[Bernama] ALOR SETAR: Polis menahan seorang pelajar berumur 16 tahun bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan tiga beradik dari Alor Semela, Jalan Datuk Kumbar di sini pada Jumaat lepas.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata pelajar itu yang merupakan kenalan seorang mangsa Nor Syafikah Nadia Rusdi, 14, ditahan di rumah ibu bapanya di Perlis pukul 11.30 malam Ahad.
Beliau memberitahu pemberita di pejabatnya di sini Isnin bahawa pelajar itu kini ditahan reman selama empat hari mulai Isnin bagi membantu siasatan kes.
Mayat Nor Syafikah Nadia ditemui di tepi sawah di Alor Senibong, Langgar pada pukul 3.45 petang Sabtu manakala mayat dua adiknya Puteri Nurul Akma, 3, dan Nur Izzati Husna, 12, ditemui di terusan Mada Kampung Padang Tani pada pukul 4 petang Ahad kira-kira 3.5 kilometer dari tempat mayatnya ditemui.
Tiga beradik itu dilapor menaiki motosikal ke rumah rumah rakan Nor Syafikah Nadia di Kampung Gelam yang tidak jauh dari rumah mereka kira-kira pukul 7.30 malam pada Jumaat.
Mereka kemudiannya tidak pulang sehinggalah mayat mereka ditemui.
Polis mengklasifikasikan kes itu sebagai bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Adzaman berkata bedah siasat ke atas mayat Puteri Nurul Akma dan Nur Izzati Husna mendapati punca kematian mereka adalah disebabkan lemas di samping terdapat kesan calar pada badan mereka.
Kematian ketiga-tiganya didapati berlaku dalam tempoh hampir sama, katanya.
Beliau berkata contoh darah ketiga-tiga mangsa telah dihantar ke Jabatan Kimia di Pulau Pinang.
Adzaman menegaskan mangsa tidak dirogol dan meminta orang ramai menghentikan spekulasi itu.
Beliau berkata polis masih menyiasat hubungan pelajar itu dengan mangsa dan telah menemu bual lebih 10 individu termasuk keluarga dan rakan mangsa. - 2/12/13
Kadar purata tarif elektrik naik 4.99 sen mulai 1 Januari - Maximus
[BH] KUALA LUMPUR: Berkuatkuasa 1 Januari 2014, kadar purata tarif elektrik di Semenanjung naik 4.99 sen atau 14.89 peratus, iaitu daripada kadar purata semasa 33.54 sen/kwj kepada 38.53 sen/kwj.
Turut berlaku kenaikan, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan iaitu sebanyak 5 sen atau peningkatan 16.9 peratus.
Empat faktor yang mendorong kenaikan itu adalah disebabkan kesan penyelarasan harga gas domestik (0.51 sen/kwj); Kesan penetapan harga gas asli cecair (3.41sen/kwj); kesan penyelarasan harga arang batu (0.17 sen/kwj) serta semakan tarif Tenaga Nasional Berhad (TNB) (0.90 sen/kwj).
Perkara itu diumumkan oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili pada sidang media khas di Bangunan Parlimen, di sini, sebentar tadi.
Ongkili berkata, selaras dengan dasar kerajaan untuk melindungi kebajikan pengguna terutamanya golongan berpendapatan rendah, tiada kenaikan tarif elektrik akan dialami oleh 70.67 peratus atau 4.56 juta pengguna daripada keseluruhan 6.45 juta pengguna domestik di Semenanjung dan 62 peratus atau 260,000 pengguna daripada 418,000 pengguna domestik di Sabah dan WP Labuan yang menggunakan elektrik pada kadar 300kwj dan ke bawah. -2/12/13
Tarif Elektrik Naik 15%
[MK] Tarif elektrik di Semenanjung Malaysia naik sebanyak 15 peratus atau 4.99sen setiap kilowatt, menjadikan harga baru untuk sekilowatt 38.53sen.
Harga sebelum ini 33.54 sen sekilowatt.
Di Sabah dan Labuan pula, kadar baru naik sebanyak 5sen.
Sebelum ini, Tenaga Nasional Bhd meminta dagangan sekuritinya di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd digantung mulai 2.30 petang hingga 5 petang hari ini.
Penggantungan dua jam setengah itu ialah sementara menunggu pengumuman utama syarikat tersebut hari ini, kata gergasi utiliti itu dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, lapor Bernama. - 2/12/13
P/s: Siapa kata kenaikan tarif elektrik tidak akan membebankan pengguna? Teori mana yang digunakan pakai apabila bil naik, harga barang naik, kenaikan itu tidak akan membebankan pengguna? Siapa kata 70 peratus pengguna tidak akan "menikmati" kenaikan tarif elektrik? Berapa banyak rumah yang hanya ada lampu kalimantang dan TV 14 inci?
Selepas PRU13, rata-rata pengguna yang membayar bil elektrik sekitar RM80 sebulan terpaksa membayar "kenaikan" misteri bil elektrik sehingga mencecah RM120 sebulan. Bayangkanlah kalau bil elektrik rumah melebihi nilai RM80 sebelum PRU13.
Ada yang mendakwa peningkatan bil itu kerana penggunaan meter baharu. Bagaimana dengan rumah yang tidak menukar meter baharu namun bilnya turut meningkat? Misteri kenaikan bil elektrik selepas PRU13 ini masih belum terungkai.
Sekarang diumumkan pula kenaikan rasmi tarif elektrik mulai 1 Januari 2014. Sudah untung RM4610 juta pada tahun 2013, mereka masih lagi mahu "menibai" poket kosong rakyat!
Tahniah pengundi BN, anda undi, anda pun turut kena bayar kenaikan bil dan harga barang.
[BH] ALOR SETAR: Polis Kedah sedang mencari teman lelaki kepada salah seorang daripada tiga kanak-kanak perempuan yang ditemui mati di sini, untuk membantu siasatan.
Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim, berkata teman lelaki mangsa, Norsyafika Nadia Rosdi, 14, dipercayai berada di Perlis dan polis akan menjejaki lelaki berkenaan bagi membantu siasatan menyelesaikan kes berkenaan.
"Setakat ini kita sedang mendapatkan maklumat mengenai teman lelaki mangsa," katanya pada sidang media, di sini.
Beliau berkata, sehingga kini polis belum membuat sebarang tangkapan, namun sudah berjaya mengumpul saksi bagi membantu siasatan.
Katanya, polis juga sedang mencari dan mengumpul beberapa bukti lain bagi mengaitkannya dengan kes pembunuhan itu.
Pada masa sama, katanya proses bedah siasat terhadap dua lagi mangsa Nurul Izati Rusdi, 12, dan Puteri Nurul Akma Rusdi, 3, sudah dijalankan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) pada jam 9 pagi tadi.
"Kita akan mendapat tahu keadaan sebenar mayat selepas bedah siasat selesai dan kita akan maklumkan kelak," katanya.
Beliau berkata, orang awam yang menyaksikan kejadian itu diminta tampil untuk membantu siasatan. - 2/12/13
[HM] Jakarta: Sasterawan, penyair dan budayawan terkemuka Sitok Sunarto, 46, atau lebih dikenali dengan nama pena Sitok Srengenge semalam dituduh memperkosa seorang mahasiswa Fakulti Ilmu Budaya Universiti Indonesia (UI).
Mangsa kini dilaporkan hamil tujuh bulan.
Seorang pensyarah falsafah di UI, Sarasdewi, mendakwa dia sudah membuat laporan polis mengenai kejadian itu di balai polis Metro Jaya Jumaat lalu.
Dia juga mengakui menyimpan mesej pesanan ringkas (SMS) yang dikirimkan Sitok kepada mangsa. Sitok dikatakan ada memberitahunya yang dia merayu untuk berasmara dengan siswi terbabit, selain turut mengaku bersalah dalam SMS yang dikirimkan.
"Saya akan menjadi saksi kerana mangsa datang mengadu dan menceritakan kepada saya mengenai apa yang berlaku. "Jadi, saya melaporkan perkara ini kepada polis dengan sokongan universiti dan pertubuhan perlindungan wanita.
"Buat masa ini, siasatan sedang dijalankan," katanya.
Menurut Sarasdewi perbuatan Sitok itu menyebabkan siswi terbabit menghadapi kemurungan.
"Disebabkan kejadian itu mangsa menghadapi tekanan mental," katanya.
Sarasdewi berkata, dia juga menemani mangsa ketika membuat pemeriksaan di balai polis dari jam 1 tengah hari hingga 3 petang. Buat masa ini mangsa turut menjalani sesi kaunseling khas untuk mangsa penganiayaan seksual. - Agensi - 2/12/13
[HM] Alor Setar: "Saya ada tiga anak saja, kini ketiga-tiga mereka sudah pergi meninggalkan saya serentak. Ini dugaan paling hebat yang perlu saya tempuhi."
Itu rintihan Rusdi Rani, 38, bapa kepada tiga beradik yang ditemui maut dalam keadaan menyayat hati di dua lokasi berasingan dekat sini, semalam dan kelmarin selepas dilaporkan hilang sejak keluar rumah dengan menaiki motosikal petang Jumaat lalu.
Mayat anak sulung Rusdi, Norsyafika Nadia, 14, dijumpai tertiarap dalam keadaan separuh bogel pada jam 3.45 petang, kelmarin di kawasan sawah padi berhampiran Alor Senibong, di sini oleh orang awam.
Ketika Rusdi berdoa dan berharap dua lagi anaknya yang ketika itu gagal dikesan berada dalam keadaan selamat, dia menerima berita duka apabila polis petang semalam memaklumkan penemuan dua beradik itu.
ANGGOTA bomba mengangkat mayat mangsa untuk dibawa ke hospital.
Mayat Nur Izzati Husna, 12, dan Puteri Nurul Akma, 3, ditemui di tali air Padang Petani, Langgar, di sini, kira-kira jam 4 petang, semalam, juga oleh orang awam dalam jarak hampir 100 meter antara satu sama lain dan lengkap berpakaian. - 2/12/13
[SelangorKini] SHAH ALAM : Mantan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM, Datuk Mohd Fauzi Shaari, 63, meninggal dunia di Hospital Selayang pada kira-kira jam 8.17 malam tadi.
Allahyarham meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi, Hospital Selayang, Selangor selepas mengalami jangkitan kuman pada hati dan buah pinggang.
Sebelum pemergiannya beliau sempat bersama menyertai perjuangan PAS dan dipilih sebagai Calon PAS untuk Parlimen Larut,Perak.
Beliau dilahirkan di Kampung Pantai Besar, Batu Kurau Perak pada tahun 1950.
Selepas menjadi Ketua Polis Selangor, beliau menyandang jawatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke rumahnya di No.7, Jalan 10/15, Seksyen 10, Shah Alam, Selangor.
Selangor Kini mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham dan didoakan semoga Allahyarham Datuk Mohd Fauzi ditempatkan di kalangan para Anbia dan Solehin.
Al-Fatihah.
P/s: Allahyarham sempat bersama-sama dengan perjuangan Islam.
SAYA kurang minat kumpulan Scorpions. Kumpulan rock Jerman yang tua setahun daripada DAP ini bagi saya sama maqamnya dengan kumpulan rock kapak di Malaysia seperti Terra Rossa, Bumiputera Rockers dan barangkali Fabiens. Saya lebih minat Black Sabbath atau Led Zeppelin, mungkin kerana saya sedikit anglophile.
Ada juzuk budayawan yang mahu melonggok Scorpions seiring band rock seperti Sweet Charity dan yang sewaktu dengannya. Tapi bagi saya itu hasil kekaburan mata mereka yang memandang Scorpions dengan kanta 'orang puteh'. Tapi tak apalah, bukan itu yang saya mahu bicarakan.
Bait-bait lirik lagu kumpulan ini bertajuk 'Wind of Change' berkumandang di Muktamar PAS yang baru sahaja selesai. Dr Muhaimin Sulam barangkali peminat Scorpions. Maka digunakan lirik kumpulan rockers tua ini untuk mengukuhkan hujah ucapan penggulungannya.
Dr Muhaimin, dengan imej rambut panjang mayang mengurai di samping wajahnya yang jernih berjanggut membacakan rangkap syair tulisan Klaus Meine ini dengan begitu bersahaja:
Take me to the magic of the moment On a glory night Where the children of tomorrow share their dreams With you and me Take me to the magic of the moment On a glory night Where the children of tomorrow dream away In the wind of change
"Bawalah daku ke saat penuh sakti kala malam gilang gemilang, Di tempat anak-anak hari esok berkongsi mimpi bersama kau dan aku; Di tempat anak-anak masa depan akan terus punya impian, dalam hembus bayu perubahan." Demikianlah lebih kurang terjemahnya.
Lagu 'Wind of Change' ini ditulis dengan berlatarkan polisi glasnost yang diperkenalkan Mikhael Gorbachev kepada Kesatuan Soviet Rusia dalam pertengahan dekad 80an. Glasnost secara mudah faham membawa maksud ketelusan dan sentiasa digunakan Gorbachev dalam rangka usaha menstruktur semula Parti Komunis Rusia; atau juga disebut perestroika.
Usaha mengislah Parti Komunis Rusia yang cuba dibawa Gorbachev inilah yang menjadi inspirasi penulisan 'angin perubahan' Scorpions lantaran ketika itu juga bermulanya kejatuhan kerajaan blok Timur selepas tamatnya Perang Dingin. 'Wind of Change' seakan menjadi lagu tema sejak runtuhnya Tembok Berlin dan popular bagai nak rak di Jerman dan negara Eropah pasca terlungkupnya Parti Komunis Soviet Rusia.
Demikian peranan budayawan, penyair dan rockers yang sentiasa tidak jemu memberi muzik latar kepada sejarah di saat ia berkembang. Bukan setakat meraikan kehidupan dengan syair cinta mahupun lagu penuh kemarahan buat anak-anak muda yang menyampah duduk di rumah dengar bersama kawan ketika lepak di bawah jambatan sambil hangguk-hangguk.
PAS tak cukup rock?
Ternyata plot twist konsert rock di Karnival PAS For All ini tidak menerima banyak reaksi positif daripada pendukung parti Islam itu yang rata-ratanya berkupiah dan bertudung labuh. Rock dilihat umpama zikir mengangungkan setan, hatta setiap kali ada kumpulan rock dari negara orang puteh mahu bikin gig di ibu negara, di situlah kita akan ketemu pemuda PAS datang membantah.
Tapi itu tidak bermakna PAS tidak boleh duduk sebelah menyebelah dengan budak punk seluar koyak dan rambut pacak. PAS sudah lama menjadi pilihan mat rock yang bukan setakat mahu 'kembali ke pangkal jalan' malah mahu menyumbang kepada usaha menjatuhkan United Malays National Organisation. Belum pernah lagi kita dengar artis kembali ke pangkal jalan dan kemudian masuk UMNO. Belum pernah.
PAS sebenarnya lebih perlu mendekati golongan yang menjauh daripadanya. Sebuah parti politik yang hanya mahu menjaga tapak sokongannya sahaja tanpa mendapatkan sokongan kelompok baru adalah parti politik yang tidak bekerja.
Jadi PAS dan Pakatan Rakyat, harus mampu berkeadaan fleksibel dan 'boleh bercampur' dengan segala rockers rambut panjang jika tidak mahu dilihat sebagai organisasi mat skema yang tidak boleh bergaul.
Barangkali itulah roh angin perubahan yang mahu disampaikan Dr Muhaimin Sulam kepada perwakilan PAS di muktamar itu; supaya ahli dan pekerja parti tidak lagi meletakkan had dan jurang antara diri dan kelompok anak-anak seni yang tidak semestinya hanya tahu bergendang dan bernasyid sahaja.
Seni dan budaya itu seharusnya dipandang sebagai satu lagi jalan untuk meraih sokongan dan bukannya dijadikan alasan untuk menambahkan penentangan.
Menepis lambaian UMNO
United Malays National Organisation melambai-lambai dalam dua keadaan. Pertama sebelum menaiki jet peribadi untuk pergi makan angin atau buat lawatan rasmi. Kedua dalam keadaan ia terapung-apung nyawa-nyawa ikan hampir mahu mati.
Lambaian ini seharusnya ditepis dengan manis muka, mengikut saranan Al-Fadhil Hj Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS yang berjaya mengekalkan jawatannya di tengah asakan kanan dan kiri membunuh kerjaya politiknya di PAS.
PAS sudah punya tapak yang kukuh dalam koalisi Pakatan Rakyat. Ini tidak ada makhluk yang boleh nafi.
Bersama-sama Pakatan Rakyat, PAS sudah boleh duduk semeja dengan DAP yang sejak dulu mahu menjeling pun susah sekali. Melalui koalisi ini, PAS berjaya prestasi yang cemerlang dan bukan sahaja menawan Kedah dalam PRU ke-12 malah turut mengetuai kerajaan negeri Perak suatu ketika dahulu.
Koalisi politik yang dinikmati parti komponen Pakatan Rakyat tidak akan dapat dicapai sekiranya PAS membalas jelingan nakal UMNO dengan senyum simpul penuh makna. Jelingan UMNO mengajak berpadu ini seakan lirikan mata langsuir mahu membonceng motosikal di tengah malam.
Justeru PAS mesti sentiasa bijak mengatur langkah dan memasang pendinding agar tidak menjadi mangsa parti politik yang sudah berpuluh tahun menikamnya berulang kali.
Angin perubahan yang membayu di dalam PAS akan memberikan nafas segar kepada keseluruhan koalisi politik Pakatan Rakyat dalam usaha merapatkan barisan dan menyusun semula gerakan menuju Putrajaya. Apa yang penting ialah 'kerjasama'.
UMNO akan terus cemburu dengan cinta tiga segi PAS, PKR dan DAP. Ia akan terus menyerang. Namun Pakatan Rakyat harus terus bertahan, demi mimpi anak-anak hari esok. "Where the children of tomorrow dream away, In the wind of change" – Roketkini.com
Menurut Zulkefli beliau berpaling kerana meragui penderian Anwar terhadap agama dan sanggup berbuat apa saja demi mencapai hasratnya. Kini Pas sudah gadaikan perjuangan Islamnya kerana itulah yang Anwar mahu, fikirkanlah bertapa bahayanya Anwar jika menjadi Perdana Menteri.
Zulkefli berkata saya dah tengok dia rungkaikan pakatan pembangkan dan Pas, saya tidak akan duduk diam-diam, saya kenal Anwar dan akan tentang dia secara terbuka kerana saya kena beritahu, siapa Anwar, Zulkefli juga mendawa Anwar ada berjanji yang mahu melantik beliau sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga menjaga hal ehwal Islam. Semasa pelan 16 september janji itu juga ditabur kapada Ahli Parlimen BN yang cuba dipancing sertai pelan 16 september itu.
Mengulas tentang kes liwat Saiful, Zulkefli berkata Anwar tidak berani bersumpah dimahkamah dalam kes liwatnya dan memilih untuk bercakap dari kandang tertuduh sahaja, dengan berada di kandang, peguam atau hakim sendiri tidak boleh mengemukakan pertanyaan.
Ditanya tentang peluang Anwar untuk menjadi pemimpin Agama dan bangsa Zulkefli berkata, saya tidak nampak sebab saya tengok Anwar sejak beberapa tahun ini tumpuannya terlalu ke Putrajaya, saya pernah cakap (Zul) kapada beliau tidak boleh begitu sebaliknya beri tumpuan kepada semua pekara.
Macam sekarang kalau ikut ceramah dan lawatan Anwar ke luar nagara dia akan cakap pasal kes liwat dan dia dianiayai katanya.
Kata Zulkefli saya cakap kapadanya sebagai pemimpin besar dia tidak boleh angkat diri lebih tinggi, nordin kata dia baca buku Nelson Mandela dan Mahatma Gandhi, mereka tidak pernak bercakap pasal diri sendiri mereka bercakap tentang rakyat yaitu rakyat Afrika dan India yang dianiayai, begitu pemimpin besar, tetapi Anwar cakap pasal diri dia zul kata itu strategi yang silap
Kalau dulunya Zulkefli merupakan orang kuat membela Anwar tetapi sekarang beliau merupakan orang yang paling lantang menentang Anwar bersama-sama dengan rakan-rakan yang lain yang keluar dari pakatan seperti, Datuk K.S Nalakarupan, Dr. Mohamad Fairus bekas Timbilan Ketua Menteri 1 P. Pinang dan ramai lagi.
Kita seharusnya berfikir mengapa mereka meningalakan Anwar Ibrahim, terutama anak muda yang terpengaruh dengan gaya bercakap menipu pengikutnya, dan orang ramai.
bersambung
You are subscribed to email updates from #seratah# To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Pasti ada kepala hangguk akan kata kadar baru elektrik tak beban pengguna. Mungkin ada yang tak terbeban dengan hanya kenaikan harga elektrik tapi seperti juga bila harga minyak dan gula dinaikkan, semua peniaga naikan harga barang.
Akhirnya terbeban juga akhirnya.
Tak kurang juga nanti kepala hangguk yang akan kata rakyat yang berpendapatan rendah akan dibantu. Husin teringat masa minyak naik 20 sen pada September 15hb. BR1M dijanjikan naik dari RM500 ke RM1,000.
Akhirnya bajet naikkan BR1M hanya RM650. Kali ni ...berapa pulak nak dijanjikan naik BR1M dan komdian berapa akhirnya BR1M naik?
Hai ... jika semua barang terus dinaikkan, lama-lama mereka yang tidak layak BR1M pun layak terima BR1M
Wow! Yang sekarang layak BR1M boleh dijual sebagai unta.
Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berharap masyarakat tidak mudah membuat sebarang kesimpulan di atas dua tokoh agama iaitu Ustaz Mohammad Kazim Elias dan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah (Yadim) Dr Asyraf Wajdi Dasuki sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno.
Beliau yang dipetik menerusi laman sosial Facebooknya semalam, berkata, kedua-duanya adalah tokoh agama dan harus diberikan peluang di dalam parti politik tersebut.
"Tahniah di atas pelantikan ini, saya berharap mereka akan dapat memberi sumbangan ke arah positif dan membaiki keadaan negara.
"Tahniah juga kepada Umno kerana cuba mendapatkan khidmat golongan agama, harap benar-benar bertujuan kebaikan bukan sekadar politik kepartian," katanya.
Beliau turut berkata, jika ada keikhlasan, kedua-dua tokoh ini boleh membantu parti itu ke arah yang lebih baik.
Bekas Ketua Penerangan Wanita Umno, Datuk Hamidah Osman kembali mengetuai barisan kepimpinan Wanita Umno bahagian Gopeng pada sesi pemilihan semula jawatankuasa sayap parti itu, semalam.
Hamidah memperoleh 173 undi mengatasi penyandang, Juliliyana Mohd Junid (131) dalam saingan satu lawan satu setelah seorang lagi calon, Wan Razita Wan Razak mengambil keputusan menarik diri.
Mesyuarat yang diadakan semula atas arahan Jawatankuasa Pengurusan Umno itu dihadiri 314 daripada 354 perwakilan yang layak mengundi.
Arahan itu sebelum ini mendapat bantahan daripada Jawatankuasa Umno Gopeng kerana mendakwa tiada alasan kukuh diberi di sebalik arahan pemilihan semula sayap parti Umno terbabit.
Pada pemilihan 12 Oktober lalu, Juliliyana menang dengan majoriti 20 undi mengetepikan penyandang, Hamidah yang mendapat 143 undi, sementara Wan Razita (20).
Ketika ditemui, Hamidah melahirkan rasa syukur kerana perjuangannya dalam menuntut pemilihan secara telus mendapat sokongan perwakilan.
Beliau berikrar, mahu memastikan perpaduan dalam kalangan ahli pergerakan berkenaan dapat dipupuk kembali.
"Saya bersyukur dengan kemenangan ini dan yang jelas mandat sudah diberikan, saya akan pegang amanah ini dengan perkara pertama untuk merapatkan saf dengan menjalankan kerjasama lebih erat," katanya.
Mengulas bantahan yang dikemukakannya kepada Umno Pusat, Hamidah yang juga Pengerusi Tekun berkata, pihaknya mendapati banyak perkara yang mencurigakan dan tidak kena sepanjang pemilihan lalu dijalankan.
Menurutnya, perkara itu menyebabkan satu bantahan dibuat melalui saluran parti iaitu kepada Jawatankuasa Khas Bantahan Umno yang dipengerusikan oleh Tan Sri Azmi Khalid.
"Yang dituntut adalah keadilan, saya berharap dengan keputusan hari ini (semalam), pucuk pimpinan dapat terima dengan hati terbuka, ia dibuat selepas meneliti kes saya, ia tidak buat mengikut sentimen dan emosi.
"Dalam 'hearing' kes, saya bentangkan kes saya dan mereka (pihak Juliliyana) bentangkan kes mereka. Saya bentang kes dengan penuh bukti," katanya.
Visit website
You are subscribed to email updates from Taipingmali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairul Azwan Harun menyifatkan pemimpin-pemimpin DAP ini tidak mempunyai nilai kepimpinan, selain tidak mempunyai perasaan hormat orang lain serta tidak mempunyai keikhlasan dalam diri mereka.
Jelasnya, tindakan Ahli Parlimen Jelutong yang meminta maaf di atas keceluparannya terhadap pegawai Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) yang digelarnya sebagai 'kucing kurap' jelas membuktikan sikap dan peribadi sebenar pemimpin DAP ini yang tidak tahu hormat orang serta tidak ikhlas.
"Dia minta maaf hari ini, esok dia buat lagi. Jadi dengan tohmahan, dengan cacian itu sahaja dah melambangkan sikap mereka dan rakyat janganlah selalu tertipu, khususnya kakitangan kerajaan, kena benar-benar mengerti dan menilai pemimpin-pemimpin macam ini, untuk kita tolak sama sekali.
Saya fikir orang macam Jeff Oii ini jangan kita layan, kerana dia sebenarnya mencari publisiti murahan berbanding kita sebagai pemimpin BN yang membawa nilai dan makna dalam perjuangan, dalam perkhidmatan kita.
Datuk Seri Najib pun selalu menekankan kita ini member perkhidmatan kepada rakyat, kita bawa nilai-nilai murni, semangat toleransi dan persefahaman, jadi nilai-nilai murni masyarakat ini langsung tidak wujud dalam jiwa pemimpin-pemimpin pembangkang, khususnya DAP ini," ujarnya ketika di temui mengulas tindakan Jeff Oii yang meminta maaf secara terpaksa berhubung kenyataannya mengelar kakitangan awam sebagai 'kucing kurap' baru-baru ini.
Dalam masa yang sama, Khairul Azwan tidak melihat tindakan meminta maaf Jeff Oii ini akibat tekanan dari Pengerusi DAP, Karpal Singh sendiri sebaliknya ianya merupakan permainan pemimpin DAP yang mahukan populariti kerana mereka ketandusan isu, jadi mereka cari satu polemik.
"Hasil dari polemik ini nanti akan nampak seolah-oleh dia (mereka) itu akan mendapat perhatian umum, perhatian rakyat. Tapi orang tahu siapa Jeff Oii ini, seorang yang berjiwa kotor, yang tidak langsung mempunyai hormat pada orang.
Hari ini dia nak maki orang, esok-esok dia minta maaf, lepas itu dia maki balik. Jadi, pemimpin seperti apa ini? Jadi kita faham-faham sahajalah," tambahnya yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO.
"Saya tidak memerlukan sebarang anugerah daripada sebuah badan pentadbir bolasepak yang tidak konsisten untuk mengiktiraf segala kemajuan dan pencapaian Persatuan Bolasepak Negeri Johor. Walau bagaimanapun, saya ingin mengucapkan tahniah kepada mereka yang telah diberi penghormatan dalam Anugerah Bolasepak Kebangsaan baru-baru ini.
Kepada para penyokong Johor, saya ingin memaklumkan bahawa laman web Johor Southern Tigers dan JDTTV menjadi tatapan di lebih 44 buah negara. Terdapat lebih sejuta hits di laman web kita ketika siaran langsung perlawanan Harimau Muda bertemu JDT II pada Jumaat lalu. Pengunjung kedua paling ramai ke laman web kita adalah dari Amerika Syarikat, diikuti Singapura, Kanada dan Jepun. Terdapat juga pengunjung dari Eropah, Amerika Latin dan Asia.
Kemudahan stadium dan kemudahan lain berkaitan bolasepak di seluruh negeri juga sedang dinaiktaraf. PBNJ juga sedang dalam rundingan dengan sebuah syarikat dari China untuk mendirikan Akademi Bolasepak Johor - Chelsea, yang akan menggunakan modul akademi bolasepak kelab tersebut.
Selain pasukan kebangsaan, JDT dan JDT II merupakan pasukan pertama dalam negara ini yang mendapat tajaan jenama gergasi Nike. Semua ini sedang dilaksanakan dan bukan sekadar dalam peringkat perancangan. Tiada maknanya menjulang piala jika dunia tidak mengenali siapa kita. Saya bukan di sini sekadar untuk bertanding, saya ingin menempa legasi yang akan diingati sehingga generasi-generasi mendatang. In Shaa Allah, Johor akan sentiasa dan kekal sebagai Johor.
Kepada Allah Kita Berserah. As-salamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Korang baca print screen di bawah, tak terfikir di akal kita untuk mengetahui secara detail akan standart operation procedure (SOP) pdrm dalam melakukan operasi atau menembak penjenayah, kenapa ahli parlimen dap segambut, lim lip eng nie berminat sangant sampaikan dia minta pihak pdrm dedahkan SOP menembak penjenayah itu kepada pihak awam dan di bahaskan dalam parlimen...?
Pada aku tindakan ahli parlimen dap nie cukup merbahaya pada nyawa anggota polis, bayangkan apa yang akan berlaku sekiranya semua SOP PDRM didedahkan kepada umum, sudah tentu menyukarkan tugas polis dan penjenayah makin bermaharaja lela, pasal penjenayah sudah boleh checkmate pergerakan polis.
Aku yakin lepas ini si cina bodoh akan melalak dalam parlimen mintak pihak pdrm dedahkan sop mereka dan lalakan cina bodoh ini akan di sambut oleh beberapa lagi ahli parlimen pakatan taik yang lain...
Anggota polis mengangkat mayat Nur Izzati Husna Rusdi yang ditemui di dalam terusan Mada Kampung Padang Petani, Langgar, Alor Setar, semalam.
Apa sudah jadi dengan negara ini, apabila kanak-kanak yang tidak berdosa pun sanggup dibunuh dengan kejam.
Inilah yang berlaku kepada tiga beradik perempuan berusia tiga, 12 dan 14 tahun berasal dari Alor Semela, Jalan Datuk Kumbar di sini semalam.
Mayat Nor Syafikah Nadia Rusdi, 14, ditemui tertiarap dalam keadaan separuh bogel di tepi sawah Alor Senibong di sini pukul 3.45 petang semalam selepas keluar dari rumah bersama dua adiknya, Puteri Nurul Akma, 3, dan Nur Izzati Husna,12, kira-kira pukul 7.30 malam, kelmarin.
Lebih menyayat hati, mayat Puteri Nurul Akma dan Nur Izzati Husna pula ditemui kira-kira pukul 4.50 petang ini di dalam terusan MADA Kampung Padang Petani, Langgar di sini iaitu kira-kira 3.5 kilometer dari mayat Nor Syafikah Nadia ditemui.
Walaupun mereka ditemui lemas, polis mengklasifikasikan kes ini sebagai kes bunuh.
Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, ketiga-tiga beradik itu keluar dari rumah mereka Jumaat lalu dengan menaiki motosikal Honda Wave milik bapanya untuk ke rumah rakan di Kampung Gelam dekat sini.
Ibrahim memberitahu, walaupun hasil bedah siasat mendapati kematian Nor Syafikah Nadia akibat lemas namun polis menyifatkan ia sebagai kes bunuh kerana kes lemas tersebut dianggap luar biasa.
Katanya, hasil bedah siasat mangsa pertama mendapati mangsa tidak dirogol dan hanya kesan calar dijumpai pada belakang badannya.
"Polis akan melakukan siasatan merangkumi segala aspek dan kita akan panggil ahli keluarga serta rakan-rakan mangsa. Setakat ini polis menyiasat kes ini sebagai kes bunuh dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," ujarnya.
Ahmad memberitahu, mayat dua adik perempuan Nor Syafikah Nadia yang berusia 12 dan tiga tahun dijumpai lengkap berpakaian di dalam terusan, dalam keadaan terapung berhampiran kira-kira 200 meter antara satu sama lain di dalam terusan tersebut.
"Mayat dua mangsa masih belum disahkan punca kematian mereka. Bedah siasat akan dilakukan secepat mungkin bagi mengenal pasti punca kematian dua kanak-kanak ini dan kaitannya dengan kes kematian mangsa pertama iaitu kakak mereka," jelasnya.
Ketika ditanya sama ada alirannya bersambung dengan tali air di Alor Senibong, beliau memberitahu, kedua-duanya tidak bersambung dan terletak jauh antara satu sama lain.
"Tidak mungkin mangsa yang berumur 12 dan tiga tahun hanyut dari tali air Alor Senibong sehingga ke tali air Kampung Padang Pusing kerana kedua-dua tali air ini tidak bersambung antara satu sama lain," jelasnya.
Ahmad memberitahu, polis turut menjumpai seluar berwarna hitam berhampiran tali air Kampung Padang Petani dan masih menyiasat pemilik seluar tersebut sama ada itu milik salah seorang mangsa.
Dalam pada itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Nashir Ya berkata, pihaknya menemukan motosikal yang ditunggangi mangsa serta adiknya dalam keadaan baik dan berkunci di tepi jalan kira-kira satu kilometer dari rumahnya malam semalam.
"Siasatan masih dijalankan mengenai punca mangsa meninggalkan motosikalnya di situ," katanya.
Sementara itu, bapa saudara mangsa, Mazlan Ariffin, 51, pula berkata, penduduk yang cuba menjejaki ketiga-tiga beradik itu menemui motosikal mangsa ditinggalkan berhampiran hentian bas.
"Motosikal itu kemudian dibawa pulang sebelum enjin terhenti secara tiba-tiba kerana kehabisan petrol sejurus sampai di rumah," katanya.
Agak-agak berapa banyak MB Khalid bayar cukai pendapatan dalam setahun ya?
Rakyat di negeri ini menyifatkan kenaikan mendadak gaji termasuk elaun menteri besar, exco kerajaan negeri, speaker, timbalan speaker dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang diputuskan Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam tidak memberi apa-apa keuntungan kepada mereka.
Rata-rata yang ditemui menyifatkan kenaikan tersebut tidak sepatutnya berlaku pada saat-saat rakyat berhadapan dengan kenaikan kos semasa dan kerajaan negeri sewajarnya memberikan tumpuan terlebih dahulu dalam mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh mereka.
Seorang warga Shah Alam, Hairul Nizam Abdul Latif yang bekerja sendiri menyifatkan kenaikan gaji ahli pentadbiran kerajaan negeri itu dilihat tidak memberi apa-apa kesan kepada rakyat, sebaliknya yang menerima manfaat adalah individu itu sendiri.
"Sesuatu yang tidak wajar, kenaikan ini dilakukan pada waktu kenaikan harga barang, kos hidup meningkat dan beberapa kesulitan lain yang membelenggu rakyat," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Sidang DUN Selangor semalam meluluskan kenaikan gaji dan elaun bulanan menteri besar, speaker, timbalan speaker, exco kerajaan negeri dan ADUN bermula Januari tahun depan.
Daripada keputusan tersebut, gaji menteri besar pada tahun hadapan naik daripada RM14,175.15 kepada RM29,250 manakala speaker dan timbalan speaker masing-masing menerima gaji bulanan sebanyak RM22,500 dan RM15,750 berbanding sebelum ini sebanyak RM6,109.29 dan RM3,327.50 sebulan.
Selain itu exco kerajaan negeri pula akan menerima kenaikan gaji sebanyak RM20,250 sebulan berbanding RM6,109.20 manakala ADUN sebanyak RM11,250 berbanding RM6,000 sebulan sebelum ini.
Seorang pekerja swasta, Norazima Abdul Razak pula mahu kerajaan negeri memberi tumpuan kepada membantu rakyat dalam mewujudkan lebih banyak peluang ekonomi dan pekerjaan.
Dalam pada itu, seorang guru, P. Rajami menyatakan kenaikan gaji seharusnya dilakukan pada masa sesuai lebih-lebih lagi ketika ini rakyat dibelenggu dengan faktor ekonomi yang mendesak di samping kenaikan harga barang.
Suara Politik Belantan
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
PERLANTIKAN penceramah popular Ustaz Kazim Elias dan Dr. Ashraf Wadji Dusuki, Yang Dipertua YADIM merupakan signal yang kuat dari Presiden UMNO untuk memastikan UMNO boleh memainkan peranannya yang lebih berkesan dalam konteks kemaslahatan umat Islam di Malaysia. Sayugia di dalam kerajaan BN juga, sudah terdapat ramai tokoh-tokoh agama dan ulama yang bertanggungjawab menegur dan memberikan idea-idea yang besar untuk melestarikan agama Islam di dalam kehidupan, pentadbiran dan hidup bernegara. Perkara ini juga membuktikan Presiden UMNO, DS Najib amat peka dengan kehendak dan keperluan umat Islam yang mahu melihat UMNO dan kerajaan BN memberi fokus yang luar biasa dalam parti dan kerajaan. Kehadiran beberapa tokoh PAS di dalam UMNO dan Kerajaan BN juga membuktikan sikap keterbukaan DS Najib yang lain daripada yang lain. Beliau bukan setakat bercakap tentang perpaduan umat Islam, namun juga melaksanakan idea-idea perpaduan itu. Beberapa nama seperti Dato Nasharudin Mat Isa, Datuk Dr. Hassan Ali, Ustaz Hassan Basri, Ustaz Norman Toha, Ustaz Kazim Elias dan ramai lagi sudah tidak merasai adanya halangan untuk menyumbangkan khidmat bakti di dalam UMNO dan Kerajaan BN. Pertemuan Menteri Besar Kelantan mengunjungi DS Najib di Putrajaya minggu lalu juga merupakan satu lagi proses perpaduan umat Islam di negara kita. Begitu juga langkah melantik beberapa nama yang agak kritikal di dalam Majlis Konsultasi Perpaduan Negara, juga suatu lagi idea yang menjurus kepada usaha menguatkan jatidiri negara kita. Umat Islam menjadi ahli di dalamnya akan menjadi cabaran kepada mereka. Keyakinan rakyat kepada DS Najib mengemudi parti UMNO dan Kerajaan semakin menjadi. Kita kini berada di landasan yang tepat. Boo Boo Boo Namun, terdapat suatu gerakan akan berlaku di mana perbuatan mem'boo' ke atas Presiden UMNO dan satu dua pemimpin tertinggi di atas pentas kelak dengan tujuan-tujuan tertentu. Kepada mereka yang berniat melakukannya, ianya perlu dielakkan. UMNO kini semakin matang dan kukuh, sudah tentu ada cara yang lebih berhemah untuk menyampaikan gejolak perasaan dan ketidakpuasan anda. Nasehat Mymassa, perkuatkanlah parti anda, sokonglah barisan kepimpinan tertiggi anda, mengapa membawa ketidakpuasan anda di saat begini.
Mahfuz Omar sedang melobi habis-habisan agar dilantik sebagai SU Agung Pas yang baru. Ramai kepimpinan utama Pas tidak bersetuju. Kerana beliau tidak boleh berbahasa Inggeris. Pas perlukan seorang SUA yang boleh berbahasa Inggeris untuk memudahkan urusan mereka dengan negara luar memandangkan Presiden dan Timb Presiden juga tidak boleh berbahasa Inggeris.
Perbicangan Ustaz Hadi dengan Tuan Guru Nik Aziz serta beberapa saf kepimpinan utama bersetuju untuk melantik Mahfuz sebagai Ketua Penerangan.Namun beliau menolaknya dan tetap inginkan jawatan SUA. Sekarang dia sedang memberi tekanan kepada Ustaz Hadi agar tetap melantiknya sebagai SUA. Ustaz Hadi dijangka membuat pengumuman lantikan dalam masa terdekat.
Mohon sebarkan berita ini kepada barisan jemaah kita yang dikenal pasti sahaja dan mohon mereka catatkan di facebook masing untuk memberi tekanan kepada Mahfuz. Nota : SMS Di atas dikirim oleh Penggerak-Penggerak Anti Mahfuz dalam PAS. Kami tak tahu ada Wakil Rakyat Malaysia tidak tahu bahasa Inggeris walhal khabarnya beliau sangat hebat bercakap Isu Globalisasi, Isu Singapura, Isu Mindanao Filipina, Isu Hamas, Isu Kewangan Amerika, Isu Launch dengan Speaker Dewan Rakyat, Isu Perhambaan, Isu Ekonomi Dunia, Isu Dunia Islam, semuanya dunia belaka...rupanya tak tahu bahasa Inggeris gitu
Pagi Isnin macam ni ramai yang mengalami sindrom Monday Blues.
Jadi MyMassa kongsikan lawak untuk pembaca blog. Kurang sikit stress pagi-pagi macam ni.
apek: itu potong zaka ada bagut ka ? ali: manyak bagut..bila lu potong haa lu punya barang manyak bersih loo.. apek:?!! err..saya kawan ada cakap,potong zaka aaahh.. manyak ploblem.. ali: apa probrem ? apek: manyak buang lui..lagi aahh..dia punya performance tatak bagut.. manyak cinang semputloh.. ali: cehh.. apek, lu apa celita.. saya suda lama potong.. tada apa problem.. bini saya manyak puas woo.. apek: lu mini puas sama itu potong zaka ka? ali: ya la.. bila lu potong aahh.. lagi sedap maen woo.. lu lagi lambat pancut.. apek: ???!!! err..lu punya 1.3 atau 1.5 ?? ali: ??!! woi apek cakap baik2 sikit ha.. saya punya 6 incila.. apek: ??! tiu nia ma.. lu jgn maen2 haa.. mana ada potong zaka 6 inci.. ali: cilaka apek ni..nah tengok ( bukak sluar tunjuk pale butoh..) apek: chee sin punya olang..gua tanya baik2 lu tunjuk lu punya lancau.. ali: abis.. lu tarak percaya..saya tunjuk la.. apek: saya tatak tanya sama lu punya lancau.. saya tanya lu pasal itu nasional car.. potong zaka.. molo punya olang.. ali: aiya.. apek.. lain kali lu sebut betul2 la..kasi susa saja.. bukan potong zaka la.. proton saga.. cinabeng btulla..
Sebenarnya lawak di atas ada kaitan dengan banner kat bawah ni.
Kami tidak bercadang untuk menulis dan mengulas panjang lebar tentang tajuk di atas. Apa kata kita santai sahaja sambil membandingkan PROGRAM UMNO dan pakatan pembangkang apabila melakukan engagement dengan pelapis pemimpin bangsa.
Wakil mahasiswa dibenarkan berucap pada perhimpunan sayap UMNOOleh AZRUL NAIMI
KUALA LUMPUR, 1 Dis. - Buat julung kalinya, wakil mahasiswa dibenarkan berucap pada perhimpunan sayap Pemuda dan Puteri UMNO dalam Perhimpunan Agung UMNO 2013 (PAU2013) tahun ini.
Menurut Ketua Biro Institusi Pengajian Tinggi (IPT), Datuk Razali Ibrahim, ini merupakan satu tanda bahawa UMNO mengambil langkah yang tepat dalam mengambil kira pandangan generasi muda.
"Mereka yang diberi peluang berucap berpeluang untuk menyalurkan kesemua usul hasil perbincangan sesama mereka hari ini," ujar Razali sejurus merasmikan penangguhan Perhimpunan Mahasiswa Nasional (Pemanas) 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Untuk rekod, sebelum ini wakil mahasiswa hanya dibenarkan untuk berucap pada perhimpunan agung UMNO sahaja.
Pemanas kali ini menyaksikan para mahasiswa dari IPT dalam dan luar negara menghasilkan 36 usul berkenaan politik (10), pendidikan (7), agama (9) dan ekonomi (10), untuk dibentangkan di hadapan para perwakilan UMNO. - UTUSAN ONLINE
by AZRUL NAIMI edited by UTUSAN ONLINE 12/1/2013 12:40:25 PM 8:40 PM
Sekarang, kita bandingkan pula dengan apa yang pihak pembangkang rencanakan untuk anak-anak muda yang menyokong mereka dan yang diasuh sebagai pemimpin. Kita akan dapati, program mereka jauh lebih "menarik" dan kurang memenatkan akal.
Demo Pro Komunis dan Anti Malaysia
Kuota Haji tahun 2013 dikurangkan kerana demo ini
Menceroboh tempat menuntut ilmu tanpa sebab yang munasabah
Menyertai demo haram dan memukul anggota keselamatan
Berdemonstrasi tanpa sebab dan tujuan yang jelas
Jika anda pasangan ibu bapa yang mahukan yang terbaik untuk masa depan anak-anak, program yang manakah akan menjadi pilihan anda?
Dan jika anda seorang pengundi yang bijaksana serta sayangkan Malaysia, pemimpin dari program manakah yang menjadi pilihan anda untuk masa depan Negara?!!
Meskipun dah lama dicetak sejak 2012 namun tidak salah ia diulang promosi kerana mungkin ramai masih belum tahu.
Ia juga kerana Panglima baru sahaja menyedari kewujudan buku ini semasa membuat carian tentang isu Syiah wahabi liberal untuk ceramah kepada sekumpulan peserta Rabu depan.
Buku ust Zamihan memang selalu dibeli oleh Panglima kerana hujahnya yang kukuh berdasarkan kitab ulama muktabar. Seperti buku sifat solat Nabi yang dihasilkan oleh beliau.
Harap buku yang menjurus kepada penyelewengan akidah wahabi ini dapat menjadi bahan yang jelas kepada orang awam agar mereka tidak keliru dalam bab agama.
Isu Wahabi bukan sekadar isu Fekah bahkan meliputi isu akidah berdasarkan kupasan dalam buku ini.
Ia sudah lama disedari oleh Panglima sendiri yang sejak kecil didedahkan dengan berbagai kitab dan buku tentang fahaman ini. Dan berterusan mengkajinya hingga kini.
Harap JAKIM dapat memasukkan fahaman wahabi dalam senarai yang sesat.
Jika tidak mungkin kerana ada orang terpengaruh dengan fahaman wahabi dalam JAKIM yang berkuasa dan berpengaruh yang tidak mahu fahaman ini disesatkan!
Berikut keterangan buku tersebut :
Muka Hadapan.
Bahagian Belakang.
Alhamdulillah, dengan izin Allah swt, akhirnya buku terbaru Al-Faqir Ustaz Zamihan al-Ghari dapat diterbitkan bagi menegakkan Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sebenar daripada diselewengkan oleh fahaman Wahhabiy yang semakin menjadi barah yang dilihat semakin membahayakan Aqidah umat Islam.
Buku ini ditahqiq oleh tokoh-tokoh ulama terkemukan yang faqeh lagi 'alim seperti Tuan Guru Dato' Hj Mohd Salleh Hj. Ahmad, Prof Madya Dr Abdul Aziz Hanafi dan Ustaz Raja Ahmad mukhlis Raja Jamaluddin. Semoga dengan terbitnya buku "Penyelewengan Fahaman Tajsim Wahhabiy" ini, akan mengukuhkan lagi pegangan Aqidah umat Islam di Negara ini.
MT UMNO : "Saya Masih Belum Buat Keputusan," Kata Ustaz Kazim Elias
KUALA LUMPUR, 1 Dis — Pendakwah bebas terkenal, Ustaz MohammadKazim Elias berkata beliau masih belum membuat keputusan muktamad sama ada untuk menerima pelantikannya sebagai anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno.
Mohammad Kazim berkata sebelum membuat sebarang keputusan, beliau perlu berjumpa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengetahui peranannya dalam parti itu, selain menimbang tugasnya sebagai pendakwah.
"Saya mahu jaminan apakah bila menyertai Umno, tugas dakwah saya kepada masyarakat tidak terhalang.
"Saya juga mahu tahu apakah tangan saya akan terikat, mulut saya terkunci untuk menegur apa-apa juga kesalahan seperti mana sekarang saya bebas menegur tanpa apa sekatan. Kalau itu jaminannya maka saya boleh bekerjasama," katanya kepada pemberita sebelum menyampaikan ceramah agama di Dataran Seri Semarak, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Semarak di sini, malam tadi.
Beliau berharap pertemuan dengan Najib, yang juga Presiden Umno, dapat diadakan pada masa yang sesuai.
Mohammad Kazim berkata Najib sebelum ini telah menelefonnya bagi memaklumkan tentang kedudukannya dalam saf kepimpinan Umno, serta membantu menyebarkan ajaran Islam dalam parti itu serta kepada masyarakat.
Katanya sikap keterbukaan Najib menjemput beliau menyertai barisan kepimpinan Umno itu membuktikan perdana menteri serius untuk membawa transformasi dan meluaskan peranan pendakwah dalam parti itu.
"Saya melihat ini satu bentuk pendekatan Umno untuk menyatupadukan Islam. Saya harap semua pihak pandanglah ini sebagai satu benda yang baik. Padanglah sebagai satu usaha untuk melihat agama didahulukan," katanya.
Namun, kata Mohammad Kazim, buat masa ini, beliau lebih selesa untuk bergerak sebagai pendakwah bebas.
Pernah menyertai PAS sebelum ini, beliau turut melahirkan kekecewaannya dengan sikap parti itu yang tidak pernah memanggilnya untuk sama-sama berdakwah dalam parti itu.
"Sebenarnya apabila perdana menteri memanggil saya untuk memasuki Umno, ini adalah sesuatu yang memalukan kepada PAS kerana mereka (PAS) tidak pernah terbuka kepada saya," katanya.
Panglima : Ustaz Kazim Elias wajar terima tawaran demi memastikan Umno kekal dengan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah dan diberi peluang bebas kritik parti dan kerajaan dengan hikmah Wal mauizah hasanah. Elak terbuka tapi terus kepada MT dalam mesyuarat tertutup.
Matlamat menghalalkan cara, itulah ungkapan terkenal karya Nicolo Machivelli. Dalam satu sebaran menerusi Kelab Pencerahan UPM, diadakan satu program bersama dengan Khalid Jaafar, bekas Setiausaha Akhbar Anwar Ibrahim, Pengerusi PKR Hulu Selangor untuk kupas tentang idea jahat terbabit. Apakah yang ingin dan cuba diajar pada mahasiswa UPM? Mengajar mereka buat jahat dengan memecahkan pintu sekali lagi?
Kuat nampak ADUN ini membodek Khalid Ibrahim berkaitan soal gaji. Mungkin inilah antara justifikasi yang diambil untuk membolehkan ADUN, MB, Speaker dan Timbalan Speaker menikmati kenaik gaji 300% di Selangor.
Alasan dan cara bodek yang cukup melucukan sekali.
Rupanya gaji selaku penasihat Ekonomi negeri Selangor bukanlah bernilai RM1 seperti yang diseronok kan oleh mereka sebelum ini. Gaji dan peruntukan yang Anwar terima adalah berjumlah RM150,000. Jika dibahagi dengan 12 bulan, maka jumlahnya adalah sejumlah RM12,500.
Ini bermakna Anwar Ibrahim sudah menikmati kenaikan gaji sebanyak 12,500% sejak sekian lama berbanding RM1 yang diwawarkan kepada media dan rakyat.
Maka tidak hairanlah mengapa Khalid Ibrahim dimarah sedemikian rupa oleh Anwar. Mungkin Anwar Ibrahim minta gaji lebih tetapi tidak dapat (RM15 juta?). Jika begitu, tidak hairanlah gaji Timbalan Speaker naik sampai 300%. Gaji Anwar Ibrahim sudah naik lama dah, lagi tinggi daripada itu.
Setiausaha SPR, Datuk Haji Abdul Ghani Salleh semalam mengeluarkan Laporan Post Mortem PRU Ke 13. Post mortem berkenaan melibatkan 222 kerusi parlimen dan semua kerusi Dun kecuali Sarawak. Tujuan post mortem berkenaan dilakukan adalah untuk mengenal pasti masalah-masalah yang timbul dan cadangan untuk mengatasinya. Ini menunjukkan SPR komited untuk membuat penambahbaikan bagi mengatasi masalah-masalah yang timbul.
Seperti yang kita semua tahu sebelum PRU 13 yang lepas bagaimana SPR dihenyak sampai ke dinding oleh puak-puak sebelah sana. Pelbagai tuduhan jahat yang mereka lemparkan termasuk dakwaan SPR bekerjasama dengan BN membawa masuk 40,000 pengundi asing untuk mengundi. Naik mencanak darah tinggi Pengerusi SPR apabila mendengar fitnah yang dilemparkan terhadap agensi yang diketuainya.
Masa fitnah orang tak ingat dunia, bila menang pilihanraya yang dikendalikan SPR yang difitnah sebelum itu, mereka pula yang berebut-rebut nak jadi MB dan Exco.
Allah maha kaya, enam bulan selepas PRU 13, pemimpin mahaliwat sendiri yang membuka aibnya dan mengesahkan dia seorang pembohong. Tiba-tiba dia buat pusingan U mengatakan dia tidak pernah mengeluarkan dakwaan sedemikian.
Beberapa hari lepas sekali lagi dia ulangi dakwaan jahat terhadap SPR dan kerajaan di Dewan Rakyat. Dalam masa beberapa minit dia pusing lagi menafikan kata-kata asalnya. Anda boleh lihat yang saya tulis dua hari lepas di sini.
Sebab itu saya kata , Allah Maha Kaya. Sebabnya dia sendiri yang mengesahkan pembohongannya. Kita tidak perlu susah payah untuk nak meyakinkan masyarakat bahawa dia seorang pembohong.
Antara yang dilaporkan dalam post mortem SPR yang dikeluarkan semalam adalah berhubung kesukaran pegawai pengurus pilihanraya untuk mengesan status bermaustatin seseorang calon kerana terdapat sesetengah calon yang tidak tinggal dialamat seperti yang diisi dalam borang atau mengikut kad pengenalan mereka.
SPR akan mengatasi perkara ini dan akan menyediakan panduan kepada pegawai pengurus pilihanraya bagi menentukan status bermaustatin seseorang calon.
Peraturan pilihanraya yang ada hari ini menetapkan seseorang yang ingin masuk bertanding bagi kerusi DUN dia harus tinggal di negeri yang dia bertanding. Manakala untuk bertanding kerusi parlimen pula dia boleh tinggal dimana-mana asalkan dalam Malaysia.
Masalah bertanding tak ikut kawasan ini kebiasaannya timbul di sebelah pihak pembangkang. Orang Johor bertanding di Kelantan. Orang Melaka bertanding di Pulau Pinang. Orang Pulau Pinang bertanding di Kedah. Malah dalam PRU yang lepas kita boleh lihat bagaimana orang Negeri Sembilan pergi bertanding di Dun Sungai Acheh, Pulau Pinang.
Sebabnya mereka bukan nak jadi wakil rakyat atau berkhidmat kepada rakyat sangat. Mereka nak guna rakyat sebagai rubber stamp untuk mengesahkan mereka bergelar YB.
Peraturan menjadi calon yang ada pada hari ini kelihatan agak longgar. Saya ingin mencadangkan kepada SPR agar perkara ini dipinda dan diperketatkan supaya rakyat tidak menjadi mangsa percaturan politik parti-parti politik. Dalam masa yang sama juga kita dapat melahirkan wakil rakyat yang lebih bertanggungjawab. Apabila ada wakil rakyat yang lebih bertanggungjawab pembangunan rakyat dan kawasan yang mereka wakili juga akan lebih mantap.
Contoh terbaik dalam kes ini adalah Lim Kit Siang. Dia sering lari dari satu parlimen ke satu parlimen lain. Daripada Melaka ke Selangor ke Pulau Pinang ke Perak dan sekarang di Johor. Dimana tempat tinggal dia yang sebenar pun kita tak tahu. Dia tidak perlu komited terhadap tempat-tempat yang di wakili. Kerana apabila datang pilihanraya sekali lagi dia pindah ke tempat lain pula. Ini berlaku kerana peraturan yang sedia ada yang mungkin digubal puluhan tahun lampau dilihat longgar. Boleh bertanding mana-mana kerusi parlimen asalkan tinggal Malaysia.
Sedangkan tugas wakil rakyat adalah mewakili rakyat sesuatu kawasan, membantu mereka mengatasi pelbagai masalah yang timbul, serta memajukan kawasan yang diwakili dari segenap aspek. Tetapi jika wakil rakyat sering melompat dari satu tempat ke satu tempat bagaimana nak menolong rakyat atau memajukan kawasan ? Apabila seseorang wakil rakyat itu bukan berasal atau tinggal di kawasan yang dia wakili atau bukan dari negeri berkenaan, sifat tanggungjawabnya akan jadi kurang. Kerana dia fikir dia popular atau partinya popular maka dia boleh bertanding dimana-mana sahaja.
Oleh yang demikian saya ingin mencadangkan kepada SPR agar membawa usul ke parlimen dan Dun supaya satu peraturan baru yang lebih ketat dikenakan. Tujuannya bukan untuk menyusahkan tetapi untuk melahirkan wakil rakyat yang bertanggungjawab. Setiap orang yang ingin bertanding kerusi Dun, wajib tinggal di Dun berkenaan atau Dun yang bersebelahan dan wajib berasal di negeri yang dia bertanding dan dia sendiri seorang pengundi dalam Dun berkenaan.
Untuk calon parlimen pula wajib berasal atau tinggal lebih 10-15 tahun dari dan di negeri yang terletaknya parlimen dia bertanding. Dia sendiri juga seorang pengundi dalam negeri berkenaan. Jika ini dilakukan barulah seseorang wakil rakyat itu akan bertanggungjawab terhadap kawasannya atau negeri mereka.
Apabila peraturan ini diperkenalkan SPR juga tidak lagi menghadapi masalah untuk mengesan status bermaustatin seseorang calon. SPR boleh mengesannya melalui kad pengenalannya atau melalui bil-bil utiliti di atas namanya atau dokumen-dokumen rasmi yang lain yang diatas namanya.
Dalam hal ini kita juga tidak boleh menyalahkan SPR, kerana peraturan ini diputuskan di Dewan Rakyat, dan SPR hanya sebagai agen pelaksana apabila sesuatu keputusan itu diputuskan Dewan Rakyat. Saya berharap agar SPR dapat membawa perkara ini ke menteri berkaitan supaya ianya diusulkan di Dewan Rakyat. Dengan harapan agar satu hari nanti sistem pilihanraya tidak menjadi medan untuk calon dan parti politik berpesta.
Akhir kata saya mengucapkan tahniah kepada pihak SPR kerana mengeluarkan Laporan Post Mortem PRU 13. Ini bukti SPR telus. Berani berkongsi dengan umum tentang kelemahan-kelemahan yang timbul dan berusaha menambaik apa yang tidak kena. Ini juga bukti SPR komited ke arah usaha untuk memastikan perjalanan pilihanraya di Malaysia adalah yang terbaik. Tahniah….
You are subscribed to email updates from RBF Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
KUALA LUMPUR: Pelakon Paul Walker yang terkenal dengan filem 'The Fast and the Furious' maut akibat kemalangan jalan raya pada petang Sabtu.
Kematian pelakon berusia 40 tahun itu disahkan melalui laman twitter dan Facebook.
Berita kematiannya turut dilaporkan secara eksklusif dalam portal berita hiburan TMZ.
Menurut laporan itu, kejadian berlaku di Santa Clarita, utara Los Angeles.
Sekeping gambar dipercayai wajah Paul Walker selepas kemalangan turut tersebar. Namun begitu, tiada pengesahan oleh mana-mana pihak mengenainya dibuat.
ALOR SETAR - Misteri kehilangan tiga beradik sejak Jumaat lalu, terjawab apabila kesemua mereka ditemui meninggal dunia dalam keadaan menyayat hati di dua lokasi berasingan.
Noor Syafikah Nadia, 14, ditemui orang awam dalam keadaan tertiarap dan separuh bogel kira-kira jam 3.45 petang berhampiran kawasan bendang di Kampung Alor Senibong, Langgar, semalam.
Manakala dua adiknya Nur Izzati Husna, 12, dan Putri Nurul Akmal, 3, ditemui kira-kira jam 3 petang, hari ini dalam keadaan terapung dalam tali air Terusan Mada Kampung Padang Petani, dekat sini.
Dalam kejadian berkenaan, Noor Syafikah, anak sulung kepada pasangan Rusdi Rani, 38, dan Siti Aishah Ariffin, 40, keluar rumah bersama dua adiknya di Jalan Datuk Kumbar, di sini, kira-kira jam 7.30 malam, Jumaat lalu.
Tiga beradik itu ke rumah seorang kawannya yang terletak di Kampung Gelam kira-kira 15 minit dari rumah mereka.
Bagaimanapun mereka tidak pulang ke rumah walaupun sudah lewat malam membuatkan pasangan berkenaan membuat laporan polis berhubung kehilangan anak mereka di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar kira-kira jam 2 pagi, Sabtu.
Pencarian mereka membawa kepada penemuan motosikal yang dinaiki ketiga-tiga mangsa berada dalam keadaan baik di pondok menunggu bas dalam keadaan berkunci.
Penemuan mayat Noor Syafikah terus menimbulkan keresahan keluarga kerana dua adiknya lagi masih gagal dikesan.
Bagaimanapun selepas kira-kira sejam selepas jenazah Noor Syafikah dikebumikan, hari ini, keluarga terbabit dikejutkan dengan penemuan mayat dua lagi anak mereka yang merungkai kehilangan tiga beradik itu.
Sementara itu, Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim menyifatkan kejadian berkenaan bukanlah tragedi biasa.
Menurut beliau, selepas penemuan mangsa pertama, bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia disebabkan lemas dan pihaknya tidak menemui kesan-kesan lain pada badan mangsa.
"Kita juga tidak menemui sebarang kesan kecederaan seksual termasuk rogol melainkan kesan calar pada bahagian belakang mangsa dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
"Manakala dua mayat yang baru ditemui akan dibedah siasat untuk mengenal pasti punca kematian mereka," katanya ketika ditemui media di lokasi kedua penemuan mayat di Terusan Mada Kampung Padang Petani, hari ini.
Tambah beliau, polis turut menemui sehelai seluar berhampiran mangsa kedua tetapi masih belum dapat dikenal pasti sama ada seluar itu kepunyaan mangsa pertama atau sebaliknya.
"Kita akan minta mak dan ayah mangsa untuk buat pengecaman seluar yang ditemui dan akan meminta pihak hospital membuat bedah siasat secepat mungkin.
"Saya ingat ini bukan kejadian biasa disebabkan ketiga-tiga mangsa ditemui di lokasi berasingan," katanya.
Ahmad berkata, pihaknya akan memberi keutamaan untuk menyiasat kes terbabit.
ALOR SETAR 1 Dis. - Mayat seorang remaja perempuan yang dipercayai dirogol dan dibunuh ditemui di kawasan bendang di Alor Senibong dekat sini semalam manakala dua adiknya dilapor hilang.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, ACP Mohd Nashir Ya berkata mayat remaja berusia 14 tahun itu ditemui orang awam dalam keadaan separuh bogel kira-kira pukul 3.45 petang.
"Polis belum mendapat petunjuk tentang dua adik mangsa yang dilapor hilang.
Operasi mencari mereka sedang dijalankan dengan bantuan unit anjing pengesan," katanya kepada pemberita di tempat kejadian hari ini.
Remaja tersebut bersama dua adiknya yang berumur tiga dan 12 tahun dilapor keluar dari rumah mereka di Jalan Datuk Kumbar dengan motosikal kira-kira 7.30 malam untuk ke rumah rakan mangsa di Kampung Gelam yang berdekatan bagi mengambil gajinya yang bekerja membotol bahan pencuci.
Mohd Nashir berkata setelah ketiga-tiga anaknya tidak pulang dan gagal ditemui setelah puas dicari, ibu mereka Siti Aishah Arifin, 40, membuat laporan polis di di Balai Polis Langgar kira-kira pukul 2 pagi.
Sementara itu laporan terkini menyebut, dua adik remaja yang dilaporkan hilang itu disahkan maut selepas mayat mereka ditemui di sungai Pekan Langgar di sini petang ini. - BERNAMA/UTUSAN
Saya jatuh cinta kepada abang tiri. Kami tidak ada hubungan darah kerana dia adalah anak kepada ibu tiri yang dikahwini ayah lapan tahun lalu.
Sejak itu dia tinggal bersama. Mulanya saya tidak suka kehadirannya kerana memikirkan perhatian bapa akan dirampas kerana bapa memang mengharapkan anak lelaki. Bapa sering meminta menemani setiap aktiviti luar dan itu membuatkan saya cemburu.
Dia tahu saya benci padanya, tetapi dia tetap melayan saya dengan baik. Sejak kecil, dia akan ambil hati saya sehingga kini dan dia melayan sebagai puteri.
Saya mula rasa sunyi apabila dia pergi ke universiti dan saya berasa jatuh cinta kepadanya. Ketika dia cuti semester baru-baru ini, kami keluar menonton wayang dan kami tidak ubah seperti pasangan kekasih. Wajarkah saya berterus-terang apa yang saya rasa dengannya?
ROS Johor Bahru
Dari segi hukum, saudari boleh mengahwininya kerana tiada hubungan darah. Namun, terpulang kepada saudari sama ada ia selesa dihadapi saudari mahupun keluarga. Sebelum itu, pastikan dulu perasaan saudari kerana mungkin terbiasa dengan kehadirannya membuatkan saudari rindu.
Rindu tidak semestinya membawa maksud cinta mahupun kasih. Adakalanya rindu dirasa terhadap sahabat mahupun saudara.
Itu adalah normal apabila kita kehilangan orang yang sentiasa di sisi sekeliling. Justeru, pastikan dulu status abang tiri mahupun tanggapan saudari terhadapnya sebelum berterus terang.
Nilai pula situasi andai saudari berterus terang. Adakah ia baik kepada saudari, selain itu cuba periksa tanggapan abang tiri terhadap saudari.
Cuba tanyakan mengapa dia melayan saudari dengan baik, sekurang-kurangnya ia akan menjadi penanda aras kepada hubungan ketika ini.
PELAKON utama filem Fast & Furious, Paul Walker dilaporkan terbunuh dalam satu kemalangan tengah hari semalam di Selatan California, lapor TMZ.
Kemalangan berlaku di Santa Clarita, apabila Porsche dinaiki Paul dan seorang lagi individu terbabas lalu melanggar pokok.
Kereta berkenaan terbakar dan meletup.
Pihak berkuasa masih menyiasat kemalangan itu tetapi TMZ melaporkan kedua-duanya terbunuh.
Ia masih belum jelas siapa yang memandu ketika itu.
Pihak berkuasa memberitahu stesen TV CBS 2 di Los Angeles bahawa kemalangan itu berlaku pada jam 3.30 petang namun identiti mangsa tidak didedahkan lagi.
Menurut sumber, Paul berada di Santa Clarita untuk majlis amal pertunjukan kereta bagi menyokong mangsa bencana alam di Filipina.
Paul membawa kawannya menaiki Porsche GT barunya dan kemalangan berlaku semasa salah satu pusingan ujian tersebut.
Masih lagi kecoh dengan perlantikan Ustaz Kazim Elias sebagai MT UMNO.
Ramai yang masih terkejut terutama puak-puak PAS sendiri.
Malah ada yang tergamak melemparkan fitnah sambil mereka-reka cerita untuk menjatuhkan beliau.
Paling memalukan, seorang Ustaz yang menganuti PAS, menggunakan nama orang Islam, Ustaz Akmal Kamaruddin telah menulis tanpa rasa segan dan bersalah mengenai kisah yang kononnya ada 'seseorang' telah menghubunginya pagi untuk bercerita mengenai perlantikan jawatan tersebut di dalam laman FB nya.
Setelah itu, posting beliau mula disebarkan oleh penganut-penganut PAS lain dengan tujuan memburukkan Ustaz Kazim. Mereka mula mencanang UKE sebagai anjing UMNO dan sebagainya. UKE yang menyedari akan fitnah tersebut, menulis dengan rasa rendah diri di laman FBnya pula
Sebelum ini, UMNO telah mengumumkan perlantikan MT tambahan dan Ustaz Kazim Elias antara yang tersenarai. Namun begitu, Ustaz Kazim masih lagi tidak memberi jawapan kepada perlantikan tersebut.
p/s: Ustaz Syaitan Akmal telah memadamkan fitnah status FB nya...namun begitu, masih ramai yang ke laman tersebut sambil menasihatinya walaupun pada posting yang tidak berkaitan...profile photo juga diubah...tahu pun takut!
Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berharap masyarakat tidak mudah membuat sebarang kesimpulan di atas dua tokoh agama iaitu Ustaz Mohammad Kazim Elias dan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah (Yadim) Dr Asyraf Wajdi Dasuki sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno.
Beliau yang dipetik menerusi laman sosial Facebooknya semalam, berkata, kedua-duanya adalah tokoh agama dan harus diberikan peluang di dalam parti politik tersebut.
"Tahniah di atas pelantikan ini, saya berharap mereka akan dapat memberi sumbangan ke arah positif dan membaiki keadaan negara.
"Tahniah juga kepada Umno kerana cuba mendapatkan khidmat golongan agama, harap benar-benar bertujuan kebaikan bukan sekadar politik kepartian," katanya.
Beliau turut berkata, jika ada keikhlasan, kedua-dua tokoh ini boleh membantu parti itu ke arah yang lebih baik.
GEORGETOWN - Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi membuat kejutan naik ke pentas utama tanpa dijemput dan mengemukakan permohonan maaf kepada kakitangan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPP) kerana menggelar mereka kucing kurap.
Pada mulanya beliau dilihat mendiamkan diri ketika ucapan Karpal yang menegurnya berhubung isu itu.
Jeff Ooi kemudiannya mengumumkan beliau memohon maaf kepada semua kakitangan MPPP setelah diminta Karpal ketika Kovensyen Biasa DAP Pulau Pinang 2013, hari ini.
Menurutnya, beliau hanya mengikut nasihat Pengerusi DAP Kebangsaan dan bukan orang lain.
Sebelum itu, Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh meminta Ahli Parlimen Jelutong itu supaya meminta maaf kepada semua kakitangan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) berikutan ketelanjurannya menggelar kakitangan pihak berkuasa tempatan itu kucing kurap.
Karpal berkata, semua kakitangan dan pegawai MPPP sama ada berpangkat rendah atau tinggi perlu dihormati.
Menurutnya, tindakan Jeff Ooi itu keterlaluan dan menghina penjawat awam.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan di Kovensyen Biasa DAP Pulau Pinang 2013, hari ini.
Kuala Lumpur: Seorang wanita mendakwa diugut bunuh oleh suaminya jika tidak melacurkan diri bagi melunaskan hutang lelaki itu kepada kumpulan ceti haram.
Difahamkan, lelaki terbabit yang juga dikatakan mengalami tekanan perasaan, bertindak demikian selepas sering diganggu ahli kumpulan berkenaan. Dia mulanya membuat pinjaman untuk dijadikan modal memulakan perniagaan, tetapi tidak diteruskan berikutan kesihatan ibu dan bapanya yang kronik.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Lina, berkata dia bukan saja buntu mencari jalan penyelesaian, malah turut tertekan kerana dipukul dan dimaki suaminya termasuk ketika di depan ahli keluarga.
Pernah dihunus parang
Mangsa menunjukkan laporan polis ketika hadir di Balai Berita, semalam. - Foto Saddam Yusoff
"Pernah dia menghunus parang panjang ke leher saya ketika sedang marah selepas didatangi ahli kumpulan ceti haram terbabit. Saya juga pernah dipijak serta dihentak ke lantai di depan ibu bapa serta seluruh ahli keluarga saya baru-baru ini.
"Malah, suami pernah mengugut dia tidak gentar untuk bunuh saya dengan alasan, dia hanya akan dimasukkan ke Hospital Bahagia kerana masalah mental dialaminya," katanya kepada BH.
Lina berkata, jumlah asal pinjaman yang dibuat hanya RM4,000 dan bayaran balik sudah dilunaskan selama 12 bulan dengan yang terakhir, Ogos lalu.
"Untuk bayar pinjaman, wang pencen dalam akaun ayah saya dipotong RM620 sebulan dan sehingga pembayaran terakhir, jumlah yang sudah dipotong RM7,440. Kad ATM ayah juga dipegang kumpulan terbabit, sedangkan hanya itulah wang untuk kami sekeluarga lapan beranak berbelanja setiap bulan," katanya.
Kuala Lumpur: Anaknya diajar memanggilnya abang, manakala dia membahasakan si kecil itu adik. 'Skrip' itu direka seorang lelaki bagi menutup aib keluarganya yang berketurunan Syed selepas dia terlanjur dengan kekasihnya hingga gadis itu melahirkan anak tak sah taraf, dua tahun lalu.
Ibu bapanya pula memberitahu jiran terdekat, kanak-kanak yang dijaga keluarga itu di rumah mereka di Melaka adalah anak angkat yang diambil daripada keluarga daif.
Lakonan itu terpaksa dicipta Syed Haiqal, 22, selepas dia mengambil tanggungjawab membesarkan zuriatnya dengan bantuan keluarganya selepas kekasihnya enggan menerima kelahiran Haziq, 2.
Menurut Haiqal, segala-galanya bermula apabila dia menjalin hubungan dengan Ziera, 22, ketika sama-sama menuntut di sebuah kolej di ibu negara.
HAIQAL menyesali dosa silamnya.
Kemesraan mereka berdua bukan setakat di kolej sebaliknya berakhir di ranjang, malah pada tahun kedua pengajian, mereka sanggup menyewa bilik dan tinggal bersama.
KOTA KINABALU: Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi amaran kepada kolumnis freemalaysiatoday.com Mariam Mokhtar supaya tidak menulis artikel yang boleh disifatkan sebagai berbaur hasutan.
Beliau tidak senang dengan artikel tulisan Mariam bertajuk 'One Ideology, Two Reactions', dalam portal berita itu pada Jumaat yang mempertikai layanan berbeza kerajaan berhubung kepulangan dua anggota radikal komunis kelahiran Malaysia abu mayat pemimpin Parti Komunis Malaya Chin Peng dari Bangkok, Thailand dan Siti Aishah Abdul Wahab, yang terpengaruh dengan ideologi politik komunis serta didakwa dijadikan hamba di London selama 30 tahun.
"Lebih baik dia (Mariam) berhati-hati, jika tidak kami akan mengambil tindakan terhadapnya.
"(Artikel) Ini amat berbaur hasutan. Jangan siarkan semata-mata kerana hendak menarik orang melawat laman web kamu. Ia juga boleh mengundang kami (polis) untuk datang menangkap kamu," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Seminar Keselamatan dan Ketenteraman Awam di sini Sabtu.
Seminar itu dirasmikan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.
Khalid kecewa kerana kolumnis itu tidak dapat membezakan tahap kesalahan yang dilakukan Siti Aishah dan Chin Peng.
"Orang yang tak ada pelajaran pun faham kenapa kerajaan membenarkan Siti Aishah pulang ke tanah air dan menghalang abu mayat Chin Peng dibawa balik. Ini bukan kerana seorang Melayu dan seorang lagi, Cina.
"Chin Peng terlibat dengan perjuangan bersenjata, manakala Siti Aishah hanya menganut ideologi berhaluan kiri. Beritahu saya berapa ramai orang yang telah dibunuhnya (Siti Aishah)?" tanya beliau.
Khalid berkata tindakan tidak akan diambil terhadap Siti Aishah sekiranya dia pulang ke Malaysia atas alasan wanita itu sudah berusia 69 tahun dan dia melakukan kesalahan berkenaan berpuluh tahun lalu.
Mengenai kerakyatan Siti Aishah, beliau berkata polis masih menunggu laporan daripada United Kingdom sama ada wanita berkenaan telah melepaskan taraf kerakyatan Malaysia dalam tempoh 45 tahun dia berada di negara Eropah itu.
Siti Aishah, yang berasal dari Jelebu, Negeri Sembilan, meninggalkan negara ini pada 1968 untuk melanjutkan pelajaran di London School of Economics di United Kingdom, tetapi mengabaikan pelajarannya setelah terpengaruh dengan ideologi berhaluan kiri. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas terkenal, Ustaz Mohammad Kazim Elias berkata beliau masih belum membuat keputusan muktamad sama ada untuk menerima pelantikannya sebagai anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno.
Mohammad Kazim berkata sebelum membuat sebarang keputusan, beliau perlu berjumpa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengetahui peranannya dalam parti itu, selain menimbang tugasnya sebagai pendakwah.
"Saya mahu jaminan apakah bila menyertai Umno, tugas dakwah saya kepada masyarakat tidak terhalang.
"Saya juga mahu tahu apakah tangan saya akan terikat, mulut saya terkunci untuk menegur apa-apa juga kesalahan seperti mana sekarang saya bebas menegur tanpa apa sekatan. Kalau itu jaminannya maka saya boleh bekerjasama," katanya kepada pemberita sebelum menyampaikan ceramah agama di Dataran Seri Semarak, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Semarak di sini, malam Sabtu.
Beliau berharap pertemuan dengan Najib, yang juga Presiden Umno, dapat diadakan pada masa yang sesuai.
Mohammad Kazim berkata Najib sebelum ini telah menelefonnya bagi memaklumkan tentang kedudukannya dalam saf kepimpinan Umno, serta membantu menyebarkan ajaran Islam dalam parti itu serta kepada masyarakat.
Katanya sikap keterbukaan Najib menjemput beliau menyertai barisan kepimpinan Umno itu membuktikan perdana menteri serius untuk membawa transformasi dan meluaskan peranan pendakwah dalam parti itu.
"Saya melihat ini satu bentuk pendekatan Umno untuk menyatupadukan Islam. Saya harap semua pihak pandanglah ini sebagai satu benda yang baik. Padanglah sebagai satu usaha untuk melihat agama didahulukan," katanya.
Namun, kata Mohammad Kazim, buat masa ini, beliau lebih selesa untuk bergerak sebagai pendakwah bebas.
Pernah menyertai PAS sebelum ini, beliau turut melahirkan kekecewaannya dengan sikap parti itu yang tidak pernah memanggilnya untuk sama-sama berdakwah dalam parti itu.
"Sebenarnya apabila perdana menteri memanggil saya untuk memasuki Umno, ini adalah sesuatu yang memalukan kepada PAS kerana mereka (PAS) tidak pernah terbuka kepada saya," katanya. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Polis sedang memburu sepuluh lagi pengikut kumpulan ajaran sesat, 'Tuhan Harun' bagi membantu siasatan kes pembunuhan pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), 10 November lalu.
Perkara itu dimaklumkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Datuk Hadi Ho Abdullah dalam satu kenyataan melalui laman Facebook PDRM hari ini.
Berdasarkan laporan media, tujuan penangkapan tersebut bertujuan bagi melengkapkan siasatan susulan penangkapan 13 pengikut yang sama semalam.
"Pihak polis percaya dengan 10 tangkapan baru yang menjadikan jumlah keseluruhan 13 orang termasuk 2 wanita serta dengan rampasan sepucuk pistol semi auto, kes bunuh Ketua Penolong Pengarah (Bahagian Penguatkuasa) Jabatan Agama Islam Pahang dianggap telah diselesai.
"Walaubagaimanapun pihak polis akan mengesan 10 lagi individu bagi membantu siasatan kes ini," kata Hadi dalam kenyataan tersebut.
PDRM turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kes tersebut agar menghubungi pegawai-pegawai berikut:
DSP ZAKARIA - 019-3822020 ASP ZUKRI - 013-9764999 INSP MOHD HASNI - 016-4888025
Dalam kejadian tersebut, Ketua Penguatkuasa JAIP, Ahmad Rafli Abdul Malek maut ditembak oleh seorang lelaki di hadapan rumahnya di Indera Mahkota 2, di Kuantan.
Kejadian yang berlaku sekitar 2 petang itu menyebabkan mangsa yang berumur 49 tahun mati di tempat kejadian akibat terkena dua das tembakan di bahagian dada.
Susulan kejadian itu, ketua kumpulan sebuah sesat 'Tuhan Harun', Harun Mat Saat, 47, berjaya diberkas bersama seorang wanita dalam serbuan di sebuah rumah di Tangkak, Muar, Johor.
Dengan penangkapan Harun, polis telah berjaya menyelesaikan kes tersebut dengan penangkapan 13 suspek termasuk dua wanita yang merupakan anggota kumpulan ajaran sesat itu serta merampas senjata api yang dipercayai ada kaitan dengan kes tembakan itu.
Perkara itu diumum oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui akaun Twitternya @KBAB51 malam tadi.
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Esok (Isnin) Perhimpunan Agung Umno tahun 2013 (PAU 2013) bermula di PWTC, Kuala Lumpur. Hampir 6,000 perwakilan akan menyertai (hampir 2,600 untuk Persidangan induk), sementara pemerhati mencecah ribuan.
Walaupun PAU kali ini dikatakan tidak begitu menarik, ekoran selesainya PRU-13 dan pemilihan Umno, akan tetapi berbagai pihak ingin mengetahui arah tuju parti untuk memastikan parti itu tetap relevan.
Selain itu, PAU kali ini, mahu melihat bagaimana soladiriti saf kepimpinan baru parti itu terutama berdepan dengan PRU-14.
Umno perlu mencipta arah tuju yang sesuai dengan perkembangan zaman, jika tidak, parti itu pasti tidak akan mampu bertahan pada zaman informasi yang terbuka ini.
Bukan sahaja parti yang perlu mengubahsuaikan diri, akan tetapi yang utama adalah pemimpin parti itu, perlu berubah sesuai dengan kehendak rakyat.
Umno perlu menjadi Hero kepada rakyat keseluruhannya, bukan hanya untuk kaum melayu; kerana yang menentukan dalam pilihanraya umum, bukan hanya terletak kepada kaum melayu, akan tetapi di semua peringkat kaum.
Umno perlu mempoteritkan dirinya sebagai pembela kepada semua, walaupun pada masa yang sama memberi perhatian khusus kepada kaum melayu, yang masih tertinggal dalam serba serbi.
Sudah tiba masanya, Umno mengulangi perjuangannya Demi Agama, Demi Bangsa dan Demi Negara, diperbahrui dan diperhalusi, kerana asas perjuangan ini, akan kekal sepanjang hayat, selagi adanya negara yang di namakan MALAYSIA.
Umno kena ingat, bahawa parti-parti dalam Pakatan Rakyat, telah mengubah pendekatan, Parti-Parti pembangkang itu, terutama DAP, telah melakukan pendekatan baru, dengan menyatakan, bahawa DAP sama sekali tidak menolak kepimpinan melayu, melainkan mereka mengajak rakyat supaya menolak Umno dan barisan nasional, kerana menurut mereka, kerajaan Bn hanya menguntungkan rakyat terpilih, dan kerajaan yang penuh rasuah.
Jangan ambil mudah pendekatan ini, kerana rakyat, terutama generasi muda yang tidak mengalami kepertitan hidup di awal negara membangun, akan mudah menerima pendekatan itu.
Pemimpin Umno, perlu melupakan nostalgia lampau, perlu melupakan sifat bangsawan, kerana faktor itu boleh menjadi faktor memperkecil sokongan kepada Umno.
Parti kena luwes dan perlu sesuai dengan semua situasi dan kondisi; agar rakyat merasa dekat dengan parti itu.
Elakkan parti bersifat terlalu eklusif dan mewah, kerana ianya boleh menjadi bahan politik pembangkang, untuk menimbulkan kebencian kepada parti dan pemimpinnya.
Pakteh terbaca kisah Zaib Ibrahim yang membuktikan beliau manusia liberal.
Pakteh juga mengetahui KJ juga nak jadikan Pemuda UMNO Liberal tapi tak tahu pula blogger dari Kedah juga suka bertaruh. Baca blog Kedah Times dan AloQStaq Blog
Mujurnya pertaruhan itu berbentuk sinis dan sindiran kepada GLC di Kedah.
Atas faktor itu, Pakteh akan turut mencuba nasib, mungkin dapat makan free di puncak menara Alor Setar.
Sehubungan itu Pakteh melalui blog Betoika Bertaruh bahawa
LAMAN WEB GLC2 KEDAH TIDAK AKAN MENGEMASKINI WEB MEREKA
Tempoh SAH sehingga Rabu ini iaitu 04/12/2013
Mari kita lihat sapa yang kena
You are subscribed to email updates from Betoika blog To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Undi lagi kerajaan berjiwa rakyat tokong DAP ...sekarang ambil la hadiah tutup operasi pasar malam daripada YB Adun DAP Jawi di Taman Bukit Panchor .
ADUN Jawi ini tidak membenarkan peniaga Pasar Malam berniaga disekitar kawasan pasar malam yang telah ditutup serta mengarahkan pihak MPSP untuk mengambil tindakan jika sesiapa berniaga disekitar kawasan tersebut
Kemelut ini bermula apabila peniaga pasar malam Taman Bukit Panchor diarahkan oleh pihak pemaju Bukit Panchor Development Sdn Bhd untuk menghentikan operasi berniaga pasar malam bagi memberi laluan kepada pembangunan membina20 unit rumah kedai ditapak pasar malam tersebut.
Setelah kawasan tersebut ditutup, para perniaga terpaksa berniaga ditepi jalan berhampiran dengan tapak lama tanpa sebarang kelulusan. Oleh kerana tapak baru tidak mendapat sebarang kelulusan dari pihak berkuasa tempatan tindakan telah diambil kepada peniaga ini.
Selalunya kita tahu peniaga pasar malam adalah majoriti Melayu tapi berlainan di sini kerana 60 % adalah kaum Cina .
Nampaknya peniaga-peniaga kaum Cina yang mengundi DAP di Jawi sudah kena tipu dan sekarang kesannya hilang punca pendapatan .
Jika kita perhalusi bajet 2014 kerajaan DAP mengenai kenaikan elaun ADUN P.Pinang , tiada langsung disebut mengenai berapa gaji Ketua Menteri , Speaker & Timb Speaker . Adakah jawatan ini tiada kenaikan ??
Atau adakah Kerajaan DAP cuba sembunyikan fakta ini daripada pengetahuan rakyat berikutan kecaman pelbagai pihak kenaikan gaji oleh kerajaan PR Selangor yang tak munasabah
.
Kerajaan Negeri sedar bahawa elaun Ahli Dewan Undangan Negeri sebanyak RM4,112.79 sebulan tidak berubah sejak Januari 2004 dan jumlah ini tidak setimpal dengan beban tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri.
Oleh yang demikian Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk meminda Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2005 supaya kadar elaun bulanan ditambah kepada RM 6,000 yang akan dibayar pada 1 Januari 2014. Elaun YB Ketua Pembangkang juga dinaikkan daripada RM 1,000 kepada RM 2,000 sebulan.
Ketiadaan fakta mengenai jawatan ini turun dibidas oleh Ketua Pembangkang P.Pinang .
Mengulas mengenai kenaikan elaun anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kepada RM6,000, Jahara berkata Lim tidak telus kerana hanya membentangkan gaji Adun dan tidak menyatakan mengenai gajinya termasuk Speaker dan Timbalan Speaker Dun dan anggota Exco. "Mengapa beliau hanya mengumumkan kenaikan gaji Adun sedangkan gaji beliau sendiri, beliau tidak nyatakan semasa pembentangan bajet ini. Maklumat itu sangat samar-samar, kenapa beliau cuba menyembunyikan sesuatu apa yang nak disorokkan," katanya. Dalam pembentangan itu, Lim mengumumkan kenaikan elaun Adun dari RM4,112.79 kepada RM6,000 sebulan berkuat kuasa 1 Jan, selain elaun ketua pembangkang juga dinaikkan daripada RM1,000 kepada RM2,000 sebulan.