Selasa, 4 September 2012

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah


Anak Muda Sabah sedia ke Putrajaya

Posted: 04 Sep 2012 08:47 PM PDT

KOTA KINABALU: Anak muda Sabah kini sudah bersedia untuk melakukan perubahan dalam pilihanraya yang akan datang dengan menjatuhkan kerajaan Umno dan Barisan Nasional.

Ketua Pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu berkata, kesediaan itu sudah jelas kelihatan berikutan kebimbangan mereka terhadap keupayaan pemerintah sekarang yang meragukan serta penuh kelompangan dan sandiwara. 

 
"Tanda-tanda itu sudah jelas kelihatan. Tinggal lagi, bagaimana dan bentuk apa mereka akan melakukan perubahan tersebut.

"Anak muda sudah berani tampil kehadapan, mencabar cabaran yang dikuasai kezaliman, bersuara menuntut hak yang perlu dimiliki dan bersiap sedia melaksanakan tanggungjawab," ujar beliau.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai program Xpresi Hijau Anak Muda peringkat Negeri Sabah.


Turut hadir dalam Xpresi tersebut adalah rombongan Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) yang diketuai oleh ketuanya, Nasrudin Hasan, Nik Abduh Nik Abdul Aziz, Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus, Nurul Islam Mohammed Yusuf dan Dr. Ghazali Hasbullah.


Selain daripada kehadiran rombongan DPPM tersebut, turut hadir memeriahkan suasana majlis adalah bekas pemain gitar bass XPDC, Zua dan tiga (3) orang Peguam daripada JUHAM yang terdiri daripada Dr Zulqarnain Lukman Al-Haj,  Ariff Azami Hussein dan Mohd Tajuddin Abd Razak.

Sementara itu, Nasrudin Hasan yang juga Ketua Pemuda PAS Pusat dalam ucapannya di Himpunan Hijau ke Putrajaya telah menegaskan bahawa hampir 50% pengundi dalam pilihan raya akan datang ini adalah terdiri daripada pengundi muda.

"Pilihanraya umum yang akan datang, untuk melakukan perubahan dalam negara ini adalah terdiri dalam kalangan pengundi-pengundi muda.


"Maksudnya, pengundi muda adalah pemangkin kepada perubahan yang sedang kita gerakkan ini," jelasnya.

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah


Blog Umno berebut spekulasi kedudukan MB kedah

Posted: 03 Sep 2012 08:47 PM PDT



Spekulasi Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak bakal digantikan kembali diperkatakan kebelakangan ini ekoran masalah kesihatan yang dialaminya.

Memetik laporan sebuah portal berita, Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, Kamarudin Jaffar yang juga Ahli Jawatankuasa Pemandu mengesahkan, kemungkinan Azizan digantikan sekiranya ada calon yang sesuai dikenalpasti.

Difahamkan, pemimpin PAS Pusat sudah mengadakan beberapa perbincangan untuk mencari calon sesuai menggantikan Azizan.

Sebuah laman blog pro-Umno (Kedah Ke KL) pula mendakwa, masalah kesihatan Azizan dijadikan alasan oleh pemimpin PAS yang berpengaruh untuk menyingkirkan Azizan daripada jawatan Menteri Besar, manakala sebuah blog juga pro-Umno (Unit Media Kedah) melaporkan Azizan kini dikelilingi pemimpin yang mahukan jawatan beliau termasuk Exco Kerajaan Negeri.

Mengulas perkara itu, pemimpin PAS kanan yang juga Exco Kerajaan Negeri, Mohamed Taulan Mat Rasul menafikan spekulasi itu, selain menyifatkan ianya hanya khabar angin.

"Tidak ada perbincangan dibuat oleh pemimpin PAS Kedah mahupun Pusat untuk gantikan Azizan dengan pemimpin lain. Saya juga tidak dimaklumkan oleh mana-mana pemimpin Pusat berkenaan perkara itu," katanya.

Menurutnya, keyakinan yang ditunjukkan Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali ketika mengunjungi Azizan di hospital baru-baru ini, menepis spekulasi terbabit, di mana Azizan dikatakan masih mampu menerajui Kedah.

"Mustafa sendiri akui Azizan mampu mempengerusikan mesyuarat penting walaupun diadakan di hospital. Ini bermakna Azizan masih mampu terajui Kedah walaupun masih dalam proses rawatan," katanya.

Mohamed Taulan berkata, Azizan perlu mendapat rehat secukupnya tanpa gangguan. Keadaan ini perlu bagi membolehkan beliau pulih dengan cepat dan kembali bertugas secara rasmi.

"Keadaan Azizan semakin baik, beliau bukan sahaja hadir pada Rumah Terbuka PAS Kedah Sabtu lalu, malah dijadualkan mempengerusikan mesyuarat Exco esok, (Rabu, 5 September) ini," katanya.

Menurutnya, walaupun keadaan Azizan semakin positif, namun hanya saudara terdekat dan pegawai kanan Azizan dibenarkan berjumpa dengannya.

"Saya sendiri belum berjumpa Azizan sejak beliau dimasukkan ke Kedah Medical Centre (KMC)," katanya.

Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar, Mohamad Helmi Mohd Khalid ketika dihubungi, mengesahkan mesyuarat Exco yang dijadualkan esok akan menjadi perjumpaan rasmi pertama dengan barisan Exco sejak beliau mengalami masalah kesihatan.

"Sejak dimasukkan ke KMC, Azizan tidak dibenarkan menerima kunjungan pelawat bagi membolehkan beliau mendapat rehat secukupnya," katanya.

Azizan dilaporkan berada di KMC sejak 22 Ogos lalu.

Jelajah Merdeka di Alor Setar

Posted: 03 Sep 2012 08:35 PM PDT

Sekalipun majlis tazkirah Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diserang di sebuah masjid di Seberang Pumpong, Alor Star, Kedah oleh PERKASA, namun majlis ceramahnya di perkarangan Stadium Darul Aman, Alor Star  dipenuhi dengan lautan manusia.
Ia seperti sebuah satu gelombang kebangkitan rakyat yang meluap-luap untuk menggantikan kerajaan UMNO-BN dengan Pakatan Rakyat di Putrajaya.
Dianggarkan lebih 10,000 orang membanjiri Stadium Darul Aman untuk mendengar ceramah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar.


 

Ahli Perkasa Bertindak Ganas

Posted: 03 Sep 2012 08:31 PM PDT


Oleh : HarakahDaily




ALOR STAR: Sekumpulan samseng yang dipercayai ahli Perkasa bertindak ganas dengan menyerang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan tazkirah Maghrib di sebuah masjid di Seberang Pumpong, Alor Star, Kedah.

Menurut laporan Keadilandaily, tindakan biadap itu tercetus apabila beberapa pemuda berhimpun dan memulakan provokasi ketika Anwar hendak menyampaikan tazkirah di dalam masjid Al Husin.

Mereka juga bertindak memadamkan lampu masjid dan alat pembesar suara berulangkali, memaksa Anwar menggunakan loud hailer untuk meneruskan kuliahnya.

Kumpulan terbabit juga mengeluarkan kata-kata kesat dan membaling kasut ke dalam masjid ketika tazkirah disampaikan. Malah, mereka turut menggunakan pembesar suara dan membunyikan siren ketika Anwar menyampaikan tazkirah.

Ketua kumpulan itu yang hanya dikenali sebagai Dato Yusof dikatakan mengugut bertindak lebih keras sekiranya Anwar tidak menghentikan kuliahnya serta-merta.

Bagaimanapun, Anwar menegaskan tiada apa yang perlu ditakutkan menyebabkan jemaah masjid terus mendengar kuliah beliau.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar yang berada di masjid itu turut menjadi sasaran apabila kasut yang dibaling hampir-hampir mengenai beliau.

Kejadian serangan terhadap ketua pembangkang ini adalah insiden kedua selepas bas jelajah Merdeka Rakyat dibaling batu dan disimbah cat merah di Kelantan, semalam.

UMNO buta sejarah

Posted: 03 Sep 2012 08:27 PM PDT




Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempertahankan tindakan sekumpulan pemuda mengibarkan bendera Sang Saka Malaya semasa sambutan ambang merdeka pada 30 Ogos lalu.

Katanya, tiada salahnya dengan tindakan itu kerana bendera itu asalnya dicadangkan menjelang kemerdekaan Tanah Melayu.

"Episod ini ada dalam sejarah negara ini, dan inilah bendera yang digunakan. Saya tidak rasa anak muda berhasrat menukar bendera Jalur Gemilang tetapi ia semata-mata untuk mengetengahkan suatu perkara dalam sejarah negara," katanya.

Anwar turut mengumpamakan dengan bendera lama PAS yang menggunakan lambang bulan sabit dan bintang.

Bagaimanapun, ekoran bantahan kerana hampir menyamai bendera kebangsaan, PAS menukarnya kepada bulan penuh. 


Rumah Terbuka PAS Kedah

Posted: 03 Sep 2012 08:20 PM PDT

Oleh : HATI WAJA

Aduhai..terkebil-kebil HW lihat kehadiran dan sambutan masyarakat sempena Rumah Terbuka PAS  Kedah sampai HW sendiri tak sempat nak makan....

Jamuan bermula selepas solat Zohor tapi seawal 12 tengahari..dah ramai pengunjung memenuhi dataran serta dewan Kompleks PAS Kedah..

Ok..kita pakat tengok sendiri...antara memori yang sempat HW rakamkan....heheheheh...cuma nak peringat..yang mai ni..tak kira..tua muda...satu sen pun tak dibayar.....mai dengan duit sendiri.....

Pesuruhjaya PAS Kedah, yang juga MB Kedah..pun mai sama.....jangan sapa dok buat cerita dia dah uzuq sangat sampai tak boleh bangun....







Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Rumah Terbuka PKR DUN Labu

Posted: 04 Sep 2012 12:40 AM PDT


Jelajah Negeri Sembilan

Posted: 04 Sep 2012 12:39 AM PDT


Jamuan Raya PAS Felda Bukit Rokan, Gemencheh

Posted: 04 Sep 2012 12:39 AM PDT


CERAMAH JOM UBAH BERSAMA PAKATAN RAKYAT

Posted: 03 Sep 2012 08:41 PM PDT


Tarikh : 11 September 2012
Tempat : Kampung Kepis Hulu, Johol
Masa : 9.00 malam
Penceramah
- Sdr Rafizi Ramli ( Pengarah Strategik PKR )
- Dr Badrul Amin ( PKR )
- YB Teo Kok Seong ( Adun DAP Bahau )
- Sdr Sani Hamzan ( Exco DPP Pusat )
- Ustaz Nor Azman Mohamad ( Ketua Penerangan PAS N.Sembilan )
Semua dijemput hadir

Ceramah Merdeka Rakyat

Posted: 03 Sep 2012 08:41 PM PDT


Jamuan Hari Raya dan Ceramah

Posted: 03 Sep 2012 08:40 PM PDT


Tempat : Bilik Gerakan Kg Gunung Pasir, Seri Menanti (Rumah Hj Zainal)
Tarikh : 8 Sep 2012, Sabtu
Masa : 7.30 mlm – 12 mlm
Bersama : Ustaz Shamsul Firdaus Al Hafiz (Timbalan Ketua AMK Kota Damansara) dan Ustaz Syed Abd Kadir Aljoofre (Setiausaha Dewan Ulama PAS)
Semua dijemput hadir

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Majlis Ramah Mesra Veteran PAS Dun Kemuning

Posted: 03 Sep 2012 04:42 PM PDT









TG Nik Aziz naik keretapi galakkan pelancongan

Posted: 03 Sep 2012 04:34 PM PDT




(Gambar: Tuan Guru menaiki keretapi dari setesen KTM Wakaf Bahru ke Setesen KTM Kuala Kerai)

KUALA KRAI: Program pelancongan amat wajar diadakan di Kelantan bagi menangkis tomahan buruk pihak tertentu terhadap Kelantan sejak 22 tahun lalu.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata fitnah buruk terhadap Kelantan seperti beras tidak ada, rakyat miskin dan lain-lain perlu dijawab melalui program pelancongan untuk menjemput lebih ramai golongan itu  melihat perkara sebenar di negeri ini.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan majlis penutup Pesta Makanan dan Buah-buahan Kelantan 2012 sempena Tahun Melawat Kelantan (TMK@12).

Majlis berkenaan diadakan di Taman Cintawangsa, di sini Ahad lalu.

"Dengan melancong ke Kelantan mereka dapat melihat beras tak ada sungguh ke di Kelantan, mundur sungguh ke rakyatnya, benda ni (program pelancongan) wajar diadakan untuk memberi peluang pada rakyat melihat perkara sebenar,"ujarnya.

Sebelum ini, tambahnya pelancong sering dimomokkan dengan cerita Kelantan miskin, mundur dan berbagai lagi.

Bukan itu sahaja, katanya Islam menggalakkan pelancongan untuk mengenali sesama manusia di muka bumi ini.

Katanya, sebagai contoh ibadat haji dapat menghimpunkan pelbagai bangsa di muka dunia ini di satu tempat untuk mengenali antara satu sama lain setiap tahun.

"Pelancongan melalui ibadat haji di mana jemaahnya yang datang dari pelbagai negara dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama umat,"ujarnya.

Tuan Guru menaiki keretapi dari Wakaf Bharu menuju Kuala Krai kira-kira jam 8.05 pagi tadi untuk merasmikan majlis penutup pesta berkenaan.

Turut mengiringi beliau, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan, dua orang lagi anggota exco kerajaan negeri, Datuk Abdul Fatah Mahmood dan Che Abdullah Md Nawi.

Turut hadir pada majlis perasmian itu, anggota-anggota Parlimen Kuala Krai dan Tanah Merah, Dr Mohd Hatta Ramli, Amran Abdul Ghani serta lain-lain wakilrakyat, pimpina peringkat Parlimen, Dun dan agensi kerajaan negeri dan Persekutuan.

Terdahulu Takiyuddin memberitahu pelancong antarabangsa dan domestic mengambil kesempatan menghadiri majlis itu dengan menaiki kereta api yang ditaja oleh kerajaan negeri sepanjang pesta itu diadakan.

Katanya, perjalanan  dari Wakaf Bharu ke Gua Musang bermula 7.30 pagi, dari Tumpat, 8.05 minit dari Wakaf Bharu, 10.00 pagi tiba di Kuala Krai dan 11.30 pagi di Gua Musang di taja oleh kerajaan negeri sempena program berkenaan

Kg Baru: 'Sampai bila-bila ia akan kekal di rumah kami'

Posted: 03 Sep 2012 04:34 PM PDT


(Kain rentang ini dipasang sejak sekian lama. Apabila lusuh, mereka akan gantikan dengan yang baru)

KUALA LUMPUR: Jika sesiapa pergi ke Kampung Baru, Kuala Lumpur, sudah tentu akan terlihat kain-kain rentang yang digantung di rumah-rumah penduduknya.

Bukan satu atau dua buah rumah berbuat demikian, tetapi banyak rumah yang mempunyai kain-kain rentang ini.

Bahkan, yang lebih menariknya bukan rumah-rumah kecil atau setinggan tetapi di rumah-rumah yang kelihatan moden dan besar di perkampungan Melayu tengah bandar ini.

Mereka terus berbuat demikain meskipun Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampung Baru 2011 sudah diluluskan di Dewan Negara pada Disember tahun lalu.

Yang pasti mereka tetap konsisten membantah akta tersebut.

Kain rentang ini digantung di hadapan rumah masing-masing yang dilakukan sejak cadangan pindaan akta tersebut mula diutarakan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.

(Bukan satu buah rumah yang memasangnya tetapi banyak buah rumah)

Sejak dari itu, penduduk yang membantah akta yang disifatkan membelakangkan pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru mula menggantung kain rentang bagi menzahirkan bantahan mereka.

Jika melalui Jalan Raja Uda, Kampung Baru, dapat dilihat kain rentang bantahan masih lagi tergantung di di rumah-rumah mereka.

Malah, kain rentang yang sudah koyak dan luntur warna tulisannya ditukar dengan kain rentang yang baru. Untuk menurunkannya, tidak sama sekali.

Seorang pewaris tanah Kampung Baru, Yusuf Sukarman, 48, berkata, kain rentang di kediamannya tidak akan sesekali diturunkan selagi akta tersebut tidak ditarik balik.

Beliau yang merupakan antara orang paling awal menggantung kain rentang di hadapan rumah nekad meneruskan tindakan tersebut sehingga kerajaan melupakan hasrat untuk merampas tanah mereka untuk pembangunan.

Katanya, dengan berbuat demikian, orang yang lalu lalang dapat membaca apa yang dibantah mereka.

"Sampai bila-bila kain rentang itu akan kekal di rumah kami. Kalau Pakatan Rakyat menang dalam pilihan raya umum akan datang dan hapuskan akta yang ada sekarang, semua dah selesai, barulah kita turunkan kain rentang itu. Selagi tak selesai, selagi itulah kami tak akan turunkan," kata beliau ketika ditemui Harakahdaily baru-baru ini.

Ditanya sama ada tindakan tersebut ditegur pihak yang pro akta Kampung Baru atau tidak, Yusuf berkata, memang ada pihak yang tidak berpuas hati dengan kain rentang yang mengutuk akta tersebut.

"Memang ada penduduk yang pro kerajaan tegur saya dan kata, 'cantik kain rentang' tapi saya balas balik, 'memanglah cantik dan saya boleh buat lagi cantik dan besar daripada ini'.

"Bila saya cakap macam itu, mereka diamlah dan tak berani tegur lagi sebab mereka tahu saya memang penduduk jati Kampung Baru.

"Tapi kalau mereka tengok orang yang naikkan kain rentang itu jenis yang tak bercampur dengan masyarakat tapi tiba-tiba bantah akta Kampung Baru, mereka lagi beranilah suruh turunkan," katanya yang merupakan ahli jawatankuasa Sekretariat Pembangunan Kampung Baru (SPKB), badan yang giat menghalang usaha kerajaan mengambil tanah penduduk.

Yusuf juga berkata, rata-rata penduduk kampung Baru tidak bersetuju dengan akta tersebut termasuk orang Umno sendiri.

"Saya banyak juga berjumpa dengan penyokong Umno dan mereka pun tak setuju cara kerajaan nak ambil tanah Kampung baru cuma mereka tak berani nak tunjuk bantahan, masih takut-takut," katanya.

Sambil menafikan beliau menolak pembangunan, Yusuf berkata, tidak ada orang yang tidak mahukan pembangunan namun pembangunan yang akan dilakukan tidak harus mengenepikan nasib kaum Melayu.

"Kami bukan tak mahukan pembangunan tapi biarlah pembangunan yang mengekalkan ciri asal Kampung Melayu, tidak menyusahkan penduduk dan dilakukan secara telus," katanya.

PAS terus berusaha bantu pelarian Syria

Posted: 03 Sep 2012 04:33 PM PDT


KUALA LUMPUR: Penolong Setiausaha Agung PAS, Dr. Syed Azman Ahmad Nawawi sekali lagi telah menjejakkan kaki ke bandar Idlib yang terletak di sempadan Turki-Syria bagi menghulurkan bantuan terus bagi pihak PAS kepada ribuan pelarian Syria di sana.


Ini, katanya adalah misi kedua beliau bersama-sama pasukan perubatan dari Eropah yang berjaya masuk ke bandar Idlib dengan bantuan penduduk tempatan selepas berlakunya konflik politik berdarah yang sedang melanda di negara mereka.

"Tidak dapat digambarkan betapa sedihnya melihat bagaimana bandar yang sebelum ini aman dan damai ini kini menjadi medan pertempuran berdarah yang mengorbankan ribuan nyawa rakyat awam yang tidak berdosa," ujarnya kepada Harakahdaily.

Menurutnya, sebahagian dari rumah-rumah kediaman, pejabat-pejabat serta  bangunan kedai kini telah musnah akibat dari bedilan berterusan tentera rejim Assad dengan menggunakan kereta kebal, jet-jet pejuang dan helikopter.

(Gambar: Syed Azman bersama beberapa anak yatim pelarian Syria.)

Katanya, adalah dianggarkan lebih dari 200,000 ribu penduduk Idlib kini terpaksa menjadi pelarian apabila mereka terpaksa berhadapan dengan bedilan dan serangan setiap hari dan tidak menampakkan sebarang jalan penyelesaian.

Mereka juga, tambah beliau menghadapi masalah bekalan elektrik dan air bersih yang terputus serta kekurangan bekalan makanan harian serta bahan perubatan yang amat terhad.

Beliau menjelaskan sebahagian besar dari mereka telah menyeberangi sempadan Turki dan kini tinggal di Perkhemahan Yei Dardar dan Perkhemahan Bonyor Yolan yang dikendalikan oleh pemuda-pemuda Ikhwan Muslimin Syria.

Sementara itu, katanya sebahagian dari penduduk Idlib yang sempat ditemui, melahirkan rasa terima kasih mereka di atas usaha yang telah di ambil oleh PAS dan seluruh rakyat Malaysia bagi membantu meringankan bebanan yang dihadapi oleh mereka.

Beliau berkata, bantuan yang dihulurkan adalah amat kecil berbanding dengan konflik berdarah yang sedang berlaku ini, namun ia tetap memberi makna dan erti yang amat besar kepada penduduk Syria yang sedang menderita itu.

"Walaupun seluruh kepimpinan PAS kini amat sibuk dengan persediaan pilihanraya serta amat sibuk berdebat mengenai isu Hudud, namun penderitaan dan bebanan yang sedang dihadapi oleh ribuan pelarian Syria ini tetap tidak dilupakan oleh keseluruhan pimpinan PAS," katanya lagi.

Beliau menegaskan, usaha membantu rakyat Syria tetap diteruskan dengan apa cara sekalipun.

"Semoga sedikit bantuan yang disalurkan ini akan dapat mengubat penderitaan rakyat Syria yang terus bermandi darah ini serta memastikan kita rakyat Malaysia tidak akan lupa kepada anak-anak kecil serta ibu-ibu yang kehilangan ayah dan suami mereka," ujar beliau.

Sumbangan kepada rakyat Syria boleh terus disalurkan kepada; Maybank atas nama Parti Islam Se-Malaysia, akaun no. 564070703248.

Pengikut