Rabu, 22 Disember 2010

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


KEDAH online

Posted: 22 Dec 2010 03:16 AM PST

KEDAH online


SAPA DULU...

Posted: 21 Dec 2010 07:43 AM PST

Che’guBard dalam dilema antara prinsip dan jawatan

Posted: 21 Dec 2010 07:13 AM PST

Zaid yakin Kita nampak hebat nanti

Posted: 21 Dec 2010 07:01 AM PST

PKR SYOK SENDIRI...??

Posted: 21 Dec 2010 06:40 AM PST

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang

Posted: 21 Dec 2010 11:14 PM PST

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang


CERAMAH PENERANGAN - Rabu 22hb Dis 2010

Posted: 21 Dec 2010 02:25 AM PST

Ceramah Penerangan          Isu-isu Semasa         Anjuran PKR Cabang Subang

Tarikh: 22hb Disember 2010 (Rabu)    Masa: 9.00 malam

Tempat: Ruang Legar (Foyer) Dewan MBPJ,   Seksyen 7, Kota Damansara.

YB Sivarasa      YB Dr Nasir Hashim    YB Elizabeth Wong     Sdr  Yahya Shaari

SEMUA DI JEMPUT

Suara Sri Andalas

Posted: 21 Dec 2010 11:04 PM PST

Suara Sri Andalas


Rundingan Pengambilan Air Dilakukan Secara Profesional

Posted: 21 Dec 2010 12:00 AM PST

SHAH ALAM 21 Dis - Rundingan baru bagi pengambilalihan bekalan air antara Kerajaan Selangor dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) akan  dilakukan dengan penuh profesional, telus  dan beretika walaupun Syabas menfailkan saman RM471 juta terhadap Kerajaan Negeri.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata Kerajaan Negeri akan melakukan yang terbaik untuk mempertahankan diri terhadap tuntutan Syabas berikutan keengganan kerajaan negeri membenarkan tarif air dinaikkan, tetapi Kerajaan Negeri tidak akan membiar kes ini mempengaruhi rundingan yang akan dijalankan.

"Kami sentiasa profesional, telus dan kami akan terus bersikap begini dalam rundingan yang dijalankan,"  kata Menteri Besar.

Namun,  beliau kurang yakin Syabas mampu mengambil pendirian yang sama berikutan keengganan syarikat itu mematuhi arahan kerajaan negeri yang tidak membenarkan tarif air dinaikkan sebelum rundingan penstrukturan semula diselesaikan.

Kerajaan Selangor ketika ini sedang menyiapkan dokumen-dokumen tawaran kepada pemegang konsesi air iaitu Syabas, Puncak Niaga (M) Sdn Bhd, Abass dan SPLASH bagi mengambil alih industri air.

Rundingan air fasa baru ini bermula selepas Kerajaan Persekutuan memberi 'lampu hijau' kepada kerajaan negeri untuk mengadakan rundingan secara terus dengan syarikat konsesi.

Dalam isu berkaitan, Besar Menteri mengutuk Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air,  Datuk Seri Peter Chin Kah Fui berikutan kenyataannya mengkritik tindakan kerajaan Selangor mahu menarik lesen Syabas kerana menubuhkan Tabung Budi yang menggunakan dana air percuma milik kerajaan Selangor untuk membiayai hutang-hutang pelanggan Syabas.

"Kami berharap dapat menyelesaikan rundingan ini tetapi kita tidak boleh menutup mata  terhadap  kesalahan yang dilakukan Syabas. Jika Syabas takut tindakan kami terhadap Tabung Budi boleh mempengaruhi perundingan pengambilalihan air,  bagaimana pula dengan tindakan Syabas menfailkan saman terhadap Kerajaan Selangor," kata Menteri Besar.

Exco Selangor, Teresa Kok yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kempen Kembalikan Hak Air Kepada Rakyat pula berkata, kenyataan Menteri itu menunjukkan Kerajaan Persekutuan berat sebelah dan lebih memihak kepada syarikat konsesi air.

"Beliau seperti hanya mahu mencari kesalahan Kerajaan Selangor tetapi menutup mata bagi setiap kesalahan syarikat konsesi yang sudah terbukti gagal memberi khidmat kepada rakyat," katanya.

Kok berkata, beliau amat berharap rakyat tidak mudah terpedaya dengan taktik Syabas yang menjadikan diri mereka seolah-olah 'korban' dalam isu air ini.

"Yang menjadi korban dalam isu ini adalah rakyat.  Syabas dan Puncak Niaga diberikan layanan permaidani merah oleh kerajaan Barisan Nasional ketika mengambil alih pengurusan air dari Perbadanan Urus Air Selangor (PUAS).  Apabila syarikat ini gagal menaikkan tarif air sehingga 37 peratus,  mereka menyaman Kerajaan Selangor.

"Rakyat sepatutnya tidak memberi muka atau bertolak ansur terhadap Syabas yang sombong, angkuh dan gagal menjalankan tanggungjawab terhadap rakyat," katanya.

Selangor Terus Unggul Sebagai Destinasi Pelaburan Utama

Posted: 20 Dec 2010 12:00 AM PST

Prestasi pelaburan Negeri Selangor bagi bulan Januari hingga September 2010 sangat baik dan memberangsangkan dengan jumlah pelaburan yang telah diluluskan adalah sebanyak RM6,533,240,380 bilion (RM6.533 billion).

Sebanyak RM2,757,574,800 bilion (RM2.757 billion) atau 42 peratus merupakan pelaburan tempatan manakala 58 peratus atau RM3,775,665,580 bilion (RM3.775 billion) adalah pelaburan asing.

Jumlah pelaburan ini melibatkan sebanyak 245 projek yang telah diluluskan dan mewujudkan 16,966 peluang pekerjaan.

Sebanyak 38% atau 154 projek ini adalah projek baru dengan nilai pelaburan melebihi RM2.519 bilion. Manakala, 91 buah projek atau 62% merupakan projek pembesaran dan pelbagaian dengan nilai pelaburan melebihi RM4.013 bilion.

Dengan jumlah pelaburan ini, Selangor mendahului negeri lain di Malaysia dan telah menyumbang sebanyak 31% jumlah keseluruhan pelaburan negara diikuti Johor dan Pulau Pinang.

Pelabur Jepun penyumbang terbesar dengan pelaburan melebihi RM1.884 bilion diikuti Cayman Islands dengan RM531.6 juta dan Singapura melebihi RM393.664 juta. Bagaimanapun, dari segi bilangan projek, Singapura mencatatkan jumlah tertinggi dengan 19 projek.

Jumlah pelaburan sepanjang tempoh Januari hingga September 2010 ini melebihi nilai pelaburan yang dicatatkan dalam tempoh yang sama pada 2009. Pada 2009, Negeri selangor berjaya memperoleh 138 projek dengan pelaburan RM2.718 bilion dan menyediakan 11,059 peluang pekerjaan.

Peningkatan jumlah pelaburan ini membuktikan keyakinan pelaburan terhadap Negeri Selangor  sebagai destinasi pelaburan yang utama di Malaysia.

Kerajaan Negeri akan terus mengambil langkah pro-aktif dengan meningkatkan kemudahan infrastruktur di kawasan-kawasan  perindustrian sedia ada.

Anak syarikat Kerajaan Negeri, SSIC Berhad (Selangor State Investment Centre) juga sering mengadakan pertemuan-pertemuan dengan para pelabur bagi berbincang secara terus berhubung isu dan masalah yang dihadapi oleh para pelabur untuk diselesaikan segera.

Kerajaan Negeri akan terus mempergiatkan lagi usaha mempromosi selangor sebagai negeri perindustrian dan pelaburan dalam memastikan sektor ini terus berkembang dan menjadi penyumbang utama kepada pencapaian ekonomi negeri seterusnya berjaya mencapai prestasi pelaburan yang disasarkan

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
Menteri Besar Selangor

Wee Choo Keong

Posted: 21 Dec 2010 03:35 PM PST

Wee Choo Keong


“Masyarakat madani telah diliwat!”

Posted: 21 Dec 2010 10:01 AM PST

Hansard : 16 Disember 2010 [Khamis] Dewan Rakyat Tuan Yang di-Pertua : Yang Berhormat Wangsa Maju. Boleh dalam limit minit? Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Mungking tiga, empat minit, kalau tidak dikacau. Sekarang ini orang memang tak kacau. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya Nampak Tuan Yang di-Pertua amat sabar dalam keadaan tadi. Di [...]

Wee Choo Keong

Posted: 21 Dec 2010 01:26 PM PST

Wee Choo Keong


“Masyarakat madani telah diliwat!”

Posted: 21 Dec 2010 10:01 AM PST

Hansard : 16 Disember 2010 [Khamis] Dewan Rakyat Tuan Yang di-Pertua : Yang Berhormat Wangsa Maju. Boleh dalam limit minit? Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Mungking tiga, empat minit, kalau tidak dikacau. Sekarang ini orang memang tak kacau. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya Nampak Tuan Yang di-Pertua amat sabar dalam keadaan tadi. Di [...]

Suara Anak Muda : Angkatan Muda Keadilan Cabang Pendang.

Posted: 21 Dec 2010 11:42 AM PST

Suara Anak Muda : Angkatan Muda Keadilan Cabang Pendang.


Video Ucapan dari Pimpinan sempena Konvensyen Pakatan Rakyat ke-2

Posted: 20 Dec 2010 10:28 PM PST

Dato' Seri Anwar Ibrahim







Karpal Singh :





DATUK SERI HADI AWANG




YAB LIM GUAN ENG



Parti Keadilan Rakyat Cabang Batu Gajah

Posted: 21 Dec 2010 11:31 AM PST

Parti Keadilan Rakyat Cabang Batu Gajah


JAMUAN MAKAN MALAM CABANG BATU GAJAH

Posted: 21 Dec 2010 03:51 AM PST



JAMUAN MAKAN MALAM CABANG BATU GAJAH

PADA: 08 JANUARI 2011
HARI: SABTU
MASA: 6.00 PETANG- 11.00 MALAM
TEMPAT: DEWAN TOKONG CINA, JALAN TG TUALANG
( SIMPANG KG PISANG), BATU GAJAH

HARGA TIKET: RM 20.00 / RM 30.00 ( SEORANG)

TETAMU:
YB MOHD AZMIN ALI (TIM PRESIDEN PKR)
YB MOHD NIZAR JAMALUDDIN( MP BKT GANTANG)
YB DR LEE BOON CHYE( MP GOPENG)


HUBUNGI:
012-5062467 FUAD
017-5195932 HAZHA
012-4646394 ANTONI
017-4173051 PARAMESWARI

BULETIN RAKYAT

Posted: 21 Dec 2010 11:18 AM PST

BULETIN RAKYAT


KENYATAAN AKHBAR NAZIR MESJID NURUL IMAN, RAWANG BERKENAAN SURAU AL-HIDAYAH..

Posted: 20 Dec 2010 09:03 PM PST

RAWANG, 21 Dis: Pihak Masjid Nurul Iman di sini mendapati isu perobohan Surau Al-Hidayah di pekan ini yang bernaung di bawah pentadbiran masjid tiada langsung dibangkitkan di dalam notis.
Nazirnya, Ilham Akhbar Harun berkata pihaknya telah meneliti notis bagi mengosongkan tapak perniagaan/aktiviti di Pusat Bandar Rawang Selangor Darul Ehsan oleh Tetuan Mahumas Sdn Bhd yang bertarikh 19 Oktober 2010 rujukan MSB/BLOCK N/NOTIS/010-10/016/yz dan juga keseluruhan siaran media elektronik dan akhbar tempatan yang di sebarkan sebelum ini.
Justeru, katanya pihak masjid berpendapat sebarang usaha untuk mempertahankan maruah dan juga kepentingan umat Islam di Rawang seperti isu perobohan surau itu haruslah dirujuk kepada pentadbir masjid yang telah diberi mandat dan amanah oleh Sultan Selangor.
"Sebarang tindakan yang meminggirkan peranan masjid dan mempunyai agenda-agenda yang tersembunyi haruslah diabaikan," ujarnya dalam satu kenyataan.

Berikut kenyataan penuh beliau.
Kami, pentadbir Masjid Nurul Iman Rawang (MNIR) telah meneliti notis bagi mengosongkan tapak perniagaan/aktiviti di Pusat Bandar Rawang Selangor Darul Ehsan oleh Tetuan Mahumas Sdn Bhd yang bertarikh 19 Oktober 2010 rujukan MSB/BLOCK N/NOTIS/010-10/016/yz dan juga keseluruhan siaran media elektronik dan akhbar tempatan yang di sebarkan sebelum ini.
Adalah didapati isu perobohan Surau Al-Hidayah Pekan Rawang yang bernaung di bawah pentadbiran MNIR tiada langsung dibangkitkan di dalam notis tersebut. Pihak Mahumas tidak secara terperinci/spesifik berkenaan isu perobohan surau.
Pengosongan tapak perniagaan/aktiviti di kawasan ini dilakukan kerana pihak Mahumas mendakwa keseluruhan 8 lot tanah yang telah dibangkitkan oleh setenggah pihak adalah miliknya. Pendirian MNIR dalam isu ini, bahawa surau tersebut haruslah dikekalkan seperti sedia ada. Sehubungan dengan itu isu perobohan surau tiada kaitan ataupun terbatal.
Pihak kami telah membuat carian dokumen di Pejabat Tanah & Daerah Gombak dan adalah didapati tanah tersebut yang berkeluasan (1 rood, 11 poles) telah direzabkan pada 12 Mac 1920 sebagai tanah rezab tapak masjid yang bernombor 13075 dan nombor geran 1100-20 yang bersamaan dengan 13,885 kp. Kami beranggapan tanah rezab tersebut haruslah dikekalkan kepada pihak Masjid (JAIS/MAIS) kerana:
- Pengekalan rezab berkenaan sebagai simbol dan warisan kecemerlangan indentiti umat Islam di Bandar Rawang sejak 100 tahun yang lalu.
- Tapak ini juga merupakan kawasan yang strategik untuk perkembangan Islam setempat.
- Pengekalan rezab ini juga dapat memilihara kesejahteraan 7 tapak kubur penduduk awal Rawang di kawasan tapak masjid ini.
- Dengan kepesatan pembangunan di Rawang dan sekitarnya adalah dijangkakan kepadatan penduduk Islam di Rawang akan bertambah.
Atas fakta-fakta tersebut SAP Holdings Berhad haruslah membatalkan hasrat untuk membangunkan pembangunan di atas tapak rezab masjid tersebut.
Kanun Tanah Negara Borang 5CK, Geran Pajakan dan Hakmilik telah dikeluarkan pada 29 Jun 2009 oleh Pendaftaran Hakmilik Negeri Selangor kepada SAP Holdings Berhad. Adalah didapati tarikh mula-mula pemberimilikan sebenar oleh Pendaftar Hakmilik Negeri Selangor kepada SAP Holdings telah dikeluarkan seawal 2 April 2001 sebagai kelulusan hakmilik. Ini bermakna tarikh 29 Jun 2009 hanyalah sebagai pecahan lot-lot tanah. Dalam hal ini jelas menunjukan proses pemilikan berlaku sejak awal tahun 2001.
Pada 20 Disember 2010, Pentadbir Masjid bersama Penghulu Mukim Rawang 1, Wakil Pejabat Adun Rawang dan Ahli Majlis MPS Zon 19 telah mengadakan perjumpaan dengan wakil SAP Holdings Bhd (Mahumas Sdn Bhd) bagi tujuan menyelesaikan isu berbangkit. Hasil dari perjumpaan tersebut dirumuskan bahawa:
- Tidak akan berlaku perobohan surau seperti yang diwar-warkan oleh sesetengah pihak.
- Tanah rezab masjid yang berukuran (1r, 11p) haruslah dikekalkan sebagai rezab masjid.
- Pihak Mahumas akan melakukan ukuran tepat keluasan tapak tanah tersebut melalui jurukur berdaftar.
- Pihak Mahumas bersetuju mengembalikan keseluruhan lot-lot tanah tersebut setelah ukuran sebenar diperolehi.
Kami berpendapat sebarang usaha untuk mempertahankan maruah dan juga kepentingan umat Islam di Rawang seperti isu perobohan surau ini haruslah dirujuk kepada pentadbir masjid yang telah diberi mandat dan amanah oleh DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan. Sebarang tindakan yang meminggirkan peranan masjid dan mempunyai agenda-agenda yang tersembunyi haruslah diabaikan.
Malaysiakini/-

s

Posted: 21 Dec 2010 09:17 AM PST

s


Sumbangan SMUE

Posted: 20 Dec 2010 06:20 PM PST


Waris kepada Mendiang Teh Thiam Chan

Waris Allahyarham Soefjan Joenos Abdullah

Keadilan Cabang Rasah

Posted: 21 Dec 2010 09:17 AM PST

Keadilan Cabang Rasah


Haji Kamel masih Ketua Cabang Rasah yang sah!

Posted: 20 Dec 2010 09:18 AM PST

Selepas Cabang Rasah melalui proses pemilihan demokrasi pada 18 Oktober 2010 lalu, saudara Haji Muhammad Kamel Yassin telah dipilih oleh anggota Cabang Rasah sebagai ketua.

Usaha beberapa individu tertentu dalam Cabang Rasah yang cuba menafikan kedudukan saudara Haji Kamel sebagai Ketua Cabang Rasah yang sah dan dipilih melalui proses pemilihan telah dijalankan melalui Mesyuarat Agung Luarbiasa (EGM) pada 19 Disember 2010 bertempat di sebuah restoran di Rahang.

Sehingga kini Ibu Pejabat tidak membuat tindakan dan memberi respon kepada EGM tersebut kerana Pemilihan Cabang Rasah yang berlangsung pada 18 Oktober 2010 tersebut telah dijalankan dengan adil dan secara langsung mengiktiraf keputusan pemilihan tersebut.

EGM yang dijalankan itu difahamkan TIADA sebarang wakil dari Pusat, MPN Negeri Sembilan dan pemantau. Ini bermakna EGM itu boleh dianggap tidak sah dan sebarang keputusan yang berlaku di dalam mesyuarat tersebut TIDAK sekali menjejas-gugat kedudukan saudara Haji Kamel sebagai Ketua Cabang Rasah yang sah.

Tiada ulasan:

Pengikut