DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KUBANG PASU |
Umno-BN boros, rakyat terpaksa tanggung Posted: 27 Oct 2015 07:05 AM PDT Oleh AHMAD AMZAD HASHIM WAKIL kerajaan puji kerajaan kerana adanya GST dapat menampung kekurangan hasil dari turunnya harga petroleum mentah dunia dari USD100 setong ke bawah USD50 setong.atanya kerajaan bijak kerana sudah jangka hasil akan berkurang kerana kejatuhan harga petroleum dunia, maka kena tampung dengan punca hasil yang baru. Harap jangan dilupa bahawa GST mula dibawa ke Parlimen hujung tahun 2009 ketika kita tiada masalah harga minyak dunia. Malah ketika itu harga minyak dunia semakin memuncak. Apakah yang kerajaan telah buat dengan hasil yang bertambah-tambah daripada kenaikan harga minyak mentah dunia yang meningkatkan pendapatan negara begitu banyak ketika tempoh 2010 ke 2014 yang lalu? Adakah kerajaan beringat dan cermat berbelanja? Sediakan payung sebelum hujan? Laporan Ketua Audit Negara setiap tahun mendedahkan kesalahan dan pemborosan kerajaan. Banyak isu berkait perbelanjaan berskala mega dengan angka berbillion sehingga isu projek lembu National Feedlot Centre (NFC) yang melibatkan wang rakyat lebih RM250juta pun tidak lagi dianggap besar kerana ditenggelamkan oleh terlalu banyak isu lain yang bukannya ratusan juta tetapi ribuan juta di sana sini dari projek KLIA2 yang sepatutnya boleh dibina lebih murah ditapak cadangan yang asal akhirnya mencecah sekitar RM4billion, atau isu penyelewengan PKFZ, projek infra MRT (RM42 Billion) yang ada sepatutnya pilihan yang jauh lebih murah untuk menyelesaikan isu yang sama, pembelian peralatan pertahanan pada harga yang sangat tinggi berbanding produk setara dibeli oleh negara lain, isu 1MDB RM42billion dan terlalu banyak yang lain. Malaysia pernah dalam tempoh itu disenaraikan negara yang parah masalah pengaliran wang haram (illicit flows) dan rasuahnya. Tabiat berbelanja boros pemimpin dan keluarganya diperkatakan sampai ke media antarabangsa. Isteri Perdana Menteri menjadi bahan gossip mengalahkan selebriti Hollywood. Jho Low yang digambarkan berkawan rapat dengan anak DS Najib dan mengatur banyak urusan wang 1MDB digambarkan suka berfoya-foya bersama selebriti Hollywood. Ketika Malaysia dikata punya hasil yang banyak, kerajaan menekan rakyat seolah-olah harga minyak dunia meningkat, kerajaan tiada pilihan melainkan naikkan harga petrol dan diesel sehingga memberi kesan rantaian dalam kenaikan pelbagai harga barangan dan perkhidmatan yang diperlukan oleh rakyat yang semuanya pengguna akhir. Ini sangat menyusahkan rakyat. Apabila sekarang harga minyak dunia jatuh lebih separuh pula apakah kerajaan turunkan harga petrol dan gas? Tidak. Makin naik adalah. Baik kerajaan pusat, mahupun kerajaan negeri telah gagal menunjukkan sifat hemah, cermat dan amanah dalam pengurusan wang rakyat. Malah isu isu yang berbangkit dengan nilai puluhan billion sekarang seperti skandal besar 1MDB RM42 Billion, Derma ke akaun peribadi RM2.6Billion, salah urus Felda yang merugikan berbillion kepentingan jutaan peneroka felda yang majoritinya melayu, pengambilan tanah tanah strategik milik orang melayu untuk diperniagakan untuk manfaat kelompok tertentu. Wang Terengganu yang hampir setiap tahun sejak 10 tahun dibelanjakan lebih RM2 Billion mengatasi negeri negeri lain, tapi kekal kedudukannya sebagai antara negeri yang paling miskin rakyatnya. Ini semua bukan lagi isu kebijaksanaan, cermat, kecekapan dan hemah dalam melaksanakan amanah rakyat Ini sudah isu pecah amanah, kemungkinan wujud elemen jenayah komersil yang menggoncang tiang seri keteguhan negara. Ini isu Barisan Nasional telah merosakkan negara. Bukan lagi isu yang satu lebih cekap dari yang satu lagi. Tetapi isu pilihan antara mendokong pengkhianatan dan kejahatan dengan memilih untuk mencantas segala kejahatan tersebut. Memang jahat dan khianat apabila perbuatan BN yang mengakibatkan kesusahan kepada negara, sekarang mahu rakyat pula yang membayar kerugian itu dengan menambah wang ke saku mereka melalui GST. Penulis ialah Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat |
You are subscribed to email updates from DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KUBANG PASU. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |