Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof menyelar sikap sesetengah pihak khususnya pembangkang yang sengaja mereka-cipta isu untuk memburuk-burukkan kerajaan berhubung pembinaan jambatan kedua Pulau Pinang.
Menurut Fadillah, secara faktanya idea pembinaan jambatan itu wujud ketika zaman Tun Mahathir menerajui kepimpinan negara, seterusnya dilaksanakan semasa pentadbiran Pak Lah dan akhirnya siap sepenuhnya ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil alih pentadbiran negara.
Ia sekali gus menolak dakwaan, kononnya kerajaan Barisan Nasional menciplak idea pembangkang berhubung pembinaan jambatan tersebut.
"Kalau nak diikutkan, pembangkang (pada ketika itu) yang membangkitkan isu untuk menolak pembinaan jambatan ini atas pelbagai alasan seperti membazir dan sebagainya. Namun atas dasar kepentingan rakyat, kerajaan Barisan Nasional tetap meneruskan pembinaannya, walaupun mereka (pembangkang) menguasai kerajaan" katanya.
Beliau turut menolak dakwaan kononnya pihak kerajaan sengaja meluluskan pembinaan jambatan tersebut secara bengkang-bengkok agar kos pembinaannya meningkat sekali gus mengaut keuntungan hasil dari kutipan tol.
"Mengapa ia bengkang-bengkok, sudah pasti ada sebabnya, (kerajaan) bukan sengaja nak memanjangkan. Selain melihat kepada kesesuaian muka bumi dan akhirnya disusuli dari sudut teknikal, barulah ia dibuat penilaian dan diputuskan.
"Dari segi teknikal, satu dari jajaran yang akan dilalui dan ia perlu melihat kepada bentuk muka bumi. Sama ada apa yang berada di bawah (dasar laut) dan apa yang berada di daratan.
"Dari situ pula akan dibuat kajian, apakah kesannya kepada alam sekitar termasuklah yang berada di dalam laut agar kehidupan laut tidak terjejas. Semua ini telah diteliti terlebih dahulu dan inilah hasilnya seperti yang akan kita lihat nanti," jelas beliau ketika ditemui semalam.
Malah menurut beliau lagi, pembinaan jambatan ini juga sekali gus menolak dakwaan yang kononnya kerajaan Barisan Nasional bersikap 'pilih kasih' khususnya kepada negeri yang ditadbir oleh pakatan rakyat (PR).
"Sesuai dengan apa yang dilafazkan oleh Perdana menteri, bahawa kerajaan Barisan Nasional perlu memberikan fokus kepada rakyat dan diikuti dengan pencapaian. Atas sebab itu, kita tidak mengira sama ada rakyat itu pembangkang ataupun tidak.
"Walaupun mereka (PR) yang memerintah, kerajaan tetap meneruskan pembinaan projek tersebut, bila kita janji, kita akan laksanakan. Kerana ia memberikan pulangan yang besar kepada rakyat sekali gus memberikan impak kepada ekonomi negara.
"Sebagai contoh (sekitar) kawasan Batu Kawan (tanah besar) dan Batu Maung di bahagian pulau, sebaik sahaja jambatan ini siap dibina, kita sudah boleh melihat kesannya. Pembangunan industri, perumahan, pusat komersial dan sebagainya. Ini sudah pasti akan memberi peluang perniagaan dan peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat (khususnya) dan mereka yang tinggal di zon utara (amnya)," jelas beliau lagi.
Pembukaan Jambatan Pulau Pinang kedua itu akan diadakan serentak dengan majlis perasmiannya yang akan disempurnakan oleh Perdana Menteri pada 1 Mac ini.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Mungkin kerana tidak berpuas hati dengan tindakan editorial akhbar Suara Keadilan menerbitkan artikel yang disifatkan sebagai fitnah dan sengaja ingin menjatuhkan maruahnya, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dilaporkan telah mengambil tindakan undang-undang.
Menurut sebuah portal pro-pembangkang, Azmin dikatakan menyaman akhbar yang merupakan lidah rasmi parti PKR itu sebanyak RM 2 juta, kerana menerbitkan artikel yang memalukannya.
Namun usaha untuk mendapatkan pengesahan Azmin berhubung isu tersebut gagal, apabila dia tidak dapat dihubungi. Menurut sumber terdekat, ahli parlimen Gombak itu sedang berada di tanah suci bagi mengerjakan ibadah umrah.
Terdahulu, akhbar tersebut telah menyiarkan rencana yang menghentam Azmin secara terbuka. Artikel yang ditulis oleh Hishamuddin Rais itu telah disiarkan oleh akhbar tersebut pada keluaran 160, bertarikh 11 Februari 2014 di muka surat 22.
Pada tarikh yang sama, artikel tersebut turut disiarkan oleh portal Malaysiakini yang juga merupakan media tidak rasmi kepada pembangkang.
Hishamudin di dalam artikel yang bertajuk 'Khalid dan Azmin' itu antara lainnya melabelkan Azmin sebagai pemimpin PKR yang mempunyai unsur dan ideologi Umno sehingga menyebabkan dia kurang disenangi oleh pimpinan parti termasuklah dari Pas dan DAP.
"Hanya PAS dan DAP sahaja yang dapat menjawab kenapa mereka merasa tidak yakin terhadap si Azmin… Dalam masa yang sama Azmin Ali yang tidak diyakini ini berpangkat Timbalan Presiden PKR.
"Mungkin PAS dan DAP juga menyedari dan terpengaruh apabila mengetahui bahawa sosok yang bernama Azmin Ali ini tidak diminati ramai dalam PKR sendiri. Azmin Ali disurahkan sebagai pemilik DNA - United Malays National Organisation. Azmin disurahkan sebagai sedang membawa budaya gerombolan 'lanun Melayu' ke dalam badan politik PKR", dakwanya.
Hishamudin yang merupakan antara penyokong kuat Anwar itu turut mengatakan, disebabkan Azmin membawa DNA barah, dia adalah antara punca berlakunya masalah di Selangor dan PKNS sehingga MEMAKSA campur tangan Anwar.
"Dalam masa yang sama kisah Azmin dan duit ini masuk akal juga. Untuk pengundi di Gombak atau di Seri Setia – mereka tertanya-tanya kenapa si Azmin ini gila-gila sangat nak jadi MB Selangor? Kenapa begitu gian hendak jadi MB?
"Tidak cukupkan menjadi Adun dan YB Parlimen Gombak? Kalau ingin membantu rakyat, kalau mahu menolong warga miskin apakah perlu menjadi MB? Soalan-soalan ini telah berdengung di semua kepala yang berfikir. Macam ada Cukong di sebalik Gombak.
"Mari kita lihat perangai Azmin semenjak selesai PRU13 dahulu. Apabila rakyat bangun membantah penipuan PRU13 – Si Azmin Ali ini baling sepana. Azmin memberi ingatan agar orang ramai TIDAK dibawa ke jalan raya. Twiter Azmin yang mempertikaikan langkah turun ke jalan raya untuk membantah penipuan PRU13. Isi Twiter si Azmin ini jelas bersifat 'sabotaj'. Ini ciri dan watak DNA United Malays National Organisation" dakwa Hishamudin lagi.
Di dalam perkembangan yang sama, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, jawatankuasa khas yang diketuai Ketua Penerangannya, Dr Muhammad Nur Manuty telah ditubuhkan bagi menyiasat perkara tersebut.
"Perkara itu dibangkitkan dalam mesyuarat MPP (Majlis Pimpinan Pusat) yang diadakan di Kajang baru-baru ini. Keputusan MPP ialah menubuhkan sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada lima orang untuk kemudiannya berjumpa dengan kumpulan Suara Keadilan bagi mengumpulkan maklumat, latar belakang dan mendengar pandangan mereka," katanya.
Jelas Saiduddin, PKR hanya akan bertindak selepas mendapatkan fakta lengkap terhadap siasatan yang sedang dijalankan itu.
"Kalau nanti mereka menemui maklumat seperti surat guaman dan sebagainya ke atas Suara Keadilan, jawatan kuasa itu akan bawa saranan kepada pimpinan pusat. Buat masa ini belum terima. Saya dengar begitu (saman Suara Keadilan)...hanya diberitahu melalui SMS," katanya lagi.
Kesimpulannya sekiranya isu ini benar, tindakan Azmin ini mungkin sebagai reaksi terhadap cubaan beberapa individu di dalam parti yang cuba membunuh karier politiknya menjelang pemilihan parti itu yang bermula bermula 25 April ini.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Kampung Expo Kamunting seluas 460 ekar bakal menerima peruntukan pengurusan perparitan dan jalan bernilai RM 10.5juta daripada kerajaan pusat tahun ini. Projek pembangunan akan bermula Mei 2014 dan dijangka siap sepenuhnya pada Oktober 2015.
Projek yang dibahagikan kepada 5 blok di atas tanah seluas 460 ekar itu akan melegakan penduduk yang sering mengalami banjir kilat apabila musim hujan.
Antara projek utama ialah menaik taraf pam air daripada sebuah kepada dua buah dengan kuasa yang lebih besar. Kedua ialah membina semula peparitan jenis tanah kepada jenis konkrit dan melibatkan Jalan Expo, Jalan Expo Dalam dan semua Jalan Expo 1 hingga 8. Ketiga ialah membina 3 kolam takungan banjir, keempat ialah membina jalan tar dan pemasangan lampu jalan setiap 100 meter mengikut keperluan.
Pihak kerajaan negeri telah membuat permohonan untuk projek ini sudah sekian lama dan bakal direalisasikan tidak lama lagi, ini adalah sebahagian hasrat Adun Kamunting YB Dato Muhammad Zahir Khalid dalam 'Greater Kamunting'.
Mesyuarat kali kedua pagi ini di Pejabat JPS Taiping dipengerusikan sendiri oleh Zahir bersama Dato Razak Pengarah JPS Perak. Turut di sertai JKR, LAP, TM, PTDLMS, MPT, JKKK Kg EXPO dan lain-lain agensi yang terlibat.
You are subscribed to email updates from Taipingmali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) menyambut baik langkah kerajaan negeri Selangor yang akur untuk membenarkan projek pelaksanaan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) yang telah tertangguh selama hampir enam tahun yang lalu.
Pengerusinya, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, sepatutnya isu ini sudah lama selesai kalau ianya tidak dipolitikkan.
"Ternyata keputusan ini walaupun terlewat namun ia mengutamakan agenda kepentingan rakyat Selangor berbanding mengutamakan agenda politik kepartisan sendiri.
Penyelesaian berhubung isu air di Selangor sejak 2008, bukan sahaja telah menjejaskan industri perkhidmatan bekalan air di negeri berkenaan, malah memberi kesan kepada negara berikutan projek-projek pembangunan baharu tidak dapat dimulakan disebabkan ketiadaan bekalan air.
Bagi mereka yang pernah melalui kegawatan krisis air 1998 tentu tahu betapa sukarnya kehidupan bila berhadapan dengan krisis air, saban hari terpaksa menanti lori tangki air untuk ditadah manakala aktiviti ekonomi terbantut dan kilang-kilang pula terpaksa mengurangkan waktu operasinya," ujarnya yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO.
Justeru itu, ketepikan seketika politik kepartian, apa sahaja jawatan yang dipegang tatkala ini hakikat nyatanya masing-masing kita memerlukan air bersih untuk meneruskan kehidupan dan menjalani aktiviti seharian.
"Segerakan pembinaan Langat 2 untuk kebaikan bersama bagi menghadapi waktu-waktu mendatang. Jangan nanti bila ditimpa bencana barulah kita mahu menyesal kerana tika itu penyesalan tiada gunanya lagi.
Projek Langat 2 yang tertangguh sejak 2008 akan diteruskan selepas Selangor bersetuju mengeluarkan kebenaran merancang (Development Order) berkuat kuasa hari ini," tambahnya.
Tambahnya, persetujuan tersebut sejajar dengan memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri berhubung penstrukturan semula industri bekalan air Selangor di Bangunan Perdana Putra, semalam.
Sejak semalam para penyokong Pakatan Rakyat cuba memberi pelbagai alasan untuk menutup masalah mereka di Selangor iaitu krisis air yang sangat serius. Krisis ini telah dijangka akan berlaku pada 2014 sejak 2006 lagi dan kerajaan Barisan Nasional telah mengadakan pelan penyelesaian menyeluruh mengelakkan krisis ini.
Apabila Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan negeri pada 2008 mereka mengetahui bahawa industri air di Lembah Klang dalam proses penstrukturan semula.
Dua agenda penting dalam penyelesaian ini ialah bekalan air mentah dari Pahang dan penstrukturan semula industri air di Lembah Klang di bawah Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).
Tan Sri Khalid tidak mahu melaksanakan segera kerana beliau mahu menggunakan isu ini untuk meraih keuntungan politik.
Kerajaan Selangor memutuskan tidak memberi Kebenaran Merancang Dan Membina untuk Loji Langat 2. Loji Langat 2 merupakan bahagian penting dalam memastikan kemapanan industri air di Selangor. Air mentah yang disalurkan dari Pahang akan di proses di loji ini. Tanpa loji ini, bekalan air mentah dari Pahang tidak berguna. Malangnya, Khalid tidak peduli semua itu.
Beliau menjalankan permainan Pakatan untuk melengahkan projek ini bagi meningkatkan kos pengurusan air dan memburukkan Barisan Nasional.
Khalid secara terbuka beberapa kali menolak kajian yang menyatakan bahawa Lembah Klang akan berhadapan krisis air pada 2014. Beliau mengatakan Loji ini bukan keperluan segera. Paling awal krisis air akan berlaku ialah pada 2019.
Jadi apa yang Pakatan dakwa sebagai bencana alam kemarau yang menyebabkan krisis air ini hanyalah satu tindakan menyalahkan takdir bagi menyembunyikan kesalahan mereka. Jangan salahkan Allah atas sikap dan perangai buruk kepimpinan Pakatan.
Agenda kedua ialah penstrukturan semula industri Air Selangor melalui penggabungan syarikat-syarikat yang terbabit dalam industri ini. Khalid melenga-lengahkan kerana mahu menggunakan perjanjian air yang lama antara Syabas dan kerajaan negeri dan persekutuan bagi mendapat keuntungan politik.
Khalid tahu bahawa melengahkan isu penggabungan ini akan membolehkan Syabas melaksanakan perjanjian kenaikan tarif air. Ini akan membolehkan beliau menyalahkan Syabas dan BN sebagai penindas rakyat yang mahu menaikkan tarif air, manakala beliau akan menjadi hero sebagai orang yang menghalang kenaikan tarif.
Namun kejahatan dan hati busuk Pakatan dan Khalid Ibrahim akhirnya dibalas Allah. Krisis air yang dijangka menjadi kenyataan, Khalid terpaksa mencatu air. Akibatnya, kerajaan Persekutuan terpaksa membelanja berjuta ringgit membuat pembenihan awan.
Menyedari kemarahan rakyat akan bertambah besar menjelang pertengahan bulan ini, Khalid bersetuju dengan pembinaan loji langat 2 dengan syarat kerajaan Persekutuan menyuntik RM 2 bilion dalam menampung kos penstrukturan semula "pemain industri air Selangor".
Kerajaan Persekutuan sedar masalah krisis air ini perlu diselesaikan kerana ia boleh menjejas ekonomi negara. Banyak industri akan terhenti jika krisis bekalan air berterusan dari semasa ke semasa tanpa penyelesaian yang tuntas.
Namun apa yang kita saksikan sejak semalam ini sikap busuk hati dan bodoh sombong penyokong Pakatan Rakyat masih berterusan menegakkan benang basah dan berbohong kepada umum bahawa ini kejayaan Pakatan dan Khalid menyingkirkan Syabas kroni Barisan Nasional.
Mereka menipu fakta bahawa penstrukturan ini dirangka dan dirancang oleh Barisan Nasional sendiri pada 2007. Mereka juga langsung tidak berasa bersalah atas sikap tidak bertanggungjawab Pakatan dan Khalid melengahkan pembinaan Loji Langat 2 sehingga menyebabkan krisis air sekarang dan kerajaan Persekutuan mengalami kerugian jutaan ringgit.
Kenapa tiba-tiba setuju Langat 2? Dah tak boleh settle isu air baru nak setuju? Baru tahu perlu dibuat Loji Langat 2 dan terowong air dari Pahang ke Selangor.
Kedua-dua projek perlu untuk rakyat ini sudah terkandas 6 tahun dan menyebabkan catuan air hari ini kerana bekalan air sudah capai 80-90% dan kapasiti proses air dah hanya tiggal 3% margin!!!!
Jika hari itu mereka kangkungkan Najib kerana komen tentang pasaran penentu harga barangan, tindakan 6 tahun kerajaan Selangor mengkangkongkan rakyat hingga hari ini rakyat Selangor jadi macam negara dunia ke 3 di Africa beratur tanpa air.
Siapa prihatin hal rakyat: Najib atau Anwar/Khalid???
Isu-isu dan pandangan extrim usah diberi pubisiti. Kalau dah terlalu merepek dan celaru, usah dilayan dan cuba jawab. Kerana menjawab dan membidas memberi publisti.
Jika tak boleh tahan dan nak jawab juga, jawab tanpa beri rujukan dan sebbut isu merek untuk tidak bantu sebarkan.
Rasiskah untuk sebuah bangsa diminta ambil peduli hal bangsa itu sendiri? INi yang menjadi suatu yang pelik bagi sebuah rencana The Malaysian Insider, berikut:
Malaysia Act against Utusan editor for defying reconciliation plan, Najib urged
February 26, 2014
Prime Minister Datuk Seri Najib Razak has been again urged to take action against Umno mouthpiece Utusan Malaysia for continuing to stoke racial and religious fires to demonstrate his seriousness about his national reconciliation plan (NRP).
DAP adviser Lim Kit Siang today referred to an article by the paper's editor Datuk Zaini Hassan titled "Orang Melayu sudah tidak peduli dengan bangsa sendiri?" (Malays no longer care for their own race?), protesting the suggestion to remove race from official forms.
Zaini wrote that such a move would lead to Malays giving up their rights and privileges.
"If Najib wants to be the PM for all Malaysians, he should not just ignore the incitements of racial and religious animosities but he should declare a 'long-delayed' war and give no quarter to the instigators and extremists who want to destroy the fabric of Malaysia's plural society," Lim said in a statement today.
Minister in the Prime Minister's Department Tan Sri Joseph Kurup, saying Malaysians were divided by racial and religious identities after more than 50 years of independence, recently called for the removal of the "race" columns from official forms to create a national identity.
But Zaini said the suggestion was brought on by pressure from human rights organisations.
"If all Malays agree, after this there won't be any mark for race in any official forms in their country. No box which says Malay, Chinese, Indian or Others.
"The reason is, people are scared of have a phobia even to say the word Malay these days. So the word has to be erased," he wrote.
Najib in a blog posting yesterday promised to unveil the NRP and implement it over the next few months, while urging Malaysians to ignore extremist groups and not give them publicity.
"Do not give these extremists the publicity they crave. If no one reports on their actions, they will not gain the recognition they want. They will not be able recruit more people to their cause. They will fail," he said.
Lim however said Umno-linked newspapers like Utusan were behind reports encouraging extremists.
"The problem is that such vitriolic articles, inciting racial and religious animosities and hatred, are not the work of individuals but of the official newspaper of Umno, the backbone of Barisan Nasional government," he said.
"Is Najib seriously suggesting that Utusan be given a free hand to pump vitriol and stoke racial and religious animosities? Is this Najib's way to national reconciliation and national unity in Malaysia?
He said Najib should take stern action against Zaini's open defiance of the NRP by sacking him as the Utusan editor or issue an ultimatum.
"Why is Najib condoning Utusan Malaysia and other Umno leaders to continue with their irresponsible and reckless campaign to cause panic among Malays and Muslims in the country with the false impression that they are under grave threat and siege?"
Lim quoted columnist Karim Raslan, who wrote that it was ironic the "irresponsible and reckless elements" would want to cause panic that Malays and Islam are under siege, when the community has never had more reason to feel "safer" than today.
"I agree with the columnist. Karim has put his finger on the nub of the problem affecting nation building, national reconciliation and the leadership of Najib – whether he is prepared to be the PM for all Malaysians, regardless of race, religion or region," he said.
"Let us wait whether Najib will stand by Joseph Kurup who is entrusted with the portfolio of national integration, national unity and national reconciliation and who is coming under attack from the instigators and extremists in our midst. – February 26, 2014.
Kalau demikian, tutuplah sekolah cina yang hanya orang cina memikirkan tentang kepentingan bangsa mereka yang mana ianya mengenepikan agenda nasional dan menyuburkan rasisma untuk hanya pentingkanbangsa sendiri!!!! (Sindir)
Tutup NGO CIna dan Persatuan perniagaan cina yang hanya peduli hal dan kepentingan cina. (Sindir)
Mereka semua ini patut condemn Waythamoorthy yang hanya mempedulikan bangsa India kaumnya? Patut dia tak boleh peduli pasal kesusahan bangsa india. (Sindir)
Menurut pemikiran puak-puak gila dalam pembangkang dan MPKN, apa saja tentang Melayu adalah rasis dan bangsa dan penganut lain takpe....
Pemikiran membodoh-bodohkan rakyat!!!!!!!!!
Hal perpaduan tak boleh difikirkan oleh kumpulan serpihan yang kecil-kecil dan berasaskan kepentingan sendiri tapi perlu melibatkan kumpulan besar.
National Front Perpaduan akan ditubuhkan di Kelab Sultan Sulaiman Kuala Lumpur pada pukul 3 ptg hari ini.
The BN-Pakatan Rakyat cyberwar has taken a new turn with pro-Pakatan Facebook users vowing to strike back with attempts to disable pro-BN Facebook pages.
Over the past week, netizens have been unable to access several popular pro-Pakatan Facebook pages in Malaysia, but the pages were still accessible abroad.
It is understood that opponents of these Facebook pages have mounted a coordinated campaign to report the pages for violating Facebook's policies.
In retaliation, a new page, dubbed the Pakatan Fanpages Alliance, has urged netizens to adopt the same tactics on pro-BN Facebook pages.
Among others, they have urged netizens to report the Facebook pages of blogger Papagomo and Shen Yee Aun, a former DAP member and current Utusan Malaysia columnist, who has been gloating about the actions taken against the pro-Pakatan Facebook pages.
Tit-for-tat
Illustrated instructions detailing the necessary steps were also supplied. As of noon, Shen's Facebook page remains intact.
Thus far, the Pakatan Fanpages Alliance have claimed victory in disabling access to a pro-BN fanpage known as Boikot Barangan Cina DAP, which reportedly had 62,224 followers.
The renewed "cyberwar" call was made following the disabling of the most popular Chinese pro-Pakatan Facebook page known as FB Top News.
The page has over 770,000 followers and was reportedly inaccessible in Malaysia from yesterday evening.
Six other Chinese pro-Pakatan fanpages are suffering from a similar fate. At the time of writing, the only known Malay fanpage that has been affected is Otai Reformasi II.
It is understood that two other Chinese pro-Pakatan fanpages have voluntarily disabled their pages to prevent them from being reported. - http://www.malaysiakini.com/news/255394
Hairan ... bab hina bukan Melayu atau penganut ugama lain, cepat saja dapat dikesan blog atau FB terlibat tapi Red Bean Army boleh bermaharajalela untuk hantar virus ke blog dan FB. Hack sana sini dan MCMC asyik tak boleh trace????????
Akhirnya Presiden PAS dihukum salah oleh mahkamah dan terpaksa bayar RM2 juta di atas statement yang dianggap saman malu dari penyokong PKR. Satu hal aneh apabila Presiden sebuah komponen parti boleh disaman oleh penyokong parti komponen parti yang llain.
Maka di mana kesepakatan antara Pakatan Rakyat? Adakah cara yang begitu cacamarba begini yang dinamakan demokrasi dan kebebasan oleh puak ini?
Mana kesepakatan yang mereka war-warkan?
Jika sesama mereka, boleh bertindak demikian dan Ketua Umum PKR boleh biar saja Presiden parti lain disaman oleh penyokong partinya, adakah penghormatan PKR terhadap PAS. Adakah bermakna PAS dah tak releven pada PKR dan DAP?
Turut memikirkan bagaiman Presiden parti PAS nak bayar? Kalau ddedahlah dia banyak harta disorok. Bayangkan ....
Antara tanda-tanda kemunculan Dajjal di akhir zaman adalah apabila kemaksiatan, fitnah, penipuan dan kekacauan timbul merata tempat. Bumi ditimpa pelbagai bala seperti kemarau kekeringan, jerebu, kebakaran, penyakit melata dan manusia lebih mementingkan kuasa dan harta dari beriman pada Allah.
Umat Islam akan berpecah belah akibat cuba menegakkan kebathilan dan kezaliman. Sedangkan kaum kafir bersatu menindas umat Islam yang semakin lemah akibat terlalu taksub dengan keduniaan.
Jangan kita ambil mudah tanda-tanda ini. Jika tahun 1997/1998 lalu, negara mengalami krisis air yang agak parah, jerebu yang teruk. Tanda-tanda tersebut akhirnya menjadi petunjuk kepada pemecatan seorang manusia yang bejat bermaksiat.
Tahun 2013 dengan slogan kesukaan Dajjal: Ini kalilah (Inni qalillah) atau Akulah Tuhanmu menjadi ikutan segelintir manusia untuk memberontak menjatuhkan sebuah kerajaan umat Islam. Namun atas petunjuk Allah jua, jerebu dan kabut memenuhi ruang udara Malaysia telah berjaya mengagalkan pemberontakkan tersebut.
Kini jerebu, kepanasan dan kekeringan hebat melanda negara kita setelah manusia itu berhasrat merebut jawatan lagi...Kali ini apa pula yang bakal Allah tunjukkan lagi kepada kita?
Semoga apa yang berlaku memberikan keinsafan kepada kita untuk bersatu mempertahankan keamanan negara kita.
"Sejarah telah membuktikan bahawa calon wanita boleh menang di Dun Kajang, ini terbukti dengan kemenangan calon wanita di Dun tersebut sebelum ini," demikian menurut penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr. Mohd Fuad Mad Jali.
Sehubungan itu katanya, tidak mustahil calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun mampu mengembalikan kegemilangan BN di kerusi berkenaan.
Fuad yang merupakan pensyarah Sains Sosial (Geo-Politik) itu berkata, berbanding calon lelaki, calon wanita seolah-olah mampu 'mencairkan' pesaingnya sehingga mati akal untuk membuat serangan, di tambah dengan rasa ihsan lelaki terhadap wanita.
"Saya rasa Chew Mei Fun mampu memberi tamparan terhadap Anwar.
"Ini kerana sebelum ini calon wanita pernah menang di kerusi tersebut, di samping 'track record' Mei Fun yang bersih sebelum ini," katanya kepada Sinar Harian Online.
Untuk rekod, kerusi Dun Kajang pernah disandang oleh Datin Paduka Low Lee Leng dari MCA sebelum ditewaskan Lee Kim Sin dari PKR pada PRU12.
Menurut Fuad lagi, calon wanita punya kelebihan kerana ia sukar "disentuh" pihak lawan.
"Berbanding calon lelaki, serangan terhadap calon tersebut mudah untuk dibuat kerana banyak isu boleh dijadikan senjata, manakala calon wanita kita kena berhati-hati untuk menyerang kerana banyak perkara yang sensitif tidak boleh disentuh, di samping hati wanita mampu untuk menyentuh hati masyarakat kerana mereka ini penuh dengan nilai kasih sayang, sebab itulah saya rasa Mei Fun mampu membuat kejutan nanti," ujarnya.
Sementara menyentuh mengenai calon Bebas, Datuk Zaid Ibrahim, Fuad yakin kehadiran Zaid hanya menjadi penambah perisa kepada PRK Dun Kajang sahaja.
"Saya rasa Zaid tidak mampu memberi tentangan, PRK Dun Kajang adalah pertembungan BN dan PR bukan untuk parti Bebas," katanya.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan PRK Dun Kajang akan diadakan pada 23 Mac ini manakala penamaan calon pada 11 Mac.
Memang kreatif poster ini yang kami dapat dari rakan-rakan fb kami. Mungkin idea penghasilan poster ini timbul secara spontan tanpa dirancang bersempena pula dengan tahun kuda 2014 dan isu pil kuda yang yang menghangatkan hubungan PAS - PKR.
Sungguh malang jika kita membiarkan diri kita berterusan menjadi kuda tunggangan orang lain. Kita akan diperkudakan setiap masa bak kuda kayu demi kepentingan songsang orang lain. Walaupun dihina, ditendang dan ditunggang tanpa henti, kuda kayu tetap kaku tanpa bersuara.
Itulah analogi yang paling tepat digambarkan terhadap PAS yang kini sedang bergelut dengan masalah saman RM2 juta dari bekas calon ADUN PKR Bukit Besi yang terhina kerana dituduh sebagai pengedar pil kuda. Namun sesuai dengan sifat PAS sebagai kuda kayu, PAS tetap mahu membantu PKR memenangi PRK Kajang.
Mungkin sudah ada kowtim antara Nuar dengan Hadi. Saman boleh settle asalkan Nuar menang. Duit tokey dan segala kartel orang tengah mungkin boleh membayar saman tersebut.
Rasanya setakat 2 juta hinggit tak jadi masalah kepada PAS. Mungkin mereka perlu bijak membuat lebih banyak ceramah fitnah dan maki hamun sambil-sambil tadah tin milo merata ceruk atas nama jihad membantu Tuan Guru yang kononnya dikhianati oleh UMNO. Mungkin duit-duit itu juga akan dikutip dalam kempen PRK Kajang nanti. Hakikatnya saman menyaman antara mereka cuma lakonan semata-mata dan auta belaka.
Misi mengepau RM2 juta duit rakyat sudah bermula...
Virus Tabung Memali akan menjangkiti penganut-penganut PAS
Agak terkejut bila mendapat tahu salah satu video klip lagu Katy Perry yang diberi tajuk Dark Horse menghina agama Islam. Katy Perry adalah antara artis barat yang agak melonjak nama ekoran lagu-lagu yang agak menarik.
Kalau bahagian pakaian itu sudah tidak dapat dinafikan, mereka memang sentiasa melampau. Tapi bila melibatkan isu sensitiviti agama, agak terbakar juga rasa jiwa raga
Dalam video klip yang berdurasi selama 3 minit 46 saat ini dapat dilihat salah seorang pelakon dalam video tersebut memakai kalimat Allah yang kemudiannya hancur pada minit 1 saat ke 15. Apakah yang cuba hendak disampaikan melalui video klip ini?
Untuk yang belum tengok, boleh tengok sendiri melalui video klipnya. Kalau dapat flag sekali video itu pun sangat-sangat direkemenkan
Banyak komen maklumbalas telah diberikan oleh umat Islam di seluruh dunia. Mereka ternyata kecewa dengan ketidakpekaan Katy Perry terhadap isu-isu agama.
Namun isunya ialah cuba bayangkan sekiranya perkara ini berlaku di negara kita satu masa nanti? Dengan cubaan tuntutan sesetengah pihak yang mahu menggunakan kalimah Allah untuk kepentingan tersirat!
PRK BERKECAMUK: SAIFUDIN NAK PUJUK TARIK, RAFIZI KATA ITU U PUNYA HAL LAH HADI, MB KHALID KATA OK TANDATANGAN AIR, ANWAR KATA SAYA TAK DIBERITAHU...
Mohd Badiuzzaman Mohd Nursi menulis di laman pro ulama PAS, El Haraki mendedahkan PKR bersungguh-sungguh mahu menarik balik saman bernilai RM2 juta terhadap Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana mendapat tahu parti itu akan memboikot Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bertanding dalam Pilihanraya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.
"Banyak cantik ! Kamu dah calarkan maruah tok guru, dibantu oleh watak loyar cuai lebih menampakkan PAS lemah, pas tu nak tambah episod tarik balik saman ..
Memang ada asas mereka nak tarik balik sebab orang PAS mula marah pada PKR dan plan nak boikot Kajang. Anwar tergugat. Pentaksub dan pentakjub Anwar dalam PAS pun mula tak selesa. Mereka pun dok lobi minta PKR melalui Anwar nasihat bekas calon PKR tu tarik balik saman. Bukan fikir pasal tok guru tapi bimbang jentera PAS boikot kajang move. Derita Anwar nanti," katanya dalam tulisan bertajuk, "Saya Tak Setuju Saman ditarik Balik."
Kemarahan ahli-ahli PAS berpunca daripada keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu Ahad lalu yang mengarahkan Presiden PAS membayar saman berjumlah RM2 juta berikutan penghakiman ingkar yang diperoleh calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Mohd. Shamsul Mat Amin.
Semalam, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dilaporkan Antarapos berkata PKR sedang berusaha bersungguh-sungguh berunding dengan ahli partinya, Mohd. Shamsul dapat diselesaikan di luar mahkamah untuk menjaga hubungan Pakatan Rakyat (PR).
"Kita sedang berusaha, kita sedang berkomunikasi dan berbincang dengan Shamsul tapi di peringkat pimpinan pusat.
"Pertama, ketika isu ini mula-mula dimaklumkan YB Azan beberapa minggu pertama selepas PRU, pimpinan pusat memberikan nasihat kepada Shamsul untuk tidak meneruskan sebarang langkah perundangan sebaliknya berusaha untuk berjumpa dengan presiden PAS secara damai atas semangat kekeluargaan," katanya.
Mohd Badiuzzaman dari El Haraki berkata usaha menarik balik saman tidak menyelesaikan masalah kerana imej Presiden PAS telah berjaya dicalarkan.
"Saya tak setuju tarik balik saman. Teruskan dan biarkan ada perbicaraan. Kan kita semua nak tahu siapa benar dan siapa salah ? Malah ada yang minta tok guru mengaku salah dan mohon maaf .. macam mana boleh jadi begitu … bawalah ke mahkamah.
"Tok guru dah siap dari awal lagi. Yang gi buat drama sampai keluar surat penghakiman ingkar ni apa hal ? Nak cari jalan supaya batal perbicaraan dan dunia nampak seolah-olah tok guru yang salah. Come on mannn … Allah akan jaga para pejuang agamanya.
"Usaha boikot Kajang Move ada asas sebab jentera PAS lihat PKR bukan nak jaga pun perasaan dan maruah Presiden PAS. Tapi nak guna tenaga dan pengaruh Presiden PAS dalam Kajang. Saya tak kisah kalau jentera PAS nak boikot sebab ada asas yang kuat .
"Saya pula tak setuju tarik balik saman ke atas tok guru. Sebab saya dan semua orang nak dengar hujah dan bukti dan saksi pil kuda dalam mahkamah nanti. Kalau tak ada bukti maka tok guru wajar dihukum kerana lempar kesangsian dan kekeliruan atau fitnah. Tapi kalau tarik balik saman atau selesai atas bumbung mahkamah, macam mana kita nak tahu sapa yang bohong dan salah," katanya lagi
R.S Thanenthiran (duduk, tiga dari kiri) bersama sebahagian ahli menunjukan sokongan terhadap pimpinan Najib Tun Razak dalam sidang akhbar di PWTC, Kuala Lumpur, semalam.
Pengerusi Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf), P. Waythamoorthy dibidas kerana tidak tahu menghargai kepercayaan yang diberikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membangunkan masyarakat India.
Presiden Parti Makkal Sakti Malaysia, Datuk R.S Thanenthiran berkata, bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu juga mengkhianati masyarakat India kerana mensia-siakan peluang keemasan yang dipertanggungjawabkan kepada beliau.
"Perdana Menteri telah menaruh kepercayaan terhadap Waythamoorthy, sebaliknya beliau langsung tidak mempedulikan niat baik apabila melepaskan jawatan tersebut sewenang-wenangnya," katanya dalam sidang akhbar di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Thanenthiran juga berkata, Waythamoorthy juga bertindak melampau apabila melemparkan pelbagai tuduhan tidak berasas termasuk meminta Perdana Menteri meletakkan jawatan.
"Beliau tiada hak untuk mendesak Perdana Menteri meletakkan jawatan. Saya pasti masyarakat India tidak termakan dengan tuduhan-tuduhan melulu yang dilemparkan Waythamoorthy," katanya.
Sementara itu, Presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia (MAICCI), Tan Sri K. K. Eswaran berkata, Waythamoorthy tidak sepatutnya mendesak kerajaan meluluskan dana khas bagi kaum India diletakkan di bawah penyeliaannya.
Katanya, tuntutan itu adalah tidak praktikal dan tidak telus.
Menurut beliau, Waythamoorthy seharusnya sedar kerajaan di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah banyak memberi sumbangan kepada kaum India.
Akhirnya Kerajaan Negeri Selangor menerima hakikat bahawa wujud keperluan mendesak untuk membina Loji Rawatan Air Langat 2 dan Sistem Agihannya (LRAL2), yang dapat menampung keperluan air untuk industri serta domestik di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Terima kasih kerana memeterai MoU dengan Kerajaan Persekutuan untuk penstrukturan semula industri air di Selangor yang rundingannya berlarutan sejak 2008 lagi.
Melalui MoU tersebut, kebenaran diperoleh daripada kerajaan negeri itu bagi merancang pembinaan LRAL2 yang dikenal pasti antara komponen penting untuk menyelesaikan masalah kekurangan bekalan air di Lembah Klang.
Satu pengajaran daripada isu terbabit ialah penyediaan kemudahan asas termasuk bekalan air bersih perlu mengutamakan kepentingan pengguna dan rakyat serta keperluan pembangunan, tanpa sekelumit pun menyimpang daripada pertimbangan itu.
Kita yakin, jika pertimbangan yang dimuktamadkan hari ini dipersetujui lebih awal iaitu pada 2008, mungkin sekali permasalahan bekalan air yang dihadapi oleh penduduk di Selangor sekarang tidak berbangkit.
Untuk pengetahuan, kajian mengenai krisis air telah dibuat sejak 1980-an lagi dan mendapati Selangor, setelah mengambil kira kadar pertumbuhan penduduk dan pembangunan, kekurangan sumber air dan alternatifnya adalah menyalurkan bekalan air dari Pahang. Justeru kapasiti LRAL2 dirancang bagi merawat hampir dua bilion liter air mentah untuk pengguna domestik dan industri sehingga tahun 2020.
Apa pun, kita berharap projek LRAL2 berjalan lancar selaras dengan pertumbuhan penduduk dan pembangunan ekonomi di Lembah Klang.
Walaupun kita berterima kasih dengan TS Khalid Ibrahim di atas keberaniannya tidak mengikut kata nasihat Penasihat Ekonomi RM1 Kerajaan Selangor, Anwar Ibrahim namun kita tidak boleh melupakan kata-kata sombong dan bongkak Menteri Besar Selangor pada tahun-tahun 2010 hingga 2012, sehinggakan beliau sanggup menyarankan Rakyat Selangor meminum air lombong!
Dalam masa yang sama, Anwar Ibrahim, yang pada ketika ini masih berada di Jepun, pastinya terduduk dan terkedu kerana Menteri Besar Selangor tidak meminta nasihat beliau sebelum perjanjian ini dibuat dengan Kerajaaan Pusat!
Sesungguhnya ia adalah satu 'tamparan' yang hebat buat Anwar apabila diketepikan oleh Khalid dalam membuat keputusan tersebut dan menunjukkan dengan jelas kepada rakyat bahawa sememangnya terdapat krisis dalaman yang parah di dalam PKR!
Suara Politik Belantan
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini menafikan laporan sebuah portal berita mengenai 60 anggota polis disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana terbabit dalam pengubahan wang haram dan rasuah.
"Saya sudah berjumpa Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan beliau sendiri terkejut dengan laporan itu. Beliau tanya dari mana mereka (Malaysia Insider) dapat laporan tersebut.
"Beliau beritahu saya laporan itu palsu, tidak benar sama sekali," katanya selepas majlis ramah mesra bersama pesara pegawai-pegawai kanan polis di Pusat Latihan Polis, Jalan Semarak di sini, hari ini.
Sehubungan itu, Khalid meminta pihak terbabit berhati-hati terhadap sumber berita mereka.
"Jangan laporkan daripada sumber yang tak betul, entah tukang kebun mana dia (wartawan) tu jumpa untuk dapatkan cerita yang tak betul ni," katanya sambil menambah pihaknya telah menyerahkan kepada SPRM dan Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut terhadap laporan palsu tersebut.
Mengikut laporan portal itu, kira-kira 60 anggota polis disyaki menerima rasuah daripada pengendali perniagaan haram di ibu negara.
Perniagaan itu meliputi perjudian di kafe siber, rumah urut dan sarang pelacuran.
Mengulas perkara lain, Khalid berkata pihaknya akan memajukan kertas siasatan berhubung insiden membabitkan pasukan bola sepak T-Team dan Johor Darul Takzim (JDT) kepada Peguam Negara dalam masa terdekat.
"Kita dah selesai mengemas kini kertas siasatan, mungkin dalam satu, dua hari lagi akan majukan kertas siasatan ini kepada Jabatan Peguam Negara," katanya.
Beliau berkata lebih 20 individu telah dipanggil bagi membantu siasatan kes itu.
Panglima ingin mengucapkan tahniah kepada pemenang Anugerah di Malaysia Social media Week 2014 #MSMW2014 kelmarin. Meskipun mendapat jemputan namun tugas lain menyekat Panglima dari menyertai majlis gilang gemilang tersebut.
Pemenang yang mengikut apa yang difahami melalui sumber blog, adalah ditentukan melalui undian. Bahkan ia adalah dianjurkan oleh NGO SMC iaitu Social Media Chamber.
Lihat keratan imej di bawah:
Ini NGO yang menganjurkannya.
Sekali lagi tahniah kepada semua yang menang dan harap tahun hadapan peluang kita pula mencuba nasib Insya Allah.
Petikan Berita berkaitan #msmw2014 :
KUALA LUMPUR: Nyatakan kebenaran dan mesti berani menyuarakan apa jua kesilapan, namun perlu sedia menawarkan penyelesaian terbaik terhadap isu-isu terbabit, demikian nasihat Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kepada pengguna media sosial.
Beliau berkata, masyarakat Malaysia sudah melepasi generasi yang menerima isu berasaskan nilai lahiriah seperti pada tahun-tahun berlalu.
"Hari ini, seluruh corak dan anjakan minda rakyat diarahkan kepada mewujudkan usaha kolaboratif bagi menyelesai isu. "Saya harap aliran sihat sentiasa berhubungan ini akan kekal dan rakyat boleh menulis blog dengan bebas dan tahu apa yang harus dilahirkan pada tempat dan ketika yang betul," katanya.
Menteri dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid juga menyampaikan anugerah blogger dan media sosial dunia di majlis itu.
Perbadanan Putrajaya memenangi Anugerah Penglibatan Kesejahteraan Bandar sementara Kementerian Kesihatan anugerah Penglibatan Komuniti Terbaik.
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Berhad Tan Sri Tony Fernandes memenangi anugerah Selebriti Media Sosial 2014.
Penggunaan Pelekat Hologram Pada Al-Quran Dibawa Ke Kabinet - Zahid
PUTRAJAYA: Penggunaan pelekat hologram pada naskhah al-Quran yang sepatutnya dikuatkuasakan pada 1 Mac depan akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet terlebih dahulu, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata, langkah itu dibuat bagi mendapatkan pandangan jemaah menteri sebelum sebarang keputusan mengenainya dimuktamadkan.
"Sementara menanti keputusan Kabinet yang diharap akan memberi situasi menang-menang kepada kedua-dua pihak, kita ambil keputusan untuk 'memperlahankan' penguatkuasaan itu," katanya kepada pemberita.
Beliau sebelum itu mengadakan pertemuan dengan Persatuan Penerbit al-Quran Malaysia (PQM).
Penggunaan pelekat hologram diperkenalkan sejak 2011 yang mewajibkan penerbit atau pencetak al-Quran melekatkan pelekat hologram (yang dijual pada harga RM1 sekeping) pada setiap naskhah kitab suci itu.
Namun PQM meminta kerajaan memansuh penguatkuasaan pelekat tersebut pada naskhah al-Quran kerana ia dikatakan membeban dan menyebabkan harga kitab suciitu meningkat sehingga 50 peratus.
Ahmad Zahid berkata, pertemuan dengan PQM pada Khamis memberi ruang kepada kementerian untuk mendengar dan memperhalusi sebarang masalah yangdibangkitkan.
"Pertemuan ini diadakan untuk mencapai kesepakatan sejauh mana penerbit-penerbit al-Quran boleh dibantu untuk mengatasi permasalahan mereka termasuklah apabila berlaku cetak rompak terhadap al-Quran.
"Pengalaman kementerian-kementerian lain sebelum ini yang menguatkuasakan pelekat hologram juga didapati gagal meredakan masalah cetak rompak, jadi kita tak mahu berlaku lagi perkara seperti itu," katanya.
Presiden PQM, Sabariah Abdullah menyambut baik keputusan kementerian untuk 'memperlahankan' aktiviti penguatkuasaan itu buat sementara waktu tanpa sebarang denda dikenakan yang boleh mencecah sehingga RM10,000.
"Pada masa yang sama persatuan masih berharap pengunaan pelekat hologram dimansuhkan kerana ia tidak menjamin ketulenan al-Quran memandangkan pelekat hologram itu sendiri boleh dipalsukan," katanya.- BERNAMA
Nota : banyak isu dapat diselesaikan bila semua pihak boleh bersabar dan bertemu mata berbincang dengan baik isu yang timbul. Khamis juga hari rakyat untuk bertemu pihak KDN jika ada sebarang masalah untuk disampaikan kepada Menteri, timbalan dll
Gambar : Menteri diiringi KSU melawat kaunter terbuka yang dimulakan hari semalam untuk memudahkan rakyat datang mengadu permasalahan.
Hari terbuka ini akan dilakukan dengan Menteri menemui rakyat dan jika beliau mempunyai urusan maka Timbalan atau KSU akan mengendalikannya.
Semoga rakyat akan semakin nampak keberkesanan kerajaan dan semakin mudah meluahkan masalah tanpa dikekang halangan birokrasi yang boleh merencatkan sokongan semasa pilihan raya membentuk kerajaan.
Bekas menteri besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menang saman fitnah yang dikemukakannya terhadap stesen televisyen TV3 berhubung posting Twitter beliau yang mengatakan Sultan Johor menggunakan wang rakyat bagi membida nombor pendaftaran kereta WWW1.
Berita ini turut disiar laman web PAS seperti berikut :
KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Changkat Jering Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini menang saman fitnah terhadap stesen televisyen TV3 berhubung isu nombor pendaftaran kereta WWW1 milik Sultan Johor.
Menurut laporan The Malaysian Insider, tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk Mohamad Arif Yusof ketika membenarkan rayuan Nizar berkata, plaintif berjaya membuktikan kes kebarangkalian yang seimbang.
"Perintah Mahkamah Tinggi adalah dengan ini diketepikan dan kes ini akan dirujuk ke Mahkamah Tinggi bagi penaksiran ganti rugi," katanya.
Arif berkata, keputusan dibuat Mahkamah Tinggi yang menolak saman Nizar tidak boleh dikekalkan dan TV3 bertanggungjawab.
Beliau berkata, pembelaan justifikasi TV3 gagal dan stesen TV itu tidak berjaya membuktikan kebenaran atau sebahagian kebenaran dalam laporan mereka.
"Malah, ada niat jahat oleh defendan dalam laporan mereka," katanya.
TV3 juga diperintahkan membayar RM30,000 kos mahkamah.
Tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuaiDatuk Mohamad Arif Yusof, membenarkan rayuan Nizar, berkata plaintif berjaya membuktikan kes kebarangkalian yang seimbang. Yang Arif Datuk Mohamad Arif Yusof, yang pernah menjadi penasihat undang-undang kepada Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), memutuskan bahawa :-
"Perintah Mahkamah Tinggi adalah dengan ini mengenepikan dan kes ini akan dirujuk ke Mahkamah Tinggi bagi penaksiran ganti rugi,"katanya.
Dalam penghakiman lisan yang diberikan, Yang Arif Datuk Mohamad Arif Yusof yang juga pernah mengetuai barisan peguam mewakili Dato' Harun Taib daripada PAS bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Terengganu kawasan Manir, di mana PAS memohon Mahkamah Tinggi Kota Bharu membuat satu pengisytiharan pilihan raya kecil DUN Pengkalan Pasir yang diadakan 6 Disember lalu sebagai tidak sah dan terbatal berdasarkan kepada perlanggaran Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, telah memutuskan bahawa keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Datin Yeoh Wee Siam pada 12 April yang menolak tuntutan Nizar tersebut tidak boleh dikekalkan.
Mohamad Ariff yang dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman pada 15 September 2008 juga pernah bertanding sebagai calon Pas pada Pilihan Raya Umum 2004 bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kawasan Kota Damansara di Selangor, turut memerintahkan bayaran kos sebanyak RM 30,000-00
Untuk Rekod, setakat 7-2-2014. Yang Arif Datuk Mohamad Arif Yusof dijangka mendengar rayuan berkaitan Teoh beng Hock pada 28 Mac ini.
Beliau juga semasa menjadi Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur , memutuskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tidak lagi dibenarkan menyoal siasat saksi pada waktu malam .
Hakim Mohd Ariff Md Yusof memutuskan SPRM hanya berhak menyoal siasat saksi dari pukul 8.30 pagi hingga 5 petang
Untuk makluman pembaca beberapa artikel sudah ditulis berkenaan hakim ini di sini :
Sepatutnya semasa perbicaraan peguam yang mewakili TV3 tempoh menimbulkan isu ini. Mustahil ia terlepas pandang kecuali pasukannya tidak membuat kerja rumah yang mencukupi atau tidak. Kita tidak mahu sebarang andaian sabotaj dari dalam kecuali ada bukti kukuh.
Nama peguam yang mewakili Nizar dan TV3
Taktik minta hakim tarik diri adalah taktik yang sama diguna oleh ANWAR yang sering minta hakim undur diri bila dilihat ada ruang untuk melakukannya. Walaupun pernah undur diri sebelum ini apabila latar belakang beliau didedahkan namun kali ini tidak begitu.
Kita risau isu ini terlepas pandang sehingga menyebabkan ramai akan memandang TV3 tidak dipercayai sekaligus memberi nafas kepada Pakatan Rosak yang sudah semput dihimpit isu isu melibatkan kelemahan urus tadbir, skandal seks, penyelewengan, dll
Sekali lagi isu ini perlu diperhati peguam peguam dan penganalisa politik agar tidak timbul konflik antara latar belakang Hakim dengan perbicaraan yang dikendalikannya.
Kita yakin semua hakim teguh memegang prinsip ketelusan dan integriti walau sedar ada juga disebut dalam hadis Nabi yang dua dari tiga hakim akan berada dalam neraka kerana faktor ketidakjujuran, bias dan kronisme.
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kenyataan ahli Parlimen DAP Taiping, Perak hasil pilihan melayu Taiping. Pemilik Old Town ini berkata mahukan tanah rezab melayu dibuka seperti diserah sahaja kepada cina untuk mengurus dan memiliki tanah rezab melayu. Nga Kor Ming selaku salah satu pemilik Old Town White Coffee menambah mengapa kerajaan persekutuan tidak mahu lepaskan tanah rezab melayu melalui geran kekal yang sudah dipersetuju oleh kerajaan negeri?
Satu lagi rakan kongsi pemilik OldTown White Coffee iaitu Pengerusi DAP Perak Ngeh Koo Ham berkata Air Kopi secara asalnya tidak memerlukan Halal kerana tuhan tidak pernah berkata demikian dan tuhan tidak pernah meletakkan syarat sehingga susah payah bahawa air Kopi perlukan Halal. Persoalannya adakah tuhan Ngeh Koo Kham sama dengan tuhan orang Islam?
Nga Kor Ming hasil pilihan melayu Taiping, Perak yang pernah kontroversi membaca ayat Al-Quran surah
"Aura" yang tidak ada didalam Al-Quran pada kempen pilihanraya yang lalu. Surah Aura tidak ada di dalam Al-quran dan nama surah yang sebetulnya adalah dari surah Al-Nahl.
Terjermahan yang dibaca nya adalah benar dari surah Al-Nahl iaitu "Allah menyuruh kita berlaku dengan adil" dan penuh belas kasihan tetapi apa yang dibaca nya tidak pernah Nga Kor Ming mempraktikkannya kerana Nga Kor Ming ini sendiri tidak pernah berlaku adil dengan tidak memberi peluang kepada bangsa Melayu untuk membuka francais Old Town White Coffee.
Ngeh Koo ham dan Nga Kor Ming telah meletakkan syarat bahawa untuk membuka francais Old Town White Coffee perlulah berbangsa Cina dan tidak boleh diberi diberi peluang langsung kepada bangsa Melayu. Jadi adakah Nga Kor Ming ini layak untuk membaca ayat Al-Quran serta penterjamahannya? Sudah lah salah memberi nama surah yang dibaca, ditambah pula maksud terjermahan ayat itu jauh sekali dipraktikkan. Jadi apakah niat dan tujuan utama dia membaca ayat Al-Quran ini sewaktu kempen pilihanraya?
Ingat, tuntutan ini dibuat pada tahun 2013, tak mustahil ianya akan di tuntut lagi, takkan kita nak biarkan cina DAP ambil tanah rizab Melayu? klik sini
Melihat reaksi spontan Tian Chua itu sudah menimbulkan satu tanya tanya apakah beliau tidak berpuas hati bila Anwar Ibrahim dipanggil sebagai lemah oleh Saifuddin Nasuiton?
Jelas sekali wartawan Harakah pun sengaja memfokuskan wajah dan reaksi Tian Chua itu. Seolah oleh mahu mengakui kenyataan yang dibuat oleh Saifuddin itu.
Apakah ini salah satu sabotaj dalaman Harakah terhadap Anwar Ibrahim sesudah Hadi Awang, Presiden PAS telah disaman sejumlah RM2 juta oleh bekas calon PKR?
Jurirakyat.com- Tahu film Spirdeman? film yang menceritakan seorang manusia mirip dengan laba-laba. Film tersebut sangat terkenal dan hingga sekarang masih sering kita jumpai film Spirdeman muncul di layar kaca Tv swasta. Selain terkenal Spirdeman juga menjadi pujian anak-anak yang menginginkan menjadi sepertinya. Aksinya yang mengangumkan, berjalan didinding, dan bergelantungan, membuat anak-anak ingin menjadi sepertinya. Tapi, itu hanya sebuah film, kita harus kembali ke dunia nyata, di dunia nyata ada yang lebih mengejutkan lagi. Jika di film manusia mirip laba-laba, kini di dunia nyata ada laba-laba yang berwajah mirip manusia. Waw! Laba-laba ini tidak sengaja di temuka oleh seorang gadis yang bernama Liu di sebuah taman di Hougang, Singapura. Awalnya, Liu hanya merasa bosan berdiam terus di rumah, kemudian ia memutuskan untuk membawa kameranya ke taman dan mengambil beberapa gambar di taman dekat rumahnya itu. "Saya merasa bosan di rumah, saya pun mencoba untuk membawa kamera saya untuk mengambil beberapa gambar di taman yang tak jauh dari rumah saya,"? ujar Liu. "Lalu tak sengaja saya melihat seekor laba-laba yang aneh yang memiliki warna tubuh sama dengan warna pohon-pohon sekitarnya. Laba-laba itu sangat menarik perhatian saya, dan saya pun tertarik mencoba untuk mengambil gambarnya. Namun, ternyata agak sedikit sulit untuk mengambil wajah laba-laba itu, sehingga sudah beberapa saya potret, ada satu gambar yang mengejutkan saya". ungkap Liu.
"Setelah saya lihat dengan jelas,wajah laba-laba itu sangat mirip dengan manusia yang memiliki ekspresi marah, galak, dan seperti menantang saya". lanjut Liu.
Jurirakyat.com- Buat kamu yang belum pernah ciuman atau yang pernah sudah ciuman tapi belum menguaasai teknik ciuman dengan sempurna. Nah, kamu bisa atasi itu dengan sebuah bantal yang satu ini. The Make Out-Practice Pillow adalah sebuah bantal yang berukuran kecil yang memiliki detail hidung dan mulut yang terbuka untuk melatih kemampuan ciuman. Bantal ini buat oleh seorang desainer terkenal asal Florida yang bernama Emily King, 26 tahun. Emily King memng sudah terkenal sebagai desainer yang banyak menciptakan barang-barang unik dan menarik. Kini Ia kembali menciptakan barang unik yang kamu bisa gunakan untuk tidur serta belajar ciuman. The Make Out-Practice Pillow ini juga bisa kamu gunakan untuk menemani kamu di saat kesepain. Awalnya, Emiliy King terinspirasi dengan masa-masa SMA nya dulu, dimana banyak teman-tamannya bercerita mengenai bantal yang dapat dijadikan alat untuk mencium dan memeluk kekasih. Saat itulah Emily berfikir candaan teman-tamanya itu jadi kenyataan "Aku beramsusi untuk menjadikan candaan teman-teman ku itu jadi kenyataan". ujar Emily Bantal yang ia ciptakan itu mempunyai detail hidung, dan mulut yang terbuaka di depannya. Wajah tersebut terbuat dari CPR dummy atau bentuk wajah seseorang dari plastik. Selain untuk bisa tidur, The Make Out-Practice Pillow ini bisa juga kamu gunakan untuk bermesraan layaknya dengan kekasih. Kamu bisa memciumnya dan memeluknya. Menurut beberapa temen Emily bantal tersebut terlihat menyeramkan. Namun, meskipun teman-temannya mengatakan seperti itu, Emily tetap optimis jika bantal yang ia ciptakan itu akan banyak di sukai oleh orang-orang khususnya para remaja. Bantal Tersebut di jual dengan harga US$ 31 atau sekitar 370 ribu. Bagaimana kawan, tertarik membelinya?
Jurirakyat.com-Semua orang pasti akan merasakan takut jika mendengar kasus perampokan dengan mengunakan senjata tajam. Mendengarkan saja sudah ketakutan apalagi mengalaminya. Namun, lain halnya dengan seorang wanita yang sempat membuat sensasi di dunia maya. Wanita yang tidak diketahui namanya ini tertawa ketika seorang mencoba merampok dirinya Kejadian itu sempat terekam di CCTV Bank yang ada di China. Awalnya rekaman itu memperlihatkan seorang pria yang berjalan menuju teller Bank, kemudian pria yang sambil berbicara di telepon genggam itu tiba-tiba menodongkan sebuah golok yang memiliki panjang sekitar 17 cm, dan di todongkan ke teller Bank dibalik kaca pemisah dengan sang teller. Teller yang sedang melayani seorang wanita itu awalnya merasa kebingungan dengan pria tersebut, lalu kemudian Ia malah tertawa seakan-akan seperti bertanya, Sedang apa sih dia? sedangkan orang wanita yang dilayani itu langsung lari menjauhi dari perampok tersebut. Sementara, penjaga keamanan bank itu mencoba mengatasi pria yang tampak tidak waras itu, meskipun memegang golok, tapi pria itu terlihat seperti tidak melakukan perlawanan apa pun ketika melihat reaksi teller yamh tertawa melihatnya. Penjaga keamanan itu berhasil menjatuhkan goloknya tersebut dan membuatnya membekuk di lantai. Reaksi teller ini membuat para netter tertawa melihatnya saat rekaman video itu disebarkan ke situs youtube.
You are subscribed to email updates from Juri Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Foto bogel yang didakwa pelakon jelita Emma Stone telah tersebar di internet. Foto berkenaan didakwa di ambil ketika adegan ranjang dalam sebuah film.
Dalam foto tersebut, wanita persis Emma Stone itu dilihat sedang mengambil foto bogelnya mengunakan kamera dari telefon bimbit melalui pantulan cermin.
Khabar angin yang tersebar mengatakan foto bogel tersebut diambil ketika Emma Stone sedang menjalani penggambaran film Gangstar Squad untuk adegan ranjang.
Namun begitu, sumber terdekat Emma Stone memberitahu TMZ bahawa gambar tersebut bukanlah gambar Emma Stone.
Seperti yang kita semua sedia maklum akan status terbaru pelakon dan penyanyi terkenal Erra Fazira, pengarah Konsert Teaterikal Suara Kita, Erma Fatima telah mengurangkan beberapa babak romantis dan intim yang melibatkan Erra dan Awie yang merupakan pasangannya dalam naskhah teater terbabit.
Erma berkata dia memahami situasi Erra yang kini berada dalam tempoh edah selama tiga bulan selepas penceraiannya selain Erra turut membuat permintaan tidak mahu beraksi secara berlebihan pada pementasan itu nanti.
"Sebagai pengarah saya mahu melihat mereka ikut semua babak-babak daripada filem asal dalam pementasan ini termasuk adegan romantik supaya penonton dapat merasai seperti mana mereka menonton filem Sembilu 20 tahun lalu," jelasnya memetik portal mStar.
Erra dan bekas suaminya, Engku Emran disahkan bercerai pada 18 Februari lalu di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam selepas tujuh tahun hidup bersama.
Hasil perkahwinan itu, Erra memiliki seorang anak perempuan, Engku Aleesya, 5, yang diberi hak jagaan sepenuhnya kepada Engku Emran.
p/s: Kurang? Bukan ikut kira edah...memang tak boleh pun! Haram..
PETALING JAYA: Tindakan kerajaan Selangor memuktamadkan penstrukturan air dengan kerajaan Persekutuan pada Rabu membantutkan hasrat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk campur tangan dalam isu tersebut sekiranya menjadi menteri besar Selangor.
Menurut bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim, sudah terlambat bagi Anwar untuk mempengaruhi rundingan yang sudah dimeterai itu seandainya dia memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang dan diangkat sebagai menteri besar.
"Ia dah terlambat. Hasrat Anwar sudah terbantut," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di kediamannya di sini Khamis.
Pada Rabu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah menandatangani MoU berkenaan dengan Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) bagi membolehkan kerajaan negeri mengambil alih empat syarikat konsesi air di negeri berkenaan dengan suntikan dana RM2 bilion oleh kerajaan pusat bagi pengambilalihan saham syarikat konsesi.
Antara isi kandungan perjanjian tersebut termasuklah kerajaan negeri yang dipimpin Pakatan Rakyat akan membenarkan Putrajaya meneruskan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2.
Selain itu, kerajaan negeri juga akan memberikan pampasan bernilai RM9.65 bilion kepada empat syarikat konsesi air di Selangor.
Ekoran pengambilalihan tersebut, satu konsortium air untuk menguruskan industri air di Selangor yang akan dibentuk di bawah seliaan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).
Kerajaan Selangor menjangkakan pengambilalihan syarikat konsesi tersebut akan selesai dalam tempoh tiga bulan.
Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai dakwaan Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli bahawa pimpinan Pakatan Rakyat tidak dimaklumkan mengenai perkara itu, Zaid berkata tidak menjadi satu kesalahan jika Abdul Khalid tidak berbuat demikian.
"Tindakan Abdul Khalid itu tepat kerana ia dilakukan atas kapasiti beliau sebagai menteri besar. Justeru beliau tidak perlu memaklumkan mengenainya kepada parti.
"Malah saya sebagai orang yang lama menetap di Selangor pun rasa lega dan gembira. Sekurang-kurangnya krisis air di negeri ini dapat diselesaikan," katanya.
Jelas Zaid, beliau yakin pimpinan Pakatan Rakyat di Selangor sudah sedia maklum mengenai perkara itu cuma mereka tidak bersetuju perjanjian itu ditandatangani.
"Mereka tahu mengenainya kerana rundingan sudah lama dibuat. Tapi Anwar sebenarnya ingin air di Selangor diswastakan untuk mengaut keuntungan.
"Jika menteri besar baharu dilantik, dia tak boleh buat apa-apa kerana perjanjian sudah ditandatangani ," katanya.
Subang Jaya: Seorang isteri yang tidak tahan dengan sikap panas baran suaminya termasuk sering dibelasah serta berhadapan keganasan suami ketika melakukan hubungan kelamin, bertindak nekad membuat laporan polis untuk keselamatan diri dan anak selain persediaan menuntut cerai.
Sumber berkata, kejadian terbaru di rumah mereka di sebuah pangsapuri, di sini, 13 Februari lalu, muka mangsa berusia 33 tahun itu bukan saja ditampar berkali-kali, malah turut dipukul seluruh badan oleh suaminya sebelum dipaksa menjalin hubungan seks.
Menurut sumber, kejadian ganas itu berlarutan sejak beberapa bulan lalu dan mangsa juga ditegah daripada berhubung dengan ahli keluarga bagi memastikan pelakuan lelaki berusia 35 tahun itu tidak terbongkar.
"Mangsa mendakwa tidak mempunyai lagi perasaan kasih terhadap suaminya itu," katanya.
Terkejut juga melihatkan status seorang gadis di akauan Facebook yang menulis 'kawan2 saya semua nak burit saya..betul ke bohong?'.
Nak dikatakan akaun palsu, rakannya sudah mencecah 5000 orang. Yang followernya pulak hampir 2500 orang.
Jika benar status tersebut dibuat oleh gadis tersebut, makin hancurlah moral remaja pada masa kini. Walaupun bertudung, belum boleh menjamin kehebatan akhlak seseorang.
Jika ianya adalah sebuah akaun palsu, makan penganiayaan telah berlaku di sini, seharusnya tindakan undang wajar diambil kerana ini melibatkan maruah seseorang.
Akaun tersebut masih lagi aktif dan status tersebut baru sahaja ditulis pada 26 Februari 2014..
Seremban: Angkara memutuskan pertunangan kerana tidak tahan sering dipukul, seorang pekerja kilang berusia 24 tahun dirogol bekas tunangnya di dalam kereta dalam satu kejadian di Jalan Seremban-Tampin, di sini, Ahad lalu.
Tidak cukup dengan itu, wanita berkenaan juga dikatakan turut ditumbuk di muka kiri apabila suspek lingkungan 20-an berang tindakan mangsa memutuskan hubungan mereka beberapa minggu lalu.
Sumber polis berkata, sebelum kejadian jam 9.15 malam itu, mangsa dihubungi bekas tunangnya jam 1 petang untuk keluar bersama, namun ditolak wanita terbabit.
Katanya, berikutan itu, suspek membuat ugutan bunuh terhadap mangsa menyebabkannya ketakutan sebelum mengikut kehendak lelaki itu.
Menurutnya, suspek kemudian mengambil wanita itu di rumahnya di daerah ini jam 5.30 petang dengan menaiki kereta ke suatu lokasi yang tidak dimaklumkan.
"Pada jam 7 malam, kedua-dua mereka tiba di Port Dickson sebelum mangsa cuba mendapatkan penjelasan bekas tunangnya punca mereka ke kawasan itu sebelum berlaku pertengkaran menyebabkan suspek mahu mendapatkan penjelasan mengenai hubungan mereka menyebabkan mangsa diam," katanya.
Sumber berkata, mangsa yang berang cuba turun daripada kenderaan bagi menghubungi abang angkatnya, tetapi dihalang suspek.
"Suspek kemudian merampas telefon bimbit mangsa sebelum melepaskan satu tumbukan tepat di bahagian muka kiri menyebabkan mangsa cedera dalam mulut," katanya.
Menurutnya, mangsa memaksa suspek menghantarnya pulang ke rumah.
"Setibanya di tepi jalan di Jalan Seremban-Tampin, dekat sini, kira-kira jam 9.15 malam, suspek bertindak luar dugaan apabila memberhentikan kenderaan dan menolak wanita itu ke tempat duduk belakang.
"Lelaki itu bertindak membuka pakaian mangsa sebelum merogol bekas tunangnya sebelum menghantarnya pulang ke rumah," katanya.
Kata sumber, punca pasangan itu putus tunang disebabkan sikap suspek yang cemburu dan memukul wanita itu sejak mereka bertunang tahun lalu.
Mangsa membuat laporan di Balai Polis Senawang pada malam kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 376, Kanun Keseksaan kerana merogol.
PETALING JAYA: PKR hari ini membidas bekas ahlinya yang bertanding di bawah tiket Bebas dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang, Datuk Zaid Ibrahim berhubung tuduhan yang dilemparkan pemimpin itu terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli berkata, kenyataan Zaid bahawa beliau bertanding di DUN tersebut bagi menyelamatkan Selangor daripada Anwar yang dirujuknya membawa budaya rasuah, adalah sangat tidak bertepatan kerana dakwanya, Zaid sendiri tidak membawa budaya berintegriti sewaktu masih di dalam parti itu.
"Dalam tempoh pendek lebih setahun beliau menjadi anggota Keadilan, beliau jugalah yang tidak segan silu cuba menggunakan kedudukan di dalam parti untuk mempengaruhi keputusan kerajaan negei Selangor berhubung beberapa projek yang diusahakan oleh rakan atau pihak yang bersabit dengan beliau.
"Sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor, saya pernah didatangi sendiri oleh Datuk Zaid Ibrahim yang meminta supaya kami campur tangan dalam dua projek yang diusahakan rakan atau pihak yang bersabit dengan beliau," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR sebentar tadi.
Rafizi dalam pada itu menunjukkan salinan emel yang dihantar Zaid kepadanya pada tahun 2010 sebagai bukti Zaid menggunakan kedudukannya dalam parti meminta campur tangan kerajaan negeri dalam beberapa projek.
Dalam kandungan emel tersebut, Zaid didakwa berinteraksi dengannya menggunakan alamat e-mel carbofree@gmail.com bagi melobi projek pembangunan bersama Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB).
"Projek pertama melibatkan tanah seluas 26 ekar di Batu/Selayang. Saya dimaklumkan bahawa rakan/rakan kongsi beliau telah membuat cadanagn pembangunan bersama dengan Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB).
"Pada 25 Jun 2010, dalam satu emel yang saya sertakan bersama, Datuk Zaid Ibrahim secara terang-terangan memohon pejabat saya campur tangan dengan melobi Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk meluluskan cadangan yang dibuat oleh rakan atau pihak yang bersabit dengan beliau itu," katanya.
Jelas Rafizi lagi, beliau kemudian merujuk perkara berkenaan kepada Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kemudian menyatakan tindakan Zaid tersebut tidak boleh dikompromi kerana melanggar prosedur yang ditetapkan pejabatnya.
"Oleh itu, pada 13 Julai 2010, saya membalas emel Datuk Zaid untuk memaklumkan kepada beliau prosedur yang akan digunapakai oleh pejabat kami dan kerajaan negeri dalam menangani permohonan pembangunan bersama harta kerajaan Selangor," terang Ahli Parlimen Pandan itu lagi.
Zaid sebelum ini menyatakan hasrat untuk bertanding menentang Anwar dalam PRK Dun Kajang bagi menyekat 'Langkah Kajang' oleh PKR yang katanya bakal memudaratkan Selangor kerana hasrat Ketua Pembangkang itu yang ingin menyingkirkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.
Penyertaannya itu juga kata Zaid adalah untuk memastikan Khalid meneruskan khidmatnya sebagai peneraju negeri terkaya di semenanjung itu.
PETALING JAYA 26 Feb - Usaha kerajaan persekutuan dalam pembinaan Loji Langat 2 bagi mengelak berlakunya krisis air sejak beberapa tahun lepas disifatkan tiada perkaitan dengan penderitaan yang menimpa rakyat Selangor ketika ini.
Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli berkata situasi yang berlaku ketika ini hanya melibatkan keuzuran 2 buah loji sahaja iaitu di loji Batu 11 Cheras dan Bukit Tampoi.
"Tidak, berdasarkan pada kajian dan pengalaman saya ia tiada kena mengena dengan Loji Langat 2," katanya kepada pemberita dalam sidang media di ibu pejabat parti itu hari ini.
Jelas Rafizi yang juga merupakan Ahli Parlimen Pandan, sistem penapisan di 2 buah loji terbabit tidak mampu untuk memproses air yang mengandungi amonia tinggi sehingga 1.5miligram per liter. Selain itu masalah kebocoran melibatkan saluran loji pemprosesan ke paip juga perlu dijawab oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) dengan kadar segera.
"Bukan masalah air tidak cukup tetapi ia loji yang sudah lama. Paling teruk, SYABAS masih belum jawab yang cuba dilindungi oleh isu Langat 2 ialah, kebocoran air adalah 35%, daripada loji pemprosesan. Baiki kebocoran itu dulu, pasti tidak timbul isu tidak cukup loji, isu tiada air malah tidak timbul soal loji yang lebih besar dan sebagainya," katanya.
Sementara ketika diminta mengulas mengenai kenyataan kerajaan negeri sebelum ini yang mengatakan sumber bekalan air masih mencukupi, Rafizi memberitahu selain melihat kepada faktor cuaca dan kadar penggunaan setiap hari, tahap paras air juga bergantung kepada empangan.
Katanya, empangan yang kritikal hanya melibatkan empangan Hulu Selangor dan empangan Klang.
"Sebab itu diputuskan bahawa mana-mana kawasan daripada 2 empangan ini diambil secara berkala supaya loji pemprosesan air dan SYABAS boleh mengawal air yang disalurkan ke rumah-rumah. Bukanlah negeri Selangor ini tiada air cuma ia dikawal sehingga akhir bulan Mac ini," ujar beliau yang baru berjumpa dengan pihak kerajaan negeri baru-baru ini.
Namun yang demikian, Kerajaan Persekutuan dan Selangor baru sahaja memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi penstrukturan semula industri air negeri itu sebentar tadi. MoU berkenaan sekaligus memberi laluan kepada pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 yang tertangguh sejak beberapa tahun lalu.
Sebelum ini, projek Langat 2 terpaksa ditangguhkan berikutan tindakan kerajaan negeri yang dilaporkan enggan memberikan kelulusan perintah pembangunan (DO).
PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedang menyiasat desas-desus yang mendakwa Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali menyaman lidah rasmi parti itu sendiri - Suara Keadilan kerana menyiarkan laporan berunsur fitnah.
Sehubungan itu PKR menubuhkan jawatankuasa khas yang diketuai Ketua Penerangannya, Dr Muhammad Nur Manuty bagi mendapatkan fakta lengkap mengenai perkara itu.
Bagaimanapun hingga kini Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail masih belum dapat mengesahkan kesahihan maklumat berkenaan.
"Perkara itu dibangkit dalam mesyuarat MPP (Majlis Pimpinan Pusat) yang diadakan di Kajang baru-baru ini mengenai tulisan saudara Hishamuddin Rais di dalam Suara Keadilan yang dikaitkan menyentuh atau bernada serangan terhadap beberapa pemimpin.
"Keputusan MPP ialah menubuhkan sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada lima orang untuk kemudiannya berjumpa dengan kumpulan Suara Keadilan bagi mengumpulkan maklumat, latar belakang dan mendengar pandangan mereka," katanya di sini, Rabu.
Jelas Saiduddin, PKR hanya akan bertindak selepas mendapatkan fakta lengkap terhadap siasatan yang sedang dijalankan itu.
"Kalau nanti mereka menemui maklumat seperti surat guaman dan sebagainya ke atas Suara Keadilan, jawatan kuasa itu akan bawa saranan kepada pimpinan pusat.Buat masa ini belum terima.
"Saya dengar begitu (saman Suara Keadilan)...hanya diberitahu melalui SMS. Tapi belum tengok sendiri lagi surat peguam itu," katanya.
Sebelum ini timbul laporan di media bahawa Suara Keadilan diarahkan PKR memberi penjelasan berhubung penyiaran artikel Hishamuddin sebagai kolumnis lidah parti itu yang bertajuk "Khalid dan Azmin" kerana dikatakan memfitnah Azmin.
Artikel itu disiarkan Suara Keadilan bilangan 160 pada 11 Februari lalu.
Artikel tersebut menganalisis dan menerangkan kemelut yang melanda antara Azmin dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Dalam artikel itu, Hishamuddin menyifatkan Azmin masih mempunyai unsur dan ideologi Umno dan kurang disenangi parti komponen Pakatan Rakyat (PR) lain seperti PAS dan DAP.
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sudah membuat penegasan – tidak wujud soal surat peletakan jawatan beliau sebagai Menteri Besar Selangor – baik sebelum mahupun selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang.
Sekaligus ini memberi gambaran bahawa pihak pimpinan partinya, PKR, tidak pernah cuba "memaksanya" supaya mengosongkan kerusi Ketua Eksekutif Selangor itu.
Ia juga memberi isyarat bahawa jika adapun "pujukan" parti supaya beliau berbuat demikian, Khalid tidak bersedia menurutinya. Atas sebab itu maka tidak timbul soal wujud surat peletakan jawatan.
Justeru penegasan Khalid ini menafikan laporan beliau enggan menandatangani surat peletakan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor yang dituntut oleh PKR demi membolehkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil alih jawatan itu.
Malah beliau menganggap bahawa dakwaan itu sebagai perkara yang sengaja diada-adakan bagi memanjangkan kemelut politik Selangor.
"Tak ada, cerita (surat) itu tak benar.. Lebih baik kita buat kerja lepas itu usaha yang paling penting ialah menentukan kerja untuk kemenangan N25 (Kajang) dapat dilakukan dengan baik," katanya.
Kesimpulan yang hendak dilontarkan kepada umum ialah laporan Akhbar The Star beberapa hari lalu mendakwa Khalid enggan menandatangani surat peletakan jawatan tanpa tarikh adalah palsu.
Khalid juga menyifatkan desas-desus Anwar bakal menjadi Menteri Besar baru sebagai "drama India atau Indonesia," yang tidak lebih daripada satu rekayasa.
Maksudnya, pengarah PRK Kajang bagi PKR itu mahu menyatakan kedudukannya sebagai Menteri Besar adalah selamat.
Namun umum tahu bahawa hakikat adalah sebaliknya. Soalnya ialah, siapakah yang memberi gambaran bahawa Anwar Ibrahim akan mengetuai Pakatan Rakyat mempertahankan Selangor daripada asakan Barisan Nasional kalau bukan PKR sendiri?
Siapa juga yang membuat kenyataan bahawa walaupun rekod pengurusan ekonomi Khalid memang baik tetapi beliau kurang berdaya menangani asakan BN di segi politiknya kalau bukan PKR?
Memang begini cara PKR – pakar putar belit fakta dan jaguh menabur persepsi negatif terhadap saingan politiknya.
Saingan politik terbesar dalam PKR ialah bagaimana hendak mengelakkan perang terbuka di antara penyokong Azmin Ali, Timbalan Presiden parti itu dengan Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor.
PKR "malu" pada BN dan sekutu Pakatan Rakyat – PAS dan DAP – bahawa ia tidak mampu menangani isu pergeseran kuasa di antara Azmin dan Khalid. Oleh itu dibentangkan satu fatamorgana bahawa kemasukan Anwar dalam DUN Selangor perlu untuk "menyelamatkan" Selangor.
Selamatkan Selangor daripada ancaman apa dan siapa? Fitnah untuk mengocakkan keharmonian hidup di kalangan rakyat pelbagai agama dan bangsa, kata PKR.
Soalnya, benarkah BN yang memulakan isu-isu politik berdasarkan agama dan kaum ini? Siapakah yang sebenarnya menuntut supaya diberikan hak kerakyatan yang berlebihan?
Siapakah yang menuntut supaya kontrak sosial yang menjadi pengimbang tara hubungan rakyat majmuk Malaysia dikaji semula? Siapakah yang menggunakan isu hak kebebasan bersuara dan beragama dinilai semula?
Yang kuat menyokong gerakan kebebasan melampaui had ini ialah pihak pembangkang. Ini kerana melalui isu-isu sebegini sahajalah ia mampu mengapikan rakyat mempersoalkan kebijaksanaan kontrak sosial yang wujud sejak sebelum merdeka.
Pembangkang khuatir bahawa rakyat akan terus selesa dalam keharmonian di bawah payung perlembagaan. Maka mereka berusaha menanamkan bibit politik anarki di kalangan rakyat, khususnya pengundi muda.
Sejak tercetus kempen reformasi pada tahun 1998, parti-parti yang memang sebelum ini akur akan adab sosial seperti PAS dan DAP pun teruja dengan pendekatan anarki ini. Rakyat diajar supaya kurang ajar pada adab dan perundangan.
Politik konfrontasi ini kini terpalit dalam susuk politik PKR sendiri. Maka demi mengelak tembelang politik sebenarnya pecah, dibina satu fatamorgana bahawa jika tiada "Gerak Kajang" Selangor tidak selamat dan Pakatan Rakyat akan terkubur seperti Gagasan Rakyat.
Namun sepandai-pandai bermain pasti terbakar diri sendiri. Khalid Ibrahim tidak mahu berdiam diri apabila kerusi Menteri Besarnya terancam. PAS pun tidak mahu politik konfrontasi sebegini berlanjutan. Islam tidak menggalakkan anarki. Nampaknya yang akan terbakar ialah tangan politik PKR sendiri. Ulasan@Antarapos
PETALING JAYA 26 Feb - Bekas Calon PKR DUN Bukit Besi Mohd Shamsul Mat Amin diminta untuk menyelesaikan kemelut bersama Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung samannya bernilai RM2 juta dalam tempoh 72 jam.
Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, kedua-dua pihak diharap dapat mencapai kesepakatan dengan baik du luar mahkamah.
"Beri kami tempoh dalam masa 72 jam agar pimpinan PKR dapat membantu menyelesaikan kes ini dengan cara baik.
"Buat masa ini perbincangan berkenaan mempunyai petunjuk positif," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR, hari ini.
Menurut beliau, PKR sejak awal lagi tidak bersetuju dengan tindakan Shamsul mengemukakan saman kepada Abdul Hadi demi hubungan baik sesama komponen Pakatan Rakyat (PR).
Mohd Shamsul memfailkan saman terhadap Abdul Hadi kerana mendakwanya sebagai pengedar pil methamphetamine atau dikenali sebagai pil kuda.
Kenyataan Abdul Hadi itu berikutan rasa tidak puas hati terhadap PKR yang mendesak untuk bertanding di kawasan PAS mengakibatkan PAS meletakkan calon-calonnya di kerusi yang ditandingi PKR.
Semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut, Mohd Shamsul telah menuntut Abdul Hadi memohon maaf kerana orang ramai menganggap dia adalah orang yang dituduh melakukan perbuatan itu namun Ahli Parlimen Marang enggan bertindak sedemikian.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak dimaklumkan berkenaan Perjanjian Persefahaman (MoU) yang ditandangani Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) berhubung isu air di Selangor.
Ketua Pembangkang itu berkata Khalid memaklumkan beliau daripada masa ke semasa berkenaan rundingan antara kerajaan Selangor dan kerajaan Pusat berhubung perkara itu, tetapi butir terperinci berkenaan perjanjian berkenaan tidak dimaklumkan kepadanya.
"Saya mengetahui perjanjian yang dibuat sebelum ini, Khalid maklumkan kepada saya daripada masa ke semasa.
"Tetapi tidak yang terakhir ini. Saya tidak tahu," katanya ketika ditemui pemberita dalam program "Sepetang Bersama Anwar Ibrahim" di Kajang, lewat petang tadi.
Kerajaan negeri Selangor menandatangani perjanjian MoU dengan KeTTHA berhubung pemilikan konsesi air di Selangor awal hari ini.
Perdana Menter,i Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menyaksikan upacara menandatangani MoU berkenaan antara Khalid dan Datuk Seri Maximus Ongkili di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.
"Khalid baru beri gambaran. Pada dasar kita mahu penyelesaian segera. Tetapi saya tidak mahu ulas, beliau baru bagi gambaran umum. Bila beliau beri secara terperinci saya boleh ulas," kata Anwar kepada pemberita.
"Secara prinsipnya kita bersetuju (kerana) dapat selesaikan masalah air dengan segera," kata calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang itu lagi.
Khalid menandatangani MoU berkenaan bagi membolehkan kerajaan negeri mengambil alih empat syarikat konsesi air di negeri berkenaan dengan suntikan dana RM2 bilion oleh kerajaan pusat bagi pengambilalihan saham syarikat konsesi.
Antara isi kandungan perjanjian tersebut termasuklah kerajaan negeri yang dipimpin Pakatan Rakyat (PR) akan membenarkan Putrajaya meneruskan Loji Rawatan Air Langat 2.
Selain itu, kerajaan negeri juga akan memberikan pampasan bernilai RM9.65 bilion kepada empat syarikat konsesi air di Selangor.
Ekoran pengambilalihan tersebut, satu konsortium air untuk menguruskan industri air di Selangor yang akan dibentuk di bawah seliaan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).
Kerajaan negeri Selangor menjangkakan pengambilalihan syarikat konsesi tersebut akan selesai dalam tempoh tiga bulan.
Maklumat yang diperoleh daripada Pejabat Menteri Besar Selangor itu turut menyatakan, melalui pengambilalihan ini, diharap mampu menyelesaikan masalah air kerana kerajaan negeri memiliki kemampuan kewangan dan tenaga kerja berpengalaman di samping pengurusan air yang lebih cekap dan mantap.
Berdasarkan kenyataan bersama yang dikeluarkan kerajaan negeri Selangor dan kementerian berkenaan petang tadi, Loji Langat 2 akan diteruskan pembinaannya dalam tempoh 30 hari selepas MoU berkenaan ditandatangani.
"Kerajaan Persekutuan juga bersetuju menjadi pemudah cara bagi kerajaan negeri Selangor melaksanakan penstrukturan semula industri melalui Akta Perkhidmatan Industri Air (WSIA) 2006 dan mana undang-undang terpakai.
"Sebagai balasan, kerajaan negeri pula akan mengeluarkan kebenaran merancang untuk Loji Rawatan Air Langat 2 dan Sistem Agihannya berkuatkuasa hari ini.
"Dan kita akan memastikan semua kelulusan dan kebenaran yang berkait pembangunan projek Langat 2 diluluskan dalam masa 30 hari daripada tarikh memorandum ini ditandangani," kata kenyataan tersebut. – TMI
1. Saya tahu tulisan saya ini tidak akan dibaca oleh orang yang menghukum saya sebagai anti-hadis. Orang lain juga akan dilarang membaca tulisan ini. Mereka yang menghukum saya takut kalau-kalau hukuman mereka dipersoal. Mereka hendak segala-gala yang diperkatakan oleh mereka diterima bulat-bulat sebagai fatwa yang wajib diterima seperti firman Allah s.w.t. dalam Al-Quran.
2. Orang yang benar, berani. Orang yang takut, takut kerana salah atau mungkin didapati salah.
3. Memberi label dan mengecap orang apabila kita tidak bersetuju dengannya memanglah satu cara orang yang tidak sanggup berhujah. Terima sahajalah apa yang didakwa oleh mereka tanpa berfikir. Jangan guna akal fikiran yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. kerana ini kononnya dilarang oleh agama Islam.
4. Saya sekarang dilabel, iaitu diberi gelaran atau dicap anti-hadis kerana kononnya saya sudah jadi penyokong Kassim Ahmad yang telah diberi gelaran yang sama.
5. Saya juga diberitahu bahawa sebagai seorang yang tidak tahu bahasa Arab maka saya tidak berhak bercakap berkenaan agama Islam.
6. Hari ini kita lihat ummat Islam berpecah, bermusuh sesama mereka, berperang dan membuat kerja orang Yahudi dan Nasrani. Siapakah yang membawa malapetaka ini kepada orang Islam dan Negara-negara mereka. Bukankah mereka fasih dalam bahasa Arab bahkan penasihat dan pemimpin mereka terpelajar dengan dalamnya ajaran Islam dalam Al-Quran dan hadis Nabi. Saya sendiri sering mendengar mereka dari kedua-dua belah, mengeluarkan ayat Quran dan hadis bagi menghalalkan perbuatan mereka.
7. Ya, saya tak tahu bahasa Arab. Justeru itu saya terpaksa terima apa sahaja yang diajar kepada saya dalam bahasa Melayu sebagai ajaran Islam. Apakah kerana saya menerima Islam dalam bahasa Melayu maka ia bukan Islam. Apakah saya tidak Islam. Apakah lafaz dua kalimah syahadat oleh saya tidak boleh diterima.
8. Selain dari khatam Quran semasa umur belasan tahun, saya baca terjemahan Quran dalam bahasa Melayu dan Inggeris. Ya, memang terjemahan Quran bukan Quran. Tetapi bolehkah kita kata terjemahan ajaran Islam yang diajar kepada kita dalam bahasa Melayu bukan Islam? Jika apa yang disampaikan dlam bahasa Melayu berkenaan agama Islam bukan Islam, majoriti orang Melayu bukanlah Islam.
9. Saya dan rakan-rakan saya pernah dihukum kafir kerana sebagai ahli parti tertentu telah bekerjasama dengan orang kafir. Tidak ada siapa yang fasih berbahasa Arab dan mendalami ajaran Islam yang mempertahankan saya apabila dituduh kafir. Mungkin sebabnya ialah mereka bersetuju saya kafir.
10. Kemudian orang yang mengkafirkan saya bekerjasama dan berpeluk-peluk dengan orang kafir. Tetapi tidak ada orang yang mendalami agama Islam yang fasih berbahasa Arab mendakwa mereka ini kafir. Saya tertanya-tanya apakah kelebihan mereka? Apakah mereka maksum?
11. Orang yang fasih berbahasa Arab dan mengenal diri sendiri sebagai ulama Islam dan mursyid telah berkata ia sanggup bekerjasama dengan syaitan jika syaitan menyokongnya. Orang yang fasih berbahasa Arab dan tahu larangan dalam Al-Quran terhadap bekerjasama dengan syaitan, tidak membuat tuduhan apa-apa, jauh sekali dari memberi apa-apa label kepadanya. Kenapa?
12. Bukan sahaja orang Arab yang fasih bahasa Arab yang berpecah dan bermusuh sesama Islam, tetapi di Malaysia juga perpecahan berlaku apabila orang yang digelar ulama dan fasih dalam bahasa Arab memisahkan diri dan memecahkan perpaduan orang Islam kerana tidak dapat tempat di dunia, tidak dipilih jadi Yang Berhormat. Sehingga sekarang perpecahan ini berlaku. Maka lemahlah orang Islam dan terpaksalah mereka mengemis untuk mendapat sokongan orang bukan Islam. Maka berpeluk-peluklah mereka. Tidak ada ulama yang berkecuali yang mendesak supaya semua orang Islam bersatupadu dan bersaudara semula.
13. Orang yang sama juga mendakwa bahawa Allah s.w.t. mencarut. Tiada siapa dari orang yang fasih berbahasa Arab dan tahu secara mendalam ajaran Islam yang menyangkal dakwaan ini. Mungkin ada hadis yang berkata demikian. Saya belum jumpa. Sila tunjuk kepada saya hadis yang berkata Tuhan mencarut.
14. Dalam ajaran Islam, ada yang wajib dan ada yang sunnat. Kita diberitahu yang sunnat boleh kita terima dan tunaikan tetapi tidaklah kita bersalah jika kita tidak tunaikan. Tetapi ada gesaan bahawa yang sunnat itu wajib dan mesti diterima dan diamalkan walaupun bercanggah dengan firman Tuhan dalam Al-Quran. 15. Hadis adalah sunnah Nabi. Saya ingin tahu samada hadis wajib dan mesti diterima. Betulkan saya.
16. Apa pula dengan orang yang utamakan hadis dari firman Allah s.w.t. yang terdapat dalam Al-Quran yang kita terima sebagai wahyu dari Allah s.w.t. Berkenaan dengan zina, apakah hukum yang terdapat dalam Al-Quran. Dan apakah yang terdapat dalam hadis. Yang manakah lebih utama, wahyu dan firman Allah s.w.t. atau hadis yang diriwayatkan oleh beberapa keturunan manusia biasa, yang dikaji, disah atau ditolak oleh pakar hadis yang juga manusia biasa 200 tahun kemudian. Salahkah jika kita pilih Al-Quran yang jelas dan satu yang tidak berbeza-beza dan oleh itu tidak merejam dan menembak mati dengan mesingun perempuan yang dituduh berzina.
17. Bukankah Allah s.w.t. telah berpesan berpuluh kali bahawa "apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil". Allah s.w.t. juga sebut sebagai tidak suka akan kezaliman.
18. Apakah melabel iaitu menghukum seseorang selepas membaca akhbar atau mendengar lapuran T.V. mencerminkan keadilan yang dituntut dalam Islam. Apakah tanpa memberi peluang kepada yang tertuduh untuk mempertahankan diri, adil di sisi agama Islam. Apakah tanpa membincang dan membahas oleh badan yang dipertanggungjawabkan seperti mahkamah, yang terdiri dari orang yang tidak berkepentingan, adalah cara Islam mengadil.
19. Kita lihat akan betapa buruknya keadaan umat Islam sekarang. Apakah ini kerana sudah ditakdirkan bahawa orang Islam akan ditindas dan agama Islam dihina.
20. Tidakkah Allah s.w.t. berfirman dalam Al-Quran bahawa Allah tidak akan menukar nasib sesiapa jika ia tidak berusaha menukar nasibnya sendiri.
21. Jika kita ingin menukar nasib dan kita berusaha sehingga terselamat diri kita, bolehkah kita kata ini bukan takdir, atau ini bertentangan dengan kehendak Allah s.w.t.
22. Kita tahu adanya hadis yang sahih dan yang lemah Apabila hadis berbeza atau bertentangan dengan firman Allah s.w.t. dalam Al-Quran, yang mana satukah yang kita harus terima? Jika kita pegang kepada Al-Quran, apakah ini salah.
23. Apakah kita wajib terima apa saja yang disampaikan oleh orang yang berbahasa Arab yang mempelajari agama walaupun jelas bertentangan dengan ajaran Islam dalam Al-Quran dan hadis. Apakah kita mesti iktiraf siapa sahaja yang mendakwa dirinya sebagai ulama. Apakah semua ahli persatuan ulama benar-benar ulama.
24. Amatlah merbahaya dan mengelirukan apabila sesiapa sahaja, hanya kerana fasih dalam bahasa Arab dan mendapat ijazah sarjana dalam bidang agama Islam, diberi gelaran ulama.
25. Perpecahan umat Islam kepada berbagai mazhab adalah disebabkan oleh orang seperti ini. Pengikut mereka turun temurun bermusuh dan membunuh. Tidak ada toleransi di kalangan mereka sedangkan Al-Quran tidak suruh kita bermusuh walaupun dengan penganut agama lain, melainkan mereka bermusuh dengan kita. Kepada mereka agama mereka. Lemahnya umat Islam dan terhinanya agama Islam ialah kerana ajaran mereka yang tidak boleh ditegur, yang tuntut kesetiaan yang tidak berbelah-bahagi hanya kepada mereka.
26. Saya tahu bahawa jawapan kepada tulisan saya ini ialah saya anti-hadis, anti Al-Quran bahkan kafir.
27. Saya tidak lama lagi akan pergi menemui Tuhan saya, Allah s.w.t. Saya akan diadili oleh Kadzi Rabbul Jalil. Saya tidak tahu apakah akan disahkan segala tuduhan terhadap saya atau tidak. Tetapi yang saya tahu dan yakin ialah pengadilan oleh Allah s.w.t. tetap adil. Dan saya terima apa sahaja hukum yang dijatuhkan ke atas saya.
KUALA LUMPUR: Bekas pemain pertahanan Chelsea, Marcel Desailly menyuarakan kesediaan untuk membimbing skuad kebangsaan Malaysia.
Sehingga kini jawatan ketua jurulatih kebangsaan masih lagi belum terisi selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak menyambung kontrak Datuk K. Rajagobal yang tamat Disember lalu.
Bagaimana pun tugas itu kini disandang oleh Ketua jurulatih Harimau Muda A, Datuk Ong Kim Swee sementara waktu.
"Saya telah memberitahu pihak bola sepak Malaysia mengenai kesediaan saya untuk posisi ini dan menyerahkan kepada pihak yang menguruskan bola sepak di sini," jelasnya kepada media selepas majlis pencalonan Anugerah Dunia Sukan Laureus, Rabu.
Desailly berkata, dia telah mendapat status kejurulatihan.
"Saya harap dapat menambat hati bola sepak di Malaysia. Saya sudah memberi apa yang patut, dan kamu yang memutuskan.
"Saya juga gembira sekiranya dapat melibatkan diri dalam bola sepak Malaysia," jelas bekas pemain Chelsea ini.
Jawatan utama bola sepak negara ini masih lagi belum terjawab selepas calon pilihan Philippe Troussier gagal mencapai kata sepakat dengan FAM bulan lalu.
Selain Troussier dan Desailly, dua lagi calon jurulatih antarabangsa yang menjadi tumpuan ialah pengurus Roma, Zdenek Zeman dan Bob Houghton.
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Akhirnya hari ini, sebagaimana yang diagendakan, urusan air Selangor dikembalikan pada kerajaan negeri dengan kerjasama kerajaan persekutuan.
Maka selesailah pusingan pertama kemelut Syabas-kerajaan Selangor dengan DAP sebagai pemenangnya.
Pusingan kedua nanti bertema bebas. Ertinya tiada tema khusus.
Demang jangkakan, pengurusan air akan semakin kucar kacir di bawah kerajaan negeri yang semua orang tahu ketidakcekapannya mentadbir negeri.
Kecurian air akan semakin galak. Bukan oleh rakyat marhaen tetapi kilang/bengkel berskala kecil, sederhana dan besar.
Dalam pada itu sabotaj akan diteruskan. Misi mensabotaj tak susah dijayakan sebab ia menguntungkan pihak yang mensabotaj. Tidak perlu keluar belanja tambahan sebaliknya hanya perlu merasuah penguatkuasa supaya tutup mata dan ini akan dilakukan oleh towkey-towkey secara sukarela dengan budget mengikut kemampuan masing-masing.
Rasuah memang budaya kaum tak berBIN dan dalam jabatan kerajaan sedia menganga mulut-mulut longkang yang tanpa segan silu menyalurkan rezeki haram pada anak-anak mereka.
Sebagaimana 'games' kali ini, akhirnya rakyat yang marah akan dieksploitasi bagi menekan kerajaan. Urusan air mesti dipulihkan.
Oleh kerana kerajaan negeri (PR) dan kerajaan persekutuan (BN) terbukti gagal maka penswastaan adalah satu-satunya pilihan yang ada.
Ada dua alternatif dalam memilih syarikat yang akan menerajui urusan air iaitu menyerahkan kembali pada Syabas dan 3 konsesi yang pernah terlibat sebelum ini atau melalui tender terbuka.
Demang rasa sudah tentulah akan dibuat melalui tender terbuka sebab sekarang kononnya zaman ketelusan. Lagipun, keempat-empat syarikat konsesi itu sudah terbukti GAGAL.
Demang (dan juga DAP) jangkakan orang Melayu takkan sanggup berpakat untuk menubuhkan konsortium atau sebagainya bagi memenangi tender.
Malah usahawan Melayu takkan bersedia memberi laluan pada orang Islam lain yang berkemampuan seperti Syed Mohtar.
Maka kesudahan episod ini sudah boleh dijangka. Urusan air di Selangor akan diterajui sebuah syarikat yang pemiliknya takberbin.
Demang yakin, pusingan berikutnya akan berakhir demikian!
Ingat, air adalah sumber kehidupan yang semua makhluk bernyawa perlukan, dan kita perlu membayarnya kepada mereka.
You are subscribed to email updates from waadat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Satu peristiwa bersejarah di antara dua kuasa Kerajaan yang berlainan politik kepartian berlaku semalam. Kerajaan PR Selangor dan Kerajaan Persekutuan telah mencapai satu persetujuan untuk membolehkan kerajaan negeri mengambil alih pengurusan syarikat-syarikat bekalan air, yang akan menerima pampasan RM9.65 billion. Sebagai balasan, Kerajaan PR Selangor akan membenarkan kerajaan persekutuan untuk meneruskan pembinaan loji rawatan air Langat 2.
Tahniah diucapkan kepada Kerajaan PR Selangor yang akhirnya akur dengan desakan Rakyat di negeri Selangor yang kekurangan air terutama di para pengguna di beberapa kawasan di Gombak, Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Kuala Langat dan Hulu Selangor, yang melibatkan lebih 60,000 pengguna di 71 kawasan.
Ibarat pepatah English, 'better late than never', walaupun berlaku kelewatan untuk meneruskan projek Langat 2 akibat kedegilan Kerajaan PR Selangor untuk membenarkan projek air berkenaan dilaksanakan, Rakyat Selangor terpaksa menerima hakikat, masalah air di Selangor akan berakhir sepenuhnya apabila loji Langat 2 berkenaan siap sepenuhnya 3 tahun lagi. Kesan kedegilan Kerajaan PR Selangor juga turut menyumbang kenaikan kos dari sudut peningkatan harga barangan dan buruh.
Walaupun kita berterima kasih dengan TS Khalid Ibrahim di atas keberaniannya tidak mengikut kata nasihat Penasihat Ekonomi RM1 Kerajaan Selangor, Anwar Ibrahim, kita tidak boleh melupakan kata-kata sombong dan bongkak Menteri Besar Selangor pada tahun-tahun 2010 hingga 2012, sehinggakan beliau sanggup menyarankan Rakyat Selangor meminum air lombong! Dalam pada masa yang sama, Anwar Ibrahim, yang pada masa ini berada di Jepun, pastinya terduduk dan terkedu kerana Menteri Besar Selangor tidak meminta nasihat beliau sebelum perjanjian ini dibuat dengan Kerajaaan Pusat, baca Malaysiakini, di sini.
Awal 2014 menyaksikan MB Selangor, TS Khalid Ibrahim menandatangani 'Memorandum of Understanding (MOU)' selepas memaksa Rakyat Selangor melalui keperitan dan risiko akibat ketiadaan air. Keangkuhan dan kedegilan TS Khalid Ibrahim dan kerajaan PR ini mengakibatkan kos tambahan sebanyak RM606 juta kerana penangguhan yang disengajakan sejak tahun 2008.
Kerajaan Barisan Nasional melalui kepimpinan Perdana Menteri, DS Najib Tun Abdul Razak yang dituduh angkuh oleh Kerajaan PR ini pula begitu bermurah hati untuk menyelesaikan Krisis Air Selangor DEMI RAKYAT, dengan bersetuju membenarkan Selangor mengurus sendiri bekalan air mereka, menyuntik RM2 bilion untuk membantu kerajaan negeri bagi proses pengambil alihan saham dan memberikan lagi sejumlah RM900 juta untuk memastikan program mitigasi air dilaksanakan. Tahniah DS Najib Tun Abdul Razak!
Kalau diikutkan kritikan yang dibuat oleh Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, terhadap Kerajaan Pusat, semuanya serba tidak kena. Beliau sahaja yang mahir mengenai urusan mentadbir dan menguruskan kewangan. Betulkah? Hakikat dan fakta yang tidak boleh dipertikaikan adalah defisit Kerajaan DAP Pulau Pinang semakin meningkat dari setahun ke setahun. Defisit Kerajaan DAP Pulau Pinang bertambah sebanyak 564% (!!!) daripada RM39.45 juta pada tahun 2009 menjadi RM262.04 juta pada tahun 2013.
Inikah yang dikatakan sebagai Kerajaan 'Competency', 'Accountability' dan 'Transparency' (CAT)? Lim Guan Eng sepatutnya melihat muka ke cermin daahulu sebelum membuka mulut untuk mengkritik Kerajaan Pusat. Berita-berita defisit Kerajaan DAP Pulau Pinang boleh dibaca di sini, di sini, di sini, di sini dan di sini.
Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof, dalam perjumpaan beliau bersama media semalam, menyelar sikap sesetengah pihak khususnya pembangkang yang sengaja mereka cipta isu untuk memburuk-burukkan kerajaan berhubung pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang.
Menurut Datuk Fadillah, yang juga Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), secara faktanya idea pembinaan jambatan itu wujud ketika zaman Tun Dr Mahathir menerajui kepimpinan negara, seterusnya dilaksanakan semasa pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi dan akhirnya disiapkan sepenuhnya ketika Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak mengambil alih pentadbiran negara. Ia sekali gus menolak dakwaan, kononnya kerajaan Barisan Nasional menciplak idea pembangkang berhubung pembinaan jambatan tersebut.
"Kalau nak diikutkan, pembangkang (pada ketika itu) yang membangkitkan isu untuk menolak pembinaan jambatan ini atas pelbagai alasan seperti membazir dan sebagainya. Namun atas dasar kepentingan rakyat, Kerajaan Barisan Nasional tetap meneruskan pembinaannya, walaupun mereka (pembangkang) menguasai kerajaan."
Datuk Fazilah juga turut menolak dakwaan kononnya pihak kerajaan sengaja meluluskan pembinaan jambatan tersebut secara bengkang-bengkok agar kos pembinaannya meningkat sekali gus mengaut keuntungan hasil dari kutipan tol.
"Mengapa ia bengkang-bengkok, sudah pasti ada sebabnya, (kerajaan) bukan sengaja nak memanjangkan. Selain melihat kepada kesesuaian muka bumi dan akhirnya disusuli dari sudut teknikal, barulah ia dibuat penilaian dan diputuskan. Dari segi teknikal, satu dari jajaran yang akan dilalui dan ia perlu melihat kepada bentuk muka bumi. Sama ada apa yang berada di bawah (dasar laut) dan apa yang berada di daratan."
"Dari situ pula akan dibuat kajian, apakah kesannya kepada alam sekitar termasuklah yang berada di dalam laut agar kehidupan laut tidak terjejas. Semua ini telah diteliti terlebih dahulu dan inilah hasilnya seperti yang akan kita lihat nanti," jelas beliau ketika ditemui semalam. Malah menurut beliau lagi, pembinaan jambatan ini juga sekali gus menolak dakwaan yang kononnya kerajaan Barisan Nasional bersikap 'pilih kasih' khususnya kepada negeri yang ditadbir oleh PR.
"Sesuai dengan apa yang dilafazkan oleh Perdana Menteri, bahawa kerajaan Barisan Nasional perlu memberikan fokus kepada rakyat dan diikuti dengan pencapaian. Atas sebab itu, kita tidak mengira sama ada rakyat itu pembangkang ataupun tidak. Walaupun mereka (PR) yang memerintah, kerajaan tetap meneruskan pembinaan projek tersebut, bila kita janji, kita akan laksanakan. Kerana ia memberikan pulangan yang besar kepada rakyat sekali gus memberikan impak kepada ekonomi negara."
"Sebagai contoh (sekitar) kawasan Batu Kawan (tanah besar) dan Batu Maung di bahagian pulau, sebaik sahaja jambatan ini siap dibina, kita sudah boleh melihat kesannya. Pembangunan industri, perumahan, pusat komersial dan sebagainya. Ini sudah pasti akan memberi peluang perniagaan dan peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat (khususnya) dan mereka yang tinggal di zon utara (amnya)," jelas beliau lagi.
Pembukaan Jambatan Pulau Pinang kedua itu akan diadakan serentak dengan majlis perasmiannya yang akan disempurnakan oleh Perdana Menteri pada hari Sabtu, 1 Mac 2014.
Michael Chia atau Chia Thien Foh didapati bersalah kerana menipu. Chia bukan seorang pegawai kerajaan atau bukan ahli politik yang boleh mempergunakan jawatan untuk disalah gunakan. Kesalahan Chia adalah kes menipu. Chia didakwa Seksyen 420 dibaca bersama-sama Seksyen 511 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Semalam Hakim Mahkamah Sesyen Sandakan Elsie Primus menjatuh hukuman satu tahun penjara dan satu sebatan kerana menipu Datuk Agus Hassan seorang Penguasaha Balak sejumlah RM2.5 juta 10 tahun lalu , kononnya wang itu untuk sumbangan kepada Parti Umno, sedangkan ianya tidak benar.
Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli yang juga MP Pandan dalam siaran FMT disini menganalogkan,bahawa dengan didapati bersalahnya MC, maka beliau mengesa SPRM menyiasat Musa, ekoran isu RM40 juta yang ditahan di Hongkong pada tahun 2008. SPRM sebelum ini pada tahun 2012 telah menafikan, bahawa MC tidak pernah ditahan di Hongkong berkaitan wang RM40juta.
Wang RM40 juta adalah sumbangan kepada Umno Sabah, semua transkasi mengenainya direkod oleh parti itu, dan ianya tiada kaitan dengan Musa sebagai individu.
Musa dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah pada tahun 2003 bagi menggantikan Tan Sri Chong Kah Kiat dalam sistem penggiliran Ketua Menteri Sabah. Sistem yang diperkenalkan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir itu, akhirnya dimansukan atas permintaan komponen parti Sabah.
Musa adalah Ketua Menteri Sabah yang memecah jinx 9 tahun sebagai Ketua Menteri, kerana sebelum ini, semua Ketua Menteri Sabah hanya bertahan 9 tahun, kecuali pada masa sistem penggiliran Ketua Menteri.
Musa semasa pemerintahannya telah mencapai berbagai rekod, selain dalam politik juga pencapaian perekonomian negeri dan pembangunan.
Sejak tahun 2004, Musa mengetuai PRU Sabah dengan kemenangan lebih 2/3 di dewan undangan negeri, selain penyumbang kerusi MP kepada BN.
Sejak tahun 2008, selepas sahaja PRK Pematang Pauh, Pulau Pinang, pihak pembangkang terutama daripada PKR mencuba memimplikasi Musa dengan isu RM40 juta, sumbangan para individu kepada Umno Sabah; namun mereka tidak pernah berjaya, kerana wang itu adalah milik Umno Sabah.
AYT merasakan, sudah sampai masanya Musa menyaman Rafizi sebagai pengakhir kepada dakwaan mereka.
dibawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 511 Kanun Keseksaan. - See more at: http://www.fmtborneoplus.com/category/nation/2014/02/27/michael-chia-dipenjara-setahun-dan-satu-sebatan-rotan/#sthash.OSnPNeJT.dpuf
dibawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 511 Kanun Keseksaan. - See more at: http://www.fmtborneoplus.com/category/nation/2014/02/27/michael-chia-dipenjara-setahun-dan-satu-sebatan-rotan/#sthash.OSnPNeJT.dpuf
dibawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 511 Kanun Keseksaan. - See more at: http://www.fmtborneoplus.com/category/nation/2014/02/27/michael-chia-dipenjara-setahun-dan-satu-sebatan-rotan/#sthash.OSnPNeJT.dpuf
dibawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 511 Kanun Keseksaan. - See more at: http://www.fmtborneoplus.com/category/nation/2014/02/27/michael-chia-dipenjara-setahun-dan-satu-sebatan-rotan/#sthash.OSnPNeJT.dpuf
Kerajaan PR yang angkuh dan bongkak sanggup mempertaruhkan kehidupan dan keselesaan rakyat sehingga mereka terjebak dalam Krisis Air Selangor 2014. Jangan lupa tentang denggi, sampah dan banjir....
Apa di sebalik Krisis Air Selangor?
Kenyataan ANGKUH dan SOMBONG PR SELANGOR pada tahun 2010
Kerajaan PR terus ANGKUH dan SOMBONG pada tahun 2012.. sedangkan realitinya rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya menanggung akibatnya...
Gambar 2012 - PR memang menyusahkan rakyat
Berita 2013 - PR terus menyusahkan rakyat
Akhirnya Khalid Ibrahim akui keangkuhan dan kebahlolan dirinya... ish3 sadis sangat. Dengar amaran Syabas bahawa tindakan Kerajaan PR Selangor yang akan menganiaya dan menyusahkan rakyat di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor. Pada waktu yang sama, Syabas turut menegaskan bahawa cadangan Khalid dan PR sebagai tidak sensitif tentang keperluan air di hospital-hospital.
Akhirnya Khalid tanda tangan MOU selepas paksa rakyat Selangor, KL dan Putrajaya lalui keperitan dan risiko akibat ketiadaan air. Keangkuhan dan kebahlolan Khalid dan kerajaan PR ini mengakibatkan kos tambahan sebanyak RM 606 juta kerana penangguhan yang disengajakan sejak tahun 2008. Kerajaan BN yang dituduh angkuh oleh PR ini pula begitu bermurah hati menyelesaikan Krisis Air Selangor DEMI RAKYAT dengan bersetuju membenarkan Selangor mengurus sendiri bekalan air mereka, menyuntik RM 2 bilion untuk membantu kerajaan negeri bagi proses pengambil alihan saham dan memberikan lagi sejumlah RM900 juta untuk memastikan program mitigasi air dilaksanakan.
Kroni Anwar adalah individu ke-3 terkaya di Malaysia iaitu Tan Sri Lee Shin Cheng, ketua Kumpulan IOI, salah satu peneraju pengendali ladang kelapa sawit terbesar dunia. Aset beliau bernilai AS$3.2 bilion. IOI pernah juga diterajui oleh bapa kepada Penasihat PKR DS Anwar Ibrahim.
Bapa Anwar, Datuk Ibrahim Abdul Rahman merupakan bekas ahli parlimen dan bekas Setiusaha Parlimen Kementerian Kesihatan. Selepas beliau bersara, Dato Ibrahim telah menjadi pengerusi IOI Group dimana Tan Sri Lee Shin Cheng merupakan pemilik dan pemegang saham utama.
Berita Harian, 8 Disember 1998 melaporkan bapa Anwar miliki saham dalam 20 syarikat. Anwar Ibrahim mengamalkan kronisme, nepotisme dan kolusi. Anwar membisu bila didedahkan terhadap kepentingan perniagaan keluarga dan rakan rapatnya. Senarai Pendaftar Syarikat menunjukkan anggota keluarga Anwar dan rakan rapatnya adalah peneraju korporat yang penting.
Sebelum Anwar menjadi Menteri, sewaktu menjadi mudir Yayasan Anda, nama ayahnya sebagai tokoh korporat tidak timbul. Bila Anwar menjadi menteri, terutama sekali sebagai Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri tuah Pak Ibrahim melonjak naik. IOI mempunyai hartatanah yang banyak di berbagai-bagai negeri. Malah di Sabah saja dikatakan hartatanah IOI melebihi 50,000 hektar.
Utusan Malaysia melaporkan pada 19 Jun 1998 ;
Dalam senarai saham, bapa dan dua adik Anwar dicatatkan sebagai turut mendapat peruntukan saham bumiputera yang dikeluarkan oleh kerajaan. Bapanya, Datuk Ibrahim Abdul Rahman dan adik beradiknya, Farizan dan Marzukhi memegang saham berjumlah lebih 7.1 juta unit dalam tiga buah syarikat.
Pada 2 Mei 1998, bapa Anwar, Dato' Ibrahim Abdul Rahman, memiliki 250,000 saham Pengkalen Holdings Berhad dan 3,790,500 saham Nissan Industrial Oxygen Incorporated manakala adik-beradik Anwar, Farizon memiliki 250,000 saham Pengkalen Holdings Berhad dan Marzukhi memiliki 2,800,000 saham Penas Corporation.
Bapa Anwar juga menjadi Pengerusi bagi Syarikat IOI Corporation.
Kaitan bapa Anwar Ibrahim dengan IOI dibongkar oleh Majalah Antarabangsa ASIAWEEK, majalah ini membongkar kaitan tersebut
Jumlah saham yang diterima oleh bapanya ketika Anwar Ibrahim
menjadi Menteri Kewangan
Pendedahan ini menunjukkan bapa Anwar Ibrahim mendapat saham IOI sebanyak 2 juta unit pada tahun 1993. Tahun berapakah Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan? Tahun 1991.
Mudahnya Anwar menuduh orang lain KRONI dan SALAH GUNA KUASA tetapi apabila dia menjadi Menteri Kewangan, bapanya dianugerahkan saham lebih 6 juta unit ketika Kerajaan rancak melaksanakan dasar penswastaan dan pensyarikatan Malaysia. Dalam pada itu, Datuk Ibrahim telah dilantik menjadi Pengerusi IOI.
Dilaporkan semasa Anwar menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri, saham IOI group telah meningkat secara mendadak.
Begitu seronok Anwar menuduh orang itu rasuah dan sebagainya. Sedangkan bekas rakan kongsi bapa Anwar merupakan individu ke-3 terkaya di Malaysia ketika ini. Bagaimana boleh kaya? Itu anda kena tepuk dada, tanya Anwar bagaimana Tan Sri Lee Shin Cheng boleh kaya sehingga hari ini.
Dato' Kamaruddin Jaafar merupakan kroni Anwaryang paling banyak menerima habuan. Kamaruddin Jaafar merupakan bekas Setiausaha Agung ABIM. Setelah Anwar keluar ABIM dan memasuki UMNO, Kamaruddin juga menyertai UMNO dan kemudian memegang jawatan Ketua UMNO bahagian Tumpat.
Berikut dipetik dari artikel Utusan yang sudah tersebut:
"Bekas Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Datuk Kamaruddin Jaafar, mengetuai senarai kroni Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendapat habuan projek dan saham yang bernilai berpuluh bilion ringgit."
Mengikut senarai itu, syarikat milik Kamaruddin merupakan pemegang saham utama dalam tiga buah projek iaitu Kuala Lumpur Linear City, KL People-Mover Rapid dan Sabah Shipyard Sdn. Bhd. yang nilai kos keseluruhannya ialah RM11.319 bilion.
Beliau memiliki saham dalam dua syarikat mengendalikan pembinaan pengangkutan di ibu negara iaitu KL Linear City bernilai RM10 bilion dan KL PRT Sdn Bhd. bernilai RM1,298 juta serta projek Sabah Shipyard Sdn. Bhd sebanyak RM21 juta. Kamaruddin juga tersenarai sebagai pemegang saham utama dalam dua syarikat iaitu Westmont Land (Asia) Berhad dengan saham sebanyak 4,700,592 pada 13 Februari 1996 dan Malaysian Mosaics Berhad (sebanyak 7.5 juta)."
Naib Presiden PAS, Hj Mohd Sabu pun pernah menyatakan Anwar "mengganas" dalam soal nepotisme. Dalam satu wawancara dengan Majalah Tamadun yang dipaparkan dalam edisi Julai 1998,(klik di sini) Naib Presiden PAS tersebut berkata:
"…Kita boleh bertanya, nisalnya, adakah Kamaruddin Jaafar atau Kamaruddin Mohd Nor menjadi jutawan segeran kerana dia pandai berniaga atau disebabkan sahabatnya menjadi Menteri Kewangan?
"Begitu juga dengan Rani Ibrahim, Marzukhi Ibrahim, dan Rosli Ibrahim yang naik mendadak dalam perniagaan, adakah kerana mereka pandai berniaga atau kerana saudara mereka menjadi Menteri Kewangan? Begitu juga dengan bekas setiausaha sulit Anwar, Nasarudin Jalil dan beberapa orang lain yang dekat dengan Anwar yang naik mendadak…"
"… Bagi saya, walaupun Anwar belum mempunyai kuasa penuh, dia sudahpun menunjukkan bakat "keganasannya" melebihi Perdana Menteri!"
"… Kita ingin bertanya lebih kurang 300 juta saham Petronas Dagang dilabur ke mana hingga perwakilan Sabah menyokong Ghafar kepada Anwar dengan begitu mengejutkan? Ini bermakna Anwar saling "mengganas" dalam soal nepotisme!"
Bila mahkamah dah jatuh hukum baru Anwar kata dia nak cuba selesai? Baru nak campur tangan kes tu? Sebelum ni suruh PKR Terengganu je yang settle? Nampak sangat la Anwar tu macam "sengaja" nak kenakan Ayah Chik... macam tak penting je maruah Presiden PAS..?
Dia ingat orang-orang PAS bodoh seperti yang dia sangka? Sorry bebbb... tak semua yang bodoh. Walau ada pak lebai yang sanggup pegang bendera DAP baring tengah jalan, tak semua lebai PAS begitu... ada yang meluat tengok bendera DAP.. apatah lagi muka Kit Siang..!
Apa pun, sekarang ni maruah Ayah Chik dah tercemar. Kalau Anwar nak bertindak pun dah terlambat. Sekarang ni saya cadangkan PAS sendiri yang settle masalah ni. PAS ada peguam sendiri, kan? Peguam DAP pun malas nak tolong PAS... PAS terkemut-kemut la sorang-sorang lagi...kesian...
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan parti itu sedang berusaha untuk menyelesaikan isu melibatkan saman RM2 juta antara Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan bekas calon PKR Dun Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin.
Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, walaupun keluarga Mohd Shamsul berkeras untuk meneruskan saman tersebut namun pemimpin PKR di peringkat pusat telah memberikan nasihat kepadanya berhubung perkara tersebut.
"Pimpinan telah nasihat dulu. Keluarga berkeras. Saya telah jelaskan kepada Abdul Hadi. Kita sedang usahakan," katanya yang dipetik daripada laman mikro Twitter miliknya.
Terbaru, PKR melalui Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution berkata, pemimpin parti telah mengadakan rundingan dengan plaintif untuk menyelesaikan isu tersebut.
"Kita telah hubungi Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail untuk menyelesaikan isu tersebut dengan pelbagai cara. Kita juga minta untuk tidak teruskan saman terhadap Abdul Hadi.
"Kita ada petunjuk positif untuk selesaikan perkara itu dengan baik daripada Mohd Shamsul," katanya.
Sebelum ini, media melaporkan Abdul Hadi diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi untuk membayar ganti rugi RM2 juta kepada Mohd Shamsul berhubung kes saman fitnahnya terhadap bekas calon PKR Dun Bukit Besi itu. – SINAR HARIAN
Red Bean Army (RBA), tentera siber propembangkang muncul semula. Kali ini dengan tindakan lebih berani apabila melakukan ugutan bunuh ke atas Presiden Pertubuhan Hak Belia Malaysia yang juga pengasas blog SYA For The Nation, Shen Yee Aun.
Yee Aun yang juga kolumnis Mingguan Malaysia menerima ugutan itu berikutan tulisan beliau dalam akhbar tersebut bertajuk, Laman Penyokong RBA ditutup' Ahad lalu.
Bagaimanapun ini bukan kali pertama beliau menerima ugutan seumpama itu tetapi persoalannya kenapakah sehingga ke hari ini kumpulan yang dianggap cukup biadab itu terlalu sukar untuk dibawa ke muka pengadilan? Apakah mereka begitu kebal?
RBA cukup terkenal dengan propaganda dan perbuatan kurang ajar mereka menyerang pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) dan kerajaan semasa, sebelum dan selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Namun begitu apa yang lebih bahaya, RBA tidak mempunyai sedikit pun perasaan hormat kepada institusi negara.
Sebutlah apa sahaja, institusi raja-raja, badan kehakiman, jabatan kerajaan mahupun pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu semuanya pernah menjadi sasaran serangan RBA. Lebih biadab lagi RBA turut menghina agama Islam.
Walaupun tindakan RBA dianggap boleh menghancurkan negara sebagaimana pandangan pelbagai pihak, namun sehingga sekarang kumpulan ini masih terus dengan kerja-kerja kotor mereka.
Siapa sahaja yang menyentuh atau menyerang RBA akan diserang balas dengan pelbagai kata-kata kesat dan diancam termasuk ugutan bunuh seperti dialami oleh Yee Aun.
RBA bagaikan 'hantu' yang mengganggu dan mengancam rakyat Malaysia tetapi tiada siapa boleh menghalang mereka.
Atas sebab itulah, banyak pihak bertanya apa yang berlaku kepada siasatan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang pada 3 Julai 2013 menyatakan akan mengumumkan keputusan siasatan mengenai kewujudan RBA. Sehingga ke hari ini siasatan itu entah ke mana.
Sebenarnya, pihak berkuasa amat memahami betapa bahayanya RBA kepada perpaduan rakyat dan keselamatan negara, tetapi mereka seolah-olah tidak mampu berbuat apa-apa sehingga wujudnya pandangan RBA ini terlalu kebal .
Apakah mereka ini benar-benar kebal sehingga sukar dikesan biar pun setiap hari memuat turun pelbagai propaganda yang boleh mencetuskan huru-hara dalam negara atau terdapat kelemahan dalam agensi yang bertanggungjawab mengendali tentera siber seumpama ini?
Tetapi anehnya, apabila ada kes-kes tertentu yang melibatkan penghinaan kepada kaum bukan Islam atau bukan Melayu, begitu pantas sekali pihak berkuasa bertindak.
Justeru adalah wajar ugutan bunuh yang diterima oleh Yee Aun dijadikan asas untuk pihak berkuasa kembali agresif memburu RBA sehingga ke lubang cacing. Kelompok biadab dan tidak tahu menghormati undang-undang ini tidak harus dibiarkan bermaharajalela seolah-olah tiada siapa mampu menghalang kerja jahat mereka.
Oleh itu tindakan yang benar-benar tegas dan serius perlu diambil untuk menangani RBA termasuklah mengetahui siapa dalang yang menggerakkan mereka kerana tanpa sokongan kewangan sudah pasti RBA tidak ke mana dan tidak sekebal sekarang? -Zul Bakar Utusan
1. Saya tahu tulisan saya ini tidak akan dibaca oleh orang yang menghukum saya sebagai anti-hadis. Orang lain juga akan dilarang membaca tulisan ini. Mereka yang menghukum saya takut kalau-kalau hukuman mereka dipersoal. Mereka hendak segala-gala yang diperkatakan oleh mereka diterima bulat-bulat sebagai fatwa yang wajib diterima seperti firman Allah s.w.t. dalam Al-Quran.
2. Orang yang benar, berani. Orang yang takut, takut kerana salah atau mungkin didapati salah.
3. Memberi label dan mengecap orang apabila kita tidak bersetuju dengannya memanglah satu cara orang yang tidak sanggup berhujah. Terima sahajalah apa yang didakwa oleh mereka tanpa berfikir. Jangan guna akal fikiran yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. kerana ini kononnya dilarang oleh agama Islam.
4. Saya sekarang dilabel, iaitu diberi gelaran atau dicap anti-hadis kerana kononnya saya sudah jadi penyokong Kassim Ahmad yang telah diberi gelaran yang sama.
5. Saya juga diberitahu bahawa sebagai seorang yang tidak tahu bahasa Arab maka saya tidak berhak bercakap berkenaan agama Islam.
6. Hari ini kita lihat ummat Islam berpecah, bermusuh sesama mereka, berperang dan membuat kerja orang Yahudi dan Nasrani. Siapakah yang membawa malapetaka ini kepada orang Islam dan Negara-negara mereka. Bukankah mereka fasih dalam bahasa Arab bahkan penasihat dan pemimpin mereka terpelajar dengan dalamnya ajaran Islam dalam Al-Quran dan hadis Nabi. Saya sendiri sering mendengar mereka dari kedua-dua belah, mengeluarkan ayat Quran dan hadis bagi menghalalkan perbuatan mereka.
7. Ya, saya tak tahu bahasa Arab. Justeru itu saya terpaksa terima apa sahaja yang diajar kepada saya dalam bahasa Melayu sebagai ajaran Islam. Apakah kerana saya menerima Islam dalam bahasa Melayu maka ia bukan Islam. Apakah saya tidak Islam. Apakah lafaz dua kalimah syahadat oleh saya tidak boleh diterima.
8. Selain dari khatam Quran semasa umur belasan tahun, saya baca terjemahan Quran dalam bahasa Melayu dan Inggeris. Ya, memang terjemahan Quran bukan Quran. Tetapi bolehkah kita kata terjemahan ajaran Islam yang diajar kepada kita dalam bahasa Melayu bukan Islam? Jika apa yang disampaikan dlam bahasa Melayu berkenaan agama Islam bukan Islam, majoriti orang Melayu bukanlah Islam.
9. Saya dan rakan-rakan saya pernah dihukum kafir kerana sebagai ahli parti tertentu telah bekerjasama dengan orang kafir. Tidak ada siapa yang fasih berbahasa Arab dan mendalami ajaran Islam yang mempertahankan saya apabila dituduh kafir. Mungkin sebabnya ialah mereka bersetuju saya kafir.
10. Kemudian orang yang mengkafirkan saya bekerjasama dan berpeluk-peluk dengan orang kafir. Tetapi tidak ada orang yang mendalami agama Islam yang fasih berbahasa Arab mendakwa mereka ini kafir. Saya tertanya-tanya apakah kelebihan mereka? Apakah mereka maksum?
11. Orang yang fasih berbahasa Arab dan mengenal diri sendiri sebagai ulama Islam dan mursyid telah berkata ia sanggup bekerjasama dengan syaitan jika syaitan menyokongnya. Orang yang fasih berbahasa Arab dan tahu larangan dalam Al-Quran terhadap bekerjasama dengan syaitan, tidak membuat tuduhan apa-apa, jauh sekali dari memberi apa-apa label kepadanya. Kenapa?
12. Bukan sahaja orang Arab yang fasih bahasa Arab yang berpecah dan bermusuh sesama Islam, tetapi di Malaysia juga perpecahan berlaku apabila orang yang digelar ulama dan fasih dalam bahasa Arab memisahkan diri dan memecahkan perpaduan orang Islam kerana tidak dapat tempat di dunia, tidak dipilih jadi Yang Berhormat. Sehingga sekarang perpecahan ini berlaku. Maka lemahlah orang Islam dan terpaksalah mereka mengemis untuk mendapat sokongan orang bukan Islam. Maka berpeluk-peluklah mereka. Tidak ada ulama yang berkecuali yang mendesak supaya semua orang Islam bersatupadu dan bersaudara semula.
13. Orang yang sama juga mendakwa bahawa Allah s.w.t. mencarut. Tiada siapa dari orang yang fasih berbahasa Arab dan tahu secara mendalam ajaran Islam yang menyangkal dakwaan ini. Mungkin ada hadis yang berkata demikian. Saya belum jumpa. Sila tunjuk kepada saya hadis yang berkata Tuhan mencarut.
14. Dalam ajaran Islam, ada yang wajib dan ada yang sunnat. Kita diberitahu yang sunnat boleh kita terima dan tunaikan tetapi tidaklah kita bersalah jika kita tidak tunaikan. Tetapi ada gesaan bahawa yang sunnat itu wajib dan mesti diterima dan diamalkan walaupun bercanggah dengan firman Tuhan dalam Al-Quran.
15. Hadis adalah sunnah Nabi. Saya ingin tahu samada hadis wajib dan mesti diterima. Betulkan saya.
16. Apa pula dengan orang yang utamakan hadis dari firman Allah s.w.t. yang terdapat dalam Al-Quran yang kita terima sebagai wahyu dari Allah s.w.t. Berkenaan dengan zina, apakah hukum yang terdapat dalam Al-Quran. Dan apakah yang terdapat dalam hadis. Yang manakah lebih utama, wahyu dan firman Allah s.w.t. atau hadis yang diriwayatkan oleh beberapa keturunan manusia biasa, yang dikaji, disah atau ditolak oleh pakar hadis yang juga manusia biasa 200 tahun kemudian. Salahkah jika kita pilih Al-Quran yang jelas dan satu yang tidak berbeza-beza dan oleh itu tidak merejam dan menembak mati dengan mesingun perempuan yang dituduh berzina.
17. Bukankah Allah s.w.t. telah berpesan berpuluh kali bahawa "apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil". Allah s.w.t. juga sebut sebagai tidak suka akan kezaliman.
18. Apakah melabel iaitu menghukum seseorang selepas membaca akhbar atau mendengar lapuran T.V. mencerminkan keadilan yang dituntut dalam Islam. Apakah tanpa memberi peluang kepada yang tertuduh untuk mempertahankan diri, adil di sisi agama Islam. Apakah tanpa membincang dan membahas oleh badan yang dipertanggungjawabkan seperti mahkamah, yang terdiri dari orang yang tidak berkepentingan, adalah cara Islam mengadil.
19. Kita lihat akan betapa buruknya keadaan umat Islam sekarang. Apakah ini kerana sudah ditakdirkan bahawa orang Islam akan ditindas dan agama Islam dihina.
20. Tidakkah Allah s.w.t. berfirman dalam Al-Quran bahawa Allah tidak akan menukar nasib sesiapa jika ia tidak berusaha menukar nasibnya sendiri.
21. Jika kita ingin menukar nasib dan kita berusaha sehingga terselamat diri kita, bolehkah kita kata ini bukan takdir, atau ini bertentangan dengan kehendak Allah s.w.t.
22. Kita tahu adanya hadis yang sahih dan yang lemah Apabila hadis berbeza atau bertentangan dengan firman Allah s.w.t. dalam Al-Quran, yang mana satukah yang kita harus terima? Jika kita pegang kepada Al-Quran, apakah ini salah.
23. Apakah kita wajib terima apa saja yang disampaikan oleh orang yang berbahasa Arab yang mempelajari agama walaupun jelas bertentangan dengan ajaran Islam dalam Al-Quran dan hadis. Apakah kita mesti iktiraf siapa sahaja yang mendakwa dirinya sebagai ulama. Apakah semua ahli persatuan ulama benar-benar ulama.
24. Amatlah merbahaya dan mengelirukan apabila sesiapa sahaja, hanya kerana fasih dalam bahasa Arab dan mendapat ijazah sarjana dalam bidang agama Islam, diberi gelaran ulama.
25. Perpecahan umat Islam kepada berbagai mazhab adalah disebabkan oleh orang seperti ini. Pengikut mereka turun temurun bermusuh dan membunuh. Tidak ada toleransi di kalangan mereka sedangkan Al-Quran tidak suruh kita bermusuh walaupun dengan penganut agama lain, melainkan mereka bermusuh dengan kita. Kepada mereka agama mereka. Lemahnya umat Islam dan terhinanya agama Islam ialah kerana ajaran mereka yang tidak boleh ditegur, yang tuntut kesetiaan yang tidak berbelah-bahagi hanya kepada mereka.
26. Saya tahu bahawa jawapan kepada tulisan saya ini ialah saya anti-hadis, anti Al-Quran bahkan kafir.
27. Saya tidak lama lagi akan pergi menemui Tuhan saya, Allah s.w.t. Saya akan diadili oleh Kadzi Rabbul Jalil. Saya tidak tahu apakah akan disahkan segala tuduhan terhadap saya atau tidak. Tetapi yang saya tahu dan yakin ialah pengadilan oleh Allah s.w.t. tetap adil. Dan saya terima apa sahaja hukum yang dijatuhkan ke atas saya. -Tun M
Siapa kata masalah air di Selangor selesai? Siapa kata? Khalid? Percaya ke kat dia ni? Anwar? Lagi la takleh caya....
Dah bertahun-tahun dah masalah air melanda Selangor. Dulu tahun 2010 dia kata air di Selangor cukup sampai 2019. Tapi start dia cakap tu, setiap tahun dari 2010 sampai la 2014, teruk rakyat Selangor dibuli Khalid kena angkat baldi air naik tingkat 13...
Semalam Khalid Berahim ada sign MOU dengan Maximus Ongkili (KeTTHA). MOU struktur semula air di Selangor. Disaksikan PM dan TPM, musuh ketat Anwar Berahim. Khabarnya Khalid sign MOU tu tanpa "restu" Anwar Berahim... heh! Khalid "main belakang" Anwar le ni...
Saya tetap cakap masalah air di Selangor belum selesai. Apa? Ingat lepas sign je MOU tu paip air kat Selangor tu keluar air laju-laju? Heh! Jangan harap la beb... kalau keluar setitik dua tu dah cukup baik dah tu.. ada yang dah 19 hari setitik air pun tak keluar dari paip rumah diorang...azab betul..!
Sebenarnya, rakyat Selangor kena tunggu Loji Langat 2 tu siap dan beroperasi dulu, baru la boleh bernafas sikit paip air kat rumah diorang. So tunggu la 1-2 tahun lagi..baru okay kot...Itu pun belum tentu dapat selesai seluruh masalah...
Langat 2 ni patutnya dah start bina 2010 dulu dan siap lebih kurang tahun ni. 4 tahun jangkamasa. Kalau baru nak bina, agak-agak bila boleh siap? Kenapa lambat bina? Sebab Khalid laaa.. dia la punya angkara.. tiba-tiba je dia "sengaja" tangguh Langat 2...
Dia nak buat teknologi membran la.. air lombong la.. macam-macam plan dia.. satu pun tak nampak bayang... tapi bila Anwar dikatakan nak gulingkan dia dari kerusi Menteri Besar, terus dia "kowtim" dengan Kerajaan Pusat...heh! Boleh pulakkk! Tak payah tangguh dah? Dah terlambat dahhhh...
Saya heran... tetiba je Khalid Berahim "baik bebenor" dengan Kerajaan Pusat. Masa dia sign MOU dengan Maximus Ongkili tu, Najib dan Muhyiddin pun ada jadi saksi.. "lain macam" betul, kan? Errrr... Anwar tak takut ke? Nak gulingkan Khalid? Kalau Khalid "lompat" camana? Heh!
Khalid perlu ingat.. dia berjaya "beli" 4 syarikat konsesi tu berdasarkan dana dari Kerajaan Pusat. Bukan sikit bro.. RM2 billion! Bukan million (juta), tapi billion! Bukan duit rakyat Selangor saja, tapi tu duit rakyat dari seluruh Malaysia tau...
Khalid perlu ingat.. duit rakyat tu adalah pertolongan dari Kerajaan BN, Najib, Muhyiddin dan KeTTHA. Duit tu BUKAN dari Azmin Ali, BUKAN dari Anwar Berahim mahupun Rafizi Ramli. Azmin nak pelingkup Khalid ada ler.. Anwar Berahim? Jangan harap la nak dapat duit "punahsihat RM1" tu kalau Khalid bukan kroni... Rafizi? Dia tahu ke "strategi" nak dapatkan RM2 billion? Heh!
Jadi, berterima kasih la sikit kat Najib, Muhyiddin, Kerajaan BN dan rakyat Malaysia. Duit tu Kerajaan BN bagi kat Kerajaan Selangor demi rakyat Selangor dan Lembah Klang... supaya depa semua dapat bekalan air bersih.. ingat..BN beri kat Kerajaan Negeri, jangan masuk kocek pulak!
Bila dah handle air Selangor sendiri, pandai-pandai la Khalid lepas ni. Tak payah lagi la nak nayakan SYABAS kalau air takde.. Kalau takde air, sila salahkan diri sendiri... kalau rasa tak tahan sangat, ludah ke atas.. biar kahak tu jatuh betul-betul kat dahi sendiri...faham, kan?
Pada Kerajaan BN, tahniah la sebab dah selesaikan masalah rakyat. Cuma hati-hati saja la dengan Khalid tu... kita dah tolong dia...harap dia tak "gigit" kita balik... jangan jadi macam "melepaskan buaya tersepit" dah ler.. (sengaja tukar "anjing" jadi "buaya", nanti Khalid spin cakap saya kata dia "anjing" pulakkk..)
So, rakyat Selangor... jangan ingat esok rumah korang semua ada air melimpah ruah. Tunggu je la loji tu siap... kalau rasa nak marah sangat, sila marah Khalid Berahim. Kalau agak Khalid Berahim tak makan saman, marah je Anwar Berahim ke.. Rafizi ke... heh!
Ramai yang tak faham isu Presiden PAS kena bayar RM2 juta ni. Ramai yang fikir pasal "mana nak korek duit RM2 juta tu..". Ramai yang fokus pasal duit...
Padahal, isu sebenar dalam hal ni bukan pasal duit tu.. RM2 juta tu memang Ayah Chik/PAS boleh bayar.. tapi ini ialah soal MARUAH... dalam bahasa mudah, MARUAH AYAH CHIK TERCEMAR disebabkan budak PKR dan saman tu...
Cerita saman tu sebenarnya boleh settle kat luar.. tak payah masuk mahkamah pun. PKR boleh counter dengan budak PKR Dungun tu.. Tapi PKR kononnya bagi alasan budak tu "enggan" beri kerjasama... tu hanya alasan... alasan yang mungkin sengaja nak biarkan MARUAH Presiden PAS tercemar...
Saya setuju dengan YDP PAS Gombak kat bawah ni...
Kelmarin, Mahkamah di Shah Alam memutuskan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu membayar RM2 juta kepada bekas calon PKR Dun Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin, berhubung kes saman fitnah.
Pada Disember tahun lalu, media melaporkan Mohd Shamsul yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Dungun telah memfailkan saman terhadap Abdul Hadi bagi membersihkan namanya susulan dikaitkan dengan pil kuda pada sebuah ceramah politik sempena Pilihan Raya Umum Ke-13, tahun lalu.
Hari ini, Yang Dipertua PAS Gombak, Ustaz Salehuddin Nasir meluahkan satu pandangan yang merumuskan secara tepat dan jujur mengenai kesan daripada tindakan Mohd Shamsul di akaun Facebook milik beliau.
Ustaz Salehuddin menulis, RM2 juta untuk dibayar itu bukan masalah besar kerana satu seruan jihad dibuat maka wang akan datang melimpah.
Penulis juga yakin bukan susah untuk PAS mengumpul wang berkenaan. Ada ramai jutawan Islam yang sudi membayar. Ahli PAS jjuga tidak akan segan silu untuk memberikan wang bagi tujuan itu.
Dan jangan terperanjat, silap hari ada jutawan Islam dari UMNO sendiri akan sudi mengeluarkan duit kerana rasa hormat kepada Abdul Hadi sebagai seorang ulamak.
Namun, isu sekarang bukan RM2 juta seperti yang dikatakan Ustaz Salehuddin.
Kenyataan beliau yang seterusnya yang harus diberikan perhatian dan dinilai dengan sebaik mungkin.
Kata beliau, isu sekarang bukan berkaitan duit, tetapi berkaitan maruah tuan guru.
Memang betul… andai kalau yang menyaman itu orang UMNO dan menang RM2 juta, tak jadi isu sangat.
Orang akan melihat itu perang politik dan normal la kalau orang UMNO saman orang PAS atau sebaliknya.
Umpama bila DAP duk menyaman Utusan atau UMNO takda apa implikasi dari segi maruah untuk mana-mana pihak pun. Diulangi… itu normal.
Namun, bila seorang pemimpin cap ayam dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyaman Presiden PAS… yang mana mereka sepatutnya adalah sahabat… susah senang bersama… itu memang menjatuhkan maruah tok guru.
Pemimpin cap ayam cam Mohd Shamsul sepatutnya ada sedikit pemikiran yang waras la dengan meletakan Abdul Hadi di tempat yang sepatutnya… yakni Presiden kepada sebuah parti pembangkang yang bukan sahaja mempunyai legasi yang hebat, malah dihormati kawan dan lawan.
Kalau pun Abdul Hadi ada terlepas cakap, sepatutnya sebagai rakan dalam pasukan yang sama, Mohd Shamsul memaafkan beliau, bukan menyaman.
Penulis bukan batu api… tetapi penulis faham luahan hati Ustaz Salehuddin itu dan yakin ramai yang lain turut faham mengenainya.
Sedih dengan PKR ni ialah ia bukanlah sebuah parti yang hebat mana pun. Selama ini, segala apa yang nampak hebat dan gagah dalam Pakatan Rakyat terutama melibatkan orang Melayu adalah kerana PAS.
Tanpa PAS, tak ke mana baik PKR mahupun Anwar Ibrahim itu sendiri.
Ambil contoh di Kajang. Semua tahu sebahagian besar kepimpian PAS sendiri menentang pilihan raya kecil itu. Sebahagian besar juga tidak mahu Anwar menjadi Menteri Besar Selangor sebaliknya jawatan itu harus diberikan kepada pemimpin PAS yang ternyata lebih layak dari semua segi.
Akibatnya, ceramah politik Anwar di sana hampir tidak mendapat sokongan langsung daripada masyarakat Islam.
Cuba kalau PAS bagi sokongan terbuka dan bersungguh-sungguh… yakinlah…. sesak la Kajang setiap kali Anwar berceramah.
Anwar punya gelabah tiada sokongan orang Melayu sampai terpaksa mintak tolong gangster pencen di Kajang yang ramai ingat dah meninggal dunia pun sebelum ini.
Itu belum mengambil kira terdesaknya Anwar sehingga perlu berceramah di gereja untuk memastikan sokongan bukan Islam tidak lari dalam PRK Kajang.
Apa yang penulis hendak sampaikan ialah… PKR is nothing tanpa sokongan PAS… tapi ada pulak pemimpin cap ayam PKR hendak saman Presiden PAS…. dasar tak kenang jasa orang.
Kalau PKR tidak cari jalan perbetulkan keadaan ini, alamat terlingkup menyembah tanah la PKR dan Anwar Ibrahim di Kajang.
Hanya sedekah sokongan dari PAS yang mungkin akan menyelamatkan maruah dan bontot Anwar di Kajang kelak… namun pemimpin cap ayam PKR boleh tunjuk kerek dengan Presiden PAS pulak…. -Mynewshub.my
Kalau ye pun marah, tak suka, benci ke apa ke.. tak payah la buat cam ni bro.. Kita ni takde la desperate macam puak-puak Red Bean Army tu... dosa pahala kena jaga jugak bro...
Ramai gak la kawan-kawan yang tak setuju dengan cara ni... sebab cara ni selalunya puak Pakatan Haram saja yang buat... kita tak payah la tiru perangai depa tu bro...
Cuba tengok gambar kat bawah ni.. saya sendiri malu...adehhh...
GELENG kepala penulis tatkala melihat gambar pakcik-pakcik berkopiah dan berserban ini tersenyum sambil menunjukkan jari tengah mereka.
Bukan geleng kepala dengan 'perbuatan' mereka, sebaliknya perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab mengubahsuai gambar tersebut seolah-olah mereka sedang membuat isyarat lucah.
Kalau ia bertujuan untuk bergurau atau atas dasar marah kerana kerana perbezaan politik sekalipun, rasanya tak perlulah buat sampai begini sekali.
Ia secara tidak langsung memperlihatkan orang Melayu Islam kita sebagai tidak senonoh walhal ia sebenarnya tidak berlaku.
Pendek kata, tak perlulah buat perkara yang boleh memalukan orang lain.
Ingat ya, dosa fitnah itu lebih teruk dari membunuh… -Mynewshub.my