Isnin, 25 Februari 2013

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah


Diugut, Karnival Rakyat PAS Sepanggar Dibatal

Posted: 24 Feb 2013 09:52 PM PST

KOTA KINABALU: Karnival Rakyat PAS Kawasan Sepanggar yang sepatutnya berlangsung semalam di Kampung Warisan di sini terpaksa dibatalkan ekoran tindakan sabotaj dan ugutan kekacauan yang dilakukan pihak tertentu.

Menurut Ketua Pemuda PAS Sepanggar Saifuddin Samsuddin, sekumpulan Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), mendatangi mereka dan mengugut akan melakukan kekacauan sekiranya program tersebut diteruskan.

Menurut Saifuddin, pihaknya sebelum ini telah mengadakan pertemuan bersama JKKK, namun ketegangan berlaku apabila mereka mendakwa pihak Belia kampung tersebut telah merancang untuk mengadakan aktiviti sama sejak Januari lalu.

Walaubagaimanapun katanya, penganjur yang telah beberapa kali mengadakan perbincangan dan mesyuarat bersama beberapa penduduk kampung tidak pernah dimaklumkan mengenai program Belia yang akan menganjurkan aktiviti sama pada hari tersebut.

Malahan, penganjuran Karnival Rakyat ini juga telah mendapat kebenaran pihak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan turut dimaklumkan kepada pihak polis.

Pagi semalam, sebelum program berlangsung, beberapa buah kenderaan dan kumpulan yang dipercayai penyokong BN berkawal di padang dan kelihatan bendera BN sudah mula dipacak disekitar padang di mana lokasi penganjuran Karnival Rakyat akan diadakan.

Selain itu penganjur mendapati beberapa banner dan banting yang dipasang sekitar kawasan kampung telah diconteng dan ditulis dengan beberapa perkataan ugutan.

Sehubungan itu kata Saifuddin, bagi mengelak sebarang perkara tidak diingini berlaku, program tersebut terpaksa ditunda kepada satu tarikh lain.

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


DUNIACACAMARBA

Posted: 25 Feb 2013 03:30 PM PST

Posted by Admin Direktori Blog | | 3:30 PTG

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

sumber :-

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info


[Video-Wajib Tonton] Bukti Calon Melayu PR Lebih Banyak daripada Calon Melayu BN

Posted: 25 Feb 2013 06:10 AM PST

P/s: Fikir!

Jangan diperbodohkan oleh BN dan medianya. Jangan terpedaya oleh provokasi mereka. Jangan termakan hasutan mereka. Jangan takut akan ugutan mereka!

Undi Pakatan Pakyat!

DIALOG RAKYAT

Posted: 25 Feb 2013 03:25 PM PST

Sebelum ini, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DYMM) pernah mencetus kontroversi yang apabila mengatakan rakyat Johor lebih miskin daripada rakyat Kelantan (DI SINI).
Semuanya disebabkan masalah pemilikan hartanah dikalangan rakyat di Johor terutamanya membabitkan kawasan di sekitar Wilayah Pembangunan Iskandar dan Wilayah Ekonomi Johor Selatan. Itu dahulu…..
Sekarang ia telah dikenali dengan Iskandar Malaysia :
  1. meliputi 2217 km persegi
  2. tiga kali lebih besar daripada Singapura dan dua kali saiz Hong Kong.

Hartanah Iskandar Malaysia Johor : Pemaju, Pemain Hartanah VS Rakyat Johor!

Dan yang menarik perhatian kami apabila melihatkan kenyataan terbaru daripada KGV International Property Consultant mengenai perkembangan terbaru hartanah di Iskandar Malaysia.
  • Harga hartanah rumah di Iskandar Malaysia Johor telah meningkat sebanyak 40 peratus setiap tahun (secara purata) sejak tahun 2006.
  • Trend kenaikan hartanah (harga rumah) bermula pada tahun 2009 lagi
  • Lonjakan mendadak pula ibarat "pelancaran roket Soyuz ke angkasa" melibatkan nilai hartanah di Iskandar Malaysia Johor telah berlaku sejak tahun 2011
  • Harga pangsapuri mewah telah mula berjaya memecahkan harga siling pada RM500 sekaki persegi dan naik ke RM700 setiap kaki persegi
  • Hakikatnya, setakat ini 80% aset di Iskandar Malaysia adalah kepunyaan orang Asing
Pastinya berita kenaikan harga hartanah kediaman di Johor menjadi satu kemanisan di halwa telinga kalangan pemaju & pemain hartanah. Tetapi tidak kepada rakyat Johor yang masih tercari-cari kediaman & memiliki hartanah sendiri di sekitar Iskandar Malaysia, Johor.
Walaubagaimanapun, "tahniah" kami ucapkan kepada rakyat Singapura kerana berjaya memiliki hartanah di negeri Johor. Jikalau di Singapura ada masalah kekurangan tanah sehingga menyebabkan kerajaan Singapura bertegas sehingga menyebabkan pemilikan hartanah di sana diperketatkan. Tetapi itu bukan masalah besar kepada rakyat Singapura dek kerana ada alternatif selain daripada itu.
Terima kasih kepada kerajaan Malaysia & Johor yang berbesar hati membuka ruang dan peluang utnuk mereka beli rumah dan melabur pasaran hartanah di Johor. Dengan kelebihan….
  1. Gaji 4 dan 5 kali lebih tinggi daripada pendapatan rakyat Malaysia
  2. Ditambah dengan bantuan pertukaran mata wang asing yang dua kali ganda setengah lebih daripada matawang Malaysia

Pelaburan Hartanah di Iskandar Malaysia Johor VS Thailand?

Bukanlah satu masalah besar untuk rakyat Singapore melabur di Iskandar Malaysia, Johor. Kalau di Malaysia expatariat dilihat mudah untuk memiliki hartanah di Malaysia termasuklah di Iskandar malaysia Johor tetapi tidak di Thailand walaupun expatariat juga agak ramai diThailand. Tetapi bezanya di sini, kerajaan Thailand :
  1. cuma benarkan expatariat sewa atau beli kondominimum sahaja.
  2. Jikalau rumah, memang expatariat tidak dibenarkan beli.
  3. kecuali expatariat itu kahwin dengan orang Thailand
  4. Tetapi nama rumah / tanah mesti atas nama orang Thailand sahaja yang dibenarkan
 Malaysia? Kerajaan berbesar hati utnuk tawarkan MM2H (Malaysia My Second Home) (KLIK SINI BUTIRANNYA) kepada orang asing. Itu sebablah ramai berebut untuk mengambil kemudahan pakej MM2H ini, walaupun hakikatnya ia gunakan rumah tersebut sebagai kediaman hujung minggu sahaja.
Lokasi rumah di Horizon Hills, East Ledang, Leisure Farm Resort, Medini menjadi "lokasi permainan" orang Singapore melabur di Iskandar Malaysia. Pembelian 3, 4 biji rumah sekaligus perkara biasa. Realitinya projek-projek di Nusajaya sasaran pasarannya adalah melibatkan rakyat Singapore.
Walaubagaimanapun, kepada rakyat Johor Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DYMM) ada inisiatif tersendiri untuk membantu anda memiliki rumah di sekitar Iskandar Malaysia :

KUALA LUMPUR – Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) bakal membina 1,000 unit kondominium mewah di pesisir Pantai Lido, Johor Bahru, yang akan dijual pada harga sederhana bagi membantu orang Melayu memiliki kediaman sendiri.
Presidennya, Datuk Syed Ali Mohamed Alattas berkata, kondominium mewah tersebut yang dibina menghadap Singapura itu dijual pada harga antara RM350,000 dan RM400,000 walaupun harga pasaran semasa di kawasan itu mencecah RM1 juta seunit.
Menurutnya, projek pembangunan tersebut bakal diberi nama 'New Johore City' dengan 1,000 unit berkenaan merupakan fasa pertama, kerana DPMM merancang untuk membina keseluruhan 4,000 unit kondominium di atas tanah seluas 16 hektar di kawasan itu.
P/S : Bagaimana berminat? Apa kata rakyat Johor atau yang tinggal di tinggal bekerja di Johor ketika ini mengenai situasi harga rumah di Iskandar Malaysia, Johor? Berjaya memilikinya? Berapa harganya?

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


PIDATO RAKYAT

Posted: 25 Feb 2013 03:06 AM PST


Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Doa, ikrar akhiri Konvensyen Pakatan Rakyat ke-4

Posted: 25 Feb 2013 12:31 AM PST



SHAH ALAM: Konvensyen Pakatan Harapan Rakyat hari ini berakhir dengan bacaan ikrar daripada pimpinan ketiga-tiga parti dan seluruh perwakilan.

Bacaan ikrar diketuai Datuk Takiyuddin Hassan (PAS), Teresa Kok (DAP) dan Darell Leiking (PKR).

Berikut adalah Ikrar Pakatan Rakyat:

1. Akan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan Dasar-dasar Bersama Pakatan Rakyat

2. Akan memperkukuhkan kerjasama di kalangan anggota-anggota parti komponen Pakatan Rakyat

3. Akan menumpukan sepenuh usaha dalam meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat

4. Akan terus mengukuhkan jati diri dan menghindari segala sogokan yang mendorong ke arah pengkhianatan terhadap perjuangan Pakatan Rakyat

5. Akan tetap menjunjung harapan rakyat ke arah membina sebuah negara yang demokratik, adil dan berkebajikan.

Bacaan ikrar kemudiannya diserahkan kepada tiga pemimpin parti iaitu Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (PAS), Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR) dan Lim Guan Eng (DAP).

Selepas itu, Mursyidul Am PAS, Datuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat membaca doa mengakhiri konvensyen.

Pakatan buktikan perpaduan, tolak perkauman -TG Hadi

Posted: 25 Feb 2013 12:30 AM PST

 
SHAH ALAM: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata Pakatan Rakyat telah membuktikan perpaduan dan muafakat yang erat walaupun kadang-kadang berbeza pendapat.

"Kita buktikan perpaduan walaupun bertelingkah, berdebat, boleh berbalah, tetapi kacau gula, kopi dan teh tidak memecahkan cawan itu," katanya yang diikuti tepukan gemuruh lebih 1,500 perwakilan yang memenuhi dewan SACC.

Bagaimanapun beliau mengingatkan agar Pakatan Rakyat memelihara perpaduan yang dibina selama ini kerana parti lawan sedia untuk mengambil kesempatan.

"PAS, DAP dan PKR bergaduh, yang kenyang BN," katanya.

Abdul Hadi juga, turut menegaskan lima perkara yang menjadi harapan rakyat di mana Pakatan Rakyat mesti melaksanakannya.

Lima perkara tersebut, perpaduan masyarakat majmuk, adil terhadap semua, demokrasi hak rakyat sebenar, kehebatan perlembagaan dan undang-undang yang adil dan kerajaan yang bersih.

"Inilah harapan rakyat, kita perlu sedar dan faham lima perkara ini yang menjadi harapan rakyat," katanya ketika berucap dalam Konvensyen Pakatan Rakyat.

Jelas Abdul Hadi, semua kaum yang ada di Malaysia telah menerima hakikat masyarakat majmuk melalui Pakatan Rakyat yang telah diterjemahkan melalui PRU-12 pada 2008 lalu.

"Apabila orang Melayu Islam yang kuat PAS boleh mengundi calon DAP dan PKR dari kalangan bukan Islam. Apabila orang kuat DAP dan berbagai kaum dan agama boleh undi calon PAS dan PKR dari kalangan Melayu Islam. Mereka sedia mengalahkan calon dari bangsa mereka sendiri," katanya.

Senario ini, katanya, Pakatan Rakyat telah berjaya memecahkan fanatik perkauman yang dihidupkan oleh BN selama ini, sudah dianggap tidak relevan lagi.

"Kita terima berbagai kaum satu adunan yang baik, pelbagai budaya dan pengalaman disatukan. Kita boleh bina kekuatan Pakatan Rakyat dengan satukan berbagai kaum di atas konsep dalam perlembagaan yang tak mampu dibuat oleh BN,"katanya.

Penampilan Yassin buat kejutan di Konvensyen PR

Posted: 25 Feb 2013 12:30 AM PST



SHAH ALAM: Penampilan penyanyi popular Yassin dan rakan-rakannya dengan dua lagu tema Pakatan Rakyat menjadi kejutan dalam Konvensyen Pakatan Rakyat hari ini.

Dengan lagu 'Menuju Putrajaya' dan 'Reformasi', Yassin yang juga bekas anggota kumpulan nasyid Brothers itu memukau para peserta konvensyen di Pusat Konvensyen Shah Alamdi sini.

Kedua-dua lagu ini adalah pertama kali diperdengarkan kepada umum sempena konvensyen hari ini.

Sebelum ini video klip lagu Reformasi nyanyian beliau ini telah dilancarkan oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) sebagai lagu rasmi kempen mereka ke seluruh negara.

Ia juga dijangka bakal menjadi siulan anak-anak muda khususnya dikongsi di laman-laman sosial dan radio internet walaupun bakal di black out dari tv dan radio tradisional.

Yasin juga telah secara rasminya dilantik sebagai duta terbaru PKR bagi mempromosikan parti tersebut kepada anak muda.

14 tawaran Pakatan untuk kesejahteraan rakyat

Posted: 25 Feb 2013 12:28 AM PST


SHAH ALAM: Rakyat terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi sedang gaji dan upah tidak meningkat, malah generasi kini adalah lebih miskin dari generasi sebelumnya, generasi mendatang lebih miskin dari generasi kini.

Atas keprihatinan ini Pakatan Rakyat mengutamakan Kesejahteraan Rakyat yang merupakan salah satu cabang daripada Manifesto Pakatan Rakyat yang dilancarkan hari ini.

Cabang Kesejahteraan Rakyat ini dibentangkan Pengarah Strategi PAS Pusat Dr Dzulkifli Ahmad di hadapan kira-kira 1,500 perwakilan ketiga-tiga parti PAS, PKR dan DAP di Pusat Konvensyen Shah Alam, di sini hari ini.

Menurut Dzulkifli, perbelanjaan asas setiap isi rumah dibebankan dek struktur harga yang berpihak kepada kroni dan syarikat besar, ekonomi negara dikuasai oleh beberapa monopoli yang dimilki kroni dan syarikat besar.

"kemungkaran ekonomi yang menindas rakyat seperti ini perlu ditentang sekeras-kerasnya," kata beliau.

14 tawaran yang digariskan dalam cabang Kesejahateraan Rakyat iaitu;

- Harga minyak turun
- Caj elektrik lebih rendah
- Caj air lebih rendah
- Hapus tol
- Hapus monopoli
- Turunkan harga kereta
- 150,000 rumah selesa mampu milik
- Perbadanan Perumahan negara: pelaburan RM5 bilion tahun pertama dan RM2 bilion setahun selepas itu untuk bina rumah selesa mampu milik.
- Pendidikan percuma untuk semua, haput PTPTN
- Hapus AES. Batalkan saman AES
- Keadilan untuk warga Felda
- Tingkatkan guna tenaga polis untuk banteras jenayah
- Perkhidmatan wad percuma (kelas 1 dan 3) di semua hospital kerajaan
- Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat dinaikkan kepada RM550 sebulan.

Konvensyen PR: PAS sedia 'ramuan' kemenangan PRU13

Posted: 25 Feb 2013 12:27 AM PST


SHAH ALAM: PAS sudah bersedia dengan 'ramuan-ramuan' kemenangan bagi menghadapi PRU-13 yang akan diadakan paling lewat 60 hari dari sekarang.

Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Hatta Mohd Ramli berkata, ramuan kemenangan itu termasuklah menyelesaikan serta menggerakkan pembentukan jentera parti yang sedia bertempur bila-bila masa sahaja.

"798 kerusi DUN dan parlimen sudah selesai diputuskan dan akan masuk PRU kali dengan satu lawan satu dengan BN," katanya ketika berucap dalam Konvensyen Pakatan Rakyat di SACC pagi ini.

Beliau berkata, parti-parti politik di negara ini berkempen selama lima tahun memandangkan tarikh pilihan raya sudah menjadi amalan pimpinan negara, dirahsiakan.

"Kalau kita tahu bila PRU, kita tidak perlu habis masa selama lima tahun untuk berkempen, kita tidak tahu tarikh, jadi kita perlu berkempen sepanjang masa," katanya.

Hatta berkata, Pakatan Rakyat harus bersedia dengan segala bentuk penipuan yang akan berlaku dalam PRU nanti.

"Kita di malaysia mempunyai krisis keyakinan terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Kalau SPR bebas kita tidak ada masalah, tetapi kita hilang keyakinan dan tidak boleh ada pilihan lain, kita kena bersedia dengan penipuan," katanya.

Apa yang penting katanya, PAS, PKR dan DAP akan menyertai pilihan raya ini sebagai gabungan mantap bagi mengambil alih kerajaan.

Malah katanya, Pakatan Rakyat juga memutuskan masa depan politik negara akan ditentukan oleh rakyat negara.

Justeru, kerjasama Pakatan Rakyat dengan rakyat Malaysia yang prihatin sama ada individu atau NGO akan mempastikan bahawa mereka yang turun mengundi adalah rakyat Malaysia.

Pancing BR1M: Presiden PAS nasihat rakyat jadi ikan cerdik

Posted: 25 Feb 2013 12:27 AM PST


ALOR SETAR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menasihatkan rakyat agar menjadi ikan yang cerdik berhadapan dengan pancing BR1M yang ditaja Barisan Nasional.

Bercakap di Karnival Tahun Baru Cina di Alor Setar baru-baru ini, beliau berkata BR1M yang diberi tatkala pilihanraya sudah dekat adalah untuk memperbodohkan rakyat.

"BR1M diberi masa pilihanraya. Ini membodohkan rakyat. Dia bagi kita ambil. Kita mesti menjadi ikan yang cerdik, kita makan umpan bukan makan kail. Jangan jadi ikan bodoh, telan kail kita sangkut," kata beliau sambil mengajak rakyat membuat perubahan.

Tuan Guru Abdul Hadi berkata pelbagai masalah yang dialami rakyat kini adalah hasil pemerintahan yang tak betul.

"Setelah 50 tahun, kita melihat banyak rakyat dalam keadaan malang, miskin dan mengganggur dan tak ada tanah tempat kediaman – masih mengalami pelbagai masalah.

"Walaupun negara kita banyak hasil, negara kita berada di tempat hubungan laluan antarabangsa. Kita jadi begini kerana pemerintahan yang tak betul," tegas beliau.

Ahli Parlimen Marang itu berkata melalui sistem demokrasi rakyat akan menjadi hakim untuk memilih kerajaan yang memerintah 5 tahun sekali.

"Pepatah Cina kalau nak tolong bagi kail, pancing dan tali. Bukan bagi ikan. Kalau bagi ikan, dia akan minta ikan lagi. Tak boleh selesai lagi masalah. Bagi kail bagi pancing selesai masalah. Dia berdiri diri sendiri.

"Cukuplah BN memperbodohkan kita dengan BR1M. BR1M, bagi duit, bagus bagi duit. Inikah cara untuk meningkatkan ekonomi rakyat?" tambah beliau.

Di dalam ucapan tersebut di majlis tersebut, beliau buat pertama kalinya cuba memberikan ucapan dalam bahasa mandarin untuk mengalu-alukan kedatangan hadirin.

"Berharap tahun baru ini dapat membawa kelebihan, kebaikan dan kesejahteraan kepada kita semua," katanya di dalam bahasa Mandarin yang mendapat tepukan gemuruh daripada hadirin.

Beliau turut berseloroh dengan percubaan bertutur dalam bahasa Mandarinnya.

"Saya minta maaf kerana Bahasa Mandarin saya pelat Bahasa Melayu Terengganu," katanya yang menghiburkan para hadirin.

Episod baru di majlis penyampaian BR1M di Kelantan

Posted: 25 Feb 2013 12:26 AM PST


Lain lubuk lain ikan, lain menteri lain ragam! Pagi itu tanggal 24 Februari 2013, langit Pengkalan Chepa redup, cuaca kurang panas, tapi khalayak yang memenuhi dewan Sekolah Menengah Beris Pancur dari jam delapan pagi sehingga lewat sore keluh kesah seperti orang kepanasan. Sebahagiannya bertindak bangun duduk, keluar masuk, mundar mandir seperti orang keresahan kerana menunggu keretapi yang tak kunjung tiba. Kalau tidak kerana sesuatu yang amat berharga bakal diterima pagi itu, pasti tiada siapa sanggup menunuggu sehingga lebih lima jam hari bekerja.

Tiga penceramah tampil silih berganti, diakhiri dengan seorang menteri yang menjaga pitih negara - Awang Adek Hussin. Sebelum membahagi-bahagikan wang BR1M (RM500) kepada warga miskin dalam Dun Pancur, si Awang berceloteh panjang, terkadang terselit kelakar yang seperti cuba dibuat-buat.

Bertanya Awang Adek kepada warga miskin penerima BR1M dengan megah "Siapa mahu Datuk Seri Najib Razak kekal Perdana Menteri Malaysia, angkat tangan". Tak sampai dua puluh orang daripada ratusan hadirin angkat tangan tanda bersetuju.

Awang Adek bertanya lagi "Siapa mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri Malaysia?" Ramai mengangkat tangan, antaranya yang duduk di saf paling depan dan paling hampir dengan Awang Adek sehingga menteri pitih itu terkejut, pucat lesi mukanya.

"Pakcik, makcik, adik kakak, mungkin tersalah dengar soalan saya tadi" kata Awang Adek dengan senyum kambing sehingga mendorongnya mengulangi lagi sekali soalan sama "Siapa mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri Malaysia?" Orang yang sama terus memberi reaksi dengan mengangkat tangan tanda bersetuju Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia jika PR menang PRU13 nanti. Si Awang terbungkam.

Sementara yang lain ketawa berdekeh-dekeh melihat esisod baru telah muncul di pentas penyampaian BR1M musim kedua di Dun Pancur yang disampaikan seorang bergelar menteri kabinet Malaysia. Di dalam Dewan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bertetangga dengan Pancur lain pula ceritanya. Setiap sampul surat yang yang berisi BR1M telah disertakan bersama selembar kertas "bodoh" bertulis Akur Janji.

"Dengan ini aku bersumpah dan berjanji, Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Aku akan mengundi BN dalam pilihan raya akan datang, dan saya akan kerja dan membantu Umno untuk menyatukan umat Islam bersama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu, bukan untuk berpecah sesama Islam sepertimana Hj. Abdul Hadi b. Awang supaya orang-orang Islam @ Melayu di Malaysia berpecah @hancur".

Warkah Akur Janji itu ditemui di Dun Tawang pada 21 Februari, mengingatkan kita betapa hinanya orang-orang miskin di mata Umno. Pemberiannya bukan mengalir dari hati nurani yang ikhlas demi membantu warga miskin terutama orang Melayu, tetapi dari hati kotor yang sarat persangka buruk kepada bangsa ini, maka benarlah seperti kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat; Umno meletakkan taraf manusia itu seperti ayam, lembu.

Bingkisan Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat

Posted: 24 Feb 2013 03:50 PM PST

Ceramah Kelompok dan Pelancaran Pos Di Cawangan Temangan Lama

Posted: 24 Feb 2013 03:47 PM PST



Bingkisan saya kepada Mufti – Tuan Guru Nik Aziz

Posted: 24 Feb 2013 03:42 PM PST


Agak kecewa saya membaca kenyataan Mufti Perak, Sohibus Samahah Tan Sri Harussani Zakaria yang disiarkan oleh akhbar Berita Harian hari ini 24 Februari 2013 di muka hadapan. Mengikut laporan tersebut, beliau menyatakan bahawa sikap PAS lebih teruk dari kafir kerana tidak setuju dengan pelbagai dasar dan usaha kerajaan memajukan rakyat.

Saya mengira kenyataan ini sangat berat apatah lagi jika ia keluar dari mulut seorang mufti yang sepatutnya bersikap neutral dan tidak berpihak dalam pertembungan parti-parti politik. Jika ia hanya satu manipulasi media, satu penafian perlu dibuat dengan segera. Tetapi melihat kepada rekod sebelum ini di mana belum pernah kedengaran sebarang penafian dibuat terhadap laporan akhbar mengenai kenyataannya, saya kira kenyataan itu benar-benar keluar dari mulut beliau.

Saya pohon kepada Mufti Perak, agar berhati-hati di dalam membuat ulasan. Hari ini maklumat boleh diakses dengan mudah, sebarang ulasan berkenaan kenyataan saya dan pemimpin PAS yang lain khususnya eloklah dirujuk kepada sumbernya yang sahih. Rakaman ucapan saya yang didakwa menyifatkan penerima bantuan sebagai 'haiwan' juga sudah disiarkan dengan meluas, mustahil pejabat mufti Perak berhalangan untuk mendapatkannya.

Adakah dalam rakaman tersebut saya menyifatkan penerima bantuan sebagai haiwan? Tentu sekali tidak. Bahkan saya selama ini menggalakkan rakyat Kelantan yang layak menerima bantuan untuk beramai-ramai mengambil bantuan yang diberikan. Ini kerana wang yang diberikan tentu sekali bukan wang UMNO/Barisan Nasional tetapi wang kerajaan dan milik rakyat. Namun mengambil kesempatan daripada majlis pembahagian bantuan seperti ini untuk menyampaikan dakyah ideologi kepartian ialah satu perbuatan yang terkutuk.

PAS juga dituduh berkerat rotan dengan UMNO. Kenyataan begini sebenarnya berpunca daripada jahil sejarah. Rujuklah sejarah politik negara, bukankah PAS pernah menyertai Barisan Nasional? Apabila PAS berada dalam Barisan Nasional, UMNO pula mengambil pendirian untuk menendang PAS keluar kerana 'cemburu buta'. Saya ingin ulangi, bukan PAS yang keluar daripada Barisan Nasional tetapi  UMNO yang membuat ketetapan untuk menendang PAS keluar. Inilah yang termaktub di dalam ucapan Allahyarham Tun Hussein Onn pada 9 Disember 1977.

Justeru, Tan Sri Mufti Perak wajar berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan. Jika perkataan sebegini keluar dari mulut saya, agaknya berbulan-bulan ia akan diratib tanpa henti oleh media massa. Pesan saya kepada Tan Sri Mufti Perak, janganlah melampau-lampau sangat menunjukkan sokongan kepada UMNO/Barisan Nasional. Jika ditakdirkan nanti UMNO tersemban dalam pilihanraya, saya bimbang ada individu yang mencari makan dengan UMNO terkial-kial kelemasan mencari pelampung!

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Kuala Lumpur.
13 Rabiul Akhir 1434H bersamaan 24 Februari 2013M

4 kali ramalan tarikh bubar parlimen terlepas

Posted: 24 Feb 2013 03:42 PM PST

KOTA BHARU: Sudah empat kali ramalan tarikh pembubaran parlimen terlepas begitu sahaja. Terakhir seperti disebut ramai 22 Febuari juga tidak menjadi kenyataan.

Tiba-tiba hari ini Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan berkata pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) belum diumumkan kerana kerajaan mahu dasar transformasi negara benar-benar terbukti berjaya.

"Sebab itulah saya tunggu sampai kita letih hendak buat PRU, kita tunggu kerana saya hendak buktikan dasar transformasi negara benar-benar berjaya," katanya ketika melancar projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Seremban Sentral di Seremban hari ini.

Persoalannya sejuah mana kenyataan Perdana Menteri itu mempunyai asas yang kuat atau ada sesuatu di sebaliknya.

Bagaimananpun bagi Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasuruddin Hassan Tantawi (gambar) bukan isu transformasi yang menyebabkan Perdana Menteri sering kali menukar pelan tarikh pembubaran parlimen.

"Sebenarnya ada perkara lain yang membuat Datuk Seri Najib menjadi serba salah. Sebelum ini ura-ura parlimen hendak dibubar pada Febuari 2012, namun tidak menjadi kenyataan mungkin ada kaitan Himpunan Bersih 3.0.

"Kemudian ditukar pula kepada April 2012, namun tidak juga menjadi kenyataan kerana kebangkitan rakyat pada Himpunan Hijau.

"Maklumat ini bukan kita dapat di tepi jalan sebaliknya sumber dalaman Umno sendiri. Kita pun ada agen dalam Umno," katanya pada ceramah isu semasa di markas Unit Peti Undi Lundang di sini malam tadi.

Hadir sama artis hijrah, Hairie Othman, bekas Pengarah Jabatan Penerangan Sabah, Hamid Omar, Ketua Penerangan PAS Kota Bharu, Nor Azariza Alawi, pengarah pilihan raya, Azahari Ab Rahman dan Timbalan Pengerusi MTD Bunut Payong, Abdul Razak Mamat.

Nasruddin berkata, kemudian khabar angin tarikh pembubaran parlimen ditunda kepada Disember, namun tidak menjadi realiti selepas kehadiran lautan manusia pada Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka.

"Sumber Umno pula menyebut pada 22 Febuari akan dibubar, namun terlepas begitu sahaja. Mengapa. Mungkin ada kaitan dengan kajian Merdeka Centre dan Universiti Malaya yang memperlihat kedudukan BN tergugat.

"Kebangkitan rakyat begitu jelas sekali. Pada awal 1990 ceramah PAS di Johor hanya dihadiri beberapa orang sahaja, namun sekarang sambutan begitu hangat.

"Begitu juga di Sabah pada awal 1990-an penduduk di sana menganggap lambang PAS seperti bola pingpong. Namun sekarang penerimaan rakyat begitu mendadak," ujarnya.

Menurutnya pada program terbaru yang diadakan di Sabah minggu lepas kehadiran rakyat sehingga penuh dewan, dan ada anak muda yang datang membawa gitar

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


MEDIA Rakyat MALAYSIA

Posted: 25 Feb 2013 03:09 AM PST

MEDIA Rakyat MALAYSIA


HIMPUNAN WANITA KELANTAN DI PERANTAUAN @23 FEB 2013 BAZAR PUSAT BANDAR TAMAN MELAWATI

Posted: 24 Feb 2013 07:24 AM PST

Suara Sri Andalas

Posted: 24 Feb 2013 11:31 PM PST

Suara Sri Andalas


135 Ibu Tunggal Menyertai Jom Shopping DUN Seri Andalas

Posted: 24 Feb 2013 06:23 PM PST

Pada 23 Februari 2013 yang lepas, program Jom Shopping untuk ibu tunggal yang pertama di DUN Seri Andalas telah diadakan di pasaraya Giant. Program ini adalah inisiatif terbaru Kerajaan Negeri Selangor Pakatan Rakyat di Bawah tanggungjawab YB Rodziah.

Seramai 135 orang wanita telah menyertai program ini. Hadir dalam program adalah YB Dr Xavier Jayakumar, ADUN Seri Andalas, Encik PS Rajoo, Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Klang, Encik Abdul Manaf, Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Shah Alam.

YB Dr Xavier mengucapkan terima kasih kepada semua sukarelawan yang telah membantu melancarkan program pada hari tersebut.

















Sambutan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina DUN Seri Andalas Meriah

Posted: 24 Feb 2013 06:16 PM PST

Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina DUN Seri Andalas yang diadakan pada 24 Februari 2013 di Taman Mewah, Klang mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

Majlis yang berlangsung dari jam 2 hingga 5 petang itu menyediakan pelbagai juadah tradisional maysrakat cina. Seperti kebiasaan, Tahun Baru Cina dimeriahkan lagi dengan pertunjukkan tarian singa. Selain tarian singa, berbagai-bagai pertunjukkan diadakan untuk orang ramai yang hadir.

YB Dr Xavier Jayakumar kemudiannya mengagihkan ang pow kepada para hadirin terutamanya warga emas kemudiannya diberi ang pow.

YB Dr Xavier Jayakumar mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang hadir ke majlis untuk meraikan perayaan tahun baru cina bersama-sama dan sekalung penghargaan kepada para sukarelawan yang menjayakan majlis ini.















44 Wanita Menyertai Mammogram Kedua Tahun 2013 DUN Seri Andalas

Posted: 24 Feb 2013 05:11 PM PST

Pada 24 februari 2013, Program Pemeriksaan Kesihatan Mammogram kedua tahun 2013 DUN Seri Andalas telah diadakan.

Seramai 44 orang wanita telah menyertai program tersebut. Program telah diuruskan oleh Puan Vickneswary. Puan Kalairasi telah menemani kesemua peserta membuat pemeriksaan di Forest Medical Centre.

Sebelum bertolak, pada pukul 8 pagi, YB Dr Xavier Jayakumar telah memberi taklimat kepada para peserta.













Anwar Ibrahim

Posted: 24 Feb 2013 07:17 PM PST

Anwar Ibrahim


Pakatan Yakin Menang Hampir 140 kerusi, kata sumber

Posted: 23 Feb 2013 11:26 PM PST

The Malaysian Insider

Pakatan Rakyat (PR) yakin akan memenangi hampir 140 kerusi parlimen dalam Pilihan Raya 2013 dengan kemenangan di Sabah, Sarawak dan Johor akan memberikan mereka majoriti mudah untuk menubuhkan kerajaan, kata sumber.

The Malaysian Insider difahamkan pemimpin PR telah menghitung peluang di beberapa negeri tetapi bilangan mereka bergantung kepada keupayaan untuk menyatukan pembangkang di Sabah.

Disebalik keyakinan PR, pemerintah Barisan Nasional (BN) telah membuat tinjauan yang menunjukkan mereka boleh menang sehingga 145 kerusi, lebih tinggi dari 112 kerusi untuk majoriti mudah dan di bawah 148 kerusi untuk majoriti dua pertiga.

Najib di Sarawak hari ini, seminggu selepas menghabiskan dua hari di Sabah minggu lalu. — Gambar fail
Kaji selidik bebas bagaimanapun menunjukkan BN boleh menang diantara 105 dan 117 kerusi, dengan kaji selidik trend pengundian terbaru menunjukkan kedudukan kelulusan Umno hampir 40 peratus, jauh lebih rendah daripada kelulusan untuk Perdana Menteri dan presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.
"Pemimpin Pakatan bercakap mengenai kemungkinan menang sekurang-kurangnya 138 kerusi, mungkin sehingga 140 dengan kerja keras yang telah dilakukan semenjak 2008," kata sumber kepada The Malaysian Insider, merujuk kepada pilihan raya lalu apabila tiga parti tersebut menang 82 kerusi parlimen dan lima negeri.

Kemenangan DAP, PAS dan PKR selepas bekerjasama pada 2008 menyebabkan penubuhan PR walaupun ianya masih belum berdaftar. BN merupakan satu-satunya gabungan politik berdaftar di Malaysia.

Pemimpin de facto PR Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi tahu agensi berita Bloomberg pertempuran utama dalam Pilihan Raya 2013 adalah di Sabah dan Sarawak, yang menawarkan 56 daripada 222 kerusi parlimen.

Kedua-dua negeri Borneo itu dilihat sebagai "deposit tetap" untuk BN tetapi Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) mengenai pemberian kewarganegaraan sebagai pertukaran kepada undi memberikan imej buruk kepada gabungan pemerintah itu.

Krisis dengan militan bersenjata Sulu di bandar pantai timur Lahad Datu di Sabah telah menimbulkan persoalan tentang keupayaan Putrajaya untuk mempertahankan negeri tersebut.

Difahamkan PR berharap untuk menang besar di Sarawak dan Sabah, bukan hanya di kawasan bandar di mana masyarakat Cina dominan menyokong parti pembangkang itu tetapi juga di beberapa kawasan luar bandar di mana pemimpin PR telah menerima sambutan yang hangat.

Pakatan juga memberikan tumpuan di Johor dimana beberapa pemimpin penting PAS dan DAP dihantar untuk bertanding. Ini termasuklah Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub dan ahli strategi DAP Liew Chin Tong — masing-masing merupakan ahli parlimen.

"Kami mendapat respon yang baik dari penduduk Sabah dan Sarawak dan ini membimbangkan BN. Sebab itu pemimpin BN melawat dua negeri tersebut dengan lebih kerap," kata sumber dari PR kepada The Malaysian Insider.

Najib di Sarawak hari ini, seminggu selepas menghabiskan dua hari di Sabah minggu lalu. Pengerusi BN itu mempunyai satu lagi pusingan melawat negeri yang akan berakhir di kerusi parlimennya Pekan pada 16 Mac.

The Malaysian Insider melaporkan baru-baru ini Najib berkemungkinan membubarkan parlimen selepas 16 Mac dan mendapatkan mandat pertamanya dengan pilihan raya yang akan diadakan pada pertengahan April.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengazetkan daftar pemilih terbaru hari ini dan dilaporkan 13.64 juta telah mendaftar sebagai pengundi, termasuk 3,000 dari luar negara.

SPR akhirnya membenarkan rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara untuk mengundi — sebelum ini hanya diberikan kepada pekerja kerajaan dan pelajar tajaan kerajaan dalam pilihan raya lalu.

Pengikut