misbahul munir Posted: 22 Dec 2010 09:22 PM PST |
PAS Negeri Sembilan Posted: 22 Dec 2010 09:12 PM PST Anwar arah tawan Negeri Sembilan Posted: 21 Dec 2010 10:14 PM PST Mon, Dec 20, 2010 - Oleh Zefry Dahalan SEREMBAN: Berdasarkan apa yang dialaminya selama beberapa bulan dan tahun kebelakangan ini , seseorang akan menyangka bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berundur. Namun pemimpin dan pembahas berkarisma ini kembali bangkit, menyebabkan harapan musuh politiknya punah. Musuh politiknya menjangka tidak akan bertahan di dalam krisis pemilihan kongres nasional PKR selain dari keperitan yang dialami semasa perbicaraan kes liwat (termasuk sokongan pemimpin Singapura yang percaya beliau bersalah) dan penggantungan dari Parlimen. Di dua ceramah terbaru di Negeri Sembilan dan Melaka, hadirin menerima beliau dengan penuh semangat. Ketika pilihan raya PKR yang berakhir bulan lalu, Datuk Zaid Ibrahim dan S Jenapala menyerang Anwar secara bertalu-talu atas alasan proses pemilihan yang samar. Mereka turut menerima sambutan meluas dari dalam parti. Mereka turut mempertikai legitimasi Anwar sebagai ketua umum PKR. Ramai penyokong pembangkang termasuk pemimpin PAS dan DAP bimbang terhadap liputan media negatif yang diterima Anwar akan menjejaskan prestasi Pakatan Rakyat dalam pilihan raya akan datang. Para pemimpin tertinggi PKR juga menghadapi kesukaran menerangkan isu Anwar kepada ahli akar umbi kerana media arus perdana melaporkan perihal gelora yang melanda secara meluas. Menurut sekurang-kurangnya sebuah akhbar Melayu, Anwar telah kehilangan keyakinan sebahagian besar dari anggota partinya. Pengkritik beliau patut berada di Seremban pada malam Khamis lepas di mana Anwar menerangkan perihalnya kepada umum buat kali pertamanya setelah digantung dari Parlimen. Mereka akan melihat bukti kekuatan sokongan dan hormat akar umbi kepada Anwar. Laungan sokongan Berdasarkan saiz hadirin dan reaksi kepada ucapan Anwar, pemerhati politik menyatakan tiada pemimpin politik lain yang berkebolehan untuk mengagumkan hadirin yang terdiri dari berbilang kaum. Kira-kira 5,000 orang Melayu, Cina dan India berkumpul menghadiri ceramah di Kampung Ismail, Seremban. Jumlah ini mengagumkan kerana acara ini ditentukan pada saat terakhir, mendapat kurang publisiti dan hujan lebat menyebabkan tanah berlumpur di tapak ceramah. Kepimpinan PKR Negeri Sembilan turut hairan dengan sambutan yang diterima untuk ceramah ini. Hadirin bukan sahaja mendengar malah melaungkan tanda sokongan dan kemarahan sebagai reaksi kepada apa yang diperkatakan oleh Anwar. Beliau berucap selama 90 minit dan kebanyakan berkisar tentang tuduhan meliwat dan penggantungan dirinya dari Parlimen selaku Ahli Parlimen (MP) Permatang Pauh, bersama dengan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), Azmin Ali (PKR-Gombak) dan R Sivarasa (PKR-Subang). Merujuk kepada laporan Wikileaks yang memetik kata-kata pemimpin Singapura, Lee Kuan Yew yang berkata bahawa beliau 'masuk secara sedar' ke dalam perangkap liwat, Anwar turut mengkritik mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana komennya. "Saya cabar Kuan Yew dan Dr Mahathir memberi bukti kepada mahkamah," kata Anwar. Laporan Wikileaks yang sama itu juga turut mengeluarkan kenyataan buruk mengenai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Anwar mencabar Najib agar mempertahankan diri sebagaimana yang dibuat oleh beliau di mahkamah dan rapat umum. "Wikileaks turut melaporkan perisikan Singapura percaya Najib menghadapi kesukaran berikutan tohmahan bahawa beliau terlibat dalam pembunuhan Anwar," kata beliau. "Tapi dia kata ini isu kecil dan 'fokus kepada pembangunan'. "Orang menuduh anda terlibat dalam pembunuhan. Bagaimana anda boleh kata ini isu kecil?" Arahan untuk menawan NS Anwar sepatutnya berucap selama sejam dan meninggalkan pentas pada pukul 10 malam kerana dijadualkan berucap di Ayer Molek, Melaka. Namun galakan dan sambutan hadirin menyebabkan beliau meneruskan ucapannya. Beliau tidak mengendahkan peringatan masa sebanyak dua kali kerana seorang lagi pemimpin PKR turut dijadualkan untuk berucap. Beliau menamatkan ucapannya pada pukul 10.30 malam selepas mengingatkan pemimpin dan penyokong Pakatan menawan Negeri di dalam pilihan raya akan datang. Pembangkang hanya memerlukan empat kerusi untuk membentuk kerajaan negeri. Anwar tiba di Ayer Molek pada pukul 11.30 malam dengan hadirin yang lebih kecil dan sekali lagi beliau memukau mereka. http://freemalaysiatoday.com/bahasa/?p=11442 | |
Khalid Samad Posted: 22 Dec 2010 07:38 PM PST |
DUN PENGKALAN KUNDOR Posted: 22 Dec 2010 07:10 PM PST Posted: 22 Dec 2010 06:05 AM PST | Ucapan Karpal legakan Pas, PKR Posted: 21 Dec 2010 08:26 PM PST
ALOR SETAR - Kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh mengenai kesediaan berbincang dengan Pas dan PKR berhubung isu negara Islam pada Konvensyen Pakatan Rakyat (PR) ke-2 kelmarin menzahirkan permuafakatan semakin kukuh antara ketiga-tiga parti komponen PR.
Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi berkata, kenyataan Karpal itu juga diyakini merapatkan lagi jurang perbezaan antara DAP dan Pas yang sebelum ini tidak begitu serasi akibat perbezaan pendapat terutama berkaitan isu agama.
Menurutnya, ucapan Karpal pada konvensyen itu juga menunjukkan perubahan sikap positif pemimpin utama DAP dalam membicarakan soal pembentukan negara Islam yang diperjuangkan Pas.
"Perubahan sikap positif DAP memberi sinar baru terhadap masa depan rakyat memandangkan selama ini isu pembentukan negara dan pelaksanaan hukum Islam menjadi perbezaan ketara antara Pas dan parti itu.
"Saya yakin kepimpinan Pas Pusat bersedia berbincang dengan Karpal dan DAP mengenai isu pembentukan negara Islam pada bila-bila masa di samping mengharapkan pendirian itu kekal sehingga kita berjaya menawan Putrajaya," katanya sewaktu dihubungi Sinar Harian, semalam.
Beliau berkata sedemikian ketika diminta mengulas kenyataan Karpal bahawa isu negara Islam perlu segera dibincang PR bagi mengelakkan BN mengeksploitasi isu berkenaan dalam pilihan raya umum akan datang.
Menurutnya, DAP menerima Islam sebagai agama rasmi Malaysia dan akan mempertahankan Perlembagaan dan segala peruntukan yang terkandung dalamnya.
"Isunya adalah negara Islam dan ia harus diselesaikan secepat mungkin.
"DAP menerima Islam sebagai agama rasmi negara. Soal negara Islam adalah sesuatu yang kami boleh rundingkan dan saya yakin kita boleh mencapai konsensus," kata Karpal.
Sementara itu, Pengerusi PKR Kedah, Ahmad Kassim menyifatkan kenyataan Karpal sebagai satu keajaiban dan menunjukkan model keutuhan dalam PR.
Menurutnya, beliau hampir menitiskan air mata setelah mendengar kenyataan terbuka Karpal yang bersedia mengadakan rundingan untuk membolehkan PR membentuk negara Islam sekiranya menang pilihan raya umum akan datang.
"Syukur kerana ini kali pertama saya lihat Karpal dan DAP lebih terbuka untuk membincangkan soal pembentukan negara Islam yang saya kira perlu dilaksanakan demi kepentingan semua pihak.
"Saya juga berharap perbincangan penubuhan negara Islam nanti akan menghasilkan satu keputusan positif untuk semua pihak," katanya.[Sinar Harian] | |
N.27 - PAS DUN Sura Posted: 22 Dec 2010 07:09 PM PST ADUN Sura Ziarah Pengerusi JKKK Tanah Lot Posted: 22 Dec 2010 08:03 AM PST DUNGUN 23 Disember, Khamis - Selaku wakil rakyat yang dipilih oleh pengundi di kawasan DUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli melakukan ziarah tanpa melihat kecenderungan parti rakyat yang berada di kawasan yang diwakilinya.
Dalam jadual sumbangan penghargaan kepada para pelajar cemerlang UPSR 2010 di Kampung Tanah Lot baru-baru ini, beliau mengambil kesempatan menziarahi Pengerusi JKKK Tanah Lot, Encik Yusof Ibrahim, 66, yang keuzuran di kediamannya di Jalan Sulaiman, Tanah Lot di sini. Sebelum ini, dua orang anak perempuan Encik Yusof turut menerima penghargaan daripada ADUN Sura di atas kejayaan masing-masing dalam peperiksaan yang dihadapi oleh mereka.
Mereka ialah adik Nuradilah binti Yusof, pelajar cemerlang STPM dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Omar dan adiknya Nurul Akmal binti Yusof, pelajar cemerlang PMR dari Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Dungun.
Mengiringi ADUN Sura semasa lawatan ini ialah ketua PAS Cawangan Tanah Lot, Encik Mohd Razali Haji Aman dan Naib Ketuanya, Haji Mohd Amin Hamid.
Sebelum ini, di Kampung Alor Tembesu, dalam jadual ziarah bakal hajinya, ADUN Sura turut menziarahi Pengerusi JKKK Tembesu Akar, Encik Wan Mohamad bin Wan Kadir, 60, di kediamannya di Rumah Murah Kos 3 di sini, sebelum beliau berangkat ke Tanah Suci pada tahun ini.
| Flashback...Dokumen Perjanjian Di Antara APCO Worldwide Dengan Kerajaan Malaysia Posted: 22 Dec 2010 06:40 AM PST | |
PAS LENGGONG Posted: 22 Dec 2010 07:04 PM PST Ayah Kapten Rosli Meninggal dunia Posted: 21 Dec 2010 08:23 PM PST Ayah En Hamid yang juga ayah kapten Rosli telah kembali kerahmatullah dan solat jenazah akan diadakan di masjid jami' lenggong selepas zohor tengahhari ini. Jemaah PAS di jemput untuk mengerjakan solat jenazah keatasnya. Semoga Allah memasukkannya bersama hammbanya yang soleh. | |
ULAMA PEWARIS NABI Posted: 22 Dec 2010 03:17 PM PST PEJUANG CUEPACS KENA TUTUP MULUT ? Posted: 22 Dec 2010 07:52 AM PST Hampir 2 tahun CUEPACS merayu-rayu agar bonus kakitangan awam diluluskan. Namun rayuan tinggal rayuan. Kerajaan sentiasa menggunakan alasan keadaan ekonomi dan kewangan negara tidak mengizinkan untuk memberi bonus kepada kakitangan awam.
Yang peliknya, setiap kali ada pilihanraya Kerajaan mewar-warkan bahawa ekonomi negara kukuh sekali. Tetapi bila kakitangan awam meminta bonus, secara tiba-tiba pula kewangan tidak kukuh. Di dalam keadaan tidak kukuh itu, bangunan 100 tingkat mahu dibina. Sampai bila kakitangan awam mahu dipersendakan?
Di dalam berita TV semalam, sekali lagi kakitangan awam dipermainkan. CUEPACS merayu lagi untuk mendapatkan bonus memandangkan sesi persekolahan akan bermula dan tentunya banyak perbelanjaan akan ditanggung oleh kakitangan awam yang mempunyai anak-anak yang bersekolah. Tambahan pula, baru-baru ini diumumkan kenaikan harga minyak, gas, gula dan terbaru diberitakan kenaikan harga susu pula. Di dalam keadaan sedemikian, Kerajaan seharusnya bersimpati dengan kakitangan awam bukan hanya sekadar memberikan `wang ihsan' sebanyak RM 500. Kakitangan awam bukan peminta sedekah untuk menerima `wang ihsan' seperti itu.
Rayuan CUEPACS tidak mendatangkan kesan kepada Kerajaan, sebaliknya mulut CUEPACS mahu ditutup dengan pengumuman bahawa CUEPACS akan diberi peruntukkan sebanyak RM3 Juta untuk ubahsuai pejabat CUEPACS bagi keselesaan Presidennya dan pegawai-pegawai atau stafnya. RM2 Juta untuk ubah suai manakala RM1 Juta utk pengurusan. Ini diumumkan oleh Najib sendiri di depan Presiden CUEPACS dan semua ahli gabungannya. Kelihatan tersenyum lebar Presiden CUEPACS ketika pengumuman dibuat dan bertepuk sakan semua yang hadir.
Apakah perjuangannyan CUEPACS selama ini? Apa kakitangan awam dapat hasil daripada pengumuman Najib semalam? Adakah Presiden CUEPACS akan menjadi bisu selepas mendapat pejabat baru yang canggih dan selesa itu nanti? Amat malang sekali jika Presiden CUEPACS begitu mudah digula-gulakan oleh Najib.
Bukan kita menentang peruntukan kewangan untuk ubahsuai pejabat CUEPACS, tetapi CUEPACS harus melihat dan fokus kepada perjuangan mereka sebenar. Jangan kerana sudah mendapat keselesaan untuk diri sendiri, maka kehendak dan tuntutan kakitangan awam di luar sana dikhianati. CUEPACS harus berani dan tidak menjual maruah semurah itu. | SURAT DARI PENYAMUN MENAFIKAN MEREKA BUKAN PENYAMUN ! Posted: 22 Dec 2010 07:30 AM PST Nazri Aziz mengeluarkan kenyataan yang mengatakan bahawa APCO tidak terlibat dengan 1 Malaysia dan 1 Israel. Sayangnya Nazri Aziz sekadar memberikan bukti afidavit bertulis daripada APCO sendiri. Yahudi berjanji tidak akan menyerang Palestine, tidak mahu memusnahkan Masjid Al-Aqsa, tidak mahu membunuh orang awam. Malah Yahudi menggambarkan kepada dunia bahawa bangsa mereka adalah bangsa yang baik. Bangsa yang memperjuangkan kedamaian. Kali ini Yahudi APCO mengatakan bahawa mereka tidak terlibat dengan 1 Malaysia serta 1 Israel.
Adakah ini merupakan bukti kukuh bila yahudi sendiri yang mengeluarkan kenyataan? Anda mahu percaya dengan kenyataan ini? Terpulang kepada anda. Tahukah anda apakah peranan Yahudi APCO ini untuk kerajaan Malaysia sehingga dibayar RM 77 juta setahun oleh Kerajaan Malaysia? Apakah perkhidmatan yang diberikan oleh yahudi ini kepada Kerajaan Malaysia? Di bawah ini jawapannya, dipetik daripada Wikipedia. Sila klik untuk membesarkan image.
Tugas APCO sememangnya untuk menguruskan isu-isu politik sensitif di Malaysia. Maka tidak hairanlah bermacam-macam kaedah digunakan untuk menaikkan imej kerajaan lebih-lebih lagi melalui media baru (internet) | KEPUTUSAN BANCI 2010 Posted: 22 Dec 2010 07:29 AM PST Penduduk Malaysia Kini 27,565,821 Orang PUTRAJAYA 22 DIS : Malaysia kini mempunyai 27,565,821 penduduk, dengan lelaki melebihi wanita pada nisbah 105:100, demikian menurut laporan kiraan permulaan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010. Penduduk lelaki kini adalah 14,112,667 orang dan wanita 13,453,154 orang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop ketika mengumumkan laporan itu pada sidang akhbar di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Perangkaan Datuk Wan Ramlah Wan Abdul Raof. Beliau berkata purata kadar pertumbuhan penduduk tahunan dalam tempoh 2000 hingga 2010 ialah 2.17 peratus, menurun berbanding 2.60 peratus dari 1991 hingga 2000. Semasa tempoh bancian dari 6 Julai hingga 22 Ogos lepas, terdapat 6,396,174 isi rumah dan 7,380,865 tempat kediaman di seluruh negara. Banci 2010 adalah yang kelima dijalankan untuk menghasilkan data yang berguna bagi merancang dan melaksanakan dasar pembangunan negara. Banci sebelum ini dijalankan pada 1970, 1980, 1991 dan 2000.
-/BERNAMA | BATALKAN DAN MUSNAHKAN IC PALSU ! Posted: 21 Dec 2010 05:11 PM PST KERAJAAN MESTI BATALKAN K/P, MYKAD YANG DIKELUARKAN MENERUSI CARA YANG MERAGUKAN DEMI MENJAMIN KESELAMATAN RAKYAT TULIN MALAYSIA
UPKO Gesa Kerajaan Batalkan K/P, MyKad Yang Dikeluarkan Menerusi Cara Yang Meragukan
KOTA KINABALU, 21 Dis (Bernama) -- Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) menggesa kerajaan supaya membatalkan semua kad pengenalan Malaysia (K/P) dan MyKad yang dikeluarkan kepada warga asing menerusi cara yang meragukan.
Timbalan Presiden UPKO Datuk Seri Wilfred Bumburing berkata pengeluaran K/P dan MyKad tulen adalah sama seperti meluluskan kewarganegaraan secara automatik kepada pendatang asing yang tidak berkelayakan.
"Keseluruhan langkah untuk mengeluarkan K/P Malaysia dan MyKad kepada pihak yang tidak berkelayakan bertentangan dengan keperluan Perlembagaan Persekutuan dan mencabuli semangat pembentukan Malaysia, di mana Sabah dan Sarawak turut sama menandatanganinya," katanya pada sidang akhbar di sini Selasa.
Bumburing, yang juga Anggota Parlimen Tuaran, berkata beliau dan Anggota Parlimen lain dari Sabah cuba membangkitkan perkara itu di Parlimen secara lisan dan bertulis.
Bagaimanapun, beliau berkata masa terhad yang diperuntukkan bagi sesi soalan dan jawapan semasa Dewan Rakyat bersidang tidak membenarkan mereka mendapatkan jawapan yang diperlukan daripada Kementerian Dalam Negeri.
Bumburing berkata UPKO akan mengeluarkan satu memorandum menggesa kepada penggantungan segera semua aktiviti yang berkaitan dengan pengeluaran MyKad kepada warga asing, termasuk mengeluarkan kenyataan untuk membatalkan semua K/P Malaysia dan MyKad kepada warga asing.
BUMBURING MENGEMUKAKAN BUKTI WUJUD PATI DI BERIKAN MYKAD DI SABAH? Memorandum ini merupakan 'Amanah Rakyat Sabah' kepada saya untuk disampaikan kepada Kerajaan Persekutuan agar isu PATI yang memiliki dokumen pengenalan diri Malaysia secara tidak sah akan dapat diselesaikan secara bijaksana dan penuh komited. Terima Kasih!
Posted by Silou bah | PBB NAFI GAJI BLOGGER ? Posted: 21 Dec 2010 05:07 PM PST Dana RM10 juta Untuk Blogger
Parti Persaka Bumiputera Bersatu (PBB) menafikan bahawa BN Sarawak menyediakan dana sebesar RM10 juta untuk usaha pengkaderan penulis blog bagi menyerang pembangkang.
ADUN Asajaya Karim Hamzah (kiri) dan ahli parlimen Petra Jaya Fadilah Yusof, yang dinamakan di laman web, menafikan kewujudan dana seperti itu. "Tiada perkara sebegitu. Semua ini bohong," demikian respons senada mereka apabila dihubungi.
Fadilah malah mencabar pemberi maklumat itu mendedahkan nama semua penulis blog yang telah dilatih. Beberapa lamanweb Sarawak baru-baru ini menerbitkan laporan mendakwa Karim dan Fadilah menawarkan RM5,000 sebulan kepada "rakyat Sarawak yang mempunyai jiwa kewartawanan' untuk berkhidmat dengan kerajaan negeri. | |
Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Ayer Hitam Posted: 22 Dec 2010 03:13 PM PST KERAJAAN NEGERI KEDAH IKTIRAF JASA IBU BAPA Posted: 21 Dec 2010 11:08 PM PST AYER HITAM-Kerajaan Negeri senantiasa prihatin dan mengiktiraf semua waris dan ibu bapa yang berjaya mendidik anak mereka sehingga menjadi murid yang cemerlang demi kemajuan masyarakat pada masa depan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) akan terus mengahargai jasa dan pengorbanan ibu bapa dalam mendidik anak kerana anak merupakan aspek yang paling penting dalam membangunkan masyarakat terutamanya di kawasan luar bandar.
menurutnya, jika ibu bapa tidak menekankan aspek pendidikan kita bimbang tiada perubahan dalam kehidupan sekaligus menjadi masyarakat yang terus mundur dan tidak maju.
" jika anak-anak berminat untuk belajar, ibubapa harus memberikan sokongan padu bagi melonjakkan lagi semangat mereka selain memberikan komitmen yang baik dalam memastikan anak mereka dapat melipat gandakan kejayaan mereka demi masa depan,' katanya selepas majlis penyampaian hadiah pelajar cemerlang UPSR DUN Ayer Hitam 2010, disini.
pada majlis itu seramai 80 pelajar cemerlang menerima hadiah selain 200 penerima bantuan beg dan pakaian sekolah dari seluruh DUN Ayer Hitam, | |
Pas Cawangan Kota Kemuning Posted: 22 Dec 2010 01:46 PM PST |
PAS KOTA TINGGI Posted: 22 Dec 2010 01:09 PM PST Janji 100 Hari, BN Resah Posted: 21 Dec 2010 07:39 PM PST Pemimpin Umno BN gelisah mengenai janji 100 hari PR yang diisytihar di Konvensyen Pakatan Rakyat ke 2 pada 19/12/2010. Ini jelas kelihatan daripada kenyataan pemimpin BN termasuk daripada NGO Umno menuduh ini janji yang tidak realistik. Mereka mengeluarkan kenyataan bahawa program ini membazir dan memberi kesan buruk kepada struktur ekonomi negara.
PAS berasa pelik dengan sikap yang ditunjukkan oleh pemimpin Umno BN yang menuduh ini suatu usaha yang membazir. Semua program yang menguntungkan rakyat dianggap membazir, seperti kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor yang memberikan air 20 meter padu kepada rakyat di negeri tersebut.
Apabila Datuk Seri Najib Tun Razak hendak membina Menara Warisan 100 tingkat tidak dianggap membazir. Untuk kroni dan anak beranak tidak membazir. Sebenarnya pemimpin BN resah dengan janji 100 hari yang akan dijanjikan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat jika diberikan mandat untuk mentadbir negara ini. Rakyat yang berada di bawah pemerintah BN mula membuat perbandingan dengan negeri Pakatan, mereka melihat rakan mereka di negeri Pakatan hidup selesa kerana pemimpinnya siang malam memikir bagaimana untuk memberi kepada rakyatnya, manakala pemimpin BN memikir apa yang boleh diambil daripada rakyat.
Kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO, berkata janji pembangkang itu tidak lebih daripada 'wayang politik' bagi menutup kegagalan mereka.
PAS hendak mencabar pemimpin BN, siapa yang temberang rakyat? Bukankah pemimpin BN memberitahu rakyat pada 3 Nov 2010 minyak tidak akan naik hingga hujung tahun. Tiba-tiba 4 Disember 2010 minyak RON 95 naik 5 sen.
Sekurang-kurangnya dengan kekangan kewangan yang dialami oleh kerajaan Pakatan Rakyat, tetap dapat melaksanakan iltizam untuk rakyat seperti yang dijanjikan dalam menifesto. Dalam usia yang muda sudah banyak habuan rakyat dapat, walaupun dalam nilai yang kecil. Jelaslah bahawa Pakatan Rakyat teruji dan terbukti.
| Umno Biadab Dengan Raja-Raja Melayu Posted: 21 Dec 2010 07:34 PM PST Sah, pemimpin Umno layak untuk menerima anugerah terbaik dalam festival filem drama politik Malaysia. Contohnya Umno yang sesak nafas dan tidak cukup oksigen untuk bernafas, maka cuba memanjangkan talian sampai ke pagar istana. Mereka cuba memainkan sentimen bahawa sekarang ada pihak yang hendak menggugat Raja-Raja Melayu. Tindakan Umno sama seperti pepatah Arab yang mengatakan "dia pukul aku, dia menangis, dia maki aku maka dia mengadu orang yang maki dia". Sebenarnya pemimpin Umno silap, bahawa sejarah tidak boleh menipu, walaupun pemimpin Umno kaki penipu dan putar alam dalam isu Raja-Raja Melayu. Di bawah ini sebagai bukti yang menghina Raja-Raja Melayu ialah pemimpin Umno.
1. Pengasas Umno Dato' Onn Jaafar dibuang daripada istana Johor pada tahun 1920 dan membawa diri ke Singapura kerana kritik Sultan atas isu harta. 2. Tahun 1974 Tan Sri Ghazali Jawi (bapa Dato' Seri Tajul Rosli) yang tidak mahu meletak jawatan Menteri besar Perak, walaupun perjanjian asal dia hanya hendak pegang dua tahun sahaja. Apabila sampai masanya dia tidak mahu lepas jawatan. Sultan Idris murka dan bernazar tidak mahu cukur jambang, selagi Ghazali Jawi tidak mahu letak jawatan. Bukankah ini derhaka namanya. Tiba-tiba Datuk Seri Tajul Rosli kata Umno tidak pernah derhaka tidak pernah ucap macam Nizar.( UM 12/2/09). Tindakan bapanya kepada Sultan Perak apa pula maknanya. 3.Begitu juga pada tahun 1979 kes Dato' Rahim Bakar bekas Menteri besar Pahang yang berselisih dengan Sultan pahang. Media pro Umno mengkritik sultan secara terbuka. 4.1983 Umno hendak meminda supaya kuasa YDP Agong mengenai pengistiharan darurat dikurangkan maka Umno membelasah Raja-Raja Melayu kerana menolak cadangan tersebut. 5.Pada tahun 1991 dalam Persidangan Agung Umno, Sultan Kelantan dihentam secara terbuka kerana menyebabkan Umno kalah di Kelantan. 6. Dalam Persidangan Agung Umno juga, perwakilan Umno meminta harta raja disiasat. Berita ini dilaporkan oleh Utusan Malaysia muka surat depan. Apakah ini bukan derhaka? 7.Satu demontrasi dan hantar memorandum kepada Sultan Kelantan telah dibuat oleh pemimpin Umno Kelantan. Kenapa FRU tidak tembak gas? Apakah ini bukan derhaka namanya.? 8.Pada 18hb Jan 1993 Pindaan Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan raja di bawa ke mahkamah.Apabila Raja-Raja Melayu minta tangguh pindaan ini, maka media mengkritik secara terbuka salah laku raja. (BH 19/1/1993) 9.Beberapa siri rapat umum haram Umno di Alor Setar, Bagan Datoh, Seremban, Batu Pahat dan Melaka untuk menunjuk sokongan pada Tun Mahathir dan mengecam raja-raja Melayu. 10.Sebab itu Ku Li dengan sinis menyatakan "Mana satukah yang lebih merbahaya Pindaaan 1993 atau tindakan rakyat tidak menunjukkan hormat pada sultan Perak pada 6/2/09. Ku Li tidak bersetuju dengan tindakan Karpal saman Sultan Perak, tetapi beliau menyatakan Karpal membuat suatu perkara yang dibenarkan oleh perlembagaan yang pemimpin Umno yang beri laluan pada tahun 1993. (Star On Line 17/2/09). Tiba-tiba sekarang Umno pula menjerit marah kepada Karpal. Sepatutnya orang Umno kena buat demo depan pejabat Umno. Saya yakin hak yang pergi demo itu memang zero IQ, yang tidak sedar bahawa pemimpin merekalah yang menjatuhkan martabat raja sehingga boleh dibawa ke mahkamah. 11.Peristiwa pertabalan Tengku Ibrahim Inderaputera untuk mengganti Sutan Ismail Putera 29hb April 1993 di Ketereh Kelantan oleh Dato' Anwar Musa . Ini lagi memalukan, apakah ini bukan derhaka atau kurang ajar namanya? Budaya mana pemimpin umno ambil 12.Kenyataan biadab Shahidan Kasim bekas MB Perlis mengatakan " Sultan Kelantan sekarang tidak layak menduduki tahta dia ada bukti" (BH 11hb Jun 1993.) 13.Dato' Mohd Taib kata Nizar derhaka, Dia lupakah yang dia bawa lari Ku Yah (puteri Sultan Selangor kahwin lari sampai Sultan murka). Apakah ini bukan derhaka?. 14. 23 daripada 24 ADUN Terengganu ugut boikot angkat sumpah Dato' Mohd Said selepas pilihanraya 2008. Mereka buat kenyataan terbuka menyanggah pihak istana dan mahu Idris Jusuh juga jadi MB Terengganu. Manakala penyokong Umno pula mengatakan sultan binatang. Kenapa polis tidak tangkap mereka yang demo dan hina sultan. Apakah pihak polis buta sampai tidak tahu siapa yang pegang kain rentang yang menghina sultan sebagai binatang. Kenapa polis boleh tangkap mereka yang demo di depan istana Kuala Kangsar 6hb Feb 2009. 15. Shahidan Kasim boikot perlantikan Dr Isa Sabu sebagai MB Perlis , bukankah ini derhaka namanya. 16. Tan Sri Rahim Tamby Chik sewaktu menjadi Ketua Menteri Melaka meminta supaya amalan panggilan 'patik' yang digunakan sewaktu berkomunikasi dengan sultan dihentikan , memadai dengan hanya menyatakan 'saya tuanku'. BH 3/2/1993. Ini ungkapan yang biadab dan derhaka kepada Raja Melayu. 17. Dato' Zahid Hamidi ketika menjadi ketua pemuda Umno mencabar supaya sultan Kelantan Ismail Petra turun takhta kerana beliau bukan waris yang sah (BH 11/2/1993). Ini sikap biadab yang ditunjukkan oleh Zahid Hamidi terhadap sultan yang cuba campurtangan soal pelantikan raja-raja melayu. Banyak kenyataan yang berupa penghinaan kepada Raja-Raja Melayu ketika pemimpin Umno bergaduh dnegan Raja-Raja melayu. Dr Mahathir mengatakan Raja tidak henti meminta daripada kerajaan BH 30/1/1993 Berita harian 23/1/1993 mengaibkan mendedahkan pesta arak di majllis sultan dan membawa perempuan cantik kadang-kadang lapan orang. Sekarang jelas siapa derhaka dan tidak hormat Raja. Siapakah penderhaka sebenarnya di negara ini. Jawabnya tentulah pemimpin Umno . Pemimpin Umno hanya menggunakan istana untuk talian hayat mereka sahaja. Mereka bukan jujur, merekalah yang menjatuhkan martabat raja-raja Melayu.
| INTIPATI UCAPAN PRESIDEN PAS SEMPENA KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT KE-2 Posted: 21 Dec 2010 07:28 PM PST Mukaddimah 1. Yang Dihormati Saudara Pengerusi, YB Dato' Seri Anwar Ibrahim - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), YAB Saudara Lim Guan Eng - Setiausaha Agung DAP – Ketua Menteri Pulau Pinang, Yang Dihormati Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail – Presiden PKR, Seluruh Anggota Kepimpinan PAS – PKR – DAP, YAB Menteri Besar Kelantan – Kedah – Selangor, NGO, para tetamu dalam dan luar negara, Wakil-wakil Kedutaan Asing, Ahli-ahli Yang Berhormat serta seluruh perwakilan dan pemerhati sekalian. 2. Kita bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana kita sekali lagi berada dalam kesempatan yang sangat bermakna di penghujung tahun 2010, setelah setahun lalu kita sama-sama melakarkan sejarah dengan mengadakan Konvensyen Pakatan Rakyat yang pertama di Shah Alam pada bulan Disember 2009.
3. Tentunya Konvensyen Pakatan Rakyat kali kedua ini pula akan menjadi medan kita bermuhasabah, menilai keperluan, menanda aras pencapaian dan menambahbaik tindakan, setelah kita diberikan amanah menguruskan kerajaan di empat buah negeri dan seterusnya memimpin rakyat untuk membuat perubahan di negeri-negeri yang lain, insyaAllah.
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,
Ketetapan Konvensyen Pertama
4. Setahun yang lalu, kita telah sama-sama menerokai dasar bersama yang dipersetujui, dengan rangka matlamat melaksanakan muafakat yang sangat bermakna dalam negara kita ini bagi membebaskan negara dari kemelut yang sangat menekan rakyat dan penuh dengan penyakit di segenap sudut, seterusnya membentuk gagasan alternatif terbaik untuk negara.
5. Maka kita telah mencorakkan dasar bersama yang penting di bawah Muafakat Rakyat iaitu untuk (1) Mengembalikan demokrasi telus dan tulen, (2) Memacu Ekonomi Berprestasi Tinggi, Mapan dan Adil, (3) Keadilan Sosial dan Pembangunan Insan dan (4) Hubungan Persekutuan-Negeri dan Dasar Luar Negara.
6. Semua dasar bersama ini akan terus dilaksanakan selari dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, yang merupakan suatu penzahiran cita-cita dan harapan rakyat Malaysia yang merdeka. Di dalamnya hak asasi setiap rakyat termasuk hak agama, bahasa, kerakyatan dan budaya dijamin sepenuhnya.
7. Dalam hal ini, PAS akan terus menjadi penjaga amanah bagi memperkasakan Islam sebagai agama bagi Persekutuan, di mana perubahan kita adalah dalam ruang lingkup undang-undang negara dengan mengambilkira Islam sebagai agama rasmi negara, dengan meletakkan Islam berdasarkan kepada maknanya yang sebenar. Dalam masa yang sama agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana sahaja di negara kita ini.
8. PAS percaya bahawa kekeliruan terhadap Islam yang adil yang ingin dibawa oleh PAS berlaku kerana contoh dan tafsiran salah terhadap Islam yang ditunjukkan oleh UMNO selama ini, sehingga melahirkan pemimpin yang tidak amanah, dan berkuasa melalui rasuah serta penipuan.
9. PAS percaya bahawa keadilan sejagat Islam yang sememangnya bersesuaian dengan fitrah manusia boleh menjadi tiang seri yang mampu untuk menyatukan hati manusia. Kita mesti menyedari bahawa di sana ada perkara yang sama dan berbeza dalam kalangan manusia yang perlu diraikan. Islam mengiktiraf kewujudan pelbagai kaum, dan perpaduan itu mestilah berteraskan rasa saling hormat menghormati dan kenal mengenal di atas sifat kemanusiaan serta dilayan dengan adil, walaupun berbeza agama dan kaum.
Firman Allah SWT :
Maksudnya : Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. [49:13]
10. Kita juga telah bersetuju untuk terus melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153, mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi raja berperlembagaan, memartabatkan pengunaan Bahasa Melayu selari dengan Perkara 152 Perlembagaan dan memperluaskan Bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau, dan dalam masa yang sama melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum.
11. Seluruh ketetapan yang sama-sama kita lakarkan dalam konvensyen yang lalu, sebenarnya telah menjawab segala tohmahan jahat dari pihak musuh politik kita bahawa kononnya Pakatan Rakyat adalah golongan yang tidak memahami perlembagaan dan akan menjual rakyat dengan harga yang murah.
12. Hakikatnya, merekalah yang sebenarnya tidak menghormati tonggak demokrasi berparlimen, apabila dengan penuh keangkuhan telah menggunakan kuasa bagi menyingkirkan Ahli Parlimen kita dari Parlimen Malaysia. Apa yang berlaku hingga kini ialah, mereka takut untuk berhujah dan gagal memberikan apa-apa jawapan yang meyakinkan mengenai isu yang diperkatakan. Merekalah sebenarnya yang telah memberikan nama buruk negara ke persada dunia.
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,
Persidangan Shah Alam 2010
13. Selain dari itu, kita juga menjadikan persidangan yang dihadiri oleh Menteri Besar dan Ketua Menteri, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Agensi Kerajaan Negeri, semuanya dari Negeri Pakatan Rakyat pada 29 November lalu sebagai komitmen kita untuk menambahbaik aspek ekonomi, sosial, politik dan pentadbiran kerajaan yang kita pimpin.
14. Saya amat berharap agar segala buah fikiran dan perancangan yang begitu baik itu tidak menjadi bahan yang tinggal di atas kertas sahaja, tetapi di berikan kefahaman kepada pegawai pentadbiran kerajaan agar mereka memahami aspirasi kita dan seterusnya melaksanakannya.
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian, Masa Bergerak Ke Depan
15. Hari ini juga kita berhimpun, dengan penegasan yang lebih bermakna, bahawa kita ingin terus melakukan perubahan, di atas prinsip Tahalluf Siyasi, yang menggariskan prinsip kebersamaan kita dengan menekankan persamaan untuk memerangi kezaliman, ketidakadilan serta rasuah tanpa menafikan asas pembentukan negara Malaysia dan struktur masyarakatnya.
16. Pada hari ini juga kita menghasilkan satu dokumen kerja dan sasaran yang ingin kita capai dalam berbagai sudut. Cabaran terbesar kita nanti ialah bagaimana kita menterjemahkan perancangan ini ke dalam bentuk tindakan yang bukan sahaja difahami oleh pelaksana yang terdiri dari pegawai-pegawai kerajaan di bawah negeri Pakatan Rakyat, tetapi juga difahami oleh rakyat yang berada di bawah kerajaan Pakatan Rakyat khususnya, dan rakyat dalam negara kita ini umumnya. Rakyat lah nanti yang akan menjadi hakim di atas kesungguhan dan komitmen kita untuk melaksanakan perubahan. Jangan kita sekali-kali membiarkan rakyat menghukum kita dalam pilihanraya umum yang akan datang nanti.
17. Kita juga sedar dan insaf, bahawa perubahan menyeluruh yang diimpikan oleh gagasan Pakatan Rakyat tidaklah mudah dicapai, kerana kita berdepan dengan konsep federalisme sonsang yang dipegang oleh Kerajaan Pusat pimpinan Barisan Nasional, yang tidak lagi menghormati pilihan yang dibuat oleh rakyat dalam negeri yang telah memilih Pakatan Rakyat.
18. Selain dari itu, kita juga berdepan dengan kekangan pentadbiran yang sudah membarah selama puluhan tahun di bawah Kerajaan BN. Dalam masa yang sama, kita juga dibelenggu dengan kelemahan diri sendiri apabila ada di antara kita yang mula hilang tumpuan, setelah kita mula diserang dari segenap penjuru oleh kerajaan pimpinan Barisan Nasional ini. Kadangkala kita berhadapan dengan perbezaan pandangan dan pendekatan untuk menyelesaikan masalah, dan di sinilah cabaran terbesar kita yang perlu dirungkaikan supaya kita menjadi gagasan terbaik untuk negara ini.
19. Saya menyeru kepada semua para hadirin yang menjadi petugas kepada perubahan dalam negara kita ini, supaya kita tidak sekali-kali tersasar dari tujuan kita untuk melakukan perubahan menyeluruh yang bermakna kepada generasi yang akan datang.
20. Dengan perasaan penuh keikhlasan kita menyedari akan kelemahan-kelemahan ini, tetapi kita bukanlah seperti komponen musuh yang saling bercakaran sesama sendiri, lalu bertindak menyembunyikan masalah mereka sehingga ianya menjadi seperti 'api dalam sekam' yang menunggu masa untuk menjahanamkan negara kita yang tercinta ini. Inilah beza nya pakatan kita dengan mereka, di mana kita berani untuk berdepan, berbincang, berbahas, semuanya dalam semangat yang tulin bagi menyelesaikan sebarang masalah yang timbul dalam gagasan kita ini. Inilah yang ingin kita sampaikan kepada rakyat.
21. Perlu kita ingat, bahawa Pakatan kita ini bukan sahaja bergerak untuk menafikan kekebalan pemerintahan Barisan Nasional semata-mata, tetapi adalah untuk melaksanakan perubahan yang adil di mana keharmonian dan keupayaan masyarakat memahaminya di jadikan teras dalam perubahan dalam negara kita ini.
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,
Perlu muhasabah
22. Marilah sama-sama kita bermuhasabah akan pencapaian kita, setelah diberi tanggungjawab melaksanakan amanah pemerintahan di negeri-negeri Pakatan Rakyat, menilai dengan penuh kejujuran akan kelemahan dasar dan pelaksanaan, kita mencelikkan mata-telinga kita seluas-luasnya dan berlapang dada dengan kritikan rakyat, seterusnya melakukan rombakan pentadbiran dan perubahan menyeluruh apabila difikirkan perlu. Berdasarkan maklumat kelemahan kita ini, maka kita perlu bangkit kembali dengan terus melaksanakan penambahbaikan dalam pemerintahan kita dan memperkemaskan jentera parti di negeri-negeri yang belum bersama kita.
Asas perubahan
23. PAS ingin menyatakan bahawa dasar yang ingin kita laksanakan dalam negeri di bawah Pakatan Rakyat perlulah bertitik tolak dari pemahaman bahawa (1) kita membaiki kerosakan yang ada dalam negara kita, (2) kita ingin meletakkan negara dan negeri di atas dasar yang sepatutnya, (3) semuanya dilaksanakan dengan semangat dalam perkara yang menjadi Dasar Bersama kita.
24. Tetapi kita tiada masa yang panjang untuk melakukan semua ini kerana musuh akan sentiasa mencari jalan untuk meruntuhkan negeri di bawah Pakatan Rakyat yang telah kita sama-sama bina. Negeri yang sama-sama kita bina ini pula tidak akan memberikan sebarang makna dalam politik baru negara kita, sekiranya kita gagal menunjukkan kaedah pemerintahan yang jauh lebih baik dari negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional.
25. Pemerintahan yang lebih baik yang ingin kita capai ialah bukan hanya berkaitan dengan pencapaian ekonomi semata-mata, dan juga bukan hanya mengenai dasar perindustrian serta pelaburan sahaja, kerana kita juga tidak mahu melahirkan masyarakat yang hanya melihat pembangunan material yang berselerakan di kiri kanan persekitaran mereka dan dalam masa yang sama jiwa mereka kosong sehingga melahirkan berbagai penyakit kemanusiaan dalam masyarakat kita ini.
26. Apa yang kita mahu, bahawa kita perlulah juga menumpukan kepada kesejahteraan spiritual dan akhlak serta pembangunan rohani, yang dihubungkan dengan pegangan agama yang mampu untuk memandu kehidupan rakyat di bawah jagaan kita. Indeks kesejahteraan yang ingin kita capai juga perlu mengambil kira persekitaran masyarakat beragama berbagai kaum dan fahaman yang wujud dalam negara kita ini, apatah lagi ianya mungkin berbeza dengan pentafsiran kesejahteraan di negara-negara lain. Kita inginkan kerukunan sebuah keluarga, yang mampu untuk berdepan dengan krisis moral dan akhlak yang semakin berleluasa di zaman yang serba moden ini.
27. Dalam melaksanakan dasar dalam negeri yang diperintah Pakatan Rakyat secara bersama, maka penting juga untuk kita berhati-hati dengan cuba lebih memahami betapa pentingnya bagi setiap parti untuk menguruskan sensitiviti masyarakat – tanpa perlu untuk kita menongkah kepercayaan agama dan budaya setiap kaum di negara ini. Jangan pula kita untung secupak tetapi rugi segantang dalam pertimbangan kita.
28. Kegagalan untuk memahami perkara asas ini akan membuka ruang kepada UMNO dan BN untuk menyebarkan dakyah mereka menerusi media massa yang dikawal oleh mereka. Kita akan berada dalam keadaan yang sangat 'defensive' untuk melawan kuasa media mereka yang akhirnya membuatkan rakyat terbanyak akan menjadi keliru. Akhirnya kita semua akan rugi.
29. Pendekatan bertahan ini perlulah diubah, dengan kita sendiri menentukan agenda kita bersama rakyat, dan bukan hanya responsif terhadap serangan musuh. Oleh yang demikian, sudah tiba masanya untuk kita memasuki fasa seterusnya dalam gerakerja kita, dengan kita menggunakan media kita sendiri yang boleh sampai kepada rakyat. Gerakerja ini perlulah disusun secara bersama di kalangan negeri Pakatan Rakyat, petugas parti dan semua kalangan pengamal media yang bersama dengan kita.
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,
Persediaan Pilihan Raya
30. Belum pun kita sempat melaksanakan amanah dengan sempurna, angin yang bertiup kencang di waktu ini telah memberi gambaran bahawa saat dan ketika untuk kita berdepan dengan Pilihanraya Umum ke 13 detiknya semakin hampir. Suasana sebegini dizahirkan oleh pimpinan utama BN bahawa mereka merasakan semakin selesa dan kononnya rakyat akan kembali bersama mereka.
31. Kepada mereka, marilah kita pertegaskan pada hari ini bahawa kita bukan sahaja komited untuk mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat di empat buah negeri ini, tetapi kita akan bangkit untuk merubah kedudukan percaturan politik yang menjadi dominasi Barisan Nasional selama ini, insyaAllah.
32. Kita juga mencabar pimpinan Barisan Nasional untuk berani turun ke gelanggang secara amanah dan jujur, tanpa bergantung kepada agensi dan institusi kerajaan, tidak memperkudakan media massa serta menaburkan janji kosong pilihanraya yang saban tahun menjadi rasuah mereka kepada rakyat. Marilah kita turun ke gelanggang secara penuh demokrasi, bukannya berpaut kepada demokrasi yang rosak.
33. Kepada saudara saudari yang hadir dalam konvensyen ini, ingatlah bahawa sekiranya kita ingin mencapai kejayaan yang lebih baik dari pilihan raya umum yang lalu, maka pada ketika dan saat ini kita perlu memperkemaskan jentera pilihan raya, mempersiapkan petugas, merangka strategi berkesan, membaiki kelemahan, dan seterusnya menampilkan calon yang amanah dan jujur kepada rakyat.
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,
34. Akhirnya, saya ingin mengucapkan tahniah kepada seluruh jawatankuasa konvensyen, pimpinan Pakatan Rakyat, para perwakilan dan pemerhati, dan rakyat yang bersama kita di merata tempat, serta sekalung terimakasih kepada tuan rumah konvensyen yang menjayakan perhimpunan yang bersejarah ini.
35. Mudah-mudahan konvensyen kali kedua ini mampu untuk mencapai objektif yang dicita-citakan.
DATO' SERI TUAN GURU HJ ABD HADI AWANG PRESIDEN PAS | Rakyat Berubah BN Rebah Posted: 21 Dec 2010 07:24 PM PST Parti Islam Se-Malaysia PAS mengucapkan tahniah kepada pimpinan Pakatan Rakyat, urusetia dan peserta Konvensyen Pakatan Rakyat 2010 yang telah berjaya dengan jayanya. Konvensyen yang telah berjaya mencapai matlamatnya. Harapan pemimpin umno BN dan media BN cuba untuk mengadu domba supaya konvensyen ini gagal seperti Konvensyen BN 5 Dis 2010 yang bergaduh fasal Ketuanan Melayu antara Umno, MCA dan Gerakan. Alhamdulillah perkara ini tidak berlaku. Pemimpin Umno BN takut perubahan kerana mereka manusia yang tidak mahu berubah. Mereka takut rakyat berubah kerana mereka akan rebah. Mereka tidak mahu kepada urus tadbir dengan baik dan telus kerana takut perut mereka kurus. Konvensyen Pakatan Rakyat berakhir dengan baik, pandangan yang bernas daripada wakil yang mewakili parti daripada pimpinan tertinggi hinggalah kepada sayap parti. Cadangan yang dicadangkan di dalam konvensyen begitu praktikal untuk dimanfaatkan oleh rakyat. Selepas ini kita akan dengar jawapan daripada pemimpin BN yang resah dengan cadangan yang dibuat di konvensyen dengan tuduhan ini hanya angan-angan PR. PAS mencabar pemimpin BN beri peluang kepada PR dahulu. Beri masa 100 hari kepada kami untuk membuktikan janji PR palsu atau angan-angan. Mereka akan berhujah di mana wang akan diambil untuk diberi kepada rakyat. Inilah otak pemimpin BN yang lemah dan tidak kreatif untuk manfaat rakyat. Mereka begitu kreatif macam mana untuk perut mereka dan keluarga mereka. PAS ingin mengingatkan kepada Umno BN bahawa Pakatan Rakyat mampu untuk mentadbir negara. PAS sudah buktikan di Kelantan selama 20 tahun mentadbir. Negeri Kedah di bawah Umno mengalami masalah kewangan, tetapi mampu ditadbir dengan baik selepas 8 Mac 2008. Tawaran yang PR berikan kepada rakyat, kami ada asas untuk melakukanya. Apabila rasuah kita buang dalam amalan, ketelusan dalam mengurus, insyaAllah PR mampu menunaikan semua pada rakyat Malaysia. | |
DUN Lembah Jaya Posted: 22 Dec 2010 11:42 AM PST |
Batu Gajah Mari Posted: 22 Dec 2010 11:20 AM PST UMNO cuak !! Posted: 22 Dec 2010 05:12 AM PST KUALA LUMPUR, 21 Dis – Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat percaya sikap terbaru Pengerusi DAP Karpal Singh berhubung isu negara Islam akan menjadi cabaran kepada Umno-BN yang asyik menyerang gabungan tiga parti itu.
Oleh yang demikian, Mursyidul Am PAS berkata, perubahan yang diambil Karpal itu membuktikan kerjasama Pakatan Rakyat yang turut dianggotai PKR amat sesuai dalam konteks masyarat pelbagai kaum dan agama di negara ini.
"Terima kasih atas pendirian terbaru Tuan Karpal Singh. Ia suatu petanda apa yang PAS perjuangkan selama ini banyak membawa kebaikan untuk semua kaum.
"Sikap terbaru Karpal itu juga membuktikan politik kerjasama melalui Pakatan Rakyat amat sesuai dalam konteks masyarakat pelbagai kaum dan agama.
"Ia satu cabaran kepada Umno yang memang menolak asas-asas Islam dipakai dalam politik. Dari segi politik ia sudah mematikan serangan Umno terhadap PAS. Mungkin MCA pula boleh mempersoalkan, sejauh mana pendirian Umno dalam isu pemerintahan Islam," kata Menteri Besar Kelantan (gambar) kepada The Malaysian Insider hari ini.
Tambah Nik Aziz, parti Islam itu bersedia untuk berbincang mengenai isu negara Islam dan ia terbuka kepada sesiapa sahaja.
"Memang bersedia untuk berbincang atas isu negara Islam kerana bagi PAS sentiasa mengamalkan prinsip terbuka untuk berbincang dengan sesiapa sahaja," kata Nik Aziz.
Nik Aziz juga berkata sama ada PAS ataupun sakretariat Pakatan Rakyat boleh menguruskan sesi perbincangan yang diharapkan oleh Karpal.
"Kalau boleh perbicangan itu nanti boleh dilibatkan sama ahli akademik atau pakar-pakar perundangan bagi memahami secara spesifik isu-isu berkaitan pemerintahan dan keadilan Islam.
"Dengan kenyataan Karpal itu, ia sudah menjawab semua keraguan yang timbul sebelum ini," katanya dalam satu kenyataan.
Ketika Konvensyen Pakatan Rakyat Kedua di Kepala Batas, Pulau Pinang pada Ahad lalu, Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor mahu isu negara Islam yang dibawa PAS selama ini dan dilihat menjadi 'halangan' kepada Pakatan Rakyat terus bergerak ke depan, diselesaikan dengan segera agar tidak digunakan sebagai senjata oleh musuh-musuh politik mereka.
Sehubungan itu, Karpal berkata, beliau yakin perkara tersebut boleh dibincangkan dan dicari jalan penyelesaian.
"Saya mahu perkara ini diselesaikan dengan segera supaya tidak dijadikan isu oleh musuh kita," katanya.
Dalam ucapannya, Karpal juga menjelaskan bahawa kata-kata 'over my dead body' yang dilafazkan pada 1990, tahun PAS mengambil alih kerajaan negeri Kelantan, telah difahami di luar konteks.
"Apa yang sayakan 20 tahun lalu dibaca di luar konteks. Islam adalah agama rasmi (Persekutuan) dan rakyat agama lain juga ada hak.
"Oleh itu tidak baik untuk mengatakan Perlembagaan Persekutuan membolehkan mengadakan negara Islam, tetapi yang ini boleh dibincangkan, saya tidak mahu BN mengesksploitasikan isu ini... ini boleh dibincang dengan Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz , (Presiden PAS) Tok Guru Datuk Seri Abdul Hadi (Awang)," kata beliau.
Sementera itu, Hadi ketika dihubungi semalam pula berkata bersedia untuk mengadakan pertemuan dengan sesiapa sahaja termasuk Karpal untuk menyelesaikan isu negara Islam.
Tambah Nik Aziz, walaupun negara Islam tidak disebut secara spesifik dalam Perlembagaan Persekutuan, namun sebenarnya ia secara rasmi sudah disebut dalam Artikel 3 tentang kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.
"Walaupun dalam Perlembagaan (Persekutuan) tidak disebut secara spesifik "negara Islam" sebenarnya Artikel 3 tentang kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan sudah cukup menjawab.
"Hakikatnya Malaysia sebuah negara yang sah untuk mendukung prinsip politik dan pentadbiran Islam.
"Saya syorkan pakailah tafsir Perlembagaan yang positif, tidak pesimis tentang Islam. Kerana agama persekutuan dalam maksud agama bagi negara, bukan sekadar rasmi malah agama perundangan.
"Maka sewajarnya dalam Perlembagaan itu dijelaskan maksud agama ialah 'ad-din', iaitu cara hidup yang lengkap dan menyeluruh, bukan kepercayaan semata-mata. Bila dimaksudkan sebagai ad-din, ia sudah meletakkan Islam sebagai akidah yang mantap tak boleh dicampur aduk," katanya.
Oleh kerana itu, katanya, Islam sebagai sistem hidup yang harus dipakai sama dalam urusan politik pemerintahan.
Ketika konvensyen sulung tahun lalu Nik Aziz berkata, Karpal akan terbuka hati untuk menerima idea negara Islam.
Kedua-dua Karpal dan Nik Aziz muncul di pentas yang sama dan duduk bersebelahan pada konvensyen Disember 2009.
Karpal berkali-kali menegaskan meskipun DAP semakin selesa membina ikatan kukuh bersama PAS dalam Pakatan Rakyat manakala parti-parti sekular Umno dan PKR pula giat memikat para ulama, ia masih berpendirian menentang usaha pembentukan sebuah negara Islam. | |
Dupahang's Weblog Posted: 22 Dec 2010 11:10 AM PST Hindraf ancam PR? – Beri kami 15 Kerusi Parlimen Posted: 22 Dec 2010 08:08 AM PST http://kalamperantau.wordpress.com HRP kepada Pakatan: Beri kami 15 kerusi parlimen Parti pelampau – Hindraf-Parti Hak Asasi Manusia (HRP) telah memberi kata dua kepada Pakatan Rakyat supaya memberi laluan kepada parti kaum India itu bertanding satu lawan satu dengan BN di 15 kerusi parlimen dan 38 kerusi negeri dalam pilihanraya umum akan datang. Dalam surat yang dihantar [...] | Projek 100 hari PR: Najib Akan Jawab, Muhyidin Guna Lutut Posted: 22 Dec 2010 08:03 AM PST Chegu Zul Berita bawah inilah yang menyebabkan Najib dan pimpinan Umno Bn tidak lelap tidur. Projek Tawan Putrajaya 2013 bakal menjadi kenyataan. Hasil Konvensyen 2 Pakatan. Janji Pakatan 100 hari pemerintahan jika rakyat memberi peluang dan janji akan dilaksanakan dalam 100 hari pemerintahan PR. Antara 10 perkara berikut adalah :- Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri [...] | |
Pemuda Bersamamu v3 Posted: 22 Dec 2010 09:20 AM PST Lamanweb Sarawak Report 'digodam' Posted: 21 Dec 2010 08:23 PM PST Lamanweb Sarawak Report, yang sering menerbitkan dokumen-dokumen yang didakwanya bukti kekayaan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud, nampaknya telah digodam. Menurut satu kenyataan akhbar, yang dikeluarkan melalui seorang ahli politik pembangkang yang tidak mahu namanya disebut, lamanweb itu kini "offline" untuk sementara. Menurutnya, ini ekoran beberapa ancaman bunuh yang dihantar melalui emel mereka.
Lamanweb ini mendakwa mereka menjadi mangsa serangan 'edaran penolakan perkhidmatan (DDOS), yang mengarahkan laluan besar ke lamanweb tersebut supaya tidak dapat diakses.
Kenyataan itu berkata, tindakan mematikan lamanweb itu dengan menggunakan berjuta-juta hits adalah proses yang sangat mahal, bahkan lebih mahal daripada mendapat khidmat peguam terbaik.
"Jadi ini mengecilkan senarai suspek dalam kes ini terhadap mereka yang sangat kaya dan mempunyai kepentingan langsung untuk menutup (lawanweb) kami, tetapi tidak suka dihadapkan di mahkamah terbuka," katanya.
Kenyataan itu juga melampirkan sebuah foto "eksklusif" isteri baru Taib, yang dilaporkan berketurunan Lebanon, yang identitinya masih lagi misteri.
Berasaskan kepada barang kemas yang dipakai pengantin tersebut di majlis perkahwinannya, Report Sarawak mendakwa permata itu "tak ternilai harganya pada saiz berkenaan".
Perkahwinan itu dikatakan berlangsung pada hari Ahad di kediaman mewah peribadi Taib di Demak Laut, Kuching.
Majlis itu dilaporkan dihadiri 200 tetamu eksklusif, yang terdiri daripada tokoh politik Sarawak.
Isteri pertama Taib, Laila, yang berketurunan Polish-Australia, meninggal dunia pada April 2009 kerana kanser.
sumber : malaysiakini
| JANJI 100 Hari, BN Resah Posted: 21 Dec 2010 03:00 PM PST oleh : Ustaz Idris Ahmad Ketua Penerangan PAS PusatPemimpin umno Bn gelisah mengenai janji 100 hari PR yang diistihar di Konvensyen Pakatan Rakyat ke 2 pada 19/12/2010. Ini jelas kelihatan daripada kenyataan pemimpin BN termasuk daripada NGO umno menuduh ini janji yang tidak realistik. Mereka mengeluarkan kenyataan bahawa program ini membazir dan memberi kesan buruk kepada struktur ekonomi negara. Pas merasa pelik dengan sikap yang ditunjukkan oleh pemimpin umno Bn yang menuduh ini suatu usaha yang membazir. Semua program yang menguntungkan rakyat dianggap membazir, seperti kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor yang memberikan air 20 meter padu kepada rakyat di negeri tersebut.
Apabila Datuk Seri Najib Tun Razak hendak membina Menara Warisan 100 tingkat tidak dianggap membazir. Untuk kroni dan anak beranak tidak membazir. Sebenarnya pemimpin BN resah dengan janji 100 hari yang akan dijanjikan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat jika diberikan mandat untuk mentadbir negara ini. Rakyat yang berada di bawah pemerintah BN mula membuat perbandingan dengan negeri Pakatan, mereka melihat rakan mereka di negeri Pakatan hidup selesa kerana pemimpinnya siang malam memikir bagaimana untuk memberi kepada rakyatnya, manakala pemimpin BN memikir apa yang boleh diambil daripada rakyat.
Kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO, berkata janji pembangkang itu tidak lebih daripada 'wayang politik' bagi menutup kegagalan mereka.
Pas hendak cabar pemimpin BN, siapa yang temberang rakyat? Bukankah pemimpin BN memberi tahu rakyat pada 3 Nov 2010 minyak tidak akan naik hingga hujung tahun. Tiba-tiba 4 Disember 2010 minyak RON 95 naik 5 sen.
Sekurang-kurangnya dengan kekangan kewangan yang dialami oleh kerajaan Pakatan Rakyat, tetap dapat melaksanakan iltizam untuk rakyat seperti yang dijanjikan dalam menifesto. Dalam usia yang muda sudah banyak habuan rakyat dapat, walaupun dalam nilai yang kecil. Jelaslah bahawa Pakatan Rakyat teruji dan terbukti.
| |
i n t a n h i j a u Posted: 22 Dec 2010 07:37 AM PST DAN PEMENANGNYA JATUH KEPADA ....... / دان ڤمنڠڽ جاتوه کڤد ....... Posted: 22 Dec 2010 07:04 AM PST Pergolakan sepanjang 2010 mencetuskan gelombang yang sekaligus turut membentuk dan merobah pasir politik negara. Namun, semuanya digerhanakan oleh individu ini yang paling menonjol dalam arena politik tanahair dan mendominasi tajuk utama berita akhbar negara. Dan orangnya ialah - tidak lain dan tidak bukan - ahli parlimen Bebas Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali yang menerajui badan ultra-Melayu - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA). Dia mungkin digelar 'super-katak' yang sering galak melompat, tetapi dapat dipertikaikan bahawa Ibrahim adalah Penglipur Malaysiakini bagi 2010. | BETUL...SUMPAH....SAYA YANG CIPTA TU....NGAPA TAK PERCAYA ? / بتول...سومڤه....ساي يڠ چيڤتا تو....ڠڤا، تق ڤرچاي ؟ Posted: 21 Dec 2010 08:53 PM PST "Konsep 1Malaysia tidak diciplak dari negara lain...ini ciptaan saya sendiri. Negara lain boleh ada satu itu, satu ini...tetapi tidak ada di dunia ada "1Malaysia: Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan"," katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Tritahunan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) di ibunegara hari ini. | NAJIB BISING SATU MALAYSIA... Posted: 21 Dec 2010 06:04 PM PST
KUALA LUMPUR, 13 April: APCO Wordwide bukan sahaja memberikan nasihat perhubungan awamnya kepada kerajaan Malaysia bahkan juga kerajaan Indonesia selepas Israel. Ini dinyatakan dalam laman web APCO sendiri. Yang menariknya, konsep yang hampir sama digunakan antara Malaysia, Indonesia dan juga Israel. Yang bezanya di Israel menggunakan One Israel manakala di Malaysia dan Indonesia digunakan 1Malaysia dan 1Indonesia. APCO telah dibuktikan di Dewan Rakyat sebagai syarikat yang berpengkalan di Amerika dan mempunyai hubungan rapat dengan Zionis Israel yang membunuh berpuluh ribu umat Islam Palestin. Konsep 1Malaysia dikatakan hasil nasihat dari APCO kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memandangkan konsep itu serupa dengan konsep One Israel yang digunakan di Israel oleh Ehud Barak (Perdana Menteri Israel) pada tahun 1999. Namun begitu APCO di dalam laman webnya menafikan bahawa syarikat itu terlibat dengan konsep 1Malaysia. Kenyataan ini dibacakan oleh anggota Parlimen Rembau yang juga Ketua Pemuda Umno di Dewan Rakyat, Khairy Jamaludin. Tetapi adakah rakyat Malaysia boleh mempercayai kenyataan dari syarikat Yahudi ini? Menurut satu laman web, milosuam.blogspot.com, apa yang lebih menghairankan di sini ialah bagaimana Indonesia yang juga menggunakan khidmat dari APCO ini menggunakan konsep yang sama seperti One Israel dan 1Malaysia? Malah lambang dan slogan konsep 1Indonesia juga dilihat terlalu mirip dengan 1Malaysia yang digunakan di Malaysia. Jika di Malaysia slogan 1Malaysia ialah "Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan" slogan 1Indonesia pula dilihat begitu mirip sekali iaitu "Masyarakat dahulukan, Pencapaian utamakan". Adakah sekadar kebetulan? Sekiranya ia satu kebetulan, ia menjadi satu kebetulan yang ajaib! Sila lihat gambar dibawah ini konsep 1Malaysia dan 1Indonesia begitu serupa. Persoalan yang timbul dari persamaan ini, menurut milosuam.blogspot.com adalah : - Adakah Kerajaan Indonesia atau kerajaan Malaysia yang meniru antara satu sama lain?
- Adakah perkara ini sekadar satu kebetulan yang ajaib?
- Sekiranya Indonesia meniru Malaysia, tidakkah pemimpin Indonesia akan malu apabila rakyat mengetahui bahawa idea 1Indonesia diciplak dari negara jiran? Begitu juga jika perkara sebaliknya yang berlaku.
- Adakah idea 1 (one) ini terlalu agung sehingga Malaysia dan Indonesia memakai konsep yang sama?
- Perlukah konsep 1 Malaysia ini ditiru bulat-bulat oleh Indonesia sehinggakan lambang 1Indonesia dan juga slogan yang digunakan begitu serupa?
| |
mtdchenderoh Posted: 22 Dec 2010 07:03 AM PST BUKU JINGGA (100 HARI PEMERINTAHAN PR): HANTUI UMNO/BN Posted: 22 Dec 2010 02:37 AM PST Konvensyen Pakatan Rakyat ke- 2 dah berlalu. Banyak perkara yang boleh ditafsirkan sama ada yang tersurat mahupun tersirat. Walaupun baru berusia menghampiri 3 tahun, namun 2 konvensyen telah diadakan menandakan isyarat yang jelas terhadap komitmen ketiga- tiga parti untuk mengambil alih Putrajaya. Harapan rakyat untuk melihat Malaysia ditadbir secara telus dan adil mampu dipikul oleh gabungan PAS, PKR dan DAP. Adalah wajar konvensyen kali ini menyebabkan UMNO/BN sesak nafas dan menjadi bengong. Antaranya kenyataan Karpal terhadap isu negara Islam. Dan yang lebih membengongkan UMNO/ BN ialah komitmen 100 hari pemerintahan Pakatan Rakyat di peringkat pusat. Kenyataan pemimpin No. 1 dan 2 negara jelas menggambarkan standard pemikiran di bawah paras kemiskinan yang diwarisi oleh UMNO/ BN turun- temurun. Mereka memperlekehkan tawaran PR malah merendahkan kemampuan pemikiran pemimpin PR. Seolah- olah pemimpin- pemimpin Pakatan Rakyat yang ada terdiri daripada golongan yang buta huruf dan tiada pendidikan. Ketika Pas mula memerintah Kelantan, UMNO/ BN memberikan hanya 3 bulan untuk Pas bertahan dengan sekatan demi sekatan dari pusat. Nah !!! sampai sekarang UMNO terkial- kial untuk merampas semula Kelantan malah Kelantan semakin maju dan makmur berbanding negeri- negeri yang di perintah UMNO/ BN. Bila PAS diberi mandat oleh rakyat untuk memerintah Terengganu dengan di pimpin oleh TN Guru Abd Hadi Awang, UMNO/ BN bagi lagi tempoh masa 3 bulan untuk Pas bertahan di Terengganu dengan menyekat royalti petroleum. Dengan harapan kerajaan Terengganu akan tumbang namun dengan pertolongan Allah, Terengganu terus ditadbir dengan baik oleh Pas dan lebih maju walaupun tanpa royalti petroleum. Pendek kata Pas tetap mampu mentadbir walaupun mendapat sekatan- sekatan ekonomi dari pusat. Inilah yang tak mampu dilakukan oleh UMNO/BN. Mereka hanya mampu memerintah dengan bantuan dari pusat. Negeri- negeri yang diperintah oleh UMNO/BNlah yang mempunyai hutang paling tinggi terhadap kerajaan pusat. Tanpa bantuan hutang dari kerajaan pusat dah lama negeri- negeri pemerintahan UMNO/ BN "bungkus". Selepas PRU ke-12, Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Perak (sebelum rampasan kuasa) telah jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. Yang menariknya ke semua parti (PAS, PRK, DAP), berpeluang mengetuai mengetuai pentadbiran negeri. Laporan Ketua Audit Negara selama 2 bulan berturut- turut membuktikan negeri- negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat mempunyai rekod urus tadbir yang jauh lebih baik berbanding negeri- negeri diperintah UMNO/ BN. Pakatan Rakyat telah membuktikan bahawa mereka mampu melakukan perkara yang tidak mampu dilakukan oleh UMNO/ BN. 100 hari pemerintahan Pakatan Rakyat membuktikan UMNO/BN tidak mampu menawarkan yang terbaik kepada rakyat. Tak perlu tawaran yang hebat- hebat "NAK BAYAR BONUS KAKITANGAN KERAJAAN PUN TERKIAL- KIAL". Nasib baiklah Lim Guan Eng isytihar bonus di Pulau Pinang. Kalau dulu UMNO/BN begitu fobia dengan warna HIJAU... kini warna JINGGA pula menghantui Najib dan Rakan- Rakan "AYUH RAKYAT MALAYSIA... BERANI BUAT PERUBAHAN" | ZUL KULIM DAH JADI SUMBER RUJUKAN UTUSAN MELOYA Posted: 21 Dec 2010 08:35 AM PST Zul Kulim kini semakin popular di akhbar- akhbar pro UMNO/BN. Malah kenyataan beliau sekarang menjadi bahan rujukan utama di akhbar- akhbar berkenaan. Tak lain tak bukan kerana kelantangannya menyerang pimpinan- pimpinan Pakatan Rakyat. Walaupun dah berpaling- tadah tadah dari PKR, namun beliau yang masih sayangkan jawatan YB yang dimenanginya di atas platform PKR. Sekiranya beliau benar- benar bermaruah, beliau sepatutnya meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen dan berjuang di atas platform yang lain. Namun dengan penuh rasa tak malu, beliau masih memegang jawatan tersebut yang tidak mungkin dimenanginya jika bertanding atas tiket bebas.Siapa yang tak sayangkan jawatan YB woiii... Kenyataan terbaru beliau menyerang DAP dengan menyamakannya dengan PAP di Singapura jelas menunjukkan sikap beliau yang menggunakan imej Islam dalam menampilkan peribadinya. Kenyataannya yang langsung tidak menggambarkan sifat sebagai pendakwah Islam jelas memberikan imej buruk terhadap Islam dalam konsep dakwah. Itulah wajah sebenar beliau... Adakah PAP sekarang yang menjadi punca Melayu ditindas? Mungkin ada kebenarannya. Namun, siapakah sebenarnya yang bertanggungjawab memisahkan Singapura dari Malaysia seterusnya menggadaikan Singapura kepada Lee Kuan Yew? Bukankah Melayu UMNO? Mengapa Zul Kulim tak menyalahkan Melayu UMNO ini? Namun sebagai saudara Islam, penulis menasihati beliau agar kembali kepada Islam yang sebenar serta menunjukkan sikap ikhlas beliau dalam membela Islam. Diharap beliau tidak terus membuat kenyataan- kenyataan yang merugikan Islam khususnya di Malaysia ini. | USTAZ ZAKARIA SAMAN AKHBAR & ADUN Posted: 21 Dec 2010 07:54 AM PST Ekoran fitnah yang dilemparkan oleh pihak tertentu terhadap beliau bersabit khutbah jumaat, Ustaz Zakaria Ahmad menfailkan saman terhadap akhbar Utusan Melayu, NST dan Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Berangan, Shabudin. "Kenyataan yang menyatakan etika khutbah juga dah tak betul apabila melebihkan Guan Eng berbanding pemimpin agama Islam yang lain serta pengesahan Shabudin sebagai bekas Yang Dipertua Majlis Agama Islam bahawa saya tidak memiliki tauliah untuk membaca khutbah yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam adalah bersifat fitnah sedangkan saya mempunyai tauliah sejak 29 Mac 2003 lagi," ujar Ustaz Zakaria. Mungkin ramai yang tidak mengenali Ustaz Zakaria Ahmad secara dekat. Ini mungkin disebabkan beliau tidak pernah muncul dalam program- program TV atau radio. Namun bagi yang sering mengikuti kuliah- kuliah pengajian di masjid- masjid terutamanya di sebelah utara semenanjung, beliau merupakan tuan guru yang sangat berilmu dan dihormati. Kepakaran beliau terutamanya dalam ilmu fiqh tidak dapat dinafikan.Malah adik- beradik beliau merupakan ulama- ulama yang sangat dikenali. Antaranya ialah Mufti Kerajaan Pulau Pinang sekarang serta Ustaz Idris Ahmad, Ketua Penerangan Pas Pusat. Oleh itu, langkah UMNO untuk cuba memburukkan imej beliau merupakan suatu kesilapan kerana mungkin mereka tidak mengenali latar belakang beliau. Kami mendoakan mudah- mudahan segala langkah yang diambil oleh beliau akan dipermudahkan oleh Allah dan akan memberikan pengajaran kepada golongan yang busuk hati terhadap perkembangan Islam. | |
Dr Siti Mariah Mahmud Posted: 22 Dec 2010 03:24 AM PST Karpal tutup ruang UBN eksploitasi isu "Langkah Mayat Saya" Posted: 21 Dec 2010 05:35 AM PST UBN boleh melopong dan ternganga mendengar ucapan Karpal Singh ini. Selama lebih 20 tahun mereka mengeksploitasi isu "Nak tegakkan negara Islam ... Langkah mayat saya dulu" kini sudah dilenyapkan sendiri oleh tuan empunya badan. Jika kata-kata serta penerimaan Karpal terhadap Negara Islam hanya digembar gemburkan dalam bentuk tulisan, ramai boleh mempertikaikannya, tapi video ini menjadi bukti bahawa bukan sahaja beliau menerima negara Islam tetapi turut memuji PAS serta menerima Tok Guru Tok guru PAS.
Bila orang macam karpal Singh yang selama ini dituduh macam-macam oleh UBN, tetapi kini membuktikan bahawa beliau tidak seperti yang dinyatakan oleh mereka kerana sesungguhnya beliau dalam keadaan OKU pun masih mampu memberi pukulan maut pada UBN, Ini lah yang dikatakan " Karpal memang punya kelas tersendiri"Sementara itu Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada pemimpin veteran DAP, Karpal Singh yang terbuka untuk berbincang isu negara Islam.
Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan, merakamkan ucapan tahniah itu melalui satu kenyataan di sini hari ini.
"Mudah-mudahan dengan pendirian terbaru itu, YB Tuan Karpal Singh akan mendapat hidayah daripada Allah S.W.T. untuk menerima Islam sebagai satu sistem yang adil untuk semua kaum dan sesuai dipakai dalam politik Malaysia," katanya.
Karpal yang juga Pengerusi kebangsaan DAP, sewaktu menyampaikan ucapan penggulungan pada Konvensyen kedua Pakatan Rakyat di Kepala Batas kelmarin berkata, beliau mahu isu negara Islam segera dibincang oleh Pakatan Rakyat kerana beliau tidak mahu BN mengeksploitasi isu tersebut dalam pilihan raya umum akan datang.
DAP katanya boleh membincangkan isu tersebut dengan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, mursyidul am PAS yang juga menteri besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat serta presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Karpal juga meletakkan keyakinan, isu tersebut boleh mencapai konsensus sekira satu perbincangan bersama diadakan.
Tuan Guru Nik Aziz dan Karpal, dua tokoh politik Pakatan Rakyat yang sebelum ini dilihat bertembung dalam isu negara Islam dan dieksploitasi sepenuhnya media pro Umno.
Karpal sebelum ini pernah menyebut kepada PAS agar 'langkah mayat beliau dahulu jika PAS bertegas mahu meneruskan hasrat membina Malaysia sebuah negara Islam.
Manaka Tuan Guru Nik Aziz pula dalam responnya kepada Karpal sebelum ini, mahu ahli parlimen Bukit Gelugor itu menyatakan di mana salahnya dengan Islam itu.
Dengan penegasan terbaru Karpal itu, media pro Umno kini dilihat hilang punca sekaligus menamatkan isu tersebut dari terus dimanipulasi mereka. | |
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA Posted: 22 Dec 2010 03:08 AM PST 10 Perkara Dalam 100 Hari Kerajaan PR Posted: 21 Dec 2010 09:50 PM PST Pakatan Rakyat akan laksanakan 10 perkara asas bagi kepentingan semua pihak dalam masa 100 hari pemerintahan sekiranya diberi mandat dalam Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang. Sebaik sahaja Pakatan Rakyat diberikan peluang memerintah negara, 10 perkara tersebut:
Pertama: Mengheret perasuah-perasuah negara ke muka pengadilan, bagi membersihkan negara dari amalan rasuah yang akan merosakkan masyarakat dalam pelbagai aspek
Kedua: Menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang ternyata merupakan akta zalim dan tidak menepati kehendak Islam Ketiga: Menstrukturkan semula pinjaman PTPTN bagi memudahkan para pelajar meneruskan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.
Keempat: Memperkenalkan akta kebebasan maklumat iaitu dengan melonggarkan proses permohonan akhbar, majalah atau media yang kini ternyata amat ketat.
Kelima: Memberikan keutamaan kepada kebajikan kepada warga emas, iaitu dengan menaikkan kadar bantuan kepada golongan warga emas kepada kadar yang boleh melegakan kehidupan mereka berbanding kadar sekarang yang tidak seberapa
Keenam: Memperkenalkan dasar kemudahan kebajikan WiFi kepada seluruh rakyat negara ini secara percuma, bagi membolehkan orang ramai mengakses internet dengan lebih mudah.
Ketujuh: Mempertingkatkan pendapatan seisi rumah sebanyak RM4,000 sebulan.
Kelapan: Memperkukuhkan institusi agama selaras dengan artikel 3 Perlembagaan Persekutuan
Kesembilan: Memperbanyakkan dialog-dialog agama bagi mewujudkan persefahaman dan mengelakkan ketegangan agama di antara pelbagai penganut agama di negara ini.
Kesepuluh: Menjadikan polis, SPRM dan SPR sebagai badan yang betul-betul bebas dan tidak berpihak kepada sebarang pihak," tegasnya. | Kenyataan Di Putar Belit Posted: 21 Dec 2010 05:16 PM PST Yang bukan rakyat Malaysia sebenar adalah yang hanya tahu benci-membenci dengan menggunakan fahaman eskstrimis baik aspek kaum, jantina mahupun agama, yang tamak haloba, di mana demi godaan wang rasuah atau yang lain rela menjualkan segala-galanya serta kaki fitnah dan tohmah. "Kesemua ini bukan rakyat Malaysia sebenar, mereka ini (rakyat) Malaysia celup atau pseudo-Malaysians," demikian menurut Lim dalam ucapan beliau di Konvensyen PR ke 2.
Dalam artikel "Utusan Meloya" seorang Dr pemikiran 'sempit' menuduh KM Pulau Pinang membenci orang Melayu dan mempertikaikan kerakyatan mereka. Kemudian memperbodohkan pembaca "Utusan Meloya" dengan ulasan beliau di akhbar tersebut. Mungkin 10 tahun dahulu beliau boleh menggunakan kaedah tersebut untuk memperbodohkan rakyat dan membodek kerajaan, tetapi beliau silap kerana rakyat Malaysia sudah celik IT dan bangkit dari lena pemalsuan fakta | |
CINA ISLAM (林川興) Posted: 22 Dec 2010 01:16 AM PST UMNO Jangan Berlakon Pertahankan Surau dan Masjid Posted: 21 Dec 2010 11:56 PM PST 16 Muharam 1432H Oleh : Khaulah Azwar Bandar Baru Selayang - UMNO/BN digesa agar jangan sesekali suka berlakon kononnya membela agama kepada rakyat dalam setiap perkara yang berlaku yang ada kaitannya dengan agama. Rakyat kini semakin cerdik menilai mana intan dan permata, tegas Tn Hj Mohamad Abd Rahman YDP PAS Kawasan Selayang merangkap Penyelaras DUN Tmn Templer, ujarnya selepas balik daripada Baiah (Majlis Mengangkat Sumpah) sebagai Penyelaras DUN Tmn Templer di S.Alam pagi semalam.
Berikutan dengan isu demonstrasi bantahan Surau Al-Hidayah yang di katakan bakal dirobohkan, beliau menegaskan bahawa demonstrasi tersebut adalah satu provokasi yang didalangi oleh UMNO/BN yang mencari populariti murahan untuk menghasut rakyat supaya membenci dan dengan niat agar rakyat keliru mengenai pengurusan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor Pakatan Rakyat (PR) yang kononnya tidak perihatin tentang masalah agama islam.
Pihak (UMNO/BN) telah membuat provokasi Demostrasi Bantahan dan dengan mewar-warkan kepada rakyat terutamanya penduduk sekitar Rawang seolah olah berlaku kelemahan dan ketidakcekapan Kerajaan Negeri sekarang, menyebabkan satu-satunya tanah orang melayu di Pekan Rawang jatuh ketangan syarikat swasta. Kita bukan sekadar mempertahankan tanah tetapi lebih dari itu yang kita pertahankan adalah Islam.
"Kenyataan tersebut adalah tidak berasas lansung, kerana yang menggadainya maruah orang melayu dan Islam adalah UMNO/BN. Demonstrasi yang di buat adalah memakan diri. Sekarang daripada rakyat tidak tahu, ia sebenarnya telah memecahkan tembelang mereka sendiri.
Saya menyokong kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Politik Dato' Menteri Besar Selangor Faekah Husin bahawa Kerajaan Negeri tidak terlibat langsung dengan pelan pembangunan tapak seperti mana yang dituduh oleh mereka yang terlibat dalam demonstrasi kelmarin.
Kita pun telah mengenal pasti yang hadir majoritinya terdiri daripada pemimpin UMNO/BN termasuk Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Dato' Zainail Abidin Sakom. Kita mencadangkan agar Kerajaan Selangor mengambil tindakan terhadap beliau kerana menghentam kerajaan sedangkan sifatnya Pengerusi YBK juga adalah sebahagian daripada kerajaan".
"Tanah yang terlibat dalam projek pembangunan tersebut dimiliki oleh SAP Holdings Sdn Bhd yang akan menjalankan projek tersebut bersama syarikat swasta Mahumas Sdn Bhd dan rekod menunjukkan SAP Holding Sdn Bhd bukan lagi anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor semenjak 2002 lagi.
Sebenarnya bukan setakat Surau Al-Hidayah sahaja yang kita sentuh tetapi ada beberapa isu lain berkaitan dengan tanah dan agama Islam di Rawang di dan PAS Selayang akan cuba bongkarkan dan sedang mengumpul bukti termasuk tergadainya sebahagian tanah Masjid Nurul Iman yang untuk pembinaan jalan oleh Mahumas, tanah surau dan rezab kubur di Taman Rawang Perdana yang sudah digezetkan telah bertukar statusnya. Semuanya itu berlaku semasa UMNO/BN memerintah.
Mohamad berkata, "Mungkin tidak ramai penduduk sekitar Rawang yang tahu sejarah Surau Al-Hidayah di Kg Melayu, Rawang termasuk bagaimana berlakunya kronologi surau tersebut.
Oleh itu pihak kami meminta agar rakyat dan penduduk sekitar rawang tidak cepat melatah dan mudah percaya dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh UMNO/BN dan diminta merujuk kepada Nazir dan Jawatankuasa Pentadbir Masjid Nurul Iman Rawang sebagai Penaung untuk semua surau-surau di dalam pentabirannya. Kita bersetuju dengan kenyataan di akhbar bahawa tiada isu perobohan".
Beliau juga Penasihat Pemuafakatan Nazir-Nazir Masjid Selayang mengajak rakyat membuka minda dan mengingati setiap peristiwa yang telah berlaku dalam aspek menjaga rumah ibadah seperti surau dan masjid bukan cara seperti yang diamalkan oleh UMNO.
Mohamad juga menggesa agar rakyat berfikir dan menilai dengan sebijak-bijaknya kerana sepanjang Kerajaan (PR) memerintah tidak pernah berlaku lagi peristiwa berlakunya meroboh masjid/surau begitu juga rumah ibadah bangsa agama lain. PR amat menghormati mana-mana rumah ibadah.
Ini jelas terbukti, hampir 3 tahun PR memerintah rumah ibadah masjid /surau sentiasa diimarahkan oleh rakyat yang mendapat sokongan penuh melalui kehadiran jemaah kariah dalam program dilaksanakan.
Amat berbeza semasa zaman pemerintahan kerajaan UMNO/BN, dimana surau/masjid tidak mendapat sambutan rakyat kerana tiada pengurusan yang tulus, majlis ilmu tidak dijalankan secara sempurna bahkan rumah ibadah ditutup apabila sudah habisnya waktu solat fardhu isyak.
Rumah ibadah boleh dikatakan seperti kubur yang sunyi kerana tiada majlis-majlis ilmu dan zikrullah semasa dibawah pengurusan UMNO/BN.
Disini UMNO/BN harus menerima kenyataan dan hakikat bahawa mereka sudah tidak diterima lagi oleh rakyat, khususnya orang melayu islam katanya dengan tegas di Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Tmn Templer.
Sehubungan dengan itu, beliau sebagai YDP PAS Kawasan Selayang menyokong Kerajaan Negeri Selangor sepenuhnya agar pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat siasatan lanjut berkenaan isu surau Al-Hidayah termasuk dari sudut pengutipan sewa kepada gerai-gerai yang dibina secara haram dan dikenakan bayaran oleh Bekas Pengerusi Ahli Jawatankuasa Surau.
Kita mendapat maklumat daripada Ahli Jawatankuasa Surau yang baru mendakwa kutipan tersebut tidak pernah disalurkan Ke Tabung surau.
Insya-ALLAH pihak kami sentiasa memberi kerjasama denagan Kerajaan Negeri Selangor untuk memberi keterangan dan siasatan untuk menegakkan kebenaran ketulusan pentadbiran kerajaan PR, katanya. | Pakatan Rakyat - Jangan leka dengar sajak ! Posted: 21 Dec 2010 11:54 PM PST Aziz Muda
Ucapan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP), Ustaz Nasrudin Hassan At-Tantawi yang diakhiri dengan sajak ciptaannya berjudul 'Pakatan Rakyat' pada Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-2 di Pulau Pinang, 19 Disember lalu, memberikan gambaran yang tepat tentang Pakatan Rakyat sejak mula ditubuhkan hingga kini.
Pakatan Rakyat sememangnya terpaksa berhadapan dengan pelbagai halangan dari Barisan Nasional (BN) sejak mula ditubuhkan, tetapi kekuatannya untuk bangkit lebih jauh tidak dapat dinafikan lagi oleh sebarang pihak, malah semakin digeruni BN. Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli menegaskan, menerusi sajaknya itu, Nasrudin turut mengingatkan para pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat agar terus berusaha membina kekuatan itu, di samping segera mencari penyelesaian bagi menyelesaikan sebarang masalah yang timbul.
"Walaupun dah ada kekuatan, ia perlu diperkuatkan lagi. Kalau ada masalah dalam Pakatan Rakyat, carilah penyelesaian dengan jalan terbaik dengan segera. Itulah antara intipati sajak itu," katanya ketika dihubungi harakahdaily hari ini.
Rakyat negara ini, katanya, kini sememangnya mengharapkan Pakatan Rakyat menerajui tampuk kepimpinan negara bagi menggantikan Kerajaan BN. Jadi harapan itu tidak seharusnya dilengah-lengahkan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya.
"Itulah mesej akhir Ustaz Nasrudin yang terdapat pada rangkap akhir sajaknya itu. Mesej itu perlu dipandang serius oleh kesemua pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat dengan menyusun langkah yang lebih kemas dan berkesan untuk membolehkan Pakatan Rakyat memerintah negara.
"Antara langkah yang perlu dilakukan dengan mengadakan pelbagai program dari semasa ke semasa. Selain program-program tersendiri, PAS, PKR dan DAP perlu terus mengadakan program-program bersama. Dengan itu, Pakatan Rakyat akan menjadi lebih kuat," tegasnya.
Setiap program yang diadakan oleh Pakatan Rakyat, katanya, memberikan makna yang tersendiri dan kesan yang besar kepada negara sehingga ia akan diberikan tindak balas yang baik oleh para pemimpin BN.
"Terbaru, setelah Pakatan Rakyat mengadakan Konvensyen Ke-2 di Pulau Pinang 19 Disember lalu dengan mengetengahkan perancangan yang akan dilaksanakan setelah 100 hari Pakatan Rakyat memerintah negara, ternyata telah disambut baik oleh para pemimpin BN.
"Dalam akhbar harian hari ini, Perdana Menteri sendiri sudah menjelaskan BN akan jawab perkara itu. Ini tentunya satu perkembangan yang baik yang membuktikan sebahagian dari kehebatan Pakatan Rakyat.
"Lebih jauh dari itu, ia turut disiarkan akhbar Utusan Malaysia. Ini bermakna akhbar Utusan Malaysia yang pro Umno-BN sendiri turut berkempen untuk Pakatan Rakyat. Disebabkan laporan itu, jika sebelum ini hanya 1,800 orang sahaja yang tahu tentang perancangan kita setelah 100 hari memerintah negara, kini semua rakyat negara ini turut mengetahuinya.
"Baguslah tu. Terima kasihlah saya ucapkan kepada akhbar Utusan Malaysia. Utusan Malaysia nampaknya dah mainkan peranan dengan betul. Baguslah tu," katanya.
SAJAK PAKATAN RAKYAT
Oleh: Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (Ustaz Nasrudin Hassan At-Tantawi) Yang dibacakan pada Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-2 di Dewan Millenium, Kepala Batas, Pulau Pinang, 19 Disember lalu:
Pakatan Rakyat Namanya hebat Gelombangnya dahsyat
Pakatan Rakyat Pemimpinnya berbakat Pendokongnya sepakat Berjuang membawa berkat
Pakatan Rakyat Mendokong negara berdaulat Menentang pemimpin yang jahat Agar generasi kita selamat Pakatan Rakyat Perjalanannya tidak dekat Walau mereka halang dan sekat Namun pejuangnya tidak pernah penat
Pakatan Rakyat Pemimpinnya bijak dan handal bersilat Sekalipun difitnah dan diumpat Mereka mendada bisa menyengat
Pakatan Rakyat Untuk sampai ke Putrajaya dengan cepat Saf – saf kita mesti rapat Sedikit berkhilaf segera tangan berjabat Jangan dibiarkan masaalah busuk berulat
Pakatan Rakyat Bersatu kita kerana hormat menghormat Gagah kita kerana muafakat Wibawa kita kerana tolak maksiat
Pakatan Rakyat Kini menjadi harapan masyarakat bangkitlah sebelum terlambat Jangan sampai rakyat meluat bangkitlah , bangkitlah , bangkitlah sebelum terlambat Jangan sampai rakyat meluat. | Saman untuk pertahan kebenaran Posted: 21 Dec 2010 11:26 PM PST 16 Muharam 1432H Oleh : Fakhri Ali PULAU PINANG, 21 Dis: Ekoran mengalami tekanan dan fitnah yang berleluasa ekoran penyiaran berita doa khutbah Jumaat yang didakwa menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Utusan Melayu, NST dan Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Berangan, Shabudin Yahaya disaman oleh Ustaz Zakaria Ahmad. Dalam kenyataannya kepada media di sini malam tadi, beliau berkata saman itu adalah bagi mempertahankan kebenaran yang dibawa oleh beliau sebagai seorang tokoh agama daripada terus diperlekehkan oleh mereka yang mempunyai motif tertentu dalam membesarkan isu yang tidak benar lagi batil itu.
"Saman ini adalah bagi mengingatkan mereka yang jauh tersasar supaya tidak dengan sewenang-wenangnya menggunakan platform agama untuk mencari pengaruh.
"Saya bercakap atas dasar agama Islam yang sebenarnya. Mereka telah memfitnah saya melalui akhbar sehingga memberi satu impak yang negatif terhadap kepercayaan, kewibawaan dan reputasi masyarakat terhadap saya," tegasnya lagi.
Seperti mana dalam salinan saman yang diperolehi menyebut penyiaran dalam Mingguan Malaysia bertarikh 22 Ogos dengan perkataan fitnah oleh Shabudin 'tindakan menyebut nama Guan Eng dalam doa khutbah itu seolah-olah ada agenda politik dan membawa imej beliau'.
Begitu juga dengan penyiaran berita mengenai unsur fitnah yang mengaitkan isu khutbah dalam Berita Harian bertarikh 23 dan 25 Ogos lalu.
"Kenyataan yang menyatakan etika khutbah juga dah tak betul apabila melebihkan Guan Eng berbanding pemimpin agama Islam yang lain serta pengesahan Shabudin sebagai bekas Yang Dipertua Majlis Agama Islam bahawa saya tidak memiliki tauliah untuk membaca khutbah yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam adalah bersifat fitnah sedangkan saya mempunyai tauliah sejak 29 Mac 2003 lagi," tambahnya lagi.
Sebelum ini, Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah mendedahkan penyalahgunaan nama Ketua Menteri Pulau Pinang dalam khutbah Jumaat di beberapa buah masjid di Pulau Pinang ketika mempengerusikan mesyuarat perhubungan di Tasek Gelugor.
Ekoran pendedahan tersebut Pergerakan Pemuda Umno Pulau Pinang melalui Pemuda Umno bahagian telah membuat beberapa laporan polis supaya perkara itu disiasat.
Zakaria memfailkan saman itu Oktober lepas di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang melalui Tetuan Aswar, Simon dan Azhar.
Katanya lagi, apa yang diharapkan ialah keadilan tertegak tanpa menidakkan kebenaran yang sepatutnya dijadikan asas dalam penyiaran oleh mana-mana media dalam negara ini.
Beliau juga turut dipanggil untuk memberi keterangan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang pada 24 Ogos lalu.
Namun begitu, tiada apa-apa tindakan diambil terhadap beliau setelah keterangan yang turut dihadiri oleh Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Ellias Zakaria diadakan pada 24 Ogos lalu.
Harakahdaily/- | BN gelisah janji 100 hari, membazir 100 tingkat Posted: 21 Dec 2010 10:58 PM PST 16 Muharam 1432H KUALA LUMPUR, 21 Dis: Pemimpin Umno BN gelisah mengenai janji 100 hari Pakatan Rakyat (PR) yang diisytiharkan di Konvensyen Pakatan Rakyat ke-2 pada Ahad lepas. Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad berkata ini jelas kelihatan daripada kenyataan pemimpin BN termasuk daripada NGO Umno menuduh ini janji yang tidak realistik.
Mereka, katanya mengeluarkan kenyataan bahawa program ini membazir dan memberi kesan buruk kepada struktur ekonomi negara.
"PAS merasa pelik dengan sikap yang ditunjukkan oleh pemimpin Umno BN yang menuduh ini suatu usaha yang membazir," ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Tambahnya, semua program yang menguntungkan rakyat dianggap membazir seperti kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor yang memberikan air percuma 20 meter padu kepada rakyat di negeri tersebut.
"Apabila Datuk Seri Najib Tun Razak hendak membina Menara Warisan 100 tingkat tidak dianggap membazir. Untuk kroni dan anak beranak tidak membazir," katanya lagi.
Sebenarnya, tambah beliau pemimpin BN resah dengan janji 100 hari yang akan dijanjikan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat jika diberikan mandat untuk mentadbir negara ini.
Menurutnya, rakyat yang berada di bawah pemerintah BN mula membuat perbandingan dengan negeri Pakatan, mereka melihat rakan mereka di negeri Pakatan hidup selesa kerana pemimpinnya siang malam memikir bagaimana untuk memberi kepada rakyatnya, manakala pemimpin BN memikir apa yang boleh diambil daripada rakyat.
Kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno, berkata janji pembangkang itu tidak lebih daripada 'wayang politik' bagi menutup kegagalan mereka.
"PAS hendak cabar pemimpin BN, siapa yang temberang rakyat?
"Bukankah pemimpin BN memberi tahu rakyat pada 3 November 2010 minyak tidak akan naik hingga hujung tahun, tiba-tiba 4 Disember minyak RON 95 naik 5 sen," ujarnya.
Sekurang-kurangnya, kata beliau dengan kekangan kewangan yang dialami oleh kerajaan Pakatan Rakyat, tetap dapat melaksanakan iltizam untuk rakyat seperti yang dijanjikan dalam menifesto.
"Dalam usia yang muda sudah banyak habuan rakyat dapat, walaupun dalam nilai yang kecil. Jelaslah bahawa Pakatan Rakyat teruji dan terbukti," katanya.
Harakahdaily/- | Guan Eng tidak pertikai hak warga Malaysia Posted: 21 Dec 2010 10:22 PM PST 16 Muharam 1432H PULAU PINANG, 21 Dis: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak pernah mempersoalkan dan mempertikaikan kerakyatan mana-mana warga Malaysia dalam ucaptama pada Konvensyen Pakatan rakyat Ke-2 di Kepala Batas, Ahad lepas. Setiausaha akhbarnya, Cheong Yin Fan berkata, kenyataan itu boleh dibaca teks ucapan penuh beliau di bawah tajuk "Kerajaan Berjiwa Rakyat Untuk Rakyat Malaysia Sebenar".
Jelas, katanya Utusan Malaysia dan pemimpin Umno Pulau Pinang seperti Dr Novandri Hasan Bari sekali lagi bertindak jahat menabur fitnah dengan menggembar-gemburkan kononnya Guan Eng mahu kerakyatan warga Malaysia dipersoalkan.
Beliau dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini memetik apa yang disebutkan oleh Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP pada konvensyen tersebut.
"Rakyat Malaysia (the real Malaysians) yang sebenarnya adalah rakyat biasa yang pentingkan hak ekonomi dan masa depan agar kehidupan mereka bukan sahaja lebih senang tetapi masa depan untuk anak-anak adalah lebih cerah dan baik. Rakyat Malaysia sebenar mahukan sebuah masayarkat aman, tenteram dan penyayang serta menyokong prinsip keadilan, kebenaran, kebebasan, kebajikan dan ketakwaan kepada Tuhan.
"Yang bukan rakyat Malaysia sebenar adalah yang hanya tahu benci-membenci dengan menggunakan fahaman eskstrimis baik aspek kaum, jantina mahupun agama, yang tamak haloba di mana demi godaan wang rasuah atau yang lain rela menjualkan segala-galanya serta kaki fitnah dan tohmah. Yang kesemua ini bukan rakyat Malaysia sebenar, mereka ini Malaysia celup or pseudo-Malaysians," kata Guan Eng.
Harakahdaily/- | Jana kekayaan dari bumi hijau Posted: 21 Dec 2010 08:30 PM PST 16 Muharam 1432H Oleh : Ismail Hashim SHAH ALAM, 21 Dis: Buat pertama kali, Hari Peladang, Penternak dan Nelayan (HPN) khususnya di peringkat Negeri Selangor yang mana perasmiannya telah disempurnakan oleh pihak istana. Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr Yaakob Sapari berkata demikian ketika berucap dalam majlis perasmian HPN oleh Tengku Panglima Diraja Selangor, Tengku Sulaiman Shah AlHaj petang tadi di pekarangan Stadium Malawati, dekat sini.
Menurutnya, sempena HPN kali ini, kerajaan negeri telah memberikan pengiktirafan kepada 23 petani, penternak dan nelayan dalam berbagai kategori dan juga kepada agensi yang gigih membantu sektor pertanian.
"Tema sambutan kali ini adalah Inovasi Pertanian Pemangkin Pertumbuhan yang mana era sebelum ini mengutamakan pengeluaran bagi memenuhi keperluan sara hidup, menjual baki, hasilnya seorang petani itu terbelenggu di dalam arus kemiskinan.
"Masyarakat tani perlu menganggap mencari pendapatan dari bumi hijau bukan sekadar satu pekerjaan tetapi satu perniagaan yang berupaya menjana kekayaan yang melimpah ruah dan bukan sekadar kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang," tegasnya.
Tambahnya, kerajaan negeri telah membuktikan dengan pemantauan berterusan dan melalui kerja bersistem, ada dalam kalangan pesawah yang mendapat 14 tan per hektar semusim dan terdapat pesawah memperolehi pendapatan RM32 ribu sebulan.
Untuk penternak pula, jelasnya, kerajaan negeri mengenalpasti lokasi bagi penempatan semula 39 penternak tenusu dalam kawasan PBT dan nelayan pula, seluas 9,200 hektar di kawasan Pantai Klang hingga Sabak Bernam sesuai untuk kebun kerang.
Yaakob juga menyatakan, pada tahun ini, HPN diadakan serentak dengan Selangor Ria sebagai showcase jualan produk-produk yang dikeluar dan dipasarkan di dalam Negeri Selangor yang meliputi keseluruhan jenis hasil pertanian dan produk IKS.
Katanya pada 2009, seramai 520,000 pengunjung telah membanjiri Selangor Ria dengan jualan tunai sebanyak RM2.1 juta dan nilai kontrak sebanyak RM4.2 juta bererti jumlah seluruhnya melebihi RM6.2 juta.
Dengan semangat kusahawanan dan budaya kerja yang mengutamakan pembahruan dan inovasi serta kerjasama pintar di kalangan Kerajaan Pusat, Kerajaan-kerajaan Negeri, Usahawan Tani, tegasnya, bakal mencetuskan transformasi besar untuk memajukan bidang pengeluaran makanan di dalam sektor pertanian negara ini.
Harakahdaily/- | Gantung: Ekonomi negara jahanam, Apco untung Posted: 21 Dec 2010 07:29 PM PST 16 Muharam 1432H Oleh : Abdul Aziz Mustafa
KUALA LUMPUR, 22 Dis: Tindakan menggantung Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tiga yang lain akhirnya akan menjahanamkan ekonomi negara dan menguntungkan Apco Worldwide, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
Katanya, Anwar (PKR-Permatang Pauh), Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), R Sivarasa (PKR-Subang) dan Azmin Ali (PKR-Gombak) adalah sebahagian dari Ahli Parlimen yang merupakan penggubal dasar dan undang-undang negara.
"Pasaran dan masyarakat perniagaan tempatan dan antarabangsa melihat sendiri bagaimana penggubal dasar dan undang-undang negara pun dizalimi dan dianiaya dengan mengetepikan undang-undang, peraturan dan prinsip asas keadilan," kata beliau.
Menurut Mahfuz, perkara itu boleh mengakibatkan terancamnya rasa selamat mereka untuk menjalankan perniagaan dan pelaburan di negara ini.
"Jika penggubal dasar dan undang-undang negara pun dizalimi dan dianiaya dengan mengetepikan undang-undang, peraturan dan prinsip asas keadilan, ia boleh menyebabkan masyarakat perniagaan dan para pelabur dihantui kebimbangan bahawa mereka juga boleh dizalimi sedemikian dan perkara itu dengan sendirinya menghakis serta menjejaskan rasa selamat mereka untuk menjalankan perniagaan dan pelaburan di negara ini," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu yang menyifatkan tindakan tersebut sebagai tindakan tidak bertanggungjawab.
Umno dan Barisan Nasional (BN), katanya, sanggup mensabotaj ekonomi negara semata-mata untuk memuaskan kehendak mereka.
"Akhirnya, apabila ekonomi negara menghadapi krisis kepercayaan dan keyakinan masyarakat perniagaan antarabangsa terhadap sistem keadilan negara ini jatuh merudum, Apco jugalah yang akan mendapat untung kononnya dengan melaksanakan usaha-usaha perhubungan awam dan komunikasi untuk memulihkan keyakinan masyarakat perniagaan antarabangsa dan para pelabur," katanya.
Mahfuz yakin, rakyat negara ini akhirnya akan sedar bahawa kebanyakan tindak-tanduk Umno BN akhirnya hanya menguntungkan firma Yahudi Zionis itu.
Harakahdaily/- | Media BN kian gelabah Posted: 21 Dec 2010 07:26 PM PST 16 Muharram 1432H. Oleh : Moderator CIFG "Terima kasih atas pendirian terbaru Tuan Karpal Singh." Ucap Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan percaya sikap terbaru Pengerusi DAP Karpal Singh berhubung isu negara Islam akan menjadi cabaran kepada Umno-BN. Mengulas pendirian yang sama, dari siaran twitter nya, Drs.Khalil Idham Lim pagi tadi turut menyatakan bahawa " Media BN semakin pening dengan 'serangan' baru untuk permain kenyataan pemimpin DAP yang sudah mula berubah dan dekat dengan Islam. Malah ketegasan PAS dalam menjunjung prinsip perjuangan biarpun berada didalam gabungan dengan DAP dan PKR, membuatkan PAS kian dihormati oleh rakan gabungan dan hebatnya ketika ini apabila PAS mampu dan berupaya pula memberi faham kepada rakan-rakan gabungan tentang Islam. Jika dahulu beliau(Karpal) bercakap anti Negara Islam dan menentangnya bersungguh-sungguh kerana Umno telah kelirukan mereka, dimana orang-orang bukan islam telah ditakut-takutkan dengan dasar islam yang dibawa oleh PAS, namun kini suasana itu telah jauh berubah biarpun tempoh kebersamaan didalam Pakatan Rakyat masih baru, tetapi dari apa yang telah beliau nyatakan ketika ucapannya di Konvensyen Pakatan Rakyat baru - baru ini benar-benar telah memberi tamparan kuat kepada UMNO-BN. Drs Khalil Idham Lim yang juga Adun Titi Serong turut mempertikaikan kegagalan UMNO-BN dalam memberi faham baik berkaitan islam kepada ahli-ahli khususnya dari MIC dan MCA, bilamana setelah lebih 50 tahun bersama, UMNO jelas gagal memberi faham tentang islam kepada mereka biarpun ketika era Islam Hadhari dilaungkan oleh kerajaan BN ketika itu, namun hasilnya terus gagal dan kabur. Menurut beliau lagi, " maka dengan itu semakin terserlah dan jelas UMNO-BN itu sebenar-benar pengkhianat kepada bangsa dan agama kerana menafikan hak orang bukan melayu lain untuk faham islam biarpun telah lebih 50 tahun memerintah. Hebatnya di sini, ingin dijelaskan bahawa setelah lebih 20 tahun saya memeluk islam, saya sungguh bersyukur kepada Allah dimana akhirnya telah memberi peluang kepada bangsa saya cina untuk fahami islam apabila duduk bersama di dalam gabungan(Pakatan Rakyat) dan ingin menyatakannya bahawa Pakatan Rakyat telah menyelamatkan akidah dan kefahaman orang melayu terhadap islam serta turut menyelamatkan bangsa lain dari terus terkeliru tentang Islam yang selama ini dikelirukan oleh UMNO-BN, ujar beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Negeri Perak ketika menutup temubual ringkas dipejabatnya pagi tadi. | PR perlukan hak sama rata di media Posted: 21 Dec 2010 06:26 PM PST 16 Muharam 1432H TANAH MERAH – Malaysia agak berbeza dengan negara demokrasi lain di dunia kerana tidak memberikan hak sama rata kepada parti pembangkang menggunakan media masa untuk mengetengahkan hala tuju serta berkempen kepada rakyat akar umbi. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan, Abdul Fattah Mahmood berkata, negara luar lebih demokratik apabila parti pembangkang mempunyai rangkaian televisyen serta radio mereka sendiri.
Menurutnya, kerajaan yang ada pada hari ini seharusnya mengambil langkah serupa memberikan peluang sama rata kepada Pakatan Rakyat (PR) supaya dapat bersama-sama kerajaan parti memerintah berkempen.
"Bagaimanapun kita bersyukur kerana adanya teknologi terkini seperti internet membolehkan kita menyampaikan segala mesej penting kepada rakyat.
"Bagi membolehkan PR dapat menyalurkan mesej kepada masyarakat, kita telah memohon untuk kelulusan mendapatkan radio serta televisyen sendiri, tetapi hingga kini belum diluluskan,"
katanya bagi mengulas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mencabar Barisan Nasional (BN) mengadakan Pilihan Raya Umum secara adil kerana mendakwa banyak media berpihak kepada BN.
Sinar Harian/- | Lamanweb Sarawak Report 'digodam' Posted: 21 Dec 2010 05:43 PM PST 16 Muharam 1432H Lamanweb Sarawak Report, yang sering menerbitkan dokumen-dokumen yang didakwanya bukti kekayaan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud, nampaknya telah digodam. Menurut satu kenyataan akhbar, yang dikeluarkan melalui seorang ahli politik pembangkang yang tidak mahu namanya disebut, lamanweb itu kini "offline" untuk sementara.
Menurutnya, ini ekoran beberapa ancaman bunuh yang dihantar melalui emel mereka.
Lamanweb ini mendakwa mereka menjadi mangsa serangan 'edaran penolakan perkhidmatan (DDOS), yang mengarahkan laluan besar ke lamanweb tersebut supaya tidak dapat diakses.
Kenyataan itu berkata, tindakan mematikan lamanweb itu dengan menggunakan berjuta-juta hits adalah proses yang sangat mahal, bahkan lebih mahal daripada mendapat khidmat peguam terbaik.
"Jadi ini mengecilkan senarai suspek dalam kes ini terhadap mereka yang sangat kaya dan mempunyai kepentingan langsung untuk menutup (lawanweb) kami, tetapi tidak suka dihadapkan di mahkamah terbuka," katanya.
Kenyataan itu juga melampirkan sebuah foto "eksklusif" isteri baru Taib, yang dilaporkan berketurunan Lebanon, yang identitinya masih lagi misteri.
Berasaskan kepada barang kemas yang dipakai pengantin tersebut di majlis perkahwinannya, Report Sarawak mendakwa permata itu "tak ternilai harganya pada saiz berkenaan".
Perkahwinan itu dikatakan berlangsung pada hari Ahad di kediaman mewah peribadi Taib di Demak Laut, Kuching.
Majlis itu dilaporkan dihadiri 200 tetamu eksklusif, yang terdiri daripada tokoh politik Sarawak.
Isteri pertama Taib, Laila, yang berketurunan Polish-Australia, meninggal dunia pada April 2009 kerana kanser.
Malaysiakini/- | Program 100 Hari : Najib dan Muhyiddin menggelabah. Posted: 21 Dec 2010 05:36 PM PST 16 Muharram 1431H. Drs. Khalil Idham Lim PM 1Malaysia, dilihat sangat gusar dengan tawaran 100 hari bila berkuasa yang diberikan oleh Pakatan Rakyat, Najib Tun Razak memberi reaksi segera dengan menyifatkan kenyataan Pakatan Rakyat sebagai tidak berpaksi kepada realiti kemampuan sebenar apabila mahu melaksanakan Program 100 Hari jika berjaya mengambil alih tampuk pemerintahan negara pada Pilihan Raya Umum Ke-13. Ahad lepas Pakatan Rakyat menawarkan kepada rakyat Malaysia Program 100 Hari mengandungi sembilan perkara termasuk pengurusan negara, ekonomi dan pendidikan yang akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari jika Pakatan Rakyat menang pada pilihan raya umum akan datang.
Najib memberi reaksi segera dan menjanjikan kenyataan lebih terperinci sebagai jawapan balas kepada janji Pakatan Rakyat dalam konvensyen di Pulau Pinang Ahad lalu.
''Kita akan beri reaksi yang lebih jelas sebab apa yang dia nyatakan itu tidak berpaksi kepada realiti kemampuan sebenar," katanya.
Sejak tawaran ini dikeluarkan pada Ahad lepas saya melihat pemimpin BN sangat menggelabah dan mula memberi jawapan dengan memperkecil tawaran itu. Tawaran ini tidak mengambil kira pelbagai tawaran lain dalam buku Jingga yang menjadi topik perbahasa dalam Konvesnsyen sehari itu.
Muhyiddin Yassin pula menyifatkan Program 100 Hari yang dikemukakan Pakatan Rakyat sebagai satu pembohongan besar yang bertujuan menipu rakyat.
Satu kenyataan yang saya lihat memperbodohkan dirinya sendiri dan rakyat Malaysia bila menafikan satu tawaran yang selama ini diperjuangkan oleh rakyat. Ianya sudah lama sepatutnya dilaksanakan oleh Kerajaan BN .
Lucunya Muhyiddin menganggap kenyataan Pakatan Rakyat itu sekadar umpan untuk menarik pengundi dengan bermacam-macam tawaran istimewa tanpa membuat perkiraan betul terutama dari segi kewangan dengan menyifatkan Pakatan Rakyat tidak mempunyai pengalaman mengepalai Kerajaan Pusat berikutan setiap keputusan memerlukan kajian, penelitian dan kesan tempoh masa panjang.
Perlulah ditegaskan bahawa tawaran itu adalah susuatu yang telah dibuat setelah mengambil kira berbagai aspek kemampuan kewangan negara hasil dari kajian dari sebuah panel dan pakar ekonomi yang dilantik.
Tawaran itu juga mengambil kita pengalaman di negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat sehingga sekarang iaitu, Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor. Sebelum itu kita buktikan semasa 11 bulan berkuasa di Perak.
Adalah diakui pandang Najib dan Muhyiddin adalah dalam kotak pemikiran pemimpin BN yang berbelanja boros dan tidak mengutamakan kan sesuatu perojek yang perlu diutamakan. Pemimpin BN lebih bangga dengan projek mega dari memberi subsidi kepada rakyat.
Sikap mementingkan kroni dan rasuah serta penyelewengan sehingga berbillion wang negara lesap begitu sahaja memastikan kegagalan usaha memulihkan ekonomi negara yang semakin tenat.
Kerana itu janji 100 hari hanya mampu dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat dengan menjanjikan pemberantasan rasuah secara serius serta mengutamakan rakyat serta berhemat dalam berbelanja.
Terbaru projek pembinaan menara Warisan dengan biaya sebanyak 5 billion mebuktikan itulah watak dan wajah sebenar pemimpin BN dalam membangunkan negara.
Pakatan Rakyat akan melaksanakan reformasi menyeluruh dalam semua aspek pengurusan negara, ekonomi, pendidikan dan sebagainya berdasarkan prinsip yang digariskan di dalam Dasar Bersama.
Sebagai permulaan kepada reformasi tersebut, dalam 100 hari kami mendapat mandat rakyat, pakatan Rakyat menjanjikan akan melaksanakan program berikut:
1. Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
2. Mengarahkan Khazanah Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaaan dengan tujuan menghapuskan tol.
3. Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta (seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada penjana bebas) dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat.
4. Menghargai peranan guru sebagai pendidik bangsa dengan Menaikkan memperkenalkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang.
5. Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan.
6. Menyediakan perkhidmatan internet wifi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa bandar.
7. Membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda.
8. Menaikkan royalti minyak kepada Sabah dan Sarawak kepada 20%.
9. Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi memulihkan sistem kehakiman.
10. Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di negeri Sabah. | PBB nafi dakwaan 'dana siber RM10 juta' Posted: 21 Dec 2010 05:29 PM PST 16 Muharam 1432H Oleh : Leven Woon Zheng Yang Parti Persaka Bumiputera Bersatu (PBB) menafikan bahawa BN Sarawak menyediakan dana sebesar RM10 juta untuk usaha pengkaderan penulis blog bagi menyerang pembangkang. ADUN Asajaya Karim Hamzah (kiri) dan ahli parlimen Petra Jaya Fadilah Yusof, yang dinamakan di lamanweb, menafikan kewujudan dana seperti itu.
"Tiada perkara sebegitu. Semua ini bohong," demikian respons senada mereka apabila dihubungi hari ini.
Fadilah malah mencabar pemberi maklumat itu mendedahkan nama semua penulis blog yang telah dilatih.
Beberapa lamanweb Sarawak baru-baru ini menerbitkan laporan mendakwa Karim dan Fadilah menawarkan RM5,000 sebulan kepada "rakyat Sarawak yang mempunyai jiwa kewartawanan' untuk berkhidmat dengan kerajaan negeri.
Menurutnya, sesiapa yang disenaraipendek akan dilatih oleh New Straits Times, The Malay Mail dan Utusan Melayu di Pusat Latihan Umno di Janda Baik, Pahang.
"Setiap penulis blog berpeluang mendapat geran RM30,000 untuk memulakan blog...," dakwa laman terbabit.
Malaysiakini/- | PR PERAK PROTES KENAIKAN HARGA SUSU Posted: 21 Dec 2010 02:33 AM PST 15 Muharram 1432H. Hafizi Pauzi PARIT BUNTAR, 21 Dis :- Bercakap tentang tekanan berterusan dengan kenaikan harga barang terhadap rakyat, nampaknya hingga sekarang masih belum bertemu noktah bila baru-baru ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memberi respon kepada media bahawa kerajaan tidak mempunyai kuasa untuk menyekat kenaikan harga susu di negara ini rentetan harganya meningkat di pasaran dunia. Demikianlah menurut apa yang dinyatakan oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bahawa harga penjualan susu termasuk produk tenusu tempatan dijangka meningkat tidak lama lagi (sekarang telah dinaikkan) disebabkan kenaikan harga bahan mentah di pasaran dunia.
"Nampaknya masih ramai rakyat yang tidak sedar dan tahu bahawa mereka (rakyat) diasak oleh kerajaan BN dari segi harga barang dan keperluan asas yang lain berikutan kenaikan bertubi-tubi dalam masa terdekat ini," kata Ketua Penerangan PAS Perak, Drs. Khalil Idham Lim ketika ditemui di sini.
Menurutnya lagi, harga minyak yang menerima kenaikan sebanyak 4 kali dalam tahun 2010sahaja sudah cukup membebankan rakyat, dan kini asakan tersebut sekali lagi diteruskan dengan peningkatan harga susu pula.
Rakyat Malaysia telah diberi "pendidikan" sebaiknya oleh BN supaya menghukum BN dalam PRU akan datang, katanya yang juga Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak.
Tambahnya, helah BN terhadap rakyat berikutan kenaikan harga susu dengan menyatakan bahawa mereka tiada kuasa untuk menghalang kenaikan harga bahan mentah tersebut, semua ini merupakan alasan untuk menutup isu sebenar, iaitu BN hilang kredibiliti memerintah negara.
Dalam pada itu, beliau yang juga ADUN Titi Serong menyebut bahawa Negara pernah menyaksikan susu mentah keluaran tempatan pernah terpaksa dibuang dalam kuantiti yang begitu besar berikutan stok bahan mentah yang terlebih satu ketika dahulu.
Jika stok tersebut dikendali dengan baik oleh kerajaan, saya percaya, Negara dengan mudah dapat mengatasi kenaikan produk tenusu ini, dan sekarang terbukti BN memang sudah hilang upaya memerintah Negara.
Rakyat sepatutnya melihat isu ini dari perspektif kemampuan jangka masa pendek dan jangka masa panjang BN yang sudah tidak kemampuan mentadbir Negara ke arah memacu ekonomi serta kemampuan aspek pengurusan sumber negara.
"Pakatan Rakyat telah bersedia ke arah itu dengan gelombang Malaysia baru yang lebih menjamin kebajikan rakyat secara holistik, sudah sampai masa kerajaan BN di hukum, dan saya menyeru rakyat memberi undi dan kepercayaan kepada Pakatan Rakyat (PKR,DAP, PAS) pada PRU 13 nanti, sesuai dengan slogan kami "ubah sekarang, selamatkan Malaysia"" tegasnya. | |
::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang:: Posted: 22 Dec 2010 01:03 AM PST Saman untuk pertahan kebenaran Posted: 21 Dec 2010 05:41 AM PST PULAU PINANG, 21 Dis: Ekoran mengalami tekanan dan fitnah yang berleluasa ekoran penyiaran berita doa khutbah Jumaat yang didakwa menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Utusan Melayu, NST dan Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Berangan, Shabudin Yahaya disaman oleh Ustaz Zakaria Ahmad. Dalam kenyataannya kepada media di sini [...] | SU Guan Eng perjelas isu ‘pertikai’ kerakyatan Posted: 21 Dec 2010 05:34 AM PST Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tidak pernah mempersoal dan mempertikaikan kerakyatan mana-mana warga Malaysia dalam ucap utamanya dalam konvensyen kedua Pakatan Rakyat kelmarin, kata setiausaha akhbarnya Cheong Yin Fan. Merujuk kepada rencana Dr Novandri Hasan Basri di Utusan Malaysia hari ini, Cheong mendakwa pemimpin dan akhbar Umno itu sekali lagi bertindak jahat menabur [...] | |