Ahad, 17 Oktober 2010

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Salam Perjuangan

Posted: 17 Oct 2010 11:06 PM PDT

Salam Perjuangan


WARISAN MERDEKA - SATU LAGI PROJEK KERAJAAN BARISAN NASIONAL

Posted: 17 Oct 2010 06:17 PM PDT

10 Dzulka'edah 1431 H | 18 Oktober 2010

Kerajaan UMNO-Barisan Nasional sudah pun merancang untuk membina satu lagi projek mega, pembinaan bangunan 100 tingkat, Warisan Merdeka yang akan menelan belanja RM 5 bilion.


Bagi Wan Saiful Wan Jan, dari Institutr For Democracy and Economic Affair menjelaskan projek mega ini tidak perlu kerana ianya melibatkan duit rakyat yang banyak. Lebih membimbangkan kerajaan asyik bercakap untuk memajukan ekonomi dengan melibatkan sektor swasta tetapi dalam hal ini hanya melibatkan kerajaan sahaja.

"Di sini terdapat perbezaan dengan apa yang diwar-warkan dengan tindakan yang kerajaan lakukan. Bagi saya kalau kita benar-benar mahu sektor swasta memacu ekonomi negara tidak perlu menggunakan dana kerajaan kerana ini adalah duit rakyat untuk membina projek mega seperti bangunan 100 tingkat yang saya tak pasti sama ada ia perlu ataupun tidak."

Soalnya lagi, berkenaan pembinaan ini bukan soal atau pun tidak. Putrajaya yang hutan dulu pun kini dipenuhi bangunan. Tetapi persoalan yang sebenarnya ialah apakah ia benar-benar diperlukan. Adakah kita benar-benar memerlukan pembinaan bangunan 100 tingkat ini. Secara umumnya kata Wan Saiful, bajet pada kali ini ada kontradiksi sedikit dengan agenda kerajaan yang sebelum ini cuba menggalakkan sektor swasta mendepani ekonomi negara.

"Bajet kali ini lebih besar berbanding tahun lalu tetapi ia melibatkan kos yang besar dalam aspek pengurusan. Bermaksud kos dalam membiayai kerja-kerja kerajaan adalah tinggi. Pada saya tiada usaha untuk memperkecilkan saiz kerajaan supaya sektor swasta dapat memainkan peranan yang lebih besar dalam merancakkan ekonomi negara," tegasnya.


Sementara itu, Presiden PAS, Datuk Seri Abd Hadi Awang berkata,
kerajaan tidak cuba belajar daripada kesilapan lalu dengan mengimpikan menara 100 tingkat, beserta kemudahan yang bakal menelan belanja asas RM 5 bilion, berbanding projek yang lebih 'rakyat'.

"Contohnya peruntukan untuk ECER hanyalah RM 178 juta, iaitu hanya lingkungan 3.6% daripada projek Warisan Merdeka. Ini tidak lagi dicampur dengan kemungkinan projek RM 5 bilion ini meningkat sebagaimana yang sentiasa berlaku dalam pemerintahan kerajaan UMNO-BN."

Beliau menambah, agensi yang sepatutnya melaksanakan amanah untuk membangunkan ekonomi rakyat miskin, kini telah menumpukan pula kepada projek mega sebegini kerana pimpinan UMNO-BN sebenarnya bermimpikan projek lantas memperdagangkan tanggungjawab membangunkan ekonomi rakyat.


Perjuangan Rakyat

Posted: 17 Oct 2010 09:27 PM PDT

Perjuangan Rakyat


Jamuan Rakyat PAS Kawasan Indera Mahkota # 1

Posted: 12 Oct 2010 02:48 AM PDT

Meriah. itulah gambaran Majlis Jamuan Rakyat PAS Kawasan Indera Mahkota. Diadakan serentak dengan Yaumul Ihtifal PASTI Kawasan Indera Mahkota. Lapisan masyarakat dari pelbagai kaum dan agama serta 'platform politik' berpusu-pusu membanjiri dataran PUTRA seawal jam 11.3o pagi.

Jamuan Rakyat ini telah dirasmikan oleh YDP PAS Kawasan Indera Mahkota, saudara Nasrun Amir Abdullah sekaligus merasmikan hari Ihtifal PASTI.

Diantara aktiviti selingan ialah pertunjukan silat dari cawangan Chengal Lempong yang di ketuai oleh saudara Zaidi. Pertunjukan kawad kaki oleh anggota Jabatan Amal Indera Mahkota, serta pemeriksaan anggota oleh YDP Indera Mahkota.

Dalam majlis ini YDP Indera Mahkota telah menyampaikan buku yang bertajuk "Islam The Misunderstood Religion" kepada wakil PKR dan DAP.

PAS Kawasan Indera Mahkota mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir serta kepada para petugas yang telah bertungkus-lumus sejak hari semalam untuk menjayakan majlis ini.

Majlis ini berakhir pada pukul 4.00 petang.

Orang dapur yang bertungkus-lumus memasak untuk Jamuan Rakyat.




Makanan dimasak di perkarangan masjid Qaryah balok.





Pak Dee pembekal utama kanopi dan kerusi meja


YDP menyantuni para petugas


Ketua Urusan Ulama Indera Mahkota, Hj Mustapha menghantar nasi himpit beserta kuah



Gulai dah sampai


Pelajar PASTI yang terlibat dengan hari ihtifal


Guru PASTI


Petugas dari Balok Baru


Persembahan pelajar PASTI
















Wakil PKR


NYDP, Saudara Mohd Ghauth dan YB Beserah Syed Mohammad




Bacaan doa oleh ustaz Basri, exco DPP Indera Mahkota


Wakil PKR, Siew Fook Chan sedang memberikan ucapan


Ucapan dari wakil DAP, Lee Chean Chung


YB Beserah, Syed Mohammad


YDP Indera Mahkota sedang menyampaikan ucapan sekaligus merasmikan Jamuan Rakyat PAS Kawasan Indera Mahkota




Anggota Jabatan Amal Indera Mahkota, segak bergaya




Kontang Idea, Masalah Buang Anak Terpaksa Rujuk Belgium

Posted: 06 Oct 2010 02:53 AM PDT

Ditulis oleh Ustaz Idris Ahmad
TUESDAY, 05 OCTOBER 2010 10:06

Parti Islam Se-Malaysia berpandangan hajat Datin Seri Rosmah Mansur hendak ke Centrum voor Integrale Gezinsgorg (CIG) di Brussels Belgium pada 5 oktober 2010 bagi mendapatkan pelbagai input untuk menangani permasalahan buang bayi adalah tindakan yang tidak munasabah, seolah-olah kerajaan sudah hilang punca dan kontang idea.

Fenomena ini sepatutnya dirujuk kepada mereka yang arif di negara ini sahaja bukannya di negara yang, iklim dan sosial budayanya berbeza.. Tindakan yang dibuat oleh Datin Seri Rosmah untuk merujuk negara Belgium bagi mengatasi masalah anak luar nikah, seolah-olah anak yatim yang kaya dengan harta peninggalan bapanya, tetapi masih lagi meminta sedekah kepada orang ramai. Begitulah juga tindakan Datin Rosmah ibarat memohon sedekah dan ehsan daripada orang lain, sedangkan kita mempunyai rujukan iaitu Islam.

Kenapa begitu takut hendak merujuk kepada pendekatan Islam yang lebih menyeluruh dan telah terbukti berjaya. Kaedah yang perlu digunakan mestilah merujuk kepada apa yang diajar oleh Rasulullah SAW iaitu pendekatan mencegah dan mendidik. Baginda telah berjaya membetulkan masyarakat jahiliah yang rosak dalam masa 23 tahun yang menjadi kekaguman ahli kaji masyarakat barat yang berpandangan kerosakan masyarakat jahiliah hanya dapat dirawat dalam masa 100 tahun lebih.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI

Posted: 17 Oct 2010 09:08 PM PDT

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI


KEMALANGAN JALAN RAYA - SATU PANDUAN

Posted: 17 Oct 2010 10:00 AM PDT

Anda pernah mengalami kemalangan? Pengalaman ini mungkin boleh dijadikan panduan untuk mereka yang belum pernah mengalami kemalangan.Moga Allah selamatkan anda.

Satu malam dalam bulan Syawal jam 11.45 malam yang lalu, ketika  kami sekeluarga kembali dari menghadiri rumah terbuka di rumah sahabat di Bangi tanpa diduga musibah menimpa kami.Ketika kami berhenti di lampu isyarat di Kesang (laluan AMJ) sebuah kereta tiba-tiba melanggar belakang kereta kami.

Inilah kereta yang melanggar kereta  kami, sebuah Volvo.Hanya sedikit kecederaan pada kereta ini.

Kesannya......(gambar di tempat kejadian) bahagian belakang kereta kami terperosok ke dalam.
Nasib baik tidak terkena tayar dan masih boleh dipandu.

 
Bumper depan dan lampu kanan kereta kami rosak teruk apabila melanggar kereta Persona
di hadapan kami. Bumper Persona pula hanya rosak sedikit sahaja.(Jadi,belilah barangan Malaysia !)

Keadaan kereta kami sebelum dihantar ke bengkel.Lihat,bumper depan pun hampir tanggal
terlanggar Persona !

Gambar dari sebelah kiri.




Bahagian belakang.Nampaknya sebulan kereta masuk paddock.

Apa yang hendak saya kongsikan  ialah pengalaman membuat laporan Polis.Kemalangan berlaku di laluan AMJ hampir waktu tengah malam.di lampu trafik dekat Sungai Rambai.Saya sangka kemalangan berlaku di kawasan Sg Rambai.Jadi kami terus ke Balai Polis Sg Rambai,tetapi mencari Balai ini pun satu masalah kerana papantanda ada di tepi jalan tetapi tiada tanda arah dan Balai ini rupanya di rumah kedai ,tidak kelihatan dari tepi jalan.Kami diarahkan pergi ke Polis Trafik Merlimau untuk membuat laporan kerana BP Sg Rambai tiada Polis Trafik.(Mereka sepatutnya pastikan  di kawasan mana kemalangan berlaku.)

Apabila sampai di Bali Polis Merlimau baru kami dimaklumkan bahawa tempat kemalangan adalah dalam Daerah Ledang dan laporan hendaklah dibuat di Balai Polis Tangkak! Di sinilah kedua-belah pihak kena faham - pengadu kena pastikan dalam daerah mana kemalangan berlaku dan pihak Polis kena maklumkan dengan tepat kepada pengadu supaya tidak berlaku salah faham atau menimbulkan kesusahan kepada pengadu.Pengadu tidak berpengalaman sebab first time accident! Oleh kerana sudah larut malam dan untuk ke Tangkak dengan kereta yang rosak kemalangan,  kami membuat keputusan untuk balik ke rumah sebelum membuat laporan Polis ke esokan harinya.

Dalam perjalanan balik ke Muar saya menelefon Balai Polis Muar untuk bertanya jika aduan boleh dibuat di Polis Trafik Muar.Lega saya apabila Pegawai Polis yang menjawab telefon berkata "YB boleh buat laporan di Muar kerana online." "Boleh siap ambil gambar sekali ke?", saya ingin kepastian.Bila diberitahu boleh saya pun ke Polis Trafik Muar,jam sudah lepas 1.00 pagi.Malangnya Polis Trafik  yang bertugas memberitahu jika mereka terima laporan pun kami masih terpaksa buat laporan di Balai Polis Tangkak! Inilah makluman yang kurang tepat menyebabkan rakyat bingung ........Inilah salah faham di mana rakyat mengadu Polis tidak mahu terima laporan keran bukan kawasan mereka! (Jika mereka terima pun anda kena buat kerja kali kedua membuat aduan di Balai yang terlibat.)

Keesokan harinya saya ke Polis Trafik Tangkak untuk membuat laporan kemalangan di atas.Oleh kerana kemalanga berlaku malam sebelumnaya mereka terpaksa menetukan siapa Pegawai yang patut menerima laporan.Walau bagaimanapun terima kasih Koperal Yassin yang melayan saya dengan baik.Cuma mohon maaf kerana tidak kenalkan diri saya sebagai YB kerana tujuan saya hanya membuat laporan kemalangan biasa untuk tuntutan insuran sahaja.Rupanya YB ni dikira VIP, jadi  ada protokolnya seoang Inspektor  Polis yang bertanggungjawab menerima laporan.Pengalaman baru bagi saya.Terima kasih Inspektor Suriani yang menjalankan tanggung jawab dengan baik sekali.

Selesai sudah cerita saya, kereta pun ada di bengkel sedang dibaikki.....





Habislah NCD ......

JIKA BERLAKU KEMALANGAN

LANGKAH-LANGKAH BERIKUT MUNGKIN BOLEH
Sila bertenang dan jangan cemas.
. Jika ada sesiapa yang tercedera ,telefon 999 untuk bantuan.
. Jika tidak ada sebarang kecederaan ,alihkan kenderaan anda dari aliran trafik ke tempat yang selamat,jika boleh.Catatkan nama dan alamat pemandu-pemandu lain yang terbabit.
. Catatkan model da nombor pendaftaran kenderaan lain yang terlibat.
. Catatkan nama dan alamat saksi -saksi,sekiranya ada.
.  Buat lakaran kasar tentaang kemalangan dan lokasi kenderaan terlibat sejurus sebelum dan selepas kemalangan. (Gambar mengenai kemalangan,jika ada akan membantu.)
. Bertukar maklumat mengenai syarikat insurans/pemgendali takaful masing-masing..
. Jangan berbincang  tetntang siapa yang bersalah.Ini mungkin menimbulkan kesulitan dalam mengendalikan tuntutan anda.
. Jika kenderaan anda oerlu ditunda,pastikan nbahawa kenderaan tersebut akan dihantar ke bengkel yang betul.Hubungi syarikat insurans/pengendali takaful anda atau nombor 'hotline' kemalangan syarikat tersebut bagi mendapatkan maklumat tentang bengkel-bengkel kenderaan yang sepatutnya.
. Laporkan kemalangan kepada Polis dengan segera.
. Laporkan kemalangan kepada syarikat insurans/pengendali takaful anda dengan segera ,walaupun anda tidak berniat untuk membuat sebarang tuntutan. Pihak ketiga yang terlibat dalam kemalangantersebut mungkin akan memuat tuntutan insurans daripada syarikat insurans/pengendali takaful anda dan akan menyebabka kehilangan NCD anda.
.Isikan borang tuntutan dengan lengkap dan amsukkan maklumat  tambahan yang berkaitan.Jika ada sebarang keraguan,dapatkan nasihat dari syarikat insurans/pengendali takaful anda.

Sekiranya kenderaan anda mengalami kerosakan , anda boleh membuat samada tuntuan kerosakan sendiri atau tuntutan pihak ketiga.

Jika syarikat insurans anda mencadangkan kerja pembaikan dilakukan di bengkel panel yang diluluskan,hantar kenderaan anda seperti yang dinasihatkan.Syarikat insurans akanmenghantar pelaras kerugian untuk menilai kerosakan kenderaan anda sebelum membenarkan kerja baik pulih dijalankan.

Takaful motor memberikan anda perlindungan terhadap kerugian atau kerosakan kenderan sendiri akibat kebakaran,kecurian atau kemalangan , dan/atau kecederaan tubuh badan atau kematian pihak ketiga, kerosakan atau kerugian harta benda pihak ketiga..

SELAMAT MEMBACA DAN BERTINDAK UNTUK KESELAMATAN ANDA.

sumber: Utusan Malaysia Sabtu 16 Oktober 2010




CUTI BERSALIN 90 HARI

Posted: 17 Oct 2010 06:56 AM PDT

ARKIB : 16/10/2010

Cuti bersalin 90 hari bergaji penuh

KUALA LUMPUR 15 Okt. - Kakitangan awam wanita akan diberi kemudahan cuti bersalin dengan bergaji penuh tidak melebihi 90 hari berbanding 60 hari ketika ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Kakitangan berkenaan katanya, diberi fleksibiliti untuk menentukan tempoh cuti bersalin mereka tertakluk pada kelayakan keseluruhan jumlah cuti bersalin sebanyak 300 hari sepanjang tempoh perkhidmatan.
Menurut beliau, kerajaan memberi kemudahan tersebut kerana mengambil berat terhadap kerjaya dan kebajikan penjawat awam wanita yang memerlukan tumpuan menjaga keluarga terutamanya anak yang baru dilahirkan.
"Kerajaan juga telah merintis jalan dan membuka peluang kepada wanita berkelayakan memegang jawatan di peringkat tertinggi dalam perkhidmatan awam dari semasa ke semasa.
"Pada akhir 2009, jumlah wanita menduduki Jawatan Utama Sektor Awam mencapai 30.5 peratus justeru itu, pihak swasta juga perlu memberi peluang kepada lebih ramai wanita menduduki jawatan pembuat keputusan khusus sebagai Ahli Lembaga Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif," katanya ketika membentangkan Bajet 2011 di Dewan Rakyat petang ini.
Katanya, bagi meningkatkan penyertaan wanita dalam bidang keusahawanan, RM30 juta telah diperuntukkan antaranya untuk memperkenalkan Program Inkubator Kemahiran Ibu Tunggal dan mengadakan Anugerah Perdana Usahawan dan Tokoh Aktivis Wanita sempena Hari Wanita mulai tahun 2011.
Dalam pada itu, Perdana Menteri menyeru agar pihak swasta mengambil pekerja separuh masa wanita terutama suri rumah berikutan kerajaan telah menguatkuasakan Peraturan-Peraturan Kerja (Pekerja Separa Masa) 2010 mulai 1 Oktober 2010.
Sehubungan itu beliau berkata, kerajaan juga akan melaksanakan program perintis Small Office Home Office untuk wanita kurang upaya selama tiga bulan bagi melatih wanita OKU dalam pelbagai bidang kemahiran.
Beliau juga mengumumkan, kerajaan akan menyedia dan menjenamakan semula 40 buah Taska 1Malaysia yang dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi membantu wanita yang tidak berkemampuan mendapat perkhidmatan pengasuhan dan pendidikan awal yang berkualiti bagi anak-anak mereka.

sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1016&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_05.htm
___________________________________________________________________________________





PARLIMEN BUKIT GANTANG

Posted: 17 Oct 2010 09:06 PM PDT

PARLIMEN BUKIT GANTANG


Nizar raikan Jemaah Haji Parlimen Bukit Gantang

Posted: 17 Oct 2010 06:08 AM PDT


Sebahagian Jemaah Haji Muslimat.
Jemaah Haji muslimin bergambar kenangan dengan Nizar.

Trong,16 Oktober- Sekretariat Parlimen Bukit Gantang bersama Pas Kawasan Bukit Gantang telah menganjurkan Program Meraikan Jemaah Haji Parlimen Bukit Gantang.

Program dilangsungkan di Masjid Nurul Hidayah,Sg Bemban,Trong..Program bermula dengan Majlis Bacaan Yassin yang dipimpin Ustaz Zulkifli Ahmad,NYDP Kawasan.

Selepas itu DS Nizar memberi motivasi iepada para jemaah.Antara lain Nizar meminta kita menjauhi syirik.Dan mengingatkan para jemaah tentang tiga perkara,pertama puji-pujian hanya untuk Allah s.w.t,Nikmat semuanya datang daripada Allah s.wt dan akhirnya kerajaan ini perlu kerajaan berpaksikan hukum Islam.

Pada tahun ini dianggarkan 171 orang jemaah haji pada musim haji kali ini.Program meraikan jemaah haji ini merupakan program kali ketiga.

DPPK PARIT

Posted: 17 Oct 2010 07:24 PM PDT

DPPK PARIT


PAS KAWASAN PARIT MENGECEWAKAN BANYAK PIHAK?

Posted: 17 Oct 2010 06:31 AM PDT

PAS Kawasan Pekan

Posted: 17 Oct 2010 07:23 PM PDT

PAS Kawasan Pekan


Kunjungan Muhibbah PAS Kawasan Pekan Kepada Ketua Polis Pekan

Posted: 17 Oct 2010 05:57 AM PDT












Satu kunjungan m
uhibbah telah dilakukan keatas Ketua Polis Pekan, Supt. Yahaya Othman pada 14 Oktober 2010.

Rombongan diketuai oleh Yang Dipertua Ustaz Abu Kassim Manaf. Turut hadir adalah Naib Yang Dipertua (Hj. Abu Kassim Abd, Ghani, Ketua Urusan Ulamak (Ustaz Othman Bakar), Setiausaha (Kapt. (B) Ahiatudin Daud dan AJK-AJK iaitu Mohd Nazhar Othman, Hjh. Hamidah Mohd Amin dan Roshayati Yahaya.

Kunjungan bertujuan untuk mengeratkan hubungan dan menjalinkan persefahaman. Majlis berlangsung selama lebih kurang 1 jam.

Pihak PAS Kawasan merakamkan ribuan terima kasih kepada Ketua Polis Daerah kerana melayani rombongan dengan begitu mesra sekali.

PAS LENGGONG

Posted: 17 Oct 2010 07:21 PM PDT

PAS LENGGONG


Posted: 17 Oct 2010 05:29 PM PDT

PAS Kawasan Miri

Posted: 17 Oct 2010 07:20 PM PDT

PAS Kawasan Miri


Wanita Ditipu Lagi dek Kerajaan BN

Posted: 17 Oct 2010 01:16 AM PDT

PEMBERIAN cuti bersalin sebanyak 90 hari berbanding 60 hari sebelum ini kepada penjawat awam wanita menimbulkan dua reaksi berbeza. Ketika Presiden Persatuan Kesihatan Ibu dan Bayi Malaysia (MAMANEH), Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj bersetuju dengan fleksibiliti menentukan sendiri tempoh cuti bersalin, Perunding Rakan Sebaya Penyusuan Ibu Malaysia, Nor Kamariah Mohd Alwi pula berpendapat ia hanya mengehadkan bilangan anak buat wanita bekerjaya.

Mengulas lanjut, Nor Kamariah berkata, mengikut peruntukan itu, cuti 90 hari daripada 300 hari perkhidmatan itu sama dengan cuti bersalin 90 hari untuk anak pertama hingga tiga saja."Sebelum ini, kerajaan memberikan cuti dua bulan dengan peruntukan 300 hari sepanjang tempoh perkhidmatan dan bilangan itu bersamaan dengan tempoh cuti bersalin hingga anak kelima. Sekarang, bilangan cuti bertambah, tetapi dengan peruntukan sama 300 hari. Ini bermakna cuti hanya untuk sehingga anak ketiga, jika wanita terbabit mahu mengambil cuti sehingga 90 hari setiap kali bersalin," katanya.

Bajet 2011 antara lain memberi tumpuan kepada penjagaan keluarga, terutama anak yang baru dilahirkan. Bagi menambah baik kemudahan cuti bersalin kepada penjawat awam wanita, kerajaan memberi fleksibiliti untuk menentukan sendiri tempoh cuti bersalin bergaji penuh tidak melebihi 90 hari berbanding 60 hari pada masa ini. Kemudahan itu tertakluk kepada kelayakan keseluruhan bilangan cuti bersalin sebanyak 300 hari sepanjang tempoh perkhidmatan.

Sementara itu Dr Harlina yang juga Naib Presiden Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) juga berharap sepanjang tempoh itu, ibu mengamalkan penyusuan ibu sepenuhnya.
Beliau yang juga berharap kelonggaran juga diberi kepada ibu untuk bercuti beberapa minggu sebelum bersalin berpendapat memberikan penyusuan penuh dalam tempoh tiga bulan pertama dapat membentuk hubungan baik ibu dan anak.

"Bayi pada usia berkenaan lebih kondusif menerima rangsangan, justeru 'lebih kuat' untuk ditinggalkan ibu ketika keluar bekerja selepas tempoh cuti bersalin berakhir.
Majikan tidak seharusnya melihat cuti panjang diberi menjejaskan produktiviti organisasi kerana banyak bukti menunjukkan wanita berjawatan penting hari ini, mempunyai anak ramai, tetapi tetap fokus terhadap tugas," katanya.

Jelaslah kepada kita BN sekali lagi membohongi rakyat. Diwarwarkan Kerajaan BN prihatin tapi sebenarnya tidak. Teringat kes sama sewaktu BAJET Pak Lah;kononnya yuran sekolah dikurangkan kepada dibawah RM 10,tetapi sebaliknya bayaran lain seperti PIBG,Sukan dimasukkan. Yang jelas Bajet BN adalah Bajet Bini Najib;Rakyat terus ditipu.

Pemuda PAS Sarawak Sedia Hadapi Pilihanraya DUN

Posted: 17 Oct 2010 12:13 AM PDT


BINTULU, 17 Okt: Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak kini siap sedia menghadapi pilihan raya negeri itu yang dijangka diumum mengejut dalam masa terdekat.Biarpun pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Ketua Menteri, Tan Sri Abd Taib Mahmud belum memberi apa-apa bayangan tentang tarikh sebenar pilihan raya negeri itu, namun bagi pemuda PAS negeri itu, segala persiapan siap sedia diatur.

Kesediaan mereka dizahirkan pada Program Munaqasyah Ucapan Dasar Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat yang berlangsung di Medan Jaya, Bintulu, semalam.Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Azman Shapawi Abdul Rani antara pemimpin Dewan Pemuda PAS Pusat yang hadir dan turut membentangkan dua kertas kerja bertajuk "Murnikan Perjuangan" dan "Maknakan Kemenangan".

"Program ini adalah sebagai motivasi kepada seluruh pemuda PAS di negeri Sarawak dalam menghadapi Pilihanraya Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak yang dijangka tidak lama lagi.Kehadiran pimpinan pemuda dari seluruh kawasan membuktikan bahawa pemuda telah bersiap siaga untuk menghadapi pilihanraya negeri Sarawak," ujar Ketua Pemuda PAS negeri, Abang Eddy Allyanni Abang Fauzi.

Antara pimpinan pemuda kawasan yang turut serta pada program tersebut adalah dari Miri, Petrajaya, Bintulu, Sarikei, Sibu dan Mukah.Beberapa resolusi turut dicapai khususnya memfokuskan gerak kerja berdepan pilihan raya, antaranya strategi menarik penglibatan golongan pemuda dengan pendekatan yang tepat berdasarkan kesesuaian di tempat masing-masing.

Mereka juga bertekad memperkasa aktiviti penerangan dengan menggunakan segala medium seperti Facebook, Twitter, blog dan program yang bersesuaian.Selain itu mereka turut meresolusikan untuk lebih peka dan menjuarai permasalahan serta isu di dalam masyarakat setempat bagi menghubungkan PAS dengan masyarakat.

Untuk tujuan itu, mereka akan memastikan Dewan Pemuda PAS Sarawak menjalinkan hubungan yang kukuh dan berperanan dalam Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Sarawak.
Banyak pihak menjangkakan pilihan raya Dun Sarawak akan berlannsung mengejut, ekoran keputusan kerajaan menangguhkan perlaksanaan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).Rang Undang-undang akta itu sepatutnya dibentang Di Dewan Rakyat yang sedang berlangsung, namun kerajaan mengumumkan ianya ditunda atas alasan mahu mendapat reaksi dari semua lapisan rakyat.

Dr Azman Ibrahim

Posted: 17 Oct 2010 07:04 PM PDT

Dr Azman Ibrahim


BAJET UNTUK DAPAT UNDI BUKAN UNTUK JANA EKONOMI BERPENDAPATAN TINGGI

Posted: 16 Oct 2010 07:48 PM PDT

pas sembrong (bangkit membuat perubahan)

Posted: 17 Oct 2010 03:14 PM PDT

pas sembrong (bangkit membuat perubahan)


Hukum solat lepas Asar?

Posted: 17 Oct 2010 09:45 AM PDT


Pantun khas untuk Perkasa

sorong papan tarik papan
buah keranji atas perahu
suruh makan aku makan
suruh mengaji aku tak tahu

Ketua Wira PERKASA beb ! bukan calang2 orang, tak larang mengadakan solat hajat dan doa selamat di De Palma Hotel, Ampang pada jam 6.30 petang ini .

Ini baru betul pejuang Islam dan MELAYU, dulu bossnya pun anjur solat hajat lepas Asar juga di Pasir Mas, ini baru betul2 menurun, atau wasiat [lihat sini]

Oittt ! orang paham la bila sebut jah 6:30 petang, itu maknanya lepas Asar.. lah woii ! tak kan Ketua Wira aeroback perkasa tak tahu…….., di HOTEL beb !, class gitu……..tak main la kat Masjid2 dan Surau2 ni, orang Masjid dan Surau mana tau pasal Solat2 Hajat ni.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pakar Ampang Puteri, Ampang kerana masalah jantung akan dibedah esok pagi.
Jom ! kita pakat pegi ramai2 dan kita gelak juga ramai2………………..ppergh ! wira perkasa……..mana anak Dusuki ada pHD ?, boss perkasa kelantan ?. betul2 UMNO=PERKASA.

Melayu hina Institusi Raja2

Posted: 17 Oct 2010 09:37 AM PDT


PANAS!! Ahli PERKASA Kata Sultan Kelantan adalah Sultan Haram??


Ini dia ahli PERKASA yang menghina Sultan Kelantan. Kita tengok apa kata Ibrahim Ali yang beriya-iya membela Melayu dan Raja-raja Melayu.

Sila klik untuk besarkan imej.

Sumber di sini.
Kredit untuk KetuaPolisOnline

Air naik angkara BN

Posted: 17 Oct 2010 09:31 AM PDT


Tembelang Pecah...Kerajaan Pusat Yang Luluskan Takrif Air Di Kedah

Exco Negeri Kedah Datuk Ir. Amiruddin Hamzah menyelar Umno dengan mendakwa parti itu memanipulasikan kenaikan tarif air di negeri tersebut sebagai isu politik bagi mencetuskan kebencian rakyat terhadap kepimpinan kerajaan negeri.

Sehubungan itu menurut beliau, kerajaan negeri tiada kuasa untuk meluluskan sebarang kenaikan tarif air kerana ia telah diluluskan oleh kerajaan persekutuan mengikut Peraturan-Peraturan Industri Perkhidmatan Air (Kadar Perkhidmatan Bekalan Air- Negeri Kedah) 2010.

Oleh itu kata beliau, dakwaan Umno Kedah bahawa kerajaan negeri dengan sengaja menaikkan tarif air dan mendakwa ia sebagai satu tekanan ekonomi ke atas rakyat adalah satu fitnah besar dan tidak benar sama sekali.

Sebelum ini Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Nerang, Datuk Syed Sobri Syed Hashim telah mendesak supaya penduduk negeri ini memboikot pembayaran bil air sebagai tanda protes dan ia merupakan tindakan terdesak Umno.

"Usaha ini juga adalah satu tindakan yang tidak bermoral serta boleh disabitkan dengan tuduhan menghasut.

"Mereka boleh menzahirkan rasa tidak puas hati, tetapi bukannya memboikot kerana ia adalah bertentangan undang-undang digubal Kerajaan Pusat, " tegasnya.

Kira-kira 30 anggota PAS mengadakan demonstrasi di hadapan pejabat Menteri Besar Kedah bagi membantah kenaikan tarif air di negeri ini beberapa hari lalu.

Mereka turut menghantar satu memorandum bantahan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Amiruddin yang juga Ketua Penerangan PAS Kedah menambah, kenaikan tarif air di Kedah yang telah diumumkan oleh Ketua Eksekutif Syarikat Bekalan Air Darulaman (SADA), Datuk Adzmi Din pada 29 September lalu adalah bagi menanggung kos pengeluaran dan pengurusan bekalan air yang semakin meningkat.

"Tarif air yang ada sekarang di negeri ini merupakan tarif dan pelarasan yang telah berkuat kuasa sejak 1 Mac 1993 lalu. Sepanjang tempoh 17 tahun lalu, tiada semakan semula yang dibuat.

"Mulai tarikh tersebut sehinggalah kepada 30 September 2010 harga satu meter padu air di negeri ini ialah 40 sen.

"Ia juga merupakan harga air yang kedua terendah di negara ini selepas Pulau Pinang manakala harga semeter air padu di Pulau Pinang adalah 30 sen sedangkan Perlis pula adalah tempat ketiga dengan harga 48 sen semeter air padu," katanya lagi.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ceramah anjuran PAS kawasan Permatang Pauh di sini semalam.(AK)

Seloka tutup aurat

Posted: 17 Oct 2010 09:02 AM PDT

pantunPantun : Tudung & Perempuan (Khas Untuk Wanita)

Pakai tudung tapi bertelanjang
Itulah gaya orang sekarang
Mana tidaknya, ukuran body semua terang-terang
Yang mana kendur yang Mana tegang

Baju nipis nampak bayang
Peha gebu saja ditayang
Lebih baik tak pakai baju senang
Dah tentu boleh tunjuk terang-terang

klik tajuk untuk pantun seterusnya...

Wabak HIV kritikal

Posted: 17 Oct 2010 08:58 AM PDT

Dahsyat!...10 Rakyat Malaysia Dijangkiti Aids Setiap Hari!

Kadar Jangkitan AIDS/HIV Membimbangkan : MAM

LUMUT, 17 OKT : Seramai 87,000 orang di Malaysia dikenalipasti HIV positif dengan kadar purata 10 rakyat negara ini dijangkiti penyakit itu setiap hari, kata Majlis AIDS Malaysia (MAM).

Presidennya Datuk Mohd Zaman Khan berkata peningkatan jumlah pesakit HIV/AIDS di negara ini amat membimbangkan dan tindakan sewajar perlu diambil bagi membendung penyakit itu.

Sejak kes pertama HIV dikesan di negara ini pada 1986, Malaysia telah berusaha membanteras kes jangkitan itu namun ia masih tidak berkesan, katanya kepada Bernama selepas majlis pelancaran program seminar, pameran HIV/AIDS dan Forum Perdana Hal Ehwal Islam di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di sini hari ini.

Beliau berkata hanya sejak beberapa tahun kebelakangan ini sahaja baru terdapat sedikit kemajuan dalam usaha menangani wabak itu. Menurutnya persepsi masyarakat terhadap pesakit HIV bagaimanapun masih pada tahap membimbangkan dan ia menyebabkan ramai pengidap penyakit itu tidak berani tampil menerima rawatan sedia ada.

"Saya percaya, kesedaran dan keprihatinan terhadap isu ini oleh masyarakat adalah kunci kepada pencegahan jangkitan dan pengurangan kemudaratan penyakit itu," katanya.

Pada majlis berkenaan, sebanyak 10 agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan telah menyertai Pameran HIV/AIDS anjuran bersama TLDM, MAM dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Program selama dua hari itu bertujuan memberi kesedaran kepada komuniti tentang epidemik HIV dan AIDS.

B@tvs

Dengki kat DSAI

Posted: 17 Oct 2010 08:27 AM PDT


Lautan rakyat terpegun mendengar ceramah Anwar, ramai musuh yang jeles

Memo taubat kerja orang jahat, kecewa
Mohd Ali Hashim - harakah

PENANTI, 17 Okt: Pengerusi PKR Negeri Pulau Pinang, Datuk Dr Mansor Othman menyifatkan tindakan sekumpulan pemuda yang mendakwa menyerahkan memorandum taubat kepada ibu pejabat Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah kerja orang jahat yang kecewa.

Beliau berkata demikian semasa ditemui selepas menyampaikan sumbangan bagi meraikan 105 orang bakal jemaah haji dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh, petang tadi.

"Mereka ini adalah orang upahan yang telah diasuh untuk mencemarkan imej baik Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ini bukanlah perkara baru yang berlaku setelah melihat kekuatan yang ada pada PKR semakin menggugat kekuatan Umno dan Barisan Nasional (BN).

"Dakwaan mereka adalah sebagai mengisi kehendak orang atasan bagi memenuhi hasrat mencemarkan Pakatan Rakyat (PR) menjelangnya pilihan raya kecil Galas dan Batu Sapi. Tidak menghairankan banyak lagi desperado yang akan muncul sepertimana skrip yang telah mereka rancang, " ujarnya yang juga Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang.

Semalam sekumpulan pemuda yang mendakwa dari Cabang PKR Pulau Pinang dan Perak telah menyerahkan memorandum taubat meminta Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya segera bertaubat.

Memorandum satu muka surat itu didakwa telah dihantar oleh 60 ahli dari tiga cabang yang mewakili Pulau Pinang dan Perak.

anak pegawai khas dato zahrin

Namun begitu, Mansor berkata bahawa sebenarnya hanya enam orang sahaja yang mengiringi menghantar memorandum tersebut. Manakala Nor Hilmi Ismail yang mendakwa mewakili 3 cabang PKR adalah anak kepada seorang pegawai khas Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim.

"Mereka ini bukannya ahli PKR dan tindakan ini adalah dipercayai didalangi oleh sebahagian dari mereka yang kalah dan kecewa dalam mencapai hasrat mereka.

"Oleh kerana itu satu siasatan akan dilakukan bagi memastikan kesahihan dakwaan keahlian mereka terlebih dahulu sebelum sebarang tindakan susulan dilakukan," tambahnya lagi.

Mansor menyangkal dakwaan pihak terbabit dan menyeru masyarakat supaya tidak terpengaruh dengan fitnah dan tohmahan yang semakin liar cuba direncanakan oleh pihak lawan bagi menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat.

Menurutnya lagi, menjelang pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi dan Dun Galas, maka pelbagai dakwaan akan timbul sepertimana yang pernah berlaku sebelum ini, termasuklah keluar parti beramai-ramai dan pengakuan sumpah palsu yang sudah menjadi lumrah dan mainan Umno BN.

Tak habis-habis dengki dengan DSAI, rekod beliau memacu PKR bersama Pakatan semenjak PRU 2008 hingga kini melonjak naik, kenapa mesti keluar dan berpaling...

Isma kempen Umno?

Posted: 17 Oct 2010 08:09 AM PDT


Taklimat biasiswa jadi majlis kelab Umno
Harakahdaily

MANSURAH (Mesir), 17 Okt: Taklimat biasiswa yang diadakan oleh Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) di Dewan Handousa, Kuliah Perubatan, Universiti Mansurah, semalam telah bertukar menjadi taklimat penerangan mengenai kelab Umno.

Majlis yang berlangung pada pukul 3 hingga 5 petang itu telah dihadiri oleh kebanyakan mahasiswa dan mahasiswi kuliah sains kesihatan, Universiti Mansurah sehingga dewan besar itu melimpah.

Penceramah jemputan yang juga mewakili Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah, Khairy Jalaluddin telah mengedarkan borang kelab Umno yang juga tertera lambang Umno kepada seluruh hadirin.

isi borang

"Kalau hendak biasiswa, kamu kena isi borang Umno dulu," begitulah antara intipati ucapan daripada penceramah jemputan.

Majlis yang sepatutnya banyak membicarakan tentang biasiswa diubah formatnya kepada lebih membicarakan tentang Umno dan juga ISMA (Ikatan Muslimin M'sia).

Bagi hadirin, majlis itu adalah satu pengkhianatan dan penipuan kepada mahasiswa.

"Kami sepatutnya diberikan taklimat mengenai biasiswa sebaliknya diperbodohkan dengan taklimat lain," ujar salah seorang hadirin.

Dalam masa yang sama, majlis itu juga tidak dimaklumkan awal sebaliknya dihebahkan pada hari ia dilangsungkan.

Kesemua mahasiswa dimaklumkan mengenai perkara ini secara tergesa-gesa dan juga diingatkan untuk membawa salinan keputusan SPM sebagai langkah untuk mengisi borang biasiswa.

"Adakah pengedaran borang Kelab Umno termasuk dalam tugasan JPMK. Kalau begitu JPMK sebenarnya telah membawa agenda politik dalam jabatan mereka dan perkara ini adalah sama sekali salah dalam amanah yang telah diberikan kepada mereka," kata seorang pelajar senior Mansurah.

berterabur

Pun begitu, majlis itu tidak diketahui siapakah penganjurnya dan perjalanannya sangat berterabur.

Penceramah jemputan dalam masa sama juga adalah seorang pengerusi majlis dan juga pengedar borang Kelab Umno.

Menurut seorang hadirin lagi, siapa yang menjemput Khairy dan siapakah yang merancang kehadirannya untuk majlis itu masih tidak diketahui.

Klik tajuk info Isma Mesir

Jalan bengkok sapu surau, pasti

Posted: 17 Oct 2010 07:57 AM PDT


Demo melibatkan Adun Pakatan dari Air Keroh, Bandar Hilir dan Bachang


Kami bantah, Ust Ghani Abd Rahman PJ PAS Melaka sedang berucap

500 sertai demo bantah roboh surau, Pasti -Harakah
Sofi Wahab

BUKIT KATIL, 16 Okt: Demonstrasi aman anjuran Badan Bertindak Perobohan Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) dan Surau Bukit Katil semalam berjaya memberikan gambaran kepada pihak berkuasa bahawa rakyat menolak kezaliman dan penindasan.

Mereka bukannya menolak pembangunan tetapi pembangunan itu mestilah memberikan manfaat serta tidak menjejaskan kepentingan rakyat.

Tindakan kerajaan BN Melaka yang dilihat sengaja mengambil tapak Pasti dan surau untuk dibuat jalan menimbulkan kemarahan penduduk Kampung Bukit Katil kerana bagi mereka kerajaan boleh mengambil tanah kosong yang ada di kawasan lain untuk dibuat jalan.

Malah tindakan itu juga disifatkan tidak logik kerana jalan yang akan dibina adalah bengkok berbanding cadangan asal yang lebih lurus.

Demonstrasi semalam dikatakan berjaya kerana berjaya mengumpulkan kira-kira 500 orang penduduk setempat dan kawasan sekitarnya termasuk tuan-tuan tanah yang terlibat.

Demo yang diadakan selepas solat Jumaat di hadapan Masjid Bukit Katil petang tadi telah diganggu oleh pihak polis selepas hanya kira-kira lima minit dimulakan.

Polis meminta pihak penganjur menghentikan program tersebut atas alasan mengganggu ketenteraman awam dan tiada permit.

Dalam ucapan ringkas, Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman kesal dengan sikap kerajaan negeri yang tidak mahu berunding dengan rakyat khususnya tuan tanah kepada Pasti dan surau tersebut.

"Rundingan tidak dibuat, tiba-tiba surat sampai untuk beri pampasan. Inilah sikap rakus pihak kerajaan yang jelas tidak mengutamakan rakyat.

"Di sana ada tanah kosong yang boleh diambil untuk buat jalan mengapa tanah di sini yang diambil sedangkan tanah kosong tersebut lebih sesuai tidak melibatkan surau, Pasti dan rumah rakyat," ujarnya bersemangat.

Tindakan itu, katanya adalah perbuatan membalas dendam dan berteraskan politik serta dengki melihat kebangkitan rakyat bersama PAS dan Pakatan Rakyat.

Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Ustaz Kamaruddin Sidek menyifatkan tindakan itu sebagai bukti bahawa kebajikan dan kedaulatan rakyat telah hapus dengan penguakuatsaan Akta Tanah yang memberikan kuasa penuh kepada kerajaan untuk mengambil tanah rakyat atas nama pembangunan.

"Rakyat sudah tidak ada kuasa dan hak ke atas tanah milik mereka sendiri, bila-bila masa kerajaan boleh ambil dan ianya sukar dicabar di mahkamah," ujarnya.

Semua pemimpin utama PR negeri hadir antaranya Pengerusi DAP, Goh Leong San; Adun Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong; Adun Bachang, Lim Jak Wong; Adun Bandar Hilir, Tey Kok Kiew dan Ketua AMK Melaka, Hairiz Nordin.

TRIK kitar semula

Posted: 16 Oct 2010 07:43 PM PDT

ORANG SEBELAH SANA TIDAK BIOLEH DI HARAP – NAJIB : mStar

UMNO yang menerajui pemerintahan negara merupakan parti yang boleh menentukan kesejahteraan rakyat, keharmonian negara dan kejayaan negara Malaysia, tegas Najib Razak.

"Tidak ada orang lain yang boleh diharapkan untuk melaksanakannya," kata beliau.
Najib yang juga Presiden UMNO berkata parti alternatif atau dengan jolokan "orang sebelah sana", tidak boleh diharapkan.

"Saya nak tanya siapakah yang mempersoalkan 153 Peruntukan dalam Perlembagaan? Hak keistimewaan orang Melayu (baca keistimewaan kroni UMNO BN), siapa yang persoalkan? Siapa yang wujudkan peristiwa tidak mendoakan Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah? Siapa yang mahu buka UiTM (kepada bukan Melayu)?(Jawabnya MCA dan MIC serta Gerakan) Bukan UMNO tapi orang sebelah sana."

Berucap pada Majlis Pelancaran Kelab UMNO Pesara Kakitangan Kerajaan di Seri Perdana di sini hari ini, Perdana Menteri menyatakan rasa hairannya mengapa masih ada pesara dan penjawat awam yang menyokong "orang sebelah sana" itu.

Che det guna istilah parti lawan, Najib guna sebelah sana, hakikatnya sama saja...

nota:
trik lama sudah keluar kembali
pada china cakap satu malaysia
semua sama semua merit
pada india satu malaysia
satu bangsa satu negara

pada melayu
cakap china cibai
india pundek
bagi melayu naik stim kah kah kah

Rakyat makin cerdik dan tahu undang-undang
kalau bodoh tak timbul soal hak
dia suka rakyat jadi hamba abdi sampai mati...
takutkan rakyat dengan ISA supaya tak bangkitkan soal hak

Rekod ilmiah tak ada ke?

Posted: 16 Oct 2010 07:26 PM PDT

SEMIOTIK YANG HEBAT



GULA GULA DAN BERGULA GULA




LOGO SATU MALAYSIA DENGAN GULA GULA
- melayau

KUALA TERENGGANU 16 Okt. – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sekali lagi melakar sejarah tersendiri apabila berjaya membina logo 1Malaysia yang dibentuk dengan menggunakan gula-gula mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records.

Logo yang berukuran 15 meter panjang dan 12.5 meter lebar itu dihasilkan dengan menggunakan 350,000 biji gula-gula dan diiktiraf sebagai yang terbesar pernah dihasilkan.

Menurut wakil Malaysia Book of Records, Myra Dzaman, pengiktirafan itu diberikan kerana ia telah berjaya memecah rekod.

tt kata

CADANGAN SAPA?


GULA GULA BUAT SATU MALAYSIA

INI TEPAT…. SATU MALAYSIA SEDANG KENA GULA GULA

nota:
terima kaseh kepada
univeristi terenganu
ini adalah mesej untuk orang china dan india
yang mereka sedang kena gula gula

Bikinlah rekod yang sesuai dengan taraf Universiti
rekod yang lebih berilmu dan bermanfaat kepada sejagat
gula-gula tak baik untuk kesihatan
Nanti rongak satu Msia




ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 17 Oct 2010 03:01 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


SYUKOR ALHAMDULILLAH ! SIAPLAH KAU RAHIMI

Posted: 16 Oct 2010 11:22 PM PDT


Sharpshooter - Menurut peguam Anwar, ada dua video yang dirakam pengakuan Rahimi tanpa paksaan dan dengan sukarela dan kedua-duanya masih ada dalam simpanan peguam Anwar. Video tidak hilang dan video tersebut hanya akan ditayangkan semasa perbicaraan saman terhadap Rahimi katanya.

BONGOKNYA BILA BELI RUMAH 24JUTA, UBAHSUAI RM65JUTA TAPI GUNA WANG RAKYAT

Posted: 16 Oct 2010 10:59 PM PDT

Sebagai perbandingan nilai RM65,000,000 boleh membangunkan 1,625 unit rumah kos sederhana RM40.000 seunit. Tetapi bagi PM yang beristerikan Rosmah ubahsuai RM65juta cuma untuk seunit rumah mereka.

UBAH SUAI RUMAH PM RM65,000,000.00 - RAKYAT DIPINGGIRKAN, PEMIMPIN DIUTAMAKAN
9 Dzulka'edah 1431 H | 17 Oktober 2010

Kediaman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Isteri Datin Seri Rosmah Mansor akan diubah suai dengan belanja RM65 juta. Menurut Ahli Parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong, kerja-kerja pengubah suaian akan bermula tahun depan dan selesai pada tahun berikutnya.

Sri Perdana di Putrajaya mula di bina pada tahun 1997 dengan kos RM24 juta dan siap dua tahun kemudiannya. Bangunan ini diubah suai buat kali pertama pada tahun 2005 yang menelan belanja hampir RM6 juta. Keperluan untuk sekali lagi melakukan pengubah suaian kepada Sri Perdana dengan kos RM65 juta dipertikaikan, khususnya apabila rakyat dinasihatkan supaya berbelanja secara berhemah. Pengubahsuaian Seri Perdana dengan peruntukan yang begitu tinggi dianggap satu lagi pembaziran dana rakyat.

Mengulas isu yang sama Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, apabila masuk sahaja Perdana Menteri baru semua nak ubah mengikut citarasa masing masing. Ini pembaziran dengan RM65 juta untuk ubah suai Sri Perdana ini satu tindakan yang tidak bertanggungjawab kerana negara amat memerlukan kewangan itu untuk membangunkan modal insan dan sebagainya.

"Duit itu boleh digunakan dengan cara yang lebih bermakna. Kita lihat bajet itu pun tetap juga merupakan satu bajet defisit ini bererti perbelanjaan seperti itu sebenarnya boleh dikurangkan untuk mengurangkan defesit.

"Inilah keutamaan pemimpin Umno-BN untuk kepentingan mereka sendiri, keselesaan sendiri ikut citarasa masing masing tanpa memikirkan rakyat jelata yang menghadapi kesusahan untuk membiayai kehidupan seharian. Ramai yang tidak berkerja dan hutang piutang. Tetapi RM65 juta digunakan untuk ubahsuai Sri Perdana ini tindakan yang tidak wajar sama sekali," katanya.

BLOGGER UMNO BERBULU, PEMIMPIN UMNO RINDU

Posted: 16 Oct 2010 07:36 PM PDT


Gambar Dato Seri Anwar di sambut dan diramah mesra oleh pemimpin UMNO termasuk TPM dan Yg Dipertua Negeri Melaka dan lain-lain di PWTC.


Kadangkala bila diamati tulisan blogger UMNO & penyokong BN lebih-lebih mengutuk DS Anwar padahal pemimpin mereka ada juga ciri-ciri Islam yang menghormati saudara seIslam.
Blogger UMNO dalam internet asyik mengutuk DSAI sampai melukis gambar beliau dalam keadaan memalukan. Yang kelakarnya mereka beci tapi rindu sayang, apataknya,mereka kata tak suka DSAi tapi gambar DSAI macam wajib ditera dikiri atau kanan malah ada gambar DSAi di atas sekali blog mereka.

SAMPAH SINIS AHLI MAJLIS

Posted: 16 Oct 2010 06:02 PM PDT



Kawasan industri kecil jalan Seroja Bukit Sentosa 2. Teman lihat makin lama, makin sesak belakang kawasan industri ini dengan sampah.
Jika tidak ada teguran dan pemeriksaan dari Majlis Daerah Hulu Selangor maka mereka yang tidak bertanggungjawab akan terus melakukan. Semuanya ini akan mengundang keburukan perkembangan dan kemajuan Bukit Sentosa 2.

Di Bukit Sentosa 2 ini ada ahli majlis yang dipertanggungjawabkan namun sehingga kini ramai penduduk tidak tahu kewujudan dan kat mana ingin dihubungi.



MP Pendang

Posted: 17 Oct 2010 01:20 PM PDT

MP Pendang


Ziarah di hujung minggu.

Posted: 17 Oct 2010 08:06 AM PDT

Dalam kesuntukan masa dihujung minggu balik kekawasan, ana diberitahu ada seorang makcik yang agak uzur dan memerlukan sumbangan kerusi roda di kampong Pkok Tai Lama beliau tak mampu untuk berjalan dengan sempurna. Usia beliau agak lanjut dan lemah anggota disebelah bawah badan, berdiri pun hanya sekejap dan akan jatuh tersepuk kelantai. Beliau juga mempunyai seorang anak yang cacat akibat terkena minyak panas semasa menggoreng maruku untuk dijual , berlaku sama sehari dengan kejadian kebakaran di Sekolah Pondok pak Ya batu 16 katanya. Tangan kanannya mengalami contracture
sehingga tidak dapat berfungsi lagi ditambah dengan ketumbuhan disiku tangan yang sama, mengikut cerita Dr akan emmotong tangan tersebut diparas siku, dan dia rela kerana tidak tahan lagi dengan ketumbuhan tersebut.
Melalui rakan dan Su DHP Pendang, ana membeli sebuah kerusi roda untuk disumbangkan kepada makcik Ramlah Idris berusia 74 tahun
untuk kegunaan beliau serta anaknya dapatlah meringankan sikit bebanan untuk mengangkat kesana kemari.
Bagi anak beliau Khamidah Awang 54 tahun yang termasuk dalam kategori OKU ini, beliau mendapat bantuan bulanan daripada JKM Pendang.
Selepas itu ana terus ke rumah PakCik Said Ahmad
seorang pesara pejabat tanah Pendang yang tidak dapat melihat dengan jelas, dah berbagai macam jenis rawatan katanya diterima, namun tidak juga pulih untuk belaiu melihat saperti biasa dahulu.
Puncanya daripada tekanan darah tinggi .
Moga mereka bersabar menghadapi ujian Allah ini, terima kasih kepada Saudara Kunasegari SU DHPP Pendang.

Kalau hudud terlaksana kan beres.

Posted: 17 Oct 2010 07:31 AM PDT

Kes Liwat II - mai bab Mak Nyah & Pondan Siam Laa pulak..!!!


Kes sodomi II : Ada lagi mak nyah, pondan Siam hendak tampil?
Mohd Rashidi Hasan
MOHD RASHIDI HASSAN | rashidi@harakah.net.my

SELEPAS dua tahun tiga bulan Mohd Saiful Bukhari Azlan mendakwa beliau diliwat Dato' Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008. Tiba-tiba timbul pula nama Rahimi Osman dan Rasid Rosdi.

Rahimi dan Rasid mendakwa mereka dipaksa menandatangani akuan bersumpah (Statutory Declaration-SD), yang mengaitkan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes liwat. Rahimi mendakwa dia dipaksa menandatanganinya oleh peguam Anwar, manakala Rasid pula mendakwa beliau tidak mengetahui kandungan SD tersebut?

Pengakuan kedua-duanya, dilakukan secara tiba-tiba selepas lebih 28 bulan, mengundang pelbagai persoalan di sebaliknya.

Reaksi awal rakan-rakan ada yang pening, ada yang risau Anwar banyak terhimpit dengan pelbagai masalah, malah ada juga yang menjangkakan perkara sebegini, yang berkait dengan tuduhan liwat akan berterusan.

Tetapi menurut Naib Presiden KeADILan, Tian Chua, beliau sebenarnya, menjangkakan Rahimi dan Rasid akan tampil bersekali dengan Saiful pada Jun 2008 yang lalu.

Semasa berbual dengan penulis di Parlimen, Tian memberitahu Saiful, Rahimi dan Rasid adalah kawan baik. Selepas Saiful membuat tuduhan terhadap Anwar, maka peguam-peguam Anwar meminta kedua-duanya membuat pengakuan bagi mengelakkan fitnah yang lebih buruk timbul.

Pengakuan diminta secara baik. Bukannya paksa, bukan dengan ugutan atau secara yang tidak baik.

Justeru, mengapa sekarang ini keduanya mendakwa mereka dipaksa. Mengapa sekarang mereka baru muncul?

Maka kehadiran kelibat Rahimi dan Rasid dalam kes ini, yang secara 'reverse'nya mahu memerangkap Anwar, watak kedua-duanya dipercayai diwujudkan oleh pihak-pihak tertentu.

Persoalannya di sini, mengapa watak kedua-dua mereka baru sekarang diwujudkan?

Watak mereka baru sahaja diwujudkan berpunca kerana, teori konspirasi kedua (Sodomi II) untuk memerangkap Anwar tidak menjadi. Semuannya habis kelam kelibut selepas pelbagai keraguan timbul dalam perbicaraan mahkamah.

Mari kita perincikan beberapa persoalan meragukan yang timbul dari kes sodomi II ini.

Pertama, jika kita mengimbas kembali rentetan peristiwa di mana, pada mulanya penuduh aksi liwat, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang tampil ke balai polis pada 28 Jun 2008, membuat dakwaan bahawa beliau diliwat pada 26 Jun, iaitu dua hari sebelumnya.

Dalam laporannya, kenyataan dan persaksian yang diberikan, beliau mendakwa begitu trauma dengan Anwar Ibrahim, yang didakwa meliwat beliau secara paksa.

Malangnya dibuktikan pada 27 Jun, beliau masih berkunjung ke rumah orang yang didakwa meliwatnya, menghidangkan minuman dengan penuh senyuman kepada tetamu yang hadir.

Bagaimana mungkin orang yang trauma, mendakwa dipaksa, tidak merelakan adengan liwat berlaku, boleh sebumbung, bekerja dengan penuh gembira dengan 'penjenayah' yang melakukan kesalahan ke atasnya?

Kedua, Saiful berkunjung ke Pusrawi untuk membuat pemeriksaan. Selepas doktor Pusrawi membuat pemeriksaan, beliau mendapati tiada sebarang kesan tusukan (tiada penetrasi), tiada luka dan sebagainya.

Kemudian apabila Saiful tidak berpuashati beliau pergi ke Hospital Kuala Lumpur. Jarak HKL hanya 5 minit berjalan kaki dari Pusrawi. Seberang jalan sahaja sudah sampai. Tetapi Saiful mengambil masa dua jam lebih untuk sampai.

Ok, jarak bukan persoalan. Tetapi hasil testimoni atau laporan perubatan Pusrawi, dengan jelas mencatatkan bahawa tiada sebarang tusukan atau kesan liwat berlaku di dubur Saiful, bagaimana mungkin selepas lebih dua jam, pihak doktor di HKL boleh mendapati adanya tusukan? mengapa laporan HKL bercanggah dengan Pusrawi?

Peliknya, hal-hal teknikal sebegini, apakah mungkin doktor tidak tahu membuat pemeriksaan, atau mungkin doktor dipaksa membuat laporan palsu, atau mungkin Saiful yang membuat tusukan sendiri?

Banyak hal-hal teknikal yang tidak harus disentuh kerana mungkin ia menjejaskan perbicaraan. Cukup penulis paparkan sedikit, sekadar lontaran keraguan yang berlaku.

Ketiganya, sewaktu pertuduhan dibuat ke atas Anwar di mahkamah,

salinan pertuduhan yang diberikan, senarai saksi pendakwa tidak mahu diperincikan, banyak lagi perkara berkaitan dan dokumen berkaitan perundangan tidak diberikan.

Permintaan pihak yang tertuduh, memang menepati prosedur undang-undang. Anwar harus dibekalkan maklumat tersebut kerana ia bertujuan untuk menyediakan jawapan pembelaan.

Bagaimana dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, pertuduhan dibuat ke atas seseorang, tetapi hak tertuduh untuk membuat pembelaan sewajarnya disekat sama sekali?

Jika kes ini pure criminal, tanpa campurtangan politik, seharusnya pihak pendakwaraya tidak perlu takut untuk membekalkan kepada peguam Anwar, senarai dokumen pertuduhan.

Keempat, dalam membicarakan soal konspirasi politik. Ianya bukan semata-mata mainan mulut Pakatan Rakyat. Ianyanya benar-benar wujud.

Sewaktu kes ini hangat diperkatakan, Saiful berjumpa dengan Pegawai Khas Najib (semasa TPM), Khairil Anas di pejabat TPM waktu itu. Maka timbul desas desus bahawa Najib terbabit, sama ada terlibat dalam kes atau ada menerima kunjungan Saiful, beberapa hari sebelum 28 Jun 2008.

Apabila Saiful dikaitkan dengan Najib, beliau membuat penafian. Selepas didesak dan gambar Saiful bersama Khairil didedahkan, Najib membuat pengakuan, bahawa beliau menerima kunjungan Saiful kerana

untuk mendapatkan sokongan permohonan biasiswa kerajaan untuk melanjutkan pelajaran'.

Apabila dibangkitkan persoalan, bagaimanakah seorang bekas mahasiswa yang menamatkan pengajian awal atau yang gagal boleh memohon biasiswa, maka akhirnya Najib terpaksa mengaku Saiful datang kepadanya mengadu diliwat Anwar.

Persoalan yang berbangkit di sini, jika benar Najib tidak terbabit dalam mengatur kes liwat Anwar, mengapa beliau terpaksa 'bersilat' dengan pelbagai penafian, akhirnya bila terdesak barulah beliau mengaku. Kalau tidak salah mengapa sekejap nafi, sekejap akui?

Okay, katalah kita beri lagi excuse, mungkin Najib tidak terbabit, tetapi beliau menerima Saiful sebagai rakyat bawahan yang kononnya teraniaya. Beliau mungkin menerima kehadiran Saiful atas sifatnya seorang pemimpin yang prihatin.

Persoalannya, semua orang tahu hendak berjumpa PM atau TPM merupakan sesuatu yang amat sukar. Mungkin juga mustahil.

Justeru, kabel mana yang diguna Saiful untuk mudah-mudah berjumpa PM atau TPM ? Ingat bukan sahaja TPM, Saiful juga ada nombor talian mudah-alih Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, yang beliau boleh call secara direct.

Ini menimbulkan keraguan, kabel mana yang bawa Saiful berjumpa Najib. Ada pihak mendakwa ianya ada kaitan dengan Senator Mohamed Ezam Mohd Nor?

Jika Najib menafikan terbabit dalam konspirasi, mengapa Ezam membawa atau mengaturkan Saiful berjumpa Najib. apakah agenda Ezam sebenarnya?

Apakah Ezam yang dibawa masuk ke dalam Umno melalui Khairy Jamaluddin Abu Bakar, mempunyai agenda tertentu untuk memalitkan Najib supaya terus bermusuhan dengan Anwar?

Kerja fasa pertama Ezam sudah beres. Beliau sudah mendapat kurnia Senator. Apakah kehadiran kelibat Rahimi dan Rasid juga akibat daripada kerja-kerja Ezam?

Maka jika diperincikan kes sodomi II ini, mula-mula didakwa kes jenayah, tetapi kini sudah menjadi konpirasi politik pula.

Ada banyak fakta boleh dikemukakan. Tetapi empat perkara asas yang dikemukakan secara umum di atas, sudah cukup untuk menunjukkan bahawa usaha pihak pendakwaraya untuk membuktikan Anwar bersalah dalam kes sodomi II tidak lagi credible. Kes sudah tidak kuat dan tiada substance.

Itu tidak lagi masuk fakta bagaimana dakwaan saksi utama iaitu Saiful, yang kredibilitinya dimusnahkan dengan pengakuan tidak mandi junub, tidak solat dan sebagainya.

Apabila banyak keraguan timbul, yang memungkinkan pendakwaan tidak kuat, maka pihak tertentu seolah-olahnya mencari jalan, bagaimana hendak 'mengenakan' Anwar. Bagi mereka, Anwar mesti dipersalahkan juga.

Maka dengan sebab itu, maka timbullah nama Rahimi dan Rasid, bagi memperkuatkan kes Saiful yang sudah goyah. Itu sahaja puncanya. Kes sodomi II ini sudah menjadi macam sarkas pun ada, macam kartun pun ada.

Tunggulah selepas ini siapa lagi hendak tampil, kot-kot ada mak nyah atau pondan Siam mana pula, selepas ini mengaku diliwat Anwar!

Hutang oh hutang.......

Posted: 16 Oct 2010 06:06 PM PDT

Zaman sudah berubah, kalau dulu bila dah bekerja baru start berhutang, tapi sekarang lahir saja setiap anak itu, sudah ada didalam dirinya tanggungjawab berhutang , lihat apa yang disebut oleh YAB Ketua Menteri Pulau Pinang ini.

Bukan setakat hutang kereta, hutang rumah, bukan sekadar hutang ceti dan hutang along, tetapi hutang PTPTN dan hutang MARA, hutang TEKUN, hutang AIM dan la ni hutang selepas negara hutang kita juga kena tolong bayar melalui cukai dan duti serta apa juga jenis lain samda secara langsung atau tak langsung yang terbeban kepada negara dan rakyat Malaysia keseluruhannya.

Saturday, October 16, 2010

Kerana UMNO/BN, setiap rakyat berhutang RM15,000 seorang
PULAU PINANG 16 OKT - Jumlah hutang Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional 2010 yang meningkat lebih 10 peratus berbanding tahun sebelumnya hanya membebankan dan secara tidak langsung terpaksa ditanggung oleh rakyat ekoran ketidakcekapan kerajaan mengurus kewangan.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata jumlah hutang Kerajaan Persekutuan pada 2009 ialah RM362 bilion manakala pada 2010 meningkat kepada lebih RM408 bilion.

"Jelas sekali peningkatan lebih RM40 bilion ini hanya membebankan rakyat dan ini juga bermakna 27 juta rakyat di negara ini terpaksa menanggung beban hutang berkenaan," katanya dalam satu sidang media di pejabat Ketua Menteri di Komtar, Pulau Pinang tengahari tadi.

Lim, yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, beban hutan berkenaan jika dibahagikan sama rata dengan 27 juta rakyat di negara ini, bermakna setiap rakyat terpaksa membayar anggaran RM15,000 seorang untuk memikul beban hutang yang ditanggung oleh kerajaan.


Dalam buku bajet 2011, jadual 4.6 (Mukasurat 119) Jadual hutang kerajaan pada 2009, mencatatkan hutang dalam negeri berjumlah RM348 bilion merangkumi Bil Perbendaharaan, terbitan pelaburan termasuk bon simpanan berlandaskan syariah 2009 serta sukuk runcit 1 Malaysia 2010, sekuriti kerajaan dan tabung pinjaman perumahan.

Jumlah hutang negara pula ialah RM13,786 bilion termasuk pinjaman pasaran dan pinjaman projek, namun bagi 2010 jumlah hutang dalam negeri meningkat kepada RM390,724 bilion manakala hutang luar negara pula adalah RM17,454 bilion.

Dalam pada itu beliau juga menolak dakwaan kerajaan Barisan Nasional bahawa tindakan tidak menaikkan kadar tol untuk tempoh lima tahun akan menguntungkan rakyat.

Beliau menambah, jika dilihat pada fakta yang terdapat dalam buku bajet 2011, jumlah pampasan yang diberikan kepada PLUS dari 2006 hingga 2009 berjumlah hampir RM3 bilion.

Jumlah tersebut, katanya adalah RM655 juta bagi 2006, RM698 juta bagi 2007, RM731 juta bagi 2008 manakala 2009 pula sejumlah RM850 juta wang pampasan dibayar oleh kerajaan pada konsesi tol.

"Jika kerajaan mendakwa, kenaikan harga tol dibekukan untuuk tempoh lima tahun, jelas sekali yang menggusarkan saya adalah rakyat sekali lagi bakal menanggung beban yang lebih berat dengan kadar pampasan yang terpaksa dibayar selepas tempoh kenaikan harga tol dibekukan tamat," katanya lagi kepada media.

Menurutnya lagi angka-angka pembayaran pampasan kerana tidak menaikkan kadar tol sebelum ini sekaligus menangkis dakwaan kerajaan Barisan Nasional bahawa mereka mementingkan rakyat dengan tidak menaikkan kadar tol selama lima tahun kerana hakikatnya kerajaan hanya 'cakap kosong'.

"Ini bukan pentingkan rakyat...ini namanya hanya menguntungkan kroni sahaja," tambah beliau lagi.

Beliau seterusnya mengesyorkan supaya kerajaan mengambil alih terus semua konsesi tol di negara ini secara 'one - off' supaya rakyat tidak akan dibebankan dengan isu pampasan kepada konsesi dan juga kenaikan kadar tol.

Desakan rakyat agar perjanjian konsesi tol didedahkan kepada rakyat sampai sekarang tidak diberi perhatian, mesti ada yang tak kena nih...

Posted: 16 Oct 2010 05:18 PM PDT

Siapa nak kalah, kalau zaman Dr Mahathur dibina menara berkembar Petronas yang menjadi kebanggaan beliau, kini tak kurang juga Najib RM akan pula berbangga nanti untuk melakarkan satu lagi sejarah negara , bangunan yang lebih tinggi lagi daripada apa yang telah Dr Mahathir bina, bangunan 'Warisan Merdeka'. sekitar Stadium Negara dan Merdeka satu bangunan setinggi 100 tingkat , melepasi menara berkembar 85 tingkat zaman Tun Dr Mahathir bernilai RM 5 billion ringgit Malaysia.

Bangunan Sri Perdana (kediaman rasmi PM) di Putrajaya bakal menelan RM65 juta untuk kos tambahan dan pengubahsuaian, menjelaskan bagaimana peruntukan kepada Jabatan Perdana Menteri memecah rekod dengan catatan RM15.8 bilion.

Seandainya kedua-dua kes ini dibaca bersama, maka akan didapati bahawa kerajaan BN masih tidak mengambil iktibar daripada "projek mega" zaman Perdana Menteri ke-empat, Mahathir Mohamad. Projek mega seperti Putrajaya misalnya, telah membebankan generasi akan datang dengan kos penyelenggaran yang terlalu tinggi.

Pembinaan projek mega semestinya memanfaatkan golongan kontraktor, yang menjadi asas kepada UMNO. Najib cuba menghalalkan kesinambungan "projek mega" dengan "Semangat Malaysia Boleh", tanpa menyedari bahawa keghairahan untuk menghambat kemegahan pencakar langit inilah yang menjejaskan ekonomi Malaysia.

Wartawan Australia, M.Backman dalam bukunya Asia's Future Shock, mengulas situasi Malaysia dengan satu artikel berjudul "From Malaysia Boleh to Malaysia Bodoh". Backman menganggap Malaysia memiliki kelebihannya yang tersendiri, kerana kaya dengan sumber semulajadi, malah telah mewarisi satu sistem yang moden dari tangan penjajah British.

Namun demikian, kelebihan-kelebihan ini telah dibinasakan, kerana dasar ekonomi yang lebih mementingkan pengagihan daripada penghasilan, hubungan etnik yang teruk, malah terlalu bermegah-megah dengan projek yang indah khabar dari rupa untuk mengubati perasaan inferior dirinya. Mahathir pernah mengibaratkan menara Petronas KLCC sebagai kotak untuk si pendek, Abdullah Ahmad Badawi pula ghairah dengan khayalan angkasa-nya. Sampai sekarang apakah hasil kajian yang dibawa oleh Angkasawan negara pertama dan terakhir itu memberi manfaat kepada rakyat di Baling dan Padang Terap serta Kenawit dan Sibu?.Dimana hasil kajian dan analisis kajian kuman , sel barah atau kesan antibiotik kepada bakteria itu sehingga ini memberi manfaat kepa rakyat, bahkan masalah dangue dan leptospirosis menjadi hantu kepada mimpi ngeri setiap rakyat yang pastinya sedang menghadapi suasana bakal disaman inspektor kesihatan ketika rumah mereka diperiksa nanti?.

Meneliti secara terperinci bajet 2011 ini, rata-rata rakyat Marhaen dibawah mengeluh, pekerja disektor awam dan swasta juga merungut, apakah kali ini peminggiran dahsyat rakyat terlaksana dengan begitu jaya sekali oleh regim Najib dan RM. Apakah harga barangan yang menggundah gulanakan rakyat sekian lama ini tidak diambil kira oleh beliau, makanan harian yang naik tak mahu turun sekali minyak dinaikkan harga , apakah uasaha untuk mengendurkan bebanan ini kepada rakyat diberi keutamaan.
Rakyat bertanya lagi apakah begtangan yang diturunkan cukai itu menjadi kegunaan harian makcik dan pakcik dikampong, berapa benyak tas tangan yang dibeli oleh mereka sebulan, bahkan setahun pun mungkin tak pernah diperbaharui pun, apakah seluar dalam dan minyak wangi dipakai oleh penoreh setiap kali pulang dari menoreh itu yang diturunkan cukai oleh DS Najib!. Bahkan seingay ana, satu kelambu yang dibeli boleh tahan sampai 10 tahun, bahkan zaman ini anak dan cucu pun tak pernah lagi tahu apa itu tidur didalam gua (kelambu), itulah yang diturunkan bajet oleh DS Najib. alahai malangnya nasib kita rakyat Malaysia.

Dalam banyak hal, yang amat gembira adalah isteri tersayang lah, tahun lalu 100 juta untuk pintar, kini dilonjakkan kepada 111 juta, tambahan 11 juta , untuk buat permata baru dan maintain yang sedia ada, amat bernasib baik isteri tersayang ini, tanpa ada potfolio dan jawatan menteri, tetapi unit yang dipegang beliau terus mendapat perhatian dan agihan yang lumayan. Apakah ini hasil daripada himpunan para first lady yang begitu riuh dan ramai menghadiri persidangan tempoh hari, atau inikah hasil dari contoh apa yang perlu PBB ikut Malaysia yang akan dilaksanakan oleh mereka didalam program mendidik anak-anak kecil masadepan kita. Tahniah First Lady !.

Memang jelas dan sah lagi bersuluh, nampaknya apa yang dikatakan oleh ramai adalah bajet menghadapi pilihanraya ke 13, yang jelas mendapat laba selepas ini adalah yang menjadi para pengempen dan pekerja parti , tetapi untuk tidak menampakkan terlalu bias,maka dimasukkan sekali imam dan guru KAFA agar tak terlalu nampak sangat bahawa ini untuk bahan menaikkan kekuatan semasa nak mengundi, jadi orang kami dapat, hampa ambik la sikit.
Lepas ni hampa tutup mulut la, pi main jauh-jauh no. RM 500.00 habuan untuk anak masuk sekolah, itu dihadiahkan kepada kakitangan awam , 2 orang anak habis la banyak tu, baju, seluar, kasut, setokin dan lain-lain, habis liu , walaupun Ceupacs minta dua bulan gaji, namum yang ni kerajaan tak ddapat penuhi kerana implikasi kewangan yang berat terpaksa kerajaan tanggung.
Ya lah, kalau untuk rakyat terbanyak bebanan kepada kerajaan, tapi kalau nak buat pencakar langit yang tak tahu apa itu faedah kepada rakyat dan negara dalam suasana terlalu banyak dah ruang dan pejabat yang tak tersewa sekarang ini, apakah ini berbaloi untuk kita. ?
Itu belum bicara lagi pasal hak orang Kampong Baru yang baru akan tergadai, belum sebut lagi pasal tanah Pengkalan Tentera Sungai Besi yang akan dipenuhi simen dan besi menjadi satu lagi bangunan pencakar langit, dimana sistem pertahanan negara didalam bandar akan berpindah lepas ni, begitu juga belum lagi kita bicara pasal tanah hutan milik FFRIM di Sungai Buluh yang juga akan menjadi terang ditebang nanti, hai entahlah Malaysia.....

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru

Posted: 17 Oct 2010 01:19 PM PDT

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru


ISLAMIC fashion via 1MALAYSIA: Kerajaan Umno promosi pakaian Islamik ala jahiliah..

Posted: 17 Oct 2010 10:54 AM PDT



Oleh: Pria Malaya

Rosmah rasmi festival pakaian Islam?..Rosmah Mansor sokong cara pemakaian Islam? Rosmah Mansor berbicara mengenai pakaian wanita Islam?...

Maka tidak peliklah, festival pemakaian islamic yang diadakan Kuala Lumpur April lalu menampilkan cara/fesyen pemakaian muslimah versi 1Malaysia Umnoapco..sungguh memalukan..

Salah satu agenda terbaru dajjal bagi membogelkan pakaian MUSLIMAH Malaysia dan Indonesi yang diterajuai oleh kerajaan 1MALAYSIA, Rosmah Mansor!!..penyokong 'parti Islam' Umno pasti terharu dengan bini PM Najib Razak..
























Hentikan Gangguan Seksual Terhadap Lelaki..

Posted: 17 Oct 2010 10:52 AM PDT

Bayangkan dalam kehidupan seharian. Lelaki diuji dengan lenggang-lenggok dan gerak pinggung si wanita yg memakai baju tetapi kenyataannya mereka berbogel. Perempuan tak henti-henti perjuangkan bahawa mereka adalah mangsa seksual lelaki.
Perempuan menuduh lelaki sebagai mata keranjang, gila seks dan sebagainya. Tapi kenyataan adalah sebaliknya. Lelaki sebenarnya adalah mangsa. Gangguan seksual yg diberikan oleh wanita jauh lebih hebat berbanding lelaki.
Wahai wanita, ketahuilah bahawa kami lelaki ni lemah. Tak tahan dengan godaanmu. Labuhkanlah pakaianmu supaya kami tidak lagi terseksa dengan gangguan seksual yang kamu berikan.
Lebih menakutkan lagi sekarang ni, dugaan yg perempuan berikan kepada lelaki bukan sahaja berpakaian ketat sehingga menampakkan bentuk badan mereka. Tapi jauh lebih dahsyat. Dengan mengucap panjang, gambar di bawah ni sebagai bukti..

Bertudung tapi bogel. Innalillahi..

Kelab Umno Pesara kitar semula ahli lama

Posted: 17 Oct 2010 10:51 AM PDT

UALA LUMPUR, 17 Okt: PAS berpandangan penubuhan Kelab Umno Pesara Kakitangan Kerajaan hanyalah sebagai kitar semula ahli Umno yang lama, bukan penambahan kekuatan Umno. Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, PAS berpandangan penubuhan Kelab Umno Pesara Kakitangan Kerajaan tidak memberi apa-apa kesan kepada PAS.
Katanya, seperti sedia maklum yang menjadi Presiden Kelab, Tan Sri Aseh Che Mat bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri yang memang terkenal sebagai kaki ampu Umno sewaktu berkhidmat lagi.
Baginya, orang seperti Aseh ada pun tidak genap, hilang pun tidak ganjil dalam perjuangan untuk rakyat dan negara.
Sebagaimana sedia maklum, ujarnya kebanyakan kakitangan kerajaan yang berada di pusat pentadbiran majoritinya bersama dengan PAS dan Pakatan Rakyat.
Ini, katanya kerana mereka orang yang cerdik boleh membandingkan antara intan dan kaca, yang tidak bergantung dari maklumat 20" X 10" (televisyen) sahaja.
Menurutnya, mereka lebih mengetahui banyak maklumat ketirisan dan penyelewengan dalam kerajaan BN.
"Ini yang menjadi kehairanan Presiden Umno, kenapa masih ramai pesara menyebelahi pembangkang.
"Jawapannya mudah, kerana mereka tidak mahu menghabiskan sisa hayat mereka untuk menyokong parti yang terkenal sebagai pengkhianat bangsa, agama dan negara," ujarnya.
Tujuan kelab itu ialah untuk mewujudkan Model Politik Baru bagi memastikan kelangsungan Umno sebagai parti yang menerajui pemerintahan negara.
Datuk  Seri Najib Razak sendiri menyatakan bahawa strategi seperti 'politik pembangunan' tidak lagi berkesan jika digunakan sekarang.

Menara 100 Tingkat Simbol Ego, Pembaziran Najib

Posted: 17 Oct 2010 10:50 AM PDT

SHAH ALAM 17 Okt - Cadangan pembinaan Menara warisan setinggi 100 tingkat yang terkandung dalam Belanjawan 2011 yang dibentang Perdana Menteri membuktikan ketiadaan perancangan bandar yang akan memudaratkan kesesakan kenderaan di Kuala Lumpur yang bakal melumpuhkan seluruh aliran trafik di ibu negara.
Menurut Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok, Menara Warisan hanyalah simbol egoisme Najib tanpa mempedulikan keperluan jangka panjang pembangunan bandar yang mampan.

"Saya harap Najib tidak terpengaruh dengan jenaka kebudak-budakan Menteri Pelancongan, Dr Ng Yen Yen yang menyatakan disebabkan semua pihak berlumba-lumba mahukan menara paling tinggi, malah Shanghai dan Taiwan pun ikut serta, maka tidak salah kita pun turut ikut langkah yang sama.

"Kedua, Najib gagal menjustifikasikan bangunan 100 tingkat yang berharga RM5 bilion ini mampu membantu Malaysia mencapai ekonomi berpendapatan tinggi seperti dilaungkan dalan Program Transformasi Ekonomi. Jumlah RM5 bilion ini lebih baik dibelanjakan untuk meningkat mutu perkhidmatan pengangkutan awam yang sudah tentunya memanfaatkan golonga rakyat berpendapatan rendah," tegas Teresa dalam kenyataan medianya semalam.

Teresa mendesak agar Perdana Menteri membatalkan terus impian membina menara tersebut dan tidak mengorbankan taraf kesihatan, keselamatan dan kehidupan penduduk Kuala Lumpur demi memuaskan ego beliau.

KHAIRY SERTAI ZAHID SERANG NAJIB... HISHAM JUGA...

Posted: 17 Oct 2010 10:50 AM PDT

Cadangan Zahid Hamidi yang turut disambut oleh Hishamudin dan Khairy Jamaludin mungkin satu strategi baru pergolakan dalaman atau protes senyap dalam umNo. Cadangan itu mungkin dilihat baik untuk kepentingan umNO namun ianya bercanggah dengan kepentingan dan semangat satu Malaysia Najib.

Apakah ianya satu strategi serampang berlainan mata dalam umNO atau ianya satu serangan terhadap konsep satu Malaysia Najib yang diketahui umum tidak disenangi oleh Muhyidin. Cadangan mengkaji semula kuota pembahagian kerusi parti kompenan Barisan Nasional dilihat strategi umno merampas kerusi rakan kongsiny setelah melihat rakan mereka tidak lagi menguntungkan mereka. Banyak kerusi yang dimenangi bukan melayu melalui Barisan Nasional adalah kerusi melayu yang sepatutnya dikuasai umNO.

Kerusi Gerik yang ditandingi oleh Gerakan adalah kawasan tradisi melayu. Ianya dihadiahkan kepada Gerakan sebagai tukaran parlimen Bukit Gantang yang diwakili Gerakan sebelum ini. Bukit gnatang adalah kerusi melayu yang kini diwakili DS Nizar setelah penyandangnya almarhum Roslan Shahrum merampas dari umNO 2008. Kerusi itu ditandingi Gerakan pada 2004 setelah bertukar dengan PPP yang diwakili Kaveyas. Kaveyas kekal di Taiping dan Yen yen yang mewakili Gerakan dipindahkan ke Gerik kawasan majoriti tradisi melayu. itulah pengorbanan dan gadaian umNO untuk menjaga hati kompenan bukan melayunya.

Keadaan telah berubah... undi bukan melayu ternyata merugikan umNO. Kenyataan Zahid Hamidi satu dari bentuk protes kepada Najib. Najib belum memberi respon...namun sokongan Hishamudin yang juga Naib Presiden dan Khairy Jamaludin ketua Pemuda tentunya memberi tekanan kepada Najib. Muhyidin hampir pasti bersama ide tersebut.

Apakah keadaan ini akan menyaksikan tekanan lebih hebat kepada Najib yang dilihat terlalau menjaga PERMATA hatinya Rosmah??.

Mingguan Malaysia hari ini melaporkan BN perlu mengamalkan strategi 'laut biru' yang berpandangan jauh dengan mengkaji semula pembahagian kuota kerusi kawasan pilihan raya bagi membolehkan parti itu menang selesa pada pilihan raya umum akan datang.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, kaedah pembahagian kuota kerusi sedia ada dilihat sudah tidak lagi praktikal dengan kehendak pengundi terutamanya selepas tsunami politik pada Mac 2008.

Sebelum ini, seorang lagi Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein turut menyarankan agar sistem kuota itu dikaji semula jika pengundi tidak selesa dan tidak suka dengan calon daripada parti komponen BN yang bertanding di sesuatu kawasan itu.

Cadangan tersebut kemudiannya disambut baik Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang mahu semua parti komponen BN berlapang dada untuk mengkaji kelemahan masing-masing dan pada masa yang sama mempraktikkan sistem baru dalam soal pembahagian kerusi.

'Jangan bergantung pada portal, baca Umno-Online'..ha.ha..ahli UMNO pun tak percaya kat Umno-Online....

Posted: 17 Oct 2010 10:49 AM PDT

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengingatkan semua anggota Kelab Umno Luar Negara supaya tidak lupa asal usul diri dan sejarah negara ketika berada di luar negara.

Beliau berkata ia adalah penting bagi memastikan jati diri di kalangan mahasiswa di luar negara akan terus dapat diperkukuhkan.

"Setiap daripada kita ini mempunyai sejarah dan sebelum ke luar negara ini, siapa kita (dan) di mana (kedudukan) kita. Tanya diri masing-masing dan barulah kita sedar.

"Kebanyakan kita ini lupa diri dan dah lupa kepada sejarah negara kerana sejarah itulah akan memperbaiki keadaan masa depan diri dan negara," katanya menutup kursus kepimpinan Kelab Umno Luar Negara yang berlangsung selama tiga hari, di Kuala Lumpur hari ini.

Tengku Adnan turut menyarankan agar anggota Kelab Umno Luar Negara tidak terpedaya dengan fitnah yang dilemparkan kepada kerajaan menerusi media baru seperti pelbagai portal berita.

Beliau menyarankan pelajar Malaysia di luar negara supaya sentiasa mengikuti perkembangan politik dan isu-isu semasa melalui portal Umno di www.umno-online.com, dan tidak hanya bergantung maklumat kepada sesuatu portal berita sahaja.

"Masalah kita semua ini ialah lebih suka kepada hiburan picisan. Bila orang maki orang, kita suka kerana ia hiburan picisan. Kita mesti keluar daripada kepompong ini. Kalau kita tidak buat perubahan-perubahan ketara pada diri kita, percayalah kita tidak akan berjaya," katanya.

Beliau dalam pada itu meminta supaya kesemua anggota kelab itu "menjadi mata, telinga dan mulut untuk kerajaan. Ini adalah kerana kerajaan kini sentiasa memikirkan hal rakyat dan masa depan negara."

Pada majlis itu, Tengku Adnan turut melancarkan sebuah buku panduan persediaan bagi peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bertajuk Buku Motivasi Pembelajaran Meniti Puncak yang akan diagihkan ke sekolah-sekolah di luar bandar.

Buku tersebut yang dicetak sebanyak 100,000 unit itu turut memuatkan lima prinsip Rukunegara, imej Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah, lagu kebangsaan Negaraku dan imej enam Perdana Menteri termasuk Datuk Seri Najib Tun Razak.

Turut dimuatkan dalam buku itu ialah lapan nilai gagasan 1Malaysia iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti, makna simbol-simbol yang terdapat pada bendera Malaysia iaitu Jalur Gemilang serta monumen bersejarah negara seperti bangunan Parlimen, Istana Negara, Tugu Negara dan Muzium Negara dan fakta
ringkas peta Malaysia yang mengandungi jumlah populasi penduduk di negara ini.

Umno tak mampu berbalah, perlu perkuat diri sendiri.......untuk kepentingan sendiri...

Posted: 17 Oct 2010 10:48 AM PDT

KUALA LUMPUR, 17 Okt — Perhimpunan Agung Umno ke-61 bakal berlangsung selama lima hari bermula Selasa hingga Sabtu ini seharusnya menjadi  kesinambungan peringatan bagi anggota Umno untuk memperkuatkan parti, selain berusaha terus menerus mendapat sokongan jitu daripada kalangan rakyat Malaysia, terutamanya orang Melayu bagi memastikan parti itu terus relevan.
Sudah banyak kali pemimpin-pemimpin Umno — yang terdahulu ataupun yang sedang memegang jawatan mengingatkan supaya parti keramat orang Melayu itu seharusnya relevan, inklusif bukan hanya kepada orang Melayu malah juga berkhidmat dan mendapat sokongan bangsa-bangsa lain.
Ini selaras dengan gagasan 1 Malaysia yang diperkenalkan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak sebaik sahaja beliau dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam pada April 2009 bagi memastikan keamanan dan kestabilan dalam negara berkekalan dalam usaha negara mencapai status negara maju menjelang 2020.
Umno yang merupakan parti terbesar dalam negara dengan keanggotaan 3.4 juta orang tidak mampu berbalah sesama sendiri, malah harus merapatkan saf bagi memastikan pilihan raya umum ke-13 nanti membawa keputusan yang memberangsangkan untuk Umno dan BN.
Najib pada Jun lepas berkata beliau mahu semua parti komponen Barisan Nasional  (BN) menghentikan perbalahan secara terbuka dan menumpukan kepada usaha-usaha serta amalan yang memperkukuhkan parti masing-masing dan BN.
"Sebagai komponen BN kita mesti buat BN kuat. Kita tidak sepatutnya berbalah di hadapan umum, kita patut lawan pembangkang, bukan sesama kita, lawan musuh kita," katanya semasa merasmikan Perhimpunan Parti Progresif Penduduk (PPP).     
Umno, sebagai parti tunjang atau tulang belakang yang memerintah negara, perlu menunjukkan contoh terbaik kepada semua parti komponen dan tidak boleh hanya bersandarkan kepada kelemahan parti pembangkang untuk mendapatkan sokongan.
Untuk memastikan Umno terus relevan dalam abad ke 21, Najib semalam turut mengusulkan kemungkinan diwujudkan Model Politik Baru bagi memastikan kelangsungan Umno sebagai parti yang menerajui pemerintahan negara.
Selain itu, Umno terus berusaha memastikan masalah dalaman di peringkat negeri diselesaikan dengan baik, contohnya di Terengganu, melalui Konvensyen Umno Terengganu 2010 yang diadakan semalam, telah memberi gambaran jelas bahawa Umno negeri itu yang sebelum ini menghadapi masalah dalaman, kini semakin pulih.    
Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu berkata konvensyen yang bertujuan membincangkan hala tuju dan masa depan parti membuktikan kesepakatan di kalangan pemimpin Umno negeri itu semakin utuh.
Beliau tidak menafikan berlaku perselisihan faham dan masalah dalaman tetapi melalui Konvensyen Umno, ia berjaya merapatkan semula pemimpin di negeri itu.
Bagi Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dalam mengulas keadaan kelam kabut dalam pemilihan peringkat cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengingatkan anggota Umno bahawa: " Rakyat memerhati kekuatan kita. Kita perlu perkuat diri sendiri dan bukan hanya bersandarkan kelemahan pihak lawan."
Perkelahian antara pemimpin bahagian, cawangan dan juga peringkat negeri harus dielakkan kerana ini akan memberi kesan yang negatif kepada Umno seterusnya BN bagi menghadapi pilihan raya kelak.
Bagi Umno, perhimpunan kali ini bukan saja akan hanya membahaskan tiga usul iaitu membahaskan ucapan dasar Presiden, ekonomi serta pendidikan dan agama, malah persidangan kali ini akan turut membicarakan usaha-usaha pembangunan kerajaan dalam Pelan Transformasi Kerajaan, Model Baru Ekonomi, Rancangan Malaysia ke-10 RMK-10) serta Bajet 2011, dan kemungkinan mengenai persiapan Umno menghadapi dua pilihan raya kecil pada 4 Nov ini dan pilihan raya umum ke-13.
Pemimpin Umno perlu merapatkan barisan dan mempamerkan semangat 1Umno pada perhimpunan ini bagi memastikan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas di Kelantan dan juga Parlimen Batu Sapi, Sandakan, Sabah yang akan diadakan serentak pada 4 Nov milik BN.
Pada perhimpunan kali ini, Umno membuat perubahan dengan mengadakan sidang antarabangsa sehari sebelum persidangan Umno bermula dengan menjemput pemimpin parti politik luar negara untuk bertukar-tukar fikiran mengenai isu 'Pembentukan Masyarakat Global: Liberalisasi Media dan Realiti Politik Baru'.
Acara julung kali yang didakan itu telah menerima penyertaan seramai 63 peserta daripada 22 parti politik dari 20 negara.
Melalui persidangan itu, wakil antarabangsa dapat melihat pendekataan baru Umno melalui Model Politik Baru yang menjurus kepada pembangunan teknologi maklumat masa kini, selain memperlihatkan kepada dunia konsep kongsi kuasa BN.
Menerusi forum itu juga para perserta dijangka dapat berkongsi pandangan bagaimana menghadapi serangan dunia maya serta membina kekuatan politik.     
Perhimpunan Umno yang akan bermula Selasa ini dengan perasmian tiga sayap Umno oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Timbalan Presiden Umno akan dihadiri 4,907 perwakilan.
Mereka terdiri daripada 2,543 perwakilan yang akan ke Perhimpunan Agung Umno, 793 perwakilan ke Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, 795 Pemuda dan 776 ke Perhimpunan Agung Pergerakan Puteri. — Bernama

Cuti Bersalin 90 Hari? Ramai Yang Tertipu

Posted: 17 Oct 2010 10:47 AM PDT

Menurut Perunding Rakan Sebaya Penyusuan Ibu Malaysia, Nur Kamariah Mohd Alwi, peruntukan cuti 90 hari daripada 300 hari perkhidmatan itu sama dengan cuti bersalin 90 hari untuk anak pertama hingga tiga saja. Betul jugak.

Dulu cuti 60 hari hingga anak ke-5 = 60 x 5 = 300 hari perkhidmatan
...Sekarang, cuti 90 hari. = 90 x 3 = 270 hari (lebih kurang 300 hari)

Dulu boleh beranak sampai lima....tapi sekarang nak beranak lima kena adjust cuti. Adjust punya adjust...cuti 60 harike...90 harike..sama saja. Adus...

Tipah tertipu lagi.
Kesimpulannya...kita masih DITIPU !

Isteri banduan gersang & curang kantoi......

Posted: 17 Oct 2010 10:46 AM PDT



Seorang pemuda berusia 23 tahun ditangkap berdua-duaan dengan isteri orang di rumah wanita di Taman Damai, kira-kira jam 1.15 pagi kelmarin. Pejabat Agama Islam Daerah Kulim mendapat maklumat daripada orang ramai kira-kira jam 12.30 pagi dan segera ke rumah itu untuk membuat pemeriksaan.

"Empat penguat kuasa bersama penduduk pergi ke alamat dimaksudkan dan ketika melakukan pemeriksaan, mendapati hanya ada wanita itu dan anaknya yang berusia dua tahun di ruang tamu rumah"Ketika ditanya mengenai aduan bahawa ada lelaki di rumah itu, wanita berkenaan berkata lelaki yang dimaksudkan ialah adik angkatnya dan pemuda itu sudah pun pulang ke rumahnya. Bagaimanapun, setelah selesai pemeriksaan, pegawai penguat kuasa PADK mencurigai keadaan siling bilik belakang yang terbuka dan mempunyai kesan tapak kaki. Apabila penguat kuasa naik ke siling, mereka menemui seorang lelaki tidak berbaju sedang menyorok di belakang tangki air".

Wanita itu sudah berkahwin tetapi suaminya dipenjarakan sejak setahun lalu atas kesalahan dadah. Rumah didiami wanita dan anaknya itu dimiliki oleh bapa kandung wanita berkenaan tetapi ketika kejadian bapanya bekerja. Pasangan itu kemudian dibawa ke Balai Polis Padang Serai untuk membuat laporan. Mereka akan disiasat di bawah Seksyen 9, Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kedah 1988, jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan hukuman penjara dua tahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

"Wanita itu masih berstatus isteri orang ketika serbuan dibuat dan tidak bekerja manakala pasangan lelakinya tidak bekerja tetap. Mereka saling mengenali beberapa minggu lalu. Kedua-duanya mengaku tidak mempunyai sebarang hubungan mahram dan diarahkan membayar ikat jamin RM1,000 setiap seorang sebelum dihadapkan ke Mahkamah Syariah Rendah Kulim pada tarikh yang akan ditetapkan".

Tangan Najib Kena Pulas Dek Rosmah

Posted: 17 Oct 2010 10:45 AM PDT


RMSHAH ALAM 17 Okt - Ahli Parlimen Indera Mahkota mendakwa isteri Perdana Menteri memainkan peranan penting dalam menentukan beberapa aspek penyediaan Belanjawan 2011 sehingga Datuk Seri Najib Razak terpaksa tunduk kepada kehendak Datin Seri Rosmah Mansor.

"Pengaruh Rosmah dalam bajet kali ini adalah amat terang dan jelas kepada rakyat," kata Azan merujuk kepada peruntukan besar sebanyak RM111 juta yang diberikan kepada projek kesukaan isteri Najib tersebut, Program Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Permata) bagi memperkasakan pendidikan awal.

Begitu juga pengumuman Perdana Menteri mengenai cadangan pemansuhan duti import ke atas kira-kira 300 barangan pelancongan dan rakyat tempatan termasuk beg tangan, kasut, sut, baju kanak-kanak, dompet, pewarna rambut, kelambu dan sebagainya.

"Saya pernah menjadi pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri dan setahu saya barabgan tekstil buatan memang tidak pernah dicukai.sk-1_copy

"Jadi apabila Najib mengumumkan pengecualian cukai ia bermaksud bagi barangan tekstil yang diimport termasuk beg berjenama yang harganya mencecah puluhan malah ratusan ribu ringgit. Pengecualian ini hanya menggalakkan pengimportan barangan buatan luar negeri dan sedikit tidak membantu ekonomi tempatan tetapi hanya memberi kepentingan wanita yang sika membeli belah seperti Rosmah dan kuncu-kuncunya," bidas Azan lagi.

Mood anggota Parlimen terutamanya daripada Barisan Nasional menampakkan rasa tidak puas hati yang mendalam terhadap layanan berlebihan yang diberikan oleh Perdana Menteri terhadap Rosmah.

"Apabila peruntukan kepada Permata dan pengecualian cukai ke atas 300 barangan di umumkan ramai ahli parlimen BN yang mem'boo' Najib, pemimpin mereka sendiri dengan melaungkan nama Rosmah dan ini sesuatu yang amat memalukan. wakil rakyat BN sendiri bertindak macam 'kera' yang membunyikan suara-suara menyindir pemimpin mereka sendiri di dalam Parlimen.

"Apakan tidak mereka sendiri sudah muak dengan sikap Rosmah yang dikatakan 'queen control' ke atas Najib sehingga terpaksa akur sengan segala kehendaknya," komen beliau kepada Suara Keadilan.

Mahasiswa Mahu Potongan 50 Peratus Pinjaman PTPTN

Posted: 17 Oct 2010 10:44 AM PDT


smm2SHAH ALAM 17 Okt - Gerakan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) menggesa kerajaan memberi potongan khas 50 peratus ke atas pinjaman PTPTN dalam usaha ke arah memberikan pendidikan percuma buat pelajar dan mahasiswa dalam jangka panjang.

Disamping itu SMM juga mahu kerajaan komited dan tegas dalam menyalurkan bantuan dan dana perbelanjaan negara  kepada golongan sasaran serta mengelakkan ketirisan.

"Golongan mahasiswa tidak mahukan angka-angka yang besar sahaja tetapi pada praktikalnya pemberian bantuan hanya sampai kepada pihak tertentu sahaja," kata Setiausaha SMM, Mohd Rodzuan Othman dalam komennya mengenai Belanjawan 2011.

SMM menambah kerajaan juga perlu menjaga dan mengagihkan nilai kekayaan negara kepada golongan miskin dan jangan sesekali ada ketirisan dan penyelewengan yang menyebabkan perlunya kepada  perbelanjaan tambahan kemudian harinya.

"Jika angka-angka ini dapat diatur dengan baik tanpa
ketirisan, saya yakin dan percaya kerajaan akan  mampu menggunakan hasil negara yang lain untuk manfaat golongan miskin  yang lain," kata beliau.

Hadiah Raifal Askar Israel!! Stylo!

Posted: 17 Oct 2010 10:44 AM PDT


Perghh!!
memang hebat dan penuh maksud!
Hizbullah hadiahkan kepada Presiden Iran selaras raifal milik askar Israel yang dirampas!

Allahuakbar!

No Komen! Hebat! Mantop!!
Makin terbakar hati Zionis Laknatullah!!!
sunsnake 16102010

Ahmadinejad terima hadiah raifal

BEIRUT 15 Okt. - Pemimpin pergerakan Hizbullah, Hassan Nasrallah menghadiahkan selaras raifal yang dirampas daripada seorang askar Israel, kepada Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad pada akhir lawatan beliau ke Lebanon.
Kedua-dua pemimpin itu mengadakan pertemuan di Kedutaan Iran di Beirut lewat semalam pada akhir lawatan dua hari Ahmadinejad ke negara ini.

Najib amal politik adu domba

Posted: 17 Oct 2010 10:41 AM PDT

KUALA LUMPUR, 17 Okt: Gagasan 1Malaysia yang diperkenal Datuk Seri Najib Razak terbukti hanya retorik apabila Perdana Menteri itu masih mengamalkan politik perkauman dan adu domba.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, jika benar Najib ikhlas dengan gagasan 1Malaysianya, sudah tentu beliau tidak menyalakan api perkauman dengan cuba menuduh Pakatan Rakyat mempersoal perlembagaan.
"Saya rasa Najib ketinggalan dan tidak mengikuti poilitik semasa. Pakatan Rakyat telah buat resolusi bahawa kita akan sokong malah akan pertahankan Perlembagaan Negara termasuk Perkara 153," katanya kepada Harakahdaily.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Tumpat, berkata demikian sebagai mengulas ucapan Perdana Menteri ketika melancarkan Kelab Umno Pesara Kakitangan Kerajaan di kediaman rasminya di Seri Perdana di Putrajaya semalam.
Najib dalam ucapannya menggambarkan bahawa Pakatan Rakyat mempersoal perkara 153 Perlembagaan termasuk isu hak orang Melayu.
Najib juga menuduh Pakatan Rakyat mewujudkan peristiwa tidak mendoakan Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah dan mahu membuka UiTM kepada bukan Melayu.
Semua itu dipersoal Najib bagi menunjukkan betapa Umno memperjuangkan Melayu manakala Pakatan Rakyat pula sebaliknya.
"Najib lupa, Umno lah yang membuat dasar membuka 5 peratus kepada bukan Melayu memasuki MRSM (Maktab Rendah Sains Mara).
"Najib nampaknya sudah mainkan politik adu domba. Di majilis pesara kakitangan kerajaan dia kata PR tidak menghormati perkara 153, waktu rasmi mesyuarat MCA dia kata PAS akan melaksanakan dasar Islam jika PR memerintah," katanya.
Sementara itu Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua dalam satu kenyataan hari ini menuduh Najib menggunakan "kepalsuan dan retorik" untuk orang mengapi-apikan kemarahan pegawai kerajaan daripada kalangan orang Melayu.
Pua yang juga anggota Parlimen Petaling Jaya Utara juga menyifatkan kenyataan Najib itu menggambarkannya "sebagai hulu balang Perkasa sebenar".
Sebab itu kata Pua, Najib mengambil pendirian tidak mengkritik Perkasa biarpun NGO tersebut didakwa ekstrem dan rasis.

Eeee.... Menyampah aku!!

Posted: 17 Oct 2010 10:40 AM PDT


Eeeeee.... Menyampahnya aku!!

Orang perkenal politik baru,
dia pun nak buat model politik baru

Orang nak bagi cuti bersalin 90 hari,
dia pun bagi cuti bersalin 90 hari

Orang buat bangunan mencakar langit,
dia pun nak buat lagi tinggi

Orang buat 1 Indonesia dan 1 Israel,
dia pun nak 1 Malaysia

Haaa... apa lagi??
Asyik nak meniru jer...

Menyampah aku!!

Tengku Razaleigh yakin BN mampu rampas kembali Galas

Posted: 17 Oct 2010 10:39 AM PDT

GUA MUSANG, 17 Okt — Barisan Nasional (BN) mampu merampas kembali kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas berdasarkan kepada jentera pilihan raya yang tersusun selain peningkatan sokongan rakyat terhadap BN.
Pengarah Jentera Pilihan Raya BN bagi DUN itu, Tengku Razaleigh Hamzah berkata dengan petunjuk itu beliau yakin BN boleh memenangi DUN itu dengan majoriti yang besar.
"Gerak kerja nampak semakin kuat hingga ke akar umbi dan ini sangat menggembirakan.
"Melihat perubahan yang semakin kuat berlaku berikutan sokongan rakyat kepada BN dengan jelas kita akan mendapat kemenangan," katanya pada majlis perjumpaan dengan bekas tentera di Bukit Chekati, di sini, petang ini.     
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian wakil rakyat PAS, Chek Hashim Sulaima, 46, akibat barah usus pada 27 Sept lepas.
Suruhan Pilihanraya (SPR) menetapkan 26 Okt ini sebagai hari penamaan calon dan pengundian pada 4 Nov.
Tengku Razaleigh yang juga Ketua UMNO Bahagian Gua Musang berkata, gerak kerja yang diatur sejak beberapa hari lepas tidak menampakkan sebarang masalah, malah semua jentera komited untuk meraih sokongan pengundi.
Anggota Parlimen Gua Musang itu juga berkata BN kini mendapat banyak bantuan sama ada dari dalam bahagian itu dan juga jentera luar yang dianggap mampu mengembalikan maruah BN di Galas.
"Kita mengakui sebelum ini imej BN terjejas kerana kita di DUN Galas tidak pernah kalah kepada parti lawan tetapi pilihan raya umum lepas tewas dengan majoriti yang kecil sahaja.
"Oleh itu, kita rasa tidak menghadapi sebarang rintangan untuk meraih kemenangan lebih besar dan bersejarah dalam pilihan raya kecil DUN Galas kali ini," katanya.
Bagaimanapun, beliau mengingatkan jentera BN supaya tidak menimbulkan sesuatu perkara yang boleh menyinggung perasaan pengundi, sebaliknya memastikan setiap pergerakan di semua tempat dapat diterima dengan baik.
"Kita juga mengharapkan bekas tentera supaya menyokong BN dalam pilihan raya kecil itu kerana hanya BN sahaja yang boleh membantu dalam segala keperluan," katanya. — Bernama

Jangan pertikai isu sah Sultan Kelantan

Posted: 17 Oct 2010 10:39 AM PDT

Setelah sekian lama berdiam diri, Tengku Razaleigh Hamzah akhirnya bersuara juga tentang persoalan pemasyhuran Sultan Muhammad Ke-V sebagai Sultan Kelantan yang baru.

Malangnya, kenyataan beliau di dalam akhbar Utusan Malaysia pada 15 Oktober 2010 bertajuk "minta istana, kerajaan negeri beri penjelasan elak kekeliruan" itu bernada agak sumbang.
Apa yang disebut oleh beliau di dalam akhbar itu juga tidak mencerminkan taraf yang sepatutnya dipunyai oleh beliau selaku seorang kerabat kanan dan selaku seorang statesman tersohor.
Di dalam kenyataannya itu, beliau menyatakan bahawa:
1. Beliau secara peribadi tidak mempunyai halangan ke atas pemasyhuran itu sekiranya ia dibuat dengan betul atau, lebih tepat lagi, "kalau ia (dibuat) ikut perlembagaan negeri".
2. Beliau meminta Istana Kelantan memberi penjelasan kepada rakyat untuk memulihkan kekeliruan yang timbul dan untuk memperbaiki imej institusi Istana Kelantan.
Selaku seorang kerabat kanan dan selaku seorang statesman tersohor, beliau sepatutnya mampu untuk membuat dan mengemukakan satu pendirian yang tegas ke atas perkara ini.
Berdasarkan kepada maklumat-maklumat yang telah dibekalkan kepada semua pihak, beliau sepatutnya mampu untuk memutuskan sama ada pemasyhuran itu sah atau tidak.
Beliau tidak sepatutnya membiarkan diri beliau seolah-olah berada di awang-awangan, ke sana pun tidak dan ke sini pun tidak, dengan berselindung di sebalik ungkapan "kalau".
Selaku Ahli Majlis Perajaan Negeri, beliau juga sepatutnya bersikap lebih gentleman dengan menyuarakan pandangan beliau ke atas perkara ini di dalam mesyuarat majlis itu.
Seandainya beliau hadir di dalam mesyuarat Majlis Perajaan Negeri pada 13 September 2010 tentulah beliau akan mendapat gambaran yang lebih jelas mengenai perkara ini.
Malangnya, beliau memilih untuk tidak hadir tanpa memberikan sebarang sebab yang munasabah di dalam mesyuarat Majlis Perajaan Negeri pada 13 September 2010 itu.
Untuk makluman beliau, penjelasan secukupnya telah diberikan kepada rakyat mengenai pemasyhuran ini dan, alhamdulillah, penerimaan mereka ke atasnya adalah amat baik.
Oleh itu, tidaklah berbangkit lagi soal wujudnya kekeliruan mengenai perkara ini walaupun masih ada segelintir pihak yang cuba menimbulkan kekeliruan untuk maksud tertentu.
Pejabat Sultan Kelantan telah menganjurkan beberapa siri majlis penerangan mengenai perkara ini kepada para pemimpin dan pegawai kerajaan, penggawa, penghulu dan imam.
Majlis-majlis penerangan yang dibuat di Istana Balai Besar ini di antara lainnya telah dilangsungkan pada 12 Januari 2010 serta pada 8 dan 26 September 2010.
Di dalam majlis-majlis itu, penjelasan panjang lebar mengenai perkara ini, khususnya yang melibatkan perlembagaan negeri, telah dibuat oleh Dato' Sukri Haji Mohamed.
Dato' Sukri Haji Mohamed, selain seorang pakar perundangan, adalah juga Ahli Majlis Perajaan Negeri Kelantan merangkap penasihat kepada Istana Kelantan sejak sekian lama.
Penjelasan juga turut dibuat melalui sidang-sidang media sama ada oleh Dato' Sukri Haji Mohamed sendiri, oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Aiseri Mohamad, atau oleh Pengelola Istana Diraja, Dato' Abdul Halim Haji Hamad.
Sidang-sidang media yang dibuat di Istana Balai Besar, Istana Negeri dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri ini di antara lainnya telah dilangsungkan pada 13, 14, 15 dan 22 September 2010.
Untuk mendapat jangkauan yang lebih luas dan di dalam kadar yang lebih cepat, penjelasan secara separa rasmi juga turut dibuat dari semasa ke semasa di dalam blog ini.
Apa pun, pihak kami merasa amat terharu di atas sokongan padu yang telah ditunjukkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan dan Kerajaan Persekutuan ke atas pemasyhuran ini.
Terima kasih juga diucapkan kepada para pemimpin dari parti-parti politik, khususnya PAS dan UMNO, malah yang tidak berparti pun, yang telah bersatu hati menerimanya.
Begitu juga dengan pakar-pakar perundangan dari dunia akademik seperti Profesor Dr Abdul Aziz Bari atau dunia guaman seperti Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah.
Terutama sekali adalah kepada Majlis Raja-Raja Melayu yang, melalui Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, telah memperakui keabsahan Sultan Muhammad Ke-V.
Adalah diharapkan bahawa titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, itu menamatkan segala kekeliruan yang masih ada pada mana-mana pihak mengenai perkara ini.
Jika ini belum mencukupi maka Pejabat Sultan Kelantan, di atas permintaan, sedia mengadakan majlis penjelasan khas kepada mana-mana pihak yang masih di dalam kekeliruan.
Akhirnya, walaupun perkara ini telah dirujuk ke Mahkamah Persekutuan, mahkamah itu juga tentulah akan mengasaskan segala keputusannya kepada Perlembagaan Persekutuan.
Sehubungan dengan perkara ini, sukalah kami mengemukakan di sini Perkara 71 Perlembagaan Persekutuan (Jaminan Persekutuan terhadap Perlembagaan Negeri) yang berbunyi:
(1) Persekutuan hendaklah menjamin hak Raja sesuatu Negeri untuk naik takhta dan memegang, menikmati dan menjalankan hak-hak dan keistimewaan-keistimewaan di sisi perlembagaan bagi Raja Negeri itu mengikut Perlembagaan Negeri itu; tetapi apa-apa pertikaian tentang hak naik takhta mana-mana Negeri hendaklah diputuskan semata-mata oleh mana-mana pihak berkuasa, dan semata-mata mengikut apa-apa cara, yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Negeri itu.
Versi bahasa Inggerisnya:
71. Federal guarantee of State Constitutions
(1) The Federation shall guarantee the right of a Ruler of a State to succeed and to hold, enjoy and exercise the constitutional rights and privileges of Ruler of that State in accordance with the Constitution of that State; but any dispute as to the title to the succession as Ruler of any State shall be determined solely by such authorities and in such manner as may be provided by the Constitution of that State.

Batu Sapi: 2 atau 3 penjuru?

Posted: 17 Oct 2010 10:38 AM PDT

KEMUNGKINAN berlaku pertandingan tiga penjuru tidak dapat dielakkan apabila Parti Maju Sabah (SAPP) yang diterajui Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee berminat untuk mencuri peluang sebagai persediaan untuk berjuang bersendirian tanpa menyambut pelawaan Pakatan Rakyat, terutama untuk memberikan laluan satu lawan satu dengan Barisan Nasional.
Yong yang sebelum ini mewakili DUN Likas sebelum dilucutkan 'hak' melalui petisyen pilihanraya kecil Likas 1999, mula bekerja keras secara senyap selepas pilihanraya umum lalu (2008) melalui program turun padang; semakin diterima rakyat, terutama Bumiputera yang merasa disisihkan oleh Kerajaan BN selama ini.
Percubaan Yong untuk menggempur kubu BN (Batu Sapi) ibarat menikam Pakatan Rakyat daripada belakang sekalipun SAPP masih kekal sebagai parti 'Bebas' kerana kerusi berkenaan masih diperuntukkan kepada PKR setelah SPR menolak kertas pencalonan calon PKR, Dr Yusof Ahmad disebabkan masalah teknikal.
Yong mengambil peluang untuk meniupkan 'semangat parokial' apabila Adun Sekong, Datuk Samsuddin Yahya 'mendidihkan' kemarahan orang Cina setelah menurunkan papan tanda tiga bahasa di beberapa buah Dewan Masyarakat, sedangkan papan tanda berkenaan dipasang sejak di zaman PBS lagi.APP mengekalkan kredit mereka apabila mereka berjaya dalam tiga misi mereka membantah percubaan mendirikan Loji Janakuasa Arang Batu di Lahad Datu, Sandakan dan Tungku; sehingga mampu mendabik dada, bahawa merekalah 'Pejuang Rakyat'.
Barisan Nasional sudah pasti akan menurunkan mantan Wakil Rakyat Sibuga, yang juga Naib Presiden PBS, Datuk Thien Fui Yun bagi mempertahankan Parlimen Batu Sapi yang diintai PKR setelah mendapat persetujuan mutlak Pakatan Rakyat.
Walaupun Thien kurang pendidikan jika dibandingkan dengan dua bakal calon lain, namun beliau mampu membuat kejutan jika dapat menjinakkan pengundi Cina yang telah memberikan undi mereka kepada pembangkang pada pilihanraya umum lalu.
Dalam keadaan kawasan 'hijau' yang mula diturunkan sebagai kawasan kelabu di zaman Datuk Edmund Chung Ket Wah; disebabkan beliau sibuk dengan tugas lain dan pegawainya mula 'makan di luar'; Thien Fui Yun akan melalui laluan sukar untuk memperolehi majoriti lebih 1,000 undi disebabkan senario politik sudah jauh berubah melalui kebangkitan PKR dan Pakatan Rakyat.
Penindasan demi penindasan yang dilakukan pihak berkuasa ke atas 'Anak Negeri' yang bukan sahaja kehilangan tanah, rumah, pekerjaan dan maruah; berubah menjadi dendam kesumat yang hanya boleh dibayar pada pilihanraya kecil kelak.
Melihat kematangan dan pola pengundi di parlimen Batu Sapi, PKR bakal meletakkan Mantan Ketua Perhubungan PKR Sabah dan juga Ahli Majlis Tertinggi PKR Pusat, Haji Ansari Abdullah untuk menentang calon PBS (BN) dan kemungkinan calon SAPP serta beberapa calon bebas daripada serpihan UMNO, SAPP dan PKR.
Ketua Cabang Batu Sapi, OKK Hassnar MP Ebrahim tidak berminat bertanding pada pilihanraya kecil ini dan ingin memastikan PKR menang dengan majoriti yang besar, telah mencadangkan Ansari diturunkan membawa panji-panji PKR.
Sebagai ahli politik veteran yang dilatihtubi Kerajaan Berjaya, UMNO dan PKR, Ansari dijangka boleh memandulkan sokongan terhadap BN dan menang mudah jika PKR menggemblengkan semua jentera parti dengan menimbulkan isu yang sudah lama diperjuangkan PKR; terutama isu tanah dan hak asasi yang diabaikan BN sejak Edmund menjadi Ahli Parlimen Batu Sapi.
Walaupun dibelenggu dengan 'Pengundi Hantu' kerana DUN Sekong dan DUN Karamunting merupakan 'Fixed Deposit' Barisan Nasional terutama warga 'Mi Segera' yang menjadi pertikian selama ini; namun sudah pastinya Ansari dan Hassnar mempunyai strategi untuk mengatasi masalah ini.
Dalam ketakutan yang amat sangat kepada Special Branch (SB) yang sudah pastinya akan menaiki rumah mereka pada malam terakhir sekadar menyampai peringatan 'Surah BN' iaitu 'pastikan BN menang' jika ingin terus menjadi rakyat Malaysia atau kad pengenalan mereka ditarik balik?
Mampukah SB melakukan kerja sulit ini seperti sebelum ini? Jika anda tidak percaya, sejarah telah membuktikan bahawa lebih 16,693 kad pengenalan yang telah diberikan kepada warga 'Mi Segera' ditarik balik iaitu bagi nombor siri H0492001-H0494500, H0539801-H0539999 dan H0540001-H0553999.
Sejak daripada insiden Ala Sun Tzu (Punish Concubine), ramai warga 'Mi Segera' tidak lagi berani menyongsang arus menolak BN, apatah lagi dengan bantuan 'Bala Tentera' Moro yang bermastautin di Pulau Jampiras.
Kemungkinan kebarangkalian ini sukar diramal kerana ada pihak tertentu dalam UMNO dan BN mungkin menaja 'IC Terbang' untuk memastikan pelaburan mereka dalam projek pembangunan BN terjamin.
Pengundi hantu bukan lagi rahsia dan Mahkamah telah mengendali kes IC Palsu setiap masa, terutama Warga Pakistan, India, China, Filipina, Indonesia dan sebagainya yang telah diberi kad pengenalan untuk mengundi oleh pihak tertentu melalui pelbagai modus operandi; namun mereka gagal mengembalikan kad pengenalan yang dipinjam; sama ada dalam bentuk mykad atau resit kad pengenalan sementara.
Dalam peperangan, 'membunuh itu halal', dalam politik, penipuan itu 'harus' kerana motif sebenar ialah untuk menumpaskan lawan tanpa perlu berperang. Pakatan Rakyat wajib menangkis 'Saiwar' BN yang dibalatentera oleh media arus perdana dan SB.
Kebebalan PKR tentang peranan media alternatif di Sabah menyebabkan Pakatan Rakyat, terutama PKR gagal meraih sebarang kerusi, melainkan dua kerusi yang dimenangi DAP secara 'pembelotan' iaitu tikam menikam dari belakang (lebih daripada satu parti pembangkang bertanding menyebabkan undi berpecah).
Media Alternatif PKR di Sabah agak lumpuh atau 'mati pucuk' gagal menarik minat pengundi atas pagar berbanding dengan DAP atau SAPP yang di 'up-date' setiap hari. Ditambah dengan risalah yang menjadi jentera terpenting untuk menangkap rasa cinta rakyat terhadap Pakatan Rakyat dan menepis adu domba atau serangan psikologi BN yang begitu berjaya selama ini, namun tidak dilakukan.
SAPP sudah melangkah jauh apabila mengaktifkan blog khas untuk Pilihanraya Kecil Batu Sapi yang boleh dilayari melalui http://batusapi.blogspot.com/ ketika UMNO, PKR masih terkial dan sekaligus menafikan peranan media alternatif yang telah menumbangkan lima kerajaan BN di Semenanjung.
Rakyat 'Batu Sapi' belum mengenali PKR atau Pakatan Rakyat secara harafiah atau holistic, melainkan untuk melampiaskan dendam kepada pemimpin BN; di samping tikam menikam di dalam PKR membuatkan tidak ada yang benar-benar bekerja untuk PKR selama ini.
Kader-kader UMNO di dalam PKR cuba melemahkan parti, telah lama berakar umbi dan hanya kumpulan 'Kuda Trojan' yang terdiri daripada 12 orang sahaja yang dihukum ala kadar; manakala ramai lagi 'Upahan UMNO atau BN' yang masih bersetinggan di dalam PKR, menunggu peluang untuk melemahkan PKR daripada dalam.
Angka hanya tinggal angka dan tidak akan mampu memenangkan sesiapa jika semua parti yang bertanding tidak menjaga adab sopan pertandingan dan meremehkan peranan rakyat dalam membuat keputusan.
Menjanjikan bulan bintang dan matahari akan menyebabkan Sabah dipenuhi ramai makhluk 'Avatar' yang hanya wujud di alam khayalan kerana Sabah kekal sebagai negeri kedua termiskin di Malaysia; sekalipun berbilion peruntukan pembangunan disalurkan ke 'negara' ini, sejajar dengan konsep perkongsian kuasa. Namun kehilangan autonomi untuk membelanjakan peruntukan menyebabkan kesemua projek untuk mengkayakan 'proksi dan kroni' kerana dikawal oleh Kerajaan atau Kementerian Pusat.
Kerajaan negeri Sabah menjadi lumpuh dan tidak mempunyai sumber kerana Jabatan Pembangunan Negeri hanya tinggal nama disebabkan karenah birokrasi. Jangankan mengharapkan peruntukan RM4 billion yang baru dijanjikan, janji RM1billion yang dibuat di zaman Pak Lah belum kesemuanya tertunai dan hanya satu perempat sahaja yang disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Negeri Sabah.
Di atas kertas, Sabah adalah sebuah negeri yang 'Bankrap' kerana Liabiliti melebihi hasil dan hanya mengharapkan bantuan Kerajaan Pusat yang tidak kunjung tiba. Reserve yang ada tidak menunjukkan keadaan sebenar dan hanya menjadi halwa telinga kerana Kerajaan Negeri banyak menanggung hutang, terutama banyak kes yang diputuskan Mahkamah, tetapi belum dapat dilangsaikan kerana 'Tabung Negeri' untuk tujuan berkenaan kosong, sekosong-kosongnya.
Kesimpulannya, pilihanraya kecil Parlimen Batu Sapi bukanlah medan untuk BN atau pembangkang menguji pengaruh; sebaliknya untuk menentukan sama ada Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal berjaya kembali ke Sabah sebagai Ketua Menteri atau Datuk Seri Musa Aman kekal sebagai Ketua Menteri untuk satu penggal lagi jika calon BN menang dengan majoriti besar. Benarkah begitu?
Sabahkini

Najib dan Rosmah Ubah Suai Sri Perdana RM65 Juta

Posted: 17 Oct 2010 10:37 AM PDT

Bagi pemilik rumah ini.. RM6500 pun sudah cukuh untuk mengubahsuai
rumahnya yang kian rebah..
Pertama kali Sri Perdana yang merupakan kediaman rasmi Perdana Menteri diubahsuai pada tahun 2005 dan telah menelan belanja hampir RM6 juta.

Kini diberitakan pula Najib Tun Razak dan Rosmah Mansor akan menghabiskan duit Negara sebanyak RM65 Juta untuk mengubahsuai Kediaman Rasmi Perdana Menteri mengikut selera mereka berdua seolah-olah Kediaman Rasmi itu milik mereka.


Sri Perdana di Putrajaya mula di bina pada tahun 1997 dengan kos RM24 juta dan siap dua tahun kemudiannya.
Dalam masa yang sama Najib menasihatkan rakyat agar berbelanja secara berhemah, jangan membazir.. tapi beliau sendiri bersikap sebaliknya..

“Kalau hendak biasiswa, kamu kena isi borang UMNO dulu,”

Posted: 17 Oct 2010 10:36 AM PDT

"Kalau hendak biasiswa, kamu kena isi borang Umno dulu," begitulah antara intipati ucapan daripada penceramah jemputan.

Sebenarnya ungkapan ini adalah biasa bagi sesetengah orang, Bukan biasiswa saja malah ada individu yang mendakwa bagi mendapatkan pinjaman untuk TEKUN mereka dikehendaki menjadi ahli UMNO juga,tidakkah jelas kepada kita UMNO menyalahgunakan dana yang ditetapkan untuk rakyat untuk faedah mereka..

Mereka menyalahgunakan dana kerajaan untuk kepentingan mereka..

Taklimat biasiswa jadi majlis kelab Umno
Harakahdaily

MANSURAH (Mesir), 17 Okt: Taklimat biasiswa yang diadakan oleh Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) di Dewan Handousa, Kuliah Perubatan, Universiti Mansurah, semalam telah bertukar menjadi taklimat penerangan mengenai kelab Umno.

Majlis yang berlangung pada pukul 3 hingga 5 petang itu telah dihadiri oleh kebanyakan mahasiswa dan mahasiswi kuliah sains kesihatan, Universiti Mansurah sehingga dewan besar itu melimpah.

Penceramah jemputan yang juga mewakili Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah, Khairy Jalaluddin telah mengedarkan borang kelab Umno yang juga tertera lambang Umno kepada seluruh hadirin.

"Kalau hendak biasiswa, kamu kena isi borang Umno dulu," begitulah antara intipati ucapan daripada penceramah jemputan.

Majlis yang sepatutnya banyak membicarakan tentang biasiswa diubah formatnya kepada lebih membicarakan tentang Umno dan juga ISMA.

Pelajar Syariah Dicekup Khalwat

Posted: 17 Oct 2010 10:36 AM PDT

Ampang - Sepasang kekasih di salah sebuah Institut Pengajian Tinggi Tempatan (IPT) dicekup Pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kerana disyaki berkhalwat di salah sebuah unit kondominium di Pandan Perdana, awal pagi semalam.

Pasangan tersebut yang masing-masing berusia 20 tahun itu ditahan di sebuah bilik sewa milik di kondominium tersebut kira-kira pukul 1.00 pagi.

Operasi dijalankan setelah pihak Masjid Al-Azim menerima maklumat daripada orang awam mengenai kehadiran gadis terbabit di rumah berkenaan dan sekumpulan anggota penguatkuasa yang diketui oleh Pegawai Masjid Al-Azim Pandan Indah, Ahmad Nawi Osman bergegas di lokasi berkenaan.

Ahmad Nawi berkata, beliau bersama beberapa anggotanya terus memperkenalkan diri sebaik memasuki rumah tersebut. Pihaknya mendapati beberapa remaja lelaki berada di ruang tamu. Pemeriksaan lajut turut dilakukan di salah sebuah bilik di unit kondominium itu mendapati pasangan terbabit berada berdua-duaan di bilik tersebut.

"Remaja lelaki itu telah membuka pintu apabila diketuk oleh anggota saya. Kami mendapati remaja berkenaan berpakaian lengkap dan berseluar pendek, manakala remaja perempuan terbabit pula berpakaian lengkap dan sedang berbaring di atas katil," katanya.

Katanya, berdasarkan siasatan awal kedua-dua pasangan itu tidak mempunyai apa-apa hubungan suami isteri. Difahamkan alasan yang diberikan oleh gadis itu adalah dia tertidur di dalam bilik berkenaan kerana terpaksa menunggu salah seorang kawan yang telah meminjam motosikal pulang semula ke unit kondominium tersebut.

"Gadis tersebut memberi alasan kehadirannya di unit kondominium itu kerana dia telah memasak lebih makanan kemudian mengambil keputusan untuk menghantar makanan tersebut ke rumah teman lelakinya itu, namun tidak sangka tertidur kerana terpaksa menunggu kepulangan salah seorang kawan yang telah meminjam motosikalnya.

"Teman lelakinya pula mengakui kira-kira hampir sejam gadis berkenaan berada di unit kondominium itu," katanya.

Tambahnya, difahamkan gadis tersebut merupakan penuntut di salah sebuah IPT yang mengambil jurusan Syariah, manakala teman lelakinya mengambil jurusan akuan yang juga menunutut di IPT sama.

"Pasangan itu dibawa ke Balai Polis Pandan Indah Ampang untuk pihak kami membuat laporan dan seterusnya mengarahkan pasangan terbabit hadir ke pejabat Jais untuk tindakan lanjut. Kami menjalankan operasi ini di bawah Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah JAIS 1995, jika disabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.

Pada masa yang sama, Operasi Cegah Maksiat bersama-sama Jais yang bermula jam 12.30 malam dan berakhir kira-kira 5 pagi itu turut memberi fokus di beberapa kawasan tumpuan memadu kasih seperti di Bukit Langat, Bukit Permai selian turut memantau beberapa kawasan sekitar Pandan Indah, Pandan Jaya dan Ampang.

"Hampir 76 remaja yang ditahan di dalam operasi berkenaan yang turut dijalankan di beberapa lokasi berasingan seperti Bukit Langat dan Bukit Permai," katanya.

Ahmad Nawi berkata, pihaknya telah mengambil maklumat kesemua remaja terbabit, dalam masa yang sama mereka juga harus menghadiri sesi kaunseling di Masjid Al-Azim Pandan Indah.

Katanya, tindakan tegas akan diberikan jika mereka ingkar dan tidak menghadiri sesi kaunseling tersebut.

"Operasi dijalankan di bawah Seksyen 31, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995, disabit kesalahan boleh didenda RM1,000 atau enam bulan penjara. Kami tidak teragak-agak menyerahkan mereka kepada Jais untuk tindakan lanjut apabila didapati melakukan perbuatan sama berulang serta ingkar hadir sesi kaunseling tanpa alasan kukuh. Sesi kaunseling dijangka diadakan 24 Oktober ini, saya berharap mereka dapat kerjasama atau berhadapan tindakan tegas Jais," katanya.

Tambahnya, dalam masa sama pihaknya berjaya menahan empat individu, dua didapati minum minumanan yang memabukkan ketika operasi di sekitar Bukit Langat.

"Individu berkenaan telah memohon budi bicara, pihak saya individu terbabit hadir sesi kaunseling. Jika kami dapati dia ditangkap atas perkara sama, kami tidak teragak-agak menyerahkannya kepada Jais untuk tindakan lanjut di bawah Seksyen 18 (1), Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995, jika didapati bersalah boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya," katanya.

Gambar puluhan ribu sekitar roadshow 'Umno Selangor Bangkit' di Subang....

Posted: 17 Oct 2010 10:34 AM PDT



Oleh: Pria Malaya

Puluhan ribu??..takde lah..lebih kurang 100 je..saja nk pancing penyokong Umno suruh masuk..

Walaupun roadshow ini dihebahkan secara meluas di ruang maya termasuk media ampu kerajaan, kemudian penceramahnya dari kalangan 'orang besar', namun program ini ternyata tidak mendapat respon yg menggalakkan dari rakyat Selangor..

Hanya ahli fanatik Umno, penyokong tegar PERKASA, ajk2 program, juruteknikal dan blogger Umno shj yg kelihatan...penderamah: YB Dato' Satim, YB Senator Ezam, Sdra. Lokman Adam, Ahmad Najib, Armand (PERKASA)...

Lagi rangkuman peristiwa boleh dirujuk di sini, "PKR KUNUNNYA KUCAR KACIR, UMNO SELANGOR TETAP LEMAH"...wallahua'lam..




























sumber gambar: FB 'Pemuda Umno Bahagian Subang'

Upacara apa yang DS Zambry sedang buat ni?...

Posted: 17 Oct 2010 10:32 AM PDT




Membaca doa sebelum memulakan upacara meletakkan ancak ke tiang seri salah sebuah rumah Projek Infra Bina Upaya (IBU)-Kampung Guar, Manong


DS Zambry memulakan upacara khurafat tersebut


Merenjis-renjis ancak ke tapak untuk dinaikkan tiang seri



Yah itu upacara mengikat ancak ketiang seri, maka dengan upacara ini akan tidak diganggu oleh jin-jin tanah di situ.

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted: 17 Oct 2010 01:01 PM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


500 sertai demo bantah roboh surau, Pasti

Posted: 16 Oct 2010 04:55 PM PDT













BUKIT KATIL, 16 Okt: Demonstrasi aman anjuran Badan Bertindak Perobohan Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) dan Surau Bukit Katil semalam berjaya memberikan gambaran kepada pihak berkuasa bahawa rakyat menolak kezaliman dan penindasan. Mereka bukannya menolak pembangunan tetapi pembangunan itu mestilah memberikan manfaat serta tidak menjejaskan kepentingan rakyat.

Tindakan kerajaan BN Melaka yang dilihat sengaja mengambil tapak Pasti dan surau untuk dibuat jalan menimbulkan kemarahan penduduk Kampung Bukit Katil kerana bagi mereka kerajaan boleh mengambil tanah kosong yang ada di kawasan lain untuk dibuat jalan.
Malah tindakan itu juga disifatkan tidak logik kerana jalan yang akan dibina adalah bengkok berbanding cadangan asal yang lebih lurus.

Demonstrasi semalam dikatakan berjaya kerana berjaya mengumpulkan kira-kira 500 orang penduduk setempat dan kawasan sekitarnya termasuk tuan-tuan tanah yang terlibat.
Demo yang diadakan selepas solat Jumaat di hadapan Masjid Bukit Katil petang tadi telah diganggu oleh pihak polis selepas hanya kira-kira lima minit dimulakan.
Polis meminta pihak penganjur menghentikan program tersebut atas alasan mengganggu ketenteraman awam dan tiada permit.

Dalam ucapan ringkas, Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman kesal dengan sikap kerajaan negeri yang tidak mahu berunding dengan rakyat khususnya tuan tanah kepada Pasti dan surau tersebut.

"Rundingan tidak dibuat, tiba-tiba surat sampai untuk beri pampasan. Inilah sikap rakus pihak kerajaan yang jelas tidak mengutamakan rakyat.

"Di sana ada tanah kosong yang boleh diambil untuk buat jalan mengapa tanah di sini yang diambil sedangkan tanah kosong tersebut lebih sesuai tidak melibatkan surau, Pasti dan rumah rakyat," ujarnya bersemangat.

Tindakan itu, katanya adalah perbuatan membalas dendam dan berteraskan politik serta dengki melihat kebangkitan rakyat bersama PAS dan Pakatan Rakyat.

Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Ustaz Kamaruddin Sidek menyifatkan tindakan itu sebagai bukti bahawa kebajikan dan kedaulatan rakyat telah hapus dengan penguakuatsaan Akta Tanah yang memberikan kuasa penuh kepada kerajaan untuk mengambil tanah rakyat atas nama pembangunan.

"Rakyat sudah tidak ada kuasa dan hak ke atas tanah milik mereka sendiri, bila-bila masa kerajaan boleh ambil dan ianya sukar dicabar di mahkamah," ujarnya.
Semua pemimpin utama PR negeri hadir antaranya Pengerusi DAP, Goh Leong San; Adun Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong; Adun Bachang, Lim Jak Wong; Adun Bandar Hilir, Tey Kok Kiew dan Ketua AMK Melaka, Hairiz Nordin.

Sumber berita : Harakah Daily http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29049:500-sertai-demo-bantah-roboh-surau-pasti&catid=1:utama&Itemid=50

Sumber gambar : AMK Melaka

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PAYA BESAR

Posted: 17 Oct 2010 11:21 AM PDT

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PAYA BESAR


500 sertai demo bantah roboh surau, Pasti

Posted: 16 Oct 2010 05:47 PM PDT

BUKIT KATIL, 16 Okt: Demonstrasi aman anjuran Badan Bertindak Perobohan Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) dan Surau Bukit Katil semalam berjaya memberikan gambaran kepada pihak berkuasa bahawa rakyat menolak kezaliman dan penindasan.

Mereka bukannya menolak pembangunan tetapi pembangunan itu mestilah memberikan manfaat serta tidak menjejaskan kepentingan rakyat.

Tindakan kerajaan BN Melaka yang dilihat sengaja mengambil tapak Pasti dan surau untuk dibuat jalan menimbulkan kemarahan penduduk Kampung Bukit Katil kerana bagi mereka kerajaan boleh mengambil tanah kosong yang ada di kawasan lain untuk dibuat jalan.

Malah tindakan itu juga disifatkan tidak logik kerana jalan yang akan dibina adalah bengkok berbanding cadangan asal yang lebih lurus.

Demonstrasi semalam dikatakan berjaya kerana berjaya mengumpulkan kira-kira 500 orang penduduk setempat dan kawasan sekitarnya termasuk tuan-tuan tanah yang terlibat.

Demo yang diadakan selepas solat Jumaat di hadapan Masjid Bukit Katil petang tadi telah diganggu oleh pihak polis selepas hanya kira-kira lima minit dimulakan.

Polis meminta pihak penganjur menghentikan program tersebut atas alasan mengganggu ketenteraman awam dan tiada permit.

Dalam ucapan ringkas, Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman kesal dengan sikap kerajaan negeri yang tidak mahu berunding dengan rakyat khususnya tuan tanah kepada Pasti dan surau tersebut.

"Rundingan tidak dibuat, tiba-tiba surat sampai untuk beri pampasan. Inilah sikap rakus pihak kerajaan yang jelas tidak mengutamakan rakyat.

"Di sana ada tanah kosong yang boleh diambil untuk buat jalan mengapa tanah di sini yang diambil sedangkan tanah kosong tersebut lebih sesuai tidak melibatkan surau, Pasti dan rumah rakyat," ujarnya bersemangat.

Tindakan itu, katanya adalah perbuatan membalas dendam dan berteraskan politik serta dengki melihat kebangkitan rakyat bersama PAS dan Pakatan Rakyat.

Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Ustaz Kamaruddin Sidek menyifatkan tindakan itu sebagai bukti bahawa kebajikan dan kedaulatan rakyat telah hapus dengan penguakuatsaan Akta Tanah yang memberikan kuasa penuh kepada kerajaan untuk mengambil tanah rakyat atas nama pembangunan.

"Rakyat sudah tidak ada kuasa dan hak ke atas tanah milik mereka sendiri, bila-bila masa kerajaan boleh ambil dan ianya sukar dicabar di mahkamah," ujarnya.

Semua pemimpin utama PR negeri hadir antaranya Pengerusi DAP, Goh Leong San; Adun Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong; Adun Bachang, Lim Jak Wong; Adun Bandar Hilir, Tey Kok Kiew dan Ketua AMK Melaka, Hairiz Nordin.

Batu Gajah Mari

Posted: 17 Oct 2010 11:17 AM PDT

Batu Gajah Mari


Tangan Najib Kena Pulas Dek Rosmah Puaka

Posted: 17 Oct 2010 07:59 AM PDT

RMSHAH ALAM 17 Okt - Ahli Parlimen Indera Mahkota mendakwa isteri Perdana Menteri memainkan peranan penting dalam menentukan beberapa aspek penyediaan Belanjawan 2011 sehingga Datuk Seri Najib Razak terpaksa tunduk kepada kehendak Datin Seri Rosmah Mansor.

"Pengaruh Rosmah dalam bajet kali ini adalah amat terang dan jelas kepada rakyat," kata Azan merujuk kepada peruntukan besar sebanyak RM111 juta yang diberikan kepada projek kesukaan isteri Najib tersebut, Program Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Permata) bagi memperkasakan pendidikan awal.

Begitu juga pengumuman Perdana Menteri mengenai cadangan pemansuhan duti import ke atas kira-kira 300 barangan pelancongan dan rakyat tempatan termasuk beg tangan, kasut, sut, baju kanak-kanak, dompet, pewarna rambut, kelambu dan sebagainya.

"Saya pernah menjadi pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri dan setahu saya barabgan tekstil buatan memang tidak pernah dicukai.sk-1_copy

"Jadi apabila Najib mengumumkan pengecualian cukai ia bermaksud bagi barangan tekstil yang diimport termasuk beg berjenama yang harganya mencecah puluhan malah ratusan ribu ringgit. Pengecualian ini hanya menggalakkan pengimportan barangan buatan luar negeri dan sedikit tidak membantu ekonomi tempatan tetapi hanya memberi kepentingan wanita yang sika membeli belah seperti Rosmah dan kuncu-kuncunya," bidas Azan lagi.

Mood anggota Parlimen terutamanya daripada Barisan Nasional menampakkan rasa tidak puas hati yang mendalam terhadap layanan berlebihan yang diberikan oleh Perdana Menteri terhadap Rosmah.

"Apabila peruntukan kepada Permata dan pengecualian cukai ke atas 300 barangan di umumkan ramai ahli parlimen BN yang mem'boo' Najib, pemimpin mereka sendiri dengan melaungkan nama Rosmah dan ini sesuatu yang amat memalukan. wakil rakyat BN sendiri bertindak macam 'kera' yang membunyikan suara-suara menyindir pemimpin mereka sendiri di dalam Parlimen.

"Apakan tidak mereka sendiri sudah muak dengan sikap Rosmah yang dikatakan 'queen control' ke atas Najib sehingga terpaksa akur sengan segala kehendaknya," komen beliau kepada Suara Keadilan.

Selangor kekal kubu kuat Pakatan Rakyat

Posted: 17 Oct 2010 04:50 AM PDT


khalid bm PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini menjelaskan bahawa tujuan beliau menarik diri dari pertandingan merebut jawatan Timbalan Presiden PKR ialah untuk memastikan negeri itu kekal sebagai kubu kuat Pakatan Rakyat.
Beliau berkata, dengan komitmen berterusan melalui agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor, kita yakin menyasarkan kemenangan dua pertiga pada pilihan raya umum akan datang.

"Negeri Selangor adalah contoh bagi membentuk Kerajaan Persekutuan yang bakal dipimpin oleh Pakatan Rakyat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut beliau, memandangkan pilihan raya semakin hampir, tugas pertama beliau adalah untuk menjadikan kerajaan Pakatan Rakyat sebagai contoh kerajaan yang dinamik, berprinsip dan berpaksikan
kebajikan rakyat, di peringkat negeri mahu pun persekutuan. Ujar beliau, "satu lagi faktor terhadap keputusan saya untuk tidak bertanding jawatan itu adalah untuk memfokus besar terhadap Lembah Klang dalam belanjawan yang baru diumumkan.
"Projek "Greater Kuala Lumpur" melibatkan projek berbilion-bilion ringgit, dan kerajaan Selangor mesti memainkan peranan yang besar dalam memastikan projek-projek ini dikendalikan dengan cekap dan telus," terangnya.
Khalid berkata, "saya cukup yakin dengan kebolehan setiap calon yang telah menerima pencalonan untuk bertanding dalam pemilihan PKR, dan mengalu-alukan potensi mereka untuk menyegarkan semangat Reformasi dalam parti.
"Pada masa yang sama, kerajaan negeri Selangor terus fokus terhadap menyempurnakan agenda kerajaan berpaksikan rakyat," ujar beliau.
Beliau berharap semua calon akan mengamalkan kempen yang berasaskan budaya politik sihat yang wajar bagi bakal pemimpin negara.

Nilai lah Surat Mufti ni,,,

Posted: 17 Oct 2010 01:35 AM PDT

Jawapan dari Mufti Perak yang boleh dinilai oleh semua pihak.
dari blog Cina Islam

IPOH : Lompat parti merupakan satu pengkhinatan dan saya hairan kalau Mufti Perak mengatakan bukan khianat dan dianggap tidak bersalah. Demikian Ulasan dari ADUN Tronoh, V. Sivakumar semasa menyampaikan pandangan dalam Muzakarah UMNO dan PAS yang diadakan disini pagi ini..

Alasan Sivakumar,mereka yang melompat telah menipu rakyat kerana saya menangpun kerana orang memilih lambang. kalau atas nama saya mungkin dapat 300 undi sahaja. Kerana itu yang melompat adalah menipu dan pecah amanah.

Kerana itu selayaknya mereka yang terlibat meletakkan jawatan dan menyerahkan kepada rakyat untuk memeilih semula wakil rakyat mereka, kerana mereka sebenarnya telah ditipu.

Fuh.. ramainye..

Posted: 17 Oct 2010 12:44 AM PDT

Walaupun diupah dan dijamu dengan makanan ceramah Umno malam ini gagal menarik penduduk Kampung Bukit Katil dan sekitarnya untuk hadir. Rata-rata pendengar yang berjumlah 100 orang adalah anak-anak muda bermotor yang diupah.

Ceramah yang sebahagian besar mengutuk dan mengeji PAS ternyata tidak mempunyai isu besar hendak diketengahkan. Penceramah luar iaitu Ghazali Ahmad bekas Ketua Dewan Ulama PAS Terengganu yang dipecat dari PAS kerana masalah akhlaq ternyata merapu dan tidak ada modal.

Malangnya Umno menggunakan bekas pemimpin PAS yang dipecat dan sudah menjadi 'tikar buruk' dalam PAS.

Khemah-khemah kosong kerana tiada sambutan dari orang kampung.

Ceramah ini yang diadakan secara terbuka bersebelahan dengan markaz PAS Kawasan Bukit Katil.

Dupahang's Weblog

Posted: 17 Oct 2010 11:09 AM PDT

Dupahang's Weblog


Dr Asyraf, Annuar Musa calon BN Galas?

Posted: 16 Oct 2010 05:53 PM PDT

http://selamatkanpahang.blogspot.com/ Entahkan hanya andaian entahkan betul-betul, sudah ada kenyataan dalam blog tertentu bahawa calon yang disenaraikan Umno/BN bagi Dun Galas dalam pilihan raya kecil nanti ialah Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Datuk Seri Annuar Musa. Perkara ini tidak dapat dipastikan kebenarannya akan tetapi dua tokoh inilah yang disebut-sebut akan diturunkan Umno bagi menentang PAS. Dr [...]

Peguam terima akibat politik balas dendam Umno, BN

Posted: 16 Oct 2010 05:50 PM PDT

Oleh ; Khairi Bayangkan dalam dunia moden dan berada di sebuah negara merdeka ini, masih ada sikap dendam kesumat politik terhadap anak bangsa sendiri, hanya kerana berlainan parti politik. Bercakaplah apa saja tentang “Rakyat didahulukan…”, “Cemerlang, Gemilang, Rebilang” atau apa saja yang muluk-muluk, hakikatnya segelintir pimpinan Umno yang sedang berkuasa amat jahat sikapnya dan buruk [...]

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai

Posted: 17 Oct 2010 11:02 AM PDT

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai


Konvensyen Umno; Tiada Ubat Mujarab

Posted: 16 Oct 2010 04:41 PM PDT

http://buletinonline.net/images/stories/berita35/hanafiahmat.JPGKEMAMAN – Walaupun media perdana memutarkan pelbagai kenyataan publisiti yang cuba meyakinkan rakyat bahawa Umno Terengganu telah pulih, namun keadaan sebenarnya tidak.

Penganjuran konvensyen Umno Terengganu tidak akan memulihkan perbalahan dikalangan pemimpin Umno kerana perjuangan Umno bukan atas nama Islam.

Penolong Setiausaha PAS Terengganu, Haji Hanafiah Mat menyifatkan putaran media perdana tidak akan dapat menutup cerita perbalahan yang sudah berakar umbi dan menjadi buah mulut rakyat.

"Pemuda Umno sebelum ini pernah menganjurkan konvensyen, pertemuan demi pertemuan yang dilaksanakan untuk cuba mendamaikan dua kem Umno yang berbalah, semua tidak berjaya,"katanya ketika dihubungi Buletinonline.

Menurutnya tidak ada ubat yang mujarab bagi mengubati hati-hati pemimpin Umno 'yang sakit' kecuali kembali kepada ajaran Islam yang sebenar.

Sebaliknya, kata beliau, Dato' Seri Hishamuddin Hussein selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu, tidak percaya dengan perkara tersebut.

"Hisham hanya percaya Umno adalah segala-galanya, sebab itu beliau berkata hanya Umno yang akan menentukan 'hidup mati' orang Melayu,"ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam mengulas kenyataan Hishamuddin yang berucap dalam Konvensyen Umno semalam, dipetik akhbar media perdana sebagai berkata;

"Inilah harapan dan realiti saya kerana UMNO dilahirkan untuk perjuangan Melayu. Hari ini saya merayu, berpecahnya UMNO maka berkecailah Melayu, mati UMNO maka berkuburlah Melayu. Berjanjilah, kita akan berjuang bagi menyahut seruan bangsa dan agama".

Oleh itu, Haji Hanafiah menyeru supaya ahli-ahli Umno kembali ke pangkal jalan dengan mengambil Islam sebagai penyelesai segala masalah, meletakkan Islam dihadapan dan menyerah kepada Allah.

"Mesti dibuang.dasar perjuangan kebangsaan yang mementingkan periuk nasi, yang mengenepikan erti persaudaraan Islam yang tulin,

"selagi Umno menolak Islam, tunggulah saat kejatuhan dan kehancurannya"jelas Haji Hanafiah yang juga Pengerusi MTD Dun Chukai.

Justeru, katanya, rakyat di merata pelusok, di kedai-kedai, pejabat-pejabat, kampong dan  bandar sudah tidak sabar menunggu tarikh pilihanraya umum ke-13, untuk menukarkan kerajaan Umno dan Barisan Nasional kepada kerajaan Pakatan Rakyat. - Buletinonline

Dewan Pemuda Pas Sepanggar

Posted: 17 Oct 2010 09:16 AM PDT

Dewan Pemuda Pas Sepanggar


PAS semakin berkembang di Sabah

Posted: 16 Oct 2010 09:54 PM PDT

16 Okt (Kota Kinabalu)- Penyerahan borang permohonan penubuhan Dewan Pemuda PAS kawasan-kawasan baru yang terdiri yang dari DPP Sepanggar, DPP Putatan dan DPP Kota Belud membuktikan bahawa PAS semakin diterima oleh rakyat dan telah berkembang khususnya di negeri Sabah. Majlis penyerahan borang tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Al-Ustaz Nasaruddin Hassan Tantawi. Pada majlis yang sama juga, Ust. Nasaruddin telah merasmikan pejabat baru DPP negeri Sabah yang bernilai RM150,000.00. Terletak di Kigfisher, Likas, Kota Kinabalu, pejabat ini juga akan beroperasi sebagai pusat aduan rakyat.

Ust Nasaruddin Hassan Tantawi merasmikan pejabat baru Dewan Pemuda PAS negeri Sabah

Bergambar bersama sebahagian exco pemuda PAS negeri Sabah

Pada majlis ceramah yang diadakan tersebut, Ust. Nasaruddin mengingatkan bahawa perjuangan yang dibawa oleh PAS ini akan menghadapi rintangan dan halangan yang besar. Oleh yang demikian perjuangan ini memerlukan pemuda yang istiqamah dan sabar. Turut sama pada ceramah tersebut ialah Saudara Hisyamuddin Sulaiman yang juga Ketua Penerangan PAS Sabah, Saudara Aminudin Aling selaku Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah dan Saudara Razak Jamil yang juga Ketua AMK negeri Sabah.

Pejabat Pemuda PAS negeri Sabah, terletak di tingkat tiga (berhadapan dengan Hospital Likas)


Selamat Hari Malaysia!

Posted: 16 Sep 2010 10:03 PM PDT

Salam Syawal

Dewan Pemuda PAS kawasan Sepanggar hari ini mengucapkan 'Selamat Menyambut Hari Malaysia' kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan Sabah serta Sarawak khususnya. Kesediaan Sabah dan Sarawak bersama-sama Persekutuan Tanah Melayu akhir melahirkan sebuah negara yang kita cintai sekarang yakni Malaysia. Kemardekaan ini perlulah kita pertahankan dengan apa jua cara, malah dengan darah dan air mata sekali pun.

DPP Sepanggar bersama-sama rakyat negeri Sabah bersyukur kehadrat Allah s.w.t di atas kenikmatan kemardekaan yang telah diberikan ini. Seterusnya DPP Sepanggar turut mengucapkan ucapan penghargaan kepada pemimpin-pemimpin Sabah yang telah berjuang demi sebuah kemardekaan, antaranya Datu Panglima Mat Salleh, Tun Mustapa, Datuk harris dan lain-lain pemimpin berjiwa rakyat.

Kepada seluruh rakyat Sabah, DPP Sepanggar mengucapkan 'Selamat Hari Malaysia'.

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!



Pemuda Bersamamu v3

Posted: 17 Oct 2010 09:10 AM PDT

Pemuda Bersamamu v3


Rahsia ahli-ahli PAS terus komited dalam perjuangan

Posted: 16 Oct 2010 01:03 PM PDT








Dewan Pemuda PAS Parlimen Langkawi

Posted: 17 Oct 2010 09:04 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Parlimen Langkawi


Sdr Suhaizan Kayat dan CheguBard Menggegar Ulu Melaka

Posted: 17 Oct 2010 02:47 AM PDT

Markas PAS Ulu Melaka, 15 Oktober 2010
Satu ceramah telah berjaya dianjurkan sempena sambutan 30 tahun Dewan Pemuda PAS Parlimen Langkawi. Penceramah jemputan terdiri dari Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat Sdr Suhaizan Kayat bersama Ahli MPP Keadilan Malaysia Sdr Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard. Majlis bermula jam 9.30 malam dengan tayangan berkaitan isu kenaikan harga air di kedah yang disediakan oleh pihak Urusetia Penerangan PAS Kedah dan kemudian diikuti ceramah Sdr Suhaizan dan kemudian Sdr Badrul Hisham. Majlis berakhir jam 12 tgh malam.
Part 1
Part 2
Part 3

PAS Kulaijaya

Posted: 17 Oct 2010 07:10 AM PDT

PAS Kulaijaya


Angin Perubahan Yang Bakal Melanda Negara.

Posted: 16 Oct 2010 03:05 PM PDT

i n t a n h i j a u

Posted: 17 Oct 2010 07:07 AM PDT

i n t a n h i j a u


TAK BAIK UNGKIT JASA TAU....

Posted: 17 Oct 2010 02:29 AM PDT

















Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sudah sampai masanya BN memberitahu rakyat akan jasa dan budi yang dilakukan parti pemerintah itu selama ini untuk mensejahterakan kehidupan mereka.

Perdana Menteri berkata kerajaan BN tidak banyak menggembar-gemburkan apa yang dilakukan untuk rakyat berbanding parti pembangkang, walaupun mereka hanya membuat sedikit sahaja untuk rakyat.

"Kita buat banyak tapi tak riuh rendah. Mereka buat sedikit tapi riuh sekampung. Kita buat bangunan tak gembar gembur...kita buat setinggi gunung...(tapi kadang kadang) orang tak hargai," katanya berucap melancarkan Karnival Skuad Sayang Wanita Umno di Taman Datuk Ahmad Razali, Ampang, dekat Kuala Lumpur, hari ini.

(Selama ini bukan ke UMNO/BN selalu riuh-rendah mengungkit-ungkit jasa mereka. Dalam TV disebut. Dalam surat khabar pun ada. Bukan ke semua projek kerajaan disebut pada papan tanda "Satu Lagi Projek Kerajaan Barisan Nasional"..? Habis tu nak gembar-gemburkan macam mana lagi...? Sampaikan rakyat naik muak menengoknya. Bangang betul.... )

ADUN LOMPAT PARTI TIDAK KHIANAT KEPADA PENGUNDI...- surat Mufti Perak

Posted: 16 Oct 2010 10:30 PM PDT














Klik pada imej.
 
Eh, selama ni masa pilihan raya dulu, siapa yang memberi undi pada calon...HANTU ke..?!!
Hujah daripada Sivakumar..baca di sini (Ihsan Cina Islam)

ZAMBRY KADIAQ TAK HADIR MUZAKARAH BERSAMA UMNO & PAS

Posted: 16 Oct 2010 10:20 PM PDT

Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain sedang memberikan pandangannya. Berbaju kuning, Dato' Thasleem.(Penganjur program)
IPOH, 17 Okt.:- Saya menegaskan bahawa tindakan saya menganjurkan program kita pada hari ini tidak ada kena mengena dengan mana-mana parti politik seperti dituduh oleh beberapa pihak. Tetapi saya menganjurkan muzakarah ini atas tanggungjawab sebagai seorang muslim dan anak Perak.. Demikian kenyataan Dato Thasleem Mohamed bin Ibrahim Al Haj sebagai penganjur Muzakarah Bersama Umno dan PAS (Pecah Amanah Pengundi) yang diadakan disebuah hotel di sini hari ini.

Muzakarah tersebut diadakan oleh Dato Thasleem itu dihadiri oleh Menteri Besar Perak yang telah disingkirkan , Dato. Seri Muhamaad Nizar Jamaluddin, Speker PR Perak, V. Sivakumar, ADUN PR, Khalil Idham Lim/Titi Serong, Muhd Zainuddin/Lubok Merbau, dan Anuar Sudin/Changkat Jong. Hadir sama Pesuruhjaya PAS Perak, Ust. Abu Bakar Hussain dan Timbalannya Dr. Khairuddin Dato Abdul malik.

Sekitar 15 orang rakan media yang datang dan selain itu peserta muzakarah lain ialah dari para NGo dan wakil-wakil parti politik .

Dato Thasleem juga menyatakan dalam ucapan alu-aluan itu ialah mengenai usahanya menghubungi semua pihak antaranya PM Malaysia, Timbalannya, MB Perak, Dr. Zambry, Mufti Perak, Dr. Harun Din dan semua parti politik seperti MCA, MCA, PPP dan beliau menunjukkan longgokan salinan surat yang telah dikirim.

Mengenai surat kepada Dr. Zambry beliau telah menghantar surat pertama sejak bulan September namun hanya mendapat jawapan pada 15 Oktber yang lepas dengan faks menyatakan tidak dapat hadir.

"Tetapi takkan tidak ada wakil dan penasihat agama yang boleh mewakili beliau pada hari ini" jelasnya dalam nada kesal.(cina islam)

KALAU BONUS RAKYAT DIA KATA IMPLIKASI KEWANGAN BESAR, KALAU RENOVATE RUMAH DIA BOLEH PULAK...?

Posted: 16 Oct 2010 04:52 PM PDT













Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan tidak boleh memberi bonus satu bulan gaji kepada kakitangan awam kerana tindakan itu akan memberi implikasi kewangan besar iaitu sebanyak RM3.1 bilion.

Katanya, selaku menteri kewangan yang bertanggungjawab, beliau tidak boleh berbelanja lebih daripada pendapatan.

KUALA LUMPUR : Kediaman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Isteri Datin Seri Rosmah Mansor akan diubah suai dengan belanja RM65 juta.

Menurut Ahli Parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong, kerja-kerja pengubah suaian akan bermula tahun depan dan selesai pada tahun berikutnya.

Sri Perdana di Putrajaya mula di bina pada tahun 1997 dengan kos RM24 juta dan siap dua tahun kemudiannya.

Bangunan ini diubah suai buat kali pertama pada tahun 2005 yang menelan belanja hampir RM6 juta.

Keperluan untuk sekali lagi melakukan pengubah suaian kepada Sri Perdana dengan kos RM65 juta dipertikaikan, khususnya apabila rakyat dinasihatkan supaya berbelanja secara berhemah.

Pengubahsuaian Seri Perdana dengan peruntukan yang begitu tinggi dianggap satu lagi anggap satu lagi pembaziran dana rakyat.

Mengulas isu yang sama Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, apabila masuk sahaja Perdana Menteri baru semua nak ubah mengikut citarasa masing masing. Ini pembaziran dengan RM65 juta untuk ubah suai Sri Perdana ini satu tindakan yang tidak bertanggungjawab kerana negara amat memerlukan kewangan itu untuk membangunkan modal insan dan sebagainya.

"Duit itu boleh digunakan dengan cara yang lebih bermakna. Kita lihat bajet itu pun tetap juga merupakan satu bajet defisit ini bererti perbelanjaan seperti itu sebenarnya boleh dikurangkan untuk mengurangkan defesit.

"Inilah keutamaan pemimpin Umno-BN untuk kepentingan mereka sendiri, keselesaan sendiri ikut citarasa masing masing tanpa memikirkan rakyat jelata yang menghadapi kesusahan untuk mebiayai kehidupan seharian.

"Ramai yang tidak berkerja dan hutang piutang. Tetapi RM65 juta digunakan untuk ubahsuai Sri Perdana ini tindakan yang tidak wajar sama sekali,"katanya.

PAS PERLUKAN AHLI YANG RAMAI DAN AHLI BERKUALITI

Posted: 16 Oct 2010 04:26 PM PDT

 












TELUK INTAN, 16 Oktober - Dalam memperkasakan parti dan jemaah, PAS memerlukan kedua-dua elemen iaitu ahli yang ramai dan ahli yang berkualiti. Pada masa yang sama, cawangan-cawangan PAS juga perlu ditambah. Demikian yang dinyatakan oleh ADUN Changkat Jong YB Hj. Mohd. Anuar bin Sudin semasa merasmikan mesyuarat agung Cawangan Penaja PAS Padang Tembak Dalam. Mesyuarat telah diadakan di rumah Ketua Penajanya, Hj. Ramli bin Jailani.

Menurut beliau lagi, oleh sebab itu PAS Perak melalui Lujnah Pemerkasaan Parti akan melaksanakan Kempen Bulan Pemerkasaan Parti demi melihat seluruh unsur di dalam parti dan jemaah dapat diperkasakan dan menghasilkan pimpinan, ahli serta cawangan yan g berkualiti yang dapat menyumbang kepada perjuangan Islam dan masyarakat.
 













YB Anuar menerima borang ahli PAS daripada Ketua Cawangan, Hj. Ramli.
 
"Bagi ahli sendiri, mendalami sebanyak yang mungkin ilmu-ilmu Islam dan ilmu-ilmu kontemporari itu sendiri adalah satu cara meningkat tahap kualiti diri. Ahli yang faham tentang Islam perlulah pula menyebarkannya kepada masyarakat. Ini akan melahirkan masyarakat yang faham tentang Islam yang akhirnya lebih memudahkan mewujudkan sebuah negara yang melaksanakan nilai-nilai Islam sebenar sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah dan Rasul, " tambah beliau.

YB Anuar juga telah menerima 10 borang keahlian PAS Cawangan Padang Tembak Dalam. Borang keahlian PAS tela disampaikan oleh Ketua Penaja PAS Cawangan Padang Tembak Dalam, Hj. Ramli Jailani.

PAS Cawangan Padang Tembak Dalam adalah di antara cawangan terbaharu yang telah diluluskan pendaftarannya dan ia merupakan cawangan yang ke-30 bagi PAS Kawasan Teluk Intan.
 


 Hj. Azhar Rafaie selaku Pengerusi Tetap sedang mengendalikan mesyuarat agung.

 













Ustaz Ismail menyampaikan ucapan.

Sebelum itu, di dalam ucapan YDP PAS Teluk Intan, Ustaz Ismail Che Nik mengingatkan pimpinan PAS cawangan agar memainkan peranan aktif dalam menggerakkan cawangan. Mereka harus bersedia mendepani dua jenis cabaran iaitu cabaran luaran dan cabaran dalaman. Kedua-dua cabaran tersebut harus ditangani dengan cara yang paling baik.

 













"Apa yang penting ialah setiap pimpinan dan ahli cawangan perlulah saling mengingati antara satu sama lain agar mewujudkan kerjasama yang mantap," tambah beliau.

Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 17 Oct 2010 03:14 AM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud


Pang5 Perang Racist Umno

Posted: 16 Oct 2010 06:56 PM PDT

1. Nazri Aziz menyifatkan dirinya sebagai seorang ahli politik yang berpandangan bebas dengan tidak peduli dengan pelbagai label yang dilemparkan terhadap dirinya, mahupun pandangan daripada pimpinan Umno yang skeptis dengan pendiriannya.

2. Bekas PM yang paling banyak diserangnya ialah Che Det yang disifatkan nya sebagai ibu segala racist.

3. Dalam isu melibatkan Biro Tata Negara, pandangannya tidak selari dengan aspirasi pemimpin Umno yang lain, yang jelas bersifat perkauman yang tebal.

4. Satu lagi isu yang menyeret beliau ke kancah kontroversi ialah apabila menyahut cabaran penasihat DAP Lim Kit Siang supaya menyatakan bahawa beliau mengutamakan kedudukan sebagai 'bangsa Malaysia' dan bukannya sebagai 'bangsa Melayu.' Beliau merupakan satu-satunya pemimpin Umno yang berani berbuat demikian, setelah dicabar oleh Lim untuk membuktikan konsep 1Malaysia yang diilhamkan Najib.

5. Didalam Umno yang sudah sebati dengan sikap racistnya sejak berpuluh tahun dulu, Nazri dilihat berseorangan dan semacam mengaangkat dirinya sebagai Panglima Perang Racist Umno.

6. Umno tidak akan berganjak walau pun diperangi oleh Nazri kerana PM sendiri tidak menyatakan sokongan terbuka diatas tindakan nya memerangi racist tersebut. malah PM seakan menyukai Perkasa dalam keadaan terdesak nya yang perlukan sokongan untuk menang PRU 13 akan datang.

7. Panglima Perang ini akan kehabisan tenaga untuk meneruskan peperangan yang sia-sia ini. Mari kita sama-sama saksikan berapa lama dia boleh bertahan dalam keadaan sekarang. Dalam politik Umno tiada yang pelik,  ada menteri  yang sudah membakar jambatan tapi tetap berpatah balik dengan muka sepuluh sen.

8.  Nak bukti kukuh betapa racistnya Umno tunggu PAU minggu hadapan. Hayati ucapan perwakilannya nanti, selepas itu nilailah sendiri betapa tidak bernilaimya walau pun satu sen peperangan yang dilakukan oleh Nazri pada ketika ini.... wallahuaklam

Ibrahim Ali

Posted: 16 Oct 2010 08:52 AM PDT

Ahli parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali kini dirawat di Hospital Pakar Ampang Puteri, Ampang kerana masalah jantung.

Beliau yang juga adalah presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dijadual menjalani pembedahan jantung Isnin ini.

Pada 13 Oktober lalu, Ibrahim ketika dibidas pelbagai pihak kerana didakwa gagal berdiri ketika Dewan Rakyat bertafakur menghormati kematian wakil rakyat Batu Sapi, Edmund Chong Ket Wah mendakwa tindakannya itu kerana kakinya kebas.

Katanya, ia akibat penyakit kencing manis dan rawatan perubatan yang diterimanya itu menyebabkann beliau seringkali mengantuk dan kadang-kadang sengal-sengal di kaki.

"Saya ada kencing manis, jadi kadang-kadang mata saya berair, kaki saya kebas dan kalau tak ada kawan saya mungkin tertidur."

Selain itu, tidak dapat dipastikan sama ada tekanan yang dihadapinya sejak akhir-akhir ini termasuk tindakan Istana Kelantan Rabu lalu yang melucutkan gelaran 'Datuk Paduka' ke atasnya itu menyumbang kepada masalah kesihatannya.

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::

Posted: 17 Oct 2010 01:24 AM PDT

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::


Memohon Sumbangan Untuk Pembinaan Pasti Raudhatul Iman

Posted: 16 Oct 2010 01:17 AM PDT

Pengikut