Isnin, 31 Januari 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Salam Perjuangan

Posted: 31 Jan 2011 11:02 PM PST

Salam Perjuangan


PASCA PRK TENANG (2) - APA KATA PIMPINAN

Posted: 31 Jan 2011 04:43 AM PST

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA - PRESIDEN PAS

Posted: 30 Jan 2011 11:05 PM PST

PARLIMEN BUKIT GANTANG

Posted: 31 Jan 2011 09:25 PM PST

PARLIMEN BUKIT GANTANG


Selamat Tahun Baru Cina

Posted: 31 Jan 2011 03:46 AM PST

n12selinsing

Posted: 31 Jan 2011 09:20 PM PST

n12selinsing


HUJUNG MINGGU YB

Posted: 30 Jan 2011 11:27 PM PST



Bagi individu lain, hujung minggu biasanya ialah masa yang diperuntukan untuk istirehat bersama keluarga, namun bagi YB Tuan Haji Husin Bin Haji Din, hujung minggu bukanlah alasan untuk menghalang beliau dari turun padang menziarahi anak buah di kawasan, bertanya khabar.gambar di atas ialah rakaman ketika sesi ziarah YB kerumah salah seorang penduduk di Kampung Parit 3 Selinsing, Puan Emas Binti Hamzah yang berusia 60 tahun yang uzur akibat sakit tua yang tinggal bersama suami beliau Encik Mat Isa Bin Arshad 70 tahun yang setia menemani isteri beliau yang uzur.Dalam sesi ziarah ini YB sempat meluangkan masa sekitar 30 minit bersama pasangan suami-isteri tersebut berbual-bual bertanya khabar dan mendengar luahan hati kedua-dua suami isteri tersebut.



MENGHADIRI MAJLIS WALIMATULURUS SAUDARA





Hujung minggu yang lalu juga, YB dan kedua-dua isteri juga bersama anak-anak sempat menghadiri satu jemputan walimatul urus saudara yang dilansungkan di Dewan Komuniti Kamunting bagi meraikan kedua-dua pasangan pengantin dan keluarga.YB dan keluarga sempat merakamkan gambar kenang-kenangan bersama pasangan pengantin ketika menghadiri majlis tersebut.



MERASMIKAN MESYUARAT AGONG PAS CAWANGAN PARIT HAJI TAHIR







Dalam kesibukan melaksanakan tugas-tugas berdepan masyarakat, tugas-tugas parti tidak dilupakan, hujung minggu lalu juga, YB selaku Timbalan Yang Di Pertua PAS Kawasan Bagan Serai telah berkesempatan memenuhi jadual merasmikan mesyuarat Agung Tahunan PAS Cawangan Parit Haji Tahir Bagan Serai. Dalam sesi perasmian tersebut juga, YB berkesempatan menyampaikan sumbangan barangan dapur kepada ahli-ahli PAS di cawangan tersebut yang kurang berkemampuan bagi meringankan beban sara hidup seharian.Gambar-gambar diatas yang dirakamkan oleh krew adunselinsing.blogspot.com adalah di sekitar majlis perasmian dan penyampaian sumbangan tersebut.




MENGHADIRI MAJLIS WALIMATULURUS DI RUMAH BESAN




Satu lagi majlis walimatulurus yang sempat dihadiri YB dan keluarga yang berlansung di Beruas, Perak di rumah besan YB.




MERASMIKAN MESYUARAT AGONG PAS CAWANGAN PARIT ALI KALANG



Pada sebelah malam pula, YB sempat merasmikan satu lagi mesyuarat agong PAS Cawangan Parit Ali Kalang Bagan Serai.

PAS Negeri Sembilan

Posted: 31 Jan 2011 09:17 PM PST

PAS Negeri Sembilan


Bersama Dr Badrul Amin 5 Feb 2011 Senawang

Posted: 31 Jan 2011 04:53 PM PST


CERAMAH PERDANA
Tarikh : 5 Feb 2011 SABTU
Masa : 9.30 mlm
Tempat : Pasti Taman Tuanku Jaafar, Senawang
Penceramah :
Ustaz Dr Badrul Amin Bahron
YB Hj Mohamad Taufek , ADUN Paroi
Chegubard

Semua dijemput hadir

Rembau Hari Ini

Posted: 31 Jan 2011 08:18 PM PST

Rembau Hari Ini


Bersama Dr Badrul Amin 5 Feb 2011 Senawang

Posted: 31 Jan 2011 04:54 PM PST


CERAMAH PERDANA
Tarikh : 5 Feb 2011 SABTU
Masa : 9.30 mlm
Tempat : Pasti Taman Tuanku Jaafar, Senawang
Penceramah :
Ustaz Dr Badrul Amin Bahron
YB Hj Mohamad Taufek , ADUN Paroi
Chegubard

Semua dijemput hadir

Monyet ceroboh masuk rumah

Posted: 30 Jan 2011 08:28 PM PST


Sinar Harian 31 Jan 2011

PEDAS - Kehidupan sepasang suami isteri warga emas di Kampung Sungai Baru, Pedas Tengah, terganggu sejak kehadiran berpuluh ekor monyet dan beruk di kawasan rumah mereka.

Keneng Yasin, 75, berkata, kedudukan rumahnya yang jauh daripada pandangan orang ramai dan dikelilingi kawasan hutan menjadi tumpuan sekumpulan monyet berkeliaran untuk mencari makanan.

Menurutnya, sikap haiwan itu juga dikatakan semakin ganas berbanding sebelum ini, kerana selain memusnahkan tanaman seperti pokok buah-buahan, haiwan itu juga berani memasuki rumah mencari makanan.

"Habis pinggan mangkuk dipecahkan, termasuk juga beras.

"Pintu dan tingkap langsung tidak boleh dibuka, jika tidak semua barang rosak," katanya.

Keneng berkata, dia bersama suaminya terpaksa berhati-hati apabila sekumpulan monyet datang ke kawasan rumah setiap hari menyebabkan mereka tidak boleh leka kerana haiwan itu sentiasa mencari peluang menceroboh kediaman mereka.

"Kami terpaksa mengawasi kediaman setiap masa terutama pada waktu pagi dan petang.

"Sebelum ini, saya pernah cuba menghalau monyet berkenaan tetapi saya pula dikejarnya," katanya.

Menurutnya, dia meminta pihak berkuasa terutama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) mengambil tindakan segera mengatasi masalah gangguan monyet yang semakin membimbangkan penduduk.

"Tindakan segera perlu diambil bagi mengatasi masalah ini sebelum ada penduduk kampung menjadi mangsa monyet liar yang ada kalanya bertindak ganas.

"Janganlah apabila ada yang cedera, baru pihak berkenaan mahu bertindak," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8697923.asp

DUN PENGKALAN KUNDOR

Posted: 31 Jan 2011 07:49 PM PST

DUN PENGKALAN KUNDOR


Isteri pengarah MTD Anak Bukit telah kembali rahmahtullah

Posted: 31 Jan 2011 04:32 AM PST

Tmn Aman Anak Bukit,31 jan (smkkk) -
Isteri kepada Pengarah MTD Anak Bukit Tuan Hj Abd Azim Hj Ahmad
iaitu Ustazah Jamilah Jaafar telah kembali ke rahmahtullah pada jam 7.00 pagi tadi.
Sebelum ini beliau adalah guru pasti di taman aman anak bukit dan manurut seorang daripada waris ,saudara hashim ,kehilangan ustazah jamilah sangat dirasai berdasarkan perwatakannya yang mesra dengan anak-anak dan sangat mengambil berat seperti anak anak nya.








Pihak SEKTARERIAT MAJLIS KETUA KAMPUNG/KOMUNITI KAWASAN KUALA KEDAH merakamkan takziah kepada Tuan Hj Abd Azim Hj Ahmad dan keluarga sertamengharapakan beliau sekeluarga tabah dengan dugaan ini. Al-Fatihah. - mks.

PAS LENGGONG

Posted: 31 Jan 2011 07:25 PM PST

PAS LENGGONG


Posted: 31 Jan 2011 04:38 PM PST

BN Mengajar Rakyat Menipu

Posted: 30 Jan 2011 10:01 PM PST

Digalas bn mengajar rorang asal menipu ketika berjanji. Maka berjanjilah orangorang asal terhadap Tok Guru bila mengundi mereka menipu. Maka doa orang yang tertipu maka Allah turunkan bencana alam tanah runtuh di Gua Musang. Maka rakyat yang diajar menipu dan mengamalkan menipu menjadi mangsa dengan malapetaka tersebut.
Ditenang seakan seperti itu. BN ajar rakyat agar menjauhi Tok Guru dan orang yang seiring dengan Tok Guru. Natijahnya sebelum mengundi dah datang bala dari Allah. Rakyat juga yang menderita. Berapa ramai yang mengambil itu sebagai iktibar.
Pastinya tidakramai. Tiada siapa yang menduga apa yang berlaku di Tunisia. Tiada siapa yang jangka akan merebak kepada Mesir dan Yaman. Kejadian-kejadian yang berlaku itu kerana kezaliman pemerintah. Berlaku zalim dan menipu rakyat untuk kepuasan sendiri. Berlaku zalim untuk mengaut hasil mahsul negara.
Lebih dahsyat lagi berlaku zalim dalam menafikan hak rakyat. Di Mesir hak rakyat Palestin untuk mendapat bantuan melalui jalan dan perairan Mesir dinafikan. Sebabnya Mesir menjadi sekutu bagi yahudi Laknatullah. Keadaan di Mesir menjadi kacau dan celaru. Di tenang juga hak mengundi bagi orang yang dilanda banjir dinafikan maka banjir manjadi bala. Sepatutnya pengundian ditangguhkan tetapi SPR menjadi zalim. Zalim SPR seperti zalim pemerentah Mesir kerana itu sekarang Hosni Mubarak sekarang berhadapan dengan celaka maka SPR juga akan berhadapan dengan celaka dan laknat Allah. Sememangnya kepada manusia yang zalim itu kecelakaan terlalu hampir.

N.27 - PAS DUN Sura

Posted: 31 Jan 2011 07:20 PM PST

N.27 - PAS DUN Sura


Kawal Internet Akan Bawa Kekalahan Kepada BN

Posted: 31 Jan 2011 01:50 AM PST

BN perlu berfikir panjang sebelum berkeras meneruskan usaha mereka untuk mengawal penggunaan internet di kalangan rakyat Malaysia kerana tindakan mereka ini mungkin akan "memakan diri sendiri".


Rakyat pasti bangun menghukum dengan menolak mereka dalam PRU13 nanti apabila kebebasan ini disekat. Dengan mengawal internet, BN mungkin merasakan rakyat lebih mudah dikawal dan seterusnya mereka dapat menyekat dan mengawal kebangkitan rakyat Malaysia yang semakin cerdik dalam memahami apa itu demokrasi dan keadilan.

Jelas sekali, mengawal internet adalah tindakan terdesak BN yang takut dengan kebangkitan rakyat. Mereka baru sedar bahawa dengan internet, rakyat dapat mengekses segala maklumat yang selama ini tidak didedahkan media arus perdana di Malaysia ini.

Rakyat seharusnya mengambil peluang kebebasan menggunakan internet secara positif untuk menyebarkan segala salah laku dan kezaliman BN selama ini. Jika rakyat Malaysia masih ragu dengan kuasa sendiri (kuasa rakyat) lihatlah mengapa kerajaan China tidak berani mengehadkan penggunaan internet di negara itu walaupun permainan di internet (permainan curi sayur yang sangat popular di sana).

Rakyat Malaysia harus sedar, dengan adanya kebebasan internet, kita dapat mempertahankan hak-hak utama kita iaitu kebebasan bersuara yang sepatutnya tidak dipandang remeh oleh kerajaan BN.

sumber : malaysiakini.com

Syabas & tahniah Cikgu Mala

Posted: 31 Jan 2011 01:47 AM PST


Ehsan dari Songkok Putih Tranungkite Online......baca DI SINI.

Majlis Tindakan DUN N-23 Dusun Tua

Posted: 31 Jan 2011 07:20 PM PST

Majlis Tindakan DUN N-23 Dusun Tua


Hi-Tea Bersama Masyarakat Cina Bt 14

Posted: 31 Jan 2011 06:29 PM PST

Sempena Tahun Baru Cina pihak JPD dan Parlimen Hulu Langat dengan kerjasama Balai Polis Bt 14 satu majlis Hi-Tea dan dialog telah diadakan di Tapak Pasar Batu 14. Dengan hasrat mendekatkan masyarakat dengan pimpinan setempat dan Balai supaya dapat mengeratkan hubungan agar usaha untuk membentuk persekitaran yang lebih baik dan selesa dapat diwujudkan.

Hubungan mesra yang terjalin diharapkan dapat membantu pihak balai dalam usaha mencegah dan membentras jenayah. Pihak balai memberi jaminan bahawa semua bentuk laporan akan diambil perhatian dengan serius dan memastikan anggota keselamatan berada di tempat kejadian seawal yang mungkin.











PAS Kawasan Miri

Posted: 31 Jan 2011 07:16 PM PST

PAS Kawasan Miri


BN Menang Barang Naik!!!!

Posted: 31 Jan 2011 05:05 PM PST

Pilihan Raya Kecil Hadiah kemenangan Bn Di Tenang:RON97 naik 10 sen lagi
Monday, January 31 @ 05:56:26 PST - Harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen berkuatkuasa tengah malam ini (1 Feb 2011) menurut satu sumber industri. Dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan meningkat menjadi RM2.50 seliter (RM2.40 sebelumnya). Ini merupakan kenaikan harga yang keempat berturut-turut bagi petrol RON97.Kenaikan harga ini juga dilakukan sehari selepas pilihan raya kecil DUN Tenang yang berlangsung semalam. Semenjak tahun lalu, harga RON97 mula dinaikkan kepada RM2.15 pada 2 November, RM2.30 pada 1 Disember dan terus meningkat kepada RM2.50 pada 4 Januari tahun ini. Harga bagi petrol RON97 yang banyak digunakan oleh kenderaan berkuasa tinggi, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa. Apungan itu diperkenalkan tahun lalu dan satu gred baru petrol RON95 turut diperkenalkan. Harga bagi RON95 kini ditetapkan pada kadar RM1.80 seliter. Pengurangan subsidi bagi bahan keperluan seperti petrol telahpun mula diperkenalkan melalui Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) sejak awal tahun lalu. Badan berkenaan ditubuhkan bagi mengurangkan beban subsidi negara. Sumber:M/Kini

PS: Begitulah sinonimnya apabila BN Menang Harga Barang Naik, Harga Barang Naik BN menang. Jadi sampai bila rakyat Malaysia nak sedar lagi hendak menurunkan BN agar kehidupan harian kita tidak dibebani oleh harga barang keperluan yang sentiasa naik.

Ya pasti menyusul selepas harga RON97 naik adalah RON95. Bersedialah untuk menghadapi kenaikan harga barang keperluan apabila BN menang lagi. Buat masa ini ditangguh dulu sebab ada satu lagi 'election' di Melaka. Apabila BN menang yang pasti Barang Naik.

Andaikata BN menang lagi dalam PR13 nanti sudah pasti harga semua barang keperluan harian akan naik lebih mendadak lagi. Sanggupkah kita menghadapi semua ini dan memberi peluang sekali lagi kepada BN untuk menindas kita semua? Bagi pemimpin BN dan kroni2nya masalah barang naik tidak menjejaskan kehidupan harian mereka sebab mereka akan mendapat keuntungan diatas kenaikan harga barang naik tersebut. Sebab semua perbelanjaan harian mereka ditanggung oleh rakyat yang mengundi mereka, jadi apa mereka susah masalah rakyat janji hidup mereka senang. Bah apa lagi kita tunggu inilah masa untuk kita mengubah kerajaan BN kepada kerajaan baru PAS dan PAKATAN Rakyat dalam PR13 nanti. Insya-Allah pasti ada perubahan.

Lee Kim Shim Berlakon Singgah,PAS Miri Terus Perbaiki Rumah Rakyat

Posted: 30 Jan 2011 08:47 PM PST




Program Membaiki Rumah Penduduk Miskin DUN Senadin oleh Dewan Pemuda PAS minggu lalu disaat YB (yang bakal tamat tempohnya )bagi DUN Senadin,Lee Kim Shim cuma berlakon menjiwai masalah rakyat di Kuala Baram berbanding kesungguhan anak muda PAS Kawasan miri dalam gerakerja kebajikan membaiki rumah fakir miskin.

Salah seorang penduduk TiongHua tempatan yang hadir sempat secara tebuka menyatakan "this PAS youth is really real and serius ,not like YB Lee ;just merely act". Gerakerja bermula Sabtu telah mendekatkan Pemuda PAS dengan warga pendudk Kg Tudan dalam DUN Senadin.

Menyedari peranan PAS sebagai parti yang mengutamakan kebajikan, Dewan Pemuda PAS Kawasan Miri (DPP Miri) mengorak langkah memperjuangkan kebajikan demi kesejahteraan masyarakat di Bandaraya Miri. Menurut Ketua Pemuda PAS Miri,En Wan,PAS Miri komited dan prihatin membantu masyarakat setempat mengecapi kehidupan yang lebih sejahtera. Walaupun kerajaan BN telah lama memerintah, namun rakyat Sarawak masih lagi ketinggalan dan hidup dalam serba kekurangan.

Katanya lagi Hal ini bertepatan dengan firman Allah S.W.T.:"Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada mereka yang menyeru kepada jalan Allah dan melakukan amal kebajikan, dan berkata sesungguhnya aku dari kalangan orang-orang Islam".(Surah Al-Fussilat : 33)
Selain program membaiki rumah usang,PAS Kawasan Miri cawangan Senadin dan Tudan turut menyampaikan bantuan Banjir sekitar DUN Senadin.Turut serta adalah Setiausaha Kawasan ,Mohd Arif dan pimpinan Cawangan Senadin dan Permyjaya.

Program Khidmat Masyarakat PAS Bintulu dan Pakatan

Posted: 30 Jan 2011 08:32 PM PST



Pakatan Rakyat Bintulu sekali lagi mencipta sejarah di rumah panjang dengan mengadakan Program Khidmat Masyarakat di Rh Entawai di dalam DUN Labang. Kami disambut oleh Tuai Rumah, Encik Entawai dan penduduk rumah panjang. Petugas Pakatan Rakyat Bintulu yang terdiri dari Parti PAS Kawasan Bintulu dan Parti KeADILan Rakyat Cabang Bintulu menaiki bot untuk naik ke atas rumah panjang kerana kawasan rumah panjang ini digenangi air banjir.

Program yang bermula pada pukul 10 pagi ini dimulakan dengan Program Saringan Kesihatan untuk penduduk rumah panjang. Dalam masa yang sama, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak turut disediakan. Hadirin juga dihidangkan dengan kopi istimewa iaitu "Kopi Ninja". YDP PAS Bintulu turut memberikan pengisian isu semasa dan lokal untuk penduduk rumah panjang. Di antara isi kupasan yang dilontarkan ialah pemilikan tanah masyarakat Bumiputera yang semakin hari semakin terhakis. Program khidmat masyarakat ini berakhir pada pukul 12.30 tengahari. Kami dihidangkan dengan hidangan Umbut, makanan tradisional masyarakat Iban.

Reaksi positif yang diterima dari masyarakat Iban Rh Entawai menaikkan lagi semangat kami untuk menggantikan kerajaan Taib Mahmud. Apatah lagi, bilamana kami merentasi jalan lama Bintulu-Miri yang berlubang-lubang dan rosak dan melihat rumah-rumah setinggan dan rumah panjang yang daif di tepi-tepi jalan. Persoalannya, di manakah harta kekayaan rakyat Sarawak?Sedangkan, Sarawak adalah di antara negeri terkaya mengikut hasil bumi namun diklasifikasikan sebagai negeri ke-4 termisikin di Malaysia. Bintulu sendiri merupakan pengeluar gas asli terbesar di dunia. Tetapi, kehidupan masyarakat Sarawak amnya dan etnik Bumiputera khasnya masih lagi di takuk lama.

Pada tahun 2009, pendapatan Sarawak mencecah hampir RM3.726 billion. Namun, sekitar 70% penduduk rumah panjang masih tidak menikmati bekalan air bersih, jalan raya dan tenaga elektrik dan dibelenggu kemiskinan yang parah. Lebih daripada 300,000 orang muda Sarawak bekerja di Semenanjung dan Singapura kerana tiada pekerjaan untuk mereka di sini. (sumber: Malaysiakini)Pakatan Rakyat Bintulu berharap rakyat Bintulu dapat memberikan PR Bintulu peluang untuk membuat perubahan dalam pilihanraya DUN Sarawak yang dijangka diadakan pada bila-bila masa sahaja.

Dr Azman Ibrahim

Posted: 31 Jan 2011 07:11 PM PST

Dr Azman Ibrahim


Hadiah Kemenangan Tenang, RON 97 Naik Lagi Tengah Malam Ini

Posted: 31 Jan 2011 05:59 AM PST

RM2.50/Liter!!

Kalau Kita Merasa Sakit, Mereka Juga Merasa Sakit...

Posted: 30 Jan 2011 08:05 PM PST

Meskipun berjaya mempertahankan kerusi Dun Tenang, namun BN gagal mencapai majoriti sasaran iaitu 5,000 undi sebagaimana yang pernah dihasratkan oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Calon BN pada PRK Tenang, Mohd Azahar Ibrahim mendapat 6,699 undi manakala calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat, Normala Sudirman atau Cikgu Mala memperolehi 2,992 undi di mana majoriti 3,707 undi.

Tahniah kepada jentera Pakatan Rakyat yang berjaya menafikan hajat angkuh Timbalan Presiden Umno itu.

Keputusan PRK Tenang yang telah diumumkan jam 10.03 malam tadi oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Md Asri Amir di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis di sini.
Sebanyak 10,579 pengundi daripada 14,753 pemilih berdaftar atau 71.8 peratus bagi PRK Dun Tenang keluar menunaikan tanggungjawab sehingga proses pengundian ditutup 5 petang dalam keadaan hujan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)menyifatkan jumlah peratusan itu lebih rendah berbanding pilihan raya umum 2008 iaitu 73.52 peratus.


Kekalahan PAS pada pilihan raya kecil Dun Tenang tidak seharusnya melemahkan semangat petugas-petugas Pakatan Rakyat kerana ia berlaku sebagaimana yang telah dijangka. Kekalahan sebenar apabila jiwa kita kalah dan tidak mampu bangkit kembali. Tidak dinamakan kekalahan sekiranya kita bangkit sebagai seorang pejuang, menyusun strategi dan mengatur langkah kerana PRU 13 hanya beberapa bulan lagi di depan mata.

Saya mengenali rapat Cikgu Mala kerana kami sama-sama berkhidmat di Lujnah Pendidikan PAS Pusat. Beliau seorang yang bersemangat tinggi dan sentiasa optimis dalam bertindak. Begitu juga suaminya yang saya kenali ketika di Universiti Malaya sebagai EXCO Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya. Mereka adalah pasangan suami isteri berjiwa pejuang. Mustahil ada rasa kecewa dalam diri mereka. Sebagai rakan dan sahabat, saya amat memahami dan tahniah saya ucapkan atas segala pengorbanan mereka.

Saya juga pernah merasai bagaimana perasaannya berada di pihak yang kalah dalam pilihanraya ketika bertanding mewakili parti di DUN Jabi dalam PRU 12 yang lalu. Alhamdulillah, seorang pejuang Islam tidak akan kecewa. Kalau kita merasa sakit, musuh juga merasa sakit tetapi kita berharap kepada Allah apa yang mereka tidak harapkan!

Analisis seimbas lalu, antara faktor penyumbang utama kejayaan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil Tenang adalah kerana kejayaan BN dengan memanfaatkan jentera kerajaan untuk membawa keluar seramai mungkin para penyokong utamanya di Felda dan kampung Melayu walaupun kawasan mereka dilanda banjir.

Namun usaha ini tidak berlaku di kawasan pengundi Cina. Ini menyebabkan, kenaikan mendadak peratus mengundi di kawasan Felda dan kawasan tradisional Melayu berbanding kawasan Cina dan India yang dianak tirikan kerana mereka menyedari momentum sokongan masyarakat Cina dan India tidak menyembelahi mereka..

Natijahnya, BN berjaya menaikkan peratusan pengundi Melayu mereka kepada 83.3 peratus iaitu kenaikan 4 peratus berbanding pilihan raya umum 2008 lalu.Kerana sikap pilih kasih dan bias fokus alat kerajaan untuk kepentingan BN ini, peratusan pengundian di kawasan Cina dan India jatuh teruk.

PEMUDA PAS LADANG

Posted: 31 Jan 2011 03:42 PM PST

PEMUDA PAS LADANG


KUASA BUKAN KEKAL SELAMANYA

Posted: 31 Jan 2011 07:18 AM PST

Memerintah terlalu lama bukanlah baik untuk seseorang pemimpin. Seorang pemimpin yang hebat pun, jika memerintah terlalu lama akan dibenci oleh rakyatnya. Jika tidak semua rakyat membencinya, sebahagian akan membencinya. Tambahan pula kalau pemimpin tersebut dibalut dengan masalah korupsi, nepotisme dan pelbagai amsalah lain. Demikianlah yang sedang berlaku kepada Hosni Mubarak. Lebih 30 tahun dia memerintah Mesir dan meneruskan legasi pemerintahan sekular Anwar Sadat dan Jamal Abdul Nasir. Mungkin pemerintahan sekular bukan masalah bagi sebahagian rakyat Mesir jika jangka masa pemerintahan seseorang presiden tidak begitu lama sebagaimana Hosni Mubarak. Dengan kata lain, mungkin rakyat terbanyak Mesir boleh menerima corak sekular itu jika presidennya tidak terlalu lama bergayut di tampuk kekuasaan.

Kini, sudah tentu Hosni Mubarak sedang mencicipi kepahitan hari-hari akhir pemerintahannya. Seorang yang telah lama berada di atas, memang sangat takut untuk turun ke bawah. Takut atau tidak, seorang pemerintah terpaksa turun. Sama ada turun sendiri atau diturunkan. Realitinya, pemerintah yang lama berkuasa sangat berat untuk turun sendiri. Di merata belahan dunia, rakyatlah yang menghumban jatuh pemerintah sebegitu. Kudrat pemerintah bukan seberapa. Dari segi hakikat kemanusiaan, keupayaanya tidaklah berbeza dengan lain-lain rakyat. Jika tidak kerana dia dipakaikan pakaian pemerintah, harakat dirinya sama sahaja dengan rakyat marahaen.

Namun, kerana dia dipakaikan pakaian pemerintahan, tandatangannya jadi berharga. Kata-katanya diperhatikan dan dipatuhi. Justeru, saat dia sudah terhumban keluar dari gelanggang pemerintahan, tiada siapa peduli tandatangannya. Kata-katanya tidak punya nilai arahan lagi. Malah, sesetengah pemimpin, dia menjadi buruan rakyat laksana banduan yang terlepas dari penjara menjadi buruan polis.

Para pemimpin tidak harus sayang kepada jawatannya. Tanpa dia sekalipun, negara akan tetap tegak berdiri. Negara tidak ketandusan pemimpin sebab yang mencipta pemimpin sebuah negara adalah Allah SWT. Sungguh angkuh kalau seorang pemimpin itu menyangka bahawa negara masih memerlukannya sedangkan rakyat telah menolaknya. Siapa sahaja yang datang kemudian akan punya kemampuan memerintah. Pergilah Hosni Mubarak, akan datang pemimpin ganti yang dapat memerintah Mesir. Boleh jadi dia seribu kali lebih baik daripada Hosni Mubarak. Boleh jadi juga lebih buruk. Allah yang menentukan.

Demikian, sungguh sombong orang yang mendakwa hanya satu parti sahaja yang tahu memerintah negara Malaysia. Sebelum ada parti itu, tanah ibu pertiwi ini telah ada dan telah ada pemerintahnya yang bersilih ganti. Parti mana yang akan memerintah Malaysia, ia adalah berkelayakan kerana parti-parti yang ada itu adalah ciptaan Allah juga. Allah memberikan kepimpinan kepada parti mana yang Dia mahu.

Sesunguhnya, bila datang ketentuan Allah, ia pasti berlaku!

Sumber http://muridkyai.blogspot.com/

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 31 Jan 2011 03:37 PM PST

ULAMA PEWARIS NABI


JANGAN RISAU PAK HAMID, SAT BANTUAN PRK SAMPAI

Posted: 31 Jan 2011 02:01 PM PST


MERLIMAU – Sepasang suami isteri di Kampung Permatang Serai, di sini, terpaksa menjalani kehidupan di rumah usang yang boleh disifatkan seperti pondok buruk.

Sekiranya hujan, Abdul Hamid Mat, 51, dan Sabariah Abdul Rahman, 50, terpaksa tidur dalam keadaan basah di ruang dapur rumah sejak tiga tahun lalu akibat bumbung yang sudah uzur.

Walaupun sudah memohon bantuan atas keprihatinan pergerakan Puteri UMNO kawasan sejak lima tahun lalu, namun sehingga kini tiada tindakan diambil, malah pernah menjadi mangsa marah segelintir pihak yang sepatutnya membantu menyelesaikan masalah.

Abdul Hamid berkata, dia tiada pendapatan tetap kerana hanya bekerja sebagai nelayan dan kehidupannya ibarat 'kais pagi makan pagi' sememangnya tidak mampu untuk membaiki sendiri rumahnya berikutan memerlukan kos tinggi.

Menurutnya, hanya wang saraan bantuan nelayan RM200 setiap bulan menjadi taruhan untuk meneruskan hidup dan sedikit wang gaji daripada isteri yang bekerja kilang di pekan Merlimau.

MINYAK MAKAN BELUM PULIH, RON97 JUGA DIPILIH

Posted: 31 Jan 2011 05:29 AM PST

RON97 Naik 10 Sen Kepada RM2.50 Tengah Malam Ini?
PETALING JAYA: Harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen berkuat kuasa tengah malam Isnin, menurut seorang sumber kerajaan.

Dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan meningkat menjadi RM2.50 seliter berbanding RM2.40 sebelumnya, lapor Malaysiakini.

Ini merupakan kenaikan harga yang keempat berturut-turut bagi petrol RON97.

Semenjak tahun lalu, harga RON97 mula dinaikkan kepada RM2.15 pada 2 November, RM2.30 pada 1 Disember dan terus meningkat kepada RM2.40 pada 4 Januari tahun ini.

Harga bagi petrol RON97 yang banyak digunakan oleh kenderaan berkuasa tinggi, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapungkan mengikut pasaran minyak dunia semasa.

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 31 Jan 2011 03:22 PM PST

Pemuda PAS Wangsa Maju


PARLIMEN BRAHIM ALI 'KILANG' JELITAWAN

Posted: 31 Jan 2011 12:55 AM PST

SEBUT saja nama daerah Pasir Mas, Kelantan, pasti ramai mengaitkannya sebagai 'kilang' gadis cantik hingga sering diburu oleh pemuda tempatan mahupun luar Kelantan untuk dijadikan calon isteri.


Malah, tidak keterlaluan jika gadis Pasir Mas yang terkenal dengan jolokan comel 'lote' serta memiliki wajah keayuan yang asli itu dianggap sama seperti Cinderella yang sentiasa menjadi igauan setiap 'putera'.

NADI UTAMA...pengangkutan kereta api menjadi nadi utama kepada penduduk sekitar Pasir Mas sejak 1950-an.

TRADISI...peniaga barangan harian di pasar Pasir Mas masih mengekalkan konsep tradisi dalam urusan perniagaan.

Ini kerana, bila disebut saja gadis Pasir Mas, ramai pemuda terbayangkan seorang gadis Melayu yang memiliki raut wajah ayu dan jelita, sama seperti gadis zaman bangsawan.

Paling ketara, gadis Pasir Mas memiliki wajah Melayu yang mampu menggoda lelaki tanpa perlu disolek. Selain itu kulit mereka, terutama di tangan, kelihatan lembut dan gebu seperti bayi.

Namun, paling menarik ialah keunikan mata gadis Pasir Mas. Mereka dikatakan memiliki mata menawan iaitu berwarna coklat kebiruan dan kelabu, lengkap dengan alis mata dan kening hitam serta tebal, seolah-olah memakai celak.

Ada penduduk mendakwa wanita dari Pasir Mas mempunyai hubung kait dengan puteri dongeng Kelantan, Puteri Sa'adong yang dikatakan memiliki wajah cantik dan ayu.

Ada juga mendakwa kecantikan kulit gadis Pasir Mas diwarisi daripada nenek moyang mereka yang berasal dari Selatan Thailand dan berhijrah ke daerah ini sejak puluhan tahun lalu.

Nenek moyang mereka dikatakan mengamalkan makan beras pulut setiap hari, selain mandi menggunakan air basuhan beras bagi mengekalkan ketegangan kulit supaya sentiasa kelihatan menarik dan gebu.

Ada juga yang memakan buah-buahan seperti tomato setiap pagi serta meminum air suam bagi mengekalkan kecantikan kulit badan.

Antara kampung di Pasir Mas yang didakwa tersohor kerana mempunyai ramai gadis cantik ialah Kampung Seberang Pasir Mas, Kampung Betong, Kampung Aur Duri, Kampung Bunut Susu (kg kawe), Kampung Slow Machang dan Kubang Bemban.
Apapun, keistimewaan gadis Pasir Mas pasti mempunyai kaitan dengan sejarah dulu kala.

* kawe buh gamba anok kawe mugo kawe anok jati pasir mas jadi..wakakakaka

RILEKS KEJAP : LAYAN INSYA ALLAH (MALAY VER)

Posted: 30 Jan 2011 11:48 PM PST


... rileks-rileks kan minda korg daripada berita karut UMNgOk....

TGNA BUAT ONAR : AJAK 31 ORG INDIA NAIK MASJID PULAU MELAKA

Posted: 30 Jan 2011 11:15 PM PST

... mungkin puak-puak jahiliyah blogger pencacai UMNgOk akan main isu ini... silakan...

KOTA BHARU, 31 Jan: Seramai 31 orang Ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Hulu Selangor yang terdiri dari kalangan India bukan Islam telah mengunjungi Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat dan dibawa beliau naik ke masjid Pulau Melaka.
Rombongan juga telah diberi taklimat oleh Pegawai Penerangan Zon daripada Urusetia Penerangan Kerajaan Kelantan (UPKN) mengenai Dasar-Dasar Kerajaan Negeri dan kehidupan masyarakat India dan kaum bukan Islam di Kelantan yang tidak pernah terpinggir dan sentiasa dilibatkan di didalam setiap program.

Pada sebelah petang ahli rombongan telah menemui Tuan Guru di perkarangan Masjid Pulau Melaka seterusnya memasuki masjid untuk mendengar tazkirah yang disampaikan TG Nik Aziz.

"Soal orang bukan Islam memasuki masjid sengaja diperbesar-besarkan demi politik murahan mereka, di Kelantan kita menggalakkan orang bukan Islam untuk memasuki masjid, dan banyak program telah diadakan di masjid yang turut melibatkan orang bukan Islam," jelasnya.

Beliau juga menyifatkan orang bukan Islam yang memasuki masjid akan dapat belajar apa yang diajarkan oleh Islam tetapi mestilah dengan beradab dan sopan.

TG Nik Aziz juga menyeru supaya perkara-perkara yang baik seperti diuar-uarkan kepada masyarakat bukan Islam khususnya di negeri-negeri selain Kelantan kerana orang-orang bukan Islam di Kelantan kini telah dapat menerimacorak pemerintahan Islam yang diamalkan oleh Kerajaan Kelantan kerana Islam adalah adil untuk semua.

Selepas itu ahli rombongan telah dipelawa oleh TG Nik Aziz ke kediamannya yang terletak bersebelahan dengan masjid. -Hrkh

PEMILIK KERETA MR622 BOLEH TERSENYUM SAMPAI 30 GENERASI

Posted: 30 Jan 2011 10:58 PM PST

... camni pun ada ke... apa punye sengal lah....

(VIDEO) GOL THE RED WARRIORS JUARA SUMBANGSIH

Posted: 30 Jan 2011 08:08 PM PST






... Tahniah buat Kelantan walaupun didiscriminasikan oleh pihak stadium dalam pembahagian ruang stadium kepada para penyokong The Red Warriors...

SAH PRK PELABUHAN KLANG.. BN DAH START KEMPEN..

Posted: 30 Jan 2011 07:05 PM PST

Belum lagi SPR mengumunkan akan kekosongan dan PRK bagi Dun Pelabuahn  Klang ... puak-puak UMNO dah meletakkan beberapa nama yang akan dicalonkan antaranya ialah Ketua UMNO Klang, Datuk Mazlynoor Abdul Latiff... buktinya pihak-pihak yang menyokong beliau telah menempah beribu-ribu helai t-shirt putih yang terpampang muka beliau untuk diedarkan kepada ahli-ahli UMNgOk kawasan Pelabuhan Klang.


... t-shirt yang didakwa dicetak beribu helai yang terpampang wajahnya...

SAMAN EKOR : ATUK MALUKAN PDRM & MENTERI

Posted: 30 Jan 2011 05:37 PM PST

Orang dah kata dah, saman ekor di Malaysia ni tak relevan, banyak kelemahan. Degil...Tak nak dengar cakap.... Last sekali atok berusia 85 tahun telah memalukan PDRM, Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan BN APCO . Ada ke atok 85 tahun kena saman ekor bawa motosikal berkuasa besar 500cc. Siapa yang malu sekarang, atau memang tak tahu malu?



Warga emas terkejut kena saman

(UM) KANGAR 30 Jan. - Melihatkan keadaannya yang uzur, pasti ramai tidak percaya seorang lelaki warga emas berusia 85 tahun menerima surat saman kerana memandu melebihi had laju.

Bagaimanapun, itulah yang terjadi kepada Bakar Ismail (gambar) dari Kampung Sungai Padang, Simpang Empat, yang menerima surat saman atas kesalahan tersebut.

Lebih mengejutkan, kesalahan itu didakwa dilakukannya ketika menunggang motosikal berkuasa 500cc di Kilometer 6.2 Lebuh Raya Utara Selatan, 30 Julai tahun lalu.

Bakar yang mempunyai lima cicit hairan bagaimana dia boleh menerima saman di kawasan yang dia sendiri tidak tahu selok-beloknya.

"Surat saman itu tertera nombor pendaftaran motosikal pak cik iaitu PV 738 kerana memecut lebih daripada had laju dibenarkan iaitu 98 kilometer sejam (kmj) berbanding had laju sepatutnya, 80 kmj.

"Pak cik mana ada motosikal 500cc, yang pak cik ada hanyalah Honda C70, tersadai dalam bangsal sejak tahun lalu," katanya kepada pemberita di rumahnya di sini.

.... ni kes sama macam motor 'comel' aku kene speed track kat high way Shah Alam... sampai sekarang aku tak nak bayar...

TAHNIAH BUAT PARTI YANG HINA & PERSENDA ISLAM

Posted: 30 Jan 2011 04:43 PM PST

Keputusan rasmi PRK DUN Tenang mengesahkan calon parti yang menghina dan mempersendakan agama Allah menang dengan majoriti 3,707 undi menewaskan calon
parti yang cuba melaksana dan mendaulatkan syariat Allah.

BN mendapat sekitar 6,699 undi manakala PAS mendapat 2,992 undi.


TOL : BACA BOLEH PERCAYA JANGAN

Posted: 30 Jan 2011 04:39 PM PST

..skima jawapan yang BN akan guna untuk naikkan TOL dalm tempoh terdekat:
1. Kenaikan kos konsesi tol tidak dapat dielakkan lagi..
2. Kerajaan tak mampu menanggung kenaikan tersebut..
3. Kadar tol kita masihh rendah dibanding negara lain..
4. Kerajaan telah membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk menampung subsidi kepada rakyat...
5. Kenaikan masih kecil dibandingkan kos yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan...

Baca boleh... percaya jangan....

PUTRAJAYA: Kerajaan mengumumkan tidak ada kenaikan tol untuk tempoh lima tahun akan datang bagi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Fasa 1.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, berdasarkan cadangan penstrukturan tol tempoh konsesi, ia tidak dilanjutkan dan kerajaan tidak memberikan pampasan. Selain itu, katanya, penamatan konsesi tol untuk Lebuhraya Hubungan Timur-Barat menghubungkan Persilangan Salak dan Persilangan Taman Connaught,Kuala Lumpur adalah pada Mei tahun ini berbanding tempoh sepatutnya iaitu 2018. "Ia bermakna pengguna lebuh raya terbabit tidak perlu membayar tol dengan tarikh pelaksanaan berkuatkuasa selepas urusan dokumentasi selesai iaitu pada Mei 2011," katanya pada sidang media di Pejabat Perdana Menteri di sini, hari ini.



Dewan Pemuda PAS Putrajaya

Posted: 31 Jan 2011 03:09 PM PST

Dewan Pemuda PAS Putrajaya


Ahli PAS dinasihati jangan emosi tanpa ilmu, tegur Tuan Ibrahim

Posted: 31 Jan 2011 01:08 PM PST

Untuk mendapat kembali sokongan di Felda, anggota PAS ditegur supaya membuang anggapan bahawa anggota keluarga mereka secara automatik akan kekal bersama parti Islam itu. Sebaliknya, naib presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, keahlian baru di kalangan anak-anak anggota PAS hendaklah digiatkan. “Sikap dan anggapan anak ahli akan kekal bersama PAS mesti dihapuskan, kerana sokongan [...]

PUSAT KHIDMAT WAKIL RAKYAT MERBAU PULAS N 33

Posted: 31 Jan 2011 01:36 PM PST

PUSAT KHIDMAT WAKIL RAKYAT MERBAU PULAS N 33


YB Ustazah rasmi Majlis Gotong Royong

Posted: 30 Jan 2011 06:00 PM PST


"kebersihan taman tanggungjawab kita bersama"
"sergalanya Bermula dari rumah"
pada tarikh 23 januarai 2011 (ahad)
masa ; 8.00pagi hingga 12.00t/hari
Tempat; Taman Mutiara , fasa 1, fasa 6 fasa 7.

anjuran bersama : MPKK, E-Idaman, Jawatan Kuasa Penduduk.Majlis Ketua Kampung /Komuniti Taman Mutiara 1 dan majlis ketua kampung /komuniti taman mutiara 2.

Posted: 30 Jan 2011 05:46 PM PST


Poster ini untuk menyatakan bahawa kami cukup bangga dengan Cikgu Normala Surdiman, Calon PAS mewakili Pakatan Rakyat di Dun Tenang. Tidak lupa kepada para pertugas Pakatan Rakyat dan khususnya kepada pengundi PR, tahniah dan syabas!

Kami terharu dan teruja dengan kesungguhan anda di medan juang memberikan sinaran Islam di bumi UMNO yang bertuah itu.

ANDA MEMANG HEBAT!!
ANDA ADALAH PEMENANG SEBENARNYA!!!


TAKBIR
ALLAH HU'AKHBAR!!!

Dewan Muslimat PAS Kawasan Sandakan

Posted: 31 Jan 2011 12:03 PM PST

Dewan Muslimat PAS Kawasan Sandakan


10 JANJI PAKATAN RAKYAT DALAM TEMPOH 100 HARI JIKA DIBERIKAN KUASA MEMERINTAH

Posted: 30 Jan 2011 10:46 PM PST

10 JANJI PAKATAN RAKYAT (PAS, DAP & PKR) !!!!
  1. MANSUHKAN AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI (ISA)2.
  2. MENGARAHKAN KHAZANAH BERHAD KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (KWSP) DAN LAIN-LAIN BADAN MILIK KERAJAAN YANG MEMILIKI KONSESI LEBUHRAYA UNTUK MENYEMPURNAKAN AMBIL ALIH ASET LEBUHRAYA OLEH KERAJAAN DGN TUJUAN MENGHAPUSKAN TOL.
  3. MEROMBAK STRUKTUR SUBSIDI NEGARA BAGI MENGURANGKAN SUBSIDI KEPADA PIHAK SWASTA (SEPERTI SUBSIDI GAS SEBANYAK RM19 BILION KEPADA PENJANA BEBAS) DENGAN MEMINDAHKANNYA BAGI MENAMPUNG PERBELANJAAN SUBSIDI RAKYAT.
  4. MENGHARGAI PERANAN GURU SEBAGAI PENDIDIK BANGSA DENGAN MENAIKKAN , MEMPERKENALKAN IMBUHAN PERGURUAN SEBANYAK RM500 SEBULAN SETIAP ORANG.
  5. MENJADIKAN AIR SEBAGAI HAK RAKYAT DENGAN MENGEMBALIKAN SEMUA KONSESI PENGURUSAN AIR YANG DI URUSKAN SWASTA KEPADA KERAJAAN.
  6. MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN INTERNET WIFI PERCUMA KEPADA SEMUA RAKYAT DI KAWASAN BANDAR DAN SEPARA BANDAR.
  7. MEMBATALKAN FELDA PLANTATION BAGI TUJUAN MEMBUKA LADANG2 YANG KINI DI URUSAKANNYA KEPADA GENERASI KEDUA DAN KETIGA FELDA.
  8. MENAIKKAN ROYALTI MINYAK KEPADA SABAH DAN SARAWAK KEPADA 20%.
  9. MENUBUHKAN SURUHANJAYA DIRAJA BAGI MEMULIHKAN SISTEM KEHAKIMAN.
  10. MENUBUHKAN SURUHANJAYA DIRAJA BAGI MENYELESAIKAN KEMELUT PENDATANG TANPA IZIN DAN KERAKYATAN DI NEGERI SABAH.
JOM UBAH UNDI ANDA!!!! UBAH SEBELUM PARAH!!! JOM SOKONG PAKATAN RAKYAT!!!!!

Batu Gajah Mari

Posted: 31 Jan 2011 11:55 AM PST

Batu Gajah Mari


BN : Banjir Naik

Posted: 31 Jan 2011 09:03 AM PST

 Betul la cakap- cakap orang. BN ni maksudnya Banjir Naik. Habis pekan Labis dinaiki air. tapi deme tak tolong pon orang pekan. Sebab deme tau pekan ni banyak menyokong Cikgu Mala. Kelam kabut tolong orang Felda. Tapi tak ape la.. terima kenyataan.. Kemenangan akan muncul. insyaallah






Kemenangan di Tenang bukan kayu pengukur- ILHAM

Posted: 31 Jan 2011 03:05 AM PST


SHAH ALAM 31 Jan.: Firma penyelidik bebas, Ilham Centre dalam kajiannya menyifatkan kemenangan Barisan Nasional di DUN Tenang, bukanlah kayu pengukur kepada pola sokongan masyarakat Melayu terhadap kerajaan Umno-Barisan Nasional.

Pengarah Eksekutifnya, Muhamad Hisomudin Bakar ketika dihubungi Tv Selangor berkata, masyarakat Melayu di Tenang agak terpinggir dengan isu-isu semasa seraya mengakibatkan undian mereka tertumpu kepada faktor parti semata.

" Kita melihat pengundi Melayu di Tenang bagi kerajaan, ia bukanlah satu kayu pengukur untuk corak pengundian pola Melayu ke seluruh negara sebab pengundi Melayu di Tenang ini ia agak ekslusif kerana mereka tidak makan isu.

" Faktor yang kuat ialah kerana kawasan tradisi masyarakat Melayu dan Felda, mereka memilih atas dasar parti amat tinggi. Dalam kajian kita, kita mendedahkan ia meliputi 62.5 peratus," jelas Hisomudin.

Kerusi Dewan Undangan Negeri Tenang semalam kekal milik BN selepas calonnya Azahar Ibrahim berjaya meraih 6,699 undi berbanding calon PAS, Normala Sudirman yang mendapat 2,992 undi.

Proses pengundian semalam berjalan dalam keadaan hujan lebat tanpa henti dan banjir di beberapa kawasan pusat pembuangan undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dicadangkan untuk memanjangkan tempoh membuang undi, bagaimanapun enggan bertoleransi sehingga mengakibatkan jumlah keluar mengundi hanyalah 67 peratus walaupun suruhanjaya itu menyasarkan 80 peratus pengundi keluar untuk membuang undi masing-masing.

Malah menurut Hisomudin, kesilapan pengumuman peratusan keluar mengundi malam tadi turut membayangkan sikap tidak profesional suruhanjaya itu.

" Kami melihat sebenarnya bila keputusan undi yang dikeluarkan berbentuk 'flip flop', seolah-olah sikap SPR ini tidak profesional dalam membuat bacaan terhadap data-data yang dikeluarkan kepada pihak media.

Untuk rekod, seramai 73 peratus keluar mengundi pada pilihan raya umum 2008.

Namun paling mendukacitakan, apabila SPR sebagai badan yang dipertanggungjawabkan mengeluarkan fakta mengelirukan apabila sebelum itu mengumumkan 71.8 peratus atau lebih 10,592 pengundi keluar mengundi.

Bagaimanapun menjelang jam 10 malam tadi, SPR mengumumkan pembetulan peratusan iaitu 66.7 peratus atau 9,736 keluar mengundi.

Namun menurut Hisomudin, jika keadaan baik, PAS mungkin berjaya menambah undi di antara 700 hingga 800 undi.

Walaupun majoriti BN meningkat kata Hisomudin, namun BN ujarnya gagal mempertahankan undi bukan Melayu yang dilihat condong ke arah pembangkang.

" Kami melihat MCA menerima tamparan hebat sebab sepanjang pemerhatian kami di kawasan masyarakat Tionghua, bendera BN tidak kelihatan.

" Masyarakat Cina terkesan dengan kenaikan harga barang yang tidak terkawal di bawah pentadbiran BN sekarang. Pengundi Cina ini mereka lebih kritis
berbanding Melayu," ulas Hisomudin lagi.

Tambah beliau, imej bekas menteri kesihatan itu yang terpalit dengan skandal seks turut mempengaruhi sokongan masyarakat Cina di Tenang terhadap beliau
walaupun kerusi parlimen Labis, diwariskan kepada anaknya.

Bahkan pengundi Cina juga katanya, tidak lagi terpengaruh dengan momokan MCA bahawa PAS adalah sebuah parti yang bersifat extrem.

" Saya boleh sifatkan juga berlakunya peralihan luar biasa dengan kejayaan PAS meyakinkan pengundi bukan Melayu terhadap perjuangan mereka. Dahulunya PAS
dianggap sebagai extrem, radikal, negara Islam dan sebagainya yang dilabelkan kepada PAS,nampaknya berjaya dijelaskan kepada masyarakat Tionghua dan meningkatkan pola sokongan kepada parti berkenaan.

Sementara itu, mengulas pola pengundian masyarakat Melayu di Tenang, Hisomudin tidak menolak kemungkinan kenaikan harga getah menyebabkan pengundi mudah merasa selesa walaupun harga bahan keperluan asas meningkat naik.

" Mungkin kita boleh anggap kenaikan harga getah itu memberikan sedikit keselesaan kepada pengundi Melayu yang beranggapan begitu," kata Hisomudin.

Menurutnya lagi, jentera BN juga kelihatan begitu bersungguh-sungguh untuk memenangi undi masyarakat Melayu yang terang-terangan memihak kepada mereka
sehingga mengabaikan pengundi bangsa lain terutama sekali pengundi Cina yang memihak kepada parti lawan.

" Daripada segi kerahan untuk membawa keluar pengundi,kita melihat dalam keadaan banjir, jentera BN memang tenyata fokus untuk mengeluarkan pengundi Melayu berbanding dengan undi Cina," tambahnya lagi.

Justeru katanya, tidak ada penanda aras paling jelas kepada BN untuk mengukur sokongan dan keyakinan rakyat berbangsa Melayu kepada mereka.

Manakala Pakatan Rakyat pula katanya, walaupun kalah di Tenang namun ia menyaksikan sokongan bukan Melayu terus memihak kepada gagasan itu dan usaha perlu dilipatgandakan untuk meyakinkan pengundi Melayu serta bergerak dalam kesepaduan yang utuh.

" Pakatan Rakyat juga perlu bermuhasabah dan menilai semula kerana sebenarnya pola sokongan Pakatan Rakyat meningkat di kalangan pengundi bukan Melayu dan perlu menembusi keyakinan orang Melayu untuk memilih Pakatan Rakyat pada pilihan raya akan datang," kata Hisomudin.

" Sedikit kelemahan kepada Pakatan Rakyat ialah ia tidak wujud dalam satu wajah gabungan yang padu berdepan dengan jentera kerajaan,"tambahnya lagi.

DUN Lembah Jaya

Posted: 31 Jan 2011 11:17 AM PST

DUN Lembah Jaya


Pesta Ponggal Taman Permai Ria Tarik Penyerataan Pelbagai Kaum

Posted: 30 Jan 2011 05:49 PM PST


30 Januari 2011, Taman Permai Ria - Masyarakat kaum India terutama di Malaysia kini sedang meriah merayakan pesta Ponggal. Tidak terkecuali di Taman Permai Ria, mereka diraikan oleh JKP MPAJ Zon 13 yang diketuai oleh Tuan Hj Ali Ismail.

Antara aktiviti utama pesta ini ialah memasak susu dengan beras dan menggubah beras yang berwarna warni. Namun akibat hujan yang berlarutan sepanjang hari acara gubahan tersebut dibatalkan, hanya acara memasak susu sahaja yang berlangsung.

Turut hadir sebagai tetamu jemputan ialah YB Tuan Hj Khasim Abdul Aziz yang turut memberikan ucapan. Di dalam ucapannya YB Khasim menggesa setiap lapisan masyarakat tidak mengira kaum haruslah bersatu dan berkerjasama dan saling menghormati. Pesta Ponggal adalah salah satu bentuk kemesraan antara kaum yang terdapat di DUN Lembah Jaya. Itu yang digambarkan oleh YB Hj Khasim apabila pesta tersebut berjaya menarik penyertaan pelbagai kaum.

Turut hadir pada program tersebut ialah Ketua Kampung Tasek Permai Saudara Che Yusof Che Mat atau lebih mesra dikenali sebagai Faridi.



Dupahang's Weblog

Posted: 31 Jan 2011 11:12 AM PST

Dupahang's Weblog


HADIAH KEMENANGAN PRK TENANG – MINYAK NAIK 10 SEN

Posted: 31 Jan 2011 06:17 AM PST

Harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen berkuatkuasa tengah malam ini menurut satu sumber industri. Dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan meningkat menjadi RM2.50 seliter (RM2.40 sebelumnya). Ini merupakan kenaikan harga yang keempat berturut-turut bagi petrol RON97. Kenaikan harga ini juga dilakukan sehari selepas pilihan raya kecil DUN Tenang yang berlangsung semalam. Semenjak tahun [...]

Keputusan secara terperinci di PRK Dun Tenang

Posted: 31 Jan 2011 06:09 AM PST

Kejayaan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil Tenang adalah kerana kejayaannya membawa keluar seramai mungkin para penyokong utamanya di Felda dan kampung Melayu walaupun kawasan mereka dilanda banjir. Bot polis, tentera, Pertahanan Awan dan juga Bomba dan Penyelamat bergegas di bawa ke sana. Lihat hasil keputusannya.

Presiden PAS ucap setinggi tahniah kepada Cikgu Mala dan para petugas Pakatan Rakyat seluruh negara

Posted: 31 Jan 2011 05:59 AM PST

http://sanggahtoksago.blogspot.com/   PAS menyampaikan ucapan terimakasih yang tidak terhingga kepada seluruh petugas pilihan raya kecil DUN Tenang dari berbagai latarbelakang politik, Pengarah dan Jawatankuasa Pilihan Raya PAS – DAP – PKR yang bertungkus lumus menggerakkan jentera kempen,  Pengerusi dan Badan Perhubungan PAS Negeri Johor dan seluruh Negeri serta orang perseorangan dari pelbagai rumpun bangsa yang [...]

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Posted: 31 Jan 2011 11:03 AM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


HIMPUNAN 30K PEMUDA PAS MALAYSIA

Posted: 30 Jan 2011 05:42 PM PST

1.0 PENDAHULUAN

Himpunan 15 K pemuda yang dirancang dan dijayakan pada tahun 2006 telah meletakkan tanda aras serta ukuran melalui sistem Komuniti UKJ yang dibangunkan setahun sebelum itu. Seramai 5 orang pemuda di setiap cawangan yang telah didaftarkan melalui Sistem Komuniti UKJ telah menyertai Himpunan tersebut. Mengikut rekod, Himpunan tersebut dihadiri seramai 12,600 peserta dari seluruh negara kecuali dari Johor dan Melaka (kerana musibah besar berlaku di duna negeri tersebut).Kini setelah 4 tahun berlalu Himpunan yang sama dirancang dengan jangkaan peserta yang lebih besar sekali ganda dari jumlah pada tahun 2006 (30,000 pemuda). Ukurannya adalah seramai 10 orang pemuda yang didaftarkan melalui sistem Komuniti UKJ. Jika dikumpulkan sebanyak 3000 cawangan yang berdaftar, seramai 30,000 pemuda mampu dihimpunkan.Himpunan ini memerlukan pengorbanan yang besar serta komitmen yang tinggi dari semua Ahli jawatankuasa serta pimpinan bagi merealisasikannya. Sudah pasti, tujuan kehadiran peserta adalah untuk melihat kemampuan dan kekuatan pemuda di seluruh negara di samping menggempur Parlimen dan DUN yang disasarkan sebagai persediaan menghadapi PRU ke 13 dan menambah motivasi petugas-petugas PAS di seluruh negara.

2.0 OBJEKTIF

2.1. Mengumpulkan kekuatan pemuda seramai mungkin sebagai persiapan menghadapi PRU ke 13.
2.2. Mempertahankan kerajaan negeri Kedah pada pilihanraya umum ke 13.
2.3. Menonjolkan pemuda PAS sebagai pendokong utama kerajaan negeri Kedah Darul Aman.

3.0 TARIKH/ MASA/ TEMPAT

Tarikh : 19 Februari 2011 / bersamaan 16 Rabiulawal 1432 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi – 12.00 malam
Tempat : Kompleks PAS Kedah, KM 13, Jalan Alor Setar – Sungai Petani, 06650 Simpang
Empat, Alor Setar, Kedah.

4.0 PESERTA

5.1. Ahli sistem Komuniti UKJ yang telah didaftarkan dan disenarai pendek dan bukan
Exco DPPK (Minimum 10 orang 1 cawangan x 3000 cawangan)
5.2. Ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (Pemuda) = 100 setiap negeri
5.3. Exco DPPK (20 orang x 150 kawasan)5.4. Exco DPPN (15 orang x 14 negeri)
5.5. Exco DPPP ( 35 orang)Yuran Penyertaan : RM 10 seorang

5.0 PENUTUP

Semoga program ini mendapat sokongan yang padu dari semua pihak. Sesungguhnya kejayaan yang kita dambakan menuntut komitmen dan pengorbanan serta rasa kebersamaan yang tinggi seluruh ahli pemuda. Mudah-mudahan dengan segala usaha ini menjadi satu persiapan untuk kita menghadapi mehnah PRU 13 yang bakal tiba tidak lama lagi. Hanya padaNya kita berserah dan hanya padaNya kita mohon pertolongan. Wallahu'alam.

ATURCARA PROGRAM

(19 Februari 2011 – SABTU)
PAGI 6.30 pagi – 9.30 pagi: Pendaftaran dan sarapan pagi
9.45 pagi : Ketibaan tetamu-tetamu kehormat
9.50 pagi : Ketibaan YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak,
Menteri Besar Kedah
10.00 pagi : Ucapan Aluan Pengerusi Majlis- Nyanyian Lagu Negaraku,
Lagu PAS dan AMAL.
: Ucapan Aluan Ketua DPPN Kedah
: Ucapan Aluan Pengarah H30K
: Ucapan Ketua DPP Pusat
: Ucapan Perasmian Oleh : YAB Dato' Seri Ustaz Hj Azizan
Abdul Razak – Menteri Besar Kedah.
11.00 pagi : Pidato Khas : Motivasi Pilihanraya Pemuda
Ybhg Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man – Naib Presiden PAS
YB Salahuddin Ayub – Naib Presiden PAS
Ybhg Ustaz Idris Hj Ahmad - Ketua Penerangan PAS Pusat
YBhg Dato' Abu Bakar Chik – AJK PAS Pusat
YBhg Hj Mohamad Sabu – AJK PAS Pusat

PETANG
1.30ptg : Makan tengahari / Solat Zuhur
2.30 ptg : Program Anak Muda - KONSERT
4.00 ptg : Ucapan Penutup Oleh : Ustaz Nasharuddin Mat Isa –
Timbalan Presiden PAS
5.00 ptg : Perlawanan Bolasepak Persahabatan Pasukan Pemuda PAS vs
Pasukan Bekas Pemain Bolasepak Kebangsaan
6.45 ptg : Rehat

MALAM
7.30 malam : Solat Maghrib dan Munajat Perdana bersama YAB Tuan Guru
Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat
9.00 malam : Ceramah Umum
YAB Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat
YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Ybhg Ustaz Nasharuddin Mat Isa
YBhg Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi
YAB Dato' Seri Ustaz Hj Azizan Abdul Razak

12.00 malam : Bersurai

Keputusan PRK Tenang

Posted: 30 Jan 2011 03:11 PM PST

KELANTAN JUARA PIALA SUMBANGSIH 2011

Posted: 30 Jan 2011 02:50 PM PST

GERGASI MERAH rebah di kaki PAHLAWAN MERAH. Itu yang berlaku pada perlawanan akhir Piala Sumbangsih antara Selangor dengan Kelantan di Stadium Shah Alam, Selangor malam tadi selepas Selangor di tewaskan oleh Kelantan 2 – 0






BN menang tapi gagal capai majoriti sasaran

Posted: 30 Jan 2011 02:50 PM PST

LABIS, 30 Jan: Meskipun berjaya mempertahankan kerusi Dun Tenang, namun BN gagal mencapai majoriti sasaran iaitu 5,000 undi sebagaimana yang pernah dihasratkan oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Calon BN pada PRK Tenang, Mohd Azahar Ibrahim mendapat 6,699 undi manakala calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat, Normala Sudirman atau Cikgu Mala memperolehi 2,992 undi di mana majoriti 3,707 undi.

Keputusan PRK Tenang diumumkan jam 10.03 malam ini oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Md Asri Amir di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis di sini.

Sebanyak 10,579 pengundi daripada 14,753 pemilih berdaftar atau 71.8 peratus bagi PRK Dun Tenang keluar menunaikan tanggungjawab sehingga proses pengundian ditutup 5 petang dalam keadaan hujan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)menyifatkan jumlah peratusan itu lebih rendah berbanding pilihan raya umum 2008 iaitu 73.52 peratus.

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 31 Jan 2011 09:33 AM PST

Mohamad Taufek Abd Ghani


Monyet ceroboh masuk rumah

Posted: 30 Jan 2011 08:28 PM PST


Sinar Harian 31 Jan 2011

PEDAS - Kehidupan sepasang suami isteri warga emas di Kampung Sungai Baru, Pedas Tengah, terganggu sejak kehadiran berpuluh ekor monyet dan beruk di kawasan rumah mereka.

Keneng Yasin, 75, berkata, kedudukan rumahnya yang jauh daripada pandangan orang ramai dan dikelilingi kawasan hutan menjadi tumpuan sekumpulan monyet berkeliaran untuk mencari makanan.

Menurutnya, sikap haiwan itu juga dikatakan semakin ganas berbanding sebelum ini, kerana selain memusnahkan tanaman seperti pokok buah-buahan, haiwan itu juga berani memasuki rumah mencari makanan.

"Habis pinggan mangkuk dipecahkan, termasuk juga beras.

"Pintu dan tingkap langsung tidak boleh dibuka, jika tidak semua barang rosak," katanya.

Keneng berkata, dia bersama suaminya terpaksa berhati-hati apabila sekumpulan monyet datang ke kawasan rumah setiap hari menyebabkan mereka tidak boleh leka kerana haiwan itu sentiasa mencari peluang menceroboh kediaman mereka.

"Kami terpaksa mengawasi kediaman setiap masa terutama pada waktu pagi dan petang.

"Sebelum ini, saya pernah cuba menghalau monyet berkenaan tetapi saya pula dikejarnya," katanya.

Menurutnya, dia meminta pihak berkuasa terutama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) mengambil tindakan segera mengatasi masalah gangguan monyet yang semakin membimbangkan penduduk.

"Tindakan segera perlu diambil bagi mengatasi masalah ini sebelum ada penduduk kampung menjadi mangsa monyet liar yang ada kalanya bertindak ganas.

"Janganlah apabila ada yang cedera, baru pihak berkenaan mahu bertindak," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8697923.asp

Pemuda Bersamamu v3

Posted: 31 Jan 2011 09:23 AM PST

Pemuda Bersamamu v3


Syabas & tahniah Cikgu Mala

Posted: 31 Jan 2011 01:36 AM PST


Ehsan dari Songkok Putih Tranungkite Online......baca DI SINI.

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 31 Jan 2011 09:10 AM PST

N45 Dr Halimah Ali


ADUN SELAT KLANG turun padang ke pasar pagi

Posted: 31 Jan 2011 09:09 AM PST

TAHNIAH KEPADA DEWAN HIMPUNAN PENYOKONG PAS ATAS KEJAYAAN DI DUN TENANG!

Posted: 31 Jan 2011 08:43 AM PST

Add caption
Mereka dipertikaikan keikhlasan mahu bersama sebuah parti yang dikatakan tidak bertolak ansur tentang prinsip perjuangan yang dinyatakan terus terang kepada mereka sebelum mereka diterima sebagai ahli dewan himpunan penyokong PAS.Bahkan mereka faham mereka akan diuji kesetiaan dan kesanggupan bersama dalam naungan prinsip yang memperjuangkan keadilan, kebajikan,pendidikan,keselamatan untuk semua. Adakah mereka mahu bernaung dibawah payung sistem yang mempastikan kesejahteraan mereka akan terjamin seperti terjaminnya rakan mereka yang Muslim tanpa mereka perlu dipaksa memeluk agama Islam.
Mereka diterangkan sistem disiplin dalam PAS yang ketat.PAS mementingkan kualiti melebihi kepentingan kuantiti.Mereka sanggup akur dan patuh dengan keterangan yang diberi tanpa selindung.PAS tidak perlu banyak berjanji dengan mereka.Cukuplah dengan mendampingi  PAS, bekerja bersama PAS, makan minum bersama PAS,susah senang bersama PAS untuk mereka membuat rumusan sendiri samada mereka boleh mempercayai PAS atau sebaliknya.Mereka juga mengerti bahawa pemimpin dan ahli PAS bukan malaikat. Tetapi mereka mula melihat dengan mata kepala mereka sendiri keikhlasan PAS. Justeru mereka sanggup bertungkus lumus bermandi peluh dan berbasah kuyup berjuang untuk PAS. Alhamdulillah ada golongan yang seperti ABU TALIB yang mahu menyokong perjuangan Islam kerana mereka yakin Islam adalah baik untuk semua.Kualiti hidup mereka lebih terjamin sekiranya nilai-nilai Islam dihayati oleh pemimpin negara. Hakikat ini menyebabkan mereka mahu orang Islam yang baik, bertaqwa mentadbir negeri kerana mereka yakin pemimpin yang bertaqwa adalah amanah dan tidak akan sama sekali mengabaikan mereka.Kerana itu derhaka kepada Allah dan Rasulullah sa.w.namanya.

SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA SEMUA AHLI DHPP!
You all are wonderful. You did great in Tenang and everywhere else. PAS is proud of you! Just ignore the inevitable 'noises'!

Tahniah Normala! TENANG menjadi saksi

Posted: 31 Jan 2011 03:10 AM PST

Sudah tentu Normala sekarang lebih matang lebih tabah dan lebih mahir berdepan dengan suasana politik semasa PRU13 kelak.Masa itu jentera tidak seberapa, bantuan tidak seberapa banyak, wang ringit juga tidak seberapa. Sebenarnya proses pembelajaran ekspress ini akan memudahkan Normala dan pimpinan PAS kawasan untuk merancakkan strategi di masa akan datang.Insyaallah mudah-mudahan ia akan seperti DUN IJOK di Selangor yang menyaksikan asakan melampau pihak lawan yang akhirnya mempamer PKR kalah sementara.Namun calon IJOK itu telah menewas dengan mudah lawannnya BN semasa PRU12.
Tahniah Normala!Tahniah kepada pengundi TENANG yang telah mengundi PAS/PAKATAN RAKYAT.

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS: KEPUTUSAN PRK TENANG

Posted: 30 Jan 2011 10:06 PM PST



"Keputusan Pilihan Raya Kecil DUN N.05 Tenang"

Parti Islam SeMalaysia (PAS) ingin menyampaikan ucapan terimakasih yang tidak terhingga kepada seluruh petugas pilihan raya kecil DUN Tenang dari berbagai latarbelakang politik, Pengarah dan Jawatankuasa Pilihan Raya PAS – DAP – PKR yang bertungkus lumus menggerakkan jentera kempen, Pengerusi dan Badan Perhubungan PAS Negeri Johor dan seluruh Negeri serta orang perseorangan dari pelbagai rumpun bangsa yang datang menyumbangkan tenaga dan sokongan.

Ucapan tahniah diucapkan kepada calon PAS iaitu Cikgu Normala Sudirman dan keluarga beliau yang telah berjaya menggerakkan semangat juang yang tinggi di kalangan petugas sepanjang pilihan raya berjalan.

Jutaan terima kasih juga kepada seluruh pengundi berbagai kaum yang telah memberikan kepercayaan dengan mengundi PAS sebagai wakil Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil berkenaan.

PAS amat menghargai sokongan dan harapan semua pihak dalam pilihanraya kecil ini untuk melihat fajar baru menyinsing dalam dominasi politik baru di tanah air tercinta ini.

Keputusan pilihanraya ini walaupun tidak menyebelahi kita, tetapi ianya telah menjadi kunci kepada semangat juang kita seterusnya dalam proses untuk kita melakukan perubahan yang menyeluruh dan bermakna dalam sistem demokrasi yang berat sebelah ini.

Kita akan terus menerus merangka strategi berkesan bagi meningkatkan keupayaan dan kebersamaan gerakerja dalam pilihanraya seterusnya, dan dalam masa yang sama akan melakukan desakan agar pilihan raya yang bebas dan telus dilaksanakan di Malaysia.

Untuk kesekian kalinya kita berhadapan dengan Umno-BN yang menggerakkan jentera kerajaan dengan bajet yang tidak terbatas, media berat sebelah yang masuk di tiap-tiap buah rumah, dan peraturan pilihan raya yang tidak berasaskan suasana pertandingan di lapangan yang sama rata.

Oleh yang demikian, usaha menggerakkan massa menerusi saluran parti politik dan NGO akan terus dilaksanakan agar demokrasi yang tulen dapat ditegakkan.

Kita senantiasa menegaskan bahawa demokrasi tulen bukan terbatas kepada perubahan cetakan kertas dan kotak undi semata-mata, tetapi ianya mestilah bertitik tolak dari peraturan yang adil, senarai pengundi yang bersih, media yang bebas, persekitaran kempen yang bebas dari sogokan dan ugutan rasuah projek pembangunan yang melimpah ruah semasa tempoh berkempen, dan berbagai lagi ciri yang mentakrifkan sebuah sistem
demokrasi yang adil dan tulen.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

26 Safar 1432 H / 31 Januari 2011 M

Sumber: harakahdaily

KHIDMAT MERU

Posted: 31 Jan 2011 09:02 AM PST

KHIDMAT MERU


LION DANCE FOR THE ELDERLIES

Posted: 30 Jan 2011 10:04 PM PST











More than 190 elderlies from the Chinese communities in Taman Klang were entertained by the Public Service Centre of DUN Meru in the Chinese New Year celebration program.
The downpour that started early in the morning and continued till the afternoon did not hinder the big crowd that attended the ceremony.
Apart from giving them the Ang Pow, each and every elderly over 60 years of age was granted a parcel of gift and a greeting card.

YB Dr Rani in his speech stressed the importance of mutual understanding and compromising among the different cultures, religious beliefs and backgrounds of the cosmopolitant populations of Malaysia.
The Lion Dance was performed by the Chinese Youth from the PAS Supportive Club of Shah Alam.








KURSUS BERSIRI IBADAT HAJI / UMRAH

Posted: 30 Jan 2011 05:54 PM PST









Seramai lebih dari 230 orang bakal-bakal haji dan hajjah telah berjaya di himpunkan di Dewan Hambali Masjid As Syariff Meru bagi mengikuti kursus haji dan umrah bersiri.

Pegawai Tadbir Agama Daerah Klang, Tuan Hj Abd Malik Ramli dalam ucapannya memuji Jawatankuasa Masjid As Syariff Meru kerana aktif menjalankan banyak aktiviti dan program bagi menarik berbagai lapisan masyarakat ke pangkuan Islam.

YB Dr Abd Rani bin Osman yang hadir sebagai perasmi kursus tersebut mengingatkan jemaah haji agar jangan membatalkan atau mengurangkan pahala haji mereka dengan melawan para-para ulamak yang merupakan pewaris para-para nabi.

GONG XI FA CAI

Posted: 30 Jan 2011 03:50 PM PST











Pusat Khidmat Meru telah menganjurkan Sambutan Tahun Baru Cina di padang Taman Tempinis dan telah mendapat sambutan yang cukup menggalakkan dari masyarakat kaum Tionghua tempatan.

Seramai lebih dari 140 orang kaum Tionghua yang berusia lebih dari 65 tahun telah di raikan dengan pemberian Ang Pow dan buah tangan berupa buah limau dan kacang tanah.

YB Dr Rani cukup di segani dan di senangi oleh masyarakat Tionghua yang ramainya adalah bekas pesakit-pesakit beliau di Klinik Fitrah.

Dr Rani dalam ucapannya berharap agar masyarakat Cina akan terus menyokong Pakatan Rakyat dalam pilihanraya akan datang kerana terbukti kononnya pembangunan dan kemajuan akan terbantut sekiranya Pakatan Rakyat memerintah jelas tidak benar dan fitnah belaka.





Pengikut