas itu, Menteri Besar Perak yang disingkirkan, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin melahirkan rasa tidak puas hatinya mengenai cara perlembagaan dipinda.

Rakannya, Ngeh Koo Ham, ADUN Sitiawan dari DAP berhujah Artikel III (3) Perlembagaan Negeri Perak secara jelas mentakrifkan bahawa perlembagaan hanya boleh dipinda melalui enakmen dewan undangan negeri.

Ngeh, yang juga seorang peguam berkata Article III (4) Perlembagaan Negeri Perak memperuntukkan pindaan hanya boleh dibuat jika ia disokong tidak kurang daripada dua pertiga anggota dewan.

Malaysiakini/-

PEMUDA PAS TELUK INTAN

Posted: 04 Dec 2010 01:14 AM PST

PEMUDA PAS TELUK INTAN


bn terus zalimi rakyat...

Posted: 03 Dec 2010 11:47 PM PST


Kenaikan harga petrol RON95, diesel, gas petroleum cecair (LPG) dan gula adalah bukti jelas kerajaan BN zalim kepada rakyat marhaen.

Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus berkata, rakyat marhaen paling terkesan dengan kenaikan itu kerana mereka adalah majoriti pengguna petrol RON95.

Sambil menyifatkan kenaikan mengejut itu sebagai 'gila', beliau mengharapkan rakyat menolak Umno BN yang secara terang terangan tidak mengutamakan rakyat terbanyak.

"Harap pengguna RON95 mesti tolak BN.

"BN zalimi rakyat marhaen, tak peduli kesusahan rakyat," katanya yang juga Pengarah Pilihan raya Dewan Pemuda PAS Pusat.

Beliau mengulas kenaikan petrol RON95, sebanyak 5 sen menjadikan RM1.90 seliter, diesel naik 5 sen menjadikannya RM1.80 seliter manakala gas LPG juga naik 5 sen menjadikan harganya RM1.90 sekilogram.

Harga gula pula naik 20 sen menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.

Kerajaan terus memberi alasan sama terhadap kenaikan itu dengan mendakwa ianya bagi menyelaraskan subsidi.

Semua harga baru itu berkuatkuasa pada jam 12.01 pagi esok.

Dua hari lalu, petrol RON 97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter.

Kenaikan itu berikutan perubahan harga pasaran yang diapungkan sejak Julai lalu.

Mengulas lanjut, Firdaus berkata, ketidakprihatinan BN kepada nasib rakyat bukan lagi dongeng semata-mata.

Ianya terbukti, apabila rakyat terus dibebankan sedangkan Perdana Menteri semalam mengumumkan akan meneruskan cadangan membina Menara Warisan 100 tingkat yang tiada manfaat secara langsung kepada rakyat.

"Kalau betul ikhlas, batalkan sahaja niat nak buat menara 100 tingkat, guna duit tu tampung beban rakyat.

"Saya tengok rakyat hanya diguna untuk pilihan raya sahaja," katanya lagi.

Lebih malang, kenaikan itu berlaku diwaktu rakyat sedang terbeban dengan persiapan persekolahan sesi akan datang.

Kesan kenaikkan itu juga jelasnya, memberi alasan kepada peniaga barangan menaikkan harga barang mereka dan menyebabkan pengguna sekali lagi terbeban.

"Saya hairan, kenapa menteri tak umum di parlimen, sedangkan parlimen tempat bincang masalah rakyat," soalnya.

Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat turun beramai-ramai pada himpunan membantah kenaikan harga air oleh Syabas di Masjid Negara, Ahad ini.

Biarpun himpunan itu bagi membantah tindakan Syabas menaikkan tarif air Selangor, kesempatan itu juga jelasnya wajar diguna untuk menyatakan bantahan terhadap kenaikan harga barangan keperluan tersebut.


Idris Ahmad

Posted: 03 Dec 2010 11:39 PM PST

Idris Ahmad


Muhyidin Takut Kejahatan Terbongkar.

Posted: 03 Dec 2010 07:06 PM PST

Parti Islam Semalaysia  Pas  mendakwaTimbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bimbang penyelewingan kerajaan BN akan terbongkar sehingga   beliau mengingatkan  pemimpin pelajar Malaysia yang menuntut di luar negara supaya tidak terjebak dengan fitnah yang ditabur oleh media yang menyokong pembangkang.Tan Sri Muhyidin bercakap seolah-olah kerajaan pada hari ini tidak ada kuasa untuk mengambil tindakan terhadap media pembangkang jika ada unsur fitnah. Berapa banyak Akta yang ada di Malaysia, seperti Akta Rahsia Rasmi Kerajaan (OSA), Akta Pertubuhan, Akta Mesin Cetak, Akta Universiti Kolej, Akta Keselamatan Dalam Negeri yang boleh bertindak. Nampak sangat kerajaan BN pada hari ini takut dengan bayang-bayang.i. Tan Sri Muhyidin hendak menutup bangkai gajah dengan tudung saji, sedangkan penyelewingan umno tidak dapat dibendung lagi, kerana seluruh dunia sudah mengetahui. Siapa tidak tahu Malaysia negara rasuah. Siapa tidak tahu Malaysia mempunyai khazanah negara yang banyak tetapi dibolot oleh pemimpin sehingga rakyat derita.   Rakyat akan dapat tahu lebih banyak setelah kerajaan BN tumbang nanti, sebagai mana yang telah diselongkarkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat pada hari ini

Timbalan Presiden Umno buat-buat lupa, pada hal media umno yang melemparkan fitnah kepada pemimpin Pakatan Rakyat seperti memfitnah Dato' Seri Haji Nizar Jamaludin derhaka kepada Sultan Perak, memutarkan berita bacaan doa kepada YAB Lim Guan Eng dalam khutbah, wang untuk warga emas yang beragama Islam difitnah daripada wang judi.Tan Sri Muhyidin hanya membuang masa bercakap kepada orang yang cerdik di kalangan pelajar. Mereka ini dengar, masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Pelajar bukan orang yang bodoh, mereka golongan terpelajar. Segala tuduhan,pelajar tidak telan bulat-bulat, dan mereka tidak rela untuk diperbodohkan oleh pemimpin umno. Mereka pergi dengar kerana dipaksa rela, bukan suka rela. Timbalan Presiden umno boleh berleter apa sahaja yang beliau mahu, apabila pelajar balik membuka internet untuk menyaring apa yang didengar tadi. Inilah untungnya zaman multimedia, dunia tanpa sempadan. Tetapi  zaman langit terbuka ini menjadi mimpi ngeri pada pemimpin umno, kerana dalam sekelip mata segala fitnah yang mereka lemparkan kepada pembangkang akan mendapat jawapan sebenarnya


Filed under: Politik

Ulamak Mesti Berani Menegur

Posted: 03 Dec 2010 07:04 PM PST

Parti Islam Semalaysia Pas bersetuju dengan cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom supaya ilmuwan agama berani menegur kesalahan yang dilakukan oleh masyarakat apabila ada unsur-unsur  penghinaan kepada Islam. Jangan hanya nasihat ini ditujukan kepada ulamak supaya menegur kesilapan orang yang tidak sealiran dengan kerajaan sahaja malahan teguran ini juga perlu ditujukan kepada pemimpin negara yang melakukan kemungkaran. Kemungkaran yang dilakukan oleh pemimpin lebih merbahaya jika tidak dicegah, berbanding dengan kemungkaran yang dilakukan oleh rakyat biasa. Kerana mereka difokus oleh media dan menjadi ikutan kepada rakyat.

Pas juga mengharapkan supaya golongan agama dalam umno berani dan tegas menegur segala bentuk kemungkaran yang semakin teruk kerana ia dinaungi oleh pemerintah. Ketika kerajaan mencadangkan di dalam Program Tansformasi Ekonomi dengan memasukkan cadangan supaya hiburan kelab malam di buka sampai pagi, rakyat tidak mendengar lagi teguran yang dibuat orang agama dalam umno walaupun program ini akan memusnahkan jiwa manusia. Pas tidak tahulah kalau teguran itu dibuat dalam bahasa isyarat kerana kemungkinan  kerajaan dan ulamak dalam umno orang kurang upaya (OKU).

Teguran yang paling berkesan sekali ialah kepada pemimpin negara. Sebagai mana hadis nabi SAW menyebut 'Penghulu kepada orang yang mati syahid ialah Hamzah Abdul Mutalib dan lelaki yang bangun menyatakan kebenaran kepada pemimpin yang zalim, lalu di  bunuh"

Rakyat tentu masih ingat ketika kabinet mengarahkan kepada Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) untuk menyediakan garis panduan hiburan, kerajaan hanya membakul sampahkan sahaja. Orang agama dalam JAKIM ialah kakitangan kerajaan, bukan daripada ulamak Pas dan tidak ada mana-mana parti.Jika teguran JAKIM pun kerajaan tidak mahu dengar apalah yang hendak diharapkan kepada perkara yang  lain.


Filed under: Agama

Majlis Tindakan Dun Dabong

Posted: 03 Dec 2010 11:27 PM PST

Majlis Tindakan Dun Dabong


Harga Petrol : BN zalimi rakyat marhaen

Posted: 03 Dec 2010 03:55 PM PST

KUALA LUMPUR, 3 Dis: Kenaikan harga petrol RON95, diesel, gas petroleum cecair (LPG) dan gula adalah bukti jelas kerajaan BN zalim kepada rakyat marhaen.

Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus berkata, rakyat marhaen paling terkesan dengan kenaikan itu kerana mereka adalah majoriti pengguna petrol RON95.

Sambil menyifatkan kenaikan mengejut itu sebagai 'gila', beliau mengharapkan rakyat menolak Umno BN yang secara terang terangan tidak mengutamakan rakyat terbanyak.

"Harap pengguna RON95 mesti tolak BN.

"BN zalimi rakyat marhaen, tak peduli kesusahan rakyat," katanya yang juga Pengarah Pilihan raya Dewan Pemuda PAS Pusat.

Beliau mengulas kenaikan petrol RON95, sebanyak 5 sen menjadikan RM1.90 seliter, diesel naik 5 sen menjadikannya RM1.80 seliter manakala gas LPG juga naik 5 sen menjadikan harganya RM1.90 sekilogram.

Harga gula pula naik 20 sen menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.

Kerajaan terus memberi alasan sama terhadap kenaikan itu dengan mendakwa ianya bagi menyelaraskan subsidi.

Semua harga baru itu berkuatkuasa pada jam 12.01 pagi esok.

Dua hari lalu, petrol RON 97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter.

Kenaikan itu berikutan perubahan harga pasaran yang diapungkan sejak Julai lalu.

Mengulas lanjut, Firdaus berkata, ketidakprihatinan BN kepada nasib rakyat bukan lagi dongeng semata-mata.

Ianya terbukti, apabila rakyat terus dibebankan sedangkan Perdana Menteri semalam mengumumkan akan meneruskan cadangan membina Menara Warisan 100 tingkat yang tiada manfaat secara langsung kepada rakyat.

"Kalau betul ikhlas, batalkan sahaja niat nak buat menara 100 tingkat, guna duit tu tampung beban rakyat.

"Saya tengok rakyat hanya diguna untuk pilihan raya sahaja," katanya lagi.

Lebih malang, kenaikan itu berlaku diwaktu rakyat sedang terbeban dengan persiapan persekolahan sesi akan datang.

Kesan kenaikkan itu juga jelasnya, memberi alasan kepada peniaga barangan menaikkan harga barang mereka dan menyebabkan pengguna sekali lagi terbeban.

"Saya hairan, kenapa menteri tak umum di parlimen, sedangkan parlimen tempat bincang masalah rakyat," soalnya.

Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat turun beramai-ramai pada himpunan membantah kenaikan harga air oleh Syabas di Masjid Negara, Ahad ini.

Biarpun himpunan itu bagi membantah tindakan Syabas menaikkan tarif air Selangor, kesempatan itu juga jelasnya wajar diguna untuk menyatakan bantahan terhadap kenaikan harga barangan keperluan tersebut.

PULAU TAWAR

Posted: 03 Dec 2010 11:23 PM PST

PULAU TAWAR


Kenapa tidak ada tindakan?

Posted: 03 Dec 2010 10:37 PM PST

ISA wajar diguna terhadap pengkritik Ketuanan Melayu: Peguam

KUALA LUMPUR: Penasihat Undang-undang UMNO, Datuk Mohd Hafarizam Harun, menyarankan agar Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) diguna pakai dalam isu berhubung kenyataan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, mengenai "Ketuanan Melayu" semasa Kongres Nasional PKR Sabtu lalu.

Beliau berkata, kenyataan itu sekali lagi mencabar kedudukan dan hak istimewa orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan apa yang dikatakan oleh Dr Wan Azizah bahawa ketuanan Melayu harus "dibakulsampahkan" adalah satu bentuk cabaran secara khusus kepada peruntukan undang-undang iaitu Perlembagaan Persekutuan dan ia bukanlah satu hak kebebasan untuk bersuara.

Beliau berkata, apabila kenyataan ketuanan Melayu, hak keistimewaan orang Melayu, kedudukan Raja-raja Melayu dan apa juga yang berkaitan dengan Artikel 153 dan lain-lain perkara dikatakan dengan begitu terbuka, apatah lagi dalam satu kongres yang turut dihadiri bukan Melayu, ia bukan lagi berbentuk cabaran tetapi lebih kepada memperlekehkan kedudukan, status hak orang Melayu dan Majlis Raja-raja Melayu.

"Artikel 153 adalah sesuatu yang terpahat kemas dan tersimpul mati atau dalam bahasa undang-undangnya berbentuk 'entrenched' yang mana ia adalah satu perkara yang bukan hanya tidak boleh dipinda tetapi juga adalah terlarang untuk diperkatakan," katanya.
(Berita di sini)

Ulasan:-Apabila kita membuat satu-satu kenyataan dalam akhbar misalnya,beberapa perkara handaklah diteliti terlebih dahulu.Di dalam keratan akhbar ini menyatakan bahawa tindakan perlu diambil kepada mereka-mereka yang mempertikaikan hak dan kuasa Raja-raja Melayu antaranya.

Kita nampaknya sudah lupa yang UMNO dan BN pernah menghina Intitusi Raja Melayu semasa mereka diketuai oleh Tun Dr Mahathir tidaklama dahulu.Kenapa sehingga sekarang tidak ada satupun tindakan yang diambil oleh PERUNDANGAN terhadap mereka yang terlibat?

Dan setelah PRU 12 berakhir,satu golongan(YANG KAMI PASTI DARI UMNO)telah menolak cadangan dan pilihan MB Terengganu yang baru.Itu ialah pilihan pihak Istana Terengganu yang diketuai oleh Sultan Terengganu yang mana pada masa yang sama adalah YDP Agong.

Kenapa tidak ada sedikit pun laporan dan tindakan yang TEGAS diambil ke atas mereka ini?Adakah kerana mereka ini UMNO atau BN?Di manakah keadilan yang sebenarnya?
Ini bukan setakat mengkritik,malahan terus MENGHINA Raja-raja melayu?

Inikah yang dikatakan sebagai 2 SET UNDANG-UNDANG?

Pengikut