Selasa, 12 Julai 2011

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA


Majlis Peguam: Hospital Tung Shin jadi sasaran

Posted: 12 Jul 2011 01:45 AM PDT

Walaupun Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai bertegas menafikan polis melepaskan gas pemedih mata dan memancutkan air berkimia ke Hospital Tung Shin pada perhimpunan Sabtu lalu, pasukan pemantau Majlis Peguam hari ini tampil dengan pengakuan lebih ramai saksi berhubung apa yang sebenarnya terjadi.

NONEHasil kompilasi daripada 100 pemerhatinya sepanjang perhimpunan itu, presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee berkata polis didapati melepaskan gas pemedih mata dan meriam air secara sembarangan dan berlebihan ke atas rakyat yang berhimpun dengan aman.

Air berkimia yang dipancutkan oleh polis, kata Lim pada sidang medianya di pejabat Majlis Peguam di Kuala Lumpur turut dihalakan ke perkarangan Hospital Tung Shin, dan menurut beberapa saksi, kanister gas pemedih juga dilemparkan ke kawasan hospital.

Beliau juga menayangkan visual yang dirakamkan oleh seorang pemerhati yang menunjukkan hospital itu dijadikan sasaran tembakan meriam air semasa perhimpunan berkenaan.

Sumber: Malaysiakini

Kematian Baharudin: Keluarga tunggu laporan

Posted: 12 Jul 2011 01:40 AM PDT

Rosni Malan masih menunggu laporan bedah siasat ke atas jenazah suaminya, Baharudin Ahmad yang meninggal dunia ketika menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 pada Sabtu lalu.

Laporan bedah siasat itu penting bagi membolehkan keluarganya mengetahui sebab sebenar kematian Allahyarham, kata Rosni ketika ditemui Malaysiakini di rumahnya di AU3, Setiawangsa hari ini.

funeral baharudin bersih protesterSedangkan, polis telahpun membuatkenyataanbahawa mangsa meninggal dunia akibat penyakit jantung yang dialaminya.

Setakat ini, keluarganya hanya menerima surat kebenaran membawa keluar jenazah untuk dikebumikan, yang masih belum menyatakan sebab kematian kerana masih menunggu hasil ujian makmal.

Rosni juga tertanya-tanya sama ada kematian itu ada kaitan dengan tindakan polis ketika menyuraikan perhimpunan yang disertai Allahyarham Baharudin di hadapan KLCC, Jalan Ampang pada petang Sabtu lalu.

"Jadi saya masih tidak tahu (Baharudin) meninggal dunia sebab kena gas atau apa. Saya tak tahu sama ada dia kena kejar polis.

funeral baharudin"Benda-benda pasal ini banyak orang bercerita, tapi saya tidak ada di tempat kejadian," katanya lagi.

Dilaporkan, Allahyarham meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur pada petang Sabtu lalu setelah terjatuh di bangunan Avenue K di Jalan Ampang.

Keganasan polis

Kematian Allahyarham menjadi perhatian apabila ia turut dikaitkan dengan dakwaan keganasan yang dilakukan polis ketika menyuraikan kumpulan yang berhimpun di sekitar ibu negara pada Sabtu lalu.

Menteri dalam negeri setakat ini enggan mengesahkan dakwaan berkenaan, termasuk dakwaan bahawa Baharuddin – yang didakwa meninggal dunia selepas ditangkap polis semasa perhimpunan itu – dinafikan rawatan perubatan sewaktu ditahan.

nurul izzah, funeral baharudinRosni juga berkata, anak sulungnya, Dr Mirza juga telah berkunjung ke HKL semalam dan hari ini untuk memohon laporan bedah siasat berkenaan, namun masih gagal mendapatkannya.

Katanya lagi, sebab kematian akibat penyakit jantung seperti yang dinyatakan polis itu hanyalah berdasarkan laporan bedah siasat awal selepas mangsa dibawa ke HKL.

HKL hanya menjalankan bedah siasat ke atas jenazah suaminya antara jam 11 malam hingga 3 pagi selepas itu, kata Rosni lagi.


funeral baharudin crowd 2Sementara itu, anaknya Mirza berkata keputusan itu mungkin hanya akan siap dalam tempoh hingga lima minggu.

Perkara itu diberitahu kepadanya oleh seorang petugas di HKL ketika beliau hadir untuk mendapatkan laporan tersebut hari ini.

"Tapi ini kes berprofil tinggi, jadi saya sangat tertunggu-tunggu laporan itu," katanya lagi ketika dihubungi petang ini.


Sumber: Malaysiakini

PAS: 900 adu untuk saman polis

Posted: 12 Jul 2011 01:35 AM PDT

Seramai 900 peserta perhimpunan BERSIH 2.0 Sabtu lalu sudah mengadu kepada PAS bagi diteliti sama ada mereka boleh menyaman pihak berkuasa yang didakwa bertindak tidak wajar menyuraikan mereka.

NONEPengarah Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia Pemuda PAS Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi berkata, buat masa ini, mereka masih mengumpulkan maklumat untuk diteliti satu persatu.

"Kita sekarang dalam proses mengumpulkan bukti, termasuk rakaman video, gambar dan saksi-saksi yang juga menjado mangsa," katanya.

Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini, Ahmad Zamri berkata, jabatan itu kini membuka tiga talian hotlineselama 24 jam bagi mengumpulkan aduan pihak terlibat.

Hadir sama Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan beberapa anggota jawatankuasa dan wakil rakyat parti Islam itu.

Menurut Ahmad Zamri, sebagai langkah awal, mereka dijadual melaporkan perkara itu terlebih dahulu kepada pihak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) petang ini.

NONE"Dalam perhimpunan Sabtu lalu, peguam tidak dibenarkan akses dengan tahanan," dakwanya sambil menyifatkan ia bercanggah dengan peruntukan undang-undang.

Sementara itu, Mohamad (kiri) berkata, beliau juga sedang mempertimbangkan menyaman polis yang didakwa menyebabkan kecederaan pada ligamen lututnya dengan melanggarnya dengan kenderaan Land Rover.

"Petang ini mungkin saya buat repot (polis)... Saya serahkan pada peguam saya Hanipa Maidin untuk uruskannya," jelas Mohamad yang akan menjalani pembedahan pada lutut kanannya di sebuah hospital swasta di Shah Alam Jumaat ini.

Beliau hari ini dilihat masih berkerusi roda akibat koyakan pada ligamen lutut kanannya.


Sumber: Malaysiakini

BERSIH: PAS mahu demo sekali lagi jika...

Posted: 12 Jul 2011 01:30 AM PDT

PAS mahu perhimpunan menuntut pilihan raya bersih dan adil diadakan sekali lagi sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak memenuhi tuntutan mereka dalam masa terdekat.

NONETimbalan Presiden PAS Mohamad Sabu (kiri) berkata, parti itu akan mendesak pihak BERSIH 2.0 sekali lagi menganjurkan perhimpunan itu.

"SPR perlu perubahan. Kalau tidak selesai menjelang pilihan raya, kita akan cadang BERSIH adakan perhimpunan sekali lagi.

"Tentang lapan tuntutan itu, empat daripadanya boleh dilakukan SPR. Jangan berdolak-dalik," katanya.

Ditanya sama ada PAS berhasrat menganjurkan perhimpunan itu sendiri sekiranya BERSIH tidak berminat, Mohamad berkata perkara itu akan dibincangkan dengan gabungan 62 NGO itu dari masa ke semasa.

Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini, Mohamad berkata, pihaknya tiada masalah menerima kekalahan sekiranya pilihan raya dapat berlangsung dengan adil dan bersih.

Sabtu 'hari kuning'

"Kalau BN hendak menang, menanglah... Yang kita tidak mahu (adalah) penipuan," kata penceramah popular yang lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu itu.

NONEBagi meneruskan agenda menuntut reformasi sistem pilihan raya, Mohamad juga berkata pihaknya akan mencadangkan supaya setiap Sabtu dijadikan hari memakai baju BERSIH dan baju kuning.

Ditanya tentang pemakaian baju itu yang masih dilarang pihak polis, sambil tersenyum Mohamad berkata:

"(Ia) haram pada Umno, bukan haram dari segi undang-undang."

Turut hadir dalam sidang media itu, tiga jawatankuasa pusat PAS Khalid Samad, Dr Dzulkifly Ahmad dan Dr Syed Azman Ahmad Nawawi.

Khalid yang juga anggota parlimen Shah Alam berkata, terdapat beberapa tuntutan BERSIH yang boleh dilaksanakan dengan segera tanpa perlu bertangguh.

"(Sistem) biometrik ini tidak tahu lagi bila. Sekarang ini bagi celup jarilah dahulu (dalam dakwat kekal). Itu boleh buat serta-merta," katanya.


Sumber: Malaysiakini

2 lagi pemimpin PAS ditahan polis

Posted: 12 Jul 2011 01:25 AM PDT

Walaupun perhimpunan BERSIH 2.0 sudah berahir tiga hari lalu, pihak polis terus terus menahan pemimpin parti politik yang memakai baju kuning memaparkan logo gabungan NGO itu.

Dalam kejadian di Johor Bahru hari ini, dua pemimpin PAS kawasan di Johor ditahan polis ketika belum pun tamat sidang media mereka di depan balai polis Sentral JB.

damansara memo to kpm 210206 mazlan alimanMenurut timbalan pesuruhjaya PAS negeri Mazlan Aliman (kanan), dua pemimpin yang ditahan adalah Naib Yang Dipertua PAS Pulai Zaaba Ibrahim dan Yang Dipertua PAS Johor Bahru Rosli Kemin.

Katanya, kejadian itu berlaku di sebuah restoran berdekatan balai polis itu ketika PAS negeri mengadakan sidang media selepas membuat laporan polis berhubung dakwaan keganasan polis dalam perhimpunan BERSIH.

"Empat anggota polis datang menarik mereka. Tidaklah kasar, tetapi mereka sepatutnya menggunakan budi bicara.

"Lagi pun perhimpunan BERSIH sudah berakhir. Minta sajalah suruh buka baju itu, bukan tangkap," katanya.

Baju BERSIH masih dilarang

Ketika tangkapan dibuat, beliau dan pesuruhjaya PAS Johor Datuk Dr Mahfodz Mohamed sedang bercakap kepada pemberita; manakala Zaaba dan Rosli hanya berdiri di belakang mereka.

Tangkapan kedua-dua pemimpin akar umbi parti Islam itu dipercayai yang kedua dan ketiga selepas Ketua Pemuda PAS Sabah Lahirul Latigu yang ditahan di Kota Kinabalu kelmarin.

penang bersih 3.0 rally participant with yellow shirtKetika dihubungi Malaysiakini hari ini, Mazlan memberitahu, pegawai polis berpakaian biasa itu memaklumkan, Zaaba dan Rosli ditahan memakai baju BERSIH masih dilarang.

"Mereka kata, tidak ada penarikan balik (terhadap) larangan itu dibuat dan memakai baju BERSIh masi salah," kata Mazlan.

Beliau juga mengambil kesempatan menyelar tangkapan ketika sidang media masih berlangsung yang didakwanya "biadap" dan tidak menghormati majlis.

"Perkara ini tidak beretika," katanya lagi.

Kira-kira 10 penyokong PAS dan peguam mereka masih menunggu di balai polis berkenaan sehingga kedua-dua yang ditahan dibebaskan, tambah Mazlan.

Setakat ini belum ada sebarang kenyataan polis berhubung penahan itu. Bagaimanapun, mereka dipercayai disiasat bawah Seksyen 47 Akta Pertubuhan 1966 kerana memaparkan logo pertubuhan haram.

Sumber: Malaysiakini

9 Julai: Usah lempar batu sembunyi tangan

Posted: 12 Jul 2011 01:20 AM PDT

Apakah takrif keganasan yang digunapakai oleh Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan polis sendiri?

bersih rally petaling street 090711Bagi rakyat biasa, sesuatu pihak dikira melakukan keganasan apabila menyerang dengan segala kudrat dan senjata yang ada pada mereka (gas pemedih mata, air berkimia, menumbuk dan memijak) terhadap sasaran yang tidak bersenjata (kecuali botol air mineral) tetapi hanya berhimpun secara aman.

Inilah yang berlaku pada 9 Julai.

Tidak perlu Datuk Seri Hishamuddin Hussein mengemukakan video untuk membuktikan sebaliknya kerana begitu banyak rakaman yang sudah sedia ada dalam laman-laman blog untuk tatapan seluruh dunia.

NONEDan jika bukti video itu tidak mencukupi, gambar-gambar Mohamad Sabu di atas kerusi roda dan foto enam jahitan di kepala ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad boleh juga diperolehi dengan mudah oleh Najib, Hisham dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar untuk melakukan penilaian.

Kalau masih tidak memadai, mungkin ada pihak perlu memberi peringatan bahawa sebuah keluarga kini berkabung kerana kehilangan ketua keluarga mereka yang menyertai perhimpunan BERSIH 2.0.

Kematian allahyarham Baharuddin Ahmad diselubungi dengan pelbagai dakwaan namun hakikatnya ialah beliau menemui ajal semasa asakan polis bagi menyuraikan sebuah perhimpunan bersih dan aman.

Remehkan kecederaan

Namun semua fakta ini tidak akan memberi kesan kepada Najib, Hishamuddin dan Ismail kerana mereka terpaksa mempertahankan kredibiliti Polis Diraja Malaysia.

NONEMaka, oleh kerana itulah Najib meremehkan kecederaan yang dialami oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, walaupun mengakui ketua pembangkang itu ditembak dengan gas pemedih mata.

Ketua Polis Negara sebelum ini menafikan Anwar ditembak dengan gas pemedih mata, sungguhpun visual dan keterangan saksi menunjukkan keadaan sebaliknya.

Hishamuddin pula enggan mengakui polis melepaskan tembakan gas pemedih mata dan air berkimia ke perkarangan Hospital Tung Shin di Jalan Pudu.

tear gas fire at tung shin hospital 090711 3Ismail sekali lagi menafikan insiden memalukan itu sungguhpun, wujud foto dan keterangan saksi yang menempelak penafian itu.

Tentunya Najib dan Hishamuddin tidak mahu mengambil tanggungjawab di atas sebarang kekerasan polis sungguhpun apa yang berlaku Sabtu lalu lebih berpunca daripada keputusan-keputusan yang dibuat oleh mereka berdua.

Bertukar ganas

Persoalan asas ialah bila dan pada tahap mana perhimpunan aman BERSIH 2.0 bertukar menjadi ganas Sabtu lalu?

NONE"Keganasan" itu jelas tercetus apabila polis mula menyembur air berkimia dan gas pemedih mata serta melakukan tangkapan rawak ke atas sesiapa disyaki mendokong BERSIH 2.0.

Namun "keganasan" yang berlaku adalah pada satu pihak sahaja. Tidak ada tindak balas daripada rakyat yang menjadi sasaran.

Respon paling "agresif" beberapa peserta BERSIH ialah melontar balik sarung gas pemedih mata ke arah polis atau membuangnya ke dalam longkang dan sungai berdekatan.

NONEMereka mengharungi segala kesakitan akibat terhidu gas beracun atau terkena pancutan air berkimia atau kedua-duanya sekali. Rasa pedih dan loya dan sesak nafas hanyalah sebahagian daripada pengalaman yang terpaksa diharungi mereka.

Hakikat bahawa polis akan menggunakan kekerasan menjadi satu kepastian jauh sebelum 9 Julai menyingsing.

Aparatus polis

Ia menjadi satu hakikat apabila Hishamuddin bingkas mengisytiharkan BERSIH 2.0 sebuah pertubuhan haram minggu lalu.

bersih2 rally 090711 03Hanya beliau dan Najib boleh menerangkan keperluan untuk sebuah rangkaian kerjasama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang termasuk Sasterawan Negara Datuk A Samad Said tiba-tiba boleh menjadi musuh kerajaan hanya kerana menuntut pilihan raya adil dan telus.

Apa yang jelas ialah Hishamuddin dan Najib menggunakan segala aparatus polis untuk memaksa penganjur BERSIH 2.0 membatalkan perhimpunan mereka, dengan disokong oleh media arus perdana dan institusi awam yang lain.

bersih2 rally 090711 01Namun rancangan itu tersasar kerana BERSIH 2.0 tidak beralah daripada matlamatnya mengadakan perhimpunan aman walaupun penyokongnya mula ditangkap di seluruh negara dan pemimpinnya diaibkan di media arus perdana.

Terima tamparan

Najib dan Hishamuddin juga menerima tamparan apabila Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin mengambil peranan negarawan dan berjaya "memujuk" BERSIH 2.0 membatalkan perarakan di jalan raya.

NONECampurtangan Seri Paduka itu membuka ruang untuk Najib dan Hishamuddin menyelesaikan kemelut BERSIH 2.0 secara baik, khususnya apabila penganjur bersetuju untuk menerima tawaran kerajaan supaya perhimpunan diadakan di sebuah stadium.

Namun belum sempat rakyat menarik nafas lega, gandingan sepupu ini mengisytiharkan bahawa BERSIH 2.0 pertubuhan haram dan tidak layak memohon permit.

bersih rally petaling street 090711Permohonan BERSIH 2.0 menganjurkan perhimpunan aman di Stadium Merdeka ditolak dan sebaliknya penganjur "diarah" mengadakan perhimpunan di stadium-stadium yang terletak di negeri–negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat.

Tujuan arahan itu adalah jelas – Perdana Menteri cuba menyempitkan gerakan BERSIH 2.0 kepada sesuatu yang didalangi oleh pembangkang dan bukannya cetusan suara rakyat.

Justin Bieber lebih berhak

Najib memberi alasan kononnya Stadium Merdeka tidak boleh digunakan oleh BERSIH 2.0 kerana ia adalah mercu atau simbol negara, tidak masuk akal.

NONEStadium Merdeka telah berkali-kali digunakan untuk konsert rock dan hiburan termasuk pertunjukan Justin Bieber pada 21 April lalu.

Apakah Justin Bieber lebih berhak menggunakan Stadium Merdeka daripada ribuan rakyat negara ini yang mahu menyuarakan keperluan pilihan raya yang adil dan telus secara aman?

Tentunya tidak. Namun inilah alasan yang dijaja oleh Najib kepada penyokong-penyokong Umno, ahli pertubuhan silat dan sebagainya, sehari selepas perhimpunan BERSIH 2.0.

NONEPenganjur BERSIH menyedari perangkap yang diletakkan oleh Najib dan Hishamuddin dan terus berpegang kepada hak mereka mengadakan perhimpunan aman di Stadium Merdeka, walaupun di luar perkarangannya.

Ini kerana Stadium Merdeka adalah kawasan "neutral" dan adalah "milik" rakyat Malaysia serta bukan di bawah telunjuk mana-mana parti politik.

Patahkan BERSIH

Apabila penganjur mengambil ketetapan ini, maka arahan dikeluarkan kepada pihak polis untuk melakukan apa yang perlu bagi mematahkan rancangan BERSIH.

NONEJusteru diadakan sekatan-sekatan jalanraya, penutupan kawasan tertentu, pembekuan permit bas ke Kuala Lumpur dan pemeriksaan di hotel-hotel menjelang 9 Julai.

Perintah mahkamah diperolehi untuk menghalang penganjur dan pemimpin politik tertentu daripada memasuki Kuala Lumpur. Ibu negara seolah-olah dalam keadaan darurat.

Dengan kongkongan sebegitu, tidak hairanlah pada 9 Julai, pancutan air berkimia, gas pemedih mata polis menunggu puluhan ribu rakyat pelbagai kaum yang keluar beramai-ramai menghala ke Stadium Merdeka.

NONEHak mereka untuk berjalan secara aman dicabuli dengan sewenang-wenang di atas nama memelihara keamanan dan kesejahteraan negara.

Najib harus menerangkan bagaimana satu "perjalanan demokrasi" oleh rakyat untuk dua tiga jam di beberapa kerat jalanraya boleh menjadi isu keselamatan negara dan mendatangkan kerugian berbilion ringgit kepada peniaga, jika tidak ada provokasi polis!

Rakyat dihukum

Jika polis telah memberi kerjasama kepada lebih 5,000 pengawal yang disediakan oleh penganjur BERSIH untuk mengawal lalu lintas dan aspek keselamatan lain, apakah kita akan menyaksikan adegan-adegan yang terpampang di Internet sekarang.

NONERasanya tidak!

Akibat agenda politik Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, puluhan ribu rakyat yang "berani" menyokong BERSIH seolah-olah dikumpulkan di Kuala Lumpur dan "dihukum" dengan tembakan gas pemedih mata dan air berkimia.

Lebih 1,600 orang ditangkap untuk diheret ke mahkamah, seorang mati dan tidak kurang yang menyimpan parut luka atau kenangan "ikhlas"dari polis.

funeral baharudin bersih protesterJusteru, janganlah Perdana Menteri dan sepupunya terlalu bingkas menuding jari kepada penganjur BERSIH 2.0 di atas kekecohan Sabtu lalu.

Tidak dinafikan keganasan berlaku, tetapi siapa yang mencetuskannya dan siapa pula yang mengganas?

Bak kata Karam Singh Walia dari TV3: Siapa pula yang melontar batu dan menyembunyi tangan?


Sumber: Malaysiakini

Polis tahan 10 wakil Pakatan lawat Jeyakumar di IJN

Posted: 12 Jul 2011 01:15 AM PDT

Polis menahan sembilan ahli parlimen dan senator Pakatan Rakyat daripada melawat ahli parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar yang kini terlantar di Pusat Jantung Negara (IJN) ketika di bawah tahanan Ordinan Darurat.

Mereka yang ditahan itu adalah - M Manogaran (Teluk Intan), Khalid Samad (Shah Alam), Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Tian Chua (Batu), R Sivarasa (Subang), Nurul Izzah Anwar (Pantai Dalam), Dr Hatta Ramli (Kuala Krai), Fong Po Kuan (Batu Gajah) - dan senator S Ramakrishnan.

Sg siput mp dr jeyakumar devaraj - Socialism 2010Mereka tiba di IJN sekitar jam 1 petang tadi dan diberitahu oleh seorang doktor bahawa Jeyakumar (kanan) adalah di bawah tahanan polis dan tidak ada sesiapa pun yang dibenarkan melawatnya tanpa izin polis.

Atas permintaan pemimpin Pakatan, doktor itu berkata beliau akan cuba berunding dengan polis bagi mendapatkan kebenaran berkenaan.

Ahli parlimen dari Parti Sosialis Malysia (PSM) dibawa ke IJN pada Sabtu lalu dan ditempatkan di Unit Rawatan Koronari selepas mengadu sakit dada.

Menurut setiausaha agung PSM, S Arutchelvan, - Jeyakumar disoal-siasat oleh lima anggota polis semasa dalam tahanan sehingga menimbulkan tekanan mental.

Polis membenarkan kakaknya melawat ahli parlimen itu Ahad lalu.

Ini kali kedua aktivis sosial dan politik itu dibawa bagi mendapatkan rawatan perubatan setelah beliau bersama 29 ahli PSM yang lain ditangkap pada 26 Jun ketika dalam perjalanan menghadiri program parti itu 'Udah La Tu... Bersaralah' .

Sumber: Malaysiakini

Ribuan banjiri ceramah 'BERSIH 3.0' di P Pinang

Posted: 12 Jul 2011 01:05 AM PDT

Tidak kurang 5,000 orang hadir memberi sambut hangat kepada dua wira BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu, iaitu Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan timbalan presiden PAS Mohamad Sabu di tapak Ekspo Seberang Jaya malam semalam.

Ramai yang melabelkan perhimpunan itu sebagai BERSIH 3.0.

penang bersih 3.0 rally mat sabu and anwar ibrahimAnwar tiba dengan memakai pemaut leher dan terpaksa dibantu ketika menuju ke pentas utama sambil diberi tepukan gemuruh manakala pemimpin PAS yang popular dengan panggilan Mat Sabu itu pula terpaksa menggunakan kerusi roda dan dibantu oleh petugas untuk naik ke pentas.

Jurugambar sibuk merakamkan gambar mereka manakala wartawan dan orang ramai yang hadir semua menanti kedua-dua mereka menceritakan pengalaman pada 9 Julai lalu.

Namun, pihak penganjur secara lembut meminta jurugambar dan orang ramai supaya bertenang agar kedua-dua pemimpin itu tidak tercedera lagi.

Pada ucapan ringkasnya, Anwar yang jelas kelihatan lesu dan kurang bertenaga daripada biasa, dipercayai akibat kesakitan yang dialaminya akibat diserang gas pemedih mata di KL Sentral menganggap tindakan pihak berkuasa pada Sabtu lalu sebagai satu jenayah.

"Najib kamu boleh pukul, dera tapi tidak boleh tahan hati rakyat. Hati yang luka itu akan bangkit," katanya.

penang bersih 3.0 rally participant with yellow shirtAnwar turut mengecam tindakan polis yang melakukan kekerasan terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang pada perhimpunan di Kuala Lumpur itu.

Jelasnya, beliau berpegang teguh kepada nasihat Hadi yang tidak keberatan untuk turun sekali lagi bersama rakyat menentang kezaliman kerajaan Umno-BN.

Dakwaan mengatakan kaum Cina tidak menyertai perhimpunan itu adalah meleset menurut beliau berikutan respon daripada kaum itu amat mengalakkan terutama di kalangan generasi muda.

Hadirin di Seberang Jaya ini yang majoritinya orang Melayu diberitahu bagaimana perdana menteri selepas mendalangi apa yang terjadi pada Sabtu lalu tergamak mendakwa beliau menipu tentang kecederaannya.

"Saya terpaksa pakai paut leher - ini arahan doktor selepas merawat dan melihat seteruk mana kecederaan di leher dan tulang belakang saya... bukan saya yang mintanya," katanya.

penang bersih 3.0 rally lim guan eng and other speakers"Najib mahu semua orang fikir saya sengaja buat pembedahan (tulang belakang) di Munich supaya saya boleh kembali dan tunjuk kepada semua orang," katanya sambil membidas perdana menteri itu.

Hadir sama pada majlis itu adalah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.


Sumber: Malaysiakini

'Gas pemedih mata disasar terus ke Anwar'

Posted: 12 Jul 2011 01:00 AM PDT

Polis bersiap sedia dengan senjata anti rusuhan mereka dengan seorang daripada mereka cuba membidik senjata gas pemedih mata ke arah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibtahim. Ketika itu, pengawal peribadinya Fayyadh Afiq yang melihat kejadian berkenaan bertindak. NONESebaik mendengar arahan supaya tembakan dilepaskan, Fayyadh berkata beliau terus menolak Anwar ke tepi. Malangnya, kanister gas itu menepati pipi kirinya. Walaupun kini diberi ubat pelali, namun beliau berkata kesakitan masih menusuk. "Kami sedang keluar dari KL Sentral dan terus berarak di mana tempat bas berhenti. "Pengawal lain dan saya bersama Anwar manakala pemimpin lain di depan membentuk barisan yang panjang apabila saya terdengar suara sayup-sayup. NONE"Saya yakin suara itu datangnya dari seorang pegawai yang menggunakan sebuah pembesar suara tetapi dengan keadaan bising serta semua orang menjerit, sukar bagi saya mendengar apa-apa dengan jelas," kata Fayyadh kepada Malaysiakini. Beliau kemudian menoleh ke arah skuad anti rusuhan itu dan terus ternampak mereka sedang membidik ke arah Anwar. Fayyadh berkata beliau sempat menolak Anwar ke arah kiri dan secara tiba-tiba terasa sakit yang keterlaluan di bahagian muka, dan kesan menusuk di seluruh badannya akibat terkena gas pemedih. NONETulang pipi pengawal berusia 25 tahun itu patah, tetapi semasa kejadian, hanya keselamatan Anwar yang difikirkannya ketika mereka cuba melarikkan diri. "Kami cuba menyelamatkan Anwar dan berlari menuju ke KL Sentral dan ketika itu tersepak lubang dan terjatuh. "Oleh kerana terperangkap di tengah-tengah dengan jalan keluar menghala Jalan Tun Sambanthan ditutup oleh polis, satu-satu jalan keluar adalah melalui sebuah esklator sempit dan tangga," kata Fayyadh.


Sumber: Malaysiakini

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kerabu Bersuara ®

Posted: 12 Jul 2011 03:15 PM PDT

Purported anti-Bersih script surfaces online

By Yow Hong Chieh

The media were to highlight that the Bersih assembly was illegal. — file pic
KUALA LUMPUR, July 11 — Popular website Malaysia Today today leaked what appears to be a letter from the Prime Minister's Office (PMO) with guidelines on how to demonise Bersih in the run-up to last Saturday's rally.

The letter, ostensibly issued on June 17 and signed by national communications head Jalil Hamid, said such treatment was necessary because the rally "will certainly go beyond issues of fair and free elections" to inflation, Teoh Beng Hock and even the controversial Lynas plant.

Attempts by The Malaysian Insider to contact Jalil and other senior press officers of the prime minister's department were unsuccessful.

"The protest, if not countered, could undermine the government, the economy and national security. This note sets out the policy guidance and the do's and don'ts in managing the issue," the guideline released by Malaysia Today this morning read.

In the guidance note, it states it was written up following an Umno political bureau meeting to discuss Bersih and was also circulated to bureau members, the letter said.

In it, the PMO reminded media outlets to discredit Bersih and its leaders as "a group of politicians and politically-inclined individuals who lack credibility" and to stress that the rally was an "illegal assembly".

Bersih was also to be painted as a front for the opposition or foreign agents as well as an attempt by opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim to find an undemocratic and unconstitutional "shortcut to Putrajaya".

Usual "attack dogs" like Ibrahim were to be shunned in favour of newer faces. — file pic
Media were told to highlight stories of how businesses, tourists and ordinary people would be affected; question Bersih's funding; target Anwar, Datuk Ambiga Sreenevasan and "budak suruhan DSAI and tali barut DAP" (Anwar and DAP's lackey) Mohamad Sabu; and use file photos of Ambiga with opposition leaders to highlight their close association.

The press were also instructed to use fewer old faces like Datuk Zulkifli Nordin and Datuk Ibrahim Ali as "attack dogs" in favour of fresh Barisan Nasional (BN) Youth leaders and non-governmental organisations; mobilise friendly bloggers; and play up images of ugly street demonstrations in other countries.

The do's and don'ts detailed were:

* [The home minister, Inspector-General of Police, Deputy Inspector-General] and Internal Security and Public Order Director are to brief media editors at KDN (Home Ministry). The meeting was to reinforce the branding as "perhimpunan haram" (illegal assembly), and that Bersih is an unlawful organisation and the perpetrators are out to create chaos.

* KDN, which has jurisdiction over all print media, needs to exert its authority in ensuring the press toe the line.

* Confine politicians to just making political statements. Let the police do their job.

* PDRM can start calling up Bersih organisers based on the hundreds of police reports lodged so far.

* Encourage the use of third party validators.

* Pre-empt chaos and disorder (fear paradigm). The "show of force" by Umno or silat groups well before July 9 may be imperative to deter demonstrators.

* The soundbytes in our favour MUST come from across the country and across the ethnic lines. The soundbytes should not just be confined to the Malays or those residing in the Klang Valley.

* We must not allow the rally to be exploited by international elements.

* As a pre-emptive measure, the authorities should stop the launch of Perhimpunan Bersih 2.0 scheduled for June 19 at the Chinese Assembly Hall. Likewise, a related Perkasa event called "Lawan Perhimpunan Bersih" at the Sultan Sulaiman Club on the same day should also be halted.

* [EC] should counter Bersih demands for free and fair elections by highlighting the various initiatives it has undertaken so far. Use the highly successful Sarawak PRN as its model. It should not meet up with Bersih people.

The letter said the goal of the exercise was to neutralise opposition noise, reinforce the view that public sentiment is not with Bersih and the opposition, send a strong message that the government is in full control of the situation and avoid adverse impact on investor confidence in Malaysia.

Bersih claimed a turnout of 50,000 for Saturday's street demonstration, which went ahead without police permission after protracted negotiation with the authorities.

The coalition of 62 NGOs took to the streets despite previously accepting Najib's offer to move the street rally to a stadium, after the government refused to allow the gathering to take place in Stadium Merdeka.

..................................

Kuala Lumpur, 11 Julai - Laman web popular Malaysia Today hari ini membocorkan apa yang dilihat sebagai surat dari Pejabat Perdana Menteri (PMO) dengan garis panduan mengenai cara untuk menangani perhimpunan Bersih Sabtu lalu.

Surat tersebut, kononnya dikeluarkan pada 17 Jun dan ditandatangani oleh Ketua Komunikasi Negara Jalil Hamid, berkata kaedah itu perlu kerana perhimpunan tersebut "pasti akan melampaui isu-isu pilihan raya yang adil dan bebas" seperti inflasi, Teoh Beng Hock dan juga kontroversi loji Lynas.Percubaan The Malaysian Insider untuk menghubungi Jalil dan lain-lain pegawai kanan akhbar Jabatan Perdana Menteri tidak berjaya.

"Bantahan, jika tidak ditangani, boleh melemahkan kerajaan, ekonomi dan keselamatan negara. Nota ini menggariskan panduan dasar apa yang patut dilakukan dan larangan-larangan dalam menguruskan isu ini, "garis panduan yang dikeluarkan oleh Malaysia Today pagi ini menyebut.

Dalam nota panduan itu, ia menyatakan ia telah ditulis selepas mesyuarat biro politik Umno untuk membincangkan isu Bersih dan juga diedarkan kepada ahli-ahli biro, kata surat tersebut.

Di dalamnya, PMO mengingatkan para media untuk menjatuhkan Bersih dan pemimpinnya sebagai "kumpulan ahli-ahli politik dan individu-individu yang cenderung kepada politik yang tiada kredibiliti" dan menegaskan bahawa perhimpunan itu adalah "perhimpunan haram".

Bersih juga dilabelkan sebagai satu barisan untuk pembangkang atau ejen asing serta satu cubaan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mencari 'jalan pintas ke Putrajaya' secara yang tidak demokratik dan tidak mengikut perlembagaan.

Media telah diberitahu untuk mengetengahkan cerita-cerita bagaimana perniagaan, pelancong dan rakyat biasa akan terjejas; mengutarakan soalan mengenai pembiayaan Bersih itu; mensasarkan Anwar, Datuk Ambiga Sreenevasan dan "budak suruhan DSAI dan tali Barut DAP" (Anwar dan DAP) Mohamad Sabu; dan menggunakan fail gambar Ambiga dengan pemimpin-pemimpin pembangkang untuk menyerlahkan hubungan rapat mereka.

Akhbar juga diarahkan untuk menggunakan beberapa muka lama seperti Datuk Zulkifli Nordin dan Datuk Ibrahim Ali sebagai "anjing serangan" bagi memihak kepada pimpinan belia Barisan Nasional (BN Youth) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO); menggerakkan para bloggers; dan memainkan imej daripada demonstrasi jalanan yang hodoh di negara-negara lain.

Yang perlu dilakukan dan larangan-larangan terperinci:

* [Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara, Timbalan Ketua] dan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam akan memberikan taklimat ringkas kepada editor-editor media di KDN (Kementerian Dalam Negeri). Mesyuarat itu adalah untuk mengukuhkan penjenamaan sebagai "Perhimpunan haram" (illegal assembly), dan Bersih itu adalah sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang dan yang melakukannya adalah untuk mewujudkan keadaan huru-hara.

* KDN, yang mempunyai bidang kuasa ke atas semua media cetak, perlu memastikan semua media mengikut garis panduan.

* Membataskan ahli-ahli politik hanya membuat kenyataan politik. Biarkan polis melaksanakan tugas mereka.

* PDRM boleh mula memanggil penganjur Bersih berdasarkan beratus-ratus laporan polis yang telah dibuat setakat ini.

* Menggalakkan penggunaan pengesahan pihak ketiga.

* Menyediakan perasaan huru-hara dan gangguan (fear paradigm). "Menunjukkan kekerasan" oleh pihak Umno atau kumpulan silat menjelang dan sebelum 9 Julai mungkin berkesan untuk menghalang penunjuk perasaan.

* Suara yang memihak kepada kita MESTI datang dari seluruh negara dan merentasi garis etnik. Suara-suara itu perlu bukan sahaja terhad kepada orang Melayu atau mereka yang tinggal di Lembah Klang.

* Kita tidak boleh membenarkan perhimpunan tersebut dieksploitasi oleh unsur-unsur antarabangsa.

* Sebagai langkah pre-emptive, pihak berkuasa perlu menghentikan pelancaran Perhimpunan Bersih 2.0 yang dijadualkan pada 19 Jun di Dewan Perhimpunan Cina. Begitu juga, satu acara Perkasa yang dikenali sebagai "Lawan Persahabatan Bersih" di Kelab Sultan Sulaiman pada hari yang sama juga perlu dihentikan.

* [EC] SPR perlu membalas tuntutan Bersih untuk pilihanraya yang bebas dan adil dengan menonjolkan pelbagai inisiatif yang telah diambil setakat ini. Gunakan PRN Sarawak yang sangat berjaya sebagai model. SPR juga tidak harus bertemu dengan orang-orang daripada Bersih.

Surat itu berkata matlamat panduan tersebut adalah untuk meneutralkan suara pembangkang, mengukuhkan pandangan bahawa sentimen orang awam tidak bersama dengan Bersih dan pembangkang, menghantar mesej yang kuat bahawa kerajaan mengawal keadaan sepenuhnya dan mengelakkan kesan buruk ke atas keyakinan pelabur dalam Malaysia.

Bersih mendakwa kehadiran sebanyak 50,000 untuk demonstrasi jalanan pada hari Sabtu, yang berjalan tanpa kebenaran polis selepas rundingan berlarutan dengan pihak berkuasa.

Gabungan 62 NGO itu meneruskan perhimpunan dijalanan walaupun sebelum ini menerima tawaran Najib untuk menggerakkan perhimpunan ke stadium, selepas kerajaan enggan membenarkan perhimpunan itu berlangsung di Stadium Merdeka.

sumber: TheMalaysianInsider
Kredit : KelabGreenboc

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

DIALOG RAKYAT

Posted: 12 Jul 2011 03:14 PM PDT

Polis Guna Gas Pemedih Yang Dibekalkan Kepada Rejim Zionis

Posted: 12 Jul 2011 01:06 AM PDT

Ditulis oleh Naeem Raffie

SHAH ALAM : Gas pemedih mata yang digunakan oleh polis dalam menyuraikan perhimpunan Bersih pada Sabtu diimport daripada syarikat yang turut membekalkan senjata itu kepada tentera rejim Israel untuk menyerang rakyat Palestin, kata peguam dan aktivis Fadiah Nadwa Fikri.

Kelongsong peluru yang dijumpai di tempat kejadian di Kuala Lumpur menunjukkan polis membelinya daripada syarikat Federal Laboratories di Amerika Syarikat, kata beliau.

Syarikat itu pernah disaman oleh aktivis di Amerika Syarikat yang mengaitkan kematian rakyat Palestin kepada penggunaan gas pemedih mata buatan syarikat itu oleh pihak berkuasa Israel, beliau memberitahu TvSelangor.

Cara polis Malaysia menggunakan gas pemedih mata pada Sabtu lalu, mirip kepada taktik tentera Zionis yang mensasarkannya tepat ke arah orang ramai dan bukan mengikut prosedur yang ditetapkan.

"Rakyat Palestin diserang setiap hari oleh tentera rejim Israel... sama seperti kerajaan dan PDRM menyerang rakyat kita kerana mereka juga tidak mengikut prosedur yang ditetapkan dalam panduan penggunaan produk ketenteraan," kata Fadiah.

"Tahap kekejamannya sama seperti Israel menetang Palestin dan negara-negara Arab yang diperintah oleh golongan diktator," tambah beliau.

Fadiah berkata gas pemedih mata keluaran Federal Laboratories bukan sahaja boleh menyebabkan kematian jika disedut keterlaluan, tetapi juga membawa risiko penyakit seperti sakit buah pinggang, limpa dan masalah jantung.

Ia juga boleh menyebabkan keguguran pada wanita yang mengandung.

Perhimpunan Bersih 2.0 menyaksikan seorang ahli PAS, Baharuddin Ahmad mati ketika sedang melepaskan diri dari asakan polis.

Datuk Seri Anwar Ibrahim turut tercedera di kepala dan lutut akibat tindakan anggota polis menembak gas pemedih mata tepat ke arah muka Ketua Pembangkang itu di KL Sentral.

Pengawal peribadi Anwar, Fayad Afiq Al-Bakri patah tulang pipi akibat terkena kelongsong peluru gas pemedih mata itu.

"Mereka (polis) bertindak sampai tahap tidak memperduli kemungkinan nyawa yang akan melayang dengan tindakan mereka (guna gas pemedih mata sebegitu)," kata Fadiah.

"Hanya kerana mahu mempertahan kuasa dan kedudukan pemerintah, mereka sanggup berperangai seperti orang yang tidak bertamadun," tambah beliau.

Bersih : Akui Kebangkitan Rakyat, Kata Pakar Media

Posted: 12 Jul 2011 12:59 AM PDT

Ditulis oleh Salmiah Drahsin

SHAH ALAM : Perhimpunan Bersih anjuran 62 badan bukan kerajaan Sabtu lalu menzahirkan keperluan mengikis anggapan tradisi bahawa setiap demontrasi di negara ini adalah kerja pihak pembangkang, kata seorang pensyarah universiti.

Pensyarah Media dan Komunikasi Universiti Malaya, Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah berkata negara tidak akan maju sekiranya segala cetusan rasa tidak puas hati dikaitkan kepada pembangkang semata-mata dan bukannya sebagai suara rakyat.

" (Dalam hal ini) terutama sekali ialah sikap. Sikap kita apabila ada kumpulan yang membantah, memprotes, mengkritik dan kita mentafsir serta mendefinisikannya sebagai (perbuatan) pembangkang. Jika kita tidak ubah sikap ini, kita tidak akan maju,kata beliau kepada TvSelangor. .

Dr Abu Hassan berkata sebagai rakyat yang mendokong sistem demokrasi berparllimen " kita sepatutnya harus meraikan demokrasi," dan bukan mencemuh amalan-amalan yang dikaitkan kepada kebebasan bersuara dan hak berhimpun secara aman.

"Apabila kita meraikan demokrasi, maka akan ada ritual-ritual atau amalan yang mencerminkan demokrasi dan antaranya yang selalu berlaku ialah demontrasi," atau tunjuk perasaan, kata beliau.

Dr Abu Hassan membidas tindakan pihak tertentu yang cuba memberikan gambaran bahawa himpunan Bersih 2.0 sebagai tindakan negatif sekumpulan rakyat Malaysia yang dihasut golongan pembangkang.

Beliau menyifatkan kenyataan-kenyataan Perdana Menteri dan menteri-menteri lain bersabit Bersih sebagai usaha memberikan persepsi buruk kepada rakyat bahawa kononnya pembangkang berhasrat menghancurkan negara melalui siri "rusuhan" secara besar-besaran di ibu negara.

Pemimpin Pakatan Rakyat seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang digambarkan sebagai dalang mengumpulkan rakyat dari seluruh pelusuk negara untuk menentang kerajaan.

Media arus perdana pula digerakkan untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada tuntutan sebenar Bersih sebagai sebuah himpunan aman yang menuntut pilihan raya adil dan telus.

Dr Abu Hassan berkata taktik itu hanya boleh mempengaruhi segelintir masyarakat yang cetek pemikirannya dan mereka yang tidak mendapat akses kepada maklumat yang telus dan seimbang.

Beliau berkata Bersih menzahirkan bahawa proses demokrasi di negara ini berjaya dihidupkan semula oleh NGO-NGO yang berkesedaran terhadap kepentingan suara rakyat.

Dr Abu Hassan menyifatkan pendirian Datuk Seri Najib Razak yang tidak konsisten dengan kenyataannya untuk membenarkan perhimpunan Bersih diadakan di stadium sebagai hanya merugikan negara.

" Perkara tentang pertukaran lokasi himpunan, (guna alasan) Stadium Merdeka itu suci atau tidak, itu hanyalah slogan-slogan atau pun retorik politik yang boleh diberitahu oleh sesiapa. Namun apa yang didesak oleh rakyat sekarang ini ialah jaminan bahawa mereka akan memiliki penghidupan yang sejahtera," kata beliau.

" Tidak mungkin, tidak mungkin ada rakyat (Malaysia) yang mahu menghancurkan negaranya sendiri. Apabila Nicolae Ceaușescu memerintah Romania selama 20 tahun, rakyatnya miskin,rakyatnya dibunuh, maka rakyat jugalah yang bangkit menyelamatkan Romania. Begitu juga di Mesir,"tegas beliau.

Menurut Dr Abu Hassan lagi, kerajaan pada hari ini harus sedar bahawa kebangkitan rakyat di sesebuah negara itu adalah bersebab dan mereka bukan berhimpun beramai-ramai tanpa alasan yang kukuh.

Beliau mengingatkan bahawa himpunan Bersih 2.0 menuntut lapan perkara yang dipersetujui demi sebuah pilihan raya yang adil dan bersih, harus dipandang serius oleh kerajaan.

" Jika setiap pemimpin boleh mengarahkan sejuta rakyat untuk berkumpul bagi mendengar suara mereka seperti dalam perasmian, konvensyen, kenapa pula apabila beberapa orang rakyat berkumpul, mereka dianggap sebagai perusuh? Mereka dianggap sebagai penyangak? Sedangkan mereka berhimpun untuk menyatakan (hasrat) kepada pemimpin," kata beliau.

" Jika pemimpin boleh menghimpunkan sejuta orang di dalam stadium untuk mendengar hujahan mereka, maka sudah tiba pula, pemimpin (perlu) bersetuju untuk mendengar luahan beberapa orang rakyat. Ini asas demokrasi. Kita tidak mahu ketidakadilan, kita tidak mahu kemusnahan dalam aspek-aspek di mana kita tidak adil dan saksama kepada ahli masyarakat," tegas Dr Abu Hassan lagi.

Mengulas tohmahan media arus perdana kononnya himpunan Bersih membuahkan unsur-unsur ganas, Dr Abu Hassan sekali lagi menegaskan, perhimpunan aman bukan satu kesalahan mahupun jenayah dalam sebuah negara berperlembagaan seperti Malaysia.

" Tidak timbul isu kononnya demontrasi memberi ancaman, kerana demontrasi sama sekali bukan rusuhan. Demontrasi sama sekali bukan peristiwa amuk mana-mana pihak sehingga boleh mencetuskan konflik ke atas negara,"jelas beliau.

P'raya Bersih: Tubuh Suruhanjaya DiRaja, kata Ambiga

Posted: 12 Jul 2011 12:57 AM PDT

Ditulis oleh Radzi Razak
KUALA LUMPUR: Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mahukan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuh untuk menambah baik proses pilihanraya secara menyeluruh sebelum Pilihanraya Umum ke-13.

Presidennya Ambiga Sreenevasan berkata penubuhan RCI itu akan menjadi agenda utama Bersih setelah gabungan itu berjaya menghimpunkan puluhan ribu orang di Kuala Lumour Sabtu lalu untuk menuntut pilihanraya yang adil dan telus.

"Kami percaya langkah terbaik untuk terus maju ke hadapan adalah dengan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja di mana ahli-ahlinya dipilih dan diterima rakyat," kata beliau dalam satu sidang media di sini.

Beliau merujuk kepada laporan Berita Harian hari ini bahawa sebarang perubahan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihanraya dibuat atas inisiatif badan itu sendiri dan bukan kerana akur kepada tuntutan Bersih 2.0 Sabtu lalu.

Ambiga berkata SPR harus membuktikan kesungguhan mereka untuk merealisasikan hasrat rakyat yang mahukan pilihan raya adil dan bebas.

"Kami menyeru supaya perkara berikut dilaksanakan. Pindaan ke atas proses pilihan raya yang telah dicadangkan oleh SPR kepada pihak kerajaan yang tidak dilulus harus diumumkan kepada orang ramai. Dan dialog umum dengan SPR berkenaan dengan tuntutan-tuntutan Bersih 2.0," perlu dilakukan kata Ambiga.

Beliau juga kesal dengan tindakan polis yang secara terus-menerus membuat gangguan terhadap mereka yang menyokong Bersih atas alasan ia sebuah organisasi haram.

Semalam, beberapa orang di Johor Bharu dan Sandakan telah ditangkap kerana memakai baju kuning berlogo Bersih.

Ambiga menyatakan Bersih kini sedang meminta campur tangan mahkamah bagi mencabar arahan Menteri Dalam Negeri itu.

"Mereka melakukan tangkapan atas arahan KDN kerana mendakwa kami tidak sah. Oleh itu kami failkan permohonan di mahkamah untuk cabar arahan menteri," katanya.

Sekarang Zaman Siber Tapi Najib Masih Guna Cara Lama Tipu Rakyat

Posted: 12 Jul 2011 12:52 AM PDT

Ditulis oleh Fauzan Uda Ahmad

SHAH ALAM : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak masih menggunakan cara lama hanya untuk mengaburi mata rakyat Malaysia yang tinggal di kampung- kampung tanpa menyedari beliau hakikatnya memalukan diri sendiri ke seantero dunia.

Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, meskipun mengetahui akan keganasan yang dilakukan polis pada perhimpunan Bersih 2.0 di Kuala Lumpur Sabtu lalu sehingga mengakibatkan kecederaan dan seorang meninggal dunia, namun masih berkeras menidakkan hal itu demi memastikan mereka yang tiada akses kepada media baru terus memihak kepada kerajaan.

Namun malang sekali, taktik Najib itu kata Khalid, tidak terpakai kepada masyarakat metropolitan yang jauh lebih ke depan sehingga menyebabkan reputasi Najib terus merudum.

"Dia ingat dia masih boleh gunakan taktik lama untuk menipu rakyat tapi rakyat sudah tahu. Hari ini berlaku, hari ini juga keluar berita di Youtube, Facebook, Malaysiakini, TV Selangor dan semua media alternatif apa sebenarnya yang berlaku .

"Dia tak sedar dia kini dalam penafian dan hidup dalam satu zaman yang sudah berlalu samalah dengan zaman BN, zaman media dikuasai,dimonopoli oleh kerajaan pun sudah berakhir. Sekarang ini dengan Twitter, Facebook, rakyat boleh dapat maklumat.Ini yang akan membuat kejatuhan mereka," kata Khalid kepada Tv Selangor.

Khalid antara puluhan yang turut mengalami kecederaan di kepala akibat tindakan ganas polis menembak gas pemedih mata secara semberono pada Sabtu lalu.

Dalam insiden yang berlaku di Stesen Sentral Kuala Lumpur, Ketua Pembangkang dan pengawal peribadi beliau turut dikejarkan ke hospital.

Manakala seorang ahli PAS disahkan meninggal dunia sebaik sahaja tiba di Hsopital Kuala Lumpur selepas pengsan di perkarangan KLCC akibat lari menyelamatkan diri dari serangan polis.

"Dia cukup tahu apa yang berlaku. Hakikatnya dia nak menafikan apa sebenarnya yang berlaku dan memberi gambaran kepada rakyat Malaysia yang tidak mendapat berita daripada sumber alternatif seolah-olah semua yang hendak dilakukan oleh Bersih gagal, nak dapatkan orang ramai pun tak ramai hanya 6 ribu orang... selepas itu polis layan dengan baik macam kenduri kahwin dan sebagainya. Ini semua boleh dikatakan sebagai penafian tapi hakikatnya semua orang tahu apa yang sebenarnya yang berlaku,"kata Khalid.

Tambah beliau, tindakan polis menyembur air kimia dan melepaskan ledakan gas pemedih mata secara membabi buta jelas membuktikan keganasan polis ketika menjalankan tugas.

"Keganasan itu memang berlaku kerana bila disembur dengan air kimia, ditembak dengan gas pemedih mata dan sebagainya itu semua adalah keganasan. Kalau dia tak percaya, waktu dia masuk ke pejabat, kita minta FRU sembur, nak tengok ganas tak ganasnya bila ditembak dengan gas dan sebagainya," selar Khalid kepada kenyataan sinis Najib yang memperlekehkan kecederaaan yang dialami termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jelas Khalid, penipuan yang dilakukan oleh Najib adalah kaedah lama Umno-Barisan Nasional bagi menutup kelemahan kerajaan dan cuba memikat hati rakyat yang kurang berpengetahuan, sedangkan bagi orang ramai yang terdedah dengan teknologi terkini, fakta itu hanya di hujung jari mereka.

Oleh itu, beliau menggesa kerajaan pusat supaya berani dan bersedia memberi peluang kepada pihak pembangkang mengadakan himpunan secara sah dan berpermit bagi mendengar suara rakyat.

"Saya sebenarnya mengharapkan bahawa kerajaan ini akan mempunyai keberanian untuk membenarkan sekali saja satu himpunan diadakan secara halal, berpermit anjuran pihak yang selain daripda kerajaan dan Barisan Nasional. Buat satu himpunan dan kita tengok bagaimana sokongan rakyat terhadap program-program yang bukan daripada Barisan Nasional,"katanya.

Guan Eng Nafi Hantar SMS Mengenai Pemberian Duit Kepada Peserta Bersih

Posted: 12 Jul 2011 12:50 AM PDT

Ditulis oleh Salmiah Drahsin

GEORGETOWN : Kerajaan Negeri Pulau Pulau Pinang pimpinan DAP hari ini menafikan pembabitan mereka dalam penghantaran SMS (khidmat pesanan ringkas) mengenai pemberian duit elaun untuk peserta demonstrasi "Bersih 2.0" minggu lepas.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata kerajaan negeri tidak pernah menghantar SMS berkenaan kepada sesiapa dan berasa kesal dengan tindakan tidak bertanggungjawab sedemikian.

"SMS itu bertujuan untuk memburuk-burukan kerajaan pakatan dan kerajaan negeri amat kesal dengan tindakan pihak yang bertanggungjawab ke atas penyebaran
SMS itu," katanya yang dipetik Bernama Online.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis penganugerahan pingat kebesaran bersempena dengan harijadi Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas yang ke-73, di sini hari ini.

Kandungan dalam SMS itu: "Saudara-saudara peserta demonstrasi Bersih yang belum terima duit elaun RM300 seorang dijemput datang ambil duit di pejabat Ketua Menteri tingkat 28, Komplek Tun Abdul Razak (Komtar) pada pukul 4 petang ini. Sekretariat telah sediakan RM350 ribu untuk saudara di Pulau Pinang".

Guan Eng berkata beliau mendapat tahu mengenai SMS tersebut pada pagi ini daripada seorang Exco kerajaan negeri yang menerima SMS tersebut daripada orang yang tidak dikenali.

Sementara itu, Ketua Menteri berkata pihak kerajaan negeri akan mengadakan Majlis Penerangan Rakyat di Tapak Ekspo di Seberang Jaya malam ini yang bertujuan menerangkan kepada rakyat tentang perancangan kerajaan negeri.

Skandal Scorpene : SUARAM, Peguam Anjur Makan Malam Dedah Misteri Komisyen Jutaan Ringgit

Posted: 12 Jul 2011 12:38 AM PDT

Ditulis oleh Naeem Raffie
KUALA LUMPUR : Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) dan Peguam Perancis, William Bourdan yang mengendalikan kes skandal kapal selam Scorpene akan bersama-sama badan bukan kerajaan itu untuk menganjurkan siri kempen dan makan malam bermula 20 hingga 24 Julai depan.

Menurut Pengarah Eksekutif SUARAM, Cynthia Gabriel, program empat hari itu adalah lanjutan daripada usaha membongkar dan mendedahkan lebih terperinci kepada rakyat mengenai kes yang melibatkan pembayaran komisyen hampir RM500 juta kepada sebuah syarikat yang dikenali sebagai Perimekar Sdn Bhd.

"Ini penting kerana ia akan membongkarkan lebih banyak maklumat terbaru mengenai skandal ini berhubung status terkini siasatan kes ini di Perancis.

"Selain itu ianya juga akan mendedahkan individu-individu berprofil tinggi yang terlibat secara langsung dengan kes ini kepada rakyat,"kata beliau.

Cynthia berkata demikian dalam satu sidang media di Dewan Himpunan Cina Wilayah dan Selangor hari ini.

Terdahulu, dua komisyen didedahkan pihak berkuasa Perancis hasil dari serbuan yang dibuat ke atas DNCS, syarikat yang membina dan menjual kapal selam kepada negara ketiga termasuk Malaysia.

Sebelum ini, laman web Rue89 melaporkan, sebanyak 114 juta Euro yang menjadi komisyen dalam pembelian dua kapal selam Scorpene dibayar kerajaan Malaysia, bukannya Armaris, sebuah syarikat di Perancis.

Rue89 juga mendedahkan, syarikat Perancis, Armaris tidak pernah membayar kepada Perimekar RM493 juta, sebaliknya ia sebenarnya dibayar kerajaan Malaysia sendiri.

Justeru untuk menerangkan maklumat-maklumat itu dengan lebih terperinci, menurut Cynthia, kempen dan majlis makan malam di bandar-bandar utama itu amat penting.

Ia juga bertujuan untuk mengumpulkan dana bagi membiayai perjalanan kes.

Berikut senarai lokasi kempen dan makan malam tersebut :-

1. OPS Scorpene's Dinner 21 Julai jam 8 malam - 11 malam
Sunshine Square, Bayan Lepas Pulau Pinang.

2. OPS Scorpene's Dinner 22 Julai jam 8 malam - 11 malam
Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya Selangor.

3. Forum dan Kutipan Dana 23 Julai jam 8 malam - Ipoh (lokasi masih belum diputuskan)

Menurut Cynthia, majlis makan malam dan forum penerangan oleh William Bourdon itu turut akan dihadiri oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Mohamad Sabu, Tian Chua dan Nurul Izzah Anwar.

Turut hadir pada sidang media sama Sekteriat SUARAM, Fadiah Nadwa Fikri.

Fadiah yang juga seorang peguam berkata, program anjuran SUARAM itu sedikit sebanyak membantu untuk menampung dana dalam membiayai perjalanan kes.

"Dana yang terkumpul itu kami akan gunakan untuk membiayai kos guaman dan perjalanan kes, seperti sedia maklum kes seumpama ini memerlukan sebuah dana yang besar,"katanya.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melawati laman sesawang SUARAM dan pembelian tiket untuk majlis makan malam di tempat yang dinyatakan boleh dibuat dalam bentuk tunai ataupun cek kepada suaram.

Sumbangan orang ramai juga boleh disalurkan ke akaun SUARA INISIATIF SDN BHD, A/C NO: 0300 0065 200, Hong Leong Bank.

Guru sandaran menang kes diskriminasi

Posted: 12 Jul 2011 12:36 AM PDT

Regina Lee Mahkamah memutuskan tindakan kerajaan menolak permohonan seorang wanita menjadi guru hanya kerana beliau sedang mengandung adalah salah.

Sehubungan itu hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Datuk Zaleha Yusuf memerintahkan Kementerian Pendidikan dan kerajaan adalah tertakluk kepada Perisytiharaan Konvesyen Bangsa-Bangsa Bersatu berhubung segala bentuk diskriminasi terhadap wanita (Cedaw)- yang ditandatangani Malaysia pada tahun 1995.

NONE"Hakim berkata Cedaw adalah undang-undang yang berkuatkuasa dan Malaysia terikat dengannya," kata peguam Honey Tan.

Norfadilla Ahmad Saikin (kiri), 29 mengheret kerajaan ke mahkamah bagi mendapatkan perintah bahawa kehamilan tidak boleh digunakan sebagai alasan untuk tidak menerimanya sebagai seorang guru sandaran tidak terlatih (GSTT) dan membatalkan memo penempatannya semula sebagai tidak sah dan tidak mematuhi perlembagaan.

Wanita itu diberi memo untuk kontrak pengajaran setiap bulan bermula Januari 2009, tetapi ini dibatalkan hampir serta-merta apabila pegawai pendidikan daerah Hulu Langat mendapati beliau mengandung.

Dalam permohonannya itu, pegawai-pegawai kementerian pendidikan daerah Hulu Langat iaitu Basirun and Ismail Musa, ketua jabatan Zahri Aziz, ketua pengarah Kementerian Pelajaran, kementerian pendidikan dan kerajaan dinamakan sebagai responden.

'Gas pemedih mata disasar terus ke Anwar'

Posted: 12 Jul 2011 12:33 AM PDT

S Pathmawathy
Polis bersiap sedia dengan senjata anti rusuhan mereka dengan seorang daripada mereka cuba membidik senjata gas pemedih mata ke arah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibtahim. Ketika itu, pengawal peribadinya Fayyadh Afiq yang melihat kejadian berkenaan bertindak.

NONESebaik mendengar arahan supaya tembakan dilepaskan, Fayyadh berkata beliau terus menolak Anwar ke tepi.

Malangnya, kanister gas itu menepati pipi kirinya. Walaupun kini diberi ubat pelali, namun beliau berkata kesakitan masih menusuk.

"Kami sedang keluar dari KL Sentral dan terus berarak di mana tempat bas berhenti.

"Pengawal lain dan saya bersama Anwar manakala pemimpin lain di depan membentuk barisan yang panjang apabila saya terdengar suara sayup-sayup.

NONE"Saya yakin suara itu datangnya dari seorang pegawai yang menggunakan sebuah pembesar suara tetapi dengan keadaan bising serta semua orang menjerit, sukar bagi saya mendengar apa-apa dengan jelas," kata Fayyadh kepada Malaysiakini.

Beliau kemudian menoleh ke arah skuad anti rusuhan itu dan terus ternampak mereka sedang membidik ke arah Anwar.

Fayyadh berkata beliau sempat menolak Anwar ke arah kiri dan secara tiba-tiba terasa sakit yang keterlaluan di bahagian muka, dan kesan menusuk di seluruh badannya akibat terkena gas pemedih.

NONETulang pipi pengawal berusia 25 tahun itu patah, tetapi semasa kejadian, hanya keselamatan Anwar yang difikirkannya ketika mereka cuba melarikkan diri.

"Kami cuba menyelamatkan Anwar dan berlari menuju ke KL Sentral dan ketika itu tersepak lubang dan terjatuh.

"Oleh kerana terperangkap di tengah-tengah dengan jalan keluar menghala Jalan Tun Sambanthan ditutup oleh polis, satu-satu jalan keluar adalah melalui sebuah esklator sempit dan tangga," kata Fayyadh.

[Baca berita penuh]

Ribuan banjiri ceramah 'BERSIH 3.0' di P Pinang

Posted: 12 Jul 2011 12:28 AM PDT

Susan Loone
Tidak kurang 5,000 orang hadir memberi sambut hangat kepada dua wira BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu, iaitu Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan timbalan presiden PAS Mohamad Sabu di tapak Ekspo Seberang Jaya malam semalam.

Ramai yang melabelkan perhimpunan itu sebagai BERSIH 3.0.

penang bersih 3.0 rally mat sabu and anwar ibrahimAnwar tiba dengan memakai pemaut leher dan terpaksa dibantu ketika menuju ke pentas utama sambil diberi tepukan gemuruh manakala pemimpin PAS yang popular dengan panggilan Mat Sabu itu pula terpaksa menggunakan kerusi roda dan dibantu oleh petugas untuk naik ke pentas.

Jurugambar sibuk merakamkan gambar mereka manakala wartawan dan orang ramai yang hadir semua menanti kedua-dua mereka menceritakan pengalaman pada 9 Julai lalu.

Namun, pihak penganjur secara lembut meminta jurugambar dan orang ramai supaya bertenang agar kedua-dua pemimpin itu tidak tercedera lagi.

Pada ucapan ringkasnya, Anwar yang jelas kelihatan lesu dan kurang bertenaga daripada biasa, dipercayai akibat kesakitan yang dialaminya akibat diserang gas pemedih mata di KL Sentral menganggap tindakan pihak berkuasa pada Sabtu lalu sebagai satu jenayah.

"Najib kamu boleh pukul, dera tapi tidak boleh tahan hati rakyat. Hati yang luka itu akan bangkit," katanya.

penang bersih 3.0 rally participant with yellow shirtAnwar turut mengecam tindakan polis yang melakukan kekerasan terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang pada perhimpunan di Kuala Lumpur itu.

Jelasnya, beliau berpegang teguh kepada nasihat Hadi yang tidak keberatan untuk turun sekali lagi bersama rakyat menentang kezaliman kerajaan Umno-BN.

Dakwaan mengatakan kaum Cina tidak menyertai perhimpunan itu adalah meleset menurut beliau berikutan respon daripada kaum itu amat mengalakkan terutama di kalangan generasi muda.

Hadirin di Seberang Jaya ini yang majoritinya orang Melayu diberitahu bagaimana perdana menteri selepas mendalangi apa yang terjadi pada Sabtu lalu tergamak mendakwa beliau menipu tentang kecederaannya.

"Saya terpaksa pakai paut leher - ini arahan doktor selepas merawat dan melihat seteruk mana kecederaan di leher dan tulang belakang saya... bukan saya yang mintanya," katanya.

penang bersih 3.0 rally lim guan eng and other speakers"Najib mahu semua orang fikir saya sengaja buat pembedahan (tulang belakang) di Munich supaya saya boleh kembali dan tunjuk kepada semua orang," katanya sambil membidas perdana menteri itu.

Hadir sama pada majlis itu adalah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Baca berita penuh]

9 Julai: Usah lempar batu sembunyi tangan

Posted: 12 Jul 2011 12:21 AM PDT

Wira Arjuna

Apakah takrif keganasan yang digunapakai oleh Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan polis sendiri?

bersih rally petaling street 090711Bagi rakyat biasa, sesuatu pihak dikira melakukan keganasan apabila menyerang dengan segala kudrat dan senjata yang ada pada mereka (gas pemedih mata, air berkimia, menumbuk dan memijak) terhadap sasaran yang tidak bersenjata (kecuali botol air mineral) tetapi hanya berhimpun secara aman.

Inilah yang berlaku pada 9 Julai.

Tidak perlu Datuk Seri Hishamuddin Hussein mengemukakan video untuk membuktikan sebaliknya kerana begitu banyak rakaman yang sudah sedia ada dalam laman-laman blog untuk tatapan seluruh dunia.

NONEDan jika bukti video itu tidak mencukupi, gambar-gambar Mohamad Sabu di atas kerusi roda dan foto enam jahitan di kepala ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad boleh juga diperolehi dengan mudah oleh Najib, Hisham dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar untuk melakukan penilaian.

Kalau masih tidak memadai, mungkin ada pihak perlu memberi peringatan bahawa sebuah keluarga kini berkabung kerana kehilangan ketua keluarga mereka yang menyertai perhimpunan BERSIH 2.0.

Kematian allahyarham Baharuddin Ahmad diselubungi dengan pelbagai dakwaan namun hakikatnya ialah beliau menemui ajal semasa asakan polis bagi menyuraikan sebuah perhimpunan bersih dan aman.

Remehkan kecederaan

Namun semua fakta ini tidak akan memberi kesan kepada Najib, Hishamuddin dan Ismail kerana mereka terpaksa mempertahankan kredibiliti Polis Diraja Malaysia.

NONEMaka, oleh kerana itulah Najib meremehkan kecederaan yang dialami oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, walaupun mengakui ketua pembangkang itu ditembak dengan gas pemedih mata.

Ketua Polis Negara sebelum ini menafikan Anwar ditembak dengan gas pemedih mata, sungguhpun visual dan keterangan saksi menunjukkan keadaan sebaliknya.

Hishamuddin pula enggan mengakui polis melepaskan tembakan gas pemedih mata dan air berkimia ke perkarangan Hospital Tung Shin di Jalan Pudu.

tear gas fire at tung shin hospital 090711 3Ismail sekali lagi menafikan insiden memalukan itu sungguhpun, wujud foto dan keterangan saksi yang menempelak penafian itu.

Tentunya Najib dan Hishamuddin tidak mahu mengambil tanggungjawab di atas sebarang kekerasan polis sungguhpun apa yang berlaku Sabtu lalu lebih berpunca daripada keputusan-keputusan yang dibuat oleh mereka berdua.

Bertukar ganas

Persoalan asas ialah bila dan pada tahap mana perhimpunan aman BERSIH 2.0 bertukar menjadi ganas Sabtu lalu?

NONE"Keganasan" itu jelas tercetus apabila polis mula menyembur air berkimia dan gas pemedih mata serta melakukan tangkapan rawak ke atas sesiapa disyaki mendokong BERSIH 2.0.

Namun "keganasan" yang berlaku adalah pada satu pihak sahaja. Tidak ada tindak balas daripada rakyat yang menjadi sasaran.

Respon paling "agresif" beberapa peserta BERSIH ialah melontar balik sarung gas pemedih mata ke arah polis atau membuangnya ke dalam longkang dan sungai berdekatan.

NONEMereka mengharungi segala kesakitan akibat terhidu gas beracun atau terkena pancutan air berkimia atau kedua-duanya sekali. Rasa pedih dan loya dan sesak nafas hanyalah sebahagian daripada pengalaman yang terpaksa diharungi mereka.

Hakikat bahawa polis akan menggunakan kekerasan menjadi satu kepastian jauh sebelum 9 Julai menyingsing.

Aparatus polis

Ia menjadi satu hakikat apabila Hishamuddin bingkas mengisytiharkan BERSIH 2.0 sebuah pertubuhan haram minggu lalu.

bersih2 rally 090711 03Hanya beliau dan Najib boleh menerangkan keperluan untuk sebuah rangkaian kerjasama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang termasuk Sasterawan Negara Datuk A Samad Said tiba-tiba boleh menjadi musuh kerajaan hanya kerana menuntut pilihan raya adil dan telus.

Apa yang jelas ialah Hishamuddin dan Najib menggunakan segala aparatus polis untuk memaksa penganjur BERSIH 2.0 membatalkan perhimpunan mereka, dengan disokong oleh media arus perdana dan institusi awam yang lain.

bersih2 rally 090711 01Namun rancangan itu tersasar kerana BERSIH 2.0 tidak beralah daripada matlamatnya mengadakan perhimpunan aman walaupun penyokongnya mula ditangkap di seluruh negara dan pemimpinnya diaibkan di media arus perdana.

Terima tamparan

Najib dan Hishamuddin juga menerima tamparan apabila Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin mengambil peranan negarawan dan berjaya "memujuk" BERSIH 2.0 membatalkan perarakan di jalan raya.

NONECampurtangan Seri Paduka itu membuka ruang untuk Najib dan Hishamuddin menyelesaikan kemelut BERSIH 2.0 secara baik, khususnya apabila penganjur bersetuju untuk menerima tawaran kerajaan supaya perhimpunan diadakan di sebuah stadium.

Namun belum sempat rakyat menarik nafas lega, gandingan sepupu ini mengisytiharkan bahawa BERSIH 2.0 pertubuhan haram dan tidak layak memohon permit.

bersih rally petaling street 090711Permohonan BERSIH 2.0 menganjurkan perhimpunan aman di Stadium Merdeka ditolak dan sebaliknya penganjur "diarah" mengadakan perhimpunan di stadium-stadium yang terletak di negeri–negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat.

Tujuan arahan itu adalah jelas – Perdana Menteri cuba menyempitkan gerakan BERSIH 2.0 kepada sesuatu yang didalangi oleh pembangkang dan bukannya cetusan suara rakyat.

Justin Bieber lebih berhak

Najib memberi alasan kononnya Stadium Merdeka tidak boleh digunakan oleh BERSIH 2.0 kerana ia adalah mercu atau simbol negara, tidak masuk akal.

NONEStadium Merdeka telah berkali-kali digunakan untuk konsert rock dan hiburan termasuk pertunjukan Justin Bieber pada 21 April lalu.

Apakah Justin Bieber lebih berhak menggunakan Stadium Merdeka daripada ribuan rakyat negara ini yang mahu menyuarakan keperluan pilihan raya yang adil dan telus secara aman?

Tentunya tidak. Namun inilah alasan yang dijaja oleh Najib kepada penyokong-penyokong Umno, ahli pertubuhan silat dan sebagainya, sehari selepas perhimpunan BERSIH 2.0.

NONEPenganjur BERSIH menyedari perangkap yang diletakkan oleh Najib dan Hishamuddin dan terus berpegang kepada hak mereka mengadakan perhimpunan aman di Stadium Merdeka, walaupun di luar perkarangannya.

Ini kerana Stadium Merdeka adalah kawasan "neutral" dan adalah "milik" rakyat Malaysia serta bukan di bawah telunjuk mana-mana parti politik.

Patahkan BERSIH

Apabila penganjur mengambil ketetapan ini, maka arahan dikeluarkan kepada pihak polis untuk melakukan apa yang perlu bagi mematahkan rancangan BERSIH.

NONEJusteru diadakan sekatan-sekatan jalanraya, penutupan kawasan tertentu, pembekuan permit bas ke Kuala Lumpur dan pemeriksaan di hotel-hotel menjelang 9 Julai.

Perintah mahkamah diperolehi untuk menghalang penganjur dan pemimpin politik tertentu daripada memasuki Kuala Lumpur. Ibu negara seolah-olah dalam keadaan darurat.

Dengan kongkongan sebegitu, tidak hairanlah pada 9 Julai, pancutan air berkimia, gas pemedih mata polis menunggu puluhan ribu rakyat pelbagai kaum yang keluar beramai-ramai menghala ke Stadium Merdeka.

NONEHak mereka untuk berjalan secara aman dicabuli dengan sewenang-wenang di atas nama memelihara keamanan dan kesejahteraan negara.

Najib harus menerangkan bagaimana satu "perjalanan demokrasi" oleh rakyat untuk dua tiga jam di beberapa kerat jalanraya boleh menjadi isu keselamatan negara dan mendatangkan kerugian berbilion ringgit kepada peniaga, jika tidak ada provokasi polis!

Rakyat dihukum

Jika polis telah memberi kerjasama kepada lebih 5,000 pengawal yang disediakan oleh penganjur BERSIH untuk mengawal lalu lintas dan aspek keselamatan lain, apakah kita akan menyaksikan adegan-adegan yang terpampang di Internet sekarang.

NONERasanya tidak!

Akibat agenda politik Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, puluhan ribu rakyat yang "berani" menyokong BERSIH seolah-olah dikumpulkan di Kuala Lumpur dan "dihukum" dengan tembakan gas pemedih mata dan air berkimia.

Lebih 1,600 orang ditangkap untuk diheret ke mahkamah, seorang mati dan tidak kurang yang menyimpan parut luka atau kenangan "ikhlas"dari polis.

funeral baharudin bersih protesterJusteru, janganlah Perdana Menteri dan sepupunya terlalu bingkas menuding jari kepada penganjur BERSIH 2.0 di atas kekecohan Sabtu lalu.

Tidak dinafikan keganasan berlaku, tetapi siapa yang mencetuskannya dan siapa pula yang mengganas?

Bak kata Karam Singh Walia dari TV3: Siapa pula yang melontar batu dan menyembunyi tangan?

Pak Lah: Kenapa saya jumpa Ambiga?

Posted: 12 Jul 2011 12:19 AM PDT

Nigel Aw
Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi menjelaskan beliau memang ada berjumpa dengan Pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan, bagi mengingatkannya bahawa Yang di-Pertuan Agong telah membuat kenyataan penting dan beliau mesti mematuhinya.

macc official launch 240209 abdullah badawiKata Abdullah beliau telah mendapat bantuan seorang rakan untuk mengadakan perjumpaan itu dengan Ambiga.

"Saya mahu berjumpa dia kerana saya mahu mengingatkan dia yang Agong telah membuat satu kenyataan penting berkenaan isu ini, dan dia sebagai seorang rakyat Malaysia mesti mematuhi perkara itu.

"Saya turut meluahkan pandangan saya bahawa mereka tidak sepatutnya mengadakan perhimpunan tersebut kerana ia akan menyebabkan banyak masalah. Saya tidak berjumpa dia semenjak itu (dan) tidak berkata apa-apa lagi," katanya.

Abdullah bercakap kepada wartawan selepas merasmikan Forum Perlancongan Dunia Islam di Kuala Lumpur pagi ini.

bersih rally 090711 police kick protestor story imageKetika diminta mengulas dakwaan keganasan polis semasa perhimpunan Sabtu lalu, Abdullah mempertahankan polis dan berkata keadaan sukar untuk polis semasa perhimpunan itu.

"Kerana keadaan, disebabkan oleh tekanan dan kebimbangan di kalangan rakyat sesuatu yang buruk mungkin berlaku, saya rasa polis telah melakukan sebaik yang mereka boleh.

"Ini tidak mudah, namun mereka berjaya memastikan perhimpunan itu tidak sampai menjadi keadaan yang boleh menyebabkan bencana."

Bagaimanapun, Abdullah mengakui bahawa kerajaan mungkin akan berdepan dengan beberapa kesan buruk akibat perhimpunan berkenaan.

funeral baharudin bersih protesterTambahnya, beliau yakin kerajaan akan melaksanakan sebahagian daripada tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) jika tuntutan mereka menjadi kepentingan orang ramai.

"Kerajaan kita sensitif. Jika sesuatu boleh dilakukan untuk kebaikan, kenapa tidak? Mereka (kerajaan) akan lakukannya," katanya.

Pergerakan BERSIH 2.0 diterajui 62 NGO dengan tujuah mengadakan satu perhimpunan sebelum petisyen mereka kepada Yang di-Pertuan Agong supaya campur tangan dalam memulakan reformasi sistem pilihan raya negara.

Petisyen itu akan mengusulkan beberapa permintaan. Antaranya:

  • Reformasi bagi sistem undi pos untuk para pengundi luar bandar
  • Penggunaan dakwat yang tidak dapat dipadamkan bagi mengelakkan undi berulang-kali
  • Capaian media aliran utama untuk parti pembangkang
  • Tempoh kempen minimum 21 hari
  • Kebebasan badan penguatkuasaan bertindak berhubung kesalahan pilihan raya
  • Menghapuskan rasuah pilihan raya

[Berita penuh menyusul]

2 lagi pemimpin PAS ditahan polis

Posted: 12 Jul 2011 12:10 AM PDT

Walaupun perhimpunan BERSIH 2.0 sudah berahir tiga hari lalu, pihak polis terus terus menahan pemimpin parti politik yang memakai baju kuning memaparkan logo gabungan NGO itu.

Dalam kejadian di Johor Bahru hari ini, dua pemimpin PAS kawasan di Johor ditahan polis ketika belum pun tamat sidang media mereka di depan balai polis Sentral JB.

damansara memo to kpm 210206 mazlan alimanMenurut timbalan pesuruhjaya PAS negeri Mazlan Aliman (kanan), dua pemimpin mereka yang ditahan adalah Naib Yang Dipertua PAS Pulai Zaaba Ibrahim dan Yang Dipertua PAS Johor Bahru Rosli Kemin.

Mazlan berkata, tangkapan itu berlaku dalam sidang media di sebuah restoren berdekatan balai itu selepas membuat laporan polis berhubung dakwaan keganasan pihak berkuasa dalam perhimpunan BERSIH.

"Empat anggota polis datang menarik mereka. Tidaklah kasar, tetapi mereka sepatutnya menggunakan budi bicara.

"Lagi pun perhimpunan BERSIH sudah berakhir. Minta sajalah suruh buka baju itu, bukan tangkap," kata Mazlan yang juga anggota jawatankuasa pusat PAS.

Nasib Flotilla II sama dengan Bersih 2.0

Posted: 12 Jul 2011 12:09 AM PDT

Subky Latif

SAYA terharu membaca laporan rombongan misi kemanusiaan ke Gaza dan rintihan Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin yang terkandas di perairan Greece.

Bukan saja rombongan pelayaran Freedom Flottila 11 dihalang untuk datang ke Gaza, maka kapal-kapal konvoi yang berlabuh di perairan Greece tidak benarkan oleh kerajaannya meninggalkan pelabuhan mereka.

Ada kapal yang cuba meninggalkan perairan itu tanpa izin kerajan Athen tetapi ia telah dipaksa pulang ke pelabuhan transitnya.

Rombongan itu mendesak sokongan antarabangsa supaya menekan Greece membenarkan mereka meninggalkan perairannya bagi menuju Gaza, tetapi Greece bertindak tegas tidak membenarkannya.

Reaksi Greece itu adalah atas larangan regim Israil dan apa lagi Amerika adalah menyebalahi Israil. Walau pun Setiausaha Agung Bangsa-Bangsa Bersatu menyokong rombongan kemanusiaan itu, tetapi apabila Amerika mmihak kepada Israil adalah sukar bagi Greece yang berdepan dengan krisis hutang sekarang menimbangkan pemergian rombongan Freedom Flottila itu.

Apa yang dihadapi oleh Ketua Pemuda UMNO dan rombongan Flottila di Greece itu sama dengan apa yang dihadapi oleh Bersih 2.0 untuk menyampaikan memorendum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Khiry Jamaluddin dihalang untuk mencabar Bersih 2.0 dan Bersih pula dihalang untuk memasuki Kuala Lumpur, maka samalah masalah yang dihadapi Bersih di Kuala Lumpur dengan apa yang dihadapi oleh rombongan Flottila di Greece.

Kerajaan Malaysia, UMNO dan sekalian yang bersimpati dengan nasib rakyat Palestin di Gaza tidak senang dengan sekatan kerajaan Greece. Tun Dr. Mahathir adalah seorang yang penting menggalakkan rombongan kemansuiaan itu sudah tentu amat keciwa dengan sekatan ke atas kapal yang tidak bergerak ke Gaza itu.

Semua orang menyokong tunjuk perasaan di kedutaan Greece di Kuala Lumpur membantah tindakan kerajaan Greece. Dr. Mahathir dan Perdana Menteri Najib dipercayai bersama semagat tujuk perasaan itu.

Tetapi Dr. Maahathir dan kerajaan Malaysia mengira haram rancangan Bersih untuk mengadakan perarakan menuntut pilihan raya bersih dan adil. Mereka disekat untuk masuk ke Kuala Lumpur.

Kedua-dua Bersih dan rombongan ke Gaza itu adalah sama-sama menuntut keadilan. Rombongan ke Gaza pergi untuk membawa barang keperluan rakyat Gaza seperti makanan, perubatan dan keperluan binaan. Tujuannya adalah untuk mengurangkan beban dan penderitaan rakyat Gaza.

Perarakan Bersih ialah bagi mendapatkan pililhan raya yang bersih dan adil bagi memastikan demokrasi diamalkan sebaik-baiknya dan kezaliman tidak bermaharajalela.

Sikap Israel dan Greece menghalang rombongan kemanusiaan itu dikecam oleh masyarakat antarabangsa kecuali Amerika. Kerajaan Malaysia menghalang kemasukan penyokong Bersih ke Kuala Lumpur yang dunia mengira unjuk rasa itu satu tindakan biasa dan sah.

Dalam hal ini sama saja kerajaan Malaysia dengan Israel dan Greece.

Rombongan kemanuiaan itu dicemburui oleh Israel kerana ia dikatakan mungkin menyeludupkan senjata dan bahan bahaya yang boleh mengancam keselamatan Israel. Pada hal rombongan tidak bercadang untuk berperang dengan Israel. Apa yang mereka mahu ialah memberi bantuan kemanusiaan kepada mangsa kezaliman Israel.

Bersih disyaki untuk menumbangkan kerajaan Malaysia walau pun sasaran Bersih hanya mahukan SPR yang adil dan telus. Tidak terlintas niat Bersih untuk menggulingkan kerajaan melaluigerakan jalanan.

Malaysia tidak setuju dengan prasangka Israel konon rombongan itu mengancam keselamatan Israil, tetapi kerajaan Malaysia pula bersikap seperti Israel bila ia mengira Bersih bertujuan untuk menumbangkan kerajaan di luar pilihan raya.

Malaysia pula menggunakan taktik Israel kononnya menjumpai barang-barang dari kalangan Bersih yang selalu digunakan dalam perkelahian dan rusuhan. Dari mana polis Malaysia dapat barang-barang itu? Yang nyata ia adalah taktik biasa Israil.

Sampai akhir rombongan kemanusiaan itu tidak dapat membawa muatannya ke Gaza. Mereka yang dari Malaysia sudah pun balik termasuk Khairy.

Sampai akhir polis tidak membenarkan Bersih mengadakan perarakan dan orang-orang dari luar Kuala Lumpur dihalang masuk Kuala Lumpur.

Kedegilan penyokong Bersih sama saja dengan kedegilan rombongan kemanusiaan ke Gaza. Semua sekatan itu cuba ditembusi. Semangat kedua-duanya adalah sama dan sikap Malaysia pula sama dengan Israel dan Greece.

Najib pertahan demokrasi dengan water cannon?

Posted: 11 Jul 2011 11:58 PM PDT

Harakahdaily

KUALA LUMPUR: Demokrasi sebenar memberi hak kepada rakyat untuk memilih parti yang dikehendaki dengan bebas tanpa menggunakan water cannon atau tangkapan.

Demikian kata Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib (gambar) sebagai mengulas kenyataan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak bertekad untuk mempertahankan demokrasi di Malaysia dan tidak akan menggunakan penipuan untuk berkuasa.

Baginya, kenyataan itu satu perkara yang melucukan seperti mana yang dilaporkan oleh media perdana semalam.

"Pedih mata rakyat Malaysia pada hari Sabtu yang lepas masih lagi tidak hilang kepedihannya, tiba-tiba ikita disajikan dengan lakonan komedi yang telah diketahui jalan ceritanya," ujarnya.

Katanya, Perdana Menteri sewajibnya sedar bahawa demokrasi adalah milik semua.

Jelasnya lagi, demokrasi yang sebenar ialah memberi hak kepada semua rakyat untuk memilih parti yang mereka kehendaki dengan bebas tanpa dipaksa atau disekat apatah lagi menggunakan water cannon atau gertakan dengan tangkapan.

Beliau menambah, Presiden Umno hendaklah sedar bahawa demokrasi yang sebenar ialah rakyat tidak boleh disogok dengan kempen palsu atau penyalahgunaan kuasa tanpa batasan.

Katanya lagi, itulah demokrasi yang harus dipertahankan dan bukannya mempertahankan pembohongan dan tipu daya untuk meraih sokongan rakyat.

"Demokrasi juga bermaksud semua parti politik berhak menggunakan semua bentuk media massa untuk menzahirkan pandangan dan hujah mereka dalam membangunkan negara, bukannya dimonopoli oleh pihak pemerintah sahaja," ujarnya

Tegasnya, kemenangan mestilah dibina di atas ketelusan, hujah dan keyakinan dan bukan sebaliknya.

Tahniah Unit Amal, peserta Bersih 2.0

Posted: 11 Jul 2011 11:56 PM PDT

Aziz Muda

KUALA LUMPUR: Unit Amal dan para peserta himpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu di ibu negara wajar diberikan ucapan tahniahkerana berkemampuan berhadapan dengan pihak keselamatan.

Halangan kerajaan BN untuk Bersih 2.0 menggunakan Stadium Merdeka jelas merupakan tindakan jahat kerajaan BN dan sekali gus menunjukkan kepimpinan BN tidak mengikuti sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan di negara ini.

Ketua Dewan Pemuda PAS Perak, Zawawi Hassan (gambar) berkata, tindakan kasar dan zalim yang digunakan oleh pihak polis yang menerima arahan dari kerajaan BN bagi menangani para peserta himpunan itu menunjukkan imej sebenar kerajaan BN terhadap rakyat sejak sekian lama.

Menurut beliau, tindakan itu juga jelas menunjukkan kerajaan BN kini sudah berada di penghujungan kerana majoriti rakyat sudah tidak lagi mampu bertahan di bawah pemerintahan kerajaan BN yang zalim.

Katanya, dengan tindakan itu, rakyat sendiri boleh melihat dengan jelas Umno BN mengkhianati Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

"Sebagai payung negara, Yang di-Pertuan Agong telah bertindak begitu lunak terhadap rakyat dengan memberikan keizinan kepada Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan aman di Stadium Merdeka.

"Namun, Umno BN dengan kejahatannya telah menghalang Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka sehingga menyebabkan rakyat terpaksa mengadakan perhimpunan di jalanan," katanya ketika ditemui di sini.

Tindakan jahat Umno BN itu, menurut beliau, jelas menunjukkan Umno atau kerajaan BN telah mengkhianati Yang di-Pertuan Agong.

"Ini berbeza sama sekali dengan sikap para pemimpin dan penyokong-penyokong Bersih dan Pakatan Rakyat yang sentiasa menghormati Yang di-Pertuan Agong. Daulat Tuanku! Patik rakyat jelata bersama Tuanku!" katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Besut, Terengganu, Wan Azhar Wan Ahmad berkata, para peserta himpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu sememangnya layak diberikan ucapan tahniah kerana berani bangkit untuk melakukan perubahan terhadap politik di negara kita.

"Gelombang kebangkitan rakyat sememangnya tidak boleh dihalang. Kerajaan BN harus sedar, rakyat tidak boleh dihalang untuk melakukan perubahan ke arah yang lebih baik.

"8 tuntutan Bersih 2.0 adalah satu kehendak majoriti rakyat yang mahu melihat pimpinan yang menerajui negara berasaskan merit, bukan kekuatan palsu yang terbina dari sistem yang tidak telus," katanya ketika ditemui di sini.

Tangkapan yang dilakukan oleh pihak polis ke atas para pemimpin dan peserta-peserta perhimpunan itu yang mewakili pelbagai pertubuhan, menurutnya, akan menjadi mukaddimah kepada suatu kebangkitan rakyat secara menyeluruh di tanah air nanti.

"Ia adalah lambang keberanian rakyat untuk menentang kezaliman yang dilakukan oleh Kerajaan BN bagi melakukan perubahan terhadap kepimpinan negara.

"Kepada mereka yang ditangkap dan ditahan, bersabarlah menempuhi segala dugaan itu, tetapi jangan bimbang, insya Allah kejayaan pasti akan menyusul nanti," tegas beliau.

Bersih 2.0: Ramai kesal tindakan polis

Posted: 11 Jul 2011 11:52 PM PDT

Khaulah Azwar

KUALA LUMPUR: Kejayaan himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu telah mencatat sejarah baru buat seluruh rakyat Malaysia yang mencintai keamanan dan inginkan keadilan sistem pilihan raya.

Biarpun berdepan sekatan dan halangan pihak polis sejak tarikh perhimpunan diumumkan, kehadiran puluhan ribu rakyat pelbagai bangsa khususnya golongan muda membuktikan rakyat Malaysia benar-benar mahukan perubahan.

Berikut antara pendapat orang ramai yang sempat ditemubual dalam himpunan Bersih Sabtu lalu.

Mazni Osman- Klang

"Saya begitu kesal dengan tindakan polis yang keterlaluan. Sebelum tiga hari himpunan diadakan kita lihat jalan banyak disekat. Kebanyakkan kenderaan dibuat pemeriksaan oleh polis. Saya rasa negara kita yang sudah mencapai 52 tahun kemerdekaan ini seolah-olah kembali kepada zaman Jepun.

"Polis menangkap rakyat yang tidak bersalah seperti hanya membeli dan memakai baju kuning, bahkan pihak penganjur juga telah berusaha untuk meminta kelulusan permit tidak diberi. Perbincangan telah diadakan berulang kali namun tidak mendapat kerjasama dengan baik. Sikap mereka ini membuatkan rakyat terutamanya belia yang semakin matang berfikir tahu sama ada mahu menyokong BN atau ingin menyokong Pakatan Rakyat (PR) pada pilihan raya akan datang."

Mohd Ismi Mat Taib- Perak

"Pada pandangan saya, rakyat Malaysia yang menentang himpunan ini seharusnya kena faham mengapa kita semua berada di Kuala Lumpur. Ini semua adalah untuk masa depan anak cucu kita juga.Sistem demokrasi Negara kita semakin tenat dan memenatkan semua pihak untuk memulihkannya kembali. Rakyat seharusnya fikir untuk jangka masa panjang bukan untuk masa pendek.

"Kita juga merasa sungguh kesal dan kecewa dengan tindakan polis yang berat sebelah. Mengapa himpunan Bersih 2.0 yang diadakan begitu aman telah diprovokasikan oleh media dan polis?. Mengapa hanya penyokong himpunan Bersih 2.0 sahaja di beri tekanan yang hebat? Rakyat ditangkap, disepak dilayan dengan buruk sekali tetapi mengapa himpunan Patriot yang dibawa oleh pemuda Umno tidak di tangkap seperti kami dikenakan tindakan.

"Mengapa rakyat yang tidak bersalah untuk berhimpunan dan tidak memakai baju Bersih 2.0 hanya menyimpan dalam beg ditangkap? Polis benar-benar tidak tulus menjalankan tugas. Adakah mereka diberi rasuah oleh pihak kerajaan sehingga melaksanakan tugas yang sedemikian rupa?".

Umi Syazariah Meor Hashim- Johor

"Saya rasa tindakan yang diambil oleh kerajaan dengan mengarah semua pihak polis menangkap peserta himpunan Bersih 2.0 adalah satu kesalahan besar. Kerajaan menggunakan kuasa BN mereka yang keterlaluan sehingga rakyat tidak diberi peluang untuk berhimpun secara aman.

"Sebagai pimpinan mereka seharusnya menerima pandangan rakyat bukan menolaknya bulat-bulat. Tetapi fenomena hari ini PM telah menunjukkan sifat munafiknya kerana gagal melunaskan janji untuk menyediakan stadium kepada rakyat. Apakah salahnya mereka memberi kelulusan dalam himpunan Bersih ini yang sudah jelas termaktub hanya menuntut pilihanraya yang tulus dan adil bukan untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada.

"Ini menunjukkan Umno serta pihak polis yang memberi kerjasama sepenuhnya kepada BN boleh dikatakan seperti takut dengan kebangkitan rakyat terutamanya apabila melihat generasi muda yang hadir pada hari ini ramai berhimpun untuk menuntut pilihanraya yang tulus."

Roginy Ponnampalam- membuka perniagaannya di KTM Kuala Lumpur pada hari himpunan Bersih.

"Setiap hari saya membuka kedai disini waktu yang sama kira-kira 6 pagi tetapi begitu sukar untuk mendapat keuntungan yang besar. Hari ini sehingga 8 pagi, saya telah mencapai keuntungan kira-kira RM 600. Kalau nak dibandingkan hari biasa bukan semudah itu untuk mendapat keuntungan dalam RM100 sehingga jam 8 pagi. Saya yakin peniaga-peniaga samada mini market dan kedai makan juga mengalami keuntungan yang besar. Seperti di kedai makan di sebelah, orang ramai sentiasa keluar masuk untuk sarapan pagi. Kebiasaannya kedai mereka juga tidak seramai begini.

"Berbagai bangsa dan rakyat yang hadir pagi ini membuatkan saya tidak menang tangan melayan pelanggan untuk mereka membeli belah disini. Jualan air, roti, kad prabayar, akhbar begitu laris sekali. Saya tidak nampak rakyat yang hadir di sini membuat kekecohan tetapi saya menjadi hairan mengapa polis begitu ramai menjaga kawasan ini".

Bersih 2.0: Adun Seri Setia mahu DUN Selangor buat pendirian

Posted: 11 Jul 2011 11:51 PM PDT

KUALA LUMPUR — Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia dari PKR mengemukakan usul meminta kerajaan negeri Selangor mengambil pendirian terhadap kerajaan pusat dan Polis Diraja Malaysia berhubung cara pihaknya menangani perhimpunan Bersih 2.0, Sabtu lalu.

Dalam usulnya dibawa hari ini, wakil rakyat penggal pertama itu mahu kerajaan pusat menghentikan segala tangkapan dan halangan terhadap kempen Gabungan Menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) di Selangor, malah di seluruh negara.

Usul itu juga meminta kerajaan negeri mempertahankan hak rakyat untuk menggunakan kemudahan-kemudahan kerajaan negeri, badan-badan berkanun negeri, syarikat-syarikat berkaitan kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan tanpa halangan polis atau mana-mana pihak selari dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

Usul itu berkata Bersih 2.0 telah mengadakan perhimpunan aman bagi mempertahankan prinsip demokrasi yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Nik Nazmi (gambar) ketika dihubungi berkata usul itu akan dibahaskan petang ini.

"Bersih telah pun menjunjung kasih di atas titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah menasihatkan Bersih dan pihak kerajaan persekutuan untuk mencari jalan penyelesaian untuk semua.

"Justeru Bersih bersetu mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri turut menawarkan stadium sekiranya Bersih sanggup bertolak ansur," kata Nik Nazmi, yang juga Pengarah Komunikasi PKR dalam usulnya.

Bagaimanapun kata Nik Nazmi, Perdana Menteri telah mungkir janji dan permit turut ditolak pihak polis dan turut mengadakan sekatan jalan raya semata-mata untuk menyusahkan rakyat dan menggagalkan perhimpunan Bersih 2.0.

"Bukan sahaja aktivis Bersih termasuk anggota parti politik berdaftar ditangkap seolah-olah penjenayah, baju-baju kuning turut dirampas," katanya.

Nik Nazmi menambah, akhirnya terbukti "suara rakyat suara keramat" dan rakyat Malaysia pelbagai kaum dan latar belakang, tua dan muda tetap turun berduyun-duyun bukan sahaja dalam negara, malah seluruh dunia bagi menyatakan solidariti terhadap perjuangan menuntut demokrasi.

"Di sebelah malam pula dalam program di Kelana Jaya, polis telah mengadakan sekatan jalan dan mengepung Kompleks PKNS.

"Walaupun saya cuba berunding, permintaan saya ditolak dan program tersebut terpaksa dibuat di Pusat Khidmat saya," katanya lagi.

Kata Nik Nazmi, memandangkan ini melibatkan hak asasi manusia dan konsep demokrasi berperlembagaan, perkara ini hendaklah disegerakan selepas tindakan kerajaan pusat dan Polis Diraja Malaysia yang telah menghina kedudukan kerajaan negeri dan lebih penting lagi merupakan pelanggaran kepada Perlembagaan Persekutuan."

SPR guna peti undi ganti sampul undi pos polis dan tentera

Posted: 11 Jul 2011 11:50 PM PDT

Oleh G Manimaran

KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan untuk tidak lagi menggunakan sampul surat dan karung undi pos pada pilihan raya umum ke-13 — dilihat perkembangan terbaru dalam melaksanakan pembaharuan sistem pilihan raya negara ini.

Langkah itu dilihat selaras dengan perubahan nama undi pos kepada pengundian awal yang diputuskan oleh suruhanjaya itu sebelum ini.

The Malaysian Insider difahamkan perkara itu dibincangkan baru-baru ini.

Ia diumumkan kepada media dua hari selepas perhimpunan Bersih 2.0 yang diadakan, menuntut lapan pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara ini.

Bagaimanapun menurut Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar perkara itu sudah lama dikaji dan langkah awal sudah pun dimulakan ketika pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada Januari 2009.

"Kalau dulu anggota tentera dan polis menggunakan sampul surat undi pos dan sampul surat dimasukkan ke dalam karung undi pos, tetapi mulai sekarang mereka akan memasukkan kertas undi ke dalam peti undi seperti yang digunakan di pusat-pusat pengundian normal," kata Wan Ahmad kepada kepada The Malaysian Insider pagi ini.

Dalam laporan New Straits Times hari ini, Wan Ahmad dipetik berkata, jika sebelum ini anggota polis dan tentera mengundi dengan diselia pegawai-pegawai kanan mereka, sistem itu juga akan mengalami perubahan.

Justeru, tugas penyeliaan proses pengundian di kem-kem tentera akan diambil oleh pegawai-pegawai lantikan SPR iaitu pegawai pengurus pilihan raya.

Wan Ahmad berkata ia antara pembaharuan yang akan dibawa ke atas sistem pilihan raya, yang dteliti sejak kebelakangan ini dan sudah sedia untuk digunakan dalam pilihan raya umum ke-13.

"Kami sebenarnya sudah mula melakukan pembaharuan ke atas undi pos sejak pilihan raya kecil Kuala Terengganu... di mana kami membenarkan ejen calon berada di pusat pengundian seperti di ibu pejabat kontinjen polis dan kem-kem tentera," katanya.

"Cuma kali pertama peti undi akan digunakan untuk mereka memasukkan kertas undi terus ke dalam peti undi, tidak lagi digunakan sampul surat dan Borang 2 lagi," jelas Wan Ahmad kepada The Malaysian Insider.

Pada pilihan raya umum ke-12 terdapat seramai 221,000 pengundi pos.

Sebelum ini wujud kritikan bahawa pengundian oleh anggota tentera dan polis di depan pegawai atasan mereka menyebabkan proses pengundian tidak dikendalikan dengan telus dan sokongan memihak kepada parti pemerintah.

Lazimnya anggota tentera polis dan tentera akan mengundi menggunakan undi pos dua atau tiga hari sebelum pengundian sebenar satu-satu pilihan raya kecil.

"Kami mahukan satu sistem pengundian yang berkesan dan telus," kata beliau sambil menambah, ini adalah antara aspek yang SPR mahu melaksanakan tanpa menunggu pindaan undang-undang.

"Persepsi adalah isu, di mana (tanggapan) bahawa anggota pasukan seragam mengendalikan keseluruhan proses pengundian, dakwaan itu adalah tidak berasas," kata beliau menurut laporan akhbar itu.

"Dalam menjadikan sistem pengundian lebih berkesan, kami akan membenarkan ejen-ejen parti (calon) berada di pusat pengundian dari pagi hingga keseluruhan proses pengundian berakhir, apabila anggota tentera dan polis mengundi," kata Wan Ahmad.

Kata beliau, sekiranya pengundian berterusan sehingga dua atau tiga hari, dalam sesetengah kes, peti undi akan disimpan di pejabat pegawai pengurus pilihan raya.

Tambah Wan Ahmad, pada hari pengundian kertas undi akan dikira sama ada di pejabat pengurus pilihan raya ataupun di pusat penjumlahan undi.

Katanya, SPR sedang mengkaji apsek-aspek lain agar pendekatan baru ini tidak berhadapan dengan kekurangan ataupun kecacatan.

Najib adakan lawatan rasmi sulung ke UK

Posted: 11 Jul 2011 11:48 PM PDT


KUALA LUMPUR — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan melakukan lawatan rasmi ke United Kingdom, atas jemputan Perdana Menteri David Cameron, bermula esok sehingga 15 Julai.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata lawatan itu amat signifikan kerana ia mencerminkan kekukuhan hubungan bersejarah yang terjalin sejak sekian lama antara kedua-dua negara.

"Selaras dengan objektif Malaysia untuk menjadi negara berpendapatan tinggi, lawatan ini akan menjadi pemangkin dalam memperluaskan lagi usahasama sedia ada dan membolehkan kedua-dua negara bekerjasama dalam menghadapi cabaran-cabaran baru global," menurut kenyataan itu dipetuk Bernama Online.

Ini merupakan lawatan rasmi pertama Najib ke United Kingdom sejak mengambil alih jawatan perdana menteri pada April 2009.

Pada lawatan itu, Najib akan memeriksa Kawalan Kehormat di Pejabat Luar dan Komanwel sebelum mengadakan pertemuan dengan Cameron pada majlis makan tengah hari.

Menurut kenyataan itu, kedua-dua majlis menunjukkan betapa pentingnya hubungan Kuala Lumpur-London berikutan sambutan protokol sebegitu biasanya tidak diberikan bagi lawatan oleh ketua kerajaan.

"Kedua-dua perdana menteri akan berpeluang mencorakkan hala tuju baru hubungan dua hala dan meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang. Pertemuan itu dijangka memberi nafas baru dalam pelbagai aspek dan dimensi hubungan antara kedua-dua negara," menurutnya.

Najib dijangka mengadakan perbincangan dengan komuniti perniagaan dan institusi kewangan terkemuka di United Kingdom pada sesi Meja Buat dengan para peneraju industri, pengerusi/CEO pasaran modal dan menyampaikan ucaptama pada Forum Pelaburan Global.

Perdana Menteri juga akan menyaksikan pemeteraian beberapa Memorandum Persefahaman (MoU) dalam pelbagai bidang termasuk inisiatif untuk menangani jenayah merentas sempadan serta kerjasama rel kereta api dan pendidikan.

Najib juga akan menghadap Ratu Elizabeth II di Istana Buckingham.

Pada lawatan itu, Najib akan diiringi isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan empat menteri iaitu Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

United Kingdom merupakan rakan dagang keempat terbesar Malaysia dalam Kesatuan Eropah (EU) dengan jumlah perdagangan bernilai RM13.03 bilion.

Bersih 2.0: Malaysia perlekeh demokrasi, kata PBB

Posted: 11 Jul 2011 11:44 PM PDT

Oleh Shannon Teoh

KUALA LUMPUR — Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menegaskan penggunaan pendekatan keras termasuk gas pemedih mata oleh polis untuk menangani perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara Sabtu lalu menunjukkan Malaysia memperlekehkan proses demokrasi.

Badan sedunia itu berkata Malaysia, yang turut menganggotai Majlis Hak Asasi Manusia PBB telah "mengehadkan kebebasan bersuara, berhimpun dan berpersatuan."

Pakar-pakar hak asasi manusia PBB melahirkan pendirian tidak senang dengan penggunaan air berasid dan gas pemedih oleh pihak berkuasa keselamatan ke atas penunjuk perasaan aman, yang turut membawa kepada kecederaan dan satu kematian, kata pesuruhjaya tinggi hak asasi manusia agensi itu dalam satu kenyataan dari Geneva lewat malam tadi.

Malaysia dipilih menduduki majlis itu tahun lalu tetapi berhadapan dengan kritikan ekoran penggunaan undang-undang penahanan pencegahan seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri dan perkembangan semasa boleh menjejaskan peluang ia dipilih semula menganggotai badan itu pada 2013.

Frank La Rue, Pelapor Khas PBB mengenai hak kebebasan pandangan dan pendapat berkata, tindakan Malaysia mengisytiharkan perhimpunan sebagai haram, menutup sebahagian besar ibu negara dan menangani peserta dengan cara sedemikian memperlekehkan kemajuan demokrasi.

Ahad lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempertahankan tindakan polis.

Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata polis akan menggunakan rakaman video sebagai bukti untuk mendakwa di mahkamah pihak-pihak tertentu khususnya media asing yang membuat tuduhan tidak beasas terhadap pasukan keselamatan.

Meskipun polis telah mengatakan bahawa pihaknya sudah membebskan kesemua 1,700 tahanan pada hari yang sama Sabtu lalu, PBB berkata tindakan menahan enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar Devaraj belum lagi dibebaskan daripada tahanan di bawah Ordinan Darurat.

La Rue berkata tindakan mengisytiharkan Bersih 2.0 sebagai gerakan haram tanpa bukti kukuh juga satu lagi halangan tidak munasabah ke atas hak sivil dan politik.

Bersih mendakwa telah dapat menghimpunkan kira-kira 50,000 orang di ibu negara tetapi dinafikan oleh pihak polis.

Bersih: Akui imej terjejas, tapi Pak Lah yakin Putrajaya mampu baiki

Posted: 11 Jul 2011 11:42 PM PDT

Oleh Shazwan Mustafa Kamal

KUALA LUMPUR— Tun Abdullah Ahmad Badawi mengakui bahawa imej pentadbiran Najib boleh terjejas ekoran perhimpunan Bersih Sabtu lalu — kedua sejak akhir 2007, tetapi beliau masih yakin kerajaan akan dapat memperbaiki kesan.

Ketika bercakap pada sidang media di sini hari ini, bekas perdana menteri berkata kerajaan sentiasa bersedia melakukan apa sahaja untuk memperbaiki keadaan negara.

Malah beliau juga mengecam penganjur dengan berkata mereka tidak pernah membawa mana-mana satu daripada lapan tuntutan mereka ke Parlimen.

"Mungkin ada kesan (ke atas kerajaan), tetapi kerajaan kita peka... jika ada apa-apa yang perlu dilakukan untuk memperbaiki keadaan, mengapa tidak? Mereka akan melakukan," kata Abdullah (gambar).

Perhimpunan pertama pada 2007 ketika era Abdullah juga diadakan dengan tujuan sama, menuntut pembaharian pilihan raya yang adil dan bersih.

MENYUSUL LAGI

PAS: Laksana tuntutan, jika tidak Himpunan Bersih 3.0 susul

Posted: 11 Jul 2011 11:40 PM PDT

TERKINI

Oleh Syed Mu'az Syed Putra


KUALA LUMPUR— PAS memberi amaran kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar melaksanakan lapan tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) sekiranya tidak mahu berdepan dengan satu lagi — Himpunan Bersih 3.0.

Timbalan Presidennya Mohamad Sabu (gambar) berkata empat daripada lapan tuntutan yang dikemukakan Bersih kepada SPR boleh dilaksanakan agensi itu dengan serta-merta.

"Bersih kemukakan lapan dan empat tuntutan boleh dilakukan janganlah berdolak-dalih, kalau pilihan raya adil Barisan Nasional (BN) nak menang sampai bila pun, menanglah... kami tiada masalah terima kekalahan, yang kami tidak mahu adalah penipuan berlaku.

"Jika SPR tidak mahu buat perubahan segera, kami akan cadangkan kepada Bersih untuk buat perhimpunan sekali lagi... ada tuntutan yang boleh disegerakan SPR dan kalau tiada perubahan, kami akan desak Bersih buat perhimpunan yang lebih besar," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Lapan tuntutan Bersih adalah agar SPR membersihkan daftar undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimum 21 hari, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

Mohamad yang mesra dengan penggilan "Mat Sabu" berkata PAS akan terus memberikan sokongan terhadap tuntutan Bersih.

"Kami, dari PAS, akan terus menyokong tuntutan Bersih dan kami berterima kasih kepada peserta walaupun ada sekatan dengan pelbagai cara lebih 50,000 berjaya berada di Kuala Lumpur.

"Ini menunjukkan semangat rakyat begitu tinggi untuk mendapatkan pilihan raya bersih dan adil, kita sebelum ini telah mengatakan bahawa ia adalah perhimpunan aman namun bertukar ganas apabila pihak polis mula serang orang ramai.

"Saya juga telah nyatakan bukan sekadar kawat berduri, bahkan kandang babi juga rakyat akan masuk jika ditembak dan ini terjadi apabila mereka masuk ke dalam hospital," katanya yang hadir dengan berkerusi roda.

Tegas beliau, polis telah bertindak ganas terhadap peserta Himpunan Bersih 2.0 dan ia melanggar etika agensi penguat kuasa yang sepatutnya menjaga keselamatan rakyat.

"Kalau polis beri kerjasama peniaga-peniaga akan bergembira, tapi berlaku kucar-kacir apabila polis dihantui Umno yang sedang lemas.

"Polis didoktrin oleh Umno, polis bukan jaga keselamatan rakyat tapi jaga Umno-BN, patut polis jaga keselamatan tapi bertindak ejen Umno untuk buat provokasi," katanya.

Lebih 1,600 peserta termasuk pimpinan Bersih dan Pakatan Rakyat ditahan.

Bagaimanapun kesemua peserta yang ditahan dilepaskan dengan jaminan polis dan Peguam Negara akan menentukan tindakan ke atas mereka.

Bagaimanapun Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menafikan pihak keselamatan bertindak ganas sewaktu perhimpunan itu.

Tambah Mohamad, Malaysia boleh disamakan dengan Myanmar kerana menyekat demokrasi dan menghalang kebebasan media yang yang telus.

"Media luar negara faham (apa yang berlaku), Singapura dulu seperti Malaysia tapi Singapura sudah berubah yang mana semua parti dibenarkan untuk akses kepada media.

"Di Asia hanya Malaysia dan Myanmar berada di tahap ini, di negara lain tiada tangkapan dan perhimpunan juga dapat permit," katanya.

Beliau yang mengalami kecederaan semasa dalam perjalanan untuk ke ibu negara berkata, pihaknya mungkin akan mengambil tindakan undang-undang.

Mohamad juga berkata segala program yang melibatkan diri akan dibatalkan untuk sementara waktu ekoran kecederaan yang dialaminya.

"Saya terpaksa menghadapi satu pembedahan Jumaat ini kerana ligamen saya koyak, jadi segala program saya akan dibatalkan buat sementara waktu," katanya.

Tambah beliau, PAS mengisytiharkan setiap Sabtu sebagai minggu Bersih dan meminta rakyat yang cintakan keadilan dan keamanan memakai pakaian berwarna kuning.

Bersih 2.0 sedia temu Pemuda Umno bincang tuntutan

Posted: 11 Jul 2011 11:37 PM PDT

TERKINI

Oleh Debra Chong


KUALA LUMPUR— Kepimpinan Bersih 2.0 menyambut baik tawaran Pergerakan Pemuda untuk bercakap di umum berhubung tuntutan-tuntutan pembaharuan pilihan raya dibawa oleh gabungan itu.

"Tiada masalah. Kami bersedia untuk lakukan," kata Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan (gambar) pada sidang media di sini hari ini.

"Kami bersedia untuk berdebat di umum mengenai tuntutan Bersih 2.0 dengan sesiapa," kata beliau sambil menambah, termasuk juga dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Ambiga menyifatkan tawaran Pemuda Umno sebagai satu cara yang sihat untuk membawa tuntutan Bersih 2.0 ke depan.

Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan di ibu negara Sabtu lalu berhubung lapan tuntutan pihaknya.

Pada hari yang sama, Pergerakan Pemuda Umno mengadakan perhimpunan balas Patriot menentang Bersih 2.0 dengan mengumpulkan sekitar 500 orang.

Ambiga juga meminta orang ramai agar terus membantu menggerakkan agenda pembaharuan secara aman dengan mengenakan sesuatu yang berwarna kuning setiap Sabtu.

Menurut Ambiga, polis masih menangkap mereka yang mengenakan kemeja-T Bersih 2.0.

Peguam Andrew Khoo, yang juga ahli jawatankuasa pemandu Bersih 2.0 mengingatkan penyokong-penyokong gabungan itu boleh melakukan perubahan jika dengan segera mendaftar sebagai pengundi dalam pilihan raya umum ke-13.

PAS mahu IGP, timbalan dihadap ke tribunal jenayah

Posted: 11 Jul 2011 04:58 PM PDT

PAS mendesak Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan timbalannya Datuk Khalid Abu Bakar meletakkan jawatan dan dihadapkan ke tribunal jenayah kerana didakwa bertindak melampau ketika menangani perhimpunan BERSIH 2.0 kelmarin.

NONEKetua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwa "kebiadaban" polis dan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) jelas dilihat dalam video orang ramai dan media antarabangsa.

Dalam masa yang sama, tambahnya, dalam perhimpunan itu, polis tiada sebab untuk menggunakan gas pemedih mata atau tembakan air kerana tiada keganasan daripada perserta.

"Dengan pelbagai gambar dan video yang terpapar, kenyataan songsang ketua dan timbalan ketua polis yang kononnya polis diserang and diprovokasi menyebabkan mereka terpaksa bertindak, hanya dapat berfungsi untuk mendedahkan pembohongan beliau sendiri," katanya.

Dalam kenyataan hari ini, PAS juga mengecam kematian seorang peserta perhimpunan itu Baharuddin Ahmad dan kecederaan puluhan peserta yang didakwa berpunca daripada tindakan polis.

"Ratusan yang tercedera kerana dipukul, disepak dan diheret ke dalam trak adalah pandangan jijik anggota keselamatan, yang tidak sepatutnya berlaku," katanya.

Mahkamah diberitahu penemuan tulang hangus

Posted: 11 Jul 2011 04:56 PM PDT

Perbicaraan kes bunuh Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini diberitahu mengenai penemuan pelbagai barangan di enam lokasi di Banting dan Subang Jaya oleh penyelam Pasukan Gerakan Marin (PGM) termasuk cebisan disyaki tulang yang telah hangus.

Selain itu, turut ditemui beberapa batang gigi, enam keping zink mempunyai kesan terbakar, kunci kereta BMW X5 yang dinaiki jutawan kosmetik itu pada hari dia dilaporkan hilang dipercayai dibunuh serta dua telefon bimbit milik dua daripada mangsa.

Koperal Merzuki Shahrim, 43, yang bertugas di PGM Wilayah 1, Pulau Pinang, berkata pasukannya yang turut dianggotai L/Koperal Muhamad Hazriman Ismail, L/Koperal Kesatoper Wine anak Assan, L/Koperal Mohd Shukri Baharuddin, L/Koperal Mohd Shahril Sharif, dan L/Koperal Shapiwal Ameree Shapie, telah diarahkan untuk membuat pencarian antara 12 September 2010 dan 25 September 2010.

Beliau berkata pasukannya diarahkan untuk membuat operasi mencari di Sungai Pancau, longkang besar berhampiran pintu kunci air Pasar Besar Banting, Sungai Kanchong Laut di Kampung Endah, sebatang sungai di tepi ladang kelapa sawit Jalan Kenangan, Kampung Kelanang dan pintu kunci air Sungai Lang, kelima-limanya di Banting dan sebuah longkang di USJ 1, Subang Jaya.

Saksi ke-22 pendakwaan itu berkata pada 3.35 petang 12 Sept 2010, pasukannya diarahkan untuk ke Sungai Pancau dan di situ mereka menemui kesan-kesan seperti objek arang hitam dan terbakar di tebing sungai serta beberapa kesan dawai.

Ketika membuat pencarian di dalam sungai sedalam antara dua ke tiga kaki menggunakan kaedah menapis lumpur-lumpur di dasar sungai guna pengayak dan meraba-raba di kawasan sekitar, kami menemui beberapa cebisan disyaki tulang yang telah hangus dan beberapa serpihan logam terbakar serta berkarat.

"Kami juga menemui beberapa bekas dawai dan satu guni plastik tertulis tepung ubi kayu 50 kg serta beberapa anak kunci dan sebilah pisau," katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Saiful Edris Zainuddin.

Bekas peguam, N Pathmanabhan dan tiga pekerja ladang, T Thilaiyagan, R Matan dan R Khatavarayan dituduh membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44, di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, Banting, antara 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010.

Pathmanabhan, 42, Thilaiyagan, 20, Matan, 21, dan Khatavarayan, 31, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Merzuki berkata setelah selesai membuat pencarian pada 5.45 petang, pasukannya kemudian diarah pergi ke lokasi lain iaitu longkang besar berhampiran pintu kunci air Pasar Besar Banting di mana beliau telah menjumpai sebuah telefon bimbit jenis Blackberry berwarna putih manakala seorang anggota pasukannya menemui sebuah lagi telefon bimbit jenama yang sama berwarna hitam.

Dalam keterangan sebelum ini, kedua-dua telefon bimbit itu telah dicamkan sebagai milik Ahmad Kamil dan Noorhisham oleh isteri masing-masing.

"Kami gunakan kaedah buat barisan dan bergerak dari tebing sebelah kanan ke kiri sambil berbongkok dan meraba-raba dalam air sedalam kira-kira tiga kaki sehingga barang kes dijumpai. Kedalaman air itu tidak memerlukan kami menggunakan alat penyelam. Operasi mencari di lokasi itu tamat kira-kira pukul 7 petang lebih kerana hari gelap dan kami kemudian pulang ke Pusat PGM di Putrajaya," kata saksi itu.

Seterusnya pada 13 September 2010, Merzuki dan pasukannya sekali lagi diarah membuat operasi mencari barang kes di Sungai Kanchong Laut di Kampung Endah di mana mereka menemui seutas jam tangan tertulis Seiko Honda Racing Team.

Merzuki berkata dalam operasi itu, pasukannya terpaksa menggunakan peralatan menyelam kerana kedalaman sungai itu adalah hampir dua meter.

Keesokan harinya, pasukan itu sekali lagi diarah membuat operasi carian lebih terperinci di lokasi yang sama, dan kali ini mereka turut menggunakan peralatan mengesan besi untuk mencari sebarang peralatan logam di dasar sungai.

"Kira-kira pukul 2.20 petang, Muhamad Hazriman yang memakai alat penyelam, menjumpai seutas jam tangan jenama Bell & Ross (pada perbicaraan sebelum ini telah disahkan milik Ahmad Kamil oleh isterinya)," katanya.

Merzuki berkata pasukannya kemudian diarah membuat operasi mencari di sebatang sungai di tepi ladang kelapa sawit, Jalan Kenangan, Kampung Kelanang, di mana dua anggota pasukannya telah menemui enam keping zink yang mempunyai kesan terbakar.

Seterusnya saksi itu berkata pasukannya telah diarah untuk membuat carian di sebuah longkang di USJ 1, Subang Jaya, pada 14 Sept, dan pada 7.30 petang, Muhamad Hazriman telah menemui sejambak kunci tertulis 'BMW'.

Ianya adalah kunci kereta BMW X5 bernombor pendaftaran WTL 11 dinaiki Sosilawati pada hari kejadian, yang ditemui ditinggalkan di tempat letak kereta Flat Angsana, Pangsapuri USJ, Subang Jaya pada 6 September.

Dalam keterangan sebelum ini, perkara itu turut disahkan oleh anak sulung Sosilawati, Erni Dekritawati Yuliana Buhari.

Merzuki berkata bahawa pada 15 Sept, pasukannya sekali lagi diarah ke Sungai Pancau untuk membuat pencarian lebih teliti di mana mereka menjumpai beberapa serpihan tulang, serpihan logam terbakar dan berkarat, beberapa batang gigi, seutas gelang, dua keping duit syiling, kunci dan beberapa logam yang lebur.

"Pada 21 September 2010 pula, kami diarah membuat pencarian di pintu kunci air Sungai Lang di mana saya menjumpai seutas gelang tangan berwarna keemasan. Saya serahkan gelang tangan itu kepada pegawai polis bernama Khoo keesokan harinya sebab mengikut taklimat asal kami perlu mencari telefon bimbit dan memandangkan gelang itu bukan yang kami cari, saya simpan dahulu.

"Pada 23 September 2010, kami sekali lagi diarah ke kawasan pintu kunci air longkang besar berhampiran Pasar Besar Banting untuk membuat carian secara detail tetapi kami tidak menemui apa-apa," katanya.

Merzuki berkata bahawa pada 25 September, pasukannya sekali lagi diarah membuat pencarian lebih teliti di kawasan sama (pintu kunci air longkang besar berhampiran Pasar Besar Banting) di mana mereka menjumpai sebiji bateri telefon jenama Blackberry.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Akhtar Tahir disambung esok.

Pengikut